Jadual 4.4
Bilangan Responden Mengikut Program
Program Bilangan Peratus
SPK 11 36.7
SPS 9 30.0
SKS 10 33.3
Jumlah 30 100.0
Bagi Jadual 4.4, dapatan dari instrumen yang diedar, didapati dari 5 program yang di
senaraikan, hanya pelajar dari 3 program yang menjawab iaitu Sijil Pemprosesan dan Kawalan
Mutu Makanan, Sijil Pelukis Pelan dan Seni Bina, dan Sijil Komputer dan Sokongan. Dari 3
program tersebut, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan mencatat responden tertinggi
iaitu 11 orang pelajar (36.7%), diikuti oleh pelajar dari Sijil Komputer dan Sokongan seramai 10
orang (33.3%), dan seterusnya responden dari Sijil Pelukis Pelan Seni Bina seramai 9 orang
(30.0%).
ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF
Soalan Kajian: Apakah tahap sikap di kalangan pelajar Islam?
Item Soalan Jadual 4.5
Sikap Tahap Sikap Dikalangan Pelajar Islam
Min Sisihan Piawai
3.89 0.317
Soalan Kajian: Apakah tahap penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan di kalangan pelajar
Islam?
Jadual 4.6
Tahap Penglibatan Dalam Aktiviti Dikalangan Pelajar Islam
Item Soalan Min Sisihan Piawai
Penglibatan Dalam Aktiviti 3.70 0.773
42
Berdasarkan Jadual 4.5 dan 4.6, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor
min sikap dan penglibatan pelajar dalam aktiviti di kalangan pelajar Islam. Secara
keseluruhannya, sikap dan penglibatan pelajar Islam dalam aktiviti berbentuk kemasyarakatan
adalah berada pada tahap memuaskan iaitu Jadual 4.5 (M=3.89, SP=0.317) dan Jadual 4.6
(M=3.70, SP =0.773) mengikut interpretesi min oleh J.W Creswell (2005) dalam lingkungan min
antara 3.41 hingga 4.20.
PENGUJIAN HIPOTESIS
H01 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan penglibatan dalam aktiviti
di kalangan pelajar Islam.
Bagi menguji hipotesis nul yang pertama ini, statistik infrensi yang digunakan adalah ujian
Kolerasi Pearson untuk menguji hipotesis nul hubungan antara sikap dengan penglibatan dalam
aktiviti di kalangan pelajar Islam. Ini adalah kerana data pemboleh ubah bebas iaitu sikap dan
data pemboleh ubah bersandar iaitu penglibatan dalam aktiviti adalah data interval. Selain itu
data juga diambil daripada responden yang sama.
Jadual 4.7
Kolerasi Pearson Antara Sikap Dengan Penglibatan Dalam Aktiviti Di Kalangan Pelajar Islam.
Pearson Correlation Sikap Penglibatan Dalam Aktiviti
Sig. (2-tailed) 1.000 -.141
N .458
30 30
Analisis kolerasi dalam Jadual 4.7 menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara sikap dengan penglibatan dalam aktiviti di kalangan pelajar Islam (r = .141, p > .05).
Maka hipotesis nul pertama di dalam kajian ini tidak dapat ditolak. Ini menunjukkan bahawa
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan penglibatan dalam aktiviti di
kalangan pelajar Islam di Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya, penglibatan dalam aktiviti di
43
kalangan pelajar Islam tidak dipengaruhi oleh sikap mereka yang mana ianya bersifat indipenden
mengikut kehendak masing-masing.
H02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penglibatan dalam aktiviti di kalangan pelajar
Islam berdasarkan jantina.
Bagi menguji hipotesis nul kedua ini, kaedah ujian-t sampel bebas digunakan kerana
ianya hanya melibatkan satu pemboleh ubah bebas iaitu jantina dengan dua kumpulan (lelaki dan
perempuan) dan satu pemboleh ubah bersandar iaitu penglibatan dalam aktiviti.
Jadual 4.8
Keputusan Ujian-t Sampel Bebas Penglibatan Dalam Aktiviti Di Kalangan Pelajar Islam
Berdasarkan Jantina.
Jantina N Min SP Dk t p
Lelaki 9 3.43 .498
Perempuan 21 3.81 .850 28 -1.237 .227
Berdasarkan jadual 4.8, didapati analisis statistik t-sampel bebas melalui ujian
Levene adalah tidak signifikan (p > .05). Keputusan ini menunjukkan varians diantara pelajar
lelaki dan pelajar perempuan adalah sama dan telah memenuhi andaian kehormogenan varians
antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari aspek penglibatan dalam aktiviti
kemasyarakatan. Setelah ujian-t sampel bebas dilakukan, didapati ia adalah tidak signifikan,
t(28) = -.1.237, p >.05. Oleh itu hipotesis nul ini tidak boleh ditolak. Kesimpulannya, tidak
terdapat perbezaan antara penglibatan dalam aktiviti di kalangan pelajar Islam Kolej Komuniti
Arau berdasarkan jantina.
5. PERBINCANGAN
Kajian ini dibuat adalah untuk mencapai tiga (3) objektif utama iaitu mengenalpasti
tahap sikap dan penglibatan dalam aktiviti di kalangan pelajar Islam; mengenalpasti
hubungan antara sikap dengan penglibatan dalam aktiviti di kalangan pelajar Islam, dan
44
mengenalpasti perbezaan penglibatan dalam aktiviti di kalangan pelajar Islam berdasarkan
jantina.
Bagi objektif pertama iaitu mengenalpasti tahap sikap dan penglibatan dalam aktiviti
di kalangan pelajar Islam, kajian ini mendapati bahawa ianya berada di tahap yang
memuaskan mengikut interpretesi min oleh J.W Creswell (2005) diantara lingkungan min
3.41 hingga 4.20 . Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa sikap pelajar Islam tidak
dipengaruhi oleh sikap mereka kerana ianya bersifat indipenden mengikut kehendak masing-
masing. Manakala dari tahap penglibatan pelajar Islam pula terhadap aktiviti kemasyarakatan
ianya juga berada pada tahap memuaskan, yang mana pelajar Islam khususnya pelajar Kolej
Komuniti Arau lebih cenderung menyertai aktiviti-aktiviti sederhana yang dianjurkan oleh
masyarakat setempat.
Manakala objektif kedua iaitu Mengenalpasti hubungan antara sikap dengan
penglibatan dalam aktiviti di kalangan pelajar Islam di Kolej Komuniti Arau khususnya,
penyelidik menggunakan hipotesis nul untuk melihat sama ada wujud hubungan signifikan
atau sebaliknya. Objektif ini dijawab dengan statistik infrensi yang digunakan adalah ujian
Kolerasi Pearson, Maka hipotesis nul pertama di dalam kajian ini tidak dapat ditolak. Ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan
penglibatan dalam aktiviti di kalangan pelajar Islam di Kolej Komuniti Arau.
Kesimpulannya, penglibatan dalam aktiviti di kalangan pelajar Islam tidak dipengaruhi oleh
sikap mereka yang mana ianya bersifat indipenden mengikut kehendak masing-masing.
Objektif ketiga pula adalah mengenalpasti perbezaan penglibatan dalam aktiviti di
kalangan pelajar Islam berdasarkan jantina. Penyelidik menggunakan kaedah ujian-t sampel
bebas digunakan kerana ianya hanya melibatkan satu pemboleh ubah bebas iaitu jantina
dengan dua kumpulan (lelaki dan perempuan) dan satu pemboleh ubah bersandar iaitu
penglibatan dalam aktiviti. Keputusan ini menunjukkan varians diantara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan adalah sama dan telah memenuhi andaian kehormogenan varians antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari aspek penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan.
Setelah ujian-t sampel bebas dilakukan, didapati ia adalah tidak signifikan, t(28) = -.1.237, p
>.05. Oleh itu hipotesis nul ini tidak boleh ditolak. Kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan
antara penglibatan dalam aktiviti di kalangan pelajar Islam Kolej Komuniti Arau berdasarkan
jantina.
45
6. KESIMPULAN DAN CADANGAN
Hasil dapatan daripada kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa penglibatan dalam aktiviti
di kalangan pelajar Islam tidak dipengaruhi oleh sikap mereka yang mana ianya bersifat
indipenden mengikut kehendak masing-masing. Pelajar Islam sendiri bebas memilih sebarang
aktiviti kemasyarakatan tanpa dipengaruhi oleh individu lain berdasarkan keinginan dan
kehendaknya.
Penyelidik mencadangkan agar kajian ini di teruskan bagi mengenalpasti faktor-faktor
yang mempengaruhi sikap pelajar Islam Kolej Komuniti Arau dalam penglibatan aktiviti
kemasyarakatan.
46
RUJUKAN
Abdullah & Ainon (1986). Daya pengaruh dan perubahan sikap, Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distribution Sdn.
Adnan (1987). Pertalian Antara Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran Tertentu dan
Pencapaian Dalam Peperiksaan. Tesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Aiken, L.R (1976). Update on Attitude dan Other Effective Variables in Learning
Mathematics, Attitudes a hand book of social psychology. Werchester Moss:
Clark Mines Press.
Fredericks, J.A., Blumenfeld, P.C. & Paris, A.H. 2004. School engagement:
Potential of the concept, state of the evidence. Review of Educational
Research 74: 59-109.
J.W. Cresswell (2005), Education Research Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research.
Katz, R.(1960). The Functional Approach to the study of Attitude. Pub. Op. Qart.
Kuh, G.D (1992). What do we do now? Implication for educations of how colleges affects
of students. American Educational Research Journal 30(2):277-304
Leithwood, K. & Jantzi, D. (1999). The relative effects of principal and teacher sources
of leadership on student engagement with school. Educational Administration
Quarterly, 35(5): 679-706
Russell, V.J., Ainley, M. & Frydenberg. E. (2005). Schooling Issues Digest: Student
Motivation and Engagement. Retrieved November 9, 2005,
http://www.dest.gov.au/sectors/school education/publications resources/schooling issues
digest/schooling issues digest motivation engagement.htm[8 September 2011].
47
PENGARUH KOMUNIKASI DAN SIKAP DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI ARAU
¹Nurdilah binti Mohd Tajuddin, Kolej Komuniti Arau,
[email protected]
²Irna Jannah binti Mohamad, Kolej Komuniti Arau
[email protected]
³Siti Aiesyah binti Mohd Daud, Kolej Komuniti Arau
[email protected]
Abstrak
Komunikasi yang berkesan amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek lisan yang
melibatkan perkataan serta komunikasi bukan lisan perlu diberikan penekanan oleh setiap guru.
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk menentukan elemen-elemen komunikasi dan
sikap yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Kolej Komuniti Arau. Kajian ini
melibatkan seramai 44 responden yang terdiri daripada pelajar dari Program Sijil Pemprosesan
dan Kawalan Mutu Makanan, Sijil Senibina, Sijil Komputer dan Sokongan, Sijil Teknologi
Elektrik dan Sijil Fesyen dan Pakaian. Rekabentuk kajian adalah menggunakan kaedah tinjauan
berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Data yang
dikumpul dianalis dengan menggunakan perisisan komputer Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 17.0. Kajian juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara tahap
komunikasi pelajar dengan pencapaian akademik pelajar. Disamping itu, dapatan daripada kajian
ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara pemboleh ubah lokaliti,
jantina dan kepuasan terhadap pencapaian akademik pelajar Kolej Komuniti Arau. Pencapaian
akademik pelajar juga berada pada tahap Kepujian (M=3.63, SD=0.23). Secara amnya, apa yang
dibentangkan dalam penyelidikan ini mempunyai kesan terhadap penguasaan komunikasi pelajar
pada masa hadapan khususnya pelajar semester akhir pengajian. Penyelidikan terhadap
penguasaan komunikasi di kalangan pelajar dipilih kerana kajian lepas diperolehi mendapati
penguasaan komunikasi di kalangan pelajar secara purata masih berada di tahap yang
memuaskan. Penyelidik berasa bertanggungjawab memastikan kaedah komunikasi yang
diamalkan di kolej berkesan supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran komunikasi para
pelajar khususnya pelajar Kolej Komuniti Arau.
