The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by coerndkmm123, 2020-12-31 00:08:37

PROSIDING KAK2020 JILID 1

Prosiding kak2020 Jilid 1

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 6: Analisis TR Item - Orang yang sentiasa berasa iri hati terhadap kelebihan orang lain dapat
dilihat melalui peribahasa minta leher kepada bangau, minta daging kepada badak.

Kekerapan Peratus Kumulatif Peratus
7 6.9
sangat tidak setuju 10 6.9 16.7
tidak setuju 43 9.8 58.8
kurang setuju 28 42.2 86.3
setuju 14 27.5
sangat setuju 13.7 100.0
Jumlah 102 100.0

Pernyataan “Orang yang sentiasa berasa iri hati terhadap kelebihan orang lain dapat dilihat
melalui peribahasa minta leher kepada bangau, minta daging kepada badak.” menunjukkan

sesuatu yang menarik yang membolehkan kita menganggap bahawa guru-guru pelatih kurang

menguasai peribajasa ini mungkin kerana jarang didengari, dibaca atau diungkapkan. Ini kerana peratus

respon (42.3%) guru pelatih adalah pada tahap sederhana. Pada tahap ini, guru-guru pelatih ragu-ragu

dengan jawapan mereka sama ada bersetuju atau tidak bersetuju. Keadaan ini mengikut teori Relevans

menunjukkan bahawa guru-guru pelatih berada pada fasa 3 usaha memproses. Dalam fasa ini guru

pelatih mengambil kira pelbagai faktor dalam menginterpretasi makna peribahasa mengikut situasi

dalam ayat. Semakin banyak proses yang dilakukan maka semakin tinggi peluang untuk melakukan

kesilapan. Hasil yang diperoleh menunjukkan banyak proses yang dipertimbangkan oleh guru pelatih
dalam memproses maklumat lalu memberikan suatu penginterpretasian yang selamat iaitu ‘kurang
setuju’ dan menghasilkan respon sederhana.

Jadual 7: Analisis TR Item Dalam persahabatan, jangan jadi seperti bangau kasihkan kerbau kerana
persahabatan yang mempunyai kepentingan diri adalah tidak ikhlas.

tidak setuju Kekerapan Peratus Kumulatif Peratus
kurang setuju 4 3.9 3.9
setuju 23 22.5 26.5
sangat setuju 37 36.3 62.7
Jumlah 38 37.3 100.0

102 100.0

Dengan kekerapan setuju dan sangat setuju sebanyak 75 (73.6%) pernyataan “Dalam persahabatan,
jangan jadi seperti bangau kasihkan kerbau kerana persahabatan yang mempunyai kepentingan
diri adalah tidak ikhlas.” menunjukkan bahawa guru-guru pelatih sering mendengar peribahasa ini

sesuai dengan teori relevans yang berpendapat, pengguna bahasa yang mahir menggunakan bahasa akan
melakukan kesilapan yang sedikit kerana maklumat persekitaran membolehkan mereka mencerna

informasi dengan tepat.

Penguasaan peribahasa Melayu guru-guru pelatih adalah tinggi. Daripada 60 penyataan peribahasa
yang ditadbirkan kepada responden, 45 daripadanya memperoleh min tinggi (3.67 – 5.00). Ini
menunjukkan bahawa guru-guru pelatih menguasai peribahasa sebagai salah satu kemahiran berbahasa

mereka. Ini agak tersasar dengan dapatan Nor Hashimah dan Junaini (2010) yang mendapati hampir
60% (894) pelajar remaja yang dikaji gagal menguasai kemahiran peribahasa. Kajian mendapati faktor
sosial pelajar remaja mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap penguasaan kemahiran

40

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

tersebut. Remaja yang mempunyai persepsi yang tinggi dapat menguasai kemahiran peribahasa Melayu
dengan baik, berbanding dengan remaja yang mempunyai persepsi yang rendah.

Berdasarkan dapatan Nur Hashimah dan Juaini itu, faktor persepsi terhadap peribahasa dengan tahap
penguasaan peribahasa Melayu adalah signifikan. Penguasaan remaja terhadap kemahiran peribahasa
masih sangat terbatas dan masih lemah terutama yang berkaitan dengan makna tersirat. Namun begitu,
dapatan kajian mendapati persepsi guru-guru pelatih terhadap peribahasa Melayu adalah tinggi dan
penguasaan kemahiran peribahasa Melayu mereka juga baik. Koh (1982) menyarankan agar peribahasa
Melayu sewajarnya diajarkan kepada murid-murid di sekolah supaya mereka dapat menghayati
keindahannya malah dapat menggunakannya untuk melahirkan fikiran dan perasaan dengan tepat dan
halus kerana peribahasa Melayu adalah elemen yang penting dalam kemahiran berbahasa.
Kajian ini memberikan pengukuhan akan keperluan guru-guru pelatih menguasai peribahasa sebagai
kemahiran berbahasa untuk diguna pakai ketika mengajarkan bahasa Melayu kepada murid-murid
kelak. Untuk itu, kemudahan memperoleh bahan dan maklumat peribahasa Melayu dalam bentuk
manual dan maya harus menjadi agenda supaya masyarakat penutur bahasa Melayu memperoleh
maklumat dengan pantas dan tepat.

RUMUSAN

Tahap penguasaan kemahiran peribahasa dalam kalangan guru pelatih pada asasnya dipengaruhi oleh
persekitaran mereka yang sudah mula memencilkan peribahasa Melayu (Nur Hashimah dan Juaini,
2010). Oleh itu langkah-langkah positif harus dirangka dan difikirkan bersama untuk memperbaik
keadaan. Kajian yang lebih komprehensif perlu dilakukan, khususnya yang berkaitan dengan
penguasaan kemahiran peribahasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, menjadi harapan yang
tinggi agar kajian ini dapat memberikan maklumat awal dan berguna kepada para penyelidik yang
berminat untuk mengkaji serta memahami aspek peribahasa. Sebagai bakal guru bahasa Melayu, guru
pelatih yang menguasai peribahasa Melayu dapat menggunakan kemahiran itu dalam melaksanakan
tugas mereka. Penggunaan peribahasa dalam semua kemahiran dan aspek bahasa amat ditekankan
kerana peribahasa merupakan suatu fikrah yang tinggi nilainya dalam masyarakat Melayu. Mereka
yang dapat mengguna pakai peribahasa Melayu dengan betul dan sesuai mengikut konteks
penggunaannya merupakan mereka yang mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi. Kajian lanjut
boleh dilaksanakan bagi melihat aspek pelaksanaan menggunakan peribahasa dalam kehidupan
masyarakat.

RUJUKAN

Abdullah Hussain. 1997. Canai Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hussain. 1995. Kamus Istimewa-Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ahmad Fuad Hassan & Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2008. “Perigi Cari Timba: Persoalan Antara
Konsep Maskulin dan Feminin dalam Peribahasa Melayu”. dlm. Seminar Antarabangsa
Bahasa Melayu dalam Komunikasi Era Globalisasi (UMT, DBP, PPBM)

Ahmad Fuad Hassan & Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2010. Pengkategorian Peribahasa Melayu
Berdasarkan Aspek Nilai dan Pemikiran: Satu Analisis Pragmatik. Serdang: Universiti Putra
Malaysia

Ahmad Fuad Mat Hassan & Zaitul Azma Zainon Hamzah .2011. Bahasa dan Pemikiran Dalam
Peribahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies, 11(3), 31-51.

41

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Ahmad Fuad Mat Hassan. 2010. Bahasa dan Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu Dari Sudut
Pragmatik. Tesis Master Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Amira Razlan. 2013. Perbandingan Pentafsiran Leksikal Haiwan Dalam Peribahasa Melayu Dengan
Peribahasa Cina dan Tamil. Tesis Master Sastera belum diterbitkan. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.

Arpan Shahbudin Latip. 1998. Bahasa Melayu: Kesilapan tatabahasa satu analisis. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aslinda Khamis. 2003. “Penguasaan Peribahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Satu
Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak Melaka”. Projek Penyelidikan.
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 1996. Metaphors of anatomy as a reflection of Malay culture belief. Jurnal Bahasa
Jendela Alam Jilid 1.

Azizi Yahaya, et.al. 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Aznita Hj. Latif. 2001. Peribahasa Melayu dan Penggunaannya: Satu Analisis. Kertas projek
penyelidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Edwar Djamanis. 1985. Memahami dan Menghargai Peribahasa. Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 29(5),
338-344 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Faridah Noor Mohd.Noor dan Maya Khemlani David .2007. “Citra Lelaki Dalam Peribahasa Melayu”.
Jurnal Dewan Bahasa, Mac, 2007: hal.22

Goh Suzie. 1998. Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar Menengah. Jurnal Dewan Bahasa Jilid 42
(2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hishamudin, Mohd Azmi dan Phat.2007. Menterjemah Nilai Murni Dalam Peribahasa Melayu:
Melangkau Dimensi Era Milenium. dlm. Irwandy (peny.) Bahasa dan Pemikiran
Melayu/Indonesia Menyongsong 2025. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasni Karim. 2004. Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu. Kertas projek belum diterbitkan. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.

Imran Ho Abdullah. 2011. Analisis kognitif semantik peribahasa Melayu bersumberkan anjing. GEMA
Online Journal of Language Studies, 11(1), 125-139.

Indirawati Zahid. 1998. Peribahasa Melayu: Satu Klasifikasi yang Tiada Penentu. Kuala Lumpur:
Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 42, (11): hlm 978-984

Ishak Ramly .1990. Perkembangan Peribahasa dalam Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa Jilid 34
(1): 54-61. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

42

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Ismail Salleh. 1990. Penggolongan peribahasa dan simpulan bahasa serta hubungannya dengan
pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa Jilid 34 (6). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismet Fanany dan Rebecca Fanany. 2003. Wisdom of the Malay Proverbs. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon. 1982. Pengajaran Peribahasa Melayu, Jurnal Dewan Bahasa Jilid 26 (3). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Noor Ismail .2001. Peribahasa Cerminan Pemikiran Melayu. Kertas Projek Master. Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi. Serdang: UPM

Mohd Riffin Md. Jali. 2002. Sosiologi Peribahasa Melayu. Projek penyelidikan Ijazah Master Sastera
belum diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mohd. Tajudin Abdul Rahman. 1999. Pengajaran-Pemelajaran Peribahasa dan Simpulan Bahasa – asas-
asas pertimbangan. Jurnal Dewan Bahasa Jilid 43 (6). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Noor Nadia. 2011. Aspek Semantik Dalam Peribahasa Melayu. Kertas penulisan akademi belum
diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin 1998. Peribahasa Melayu Sebagai Bingkai Pemikiran Masyarakat Melayu.
Kuala Lumpur: Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 32, (11): hlm 820-830

Sperba, D. & Wilson, D, 1999, Relevans Komunikasi & Kognisi. Diterjemah oleh Nor Hashimah
Jalaluddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad (2002). Ilmu Mengarang Melayu (Edisi Ejaan Rumi Baharu) Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Zulkifilee Yazid (1996). Mega Peribahasa. Batu Caves: Albaz Publishing & Distribution Sdn. Bhd

43

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Tiwi binti Kamidin, Dr ([email protected])
Haminah Binti Suhaibo, Dr ([email protected])
Yahya Bin Sidek ([email protected])

Institusi Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) pensyarah Institut
Pendidikan Guru (IPG. Seramai 136 orang pensyarah dan 952 orang siswa guru terlibat dalam kajian
ini. Data dikumpul secara kuantitatif melalui soal selidik menggunakan “google form” dan dianalisis
secara deskriptif melibatkan min dan sisihan piawai (SD) digunakan bagi melaporkan dapatan kajian.
Dapatan kajian disokong dengan dapatan temu bual kepada 10 orang siswa guru. Dapatan kajian
menunjukkan pensyarah IPG lebih kerap menggunakan kaedah pengajaran berikut; (1) Kaedah
Pengajaran Sosio konstruktivis; (2) Kaedah Pengajaran Strategi Kognitif; (3) Kaedah Penggajaran
EKsplisit dan (4) Kaedah Pengajaran Strategi Kognitif Bercorak Penyelesaian Masalah. Ujian t sampel
bebas (independent sample t test) juga dijalankan bagi menguji perbezaan pemilihan kekerapan
pemilihan aktiviti PdP yang mewakili kaedah pengajaran tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bagi
aktiviti PdP yang dipilih mempunyai skor min tinggi (4 ke atas) iaitu tunjuk cara (p=.774), penggunaan
bahan grafik (p=.111), peta minda/ I think (p=.123), inkuiri (p=.641) dan perbincangan (p=.397) dan
tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor tersebut. Ini mengukuhkan dapatan empat kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan oleh pensyarah IPG.

Kata kunci: Kaedah Pengajaran dan pembelajaran, kaedah pengajaran eksplisit, sosio konstruktivis,
strategi kognitif, stratagi kognitif penyelesaian masalah

PENGENALAN

Pendidikan guru merupakan sebahagian komponen yang terpenting dalam sistem pendidikan.
Pelaksanaan kurikulum yang berjaya dalam pendidikan guru adalah bergantung kepada sejauh mana
seseorang pensyarah dapat membentuk pelajarnya menjadi seorang guru yang berkemahiran, berkualiti
dan mampu memterjemahkan dan menyesuaikan apa yang dipelajari di Institut Pendidikan Guru (IPG)
ke sekolah nanti. Bagi menghasilkan guru yang profesional dan berkualiti, sudah tentu aspek
pendidikan dan kualiti latihan guru di IPG termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA perlu diberi
perhatian yang tinggi. Natijahnya, semua pendidik atau pensyarah di IPG dan IPGM perlu menghadapi
cabaran tersebut dalam usaha melahirkan bakal guru yang berkualiti dan cemerlang.

Pernyataan Masalah

IPGK bertanggungjawab melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui
program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Misi ini selari
dengan visi IPGM iaitu IPG sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru. Melalui pelbagai
program yang dilaksanakan di IPG, diharapkan bakal guru yang dilahirkan adalah bakal guru yang
mampu menterjemahkan dan menyesuaikan apa yang telah dipelajari ke IPG di sekolah demi

44

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

kemenjadian murid seperti yang diharapkan negara. Fakta yang menyatakan bahawa selalunya guru
bukan dilahirkan tapi dihasilkan telah diterima umum (Sequira, 2012).

Guru yang baik memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui usaha yang
berterusan dan disengajakan. Maknanya salah satu prasyarat guru yang baik ialah guru yang sentiasa
berusaha mempertingkatkan kemahiran diri tanpa arahan daripada sesiapa. Kualiti pengajaran adalah
faktor paling penting di sekolah yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pelajar (Micheal
Fullan & Andy Hargreavas, 2016). Kompetensi dan kualiti guru adalah penting untuk memupuk
keupayaan pelajar. Ia dibuktikan oleh kajian sebelum ini iaitu pengaruh guru dalam pencapaian pelajar
dan terdapat hubungan yang kuat di antara profesionalisme dan kualiti guru dengan pencapaian pelajar.
Terdapat juga kajian yang mengenalpasti bahawa amalan guru di dalam bilik darjah adalah kunci
peningkatan pembelajaran pelajar dan memastikan hasil pembelajaran (Hattie, 2009). Sehubungan itu,
tuntutan kepada guru-guru di sekolah ialah agar sentiasa meningkatkan kompetensi dalam kaedah
pengajaran yang digunakan agar selari dengan kehendak semasa. Tuntutan ini tidak terkecuali dalam
kalangan pensyarah IPG memandangkan IPG adalah pusat latihan kepada bakal guru.

Oleh itu, amalan pedagogi/andragogi pensyarah merupakan input penting di sepanjang proses latihan
ini dalam melahirkan guru yang berkualiti. Penyampaian ilmu kepada guru pelatih dilakukan oleh
pensyarah, justeru itu terlebih dahulu mereka mesti mempunyai keupayaan tinggi memindahkan ilmu
kepada anak didik mereka (Syed Khalid Syed Idrus & Mohd Isha Awang, 2016). Keberkesanan
pengajaran guru saling berkait rapat dengan pengalaman dan kemahiran guru. Kajian oleh Syed Khalid
Syed Idrus dengan Mohd Isha Awang (2016) menunjukkan hubungan antara kualiti pengajaran
pensyarah, masa pengajaran dan aras pengajaran dengan pengetahuan adalah positif dan kekuatan
hubungan signifikan adalah sederhana bagi kualiti pengajaran pensyarah dan kekuatan hubungan
signifikan adalah kuat bagi aras pengajaran dan masa pengajaran. Oleh itu, faktor kualiti pengajaran
pensyarah, masa pengajaran dan aras pengajaran didapati aras pengajaran pensyarah memberi
sumbangan yang lebih besar terhadap pengetahuan dan kemahiran guru pelatih. Pensyarah mempunyai
pengaruh yang signifikan dalam bilik darjah dan memainkan peranan penting untuk mendidik generasi
muda (Khalid Johari, 2009). Pembelajaran juga amat berhubungkait dengan kepuasan terhadap kursus
di mana pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dirangsang oleh kemahiran dan kecekapan pengajar,
malah lebih kepada strategi yang menyeluruh. Guru yang baik lahir daripada program latihan yang
baik dan berkesan. Oleh itu, IPG perlu memastikan kompetensi pensyarah khususnya dalam pemilihan
pedagogi terkini agar sesuai dengan tuntutan peralihan zaman, masa dan latar belakang murid yang
bakal dihadapi oleh siswa pendidik kelak.

Kajian mengenai guru-guru baharu sejak 2006 hingga 2015pula mendapati beberapa isu yang dihadapi
oleh guru baharu seperti keberkesanan, kawalan tingkah laku kelas dan pelajar, pembangunan
profesional guru novis, kecekapan guru baru, komitmen, tekanan dan sokongan dalam kalangan guru
baharu (Sofiah Zakaria, Khaliza Saidin and Rozi Mohamad, 2016). Walaupun terdapat usaha gigih
yang diambil oleh kerajaan untuk menangani banyak masalah guru-guru baharu, masih terdapat banyak
masalah yang dihadapi guru-guru orang baharu di sekolah (Fatiha Senom, Abd Razak Zakaria, Shanina
Sharatol Ahmad Shah, 2013). Guru-guru ini dikatakan gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran
sekolah, menanamkan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar mereka, dengan berkesan
menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam pelajaran mereka, pengurusan kelas dan aktiviti
kokurikulum, serta tidak dapat meyakinkan orang lain tentang imej yang dibawa sebagai seorang guru
(Yusof Boon & Tumirah Jemon, 2011 dalam Sofiah Zakaria, Khaliza Saidin & Rozi Mohamad, 2016).
Kajian Siti Saleha dan Surayah (2007) berkenaan amalan pedagogi abad ke-21 orang guru prasekolah
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) mendapati 6 orang (30%) guru prasekolah didapati kurang
bersedia untuk menerapkan ilmu teori dan pedagogi yang bersesuaian dengan aktiviti murid.

Oleh itu, kompetensi dalam kalangan pensyarah IPG perlu diberi perhatian khususnya apabila berkaitan
kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan siswa pendidik turut terpalit serta merasai

45

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

pengalaman melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam memastikan
kejayaan anak murid mereka. Bagi memastikan bakal guru yang dihasilkan daripada IPG berkualiti
khususnya dari aspek pemindahan pembelajaran kepada pelajar di sekolah, kompetensi pensyarah IPG
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu turut diberi perhatian. Guru yang baik lahir daripada
program latihan yang baik dan berkesan. Oleh itu, IPG dan Universiti yang mengendalikan program
latihan keguruan perlu memastikan guru baharu yang dihasilkan memiliki kemahiran yang tinggi
khususnya dalam mengendalikan PdP di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, pensyarah-pensyarah di
IPG dan Universiti juga perlu bersedia meningkatkan kompetensi dalam mengendalikan PdP di dalam
kelas bagi memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai pengalaman tersebut. Selari dengan
dapatan kajian yang menyatakan terdapat hubungan yang signifikan di antara kaedah PdP pensyarah
dengan pengetahuan dan kemahiran guru pelatih. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti
kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah di IPG.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling kerap digunakan dalam
kalangan pensyarah IPG.

