The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_ieda81, 2021-08-03 06:56:13

Prosiding SPEKKU 2015

Prosiding SPEKKU 2015

RUJUKAN
Boeke, J. H. (1953). Economics & Economic Policy of Dual Societies. New York: Institute of

Pacific Relations

Craig, G. J. (1996). Human Development, 7th Edition. New Jersey: Prentice Hall.
J.L. Pierce, D.G Graner, R B Dunham, L.L. Cummings. (1993). Moderation By Organization-

based Self Esteem Of Role Condition Employee Response Relationship. Academy Of
Mangement Journal

Mohd. Koharuddin M. B (2005). Pembangunan Luar Bandar di Malaysia: Gerakan desa
Wawasan (GDW) sebagai Mekanisme Pembangunan Masyarakat Luar Bandar. Jurnal
Teknologi, 42 (E) Jun 2005 : 31-48 © Universiti Teknologi Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (2011). CAP - Pembelajaran Sepanjang Hayat. Diperoleh
daripadahttp://www.mohe.gov.my/psptn/index.php?option=com_content&view=article&id=
81&Itemid=60

Mezirow, J. (1963). Dynamics of Community Development. Washington: Scarecrow Press
Ramlan (2008). Pendidikan Sepanjang Hayat: Isu, Cabaran Dan Peranan Sekolah Membangun

Modal Insan Dalam Komuniti Setempat . Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan
PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM

Rahimah Abdul Aziz (1989). Pengantar Sosiologi Pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

392

HUBUNGAN PENGGUNAAN ROTAN DENGAN AKHLAK PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI ARAU

Mohammad Zabidi Bin Abdullah
[email protected]

Kolej Komuniti Arau

Nurul Asmahani Binti Osman
[email protected]

Kolej Komuniti Arau

Azizan Bin Abu Seman
[email protected]

Kolej Komuniti Arau

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti hubungan penggunaan rotan dengan akhlak
pelajar di Kolej Komuniti Arau. Objektif kajian ini adalah untuk: a) Mengenalpasti tahap
persepsi pelajar Kolej Komuniti Arau terhadap penggunaan rotan. b) Mengenalpasti tahap akhlak
pelajar Kolej Komuniti Arau. c) Mengenalpasti hubungan penggunaan rotan dengan akhlak
pelajar Kolej Komuniti Arau. d) Mengenalpasti perbezaan akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau
berdasarkan jantina.Seramai 135 orang pelajar Kolej Komuniti Arau Semester 2 Sesi November
2014 telah menjayakan kajian ini. Skala yang digunakan ialah skala Likert yang diberikan nilai 1
hingga 5. Data deskriptif latar belakang sosio demografi pelajar seperti umur, jantina, lokasi dan
status telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapat min dan sisihan
piawai. Pengkaji juga menggunakan min dan sisihan piawai untuk mengetahui tahap persepsi
pelajar terhadap penggunaan rotan dan tahap akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau. Sebanyak dua
hipotesis utama telah dibentuk bagi kajian ini. Kaedah-kaedah statistik Korelasi Pearson dan
Ujian-t telah di gunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis ini. Hasil kajian ini menunjukkan a)
terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan rotan dengan akhlak pelajar Kolej
Komuniti Arau b) terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan rotan dengan akhlak
pelajar Kolej Komuniti Arau.

Kata Kunci: Penggunaan Rotan, Akhlak, Pelajar

393

PENGENALAN

1.1 Pengenalan.

Pada tahun 2014, kita telah digemparkan dengan berita kes penahanan suami isteri warga
Malaysia di Sweden oleh pihak berkuasa tempatan kerana memukul anak mereka yang tidak
solat. Di sesetengah negara Barat dan Eropah , hukuman merotan di anggap menyalahi undang-
undang. Sejak 1979, Negara Sweden telah mempraktikkan undang-undang bagi menjaga
kebajikan kanak-kanak, dimana hukuman atau denda terhadap kanak-kanak adalah kesalahan
jenayah. Sweden mengamalkan no spanking law iaitu undang-undang melarang ibu bapa
menghukum anak dengan cara memukul. Meskipun tidak meninggalkan kesan namun ia
menyalahi undang-undang Sweden, malah, menengking pun tidak dibenarkan.

Menurut Friedman dan Schonberg (1994), perbuatan memukul bertujuan mendisiplinkan anak-
anak bagi membentuk sahsiah diri yang sempurna. Ini termasuklah kesempurnaan moral dan
etika. Memukul anak dengan tujuan hendak mengubah perangai mereka menjadi baik berlainan
daripada penderaan kanak-kanak bagi tujuan mendisiplinkan mereka. Manakala, menurut
Larzelere (2001) mengatakan dalam keadaan tertentu, hukuman berat seperti merotan
membuatkan anak itu lebih berdisiplin berbanding anak-anak yang tidak dikenakan hukuman dan
hanya menggunakan nasihat, amaran ataupun denda.

Dari segi prinsip pendidikan dalam Islam, telah menetapkan panduan yang jelas mengenai
hukuman memukul anak. Di dalam hadis telah menyebut mengenai memukul anak pada umur
sepuluh tahun, setelah melalui proses yang panjang. Sabda Nabi s.a.w:

“Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana
meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).

Berdasarkan hadis ini jelas menunjukkan Rasulullah SAW membenarkan anak-anak yang sudah
berusia sepuluh tahun dipukul jika mereka masih ingkar perintah solat. Tindakan ini dibenarkan
hanya selepas adanya proses pengajaran, ajakan, pujukan, nasihat dan amaran.

Di Malaysia, isu merotan bukanlah satu isu baru dalam dunia keibubapaan mahupun pendidikan
di negara ini. Pelbagai cadangan dan perbincangan telah di suarakan oleh pelbagai pihak
termasuklah ibu bapa, pihak sekolah, tokoh akademik dan para pemimpin berkenaan dengan

394

hukuman rotan di kalangan pelajar bagi tujuan membentuk disiplin. Akta disiplin sekolah
(1957-59), telah membenarkan hukuman merotan di bolehkan kepada pelajar-pelajar yang
melakukan kesalahan berat. Kementerian Pendidikan (1992), telah menetapkan garis panduan
kepada guru besar dan pengetua sekolah untuk menggunakan perbincangan terlebih dahulu
sebelum hukuman rotan di laksanakan. Pada 1994, Kementerian Pendidikan sekali lagi telah
menggubal undang-undang hukuman dengan menetapkan hukuman merotan tidak dibenarkan
dilaksanakan di khalayak ramai. Dalam seminar disiplin pelajar kebangsaan telah menggubal
sekali lagi garis panduan mengenai hukuman rotan dimana hukuman rotan di boeh diteruskan
termasuk juga kepada pelajar perempuan. Bagi memastikan pelajar berdiplin dan berakhlak baik,
kementerian Pendidikan telah beberapa kali mengubal garis panduan mengenai hukuman rotan.
Pada tahun 2003, kementerian pendidikan telah mengeluarkan satu pekeliling baru mengenai
tatacara merotan sebagai tambahan kepada garis panduan sedia ada.

1.2 Penyataan Masalah
Masalah berkaitan dengan disiplin dan akhlak pelajar semakin merosot. Masalah ini ibarat barah
yang menular di dalam badan. Hal ini bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang prihatin
akan perkembangan moral dan mental anak-anak mereka malah juga kepada institusi pendidikan.
Dalam usaha untuk membendung gejala yang tidak sihat ini, pihak Kementerian Pendidikan
telah mengambil langkah untuk melaksanakan semula hukuman rotan di institusi pendidikan..
Namun hukuman rotan kepada pelajar boleh mencetuskan pelbagai reaksi khususnya dikalangan
ibu bapa, termasuklah bantahan terbuka sehingga kepada mengambil tindakan mahkamah
Khairina (2003). Rotan merupakan mekanisme yang bukan ditetapkan oleh sesiapa untuk
digunakan di dalam pendidikan kanak-kanak pada zaman dahulu, rotan merupakan inisiatif
sendiri para guru dan sikap sebenar mereka yang menganggap perlu untuk mendisiplinkan
pelajar pada masa itu. Namun, pelbagai reaksi telah timbul ekoran dari sikap sesetengah pihak
terutamanya ibu bapa, guru-guru, ahli-ahli akademik sehinggalah kepada tokoh-tokoh politik
menyebabkan polemik ini menjadi perbahasan. ( Sajap Maswan et al., 2004). Pelbagai cadangan
dan pendapat telah diberikan oleh pelbagai pihak berkaitan dengan isu rotan dan akhlak pelajar.
Namun, cadangan dan pendapat yang dikemukan berkaitan isu rotan ini hanyalah berdasarkan
pendapat peribadi dan bukan berdasarkan dapatan daripada kajian-kajian yang telah dijalankan.

395

Justeru kajian berkaitan rotan dan akhlak pelajar di jalankan. Kajian yang akan dijalankan lebih
menumpukan kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap
penggunaan rotan , tahap akhlak pelajar , hubungan penggunaan rotan dengan akhlak pelajar
dan perbezaan akhlak pelajar berdasarkan jantina. Kesesuaian ini akan dilihat dari sudut
hubungan penggunaan rotan dengan akhlak pelajar di Kolej komuniti Arau.

1.3 Kepentingan Kajian
1.3.1 Hasil kajian ini diharap dapat memberikan input kepada lapisan masyarakat terhadap

kesan hubungan penggunaan rotan dengan sikap pelajar di Kolej komuniti Arau.

1.3.2 Hasil kajian ini diharap dapat membantu para pensyarah Kolej Komuniti Arau mengatasi
serta bersiap sedia dengan segala masalah salah laku yang ditimbulkan oleh para pelajar.

1.4 Objektif Kajian
i. Mengenalpasti tahap persepsi pelajar Kolej Komuniti Arau terhadap penggunaan
rotan.
ii. Mengenalpasti tahap akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau.

iii. Mengenalpasti hubungan penggunaan rotan dengan akhlak pelajar Kolej
Komuniti Arau.

iv. Mengenalpasti perbezaan akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina

1.5 Soalan Kajian
i. Apakah tahap persepsi pelajar Kolej Komuniti Arau terhadap penggunaan rotan?
ii. Apakah tahap akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau?

iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan rotan dengan
akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau?
iv. Adakah terdapat perbezaan akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau berdasarkan
jantina?

396

1.6 Hipotesis Nul

H01 :Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan rotan dengan akhlak pelajar
Kolej Komuniti Arau.

H02 :Tidak terdapat perbezaan akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.

1.7 Kerangka Kajian AKHLAK PELAJAR

DEMOGRAFI
- Umur
- Jantina
- Lokasi
- Status

PENGGUNAAN ROTAN Pemboleh Ubah Bersandar
Pemboleh Ubah Bebas

397

METODOLOGI KAJIAN
2.1 Pendahuluan
Penyelidikan ini adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap penggunaan rotan dan hubungan
penggunaan rotan dengan akhlak pelajar. Penyelidikan ini juga adalah untuk melihat tahap
perbezaan akhlak pelajar berdasarkan jantina. Konsep kendiri yang positif dikatakan boleh
menyebabkan seseorang itu merasakan diri mereka dihargai. Secara ringkasnya dalam bab ini
pengkaji menerangkan tentang kaedah yang akan digunakan dalam menjalankan kajian ini
seperti reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur memungut data
dan prosedur menganalisis data.

