Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Sejajar dengan matlamat menjadi negara maju, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM: KPM 2013) telah berusaha memanfaatkan
TMK bagi meningkatkan kecekapan cara penyampaian pendidikan berkualiti daripada pelaburan modal
yang paling tinggi pernah dilaksanakan oleh kementerian dalam dua dekad yang lepas, iaitu penyediaan
infrastruktur TMK untuk sekolah. Pelbagai kursus berkaitan TMK telah didedahkan kepada guru-guru
supaya mereka bersedia dan dapat mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Walaupun penggunaan TMK di negara kita terutama dalam bidang pendidikan telah lama diperkenalkan
tetapi tahap penggunaannya masih rendah dalam kalangan guru dan pelajar.
PERNYATAAN MASALAH
Pandemik Covid19 telah banyak mengubah landskap kehidupan manusia pada hari ini. Kaedah
paradigm pembelajaran di Malaysia sewaktu Covid19 telah berubah sewaktu pandemik yang mengubah
norma pembelajaran. Para pendidik khususnya perlu mencari kaedah yang terbaik untuk mendidik pada
pelajar apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara. Melalui Surat
Siaran KPM Bilangan 3 tahun 2020 bertarikh 27 Mac 2020, telah mengeluarkan garis panduan
pelaksaan PdP semasa PKP dengan meminta guru-guru meneruskan proses PdP dengan menggunakan
pelantar pembelajaran, iaitu MOE-DL yang disediakan oleh KPM. Tujuan penggunaan e-pembelajaran
supaya proses PdP berlaku seperti yang dirancang dan dalam keadaan selamat. Ibu bapa atau penjaga
juga dapat bersama-sama mengambil tanggungjawab dalam memastikan kelangsungan pembelajaran
murid walaupun tidak dapat menghadiri sesi persekolahan.
Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan garis panduan memperincikan peranan dan
tanggungjawab pentadbir, guru, ibu bapa serta murid bagi memastikan penyampaian pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa. KPM
dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, garis panduan itu antaranya akses kepada teknologi
komunikasi dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid. Guru boleh menggunakan pelbagai platform
dalam talian dan media sosial yang bersesuaian untuk merancang serta memberi arahan, tugasan dan
kerja rumah.
Pada abad ke-21 para pendidik perlu meningkatkan pelbagai kemahiran untuk menghadapi cabaran
yang akan berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia khasnya dan dunia amnya. TMK telah
membawa impak yang besar terhadap dunia pendidikan kerana mengubah cara guru mengajar dan cara
pelajar belajar. Pelbagai kursus berkaitan TMK telah didedahkan kepada guru-guru supaya mereka
bersedia dan dapat mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Walaupun
penggunaan TMK di negara kita terutama dalam bidang pendidikan telah lama diperkenalkan tetapi
tahap penggunaannya masih rendah dalam kalangan guru dan pelajar. Tahap kesediaan guru-guru untuk
menggunakan TMK adalah tinggi kerana pendedahan yang sewajarnya tentang kegunaan komputer dan
Internet telah meluas tetapi tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dalam kalangan guru Bahasa Melayu masih rendah walaupun mereka sebenarnya mahir untuk
menggunakan peralatan tersebut (Jamaludin, Nor Azura & Hashimah 2008).
Berdasarkan senario ini, boleh disimpulkan bahawa kebanyakan guru dan murid sudah terdedah dengan
pembelajaran dalam talian, namun bagi memastikan penggunaan secara menyeluruh, beberapa isu
pokok yang sering dibangkitkan, antaranya kemudahan infrastruktur termasuk peralatan mencukupi
serta akses kepada capaian internet perlu diberi perhatian. Masalah kemudahan seperti internet dan
pemilikan peranti elektronik seperti komputer untuk setiap murid perlu diatasi terlebih dahulu. Namun
begitu, e-pembelajaran juga memberi cabaran yang baharu kepada pendidik dan pelajar. Cabaran
kepada pendidik adalah untuk menyediakan ruang e-pembelajaran bagi menjayakan transformasi
pengalaman pembelajaran dari persekitaran sebenar kepada persekitaran pembelajaran secara maya.
Cabaran kepada murid pula, mereka harus lebih berdisiplin dan bersedia untuk belajar secara kendiri,
perlu lebih bertanggungjawab terhadap pengalaman pembelajaran mereka sendiri. Oleh itu,
487
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
berdasarkan permasalahan kajian yang dikemukakan, kajian dijalankan ke atas guru-guru bahasa
Melayu di seluruh Malaysia untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan penguasaan teknologi e-
pembelajaran ketika pandemik COVID-19.
OBJEKTIF PENYELIDIKAN
1. Mengenal pasti penguasaan guru BM dalam melaksanakan PdPc secara atas talian.
2. Mengenal pasti kesediaan guru BM dalam melaksanakan PdPc secara atas talian ketika
PKP.
3. Mengenal pasti medium pembelajaran yang digunakan dalam melaksanakan PdPc secara atas
talian ketika PKP.
PERSOALAN PENYELIDIKAN
1. Apakah tahap penguasaan guru dalam melaksanakan PdPc secara atas talian.
2. Apakah tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PdPc secara atas talian ketika PKP.
3. Apakah medium pembelajaran yang digunakan dalam melaksanakan PdPc secara atas talian
ketika PKP
TINJAUAN LITERATUR
Perkembangan semasa pendidikan negara menggambarkan peningkatan dan perubahan dalam aspek
P&P guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu,
penggunaan teknologi dalam P&P dilihat amat efektif dan sesuai untuk dilaksanakan di sekolah bagi
semua mata pelajaran. Penggunaan teknologi perlu dilihat secara optimis dan dilaksanakan secara
proaktif oleh guru untuk meningkat kemahiran guru dalam pengajaran dan kefahaman pelajar dalam
pembelajaran. Situasi ini membawa perubahan kepada pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.
Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai
pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran, agen perubahan dan sumber maklumat kepada
pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem teknologi pengajaran menjadi lebih
kreatif dan menyeronokkan dengan penggunaannya akan menambah kualiti penyampaian guru.
Sebenarnya e-pembelajaran sangat diperlukan terutama apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini
seperti pandemic COVID-19 yang menyebabkan sekolah terpaksa ditutup sementara waktu. Ketika
inilah guru-guru perlu menguasai teknologi e-pembelajaran dan menggunakannya untuk meneruskan
proses PdPc bersama pelajar melalui atas talian (online).
Fadilah Anak Layang dan Zamri Mahmod (2019) mengkaji Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap
Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Peta
Pemikiran i-Think. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetahuan, kesediaan dan
sikap guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan peta pemikiran i-think dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal
selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada 108 orang guru Bahasa Melayu di
44 buah sekolah rendah di daerah Kapit, Sarawak. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan, tahap
kesediaan dan tahap sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-
think dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Guru bahasa Melayu sekolah
rendah yang mengajar di pedalaman ini mempunyai pengetahuan yang baik tentang peta pemikiran i-
think, bersedia untuk menggunakan peta pemikiran i-think dan mempunyai sikap yang positif dalam
menggunakan peta pemikiran i-think sebagai alat bantu mengajar mereka. Implikasi kajian ialah guru
488
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Bahasa Melayu sekolah rendah pedalaman ini mengetahui kepentingan penggunaan peta pemikiran i-
think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Syamsulaini Sidek dan Mashitoh Hashim (2014) dalam kajiannya yang bertajuk Pengajaran Berasaskan
Video dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal Artikel ini
membentangkan hasil penilaian kritikal pengajaran berasaskan video yang berperanan dalam
menggalakkan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) dalam kalangan pelajar. Penggunaan
video banyak membantu pendidik untuk memudah aktiviti pengajaran di samping pelajar lebih seronok
untuk belajar. SCL mampu menghasilkan pelajar yang lebih aktif dan berdaya saing untuk menimba
ilmu pengetahuan. Selain itu, penggunaan video ini juga mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran
guru dalam usaha memberi motivasi dan sekaligus menarik minat dalam pembelajaran. Metodologi
yang diguna adalah dengan membuat carian artikel menggunakan beberapa kata kunci menerusi
pangkalan data digital yang dipilih seperti IEEE, ScienceDirect, Web of Science dan sebagainya.
Rumusan daripada hasil analisis dan kritis pembacaan kajian lepas telah menemui lima kepentingan
video iaitu dapat meningkatkan bilangan bacaan dan bahan pengajaran, membantu dalam pembangunan
asas pengetahuan pelajar, mengukuh kefahaman, meningkatkan motivasi dan semangat pelajar dan
akhir sekali menggalakkan keberkesanan pendidik dalam mengajar.
Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad (2009) dalam kajiannya yang bertajuk Kesedaran, Penilaian dan
Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik Rubiah & Jamilah (2009) melakukan
kajian tinjauan dijalankan dalam kalangan ahli akademik universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-
pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Data
kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 119 responden. Teori Resapan
Inovasi oleh Rogers’ dijadikan asas hanya untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran
dalam pengajaran. Hasil kajian mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran
dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Ini kerana usaha yang telah dilakukan oleh
pihak pentadbiran universiti untuk menggalakkan ahli akademik menggunakan sistem e-pembelajaran
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi penilaian responden terhadap hubungan antara
kefahaman e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula adalah memuaskan.
Hasil kajian juga mendapati penerimaan responden terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah tinggi
kerana majoriti responden memahami keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus dimainkan
dalam melaksanakan e-pembelajaran. Secara keseluruhan, responden menerima secara positif
penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran.
Kajian Integrasi Teknologi dan Guru Pra-Perkhidmatan: Pendekatan Pembangunan Sumber Manusia
oleh Jamal dan Samer (2011) bertujuan menguji model pengintegrasian teknologi guru pra-
perkhidmatan telah diramalkan oleh beberapa faktor. Antaranya faktor yang mempengaruhi integrasi
teknologi. Dengan mengambil kira faktor-faktor berasaskan universiti, pemodelan teknologi merupakan
faktor yang sangat mempengaruhi kesan efikasi kendiri terhadap teknologi guru pra-perkhidmatan,
kemahiran teknologi, dan kegunaan teknologi. Efikasi kendiri terhadap teknologi adalah faktor yang
paling penting dengan kesan langsung yang paling tinggi kepada integrasi teknologi. Dengan
mengambil kira faktor-faktor berasaskan sekolah, struktur sokongan adalah faktor yang paling
berpengaruh dengan kesan langsung yang paling tinggi kepada integrasi teknologi. Kajian ini telah
membuktikan bahawa model ini adalah berguna dalam menentukan usaha guru pra-perkhidmatan untuk
mengintegrasikan teknologi ke dalam amalan bilik darjah.
Ahmad Zaki et. al. (2014) mengkaji penggunaan aplikasi atas talian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa ketiga: pengenalan kepada quizlet.com. Pembelajaran kursus bahasa ketiga dilihat
sangat penting dan mula diperkenalkan di institut pengajian tinggi (IPT) bagi meningkatkan
kebolehpasaran para graduan. Pelbagai teknik dan pendekatan diketengahkan bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa ketiga lebih menarik dan efisien. Sejajar dengan kemajuan
489
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
global, para pengajar mula tertarik untuk menggabungkan proses P&P dengan kemajuan teknologi,
seperti; aplikasi atas talian (Online Application) sama ada secara percuma mahupun secara berbayar.
Menyedari kepentingan ini, satu tajuk dibentangkan bertujuan memperkenalkan sebuah laman
sesawang; iaitu Quizlet.Com yang menyediakan aplikasi atas talian khas bagi tujuan P&P. Kajian ini
melibatkan pengenalan kepada aplikasi tersebut, kelebihan aplikasi, fungsi secara umum dan fungsi
secara khusus untuk P&P bahasa ketiga yang difokuskan kepada bahasa Arab, serta hasil pembelajaran
yang mampu diperoleh daripada proses P&P setelah menggunakan aplikasi tersebut beserta lampiran
contoh bergambar. Dapatan kajian menyokong aplikasi atas talian ini bukan sahaja lebih menarik minat
para pelajar, bahkan amat bersesuaian untuk proses P&P bahasa ketiga berdasarkan fungsi yang
disediakan di dalam aplikasi tersebut. Melalui kajian ini, diharapkan dapat merancakkan lagi
perkembangan teknik dan pendekatan proses P&P yang digabungkan dengan kemajuan teknologi
terkini.
Bani Hidayat Mohd Shafie (2020) dalam kajiannya yang bertajuk Pelaksanaan PdPc Dalam Talian
(OLL) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 Dan 2 Covid-19. Semasa tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 1 dan Fasa 2, pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG)
telah menggunakan beberapa aplikasi pengajaran dalam talian Online Learning (OLL) untuk
memastikan bahawa sukatan pelajaran dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang dirancangkan.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau berkaitan pelaksanaan PdPC OLL semasa PKP 1 dan PKP 2 yang
merangkumi aspek penglibatan pensyarah dan siswa guru, platform aplikasi utama dan sokongan, jenis
interaksi, serta masalah dalam pelaksanaan PdPc OLL semasa PKP1 dan PKP 2. Seramai 180 responden
yang terdiri daripada pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam terlibat dalam
kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan campuran (mix method)
di mana data kuantitatif disokong oleh data kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri
daripada satu set soal selidik yang mengandungi 15 item soalan dibentuk menggunakan Google Form
dan diedar melalui aplikasi WhatsApp kepada semua responden. Dapatan kajian dianalisis
menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi dan peratus. Hasil kajian
keseluruhan menunjukkan bahawa semua pensyarah menunjukkan penglibatan 100% begitu juga
majoriti siswa guru terlibat sama dalam PdPC OLL. Hasil Dapatan juga menunjukkan bahawa Platform
utama PdPc OLL ialah WhastsApp dikuti Google Classroom dan Telegram serta disokong oleh aplikasi
media sosial yang lain. Majoriti pensyarah menjalankan PdPC menggunakan interaksi segerak
(synchronize atau real time) (PKP fasa 1 = 90%), PKP fasa 2 =86.80%), namun begitu interaksi tidak
segerak (asynchronous) juga dilaksanakan mengikut keperluan masa dan tempat (PKP Fasa 1= 10%,
PKP fasa 2 =13.20%). Terdapat dua masalah utama yang timbul daripada penemuan kajian ini, iaitu
masalah rangkaian internet dan masalah kapasiti data pelajar menyukarkan pelaksanan PdPC OLL
semasa PKP 1 dan 2 berjalan dengan baik. Implikasi Kajian ialah memberi jangkaan awal berkaitan
masalah dan persediaan menghadapi wabak COVID-19 dan membuka ruang kepada pilihan-pilihan
alternatif dalam PdPc OLL ke arah sistem IPG yang lebih fleksibel dan dinamik.
Syed Lamsah (2017) mengkaji Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp dan Telegram
di Universiti Swasta. Kaedah pembelajaran teradun semakin meluas dilaksanakan di Institusi
Pendidikan Tinggi (IPT) sama ada dirujuk sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS), e-
pembelajaran atau m-pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka potensi WhatsApp dan
Telegram dalam pembelajaran (m-pembelajaran) sebagai pelengkap kepada pengajaran bersemuka dan
penggunaan portal e-pembelajaran. Analisis data berdasarkan maklum balas daripada 68 pelajar di
Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor yang diperoleh melalui borang soal-selidik
dan maklumat yang dimuatnaik diWhatsApp dan Telegram. Penjelasan dan edaran borang soal-selidik
kepada pelajar dibuat pada minggu terakhir semester dan pelajar diberi tempoh 1 jam untuk
melengkapkan soal-selidik. Kajian ini menunjukkan sebahagian besar daripada responden telah
menggunakan telefon pintar sejak empat tahun lalu (71%), membayar kurang daripada RM100 sebulan
(81%) dan memilih pelan prabayar (85%). Aplikasi popular ialah WhatsApp (n=60, 88.2%), Youtube
(n=49, 72.1%), Facebook (n=47, 69.1%), Instagram (n=43, 63.2%), dan Google+ (n=36, 52.9%). Para
pelajar didapati kurang didedahkan dengan m-pembelajaran, tidak bersedia serta kurang berpuashati
490
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dengan capaian Internet, ketiadaan garispanduan, dan kaedah penilaian. Pelajar sarjana muda program
kejuruteraan, sains komputer & teknologi maklumat dan bioteknologi lebih aktif terlibat dalam
perbincangan dan perkongsian maklumat berbanding pendidikan. Sebahagian besar pelajar bersetuju
m-pembelajaran membantu mereka untuk lebih memahami hasil pembelajaran, meningkatkan imej
universiti, daya saing dan kebolehpasaran graduan.
Saharani et. al. (2005) mengkaji Internet Sebagai Media Dalam Pengajaran dan pembelajaran: Ciri-
Ciri Dan Aplikasinya. Kertas kerja ini membicarakan tentang penggunaan internet sebagaimedia
pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran komputer dalam pendidikan telah mengubah corak
pembelajaran dan pengajaran tradisikepada corak yang lebih moden. Penggunaan komputer menerusi
talian internet menawarkan pelbagai kemudahan dan maklumat yangmenguntungkan pelajar dan juga
pendidik dan telah menarik ramai pengguna untuk mencubanya. Ciri-ciri dan keistimewaan
internetsebagai media pengajaran yang berkesan, efektif, fleksibel dan menarik menjadi sebab mengapa
ia perlu diaplikasikan dalam sistem pendidikankini. Kertas kerja ini juga memaparkan bukti-bukti
pengaplikasianinternet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan yangmempertikaikan
kebergunaan sepenuhnya internet dalam pengajarandan pembelajaran telah diketengahkan berdasarkan
isu-isu yangmenjurus kepada ketidaksesuaiannya dari segi rekabentuk kepada pelajar-pelajar peringkat
rendah dan menengah.
METODOLOGI
Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif. Penghuraian dapatan kajian ini
meliputi kesediaan guru BM dalam mengaplikasikan pengajaran atas talian diukur berdasarkan
penguasaan mereka dalam teknologi e-pembelajaran, kesediaan dalam melaksanakan PdPC dan
medium yang digunakan dalam pelaksanaan e-pembelajaran.
Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi
untuk dijadikan sebagai responden kajian. Bagi kajian ini bilangan responden yang terlibat dalam kajian
ini ialah seramai 224 orang guru Bahasa Melayu di beberapa daerah di Terengganu. Kajian ini
menggunakan soal selidik berbentuk Google Form yang diedarkan melalui grup WhatsApp. Responden
merupakan guru yang mengajar di bandar (56.1%) dan luar bandar (43.9%).
Soal selidik ini meliputi 2 bahagian, iaitu Bahagian A berkenaan demografi yang melibatkan maklumat
responden seperti jantina, bangsa, umur, pengalaman mengajar, kategori sekolah, dan kemudahan
komputer peribadi dan internet. Bahagian B mengandungi 11 item berkaitan dengan penguasaan guru
dalam melaksanakan PdPC secara atas talian, 9 item mengenai tahap kesediaan guru dalam
melaksanakan PdPC atas talian dan 8 item berkenaan medium pembelajaran yang digunakan. Bentuk
soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Jenis soalan ini mudah untuk
dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan kerana dia hanya dikehendaki
memilih satu dari beberapa jawapan yang diberikan (Syed Arabi: 1998:135). Skala Likert lima mata
digunakan bagi mengukur setiap item yang dinyatakan. Perkaitan dengan skala likert kemudiannya
ditafsir menggunakan peratus.
DAPATAN KAJIAN
Keberkesanan PdP guru bergantung kepada persiapan pengetahuan, kesediaan dan kemudahan internet
untuk melaksanakan PdP sewaktu pandemik COVID-19 melanda negara Malaysia. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengarahkan guru-guru meneruskan proses PdP menggunakan aplikasi e-
pembelajaran yang telah disediakan oleh kerajaan. Walaupun proses PdP diteruskan melalui pelantar
e-pembelajaran, namun apakah guru-guru Bahasa Melayu (BM) telah bersedia untuk melaksanakan
PdP secara atas talian? Hasil kajian mendapati 61.4% guru BM telah berpendapat penggunaan
teknologi e-pembelajaran membolehkan mereka mengajar dengan lebih mudah. Mereka juga bersetuju
491
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
penggunaan e-pembelajaran meningkatkan proses pengajaran mereka walaupun tidak berhadapan
dengan murid (56.9%). Manakala sebanyak 56.6% menyatakan penggunaan e-pembelajaran
meningkatkan keberkesanan proses PdP mereka. Sebanyak 58.7% bersetuju penggunaan e-
pembelajaran sangat diperlukan pada masa hadapan.