TINJAUAN LITERATUR (HEADING LEVEL 1)

Pendidikan sentiasa dibanjiri dengan idea baru tentang pembelajaran dan pengajaran. Guru dan
pentadbir sering digesa dengan cadangan untuk pembaharuan. Mereka diminta menggunakan
kurikulum baharu, strategi pengajaran baharu, dan penilaian baharu. Ini kerana kaedah pengajaran guru
mempunyai pengaruh yang tinggi dengan pencapaian pelajar. Beberapa kajian menunjukkan bahawa
wujudnya hubungan antara kualiti pembelajaran pelajar dengan persepsi pelajar terhadap kualiti
pengajaran (Stringer dan Irwing, 1998). Tambahan pula, pembelajaran juga amat berhubungkait dengan
kepuasan terhadap kursus (Suarman dan Rohizan, 2013), di rnana pembelajaran yang berkesan bukan
sahaja dirangsang oleh kemahiran dan kecekapan pengajar, malah lebih kepada strategi yang
menyeluruh. Pembelajaran juga rnenggarnbarkan sejauh mana pelajar merasakan pengalaman
pengajaran bermakria kepada mereka. Sementara pengajaran pula dikatakan sebagai berkesan sekiranya
terdapat peningkatan prestasi pelajar secara konsisten dengan matlamat pengajaran selepas sesuatu
tempoh pengajaran.

Kualiti pengajaran adalah perkara yang paling penting yang mempengaruhi pembelajaran dan
pencapaian pelajar (Micheal Fullan dan Andy Hargreavas, 2016). Jika di sekolah, tuntutan kepada guru
agar sentiasa menambahbaik kaedah pengajaran yang digunakan maka pensyarah di IPG juga tidak
terkecuali. Justeru, tumpuan harus diberikan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran pensyarah
agar dapat memberi pengalaman kepada siswa guru dalam pelaksanaan pengajaran di dalam bilik
darjah.

Pengajaran adalah pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumat, aktiviti, pendekatan dan
media untuk membantu pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan. Proses pemilihan strategi dan
kaedah pengajaran yang sesuai digunakan dalam bilik darjah adalah berdasarkan pemahaman guru
terhadap teoritis di sebalik model dan strategi pengajaran yang dipilih. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran sering mengalami perubahan dalam dunia pendidikan. Menurut Wilson dan Peterson
(2006), tiga idea utama perubahan dalam pembelajaran dan pengajaran adalah seperti dalam Jadual 1.

46

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 1. Penanda Aras Pembelajaran dan Pengajaran

Penanda Aras Bergerak Daripada Bergerak kepada
Kepada
✓ Penyerapan maklumat pasif ✓ Penglibatan aktif dengan maklumat
Pembelajaran ✓ Aktiviti individu ✓ Kedua-dua aktiviti individu dan kerja kolektif
✓ Perbezaan individu di kalangan pelajar dilihat
Pengetahuan ✓ Perbezaan individu antara
✓ pelajar dilihat sebagai sebagai sumber
masalah ✓

✓ Apa: Fakta dan prosedur ✓ Apa, bagaimana dan mengapa: idea, konsep,
dalam disiplin fakta, proses siasatan, dan hujah disiplin

Pengajaran ✓ Kerja mudah dan mudah ✓ Kompleks, kerja intelektual
✓ Guru memainkan peanan ✓ Pelbagai peranan guru, dari pemberi maklumat

dalam penyedia maklumat kepada arkitek pengalaman pendidikan
✓ Guru melakukan kebanyakan ✓ Bilik kelas struktur guru untuk individu dan kerja

kerja bersama
✓ Pelajaran mengandungi ✓ Pelajaran berfokus pada kandungan peringkat

kandungan peringkat rendah, tinggi dan asas, konsep yang dibangunkan dan
✓ konsep yang dinyatakan;
dihuraikan; pengajaran teratur
pengajaran tidak teratur ✓ Guru tahu banyak, cenderung untuk memperbaiki
✓ Guru sebagai sumber
mereka amalkan secara berterusan
pengetahuan

Setiap guru yang berpengalaman melaksanakan amalan mereka dengan didorong oleh teori yakni apa
yang telah dipelajari. Lima teori utama pengajaran dan pembelajaran adalah teori behariovis, kognitif,
sosio-konstruktivis dan humanistik.

Pengajaran Strategi Behavioris

Teori behavioris memberi kepada pengubahan tingkahlaku akibat daripada adanya stimulus dan
pengulangan pengalaman. Teori ini turut memberi penekanan bahawa respon kepada sesuatu
rangsangan dapat diperkukuhkan melalui ganjaran positif, latihan dan ulangan diperlihatkan. Dalam
proses pengajaran, guru merupakan agen utama yang dapat mencorakkan rangsangan luar bagi
mempengaruhi tingkah laku pelajar. Guru yang cenderung dengan orientasi behavioris akan cuba
mengawal pengaruh luar terhadap pelajar. Dari aspek rangsangan, mereka akan memperkenalkan
teknik-teknik pengajaran yang memfokus kepada pemberian maklumat, latihan dan ulangan agar pelajar
berasa selesa dengan ilmu dan maklumat yang disampaikan. Satu elemen penting dalam orientasi
pengajaran behavioris adalah pendekatan pengajaran bercorak eksplisit yang melibatkan penyampaian
langsung daripada guru (James Ang dan Liew Siew Ngen, 2019). Kaedah pengajaran ini memfokus
kepada cara penyampaian guru berbanding dengan tahap pemahaman pelajar. Pengajaran eksplisit atau
langsung merupakan satu pendekatan pengajaran kemahiran asas di mana pengajaran terarah kepada
matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur. Suasana pembelajaran agak formal dan
berstruktur dan berfokus kepada pencapaian objektif pembelajaran yang spesifik untuk membimbing
pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit. Guru mengekalkan kawalan lokus terhadap
proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses. Pengajaran eksplisit direka
bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta diajar secara
langkah demi langkah. Beberapa contoh kaedah pengajaran strategi eksplisit ialah kuliah di mana guru
lebih banyak bercakap, latih tubi, pembelajaran masteri, tunjuk cara, demonstrasi dan simulasi.

47

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Pengajaran Strategi Kognitif

Teori kognitif memberi perhatian kepada proses kognitif dalaman dan orientasi pengajaran
kognitif berasal daripada teori pemprosesan maklumat aau kognitif yang dipelopori ahli-ahli psikologi
seperti Jean Piaget, Jerome Brunner, Lev Vygotsky dan ahli psikologi lain yang mengemukakan teori
bagi menerangkan cara manusia memproses pelbagai maklumat dan menjana ilmu baharu. Teori
pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam
pembelajaran. Ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk
memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran ini sangat menitikberatkan
bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada pelajar untuk proses pembelajaran. Dalam
orientasi pengajaran kognitif, pelajar dikatakan memerlukan bantuan bagi memantapkan pengetahuan
yang sedia ada daan mengintegrasi dengan ilmu baharu. Pada peringkat awal, pelajar memerlukan
perancah (Scaffold) untuk membentuk skema pemikiran yang kemudiannya digunakan bagi memahami
ilmu dan maklumat lain yang diperoleh daripada persekitaran. Beberapa aktiviti pengajaran
menggunakan teori kognitif ialah penggunaan elemen input visualisasi, penggunaan perancah
(scaffolding), penyusun verbal (verbal organizers), penyusun visual (seperti menggunakan pelbagai
format bahan visual berupa video, filem, gambar dan bahan grafik, penyusun grafik (seperti sebing,
salasilah, peta, sambungan, matrik, carta kitaran, aliran, gambarajah dan peta i think).

Pengajaran Kognitif Bercorak Penyelesaian Masalah

Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana maklumat
digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamaat. Ahli
psikologi menyatakan bahawa manusia sedang mempelajari sesuatu apabila berusaha
menyelesaikan masalah. Ini adalah disebabkan di dalam proses penyelesaian masalah individu
akan mencari kesimpulan tentang sesuatu perkara, mengaplikasi masalah dengan cara yang paling
mudah, mempelajari undang-undang menyelesaikan masalah dan mencipta beberapa pelan atau
cadangan untuk penyelesaian masalah. Para pelajar memerlukan peluang-peluang penyelesaian
masalah yang kompleks dan mencabar. Model pengajaran kognitif bercorak penyelesaian masalah
terdiri daripada dua bentuk utama iaitu reflektif dan kreatif. Model pengajaran bercorak reflektif
berkehendakkan pelajar mendefinisi dan menganalisa sesuatu masalah di samping menetapkan kriteria
bagi menilai cadangan yang dikemukakan dan disusuli dengan cadangan penyelesaian masalah. Model
pengajaran bercorak kreatif turut menggunakan langkah-langkah di atas tetapi tanpa penekanan kepada
cara penyelesaian. Beberapa contoh kaedah pengajaran bercorak penyelesaian masalah ialah kaedah
inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning), kajian kes, pengajaran berasaskan
data, dan model pemeroleh konsep (concept attainment model).

Pengajaran Sosio-Konstruktivis

Teori pembelajaran konstruktivis muncul pada tahun-tahun 1970-an bagi memperjuangkan
penglibatan aktif individu dalam proses pembinaan ilmu. Pendekatan konstruktivisme merupakan
proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar (Dale,
2011). Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif
dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan
bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran
dan pembelajaran yang lama , di mana guru hanya “menuang ilmu “ kepada murid tanpa murid itu
sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka. Untuk membantu
murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia
ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian
daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina.

48

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Strategi pengajaran sosio konstruktivis menekankan kepada penglibatan aktif pelajar dalam
pembelajaran dan perkembangan sosial di antara pelajar. Beberapa contoh wawancara, sumbangsaran,
perbincangan, seminar sokratik, pembelajaran berlandaskan situasi, kontroversi berstruktur,
perbahasan, main peranan.

Pengajaran Koperatif dan Kolaboratif

Pengajaran koperatif dan kolaboratif sering dirujuk sebagai model pengajaran dan
pembelajaran abad ke 21 kerana ia menjurus kepada pembelajaran berpusatkan pelajar serta penglibatan
aktif pelajar. Johnson et. al (1994) mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai usaha penggunaan
kumpulan kecil untuk tujuan pendidikan di mana pelajar bekerjasama bagi memaksimumkan
pembelajaran sendiri dan rakan-rakan. Pembelajaran koperatif mengkehendaki pelajar untuk
berinteraksi dengan pelajar lain bagi mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu perkara atau isu atau
subjek bagi mencapai matlamat bersama. Pembelajaran koperatif harus mempunyai ciri-ciri berikut; (1)
Ahli-ahli belajar bersama dalam kumpulan kecil; (2) Wujud hubungan interpersonal dan kerjasama
antara ahli; (3) Setiap ahli bertanggungjawab kepada pembelajaran dan penglibatan; (4) Pembelajaran
beralih daripada cara menghafal kepada pemikiran kritikal; (5) Kebergantungan positif dan kerjasama
antara ahli membolehkan kumpulan tersebut berjaya. Berbeza dengan bekerjasama, kolaboratif
membawa maksud bekerja bersama-sama orang lain. Ini bermakna kolaboratif memerlukan setiap
individu mempunyai peranan atau ekuiti dalam kumpulan tersebut. Pelajar membina atas kemahiran
sedia ada masing-masing untuk mencapai matlamat. Pelajar juga menilai prestiasi individu dan
kumpulan masing-masing. Pengajaran kolaboratif bermaksud bersama-sama membuat perancangan,
membuat keputusan serta menyelesaikan masalah bagi mencapai matlamat yang sama. Selain itu,
pengajaran kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran yang menggabungkan dua orang guru dalam
tahap yang sama untuk membina komuniti pembelajaran dengan berkongsi perancangan, pengajaran
dan penilaian murid.

Sama seperti pembelajaran koperatif, gerak kerja kumpulan merupakan aktiviti utama. Oleh itu terdapat
empat fasa yang perlu dilaksanakan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran koperatif dan
kolaboratif iaitu (1) Fasa 1 – Persediaan untuk gerak kerja kumpulan; (2) Membentuk kemahiran
bekerja dalam kumpulan; (3) Memudahcara dan memantau aktiviti kumpulan; (4) Membantu pelajar
membuat refleksi selepas aktiviti kumpulan dan (5) Menilai hasil kerja kumpulan. Beberapa contoh
aktiviti penilaian selepas kerja kumpulan adalah seperti “post it”, “exit ticket”, “snow ball” dan lain-
lain. Contoh aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif pula ialah seperti sumbangsaran karusel,
inside-outside-cycle, gallery walk, one stay two stray, Numbered heads together, Jigsaw, Grid box,
place mat, think-pair-share, Kumpulan Buzz, roam the room, pairs check, mix and match, round table,
round robin, a star and a wish dan pelbagai aktiviti pembelajaran kreatif seperti yang dicadangkan oleh
Kagan (2009).

Pengajaran Strategi Humanistik

Pendokong teori pembelajaran humanistik menekankan proses pembelajaran yang menyeluruh
yang merangkumi aspek kognitif, afektif dan faktor-faktor lain berupa keperluan individu. Humanisme
adalah orientasi pengajaran dan pembelajaran yang bersandarkan andaian bahawa manusia dapat
menjana pengetahuan, makna dan kemahiran melalui kecerdasan interpersonal dan intrapersonal.
Pembelajaran kendiri menjadi tonggak kepada orientasi pengajaran dan pembelajaran humanistik
mementingkan keperluan individu dan pembelajaran adaptif. Pemerolehan pengetahuan,
perkembangan ilmu dan integrasi maklumat berlangsung melalui strategi, interpretasi, penilaian,
penaakulan dan keputusan sendiri pelajar. Ini bermakna dalam kaedah pengajaran orientasi humanistik,
pembelajaran adalah hasil pelajar mencapai pemenuhan kendiri (self actualization) melalui motivasi
intrinsik dan menyesuaikan pengetahuan sedia ada dengan pengalaman baharu. Peranan guru adalah
menggalakkan dan mengupayakan pelajar belajar dengan menyediakan akses kepada pelbagai sumber

49

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

pendidikan tanpa halangan. Ini bermakna, dalam kaedah pengajaran humanistik guru berperanan
sebagai fasilitator dan pendorong. Contoh aktiviti pengajaran humanistik ialah pembelajaran kendiri
(contoh seperti “station to station activity”), buku log pembelajaran, pembelajaran berasaskan
komputer/ICT seperti “online learning”, frog, flip classroom, dan lain-lain berkaitan.

METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Cresswell (2018)
menyatakan bahawa reka bentuk tinjauan dapat membantu pengkaji menjawab tiga jenis persoalan iaitu
soalan deskriptif, soalan perhubungan di antara pembolehubah dan soalan andaian hubungan di antara
pembolehubah berdasarkan masa. Kajian ini merupakan persoalan berkaitan dengan soalan deskriptif
yang bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri suatu populasi.
Kaedah tinjauan merupakan kaedah yang kerap kali menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian
(Cohen dan Marion, 2000). Walaupun reka bentuk kajian ini ialah kaedah tinjauan namun penyelidikan
kualitatif juga akan dilaksanakan melalui kaedah temu bual. Rekabentuk gabungan ini menyediakan
kefahaman yang lebih baik terhadap permasalahan kajian. Penggabungan pendekatan dalam sesebuah
penyelidikan juga dapat memberikan gambaran yang lebih terperinci tentang sesuatu masalah yang
dikaji. Namun, bagi kajian ini, data kualitatif dikumpul bagi tujuan menyokong dapatan data tinjauan.

Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan kerana persampelan bertujuan amat sesuai supaya
pengkaji dapat memilih peserta kajian agar memperoleh maklumat yang banyak dari peserta kajian
(Patton, 1990). Peserta kajian ini terdiri daripada pensyarah IPG dan siswa guru. Persampelan rawak
pula merupakan persampelan yang memberi peluang kebarangkalian kepada responden untuk dipilih.
Walau bagaimanapun, empat kriteria yang diambil kira dalam pemilihan sampel iaitu matlamat, boleh
diukur atau dicapai, praktikal dan ekonomi (Wiersma, 2008). Di Malaysia terdapat 27 IPG yang
dibahagikan mengikut zon iaitu zon utara, timur, tengah, selatan, sabah dan sarawak. Soalan berbentuk
“google form” diedarkan kepada semua IPG di Malaysia. Saiz sampel bagi kajian secara kuantitatif
ditentukan berdasarkan jadual Cohen, et. al (2001) yang membuat pengiraan sampel saiz dengan
mengambil kira aras signifikan pada p< 0.05 (aras kebolehpercayaan ialah 95%). Berdasarkan jadual
Cohen, et. al (2001), jika saiz populasi ialah 1000 orang maka saiz sampel yang mencukupi ialah 278
orang. Saiz sampel kajian ini ialah 136 orang pensyarah dan 952 orang siswa guru. Instrumen kajian
ini diadaptasi dan dimodifikasi berdasarkan pengelompokan kaedah pembelajaran mengikut James Ang
dan Liew Siew Ngen (2019). Dua puluh pilihan aktiviti PdP dikemukakan dan aktiviti-aktiviti tersebut
dikelompokkan berdasarkan pengelompokan kaedah pembelajaran mengikut James Ang dan Liew Siew
Ngen (2019) seperti yang telah dibincangkan di dalam literatur.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan pensyarah IPG lebih kerap menggunakan kaedah pengajaran
berikut; (1) Kaedah Pengajaran Sosio konstruktivis; (2) Kaedah Pengajaran Strategi Kognitif; (3)
Kaedah Penggajaran EKsplisit dan (4) Kaedah Pengajaran Strategi Kognitif Bercorak Penyelesaian
Masalah. Jadual 1 menunjukkan rumusan dapatan kajian di mana menunjukkan pensyarah IPG lebih
kerap menggunakan empat kaedah pengajaran tersebut.

Jadual 1. Rumusan kaedah pengajaran kerap digunakan oleh pensyarah IPG mengikut pilihan pensyarah
dan siswa guru

Kaedah Contoh Aktiviti Skor Min Pilihan Skor Min Pilihan
Pengajaran kuliah, Pensyarah Siswa Guru
Eksplisit 3.83 4.35

50

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Strategi tunjuk cara, 4.12 4.10
Kognitif simulasi 3.93 4.02
3.77 3.88
Strategi Video/filem, 4.00 4.12
Kognitif bahan grafik, 4.07 4.18
Bercorak peta minda/i think).
Penyelesaian 4.06 4.09
Masalah kaedah inkuiri, 4.06 3.87
pembelajaran
Sosio- berasaskan masalah 3.51 3.64
Konstruktivis (problem based
4.48 4.06
Model learning), 4.69 4.65
Pembelajaran kajian kes, 3.08 3.60
Koperatif dan 3.29 3.82
Kolaboratif sumbangsaran, 3.75 4.06
perbincangan,
Teori dan seminar sokratik, 3.94 4.06
Strategi-Strategi perbahasan, 3.68 3.60
main peranan. 3.66 3.98
Humanistik
Think pair share 3.51 3.75
Round/rally robin 3.61 3.88

Gallery walk

0ne stay two stray
Permainan

Dapatan menunjukkan enam aktiviti yang mempunyai skor min kekerapan yang tinggi dalam kalangan
pensyarah ialah perbincangan (Min=4.69), sumbang saran (min=4.48) , tunjuk cara (min=4.12), peta
minda/I think (min= 4.06), inkuiri (min=4.05) dan projek (min=4.05). Enam aktiviti mempunyai skor
min kekerapan tinggi dalam kalangan siswa guru pula ialah perbincangan (min=4.65), kuliah
(min=4.35), peta minda/ I think (min=4.18), bahan grafik (min=4.12), tunjuk cara (min=4.10) dan
inkuiri (min=4.09).