Kata kunci : Komunikasi, Pencapaian akademik, Tahap kepuasan
48
1.0 PENGENALAN
Sekolah merupakan satu institusi sosial yang menyediakan kemudahan penyampaian ilmu
pengetahuan kepada pelajar. Justeru, hubungan interpersonal dalam kepimpinan adalah sangat
penting dalam sesuatu organisasi. Guru yang berwibawa adalah guru yang dapat berkomunikasi
dengan orientasi bersikap keterbukaan, jujur, amanah, berkongsi matlamat dan komitmen dalam
menjalankan tugas. Satu faktor yang menentukan kejayaan atau kegagalan pelajar dalam
pelajaran adalah faktor tahap komunikasi guru dalam penyampaian.Ini menunjukkan bahawa
kemampuan komunikasi interpersonal akan mempengaruhi konsep kendiri seseorang. Cara
individu berinteraksi akan memberi persepsi tertentu kepada orang lain terhadap dirinya. Oleh
itu, persepsi orang lain ini merupakan penilaian terhadap diri individu tersebut.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa
komunikasi yang berkesan. Merujuk kepada setiap sistem pendidikan di seluruh dunia,
komunikasi merupakan perkara atau elemen yang penting. Jadi tidak hairanlah kebanyakan
daripada pensyarah dan pelajar membina kemahiran berkomunikasi mereka di sekolah.
Berdasarkan latar belakang masalah yang dihuraikan, didapati antara sebab yang berlakunya
pengangguran dikalangan pelajar adalah disebabkan oleh kurangnya keyakinan diri dalam aspek
berkomunikasi. Lantaran itu, penyelididk ingin mengkaji dan mengenalpasti kepentingan
kemahiran komunikasi dalam meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar Kolej Komuniti
Arau yang meliputi kemahiran komunikasi semasa membuat pembentangan, semasa aktiviti
berkumpulan dan semasa dalam aktiviti pengurusan aktiviti.
Walaupun aspek lisan dan bahasa badan ini merupakan elemen penting dalam menjayakan tujuan
pengajaran, namun masih terdapat pensyarah yang kurang berkemahiran dalam menguasai dan
menggunakan kedua-dua jenis komunikasi ini di bilik darjah secara efektif.
Hal yang demikian ini seterusnya menjadikan situasi bilik darjah suram dan membosankan.
Sehubungan dengan itu, kajian ini akan melihat tahap penguasaan kemahiran komunikasi di
kalangan pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Arau semasa menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran.
Komunikasi interpersonal adalah bidang kajian mengenai bagaimana individu manusia
berinteraksi antara satu sama lain secara lisan atau bukan lisan bagi mencipta maksud dan
49
membina hubungan (DeVito, 2002). Komunikasi interpersonal boleh melibatkan perbualan
secara satu lawan satu atau interaksi individu dengan sekumpulan individu dalam sesebuah
komuniti. Komunikasi interpersonal membantu individu untuk memahami perlakuan bagaimana
dan kenapa individu manusia berkomunikasi dalam cara yang berbeza untuk membina dan
berhubung dalam kelompok masyarakat.
Menurut Maimunah (2003), dalam pendidikan, komunikasi ialah satu cara bagaimana manusia
dapat dididik tentang sesuatu perkara. Komunikasi interpersonal tidak akan berkesan tanpa
menggunakan deria manusia dengan bijaksana. Ini akan membantu seseorang itu bercakap
dengan berkesan, melihat dengan nyata, mendengar secara aktif dan berasa dengan hati akan apa
yang didengar atau disampaikan. Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses bagaimana
pensyarah berkongsi pengalaman dengan pelajarnya, dan begitu juga sebaliknya. Apabila mereka
berkomunikasi, mereka saling menyatakan pengetahuan dan pengalaman masing-masing dan
dengan cara ini, mereka mendapat manfaat daripada pertukaran tersebut.
Kajian-kajian komunikasi (Azizah & Atirah, 2010; Aziz & Siti Sumaziana, 2011; Mohd. Zuraidi,
2006) mendapati bahawa pelajar-pelajar dari Fakulti Pendidikan menyedari dan mengakui akan
kepentingan kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan kepada diri mereka dan sebagai
persediaan seorang guru. Hasil kajian-kajian tersebut juga mendapati bahawa persepsi mereka
terhadap komunikasi berkesan sangatlah positif dan pada tahap yang tinggi. Bagi pelajar sains
mereka mampu menggunakan istilah sains yang mudah difahami dan juga boleh menyebut istilah
sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian kemahiran komunikasi
interpersonal dalam kalangan pelatih belia dan AJKKM mendapati bahawa kemahiran
komunikasi pelatih dan AJKKM di kolej hanya berada pada tahap sederhana (Siti ‘Aisyah, 1997;
Yahya & Muhamad Shahabudin, 2010). Mereka menyimpulkan bahawa kemahiran
menyelesaikan masalah dan berkomunikasi pelatih perlu ditingkatkan bagi memastikan mereka
berketerampilan dalam kemahiran komunikasi.
50
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif bagi kajian ini adalah untuk:
1. Menentukan tahap kemahiran komunikasi pelajar Kolej Komuniti Arau.
2. Mengenalpasti pengaruh sikap pelajar terhadap pencapaian akademik pelajar
Kolej Komuniti Arau.
3. Mengenalpasti hubungan kemahiran komunikasi dan sikap pelajar terhadap
pencapaian akademik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Arau.
4. Mengenalpasti pengaruh latar belakang pelajar dengan kedua-dua elemen
tersebut.
4.0 METODOLOGI
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang akan dilaksanakan secara bahagian rentas
(cross-section) dengan menggunakan kaedah analisis data secara kuantitatif. Pengkaji hanya
menggunakan satu kaedah sahaja iaitu kaedah tinjauan dalam kajian ini. Dalam kaedah tinjauan,
pengkaji menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan maklumat mengenai profil
responden, mengenalpasti tahap kompetensi responden dan melihat hubungan pembolehubah-
pembolehubah yang berhubung kait dengan kompetensi komunikasi responden.
Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar semester satu, dua, tiga dan empat Kolej
Komuniti Arau. Responden yang dipilih untuk menjawab soalan soal selidik yang disediakan
adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada 10 orang pelajar daripada Unit Pemprosesan dan
Kawalan Mutu Makanan, 10 orang pelajar daripada Unit Senibina, 10 orang pelajar daripada
Unit Teknologi Komputer, 10 orang pelajar daripada Unit Teknologi Elektrik dan 10 orang
pelajar daripada Unit Fesyen dan Pakaian.
Instrumen yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berbentuk soalselidik.
Instrumen soal selidik dianggap sesuai dalam bidang pendidikan dalam pengumpulan data
(Mohd Majid Konting,1990). Untuk tujuan ini, pengkaji akan mengedarkan satu set soal selidik
kepada responden untuk mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan. Item – item di dalam
soal selidik telah diadaptasi daripada Communication Satisfaction Questionare (Downs &
Hazen, 1977) iaitu soalan berkaitan tahap komunikasi dan Personal Self-Concept (PSC)
Questionnaire iaitu soalan berkaitan pencapaian akademik. Kandungan borang soal selidik
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B dan C.
51
Kajian rintis bagi penyelidikan ini telah dijalankan di Kolej Komuniti Arau dengan tujuan untuk
mengkaji kebolehpercayaan dan kesahihan instrumen soalan yang dibentuk. Selain itu, kajian
rintis dilakukan untuk memastikan bahawa soalan yang dikemukakan mudah difahami, konsep
yang digunakan adalah jelas, tidak mengelirukan dan menjurus kepada menjawab objektif kajian.
Oleh itu, bagi memastikan kajian rintis yang dilakukan ini memperoleh kebolehpercayaan yang
tinggi, pengkaji telah mengenalpasti seramai 30 orang pelajar sebagai responden. Nunnaly
(1978) menyarankan bahawa nilai 0.6 hingga 0.8 adalah ukuran nilai yang lazimnya diterima
manakala nilai 0.8 ke atas adalah terbaik. Menurut Kerlinger (1973), satu kajian yang amat tinggi
kebolehpercayaannya akan mempunyai ciri-ciri yang stabil, ketekalan, keramalan dan ketepatan.
Keputusan analisis yang diperolehi menunjukkan pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach
adalah 0.64. Ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrument adalah memuaskan dan baik.
5.0 ANALISIS DAPATAN
5.1 Profil Responden Jadual 5.1.1
Bilangan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 8 18.2
Perempuan 36 81.8
Jumlah 44 100.0
Jadual 5.1.1 diatas menunjukkan bahawa daripada 44 responden yang menjawab borang soal
selidik dan memulangkan semula, 8 orang pelajar daripadanya adalah lelaki (18.2%) dan seramai
36 orang pelajar daripadanya adalah perempuan (81.8%). Perangkaan ini menunjukkan
responden perempuan melebihi responden lelaki.
Jadual 5.1.2
Bilangan Responden Mengikut Lokaliti
Lokaliti Bilangan Peratus
Bandar 23 52.3
Luar Bandar 21 47.7
52
Jumlah 44 100.0
Jadual 5.1.2 diatas menunjukkan bilangan pelajar ang menjawab borang soal selidik adalah
terdiri daripada pelajar bandar dan luar bandar. Didapati bahawa bilangan pelajar yang berasal
daripada bandar adalah sebanyak 23 orang (52.3%). Manakala bilangan responden yang berasal
daripada luar bandar adalah seramai 21 orang (47.7%).
5.2 Analisa Statistik Deskriptif
5.2.1 Soalan Kajian : Apakah tahap komunikasi pelajar Kolej Komuniti Arau?
Jadual 5.2.1
Item soalan Komunikasi
Item Soalan Min Sisihan Piawai
KOM1 4.16 0.526
KOM2 4.32 0.561
KOM3 4.25 0.576
KOM4 4.23 0.565
KOM5 3.80 0.594
KOM6 3.32 0.959
KOM7 3.59 0.658
KOM8 4.14 0.632
KOM9 4.34 0.479
KOM10 4.09 0.640
Jumlah 4.02 0.321
Berdasarkan Jadual 5.2.1, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min tahap
komunikasi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya pelajar
mengamalkan tahap komunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap
memuaskan (M=4.02, SP=.32) mengikut interpretasi min oleh J.W Creswell (2005).
5.2.2 Soalan Kajian : Adakah terdapat perbezaan yang signifikan diantara sikap pelajar terhadap
pencapaian akademik Kolej Komuniti Arau?
