ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF
Soalan Kajian: Apakah tahap kencederungan gaya pembelajaran jenis Visual yang menjadi
amalan di kalangan pelajar program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej
Komuniti Arau?
Item Soalan Item Soalan Gaya Pembelajaran Jenis Visual
B1 Min Sisihan Piawai
B2 3.62 1.00
B3 4.00 0.90
B4 1.82 0.66
B5 3.82 0.87
B6 3.96 0.69
B7 3.80 0.72
B8 3.70 0.78
B9 3.34 0.89
B10 3.28 1.05
4.04 0.88
Jumlah 3.50 3.50
Berdasarkan jadual di atas, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min tahap
kecenderungan gaya pembelajaran jenis Visual. Mean interpretation berdasarkan skala lima
mata. Secara keseluruhannya, dapatan Skor min jenis Visual berada pada tahap sederhana
(M=3.50, SP=3.50) mengikut interpretasi min oleh J.W Creswell (2005). Pelajar jenis akan
melihat teks di buku, papan putih, komputer dan sebagainya. Mereka akan lebih faham dan
memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks tersebut. Mereka tidak
memerlukan penerangan lisan tetapi melalui pembacaan dan menulis untuk ingat. Mereka akan
menulis nota serta suka membaca.
242
Soalan Kajian: Apakah tahap kecenderungan gaya pembelajaran jenis Auditori yang menjadi
amalan di kalangan pelajar program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej
Komuniti Arau?
Item Soalan Item Soalan Gaya Pembelajaran Jenis Auditori
C1 Min Sisihan Piawai
C2 4.00 0.75
C3 4.24 0.59
C4 4.08 0.85
C5 4.22 0.61
C6 3.86 0.75
C7 2.86 0.80
C8 3.30 0.70
C9 3.78 0.76
C10 3.20 0.83
3.06 0.84
Jumlah 3.70 0.30
Berdasarkan jadual di atas, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min tahap
kecenderungan gaya pembelajaran jenis Auditori. Mean interpretation berdasarkan skala lima
mata. Secara keseluruhannya, dapatan Skor min jenis Auditori berada pada tahap sederhana
(M=3.70, SP=0.30) mengikut interpretasi min oleh J.W Creswell (2005). Pelajar jenis ini belajar
melalui perbincangan dengan rakan dan pensyarah, membaca dengan kuat nota agar mudah
ingat, mendengar berulang kali sesuatu penerangan agar mudah faham, serta suka berkongsi ilmu
melalui perbincangan.
Soalan Kajian: Apakah tahap kencederungan gaya pembelajaran jenis Kinestetik yang menjadi
amalan di kalangan pelajar program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej
Komuniti Arau?
243
Item Soalan Item Soalan Gaya Pembelajaran Jenis Kinestetik
D1 Min Sisihan Piawai
D2 4.70 0.46
D3 3.88 0.65
D4 4.24 0.65
D5 4.50 0.50
D6 3.64 0.74
D7 2.88 1.00
D8 3.84 0.88
D9 3.40 0.88
D10 4.40 0.53
3.78 0.73
Jumlah 4.00 0.20
Berdasarkan jadual di atas, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min tahap
kecenderungan gaya pembelajaran jenis Kinestatik. Mean interpretation berdasarkan skala lima
mata. Secara keseluruhannya, dapatan Skor min jenis Kinestatik berada pada tahap memuaskan
(M=3.90, SP=0.20) mengikut interpretasi min oleh J.W Creswell (2005). Pelajar jenis ini suka
kepada aktiviti di dalam kelas yang boleh meningkatkan kefahaman seperti praktikal, belajar
melalui pengalaman, sentiasa bersedia, suka kepada aktiviti amali dan aktiviti-aktiviti lain yang
ke arah psikomotor.
Min dan Sisihan Piawai Pencapaian Akademik
Item Soalan N Minimum Maksimum Min Sisihan
HPNG Piawai
510 3.07 3.95 3.67 0.20
Berdasarkan jadual di atas, tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar program Sijil
Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Arau adalah cemerlang (M=3.67,
244
SD=0.20). Pencapaian akademik berdasarkan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM). Nilai mata
gred telah ditetapkan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, Jabatan Pengajian Kolej
Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Cemerlang (3.67 - 4.00), Kepujian (3.00 -
3.66), Baik (2.00 - 2.99), Lulus Bersyarat (1.00 - 1.99) dan Gagal (<1.00).
PENGUJIAN HIPOTESIS
Ho1 : Tidak ada hubungan signifikan kecenderungan gaya pembelajaran Visual
dengan pencapaian akademik pelajar program Sijil Pemprosesan dan
Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Arau.
Bagi menguji hipotesis nul pertama di dalam kajian ini, statitik inferensi yang digunakan adalah
ujian Korelasi Spearman Rho untuk menguji hipotesis nul hubungan antara gaya pembelajaran
Visual dengan pencapaian akademik pelajar program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu
Makanan Kolej Komuniti Arau. Pencapaian akademik berdasarkan Himpunan Purata Nilai Mata
(HPNM) adalah data ordinal dan kecenderungan gaya pembelajaran Visual adalah data interval.
Korelasi Spearman Rho Antara Kecenderungan Gaya Pembelajaran Visual Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
Visual Pencapaian Akademik
Korelasi Pekali 1.000 .073
Sig. (2 tailed) .612
N 50
Dapatan analisis korelasi dalam jadual di atas menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara kecenderungan gaya pembelajaran Visual dengan pencapaian akademik
pelajar (k = .073, p > .05). Maka hipotesis nul pertama di dalam kajian ini tidak dapat ditolak. Ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan gaya
pembelajaran Visual dengan pencapaian akademik pelajar program Sijil Pemprosesan dan
Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya pencapaian akademik pelajar
tidak dipengaruhi oleh kecenderungan gaya pembelajaran Visual.
245
Ho2 : Tidak ada hubungan signifikan kecenderungan gaya pembelajaran
Auditori dengan pencapaian akademik pelajar program Sijil Pemprosesan
dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Arau.
Bagi menguji hipotesis nul kedua di dalam kajian ini, statitik inferensi yang digunakan adalah
ujian Kolerasi Spaerman Rho untuk menguji hipotesis nul hubungan antara gaya pembelajaran
Auditori dengan pencapaian akademik pelajar Unit Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
Kolej Komuniti Arau. Pencapaian Akademik berdasarkan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM)
adalah data ordinal dan kecenderungan gaya pembelajaran Auditori adalah data interval.
Korelasi Spearman Rho Antara Kecenderungan Gaya Pembelajaran Auditori
DenganPencapaian Akademik Pelajar
Auditori Pencapaian Akademik
Korelasi Pekali 1.000 .340*
Sig. (2 tailed) .016
N 50
Dapatan analisis korelasi dalam jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara kecenderungan gaya pembelajaran Auditori dengan pencapaian akademik
pelajar (k = .340*, p < .05). Maka hipotesis nul kedua di dalam kajian ini dapat ditolak. Ini
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan gaya
pembelajaran Auditori dengan pencapaian akademik pelajar Unit Pemprosesan dan Kawalan
Mutu Makanan, Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya pencapaian akademik pelajar dipengaruhi
oleh kecenderungan gaya pembelajaran Auditori.
Ho3 : Tidak ada hubungan signifikan kecenderungan gaya pembelajaran
Kinestatik dengan pencapaian akademik pelajar program Sijil Pemprosesan dan
Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Arau.
246
Bagi menguji hipotesis nul ketiga di dalam kajian ini, statitik inferensi yang digunakan adalah
ujian Kolerasi Spaerman Rho untuk menguji hipotesis nul hubungan antara gaya pembelajaran
Kinestatik dengan pencapaian akademik pelajar program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu
Makanan Kolej Komuniti Arau. Pencapaian Akademik berdasarkan Himpunan Purata Nilai Mata
(HPNM) adalah data ordinal dan kecenderungan gaya pembelajaran Kinestatik adalah data
interval. Data diambil daripada responden yang sama.
Korelasi Spearman Rho Antara Kecenderungan Gaya Pembelajaran
Kinestatik Dengan Pencapaian Akademik Pelajar
Auditori Pencapaian Akademik
Korelasi Pekali 1.000 -0.23
Sig. (2 tailed) .875
N 50
Dapatan analisis korelasi dalam jadual di atas menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara kecenderungan gaya pembelajaran Kinestatik dengan pencapaian
akademik pelajar (k = -0.23, p < .05). Maka hipotesis nul ketiga di dalam kajian ini dapat tidak
ditolak. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan
gaya pembelajaran Kinestatik dengan pencapaian akademik pelajar Unit Pemprosesan dan
Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya pencapaian akademik pelajar
tidak dipengaruhi oleh kecenderungan gaya pembelajaran Kinestatik.
Ho4 : Tidak terdapat perbezaan signifikan antara pencapaian akademik pelajar
program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti
Arau berdasarkan jantina.
Bagi menguji hipotesis nul keempat yang terdapat di dalam kajian ini, kaedah ujian-t sampel
bebas digunakan kerana ianya melibatkan satu pembolehubah bebas iaitu jantina dengan dua
kategori (lelaki dan perempuan) dan satu pemboleh ubah bersandar (nominal) iaitu pencapaian
akademik.
247
Keputusan Ujian-t Sampel Bebas Pencapaian Akademik Berdasarkan Jantina
Jantina N Min SP dk t P
Lelaki 25 3.62 .220 48 -1.826 .074
Perempuan 25 3.72 .171 45.2 -1.826 .075
Jadual di atas menunjukkan keputusan ujian-t sampel bebas pencapaian akademik mengikut
jantina. Setelah analisis statistik t-sampel dilakukan, ujian Levene didapati tidak signifikan (p >
.05). Keputusan ini menunjukkan varians di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah
sama dan telah memenuhi andaian kehomogenan varians antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan dalam pencapaian akademik pelajar. Setelah ujian-t sampel bebas dilakukan, didapati
ia adalah tidak signifikan, t (48) = -1.826, p > . 05. Oleh itu hipotesis nul ini tidak boleh ditolak.
Kesimpulannya tidak dapat perbezaan antara pencapaian akademik di kalangan pelajar program
Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.
Min Kecenderungan Gaya Pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestatik
Statistik deskriptif
N Minimum Maksimum Min Sisihan
Piawai
Purata Keseluruhan
50 2.50 4.10 3.5380 .35277
Visual
Purata Keseluruhan
50 3.10 4.20 3.6600 .26496
Auditori
Purata Keseluruhan
50 3.40 4.30 3.9260 .21928
Kinestatik
Valid N (listwise) 50
Jadual di atas menunjukkan min gaya pembelajaran visual (M=3.53), min gaya pembelajaran
auditori (M=3.66) dan min gaya pembelajaran kinestatik (M=3.92). Dapatan menunjukkan min
tertinggi adalah gaya pembelajaran kinestetik di mana kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar
248
Unit Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Arau lebih cenderung kepada
gaya pembelajaran kinestetik walaupun perbezaan tidak ketara.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Dapatan daripada dapatan yang telah dijalankan kepada pelajar program Sijil Pemprosesan dan
Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Arau menunjukkan kepelbagaian gaya pembelajaran
memberi tidak kesan yang berbeza terhadap individu dan mempengaruhi kecemerlangan
akademik. Kecenderungan pemilihan gaya pembelajaran berdasarkan jantina pelajar tidak ketara.
