5. Analisis Dapatan
Bahagian A – Latarbelakang Demografik
JANTINA
Lelaki Perempua
57% n
43%
Majoriti responden adalah lelaki iaitu sebanyak 57% kerana kebanyakkan penuntut di
tahfiz adalah lelaki berbanding perempuan.
UMUR
7-12 tahun
0%
13 - 18 Kebanyakkan responden adalah
tahun berumur di antara 13 hingga 18
100% tahun dan telah menduduki penilaian
UPSR.
KELAYAKAN AKADEMIK Darjah 1-5
0%
Tidak
menjawab
17%
PMR
14%
UPSR
69%
Kebanyakkan responden mempunyai kelayakan akademik UPSR iaitu sebanyak 69%.
Majoriti para ibu bapa menghantar anak mereka selepas tamat UPSR untuk
memberikan didikan agama sepenuhnya.
542
Bahagian B – Kursus Pendek yang Diminati
Grafik & KURSUS PENDEK YANG DIMINATI
Multimedia
4% Kulinari
16%
Seni Kreatif
11%
Elektrik & Komputer &
Elektronik Teknologi
Maklumat
9% 13%
Kerohanian & Bahasa Kenderaan &
Keagamaan 9% Automotif
15%
6%
Jahitan &
Pakaian
10%
Kecantikan &
Kebudayaan
7%
Pilihan kursus pendek yang paling diminati adalah Kulinari iaitu sebanyak 16%.
Pilihan kursus ini tidak dipengaruhi oleh jantina responden kerana responden lelaki
juga ada memilih bidang Kulinari sebagai bidang yang diminati. Dapatan ini telah
menyumbang kepada tercapainya objektif kajian di mana penyelidik ingin
memastikan bahawa kursus pendek bidang Kulinari yang dijalankan di Kolej
Komuniti Nibong Tebal mendapat permintaan dan keperluan pelajar Tahfiz.
Bahagian C – Kesesuaian Pelaksanaan Kursus
10 jam & TEMPOH
lebih
5-10 jam 3%
17%
1-5 jam
80%
Dapatan di atas menunjukkan bahawa responden memilih masa 1-5 jam sahaja untuk
melaksanakan kursus pendek, iaitu 80%. Keadaan ini terdorong daripada jadual
pembelajaran yang mungkin penuh dengan aktiviti
543
RM 25.00 - YURAN
RM 15.00 - RM 35.00
RM 25.00 3%
20%
RM 5.00 -
RM 15.00
77%
Yuran kursus yang rendah iaitu RM 5.00 – RM 15.00 iaitu sebanyak 77% menjadi
pilihan responden kerana majoriti mereka memilih tempoh kursus yang agak pendek
bersepadan dengan yuran kursus yang rendah.
Dewan LOKASI
Orang Luar
Premis Luar
23% 3%
Kolej
Komuniti
74%
Majoriti responden memilih Kolej Komuniti iaitu sebanyak 74% sebagai lokasi
menjalankan kursus pendek kerana lebih mudah untuk datang dan juga ia berdekatan
dengan lokasi responden.
Bahagian D – Halangan yang Dihadapi Oleh Pelajar Tahfiz
Dapatan hasil kajian di Bahagian D yang lebih terperinci boleh dirujuk pada Lampiran
2. Dapatan yang mendapat tahap rendah dan sederhana adalah lebih baik kerana
majoriti responden menjawab Sangat Tidak Setuju dan Tidak Setuju terhadap
kenyataan yang diberikan pada borang soal selidik. Berdasarkan dapatan, purata skor
min yang terendah adalah kursus pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti Nibong
Tebal tidak menarik minat saya. Purata skor min tersebut adalah 2.43 (tahap
sederhana). Berdasarkan jawapan responden, penyelidik dapat menilai bahawa
responden berminat untuk menyertai kursus pendek yang dijalankan di Kolej
Komuniti Nibong Tebal. Responden juga tidak setuju dengan kenyataan tiada
544
sokongan kepada saya untuk menyertai kursus pendek di Kolej Komuniti Nibong
Tebal. Ini bermakna sokongan sentiasa diberikan kepada responden untuk menambah
ilmu pengetahuan serta mencuba pengajaran dan pembelajaran yang bersifat teknikal.