53
Jadual 5.2.2
Item Soalan Sikap Pelajar Terhadap Pencapaian Akademik
Item Soalan Min Sisihan Piawai
CAP1 4.00 0.863
CAP2 4.50 0.629
CAP3 4.02 0.590
CAP4 3.30 1.047
CAP5 2.77 1.031
CAP6 4.30 0.594
CAP7 4.59 0.542
CAP8 4.16 0.834
CAP9 3.11 1.104
CAP10 4.05 0.888
Jumlah 3.8795 0.376
Berdasarkan Jadual 5.2.2, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya skor min bagi
sikap pelajar terhadap pencapaian akademik Kolej Komuniti Arau. Secara keseluruhannya sikap
pelajar Kolej Komuniti Arau adalah berada pada tahap memuaskan (M=3.88,SP=.38) mengikut
interpretasi min oleh J.W Creswell (2005).
5.2.3 Soalan Kajian : Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar Kolej
Komuniti Arau?
Jadual 5.2.3
Min dan Sisihan Piawai Pencapaian Akademik
HPNM N Minimum Maksimum Min Sisihan
44 3.07 3.95 3.63 Piawai
0.23
Berdasarkan Jadual 5.2.3, tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Arau
adalah Kepujian (M=3.63, SD=0.23). Nilai mata gred telah ditetapkan oleh Bahagian
Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia
54
ialah Cemerlang (3.67 – 4.00), Kepujian (3.00 – 3.66), Baik (2.00 – 2.99), Lulus Bersyarat (1.00
– 1.99) dan Gagal (< 1.00).
5.3 Pengujian Hipotesis
Hₒ1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap komunikasi pelajar dengan
pencapaian akademik pelajar Kolej Komuniti Arau
Bagi menguji hipotesis nul yang pertama di dalam kajian ini, statistik infrensi yang digunakan
adalah ujian Korelasi Spearman Rho untuk menguji hipotesis nul hubungan antara komunikasi
pelajar dengan pencapaian akademik pelajar. Ini adalah kerana data pembolehubah bebas iaitu
komunikasi adalah data interval tetapi data pembolehubah bersandar iaitu pencapaian akademik
adalah data ordinal. Selain itu data juga diambil daripada responden yang sama.
Jadual 5.3.1
Kolerasi Spearman Rho Antara Tahap Komunikasi Pelajar dengan Pencapaian Akademik
Pelajar
Komunikasi Pencapaian Akademik
Correlation Coefficient 1.000 .032
Sig.(2-tailed) .071
N 44 44
Dapatan analisis kolerasi dalam Jadual 5.3.1 menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap komunikasi pelajar dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar (k =
.032, p >.05). Maka hipotesis nul pertama di dalam kajian ini gagal ditolak. Ini menunjukkan
bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap komunikasi pelajar dengan
pencapaian akademik pelajar Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya pencapaian akademik
pelajar tidak dipengaruhi oleh tahap komunikasi pelajar.
Hₒ2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap pencapaian
akademik Kolej Komuniti Arau
Bagi menguji hipotesis nul yang kedua di dalam kajian ini, statistik infrensi yang digunakan
adalah ujian Korelasi Spearman Rho untuk menguji hipotesis nul hubungan antara sikap pelajar
terhadap pencapaian akademik pelajar. Ini adalah kerana data pembolehubah bebas iaitu sikap
55
pelajar adalah data interval tetapi data pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian akademik
adalah data ordinal. Selain itu data juga diambil daripada responden yang sama.
Jadual 5.3.2
Kolerasi Spearman Rho Antara Sikap Pelajar dengan Pencapaia Akademik
Tahap Kepuasan Pencapaian Akademik
Correlation Coefficient 1.000 .075
Sig.(2-tailed) .628
N 44 44
Dapatan analisis kolerasi dalam Jadual 5.3.2 menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara sikap pelajar terhadap pencapaian akademik di kalangan pelajar (k = .075, p
>.05). Maka hipotesis nul kedua di dalam kajian ini gagal ditolak. Ini menunjukkan bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap pencapaian akademik Kolej
Komuniti Arau. Kesimpulannya pencapaian akademik pelajar tidak dipengaruhi oleh sikap
pelajar pada setiap semester.
Hₒ3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara tahap komunikasi pelajar dengan
lokaliti pelajar Kolej Komuniti Arau
Bagi menguji hipotesis nul yang ketiga di dalam kajian ini, kaedah ujian-t sampel bebas
digunakan kerana ianya melibatkan satu pembolehubah bebas iaitu lokaliti dengan dua kumpulan
(bandar dan luar bandar) dan satu pembolehubah bersandar (nominal) iaitu tahap komunikasi
pelajar.
56
Jadual 5.3.3
Keputusan Ujian-t Sampel Bebas Tahap Komunikasi Berdasarkan Lokaliti Pelajar
Lokaliti N Min SP Dk t p
Bandar 23 4.06 0.34 42 0.726 0.472
Luar 21 3.99 0.30
Bandar
Jadual 5.3.3 menunjukkan keputusan ujian-t sampel bebas tahap komunikasi mengikut lokaliti
responden. Setelah analisis statistik t-sampel dilakukan, ujian Levene didapati tidak signifikan (p
> 0.05). Keputusan ini menunjukkan varians diantara pelajar bandar dan pelajar luar bandar
adalah sama dan telah memenuhi andaian kehormogenan varians antara pelajar bandar dan
pelajar luar bandar dalam tahap komuikasi pelajar tersebut. Setelah ujian-t sampel bebas
dilakukan, didapati ia adalah tidak signifikan, t(44) = .726,p > 0.05. Oleh itu hipotesis nul ini
gagal ditolak. Justeru tidak terdapat perbezaan tahap komuikasi pelajar Kolej Komuniti Arau
berdasarkan lokaliti.
Hₒ4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara tahap kepuasan pencapaian
akademik pelajar dengan lokaliti pelajar Kolej Komuniti Arau
Bagi menguji hipotesis nul yang keempat di dalam kajian ini, kaedah ujian-t sampel bebas
digunakan kerana ianya melibatkan satu pembolehubah bebas iaitu lokaliti dengan dua kumpulan
(bandar dan luar bandar) dan satu pembolehubah bersandar (nominal) iaitu tahap kepuasan
pencapaian akademik pelajar.
Jadual 5.3.4
Keputusan Ujian-t Sampel Bebas Tahap Kepuasan Pencapaian Akademik Berdasarkan Lokaliti
Pelajar
Lokaliti N Min SP Dk t p
Bandar 23 3.87 0.34 42 -.103 0.919
Luar 21 3.89 0.42
Bandar
Jadual 5.3.4 menunjukkan keputusan ujian-t sampel bebas tahap kepuasan terhadap pencapaian
akademik mengikut lokaliti responden. Setelah analisis statistik t-sampel dilakukan, ujian Levene
57
didapati tidak signifikan (p > 0.05). Keputusan ini menunjukkan varians diantara pelajar bandar
dan pelajar luar bandar adalah sama dan telah memenuhi andaian kehormogenan varians antara
pelajar bandar dan pelajar luar bandar dalam tahap kepuasan terhadap pencapaian akdemik.
Setelah ujian-t sampel bebas dilakukan, didapati ia adalah tidak signifikan, t(44) = -.103,p >
0.05. Oleh itu hipotesis nul ini gagal ditolak. Justeru tidak terdapat perbezaan tahap kepuasan
terhadap pencapaian akademik pelajar Kolej Komuniti Arau berdasarkan lokaliti.
Hₒ5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara pencapaian pelajar dengan lokaliti
pelajar Kolej Komuniti Arau
Bagi menguji hipotesis nul yang kelima di dalam kajian ini, kaedah ujian-t sampel bebas
digunakan kerana ianya melibatkan satu pembolehubah bebas iaitu lokaliti dengan dua kumpulan
(bandar dan luar bandar) dan satu pembolehubah bersandar (nominal) iaitu pencapaian akademik
pelajar.
Jadual 5.3.5
Keputusan Ujian-t Sampel Bebas Pencapaian Akademik Berdasarkan Lokaliti Pelajar
Lokaliti N Min SP Dk t p
Bandar 23 3.60 0.24 42 -.920 0.363
Luar 21 3.66 0.23
Bandar
Jadual 5.3.5 menunjukkan keputusan ujian-t sampel bebas pencapaian akademik mengikut
lokaliti responden. Setelah analisis statistik t-sampel dilakukan, ujian Levene didapati tidak
signifikan (p > 0.05). Keputusan ini menunjukkan varians diantara pelajar bandar dan pelajar
luar bandar adalah sama dan telah memenuhi andaian kehormogenan varians antara pelajar
bandar dan pelajar luar bandar dalam pencapaian akdemik. Setelah ujian-t sampel bebas
dilakukan, didapati ia adalah tidak signifikan, t(44) = -.920,p > 0.05. Oleh itu hipotesis nul ini
gagal ditolak. Justeru tidak terdapat perbezaan pencapaian akademik pelajar Kolej Komuniti
Arau berdasarkan lokaliti.
58
Hₒ6 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara tahap pencapaian akademik
dengan jantina pelajar Kolej Komuniti Arau
Bagi menguji hipotesis nul yang keenam di dalam kajian ini, kaedah ujian-t sampel bebas
digunakan kerana ianya melibatkan satu pemboleh ubah bebas iaitu jantina dengan dua
kumpulan (lelaki dan perempuan) dan satu pemboleh ubah bersandar (nominal) iaitu pencapaian
akademik pelajar.
Jadual 5.3.6
Keputusan Ujian-t Sampel Bebas Pencapaian Akademik Berdasarkan Jantina Pelajar
Lokaliti N Min SP Dk t p
Bandar 8 3.55 0.23 42 -1.120 0.269
Luar 36 3.65 0.23
Bandar
Jadual 5.3.6 menunjukkan keputusan ujian-t sampel bebas pencapaian akademik mengikut
jantina responden. Setelah analisis statistik t-sampel dilakukan, ujian Levene didapati tidak
signifikan (p > 0.05). Keputusan ini menunjukkan varians diantara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan adalah sama dan telah memenuhi andaian kehormogenan varians antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan dalam pencapaian akdemik. Setelah ujian-t sampel bebas dilakukan,
didapati ia adalah tidak signifikan, t(44) = -1.120,p > 0.05. Oleh itu hipotesis nul ini gagal
ditolak. Justeru tidak terdapat perbezaan pencapaian akademik pelajar Kolej Komuniti Arau
berdasarkan jantina.
6.0 PERBINCANGAN
Rumusan dapatan kajian ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan objektif kajian
yang akan menjawab kepada persoalan kajian yang telah digariskan. Penemuan kajian ini
menunjukkan bahawa responden memahami kepentingan komunikasi ini secara keseluruhan
berdasarkan kepada respon yang diperoleh. Elemen mengenai kepentingan berkomunikasi ini
terkandung dalam Bahagian A soal selidik yang mengandungi sepuluh soalan. Aspek kemahiran
berkomunikasi ditekankan dalam soal selidik dan menjadi salah satu subskala utama adalah
kerana kefahaman berkomunikasi penting kepada kita khususnya kepada pelajar-pelajar.
59
Persepsi pelajar terhadap kepentingan komunikasi dalam pembelajaran mendapat reaksi positif
dimana kajian yang diperoleh mendapati soalan yang diajukan kesemua responden bersetuju
pentingnya komunikasi dalam pembelajaran.
