Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
terkini memerlukan komputer dan peranti yang lebih canggih. Pensyarah mengharapkan agar pihak IPG
menyediakan peralatan dan perkakasan yang sesuai untuk tujuan PdP seperti peralatan ICT atau laptop,
speaker dan pembesar suara. Hal ini dinyatakan dengan jelas seperti keratan jawapan soal seliidik
terbuka di bawah;
“Dari segi urusan teknikal, buat waktu sekarang anak-anak saya dapat
membantu kerana mereka semasa PKP ini mereka berada di rumah.
Namun pada masa hadapan, saya perlu belajar lagi”.
“Saya perlukan sokongan dan bantuan teknikal jika ada masalah dalam
talian terutama ketika pentaksiran online untuk trouble shooting ralat”.
“Peralatan ICT/ laptop saya sudah agak usang. Perlu format semula
tetapi kedai tutup. Capaian internet pula tidak stabil”.
“Kemudahan komputer yang lebih baik atau IPG atau kerajaan perlu
sediakan bantuan pembiayaan pembelian komputer baru dengan cepat
dan mudah”.
“Spesifikasi peranti yang bersesuaian, perisian yang mempunyai lesen,
liputan capaian internet yang baik di seluruh Malaysia”.
Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai komitmen dan tahap pembelajaran
dalam talian yang tinggi. Namun begitu berdasarkan dapatan kajian kualitatif, pensyarah dan pelajar
menghadapi banyak kesukaran terutamanya dari segi capaian internet yang kurang memberangkan. Ini
selaras dengan dapatan kajian terdahulu yang menyatakan bahawa isu utama yang dihadapi ialah
capaian internet merupakan antara satu halangan terbesar terutamanya kepada sekolah-sekolah di
pedalaman dan luar bandar kerana capaian internet adalah terhad sehingga menghalang penggunaan
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). (Anuar, 2020; Norazilawati et. al., 2013).
Dapatan kajian juga mendapati para pensyarah memerlukan sokongan daripada pelbagai segi termasuk
dari segi bimbingan, bantuan teknikal dan dari segi emosi. Hal ini selaras dengan dapatan kajian
Mohamad Shatar (2020), yang menyatakan bahawa pembelajaran dalam talian di peringkat universiti
belum lagi sampai ke tahap maksimum memandangkan kaedah bersemuka dengan pelajar tetap menjadi
pilihan. Situasi ini memerlukan pensyarah bersedia dengan bahan mengajar sebelum melaksanakan
pembelajaran dalam talian dan harus meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat, pedagogi
dan penilaian dalam talian (Mohamad Shatar, 2020).
Kegelisahan pensyarah IPG menjalankan PdP dalam talian juga selaras dengan dapatan kajian Hodges,
Moore, Lockee, Trust & Bond (2020), yang menyatakan bahawa PdP semasa situasi pandemik
menimbulkan kegusaran dalam kalangan pensyarah yang kurang mahir dari aspek penggunaan
teknologi kerana mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk menguasai media penyampaian yang
berasaskan komputer, telefon pintar dan Internet. Selain itu, transisi dari mod bersemuka kepada mod
pembelajaran dalam talian juga memerlukan perubahan budaya belajar dalam kalangan pelajar
(Basilaia, G., & Kvavadze, D, 2020).
Kesimpulannya, bagi memastikan PdP dalam talian dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan,
semua pihak perlu bertindak secara proaktif dengan menyediakan pelbagai kursus yang berkaitan
dengan TMK. Dalam masa pandemik yang dihadapi oleh semua manusia di dunia ini, memerlukan
banyak pengorbanan dari segi material dan juga spiritual bagi memastikan IPG dapat menjalankan
fungsinya untuk melahirkan bakal guru yang kompeten dan berkemahiran ke arah mencapai sekolah
bertaraf dunia.
387
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PERBINCANGAN
Dapatan kajian secara umumnya menunjukkan bahawa PdP dapat dijalankan dengan lancar di mana
para pelajar IPG menghadiri kelas dan lebih membanggakan mereka menghadiri kelas dalam talian
tepat pada waktu yang ditetapkan. Daripada perspektif pensyarah, didapati pelajar-pelajar dapat
menyesuaiakan diri dalam menghadapi perubahan semasa pelaksanaan PdP dalam situasi pandemik ini.
Pensyarah IPG juga bersetuju menyatakan bahawa para pelajar melibatkan diri dengan aktif,
mempunyai kemahiran mencari maklumat dalam talian dan bermotivasi untuk melibatkan diri dalam
sesi PdP dalam talian. Selain daripada itu, pelajar didapati mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi
dalam talian. Hasil kajian juga mendapati pensyarah dapat membimbing pelajar untuk melaksanakan
tugasan yang diberi melalui sesi PdP dalam talian.
Namun begitu pensyarah juga didapati menghadapi sedikit kesukaran dan memerlukan sokongan dalam
situasi ini. Sokongan utama yang diperlukan oleh oleh kedua-dua pihak pensyarah dan pelajar bagi
merealisasikan PdP yang berkesan dan mencapai objektif yang disasarkan ialah daripada aspek capaian
internet. Memandangkan PdP dalam talian bergantung sepenuhnya dengan capaian internet, data yang
banyak dengan GB yang lebih besar serta capaian internet yang stabil sangat diperlukan. Ini bagi
membolehkan pensyarah dapat berinteraksi dengan baik dengan kesemua pelajar mereka serentak sama
ada melalui Google Classroomn, Google Meet atau pelantar lain yang sesuai. Selain daripada itu,
pensyarah juga menghadapi masalah dan memerlukan sokongan serta bimbingan dari segi teknikal dan
peralatan ICT dalam menjalankan PdP dalam talian.
Implikasi daripada kajian ini adalah para pensyarah perlu didedahkan dengan PdP dalam talian
menggunakan modul yang perlu dibangunkan agar pensyarah IPG dapat mengaplikasikan PdP dalam
talian dengan berkesan seperti mana yang dilaksanakan di negara-negara maju. Para pensyarah
seharusnya dibantu secara berterusan melalui bimbingan, latihan dalam perkhidmatan dan kursus-
kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pedagogi dalam talian. Mereka juga perlu dibantu
dari segi teknikal seperti menyediakan perkhidmatan memformat komputer riba atau komputer dengan
percuma supaya mereka dapat mengendalikan PdP dalam talian dengan gembira dan bersemangat.
Selain daripada itu, para pensyarah juga perlu diberi kursus atau bengkel dalam bentuk praktikal secara
‘hands-on’ berterusan. Program-program untuk pensyarah perlu dirancang dan dilaksanakan untuk
menangani kekurangan yang ada pada mereka bagi meningkatkan lagi tahap profesional mereka dan
membolehkan merelka melaksanakan PdP dengan berkesan dan bebas tekanan.
RUMUSAN
Berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan yang dilakukan dapatlah dirumuskan bahawa kajian ini
dapat menambahkan literatur tentang kajian PdP dalam talian. Sebagai golongan yang profesional para
pendidik khususnya pensyarah IPG perlu kompeten dalam menangani setiap cabaran yang mendatang
bagi memastikan PdP dapat disampaikan dengan berkesan. Memandangkan situasi pandemik ini adalah
norma baharu dan belum pernah berlaku, maka penyelidik mencadangkan agar kajian lanjutan
dilakukan dengan meneliti faktor atau aspek lain yang mempengaruhi PdP dalam talian. Penyelidik juga
mencadangkan agar kajian berkaitan dengan isu dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah/pendidik
dan pelajar perlu dilakukan supaya PdP dalam talian benar-benar dapat dilaksanakan dengan jayanya.
RUJUKAN
Hodges, C., Moore, S., Lockee, B., Trust, T., & Bond, A. (2020, March 3). The difference between-
emergency remote teaching and online. Retrieved from Educause Review:
388
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
https://er.educause.edu/articles 2020/3/the-difference -between-emergency-remote-teaching-
and-online-learning
Basilaia, G., & Kvavadze, D. (2020). Transition to online Education in Schools during a SARS-CoV-2
Coronavirus (COVID-19) Pandemic in Georgia. Pedagogical Research, 5 (4).
Anuar Ahmad. (2020, Ogos 2). Cabaran mengajar dalam talian. https://www.sinarharian.com.my/
article/76874/BERITA/Nasional/Cabaran-mengajar-dalam talian
Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf. (2013). Aplikasi persekitaran
pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains. Prosiding 7th International Malaysian
Education Technology Convention (IMETC). Hotel Golden Flower Bandong. 16-18 September
Mohammad Shatar Sabran. (2020, Ogos 2). https://www.sinarharian.com.my/ article/ 76874/ BERITA/
Nasional/ Cabaran-mengajar-dalam talian
Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah, Khadijah Abdul Razak (2020). Isu dan cabaran penggunaan
MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research, Policy & Practice of
Teachers &Teacher Education, 10 (1),77-9
Bralić, A. & Divjak, B. 2018. Integrating MOOCs in traditionally taught courses: achieving learning
outcomes with blended learning. International Journal of Educational Technology in Higher
Education 15(2). Retrieved from Isu dan cabaran penggunaan MOOC dalam proses pengajaran
dan pembelajaran 92
https://educationaltechnologyjournal.springeropen.com/track/pdf/10.1186/s41239- 017-0085-7.
doi:10.1186/s41239-017-0085-7
Hazwani Mohd Najib., Noor Raudhiah Abu Bakar., & Norziah Othman. (2016). E pembelajaran dalam
kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Proceeding of the 3rd International Conference on
Management & Muamalah 2016 (3rd ICoMM).
Retrieved from http://www.irrodl.org/index.php/irrodl/article/view/153/234.
Garland EL. (2007). The meaning of mindfulness: A second-order cybernetics of stress, metacognition,
and coping. Complementary Health Practice Review.
Yusup, Hashim (2012) Penggunaan e-Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang
Berkesan. In: Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG) 201215-17 Oktober, 2012,
Kuantan Pahang.
Rosenberg, M.J. (2001) E-Learning: Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age. McGraw-
Hill, New York.
Halias, N., Ismail, Z., & Baharudin, H. (2017). Komunikasi Bukan Lisan Dalam Pengajaran Bahasa
Arab. Bangi: UKM.
Wang, A.Y. & Newlin, M.H. (2001). Online Lectures: Benefits for the Virtual Classroom. T.H.E.
Journal, 29(1), 17-18. Retrieved October 17, 2020 from https://www.learntechlib.org/p/94125/
Cresswell, J. W. (2012). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches.
United States of America: Sage Publications.
389
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PEMBANGUNAN INSTRUMEN ELEMEN INPUT UNTUK PROGRAM PENILAIAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Suzana binti Abd Mutalib ([email protected])
Mohammad Zeeree bin Kanreng ([email protected])
Institusi Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
ABSTRAK
Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap elemen input pentaksiran bilik darjah yang terdapat
pada guru dan pihak pentakbir. Bagaimanapun, sebelum kajian dijalankan, langkah-langkah
pembinaan instrumen soal selidik elemen input penilaian pentaksiran bilik darjah dikenalpasti terlebih
dahulu melalui kajian literatur. Proses pembinaan item yang tepat dan berkualiti penting bagi
memastikan soal selidik kajian benar-benar mengukur konstruk kajian. Konstruk elemen input
penilaian yang dikenalpasti meliputi aspek pengetahuan, aspek kemahiran dan aspek sikap. Pembinaan
item bagi ketiga-tiga konstruk tersebut dilakukan langkah demi langkah menggunakan senarai semak
pembinaan instrumen empat langkah oleh Benson dan Clark (1982) yang bermula dengan langkah
perancangan, langkah pembinaan, langkah penilaian kuantitatif dan langkah pengesahan item dengan
mengaplikasikan prinsip psychometric. Rujukan literatur dan pembentukan Jadual Spesifikasi Item
dilakukan sebanyak dua draf, dua kali proses pengesahan pakar dilakukan bersekali dengan Teknik
Delphi, tiga kali ujian rintis dengan mengambilkira nilai Cronbach’s Alpha dan nilai jarak antara
kuartil. Saiz sample bagi rintis ketiga ialah 424. Hasil analisis Teknik Delphi pusingan pertama
sebanyak 6 item digugurkan kerana mencapai nilai JAK 2.0, manakala item-item lain dimurnikan
berdasarkan analisis komen antara pakar dalam Teknik Delphi pusingan kedua. Keputusan ujian pekali
korelasi data kajian rintis ketiga mempunyai nilai pekali korelasi dengan jumlah skor 0.421 hingga
0.907 bagi semua item. Keputusan analisis faktor data rintis ketiga menunjukkan kesemua item
mencatatkan nilai melebihi pekali 0.4 item dikekalkan. Nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi
ketiga-tiga elemen input berada dalam lingkungan .792 hingga .966. Keputusan ujian pekali korelasi
data kajian rintis ketiga dengan jumlah skor 0.421 hingga 0.907 bagi semua item. Sebanyak 7 item
diterima bagi elemen input pengetahuan, 11 item bagi elemen input kemahiran dan 7 item bagi elemen
input sikap.
Kata kunci: Pembinaan item, penilaian program, kemahiran pentaksiran bilik darjah, sikap guru,
pengetahuan guru, Teknik Delphi, Jarak antara kuartil.
PENGENALAN
Setiap penyelidik mempunyai etika dan tanggungjawab untuk menjalankan kajian yang berkualiti.
Kajian yang berkualiti adalah bergantung kepada instrumen yang berkualiti dan dibina secara
profesional melalui proses yang bersistematik. Walau bagaimanapun, membina item instrument
bukanlah tugasan yang mudah, mengambil masa yang lama dan usaha yang jitu. Kumpulan penyelidik
atau penyelidik pakar juga memerlukan masa yang lama, minimun dua bulan untuk membina soal
selidik secara intensif (Korb, 2013). Pelbagai proses dilalui termasuklah melakukan ujian rintis,
membina draf-draf sebelum mempunyai soal selidik yang berkualiti. Seorang penyelidik perlu
memperuntukan masa yang secukupnya untuk merancang, menganalisis kajian-kajian literatur,
membina Jadual Spesifikasi item, membina item, menguji item dengan menjalankan penilaian
kuantitatif melalui kajian rintis dan Teknik Delphi, membuat semakan dan pemurnian. Semua proses-
proses ini penting agar item yang dibina dapat difahami oleh sesiapa sahaja yang menjawab soal selidik
390
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
tersebut (Benson & Clark, 1982; Korb, 2013). Pernyataan item yang tidak jelas dan tepat boleh
menyebabkan peserta memberikan jawapan yang salah dan menjadikan sesuatu kajian tidak dapat
mengukur perkara yang hendak diukur. Item instrumen yang berkualiti penting bagi memastikan alat
kajian sains sosial seperti seperti soal selidik yang digunakan benar-benar tepat mengukur perkara yang
dikaji (Cohen & Swerdlik, 2018). Bagi memastikan soal selidik mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi, prosedur pembinaan soal selidik mestilah dipatuhi.
Fokus kajian adalah mengenai pembangunan instrumen elemen input dalam kajian penilaian
pentaksiran bilik darjah dengan menggunakan pembanguan instrumen Benson dan Clark (1982) yang
meliputi empat langkah. Langkah pertama ialah perancangan yang meliputi penetapan tujuan kajian dan
kumpulan sasaran, mengenalpasti konstruk kajian, mencari kajian literatur berkaitan konstruk kajian
atau variable yang terlibat serta memilih format item instrumen. Sebagaimana fokus kajian yang
berkaitan pembinaan item instrumen elemen input bagi penilaian pentaskiran bilik darjah, maka
kumpulan sasaran adalah guru-guru. Penetapan dibuat untuk mengambil guru pendidikan awal kanak-
kanak sebagai sasaran kajian ini. Keputusan ini dibuat atas keyakinan bahawa guru-guru prasekolah
memiliki kepakaran menjalankan pentaksiran bilik darjah berdasarkan peruntukan Akta Pendidikan
1996. Pentaksiran bilik darjah adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan
dijalankan secara berterusan dan dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Akta Pendidikan 1996
– Akta 550 (KSPK, 2017). Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996
dan diperjelaskan lagi dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam
perenggan 5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan
murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
Sebagaimana yang difahami, pentaksiran bilik darjah adalah sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan serta bersifat formatif (Chappuis, Stiggins, Chappuis
& Arter, 2012; Griffin & Care, 2014). Atas tujuan melaksanakan kajian berkaitan penilaian pelaksanaan
pentaksiran bilik darjah, analisis literatur dilakukan. Konstruk atau variable pengetahuan, kemahiran
dan sikap guru sebagai pelaksana antara yang kerap dikaji. Pengetahuan guru berkaitan pentaksiran
adalah peringkat asas dan konsep, namun pengetahuan ini sangat penting untuk memastikan guru benar-
benar memahami pentaksiran agar pengaplikasiannya dalam proses pengajaran dan penbemalajaran
tepat dan benar-benar mengukur perkembangan murid-murid. Atas dasar pembinaan item, maka skala
yang digunakan untuk mengukur kesepakatan pakar ialah 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju,
3=kurang setuju, 4=setuju dan 5=sangat setuju. Penggunaan skala likert 5 mata untuk kesepakatan pakar
digunakan memandangkan bukan mereka yang menjawab item tersebut, namum kandungan item yang
diambilkira. Namun skala yang digunakan untuk kajian rintis ialah “ya” mewakili tahu dan “tidak” bagi
mewakili tidak tahu. Item yang dibina juga mempunyai pemeringkatan aras dari aplikasi sehingga
kepada penilaian.
Kemahiran guru dalam melaksanakan PBD perlu diberikan perhatian yang serius. Kemahiran guru
termasuklah merancang secara sistematik, mempelbagaikan teknik pentaksiran, pengumpulan data,
memberikan maklum balas yang berkesan serta melakukan proses pengayaaan untuk meningkatkan lagi
kualiti pembelajaran murid (Graham, Hebert & Haris, 2015; Follmer & Stefanou 2014). Kemahiran
guru diukur dengan Skala Likert 1=sangat rendah, 2=rendah, 3=sederhana, 4=tinggi dan 5=sangat
tinggi.
Penyelidik membina item bagi menilai pembentukan sikap positif guru terhadap pentaksiran.
Memandangkan tiada instrumen khusus untuk mengukur sikap guru terhadap pelaksanaan Pentaksiran
Sekolah, maka penyelidik membina dan mengubah suai item berkaitan penilaian sikap daripada kajian
yang dijalankan Jamil (2002). Item sikap dinilai dengan 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=kurang
setuju, 4=setuju dan 5=sangat setuju.
Pengkaji-pengkaji seperti Black (2013, 2015), Black dan Wiliam (1998, 2009), Wiliam (2011), Wiliam
dan Thompson (2017), Andrade dan Brookhart (2016, 2019) Zi Yan dan Chi Keung Cheng (2015) dan
391
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pengkaji dalam negara seperti Faizah (2011), Suzana (2015), Suzana dan Jamil (2012), Aniza dan Zamri
(2015), Noraini dan Zamri (2016), Azhar (2017), Ramlah, Jamil & analisa (2015) SH. Siti Hauzimah
(2018), Nor farahin dan Mohd Isa (2019), Nor Zaiton dan Jamaludin (2016), Talib, Kamsah, Naim,
Latif, Abu Naim dan Abdul Latif (2014), Zaiton dan Jamaludin (2016), Rahaya dan Mohd Najid (2008)
menggunakan konstruk pengetahuan, kemahiran dan sikap sebagai elemen utama dalam kajian mereka
terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Walau bagaimanapun, penekanan item instrumen
masing-masing bergantung kepada fokus kajian masing-masing.
Peringkat kedua dalam pembinaan Instrumen oleh Benson dan Clark (1982) ialah membina item. Item
dibina berpandukan penjelasan konstruk dan aras item yang ditetapkan pengkaji dalam JSI. Dalam
pembinaan draf pertama, sejumlah 13 item untuk aspek pengetahuan, 20 item untuk aspek kemahiran
dan 11 aspek sikap. Kesemua item disemak dengan merujuk kepada JSI. Item yang tidak menepati JSI
dibaiki dan item yang bertindan dibuang. Proses penyemakan item dilakukan sehingga pengkaji berpuas
hati dan membuat keputusan supaya draf instrumen melalui peringkat ketiga iaitu penilaian kuantitatif.
Peringkat penilaian kuantitatif bermula serentak untuk kajian rintis dan semakan pakar melalui Tenik
Delphi. Data rintis pertama, kedua dan ketiga dianalisis untuk menguji kesahan melalui kesahan kriteria
dan kebolehpercayaan item instrumen manakala data semakan pakar melalui Teknik Delphi pusingan
pertama dan kedua dilakukan untuk menguji kesahan kandungan (Mohd Majid 1998). Semakan pakar
melalui Teknik Delphi bertujuan mendapatkan ketepatan instrumen kerana instrumen masih baharu,
belum dibuktikan lagi dan bertujuan untuk meningkatkan kesahan instrumen itu sendiri. Instrumen ini
kemudiannya dimurnikan berdasarkan hasil analisis kajian rintis dan hasil analisis kualitatif dan
kuantitatif proses semakan pakar. Semua item diteliti semula dan item yang mempunyai nilai koefisien
korelasi kurang daripada 0.30 digugurkan seperti yang sarankan oleh Nunnally (1978). Item yang
mempunyai nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang kurang daripada 0.7 dibaiki atau digugurkan.
