The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_ieda81, 2021-08-03 06:56:13

Prosiding SPEKKU 2015

Prosiding SPEKKU 2015

VI. ANALISIS DAPATAN

Berdasarkan kepada dapatan hasil yang diperolehi, dapat diperhatikan perbandingan
respon antara kedua-dua sesi krit yang telah dilakukan. Rajah 2 dan 3 menunjukkan hasil yang
diperolehi.

Rajah 2: Penerimaan Pelajar Terhadap Dua Rajah 3: Penerimaan Pelajar Terhadap Dua
Jenis Sesi Krit Jenis Kritikan

Tinjauan kajian mendapati bahawa sebanyak 42 peratus daripada pelajar memberikan
respon sangat berpuas hati terhadap sesi krit secara desk crit dan ia adalah peratusan yang
tertinggi. Manakala sesi krit yang dijalankan secara informal class pin-up pula, ia cuma hanya
melibatkan peratus pelajar sebanyak 20 peratus sahaja yang menyatakan respon sangat berpuas
hati terhadap sesi krit tersebut. Bagi sesi krit secara informal class pin-up, peratusan tertinggi
pelajar yang merasakan berpuas hati dengan sesi krit tersebut ialah 31 peratus.

Seterusnya, hasil pemerhatian mendapati bahawa penerimaan pelajar terhadap dua jenis
kritikan memberikan dua bentuk penerimaan. Pertamanya, ialah kritikan positif dan keduanya,
ialah kritikan negatif. Didapati bahawa pelajar rasa sangat berpuas hati daripada kritikan positif
iaitu sebanyak 40 peratus, berbanding dengan kritikan negatif yang hanya 11 peratus. Bagi

292

kritikan negatif, peratusan tertinggi pelajar hanya setakat antara berpuas hati dan tidak berpuas
hati sahaja iaitu sebanyak 33 peratus.

Melalui maklum balas yang diperolehi juga, terdapat berbagai-bagai ragam dan tindak
balas yang ditonjolkan oleh pelajar terhadap sesi krit yang telah dijalankan. Ini dapat dilihat
berdasarkan Rajah 4 di bawah.

Rajah 4: Respon Pelajar

Berdasarkan Rajah 4 tersebut, tindak balas pelajar diklasifikasikan kepada tiga belas
bentuk respon. Antaranya ialah mendapat galakkan, mengelirukan, menerima maklum balas
yang diberikan, mengecewakan, teruja dengan idea-idea yang diberikan, dapat menerima
teguran, memberi ilham, kecewa kerana tidak mendapat hasil jawapan, yakin dengan hasil yang
telah dilakukan, bersedia untuk mencuba teknik-teknik baru, gementar, menghargai maklum
balas yang diberikan dan yang terakhir ialah acuh tidak acuh.

Sebanyak 49 peratus dari kalangan pelajar menzahirkan rasa kerap kali teruja dengan
idea-idea yang diberikan, dapat menerima teguran, bersedia untuk mencuba teknik-teknik baru
dan menghargai maklum balas yang diberikan dalam sesi krit yang dilalui. Seterusnya, diikuti
dengan 40 peratus dari kalangan pelajar menyatakan bahawa mereka mendapat galakkan semasa
sesi krit dijalankan dan 36 peratus dari kalangan pelajar dapat menerima maklum balas yang
diberikan. Dalam tindak balas yang lain pula, sebanyak 49 peratus dari kalangan pelajar selalu
merasakan bahawa sesi krit dapat membantu memberikan ilham kepada mereka, diikuti dengan
dapat menerima maklum balas yang diberikan, diwakili oleh peratusan sebanyak 36 peratus dan

293

perasaan gementar sebanyak 33 peratus. 40 peratus pelajar merasakan bahawa kadang-kala
mengelirukan, diikuti dengan 33 peratus yang kecewa kerana tidak mendapat jawapan dan yakin
dengan hasil yang telah dilakukan serta 31 peratus yang agak kecewa dan berasa acuh tak acuh
terhadap sesi krit yang dijalankan.

Jadual 1: Mod Dan Jenis Bagi Setiap Tindak Balas Pelajar

Bil. Tindak Balas Mod Jenis
Tindak
1. Bersedia untuk mencuba teknik-teknik baru 22 Sangat banyak Balas
2. Dapat menerima teguran 22 Sangat banyak
3. Menghargai maklum balas yang diberikan 22 Sangat banyak Positif
4. Teruja dengan idea-idea yang diberikan 22 Sangat banyak Positif
5. Mendapat galakkan 18 Sangat banyak Positif
6. Memberi ilham 22 Banyak Positif
7. Menerima maklum balas yang diberikan 16 Banyak Positif
8. Gementar 15 Banyak Positif
9. Mengelirukan 18 Sederhana Positif
10. Kecewa kerana tidak mendapat jawapan 15 Sederhana Negatif
11. Yakin dengan hasil yang telah dilakukan 15 Sederhana Negatif
12. Mengecewakan 14 Sederhana Negatif
13. Acuh tidak acuh 14 Sangat sedikit Positif
Negatif
Negatif

Dalam Jadual 1 ini, majoriti pelajar sangat banyak memberikan tindak balas secara positif
dengan merasakan bahawa mereka bersedia untuk mencuba teknik-teknik baru, dapat menerima
teguran, menghargai maklum balas yang diberikan, teruja dengan idea-idea yang diberikan,
mendapat galakkan dan dapat menerima maklum balas yang diberikan. Disamping itu, pelajar
juga banyak memberikan respon dengan merasakan bahawa melalui sesi krit, ia dapat
memberikan ilham kepada mereka dan mereka dapat menerima maklum balas yang diberikan.
Tidak kurang juga yang banyak respon secara negatif dari kalangan pelajar seperti perasaan
gementar semasa sesi krit. Bagi tindak balas yang selebihnya, pelajar secara sederhana
memberikan respon negatif melalui perasaan mengelirukan, kecewa kerana tidak mendapat
jawapan, acuh tidak acuh dan mengecewakan bagi sesi krit yang telah dijalankan. Pelajar juga
secara sederhana bertindak balas secara positif yakin dengan hasil yang telah dilakukan.

294

VII. PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam kelas dan analisis dapatan, dapat
dilihat bagaimana pelajar memberikan respon dan tindak balas terhadap sesi krit yang telah
dilakukan. Secara keseluruhannya, pelajar lebih berpuas hati terhadap kritikan berbentuk desk
crit berbanding dengan kritikan berbentuk informal class pin-up.

Hal ini berlaku kerana kritikan berbentuk desk crit lebih banyak melibatkan interaksi dua
hala antara pelajar dan pensyarah terhadap perkembangan idea sesuatu tugasan pelajar dari masa
ke semasa. Ini dapat dilihat bagaimana pelajar lebih cenderung menerima kritikan membina
secara langsung dari pensyarah dan ini lebih membantu pelajar-pelajar dalam penambahbaikan
terhadap sesuatu tugasan yang dilakukan. Oleh itu, kritikan desk crit dilihat lebih memberikan
kelebihan kepada pelajar sendiri. Berbanding dengan kritikan berbentuk informal class pin-up, ia
lebih melibatkan penglibatan semua pelajar dan pensyarah terhadap sesuatu pembentangan
tugasan. Hal ini berlaku kerana sikap pelajar yang kurang keyakinan diri dalam melakukan
pembentangan terhadap hasil tugasan. Oleh itu, ini menyebabkan ruang bagi pelajar menerima
kritikan membina secara langsung adalah tipis.

Dari aspek penerimaan pelajar terhadap jenis kritikan pula, ia melibatkan dua bentuk
penerimaan daripada pelajar iaitu kritikan positif dan negatif. Dari sudut kritikan positif, ia
memperlihatkan respon atau tindak balas yang positif dari pelajar. Menerusi kritikan positif
tersebut, rata-rata dari kalangan pelajar amat teruja dengan idea-idea bernas yang diberikan serta
mendapat galakan yang maksima dari pensyarah. Kebanyakkan pelajar menerima teguran yang
membina dan bersedia untuk mencuba teknik-teknik baru yang diperkenalkan. Manakala dari
sudut kritikan yang negatif, ia dilihat sebagai satu kritikan yang kurang memberikan ransangan
dan galakan kepada pelajar. Ini juga boleh dikaitkan dengan psikologi pelajar sendiri. Ada
segelintir dari kalangan pelajar yang mempunyai perasaan gementar terhadap pembentangan
hasil tugasan yang diberikan. Terdapat juga sebilangan pelajar yang bersikap acuh tidak acuh
terhadap pembentangan hasil tugasan yang diberikan. Adakalanya juga sebahagian dari pelajar
merasakan hasil pembentangan tugasan mereka memberikan pengecewaan kepada diri sendiri.
Ternyata, ia juga boleh dikaitkan dengan sikap pelajar itu sendiri. Dalam erti kata yang lain,

295

kurang keyakinan dalam diri pelajar boleh menyebabkan kritikan yang diterima oleh mereka
dianggap sebagai satu kritikan yang negatif.

Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa pelajar lebih selesa jika pensyarah
mengkritik mereka secara individu tanpa merasakan gangguan dari perhatian pelajar lain dan
kritikan positif lebih merangsangkan pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini menunjukkan
bahawa pelajar memerlukan sokongan atau contoh terbaik untuk mereka ikuti melalui kritikan
yang membina.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Daripada pemerhatian yang dijalankan terhadap kajian ini, dapat dikatakan bahawa sesi krit
bukan sahaja dilihat sebagai satu sesi untuk menilai hasil kerja pelajar, malahan juga dilihat
sebagai satu sesi yang berterusan dalam PdP untuk memantau dan memperbaiki hasil kerja
pelajar.

Justeru, dapat disimpulkan bahawa sesi krit dapat dijadikan sebagai salah satu kaedah
PdP bagi memantau perkembangan hasil kerja pelajar serta untuk memastikan pelajar dapat
mencapai tahap kemahiran yang diperlukan. Desk Crit dilihat sebagai sesi krit yang banyak
membantu pelajar dalam memperbaiki hasil kerja mereka. Namun, kesannya terhadap hasil kerja
pelajar masih lagi menjadi tanda tanya kerana masih kekurangan kajian seumpamanya yang
pernah dijalankan terhadap pelajar peringkat Sijil Fesyen Dan Pakaian.

Sehubungan dengan itu, dapat disarankan beberapa cadangan bersesuaian dengan hasil
kajian yang telah dijalankan ini. Disini, dapat dicadangkan agar sesi krit dijadikan sebagai silibus
kurikulum dalam fesyen dan pakaian yang menjadi penilaian tambahan kepada pelajar-pelajar.
Sesi krit ini boleh dijadikan satu amalan serta budaya berterusan bagi pelajar dan pensyarah
dalam mengasilkan sesuatu produktiviti yang berkualiti selaras dengan idea-idea dan pencapaian
mengikut silibus yang telah ditetapkan. Impaknya, ia sebagai persediaan asas bagi pelajar dalam
menghadapi dunia kerjaya fesyen dan pakaian untuk menghasilkan sesuatu mutu rekaan fesyen
seiring dengan perkembangan dunia dan semasa pada masa kini.

296

RUJUKAN
Fox, N. (1998). Trent Focus for Research and Development in Primary Health Care: How to

Use Observation in a Research Project. Trent Focus
Graham, E. M. (2003). Studio design critique: Student and faculty expectations and reality.