Merujuk kepada item soalan kesembilan merupakan kesukaran memahami pelajaran yang
disampaikan oleh pensyarah di dalam kelas. Berdasarkan respon yang diperolehi mendapati
hampir keseluruhan responden memberi skor setuju dan sangat setuju terhadap kaedah
penyampaian pensyarah yang mudah difahami. Ini menunjukkan bahawa kaedah pengajaran
yang diaplikasikan oleh pensyarah Kolej Komuniti Arau adalah sangat berkesan dan
menyebabkan pelajar mudah memahami hasil pembelajaran yang disampaikan. Oleh yang
demikian, peranan pensyarah dan pelajar mestilah bertindak bersama supaya pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Daripada kajian, didapati bahawa majoriti pelajar mempunyai tahap pencapaian kepujian yang
mewakili seramai 44 responden. Ini menunjukkan bahawa kefahaman dan minat pelajar terhadap
akademik adalah berada pada tahap sederhana. Ini mungkin disebabkan oleh permasalahan yang
mereka hadapi seperti masalah disiplin, masalah keluarga dan masalah rakan sebaya yang
mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Maka pihak sekolah harus mengambil tindakan
dan pendekatan yang sesuai bagi meningkatkan prestasi pelajar ke tahap yang lebih tinggi dalam
semua matapelajaran.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan hubungan yang negatif antara pencapaian akademik
dengan kemahiran komunikasi (k=0.628). Kajian yang sama juga pernah dilakukan oleh Azizi et
al. (2010) terhadap seramai 320 orang pelajar daripada lapan buah sekolah di daerah Johor
Bahru. Hasil kajian beliau menunjukkan perkaitan yang signifikan antara kemahiran komunikasi
dengan pencapaian akademik walaupun mempunyai hubungan yang lemah atau r=0.1. Hal ini
menunjukkan kemahiran komunikasi secara tidak langsung tidak memberi kesan kepada
pencapaian akademik pelajr Kolej Komuniti Arau.
Berdasarkan dapatan kajian ini, min skor tahap kemahiran komunikasi pelajar lelaki iaitu 3.55
adalah lebih rendah berbanding dengan min skor pelajar perempuan iaitu 3.65. Ini menunjukkan
pelajar perempuan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi berbanding dengan pelajar lelaki.
Walau bagaimanapun, hanya perbezaan yang kecil (0.1) sahaja yang membezakan tahap
60
keyakinan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Secara keseluruhannya semua pelajar
tanpa mengira jantina menunjukkan tahap keyakinan komunikasi yang tinggi. Dapatan ini adalah
bercanggah dengan kajian yang pernah dilakukan oleh Daly dan Stafford (2008) menunjukkan
kaum wanita didapati lebih risau dan takut untuk berkomunikasi berbanding dengan kaum lelaki,
terutama sekali dalam konteks pengucapan awam.
7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Daripada dapatan kajian, didapati bahawa nilai Himpunan Purata Nilai bagi responden yang
menjawab dan mengembalikan borang soal selidik adalah kebanyakannya berada pada tahap
kepujian. Ini adalah kerana, nilai minimum yang telah dicapai oleh responden adalah pada nilai
3.07 dan nilai maksimum yang pernah dicapai adalah pada nilai 3.95. Manakala merujuk kepada
hasilan data yang telah dianalisis pula, didapati nilai peratusan pelajar lelaki yang mendapat nilai
Himpunan Purata Nilai Mata yang baik adalah sebanyak 18%. Berbanding peratusan yang
ditunjukkan oleh pelajar perempuan adalah sebanyak 81.8%. Ini menunjukkan bahawa
pencapaian akademik bagi pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding pelajar lelaki di
Kolej komuniti Arau. Peratusan ini juga mungkin disebabkan oleh bilangan responden lelaki dan
perempuan tidak sekata dan akan mempengaruhi dapatan data yang diperolehi.
Secara amnya, apa yang dibentangkan dalam penyelidikan ini mempunyai kesan terhadap
penguasaan komunikasi pelajar pada masa hadapan khususnya pelajar semester akhir pengajian.
Penyelidikan terhadap penguasaan komunikasi di kalangan pelajar dipilih kerana kajian lepas
diperolehi mendapati penguasaan komunikasi di kalangan pelajar secara purata masih berada di
tahap yang memuaskan. Penyelidik berasa bertanggungjawab memastikan kaedah komunikasi
yang diamalkan di kolej berkesan supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran komunikasi para
pelajar khususnya pelajar Kolej Komuniti Arau. Oleh hal yang demikian, para pelajar perlulah
berusaha untuk memperbaiki kemahiran komunikasi masing-masing untuk memastikan mereka
dapat menjalani proses komunikasi berkesan dalam proses pembelajaran mereka. Selain itu,
pensyarah juga perlu bekerjasama dengan para pelajar seperti mempertingkatkan kemahiran
komunikasi sendiri agar para pelajar mendapat hasil yang berkesan dalam proses pengajaran di
dalam kelas.
61
Cadangan Kajian Masa Hadapan
Penyelidikan ini mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan dan batasan yang perlu dibaiki
dan dipertingkatkan lagi . Bagi memastikan tujuan tersebut ,beberapa cadangan telah dikemukan
untuk membantu meningkatkan mutu serta keunggulan penyelidikan yang akan datang. Berikut
merupakan cadangan-cadangan tersebut :
i) Bilangan responden ditambah dan skop penyelidikan diperluaskan supaya
dapatan penyelidikan mempunyai tahap kesahihan dan kebolehpercayaan
yang lebih tinggi serta signifikannya .
ii) Penyelidikan ini juga sepatutnya dijalankan ke atas pelajar di kolej komuniti lain
yang berbeza penawaran program agar gambaran yang lebih menyeluruh dapat
diperolehi.
iii) Penyelididkan mengenai item bagi latar belakang responden yang lain boleh
dikaji bagi mendapatkan punca sebenar faktor tang mempengaruhi tahap
pencapaian akademik pelajar kolej komuniti.
iv) Penyelidikan ini juga dapat dijalankan di Kolej Komuniti zon lain bagi
mendapatkan data yang lebih variasi dan signifikan terhadap kajian yang
dijalankan.
8.0 PENGHARGAAN
Alhamdulilah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat saya
menyiapkan kertas projek ini dengan penuh jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada penyelia, Prof. Madya Dr.
Fauzi bin Hussin yang telah banyak membantu sepanjang proses seliaan berlaku.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat suami, ayah dan bonda yang tidak jemu mendoakan
kejayaan serta memberi dorongan tanpa minta dibalas. Saya berasa amat bertuah dapat
melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia yang menjadi kebanggaan Malaysia
terutamanya bagi negeri jelapang padi.
Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan kertas projek ini berjalan. Terima
kasih kepada Kolej Komuniti Arau kerana menyokong saya untuk meneruskan pengajian dan
membenarkan saya untuk menjalankan kajian melibatkan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Arau.
62
Pelbagai ilmu yang dapat dirungkai sepanjang perjalanan menyiapkan kertas projek ini. Sejajar
dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi, begitulah dominannya peranan mahasiswa
khususnya pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu dalam dunia pendidikan.
Akhir sekali saya berdoa kepada Allah S.W.T mudah-mudahan kertas projek ini dapat memberi
faedah kepada kita semua.
63
9.0 RUJUKAN
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Kemahiran interpersonal untuk guru. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Hamid & Mahmood (Okt. 1990). Komunikasi berkesan asas pendidikan bermutu, Jurnal
Dewan Bahasa, Kuala Lumpur: DBP.
Alias Baba.(1997). Statistik penyelididkan dalam pendidikan sains social.edisi Ke-2. Bangi:
Penerbit University Kebangsaan Malaysia.
Azizah Rajab & Atirah Izzah Che Abas. (2010). Self-Concept and Communication Skills: A
Focus Among UTM Final Year TESL Students. Diakses dari http//eprits.utm.my/5932
Aziz Nordin & Siti Sumaziana Ali Mohamed (2011). Persepsi Bakal Guru Tentang Tahap
Kemahiran Komunikasi Berkesan Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains
Fakulti Pendidikan UTM. Diakses dari http//eprits.utm.my/2107/
Azizi Yahya, Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah & Halimah Ma’alip (2010). Hubungan
diantara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi terhadap pencapaian akademik
pelajar di sekolah menengah di Johor Bahru. Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Daly, J. & Stafford, L. (1984). Correlates and consequences of social communication
anxiety. In J. Daly & J.C. McCros key (Eds). Avoiding communication shyness,
reticences and communication apprehension. Beverly Hill : Sage Publication
Daly, J. & Stafford, L. (2008). Correlates and Consequences of social communication
anxiety.In. J. Daly & J.C. McCroskey (Eds). Avoiding communication shyness,
reticence and communication apprehension. Beverly Hill: Sage Publication.
DeVito, J, A. (2002). The Interpersonal Communication Book. Ninth edition. New York:
Longman
Deconinck, J., Johnson, J., Busbin, J., & Lockwood, F. (2008). An Examination Of The
Validity Of The Downs And Hazen Communication Satisfaction Questionnaire.
Marketing Management Journal, 18(2), 145-153.
Downs, C. W., & Hazen, M. D. (1977). A factor analytic study of communication satisfaction.
Journal Of Business Communication, 14(3), 63-73.
Fuziah Kartini Hasssan Basri. 1995. Kebimbangan Komunikasi :Kajian penerokaan di
kalangan pelajar UKM. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Penyelidikan
Komunikasi, UKM.
64
Fiordo, R. A. (1996). Communication in Education, Canada: Detselid Enterprises Ltd.
Calgary, Alberta.
Habibah Elias, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Rahil Mahyuddin. (1995). Persepsi pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 14, 1–9.
Hamilton, P. R. (1972).The effect of risk proneness on small group interaction,
communic&ion apprehension. and self-disclosure. Unpublished master’s thesis, Illinois
State University, Normal, IL.
Hurt, H.,Preiss, K.,&Davis, B.(1976). The effects of communication apprehension of
middle- Sr.hool children on sociometric choice affective and coaitive learning. Paper
presented at the International Communication Association, Portland, Oregon
Pogue, L. L. dan Kimo Ah Yun. (2006). The effect of teacher nonverbal immediacy and
credibility on student motivation and affective learning. Communication Education,55,
331–344.
Siti ‘Aisyah Tugiman. (1997). Tahap Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Komunikasi
Dalam Kalangan Pelatih Kolej Kemahiran Belia Nasional (KKBN) Daripada Perspektif
Tenaga Pengajar UTM. Diakses dari http//eprits.utm.my/2107/ Sulaiman Md. Yassin,
Mohd Salleh
Siti Nor Yaakob (1990). Perkaitan beberapa faktor latar belakang keluarga dengan
pencapaian akademik pelajar. Jurnal Pendidikan Guru. 6;87-98
Teven, J. J. (2007). Teacher caring and classroom behavior: Relationships with student
affect and perceptions of teacher competence and trustworthiness. Communication
Quarterly, 55, 433–450.