Begitu juga item yang mempunyai nilai Jarak Antara Kuartal (JAK) 1.01 hingga ≥ 2.00 telah dibaiki
atau digugurkan. Data Teknik Delphi dilakukan analisis persetujuan dengan mengira JAK, manakala
komen pakar dilakukan untuk analisis kualitatif.
Peringkat pengesahan bertujuan untuk mengesahkan instrumen. Analisis faktor dijalankan untuk
mendapatkan kesahan konstruk. Data Teknik Delphi pusingan kedua pula dilakukan analisis
persetujuan JAK, manakala komen pakar dilakukan analisis kualitatif. Berdasarkan analisis
persetujauan JAK dan analisis kualitatif komen pakar, pemurnian akhir dilakukan sebelum 25 item
instrumen yang lengkap dibentuk.
Objektif Penyelidikan
Mengenal pasti item-item instrumen soal selidik kajian input penilaian program pentaksiran bilik darjah
Persoalan Penyelidikan
Apakah item-item instrumen soal selidik kajian input penilaian program pentaksiran bilik darjah?
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif melalui kaedah tinjauan disamping
mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui Teknik Delphi. Kedua-dua pendekatan digunakan secara
bergabung atas tujuan mendapatkan data yang jitu berkaitan dengan program pentaksiran formatif
melalui penilaian input item instrumen dibina terlebih dahulu. Dengan mengintegrasikan kepelbagaian
kaedah pengutipan data dan kepelbagaian kaedah analisis pembinaan item instrumen dapat dijalankan
dengan lancar. Kajian rintis melalui kaedah tinjauan tidak dijalankan secara serentak dengan Teknik
Delphi. Kedua-dua pendekatan dan kaedah dijalankan secara serentak dalam proses pengumpulan data
Teknik Delphi sahaja. Ini bermaksud melalui Teknik Delphi, kedua-dua jenis data kuantitatif dan data
kualitatif diperoleh secara serentak. Analisis kedua-dua pendekatan dibuat secara berfasa berdasarkan
empat langkah pembinaan item yang dicadangkan oleh Benson dan Clark (1982).
392
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Sampel Kajian
Sampel kajian rintis adalah guru-guru prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Peserta dipilih
secara rawak mudah. Seramai 103 orang sampel dalam rintis 1, 526 sampel dalam rintis kedua dan 424
sampel dalam rintis ketiga. Sample Teknik Delphi ialah terdiri dari sepuluh orang pakar pentaksiran
yang dipilih secara sampel bertujuan. Tiga orang Jurulatih Utama (JU) prasekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia, tiga orang pensyarah IPTA, seorang Pegawai Pendidikan Negeri, seorang
Pegawai Bahagian Perkembangan Kurikulum, seorang Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia dan
seorang Profesor yang juga merupakan Penasihat Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Malaysia
(MAPACE).
Analisis Data
Ujian kesahan dilakukan melalui tiga aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan konstruk dan kesahan
kriteria manakala kebolehpercayaan instrumen diukur dengan mengira nilai Koefisien Alpha Cronbach
untuk mengukur ketekalan dalaman. Kesemua ujian kesahan dan kebolehpercayaan menggunakan data
rintis dan Teknik Delphi
DAPATAN KAJIAN
Atas tujuan mendapatkan item kajian penilaian yang berkualiti elemen input pengetahuan, kemahiran
dan sikap guru analisis terperinci dilakukan. Dapatan dibincangkan mengikut proses analisis yang
dilakukan. Jadual 2, 3 dan 4 menunjukkan hasil analisis Teknik Delphi dan kesahan kandungan yang
telah ditadbir kepada sepuluh orang pakar.
Jadual 2: Hasil analisis Teknik Delphi dan kesahan kandungan aspek pengetahuan pentaksiran bilik darjah
Bil. Item pusingan kedua teknik Delphi Nilai JAK dan Item baharu
rumusan komen
Pakar Penilai
(kesahan kandungan)
B1 Pentaksiran formatif merupakan JAK=0.00, Perkataan Pentaksiran formatif merupakan
proses pentaksiran yang diintegrasikan diintegrasi boleh proses pentaksiran yang dijalankankan
dalam proses p&p. mengelirukan. Item di sepanjang proses p&p.
baiki.
B2 Pentaksiran formatif mewajibkan guru JAK=0.75. item dibaiki Pentaksiran formatif memerlukan
menyatakan dengan jelas standard guru menyatakan standard
pembelajaran yang hendak dicapai pembelajaran yang perlu dicapai
kepada murid. kepada murid.
B3 Pentaksiran formatif membekalkan JAK=0.00. Pentaksiran formatif membekalkan
maklumat serta merta tentang prestasi maklumat serta-merta tentang prestasi
pembelajaran murid. pembelajaran murid.
B4 Pentaksiran formatif mengandungi JAK=0.00. Pentaksiran formatif mengandungi
maklum balas bertujuan membantu maklum balas yang bertujuan
meningkatkan pembelajaran murid. membantu meningkatkan
pembelajaran murid.
B5 Pentaksiran formatif membenarkan JAK=0.00. item dibaiki Pentaksiran formatif menggunakan
penggunaan pelbagai teknik pelbagai teknik untuk mendapat
pentaksiran untuk mendapat maklumat maklumat pembelajaran murid.
pembelajaran murid.
B6 Pentaksiran formatif mengalakkan Item di murnikan Gred dan markah tidak penting dalam
guru memberikan gred atau markah (cadangan 3 pakar pentaksiran formatif.
kepada hasil tugasan dan latihan penilai).
murid.
393
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
B7 Maklumat pentaksiran formatif JAK=0.00. Maklumat pentaksiran formatif
digunakan untuk membuat keputusan digunakan untuk membuat keputusan
berkaitan p&p bagi meningkatkan berkaitan p&p.
keberkesanan pengajaran guru dan
pembelajaran murid.
* JAK – nilai Jarak antara kuartil (JAK) diperolehi daripada analisis Persetujuan pakar Penilai Kesahan instrumen
Berdasarkan Jadual 2, nilai JAK bagi semua item ialah pada 0.00 - 1.00, bermakna semua item
mempunyai nilai kesepakatan yang tinggi untuk dikekalkan. Namun, analisis kandungan menunjukkan
semua item perlu dimurnikan dari aspek bahasa agar lebih bermakna dan menepati pengetahuan
terhadap konsep asas pentaksiran bilik darjah.
Jadual 3: Hasil analisis Teknik Delphi dan kesahan kandungan aspek kemahiran pentaksiran bilik darjah
Bil Item pusingan kedua teknik Nilai JAK dan rumusan Item baharu
Delphi komen Pakar Penilai
(kesahan kandungan)
C8 Merancang aktiviti pentaksiran JAK=0.00. Merancang aktiviti pentaksiran
formatif untuk diaplikasikan dalam formatif untuk diaplikasikan dalam
proses p&p. proses p&p.
C9 Membina soalan latihan, tugasan dan JAK=0.75. Soalan latihan Membina aktiviti supaya selari
projek pentaksiran formatif supaya tukar kepada aktiviti. dengan standard/objektif
selari dengan standard/objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
pembelajaran yang hendak dicapai.
C10 Kemahiran mengendalikan aktiviti JAK=1.75. Bahasa Mengendalikan aktiviti pentaksiran
pentaksiran formatif dan p&p secara dibaiki kerana perkataan formatif semasa proses p&p.
bergabung (embedded). bergabung boleh
mengelirukan.
C11 Memberikan maklum balas untuk JAK=0.00. Memberikan maklum balas untuk
meningkatkan pembelajaran murid. meningkatkan pembelajaran murid.
C12 Kemahiran memadankan strategi JAK=0.00. Soalan dwi Memadankan strategi p&p dengan
p&p dengan keperluan personaliti dimensi. Bahasa dibaiki. tahap kebolehan murid secara
dan kepintaran murid secara individu.
individu.
C13 Menjalankan pemerhatian terhadap JAK=0.00. Soalan Membuat pemerhatian (terhadap
interaksi, tingkah laku, proses dan pelbagai dimensi. Baiki interaksi, tingkahlaku, proses dan
hasil kerja murid. bahasa. hasil kerja murid).
C14 Mencatat maklumat hasil pentaksiran JAK=0.00. Baiki bahasa. Mencatat maklumat hasil pemerhatian
dilaksanakan secara sistematik. dilaksanakan secara bersistematik.
C15 Mentaksir dan menginterpretasi data JAK=0.75. Soalan dwi Menginterpretasi hasil pemerhatian
pentaksiran formatif untuk memberi dimensi. Bahasa dibaiki. untuk memberi skor (tahap
skor (tahap penguasaan) berdasarkan penguasaan) berdasarkan standard
standard prestasi. prestasi.
C16 Mengurus dan menyimpan maklumat JAK=0.75. Soalan dwi Mengurus maklumat pentaksiran
pentaksiran dengan sistematik. dimensi. Bahasa dibaiki dengan bersistematik.
C17 Menggunakan maklumat pentaksiran JAK=0.00. Soalan dwi Menggunakan maklumat pentaksiran
formatif untuk membuat keputusan dimensi. Bahasa dibaiki formatif untuk membuat perancangan
p&p dan membuat perancangan pengajaran akan datang.
pengajaran akan datang.
394
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
C18 Kemahiran melatih murid supaya JAK=0.75. Soalan dwi Membimbing murid mengenal pasti
berkebolehan mengenal pasti dimensi. Bahasa dibaiki kekuatan dalam pembelajaran untuk
kekuatan dan kelemahan dalam tingkatkan motivasi
pembelajaran serta untuk
meningkatkan motivasi mereka.
Berdasarkan Jadual 3, nilai JAK bagi sepuluh item ialah pada 0.00 - 1.00, bermakna semua item
mempunyai nilai kesepakatan yang tinggi untuk dikekalkan, manakala nilai item C10 ialah 1.75
kesepakatan sederhana. Berdasarkan analisis kandungan semua item perlu dimurnikan tetapi di
murnikan agar tidak bersifat ’socially desirable’ dan menepati kemahiran untuk melaksanakan
pentaksiran bilik darjah.
Jadual 4: Hasil analisis Teknik Delphi dan kesahan kandungan aspek sikap terhadap pentaksiran bilik darjah
Bil. Item pusingan kedua teknik Delphi Nilai JAK dan Item baharu
rumusan komen Saya menjalankan pentaksiran formatif
kerana percaya dapat membantu
Pakar Penilai meningkatkan prestasi murid.
(kesahan
kandungan)
D19 Saya menjalankan pentaksiran formatif JAK=0.00.
kerana percaya dapat membantu
meningkatkan prestasi murid.
D20 Saya berusaha meningkatkan kemahiran JAK=0.00. Saya berusaha meningkatkan
diri untuk mengendalikan pentaksiran kemahiran diri dalam p&p supaya
formatif supaya lebih berkualiti. dapat mengendalikan pentaksiran
formatif yang berkualiti.
D21 Saya sentiasa mengatur masa p&p JAK=0.00.
dengan baik supaya dapat menjalankan Saya sentiasa mengatur masa p&p
aktiviti pentaksiran formatif. dengan baik supaya dapat menjalankan
aktiviti pentaksiran formatif.
D22 Saya berusaha mempelajari dan JAK=0.00. Soalan Saya berusaha belajar untuk
memahami ilmu berkaitan pentaksiran dwi dimensi. Bahasa memahami ilmu berkaitan pentaksiran
formatif. dibaiki formatif.
D23 Saya berusaha mencari maklumat JAK=0.00. Soalan Saya berusaha mencari maklumat
tambahan berkaitan pentaksiran formatif multi dimensi. Bahasa tambahan dari pelbagai sumber
melalui pembacaan buku, melayari dibaiki berkaitan pentaksiran formatif.
internet dan bertanya kepada guru lain.
D24 Saya sentiasa memperuntuk masa untuk JAK=0.00. Bahasa Saya berusaha menyediakan pelbagai
menyediakan pelbagai aktiviti dibaiki aktiviti yang menarik dalam proses
pentaksiran formatif yang menarik p&p.
dalam proses p&p.
D25 Saya sentiasa memberikan pertolongan JAK=0.00. Memberi Saya sentiasa membantu guru-guru
kepada guru-guru yang memerlukan pertolongan tukar yang memerlukan bantuan berkaitan
bantuan berkaitan pentaksiran formatif. kepada membantu. pentaksiran formatif.
Berdasarkan Jadual 4, nilai JAK bagi semua item ialah pada 0.00 - 1.00, bermakna semua item
mempunyai nilai kesepakatan yang tinggi untuk dikekalkan. Dapatan analisis kandungan menunjukkan
semua item perlu dimurnikan dari aspek bahasa agar tidak bersifat ’socially desirable’ dan menepati
sikap positif berkaitan pentaksiran bilik darjah.
395
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kesahan konstruk
Secara keseluruhannya keputusan analisis faktor data rintis ketiga menunjukkan item B02 digugurkan
kerana membentuk faktor tersendiri. Semua item yang mencatatkan nilai melebihi pekali 0.4 item
dikekalkan walaupun terdapat pertindihan faktor (cross loading) dengan mengambil kira kajian
perpustakaan dan perbincangan dengan penyelia. Terdapat lapan faktor bagi elemen input. Berdasarkan
keputusan analisis faktor penerokaan data rintis ketiga menggunakan analisis prinsipal komponen dan
putaran varimaks, rumusan taburan item mengikut konstruk selepas analisis EFA di tunjukkan dalam
Jadual 5.
Jadual 5: Taburan item mengikut konstruk selepas analisis faktor penerokaan data rintis ketiga
Elemen Item Konstruk / keputusan
Input B01, B03, B04, B05, B06 dan B07 Pengetahuan guru
C08, C09, C10, C11, C12, C13, C14, C15, C16, C17 dan C18 Kemahiran guru
D19, D20, D21, D22, D23, D24 dan D25 Sikap guru
Berdasarkan Jadual 5, lapan faktor yang terbentuk bagi elemen input ialah faktor 1, iaitu pengetahuan
guru, faktor 2, iaitu kemahiran guru dan faktor 3, iaitu sikap guru.
Kesahan kriteria
Keputusan ujian pekali korelasi data kajian rintis ketiga mempunyai nilai pekali korelasi dengan jumlah
skor (Corrected-item-total correlation) 0.421 hingga 0.770 bagi semua item kecuali item b06 (.338)
(rujuk Jadual 6).
396
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 6: Nilai Pekali Koreasi item instrumen elemen input
Elemen Corrected-item- Cronbach's Alpha if Nilai Alfa
Konstruk keseluruhan
Item total correlation Item Deleted
Input Pengetahuan guru .793
b01 .595 .751
Kemahiran guru .923
b02 .421 .787
Sikap guru .895
prasekolah terhadap b03 .616 .749
pentaksiran bilik
darjah b04 .637 .749
b05 .610 .753
b06 .338 .816
b07 .594 .757
b08 .705 .915
b09 .678 .916
b10 .673 .917
b11 .728 .914
b12 .655 .918
b13 .640 .918
b14 .659 .918
b15 .729 .914
b16 .757 .913
b17 .723 .914
b18 .661 .917
b19 .625 .888
b20 .692 .880
b21 .662 .884
b22 .770 .871
b23 .750 .873
b24 .709 .878
b25 .668 .884
Berdasarkan Jadual 6, item b06 mempunyai kesahan kriteria yang sederhana tinggi bagi mengukur
aspek pengetahuan guru. Justeru dapatan ini membuktikan item-item soal instrumen penilaian
pentaksiran bilik darjah mempunyai kesahan yang tinggi. Dapatan ini juga bermakna item-item tersebut
mengukur konstruk yang hendak diukur dengan tepat.
Ujian kebolehpercayaan
Berdasarkan keputusan analisis data rintis kedua, nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach menunjukkan
tidak terdapat kumpulan item yang mempunyai nilai kurang daripada 0.7. Walau bagaimanapun,
keputusan analisis data rintis ketiga menunjukkan nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi semua
kumpulan item berada dalam lingkungan .793 hingga .923 (Rujuk Jadual 6).
PERBINCANGAN
Item instrumen dibina menggunakan Pembinaan item Benson dan Clark (1982) dengan melalui empat
langkah. Keempat-empat langkah dilakukan secara berfasa, item melalui proses pemurnian sebelum
melalui lengkah-langkah seterusnya. Langkah perancangan termasuklah menetapkan tujuan pembinaan
untuk mendapatkan item instrumen untuk kegunaan penilaian elemen input pentassiran bilik darjah
melibatkan kosntruk pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Melalui langkah kedua iaitu pembinaan
397
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Instrumen, JSI terlebih dahulu dibina berpandukan kajian literatur. Berpandukan JSI, item dibina serta
disemak. Proses menyemak dan membaiki item instrumen dibuat sebanyak dua draf.
Langkah ketiga ialah penilaian kuantitatif. Item yang dimurnikan membentuk draf ketiga instrumen dan
dihantar untuk ujian rintis pertama dan semakan pakar menerusi Teknik Delphi pusingan I. Data ujian
rintis pertama dianalisis kebolehpercayaan dan pekali korelasi manakala semakan pakar menerusi
Teknik Delphi pusingan I dianalisis JAK dan analisis kandungan. Analisis data menunjukkan semua
item perlu dibaiki. Langkah terakhir ialah pengesahan. Melalui langkah ini item-item disahkan melalui
proses Menerusi ujian rintis kedua, data di analisis kebolehpercayaan, pekali korelasi dan analisis
faktor, manakala data Teknik Delphi pusingan 2 juga dianalisis JAK dan analisis kandungan. Dapatan
menunjukkan semua item perlu dimurnikan dari aspek bahasa. Hasilnya ialah instrumen kajian
penilaian pelaksanaan pentaksiran bilik darjah bagi elemen input ialah 25 item. Semua item mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan sangat sesuai digunakan untuk menilai program
pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru prasekolah.
Peringkat pengesahan bertujuan untuk mengesahkan instrumen. Dalam langkah ini, perlu diulangi
semula proses-proses penilaian kuantitatif. Ini bermakna pengulangan proses perlu dilakukan untuk
memastikan dapatan benar-benar tekal. Analisis faktor turut dijalankan untuk mendapatkan kesahan
konstruk. Data Teknik Delphi pusingan kedua pula dilakukan analisis persetujuan JAK, manakala
komen pakar dilakukan analisis kualitatif. Berdasarkan analisis persetujauan JAK dan analisis kualitatif
komen pakar, pemurnian akhir dilakukan sebelum 25 item instrumen yang lengkap dibentuk. Kesahan
dan kebolehpaercyaan 25 item instrumen untuk mengkaji elemen input pentaksiran bilik darjah ini
adalah tinggi dan boleh digunakan untuk mengkaji penilaian input.
Pembinaan item instrumen telah melalui langkah menyeluruh yang dilakukan secara berfasa,
termasuklah mengenal pasti konstruk dan pemboleh ubah berkaitan input penilaian pentaksiran bilik
darjah, mengenalpasti trait atau ciri-ciri bagi pemboleh ubah-pemboleh ubah setiap konstruk,
pembinaan item, menentukan kesahan, menentukan skor data setiap konstruk, menentukan
kebolehpercayaan. Jadual Spesifikasi Instrumen digunakan dalam proses pembinaan item-item
penilaian. Kemudian kesahan item disemak oleh panel pakar yang berkenaan. Data kuantitatif dan
kualitatif dikumpul dari kajian rintis dan Teknik Delphi. Langkah-langkah merupakan panduan dan
boleh dirujuk serta diikuti dalam membina item-item instrumen yang baharu dalam mana-mana kajian
kuantitatif dan kualitatif.
RUJUKAN
Andrade, H., and Brookhart, S. M (2019). Classroom assessment as the co-regulation of
learning. Assessmment Educational Principles Policy Practice. doi:
10.1080/0969594X.2019.1571992
Andrade, H., and Brookhart, S. M. (2016). “The role of classroom assessment in supporting
self-regulated learning,” dalam Assessment for Learning: Meeting the Challenge of
Implementation, eds D. Laveault and L. Allal (Heidelberg: Springer), 293–309. doi:
10.1007/978-3-319-39211-0_17
Aniza Ahmad & Zamri Mahamod (2015). Tahap kemahiran guru Bahasa Melayu sekolah menengah
dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah berdasarkan jantina, opsyen dan tempat
mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1), 18-29.