Kaedah pengajaran sosio konstruktivis boleh dibuktikan melalui dapatan skor kekerapan tertinggi
pemilihan aktiviti PdP yang digunakan oleh pensyarah ialah PERBINCANGAN dan SUMBANG
SARAN iaitu salah satu aktiviti PdP di dalam kaedah pengajaran sosio kontruktivis. Dapatan dalam
kalangan siswa guru pula menunjukkan skor min kekerapan tertinggi pemilihan aktiviti PdP ialah
PERBINCANGAN dan PETA MINDA/I THINK. Walaupun pilihan kedua siswa guru TIDAK SAMA
dengan pilihan pensyarah namun kedua-dua kumpulan memberikan skor min yang tinggi kepada
aktiviti PERBINCANGAN. Skor min kedua tertinggi yang dipilih oleh pensyarah ialah SUMBANG
SARAN berbanding PETA MINDA/I THINK oleh siswa guru. Walau bagaimanapun, skor min
sumbang saran yang diberikan oleh siswa guru (Min= 4.06).

Ujian t sampel bebas (independent sample t test) juga dijalankan bagi menguji perbezaan pemilihan
kekerapan pemilihan aktiviti PdP di antara pensyarah dan siswa guru. Dapatan kajian menunjukkan
bagi aktiviti PdP yang dipilih mempunyai skor min tinggi (4 ke atas) iaitu tunjuk cara (p=.774),
penggunaan bahan grafik (p=.111), peta minda/ I think (p=.123), inkuiri (p=.641) dan perbincangan
(p=.397) dan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor tersebut. Ini menunjukkan ketekalan dari
segi pemilihan aktiviti pembelajaran yang dipilih oleh pensyarah dan siswa guru.

51

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Dapatan analisis daripada ujian t sampel bebas (independent sample t test) juga menunjukkan skor
kekerapan yang tinggi dan tidak ada perbezaan signifikan skor kekerapan di antara pensyarah dan siswa
guru seperti dalam Jadual 2. Bagi aktiviti perbincangan (strategi pengajaran konstruktivis)
menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min bagi pensyarah (min=4.69, SD=.49) berbanding siswa
guru (min=4.65, SD=.58), t(1084)=.847, p=.397). Dapatan ini menunjukkan ketekalan pilihan aktiviti
PERBINCANGAN sebagai aktiviti PdP yang PALING KERAP digunakan oleh pensyarah.

Jadual 2. Dapatan Aktiviti PdP Menunjukkan Tidak Ada Perbezaan Signifikan Skor Kekerapan
Tinggi

Aktiviti Responden Min SD t(df) p
Tunjukcara t(1084)=.289 .774
Bahan Grafik Pensyarah 4.82 .80 t(1084)=-1.594 .111
Peta minda/I think Siswa guru 4.10 .79 t(1082)=-1.542 .123
Inkuiri Pensyarah 4.02 .76 t(1084)=-.467 .641
Perbincangan Siswa guru 4.12 .86 t(1084)=.847 .397
Pensyarah 4.07 .78
Siswa guru 4.09 .76
Pensyarah 4.05 .77
Siswa guru 4.09 .76
Pensyarah 4.69 .49
Siswa guru 4.65 .58

Selain itu, pensyarah IPG juga memilih kaedah pengajaran strategi kognitif iaitu banyak menggunakan
bahan grafik di mana skor min kekerapan pilihan oleh pensyarah ialah 4.00 manakala siswa guru
(min=4.12). Skor min kekerapan pilihan oleh pensyarah bagi aktiviti PdP menggunakan peta minda/I
think ialah 4.07 manakala siswa guru (min=4.18). Dapatan ujian t sampel bebas mengukuhkan hujah
ini di mana didapati tidak ada perbezaan signifikan skor min bagi pensyarah (min=4.07, SD=.78) dan
siswa guru (min=4.09, SD=.76), t(1084)=-1.542, p=.123 untuk aktiviti peta minda/ I think. Ini
menunjukkan bahawa pensyarah IPG menitikberatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam
pelaksanaan PdP masing-masing.

Pensyarah IPG juga memilih kaedah pengajaran eksplisit iaitu tunjuk cara (skor min pensyarah=4.12;
skor min siswa guru = 4.10). Dapatan ujian t sampel bebas bagi skor min pensyarah (min=4.82,
SD=.80) dan siswa guru (min=4.10, SD=.79), t (1084)=.289, p=.774 juga menunjukkan tidak ada
perbezaan skor min.

Kaedah keempat yang kerap digunakan oleh pensyarah IPG juga ialah kaedah strategi bercorak
penyelesaian masalah melalui aktiviti inkuiri. Skor min aktiviti yang diperolehi ialah 4.02 (pensyarah)
dan 4.10 (siswa guru). Ujian t sampel bebas juga menunjukkan tidak ada perbezaan signifikan skor
min di antara pensyarah (min=4.05, SD=.77) dan siswa guru (min=4.09, SD=.76), t(1084)=-.467.
Kaedah pengajaran lain juga digunakan namun skor min pemilihan aktiviti tersebut adalah sederhana
iaitu skor min 3 hingga 4.

Dapatan menunjukkan ketekalan pemilihan kaedah pengajaran kerana tidak terdapat perbezaan skor
min kekerapan aktiviti yang dipilih di antara kedua-dua kumpulan. Ini mengukuhkan dapatan bahawa
EMPAT kaedah pengajaran yang diplih oleh pensyarah IPG ialah kaedah eksplisit, strategi kognitif,
strategi kognitif penyelesaian masalah dan sosio kontruktivis. Penggunaan empat kaedah pengajaran
(sosio kontruktivis, eksplisit, kognitif, kognitif penyelesaian masalah) adalah amat sesuai digunakan
kepada siswa guru di mana mereka dianggap sebagai bukan penerima bahan maklumat secara pasif

52

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

tetapi mereka mampu membentuk ilmu mereka sendiri secara aktif hasil daripada interaksi dengan
persekitaran yakni akan belajar melalui pengalaman mereka. Ini adalah strategi sosio kontruktivis.

Keempat-empat kaedah pengajaran menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar di mana
siswa guru dibimbing untuk berfikir secara kreatif dan kritis (pemikiran aras tinggi) melalui penggunaan
peta minda/I think, bahan grafik namun kaedah eksplisit masih diperlukan kerana perlu ada tunjuk cara
yang betul bagi memastikan siswa guru menjadi guru yang kompeten. Menurut Knight (2017), salah
satu proses dalam bimbingan instruksional bagi meningkatkan kualiti guru ialah melalui permodelan
iaitu belajar menggunakan senarai semak dan permodelan di mana pembimbing perlu menunjukkan
cara yang tepat agar penguasaan terhadap sesuatu kaedah PdP itu bersifat praktikal dalam kalangan
guru.

Dapatan temu bual menunjukkan kesemua siswa guru (10 orang) bersetuju bahawa aktiviti
perbincangan paling kerap digunakan di dalam pelaksanaan PdP pensyarah IPG. Ini mengukuhkan
dapatan bahawa kaedah pengajaran strategi sosio konstruktivis dipilih sebagai kaedah yang paling kerap
digunakan. Berikut adalah beberapa dapatan temu bual.

“Perbincangan…memang kerap digunakan. Kami akan berbincang dalam kumpulan
dan kemudian berkongsi dapatan perbincangan sama ada secara pembentangan atau
aktiviti lain”

(Responden 4)

“Paling kerap digunakan perbincangan tetapi penerangan juga dibuat. Pensyarah
selalu menjelaskan menggunakan powerpoint isi kandungan jika perlu penerangan
dengan lebih lanjut”

(Responden 7)

“Soalan memang KBAT…sama ada melalui sumbang saran atau menggunakan peta I
think”

(Responden 1)

Dapatan temu bual berikut mengukuhkan lagi kaedah yang kerap dipilih oleh pensyarah iaitu kaedah
pengajaran sosio kontruktivis, eksplisit, strategi kognitif dan strategi kognitif penyelesaian masalah.

PERBINCANGAN

Terdapat keselarasan dapatan bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih oleh pensyarah
IPG dengan aktiviti pengajaran yang digunakan. Empat pilihan kaedah pengajaran yang dikenal pasti
daripada dapatan kajian ialah kaedah eksplisit, sosio konstruktivis, sosio kognitif dan kognitif bersifat
penyelesaian masalah. Kaedah yang dipilih bertepatan dengan siswa guru yang perlu berdikari serta
memiliki pemikiran aras tinggi. Justeru, kaedah PdP dalam kalangan pensyarah IPG menekankan
kepada proses berfikir aras tinggi namun tidak dinafikan kaedah eksplisit.

Kajian mendapati kaedah pengajaran eksplisit memberikan keputusan yang lebih baik kerana ia
memberi ruang kepada guru untuk menyemak pemahaman pelajar semasa proses pembelajaran dan
kaedah ini melibatkan latihan bagaimana pelajar melaksanakannya (Hammond, 2019). Ini selaras
dengan latihan guru yang memerlukan kaedah pengajaran eksplisit bagi memastikan bakal guru
menunjukkan atau melaksanakan dengan tepat semasa mengajar di sekolah. Knight (2017) juga
menyatakan dalam proses bimbingan instruksional untuk membantu guru menambahbaik pengajaran,
ia perlu melibatkan proses belajar menggunakan permodelan. Justeru, kaedah pengajaran pensyarah
IPG yang menekankan kaedah eksplisit adalah amat bersesuaian dalam bidang keguruan.

53

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Selain itu, pelaksanaan PdP pensyarah IPG juga menekankan kepada kaedah sosio konstruktivis yang
menganggap pelajar bukan penerima maklumat sahaja tetapi memproses maklumat dengan aktif serta
terlibat dalam proses pembelajaran (Bada & Olusegun, 2015). Justeru, kaedah sosio konstruktivis juga
sangat sesuai digunakan di peringkat IPG di mana siswa guru diberi peluang untuk memproses
maklumat bagi mencapai hasrat pembelajaran.

Hasrat IPGM ialah memastikan bakal graduan IPGM mempunyai nilai kompeten, berkualiti,
keterampilan serta mampu bersaing dalam era global (IPGM, 2018). Oleh itu, pelaksanaan PdP
menggunakan kaedah kognitif sangat diperlukan bagi memastikan siswa guru mampu berfikir secara
kreatif dan kritis. Justeru, ia selari dengan hasrat IPGM. Penggunaan peta I think, soalan KBAT dan
aktiviti seperti inkuiri berupaya mengasah pemikiran siswa guru.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan walaupun skor min pelaksanaan PdP pensyarah tinggi pada empat
kaedah pengajaran tersebut namun pensyarah IPG juga menggunakan kaedah kolaboratif dan
humanistik dengan skor min di antara 3 hingga 4 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Justeru,
kaedah pengajaran masih boleh dipelbagaikan lagi oleh pensyarah bagi memastikan siswa guru terdedah
dengan pelbagai kaedah pengajaran serta boleh disesuaikan mengikut latar belakang murid di mana
mereka akan ditempatkan nanti.

RUMUSAN

Kesimpulannya, pensyarah IPG melaksanakan PdP pada landasan yang tepat di mana kaedah yang
digunakan sesuai dalam bidang keguruan. Kajian ini berfokuskan kepada enam kaedah pengajaran
sahaja namun pensyarah di IPG perlu mencuba dan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang
lain juga. Ini penting bagi membolehkan siswa guru memperoleh pengalaman agar dapat digunapakai
semasa menjadi guru di sekolah nanti.

RUJUKAN

Suqueira, A. H. (2012). Introduction to concepts of teaching and learning. National Technology of
Karnataka. https://www.researchgate.net /publication/272620585 dimuatnaik pada 15 Januari
2020.

Fullan, M. & Hargreaves, A. (2016). Bringing the profession back in: Call to action. Oxford, OH:
Learning Forward.

Hattie, J. (2009). Visible Learning: A Synthesis of Over 800 Meta-Analysis Relating to Achievement.
London: Routledge.

Syed Khalid Syed Idrus dan Mohd Isha Awang. (2016). Retrospektif Kualiti Pengajaran Pensyarah
Berdasarkan Perspektif Guru Pelatih di Institut Pendidikan Guru Wilayah Utara Malaysia. Jurnal
Penyelidikan Dedikasi, Jilid 10. ms 26 – 42.

Khalid Johari (2009). Pola efikasi guru-guru novis sekolah menengah. Malaysian Jurnal Learning and
Instruction, 6, 141- 151.

Sofiah Zakaria, Khaliza Saidin dan Rozi Mohamad. (2016). Issues among novice eachers in Malaysia.
Proceeding of International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-
UMSIDA ms 855 – 862, http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.564

54

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Fatiha, S., Abd Razak, Z., & Shanina Sharatol, A. S. (2013). Novice teachers challenges and survival:

Where do Malaysian ESL Teachers Stand. American Journal of Educational Research, 1(4), 119-

125.
Stringer, M., & Irwing, P. (1998). Students’ evaluations of teaching effectiveness: A structural

modeling approach. British Journal of Educational Psychology, 68, 409-426

Suarman and Rohizan Mohammad Yaasin (2013). The quality of teaching and learning towards the

satisfaction among the university students. Asian Social Journal.

https://www.researchgate.net/publication/ 288069219

Wilson, S. M dan Peterson, P. I. (2006). Theories of Learning and Teaching What Do They Mean for
Educators?. National Education Association

James Ang Jit Eng dan Lim Siew Ngen. (2019). Guru sebagai pakar: Strategi pengajaran dan
pembelajaran abad ke 21. Kuala Lumpur: PTS Media Group Sdn Bhd.

Cresswell, J. W & Creswell, J. D. (2018). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed
Methods Approaches. California, USA: Sage Publishing.

Cohen L, Manion L, M. K. (2000). Research Methods in Education. Education, Research methods.
New York: Routledge.

Patton, M.Q. (1990). Qualitative evaluation and research methods. (2rd eds.). London: Sage
Publication.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2001). Research methods in education (5th ed.). New York:
Routledge Falm.

55

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

PERKATAAN BAHASA BERBUDAYA TOKOH PERSONALITI POPULAR
TELEVISYEN, PENULIS SKRIP LAGU DAN BUKU

Mohd. Zaharuddin Omar1 ([email protected])
Rosli Ab. Rahman, PhD2 ([email protected])
Suriany Mat Nor, PhD3 ([email protected])
Mohd. Asri Harun4 ([email protected])

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail 21030 Kuala Nerus Terengganu

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk menjelaskan bahasa berbudaya yang digunakan oleh tokoh terkenal di
Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada seorang tokoh popular televisyen iaitu Ahmad Fedtri bin
Yahya yang mewakili bidang dalam bidang pengacaraan, penulisan skrip lagu dan buku. Data diambil
daripada siri pengucapan, temubual, dan pengacaraan yang dikendalikan oleh tokoh dan juga sebagai
tetamu atau panel undangan dalam rancangan televisyen dan program-program tertentu yang telah
dimuatnaik dalam Youtube. Tempoh kajian selama empat bulan bermula pada bulan Julai 2019 dan
berakhir pada bulan Oktober 2019. Teori kajian yang digunakan untuk menganalisis data ialah Zhang
dan Wildermuth (2009). Berdasarkan dapatan kajian, sampel kajian menggunakan bahasa berbudaya
dalam siri pengucapan, temubual dan pengacaraan. Antara bahasa berbudaya yang digunakan
meliputi unsur-unsur stilistik seperti simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah atau dengan
istilah stilistik, bahasa yang dibumbui metafora, simile, personifikasi, depersonifiksi, hiperbola,
anafora, rima, asonansi, aliterasi dan yang lain. Di samping itu, bahasa yang digunakan oleh sampel
kajian juga merupakan bahasa ilmu, bahasa yang merentas segala ranah sistem sosial masyarakat atau
bangsanya, bahasa tinggi, dan bahasa estetik. Kajian ini menunjukkan tokoh masyarakat yang sering
terlibat dengan pengacaraan, temubual dan pengucapan awam mempunyai tahap kemampuan
berbahasa yang sangat cekap.

Kata Kunci: bahasa berbudaya, Kerangka Standard Bahasa Melayu, stilistik, metafora, rima

PENGENALAN

Ungkapan “Bahasa Budaya Bangsa” bukan sahaja sinonim dengan masyarakat kita bahkan ungkapan
ini kadang kala diangkat sebagai satu slogan untuk membangkitkan kesedaran kepada masyarakat untuk
menggunakan bahasa secara berhemah dan berilmiah bagi melambangkan budaya bangsanya yang
tinggi. Penggunaan bahasa yang mengintegrasikan elemen budaya bangsa dan nilai tamadun bangsa
dalam komunikasinya menunjukkan lambang kepada bahasa berbudaya. Penggunaan bahasa berbudaya
tidak semestinya berkait langsung dengan profesion, jawatan, akademik, keturunan, dan sebagainya
kerana masih terdapat penggunaan secara semberono oleh tokoh terkenal sehingga menyebabkan
bahasa Melayu kelihatan ‘teruk’. Malangnya penggunaan bahasa tersebut menjadi ikutan masyarakat
awam dan secara tidak langsung imej bahasa Melayu kelihatan merosot dan seolah-olah tidak mampu
menjadi bahasa ilmu, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita.

Walaupun senario di atas kerap kita temukan tetapi masih terdapat tokoh-tokoh yang dapat
menunjukkan bahasa berbudaya yang tinggi. Tokoh-tokoh tersebut terdiri daripada pelbagai profesion
seperti tokoh akademik, tokoh agama, tokoh politik, tokoh pengacaraan, tokoh budaya, dan sebagainya.
Penggunaan bahasa berbudaya ini dapat didengar dalam pengucapan awam sama ada dalam ceramah,

56

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

temu bual, pidato, pengacaraan, dan sebagainya. Dapatan kajian ini juga secara tidak langsung dapat
memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu supaya duduk sama rendah dan berdiri sama
sama tinggi dengan bahasa-bahasa lain.

LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian bahasa berbudaya dalam kalangan tokoh popular di Malaysia ini ialah satu kajian bahasa yang
berhubung dengan budaya. Secara khususnya, kajian ini mengandungi dua bahagian utama, iaitu
penggunaan bahasa berbudaya dalam kalangan tokoh-tokoh popular di Malaysia, dan penyetaraan
penguasaan bahasa berbudaya tersebut dengan KSBM. Bahasa berbudaya yang menjadi teras dalam
kajian ini adalah merujuk; (1) penggunaan bahasa Melayu yang mengandungi unsur-unsur dalaman
bahasa yang mempunyai nilai kreativiti dan cerminan akal budi masyarakat Melayu yang tinggi dan
bijaksana, dan (2) penggunaan bahasa Melayu sebagai wahana pemikiran tinggi masyarakat Melayu
dalam segala ranah kehidupan.