Seterusnya, responden juga mendapat maklumat jelas tentang kursus pendek yang
ditawarkan di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Promosi kursus pendek yang dijalankan
juga telah menyumbang kepada tersebarnya tentang kursus pendek yang dijalankan di
sini. Responden juga mempunyai masa untuk menyertai kursus pendek di Kolej
Komuniti Nibong Tebal kerana jadual pembelajaran di tahfiz tidaklah begitu padat,
dan responden mempunyai masa terluang untuk mengikuti kursus pendek di sini.
Bahagian E – Tujuan Kursus Pendek Dijalankan
Dapatan hasil kajian di Bahagian E yang lebih terperinci boleh dirujuk pada Lampiran
2. Dapatan yang mendapat tahap tinggi adalah lebih baik kerana majoriti responden
menjawab Sangat Setuju dan Setuju terhadap kenyataan yang diberikan pada borang
soal selidik. Berdasarkan dapatan, skor min bagi pernyataan kemahiran teknikal boleh
ditingkatkan melalui kursus pendek di Kolej Komuniti Nibong Tebal iaitu 3.89 (tahap
tinggi). Dapatan ini menunjukkan bahawa kemahiran dalam pelbagai bidang boleh
ditingkatkan kerana kursus pendek yang dijalankan juga adalah bersifat teknikal atau
amali yang memerlukan minat untuk melakukannya. Purata skor min yang kedua
tertinggi adalah bagi pernyataan kursus pendek yang saya pelajari di Kolej Komuniti
Nibong Tebal dapat membantu saya mempelajari ilmu keusahawanan. Dapatan ini
menunjukkan bahawa responden cenderung untuk menceburi bidang keusahawanan
selepas menyertai kursus pendek. Dapatan ini telah membuktikan bahawa responden
memerlukan pengetahuan tambahan bagi merealisasikan bidang keusahawanan yang
mereka minati, berketepatan dengan objektif kajian iaitu bagi mengenalpasti
keperluan kursus pendek terhadap pelajar tahfiz. Responden juga berpendapat kursus
pendek yang mereka sertai di Kolej Komuniti Nibong Tebal dapat meningkatkan
pengetahuan mereka. Ini adalah kerana tenaga pengajar yang mengajar terdiri
daripada pensyarah yang bertauliah dan berpengalaman. Segala perkongsian adalah
bermanfaat untuk kegunaan masa hadapan. Dapatan juga mendapati bahawa
responden bercadang akan terus menyertai kursus pendek yang ditawarkan oleh Kolej
Komuniti Nibong Tebal. Dapatan ini juga mengukuhkan lagi objektif kajian bahawa
terdapat permintaan serta keperluan terhadap kursus pendek di kalangan pelajat tahfiz
khususnya
545
6. Perbincangan
Berdasarkan kajian yang dijalankan, kesemua responden menyatakan bahawa
kursus pendek yang ditawarkan adalah memenuhi keperluan mereka. Melalui kursus
pendek, responden dapat meningkatkan pengetahuan mereka di dalam pelbagai bidang
yang dipelajari dan membantu mereka mempelajari ilmu keusahawanan. Ini bertepatan
dengan objektif kajian yang pertama di mana penyelidik ingin mengenalpasti keperluan
kursus pendek untuk pelajar tahfiz di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat. Kursus
pendek yang dijalankan adalah bersifat teknikal atau amali selari dengan tuntutan
industri dalam melahirkan pekerja berkemahiran. Pembelajaran berasaskan kerja
merupakan satu kaedah pembelajaran yang jelas memberikan pengalaman yang besar
kepada pelajar dan memberikan mereka peluang yang lebih luas untuk menempatkan diri
dalam bidang industri yang mereka ceburi (Lewis, 2004). Ini adalah kerana para peserta
telah diajar pelbagai kemahiran yang boleh dipraktiskan untuk memenuhi kehendak
pasaran semasa. Kursus- kursus pembelajaran sepanjang hayat yang disediakan oleh
pihak kolej komuniti juga haruslah sentiasa selari dengan keperluan semasa masyarakat
dan dipastikan dapat menyediakan serta menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran
seberapa mungkin kepada para peserta (Mohamed, 2014).