Dari aspek kesediaan guru menggunakan teknologi e-pembelajaran, 49.5% menguasai teknologi e-
pembelajaran dan 42.9% mempunyai kemahiran teknikal untuk menggunakan teknologi e-
pembelajaran. Sebanyak 46.3% menyatakan mereka mengetahui cara menyelesaikan masalah
berkaitan komputer. Hanya 51.7% guru BM mengetahui teknologi terkini e-pembelajaran. Walau
bagaimanapun guru BM sentiasa mengikuti perkembangan terkini teknologi e-pembelajaran, iaitu
sebanyak 51.5%. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru kurang bersedia untuk melaksanakan
pengajaran atas talian kerana kemahiran teknikal berkenaan dengan teknologi kurang dikuasai. Namun
begitu guru-guru ini juga mempunyai keinginan untuk menambahkan pengetahuan berkenaan dengan
dengan teknologi pembelajaran mengikut norma baharu ini dengan mengambil inisiatif mengikuti
perkembangan terkini. Situasi ini menunjukkan guru-guru cuba untuk menambah pengetahuan tentang
teknologi e-pembelajaran walaupun sederhana mahir dalam kemahiran teknikal berkenaan komputeran.
Dari aspek medium pembelajaran yang digunakan dalam melaksanakan pdpc secara atas talian waktu
pkp, sebanyak 49.7% menyatakan mereka tahu tentang teknologi e-pembelajaran yang boleh digunakan
untuk memahami mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebanyak 59.1% bersetuju mereka boleh memilih
teknologi e-pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan pengajaran mereka. Guru-guru Bahasa
Melayu bersikap terbuka untuk mencuba pelbagai teknologi baharu dalam proses PdP Bahasa Melayu,
iaitu sebanyak 56.9%. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati guru-guru Bahasa Melayu
mempunyai pengetahuan dan bersikap terbuka untuk mengubah suai pengajaran mengikut teknologi e-
pembelajaran yang terkini. Walau bagaimanapun, mereka berhadapan masalah dari aspek kemahiran
teknikal berkaitan penggunaan komputer.
PERBINCANGAN
Kajian ini disokong lagi dengan kajian Surjono, Dwi, Herman (2015), yang mengatakan bahawa e-
pembelajaran dapat melahirkan sistem pembelajaran yang fleksibel. Pelajar akan menjadi lebih fleksibel
dalam memilih waktu dan tempat belajar kerana tidak perlu datang di suatu tempat pada waktu tertentu.
Di samping itu juga, e-pembelajaran juga merujuk kepada pembelajaran yang meliputi pengajar, pelajar
dan bahan pembelajaran terletak di lokasi yang berbeza sehingga pelajar dapat belajar tahap batasan
waktu dan tempat. Hazwani, Noor Raudhiah dan Norziah (2017) menyatakan hasil kajian daripada
analisis regresi menunjukkan bahawa kesemua faktor ini mempunyai hubungan yang positif dengan
tahap keberkesanan pembelajaran secara e-learning dalam kalangan pelajar tersebut. Ini menunjukkan
bahawa faktor dalaman diri pelajar dan faktor luaran seperti kemudahan prasarana amat mempengaruhi
tahap keberkesanan pembelajaran secara e-pembelajaran.
Pengetahuan teknologi dalam kalangan guru bahasa Melayu berada pada tahap sederhana. Kajian yang
dijalankan oleh Hosseini & Kamal (2013) menunjukkan bahawa guru-guru pra perkhidmatan masih lagi
menunjukkan kekurangan pengetahuan dalam menggunakan teknologi untuk tujuan pengajaran
walaupun pelbagai program pendidikan disediakan untuk melengkapkan guru dengan pengetahuan khas
untuk menggunakan teknologi secara berkesan dalam pengajaran mereka. Hasil kajian yang dijalankan
selari dengan kajian yang dijalankan oleh lain-lain pengkaji. Hasil kajian Abdul Wahab et al. (2006)
menyatakan bahawa terdapat hubung kait antara sikap dengan penggunaan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, iaitu sikap yang positif dalam diri pengajar dapat meningkatkan
penggunaan teknologi dalam PdP. Kemahiran dan pengetahuan yang tinggi diperlukan oleh para
pengajar berkaitan teknologi agar proses PdP akan berjalan dengan baik.
492
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
RUMUSAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai kemahiran dan minat dan kesediaan
dalam pengunaan teknologi e-pembelajaran namun secara sederhana. Aspek ini masih perlu diberi
penekanan dengan mengadakan kursus atau bengkel tentang penggunaan teknologi e-pembelajaran.
Elemen ini juga boleh diterapkan melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) antara guru-guru
yang mahir teknologi dengan guru yang kurang mahir. Dapatan menunjukkan kebolehan mereka
menguasai teknologi e-pembelajaran dan mereka juga mempunyai kemahiran teknikal untuk
menggunakan teknologi e-pembelajaran juga agak sederhana. Antara langkah yang boleh diambil untuk
membantu guru ialah dengan mengadakan latihan asas kemahiran teknikal contohnya melalui bengkel
secara on-line dan berkala bagi membantu guru cara menyelesaikan masalah berkaitan komputer.
Pasukan guru-guru yang mahir dalam aspek teknikal boleh juga dibentuk di sekolah-sekolah bagi
membantu guru-guru yang kurang mahir dari aspek teknikal. Ini boleh dilihat melalui kumpulan minat
khusus (SIG) yang diwujudkan bagi membantu rakan sekerja oleh guru yang pakar, antaranya
CikgooTube, kumpulan Telegram Google Classroom Malaysia dan Facebook Guru Perpustakaan dan
Media.
Bagi memastikan pembelajaran dalam talian dapat dipertingkatkan perancangan lebih rapi perlu dibuat.
Pemantauan berterusan oleh pihak sekolah dan kementerian dapat memastikan pelantar pembelajaran
digital ini dapat digunakan secara maksimum oleh guru dan murid. Anugerah khas galakan kepada guru
dan murid yang terampil dalam pembelajaran dalam talian boleh dipelbagaikan menerusi kategori
berbeza dengan menjadikannya satu daripada acara tahunan, sama ada pada peringkat sekolah, daerah,
negeri mahupun kebangsaan. Secara tidak langsung dengan adanya inisiatif seperti ini guru-guru lebih
bersemangat dalam menghasilkan aktiviti PdPc secara atas talian.
Hasil daripada kajian ini mendapati guru-guru ini juga mempunyai keinginan untuk menambahkan
pengetahuan berkenaan dengan dengan teknologi pembelajaran didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan terkini dengan menghantar mereka mengikut kursus yang ditawarkan di pusat-pusat
latihan kemahiran atau yang ditawarkan oleh pihak-pihak swasta. Pendedahan tentang teknologi
pembelajaran sememangnya sangat perlu ditekankan selari dengan aspek pengajaran dan pembelajaran
yang berubah mengikut norma baharu. Dengan adanya pelbagai kemahiran teknologi ini guru dapat
mempelbagaikan pendekatan dan kaedah yang sesuai dan menarik minta murid untuk terus belajar.
Pihak yang berkepentingan seperti kementerian juga perlu mengambil inisiatif dengan menyediakan
berbagai kemudahan seperti kemudahan mengakses internet dengan membekalkan data secara percuma
agar guru dapat mengikuti perkembangan terkini dalam bidang pendidikan.
RUJUKAN
Ahmad Zaki Aminuddin, Ahmed Thalal Hassan, Ahmad Abdul Rahman, Mohd Shahriman Abu Bakar
(2014) Penggunaan aplikasi atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
ketiga: pengenalan kepada quizlet.com, Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan
2014 (INSAN2014) Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014.
Bani Hidayat Mohd Shafuie. Pelaksanaan PdPc Dalam Talian (OLL) Semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) Fasa 1 Dan 2 Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 2, p. 213-
221, aug. 2020. ISSN 2682-826X.
Clarke A (1992) The Principles of Screen Design for Computer-based LearningMaterials Sheffield: Dept. for Education
and Employment
493
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Fadilah Anak Layang dan Zamri Mahmod (2019) Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap Guru
Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Peta
Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia 44(1) (2019): 37-44
http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-05
Phillips R (1997)The Developer's Handbook to Interactive Multimedia London: Kogan
Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad (2009) Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran
dalam Kalangan Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009): 155 – 172.
Saharani bt. Abdullah Nazila bt. Abdullah, Siti Rafidah bt. Bachok R. Kalyani (2005)
Internet Sebagai Media Dalam Pengajaran dan pembelajaran: Ciri-Ciri Dan Aplikasinya.
Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan UTM, 15 Oktober 2005.
Syamsulaini Sidek dan Mashitoh Hashim (2014) Pengajaran Berasaskan Video dalam Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Jurnal of ICT in Education (JICTIE) ISSN
2289-7844 / Vol. 3 / 2016 / 24-33
Syed Lamsah Syed Chear (2017) Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp dan
Telegram di Universiti Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(2) (2017): In Press (Pratatap
494
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENGETAHUAN TEKNOLOGI, PEDAGOGI, ISI KANDUNGAN DAN
KREATIVITI PENGAJARAN SISWA GURU PENDIDIKAN ISLAM
DI IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
Mohammad Rusdi Bin Ab Majid, PhD ([email protected])
Asyraf Ridwan Bin Ali, PhD ([email protected])
Mohamad Fauzi Bin Hassan ([email protected])
Mohd So’od Bin Chik ([email protected])
Zainuddin Bin Lateh ([email protected])
Ahmad Mubarak Bin Ab Razak ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Pedagogi,
Pengetahuan Kandungan dan kreativiti pengajaran siswa pelatih semester 6 ambilan Jun 2017 dan
semester 8 ambilan Jun 2016. Siswa pelatih yang terlibat dalam kajian ini adalah daripada pelajar dari
Jabatan pendidikan Islam dan Moral. Bagi tujuan itu, terdapat tiga komponen utama yang akan
dijadikan sebagai fokus kajian utama iaitu Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Pedagogi,
Pengetahuan Kandungan dan juga kreativiti pengajaran. Kajian ini berbentuk tinjauan melibatkan
siswa guru ambilan jun 2016 dan ambilan jun 2017. Responden kajian ini terdiri daripada 37 orang
siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam. Populasi siswa guru
Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI) adalah seramai
298 siswa guru. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan soal selidik
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) yang telah diperkenalkan oleh Mishra & Koehler
(2006), Denise A. Schmidt (2009) dan soal selidik yang telah dibangunkan oleh Zahra Hosseini (2012).
Kaedah kajian kuantitatif digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Pedagogi dan Pengetahuan Kandungan siswa guru
pendidikan Islam di IPGKDRI berada pada tahap tinggi. Kreativiti pengajaran juga berada pada siswa
guru IPGKDRI juga berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, berdasarkan kepada dapatan kajian
jelas menunjukkan bahawa siswa guru pendidikan Islam IPGKDRI mempunyai pengetahuan yang
sangat baik dalam Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Pedagogi dan Pengetahuan Kandungan serta
kreativiti pengajaran.
Kata kunci: Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan,
Kreativiti Pengajaran, Siswa guru Pendidikan Islam.
PENGENALAN
Penguasaan pelbagai ilmu merupakan keperluan dalam melaksanakan proses pengajaran pada masa
kini. Interaksi kepelbagaian dalam pengajaran adalah antara kemahiran yang perlu diimplimentasikan
dalam perkongsian ilmu pengetahuan oleh guru. Antara pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru
pada masa kini ialah antaranya seperti model pengajaran yang diperkenalkan oleh Misha Kohler (2006)
dalam model TPACK (technological pedagogical contenct knowledge). Eleman pengetahuan dalam
model ini iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan merupakan
unsur penting dalam pendidikan dan pembelajaran hari ini. Ianya perlu dikuasai oleh semua siswa guru.
Pemahaman ini akan memberi kesan yang besar dari sudut keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
495
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pengetahuan tentang teknologi dapat meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran. Siswa guru akan
dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pembelajaran.
Melalui cara ini siswa guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.
Melalui pemahaman tentang teknologi, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan
dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya
perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana
pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik , lebih aktif , mudah di fahami
serta menyeronokkan. Suasana pembelajaran tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu kesan pemahaman tentang teknologi juga akan dapat mempertingkatkan kualiti
pengajaran siswa guru. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-
maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan siswa
guru mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu
menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat
dapat terus di akses ke dalam sistem.
Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat
meningkatkan kemahiran siswaguru. Dalam Proses pengajaran dan pembelajaran siswa guru, mereka
akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai teknologi seperti komputer, LCD, CD,
pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkaitan dengan komunikasi
dan teknologi mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran . Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran siswaguru
akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek
yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.
Kemahiran dalam menggunakan kemudahan teknologi ini akan mampu memberi nilai tambah kepada
siswa guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dalam arena
perguruan yang sebenar.
Selain teknologi, kefahaman tentang pedagogi juga merupakan satu proses yang bersifat seni dalam
penyampaian isi kandungan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku adalah melalui interaksi
antara guru dan murid, isi kandungan serta objektif pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran
juga memerlukan guru mengaplikaskan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti sebagai medium bertujuan
untuk memudahkan murid-murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan. Elemen ini
amat penting difahami dan dihayati oleh siswa guru. Lebih-lebih lagi pendidikan di Abad 21
memerlukan siswa guru menguasai pelbagai bidang, berpengetahuan terhadap dasar dan isu pendidikan
semasa, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), mahir dalam menggunakan teknologi
terkini, serta berkeupayaan memupuk nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukan intelek, jasmani, emosi
dan sahsiah yang cemerlang dalam kalangan murid-murid. Hal ini bertujuan untuk melahirkan murid-
murid yang produktif, mampu berkolaboratif dan berkomunikasi, bersifat kreatif dan mempunyai
kemahiran berfikir aras tinggi, serta mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran dan kreativiti
dalam menghasilkan contoh pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam masa yang sama akan
muncullah berbagai-bagai inovasi dalam pendidikan yang menjurus kepada kecemerlangan Pdpc di
abad ini.
LATAR BELAKANG KAJIAN
496
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Perubahan dalam pendidikan adalah merupakan perkembangan yang perlu sentiasa diikuti dan diberi
perhatian oleh setiap warga pendidik. Azalya Ayob (2003) berpandangan untuk menghadapi cabaran
ini, warga pendidik khususnya dan rakyat Malaysia amnya perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran
asas dalam bidang pendidikan serta latihan yang kukuh dan mempunyai pelbagai kemahiran umum
termasuk kebolehan dalam berkomunikasi, menguasai pelbagai bahasa, berfikiran kritis dan berinovatif.
Bagi Sharifah Bee Aboo Bakar (2015) perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita yang telah
dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangkumi anjakan transformasi
secara holistik yang melibatkan perubahan kepada sistem pendidikan, kualiti kepimpinan sekolah,
kualiti guru, kemenjadian murid, serta pemantapan tadbir urus yang lebih efisien. Ia bertujuan
melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkeupayaan dalam menyambung legasi untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menempa kemajuan dan kemodenan.
Usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk menjadikan
pendidikan negara kita seiring dengan pendidikan bertaraf dunia dan mampu melahirkan modal insan
minda kelas pertama berdasarkan apa yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006-2010 (Kementerian Pelajaran, 2006), berkualiti tinggi sebagaimana gagasan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Kementerian Pelajaran, 2013).
Oleh hal yang demikian, kurikulum pendidikan termasuklah kurikulum Pendidikan Islam haruslah
sentiasa mengikut peredaran zaman bagi memastikan murid disediakan dengan kemahiran dan
kompetensi kurikulum yang dinamik ke arah melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan,
bersemangat ingin tahu, berprinsip, mempunyai kemahiran berfikir dan berkomunikasi dengan
berkesan.
Justeru itu, para siswa guru atau bakal guru permulaan yang telah dilatih dan dibimbing di Institut
Pendidikan Guru (IPG) dengan kemahiran abad ke-21 meliputi pembelajaran dan kemahiran inovasi
(Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and
technology skills), kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills) yang terkandung dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mampu mewujudkan PdP yang berkesan di dalam bilik
darjah (Ibrahim, 2011).
Hal ini turut disokong oleh (Aziz Omar, 2011) yang berpendapat bahawa peluang mengikuti latihan
mengajar ini menjadi medan bagi setiap siswa guru untuk mempraktikkan teori-teori yang mereka
pelajari dalam kuliah dan membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik
darjah. Persediaan siswa guru dalam mengaplikasikan konsep pembelajaran abad ke-21 (PAK21) ini
bakal melahirkan seorang guru yang kompeten dan memenuhi cabaran pendidikan semasa pada masa
akan datang.
Sehubungan dengan itu, penguasaan guru terhadap Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Pedagogi dan
Pengetahuan Kandungan merupakan keperluan asas kepada seorang guru semasa melaksanakan proses
PdP. Tiga pengetahuan ini merupakan antara keperluan utama bagi guru dalam memastikan PdP yang
dilaksanakan mampu dijalankan secara efektif dan menarik minat para pelajar. Mishra dan Koehler,
2006 menyatakan dalam model TPACK nya bahawa guru mesti menguasai dan menggabungkan
pengetahuan tersebut yang diintegrasikan dengan cemerlang semasa melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran melalui kefahaman tentang cara mengajar tajuk-tajuk tertentu, masalah-masalah atau
isi mengikut minat dan kebolehan pelajar Pandangan ini juga telah disokong oleh (Carter, 1990;
Grossman, 1990; Gudmundsdottir, 1995; Magnusson et.al, 1994: Shulman, 1987). Justeru itu,
penguasaan setiap pengetahuan tersebut merupakan antara faktor utama kejayaan guru dalam
melaksanakan proses pengajaran.
.
497
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kemahiran menguasai dan mengintegrasikan pengetahuan ini akan menghasilkan satu proses
pengajaran dan pembelajaran berkesan dengan mengambil kira keperluan bagi setiap pengetahuan
tersebut. Kejayaan menguasai dan mengintegrasikan kedua-dua pengetahuan ini merupakan antara
elemen kejayaan bagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
PENYATAAN MASALAH
Pendidikan merupakan satu proses atau aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang
individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat (Abdullah & Ainon, 2006). Dalam proses ini,
guru telah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan positif dan
jati diri yang baik di kalangan murid. Pada masa yang sama guru juga pendidik yang berilmu
pengetahuan, di samping itu mereka adalah kelompok masyarakat yang dilatih untuk menguasai
kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai
pengamal ilmu perlu memainkan peranan utama dalam bidang profesionnya. Mengikut Atan Long
(1984), guru turut berperanan sebagai pengurus dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Proses pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan perancangan, mengoperasi,
kepimpinan, penyelarasan dan kawalan. Pengajaran dan pembelajaran pula melibatkan perancangan
harian, mingguan dan tahunan agar kurikulum dapat diorganisasikan dengan jelas dan lancar supaya
dapat diikuti oleh pelajar.
Dalam memenuhi aspirasi seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini haruslah menyedari
tugas dan amanah yang amat penting telah diserahkan kepada mereka untuk mendidik generasi yang
akan dewasa nanti (Shahril, 2003). Dalam menjayakan agenda pendidikan negara guru merupakan
komponen yang sangat penting yang disandarkan oleh pihak kerajaan untuk menjadi tonggak utama
negara dalam memastikan agenda yang dirancang oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya di
peringkat dasar (Ayob (2004; Zawawi, 2001). Guru sebagai pelaksana dasar pendidikan mestilah
sentiasa bersifat dinamik, peka dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan. Peranan
guru juga kini tidak lagi sebagai pemusatan ilmu semata-mata, malah peranan guru kini adalah sebagai
pembimbing, fasilitator, penunjuk dan pemudah cara, penasihat kepada pelajar yang bermasalah (Sham,
Norazah & Zamri, 2006) dalam (Zamri & Mohamed Amin, 2008; Mohd Jasmy et el, 2005). Oleh itu,
hanya guru yang mempunyai dinamika diri yang tinggi dapat menangani dan menghadapi cabaran baru
dalam proses pemodenan pendidikan. Proses pemodenan pendidikan ini tidak akan berjaya sekiranya
tidak disusuli dengan komitmen daripada para guru. Maka perubahan dalam bidang pendidikan perlu
dilakukan dalam keadaan teratur dan terancang.
Perubahan dinamik yang berlaku dalam kurikulum dan kokurikulum pada sistem pendidikan masa kini
yang selaras dengan keperluan semasa menuntut para guru peka dalam mereformasikan diri dengan
ilmu pengetahuan pedagogi dan kemahiran mengajar yang canggih serta pengetahuan bidang ilmu yang
diceburi, demi mempertingkatkan keyakinan diri guru sekali gus berkeupayaan dan berprestasi tinggi
dalam mengharungi bidang kerjaya perguruan yang kian mencabar. Banyak kajian telah dijalankan
dalam melihat tentang apa dan bagaimana sesuatu pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dan
perkaitannya dengan kefahaman dan pengetahuan guru (Schempp et al., 1998; Stofflett & Stoddart,
1994; Shulman, 1987). Guru juga sepatutnya mampu untuk membuat keputusan tentang bagaimana,
bila dan apa yang diperlukan untuk proses pengajaran.