Dari segi dalaman, bahasa berbudaya yang diselidiki dalam kajian ini ialah segala bentuk ujaran
oleh tokoh popular di Malaysia sama ada kata, frasa atau ayat yang mengandungi unsur-unsur bahasa
stilistik seperti simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah atau dengan istilah stilistik barat,
bahasa yang dibumbui metafora, simile, personifikasi, depersonifiksi, hiperbola, anafora, rima,
asonansi, aliterasi dan yang lain. Penggunaan unsur-unsur stilistik ini akan menyerlahkan dan
menunjukkan keupayaan tokoh tersebut tersebut menggunakan bahasa sebagai alat untuk mengungkap
pemikiran yang bersifat imaginatif, figuratif, simbolik, dan memiliki unsur-unsur estetika bahasa
(Sujud, 2014). Dari segi fungsi pula, bahasa berbudaya yang diselidiki dalam kajian ini adalah berkaitan
dengan keupayaan tokoh popular yang dikaji dapat menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dalam pelbagai ranah kehidupan.

KSBM merupakan satu dokumen rujukan bagi menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan
bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, KSBM akan
dijadikan piawai bagi mengukur kecekapan berbahasa penggunanya. Dalam hal ini, kerangka
bermaksud garis panduan terhadap konsep, nilai dan amalan yang dibina bagi menggambarkan
pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu. Standard pula merujuk kepada sesuatu yang dianggap
tetap nilainya sehingga dapat digunakan sebagai satu ukuran, dijadikan dasar dan diterima untuk
diiktiraf (Lokman et. al, 2018).

57

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 1 : Kompetensi KSBM
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif berikut:
1. Mengenal pasti bahasa berbudaya yang digunakan oleh tokoh personaliti televisyen, penulis

skrip lagu dan buku yang popular di Malaysia.
2. Menjelaskan cara bahasa berbudaya yang digunakan oleh tokoh personaliti televisyen, penulis

skrip lagu dan buku yang popular di Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN
Teori Analisis Kandungan
Dalam bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan Teori Analisis Kandungan oleh Zhang dan
Wildermuth (2009) yang digunakan sebagai asas dalam menganalisis dapatan kajian ini.
Zhang dan Wildermuth (2009) telah membahagikan cara penganalisisan data kepada lapan langkah
penting yang terkandung dalam proses analisis kandungan kualitatif. Lapan langkah penting tersebut
ialah:
i) persediaan data
ii) mentakrifkan unit analisis
iii) membina kategori dan skema pengekodan
iv) menguji skema pengekodan melalui teks sampel
v) pengekodan teks
vi) menilai ketekalan pengekodan
vii) kesimpulan daripada data yang telah dikod
viii) laporan kaedah dan hasil kajian

58

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dilaksanakan menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif. Kajian kualitatif dapat
membuka ruang kepada pengkaji yang bertindak sebagai instrumen kajian untuk melakukan interpretasi
data kerana pengkaji lebih terikat kepada perasaan, tanggapan, dan penilaian semasa melakukan proses
pengumpulan data. (Siti Hawa Abdullah & Santhiram Raman, 2001).

Fraenkel & Wallen (2012) menyatakan reka bentuk kajian merujuk kepada satu perancangan
keseluruhan dalam mengutip data bagi menjawab soalan-soalan kajian. Reka bentuk juga merupakan
satu perancangan terperinci mengenai tata cara yang mencakupi aktiviti membuat keputusan
berdasarkan beberapa aspek seperti objektif kajian, strategi kajian, lokasi kajian, jenis kajian, unit
analisis, reka bentuk persampelan serta kaedah persampelan serta kaedah pengumpulan, pengukuran
dan analisis data (Zikmund 2003; Sekaran, 2000)

Instrumen Kajian

Instrumen kajian terdiri daripada lima belas rakaman video Ahmad Fedtri bin Yahya yang dirakamkan
daripada Youtube.

Sampel Kajian

Peserta kajian dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Menurut Alwasilah (2002),
pemilihan teknik persampelan yang melibatkan manusia, latar dan kejadian tertentu (unik, khusus,
tersendiri ataupun aneh) dapat menjana informasi yang penting kepada pengkaji. Penggunaan teknik
persampelan bertujuan berupaya untuk membekalkan data yang kaya kerana peserta kajian diandaikan
sebagai pakar yang memiliki informasi yang bermakna terhadap sesuatu isu yang dikaji (Mason, 2002
& Merriam, 2009). Malah, peserta kajian yang dipilih sewajarnya merupakan individu yang paling
banyak menyumbangkan data yang diperlukan dalam kajian oleh pengkaji bagi menjawab kesemua
soalan kajian (Maxwell, 2008 & Noraini Idris, 2010).

Seorang tokoh terkenal yang dipilih ialah Ahmad Fedtri bin Yahya yang mewakili bidang pengacaraan
dan penulisan lirik lagu. Beliau dilahirkan di Pantai Remis, Perak pada 2 Ogos 1981. Beliau mendapat
pendidikan menengah di Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.
Beliau merupakan lulusan Sajana Muda Komunikasi (Filem & Penyiaran) dengan minor Pengajian
Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) dan merupakan penerima Anugerah Pingat Emas Naib
Chanselor USM ketika istiadat Konvokesyen USM pada tahun 2003. Beliau berkahwin dengan Nurul
Anati binti Ismail pada tahun 2011 dan dikurniakan empat orang cahayamata.

Pekerjaan beliau ialah sebagai pengacara dan personaliti televisyen. Beliau pernah bertugas di TV3 dan
salah seorang pengacara Malaysia Hari Ini (MHI). Beliau juga pernah berlakon dalam filem Dunia Baru
The Movie. Antara program televisyen yang pernah dihoskan oleh beliau ialah Dari Masjid ke Masjid,
Madrasah, Scoreboard, Kafe Aktif, Keluarga Bijak Everyday, Khurafat, Sebalik Malam, dan Jejak
Rasul. Ahmad Fedtri Yahya merupakan seorang penulis lirik berjaya. Beliau telah menulis lirik untuk
lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tersohor di Malaysia seperti Dato’ Sri Siti Norhaliza,
Noraniza Idris, dan Nora Ariffin.

Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data dilakukan dengan cara:
i) Mengenal pasti tokoh terkenal yang mencapai tahap enam dalam kemahiran bertutur KSBM.
ii) Setelah dikenal pasti tokoh berkenaan, pengkaji telah merakamkan video ceramah atau

pengacaraan yang dikendalikan oleh tokoh terkenal tersebut.

59

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

iii) Video tersebut telah dikodkan mengikut pengekodan yang sistematik iaitu T1 merujuk
kepada pengkaji, D merujuk kepada rakaman video YouTube sebanyak 15 rakaman iaitu D1
hingga D15, manakala S pula terdiri dari data atau aspek bahasa yang diperhatikan dan dikesan
mempunyai kerana memenuhi ciri-ciri bahasa berbudaya.

iv) Data yang direkodkan daripada rakaman video tokoh dikodkan mengikut data iaitu S1 bagi data
1, S2 bagi data kedua, S3 bagi data ketiga dan begitulah seterusnya.

Penganalisisan Data Kajian

Penganalisisan data dilakukan berdasarkan Zhang dan Wildermuth (2009). Zhang dan Wildermuth
(2009) telah membahagikan cara penganalisisan data kepada lapan langkah penting yang terkandung
dalam proses analisis kandungan kualitatif. Lapan langkah penting tersebut ialah:
i) persediaan data
ii) mentakrifkan unit analisis
iii) membina kategori dan skema pengekodan
iv) menguji skema pengekodan melalui teks sampel
v) pengekodan teks
vi) menilai ketekalan pengekodan
vii) kesimpulan daripada data yang telah dikod
viii) laporan kaedah dan hasil kajian

DAPATAN KAJIAN

Data dianalisis berdasarkan 15 video rakaman daripada YouTube ucapan, pengacaraan, dan temubual tokoh yang
dikaji melibatkan Ahmad Ahmad Fedtri bin Yahya (AFY).

a. Data Kajian

Berikut adalah bahasa berbudaya yang telah dikesan oleh pengkaji selepas penelitian dibuat ke atas 15
video YouTube yang melibatkan penampilan sampel AFY.

Bil Bahasa Contoh Bahasa Berbudaya Yang Diungkapkan Oleh Penceramah
Berbudaya

1 PERIBAHASA: Analisis: AFY menggunakan simpulan bahasa tumbuk rusuk dan duit kopi
Simpulan bahasa ketika ditemu ramah oleh DJ Radio di stesen Radio MACC FM iaitu radio
rasmi SPRM. Beliau memberi cadangan tentang cara untuk mempengaruhi
orang ramai supaya membenci rasuah menerusi drama.

T4D6S4
“Contohnya drama tu tentang perjuangan lima bintang dipentas nyanyian,

tiba-tiba yang hebat tu kalah tetapi yang tak hebat itu menang, yang tak hebat

itu telah merasuah juri, telah berlaku ketidakadilan di situ, orang akan marah,

orang akan benci rasuah, rasuah itu kejam, jadi masyarakat akan rasa benci

dengan rasuah...disebabkan kita telah pengaruhi minda mereka, setting....

dengan artis yang diminati, lagu pujaan mereka kalah hanya disebabkan oleh

tumbuk rusuk ni, kongsi.. duit kopi, atau apa2 istilah .... malah dalam pantun
pun kita buat macam... tema-tema rasuah tetapi tidak secara direct,..”

2 Bidalan Analisis: AFY memasukkan bidalan dalam pantun/ puisi bertujuan
menggambarkan seseorang yang berusaha mencari ilmu, akan
memperolehinya.

60

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

3 Perumpamaan AFY juga menggunakan kata bidalan untuk mencantikkan puisi diciptanya.
4 Metafora T4D1S5.4:
dagang-dagang kota Melaka,
5 Simile burung nuri dari Makasar,
sekira tuah juga nya ada,
tak kan lari gunung dikejar

nak melentur buluh biarlah dari rebungnya,

Analisis: AFY memasukkan unsur peribahasa perumpamaan untuk
menjadikan pantun dalam puisi lebih puitis. AFY cuba membandingkan ilmu
umpama cahaya yang menjadi penerang kepada kehidupan manusia.
T4D1S5.7
Burung jelatik burung jeladan,
Sama-sama terbang ke rawa,
Sama cantik samalah padan,
bagai ilmu dengan cahaya,

Analisis: AFY menggunakan metafora dalam puisi iaitu akal budaya dan teguh
batu (teguh bak tungku) AFY berharap orang ramai dapat merenung dan
mengambil panduan daripada adab dan budaya untuk disepadukan sebagai
ilmu yang akan melindungi masyarakat. Pantun dalam puisi ini sekali lagi
digunakan oleh AFY ketika bertugas sebagai pengacara ketika mengndali
pertandingan muzik lagu Irama Malaysia, namun ayat terakhir diubah
daripada “Digarhayu teguh batu,” kepada “digarhayukan teguh bak tungku”

T4D1S5.2
Akal budaya untuk direnung,
Moga berpadu sebagai ilmu,
Panji ia laksana payung,
Digarhayu teguh batu,

T4D5S1
“akal budaya untuk direnung,
moga berpadu sebagai ilmu,
panjikan ia semua payung,
digarhayukan teguh bak tungku,

Analisis: Kata-kata puitis yang diucapkan sebelum mendeklamasi puisi
bertajuk HANCUR di awal permulaan program. Semile ini diucapkan untuk
menunjukkan rasa rendah diri AFY bahawa puisi yang bakal
dipersembahkannya tidaklah terlalu hebat dan tidak terlalu teruk.
T4D1S3:
Bukanlah sengsara hancur,
Tidak juga merdu seperti tekukur,
Tidak juga seperti kerbau di lumpur,
Cuma sesuai menjadi teman tidur.

Analisis: AFY menggunakan perbandingan simile untuk menunjukkan panji
umpama payung yang melindungi masyarakat
T4D1S5.2:
Akal budaya untuk direnung,

61

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Moga berpadu sebagai ilmu,
Panji ia laksana payung,
Digarhayu teguh batu,

T4D1S5.9:
kalau ilmu panjang sejengkal,
lautan wawasan lunaskah dihisab,
kalau ilmu sekangkang kera,
mahligai gemilang bisakah terbina,

Analisis: AFY menggunakan simile untuk membuat perbandingan tentang

akibat yang akan berlaku jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu. Beliau
membandingkan ilmu yang sedikit dan mudah hilang dengan “sekangkang
kera’, ‘panjang sejengkal’, ‘kulit bawang’, ‘setampuk pinang’.

T4D1S5.10:

kalau ilmu senipis kulit bawang,

ditiup angin ke mana melayang,

kalau ilmu setampuk pinang,

lembah dunia mampukah ditawan,

6 Personafikasi Analisis: AFY juga telah membuat rakaman selfi di sebuah restoran bersama

sahabatnya sambil memberi kata-kata puitis secara spontan. Rakaman spontan
ini membuktikan AFY sentiasa menggunakan kata-kata puitis dan Bahasa

Melayu Tinggi dalam perbualan hariannya.
T4D8S1

... dalam bab menutup aib..:jadilah seperti malam gelap, kelam, tersembunyi
dan tak terluah”... “ dalam bab kasih sayang jadilah seperti matahari, sentiasa
bersinar tak pilih siapa untuk disinari”

Analisis: Personifikasi untuk menggambarkan karya-karya puisi yang
dihasilkan dan dipersembahkan haruslah mempunyai tujuan yang baik supaya

kekal bermanfaat. AFY membandingkan karya dengan sifat-sifat baik manusia
seperti luhur dan jujur, serta sifat buruk manusia yang diperguna untuk tujuan
jahat seperti ‘dilacur’.

T4D1S5.1:
Karya yang masyhur tidak akan hancur,

Karya yang luhur tidak akan lebur,
Karya yang jujur tidak akan terkubur,
Karya yang dilacur itulah yang akan hancur,

Personifikasi untuk menggambarkan pantun mempunyai kata-kata nasihat dan
panduan hidup. Perkataan ‘bicara’ sebenarnya perbuatan manusia yang
diberikan kepada pantun.
T4D1S5.3
Minta tahu diberi tahu,
Dalam daun ada bidara,
Minta bantu diberi bantu,
Dalam pantun ada bicara,

Analisis: AFY yang bertugas sebagai pengacara majlis masih mampu

menggunakan bahasa tinggi iaitu personifikasi walaupun bukan dalam puisi

yang dideklamasikan. Frasa lambaian kaabah yang digunakan

62

7 Hiperbola Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
8 Anafora Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

menggambarkan musim haji yang semakin dekat ketika majlis ini
dilangsungkan.
T4D1S5.13:
pihak..... yang merancakkan laman puisi di musim-musim indah menjelang
lambaian kaabah kita selamkan puisi yang mengajarkan satu unsur rohani
dan juga menggapai jiwa menyelusuri ilmu dan juga menyemarak kreativiti.

Afy Telah Menggunakan Personifikasi Dalam Pantunnya Bagi
Menggambarkan Perasaan Sayang Menyayangi Yang Mula Menyerap
Dihati Seseorang Jika Hati-Hati Yang Datang Dari Perbagai Tempat

Dan Bertemu Di Program Ini.

T4d2s2:
Dari Lah Mana Burung Dewata,

Dari Mekah Rantai Ke Bumi,
Dari Mana Berkalung Cinta,
Dari Mata Turun Ke Hati,

Analisis: AFY menggunakan hiperbola untuk mempersoalkan orang yang
mempunyai ilmu yang terhad tidak akan berjaya mencapai apa yang dicita-
citakan.
T4D1S5.2
Kalau ilmu panjang sejengkal,
Lautan wawasan lunaskah dihisab,
Kalau ilmu sekangkang kera,
Mahligai gemilang bisakah terbina,
AFY menggunakan frasa ‘di ranjang kematian’ untuk menggambarkan saat
kehancuran dan penamat akan berlaku kepada perkembangan ilmu dan budaya
menerusi puisi Melayu jika kita dilalaikan oleh kesenangan dan kemewahan
dan menganggap puisi tidak penting kepada perkembangan kemajuan.
T4D1S5.12
Kemasyhuran dan juga kekayaan bukanlah jaminan selesa untuk kita
berbaring selesa di ranjang kematian

AFY menggunakan frasa jalan-jalan menuju ke syurga ketika
mempromosikan tema gaaleri ilmu untuk pesta buku terbitan syarikat Galeri
ilmu Sdn. Bhd.
T4D7S4:
“tema galeri ilmu untuk pesta buku kali ini ialah tentang discovery jannnah
iaitu untuk kita menerokai jalan-jalan menuju ke syurga.

Analisis: Pengulangan kata hadapan ayat untuk menegaskan bahawa puisi
yang bakal dideklamasikan adalah sederhana sahaja, tidaklah terlalu merdu
dan terlalu teruk.
T4D1S3:
Bukanlah sengsara hancur,
Tidak juga merdu seperti tekukur,
Tidak juga seperti kerbau di lumpur,
Cuma sesuai menjadi teman tidur.

63

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Anafora bagi perkataan minta dan dalam, dalam puisi bertujuan menjadikan
pantun yang digunakan dalam puisi melahirkan bunyi pengulangan yang puitis
dan indah.
T4D1S5.3:
minta tahu diberi tahu,
dalam daun ada bidara,
minta bantu diberi bantu,
dalam pantun ada bicara,

Unsur anafora yang digunakan dalam puisi ialah kalau ilmu dan mungkin ada
yang diulang hingga lima kali untuk menggambarkan ilmu ada di mana-mana.
T4D1S5.10:
kalau ilmu senipis kulit bawang,
ditiup angin ke mana melayang,
kalau ilmu setampuk pinang,
lembah dunia mampukah ditawan, - metafora
ayuhlah kita berkejar-kejaran, terus berkejar-kejaran
dan jika berkejar-kejaran kerana ilmu ada dipondok yang buruk,
mungkin ada dipuncak menara,
mungkin ada dilantai rumbia,
mungkin ada ditiang seri,
mungkin ada dicelah rembulan,
mungkin ada di tanah seberang,

AFY menyampaikan pantun ketika mempromosikan program 1000 Jiwa 1
Hati. Pantun ini diucapkan bertujuan untuk menarik penonton supaya datang
ke program tersebut, kerana program ini akan menyambung silaturrahim
antara hadirin.

T4D2S2

Dari Mana Burung Dewata,
Dari Meka Rantai Ke Bumi,
Dari Mana Berkalung Cinta,
Dari Mata Turun Ke Hati,

AFY memberikan kata-kata nasihat kepada pendengar di stesen Radio MACC
FM. Beliau mem beri amaran supaya jangan mengambil rasuah kerana
kesalahan rasuah akan sentiasa membayangi kehidupan seseorang hingga
menjadikan hidup tidak tenang hingga keakhir hayat.

T4D6S1
“jagalah integriti, jagalah rezeki, kerana ia akan memburumu sehinggalah

nafasmu yang terakhir, saya anti rasuah, jangan hulur, jangan counting,
jangan settle, dengarkan MACC fm my Anti Corruption Chennel untuk anda”

9 Rima Analisis: AFY menggunakan pantun dalam puisi yang dideklamasi bertujuan
menambahkan keindahan puisi. Paling ketara dalam puisi beliau ialah
menggunakan rima akhir aaa, aaaa dan abab seperti contoh di bawah;

T4D1S5.1:
Bukanlah sengsara hancur,
Tidak juga merdu seperti tekukur,

64

10 Asonansi Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
11 Repitasi Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Tidak juga seperti kerbau di lumpur,
Cuma sesuai menjadi teman tidur.

- Rima akhir rrrr.

