Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Guru novis dan guru berpengalaman adalah berbeza dari segi pengetahuan, kemahiran dan kepercayaan.
Richards dan Farrell (2005) mencirikan guru berpengalaman sebagai pendidik yang mempunyai
landasan pengetahuan yang lebih luas dan mampu mengintegrasikan pengetahuan daripada pelbagai
disiplin. Guru berpengalaman boleh menggunakan pengalaman luasnya untuk menyiasat dan
menyelesaikan pelbagai cabaran dalam pengajaran, serta mempunyai kesedaran lebih tinggi tentang
konteks pembelajaran. Selain itu, guru yang telah lama mengajar juga lebih cekap dan fleksibel dalam
perancangan pembelajaran. Ciri-ciri guru berpengalaman tersebut menerangkan dapatan kajian ini yang
menunjukkan guru berpengalaman mempunyai persepsi lebih positif dan lebih mahir melaksanakan
pendekatan STEM berbanding guru novis.
Walaubagaimanapun, tidak terdapat perbezaan signifikan antara guru opsyen Sains dan guru bukan
opsyen Sains, dan antara guru novis dan guru berpengalaman dalam persepsi mereka terhadap peranan
guru untuk menyediakan murid menghadapi Revolusi Industri 4.0. Ini merupakan petanda baik bahawa
kesedaran guru terhadap peranan mereka sebagai pendidik adalah universal untuk menyediakan
generasi muda berhadapan dengan Revolusi Industri 4.0 adalah tidak terbatas pada opsyen ikhtisas dan
tempoh pengalaman mengajar.
Dalam aspek keperluan latihan pula, guru berpengalaman tidak menunjukkan perbezaan signifikan
berbanding guru novis. Boleh dijangkakan guru berpengalaman menunjukkan keperluan latihan yang
kurang berbanding guru novis memandangkan mereka sudah berpengalaman luas. Dapatan sebaliknya
dalam kajian ini menggambarkan guru-guru Sains berpengalaman, khasnya mempunyai sifat
pembelajaran sepanjang hayat. Sudhakar (2018) merumuskan kelebihan guru yang sanggup menyahut
cabaran pembelajaran sepanjang hayat sebagai guru yang lebih bersedia menghadapi cabaran dan
menangani perubahan. Pembelajaran sepanjang hayat juga menggalakkan kreativiti dan kemahiran
menggunakan teknologi. Dalam konteks kajian ini, guru Sains yang belajar sepanjang hayat adalah
lebih mudah menerima cabaran untuk mempelajari pendekatan baharu dalam pendidikan Sains seperti
pendekatan STEM.
RUMUSAN
Tanggungjawab guru untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kefahaman teknologi, serta
kemahiran kerjaya dalam Revolusi Industri 4.0 adalah tidak terbatas kepada opsyen ikhtisas guru
tempoh pengalaman guru mengajar Sains. Guru berpengalaman boleh menjadi mentor kepada guru
novis dalam penghayatan kepentingan pendekatan STEM dalam pendidikan Sains. Guru yang telah
lama berkhidmat mempunyai kefahaman yang mendalam tentang kandungan Sains serta pengalaman
luas dalam amalan pedagogi untuk membimbing guru novis dalam pelaksanaan pendekatan STEM
secara praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Latihan dalam perkhidmatan untuk
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) haruslah menggunakan kepakaran guru
berpengalaman dalam perkongsian amalan terbaik dan pementoran guru novis supaya guru novis lebih
mahir dalam pelaksanaan STEM.
RUJUKAN
Abdul Haseeb, A. S. M. D. (2018, January 10). Higher education in the era of IR 4.0. New Straits Times.
Dicapai 20 Ogos, 2019, daripada https://www.nst.com.my/education/2018/01/323591/higher-
education-era-ir-40
Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali, & Salmiza Salleh (2014). Faktor
penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan
tesis. Sains Humanika, 2(4): 14-21.
437
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Guo, Y., Justice, L. M., Sawyer, B., & Tompkins, V. (2011). Exploring factors related to preschool
teachers’ self-efficacy. Teaching and Teacher Education, 27: 96-968. doi:
10.1016/j.tate.2011.03.008
Karacop, A. (2016). Effects of Student Teams-Achievement Divisions Cooperative Learning with
Models on Students’ Understanding of Electrochemical Cells. International Education Studies,
9(11). doi:10.5539/ies. v9n11p104.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan
Matematik (STEM) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kergroach, S. (2017). Industry 4.0: New challenges and opportunities for the labour market. Foresight
and STI Governance, 11(4):6–8. DOI: 10.17323/2500-2597.2017.4.6.8
Maulana, R., Helms-Lorenz, M., & van de Grift, W. 2015. A longitudinal study of induction on the
acceleration of growth in teaching quality of beginning teachers through the eyes of their students.
Teaching and Teacher Education, 51, 225–245. https://doi.org/10.1016/j.tate.2015.07.003.
Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI). (2017). Pelan Strategik Kementerian Sains
Teknologi dan Inovasi (MOSTI): 2016-2020. Putrajaya: Malaysian Science and Technology
Information Centre, MOSTI.
Muhammad Abd Hadi, B. (2015). Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif Global, Perkembangan
Semasa di Malaysia, dan Langkah Kehadapan. Dicapai 22 Ogos, 2019 daripada
https://www.researchgate.net/publication/301567750
Noor Hayati R., & Mohd Sallehhudin A. A. (2015). The use of bahasa Melayu in the English language
classroom by ‘non-optionist English teacher. Procedia – Social and Behavioral Sciences,
172(27): 770-777.
Norziati, B., Effandi, Z., & Nooriza, K. (2016). Mathematics beliefs: The perception of Mathematics
anxiety, teaching efficacy and Mathematics avoidance among non-optionist Mathematics
teachers in Central Zone of Malaysia. Journal of Global Business and Sociel Entrepreneurship,
2(2): 11-21.
Richards, J., & Farrell, T. (2005). Professional development for language teachers: strategies for
teacher learning. Cambridge: Cambridge University Press.
Shahali, E. H. M., Halim, L., Rasul, M. S., Osman, K., &Zulkifeli, M. A. (2017). STEM learning
through engineering design: Impact on middle secondary students’ interest towards STEM.
EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 13(5), 1189-1211.
Sinlarat, P. (2016). Education 4.0 is More than Education. Annual Academic Seminar of the Teacher’s
Council 2016 on the topic of Research of the Learning Innovation and Sustainable Educational
Management. Bangkok: The Secretariat Office of Teacher’s Council.
Sudhakar, J. (2018, Mac 26). Why should teachers adopt a lifelong learning mindset? Dicapai Ogos 29,
2019, daripada https://www.linkedin.com/pulse/why-should-teachers-adopt-lifelong-learning-
mindset-future-sudha.
438
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PELAKSANAAN AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN
BERASASKAN INKUIRI GURU-GURU NOVIS
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM.
Abdul Latif bin Ahmad, Ed.D ([email protected])
Mohd Hanapiah bin Khamis, Ph.D ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran
berasaskan inkuiri di sekolah oleh guru-guru novis negeri Johor Darul Takzim. Seramai 341 orang
guru novis daripada populasi 1000 orang guru novis Negeri Johor yang menghadiri Kursus Program
Transformasi Minda (PTM) Negeri Johor 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor Darul Takzim telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang
digunakan bagi tujuan kajian ini ialah instrumen tinjauan PRIMAS (Promoting Inquiry-based learning
in Mathematics and Science Education) yang telah dibina untuk kajian tinjauan mengenai pengajaran
dan pembelajaran berasaskan inkuiri (IBL) di 12 negara Eropah (PRIMAS, 2011). Penganalisisan data
dan maklumat yang diperolehi daripada responden dianalisis menggunakan program perisian
komputer ‘Statistical Package For Social Sciences’ (SPSS version 16.0 For windows). Secara
keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru novis negeri Johor mempunyai
keyakinan yang tinggi terhadap amalan pengajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran
berasaskan inkuiri di sekolah. Tahap kekangan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran
berasaskan inkuiri yang dihadapi mereka adalah rendah. Tahap perlaksanaan amalan pengajaran
pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri yang dilaksanakan oleh guru-guru novis negeri Johor di
sekolah berada pada tahap tinggi. Pihak sekolah perlu menyediakan program induksi yang
menggalakan kepada sokongan profesional dan kolaboratif yang berkesan antara guru-guru
berpengalaman dengan guru-guru novis di sekolah. Kajian masa depan perlu untuk menyelidik lebih
lanjut tentang isu-isu yang menyumbang kepada pemahaman guru-guru mengenai proses inkuiri dan
cara melaksanakan amalan pengajaran menggunakan pendekatan berasakan inkuiri.
Kata Kunci: Guru novis, Pembelajaran Bersasaskan Inkuiri, Amalan Pengajaran
PENGENALAN
Salah satu bidang yang penting dalam siri penyelidikan berkaitan pengetahuan guru adalah kajian
tentang apa yang guru tahu dan bagaimana pengetahuan ini dijelmakan dalam pengajaran mereka
(Kleickmann et al., 2013). Jenis keperibadian guru, konsepsi pedagogikal dan kecekapan didaktik boleh
memberikan kita jawapan yang tepat kepada pemasalahan pengajaran. Menurut Mishra dan Mehta
(2017), pelaksanaan sebenar pendekatan baru untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan dalam
bilik darjah hari ini bakal ditentukan oleh keyakinan dan pengetahuan para pengamal pendidikan itu
sendiri. Pengaruh kepercayaan dan pengetahuan terhadap amalan pengajaran mempunyai kesan yang
kuat terhadap perkembangan mereka sebagai guru (Ross et al., 2010).
Pengalaman awal mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap keyakinan, amalan dan sikap para
guru sepanjang karier mereka. Guru novis menurut Widiati, et.al (2018) adalah individu yang
mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun selepas menamatkan pengajian sebagai guru pelatih.
439
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Tahun-tahun awal pengajaran ini adalah kritikal, kerana guru novis memerlukan bantuan untuk
menyedari betapa pentingnya kerjaya mereka dan bagaimana untuk mencari sumber yang akan
membolehkan mereka meneruskan kerjaya mereka dengan kepuasan (McCann & Johannessen, 2004).
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa keyakinan pedagogikal guru penting untuk memahami dan
meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran. Kepercayaan dan sikap guru novis terhadap sesuatu
pendekatan pengajaran mempengaruhi pemilihan strategi pengajaran dan cara mana mereka
melaksanakan strategi tersebut di dalam bilik darjah. Memahami idea guru novis dan pengalaman
mereka melaksanakan pengajaran berasaskan ikuiri adalah penting, kerana mereka merupakan guru
yang akan memimpin pedagogi pengajaran berasaskan ikuiri di masa depan. Pendekatan inkuiri
menurut Vajoczki et al., (2011) mempamerkan pendekatan pembelajaran yang lebih berpusatkan
pelajar, menarik minat dan penglibatan pelajar terhadap mata pelajaran dan menawarkan peluang untuk
aplikasi praktikal. Kepercayaan, sikap dan amalan guru bakal membentuk persekitaran pembelajaran
pelajar dan mempengaruhi motivasi serta hasil pembelajaran mereka.
Penyataan Masaalah
Guru-guru mempunyai peranan yang besar dalam menyokong sistem pendidikan negara yang berkesan
dan dinamik. Setiap guru terutamanya guru novis dituntut untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran
yang terkini dan relevan bagi merealisasikan kemenjadian murid. Mereka diharapkan dapat
mengadaptasikan pendekatan proses inkuiri terhadap kandungan dan kaedah pengajaran mereka di
sekolah. Penggunaan amalan pengajaran berasaskan inkuiri ini sedikit sebanyak memberi cabaran
terhadap kebolehan dan keupayaan guru novis kerana pendekatan dan kaedah pengajaran ini secara
drastik adalah berbeza daripada apa yang dipelajari mereka semasa latihan keguruan. Kurang
pengalaman, kurang sokongan, konflik antara latihan pra perkhidmatan dengan aplikasi pengetahuan
dan kemahiran dalam perkhidmatan memberi tekanan kepada guru novis. Seringkali didapati guru novis
ini menghadapi kesukaran dalam menguruskan murid di bilik darjah, menggunakan dan menguruskan
sumber info dan infra pembelajaran, melaksanakan kurikulum, mengekalkan hubungan dengan rakan
sekerja dan mengimbangi kehendak pentadbiran sekolah. Beberapa pernyataan yang dinyatakan di atas
mencetuskan keinginan penyelidik untuk meninjau secara lebih mendalam tentang amalan pengajaran
guru novis, terutama sekali terhadap keyakinan, kekangan dan bagaimana mereka mengaplikasikan dan
melaksanakan pendekatan pengajaran berasaskan inkuiri di sekolah.
Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah;
a. Mengenalpasti tahap keyakinan guru-guru novis negeri Johor terhadap pendekatan
pembelajaran berasaskan inkuiri dalam amalan pengajaran mereka di sekolah?.
b. Mengenalpasti apakah kekangan-kekangan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran
berasaskan inkuiri yang dihadapi oleh guru-guru novis negeri Johor di sekolah?
c. Mengenalpasti tahap perlaksanaan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran
berasaskan inkuiri yang dilaksanakan oleh guru-guru novis negeri Johor di sekolah?
TINJAUAN LITERATUR
Pembelajaran berasaskan inkuiri (IBL) menurut Branch dan Solowan (2003), adalah pendekatan
pembelajaran berpusatkan pelajar yang berfokus mengenai soal jawab, pemikiran kritis, dan
penyelesaian masalah yang membolehkan pelajar untuk mengembangkan kemahiran yang diperlukan
sepanjang hidup mereka.
440
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kajian-kajian terdahulu telah membahaskan tentang hubungan umum antara keberkesanan diri guru dan
amalan bilik darjah, tetapi jarang secara spesifik membahaskan berkenaan dengan keberkesanan kaedah
pengajaran melalui ikuiri (Klassen & Chiu, 2011). Kajian Lacy dan Guirguis, (2017) mendapati bahawa
pada awal tahun pengajaran, guru-guru novis akan merasa tertekan, kurang sokongan yang diharapkan,
dan mungkin merasa tidak bersedia untuk menangani tingkah laku dan isu akademik di kalangan pelajar
mereka. Guru novis menurut Good dan Brophy (2003), bergantung pada strategi cuba jaya yang
membantu mereka bertahan tanpa mengorbankan semua idealisme yang menarik minat mereka untuk
mengajar.
Terdapat konflik antara pengharapan guru novis dengan realiti profesion keguruan yang mereka alami
(La Maistre & Paré, 2010). Kajian-kajian terdahulu (Binns & Popp, 2013; Crawford, 2014)
menunjukkan bahawa fakta terpenting yang membataskan amalan pengajaran menggunakan
pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri oleh guru-guru adalah keyakinan guru terhadap kebolehan
mereka untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan bilik darjah.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Menurut Creswell (2014), reka bentuk kajian ialah prosedur atau kaedah dalam penyelidikan kuantitatif
atau kualitatif yang mana pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau keseluruhan
populasi. Tinjauan sampel dilakukan untuk mengenal pasti pelaksanaan pengajaran pendekatan
pembelajaran berasaskan inkuiri di sekolah oleh guru-guru novis negeri Johor. Kajian berbentuk
deskriptif secara tinjauan ini menggunakan borang soal selidik untuk mengumpulkan maklumat-
maklumat dan data-data kajian.
Populasi dan Sampel Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 341 orang
guru novis daripada populasi 1000 orang guru novis Negeri Johor yang menghadiri Kursus Program
Transformasi Minda (PTM) Negeri Johor 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor D.T. Pengiraan saiz sampel adalah berdasarkan Krejcie dan Morgan (1970).
Jadual 1:
Jadual penentuan saiz sampel, Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for
research. Educational and Psychological Measurements, 30, 607-610.
NS NS N S
1200 291
10 10 220 140 1300 297
1400 302
15 14 230 144 3500 346
6000 360
20 19 240 148 15000 375
75000 382
80 66 420 201
100 80 500 217
150 108 750 254
200 132 1000 278
• Petunjuk: N = Bil. Populasi dan S = Bil. Sampel
Instrumentasi
Soal selidik yang digunakan untuk kajian ini adalah soal selidik yang diubahsuai dan diadaptasi
daripada instrumen tinjauan PRIMAS (Promoting Inquiry-based learning in Mathematics and Science
Education) yang telah dibina untuk kajian tinjauan mengenai pengajaran dan pembelajaran berasaskan
441
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
inkuiri (IBL) di 12 negara Eropah (PRIMAS, 2011). Soal selidik ini mengandungi dua bahagian.
Bahagian A merupakan bahagian yang menampilkan maklumat personal responden iaitu jantina,
pengalaman mengajar, opsyen di IPG / Universiti, daerah sekolah tempat mengajar dan mata pelajaran
yang diajar di sekolah. Bahagian B pula mengandungi item-item soalan berkaitan aspek keyakinan guru
terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri (9 item), item-item soalan berkaitan aspek
kekangan-kekangan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri di sekolah (10
item) dan item-item soalan berkaitan aspek tahap perlaksanaan amalan pengajaran guru terhadap
pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri di sekolah (15 item). Agihan dan jumlah item ditunjukkan
dalam jadual 2 di bawah.
Jadual 2: Aspek dan Agihan Item
Aspek Elemen Item
1. Keyakinan Soalan 1 (3 item)
2. Kekangan Penggunaan Harian Soalan 2 (3 item)
3. Perlaksanaan Orientasi Soalan 3 (3 item)
Motivasi Soalan 4 (4 item)
Jumlah Soalan 5 (2 item)
Pengurusan Bilik Darjah Soalan 6 (4 item)
Sumber Soalan 7 (3 item)
Kekangan Sistem Soalan 8 (3 item)
Soalan 9 (3 item)
Interaksi Soalan 10 (3 item)
Aplikasi Soalan 11 (3 item)
`Hands on’ 34 item
Penyiasatan
Latihan / Tugasan
Resonden dikehendaki untuk memberikan respon mereka dengan menggredkan pilihan berdasarkan
skala 4 mata Likert (1 = Sangat Tidak Setuju kepada 4 = Sangat Bersetuju).
a. Analisis Data
Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan objektif kajian. Analisis kekerapan dan
peratus digunakan untuk melihat taburan latar belakang responden seperti jantina, pengalaman
mengajar, opsyen di IPG / Universiti, daerah sekolah tempat mengajar dan mata pelajaran yang diajar
di sekolah. Min skor digunakan bagi menentukan tahap keyakinan guru terhadap pendekatan
pembelajaran berasaskan inkuiri, kekangan-kekangan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran
berasaskan inkuiri di sekolah dan tahap perlaksanaan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran
berasaskan inkuiri oleh guru di sekolah . Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer.
