The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_ieda81, 2021-08-03 06:56:13

Prosiding SPEKKU 2015

Prosiding SPEKKU 2015

dikaitkan dengan graduan kurang berkualiti. Mohd Noor & Abd Sukor (2010) berpendapat
bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, produktiviti dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan.

Malah, menurut Mustafa et al. (2010) yang menyatakan bahawa, pencapaian akademik dan
kelulusan dalam bidang tertentu semata-mata masih belum menjamin seseorang graduan untuk
diambil bekerja. Pencapaian akademik yang tinggi tidak menjamin pekerjaan kepada graduan
tanpa memiliki kemahiran employability yang baik dan menguasai Bahasa Inggeris.

Majikan atau pihak industri sudah menggariskan beberapa kriteria yang diperlukan oleh
pekerja mereka. Majikan memerlukan pekerja yang memiliki bukan sahaja kemahiran teknikal
malah mereka memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran- kemahiran bukan teknikal
seperti kemahiran komunikasi secara lisan dan bertulis, disiplin diri, kemahiran interpersonal,
kemahiran bekerja kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir yang
tinggi, kemahiran menggunakan teknologi, pembelajaran berterusan dan etika kerja yang
positif (Raftopoulas, Coetzee & Visser, 2009). Kemahiran-kemahiran bukan teknikal seperti
kemahiran generik, soft skill atau kemahiran employability perlu dikuasai oleh pelajar yang
bakal menempuhi alam pekerjaan (Ibrahim et al., 2010).

Kemahiran employability atau kemahiran generik juga dikenali dengan soft skills merupakan
kemahiran bukan teknikal yang menggambarkan sikap dan tingkah laku. Terdapat pelbagai
istilah yang digunakan di dunia ini untuk menjelaskan maksud kemahiran employability iaitu
generic skill, key skills, core skills, life skills, essential skills, keycompetencies, necessary skills
dan transferable skills (Cleary et al., 2007).

Namun, setiap istilah itu memberi maksud yang sama iaitu elemen kemahiran yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar, yang berkepentingan sama dengan kemahiran teknikal yang
diperlukan oleh pihak majikan (Mohd Salleh et al., 2010). Knight & Yorke (2003)
mentakrifkan kemahiran employability sebagai satu set pencapaian, kefahaman dan sifat-sifat
peribadi yang membuatkan individu supaya lebih cenderung untuk mendapatkan pekerjaan dan
berjaya dalam pekerjaan yang dipilih mereka. Kemahiran-kemahiran ini perlu diterapkan oleh
tenaga pengajar kepada pelajar supaya pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran
bukan teknikal yang diperlukan oleh majikan terhadap pekerjanya.

592

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pihak kolej untuk meningkatkan
kemahiran pelajar dan menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak industri bagi
memudahkan peluang pelajar mendapat tempat di industri.
Kajian selanjutnya boleh dijalankan pada masa akan datang dengan menambahkan bilangan
responden bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan maklum balas yang sesuai bagi
meningkatkan peratus kolaborasi bersama industri. Kajian ini juga boleh diedarkan kepada
kepada pensyarah KKSP untuk memberi maklum balas dan idea berkenaan perjalanan
pelaksanaan kolaborasi yang sesuai dan memberi impak yang tinggi kepada KKSP.
6.0 KESIMPULAN
Hasil kajian menunjukkan responden berminat untuk menjalankan kolaborasi dengan pihak
KKSP pada masa akan datang. Kajian ini juga boleh diteruskan dengan menambahkan
bilangan responden yang terlibat.

593

RUJUKAN

Adnan Khamis. (1988). Nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum pergerakan ke arah
menghasilkan insan yang mantap lagi seimbang mengikut falsafah KBSM-fokus
Pergerakan Pengakap sekolah. Seminar Nilai-nilai murni Merentas Kokurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aliman. J. & Ibrahim. A. (2009). Latihan Industri Kesan Terhadap Politeknik dan Pelajar.
Politeknik Merlimau Melaka Jalan Jasin, 77330 Merlimau Melaka Malaysia.

Bakar, A. R., & Kazilan, F. (2006). Soft- skills di kalangan pengajar Pusat Latihan Teknik dan
Vokasional di Malaysia. Prosiding seminar kebangsaan teknik dan vokasional.
Skudai: Penerbit UTM. ms. 39- 43.

Balsam, F. (2003). The German Dual System of Apprenticeship and Future Development for
SME’s . Presentation at the 2nd ITAC Conference on Apprenticeship, Galway – Mayo
Institute of Technology, April the 11th 2003, Galway, Ireland.

Chik, M. A. (2009). Analisis Sejauh Manakah Penglibatan Pihak Industri Dapat
Meningkatkan Kebolehpasaran Graduan Dan Cadangan Bagaimana Kerjasama Ini
Dapat Dipertingkatkan Ke Arah Mencapai Hasrat Tersebut. Ketua Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Merlimau, Melaka.

Cleary, M., Flynn, R., Thomasson, S., Alexander, R. & McDonald, B. (2007). Graduate

employability skills: prepared for the business, industry and higher education

collaboration council. Dicapai pada Januari 13, 2011, dari

http://www.dest.gov.au/highered/bihecc

Cox, S. & King, D. (2006). Skill sets: an approach to embed employability in course design.

Ghazali Darusalam. (2003). Keberkesanan Kursus Diploma Perguruan Malaysia
[Pengkhususan Pengajian Islam] Di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia. Tesis
Ph.D. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

594

Ibrahim, A. (2004). Pembelajaran berpusatkan pelajar dan kaitannya dengan pembangunan diri

dan peluang pekerjaan. Dicapai pada Januari 11, 2011 dari

http://umpir.ump.edu.my/943/1/27_Dr_AbdullahSCL.pdf.

Ibrahim, B., Mastor, S., Mohd Salleh, K. & Sulaiman, N.L. (2010). Kemahiran berpasukan
menerusi penyertaan di dalam kokurikulum di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
dlm. Esa, A. & Mustafa, M. Z. (1st Ed). Kemahiran insaniah: kajian di Institusi-
institusi Pengajian. Batu Pahat: Penerbit UTHM. ms. 45 – 71.

Knight, P. T. & Yorke, M. (2003). The society for research into higher education:
Kokurikulum, peranan dan implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing.

Konting, M. M. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd Noor, N. & Abd Sukor, N. M. (2010). Penerapan kemahiran employability di institusi
latihan perindustrian pasir gudang johor. Dicapai pada Januari 10, 2011 dari
http://eprints.utm.my/10589/1/Penerapan_Kemahiran.pdf

Mohd Salleh & Mohd Kamarul Afandi (2013) Pelaksanaan program kerjasama institusi-
industri di Politeknik Merlimau Melaka. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia

Mohd Salleh, Kahirol and Ibrahim, Wan Nur Hidayah and Sulaiman , Nor Lisa and Ibrahim,
Badaruddin and Mustafa, Mohamad Zaid (2008) Kemahiran employability dalam
kalangan mahasiswa dan pensyarah: perbandingan dengan industri. In: Seminar
Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18 Ogos
2008, Hotel Mahkota, Melaka.

Nordin, M. K. (2007). Hubungan Baru Universiti, Industri, Masyarakat

Nordin,M.S., Abd Hamid, M. Z. & Jabor,M.K. (2005). Tahap keyakinan kemahiran generik di
kalangan pelajar kolej komuniti. Seminar Pendidikan 2005, ms 1-12. Dicapai pada
Januari 23, 2011, dari
595

http://web1.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%208.pdf
Raftopoulas, M., Coetzee. S, & Visser.D (2009). Work - readiness skills in the fasset sector. SA

Journal of Human Resource Management/ SA Tydskrif vir Menslikehulpbronbestuur,
7(1), ms 119-126.
Rasul, M.S., Ismail, M.Y., Ismail, N., Rajuddin.R. & Rauf, R.A. (2009). Peranan institusi
pendidikan teknikal dalam pemupukan kemahiran employability pelajar. Jurnal
Teknologi, 50 (E), ms 113-127.
Raymore, L. A, Gogbey, G. C, Crawford, D. W & Von Eye, A. (1993). A nature and process
of leisure constraints: An empirical test. Leisure Sciences, 15, 104.
Soo, W. L. & Salleh, J. (1997). Hubungan Industri dan Pendidikan Vokasional: Isudan
Strategi. Kertas
Tuckman. (1978). Conducting educational research, 2nd Edition. New York: Harcourt
Brace Jovanovich, Inc.
Yusoff, I., Ismail,R. & Sidin, R. (2008). Graduan dan alam pekerjaan: kes siswazah UKM.