2.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan kaedah soal
selidik melalui borang soal selidik yang telah di sediakan oleh pengkaji menggunakan set borang
soal selidik untuk mencapai objektif kajian ini. Borang soal selidik telah diedarkan kepada
responden untuk mengetahui hubungan penggunaan rotan dengan sikap responden terhadap
hukuman merotan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan. Reka bentuk kajian ini dipilih
kerana bilangan sampel responden yang diambil dapat mewakili keseluruhan populasi yang
hendak dikaji iaitu pelajar-pelajar Kolej Komuniti Arau.

2.3 Pensampelan

Responden kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Arau Semester 2
Sesi November 2014. Sebanyak 135 orang pelajar telah dipilih daripada 210 orang pelajar
sebagai responden kajian. Pemilihan ini berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie
dan Morgan, (1970) di dalam Sekaran (1992). Daripada jumlah keseluruhan pelajar hanya 135
orang pelajar sudah memadai sebagai sampel respondan yang mewakili keseluruhan populasi
pelajar dalam kajian ini. Sampel responden dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan
rawak mudah. Kajian bagi saiz sample yang lebih besar tidak dapat dilakukan kerana batasan
masa yang agak terhad. Daripada 210 soal selidik yang telah diedarkan kepada responden, hanya
135 soal selidik telah dikembalikan.

398

2.4 Instrumen Kajian

Kajian ini adalah kajian kuantitatif. Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah
berbentuk soal selidik yang dikemukan kepada responden. Soal selidik ini telah di ubahsuai
daripada soal selidik kajian-kajian yang lepas dan di ubah suai mengikut kesesuaian kajian
pengkaji. Dalam borang soal selidik tersebut, penyelidik membahagikan kepada tiga bahagian
iaitu: Bahagian A : mengandungi latar belakang sosio demografi pelajar seperti umur, jantina,
tahap pendidikan, tahap pendidikan ayah / penjaga, tahap pendidikan ibu / penjaga, lokasi dan
status. Bahagian B: mengandungi 9 item berkaitan rotan manakala bahagian C: mengandungi 40
item soalan berkaitan akhlak. Tempoh menjawab borang soal selidik ini dianggarkan mengambil
masa antara 15 hingga 20 minit sahaja. Skala yang digunakan ialah skala 5 Likert yang
diberikan nilai 1 hingga 5 di atas skala Likert. Nilaian pemarkahan yang diberikan adalah
seperti berikut, skala Sangat Setuju (5) , Setuju (4), Tidak Pasti (3), Tidak Setuju (2) dan Sangat
Tidak Setuju (1).

2.5 Kajian Rintis

Kajian rintis telah dilaksanakan bagi menentukan kebolehpercayaan item. Kajian rintis telah
dijalankan kerana set soal selidik berkaitan penggunaan rotan telah mengalami beberapa proses
modifikasi daripada beberapa item kajian-kajian lepas dan di ubah suai mengikut kesesuaian
kajian pengkaji dan telah mendapat nasihat pakar. Item soalan Aziz (2010) berkaitan akhlak
pelajar telah digunakan dalam kajian ini. Kajian rintis ini adalah bagi memastikan item yang
dibuat dapat difahami dan dijawab berdasarkan kehendak ujian dan mendapat pandangan dan
komen daripada responden mengenai soal selidik ini.

2.6 Prosedur Memungut Data

Sebelum pengkaji memberi soal selidik kepada responden, satu taklimat ringkas telah diberikan
terlebih dahulu kepada pelajar. Set borang soal selidik diedarkan kepada para pelajar. Setelah
selesai menjawab, para pelajar memulangkan semula set borang soal selidik kepada pengkaji.

399

2.7 Prosedur Menganalisis Data
Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS versi 17.0) telah digunakan

untuk menganalisis dapatan data. Setiap data yang di masukkan ke dalam komputer telah ditanda
dengan singkatan yang ringkas yang mudah difahami oleh pengkaji.
Data deskriptif latar belakang sosio demografi pelajar seperti umur, jantina, lokasi dan status
telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk mendapat min dan sisihan piawai.
Pengkaji juga menggunakan min dan sisihan piawai untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap
penggunaan rotan dan hubungan persepsi penggunaan rotan dengan akhlak pelajar Kolej
Komuniti Arau.
Statistik infrensi yang digunakan oleh pengkaji adalah ujian korelasi Pearson yang digunakan
untuk menguji hipotesis nul hubungan antara persepsi penggunaan rotan dengan akhlak pelajar.

Bagi menguji hipotesis nul untuk melihat perbezaan antara akhlak di kalangan pelajar
Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina diuji dengan menggunakan kaedah ujian-t sampel
bebas kerana ianya melibatkan satu pemboleh ubah bebas iaitu jantina dengan dua kumpulan
(lelaki dan perempuan) dan satu pemboleh ubah bersandar iaitu akhlak pelajar.

DAPATAN KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Arau yang mana respondennya adalah pelajar-pelajar
semester 2 Sesi Julai 2014. Sebanyak 210 naskah borang soal selidik terpiawai telah diedar
kepada pelajar yang terlibat dan hanya 135 naskah yang berjaya dikumpul semula. Borang soal
selidik telah disemak terlebih dahulu sebelum ujian normaliti dibuat dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS versi 17.0) untuk membuang data
outlier supaya data yang diperolehi adalah bertaburan normal.

400

3.2 Tahap penilaian responden

Dapatan kajian dikelaskan kepada tiga bahagian seperti jadual dibawah mengikut interpretasi
min oleh Zainudin & Jani (2010):

Jadual 3.1
Tahap penilaian responden berdasarkan min

Tahap Penilaian Julat Min
Rendah 1.0 – 2.33
2.34 – 3.66
Sederhana 3.67 – 5.00
Tinggi

Berdasarkan Jadual 3.1, nilai min yang tinggi ialah 3.67 – 5.00, manakala nilai min sederhana
ialah 2.34 -3.66 dan nilai min rendah ialah 1.00 – 2.33.

3.3 Profil Responden
Ujian normaliti telah dijalankan ke atas data 135 responden untuk melihat sama ada

responden menunjukkan ciri yang berlainan daripada data sebenar atau ekstrem kepada data yang
lebih tinggi (outlier). Analisis normaliti yang dibuat menunjukkan tiada data yang ekstrem pada
paparan dan menunjukan data berada dalam taburan normal.

Profil responden seperti yang terdapat dalam soal selidik adalah umur, jantina, lokasi tempat
tinggal dan status. Jadual-jadual di bawah ini akan memaparkan profil responden berdasarkan
dapatan kajian.

401

Umur Jadual 3.2 Peratus
Bilangan Responden Mengikut Umur
15 - 20 74.8
21 - 25 Bilangan 20.7
26 - 30 101 1.5
28 3.0
> 30 2 100.0
Jumlah 4
135

Berdasarkan Jadual 3.2, didapati bilangan responden yang berumur di antara 15 - 20 tahun
menunjukkan bilangan yang paling tinggi iaitu seramai 101 orang (74.8%), diikuti oleh
responden berumur 21 - 25 tahun seramai 28 orang (20.7%), berumur lebih 30 tahun seramai 4
orang (3.0%), berumur 26 - 30 tahun seramai 2 orang (1.5%).

Jantina Jadual 3.3 Peratus
Bilangan Responden Mengikut Jantina
Lelaki 38.5
Perempuan Bilangan 61.5
52 100.0
Jumlah 83
135

Jadual 3.3 diatas menunjukkan bahawa daripada 135 responden yang menjawab borang
soal selidik dan memulangkan semula, 52 orang pelajar daripadanya adalah lelaki (38.5%) dan
seramai 83 orang pelajar daripadanya adalah perempuan (61.5%). Perangkaan ini menunjukkan
responden perempuan adalah melebihi responden lelaki sebanyak 23 peratus.

402

Jadual 3.4
Bilangan Responden Mengikut Lokasi Tempat Tinggal

Lokasi Bilangan Peratus
Bandar 60 44.4
Luar Bandar 75 55.6
Jumlah 135 100.0

Berdasarkan Jadual 3.4, majoriti responden tinggal di luar bandar iaitu seramai 75 orang
(55.6%), manakala responden yang tinggal di bandar seramai 60 orang (44.4%).

Status Jadual 3.5 Peratus
Bilangan Responden Mengikut Status
Bujang 94.8
Berkahwin Bilangan 4.4
Lain - lain 0.7
128 100.0
Jumlah 6
1
135

Jadual 3.5 menunjukkan status responden. Daripada jumlah 135 responden, didapati bahawa
majoriti responden masih bujang iaitu seramai 128 orang (94.8%). Diikuti yang telah berkahwin
seramai 6 orang (4.4%) dan lain-lain seramai 1 orang (0.7%).

403

3.3 Analisis Statistik Deskriptif

3.3.1 Soalan Kajian : 1. Apakah tahap persepsi pelajar Kolej Komuniti Arau terhadap
penggunaan rotan?

Jadual 3.6
Tahap persepsi pelajar terhadap penggunaan rotan

Item Soalan Min Sisihan Piawai
3.62 1.028
Merotan sebagai satu cara mendidik yang
patut dilakukan oleh setiap ibu bapa dan 3.68 0.967
guru.
Merotan dapat memberi kesedaran 3.42 0.950
kepada seseorang supaya tidak
mengulangi semula kesalahan yang 3.99 1.000
dilakukan. 3.79 1.102
Unsur dalaman seperti konsep kendiri 3.70 1.002
seseorang adalah yang perlu untuk 3.41 1.363
ditingkatkan atau diberi perhatian oleh ibu 2.84 0.916
bapa dan guru bukannya dengan 3.27 1.307
merotan. 3.52 0.448
Seseorang perlu diberi nasihat,
peringatan atau bentuk bimbingan
terlebih dahulu sebelum dirotan.
Sesi kaunseling adalah lebih baik
daripada merotan.
Sekadar merotan bukannya mendera
dibolehkan.
Merotan adalah cara lama yang tidak
sesuai dipraktikan pada zaman ini.
Tidak terdapat kesan positif terhadap
perubahan sikap seseorang yang pernah
menjalani hukuman rotan.
Menambah kebencian seseorang kepada
ibu bapa dan guru selepas dirotan.

Jumlah

Berdasarkan Jadual 3.6, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min persepsi
pelajar Kolej Komuniti Arau terhadap penggunaan rotan. Secara keseluruhannya persepsi pelajar
Kolej Komuniti Arau terhadap penggunaan rotan adalah berada pada tahap sederhana (M=3.52,
SP=0.448).

