Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
* signifikan pada 0.05
Manakala bagi dimensi “Persepsi terhadap guru sains” dan “Keseronokan terhadap sains”, min murid
mengikut kaum adalah lebih daripada nilai 3.80. Nilai-nilai ini menunjukkan murid setiap kaum
bersetuju guru sains mereka menunjukkan sikap yang positif terhadap sains dan mereka seronok belajar
dan suka melibatkan diri dalam aktiviti sains. Dalam kedua-dua dimensi sikap ini, murid kaum Melayu
mempamerkan nilai min yang lebih tinggi berbanding dengan murid kaum Iban dan Bidayuh.
Sikap murid terhadap Sains turut dibandingkan mengikut kaum dan dapatan analisis ujian 1-way
ANOVA menunjukkan tidak ada perbezaan min yang signifikan pada semua dimensi sikap terhadap
Sains berdasarkan kaum.
PERBINCANGAN
Secara keseluruhan, sikap murid terhadap sains adalah positif bagi setiap dimensi yang mengukur sikap
mereka terhadap sains. Seramai 79 (72.04%) murid berpandangan guru sains mereka menunjukkan
sikap yang positif terhadap sains dan 81 (73.63%) murid seronok dengan sains. Walaupun begini, hanya
63 (57.49%) murid mempunyai kerisauan yang rendah dalam sains.
Bagi dimensi “Persepsi terhadap guru sains”, lebih daripada 80 (73.0%) murid bersetuju dan sangat
bersetuju 'Guru sains menunjukkan keseronokan mengajar sains’ (item 5), “Guru sains
mempersembahkan sains dengan jelas” (item 3), “Guru sains mempunyai banyak pengetahuan tentang
sains” (item 7), “Guru sains menjadikan sains sangat menarik” (item 2), “Guru sains bersedia untuk
memberi bimbingan yang lebih kepada murid” (item 6) dan “Guru sains menunjukkan minat terhadap
murid” (item 1).
Walaupun begini, hanya 57 (51.8%) berpandangan “Guru sains tahu bila murid menghadapi masalah
dengan tugasan sains” (item 4). Dapatan ini membayangkan corak pengajaran dan pembelajaran yang
biasa dijalankan kebanyakan guru di Malaysia yang tertumpu kepada kaedah konvensional iaitu chalk
and talk yang berpusatkan guru (Becker dan Watts, 1999). Justeru guru sains perlu mengubah corak
dan strategi pengajaran dan pembelajaran sains dari yang berpusatkan guru kepada yang lebih
berpusatkan murid seperti penggunaan kaedah eksperimen, perbincangan, aktiviti hands-on dan minds-
on dan lain-lain lagi. Melalui pemantauan eksperimen, perbincangan, aktiviti hands-on dan minds-on
dan sebagainya sama ada secara pemerhatian, soal jawab, penggunaan borang senarai semak dan lain-
lain, guru dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi murid dan seterusnya memberi bimbingan yang
sewajarnya kepada mereka. Ini secara langsung akan membantu murid lebih memahami dan seterusnya
menyelami konsep-konsep sains yang diajar. Menurut Parkinson et al. (1998), ini adalah penting untuk
meningkatkan tahap konsep kendiri murid dalam sains kerana ini akan menggalakkan mereka untuk
melanjutkan pendidikan dalam bidang sains di masa depan.
Juga didapati hanya seramai 73 (66.4%) orang murid mengatakan “Guru sains suka murid bertanyakan
soalan” (item 8). Guru sains seharusnya menggalakkan murid-muridnya untuk bertanyakan soalan.
Soalan yang dikemukakan oleh murid dapat menunjukkan perasaan ingin tahu ataupun kemungkinan
ketidakfahaman berkaitan konsep sains yang dipelajari. Justeru guru sains perlu sentiasa menyediakan
ruang dan suasana kondusif untuk murid bertanya dan memberi maklum balas terhadap pertanyaan
mereka. Amalan penyoalan lisan perlu diberi perhatian memandangkan ia merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran (Black & Harrison, 2001). Amalan ini juga berperanan besar dalam
menghidupkan suasana pembelajaran yang boleh melibatkan murid secara aktif seterusnya mendorong
minat dan membina motivasi mereka untuk terus mempelajari dan menyelami pengetahuan sains
(Teixeira-Dias et al., 2005; Wragg & Brown, 2001). Oleh itu, guru sains perlu sentiasa menggalakkan
537
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
murid bertanya dengan menggunakan strategi penyoalan lisan yang dapat meningkatkan minat mereka
agar daya tumpuan mereka di dalam kelas dapat dicapai sepenuhnya.
Bagi dimensi “Keseronokan terhadap sains”, didapati lebih daripada 77 (70.0%) murid bersetuju dan
sangat bersetuju dengan pernyataan-pernyataan “Aktiviti sains menyeronokkan”, “Saya sangat suka
sains”, “Saya suka apa-apa juga yang berkaitan dengan sains”, “Saya seronok menonton program sains
di TV” dan “Kerja-kerja berkaitan sains menggembirakan saya”. Justeru antara 78 hingga 99 orang
murid suka sains dan kerja berkaitan sains, seronok dengan aktiviti-aktiviti sains dan menonton program
sains.
Walaupun begini, terdapat juga antara 35 hingga 50 orang murid yang sangat tidak bersetuju, tidak
bersetuju dan tidak pasti dengan pernyataan-pernyataan “Saya seronok bercakap mengenai sains dengan
orang lain”, menganggap sains sebagai “salah satu mata pelajaran yang saya gemari” dan “Saya ingin
menambahkan masa yang diperuntukan untuk mempelajari sains di sekolah”. Kumpulan murid ini
masih mempunyai keraguan sama ada mereka gemari sains sebagai satu mata pelajaran atau tidak.
Seterusnya, mereka tidak ingin melihat penambahan masa peruntukkan bagi mempelajari mata
pelajaran sains di sekolah. Mungkin disebabkan keraguan ini, mereka juga kurang seronok bercakap
sains dengan orang lain. Menurut Meor (2003), para pelajar kurang berminat belajar sains disebabkan
gaya pengajaran guru yang tidak memenuhi gaya pembelajaran mereka. Para pelajar tidak memahami
pelajaran sains kerana strategi pengajaran guru tidak sesuai. Guru hanya tertumpu kepada menyiapkan
buku kerja sains sahaja. Kajian Abu Hassan (2003) mendapati guru tidak memberi peluang kepada
pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru seorang guru sains
perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran agar bidang sains menjadi lebih menarik
dan bermakna dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian murid. Ini boleh membantu murid
mengikis pandangan bahawa sains itu abstrak dan tidak mudah difahami.
Dapatan kajian bagi dimensi kerisauan terhadap sains menunjukkan 63 (57.49%) murid beranggapan
mereka tidak mempunyai kerisauan terhadap sains. Walaupun begini, terdapat antara 18 (16.4%) hingga
36 (32.8%) orang murid mempunyai tahap kerisauan yang tinggi terhadap sains seperti rasa tertekan,
gementar dan mempunyai perasaan yang tidak baik terhadap sains sehingga mempunyai hasrat yang
rendah untuk belajar sains dan seterusnya tidak ingin menceburi dalam pekerjaan yang ada kaitan
dengan sains. Mengikut Benjamin dan Walz (1987), antara punca kerisauan murid ialah kandungan
mata pelajaran akademik seperti sains. Razila (1998) melaporkan bahawa murid menganggap mata
pelajaran sains bukan sahaja membosankan tetapi juga terlalu abstrak. Justeru guru sains perlu
menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran agar bidang sains menjadi lebih mudah difahami
dan bermakna dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian murid. Ini boleh membantu murid
mengikis pandangan bahawa sains itu abstrak dan susah difahami. Bimbingan dan motivasi berterusan
harus diberikan guru sains kepada mereka yang menghadapi kesukaran dalam tugasan sains. Ini secara
langsung akan meningkatkan kefahaman dan rangsangan murid untuk belajar sains. Kesannya, tahap
kerisauan murid terhadap sains juga akan turut berkurang.
Bagi meninjau perbezaan sikap murid terhadap sains berdasarkan sekolah, nilai min kelima-lima buah
sekolah bagi kedua-dua dimensi “Persepsi terhadap guru sains” dan “Keseronokan terhadap sains”
adalah melebihi 3.50. Ini memberi gambaran bahawa murid kelima-lima buah sekolah ini mempunyai
persepsi yang positif dalam dua dimensi ini. Murid-murid dari Sekolah 1, 2, 3 dan 5 lebih bersetuju
(nilai min antara 3.89 – 3.98) guru sains mereka menunjukkan sikap yang positif terhadap sains
berbanding Sekolah 4 (nilai min 3.68). Walau bagaimanapun, analisis ujian Kruskal Wallis
menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi kelima-lima buah sekolah dalam
dimensi “Persepsi terhadap guru sains”.
Bagi dimensi “Keseronokan terhadap sains” pula, Sekolah 2 mencatatkan nilai min tertinggi sebanyak
4.17, diikuti Sekolah 1 (4.12), Sekolah 5 (3.99), Sekolah 4 (3.84) dan diakhiri dengan Sekolah 3 (3.58).
Analisis ujian Post Hoc Kruskal Wallis bagi dimensi ini menunjukkan pebezaan statistik yang
538
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
signifikan antara Sekolah 3 dengan semua sekolah yang lain kecuali Sekolah 4. Dapatan kajian memberi
gambaran bahawa murid Sekolah 3 mempunyai persepsi keseronokan terhadap sains yang lebih rendah
berbanding murid sekolah-sekolah lain kecuali Sekolah 4.
Bagi dimensi “Kerisauan terhadap sains”, nilai min yang dicatatkan oleh murid kelima-lima buah
sekolah adalah di antara 2.04 sehingga 2.83. Murid dari Sekolah 2 mempamerkan tahap kerisauan yang
paling tinggi terhadap sains dengan nilai min 2.04, diikuti Sekolah 5 (2.24), Sekolah 3 (2.42), Sekolah
1 (2.45) dengan diakhiri Sekolah 4 (2.83). Analisis ujian Post Hoc Kruskal Wallis bagi dimensi ini
menunjukkan perbezaan statistik yang signifikan antara antara Sekolah 4 dengan semua sekolah yang
lain bagi dimensi ini. Dapatan kajian memberi gambaran bahawa murid Sekolah 4 mempunyai tahap
kerisauan yang lebih rendah terhadap sains berbanding murid sekolah-sekolah lain.
Bagi meninjau perbezaan sikap murid terhadap sains berdasarkan jantina, nilai min murid lelaki dan
perempuan kelima-lima buah sekolah bagi kedua-dua dimensi “Persepsi terhadap guru sains” dan
“Keseronokan terhadap sains” adalah melebihi 3.90. Ini memberi gambaran bahawa mereka bersetuju
guru sains mereka menunjukkan sikap yang positif terhadap sains dan mereka seronok belajar dan
melibatkan diri dalam sains.
Bagi dimensi “Kerisauan terhadap sains” pula, murid lelaki mencatat tahap kerisauan yang lebih rendah
(nilai min 2.44) berbanding murid perempuan (nilai min 2.36). ini selaras dengan kebanyakan dapatan
kajian lepas (Francis dan Greer, 1999; Weinburgh, 1995) yang menunjukkan bahawa murid lelaki lebih
bersikap positif terhadap sains berbanding dengan murid perempuan. Walau bagaimanapun, dapatan
analisis ujian-t bebas menunjukkan tidak ada perbezaan min yang signifikan pada semua dimensi sikap
terhadap sains berdasarkan jantina.