Benson, J., & Clark, F. (1982). A guide for instrument development and validation. The American
Journal of Occupational Therapy, 36, 789-800. http://dx.doi.org/10.5014/ajot.36.12.789
398
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Cohen, R. J., & Swerdlik, M. E. (2018). Psychological testing and assessment: An introduction to tests
and measurement (9th ed.). McGraw-Hill Education: New York.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mohd Haidzir Yusof@Jusoh, Norasmah Othman. (2019). Isu Dan Permasalahan Pentaksiran Alternatif
Dalam Sistem Penilaian Di Malaysia. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial
dan Kemanusiaan. 24-25 April. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Noraini Bidin & Zamri Mahamod. (2016). Kesediaan murid sekolah menengah terhadap pelaksanaan
pentaksiran berasaskan sekolah dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 6 (1), 64-76.
Norfarahin Mohd zamri & Mohd Isa Hamzah, (2019). Teachers’ Competency in Implementation of
Classroom Assessment in Learning. Creative Education, 10, 2939-2946.
https://doi.org/10.4236/ce.2019.1012218
Nor Zaiton Hanafi & Jamaludin Badusah. (2016). Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Pembelajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa
Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Kelima, 539-546. Bangi: Penerbitan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Omar, H. M., & Sinnasamy, P. (2017). Between the ideal and reality: teachers’perception of the
implementation of school-based oral english assessment. The English Teacher, 17
Ramlah ab khalid, Jamil ahmad & Analisa hamdan. (2015). pembentukan sikap positif guru terhadap
pelaksanaan aktiviti pentaksiran. Journal of personalized learning, 1(1), 77-84
Suzana Abd Mutalib & Jamil Ahmad. (2012). Penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam subjek
Bahasa Melayu darjah satu: kajian kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2, (1), 17-30
Talib, R., Kamsah, M. Z., Naim, H. A., Latif, A. A., Abu Naim, H., & Abdul Latif, A. (2014). From
principle to practice: Assessment for learning in Malaysian school based assessment classroom.
International Journal of Social Sciences & Education, 4(4), 850-857.
Kaufman, A. S. (2018). Contemporary intellectual assessment: Theories, tests, and issues. Guilford
Publications.
Zi Yan & Chi Keung Cheng. (2015). Primary teachers' attitudes, intentions and practices regarding
formative assessment. Teacher and Teacher Education, Vol 45, 128-136
399
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
JURANG UJIAN PRA-PASCA KURSUS DALAM TALIAN COACHING OF
COACHES BIMBINGAN INSTRUKSIONAL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Ng Kok Fu ([email protected])
Wah Mong Weh ([email protected])
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jurang ujian pra-pasca sebelum dan selepas peserta mengikuti
kursus dalam talian (DT) Coaching of Coaches (COC) Bimbingan Instruksional Pentaksiran Bilik
Darjah (BI-PBD) anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kursus dilaksanakan menerusi pelantar
Google Classroom (GC) semasa tempoh PKPP. Instrumen ujian pra dan ujian pasca dibina
berdasarkan kerangka modul bimbingan instruksional pelaksanaan PBD yang disesuaikan dari model
Impact Cycle. Instrumen mengandungi 35 item dalam 5 aspek kandungan kursus: Konsep dan
Pelaksanaan PBD, Perancangan PdP untuk Tujuan PBD, Persediaan PdP untuk Tujuan PBD,
Pelaksanaan PdP untuk Tujuan PBD, dan Bimbingan Instruksional. Seramai 1,671 peserta seluruh
negara yang menyertai GC telah menyempurnakan ujian pra dan ujian pasca. Respon peserta
dianalisis dan dilaporkan menggunakan statistik deskriptif bagi setiap aspek dalam instrumen. Analisis
menunjukkan peserta mencatatkan peningkatan tahap penilaian kendiri dalam kesemua aspek
kandungan kursus. Dapatan juga menunjukkan aspek Bimbingan Instruksional ialah kandungan kursus
yang paling ramai peserta (19.8%) mencatatkan jurang pra-pasca kursus yang tinggi manakala aspek
Konsep dan Pelaksanaan PBD paling sedikit (10.5%). Bagaimanapun, kesemua aspek kursus
mencatatkan jurang negatif di kalangan 2.9% hingga 3.9% peserta dan jurang sifar di kalangan 16.0%
hingga 23.9% peserta. Ini mencadangkan siasatan lanjut perlu diadakan bagi mengenal pasti punca
jurang sedemikian dalam pelaksanaan kursus.
Kata kunci: Jurang ujian pra-pasca, Bimbingan instruksional, Pentaksiran bilik darjah, Impact cycle
PENGENALAN
Berikutan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan amalan peperiksaan
untuk semua murid tahap 1 mulai tahun 2019, semua sekolah perlu melaksanakan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) bagi mentaksir pembelajaran murid. Satu pasukan Master Trainers (MT) PBD di bawah
Pusat Pembangunan Latihan (PPL), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah ditubuhkan untuk
menyediakan latihan bagi membangunkan kapasiti guru dalam pelaksanaan PBD.
Tugas utama pasukan MT PBD adalah untuk menyediakan latihan pembangunan kapasiti terutamanya
kepada kumpulan kepimpinan utama (Senior Leadership Team atau SLT) dan Penolong Kanan dan
Ketua Panitia (Middle Leadership Team atau MLT) sekolah bagi menjayakan pelaksanaan PBD.
Kumpulan kepimpinan SLT dan MLT berperanan membimbing guru-guru untuk melaksanakan PBD di
dalam bilik darjah. Bagi tujuan tersebut, satu kursus Coaching of Coaches (COC) Bimbingan
Instruksional Pentaksiran Bilik Darjah (COC BI-PBD) telah dibangunkan dan dilaksanakan terhadap
1910 orang SLT pada tahun 2019 untuk tujuan mempertingkatkan kompetensi mereka sebagai
pembimbing instruksional PBD di bawah Inisiatif PPPM #111.
Pada tahun 2020, berikutan tercetusnya pandemik Covid-19 kursus COC BI-PBD dengan sedikit
pengubahsuaian telah ditawarkan kepada semua guru seluruh negara secara dalam talian. Pembangunan
profesionalisme guru adalah penting sebagai langkah mewujudkan pendidikan negara yang lebih baik
400
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
tetapi yang lebih penting ialah usaha menentukan keberkesanan pembangunan profesionalisme para
guru (Doucet, Netolicky, Timmers & Tuscano, 2020) terutamanya di era pandemik.
Pernyataan Masalah
Kursus COC BI-PBD telah dilaksanakan secara bersemuka sepanjang tahun 2019 sehingga Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 diumumkan pada bulan Mac 2020. Sehubungan itu IPGM telah
memutuskan supaya kursus COC BI-PBD dibuka kepada semua guru seluruh negara. Kursus dijalankan
secara dalam talian (DT) menggunakan pelantar Google Classroom (GC) dalam tiga kelompok kelas di
mana bilangan maksimum peserta kursus setiap kelas ialah seribu orang. Kandungan kursus disusun
mengikut 13 slot dan setiap slot disediakan penerangan lisan oleh MT menggunakan rakaman suara
dalam setiap slaid yang disediakan. Dalam mod latihan ini, interaksi antara peserta kursus dan fasilitator
adalah minimum dan penyampaian maklumat adalah berbentuk sehala. Di samping itu pengukuran
penguasaan kandungan kursus tidak dijalankan sepanjang tempoh kursus dilaksanakan.
Objektif Kajian
Kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan keberkesanan mod latihan
dalam talian khususnya maklumat jurang pengetahuan peserta sebelum dan selepas kursus. Maklumat
ini seterusnya dapat membantu pelaksanaan latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PBB)
dalam talian yang lebih berkesan di masa akan datang.
Persoalan Kajian
1. Sejauh mana jurang pengetahuan peserta sebelum dan selepas mengikuti kursus secara dalam
talian COC BI-PBD?
2. Apakah aspek kandungan kursus yang paling ramai peserta kursus mencatatkan jurang pra-pasca
kursus yang tinggi?
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra ditadbir sebelum
peserta memulakan kursus manakala ujian pasca yang sama ditadbir selepas peserta menyempurnakan
kursus. Ujian pra dan ujian pasca ditadbir secara dalam talian melalui aplikasi web yang dibangunkan
oleh pengkaji sendiri.
Kursus COC BI-PBD secara dalam talian dilaksanakan dengan membuka tiga kelompok kelas GC
mengikut zon iaitu zon Utara-Timur, zon Tengah-Selatan dan zon Sabah-Sarawak. Setiap kelas GC
boleh menerima penyertaan maksimum sehingga seribu peserta. Penyertaan kursus adalah secara
sukarela melalui penggunaan kod kelas yang diumumkan secara meluas melalui media sosial. Tempoh
kursus ialah 28 Mei 2020 hingga 30 Jun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
dilaksanakan. Penyertaan dalam ketiga-tiga zon telah mencapai bilangan maksimum di hujung tempoh
kursus.
Sebelum mengikuti kandungan kursus yang disediakan dalam GC, peserta dikehendaki mengambil
ujian pra melalui pautan yang disediakan. Setelah mengikuti semua kandungan kursus, peserta perlu
menjawab ujian pasca sebelum kehadiran kursus direkodkan dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL)
KPM. Seramai 3,675 responden telah mengambil ujian pra di mana 2,478 daripada responden itu
menjawab ujian pasca. Daripada jumlah itu, seramai 1,671 responden dikenal pasti telah menyertai
kelas GC yang disediakan. Hanya respon dari 1,671 peserta kursus ini dianalisis dan dilaporkan dalam
kajian ini. Tempoh respon peserta direkodkan ialah dari 8 Jun 2020 hingga 11 Julai 2020.
401
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Instrumen yang digunakan dalam ujian pra dan ujian pasca adalah berdasarkan kerangka modul
bimbingan instruksional pelaksanaan PBD (Rajah 1) yang disesuaikan dari model Impact Cycle
(Knight, 2007, 2018). Instrumen ini diadaptasi dari instrumen yang dibangunkan oleh pasukan MT PBD
(Lee, Ng, & Mimma, 2019). Instrumen mengandungi 35 item dalam 5 aspek kandungan kursus: 7 item
bagi aspek Konsep dan Pelaksanaan PBD, 8 item bagi aspek Perancangan PdP untuk Tujuan PBD, 6
item bagi aspek Persediaan PdP untuk Tujuan PBD, 5 item bagi aspek Pelaksanaan PdP untuk Tujuan
PBD, dan 9 item bagi aspek Bimbingan Instruksional. Peserta kursus membuat penilaian kendiri
terhadap setiap item berdasarkan skala Likert 4 mata.
Rajah 1 : Kerangka Modul Bimbingan Instruksional Pelaksanaan PBD
Respon peserta dianalisis dan dilaporkan menggunakan statistik deskriptif bagi setiap aspek dalam
instrumen. Purata skor peserta dalam setiap aspek instrumen digunakan untuk menentukan peratus
tahap penilaian kendiri peserta sebelum dan selepas kursus mengikut takrifan dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Tahap Penilaian Kendiri Skor Ujian Pra dan Pasca
Julat skor purata, x Tahap penilaian kendiri
1.00 ≤ x ≤ 2.00 Rendah
2.00 < x ≤ 3.00 Sederhana
3.00 < x ≤ 4.00 Tinggi
Jurang ujian pra dan ujian pasca bagi setiap peserta ditentukan berdasarkan perbezaan antara skor purata
peserta dalam setiap aspek instrumen. Jurang maksimum ialah +3 iaitu skor pasca 4 tolak skor pra 1.
Jurang minimum ialah –3 iaitu skor pasca 1 tolak skor pra 4. Tahap jurang pra dan pasca dilaporkan
berdasarkan takrifan dalam Jadual 2.
Jadual 2 : Tahap Jurang Pra-Pasca Kursus
Julat jurang, j Tahap jurang
1.00 < j ≤ 3.00 Tinggi
0.00 < j ≤ 1.00 Rendah
j=0 Tiada
–3.00 < j < 0 Negatif
402
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan analisis ujian pra dan ujian pasca kursus dalam talian COC BI-PBD menunjukkan secara
keseluruhan peningkatan yang baik dalam penguasaan kandungan kursus melalui penilaian kendiri
dalam kelima-lima aspek. Kesemua aspek mencatatkan peningkatan dalam peratus responden yang
berada pada kategori Tinggi, dan mencatatkan penurunan yang jelas dalam peratus responden yang
berada dalam kategori Sederhana dan Rendah seperti ditunjukkan dalam Jadual 3 dan Rajah 2. Hasil
analisis menunjukkan secara keseluruhan kursus dalam talian COC BI-PBD telah berjaya meningkatkan
tahap kompetensi peserta kursus terhadap kesemua aspek kandungan kursus yang disampaikan.
Jadual 3 juga menunjukkan selepas kursus masih terdapat separuh (50.7%) daripada peserta kursus
mencatatkan tahap sederhana dan rendah dalam aspek Bimbingan Instruksional. Hal ini menunjukkan
mod latihan secara dalam talian mungkin tidak begitu berkesan untuk menyampaikan kandungan kursus
ini yang banyak menekankan kemahiran amali bimbingan.
Jadual 4 menunjukkan bilangan peserta yang mencatatkan pelbagai tahap jurang pra-pasca kursus dalam
kelima-lima aspek kandungan kursus. Jurang pra-pasca yang positif (tahap tinggi dan rendah) terjadi
jika skor purata penilaian kendiri peserta selepas kursus (ujian pasca) adalah lebih tinggi dari skor purata
penilaian kendiri peserta sebelum kursus (ujian pra). Sebaliknya jurang pra-pasca yang negatif atau
jurang sifar terjadi jika skor purata ujian pasca adalah lebih rendah dari atau bersamaan dengan skor
purata ujian pra.
Jadual 3 : Bilangan Peserta Mengikut Tahap Penilaian Kendiri Pra dan Pasca Kursus DT COC BI-PBD
Tahap penilaian kendiri
Pra kursus Pasca kursus
Aspek kandungan kursus Tinggi Sederhana Rendah Tinggi Sederhana Rendah
Konsep dan 249 1270 152 1062
Pelaksanaan PBD 14.9% 76.0% 9.1% 63.6% 606 3
36.3% 0.2%
Perancangan PdP 191 1218 262 941 723 7
untuk Tujuan PBD 11.4% 72.9% 15.7% 56.3% 43.3% 0.4%
Persediaan PdP 183 1201 287 935 732 4
untuk Tujuan PBD 11.0% 71.9% 17.2% 56.0% 43.8% 0.2%
Pelaksanaan PdP 252 1152 267 978 688 5
untuk Tujuan PBD 15.1% 68.9% 16.0% 58.5% 41.2% 0.3%
Bimbingan 141 1058 472 824 832 15
Instruksional 8.4% 63.3% 28.2% 49.3% 49.8% 0.9%
403
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Rajah 2 : Perbandingan Tahap Penilaian Kendiri Peserta Pra dan Pasca Kursus DT COC BI-PBD
Dapatan dalam Jadual 4 dan Rajah 3 menunjukkan aspek Bimbingan Instruksional ialah kandungan
kursus yang paling ramai peserta kursus (331 orang atau 19.8%) mencatatkan jurang pra-pasca kursus
yang tinggi. Hal ini berlaku kerana bimbingan instruksional merupakan kandungan kursus yang baharu
untuk peserta kursus. Seramai 472 (28.2%) orang peserta kursus telah merekodkan tahap penilaian
kendiri yang rendah dalam aspek Bimbingan Instruksional sebelum menyertai kursus manakala selepas
kursus angka ini tinggal 15 orang atau 0.9% sahaja (lihat Jadual 3 dan Rajah 2). Oleh yang demikian
kursus COC BI-PBD yang ditawarkan berjaya menambah ilmu dalam bidang bimbingan instruksional
di kalangan peserta kursus.
Jadual 4 juga menunjukkan aspek Konsep dan Pelaksanaan PBD adalah kandungan kursus yang paling
sedikit peserta kursus (175 orang atau 10.5%) mencatatkan jurang pra-pasca kursus yang tinggi. Hal ini
kerana PBD bukan satu perkara yang baharu bagi guru-guru sekolah, malah pentaksiran berasaskan
sekolah telah mula diperkenalkan di sekolah sejak tahun 2011. Amalan PBD yang bermula pada 2016
sebenarnya mengekalkan semua konsep pentaksiran sekolah. Oleh itu ramai peserta kursus telah
mempunyai konsep PBD dan kemahiran pelaksanaan PBD sebelum mengikuti kursus ini. Maka tidak
ramai peserta yang mencatatkan jurang pra-pasca kursus yang tinggi.
Bagaimanapun, Jadual 4 dan Rajah 3 juga menunjukkan kesemua kandungan kursus mencatatkan
jurang negatif di kalangan 2.9% hingga 3.9% peserta dan jurang sifar di kalangan 16.0% hingga 23.9%
peserta. Peserta kursus mendapati kursus yang disertainya tidak banyak menambah ilmunya, malah ada
yang menilai tahap penguasaan selepas kursus lebih rendah dari sebelum mengikuti kursus. Jurang
negatif juga mungkin disebabkan oleh penyampaian kandungan yang mengelirukan peserta kursus
lebih-lebih lagi dalam suasana kursus secara dalam talian dengan kurangnya interaksi antara peserta
dan fasilitator. Siasatan lanjut perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar terjadi jurang
sedemikian terutamanya jurang negatif.
404
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 4 : Bilangan Peserta Mengikut Tahap Jurang Pra-Pasca Kursus DT COC BI-PBD
Tahap jurang pra-pasca kursus
Aspek kandungan kursus Tinggi Rendah Tiada Negatif
Konsep dan 175 1100 345 51
Pelaksanaan PBD 10.5% 65.8% 20.6% 3.1%
Perancangan PdP 242 1103 268 58
untuk Tujuan PBD 14.5% 66.0% 16.0% 3.5%
Persediaan PdP 204 1058 361 48
untuk Tujuan PBD 12.2% 63.3% 21.6% 2.9%
Pelaksanaan PdP 191 1014 400 66
untuk Tujuan PBD 11.4% 60.7% 23.9% 3.9%
Bimbingan 331 1007 279 54
Instruksional 19.8% 60.3% 16.7% 3.2%
Rajah 3 : Peratus Tahap Jurang Pra-Pasca Kursus DT COC BI-PBD
RUMUSAN
Laporan jurang pra-pasca kursus dalam talian COC BI-PBD ini adalah berdasarkan penilaian kendiri
oleh peserta kursus sebelum dan selepas mengikuti kursus melalui pelantar GC. Pada keseluruhan
kursus berjaya meningkatkan tahap kompetensi peserta kursus dalam kelima-lima aspek kandungan
kursus yang disampaikan. Aspek Bimbingan Instruksional merupakan aspek kandungan kursus paling
ramai peserta mencapai jurang pra-pasca tinggi berbanding aspek lain manakala aspek Konsep dan
405
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pelaksanaan PBD paling sedikit peserta mencapai jurang pra-pasca tinggi. Oleh itu bimbingan
instruksional adalah aspek kandungan kursus yang dapat memberi nilai tambah kepada guru-guru dan
harus dipertingkatkan lagi manakala kandungan Konsep dan Pelaksanaan PBD boleh dikurangkan
fokus. Selain itu, terdapat jurang negatif pada setiap aspek kandungan kursus. Kaedah pengendalian
kursus secara dalam talian ini perlu dikaji semula dan ditambah baik. Penglibatan fasilitator yang lebih
aktif dalam pengendalian kursus juga perlu dipertingkatkan. Pengukuran penguasaan kandungan kursus
juga perlu dilaksanakan sepanjang kursus. Semua ini bagi memastikan pelaksanaan kursus latihan PBB
adalah lebih berkesan di masa-masa akan datang.
RUJUKAN
Doucet, A., Netolicky, D., Timmers, K., & Tuscano, F. J. (2020). Thinking about pedagogy in an
unfolding pandemic: An independent report on ppproaches to distance learning during
COVID19 school closures.
https://issuu.com/educationinternational/docs/2020_research_covid-19_eng
Knight, J. (2007). Instructional coaching: A partnership approach to improving instruction. Thousand
Oaks, CA.: Corwin Press.
Knight, J. (2018). The Impact Cycle: What instructional coaches should do to foster powerful
improvements in teaching. Thousand Oaks, CA.: Sage Publications.
Lee, W. H., Ng, K. F., & Mimma Sayuti Mat Khalid. (2019). Laporan analisis instrumen pra dan pasca
kursus coaching of coaches (COC) bimbingan instruksional pentaksiran bilik darjah.
Unpublished manuscript.