Louisiana State University. Retrieved March 30, 2014, from http://etd.lsu.edu/
docs/available/etd-0611103-184324/unrestricted/Graham_thesis.pdf
Hamdan, S. N. F. (2011). The genre and the genre expectations of crit sessions of architecture
students in UTM. Universiti Teknologi Malaysia.
Hassanpour, B., Utaberta, N., & Zaharim, A. (2010). Redefining Critique Session as an
Assessment Tool In Architecture Design Studio Class ( A case Study of 2 nd Year Design
Studio in Architecture Department of Universiti Kebangsaan Malaysia / The National
University Malaysia ). WSEAS TRANSACTIONS on ADVANCES in ENGINEERING
EDUCATION, 7(9), 287–298.
Lymer, G. (2010). The work of critique in architectural education. Sweden: Acta Universitatis
Gothoburgensis. Retrieved from https://gupea.ub.gu.se/handle/2077/22775
Mccarthy, C. (2011). Redesigning the Design Crit (p. 32).
Utaberta, N., B. Hassanpour, (2010). Redefining critique methods as an assessment tools in
architecture design studio, WSEAS Transaction On Advanced Education, 359
Webster, H. (2005). The architectural review: A study of ritual, acculturation and reproduction in
architectural education. Arts and Humanities in Higher Education, 4(3), 265-282.

297

GAYA PENGAJARAN PENSYARAH DALAM PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH DAN HUBUNGAN DENGAN PEMIKIRAN

KRITIKAL SERTA KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR

NUR ELYANI BINTI MOHAMMAD
[email protected]

AINUN RAFIEZA BINTI AHMAD TAJUDDIN
[email protected]

SHAFARIZAN BINTI ABD SAMAAD
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap gaya pengajaran PBM pensyarah dan hubungannya
dengan pemikiran kritikal terhadap kemahiran generik pelajar di Kolej Komuniti di Utara
Semenanjung Malaysia. Seramai 117 responden terlibat yang terdiri daripada pelajar bagi
program pengajian menerusi persijilan Modular Kebangsaan (SMK). Berdasarkan pengajaran
PBM pensyarah dan pemikiran kritikal serta kemahiran generik, satu model hubungan antara
pembolehubah kajian dibina dan diuji. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan soal selidik yang
diedarkan kepada responden. Dapatan menunjukkan (1) tahap gaya pengajaran pensyarah
berasaskan masalah berada pada tahap yang memuaskan, (2) terdapat perbezaan penilaian yang
signifikan terhadap gaya pengajaran PBM berdasarkan jantina pelajar, (3) terdapat hubungan
yang signifikan di antara PBM pensyarah dengan pemikiran kritikal pelajar dan kemahiran
generik pelajar, dan (4) terdapat pengaruh yang signifikan antara kemahiran kritikal pelajar
dengan kemahiran generik pelajar di Kolej Komuniti. Oleh itu, dapatan ini jelas menunjukkan
bahawa pembelajaran berasaskan masalah boleh dijadikan metod pengajaran pensyarah
berkesan untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal dan kemahiran generik.
Cadangan untuk kajian seterusnya juga turut disyorkan dalam kajian ini.

Kata Kunci: PBM Pensyarah, Pemikiran Kritikal Pelajar,Kemahiran Generik Pelajar.

298

1.0 PENGENALAN

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masih berdepan dengan tuntutan untuk menghasilkan
graduan yang lebih efektif terutamanya dalam meningkatkan peranan pelajar supaya lebih
berkemahiran dalam menyelesaikan masalah dan produktif terhadap alam pekerjaan
(Yeo, 2005). Ini adalah kerana masih ramai pelajar belajar secara hafalan sebagai
persediaan untuk lulus dalam peperiksaan, bila mana strategi pembelajaran tersebut tidak
meningkatkan keupayaan mereka untuk menyelesaikan masalah, berfikir secara kritikal
dan mampu menggunakan kemahiran generik dalam melaksanakan sesuatu tugasan
(Alias, 2012).

Sehubungan dengan itu Shannon, Mike, Gavin dan Brian (2013) telah menyarankan
pembelajaran di institusi pengajian tinggi perlu lebih berfokuskan pelajar (student
centered) dengan penekanan kepada kaedah pedagogi yang memberi perhatian kepada
keperluan dan kebolehan pelajar. Dengan itu, secara tidak langsung pembelajaran
berfokus termasuklah kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) yang juga bukan
sahaja mampu membentuk pelajar yang lebih aktif dari segi penglibatan, malah berupaya
menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih berkesan (Mohamad Termizi & Sopia,
2013).

Menurut Abdul Sukor (2011) PBM adalah satu perkaedahan yang berpusatkan pelajar,
bila mana pelajar secara kolaboratif akan bekerjasama secara aktif untuk menyelesaikan
sesuatu permasalahan berkaitan dengan kandungan kursus yang diambil dengan
mencerminkan pengalaman mereka. Pembelajaran menerusi PBM juga didorong oleh
masalah-masalah yang benar dan relevan. Dalam proses pengajaran seumpama ini,
pensyarah akan mengambil peranan sebagai fasilitator bagi membantu menjayakan
proses pembelajaran yang lebih kepada berorientasikan pelajar itu sendiri.

Melalui Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015, Kolej Komuniti telah
menyesuaikan persijilan baharu selaras dengan aliran pendidikan tinggi semasa, yang
mana kurikulumnya adalah berbentuk PBM. Kesejajaran perubahan ini adalah dengan
bermatlamatkan pendidikan di Kolej Komuniti akan menjadi lebih signifikan dalam
menyediakan peluang pendidikan mengikut aliran semasa pengajian tinggi kepada

299

pelajar-pelajarnya terutama dalam menguasai kemahiran dalam bidang teknikal serta
memenuhi keperluan modal insan yang mempunyai pemikiran kritikal dan pelbagai
kemahiran generik yang lain.

Lantaran itu, satu kajian mengenai gaya PBM pensyarah yang mempengaruhi aspek
pemerolehan pemikiran kritikal dan kemahiran generik pelajar perlu dijalankan. Ruhizan
dan Saemah (2011) juga telah mempersoalkan, sejauh manakah gaya pengajaran PBM ini
telah dilaksanakan secara berkesan di IPT di Malaysia, khususnya di Kolej Komuniti bagi
mencakupi semua kompetensi seperti pemikiran kritikal dan kemahiran generik sebagai
anjakan daripada pengajaran secara tradisional.

1.1 Latar Belakang Masalah

Menerusi kajian Kamarudin, Ruhizan dan Ramlee (2009) mereka mendapati bahawa
pelajar Kolej Komuniti masih belum bersedia untuk menembusi pasaran pekerjaan
dengan beraninya. Kenyataaan ini diperkukuhkan lagi dengan laporan perangkaan
Pengajian Tinggi Malaysia (2011), yang mendapati hanya lima puluh peratus (50%)
daripada 6,582 graduan/lulusan Kolej Komuniti di Malaysia berjaya memperolehi
pekerjaan dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas tamat pengajian. Selebihnya,
sebanyak sepuluh peratus (10%) graduan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi dan empat puluh peratus (40%) lagi tidak mendapat perkerjaan. Tambahan
daripada itu bagi yang gagal mendapatkan pekerjaan dalam tempoh tiga hingga enam
bulan mereka perlu diberikan perhatian yang serius kerana jumlah tersebut adalah begitu
besar bilangannya bagi sesebuah instusi pengajian tinggi. Mungkinkah faktor kegagalan
akibat daripada Kolej Komuniti yang belum memantapkan PBM untuk meningkatkan
pemikiran kritikal dan kemahiran generik pelajar?

Tambahan lagi, faktor utama yang memberi petunjuk kepada kegagalan kebolehpekerjaan
dalam kalangan siswazah di Malaysia ialah disebabkan oleh kelemahan dalam kemahiran
pemikiran kritikal khususnya dalam penaakulan yang berkaitan dengan penyelesaian
masalah (Rodiah, Siti Rahayah & Noriah, 2009). Kelemahan yang ketara ini
memerlukan satu kajian yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca dan bagaimana

300

untuk mengatasinya. Oleh itu, penilaian terhadap gaya pengajaran PBM pensyarah di
Kolej Komuniti dilihat sebagai suatu keperluan bagi memastikan perubahan terhadap
aliran pendidikan alaf baru ini mampu untuk memastikan kadar empat puluh peratus
(40%) graduan yang gagal mendapatkan pekerjaan dapat dikurangkan. Kajian ini secara
langsung akan dapat mengkaji bagaimana gaya pengajaran pensyarah terhadap
penggunaan kaedah PBM.

Kajian Ahmad Rizal, Malyia Afzan, Abdul Rasid, Mohamad Zaid dan Yahya (2008) juga
mendapati penerapan PBM berlaku secara sederhana bagi tenaga pengajar di Kolej
Komuniti yang memberi implikasi keupayaan pelajar dalam kedua-dua kemahiran
tersebut adalah tidak begitu memberangsangkan. Kesedarhanaan ini mungkin
mengakibatkan peratusan mendapatkan kerja dalam kalangan graduan mendukacitakan.
Sokongan terhadap situasi ini juga ditemui dalam kajian Ahmad Rizal dan Yahya (2011)
yang mendapati cabaran utama kepada tenaga pengajar di Kolej Komuniti adalah apabila
kurikulum yang dibangunkan tidak begitu menekankan kepada aspek pembangunan
kemahiran generik, serta kekurangan masa ke atas penerapan pengajaran dan tiada skala
pengukuran yang boleh diukur ke atas potensi pelajar jika sekalipun penerapan yang
berkesan telah dilaksanakan. Oleh itu, bagi menjawab permasalahan tersebut, kajian ini
akan mengkaji hubungan antara pengajaran PBM pensyarah dengan pemikiran kritikal
dan kemahiran generik.

Sementara itu, penilaian terhadap keupayaan pensyarah mengajar juga berbeza di antara
pelajar lelaki dan perempuan. Kajian oleh Balamuralithara, Foon dan Mohamed Nor
(2014) mendapati bahawa disebabkan oleh kurang minat dan bilangan pelajar perempuan
yang kecil dalam bidang teknikal dan kejuruteraan, ia boleh menyebabkan penilaian
mereka terhadap pengajaran pensyarah adalah rendah jika dibandingkan dengan pelajar
lelaki. Kajian terdahulu oleh Rosser (1995) juga mendapati pelajar lelaki lebih banyak
menerima perhatian dan pujian daripada pensyarah terutama semasa dalam kuliah dan ini
menambahkan lagi rasa pengasingan terhadap pelajar perempuan terhadap minat dan
pembelajaran berteraskan kemahiran. Disebabkan fenomena ini, kajian ini juga akan
mengkaji faktor jantina pelajar manakah yang mempengaruhi tahap pengajaran PBM
pensyarah di bidang teknikal. Dapatan kajian ini akan membantu pihak Kolej Komuniti

301

merancang program untuk mencambahkan minat kepada pelajar perempuan dalam
bidang teknikal yang kebanyakan didominasi oleh pelajar lelaki.

2.0 Objektif Kajian
Kajian gaya pengajaran pensyarah yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji tahap gaya
pengajaran PBM pensyarah di Kolej Komuniti. Secara khususnya objektif penyelidikan
yang dijalankan ialah untuk:

1. Mengenal pasti tahap gaya pengajaran PBM pensyarah daripada persepsi pelajar
di Kolej Komuniti.

2. Mengenal pasti perbezaan penilaian pelajar terhadap gaya pengajaran PBM
pensyarah berdasarkan jantina pelajar.

3. Mengenal pasti hubungan di antara gaya pengajaran PBM pensyarah dengan
pemikiran kritikal pelajar dan kemahiran generik pelajar dari persepsi pelajar di
Kolej Komuniti.

4. Mengenal pasti pengaruh gaya pengajaran PBM pensyarah dan pemikiran kritikal
terhadap kemahiran generik.

2.1 Persoalan Kajian
Berpandukan kepada objektif kajian, empat persoalan kajian dikemukakan seperti
berikut:

1. Apakah tahap gaya pengajaran PBM pensyarah dari persepsi pelajar di Kolej
Komuniti?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan penilaian pelajar terhadap gaya
pengajaran PBM pensyarah berdasarkan jantina pelajar di Kolej Komuniti?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pengajaran PBM
pensyarah dengan pemikiran kritikal pelajar dan kemahiran generik pelajar dari
persepsi pelajar di Kolej Komuniti?