Wells (1970) dan Weiner (1973).Keberkesanan Komunikasi: http/www
google.com/komunikasi
Yahya Buntat & Muhamad Shahabudin Hassan (2010). Kemahiran Komunikasi dalam
Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar: Satu Tinjauan di Kalangan Ahli J awatankuasa
Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia. Diakses dari
http//eprits.utm.my/2107/
Yahya Buntat & Muhamad Shahabudin Hassan (2011). Kemahiran komunikasi dalam
meningkatkan keyakinan diri pelajar: Satu tinjauan di kalangan ahli jawatankuasa kolej
mahasiswa. Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
65
HUBUNGAN FAKTOR PEMILIHAN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI
KOLEJ KOMUNITI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
Muhammad Nurfahmi Bin Mohamed Yusof
Kolej Komuniti Arau
[email protected]
Zainordin Bin Bakar
Kolej Komuniti Arau
[email protected]
Norfauziah Binti Ahmad
Kolej Komuniti Arau
[email protected]
Abstrak
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti hubungan tahap faktor pemilihan pelajar dalam
melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti dengan pencapaian akademik. Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan soalan soal selidik di mana terdapat 2
bahagian soalan yang perlu dijawab oleh pelajar iaitu latar belakang respoden dan tahap faktor
pemilihan melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti. Seramai 148 orang pelajar dipilih sebagai
responden di kalangan pelajar semester dua bagi semua program Kolej Komuniti Arau sesi
November 2014. Pemilihan sampel ini dibuat secara rawak dengan menggunakan Rumus
Persamelan Krejcie dan Morgan. Data yang terkumpul telah diuji dengan menggunakan kaedah
statistic deskriptif di mana data dinalisa menggunakan skor min serta kaedah korelasi Spearman
Rho bagi mengkaji hubungan faktor pemilihan melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti dengan
pencapaian akademik pelajar. Perisian Statististical Pasckage for Social Science (SPSS 21.0)
digunakan untuk penganalisaan. Daripada dapatan kajian, pengkaji dapat menentukan dapatan
skor min tahap jenis minat berada pada tahap tinggi, skor min tahap dorongan keluarga pada
tahap sederhana, skor min tahap latar belakang pendidikan pada tahap sederhana dan skor min
tahap status kolej pada tahap tinggi. Dapatan analisis korelasi menunjukkan bahawa tidak
terdapat perhubungan yang signifikan antara jenis minat dengan pencapaian akademik pelajar,
terdapat perhubungan yang signifikan antara dorongan keluarga dengan pencapaian akademik
pelajar, terdapat perhubungan yang signifikan antara latar belakang pendidikan dengan
pencapaian akademik pelajar dan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara status Kolej
dengan pencapaian akademik pelajar. Kesimpulannya, faktor pemilihan melanjutkan pengajian
turut memberi impak terhadap pencapaian akademik.
Kata kunci : Pemilihan Pengajian, Pencapaian Akademik
66
1.0 Pengenalan
Pendidikan merupakan elemen yang sangat penting bagi membangunkan dan memajukan
negara. Tamadun-tamadun yang besar terdahulu telah dibina dengan kemajuan pendidikan yang
luar biasa. Tamadun Rom, Parsi, China, India dan Islam adalah tamadun yang maju dalam
pelbagai aspek kehidupan.
Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada Wawasan
2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang bertunjangkan
kepada sembilan cabaran utama iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu, pembentukan
masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang, pembentukan masyarakat demokratik yang
matang, pembinaan masyarakat yang berakhlak mulia dan utuh, pembentukan masyarakat yang
toleran, pembangunan masyarakat saintifik dan teknologi, pembinaan masyarakat penyayang,
pembentukan masyarakat keadilan ekonomi-sosial dan pembentukan masyarakat daya saing dan
makmur.
Bersandarkan kepada Wawasan 2020, pencapaian status sebagai Negara maju dan berteknologi
tinggi adalah tahap kemuncak kejayaan Wawasan 2020 itu. Ianya bertujuan menjadikan
Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat
yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat
memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan
peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar)
1.1 Latar belakang masalah
Dalam merealisasikan agenda ke 6 wawasan 2020 iaitu pembangunan masyarakat
saintifik dan teknologi, pembangunan sumber manusia haruslah selari dengan kehendak
wawasan 2020 tersebut. Modal insan yang dibangunkan haruslah mempunyai sifat berdaya
saing, selain daripada mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang tinggi. Apabila ianya
berkaitan dengan kemahiran, maka bidang pendidikan teknik dan vokasional mestilah
memainkan peranan yang utama. Ini kerana, bidang pendidikan teknik dan vokasional
merupakan bidang yang berkaitan dengan pembangunan modal insan yang berkemahiran dalam
membangunkan serta melaksanakan dunia teknologi. Oleh yang demikian, penting bagi pelajar
67
aliran pendidikan teknik dan vokasional untuk menerima latihan yang cukup seiring dengan
perubahan pesat di dalam bidang sains dan teknologi.
Bagi tujuan tersebut, Kolej Komuniti telah membuka peluang bagi pelajar yang mahu menyertai
bidang pendidikan teknik dan vokasional menceburi bidang sains dan teknologi. Namun, peluang
yang diberikan ini seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh pelajar. Ini kerana, pelajar yang
menamatkan pengajian bakal menerajui kemajuan teknologi pada masa hadapan. Kecelaruan
pemilihan institusi pendidikan yang hendak dijadikan sebagai destinasi pelebaran ilmu selepas
persekolahan menyebabkan kemungkinan para pelajar memilih institusi pendidikan yang tidak
menepati halatuju kerjaya pelajar tersebut. Oleh yang demikian, pelajar yang ingin memohon
haruslah menyedari akan halatuju kerjaya yang ingin dicapai. Ini bagi mengelak pelajar
menempuhi masalah pembelajaran di mana ianya akan mempengaruhi pencapaian akademik di
penghujung semester.
1.2 Persoalan kajian
i. Apakah jenis minat yang mempengaruhi tahap gaya pemilihan pelajar melanjutkan
pengajian di Kolej Komuniti?
ii. Apakah dorongan keluarga mempengaruhi tahap gaya pemilihan pelajar melanjutkan
pengajian di Kolej Komuniti?
iii. Apakah latar belakang pendidikan yang mempengaruhi tahap gaya pemilihan pelajar
melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti?
iv. Apakah status kolej mempengaruhi tahap gaya pemilihan pelajar melanjutkan pengajian
di Kolej Komuniti?
v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan faktor pemilihan minat, latar belakang
pendidikan, pengaruh keluarga dan status kolej melanjutkan pengajian dengan
pencapaian akademik pelajar?
1.3 Hipotesis kajian
Berikut disenaraikan hipotesis kajian yang menunjukkan jangkaan pemboleh ubah bagi
kajian ini iaitu gaya pemilihan pelajar melanjutkan pengajian dan pencapaian akademik pelajar.
Memandangkan persoalan kajian satu hingga empat hanya mengukur kepada tahap yang
68
mempengaruhi gaya pemilihan pelajar melanjut pengajian di Kolej Komuniti, maka tiada
hipotesis dihasilkan.
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan jenis minat terhadap pencapaian akademik
pelajar.
Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan dorongan keluarga terhadap pencapaian
akademik pelajar.
Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan latar belakang pendidikan terhadap pencapaian
akademik pelajar.
Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan status kolej terhadap pencapaian akademik
pelajar.
1.4 Objektif kajian
i. Mengenal pasti jenis minat yang mempengaruhi tahap gaya pemilihan pelajar
melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti.
ii. Mengenal pasti gaya pemilihan pelajar berdasarkan dimensi keluarga dalam melanjutkan
pengajian di Kolej Komuniti.
iii. Mengenal pasti gaya pemilihan pelajar berdasarkan dimensi latar belakang pendidikan
dalam melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti.
iv. Mengenal pasti gaya pemilihan pelajar berdasarkan status kolej dalam melanjutkan
pengajian di Kolej Komuniti.
v. Mengenal pasti hubungan yang signifikan faktor minat, latar belakang pendidikan,
dorongan keluarga dan status kolej melanjutkan pengajian dengan pencapaian akademik
pelajar.
69
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengaruh minat
Minat seseorang akan mempengaruhi tingkah laku individu dalam melakukan sesuatu
perkara. Ini diakuai melalui satu kajian berkaitan minat pelajar mempelajari mata pelajaran
Kemahiran Hidup yang dijalankan oleh Masnita Hazlini Mustapha dan Supli Effendi Rahim.
Dengan adanya minat, ianya juga turut akan membuatkan seseorang individu itu melakukan
sesuatu perkara dengan tekun dan membawa kepada kejayaan. Ini kerana, menurut Sharifah
Alwiyah Al Sagof (1994), minat merupakan faktor pendorong yang penting kepada individu
dalam mencapai kecemerlangan. Ini turut disokong oleh Lee (1992), di mana ianya menyatakan
bahawa pelajar yang mempunyai sikap yang positif dan berminat terhadap pembelajaran serta
mempunyai motivasi yang tinggi dapat mendorong pencapaian pembelajaran pada satu darjah
kecemerlangan.
Selain itu, minat juga turut mempengaruhi pelajar dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran.
Walaupun seseorang pelajar itu mempunyai kemahiran di dalam bidang tertentu, itu tidak
bermakna pelajar berkenaan meminati bidang tersebut. Menurut Nik Rosila Nik Yaacob (2007),
melalui kajian Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaian Pelajar dalam
Pendidikan Islam menunjukkan bahawa, semakin baik penguasaan pelajar dalam Jawi, semakin
kurang minat mereka terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Ini membuktikan bahawa, minat
itu bukanlah sesuatu yang boleh dibentuk berdasarkan penguasaan seseorang pelajar dalam
bidang yang diceburinya.
2.2 Pengaruh keluarga
Ibu bapa juga mempengaruhi terhadap minat pelajar di dalam pembelajaran. Ibu bapa
yang kurang pendedahan terhadap sistem pembelajaran yang terkini akan menyebabkan mereka
menyerahkan bulat-bulat kepada anak mereka di dalam memilih kursus yang mereka ingin
ambil. Kebanyakan pelajar ini akan memilih kursus yang diambil dengan mengikut rakan sebaya
mereka, ini akan menimbulkan kesan yang mendalam kemudian hari.
Menurut Zakaria Othman (1996), faktor keluarga terbahagi kepada dua iaitu faktor latar
belakang ibu bapa dan faktor komitmen ibu bapa. Faktor latar belakang keluarga dikategorikan
70
dengan taraf pendidikan ibu bapa dan jumlah pendapatan keluarga manakala faktor komitmen
ibu bapa dikategorikan kepada sokongan fizikal dan sokongan moral. Hasil daripada kajian
terdapat lima belas pembolehubah yang mempunyai hubungan yang signifikan pada aras keertian
0.05. Tiga daripadanya mewakili faktor latar belakang ibu bapa dan dua belas selebihnya
mewakili komitmen ibu bapa. Ibu bapa juga disarankan supaya mengamalkan perkara yang
mempunyai hubungan positif dengan pencapaian akademik untuk mempertingkatkan mutu
pendidikan dan pencapaian mata pelajaran tersebut.
2.3 Terhadap keluarga
Pencapaian akademik bukan sahaja bergantung kepada pelajar itu sahaja tetapi turut
dipengaruhi oleh individu yang berada dipersekitaran pelajar tersebut seperti ibubapa. Ini kerana,
mengikut Shaifuddin Masduki (1997), kajian mendapati bahawa pencapaian akademik
mempunyai hubungan yang signifikan dengan pendapatan ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa,
matlamat motivasi dan persekitaran sekolah.
2.4 Pengaruh latar belakang pendidikan
Kelayakan bagi melanjutkan pengajian di mana-mana institusi adalah berdasarkan
kelayakan akadamik. Ini bermakna, latar belakang pendidikan turut memainkan peranan dalam
menentukan institusi pendidikan dimasuki serta kursus mana yang sesuai dipilih oleh seseorang
pelajar. Menurut Adlan, Fazida (2001), latar belakang pendidikan turut mempengaruhi budaya
kerja dan motivasi, serta memberikan kesan kepada budaya dan perlaksanaan kerja dalam
profesyen seseorang pensyarah. Namun kajian ini tidak dapat membuktikan bahawa latar
belakang pendidikan akan mempengaruhi pandangan pensyarah terhadap amalan etika dan
kualiti perkhidmatan mereka.