Program yang digunakan adalah `Statistical Package for the Social Science (SPSS). Bagi menentukan
tahap aplikasi Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, intepretasi dibuat berdasarkan Skim
Tafsiran Mengukur Sikap Skala Likert 4-mata (Scheme of a 4-point Likert Scale Measuring Attitude)
yang disarankan oleh Pornel, Balinas, dan Saldaña (2011) seperti jadual 3 di bawah.
Jadual 3:Tafsiran Tahap Aplikasi Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuri
Julat Skor Min Interpretasi
Tahap
3.50 – 4.00
2.50 – 3.49 SANGAT TINGGI
1.50 – 2.49 TINGGI
1.00 – 1.49 RENDAH
SANGAT RENDAH
442
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kajian Rintis
Dalam kajian ini, kebolehpercayaan alat kajian ditentukan berdasarkan nilai Alpha Cronbach. Kajian
rintis dilaksanakan bagi menguji kebolehpercayaan alat kajian . Oleh yang demikian, kajian rintis telah
dijalankan terhadap 30 orang guru novis negeri Johor yang menghadiri Kursus Program Transformasi
Minda (PTM) 2019 Negeri Johor Kohort 1 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn yang
bukan responden dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan `Alpha Cronbach’ setiap konstruk (Jadual
4) adalah melebihi 0.70 mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tingg (Pallant, 2007).
Jadual 4: Nilai kebolehpercayaan `Alpha Cronbach’ Setiap Konstruk
Konstruk `Alpha Cronbach’
Keyakinan 0.813
Kekangan 0.906
Pelaksanaan 0.890
Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi kesemua 34 item memberikan nilai α = 0.851.
Berdasarkan kepada pandangan Hair et al., (2010), maka indeks kebolehpercayaan bagi soal selidik ini
adalah baik dan boleh diterima pakai.
DAPATAN KAJIAN
Profil Responden
Jadual 5: Profil Responden: Taburan Mengikut Jantina
TABURAN MENGIKUT JANTINA
Jantina Bilangan Responden Peratus Jumlah Responden
Lelaki
Perempuan 101 29.6 341
240 70.4
Guru novis perempuan merupakan responden yang paling ramai iaitu seramai 240 orang (70.4%)
manakala guru novis lelaki adalah seramai 101 orang (29.6%).
Jadual 6: Profil Responden: Taburan Mengikut Pengalaman Mengajar
TABURAN MENGIKUT TAHUN PENGALAMAN MENGAJAR
Tahun Bilangan Responden Peratus Jumlah Responden
1 Tahun 125 36.7
2 Tahun 341
216 63.3
Guru novis yang mempunyai pengalaman mengajar 2 tahun merupakan responden yang paling ramai
iaitu seramai 216 orang (63.3%) manakala guru novis yang mempunyai pengalaman 1 tahun adalah
seramai 125 orang (36.7%).
443
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 7: Profil Responden: Taburan Opsyen
TABURAN MENGIKUT OPSYEN
Opsyen Bilangan Responden Peratus Jumlah Responden
341
Elektrik 5 1.5
Kejuruteraan Awam 1 .3
Kejuruteraan Mekanikal 3 .9
PJPK 20 5.9
TESL 82 24.0
PS Visual 20 5.9
B Melayu 39 11.4
ERT 3 .9
Sejarah 30 8.8
RBT 9 2.6
Bim Kaunseling 13 3.8
Pend Khas 18 5.3
Kulinari 1 .3
Geografi 4 1.2
Muzik 8 2.3
Matematik 17 5.0
Tamil 10 2.9
Sains 21 6.2
B Cina 7 2.1
P Islam 8 2.3
Penyaman Udara 1 .3
B.Arab 9 2.6
Pend Pemulihan 12 3.5
Responden kajian ini mewakili 23 opsyen. Guru novis dari opsyen TESL merupakan responden yang
paling ramai iaitu seramai 82 orang (24.0%), diikuti guru novis dari opsyen Bahasa Melayu iaitu
seramai 39 orang (11.4%) dan opsyen Sejarah seramai 30 orang (8.8%). Guru novis dari Kulinari (1
orang : 0.3%) dan opsyen Penyaman Udara ((1 orang : 0.3%) merupakan responden yang paling sedikit
sekali.
Jadual 8: Profil Responden: Taburan Daerah Mengajar
TABURAN MENGIKUT DAERAH MENGAJAR
Opsyen Bilangan Responden Peratus Jumlah Responden
Pasir Gudang 73 21.4
J Bahru 117 34.3
Kulai 33 9.7
Kota Tinggi 44 12.9
Pontian 13 3.8 341
Batu Pahat 13 3.8
Kluang 20 5.9
Muar 15 4.4
Segamat 13 3.8
Responden terdiri daripada guru novis dari 9 daerah di negeri Johor. Guru novis dari daerah Johor Bahru
(117 orang: 34.3%) dan daerah Pasir Gudang (73 orang:21.4%) merupakan responden yang paling
444
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
ramai dalam kajian ini manakala guru novis dari daerah Pontian (13 orang:3.8%), daerah Batu Pahat
(13 orang:3.8%) dan daerah Segamat (13 orang:3.8%) merupakan responden yang paling sedikit.
Jadual 9: Profil Responden: Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar
TABURAN MENGIKUT MATA PELAJARAN YANG DIAJAR
Opsyen Bilangan Responden Peratus Jumlah Responden
Elektronik 6 1.8
B Cina 19 5.6
Kejuruteraan Asas 2 .6
Pendidikan Khas 12 3.5
Meteorologi 1 .3
PJK 16 4.7
B Inggeris 99 29.0
PSV 12 3.5
B Melayu 63 18.5
RBT 4 1.2
Sejarah 10 2.9
Matematik 29 8.5 341
Bim Kaunseling 13 3.8
Sains 20 5.9
Hospitality 1 .3
Geografi 3 .9
B. Tamil 5 1.5
P Islam 7 2.1
Penyaman Udara 1 .3
Fesyen 1 .3
Kejuruteraan Mekanikal 2 .6
B.Arab 9 2.6
Muzik 2 .6
Pend Pemulihan 4 1.2
Terdapat 24 mata pelajaran yang dikenal pasti diajar oleh para responden kajian ini. Dari jumlah ini,
mata pelajaran Bahasa Inggeris (99 orang: 29.0%) dan Bahasa Melayu (99 orang: 29.0%) merupakan
mata pelajaran yang paling banyak diajar oleh responden. Mata pelajaran Meteorologi, `Hospitality’,
Penyaman Udara dan Fesyen merupakan mata pelajaran yang paling sedikit diajar oleh responden kajian
ini iaitu masing-masing seramai seorang (0.3%).
Tahap keyakinan guru-guru novis negeri Johor terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan
inkuiri dalam amalan pengajaran mereka di sekolah.
Jadual 10: Tahap Keyakinan Guru-Guru Novis Negeri Johor Terhadap Pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Inkuiri Dalam Amalan Pengajaran Mereka Di Sekolah.
Tahap Keyakinan Guru Novis Min Tahap
3.22 Tinggi
Penilaian tahap keyakinan guru-guru novis negeri Johor terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan
inkuiri dalam amalan pengajaran mereka di sekolah berasaskan 3 elemen. Elemen-elemen yang dinilai
terdiri daripada elemen keyakinan penggunaan harian, elemen keyakinan orientasi perlaksanaan dan
elemen keyakinan motivasi perlaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan ikuiri dalam amalan
445
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pengajaran mereka di sekolah. Dapatan kajian (Jadual 10), menunjukkan bahawa tahap keyakinan guru-
guru novis negeri Johor terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri dalam amalan pengajaran
mereka di sekolah berada pada tahap tinggi (min skor 3.22).
Jadual 11: Elemen Keyakinan Guru-Guru Novis Negeri Johor Terhadap Pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Inkuiri Dalam Amalan Pengajaran Mereka Di Sekolah.
Elemen Keyakinan Guru Novis Min Tahap
Penggunaan Harian 2.86 Tinggi
Orientasi 3.44 Tinggi
Motivasi 3.35 Tinggi
Item Pernyataan Min Skor
2.97
1a Saya sudah menggunakan banyak strategi IBL dalam PdPc saya.
3.47
2c Saya ingin melaksanakan lebih banyak amalan IBL untuk
3.43
memperkayakan amalan pengajaran saya.
3c Pelajar mendapat manfaat daripada amalan IBL.
Dapatan kajian juga (Jadual 11), menunjukkan bahawa guru-guru novis mempunyai orientasi untuk
melaksanakan lebih banyak amalan pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri untuk memperkayakan
amalan pengajaran mereka (min skor 3.47).
Apakah kekangan-kekangan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri
yang dihadapi oleh guru-guru novis negeri Johor di sekolah?
Jadual 12: Tahap Kekangan Amalan Pengajaran Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Yang
Dihadapi Oleh Guru-Guru Novis Negeri Johor Di Sekolah.
Tahap Kekangan Amalan Pengajaran Min Tahap
Pendekatan Pembelajaran Bersaskan 2.43 Rendah
Inkuiri
Penilaian tahap kekangan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri yang
dihadapi oleh guru-guru novis negeri Johor di sekolah berasaskan 3 elemen. Elemen-elemen yang
dinilai terdiri daripada elemen kekangan pengurusan bilik darjah, elemen kekangan sumber pengajaran
dan elemen kekangan sistem. Dapatan kajian (Jadual 12), menunjukkan bahawa tahap kekangan amalan
pengajaran pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri yang dihadapi oleh guru-guru novis negeri
Johor di sekolah berada pada tahap rendah (min skor 2.43).
Jadual 13: Elemen Kekangan Amalan Pengajaran Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Yang
Dihadapi Oleh Guru-Guru Novis Negeri Johor Di Sekolah.
Elemen Kekangan Amalan Pengajaran
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Min Tahap
Inkuiri
Pengurusan Bilik Darjah 2.34 Rendah
Sumber 2.48 Rendah
Sistem 2.48 Rendah
Item Pernyataan Min Skor
2.71
4a Saya mempunyai kesukaran dalam melaksanakan IBL, kerana saya
bimbang saya tidak dapat mengawal disiplin pelajar semasa proses IBL
berlangsung.
446
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
5a Saya sukar untuk melaksanakan IBL, kerana kekurangan bahan 2.55
pengajaran yang mencukupi.
6a Saya menghadapi kesukaran dalam melaksanakan IBL, kerana tidak 2.85
cukup masa melaksanakan kurikulum.
Walaupun guru-guru novis melaporkan tahap kekangan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran
berasaskan inkuiri adalah rendah, bimbang kerana tidak dapat mengawal disiplin pelajar semasa proses
IBL berlangsung (min skor 2.71) merupakan elemen kekangan pengurusan bilik darjah yang paling
tinggi dilaporkan oleh guru-guru novis. Bagi elemen kekangan sumber pula guru novis melaporkan
bahawa mereka sukar untuk melaksanakan IBL, kerana kekurangan bahan pengajaran yang mencukupi
(min sukar 2.55) manakala tidak cukup masa untuk melaksanakan kurikulum merupakan elemen
kekangan sistem yang dilaporkan oleh guru-guru novis negeri Johor (min skor 2.85).
Tahap perlaksanaan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri yang
dilaksanakan oleh guru-guru novis negeri Johor di sekolah.
Jadual 14: Tahap Perlaksanaan Amalan Pengajaran Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Yang Dilaksanakan Oleh Guru-Guru Novis Negeri Johor Di Sekolah.
Tahap Perlaksanaan Amalan Pengajaran Min Tahap
Pendekatan Pembelajaran Bersaskan 3.17 Tinggi
Inkuiri
Penilaian tahap perlaksanaan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri yang
dilaksanakan oleh guru-guru novis negeri Johor di sekolah berasaskan 5 elemen. Elemen-elemen yang
dinilai terdiri daripada elemen interaksi, elemen aplikasi, elemen `hands on’, elemen penyiasatan dan
elemen latihan atau tugasan. Dapatan kajian (Jadual 14), menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan
amalan pengajaran pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri yang dilaksanakan oleh guru-guru
novis negeri Johor di sekolah berada pada tahap tinggi (min skor 3.17).
Jadual 15: Elemen Tahap Perlaksanaan Amalan Pengajaran Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Inkuiri Yang Dilaksanakan Oleh Guru-Guru Novis Negeri Johor Di Sekolah.
Elemen Perlaksanaan Amalan Pengajaran
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Min Tahap
Inkuiri
Interaksi 3.39 Tinggi
Aplikasi 3.38 Tinggi
`Hands on’ 2.98 Tinggi
Penyiasatan 2.79 Tinggi
Latihan / Tugasan 3.29 Tinggi
Item Pernyataan Min Skor
3.43
7a Pelajar diberi peluang untuk menjelaskan idea mereka. 3.39
8a Saya menggunakan mata pelajaran yang saya ajar ini untuk membantu 3.03
pelajar memahami dunia luar sekolah. 2.83
9b Pelajar melakukan eksperimen / penyiasatan dengan mengikuti arahan 3.34
saya.
10c Para pelajar mempunyai peluang untuk memilih eksperimen /
penyiasatan mereka sendiri.
11b Pelajar bermula dengan soalan mudah dan bergerak ke soalan yang
lebih sukar.
447
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Memberi peluang kepada pelajar untuk menjelaskan idea mereka merupakan elemen interaksi yang
paling tinggi dilaporkan oleh guru-guru novis (min skor 3.43). Bagi elemen aplikasi majoriti guru novis
melaporkan mereka menggunakan mata pelajaran yang mereka ajar untuk membantu pelajar memahami
dunia luar sekolah (min skor 3.39) manakala pada elemen `hands on’ majoriti guru novis melaporkan
bahawa pelajar melakukan eksperimen / penyiasatan dengan mengikut arahan yang diberikan oleh guru
(min skor 3.03). Majoriti guru novis juga melaporkan bahawa mereka memberi peluang kepada pelajar
untuk memilih eksperimen / penyiasatan mereka sendiri (min skor 2.83). Bagi melaksanakan latihan
atau tugasan majoriti guru novis melaporkan bahawa pelajar bermula dengan soalan mudah dan
bergerak ke soalan yang lebih sukar (min skor 3.34).
PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru novis negeri Johor mempunyai keyakinan yang tinggi
terhadap amalan pengajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri di
sekolah. Binns dan Popp, (2013) menggariskan antara faktor penting yang menentukan sama ada guru
membuat keputusan untuk menggunakan pedagogi berasaskan inkuiri adalah keyakinan guru,
kepercayaan, nilai dan pandangan mereka terhadap pendekatan kaedah pengajaran tersebut.
Berdasarkan keyakinan yang tinggi, guru-guru novis ini menyatakan bahawa mereka cenderung dan
bermotivasi tinggi untuk melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan inkuiri di
sekolah. Guru-guru yang mempunyai pengalaman dan berkeyakinan tinggi menurut Narayan dan Lamp,
(2010) lebih cenderung untuk melaksanakan persekitaran bilik darjah berasaskan inkuiri. Guru-guru
novis melaporkan bahawa tahap kekangan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran berasaskan
inkuiri yang dihadapi mereka adalah rendah. Keyakinan yang tinggi terhadap amalan pedagogi
berasaskan inkuiri mempengaruhi kesediaan guru-guru novis untuk melaksanakan pengajaran tersebut
dengan gembira. Mereka tanpa merasa terbeban akan melaksanakan amalan pengajaran ini di dalam
bilik darjah.
Walaupun guru-guru novis melaporkan mereka kurang mengalami masalah dalam melaksanakan
amalan pengajaran pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri, pengurusan bilik darjah masih
merupakan halangan dan cabaran. Menurut Harris dan Rooks, (2010) pengurusan bilik darjah
merupakan cabaran yang besar kepada guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan inkuiri.
Kekurangan bahan pengajaran yang mencukupi dan tidak cukup masa untuk melaksanakan kurikulum
juga merupakan antara kekangan dan halangan untuk melaksanakan amalan pengajaran pendekatan
pembelajaran berasaskan inkuiri. Kajian oleh Buczynski dan Hansen, (2010) mendapati bahawa
kekurangan sumber pengajaran merupakan salah satu cabaran kepada guru untuk melaksanakan amalan
pengajaran pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan amalan pengajaran pendekatan pembelajaran
berasaskan inkuiri yang dilaksanakan oleh guru-guru novis negeri Johor di sekolah berada pada tahap
tinggi. Guru-guru novis juga melaporkan bahawa mereka memberi peluang kepada pelajar untuk
menjelaskan idea dan menggunakan mata pelajaran yang mereka ajar untuk membantu pelajar
memahami dunia luar sekolah. Pelajar-pelajar diberi peluang untuk memilih eksperimen mereka sendiri
dan memulakan dengan soalan mudah dan bergerak ke soalan yang lebih sukar semasa memberi latihan
atau tugasan kepada pelajar. Dalam pembelajaran berasaskan inkuiri, pelajar secara individu atau secara
dalam kumpulan membangunkan inisiatif, disiplin, kepakaran silang disiplin, kemahiran intelektual dan
kreatif melalui siasatan berasaskan bukti, soalan-soalan autentik berdasarkan topik dan minat pelajar
(Chichekian, Savard, & Shore, 2011).
448
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
RUMUSAN
Berdasarkan hasil dapatan kajian, penyelidik ingin mencadangkan supaya latihan perguruan yang
dilaksanakan di IPG perlulah menekankan tumpuan kepada latihan yang boleh distrukturkan untuk
memastikan guru-guru pelatih membina pengetahuan yang mencukupi tentang kaedah pedagogi
berasaskan inkuiri dan seterusnya dapat menggunakannya di lapangan. Kejayaan peralihan daripada
guru pelatih kepada guru novis yang berkemahiran serta berpengetahuan berkaitan amalan pengajaran
pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri adalah penting untuk pembangunan kurikulum di sekolah-
sekolah abad ke-21.
Latihan kepimpinan untuk pengetua dan guru besar sekolah adalah perlu untuk mempromosikan budaya
pengajaran dan pembelajaran berasaskan inkuiri di sekolah secara berkesan. Pihak sekolah perlu
menyediakan program induksi yang menggalakan kepada sokongan profesional dan kolaboratif yang
berkesan antara guru-guru berpengalaman dengan guru-guru novis di sekolah.
Penyelidik juga ingin mencadangkan supaya dijalankan penyelidikan masa depan untuk menyelidik
lebih lanjut tentang isu-isu yang menyumbang kepada pemahaman guru-guru mengenai proses inkuiri
dan cara melaksanakan amalan pengajaran menggunakan pendekatan berasaskan inkuiri. Kajian
lanjutan juga perlu dilakukan bagi mengenal pasti apakah pemboleh ubah yang meningkatkan
keberkesanan pemahaman dan kemahiran guru untuk melaksanakan amalan pengajaran menggunakan
pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri.
RUJUKAN
Binns, I.C. & Popp, S. (2013). Learning to teach science through inquiry: Experiences of preservice
teachers. Electronic Journal of Science Education, 17(1):1–24.