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Nibong Tebal
menawarkan pelbagai kursus kemahiran yang boleh dipelajari oleh responden, namun
kursus pendek bidang Kulinari mendapat permintaan paling tinggi dikalangan pelajar
tahfiz. Ini menjawab objektif yang kedua di mana penyelidik ingin memastikan kursus
pendek bidang kulinari yang dijalankan di Kolej Komuniti Nibong Tebal mendapat
permintaan yang tinggi dikalangan pelajar tahfiz berbanding kemahiran yang lain.
Generasi hari ini perlu diberi pelajaran di dalam bidang ilmu yang benar-benar mereka
minati sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi
nanti (Yaapar et al, 2013).
Masa perlaksanaan kursus pendek bidang kulinari yang efisyen selari dengan
keperluan masa terluang pelajar tahfiz serta yuran yang ditawarkan adalah berdasarkan
fleksibiliti masa responden.
546
7. Kesimpulan dan Cadangan
Hasil kajian ini mendapati responden menyatakan kemahiran dalam pelbagai
bidang boleh ditingkatkan kerana kursus pendek yang dijalankan juga adalah bersifat
teknikal atau amali yang memerlukan minat untuk melakukannya. Dapatan kedua
mendapati kursus pendek yang dipelajari di Kolej Komuniti Nibong Tebal dapat
membantu responden mempelajari ilmu keusahawanan. Dapatan ini menunjukkan
bahawa responden cenderung untuk menceburi bidang keusahawanan selepas menyertai
kursus pendek. Dapatan ini telah membuktikan bahawa responden memerlukan
pengetahuan tambahan bagi merealisasikan bidang keusahawanan yang mereka minati,
berketepatan dengan objektif kajian iaitu bagi mengenalpasti keperluan kursus pendek
terhadap responden.
Oleh hal demikian, pihak Kolej Komuniti Nibong Tebal akan terus konsistan
melaksanakan kursus kulinari bagi membuka ruang dan peluang kepada responden serta
memberi latihan-latihan secara berterusan bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti
responden yang mengikuti kursus ini. Penglibatan responden dalam kursus pendek yang
dianjurkan ini sangat menggalakkan. Komitment yang diberikan ketika menghadiri
kursus pendek adalah sangat mengujakan manakala pembelajaran yang melibatkan
praktikal atau amali ini menunjukan responden memberi fokus sepenuhnya ketika kursus
pendek dijalankan. Pelaksanaan kursus jangka pendek terbukti memberi manfaat yang
besar kepada responden khususnya dalam bidang kulinari.
Berdasarkan kajian ini, diharapkan pada masa akan datang satu kajian
tentang halangan dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar tahfiz untuk melibatkan diri
dalam kursus kemahiran dan teknikal di kolej komuniti serta satu kajian tentang impak
integrasi sekolah tahfiz terhadap kursus kemahiran dan teknikal yang ditawarkan di kolej
komuniti. Kajian ini melibatkan pelajar tahfiz di daerah Bandar Tasek Mutiara, Simpang
Ampat, Pulau Pinang. Maka dengan itu keputusan kajian ini tidak boleh
digeneralisasikan kepada pelajar tahfiz di kawasan lain.
547
Rujukan
Abdullah Ahmad Badawi, Speech at the Official Opening of the ASEM Lifelong.
Lewis, A. C., 2004. Effects of Work-Based Learning. ProQuest Education Jurnals.
Knapper, C.K., dan Cropley, A.J., 2000. Lifelong learning in higher education.
London, Kogan Page.
Michael D. T., dan Diane R. L., 2008. Training in Australia. Australia.
Pearson –Education Australia.
Mimi Mohaffyza Mohamad dan Che Munira Che Razali, (2011). Keperluan
Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Tenaga Pengajar di Institusi Latihan
Kemahiran di Malaysia. Tesis: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mohd Faizullah Mohamed, Badaruddin Ibrahim dan Norlida Shaari, 2014. Tinjauan
Terhadap Keberkesanan Program Pembelajaran Sepanjang hayat (PSH) di
Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Persidangan Kebangsaan
Penyelidikan dan Inovasi dalam Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional CiETVET.