Bagi meninjau perbezaan sikap murid terhadap sains berdasarkan kaum bagi dimensi-dimensi “Persepsi
terhadap guru sains” dan “Keseronokan terhadap sains”, murid kaum Melayu mempamerkan nilai min
yang lebih tinggi, diikuti kaum Bidayuh dan diakhiri kaum Iban. Ini memberi gambaran bahawa murid
kaum Melayu lebih bersetuju guru sains mereka menunjukkan sikap yang positif terhadap sains dan
mereka seronok belajar dan melibatkan diri dalam sains berbanding kaum-kaum Bidayah dan Iban. Bagi
dimensi “Kerisauan terhadap sains” pula, murid kaum Iban mencatat tahap kerisauan yang lebih rendah
(nilai min 2.60) berbanding murid kaum Melayu (nilai min 2.36) dan kaum Bidayuh (nilai min 2.33).
walau bagaimanapun, analisis ujian 1-way ANOVA menunjukkan tidak ada perbezaan min yang
signifikan pada semua dimensi sikap terhadap sains berdasarkan kaum.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, sikap murid terhadap sains adalah memberangsangkan bagi setiap dimensi yang
mengukur sikap mereka terhadap sains. Cuma lebih banyak perhatian perlu diberikan bagi menangani
kerisauan murid dalam sains.
Bagi menangani dimensi “Kerisauan terhadap sains”, guru memainkan peranan yang amat penting.
Walaupun murid berpersepsi guru sains mereka mampu mengajar sains dengan baik, namun guru masih
perlu untuk memikirkan corak dan strategi pengajaran sains yang menarik dan bermakna dengan
mengaitkan isi pelajaran sains dengan kehidupan seharian murid agar sains tidaklah lagi abstrak tetapi
mudah difahami murid. Di samping ini, lebih banyak aktiviti berpusatkan murid seperti perbincangan,
aktiviti hands-on dan mind-on dan sebagainya perlu dilaksanakan agar guru sains dapat mengesan
masalah pembelajaran dan tugasan sains yang dihadapi murid mereka. Dengan ini, intervensi yang
sewajarnya dapat dijalankan bagi mengatasinya. Ini secara langsung akan mengurangkan tahap
kerisauan murid terhadap sains.
539
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Sebagai kesimpulan, dapatan kajian dimensi sikap ini adalah penting untuk mengenal pasti program
intervensi yang boleh dirancang bagi memastikan peningkatan keseronokan dan minat murid dalam
sains di samping mengurangkan tahap kerisauan mereka agar mereka ingin terus melanjutkan pelajaran
sains di peringkat lebih tinggi. Ini secara langsung akan membantu pencapaian hasrat negara bagi
meningkatkan nisbah murid sains:sastera di peringkat universiti kepada 60:40.
RUJUKAN
Abu Hassan. (2003). P&P Kimia di sekolah menengah: ke mana arahnya. Seminar
memperkasakan sistem pendidikan: Fakulti Pendidikan, UKM.
Ahmad Rizal bin Madar, Nurul Akmar binti Kamarudin, Saifullizam bin Puteh. (2005). Faktor-Faktor
yang Mempengaruhi Pencapaian Murid dalam Menguasai Mata Pelajaran Kejuruteraan di
Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar Pendidikan
JPPG, (1962), 52–59.
Aziz Nordin & Lin Hui Ling (2011) Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains dengan penguasaan
konsep asas sains murid tingkatan dua. Journal of Science & Mathematics Education, 4, 2231-
7368
Becker, W. E. & Watts, M. (1999). Teaching Economics to Undergraduates: Alternatives to Chalk and
Talk. Cheltenham, U. K.: Edward Elgar.
Benjamin, L. & Walz, G.R. (1987). Counseling Students and Faculty for Stress Management. Eric
Clearinghouse: Counseling and Personnel Services. Ann Arbor: Mich.
Francis, L. J. & Greer, J.E. (1999). Measuring attitude towards science among secondary school
students: The affective domain. Research in Science & Technological Education 17(2): 219-
226.
Gall, M., Gall, J.P., & Borg, W.R. (2003). Educational Research: An Introduction. Boston: Longman.
George, R. (2000). Measuring change in students’ attitudes toward science over time: An application
of latent variable growth modeling. Journal of Science Education and Technology, 9(3), 213-
225.
Gogolin, L. & Swartz, F. (1992). A quantitative and qualitative inquiry into the attitudes toward science
of non science college students. Journal of Research in Science Teaching, 29(5): 487-504.
Kamisah Osman, Zanaton Iksan, Lilia Halim (2007) Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di
kalangan Murid Sains. Jurnal Pendidikan, 32, 39-60.
Kasturi binti Nusi. (2012). Sikap Murid Terhadap Mata Pelajaran Sains Di Kalangan Murid Tahun 5. Retrieved 15
May 2019 from http://dokumen.net/download/hubungan-sikap-murid-terhadap-mp-sains
Meor Rahman. (2003). Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Seminar
memperkasakan sistem pendidikan: UKM.
Parkinson, J., Hundley, D., Tanner, H. & Stables, A. (1998). Pupils' attitudes to science in key stage 3
of the national curriculum: A study of pupils in South Wales. Research in Science and
Technological Education, 16(2): 165-176.
540
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Razila Abd. Kadir. (1998). Pemilihan aliran sains dikalangan murid Tingkatan Empat. Latihan Ilmiah:
Fakulti Pendidikan, UKM.
Simpson, R. D. & Oliver, J. S. (1990). A summary of major influences on attitude toward and
achievement in science among adolescent students. Science Education, 74, 1-18.
Soyibo, K. (1985). A comparison of selected lagos students’ attitudes to and performance on a biology
test. 335-351. In: Education in Lagos State. An Overview: Selected Papers from a Conference
on Education Development in Lagos State held at Lagos State University, 2-4, April. F. Obanya
and O. Odubunmi (Eds.).
Teixeira-Dias, J. J. C., Pedrosa de Jesus, H., Neri de Souza, F. and Watts, M. (2005), Teaching for
quality learning in chemistry. International Journal of Science Education, 27(9):1123-37.
Weinburgh, M. (1995). Gender differences in student attitudes towards science: A meta-analysis of the
literature from 1970 to 1991. Journal of Research in Science Teaching, 32(4):387-98.
Wilson, V. L. (1983). A meta-analysis of the relationship between science achievement and science
attitude: Kindergarten through college. Journal of Research in Science Teaching, 20(3), 839-
850. http://dx.doi.org/10.1002/tea.3660200906
Wragg, E. C., & Brown. (2001). Questioning in the Primary School. London: Leverhulme Primary
Project Classroom Skills Series. London and New York
Zanaton Iksan, Lilia Halim, & Kamisah Osman. (2006). Sikap terhadap sains dalam kalangan murid
sains diperingkat menengah dan matrikulasi. Pertanika Journal of Social Science &
Humanities, 14(2), 131-147.
541
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SISWA GURU DALAM TALIAN (OLL)
SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19
Bani Hidayat Mohd Shafie PhD ([email protected])
Mohd Huzairi bin Awang@Husain, PhD ([email protected])
Abdul Aziz bin Ismail, PhD ([email protected])
Rozita Md Noh, PhD ([email protected])
Kok Kean Hin, PhD ([email protected])
Tan Yoke Peng ([email protected])
IPG Kampus Pendidikan Islam
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengajaran dan pembelajaran dalam talian (OLL)
dalam kalangan siswa guru semasa PKP COVID-19 di sebuah Institut Pendidikan Guru di Bangi,
Selangor. Tiga faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah tahap kebergunaan (TK), ciri-ciri pensyarah
dalam PdP OLL dan isu pelaksanaan OLL semasa PKP COVID-19. Seramai 303 orang siswa guru
dalam pelbagai pengkhususan iaitu Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu,
Matematik) bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang telah mengguna OLL terlibat sebagai responden dalam kajian
ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi
26 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik
deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi, min, dan sisihan piawai. Hasil kajian keseluruhan
menunjukkan bahawa faktor tahap kebergunaan (min=3.20, sp=1.153), faktor ciri-ciri pensyarah dalam
PdP OLL (min=3.96, sp=0.854) dan isu pelaksanaan semasa COVID-19 (min=3.34, sp=0.518) yang
mempengaruhi penerimaan OLL dalam kalangan siswa guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
penerimaan siswa guru terhadap PdP OLL semasa PKP COVID-19 dipengaruhi oleh manfaat yang
diperoleh daripada OLL, penjimatan masa dan kandungan kursus yang mudah dan bersesuaian dengan
tugasan.
Kata kunci: pembelajaran dalam talian (OLL), pengajaran dan pembelajaran, kebergunaan, PKP
COVID-19
PENGENALAN
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan
institusi pendidikan yang melatih guru-guru sekolah rendah di bawah Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP). Disamping melatih bakal guru atau dikenali juga sebagai latihan pra perkhidumatan,
IPGM KPM juga melaksanakan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) kepada guru-guru
dalam perkhidmatan. Pada masa ledakan teknologi terkini, memperlihatkan penggunaan e-
pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Online learning (OLL) atau
pembelajaran dalam talian merupakan satu pendekatan yang diguna secara meluas sebagai sistem
maklumat dan sistem pangkalan data untuk mengurus, menyampaikan isi kandungan, berinteraksi atau
542
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pemudahcaraan serta mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Biasanya OLL lebih
popular diaplikasikan di universiti-universiti atau kolej yang menawar kursus-kursus dalam bentuk
dalam talian dan pembelajaran secara jarak jauh.
Namun begitu, akibat wabak COVID-19 yang sedang menular. Kerajaan Malaysia telah
mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 (18 -31 Mac 2020) Fasa 2 (1-14 April 2020),
Fasa 3 (15 – 28 April 2020), Fasa 4 (29 April – 12 Mei 2020) dan disusuli pula dengan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB). Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di IPG secara
bersemuka (seperti kuliah, tutorial dan amali) telah diubahsuai dan telah dikendalikan secara dalam talian
atau secara remote learning. Kaedah-kaedah remote learning seperti pembelajaran berbentuk tugasan
dan pembelajaran kendiri dilaksanakan oleh pensyarah terutamanya kepada siswa guru yang sukar
mengakses internet ataupun sukar dihubungi kerana masalah capaian internet atau berada di kawasan
pedalaman (IPGM,2020).
PENYATAAN MASALAH
Tahun 2020 menyaksikan peristiwa bersejarah apabila hampir seluruh dunia terjejas secara
ekonomi, politik dan sosial akibat daripada wabak Coronavirus atau Covid -19. (UNESCO,2020;
Crawford, Joseph et al.,2020). Salah satu organisasi yang terlibat adalah sektor pendidikan yang
memainkan peranan paling besar untuk sebuah negara (Evans, 2020). Sektor pendidikan terdiri
daripada institusi pendidikan tinggi seperti universiti awam, universiti swasta, Institut Pendidikan
Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan lain-lain. Sekolah juga terdiri daripada sekolah rendah,
menengah, tadika, prasekolah dan lain-lain (PBB, 2014). Di Malaysia, wabak COVID-19 mulai
merebak sekitar akhir Januari ketika jumlah kes berjangkit kecil di kalangan pelancong dari China
pada masa itu (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020). Menjelang akhir bulan Februari, wabak
itu merebak kerana terdapat peningkatan yang ketara dalam bilangan pesakit yang dijangkiti.
Akibatnya, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
di seluruh negara mulai bulan Mac 18, 2020 (Pejabat Perdana Menteri, 2020).
Semasa tempoh PKP, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menggesa institusi pengajian tinggi dan sekolah untuk terus belajar melalui talian (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2020). Sesi pembelajaran untuk pelajar dijalankan seperti biasa tetapi
menggunakan aplikasi dalam talian. Pelajar sekolah akan diberi tugasan, nota dan sebarang
bentuk pembelajaran semasa mereka tinggal di rumah. Begitu juga, institusi pengajian tinggi di
Malaysia, seperti Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Sains
Malaysia, meneruskan kuliah mereka dengan pelajar mereka menggunakan platform dalam talian
(Bernama, 2020). Malah, Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak terkecuali untuk pembelajaran
dalam talian seperti yang dikeluarkan oleh IPGM Malaysia (Institut Pendidikan Guru Malaysia,
2020). Institut Pendidikan Guru Malaysia telah mengeluarkan prosedur operasi dalam pengurusan
akademik semasa PKP
Namun begitu, pelajar-pelajar tidak dapat mengelak daripada menghadapi masalah dan
halangan semasa mengguna OLL dalam pembelajaran semasa PKP. Kajian Muhammad Sukri Saud,
Mohd Anuar Abdul Rahman, dan Ting (2007), menyatakan bahawa penerimaan OLL dipengaruhi oleh
halangan ciri-ciri OLL yang kurang menarik, kurang mesra dan kurang interaktif menyebabkan
pelajar lebih selesa berhubung dengan pensyarah dan rakan melalui facebook, whatapps, wechat dan
emel. Kajian Ab. Hamid Ali, Fadzli Adam, dan Wong, Wan Solihin Abdullah (2014) menunjukkan
bahawa tanggapan kebergunaan tidak mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap blog dan berada
pada tahap sederhana. Kajian ini disokong oleh Kusuma (2008) yang menjelaskan bahawa faktor
kebergunaan tidak mempengaruhi penerimaan OLL. Dapatan para penyelidik ini tidak konsisten.