406
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
ITQAN ASAS PEMUPUKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
Ridzuan bin Ahmad, Ph.D ([email protected])
Mohamad Roslan bin Abdul Razak ([email protected])
Ahmad Nadri bin Mat Daud ([email protected])
Rohani binti Che Hashim, Ph.D ([email protected])
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
ABSTRAK
Amalan Budaya Kerja Cemerlang akan menghasilkan kualiti kerja dan ianya mempunyai hubungan
yang sangat signifikan dengan kejayaan organisasi. Bermula dengan kekuatan sistem, proses
perencanaan, prosedur dan peraturan yang diamalkan ianya akan dapat menyuntik semangat dan
motivasi kepada para pekerja dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Kertas konsep ini akan cuba
membincangkan konsep, sandaran-sandaran syara` dan pandangan sarjana mengenai elemen-elemen
yang menjadi makna teras kepada singkatan lafaz / perkataan ITQAN yang diperkenalkan. Selain itu,
kertas ini juga bertujuan menghuraikan rasional dan kepentingan menjadikan ITQAN sebagai asas
kepada pemupukan Budaya Kerja Cemerlang dalam sesebuah organisasi. Melalui tinjauan
perpustakaan dan pembacaan (Library Research) yang dilaksanakan penyelidik mendapati 10 makna
utama dalam lafaz ITQAN amat signifikan, sesuai dan relevan untuk disemai dan dipupuk dalam
kalangan para pekerja bagi membentuk budaya kerja cemerlang ke arah menghasilkan produk yang
berkualiti. 10 makna tersebut iaitu I = Ilmu dan Informasi, T= Tekun dan Teliti, Q= Qawei (kuat) dan
Quality, A= Amanah dan Akauntabiliti, dan N = Niat dan Nawaitu.
Kata kunci: ITQAN, budaya kerja cemerlang, motivasi kerja, kerja yang berkualiti
PENGENALAN
Pekerja merupakan aset yang paling penting dalam sesebuah organisasi. Organisasi yang mempunyai
pekerja yang memiliki komitmen dan dedikasi tinggi akan membolehkan organisasi tersebut mencapai
matlamat atau objektif yang telah digariskan dengan mudah. Pencapaian matlamat dan objektif
organisasi merupakan petunjuk utama kepada kecemerlangan organisasi.
Kerja yang berkualiti juga akan memberi kesan kepada kecemerlangan sesebuah organisasi. Kualiti
kerja mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan kecemerlangan dan keutuhan sesebuah
organisasi. Melalui sistem pengurusan yang berkualiti, perancangan yang rapi, arahan, prosuder dan
peraturan yang jelas akan menjadi pendorong utama ke arah pengorbanan dan komitmen yang tinggi
dalam kalangan kakitangan kepada organisasi. Kecemerlangan dan keutuhan sesebuah organisasi
mempunyai perkaitan secara langsung dengan kualiti pekerja. Pengurusan organisasi akan menjadi
lebih mudah, efektif dan efisyen. Malahan penjanaan idea-idea baharu, daya saing dan komitmen untuk
merealisasikan matlamat organisasi yang ditetapkan turut bergantung kepada kualiti diri pekerja yang
merupakan agen utama kepada organisasi. Oleh itu model ITQAN yang diperkenalkan turut
menggabungkan dua unsur utama pengurusan organisasi iaitu kecekapan dalam aspek pengurusan dan
kualiti modal insan yang dimiliki.
Apa itu ITQAN? ITQAN adalah perkataan Bahasa Arab yang dipanjamkan kepenggunaannya ke dalam
Bahasa Melayu yang membawa maksud tekun, teliti, melaksanakan dengan terbaik, menepati masa,
menepati standard dan berkualiti. Mu’jam al-Lughah al-Muasirah ( ) berpendapat perkataan ITQAN
adalah kata dasar daripada perkataan َ أَتْ َق َنiaitu : َ أَتْقَ َن, َ يُتْ ِق ُن, إتْ َقانًا, فَ ُه َوَ ُمتْ ِق َنsebagaimana yang difirmankan
407
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
: ( ُص ْن َعَاللهَِا ّلَ ِذيَأَتْقَ َنَ ُك َّلَ َش ْيءItulah ciptaan Allah yang mencipta dengan sempurna segala sesuatu). Kamus
al-Ma’ani ( ) pula memberi takrifan sebagai “yang paling sempurna dari sudut pengawasan dan
ketepatan”.
ITQAN juga boleh diertikan sebagai melakukan sesuatu amanah dan tanggungjawab dengan gigih dan
bersungguh-sungguh. Dalam beberapa keadaan, ITQAN dikaitkan dengan amalan atau tindakan yang
berkualiti seseorang pekerja dan merupakan tuntutan utama di dalam bekerja (Rasid t.th).
TINJAUAN LITERATUR
Bekerja merupakan ibadah dalam Islam. Islam menganjurkan nilai-nilai tertentu untuk dijadikan
panduan dan amalan dalam menghasilkan kualiti kerja yang terbaik yang seharusnya diamalkan oleh
semua kakitangan sama ada pihak pengurusan atasan atau bawahan. Nilai-nilai tersebut hendaklah
diserap dan diaplikasikan sehingga menjadi sebagai budaya kerja seharian yang berkualiti. Budaya kerja
yang menekankan aspek kualiti amat menepati acuan Islam bagi memenuhi tuntutan kerohanian,
kebendaan dan intelektual. Tuntutan material adalah untuk memenuhi kehendak keduniaan manakala
tuntutan kerohanian yang perlu diambil berat menjadi kayu ukur bagi membina aspek-aspek positif dan
konstruktif untuk membangunkan organisasi. Oleh yang demikian, setiap pekerjaan dalam Islam
mestilah berpaksikan tauhid kepada Allah s.w.t. (Sharifah Hayati, 2010). Antara nilai-nilai yang
menjadi tuntutan dalam diri seseorang pekerja sama ada pekerja atasan atau bawahan bagi menghasilkan
kualiti kerja yang terbaik iaitu ITQAN.
ITQAN ini adalah nilai kekuatan dan semangat untuk melaksanakan sesuatu tugas hingga sempurna.
Nurhafilah (2015) berpendapat nilai itqan adalah merujuk kepada kualiti kerja yang boleh
diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan kerja. Justeru itu, nilai ini dapat
membentuk peribadi yang berakhlak dan bermoral serta modal insan yang cemerlang dalam
melaksanakan tugas. Kenyataan ini disokong dengan pandangan Mohamad Khadafi (2015) yang
menyatakan bahawa nilai itqan ini mempunyai pengaruh yang kuat untuk membentuk sikap,
keperibadian dan pemikiran seseorang pekerja supaya dapat melakukan kerja dengan bersungguh-
sungguh dan cemerlang. Manakala Wiyata Budhi (2013), berpendapat konsep itqan adalah memberikan
penilaian lebih terhadap hasil pekerjaan yang kualiti berbanding kuantiti dan amat mementingkan mutu
sesuatu pekerjaan. Dapat dikatakan bahawa nilai itqan berkait rapat dengan ketekunan, kecekapan
kerja, berdisplin, dan merancang kerja. Keempat-empat sifat ini saling berhubungan antara satu sama
lain. Ketekunan akan melahirkan sifat kesungguhan dalam diri seseorang dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Oleh itu, seseorang pekerja yang baik tidak akan tunduk kepada sifat malas atau berserah
pada nasib semata-mata. Ketekunan tidak dapat direalisasikan tanpa displin yang utuh pada diri pekerja.
Begitu juga dengan displin ia tidak akan wujud tanpa perancangan kerja yang jelas. Seterusnya dengan
perancangan yang jelas dan displin yang teguh akan mewujudkan ketekunan pada diri pekerja dan
melahirkan kecekapan kerja. Kesemua elemen tersebut merupakan perkara yang asas dan utama dalam
membentuk budaya kerja yang cemerlang.
Sandaran ITQAN
Secara asasnya ITQAN diilhamkan melalui renungan yang mendalam terhadap ayat-ayat al-Quran dan
hadith Nabi SAW yang menyentuh mengenai aspek kualiti dalam bekerja. Islam meletakkan pekerjaan
yang merupakan sumber utama rezeki kepada seseorang sebagai ibadah. Berikut dicatatkan beberapa
nas al-Quran dan pandangan mufassirin mengenainya.
i. Firman Allah yang bermaksud;
“…dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah S.W.T amat menyukai orang-orang yang
berbuat kebaikan”
(al-Baqarah : 195 dan al-Maidah : 93)
408
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Ketekunan dan ketelitian dalam bekerja merupakan tuntutan syarak malah ianya juga dianggap sebagai
tanda dan lambang keimanan. Upah dan pendapatan yang diperolehi melalui hasil kerja yang dilakukan
tidak terkeluar daripada dua kategori iaitu sama ada halal atau haram. Nilai iman yang dimiliki oleh
seseorang akan memastikan sumber pendapatannya adalah halal setelah kerja yang dilakukan dengan
sempurna dan berkualiti.
ii. Firman Allah yang bermaksud;
“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan
yang lain).”
(al-Insyirah: 7)
Merujuk kepada ayat di atas, sebahagian mufassir berpendapat apabila sudah selesai melaksanakan
tugas jihad maka hendaklah kembali memberi fokus kepada ibadah dan doa iaitu melaksanakan dengan
penuh ketekunan dan ketelitian. Ada juga mufassir yang berpendapat setelah selesai perkara yang
berkait dengan urusan dunia, kemudian hendaklah kembali bersungguh-sungguh dalam beribadah.
(Sayyid Qutb dalam Fii Zhilalil Quran ) . Imam Al-Thabari berpendapat yang tepat adalah kesungguhan
dan kesempurnaan dalam menyelesaikan sesuatu urusan, kemudian baru berpindah ke urusan lain.
Inilah yang dapat difahami dan sesuai dengan keumuman ayat. Menurut Mu’jam a=l-W”يءaَشsiالt, ْنk ِمaَغtَرaفَـ, yang
terkandung dalam ayat, “” فَـَرغ يَـْفُرُغ ـ فَـَراغـا bererti َخلاkosong, dan jika dikatakan “ُأََتّه iaitu
menyempurnakan nya. Dengan demikian, dapat difahami bahawa Islam memerintahkan dalam melaku-
kan kerja hendaklah dilakukan secara benar-benar sempurna iaitu benar-benar ‘kosong’ dan tidak perlu
dilakukan semula.
iii. Sabda Nabi SAW yang bermaksud;
i. “Daripada Saidatina Aisyah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah
menyukai seseorang jika apabila kamu melakukan sesuatu kerja, maka kamu
lakukannya dengan itqan (tekun)” (HR: At–Tabrani dan al-Baihaqi).
ii. Daripada Syaddad bin Aus dia berkata, “Dua perkara yang saya ingat pesanan daripada
Rasulullah, beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan supaya sentiasa
bersikap baik terhadap sesuatu. Apabila salah seorang daripada kalian hendak
membunuh maka bunuhlah dengan cara yang terbaik dan apabila salah seorang
daripada kalian hendak menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang terbaik.
Tajamkan mata pisau dan tenteramkanlah haiwan sembelihan” (HR: Muslim)
• Berdasarkan dua buah hadith di atas, baginda Nabi SAW menggesa umatnya supaya tekun dan
teliti dalam melakukan sesuatu kerja. Ketekunan dan ketelitian dalam menghasilkan kerja yang
berkualiti disebut sebagai ITQAN. Hakikatnya nilai ITQAN yang dipraktiskan akan
memberikan impak positif iaitu disukai dan diredhai oleh Allah s.w.t. Imam al-Nawawi َرحمه
اللهmemasukkan hadith-hadith tersebut sebagai hadith yang berkaitan dengan dasar dan
kesempurnaan agama iaitu tuntutan supaya melakukan sesuatu kerja dengan cara yang terbaik.
• Antara intipati lain yang dapat disimpulkan melalui hadith di atas baginda Nabi SAW
memerintah supaya menajamkan pisau sebelum melakukan sembelihan. Seruan tersebut
menampakkan kesopanan dan etika berhemat ketika bermuamalah dengan haiwan sembelihan
supaya tidak menyakitkan dan mempercepatkan hembusan nafas yang terakhir. Apatah lagi
ketika berinteraksi sesama manusia, adab, etika dan nilai perlu dipraktikkan supaya kehidupan
manusia menjadi lebih damai dan harmoni.
409
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
iv. Diceritakan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW memasuki masjid kemudian masuk
pula seorang lelaki lalu ia menunaikan solat. Setelah selesai solat, lelaki berkenaan lantas memberi
salam kepada Nabi SAW. Setelah menjawab salam berkenaan baginda SAW bersabda: “ Pergilah solat
sesungguhnya engkau tidak pun menunaikan solat” dan diulangi sebanyak tiga kali justeru baginda
SAW bersabda selanjutnya : “… apabila engkau dirikan solat, takbirlah kemudian bacalah ayat-ayat Al-
Quran kemudian rukuk sehingga sempurna kemudian bangun hingga tegak kemudian sujud dengan
sempurna kemudian duduk dengan sempurna dan lakukanlah begitu dalam solatmu seluruhnya”(HR :
Al-Bukhari)
• Jelas melalui hadith tersebut baginda Nabi SAW menekankan kesempurnaan dalam melakukan
pekerjaan. Malah pekerjaan yang dilakukan sambil lewa dan tidak sempurna dianggap tidak
terpakai. Kesempurnaan dan ketelitian dalam melaksanakan pekerjaan merupakan ciri-ciri
kualiti.
KONSEPTUAL KAJIAN
Berdasarkan perbincangan di atas yang turut disokong dengan beberapa keterangan yang dipetik
daripada al-Quran dan hadith-hadith nabi SAW menjelaskan bahawa pencapaian matlamat sesebuah
organisasi berkait rapat dengan kualiti dan budaya kerja yang diamalkan. Budaya kerja cemerlang akan
lahir daripada proses amalan dan penghayatan oleh pekerja dalam organisasi yang diistilahkan sebagai
pengurusan sumber manuisia. Rajah berikut mengilutrasikan bagaimana pencapaian matlamat
organisasi boleh dicapaikan melalui amalan budaya kerja cemerlang yang dipupuk melalui penghayatan
terhadap konsep ITQAN yang diperkenalkan.
Pengurusan Pemupukan Budaya Kerja Pencapaian
Sumber Budaya Cemerlang matlamat
Manusia ITQAN organisasi
a. penglibatan,
b. kepuasan
c. komitmen
Rajah 1: Pemupukan Budaya Kerja Cemerlang Melalui Model ITQAN
OBJEKTIF
1. Menghuraikan konsep ITQAN dalam memupuk budaya kerja yang cemerlang
2. Menghuraikan asas-asas dan sandaran syara dan pandangan sarjana mengenai konsep ITQAN.
3. Menghuraikan rasional dan kepentingan konsep ITQAN wajar diamalkan dalam pengurusan
organisasi bagi membentuk budaya kerja yang cemerlang.
410
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Cabaran Pemupukan Budaya Kerja Cemerlang
Setiap pengurus organisasi bercita-cita untuk menjadikan organisasi yang dipimpin menjadi cemerlang.
Pelbagai usaha dilakukan termasuk aspek perancangan, penyusunan kakitangan, pembangunan latihan,
motivasi dan sebagainya. Namun belum pasti sama ada usaha tersebut berjaya atau gagal. Ab. Aziz
(2006) mendapati antara cabaran utama pemupukan budaya kerja cemerlang dalam sesebuah organisasi
adalah karenah birokrasi, budaya kerja yang diamalkan dan kualiti pekerja yang dimiliki. Melalui model
ITQAN yang diperkenalkan terdapat dua demensi utama iaitu kecekapan pengurusan dan kualiti diri
pekerja diberi penumpuan. Sepuluh nilai utama digabungkan bagi membentuk model ITQAN iaitu
Ilmu dan Informasi, Tekun dan Teliti, Qawie (kuat) dan Quality, Amanah dan Akauntibili dan Niat
dan Nawaitu (Ikhlas). Dengan penghayatan terhadap nilai-nilai utama ITQAN yang diperkenalkan
pemupukan budaya kerja cemerlang dapat direalisasikan.
Berilmu dan Berinformasi
• Tidak dapat dinafikan ilmu dan informasi merupakan perkara asas dan utama dalam
pengurusan. Tanpa ilmu dan informasi, seseorang pengurus tidak akan mampu menjana idea-
idea yang bernas dan terkehadapan. Malah gagal dalam membuat perancangan yang baik, tidak
mampu untuk merungkai masalah yang dihadapi dan tidak mampu membuat keputusan yang
tepat dan tuntas. Maklumat dan sumber pengetahuan merupakan asas dan sandaran utama untuk
melaksanakan tugas pengurusan dan kepimpinan secara efisyen. Ambil sahaja kisah Nabi
Dawud a.s dan Nabi Sulaiman a.s penyandang dwi-fungsi nabi dan raja (pemimpin). Kekuatan
baginda a.s berdua terletak pada ilmu dan hikmah kurniaan Allah. Bersandarkan ilmu dan
kebijaksanaan kurniaan Allah SWT itulah Nabi Dawud a.s dan Nabi Sulaiman a.s berjaya
mengurus dan mentadbir kerajaannya dengan cemerlang dan gemilang. Perihal berkenaan
Allah SWT dirakamkan dalam beberapa antaranya Surah al-Anbiya: 79, Surah al-Naml: 15 dan
Surah Saad: 20
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan ilmu
kepada Dawud dan Sulaiman dan keduanya mengucapkan; segala puji bagi Allah
yang melebihkan kami dan banyak hambanya yang beriman. (Al-Anbiyak: 79)
• Nabi Adam a.s merupakan pemimpin terawal alam dunia tidak diciptakan hanya dalam bentuk
makhluk fizikal, tetapi dilengkapkan dengan ilmu menerusi proses taklim seperti diisyaratkan
dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah mengajarkan Adam dengan nama (benda)
seharusnya.” (Al-Baqarah: 31) Begitu juga kepimpinan seterusnya oleh junjungan besar
Muhammad SAW berusaha mengubah masyarakat jahiliah menjadi umat terunggul bermula
dengan satu perkataan “iqra’” (bacalah), iaitu perintah yang melambangkan pencarian dan
penguasaan ilmu secara mapan. (Al-Alaq: 1-5)
• Objektif perutusan rasul adalah melakukan transformasi peradaban dan ketamadunan
kemanusiaan. Merubah daripada kepercayaan karut, nilai dan budaya songsang kepada tauhid
dan iktikad yang betul, nilai dan adab yang dihormati. Kesemua ini akan terjelma melalui proses
perancangan dan pelaksanaan yang dicerna oleh kematangan ilmu dan kebijaksanaan yang
dimiliki oleh pihak pengurusan (pemimpin). Peter Drucker (2008) menegaskan pihak
pengurusan bukan sekadar merancang dan melaksanakan perancangan malah perlu sentiasa
mengamalkan pendekatan 'learning, unlearning and relearning'.
• Misi pengilmuan serta penyucian jiwa (tazkiyah) itulah yang tersurat dan tersirat melalui
perutusan baginda Nabi SAW sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud: “Dialah
411
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
yang sudah mengutuskan seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dalam kalangan mereka itu (orang
Arab) yang Ummi ( tidak tahu membaca dan menulis), membacakan kepada mereka ayat Allah, dan
membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan
mengenai hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”
(Al-Jumu’ah, ayat 2)
• Berkaitan perihal tersebut Profesor Dr. Yusuf al-Qardhawi (2000) berpendapat ilmu bukan
barang mewah yang menjadi hak eksklusif golongan tertentu. Ia adalah sebahagian daripada intipati
kemanusiaan malah sewajar pendidikan itu hendaklah disenaraikan sebagai keperluan asasi manusia
sebagaimana makanan, pakaian dan tempat tinggal.
• Dalam konteks pengurusan Islami ilmu digabungkan secara terjalin dan teranyam erat antara
pelbagai ilmu seperti ilmu akidah, syariat, akhlak, sejarah, geografi serta ilmu pengurusan dan
kemanusiaan. Ilmu tidak dilihat secara terpisah. Kesepaduan itu harus dipelihara kerana pemecahan dan
dikotomi ilmu akan membawa kepincangan dalam pengurusan. Pengurusan yang cekap dan bersih tidak
mungkin dapat dilakukan ketika kepincangan dalam pelbagai sektor kehidupan masyarakat. Sebarang
kerosakan dan kepincangan yang berlaku di sesuatu bahagian akan memberi kesan kepada bahagian
lain.
• Objektif pengurusan berkualiti hanya dapat dicapai andai seluruh sistem dan budaya kerja yang
melingkunginya dalam keadaan betul, sihat, harmonis dan kondusif hasil penerapan ilmu terpadu yang
saling memperkukuh. Tanpa dukungan dan pengukuhan daripada ilmu lain, ia tidak dapat berfungsi
dengan berkesan. Pengurusan berkesan memerlukan daya manusia berwatak kuat, tabah, sabar, berani,
jujur dan ikhlas. Watak seperti itu hanya dapat dibina dengan berkesan menerusi pendidikan tauhid
kerana ia adalah doktrin menjurus pembebasan jiwa dan minda, mengangkat martabat insani, pemberian
erti hidup dan nilai amal. Ilmu pengurusan memerlukan landasan akidah untuk pembangunan sumber
daya manusia yang dinamik dan pembinaan motivasi dalaman.