Mohamed Rashid Navi Bax dan Mohd Nasir Abu Hassan, 2003. Lifelong Learning in
Malaysia. International policy seminar co-organised by IIEP, UNESCO and
KRIVET.
Nur Iwani Azmi dan Mohamad Hisyam Mohd. Hashim, 2012. Penerapan
Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Pelaksanaan Pendidikan Asas
Vokasional. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Sistem
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional CiETVET.
548
Portal Rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komunti. Diakses pada 10 November 2014
daripada http://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/program-
ditawarkan/kursus-jangka-pendek.html
Ramlan Zainal Abidin, Dr. Ahmad Esa dan Prof. Dr. Wan Mohd. Rashid Wan
Ahmad, 2008. Pendidikan Sepanjang Hayat: Isu, Cabaran,dan Peranan
Sekolah Membangun Modal Insan dalam Komuniti Setempat. Seminar
Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB.
Sharifah Masitah Syed Salim, Fadzillah Mohd Yusof dan Nordin Sariju, 2014.
Tinjauan Kursus Pendek Kolej Komuniti Pasir Gudang Terhadap Golongan
Tahfiz di Kawasan Pasir Gudang. Seminar Kebangsaan Pembelajaran
Sepanjang Hayat.
Suriyati Yaapar, Merhayati Sipon dan Shaffe Mohd Daud, 2013. Kesediaan Pelajar
Kolej Komuniti Selayang dari Aspek Minat dan Sikap Terhadap Bidang
Kemahiran Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dalam Sistem Modular
Kebangsaan. Seminar Pasca Siswazah dalam Pendidikan (GREDUC 2013)
549
Lampiran 1
Jadual 1: Skala Likert
Skala Tafsiran
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju
Jadual 2: Petunjuk Skor Min bagi Panduan Pengiraan
Skor Min Intepretasi
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
Lampiran 2
Jadual 3: Skor Min Bahagian D
No Item Halangan yang Dihadapi oleh Pelajar Tahfiz Skor Min Tahap
D1 Saya tidak mendapat maklumat jelas tentang kursus pendek 2.91 Sederhana
yang ditawarkan di Kolej Komuniti Nibong Tebal 2.43 Sederhana
2.97 Sederhana
D2 Kursus pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti Nibong
Tebal tidak menarik minat saya 2.71 Sederhana
D3 Saya tiada masa untuk menyertai kursus pendek di Kolej
Komuniti Nibong Tebal kerana jadual pembelajaran yang
padat
D4 Tiada sokongan kepada saya untuk menyertai kursus pendek
di Kolej Komuniti Nibong Tebal
550
Jadual 4: Skor Min Bahagian E Skor Min Tahap
No Item Tujuan Kursus Pendek Dijalankan
E1 Kursus pendek yang saya sertai di Kolej Komuniti Nibong 3.83 Tinggi
Tebal dapat meningkatkan pengetahuan saya
E2 Kursus pendek yang saya pelajari di Kolej Komuniti Nibong 3.86 Tinggi
Tebal dapat membantu saya mempelajari ilmu keusahawanan
E3 Kemahiran teknikal boleh ditingkatkan melalui kursus pendek 3.89 Tinggi
di Kolej Komuniti Nibong Tebal
E4 Saya bercadang akan terus menyertai kursus pendek yang 3.77 Tinggi
ditawarkan oleh Kolej Komuniti Nibong Tebal
551
TAHAP DAN SIMPTOM TEKANAN YANG DIALAMI
MEMPENGARUHI TAHAP KEPUASAN BEKERJA DALAM
KALANGAN PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL
Disediakan oleh:
ZARITH SOFIA BINTI RAHIM
([email protected])
NURUL SYIFA BINTI MD NASIR
([email protected])
KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL,
ABSTRAK
Kajian tertumpu kepada responden yang sedang bekerja di Kolej Komuniti Nibong
Tebal sendiri. Sesuai dengan objektif kajian ini, di mana kajian hanya dilakukan di Kolej
Komuniti Nibong Tebal dan sampel yang diambil juga adalah mereka yang tersebut diatas.
Responden-responden kajian ini mempunyai latar belakang yang pelbagai. Kajian yang
dilakukan adalah berdasarkan maklumat-maklumat yang dilengkapkan oleh responden
melalui borang soal selidik. Kajian juga dibuat dengan mengambil kira pendapat atau
penilaian daripada pengarah dan ketua jabatan.