Branch, J. L., & Solowan, D. G. (2003). Inquiry-based learning: The key to student success. School
Libraries in Canada, 22(4), 6-12.
Buczynski, S., Hansen, C.B. (2010). Impact of professional development on teacher practice:
Uncovering connections. Teaching and Teacher Education, 26(3), 599-607.
Chichekian, T., Savard, A., & Shore, B. M. (2011). The languages of inquiry: An English-French
lexicon of inquiry terminology in education. LEARNing Landscapes, 4(2), 93-109.
Crawford, B.A. (2014). From inquiry to scientific practices in the science classroom. In NG Lederman
& SK Abell (eds). Handbook of research on science education (Vol. 2). London, England:
Routledge
Creswell, J.W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (4th
ed). Thousand Oaks, CA: Sage.
Good, T., & Brophy, J. (2003). Looking in classrooms. New York, NY: Allan & Bacon.
Hair, G., Black, B., Babin, B., Anderson, R. and Tatham, R. (2010). Multivariate Data Analysis. 7th
Edition, Pearson, Upper Saddle River, New Jersey.
Harris, C. & Rooks, D. (2010). Managing inquiry based science: Challenges in enacting complex
science instruction in elementary and middle school classrooms. Journal of Science Teacher
Education, 21(2), 227-240.
449
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Klassen, R. M., & Chiu, M. M. (2011). The occupational commitment and intention to quit of practicing
and pre-service teachers: Influence of self-efficacy, job stress, and teaching context.
Contemporary Educational Psychology, 36, 114-129.
Kleickmann, T., Richter, D., Kunter, M., Elsner, J., Besser, M., Krauss, S., & Baumert, J. (2013).
Teachers’ content knowledge and pedagogical content knowledge: The role of structural
differences in teacher education. Journal of Teacher Education, 64(1), 90-106.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research. Educational and
Psychological Measurements, 30, 607-610.
Lacy. S.L.D & Guirguis. R.V. (2017). Journal of Education and Learning; Published by Canadian
Center of Science and Education.Vol. 6, No. 3.
Le Maistre, C., & Paré, A. (2010). Whatever it takes: How beginning teachers learn to survive. Teaching
and Teacher Education, 26, 559-564.
McCann, T.M., & Johannessen, L.R. (2004). Why do new teachers cry? The Clearing House: A Journal
of Educational Strategies, Ideas and Issues, 77 (4), 138-145.
Mishra, P. & Mehta, R. (2017). What We Educators Get Wrong About 21st-Century Learning: Results
of a Survey, Journal of Digital Learning in Teacher Education, 33:1, 6-19
Narayan, R., & Lamp, D. (2010). “Me? Teach science?” Exploring EC-4 pre-service teachers’ self
efficacy in an inquiry-based constructivist physics classroom. Educational Research and
Reviews, 5, 748–757.
Pallant, J. (2007). SPSS survival manual (3rd ed). Crows West, NSW: Allen & Unwin.
Pornel, J., Balinas, V., Saldaña, G. (2011). Nearest integer response from normally distributed opinion
model for likert scale. The Philippine Statistician, 60(1): 87-103.
Primas (2011). PRIMAS guide for professional development providers. Primas report – Deliverable
D.4.1. Retrieved April 2, 2013, from http://www.primas-project.eu
Ross, K., Lakin, L. and Mckechnie, J. (2010). Teaching secondary science: constructing meaning and
developing understanding. Milton Park, Routledge
Vajoczki, S., Watt, S., & Vine, M. M. (2011). Inquiry learning: Instructor perspectives. The Canadian
Journal for the Scholarship of Teaching and Learning, 2(2), Article 3: 1-18.
Widiati. U, Suryati.N, Hayati. N. (2018). Unraveling the challenges of Indonesian novice teacher of
English. Indonesian Journal of Applied Linguistics.Vol. 7 No. 3, January 2018, pp. 621-629.
450
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
TAHAP KESEDIAAN PEMIMPIN SEKOLAH MENGAMALKAN DOMAIN
MENERAJUI PERUBAHAN TERHADAP PENDIDIKAN STEM DI SABAH
Salleh bin Ismail Kong ([email protected])
Sainah Limbasan ([email protected])
Kasmah Abdullah ([email protected])
Annilin Apat ([email protected])
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
ABSTRAK
Pemimpin sekolah memainkan peranan untuk menerajui perubahan pendidikan masa kini. Hasrat ini
adalah sejajar dengan anjakan pertama transformasi pendidikan yang menekankan kepentingan
meningkatkan kualiti pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
ke arah melahirkan modal insan bertaraf dunia dan mendepani Revolusi Industri 4.0. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan pemimpin sekolah menerajui perubahan
melalui amalan kompetensi membuat keputusan, memimpin perubahan dan menyelesai masalah.
Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal
selidik yang direka bentuk berasaskan kamus kompetensi Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) versi 2018. Kajian rintis soal selidik telah dijalankan dan nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.93. Kajian ini melibatkan seramai 153 orang pemimpin sekolah
sebagai responden yang telah mengikuti program NPQEL versi 2018. Data dianalisis dengan
menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPPS) versi 26.0. Dapatan kajian
menunjukkan secara keseluruhannya tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain merajui
perubahan dari aspek kompetensi membuat keputusan, memimpin perubahan dan menyelesai masalah
berada pada tahap tinggi (min=4.63). Kesediaan pemimpin sekolah dari aspek kompetensi memimpin
perubahan (min=4.65) berada pada tahap paling tinggi. Justeru itu, pemimpin sekolah mempunyai
tahap kesediaan untuk mengamalkan domain menerajui perubahan terhadap Pendidikan STEM.
Implikasi kajian ini pemimpin sekolah perlu bijak mengurus dan mengadaptasi perubahan mengikut
tred semasa dan seterusnya memperkasa budaya pendidikan STEM di sekolah.
Kata kunci: Kepimpinan, Pemimpin sekolah, Menerajui perubahan, Pendidikan STEM, Kompetensi
PENDAHULUAN
Kepimpinan berprestasi tinggi dalam kalangan pemimpin sekolah merupakan salah satu fokus utama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menerajui perubahan pendidikan ke arah
merealisasikan guru berkualiti dan meningkatkan kemenjadian murid. Anjakan pertama dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah menyediakan kesamarataan akses
kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa iaitu dikaitkan dengan peningkatan kualiti
pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) (KPM, 2013). Perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan dan ekonomi telah menjadi fokus di
Malaysia sekitar tahun 2001 hingga tahun 2010. Mutakhir ini pula, Md. Mokter & Michael (2012)
menyatakan motivasi yang menggalakkan untuk murid meningkatkan prestasi mencakupi pengetahuan
dan kemahiran secara saintifik adalah penting ke arah memperkasa pendidikan STEM di negara-negara
membangun. Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu bermula di peringkat sekolah rendah lagi dalam
menerapkan pendidikan STEM khususnya bagi menghadapi Revolusi Industri (RI) 4.0. Semua pihak
451
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
termasuk murid, pensyarah, fakulti, kolej kediaman serta universiti berganding bahu mewujudkan usaha
sama bersaing di dunia tanpa sempadan untuk menyokong pengoperasian pendidikan STEM sehingga
ke tahap yang cemerlang.
Inisiatif KPM dalam PPPM (2013-2015) ialah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda
penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda menghadapi cabaran abad ke-
21 dan memastikan hasrat murni ini mencapai objektif (KPM, 2016). Inisiatif tersebut adalah
memperkukuhkan pendidikan STEM, memantapkan kemahiran dan keupayaan, mempopularkan
pendidikan STEM serta menyediakan intensif. Cabaran dunia hari ini yang bersifat lebih kompleks
menuntut kerjasama semua pihak untuk mengambil tanggungjawab sosial membina kepakaran diri.
Bahkan, pemimpin sekolah merupakan individu bertanggugjawab dalam mewujudkan persekitaran
positif untuk menambah baik hasil pembelajaran STEM (Hatisaru, Beswick & Fraser, 2019).
Sehubungan dengan itu, KPM menyarankan agar pemimpin pendidikan di sekolah harus menjadi
pemimpin yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memperkasakan pendidikan
STEM secara menyeluruh. Hal ini adalah selaras dengan tuntutan perubahan dalam pendidikan yang
menekankan bahawa pemimpin sekolah adalah agen perubahan budaya di sekolah. Justeru itu,
pemimpin harus berusaha mempraktikkan pendidikan STEM sebagai salah satu komponen penting
dalam pendidikan masa kini. Perubahan ini perlu dilaksanakan untuk memenuhi keperluan semasa dari
segi idea, program, metod, teknologi, proses dan komponen pendidikan (KPM, 2013).
Selain itu, tuntutan perubahan dalam pendidikan global mendorong KPM mengambil inisiatif untuk
melengkapkan para pemimpin sekolah sebagai agen perubahan pendidikan (Fullan, 2006) dari segala
aspek terutama dalam mendepani cabaran pendidikan abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Selari dengan inisiatif ini, Institut Aminuddin Baki (IAB) telah menggariskan 10 kompetensi
melalui program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) versi 2018. Salah
satu domain utama yang ditekankan dalam program ini ialah domain menerajui perubahan yang
mengandungi tiga kompetensi yang perlu dikuasai oleh peserta NPQEL iaitu membuat keputusan,
memimpin perubahan dan menyelesai masalah (IAB, 2018). Justeru itu, kajian ini dijalankan dengan
memfokuskan tahap kesediaan pemimpin sekolah di Sabah melalui amalan kompetensi dalam domain
menerajui perubahan terhadap pendidikan STEM.
PERNYATAAN MASALAH
Pemimpin sekolah merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memastikan hasrat KPM iaitu
pemimpin yang berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah (KPM, 2013) ke arah melahirkan murid
yang berdaya cipta dan mampu bersaing di peringkat global. Selaras dengan fungsi pemimpin sekolah
untuk membawa perubahan pembangunan dan meningkatkan kecemerlangan sekolah, amalan
kompetensi pemimpin memberi pengaruh yang lebih dominan kepada perubahan (Bush, 2007). Namun
demikian, penguasaan kompetensi khususnya dalam aspek membuat keputusan, menyelesai masalah,
mengurus perubahan dan penguasaan ICT yang berfokuskan kepada kualiti adalah rendah dalam
kalangan guru besar dan pengetua (Amin, Ramli, Sazali, Abd. Razak, Rosnarizah & Rusmini, 2008).
Kajian terdahulu dan isu semasa mengenai pendidikan STEM khususnya di Malaysia menggambarkan
bahawa pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi ke arah memperkasa budaya pendidikan STEM
di sekolah. Hal sedemikian menyebabkan masih terdapat pemimpin sekolah yang kurang memberi
fokus untuk membudayakan pendidikan STEM di sekolah (Bunyamin, 2017). Tambahan lagi,
pemahaman tentang perkara yang perlu dilakukan pemimpin untuk mewujudkan PdPc yang efektif dan
efisien kepada pembelajaran pendidikan STEM adalah sangat terhad. Menyedari hakikat bahawa
pendidikan STEM perlu ditransformasikan dan dimantapkan sejajar dengan anjakan transformasi dalam
PPPM (2013-2025) maka pemimpin sekolah perlu berusaha memberi nafas baharu terhadap pendidikan
STEM (Bunyamin, 2015). Dalam konteks pendidikan STEM pemimpin harus mempunyai inisiatif
untuk mencetus idea baharu secara komprehensif khususnya dalam memimpin pembangunan organisasi
(Raamani & Arumugam, 2018). Berdasarkan laporan oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan dan
452
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pembangunan Dasar Pendidikan (BPPPD), (2019) punca utama kemerosotan pendidikan STEM di
sekolah adalah disebabkan sikap sukar memberi kerjasama, kurang yakin dengan keupayaan guru dan
latar belakang pemimpin bukan daripada bidang STEM. Bahkan, kajian oleh Alexis, Henderson &
Fisher (2018) menjelaskan terdapat segelintir pemimpin yang dilihat tidak menitikberatkan latihan guru
dan kefahaman yang mendalam untuk mengimplementasi pendidikan STEM. Justeru itu, pemimpin
sekolah memainkan peranan penting sebagai peneraju transformasi dengan mengamalkan domain
menerajui perubahan melibatkan kompetensi membuat keputusan, memimpin perubahan dan
menyelesai masalah agar menarik lebih ramai murid terlibat menceburi bidang STEM di peringkat
sekolah melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.
OBJEKTIF KAJIAN
a. Mengenal pasti tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui perubahan
kompetensi membuat keputusan terhadap pendidikan STEM.
b. Mengenal pasti tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui perubahan
kompetensi memimpin perubahan terhadap pendidikan STEM.
c. Mengenal pasti tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui perubahan
kompetensi menyelesai masalah terhadap pendidikan STEM.
PERSOALAN KAJIAN
a. Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui perubahan
kompetensi membuat keputusan terhadap pendidikan STEM?
b. Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui perubahan
kompetensi memimpin perubahan terhadap pendidikan STEM?
c. Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui perubahan
kompetensi menyelesai masalah terhadap pendidikan STEM?
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kesediaan pemimpin sekolah
melaksanakan pendidikan STEM di Sabah berdasarkan kompetensi membuat keputusan, memimpin
perubahan dan menyelesai masalah yang terkandung dalam domain menerajui perubahan. Hasil kajian
ini diharapkan dapat memberikan maklumat dan input berkaitan keberkesanan pelaksanaan kaedah
latihan yang berteraskan kompetensi dalam usaha memastikan keberkesanan pendidikan STEM selaras
dengan hasrat dalam PPPM 2013-2025. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada
kepemimpinan sekolah khasnya pengetua dan guru besar berhubung kepentingan memiliki kompetensi
yang tinggi dalam domain menerajui perubahan untuk merangsang komitmen guru mewujudkan
suasana Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang efektif dan berkualiti.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya melibatkan pengetua dan guru besar lepasan kursus Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) versi 2018 sahaja. Justifikasi pemilihan tersebut disebabkan
pendekatan kursus NPQEL versi 2018 adalah berteraskan kompetensi berbanding sebelum ini yang
hanya memfokuskan kepada pengetahuan (IAB, 2018). Hal ini termasuklah memberi pendedahan
kepada para pemimpin sekolah secara khusus berkaitan dengan domain kompetensi menerajui
perubahan yang melibatkan tiga kompetensi iaitu kompetensi membuat keputusan, kompetensi
memimpin perubahan dan kompetensi menyelesai masalah. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini
tidak dapat digeneralisasikan dalam kalangan pemimpin sekolah yang telah dilantik sebelum tahun
2018.
453
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KERANGKA KONSEP
Kerangka konsep kajian ini dapat digambarkan seperti Rajah 1 di bawah. Berdasarkan kerangka ini,
kajian tersebut adalah memfokuskan kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui
perubahan iaitu merangkumi kompetensi membuat keputusan, kompetensi memimpin perubahan dan
kompetensi menyelesai masalah. Kerangka konsep ini menjadi panduan pengkaji bagi menjalankan
kajian yang berkaitan dengan kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain kompetensi
menerajui perubahan terhadap pendidikan STEM.
Kesediaan Kompetensi Pendidikan
Pemimpin Membuat Keputusan STEM yang
Sekolah
Menerajui Kompetensi berkesan
Memimpin Perubahan
Kompetensi
Menyelesai Masalah
Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian
KAJIAN LITERATUR
Bahagian ini adalah membincangkan aspek berikut.
Kepimpinan Pemimpin Sekolah
Kajian lepas mendedahkan kepimpinan yang efektif memainkan peranan penting dalam menerajui
perubahan sesebuah organisasi. Pemimpin sekolah perlu meningkatkan kompetensi dan kecekapan diri
untuk membangun sekolah ke arah merealisasikan hasrat KPM iaitu meningkatkan kualiti guru dan
melahirkan sumber tenaga yang mahir, berdaya cipta dan mampu menghadapai permasalahan yang
kompleks (KPM, 2016). Bahkan, pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran dan kompetensi yang
tinggi bagi menghadapi cabaran memimpin dan mengurus institusi masa kini (Eddy, 2013). Menurut
Euis & Hersugondo (2008), pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dikaitkan dengan kompetensi
seseorang pemimpin untuk mempengaruhi dan membangun kapasiti dalam organisasi bagi melakukan
perubahan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Pemimpin sebagai peneraju kecemerlangan
organisasi sekolah adalah bertanggungjawab untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran baharu bagi menangani cabaran dunia pendidikan. Mohtar, (2005) menyatakan keupayaan
pemimpin dalam menerajui organisasi telah diterima sebagai faktor yang boleh menentukan kejayaan
dan kegagalan organisasi berkenaan. Sehubungan dengan itu, pemimpin perlu memanfaatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek bidang pengurusan agar dapat bertindak dengan
penuh yakin dan berkesan.
Hakikatnya, kajian tentang kepimpinan juga dikaitkan dengan peranan pemimpin sekolah
membudayakan dan memperkasa pendidikan STEM untuk memperkukuhkan organisasi (Bunyamin,
2017). Hal sedemikian penting kerana pemimpin perlu mempunyai kesediaan yang utuh dan berupaya
untuk memberi nafas baharu terhadap kesepaduan antara bidang dalam STEM berlaku secara realistik
(KPM, 2016). Pengetua berperanan untuk meningkatkan kualiti yang tinggi dalam PdPc terutama di
454
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dalam bilik darjah bagi membolehkan murid mencapai prestasi yang baik menerusi pendidikan STEM.
Selain itu, pemimpin sekolah perlu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan berupaya membuat
perubahan terhadap usaha membangun dan melaksanakan misi akademik di sekolah (Eddy, 2013). Hal
ini disebabkan pemimpin perlu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap PdPc yang dapat menghasilkan
pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan, dapat menarik minat dan
kecenderungan murid mempelajari idea baharu, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai,
pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam
konteks dunia sebenar untuk negara kekal berdaya saing dan dinamik di peringkat global (KPM, 2016).
Kompetensi
Kajian lepas mendedahkan kompetensi pemimpin perlu dikenalpasti kerana asas utama bagi pengurusan
yang efektif dan mempengaruhi kualiti kejayaan murid dan sekolah (Rothwell, 2010). Menurut Amin,
et al. (2008) kompetensi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, mengurus perubahan dan
pengurusan ICT merupakan kompetensi yang berfokuskan kepada kualiti dan berimpak tinggi kepada
organisasi. Lanjutan daripada itu, cabaran pendidikan abad ke-21 amat memerlukan pemimpin sekolah
yang mempunyai kompetensi yang tinggi bagi membangun dan meningkatkan pencapaian organisasi
untuk menerajui perubahan. Kompetensi membuat keputusan adalah keupayaan membuat pilihan yang
relevan dan mempunyai justifikasi berasaskan maklumat dengan mempertimbangkan pelbagai aspek
dan alternatif (IAB, 2018). Menurut Som dan Dahalan (1998), membuat keputusan merupakan
kemampuan minda untuk memilih salah satu alternatif terbaik bagi mencapai matlamat yang diharapkan
berdasarkan kriteria tertentu. Justeru itu, kompetensi membuat keputusan merupakan kompetensi yang
sangat penting kerana pemimpin sekolah perlu mengambil risiko membuat keputusan berdasarkan
beberapa alternatif pilihan yang telah dikenal pasti melalui maklumat dan data yang tepat untuk
membuat keputusan supaya menepati persekitaran sekolah (Ab Aziz, 2004). Kajian oleh Baharom et al.