596

KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM MAJLIS DIALOG BERSAMA
INDUSTRI DAN KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI 2014

Oleh
Hanisah binti Ahmad
Nurul Fathonah Binti Mohd Rosli
Unit Perhubungan dan Latihan Industri
Kolej Komuniti Sungai Petani

Abstrak
Kajian ini bertujuan meninjau implikasi Program Majlis Dialog Bersama Industri dan Kolej
Komuniti Sungai Petani 2014 daripada maklumbalas pelajar. Pelajar bidang Operasi
Perhotelan, Kulinari, Servis Kenderaan Ringan dan Terapi Kecantikan Spa diwajibkan
menghadiri program ini bertempat di lokasi yang berbeza bergantung kepada program. Unit
Perhubungan dan Latihan Industri KKSP telah menjemput panel yang berkaitan program bagi
tujuan memberi perkongsian maklumat berkenaan kerjaya, latihan industri, peluang
melanjutkan pengajian dan peluang menjadi usahawan. Panel yang hadir terdiri daripada Hard
Rock Hotel Penang, Park Royal Hotel Penang, Naza Automotive Industri Sdn. Bhd., Naza
Bikers Sdn. Bhd., Institut Pendidikan Teknikal Tan Chong, Oasis Qaseh Ent., De Qaseh
Beauty & Spa dan Pengerusi Persatuan Usahawan Spa Wilayah Utara. Kajian ini
menggunakan kaedah Borang Soal Selidik dan melibatkan 344 orang responden daripada
pelbagai program pengajian. Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian
SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP
2014 telah memberi implikasi yang amat positif kepada pelajar yang terlibat dengan beberapa
penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi melancarkan lagi program ini pada masa hadapan.

Kata kunci : Majlis Dialog Industri, kerjaya, latihan industri

597

2.0 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Perkembangan ekonomi pada era globalisasi kini menuntut pihak majikan dan pihak industri
memerlukan pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran atau multiskill (Bakar, Hamzah &
Kazilan, 2006). Oleh yang demikian, modal insan yang berkemahiran tinggi dan
berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, membangunkan teknologi, menghasil dan
mempelopori pengetahuan baru serta mengaplikasikannya haruslah dibentuk untuk
mengurangkan masalah pengangguran yang dikaitkan dengan graduan kurang berkualiti.
Mohd Noor & Abd Sukor (2010) berpendapat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti,
produktiviti dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan.

Kerajaan Malaysia juga telah banyak membuat pelaburan dalam pendidikan lepasan menengah
dan juga tertiari. Setiap tahun, institusi latihan kemahiran berjaya melahirkan ramai tenaga kerja
mengikut kemahiran dalam bidang masing-masing bagi memenuhi keperluan modal insan
Negara. Kolej Komuniti merupakan di antara salah satu institusi kemahiran awam di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang mana tujuan penubuhannya adalah untuk
memberi latihan kemahiran, peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada semua lapisan
masyarakat. Bagi pelajar lepasan menengah, sistem Kolej Komuniti menyediakan pelbagai
kursus teknikal dan vokasional mengikut kerangka Kelayakan Malaysia.

Pada hari ini, terdapat kira-kira 86 buah kolej komuniti induk dan cawangan telah ditubuhkan
untuk meluaskan akses pendidikan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui program
latihan yang ditawarkan. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kerajaan
memperkenalkan pendekatan yang lebih inovatif bagi kolej komuniti melalui pelaksanaan
program modular yang membolehkan pelajar mengikuti pelbagai modul jangka pendek
berasaskan keupayaan mereka. Modul boleh digabungkan untuk melayakkan pelajar
dianugerahkan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia). Secara khususnya, program ini akan
menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada pelajar yang cenderung kepada bidang
teknik dan vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas.

Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) adalah program latihan kemahiran jangka pendek (3
hingga 6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar yang merangkumi kompetensi teknikal,
pengetahuan dan sosial. Sejajar dengan perubahan sistem pendidikan di kolej komuniti, ianya
turut mempengaruhi kompetensi,pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada setiap

598

pensyarah yang terlibat untuk mengajar program sijil modular kebangsaan (SMK). Cabaran
yang dihadapi oleh tenaga pengajar program modular kebangsaan ialah kesesuaian dengan
kemahiran dan pengetahuan sedia ada dengan program modular yang ditawarkan.

Oleh yang demikian, satu program Majlis Dialog Bersama Industri Dan Kolej Komuniti
Sungai Petani 2014 telah dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas daripada industri
berkenaan dengan peluang pelajar sama ada untuk melanjutkan pengajian, penawaran tempat
latihan industri, membuka peluang kerjaya atau menjadi usahawan dengan industri yang sesuai
dan terpilih. Majlis Dialog ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30
tengahari. Panel-panel yang dijemput ialah Hard Rock Hotel Penang, Park Royal Hotel
Penang, Naza Automotive Industri Sdn. Bhd., Naza Bikers Sdn. Bhd., Institut Pendidikan
Teknikal Tan Chong dan Persatuan Usahawan Spa Wilayah Utara. Majlis ini ditempatkan pada
lokasi yang berbeza berdasarkan program-program masing. Sesi majlis dialog ini juga boleh
diselitkan dengan perbincangan bagi memantapkan lagi program Latihan industri melalui
perkongsian idea, pengalaman dan pandangan antara industri, pelajar dan Kolej Komuniti.
Selain itu, pihak industri boleh memberikan pandangan tentang faktor-faktor yang perlu ada
bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran pelajar Kolej Komuniti.

1.2 PERNYATAAN MASALAH
Isu pengangguran dalam kalangan graduan bukanlah sesuatu perkara yang dianggap janggal
pada masa kini. Masalah ini bukan saja berlaku di negara kita malah masalah ini juga
merupakan masalah global. Dalam laporan International Labour Office (ILO) melaporkan
kadar pengangguran dunia pada tahun 2010 adalah seramai 205 juta orang. Di Malaysia,
mengikut statistik Jabatan Perangkaan, pada tahun 2012, terdapat 76200 graduan menganggur.
(Utusan Malaysia, 2012).

Penggangguran dalam kalangan graduan merupakan satu pembaziran kepada negara kerana
kos pendidikan dan latihan amat tinggi yang ditanggung oleh kerajaan (Yusoff et. al., 2008).
Ketidaksepadanan antara kemahiran yang diperlukan oleh majikan dengan kemahiran yang
dimiliki oleh graduan merupakan salah satu punca berlakunya pengangguran (Shutt, Iles &
Zhu, 2010; Rasul, Ismail, Ismail, Rajudin & Rauf, 2009 dan Suleiman, Baharun & Simpol,
2006). Elsen, Jasinowski & Kleinert (2005) dalam laporan 2005 Skill gap mendapati hampir
separuh majikan menyatakan bahawa pekerja yang sedia ada kurang dalam etika kerja dan
kemahiran mengurus diri seperti kehadiran dan tidak menepati masa. Selain itu, 46% majikan
melaporkan pekerja mereka kurang kemahiran menyelesaikan masalah.
Graduan kurang menguasai kemahiran-kemahiran bukan teknikal menjadi pendorong utama

599

wujudnya masalah pengangguran ini. Majikan bukan sahaja menilai pekerjanya dari segi
kemahiran teknikal semata-mata malah kemahiran bukan teknikal juga dititik beratkan
terhadap bakal pekerjanya (Raftopoulas et. al, 2009; Maniam & Liong, 2007 dan Raybould &
Sheedy, 2005). Graduan hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah
mahupun ketika di institusi pengajian tinggi. Akibatnya, graduan kekurangan kemahiran
berfikir, menganalisis sesuatu, berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dan kurang kemahiran
berinteraksi dengan masyarakat. Raybould & Sheedy (2005) manyatakan majikan umumnya
memerlukan pekerja yang berkeupayaan bekerja di bawah tekanan, berkeupayaan membuat
keputusan, kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, berkeyakinan diri, kemahiran
mengurus diri dan kemahiran pembelajaran berterusan.