Memandangkan sistem OLL mula digiatkan semasa COVID-19, jadi adalah sangat penting
untuk mengkaji tahap penerimaan siswa guru terhadap penggunaan OLL yang disediakan pensyarah.
543
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Walaupun, masalah yang dihadapi merupakan rintangan yang boleh membawa kesan yang negatif
kepada siswa guru dalam OLL, namun ia boleh ditambah baik dan di atasi dengan kerjasama
pelbagai pihak. Oleh itu, Kajian ini juga berhasrat untuk mengkaji tahap penerimaan siswa terhadap
OLL semasa COVID-19 di peringkat institut pendidikan guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi.
TINJAUAN LITERATUR
Para penyelidik telah banyak membincangkan penerimaan teknologi telah banyak dengan
menggabungkan pelbagai teori dan model (Sharma & Chandel, 2013) tetapi dalam keadaan, budaya
dan persekitaran yang berbeza. Teori dan model yang biasa digunakan adalah seperti Unified Theory
of Acceptance and Use of Technology (UTAUT), Technology Acceptance Model (TAM), Extension of
TAM, Innovation Diffusion Theory (IDT), Theory of Planned Behavior (TPB) dan Theory Reasoned
Action (TRA). Teori dan model ini mempunyai kepercayaan, pemikiran dan manfaat yang pelbagai
kepada para penyelidik.
Dalam kajian ini, tiga faktor diadaptasi daripada teori, model dan kajian lepas yang berkaitan
dengan penerimaan OLL. Dua faktor iaitu tanggapan kebergunaan diadaptasi daripada TAM (Davis,
1989), faktor ciri-ciri pensyarah diadaptasi daripada kajian lepas seperti Waheed dan Hussain (2010),
Sun, Tsai, Finger, Chen, dan Yeh (2008) dan Selim (2007). Tanggapan kebergunaan boleh
mempengaruhi keinginan pengguna untuk mengguna OLL dan kemudian akan mempengaruhi
penggunaan sistem tersebut. Tanggapan kebergunaan (TK) merujuk kepada sejauh mana seseorang
percaya bahawa penggunaan sistem tertentu akan meningkatkan prestasi kerjanya, dan
Demikian pula, pensyarah memainkan peranan penting dalam menggalakkan pelajar untuk
mengguna sistem OLL. Waheed dan Hussain (2010) mengatakan bahawa faktor ciri-ciri pensyarah
dalam PdP boleh menyumbang terhadap penerimaan OLL dan memberi kepuasan kepada pelajar.
Tambahan pula, kejayaan pelaksanaan sistem OLL bergantung kepada sikap pensyarah terhadap OLL.
Bukan hanya sikap terhadap sistem, malahan peranan pensyarah dalam pengendalian OLL, penyebaran
maklumat, gaya pengajaran, penyediaan maklumat dan kandungan yang sesuai dan berkualiti memberi
kepuasan serta mempengaruhi penerimaan OLL dalam kalangan siswa guru. Sun et al. (2008), pula
menegaskan bahawa sikap pensyarah terhadap OLL boleh mempengaruhi penerimaan OLL dalam
kalangan siswa guru.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif-objektif kajian yang disarankan dalam kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap tanggapan kebergunaan OLL siswa guru semasa COVID-19
2. Mengenal pasti tahap PdP pensyarah dalam pengajaran OLL semasa COVID-19
3. Mengenal pasti tahap penerimaan siswa guru dalam pembelajaran OLL semasa COVID-19
SOALAN KAJIAN
Objektif-objektif kajian yang disarankan dalam kajian ini adalah untuk:
1. Apakah tahap tanggapan kebergunaan OLL siswa guru semasa COVID-19?
2. Apakah tahap PdP pensyarah dalam pengajaran OLL semasa COVID-19
3. Apakah tahap penerimaan siswa guru dalam pembelajaran OLL semasa COVID-19
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskritif dengan menggunakan soal selidik sebagai
544
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
instrumen kajian bagi memberi gambaran tentang penerimaan OLL dalam kalangan siswa guru.
Menurut Yahya Don (2006), kajian tinjauan deskriptif boleh mengumpulkan pelbagai maklumat dan
mengukur pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan suatu fenomena. Kaedah soal selidik
pula mudah untuk mendapat maklumat- maklumat yang tepat yang diperlukan berdasarkan item soalan
kajian. Soalan soal selidik dibentuk menggunakan Google Form dan diedar melalui aplikasi
WhatsApp kepada semua responden. Kaedah ini juga hanya memerlukan responden sendiri menanda
jawapan di Google Form (Jas Laile, 2008). Justeru, kaedah soal selidik ini mudah, cepat dan
menjimatkan masa.
Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada siswa guru yang telah mengguna OLL semasa PKP COVID-19 dari
pelbagai bidang di sebuah IPG di Bangi. Dalam kajian ini, persampelan yang digunakan ialah
persampelan rawak berlapis (stratified random sampling) kerana saiz populasi yang tidak seragam dan
seterusnya menggunakan persampelan rawak mudah. Berdasarkan jadual Krejie dan Morgan (1970),
nilai minimum bagi populasi 850 orang adalah 265 orang. Bilangan ini dianggap memadai dalam kajian
ini berdasarkan Chua (2006) yang menyatakan bahawa peratus (%) minimum bagi sampel sesuatu
kajian adalah 30% sahaja dari populasi kajian. J u s t e r u , Kajian ini t e l a h melibatkan seramai
303 orang responden yang dipilih secara rawak bagi setiap kumpulan PPISMP dan PISMP.
Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, satu set soal selidik yang mengandungi lima bahagian telah disediakan, iaitu
Bahagian A: Latar belakang siswa guru; Bahagian B: Tanggapan Kebergunaan (TK); Bahagian C: Ciri-
ciri pensyarah dalam PdP; Bahagian D: Isu pelaksanaan OLL semasa PKP COVID 19. Soal selidik
diadaptasi dan diubahsuai daripada para penyelidik seperti Agatha dan Suhaimi (2016), Waheed dan
Hussain (2010), Ab Hamid et al. (2014), Selim (2007), DeLone dan McLean (2003 dan 1992), Davis,
dan Davis (1989). Soal selidik ini menggunakan pengukuran Skala Likert 5 iaitu Sangat Tidak Setuju,
Tidak Setuju, Kurang Pasti, Setuju dan Sangat Setuju untuk melihat faktor-faktor mempengaruhi
penerimaan OLL dalam kalangan siswa guru.
Kajian Rintis
Kajian rintis telah dijalankan terhadap 45 orang siswa guru dan tahap kebolehpercayaan instrumen
kajian ini adalah tinggi seperti di dalam jadual 1:
Jadual 1: Tahap kebolehpercayaan instrumen kajian.
Bil Aspek OLL Cronbach's Bil.
Alpha Item
. 1 Tahap kebergunaan (TK) 0.920 9
2 Ciri PdP Pensyarah 0.913 9
3 Isu Pelaksanaan OLL semasa PKP 0.834 8
COVID-19
0.884 26
Data bagi kajian ini dianalisis dengan menggunakan analisis kebolehpercayaan Cronbach Alpha
dengan perisian SPSS versi 20.0. Nilai Cronbach Alpha yang diperolehi ialah .90 Nilai
kebolehpercayaan ini menunjukkan soal selidik tersebut adalah bagus dan boleh digunakan untuk
kajian ini. Ini adalah kerana instrumen yang mempunyai nilai pekali yang lebih daripada 8 dianggap
mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (Cohen, Manion & Morrison, 2007).
DAPATAN KAJIAN
Profil Siswa Guru
545
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Dari sesi profil sampel kajian mengikut jantina, bidang dan major, seperti dalam Jadual 2 yang
ditunjukkan di bawah:
Jadual 2: Profil siswa guru
Bil Perkara Kategori Kekerapan Peratus
1 Jantina lelaki 112 35.8
Perempuan 191 64.2
2 Bidang Jumlah 303 100%
3 Major PPISMP 81 25.2
PISMP 221 71.7
Jumlah 303 100%
Pendidikan Islam 181 57.8
Bahasa Arab 67 21.4
Pengajian Melayu 35 11.2
Bahasa Inggeris 10 3.2
Matematik 10 3.2
Jumlah 303 100%
Analisis Deskriptif
Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melaporkan tahap penerimaan dan faktor- faktor yang
mempengaruhi penerimaan OLL dalam kalangan siswa guru semasa PKP COVID-19 dengan
menggunakan min dan sisihan piawai. Min yang diperoleh ditafsirkan menggunakan cara interpretasi
dapatan statistik deskriptif yang dicadangkan oleh Nunnally (1976) dan diguna oleh Azhar (2006)
seperti jadual 3 berikut:
Jadual 3: Interpretasi skor min bagi melaporkan dapatan deskriptif statistik:
Skor Min Interpretasi
Rendah (R)
1.00 – 2.00 Sederhana Rendah (SR)
2.01 – 3.00 Sederhana Tinggi (ST)
3.01 – 4.00 Tinggi (T)
4.01 – 5.00
Sumber: Ubahsuai daripada Nunnally (1976) diguna oleh Azhar (2006)
1. Faktor Tanggapan Kebergunaan (TK)
Bagi menjawab soalan kajian yang pertama. Dapatan menunjukkan bahawa tahap tanggapan
kebergunaan berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai purata min keseluruhan adalah (min=3.20,
sp=1.153). Analisis keseluruhan bagi hasil kajian yang diperolehi dapat dirujuk menerusi Jadual 4 di
bawah:
546
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 4: Taburan Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Tanggapan Kebergunaan
Bil. Item Kekerapan & Peratus (N=303)
STS TS KS S SS Min SP Tahap
12 3 4 5
Pembelajaran `online' 30 47 89 86 51
A1 meningkatkan prestasi 10.2 15.7 29.1 28.1 16.9 3.26 1.209 ST
pembelajaran saya %% % % %
Pembelajaran `online' 34 51 99 76 43
A2 meningkatkan tahap 11.5 19.9 32.3 24.9 14.4 3.14 1.200 ST
kefahaman saya %% % % %
Pembelajaran `online' 31 53 96 71 52
10.5 16.9 31.3 23.3 17.3 3.19 1.220 ST
A3 meningkatkan %% % % %
keberkesanan
pembelajaran saya
Saya mendapati sistem 28 47 77 88 63
9.6 15.7 25.2 28.8 10.8
A4 pembelajaran `online' % %% % % 3.35 1.240 ST
sangat berguna untuk
saya
Melalui pembelajaran 38 63 80 67 55
12.8 20.8 26.2 22.0 18.2 3.12 1.288 ST
A5 `online', isi kandungan %% % % %
kursus lebih mudah
untuk dipelajari
Pembelajaran `online' 39 58 78 67 61
A6 meningkatkan kualiti 13.1 19.2 25.6 22.0 20.1 3.17 1.311 ST
tugasan saya %% % % %
Pembelajaran `online'
membolehkan lebih 50 51 64 42 78
A7 banyak tugas dapat 16.6 16.9 20.4 20.4 25.6 3.21 1.422 ST
disiapkan dalam satu % % % % %
masa
Pembelajaran `online'
menyokong sebarang 36 50 96 68 53
A8 aspek yang dianggap 12.1 16.6 31.3 22.4 17.6 3.17 1.247 ST
kritikal dalam %% % % %
pembelajaran
Pembelajaran `online' 47 52 60 70 74
A9 membolehkan kerja 15.7 17.3 19.8 23.0 24.3 3.23 1.398 ST
disiapkan lebih cepat % % % % %
Min Keseluruhan 3.20 1.153 ST
Berdasarkan Jadual 4, dapatan yang diperoleh daripada analisis menunjukkan bahawa item (A4) seramai
39.6 peratus responden bersetuju dan seramai 60.4 peratus responden tidak bersetuju dengan item ini di
mana min ialah 3.35, sp=1.240. Item ini berada pada min yang tertinggi daripada 9 item. Manakala
terendah ialah item (A5) seramai 40.2 peratus responden bersetuju dan seramai 59.8 peratus responden
tidak bersetuju dengan item ini di mana min ialah 3.12, sp=1.288. Ini menunjukkan bahawa item-item
ini berada pada kumpulan item min tahap Sederhana tinggi.