404

3.3.2 Soalan Kajian: 2. Apakah tahap akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau?

Jadual 3.7

Tahap akhlak pelajar

Item Soalan Min Sisihan Piawaian

Saya fikir adalah bersopan menghormati orang yang 4.40 .745
lebih tua. 3.56 .990
3.87 1.021
Saya suka membaca buku pelajaran.
3.97 1.184
Saya banyak mendapat kerjasama dari kawan-
kawan. 3.51 1.085
Saya sentiasa berpakaian kemas datang ke
sekolah. 4.01 1.079
Saya berbohong untuk mengelak diri dari dikenakan 4.46 .710
hukuman. 4.50 .771
Saya tahu cara mudah untuk mendapat wang tanpa 5.00 .000
disedari oleh sesiapa. 4.40 .775
4.10 1.110
Menipu adalah sebahagian tabiat saya. 3.76 1.235

Saya suka merokok apabila ada peluang. 3.78 1.144

Saya tahu bagaimana untuk mendapatkan dadah. 3.49 1.050

Saya suka membantah arahan ibu bapa. 4.46 .780
4.57 .697
Saya suka membantah arahan guru. 4.09 1.129
4.34 .812
Saya tidak suka orang selalu memberi tahu apa
yang perlu saya buat. 4.30 .822
Saya selalu memberi alasan untuk mengelakkan 4.21 1.075
dari membuat kerja. 4.61 .669
Saya tidak suka menjadi orang yang menurut 3.63 1.331
perintah.
Saya rasa megah menjadi ketua dalam melanggar 4.08 1.204
peraturan sekolah. 3.92 1.172
4.40 .850
Saya suka merosakan harta benda sekolah. 4.26 .801

Saya suka datang lewat ke sekolah. 4.33 .809
4.12 1.204
Saya banyak membuat bising semasa guru 3.73 1.200
mengajar. 3.70 1.199
Saya suka membuat bising tanpa menggunakan 4.01 1.252
suara.

Saya suka ponteng sekolah.

Saya suka menconteng dinding sekolah.

Saya suka menggangu adik-beradik saya semasa di
rumah.
Saya suka menggangu pelajar lain semasa mereka
belajar.

Saya tidak suka melakukan giliran bertugas di kelas.

Saya suka ponteng kelas.

Saya kerap kali membuat kesalahan supaya ibu
bapa saya marah.
Saya kerap kali membuat kesalahan supaya guru
saya marah.

Saya tidak kesah tentang markah peperiksaan saya.

Saya tidak suka membuat kerja sekolah di rumah.

Saya selalu lambat menghantar buku latihan untuk
diperiksa.

Saya suka menyerang pelajar lain secara fizikal.

405

Saya suka berkelahi dengan adik-beradik di rumah. 3.91 1.243
Saya suka berkelahi dengan kawan-kawan. 4.12 1.140
Saya suka melibatkan diri dengan pelajar nakal. 4.49 .781
Saya suka membuli pelajar lain. 4.56 .708
Saya suka menyimpan rambut panjang. 3.07 1.589
Saya suka bercakap kasar dengan ibu bapa. 4.47 .741
Saya suka bercakap kasar dengan guru. 4.49 .700
Saya suka menyimpan kuku panjang. 4.60 .671
Saya tidak suka berkongsi barang dengan adik-
beradik saya. 3.59 1.405

Jumlah 4.1214 .55100

Berdasarkan Jadual 3.7, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min tahap akhlak
pelajar Kolej Komuniti Arau. Secara keseluruhannyan tahap akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau
adalah berada pada tahap tinggi (M=4.12, SP=0.55).

3.4 Pengujian Hipotesis

H01 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan rotan dengan akhlak
pelajar Kolej Komuniti Arau.

Bagi menguji hipotesis nul pertama di dalam kajian ini, statistik infrensi yang digunakan
adalah ujian Kolerasi pearson untuk menguji hipotesis nul hubungan antara penggunaan rotan
dengan akhlak pelajar.

Jadual 3.8
Kolerasi Pearson Antara Penggunaan Rotan dengan Akhlak Pelajar

Pearson Correlation Penggunaan Rotan Akhlak Pelajar
1 .347**
Penggunaan Rotan Sig. (2-tailed) .000
135 135
N .347** 1
Pearson Correlation
.000 135
Akhlak Pelajar Sig. (2-tailed) 135

N

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

406

Dapatan analisis kolerasi dalam Jadual 3.8 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara penggunaan rotan dengan akhlak pelajar (r = 0.347, p = <0.01). Maka hipotesis
nul pertama di dalam kajian ini berjaya ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan
yang signifikan antara penggunaan rotan dengan akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau.
Kesimpulannya makin tinggi persepsi terhadap penggunaan rotan, makin tinggi akhlak pelajar.

H02 : Tidak terdapat perbezaan akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.

Bagi menguji hipotesis nul yang kedua didalam kajian ini, kaedah ujian-t sampel bebas
digunakan kerana ianya melibatkan satu pemboleh ubah bebas iaitu jantina dengan dua
kumpulan (lelaki dan perempuan) dan satu pemboleh ubah bersandar iaitu akhlak pelajar.

Jadual 3.9

Keputusan Ujian-t Sampel Bebas Perbezaan Akhlak Berdasarkan Jantina

Jantina N Min SP dk t p
.034
Lelaki 52 3.39 .566 133 -2.143

Perempuan 83 4.20 .530

Jadual 3.9 menunjukkan keputusan ujian-t sampel bebas perbezaan akhlak mengikut jantina.
Setelah analisis statistik t-sampel dilakukan, ujian Levene didapati signifikan (p >.05). Keputusan
ini menunjukkan varians diantara pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah berbeza dan telah
memenuhi andaian kehormogenan varians antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan berkaitan
akhlak. Setelah ujian-t sampel bebas dilakukan, didapati ia adalah signifikan t(133) = -2.143, p
<.05. Oleh itu hipotesis nul berjaya ditolak. Justeru, terdapat perbezaan akhlak berdasarkan
jantina di kalangan pelajar Kolej Komuniti Arau.

407

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
4.1 Pengenalan

Perbincangan akan menjurus kepada membincangkan hipotesis-hipotesis kajian berdasarkan
objektif dan soalan kajian.

4.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan ujian min (M=3.52, SP=0.448), ini menunjukan pelajar-pelajar Kolej
Komuniti Arau secara sederhananya menerima penggunaan rotan sebagai salah satu kaedah
hukuman dalam membentuk disiplin dan akhlak yang baik Larzelere (2001). Tahap akhlak
pelajar Kolej Komuniti Arau adalah tinggi berdasarkan keputusan skor min (M=4.12, SP=0.55).

a. Mengenalpasti hubungan penggunaan rotan dengan akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau.
Statistik infrensi yang digunakan adalah ujian Kolerasi pearson untuk menguji hipotesis nul
hubungan antara penggunaan rotan dengan akhlak pelajar. Keputusan menunjukan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan rotan dengan akhlak pelajar (r = 0.347, p
= < 0.01). Ini menunjukan penggunaan rotan sebagai kaedah hukuman dapat diterima secara
positif oleh pelajar Kolej Komuniti Arau. Dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian
Sajap Maswan (2004) yang mendapati hukuman rotan tidak semestinya akan dapat
menyelesaikan masalah disiplin. Dapatan kajian ini juga menyokong takrifan yang diberikan
oleh Zainudin Bin Abu Bakar, Jani Bin Tawil (2010) iaitu hukuman merotan sememangnya
tidak akan mendatangkan kecederaan sekiranya ia bertujuan untuk mendisiplinkan pelajar dan
amat bersesuaian. Selain itu hukuman ini juga dijalankan mengikut prosedur dan kaedah yang
dibenarkan agar ia memberikan pengajaran kepada pelajar yang melakukan kesalahan.

b. Mengenalpasti perbezaan akhlak pelajar Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.
Kaedah ujian-t sampel bebas digunakan kerana ianya melibatkan satu pemboleh ubah bebas
iaitu jantina dengan dua kumpulan (lelaki dan perempuan) dan satu pemboleh ubah bersandar
iaitu akhlak pelajar. Setelah ujian-t sampel bebas dilakukan, didapati ia adalah signifikan,
t(133) = -2.143, p <.05. Kesimpulannya, terdapat perbezaan akhlak berdasarkan jantina di
kalangan pelajar Kolej Komuniti Arau. Hasil daripada penyelidikan ini juga mendapati min

408

tahap akhlak perempuan (4.20) adalah lebih tinggi daripada min akhlak pelajar lelaki (3.39).
Dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian Aziz Bakar (1997) yang mendapati tiada
terdapat perbezaan yang signifikan di antara salah laku pelajar berdasarkan jantina sama
ada pelajar perempuan atau pelajar lelaki.
4.3 Implikasi
Implikasi yang dapat dilihat dari kajian ini :
4.3.1 Hasil kajian menunjukan penggunaan rotan sebagai kaedah hukuman dapat

diterima secara positif oleh pelajar Kolej Komuniti Arau yang mana dapat
menjadikan akhlak pelajar lebih baik.
4.4 Kesimpulan
Hasil kajian ini telah menjawab objektif dan hipotesis kajian. Keputusan kajian ini menunjukkan
bahawa hubungan penggunaan rotan dengan akhlak pelajar adalah signifikan dan positif.

409

RUJUKAN

Aminuddin Bin Hehsan & Siti Noor Binti Muhamad (2010). Tahap Disiplin Pelajar Sekolah
Masa Kini : Satu Kajian Di Maahad Ahmadi Tanah Merah

Zainudin Bin Abu Bakar, Jani Bin Tawil (2010). Persepsi Ibu Bapa Terhadap Hukuman
Merotan Ke Atas Pelajar Yang Melakukan Kesalahan Disiplin Di SMK Ulu Tiram, Johor
Bahru

Khalim Zaina, Rohani Ahmad Tarmizi, Zakaria Kasa, Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2007).
Program Sistem Penalti: Kaedah Alternatif bagi Pengurusan Disiplin Pelajar.

Sajap Maswan, Jamilah Din, Rodzita Osman (2004). Konsep Kendiri Pelajar Yang Telah
Menjalani Hukuman Rotan di Sekolah Menengah Di Daerah Kerian.

Sarnsilah Roslan (2000). Hubungan Antara Pembelajaran Aturan Kendiri Dan Keyakinan
Terhadap Kebolehan Diri Dengan Pencapaian Akaoemik 01 Kalangan Pelajar Di
Institusi Pengajian Tinggi.