Oleh yang demikian, adalah menjadi hasrat dan tanggungjawab pihak kolej untuk berkongsi
maklumat tentang alam pekerjaan kepada pelajar dengan menganjurkan program Majlis Dialog
Bersama Industri. Ini akan memberi maklumat dan perkongsian ilmu berkenaan bidang yang
boleh diceburi oleh pelajar sebaik tamat pengajian. Malah pihak industri yang dijemput juga
dapat berkongsi tips-tips yang menarik dan berguna untuk diaplikasikan apabila menghadiri
temuduga dan sebagainya. Justeru itu, pihak Kolej Komuniti Sungai Petani telah menjalankan
kajian untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan program Majlis Dialog Bersama
Industri dan KKSP 2014 yang dijalankan bagi melihat keberkesanan dan kesesuaian program
tersebut terhadap pelajar.

600

1.3 SOALAN KAJIAN

1.3.1 Adakah Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP mendapat maklumbalas
yang positif daripada pelajar terhadap panel jemputan?

1.3.2 Adakah Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP mendapat maklumbalas
yang positif daripada pelajar terhadap keberkesanan lokasi program?

1.3.3 Adakah Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP mendapat maklumbalas
yang positif daripada pelajar terhadap keberkesanan kelancaran program mengikut
tentatif program?

1.3.4 Adakah Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP mendapat maklumbalas
yang positif daripada pelajar terhadap keberkesanan masa dan tempoh program
mengikut jadual?

1.3.5 Adakah Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP mendapat maklumbalas
yang positif daripada pelajar terhadap implikasi selepas mengikuti program?

1.4 OBJEKTIF

1.4.1 Mengenalpasti Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP mendapat
maklumbalas yang positif daripada pelajar terhadap panel jemputan.

1.4.2 Mengenalpasti Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP mendapat
maklumbalas yang positif daripada pelajar terhadap keberkesanan lokasi program.

1.4.3 Mengenalpasti Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP mendapat
maklumbalas yang positif daripada pelajar terhadap keberkesanan kelancaran program
mengikut tentatif program.

1.4.4 Mengenalpasti Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP mendapat
maklumbalas yang positif daripada pelajar terhadap keberkesanan masa dan tempoh
program mengikut jadual.

1.4.5 Mengenalpasti Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP mendapat
maklumbalas yang positif daripada pelajar terhadap implikasi selepas mengikuti
program

601

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting dilakukan bagi tujuan mendapatkan maklumbalas pelajar terhadap
pelaksanaan Program Majlis Dialog Bersama Industri. Ini bagi menentukan sama ada program
tersebut harus diteruskan pada masa akan datang atau sebaliknya. Dapatan kajian ini diharap
dapat membantu menambahbaik pelaksanaan program pada masa akan datang.

1.6 BATASAN KAJIAN
Batasan untuk menjalankan kajian ini ialah seperti berikut :
i. Masa
Masa untuk menjalankan kajian ini adalah terhad. Keadaan ini telah mengehadkan skop
kajian kerana masa untuk menjalankan kajian dan menganalisis data adalah terhad.

ii. Sumber rujukan
Sumber rujukan untuk kajian ini adalah terhad terutamanya berkenaan kajian keberkesanan
sesuatu program yang dijalankan. Pengetahuan tentang perisian yang digunakan dalam
menganalisis data adalah pengetahuan yang baru bagi pengkaji dan pengkaji memerlukan
masa untuk mempelajarinya.

iii. Kejujuran
Kejujuran responden untuk menjawab soal selidik juga adalah limitasi. Ini kerana pengkaji
tidak mengetahui dan mengukur sejauh mana kejujuran responden semasa menjawab soal
selidik yang diedarkan.

602

3.0 TINJAUAN LITERATUR
Kemahiran employability atau kemahiran generik juga dikenali dengan Soft Skills merupakan
kemahiran bukan teknikal yang menggambarkan sikap dan tingkah laku. Terdapat pelbagai
istilah yang digunakan di dunia ini untuk menjelaskan maksud kemahiran employability iaitu
generic skill, key skills, core skills, life skills, essential skills, key competencies, necessary skills
dan transferable skills (Cleary, Flynn, Thomasson, Alexander& McDonald, 2007; Hager &
Holland, 2006 dan NCVER, 2003). Namun, setiap istilah itu memberi maksud yang sama iaitu
elemen kemahiran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, yang berkepentingan sama
dengan kemahiran teknikal yang diperlukan oleh pihak majikan (Mohd Salleh, Ibrahim,
Sulaiman & Ibrahim, 2010).

Mustafa, Mohd Nor, Suradin & Ahad (2010) menyatakan, pencapaian akademik dan
kelulusan dalam bidang tertentu semata-mata masih belum menjamin seseorang graduan
untuk diambil bekerja. Ibrahim et al. (2010), pencapaian akademik yang tinggi tidak
menjamin pekerjaan kepada graduan tanpa memiliki kemahiran employability yang baik dan
menguasai bahasa Inggeris. Majikan atau pihak industri sudah menggariskan beberapa
kriteria yang diperlukan oleh pekerja mereka. Majikan memerlukan pekerja yang memiliki
bukan sahaja kemahiran teknikal malah mereka memerlukan pekerja yang mempunyai
kemahiran- kemahiran bukan teknikal seperti kemahiran komunikasi secara lisan dan bertulis,
disiplin diri, kemahiran interpersonal, kemahiran bekerja kumpulan, kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir yang tinggi, kemahiran menggunakan teknologi,
pembelajaran berterusan dan etika kerja yang positif (Raftopoulas, Coetzee & Visser, 2009;
Maniam & Liong, 2007 dan Raybould & Sheedy, 2005). Kemahiran-kemahiran bukan
teknikal seperti kemahiran generik, soft skill atau kemahiran employability perlu dikuasai oleh
pelajar yang bakal menempuhi alam pekerjaan (Ibrahim et al., 2010).

Knight & Yorke (2003) mentakrifkan kemahiran employability sebagai satu set pencapaian,
kefahaman dan sifat-sifat peribadi yang membuatkan individu supaya lebih cenderung untuk
mendapatkan pekerjaan dan berjaya dalam pekerjaan yang dipilih mereka. Mohd Noor & Abd
Sukor (2010) dan Buntat (2006) pula mentakrifkan kemahiran employability adalah berkaitan
dengan aspek personaliti sikap, teknik berkomunikasi, menyelesaikan masalah, membuat
keputusan dan proses mengurus organisasi.

603

Menurut Rasul & Mustapha (2009) kemahiran employability merupakan aspek kemahiran
pekerjaan yang sama pentingnya dengan aspek kemahiran teknikal. Kemahiran-kemahiran ini
perlu diterapkan oleh tenaga pengajar kepada pelajar supaya pelajar-pelajar dapat menguasai
kemahiran-kemahiran bukan teknikal yang diperlukan oleh majikan terhadap pekerjanya

4.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian adalah berdasarkan kepada edaran borang-borang soal selidik dan analisis data
yang telah dijalankan.

4.1 Keboleh kepercayaan kajian
Ujian Cronbach’s Alpha dilakukan keatas soalan kajian bagi membuktikan keboleh
kepercayaan soalan. Dapatan Cronbach’s Alpha 0.844 menunjukkan soalan kajian telah
menepati aras keboleh kepercayaan soalan berdasarkan kepada Secaran, (2000) yang
mengatakan minimum keboleh kepercayaan adalah 0.6. Ianya berdasarkan Jadual 4.1.

Jadual 4.1 : Keboleh kepercayaan N of Items
Kesahan Statistik 5

Cronbach's Alpha
.844

604

4.2 Keberkesanan Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP 2014

Sebanyak 5 item ditanya kepada responden melalui soal selidik yang diedarkan. Berdasarkan
penilaian daripada responden, skor min bagi setiap item adalah seperti di tunjukkan pada Jadual
4.2.