Hal ini menyangkal pernyataan Kenneth & Dunn (1984).
Selain itu, berdasarkan penemuan, kajian ini menyokong gaya pembelajaran mengikut model
VAK yang menyatakan setiap individu mempunyai tahap kencederungan gaya pembelajaran
yang pelbagai pada tahap yang berbeza-beza. Ketiga-tiga gaya pembelajaran adalah merupakan
gaya pembelajaran yang menjadi pilihan pelajar kerana min ketiga-tiga berada pada tahap
sederhana dan memuaskan walaupun min tertinggi adalah gaya pembelajaran Kinestetik.
Para pelajar perlu mengetahui gaya pembelajaran yang sedia ada pada dirinya untuk
menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Para guru memainkan peranan yang penting dalam
mengurangkan permasalahan yang timbul iaitu perkara yang dapat menghalang pelajar dari
mencapai kecemerlangan yang diimpikan oleh mereka. Usaha dari semua pihak adalah
diperlukan untuk meningkatkan prestasi para pelajar dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang
bersesuaian mengikut kemampuan para pelajar agar mereka menjadi seseorang yang berguna
pada negara kelak.
Dengan terhasilnya kajian ini, diharap akan memberi manfaat yang berguna di dalam melahirkan
generasi pelajar program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Arau
yang berjaya dan mencapai kelayakan akademik yang cemerlang dari segi teori dan praktikal.
Walaupun kajian ini hanya dijalankan di Kolej Komuniti Arau dan khusus untuk satu program
sahaja, namun ia boleh memberi manfaat dan rujukan kepada pensyarah untuk mengetahui gaya
249
pembelajaran bagi pelajar-pelajar yang lain dan institusi yang berlainan agar kaedah pengajaran
akan lebih berkesan pada masa akan datang.
250
RUJUKAN
Billett, S. (1993). Authenticity and a Culture of Practice Within Modes of Skill
Development, Australian and New Zealand Journal of Vocational Education Research
2(1):1-29
Creswell, John W. (2012)Educational research : planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research / John W. Creswell. — 4th ed. ... C742
Dunn, R. dan Dunn.K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning
Styles: A Practice Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing.
Kamus Dewan Edisi Baru (2002). K. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kember, D.
dan Gow, L. (1994). Orientations to teaching and their effect on the quality of student
learning. J Higher Education 65: 58–74, 1994.
Kenneth & Dunn (1984). “Teaching Student Through Their Individual Learning Styles”.
St John’s University.Jamaica.
Malaysia (2008). Perbahasan Dewan Rakyat Datuk Idris Harun
Malaysia (2008). Perbahasan Dewan Rakyat Datuk Tajuddin Abdul
Rahman.http://www.hmetro.com.my/. Dicapai pada 12 Disember 2008.
Mohd Taib Osman (2004). Universiti dan Tradisi Kecemerlangan. Kuala Lumpur.
Penerbit Universiti Malaya.
Shahabuddin Hashim dan Dr Rohizani Yaakub (2004). Psikologi Pembelajaran dan
Personaliti. Shah Alam: PTS Publication Sdn Bhd.
Zainap Bt Talib (1999). Gaya Pembelajaran Pelajar Universiti Teknologi Malaysia
Merentasi Fakulti. Projek Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia
251
HUBUNGAN ANTARA UNSUR HUMOR DENGAN MINAT PELAJAR
DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI
ARAU
IZA RIDA BINTI ISMAIL
[email protected]
MOHD IMRAN BIN AHMAD KAMAL
[email protected]
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat hubungan amalan jenaka ( humor ) dan
minat pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran Di Kolej Komuniti Arau. Di samping itu,
kajian ini dapat mengenal pasti sama ada amalan jenaka pensyarah dapat mewujudkan
keseronokan untuk belajar di kalangan pelajar serta intensiti atau tahap jenaka yang dilaksanakan
oleh pensyarah semasa mengajar. Instrumen kajian adalah daripada set soal selidik pandangan
pelajar terhadap unsur humor dengan minat terhadap pembelajaran dan pengajaran. Seramai 50
orang sampel pelajar dari lima ( 5 ) program di Kolej Komuniti Arau telah dipilih sebagai
responden. Bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat, kajian dijalankan dengan
menggunakan kaedah kuantitatif secara tinjauan deskriptif yang menggunakan borang soal
selidik terhadap pelajar. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) vers 21 untuk mendapatkan peratusan dan min. Hasil daripada analisis
data mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara humor dan minat pelajar
dengan penyampaian pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau. Amalan ini boleh
mewujudkan kesan yang positif terhadap pembelajaran dan pengajaran pelajar.
Kata kunci: Humor, Minat ,Pembelajaran Dan Pengajaran
252
7. PENGENALAN
Definisi humor adalah keadaan hati (gembira, sedih, marah dan senang), kebolehan
menyatakan sesuatu yang menggelikan hati (Kamus Dewan, 2002:471)“..suatu persepsi kualiti
yang membolehkan kita mengalami kegembiraan walaupun ketika menghadapi kesulitan. Humor
mampu meransang sistem imunisasi, menambah fleksibiliti kepada tanggapan dan memulihkan
tenaga dalaman (Provine,2000). Kelebihan Penggunaan Humor dalam Pengajaran Pembelajaran
dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan hubungan dengan orang lain, mengurangkan
konflik membina dan mengekalkan kerjasama, Humor dan pengajaran berkesan dalam
pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
ditetapkan dan pengajaran yang berkesan melibatkan penyertaan pelajar secara interaktif dan
juga penglibatan dengan penggunan beberapa teknik yang tepat.
Dalam konteks pengajaran bahasa pula, unsur humor akan menjadikan hasil
pembelajaran lebih bermakna kepada pelajar. Guru perlu menggunakan bahasa yang berupaya
menzahirkan perasaan lucu, penggunaan grafik seperti kartun dan bahasa tubuh yang boleh
menimbulkan suasana yang menyeronokkan kepada pelajar. Pandangan Yahya (2012),
mengaitkan humor dengan kelucuan yang boleh menyebabkan seseorang menjadi seronok
apabila mendengarnya. Menurut Shaffe et al. (2011), amalan jenaka guru dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Di samping itu, amalan jenaka guru juga boleh
membantu pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan. Selain itu, penggunaan unsur humor
dalam pengajaran tidak bermakna menjadikan guru sebagai pelawak. Namun, perkara penting
yang perlu dititikberatkan ialah kekerapan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu kreatif sama ada menggunakan unsur humor secara terancang iaitu dilakukan secara
spontan apabila mereka menyedari bahawa pelajar mereka kelihatan kurang berminat atau bosan
dengan pengajaran mereka. Oleh itu, adalah wajar guru menggunakan unsur tersebut setiap kali
pengajaran walaupun dalam waktu yang singkat sama ada pada permulaan pengajaran ataupun
dalam langkah-langkah pengajaran yang seterusnya. Kesimpulannya, keberkesanan pengajaran
dapat dinilai melalui kepelbagaian bahan dan teknik yang digunakan ketika mengajar.Oleh itu,
unsur humor mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, ceria dan tidak
membosankan pelajar. Selain itu, pembelajaran menyeronokkan juga berkait dengan penggunaan
bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan
253
suasana pembelajaran yang menggembirakan. Hal ini disokong oleh Yahya dan Dayang Raini
(2011), menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan
antara murid-murid berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran pemahaman bacaan
menggunakan aplikasi komputer secara interaktif dengan murid-murid berpencapaian sederhana
yang mengikuti pengajaran menggunakan kaedah tradisional dalam ujian pasca.
Kesimpulannya,pembelajaran yang menyeronokkan perlu melibatkan kreativiti pensyarah yang
mampu memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
ii. Latar Belakang Masalah
Tingkah laku bermasalah seperti ponteng kelas, tidak menyiapkan tugasan atau amali
yang diberikan oleh pensyarah, tidak memberi perhatian didalam kelas, kehadiran lambat ke
kelas dan tidak menghormati pensyarah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan
masalah disiplin yang sering menjadi isu dikalangan pelajar Kolej Komuniti Arau. Dalam
eraglobalisasi kini, pelajar mendapat pengaruh daripada pelbagai saluran sama ada siaran
televisyen mahupun melayari Internet yang memungkinkan mereka memperoleh ilmu
pengetahuan tanpa sempadan. Oleh itu, pensyarah tidak lagi relevan untuk menggunakan set
peraturan yang autokratik dan tegas dengan cara memaksa, mengherdik, meninggikan suara
ataupun menggunakan bahasa yang kasar untuk mendisiplinkan pelajar. Sebaliknya, pensyarah
perlu mewujudkan hubungan yang lebih akrab dengan pelajar. Salah satu caranya adalah melalui
pendekatan pembelajaran menyeronokkan dengan unsur didik hibur. Antara contoh didik hibur
adalah sesi pembelajaran yang menyeronokkan dengan unsur jenaka, estetik, permainan dan
lakonan ( Zailah 2012 ).
Pensyarah perlu melengkapi diri mereka dari aspek kekemasan diri dan juga pemantapan
peribadi bagi menjadi idola dan panduan kepada pelajar kerana pada dasarnya, pensyarah
mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam perspektif hidup pelajar. Dalam hubungan yang
sama, unsur humor juga dapat memainkan peranannya sebagai pelengkap kepada keakraban
dalam hubungan pensyarah dengan pelajar dan juga antara pelajar dengan pelajar sendiri. Potensi
penggunaan humor sebagai salah satu elemen yang dapat membantu pensyarah membentuk
tingkah laku pelajar yang selama ini cair dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu
diserlahkan kembali. Suasana didalam kelas yang begitu tegas dengan pelbagai peraturan dan
disiplin serta pendekatan pengajaran pensyarah yang serius akan menyebabkan pelajar merasa
254
tertekan. Sekiranya suasana pembelajaran dalam kelas dapat diseimbangkan dengan jenaka dan
gelak ketawa, maka sudah pasti tekanan yang dihadapi oleh pelajar akan berkurangan. Paterson
(2006) menyarankan supaya jenaka digunakan dengan sebaik mungkin kerana dalam kajian,
beliau mendapati ianya dapat membantu mengatasi beberapa masalah personal yang timbul di
sekolah. Lantaran daripada pelbagai masalah disiplin tersebut, guru akan dibebankan dengan
cara untuk mengatasi masalah tersebut. Oleh itu, aspek keceriaan daripada segi emosi perlu
diberikan perhatian khusus seperti amalan dan pergaulan pensyarah dengan pelajar dan pelajar
dengan pelajar perlu diwujudkan.