Kata Kunci: Tahap Tekanan, Simptom Tekanan, Kepuasan Bekerja, Kolej Komuniti Nibong
Tebal.
552
1.0 PENGENALAN
Memilih kerjaya sebagai pendidik adalah satu pekerjaan yang mulia dan
menguntungkan. Bidang tugasannya mudah dan tidak membebankan. Masyarakat
memandang tinggi kepada guru atau pendidik kerana ilmunya. Malah Islam ada
mengatakan seorang pendidik adalah orang yang paling beruntung di akhirat. Mereka
termasuk dalam kalangan orang-orang soleh dan bertakwa serta mendapat pangkat syurga
yang tinggi.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang diterima
daripada Ibnu Umar, katanya Nabi Muhammad menyatakan: “Apabila mati anak Adam
itu, maka tiada lagi yang berguna padanya kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh
kepada kedua ibu bapanya, sedekah dan ilmu yang dimanfaat”.
Tugas sebagai seorang pendidik adalah penting dalam membangunkan negara.
Seorang pendidik tidak harus berputus asa apatah lagi mengeluh dalam membimbing jelas
menunjukkan pendidikan tinggi adalah sebagai satu cara terpenting untuk mencapai
matlamat penyusunan semula struktur sosial dan ekonomi negara. Pendidik adalah
manusia yang sebaik-baiknya digelar arkitek manusia kerana mereka membentuk,
mencorak dan mengubah tamadun manusia ke arah yang lebih maju. (Syardila, 2012)
Selaras matlamat dan era transformasi ini, pensyarah menjadi tonggak utama dalam
menjayakan matlamat ini. Kepuasan kerja memberi kesan secara lansung ke atas kualiti
prestasi kerja dengan meningkatkan kemampuan seseorang untuk memberi prestasi kerja
yang lebih baik, mengurangkan ketidakhadiran dan datang lambat ke pejabat.
(Georgopoulos,Mahoney dan Jones, 1957)
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Kepuasan bekerja didefinisikan sebagai oleh (Locke 1969, 1976) “a pleasurable or
positive emotional state resulting from the appraisal of one’s job or job experiences” iaitu
kepuasan kerja atau sikap positif memberi kesan kepada prestasi kerja seseorang individu.
(Gruneberg, 1979) berkata bahawa kepuasan kerja penting kerana dapat meningkatkan
produktiviti dan kebaikan kepada sesebuah organisasi. Manakala Hoppock 1983
mengatakan bahawa kepuasan bekerja merupakan kombinasi kepada keadaan psikologi
dan persekitaran yang membuatkan seseorang individu berkata: saya puas hati dengan
kerja saya. Namun begitu ada yang beranggapan bahawa institusi merupakan sebuah
organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan tugas yang tidak dirancang
muncul secara tidak diduga. (Abdul Shukor, 1996) Oleh itu, Nasurdin, Aizat et al. 2003
553
menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan penyebab utama kenapa pekerja berhenti
bekerja di sesebuah organisasi.
Dalam Islam, kepuasan bekerja bukan dari segi aspek duniawi sahaja malah
menyentuh aspek ukhrawi kerana kerja merupakan salah satu ibadat disamping ibadat lain
seperti zakat, sembahyang dan sebagainya sekiranya dilakukan dengan ikhlas.