• Dalam pada itu, insan berilmu dan berinformasi akan bekerja secara terpandu melalui
pengetahuan yang dimiliki dengan betul dan bertindak yang tepat. Orang yang berilmu dan
berinformasi akan mampu merancang dan menghasilkan sesuatu yang baharu secara kreatif dan
inovatif. Dengan penguasaan ilmu dan informasi yang dimiliki akan membantu untuk menjadi timbang
tara dalam menyelesaikan masalah yang timbul dengan mengemukakan pelbagai altenatif kepada
cadangan dan pertimbangan. Benarlah kata-kata seorang ahli Falsafah “knowledge is power” (Francis
Bracon)
Tekun dan Teliti
Huruf T merujuk kepada tekun dan teliti. Melaksanakan kerja dengan tekun dan teliti akan memberi
banyak kebaikan dan manfaat. Sifat tekun dan teliti sangat penting kepada organisasi bagi mengelak
berlakunya kesilapan. Kesilapan dan ketidaktepatan fakta dan maklumat akan membawa kepada
kepincangan dalam tadbir urus organisasi. Ketelitian juga telah disenaraikan sebagai Big Five
Personality (Lima Dimensi Utama Personaliti) yang mengukur aspek-aspek utama yang perlu dimiliki
oleh seseorang personaliti selain daripada keterbukaan, ketelitian, kesepakatan, kemantapan
(ekstraversi) dan kematangan (neurotisim).
412
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Antara kepentingan tekun dan teliti dalam bekerja:
i. Tekun dan teliti dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan adalah wasilah untuk mendapatkan
ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.
ii. Allah SWT suka dan kasih kepada orang-orang yang tekun dan teliti dalam dalam bekerja.
Kasih dan suka Allah SWT kepada hamba melambangkan keberkatan dalam kehidupan.
iii. Tekun dan teliti dalam pekerjaan akan memudahkan urusan orang lain dan dapat mengelakkan
daripada kesilapan dan berulang kali melakukan kerja yang sama.
iv. Sifat tekun dan teliti dapat membezakan antara orang yang betul-betul berusaha dan juga orang
yang bekerja sambil lewa.
v. Sifat tekun dan teliti juga akan menambahkan keberkatan di dalam setiap perkara yang kita
lakukan kerana dilakukan dengan sempurna.
Kejayaan pembukaan Kota Konstantinapel oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada 29 Mei 1453
bersamaan 20 Jamadil Awal 857H mezahirkan sifat gigih dan tekun yang ditunjukkan telah menghasil
pencapaian yang membanggakan. Ahli sejarah mencatatkan antara sifat ketekunan dan kegigihan Sultan
Muhammad apabila beliau bersama bala tentera yang dipimpinnya berjaya menarik dua kapal yang
dibina menaiki dan menuruni bukit di mana sepanjang laluan tersebut disapu dengan lemak-lemak bagi
melancarkan pergerakan. Mengambil masa selama 53 hari dengan angkatan tentera sejumlah 263,000
orang dan armada yang terdiri daripada lebih 300 buah kapal, Sultan Muhammad telah berjaya
merealisasikan bisyarah (khabar gembira) yang dituturkan oleh junjungan Nabi SAW sejak 800 tahun
yang lalu. Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Konstantinopel pasti akan dibuka. Sebaik-baik amir
adalah amirnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya” [HR Ahmad].
Jika kita merenung kepada alam semesta yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, manusia dan
binatang, bukit-bukau dan gunung- ganang, laut dan daratan, langit, matahari dan bintang-bintang
dengan minda yang berfikir dan tafakkur nescaya kita akan mendapti betapa agong dan indahnya
penciptaan Ilahi. Tiada tandingan keajaibannya, tiada kecacatan dan semuanya indah belaka.
Subhanallah…Allah SWT mengkhabarkan kesemua penciptaan tersebut disusun atur dengan teliti.
Sebagaiamana FirmanNya yang bermaksud:
“Dan engkau melihat gunung-ganang yang engkau kira tetap ditempatnya, pada hal ia
berjalan seperti awan berjalan. Itulah ciptaan Allah SWT yang mencipta dengan sempurna.
(Al-Naml: 88)
Setiap pekerja perlu merasa setiap gerak geri, tingkah laku, tindak tanduk dan perlakuan sama ada dalam
waktu bekerja atau diluar waktu bekerja akan dilihat dan diperhitungkan semula. Jika dilaksanakan
dengan tekun dan teliti akan menatijahkan kerja yang sempurna dan akan dikurniakan ganjaran pahala.
Begitu juga sebaliknya, jika kerja dan tugas dilaksanakan sambil lewa dan tidak bersungguh turut
menatijahkan kecacatan dan kesilapan. Pekerja akan dipertanggunjawabkan atas kecuaian dan
ketidaktelitian kerja yang dilakukan. Pertanggungjawaban tersebut bukan sahaja dipersoalkan dari
sudut etika kerja malah akan dipersoalkan oleh para malaikat di hari akhirat kelak. Abu Hurairah r.a
meriwayatkan daripada Nabi SAW dengan katanya: ...wahai Abdullah setiap pekerjaan kamu di dunia
akan diperlihatkan semula seraya baginda SAW membaca ( َي ْو َم ِئذََتُ َح ِد ُثََأَ ْخ َبا َر َهاterjemahan: Pada hari ini
bumi menyampaikan beritanya (Al-Zalzalah:4). Justeru baginda menjelaskan yang dimaksudkan “bumi
menyampaikan berita” ialah bumi menjadi saksi di atas setap pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang
begitu dan begini (HR: Ahmad, Al-Nasa`ie dan al-Tarmizi).
Daud (2010) berpendapat terdapat dua aspek utama yang dapat menunjukkan komitmen pekerja
terhadap organisasi dimana tempat mereka bekerja iaitu kesetiaan dan penglibatan. Kesetiaan ialah
perasaan sayang dengan organisasi dan ingin kekal untuk menjadi sebahagian daripada organisasi.
413
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Penglibatan pula usaha yang bersungguh-sungguh demi kepentingan organisasi untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan. Pengelibatan sebeginilah yang melambangkan erti ketekunan.
Bagi meningkatkan mutu ketelitian oleh setiap pekerja berikut digariskan terdapat beberapa langkah
yang boleh diamalkan. Antaranya;
1. Menggunakan beberapa strategi pemikiran seperti pemikiran logik, kritis dan kreatif. Berfikir
secara logik iaitu cuba mengenali, mengidentifikasi dan berusaha membuat solusi. Pemikiran
kritis dan kreatif adalah berfikir mengenai rasional tentang apa yang harus dilakukan dan
bagaimana sesuatu tugasan dapat diselesaikan dengan mudah.
2. Bina sikap peduli iaitu dengan menanam azam supaya bebas daripada kesalahan dan tidak suka
kepada kesalahan.
3. Membuat senarai semak bagi memastikan setiap langkah diikuti dan setiap perkara telah
dilaksanakan dengan sempurna.
4. Semak dan periksa semula tugasan atau baca berulang kali.
5. Fokus dan bina konsentrasi kepada tugasan yang sedang dilakukan. Anda perlu mengelak
daripada melaksanakan tugasan dalam keadaan anda memikirkan pelbagai perkara.
6. Hindari beban mental atau psikologi yang terlalu berat dengan meletakkan target yang tidak
praktikal ketika menyelesaikan tugasan. Keadan tersebut boleh membawa kepada tindakan
tergesa-gesa yang menyebabkan berlaku kesilapan.
7. Berfikiran tenang dengan mengamalkan teknik rehat minda. Minda boleh direhatkan dengan
mengamalkan beberapa teknik seperti menarik dan menahan nafas beberapa kali. Merehatkan
minda juga boleh dilakukan dengan tidur sekejap antara 10 ke 15 minit sebelum waktu Zohor
yang dinamakan sebagai Qailulah.
8. Imbangi sikap nak cepat. Terkadang anda perlu juga mengimbangi antara ketepatan dan
kecepatan. Kesilapan sering berlaku apabila tugasan dilaksanakan secara tergesa-gesa dan
mahu cepat. Perhatikan cara anak-anak belajar berjalan didahului dengan beberapa tahap
sebelum mereka berlari dan terus berlari kencang.
Angela Duckworth (2012) dalam kajiannya berkaitan rahsia kejayaan seseorang mendapati orang yang
teliti adalah yang paling berjaya. Mereka berupaya memberi tumpuan terhadap apa yang penting dan
mendedikasikan usaha sepenuhnya untuk mencapai matlamat. Beliau juga mendapati “… di tempat
kerja, individu yang teliti akan bekerja keras melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh, teratur
dan penuh tanggungjawab serta membuat keputusan yang tidak terburu-buru berbanding dengan rakan
sekerja yang kurang teliti. Dapatan lain juga menunjukkan “… sifat ketelitian turut membantu individu-
individu mengekalkan perhubungan sosial yang sihat, yang merupakan kunci untuk mencapai
kesejahteraan diri. Individu yang bersifat teliti lebih cenderung untuk mengelakkan konflik
interpersonal yang remeh-temeh dan bersedia meleraikan perselisihan faham apabila saat tersebut
diperluakan”
(Roshan Thiran dalam utusanborneo.com.my)
Qawie (Kuat) dan Quality
Perkataan Qawie (kuat) memberi kefahaman yang meluas meliputi kekuatan fizikal dan material,
kekuatan ilmu dan minda, kekuatan teknologi dan lain-lain. Dalam konteks pengurusan kekuatan fizikal
dan kekuatan minda mencerminkan keupayaan dan kecekapan seseorang dalam melaksanakan tugas.
Organisasi semestinya perlu merancang dan menyusun program dan aktiviti bagi membangunkan
kekuatan fizikal dan kekuatan minda setiap pekerja.
Kualiti ialah darjah kecemerlangan yang pada kebiasaannya adalah tinggi atau bermutu (Kamus Dewan
Edisi Keempat (2010). Kualiti perkhidmatan juga memainkan peranan penting dalam memastikan
sesebuah organisasi mampu bersaing dan mengekalkan prestasi yang cemerlang. Ini adalah kerana
414
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
kualiti perkhidmatan yang baik merupakan salah satu strategi persaingan yang dapat meningkatkan
prestasi individu yang bekerja serta meningkatkan prestasi organisasi. Salleh M. (1991) berpendapat
kualiti adalah merujuk kepada kepuasan hati pelanggan dan keperluan yang ditetapkan. Wan Omar
(1996) pula berpendapat untuk menjadikan sesuatu kerja itu berkualiti, konsep dan nilai yang diajar
dalam ajaran Islam perlu disemai dan dipraktikkan dalam urusan seharian.
Menerusi firman Allah SWT dalam Surah al-Qashah ayat 26 terdapat dua ciri utama yang perlu
ada pada seseorang pekerja iaitu kuat dan amanah. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah”
(Al-Qashash :26)
Sayyid Qutb (2000) di dalam Fi Zhilal Al-Quran mentafsirkan ayat ini bahawa seorang pekerja perlu
mempunyai dua ciri iaitu kuat dan amanah. Kedua-dua ciri ini hendaklah menjadi teras dalam sistem
pentadbiran dan pengurusan di dalam sesebuah organisasi. Dalam konteks semasa, pekerja yang baik
ialah mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal, kelayakan, kemahiran, pengalaman, kesihatan,
kecerdasan dan kesungguhan dalam menjalankan tugas. Ciri kedua iaitu kepercayaan atau beramanah
dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh
pekerja supaya tidak mengamalkan perkara yang boleh menjejaskan kualiti kerja.
• Dalam dunia pekerjaan kekuatan ilmu dan minda merupakan medium utama untuk menggerak
kecemerlangan oraganisasi. Keupayaan merancang dan melaksanakan dengan menggunakan
pelbagai model perancangan startegik adalah bersumberkan keluasan ilmu dan ketajaman
minda dikuasai. Di era globalisasi dan kecanggihan teknologi siber penguasaan ilmu di bidang
tersebut merupakan alat dan senjata yang amat penting dalam menguruskan organisasi.
Penyimpanan dan pengurusan data, pendekomuntasian dan pentafsiran maklumat merupakan
ilmu baharu yang perlu dikuasai oleh pekerja pada masa kini.
• Pemikiran kritis dan kreatif juga amat diperlukan dalam pengurusan moden. Bermula daripada
membuat perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengawalan termasuklah keperluan
latihan. Kesemuanya berbalik kepada keluasan ilmu dan ketajaman minda yang dimiliki oleh
seseorang pengurus organisasi.
• Selain kesihatan mental pekerja juga perlu memiliki kekuatan fizikal yang optimum
untukmelaksanakan tugasan dengan sempurna. Lebih-lebih lagi pekerjaan yang melibatkan
penggunaan guna tenaga yang banyak. Pekerja yang menghadapi masalah kesihatan sudah pasti
kurang berupaya malah tidak dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut dengan
sempurna. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih
disukai oleh Allah” (HR: Muslim)
• Kualiti merupakan indikator daripada sifat ketekunan dan ketelitian seseorang pekerja. Malah
ia juga menjadi cerminan kepada iman yang dimiliki. Penegasan ini dirakamkan oleh Allah
SWT beberapa kali di dalam al-Quran, antaranya: FirmanNya yang bermaksud: “untuk menguji
kamu, siapakah yang lebih baik kerja buatnya” (Al-Mulk: 2) Imam Qatadah berpendapat yang
dmaksudkan dengan “yang paling baik amalannya” ialah “Siapakah yang paling sempurna
amalannya”. Beliau turt mengulas: …perhatikanlah bahawa ihsan adalah umum yang meliputi
pekerjaan dunia dan amal akhirat. Itqan (ketekunan) dan ihsan dalam sesuatu pekerjaan adalah
wajib sebagai sifat asasi dalam perilaku mukmin, iaitu menjadi sifat yang mesti ada dan tidak
boleh dipisahkan antara satu sama lain. Imam Fudhail bin ‘Iyadh turut menegaskan dalam
bentuk ayat yang hampir sama iaitu yang dimaksudkan dengan “…yang paling baik
amalannya” ialah amalan yang paling ikhlas dan paling betul” iaitu menepati spesifikasi dan
tata cara pelaksanaan yang ditetapkan.
• Darjat keinsanan manusia juga tercalar akibat daripada mengabai dan mencuaikan tugas yang
dipertanggungjawabkan. FirmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke
tempat serendah-rendahnya (neraka) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus”. (Al-Tin: 4-6) Ketika memberi ulasan
415
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
mengenai ayat tersebut Syed Qutb (2000) menjelaskan bahawa Allah s.w.t telah memberikan
perhatian yang besar terhadap manusia bermula dari penciptaan manusia yang diciptakan dalam
sebaik-baik bentuk. Walau bagaimanapun, manusia turut mempunyai titik kelemahan dan
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah yang sememangnya suci murni dan terbaik.
Oleh yang demikian, Islam dengan tegas menolak para pekerja yang tidak efektif disebabkan
oleh faktor kemalasan, tidak menepati masa, cuai dalam melaksanakan tanggungjawab dan
tidak membuat kerja dengan bersungguh-sungguh dan tidak berdedikasi.
• Sebagai pekerja muslim yang berkualiti haruslah mengambil berat akan pesanan Nabi SAW
sebagiamana sabdaanya yang bermaksud: “Daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiap-tiap seorang daripada kamu ialah pemimpin dan akan diminta
bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaan kamu” (HR: al-Bukhari
dan Muslim.
Amanah dan Akauntabiliti
Kamus Dewan (1996) mendefinisikan amanah sebagai sesuatu yang dipercayakan kepada orang sebagai
contoh diserahkan sesuatu untuk disimpan. Amanah adalah satu tanggungjawab yang diberikan sebagai
satu prinsip untuk tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan pengaruh dan kuasa yang sedia
ada (Mumtaz, Norzaini & Mohammed Sani, 2010). Secara etimologis bahasa Arab amanah adalah
mashdar daripada (amina- amanatan) yang bererti boleh dipercaya. Secara terminologi Al-Maraghi
berpendapat sesuatu yang mesti dipelihara dan dijaga agar sampai kepada yang berhak memilikinya.
(Al-Maraghi, 1986)
Dalam konteks pekerjaan amanah merupakan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap pekerja kerana;
i. Jawatan dan tugas yang dipegang adalah amanah yang diterima atas permintaan dan
kehendak sendiri.
ii. Menyempurnakan segala tugas jawatan adalah wajib. Jika dilakukan dengan baik, maka
pahala (syurga) ganjarannya; sebaliknya jika cuai dan abai, maka dosalah (neraka)
balasannya. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud antara
lainnya: “antara tanda orang munafik itu ialah mengkhianati amanah ...”.
iii. Amanah merupakan merupakan suatu “taklifan” Allah kepada umat manusia sebagaimana
yang ditegaskan oleh Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksudnya: “Sesungguhnya
kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung- ganang
tetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut terhadapnya”
(Al-Ahzab :72)
iv. Para muhadithin mengulas bahawa taklif amanah itu bermaksud tugas dan
tanggungjawab yang dipikulkan kepada bahu manusia seperti halnya dengan iman, sehingga
Nabi s.a.w. sendiri bersabda: “tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak ada amanah”.
(HR: Imam Ahmad)
FirmanNya lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan
segala amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menghukum di antara manusia hendaklah
menghukum dengan adil”
(Al-Nisa’ :58)
Dalam ayat tersebut Allah SWT memerintahkan agar setiap umat Islam hendaklah menyelesaikan
amanah yang dipikulnya, sama ada amanah itu berbentuk pembahagian harta, kuasa, membuat
keputusan, menjatuhkan hukuman sehinggalah kepada perkara yang bersangkutan dengan agama
ataupun hal ehwal keduniaan sekalipun, nilai amanah tetap perlu dipelihara agar tidak berlakunya
kezaliman atau membelakangi hak kemanusiaan. Islam amat mementingkan amanah kerana ia
membentuk kestabilan masyarakat. Orang yang amanah atau al-Amin mendapat kepercayaan dan
416
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
penghormatan orang ramai. Sebaliknya orang yang khianat itu pula atau al-kha’in menjadi tumpuan
kemarahan dan kehinaan. Dapat disimpulkan natijah daripada melaksanakan amanah akan menjadikan
pekerja tersebut;
i. Dipercayai oleh majikan dan orang lain.
ii. Mendapat keberkatan hidup kerana melaksanakan kewajipan dengan sempurna.
iii. Landskap kehidupan masyarakat akan berubah ke arah yang lebih sejahtera dan berintegriti. Gejala tidak
berintegriti seperti penyelewengan, salah guna kuasa, curang dan fitnah memfitnah dapat
dikawal.
iv. Sifat amanah lahir daripada kesan keimanan yang dimiliki oleh seseorang.
Sebaliknya dengan mengabaikan sifat amanah akan menatijahkan;
i. Kehancuran sesebuah institusi akan berlaku jika orang yang tidak mempunyai amanah dan nilai
integriti dilantik menerajui urusan kepemimpinan, pentadbiran, pembuat keputusan seperti
kehakiman dan fatwa hukum-hakam.
ii. Lahirlah sifat tidak berintegriti seperti menipu, membazir, khianat, berdusta dan boros.
iii. Amanah adalah merupakan cabang keimanan. Melanggar dan mensia-siakan amanah
merupakan antara tanda rosaknya iman.
Akauntabiliti mempunyai hubungan dengan beberapa fenomena termasuk pengadilan dan pembuatan
keputusan, penilaian perlaksanaan, perundingan, pengurusan sumber manusia, keselamatan dan
motivasi. Dalam sesebuah organisasi akauntabiliti boleh menjamin keberkesanan perkhidmatan yang
disalurkan. Terdapat pelbagai takrifan mengenai akauntabiliti antaranya;
i. Sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu (keputusan, tindakan dsb) serta
bersedia memberikan penjelasan atau kewajaran yg diperlukan. (Kamus Pelajar Edisi
Kedua) (PRPBM, 2020).
ii. Frink & Klimoski, 1998 dan Weick, (1995) pula mendefinisikan akauntabiliti merupakan
satu tanggungjawab terhadap tindakan atau keputusan yang dibuat oleh pekerja terhadap
tugasnya.
iii. Kearns (1996), pula mendefinisikan akauntabiliti sebagai jawapan mahupun
penyelesaian terhadap tindakan kepada individu yang mempunyai autoriti tertinggi
dalam organisasi bagi memberikan prestasi kerja yang terbaik dalam memberi arahan
kepada pekerja.
Kesimpulannya akauntabiliti merupakan konsep sebagai tanggungjawab yang berkaitan dengan
memberi keterangan terhadap sesuatu yang ditanggungjawabkan kepada seseorang. Sebagaimana
yang diungkapkan oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khattab di awal pelantikan dengan
katanya: “Jika saya benar maka ikutlah saya dan jika saya menyeleweng maka perbetulkanlah saya”
Kesediaan untuk bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan adalah penting bagi memastikan
urus tadbir organisasi tidak menyimpang dan tersasar daripada visi dan misi serta objektif yang mahu
dicapai. Akauntabiliti memberi maksud kewajipan menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan
mengikut tata cara, undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan.