302

4. Apakah terdapat pengaruh gaya pengajaran PBM pensyarah dan kemahiran

kritikal tehadap kemahiran generik pelajar di Kolej Komuniti

3.0 Metodologi Kajian
Kajian yang dilaksanakan ini merupakan kajian berbentuk deskriptif dan berbentuk
kuantitatif mudah. Kaedah kuantitatif adalah satu kaedah penyelidikan yang sistematik,
piawaian dan mudah dalam jangkamasa yang singkat. Pendekatan ini merujuk kepada
penggunaan pengukuran secara objektif bagi menghasilkan data numerikal yang biasanya
dianalisis menggunakan statistik (Othman Talib, 2013). Populasi kajian adalah terdiri
daripada pelajar yang mengikuti program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) di salah
sebuah Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia di Perlis. Terdapat lapan
kursus dalam program SMK ini dan mempunyai 167 orang pelajar. Persampelan secara
rawak digunakan berdasarkan kepada kaedah penentuan saiz sampel kajian yang
digunakan oleh Krejcie dan Morgan (1970).

4.0 ANALISIS DAPATAN
4.1 Analisis Demografi
Jadual 3.1 menunjukkan majoriti responden adalah lelaki iaitu seramai 64 orang (54.7
peratus) manakala selebihnya adalah perempuan iaitu 53 orang (45.3 peratus).
Perangkaan ini menunjukkan responden lelaki adalah melebihi responden perempuan
sebanyak 9.4%. Sementara majoriti umur responden adalah dalam lingkungan umur 18
hingga 25 tahun iaitu seramai 98 orang (83.3 peratus). Kedua tertinggi adalah lebih
daripada 39 tahun ke atas iaitu seramai 13 orang (11.1 peratus), sementara responden
dalam lingkungan umur 26 tahun hingga 32 tahun adalah seramai 4 orang (3.4 peratus).
Responden dalam lingkungan umur 33 tahun hingga 39 tahun adalah yang paling sedikit
iaitu seramai 2 orang (1.7 peratus). Bagi kursus yang diikuti, majoriti responden
mengikuti kursus Pemasangan Elektrik iaitu seramai 44 orang (37.6 peratus). Ini diikuti
oleh kursus Fesyen dan Pakaian seramai 35 orang (29.9 peratus) dan kursus

303

Pemprosesan Makanan seramai 20 orang (17.1 peratus). Sementara responden bagi
kursus Lukisan Senibina adalah seramai 14 orang (12 peratus) dan responden bagi kursus
yang paling sedikit adalah daripada kursus Rangkaian Komputer iaitu seramai 4 orang
(3.4 peratus).

Jadual 3.1 Maklumat Demografi Responden

Demografi Responden Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 64 54.7

Perempuan 53 45.3

Umur 18-25 tahun 98 83.8

26-32 tahun 4 3.4

33-39 tahun 2 1.7

>40 tahun 13 11.1

Kursus Pemasangan Elektrik 44 37.6

Fesyen dan Pakaian 35 29.9

Pemprosesan Makanan 20 17.1

Lukisan Senibina 14 12

Rangkaian Komputer 4 3.4

304

4.2 Analisa Soalan Kajian 1-Tahap gaya pengajaran PBM pensyarah dari persepsi

pelajar di Kolej Komuniti?

Setiap item yang terkandung di dalam dimensi PBM pensyarah ini diukur sebagai satu
faktor tunggal dianalisis untuk mencari nilai min dan sisihan piawainya. Secara
keseluruhannya tahap pengajaran pensyarah berasaskan masalah berada pada tahap
memuaskan dengan nilai minnya 4.13 (SP. 43) berdasarkan interpretesi min oleh
Creswell (2005).

Jadual 4.2
Min Dan Sisihan Piawai Item Pengajaran PBM Pensyarah

Item Min Sisihan Tahap
Piawai

Merangsang untuk membuat kesimpulan dalam bentuk 4.10 .59 Memuaskan
pemahaman sendiri .55 Memuaskan
.59 Memuaskan
Merangsang untuk membuat perkaitan antara isu pembelajaran 4.10 .70 Memuaskan
.60 Memuaskan
bersama ahli kumpulan .55 Memuaskan
.57 Memuaskan
Merangsang untuk memahami asas teori yang mendasari 4.07 .67 Memuaskan
aktiviti pembelajaran

Membina pemahaman kendiri terhadap masalah dalam 4.07
pembelajaran

Merangsang pencarian kepelbagaian sumber lain pembelajaran 4.07

Penerapan pengetahuan terhadap penyelesaian 4.17
masalah/projek/tugasan

Penggunaan pengetahuan yang dipelajari untuk menyelesaikan 4.18
masalah/projek/tugasan dalam situasi yang lain

Maklumbalas membina berkaitan kerja kumpulan 4.18

305

Penilaian ke atas kerjasama kumpulan 4.22 .72 Sangat
4.03 .70 memuaskan
Menyedari kekuatan dan kelemahan dalam penyampaian 4.26 .66
pengajaran 4.13 .43 Memuaskan
Jelas dan bermotivasi untuk melaksanakan tugas
Sangat
Jumlah Min (Sd) Keseluruhan memuaskan

4.3 Pengujian Hipotesis

4.3.1 Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penilaian pelajar terhadap
PBM pensyarah berdasarkan jantina pelajar di Kolej Komuniti.

Bagi menguji hipotesisi nul yang pertama dalam kajian ini, kaedah ujian-t sampel bebas
digunakan kerana ianya melibatkan satu pemboleh ubah bebas iaitu jantina dengan dua
kumpulan (lelaki dan perempuan) dan satu pemboleh ubah yang selanjar (interval) iaitu
penilaian terhadap gaya pengajaran PBM pensyarah.

Jadual 4.3

Keputusan Ujian-t Sampel bebas penilaian terhadap gaya pengajaran PBM pensyarah
berdasarkan jantina pelajar

Jantina N Min SP Dk T p *p
Lelaki 64
Perempuan 53 4.24 .351 115 3.011 .05 <.05

4.00 .491 Jadu
al

4.3 menunjukkan keputusan ujian-t sampel bebas penilaian pengajaran pensyarah

berasaskan masalah mengikut jantina pelajar. Setelah analisis statistik t-sampel bebas

dijalankan, ujian Levene didapati tidak signifikan (p > .05). Keputusan ini menunjukkan

306

varian di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah sama dan telah memenuhi
andaian kehormogenan varians antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap
pengajaran pensyarah berasaskan masalah. Setelah Ujian-t sampel bebas dilakukan,
dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pengajaran pensyarah
berasaskan masalah berdasarkan jantina pelajar, t(115) = 3.011, p < .05. Keputusan ini
berjaya menolak hipotesis nul. Min penilaian pelajar lelaki terhadap pengajaran
pensyarah berasaskan masalah (4.24) adalah lebih tinggi daripada min penilaian pelajar
perempuan (4.00). Kesimpulannya penilaian pengajaran pensyarah berasaskan masalah
dalam kalangan pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan.
4.3.2 Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara PBM pensyarah
dengan pemikiran kritikal pelajar dan kemahiran generik pelajar di Kolej
Komuniti.
Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan keseluruhan tahap
pengajaran PBM pensyarah dengan pemikiran kritikal dan kemahiran generik. Ini
bermakna semakin tinggi tahap pengajaran pensyarah dalam gaya pembelajaran
berasaskan masalah, semakin tinggi aspek pemerolehan kritikal pelajar dan kemahiran
generik pelajar. Dapatan daripada Jadual 4.4 secara keseluruhan didapati wujud
hubungan positif yang signifikan (r = .60, p < .01) dengan kekuatan hubungan yang
tinggi bagi pembolehubah melibatkan pemikiran kritikal, begitu juga terdapat hubungan
positif yang signifikan (r = .38, p < .01) dengan kekuatan hubungan sederhana antara
pembolehubah melibatkan kemahiran generik. Maka, keputusan hipotesis nul adalah
ditolak.

307

Jadual 4.4

Korelasi Pearson r antara pengajaran PBM pensyarah dengan pemikiran kritikal pelajar
dan kemahiran generik pelajar.

Skala 1 2 3
1.Tahap pengajaran - .60** .38**
2.Pemikiran kritikal
3.Kemahiran Generik - -

4.3.Ho3: Tidak terdapat pengaruh pengajaran PBM pensyarah dan pemikiran
kritikal terhadap kemahiran generik pelajar di Kolej Komuniti.

Bagi pengujian hipotesis nul terakhir dalam persoalan kajian ini adalah bertujuan untuk
menentukan sejauh mana gaya pengajaran PBM pensyarah dan pemikiran kritikal pelajar
merupakan pemboleh ubah peramal kuat terhadap kemahiran generik pelajar. Maka
penyelidik menggunakan ujian Regresi mudah dalam menganalisa dapatan kajian ini.

Untuk menentukan pengaruh pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar tehadap
pembolehubah bersandar, nilai Beta dalam jadual adalah dirujuk ( Pallant, 2010). Dalam
ruang Beta, nilai koefisien Beta paling tinggi adalah pemikiran kritikal iaitu 0.69
berbanding dengan nilai Beta PBM pensyarah (0.03). Keputusan ini jelas menunjukkan
pemikiran kritikal lebih mempengaruhi PBM pensyarah terhadap kemahiran generik
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.5 di bawah.

Sebagai rumusannya, pemikiran kritikal pelajar merupakan peramal kepada kemahiran
generik pelajar kerana pekali regresi piawai pemboleh ubahnya (ß = .583, p<.05)yang
signifikan. Keputusan ini berjaya menolak hipotesis nul yang dibina.

308

Jadual 4.5

Analisis regresi Pengaruh PBM pensyarah dan pemikiran kritikal terhadap kemahiran
generik

Model Standardized
Coefficients Sig. Correlations Collinearity Statistics

Beta Tolerance VIF

1 (Constant) 1.29 .40

Pengajaran .03 7.38 .38 .65 1.54
PBM

pensyarah

Pemikiran .69 .000 .60 .65 1.54
Kritikal

a. Dependent Variable: Kemahiran Generik

5.0 PERBINCANGAN

Dalam kajian ini, responden memberikan tahap pengajaran pensyarah berada pada tahap
yang memuaskan (M=4.13, SP=.43). Berbeza dengan dapatan kajian Ahmad Rizal, Malyia
Afzan, Abdul Rasid, Mohamad Zaid dan Yahya (2008), kajian mereka mendapati penerapan
pengajaran PBM pensyarah adalah berlaku secara sederhana bagi tenaga pengajar di Kolej
Komuniti. Apa yang menyebabkan perbezaan ini wujud kerana jika ia dinilai secara
perbandingan tempoh masa, kajian ini adalah berdasarkan penyesuaian persijilan baharu
(SMK) Kolej Komuniti mulai tahun 2010 selaras dengan aliran pendidikan tinggi semasa,
yang mana kurikulumnya adalah berbentuk pendekatan berorientasikan masalah, kerja atau
projek (work/project base) (Kamarudin, Zulkifli & Faisal, 2010). Walau bagaimanapun
sebagai petunjuk kepada peralihan tersebut, kajian ini telah mencatatkan analisa tahap
pengajaran PBM pensyarah adalah pada tahap yang memuaskan dan ini menunjukkan
penyesuaian terhadap kurikulum baharu telah dapat diterima dan menunjukkan peningkatan
yang lebih baik berbanding dengan kurikulum dahulu. Menurut Noor Erma dan Eu (2014)
sikap, minat dan kaedah pengajaran pensyarah merupakan faktor utama yang mempengaruhi

309

tahap pengajaran. Sementara Ridzuan (2002) pula mendapati terdapat hubungan yang jelas
mengenai tahap pengajaran pensyarah dengan pencapaian pelajar. Jika pengajaran pensyarah
adalah baik dan disukai pelajar, maka secara langsung pencapaian pelajar juga akan
meningkat. Petunjuk seterusnya kepada hasil dapatan ini memberi justifikasi bahawa
pengajaran PBM pensyarah telah dimantapkan dan disesuaikan seiring dengan objektif Kolej
Komuniti untuk meningkatkan kemahiran bagi menyumbang secara lestari dalam
pembangunan modal insan. Kajian ini selari dengan kajian Jamunarani (2011) terhadap
penerimaan pelajar yang baik bagi program SMK Pemasangan yang telah diikuti oleh
pelajar di Kolej Komuniti Sg. Siput. Dapatan penyelidikannya mendapati pelajar yang
mengikuti kursus berkenaan mempunyai kesediaan serta minat yang tinggi dalam
menjayakan kursus tersebut dan ingin menyambung serta mendapatkan pekerjaan yang baik
selepas tamat pengajian.