(2008) mendapati faktor-faktor membuat keputusan menunjukkan guru besar menguasai tahap yang
tinggi ketika membuat keputusan. Bahkan, amalan membuat keputusan dalam kalangan guru besar juga
pada tahap tinggi.
Kompetensi memimpin perubahan adalah keupayaan untuk menerima dan memandu perubahan dengan
mengadaptasi tindakan melalui sokongan individu warga organisasi bagi memacu pembangunan dan
pencapaian (IAB, 2018). Memimpin perubahan adalah keupayaan seseorang pemimpin untuk
mengubah satu-satu situasi yang kurang baik kepada situasi lebih baik berdasarkan faktor perubahan
tertentu pada peringkat makro dan atas dorongan situasi semasa menyebabkan sesuatu perubahan itu
berlaku (Muhamad Sani dan Mohd Izham, 2012). Menurut Ab Aziz (2008), sesuatu perubahan perlu
memberi kesan positif kepada proses kerja dan menggalakkan penambahbaikan berterusan dengan
mempertimbangkan dimensi kemanusiaan, menyebarluas serta merealisasikan matlamat dengan
sewajarnya. Tambahan lagi, sikap yang positif menggalakkan maklum balas pekerja untuk menjana
lebih banyak alternatif penyelesaian masalah. Kajian yang dijalankan oleh Izani & Yahya (2014)
mendapati bahawa kepimpinan servant mendorong stafnya untuk mencapai potensi diri menjadi
penyumbang kepada pengurusan perubahan di sekolah.
Selanjutnya, pemimpin sekolah perlu menekankan kompetensi menyelesai masalah bagi mendepani
cabaran abad ke-21 ini. Kompetensi menyelesai masalah adalah keupayaan untuk mengenal pasti dan
menggunakan logik, penghakiman dan data untuk menilai alternatif dan melaksanakan penyelesaian
untuk mencapai matlamat organisasi yang dihasratkan (IAB, 2018). Hal ini disebabkan masalah yang
wujud pada masa kini adalah berbeza dari semasa ke semasa misalnya masalah dari segi kompetensi
guru, prasarana sekolah dan latar belakang murid (IAB, 2016). Lantaran itu, pemimpin sekolah perlu
memperkukuh dan memantapkan lagi pengetahuan, kemahiran dan kompetensi menyelesaikan masalah
agar pemimpin sekolah dapat mendepani cabaran ke arah menerajui pendidikan STEM di sekolah.
Model Chang dan Kelly (1993) merupakan model yang menjadi panduan pemimpin sekolah untuk
menyelesai masalah yang melibatkan enam proses berfikir yang perlu dilalui dan pengulangan semula
berlaku sehinga masalah selesai sepenuhnya. Proses tersebut adalah memahami masalah, analisis punca
455
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
masalah, mengenal pasti penyelesaian yang mungkin, pemilihan penyelesaian terbaik, menyediakan
pelan tindakan dan melaksanakan penyelesaian serta menilai kemajuan. Kajian oleh Awg Junaidi
(2000) mendapati pemimpin sekolah perlu sentiasa bersedia menyelesaikan masalah berdasarkan gaya
kepimpinan yang berorientasikan tugas dan timbang rasa. Dalam masa yang sama, pemimpin sekolah
perlu mengetahui punca masalah organisasi dan berusaha mendekati masalah dengan baik.
Pendidikan STEM
Di Malaysia, senario pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berkait rapat
secara tidak langsung dengan kepimpinan pemimpin mendepani cabaran merealisasikan pendidikan
STEM secara efektif dan efisien. Kajian yang dijalankan oleh Nur Amelia dan Lilia, (2019) menyatakan
pendidikan STEM di Malaysia perlu diintegrasikan dan diperkukuhkan sebagai satu inisiatif untuk
meningkatkan sumber tenaga yang mahir serta pakar dalam bidang penyelidikan dan industri. Begitu
juga dengan kajian oleh Bunyamin (2015) bahawa pendidikan STEM secara bersepadu menjadi teras
kepada perkembangan dan pembangunan kecemerlangan. Hal sedemikian penting untuk melahirkan
generasi muda yang berilmu pengetahuan dan berkeupayaan menghadapi cabaran teknologi baharu
yang semakin kompleks. Justeru itu, pemimpin sekolah sebagai peneraju kecemerlangan dan
peningkatan kualiti di sekolah perlu lebih komited dan prihatin memperkasa pendidikan STEM melalui
aplikasi elemen STEM dalam kurikulum (KPM, 2016).
Kajian mengenai pendidikan STEM di Singapura meletakkan landskap pendidikan di negara tersebut
mengalami perubahan drastik kerana berjaya mempelbagaikan program menerusi pembelajaran STEM
bagi menyediakan generasi muda menghadapi cabaran abad ke-21 (Tang, 2018). Menurut Bunyamin
(2015), pendidikan STEM di peringkat global menunjukkan penggunaan konteks pembelajaran yang
bermakna dan aktiviti PdPc yang berpusatkan murid lebih aktif. Bersangkutan dengan itu,
perkembangan pesat pendidikan masa kini memerlukan pemimpin yang kreatif dan inovatif dan
mengupayakan orang bawahan untuk memantapkan lagi pelaksanaan pendidikan STEM di peringkat
sekolah. Hal sedemikian penting kerana pendidikan STEM boleh mencetus pemikiran, memupuk minat
murid belajar dan merangsang sifat ingin tahu. Bahkan, pendekatan STEM dalam pendidikan khususnya
di Malaysia memfokuskan kepada kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, mampu mereka cipta,
berupaya menyelesaikan masalah dan membuat keputusan untuk menciptakan keberhasilan dan
kemenjadian pendidikan demi mencapai matlamat negara (KPM, 2016).
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif dengan mengaplikasikan kaedah tinjauan untuk
mengkaji tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain kompetensi menerajui perubahan
terhadap pendidikan STEM. Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif dengan menggunakan kaedah
tinjauan. Creswell, (2014) dan Mohd. Majid, (2000) menyatakan bahawa kaedah deskriptif merupakan
kajian bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kaedah tinjauan pula
adalah salah satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan dengan sekumpulan populasi
(Blake & Champion, 1976). Lokasi kajian ini melibatkan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri Sabah. Populasi kajian terdiri dalam
kalangan pemimpin sekolah yang telah mengikuti program NPQEL versi 2018 bagi tahun 2018 dan
tahun 2019. Penentuan saiz sampel adalah berdasarkan kaedah penjadualan Krejcie dan Morgan, (1970)
iaitu melibatkan seramai 150 orang sampel.
Instrumen berbentuk soal selidik telah dibina berdasarkan kamus kompetensi NPQEL versi 2018
terbitan Institut Aminuddin Baki dalam domain menerajui perubahan merangkumi kompetensi
membuat keputusan, kompetensi memimpin perubahan dan kompetensi menyelesai masalah. Kajian
rintis yang melibatkan seramai 30 orang pemimpin sekolah telah dilakukan untuk melihat
kebolehlaksanaan atau kemunasabahan sesuatu kajian sebelum kajian sebenar dijalankan.
456
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kebolehpercayaan instrumen kajian berdasarkan bacaan Alpha Cronbach bagi setiap elemen
kompetensi membuat keputusan adalah antara .919 hingga .928 manakala bacaan nilai Aplha Cronbach
bagi setiap elemen kompetensi memimpin pembelajaran ialah .918 hingga .922. Bacaan nilai Alpha
Cronbach bagi setiap elemen menyelesai masalah ialah .918 hingga .924. Chua, (2012) menyatakan
pekali Alpha Cronbach .65 hingga .79 adalah memuaskan dan nilai .80 hingga .95 adalah tinggi dan
memuaskan. Dapatan kajian rintis menunjukkan secara keseluruhannya elemen-elemen dalam
instrumen kajian ini adalah sesuai dan boleh digunakan untuk tujuan kajian.
Soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai maklumat demografi responden
dan Bahagian B merupakan soalan-soalan yang berkaitan dengan domain menerajui perubahan
melibatkan kompetensi membuat keputusan, kompetensi memimpin perubahan dan kompetensi
menyelesai masalah. Setiap kompetensi tersebut mengandungi lima elemen soalan. Skala Likert yang
digunakan dalam soal selidik kajian ini ditunjukkan seperti Jadual 1.1.
Simbol Jadual 1.1: Skor mengikut Skala Likert Skor
Pernyataan
STS Sangat Tidak Setuju 1
TS Tidak Setuju 2
KS Kurang Setuju 3
S Setuju 4
SS Sangat Setuju 5
Analisis data adalah menggunakan aplikasi Statistical Package for the Social Sciences (SPPS) versi
26.0. Dapatan analisis dipaparkan dalam bentuk jadual untuk menunjukkan min bagi setiap elemen
kompetensi iaitu kompetensi membuat keputusan, memimpin perubahan dan menyelesai masalah.
Interprestasi skor min adalah berdasarkan Chua (2006) dalam mengenal pasti tahap kesediaan
pemimpin sekolah mengikut kompetensi domain menerajui perubahan. Taburan nilai min yang
diperolehi dikategorikan mengikut tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi
seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.2.
Skor Min Jadual 1.2 : Interpretasi skor min
Interpretasi tahap min
1.00 – 2.33
2.34 – 3.66 Rendah
3.67 – 5.00 Sederhana
Tinggi
Sumber: Chua (2006)
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan aspek yang berikut.
Demografi responden
Demografi responden dari aspek jantina, jenis sekolah dan lokasi sekolah ditunjukkan seperti Jadual
1.3.
Jadual 1.3: Demografi responden mengikut jantina, jenis sekolah dan lokasi sekolah
457
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Demografi Kekerapan Peratusan
Jantina 78 51%
Lelaki 75 49%
Perempuan
132 86.3%
Jenis Sekolah 16 10.5%
SK 5 3.2%
SJKC
SMK 37 24.2%
88 57.5%
Lokasi Sekolah 28 18.3%
Bandar
Luar Bandar
Pedalaman
Jadual 1.3 menunjukkan demografi responden dalam bentuk kekerapan dan peratusan mengikut jantina,
jenis sekolah dan lokasi sekolah. Berdasarkan paparan jadual di atas, kekerapan dan peratusan
responden yang terlibat dalam kajian ini adalah 78 orang lelaki (51%) dan 75 orang perempuan (49%).
Kekerapan dan peratusan responden dari segi jenis sekolah pula menunjukkan Sekolah Kebangsaan
(SK) terdiri daripada 132 orang (86.3%), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seramai 16 orang
(10.5%) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) melibatkan 5 orang (3.2%). Dari segi lokasi
sekolah, kekerapan dan peratusan responden dapat dilihat lokasi sekolah Bandar melibatkan 37 orang
(24.2%), lokasi sekolah Luar Bandar seramai 88 orang (57.5%) dan lokasi sekolah Pedalaman adalah
28 orang (18.3%).
Persoalan Kajian 1: Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain
menerajui perubahan kompetensi membuat keputusan terhadap pendidikan STEM?
Dapatan bagi tahap kesediaan pemimpin sekolah menerajui perubahan dalam kompetensi membuat
keputusan ditunjukkan seperti Jadual 1.4.
Jadual 1.4: Skor min kesediaan pemimpin menerajui perubahan mengikut kompetensi membuat keputusan
Elemen Min Interpretasi
Membuat pilihan menggunakan data 4.63 Tinggi
Menyatakan idea yang relevan 4.60 Tinggi
Menggunakan alat dalam menentukan pilihan 4.51 Tinggi
Membuat keputusan dengan justifikasi jelas 4.61 Tinggi
Penjajaran semula keputusan mengambilkira realiti 4.63 Tinggi
Skor Min Keseluruhan 4.59 Tinggi
Analisis dalam Jadual 1.4 menunjukkan nilai min bagi semua elemen kompetensi membuat keputusan
iaitu membuat pilihan menggunakan data, menyatakan idea yang relevan, menggunakan alat dalam
menentukan pilihan, membuat keputusan dengan justifikasi yang jelas dan penjajaran semula keputusan
mengambilkira realiti. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan
domain menerajui perubahan dalam komponen kompetensi membuat keputusan berada pada tahap
tinggi (min=4.59). Elemen Membuat pilihan menggunakan data dan Penjajaran semula keputusan
mengambilkira realiti adalah tahap paling tinggi (min=4.63) manakala elemen yang paling rendah ialah
Menggunakan alat dalam menentukan pilihan (min=4.51). Dapatan ini menunjukkan pemimpin sekolah
458
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk mengamalkan domain menerajui perubahan kompetensi
membuat keputusan terhadap pendidikan STEM.
Persoalan Kajian 2: Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain menerajui
perubahan kompetensi memimpin perubahan terhadap pendidikan STEM?
Dapatan bagi tahap kesediaan pemimpin sekolah menerajui perubahan dalam kompetensi memimpin
perubahan ditunjukkan seperti Jadual 1.5.
Jadual 1.5: Skor min kesediaan pemimpin menerajui perubahan mengikut kompetensi memimpin perubahan
Elemen Min Interpretasi
Mempamerkan sikap positif untuk berubah 4.65 Tinggi
Mengadaptasi pemikiran kendiri secara rasional 4.61 Tinggi
Berkongsi matlamat terhadap keperluan perubahan 4.63 Tinggi
Mengubahsuai tindakan kendiri mengikut persekitaran 4.66 Tinggi
Mengupayakan orang bawahan 4.71 Tinggi
Skor Min Keseluruhan 4.65 Tinggi
Jadual 1.5 menunjukkan tahap kesediaan pemimpin sekolah secara keseluruannya dalam elemen
kompetensi memimpin perubahan berada pada tahap tinggi (min=4.65). Elemen paling tinggi ialah
Mengupayakan orang bawahan (min=4.71) manakala elemen yang paling rendah ialah Mengadaptasi
pemikiran kendiri secara rasional (min=4.61). Dapatan ini menggambarkan pemimpin sekolah
mempunyai kesediaan yang tinggi untuk mengamalkan domain menerajui perubahan kompetensi
memimpin perubahan terhadap pendidikan STEM.
Persoalan Kajian 3: Apakah tahap kesediaan pemimpin sekolah mengamalkan domain
menerajui perubahan kompetensi menyelesai masalah terhadap pendidikan STEM?
Dapatan bagi tahap kesediaan pemimpin sekolah menerajui perubahan dalam kompetensi menyelesai
masalah ditunjukkan seperti Jadual 1.6.
Jadual 1.6: Skor min kesediaan pemimpin menerajui perubahan mengikut kompetensi menyelesai masalah
Elemen Min Interpretasi
Menilai masalah secara logik 4.64 Tinggi
Mentafsir masalah dengan menyatakan jurang 4.48 Tinggi
Menganalisis data menentukan punca masalah 4.65 Tinggi
Menilai kekuatan dan kelemahan setiap intervensi 4.63 Tinggi
Menyelaraskan penyelesaian masalah dengan pihak lain 4.71 Tinggi
Skor Min Keseluruhan 4.62 Tinggi
Kompetensi menyelesai masalah memperlihatkan setiap elemen mempunyai nilai min yang tinggi.
Jadual 1.6 menunjukkan elemen yang paling tinggi ialah Menyelaraskan penyelesaian masalah dengan
pihak lain (min=4.71) dan diikuti elemen Menganalisis data menentukan punca masalah (min=4.65).
Elemen yang paling rendah ialah Mentafsir masalah dengan menyatakan jurang (min=4.48). Secara
keseluruhannya, tahap kesediaan pemimpin sekolah menerajui perubahan kompetensi menyelesai
459
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
masalah berada pada tahap tinggi (min=4.62). Dapatan ini menggambarkan pemimpin sekolah
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk mengamalkan domain menerajui perubahan kompetensi
menyelesai masalah terhadap pendidikan STEM.
PERBINCANGAN
Demografi responden dalam kajian ini adalah melibatkan jantina, jenis sekolah dan lokasi sekolah. Hasil
dapatan kajian mempamerkan semua kompetensi dalam domain menerajui perubahan iaitu kompetensi
membuat keputusan, kompetensi memimpin perubahan dan kompetensi menyelesai masalah berada
pada tahap tinggi.
Dapatan kajian persoalan pertama memperlihatkan elemen kompetensi membuat keputusan berada pada
tahap tinggi. Ini menggambarkan bahawa pemimpin sekolah mempunyai kesediaan yang tinggi untuk
menerajui perubahan terhadap pendidikan STEM di sekolah. Dapatan kajian ini menyokong kajian yang
dijalankan oleh Som dan Dahalan (1998) yang menjelaskan tentang kompetensi membuat keputusan
sebagai alternatif terbaik untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Bahkan, hasil dapatan kajian
adalah sejajar dengan kajian Baharom et al. (2008) bahawa faktor-faktor dalam elemen membuat
keputusan menunjukkan guru besar menguasai pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini juga selari
dengan penyataan Ab Aziz (2004) iaitu pemimpin sekolah yang memiliki tahap kompetensi membuat
keputusan yang tinggi mampu memberi keputusan yang menepati persekitaran sekolah dalam menerajui
perubahan. Dalam erti kata lain, pemimpin sekolah bersandarkan kompetensi membuat keputusan bagi
meningkatkan kualiti pendidikan khususnya bagi pendidikan STEM ke arah membangunkan modal
insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Dapatan kajian ini bagi persoalan kedua mendedahkan bahawa elemen kompetansi memimpin
perubahan berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan pemimpin sekolah mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi untuk mengamalkan domain menerajui perubahan melibatkan setiap elemen
kompetensi memimpin perubahan. Dapatan kajian ini selaras dengan penyataan yang diutarakan Ab
Aziz (2008) yang menjelaskan bahawa sesuatu perubahan memberi kesan positif kepada proses kerja
dan melibatkan penambahbaikan berterusan. Dalam konteks mewujudkan pembelajaran yang bermakna
dan penyampaian aktiviti PdPc yang berpusatkan murid maka kompetensi memimpin perubahan berkait
rapat dengan usaha dan inisiatif pemimpin untuk memantapkan pelaksanaan pendidikan STEM di
peringkat sekolah. Kenyataan ini disokong oleh Izani & Yahya (2014) bahawa pemimpin sekolah perlu
mendorong stafnya untuk mencapai potensi diri sebagai penyumbang kepada kecemerlangan
pengurusan perubahan orgranisasi.