71
METODOLOGI
3.0 Pengenalan
Menurut Azizi Yahya et al. (2006), metodologi bermaksud prosedur dan cara pengolahan
data bagi menjawab persoalan kajian termasuk menguji hipotesis. Selain daripada itu, Creswell
(1994) mendefinisikan metodologi sebagai keseluruhan proses sesuatu kajian. Melalui
penggunaan metodologi yang sesuai ianya akan memastikan keputusan yang didapati adalah sah
dan boleh dipercayai.
3.1 Rekabentuk kajian
Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah secara tinjauan deskriptif. Tinjauan
merupakan satu cara yang spesifik kerana data akan dapat dikumpulkan dengan mudah dan
cepat. Mohd Najib (1999) menerangkan bahawa melalui penyelidikan deskriptif, ianya dapat
menerangkan sesuatu keadaan atau situasi yang sedang berlaku dan ini menepati tujuan kajian ini
dilakukan di mana penyelidikan mahu mengenal pasti adakah faktor pemilihan pelajar ke Kolej
Komuniti mempengaruhi pencapaian akademik. Kaedah yang digunakan adalah pendekatan
kuantitatif.
3.2 Populasi dan persampelan
Populasi kajian merupakan objek yang hendak dikaji manakala sampel ialah sebahagian
daripada populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat menjadi wakil populasi ataupun
sebaliknya (Azizi, 2007). Menurut Yusof (1998), populasi adalah kumpulan individu besar yang
hendak dikaji, manakala menurut Najib (2003), populasi adalah serapan ke atas sekumpulan
individu atau objek dan individu yang diserap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri
atau sifat yang sama antara satu dengan yang lain.
Bagi memperolehi data kajian ini, populasi yang dipilih adalah dari pelajar-pelajar Kolej
Komuniti Arau semester kedua sesi November 2014. Namun, sukar untuk menjalankan kajian ke
72
atas kesemua pelajar-pelajar Kolej Komuniti Arau, hanya beberapa pelajar akan dipilih bagi
mewakili populasi bagi menjalankan kajian ini. Pelajar-pelajar yang dipilih ini dikenali sebagai
sampel atau responden.
Berdasar kepada Chava dan David (1981), sampel merupakan ahli kepada sesuatu populasi dan
sesuatu sampel itu tidak semestinya individu, malah ianya boleh merupakan sesuatu acara,
bandar, atau bangsa.
Menurut Mohd Najib (2003), pemilihan sampel boleh dilakukan melalui 2 cara samada secara
rawak atau tidak rawak. Berdasarkan Krejcie dan Morgan (1970), pemilihan sampel adalah
berdasarkan rumus seperti rajah 1:
s = X2 NP (1-P) / d2 (N-1) + X2 P(1-P)
Rajah 1: Rumus Persampelan Krejcie dan Morgan
Oleh yang demikian, jumlah sampel adalah 148 berdasarkan jumlah populasi adalah seramai 241
berdasarkan maklumat dari Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Komuniti Arau.
Creswell (2009) mencadangkan pemilihan sampel adalah melalui pemilihan secara rawak.
Dengan menggunakan pemilhan secara rawak, sesuatu keputusan kajian akan dapat
digeneralisasikan untuk satu populasi yang umum. Peluang bagi elemen dipilih adalah jelas serta
dapat diperhitungkan.
3.3 Instrumen kajian
Instrumen kajian adalah alatan atau perkakas yang akan digunakan dalam menjalankan
kajian ini. Instrument yang sesuai untuk digunakan bagi menjalankan kajian ini adalah soal
selidik. Kajian soal selidik adalah lebih praktikal dan efektif kerana dengan penggunaanya akan
meningkatkan ketepatan dan kebenaran respon atau maklumat yang diberikan oleh responden
atau sampel kajian ini. Keadaan ini berlaku oleh kerana jawapan atau respon yang diberikan
tidak dipengaruhi oleh kelakuan atau sikap pengkaji semasa sesi pengumpulan data dijalankan.
73
Menurut Chava & David (1981) soalan di dalam soal selidik seharusnya mampu untuk
menterjemahkan objektif kajian kepada soalan yang spesifik dan jawapan yang diberikan oleh
responden seharusnya dapat menyediakan data yang diperlukan untuk pengujian hipotesis kajian.
Selain itu, soal selidik yang digunakan seharusnya dapat memotivasikan responden untuk
memberikan data yang diperlukan.
Soal selidik yang dibina bagi tujuan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A
dan bahagian B. Bahagian A mengandungi empat item yang berkaitan dengan latar belakang
responden termasuk pencapaian akademik di semester 1. Bahagian B pula mengandungi item-
item yang berkaitan dengan empat faktor yang mempengaruhi pelajar melanjutkan pengajian ke
Kolej Komuniti Arau iaitu faktor jenis minat, faktor latar belakang pendidikan, faktor status
Kolej Komuniti dan faktor dorongan keluarga. Dalam bahagian B, terkandung 41 item soalan
sahaja.
Setiap item soal selidik menggunakan Skala Likert lima peringkat yang berbeza bagi
menunjukkan tahap kepersetujuan responden daripada ekstrem yang negatif ke ekstrem positif.
Azizi Yahaya et al (2007) telah menyatakan kelebihan-kelebihan Skala Likert iaitu penyediaan
yang lebih mudah, kaedah berasaskan data empirikal berkaitan maklum balas subjek berbanding
pendapat subjektif para juri serta menghasilkan lebih banyak skala sama jenis dan meningkatkan
kemungkinan satu unit sikap diukur dan ini dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.
3.4 Analisis Data
Analisis data adalah merupakan proses mengatur, menstruktur dan mengintreprestasi data
yang telah dikumpul. Menurut Merriam (2001) analisis data merupakan proses yang komples
yang melibatkan pertimbangan antara data yang konkrit dengan konsep abstrak, antara
penaakulan induktif dan deduktif, antara deskripsi dan interpretasi.
Data hasil kajian akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) version 21.0. Perisian ini diguna pakai untuk mendapatkan kekerapan (f) dan
peratusan (%) untuk menganalisis data maklumat dan profil responden. Hanya item-item pada
74
Bahagian A dianalisis berdasarkan kekerapan dan peratusan. Kekerapan diperolehi dengan
mencari jumlah skor untuk kesemua soalan dalam kategori yang dicari mengikut setiap
responden.
Item di dalam bahagian A yang akan dinilai menggunakan kekerapan dan peratusan adalah
seperti berikut:
i. Jantina
ii. Etnik
iii. Pendapatan keluarga
iv. CGPA semasa
Item ini dinilai dengan menggunakan kekerapan dan peratusan kerana hanya maklumat tersebut
sahaja diperlukan.
Untuk bahagian B, item-item dianalisis menggunakan skor kekerapan (f), peratusan (%) dan min
iaitu secara pengiraan statistik deskriptif dan koleratif
Bagi persoalan kajian Adakah minat mempengaruhi gaya pemilihan pelajar melanjutkan
pengajian di Kolej Komuniti, kaedah analisis skor kekerapan, peratusan dan min akan digunakan
terhadap data yang dikumpul.
Bagi persoalan kajian Adakah latar belakang pendidikan mempengaruhi gaya pemilihan pelajar
melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti, kaedah analisis skor kekerapan, peratusan dan min
akan digunakan terhadap data yang dikumpul.
Bagi persoalan kajian Adakah status Kolej Komuniti mempengaruhi gaya pemilihan pelajar
melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti, kaedah analisis skor kekerapan, peratusan dan min
akan digunakan terhadap data yang dikumpul.
Bagi persoalan kajian Adakah keluarga mempengaruhi gaya pemilihan pelajar melanjutkan
pengajian di Kolej Komuniti, kaedah analisis skor kekerapan, peratusan dan min akan digunakan
terhadap data yang dikumpul.
75
Bagi persoalan kajian Adakah gaya pemilihan melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti
dipengaruhi oleh pencapaian akademik, kaedah analisis Korelasi akan digunakan terhadap data
yang dikumpul.
DAPATAN KAJIAN
4.1 Demografi Responden
Lokasi bagi kajian ini adalah di Kolej Komuniti Arau. Pelajar-pelajar ini dipilih secara
rawak sistematik bagi sesi pengajian November 2014. Persampelan pelajar-pelajar ini dibuat
secara rawak sistematik.
Jadual 4.1 : Bilangan Pelajar Mengikut Jantina
Jantina Bilangan Peratus %
Pelajar lelaki 63 42.6
Pelajar perempuan 85 57.4
Jumlah 148 100
Berdasarkan jadual 4.1, menunjukkan peratusan persampelan bagi pelajar lelaki adalah 42.6%
ataupun seramai 63 orang pelajar dan persampelan pelajar perempuan adalah sebanyak 57.4%
ataupun seramai 85 orang pelajar.
4.2 Analisa Statistik Deskriptif
4.2.1 Soalan Kajian : Apakah jenis minat yang mempengaruhi tahap gaya pemilihan pelajar
melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti?
Jadual 4.2: Item Soalan Minat Mempengaruhi Tahap Gaya Pemilihan Pelajar
Item Soalan Min Sisihan Piawai
Minat 1 4.00 .00
Minat 2 4.15 .66
Minat 3 4.20 .69
Minat 4 3.89 .80
76
Minat 5 3.84 .77
Minat 6 4.18 .68
Minat 7 3.78 1.12
Minat 8 3.92 .82
Minat 9 3.72 .91
Minat 10 3.49 1.28
Jumlah 3.91 0.47
Berdasarkan Jadual 4.2, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min tahap minat
mempengaruhi gaya pemilihan pelajar melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti. Mean
interpretation berdasarkan lima mata (Skala Likert). Secara keseluruhannya, dapatan Skor min
Minat berada pada tahap tinggi (Min = 3.91, SP = 0.47) mengikut interpreatasi min oleh
Creswell (2005). Kebanyakan pelajar memilih menyambung pengajian ke Kolej Komuniti atas
faktor minat, yang mana minat terhadap kurikulum yang disediakan di Kolej Komuniti, minat
dengan bidang kemahiran, minat dengan kadar yuran serta kemudahan yang disediakan.
Berdasarkan jadual 4.2 juga, item Minat 3 mendapat jumlah min tertinggi iaitu 4.20 di mana
pelajar bersetuju bahawa faktor minat terhadap kursus yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti
menjadi antara pilihan mengapa Kolej Komuniti menjadi pilihan bagi menyambung pengajian
selepas persekolahan.
4.2.2 Soalan Kajian : Apakah pengaruh keluarga mempengaruhi tahap gaya pemilihan pelajar
melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti?
Jadual 4.3: Item Soalan Keluarga Mempengaruhi Tahap Gaya Pemilihan Pelajar
Item Soalan Min Sisihan Piawai
Keluarga 1 4.30 .74
Keluarga 2 3.84 1.10
Keluarga 3 3.91 .91
Keluarga 4 2.53 1.39
Keluarga 5 2.62 1.39
Keluarga 6 3.89 .98
Keluarga 7 3.54 1.33
Keluarga 8 2.56 1.49
77
Keluarga 9 3.02 1.39
Keluarga 10 3.14 1.25
3.33 0.67
Jumlah
Berdasarkan Jadual 4.3, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min tahap
keluarga mempengaruhi gaya pemilihan pelajar melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti. Mean
interpretation berdasarkan lima mata (Skala Likert). Secara keseluruhannya, dapatan Skor min
Dorongan Keluarga berada pada tahap sederhana (Min = 3.33, SP = 0.67) mengikut interpreatasi
min oleh Creswell (2005). Pelajar jenis ini lebih terdorong untuk memilih institusi pengajian
untuk menyambung pengajian dengan didorong oleh ahli keluarga. Ahli keluarga yang banyak
memberi panduan dan galakan bagi pelajar untuk terus menyambung pengajian dan memilih
institusi pengajian berdasarkan pengetahuan dan pengalaman ahli keluarga. Berdasarkan jadual
4.3 juga, item Keluarga 1 mendapat jumlah min tertinggi iaitu 4.30 di mana pelajar bersetuju
bahawa faktor keluarga memberikan semangat untuk berjaya dalam pelajaran menjadi antara
pilihan mengapa Kolej Komuniti menjadi pilihan bagi menyambung pengajian selepas
persekolahan.