T4D1S5.3:
minta tahu diberi tahu,
dalam daun ada bidara,
minta bantu diberi bantu,
dalam pantun ada bicara,

T4D1S5.4:
dagang-dagang kota Melaka,
burung nuri dari Makasar,
sekira tuah juga nya ada,
tak kan lari gunung dikejar,

T4D1S5.8:
Kapal dagang turunkan sauh,
Sarat berisi si buah pinang,
Bila terkenang ilmu menjauh,
Air mata jatuh berlinang,

- Rima akhir abab (rangkap pantun dalam puisi)

Rima akhir rrr jiga digunakan kepada ayat yang bukan pantun.
T4D1S4:
Terimalah puisi dari saya bertajuk Hancur, karya yang luhur, tidak akan luntur

Analisis: AFY gemar menggunakan unsur asonansi yang dapat menjadikan
puisi atau pantun yang diciptanya mempunyai bunyi yang menarik seperti
contoh satu rangkap puisinya yang bertajuk Hancur. Dalam rangkap ini huruf
‘a’ digunakan untuk melahirkan bunyi yang hampir senada.
T4D1S5.3:
minta tahu diberi tahu,
dalam daun ada bidara,
minta bantu diberi bantu,
dalam pantun ada bicara,

T4D1S5.4:
dagang-dagang kota Melaka,
burung nuri dari Makasar,
sekira tuah juga nya ada,
tak kan lari gunung dikejar,

Analisis: AFY menggunakan unsur repitasi untuk kata alu-aluan yang
diucapkan di permulaan ucapan sebagai pengacara di atas pentas sebelum
mendeklamasi sebuah puisi bagi menggambarkan keindahan dan keberkatan
malam program puisi Riong ITNM. Pengulangan kata yang sama dalam ayat
yang sama bertujuan memberi penegasan terhadap apa yang cuba
disampaikan.
T4D1S4 :
Sebagai permulaan di malam yang serba indah ini di malam jumaat yang serba
berkat ini, terimalah sebuah puisi dari saya yang bertajuk hancur,

65

12 Responsi Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
13 Sinkof Jilid1
14 Paradoks
ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Repitasi digunakan iaitu perkataan tahu dan bantu dalam puisi yang
mengandungi pantun bertujuan melahirkan bunyi yang indah. Begitu juga
perkataan ‘burung’ dan ‘sama’, digunakan dalam pantun yang dimasukkan
dalam puisi seperti di bawah.

T4D1S4.3:
minta tahu diberi tahu,
dalam daun ada bidara,
minta bantu diberi bantu,
dalam pantun ada bicara,

T4D1S5.7:
Burung jelatik burung jeladan,
Sama-sama terbang ke rawa,
Sama cantik samalah padan,
Bagai ilmu dengan cahaya,

Analisis: Responsi iaitu pengulangan di tengah-tengah ayat digunakan dalam
puisi AFY untuk membayangkan bahawa ilmu harus dikejar iaitu dipelajari
dengan bersungguh-sunguh.
T4D1S5.11:
ayuhlah kita berkejar-kejaran, terus berkejar-kejaran
dan jika berkejar-kejaran kerana ilmu ada dipondok yang buruk,

Analisis: AFY menggunakan unsur sinkof bagi perkataan tak (tidak), mu
(kamu), nak (hendak), dan dah (sudah) digunakan dalam puisi beliau.
T4D1S5.4:
tak kan lari gunung dikejar,
tegak dan rencung mana arah mu,

T4D1S5.6:
nak melentur buluh biarlah dari rebungnya,
dah keras kematu entah ke mana arahnya

Analisis: AFY suka menggunakan unsur paradoks untuk menggambarkan dua
elemen serentak dalam mesej yang disampaikan. Ketika disoal oleh Ally
Iskandar tentang generasi muda yang dikatakan semakin hilang semangat
petriotisme. Beliau menjawab soalan tersebut dengan menggunakan bahasa
kiasan yang digabungkan dengan unsur paradoks. Beliau berpendapat belia-
belia selepas merdeka masih teguh semangat patriotisme. Contoh paradoks
yang digunakan seperti berikut;

T4D3S1:
“Tidak benar apa yang diduga, biar pun alah bergema, saiz belia-belia pasca
merdeka, masih lagi teguh berdiri disini, menikam dengan pantun,
menyanggah dengan senyum, marahnya dengan diam, merendah bukan
menyembah, meninggi bukan melonjak, menjunjung aspirasi watan”

66

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

15 Imej alam dan Analisis: AFY gemar menggunakan imej alam dalam karya-karya puisi.

haiwan Penggunaan alam dan haiwan ini dapat memberi kesegaran, keaslian dan

keindahan puisi. Perbandingan seumpama ini menunjukkan jiwa beliau begitu

dekat dengan alam. Membandingkan fungsi alam dengan maksud yang cuba

disampaikan membawa pendengar untuk menghayati suasana sebenar alam

dengan mesej puisi.

T4D1S3:
Bukanlah sengsara hancur,
Tidak juga merdu seperti tekukur,
Tidak juga seperti kerbau di lumpur,
Cuma sesuai menjadi teman tidur.

T4D1S5.3:
dalam daun ada bidara,

T4D1S5.4:
burung nuri dari Makasar,

T4D1S5.7:
burung jelatik burung jeladan,
sama-sama terbang ke rawa,

T4D1S5.11:
mungkin ada dipuncak menara,
mungkin ada dilantai rumbia,
mungkin ada ditiang seri,
mungkin ada dicelah rembulan,
mungkin ada di tanah seberang,

16 Bahasa Pinjaman Analisis: AFY juga sering menggunakan bahasa pinjaman Bahasa Arab

- Arab T4D1S5.11:

Cuma ilmu menjadi hakikat yang pasti untuk disemai dan dijulanglah ke alam

ukhrawi.

T4D1S5.6:
difardhukan setiap umat,

b. Perkaitan Kemahiran Bertutur KSBM dengan Malim Bahasa
Kemahiran bertutur merupakan satu cara utama manusia berkomunikasi. Bertutur melibatkan perbuatan
melafazkan bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai
artikulator untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di samping penghasilan bunyi bahasa,
seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertertutur bagi
menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda. Unsur-
unsur ilmu linguistik yang dinamakan “suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting
dalam lisan.

Pada tahap lima, aras satu, penutur berupaya untuk mengenal pasti sesuatu situasi dengan
menggunakan variasi bahasa yang sesuai dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan. Pada aras dua
pula, penutur berupaya untuk menjelaskan sesuatu situasi dengan menggunakan variasi bahasa yang

67

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

sesuai dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan. Sementara, pada aras tiga pula penutur berupaya
untuk mengolah sesuatu situasi dengan menggunakan variasi bahasa yang sesuai dan berbudaya secara
santun, fasih, dan spontan. Manakala, pada aras keempat pula, penutur berupaya untuk untuk mengolah
sesuatu situasi dengan menggunakan variasi bahasa yang sesuai dan berbudaya secara santun, fasih,
dan spontan. Pada aras lima pula, penutur berupaya untuk membuat penilaian terhadap sesuatu situasi
dengan menggunakan variasi bahasa yang sesuai dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan.
Akhirnya, pada aras enam, penutur berupaya untuk mereka cipta sesuatu situasi dengan menggunakan
variasi bahasa yang sesuai dan berbudaya secara santun, fasih, dan spontan.

Pada tahap enam aras satu, penutur berupaya untuk memerihalkan isu yang kompleks dengan
mudah dan mahir menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya. Pada aras dua pula, penutur
berupaya untuk menjelaskan isu yang kompleks dengan mudah dan mahir menggunakan bahasa Melayu
tinggi dan berbudaya ketika bertutur. Sementara, pada aras tiga, penutur berupaya untuk
menghubungkaitkan isu yang kompleks dengan mudah dan mahir menggunakan bahasa Melayu tinggi
dan berbudaya ketika bertutur. Manakala, pada aras empat, penutur berupaya untuk membuat analisis
isu yang kompleks dengan mudah dan mahir menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya ketika
bertutur. Pada aras lima, penutur berupaya merumus dan menyokong isu yang kompleks dengan mudah
dan mahir menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya ketika bertutur. Akhirnya, pada aras
enam, penutur berupaya merumus dan menyokong isu yang kompleks dengan mudah dan mahir
menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya ketika bertutur.

Berdasarkan huraian tahap lima dan enam, penutur perlu berupaya, menggunakan bahasa
berbudaya dalam lisan mereka. Kesemua sampel kajian telah membuktikan bahawa mereka berada pada
tahap lima dan enam kerana mereka telah menggunakan bahasa berbudaya dalam ceramah atau
pengacaraan yang mereka lakukan. Bahasa berbudaya yang mereka gunakan bukan sekadar
menggunakan stilistik seperti simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah atau dengan istilah
stilistik yang dibumbui metafora, simile, personifikasi, depersonifiksi, hiperbola, anafora, rima,
asonansi, aliterasi dan yang lain-lain sahaja. Namun, mereka mampu menggunakan bahasa akliah,
bahasa ilmu, bahasa yang merentas segala ranah sistem sosial masyarakat atau bangsanya, bahasa
tinggi, bahasa supra dan bahasa estetik.

c. Implikasi Kajian

Kajian ini membuktikan bahawa kategori malim bahasa dalam Kaerangka Standard Bahasa Melayu
(KSBM) mampu dicapai oleh AFY. Kajian ini membuktikan bahawa AFY mampu menggunakan
bahasa berbudaya semasa menyampaikan ceramah atau mengendalikan sesi tugasan mereka. Kebolehan
penutur bahasa Melayu menggunakan bahasa berbudaya dalam kemahiran bertutur AFY membolehkan
beliau berada pada tahap lima dan enam dalam KSBM. Ini membuktikan personaliti televisyen yang
popular dan sering terlibat dengan program pengacaraan, temubual, bidang penulisan skrip lagu dan
buku berupaya mencapai tahap Malim Bahasa iaitu cekap dan sangat cekap.

68

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Rajah 2: Klasifikasi Kategori Pengguna
Cadangan Kajian Lanjutan
1. Kajian bahasa berbudaya ini dicadangkan agar diteruskan ke atas sampel yang lebih luas dan
menyeluruh untuk melihat sejauh mana tahap penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat
berdasarkan KSBM.
2. Melaksanakan kajian ke atas penggunaan bahasa berbudaya dalam kalangan pengguna bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua seperti kaum Cina, India, Kadazan, Iban, dan lain-lain.
3. Melaksanakan kajian penggunaan dialek dalam kalangan masyarakat pedalaman untuk untuk
membandingkan tahap kecekapan penggunaan bahasa Melayu standard yang digunakan ketika bertutur
dengan orang luar dialek.
RUJUKAN
A. Chaedar Alwasilah. (2002). Pokoknya Kualitatif Dasar-dasar merancang dan melakukan penelitian

kualitatif. Jakarta: PT Dunia Pustaka Jaya & Pusat Studi Sunda.
Awang Sariyan. (1986). “Bahasa Melayu tinggi ditinjau dari sudut sintaksis”. dalam Bahasa Melayu

tinggi teori dan penerapan oleh Nik Safiah Karim (Editor). Kuala Lumpur: Kuala Lumpur:
Penerbitan Persatuan Linguistik Malaysia.
Awang Sariyan. (2011). Proses dan Strategi Pembudayaan Bahasa Melayu sebagai Tonggak Tamadun
dalam Kembara Bahasa, 5 Nov. 2011.
Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H.H. (2012). How to design and evaluate research in education
(8th ed.). New York: Mc Grwa Hill.
Masinambouw, E.K.M. (1985). Struktur Bahasa sebagai Cermin Pandangan Hidup. Jakarta.

69

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Mohd Zamri Mohd Akhir, Johari Harun, Nazri A. Bakar, Md Zaini Md Yusof (2018). Tahap kemahiran
bertutur guru pelatih dalam pengajaran berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mason, J. (2002). Qualitative Researching. London: SAGE Publication, Inc.
Maxwell, J.A. (2008). Designing A Qualitative Study. Dalam Bickman L. & Rog, D.J., The SAGE

Handbook of Applied Social Research Methods (hlm.214-253). California: SAGE Publications
Inc.
Noraini Idris. (2010). Persampelan dalam Noraini Idris, Penyelidikan dalam pendidikan (hlm. 111-134).
Kuala Lumpur: Mc Grwa Hill Education.
Risager, Karen. (2005). Languaculture as a Key Concept in Language and Culture Teaching. In B.
Preisler, A. Fabricius, H. Haberland, S. Kjærbeck, & K. Risager (Eds.), The Consequences of
Mobility: Linguistic and Sociocultural Contact Zones Roskilde, Denmark: Roskilde
Universitet.
Shamsuddin Othman, Sbdul Rasid Jamian, Azhar Md. Sabil, Tajularipin Sulaiman, Rosmarian Omar.
(2018). Kemahiran bertutur bakal guru Bahasa Melayu berasaskan Kerangka Standard
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tengku Sepora Tengku Mahadi. (2012). Language and Cultere dalam International Journal of
Humanities and Socoal Science. Vol. 2, No. 17, September 2012, 230-235.
https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/bahasa-
berbudaya-apakah-ertinya/
http://suhaimiibrahim.blogspot.com/2012/09/konsep-dan-takrif-bahasa.html/26/10/201

70

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

BUDAYA MEMBACA, SIKAP DAN KECENDERUNGAN PILIHAN BAHAN
BACAAN WARGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU
DALAM ERA DIGITAL

Juliana Osong (PhD)1 ([email protected])
Norafidah Noralidin (PhD)2 ([email protected])
Noorwainie Yakub3 ([email protected])
Rajim@Mohd Saifulloh Latif4 ([email protected])

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu Sabah

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau budaya membaca, sikap dan kecenderungan pilihan bahan bacaan
warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam era digital. Pendekatan kajian adalah kuantitatif dengan
reka bentuk bukan eksperimen. Pemilihan reka bentuk tinjauan dipilih kerana mengambil kira taburan
geografi Institut Pengidikan Guru dan 27 kampus yang terletak di seluruh Malaysia yang mencakupi
enam zon yang luas. Responden kajian dipilih secara pensampelan rawak mudah bagi memastikan
semua warga berpeluang untuk menjadi responden. Seramai 1,112 warga IPG telah mengambil
bahagian dalam kajian ini. Instrumen soal selidik kajian diambil daripada instrumen soal selidik
Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan ditadbir
menggunakan google form bagi memudahkan maklum balas daripada responden dikutip dengan mudah
dan cepat dan seterusnya dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa (i) tahap budaya membaca
warga IPG adalah pada tahap tinggi (ii) warga IPG menunjukkan sikap sangat positif terhadap aktiviti
membaca; dan (iii) bahan bacaan yang menjadi pilihan warga IPG ialah bahan ilmiah dan fiksyen
dalam bentuk digital berbanding bahan bercetak. Kajian ini dapat memberi maklumat autentik
mengenai budaya membaca, sikap dan kecenderungan pilihan bahan bacaan warga IPG. Data yang
dikutip diharap membolehkan IPG membuat tindak susul yang dapat menyokong usaha Malaysia untuk
menjadi negara membaca selaras dengan Kota Membaca yang dianugerahkan kepada Bandaraya
Kuala Lumpur bagi tahun 2020.

Kata kunci: Budaya membaca, Sikap, Kecenderungan, Pemimpin Institusi, Pensyarah, Pelajar Guru

PENGENALAN

Budaya membaca merujuk kepada perbuatan membaca sebagai satu kebiasaan atau kelaziman dalam
kehidupan seseorang (Dewan Bahasa & Pustaka, 2010). Ini bermakna masyarakat yang menjadikan
budaya membaca sebagai salah satu aktiviti dalam kehidupan seharian sentiasa membaca sebarang
sumber dan bahan maklumat sebagai amalan mahu pun berkala pada kadar yang tinggi. Wahyu pertama
yang diturunkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad SAW menekankan kepentingan membaca,
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), ia
menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang
mengajar manusia melalui pena dan tulisan Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (Al-
'Alaq 96: 1-5). Hal ini mengukuhkan lagi fakta tentang kepentingan membaca dan ianya merupakan
titik permulaan pembelajaran dan jelajah ilmu para cendekiawan dan ahli falsafah dunia barat mahupun
timur, klasik mahupun moden.

71

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Manakala era digital (zaman media baru) pula didefinisikan oleh kamus Collins sebagai "masa di mana
sejumlah besar maklumat tersedia untuk dicapai oleh ramai orang dengan sebahagian besarnya melalui
teknologi komputer". Zaman Maklumat bermula sekitar tahun 1970an sehingga sekarang. Ia melalui
beberapa peringkat, iaitu Zaman Komputer, Era Digital. Kriteria era digital adalah penggunaan data
untuk membuat keputusan dengan lebih baik dan cepat, menyerahkan pembuatan keputusan kepada
kumpulan kecil dan peningkatan kecekapan bagi kerja-kerja yang berulang. Istilah dunia digital sering
kali digunakan ketika menentukan kewarganegaraan, kefasihan digital, dan literasi digital. Ianya juga
menunjukkan ketersediaan dalam penggunaan alat digital untuk berkomunikasi di internet, peranti
digital, peranti pintar dan teknologi lain (Miftachul Huda., et al., 2020).

Membaca buku mampu membuahkan ilham pemikiran kritis dan dapat mempengaruhi manusia dalam
bidang politik, falsafah serta sosio-ekonomi negara. Beberapa peristiwa silam menyaksikan kehebatan
buku seperti apa yang berlaku di Jerman di mana segolongan mahasiswa di bawah rejim Nazi telah
melancarkan ‘Biblioclasm’ bagi menghapuskan buku-buku yang bersifat ‘anti-Jerman’. Pemerintah
China telah membakar buku-buku yang berunsurkan Confuscian bagi menghapuskan ajarannya yang
semakin meluas dalam kalangan penduduk China dan Tentera Mongol telah memusnahkan
Perpustakaan Agung Baitul Hikmah yang kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan semasa penaklukan
Kota Baghdad. Buku sangat berkuasa dan berpengaruh sehinggakan Napoleon Bonaparte pernah
berkata, ‘Aku lebih takut dengan empat orang penulis daripada 1,000 senapang’ (Anas Alam Faizli.,
2016). Peristiwa-peristiwa di atas menjelaskan peranan penting buku dalam mencipta dan merangsang
perkembangan ilmiah dan seterusnya tamadun manusia. Pemusnahan buku menjadi salah satu
instrumen utama menguburkan pengaruh sesebuah idealisme, corak pemikiran, ideologi, ataupun
budaya oleh rejim yang berkuasa.

Latar Belakang kajian

Pada masa ini, Malaysia sering kali dirujuk sebagai negara yang rakyatnya paling kurang membaca
(bercetak atau digital) dengan literatur yang menunjukkan rakyatnya hanya memperuntukkan tiga jam
seminggu untuk aktiviti membaca. Kajian ini selari dengan kajian Shameem Ahmed (2016), ke atas 314
orang pelajar Sarjana Muda yang mengikuti kursus English as Second Language (ESL) di Universiti
Awam di Malaysia (UMSKAL) melaporkan separuh daripada responden 58.6% menghabiskan purata
1-2 jam sehari untuk membaca buku akademik. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar banyak
menggunakan bahan digital seperti ebooks, ejournal dan majoriti pelajar lebih suka membaca dalam
Bahasa Melayu (62.7%) berbanding dalam Bahasa Inggeris (18.5%).

Statistik terbaharu oleh NOP World Culture Score Index menunjukkan bahawa India merupakan negara
yang paling banyak menghabiskan masa dengan membaca, iaitu melebihi 10 jam seminggu. Diikuti
dengan Thailand dan China yang rata-ratanya membaca selama 8 hingga 9 jam seminggu. Realiti yang
agak menyedihkan ialah Malaysia tidak termasuk dalam senarai NOP World Culture Score Index kerana
jumlah masa membaca yang diperuntukkan oleh rakyat Malaysia tidak melebihi 3 jam seminggu
(Maszlee Malik, 2018).