Dapatan kajian terhadap persoalan ketiga memaparkan hasil dapatan bagi elemen kompetensi
menyelesai masalah berada pada tahap yang tinggi. Bersangkutan dengan itu, tahap kesediaan
pemimpin sekolah adalah tinggi untuk menerajui perubahan di sekolah khususnya terhadap pendidikan
STEM. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Awg Junaidi, (2000) bahawa pemimpin sekolah perlu
sentiasa bersedia menyelesaikan masalah, mengetahui punca masalah organisasi dan berusaha
mendekati masalah dengan baik. Cabaran pembelajaran abad ke-21 untuk merealisasikan pendidikan
STEM secara efektif dan efisien memerlukan kompetensi menyelesai masalah diaplikasikan oleh
pemimpin sekolah untuk memperkukuh dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sejajar
dengan perubahan pendidikan masa kini. Dapatan kajian ini turut menyokong kajian Bunyamin, (2015)
yang menegaskan pendidikan STEM secara bersepadu menjadi teras kepada perkembangan dan
kecemerlangan pembangunan organisasi.
460
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KESIMPULAN
Secara komulatif hasil kajian memberi gambaran yang jelas bahawa kepimpinan pemimpin sekolah
yang efektif dan berprestasi tinggi memerlukan kompetensi yang tinggi. Ketiga-tiga kompetensi yang
ditekankan dalam domain menerajui perubahan iaitu kompetensi membuat keputusan, kompetensi
memimpin perubahan dan kompetensi menyelesai masalah merupakan kompetensi yang berfokus
kepada kualiti dan berimpak tinggi kepada organisasi. Pemimpin telah mempunyai kesediaan yang utuh
dan berupaya melaksanakan pendidikan STEM secara realistik. Dapatan ini sekaligus dapat
merealisasikan matlamat KPM dalam usaha melahirkan kemenjadian murid yang berwibawa seperti
yang dihasratkan serta mampu bersaing secara global khasnya menyediakan pelajar ke arah pengurusan
kerjaya yang produktif dan kompetetif. Dapatan kajian ini turut meyakinkan pemimpin sekolah yang
komited dan prihatin untuk memperkasakan pendidikan STEM sehingga ke peringkat global. Impak
daripada kajian ini pemimpin sekolah berupaya membawa dan menonjolkan mesej yang jelas kepada
pihak pengurusan kurikulum dan pendidikan teknikal berhubung kesediaan pemimpin menggalas
pendidikan STEM secara menyeluruh di sekolah-sekolah negeri Sabah.
RUJUKAN
Ab Aziz Yusof. (2004). Kepimpinan dalam Mengurus Perubahan: Dari Dimensi Kemanusiaan.
Selangor: Prentice Hall Pearson. Malaysia Sdn. Bhd.
Ab Aziz Yusof. (2008). Mengurus Perubahan dalam Organisasi. Shah Alam: Selangor Arah Pendidikan
Sdn. Bhd.
Amin Senin, Ramli Yusoff, Sazali Yusoff, Abd Razak Manaf, Rosnarizah Abd Halim & Rusmini Ku
Ahmad. (2008). Kajian Kompetensi Berimpak Tinggi bagi Pemimpin Sekolah. Institut
Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Alexis, V. K., Charles, H., & Kathleen, Q. F. (2018). Finding the leaders: An Examination of Social
Network Analysis and Leadership Identification in STEM Education Change. International
Journal of STEM Education, 5(1).
Awg Junaidi @ Awang Razali bin Awg Karim. (2000). Gaya Kepimpinan dan Gaya Penyelesaian
Masalah di kalangan Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching, Sarawak. Fakulti Sains
Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2019). Jumlah Pelajar Mengambil Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) semakin Merosot. Kementerian Pendidikan
Malaysia. Edisi Mac-April, Bilangan 2.
Blake, J. A., & Champion, D. J. (1976). Method and Issues in Social Research. New York: John Willey
and Sons.
Bunyamin, M. A. H. (2015). Pendidikan STEM Bersepadu Perspektif Global, Perkembangan semasa
di Malaysia dan Langkah ke Hadapan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik,
25(1), 1-6.
Bunyamin, M.A.H. (2017). Membangunkan Pendekatan Bersepadu Pendidikan STEM di Malaysia.
Dimuat turun pada 15 Ogos 2020 daripada https://www.researchgate.net/publication/319852084
461
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Bush, T. (2007). Educational Leadership and Management: Theory, Policy, and Practice. South African
Journal of Education, 27(3), 391-406.
Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaeadah Penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill.
Chua Y.P. (2012). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Asas Statistik Penyelidikan. Buku 2. Edisi
Kedua: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.
Creswell, J. W. 2014. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. (4th
Eds.). Thousand Oaks: Sage Publication Inc.
Fullan, M. (2006). Change Theory as a Force for School Improvement. Center for Strategic Education.
Australia. https://doi.org. ISBN: 1 920963 35 9.
Eddy, P.L. 2013. Developing leaders: The role of Competencies in Rural Community Colleges.
Community College Review, 41(1) ,20-43.
Euis Soliha & Hersugondo. (2008). Kepemimpinan Efektif dan Perubahan Organisasi. Fokus Ekonomi,
7(2), 83-93.
Hatisaru, V., Beswick, K., & Fraser, S. (2019). STEM Learning Environments: Perceptions of STEM
Education Researchers. Prosiding of the 42nd Annual Conferences of the Mathematics Education
Research Group of Australasia, pp. 340-347. Perth: MERGA.
Institut Aminuddin Baki. (2016). Mengurus Perubahan dan Inovasi: Program Kelayakan Profesional
Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Institut Aminuddin Baki. (2018). Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Bandar Enstek: Institut Aminuddin Baki Kementerian
Pendidikan Malaysia. ISBN: 978-967-0504-64-3
Izani Ibrahim & Yahya Don. (2014). Kepimpinan Servant dan Pengaruhnya Terhadap Pengurusan
Perubahan di Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, (1), 19-26.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia.
Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan: Sains, Teknologi, Kejuruteraan dam
Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum
Pendidikan. ISBN: 976-967-420- 093-0.
Koehler, C., Binns, I. C., & Bloom, M. A. (2016). The Emergence of STEM. In C. C. Johnson, E. E.
Peters-Burton, & T. J. Moore (Eds.), STEM road map: A framework for integrated STEM
education (pp. 13-22). NY: Routledge Taylor & Francis Group.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research. Educational and
Psychological Measurements, 30, 607-610.
462
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Mohammed Sani Ibrahim & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2012). Pengurusan Perubahan Makro dalam
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohtar Abas. (2005). Pembangunan Kepimpinan dalam Organisasi. Jurnal Pengurusan Awam, Jil. 4,
Bilangan 1.
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md. Mokter Hossain & Michael, G.R. (2012). How to Motivate US Students to Pursue STEM: Sceince,
Technology, Engineering and Mathematics Cares. US-China Education Review, 4, 442-451
Nur Amelia Adam & Lilia Halim. (2019). Cabaran Pengintegrasian Pendidikan STEM dalam
Kurikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Raamani Thannimalai & Arumugam Raman. (2018). The Influence of Principles’ Technology
Leadership and Professional Development on Teachers’ Technology Integration in Secondary
Schools. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 15(1), 203-228.
Rothwell, W.J. (2010). Effective Succession Planning: Ensuring Leadership Continuity and Building
Talent from Within. Edisi ke-4. New York: American Management Association.
Som Nor & Mohd Dahlan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (KBKK).
Pearson Education, Petaling Jaya.
Tang Wee Teo. (2018). STEM Education Landscape: The Case of Singapore. International Annual
Meeting on STEM Education. Journal of Physi
463
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEMASA PANDEMIK COVID-19: MODEL
PERUBAHAN DAN PERBANDINGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
Amani binti Abdullah Mubarak ([email protected])
Azizah binti Sarkowi ([email protected])
Hamdan bin Hj.Ahmad ([email protected])
Mohamad Roslan bin Aroff ([email protected])
Norhayati bt. Mohd Saad ([email protected])
Nazmin binti Abdullah ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
ABSTRAK
Pandemik COVID-19 memberi impak yang besar terhadap sistem pendidikan. Buat pertama kali dalam
sejarah Institut Pendidikan Guru, pentaksiran alternatif secara dalam talian dilaksanakan secara
menyeluruh. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian Purata Mata Gred
Semester (PMGS) sepanjang lapan semester antara dua kohort pengajian iaitu Kohort 2019 (Ambilan
Jun 2015) dan Kohort 2020 (Ambilan Jun 2016). Kohort 2020 adalah kumpulan yang terlibat dengan
pentaksiran alternatif semasa pandemik COVID-19. Kajian ini turut membangunkan model perubahan
dengan mengaplikasikan Latent Growth Curve Model (LGM) bagi menilai pencapaian akademik
secara intra-individu dan inter-individu. Reka bentuk kajian berbentuk jangka panjang ini
dilaksanakan berdasarkan prestasi akademik 256 pelajar PISMP di sebuah Institusi Pendidikan Guru
di utara tanahair. Data dianalisis secara deskriptif dan ujian-t tidak bersandar berbantukan SPSS 22.0,
manakala model perubahan dianalisis berbantukan AMOS 22.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan bagi PMGS bagi kedua-dua kohort. Analisis intra-indivdu menunjukkan
peningkatan pencapaian PMGS pelajar secara sistematik sepanjang lapan semester bagi Kohort 2020
dengan kadar perubahan yang lebih tinggi berbanding Kohort 2019. Analisis inter-individu pula
menunjukkan terdapat sebahagian pelajar yang berjaya meningkatkan PMGS dengan kadar yang lebih
baik berbanding pelajar yang lain bagi kedua-dua kohort kajian. Dapatan kajian ini dapat memberi
input kepada pelaksanaan kajian lanjutan berkaitan program pendidikan guru.
Kata kunci: pendidikan guru, pandemik COVID-19, pencapaian akademik, kajian jangka panjang,
pentaksiran.
PENGENALAN
COVID-19 telah mengubah lanskap kehidupan pada tahun 2020. Penyebaran virus ini di seluruh dunia
mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengisytiharkannya sebagai ‘pandemik’ pada
11 Mac 2020 (WHO, 2020). Kebanyakan negara telah bertindak untuk membendung penyebaran virus
yang menular dengan amat pantas ini dengan mengenakan arahan kawalan pergerakan, menutup
institusi pendidikan, dan sekatan perjalanan (Gonzalez et al., 2020). Kira-kira 600 juta pelajar di seluruh
dunia terjejas akibat penutupan institusi pendidikan ini (Goyal, 2020). Institut Pendidikan Guru turut
terkesan dengan krisis di luar dugaan ini. Buat pertama kali dalam sejarah penubuhannya, sistem
pendidikan telah dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.
464
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Tercetusnya COVID-19 telah mempercepatkan revolusi digital dalam sistem pendidikan tinggi melalui
pembelajaran dan pentaksiran dalam talian, dan interaksi secara maya (Strielkowski, 2020). Sejak lima
dekad yang lalu, kaedah pembelajaran secara jarak jauh, teradun dan dalam talian dalam sistem
pendidikan pengajian tinggi telah berkembang dan digunakan secara meluas di seluruh dunia (Castro,
2019). Kajian menunjukkan tiada perbezaan kepuasan pelajar yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya
secara dalam talian berbanding pembelajaran secara bersemuka walaupun terdapat kelemahan dari
aspek perasaan terasing dan jurang teknologi (Castro & Tumibay, 2019). Kajian terkini turut
menyokong kesan positif yang signifikan strategi pembelajaran dalam talian dalam fasa krisis ini
terhadap kecekapan dan prestasi pembelajaran pelajar (Gonzalez et al., 2020). Walau bagaimanapun,
meta analisis kajian terdahulu menunjukkan mod pembelajaran teradun lebih baik berbanding
pembelajaran dalam talian (Castro, 2019). Dapatan ini turut disokong oleh kajian semasa tempoh
kawalan pergerakan terhadap 232 pelajar universiti di India yang menunjukkan pembelajaran dalam
talian semasa tempoh perintah kawalan pergerakan menimbulkan tekanan kepada pelajar (Kapasia, et
al., 2020).
Teknologi telah digunakan secara meluas untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran, namun aspek
pentaksiran secara dalam talian masih kurang diberi tumpuan (Timmis, Broadfoot, Sutherland, &
Oldfield, 2016). Perubahan sistem pendidikan dalam era pandemik COVID-19 menyebabkan
pentaksiran menjadi satu komponen yang paling mencabar untuk disesuaikan, dan banyak institusi
pendidikan tinggi memandang serius kaedah menguruskan penilaian yang tepat bagi mengukur
kemahiran dan pengetahuan pelajar (Gonzalez et al., 2020). Kebanyakan institusi pendidikan tinggi
memilih kaedah pentaksiran secara dalam talian sebagai salah satu pentaksiran alternatif. Walau
bagaimanapun, kaedah ini berkemungkinan menyebabkan ralat pengukuran menjadi lebih besar
(Burgess & Sievertsen, 2020). Ralat ini berlaku kerana pelajar mahupun pensyarah masih kurang jelas
mengenai prosedur pentaksiran yang pertama kali dilaksanakan ini (Sahu, 2020). Selain itu, terdapat
kesukaran untuk memastikan pelajar tidak melakukan peniruan atau plagiat semasa proses pengujian
(Gonzalez et al., 2020). Situasi ini menjadi lebih kritikal bagi pelajar di tahun akhir pengajian untuk
menentukan sama ada mereka dapat belajar dengan secukupnya atau dinilai dengan adil. Justeru, kajian
ini berfokus kepada kesan pelaksanaan pentaksiran alternatif terhadap pencapaian pelajar.
Pembangunan model perubahan dan perbandingan dalam kajian ini terhad kepada dua kumpulan pelajar
yang menamatkan pengajian iaitu Kohort 2019 dan Kohort 2020 yang terlibat dengan pandemik
COVID-19 di sebuah Institut Pendidikan Guru di utara tanahair.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian Purata Mata Gred antara dua kohort pengajian.
2. Untuk mengenal pasti perubahan pencapaian Purata Mata Gred intra-individu pelajar bagi dua
kohort pengajian.
3. Untuk mengenal pasti perubahan pencapaian Purata Mata Gred inter-individu pelajar bagi dua
kohort pengajian.
TINJAUAN LITERATUR
Kualiti guru permulaan umumnya dinilai berdasarkan pencapaian akademik yang diperolehi semasa
mengikuti program pendidikan guru dan dan melalui ciri-ciri profesional yang ditonjolkan oleh
seseorang guru sama ada dari aspek kemahiran, pengetahuan dan tahap kelayakan akademik (Darling-
Hammond, 2000). Pencapaian gred adalah satu indikator yang konsisten bagi mengukur ketahanan diri
dan keupayaan pelajar dalam pendidikan tinggi (Corcoran & O’Flaherty, 2017a).
465
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Peningkatan prestasi pelajar dalam bidang pendidikan sering menjadi tumpuan pengkaji. Walau
bagaimanapun, kaedah penganalisisan yang sering digunakan bagi memahami impak program
pendidikan terhadap perkembangan pelajar sering berkisar kepada rekabentuk kajian keratan rentas
(Reddy, Rhodes, & Mulhall, 2003). Hakikatnya, kajian jangka panjang masih kurang mendapat
perhatian (Markic & Eilks, 2013). Analisis terhadap 304 kajian pendidikan guru berbentuk tinjauan di
Australia antara tahun 1995 hingga 2015 menunjukkan hanya 21% sahaja kajian jangka panjang
dijalankan (Stephenson, 2017) dan memfokuskan kepada kajian kualitatif (Buldur, 2017). Kajian-kajian
tersebut juga masih terdapat kelemahan dari segi metodologi. Pertama, kajian dijalankan dalam bentuk
dua siri masa iaitu pra dan pasca sahaja (Lateh & Muniandy, 2013; Geng, Midford, & Buckworth,
2016). Kedua, pendekatan penganalisisan data menggunakan repeated measures ANOVA dan t-test
(Buldur, 2016; Stephenson, 2017). Yang terakhir, rekabentuk kajian jangka panjang tersebut adalah
dalam bentuk kajian kohort, menyebabkan perbezaan antara individu tidak dapat dikenalpasti.
Berdasarkan jurang kajian dari aspek metodologi, kajian ini dijalankan bagi menilai perubahan
pencapaian akademik pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang diukur
berdasarkan pencapaian Purata Mata Gred bagi lapan semester pengajian dengan mengaplikasikan
Latent Growth Curve Model (LGM) dan perbandingan menggunakan Ujian–t tidak bersandar. LGM
adalah analisis lanjutan Permodelan Persamaan Struktur (SEM) yang paling bersesuaian bagi
menganalisis perubahan dalam diri individu (intra-individu) dan juga kepelbagaian perubahan antara
individu (inter-individu) (Preacher, 2010). Kelebihan ini menyokong pengaplikasian LGM dalam kajian
jangka panjang penilaian program.
Sejak hampir dua dekad yang lalu, pengaplikasian LGM dalam program pendidikan telah mendapat
perhatian ramai pengkaji dalam bidang pendidikan rendah dan menengah (George, 2000). Namun,
pengaplikasian LGM masih kurang diterokai dalam kajian pendidikan tinggi (Blanchard & Konold,
2011) terutamanya dalam bidang pendidikan guru. Berdasarkan penelitian penyelidik, kajian yang
mengaplikasikan LGM dalam bidang pendidikan guru masih terhad. Di Malaysia, pengaplikasian LGM
telah dilaksanakan bagi menilai pelaksanaan tiga fasa praktikum di Institut Pendidikan Guru (Azizah
Sarkowi, 2012). Manakala, satu kajian pula telah dijalankan di Ireland bagi menilai perkembangan
pencapaian pelajar program pendidikan sepanjang tempoh empat tahun pengajian (Corcoran &
O'Flaherty, 2017b). Azizah Sarkowi, Mahaya Salleh, & Norhayati Mohd Saad (2019) turut
melaksanakan kajian terhadap pencapaian akademik bagi pelajar di IPG namun terhad kepada
pembangunan satu model sahaja bagi menganalisis beberapa kohort pengajian sepanjang lapan semester
pengajian. Lanjutan daripada kajian tersebut, kajian ini dijalankan dengan memberi fokus kepada
perbandingan dua model LGM bagi mengenal pasti pencapaian pelajar yang terlibat dengan
pelaksanaan pentaksiran alternatif dalam era pandemik.
METODOLOGI
Kajian ini adalah kajian jangka panjang yang melibatkan analisis panel dan kohort (de Vaus, 2001).