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan atau Technological Pedagogical Content Knowledge
(TPCK) yang telah diperkenalkan oleh Mishra Koehler (2006), merupakan konsep pengetahuan yang
unik bagi seseorang guru. TPCK merupakan pengetahuan khusus menggabungkan pengetahuan
teknologi, pedagogi dan isi kandungan yang diintegrasikan dengan cemerlang semasa melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran melalui kefahaman tentang cara menggunakan teknologi dan cara
mengajar tajuk-tajuk tertentu, masalah-masalah atau isi mengikut minat dan kebolehan pelajar (Carter,
498
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
1990; Grossman, 1990; Gudmundsdottir, 1995; Magnusson et.al, 1994: Shulman, 1987). Justeru itu,
penguasaan setiap pengetahuan tersebut merupakan antara faktor utama kejayaan guru dalam
melaksanakan proses pengajaran.
Sehubungan dengan itu, kemahiran mengintegrasikan tiga komponen pengetahuan ini akan
menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dengan mengambil kira keperluan
bagi setiap pengetahuan tersebut. Pengintegrasian Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Pedagogi dan
Pengetahuan Kandungan akan menghasilkan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPCK)
seperti yang telah dicadangkan dalam model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (Mishra
Koehler, 2006). Kejayaan mengintegrasikan ketiga-tiga pengetahuan ini merupakan antara elemen
kejayaan bagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
KAJIAN LITERATUR
Kajian berkaitan pengetahuan pedagogi, isi kandungan, pengetahuan teknologi pengajaran dan amalan
kreativiti guru seringkali diperbahaskan semenjak dua dekad yang lampau semakin meningkat dari
masa ke semasa (Eng, Chieng You, Tan, Choon Keong, 2019). Penguasaan yang baik dalam kemahiran-
kemahiran tersebut (Jain Chee, Mariani Md Nor, Abdul Jalil Othman, Mohd Nazri Abdul Rahman,
2018; Mohammed Yousef Mai dan Mahizier Hamzah, 2017) amat penting untuk dikuasai guru pada
era pendidikan melinium masa kini. Keupayaan dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (Kariki@Gerald, Sandy, Mohd Zaki Ishak,
Fong, Soon Fook, 2017) mampu menjadikan aktiviti PdPc bertambah menarik dan menyeronokkan
(Syed Lamsah Syed Chear dan Melor Md Yunus, 2019; Muhammad Rusdi Ab Majid, Mohamad Fauzi
Hassan, Mohamed Ayob, 2018).
Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini menunjukkan pengetahuan teknologi
pedagogi kandungan guru belum dikuasai dengan sebaiknya. Kajian yang telah dilaksanakan mendapati
Pengetahuan Teknologi guru bahasa Arab di Malaysia masih berada pada tahap sederhana tinggi
(Muhammad Rusdi Ab Majid dan Zawawi Ismail, 2018) dan guru agama berada pada tahap sederhana
(Maimun, Wan Nurul Shuhada dan Mohd Isa, 2017). Pengetahuan teknologi guru dalam bidang
pedagogi isi kandungan amat penting demi membentuk kreativiti amalan pengajaran (Wan Mohd Fairaz
Bin Wan Mohd Ghazali, Wazzainab binti Ismail, Nur Aisyah Abu Hasan, 2020; Mohd Razdi Omar dan
Saifullizam Puteh, 2019; Mohamad Albaree Abdul, Hazhari Ismail, Iylia Mohamad & Zaharah Osman
2019; Abdul Munir Ismail 2018 ; Siti Aishah Hassan Che Suriani Kiflee, 2018).
Penguasaan ilmu pedagogi (Siti Rashidah, 2020 ; Firdaus Abdul Fatah, Khadijah Abdul Razak, Maimun
Aqsha Lubis 2018) dan isi kandungan (Suhaila Ishak, Mohd Yusof Abdullah dan Faridah Hanim Ishak,
2019) perlu diintegrasikan bersama kemahiran Pedagogi Teknologi (PT) dan Amalan Kreativiti (AK)
pengajaran guru serta bakal guru sangat penting bagi memacu pendidikan negara ke arah Pendidikan
Alaf Ke 21 (PAK21) dan juga memenuhi keperluan guru serta para pelajar.
Kajian berkaitan pengetahuan pedagogi, isi kandungan, pengetahuan teknologi pengajaran dan amalan
kreativiti guru seringkali diperbahaskan semenjak dua dekad yang lampau semakin meningkat dari
masa ke semasa (Eng, Chieng You, Tan, Choon Keong, 2019). Penguasaan yang baik dalam kemahiran-
kemahiran tersebut (Jain Chee, Mariani Md Nor, Abdul Jalil Othman, Mohd Nazri Abdul Rahman,
2018; Mohammed Yousef Mai dan Mahizier Hamzah, 2017) amat penting untuk dikuasai guru pada
era pendidikan melinium masa kini. Keupayaan dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (Kariki@Gerald, Sandy, Mohd Zaki Ishak,
Fong, Soon Fook, 2017) mampu menjadikan aktiviti PdPc bertambah menarik dan menyeronokkan
(Syed Lamsah Syed Chear dan Melor Md Yunus, 2019; Muhammad Rusdi Ab Majid, Mohamad Fauzi
Hassan, Mohamed Ayob, 2018).
499
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini menunjukkan pengetahuan teknologi
pedagogi kandungan guru belum dikuasai dengan sebaiknya. Kajian yang telah dilaksanakan mendapati
Pengetahuan Teknologi guru bahasa Arab di Malaysia masih berada pada tahap sederhana tinggi
(Muhammad Rusdi Ab Majid dan Zawawi Ismail, 2018) dan guru agama berada pada tahap sederhana
(Maimun, Wan Nurul Shuhada dan Mohd Isa, 2017). Pengetahuan teknologi guru dalam bidang
pedagogi isi kandungan amat penting demi membentuk kreativiti amalan pengajaran (Wan Mohd Fairaz
Bin Wan Mohd Ghazali, Wazzainab binti Ismail, Nur Aisyah Abu Hasan, 2020; Mohd Razdi Omar dan
Saifullizam Puteh, 2019; Mohamad Albaree Abdul, Hazhari Ismail, Iylia Mohamad & Zaharah Osman
2019; Abdul Munir Ismail 2018 Siti Aishah Hassan Che Suriani Kiflee, 2018).
Penguasaan ilmu pedagogi (Siti Rashidah, 2020 ; Firdaus Abdul Fatah, Khadijah Abdul Razak, Maimun
Aqsha Lubis 2018) dan isi kandungan (Suhaila Ishak, Mohd Yusof Abdullah dan Faridah Hanim Ishak,
2019) perlu diintegrasikan bersama kemahiran Pedagogi Teknologi (PT) dan Amalan Kreativiti (AK)
pengajaran guru serta bakal guru sangat penting bagi memacu pendidikan negara ke arah Pendidikan
Alaf Ke 21 (PAK21) dan juga memenuhi keperluan guru serta para pelajar.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan teknologi siswa guru Pendidikan Islam di IPGKDRI.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogi siswa guru Pendidikan Islam di IPGKDRI.
3. Mengenal pasti tahap pengetahuan kandungan siswa guru Pendidikan Islam di IPGKDRI.
4. Mengenal pasti tahap kreativiti pengajaran siswa guru Pendidikan Islam di IPGKDRI.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif secara tinjauan melalui soal selidik dengan tujuan untuk
mengenal pasti secara menyeluruh Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan
Kandungan dan kreativiti pengajaran dalam kalangan siswa guru Pendidikan Islam di IPGKDRI. Kajian
ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu. Responden yang
terlibat dalam kajian ini ialah pelajar semester 8 ambian jun 2016 dan pelajar sem 6 ambilan jun 2017.
Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 37 orang iaitu 17 orang responden dari
semester 8 dan 20 orang pula dari semester 6.
INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat untuk mengumpulkan data. Soal selidik yang
digunakan adalah berdasarkan kerangka model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPCK)
yang telah diperkenalkan oleh Mishra dan Koehler, 2006, Denise A. Schmidt (2009) dan soal selidik
yang telah dibangunkan oleh Zahra Hossein (2012). Soal selidik ini melibatkan item yang akan
digunakan untuk mengukur Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan
dan kreativiti pengajaran siswa guru Pendidikan Islam di IPGKDRI.
SAMPEL KAJIAN
Dalam kajian ini, populasi kajian melibatkan siswa guru Pendidikan Islam di IPGKDRI iaitu seramai
301 orang (IPGKDRI, 2019). Sampel dalam kajian ini melibatkan 37 orang siswa guru semester 8
ambilan jun 2016 dan semester 6 ambilan jun 2017. seramai 17 orang siswa guru darpada semester 7
500
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dan 20 siswa guru semester 6 yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini hanya melibatkan unit
Pendidikan Islam sahaja.
ANALISIS DATA
Data-data soal selidik untuk kajian ini diproses dengan menggunakan ‘Statistical Package for the Sosial
Science’ versi 20 (SPSS). Data yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif. Statistik seperti
kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai akan digunakan dalam analisis tersebut.
Analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk menjelaskan tentang tahap pengetahuan empat
komponen PTPK yang dikaji. Bagi menjawab persoalan tersebut pengkaji menggunakan interpretasi
skor min (Nunnally, 1967) seperti dalam jadual 1.
Jadual 1 Interpretasi Skor Min
Interpretasi Skor Min Rendah
Sederhana Rendah
Skor Min Sederhana Tinggi
1.00 – 2.00 Tinggi
2.01 – 3.00
3.01 – 4.00
4.01 – 5.00
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa Pengetahuan teknologi siswa pelatih pendidikan Islam berada
pada tahap tinggi (Min = 4.18, SP – 0.42), Pengetahuan Pedagogi siswa pelatih pendidikan Islam berada
pada tahap tinggi (Min = 4.26, SP = 0.49), Pengetahuan Kandungan pula berada pada tahap tinggi (Min
= 4.20, SP = 0.47) dan kreativiti pengajaran pula berada pada tahap tinggi (Min =4.41 , SP= 0.46).
Dapatan kajian ini dapat diperhatikan berdasarkan kepada jadual 2 di bawah:
Jadual 2
Min, Sisihan Piawai, Pengetahuan Teknologi,Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan dan
Kreativiti Pengajaran Siswa Pelatih IPGKDRI.
Komponen Pengetahuan Min Sisihan Piawai Tahap
Pengetahuan Teknologi 4.18 0.42 Tinggi
Pengetahuan Pedagogi 4.26 0.49 Tinggi
Pengetahuan Kandungan 4.20 0.47 Tinggi
Kreativiti Pengajaran 4.41 0.46 Tinggi
Pengetahuan Teknologi
Min keseluruhan semua item bagi Pengetahuan Teknologi ialah 4.18 dengan sisihan piawai 0.42 berada
pada tahap interpretasi min tinggi (4.01 – 5.00). Dapatan ini menjelaskan tahap Pengetahuan Teknologi
siswa guru pendidikan Islam IPGKDRI berada pada tahap sangat menguasai.
Antara dapatan yang menarik dalam kajian ini menunjukkan siswa guru pendidikan Islam IPGKDRI
sentiasa mengikuti perubahan dan perkembangan teknologi serta mampu menggunakan teknologi
tersebut untuk urusan seharian seperti membuat laporan dapatan, memproses data serta
501
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
menggunakannya untuk tujuan pembelajaran.Satu aspek yang penting dalam dapatan kajian ini ialah,
siswa guru pendidikan Islam IPGKDRI memiliki pengetahuan yang baik dalam menyelesaikan masalah
teknikal yang berkaitan dengan teknologi pendidikan.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan ini menjelaskan bahawa siswa guru pendidikan Islam di
IPGKDRI sangat menguasai Pengetahuan Teknologi terutama pengetahuan berkaitan internet sangat
dikuasai oleh siswa guru pendidikan Islam. Dapatan ini menunjukkan bahawa siswa guru pendidikan
Islam merupakan golongan pengguna teknologi. Perkara ini merupakan fenomena biasa bagi seorang
pengguna yang tidak memiliki asas teknikal ilmu pengetahuan berkaitan Pengetahuan Teknologi kerana
boleh dikatakan kesemua siswa guru pendidikan Islam merupakan graduan yang bukan daripada aliran
berkaitan teknologi.
Pengetahuan Pedagogi
Sebanyak 13 item telah disediakan bagi mendapatkan data berkaitan dengan Pengetahuan Pedagogi
dalam kalangan siswa guru pendidikan Islam. Dapatan kajian menjelaskan bahawa tahap min
keseluruhan bagi Pengetahuan Pedagogi ialah 4.26 dengan nilai sisihan piawai sebanyak 0.45 berada
pada tahap interpretasi min tinggi.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapatan menunjukkan siswa pelatih pendidikan Islam
IPGKDRI sangat menguasai elemen Pengetahuan Pedagogi antaranya kebolehan guru menilai prestasi
pelajar di dalam kelas, guru boleh mengubahsuai kaedah pengajaran berdasarkan tahap kefahaman
pelajar dan guru boleh menilai pembelajaran pelajar dengan pelbagai cara.
Rumusannya, siswa guru pendidikan Islam dalam konteks kajian ini secara keseluruhannya mempunyai
tahap Pengetahuan Pedagogi yang tinggi dengan kebolehan untuk menerapkan elemen-elemen penting
yang terdapat di dalam Pengetahuan Pedagogi sebagai satu bentuk ilmu pengetahuan yang boleh
diimplementasikan dalam proses pengajaran.
Pengetahuan Kandungan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, min keseluruhan bagi Pengetahuan Kandungan ialah 4.20
dengan nilai sisihan piawai sebanyak 0.47 berada pada tahap interpretasi min tinggi. Hasil daripada
kajian yang dijalankan, siswa guru pendidikan Islam mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang
kurikulum pendidikan islam sekolah rendah. Dapatan ini menunjukkan bahawa siswa guru pendidikan
Islam IPGKDRI merupakan guru yang memiliki pengetahuan yang jelas tentang kurikulum yang sedang
diajar sekarang.
Secara keseluruhan dapatan kajian juga menunjukkan bahawa siswa guru Pendidikan Islam mempunyai
penguasaan yang baik dalam matapelajaran pendidikan Islam iaitu pengetahuan tentang al-Quran,
akidah, ibadah, akhlak, sirah dan jawi
Kreativiti Pengajaran
Dapatan kajian ini menunjukkan kreativiti pengajaran siswa guru pendidikan Islam IPGKDRI berada
pada tahap tinggi. Secara keseluruhan kreativiti pengajaran siswa guru pendidikan Islam IPGKDRI
ialah (Min = 4.41, SP = 0.46). Antara kekuatan siswa guru IPGKDRI ialah, siswa guru terbuka
menerima cadangan pelajar, guru berjaya memotivasikan pelajar dan guru berjaya memberi maklum
balas membina terhadap jawapan pelajar. Dapatan ini menjelaskan bahawa siswa guru pendidikan Islam
IPGKDRI sangat menguasai kreativiti pengajaran dalam aspek motivasi, persekitaran dan juga corak
pemikiran apabila melakukan proses pengajaran.
502
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kesimpulannya, kreativiti pengajaran siswa guru pendidikan Islam IPGKDRI menunjukkan mereka
sangat menguasai kreativiti pengajaran terutama dalam aspek motivasi, corak pemikiran dan
persekitaran apabila melaksanakan proses Pengajaran dan pembelajaran.
Perbincangan Kajian
Bahagian ini akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai hasil dapatan kajian yang telah
dianalisis. Perbincangan ini melibatkan aspek dapatan kajian daripada analisis yang telah dijalankan
berdasarkan objektif kajian.
Penguasaan pelbagai bidang pengetahuan adalah sangat diperlukan untuk menjadi seorang guru yang
baik. Untuk tujuan itu penguasaan pengetahuan dalam bidang teknologi, pedagogi dan kandungan
merupakan prasyarat yang perlu dipenuhi oleh setiap guru. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati
Pengetahuan Teknologi, Pengetahuan Pedagogi ,Pengetahuan kandungan dan kreativiti pengajaran
siswa guru Pendidikan Islam di IPGKDRI berada pada tahap tinggi .
Dapatan kajian ini adalah selari dengan dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Charp (2003),
Geisert & Futrell (1995), Soon Yin & Kooi Guan (2002). Dapatan ini juga disokong oleh kajian yang
telah dilakukan oleh Shulman (1987) dan kajian Misara dan Koehler (2006) yang telah memperkenalkan
model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan.
Dapatan kajian mendapati aspek yang paling dikuasai dalam Pengetahuan Teknologi siswa guru
pendidikan Islam ialah kebolehan menggunakan internet dengan baik. Dapatan ini menjelaskan bahawa
siswa guru pendidikan Islam merupakan golongan yang celik teknologi serta mampu menggunakan
teknologi yang tersedia untuk kemudahan mereka terutamanya internet. Dapatan ini disokong oleh
dapatan kajian yang telah dijalankan Furst-Bowe et al. (1996) dan Chao, Butler & Ryan (2003).
Penguasaan pelbagai bidang pengetahuan adalah sangat diperlukan untuk menjadi seorang guru yang
baik. Dalam konteks kajian ini, penguasaan pengetahuan dalam bidang teknologi merupakan prasyarat
untuk menjadi seorang guru yang kompeten. Dapatan kajian ini adalah selari dengan dengan dapatan
kajian yang telah dijalankan oleh Charp (2003), Geisert & Futrell (1995), Soon Yin & Kooi Guan
(2002). Dapatan ini juga disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Mishra & Koehler (2006) yang
telah memperkenalkan model PengetahuanTeknologi Pedagogi Kandungan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa siswa guru pendidikan Islam IPGKDRI memiliki tahap
pengetahuan yang sangat baik dalam Pengetahuan Pedagogi. Ini menjelaskan bahawa siswa guru
pendidikan Islam memiliki pengetahuan yang cukup dalam ilmu pedagogi untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang efisyen dan berkesan di bilik darjah. Penguasaan ini amat penting
dalam memastikan proses pengajaran yang berlaku dapat melaksanakan perpindahan maklumat
daripada guru kepada pelajar secara berkesan. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian yang dilakukan
oleh Rusydi To’imah (2004) yang menyatakan kepentingan Pengetahuan Pedagogi bagi seorang guru
apabila melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini juga menyokong dapatan
kajian yang telah dijalankan oleh Shulman (1992) dan kajian Mishra dan Koehler (2006).
Bagi Pengetahuan Kandungan Pendidikan Islam, dapatan kajian mendapati tahap penguasaan siswa
guru Pendidikan Islam di IPGKDRI berada pada tahap tinggi. Dapatan ini menunjukkan siswa guru
Pendidikan Islam memiliki pengetahuan yang sepatutnya dalam bidang kandungan Pendidikan Islam.
Jika diperhatikan dalam kajian yang dilakukan oleh Shulman (1992), Misha dan Koehler (2006),
seorang guru yang baik mestilah menguasai bidang ini dengan sebaik mungkin bagi memastikan guru
tersebut dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dapatan kajian ini
503
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
juga selari dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Amri, 2005; Majdah Mohammad 2010 dan
Rofeah, 2007.
Dapatan ini juga menjelaskan siswa guru Pendidikan Islam mempunyai pengetahuan yang sangat baik
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu pengetahuan tentang al-Quran, akidah, ibadah, akhlak,
sirah dan jawi. Ini menunjukkan siswa guru Pendidikan Islam IPGKDRI merupakan bakal guru yang
kompeten dan bersedia untuk menjadi guru novis apabila ditempatkan di sekolah.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati siswa guru Pendidikan Islam IPGKDRI mempunyai
pengetahuan yang sangat baik dalam Pengetahun Teknologi, Pengetahuan Pedagogi , Pengetahuan
Kandungan dan Kreativiti Pengajaran . Oleh itu siswa guru Pendidikan Islam perlu mempersiapkan diri
untuk menghadapi perubahan yang berlaku dalam corak pengajaran dan pembelajaran pada masa kini
dan akan datang. Kesediaan untuk mempelajari sesuatu yang baru merupakan aset utama untuk
menghadapi perubahan pesat yang berlaku di dalam industri pendidikan. Furst-Bowe et al. (1996) dan
Chao, Butler & Ryan (2003) berpendapat bahawa guru seharusnya bersedia untuk berubah, kompeten
dan berupaya untuk menguasai ilmu baru kerana ia merupakan antara kuasa utama pada masa kini.
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaludin dan
Zamri Abdul Rahim. (2004). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan penyelidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, kementerian Pelajaran
Malaysia.
Abdullah Ishak, (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Amri Daud. (2005). Kajian keberkesanan pelaksanaan program j-QAF di dua buah sekolah rintis di
Terengganu. Kertas projek sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan, Fakulti pendidikan,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1990. The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul.
Kuala Lumpur: ISTAC.
Aguinaldo, B. E. (2017). Developing and applying technological pedagogical and content knowledge
(TPACK) for a blended learning environment: A rural higher education experiment in
Philippines Countryside. Development Research Journal. 4(1), 27-35.
Atasoy, E, U. N & Aygun, B. (2016). Technological pegagogical content knowledge of prospective
mathematics teachers regarding evaluation and assessment. World Journal on Educational
Teaching. 8(1), 18-24.