(AlBukhari) Justeru, kepuasan kerja dalam Islam menekankan keseimbangan antara
kepuasan rohani dan jasmani. (Ilhaamie, 2005)
2.1 ULASAN LITERATUR
Berdasarkan fenomena di atas, bagaimanakan para pensyarah ini mampu berpuas hati
terhadap tugas mereka? Golongan pensyarah merupakan kumpulan professional yang
melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat pendidikan. (Azlina, Kamilah) menyatakan
bahawa manusia mempunyai psikologi yang kompleks yang perlu dipuaskan kerana
mereka bukan mesin yang bergerak mengikut kemahuan pengoperasi. Setiap individu
mempunyai kepuasan yang berbeza. Era transformasi yang sering berubah mengakibatkan
beban tugas pensyarah bertambah. Hal ini demikian, menyebabkan perubahan kepada
pensyarah iaitu menjadi tertekan, beremosi, tidak bermotivasi, tidak bersemangat datang
kerja, tidak masuk kelas, bersara awal, dan sebagainya. Hal ini dinyatakan oleh (Smith,
Girdano et al, 1993) bahawa individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan
jika ia berada dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan ini menjadikan individu itu
menjadi tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat fokus kepada kerja dan gagal
bergembira serta berpuas hati terhadap kerja. (Supian, 2001) Hal ini dapat dikukuhkan
lagi dengan kajian-kajian terdahulu yang membuktikan bahawa sesetengah
guru/pensyarah memang mengalami perasaan tertekan, sikap berang, murung, mengambil
keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara awal sebelum tempoh persaraan
mereka kerana tidak tahan dengan tekanan yang dialami. (Farber, B.A & Miller, J 1981)
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti samaada para
penyarah berpuas hati dengan institusi mereka ataupun tidak.
554
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti Nibong Tebal
belum pernah dilakukan sebelum ini. Kajian ini diharapkan menjadi penanda aras untuk
mendapatkan maklumat secara terperinci berkaitan dengan kepuasan bekerja daripada
beberapa aspek iaitu tahap tekanan dan simptom tekanan yang dialami. Terdapat
beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji terhadap kajian yang dijalankan iaitu:
1) Mengenalpasti tahap tekanan kerja dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti
Nibong Tebal bagi membantu pihak pentadbiran/pengurusan Kolej Komuniti Nibong
Tebal dalam usaha penambahbaikan terhadap keperluan dan kebajikan pensyarah.
2) Mengenalpasti tahap kepuasan bekerja para pensyarah untuk jangka masa
panjang yang dapat membantu meningkatkan kualiti dan produktiviti mereka.
3.1 PERSOALAN KAJIAN
1) Pada tahap manakah tekanan para pensyarah di Kolej Komuniti Nibong
Tebal?
2) Apakah simptom-simptom tekanan yang dialami oleh pensyarah di Kolej
Komuniti Nibong Tebal?
3) Adakah tahap tekanan ini mempengaruhi tahap kepuasan bekerja para
pensyarah di Kolej Komuniti Nibong Tebal?
KERANGKA KAJIAN
INPUT OUTPUT
TAHAP TEKANAN KEPUASAN BEKERJA
SIMPTOM TEKANAN
555
4.0 METHODOLOGI
4.1 KAEDAH KUALITATIF
Kaedah kualitatif digunakan untuk kajian ini kerana ia bersifat subjektif iaitu bersifat
mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi yang
diperolehi daripada percakapan, pemerhatian, dan penyemakan perkara yang berkaitan
dengan fenomena yang dikaji untuk mendapatkan data penyelidikan ini. Penyelidik adalah
sebahagian daripada peserta kajian ini. Oleh itu, segala maklumat kajian diperoleh secara
langsung daripada peserta kajian. Seterusnya, saiz responden kecil yang dipilih secara
bertujuan, dan tidak berasaskan kebarangkalian bagi memudahkan lagi penyelidikan ini
dijalankan.
4.2 DEMOGRAFI
Data kajian yang di soal selidik tentang demografi responden iaitu jantina, umur,
bangsa, gred, tempoh perkhidmatan, taraf perkahwinan dan taraf pendidikan. Responden
yang terlibat adalah dalam kalangan pensyarah yang sedang bekerja di Kolej Komuniti
Nibong Tebal, Pulau Pinang.
4.3 SOAL SELIDIK
Soal selidik ini dijalankan bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi supaya
dapat diperbaiki atau diselesaikan. Kaedah soal selidik digunakan kerana tidak memerlukan
kos yang tinggi manakala soalan tertutup yang digunakan mudah difahami supaya mudah
dianalisis oleh pengkaji. Menurut Mohd Najib (1999), instrumen yang digunakan akan
menentukan jenis data yang diperolehi dan ini akan mempengaruhi jenis analisis data.
Dengan soal selidik juga, segala maklumat dan data adalah tepat dan sah serta lebih mudah
mendapat kerjasama daripada responden. Soal selidik ini direka bentuk dengan mengandungi
empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D.
Bahagian A berkaitan latar belakang respoden.