Reka bentuk ini dipilih kerana kajian siri masa adalah asas kepada pembentukan LGM. Kajian
dijalankan terhadap data sebenar Purata Matagred pelajar yang diperolehi bagi setiap semester selama
lapan semester pengajian. Kelebihan kajian ini ialah penggunaan reka bentuk kajian panel lapan siri
masa yang dapat menunjukkan perubahan pencapaian secara tidak linear
Subjek kajian ialah semua pelajar PISMP yang telah menamatkan pengajian di Insititut Pendidikan
Guru di utara tanahair. Kajian turut mengaplikasikan rekabentuk kajian kohort yang melibatkan dua
kumpulan pelajar iaitu Kohort 2020 iaitu pelajar ambilan Jun 2016 dan Kohort 2019 iaitu pelajar
ambilan Jun 2015. Data kajian diperolehi melalui proses padanan nombor kad pengenalan bagi setiap
data PMGS yang diperolehi dari aplikasi i-TEMs. Jumlah sampel kajian ini seramai 256 pelajar dan
menepati jumlah sampel bagi membangunkan model berasaskan LGM iaitu melebihi 50 sampel
(Hamilton, Gagne, & Hancock; 2003). Data dianalisis menggunakan Model Latent-Growth
berbantukan perisian Analysis of Moment Structure (AMOS) versi 22.0 bagi mengenal pasti perubahan
466
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pencapaian bagi setiap kohort pengajian. Manakala analisis perbandingan pencapaian semester bagi
dua kohort pengajian dilaksanakan dengan menggunakan Ujian-t tidak bersandar berbantukan perisian
SPSS versi 22.0.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini membincangkan profil responden dan dapatan analisis inferensi LGM dan Ujian–t
tidak bersandar berdasarkan objektif kajian.
Profil Responden
Kajian ini melibatkan dua kumpulan pelajar yang terdiri daripada 256 orang pelajar di mana 145 orang
pelajar (56.64%) telah menamatkan pengajian pada tahun 2019 manakala 111 orang pelajar (43.36%)
menamatkan pengajian pada tahun 2020. Terdapat lapan kumpulan pengkhususan yang terlibat dalam
kajian ini seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Profil Peserta Kajian (N=256) Kekerapan Peratus
Profil 54 21.43
Jantina 201 78.57
Lelaki 26 17.93
Perempuan 15 10.34
Kohort 2019 (Ambilan Jun 2015) 43 29.66
Bahasa Arab Pendidikan Rendah 30 20.69
Matematik Pendidikan Rendah 15 10.34
Pendidikan Khas - Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah 16 11.03
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah 145 100.00
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Sains Pendidikan Rendah 20 18.02
Jumlah 14 12.61
Kohort 2020 (Ambilan Jun 2016) 18 16.22
Bahasa Arab Pendidikan Rendah 18 16.22
Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua 15 13.51
Matematik Pendidikan Rendah 15 13.51
Pendidikan Khas - Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah 11 9.91
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah 111 100.00
Sains Pendidikan Rendah
Sejarah Pendidikan Rendah
Jumlah
Perbezaan Pencapaian Pelajar Antara Kohort Mengikut Semester
Jadual 2 menunjukkan Min PMGS yang paling tinggi bagi Kohort 2019 ialah pada semester ketujuh
(min=3.85, S.P =.10), manakala min PMGS yang paling rendah ialah pada semester pertama (min=3.58,
S.P =.24). Kohort 2020 turut menunjukkan min Min PMGS yang paling tinggi bagi Kohort 2019 ialah
pada semester ketujuh (min=3.85, S.P=.09), manakala min PMGS yang paling rendah ialah pada
467
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
semester pertama (min=3.57, S.P=.19). Perubahan min pencapaian PMGS bagi lapan semester
diplotkan dalam Rajah 1. Secara keseluruhannya, trend bagi Kohort 2019 dan Kohort 2020 adalah sama
iaitu min PMGS meningkat dari semester pertama hingga semester kelima dan penurunan berlaku pada
semester keenam. Walau bagaimanapun, prestasi akademik meningkat semula pada semester ketujuh.
Pada semester kelapan pula, terdapat sekali lagi penurunan PMGS.
Jadual 2 : Analisis deskrptif dan Ujian-t Tidak Bersandar
Semester Kohort Min Sisihan Piawai t p
Semester 1 2019 0.814
Semester 2 2020 3.58 0.24 0.24 0.752
Semester 3 2019 3.57 0.19 0.333
Semester 4 2020 0.991
Semester 5 2019 3.61 0.21 0.32 0.002*
Semester 6 2020 3.60 0.16 0.496
Semester 7 2019 0.95
Semester 8 2020 3.62 0.20 -0.97 0.018*
2019 3.65 0.18
Nota: *p<.05. 2020
2019 3.64 0.20 -0.01
2020 3.64 0.16
2019
2020 3.77 0.12 -3.17
2019 3.82 0.11
2020
3.69 0.23 0.68
3.67 0.17
3.85 0.10 0.06
3.85 0.09
3.79 0.16 -2.40
3.83 0.09
3.90
3.85 3.85
3.82 3.83
3.80 3.77 3.79
3.75
3.70 33..6679
3.65 3.65 3.64
3.60 3.62
33..6601
33..5578
3.55
3.50
3.45
3.40 Sem2 Sem3 Sem4 Sem5 Sem6 Sem7 Sem8
Sem1
2019 2020
Rajah 1 : Min Prestasi Akademik bagi Lapan Semester Pengajian
468
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Ujian-t sampel tidak bersandar telah dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar
antara Kohort 2019 dan Kohort 2020 bagi setiap semester pengajian. Dapatan Jadual 2 menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi Purata Mata Gred semester 1 (t=0.24, p=0.814), semester
2 (t=0.32, p=0.752), semester 3 (t=-0.97, p=0.333), dan semester 4 (t=-0.01, p=0.991). Dapatan turut
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang tidak signifikan antara Kohort 2019 dan Kohort 2020 bagi
Semester 6 (t=0.68, p=0.496), dan Semester 4 (t=0.06, p=0.95).
Namun, Jadual 2 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (t=-3.17, p=0.002) bagi Purata Mata
Gred Semester 8 antara Kohort 2019 (M= 3.77, SP=0.12) dan Kohort 2020 (M=3.82, sP=0.11). Dapatan
turut menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (t=-2.40, p=0.011) bagi Purata Mata Gred
Semester 8 antara Kohort 2019 (M= 3.79, SP=0.16) dan Kohort 2020 (M=3.83, sP=0.09). Bertepatan
dengan fokus kajian ini, dapatan ini menunjukkan pelajar yang mengikuti pentaksiran secara dalam
talian memperolehi keputusan yang lebih tinggi berbanding kumpulan pelajar pada kohort sebelumnya.
Ketepatan Padanan Model
Model LGM kajian Kohort 2019 (Rajah 2) telah mencapai ketepatan padanan yang baik bagi
menentukan perubahan pencapaian akademik pelajar bagi lapan semester pengajian (CMIN = 81.407,
DF = 25, p = .000). Nilai petunjuk model khi-kuasa dua relatif CMIN/DF = 3.256 juga menunjukkan
bahawa model ini mencapai ketepatan padanan yang baik dengan sampel data kajian. Dapatan ini
diperkukuhkan dengan nilai petunjuk TLI = .888 dan CFI = .900. Keseluruhan petunjuk ketepatan
padanan ini menunjukkan bahawa model perubahan pencapaian akademik bagi Kohort 2019 merupakan
model yang mencapai kesepadanan yang baik dengan data kajian.
Rajah 2 : Model Perubahan Pencapaian Akademik Kohort 2019
469
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Model LGM kajian Kohort 2019 (Rajah 2) telah mencapai ketepatan padanan yang baik bagi
menentukan perubahan pencapaian akademik pelajar bagi lapan semester pengajian (CMIN = 47.951,
DF = 25, p = .000). Nilai petunjuk model khi-kuasa dua relatif CMIN/DF = 1.918 juga menunjukkan
bahawa model ini mencapai ketepatan padanan yang baik dengan sampel data kajian. Dapatan ini
diperkukuhkan dengan nilai petunjuk TLI = .945 dan CFI = .951. Keseluruhan petunjuk ketepatan
padanan ini menunjukkan bahawa model perubahan pencapaian akademik bagi Kohort 2020 (Rajah 3)
merupakan model yang mencapai kesepadanan yang baik dengan data kajian.
Rajah 3 : Model Perubahan Pencapaian Akademik Kohort 2020
Anggaran parameter model perubahan pencapaian akademik bagi dua kohort yang telah mencapai
kesepadanan data yang baik ditunjukkan dalam Jadual 3 dan Jadual 4.
Jadual 3 : Anggaran Parameter Model Perubahan Pencapaian Akademik Kohort 2019
Paramater Anggaran S.E C.R p
***
Min 3.580 .023 158.924 ***
Intercept .190 .018 10.684
Slope ***
-1.004 .007 6.431 ***
Korelasi .003 4.344
Intercept →Slope .044
.014
Varians / Kovarians
Intercept
Slope
470
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kovarians -.025 .004 -5.519 ***
Jadual 4 : Anggaran Parameter Model Perubahan Pencapaian Akademik Kohort 2020
Paramater Anggaran S.E C.R p
Min 3.581 .016 220.679 ***
Intercept .248 .015 16.738 ***
Slope
-.986 .003 6.957 ***
Korelasi .002 5.142 ***
Intercept →Slope .023 .003 -6.134 ***
.012
Varians / Kovarians -.017
Intercept
Slope
Kovarians
Model Perubahan Intra-individu
Dapatan kajian dalan Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan min intercept dan slope adalah signifikan (p
<.001). Min intercept menunjukkan purata pencapaian pelajar Kohort 2019 pada semester I ialah 3.580,
manakala min slope iaitu jangkaan kadar perubahan pula ialah .190 mata bagi setiap semester. Nilai
min slope yang positif dan berbeza secara signifikan menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian
PMGS pelajar secara sistematik sepanjang lapan semester bgai Kohort 2019. Min intercept
menunjukkan purata pencapaian pelajar Kohort 2020 pada Semester 1 ialah 3.581, manakala min slope
iaitu jangkaan kadar perubahan pula ialah .248 mata bagi setiap semester. Nilai min slope yang positif
dan berbeza secara signifikan menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian PMGS pelajar secara
sistematik sepanjang lapan semester bagi Kohort 2020 dengan kadar perubahan yang lebih tinggi
berbanding Kohort 2019.
Tahap dan kadar perubahan pencapaian akademik intra-individu pula ditentukan berdasarkan analisis
terhadap nilai kovarian antara intercept dan slope. Bagi Kohort 2019 nilai kovarian (z2 < -- > z1) ialah
-.016. Analisis kovarian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (C.R = -5.519, p < .001)
antara tahap pencapaian PMGS pada Semester 1 dan kadar perubahan sepanjang pengajian selama 8
semester dengan nilai korelasi negatif (r = -1.004). Bagi Kohort 2020 pula nilai kovarian (z2 < -- > z1)
ialah -.017. Analisis kovarian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (C.R = -6.134, p < .001)
antara tahap pencapaian PMGS pada Semester 1 dan kadar perubahan sepanjang pengajian selama 8
semester dengan nilai korelasi negatif (r = -.986). Dapatan ini menunjukkan pelajar Kohort 2019 dan
Kohort 2020 yang memperolehi PMGS yang agak tinggi pada semester 1 mempunyai kadar
peningkatan PMGS yang rendah sepanjang lapan semester pengajian. Sebalikya, pelajar memperolehi
PMGS yang rendah di awal pengajian menunjukkan kadar peningkatan yang lebih ketara.
Model Perubahan Inter-individu
Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan inter-individu yang signifikan (p < .001) dalam
pencapaian PMGS bagi Kohort 2019 dan Kohort 2020. Perbezaan inter-individu bagi Kohort 2019
ditentukan berdasarkan nilai varians intercept (Di = .044) dan varians slope (Ds = .014), manakala bagi
Kohort 2019 adalah berdasarkan nilai varians intercept (Di = .023) dan varians slope (Ds = .012). Ini
menunjukkan terdapat perbezaan inter-individu yang ketara dalam kalangan pelajar semasa semester 1
bagi kedua-dua kohort. Dengan perkataan lain, dapatan menunjukkan terdapat pelajar yang mendapat
PMGS yang tinggi pada Semester 1 dan terdapat juga pelajar yang memperolehi PMGS yang rendah.
471
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Perubahan pencapaian akademik yang dicapai dengan pertambahan semester juga terdapat perbezaan
yang ketara antara pelajar. Ini menunjukkan kadar perubahan PMGS juga adalah heterogenous antara
individu. Terdapat sebahagian pelajar yang berjaya meningkatkan PMGS dengan kadar yang lebih baik
berbanding pelajar yang lain bagi Kohort 2019 dan 2020. Kepelbagaian tahap dan kadar ini dapat
diperjelas berdasarkan analisis terhadap nilai kovarian di antara intercept dan slope bagi kedua-dua
kohort.
PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan trend pencapaian pelajar sepanjang lapan
semester bagi Kohort 2019 dan 2020. Walau bagaimanapun, dapatan berkaitan perbezaan yang
signifikan bagi pencapaian Semester 8 bertepatan dengan fokus kajian ini. Dapatan kajian ini membuka
ruang kepada penerokaan yang lebih mendalam tentang kesan Pandemik COVID-19 kepada sistem
pendidikan amnya dan kaedah pentaksiran alternatif serta pentaksiran dalam talian khususnya (Burgess,
& Sievertsen, 2020). Beberapa isu yang telah diketengahkan oleh pengkaji terdahulu, antaranya
prosedur pentaksiran dan plagiarism wajar diberi perhatian (Sahu, 2020; Gonzalez et al., 2020).
Perspektif yang yang berbeza juga wajar diteliti dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam
talian. Dapatan kajian ini turut membuka ruang kepada kajian yang lebih mendalam tentang
keberkesanan sistem pendidikan dalam talian di Institut Pendidikan Guru yang berkemungkinan
menyumbang kepada peningkatan pencapaian pelajar secara perbandingan yang diperolehi dalam
dapatan kajian ini.
Kajian ini turut menunjukkan pelajar bagi Kohort 2019 dan Kohort 2020 yang berprestasi rendah di
awal pengajian akan meningkat dengan lebih ketara berbanding rakan-rakan sepengajian mereka
berdasarkan prestasi akademik intra-individu. Dapatan ini menyokong kajian Azizah Sarkowi, Mahaya
Salleh & Norhayati Mohd Saad (2019). Berdasarkan hukum nilai initial (law of initial values) (Bryne,
2010), pelajar tanpa mengira tahun ambilan mengalami kesukaran untuk beradaptasi dengan sistem
pembelajaran Insitusi Pengajian Tinggi sama ada dari aspek penyesuaian peribadi mahupun persekitran
di kampus (Trautwein & Bosse, 2017). Walau bagaimanapun, dapatan ini turut menunjukkan kadar
perubahan prestasi akademik pelajar bagi kedua-dua kohort semakin berkurangan seiring dengan
pertambahan semester. Keadaan ini berkemungkinan berlaku kerana tahap kesukaran kursus semakin
bertambah tanpa mengira mereka terlibat atau tidak dengan pandemik ini pada semester 8. Walau
bagaimanapun, berdasarkan perbezaan yang signifikan antara kohort bagi semester 8, kajian lanjutan
berkaitan pentaksiran amalan profesional pada semester 8 wajar dijalankan. Cadangan ini turut merujuk
kepada dapatan kajian-kajian lepas yang menunjukkan perbezaan pencapaian bagi individu pelajar
dipengaruhi pelbagai faktor luaran seperti bimbingan mentor dan suasana persekitaran pembelajaran
(Mena, Hennissen & Loughran, 2017).
Dapatan kajian ini turut menunjukkan terdapat perbezaan antara individu yang ketara di awal pengajian
dan sepanjang pengajian bagi kedua-dua kohort. Perbezaan ini akan mewujudkan jurang prestasi
akademik antara pelajar. Fenomena perbezaan antara individu dikenali sebagai kesan Matthew, iaitu
suatu keadaan di mana pelajar yang memperolehi pencapaian tinggi akan terus memperolehi pencapaian
tinggi, dan sebaliknya (Yegorov, et al., 2020). Dapatan ini menunjukkan penambahbaikan program
pendidikan guru melalui pelbagai pendekatan norma baharu perlu diteruskan dalam era Pandemik ini
bagi membangunkan setiap individu bakal guru secara berterusan.
RUMUSAN
Kajian ini terbatas kepada sampel daripada sebuah kampus Institut Pendidikan Guru sahaja dan tidak
boleh digeneralisasikan kepada pencapaian akedemik seluruh pelajar PISMP di Malaysia Fokus
perbincangan kajian ini juga tertumpu kepada Purata Mata Gred semester bagi pentaksiran di semester
akhir. Justeru, bagi mengkaji dengan lebih mendalam kesan pentaksiran alternatif amnya dan
pentaksiran dalam talian khususnya, kajian perbandingan pencapaian bagi setiap semester pelajar perlu
472
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dilaksanakan bagi memberi input kepada penambahbaikan pelaksanaan sistem pentaksiran di IPG. Dari
aspek metodologi, kajian jangka panjang perlu dirangka dengan lebih teliti dengan mengambil kira
pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam pentaksiran seperti pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran dalam talian, kualiti soalan dan pemarkahan, bimbingan mentor dan
efikasi kendiri pelajar. Kajian lanjutan secara jangka panjang juga wajar dijalankan terhadap pencapaian
dari aspek selain PMG seperti kemahiran insaniah dan elemen 6C dalam Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna. Kesimpulannya, dapatan kajian ini diharap berupaya menjadi asas kepada
penerokaan yang lebih mendalam tentang kesan pandemik COVID-19 dalam aspek pentaksiran kepada
program pendidikan guru di Malaysia.
RUJUKAN
Azizah, Sarkowi. (2012). Penilaian Program Praktikum: Model Pembentukan dan Peningkatan Kualiti
Guru Praperkhidmatan di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Utara Malaysia.
Azizah Sarkowi, Mahaya Salleh & Norhayati Mohd Saad. (2019). Model Penilaian Jangka Panjang
Prestasi Akademik: Analisis Terhadap Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Prosiding
Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN 2019), 1-11.
Blanchard, R., & Konold, T. (2011). Longitudinal data analysis with latent growth modeling: An
introduction and illustration for higher education researchers. Kertas kerja dibentangkan di
American Educational Research Association Annual Meeting, New Orleans, LA.
Buldur, S. (2017). A longitudinal investigation of the preservice science teachers’ beliefs about science
teaching during a science teacher training programme. International Journal of Science
Education, 39(1), 1-19.
Burgess, S., & Sievertsen, H. H. (2020). Schools, skills, and learning: The impact of COVID-19 on
education. VoxEu. org, 1.
Byrne, B. M. (2010). Structural equation modeling with AMOS: basic concepts, applications, and
programming (multivariate applications series). New York: Taylor & Francis Group, 396, 7384.
Castro, R. (2019). Blended learning in higher education: Trends and capabilities. Education and
Information Technologies, 24(4), 2523-2546.
Corcoran, R. P., & O'Flaherty, J. (2017a). Executive function during teacher preparation. Teaching and
Teacher Education, 63, 168-175.