Jadual 4.2 : Keberkesanan Program Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP 2014
Statistik

Semua panel Tempat Pelaksanaan Masa dan Pelajar dapat
menyampaika program program tempoh menambah
sesuai dan berjalan program
n ceramah selesa mengikut ilmu
dengan jelas dengan lancar jadual yang pengetahuan
dan berkesan mengikut telah diberi
tentatif setelah
program mengikut
program

N Valid 344 344 344 344 344

Missing 0 0 0 0 0
Mean 3.3634 3.1512 3.2064 3.0581 3.3808
Std. Deviation .70313 .88086 .74102 .82744 .66813
Minimum
1.00 1.00 1.00 1.00 1.00

Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagi beberapa item adalah pada tahap tinggi. Ini
menunjukkan bahawa program berkenaan dilaksanakan dengan lancar dan baik. Dapatan kajian
juga menunjukkan min yang tinggi (3.39) bagi item pelajar dapat menambahkan ilmu
pengetahuan setelah mengikuti program. Manakala bagi item masa dan tempoh program
mengikut jadual yang telah diberi mempunyai min (3.01). Ini menunjukkan bahawa perlunya
membuat penambaikan dari segi masa dan tempoh program.

605

4.3 Maklumbalas responden terhadap panel jemputan

Berdasarkan penilaian daripada responden, peratus bagi setiap item adalah seperti di tunjukkan
pada Jadual 4.3.

Jadual 4.3 : Maklumbalas responden terhadap panel jemputan

Semua panel menyampaikan ceramah dengan jelas dan berkesan

Kekerapan Peratus Peratus sah Peratus
terkumpul

Valid lemah 5 1.5 1.5 1.5
memuaskan 30 8.7 8.7 10.2
baik 144 41.9 41.9 52.0
amat baik 165 48.0 48.0 100.0
Total 344 100.0 100.0

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 48 % daripada responden menyatakan semua panel telah
menyampaikan ceramah dengan amat baik, jelas dan berkesan.Manakala hanya 1.5 % daripada
responden menyatakan panel jemputan adalah di tahap lemah dalam menyampaikan ceramah.

4.4 Maklumbalas responden terhadap tempat program
Berdasarkan penilaian daripada responden, peratus bagi setiap item adalah seperti di tunjukkan
pada Jadual 4.4.

Jadual 4.4 : Maklumbalas responden terhadap tempat program
Tempat program sesuai dan selesa

Kekerapan Peratus Peratus sah Peratus
terkumpul

Valid lemah 22 6.4 6.4 6.4
memuaskan 45 13.1 13.1 19.5
baik 136 39.5 39.5 59.0
amat baik 141 41.0 41.0 100.0
Total 344 100.0 100.0

606

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 41 % daripada responden menyatakan tempat program
sesuai dan selesa dan di tahap amat baik.Manakala hanya 6.4 % daripada responden
menyatakan tempat program kurang sesuai dan selesa.

4.5 Maklumbalas responden terhadap kelancaran program mengikut tentatif program
Berdasarkan penilaian daripada responden, peratus bagi setiap item adalah seperti di tunjukkan
pada Jadual 4.5.
Jadual 4.5 : Maklumbalas responden terhadap kelancaran program mengikut tentatif
program

Pelaksanaan program berjalan dengan lancar mengikut tentatif program

Kekerapan Peratus Peratus sah Peratus
terkumpul

Valid lemah 10 2.9 2.9 2.9
memuaskan 36 10.5 10.5 13.4
baik 171 49.7 49.7 63.1
amat baik 127 36.9 36.9 100.0
Total 344 100.0 100.0

Dapatan kajian menunjukkan bahawa program dijalankan mengikut tentatif program adalah
pada tahap baik iaitu 49.7%. Manakala hanya 2.9 % daripada responden menyatakan program
kurang mengikut tentatif program.

607

4.6 Maklumbalas responden terhadap masa dan tempoh program mengikut jadual

Berdasarkan penilaian daripada responden, peratus bagi setiap item adalah seperti di tunjukkan
pada Jadual 4.6.

Jadual 4.6 : Maklumbalas responden terhadap kelancaran program mengikut tentatif
program

Masa dan tempoh program mengikut jadual yang telah diberi

Kekerapan Peratus Peratus sah Peratus
terkumpul

Valid lemah 21 6.1 6.1 6.1
memuaskan 45 13.1 13.1 19.2
baik 171 49.7 49.7 68.9
amat baik 107 31.1 31.1 100.0
Total 344 100.0 100.0

Dapatan kajian menunjukkan bahawa masa dan tempoh program mengikut jadual adalah pada
tahap baik iaitu 49.7%. Manakala hanya 6.1 % daripada responden menyatakan masa dan
tempoh program kurang mengikut tentatif program.

608

4.7 Maklumbalas responden terhadap impak selepas mengikuti program

Berdasarkan penilaian daripada responden, peratus bagi setiap item adalah seperti di tunjukkan
pada Jadual 4.7.

Jadual 4.7 : Maklumbalas responden terhadap impak selepas mengikuti program
Pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan setelah mengikut program

Kekerapan Peratus Peratus sah Peratus
terkumpul

Valid lemah 6 1.7 1.7 1.7
memuaskan 18 5.2 5.2 7.0
baik 159 46.2 46.2 53.2
amat baik 161 46.8 46.8 100.0
Total 344 100.0 100.0

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak masa dan tempoh program mengikut jadual
adalah pada tahap baik iaitu 46.8%. Manakala hanya 1.7 % daripada responden menyatakan
masa dan tempoh program kurang mengikut tentatif program.

5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Melalui dapatan kajian, penganjuran Majlis Dialog Bersama Industri Dan Kolej Komuniti
Sungai Petani ini telah memberi manfaat dan impak yang besar kepada pelajar daripada
pelbagai program pengajian. Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat serta
perkongsian ilmu mengenai kriteria-kriteria yang diperlukan oleh majikan dan industri dan
seterusnya dapat memberi gambaran sebenar kepada pelajar apabila mereka tamat pengajian
kelak. Ini selaras dengan kajian Raybould & Sheedy (2005) yang menyatakan majikan
umumnya memerlukan pekerja yang berkeupayaan bekerja di bawah tekanan, berkeupayaan
membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, berkeyakinan diri,
kemahiran mengurus diri dan kemahiran pembelajaran berterusan.

609

Selain itu pelajar juga dapat mempelajari tips-tips menghadapi temuduga dan ianya adalah
penting kerana graduan kekurangan kemahiran berfikir, menganalisis sesuatu, berkomunikasi
dalam pelbagai bahasa dan kurang kemahiran berinteraksi dengan masyarakat (Abdul Halim,
2007). Selain itu, mengikut kajian (Raftopoulas et.al, 2009; Maniam & Liong, 2007 dan
Ranybould & Sheedy, 2005) menyatakan majikan bukan sahaja menilai pekerjanya dari segi
kemahiran teknikal semata-mata malah kemahiran bukan teknikal juga dititik beratkan terhadap
bakal pekerja. Ini jelas menunjukkan setiap pelajar bukan sahaja perlu menguasai kemahiran
teknikal dan akademik tetapi perlu diseimbangkan dengan ilmu softskill iaitu kemahiran
insaniah yang merangkumi kemahiran komunikasi, menyelesaikan masalah, pemikiran kreatif
serta kristis dan sebagainya.

Melalui maklumbalas pelajar, mereka menyarankan agar Majlis Dialog Bersama Industri dan
KKSP ini diteruskan pelaksanaannya di masa hadapan kerana ianya memberi impak yang besar
kepada pelajar terutamanya pelajar tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian.

Beberapa cadangan untuk penambahbaikan program ini bagi masa hadapan iaitu:

1. Mempelbagaikan aktiviti dalam pelaksanaan program agar pelajar tidak hanya menjadi
pendengar.

2. Membuat lawatan sambil belajar ke industri agar pelajar mendapat gambaran yang lebih
jelas tentang realiti dalam kerjaya.

3. Penambahbaikan dari segi sistem audio dan kelengkapan bilik ceramah.
4. Memastikan sistem penghawa dingin berfungsi dengan baik.
5. Pemilihan lokasi atau penggunaan dewan / bilik yang lebih besar bagi program pada

masa akan datang adalah dilihat perlu bagi menampung jumlah pelajar yang ramai
untuk tujuan keselesaan pelajar.