Bahagian B pula adalah berkaitan tahap tekanan yang dihadapi oleh responden.
Bahagian C pula adalah berkaitan simptom yang dihadapi apabila tertekan.
Bahagian D adalah berkaitan dengan tahap kepuasan bekerja responden.
Soal selidik ini telah direka mengikut objektif kajian dan sebanyak 12 orang responden telah
menjawab serta mengembalikan soal selidik ini
556
4.4 ANALISIS SOAL SELIDIK
Bagi memudahkan responden untuk menjawab soal selidik ini, skala likert digunakan
bagi tujuan analisis. Skala ini mengandungi lima point iaitu Sangat Tidak Setuju, Tidak
Setuju, Tidak Pasti, Setuju dan Sangat Setuju. Namun, skala 3 dikategorikan sebagai tidak
pasti kerana kebiasaannya responden teragak-agak untuk menjawab dan suka meletakkan
markah pertengahan. Hal ini kebiasaanya responden lebih cenderung kepada ketidakpuasan
hati. Analisis deskriptif yang dianalisa melalui kiraan secara manual digunakan untuk dapatan
kajian. Dapatan kajian untuk bahagian B, C dan D dianalisis untuk menentukan tahap min.
Bagi menganalisa nilai min untuk lima point pada Skala Likert ini, dapatan ini berdasarkan
justifikasi dua mata iaitu tahap rendah dan tahap tinggi.
SKOR MIN INTERPRETASI
1.00 – 3.50 Rendah
3.51 – 5.00 Tinggi
Jadual: Petunjuk Skor Min bagi tujuan Pengiraan
5.0 ANALISIS DAPATAN
Hasil kajian terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C
dan bahagian D. Bahagian A mengenai maklumat responden seperti jantina, umur, bangsa,
gred, tempoh perkhidmatan, taraf perkahwinan dan taraf pendidikan. Manakala, bahagian B
pula tentang tahap tekanan yang dihadapi oleh pensyarah KKNT. Bahagian C pula mengenai
simptom yang dihadapi apabila tekanan berlaku serta bahagian D pula mengenai tahap
kepuasan bekerja para penyarah.
5.1 BAHAGIAN A
Demografi Responden
Bahagian A ini merupakan demografi responden yang mengandungi maklumat-
maklumat asas responden yang terdiri daripada 7 bahagian, iaitu bahagian A1 terdiri daripada
jantina, bahagian A2 adalah mengenai umur responden, A3 pula adalah bangsa responden,
A4 merupakan gred para responden, A5 adalah tempoh perkhidmatan, A6 adalah taraf
557
perkahwinan dan A7 adalah taraf pendidikan. Penerangan secara terperinci akan diterangkan
berdasarkan graf dan carta di bawah.
BIL KATEGORI KENYATAAN PERATUSAN (100%)
1 JANTINA Lelaki 17%
Perempuan 83%
2 UMUR 25-30 tahun 58 %
31-35 tahun 42%
36 tahun ke atas 0%
3 BANGSA Melayu 100 %
Cina 0%
India 0%
Lain-lain 0%
4 GRED DH41 100 %
DH44 0%
DH48 0%
5 TEMPOH PERKHIDMATAN Kurang setahun 25%
1-5 tahun 67%
5 tahun keatas 8%
6 TARAF PERKAHWINAN Bujang 33%
Berkahwin 67%
Duda/Janda/lain- 0%
lain
7 TARAF PENDIDIKAN Diploma 8%
Ijazah 83%
Sarjana 8%
Jadual: Profil Responden Kajian
558
JANTINA
0% LELAKI
17%
PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN
83%
Rajah: Demografi responden mengikut jantina
Berdasarkan carta pai di atas didapati bahawa jumlah responden terdiri daripada 2
lelaki mewakili 17% dan 10 perempuan mewakili 83%. Ini membuktikan bahawa bilangan
pensyarah di Kolej Komuniti Nibong Tebal lebih kepada perempuan.