Berdasarkan statistik daripada Dewan Bahasa Pustaka pada tahun 1997 purata rakyat Malaysia hanya
membaca sehelai muka surat buku dalam setahun dan pada tahun 2002, meningkat kepada dua muka
surat buku setahun (Salim Mohd Zain., 2019). Manakala kajian profil membaca rakyat Malaysia yang
dilakukan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 2005 menunjukkan rakyat Malaysia hanya
membaca purata dua naskhah buku dalam setahun, meningkat kepada 15 buah naskah buku setahun
(PNB, 2014). Jumlah ini masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah naskah yang dibaca oleh rakyat
di negara maju seperti Korea, iaitu sebanyak 40 buah naskah buku setahun. Persoalan ini juga agak
bercanggah dengan laporan kadar celik huruf rakyat Malaysia adalah sebanyak 94.94 peratus
(UNESCO., 2013). Secara relatifnya jumlah naskah buku yang dibaca dalam tempoh setahun dengan

72

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

kadar literasi rakyat Malaysia yang masih jauh ketinggalan. Laporan kajian yang dilaksanakan oleh
Central Connecticut State University (CCSU) di New Britain pada tahun 2016 meletakkan Malaysia
pada tangga ke-53. Kajian ini menganalisis tentang tahap literasi di lebih 60 buah negara di dunia,
mendapati negara-negara Nordic (Finland, Norway, Iceland, Denmark, and Sweden,) merupakan lima
negara yang paling tinggi kadar celik hurufnya di dunia, manakala Amerika Syarikat dan Kanada
masing-masing berada di kedudukan ke-7 dan ke-11 (Central Connecticut State University, 2016).

Selain daripada jam membaca dan jumlah naskah buku yang dibaca, bahan bacaan yang dibaca pula
merupakan bahan bacaan santai seperti komik, majalah dan akhbar. Statistik ini menunjukkan bahawa
dalam tempoh 1997 hingga 2015 tidak banyak perubahan yang berlaku terhadap tabiat membaca dalam
kalangan rakyat Malaysia berbanding dengan negara maju di dunia. Jika Malaysia ingin berada dalam
kalangan negara maju di dunia dalam tempoh terdekat ini, maka Malaysia perlu berbuat sesuatu yang
drastik untuk meletakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Pemilihan UNESCO ke
atas Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan “Kuala Lumpur Baca” (Caring
Through Reading) perlu menjadi titik tolak bagi segala usaha pembudayaan membaca dalam kalangan
rakyat Malaysia di semua peringkat. Hal ini juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan
negara ini sebagai negara membaca pada tahun 2030 (Maszlee Malik., 2019). Sebagai Ibu kota buku
dunia, Malaysia perlu berusaha keras untuk mempromosikan buku dan pembacaan serta menganjurkan
aktiviti sepanjang tahun. Malaysia telah melancarkan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK)
pada 13 Disember 2018 dan tahun sambutan akan bermula pada 23 April 2020, iaitu pada Hari Buku
dan Hak Cipta Sedunia. Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik berkata, kerajaan
menyasarkan penerbitan negara untuk mencapai 31,700 judul setahun menjelang tahun 2020
berbanding 19,713 judul tahun 2017 (Maszlee Malik., Malaysia Negara Membaca 2030: Dekad
Membaca Kebangsaan, 2018).

Teori Kajian

Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah Theory of Planned Behaviour (TPB), yang mencakupi
tiga perkara utama sebagai intipati konstruk TPB (Ajzen, 1991) iaitu;
a. Sikap terhadap tingkah laku membaca sama ada positif atau negatif.
b. Tekanan sosial (norma subjektif) untuk membaca atau tidak.
c. Tahap kawalan tingkahlaku yang diterima sama ada aktiviti membaca itu mudah atau sukar dengan

mengambil kira pengalaman dan halangan yang dijangka.

Rajah 1: Model of Reading Attitude Acquisition (Mckenna, Kear & Ellsworth, 1995)

Penerimaan individu ke atas aktiviti membaca adalah berdasarkan kepercayaan mereka terhadap aktiviti
membaca, implikasi yang membawa manafaat dan pengalaman mereka dalam membaca mewakili sikap
mereka terhadap membaca (McKenna & Kear, 1990; Mckenna, Kear, & Ellsworth, 1995; Allen, 2014).
Dapatan ini selari dengan teori tingkah laku terancang oleh (Ajzen, 1991). Clark & Rumbold (2006)
menyatakan sikap membaca merujuk kepada perasaan dan kepercayaan seseorang yang meghormati
perbuatan membaca, minat membaca merujuk kepada kecenderungan pilihan genre, tajuk, konteks dan

73

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

bentuk bahan bacaan manakala motivasi merupakan dorongan dalaman yang menyebabkan seseorang
membaca. Kajian juga menunjukkan bahawa motivasi membaca berkurangan dengan peningkatan umur
terutama apabila sikap seseorang itu terhadap aktiviti membaca kurang positif (Mckenna, Kear, &
Ellsworth, 1995). Kanak-kanak yang tidak suka membaca semasa kecil tidak akan menyukai aktiviti
membaca semasa dewasa. Beberapa kajian mendapati kanak-kanak yang memerhatikan ibubapanya
membaca akan menganggap aktiviti membaca sebagai berharga dan bermanafaat (Csikszentmihalyi,
1991), kanak-kanak yang melihat ibubapa yang membaca sebagai hobi dan hiburan akan termotivasi
secara dalaman untuk membaca (Baker, Serpell, & Sonnenschein, 1995; Baker & Scher, 2002), dan
akan terus membaca di rumah kerana buku dan membaca bernilai kepadanya (Baker & Scher, 2002).

Pernyataan Masalah

Malaysia didakwa sebagai negara paling kurang membaca di mana NOP World Culture Score Index
melaporkan bahawa rakyat Malaysia hanya memperuntukkan tiga jam seminggu untuk aktiviti
membaca. Namun laporan kajian yang dilaksanakan oleh Syarikat Polish e-commerce (Picodi),
menunjukkan Malaysia menduduki tempat keenam di dunia sebagai negara yang mempunyai
perbelanjaan yang tinggi dalam pembelian buku, mengatasi United Kingdom, Finland dan Thailand.
Dapatan ini menunjukkan satu pertentangan antara jam membaca dengan perbelanjaan pembelian buku
yang tinggi.

Persoalan yang timbul ialah apabila laporan kajian yang dilaksanakan oleh Syarikat Polish e-commerce
(Picodi), menunjukkan Malaysia menduduki tempat keenam di dunia sebagai negara
yang mempunyai perbelanjaan yang tinggi dalam pembelian buku, mengatasi United Kingdom, Finland
dan Thailand tetapi tidak tersenarai dalam NOP World Culture Score Index kerana jumlah jam membaca
yang didakwa terlalu sedikit. Dapatan ini menunjukkan satu pertentangan antara jam membaca dengan
perbelanjaan pembelian buku yang tinggi. Persoalannya adakah rakyat Malaysia hanya membeli buku
untuk disimpan dan tidak membacanya? Kenapa perlu membelanjakan wang yang banyak untuk
membeli buku jika tidak mahu membaca buku berkenaan?

Isu kedua mengenai Laporan kadar celik huruf rakyat Malaysia adalah sebanyak 94.94 peratus
(UNESCO, 2013). Secara bandingan peratusan kadar celik huruf rakyat Malaysia dengan jumlah naskah
buku yang dibaca dalam tempoh setahun menunjukkan kadar literasi rakyat yang masih jauh
ketinggalan. Laporan kajian yang dilaksanakan oleh Central Connecticut State University (CCSU) di
New Britain pada tahun 2016 meletakkan Malaysia hanya pada tangga ke-53 sahaja. Peserta yang
menyertai kajian terdiri daripada pelajar berusia 15 tahun dan ini tidak boleh mewakili rakyat Malaysia.
Ironinya juga, dengan kadar celik huruf hampir 95% Malaysia sepatutnya mampu membaca lebih
banyak jumlah naskah buku setahun.

Seterusnya mengenai Laporan interim tabiat membaca rakyat Malaysia (Perpustakaan Negara
Malaysia, 2014), menunjukkan jumlah buku dibaca sebanyak 15 naskhah setahun namun jumlah ini
masih rendah berbanding jumlah buku yang dibaca dalam tempoh setahun di negara maju. Manakala
bagi kumpulan pelajar di pusat pengajian tinggi di Malaysia dilaporkan hanya membaca empat buah
buku setahun berbanding pelajar di negara Brunei yang membaca 26 buku setahun dan dalam kalangan
pensyarah rata-rata dilaporkan hanya membaca 20 buah buku untuk tiga tahun pengajian (Dewan
Bahasa & Pustaka, 2010).

Laporan kajian lepas yang dibincangkan di atas menyebabkan pengkaji tertarik untuk meninjau budaya
membaca, sikap dan kecenderungan pilihan bahan bacaan warga Institut Pendidikan Guru sebagai
sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia. Dapatan kajian diharapkan membolehkan tindak susul yang
sewajarnya dilaksanakan bagi meningkatkan tahap membaca warga IPG, seterusnya rakyat Malaysia
(terutama buku yang bersifat ilmiah dan berkaitan dengan kemahiran masa depan), selaras dengan

74

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

penerimaan pengiktirafan UNESCO ke atas ‘Malaysia sebagai Kota Buku Dunia 2020’ yang membawa
slogan “Kuala Lumpur Baca” (Caring Through Reading). Hal ini juga selaras dengan hasrat kerajaan
untuk menjadikan negara ini sebagai negara membaca pada tahun 2030.
Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk meninjau budaya membaca dalam kalangan warga Institut Pendidikan
Guru dari kumpulan pelajar, pensyarah dan pengurusan tertinggi. Objektif khusus adalah;

a. Mengenal pasti tahap budaya membaca dalam kalangan warga Institut Pendidikan Guru
b. Mengenal pasti sikap warga Institut Pendidikan Guru terhadap aktiviti membaca
c. Mengenal pasti kecenderungan pilihan bahan bacaan dalam kalangan warga Institut Pendidikan

Guru

Soalan Kajian

Soalan yang cuba dijawab dalam kajian ini ialah;
a. Apakah tahap budaya membaca dalam kalangan warga Institut Pendidikan Guru?
b. Apakah sikap warga Institut Pendidikan Guru terhadap aktiviti membaca?
c. Apakah kecenderungan pilihan bahan bacaan dalam kalangan warga Institut Pendidikan Guru?

TINJAUAN LITERATUR

Budaya Membaca

Membaca ialah kaedah terpantas untuk memperolehi ilmu dan fakta. Melalui aktiviti membaca
seseorang tidak perlu bergerak jauh ke negara lain untuk mendapatkan pengetahuan mengenai negara
berkenaan. Membaca secara langsung dapat memperkukuhkan perbendaharaan kata dan penguasaan
linguistik seseorang. Selain perolehan ilmu, membaca memberikan kesan positif kepada kefasihan
berbicara, menambah fakta-fakta baru dan melengkapkan fakta sedia ada. Pengetahuan baru dan terkini
menjadikan pemikiran pembaca lebih kritis dalam menangani isu-isu semasa seperti kesedaran sivik,
sosial, ekonomi, politik, sejarah dan isu-isu berbangkit masa kini.

Manakala bagi mereka yang membaca untuk keseronokan, ianya membawa kepuasan hasil daripada
aktiviti berkenaan. Kategori pembaca yang sebegini biasanya melibatkan jenis bahan bacaan, bentuk
bahan bacaan, masa dan tempat membaca yang disukai, membaca untuk keseronokan adalah bentuk
permainan yang membolehkan kita mengalami dunia dan peranan lain dalam imaginasi kita. Membaca
menawarkan kaedah senaman minda yang berkesan. Ianya merupakan aktiviti yang lebih kompleks
daripada menonton televisyen, kerana membaca dapat memperkuat rangkaian dalam otak manusia serta
berupaya merangsang pembinaan rangkaian saraf yang baru. Hasilnya ialah penambahbaikan
konsentrasi minda serta dapat mengatasi masalah konsentrasi yang singkat. Buku juga mampu
membawa pembaca ke dimensi berbeza seterusnya melatih daya imaginasi kreatif serta perkembangan
emosi EQ pembaca. Dimensi lain ini membawa pembaca menerokai pengalaman maya yang mungkin
tidak dapat dirasai dalam kehidupan sehariannya, serta mencanangkan perspektif alternatif untuk
melihat dunia melalui kaca mata yang berbeza.

Selari dengan era digital, ramai melakukan pembacaan secara maya melalui peranti pintar daripada
pelbagai platform. Hal ini membolehkan rangsangan aspek psikologi, kognitif dan EQ pembaca melalui
aktiviti menterjemahkan tulisan yang dibaca kepada bentuk-bentuk imaginasi visual dan emosi tanpa
batasan. Pembacaan turut dipermudahkan dengan adanya Google dan platform digital lain, walaupun
tidak menawarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lengkap, namun ianya dapat memberikan
maklumat dengan pantas dan berkesan.

75

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Kajian Chall (1999), mendakwa terdapat satu hubungan rapat dan eksklusif di antara pendidikan dan
membaca. Ini bermakna seorang yang berpendidikan tinggi lebih mudah untuk lebih membaca dan
seseorang yang banyak membaca akan mudah ke arah berpendidikan tinggi. Jestru membaca
merupakan pemangkin dan memperkukuh pendidikan seseorang dan sebaliknya. Kajian empirikal juga
telah membuktikan bahawa kualiti hidup berkadar secara langsung dengan bilangan buku yang
dibaca. Secara purata golongan yang membaca sebuah buku seminggu atau 52 buku setahun didapati
mempunyai taraf kualiti kehidupan yang tinggi. Sebaliknya, golongan yang hanya membaca majalah
atau surat khabar dan kurang membaca secara amnya dilaporkan mempunyai kualiti kehidupan yang
rendah (Chall, 1999).

Dalam konteks pelajar pengajian tinggi di Malaysia, secara relatifnya dikatakan masih sangat jauh
ketinggalan dibandingkan negara lain. Sorotan Literatur menunjukkan bahawa jumlah buku yang dibaca
oleh pelajar Malaysia hanya sebanyak empat buah buku setahun, manakala dalam kalangan pensyarah
pula didapati rata-rata hanya membaca 20 buah buku untuk tiga tahun pengajian. Kadar ini jauh lebih
kecil berbanding dengan pelajar di negara seperti Australia ialah 180 buah buku, Indonesia 94 buah,
India 130 buah, Thailand 56 buah dan Brunei 26 buah buku (Berita Harian., 2017).

Dapatan kajian (Akabuike & Asika, 2012), menunjukkan tabiat membaca yang rendah dan sikap negatif
terhadap aktiviti membaca membawa implikasi ke atas prestasi pelajar yang tidak memuaskan. Perkara
ini disokong oleh Fatiloro, Oyekola, Hamees, & Oseni, (2017) yang mengesahkan bahawa tabiat
membaca yang baik meningkatkan prestasi akademik. Selain daripada itu, kebanyakan pelajar membaca
hanya untuk lulus dalam peperiksaan dan bukan untuk keseronokan atau untuk memperoleh
pengetahuan (Akabuike & Asika, 2012). Perkara yang sama dilaporkan oleh (Anand & Anand, 2015),
bahawa sebahagian besar reponden kajiannya ke atas 240 pelajar Kolej Sains Dharwad di India,
berminat untuk membaca untuk lulus dalam peperiksaan bagi tujuan untuk mendapatkan pekerjaan yang
baik. Namun responden juga menyatakan tujuan mereka membaca ialah untuk mendapatkan
pengetahuan baharu (79%), informasi semasa (60%) dan meningkatkan gaya hidup (68%).

Kajian juga mendapati hanya (39%) responden memperuntukkan tempoh dua ke empat jam untuk
membaca dan jumlah ini semakin menurun dengan peningkatan jam, iaitu hanya (7%) responden yang
meluangkan 8 jam ke atas untuk membaca (Anand & Anand, 2015). Thompson, Graham, & Marsham
(2017), pula melaporkan pelajar di Amerika menghabiskan purata 14.1 jam seminggu untuk membaca
bahan akademik. Walaupun ini lebih panjang daripada yang dicadangkan dalam kajian sebelumnya,
namun jumlah jam berkenaan masih jauh lebih rendah daripada jangkaan universiti (Thompson,
Graham, & Marsham, 2017). Di Malaysia, kajian Shahira Salim (2013), melaporkan amalan membaca
pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal Vokasional (PTV) di UTHM adalah berada di tahap sederhana.
Kajian ini menyokong dapatan kajian kajian Yusof Boon & Mohd Sahlan Salamat (2008) yang ditadbir
ke atas 97 orang pelajar tahun 4 di Universiti Teknologi Malaysia menggunakan instrumen soal selidik
dan mendapati tahap pelajar undergraduates terhadap budaya membaca adalah sederhana. Dapatan
yang sama hasil analisis kajian (Turkel, Ozdemir, & Akbut, 2019), yang ditadbir ke atas 377 pelajar
guru tahun akhir di Universiti Pendidikan di Turkey, mendapati min budaya membaca pelajar guru
hanya pada tahap sederhana.

Sikap Terhadap Aktiviti Membaca

Perkembangan sikap membaca yang positif dalam kalangan kanak-kanak sering kali diabaikan,
sedangkan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai sikap membaca yang positif
cenderung untuk terus membaca, merasa seronok melakukan aktiviti membaca dan seterusnya menjadi
mahir dalam kemahiran membaca serta akan membaca sepanjang hayatnya. Sikap kanak-kanak

76

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

terhadap membaca memberi kesan yang mendalam terhadap kemajuan akademiknya secara
keseluruhan (McKenna & Kear, 1990).

Sinar Harian (2019), melaporkan bahawa Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk
Dr. Aini Ideris menyatakan pelajar universiti perlu mewujudkan satu budaya ilmu yang terpimpin dan
menjadi ikutan generasi seterusnya. Beliau mendakwa trenda membaca pelajar universiti lebih berfokus
kepada bidang pengajian dan untuk tujuan peperiksaan sahaja. Hal ini merugikan pelajar kerana
membaca daripada pelbagai sumber yang mencukupi pelbagai bidang merupakan kunci kepada
penemuan ilmu baharu. Semua warga di pusat pengajian tinggi perlu terlibat secara aktif dalam setiap
program dan aktiviti membaca yang dirangka agar hasrat dan matlamat kerajaan untuk menjadikan
Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030 dapat direalisasikan (Sinar harian., 2019).

Kajian Shubashini Annamalai & Balakrishnan Muniandy (2013), ke atas n=119 pelajar kejuruteraan
dan perniagaan Politeknik melaporkan yang pelajar politeknik menunjukkan minat membaca yang
rendah dan tidak merasa seronok dalam aktiviti membaca berbanding aktiviti berkaitan teknologi.
Pelbagai alasan diberikan tentang aktiviti membaca dan kenapa mereka membaca jumlah naskah buku
pada kadar yang sedikit. Dapatan ini bertentangan dengan dapatan (Anand & Anand, 2015) yang
mendakwa 84% pelajar pengajian tinggi menganggap membaca sebagai satu aktiviti yang seronok dan
sangat seronok dan hanya 13% menyatakan just okay manakala 3% tidak berminat langsung.
Bagaimana pun lebih separuh daripada calon guru hanya membaca 1 hingga 2 naskah buku sebulan
dengan alasan mereka penat, lebih suka menghabiskan masa untuk menonton televisyen dan bersosial
dengan rakan. Perkara ini menjadikan minat mereka terhadap aktiviti membaca hanya pada tahap
sederhana (Pehlivan, Serin, & Serin, 2010). Percanggahan ini menunjukkan membaca bukanlah aktiviti
yang diminati oleh pelajar dan sikap negatif terhadap keseronokan membaca ini menunjukkan bahawa
pelajar membaca kerana terpaksa (reluctant reader) (Shameem Ahmed, 2016).