Aziz Bin Bakar (1997). Pengaruh Salah Laku Ke Atas Pelajar.
Wartawan Sinar Harian. Ramai keliru tindakan kerajaan Sweden. Diperoleh pada 17 November

2014 daripada http://www.sinarharian.com.my/rencana/ramai-keliru-tindakan-kerajaan-
sweden-1.245280
Maria Binti Tationo. Relevenkah Hukuman Rotan Bagi Mengatasi Masalah Disiplin Pelajar
Pada Masa Kini ?. Diperoleh pada 21 Mei 2015 daripada
http://dpliipgkbm.blogspot.my/2012/08/wajarkah-hukuman-rotan-ke-atas-pelajar.html.
Abd Razak Muthalib. Rotan bukan penyelesaiannya. Diperoleh pada 04 Jun 2015 daripada
http://www.sinarharian.com.my/rencana/rotan-bukan-penyelesaiannya-1.355568
Luqman Baihaqim. Hukuman Rotan Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan Daripada
Keburukan. Diperoleh pada 08 Julai 2015 daripada
http://perbayudss.blogspot.my/2008/11/hukuman-rotan-lebih-banyak-mendatangkan.html

410

IMPAK PENGLIBATAN DALAM CC R&B STOMPERS TERHADAP
PEMBINAAN SAHSIAH, DISIPLIN DAN KEYAKINAN DIRI PELAJAR

Rafizi bin Ramli, Kolej Komuniti Baling
[email protected]

Husba Khairi bin Hussin, Kolej Komuniti Baling
[email protected]

Izyanty binti Ismail, Kolej Komuniti Baling
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat impak penglibatan dalam CC R&B Stompers terhadap
pembinaan sahsiah, disiplin dan keyakinan diri pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 80 orang
pelajar yang terdiri daripada ahli Kelab CC R&B Stompers dari beberapa buah Kolej Komuniti
di Wilayah Utara. Kajian ini dibahagikan kepada empat skop utama iaitu mengenalpasti
demografi responden, tahap impak penglibatan dalam CC R&B Stompers terhadap pembinaan
sahsiah diri pelajar, pembinaan disiplin diri pelajar, dan keyakinan diri pelajar. Dapatan kajian
ini menunjukkan tahap pembinaan sahsiah yang memberansangkan melalui nilai min yang
diperoleh bagi keseluruhan item berkaitan ialah n=3.48. Manakala dari sudutu pembinaan
disiplin pula, item “Penglibatan dalam aktiviti R&B Stompers menjadikan saya seorang yang
lebih berdisiplin” menunjukkan nilai min tertinggi iaitu, n=3.55. Bagi aspek peningkatan
keyakinan diri pula, Item PS2; “Saya suka terlibat dalam aktiviti R&B Stompers kerana banyak
mengajar saya menjadi pelajar yang prihatin” menunjukkan nilai min n= 3.58. Kesimpulannya,
dapat dikenalpasti di sini, melalui penglibatan sesorang pelajar dalam aktiviti CC R&B
Stompers, ia memberi impak positif yan signifikan terhadap pembinaan sahsiah, disiplin dan
keyakinan diri pelajar. Hasil kajian ini diharap dapat membantu semua pihak dalam menilai akan
kepentingan CC R&B Stompers sebagai sebuah komponen dalam kokurikulum kolej komuniti.

KATA KUNCI : Stompers, Ko-Kurikulum, Penglibatan Pelajar.

411

BAB 1 : PENGENALAN

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Aktiviti kokurikulum menjadi salah satu medium utama ke arah merealisasikan agenda
pembentukan modal insan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa melalui penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum samada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di
peringkat institusi pengajian tinggi amat membantu mempengaruhi perkembangan diri mereka.

Salah satu aktiviti kokurilum yang dijalankan di kolej komuniti ialah Community College Red &
Blue Stompers (CC R&B Stompers). Idea penubuhannya dicetuskan Menteri Pendidikan II,
Dato’ Seri Idris Jusoh yang turut mencadangkan agar kumpulan muzik tersebut diwujudkan di
setiap kolej (Utusan Malaysia). Malahan, memetik petikan akhbar Sinar Harian (2014), Dato’
Seri Idris Jusoh juga mencabar kolej komuniti untuk menubuhkan satu kumpulan stomp. Pemain
stomp adalah pemuzik yang menggunakan bahan terbuang dan terpakai sebagai alat muzik.
Sejak gagasan idea penubuhannya diterjemahkan pada bulan Oktober 2013 sehingga kini, hampir
setiap kolej komuniti telah memiliki pasukan CC R&B Stompers sendiri dan disertai oleh
sebahagian besar pelajar. Ia dijadikan sebagai salah satu kelab pilihan untuk pelajar dan dipimpin
oleh sekurang-kurangnya seorang penasihat di kalangan pensyarah kolej komuniti. Melihat
kepada senario yang agak memberansangkan ini, wajar juga dilihat sejauhmana penglibatan
pelajar dalam CC R&B Stompers ini selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara
khususnya dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.

Hasil kajian ini kelak, diharap dapat membantu semua pihak dalam menilai akan kepentingan CC
R&B Stompers sebagai sebuah komponen dalam kokurikulum kolej komuniti dan seterusnya
mampu mengusulkan mekanisma yang terbaik dalam memaksimakan potensi pelajar.

412

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Ramai pelajar masih selektif dalam memilih aktiviti ko-kurikulum untuk mereka sertai.
Terdapat juga kecenderungan untuk mengelak diri daripada terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum
yang bersifat kesukanan, lasak dan kesenian. Walaubagaimanapun, kepentingan kokurikulim
sukar untuk dinafikan. Malah ia juga diakui melalui kajian oleh Jamaludin (2009).

Berdasarkan kajian-kajian yang terdahulu jelas menunjukkan bahawa dengan penyertaan
dalam aktiviti ko-kurikulum, ia membuka ruang untuk kepada pelajar untuk bergiat secara aktif
atau berkumpulan dan secara tidak langsung membentuk karekter dan personaliti diri mereka.
Menurut petikan akhbar Sinar Harian (2014), hasil dan penubuhan CC R&B Stompers di setiap
kolej komuniti berjaya mengasah bakat dan kreativiti pelajar melalui koreografi persembahan
dan kebolehan bermain alat muzik daripada bahan terbuang. Secara tidak langsung kumpulan ini
membina jati diri dan keyakinan diri pelajar.

Kajian yang dijalankan oleh Ab.Alim (2004) juga menunjukkan betapa kepentingan
kokurikulum dalam pendidikan memberi kesan langsung kepada pembentukan diri pelajar. Oleh
itu, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum perlu dirancang dan dilaksanakan dengan
sebaik mungkin bagi memperoleh hasil yang paling optima.

Dalam konteks aktiviti CC R&B Stompers pula, dilihat hanya sebahagian kecil sahaja
pelajar yang benar-benar berminat untuk mewakili kolej komuniti masing-masing dalam aktiviti
tersebut. Ini mungkin bersandarkan kepada beberapa faktor khususnya dari segi usianya yang
agak baru dan masih dalam fasa pengenalan dan pembudayaan di semua kolej komuniti seluruh
negara. Namun begitu, sebelum CC R&B Stompers ini hendak dibudayakan mahupun
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak khususnya pelajar kolej komuniti, harus dilihat
sejauh mana ia mampu bertindak sebagai medium meningkatkan ketrampilan pelajar khususnya
kesimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

413

1.2 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumbalas dan jawapan bagi setiap
persoalan berikut:

i. Sejauhmanakah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum : CC R&B Stompers
mempengaruhi tahap pembinaan sahsiah diri pelajar ?

ii. Sejauhmanakah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum : CC R&B Stompers
mempengaruhi tahap pembinaan disiplin diri pelajar ?

iii. Sejauhmanakah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum : CC R&B Stompers
mempengaruhi tahap keyakinan diri pelajar ?

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti sejauhmanakah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum :
CC R&B Stompers mempengaruhi tahap pembinaan sahsiah diri pelajar ?

ii. Mengenalpasti sejauhmanakah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum :
CC R&B Stompers mempengaruhi tahap pembinaan disiplin diri pelajar ?

iii. Mengenalpasti sejauhmanakah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum :
CC R&B Stompers mempengaruhi tahap keyakinan diri pelajar ?

414

1.4 TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana impak yang dihasilkan
daripada penyertaan dalam aktiviti CC R&B Stompers kepada para pelajar. Kajian ini lebih
memfokuskan kepada aspek pembinaan sahsiah dan kepimpinan pelajar. Ingin dilihat seluas
manakah kesan langsung ke atas diri para pelajar berkenaan dalam ruang lingkup kepimpinan
dan pembangunan sahsiah mereka. Berpandukan kepada hasil kajian ini kelak, ia akan memberi
gambaran serba sedikit tentang nilai-nilai positif yang boleh dikembangkan mahupun kelemahan
yang boleh diambil tindakan pembetulan. Ia amat membantu pihak pengurusan Hal Ehwal
Pelajar (HEP) setiap kolej komuniti dalam mengatur dan merencana aktiviti yang bersesuaian
untuk pelajar ke arah melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama.

Agenda pengurusan Hal Ehwal Pelajar dalam menyuntik nilai tambah dalam diri pelajar tidak
sukar untuk diterjemahkan sekiranya aktiviti kokurikulum dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
semua individu yang terlibat. Ini selari dengan dapat kajian oleh Jamaludin (2009) yang
menjelaskan bahawa menerusi pengalaman yang diperoleh melalui aktiviti-aktiviti,
membolehkan murid menyediakan diri bagi menghadapi tuntutan dalam bidang ekonomi, politik,
tempat kerja dan suasana pasaran buruh yang kompleks. Berdasarkan kenyataan ini, jelas
menunjukkan kepada kita bahawa melalui penglibatan pelajar dalam sesuatu aktiviti
kokurikulum dapat membantu mereka mempersiapkan diri dengan cabaran sebenar yang bakal
ditempuhi pada masa akan datang.

415

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 DEFINISI KO-KURIKULUM

Menurut Kamus Dewan (2010), kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum
asas yang melibatkan kegiatan atau aktiviti. Selain itu, kokurikulum juga boleh diterjemahkan
sebagai kegiatan berkumpulan di mana kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

2.2 KAJIAN LEPAS BERKENAAN KOKURIKULUM

Seiring dengan gagasan transformasi negara dan transformasi pendidikan yang
dilaungkan kerajaan. Ia menuntut kepada penyatuan idea dan tenaga ke arah merealisasikan
wawasan tersebut. Salah satu instrumen penting ke arah melahirkan generasi yang memiliki
minda transformasi tersebut adalah melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Ini
dibuktikan melalui beberapa kajian terdahulu yang menunjukkan kesan-kesan positif hasil
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Menurut Steve Duncan (1996), penglibatan
dalam aktiviti kokurikulum di sekolah adalah penting dalam membentuk sahsiah remaja di mana
ia menjauhkan remaja dari tingkah laku yang tidak elok.

Kokurikulum menggalakkan kecergasan fizikal agar mempunyai kesihatan yang baik dan
berupaya berdikari dan mengorak langkah secara kreatif dan inovatif mengikut acuan sendiri. Ia
juga membantu dalam penbentukan jati diri pelajar untuk tidak terjebak dalam gejala yang tidak
bermoral. Dengan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum tertentu, ia melatih sifat
kepimpinan dan jati diri mereka. Ia turut mempengaruhi gaya berfikir dan keupayaan mereka
untuk membuat penilaian dan menangani masalah serta cabaran dalam hidup. Kajian Deborah
(2008) menyatakan bilangan program atau aktiviti yang dijalankan di sekolah mempunyai
hubungan yang signifikan dengan gejala sosial yang tidak sihat.

416

Menurut Chin Pek Lian (2011), kokurikulum dapat memberi banyak manfaat dan kepentingan
kepada pelajar. Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ia dapat
mengembangkan bakat dan kreativiti pelajar. Melalui sesi perjumpaan, latihan dan keterlibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan seperti pertandingan, perkhemahan dan
persembahan dapat mencungkil dan mengasah potensi diri sebenar pelajar.