6.0 KESIMPULAN
Melalui kajian yang dijalankan terhadap pelaksanaan program Majlis Dialog Industri dan KKSP
2014 dapat disimpulkan bahawa responden memberikan maklum balas positif dan berharap
Majlis Dialog ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan menambah baik beberapa
kriteria seperti ketepatan masa, mempelbagaikan aktiviti semasa program berlangsung,
membuat lawatan sambil belajar ke industri, menambah baik sistem audio serta memastikan
sistem penghawa dingin berfungsi dengan sempurna untuk semua lokasi program berlangsung.

610

RUJUKAN

A. & Mustafa, M. Z. (1st Ed). Kemahiran insaniah: kajian di Institusi- institusi Pengajian.
Batu Pahat: Penerbit UTHM. ms. 45 – 71.

Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Rahmah Ismail dan Jegak Uli. 2008. Kemahiran Bolehkerja:
Keseimbangan Antara Tuntutan Majikan dan Penguasaan Pelatih. Universiti Putra
Malaysia dalam Rozita Ali, Norhanisha Yusof dan Azrayhafizi Matzin .2010. Pelajar Politeknik
Kurang Diberi Pendedahan Kepada Pembaikan, Penyelenggaraan Dan Perlaksanaan Sesuatu
Kerja Semasa Menjalani Latihan Industri. :Pulau Pinang: Politeknik Balik Pulau.

Bakar, A. R., & Kazilan, F. (2006). Soft- skills di kalangan pengajar Pusat Latihan Teknik
dan Vokasional di Malaysia. Prosiding seminar kebangsaan teknik dan vokasional. Skudai:
Penerbit UTM. ms. 39- 43.
Buntat, Y. (2004). Integrasi kemahiran employability dalam program pendidikan vokasional
pertanian dan industria di malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ph.D.

Cleary, M., Flynn, R., Thomasson, S., Alexander, R. & McDonald, B. (2007). Graduate
employability skills: prepared for the business, industry and higher education collaboration
council. Dicapai pada Januari 13, 2011, dari http://www.dest.gov.au/highered/bihecc

Cox, S. & King, D. (2006). Skill sets: an approach to embed employability in course design.
Education and traning, 48(4), m.s 262-274. Di capai pada Januari 11, 2011 dari http:
www.emeraldinsight.com/0040-0912.htm.

Elsen, P., Jaginowski, J. & Kleinert, R. A. (2005). 2005 Skill gap report. Dicapai pada
Oktober 12, 2011, dari http://www.doleta.gov/wired/files/us_mfg_talent_management.pdf

Hamzah, R. Bakar, A.R., & Kazilan, F. (2006). Pengintegrasian kemahiran employability
dalam pembelajaran: pandangan pengajar pusat latihan teknikal dan vokasional di
Malaysia. Prosiding seminar kebangsaan teknik dan vokasional. Skudai: Penerbit UTM.
ms. 278-283.
Ibrahim, A. (2004). Pembelajaran berpusatkan pelajar dan kaitannya dengan pembangunan
diri dan peluang pekerjaan. Dicapai pada Januari 11, 2011 dari
http://umpir.ump.edu.my/943/1/27_Dr_AbdullahSCL.pdf

611

Ibrahim, B., Mastor, S., Mohd Salleh, K. & Sulaiman, N.L. (2010). Kemahiran berpasukan
menerusi penyertaan di dalam kokurikulum di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dlm. Esa,
International Labour Organisation, ILO (2011). Global employment trend 2011. Dicapai pada
September 16, 2011 dari http://www.ilo.org/global/publications/books/WCMS_150440/lang--
en/index.htm Kemahiran insaniah: kajian di Institusi-institusi Pengajian. Batu Pahat: Penerbit
UTHM. ms. 45 – 71.

Knight, P. T. & Yorke, M. (2003). The society for research into higher education:
assessment, learning and employability. England: McGraw Hill Education.

Laporan Majlis Dialog Bersama Industri Bagi Program Fesyen dan Pembuatan Pakaian. 2011.
Unit Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni: Kolej Komuniti Temerloh.

Laporan Tahunan 2010.Unit Penerbitan: Kolej Komuniti Temerloh

M.Z. Omar, Z.M.Darus, N.T. Kofli, K. Mat, S.A. Osman, M.N.A. Rahman. 2008. Manafaat
Kursus Latihan Industri Dalam Meningkatkan Keyakinan Pelajar.

Maniam, U.M. & Liong, C.Y. (2007). Persepsi pelajar terhadap atribut pekerjaan dan
implikasinya ke atas pendidikan Universiti. Sains Malaysiana, 36(2), ms 213-223

Mohd Noor, N. & Abd Sukor, N. M. (2010). Penerapan kemahiran employability di institusi
latihan perindustrian pasir gudang johor. Dicapai pada Januari 10, 2011 dari
http://eprints.utm.my/10589/1/Penerapan_Kemahiran.pdf

Mustafa, Mohd Nor, Suradin & Ahad dlm. Esa, A. & Mustafa, M. Z. (1st Ed). Kemahiran
insaniah: kajian di Institusi-institusi Pengajian. Esa, A. & Mustafa, M. Z. (Ed).
NCVER (2003). At a glance: defining generic skills, national centre for vocational education
research. Australia: Australia National Training Authority.

Nordin, M.S., Abd Hamid, M. Z. & Jabor,M.K. (2005). Tahap keyakinan kemahiran generik di
kalangan pelajar kolej komuniti. Seminar Pendidikan 2005, ms 1-12. Dicapai pada Januari 23,
2011, dari http://web1.fp.utm.my/seminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%208.pdf

612

Pool,L.D. & Sewell,P. (2007). The Key to employability: developing a practical model of
graduate employability. Education and Training 49 (4), ms 277-289. Dicapai pada Februari 5,
2011, dari www.emeraldinsight.com

Raftopoulas, M., Coetzee. S, & Visser.D (2009). Work - readiness skills in the fasset sector. SA
Journal of Human Resource Management/ SA Tydskrif vir Menslikehulpbronbestuur, 7(1), ms
119-126.

Rasul, M.S., Ismail, M.Y., Ismail, N. , Rajuddin.R. & Rauf, R.A. (2009). Peranan institusi
pendidikan teknikal dalam pemupukan kemahiran employability pelajar. Jurnal Teknologi, 50
(E), ms 113-127.

Raybould, J. & Sheedy, V. (2005). Are graduates equipped with the right skills in the
employability stakes?. Industrial and commercial training, 37(5), ms. 259-263. Dicapai pada
September 9, 2011, dari www.emeraldinsight.com

Shutt, J., Iles, P. & Zhu, X. 2010. Employability, skill and talent management in Zhejiang
province. Journal of Chinese entrepreneurship, 3(1), ms. 24-35. Dicapai pada September 9,
2011, dari www.emeraldinsight.com

Utusan Malaysia (2010, Februari 27). Lemah BI, suka tukar kerja punca siswazah
menganggur. Dicapai pada Januari 10, 2011 dari http://www.mohr.gov.my/index.php

Utusan Malaysia (2012, Mei 9). 76200 Siswazah Menganggur Tidak Mahir. Dicapai pada Mei
9, 2012 dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20120509/pa_02/76200-siswazah-
menganggur-tidak-mahir

Yusoff, I., Ismail,R. & Sidin, R. (2008). Graduan dan alam pekerjaan: kes siswazah UKM.
Akademika, ms. 3-24. Dicapai pada Januari 11, 2011 dari
http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA72/akademika72[ 01].pdf

613

PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP PELEPASAN DIRI
DAN REBAT CUKAI DALAM PROSES PEMBAYARAN CUKAI

PENDAPATAN INDIVIDU : KAJIAN DI KALANGAN KAKITANGAN
KOLEJ KOMUNITI LEDANG

LATIFAH BINTI NEN1
Kolej Komuniti Ledang Johor
e-mail: [email protected]