Salah satu daripada keceriaan aspek emosi ini dapat diwujudkan melalui amalan jenaka
atau kecindan dalam kalangan pensyarah terhadap pelajar sama ada semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran atau semasa interaksi dengan pelajar secara tidak formal. Charles (2002)
mendapati amalan jenaka dapat mengurangkan tekanan (stress) dalam kalangan pelajar. Amalan
jenaka akan dapat mengurangkan batasan darjat atau formaliti antara pensyarah dengan pelajar.
Dengan itu, pelajar akan lebih "berani" berjumpa pensyarah untuk berbincang dan berinteraksi.
Hidup tanpa jenaka adalah amat membosankan dan jenaka boleh merangsang pembelajaran. Ia
membolehkan pengajaran dan pembelajaran mudah diingati. Hubungan antara pensyarah dan
pelajar yang tidak mesra menyebabkan pelbagai masalah wujud dalam kelas, umpamanya pelajar
malu dan segan untuk berinteraksi atau bersoal jawab. Hal ini juga boleh menyebabkan pelajar
tidak menyukai pensyarah mereka. Menurut kajian oleh Malikow (2007) murid menyukai guru
yang pandai berjenaka. Namun ramai guru yang tidak dapat melakukannya semasa dalam bilik
darjah. Faktor jantina, mata pelajaran dan personaliti guru dikatakan menjadi penyebab mengapa
guru tidak berjenaka. Manakala Frymier, Wanzer dan Wojtaszczyk (2008) menyatakan terdapat
amalan jenaka yang sesuai dan tidak sesuai dilakukan oleh guru. Jenaka yang tidak sesuai akan
menimbulkan kesan yang tidak baik kepada murid. Kajian tersebut juga melaporkan bahawa
terdapat guru yang menggunakan jenaka yang tidak sesuai. Oleh itu, kajian ini akan melihat
amalan jenaka yang berlaku dalam kalangan pensyarah dan pandangan pelajar terhadap amalan
jenaka semasa sesi pengajarandan pembelajaran di dalam kelas.
255
SOROTAN KAJIAN
Pengaruh Minat
Minat mempunyai kaitan dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatumaka ia akan
bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna
dan berkesan. Namun, ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Seseorang pelajar
yang berminat dengan mata pelajaran kejuruteraan tetapi malas untuk membuat kajian dan
penerokaan tidak akan berjaya menjadi seorang Jurutera. Minat juga berkait rapat dengan
motivasi dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang
berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan
minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Hadiah
Senin (1997), dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Sejarah yang dilakukan terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar
Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di Batu Pahat Johor mendapati bahawa pelajar-
pelajar yang baik pencapaiannya dalam mata pelajaran Sejarah adalah pelajar yang mempunyai
minat terhadap mata pelajaran tersebut.Pengaruh minat yang tinggi terhadap mata pelajaran
tertentu juga mempengaruhi tahap pencapaian pelajar. Dalam kajian yang sama Quek (2006)
juga mendapati bahawa minat mempunyai pengaruh yang positif kepada pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran matematik. Ini dapat dilihat daripada kesungguhan dan usaha yang
dilakukan oleh pelajar semasa mempelajari mata pelajaran matematik tersebut. Pelajar yang
mempunyai minat yang tinggi akan sentiasa berusaha dan rajin meningkatkan diri. Dengan erti
kata yang lain, kepuasan mereka akan hanya dapat dicapai apabila mereka mempelajari mata
pelajaran matematik dan memahaminya. Menurut Omardin (1996), minat menrupakan suatu
perkara penting sebagai pendorong kepada pelajar untuk bergiat cergas dalam aktiviti
pembelajaran. Ismail (1992) menyokong pernyataan tersebut dengan menyatakan minat terhadap
sesuatu perkara atau aktviti akan mendorong seseorang pelajar meneroka dengan lebih jauh.
Lee (1991) pula mendapati bahawa minat dan sikap memainkan peranan yang penting
dalam mempengaruhi kesediaan belajar dan pencapaian pelajar. Ini adalah kerana pelajar akan
berminat dalam perkara yang dipelajarinya akan mencapai prestasi yang cemerlang. Abu Bakar
(1994) pula menyatakan seseorang yang berminat dalam perkara yang dipelajari lazimnya akan
menunjukkan kesungguhan dan pencapaian yang tinggi. Oleh itu minat perlu ditanamkan dalam
256
diri pelajar. Keseronokan belajar akan meningkatkan minat dan ia boleh dipertingkatkan lagi
dengan penyertaan dan dorongan ibubapa, guru, dan rakan-rakan di dalam proses pembelajaran.
Crow dan Crow (1983) pula secara jelas menggambarkan bahawa minat yang wujud dalam diri
pelajar akan dapat mengekalkan pelajar untuk terus berfikir dalam bidang tersebut sehingga
berupaya menguasai pelajaran tersebut. Manakala pencapaian yang cemerlang secara tidak
langsung akan mengekalkan minat pelajar dalam mata pelajaran yang diambil. Ini bermakna
minat merupakan salah satu daya penggerak kepada menjamin kejayaan seseorang pelajar dalam
pelajarannya. Justeru keupayaan guru menimbulkan minat dalam diri pelajar akan menjamin
keberkesanan pembelajaran dan meningkatkan pencapaian (Abu Zahari, 1988).
iii. OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenalpasti tahap humor, minat pelajar dan penyampaian pembelajaran dan
pengajaran di Kolej Komuniti Arau
ii. Mengenalpasti hubungan signifikan antara humor dan minat pelajar dengan
penyampaian pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau
iii. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan persepsi pelajar dalam pembelajaran
dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.
PERSOALAN KAJIAN
i. Apakah tahap humor, minat pelajar dan penyampaian pembelajaran dan
pengajaran di Kolej Komuniti Arau?
ii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara humor dan minat pelajar
dengan penyampaian pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar dalam pembelajaran
dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina?
HIPOTESIS NUL
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara humor dengan
penyampaian pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau?
Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar dengan
penyampaian pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau?
257
Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar dalam
pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau berdasarkan
jantina?
DEFINISI OPERASIONAL
i. Humor - Keadaan hati (gembira, sedih, marah dan senang), kebolehan
menyatakan sesuatu yang menggelikan hati (Kamus Dewan, 2002:471).
ii. Minat - Minat adalah kecenderungan dalam diri individu untuk tertarik pada
sesuatu objek atau menyenangi sesuatu objek
iii. Pembelajaran - Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran”.
iv. Pengajaran - Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan
bersama oleh guru dan muridnya.
iv. METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk
Kajian ini adalah merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan kaedah persampelan rawak
mudah bagi melihat hubungan unsur humor, minat dalam pembelajaran dan pengajaran di Kolej
Komuniti Arau.
Persampelan
Respondan yang terlibat didalam kajian ini adalah daripada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Arau
yang melibatkan LIMA ( 5 ) bidang kemahiran iaitu Unit Fesyen dan Pakaian, Unit Komputer
dan Sokongan, Unit Teknologi Elektrik, Unit Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan dan
Unit Senibina.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian adalah kepada set soal selidik pelajar. Penyelidik telah menggunakan instrumen
kajian oleh Askildson (2005) dan Frymer, Wanzer dan Wojtaszczyk (2008) yang telah diubah
suai mengikut objektif dan soalan kajian ini. Instrumen kajian mengandungi 2 bahagian iaitu
258
(Demografi) dan Bahagian B (Pandanagan pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran
pensyarah). Maklum balas bagi soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah
menggunakan lima skala Likert seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Maklum balas soal selidik
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju
v. ANALISIS DAPATAN
Profil Responden
Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Arau Perlis. Sebanyak 50 set borang soal selidik
terpiawai telah diedarkan kepada para pelajar secara rawak mudah. Kesemua 50 set borang
soal selidik terpiawai berjaya dikutip dan dikumpul semula. Akan tetapi, ujian normaliti turut
dijalankan untuk melihat samaada ada responden menunjukkan ciri yang berlainan daripada
data sebenar atau ekstrem kepada data yang lebih tinggi (outlier). Proses pembersihan data
outlier dilakukan dan didapati paparan box plot tidak terdapat data yang outlier. Maka data
yang dikutip berada dalam taburan normal. Profil responden dapat dipaparkan dalam jadual
yang disediakan di bawah ini.
259
Jadual 4.1
Bilangan Responden Mengikut Umur
Umur Bilangan Peratus
18-25 tahun 46 92.0
26-30 tahun 4 8.0
Jumlah 50 100.0
Berdasarkan Jadual 4.1, didapati majoriti responden berumur 18 hingga 25 tahun iaitu
seramai 46 orang (92.0%) dan responden berumur 26 hingga 30 tahun pula seramai 4 orang
(8.0%).
Jadual 4.2
Bilangan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 13 26.0
Perempuan 37 74.0
Jumlah 50 100.0
Jadual 4.2 menunjukkan daripada 50 responden yang menjawab borang soal selidik, 13
orang pelajar adalah lelaki (26.0%) dan seramai 37 orang pelajar adalah perempuan (74.0%).
Perangkaan ini menunjukkan responden perempuan adalah melebihi responden lelaki sebanyak
48.0 peratus.
Jadual 4.3
Bilangan Responden Mengikut Agama
Agama Bilangan Peratus
Islam 47 94.0
Budha 3 6.0
Jumlah 50 100.0
260
Jadual 4.3 pula merupakan data responden mengikut agama. Bilangan responden yang
beragama Islam sebanyak 47 orang (94.0%), manakala bagi yang beragama Budha adalah
seramai 3 orang (6.0%).
Jadual 4.4
Bilangan Responden Mengikut Bangsa
Bangsa Bilangan Peratus
Melayu 47 94.0
Cina 1 2.0
Lain-Lain 2 4.0
Jumlah 50 100.0
Jadual 4.4, mencatatkan bilangan responden mengikut bangsa. Pelajar berbangsa Melayu
mencatat bilangan tertinggi iaitu 47 orang (94.0%), diikuti oleh bangsa lain-lain seramai 2 orang
(4.0%), dan seterusnya responden berbangsa Cina seramai 1 orang (2.0%).
Jadual 4.5
Bilangan Responden Mengikut Semester
Semester Bilangan Peratus
Semester 2 3 6.0
Semester 3 34 68.0
Semester 4 13 26.0
Jumlah 50 100.0
Jadual 4.5, merujuk kepada bilangan responden mengikut semester. Bagi pelajar
Semester 3 merupakan bilangan respondan yang tertinggi adalah seramai 34 orang ( 68.0%),
manakala diikuti oleh pelejar semester 4 seramai 13 orang pelajar (26%) dan semester 2 pula
iaitu seramai 3 orang (6.0%).
261
Jadual 4.6
Bilangan Responden Mengikut Bidang
Bidang Bilangan Peratus
UFP 22 44.0
UTE 7 14.0
UPK 7 14.0
USB 7 14.0
UTK 7 14.0
Jumlah 50 100.0
Jadual 4.6, merujuk kepada bilangan responden bidang pengajian di Kolej Komuniti
Arau. Bagi Unit Fesyen dan Pakaian (UFP) bilangan respondan yang menjawab adalah seramai
22 orang pelajar merupakan bilangan yang tertinggi (44.0%), manakala bagi bidang yang lain
masing-masing berkongsi peratusan bilangan pelajar yang sama iaitu seramai 7 orang ( 14.0%)
bagi bidang pengajian UTE, UPK, USB dan UTK.