Malaysia sentiasa memerlukan generasi belia dan beliawanis yang berkualiti seiring dengan
kemajuan negara. Modal insan yang seimbang dan berdaya saing mampu merancakkan lagi
agenda pembangunan negara. Abdul Rahim (2010) menyatakan dalam era pembangunan abad
ke-21, masyarakat dan negara amnya menuntut supaya Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
melahirkan graduan yang berkualiti dan cemerlang. Hasrat murni ini dapat direalisasikan melalui
penglibatan pelajar secara konsisten dalam aktivti kokurikulum yang selari dengan minat dan
potensi diri mereka.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan komponen-komponen yang terlibat dalam proses pelaksanaan

kajian. Ia merangkumi responden, instrumen kajian, kaedah analisis data, batasan kajian dan
sebagainya.

3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif. Penyelidikan diskriptif menurut

Mohd Majid Konting (2005) adalah merupakan penyelidikan yang bermatlamatkan untuk
menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan
maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang sedang berlaku. Ia bertujuan untuk mengetahui
sejauhmana penglibatan dalam aktiviti CC R&B Stompers mempengaruhi tahap pembinaan
sahsiah pelajar. Bentuk soal selidik dalam kajian ini adalah merupakan soalan-soalan persepsi
pelajar terhadap pembinaan sahsiah diri, pembentukan keyakinan diri dan tahap disiplin diri
mereka. Dalam kajian ini, satu set borang soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data

417

kajian. Menurut Mohd Majid Konting (2005) soal selidik adalah merupakan cara yang sering
digunakan di dalam bidang pendidikan.

3.3. Populasi dan Responden Kajian
Menurut Tuckman (1978) saiz sampel perlu dimaksimakan supaya dapat meminimakan

ralat persampelan. Manakala Mohd Majid (1990) pula menyatakan bahawa penggunaan saiz
sampel sepatutnya melebihi 30 peratus kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi
apabila saiz sampel melebihi 30 peratus. Dengan pertambahan saiz akan lebih mewakili populasi
dan mengurangkan ralat. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 150 orang pelajar yang
mewakili setiap kolej komuniti dari Wilayah Utara. Responden kajian adalah terdiri daripada 80
orang ahli Kelab CC R&B Stompers dari beberapa buah Kolej Komuniti di Wilayah Utara.

3.4. Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, kaedah soal selidik menggunakan satu set borang soal selidik

berstruktur telah digunakan. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal
selidik yang diolah semula daripada beberapa instrumen sedia ada. Ia menumpukan kepada
persoalan berkaitan demografi pelajar dan pembinaan sahsiah.
Soal selidik berstruktur dan mengandungi satu set senarai soalan yang disediakan dengan pilihan
jawapan berdasarkan Skala Likert empat mata. Responden diminta untuk menentukan pilihan
jawapan daripada 1 (Sangat Tidak Setuju), 2 (Setuju), 3 (Tidak Setuju) dan 4 (Sangat Tidak
Setuju).

3.5 Tatacara Kajian
Borang soal selidik telah diedarkan kepada semua ahli CC R&B Stompers yang mewakili

kolej komuniti dari Wilayah Utara. Borang soal selidik yang telah lengkap diisi seterusnya
dikumpulkan semula melalui penyelaras CC R&B Stompers kolej komuniti masing-masing.

418

4.0 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1. Analisis Kajian Rintis

Kajian rintis terhadap persoalan kajian dilakukan terlebih dahulu untuk menguji
kebolehpercayaan soalan. Menurut Mohd Majid Konting (1994), sebelum melakukan kajian
sebenar, kajian rintis perlu dilakukan dengan menggunakan sampel yang mempunyai ciri yang
sama dengan populasi yang hendak diuji. Kajian rintis digunakan untuk mendapatkan darjah
kebolehpercayaan dan mengukur ketepatan konsisten instrumen. Dalam kajian ini, seramai 6
orang pelajar telah dipilih daripada populasi secara rawak bebas untuk menjadi responden
menguji kesahan dan kebolehpercayaan item- item soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada
enam orang ahli CC R&B Stompers Kolej Komuniti Baling yang tidak terlibat dalam kajian yang
sebenar. Semua borang soal selidik tersebut akan dikumpulkan dan data-data yang diperoleh
telah dianalisis dengan menggunakan program komputer “Statistical Package of Social Science
(SPSS) for Windows 18.0” untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian. Hasil daripada
kajian rintis tersebut menunjukkan nilai kebolehpercayaan bagi item kajian ini adalah seperti
berikut:

Jadual 01 : Kebolehpercayaan Indikator Maklumbalas Responden Kajian rintis

Bil [ N=6] Indikator No Item Nilai
Kebolehpercayaan

(Alpha)

1 Tahap pembinaan sahsiah diri pelajar 1,3,4,12,14,15 0.916

2 Tahap pembinaan disiplin diri pelajar ? 5,8,10,13 0.831

3 Tahap keyakinan diri pelajar ? 2,7,9,11 0.658

Daripada keputusan kajian rintis ini menunjukkan nilai Alpha bagi kedua-dua soal selidik
berada pada tahap kepercayaan yang tinggi kerana melebihi nilai 0.6. Menurut Mohd Najib
Konting (1994), tahap Alpha = 0.71-0.99 adalah tahap yang terbaik.

419

4.2. Analisis Taburan Demografi Responden

Daripada kajian yang dijalankan, taburan demografi responden dapat diringkaskan dalam
bentuk jadual seperti di bawah:

4.2.1 Analisis Taburan Demografi Responden Mengikut Kolej Komuniti

Jadual 02 : Responden Mengikut Kolej Komuniti Kekerapan Peratus
(f) (%)
Bil Kolej Komuniti 6 7.5
7 8.8
1 Baling 8 10.0
2 Sungai Petani 9 11.3
3 Kulim 10 12.5
4 Bandar Baharu 2 2.5
5 Arau 9 11.3
6 Kepala Batas 4 5.0
7 Bayan Baru 4 5.0
8 Seberang Jaya 11 13.8
9 Bukit Mertajam 10 12.5
10 Nibong Tebal 80 100.0
11 Tasik Gelugor

Jumlah

Berdasarkan Jadual 02 di atas, bilangan sampel yang diambil ialah sebanyak 80 orang.
Daripada jumlah tersebut, hanya 11 buah kolej komuniti sahaja yang mengembalikan borang
soal selidik yang diedarkan. Terdapat 11 buah kolej komuniti yang terlibat dalam menjawab soal
selidik di mana Kolej Komuniti Nibong Tebal diwakili oleh 11 orang peserta, Kolej Komuniti
Tasik Gelugor dan Kolej Komuniti Arau diwakili oleh responden seramai 10 orang dan Kolej

420

Komuniti Kepala Batas hanya diwakili oleh 2 orang responden. Manakala empat lagi kolej
komuniti tidak diwakili oleh mana-mana responden.

4.2.2 Analisis Taburan Demografi Responden Mengikut Kolej Komuniti

Jadual 03 : Responden Mengikut Jantina Kekerapan Peratus
(f) (%)
Jantina 27 33.8
1 Lelaki 53 66.3
2 Perempuan

Berdasarkan Jadual 03 di atas, taburan responden mengikut jantina adalah dalam nisbah
1:2. Bilangan responden lelaki adalah seramai 27 orang manakala responden perempuan pula
adalah seramai 53 orang atau bersamaan dengan 66.3 peratus daripada keseluruhan responden.

4.2.3 Analisis Taburan Demografi Responden Mengikut Kolej Komuniti

Jadual 04 : Responden Mengikut Sistem Pengajian Kekerapan Peratus
(f) (%)
Jantina 15 18.8
1 SMK 65 81.3
2 SKK

Berdasarkan Jadual 04 di atas, jelas menunjukkan 65 orang responden adalah pelajar
yang mengikuti sistem pengajian SKK manakala bakinya iaitu seramai 15 orang adalah pelajar
yang mengikuti sistem pengajian SMK.

421

4.2.4 Analisis Taburan Demografi Responden Mengikut Kolej Komuniti

Jadual 05. Responden Mengikut Tempoh Penglibatan

Jantina Kekerapa
Peratus
1 1 bulan ke bawah
2 2-3 bulan n
3 4-5 bulan (%)
4 6 bulan ke atas
(f)
15 18.8

17 21.3

37 46.3

11 13.8

Berdasarkan Jadual 05 di atas, jelas menunjukkan majoriti responden telah menyertai
aktiviti CC R&B Stompers melebihi tempoh 2 bulan. Ia diwakili oleh 21.3 peratus yang telah
terlibat selamat 2 hingga 3 bulan, manakala 37 orang lagi telah terlibat melebihi tempoh 4 bulan.

4.2.5 Analisis Taburan Demografi Responden Mengikut Kolej Komuniti

Jadual 06. Responden Mengikut Kekerapan Menyertai Latihan

Jantina Kekerapa
Peratus
1 Tidak Pernah
2 1-3 kali n
3 4-6 kali (%)
4 7-10 kali
(f)

7 8.8

40 50.0

25 31.3

8 10.0

422

Berdasarkan Jadual 06 di atas, dapat dilihat kadar kekerapan penyertaan responden dalam
latihan CC R&B Stompers adalah berada dalam tahap sederhana iaitu 50 peratus menyatakan
bahawa mereka telah menyertai sekurang-kurangnya 1 hingga 3 kali latihan/ perjumpaan.
Manakala 25 orang telah menghadiri 4 hingga 6 kali latihan, 7 orang tidak pernah langsung
menghadiri latihan dan selebihnya boelh dikategorikan sebagai ahli aktif yang telah menyertai
lebih daripada 7 kali latihan.

4.2.6 Analisis Taburan Demografi Responden Mengikut Kolej Komuniti

Jadual 07. Responden Mengikut Penglibatan Dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
(JPP)

Jantina Kekerapan Peratus
(f) (%)
1 Majlis Tertinggi 2 2.5
2 Exco Biro 7 8.8
3 Ahli Biro (JK Kecil) 1 1.3
4 Tiada Jawatan 70 87.5

Kajian ini juga cuba melihat bilangan responden yang aktif dalam CC R&B Stompers
dan turut aktif dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di kolej komuniti masing-masing.
Berdasarkan Jadual 07 di atas, dapat dilihat hanya 10 orang sahaja responden yang melibatkan
diri dalam kedua-dua komponen tersebut.