Kepentingan akauntabiliti
Dalam menguruskan organisasi akauntabiliti seseorang pekerja amatlah penting. Terutamanya dalam
hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, tata cara perolehan dan perkhidmatan yang
diberikan dan penyaluran maklumat yang disampaikan. Akauntabiliti amat penting bagi sesebuah
organisasi bagi;
417
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
1. Menilai pencapaian berdasarkan penentuan matlamat
Mengukur kecemerlangan dan kemajuan seseorang pekerja dalam organisasi berdasarkan
objektif dan matlamat organisasi yang disasarkan. Jika ditanya apakah matlamat dalam
organisasi, kebanyakannya mengatakan tentang harapan untuk memperolehi
kecemerlangan dan kemajuan dalam organisasi. Maka boleh dikatakan akauntabiliti
berdasarkan penentuan matlamat akan membawa keberkesanan kerja dalam organisasi.
Dengan adanya matlamat, pelbagai nilai murni dan budaya kerja cemerlang yang boleh
dipupuk utuk membawa keberkesanan kepada objektif organisasi.
2. Pelaksanaan tugas berdasarkan jangka masa yang ditetapkan
Organisasi perlu menetapkan matlamat dan budaya kerja kepada pekerja untuk diikuti
supaya matlamat berkenaan dapat dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan.
Akauntabiliti pekerja-pekerja akan menjadi lebih teguh. Keadaan ini akan menggalakkan
mereka supaya lebih menepati masa bagi melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan dengan baik, membuat perancangan waktu yang lebih sistematik,
serta bijak menguruskan tempoh waktu yang diberikan. Dengan adanya amalan positif ini,
pekerja-pekerja di organisasi akan menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan
kreatif menetapkan tarikh sasaran untuk menyiapkan kerja dan menyelesaikan tugas dalam
masa yang ditetapkan. Bagi mencapai matlamat yang ditetapkan juga, amalan negatifnya
termasuk berbual-bual kosong, tidak menyegerakan tugas, serta meninggalkan pejabat
untuk urusan peribadi dapat dikurangkan.
iv. Memupuk kewajipan melaksanakan tugas dengan sempurna.
Memupuk kesedaran mengenai kewajipan menjalankan tugas dan budaya bekerja
cemerlang. Budaya adalah merujuk kepada falsafah yang berkaitan dengan perilaku,
tindakan dan pembawaan yang selaras dengan adat resam dan kebiasaan manusia. Dalam
konteks pekerjaan budaya merupakan sesuatu amalan positif yang membawa kebaikan
kepada organisasi. Corak budaya kerja dalam organisasi dapat mempengaruhi akauntabiliti
pekerja terhadap tugas dan perkhidmatan yang bakal diberikan. Penetapan matlamat dan
objektif organisasi akan menjadi kayu ukur dan standart kepada komitmen pekerja. Pekerja
yang mempunyai nilai akauantabiliti akan merasa lebih bertanggungjawab dan dorongan di
atas pencapaian yang telah dicapai.
v. Membina akauntabili melalui piagam pelanggan
Organisasi pendidikan merupakan organisasi perkhidmatan sosial. Dalam perkhidmatan sosial
kehendak dan keutamaan pelanggan amat penting. Organisasi yang mengutamakan pelanggan
dalam memberikan perkhidmatan akan menggalakkan pekerja-pekerja supaya memenuhi
keperluan dan matlamat yang ingin dicapai oleh pelanggan. Hal ini akan menimbulkan
kesedaran kepada pekerja-pekerja supaya lebih bertanggungjawab terhadap pelanggan kerana
perkhimatan yang diberikan oleh pekerja kepada pelanggan selaras adalah matlamat organisasi.
Hal ini menjad akauntabiliti pekerja terhadap pelanggan yang tinggi akan menyebabkan
pelanggan rasa lebih dihormati dan disanjjnung tinggi.
vi. Pematuhan dan pemantauan berdasarkan peraturan dan piawaian kerja
Setiap organisasi akan mempunyai peraturan dan tata cara tersendiri bagi mengawal para
pekerja dari segi tingkah laku, sikap dan cara kerja. Keakuran dan kepatuhan kepada peraturan
yang dibentuk akan menggambarkan komitmen pekerja kepada organisasi. Peraturan dan tata
cara yang dilaksanakan menjadi garis panduan dalam menjalankan peranan masing-masing.
Setiap pekerja juga perlu membuat keputusan semasa menjalankan tugasnya berdasarkan sistem
nilai yang berada dalam dirinya. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap setiap keputusan
serta tindakan yang diambil sama ada memberi kesan positif mahupun negatif. Penetapan dan
pematuhan kepada piawai kerja yang ditetapkan oleh organisasi bukan untuk membeban kan
pekerja tetapi memberi fokus untuk pencapaian matlamat organisasi dan kebaikan terhadap
para pekerja. Begitu juga dengan adanya peraturan, tata cara dan piawai kerja pemantauan juga
turut dapat dilaksanakan.
418
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Dalam konteks sebagai penjawat awam akauntabiliti menjadi salah prinsip dan rukun kerja yang wajib dipatuhi.
Dua objektif utama akauntabiliti dalam perkhidmatan awam adalah:
• Sebagai satu kawalan efektif untuk memastikan pengurusan kewangan mematuhi undang-undang
dan peraturan yang sedang berkuatkuasa;
• Sebagai satu sistem yang efektif untuk memastikan penjawat-penjawat awam menjalankan
tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Islam amat menitik berat nilai amanah dan intergriti. Rasulullah SAW diberi gelaran “al-Amin” oleh
anggota masyarakat dek kerana sifat amanah yang dimiliki oleh baginda SAW. Begitu juga Abu
Ubaidah diberi gelaran sebagai “Amin Ummah” di atas penonjolan sifat amanah dan kejujuran yang
dipamerkan. Gelaran tersebut dinobatkan kepada junjungan nabi saw dan para sahabat r.a menunjukkan
betapa penting sifat tersebut perlu dijadikan pakaian kepaa setiap Muslim.
Niat dan Nawaitu
Niat dan Nawaitu membawa maksud niat yang baik dan mengikhlaskannya kerana Allah. Niat
merupakan penggerak utama dalam bekerja. Kerajinan atau kemalasan yang dicetuskan di permulaan
hari untuk bekerja adalah bermula daripada niat yang dipasak. Baginda Nabi SAW menegaskan:”
Sesungguhnya setiap pekerjaan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia
niatkan…” (HR: Al-Bukhari) Imam Sahl bin Abdulllah berkata: “Manusia semuanya mati kecuali yang
berilmu, ahli ilmu itu semuanya mabuk kecuali yang beramal. Mereka yang beramal semuanya tertipu
kecuali yang ikhlas. Mereka yang ikhlas semuanya dalam ketakutan kecuali setelah diketahui kesudahan
amal”.
Untuk menjadikan pekerjaan tersebut sebagai ibadah Allah s.w.t. menetapkan setiap amalan yang
dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah s.w.t. dan tidak melanggari batasan syariat. Imam an-
Nawawi (2010) menjelaskan bahawa para ulama bersepakat bahawa niat menjadi tuntutan dalam
sesuatu perbuatan, amalan dan pekerjaanbagi memperolehi ganjaran pahala. Niat juga merupakan syarat
sah bagi sesuatu amal atau perbuatan manusia. Ini menunjukkan bahawa niat atau matlamat bekerja
perlu disertakan di dalam diri pekerja supaya setiap pekerjaan yang dilakukan mendapat pahala dan
keredhaan Allah. Amal pekerjaan dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;
i. Pekerjaan yang dilakukan kerana takut kepada Allah SWT. Pekerjaan ini dinamakan ibadat
hamba.
ii. Pekerjaan yang dilakukan untuk mendapat ganjaran syurga dan pahala. Pekerjaan ini
dinamakan ibadat pedagang.
iii. Pekerjaan yang dilakukan kerana malu kepada Allah SWT dan melaksanakan hak perhambaan
dan sebagai tanda syukur. Pekerjaan ini dinamakan ibadat orag yang merdeka.
(Permata Orang Beriman, hal: 482)
Matlamat utama bekerja di dalam Islam adalah untuk mendapat keredhaan Allah dan memperoleh
kejayaan di dunia dan akhirat. Dalam Islam matlamat bekerja boleh dikategori kepada matlamat jangka
panjang dan jangka pendek. Matlamat jangka panjang lebih tertumpu kepada kesedaran mencari
keredhaan Allah SWT. Seseorang bekerja dengan tekun dan berkualiti. Matlamat jangka pendek ialah
merupakan produktiviti dan hasil kerja dalam bentuk material. Ia lebih kepada matlamat duniawi dan
perlu diselaras dan diharmonikan dengan matlamat jangka panjang. Oleh itu, adalah tidak salah untuk
mencapai matlamat duniawi selagi ia dipayungi oleh matlamat jangka panjang. Apa yang menjadi
kesalahan adalah menumpukan usaha dan bekerja kepada pencapaian material semata-mata dengan
mengetepikan aspek keredhaan Allah di dalam bekerja.
Niat dan nawaitu juga dapat dilihat daripada perspektif komitmen dan kualiti kerja yang dihasilkan.
Allen dan Mayer (1990) mengemukakan definisi komitmen kepada organisasi sebagai kesukarelaan
419
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
untuk menyumbang kepada matlamat organisasi. Beliau berpendapat bahawa komitmen pekerja
dipengaruhi oleh bentuk komitmen iaitu individu yang dipunyai (komitmen efektif), individu yang ingin
berusaha untuk melaksanakan sesuatu lebih daripada rasa ingin dipunyai (komitmen berterusan) dan
mempunyai tangungjawab untuk dipunyai (komitmen normatif). Konsep komitmen kepada organisasi
dapat dimanfaatkan sekiranya pengurus mengetahui punca komitmen. Secara keseluruhannya
komitmen kepada organisasi merupakan hubungan dan sikap positif pekerja terhadap sikap yang
menggambarkan kepercayaan, keyakinan, dan kesungguhan pekerja menerima nilai dan matlamat
organisasi sebagai nilai dan matlamat (Dessler, 2000).
Syed Othman (1996) berpendapat niat dan nawaitu itu akan melahirkan Ihsan. Ihsan boleh
diklasfikasikan kepada tiga komponen utama iaitu;
a. Ihsan bermaksud tingkah laku yang betul, baik, kebajikan, berperikemanusiaan dan belas
kasihan dengan berpandukan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Imran (3:159).
b. Ihsan yang difahami daripada hadith Rasulullah s.a.w. yang memberi maksud suatu perasaan
takut yang timbul dalam diri dan merasakan dirinya sentiasa diperhatikan oleh Allah s.w.t.
sewaktu mendekatkan diri kepada-Nya (muraqabah).
c. Ihsan yang bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan dengan kaedah yang terbaik. Ini kerana,
sifat Ihsan iaitu suka melakukan sesuatu kebaikan amat berkait rapat dengan aspek
kecemerlangan dalam pekerjaan kerana pekerja akan melakukan tugas melebihi daripada
keperluan minimum.
Suatu ketika Imam Malik r.a pernah menyuarakan hasrat untuk menulis Kitab Muwatta' dan hasrat
tersebut dipertikaikan kerana ketika itu sudah ada Kitab Muwatta' yang ditulis oleh orang terdahulu.
Lalu Imam Malik r.a menegaskan, perbezaan terletak pada keikhlasan dan keikhlasan itu akan
berkekalan. Beliau menulis dengan ikhlas dan mengharap redha Allah SWT sehinggakan beliau
menyaring 3,000 daripada 10,000 hadis dalam menghasilkan Kitab Muwatta' karangannya.
PENUTUP
Untuk menghasilkan budaya kerja yang cemerlang oleh pekerja dalam sesebuah organisasi proses
pemupukan budaya kerja berkenaan perlu disemarakkan. Semangat bekerja para pekerja boleh
ditingkatkan dengan visi, misi, hala tuju dan prosuder kerja yang jelas serta pemupukan motivasi
dalaman yang bersenergi. Dengan menggabung- kan aspek kecekapan dalam pengurusan moden seperti
cekap, tekun, dan teliti dengan kemampanan pengurusan kualiti diri yang seperti amanah, akauantabiliti
dan ikhlas akan menjadikan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh seseorang pekerja lebih
berkualiti dan diberkati. Berdasarkan pembacaan daripada pelbagai sumber untuk menjadikan produk
dan perkhidmatan yang dilaksanakan berkualiti dan diberkati dititipka disini beberapa panduan
antaranya:
1. Baca dan fahami skop bidang tugas yang perlu dilakukan.
2. Datang lebih awal ke pejabat
3. Elakkan membazir masa dan jangan curi tulang
4. Uruskan harta pejabat dengan penuh tanggungjawab dan jangan boros
5. Elakkan daripada mengguna harta pejabat untuk kegunaan peribadi
6. Simpan dengan kemas sijil dan surat penghargaan di atas kejayaan anda
7. Minta bantuan dan berbicaralah dengan rakan apabila anda dalam kebuntuan
8. Lakukan kerja anda bermula dengan inisiatif kendiri dan tanamkan sikap cuba jaya.
9. Keluarlah pejabat setelah tamat waktu bekerja
10. Fahamkan diri anda bahawa kerja yang anda sedang lakukan adalah ibadah
420
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
RUJUKAN
Al-Maraghi, Ahmad Musthafa.2010. Tafsir Al-Maraghi, Dar al-Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut: Lubnan
Ab. Aziz Yusof .2006. Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, isu dan pelaksanaan. Edisi Ketiga:
Petaling Jaya: Pearson.
Garry Dessler.2000. Human Resource Management (8th Edition). New York: Pearson Financial
Times/Prentice Hall
Masitah Idris, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Ahmad Sunawari Long dan Nozira Salleh. Kualiti
Kerja Menurut Perspektif Islam, 3rd International Seminar on Islamic Thought
PROCEEDINGS: ISBN 978-967-0913-95-7 278
M.Z Azmie. 2004. Khusyuk Daripada Perspektif Organisasi, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distribution Sdn. Bhd.
Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin. Persidangan Penolong Pegawai Tanah Ke-7 (2019), Permai Hotel
Kuala Terengganu Page 15
Nora Yusof .2017.111 Formula Tarik Rezeki
Peter Drucker (2008) European Business Review, Volume 20, Number 3
Roshan Thuran. 2020. Utusan Borneo Online 16 April 2020 (utusanborneo.com.my)
Syed Othman al-Hasbyi. 1986 Islam dan pembangunan masyarakat di Malaysia
421
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
TAHAP STRES PERANAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH
KEBANGSAAN DI EMPAT BUAH DAERAH
DI SEMENANJUNG MALAYSIA:
SATU PERBANDINGAN
Mohd Faizal bin Hassan
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
ABSTRAK
Sistem pendidikan negara telah melalui pelbagai reformasi dan perubahan. Keadaan ini telah
membuka ruang dan peluang para pendidik menghadapi stres kerja atau stres peranan. Bagi itu, dua
persoalan kajian telah dibina iaitu i. Apakah tahap stres peranan dalam kalangan guru sekolah
kebangsaan di empat buah daerah di semenanjung Malaysia. ii. Apakah tahap stres peranan dalam
guru lelaki dan perempuan di sekolah kebangsaan di empat buah daerah di semenanjung Malaysia.
Untuk menjawab persoalan ini, pendekatan kuantitatif yang berbentuk kajian lapangan telah dipilih.
Selain itu, kaedah tinjauan keratan rentas (cross sectional) yang berdasarkan soal selidik yang
diadaptasi telah digunakan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres peranan guru di
daerah Hulu Selangor, Selangor adalah yang tertinggi (Min = 3.88, SP. = .68), guru dalam daerah Sg.
Petani, Kedah (Min = 3.70, SP. = .96). Manakala guru dalam daerah Kuala Lipis, pahang (Min = 3.68,
SP. = .87) dan seterusnya guru dalam daerah Segamat, Johor (Min = 3.66, SP. = .95).Selain itu, tahap
stres peranan guru wanita (Min = 3.76, SP. = .93) lebih tinggi berbanding guru lelaki (Min = 3.75,
SP. = .86)walau bagaimanapun perbezaannya adalah tidak ketara. Proses bagi mengenal pasti tahap
stres peranan itu sangat penting dalam sesebuah organisasi terutama dalam sektor pendidikan ini.
Kata kunci: Stres peranan, guru lelaki, guru wanita
PENGENALAN
Kebanyakkan dunia pekerjaan masa kini semakin dihimpit dengan arus pembangunan. Situasi ini boleh
mengakibatkan tekanan atau stres kerja kepada setiap individu. Walaubagaimanapun setiap individu itu
mempunyai takrifan yang berbeza mengenai stres kerana berbeza mengikut kefahaman masing-masing
(O. Chew Hong & Aziah Ismail, 2015). Para pendidik adalah antara individu pekerja yang tidak
terkecuali menghadapi isu ini akibat daripada perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara.
Keadaan ini agak membimbangkan kerana warga pendidik merupakan antara individu atau profesion
yang sangat penting dalam menentukan kualiti pendidikan negara berada setanding malah lebih tinggi
daripada negara – negara maju yang lain. Ini seterusnya menjamin kelahiran suatu bangsa negara yang
maju serta progresif dalam pelbagai bidang.
Dalam konteks tekanan atau Stres kerja dalam kalangan guru, ianya merujuk kepada
pengalaman yang tidak disenangi oleh guru baik dari segi emosi seperti tegang, tertekan, bimbang,
marah dan segalanya yang berkait dengan kerja guru (Mohd Fadzli et al.,2005). Perkara ini telah
mendapat sokongan melalui kajian Seily (2007) yang menyatakan bahawa tekanan kerja adalah
pengalaman yang dialami berhubung dengan pengalaman yang tidak menyenangkan seperti
ketegangan, kekecewaan, kebimbangan dan kedukacitaan yang diakibatkan daripada aspek pekerjaan.
Stres dalam kalangan guru masa kini semakin kompleks dan mencabar yang mana guru terpaksa
memikul beban kerja akademik seperti mengajar, perlu juga menyediakan soalan-soalan peperiksaan,
422
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
mengisi buku kedatangan murid, buku disiplin, buku persediaan mengajar, borang kesihatan murid,
rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan serta mengendalikan persiapan sukan dan acara-acara lain.
Selain daripada itu, menurut Norashid Othman dan Hamzah Md. Omar (2014) selain tugas akademik
guru turut terbeban dengan tugas bukan akademik yang berkait dengan tugas pengurusan pentadbiran,
hal ehwal murid dan pengurusan kokurikulum.
PENYATAAN MASALAH
Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan ini, tugas para guru semakin rencam dan mencabar
(Abdullah Md. Din, 2011). Para guru semakin terbeban sehingga mencabar tahap kesabaran dan
memerlukan ketepertanggungjawaban guru yang sangat tinggi dalam melahirkan generasi yang
seimbang. Situasi ini telah memberikan pelbagai kesan dan implikasi kepada para guru. Di antara kesan
dan implikasinya adalah termasuk tekanan atau stres.
Menurut salah sebuah laporan badan bukan kerajaan (NGO) Great Life Physio and
Rehabilitions (2012) telah menyatakan bahawa kerjaya guru merupakan kerjaya keempat yang paling
memberikan tekanan. Kedudukan kerjaya guru ini adalah kedudukan yang berada di belakang kerjaya
polis, pegawai penjara dan jururawat. Menurut kajian oleh Abang Mat Ali (2012) lagi mendapati
bahawa 30 peratus daripada 280,000 orang guru di Malaysia telah dibebani dengan tugas yang akhirnya
membawa kepada masalah tekanan atau stres. Turut menyokong kajian – kajian terdahulu adalah kajian
oleh Ooi C.H., dan Aziah Ismail (2015). terhadap 289 orang guru sekolah kebangsaan dan jenis
kebangsaan cina mendapati bahawa mereka telah mengalami tekanan disebabkan oleh beban peranan
yang tinggi di samping faktor – foktor lain seperti kekeliruan peranan, konflik peranan dan lain – lain
lagi. Selain itu, kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, NUTP (2017) mendapati
70 peratus daripada 9000 orang guru di Malaysia telah mengalami tekanan.
TINJAUAN LITERATUR
Dalam isu yang berkaitan tekanan atau stres peranan dalam kalangan guru ini pengkaji telah
menjalankan tinjauan dengan merujuk kepada beberapa kajian lepas. Di antara kajian lepas yang
memberi impak besar terhadap isu ini adalah kajian oleh Richards, J. (2012). Kajian ini telah dijalankan
ke atas 1201 orang guru yang sedang mengajar di sekolah – sekolah di Amerika Syarikat. Dapatan
kajian ini telah menunjukkan tahap stres dalam kalangan guru tersebut dalam kebanyakan elemen –
elemen yang diukur. Di antara elemen yang memberi impak kepada stres adalah komitmen yang
terlampau tinggi dengan beban peranan sehingga terpaksa di bawa balik ke rumah untuk diselesaikan.