Azalya Ayob (2003), Kepentingan Kemahiran Generik Di Kalangan Pekerja di Industri Elektrik Dan
Elektronik Bayan Lepas Pulau Pinang
Aziz Omar. (2011). Kualiti Pelajar Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
Jurnal Penyelidikan Muaddib, Jilid VII, 72-86.
504
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Bahagian Pendidikan Islam (BPI), (1993). Kajian mata pelajaran Pendidikan Islam dan guru-guru
Pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan di Semenanjung Malaysia. Laporan Kajian
Bahagian Pendidikan Islam: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Charp, S. (2003). Profesional Devolepment. Journal Article Excerpt. 30: 122-136.
Che Kamarudin Kamel Che Muhammad. (1999). Satu kajian penguasaan nahu Bahasa Arab peringkat
menengah di kalangan pelajar sekolah menengah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Geisert, P. g. & Futrell, M. K. (1995). Teachers, computers and curriculum-microcomputer in the
classroom. (2nd edition). London: Allyn and Bacon.
Grossman, P. L. (1990). The making of a teacher: Teacher knowledge and teacher education. New
York: Teacher College Press.
Hasbullah Abdul Rahman & Yusri Abd. Rahman, (2003). Kesediaan guru-guru agama mengguna
komputer dalam menjalankan tugas pentadbiran dan pengajaran. Dlm. Khadijah Abdul Razak,
Shahri Awaludin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Ab. Halim Tamuri, Norshidah Mohd Salleh, &
Aliza Alias (pynt.). Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3) Perkaedahan Pengajaran
Pendidikan: Antara Tradisi dan Inovasi. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 351-364.
Ibrahim Taib. (2011). Kualiti Guru Permulaan: Pendekatan Persamaan Model Struktural. Jurnal
Penyelidikan Muaddib, Jilid VII, 45-59
Kamarulzaman Abdul Ghani, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Shahrin Awaludin, (2003).
Pembelajaran bahasa Arab secara koperatif: Satu kaedah alternatif. Dlm. Khadijah Abdul
Razak, Shahri Awaludin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Ab. Halim Tamuri, Norshidah Mohd
Salleh, & Aliza Alias (pynt.). Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 3) Perkaedahan
Pengajaran Pendidikan: Antara Tradisi dan Inovasi. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 326-335.
Magnusson, S., Borko, H. & Krajcik, J. (1998). Nature, Source, and development of pedagogical
content knowledge for science teaching. Dalam J. Gess-Newsome & N. Lederman (Ed.).
Knowledge for science teacher. Kluwer Academic Publishers.
Mohd Jasmy Abd Rahman, Shahrin Awaluddin & Mohd Arif Hj Ismail. (2005). Tahap penggunaan alat
teknologi pengajaran di kalangan guru-guru pendidikan Islam dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (SIRI 4). Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM.
Majdah Mohammad. (2011). Kajian keberkesanan pelaksanaan bahasa Arab komunikasi dalam
program j-QAF di sekolah rendah. Desertasi Sarjana pengajian Islam yang tidak diterbitkan.
Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mishra, P. & Koehler, M.J., (2006). What happens when teachers design educational technology? The
development of technological pedagogical content knowledge. Journal of Educational
Computing Research, 32(2), 131-152.
Mishra, P. & Koehler, M.J., (2006). Technological pedagogical content knowledge: A framework for
integrating technology in teacher knowledge. Teachers College Record, 108(6), 1017-1054.
505
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Mohamad Zarkhuan Zainol. (2010). Penggunaan interaktif multimedia pembelajaran bahasa Arab di
dalam bilik darjah. Disertasi ijazah sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Universiti Utara
Malaysia.
Nor Faizah Mohd Hamidin. (2005). Manhaj ta’lim al-lughah al-‘arabiyah li al-madaris al-ibtidaiyah
al-diniyah bi wilayah Selangor. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Islam
Antarabangsa.
Omar Abdullah Simasaba. (2010). Ta’lim al-lughah al-‘arabiyah li natiqin bi ghayriha: muskhilat wa
hulul. Kertas kerja seminar antarabangsa pengajaran bahasa Arab kepada bukan penutur.
Universiti Malaya, 24-25 Julai 2010.
Rofeah Sulaiman, (2007). Aktiviti dalam pengajaran bahasa Arab komunikasi oleh guru j-QAF di negeri
Pahang. Laporan penyelidikan ijazah sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti
Pendidikan. Universiti Malaya.
Rusni Abdul Latif, (2007). Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab komunikasi Sekolah
Kebangsaan (BAKSK) di Kalangan Guru-Guru j-QAF di Negeri Selangor. Laporan
penyelidikan Ijazah Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya: Kuala Lumpur.
Rosmaria Mohd Sahat, (2003). Penggunaan komputer dan multimedia dalam pendidikan di Malaysia.
Laporan kajian bebas Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rusydi Ahmad To’imah, (1989). Talim al-Arabiyyah li ghair al-natiqin manahujuha wa asalibuha,
mansyurat al-munazzamah al-islamiyyah li al-tarbiyyah wa al-ulum wa al-thaqafah. Kaherah.
Sharifah Bee Aboo Bakar (2015), Transformasi dijana legasi terbina: koleksi teks ucapan 2012-2015
Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Education
Review, 57 (1), 1-22.
Soon Yin, T. & Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan penggunaan teknologi dalam pengajaran-pembelajaran
guru-guru. Jurnal 2002 Pendidikan Guru. 2: 62-72.
Tzu-Chiang Lin, Chin-Chung Tsai, Ching Sing Chai dan Min-Hsien Lee, (2013). Identifying Science
Teachers’ Perceptions of Technological Pedagogical and Content Knowledge (TPACK). Journal of
Science Education and Technology, 22, 325–336.
Lye, L. T. (2013). Opportunities and Challenges Faced by Private Higher Education Institution Using the TPACK
Model in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 91, 294–305.
Yahya Abdullah, (2003). Persepsi, minat dan penghayatan terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam
di kalangan pelajar tingkatan 5 di SMK Muzaffar Shah, Simpang Empat, Semanggol Perak.
Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yasrina Yaacob, (2010). Pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran bahasa Arab komunikasi tahap
dua di sekolah kebangsaan. Kertas kerja sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Universiti
Utara Malaysia.
506
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KOMITMEN, KESEDIAAN DAN AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21
(PAK21) PELAJAR GURU SEMASA PRAKTIKUM
Helen Khoo Chooi Sim, Ph.D. ([email protected])
Ahmad Zohri bin Hj. Ishak, Ph.D. ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji pelaksanaan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) pelajar guru Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
(IPGKPP) dari aspek komitmen, kesediaan dan amalan. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen
borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa min-min yang dicatat oleh responden semasa
menjalani Praktikum Fasa II adalah lebih tinggi berbanding dengan min-min yang dicatat semasa
Praktikum Fasa I untuk ketiga-tiga dimensi yang dikaji. Dalam dimensi komitmen, didapati bahawa
responden memiliki komitmen yang lebih tinggi dalam pelaksanaan PAK21 semasa Praktikum Fasa II
berbanding dengan semasa menjalani Praktikum Fasa I. Responden didapati memiliki tanggungjawab
yang tinggi serta bersikap positif dalam melaksanakan PAK21. Responden juga lebih bersedia serta
lebih kerap mengamalkan kemahiran PAK21 semasa menjalani Praktikum Fasa II berbanding dengan
semasa menjalani Praktikum Fasa I. Akhirnya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen,
kesediaan dan amalan responden dalam pelaksanaan PAK21 adalah tinggi.
Kata Kunci: Pembelajaran Abad ke 21, Komitmen, Kesediaan, Amalan, Pelajar Guru, Praktikum.
ABSTRACT
This study aimed to examine the implementation of 21st Century Learning (PAK21) among Bachelor of
Teaching Program (PISMP) June 2016 Intake of Teacher Education Institute Penang Campus
(IPGKPP) in terms of commitment, readiness and practice. This quantitative study employed the
questionnaire instrument. The results showed that the mean scores recorded by the respondents during
the Practicum Phase II were higher than the means recorded during the Practicum Phase I for the three
dimensions studied. In the dimension of commitment, it was found that respondents had higher
commitment in implementing PAK21 during Practicum Phase II compared to when they were
undergoing Practical Phase I. Respondents were found to have high responsibility and positive attitude
towards implementing PAK21. Respondents were also more prepared and more likely to practice
PAK21 skills during Practicum Phase II compared to when they were in Practicum Phase I.
Keywords: 21st Century Learning, Commitment, Readiness, Practices, Student Teachers, Practicum
PENDAHULUAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif Pembelajaran Abad ke 21 (PAK
21) secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan ke seluruh negara mulai tahun 2015.
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menjadi penanda aras
keberkesanan PAK21 seperti yang dihasratkan oleh KPM. Pelajar guru yang merupakan bakal guru
perlu bersedia menerima perubahan dan mengurus perubahan yang bakal diharungi dalam sistem
507
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pendidikan dengan cekap. PdP akan menjadi lebih berkesan apabila memenuhi keperluan murid-murid
yang diajar. Justeru, tranformasi pendidikan dari segi komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 perlu
sentiasa berkembang seiring mengikut perkembangan zaman atau menuju selangkah ke hadapan.
Menurut Faridah (2009), PAK21 merupakan satu tranformasi yang dilakukan dalam
memperbaharui taraf pendidikan yang sedia ada supaya sistem pelaksanaan pembelajaran PAK21 lebih
fleksibel, kreatif, mencabar, dan lebih kompleks. Bagi mencapai hasrat tersebut, pendidikan perlu
bersifat dinamik, holistik, dan sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan semasa dan
persekitarannya. Jika pelajar guru inginkan pembaharuan dalam memberikan sumbangan dalam
PAK21, mereka perlu menghasilkan model baharu pengajaran untuk dipadankan dengan alat dan
keupayaan murid zaman sekarang. Di samping itu mereka perlu memikirkan kaedah hubungan baharu
antara pelajar guru dengan murid, proses perkembangan masa kini dan mengkaji persekitaran
pendidikan formal. Faktor seperti komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 mampu mendorong pelajar
guru untuk menguasai kemahiran PAK21 dengan lebih cepat serta memberi kesan dalam jangka masa
yang panjang. Oleh itu keberhasilan pelaksanaan PAK21 merupakan satu yang semestinya diharapkan
oleh negara dalam melahirkan masyarakat yang serba boleh dalam pelbagai bidang dan mampu berdaya
saing dengan negara maju.
PERNYATAAN MASALAH
Pada abad ke 21, negara menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan
globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Salah satu
cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau
k-ekonomi bagi menghadapi persaingan negara lain. Ekonomi baharu ini memerlukan sokongan padu
daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam
pelbagai bidang. Menurut Thomas Frieman (2017) dalam bukunya The world is Flat: A Brief History
of the Twenty-First Century, pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama
kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia pada abad ke 21 ini.
Sistem pendidikan negara sentiasa mengalami perubahan yang menuntut para guru melakukan
tranformasi dalam pendidikan. Warga sekolah khususnya guru seharusnya mengikuti perkembangan
kemajuan dalam pendidikan. Menurut Zamri, Ruslin dan Mohamed Amin (2015), guru harus membina
insan pelajar yang menguasai kemahiran belajar, dan berfikir dengan mengikut gaya, cara, dan rentak
pembelajaran anak didik mereka sebaik mungkin. Guru seharusnya lebih peka terhadap perbezaan yang
wujud dalam diri pelajar-pelajarnya dari segi latar belakang sosial, tingkah laku, dan aras kognitif.
Menurut Sparks (2012), guru yang prihatin terhadap kemajuan pendidikan seharusnya
meningkatkan profesionalisme diri. Meningkatkan profesionalisme guru bererti suatu proses
menambahbaik kemahiran dan kompetensi diri berdasarkan perubahan persekitaran bagi menghasilkan
produk berkualiti dalam pendidikan (Hassel, 2013). Menurut Cummins (2004) apa yang diperlukan
oleh guru adalah bersifat peribadi iaitu jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka,
perhubungan antara rakan sejawat yang mesra dan kaedah pengajaran yang berkesan sehingga guru
berupaya make a difference.
Terdapat beberapa kajian yang lalu berhubung dengan pelaksanaan pembelajaran PAK21.
Maizura dan Nur Surayyah (2018) telah menjalankan kajian dari sudut pandangan pelajar guru
Pendidikan Moral terhadap cabaran pelaksanaan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke 21
semasa menjalani praktikum di sekolah. Objektif kajian adalah untuk mendalami pengalaman pelajar
guru dalam mempraktikkan PdPc PAK21 dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Seramai tiga orang
pelajar guru yang menjalani praktikum terlibat dalam kajian yang menggunakan pendekatan kajian kes
508
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
kualitatif dengan pemilihan sampel secara bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek
kajian menghadapi cabaran pelaksanaan seperti kaedah mengajar, dan sesi latihan amali sepanjang
menggunakan PAK21 dalam PdPc Pendidikan Moral. Dapatan kajian tersebut dapat dijadikan sebagai
penanda aras kepada usaha membuka peluang kepada pelajar guru mengalami suasana sebenar semasa
menjalani praktikum di sekolah. Usaha penyediaan pelajar guru yang terlatih dan berkualiti perlu diberi
perhatian yang serius bagi melahirkan bakal guru yang berjaya dalam profesion keguruan.
Raja Abdullah dan Daud (2018) telah menjalankan kajian menilai amalan kendiri pelajar guru
praktikum Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI) dalam
mengaplikasikan konsep PAK21 dalam pengajaran di sekolah. Seramai 41 orang pelajar guru
berpengkhususan Pengajian Agama Ambilan Januari 2013 telah dipilih sebagai responden kajian. Reka
bentuk kajian adalah pendekatan kuatitatif yang disokong oleh data temu bual separa bersrtuktur.
Analisis deskriptif kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi melaporkan dapatan
kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan dan Konsep 4C iaitu (Kreativiti, Pemikiran Kritis,
Kolaborasi dan Komunikasi) yang diaplikasikan oleh pelajar guru berada pada tahap tinggi. Dapatan
temu bual menunjukkan bahawa pelajar guru berminat untuk melaksanakan PdPc Konsep 4C di sekolah
dengan jelas melalui bimbingan secara teori dan praktik. Justeru, pelajar guru perlu didedahkan dengan
pelaksanaan PdPc PAK21 khususnya yang menekankan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) agar dapat meningkatkan komitmen, kesediaan dan amalan pembelajaran PAK21.
Helen dan Ahmad Zohri (2019) telah menjalankan kajian untuk mengkaji sokongan, prasarana,
komitmen dan kesediaan responden dalam pelaksanaan pembelajaran menggunakan pedagogi abad ke
21 semasa praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Kajian kuantitatif
yang menggunakan instrumen borang soal selidik ini melibatkan 170 orang responden dari IPGKPP.
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat seramai 83 (41.2%) orang responden tidak pernah
menghadiri kursus PAK21 dan seramai 23 (13.5%) orang responden tidak mempunyai pengetahuan
tentang PAK21. Hasil kajian menunjukkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan sokongan
terhadap pelaksanaan PAK21 seperti sokongan dalam melaksanakan program latihan PAK21, guru
besar sekolah melaksanakan pencerapan PdPc serta memberi maklum balas tentang PdPc PAK21.
Kajian tersebut mendapati bahawa min-min yang dicatat oleh lima item dalam dimensi prasarana
pelaksanaan PAK21 di peringkat sekolah adalah agak rendah. Daripada aspek komitmen responden
terhadap pelaksanaan PAK21, didapati bahawa responden memiliki komitmen yang tinggi dalam
pelaksanaan PAK21. Responden didapati memiliki tanggungjawab yang tinggi serta bersikap positif
dalam melaksanakan PAK21. Responden juga didapati sentiasa berusaha membudayakan PAK21 di
sekolah, sentiasa gembira berkolaboratif bersama-sama rakan sekerja melaksanakan PdPc serta sentiasa
mengamalkan PAK21 dalam PdPc sebagai satu keperluan. Akhirnya, hasil kajian menunjukkan bahawa
kesediaan responden dalam pelaksanaan PAK21 adalah tinggi.
Lei dan Meow (2019) telah menjalankan kajian untuk mengkaji hubungan antara kepimpinan
distributif terhadap komitmen guru untuk berubah dengan keadaan dalam sekolah sebagai mediator.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sampel
kajian terdiri daripada 357 orang guru-guru sekolah menengah yang dipilih secara rawak daripada 20
buah sekolah di Daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Pendekatan
Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) dengan perisian Smart PLS 3.2.7
digunakan untuk penganalisaan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan distributif
mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan komitmen guru untuk berubah secara langsung.
Keadaan dalam sekolah mempunyai kesan pengantaraan yang signifikan dalam hubungan antara
kepimpinan distributif dan komitmen guru untuk berubah. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap
pembuat polisi dan pentadbiran sekolah bahawa kepimpinan distributif dan komitmen guru perlu
ditukar bersesuaian dengan PAK21.
Siti Suhaili (2019) telah menjalankan kajian mengenai kesediaan guru Bahasa Inggeris sekolah
rendah melaksanakan PAK21. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru,
509
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
kemahiran ICT guru, kesediaan infrastruktur asas dan kesediaan guru dalam melaksanakan PAK21.
Kajian telah menggunakan kaedah tinjauan iaitu borang kaji selidik skala Likert secara atas talian yang
melibatkan seramai 150 orang guru Bahasa Inggeris sekolah rendah. Dapatan kajian bagi ujian korelasi
Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara tahap kesediaan guru melaksanakan PAK21
dengan tahap pengetahuan guru, kemahiran ICT guru dan infrastruktur asas.
Jaggil Apak dan Muhamad Suhaimi (2018) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti
pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke 21 dalam kalangan guru sekolah
menengah di negeri Sabah. Kajian eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan. Data dikumpul
menggunakan satu set borang soal selidik adaptasi yang ditadbir ke atas 439 orang guru. Analisis
deskriptif menunjukkan kesediaan guru dan pengurusan bilik darjah abad ke 21 diamalkan pada tahap
tinggi. Keputusan ujian ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
kesediaan guru dan pengurusan bilik darjah abad ke 21 berdasarkan pengalaman mengajar. Sementara
itu, analisis regresi berganda pula menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan kesediaan guru
terhadap pengurusan bilik darjah abad ke2 1. Dapatan menunjukkan sumbangan keseluruhan yang
diramal oleh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke 21 adalah sebanyak 27.8 peratus.
Kajian ini menunjukkan bahawa kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu program boleh
menyumbang kepada kejayaan program yang dilaksanakan.
Pembelajaran PAK21 dapat dicapai apabila sistem pendidikan menunjukkan perkembangan
dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara. Perkembangan dan kemajuan tersebut
perlu dilihat dari segi kualiti, kuatiti, standard, kecemerlangan, dan kredibiliti yang diakui dan diterima
pada peringkat antarabangsa atau dunia. Analisis Wenglinsky (2004) terhadap data skor pencapaian
murid dalam National Assessment of Educational Progress (NAEP) dan Trend in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) mendapati bahawa guru yang menggunakan aktiviti KBAT
dalam pengajaran membawa kepada pencapaian murid yang lebih besar berbanding pendekatan
pengajaran guru yang menekankan kemahiran asas sahaja.
Keperluan menyediakan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif akan dapat
menggalakkan pelajar guru mengamalkan pembelajaran PAK21, setiap sekolah harus memiliki
kemudahan perpustakaan, bilik-bilik khas, makmal komputer dan ruang rehat. Menurut Noor Azlan dan
Lim (2011), guru bimbingan juga perlu memberi bimbingan kepada guru pelatih dari aspek pengetahuan
dan amalan pedagogi yang berkaitan dengan penglibatan praktikum. Bimbingan dari guru pembimbing
juga sangat bergantung kepada persekitaran sekolah yang kondusif serta atribut peribadi guru
pembimbing yang baik. Apabila pelajar guru berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan secara
berterusan maka mereka juga akan bersifat optimis bagi mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka. Oleh
itu, kajian yang dijalankan pengkaji adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan pembelajaran PAK21
pelajar guru semasa Praktikum Fasa II. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji aspek komitmen,
kesediaan dan amalan PAK21 pelajar guru semasa praktikum. Kajian ini juga bertujuan untuk
membandingkan tahap komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 semasa pelajar guru menjalani
Praktikum Fasa 1 dan Praktikum Fasa II.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah seperti berikut:
1. Meninjau dan membandingkan komitmen responden dalam pelaksanaan PAK21 semasa
menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.
2. Meninjau dan membandingkan kesediaan responden dalam pelaksanaan PAK21 semasa
menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.
3. Meninjau dan membandingkan amalan responden dalam pelaksanaan PAK21semasa menjalani
Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.
510
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini ialah seperti berikut:
1. Apakah komitmen responden dalam pelaksanaan PAK21 semasa mereka menjalani Praktikum
Fasa I dan Praktikum Fasa II?
2. Apakah kesediaan responden untuk melaksanakan PAK21 semasa mereka menjalani Praktikum
Fasa I dan Praktikum Fasa II?