ANALISIS STATISTIK DESKRIPTIF
Soalan Kajian : Apakah tahap humor, minat pelajar dan penyampaian pembelajaran dan
pengajaran di Kolej Komuniti Arau?
Jadual 4.7
Tahap humor, minat pelajar dan penyampaian pembelajaran dan pengajaran
Item Soalan Min Sisihan Piawai
Humor 3.80 0.525
Minat Pelajar 3.85 0.470
Pembelajaran dan 3.56 0.325
Pengajaran
262
Berdasarkan Jadual 4.7, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min humor
dan minat dalam Pembelajaran dan Pengajaran. Secara keseluruhannya, humor dan minat dalam
Pembelajaran dan Pengajaran adalah berada pada tahap memuaskan (M=3.74, SP= .400).
PENGUJIAN HIPOTESIS
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara humor dengan penyampaian
pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau.
Bagi menguji hipotesis nul yang pertama ini, statistik infrensi yang digunakan adalah ujian
Kolerasi Pearson untuk menguji hipotesis nul hubungan antara humor dengan penyampaian
pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau. Ini adalah kerana data pemboleh ubah
bebas iaitu humor dan minat manakala pemboleh ubah bersandar iaitu pembelajaran dan
pengajaran adalah data interval. Selain itu data juga diperolehi daripada responden yang sama.
Jadual 4.8
Kolerasi Pearson Antara Humor Dengan Penyampaian Pembelajaran Dan Pengajaran
Humor Pembelajaran dan Pengajaran
Pearson Correlation 1.000 .691**
Sig. (2-tailed) .000
N 50 50
** Hubungan yang signifikan pada aras 0.01 (2-tailed)
Analisis kolerasi dalam Jadual 4.8 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
humor dengan penyampaian pembelajaran dan pengajaran (r = .691**, p < .01). Maka hipotesis
nul pertama di dalam kajian ini berjaya ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan
yang signifikan antara humor dengan penyampaian pembelajaran dan pengajaran di Kolej
Komuniti Arau. Kesimpulannya, semakin tinggi penggunaan humor, maka semakin berkesan
penyampaian pembelajaran dan pengajaran pensyarah bersesuaian dengan penerimaan pelajar.
Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar dengan penyampaian
pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau.
263
Bagi menguji hipotesis nul kedua pula, statistik infrensi yang digunakan adalah ujian Kolerasi
Pearson untuk menguji hipotesis nul hubungan antara minat pelajar dengan penyampaian
pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau. Ini adalah kerana data pemboleh ubah
bebas iaitu humor dan minat manakala pemboleh ubah bersandar iaitu pembelajaran dan
pengajaran adalah data interval. Selain itu data juga diperolehi daripada responden yang sama.
Jadual 4.9
Kolerasi Pearson Antara Minat Pelajar Dengan Penyampaian Pembelajaran Dan Pengajaran
Minat Pelajar Pembelajaran dan Pengajaran
Pearson Correlation 1.000 .735**
Sig. (2-tailed) .000
N 50 50
** Hubungan yang signifikan pada aras 0.01 (2-tailed)
Analisis kolerasi dalam Jadual 4.9 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
minat pelajar dengan penyampaian pembelajaran dan pengajaran (r = .735**, p < .01). Maka
hipotesis nul kedua juga berjaya ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara minat pelajar dengan penyampaian pembelajaran dan pengajaran di Kolej
Komuniti Arau. Kesimpulannya, penyampaian pembelajaran dan pengajaran mempengaruhi
minat pelajar dalam sesuatu pembelajaran.
H03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar dalam pembelajaran dan
pengajaran di Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.
Bagi menguji hipotesis nul ketiga ini, kaedah ujian-t sampel bebas digunakan kerana ia
hanya melibatkan satu pemboleh ubah bebas iaitu jantina dengan dua kumpulan (lelaki dan
perempuan) dan satu pemboleh ubah bersandar iaitu persepsi pelajar dalam pembelajaran dan
pengajaran.
264
Jadual 4.10
Keputusan Ujian-t Sampel Bebas Persepsi Pelajar Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran
Berdasarkan Jantina.
Jantina N Min SP dk t p
Lelaki 13 3.46 .250 48 -1.275 .208
Perempuan 37 3.59 .344
Merujuk jadual 4.10, didapati analisis statistik t-sampel bebas melalui ujian Levene
adalah tidak signifikan (p > .05). Keputusan ini menunjukkan varians diantara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan adalah sama dan telah memenuhi andaian kehormogenan varians antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam membuat persepsi kepada sesi penyampaian
pembelajaran dan pengajaran. Setelah ujian-t sampel bebas dilakukan, didapati ia adalah tidak
signifikan, t(48) = -.1.275, p >.05. Oleh itu hipotesis nul ini tidak boleh ditolak. Kesimpulannya,
tidak terdapat perbezaan antara persepsi pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran di Kolej
Komuniti Arau berdasarkan jantina.
vi. PERBINCANGAN
Amalan jenaka ( humor ) ini boleh meningkatkan interaksi sesama rakan sejawat dan
sesama rakan pelajar. Suasana pembelajaran yang seronok dapat diwujudkan sekiranya
pensyarah melaksanakan jenaka dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
menunjukkan betapa pentingnya pensyarah perlu mengamalkan jenaka atau kecindan semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian ini menunjukkan bahawa di
kalangan pensyarah telah mengamalkan jenaka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Amalan ini boleh mewujudkan kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar.
Di dalam kajian ini pengkaji melihat kepada 3 objektif kajian. Objektif pertama iaitu
mengenalpasti tahap humor dengan minat pelajar dalam penyampaian pembelajaran dan
pengajaran di Kolej Komuniti Arau. Dapatan kajian menyatakan bahawa humor dan minat dalam
Pembelajaran dan Pengajaran adalah berada pada tahap memuaskan. Objektif yang kedua,
mengenalpasti hubungan signifikan antara humor dan minat pelajar dengan penyampaian
pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau. Hasil kajian mendapati penyampaian
pembelajaran dan pengajaran dipengaruhi oleh humor yang diselitkan oleh pensyarah
265
bersesuaian dengan penerimaan pelajar. Objektif yang ketiga, mengenalpasti perbezaan yang
signifikan persepsi pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau
berdasarkan jantina. Hasil kajian mendapt bahawa tidak terdapat perbezaan antara persepsi
pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran di Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.
vii. KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesimpulan daripada dapatan kajian ini menunjukkan amalan jenaka ( humor ) pensyarah
dapat mewujudkan suasana atau persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Di samping
itu, amalan jenaka pensyarah juga boleh membantu pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan.
Pensyarah perlu kreatif sama ada menggunakan unsur humor secara terancang iaitu dilakukan
secara spontan apabila mereka menyedari bahawa pelajar mereka kelihatan kurang berminat atau
bosan dengan pengajaran mereka. Oleh itu, adalah wajar pensyarah menggunakan unsur tersebut
setiap kali pengajaran walaupun dalam waktu yang singkat sama ada pada permulaan pengajaran
ataupun dalam langkah-langkah pengajaran yang seterusnya. Amalan jenaka bukan sahaja
diperlukan dalam dunia pendidikan, malahan sektor korporat juga mengakui bahawa persekitaran
yang diingin oleh setiap pekerja adalah persekitaran yang mewujudkan keseronokan dan
keceriaan daripada segi emosi.
Cadangan penyelidik dimana kajian ini perlu diteruskan bagi mengkaji pengaruh humor
terhadap sikap dalam pembelajaran dan pengajaran terhadap pencapaian pelajar. Relevan tajuk
ini dicadangkan adalah untuk melihat adakah wujud hubungan yang signifikan antara humor,
sikap dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran.
266
RUJUKAN
Provine, R. (2000). Laughter: A scientific investigation. New York: Viking.
Yahya Othman. (2012). Humor dalam pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar Nawawi.
(2011). Pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Jurnal
Pendidik dan Pendidikan Asia Pasifik, 26 (1): 125-144.
Yahya Othman, Dayang Raini Pakar. ( 2011 ). Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif Semasa
Mengajarkan Kemahiran Bacaan Dan Kefahaman Dalam Kalangan Murid Tahun 4 Di
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 27, Malay Language Education
Journal (MyLEJ)
ZailahZainudin. (2012). Didik Hibur. IPG Kampus Raja Melewar Dilayari pada 15 Mei
2012 dari laman web: http://kssr.bpk.my/berita/didik_hibur.
Paterson, J. (2006). Did you hear the one about...? Humor in the classroom. (Abstracts).
National Middle School Association, Middle Ground, 10(2), 43–45. (ERIC
Document Reproduction Series No. ED497101).
Charles, A. (2002). The use of humor in vocabulary instruction. Master of Arts Degree
Thesis (ERIC Document Reproduction Series No. ED463537).
Malikow, M. (2007). Staying motivated and avoiding burnout. Kappa delta pi record.
(ERIC Document Reproduction Series No. EJ757352).
Hadiah Senin (1997).Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Sejarah. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
267
Quek Miow Leng (2006). Pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan
pelajar tingkatan 4 di daerah Batu Pahat. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia.
Omardin Ashaari (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributor
268
HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN MOTIVASI TERHADAP
PRESTASI KERJA PENSYARAH DI KOLEJ KOMUNITI
Kasmawati Binti Abu Kasim1
Hasniza Binti Abdul Wahab2
ABSTRAK
Matlamat asal penubuhan Kolej Komuniti adalah menjadi institusi yang menyediakan keperluan
latihan dan kemahiran pada semua peringkat sebelum ke pasaran tenaga. Elemen prestasi kerja
merupakan petunjuk kepada kejayaan yang perlu dititikberatkan seiring dengan keperluan bagi
mencapai matlamat tersebut. Hakikatnya prestasi kerja antara seseorang individu dengan
individu lain berbeza yang mungkin disebabkan oleh perbezaan personaliti dan motivasi pekerja
itu sendiri. Kajian ini dijalankan bagi melihat hubungan antara ciri personaliti dan motivasi
terhadap prestasi kerja dikalangan pensyarah kolej komuniti yang menjadi peneraju utama untuk
mencapai kejayaan di kolej komuniti. Ini kerana kecekapan pensyarah dalam menjalankan tugas
adalah menjadi faktor utama untuk menentukan penyampaian perkhidmatan berada di tahap yang
cemerlang dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi. Responden bagi kajian ini terdiri daripada pensyarah yang sedang berkhidmat di kolej
komuniti di Negeri Perlis dan di Negeri Kedah. Borang soal selidik telah diedarkan kepada
pensyarah terlibat melalui teknik persampelan rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 20. Hasil kajian
menunjukkan ciri personaliti dan motivasi mempengaruhi prestasi kerja pensyarah di kolej
komuniti. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa ciri personaliti dan motivasi
berdasarkan jantina juga mempengaruhi prestasi kerja pensyarah di kolej komuniti. Kajian ini
diharapkan dapat digunakan sebagai panduan dalam menghasilkan tindakan bagi mengukuhkan
ciri personaliti dan meningkatkan motivasi pensyarah di kolej komuniti pada masa akan datang.