547
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Ini menunjukkan bahawa faktor tanggapan kebergunaan memberi kesan positif terhadap
penerimaan dan OLL dalam kalangan siswa guru. Responden percaya bahawa OLL dapat meningkatan
kefahaman, keberkesanan pembelajaran serta sangat berguna dan mudah semasa digunakan.
2. Faktor Ciri-ciri Pensyarah dalam PdP OLL
Bagi menjawab soalan kajian yang ketiga ialah faktor ciri pensyarah yang menggunakan OLL. Jadual
6 menunjukkan analisis data faktor ciri-ciri pensyarah dalam menggunakan OLL. Terdapat sembilan
item yang diperuntukkan untuk menguji faktor ciri-ciri pensyarah yang menggunakan OLL dalam
kalangan siswa guru.
Jadual 5: Taburan Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Ciri-ciri Pensyarah
Bil. Item Kekerapan & Peratus (N=303)
STS TS KS S SS Min SP Tahap
T
123 4 5 ST
T
Pensyarah 7 14 46 ST
2.9 5.1 15.3 T
B1 bersemangat untuk % % % 111 125 4.06 1.01 ST
mengajar kelas 36.1% 40.6% 1 T
T
PdPc 'online'
Gaya penyampaian
pensyarah dalam 14 25 76 105 83 3.70 1.11
B2 PdPc 'Online' 5.1 8.6 24.9 34.2% 27.2% 3
% % %
menarik perhatian
saya
Pensyarah mesra
terhadap setiap 7 10 50 120 116 0.97
3.8 16.6 39.0% 37.7% 8
B3 pelajar semasa PdPc 2.9 % % 4.05
'Online' %
berlangsung.
Pensyarah 8 15 67
3.2 5.4 22.0
B4 mengendalikan % % % 117 96 3.89 1.01
PdPc `online' 38.0% 31.3% 4
dengan berkesan
Pensyarah
menerangkan 2 13 64 116 108 4.01 0.93
B5 bagaimana untuk 1.3 4.8 21.1 37.7% 35.1% 4
% % %
menggunakan
sistem PdPc `online'
Pensyarah berasa
gembira apabila 6 23 66 100 108 1.05
8.0 21.7 32.6% 35.1% 4
B6 kami menggunakan 2.6 % % 3.90
PdPc `online' untuk %
berinteraksi
Pelajar digalakkan 9 8 50
3.5 3.2 16.6
B7 untuk mengambil % % % 112 126 4.07 1.00
bahagian dalam 36.4% 40.3% 6
PdPc 'online'
Pensyarah
menggalak dan 3 14 61 112 113 0.95
5.1 20.1 36.4% 36.7% 9
B8 mendorong saya 1.6 % % 4.02
untuk menggunakan %
PdPc `online'
548
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pensyarah aktif 5 12 72
2.2 4.5 23.6
B9 mengajar subjek % % % 104 110 3.96 0.98 ST
melalui PdPc 33.9% 35.8% 8
`online'
Min Keseluruhan 3.96 0.85 ST
4
Berdasarkan Jadual 5, dapatan yang diperoleh daripada analisis menunjukkan bahawa item (B7) seramai
76.7 peratus responden bersetuju dan seramai 23.3 peratus responden tidak bersetuju dengan item ini di
mana min ialah 4.07, sp=1.006. Item ini berada pada min yang tertinggi daripada 6 item. Manakala
terendah ialah (B2) seramai 61.4 peratus responden bersetuju dan seramai 38.6 peratus responden tidak
bersetuju dengan item ini di mana min ialah 3.70, sp=1.113. Ini menunjukkan bahawa item-item ini
berada pada kumpulan item min tahap sederhana tinggi.
Ini menunjukkan bahawa faktor ciri-ciri pensyarah semasa PdP OLL memberi kesan positif
terhadap penerimaan dan OLL dalam kalangan siswa guru. Responden percaya bahawa pensyarah
berpengaruh terhadap penerimaan OLL dalam kalangan responden.
3. Faktor PKP CONVID 19
Bagi menjawab soalan kajian yang keempat ialah faktor PKP COVID-19 yang menggunakan OLL.
Jadual 7 menunjukkan analisis data faktor PKP COVID-19 dalam menggunakan OLL. Terdapat lapan
item yang diperuntukkan untuk menguji faktor PKP COVID-19 yang menggunakan OLL dalam
kalangan siswa guru.
Jadual 6: Taburan Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Faktor PKP COVID-19
Bil. Item Kekerapan & Peratus (N=303)
STS TS KS S SS Min SP Tahap
1.203 ST
1 23 4 5 1.271 SR
1.355 ST
IPGKPI mempunyai 30 27 76 1.362 ST
10.2 9.3 24.9
C1 sistem pengurusan % % % 110 60 3.46 1.241 T
35.8% 19.8% 1.320 ST
PdPc 'online'
masing-masing
Di rumah saya 86 73 81 36 27 2.50
C2 mempunyai capaian 28.1 24.0 26.5 12.1% 9.3%
internet sangat baik % % %
C3 Saya hadapi bebanan 34 26 43 84 116 3.71
masa untuk PdPc 11.5 8.9 14.4 27.5% 37.7%
'online' sekiranya % % %
berada di kampung
PdPc 'online' 38 28 57
12.8 9.6 18.8
C4 menggunakan kos % % % 81 99 3.56
26.5% 32.3%
kewangan (data, top
up) yang agak tinggi.
Tahap capaian
C5 internet yang lemah 21 17 25 66 174 4.13
mengganggu PdPc 7.3% 8.6 8.6% 21.7% 56.2%
'online' berlangsung %
dengan lancar.
C6 PdPc 'online' yang 29 23 62 68 127 3.73
tidak terurus oleh 9.9% 8.0 20.4 22.4% 41.2%
pensyarah % %
549
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
menyebabkan
ketidakadilan kepada
pelajar.
Pertambahan
bebanan tugasan 38 23 45 70 127 3.72 1.400 ST
C7 pelajar dalam PdPc 12.8 8.0 15.0 23.0% 41.2%
%
'online' berbanding % %
interaksi bersemuka.
C8 Suasana persekitaran 32 21 50 77 123 3.76 1.336 ST
di rumah kurang 10.9 7.3 16.6 25.2% 39.9%
sesuai PdPc 'online' % % %
untuk dijalankan.
Min Keseluruhan 3.34 0.518 ST
Berdasarkan Jadual 6, dapatan yang diperoleh daripada analisis menunjukkan bahawa item (C5) seramai
77.9 peratus responden bersetuju dan seramai 22.1 peratus responden tidak bersetuju dengan item ini di
mana min ialah 4.13, sp=1.241. Item ini berada pada min yang tertinggi daripada 8 item. Manakala
terendah ialah (C2) seramai 21.4 peratus responden bersetuju dan seramai 78.6 peratus responden tidak
bersetuju dengan item ini di mana min ialah2.50, sp=1.271. Ini menunjukkan bahawa item-item ini
berada pada kumpulan item min tahap Tinggi, Sederhana tinggi dan sederhana rendah.
Ini menunjukkan bahawa faktor PKP COVID-19 memberi kesan negatif terhadap penerimaan
dan OLL dalam kalangan siswa guru. Responden percaya bahawa capaian internet yang lemah, bebanan
kerja yang bertambah semasa PKP COVID-19 serta kos kewangan yang tinggi juga mempengaruhi
penerimaan OLL dalam kalangan responden.
PERBINCANGAN
Daripada hasil analisis kajian, didapati min keseluruhan bagi faktor tanggapan kebergunaan (min=3.20,
sp=1.153) mempengaruhi penerimaan OLL semasa PKP COVID-19. Ini menunjukkan bahawa pelajar
mempunyai sikap positif dan percaya bahawa OLL memberi faedah dalam penggunaan sistem itu.
Dapatan kajian ini selaras dengan kajian Davis et al. (1989) dan Davis (1989) yang menjelaskan faktor
tanggapan kebergunaan dalam teori TAM memberi kesan positif terhadap penggunaan teknologi OLL.
Penyataan ini disokong oleh Ahmad Althumibat et al. (2012) yang menyatakan tanggapan kebergunaan
mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan berbantukan teknologi.
Menurut Ahmad Althunibat et al. (2012), produk dan perkhidmatan yang memberi faedah dan mudah
untuk menggunakannya akan memberi kesan kepada penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan
yang disediakan oleh agensi.Berbeza pula dengan kajian dijalankan oleh Ab Hamid et al (2014), dan
Kusuma (2008) yang menjelaskan bahawa faktor tanggapan kebergunaan tidak memberi kesan
terhadap penerimaan OLL dalam kalangan pengguna. Ini menunjukkan bahawa dapatan kajian ini
dengan kajian lepas adalah berbeza dan tidak konsisten. Perbezaan dapatan kajian boleh dipengaruhi
oleh faktor-faktor yang lain.
Faktor ciri pensyarah mencatatkan keseluruhan skor min 3.96. Ini menunjukkan peranan pensyarah
dalam mempengaruhi penerimaan adalah positif. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian Waheed
dan Hussain (2010) yang menyatakan bahawa pengguna perlu berinteraksi dengan pengajar bagi
menyelesaikan masalah tugasan. Interaksi antara pelajar dengan pensyarah dan rakan membolehkan
pelajar berhubung dengan pensyarah dan rakan apabila menghadapi masalah dalam tugasan atau
penerangan sesuatu konsep. Bimbingan dan dorongan daripada pensyarah boleh memberi motivasi
kepada pelajar untuk menggunakan sistem OLL dan secara tidak langsung dapat menerima sistem
tersebut. Selain itu, penyampaian yang menarik, gaya pengajaran yang bersistematik serta interaksi
yang mesra adalah antara faktor yang menggalakkan pelajar untuk menerima dan mendorong untuk
550
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
terus menggunakan sistem OLL. Kenyataan ini disokong oleh Sun et al. (2008), yang menyatakan
bahawa sikap pengajar terhadap OLL adalah penting kerana ia boleh memberi kesan positif kepada
penerimaan pelajar terhadap OLL.
Seterusnya faktor PKP COVID-19 (min=3.34, sp=0.518) dalam pembelajaran OLL telah memberi
kesan yang negatif terhadap penerimaan siswa guru terhadap OLL. Masalah capaian akses internet yang
lemah bagi siswa guru di mana sebahagian daripadanya tinggal di kawasan luar bandar terutamanya di
beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, beberapa siswa guru yang tinggal di
Semenanjung juga tidak dapat mengakses internet kerana lokasi kediaman mereka jauh dari kawasan
liputan rangkaian. Kesanya ialah sukar bagi mereka untuk mengikuti OLL dengan baik dan berkesan.
Disamping itu juga OLL menggunakan interaksi segerak adalah proses yang sangat menarik dan dapat
berinteraksi dengan pelajar secara bersemuka. Walau bagaimanapun, penemuan kajian ini menunjukkan
bahawa pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana memerlukan
data rangkaian internet yang tinggi. Kebanyakan mereka melanggan perkhidmatan internet secara
prabayar dan bukannya pasca berbayar. Mereka sering memuat semula data prabayar mereka apabila
mereka berhasrat menggunakan rangkaian internet. Pada peringkat awal fasa pertama PKP COVID-19,
beberapa rangkaian telekomunikasi masih belum menyediakan pengguna dengan data internet secara
percuma.