ABSTRAK
Pelepasan diri adalah tolakan-tolakan yang dinikmati oleh individu-individu pembayar cukai di
Malaysia. Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri yang diterjemahkan melalui borang manual
BE dan e-filing terdapat 20 jenis pelepasan yang diberikan kepada pembayar cukai individu.
Namun bukan semua yang mahir tentang pelepasan-pelepasan tersebut. Justeru,kajian ini
bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pengetahuan dan kefahaman terhadap Pelepasan Diri
serta Rebat Cukai dalam proses pembayaran cukai pendapatan individu yang dijalankan di
kalangan kakitangan Kolej Komuniti Ledang. Kolej Komuniti Ledang mengandungi seramai 72
orang kakitangan kolej dan 45 daripadanya adalah staf akademik serta 27 orang lagi adalah staf
bukan akademik. Kajian ini merangkumi responden seramai 55 orang kakitangan staf akademik
dan bukan akademik. Proses pengumpulan dan analisis data kajian adalah menggunakan
instrument soal selidik, teknik temubual,pemerhatian dan analisis dokumen. Secara
keseluruhannya, hasil dapatan daripada soal selidik yang telah diagihkan dan dianalisis,
kakitangan Kolej Komuniti Ledang mempunyai kefahaman dan pengetahuan berkaitan
pelepasan diri dalam proses pembayaran cukai pendapatan individu. Apa yang dapat dilihat di
sini pihak jabatan perlu lebih agresif dalam mengadakan beberapa program yang berkaitan
seperti seminar, mengedarkan risalah-risalah berkaitan cukai pendapatan individu, mengadakan
kursus pendek dan memanggil pihak daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri itu sendiri supaya
segala info terkini berkaitan pelepasan akan disampaikan dengan berkesan.
Kata Kunci: Pelepasan Diri, Cukai Pendapatan Individu, Kakitangan Kolej Komuniti Ledang

614

i. PENGENALAN
Ramai yang akan berfikir dua kali untuk membuka surat daripada Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) kerana khuatir mereka mungkin diminta membayar lebih banyak cukai.
Persoalannya sekarang mengapa perlu fobia dengan pihak berkuasa cukai? Sebenarnya
pembayar cukai tidak perlu takut dengan mana-mana pihak, cuma mereka perlu tahu akan hak
mereka dan pelepasan yang diberikan kepada mereka. Adalah penting bagi pembayar cukai
membaca dengan teliti borang B atau BE jika mereka mahu mengisi sendiri selain
mendapatkan nasihat daripada akauntan berkanun dan ejen cukai di negara. Dengan mengetahui
pelbagai pelepasan peribadi yang disediakan bagi pembayar cukai, mereka boleh boleh
merancang dengan yakin bayaran cukai masing-masing.

Cukai pendapatan individu hanya akan dilaporkan sekiranya jumlah pendapatan layak
dikenakan cukai, setelah ditolak dengan pelepasan, rebat,potongan dan pengecualian cukai yang
layak dituntut bagi membantu mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar. Setiap resit dan
dokumen berkaitan taksiran cukai perlu disimpan sebagai dokumen sokongan untuk setiap
penolakan yang dibuat.

Perubahan terhadap cara taksiran ini memindahkan kewajipan dan tanggungjawab
kepada pembayar cukai terhadap apa yang mereka laporkan. Mereka bertanggungjawab
untuk memahami undang-undang cukai, membuat interpretasi dan mengaplikasikan
undang-undang tersebut. Terpulang kepada pembayar cukai untuk mengira cukai
mereka, berdasarkan maklumat yang ada. Tiada notis taksiran dikeluarkan di bawah
sistem ini. Borang cukai pendapatan yang dihantar oleh pembayar cukai merupakan
notis taksiran. Oleh itu, borang ini tidak lagi disemak setiap satu oleh LHDN seperti
yang dilakukan di bawah Sistem Taksiran Rasmi (STR) (Faridah, 2003)

ii. PERNYATAAN MASALAH
Sebut sahaja cukai, ia seringkali dilihat sebagai satu perkataan yang menyusahkan dan tidak
keterlaluan jika diistilahkan sebagai menakutkan. Tidak ramai meminatinya, sedangkan
kefahaman yang tinggi diperlukan bagi membolehkan seseorang itu mengetahui ke mana
perginya kutipan hasil Negara dan sejauh mana faedahnya kepada rakyat.

Cukai pendapatan hanya akan dikenakan sekiranya jumlah pendapatan layak dikenakan cukai,
setelah ditolak dengan pelepasan,rebat,potongan dan pengecualian cukai yang layak dituntut
bagi membantu mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.

615

Antara pelepasan yang disediakan ialah pelepasan peribadi yang merangkumi pelepasan diri
sendiri, kesihatan, pendidikan dan pembelian rumah, pembelian majalah,peralatan
sukan,pembelian komputer, simpanan di SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) serta
lain-lain. Bagi pelepasan diri sendiri, setiap pembayar cukai warganegara Malaysia mendapat
pelepasan cukai peribadi sebanyak RM9,000. Tambahan lagi, pelepasan cukai sebanyak
RM3,000 diberikan kepada suami / isteri dan RM3,500 untuk suami/isteri kurang upaya.

Pembayar cukai yang telah melaksanakan tanggungjawab tersebut akan menerima kembali
wang mereka atau cukai terlebih bayar sekiranya situasi itu berlaku. Oleh itu, mereka perlu
bijak untuk merancang dan mengetahui akan perkara-perkara yang dibenarkan dalam pelepasan
cukai.

Oleh yang demikian tinjauan ke atas kakitangan Kolej Komuniti Ledang dibuat bagi melihat
dan mengenalpasti sama ada mereka telah menjadi seorang warganegara Malaysia yang
bertanggungjawab atau tidak dalam proses pembayaran cukai. Ia juga bagi mengukur sejauh
mana tahap pemahaman dan pengetahuan kakitangan kolej yang terlibat dalam menikmati
pelepasan yang diberi.

iii. KAJIAN LITERATUR

STS bukanlah satu sistem yang baru bagi negara-negara maju. Malah STS
telah dilaksanakan dikebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada,
Jepun, New Zealand dan Australia. Amerika Syarikat dan Kanada merupakan negara
yang terawal melaksanakan STS iaitu pada tahun 1940-an lagi. Kajian-kajian sebelum
ini membuktikan pelaksanaan STS memberi kesan positif kepada pengurusan
percukaian.

Menurut Marshal et al (1997) kejayaan pelaksanaan STS adalah bergantung kepada
bagaimana sistem tersebut dilaksanakan secara adil, jujur dan pembayar cukai melaporkan
pendapatan secara sukarela dan menyimpan setiap rekod pendapatan dan perbelanjaan mereka.

Mustafa (1998) pula menyatakan bahawa pelaksanaan STS akan memaksa
pembayar cukai untuk memperolehi kefahaman yang lebih baik terhadap sistem cukai
yang berkaitan dengan percukaian mereka. Dengan cara ini membolehkan pematuhan
secara sukarela meningkat. Meskipun begitu, pendidikan percukaian adalah
tanggungjawab pihak berkuasa cukai bagi memastikan setiap pembayar diberikan
maklumat dan pengetahuan berkenaan pelaksanaan STS dan peraturan-peraturan di
bawahnya.

616

Penemuan kajian-kajian lepas terhadap persepsi sistem taksir sendiri adalah penting
untuk mencapai tahap pematuhan secara sukarela di kalangan pembayar cukai. Oleh kerana
STS menekankan pematuhan secara sukarela di kalangan pembayar cukai maka pandangan
mereka terhadap sistem tersebut hendaklah positif. Pandangan negative terhadap sistem yang
diamalkan akan menyebabkan tahap pematuhan cukai akan rendah (Mustafa,1997).

iv. PERSOALAN KAJIAN
1. Sejauh mana kakitangan Kolej Komuniti Ledang melibatkan diri dengan sebarang

urusan percukaian?
2. Sejauhmana kesedaran kakitangan Kolej Komuniti Ledang terhadap Sistem Taksiran

Sendiri (STS)?
3. Sejauhmanakah kefahaman dan pengetahuan terhadap pelepasan-pelepasan yang

diperolehi?
v. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
a) Mengenal pasti penglibatan kakitangan Kolej Komuniti Ledang dengan sebarang

urusan percukaian.
b) Mengenal pasti kesedaran tentang Sistem Taksiran Sendiri (STS) di kalangan

kakitangan Kolej Komuniti Ledang.
c) Mengukur kefahaman dan pengetahuan terhadap pelepasan-pelepasan yang diperolehi.