Kata Kunci: Prestasi Kerja, Personaliti, Motivasi
269
1.0 PENGENALAN
Sesebuah organisasi perlu mempunyai struktur mekanisma yang berkesan dalam menilai tingkah
laku pekerja yang biasanya dikaitkan dengan prestasi pekerja. Penilaian prestasi merupakan
suatu bentuk pengukuran yang dilakukan ke atas pekerja untuk menilai sejauh mana kriteria
prestasi dan produktiviti yang telah ditetapkan telah tercapai. Menurut Mifrani, Dalziel & Fit
(1992), penilaian prestasi boleh digunakan untuk keperluan meningkatkan paras kecekapan
pekerja, menyokong kualiti pengurusan organisasi, menyokong kualiti pengurusan keseluruhan,
meningkatkan produktiviti organisasi, perubahan budaya kerja serta meningkatkan motivasi
pekerja.
Manusia cenderung untuk belajar dan memahami diri sendiri serta orang lain di persekitaran
mereka. Situasi ini juga berlaku dalam bidang pekerjaan dan pendidikan dengan memahami diri
mereka sendiri serta persekitaran kerja dalam memperolehi penyesuaian diri. Sekiranya bidang
pengajian dan kerjaya yang dilakukan selaras dengan personaliti dan persekitaran kerja, mereka
cenderung untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dengan tempoh yang lebih lama dan
bermotivasi untuk melakukannya. Menurut Stevenson (1999), pekerja yang komited juga
biasanya dikaitkan dengan penghasilan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dalam sesebuah
organisasi atau syarikat.
Motivasi kerja dapat dikaitkan dalam usaha untuk mencapai prestasi kerja seperti yang
ditetapkan. Motivasi kerja amat penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah organisasi.
Dalam Institusi Pendidikan, Sederberg, Charles & Clark (1990) menyatakan motivasi kerja akan
menghasilkan pendidik yang mempunyai daya tahan yang tinggi. Rohani (2003) pula mendapati
bahawa sebahagian besar pekerja sektor awam dimotivasikan oleh etika kerja, kerja
berkumpulan, jaminan keselamatan dan kestabilan masa depan. Motivasi membabitkan
bagaimana cara mengarahkan kemampuan dan potensi pekerja agar mahu bekerjasama mencapai
dan mewujudkan tujuan yang telah ditentukan. Motivasi merupakan salah satu faktor yang
menyokong pekerja untuk mencapai tujuan organisasi ataupun tujuan kerja. Kebiasaannya,
motivasi boleh mempengaruhi prestasi kerja. Ini bermakna pekerja yang bermotivasi tinggi akan
mencapai prestasi tinggi dalam pekerjaannya.
270
Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi atau memberi kesan terhadap prestasi kerja iaitu faktor
yang berkaitan dengan ciri-ciri individu dan perorangan, faktor berkaitan alam sekitar dan juga
faktor-faktor organisasi. Personaliti merujuk kepada kesemua perlakuan individu yang berbeza
dengan individu yang lain. Personaliti juga merujuk kepada corak tingkah laku dan cara berfikir
seseorang yang akan membolehkannya menyesuaikan diri dengan persekitarannya (David
Selvam, 2000). Pakar psikologi mendapati tindakan setiap individu terhadap kejadian di
sekeliling serta ransangannya terhadap kejadian tersebut agak konsisten. Mod ransangan dan
tindakan individu itu digeneralisasikan dan dipanggil personaliti.
Personaliti pada umumnya merujuk kepada keperibadian atau sahsiah. Personaliti juga dirujuk
sebagai perwatakan. Ciri-ciri personaliti pula merujuk kepada karektor atau aspek tertentu
personaliti individu. Terdapat lima ciri personaliti individu iaitu locus of control, self-esteem,
self-monitoring, machiavellianism dan risk taking. Ciri-ciri personaliti yang bersesuaian dengan
persekitaran kerja akan membawa kepada penghasilan yang tinggi dari segi kualiti kerja di
kalangan pekerja. Pekerja yang memiliki kualiti kerja akan lebih komited terhadap pekerjaannya.
(Robbins, 1998).
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Tugas sebagai pensyarah di Kolej Komuniti tidak hanya tertumpu kepada bidang pengajaran dan
pembelajaran (PdP) sahaja malah pensyarah juga sering dibebankan dengan tugas-tugas
pengurusan dan juga aktiviti-aktiviti kolej. Tugas pensyarah kini semakin mencabar apabila
pengambilan pelajar dibuka kepada golongan-golongan khas seperti anggota PERHEBAT dan
golongan orang kelainan upaya (OKU). Tugas yang semakin mencabar kini memerlukan daya
ketahanan fizikal dan mental yang tinggi disamping perlu menguasai ilmu kemahiran dan
andragogi pendidikan dengan baik. Selain itu, pensyarah juga perlu mengetahui dan memahami
serta melaksanakan tugas yang diarahkan dengan pemantauan yang minimum untuk
menghasilkan kejayaan yang maksimum.
Menurut Presiden Kesatuan Kakitangan Dalam Perkhidmatan Awam, Datuk N. Siva
Subramaniam, “Setiap kakitangan kerajaan memerlukan satu anjakan baru iaitu bekerja dengan
tekun, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat sebagaimana piagam
271
pelanggan yang menjadi panduan. Kakitangan awam perlu menjalankan tugas dengan penuh
amanah, cekap, bersih dan bertanggungjawab. Ini kerana mereka adalah penggerak penting
kepada urusan atau pentadbiran sesebuah agensi kerajaan. Sikap dan prestasi kerja mereka
mencerminkan perkhidmatan dan imej agensi awam terbabit”.
Untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang, segala masalah perlu ditangani segera. Semangat
kerjasama dan dedikasi dari semua peringkat dalam jabatan perlu dipupuk dan disemai sentiasa
demi masa hadapan institusi pendidikan. Institusi yang mempunyai sistem dan kemudahan yang
baik tidak akan berjaya jika kakitangnnya tidak dapat menghasilkan prestasi kerja yang tinggi.
Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk memastikan kakitangannya memberikan
perkhidmatan yang membawa kepada pencapaian prestasi institusi yang tinggi dan cemerlang.
Kajian bagi mengenalpasti tahap prestasi pensyarah dan faktor-faktor yang menjadi pendorong
dalam menentukan prestasi pensyarah adalah wajar dilakukan dalam usaha untuk mencapai
kejayaan.
Hakikatnya prestasi kerja antara individu dengan individu lain berbeza yang mungkin
disebabkan oleh perbezaan personaliti dan motivasi pekerja tersebut. Menyedari akan
perhubungan diantara ketiga-tiga pembolehubah iaitu personaliti, motivasi dan prestasi kerja,
maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara cirri personaliti dan faktor
motivasi terhadap prestasi kerja pensyarah di kolej komuniti.
3.0 OBJEKTIF / PERSOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui:
3.1.1 Tahap personaliti di kalangan kakitangan kolej komuniti.
3.1.2 Tahap motivasi di kalangan kakitangan kolej komuniti.
3.1.3 Tahap prestasi kerja di kalangan kakitangan kolej komuniti.
3.1.4 Hubungan yang signifikan antara ciri personaliti dengan prestasi kerja di kalangan
kakitangan kolej komuniti?
3.1.5 Hubungan yang signifikan antara motivasi dengan prestasi kerja di kalangan
kakitangan kolej komuniti?
272
3.1.6 Perbezaan yang signifikan antara prestasi kerja di kalangan kakitangan kolej
komuniti berdasarkan jantina?
3.2 HIPOTESIS KAJIAN
Beberapa hipotesis dibentuk untuk kajian ini adalah seperti berikut:
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti dengan prestasi
kerja di kalangan kakitangan kolej komuniti.
H02: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan prestasi kerja di
kalangan kakitangan kolej komuniti.
H03: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara prestasi kerja di kalangan
kakitangan kolej komuniti berdasarkan jantina.
4.0 METODOLOGI
Dalam kajian ini, prestasi kerja pensyarah Kolej Komuniti di Negeri Perlis dan pensyarah dari
dua buah Kolej Komuniti di Negeri Kedah dijadikan pembolehubah bersandar. Ciri personaliti
dan motivasi pula adalah pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini. Lima dimensi ciri
personaliti digunakan iaitu extraversion, agreeableness, conscientiousness, emotional stability
dan openness to experience. Manakala pembolehubah kedua pula terdiri daripada empat
karekteristik faktor motivasi iaitu dorongan berprestasi, komitmen, inisiatif dan optimis. Kajian
ini menumpukan terhadap pengukuran prestasi kerja pada tahap individu dan bukan pada tahap
kumpulan.
Dalam kajian ini, rekabentuk tinjauan dipilih berbanding kaedah kajian lain seperti kajian kes
berdasarkan faktor kebolehpercayaan yang tinggi, kosnya yang murah dan jangka masa yang
singkat. Menurut Kerlinger (1973), kajian tinjauan adalah sesuai kerana skopnya yang luas dan
banyak maklumat akan diperolehi dan menjadikan jumlah dan kuantiti maklumat yang diterima
lebih murah dari segi kos berbanding kaedah eksperimen. Selain itu, maklumat yang diperolehi
juga adalah tepat.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Sebahagian besar daripada
soal selidik ini dibentuk sendiri dengan merujuk kepada pendapat beberapa pakar dan merujuk
273
kepada soal selidik yang digunakan dalam kajian Edaham (2009) dan Harmein (2010). Bagi
semua item dalam soal selidik, skala Likert-5 digunakan bagi setiap pembolehubah bersandar
dan pembolehubah tidak bersandar. Penggunaan Skala Likert dalam kajian ini diyakini dapat
memberikan keputusan kajian yang lebih memuaskan. Soal selidik yang digunakan terdiri
daripada empat bahagian iaitu Bahagian A: Soal Selidik Maklumat Diri, Bahagian B: Soal
Selidik Ciri Personaliti, Bahagian C: Soal Selidik Motivasi dan bahagian D: Soal Selidik Prestasi
Kerja.
Bagi memperolehi data, dua kaedah akan digunakan iaitu melalui edaran borang kajian soal
selidik secara manual dan juga melalui e-mail. Borang soal selidik ini mempunyai empat
bahagian iaitu bahagian A, B, C, dan D. Bahagian A borang soal selidik merangkumi maklumat
demografi responden. Bahagian B pula digunakan untuk mengukur pembolehubah tidak
bersandar pertama iaitu ciri personaliti dan Bahagian C, digunakan untuk mengukur
pembolehubah tidak bersandar kedua iaitu faktor motivasi. Bahagian D digunakan untuk
mengukur pembolehubah bersandar iaitu prestasi kerja. Bagi menganalisis data yang diperolehi,
perisian “Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows” versi 22 akan digunakan.