423

4.3 ANALISIS DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN ITEM SOAL SELIDIK
Nilai min keseluruhan : n=3.48

Jadual 08. Taburan Skor Responden Mengikut Item Soal Selidik

Bil Responden
Bil ITEM / SOALAN

STS TS S SS Min

Penglibatan saya dalam aktiviti R&B Stompers 1 37 41 3.48
PS 1 memerlukan saya menggunakan masa lapang 1

dengan bijak

Saya dapat membina keyakinan diri apabila 0 34 46 3.58
PS 2 berkomunikasi dengan rakan melalui aktiviti 0

R&B Stompers

Saya suka terlibat dalam aktiviti R&B Stompers 0 36 44 3.55
PS 3 kerana banyak mengajar saya menjadi pelajar 0

yang prihatin

Penglibatan dalam R&B Stompers melatih saya 2 32 46 3.55
PS 4 0

menghormati orang lain

Saya melaksanakan tugasan yang diberikan 1 35 44 3.54
PS 5 0

dengan amanah dan bersungguh-sungguh

Penglibatan saya dalam aktiviti R&B Stompers 3 27 49 3.55
PS 6 menjadikan saya seorang yang lebih kreatif dan 1

inovatif dalam mencipta idea baru

Saya berani mengutarakan pendapat saya 18 41 21 3.04
walaupun berbeza dengan pendapat orang lain
PS 7 0
melalui pengalaman yang diperoleh daripada
R&B Stompers

Penglibatan saya dalam R&B Stompers 0 37 43 3.54
PS 8 membantu saya mengetahui tanggungjawab saya 0

sebagai pelajar

424

PS 9 Sejak menyertai R&B Stompers saya berasakan 0 7 33 40 3.41
PS 10 diri lebih dihargai 1 0 33 46 3.55
PS 11 Penglibatan dalam aktiviti R&B Stompers 0 1 36 43 3.53
PS 12 menjadikan saya seorang yang lebih berdisiplin 0 4 41 35 3.39
PS 13 Penglibatan dalam aktiviti R&B Stompers 0 0 41 39 3.49
PS 14 membantu saya menjadi seorang yang lebih 1 4 26 49 3.54
berani dan berkeyakinan tinggi
PS 15 Penglibatan dalam R&B Stompers mendidik saya 0 3.53
menghargai pendapat orang lain 5 28 47
Saya menjadi lebih berdikari sejak melibatkan
diri dalam aktiviti R&B Stompers
Penglibatan dalam aktiviti R&B Stompers
meningkatkan kesedaran saya terhadap
kepentingan memanfaatkan barangan terbuang
Saya menjadi seorang yang lebih menghargai
alam sekitar sejak melibatkan diri dalam aktiviti
R&B Stompers

Jadual 08. Jadual Taburan Item berdasarkan skop kajian No Item
Bil Skop Kajian 1,3,4,12,14,15

1 Tahap pembinaan sahsiah diri pelajar 5,8,10,13
2 Tahap pembinaan disiplin diri pelajar ? 2,7,9,11
3 Tahap keyakinan diri pelajar ?

Skop Kajian 1 : Sejauhmanakah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum : CC R&B
Stompers mempengaruhi tahap pembinaan sahsiah diri pelajar ?

Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pembinaan sahsiah yang memberansangkan
melalui nilai min yang diperoleh bagi keseluruhan item berkaitan ialah n=3.48. Bagi item PS1;

425

“Penglibatan saya dalam aktiviti R&B Stompers memerlukan saya menggunakan masa lapang
dengan bijak” menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu 3.48. Item PS14; “Penglibatan dalam
aktiviti R&B Stompers meningkatkan kesedaran saya terhadap kepentingan memanfaatkan
barangan terbuang” dan item PS15; “Saya menjadi seorang yang lebih menghargai alam
sekitar sejak melibatkan diri dalam aktiviti R&B Stompers” menunjukkan dapatan nilai min yang
setara namun kedua-duanya agak tinggi iaitu, n=3.54 dan n=3.53.

Selain itu, kajian juga menghasilkan dapatan positif dalam konteks sifat toleransi, prihatin dan
semangat berpasukan di kalangan responden. Ini dapat dilihat pada item PS3; “Saya suka terlibat
dalam aktiviti R&B Stompers kerana banyak mengajar saya menjadi pelajar yang prihatin”
dengan nilai min, n=3.55 dan item PS4; “Penglibatan dalam R&B Stompers melatih saya
menghormati orang lain” dengan nilai min, n=3.55. Item PS12; “Penglibatan dalam R&B
Stompers mendidik saya menghargai pendapat orang lain” pula, menekankan soal penerimaan
pendapat orang lain, turut menunjukkan nilai min yang agak tinggi iaitu n=3.39.

Skop Kajian 2 : Sejauhmanakah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum : CC R&B
Stompers mempengaruhi tahap pembinaan disiplin diri pelajar ?

Dalam aspek penerapan sikap bertanggungjawab dan pemupukan disiplin diri pula, turut
menunjukkan dapatan yang agak tinggi. Item PS5; “Saya melaksanakan tugasan yang diberikan
dengan amanah dan bersungguh-sungguh” memperlihatkan nilai min, n=3.54. Manakala pada
item PS8; “Penglibatan saya dalam R&B Stompers membantu saya mengetahui tanggungjawab
saya sebagai pelajar” menunjukkan nilai min, n=3.54. Pada Item PS10 pula, “Penglibatan
dalam aktiviti R&B Stompers menjadikan saya seorang yang lebih berdisiplin” menunjukkan
nilai min, n=3.55. Selain itu, Item PS 13; “Saya menjadi lebih berdikari sejak melibatkan diri
dalam aktiviti R&B Stompers” menunjukkan nilai min, n=3.49.

426

Skop Kajian 3 : Sejauhmanakah penglibatan dalam aktiviti kokurikulum : CC R&B
Stompers mempengaruhi tahap keyakinan diri pelajar ?

Dapatan kajian ini menunjukkan item berkaitan keyakinan diri pula, Item PS2; “Saya suka
terlibat dalam aktiviti R&B Stompers kerana banyak mengajar saya menjadi pelajar yang
prihatin”, ia menunjukkan nilai min n= 3.58 dan bagi item PS11; “Penglibatan dalam aktiviti
R&B Stompers membantu saya menjadi seorang yang lebih berani dan berkeyakinan tinggi”
menunjukkan nilai min sebanyak 3.53. Secara umumnya dapat disimpulkan di sini bahawa
majoriti responden bersetuju dengan penglibatan mereka dalam aktiviti CC R&B Stompers dapat
meningkatkan tahap keyakinan diri mereka. Selain berasa lebih berkeyakinan pada diri sendiri,
tahap penghargaan kendiri dalam diri responden juga jelas terserlah. Ini dapat dilihat pada item
PS9; “Sejak menyertai R&B Stompers saya berasakan diri lebih dihargai”, ia menunjukkan nilai
min, n=3.41. Walaupun kebanyakan responden bersetuju bahawa keyakinan diri mereka makin
meningkat, namun terdapat sedikit perbezaan pada tahap keupayaan responden untuk
mengutarakan pandangan mereka. Merujuk pada item PS7; “Saya berani mengutarakan
pendapat saya walaupun berbeza dengan pendapat orang lain melalui pengalaman yang
diperoleh daripada R&B Stompers”, dapatan kajian hanya menunjukkan nilai min yang paling
rendah iaitu n=3.04.

5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan di sini bahawa dengan penglibatan pelajar dalam
aktiviti CC R&B Stompers banyak memberi impak positif terhadap diri pelajar samada dalam
aspek pembinaan sahsiah diri pelajar, penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan disiplin
serta jati diri mereka. Selain itu, pembinaan identiti dan jati diri pelajar juga dapat dilihat
melalui sifat toleransi dan kerjasama berpasukan sewaktu menjalani latihan mahupun membuat
persembahan CC R&B Stompers. Dengan memakai pakaian yang seragam, ia membuatkan para
pelajar kelihatan kemas dan memperlihatkan identiti pasukan yang utuh. Ini selari dengan kajian
yang telah dijalankan oleh Maizah Mohamad Som (2001), ia menunjukkan bahawa melalui
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum terutamanya badan beruniform, pelajar akan tampil
kemas melalui pakaian khas yang melambangkan identiti pasukan seragam yang diwakili
Berdasarkan kajian Ahmad Esa (2004), didapati bahawa aktiviti-aktiviti kokurikulum berupaya

427

membina kemahiran komunikasi dalam kalangan murid yang akan membantu mereka dalam
dunia kerjaya kelak. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran komunikasi merupakan kriteria
penting dalam mempengaruhi tahap kompetensi graduan kelak. Pelajar yang mampu
berkomunikasi dengan baik berpeluang cerah untuk mendapat pekerjaan dan kejayaan dalam
apa sahaja kerjaya yang dipilih.

Kesan langsung yang dapat dilihat daripada penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum
khususnya CC R&B Stompers ialah pemupukan nilai-nilai muhibbah dan kerjasama sesama ahli
pasukan dan juga masyarakan luar. Kekerapan penganjuran aktiviti CC R&B Stompers di
peringkat Wilayah Utara mahupun kebangsaan mampu membuka peluang lebih luas untuk para
pelajar meluaskan jaringan sosial mereka. Ini secara tidak langsung mampu menyemarakkan
semangat muhibbah dan perpaduan di antara mereka. Ini disokong oleh Wee Eng Hoe (1996),
yang menyatakan penyertaan murid dalam pasukan badan beruniform, persatuan dan sukan dapat
menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional. Dengan itu, agenda
memantapkan tahap integrasi kaum di kalangan rakyat Malasyia dapat diperkukuhkan.

Walaupun hasil kajian ini menunjukkan dapatan yang agak positif, namun kajian lanjut wajar
dijalankan bagi mengenalpasti impak yang boleh dihasilkan daripada penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum khususnya CC R&B Stompers ini. Kajian mungkin boelh menjurus kepada
aspek kepimpinan, pengaruh kepada pencapaian akademik mahupun kesan kepada tahap efikasi
diri pelajar.

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik dibatasi dengan beberapa kekangan khususnya
cabaran mendapatkan responden dan seterusnya pengumpulan borang soal selidik. Kajian
lanjutan kelak mungkin dapat dijalankan dengan lebih intensif dalam skala yang lebih besar.
Lebih-lebih lagi, usia penubuhan cabang kokurikulum R&B Stompers ini mulai menjangkau usia
matang. Maka seharusnyalah kajian dan cadangan penambahbaikan terhadapnya perlu diusulkan.

428

6.0 : RUJUKAN

Ab.Alim Abd Rahim (2004): Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor: Penerbit Oxford
Sdn. Bhd.

Abdul Rahim M. Ali (2010). “Ilmu Pendidikan DPM.” Kuala Lumpur : Utusan.
Ahmad Esa ( 2004): Perkasakan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Chin Pek Lian, Low Li Chuen dan Vivian Yen Yeong (2011). “Masalah Disiplin Pelajar,
Pendekatan dan Penyelesaian.” Skudai : UTM.

Deborah Hopen (2008). “Guiding Corporate Behaviour” : A Leadership Obligation, Not a
Choice.” Volume 1.hlmn 15-19.

Saifullizam Puteh (2004): Pengurusan Kokurikulum. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHO).

Mohd Najib Konting (1994). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kementerian Pendidikan
Malaysia; Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

Sinar Harian Edisi Utara, (2014). CC R&B Stompers Bakal Cipta Rekod Malaysia. Sinar Harian,
17 September 2014, 1.

Wee Eng Hoe (1996): Gerak Kerja Kokurikulum: Sukan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

429

TEKNIK KOLABORATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ
KOMUNITI BANDAR DARULAMAN.