3. Apakah amalan responden dalam melaksanakan PAK21 semasa mereka menjalani Praktikum
Fasa I dan Praktikum Fasa II?
4. Adakah terdapat korelasi antara kesediaan dan amalan responden dalam pelaksanaan PAK21
semasa pelajar guru menjalani Praktikum Fasa II?
KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan satu gambaran mengenai komitmen, kesediaan dan
amalan PAK21 semasa pelajar guru menjalani praktikum. Tahap komitmen, kesediaan dan amalan
PAK21 yang tinggi semasa PdP dalam kalangan guru adalah penting bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran murid-murid sekolah di Malaysia. Kesemua aspek tersebut merupakan prasyarat bagi
meningkatkan mutu pendidikan negara. Justeru, pelajar guru perlu memantapkan pengetahuan dan
kefahaman pelaksanaan PAK21 semasa latihan mereka di Institut Pendidikan Guru (IPG) .
Dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu pihak pengurusan dan
pentadbiran IPG untuk membuat perancangan dan tindakan sewajarnya dalam meningkatkan dan
memantapkan penguasaan PAK21 dalam kalangan pelajar guru kerana mereka merupakan bakal guru
yang akan ditempatkan untuk mengajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Dapatan kajian juga boleh
menjadi panduan bagi mengenal pasti faktor dalam merangka dan mengendali program yang boleh
meningkatkan profesionalisme keguruan dalam pemahaman dan pengaplikasian PAK21.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik dalam proses
pengumpulan data. Instrumen kajian adalah merupakan borang soal selidik yang dibina berdasarkan
elemen kemahiran PAK21. Sampel kajian ialah pelajar guru Ambilan Jun 2016 di IPGKPP. Data
dikutip selepas responden menjalani Praktikum Fasa I pada penghujung bulan Oktober 2018 dan
Praktikum Fasa II pada penghujung bulan Oktober 2019.
Instrumen Kajian
Instrumen soal selidik ini mengandungi 3 bahagian. Bahagian A adalah berkaitan dengan maklumat
profil responden seperti jantina, fasa praktikum serta kumpulan akademik. Bahagian B mengandungi
item berkaitan dengan pengalaman responden menghadiri kursus PAK21. Bahagian C mengandungi 2
sub bahagian iaitu Bahagian C1 mengandungi 7 item berkaitan dengan komitmen dalam pelaksanaan
PAK21 serta Bahagian C2 mengandungi 14 item berkaitan dengan kesediaan guru dalam pelaksanaan
PAK21. Bahagian C3 mengandungi 14 item berkaitan dengan amalan guru dalam pelaksanaan PAK21.
Skala pengukuran ini mengandungi item-item skala likert berjulat 1 hingga 4 (1=Sangat Tidak Setuju,
2=Tidak Setuju, 3=Setuju dan 4=Sangat Setuju). Instrumen yang digunakan diadaptasi daripada kajian
PAK21 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Instrumen kajian dalam bentuk Google Forms telah diedarkan kepada responden kajian selepas
selesai Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II iaitu pada awal bulan November 2018 dan November
511
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
2019. Responden diminta untuk menjawab item-item dalam soal selidik dalam jangka masa yang telah
ditetapkan bersama. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social
Sciences) versi 19.
Kesahan Alat Ukur
Kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen dalam kajian rintis ialah 0.976. Manakala
kebolehpercayaan untuk empat dimensi tersebut iaitu dimensi Sokongan Terhadap Pelaksanaan PAK21
ialah 0.92, dimensi Prasarana Pelaksanaan PAK21 ialah 0.90, dimensi Komitmen Terhadap
Pelaksanaan PAK21 ialah 0.936 dan dimensi Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan ialah PAK21 0.962.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Maklumat Demografi
Kajian yang dijalankan melibatkan 104 orang pelajar guru PISMP Ambilan Jun 2016 semasa mereka
menjalani Praktikum Fasa I dan 105 orang pelajar guru yang telah menjalani Praktikum Fasa II di
IPGKPP. Jumlah pelajar guru Ambilan Jun 2016 semasa Praktikum Fasa I ialah seramai 107 orang dan
jumlah pelajar semasa Praktikum Fasa II ialah seramai 105 orang semasa Praktikum Fasa II. Terdapat
2 orang pelajar guru yang telah menangguh program pada tahun 2019. Kadar respon Praktikum Fasa I
ialah 97.2% dan kadar respon Praktikum Fasa II ialah 100%.
Jadual 1 menunjukkan maklumat demografi responden kajian. Dalam kajian ini, bilangan
responden lelaki adalah seramai 15 (14.4%) orang semasa Praktikum Fasa I dan bertambah dua orang
ke 17 orang (16.2%). Bilangan responden perempuan adalah lebih ramai iaitu 89 (85.6%) orang semasa
Praktikum Fasa I dan berkurangan seorang iaitu 88 (83.8%) semasa Praktikum Fasa II. Responden
kajian terdiri daripada pelajar guru berpengkhususan Bimbingan dan Kaunseling, Matematik, Muzik,
Sejarah, Sains, Pengajian Melayu dan TESL seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Semua pelajar
guru ialah seramai 105 orang telah memberi maklum balas selepas Praktikum Fasa II berbanding
dengan semasa kajian dilaksanakan selepas Praktikum Fasa I.
Jadual 1: Maklumat Demografi
Bil. Item PRAKTIKUM FASA I PRAKTIKUM FASA II
Bil. Peratus Bil. Peratus
1. Jantina:
Lelaki 15 14.4 17 16.2
Perempuan 89 85.6 88 83.8
2. Kumpulan Akademik
Bimbingan dan Kaunseling 14 13.6 14 13.3
Matematik 20 19.2 20 19.1
Muzik 10 9.6 10 9.5
Sejarah 15 14.4 15 14.3
Sains 9 8.6 9 8.6
Pengajian Melayu 11 10.6 12 11.4
TESL 25 24 25 23.8
JUMLAH 104 100 105 100
Pengalaman Menghadiri Kursus PAK21
Dapatan kajian ini menandakan bahawa seramai 73 (69.5%) orang responden pernah menghadiri kursus
PAK21 sebelum mereka menjalani Praktikum Fasa I dan bilangan ini telah bertambah seorang iaitu
512
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
kepada 74 (70.4%) semasa Praktikum Fasa II. Bilangan responden yang tidak pernah menghadiri kursus
PAK21 ialah seramai 32 (30.5%) orang sebelum menjalani Praktikum Fasa I dan bilangan berkurangan
seorang semasa Praktikum Fasa II. Penambahan bilangan ini walaupun seorang sahaja adalah satu
petanda positif kerana ini menandakan terdapat usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
PAK21 dalam kalangan responden kajian. Walau demikian, masih terdapat seramai 31 (29.6.5%) orang
responden tidak pernah menghadiri kursus PAK21. Jadual 2 menunjukkan pengalaman menghadiri
kursus PAK21 mengikut jantina untuk kedua-dua Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.
Jadual 2: Pengalaman Menghadiri Kursus PAK21 mengikut Jantina
Bil. Item PRAKTIKUM FASA I PRAKTIKUM FASA II
YA TIDAK YA TIDAK
Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus
1. Menghadiri
kursus PAK21:
Lelaki 14 13.3 3 2.9 14 13.3 3 2.9
Perempuan 59 56.2 29 27.6 60 57.1 28 26.7
73 69.5 32 30.5 74 70.4 31 29.6
Komitmen dalam Pelaksanaan PAK21
Jadual 3 dan Rajah 1 menunjukkan komitmen responden dalam pelaksanaan PAK21. Min-min yang
dicatat oleh tujuh item dalam dimensi ini adalah lebih tinggi semasa responden menjalani Praktikum
Fasa II berbanding dengan semasa mereka menjalani Praktikum Fasa I. Min yang dicatat semasa
Praktikum Fasa I ialah antara 3.17 dengan 3.65. Min-min untuk ke tujuh-tujuh item telah meningkat
antara 3.38 dan 3.57 semasa Praktikum Fasa II.
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden berpendapat bahawa mereka adalah
bertanggungjawab melaksanakan PAK21. Item ini mencatat min yang tertinggi untuk responden
(Praktikum Fasa 1: Min=3.32; SP=.63; Praktikum Fasa II: Min=3.55; SP=.59). Responden juga
bersikap positif dalam melaksanakan PAK21 (Praktikum Fasa 1: Min=3.31; SP=.59; Praktikum Fasa
II: Min=3.57; SP=.60). Responden juga didapati sentiasa berusaha membudayakan PAK21 di sekolah
(Praktikum Fasa 1: Min=3.27; SP=.58; Praktikum Fasa II: Min=3.55; SP=.65), serta gembira
berkolaboratif bersama-sama rakan sekerja melaksanakan PdPc PAK21 (Praktikum Fasa 1: Min=3.26;
SP=.61; Praktikum Fasa II: Min=3.49; SP=.65).
Jadual 3: Komitmen dalam Pelaksanaan PAK21
PRAKTIKUM PRAKTIKUM
Bil. Item FASA I FASA II
Min Sisihan Min Sisihan
Piawai Piawai
1. Saya berpuas hati dapat melaksanakan PdPc PAK21 di3.19 0.67 3.38 0.73
sekolah.
2. Saya gembira berkolaboratif bersama-sama rakan3.26 0.61 3.49 0.65
sekerja melaksanakan PdPc PAK21.
3. Saya sentiasa mengamalkan PAK21 dalam PdPc sebagai3.17 0.69 3.54 0.57
satu keperluan.
513
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
4. Saya bertanggungjawab melaksanakan PAK21. 3.32 0.63 3.55 0.59
3.39 0.75
5. Saya mendapat sokongan sekolah dalam menyediakan3.19 0.68
3.55 0.65
bahan PAK21.
3.57 0.60
6. Saya sentiasa berusaha membudayakan PAK21 di3.27 0.58
sekolah.
7. Saya bersikap positif dalam melaksanakan PAK21. 3.31 0.59
Merujuk Rajah 1, min kesemua tujuh item adalah lebih tinggi semasa responden menjalani
Praktikum Fasa II berbanding dengan semasa menjalani Praktikum Fasa I. Min-min yang tinggi yang
dicatat untuk item-item dimensi ini menandakan bahawa responden memiliki komitmen yang lebih
tinggi dalam pelaksanaan PAK21 di sekolah semasa menjalani Praktikum Fasa II. Hal ini adalah
petanda baik kerana responden bersikap positif terhadap pelaksanaan PAK21. Pengalaman yang
diperolehi oleh responden semasa menjalani Praktikum Fasa I telah meningkatkan komitmen semasa
menjalani Praktikum Fasa II.
3.6
3.4
3.2
3
2.8
1234567
FASA I 3.19 3.26 3.17 3.32 3.19 3.27 3.31
FASA II 3.38 3.49 3.54 3.55 3.39 3.55 3.57
Rajah 1: Perbandingan Komitmen dalam Pelaksanaan PAK21 semasa menjalani
Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II
Kesediaan Responden Dalam Pelaksanaan PAK21
Hasil kajian menunjukkan bahawa min yang dicatat oleh responden adalah tinggi untuk kesemua 14
item yang dikaji. Min-min yang dicatat oleh kesemua empat belas item adalah antara 3.31 dengan 3.69
semasa menjalani Praktikum Fasa I seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8 dan Rajah 4. Min-min
yang dicatat oleh kesemua empat belas item adalah antara 3.51 dengan 3.71 semasa menjalani
Praktikum Fasa II. Min-min yang tinggi menandakan bahawa responden adalah bersedia dalam
melaksanakan PAK21. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden bersedia untuk menggalakkan
murid bertanyakan soalan (Praktikum Fasa 1: Min=3.59; SP=.53; Praktikum Fasa II: Min=3.68;
SP=.53). Responden kajian juga bersedia untuk mengaplikasi bahan multimedia dalam PdPc untuk
meningkatkan pembelajaran murid (Praktikum Fasa I: Min=3.43; SP=.57; Praktikum Fasa II:
Min=3.68; SP=.53). Responden juga bersedia untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan yang berkesan
dengan melibatkan murid pelbagai kebolehan (Praktikum Fasa I: Min=3.42; SP=.59; Praktikum Fasa
II: Min=3.69; SP=.49).
514
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 4: Kesediaan Responden dalam Pelaksanaan PAK21
PRAKTIKUM PRAKTIKUM
Bil. Item FASA I FASA II
Min Sisihan Min Sisihan
Piawai Piawai
1. Saya bersedia menggunakan pengetahuan tentang3.33 0.59 3.65 0.55
PAK21 yang diperoleh dalam PdPc.
2. Saya bersedia mengaplikasi bahan multimedia dalam3.43 0.57 3.65 0.60
PdPc untuk meningkatkan pembelajaran murid.
3. Saya melaksanakan aktiviti berkumpulan yang3.42 0.59 3.69 0.56
berkesan dengan melibatkan murid pelbagai kebolehan.
4. Saya membimbing murid mencari penyelesaian3.40 0.57 3.71 0.52
terhadap soalan-soalan yang dikemukakan melalui
aktiviti berkumpulan.
5. Saya mengemukakan soalan KBAT. 3.31 0.64 3.51 0.59
6. Saya menggalakkan murid bertanyakan soalan. 3.59 0.53 3.71 0.53
7. Saya mengemukakan soalan pelbagai aras pemikiran. 3.42 0.62 3.64 0.57
8. Saya mengemukakan soalan yang tidak berulang. 3.35 0.64 3.55 0.60
9. Saya mengemukakan soalan melangkaui silibus buku3.33 0.67 3.52 0.61
teks.
10. Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual. 3.27 0.56 3.62 0.56
11. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid3.37 0.61 3.59 0.57
berfikir lebih mendalam.
12. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid3.38 0.64 3.58 0.55
berfikir aras tinggi (KBAT).
13. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid3.32 0.64 3.51 0.61
berfikir dengan lebih kritikal
14. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid3.43 0.54 3.59 0.55
berfikir dengan lebih kreatif
Merujuk Rajah 2, min kesemua empat belas item adalah lebih tinggi semasa responden
menjalani Praktikum Fasa II berbanding dengan semasa menjalani Praktikum Fasa I. Min terendah yang
dicapai semasa menjalani Praktikum Fasa I ialah untuk item ‘Saya mengemukakan soalan berbentuk
kontekstual’ (Min=3.27; SP=.56). Responden juga mencatat yang rendah untuk item ‘Saya
mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritikal’ (Min=3.32; SP=.64).
Namun, responden telah mencatat peningkatan dalam min untuk kedua-dua item tersebut semasa
menjalani Praktikum Fasa II. Item ‘Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual’ telah mencatat
peningkatan dalam pencapaian min iaitu 3.62 dengan sisihan piawai .56. Terdapat juga peningkatan
dalam min yang dicatat untuk item ‘Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir
dengan lebih kritikal’ iaitu 3.51 dengan sisihan piawai .61.
Peningkatan min-min untuk kedua-dua item tersebut serta item-item lain menandakan bahawa
responden lebih bersedia untuk melaksanakan PAK21 semasa menjalani Praktikum Fasa II.
Pengalaman yang mereka lalui semasa menjalani Praktikum Fasa I telah memberi pengalaman dan
kesediaan yang lebih kepada mereka untuk terus mengamalkannya semasa menjalani Praktikum Fasa
II. Walaupun kesemua item-item dimensi ini mencapai min yang agak tinggi, langkah-langkah yang
lebih komprehensif harus diambil oleh pihak IPGKPP untuk melengkapkan pelajar guru dengan
pengetahuan dan kemahiran PAK21 agar mereka sentiasa bersedia untuk mengamalkannya dengan
berkesan semasa proses PdP.
515
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
3.8
3.7
3.6
3.5
3.4
3.3
3.2
3.1
3
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
FASA I 3.33 3.43 3.42 3.4 3.31 3.59 3.42 3.35 3.33 3.27 3.37 3.38 3.32 3.43
FASA II 3.65 3.65 3.69 3.71 3.51 3.71 3.64 3.55 3.52 3.62 3.59 3.58 3.51 3.59
Rajah 2: Perbandingan Kesediaan Responden dalam Pelaksanaan PAK21 semasa menjalani Praktikum
Fasa I dan Praktikum Fasa II
Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21
Hasil kajian menunjukkan bahawa min yang dicatat oleh responden semasa menjalani Praktikum Fasa
I dan Praktikum Fasa II adalah tinggi untuk kesemua 14 item yang dikaji untuk dimensi kekerapan
amalan pelaksanaan PAK21. Min-min yang dicatat oleh kesemua 14 item adalah antara 3.21 dengan
3.57 semasa menjalani Praktikum Fasa I adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 dan Rajah 3.
Hasil kajian menunjukkan bahawa min yang dicatat oleh responden semasa menjalani Praktikum Fasa
II adalah lebih tinggi berbanding dengan semasa menjalani Praktikum Fasa I untuk kesemua 14 item
dalam dimensi ini. Min-min yang dicatat adalah antara 3.50 dengan 3.66 semasa menjalani Praktikum
Fasa I.
Responden didapati kerap menggalakkan murid bertanyakan soalan (Praktikum Fasa I:
Min=3.57; SP=.54; Praktikum Fasa II: Min=3.66; SP=0.55). Responden kajian juga kerap
membimbing murid mencari penyelesaian terhadap soalan-soalan yang dikemukakan melalui aktiviti
berkumpulan (Praktikum Fasa I: Min=3.47; SP=.54; Praktikum Fasa II: Min=3.61; SP=0.56) dan
melaksanakan aktiviti berkumpulan yang berkesan dengan melibatkan murid pelbagai kebolehan
(Praktikum Fasa I: Min=3.43; SP=.60; Praktikum Fasa II: Min=3.65; SP=0.55).
Jadual 5: Perbandingan Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21 semasa menjalani Praktikum Fasa I
dan Praktikum Fasa II
PRAKTIKUM PRAKTIKUM
FASA II
Bil. Item FASA I Min Sisihan
Min Sisihan
Piawai
Piawai 3.50 .57
1. Saya kerap bersedia menggunakan pengetahuan tentang3.21 0.63 3.59 .63
PAK21 yang diperoleh dalam PdPc. 3.65 .55
2. Saya kerap bersedia mengaplikasi bahan multimedia3.33 0.66 3.61 .56
dalam PdPc untuk meningkatkan pembelajaran murid. 3.52 .59
3. Saya kerap melaksanakan aktiviti berkumpulan yang3.43 0.60
berkesan dengan melibatkan murid pelbagai kebolehan.
4. Saya kerap membimbing murid mencari penyelesaian3.47 0.54
terhadap soalan-soalan yang dikemukakan melalui
aktiviti berkumpulan.
5. Saya kerap mengemukakan soalan KBAT. 3.37 0.61
516
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
6. Saya kerap menggalakkan murid bertanyakan soalan. 3.57 0.54 3.66 .55
7. Saya kerap mengemukakan soalan pelbagai aras3.39 0.55 3.57 .55
pemikiran. 3.51 .61
8. Saya kerap mengemukakan soalan yang tidak berulang. 3.37 0.56 3.51 .62
9. Saya kerap mengemukakan soalan melangkaui silibus3.32 0.59
3.58 .57
buku teks.
10. Saya kerap mengemukakan soalan berbentuk3.29 0.59 3.55 .55
kontekstual. 3.50 .59
11. Saya kerap mengemukakan soalan yang menggalakkan3.34 0.58
3.48 .61
murid berfikir lebih mendalam.
12. Saya kerap mengemukakan soalan yang menggalakkan3.31 0.61 3.49 .61
murid berfikir aras tinggi (KBAT).
13. Saya kerap mengemukakan soalan yang menggalakkan3.33 0.61
murid berfikir dengan lebih kritikal
14. Saya kerap mengemukakan soalan yang menggalakkan3.35 0.59
murid berfikir dengan lebih kreatif
Dalam kajian ini, didapati bahawa responden semasa menjalani Praktikum Fasa I kurang kerap
bersedia menggunakan pengetahuan tentang PAK21 yang diperoleh dalam PdPc (Min=3.21; SP=.63)
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Keadaan ini telah berubah semasa menjalani Praktikum Fasa
II di mana item ini mencatat min yang lebih tinggi iaitu (Min=3.50; SP=.57). Ini adalah satu petanda
positif kerana responden lebih bersedia untuk menggunakan pengetahuan berhubung dengan PAK21
semasa proses PdP.
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden semasa menjalani Praktikum Fasa I adalah
kurang kerap mengemukakan soalan berbentuk kontekstual (Praktikum Fasa I: Min=3.29; SP=.59).
Keadaan ini telah berubah semasa menjalani Praktikum Fasa II di mana min yang dicatat telah
meningkat ke (Min=3.58; SP=.57). Peningkatan dalam min menandakan bahawa responden telah lebih
bersedia dan mahir dalam aspek ini. Walau demikian, langkah-langkah harus diambil oleh guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing semasa praktikum untuk memberi bimbingan cara-cara
mengemukakan soalan berbentuk kontekstual serta menggalakkan pelajar guru agar kerap
mengamalkan PAK21 semasa mengajar. Bimbingan dan galakkan yang berterusan harus diberi oleh
guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar pelajar guru membiasakan diri dengan amalan
tersebut.