4.2.3 Soalan Kajian : Apakah latar belakang pendidikan yang mempengaruhi tahap gaya
pemilihan pelajar melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti?
Jadual 4.4: Item Soalan Latar Belakang Pendidikan Mempengaruhi Tahap Gaya Pemilihan Pelajar
Item Soalan Min Sisihan Piawai
Pendidikan 1 2.46 1.53
Pendidikan 2 2.95 1.44
Pendidikan 3 3.68 1.10
Pendidikan 4 4.09 .69
Pendidikan 5 3.03 1.32
Pendidikan 6 3.23 1.27
Pendidikan 7 3.20 1.33
Pendidikan 8 2.91 1.36
Pendidikan 9 3.10 1.38
Pendidikan 10 3.43 .92
Jumlah 3.21 0.75
78
Berdasarkan Jadual 4.4, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min tahap latar
belakang pendidikan mempengaruhi gaya pemilihan pelajar melanjutkan pengajian ke Kolej
Komuniti. Mean interpretation berdasarkan lima mata (Skala Likert). Secara keseluruhannya,
dapatan Skor min Latar Belakang Pendidikan berada pada tahap sederhana (Min = 3.21, SP =
0.75) mengikut interpreatasi min oleh Creswell (2005). Pelajar jenis ini lebih terdorong untuk
memilih institusi pengajian untuk menyambung pengajian berdasarkan latar belakang
pendidikan. Kelayakan akademik dan aliran pengajian ketika peringkat persekolahan adalah item
latar belakang pendidikan pelajar yang menjadi faktor pemilihan sesuatu institusi pendidikan.
Berdasarkan jadual 4.4 juga, item Pendidikan 4 mendapat jumlah min tertinggi iaitu 4.09 di
mana pelajar bersetuju bahawa faktor menggunakan pengalaman kemahiran ketika bersekolah di
Kolej Komuniti menjadi antara pilihan mengapa Kolej Komuniti menjadi pilihan bagi
menyambung pengajian selepas persekolahan.
4.2.4 Soalan Kajian : Apakah status kolej mempengaruhi tahap gaya pemilihan pelajar
melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti?
Jadual 4.5: Item Soalan Status Kolej Mempengaruhi Tahap Gaya Pemilihan Pelajar
Item Soalan Min Sisihan Piawai
Status Kolej 1 3.78 1.10
Status Kolej 2 3.93 .76
Status Kolej 3 3.75 .79
Status Kolej 4 4.08 .72
Status Kolej 5 4.15 .70
Status Kolej 6 3.72 .87
Status Kolej 7 3.81 .91
Status Kolej 8 3.74 .91
Status Kolej 9 3.82 1.02
Status Kolej 10 3.68 .88
Status Kolej 11 3.81 1.02
Jumlah 3.84 0.54
Berdasarkan Jadual 4.5, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min tahap status
kolej mempengaruhi gaya pemilihan pelajar melanjutkan pengajian ke Kolej Komuniti. Mean
interpretation berdasarkan lima mata (Skala Likert). Secara keseluruhannya, dapatan Skor min
79
Latar Belakang Pendidikan berada pada tahap tinggi (Min = 3.84, SP = 0.54) mengikut
interpreatasi min oleh Creswell (2005). Pelajar jenis ini lebih terdorong untuk memilih institusi
pengajian untuk menyambung pengajian berdasarkan status kolej. Status institusi pendidikan
kemahiran, status kebolehpasaran, status insfrastruktur serta status Kolej Komuniti dikalangan
komuniti merupakan antara item yang menjadi status kolej itu dipilih bagi menyambung
pengajian di Kolej Komuniti. Berdasarkan jadual 4.5 juga, item Status Kolej 5 mendapat jumlah
min tertinggi iaitu 4.15 di mana pelajar bersetuju bahawa status Kolej Komuniti memudahkan
saya melanjutkan pengajian diperingkat lebih tinggi menjadi antara pilihan mengapa Kolej
Komuniti menjadi pilihan bagi menyambung pengajian selepas persekolahan.
4.3 Pengujian Hipotesis
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan jenis minat terhadap pencapaian akademik
pelajar.
Bagi menguji hipotesis nul pertama di dalam kajian ini, statistik inferensi yang digunakan adalah
ujian Kolerasi Spearman Rho untuk menguji hipotesis nul hubungan antara faktor jenis
minatdengan pencapaian akademik pelajar.
Jadual 4.6 : Korelasi Spearman Rho antara Faktor Jenis Minat Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar
Min Sisihan Piawai
Correlation Coefficient 1.000 .019
Sig. (2-tailed) .814
N 148
Dapatan analisis korelasi dalam jadual 4.6 menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan
yang signifikan antara jenis minat dengan pencapaian akademik pelajar (k = .019, p > .05). Maka
hipotesis nul pertama di dalam kajian ini tidak dapat ditolak. Ini menunjukkan bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara faktor jenis minat mempengaruhi gaya pemilihan
pelajar menyambung pengajian ke Kolej Komuniti dengan pencapaian akademik pelajar Kolej
80
Komuniti Arau. Kesimpulannya pencapaian akademik pelajar tidak dipengaruhi oleh faktor
minat pemilihan pelajar menyambung pengajian ke Kolej Komuniti.
Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan dorongan keluarga terhadap pencapaian
akademik pelajar.
Bagi menguji hipotesis nul kedua di dalam kajian ini, statistik inferensi yang digunakan adalah
ujian Kolerasi Spearman Rho untuk menguji hipotesis nul hubungan antara faktor dorongan
keluarga dengan pencapaian akademik pelajar.
Jadual 4.7 : Korelasi Spearman Rho antara Faktor Dorongan Keluarga Terhadap Pencapaian Akademik
Pelajar
Min Sisihan Piawai
Correlation Coefficient 1.000 -.213**
Sig. (2-tailed) .009
N 148
**Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)
Dapatan analisis korelasi dalam jadual 4.7 menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang
signifikan antara dorongan keluarga dengan pencapaian akademik pelajar (k = -.213, p < .05).
Maka hipotesis nul kedua di dalam kajian ini dapat ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara dorongan keluarga mempengaruhi gaya pemilihan pelajar
menyambung pengajian ke Kolej Komuniti dengan pencapaian akademik pelajar Kolej Komuniti
Arau. Kesimpulannya pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh faktor dorongan keluarga
pemilihan pelajar menyambung pengajian ke Kolej Komuniti.
Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan latar belakang pendidikan terhadap pencapaian
akademik pelajar.
81
Bagi menguji hipotesis nul ketiga di dalam kajian ini, statistik inferensi yang digunakan adalah
ujian Kolerasi Spearman Rho untuk menguji hipotesis nul hubungan antara faktor latar belakang
pendidikan dengan pencapaian akademik pelajar.
Jadual 4.8 : Korelasi Spearman Rho antara Faktor Latar Belakang Pendidikan Terhadap Pencapaian
Akademik Pelajar
Min Sisihan Piawai
Correlation Coefficient 1.000 -.220**
Sig. (2-tailed) .007
N 148
**Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)
Dapatan analisis korelasi dalam jadual 4.8 menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang
signifikan antara latar belakang pendidikan dengan pencapaian akademik pelajar (k = -.220, p <
.05). Maka hipotesis nul ketiga di dalam kajian ini dapat ditolak. Ini menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara faktor latar belakang pendidikan mempengaruhi gaya
pemilihan pelajar menyambung pengajian ke Kolej Komuniti dengan pencapaian akademik
pelajar Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh
faktor latar belakang pendidikan pemilihan pelajar menyambung pengajian ke Kolej Komuniti.
Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan status kolej terhadap pencapaian akademik
pelajar.
Bagi menguji hipotesis nul keempat di dalam kajian ini, statistik inferensi yang digunakan adalah
ujian Kolerasi Spearman Rho untuk menguji hipotesis nul hubungan antara faktor status kolej
dengan pencapaian akademik pelajar.
82
Jadual 4.9 : Korelasi Spearman Rho antara Faktor Status Kolej Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar
Min Sisihan Piawai
Correlation Coefficient 1.000 -.050
Sig. (2-tailed) .547
N 148
Dapatan analisis korelasi dalam jadual 4.8 menunjukkan bahawa tidak terdapat perhubungan
yang signifikan antara status kolej dengan pencapaian akademik pelajar (k = -.050, p > .05).
Maka hipotesis nul keempat di dalam kajian ini tidak dapat ditolak. Ini menunjukkan bahawa
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor status kolej mempengaruhi gaya pemilihan
pelajar menyambung pengajian ke Kolej Komuniti dengan pencapaian akademik pelajar Kolej
Komuniti Arau. Kesimpulannya pencapaian akademik pelajar tidak dipengaruhi oleh faktor
minat pemilihan pelajar menyambung pengajian ke Kolej Komuniti.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Implikasi Dapatan Kajian
Kepelbagaian faktor pemilihan melanjutkan pengajian di mana-mana institusi khususnya
di Kolej Komuniti boleh membantu sesebuah institusi itu dalam memperolehi pelajar baharu bagi
enrolmen kemasukan setiap semester. Dengan itu, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) mahupun
pensyarah boleh membuat satu pelan tindakan bagi memastikan bakal pelajar yang berpotensi
dapat di cari dengan lebih startegik bagi memenuhi kuota pengambilan bagi setiap semester.
Kajian ini telah menunjukkan bahawa pelajar yang melanjutkan pengajian atas jenis minat
terhadap kurikulum yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti antara faktor yang mempunyai min
tahap tertinggi yang mana ini boleh ditonjolkan semasa program promosi kolej bagi pengambilan
pelajar setiap semester. Selain itu, sasaran bakal pelajar berpotensi juga boleh ditetapkan kepada
pelajar lepasan aliran teknikal dan vokasional kerana melalui kajian juga mendapati tahap latar
belakang pendidikan mempunyai item skor min tinggi di mana pengalaman kemahiran yang
83
diperolehi semasa peringkat persekolahan adalah faktor yang menjadikan Kolej Komuniti
sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi melanjutkan pelajaran.
5.2 KESIMPULAN
Dapatan daripada kajian yang dijalankan kepada pelajar Kolej Komuniti Arau
menunjukkan kepelbagaian faktor gaya pemilihan melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti
yang mana turut memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Dorongan keluarga serta
sejarah latar belakang pendidikan merupakan faktor yang menyumbang kepada pencapaian
akademik pelajar Kolej Komuniti Arau. Ini menunjukkan, peranan keluarga sebagai pendorong
kejayaan dalam pemilihan melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan dapat memberi
semangat dan motivasi bagi pelajar mencapai kejayaan akademik bagi setiap semester. Ini adalah
selaras dengan kajian Shaifuddin Masduki (1997) yang menyatakan pencapaian akademik
mempunyai yang signifikan dengan pengaruh ibu bapa. Selain itu, pengetahuan sedia ada dalam
bidang kemahiran yang diperolehi pelajar dari peringkat persekolahan terdahulu memberi impak
kepada pencapaian akademik. Ini selaras dengan kajian Adlan, Fazida (2001) bahawa latar
belakang pendidikan turut mempengaruhi kerja dan motivasi seseorang individu.