Analisis mendapati terdapat perbezaan penilaian antara jantina terhadap pengajaran PBM
pensyarah di Kolej Komuniti. Didapati penilaian pengajaran PBM pensyarah yang diberikan
oleh pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan. Bertentangan
dengan kajian Nabilah (2012) dapatan kajiannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara jantina pelajar dalam penilaian terhadap keberkesanan pengajaran guru.
Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh faktor pedagogi pengajaran berasaskan teknikal yang
diterapkan melalui persijilan SMK di Kolej Komuniti berbanding persekitaran pedagogi
menerusi kajian Nabilah ke atas pelajar-pelajar di MRSM yang lebih kepada pendekatan
berasaskan teori. Melalui dapatan kajian penyelidik, perbezaan tersebut menunjukkan
bahawa pelajar lelaki lebih berupaya mengekstrak tahap pengajaran PBM pensyarah dalam
pelbagai elemen pengajaran PBM dengan lebih baik serta terbuka berbanding dengan pelajar
perempuan di Kolej Komuniti. Sokongan kepada kajian penyelidik adalah kajian oleh
Sadler-Smith (1996) yang mendapati pelajar lelaki lebih menguasai kemahiran teknikal,
keupayaan memahami sesuatu konsep teori kepada praktikal serta penglibatan pelajar yang
aktif serta kendiri yang lebih terarah. Dapatan ini mengukuhkan teori PBM bahawa
pembelajaran yang aktif membolehkan pelajar membina jaringan pengetahuan mereka secara
terarah dan membina.

310

Kajian ini juga mendapati terdapat kekuatan hubungan yang tinggi bagi pembolehubah yang
melibatkan pemikiran kritikal pelajar. Ini menunjukkan semakin baik tahap pengajaran PBM
pensyarah menerusi program SMK ini semakin tinggi aspek pemerolehan kritikal pelajar.
Melalui program tersebut, pembelajaran melalui kurikulum SMK diterjemahkan kepada
aktiviti sebenar seperti di tempat kerja. Ini bermakna proses penyelesaian masalah
melibatkan mind-on dan hands-on yang disediakan melalui penyiasatan dan keputusan
daripada masalah atau kerja projek yang sebenar (Zaharatul Laili & Ramlee, 2007) mampu
meningkatkan kemahiran kritikal pelajar.

Bagi menyokong dapatan kajian ini juga, Marlina dan Shaharom (2010) yang membuat
perkaitan antara pemikiran kritikal dengan purata nilai gred kumulatif menerusi kajian
mereka. Dapatannya menunjukkan semakin tinggi kemahiran berfikir secara kritikal semakin
tinggi nilai gred kumulatif pelajar. Oleh yang demikian penekanan kepada aspek
pemerolehan pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar adalah penting dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. PBM berorientasikan SMK dilihat mempunyai potensi,
khususnya dalam membangunkan pemikiran aras tinggi pelajar.

Sebaliknya menerusi kajian ini menemukan pemikiran kritikal memberikan pengaruh
terhadap kemahiran generik pelajar. Secara tidak langsung dapatan kajian ini yang agak
konsisten dengan Musliha Salma memberikan justifikasi bahawa melalui PBM dapat
meningkatkan dan memantapkan lagi dari segi kemahiran berfikir pelajar. Justeru itu ia
dapat meningkatkan lagi kualiti pelajar dari segi kemahiran generik bagi membolehkan
mereka mendapatkan peluang kebolehpekerjaan selepas bergelar graduan

6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Wujudnya hubungan positif antara elemen berdasarkan model konseptual menerusi kajian
penyelidik memperlihatkan kebergantungan antara satu sama lain secara positif. Ini
bermakna faktor pengajaran PBM pensyarah adalah signifikan dalam mempengaruhi
peningkatan atau penurunan terhadap satu-satu elemen pembolehubah. Ini adalah
berdasarkan kepada penilaian pelajar ke atas pengajaran PBM pensyarah dari segi kejelasan
dan motivasi pensyarah untuk melaksanakan pengajaran adalah sangat memuaskan. Keadaan
ini jelas menunjukkan peranan dan sikap serta persepsi pensyarah dalam menjayakan
pembaharuan kurikulum melalui persijilan SMK ini adalah sangat baik dan berbeza dengan
311

kajian terdahulu seperti Ahmad Rizal dan Yahya (2011). Aras pengukuran ini memberi
panduan kepada pensyarah bagaimana untuk menambahbaik pendekatan pengajaran PBM
yang boleh mendorong kepada pembelajaran bermakna khusus untuk meningkatkan
pemikiran kritikal dan kemahiran generik pelajar.

Namun, yang menjadikan cabaran kepada pengajaran PBM pensyarah adalah bagaimana
untuk menggalakkan pelajar tanpa mengira gender bagi mendekati dan meminati elemen
pengajaran PBM. Masalah timbul apabila pelajar lelaki memberikan tahap penilaian
pengajaran pensyarah lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Sedangakan dalam kajian
Nabilah (2012) tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina pelajar terhadap
keberkesanan guru. Maka tidak hairanlah dalam soal menguasai kemahiran, kebanyakannya
di dominasi oleh pelajar lelaki. Penerimaan tahap pengajaran PBM pensyarah oleh pelajar
lelaki meningkatkan kemahiran mereka dalam menguasai domain kepelbagaian PBM. Ini
tentunya akan mencipta sedikit ruang dalam aspek kebolehpekerjaan apabila rata-rata
majikan lebih terdorong untuk mengambil graduan dalam kalangan lelaki akibat tahap
kemahiran tinggi yang dikuasai oleh mereka berbanding pelajar perempuan .

Akhirnya, dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan oleh pensyarah dan
pentadbir pengurusan di Kolej Komuniti dalam merancang peningkatan kurikulum
pembelajaran berasaskan masalah, aspek penilaian atau kokurikulum tambahan. Kesejajaran
ini sesuai dengan hasrat untuk meningkatkan pelajar yang berpemikiran kritikal serta
mempunyai kemahiran generik yang tinggi. Maka kewajaran pensyarah membuat penilaian
terhadap aspek pengajaran, matlamat dan tugasan dapat membolehkan ramai intelektual
dilahirkan dengan kemahiran yang tinggi dan terampil dalam aspek kebolehpekerjaan yang
menjamin masa depan mereka kelak.

Kajian lanjutan masih perlu dijalankan seperti kajian kualitatif yang memfokuskan kepada
lebih mendalam keberkesan pengajaran PBM pensyarah ke atas pelajar. Kumpulan kajian
mungkin boleh dipecahkan kepada kumpulan fokus (eksperimen) dan kumpulan kawalan
bagi kaedah pengajaran konvensional bagi memperlihatkan keberkesan pengajaran manakah
yang lebih bermakna.

312

Selain itu, kajian ini adalah terhad di salah sebuah Kolej Komuniti di Perlis. Maka dengan
itu, hasil keputusan adalah terhad dalam lingkungan responden di sebelah paling utara sahaja.
Oleh itu penyelidik menggalakkan agar skop kajian diperluaskan ke Kolej Komuniti yang
lain yang menjalankan program SMK bagi kursus yang sama mahupun yang berlainan. Ini
adalah supaya keberkesanan pengajaran PBM pensyarah dapat dikenalpasti secara
menyeluruh.
Seterusnya, cadangan bagi lanjutan kajian ini juga boleh dipanjangkan dengan aspek
penilaian kemahiran generik dinilai oleh pensyarah atau majikan dan firma. Kajian ke atas
majikan dan firma membolehkan aspek pemerolehan generik dan pemikiran kritikal manakah
yang paling dikehendaki oleh majikan dalam pemilihan penempatan pekerjaan. Oleh yang
demikian penilaian terhadap tahap kemahiran generik pelajar menjadi lebih tepat dan bukan
berasaskan kepada persepsi sahaja. Di samping itu penambahan kepada elemen penilaian
kemahiran generik dan pemikiran kritikal bukanlah terdiri daripada satu faktor tunggal tetapi
gabungan beberapa kemahiran seperti kemahiran keusahawanan, kepimpinan dan bagi
pemikiran ktirikal terdiri daripada berfikir secara reaktif, kebolehan dalam membuat
perbandingan serta mampu memberi kritikan dalam menghasilkan idea yang lebih baik.

313

RUJUKAN

Abdul Sukor Shaari (2011). Pedagogi dari sekolah ke institusi pendidikan tinggi. UUM Press.

Ahmad Rizal Madar, Malyia Afzan Abd Aziz, Abd Rashid Abd Razzaq, Mohamad Zaid Mustafa
& Yahya Buntat. (2008). Kemahiran employability bagi memenuhi keperluan industri.
Prosiding SKIKS.

Ahmad Rizal Madar & Yahya Buntat. (2011). Elements of employability skills among students
from Community Colleges Malaysia. Journal of Technical, Vocational & Engineering
Education, 4, 1-11.

Alias Masek. (2012). The effect of problem based learning on knowledge acquisition, critical
thinking and instrinsic motivation on electrical engineering students. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia:Tesis Phd.

Balamurakithara Balakrishnan, Foon Siang Low & Mohamed Nor Azhari Azman. (2014).
Persepsi pelajar perempuan terhadap program dan profesion dalam bidang kejuruteraan:
Kajian kes di Malaysia dan Jepun. Jurnal Teknologi, 1-6.

Jamunarani a/p Muthusamy. (2011). Tinjaun ke atas kesediaan pelajar Kolej Komuniti Sungai
Siput dalam penerimaan Sijil Modular Kebangsaan. Prosiding Kebangsaan Penyelidikan
dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional 2011.

Kamarudin Tahir, Ruhizan Md Yasin & Ramlee Mustapha. (2009). Faktor Penyumbang Kepada
Tahap Kemahairan Generik dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia. Diges Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, 1
2009, 1-40.

Kamarudin Tahir, Zulkifli Arifin, Norliza Aziz & Faisal Abd Rahman. (2010). Sijil
Modular Kebangsaan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
MyTEDT 2010.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Marlina Ali & Shaharom Noordin. (2010). Hubungan antara keamhiran berfikir kritis dengan
pencapaian akademik dalam kalangan pelajar fakulti pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. Jurnal Teknologi, 52, 45–55.

Mohamad Termizi Borhan & Sopia Md Yassin. (2013). Implementation of problem based
learning (PBL) -in a Malaysian teacher education course:issues and benefitas from
students perspective. Dalam Khairiyah Mohd-Yusof, Mahyuddin Arsat, Mohamad
Termizi Borhan, Erik De Graaff, Anette Kolmos & Fatin Aliah Phang (Eds), 4rd

314

International Research Symposium on PBL, PBL across cultures (66-73). Aalborg
University Press.
Nabilah Hashim. (2012). Pendekatan pembelajaran sebagai pengantara hubungan antara
keberkesanan pengajaran guru dengan pemikiran kritis dan kemahiran insaniah.
Universiti Utara Malaysia:Tesis Phd.
Noor Erma Abu & Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru
dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan tingkatan 4. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2 (1), 1-10.

Othman Talib. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Universiti Putra Malaysia
Press : Selangor.