Merujuk Rajah 3, min-min yang tinggi yang dicatat untuk item-item dimensi ini adalah agak
tinggi. Hal ini menandakan bahawa responden kerap melaksanakan PAK21 di sekolah semasa
menjalani praktikum. Walaupun kesemua item dimensi ini mencapai min yang agak tinggi, langkah-
langkah berterusan harus diambil oleh semua pihak bagi melengkapkan pelajar guru dengan kemahiran
PAK21 agar mereka adalah bersedia untuk mengamalkannya dengan berkesan dalam proses PdP.
Pengetahuan dan kemahiran PAK21 merupakan prasyarat untuk amalan dalam konteks bilik darjah.
517
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
3.8
3.6
3.4
3.2
3
2.8
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
FASA I 3.21 3.33 3.43 3.47 3.37 3.57 3.39 3.37 3.32 3.29 3.34 3.31 3.33 3.35
FASA II 3.5 3.59 3.65 3.61 3.52 3.66 3.57 3.51 3.51 3.58 3.55 3.5 3.48 3.49
Rajah 3: Perbandingan Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21 semasa menjalani Praktikum Fasa I
dan Praktikum Fasa II
Hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi yang positif yang sederhana tinggi antara 14 item
untuk dimensi Kesediaan Amalan Pelaksanaan PAK21 dengan dimensi Kekerapan Amalan
Pelaksanaan PAK21. Merujuk Jadual 6, item ‘Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid
berfikir dengan lebih kreatif’ mencatat korelasi positif yang signifikan yang tertinggi iaitu=.805. Item
yang mencatat korelasi yang kedua tinggi ialah ‘Saya mengemukakan soalan yang tidak berulang
(r=.792) dan dikuti dengan item ‘Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual (r=.791) dan ‘Saya
membimbing murid mencari penyelesaian terhadap soalan-soalan yang dikemukakan melalui aktiviti
berkumpulan’(r=.788). Ini bermaksud responden yang memiliki tahap kesediaan yang tinggi terhadap
amalan pelaksanaan PAK21 telah kerap mengamalkannya dalam proses PdP.
Korelasi positif yang sederhana tinggi dicatat dalam kajian ini menandakan bahawa kesediaan
pelaksanaan PAK21 dapat meningkatkan kekerapan amalan dalam bilik darjah. Hal ini adalah petanda
positif dalam usaha menggalakkan amalan PAK21 dalam proses PdP. Justeru, pelajar guru perlu
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pedagogi terutamanya PAK21. Semua pelajar
guru harus berusaha untuk menimba ilmu, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk menyediakan
diri dalam dunia pendidikan yang mencabar. Maka, adalah disyorkan agar para pensyarah di IPGKPP
sering mengamalkan PAK21 semasa proses PdP secara berterusan agar dapat mendedahkan tatacara
pelaksanaan PAK21 kepada pelajar guru. Pendedahan secara berterusan ini akan memanfaatkan pelajar
guru kerana mereka dapat mengaplikasikan PAK21 yang dipelajari melalui pengalaman proses PdP di
IPG dalam kelas masing-masing semasa menjalani praktikum.
Jadual 6: Korelasi Kesediaan dan Kekerapan Amalan Responden dalam Pelaksanaan PAK21 semasa
menjalani Praktikum Fasa II
Bil. Item Korelasi
1. Saya bersedia menggunakan pengetahuan tentang PAK21 yang diperoleh dalam .625**
PdPc.
2. Saya bersedia mengaplikasi bahan multimedia dalam PdPc untuk meningkatkan .677**
pembelajaran murid.
3. Saya melaksanakan aktiviti berkumpulan yang berkesan dengan melibatkan murid .693**
pelbagai kebolehan.
4. Saya membimbing murid mencari penyelesaian terhadap soalan-soalan yang .788**
dikemukakan melalui aktiviti berkumpulan.
5. Saya mengemukakan soalan KBAT. .697**
6. Saya menggalakkan murid bertanyakan soalan. .711**
7. Saya mengemukakan soalan pelbagai aras pemikiran. .720**
8. Saya mengemukakan soalan yang tidak berulang. .792**
518
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
9. Saya mengemukakan soalan melangkaui silibus buku teks. .784**
10. Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual. .791**
11. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir lebih mendalam. .727**
12. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir aras tinggi .674**
(KBAT).
13. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir dengan lebih .714**
kritikal
14. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir dengan lebih .805**
kreatif
**. Korelasi signifikan pada tahap 0.01(2-tailed)
CADANGAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat seramai 31 (29.6%) orang responden tidak pernah
menghadiri kursus PAK21 walaupun telah berada di tahun terakhir pengajian Pendidikan Guru. Justeru,
disyorkan agar pihak IPGKPP mengenal pasti kumpulan pelajar guru yang memerlukan ilmu
pengetahuan berhubung PAK21. Pelajar guru harus diberi pengetahuan dan kemahiran berhubung
PAK21 sebelum menjalani praktikum terutamanya Praktikum Fasa II. Latihan intensif dan
komprehensif PAK21 harus diberi kepada pelajar guru yang akan menjalani praktikum supaya
kumpulan pelajar guru ini akan dapat mempraktikkan perkara-perkara terutamanya PAK21 yang telah
dipelajari semasa menjalani praktikum.
Dalam kajian ini, didapati bahawa responden memiliki komitmen yang tinggi dalam
pelaksanaan PAK21. Min-min yang dicatat oleh ke tujuh-tujuh item dalam dimensi ini adalah adalah
tinggi semasa menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II. Responden didapati memiliki
tanggungjawab yang tinggi serta bersikap positif dalam melaksanakan PAK21. Responden juga didapati
sentiasa berusaha membudayakan PAK21 di sekolah, sentiasa gembira berkolaboratif bersama-sama
rakan sekerja melaksanakan PdPc serta sentiasa mengamalkan PAK21 dalam PdPc sebagai satu
keperluan. Responden kajian juga didapati berpuas hati dapat melaksanakan PdPc PAK21 di sekolah.
Komitmen yang tinggi oleh responden kajian adalah petanda baik dalam menjayakan PAK21 di
sekolah. Namun, usaha berterusan harus diambil oleh pihak IPGKPP untuk meningkatkan lagi tahap
pengetahuan PAK21 dan komitmen semua pelajar guru semasa pengajian mereka di kampus.
Bimbingan dan latihan berterusan harus diberi kepada pelajar guru agar dapat memantapkan lagi
pengetahuan pelajar guru terhadap PAK21.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kesediaan dan amalan responden dalam pelaksanaan PAK21
adalah tinggi semasa menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II. Kesediaan dan amalan PAK21
adalah lebih tinggi semasa menjalani Praktikum Fasa II. Hal ini adalah satu petanda baik. Pelajar guru
perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang
guru yang profesional. Semua pelajar guru harus dibekalkan dengan pengetahuan PAK21 agar mereka
dapat mengamalkannya dalam profesion keguruan. Adalah disyorkan agar para pensyarah di IPGKPP
mengamalkan PAK21 semasa proses PdP secara berterusan agar dapat mendedahkan tatacara
pelaksanaan PAK21 kepada pelajar guru. Pendedahan secara berterusan ini akan memanfaatkan pelajar
guru kerana mereka dapat mengaplikasikan PAK21 yang dipelajari melalui pengalaman proses PdP di
IPG dalam kelas masing-masing semasa menjalani praktikum.
519
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KESIMPULAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen, kesediaan dan amalan responden dalam
pelaksanaan PAK21 adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen, kesediaan dan
amalan PAK21 pelajar guru semasa menjalani Praktikum Fasa II adalah lebih tinggi apabila
dibandingkan dengan semasa menjalani Praktikum Fasa I. Justeru kajian ini menunjukkan bahawa
latihan dan pengalaman dapat meningkatkan tahap komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 dalam
pelaksanaan proses PdP. Pihak pengurusan harus memberi ruang dan peluang yang lebih kepada para
pelajar guru dan guru-guru di sekolah untuk melaksanakan PAK21 agar dapat meningkatkan
keberkesanan PdP. Semua guru harus dibekalkan dengan pengetahuan PAK21 serta memiliki komitmen
yang tinggi untuk mengamalkannya dalam proses PdP. Hal ini adalah penting bagi meningkatkan
kualiti sistem pendidikan negara.
RUJUKAN
Cummins, L. (2004). The pot of gold at the end of the rainbow: Mentoring in early childhood education.
Childhood education, 80(5), 254-257.
Faridah Nazir. (2009). Analisis Kurikulum Bahasa Melayu, Pedagogi, Pendekatan Pengajaran Mikro
dan Makro. Selangor: Open University Malaysia.
Friedman, T. L. (2017). The worid is flat: A brief history of the twenly-first century. New York: Farrar,
Straus and Giroux, 486.
Hassel, E. (2013). Professional development: Learning from the best. Oak Brook, IL: North Central
Regional Educational Laboratory (NCREL).
Helen Khoo Chooi Sim & Ahmad Zohri Ishak. (2019). Pelaksanaan pembelajaran menggunakan
pedagogi abad ke 21 (PAK21) semasa praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
(IPGKPP). Seminar Penyelidikan Geran penyelidikan IPGM-IAB 2019 IPGKPP. Swiss Inn
Hotel, Sungai Petani, Kedah. 19 Ogos 2019.
Janggil Apak & Muhamad Suhaimi Taat. (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik
darjah abad ke 21. Sabah: Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.
Lei Mee Thien & Meow Yem Tan. (2019). Kepimpinan distributif, keadaan dalam sekolah, dan
komitmen guru untuk berubah: Satu analisa partial least squares. Journal of Nusantara Studies
2019, Vol 4(1) 159-185, Universiti Sultan Zainal Abidin. ISSN 0127-9386.
http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol4iss1pp159-185
Maizura Yasin & Nur Surayyah Madhubala Abdullah. (2018). Sudut pandangan guru pelatih
pendidikan moral terhadap cabaran pelaksanaan PDPC Abad Ke-21 di sekolah. Malaysian Online
Journal of Education. Vol.2, No. 2 (2018), 36-45.
Noor Azlan, A. Z., & Lim, W. (2011). Bimbingan oleh guru pembimbing kepada guru pelatih Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Journal of Educational Psychology and Counseling, 1, 56-76.
520
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘konsep 4C’ pembelajaran Abad Ke-21
dalam kalangan guru pelatih pengajian agama Institut Pendidikan Guru kampus Dato’ Razali
Ismail. Asian People Journal (APJ), Volume 1, Issue l, 45-65.
Scheaffer, R. L., Mendenhall, W. & Ott, L. (2009). Elementary survey sampling (14th ed.). Boston
Massachusetts: Duxbury Press.
Siti Suhaili Sarif. (2019). Kesediaan guru bahasa Inggeris sekolah rendah melaksanakan pembelajaran
abad ke 21. Seminar antarabangsa isu-isu pendidikan ISPEN 2019. Auditorium Dr. Zainuddin
Jaafar, KUIS.
Sparks, D. (2012). Designing powerful professional development for teachers and principals. Oxford,
OH: National Staff Development Council.
Wenglinsky. H. (2004). Facts of critical thinking skills? What NAEP results say. Educational
Leadership, 62(1), 32.
Zamri Mahamad, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian Pelajar dan Perbezaan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
521
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KEPUASAN TERHADAP PEMBELAJARAN MAYA DALAM KALANGAN GURU
SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA PADA MASA KRISIS COVID-19
Seow Sieu Kian1 ([email protected])
Wong Mai Sze2 ([email protected])
Norhida binti Ibrahim3 (norhida@ iptho.edu.my)
Azrina binti Baharuddin4 ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
ABSTRAK
Pembelajaran maya telah giat berkembang kebelakangan beberapa tahun ini dan menjadi trenda
pembejaran abad ke-21. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan peserta Kursus
Pemikiran Komputational dan Reka Bentuk Teknologi Guru Sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2) yang
terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di Malaysia terhadap pembelajaran maya dalam tempoh
Perintah Kawal Pergerakan (PKP) ekoran daripada penularan Pandemik Covid-19. Seramai 73 orang
peserta Kursus Pemikiran Komputational dan Reka Bentuk Teknologi Guru Sekolah Rendah Tahun
2020 (Siri 2) dari sekolah rendah Malaysia menjadi sampel kajian. Metod kajian berupa kajian tinjauan
dengan menggunakan satu set instrumen soalan selidik untuk mendapat maklum balas daripada
responden kajian. Hasil responden dianalisis dengan perisian IBM SPSS Statistic versi 22. Hasil
analisis deskriptif menunjukkan responden mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap
pelaksanaan kursus (95.8%). Analisis kajian menunjukkan skor min keseluruhan untuk tiga dimensi
iaitu konstruk PdP pensyarah, motivasi dan semangat mencintai profesion keguruan adalah tinggi iaitu
nilai skor min 3.44. Melalui analisis ujian-t, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap
kepuasan terhadap pelaksanaan dalam pembelajaran maya dengan jantina dan jawatan yang
disandang dalam kalangan peserta. Selanjutnya, Melalui analisis ujian one way ANOVA, hasil kajian
juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kepuasan terhadap pembelajaran maya dengan
pengkhususan peserta kursus. Justeru, hasil dapatan menunjukkan tidak mempunyai kekangan dalam
kalangan peserta untuk mengaplikasi pembelajaran maya melalui kursus dalam talian semasa PKP.
Kata kunci: pembelajaran maya, perintah kawal pergerakan (PKP), kursus dalam talian
PENGENALAN
Institusi pendidikan memainkan peranan yang besar dalam membangunkan modal insan yang holistik
dan berjaya demi menggerakkan negara dan seluruh rakyat Malaysia untuk mencapai kemajuan yang
lebih tinggi berdasar kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara. Dalam pada itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meletakkan keperluan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam pendidikan sebagai Anjakan 7 iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menurut Yusof Hashim (2002), pembelajaran
maya bermaksud reka bentuk kurikulum dan bahan pembelajaran yang dimasukkan ke dalam komputer
melalui rangkaian internet, WAN atau LAN yang boleh diakses oleh pelajar dan orang awam secara
sinkronous atau asinkronous untuk menbantu pembelajaran konvensional. Kajian McCann juga
menunjukkan kefahaman dan daya ingatan pelajar dapat dipertingkatkan melalui pembelajaran maya
(McCann, 2015). Justeru, pelajar-pelajar dapat mengakses kepada kandungan yang lebih luas, menarik
dan interaktif melalui peralatan yang lengkap dan pada masa yang sama, pelajar juga dapat meningkat
minat terhadap pembelajaran. Memandangkan zaman ini mengalami revolusi era digital dan
transformasi pendidikan yang pesat dan drastik, maka tenaga pengajar perlu bersedia untuk berubah.
522
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kebanyakan universiti awam dan universiti swasta telah menjalankan pembelajaran maya. Justeru,
pensyarah-pensyarah IPG telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan pembelajaran maya melalui
pelbagai platform seperti Google Classroom, Google Meet, Microsoft Teams, Facebook Live dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, pelaksanaan pembelajaran maya belum mencapai tahap yang
menyeluruh terutamanya di kolej-kolej komuniti apatah lagi di sekolah-sekolah rendah dan menengah
di seluruh negara. (Mohd Zulhasnan Mat, Fadli Bacho & Sharifuddin Rapin, 2019). Apakah peranan
pensyarah dalam program Continious Profesional Development (CPD) telah menarik minat pengkaji
terutamanya dalam tempoh PKP ini. Pengkaji mendapati bahawa aplikasi pembelajaran maya
merupakan salah satu peluang mengabungjalinkan Teknologi Web 2.0 dengan pendidikan. Secara
hakikatnya semua sekolah terpaksa ditutup disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19, banyak
sekolah telah mengambil langkah untuk melaksanakan pembelajaran maya bagi memastikan sesi
pembelajaran tidak tertangguh. IPGM dengan usaha sama MDEC telah mengambil inisiatif untuk
melaksanakan Kursus Pemikiran Komputational Reka Bentuk Teknologi Sekolah Rendah Tahun 2020
(Siri 2) secara maya untuk memantapkan penguasaan kandungan ilmu para guru dalam pengendalian
mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi secara maya. Selanjutnya menerusi kajian ini pengkaji akan
melihat adakah faktor jantina, pengkhususan dan jawatan peserta kursus akan mempengaruhi
keberkesanan Kursus Pemikiran Komputational Reka Bentuk Teknologi Sekolah Rendah Tahun 2020
(Siri 2) dalam tempoh PKP.
OBJEKTIF KAJIAN
Kalian ini dijalankan untuk melihat tahap kepuasan peserta Kursus Pemikiran Komputational Reka
Bentuk Teknologi Sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2) yang dijalankan dalam tempoh PKP. Antara
objektif utama pelaksanaan kajian ini adalah:
a. Mengenal pasti tahap kepuasan peserta kursus terhadap pembelajaran maya.
b. Mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan pembelajaran maya peserta kursus
mengikut pengkhususan.
c. Mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan pembelajaran maya peserta kursus
mengikut jawatan.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap kepuasan terhadap kepuasan pembelajaran maya dalam kalangan peserta
kursus?
2. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan pembelajaran maya peserta kursus mengikut
pengkhususan?
3. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan pembelajaran maya peserta kursus mengikut
jawatan?
TINJAUAN LITERATUR
Masa kini, teknologi komputer telah menyumbang kaedah baru dalam pembelajaran dunia pendidikan
(Haryati Ismail, 2020), e-pembelajaran dan pembelajaran atas talian merupakan contoh kaedah baru
yang amat popular dalam kalangan pengajar. Menurut Saiful Afzan Baru1, Lazim Abdullah, Azwadi
Ali2 Dan Hafiz Yusoff (2014) e-pembelajaran ialah portal berdasarkan web yang mengandungi bahan
pembelajaran dalam kelas, kerja rumah, ujian, gred, penilaian, sumber-sumber luaran yang mempunyai
pautan luar laman web pendidikan. Mohd Zulhasnan Mat (2019) berpendapat bahawa pembelajaran
atas talian khususnya pembelajaran mudah alih semakin popular dan mendapat sambutan yang baik
dalam kalangan guru dan pelajar lantaran daripada kemudahan teknologi komputer yang makin meluas.
523
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kajian yang dilakukan oleh Mostafa dan Khalid Shaalan (2015) menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan antara jantina terhadap sikap ke atas pelaksanaan pembelajaran maya khasnya pembelajaran
mudah alih. Ini juga bertepatan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Rees, H., & Noyes, J.M.
(2007), Cavus, N. (2011) dan Yang, S. H. (2012).
METODOLOGY
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan antara tiga
variabel iaitu pengajaran dan pembelajaran (PdP), motivasi dan semangat kecintaan terhadap
profesinlosme keguruan. Kajian ini dijalankan dalam kalangan peserta yang menyertai Kursus
Komputational Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 2020 Siri 2 secara dalam talian dalam tempoh PKP
yang bermula pada 18 Mac 2020. Sampel kajian terdiri daripada 73 orang peserta kursus dari seluruh
negara.
Kajian ini menggunakan satu set soal selidik berdasarkan Christopher Bowring-Carr& John
West-Burnham (2008) dan telah diubahsuai mengikut kesesuaian responen. Soal selidik ini telah
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan
yang berkaitan dengan demografi peserta kursus. Bahagian B pula mengandungi soal selidik berkaitan
dengan kepuasan terhadap PdP, motovasi dan semangat mencintai profesian keguruan.
DAPATAN KAJIAN
Dari ujian kebolehpercayaan jenis ketekalan dalaman, didapati nilai Cronbach Alpa bagi keseluruhan
sembilan item ialah 0.95. Ini menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan yang melebihi 0.5
adalah baik jika bilangan item adalah kurang daripada sepuluh. (Noraini 2012)
Jadual 1: Nilai Pekali Cronbach Alpa bagi Aspek Kepuasan Peserta Kursus CT & RBT Untuk Guru Sekolah Rendah Tahun
2020 (Siri 2)
Konstruk Min Nilai Kebolehpercayaan
(Alpha Cronbach)
PdP
Motivasi .86
Cintai Profesion .85
.89
KESELURUHAN .95
Jadual 2 menunjukkan penentuan min bagi tahap kepuasan peserta Kursus CT_RBT sekolah Rendah
Tahun 2020 (Siri2). Interpretasi skor min data untuk kajian ini adalah berdasarkan Vagias, Wade M
(2006).
Jadual 2: Jadual Penentuan Min Nilai Min Aras
Bil
1.00 hingga 2.00 Rendah
1 2.01 hingga 2.99 Sederhana tinggi
2 3.00 hingga 4.00 Tinggi
3
Sumber: Vagias, Wade M (2006)
Jadual 3 menunjukkan profil responden yang telah menjadi subjek kajian ini. Seramai 31(43%) orang
peserta laki-laki dan 42 orang peserta perempuan (57%) menjawab instrumen soal selidik. Seramai dua
orang peserta adalah Guru Penolong Kanan (2%) dan 40 orang peserta terdiri daripada Ketua Panitia
RBT dan guru RBT. Terdapat 41 orang peserta (57%) daripada opsyen RBT dan 31 orang peserta kursus
(43%) daripada opsyen bukan RBT.