KESIMPULAN
Pendekatan OLL amat penting sebagai satu kaedah dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan pensyarah dan siswa guru terutamanya apabila PdP telah mengalami
perubahan normal daripada kebiasaan semasa PKP COVID-19. Dapatan kajian mendapati bahawa
tahap penerimaan OLL dalam kalangan siswa guru adalah sederhana dan dipengaruhi oleh faktor-faktor
seperti tanggapan kebergunaan, pensyarah dan masalah OLL. Kebergunaan dipengaruhi oleh kualiti
sistem yang disediakan oleh pihak institut berkenaan dan maklumat yang disediakan oleh pensyarah.
Namun faktor PKP COVID-19 semasa OLL yang dijalankan seperti capaian internet lemah, signal
rendah, beban tugasan kerja kursus, masalah kos kewangan tinggi, persekitaran pembelajaran di
kamping yang kurang selesa dan kondusif sukar untuk siswa guru untuk menggunakan OLL dengan
lebih berkesan. Kemudahan lain seperti perkhidmatan internet dan jalur lebar harus ditambah baik
kerana internet merupakan teras kepada penggunaan dan penerimaan OLL.
Hasil kajian ini memberi implikasi kepada pihak pengurusan, para pensyarah, penyelidik sendiri
dan para siswa guru. Kajian dapat menambah pengetahuan penyelidik dalam bidang OLL
terutamanya semasa berlaku wabak COVID-19 berkaitan dengan amalan penggunaan dan
penerimaan OLL. Dari pihak siswa guru dan pensyarah boleh membantu dan memudahkan
pembelajaran dan pengajaran kerana OLL boleh dilaksanakan di mana-mana dan pada bila-bila masa,
asalkan tempat atau lokasi itu mempunyai persekitaran yang berangkaian. Kajian ini juga memberi
gambaran jelas kepada pihak pentadbiran dan pengurusan serta pensyarah-pensyarah tentang isu-isu
OLL luar jangka seperti PKP COVID-19 agar langkah-langkah yang sewajar dapat diambil. Selain
itu, kajian ini menggalakkan para pensyarah untuk menggunakan OLL dalam membantu melicinkan
proses pengajaran mereka. Selain itu, kajian ini juga menambahkan lagi jumlah kajian dalam bidang
OLL dan menjadi sumber rujukan kepada para penyelidik untuk membuat kajian lanjutan.
RUJUKAN
Ab. Hamid Ali, Fadzli Adam, & Wong, Wan Solihin Abdullah. (2014). Penerimaan blog sebagai
medium agama dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia. Proceeding of the International
Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014, 4-5 March 2014, Kuala
Lumpur, Malaysia.
Aghata F. Umbit & Muhammad Suhaimi Taat. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan
551
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Institut. Jurnal Penyelidikan IPGKBL. Bil 13, 1-
14
Ahmad Althunibat, Nor Azan Mat Zin, & Noraidah Sahari. (2012). Pemodelan faktor penerimaan
perkhidmatn kerajaan mudah alih (M-Kerajaan). Asia-Pacific Journal of Information
Technology and Multimedia, 1 (1). 21-37.
Aypay, A., Celik, H. C., Aypay, A., & Sever, M. (2012). Technology acceptance in education: a study
of pre-service teachers in Turkey TOJET: The Turkish Online Journal of Educational
Technology, 11 (4), 264-272.
Azhar Ahmad. 2006. Strategi pembelajaran dan pengaturan kendiri pendidikan Islam dan penghayatan
akhlak pelajar sekolah menengah. Tesis Ph. D, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bernama (2020). COVID-19: USM Laksana Kuliah Secara Dalam Talian.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1821545
Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan: Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
th
Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2007). Research methods in education (6
Crawford, Joseph; Butler-Henderson, Kerryn; Rudolph, Jürgen; Glowatz, Matthias; (2020). COVID-
19: 20 Countries' Higher Education Intra-Period Digital Pedagogy Responses. Journal of
Applied Teaching and Learning (JALT), 3 (1):
Davis, F. D., Bagozzi, R. P., & Warshaw, P. R. (1989). User acceptance of computer technology: A
comparison of two theoretical models. Management Science, 35 (8), 982-1003.
Davis, F. D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of information
technology. MIS Quarterly, 13 (3), 318–339.
Delone, W. H., & McLean. E. R. (2003). The Delone and McLean Model of information systems
success: A Ten-Year update. Journal of Management Information System, 19, 9-30. ed.) New
York: Routledge.
Evans, O. (2020). Socio-economic impacts of novel coronavirus: The policy solutions. Biz Econs
Quarterly, 7, 3-12.
Evans, O. (2020). Socio-economic impacts of novel coronavirus: The policy solutions. Biz Econs
Quarterly, 7, 3-12.
Institut Pendidikan Guru Malaysia (2020). Tatacara Pengoperasian Pengurusan AkademikBerikutan
Perintah Kawalan Pergerakan. Surat Makluman Raptor Bertarikh 26 March 2020. Nombor
Rujukan KPM.100-1/7/96 (92)
Institut Pendidikan Guru Malaysia (2020). Tatacara Pengoperasian Pengurusan Akademik
Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan remaja. Shah Alam:
Arah Pendidikan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (2020). Kenyataan Akhbar KPK 25 Januari 2020 – Pengesanan
Kes Baharu yang Disahkan Dijangkiti 2019 Novel Coronavirus (2019- nCoV) di
Malaysia. Retrieved on April 7, 2020 from
552
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
https://kpkesihatan.com/2020/01/25/kenyataan-akhbar-kpk-25- januari-2020- pengesanan-
kes-baharu-yang-disahkan-dijangkiti-2019-novel- coronavirus-2019- ncov-di-malaysia/
Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Soalan Lazim (Faqs) Berkaitan Perlanjutan Perintah
Kawalan Pergerakan Kpm Bilangan 2. Retrieved on April 9, 2020 from
https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/faq-perlanjutan-pkp-bil2
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Kusuma, Hadri. (2008). Model Penerimaan Teknologi Informasi: Peran nilai-nilai personal, pidato.
Human–Computer Studies, 64, 683-696.
Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, & Ting, K. S. (2007). Kajian mengenai
penggunaan e-pembelajaran (e-learning) di kalangan pelajar jurusan pendidikan teknikal dan
Vokasional di institusi pengajian tinggi (IPTA) Negeri Johor. 1st International Malaysian
Educational Technology Convention, UTM Skudai, Johor.
Nunnally, J. C. (1976). Psycometric Theory. New York: McGraw Hill Book Company. University
Press.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia (2020). Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-
19 – 16 Mac 2020. Retrieved on April 7, 2020 from
https://www.pmo.gov.my/ms/2020/03/perutusan-khas-yab-perdana-menteri-Profesional
Publishing.
Selim, H. M. (2007). Critical success factors for e-learning acceptance: Confirmatory factor
models. Computers & Education, 49, 396–413.
Sharma, Sujeet Kumar & Chandel, Jyoti Kumar. (2013). Technology Acceptance Model for the use
of learning through websites among students in Oman. International Arab Journal of e-
Technology, 3 (1), 44-49.
Sun, P. C., Tsai, R. J., Finger, G., Chen, Y. Y., & Yeh, D. (2008). What drives a successful e-Learning?
An empirical investigation of the critical factors influencing learner satisfaction. Computers
and Education, 50, 1183–1202.
UNESCO. (2020). COVID-19 Educational disruption and response.
https://en.unesco.org/themes/education- emergencies/coronavirus-school-closures
United Nations Educational, Social and Cultural Organisation (2014), Educational Systems in ASEAN
and Six Countries: A Comparative Analysis of Selected Educational Issues, Bangkok,
UNESCO
Waheed, M., & Hussain, M. F. (2010). Empirical study of e-learner contentment towards e-Learning:
Influential role of key factors. The 2010 MIT LINC Conference in Stratton Center on the MIT
Campus. Boston, 23 – 26 May.
Yahya Don. (2006). Psikologi sosial dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
553
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN APLIKASI ICT DAN PERALATAN ICT
DALAM KALANGAN WARGA IAB INDUK
Wan Mimi binti Wan Omar ([email protected])
Sham bin Ibrahim ([email protected])
Norhiza binti Mohd Salleh ([email protected])
Zaharah binti Zakaria ([email protected])
Lani bin Ibrahim ([email protected])
Sahrul bin Sulaiman ([email protected])
Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan tahap kemahiran asas aplikasi ICT serta penggunaan
peralatan ICT dalam kalangan pensyarah dan warga IAB Induk. Kajian menggunakan reka bentuk
tinjauan melibatkan 186 orang pensyarah dan warga IAB Induk sebagai sampel kajian. Data dikumpul
menggunakan satu soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu item maklumat latar belakang,
item kemahiran asas aplikasi ICT dan item penggunaan peralatan ICT. Tahap kemahiran asas ICT
pensyarah dan warga IAB Induk diukur berdasarkan enam jenis aplikasi ICT iaitu pengoperasian
komputer, pemprosesan perkataan (Word), persembahan elektronik (PowerPoint), hamparan
elektronik (Excel), Internet dan iMac, manakala tahap penggunaan peralatan ICT diukur berdasarkan
kekerapan penggunaan peralatan ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dan juga tugas
harian. Kebolehpercayaan bagi tahap kemahiran asas ICT ialah .91 dan tahap penggunaan peralatan
ICT ialah .78. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah dan warga IAB Induk menguasai kemahiran
asas bagi lima jenis aplikasi ICT (M=3.41, SP= .54). Manakala kemahiran penggunaan peralatan
ICT dalam kalangan pensyarah dan warga IAB Induk adalah pada tahap sederhana (M=2.54,
SP=.61).
Kata kunci: Aplikasi ICT, Peralatan ICT, Kemahiran Asas dan Kemahiran penggunaan.
PENGENALAN
Pusat Pengurusan Teknologi (PPT) adalah sebuah pusat yang dipertanggungjawabkan dalam
menguruskan info dan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Institut Aminuddin
Baki (IAB). PPT terdiri daripada tiga (3) jabatan iaitu Jabatan Pengurusan Rangkaian dan Sistem
Maklumat (JPRSM), Jabatan Perancangan ICT dan Senggaraan komputer (JPSI) dan Jabatan e-
Pembelajaran (JeP). Fungsi JPSI lebih memfokuskan aspek-aspek yang berkaitan dengan teknikal dan
pasarana ICT dalam memastikan perkhidmatan pengurusan IAB mampu menggunakan ICT secara
cekap dan berhemah. Maklum balas, pengumpulan maklumat dan kajian berterusan yang berkaitan
aspek-aspek ICT perlu dilaksanakan agar pihak pengurusan sentiasa memperoleh maklumat yang
terkini.
554
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan trend terkini yang berkait rapat
dengan era globalisasi dan kecanggihan teknologi maklumat yang bermatlamatkan penerokaan ke arah
satu dimensi yang baru. Matlamat akhirnya adalah untuk memperoleh kelebihan dalam mengimplemen
teknologi maklumat dalam segala bidang termasuk meningkatkan produktiviti, kecemerlangan
berasaskan pencapaian dan memaksimakan ketepatan dalam organisasi berlandaskan rangkaian melalui
maklumat. (Karimi, Somers & Gupta, 2001).
ICT telah menjadi satu revolusi dalam industri pengkomputeran dan komputer peribadi sering
dihubungkan untuk mencipta rangkaian dalam merentasi sempadan. Bila kita menggunakan ICT yang
terkini, ia menawarkan pulangan kepada kecemerlangan operasi, data yang berintegriti dan peningkatan
keunggulan sesebuah organisasi. Teknologi telah menjadikan kelebihan hardware dan software untuk
mempengaruhi produktiviti, yang diselaraskan dengan aktiviti operasi (Anckar & Walden, 2001).
.
PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
Semenjak pengoperasian IAB Bandar Enstek, atau dikenali sebagai IAB Induk bermula pada akhir
2013 hingga kini, Jabatan Perancangan dan Senggaraan ICT (JPSI), Pusat Pengurusan Teknologi, telah
berjaya mendapatkan pelbagai pembelian dan perolehan ICT serta teknologi bagi menampung
keperluan peralatan ICT pensyarah dan pegawai-pegawai serta bangunan baharu yang diperuntukan.
Matlamat utamanya adalah untuk memastikan info dan infrastruktur ICT IAB dapat memenuhi
keperluan dan kehendak warga IAB sepenuhnya.
Selain daripada komputer desktop, komputer riba, pencetak, IAB Induk juga dilengkapi dengan 16
bilik kuliah dan 3 makmal komputer (2 makmal berasaskan Windows dan 1 makmal Apple Macintosh),
TV plasma, papan pintar, skrin LCD, sistem biometrik dan juga CCTV kemudahan sedia ada bagi
kegunaan warga IAB Induk. Kemudahan ICT yang disediakan ini menuntut setiap warga IAB dapat
memaksimakan penggunaan ICT dalam ruang lingkup tugas harian mereka. Berdasarkan data senarai
peralatan ICT (Komputer desktop dan Komputer riba), jumlah peralatan tersebut yang didaftarkan ke
atas setiap individu adalah seperti rajah 1 di bawah:
Senarai Peralatan ICT Didaftar Atas Nama Pegawai IAB
Bandar Enstek setakat Mei 2018
300 266
200
100 31
0 Komputer Riba
Komputer Desktop
Series1
Rajah 1: Senarai Peralatan ICT Didaftar Atas Nama Pegawai IAB Bandar Enstek
Berdasarkan data peralatan ICT, kajian ini ingin melihat sama ada wujudnya penjajaran antara peralatan
ICT dengan pengetahuan, kemahiran dan penggunaan ICT dalam kalangan warga IAB induk. Dapatan
ini akan memberikan input dalam perancangan ICT dalam tahun-tahun yang akan datang.
Salman dan Pulungan, (2017) menegaskan bahawa motivasi diri memainkan peranan penting dalam
pemilihan media oleh seseorang individu. Penilaian yang berterusan berkaitan dengan keberkesanan
555
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dan kejayaan pelaksanaan sistem perlu dilakukan agar sejumlah wang telah diperuntukkan bagi
penyediaan infrastruktur yang kondusif tidak disia-siakan (Razana dan Noriza, 2015). Penggunaan ICT
berasaskan komputer bagi membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran dapat
dilihat hampir di semua organisasi. Pelaburan yang tinggi bagi menyediakan perkakasan, perisian serta
modal insan yang celik komputer seharusnya memberi pulangan yang hebat dan menguntungkan
organisasi. Namun begitu, kajian lepas menunjukkan terdapat sistem yang dibangunkan mengalami
kegagalan mutlak atau separa apabila dilaksanakan.
Antara punca kegagalan adalah berkaitan dengan masalah teknikal (Martinsons & Chong, 1999;
Dimitrios, Dimitrios & Charalampos, 2011; Raid Moh’d Al-adaileh, 2009), sokongan dan komitmen
pihak pengurusan (Johnson, 2013; Raid Moh’d Al-adaileh, 2009), penjajaran di antara pengguna, tugas
dan teknologi yang digunakan bagi melakukan tugas tersebut (Goodhue & Thompson, 1995; Kuo &
Lee, 2011) dan penjajaran di antara elemen teknologi dan organisasi (Yue-Yang Chen, ShangPao Yeh,
Hui-Ling Huang, 2012; Chi-Hung Yeh, Gwo-Guang Lee, Jung-Chi Pai, 2012; Weiss & Thorogood,
2011). Berdasarkan kenyataan yang dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, kajian ini diharap
akan dapat memberikan dapatan yang jelas penjajaran antara ICT dengan kemahiran warga IAB pula.
Kajian berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan guru dan pensyarah di sekolah dan institusi
pendidikan menunjukkan tahap yang rendah (sebagai contoh Ashinida et al, 2004; Nor Azilah &
Mona, 2004; Robiah et al, 2003; Mohd. Jasmy et al, 2003; Siti Aishah et al, 2002; Abd. Rahman,
2000; Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999). Tiga faktor utama yang dikaitkan dengan tahap
penggunaan ICT di sekolah dan institusi pendidikan ialah guru atau pensyarah, teknologi dan institusi
(Zhao et al, 2002). Ketiga-tiga faktor ini berkait rapat antara satu sama lain, tetapi Ely (1995)
berpendapat faktor guru atau pensyarah adalah kritikal
dalam sebarang pelaksanaan ICT di sekolah dan institusi pendidikan. Sesungguhnya cabaran paling
besar ialah memastikan semua guru dan pensyarah menggunakan teknologi ICT secara berkesan dalam
tugasan harian mereka (Lee & Winzenreid, 2009).
Sejauh mana pensyarah IAB bersedia serta sanggup mengguna ICT dalam amalan pengajaran dan
tugasan harian mereka juga banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran teknologi yang
ada pada mereka. Menurut Abd. Rahman, (2000) guru kurang menggunakan teknologi di dalam amalan
pengajaran mereka adalah disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan ICT.
Sehubungan itu timbul persoalan sejauh manakah penguasaan warga IAB induk terhadap kemahiran
asas ICT dan adakah mereka mahir menggunakan ICT dalam mereka melakanakan tugasan harian
mereka. Dapatan ini akan memberikan input dalam perancangan ICT dalam tahun-tahun yang akan
datang.
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif utama dalam kajian ini, iaitu:
1. Mengenal pasti tahap kemahiran asas penggunaan aplikasi ICT dalam kalangan warga IAB induk
2. Mengenal pasti tahap kemahiran asas penggunaan peralatan ICT dalam kalangan warga IAB
induk
PERSOALAN KAJIAN
Bagi mencapai tujuan kajian yang telah dinyatakan, beberapa soalan utama telah dibina seperti berikut:
1. Apakah tahap kemahiran asas penggunaan aplikasi ICT dalam kalangan warga IAB induk?
2. Apakah tahap kemahiran asas penggunaan peralatan ICT dalam kalangan warga IAB induk?
556
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KERANGKA KAJIAN
Kerangka konsep kajian ini telah diadaptasi untuk menilai kejayaan pelaksanaan ICT berasaskan Model
Penjajaran Task dan Teknologi (Task Technology Fit) oleh Goodhue dan Thomson (1995) dan
digambarkan seperti Rajah 2.
Ciri-ciri individu Penjajaran antara Tahap kemahiran
Individu,Tugas dan ICT penggunaan aplikasi dan
Ciri-ciri ICT peralatan ICT warga IAB
Ciri-ciri tugas yang dilakukan
oleh indidvidu
Rajah 2: Kerangka konsep kajian pejajaran ICT yang telah diadaptasi dari Razana dan Noriza, (2015)
Berdasarkan kerangka konsep yang telah diadaptasi dan dibina menunjukkan bahawa penjajaran ICT
terhadap tahap kemahiran penggunaan aplikasi ICT dan penggunaan peralatan ICT perlu mengambil
kira faktor ciri-ciri individu, ciri-ciri ICT dan ciri-ciri tugas yang dilaksanakan oleh seseorang pekerja.
TINJAUAN LITERATUR
Owen (2000) menegaskan bahawa ICT merupakan satu lonjakan kuasa dan mampu mewujudkan
keajaiban dalam membuat keputusan yang kritikal dalam menghadapi isu-isu pendidikan dalam
kalangan pemimpin seluruh dunia. Teknologi maklumat mampu menyediakan pendidik dengan alat
yang berguna dalam meningkatkan penguasaan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
penggunaan ICT dalam pendidikan seharusnya menjadi matlamat utama dalam menerapkan
pengetahuan dalam kalangan pelajar dana sistem pendidikan di negara ini.
Namun begitu, di Malaysia pendekatan ICT masih belum mendapat perhatian yang menggalakkan
seperti di negara-negara barat. Dapatan daripada Pelan Rancangan Pendidikan 2001-2010 mendapati
antara tahun 1996-2000, daripada 30% guru yang menghadiri kursus ICT hanya segelintir yang
menggunakan ICT dalam P&P.
Dewasa ini, penggunaan ICT merupakan aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat global serta
menjadi tren budaya kerja semasa. Menurut Derks dan Bakker (2010), dengan kebimbangan terhadap
kesan ICT ke atas kemerosotan kualiti kerja dan kehidupan, konsep keseimbangan antara kerja dan
kehidupan telah mendapat perhatian daripada pekerja, majikan, serta pembuat dasar awam. Oleh itu,
adalah amat penting untuk mengetahui dan mengkaji kesan sebenar ICT terhadap keseimbangan kerja-
kehidupan pekerja pada masa kini.
557
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Dari aspek pengajaran dan pembelajaran pula, penggunaan ICT dapat membawa perubahan yang ketara
terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran dan berpotensi membuat tranformasi budaya sistem
pendidikan. Oleh itu, peranan pensyarah dalam proses pengajaran perlu menitikberatkan aspek ini.
Maka, adalah menjadi asas kepasa pendidik / pensyarah agar mempunyai asas pengetahuan dan
kompetensi ICT. (Fathima, 2013). ICT mempunyai keupayaan untuk membangun (to develop),
mengayakan (to enrich), dan menajamkan kemahiran (deepen skills) pelajar, juga membantu urusan
kerja seharian termasuk memperkasakan pengajaran. (Amin, 2013). Dalam jangkamasa pendek,
penggunaan ICT telah diperakui sebagai salah satu kaedah segera yang memberi kesan kepada proses
pembelajaran yang berkualiti.(Amin, 2013; Cannell, 2013; Obahiagbon & Osahon, 2014)
Kajian yang berterusan berkaitan dengan keberkesanan dan penggunaan ICT perlu dilakukan agar
sejumlah wang telah diperuntukkan bagi penyediaan infrastruktur yang kondusif tidak disia-siakan.
Oleh itu penyelidik merasakan wujud keperluan untuk menjalankan kajian yang berkaitan dengan
penilaian kejayaan pelaksanaan sistem maklumat khususnya dalam sektor pendidikan di bawah sektor
kerajaan di Malaysia. Selain daripada itu, isu penjajaran di antara ciri-ciri individu, ciri-ciri teknologi
yang digunakan, tugas yang dilakukan, dan tugas yang disediakan oleh teknologi, serta hubungan di
antara pengguna dengan kejayaan pelaksanaan sistem maklumat merupakan fokus kajian.
METODOLOGI
Rekabentuk Kajian
Kajian ini diadakan bertujuan untuk menentukan tahap kemahiran asas penggunaan aplikasi ICT dan
tahap penggunaan peralatan ICT warga IAB Induk. Justeru itu, kaedah tinjuan deskriptif digunakan.
Melalui kaedah ini pengkaji memperoleh maklumat dan memahami ciri populasi yang dikaji (Johnson
& Christensen, 2008) serta menyelidiki keadaan semasa atau sesuatu fenomena yang berlaku (Gay &
Airasian 2003).
Sampel Kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana maklumat tentang penggunaan ICT dalam kalangan
warga IAB diperolehi melalui soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang pensyarah dan 50
orang staff pelaksana di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Kementerian Pendidikan Malaysia
yang dipilih secara rawak.
Instrumen Kajian
Data diperolehi dengan menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada soalan-soalan yang terdapat
di dalam beberapa jurnal yang lepas (Bergen, 2001; Levin & Wadmany, 2006; Tsitouridou & Vryzas,
2003). Soal selidik kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat latar
belakang responden), Bahagian B iaitu (Maklumat kemahiran Asas ICT) dan Bahagian C (Maklumat
Pengintegrasian ICT). Instrumen kajian adalah berdasarkan kepada soal selidik dengan skala 4 sela
(tidak setuju, kurang setuju, setuju, dan sangat setuju). Borang soal selidik dihantar kepada responden
dengan menggunakan Google Form secara on line
Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
Kesahan muka dan isi kandungan soal selidik telah diperoleh daripada dua orang panel pakar iaitu dua
orang pensyarah kanan dalam bidang Teknologi Pendidikan dari Institut Aminuddin Baki , Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kebolehpercayaan soal selidik telah diperoleh berdasarkan satu kajian rintis yang
diadakan sebelum kajian sebenar. Kajian rintis tersebut melibatkan 36 orang warga IAB yang dipilih
secara rawak dari cawangan IAB lain. Hasil kajian rintis kebolehpercayaan bagi tahap kemahiran asas
penggunaan aplikasi ICT ialah .91 dan tahap kemahiran penggunaan peralatan ICT ialah .78.