Rodiah Idris, Siti Rahayah Aariffin & Noriah Mohd Ishak. (2009). Pengaruh kemahiran generik
dalam kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan komunikasi pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). MJLI 6, 103-140.

Ruhizan M. Yasin, Saemah Rahman, Kamaruzaman Jusoff, Melor Mohd Yunus & Asnul Dahar
Minghat (2011). World Applied Sciences Journal 13 (4), 638-644.

Sadler-Smith, E. (1996). Approaches to studying:age, gender and academic Performance.
Educational Studies, 22 (3), 367-379.

Yeo, R. (2005). Problem-based learning: lessons for administrators, educators and learners.
International Journal of Educational Management, 19(7), 541–551.
doi:10.1108/09513540510625581

Zahratul Laili Abdul Rahim & Ramlee Mustapha. (2007). Pembelajaran berasaskan masalah bagi
subjek elektronik:satu kajian tindakan di sekoleh menengah teknik. Seminar Pendidikan
Kejuruteraan dan Alam Bina, 230-251.

315

HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI ARAU

1Puteri Nazlin Alamin binti Wan Zainal Alam, Kolej Komuniti Arau,
[email protected]

1Sharida binti Johari, Kolej Komuniti Arau,
[email protected]

Abstrak

Self-Determination Theory (Teori SDT) mengandaikan bahawa motivasi intrinsik adalah lebih
tinggi dalam mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian ini bertujuan menguji sejauhmana
kebenaran teori SDT. Empat objektif kajian adalah: (i) mengenalpasti tahap motivasi intrinsik,
motivasi ekstrinsik dan amotivation di kalangan pelajar, (ii) mengenalpasti tahap pencapaian
akademik di kalangan pelajar, (iii) mengkaji hubungan antara motivasi intrinsik, motivasi
ekstrinsik dan amotivation dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar dan (iv)
menentukan perbezaan tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar berdasarkan jantina.
Seramai 50 responden pelajar Kolej Komuniti Arau yang dipilih secara stratified random
sampling menjawab set borang soal selidik yang menggunakan alat ukur Academic Motivation
Scale (AMS). Hasil tinjauan borang soal selidik mendapati bahawa motivasi intrinsik (M = 5.70,
SP = 0.70) dan motivasi ekstrinsik (M = 5.99, SP = 0.66) berada pada tahap tinggi manakala
amotivation (M = 2.02, SP = 0.79) berada pada tahap rendah. Tahap pencapaian akademik
pelajar berada pada tahap Kepujian (M = 3.66, SP = 0.21). Ujian Korelasi Spearman mendapati
bahawa tiada hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga konstruk motivasi iaitu motivasi
intrinsik (k = 0.058, p > 0.05), motivasi ekstrinsik (k = 0.061, p > 0.05) dan amotivation (k = -
0.013, p > 0.05) dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Arau. Dapatan
ujian-t sampel bebas mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara pencapaian
akademik di kalangan pelajar Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina, t(48) = -1.605, p > 0.05.
Berdasarkan penemuan, kajian ini tidak menerima teori SDT sebaliknya merumuskan bahawa
tinggi atau rendah pencapaian akademik pelajar tidak dipengaruhi oleh tahap motivasi semata-
mata. Kajian mengesyorkan teori SDT diuji pada masa hadapan untuk meningkatkan kualiti
pendidikan di Malaysia.

Kata kunci: Motivasi, Pencapaian Akademik, Teori SDT, AMS

316

Pengenalan

Antara perkara yang menjadi teras utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai
negara yang membangun sepenuhnya ialah dengan memberi penekanan kepada pembangunan
sumber manusia. Sumber tenaga yang utama adalah bergantung kepada tenaga belia yang
mempunyai tahap disiplin yang tinggi, berpendidikan dan bersedia untuk dilatih. Selaras dengan
itu, enrolmen dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (PLTV) perlu ditambah dan
kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap
kemahiran tenaga kerja. Ini kerana PLTV merupakan satu agenda negara yang penting pada
masa kini di Malaysia. PLTV bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di
Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai
kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. Pelan Transformasi
Pendidikan Vokasional telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin pada 6 Januari 2012 untuk meningkatkan nilai pasaran kerja pelajar dan seterusnya dapat
melonjakkan pendidikan vokasional agar setaraf dengan negara maju. Pelancaran pelan ini
membuktikan bahawa pendidikan vokasional di negara ini tidak lagi dianggap sebagai kelas
kedua malah ia sebaliknya menuju ke arah konsep pendidikan untuk semua dengan berasaskan
program bercorak pekerjaan. Selain itu, satu perjanjian persefahaman (MoU) juga telah
ditandatangani antara Kementerian Pelajaran dengan 11 rakan strategik melibatkan pihak
industri, agensi awam dan swasta serta institut pengajian tinggi awam dan swasta. Kerjasama ini
dilihat amat penting bagi memantapkan lagi proses pembelajaran serta perkongsian teknologi
dan kesepakaran. Ini juga dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah ketidaksesuaian
bidang pekerjaan antara industri dengan institut latihan kemahiran. PLTV menjurus kepada
penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan.

Oleh yang demikian, usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membantu pelajar
yang tercicir dengan penawaran program di peringkat sijil adalah amat wajar bagi
membangunkan pendidikan teknikal dan vokasional di tahap yang lebih tinggi. Sijil Kolej
Komuniti (SKK) merupakan program sepenuh masa yang ditawarkan kepada pelajar selama dua
tahun. Penekanan pembelajaran secara hands-on diberi kepada pelajar di mana fokus utama
adalah bagi melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian. Sejajar itu,
pihak Kolej Komuniti berusaha gigih dalam melahirkan modal insan yang berkualiti melalui

317

pemberian latihan mengikut kerangka perancangan program SKK yang telah ditetapkan oleh
pihak KPM bersama Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Ini bertepatan dengan moto
Kolej Komuniti iaitu ‘Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran’ (Laman Web JPKK,
2013).

Beberapa kajian lepas menyatakan bahawa salah satu faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar ialah tahap motivasi pelajar (Fazilah, 2000, Cagri Tugrul Mart,
2011 dan Radovan, 2011). Kepentingan faktor motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar
ini disokong melalui hasil kajian oleh Afzal, Ali, Khan dan Hamid (2010) yang menyatakan
bahawa terdapat hubungan yang positif antara motivasi pelajar dengan pencapaian akademik
mereka. Pelajar yang bermotivasi tinggi didapati memperoleh keputusan yang lebih baik
daripada pelajar yang kurang bermotivasi. Pada masa kini terdapat banyak kajian yang telah
dilakukan terhadap responden di kalangan pelajar universiti yang mengambil program sepenuh
masa. Walaubagaimanapun, kajian yang melibatkan responden di peringkat Kolej Komuniti
masih kurang dilaksanakan. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengetahui sejauh manakah
tahap motivasi di kalangan pelajar di Kolej Komuniti Arau dan adakah motivasi pelajar ini
mempengaruhi tahap pencapaian akademik mereka? Persoalan ini amat penting untuk dikaji bagi
membolehkan pihak Kolej Komuniti keseluruhannya terus berusaha untuk memastikan
pencapaian akademik pelajar berada pada tahap yang tinggi dan berkualiti.

Pernyataan Masalah

Deci dan Ryan (1985; 1991) mengandaikan bahawa Self-Determination Theory (SDT)
merupakan salah satu teori motivasi yang paling komprehensif pada masa kini. Menurut SDT,
motivasi intrinsik lebih mempengaruhi pencapaian pelajar berbanding motivasi ektrinsik.
Walaupun Self-Determination Theory mengandaikan bahawa motivasi memberi kesan terhadap
pencapaian akademik, namun beberapa kajian yang telah dijalankan untuk menguji teori ini
ditemui hasilnya adalah tidak konsisten. Kajian yang menyokong teori ini adalah seperti kajian
yang dijalankan oleh Afzal, Ali, Khan dan Hamid (2010) yang menyatakan bahawa terdapat
hubungan signifikan dan tinggi antara motivasi dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar
universiti di Pakistan. Kajian yang dilakukan terhadap pelajar di Afrika Selatan pula (Goodman,

318

Jaffer, Keresztesi, Mamdani, Mokgatle, Musairi, Pires & Schlechter, 2011) mendapati kedua-dua
faktor motivasi intrinsik dan ektrinsik sangat memberi kesan yang signifikan terhadap motivasi
pelajar. Selain itu, dapatan kajian Ning dan Downing (2010), Turner, Chandler dan Heffer
(2009) juga mendapati bahawa motivasi intrinsik pelajar adalah peramal yang signifikan kepada
pencapaian akademik pelajar. Teori ini dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian oleh Radovan
(2011) yang menyatakan bahawa pelajar yang berjaya menetapkan diri mereka dengan motivasi
intrinsik yang tinggi mampu memperoleh skor markah yang lebih tinggi berbanding pelajar yang
lain. Walaubagaimanapun, kajian oleh Davis, Winsler dan Middleton (2006) agak bertentangan
dengan teori SDT di mana dapatan kajian menunjukkan motivasi ekstrinsik adalah lebih
signifikan kepada pencapaian akademik pelajar berbanding motivasi intrinsik.

Namun begitu, terdapat juga hasil kajian Nurul Ain dan Azizi (2012) yang menyatakan
bahawa hubungan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik dengan pencapaian akademik di
kalangan pelajar adalah sangat lemah. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian oleh
Niehbur (1995) yang menyatakan bahawa motivasi pelajar tidak mempunyai kesan yang
signifikan terhadap pencapaian akademik mereka. Walaubagaimanapun, hasil kajian Siti Liyana
dan Mei (2008) agak mengejutkan kerana hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar dengan pencapaian
akademik. Ini menunjukkan walaupun tahap motivasi pelajar tersebut adalah tinggi tetapi ianya
tidak berkaitan dengan pencapaian akademik mereka. Selain itu, dapatan kajian Miller (2003);
Azrien dan Alwee (2009) juga melaporkan keputusan yang sama di mana tidak terdapat
hubungan antara motivasi pelajar dengan pencapaian akademik.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk: -

1. Mengenalpasti tahap motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan amotivation di kalangan
pelajar.

2. Mengenalpasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar.
3. Mengkaji hubungan antara motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan amotivation dengan

pencapaian akademik di kalangan pelajar.

319

4. Menentukan perbezaan tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar berdasarkan
jantina.

Soalan Kajian
Berdasarkan masalah dan objektif kajian di atas, secara khususnya persoalan yang perlu dijawab
oleh kajian ini ialah: -

1. Apakah tahap motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan amotivation di kalangan pelajar?
2. Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik

dan amotivation dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar?
4. Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar berdasarkan

jantina?

Kepentingan Kajian
Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan sama ada kepada penyelidik atau

pihak-pihak yang terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang besar dalam
memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Justeru itu, kajian yang
dijalankan ini juga turut mempunyai kepentingan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak tertentu
dalam meningkatkan tahap perkembangan dan kualiti pendidikan di Malaysia amnya. Dapatan
kajian ini diharap dapat memberi kepentingan kepada: -

a) Pelajar - sebagai pelajar di Kolej Komuniti, mereka dapat mengetahui tahap motivasi
sebenar diri mereka. Ini secara tidak langsung boleh menjadi dorongan supaya
mereka boleh berubah dari individu yang mempunyai motivasi yang rendah kepada
tahap motivasi yang lebih tinggi. Kajian ini juga diharap dapat membuatkan mereka
lebih fokus untuk belajar bagi memperoleh pencapaian akademik yang lebih tinggi
serta dapat menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

320

b) Pensyarah - pensyarah dapat mengetahui tahap motivasi pelajar dan menambahbaik
kaedah pengajaran dalam pembelajaran serta merangka aktiviti yang bersesuaian
selaras dengan kehendak pelajar

c) Penyelidik - kajian ini memberi pengalaman dan pendedahan kepada penyelidik
untuk menjalankan kajian. Kajian ini juga akan menambahkan lagi jumlah kajian
yang terhasil daripada jumlah yang sedia ada di Malaysia untuk bidang pendidikan.

d) Kolej Komuniti - kajian ini juga dapat memberi panduan kepada pihak institusi
pendidikan Kolej Komuniti khususnya, untuk mengetahui tahap motivasi di kalangan
pelajar yang sebenar. Seterusnya pihak kolej dapat merancang aktiviti yang
bersesuaian bagi meningkatkan tahap motivasi di kalangan pelajar.

e) Kementerian Pendidikan Malaysia - hasil dapatan kajian akan memberi data
tambahan yang boleh dipertimbangkan bersama dalam usaha pihak kementerian
untuk penambahbaikan dasar-dasar atau kurikulum yang sedia ada.

Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian ini ialah kajian tinjauan rentasan (Cross-sectional Survey Design)
yang menggunakan borang soal selidik. Rekabentuk ini dipilih kerana ia paling praktikal
digunakan kerana ia lebih mudah, menjimatkan kos dan dapat diselesaikan dalam masa yang
lebih singkat (Allis, 2006).

Populasi, Sampel dan Teknik Persampelan

Terdapat 91 buah Kolej Komuniti di seluruh Malaysia (http://www.idbms.kkarau.edu.my,
2013). Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti Arau
sahaja. Bilangan pelajar keseluruhannya adalah seramai 457 orang pelajar iaitu 216 orang pelajar
lelaki dan 241 orang pelajar perempuan. Penentuan saiz sampel adalah berdasarkan saiz populasi
itu sendiri di mana daripada jumlah keseluruhan pelajar hanya 50 orang pelajar sudah memadai
untuk dijadikan sampel responden bagi mewakili keseluruhan populasi kajian ini. Persampelan

321

pelajar-pelajar ini dibuat secara stratified random sampling untuk memastikan kategori-kategori
yang mempunyai nisbah yang kecil dalam populasi cukup terwakili.

Instrumen Kajian

Kajian ini adalah kajian kuantitatif. Instrumen kajian ini adalah menggunakan set borang
soal selidik. Satu set soalan borang soal selidik dibangunkan oleh pengkaji dan set soalan borang
soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: (i) profil responden seperti umur dan jantina,
(ii) tiga jenis konstruk motivasi dan (iii) pencapaian akademik pelajar (Himpunan Purata Nilai
Gred). Konstruk motivasi akan diukur berasaskan model Self-Determination Theory (SDT).
Penyelidik memilih alat ukur Academic Motivation Scale (AMS) kerana alat ukur ini dikatakan
sah dan boleh dipercayai untuk mengukur motivasi pelajar (Vallerand, Pelletier, Blais, Senecal &
Vallieres, 1992). Tempoh menjawab borang soal selidik ini dianggarkan mengambil masa 15
hingga 20 minit sahaja. Terdapat 28 item yang terdiri daripada tujuh sub topik yang mewakili
tiga konstruk motivasi. Motivasi intrinsik terdiri daripada tiga sub topik (to know, toward
accomplishment, to experience stimulation), motivasi ekstrinsik juga terdiri daripada tiga sub
topik (identified, introjected, external regulation) dan amotivation. Setiap sub topik adalah terdiri
daripada empat soalan (Vallerand et al., 1992). Skala tujuh mata yang diwakili oleh 1 (Sangat
Tidak Setuju) hingga 7 (Sangat Setuju) untuk mengukur motivasi pelajar.

Instrumen 28 item AMS ini diterjemahkan dan disahkan daripada Bahasa Inggeris kepada
Bahasa Malaysia dengan menggunakan kaedah back translate. Instrumen AMS ini
diterjemahkan dan disahkan oleh seorang guru bidang Bahasa Inggeris dan seorang guru bidang
Bahasa Malaysia. Seramai dua orang pakar bidang tentang motivasi perlu dirujuk supaya
instrumen AMS ini yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia mempunyai maksud yang
sama dengan yang asal iaitu dalam Bahasa Inggeris.

Pencapaian akademik pelajar pula akan diukur dengan menggunakan Himpunan Purata
Nilai Gred (HPNG) yang terkini oleh para pelajar dan disemak semula oleh Unit Peperiksaan di
Kolej Komuniti Arau. Nilai HPNG adalah berdasarkan kepada pengiraan Jumlah SEMUA Nilai
Kredit kursus sehingga terkini (JNK) bahagi Jumlah SEMUA Jam Kredit sehingga terkini (JJK)

322

(HPNG = ∑NMGKursus ÷ ∑Kursus). Nilai mata gred telah ditetapkan oleh Bahagian Peperiksaan
dan Penilaian, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia ialah 4.00
mewakili Gred A, 3.67 (A-), 3.33 (B+), 3.00 (B), 2.67 (B-), 2.33 (C+), 2.00 (C) dan 0.00 (F)
(Majlis Peperiksaan Malaysia, 2011).

Kajian Rintis
Sebelum kajian yang sebenar dijalankan, satu kajian rintis telah dibuat bertujuan untuk

mengkaji kebolehpercayaan dan kesahihan instrumen soalan yang dibentuk. Selain itu, kajian
rintis dilakukan untuk memastikan bahawa soalan yang dikemukakan mudah difahami, konsep
yang digunakan adalah jelas, tidak mengelirukan dan menjurus kepada menjawab objektif kajian.
Ujian kesahan dan kebolehpercayaan borang soal selidik dijalankan terhadap 30 orang sampel
pelajar melalui kaedah pilot test. Para pelajar terlebih dahulu diberi penerangan oleh pengkaji
tentang tujuan kajian ini dijalankan sebelum menjawab borang soal selidik yang telah diberikan
sebagai pilot test sebelum kajian sebenar dijalankan. Kesahan borang soal selidik disahkan
dengan menggunakan eigenvalue sama dengan atau melebihi satu (eigenvalue ≥ 1) dan
confirmatory factor analysis (CFA) dengan nilai setiap variance adalah melebihi 51% (CFA ˃
51%) bagi setiap item soalan. Kebolehpercayaan borang soal selidik diuji dengan menggunakan
Cronbach’s alpha (α > 0.72). Korelasi Spearman digunakan untuk menguji hipotesis nol
hubungan motivasi dengan pencapaian akademik pelajar. Nunnaly (1978) menyarankan bahawa
nilai 0.6 hingga 0.8 adalah ukuran nilai yang lazimnya diterima manakala nilai 0.8 ke atas adalah
terbaik. Menurut Kerlinger (1973), satu kajian yang amat tinggi kebolehpercayaannya akan
mempunyai ciri-ciri yang stabil, ketekalan, keramalan dan ketepatan. Keputusan analisis yang
diperolehi menunjukkan pekali kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha adalah 0.883. Ini
menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah memuaskan dan terbaik.

323

Profil Responden

Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Arau. Sebanyak 50 set borang soal selidik telah

Umur Bilangan Peratus dieda
18 40 80 rkan
19 3 6 kepa
20 5 10
21 2 4 da
50 100 para
Jumlah pelaj

ar

secara stratified random sampling. Kesemua 50 set borang soal selidik berjaya dikutip dan

dikumpul semula dalam masa yang ditetapkan. Profil responden dapat dipaparkan dalam jadual

yang disediakan di bawah ini.

Jadual 4.1: Bilangan Responden Mengikut Umur

Berdasarkan Jadual 4.1, didapati majoriti responden berumur 18 tahun iaitu seramai 40 orang
(80%), diikuti oleh responden berumur 19 tahun seramai 3 orang (6%), berumur 20 tahun
seramai 5 orang (10%) dan berumur 21 tahun seramai 2 orang (4%).

Jadual 4.2: Bilangan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 12 24

Perempuan 38 76

Jumlah 50 100

Jadual 4.2 di atas menunjukkan bahawa daripada 50 responden yang menjawab borang soal
selidik dan memulangkan semula, 12 orang pelajar daripadanya adalah lelaki (24%) dan
seramai 38 orang pelajar daripadanya adalah perempuan (76%). Perangkaan ini menunjukkan
responden perempuan adalah melebihi responden lelaki sebanyak 52 peratus.

324

Analisis Statistik Deskriptif

3.1.1 Soalan Kajian: Apakah tahap motivasi intrinsik pelajar di Kolej Komuniti Arau?

Jadual 4.3: Item Soalan Tahap Motivasi Intrinsik

Item Soalan Min Sisihan Piawai

I1 6.04 1.03

I2 5.24 1.19

I3 6.20 0.78

I4 5.72 1.03

I5 4.78 1.56

I6 5.78 1.02

I7 6.36 0.78

I8 5.04 1.34

I9 5.70 1.00

I10 6.32 0.79

I11 5.56 1.07

I12 5.68 1.06

Jumlah 5.70 0.70

Berdasarkan Jadual 4.3, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min persepsi
pelajar terhadap motivasi intrinsik. Secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap motivasi
intrinsik adalah berada pada tahap tinggi (M = 5.70, SP = 0.70) mengikut interpretasi min oleh
Landell (1997).

325

3.1.2 Soalan Kajian: Apakah tahap motivasi ekstrinsik pelajar di Kolej Komuniti
Arau?

Jadual 4.4: Item Soalan Tahap Motivasi Ekstrinsik

Item Soalan Min Sisihan Piawai

E1 5.22 1.40

E2 6.16 0.79

E3 6.00 1.14

E4 6.02 0.92

E5 5.94 1.02

E6 5.80 0.97

E7 6.54 0.58

E8 6.28 0.73

E9 5.22 1.17

E10 6.04 0.99

E11 6.16 0.77

E12 6.44 0.73

Jumlah 5.99 0.66

Berdasarkan Jadual 4.4, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min persepsi
pelajar terhadap motivasi ekstrinsik. Secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap motivasi
ekstrinsik adalah berada pada tahap tinggi (M = 5.99, SP = 0.66) mengikut interpretasi min oleh
Landell (1997).

326

3.1.3 Soalan Kajian: Apakah tahap amotivation pelajar di Kolej Komuniti Arau?

Jadual 4.5: Item Soalan Tahap Amotivation

Item Soalan Min Sisihan Piawai

A1 1.98 0.94

A2 2.86 1.91

A3 1.64 0.75

A4 1.60 0.76

Jumlah 2.02 0.79

Berdasarkan Jadual 4.5, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min persepsi
pelajar terhadap amotivation. Secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap amotivation
adalah berada pada tahap rendah (M = 2.02, SP = 0.79) mengikut interpretasi min oleh Landell
(1997).

3.1.4 Soalan Kajian: Apakah tahap pencapaian akademik pelajar di Kolej Komuniti
Arau?

Jadual 4.6: Min dan Sisihan Piawai Pencapaian Akademik

Sisihan
N Minimum Maksimum Min

Piawai

HPNG 50 3.07 3.95 3.66 0.21

Berdasarkan Jadual 4.6, tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar Kolej Komuniti
Arau adalah berada pada tahap Kepujian (M = 3.66, SP = 0.21). Nilai mata gred yang telah
ditetapkan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Cemerlang (3.67 – 4.00), Kepujian (3.00 – 3.66),
Baik (2.00 – 2.99), Lulus Bersyarat (1.00 – 1.99) dan Gagal (< 1.00).

327

Pengujian Hipotesis

Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik
dengan pencapaian akademik pelajar di Kolej Komuniti Arau.

Bagi menguji hipotesis nol pertama dalam kajian ini, statistik inferensi yang digunakan
adalah ujian Korelasi Spearman Rho untuk menguji hipotesis nol hubungan antara motivasi
intrinsik dengan pencapaian akademik pelajar. Ini adalah kerana data pembolehubah bebas
iaitu tahap motivasi intrinsik adalah data interval tetapi data pembolehubah bersandar iaitu
pencapaian akademik adalah data ordinal. Selain itu, data juga diambil daripada responden
yang sama.