Selain itu, elemen konflik serta kabur dengan peranan masing – masing juga memberi impak kepada
stres dalam kalangan guru.
Terdapat juga kajian yang dijalankan ke atas guru – guru yang mengajar di sekolah – sekolah di negara
Israel oleh Nasser Sobhi-Gharamaleki & Mahnaz Alimoradi (2015). Kajian ini telah melibatkan 425
orang guru yang terdiri daripada 48 peratus guru – guru yang berbangsa Yahudi manakala 52 peratus
adalah guru – guru yang berbangsa Arab. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap stres dalam kalangan
guru – guru ini adalah sederhana. Walau bagaimanapun perbandingan di antara guru – guru mengikut
bangsa mendapati guru – guru berbangsa Yahudi lebih stres berbanding guru – guru berbangsa Arab.
Kajian oleh Johari Hassan dan Noornazifah Md. Suandi (2012) pula telah dijalankan ke atas 118 orang
guru di sekolah – sekolah kebangsaan dalam zon Permas Jaya, Johor. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa tahap stres dalam kalangan guru – guru ini adalah di tahap sederhana. Selain itu, melalui kajian
ini juga menunjukkan terdapat faktor – faktor lain juga yang mempengaruhi tahap stres iaitu seperti
beban kerja, hubungan interpersonal, masalah murid dan lain – lain lagi.
423
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Disamping itu, kajian yang telah di jalankan di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina.
Kajian oleh Ooi C.H., dan Aziah Ismail (2015) misalnya telah dijalankan kepada 289 orang guru – guru
di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan cina dalam daerah barat daya Pulau Pinang.
Melalui kajian ini, lima faktor utama stres peranan dalam kalangan guru dikenal pasti iaitu salah laku
murid, beban peranan, kekangan masa dan sumber, penghargaan serta hubungan interpersonal.
Selain itu, kajian Mohd Faizul Mohd Noor, Mohd Saifulkhair Omar dan Fauzi Hussin (2016) pula telah
dijalankan terhadap 105 orang guru – guru Muslim di Daerah Kuala Nerus, Terengganu. Pengkaji turut
melihat perbezaan tahap stres dalam guru mengikut kategori sekolah iaitu kategori A dan B. Dapatan
kajian telah menunjukkan tahap stres guru – guru di sekolah – sekolah kategori A adalah berada di tahap
sederhana manakala guru – guru di sekolah kategori B adalah di tahap rendah.
Berdasarkan kepada kajian oleh Tajulashikin Jumahat, Fazura Mohd Nor, dan Mohd Burhan Ibrahim
(2013) dan Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, dan Suzana Ibrahim (2014) telah menunjukkan
bahawa tiada perbezaan ketara tahap stres peranan dalam kalangan guru – guru lelaki dan wanita
walaupun nilai min yang ditunjukkan min guru wanita tinggi sedikit daripada guru lelaki.
Justeru itu, berdasarkan kepada tinjauan literatur – tinjauan literatur sebelum ini, terdapat satu persoalan
kajian telah dibentuk seperti berikut;
i. Apakah tahap stres peranan dalam kalangan guru sekolah kebangsaan di empat buah
daerah di semenanjung Malaysia?
ii. Apakah tahap stres peranan dalam guru lelaki dan perempuan di sekolah kebangsaan
di empat buah daerah di semenanjung Malaysia?
METODOLOGI
Bagi kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk kajian lapangan. Kajian
lapangan digunakan bagi menggambarkan sifat semata Expost facto (causal effect) yang berlaku dalam
kajian ini dan dapat membuat anggapan yang tepat (Mohd Najib,2003). Selain itu, pengkaji juga telah
aplikasikan kaedah tinjauan keratan rentas (cross sectional) yang berdasarkan soal selidik yang
diadaptasi. Dalam menentukan bahawa soal selidik ini adalah soal selidik yang baik, ujian kesahan dan
kebolehpercayaan telah dilakukan. Bagi kesahan pengkaji telah menentukan kesahan menumpu dan
sekiranya memenuhi tiga syarat iaitu; semua nilai individu item melebihi 0.7, nilai kebolehpercayaan
komposit tidak kurang daripada 0.8 dan nilai AVE melebihi 0.5. Pengkaji turut melakukan ujian pekali
kebolehpercayaan alpha cronbach dan hasilnya mendapati nilai kebolehpercayaannya adalah tinggi.
Nilai pekali ini sangat penting bagi menunjukkan darjah ketekalan sesuatu alat ukur kajian.
PENSAMPELAN DAN INSTRUMENTASI
Bagi kajian ini, pengkaji telah melibatkan 732 orang guru – guru sekolah kebangsaan di empat daerah
di Semenanjung Malaysia sebagai sampel kajian. Selain itu, kajian ini juga telah menggunakan
instrumen berbentuk borang soal selidik. Borang soal selidik ini telah diadaptasikan daripada beberapa
kajian lepas. Di antara kajian lepas yang telah diadaptasi bagi pembinaan soal selidik kajian adalah
terdiri daripada soal selidik oleh Hsin-Hui “Sunny” Hu, Hsin-Yi Hu dan Brian King (2017) bagi
mengukur konstruk stres peranan. Pensampelan strata pelbagai peringkat telah digunakan dalam kajian
ini. Penggunaan kaedah ini sangat sesuai digunakan kepada populasi yang melibatkan kawasan yang
luas serta jumlah sampel yang agak ramai. Tashakkori & Teddlie (2003) telah menyatakan bahawa
sekiranya sesuatu kajian itu melibatkan kawasan yang luas dan menghadapi kekangan dari segi sumber
tenaga dan kewangan maka kaedah pensampelan strata pelbagai peringkat adalah kaedah yang paling
sesuai.
424
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1: Analisis tahap stres peranan mengikut daerah dan negeri
Daerah, Negeri Min Sisihan Piawai Bil. sampel Interprestasi
Kuala Lipis, Pahang 3.68 .87 99 Sederhana Tinggi
Sg.Petani, Kedah 3.70 .96 287 Sederhana Tinggi
Hulu Selangor,Selangor 3.88 .68 168 Sederhana Tinggi
Segamat, Johor 3.66 .95 178 Sederhana Tinggi
Berdasarkan kepada analisis deskriptif yang telah dijalankan seperti dalam jadual 1 di atas, ini
menunjukkan bahawa guru – guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dalam daerah Hulu Selangor,
Selangor (Min = 3.88, SP. = .68) telah mengalami stres peranan yang paling tinggi berbanding guru –
guru yang bertugas dalam daerah Sg. Petani, Kedah (Min = 3.70, SP. = .96). Manakala guru – guru
sekolah kebangsaan dalam daerah Kuala Lipis, pahang (Min = 3.68, SP. = .87) dan guru – guru sekolah
kebangsaan dalam daerah Segamat, Johor (Min = 3.66, SP. = .95). Jika merujuk kepada tahap stres
peranan oleh Nunally (1978) dan Stufflebeam (1972) jelas menunjukkan bahawa guru – guru di
keempat – empat daerah di semenanjung Malaysia mengalami stres peranan di tahap sederhana tinggi.
Jadual 2: Analisis tahap stres peranan mengikut jantina
Jantina Min Sisihan Piawai Bil.Sampel Interprestasi
Lelaki 3.75 .86 328 Sederhana Tinggi
Wanita 3.76 .93 404 Sederhana Tinggi
Selain itu, analisis stres peranan mengikut jantina turut dilakukan. Berdasarkan hasil analisis berkenaan
didapati bahawa guru wanita di sekolah kebangsaan di empat buah daerah di semenanjung Malaysia
(Min = 3.76, SP. = .93) mempunyai tahap stres peranan lebih tinggi berbanding guru lelaki (Min = 3.75,
SP. = .86) seperti dalam jadual 2 di atas. Walau bagaimanapun nilai ini menunjukkan perbezaan yang
tidak begitu ketara tahap stres antara guru lelaki dan wanita. Berdasarkan kepada jadual 2 di atas juga
menunjukkan kedua – dua jantina guru telah menunjukkan mengalami stres peranan pada tahap
sederhana tinggi.
PERBINCANGAN
Dalam menjawab persoalan kajian yang dibina, analisis deskriptif telah digunakan. Berdasarkan analisis
tersebut menunjukkan tahap stres peranan dalam kalangan guru – guru sekolah kebangsaan dalam empat
buah daerah di semenanjung Malaysai barada pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa
walaupun tahap stres peranan berada di tahap sederhana tinggi tetapi ia agak membimbangkan.
Berdasarkan kepada hasil dapatan ini, ia didapati selari dengan hasil dapatan oleh Ooi dan Aziah (2015)
yang telah menjalankan kajian kepada 289 orang guru – guru sekolah kebangsaan dan sekolaj jenis
kebangsaan cina di daerah Barat Daya Pulau Pinang. Disamping itu ia turut disokong dengan hasil
dapatan kajian oleh Mohd Kamel Idris (2011) kepada ahli akademik di seluruh Malaysia yang juga
berada di tahap sederhana.
Selain itu, berdasarkan tahap stres peranan antara jantina pula turut selari dengan beberapa kajian
sebelum ini. Antaranya kajian oleh Tajulashikin Jumahat et al., (2013) dan Mohd Zuri Ghani et al.,
(2014) yang telah membuktikan bahawa tiada perbezaan yang ketara tahap stres peranan antara guru
lelaki dan wanita.
425
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Dalam kajian ini, ia hanya melibatkan faktor – faktor yang mempengaruhi stres peranan sahaja yang
telah menjadi fokus pengkaji buat kali ini. Justeru itu, dicadangkan agar pengkaji – pengkaji yang akan
datang untuk memperluaskan skop kajian ini kepada semua guru bukan sahaja guru Sekolah kebangsaan
malah guru di sekolah menengah juga. Ia merujuk kepada beberapa kajian yang dijalankan terhadap
guru – guru Sekolah Menengah menunjukkan terdapat isu berkaitan stres peranan yang wujud seperti
kajian oleh Norashid Othman dan Hamzah Md. Omar (2014) terhadap warga guru di sekolah - sekolah
menengah dalam Daerah Ranau, Sabah. Ia turut dipersetujui oleh Mohd Zuri Ghani, Aznan che Ahmad
dan Suzana Ibrahim (2014) agar kajian juga melibatkan guru – guru di Sekolah Menengah. Bagi melihat
sifat dan darjah keteguhan hubungan antara faktor – faktor yang mempengaruhi stres peranan dalam
kalangan warga guru, seharusnya kajian yang akan datang memperluaskan lagi skop kajiannya bukan
sahaja di Sekolah kebangsaan tetapi juga melibatkan warga guru di Sekolah Menengah juga.
Bagi menambah nilai lagi kepada kajian ini, dicadangkan agar kajian – kajian akan datang yang
berkaitan dengan stres peranan ini agar menambah pemboleh ubah – pemboleh ubah tidak bersandar
yang lain pula. Antara pemboleh ubah tidak bersandar yang boleh dimasukkan dalam kajian akan datang
adalah seperti jarak peranan, hakisan peranan, pengasingan peranan dan ketidakhadiran peribadi seperti
mana yang telah terdapat dalam beberapa tinjauan literatur yang dikaji contoh kajian oleh Sudeshna
Basu Mukherjee (2015). Disamping itu juga pengkaji turut mencadangkan agar pengkaji – pengkaji
akan datang agar melibatkan pemboleh ubah –pemboleh ubah bersandar yang lain juga. Antaranya
adalah seperti faktor berhenti kerja, “burnout”, kepuasan kerja dan sebagainya. Dengan penambahan
pemboleh ubah bersandar ini, ia berkemungkinan akan dapat menghasilkan suatu dapatan yang lebih
baik, tepat dan mantap.
RUMUSAN
Setiap faktor stres peranan yang dikenal pasti akan wujud berdasarkan kepada jenis masalah yang
dihadapi oleh seseorang individu termasuklah individu yang bergelar pendidik. Proses bagi mengenal
pasti tahap stres peranan itu sangat penting dalam sesebuah organisasi terutama dalam sektor pendidikan
ini. Melalui proses ini, masalah utama yang perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu akan diketahui.
Dalam masa yang sama, proses ini sangat penting dalam memastikan prestasi kerja dan keberkesanan
dalam sesebuah organisasi dapat dipertingkatkan.
RUJUKAN
Abang Mat Ali.(2012). Strategi menangani tekanan di kalangan guru-guru sekolah menengah di
Bahagian Kuching / Samarahan, Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak.
Abdullah Md.Din. (2011). Pendidikan Islam Malaysia : Isu dan cabaran. Kertas kerja kongres
pendidikan islam kebangsaan 2011. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buletin Great Life Physio and Rehabilitions. (2012). Petaling Jaya, Malaysia.
Buletin Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan. (2017). Kuala Lumpur.
Hu,H-S, Hu,H., & King, B. (2017). Impacts of misbehaving air passengers on frontline employees: role
stress and emotional labor. International Journal of Contemporary Hospitality Management,
29(7), 1793–1813.
Johari Hassan, & Noornazifah Md Suandi (2012). Kajian Terhadap Stres Dikalangan Guru Sekolah
Rendah Di Zon Permas Jaya, Johor Bahru Dari Aspek Personaliti. Journal of Educational
Psychology and Counseling, 5(March), 97–112.
426
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Mohd Fadzli Abu Bakar, Janet Ho Siew Ching, Irdiana Syeriza Hussein, & Nazrah Jamaludin (2005).
Tekanan Guru Dalam Pendidikan Dan Resolusi Penyelesaiannya. Seminar Pendidikan 2005,
Fakulti Pendidikan, UTM.
Mohd Faizul Mohd Noor, Mohd Saifulkhair Omar, & Fauzi Hussin. (2016). Hubungan Iklim Sekolah
Dan Stres Guru Sekolah Menengah Di Daerah. International Seminar on Generating Knowledge
Through Research, 1(October), 25–27.
Mohd Kamel Idris (2011). Over time effects of role stress on psychological strain among malaysian
public university academics. International Journal of Business and Social Science, 2(9), 154–
161.
Mohd Najib Abd Ghafar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.Johor:Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad, & Suzana Ibrahim (2014). Stress among Special Education
Teachers in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 114, 4–13.
Nasser Sobhi-Gharamaleki & Mahnaz Alimoradi (2015). The Relationship between Mental Health,
Spiritual Intelligence with Flexibility of Action. International Journal of Basic Sciences &
Applied Research. Vol., 4 (8), 477-480.
Norashid Othman, & Hamzah Md.Omar. (2014). Beban Tugas dan Motivasi Pengajaran Guru di
Sekolah Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal for Educational
Thinkers), 5, 33–57.
Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory. McGraw-Hill, New York.
Ooi C.H., & Aziah Ismail (2015). Sokongan Pihak Pengurusan Sekolah Terhadap Tekanan Kerja Guru
Di Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina |. Jurnal Kepimpinan Pendidikan,
(April), 42–57.
Richards, J. (2012). Teacher Stress and Coping Strategies: A National Snapshot. Educational Forum,
76(3), 299–316.
Sudeshna Basu Mukherjee (2015). Multidimensionality and Complexity of Role Stress: An Empirical
Study of the Public and Private Sector Managers in Kolkata. OALib, 02(08), 1–14.
Seily Aswanie Othman (2007). Kajian Aras Tekanan Kerja dan Faktor – Faktor Utama yang
menyebabkan Tekanan Kerja di Kalangan Guru Sekolah Menengah Sekitar Tanjong Malim,
Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tajulashikin Jumahat, Fazura Mohd Noor, & Mohd Burhan Ibrahim (2013). Faktor-faktor penentu stres
dalam kalangan guru:sekolah rendah mubaligh di Kuala Lumpur. JUKU:Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik, Bil 1 isu(April), 1–11.
Tashakkori, A., & Teddlie, C. (2003). Handbook of Mixed Methods in Social & Behavioral Research.
Sage Publication, 14(1), 893.
427
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENDIDIKAN STEM DAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0:
BERSEDIAKAH GURU KITA?
Chin Chee Keong ([email protected])
Ahmad Rushidi bin Ramli
Chua Chong Sair
Noor Fadzilah binti Aris
Pusparajan a/l Perumal
IPG Kampus Tuanku Bainun
ABSTRAK
Pendidikan Sains di Malaysia sedang giat meluaskan pendekatan STEM untuk menyediakan murid-
murid ke arah keperluan Revolusi Industri 4.0. Kajian ini bertujuan meninjau persepsi dan amalan 216
orang guru Sains sekolah rendah dalam pendekatan STEM, serta persepsi mereka terhadap peranan
diri dalam penyediaan murid menghadapi Revolusi Industri 4.0. Analisis data soal selidik mendapati
terdapat perbezaan signifikan dalam perbandingan antara guru opsyen Sains dan guru bukan opsyen
Sains, dan antara guru novis dan guru berpengalaman. Namun demikian, tidak terdapat perbezaan
signifikan antara kumpulan perbandingan dalam persepsi mereka terhadap peranan guru dalam
Revolusi Industri 4.0. Keperluan latihan pula berbeza antara kumpulan perbandingan opsyen tetapi
tidak berbeza antara guru novis dan guru berpengalaman. Dapatan kajian ini memberi gambaran
positif tentang kesediaan guru Sains sekolah rendah dalam pelaksanaan STEM untuk keperluan
Revolusi Industri 4.0. Perancangan latihan dalam perkhidmatan dan pembangunan profesionalisme
berterusan boleh mengambil kira faktor opsyen ikhtisas guru serta tempoh pengalaman guru mengajar
Sains.
Kata kunci: opsyen Sains, guru novis, pendidikan Sains
PENGENALAN
Selaras dengan usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang dapat menyahut cabaran Revolusi Industri
4.0, negara Malaysia tidak ketinggalan untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran Sains dan
Matematik, khasnya di peringkat sekolah rendah lagi. Usaha ini dapat dilihat daripada aspirasi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang menetapkan penggunaan pentaksiran
antarabangsa, yakni TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA
(Programme for International Student Assessment) sebagai penanda aras untuk menilai pencapaian
Sains dan Matematik di negara ini. Di samping itu, guru-guru Sains dan Matematik turut diberi latihan
dan diseru agar menggunakan pendekatan STEM (Science, Technology, Engineering and
Mathematics) dalam pengajaran mereka. Usaha yang menelan perbelanjaan berjuta-juta ringgit ini
dijangka akan membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam Revolusi Industri 4.0 yang
sedang berlaku.
Istilah STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) digunakan untuk pertama kalinya
secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Berdasarkan PPPM 2013-2025, murid tahun 1 dan tingkatan 1 akan melaksanakan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) mulai Januari tahun 2017. Kurikulum baharu ini jelas memberikantumpuan kepada pendekatan
STEM yang betul dan tepatbagi membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan kefahaman
yang tinggi.
428
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Selari dengan tuntutan perkembangan teknologi yang begitu pesat pada hari ini, Malaysia amat
menyedari akan keperluan untuk memperkukuhkan pendidikan STEM di peringkat sekolahagar dapat
merapatkan jurang antara sistem pendidikan negara ini dengan sistem pendidikan di negara-negara maju
yang lain (Muhammad Abd Hadi, 2015). Terdapat beberapa faktor yang mendorong Malaysia
memulakan inisiatif STEM dalam pendidikan arus perdana negara ini. Faktor tersebut antaranya ialah
pernyataan daripada Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara yang menganggarkan bahawa
Malaysia memerlukan sebanyak 493,830 saintis dan jurutera menjelang tahun 2020. Selain itu,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan bahawa Malaysia menghadapi masalah
kekurangan sebanyak 236,000 tenaga profesional dalam bidang berkaitan STEM pada ketika ini
(MOSTI, 2017). Permintaan terhadap pekerja berkemahiran STEM masa kini adalah melebihi bekalan
pelatih untuk kerjaya seumpamanya. Situasi bekalan yang tidak memenuhi permintaan terhadap tenaga
kerja berkebolehan STEM telah menyedarkan negara bahawa sistem pendidikan perlu menyediakan
lebih ramai murid dalam bidang ini (KPM, 2016) . Penurunan enrolmen murid dalam disiplin STEM
negara ini dikhuatiri akan menyebabkan Malaysia menghadapi masalah ketidakcukupan tenaga kerja
saintis dan jurutera pada masa hadapan. Keadaan ini menunjukkan keperluan transformasi sistem
pendidikan dilaksanakan bagi meningkatkan bilangan sasaran graduan bidang STEM negara ini
(Shahali et al., 2017).
Sistem pendidikan yang mengamalkan pendekatan STEM adalah sejajar dengan keperluan Revolusi
Industri 4.0. Menurut Shwab (2016), revolusi industri berubah mengikut kehendak semasa.