84
RUJUKAN
Adlan, Fazida (2001) Tinjauan pengaruh latar belakang pendidikan terhadap budaya kerja dan
kualiti perkhidmatan pensyarah di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn.
Azizi Yahya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli. (2004). Psikologi Sosial. Skudai. Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahya, Shahrin, Jamaludin, Yusod dan Abdul Rahim (2007). Menguasai Penyelidikan
dalam Pendidikan. Teori, Analisis & Intepretasi Data. Jilid Kedua. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Chava, N. & David, N. (1981). Research Methods in the Social Sciences. Alternate second
edition without statistics. Second Edition. London. Edward Arnold Ltd.
Creswell, J. W. (2005). Mixed methods research designs in counseling psychology. Journal of
Counseling Psychologist 35 (2), pp 236 – 264.
Jailani Bin Md. Yunos, Wan Mohd Rashid Bin. Wan Ahmad, Noraini Binti Kaprawi dan Wahid
Bin Razally. (2006). Technical & Vocational Education & Training (TVET) from Malaysia
Perspective. Second International TT-TVET EU-Asia-Link project Meeting, VEDC Malang.
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Dasar Sains dan Teknologi Negara. Di capai
pada 19/2/2011
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/14DASAR_SAINS_dan_TEKNOLOGI_
NEGARA.pdf
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Asas Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Abd Ghafar. (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Penerbit UTM,
Skudai.
Masnita Hazlini Mustapha dan Supli Effendi Rahim. Kesan Kekurangan Peralatan Tangan
Subjek Kemahiran Hidup Yang Mengurangkan Minat Dan Membebankan Pelajar. UPSI.
Dicapai pada 1/3/2011.
http://images.hazlini.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TLsosgooCIIAABC6IU01/
KESAN%20KEKURANGAN%20PERALATAN%20SUBJEK%20KEMAHIRAN%20HID
UP%20MENGURANGKAN%20MINAT%20DAN%20MEMBEBANKAN%20PELAJAR.
.pdf?key=hazlini:journal:13&nmid=375959504
Nik Rosila Nik Yaacob (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan
Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jil. 22, m/s
161–172.
85
Quick Facts. (2009). Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia. Edisi April.
Shaifudin Masduki (1997). Motivasi,Komitmen dan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah
Menengah. Universiti Utara Malaysia. Tesis Sarjana. Dicapai pada 25/2/2011.
http://www.psb1.uum.edu.my/lpBin21/abs.dll/Infobase/bf0/101/1f7?fn=document-
frame.htm&f=templates&2.0
Zakaria Bin Othman (1996). Hubungan faktor-faktor Latarbelakang dan Komitmen Ibu Bapa
dengan Pencapaian Matematik. Universiti Utara Malaysia. Tesis Sarjana. Dicapai pada
25/2/2011.
http://www.psb1.uum.edu.my/lpBin21/abs.dll/Infobase/bf0/101/1b8?fn=document-
frame.htm&f=templates&2.0
86
HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN PENSYARAH DAN
PENGLIBATAN AKADEMIK PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI
WILAYAH UTARA
WAN MUHAMAD FITRI BIN WAN ZAHARI
NORASMAHAN BINTI ALI
Abstrak
Gaya pengajaran pensyarah merupakan salah satu daripada elemen yang mempengaruhi
penglibatan akademik pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti hubungan
antara gaya pengajaran pensyarah dengan penglibatan akademik pelajar di Kolej Komuniti
Wilayah Utara. Gaya pengajaran Grasha (1996) digunakan sebagai model untuk menghuraikan
gaya pengajaran pensyarah bagi kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang
melibatkan soalan soal selidik kepada pelajar tersebut. Soal selidik menggunakan Skala Likert
yang mana terdapat 3 bahagian soalan yang perlu di jawab iaitu demografi, gaya pengajaran
pensyarah serta penglibatan akademik pelajar. Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada
26 orang pelajar perempuan serta 24 orang pelajar lelaki telah menjawab soal-selidik yang
diedarkan secara persampelan rawak mudah. Data yang dikumpul kemudiannya diuji dengan
menggunakan kaedah statistik deskriptif di mana data dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS 20.0). Hasil kajian ini mendapati bahawa gaya
pengajaran model personal adalah paling dominan diamalkan oleh para pensyarah Kolej
Komuniti Wilayah Utara (M=3.92, SP=0.48). Kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan yang kukuh (r=.609**, p < 0.01) antara gaya pengajaran pensyarah dengan
penglibatan akademik pelajar Walaubagaimanapun, tidak terdapat perbezaan tahap penglibatan
akademik antara pelajar lelaki dan perempuan t(48) = 1.742, p > 0.05. Dapatan daripada kajian
ini juga membuktikan bahawa gaya pengajaran pensyarah merupakan elemen penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan penglibatan pelajar secara optimum.
Kata kunci: Gaya pengajaran pensyarah, penglibatan akademik
87
Abstract
Lecturers teaching style is one of the elements that affect a student's academic involvement. The
aim of this study was to identify the relationship between lecturers teaching style to the student's
academic involvement in the Northern Region Community College. Grasha teaching style (1996)
was used as a model to describe the teaching style of the lecturer for this study. This study used
quantitative methods involving questionnaire which was distributed to all students. A total of 50
respondents out of 26 females and 24 male students responded to questionnaires distributed by
simple random sampling. The data collected is then analyzed using descriptive statistical
methods in which the data were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS
20.0). The results of this study found that personal model of teaching style was most dominant
model among the lecturers of Northern Region Community (M = 3.92, SD = 0.48). The study
also shows that there is a strong significant correlation (r = .609**, p < 0.01) between lecturers
teaching style and student academic involvement. However, there was no difference in the level
of academic involvement between male and female students, t (48) = 1.742, p > 0.05. Findings
from this study also proves that lecturers teaching style is an important element in the process of
teaching and learning to ensure optimal student involvement.
Keywords: Lecturer’s teaching style, academic involvement
88
BAB SATU
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pengajaran dan pembelajaran merupakan proses yang penuh dengan cabaran. Tiada suatu kaedah
dan pendekatan yang terbaik untuk sesuatu keadaan dan situasi tersebut. Pengajaran dan
pembelajaran membabitkan beberapa pihak seperti guru, pelajar dan persekitaran. Isu dan
masalah berkaitan tentang kefahaman, pelaksanaan dan sokongan pelbagai pihak yang terlibat
harus diteliti dan diatasi. Pengetahuan yang luas, kesefahaman semua pihak yang terlibat adalah
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan tunggak dan pendorong
kepada semua proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Kedua-dua peranan tersebut adalah penting dalam
usaha membantu pelajar meningkatkan keinginan untuk meneroka alam akademik. Justeru, guru
haruslah menggunakan kemahiran mengajar yang ada untuk menarik minat pelajar, bukan sahaja
untuk meneruskan proses pembelajaran, malah untuk membantu para pelajar melangkah batasan
keupayaan agar dapat terus maju dalam bidang akademik. Oleh yang demikian, guru disarankan
melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan
gaya pembelajaran pelajar dalam membantu pelajar-pelajar mencapai prestasi akademik yang
cemerlang.
Gaya pembelajaran seseorang pelajar itu boleh dijadikan sebagai petunjuk kepada guru untuk
menggunakan gaya pengajaran yang sesuai. Guru seharusnya memahami gaya pembelajaran
pelajar dan menganggap perbezaan yang ada pada diri seseorang pelajar itu merupakan satu
keistimewaan dan dapat menggunakan keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaran
89
mereka. Apabila gaya pengajaran, sumber dan program disuai-padankan dengan gaya belajar
seseorang pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat. Gaya belajar
seseorang adalah berbeza antara satu dengan lain tanpa mengambil kira umur, status
sosioekonomi atau Intelligence Quotient (IQ) mereka. Oleh itu, guru seharusnya peka terhadap
perkara-perkara tersebut.
1.2 Pernyataan Masalah
Solon Community School District (2003) mengatakan bahawa pencapaian yang rendah sering
dikaitkan dengan pelajar berisiko di mana secara langsung mereka ini tidak dapat mencapai
matlamat program pendidikan. Oleh sebab itu, sesi pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi
penekanan yang sewajarnya di mana guru bertanggungjawab untuk menyusun setiap pengajaran
agar dapat menarik minat para pelajar supaya semua maklumat dapat disampaikan
semaksimumnya. Selain itu gaya pengajaran guru juga merupakan salah satu faktor yang boleh
menyebabkan naik atau turun prestasi pelajar itu. Olivia (1988) menerangkan gaya pengajaran
sebagai satu set ciri-ciri peribadi yang menunjukkan dengan jelas seseorang individu sebagai
seorang tenaga pengajar yang unik. Terdapat beberapa kajian yang berusaha mengenal pasti
hubungan antara gaya pengajaran guru dengan pencapaian pelajar seperti kajian Zin (2004) dan
kajian Aitkin dan Zuzovsky (1994) dan ada juga kajian yang menghubungkan gaya pengajaran
guru dengan gaya kognitif pelajar (Evans, 2004). Kajian-kajian lalu terhadap penglibatan pelajar
mendapati terdapat hubungan antara penglibatan pelajar dengan pengajaran guru dan juga
dengan pencapaian akademik (OECD, 2000). Walaubagaimanapun, kajian mereka ini mendapati
pengajaran guru bukanlah faktor utama yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Grasha dan Hicks (2000) pula berpendapat bahawa untuk menjamin keberkesanan sesebuah
proses pengajaran dan pembelajaran, fokus yang diberikan kepada gaya pembelajaran pelajar
90
semata-mata tidak memadai. Gaya pengajaran guru juga perlu dititikberatkan kerana pengajaran
guru penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid. Menurut Grasha (1996), gaya
pengajaran ialah pola kepercayaan, pengetahuan, prestasi dan tingkah laku guru ketika mengajar
dalam kelas. Dalam kajian ini gaya pengajaran merujuk kepada gaya pengajaran mengikut
Grasha (1996) yang membahagikan gaya pengajaran kepada lima dimensi iaitu gaya pakar, gaya
autoriti formal, gaya model personal, gaya delegator, gaya fasilitator dan sebagainya.
Kajian-kajian terhadap gaya pengajaran pensyarah di Kolej Komuniti adalah sangat kurang
apatah lagi kajian yang menghubungkan gaya pengajaran pensyarah dengan penglibatan pelajar.
Oleh itu, kajian ini akan cuba menjawab persoalan apakah gaya pengajaran paling dominan yang
dipraktikkan oleh pensyarah Kolej Komuniti dan adakah terdapat hubungan antara gaya
pengajaran pensyarah dengan penglibatan pelajar.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
1. Mengenalpasti gaya pengajaran pensyarah di Kolej Komuniti Wilayah Utara
2. Menjelaskan penglibatan akademik pelajar Kolej Komuniti Wilayah Utara
3. Menentukan tahap penglibatan akademik pelajar berdasarkan jantina
4. Mengenalpasti hubungan antara gaya pengajaran pensyarah dengan penglibatan
akademik pelajar
91