617

vi. KERANGKA KAJIAN
Kerangka konsep kajian ini ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah. Pemboleh ubah bebas yang
digunakan adalah berdasarkan faktor demografi responden, pengetahuan tentang pengurusan
percukaian Malaysia,pengetahuan tentang Sistem Taksir Sendiri (STS), kefahaman tentang
pelepasan-pelepasan yang layak dituntut oleh responden dan pengetahuan tentang jumlah
amaun /terhad tuntutan yang boleh dibuat.

 Pengetahuan tentang Tahap pengetahuan dan
pengurusan percukaian kefahaman terhadap pelepasan
Malaysia diri dalam proses pembayaran

 Pengetahuan tentang Sistem cukai pendapatan individu
Taksir Sendiri (STS)
PEMBOLEH UBAH BERSANDAR
 Kefahaman tentang RAJAH 1 : KERANGKA KONSEP KAJIAN
pelepasan-pelepasan yang layak dituntut oleh responden

 Pengetahuan tentang jumlah
amaun /terhad tuntutan yang boleh
dibuat

PEMBOLEH UBAH BEBAS

vii. KEPENTINGAN PENYELIDIKAN
Berikut merupakan kepentingan kajian ini:

a) Memberi pendedahan kepada kakitangan Kolej Komuniti Ledang tentang hak mereka
dalam proses pembayaran cukai pendapatan individu.

b) Memastikan kakitangan Kolej Komuniti Ledang diberi pendedahan tentang pelepasan-
pelepasan diri bagi Tahun Taksiran tersebut.

c) Memupuk kesedaran kepada kakitangan Kolej Komuniti Ledang agar menuntut hak
mereka dalam proses pembayaran cukai pendapatan individu.

viii. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini tertumpu kepada kakitangan Kolej Komuniti Ledang dengan latarbelakang jawatan
yang berbeza. Responden dipilih kerana mereka merupakan individu yang memperolehi sumber
pendapatan penggajian yang tertakluk kepada cukai pendapatan. Populasi kakitangan Kolej

618

Komuniti Ledang adalah 75 orang yang terdiri daripada dua kategori utama iaitu 45 orang staf
akademik dan 27 orang staf bukan akademik.

Kajian hanya melibatkan data kuantitatif yang diperolehi menggunakan satu set soal selidik
yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan B mengandungi item soalan yang
menggunakan skala nominal di mana responden perlu memilih jawapan. Bahagian A merujuk
kepada Maklumat Asas Responden sementara Bahagian B adalah Pengetahuan dan Kefahaman
Terhadap Pelepasan Diri Dalam Proses Pembayaran Cukai Pendapatan Individu bagi Tahun
Taksiran 2013.

ix. DAPATAN KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif (peratus). Dapatan kajian akan
dibahagikan kepada bahagian berikut:

1. Analisis Maklumat Demografi
Bahagian A soal selidik merupakan bahagian demografi atau latar belakang responden.
Bahagian ini mengandungi soalan iaitu jantina, adakah responden pernah menghadiri
kursus yang berkaitan dengan cukai pendapatan individu, adakah responden sudah layak
dikenakan cukai pendapatan individu dan sejauh mana kefahaman dan pengetahuan
responden terhadap pelepasan yang layak dituntut oleh responden.

i) Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina

Bil Jantina Responden

Bilangan Peratusan (%)

1 Lelaki 11 39.3

2 Perempuan 17 60.7

Jumlah 28 100

Jadual 1 : Bilangan Peratusan Responden mengikut jantina

619

Jadual 1 Menunjukkan bilangan peratusan responden mengikut jantina. Seramai 28
responden berjaya dilibatkan. Daripada jumlah tersebut 11 orang (39.3%) adalah lelaki
dan 17 orang (60.7%) adalah perempuan.
ii) Bilangan dan peratusan responden yang menghadiri kursus berkaitan dengan cukai
pendapatan individu

Bilangan dan peratusan Responden

responden yang Bilangan Peratusan (%)

Bil menghadiri kursus

berkaitan dengan cukai

pendapatan individu

1 Pernah 15 53.6

2 Tidak Pernah 13 46.4

Jadual J2u:mBlialahngan Peratusan Responden yang2m8enghadiri kursus10b0erkaitan dengan

cukai pendapatan individu.

Jadual 2 menunjukkan bilangan dan peratusan responden yang pernah menghadiri
kursus berkaitan dengan cukai pendapatan individu. Daripada 28 orang responden 15 orang
iaitu 53.6% pernah menghadiri kursus tersebut. Sementara 13 orang lagi iaitu 46.4% .

iii) Bilangan dan peratusan responden yang layak dikenakan cukai pendapatan
individu

Bilangan dan peratusan Responden
responden yang layak
Bil Bilangan Peratusan (%)

dikenakan cukai 17 60.7
pendapatan individu 4 14.3
1 Sudah layak 7 25.0
2 Belum layak
3 Tidak tahu layak 28 100
dikenakan cukai atau tidak
Jumlah

Jadual 3 : Bilangan Peratusan Responden yang layak dikenakan cukai pendapatan
individu.

620

Jadual 3 menunjukkan bilangan peratusan responden yang layak dikenakan cukai
pendapatan individu. Seramai 17 responden (60.7%) yang sudah layak dikenakan cukai
pendapatan individu. Sementara bakinya iaitu 4 responden (14.3%) belum layak lagi dikenakan
cukai dan 7 responden (25.0%) tidak tahu sama ada dikenakan cukai ataupun tidak.

iv) Bilangan dan peratusan responden yang faham dan tahu terhadap pelepasan yang
layak dituntut.

Bilangan dan peratusan Responden

responden yang faham Bilangan Peratusan (%)

Bil dan tahu terhadap

pelepasan yang layak

dituntut

1 Sederhana faham 20 71.4

2 Sangat faham 2 7.1

3 Tidak tahu dan tidak 6 21.4

faham

Jumlah 28 100

Jadual 4 : Bilangan Peratusan Responden yang faham dan tahu terhadap pelepasan

yang layak dituntut.

Jadual 4 pula adalah bilangan peratusan responden yang faham dan tahu terhadap
pelepasan yang layak dituntut. Hasil yang diperolehi mendapati seramai 20 responden (71.4%)
yang sederhana faham tentang pelepasan diri. Sementara hanya 2 responden (7.1%) sangat
faham tentang pelepasan diri yang layak dituntut. Baki yang selebihnya iaitu 6 responden
(21.4%) tidak tahu dan tidak faham terhadap pelepasan yang layak dituntut mereka.

2. Analisis Pengetahuan dan Kefahaman Terhadap Pelepasan Diri Dalam Pelepasan
Diri Dalam Proses Pembayaran Cukai Pendapatan Individu.

Terdapat 21 soalan pada bahagia B yang mencakupi aspek-aspek pengetahuan dan
kefahaman terhadap pelepasan diri dalam proses pembayaran cukai pendapatan individu. Item
telah dianalisis menggunakan statistik diskriptif untuk medapatkan nilai peratusan. Maklumbalas
responden ditafsirkan dalam jadual 5.

621

Bil Item Perkara Kekerapan Peratus
(%)
1 Bagi tahun taksiran 2013 jumlah pelepasan untuk Betul 14 50
individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000. Salah 14 50
Betul 13 46.4
2 Perbelanjaan perubatan ibu bapa yang mendapat Salah 15 53.6
pelepasan adalah RM5,000. Betul 22 78.6
Salah 6 21.4
3 (i) Bagi peralatan sokongan asas pula pelepasan
yang dibenarkan adalah sebanyak. RM5,000.

(ii) Adakah cermin mata dan kanta dibenarkan Betul 16 57.1
untuk mendapat pelepasan? TIDAK Salah 12 42.9

4 Untuk individu kurang upaya pelepasan yang layak Betul 8 28.6
dibuat adalah RM6,000. Salah 20 71.4

5 Sekiranya anda menyambung pengajian (sendiri) Betul 13 46.4
15 53.6
berapa jumlah pelepasan yang layak dipohon untuk Salah
6 21.4
yuran pendidikan? RM5,000. 22 78.6

6 Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati Betul

layak mendapat pelepasan sebanyak RM6,000. Salah

7 (i) Bagi pemeriksaan perubatan penuh, jumlah Betul 10 35.7
pelepasan yang diberi adalah RM500. Salah 18 64.3

(ii) Selain daripada diri sendiri siapa lagi yang Betul 8 28.6
dibenarkan untuk pelepasan ini? PASANGAN Salah 20 71.4

8 (i) Pembelian buku, majalah,jurnal dan penerbitan Betul 13 46.4
15 53.6
dibenarkan potongan sehingga RM1,000. Salah

(ii) Adakah suratkhabar dibenarkan untuk Betul 24 85.7
pelepasan? TIDAK Salah 4 14.3

622

Bil Item Perkara Kekerapan Peratus
(%)
9 Bagi pembelian komputer peribadi untuk individu Betul 23 82.1
potongan yang dibenarkan adalah RM3,000 dan Salah 5 17.9
pelepasan hanya boleh dibuat 3 tahun sekali sahaja.