524
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 3: Profil Responden Peserta Kursus
Variabel Kategori Kekerapan Peratus
Jantina
Laki-laki 31 43%
Jawatan
Pengkhususan Perempuan 42 57%
Guru Penolong Kanan 2 3%
Ketua Panitia RBT 16 22%
Guru RBT 24 33%
Bidang RBT 41 57%
31 43%
Bukan bidang RBT
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dianalisis dan dirumus merujuk kepada persoalan kajian.
i. Apakah tahap kepuasan terhadap pembelajaran maya dalam kalangan peserta kursus?
Jadual 4 menunjukkan taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk kepuasan peserta
kursus. Peratusan telah mencapai nilai persetujuan minima 92% yang ditetapkan oleh IPGM. Ini
menunjukkan peserta kursus sangat berpuas hati dengan PdP pensyarah, motivasi dan semangat cintai
profesion keguruan. Konstruk PdP mendapat min yang tertinggi iaitu 3.43, sp=.56, diikuti dengan
konstruk motivasi min=3.40, sp=.42 dan konstruk cintai profesion keguruan min =3.34, sp=.58.
Jadual 4: Taburan Keseluruhan Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Semua konstruk Tahap Kepuasan Peserta Kursus CT &
RBT Untuk Guru Sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2)
Bil Konstruk Tahap Kepuasan Peserta Peratus Min Sisihan
1 PdP 96.8 Piawai
3.43 .56
2 Motivasi 94.6 3.40 .42
3 Cintai profesion keguruan 94.0 3.34 .58
PURATA 95.6 3.40 .58
ii. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan m-pembelajaran dalam kalangan peserta kursus
mengikut pengkhususan?
Jadual 5 menunjukkan perbezaan tahap kepuasan pembelajaran maya untuk Kursus CT-RBT sekolah
Rendah Tahun 2020 (Siri 2) mengikut bidang pengkhususan peserta. Pengkhususan diukur dengan
menggunakan analisis ujian-t sampel bebas. Jadual 6 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
antara peserta kursus dari segi pengkhususan dalam tahap kepuasan pembelajaran maya (p= .088, p >
0.05). Hal ini disebabkan peserta pengkhususan dan peserta bukan pengkhususan mencapai kepuasan
yang hampir sama semasa mengikuti kursus.
Jadual 5: Analisis Ujian-t sampel Bebas Perbezaan Tahap Kepuasan Pembelajaran maya Kursus Pemikiran Komputational
subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020 Mengikut pengkhususan (n=73)
Pengkhususan n Min SP t Df Sig
Bidang RBT .088
41 .3550 .7544 1.474 70
Bukan Bidang RBT 31 .3297 .6718
525
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
iii. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan pembelajaran maya dalam kalangan peserta kursus
mengikut jawatan?
Perbezaan tahap keberkesanan pembelajaran maya untuk Kursus Pemikiran Komputational subjek Reka
Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020 (Siri 2) mengikut jawatan diukur dengan menggunakan
analisis ujian One-Way ANOVA. Jadual 6 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara peserta
kursus dari segi jawatan dalam tahap kepuasan pembelajaran maya (p = .190 p> 0.05). Jadual 6 juga
menunjukkan dalam aspek kepuasan peserta kursus tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek
jawatan yang dipegang oleh peserta kursus dan F-score ialah (1.752). Dapatan ini menunjukkan bahawa
semua peserta Kursus Pemikiran Komputational subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun
2020 (Siri 2) berpuas hati dengan konstruk PdP pensyarah, konstruk motivasi dan konstruk cintai
profesional keguruan walaupun mereka terdiri daripada golongan pelbagai jenis jawatan.
Jadual 6: Analisis Ujian ANOVA Sehala Perbezaan Tahap Kepuasan Peserta Kursus Mengikut Jawatan
Sum of df Mean Square F Sig
1.752 .190
Squares
Antara kumpulan .009 1 .009
Dalam kumpulan
.365 71 .005
KESELURUHAN
.374 72
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Hasil dapatan menunjukkan peserta kursus berpuas hati (95.8%) dengan pelaksanaan Kursus Pemikiran
Komputational subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020 secara dalam talian dalam
tempoh PKP. Peratusan menunjukkan tahap kepuasan peserta kursus telah melepasi tahap minima 92%
yang ditetapkan oleh IPGM. Ini menunjukkan peserta kursus bersedia untuk mengikuti kursus
berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti kaedah pembelajaran maya. Dalam masa yang
sama, dapatan telah membuktikan kaedah PdP yang berorientasikan pembelajaran maya mempunyai
penerimaan yang tinggi di dalam kalangan peserta Kursus Pemikiran Komputational subjek Reka
Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020 (Siri 2). Justeru, melalui kajian ini secara tidak langsung
menggalakan proses PdP berbantukan aplikasi Teknologi Web 2.0 seperti penggunaan telefon pintar
melalui pembelajaran segerak dan pembelajaran tidak segerak. Di samping itu, menerusi hasil dapatan,
dapat dilihat bahawa tiada terdapat perbezaan kepuasan antara faktor jantina dan pengkhususan dan
jawatan peserta. Walaubagaimanapun, kajian ini terbatas kepada peserta Kursus Pemikiran
Komputational subjek Reka Bentuk Teknologi sekolah rendah Tahun 2020 sahaja. Hasil dapatan adalah
untuk melihat tahap kepuasan peserta kursus tentang pelaksanaan kursus dalam talian semasa PKP
terhadap pembelajaran maya. Dapatan kajian tidak boleh mewakili tahap kepuasan peserta kursus untuk
siri lain di bawah kursus yang sama yang dikendalikan pada tempoh masa yang berlainan dan juga
pensyarah berlainan daripada zon selatan Institut Pendidikan Guru. Namu demikian, dapatan kajian ini
boleh dipanjangkan untuk perhatian IPGM, MDEC dan IPGK untuk penambahbaikan berterusan seiring
dengan perkembangan revolusi perindustrian 4.0.
KESIMPULAN
Kajian ini merupakan satu kajian rintis dan memberi fokus kepada tahap kepuasan peserta Kursus CT-
RBT sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2) terhadap pembelajaran maya dalam tempoh masa PKP.
Secara keseluruhannya peserta kursus berpuas hati dengan pelaksanaan kursus secara dalam talian dan
melepasi tahap minima 92% yang ditetapkan oleh IPGM. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga
konstruk iaitu PdP pensyarah, motivasi dan cintai profesion keguruan berada pada tahap yang tinggi.
Menurut Mohamad Idham Md Razak (2020), pelaksanaan pembelajaran dalam talian telah lama
dipratikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai dapat memberi pelbagai manfaat dan kebaikan.
526
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Menurut Sharifah Alwiah (1984), minat merupakan daya pengerak seseorang untuk memberi perhatian
kepada sesuatu ilmu yang baharu. Oleh itu, jika seseorang berminat, dia akan terus memberikan
tumpuan dan berfokus kepada perkara tersebut sehinggalah dia mencapai motivasi yang tinggi. Secara
tidak langsung, semangat cintai profesion keguruan juga akan meningkat. Penularan Pandemik Covid-
19 sedang melanda hampir seluruh dunia, negara kita juga tidak terkecuali. Virus Covid-19 telah
menjadi pemangkin kepada perubahan paradigma dan amalan dalam pendidikan. Selaras dengan PKP
yang dilaksanakan oleh negara kita bagi membendung penularan Covid 19, kaedah pembelajaran dalam
talian memang perlu dilaksanakan dan merupakan suatu keperluan pada masa kini selaras dengan
tindakan norma baharu.
RUJUKAN
Cavus, N. (2011). Investigating Mobile Devices and LMS Integration in Higher Education.: Student
Perspectives. Prodedia Computer Science, 3, pp 1469-1474., http://
dx.doi.org/10.1016/j.procs.2011.01.033
Christopher Bowring-Carr& John West-Burnham. (2008). Belajar secara berkesan di sekolah. Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar & Norziah Othman. (2017). E-Pembelajaran dalam
Kalangan Pelajar di Sebuah Institut Pengajian Tinggi Selangor. Malaysia Online Journal of
Education.l1(1), 2017,74-82.
Izwan Nizal Mohd Shaharance, Jastini Mohd Jamil & Sarah Syamimi
Mohamad Rodzi. (2019). The Application of Google Classroom As A Tool for Teaching and Learning.
E-ISSN:2289-8131.8 (10).
McCann, S. (2015). Higher Order M-Learning: Critical Thinking in Mobile Learning. MODSIM World
Paper 28, 1-11.
Mohd Zulhasnan Mat (2019). Kesediaan pelajar dalam M-Pembelajaran bagi pengajaran dan
pembelajaran Di Kolej Komuniti Tawau, Sabah. Journal of Life Long Learning, 3 (1), 2019.
Mostafa Al-Emran & Said A. Salloum. (2017). Students Attitudes Towards The Use of Mobile
Technologies in e-Evaluation. International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM),
11(5), 2017. Retrieved from https:// doi.org/10.399l/ijim. v11i5.6879.
Nor Aziah Abdul Aziz & Mohd Taufik Ahmad. (2016). E-Pembelajaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu di IPG Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 11, 2016.
Rees, H., & Noyes, J. M. (2007). Mobile Telephone, Computers and the Internet: Scx Differences in
Adolescents’Use and Attitudes. CyberPsychologies & Behavior, 10(3), pp. 482-484.
http://dx.doi.org/10.1089/cpb.2006.9927.
Saiful Afzan Baru1, Lazim Abdullah, Azwadi Ali2 Dan Hafiz Yusoff (2014). Journal of Business and
Social Development Volume 2 Number 2, September 2014: 36-47
Yang, S. H. (2012). Exploring College Students’ Attitudes and Self-Efficacy of Mobile Learning.
Turkish Online Journal of Educational Technology-TOJET, 11(4), pp. 148-154.
527
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
SIKAP TERHADAP SAINS DALAM KALANGAN MURID PROGRAM
KEMASAINS DI BAHAGIAN KUCHING SARAWAK
Tan Ming Tang ([email protected])
Murugan A/L Mini Ratamun ([email protected])
Lim Poh Moy ([email protected])
Ooi Eng Hong ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap terhadap sains dalam kalangan murid Tahun Empat di lima
buah sekolah rendah dalam Bahagian Kuching Sarawak secara keseluruhan dan mengikut sekolah,
jantina dan kaum. Sampel kajian terdiri daripada 110 orang murid yang menyertai program
Kemasains. Kajian ini dijalankan secara tinjauan sebelum program Kemasains bermula. Soal selidik
yang diubahsuai daripada instrumen Gogolin dan Swartz (1992), Attitude Toward Science Inventory
(ATSI) digunakan. Ia mempunyai 24 item dalam tiga dimensi iaitu persepsi terhadap guru sains,
kerisauan terhadap sains, dan keseronokan terhadap sains. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan
untuk menganalisis data. Didapati sikap murid terhadap sains adalah positif bagi setiap dimensi yang
diukur. Lebih daripada 72.04% murid berpandangan guru sains mereka menunjukkan sikap yang
positif terhadap sains dan mereka seronok terhadap sains. Walaupun begini, hanya 57.45% murid
mempunyai kerisauan yang rendah dalam sains. Dari segi jantina dan kaum, analisis statistik
menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan pada semua dimensi sikap terhadap sains.
Analisis ujian Post Hoc Kruskal Wallis pula menunjukkan terdapat pebezaan statistik yang signifikan
antara sekolah bagi dimensi-dimensi “Kerisauan terhadap sains” dan “Keseronokan terhadap sains”.
Justeru, hasil kajian menunjukkan dimensi “Kerisauan terhadap sains” perlu diberi lebih banyak
perhatian memandangkan dimensi ini akan menentukan sama ada murid meneruskan pelajaran sains
di peringkat lebih tinggi.
Kata kunci: Sikap terhadap sains, sekolah rendah
PENGENALAN
Negara Malaysia menganggap bidang sains sebagai satu bidang yang sangat penting bagi melonjakkan
negara ke arah pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Selaras dengan ini,
matlamat pendidikan sains di Malaysia menekankan ke arah melahirkan modal insan berliterasi dan
berbudayakan sains dalam setiap dimensi kehidupan. Justeru, setiap murid perlu mempunyai sikap yang
positif terhadap sains agar berminat dalam mempelajari sains dan menguasai pengetahuan sains dan
kemahiran saintifik dengan baik.
Untuk membantu pencapaian matlamat pendidikan sains di Malaysia secara amnya dan di negeri
Sarawak khususnya, Yayasan Sarawak telah bekerjasama dengan empat Institut Pendidikan Guru di
Sarawak untuk mengelolakan program Kemasains (Ke Arah Masyarakat Saintifik) yang melibatkan
murid-murid sains sekolah rendah. Antara objektif program Kemasains adalah bagi merangsang
keterujaan dan memupuk sikap positif murid terhadap sains serta membantu guru sains meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains.
528
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Dalam program Kemasains, murid tahap dua dari lima hingga tujuh buah sekolah rendah diambil
sebagai anak angkat Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) selama tiga tahun.
Program ini telah bermula sejak tahun 2002. Untuk sesi 2019-2021, lima buah sekolah rendah di
bahagian Kuching Sarawak iaitu SK Saint Alban Sungai Tapang, SK Saint David Bumbok, SK Simpang
Kuda Bau, SK Jalan Haji Baki dan SK Sampadi, Lundu telah dipilih untuk menyertai program ini.
Antara program Kemasains yang dikelolakan pada tahun 2019 termasuklah Kem Sains yang dijalankan
Jabatan Sains IPGKBL dengan berkolaborasi dengan pensyarah sains Universiti Otago, New Zealand
dan dua siri bengkel Kemahiran Proses Sains (KPS).
Dalam Kem Sains yang berlangsung selama tiga hari dua malam di premis bangunan Yayasan Sarawak
pada 18-20 Jun 2019, seramai 110 murid Tahun Empat telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti sains
secara hands-on dan minds-on untuk memupuk minat mereka terhadap sains. Dua siri bengkel KPS
dikelolakan pada 2-3 Mei 2019 dan 5-6 November 2019 bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran
sepuluh orang guru sains agar konsep-konsep KPS akan diajar secara tepat dan menarik di samping
mudah difahami murid-murid.
Untuk tahun 2020, aktiviti-aktiviti program Kemasains yang dirancangkan termasuklah aktiviti
Professional Learning Community (PLC) yang melibatkan Lesson study (LS) dan pencerapan guru sains
dalam kelas, bengkel pembinaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) sains berasaskan
IBSE dan pameran sains. Universiti of Otago, New Zealand akan terus berkolaborasi dengan IPGKBL
dengan mengelolakan science roadshow di beberapa buah sekolah rendah yang terlibat dengan program
Kemasains.
Dengan penganjuran pelbagai program sains ini selama tiga tahun secara berterusan, diharapkan ia
dapat merangsang minat dan memupuk sikap positif murid terhadap sains.
Isu Minat Murid Terhadap Sains
Fenomena sikap negatif dan kurang minat murid terhadap sains masih menjadi masalah utama dalam
sistem pendidikan negara Malaysia. Pemingiran terhadap mata pelajaran sains, merupakan satu masalah
yang serius bagi sebuah negara yang beraspirasi menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Razila
(1998) melaporkan bahawa murid menganggap mata pelajaran sains bukan sahaja membosankan tetapi
juga terlalu abstrak. Tambahan pula, murid beranggapan bahawa kerjaya dalam bidang sains tidak dapat
menjamin peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan. Bagi mengatasi masalah ini, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pihak sekolah dan para pendidik perlu membuat perancangan
rapi bagi mengubah sikap murid terhadap mata pelajaran sains. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan hasrat kerajaan agar lebih ramai murid menceburi bidang sains atau memilih kerjaya yang
berkaitan dengan sains dan teknologi terjejas. Seterusnya harapan negara untuk mencapai nisbah 60:40
murid sains dan sastera di peringkat universiti tidak akan dapat dicapai.
Dalam laporan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2015 bagi subjek
sains, Malaysia menduduki tempat ke 24 (471 markah) daripada 39 negara berbanding dengan
kedudukan ke 32 (426 markah) pada tahun 2011. Namun begini, negara kita masih gagal mencapai
tanda aras minimum (500 markah) dalam sains. Begitu juga dengan keputusan Sains PISA (Programme
for International Assessment) 2018 di mana murid kita hanya memperoleh skor sebanyak 438. Jesteru,
hasrat negara Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 melalui pembangunan
modal insan yang berteraskan sains dan teknologi nampaknya tidak akan tercapai.
Dapatan beberapa kajian (Simpson & Oliver, 1990; Soyibo, 1985; Wilson, 1983) telah melaporkan
bahawa terdapat kolerasi yang tinggi antara sikap positif terhadap sains dan pencapaian dalam mata
pelajaran sains. George (2000) juga melaporkan bahawa pencapaian dalam mata pelajaran sains sangat
berkait rapat dengan sikap terhadap sains. Sehubungan ini, Kamisah Osman, Zanaton Iksan dan Lilia
Halim (2007) mengatakan sikap murid terhadap sains terdiri daripada enam dimensi iaitu persepsi
529
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
terhadap guru sains, kerisauan murid terhadap sains, kepentingan sains dalam masyarakat, konsep
kendiri dalam sains, keseronokan dalam mempelajari bidang sains dan motivasi dalam sains.
Memandangkan kajian ini dijalankan di sekolah rendah maka hanya tiga dimensi sikap terhadap mata
pelajaran sains telah dikaji iaitu persepsi terhadap guru sains, kerisauan terhadap sains dan keseronokan
terhadap sains.
Kajian ini dijalankan bagi meninjau sikap murid terhadap sains di lima buah sekolah rendah di Bahagian
Kuching Sarawak sebelum mereka menyertai program Kemasains. Selain itu, hubungan sikap terhadap
sains dengan pencapaian peperiksaan sains pertengahan tahun sekolah mereka juga dikaji.
PERNYATAAN MASALAH
Amalan pengajaran guru sains dan sistem pendidikan yang tertumpu kepada penyediaan murid untuk
menghadapi peperiksaan memberikan impak yang negatif khususnya dari sudut persepsi murid
berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran sains (Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim &
Kamisah Osman, 2006). Ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pembinaan sikap negatif murid
terhadap sains. Kajian tentang sikap murid sekolah rendah terhadap sains masih agak berkekurangan
dalam negara kita. Justeru, kajian ini dijalankan di lima buah sekolah rendah di Bahagian Kuching
Sarawak bagi mengenal pasti sikap murid terhadap sains sebelum mereka menyertai program
Kemasains. Persampelan bertujuan digunakan untuk memilih lima buah sekolah rendah ini kerana
mereka memenuhi syarat sekolah pinggiran bandar dengan bilangan murid yang kurang daripada 30
orang dalam satu kelas. Hasil-hasil kajian yang lepas (Kasturi binti Nusi, 2012; Aziz Nordin & Lin, 2011;
Ahmad Rizal Bin Madar et al., 2005) menunjukkan bahawa sikap murid mempunyai hubungan positif
dengan pencapaian akademik mereka. Pembentukan sikap murid yang positif terhadap sains
memerlukan masa dan perancangan yang teliti daripada kedua-dua pihak sekolah dan guru sains.
Mereka tidak mengharapkan sikap positif berkenaan akan terbentuk dengan semula jadi apabila murid
mempelajari sains. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru sains memahami sikap
murid mereka terhadap sains dan seterusnya mendorong mereka untuk merancang lebih banyak aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sains bagi meningkatkan minat murid terhadap sains. Dapatan kajian ini
juga boleh digunakan oleh pihak pengurusan program Kemasains merancang aktiviti sains yang sesuai
untuk dilaksanakan bersama-sama murid program Kemasains kelak.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap terhadap sains dalam kalangan murid Tahun Empat di lima
buah sekolah rendah dalam Bahagian Kuching Sarawak secara keseluruhan dan mengikut sekolah,
jantina dan kaum sebelum mereka menyertai program Kemasains. Disamping ini, kajian juga mengkaji
hubungan sikap murid dengan prestasi sains dalam peperiksaan pertengahan tahun sekolah.
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian di atas, soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah sikap murid Tahun Empat terhadap mata pelajaran sains di lima buah sekolah rendah di
Bahagian Kuching Sarawak sebelum mereka menyertai program Kemasains?
2. Adakah terdapat perbezaan sikap murid Tahun Empat terhadap mata pelajaran sains di lima buah
sekolah rendah di Bahagian kuching Sarawak mengikut jantina, kaum dan sekolah sebelum mereka
menyertai program Kemasains?