Corcoran, R. P., & O'Flaherty, J. (2017b). Longitudinal tracking of academic progress during teacher
preparation. British Journal of Educational Psychology.
Darling-Hammond, L. (2000). Teacher quality and student achievement. Education policy analysis
archives, 8, 1.
De Vaus, D. A., & de Vaus, D. (2001). Research design in social research. Sage.
Geng, G., Midford, R., & Buckworth, J. (2016). Comparing stress levels of graduate and undergraduate
pre-service teachers following their teaching practicums. Australian Journal of Teacher
Education (Online), 41(9), 100.
473
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
George, R. (2000). Measuring change in students' attitudes toward science over time: An application of
latent variable growth modeling. Journal of Science Education and Technology, 9(3), 213-225.
Gonzalez, T., de la Rubia, M. A., Hincz, K. P., Comas-Lopez, M., Subirats, L., Fort, S., & Sacha, G.
M. (2020). Influence of COVID-19 confinement in students’ performance in higher education.
Goyal, S. (2020). Impact of Coronavirus on Education in India, Dimuat turun
daripada https://www.jagranjosh.com/articles/dmrc-result-2020-released-delhimetrorailcom-
check-cut-off-marks-1587122899-1?itm.
Hamilton, J., Gagne, P. E., & Hancock, G. R. (2003). The Effect of Sample Size on Latent Growth
Models.
Kapasia, N., Paul, P., Roy, A., Saha, J., Zaveri, A., Mallick, R., ... & Chouhan, P. (2020). Impact of
lockdown on learning status of undergraduate and postgraduate students during COVID-19
pandemic in West Bengal, India. Children and Youth Services Review, 116, 105194.
Lateh, H., & Muniandy, P. (2013). Pre-Service Teachers Attitude towards Teaching Environmental
Education (EE) during Practicum in Malaysian Primary Schools. Journal of Environmental
Protection, 4(2), 201.
Markic, S., & Eilks, I. (2013). Potential Changes In Prospective Chemistry Teachers'beliefs About
Teaching And Learning-A Cross-Level Study. International Journal of Science & Mathematics
Education, 11(4).
Mena, J., Hennissen, P., & Loughran, J. (2017). Developing pre-service teachers' professional
knowledge of teaching: The influence of mentoring. Teaching and Teacher Education, 66, 47-
59.
Preacher, K. J. (2010). Latent growth curve models. The reviewer's guide to quantitative methods in the
social sciences, 185-198.
Reddy, R., Rhodes, J. E., & Mulhall, P. (2003). The influence of teacher support on student adjustment
in the middle school years: A latent growth curve study. Development and psychopathology,
15(1), 119-138.
Sahu, P. (2020). Closure of universities due to Coronavirus Disease 2019 (COVID-19): impact on
education and mental health of students and academic staff. Cureus, 12(4).
Stephenson, J. (2017). An overview of survey-based research carried out with Australian preservice
teachers (1995–2015). Teaching and Teacher Education, 63, 159-167.
Strielkowski, W. (2020). COVID-19 pandemic and the digital revolution in academia and higher
education.
Timmis, S., Broadfoot, P., Sutherland, R., & Oldfield, A. (2016). Rethinking assessment in a digital
age: Opportunities, challenges and risks. British Educational Research Journal, 42(3), 454-476.
Trautwein, C., & Bosse, E. (2017). The first year in higher education—critical requirements from the
student perspective. Higher Education, 73(3), 371-387.
WHO Timeline - COVID-19, April 2020, Dimuat turun daripada https://www.who.int/news-
room/detail/27-04-2020-who-timeline-covid-19. World Health Organisation.
474
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENILAIAN TERHADAP KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN
ATAS TALIAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
SEMASA SEKATAN PERGERAKAN
Syed Khalid Syed Idrus ([email protected])
Muhammad Nidzam Yaakob ([email protected])
Ahmad Sobri Shuib ([email protected])
Saifuddin Azam Shah bin Ahmad ([email protected])
Julinamary A/P A. Parnabas ([email protected])
Khairu Nuzul @ Mohd Khairul Nuzul Hassan ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Bandar Darulmaman, Kedah.
ABSTRAK
Sektor pendidikan menjadi wahana pembentukan generasi yang berpengetahuan dan berkemahiran
dalam ICT untuk memenuhi tuntutan dan kehendak dunia moden. Penularan Covic19 menjadikan e-
pembelajaran semakin meluas penggunaannya. Tujuan kajian ini untuk melihat keberkesanan
pelaksanaan pembelajaran dalam talian mengikut Model Penilaian Kirkpatrick. Kajian ini merupakan
kajian kuantitatif melibatkan responden siswa guru di IPGK terpilih mewakili zon. Responden kajian
ini melibatkan 401 orang siswa guru daripada IPGK. Instrumen ini menggunakan pengukuran berskala
likert. Nilai Alpha Cronbach konstruk penilaian reaksi pensyarah ialah 0.930, penilaian reaksi alatan
ialah 0.748, penilaian pembelajaran ialah 0.816, penilaian pembelajaran organisasi ialah 0.100,
penilaian perubahan ialah 0.953 dan penilaian output ialah 0.983. Data dianalisa secara deskriptif
menggunakan frekuensi, peratus, min, sisihan piawai dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan
penilaian reaksi pensyarah adalah tinggi (min=4.35, SD=0.70), penilaian reaksi alatan juga tinggi
(min=4.83, SD= 0.79) dan penilaian kesan terhadap pelajar juga tinggi (min=4.29, SD=0.74).
Manakala kesan penilaian raksi pensyarah terhadap kesan terhadap pelajar ialah sederhana (R2 =
32.0%) dan penilaian reaksi alatan terhadap kesan pembelajaran pelajar adalah kecil (R2 =23.9%).
Kesimpulannya pengajaran berasaskan atas talian mendapat penilaian yang tinggi dan kesan
pembelajaran atas talian masih lagi boleh ditambahbaik pada masa akan datang.
Kata kunci: e-Pembelajaran, Model Kirkpatrick
PENGENALAN
Kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dua dekad kebelakangan ini telah
memberi impak yang sangat besar kepada jutaan manusia. Institusi pendidikan menerima kesan
daripada perkembangan dalam teknologi ICT. Sektor pendidikan menjadi agen pengerak kepada
pembangunan dan perkembangan ICT, pengetahuan dan kemahiran hasil daripada kemajuan dalam ICT
akan digunapakai dalam pelbagai sektor khususnya sektor industri. Sektor pendidikan menjadi wahana
pembentukan generasi yang berpengetahuan untuk memenuhi tuntutan dan kehendak dunia moden
(Alazam, 2012).
Pendidikan sepanjang hayat melalui pendidikan secara jarak jauh (PJJ) yang diupayakan oleh jaringan
elektronik dan konsep elektronik pembelajaran (pembelajaran melalui elektronik) atau e-pembelajaran
kini menjadi semakin meluas. E-pembelajaran juga boleh berlaku samada secara formal iaitu dengan
mengikuti program khas yang dikendalikan oleh pihak institusi pendidikan secara maya. Pelajar dapat
mengawal pembelajaranmerekadengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif,
475
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
interaktif dan persendirian kerana media elektronik menyediakan persekitaran pembelajaran
berdasarkan prinsip just-in-time dengan kompetensi anywhere, anytime, anyone (Talesra et al. 2003,
Karoulis et al, 2004).
E-pembelajaran menjadi sebagai satu pilihan pelaksanaan pengajaran apabila berlaku penularan wabak
Covid 19 secara pandemik di seluruh dunia. Tidak terkecuali pengajaran dan pembelajaran di Institut
Pendidikan Guru di Malaysia turut melaksanakan e-pembelajaran secara meluas sebagai pilihan bagi
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebagai memenuhi kelangsungan pendidikan dan latihan
perguruan. Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan guru pelatih
di Institut Pendidikan Guru di Malaysia semasa sekatan.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Pembelajaran secara atas talian perlu mengekalkan kualiti dan legitimasi program akademik yang
ditawarkan. Pendidik perlu menyediakan ruang siber bagi menjayakan transformasi pengalaman
pembelajaran dari persekitaran sebenar kepada persekitaran pembelajaran secara maya. Senario
pembelajaran berterusan diwujudkan kerana berlakunya globalisasi dan kemajuan dalam teknologi
internet. Kualiti pembelajaran menjadi semakin tidak menentu jika individu tidak komited kerana
internet hanyalah teknologi yang memudahkan proses pencarian ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Pelajar dapat membina pengetahuan baharu apabila guru berperanan mengembangkan kaedah
pengajaran dari bersifat konvensional kepada pedagogi alaf baru dengan menjadikan ICT sebagai
pemangkin utama untuk menyebar, menyimpan maklumat (Lechner & Boli, 2000). Ledakan teknologi
maklumat sedang mengalami revolusi teknologi yang sangat cepat ini menjadikan teknologi sebagai
satu medium media untuk menyampaikan maklumat dan komunikasi, terutama dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam era siber ini (Livingstone, 2012).
Motivasi kepada pelajar juga menjadi satu isu dalam e-pembelajaran. Pelajar yang berhasrat
meneruskan pembelajaran secara online perlu membuat penilaian tahap kesediaan belajar, serta
mempunyai tahap kompetensi penggunaan komputer dan capaian internet. Masalah teknikal seperti
teknofobia dan kekurangan pengetahuan tentang ICT juga perlu diselesaikan sebelum memulakan
program pembelajaran berasaskan teknologi. Apabila kompetensi baik, maka lebih selesa dan mudah
menyesuaikan diri dengan e-pembelajaran. Selain itu, pensyarah perlu menyediakan pelbagai strategi
dan mengambil kira tahap pembelajaran yang boleh disesuaikan dengan kepelbagaian latar belakang
dan tahap kompetensi sedia ada pelajar (Zahiah & Abdul Razaq, 2010).
OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya objektif kajian ini ialah untuk mengumpul data mengenai keberkesanan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian semasa sekatan pergerakan.
Objektif khusus kajian adalah untuk mengenal pasti:
1. Tahap penilaian reaksi pensyarah, alatan dan kesan pembelajaran terhadap pelajar.
2. Pengaruh penilaian reaksi pensyarah, alatan terhadap kesan pembelajaran terhadap pelajar.
SOALAN KAJIAN
Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian di atas, soalan kajian ini dirangka bagi menjawab beberapa
soalan seperti berikut:
476
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
1. Apakah tahap penilaian reaksi pensyarah, alatan, dan kesan pembelajaran terhadap pelajar?
2. Adakah terdapat pengaruh yang signifikan antara penilaian reaksi pensyarah, alatan terhadap
kesan pembelajaran terhadap pelajar?
TINJAUAN LITERATUR
Tugas pensyarah hanya sebagai fasilitator, tidak mustahil pensyarah membiarkan
pelajar belajar sendiri tanpa bimbingan dengan alasan pelajar mempunyai motivasi dalaman
yang tinggi. Ini menyebabkan kekurangan maklumbalas dari pensyarah sehingga boleh menyebabkan
pembelajaran tidak mempunyai haluan yang kukuh. Selain itu, masalah kecelaruan komunikasi
mungkin boleh berlaku akibat kesilapan melakukan pentafsiran disebabkan cara gaya sesuatu isu atau
komen ditulis. Ada kemungkinan komen pensyarah mungkin disalah tafsir. Maka pensyarah perlu
berhati-hati semasa menghantar maklumbalas berkenaan tugasan pelajar. Selain itu, potensi teknologi
ini juga tidak menjamin akan wujud interaksi yang berkualiti kerana fleksibiliti masa juga boleh
mendatangkan masalah, seperti soalan pelajar kepada pensyarah atau forum perbincangan kumpulan,
mungkin mengambil masa yang lama untuk mendapat maklumbalas. Selain itu, kemungkinan akan
berlaku ketandusan nilai insaniah, dan kegagalan untuk berhubung dengan orang lain (Zahiah & Abdul
Razaq, 2010).
Namun begitu isu kapasiti peralatan komputer, capaian internet, latihan kepada pensyarah dan sikap
pensyarah menjadi halangan kepada pensyarah perlu diatasi. Jika isu ini tidak diatasi ia akan menjadi
halangan kepada PdP (Mohd Amiruddin & Muhd Khaizer, 2019). Jika isu ini dapat diatasi pensyarah
dapat melahirkan generasi berilmu pengetahuan, kreatif dan inovatif yang berdaya saing bagi
merealisasikan wawasan negara, seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju (Jusoh & Idris,
2017). Kajian ini juga menilai keupayaan pensyarah menyampaikan isi pembelajaran selain aspek
penggunaan teknologi dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
METODOLOGI
a. Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitiatif. Secara ringkas, kajian ini berbentuk
kajian tinjauan untuk mendapatkan data mengenai pelaksanaan pembelajaran atas talian semasa sekatan
pergerakan. Data kajian diperolehi menggunakan soal selidik yang akan ditadbir kepada guru pelatih di
IPGM secara sebaran melalui Google Form. Model penilaian Kirkpatrick digunakan sebagai alat
menilai pelaksanaan pembelajaran atas talian semasa Sekatan Kawalan Pergerakan (PKP).
b. Instrumen Kajian
Secara umum, instrumen kajian diubahsuai oleh penyelidik daripada Model Utaut (Ventakesh et. al.,
2003) berdasarkan lima bahagian utama, iaitu aspek demografi, antara sikap pensyarah, alatan, input
pembelajaran atas talian, sokongan organisasi, perubahan tingkah laku terhadap kesan pembelajaran
terhadap pelajar menggunakan soal selidik (berskala Likert 5 mata).
c. Populasi dan Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan guru pelatih di IPGM. Pemilihan berstrata sampel dipraktikkan mengikut tempat
guru pelatih belajar iaitu zon timur, selatan, tengah dan utara Semenanjung Malaysia. Sampel terpilih
ialah 401 orang dari IPGM yang mewakili setiap zon. Sampel yang digunakan ialah sampel bertujuan,
dimana siswa guru dipilih mewakili zon utara, zon timur, zon tengah dan zon selatan Semenanjung
477
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Malaysia. Pemilihan sampel mewakili dipilih mewakili zon untuk menjawab soal-selidik. Dapatan
kajian membolehkan satu rumusan mengenai pelaksanaan pembelajaran atas talian dihasilkan. Susulan
itu, penambahbaikan program IPG dapat dirancang berdasarkan data ini.
d. Model Kirkpatrick
Rajah 1
Model Penilaian Kirkptrick Empat Tahap
Model Penilaian Empat Peringkat Kirkpatrick digunakan secara meluas untuk menilai keberkesanan
program pendidikan (Gill dan Sharma, 2013). Kirkpatrick (1994) telah mencadangkan empat peringkat
penilaian iaitu penilaian reaksi, penilaian pembelajaran, penilaian tingkah laku dan penilaian kesan
seperti di rajah 1. Model Penilaian Kirkpatrick merangkumi empat tahap penilaian iaitu Tahap I - reaksi;
Tahap II - pembelajaran; Tahap III - kelakuan dan Tahap IV – hasil. Tahap I – reaksi: adalah pengukuran
yang melihat bagaimana pandangan siswa guru terhadap pembelajaran dalam talian; tahap II –
pembelajaran: tahap ini akan menilai apa yang dipelajari dan disimpan daripada pengalaman
pembelajaran; tahap III – perubahan kelakuan: tahap ini akan menilai sama ada siswa guru
mengaplikasikan apa yang dipelajari di Institut Pendidikan Guru; dan tahap IV – hasil: tahap ini menilai
kesan pembelajaran dalam talian (Kirkpatrick, 1976)
e. Penganalisisan Data
Data kajian akan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik
deskriptif akan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22 bagi mendapatkan frekuensi, min dan
sisihan piawai bagi setiap item. Manakala skor min, korelasi dan regresi berganda dijana untuk
mendapatkan jawapan kepada soalan hubungan dan pengaruh.
DAPATAN KAJIAN
Data deskriptif dianalisa menggunakan peratus, min dan sisihan piawai untuk melihat pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian semasa pandemik covid 2019 dan melibatkan kawalan
sekatan pergerakan (PKP). Responden kajian terdiri daripada 401 orang siswa guru di enam buah IPG
iaitu mewakili zon, iaitu seramai 100 orang lelaki (29.9%) dan 301 orang (75.1%) perempuan yang
sedang mengikuti latihan praperkhidmatan di enam buah institut pendidikan guru mewakili zon.
478
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 1 Frekuensi Peratus
Jantina responden 100 29.9
301 75.1
Jantina 401 100
Lelaki
Perempuan Frekuensi Peratus
Jumlah 87 21.7
54 13.5
Jadual 2 61 15.2
Bilangan siswa guru mengikut IPG 56 14.0
54 13.5
Nama IPG 89 22.2
IPGK A 401
IPGK B
IPGK C
IPGK D
IPGK E
IPGK F
Keseluruhan
Dapatan kajian dari jadual 2 menunjukkan semua siswa guru iaitu 401 orang yang terlibat dengan kajian
ini. Bilangan responden daripada siswa guru yang terlibat dengan kajian ialah IPGK A (87 orang), IPGK
B (54 orang), IPGK C (61 orang), IPGK D (56 orang), IPGK E (54 orang) dan IPGK F (89 orang).
1. Apakah tahap sikap pensyarah, alatan, dan kesan pembelajaran terhadap pelajar?
Jadual 3 menunjukan min paling tinggi ialah 4.42 (SD=0.71) iaitu bagi item Sikap keprihatinan yang
tinggi terhadap kebajikan peserta kursus dengan mengambil berat permasalahan peserta terutamanya
berkaitan dengan masalah pembelajaran. Min paling rendah ialah 4.23 (SD=0.79) iaitu bagi item
Kekuatan dari segi keupayaan menarik minat dan tumpuan peserta kursus untuk belajar dengan
berkesan. Semua min berada pada tahap tinggi iaitu antara 4.23 (SD=0.79) hingga 4.42 (SD=0.71). Min
keseluruhan bagi sikap pensyarah ialah 4.35 (SD=0.70). Ini menunjukkan siswa guru telah memberi
penilaian yang tinggi kepada aspek sikap pengajaran pensyarah semasa sekatan kawalan pergerakan.