Analisis Data
558
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0.
Statistik deskriptif yang digunakan adalah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Seterusnya data
ini akan ditafsir dalam bentuk skor min berdasarkan jadual penentuan tahap skor min oleh Lendal, K.
(1997)
Jadual 1: Jadual Tahap Penentuan Skor Min Tafsiran Min
Rendah
Skor Min Sederhana
1.00-1.33 Tinggi
1.34-2.67
2.68-4.00
Sumber: Lendal.K. (1997)
DAPATAN KAJIAN
Profil Responden
Responden kajian terdiri daripada 186 orang pensyarah dan staff pelaksana Institut Aminuddin Baki,
IAB Bandar Enstek. Daripada aspek jantina, majoriti responden adalah perempuan (n=114, 60.8%)
berbanding dengan responden lelaki (n=72, 29.2%). Taburan ini menunjukkan responden perempuan
lebih cenderung memberikan kerjasama untuk menjawab soalan kajian yang sedang dilaksanakan.
Dapatan kajian yang berkaitan dengan kecenderungan warga IAB yang menjawab soal selidik mengikut
pusat, dapatan mendapati jumlah tertinggi pusat yang menjawab iaitu (n=33,17.8 %) dari pejabat
pendaftar, (n= 24, 13 %) dari PKOMPP, (n=22 , 11.9%) dari PPDIO, (n=20, 10.8%) dari PDSP, (n= 18,
9.7%) dari PPT, (n=17 , 9.2%) dari PPTMK dan (n=13, 7.0%) dari Pusat Pentaksiran Kepimpinan.
Manakala daripada aspek jenis perisian ICT yang digunakan semasa melaksanakan tugas seharian,
(n=179, 96.2 %) responden menggunakan perisian MS Word, (n=158, 84.9%) menggunakan perisian
MS Excel,(n=147,79%) menggunakan perisian MS Powerpoint, (n=158,84.9%) menggunakan aplikasi
internet, (n=49, 26.3%) menggunakan perisian multimedia dan grafik dan (n=36, 19%) menggunakan
lain-lain perisian.
Dapatan kajian yang berkaitan kursus asas teknologi yang pernah dihadiri oleh responden, (n=127
,68.3%) menyatakan pernah menghadiri kursus 1-3 kali, (n=21 , 11.3%) pernah menghadiri kursus asas
teknologi 4-7 kali, (n=6, 3.0%) pernah menghadiri kursus lebih 8 kali dan (n=33 , 17.7%) tidak pernah
menghadiri kursus.
Jadual 2: Profil Responden Kajian
Maklumat Latarbelakang Kategori Bil. SampelPeratus
N=186 %
Jantina Lelaki 72 29.2
Pusat
Perempuan 114 60.8
Pejabat Pendaftar 33 17.8
PKOMPP 24 13
PPDIO 22 11.9
PDSP 20 10.8
PPT 18 9.7
559
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PPTMK 17 9.2
Jenis Perisian ICT yang diguna Pentaksiran Kepimpinan 13 7.0
Kursus Asas ICT yang dihadiri Ms Word 179 96.2
Ms Excel 158 84.9
Ms Powerpoint 147 79
Aplikasi Internet 158 84.9
Multimedia/Grafik 49 26.3
Lain-lain 36 19.4
1-3 kali 127 68.3
4-7 kali 21 11.3
Lebih 8 kali 6 3.0
Tidak pernah 33 17.7
Tahap Kemahiran Asas Penggunaan Aplikasi ICT
Tahap kemahiran asas penggunaan aplikasi ICT diukur berdasarkan lima kategori aplikasi ICT iaitu
pengoperasian asas komputer, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan elektronik,
Internet dan pengoperasian iMac. Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan pensyarah dan
warga IAB induk sangat mahir (M=3.85, SP=.75) dalam mengendalikan pengoperasian asas komputer
seperti menggunakan perkakasan, mengurus fail, menyimpan fail serta mengedit fail. Bagi aplikasi
pemprosesan perkataan didapati kemahiran pensyarah dan warga IAB berada pada tahap tinggi (sangat
mahir) menggunakan perisian Word (M=3.94, SP=.75). Mereka boleh menggunakan perisian tersebut
termasuk mengedit teks, mengimport grafik dan jadual. Pensyarah dan warga IAB juga didapati sangat
mahir (M=3.59, SP= .78) menggunakan aplikasi hamparan elektronik seperti memasuk dan mengedit
data, membina jadual, mengguna formula serta menganalisis data. Selain itu, pensyarah dan warga IAB
didapati sangat mahir menggunakan perisian PowerPoint (M=3.88, SP=.87) di mana mereka boleh
menghasilkan slaid serta memasukkan elemen multimedia (audio, grafik, animasi, teks & video) dan
hyperlink. Bagi aplikasi Internet, pensyarah dan warga IAB didapati sangat mahir (M=3.88, SP=.87)
menggunakan emel, melayari laman web, muat naik dan turun bahan serta berkomunikasi secara
sinkronis. Namun begitu bagi penggunaan iMac pensyarah dan warga IAB didapai masih tidak mahir
(M=1.32,SP=.88). walaubagaimanapun, keseluruhannya tahap kemahiran asas aplikasi ICT dalam
kalangan pensyarah dan warga IAB Induk adalah tinggi iaitu sangat mahir (M=3.41, SP= .54)
Jadual 3: Tahap Kemahiran Asas ICT
Kemahiran Asas ICT Min Sisihan piawai Tahap Kemahiran
Pengoperasian asas komputer 3.85 .760 Tinggi (Sangat Mahir)
.758 Tinggi (Sangat Mahir)
Pemprosesan perkataan 3.94 .782 Tinggi (Sangat Mahir)
.870 Tinggi (Sangat Mahir)
Hamparan elektronik 3.59 .870 Tinggi (Sangat Mahir)
.42 Rendah (Sangat tidak Mahir)
Persembahan elektronik 3.88 .54 Tinggi (Sangat Mahir)
Internet 3.88
Pengoperasian iMac 1.32
Keseluruhan 3.41
Tahap Kemahiran Penggunaan Peralatan ICT
Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran penggunaan Peralatan ICT
pensyarah dan warga IAB induk secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana (M=2.54, SP=.61),
di mana tahap kemahiran penggunaan papan pintar (Smart Board) pensyarah dan warga IAB berada
560
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pada tahap sederhana (sederhana mahir) (M=1.80, SP=.59), masih terdapat 28.1 peratus responden yang
masih belum pernah menggunakan papan pintar (smartboard). Manakala 36.8 peratus jarang-jarang
menggunakan papan pintar, 17.3 peratus pernah kadang-kadang menggunakan papan pintar, dan hanya
3.7 peratus kerap menggunakan papan pintar dengan fitur-fitur yang asas seperti paparan, pen, dan fitur
asas yang lain .Pensyarah dan warga IAB juga didapati sederhana mahir (M=2.32, SP= .90) membuka
dan memasang peralatan ICT semasa program berlangsung. Data menunjukkan hanya 52.5 peratus
sahaja staf IAB berkemampuan untuk membuka/memasang peralatan ICT yang ada di Balai Sidang
sekiranya terdapat program yang berlangsung.
Selain itu, pensyarah dan warga IAB didapati sederhana mahir menggunakan paparan TV untuk
memaparkan slaid (M=2.65, SP=.95). Dapatan menunjukkan hanya 66.1% sahaja warga IAB
berkemampuan untuk melakukannya. 33.9 peratus masih lagi memerlukan sokongan dan tunjuk ajar
dari juruteknik. Dapatan ini menunjukkan bahawa tindakan segera perlu diambil dalam memastikan
semua warga IAB mempunyai kemahiran yang seratus peratus mahir dalam aspek ini kerana ia
melibatkan tugas seharian. Namun begitu pensyarah dan warga IAB didapati mahir (M=3.40, SP=1.02)
menggunakan komputer riba untuk memaparkan slaid persembahan.
Jadual 4 : Tahap Kemahiran Penggunaan Peralatan ICT
Item TP JJ KK K Min SP
ffff
%%%% .59
.90
1. Menggunakan papan pintar (Smart Board) 52 68 32 7 1.80
di pejabat (28.1) (36.8) (17.3) (3.7)
2. Membuka dan memasang peralatan ICT semasa20 69 50 47 2.32
program berlangsung (10.5) (37.0.) (27.1) (25.4)
3. Menggunakan paparan TV untuk memaparkan slide 23 40 75 48 2.65 .95
(12.2) (21.7) (40.1) (26.0)
4. Menggunakan komputer riba untuk memaparkan slide6 51 44 84 3.40 1.02
(3.3) (27.5) (23.7) (45.4)
Keseluruhan 2.54 .61
Nota: TP (tidak pernah), JJ (jarang-jarang), KK (kadang-kadang), K (kerap)
PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya pensyarah dan warga IAB Induk didapati mempunyai kemahiran asas ICT pada
tahap tinggi. Pengoperasian asas komputer serta penggunaan pemprosesan perkataan didapati sudah
menjadi satu budaya dalam kalangan pensyarah dan warga IAB Induk yang dikaji. Dapatan kajian ini
menyokong kajian Rosnaini (2006) yang mendapati majoriti pensyarah dan warga IAB Induk
mempunyai kemahiran yang tinggi menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan. Hasil kajian ini juga
tidak jauh berbeza dengan kajian Halimahtun dan Nor Azilah (2002), Pang (2000), Norizan dan
Salleh-Huddin (1997), Jaber (1997) serta Sheingold dan Hadley (1990). Kesemua kajian ini mendapati
aplikasi pemprosesan perkataan begitu popular dalam kalangan pensyarah dan warga IAB Induk dan
mereka sangat mahir menggunakannya.
561
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kebanyakan pensyarah dan warga IAB Induk juga didapati mahir menggunakan aplikasi lain khususnya
hamparan elektronik, persembahan elektronik dan juga Internet. Mereka boleh menggunakan aplikasi
tersebut tanpa bantuan daripada orang lain. Namun, masih terdapat pensyarah dan warga IAB Induk
yang masih tidak mahir menggunakan aplikasi ini. Keadaan ini adalah satu kerugian kepada pensyarah
dan warga IAB Induk tersebut kerana semua aplikasi ini dapat membantu pensyarah dan warga IAB
Induk menjadikan pengajaran mereka bertambah menarik dan berkesan. Penggunaan aplikasi hamparan
elektronik sememangnya memudahkan pensyarah dan warga IAB Induk melakukan pelbagai tugas dan
mengajar (Lehmann, 2002; Drier, 2001). Aplikasi persembahan elektronik bukan sahaja menjadikan
pengajaran pensyarah dan warga IAB Induk lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti,
malahan pensyarah dan warga IAB Induk boleh menggalakkan peserta NPQEL menggunakan perisian
tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan.
Pensyarah dan warga IAB Induk turut didapati mahir menggunakan aplikasi Internet terutamanya
berkaitan dengan penggunaan emel, mengakses maklumat dan melayari laman web. Dapatan ini
menunjukkan senario yang agak berbeza daripada kajian Rosnaini (2006) dan Norizan (2003) yang
mendapati pensyarah dan warga IAB Induk masih kurang mahir menggunakan aplikasi Internet. Ini
berkemungkinan kerana penggunaan Internet serta komunikasi berperantara komputer sudah semakin
menjadi kelaziman kepada sebahagian besar pensyarah dan warga IAB Induk. Namun begitu, pensyarah
dan warga IAB Induk kurang kemahiran daripada segi pengoperasian iMac iaitu tidak menggunakan
iMac dan perkakasan Apple. Sehubungan itu, pendedahan perlu diberi kepada pensyarah dan warga
IAB Induk.