Kronologinya bermula dengan Revolusi Industri 1.0 yang dipelopori oleh mesin menggunakan kuasa
enjin wap dan tenaga air. Ia kemudiannya diikuti oleh Revolusi Industri 2.0 apabila revolusi teknologi
berjaya meningkatkan produktiviti melalui pengeluaran secara assemby linemanakala kuasa elektrik
digunakan dalam industri pembuatan secara besar-besaran. Revolusi Industri 3.0 pula menyaksikan
penggunaan komputer dan teknologi maklumat yang begitu meluas. Revolusi Industri 4.0 merupakan
peningkatan luar biasa berbanding Revolusi Industri 3.0, dan dicirikan dengan pelbagai teknologi
baharu seperti kemunculan kecerdasan buatan, Internet of Things (IoT), automasi, analisis big data,
integrasi sistem, simulasi, penggunaan robotik dan cloud.
Pada era Revolusi Industri 4.0, golongan pekerjadituntut untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam
teknologi baharu seperti teknologi digital, teknologi maklumat, automasi dan sebagainya agar keperluan
sistem pintar dapat dipenuhi. Menurut Kergroach (2017), transformasi teknologi dalam Revolusi
Industri 4.0 memberi impak yang besar terhadap struktur perubahan pasaran buruh, permintaan
kemahiran pasaran buruh dan cabaran dasar. Kemahiran seperti ini hanya dapat dicapai melalui sistem
pendidikan yang mampu melahirkan murid yang mempunyai sikap kompeten, berilmu pengetahuan dan
berkemahiran untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir. Menurut Sinlarat (2016), pengurusan
pembelajaran era ini memerlukan sistem pembelajaran yang dinamik bagi membolehkan pelajar
memperoleh pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat dan bukan hanya semata-mata untuk
memenuhi kemahiran membaca, menulis dan mengira sahaja. Oleh itu, perlu ada perubahan dalam
pengurusan pembelajaran yang boleh melahirkan individu yang kreatif dan inovatif selain memiliki
kemahiran abad ke-21 yang berfokus kepada kepimpinan, kerjasama, kreatif, celik digital, komunikasi
yang berkesan, kecerdasan emosi, keusahawanan, warga dunia, penyelesaian masalah dan kerja
berpasukan. Perubahan dalam sistem pendidikan adalah mustahak untuk membentuk individu yang
mempunyai pemikiran kritikal, kreativiti dan inovasi, memahami silang budaya (cross-cultural
understanding), menguasai literasi maklumat dan media, serta cekap dalam kemahiran kerjaya.
429
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
TINJAUAN LITERATUR
Di Malaysia, pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid
dalam empat disiplin akademik utama iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan
mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM boleh
menarik minat murid melalui aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan bermakna (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2016). Pendidikan STEM merupakan pendidikan sepanjang hayat yang
merangkumi pembelajaran bersepadu secara formal berdasarkan kurikulum sekolah; dan juga secara
informal khususnya aktiviti program di luar waktu sekolah. Ia bertujuan untuk melahirkan murid yang
mempunyai literasi STEM iaitu berkemampuan untuk mengenal pasti, mengaplikasikan serta
mengintegrasikan konsep atau komponen STEM bagi memahami masalah dan menyelesaikannya
secara kreatif dan inovatif.
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengeluarkan garis
panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran STEM di negara ini (KPM, 2016). Garis panduan
ini menekankan aplikasi kemahiran, pengetahuan dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam
konteks kehidupan seharian, masyarakat dan persekitaran. Pendekatan STEM menggalakkan murid
bertanya dan meneroka persekitaran mereka melalui inkuiri dan penyelesaian masalah dunia sebenar
yang akhirnya membawa kepada amalan STEM (KPM, 2016). Dokumen PPPM 2013-2025 ini
mendefinisikan kemahiran STEM sebagai kecekapan dan kebolehan untuk meneroka, menyelesaikan
masalah, mereka bentuk dan menghasilkan produk. Kemahiran proses dan kemahiran teknikal juga
dianggap sebagai kemahiran STEM. Kemahiran proses melibatkan aplikasi pengetahuan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan kemahiran proses sains, kemahiran proses matematik,
kemahiran reka bentuk dan kemahiran pemikiran komputer (KPM, 2016). Manakala kemahiran teknikal
pula melibatkan kemahiran psikomotor yang merangkumi kemahiran manipulatif, kemahiran
pengurusan dan pengendalian alatan, radas dan mesin dengan cara yang betul dan selamat (KPM, 2016).
Pada masa yang sama, sistem pendidikan perlu dirombak demi menghasilkan suatu sistem yang mantap
dan dinamik bagi mengisi keperluan revolusi Revolusi Industri 4.0. Menurut Abdul Haseeb (2018),
anjakan paradigma perlu dibuat bagi menghasilkan graduan yang kreatif serta mampu untuk berfikir
kritis tanpa mengira disiplin ilmu. Untuk menghadapi cabaran era Revolusi Industri 4.0, pendidikan
perlu menyediakan pelajar dan graduan yang kompeten dan berdaya saing. Golongan ini perlu
memperoleh kemahiran teknologi sebagai langkah menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 agar tiada
golongan masyarakat yang terpinggir dalam era globalisasi dan digital ini. Justeru, sistem pendidikan
perlu beradaptasi dengan perkembangan automasi yang semakin pesat dewasa ini. Menurut Forum
Ekonomi Dunia, pekerjaan rutin seperti juruwang dan pemegang akaun yang melibatkan kerja-kerja
perakaunan, pengauditan, pengebilan dan pengkeranian; berkemungkinan besar fungsinya kelak akan
diganti dan diambil alih oleh penggunaan sistem, mesin ataupun robot. Ini bermakna sifat pekerjaan
masa akan datang akan berubah disebabkan ledakan Revolusi Industri 4.0. Natijahnya, pelajar masa
kini akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan pada masa hadapan.
Graduan yang tidak bersedia di dalam pasaran kerjaya yang berasaskan penggunaan jentera dan
teknologi akan ketinggalan dalam perebutan kerjaya. Ini adalah kerana, para majikan dalam Revolusi
Industri 4.0 memerlukan sumber manusia yang profisen dalam menggunakan pengetahuan dan
menguasai perubahan teknologi. Di samping itu, penggunaan data secara globalisasi, pembinaan robot
genius, pemanduan secara kendiri dan sebagainya akan menyebabkan penggunaan sumber manusia di
dalam indusri semakin mengecil dan diganti dengan mesin. Untuk menghadapi cabaran ini, sistem
pendidikan perlu melahirkan pelajar yang lebih bersifat kreatif dan inovatif dalam proses penyelesaian
masalah dan mampu mereka cipta sesuatu yang baharu. Terdapat tiga kemahiran paling utama dalam
Industri 4.0 iaitu kemahiran belajar yang terdiri dari belajar kendiri, dan kemahiran digital; kemahiran
berfikir yang terdiri daripada berfikir secara kreatif, berdaya tahan, semangat ingin tahu dan yang
430
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
terakhir adalah kemahiran menyelesaikan masalah. Lantaran itu, para graduan yang dihasilkan dituntut
untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini supaya dapat berdaya saing dalam pasaran kerja era semasa.
PERNYATAAN MASALAH
Guru memegang peranan yang kritikal untuk menjayakan pencapaian murid mengikut aspirasi
pendidikan yang dihasratkan (Maulana, Helms-Lorenz, & van de Grift, 2015). Oleh demikian guru
perlu bersedia melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan untuk menambahbaik
kaedah pengajaran, menguasai teknologi yang diperlukan, membina suasana pembelajaran yang
kondusif, dan mewujudkan hubungan antara guru dengan murid yang mesra dalam proses
pembelajaran. Penglibatan murid dalam pembelajaran dapat meningkatkan keberhasilan murid dan
memaksimumkan pencapaian murid (Karacop, 2016). Justeru itu, kemahiran dan kecekapan yang
dimiliki guru dapat membawa kepada penyampaian pembelajaran secara berkesan dan pada akhirnya
dapat memaksimumkan pencapaian murid.
Berdasarkan Laporan Kajian Kebolehlaksanaan TIMSS 2019 Gred 4 oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2016, kemampuan guru
sekolah rendah untuk melibatkan murid dalam pembelajaran menggunakan kemahiran berfikir atas
tinggi berada pada aras sederhana. Bilangan guru sekolah rendah yang terlibat dalam kursus dan latihan
berkaitan KBAT adalah rendah. Penggunaan teknologi digital dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
juga adalah rendah.
Biarpun Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan
garis panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran STEM (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2016) namun telah dikenal pasti bahawa di pendidikan Malaysia masih kurang memberi penekanan
kepada kaedah pengintegrasian disiplin STEM melalui pembelajaran aktif yang betul sebagaimana
sepatutnya. Cabaran utama dalam pendidikan STEM negara ini ialah masih kurangnya pemahaman
tentang pendidikan STEM dalam kalangan guru dan murid itu sendiri. Mereka masih mencari-cari
hubung kait antara disiplin STEM dan prosedur yang wajar dalam mengintegrasikan sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik dalam konteks autentik (Fatin Aliah, Mohd Salleh, Mohammad Bilal, &
Salmiza, 2014).
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan membandingkan persepsi guru sains sekolah rendah dalam perkara berikut:
a) pendekatan STEM dalam pembelajaran Sains
b) amalan mereka menggunakan pendekatan STEM
c) peranan guru dalam Revolusi Industri 4.0
d) keperluan latihan dalam STEM and Revolusi Industri 4.0
Persepsi guru untuk perkara di atas dibandingkan antara guru opsyen Sains dan bukan Sains, serta
tempoh pengalaman guru mengajar Sains di sekolah.
Hipotesis kajian yang diuji dalam kajian ini adalah seperti berikut:
H01: Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara guru opsyen sains dan
guru bukan opsyen sains bagi persepsi terhadap pendekatan STEM.
H02: Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara guru sains novis dan
guru sains berpengalaman bagi persepsi terhadap pendekatan STEM.
431
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
H03: Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara guru opsyen sains dan
guru bukan opsyen sains bagi persepsi terhadap amalan STEM.
H04: Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara guru sains novis dan
guru sains berpengalaman bagi persepsi terhadap amalan STEM.
H05: Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara guru opsyen sains dan
guru bukan opsyen sains bagi persepsi tentang peranan guru dalam Revolusi Industri 4.0.
H06: Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara guru sains novis dan
guru sains berpengalaman bagi persepsi tentang peranan guru dalam Revolusi Industri 4.0
H07: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara guru opsyen sains dan guru
bukan opsyen sains dari segi keperluan latihan.
H08: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara guru sains novis dan guru sains
berpengalaman dari segi keperluan latihan.
METODOLOGI
Persampelan
Populasi kajian ini ialah guru-guru Sains sekolah rendah di Malaysia. Dari populasi ini, persampelan
telah dibuat dengan mengambil guru-guru Sains sekolah rendah dari setiap negeri yang sudi mengambil
bahagian dalam kajian ini. Bilangan guru yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di
bawah. Oleh kerana terdapat ketidakseragaman dalam bilangan sampel dari setiap negeri, maka
penganalisaan data kajian ini hanya dibuat berdasarkan pengalaman tahun mengajar dan opsyen guru
berkenaan tanpa mengambil kira negeri asal guru.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik skala Likert 5-poin yang dibina oleh pengkaji sebagai instrumen
untuk mengumpul data kajian. Instrumen ini mempunyai 14 item yang digunakan untuk mendapatkan
respon terhadap lima konstruk. Kesahan instrumen telah ditentusahkan oleh pensyarah-pensyarah kanan
Sains dari Jabatan Sains dan Matematik IPGKTB. Kebolehpercayaan instrumen yang diperoleh dari
kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1 Bilangan Alpha
Kebolehpercayaan item mengikut konstruk item Cronbach
3 .775
Konstruk 4 .799
5 .723
Persepsi terhadap pendekatan STEM 2 .700
Amalan STEM
Persepsi terhadap peranan guru dalam Revolusi Industri 4.0
Keperluan latihan
432
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
ANALISIS DATA
Data kajian adalah purata skor lima mata skala Likert untuk setiap konstruk yang dianalisis secara
statistik menggunakan ujian t tidak bersandar melalui perisian SPSS versi 19.
DAPATAN KAJIAN
Demografi Responden
Jumlah guru Sains sekolah rendah yang menjawab soal selidik yang disediakan adalah 216 orang dari
seluruh negara. Demografi responden dalam kajian ini adalah seperti dalam Jadual 2.
Jadual 2
Demografi respondon
Jantina Bilangan Peratus
Lelaki responden (%)
Perempuan
48 22.2
168 77.8
Umur (tahun) 48 22.2
21-30 78 36.1
31-40 64 29.6
41-50 26 12.0
51-60
Opsyen 124 57.4
Sains 92 42.6
Bukan Sains
Pengalaman mengajar Sains (tahun) 85 40.9
≤ 5 (Novis) 123 56.9
>5 (Berpengalaman)
Zon negeri 87 40.3
11 5.1
Utara 32 14.8
(Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak) 27 12.5
Tengah 48 22.2
(Selangor, Kuala Lumpur)
Selatan
(Negeri Sembilan, Melaka, Johor)
Timur
(Kelantan, Terengganu, Pahang)
SQL
(Sarawak, Sabah, Labuan)
433
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Persepsi terhadap pendekatan STEM
Berdasarkan ujian-t tak bersandar dalam Jadual 3, guru opsyen Sains mempunyai persepsi yang lebih
positif secara signifikan terhadap pendekatan STEM berbanding guru bukan opsyen Sains (min guru
opsyen Sains = 3.77, min guru bukan opsyen Sains = 3.49; t = 3.73, p < .001). Oleh demikian, H01
ditolak.
Jadual 3
Ujian-t tak bersandar antara guru opsyen sains dan guru bukan opsyen sains
Guru Opsyen Sains Guru Bukan Opsyen Sains
N Min SP N Min SP t pΔ
124 3.77 .55 91 3.49 .55 3.73 <.001 .08
Jadual 4 menunjukkan guru Sains berpengalaman (lebih lima tahun mengajar Sains) mempunyai
persepsi lebih positif signifikan terhadap pendekatan STEM berbanding guru Sains novis yang mengajar
tidak lebih lima tahun (min guru berpengalaman = 3.72, min guru novis = 3.56; t = -2.03, p < .05). Maka
H02 ditolak.
Jadual 4
Ujian-t tak bersandar antara guru sains novis dan guru sains berpengalaman
Guru Sains Novis Guru Sains Berpengalaman
N Min SP N Min SP t pΔ
84 3.56 .57 123 3.72 .54 -2.03 .043 .08
Amalan STEM
Jadual 5 menunjukkan guru opsyen Sains mengamalkan STEM dengan lebih positif berbanding guru
bukan opsyen Sains novis (min guru opsyen Sains = 3.48, min guru bukan opsyen Sains = 3.12; t =
3.68, p < .001). Maka H03 ditolak.
Jadual 5
Ujian-t tak bersandar antara guru opsyen sains dan guru bukan opsyen sains
Guru Opsyen Sains Guru Bukan Opsyen Sains
N Min SP N Min SP t pΔ
124 3.48 .61 91 3.12 .57 3.68 <.001 .08
Berdasarkan keputusan ujian-t tak bersandar dalam Jadual 3, guru Sains berpengalaman mengamalkan
STEM secara lebih positif berbanding guru Sains novis (min guru Sains berpengalaman = 3.44, min
guru Sains novis = 3.26; t = -2.06, p < .05). Oleh demikian, H04 ditolak.
434
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 6
Ujian-t tak bersandar antara guru sains novis dan guru sains berpengalaman
Guru Sains Novis Guru Sains Berpengalaman
N Min SP N Min SP t p Δ
.09
84 3.26 .66 123 3.44 .57 -2.06 .041
Persepsi terhadap peranan guru dalam Revolusi Industri 4.0
Jadual 7 menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara guru opsyen Sains dan guru bukan opsyen
Sains dari segi persepsi mereka terhadap peranan guru dalam menyediakan murid untuk Revolusi
Industri 4.0 (min guru opsyen Sains = 3.36, min guru bukan opsyen Sains = 3.30; t = .93, p > .05). Oleh
demikian, H05 tidak dapat ditolak.
Jadual 7
Ujian-t tak bersandar antara guru opsyen sains dan guru bukan opsyen sains
Guru Opsyen Sains Guru Bukan Opsyen Sains
N Min SP N Min SP t pΔ
124 3.36 .51 91 3.30 .52 .93 .353 .07
Keputusan ujian-t tak bersandar dalam Jadual 8, didapati tiada perbezaan signifikan antara guru Sains
novis dan guru Sains berpengalaman dari segi persepsi mereka terhadap peranan guru untuk
menyediakan murid menghadapi Revolusi Industri 4.0 (min guru Sains novis = 3.32, min guru Sains
berpengalaman = 3.36; t = -.54, p > .05). Oleh demikian, H06 tidak dapat ditolak.
Jadual 8
Ujian-t tak bersandar antara guru sains novis dan guru sains berpengalaman
Guru Sains Novis Guru Sains Berpengalaman
N Min SP N Min SP t pΔ
84 3.32 .56 123 3.36 .48 -.58 .562 .07
Keperluan latihan oleh guru
Keputusan ujian-t dalam Jadual 9 menunjukkan keperluan latihan berkaitan STEM dan Revolusi
Industri 4.0 oleh guru opsyen Sains adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding guru bukan opsyen
Sains (min guru opsyen Sains = 3.93, min guru bukan opsyen Sains = 3.73; t = 2.24, p < .05). Oleh
demikian, H07 ditolak.
435
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 9
Ujian-t tak bersandar antara guru opsyen sains dan guru bukan opsyen sains
Guru Opsyen Sains Guru Bukan Opsyen Sains
N Min SP N Min SP t p Δ
.09
124 3.93 .67 91 3.73 .63 2.27 .024
Jadual 10 menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam keperluan latihan berkaitan STEM dan
Revolusi Industri 4.0 oleh guru novis dan guru berpengalaman (min guru Sains novis = 3.77, min guru
Sains berpengalaman = 3.91; t = -1.43, p > .05). Maka, H08 tidak dapat ditolak.
Jadual 10
Ujian-t tak bersandar antara guru sains novis dan guru sains berpengalaman
Guru Sains Novis Guru Sains Berpengalaman
N Min SP N Min SP t pΔ
84 3.77 .66 123 3.91 .65 -1.43 .154 .09
PERBINCANGAN
Peranan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains melalui pendekatan STEM untuk
menyediakan murid memenuhi tuntukan Revolusi Industri 4.0 adalah amat kritikal. Persepsi dan amalan
guru dalam pelaksanaan STEM serta tanggapan mereka terhadap peranan masing-masing dalam
pendidikan Sains ke arah Revolusi Industri 4.0 boleh dilihat sebagai petunjuk terhadap kesediaan dan
kesungguhan guru untuk menyahut cabaran menggunakan pendekatan STEM untuk menyediakan
murid-murid berhadapan dengan cabaran Revolusi Industri 4.0. Kepercayaan atau persepsi seseorang
guru mempengaruhi proses pemikiran, amalan bilik darjah dan kesediaan seseorang guru itu terhadap
perubahan pada dirinya (Guo, Justice, Sawyer, & Tompkins, 2011). Justeru itu, kepercayaan guru
merupakan faktor dalaman yang menyumbang kepada kesediaan seseorang guru itu untuk
melaksanakan perubahan terhadap amalannya dalam bilik darjah seperti pengajaran sains berasaskan
STEM yang dituntut oleh Revolusi Industri 4.0 pada masa kini.
Secara umum, persepsi guru sekolah rendah yang ditinjau adalah positif terhadap pendekatan STEM
dan amalan STEM di sekolah. Walaubagaimanapun, guru opsyen Sains mempunyai persepsi dan
amalan lebih positif berbanding guru bukan opsyen Sains. Dapatan ini tidak menghairankan kerana guru
opsyen Sains seharusnya mempunyai kefahaman lebih mendalam dan lebih menghayati kepentingan
pendekatan STEM dalam pendidikan STEM berbanding guru bukan opsyen Sains. Guru opsyen Sains
yang mempunyai latihan ikhtisas dalam pendidikan Sains dijangka dapat lebih mahir dan lebih kerap
menggunakan pendekatan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Perbezaan antara guru
opsyen Sains dan bukan Sains dalam kajian ini juga pernah dilaporkan dalam mata pelajaran lain seperti
bahasa Inggeris and Matematik. Noor Hayati & Mohd Sallehhudin (2015) mendapati amalan mengajar
bahasa Inggeris antara guru opsyen bahasa Inggeris dan guru bukan opsyen bahasa Inggeris adalah
berbeza. Kajian Noziati, Effandi dan Nooriza (2016) mendapati guru bukan opsyen Matematik
mengalami keresahan mengajar mata pelajaran bukan opsyen mereka. Keresahan guru menyebabkan
mereka mengajar secara tradisional dan seterusya menjejaskan pembelajaran murid.
436