530
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan menerusi kaedah tinjauan berbentuk keratan-rentas (Gall et al., 2003). Borang soal
selidik diedarkan kepada 110 orang murid Tahun Empat dari lima buah sekolah rendah yang dipilih
untuk menyertai program Kemasains pada 18 Jun 2019. Kesemua 117 orang murid Tahun Empat dari
lima buah sekolah ini yang dipilih sebagai sampel kajian adalah merupakan murid berpencapaian lemah
dalam sains. Pada masa Kem Sains bermula pada 18 Jun 2019, tujuh orang murid tidak dapat hadir. Jadi
bilangan responden kajian sebenar adalah seramai 110 murid Tahun Empat. Statistik deskriptif dan
inferensi digunakan untuk menganalisis data.
Instrumen Kajian
Soal selidik sikap terhadap sains merupakan instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini. Ia telah
diubah suai daripada instrumen Attitude Toward Science Inventory (ATSI) yang digunakan oleh
Gogolin dan Swartz (1992). Soal selidik ini mengandungi 24 item untuk mengukur tiga dimensi sikap
iaitu terdapat lapan item bagai setiap dimensi. Tiga dimensi tersebut ialah (a) persepsi terhadap guru
sains; (b) kerisauan terhadap sains; dan (e) keseronokan dalam sains. Skala Likert digunakan dalam
item-item ini dan ia bermula daripada skor 5-Sangat Bersetuju, 4-Setuju, 3-Tidak Pasti, 2-Tidak Setuju
dan 1-Sangat Tidak Setuju. Sesetengah item dirangka dalam bentuk negatif. Soal selidik ini terdiri
daripada dua bahagian utama: Bahagian A ialah mengenai latar belakang murid termasuk jantina,
bangsa dan tahun. Bahagian B mengandungi 24 item untuk mengukur tiga dimensi sikap iaitu terdapat
lapan item bagai setiap dimensi.
Menurut Gogolin dan Swartz (1992), instrumen ini perlu berbentuk multidimensi kerana satu skor
sahaja bagi menggambarkan sikap tidak dapat membezakan aspek-aspek yang berkaitan dengan sikap.
Tambahan lagi, sesuatu dimensi akan membatalkan kesan dimensi yang lain jika hanya satu skor
diperoleh daripada sesuatu instrumen soal selidik. Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osman
(2006) telah menterjemahkan instrumen ini ke dalam Bahasa Malaysia untuk digunakan dalam kajian
Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Murid Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi. Untuk
mendapatkan kesahan muka (face validity) instrumen ini, item yang telah diterjemahkan disemak oleh
dua pakar bahasa. Dalam kajian rintis yang dijalankan mereka dengan murid di sebuah sekolah
menengah di Selangor, nilai julat kebolehpercayaan, Cronbach Alpha yang diperoleh bagi setiap
dimensi adalah antara 0.56 hingga 0.85.
Bagi kajian ini, instrumen telah disemak oleh enam orang pensyarah sains. Seramai 36 murid Tahun
Empat dari sebuah sekolah Kemasains yang tidak terlibat dalam program Kemasains telah dipilih
menjadi responden kajian rintis. Didapati nilai julat kebolehpercayaan, Cronbach Alpha bagi setiap
dimensi adalah antara 0.59 hingga 0.79.
Peserta Kajian
Kajian ini melibatkan 110 orang murid Tahun Empat dari lima buah sekolah rendah di Bahagian
kuching Sarawak. Pada keseluruhannya profil murid adalah seperti dalam Jadual 1.
531
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 1: Profil Murid Tahun Empat
Ciri-Ciri Sekolah (%)
34
Responden 1 2 5 Semua
8 (40.00) 7 (38.89)
Jantina 12 (60.00) 11 (61.11) 11 (55.00) 45 (40.91)
9 (45.00) 65 (59.09)
Lelaki 11 (34.38) 8 (40.00)
Perempuan 21 (65.62) 12 (60.00)
Kaum 4 (12.50) 2 (10.00) 7 (35.00) 17 (94.44) 1 (5.00) 31 (28.18)
Iban 26 (81.25) 18 (90.00) 2 (10.00) 0 (0.00) 1 (5.000 47 (42.73)
11 (55.00) 1 (5.56) 18 (90.00) 32 (29.09)
Melayu 2 (6.25) 0 (0.00)
Bidayuh
Berdasarkan Jadual 1, responden kajian ini terdiri daripada 65 (59.1%) murid perempuan dan 45
(40.9%) orang murid lelaki. Dari segi kaum pula, 47 (42.73%) murid adalah dari suku Melayu, 32
(29.09%) murid berbangsa Bidayuh dan 31 (28.18%) berbangsa Iban. Majoriti murid di Sekolah 1 dan
2 adalah berbangsa Melayu manakala murid Bidayuh pula menjadi majoriti di Sekolah 3 dan 5. Di
Sekolah 4, majoriti muridnya adalah terdiri daripada kaum Iban.
DAPATAN KAJIAN
Sikap Murid Terhadap Sains
Sikap murid terhadap sains dalam kajian ini dibincangkan berdasarkan tiga dimensi sikap iaitu a)
persepsi terhadap guru sains, b) kerisauan terhadap sains, dan c) keseronokan dalam sains. Perbincangan
dilihat dari segi peratusan setiap item di bawah sesuatu dimensi dan purata bagi setiap dimensi dibuat
berdasarkan keseluruhan dan mengikut jantina. Setiap item yang negatif telah diubah (recode) kepada
positif bagi melihat purata keseluruhan.
Bagi menjawab soalan kajian pertama iaitu “Apakah sikap murid Tahun Empat terhadap mata pelajaran
sains di lima buah sekolah rendah di Bahagian Kuching Sarawak secara keseluruhan dan mengikut
jantina, kaum dan sekolah sebelum mereka menyertai program Kemasains?”, Jadual 2, 3 dan 4 adalah
dirujuk.
Jadual 2 menunjukkan dapatan bagi ketiga-tiga dimensi sikap murid terhadap sains. Perbincangan
berkisar terhadap item-item yang telibat dalam setiap dimensi. Bagi dimensi Persepsi Terhadap Guru
Sains, ia merupakan sikap yang ditonjolkan oleh guru-guru sains sama ada secara positif atau negatif
terhadap pengajarannya di dalam atau di luar kelas. Sikap guru ini mungkin mempengaruhi sikap murid
terhadap sains. Justeru sikap guru adalah penting bagi mendorong sikap positif murid terhadap sains.
Secara keseluruhan, murid bersetuju guru sains mereka menunjukkan sikap yang positif terhadap sains
(Jadual 2).
Pada keseluruhannya, 79 (72.04%) murid mempunyai persepsi yang positif terhadap sikap guru-guru
sains mereka. Seramai 91 (82.7%) murid bersetuju dan sangat bersetuju 'Guru sains menunjukkan
keseronokan mengajar sains’ (item 5). Selaras dengan ini, seramai 81 (73.6%) murid berpendapat “Guru
sains mempersembahkan sains dengan jelas” (item 3) dan mempunyai banyak pengetahuan tentang
sains (item 7). Justeru, seramai 82 (74.5%) murid juga berpandangan “Guru sains menjadikan sains
sangat menarik” (item 2) dan “Guru sains bersedia untuk memberi bimbingan yang lebih kepada murid”
(item 6). Walaupun 87 (79.1%) murid bersetuju dan sangat bersetuju yang “Guru sains menunjukkan
minat terhadap murid” (item 1), hanya 57 (51.8%) dan 73 (66.4%) murid yang berpandangan “Guru
532
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
sains tahu bila murid menghadapi masalah dengan tugasan sains” (item 4) dan “Guru sains suka murid
bertanyakan soalan” (item 8) masing-masing.
Kerisauan murid terhadap sains pula digambarkan melalui kebimbangan, rasa kurang selesa, rasa
tertekan, rasa gementar, rasa takut dan mempunyai hasrat yang rendah terhadap sains. Murid yang
mempunyai tahap kerisauan yang tinggi akan menunjukkan sikap yang negatif terhadap sains dan
sebaliknya. Dapatan kajian bagi dimensi kerisauan terhadap sains menunjukkan 63 (57.49%) murid
beranggapan mereka tidak mempunyai kerisauan terhadap sains. Sebanyak 36 (32.8%), 28 (25.5%) dan
23 (20.9%) murid bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan “Saya mempunyai hasrat yang
rendah untuk belajar sains” (item 8), “Saya rasa gementar walaupun hanya memikirkan tentang sains”
(item 5) dan “Saya ingin pekerjaan yang tidak berkaitan dengan sains” (item 4) masing-masing. Selain
itu, 20 (18.2%) dan 18 (16.4%) murid “rasa tertekan bila seseorang bercakap tentang sains dengan saya”
(item 3) dan “mempunyai perasaan yang tidak baik terhadap sains” (item 7) masing-masing. Terdapat
10 (9.1%) hingga 13 (11.8%) orang murid yang bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan-
pernyataan “Saya rasa tidak selesa dalam kelas sains” (Item 1), “Apabila saya mendengar perkataan
sains, wujud perasaan tidak suka dalam diri saya” (Item 2) dan “Menghadiri kelas sains amat
menakutkan saya” (Item 6).
Dimensi keseronokan terhadap sains dapat dilihat apabila murid merasa sangat suka, gembira dan
seronok dalam mempelajari sains, menjalankan aktiviti sains dan bercerita mengenai sains serta
menonton program sains. Dapatan dimensi ini menunjukkan antara 78 hingga 99 orang murid bersetuju
dan sangat bersetuju dengan pernyataan-pernyataan “Aktiviti sains menyeronokkan” (90.0%), “Saya
sangat suka sains” (84.5%), “Saya suka apa-apa juga yang berkaitan dengan sains” (79.1%), dan “Saya
seronok menonton program sains di TV” (73.6%) dan “Kerja-kerja berkaitan sains menggembirakan
saya” (70.9%). Juga seramai 75 (68.2%) orang murid “seronok bercakap mengenai sains dengan orang
lain” dan menganggap Sains sebagai “salah satu mata pelajaran yang mereka gemari”. Walaupun begini,
hanya 60 (54.5%) orang murid “ingin menambahkan masa yang diperuntukkan untuk mempelajari sains
di sekolah” (item 3).
Jadual 2: Peratus Sikap Murid Tahun Empat Terhadap Sains Bagi Tiga Dimensi Sikap
Dimensi Item (1) (2) (3) (4) (5) (4&5) Min
Sangat Tidak Tida Setuju Sangat Setuju & Setuju &
tidak setuju setuju k (%) setuju Sangat Sangat
(%) (%) pasti (%) Setuju Setuju
(%) (%) (%)
Persepsi 1 0.0 1.8 19.1 57.3 21.8 79.1
terhadap guru 2 3.6 2.7 19.1 40.0 34.5 74.5
sains 3 3.6 2.7 20.0 46.3 27.3 73.6
4 3.6 10.0 34.5 42.7 9.1 51.8 72.04
5 0.9 1.8 14.5 41.8 40.9 82.7
6 2.7 4.5 18.2 44.5 30.0 74.5
7 3.6 3.6 19.1 41.8 31.8 73.6
8 3.6 4.5 25.5 37.3 29.1 66.4
Kerisauan 1 3.6 5.5 17.3 31.8 41.8 73.6
terhadap Sains 2
(item negatif 3 4.5 6.4 20.0 26.4 42.7 69.1
di recode kepada 4
positif) 5 7.3 10.9 21.8 26.4 33.6 60.0
6
7 10.9 10.0 26.4 22.7 30.0 52.7 57.49
8
9.1 16.4 34.5 30.0 10.0 40.0
8.2 3.6 14.5 33.6 40.0 73.6
6.4 10.0 24.5 31.8 27.3 59.1
15.5 17.3 35.5 20.0 11.8 31.8
533
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Keseronokan 1 0.9 4.5 10.0 40.0 44.5 84.5
Terhadap Sains 2 0.0 5.5 4.5 44.5 45.5 90.0
3 6.4 8.2 30.9 30.9 23.6 54.5
4 1.8 1.8 17.3 36.4 42.7 79.1 73.63
5 6.4 5.5 20.0 37.3 30.9 68.2
6 4.5 4.5 17.3 43.6 30.0 73.6
7 3.6 8.2 17.3 38.2 32.7 70.9
8 7.3 6.4 18.2 31.8 36.4 68.2
Secara keseluruhan, lebih daripada 77 (70.0%) orang murid beranggapan guru sains mereka
menunjukkan sikap yang positif terhadap sains dan mereka seronok dengan sains. Namun begitu, hanya
63 (57.49%) orang murid yang mempunyai tahap kerisauan yang rendah terhadap sains.
Perbezaan Sikap Murid Terhadap Sains Mengikut Sekolah
Jadual 3 menunjukkan data berkaitan nilai purata dan sisihan piawai bagi setiap dimensi sikap murid
terhadap sains mengikut sekolah. Nilai min yang melebihi 3.00 bagi mana-mana dimensi akan memberi
gambaran bahawa murid mempunyai persepsi yang positif terhadap sains. Dalam hal ini, dimensi
“Kerisauan terhadap sains” hanya mencatat nilai min antara 2.04 sehingga 2.83. Murid dari Sekolah 2
mempamerkan tahap kerisauan yang paling tinggi terhadap sains dengan nilai min 2.04, diikuti Sekolah
5 (2.24), Sekolah 3 (2.42), Sekolah 1 (2.45) dengan diakhiri Sekolah 4 (2.83).
Bagi dimensi “Persepsi terhadap guru sains” dan “Keseronokan terhadap sains”, min keseluruhan murid
bagi setiap sekolah adalah lebih daripada 3.50. Murid-murid dari Sekolah 1, 2, 3 dan 5 lebih bersetuju
(nilai min antara 3.89 – 3.98) guru sains mereka menunjukkan sikap yang positif terhadap sains
berbanding Sekolah 4 (nilai min 3.68). Bagi dimensi “Keseronokan terhadap sains” pula, Sekolah 2
mencatatkan nilai min tertinggi sebanyak 4.17, diikuti Sekolah 1 (4.12), Sekolah 5 (3.99), Sekolah 4
(3.84) dan diakhiri dengan Sekolah 3 (3.58).
Jadual 3: Perbezaan Sikap Murid Terhadap Sains Mengikut Sekolah
Sekolah
12345
Dimensi (n=32) (n=20) (n=20) (n=18) (n=20) χ2 p
Min (SP) Min (SP) Min (SP) Min (SP) Min (SP)
Persepsi terhadap 3.97 3.95 3.98 3.68 3.89 2.62 .62
guru sains (0.51) (0.38) (0.38) (0.64) (0.48)
Kerisauan terhadap 2.45 2.04 2.42 2.83 2.24 18.10 .00*
Sains (0.68) (0.53) (0.65) (0.51) (0.53)
Keseronokan 4.12 4.17 3.58 3.84 3.99 14.57 .01*
terhadap Sains (0.45) (0.39) (0.65) (0.60) (0.48)
* signifikan pada 0.05
Sikap murid terhadap sains turut dibandingkan mengikut sekolah (Jadual 3) dan dapatan analisis ujian
Kruskal Wallis mendapati tidak ada perbezaan min yang signifikan bagi dimensi “Persepsi terhadap
guru sains” (χ2= 2.62, p = .62 >.05). Walau bagaimanapun, analisis data menunjukkan terdapat
534
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
perbezaan min yang signifikan bagi dimensi-dimensi “Kerisauan terhadap sains” (χ2= 18.10, p = .00
<.05) dan “Keseronokan terhadap sains” (χ2= 14.57, p = .01 <.05) berdasarkan sekolah.
Dapatan ujian Mann-Whitney U (Jadual 4) menunjukkan terdapat pebezaan statistik yang signifikan
antara Sekolah 1 dan Sekolah 2, Sekolah 1 dan Sekolah 4, Sekolah 2 dan Sekolah 3, Sekolah 2 dan
Sekolah 4, Sekolah 3 dan Sekolah 4 serta Sekolah 4 dan Sekolah 5 bagi dimensi “Kerisauan terhadap
sains”. Ini menunjukkan terdapat pebezaan statistik yang signifikan antara Sekolah 4 dengan semua
sekolah yang lain bagi dimensi ini. Dapatan kajian memberi gambaran bahawa murid Sekolah 4
mempunyai tahap kerisauan yang lebih rendah terhadap sains berbanding murid sekolah-sekolah lain.
Dapatan kajian (Jadual 4) juga menunjukkan terdapat perbezaan statistik yang signifikan antara Sekolah
1 dan Sekolah 3, Sekolah 2 dan Sekolah 3 serta Sekolah 3 dan Sekolah 5 bagi dimensi “Keseronokan
terhadap sains”. Justeru bagi dimensi ini, terdapat perbezaan statistik yang signifikan antara Sekolah 3
dengan semua sekolah yang lain kecuali Sekolah 4. Dapatan kajian memberi gambaran bahawa murid
Sekolah 3 mempunyai persepsi keseronokan terhadap sains yang lebih rendah berbanding murid
sekolah-sekolah lain kecuali Sekolah 4.
Jadual 4: Ujian Mann Whitney U Bagi Menentukan Perbezaan Signifikan Statistik Antara Sekolah
Bagi Dua Dimensi Sikap Murid Terhadap Sains
Dimensi Sikap Sekolah 1 2 3 4 5
Kerisauan 1 p=.024* p=.048*
terhadap Sains 2 p=.000*
p=.035*
3 p=.014*
4 p=.002*
5
Keseronokan 1 p=.001*
terhadap Sains 2 p=.002*
3 p=.018*
4
5
* signifikan pada 0.05
Perbezaan Sikap Murid Terhadap Sains Mengikut Jantina
Jadual 5 menunjukkan data berkaitan nilai purata keseluruhan bagi setiap dimensi sikap terhadap sains
secara keseluruhan dan mengikut jantina. Nilai min yang melebihi 3.00 bagi mana-mana dimensi akan
memberi gambaran bahawa murid mempunyai persepsi yang positif terhadap sains. Dalam hal ini,
dimensi “Kerisauan terhadap sains” hanya mencatat min 2.39 dengan sisihan piawai 0.64. Murid lelaki
dan perempuan pula masing-masing mencatat min 2.44 dan 2.36 dalam dimensi ini. Ini menunjukkan
ramai murid dari kedua-dua jantina mempunyai tahap kerisauan yang tinggi dalam sains iaitu mereka
535
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
berasa bimbang, kurang selesa, rasa tertekan, rasa gementar, rasa takut atau mempunyai hasrat yang
rendah terhadap sains.
Bagi dimensi “Persepsi terhadap guru sains” dan “Keseronokan terhadap sains”, min keseluruhan murid
dan berdasarkan jantina adalah lebih daripada 3.90. Nilai-nilai ini menunjukkan murid bersetuju guru
sains mereka menunjukkan sikap yang positif terhadap sains dan mereka seronok belajar dan melibatkan
diri dalam sains.
Sikap murid terhadap sains turut dibandingkan mengikut jantina dan dapatan analisis ujian-t bebas
menunjukkan tidak ada perbezaan min yang signifikan pada semua dimensi sikap terhadap sains
berdasarkan jantina.
Jadual 5: Perbezaan Sikap Murid Terhadap Sains Mengikut Jantina
Jantina
Dimensi Keseluruhan L Pt p
(n=110) (n=45) (n=65)
Min (SP) Min (SP) Min (SP)
Persepsi terhadap guru sains 3.91 3.93 3.89 .47 .64
(0.49) (0.51) (0.47)
Kerisauan terhadap Sains 2.39 2.44 2.36 .60 .55
(0.64) (0.76) (0.54)
Keseronokan terhadap Sains 3.96 3.88 4.02 -1.21 .23
(0.54) (0.62) (0.49)
* signifikan pada 0.05
Perbezaan Sikap Murid Terhadap Sains Mengikut kaum
Jadual 6 menunjukkan data berkaitan nilai purata setiap dimensi sikap terhadap sains mengikut kaum.
Nilai min yang melebihi 3.00 bagi mana-mana dimensi akan memberi gambaran bahawa murid sesuatu
kaum tertentu mempunyai persepsi yang positif terhadap sains. Dalam hal ini, dimensi “Kerisauan
terhadap sains” bagi semua kaum mencatat nilai min kurang dari 3.00. Kaum Iban, Melayu dan Bidayuh
mencatatkan nilai min 2.60, 2.36 dan 2.33 masing-masing. Ini menunjukkan ketiga-tiga kaum murid
mempunyai tahap kerisauan yang tinggi dalam sains iaitu mereka berasa bimbang, kurang selesa, rasa
tertekan, rasa gementar, rasa takut atau mempunyai hasrat yang rendah terhadap Sains.
Jadual 6: Perbezaan Sikap Murid Terhadap Sains Mengikut Kaum
Kaum
Dimensi Iban Melayu Bidayuh F p
(n=31) (n=47) (n=32)
Min (SP) Min (SP) Min (SP)
Persepsi terhadap guru sains 3.84 3.98 3.87 .86 .43
(0.56)
(0.47) (0.43)
Kerisauan terhadap Sains 2.60 2.36 2.23 2.92 .06
(0.69) (0.69) (0.43)
Keseronokan terhadap Sains 3.83 4.10 3.88 -1.21 .06
(0.60) (0.50) (0.52)
536