KALSOM BINTI OTHMAN

NORZETI BINTI ZAINAL

1.0 ABSTRAK

Kertas kajian tindakan ini bertujuan menilai keperluan pendekatan pembelajaran
kolaboratif mengikut bidang di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Teknik pengajaran secara
kolaboratif di Kolej Komuniti telah dilaksanakan sejak awal lagi iaitu sejak mulanya penubuhan
kolej komuniti pada tahun 2001. Walaubagaimanapun, tenaga pengajar tidak pernah didedahkan
secara formal teknik pendidikan kolaboratif yang sebenar. Teknik kolaboratif ini dilaksanakan
pelbagai cara dan terdapat juga kolej komuniti yang menggunakan kaedah konvensional kerana
kekurangan tenaga pengajar. Semenjak itu, tiada kajian dilakukan ke atas pelajar, keperluan
pendidikan secara kolaboratif ini di kolej komuniti. Kajian menjurus kepada kajian ke atas data
kaji selidik yang telah dijalankan ke atas 157 orang pelajar semester akhir pelbagai bidang iaitu
Program Servis Kenderaan Ringan, Program Pemasangan Elektrik, Program Sistem Komputer
dan Sokongan, Program Pelukis Pelan Senibina yang terdapat di Kolej Komuniti Darulaman.
Dapatan kajian menunjukkan pendekatan kolaboratif ini amat diperlukan oleh pelajar di kolej
komuniti. Ianya dapat menarik minat dan pelajar berkecenderungan untuk lebih berusaha dengan
teknik pengajaran kolaboratif ini.

2.0 KATA KUNCI

Kolaboratif
… ialah erat dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih. Definisi ini merujuk kepada
kerjasama ke arah melaksanakan aktiviti kebaikan

(Kamus Dewan (2005: 805)

430

Pengajaran Kolaboratif
Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di
setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan
dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran.

(Sturman, 1992).

3.0 PENGENALAN

Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No
398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan
pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.

Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang
menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang
pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan
pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Pada awal sehingga penubuhannya kini, fokus utama
penubuhan Kolej Komuniti ialah memberikan latihan kemahiran kepada komuniti setempat
dengan tidak mengira usia, jantina, dan latar belakang. Kolej Komuniti juga menerima
pengambilan pelajarnya daripada pelajar-pelajar lepasan SPM yang tidak dapat melanjutkan
pelajaran kemana-mana Institut Pendidikan Tinggi, seperti universiti-universiti awam, institut
kemahiran seperti ILP, Giat Mara, IKBN dan sebagainya. Oleh kerana itu, pelajar-pelajar yang
digolongkan kepada pelajar sepenuh masa ini, merupakan pelajar-pelajar yang tercicir daripada
mendapat peluang pendidikan. Kebanyakkan daripada mereka lemah dalam akademik, tetapi
masih boleh dididik dengan ilmu kemahiran yang ditawarkan di Kolej-Kolej Komuniti.

Oleh kerana, tahap pendidikan yang agak rendah ini, pelajar-pelajar ini memerlukan
pemerhatian yang lebih daripada tenaga pengajar. Bagi memberikan pendidikan yang baik
kepada pelajar-pelajar lemah ini, sistem pendidikan dengan teknik kolaboratif diaplikasikan
hampir lebih daripada sedekad di kolej-kolej komuniti terutamanya bagi program-program
teknikal.

431

Kolaboratif adalah satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang pendidik yang
bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran iaitu merancang dan menyediakan
rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam
satu-satu kursus, (Sturman, 1992). Penyelidikan menunjukkan bahawa teknik kolaboratif adalah
satu cara pendidikan yang berkesan. Kaedah kolaboratif yang dirancang secara teratur dan
sistematik pada lazimnya melibatkan penyampaian maklumat secara formal, latihan pelajar
dalam kumpulan diikuti dengan penilaian masteri bagi individu dan akhirnya pengiktirafan
umum bagi kejayaan kumpulan tersebut (Leighton 1990). Beliau juga menyatakan
bahawa berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran konvensional, didapati pelajar
yang melalui kaedah kolaboratif ini menikmati lebih keseronokan dan kejayaan dalam
akademik dan sosial. Kaedah ini juga didapati amat berkesan dalam pelbagai bidang dan
subjek yang luas yang meliputi bacaan, bahasa, matematik, kajian sosial dan juga sains di
peringkat sekolah rendah dan menengah.

4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Walaubagaimanapun, tidak pernah ada kajian yang membuktikan bahawa adakah teknik
kolaboratif yang dilaksanakan di kolej komuniti selama sedekad ini berjaya di dalam
pelaksanaannya. Bagi kolej komuniti yang menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar,
pengajaran dan pembelajaran masih perlu diteruskan dengan menggunakan kaedah konvensional
sehinggalah pelajar tamat pengajian. Hasil keluaran pelajar kolej komuniti masih ada selama
sedekad ini. Persoalannya, adakah teknik kolaboratif ini menjadi keperluan utama dalam sistem
dan suasana pendidikan di kolej komuniti? Jika teknik yang digunakan selama ini memainkan
peranan yang penting dalam mendidik generasi muda, maka ianya patut diusahakan dan
dimurnikan lagi oleh pihak Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dan jika tidak, maka penjimatan
tenaga manusia dapat dilakukan. Bagi kolej-kolej yang berlebihan tenaga pengajar, maka
pembahagian jadual waktu 2 orang dalam 1 sesi pengajaran dan pembelajaran adalah tidak
relevan dan perlu diagihkan tenaga kerja ini kepada kolej-kolej yang kekurangan tenaga
pengajar.

432

Selain itu, personaliti individu memainkan peranan penting dalam mengaplikasikan
teknik ini. Terdapat dua jenis personaliti yang boleh dilihat iaitu introvensi dan ekstrovensi
(Teori Carl Jung, 1875-1961). Bagi pengajar yang mempunyai personaliti introvensi, mereka
cenderung untuk bekerja bersendirian. Pensyarah bersama-sama yang telah ditetapkan di dalam
jadual waktu, kadangkala hanya menjadi pengganti jika pensyarah ini perlu melaksanakan
tugasan di luar pejabat. Oleh itu, teknik kolaboratif dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
tidak sesuai bagi mereka. Maka, pensyarah bersama tidak memainkan peranan yang sepatutnya
dan ini amat merugikan tenaga kerja pensyarah.

Selain daripada itu, pengajaran kolaboratif perlu dilakukan dengan kaedah yang betul
daripada awal lagi iaitu bermula dengan susunan jadual waktu. Tenaga pengajar berhak memilih
rakan bersama agar mereka lebih selesa dan dapat bekerjasama dengan baik. Jika kerjasama tidak
berlaku, kecelaruan sesi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku. Oleh itu, ianya menjadi
satu persepsi yang tidak baik kepada pelajar. Dari sudut pengalaman pelajar pula, ini mungkin
adalah kali pertama mereka diajar oleh dua orang pensyarah dalam satu-satu masa. Tiada kajian
lagi yang telah dibuat di Kolej Komuniti Bandar Darulaman untuk menentukan tahap
penerimaan dan kepuasan pelajar mengenai teknik kolaboratif ini yang telah dilaksanakan
selama ini. Adakah pelajar kolej komuniti dapat menerima ilmu kemahiran ini dengan lebih
baik, jika 2 orang berada dalam kuliah pada satu-satu masa? Atau adakah berlaku kecelaruan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya mengganggu tahap penerimaan mereka.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian ialah : -
1. Mengenalpasti keperluan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif bagi pelajar
semester akhir mengikut program.
2. Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran secara
kolaboratif bagi pelajar semester akhir mengikut program.
3. Melihat kecenderungan pelajar mengikuti pendidikan kolaboratif mengikut bidang.

433

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ialah terdiri daripada 30 orang pelajar Semester 2 dan Semester 3
daripada 4 bidang yang ditawarkan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman iaitu:-

a. Program Pemasangan Elektrik (SPE)
b. Program Servis Kenderaan Ringan (SKR)
c. Program Pelukis Pelan Senibina (SPS)
d. Program Sistem Komputer dan Sokongan. (SKS)

7.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian tindakan. Data dikumpul melalui soal selidik bagi mengetahui

keperluan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif di Kolej Komuniti Bandar Darulaman.
Populasi seramai 157 orang terdiri daripada pelajar-pelajar semester akhir daripada 4 program.

Dapatan kajian diperolehi berdasarkan kepada set kajian yang disediakan oleh pengkaji,
yang mengandungi soal selidik sebanyak dua bahagian iatu; demografi responden dan persepsi
terhadap pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif. Penyelidik menggunakan data yang
diperolehi daripada kajian rintis yang telah menentukan kebolehpercayaan bagi soal selidik dan
mendapati bahawa pekali kebolehpercayaan item adalah tinggi dan baik iaitu 0.950 dengan
menggunakan kaedah penilaian Cronbach’s alpha sebagai asas penilaian item. Semua soalan
telah disahkan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Cronbach’s alpha dengan dapatan
0.924 yang di ambil daripada 114 orang pelajar sampel merujuk kepada Jadual Krejcie &
Morgan Tahun 1970 di Lampiran 1.

434

8.0 ANALISIS DAPATAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, semua responden yang terdiri daripada 114

telah memberikan jawapan seperti di dalam Jadual 1. Jadual 1 menunjukkan kekerapan dan
peratus kekerapan responden ke atas item yang diuji.

Jadual 1: Bilangan kekerapan dan peratus kekerapan responden dengan amalan
pengajaran secara kolaboratif.

NO. PERKARA STS TS KS S SS

Saya lebih seronok belajar di dalam kelas 2 0 10 44 58
1. yang dikendalikan oleh 2 atau lebih 1.8% 0% 8.8% 38.6% 50.9%

pensyarah. 1 2 9 52 54
Saya mudah faham apabila belajar di dalam 0.9% 1.8% 7.9% 45.6% 43.9%
2 kelas yang dikendalikan oleh 2 atau lebih
pensyarah. 1 1 9 47 56
0.9% 0.9% 7.9% 41.2% 49.1%
3 Saya boleh menerima pelajaran dikendalikan
oleh 2 atau lebih pensyarah. 0 1 11 48 54
0% 0.9% 9.6% 42.1% 47.4%
Saya mendapat lebih perhatian apabila belajar
4 di dalam kelas yang dikendalikan oleh 2 atau 1 3 16 50 44
0.9% 2.6% 14% 43.9% 38.6%
lebih pensyarah.
Saya lebih seronok belajar di dalam kelas 1 0 12 55 46
5 yang dikendalikan oleh 2 atau lebih pensyarah 0.9% 0% 10.5% 48.2% 40.4%
semasa sesi kelas teori
Saya lebih seronok belajar di dalam kelas 1 1 7 49 56
6 yang dikendalikan oleh 2 atau lebih pensyarah 0.9% 0.9% 6.1% 43% 49.1%
semasa sesi kelas amali
1 3 11 38 61
7 Saya lebih ceria apabila belajar di dalam kelas 0.9% 2.6% 9.6% 33.3% 53.5%
yang dikendalikan oleh 2 atau lebih pensyarah
1 2
8 Saya lebih aktif apabila belajar di dalam kelas 0.9% 1.8%
yang dikendalikan oleh 2 atau lebih pensyarah
0 8
Saya mudah bertanya apabila belajar di dalam 0% 7% 11 53 47
9 kelas yang dikendalikan oleh 2 atau lebih 9.6% 46.5% 41.2%
1 3
pensyarah 0.9% 2.6%