Dapatan kajian juga menunjukkan secara keseluruhannya pensyarah dan warga IAB Induk didapati
mempunyai kemahiran asas penggunaan perlatan ICT pada tahap yang sederhana di mana terdapat
aspek yang perlu diberi penekanan seperti pendedahan untuk membuka atau memasang peralatan ICT.
Selain itu dapatan juga menunjukkan bahawa kemahiran warga IAB perlu ditingkatkan dalam
mengoperasi peralatan ICT terutamanya penggunaan papan pintar atau smart board di bilik-bilik khas
agar tidak mengganggu perjalanan program semasa. Selaras itu juga, pensyarah dan warga IAB Induk
perlu diberikan latihan dalam pelbagai bentuk kursus dan bengkel bagi memberi peluang kepada mereka
untuk sentiasa mempertingkat pengetahuan dan kemahiran ICT agar sejajar dengan perkembangan ICT
semasa.
CADANGAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, pengkaji ingin mengutarakan beberapa cadangan
sebagai penambahbaikan pada masa akan datang. Cadangan kajian ini selaras dengan perancangan
strategik ICT IAB untuk memastikan penggunaan aset ICT selaras dengan keberhasilan organisasi.
Antara cadangan kajian adalah seperti berikut:
1. Dalam penggunaan perkakasan ICT di tempat kerja, IAB perlu memastikan setiap warga IAB
dibekalkan dengan komputer desktop atau komputer riba kerana dapatan menunjukkan peratus tertinggi
warga IAB menggunakan komputer desktop dan komputer riba yang dibekalkan oleh IAB semasa tugas
harian. Penetapan seorang staf, satu komputer peribadi (personal computer) perlu dipenuhi agar mutu
kerja bagi staf IAB tidak terganggu.
2. Manakala dari aspek jenis aplikasi ICT, perisian yang mahir dan sering digunakan oleh warga
IAB menunjukkan aplikasi pemprosesan perkataan iaitu perisian Ms Word adalah perisian yang sering
digunakan. Oleh itu, dapatan ini menunjukkan bahawa kursus asas berkaitan dengan Ms Word perlu
dikaji semula atau ditambah baik ke peringkat lanjutan untuk memastikan kemahiran lanjutan
berkenaan dapat meningkatkan kemahiran warga IAB induk dari aspek perisian MsOffice. Dapatan ini
amat berguna dalam perancangan jabatan dan PPT agar kursus yang ditawarkan setiap tahun akan dapat
meningkatkan kemahiran ICT warga IAB selaras dengan perkembangan semasa ICT yang amat cepat
562
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
berubah. Kajian dari masa ke semasa amat digalakkan untuk memastikan kursus ICT yang dilaksanakan
untuk meningkatkan kemahiran staf IAB adalah relevan dan dapat digunakan semasa menjalankan
tugas seharian.
3. Bagi dapatan yang berkaitan dengan iMac, dapatan kajian menunjukkan bahawa warga IAB
amat kurang memiliki, kurang mahir dan kurang menggunakan iMac. Oleh yang demikian,
perancangan dari aspek peruntukan dan kursus iMac kepada warga IAB perlu dititikberatkan untuk
memenuhi kemahiran dan keperluan ICT semasa.
4. Latihan yang berkaitan dengan smartboard perlu ditambahbaik ke tahap lanjutan kerana
dapatan kajian mendapati warga IAB hanya menggunakan fitur-fitur asas papan pintar (papan pintar)
sahaja seperti paparan, pen, dan fitur asas yang lain. Kursus lanjutan fitur-fitur papan pintar perlu
didedahkan agar warga IAB terutama yang berkaitan dengan fitur-fitur pintar yang ada memberi
kemahiran yang tinggi kepada warga IAB terutama golongan pensyarah. Secara tidak langsung,
penggunaan fitur-fitur papan pintar yang pelbagai dapat membantu dalam pembentangan dan
penyampaian kuliah pensyarah IAB. Pada masa yang sama, bimbingan dan perkongsian berterusan
perlu dilaksanakan agar setiap pensyarah atau warga IAB yang ingin menggunakan papan pintar (papan
pintar) mendapat kemahiran yang diperlukan.
5. Dari aspek aplikasi ICT dapatan menunjukkan bahawa warga IAB mempunyai tahap kemahiran
yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa warga IAB tiada masalah dalam penggunaan aplikasi seperti Ms
Office (Ms word, Ms excel, Ms Powerpoint dan aplikasi internet) dalam melaksanakan tugas seharian.
Dapatan ini memberi maklum balas kepada PPT dan IAB agar dapat merancang kemahiran baharu
ICT untuk didedahkan kepada warga ICT seperti aspek multimedia dan realiti maya. Hasil
dapatan ini menunjukkan bahawa perubahan kandungan kursus perlu diteliti dengan lebih mendalam
seperti kursus artifical intelligence, augmented reality dan sebagainya.
6. Aspek pengendalian peralatan ICT di semua bilik kuliah, bilik mesyuarat dan bilik utama yang
lain, jelas menunjukkan tahap kemahiran yang tinggi di mna mereka mampu melaksanakan tugasan
tanpa bantuan juruteknik dalam mengendalikan peralatan ICT di semua bilik berkenaan. Dapatan ini
amat membantu juruteknik dalam membuat persediaan lain yang lebih besar seperti semasa agenda
perasmian seminar nasional, mesyuarat antara jabatan dan aktiviti lain yang melibatkan penggunaan
peralatan ICT. Oleh itu, cadangan kesedaran dan kemahiran pengendalian peralatan ICT perlu
dilakukan dari masa ke semasa agar kemahiran sedia ada dapat digunakan semaksimum mungkin.
7. Kajian ini menunjukkan penjajaran antara kemahiran, pengetahuan dan penggunaan peralatan
ICT amat penting dalam memastikan keberhasilan setiap elemen ICT yang diperuntukkan. Berdasarkan
dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa setiap peralatan/perkakasan ICT yang digunakan oleh warga
IAB perlu disokong oleh kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan. Oleh itu, dapatan ini menjelaskan
bahawa perancangan kursus dan latihan IAB berkaitan ICT perlu dilihat secara berfokus dan bermakna.
RUMUSAN
Pada keseluruhannya, dapatan kajian yang komprehensif ini diharapkan dapat memberikan maklumat
terkini terhadap penggunaan peralatan ICT dalam kalangan warga IAB. Ini secara tidak langsung dapat
membantu perancangan ICT pada setiap tahun. Pada masa yang sama, dapatan ini akan memberikan
maklumbalas kepada pihak pengurusan berkaitan dengan perancangan ICT terhadap peningkatan aspek
pembangunan individu (ID) dan juga pembangunan organisasi (OD) dengan perancangan yang lebih
tepat.
563
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
RUJUKAN
Amin, S. N.U. (2013). An effective use of ict for education and learning by drawing on worldwide
knowledge, research, and experience: ICT as a change agent for education. Scholarly Journal Of
Education, 2(4), 38-45
Anckar, B., & Walden, P. (2001). Introducing web technology in a small peripheral hospitality
organization. International Journal of Contemporary Hospitality Management, 13(5), 241–250.
Bergen, Doris. (2001, Febuari). Technology in the classroom. Childhood Education, 77(4), 251-252
Corston, R., & Colman, A. M. (1996). Gender and social facilitation effects on computer
competence and attitudes toward computers. Journal of Educational Computing Research, 14,
171-183.
Cannell, K. (2013). An investigation of the attitudes of a group of lecturers at the University of the
Witwatersrand towards the academic use of Facebook and the integration of other information
and communications technologies. Johannesburg, South Africa: University of the
Witwatersrand
Duncan, A (2011) ‘Effectively structuring a call centre incentive programme to maximise staff
performance’ Journal of Customer and Contact Centre Management, 1(3), pp. 290-295.
Fathima, S. (2013). Challenges of ICT in teaching learning process. International Journal Of
Engineering and Science, 51-54 Karimi, J., Somers, T. M., & Gupta, Y.P. (2001). Impact of
information technology management practices on customer service. Journal of Management
Information, 17(4), 125 – 158.
Halimahtun Saadiah Mohd. Taib & Nor Azilah Ngah. (2002). Kajian awal untuk meninjau
implementasi teknologi komputer di kalangan guru-guru Maktab Rendah Sains Mara zon utara.
Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 15, 258-264
Jaber, W. E. (1997). A survey of factors which influence teachers’ use of computer-based
technology. Tesis Doktor Falsafah. Virginia Polytechnic Institute and State University
Karimi, Somers & Gupta, (2001). http://jict.uum.edu.my/ Journal of ICT, 12, 2013, pp: 21–37 24
Lehmann, K. (2002). Excel as you’ve never seen it. Multimedia Schools, 9 (1), 42-45.
Leung, L. (2010). Effects of Internet connectedness and information literacy on quality of life. Social
Indicators Research, 98, 273–290
Obahiagbon, K., & Osahon, O. J. (2014). Information and communication technology (ICT) key tool
for enhancing teaching and learning in Nigeria: A study of two tertiary institutions in Benin
Metropolis. American Journal of Educational Research, 2(12), 1257-1259
Owen, M.B. 2000. Integrating ICT into education systems: A criterion-based framework for decision
making. Kertas kerja yang di bentangkan dalam International Conference ‘Education & ICT
in the New Millennium’ at Park Royal Kuala Lumpur, 27-28 October 2000.
564
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Measuring the impact of ICT use in business THE CASE OF MANUFACTURING IN THAILAND,
Prepared jointly by the UNCTAD secretariat and tha Thailand national Statistical Office. UN
New York and Geneva, 2008.
Norizan Abdul Razak. (2003). Computer competency of in-service ESL teachers in Malaysian
secondary schools. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Syazwani et al, 2015. Pembudayaan literasi ICT dalam kalangan pelajar orang asli menerusi
persekitaran pembelajaran peribadi. Journal of Personalized Learning, 1(1) 2015, 46-56
Pang, V. (2000). The antecedents of an ICT-enriched curriculum. Proceedings of the
International Conference on Education and ICT in the New Millennium, 444-466.
Razana dan Noriza, (2015). Penilaian Kejayaan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan
(EMIS) di Sekolah. Journal of ICT in Education (JICTIE) ISSN 2289-7844 / Vol. 2 / 2015 /
78-89
Rogers, E. M. (2003) Diffusion of Innovation. Ed. Ke 5. New York: The Free Press.
Rosnaini Mahmud (2006). Kesediaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi asas dalam pendidikan
(TMKP) guru-guru sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Rosnaini & Mohd Arif (2010). Impact of training and experience in using ICT on in-service teachers’
basic ICT literacy. Malaysian Journal of Educational Technology, 10 (2), 5-10.
Saettler, P. 1968. A history of instructional technology. New York: McGraw
Salman, A., & Pulungan, S. M. (2017). Pendedahan diri, motivasi dan kepuasan penggunaan
Facebook dalam menjalin persahabatan. Malaysian Journal of Communication, 33(1),
438459.
Semiz, K. (2011). ‘Pre-service Physical Education Teachers’ Technological Pedagogical Content
Knowledge, Technology Integration Self-Efficacy and Instructional Technology Outcome
Expectations’, Middle East Technical University, Social Science Institute, Unpublished Post-
Graduate Dissertation, Ankara
Sheingold, K. & Hadley, M. (1990). Accomplished teachers : Integrating computers into
classroom practice. New York: Bank Street College of Education.
Yusup Hashim dan Razmah Man. 1999. Instruksi dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat:
Isu dan aplikasi dalam instruksi dan pembelajaran bestari. Kertas kerja yang dibentangkan
dalam Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke – 12, Hotel Regency, Port Dickson, Negeri
Sembilan. 8-10 Oktober, 1999.
Zeenobiyah, Anne and Shamika, 2014. The Impact of ICT, Workplace Relationships and Management
Styles on the Quality of Work Life: Insights from the Call Centre Frontline. Faculty of
Business, University of Wollonggong, Australia.
565
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
566