Sikap positif terhadap aktiviti membaca sangat penting kerana ianya membolehkan kita membuat
perancangan dan pemantauan yang teliti dalam mencapai sasaran jumlah buku yang hendak dibaca
dalam tempoh masa yang ditetapkan sama ada seminggu, sebulan atau setahun (Arry Rahmawan.,
2013). Beliau juga mencadangkan bidang bahan bacaan yang hendak dibaca seperti berikut;

40% bahan bacaan yang bersifat knowledge (bidang kepakaran)
30% bahan bacaan yang bersifat teknik yang ingin dikuasai
20% bahan bacaan yang bersifat unik dan kreatif
10% bahan bacaan luar bidang mahupun bidang yang kita tidak dikuasai / tidak diminati

Cadangan ini dilihat sangat bernas kerana jika matlamat kita untuk membaca 10 buah buku dalam
sebulan, dicadangkan bahan bacaan yang dibaca ialah empat buah buku tentang pengetahuan
(pengetahuan bidang kepakaran, bidang pekerjaan) untuk wawasan hidup yang lebih produktif, tiga
buah buku yang bersifat teknikal (teknik pengucapan awam, format penulisan yang baik, menukar tayar
kereta), dua buah buku tentang perkara yang bersifat kreatif dan unik berdasarkan passion (motivasi
diri, buku pengalaman pengembaraan, tanam bunga, novel), dan sebuah buku tentang perkara yang
bukan minat kita tetapi perlu diketahui (politik). Perancangan dan penetapan ini akan melatih diri kita
untuk terus membaca dan akhirnya mampu mencapai matlamat sendiri (Arry Rahmawan., 2013).

Kecenderungan Pilihan Bahan Bacaan

Dapatan kajian interim tabiat membaca rakyat Malaysia (Perpustakaan Negara Malaysia, 2014),
melaporkan bahan bacaan pilihan rakyat Malaysia ialah Majalah (62.8%), akhbar (61.2%), buku ilmiah
(54.8%), novel dan fiksyen (47%), bahan bacaan dalam talian (46.4%), buku bukan fiksyen (29.9%),
Komik (25.3%), dan Jurnal (19.9%). Walaupun jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia semakin

77

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

meningkat, namun kebanyakan buku yang dibaca kurang bernilai ilmiah (Berita Harian., 2017).
Menurut (Anand & Anand, 2015), 77% pelajar membaca buku teks, 68% surat khabar, 45% majalah
dan bahan bacaan paling rendah dipilih ialah artikel jurnal dengan hanya 15%. Ini menunjukkan
kecenderungan bahan bacaan pilihan pelajar adalah bahan yang lebih santai seperti surat khabar dan
majalah, manakala buku teks dibaca disebabkan oleh keperluan pengajian (Shameem Ahmed, 2016).

Kajian Aharony & Bar-IIan, (2018), ke atas 177 pelajar yang mengikuti pengajian Sains Maklumat di
Universiti Bar-Ilan, menunjukkan bahawa pelajar lebih suka membaca bahan bercetak berbanding
bahan elektronik dan tahap kefahaman pelajar lebih tinggi dengan bahan bercetak. Kajian mendapati
terdapat hubungan positif yang signifikan antara pemahaman bahan bercetak dan pilihan untuk
membaca daripada cetakan. Namun dapatan kajian tersebut bertentangan dengan dapatan kajian Shalini
Vyas (2018), yang mendapati peningkatan dua kali ganda untuk pembacaan bahan digital. Dalam
tempoh 12 tahun (2005-2017), pelajar Sarjana dan Kedoktoran membuat lebih banyak pembacaan buku
ilmiah berbanding buku umum dalam bentuk bahan bacaan digital.

Era digital dalam revolusi industri 4.0 turut mengubah pandangan masyarakat terhadap peranan sekolah,
di mana pelajar diharapkan meninggalkan dunia persekolahan dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk mendepani dunia masa hadapan (Dalton & Proctor, 2008; Lamb, Maire, & Doecke, 2017).
Relevensi semasa dan keperluan kemahiran masa hadapan mengubah bentuk bahan bacaan bercetak
kepada bahan digital yang boleh dicapai dihujung jari dalam masa yang cepat. Dapatan kajian (Bohn &
Short, 2009) menyatakan masyarakat hari ini hanya membaca 9% bahan bacaan bercetak dan 30% lagi
bahan digital yang boleh dicapai melalui pelbagai peranti pintar. Blog, e-mel, pesanan teks, whatapps,
instagram, e-book, e-journal, enovel, website, portal, e-readers dan banyak lagi aplikasi pintar telah
mengubah cara orang membaca. Ramai terutama pelajar sudah tidak melihat makna dan nilai membaca
daripada teks berasaskan cetakan kerana maklumat boleh didapati dengan lebih mudah berbanding
mencari buku (Gunter, 2012). Perkara ini disokong oleh kajian (Anis Farhana Mohd Kassim., Azlina
Mohd Khir., & Mohd Ziyad Afiq Zaharim., 2019), yang mendapati pelajar UPM menunjukkan sikap
positif tinggi terhadap bahan bacaan digital berbanding bahan bacaan bercetak.

Dari aspek pembelian bahan bacaan pula didapati pelajar Malaysia hanya membeli empat buah buku
untuk tiga tahun pengajian. Jumlah ini sangat berbeza dengan jumlah buku yang dibeli oleh mahasiswa
di negara lain seperti Australia (160 buah), Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah)
dan Brunei (15 buah). Laporan ini juga bertentangan dengan laporan kajian oleh Syarikat Polish e-
commerce (Picodi), yang melaporkan Malaysia menduduki tempat keenam di dunia sebagai negara
yang mempunyai perbelanjaan yang tinggi dalam pembelian buku. Tambahan pula, menurut Presiden
Universiti Terbuka PTS, Puan Ainon Mohamad, rakyat Malaysia semakin suka membeli dan membaca
buku. Buktinya, PNM melaporkan pada tahun 2007, jumlah buku yang diterbitkan di Malaysia
meningkat kepada 14,000 judul berbanding 6,000 judul pada tahun 2003. Hal ini menyebabkan lonjakan
jumlah yang besar, iaitu melebihi 100 peratus dalam tempoh empat tahun. Perkembangan pesat ini
membuktikan bahawa gerakan kempen membaca yang dijalankan oleh PNM sudah menghasilkan
perubahan ke atas tabiat membeli dan membaca buku dalam kalangan rakyat Malaysia (Berita Harian.,
2017; Sinar harian., 2019).

Bagaimana pun, statistik PNM itu boleh dipertikaikan kerana ianya tidak memberi gambaran sebenar
naskah buku yang dibeli dan dibaca oleh rakyat Malaysia. Ini kerana jumlah yang dilaporkan hanyalah
pada judul buku yang diterbitkan dalam negara dan tidak mengambil kira judul buku yang diimport
oleh rakyat Malaysia. Hal ini terbukti dengan bertambahnya kedai buku di Malaysia. Selain daripada
itu kenyataan yang menyebut rakyat Malaysia malas membaca boleh memberi kesan negatif ke atas
motivasi penulis dan penerbit bahan bacaan.

78

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

METODOLOGI

Pendekatan kajian ialah penyelidikan kuantitatif berbentuk tinjauan, menggunakan instrumen soal
selidik dalam google form. Kaedah tinjauan dipilih kerana ianya satu cara mudah dan pantas untuk
mengumpulkan informasi bagi menggambar, membanding, menerangkan pengetahuan, kemahiran,
sikap, tingkahlaku dan persepsi peserta kajian. Tambahan pula tempoh masa yang ada kurang daripada
enam bulan untuk mengutip data.

Populasi kajian adalah seluruh warga Institut Pendidikan Guru Induk (IPG) dan 27 buah Institut
Pendidikan Guru Kampus (IPGK) di seluruh Malaysia. Sampel kajian adalah seramai 1,112 orang
responden yang terpilih menggunakan pensampelan rawak mudah. Teknik pensampelan ini dipilih bagi
membolehkan semua warga IPG berpeluang untuk menjadi peserta kajian. Data yang dikumpulkan di
tapis dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20.0. Dapatan kajian dilaporkan ke IPG untuk
memenuhi Program Penyelidikan Inisiatif #112.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mengutip data tentang persepsi warga IPG mengenai budaya
membaca, sikap terhadap aktiviti membaca dan kecenderungan pilihan bahan bacaan mereka.
Instrumen kajian di ambil daripada instrumen yang dibangunkan oleh Perpustakaan Negara (2014), dan
ditadbir menggunakan capaian internet ke atas warga IPG yang terpilih secara rawak mudah. Instrumen
terdiri daripada dua bahagian, iaitu demografi responden dan 35 item (33 item dengan skala likert 4
mata, dan 2 soalan dalam bentuk checkbox).

Analisis Data

Data yang dikumpulkan di tapis dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20.0. Purata dikira
berdasarkan skala 4 - 1 (Sangat setuju, Setuju, Tidak setuju, Sangat tidak setuju). Pemilihan skala likert
4 mata bertujuan untuk memastikan responden membuat keputusan ke atas pilihan mereka. Pengiraan
bilangan kekerapan sub-konstruk kecenderungan pilihan bahan dan bentuk bahan bacaan, serta
pengiraan peratusan dan min bagi sub-konstruk budaya dan sikap dibuat untuk melihat persepsi warga
IPG terhadap budaya membaca mereka.

DAPATAN KAJIAN

Demografi responden terdiri daripada sejumlah n = 1,112 orang dengan 824 responden pelajar mewakili
jumlah pelajar IPG dalam anggaran 6,935 orang manakala staf yang terdiri daripada tenaga pengurusan,
akademik dan pengurusan tertinggi dengan anggaran 2,794 orang diwakili oleh 288 orang responden.
Sebilangan besar responden adalah perempuan, mewakili 69.4% daripada jumlah keseluruhan
responden manakala 30.6% lagi adalah lelaki. Dua jurang kelompok umur yang paling ketara ialah
kumpulan berumur 20 tahun ke bawah (67.6%), merupakan kumpulan pelajar dan 16.3% merupakan
warga yang berumur 50 tahun ke atas. Etnik terbesar yang menjadi responden kajian ialah Melayu
(47.8%), diikuti oleh Bumiputera Sabah (26.1%), Cina (14.1%) dan lain-lain membentuk 2.5%, mereka
terdiri daripada warganegara Malaysia dengan keturunan yang bukan seperti disenaraikan.

Responden yang menjadi peserta kajian adalah tidak seimbang mewakili zon kampus yang ada, namun
pensampelan rawak mudah membolehkan semua warga IPG berpeluang menjadi responden. Responden
paling ramai ialah 58.1% mewakili zon Sabah dan Sarawak dan sampel paling kecil datang daripada
zon Tengah dengan hanya 2.1%. Kelayakan akademik dan jumlah tahun berkhidmat tidak diaplikasikan
kepada kumpulan pelajar yang merupakan responden paling ramai dalam kajian ini, membentuk 74.1%
dengan jumlah 824 orang. Perincian mengenai demografi responden ditunjukan dalam Jadual 1.

79

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Jadual 1: Demografi Kajian Kekerapan Peratus
Jantina
340 30.6
Lelaki
772 69.4
Valid Perempuan 1112 100.0
Kekerapan Peratus
Jumlah 752 67.6
70 6.3
Umur 42 3.8
67 6.0
Valid 20 tahun ke bawah 181 16.3
21 – 30 tahun 1112 100.0
30 – 40 tahun Kekerapan Peratus
41 – 50 tahun 532 47.8
290 26.1
50 tahun ke atas 70 6.3
35 3.1
Jumlah 157 14.1
28 2.5
Etnik / Keturunan 1112 100.0
Kekerapan Peratus
Melayu

Bumiputera Sabah

Bumiputera Sarawak

Valid India

Cina

Lain

Total

Zon Lokasi Kampus

80

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Valid IPG Induk 18 1.6
Zon Tgh 23 2.1
Zon Utara 191 17.2
Zon Selatan 191 17.2
Zon Timur 43 3.9
Zon Sabah Sarawak 646 58.1
Total 1112 100.0

Kelayakan Akademik Kekerapan Peratus

Diploma 10 .9
22 2.0
Sarjana Muda 161 14.5
71 6.4
Sarjana 24 2.2
824 74.1
Valid Kedoktoran 1112 100.0
Kekerapan Peratus
Lain-lain 42 3.8
69 6.2
Sedang Belajar 127 11.4
50 4.5
Total 824 74.1
1112 100.0
Jumlah Tahun Berkhidmat Kekerapan Peratus
824 74.1
1-10 tahun 288 25.9
1112 100.0
11-20 tahun

Valid 21-30 tahun
31 tahun ke atas

Tidak Berkenaan

Total

Kategori Peserta Kajian

Pelajar

Valid Staf

Total

Instrumen pengukuran di ambil daripada instrumen soal selidik Interim Tabiat Membaca Rakyat
Malaysia yang dibangunkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (2014), dan di sahkan menggunakan
kaedah Cronbach Alpha untuk menetapkan pekali kebolehpercayaan. Nilai yang didapati ialah .870
bagi N = 33 items dan nilai ini diterima sebagai boleh dipercayai untuk mengukur konstruk yang hendak
di ukur.

Hasil kajian menunjukkan min keseluruhan bagi budaya membaca warga IPG ialah 3.031 dengan nilai
Sisihan Piawai .415, manakala bagi sikap pada nilai min 3.26 dengan nilai sisihan piawai .398. Kedua-
dua min berada pada tahap tinggi. Perbandingan min antara pelajar dan pensyarah adalah kecil, iaitu
0.15 bagi sub-konstruk budaya dan 0.01 bagi sub-konstruk sikap namun kedua-dua min masih berada
pada tahap tinggi. Perincian seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Min Sub-Konstruk Budaya & Sub-Konstruk Sikap

Kategori Budaya Sikap Interpretasi
Tinggi
Min 2.9919 3.2706
Tinggi
Pelajar N 824 824
Tinggi
Sisihan Piawai .42901 .40741

Min 3.1466 3.2639

Staf N 288 288

Sisihan Piawai .34874 .37091

Min 3.0319 3.2689

Keseluruhan N 1112 1112

Sisihan Piawai .41515 .39812

81

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Kajian juga mendapati seramai 79.7% responden bersetuju dan sangat bersetuju bahawa mereka
seronok meluangkan masa mereka untuk membaca. Sejumlah 58% responden juga menyatakan mereka
membaca sekurang-kurangnya sebuah buku fiksyen dan sebuah buku ilmiah seminggu dan ini
menjadikan 52 naskah buku setahun bagi kedua-dua jenis buku seperti yang ditunjukkan oleh data
dalam Jadual 3.

Jadual 3. Jumlah Naskah Buku Dibaca Setahun

N 3 buku sebulan 4 buku > 5 buku 1 buku 2 buku
1112
= 36 buah sebulan sebulan seminggu seminggu

= 48 buah = 60 -120 = 52 buku = 104 buku

Buku Fiksyen 291 (26.1%) 46 (3.6%) 29 (2.6%) 655 (58.8%) 98 (8.8%)

Bukan Ilmiah 1112 280 (25.2%) 53 (4.8%) 33 (3%) 650 (58.4%) 97 (8.7%)

Valid N (listwise) 1112

Bagi kecenderungan pilihan bahan bacaan, ianya dikategorikan kepada dua, iaitu jenis bahan bacaan
dan bentuk bahan bacaan. Berdasarkan analisis jenis bahan bacaan yang dipilih, 70.05% memilih bahan
bacaan berunsur ilmiah manakala 29.95% lagi memilih bahan bacaan berunsur santai untuk tujuan
berehat dan berhibur. Manakala bentuk bahan bacaan pula menunjukkan 47.5% responden memilih
bahan bentuk bercetak manakala 52.5% lagi memilih bahan bacaan berbentuk digital. Perkara ini
diperkukuhkan lagi melalui respon yang diberikan, iaitu 77% responden bersetuju dan sangat bersetuju
yang mereka suka membaca buku ilmiah berbanding 23% yang tidak bersetuju. Begitu juga dengan
bentuk bahan bacaan di mana 77% responden bersetuju dan sangat bersetuju membuat pembacaan
secara digital berbanding 23% yang tidak bersetuju dan masih suka membaca bahan bercetak. Rumusan
analisis ditunjukkan dalam Rajah 2.

Bahan Bacaan

Peratus 70
60
50 Bacaan Bacaan Bahan Bahan
40 Santai Ilmiah bercetak Digital
30
20 30 70 47 53
10

0

Series1

Rajah 2: Jenis dan Bentuk Bahan Bacaan yang diPilih

PERBINCANGAN

Kajian ini mendapati budaya membaca dalam kalangan warga IPG adalah tinggi, dengan kumpulan
pelajar menunjukkan nilai min 2.99 dan nilai 3.14 bagi kumpulan staf. Kajian mendapati 58%
responden membaca sekurang-kurangnya sebuah buku fiksyen dan sebuah buku ilmiah seminggu dan
ini menjadikan 52 naskah buku setahun bagi kedua-dua jenis buku. Dapatan ini adalah sesuatu yang

82

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

menarik kerana ianya menolak dapatan yang dibuat oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah dalam Salim Mohd
Zain (2019) yang menyatakan mahasiswa Malaysia hanya membaca empat buah buku setahun dan 20
buah buku dalam masa dalam kalangan pensyarah. Dapatan ini juga mengatasi jumlah 15 buku yang
dibaca oleh rakyat Malaysia setahun, namun begitu dapatan ini tidak mewakili rakyat Malaysia kerana
data yang dikutip hanya berdasarkan persepsi dan dalam kalangan warga pelajar dan staf di IPG sahaja.

Sub-konstruk kedua, iaitu sikap warga IPG terhadap aktiviti membaca turut menunjukkan nilai positif
yang tinggi dengan kumpulan pelajar mencatatkan nilai min 3.27 dan kumpulan staf pada nilai min
3.26. Dapatan ini juga menolak dapatan kajian lepas yang menyatakan sikap pelajar pengajian tinggi
terhadap aktiviti membaca hanya pada tahap rendah ke sederhana sahaja ( (Pehlivan, Serin, & Serin,
2010; Shameem Ahmed, 2016; Shubashini Annamalai & Balakrishnan Muniandy., 2013). Dapatan
kajian juga menunjukkan 79.7% responden menyatakan mereka seronok dan sangat seronok melakukan
aktiviti membaca dan hanya 20.3% menyatakan biasa-biasa sahaja, manakala tidak ada responden yang
merasa tidak seronok dengan aktiviti membaca.

Kecenderungan warga IPG dalam memilih membaca bahan menunjukkan keseimbangan yang baik
dimana 78% responden bersetuju dan sangat bersetuju yang mereka suka membaca buku fiksyen
berbanding 22% yang tidak bersetuju. Pada masa yang sama juga 77% responden bersetuju dan sangat
bersetuju yang mereka suka membaca buku ilmiah berbanding 23% yang tidak bersetuju. Berdasarkan
analisis pilihan bahan bacaan didapati 70.05% bahan berunsur ilmiah dipilih oleh responden bagi tujuan
untuk pengetahuan baharu, peningkatan kendiri, rujukan untuk pekerjaan atau pengajian dan 29.95%
bahan bacaan santai seperti misteri, seram, fantasi, sains fiksyen untuk relax, ketenangan fikiran, hobi
dan berhibur. Bentuk bahan bacaan pula menunjukkan sejumlah 47.5% responden memilih bahan
bentuk bercetak manakala 52.5% lagi memilih bahan bacaan berbentuk digital. Pemilihan bahan digital
lebih tinggi disebabkan sebilangan besar responden adalah pelajar yang merupakan generasi Z yang
membesar dengan teknologi, internet dan media sosial. Manakala bagi kumpulan pensyarah pula
pandemik Covid-19 telah memaksa kumpulan ini mempercepatkan pembelajaran dan penguasaan
teknologi untuk kelangsungan pengajaran pembelajaran dalam talian. Bagaimana pun masih ada 528
responden yang terus memilih bahan bacaan bercetak. Sehubungan dengan itu, buku teks dan buku
bercetak (tradisional) akan terus menjadi sebahagian daripada masyarakat dan pendidikan terutama bagi
generasi yang lebih awal (baby boomer dan generasi X).