5.0 ANALISIS DAPATAN
Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti di Negeri Perlis dan dua buah kolej komuniti di Negeri
Kedah. Sebanyak 170 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden secara
persampelan rawak mudah. Namun hanya 120 set borang soal selidik berjaya dikutip dan
dikumpul semula dalam masa yang ditetapkan iaitu 70% kadar maklumbalas. Berdasarkan
kepada jumlah sampel yang diperlukan, penerimaan ini adalah baik dan boleh diterima untuk
proses penganalisaan seterusnya. Ujian normaliti juga telah dijalankan untuk melihat sama ada
responden menunjukkan ciri yang berlainan daripada data sebenar atau ekstrem kepada data yang
lebih tinggi (outlier). Proses pembersihan data outlier dilakukan dan didapati paparan box plot
tidak menunjukkan data yang outlier. Maka data yang dikutip berada dalam taburan normal.
Data yang diperolehi dari kajian ini dianalsis menggunakan perisian “Statistical Package for
Social Science (SPSS) for Windows” versi 20. Dua bentuk analisis yang digunakan untuk kajian
ini ialah analisis deskriptif dan analisis inferensi. Item soal selidik diukur menggunakan skala
274
persetujuan lima skala Likert iaitu (1) Sangat Tidak Setuju, (2) Tidak Setuju, (3) Tidak pasti, (4)
Setuju dan (5) Sangat Setuju. Soal selidik ini menggambarkan ukuran perspektif responden yang
merupakan pensyarah di Kolej Komuniti terlibat. Skala ini kemudiaannya diintrepretasi dalam
bentuk skor min setiap faktor. Metrik intrepretasi dibuat berdasarkan John. W. Creswell (2005)
dalam bukunya bertajuk Educational Research Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research seperti dalam Jadual 5.1 dibawah.
Jadual 5.1 Interpretasi Skor Min
Skor Min Interpretasi
1.00 – 1.80 Sangat tidak memuaskan
1.81 – 2.60 Tidak Memuaskan
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Memuaskan
4.21 – 5.00 Sangat Memuaskan
Melalui kajian ini, statistik deskriptif digunakan untuk menjelaskan tentang taburan demografi
bagi pensyarah kolej komuniti. Manakala statistik inferensi iaitu ujian korelasi digunakan untuk
melihat hubungan dan perbezaan di antara pembolehubah sama ada terdapat hubungan antara ciri
personaliti dan faktor motivasi terhadap prestasi kerja. Taburan demografi responden adalah
seperti yang dipaparkan dalam jadual dibawah:
275
Jantina
Responden kajian terdiri daripada pensyarah yang sedang berkhidmat di kolej komuniti yang
dikaji. Majoriti responden dalam kajian ini adalah perempuan iaitu seramai 76 orang (63.3%)
dan hanya 44 orang (36.7%) adalah lelaki seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.2.
Jadual 5.2 Bilangan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 44 36.7
Perempuan 76 63.3
Jumlah 120 100.0
Umur
Berdasarkan Jadual 5.3, majoriti responden berumur antara 31 hingga 40 tahun iaitu seramai 92
orang (76.7%) dan selebihnya berumur bawah 30 tahun iaitu seramai 28 orang (23.3%).
Jadual 5.3 Bilangan Responden Mengikut Umur
Umur Bilangan Peratus
< 30 tahun 28 23.3
31 hingga 40 tahun 92 76.7
Jumlah 120 100.0
276
Bangsa
Bangsa dipecahkan kepada 4 kumpulan berdasarkan kepada majoriti bangsa yang berkhidmat di
kolej komuniti. Berdasarkan Jadual 5.4, majoriti responden berbangsa Melayu seramai 108 orang
(90.0%), diikuti bangsa lain-lain seramai 8 orang (6.7%) dan bangsa India seramai 4 orang
(3.3%).
Jadual 5.4 Bilangan Responden Mengikut Bangsa
Bangsa Bilangan Peratus
Melayu 108 90.0
India 4 3.3
Lain-lain 8 6.7
Jumlah 120 100.0
Tempoh Perkhidmatan
Berdasarkan Jadual 5.5, majoriti responden telah berkhidmat antara 1 hingga 5 tahun dan 6
hingga 10 tahun iaitu seramai 48 orang setiap kumpulan (40.0%), diikuti 20 orang (16.7%) telah
berkhidmat antara 11 hingga 15 tahun dan hanya 4 orang (3.3%) berkhidmat melebihi 21 tahun.
Jadual 5.5 Bilangan Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan
Tempoh Perkhidmatan Bilangan Peratus
1 hingga 5 tahun 48 40.0
6 hingga 10 tahun 48 40.0
11 hingga 15 tahun 20 16.7
21 hingga 35 tahun 4 3.3
Jumlah 120 100.0
277
Kumpulan Perkhidmatan
Berdasarkan Jadual 5.6, majoriti responden berada dalam kumpulan perkhidmatan antara DH41
hingga DH44 seramai 116 orang (96.7%) dan selebihnya dalam kumpulan perkhidmatan antara
DH29 hingga DH36 seramai 4 orang (3.3%).
Jadual 5.6 Bilangan Responden Mengikut Kumpulan Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan Bilangan Peratus
DH41 hingga DH44 116 96.7
DH29 hingga DH36 4 3.3
Jumlah 120 100.0
Tahap Pendidikan
Berdasarkan Jadual 5.7, majoriti responden mempunyai ijazah sarjana muda iaitu seramai 84
orang (70.0%) dan 36 orang (30.0%) mempunyai diploma.
Jadual 5.7 Bilangan Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Tahap Pendidikan Bilangan Peratus
Diploma 36 30.0
Ijazah Sarjana Muda 84 70.0
Jumlah 120 100.0
5.1 Analisis Deskriptif
Analisis statistik deskriptif bagi kajian ini juga digunakan bagi menjawab persoalan kajian
seperti berikut:
278
5.1.1 Soalan Kajian: Apakah tahap ciri personaliti di kalangan kakitangan kolej komuniti
zon utara?
Jadual 5.8 Purata Min Keseluruhan Ciri Personaliti
Ciri Personaliti Min Sisihan Piawai
Extraversion 3.46 0.49
Neurotisme 2.76 0.66
Agreeableness 3.51 0.42
Openess 3.29 0.46
Conscientiousness 3.58 0.52
Jumlah 3.32 0.24
Berdasarkan Jadual 5.8, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min persepsi
kakitangan terhadap ciri personaliti. Secara keseluruhannya persepsi kakitangan terhadap ciri
personaliti adalah berada pada tahap memuaskan (M=3.32, SP=.24) mengikut interpretasi min
oleh J.W Creswell (2005).
5.1.2 Soalan Kajian: Apakah tahap motivasi di kalangan kakitangan kolej komuniti zon
utara?
Jadual 5.9 Purata Min Keseluruhan Motivasi
Motivasi Min Sisihan Piawai
Dorongan Berprestasi 3.49 0.51
Komitment 3.66 0.58
Inisiatif 3.65 0.51
Optimis 3.83 0.64
Jumlah 3.66 0.47
Berdasarkan Jadual 5.9, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min persepsi
kakitangan terhadap motivasi. Secara keseluruhannya persepsi kakitangan terhadap motivasi
adalah berada pada tahap memuaskan (M=3.66, SP=.47) mengikut interpretasi min oleh J.W
Creswell (2005)
279
5.1.3 Soalan Kajian: Apakah tahap prestasi kerja di kalangan kakitangan kolej komuniti
zon utara?
Jadual 5.10 Purata Min Prestasi Kerja
Prestasi Kerja Min Sisihan Piawai
Pengajaran 4.07 0.65
Perkhidmatan 3.83 0.56
Penyelidikan 3.12 0.59
Jumlah 3.67 0.50
Berdasarkan Jadual 5.10, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min persepsi
kakitangan terhadap prestasi kerja. Secara keseluruhannya persepsi kakitangan terhadap prestasi
kerja adalah berada pada tahap memuaskan (M=3.67, SP=.50) mengikut interpretasi min oleh
J.W Creswell (2005).
5.2 Analisis Inferensi
Analisis statistik inferensi digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis yang telah dibentuk.
Dalam kajian ini ujian Korelasi Pearson dan Ujian-T digunakan untuk menguji hipotesis yang
telah dibentuk.
5.2.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti dengan prestasi
kerja di kalangan pensyarah kolej komuniti.
Bagi menguji hipotesis nul pertama di dalam kajian ini, statistik infrensi yang digunakan adalah
ujian Kolerasi Pearson untuk menguji hipotesis nul ciri personaliti dengan prestasi kerja di
kalangan pensyarah kolej komuniti. Ini adalah kerana data pemboleh ubah bebas iaitu ciri
personaliti adalah data interval dan data pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi kerja juga adalah
data interval. Selain itu data juga diambil daripada responden yang sama.
280
Jadual 5.11 Keputusan Ujian Kolerasi antara Ciri Personaliti Dengan Prestasi Kerja
Ciri Personaliti Prestasi Kerja
Pearson Correlation 1.000 .518**
Sig. (2-tailed) 120 .000
N 120
**. Hubungan signifikan pada 0.01 (2-tailed)
Dapatan analisis kolerasi dalam Jadual 5.11 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara ciri personaliti dengan prestasi kerja di kalangan kakitangan Kolej Komuniti
Zon Utara (p = .518, p < .05). Maka hipotesis nul pertama di dalam kajian ini dapat ditolak. Ini
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ciri personaliti dengan prestasi
kerja di kalangan pensyarah kolej komuniti.
5.2.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan prestasi kerja di
kalangan pensyarah kolej komuniti.
Keputusan ujian korelasi yang dilaksanakan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara motivasi dengan prestasi kerja di kalangan pensyarah kolej komuniti (p = .626,
p < .05) seperti dalan jadual 5.12. Maka hipotesis nul kedua di dalam kajian ini dapat ditolak. Ini
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan prestasi kerja di
kalangan pensyarah kolej.
Jadual 5.12 Kolerasi Pearson Antara Motivasi Dengan Prestasi Kerja
Motivasi Prestasi Kerja
Pearson Correlation 1.000 .626**
Sig. (2-tailed) .000
N 120 120
**. Hubungan signifikan pada 0.01 (2-tailed)
281
5.2.3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara prestasi kerja di kalangan
pensyarah kolej komuniti berdasarkan jantina.
Bagi menguji hipotesis nul yang ketiga di dalam kajian ini, kaedah ujian-t sampel bebas
digunakan kerana ianya melibatkan satu pemboleh ubah bebas iaitu jantina dengan dua
kumpulan (lelaki dan perempuan) dan satu pemboleh ubah bersandar (ordinal) iaitu prestasi
kerja.
Jadual 5.13 Keputusan Ujian-T Sampel Bebas Prestasi Kerja Berdasarkan Jantina
Jantina N Min SP dk t p
Lelaki 44 3.49 .472 118 -3.13 .002
Perempuan 76 3.77 .488
Jadual 5.13 menunjukkan keputusan ujian-t sampel bebas prestasi kerja mengikut jantina.