Jadual 4.7: Korelasi Spearman Rho Antara Motivasi Intrinsik Dengan Pencapaian Akademik
Pelajar

Intrinsik Pencapaian Akademik

Pekali Korelasi 1.000 .058

Sig. (2-tailed) .687

N 50 50

Dapatan analisis korelasi dalam Jadual 4.7 menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara tahap motivasi intrinsik dengan pencapaian akademik pelajar (k =
0.058, p > 0.05). Maka hipotesis nol pertama dalam kajian ini tidak dapat ditolak. Ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi intrinsik
dengan pencapaian akademik pelajar di Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya, pencapaian
akademik pelajar tidak dipengaruhi oleh tahap motivasi intrinsik.

Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi
ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar di Kolej Komuniti
Arau.

328

Bagi menguji hipotesis nol kedua dalam kajian ini, statistik inferensi yang digunakan adalah
ujian Korelasi Spearman Rho untuk menguji hipotesis nol hubungan antara motivasi
ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar. Ini adalah kerana data pembolehubah bebas
iaitu tahap motivasi intrinsik adalah data interval tetapi data pembolehubah bersandar iaitu
pencapaian akademik adalah data ordinal. Selain itu, data juga diambil daripada responden
yang sama.

Jadual 4.8: Korelasi Spearman Rho Antara Motivasi Ekstrinsik Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar

Ekstrinsik Pencapaian Akademik

Pekali Korelasi 1.000 .061

Sig. (2-tailed) .672

N 50 50

Dapatan analisis korelasi dalam Jadual 4.8 menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara tahap motivasi intrinsik dengan pencapaian akademik pelajar (k =
0.061, p > 0.05). Maka hipotesis nol kedua dalam kajian ini tidak dapat ditolak. Ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap motivasi
ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar di Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya,
pencapaian akademik pelajar tidak dipengaruhi oleh tahap motivasi ekstrinsik.

Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amotivation
dengan pencapaian akademik pelajar di Kolej Komuniti Arau.

Bagi menguji hipotesis nol ketiga dalam kajian ini, statistik inferensi yang digunakan adalah
ujian Korelasi Spearman Rho untuk menguji hipotesis nol hubungan antara amotivation
dengan pencapaian akademik pelajar. Ini adalah kerana data pembolehubah bebas iaitu tahap

329

amotivation adalah data interval tetapi data pembolehubah bersandar iaitu pencapaian
akademik adalah data ordinal. Selain itu, data juga diambil daripada responden yang sama.

Jadual 4.9: Korelasi Spearman Rho Antara Amotivation Dengan Pencapaian Akademik
Pelajar

Amotivation Pencapaian Akademik

Pekali Korelasi 1.000 -.013

Sig. (2-tailed) .931

N 50 50

Dapatan analisis korelasi dalam Jadual 4.9 menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara tahap amotivation dengan pencapaian akademik pelajar (k = -0.013, p
> 0.05). Maka hipotesis nol ketiga dalam kajian ini tidak dapat ditolak. Ini menunjukkan
bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amotivation dengan pencapaian
akademik pelajar di Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya, pencapaian akademik pelajar
tidak dipengaruhi oleh tahap amotivation.

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap pencapaian
akademik pelajar di Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.

Bagi menguji hipotesis nol yang keempat dalam kajian ini, kaedah ujian-t sampel bebas
digunakan kerana ianya melibatkan satu pembolehubah bebas iaitu jantina dengan dua
kumpulan (lelaki dan perempuan) dan satu pembolehubah bersandar (nominal) iaitu
pencapaian akademik pelajar.

330

Jadual 4.10: Keputusan Ujian-t Sampel Bebas Pencapaian Akademik Pelajar Berdasarkan
Jantina

Jantina N Min SP dk t p

Lelaki 12 3.57 .260 48 -1.605 .115

Perempuan 38 3.69 .193

Jadual 4.10 menunjukkan keputusan ujian-t sampel bebas pencapaian akademik mengikut
jantina. Setelah analisis statistik t-sampel dilakukan, ujian Levene didapati tidak signifikan (p
> 0.05). Keputusan ini menunjukkan varians antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan
adalah sama dan telah memenuhi andaian kehomogenan varians antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan dalam pencapaian akademik pelajar. Setelah ujian-t sampel bebas
dilakukan, didapati ia adalah tidak signifikan, t(48) = -1.605, p > 0.05. Oleh itu, hipotesis nol
ini tidak boleh ditolak. Justeru, tidak terdapat perbezaan dalam tahap pencapaian akademik di
kalangan pelajar Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.

Dapatan dan Perbincangan
Berdasarkan keputusan kajian yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa tahap

motivasi tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Tinggi atau rendah tahap motivasi
tidak semestinya menyebabkan pelajar berjaya atau sebaliknya secara signifikan. Namun, kajian
hanya dijalankan di Kolej Komuniti Arau dan mengambil kira nilai gred pelajar sahaja.
Keputusan kajian mungkin tidak sama jika kajian dibuat di institusi yang berbeza, menggunakan
responden dan alat ukur yang berbeza serta kaedah penilaian pencapaian akademik yang berbeza.
Antara lain objektif penubuhan Kolej Komuniti itu sendiri adalah bagi menyediakan laluan
alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal
untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional termasuk
perdagangan, pertanian, kesihatan dan lain-lain. Pelajar yang telah mendapat peluang kedua ini
menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk memperbaiki diri untuk berjaya ke tahap
yang lebih tinggi. Pelajar diberi kemahiran secara hands-on dan dilatih serta dimurnikan tahap
soft skill mereka di Kolej Komuniti.

331

Kesimpulan
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, dapatan kajian yang tidak signifikan ini

menimbulkan satu persoalan yang menarik untuk diteliti lebih lanjut iaitu persoalan mengenai
apakah punca sebenar para pelajar di Malaysia mendapat pencapaian yang tinggi namun tidak
berjaya memenuhi kriteria dan kualiti pasaran kerjaya. Masalah yang wujud ini adalah sesuatu
yang mengecewakan di mana pencapaian akademik pelajar tidak selaras dengan mutu pelajar
setelah tamat pengajian.
Semua pihak harus melihat kajian ini dari sudut positif dan bersama berganding bahu serta sedar
akan peranan dan tanggungjawab yang perlu digalas bagi meningkatkan kualiti pendidikan di
Malaysia. Modal insan adalah mangkin kepada pembangunan serta merupakan penyambung
warisan serta penerus kepada aspirasi negara supaya mampu bersaing dan terbilang di mata
dunia.

332

Rujukan

Afzal, H., Ali, I., Khan, M. A., & Hamid, K. (2010). A Study of University Students’ Motivation
and Its Relationship With Their Academic Performance. International Journal of Business
and Management, 5(4), 80-88.

Bartlett, J. E., Kotrlik, J. W., & Higgins, C. C., (2001). Organizational Research: Determining
Appropriate Sample Size in Survey Research. Information Technology, Learning And
Performance Journal, 19(1), 43-50.

Davis, K. D., Winsler, A., & Middleton, M., (2006). Students’ Perceptions of Reward for
Academic Performance by Parents and Teacher: Relations With Achievement and
Motivation in College. The Journal Of Genetic Psychology, 167(2), 211-220.

Deci, E. L. (1975). Intrinsic Motivation. New York: Plenum Press.

Deci, E. L., & Ryan, R. M. (1985). Intrinsic Motivation and Self-Determination in Human
Behaviour. New Your: Plenum.

Deci, E. L., & Ryan, R. M. (1991). A Motivational Approach to Self: Integration in Personality.
In R. Dienstbier (Ed), Nebraska Symposium on motivation (vol. 36, pp. 237-288). Lincoln:
University of Nebraska Press.

Edward, L. Deci, Richard K. & Richard M. R. (2001). Extrinsic Rewards and Intrinsic
Motivation in Education. Educational Research, Vol. 71, No. 1, 1-27.

Goodman, S., Jaffer, T., Keresztesi, M., Mamdani, F., Mikgatle, D., Musariri, M., Pires, J., &
Schlecter, A. (2011). An Investigation of the Relationship between Students’ Motivation
and Academic Performance as Mediated by Effort. South African Journal of Psychology,
41(3), 373-385.

Harter, S. (1981). A New Self-Report Scale of Intrinsic versus Extrinsic Orientation in the
Classroom: Motivational and Informational Components. Developmental Psychology,
17(3), 300-312.

Kamaei, A. & Weisani, M. (2013). The Relationship between Achievement Motivation, Critical
Thinking and Creative Thinking with Academic Performance. Indian Journal of
Fundamental and Applied Life Sciences, Vol. 3(4), 121-127.

Khoshnam, A. H., Ghamari, M. & Gendavani, A. G. (2013). The Relationship between Intrinsic
Motivation and Happiness with Academic Achievement in High School Students.
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, Vol. 3(11),
330-336.

Krejcie, V. D., & Morgan, W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

333

Lepper, M. R., Corpus, J. H., & Iyengar, S. S. (2005). Intrinsic and Extrinsic Motivational
Orientations in the Classroom: Age Differences and Academic Correlates. Journal of
Educational Psychology, 97(2), 184-196.

Taghipour, H. A., Gilaninia, S., Jalali, M., Azizipour, H., Razaghi, S. J. R., Mousavian, S. J.
(2012). Standardizing of Academic Motivation Scale. Journal of Basic and Applied
Scientific Research, 1186-1192.

Malaysia (2008). Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.
http://www.mstar.com.my/berita. Dicapai pada 17 November 2014.

Malaysia (2010). Minda: Asas Pembentukan Keluarga Bahagia. http://www.berita-harian-
online. Dicapai pada 2 0ktober 2014.

Malaysia (2012). Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional Melonjak Pendidikan Vokasional.
http://www.berita-harian-online.com. Dicapai pada 10 Oktober 2014.

Malaysia (2013). Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. http://www.jpkk.edu.my. Dicapai pada 20
Oktober 2014.

Malaysia (2013), Malaysia Qualification Acreditation. http://www.mqa.gov.my/portal. Dicapai
pada 20 Oktober 2014.

Mart, C. T. (2011). How to Sustain Students’ Motivation in a Learning Environment.

McCullagh, P. (2005). The Effects of External Rewards on Intrinsic Motivation.

Mei, H. J. & Siti Liyana binti Mohamad Yusuff (2008). Hubungan Antara Tahap Motivasi
dengan Pencapaian Akademik Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia.
Tesis Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Azrien Mohamed Adnan & Mohd Alwee bin Yusoff (2009). Motivasi Pembelajaran
Pengaturan Kendiri dan Prestasi Akademik: Satu Kajian di Kalangan Pelajar Asasi
Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri. Jurnal Al-Tamaddun, 4, 1-16.

Ning, H. K., & Downing, K. (2010). The Reciprocal Relationship between Motivation and Self-
Regulation: A Longitudinal Study on Academic Performance. Learning and Individual
Differences, 20(6), 682-686.

Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya (2012). Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya Keibubapaan
dan Sikap dengan Pencapaian Akademik. Journal of Educational Psychology & Counseling,
Vol. 5, 30-57.

Radovan, M. (2001). The Relation between Distance Students’ Motivation, There Use of
Learning Strategies and Academic Success. The Turkish Online Journal of Educational
Technology, 10(1), 216-222.

334

Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2000). Intrinsic and Extrinsic Motivations: Classic Definitions and
New Directions.

Ryan, R. M., & Weinstein, R. M. (2009). Undermining Quality Teaching and Learning: A Self-
Determination Theory Perspective on High-Stakes Testing. Theory and Research in
Education, 7, 224-233. Doi: 10.1177/1477878509104327

Turner, E. A., Chandler, M., & Heffer, R. W. (2009). The Influence of Parenting Styles,
Achievement Motivation and Self-Efficacy on Academic Performance in College Students.
Journal of College Student Development, 50(3), 337-346.