10 Simpanan ke dalam tabung SSPN untuk membiayai Betul 15 53.6
pelajaran anak-anak diberi potongan kepada Salah 13 46.4
individu terhad hanya RM3,000 setahun. Hanya
simpanan semasa sahaja yang diambil kira.

11 Bagi pembelian peralatan sukan untuk aktiviti Betul 18 64.3
sukan pelepasan yang dibenarkan adalah sebanyak Salah 10 35.7
RM300.

12 Faedah pembelian rumah (ditandatangani dalam Betul 12 42.9
tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010) Salah 16 57.1
mendapat kebenaran pelepasan sebanyak
RM10,000.

13 Sekiranya pembayar cukai itu mempunyai suami Betul 11 39.3
atau isteri yang kurang upaya dibenarkan membuat Salah 17 60.7
pelepasan sebanyak RM3,500.

14 Untuk pasangan yang sudah dikurniakan Betul 19 67.9
cahayamata, pelepasan yang layak untuk seorang Salah 9 32.1
anak di bawah umur 18 tahun adalah RM1,000. Betul 5 17.9
Salah 23 82.1
15 Pelepasan yang dibenarkan sekiranya anak yang
belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas Betul 15 53.6
menyambung pengajian sepenuh masa (Sijil, Salah 13 46.4
Matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) adalah
RM1,000.

16 Bagi anak-anak pembayar cukai yang menyambung
pengajian di peringkat diploma dan ke atas LUAR
Malaysia pelepasan yang dibenarkan adalah
RM6,000.

623

Bil Item Perkara Kekerapan Peratus
(%)
17 Anak kurang upaya yang berumur 18 tahun dan ke Betul 14 50.0
atas, belum berkahwin menyambung pengajian di Salah 14 50.0
DALAM atau di LUAR NEGARA akan mendapat
pelepasan sebanyak RM5,000 serta tambahan lagi Betul 9 32.1
RM4,000. Salah 19 67.9

18 Pelepasan yang dibenarkan untuk insurans nyawa
dan KWSP adalah RM6,000.

19 Skim anuiti baru atau tambahan yang layak Betul 13 46.4
mendapat pelepasan adalah RM1,000. Salah 15 53.6

20 Bagi skim persaraan swasta dan anuiti tertunda pula Betul 8 28.6
pelepasan yang dibenarkan adalah RM3,000. Salah 20 71.4

21 Untuk insurans pendidikan dan perubatan pula Betul 16 57.1
pelepasan yang dibenarkan adalah RM3,000. Salah 12 42.9

Jadual 5 : Bilangan Peratusan Responden yang faham dan tahu terhadap aspek-aspek
pengetahuan dan kefahaman bagi pelepasan diri dalam proses pembayaran cukai pendapatan
individu

624

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, hasil dapatan daripada soal selidik yang telah diagihkan dan

dianalisis, kakitangan Kolej Komuniti Ledang mempunyai kefahaman dan pengetahuan
berkaitan pelepasan diri dalam proses pembayaran cukai pendapatan individu. Ini dapat diihat
pada Jadual 5 di mana kekerapan para responden menjawab soalan dengan betul atau salah
adalah hampir sama jumlahnya.

Oleh yang demikian, dapat dilihat di sini para kakitangan Kolej Komuniti Ledang sudah
mula membuka mata dan tidak melepaskan peluang yang ada dalam merebut peluang membuat
pelepasan diri semasa proses pembayaran cukai dibuat. Di samping itu, bagi memantapkan lagi
pengetahuan yang ada di kalangan mereka pihak jabatan boleh menganjurkan kursus atau
taklimat berkaitan Cukai Pendapatan Individu amnya dan spesifik ke arah pelepasan diri
khasnya. Selain dari itu kakitangan itu sendiri perlu mengambi inisiatif sendiri dengan sentiasa
mengikuti info-info berkaitan cukai ini di mana-mana media yang ada masa kini
memandangkan pelepasan diri ini sentiasa berubah mengikut kepada belanjawan negara.

625

RUJUKAN
Faridah Ahmad. (2003). Tafsir sendiri cukai pendapatan mulai 2004. Dimuat turun pada

15 Disember 2013 dari http://www2.accaglobal.com/archive/Malaysia_old/news/press
/1013911
Income Tax Act 1967. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.
Marshal, R.Smit, M, and Armstrong, R.W (1997). Self Assestment and Tax Audit lottery: The

Australian Experience. Managerial Auditing Journal, 12:9-15.
Mustafa, M.H. (1997). An Evaluation of the Malaysian Tax Administration System and

Taxpayers Perception Towards Asseessment System, Tax Law Fairness and Tax Law
Complexity, Ph.D. Dessertation, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah.
Mustafa, M.H. (1998). Some Lessons for the Malaysian Individual Taxpayers. The Malaysian
Accountant (December): 2-7.

626

PENGERUSI Jawatan Kuasa Pelaksana
NAIB PENGERUSI 1
NAIB PENGERUSI 2 : Puan Hajah Zaidah binti Jaafar
PENGARAH PROGRAM : Puan Nor Azira binti Md. Yusof
SETIAUSAHA : Encik Surizan bin Romli
BENDAHARI : Encik Ali bin Othman
: Cik Irna Jannah binti Mohamad
: Puan Nurul Balqish binti Abdul Wahab

SAMBUTAN DAN PEMANDU ARAH : Encik Nik Syamsul Baharum bin Nik Bahari Shah
BUKU PROGRAM DAN LANYARD : Puan Mawar Qadijah binti Ishak
PENDAFTARAN : Encik Mohd Aishamuddin bin Yaakob
: Puan Nur Elyani binti Mohammad
PERSIAPAN TEMPAT : Puan Nur Syazalina binti Hanafi
: Cik Siti Aiesyah binti Mohd Daud
TEKNIKAL DAN SIARAYA : Cik Irna Jannah binti Mohamad
JURUACARA SIDANG (MODERATOR), : Puan Nurul Balqish binti Abdul Wahab
JURUACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP : Puan Siti Nadiah binti Ismail
DAN PENJAGA MASA : Encik Shameni bin Shariff
CENDERAMATA DAN SIJIL : Encik Kamrul Zaman bin Hussin
MULTIMEDIA : Encik Anuar Effendy bin Ahmad
: Encik Mohd Khairi bin Yusof
FOTOGRAFI : Encik Muhammad Khairi bin Bahrul Ulum
MAKANAN DAN MINUMAN : Encik Mohamad Amin bin Ahmad
: Encik Muhammad Azrul bin Ismail
PROMOSI DAN HEBAHAN : Encik Asmeer Fadlee bin Nor Azahar
BACAAN DOA : Encik Rosminey bin Ahmad
: Cik Syukriah binti Safie

: Puan Idawati binti Ahmad
: Puan Munirah binti Mansor
: Cik Siti Noorhasimah binti Kahar
: Encik Mohd Hafizul Husaini bin Md Hussain
: Puan Siti Noor Anita binti Mat Ali
: Puan Norliana binti Zulkefli
: Ahmad Amin bin Abdul Aziz (Pelajar Praktikal)
: Mohd Aliff bin Rosdi (Pelajar Praktikal)
: Encik Badrolhisam bin Jaafar
: Puan Ezatul Halimah binti Hashim
: Puan Sharida binti Johari
: Puan Nurdilah binti Mohd Tajuddin
: Cik Syaliza binti Azmi
: Puan Azita binti Che Pa
: Puan Shameelawati binti Shaari
: Encik Saiful Azley bin Samsudin
: Encik Mohd Fuad bin Kassim

627


Click to View FlipBook Version