Setelah analisis statistik dilakukan, ujian Levene didapati berada pada aras tidak signifikan (p >
.05). Keputusan ini menunjukkan varians diantara kakitangan lelaki dan kakitangan perempuan
adalah sama dan telah memenuhi andaian kehormogenan varians antara kakitangan lelaki dan
kekitangan perempuan dalam prestasi kerja. Setelah ujian-t sampel bebas dilakukan, didapati ia
adalah signifikan, t (118) = -3.126, p < .05. Oleh itu hipotesis nul ketiga ini boleh ditolak.
Justeru, terdapat perbezaan yang signifikan antara prestasi kerja di kalangan pensyarah kolej
komuniti berdasarkan jantina.
6.0 PERBINCANGAN
Hubungan antara ciri personaliti dan motivasi adalah perlu diteliti secara mendalam untuk
meningkatkan prestasi kerja. Prestasi yang tinggi bergantung kepada motivasi yang tinggi dalam
mencapai matlamat organisasi. Pada keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan terdapat
hubungan antara ciri personaliti dan motivasi terhadap prestasi kerja di kalangan pensyarah kolej
komuniti.
282
6.1 Ciri-ciri Demografi
Taburan demografi yang dibentangkan sebelum ini adalah berdasarkan jumlah responden yang
diperolehi hasil daripada persampelan yang dilakukan. Seramai 120 orang responden yang terdiri
daripada 76 responden perempuan dan 44 responden lelaki terlibat dalam kajian ini. Perbezaan
ini disebabkan lebih ramai pensyarah perempuan yang berkhidmat di kolej komuniti yang dikaji
berbanding pensyarah lelaki. Memandangankan pensyarah berbangsa cina adalah golongan yang
paling minoriti di kolej komuniti, maka responden dalam kajian ini cuma terdiri dari bangsa
melayu yang mewakili 90% dan bangsa India yang mewakili 3.3%. Sebanyak 6.7% responden
lain pula terdiri daripada pensyarah kolej komuniti yang berasal dari Semenanjung Sabah dan
Sarawak yang sedang berkhidmat di kolej komuniti yang dikaji.
Majoriti responden juga terdiri daripada pensyarah yang memiliki Ijazah sarjana muda iaitu
mewakili 70% manakala selebihnya pula terdiri daripada pensyarah yang memiliki diploma.
Sebanyak 80% responden terdiri daripada pensyarah yang berkhidmat diantara 1 hingga 10
tahun. Ini adalah kerana sehingga kini kolej komuniti baru beroperasi salama 14 tahun. Namun
terdapat juga pensyarah yang pernah berkhidmat di Politeknik yang kini sedang berkhidmat di
kolej komuniti.
6.2 Hubungan ciri personaliti dengan prestasi kerja
Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan antara ciri personaliti dengan prestasi kerja di
kalangan pensyarah kolej komuniti. Walaubagaimanapun, keputusan ini perlu diteliti lagi dari
segi faktor-faktor setiap dimensi kerana setiap dimensi tersebut memberikan peranan dan nilai
yang berbeza terhadap personaliti keseluruhannya. Menurut Stewart (2003) dan Smith (2004),
walaupun tingkah laku atau gelagat seseorang memberikan gambaran personaliti mereka dalam
setiap dimensi, namun analisis yang lebih mendalam dan sistematik perlu dilaksanakan bagi
memberikan pertimbangan personaliti yang sewajarnya.
6.3 Hubungan motivasi dengan prestasi kerja
Secara teoritikal kajian ini disokong oleh Edward (1957), Mc Clelland (1951), Miller dan
Gorden (1970), Howard (2000) (dalam Anwar, 2006). Dalam mencapai prestasi kerja yang
tinggi, kawalan terhadap keempat empat pembolehubah iaitu dorongan berprestasi, komitmen,
283
inisiatif dan optimis amat perlu untuk mewujudkan motivasi kepada pensyarah dalam
meningkatkan prestasi kerja. Pensyarah yang memiliki dorongan berprestasi akan berpandu
kepada hasil dengan semangat yang tinggi untuk memenuhi tujuan dan sasaran yang ditetapkan.
Kekuatan dalaman adalah diperlukan bagi mengarah kepada tindakan untuk mencapai prestasi
kerja. Komitmen merupakan suatu proses dimana pensyarah menjalankan tugas dan
memberikan prestasi yang tinggi. Pensyarah yang tinggi komitmennya akan tinggilah
pencapaiannya kerana pensyarah yang memiliki komitmen akan sentiasa bersedia untuk
berkorban demi mencapai matlamat. Pensyarah yang memiliki inisiatif akan selalu bekerja secara
proaktif. Kemampuan inisiatif diperolehi melalui latihan dan dikembangkan dengan cara
berdisiplin, berfikiran kritikal dan bersemangat. Inisiatif yang paling penting adalah bagaiman
usaha dilakukan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Optimis diperlukan dalam
meningkatkan prestasi kerja. Ini kerana apabila pensyarah semakin optimis dengan pekerjaannya
maka akan muncul semangat dan semakin tinggi prestasi kerjanya dapat dicapai.
6.4 Perbezaan prestasi kerja dikalangan pensyarah berdasarkan jantina
Dapatan dalam kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan prestasi kerja berdasarkan jantina.
Faktor ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi memandangkan dalam kajian ini responden
perempuan lebih ramai daripada responden lelaki.
7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
7.1 Kesimpulan
Secara kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa kajian ini telah berjaya menganalisis secara
empirikal ciri personaliti dan faktor motivasi di kalangan pensyarah kolej komuniti. Hasil kajian
ini akan dapat membantu pihak-pihak berkepentingan untuk merangka program dan latihan yang
bersesuaian kepada pensyarah bagi meningkatkan prestasi kerja. Kajian ini juga telah berjaya
mencapai objektif yang telah ditetapkan pada permulaan kajian.
Implikasi hasil daripada kajian ini adalah apabila dilakukan penilaian terhadap aspek personaliti
pensyarah, maka pensyarah akan termotivasi untuk meningkatkan prestasinya terutama dari segi
kualiti kerana kualiti pelajar terbentuk daripada perilaku pensyarahnya. Dengan menilai aspek
personaliti pensyarah, maka secara tidak langsung pensyarah akan menilai dirinya sendiri dan
284
seterusnya akan mempunyai kebiasaan untuk menilai setiap tahap pekerjaan yang mempengaruhi
untuk meningkatkan prestasi kerjanya. Motivasi pula merupakan kunci kepada keadaan yang
mempengaruhi prestasi.
7.2 Cadangan
7.2.1 Cadangan Kepada Organisasi
Secara umumnya hasil daripada kajian yang dilaksanakan ini menunjukkan bahawa ciri
personaliti dan motivasi mempengaruhi prestasi kerja pensyarah di kolej komuniti. Bagi
meningkatkan prestasi kerja dikalangan pensyarah, pihak pengurusan boleh melaksanakan
program-program bagi meningkatkan pengetahuan untuk memperkukuhkan lagi aspek
personaliti pensyarah yang sekaligus dapat meningkatkan motivasi untuk bekerja.
7.2.2 Cadangan Penyelidikan Akan Datang
Kajian yang dijalankan hanya melibatkan pensyarah kolej komuniti di Negeri Perlis dan dua
buah kolej komuniti di Negeri Kedah sahaja. Oleh yang demikian, kajian ini juga boleh
dijalankan di peringkat yang lebih besar dan melibatkan sampel yang lebih besar memandangkan
terdapat lebih daripada 70 buah kolej komuniti di seluruh Negara. Penglibatan sampel daripada
pelbagai negeri mungkin akan memberi keputusan yang lebih realistik dan menggambarkan
situasi sebenar ciri personaliti dan motivasi yang mempengaruhi prestasi kerja.
Pihak pengurusan juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi prestasi kerja
seseorang. Oleh yang demikian kajian juga boleh dibuat bagi melihat pengaruh ciri personaliti
pihak pengurusan terhadap prestasi kerja pensyarah. Ini akan memberi peluang kepada pihak
pengurusan untuk mengenalpasti kelemahan mereka sekaligus dapat memeperbaiki kelemahan
tersebut.
285
8.0 RUJUKAN
Anwar, P.M. (2006). Evaluasi Kinerja SDM. Bandung: PT. Refika Aditama
Creswell, J.W. 2005. Educational Researcd: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative
and Qualitative Research. New Jersey: Pearson Education, Inc.
Edaham Ismail. (2009). Peranan Iklim Organisasi dan Ciri Personaliti Terhadap Prestasi Kerja.
Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Harmein (2010). Pengaruh Tingkah laku dan hasil Kerja Terhadap Motivasi dan Prestasi Kerja
Pensyarah Universiti Sumatera Utara, Master Thesis, Universiti Utara Malaysia.
Kerlinger, (1973). Dalam Christensen L. B. (1994). Experimental methodology, sixth edition.
Boston:Allyn and Bacon.
Mifrani, H., Dalziel, M., & Fit, D (1992) Competency based Human Resource Management. @
Les Editions d’Organisation.
Robbins, Stephan P. (1998). Organizational Behavior. Upper Saddle River, New Jersey:
Prentice-Hall Inc.
Rohani Ali. (2003). Motivasi dan hubungkaitnya dengan prestasi kerja: Kajian di kalangan
pengawal trafik udara di jabatan penerbangan Awam Subang, Selangor. Tesis Sarjana
yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Sederberg, C.H., & Clark, S. (1990). Motivation and organizational incentives for high vitality
teachers: A qualitative perspective. Journal of Research and Development in Education,
Vol. 24, No. 1, Fall1990, p 6-13.
Selvam, David. (2000). Pengaruh Personaliti Terhadap Prestasi Kerja Di Kalangan Guru-Guru
Sekolah Menengah. Master Thesis. Universiti Utara Malaysia.
Smith, K. L. (2009). A Brief Summary of Supervision Models. Dipetik daripada
http://www.gallaudet.edu/documents/academic/cou_supervisionmodels%5B1
Stevenson, W. J. (1999). Production operation management, sixth edition. Boston:Irwin
McGraw-Hill
Stewart, J. & Walsh, K. (1992). Change in the Management of Public Services. Public
Administration, 70(4), 499-518.
286
PENERIMAAN PELAJAR SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN TERHADAP
SESI KRIT DI DALAM KELAS
Siti Nadiah Binti Ismail
[email protected]
Siti Aisyah Binti Idris
[email protected]
Kolej Komuniti Arau
ABSTRAK
Seni dan fesyen merupakan gabungan terbaik untuk penciptaan sesuatu rekaan yang indah. Seni
merangkumi segala maksud halus disulami kreativiti tersendiri dari segenap sudut (artistik).