Vallerand, R. J., Pelletier, L. G., Blais, M. R., Briere, N. M., Senecal, C. & Vallieres, E. F.
(1992). The Academic Motivation Scale: A Measure on Intrinsic, Extrinsic and Amotivation
of Education. Educational and Psychological Measurement, 52, 1003-1017.

Vansteenkiste, M., Lens, W., & Deci, E. L. (2006). Intrinsic Versus Extrinsic Goal Contents in
Self-Determination Theory: Another Look at the Quality of Academic Motivation.
Educational Psychologist, 41(1), 19-31.

335

HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN SERVANT, PENGLIBATAN KERJA

DAN TANGGAPAN SOKONGAN ORGANISASI DENGAN TINGKAHLAKU WARGA

KERJA DI KOLEJ KOMUNITI ARAU

Syakirah Binti Ibrahim

Saiful Azley Bin Samsudin

Jefri Bin Din

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi warga kerja terhadap tahap amalan gaya kepimpinan
servant yang diamalkan di Kolej Komuniti Arau. Selain itu, melalui kajian ini pengkaji juga
melihat tahap penglibatan kerja dan tanggapan sokongan organisasi dengan tingkahlaku warga
kerja di Kolej Komuniti Arau. Secara khususnya, kajian ini mempunyai empat objektif iaitu : (i)
tahap gaya kepimpinan servant di Kolej Komuniti Arau; (ii) tahap penglibatan kerja, tanggapan
sokongan organisasi dan tingkahlaku warga kerja di Kolej Komuniti Arau; (iii) hubungan antara
kepimpinan servant, penglibatan kerja, tanggapan sokongan organisasi dengan tingkahlaku
warga kerja di Kolej Komuniti Arau dan (iv) perbezaan tingkahlaku warga kerja dalam kalangan
staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan faktor demografi (jantina dan tahun berkhidmat). Seramai
40 responden iaitu staf Kolej Komuniti Arau telah dipilih secara rawak mudah untuk menjawab
set borang soal selidik terpiawai yang telah diedarkan oleh pengkaji. Hasil tinjauan borang soal
selidik mendapati bahawa gaya kepimpinan servant adalah berada pada tahap memuaskan
(M=3.43, SP=.68), penglibatan kerja adalah berada pada tahap memuaskan (M=3.58, SP=.45),
tanggapan sokongan organisasi adalah berada pada tahap sederhana (M=3.31, SP=.49) dan
tingkahlaku warga kerja adalah berada pada tahap memuaskan (M=3.81, SP=.44). Ujian Kolerasi
Pearson pula mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan
servant dengan tingkahlaku warga kerja (r = .414, p < .01), tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara penglibatan kerja dengan tingkahlaku warga kerja (r = .235, p > .05) dan
terdapat hubungan yang signifikan antara tanggapan sokongan organisasi dengan tingkahlaku
warga kerja (r = .420, p < .01). Namun begitu, Ujian-T Sampel Bebas pula mendapati bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tingkahlaku warga kerja dalam kalangan staf
Kolej Komuniti Arau berdasarkan faktor jantina t(38) = -.586, p >.05. Ujian Anova Sehala juga
mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkahlaku warga kerja
dalam kalangan staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan tahun berkhidmat F(5,34) = 1.016, p >
.05. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa persepsi tingkahlaku warga
kerja adalah berada pada tahap yang memuaskan di Kolej Komuniti Arau.

Kata Kunci: Gaya Kepimpinan Servant, Penglibatan Kerja, Tanggapan Sokongan Organisasi,
Tingkahlaku Warga Kerja.

336

HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN SERVANT,PENGLIBATAN KERJA
DAN TANGGAPAN SOKONGAN ORGANISASI DENGAN TINGKAH LAKU WARGA

KERJA DI KOLEJ KOMUNITI ARAU
PENGENALAN

1.1 Pendahuluan
Kolej Komuniti telah ditubuhkan pada 12 Jun 2001 melalui Keputusan Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 5 Julai 2000. Pada peringkat awal penubuhan, Kolej Komuniti merupakan
laluan alternatif kepada pendidikan tertiari yang memberi penekanan kepada pendidikan
seumur hidup, latihan dan kemahiran melalui pelaksanaan kursus pendek dan penawaran Sijil
Kolej sepenuh masa yang mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam. Kemudahan
unik Kolej Komuniti adalah kos pengajian yang sangat murah dan kelulusan akademik yang
sangat minima. Golongan sebegini mempunyai kemahiran dan minat yang sangat tinggi.
Kombinasi minat yang terdapat dalam diri pelajar dengan kemahiran yang diberikan mampu
mentransformasi mereka untuk mencapai taraf sosio ekonomi yang stabil apabila mereka
mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan tempatan. Selain itu, Kolej Komuniti juga
merupakan tempat pilihan peserta kursus pendek yang memilih untuk menceburi bidang
keusahawanan (Laporan Tahunan Kolej Komuniti, 2013).

Justeru itu, penubuhan Kolej Komuniti merupakan salah satu usaha pihak kerajaan untuk
memperkasakan bidang pendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Negara berdasarkan
Penyataan Razak (1959) dan Laporan Rahman Talib (1960) iaitu bagi memajukan aspek-
aspek pembangunan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik ke arah

337

mewujudkan perpaduan negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin
dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Sehubungan itu, visi Kolej Komuniti adalah ‘Membangun Komuniti Setempat Sebagai
Tenaga Kerja Berpengetahuan Dan Terlatih Untuk Memenuhi Tuntutan Dunia Pekerjaan
Melalui Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (PLTV) Dan Pembelajaran
Sepanjang Hayat’. Misi Kolej Komuniti pula adalah ‘Menjadi Peneraju Pendidikan Dan
Latihan Teknikal Dan Vokasional (PLTV) Serta Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat
Menjelang 2015’.

Kejayaan sesebuah organisasi untuk mencapai visi dan misi yang telah disasarkan adalah
amat bergantung kepada faktor kepimpinan yang wujud dalam sesebuah organisasi
berkenaan. Pemimpin yang mengenepikan kepentingan diri demi kebaikan pengikut dan
organisasi mereka dapat meningkatkan keyakinan organisasi dan seterusnya dapat
menyumbang kepada faedah yang lebih tinggi dalam perniagaan mereka (Kunze, Raes &
Bruch, 2015). Sejajar dengan trend organisasi perniagaan ini, institusi akademik juga melalui
fasa untuk mengkaji secara saintifik adakah pemimpin organisasi pendidikan juga akan
menyumbang kepada kualiti positif seseorang pekerja dalam bidang pendidikan. Justeru itu,
kajian ini melihat adakah tingkah laku pemimpin di Kolej Komuniti Arau juga berteraskan
kepada memenuhi keperluan pengikut dan seterusnya dapat memberi sumbangan yang lebih
besar kepada organisasi demi kepentingan masyarakat setempat.

338

Bagi sesebuah organisasi untuk mencapai keberkesanan, adalah penting bahawa bakat unik
pekerjanya diiktiraf, digunakan dan seterusnya dapat memajukan organisasi berkenaan.
Pemimpin boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu pekerja untuk
merealisasikan potensi mereka (Porath, Gerbasi & Schorch, 2015). Pendekatan kepimpinan
yang dipanggil kepimpinan servant adalah memberi tumpuan kepada pembangunan pekerja
untuk mencungkil potensi diri mereka sepenuhnya dalam bidang tersendiri bagi
meningkatkan keberkesanan tugas, kepimpinan masyarakat, motivasi diri, dan keupayaan
kepimpinan masa depan (Chen, Zhu & Zhou, 2015).

Kepimpinan servant dalam sesebuah organisasi merupakan proses untuk mencungkil potensi
diri melalui pemimpin yang mampu berkomunikasi secara satu-ke-satu untuk memahami
kebolehan, keperluan, keinginan, matlamat dan potensi mereka secara individu. Dengan
pengetahuan ciri-ciri unik setiap pengikut ini dan kepentingannya, pemimpin kemudian
membantu pengikut dalam mencapai potensi diri mereka. Galakan ini dilakukan melalui
membina keyakinan diri (Hu & Liden, 2011), berkhidmat sebagai model peranan, amanah,
memberi inspirasi, menyediakan maklumat, maklum balas, dan memberikan mereka sumber
yang diperlukan. Kepimpinan servant berbeza daripada pendekatan tradisional kerana
kepimpinan ini menekankan integriti peribadi dan memberi tumpuan untuk membentuk
hubungan jangka panjang yang kukuh dengan pekerja. Gaya kepimpinan ini adalah unik
kerana ia memanjangkan hubungan pemimpin dengan organisasi luar bagi memenuhi
keperluan beberapa pihak berkepentingan termasuk komuniti dan masyarakat secara
keseluruhan (Walumbwa, Hartnell & Oke, 2010). Kepimpinan servant menunjukkan janji
sebagai satu cara untuk membina kepercayaan dengan pekerja, pelanggan dan masyarakat.

339

Pemimpin yang mengamalkan kepimpinan servant membina kepercayaan dengan melayan
orang lain tanpa memikirkan keutamaan diri sendiri (Schaubroeck, Lam & Peng, 2011).
Pendekatan melayani orang lain sebelum diri sendiri adalah merangkumi pihak di tempat
kerja dari rumah dan juga komuniti. Dalam semua aspek kehidupan, pemimpin-pemimpin
servant mengamalkan gaya kepimpinan ini "perkhidmatan" sebagai orientasi. Apa yang lebih
penting adalah pemimpin servant akan menanamkan keyakinan diri yang tinggi dalam semua
pengikut mereka dan seterusnya berkeinginan untuk menjadi seorang pemimpin yang
mengamalkan gaya kepimpinan yang sama dalam diri sendiri.

1.2 Pernyataan Masalah
Tingkah laku warga kerja merupakan faktor penentu kepada kejayaan dan pencapaian
matlamat sesebuah organisasi. Walaubagaimanapun, bukan semua organisasi akan berjaya
mewujudkan tingkah laku warga kerja yang positif bagi mendokong hasrat yang ingin
dilakukan oleh organisasi berkenaan. Ini adalah kerana warga kerja yang mempunyai
tingkah laku positif adalah lahir secara semulajadi (Organ, 1988). Justeru itu, tingkah laku
warga kerja yang positif adalah menjadi kriteria yang penting bagi sesebuah organisasi
untuk membolehkan kejayaan dan fungsi setiap warga kerja dapat dipenuhi dengan
sebaiknya. Menurut Organ, Podsakoff dan MacKenzie (2006), penglibatan warga kerja
yang tinggi terhadap organisasi dapat memberi manfaat yang sangat baik seperti
peningkatan produktiviti kerja, penggunaan sumber yang menyeluruh serta mewujudkan
motivasi kerja yang tinggi.

340

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku warga kerja di sesebuah
organisasi atau institusi. Antaranya adalah kepelbagaian tugas dan tanggungjawab boleh
menyebabkan perbezaan setiap tingkah laku warga kerja di organisasi berkenaan. Namun
begitu, kajian ini secara khususnya akan melihat tahap amalan gaya kepimpinan servant,
penglibatan kerja dan juga tanggapan sokongan organisasi yang dapat dirasai oleh setiap
lapisan staf di Kolej Komuniti Arau serta hubunganya dengan tingakah laku warga kerja
yang diamalkan di organisasi ini.
1.3 Objektif Kajian :
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif kajian seperti berikut:

1. Mengenalpasti tahap gaya kepimpinan Servant di Kolej Komuniti Arau.
2. Mengenalpasti tahap Penglibatan Kerja, Tanggapan Sokongan Organisasi dan

Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau.
3. Mengenalpasti hubungan antara Kepimpinan Servant, Penglibatan Kerja,

Tanggapan Sokongan Organisasi dengan Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej
Komuniti Arau.
4. Mengenalpasti perbezaan Tingkahlaku Warga Kerja dalam kalangan staf Kolej
Komuniti Arau berdasarkan faktor jantina dan tahun berkhidmat.

341


Click to View FlipBook Version