Jadual 3
Min dan Sisihan Piawai item penilaian reaksi pensyarah semasa pelaksanaan pengajaran secara
dalam talian dalam tempoh sekatan kawalan pergerakan
Bil Item Min Sisihan
1 Tahap pengetahuan dalam bidang pengkhususannya 4.37 Piawai
4.34
2 Tahap kemahiran dalam bidang pengkhususannya 4.23 0.67
0.71
3 Kekuatan dari segi keupayaan menarik minat dan tumpuan peserta 4.42
kursus untuk belajar dengan berkesan 0.79
4 Sikap keprihatinan yg. tinggi terhadap kebajikan peserta kursus 0.71
dengan mengambil berat permasalahan peserta terutamanya
berkaitan dengan masalah pembelajaran
479
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
5 Teknik penyampaian kandungan melalui pembelajaran atas talian 4.32 0.74
6 Tahap keyakinan diri semasa mengendalikan sesuatu sesi 4.40 0.69
Keseluruhan 4.35 0.70
Jadual 4
Min dan Sisihan Piawai item penilaian reaksi alatan (software) yang digunakan semasa pelaksanaan
pengajaran secara dalam talian dalam tempoh sekatan kawalan pergerakan
Bil Item Sisihan
1 GC Min Piawai
2 Whatsapp 4.54 0.61
3 4.47 0.67
4.25 0.72
Google form 4.22 0.84
4 Google meet 4.33 0.75
5 Telegram 3.75 0.94
6 Padlet 3.84 0.89
7 Schoology 4.10 0.78
8 Email 4.01 0.81
9 Quizziz 3.93 0.89
10 Kahoot 4.06 0.82
11 Youtube 4.83 0.79
Keseluruhan
Jadual 4 menunjukan min paling tinggi ialah 4.54 (SD=0.61) iaitu bagi item bagi penggunaan Google
Classroom. Min paling rendah ialah 3.75 (SD=0.94) iaitu bagi item penggunaan padlet. Semua min
berada pada tahap tinggi iaitu antara 4.54 (SD=0.61) hingga 3.75 (SD=0.94). Min keseluruhan bagi
penggunaan alatan (sofware) ialah 4.83 (SD=0.79). Ini menunjukkan siswa guru telah memberi
penilaian yang tinggi kepada aspek penggunaan alatan (software) semasa sekatan kawalan pergerakan.
Jadual 5
Min dan Sisihan Piawai item penilaian kesan pembelajaran semasa pelaksanaan pengajaran secara
dalam talian dalam tempoh sekatan kawalan pergerakan
Bil Item Min Sisihan
1 Saya menguasai ilmu dalam bidang pengajian saya 4.20 Piawai
0.78
2 Saya mampu menghuraikan kandungan pembelajaran 4.20
0.78
3 Saya memahami ilmu kandungan yang diajar (content knowledge) 4.20 0.78
480
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 5 (sambungan)
Bil Item Min Sisihan
Piawai
4 Saya mengetahui pelbagai kaedah dan strategi pengajaran 4.20 0.78
0.78
5 Saya berupaya mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran 4.20 0.74
6 Saya dapat mengaplikasikan isi pembelajaran yang sesuai dengan 4.25 0.74
tugasan pembelajaran
0.74
7 Saya dapat menggunakan prosedur pengajaran dan pembelajaran 4.25
mengikut langkah 0.74
8 Saya dapat menulis hasil pembelajaran dengan tepat 4.25 0.74
9 Saya dapat melaksanakan penilaian di akhir pengajaran dan 4.25 0.74
pembelajaran
0.88
10 Saya dapat melaksanakan amalan refleksi selepas tamat sesi 4.25
pengajaran dan pembelajaran 0.88
11 Saya berpuas hati dengan pembelajaran yang saya terima melalui 4.25 0.88
pembelajaran atas talian 0.88
0.74
12 Saya berasa seronok belajar dengan menggunakan pembelajaran atas 4.16
talian
13 Saya berpuas hati dengan penggunaan pembelajaran atas talian yang 4.16
digunakan
14 Saya berpuas hati dengan pengajaran pensyarah melalui pengunaan 4.16
pembelajaran atas talian
15 Saya berpuas hati dengan bimbingan yang baik daripada pensyarah 4.16
Skor min keseluruhan 4.29
Jadual 5 menunjukan min paling tinggi ialah 4.25 (SD=0.74) iaitu bagi item bagi Saya dapat
mengaplikasikan isi pembelajaran yang sesuai dengan tugasan pembelajaran, Saya dapat menggunakan
prosedur pengajaran dan pembelajaran mengikut langkah, Saya dapat menulis hasil pembelajaran
dengan tepat, Saya dapat melaksanakan penilaian di akhir pengajaran dan pembelajaran, dan Saya
berpuas hati dengan pembelajaran yang saya terima melalui pembelajaran atas talian. Min paling rendah
ialah 4.16 (SD=0.88) iaitu bagi item Saya berasa seronok belajar dengan menggunakan pembelajaran
atas talian, Saya berpuas hati dengan penggunaan pembelajaran atas talian yang digunakan, Saya
berpuas hati dengan pengajaran pensyarah melalui pengunaan pembelajaran atas talian, dan Saya
berpuas hati dengan bimbingan yang baik daripada pensyarah. Semua min berada pada tahap tinggi
iaitu antara 4.16 (SD=0.88) hingga 4.25 (SD=0.74). Min keseluruhan bagi penilaian kesan pembelajaran
(output) ialah 4.29 (SD=0.74). Ini menunjukkan siswa guru telah memberi penilaian yang tinggi kepada
aspek penilaian kesan pelaksanaan pembelajaran dalam talian semasa sekatan kawalan pergerakan.
2. Adakah terdapat pengaruh yang signifikan antara penilaian reaksi pensyarah, alatan terhadap
kesan pembelajaran terhadap pelajar?
Keputusan analisis data menggunakan program SPSS menunjukkan kedua-dua variabel peramal adalah
signifikan kepada pembelajaran terhadap pelajar (F, 1, 399 = 187.356). Ini menunjukkan ia signifikan
pada paras keyakinan 95% (aras keertian p,0.05, kesan pembelajaran terhadap pelajar = .000). Dari
rajah 7 mendapati pembolehubah peramal (penilaian reaksi pensyarah) mempengaruhi pembolehubah
bersandar (pembelajaran terhadap pelajar).
481
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Berdasarkan keputusan analisis regresi, didapati penilaian reaksi pensyarah merupakan faktor peramal
kepada kesan pembelajaran terhadap pelajar. Rajah 7 menunjukkan penilaian reaksi pensyarah memberi
kesan sebanyak 32.0 % (R2 =.320) manakala terdapat 68 % lagi dipengaruhi oleh faktor lain.
Jadual 6
Pengaruh penilaian reaksi pensyarah terhadap kesan pembelajaran terhadap pelajar
ANOVAa
Model Sum of df Mean F Sig.
187.356 .000b
Squares Square
Regression 93.040 1 93.040
1 Residual 198.142 399 .497
Total 291.182 400
a. Dependent Variable: min_Kesan pembelajaran terhadap pelajar
b. Predictors: (Constant), Penilaian reaksi pensyarah
Jadual 7
Nilai signifikan penilaian reaksi pensyarah terhadap kesan pembelajaran terhadap pelajar
Model Summary
Model R R Square Adjusted R Square Std. Error of the
Estimate
1 .565a .320 .318
.705
a. Predictors: (Constant), Penilaian reaksi pensyarah
Keputusan analisis data menggunakan program SPSS menunjukkan variabel peramal (penilaian reaksi
alatan) adalah signifikan kepada kesan pembelajaran terhadap pelajar. Ini menunjukkan ia signifikan
pada paras keyakinan 95% aras keertian p,0.05, kesan pembelajaran terhadap pelajar = .000). Dari rajah
8 mendapati pembolehubah peramal (penilaian reaksi alatan) mempengaruhi pembolehubah bersandar
(kesan pembelajaran terhadap pelajar).
Berdasarkan keputusan analisis regresi, didapati penilaian reaksi alatan merupakan faktor peramal
kepada pembelajaran terhadap pelajar. Rajah 9 menunjukkan penilaian alatan memberi kesan sebanyak
23.90 % (R2 =.239) manakala terdapat 76.1 % lagi dipengaruhi oleh faktor lain.
Jadual 8
Nilai signifikan penilaian reaksi alatan terhadap kesan pembelajaran terhadap pelajar
ANOVAa
Model Sum of df Mean Square F Sig.
125.077 .000b
Squares 69.494
.556
Regression 69.494 1
1 Residual 221.688 399
Total 291.182 400
a. Dependent Variable: min_Kesan pembelajaran terhadap pelajar
b. Predictors: (Constant), Min_Penilaian Reaksi alatan
Jadual 9
Pengaruh penilaian reaksi alatan terhadap kesan pembelajaran terhadap pelajar
Model Summary
482
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Model R R Square Adjusted R Square Std. Error of the
.237 Estimate
1 .489a .239
.745
a. Predictors: (Constant), Min_Penilaian Reaksi Alatan
PERBINCANGAN
Kebanyakan pelajar semasa covid 19 akan belajar dalam persekitaran pelajar yang sama. Apabila
persekitaran pembelajaran yang sama diikuti dengan pembelajaran kolaboratif, kesannya akan
memberikan makna dalam memberi ruang untuk pelajar berkongsi idea dan hasil kerja (Canning &
Callan, 2010). Eksploitasi teknologi yang boleh diperoleh di mana-mana untuk pendidikan jarak jauh
(Shippee & Keengwe, 2014) dan mudah alih ini tidak tertumpu di dalam kelas tetapi perlu sentiasa di
mana-mana sahaja. Kemudahan e-pembelajaran yang diperkenalkan dapat membantu pelajar ke arah
pendidikan jarak jauh terutamanya daripada kekangan masa antara pengajar dan pelajar (Norazah et al.,
2017 dan pembelajaran bersemuka akan menjadikan hubungan pelajar dan pengajar terhad kepada
lokasi yang sudah ditetapkan (Annan et al., 2012). Walau bagaimanapun, dengan ada nya e-
pembelajaran pelajar bebas untuk berhubung dengan pengajar dan dapat dilaksanakan bila-bila masa.
Dengan e-pembelajaran, akses kepada pembelajaran dapat diberikan berterusan tanpa kekangan
rangkaian. Bahan dan aktiviti pembelajaran dapat disediakan dalam peranti pembelajaran mudah alih
secara dalam talian dan luar talian.
Bagi penilaian reaksi alatan pula, pelajar telah memberi penilaian tinggi kepada penggunaan alatan
teknologi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu min keseluruhan ialah 4.83. Penggunaan
Google Classroom mendapat penilaian paling tinggi (min= 4.54), diikuti dengan whatsapp (min = 4.47),
telegram (min = 4.33), Google Form (min = 4.25) dan Google Meet (min = 4.22). Penggunaan Padlet
berada pada penilaian pelajar yang rendah iaitu min 3.75 bersama dengan Schoology iaitu min 3.84.
Penilaian pelajar kepada pensyarah semasa proses pengajaran adalah positif dan tinggi berdasarkan nilai
min dan sisihan piawai yang diberikan kepada dua item yang ditanya iaitu sikap prihatin pesyarah
terhadap pelajar (min=4.42, sd=0.71) dan keyakinan diri semasa mengendalikan sesi pengajaran dan
pembelajaran (min=4.40, sd= 0.69). Ini menunjukkan penilaian terhadap pensyarah oleh pelajar adalah
tinggi apabila min penilaian keseluruhan bagi penilaian reaksi pensyarah ialah 4.35 dan sisihan piawai
(0.70) berdasarkan skala interpretasi min Abd Majid (2000).
Penilaian kesan pembelajaran kepada pelajar menunjukkan pelajar memberi penilaian tinggi kepada
aspek pengaplikasian kemahiran, pemerolehan ilmu dan diikuti kepuasan terhadap pembelajaran atas
talian. Ini menunjukkan penggunaan e-pembelajaran semasa semasa sesuatu isu covid 19 berada pada
tahap tinggi. Pelajar dapat menerima proses pengajaran dan pembelajaran atas talian dalam
pembelajaran mereka di kampus.
Kesan penilaian reaksi pensyarah terhadap kesan pembelajaran pelajar menunjukkan pengaruh yang
sederhana (r = 32.0%) berdasarkan skala interpretasi Cohen, Manion dan Morrison (2011). Ini diikuti
dengan kesan penilaian reaksi alatan terhadap kesan pembelajaran pula berada pada skala rendah ( r =
23.9%) sahaja.
RUMUSAN
Keberkesanan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar sepanjang hayat banyak membantu mereka
dalam kekangan-kekangan seperti masa, tempat dan pendekatan pembelajaran. Hasil dapatan kajian ini
memerlukan perhatian positif dan penyelidikan selanjutnya untuk membantu kebolehcapaian dalam
483
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pendidikan di masa akan datang. Selain itu, selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia di
mana pendidikan sepanjang hayat sebagai salah satu aspek utama dalam mencapai kelestarian
pembangunan dunia dan berkualiti
RUJUKAN
Alazam, A.O. (2012). Teachers’ ICT Skills and ICT Integration in the Classroom: The Case of
Vocational and Technical Teachers in Malaysia. Creative Education, 03(08), 70–76
Canning, N. & Callan, S. (2010). Heutagogy: Spirals of Reflection to Empower Learners In Higher
Education. Reflective Practice, 11(1), 71-82.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2011). Research methods in education (7 th ed.). London:
Routledge Palmer.
DeVellis, R. F. (2011). Scale development: Theory and applications (Vol. 26): Sage Publications, Inc.
Education Council. (2015). National STEM school education strategy 2016–2026. Retrieved
from www.educationcouncil.edu.au in Jan, 25 2020.
English, L. D. (2016). STEM education K–12: Perspectives on integration. International Journal of
STEM Education, 3(3), 1-8. doi10.1186/s40594-016-0036-1
Gill, M. & Sharma, G. (2013). Evaluation of Vocational Training Program from the Trainees'
Perspective: An Empirical Study. Pacific Business Review International, 6(5), 35-43.
Jusoh, Rosnani Idris, Nor Mashila. (2017). Kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran berasaskan
teknologi kursus pengurusan perniagaan di Kolej Vokasional. International Journal of Research
in Education and Science (IJRES), 1 (spec.). 71 - 82.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Malaysia: Kementerian Pendidikan
Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Karoulis, A. et al. 2004. An Expert-Based Evaluation Concerning Human Factors in ODL
Programs: A Preliminary Investigation. Dalam E-education Applications: Human Factors
and Innovative Approaches. (Claude Ghaoui, editor). UK: Idea Group Inc
Lechner, F. J. & Boli, J. 2000. The globalization reader. Oxford: Blackwell Publisher.
Livingstone, Sonia. (2012). Critical reflections on the benefits of ICT in education. Oxford Review of
Education. 38 (1). pp. 9-24
Mohd Amiruddin Ag Damit dan Muhd Khaizer Omar. (2019). Meneroka Impak dan Cabaran
Pensyarah Terhadap Pelaksanaan ePembelajaran Di Kolej Vokasional Zon Tengah, Malaysia.
The 5th International Conference on Educational Research and Practice (Icerp) 2019 Educating
the Digital Society: Integrating Humanistic and Scientific Values, 22-23 Okt 2019. Palm Garden
Hotel, Putrajaya.
Norazah Nordin, Amin Embi, Helmi Norman, Ebrahim Panah. (2017). A Historical Review of Mobile
Learning Research in Malaysia And Its Implications for Malaysia And The Asia-Pacific Region.
Dlm. Murphy A., Farley H., Dyson L., Jones H. (pnyt.) Mobile learning in higher education in
the Asia-Pacific region, hlm. 137-150. Singapore: Springer
484
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kirkpatrick, D. L. (1994). Evaluating Training Programs: The Four Levels. San Francisco:
Berrett-Koehler.
Kirkpatrick, D. L. (1976). Evaluation of Training. In R. L. Craig (Ed.), Training and
development handbook: A guide to human resource development. New York:
McGraw Hill.
Shippee, M., & Keengwe, J. (2014). Mlearning: Anytime, Anywhere Learning Transcending the
Boundaries of the Educational Box. Education and Information Technologies, 19(1), 03-113
Vasquez, J. A., Sneider, C., & Comer, M. (2013). STEM lesson essentials: Integrating science,
technology, engineering, and mathematics. Portsmouth, NH: Heinemann.
Venkatesh, V., Morris, M. G., Davis, F. D., & Davis, G. B. (2003). User acceptance of information
technology: Towards a unified view. MIS Quarterly, 27(3): 425–478.
Yildirim, B., & Selvi, M. (2016). Examination of the effects of STEM education integrated as a part of
science, technology, society and environment courses. Journal of Human Sciences, 13(3),
3684-3695.
Zahiah Kassim & Abdul Razaq Ahmad. (2010). E-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam
Pembelajaran Sepanjang Hayat. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration
in ICT 2010 pada 1 dan 2 Jun 2010 di Putrajaya, Selangor, Malaysi
485
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
COVID 19: KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU MENGAPLIKASI
PENGAJARAN ATAS TALIAN SEWAKTU PKP
Azrizan bt Abu Bakar ([email protected])
Fuadi bin Abdul Razak
Md. Shamsuddin bin Ngat Denin
Ruziman bin Omar
Muhammad bin Che Majid
Mazri bin Abd Rahman
IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru dalam menjalankan pengajaran atas talian
yang perlu dilaksanakan akibat pendemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia. Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) menyaksikan operasi pelbagai sektor terjejas dan diarah tutup, termasuk sekolah
serta institusi pengajian tinggi (IPT). Berikutan itu, guru tiada pilihan lain melainkankan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian melalui sistem e-
pembelajaran. Kajian dijalankan melibatkan 224 orang guru Bahasa Melayu dari seluruh Malaysia
yang diperolehi melalui persampelan purposive. Kajian yang mengaplikasikan kaedah kuantitatif ini
menggunakan soal selidik berbentuk google form yang disebarkan melalui Whatsapp Group. Hasil
kajian mendapati guru-guru BM mempunyai pengetahuan yang sederhana tentang pelaksanaan PdP
atas talian iaitu 48.7%. Manakala hanya 41.7% guru BM yang bersedia untuk melaksanakan PdP atas
talian melalui e-pembelajaran. Dari aspek medium pembelajaran yang digunakan dalam
melaksanakan pdpc secara atas talian waktu pkp, mendapati 39.7% menyatakan mereka tahu tentang
teknologi e-pembelajaran yang disediakan terutamanya Google Classroom. Secara keseluruhannya
walaupun guru Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap sederhana dalam penguasaan dan kesediaan
melaksanakan PdP atas talian namun bersikap terbuka untuk mengubah suai pengajaran mengikut
teknologi e-pembelajaran yang terkini.
Kata kunci: kesediaan, guru Bahasa Melayu, pengajaran, atas talian
PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM:
PPPM 2013) telah menyasarkan 11 anjakan untuk transformasi sistem pendidikan di Malaysia. Melalui
anjakan ke-4, KPM akan menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah. Selain itu, KPM juga menambahkan kandungan dalam talian
untuk perkongsian amalan bermula dengan perpustakaan video guru untuk menyampaikan pengajaran
dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. KPM juga akan
memaksimumkan penggunaan TMK bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri
untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran
murid. Sejajar dengan kepentingan teknologi dalam bidang pendidikan, pihak kerajaan telah
menunjukkan komitmen untuk meningkatkan prasarana bagi menyokong e-pembelajaran.
486