Saya lebih senang memberi pandangan 0 4 14 51 41
10 apabila belajar di dalam kelas yang 0% 3.5% 12.3% 44.7% 36%

dikendalikan oleh 2 atau lebih pensyarah 0 0 13 55 42
Saya mendapat markah yang tinggi apabila 0% 0% 11.4% 48.2% 36.8%
11 belajar di dalam kelas yang dikendalikan oleh
2 atau lebih pensyarah

Saya jarang ponteng ke kelas apabila belajar 16 45 49
12 di dalam kelas yang dikendalikan oleh 2 atau 14% 39.5% 43%

lebih pensyarah 12 62 40
10.5% 54.4% 35.1%
13 Saya merasa sangat selesa apabila belajar di
dalam kelas yang dikendalikan oleh 2 atau

435

lebih pensyarah 1 1 7 63 42
0.9% 0.9% 6.1% 55.3% 36.8%
Saya menjadi lebih kreatif apabila belajar di
14 dalam kelas yang dikendalikan oleh 2 atau 0 1 8 47 58
0% 0.9% 7% 41.2% 50.9%
lebih pensyarah
Saya dapat melaksanakan kerja amali dengan
15. lebih cepat apabila dikendalikan oleh 2 atau
lebih pensyarah

Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS. Bagi melihat secara keseluruhan
dan bentuk jawapan responden data dianalisis dengan menggunakan teknik kekerapan dan
mengambil kira peratus kekerapan.

Bagi menentukan jawapan responden kepada objektif kajian, penyelidik membahagikan
soalan kepada 2 set iaitu set 1, soalan-soalan yang menjurus kepada objektif pertama iaitu
mengenalpasti keperluan pendidikan secara kolaboratif. Soalan-soalan yang dirangka untuk
menjawab objektif ini ialah Soalan 2, 4, 8, 9, 10, 11, 12 dan 15. Ianya ditunjukkan di dalam
Jadual 2.

Jadual 2: Analisis data bagi memenuhi objektif 1 kajian iaitu mengenalpasti keperluan

pendidikan kolaboratif di Kolej Komuniti Bandar Darulaman

No Soalan Min Median Mod

S15 4.4211 5.0 5.0

S8 4.3596 5.0 5.0

S4 4.3596 4.0 5.0

S2 4.2982 4.0 4.0

S9 4.2544 4.0 4.0

S12 4.2193 4.0 5.0

S11 4.1754 4.0 4.0

S10 4.0965 4.0 4.0

Set ke 2 ialah soalan-soalan yang menjurus kepada objektif yang kedua iaitu mengenalpasti
penerimaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif iaitu Soalan 1, 3, 5,

436

6, 7. 13 dan 14. Data-data ini pula dianalisis untuk mendapatkan nilai min. Ianya ditunjukkan di
dalam Jadual 3.

Jadual 3: Analisis dapatan bagi memenuhi objektif 2 kajian iaitu mengenalpasti

penerimaan pelajar dalam pendidikan kolaboratif di Kolej Komuniti Bandar Darulaman

No Soalan Min Median Mod

S7 4.3860 4.0 5.0

S1 4.3684 5.0 5.0

S3 4.3654 4.0 5.0

S6 4.2719 4.0 4.0

S13 4.2632 4.0 4.0

S14 4.2632 4.0 4.0

S5 4.1667 4.0 4.0

Jadual 4, merujuk kepada nilai min kecenderungan pelajar di dalam pendidikan kolaboratif

mengikut 4 bidang yang terdapat di Kolej Komuniti Bandar Darulaman.

Jadual 4: Perbandingan Min bagi 4 bidang di Kolej Komuniti Bandar Darulaman

No Soalan SPE SKR SPS SKS

S1 4.4878 4.6563 4.2400 3.7647

S2 4.4878 4.4063 4.2800 3.7059

S3 4.3902 4.4063 4.4800 4.0000

S4 4.4634 4.3750 4.4400 3.9412

S5 4.2683 4.2500 4.1200 3.8235

S6 4.3171 4.4375 4.0800 4.1765

S7 4.5366 4.4375 4.3200 4.0000

S8 4.6098 4.4688 4.1600 3.8235

S9 4.3902 4.3125 4.1600 3.9412

S10 4.2195 4.2813 4.0000 3.5882

S11 4.2683 4.4063 4.0000 3.7647

S12 4.2927 4.3750 4.0400 4.0000

437

S13 4.2927 4.3438 4.2400 3.9412
S14 4.3902 4.2813 4.2000 4.0000
S15 4.3415 4.6563 4.5200 4.000

9.0 PERBINCANGAN

Daripada kajian, jelas menunjukkan bahawa pelajar di Kolej Komuniti Bandar
Darulaman amat memerlukan pembelajaran secara kolaboratif. Daripada Jadual 1, secara
umumnya data menunjukkan majoriti responden bersetuju atau sangat bersetuju dengan kaedah
pembelajaran kolaboratif. Antara soalan yang paling tinggi kekerapan dan peratus kekerapan
ialan responden berpendapat pembelajaran kolaboratif dapat melaksanakan kerja amali dengan
lebih cepat apabila dikendalikan oleh 2 atau lebih pensyarah merujuk kepada soalan 15 atau
92.1%.

Secara jelasnya merujuk kepada Jadual 1, seramai 22 responden atau 19.3% responden
tidak berapa setuju dengan soalan 10 yang menyatakan mereka lebih senang memberikan
pendapat dengan kaedah pembelajaran kolaboratif. Keadaaan ini memberikan persepsi dan
pandangan kepada penyelidik bahawa pelajar kurang berkeyakinan apabila terdapat 2 orang
pensyarah semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Selain itu, terdapat sebilangan
pelajar tidak gemar dengan pendidikan kolaboratif kerana teknik pengajaran dan pembelajaran
secara bersama ini mengelirukan dari aspek kehendak pensyarah yang berbeza perspektif.

Merujuk kepada Jadual 2, didapati jawapan yang paling responden setuju ialah ‘Saya
dapat melaksankan kerja amali dengan lebih cepat’. Ini dapat disokong lagi dengan min tertinggi
sebanyak 4.42. Ini membuktikan pelajar sangat memerlukan 2 orang atau lebih pensyarah semasa
kerja-kerja amali dilaksanakan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan kerja-kerja amali
memerlukan perhatian dan pemerhatian daripada pensyarah terutamanya bagi program yang
melibatkan kerja-kerja amali berat seperti elektrikal dan automotif. Pelajar lebih mudah
berinteraksi sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan jika terdapat 2 orang pensyarah dan
ianya ditunjukkan di dalam soalan 9 dengan min sebanyak 4.25. Oleh itu, penyelidik

438

mengenalpasti keperluan perlaksanaan kolaboratif sangat memainkan peranan yang penting
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan.

Jadual 3 menunjukkan pelajar dapat menerima dan menyukai pembelajaran secara
kolaboratif di koleh komuniti dengan min bernilai 4.38. Suasana pembelajaran di dalam kelas
menjadi lebih ceria dan pelajar lebih kreatif dalam melakukan kerja-kerja amali. Keadaan ini
mungkin disebabkan kedua-dua pensyarah memberi perhatian secara langsung semasa
pengajaran dan pembelajaran dan mempunyai pendekatan berbeza yang menyebabkan pelajar
lebih aktif dan kreatif. Oleh itu persepsi pelajar dalam penerimaan pendidikan kolaboratif ini
akan meningkatkan keyakinan mereka untuk lebih berjaya di dalam pelajaran.

Merujuk kepada Jadual 4, secara umumnya, dapat dilihat pelajar dalam bidang SKR dan
SPE lebih cenderung dalam pendidikan kolaboratif. Bagi pandangan penyelidik, keadaan ini
mungkin disebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran secara amali yang memerlukan
panduan dan arahan langkah-demi langkah agar hasil pembelajaran dapat dicapai. Tugasan amali
adalah lebih tertumpu iaitu tidak memerlukan perkembangan idea dan menjana kreativiti.

Bagi bidang SPS pembelajarannya amali lebih subjektif kerana ianya mengikut penilaian
dan pandangan pensyarah terhadap hasil kerja pelajar dan penjanaan idea pelajar walaupun
mengikut panduan penilaian. Pelajar boleh menjadi lebih kreatif atau sebaliknya sekiranya ia
mempunyai kemahiran yang tinggi.

Bagi bidang SKS pula, pembelajaran teori lebih banyak diperlukan bagi melaksanakan
kemahiran amali. Bidang SKS juga berkait rapat dengan teknologi semasa yang menyebabkan
pelajar lebih perlu terdedah kepada situasi semasa berbanding bergantung kepada pengetahuan
pensyarah. Pelajar lebih perlu berkebolehan untuk belajar secara bersendirian. Oleh itu, dapat
disimpulkan pendidikan kolaboratif ini lebih sesuai dalam bidang SPE dan SKR.
Walaubagaimanapun, bidang SPS dan SKS juga memerlukan pembelajaran kolaboratif bagi
mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam akademik.

439

10.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesimpulannya, teknik kolaboratif ini yang selama ini diaplikasikan di Kolej Komuniti

amatlah releven dengan tahap pendidikan pelajar. Kajian ini boleh dikembangkan lagi dengan
mengkaji responden daripada tenaga pengajar di kolej-kolej komuniti. Kajian ini boleh menjurus
kepada tahap pemahaman dan kepakaran pensyarah dalam teknik kolaboratif. Ini adalah kerana,
pensyarah kolej komuniti pada umumnya beranggapan bahawa, pensyarah kedua ialah hanya
pensyarah yang hanya membantu semasa sesi amali sahaja tetapi tidak perlu melibatkan diri
dalam sesi penyediaan rancangan mengajar, sesi kaunseling pelajar dan sesi menilai pelajar. Pada
pendapat mereka, sesi ini hanyalah hak individu kepada pensyarah yang berkeutamaan. Teknik
pendidikan kolaboratif ini sebenarnya bermula daripada penyediaan rancangan mengajar,
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sehinggalah kepada penilaian kepada pelajar. Oleh
itu, pensyarah tidak boleh beranggapan sebagai pensyarah kedua untuk menjayakan pendidikan
secara kolaboratif ini.

440

11.0 RUJUKAN
Sturman, P. (1992). Team teaching: a case study from Japan. In D. Nunan

Collaborative Language Learning and Teaching (pp. 141-161). Cambridge: Cambridge
University Press.
Suraya Sulyman. (1995). A Proposal For Team Collaborative Teaching Language
Classrooms at Lower Secondary Level of Secondary Schools in Peninsular Malaysia,
unpublished M.Ed dissertation, University of Warwick.
Norijah Mohamad. (1997). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Dan Pengajaran Secara Modul

Bagi Peningkatan Pencapaian pelajar Dalam Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Menengah.
Tesis M.Ed, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

441


Click to View FlipBook Version