RUMUSAN

Dapatan kajian ini sangat menarik kerana dapatan yang sangat berbeza dengan dapatan lepas terutama
sekali bagi jumlah buku yang dibaca dalam tempoh masa setahun, sikap responden terhadap aktiviti
membaca, tujuan membaca dan juga jenis serta bentuk bahan bacaan yang dipilih oleh responden.
Dapatan kajian menunjukkan lebih daripada separuh (58.8%) warga IPG membaca 52 naskah buku
setahun, iaitu berdasarkan respon sebuah buku seminggu dan jumlah ini lebih tinggi daripada jumlah
buku yang dibaca oleh rakyat negara Korea dilaporkan membaca 40 naskah buku setahun. Warga IPG
juga menunjukkan sikap yang positif terhadap aktiviti membaca dan bergerak dengan relevansi era
digital yang membuat pilihan bahan bacaan daripada bahan bercetak kepada bahan digital. Maklumat
ini diharapkan menjadi asas permulaan bagi IPG untuk terus melaksanakan aktiviti membaca bagi
menyokong usaha Malaysia untuk menjadi negara membaca menjelang tahun 2030. Namun demikian
pengutipan sampel secara strata berkadar perlu dilakukan untuk memastikan semua kategori warga IPG
diwakili bagi mengesahkan dapatan awal ini.

RUJUKAN

Aharony, N., & Bar-IIan, J. (2018). Student's academic reading preferences: An Explotory study.
Journal of Librarianship and Information Science, 50(1), 3-13.

83

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Anand, S., & Anand, Y. (2015). Reading Habits by the students of Karnataka Science College,
Dharwad: A Study. International Journal of Enhanced Research in Educational Development,
3(4), 64-68.

Anas Alam Faizli. (24 Okt, 2016). Memupuk budaya membaca ke arah kecemerlangan negara. Astro
Awani.

Anis Farhana Mohd Kassim., Azlina Mohd Khir., & Mohd Ziyad Afiq Zaharim. (2019). Motivasi
membaca, persekitaran membaca di rumah dan sikap membaca dalam kalangan pelajar
Universiti Putra Malaysia (UPM). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 4(6), 92-100.

Berita Harian. (9 Jan, 2017). Trend pembacaan rakyat capai sasaran negara maju. Sastera & Budaya,
78.

Central Connecticut State University. (2016). World's Most Literate Nations Ranked. Retrieved from
CCSU News Release: http://www.ccsu.edu/WMLN/

Fatiloro, O. F., Oyekola, A. A., Hamees, B. A., & Oseni, M. A. (2017). A Survey on the Reading Habits
among Colleges of Education students in the Information Age. Journal of Education and
Practice, 8(8), 106-110.

Lamb, S., Maire, Q., & Doecke, E. (2017). Key Skills for the 21st Century: An evidence-based review.
Future Frontiers Analytical Report. Centre for International Research on Education System
CIRES, NSW Department of Education. Melbourne, Australia: Victoria University.

Maszlee Malik. (2018). Malaysia Negara Membaca 2030: Dekad Membaca Kebangsaan.

Maszlee Malik. (2019). Bermulanya Gerakan #Malaysia Membaca. Malaysia Kini.

Miftachul Huda., Aminudin Hehsan., Singgih Basuki., Budi Rismayadi., Kamarul Azmi Jasmi.,
Bushrah Basiron., & Mohd Ismail Mustari. (2020). Empowering Technology Use to Promote
Virtual Violence Prevention in Higher Education Context. IGI Global Journal, Ch.13, 314-338.

Perpustakaan Negara Malaysia. (2014). Kaji selidik kajian interim tabiat membaca rakyat Malaysia
2014. Retrieved from PNM: http://survey.pnm.gov.my

Salim Mohd Zain. (Disember, 2019). Budaya Ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Dewan Bahasa
dan pustaka.

Shalini Vyas. (2018). Change over of the twelve years in reading habits of research scholars and post
graduate students: A case study of Central Library, Bundelkhand University, Jhansi. 22(1).

Shameem Ahmed. (2016). Reading Habits and Attitudes of UMSKAL Undergraduates. International
Journal of Applied Linguistics & English Literature, 5(2), 193-198.

Shubashini Annamalai., & Balakrishnan Muniandy. (2013). Reading habit and attitude among
Malaysian Polytechnic students. International Online Journal of Educational Sciences, 1(5),
32-41.

84

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Sinar harian. (16 April, 2019). Read@Uni: Wujudkan budaya membaca untuk generasi akan datang.
Sinar harian Kampus, 2.

Thompson, H., Graham, A., & Marsham, S. (2017). Exploring the reading practices of undergraduat
students. Journal Education Enquiry, 9(3), 284-298.

Turkel, A., Ozdemir, E., & Akbut, A. (2019). Examining Reading Cultures of Pre-service Teachers: A
Case Study from an Education Faculty in Turkey. International Journal of Education &
Literacy Studies, 2(7), 198-205.

UNESCO. (2013). Adult and Youth Literacy National, Regional and Global Trends 1985-2015.
Retrieved from UNESCO : http://unesdoc.unesco.org/images/0021/002174/217409e.pdf>.

85

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

KAJIAN LEKSIKON BAHASA MELAYU STANDARD, DIALEK MELAYU
BRUNEI DAN DIALEK KEDAYAN DI SABAH

Rozita binti Buyoh, Ph.D., ([email protected])
Khadijah Adenan, (khadijah [email protected])
Othman Abd Aziz, ([email protected])
Marina Malek, ([email protected])

Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu Sabah

ABSTRAK

Sejarah penyebaran bahasa Melayu di Sabah pada awalnya dibawa melalui pengaruh Kesultanan
Brunei. Selepas pembentukan Malaysia penyebaran dan perancangan bahasa Melayu di Sabah telah
dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui jenama bahasa Melayu standard (BMS) serta
bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, dialek Melayu Brunei (DMD) dan dialek Kedayan (DK)
ini masih dituturkan sehingga ke hari ini di beberapa kawasan petempatan masyarakat tersebut di
negeri Sabah. Dari segi susur galur bahasa, dialek Melayu Brunei dan dialek Kedayan kedua-duanya
berasal dari induk Melayik. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti ciri persamaan dan
perbezaan leksikon antara BMS, DMB dan DK. Data dikumpul menggunakan kaedah kualitatif melalui
temu bual lapangan dengan penutur DMB dan DK di daerah Membakut dan Sipitang. Dalam proses
kutipan data, senarai leksikon dikumpul mengikut lima domain atau tema iaitu meliputi pertanian dan
penternakan, sistem panggilan, tumbuhan dan herba, makanan dan masakan serta adat dan pantang
larang. Signifikan kajian ini adalah untuk mendokumentasikan variasi dialek yang dituturkan di negeri
Sabah amnya selain memperkaya hasil kajian linguistik.

Kata kunci: Leksikon, Dialek Melayu Brunei, Dialek Kedayan, Sabah

PENGENALAN

Sejarah perkembangan bahasa Melayu Brunei dan Kedayan di Sabah sangat berhubung kait dengan
pengaruh Kesultanan Melayu Brunei. Semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei pada abad ke-
19, sebahagian besar kawasan pantai barat Borneo adalah wilayah jajahan Brunei sama ada kepunyaan
Sultan, pembesar Brunei dan kerabat diraja Brunei (Fatmah Sidek, 2019: 600). Bahasa Melayu Brunei
yang dikodkan sebagai ISO639-3: kxd (Ethnologue, 2019) dituturkan di negara Brunei Darussalam dan
di beberapa kawasan di Malaysia Timur iaitu Miri dan Limbang di Sarawak (Asmah Haji Omar, 2008);
di Wilayah Persekutuan Labuan (Jaludin, 2003); dan Beaufort, Sabah (Saidatul, 2003). Berdasarkan
taburan penutur Melayu Brunei bahasa ini turut dituturkan oleh masyarakat Brunei di daerah Sipitang,
Papar, Bongawan, Kimanis dan beberapa kawasan lain di Sabah.

Bahasa Kedayan yang dikodkan sebagai ISO ‘kxd’ (Ethnologue, 2019) mempunyai taburan
penutur yang tersebar di Sabah, Sarawak dan Labuan. Lewis (2009) mengklasifikasikan Kedayan
sebagai salah satu dialek Melayu kelompok Malayo-Polynesian dalam rumpun bahasa Austronesia.
Ejaan lain bagi bahasa ini ialah “Kadayan”, “Kedaian”, dan “Kadyan”. Berdasarkan sorotan kajian
lepas, susur galur dialek Melayu Brunei dan dialek Kedayan kedua-duanya berasal dari induk Melayik.
Kedua-dua dialek Melayu Brunei (DMD) dan dialek Kedayan (DK) ini masih dituturkan secara meluas
di beberapa kawasan petempatan masyarakat tersebut di negeri Sabah. Kedua-dua dialek ini mempunyai
pertalian leksikon yang sangat rapat. Walau bagaimanapun, tiada kajian dijalankan untuk melihat ciri

86

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

persamaan dan perbezaan antara kedua-dua dialek ini dengan bahasa Melayu standard. Oleh itu,
permasalahan yang ingin dikupas dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri persamaan dan
perbezaan leksikon yang wujud antara BMS dengan DMB dan DK berdasarkan lima kelompok tema
yang telah dipilih.

Objektif Penyelidikan

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa Melayu
Standard, Melayu Brunei dan Kedayan yang dituturkan di negeri Sabah khusunya di kawasan
Membakut dan Sipitang.

Persoalan Penyelidikan
Persoalan yang ingin dikaji dalam kajian ini ialah untuk mengenal pasti apakah ciri-ciri persamaan dan
perbezaan antara leksikon Bahasa Melayu Standard (BMS), Dialek Melayu Brunei (DMB) dan Dialek
Kedayan (DK.)

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Lewis (2009) kajian leksikostatistik menunjukkan Kedayan dan Melayu Brunei mempunyai
83 - 89% persamaan leksikal, namun hanya 75 - 81% persamaan dengan bahasa Melayu Standard yang
dituturkan di Malaysia. Kajian Moody (1984) menunjukkan persamaan leksikal antara Kedayan dan
Brunei ialah dari 77% sehingga 93%. Sementara persamaan antara Kedayan dan bahasa Melayu
standard (yang dituturkan di Sabah) ialah antara 60 - 80%. Berdasarkan kajian Maxwell (1969) dan
Moody (1984) Kedayan dan Melayu Brunei diklasifikasikan sebagai bahasa yang sama berdasarkan
keputusan ujian untuk menentukan tahap inteligibiliti penutur antara kedua-dua dialek. Dalam kajian
leksikostatistik sekiranya peratusan kata kognat kurang daripada 85 % maka tarafnya ialah bahasa yang
berbeza. Sekiranya lebih daripada 85% tarafnya adalah sebagai dialek dari suatu bahasa yang sama
(Rohani Mohd Yusof, 1999).

Salah satu ciri dalam bahasa Kedayan ialah tidak mempunyai huruf konsonan /r/. Apabila

perkataan yang mempunyai kognat dalam bahasa Melayu yang mempunyai huruf r di awal kata, di

tengah kata akan digugurkan dan bagi di akhir kata, huruf vokal sebelum /r/ akan mengalami

pemanjangan (Lewis, 20029). Contoh pengguguran konsonan /r/ dalam dialek Kedayan adalah seperti
‘umah (rumah), ‘baang (barang), u’laa (ular) dan ti’duu (tidur)

Berdasarkan kajian Clynes (2001); Clynes & Deterding (2011) Kedayan dan Melayu Brunei
hanya mempunyai tiga fonem vokal iaitu /i/, /a/ dan /u/. Contohnya dalam perkataan bintang, tahun dan
bukit.

Jadual 1: Vokal Kedayan dan Melayu Brunei

Depan Tengah Belakang
u
Tinggi i

Tengah

Rendah a

Walaupun terdapat pengaruh bahasa Melayu standard, vokal [o] dalam bahasa kebangsaan tetap

akan dibunyikan sebagai vokal belakang [u] dalam dialek Kedayan seperti dalam perkatan urang
(orang), umbak (ombak) dan utak (otak). Huruf schwa [ə], dalam Melayu standard secara umumnya

dibunyikan sebagai vokal tengah tengah [a] dan vokal tengah depan [e] dalam bahasa Melayu standard
lazimnya akan dibunyikan sebagai [i] dalam Kedayan contohnya perkataan lasung (lesung), li’baa

(lebar) dan isuk (esok).

87

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

Kajian Nothefer (1991) mendapati tahap kognat leksikal antara Melayu Brunei dan Kedayan
ialah sebanyak 94%. Walau bagaimanapun dari sudut fonologi, perbezaan utama antara keduanya ialah
tiadanya huruf /r/ dalam Kedayan sedangkan Melayu Brunei memiliki huruf tersebut baik di awal, di
tengah mahupun di akhir perkataan. Dialek Kedayan mempunyai huruf /h/ di awal perkataan sedangkan
Melayu Brunei tiada /h/ di depan perkataan tetapi huruf tersebut wujud di akhir perkataan. Contohnya
seperti perkataan utan (hutan), labih (lebih) dalam DMB. Vokal /e/ dalam bahasa Melayu standard
dibunyikan sebagai vokal /a/ dalam Melayu Brunei (Jaludin, 2003; Clynes, 2001; dan Mataim, 2007).
Contoh perkataan berimbuhan adalah seperti maniup (meniup), mamigang (memegang), mambawa
(membawa), batangkar (bertengkar) dan pangambara (pengembara).

METODOLOGI

Reka bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang menggabungkan kaedah lapangan huluan untuk
pengumpulan data primer. Pemilihan pendekatan kualitatif adalah bersandarkan kepada tujuan kajian
iaitu mengumpulkan data bahasa yang dikaji dalam situasi penggunaannya yang semulajadi iaitu dalam
komunikasi harian penutur natif. Kaedah lapangan huluan menumpukan penyelidikan terhadap bahasa
atau dialek dan komuniti penuturnya yang belum pernah atau sedikit dikaji (Asmah, 2015: 6). Dalam
kajian ini, kaedah ini dilaksanakan untuk membuat pengumpulan leksikon dialek Melayu Brunei dan
dialek Kedayan yang digunakan dalam situasi pertuturan dan penggunaan sebenar masyarakat penutur.
Temu bual bersemuka dengan informan telah dilaksanakan dengan enam orang informan dari kedua-
dua dialek iaitu Melayu Brunei dan Kedayan pada 19 dan 20 Julai 2020 di daerah Membakut dan
Sipitang. Liamputtong (2009:73) mendefinisikan temu bual sebagai ‘temu bual antara’, pertukaran
pandangan antara dua individu; tanpa struktur dan tidak formal untuk mendapatkan pengetahuan
daripada informan utama.

Instrumen Kajian

Menurut Fuad Mohamed Berwai (2017: 88-89) instrumen kajian merupakan senarai peralatan, perisian
atau perkakasan sepeprti peralatan elektronik atau perkakasan elektronik yang digunakan dalam
penyelidikan. Berg (2001) merumuskan bahawa instrumen kajian kualitatif turut melibatkan gabungan
nota lapangan, transkripsi dan dokumen. Dalam kajian ini Instrumen kajian yang termasuklah borang
data informan, borang data leksikon, komputer riba, buku catatan, perakam video, telefon pintar sebagai
alat perakam suara dan thumb drive. Pengumpulan maklumat dan data leksikon dikutip dalam dua
kaedah iaitu borang data dan rakaman audio-video. pengumpulan data melalui borang data informan
berserta borang senarai leksikon yang telah dibahagikan kepada lima kelompok tema meliputi pertanian
dan penternakan, sistem panggilan, tumbuhan dan herba, makanan dan masakan serta adat dan pantang
larang. Data kajian turut dikumpul melalui rakaman temu bual tidak berstruktur iaitu kaedah berbual
dan bercerita dengan informan.

Analisis Data

Data berbentuk senarai leksikon yang telah dikumpulkan melalui lima kelompok tema utama telah
dianalisis berdasarkan adaptasi teori kognat Swadesh yang melihat kepada perbandingan leksikal dari
ciri persamaan dan perbezaan antara BMS, DMB dan DK. Setiap ciri yang timbul dikelompokkan
kepada bentuk dan pola yang berulang iaitu dari segi aspek ejaan, bentuk fonologi dan makna leksikal.

88

Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1

ISBN:978-967-2432-02-9

© 2020 #112 Dana Penyelidikan

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil daripada anaslisis data menunjukkan bahawa leksikon BMS, DMB dan DK mempunyai beberapa
ciri kognat iaitu persamaan yang jelas serta terdapat juga ciri tertentu yang berbeza.

1. Ciri kognat yang sama dari aspek ejaan dan fonologi.

Berdasarkan analisis data, terdapat beberapa leksikon yang mempunyai taraf kognat yang sama
dari sepenuhnya segi ejaan dan sebutan. Contohnya adalah seperti perkataan bakau, bayam, bawang,
labu, langsat, santan, pinang, kunyit, padi, pakis dan ulam.

2. Ciri kognat yang sama tetapi berbeza ejaan dan fonologi.

Bentuk yang kedua ialah leksikon tersebut mempunyai persamaan atau masih dalam lingkungan
taraf kognat tetapi mempunyai ejaan dan sebutan yang agak berbeza atas pengaruh ciri dan sifat dialek
Brunei dan Kedayan. Bentuk yang pertama ialah perbezaan ejaan pada huruf /e/ dan /a/ serta peluruhan

huruf /r/ dalam dialek Kadayan. Selain itu, huruf awal /l/ dalam perkataan juga digugurkan dalam dialek
Melayu Brunei. Vokal /o/ dalam BMS bertukar menjadi /u/ dalam DMB dan DK. Huruf /r/ di akhir kata
dalam BMS adalah berbentuk sengauan [ŋ] dalam DMB dan DK.

Jadual 2: Kognat tetapi Berbeza Ejaan dan Fonologi

BMS DMB DK Taraf Kognat

petai patai patai +

keladi kaladi kaladi +
berus barus baus +
rebung rabung abung +
jerami jarami ja’ami +
hitam itam hitam +
lobak lubak lubak +
bengkok bingkuk bingkuk +
comel cumil cumil +
air aing aing +
ekor ikung ikung +

3. Lingkungan makna yang sama tetapi berbeza bentuk atau berasal dari bahasa klasik.

Ciri yang seterusnya ialah leksikon tersebut masih mempunyai lingkungan makna yang hampir
sama atau mempunyai kaitan makna denganBMS. Dalam bentuk ini DMB dan DK masih mengekalkan
bentuk yang diwarisi daripada bahasa klasik. Contohnya, atas perkataan koyak dalam BMS mempunyai
makna yang sepadan dengan carik dan rabak. Begitu juga dengan perkataan kuat dan daras (deras),
menyala dan marak serta risau dan watir (khuatir) dan rindu dan dandam (dendam) dalam bahasa
Melayu klasik.

89


Click to View FlipBook Version