Fesyen merangkumi jenis dan potongan pakaian yang disulami dengan kreativiti dan inovasi
tersendiri. Bagi pelajar fesyen dan pakaian, pembentangan secara lisan telah digunakan di semua
pusat pengajian fesyen di seluruh dunia. Ia lebih dikenali sebagai sesi krit (critsession)
dikalangan pelajar dan pendidik fesyen dan pakaian. Ia menjadi keperluan untuk memantau hasil
kerja dan kemahiran pelajar terhadap seni rekaan dan fesyen. Justeru, kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap pendekatan dua jenis sesi krit dan dua jenis
kritikan yang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta mengenalpasti respon
pelajar terhadap sesi krit yang telah dijalankan. Seramai 50 orang sampel pelajar dari program
Sijil Feysen dan Pakaian di salah sebuah Kolej Komuniti Wilayah Utara telah dipilih sebagai
responden. Bagi tujuan pengumpulan data dan maklumat, kajian dijalankan dengan
menggunakan kaedah kuantitatif secara tinjauan deskriptif yang menggunakan borang soal
selidik terhadap pelajar. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Sciences (SPSS) vers 21 untuk mendapatkan peratusan dan mod. Hasil daripada analisis data
mendapati bahawa pelajar dapat menerima sesi krit sebagai salah satu kaedah pembelajaran dan
pengajaran melalui tindak balas positif yang diberikan.
Kata Kunci: Sesi Krit, Kaedah Pdp, Pelajar Fesyen Dan Pakaian.
287
I. PENGENALAN
Fesyen merujuk kepada jenis dan potongan pakaian yang digemari dan sering menjadi
perhatian utama untuk digayakan apabila melakukan aktiviti-aktiviti masa lapang. Sesuatu
fesyen pakaian itu sering juga dipadankan dengan aksesori-aksesori yang khusus. Ia juga
merujuk kepada sesuatu jenis dan potongan pakaian yang melambangkan ciri-ciri kecantikan
(elegant), moden, menarik, trendy dan bergaya. Fesyen bukan hanya sekadar merangkumi aspek
pemakaian semata-mata, malah ia juga berhubungkait dengan kecantikan, aksesori, barang
kemas dan perhiasan. Justeru, tidak hairan mengapa setiap manusia inginkan kelainan fesyen
yang berbeza-beza untuk diperagakan dalam kelompok masyarakat. Perkembangan dunia fesyen
pada hari ini dilihat berkembang maju sejajar dengan kemajuan negara. Lantas, ia membawa
kepada penghasilan rekaan fesyen baru yang tumbuh bagaikan cendawan serta menepati
kehendak trend dan gaya masa kini bagi setiap golongan usia.
Bagi pelajar fesyen dan pakaian, kaedah pentaksiran secara pembentangan lisan telah
digunakan di semua pusat pengajian fesyen di seluruh dunia (Webster, 2005). Pembentangan
tersebut lebih dikenali sebagai sesi krit (critsession) di kalangan pelajar dan pendidik fesyen dan
pakaian. Dalam sesi krit, pelajar fesyen dan pakaian perlu membentangkan perkembangan idea-
idea dalam rekaan fesyen mereka serta mempertahankan idea-idea tersebut sama ada kepada
rakan-rakan, ahli fakulti atau juri yang dilantik. Biasanya pelajar-pelajar akan mengemukakan
beberapa isu berkaitan dengan idea rekaan mereka. Kemudian, mereka akan menyediakan
penyelesaian bagi penghasilan proses sesuatu rekaan tersebut melalui cadangan yang diutarakan
oleh mereka. Tujuan sesi krit adalah untuk menyediakan maklum balas lisan secara formatif atau
sumatif dengan markah penilaian atau tanpa diberi markah penilaian, bergantung kepada sesi krit
yang sedang dilakukan. Melalui sesi krit, pelajar disediakan dengan kemahiran dalam
pembentangan lisan sebagai persediaan mereka dalam kerjaya sebagai pereka profesional yang
membentangkan reka bentuk mereka kepada pelanggan (Mccarthy, 2011).
Sesi krit banyak digunakan sebagai suatu kaedah dalam penyampaian PdP bagi pelajar
fesyen dan pakaian dalam studio rekabentuk atau bengkel jahitan. Ia bertujuan untuk
memantapkan lagi idea-idea yang diutarakan. Namun, bagi pelajar Kolej Komuniti yang hanya
mempelajari kursus-kursus teknikal, sesi krit dilihat sebagai satu keperluan terhadap pelajar. Ia
merupakan kaedah yang sesuai untuk memantau perjalanan dan perkembangan dalam tugasan
288
yang diberikan. Matlamat utama sesi krit adalah untuk membolehkan hasil kerja pelajar dinilai.
Dengan cara ini, mereka dapat mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan dalam proses
menghasilkan rekaan fesyen dan kemudiannya melakukan pembetulan melalui teknik dengan
cara yang betul dan tepat.
II. LATAR BELAKANG MASALAH
Terdapat banyak jenis sesi krit yang dijalankan terhadap pelajar fesyen dan
pakaian. Namun, tinjauan mendedahkan bahawa ramai pelajar percaya mereka kurang
mengambil berat terhadap kritikan pensyarah pada sesi pembentangan akhir berbanding
dengan sesi krit pertengahan (interim crit) atau secara krit tidak rasmi dengan tutor
mereka (desk crit) (Hassanpour, Utaberta, & Zaharim, 2010).
Rajah 1: Tahap pembelajaran pelajar daripada setiap sesi krit
Sumber:Hassanpour et al., (2010)
Perkara ini juga disokong oleh satu lagi kajian oleh Mccarthy (2011), yang mendapati
bahawa maklum balas dari rakan sebaya, penilaian dan kritikan seperti yang ditunjukkan oleh
sesi krit pantas dan krit oleh pensyarah adalah kaedah yang terbaik bagi pelajar untuk belajar dari
konteks krit. Pelajar menganggap bahawa pengalaman pembelajaran yang diperolehi dari sesi
krit, terutamanya krit pantas adalah sangat produktif.
Graham (2003), mendapati bahawa pelajar lebih banyak bertindak balas terhadap sesi krit
melalui tindak balas berikut dengan kekerapan disusun secara menurun iaitu menghargai
maklum balas yang diberikan (84%), menerima maklum balas yang diberikan (79%), mendapat
galakkan (61%), bersedia untuk mencuba teknik-teknik baru (61%), teruja dengan idea-idea yang
diberikan (58%), mengelirukan (54%), memberi ilham (49%), yakin dengan hasil yang telah
289
dilakukan (47%), kecewa kerana tidak mendapat jawapan (35%), mengecewakan (33%),
gementar (26%), dapat menerima teguran (14%) dan acuh tidak acuh (5%). Kajian ini
menunjukkan bahawa pelajar lebih bertindakbalas positif terhadap sesi krit yang dijalankan.
Sehubungan itu, sesi krit dikira sebagai satu pendedahan baru bagi pelajar fesyen dan
pakaian di peringkat awam secara umumnya dan khususnya di peringkat pengajian kolej
komuniti. Memandangkan kaedah PdP banyak dijalankan secara hands-on, iaitu sebanyak 70
peratus dari markah pelajar dinilai secara formatif (JPKK, 2013), sesi krit dilihat sebagai satu
keperluan untuk memantau perkembangan hasil kerja pelajar serta untuk memastikan pelajar
dapat mencapai tahap kemahiran yang diperlukan. Memandangkan sesi krit sinonim dengan
pelajar senireka fesyen, tidak hairanlah jika para pensyarah menggunakan pendekatan ini dalam
sesi PdP walaupun ia tidak dinyatakan dalam sukatan pelajaran. Ini adalah kerana didapati
bahawa sesi krit tidak dimasukkan sebagai salah satu kaedah PdP dalam kurikulum Sijil Fesyen
dan Pakaian di Kolej Komuniti, tetapi dimasukkan pembentangan sebagai salah satu kaedah
pengajaran dan penilaian pelajar bagi beberapa modul (JPKK, 2013).
Dalam program Sijil Fesyen dan Pakaian di Kolej Komuniti, terdapat empat sukatan
modul yang perlu diambil oleh setiap pelajar iaitu Modul 1 (Asas Fesyen), Modul 2 (Pembuatan
Pakaian 1), Modul 3 (Pembuatan Pakaian 2) dan Modul 4 (Pembuatan Pakaian 3). Setiap modul
terbahagi kepada beberapa lagi sukatan kursus yang akan dikenalpasti bagi menjalankan sesi krit
sebagai kaedah PdP, iaitu Modul 4 dalam sukatan pelajaran Pakaian Kontemporari Wanita 3.
Modul tersebut menggunakan pendekatan sesi krit yang berbeza dalam menghasilkan
pengolahan idea pada setiap rekaan yang ingin disampaikan oleh pelajar dari semester satu
sehingga ke semester empat. Sukatan modul ini adalah sukatan pelajaran untuk semester akhir di
mana setiap pelajar perlu menghasilkan satu busana rekaan pakaian iaitu, korset dan gaun
malam. Sesi krit dijalankan bertujuan untuk membuktikan kebolehan pencapaian pelajar dalam
penguasaan pembelajaran bidang rekaan fesyen dan pakaian. Selain itu juga, pelajar dapat
mengumpulkan kemahiran praktikal dan pelbagai teknik dalam menghasilkan setiap rekaan
pakaian mengikut kreativiti individu tersendiri. Oleh sebab itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin
melihat sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap dua jenis sesi krit yang dijalankan dan
tindak balas yang ditunjukkan oleh pelajar terhadap sesi krit.
290
III. OBJEKTIF KAJIAN
iv. Untuk mengetahui penerimaan pelajar terhadap dua jenis pendekatan sesi krit yang
digunakan dalam PdP.
v. Untuk mengenalpasti respon pelajar terhadap sesi krit yang dijalankan.
IV. PERSOALAN KAJIAN
v. Bagaimanakah penerimaan pelajar terhadap pendekatan desk crit berbanding informal
pin-up dalam PdP?
vi. Bagaimanakah respon pelajar terhadap sesi krit yang dilakukan?
V. METODOLOGI KAJIAN
Dalam usaha untuk menyelesaikan sesuatu persoalan atau permasalahan yang timbul,
maka penyelidikan yang berasaskan beberapa pendekatan merupakan tunjang utama dalam
sesuatu kajian. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan sebagai
rekabentuk kajian. Lokasi kajian yang dipilih ialah Kolej Komuniti Arau Perlis Zon Utara.
Sebanyak 50 orang pelajar (semester 3 dan 4) dari program Sijil Feysen dan Pakaian dipilih
secara rawak sebagai sampel kajian. Borang soal selidik digunakan dalam kajian ini sebagai
kaedah pengumpulan data.
Borang tersebut diedarkan kepada pelajar untuk mengetahui respon serta tahap
penerimaan dan keberkesanan terhadap sesi krit yang telah dijalankan. Soal selidik tersebut
mengandungi tiga bahagian iaitu, bahagian A yang mengandungi latarbelakang responden,
bahagian B berkenaan dengan penerimaan pelajar dan bahagian C adalah kemajuan hasil kerja
pelajar. Borang yang digunakan tersebut adalah modul soal selidik yang diterjemah dan diolah
daripada Graham (2003) mengikut kesesuaian bagi pelajar program Sijil Fesyen dan Pakaian
Kolej Komuniti. Analisis data yang dilakukan dalam kajian ini adalah berbentuk statistik
deskriptif yang melibatkan peratusan, mod dan sebagainya yang berkaitan.
291