UMUR 36 TAHUN
KEATAS
0%
31-35 TAHUN
42%
25-30 TAHUN
58%
25-30 TAHUN 31-35 TAHUN 36 TAHUN KEATAS
Rajah: Umur responden
Carta pai diatas menunjukkan taburan umur responden. Kajian mendapati bahawa
kesemua 12 orang responden berumur kurang daripada 35 tahun. Majoriti respoden adalah
yang berumur di bawah 30 tahun dengan bilangan sebanyak 7 orang responden daripada 12
orang responden. Ini membuktikan bahawa kebanyakkan pensyarah di Kolej Komuniti
Nibong Tebal terdiri daripada pensyarah yang masih muda.
559
BANGSA
Cina
Lain-lain 0% India
0% 0%
Melayu
100%
Melayu Cina India Lain-lain
Rajah: Taburan bangsa
Majoriti responden adalah bangsa melayu yang melibatkan 12 orang responden. Tiada
responden yang berbangsa cina, inda dan lain-lain bangsa. Ini membuktikan responden
mempunyai bangsa yang sama.
DH 48 GRED
0%
DH 44
0%
DH 41 DH 44 DH 48
100%
DH 41
Rajah: Gred jawatan responden
Majoriti responden mempunyai gred jawatan DH41 iaitu seramai 12 orang yang
merangkumi 100%. Tiada responden yang mempunyai gred DH44 dan DH48.
560
TEMPOH PERKHIDMATAN
5 TAHUN KE KURANG
ATAS SETAHUN
8%
25%
1-5 TAHUN 1-5 TAHUN 5 TAHUN KE ATAS
67%
KURANG SETAHUN
Rajah: Tempoh perkhidmatan responden
Didapati bahawa sebanyak 67% responden berkhidmat 1 hingga 5 tahun. Sebanyak 25%
responden berkhidmat selama kurang setahun. Manakala selebihnya adalah 8% telah
berkhidmat selama 5 tahun ke atas. Ini menunjukkan bahawa pensyarah Kolej komuniti
Nibong Tebal sudah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan dan merupakan seorang yang
matang dalam membuat keputusan.
DUDA/JANDA/LA TARAF PERKAHWINAN
IN-LAIN
0% BUJANG
33%
BERKAHWIN
67%
BUJANG BERKAHWIN DUDA/JANDA/LAIN-LAIN
Rajah: Taraf perkahwinan responden
Sebanyak 67% yang merangkumi 8 orang responden telah berkahwin ataupun telah
mendirikan rumahtangga. Manakala, 33% yang merangkumi 4 orang responden yang masih
bujang ataupun belum berkahwin. Ini membuktikan bahawa majoriti pensyarah di sinin
terdiri daripada seorang yang berfikiran matang dan dewasa.
561
TARAF PENDIDIKAN
SARJANA DIPLOMA
8% 9%
IJAZAH IJAZAH SARJANA
83%
DIPLOMA
Rajah: Taraf pendidikan
Majoriti responden memiliki Ijazah Sarjana Muda yang melibatkan 10 orang responden
daripada 12 orang responden iaitu 83%. Responden yang memiliki Diploma adalah sebanyak
9% iaitu mewakili 1 orang. Manakala, responden yang memiliki Sarjana adalah 8% iaitu
1orang. Ini telah membuktikan bahawa pensyarah di Kolej Komuniti Nibong Tebal
mempunyai taraf pendidikan yang baik.
5.2 BAHAGIAN B
Analisis dapatan kajian di bahagian B adalah untuk menentukan tahap min. Untuk
menganalisis skor min berdasarkan lima point pada Skala Likert berdasarkan dua mata iaitu
tahap rendah dan tahap tinggi. (rujuk Petunjuk Skor Min bagi panduan pengiraan) Dapatan
yang mendapat tahap rendah adalah lebih baik kerana majoriti responden menjawab Sangat
Tidak Setuju dan Tidak Setuju pada kenyataan di borang soal selidik ini. Berdasarkan
dapatan skor min yang terendah adalah saya menghadapi masalah keluarga yang mewakili
skor 1.67. Oleh itu, pengkaji dapat menilai bahawa responden tidak mempunyai tekanan
daripada keluarga. Responden juga tidak bersetuju dengan kenyataan saya menghadapi
konflik dengan rakan luar dan saya tidak pandai menguruskan masa yang mendapat skor
sebanyak 1.83. Ini bermakna responden tidak mempunyai konflik dengan rakan luar dan bijak
menguruskan masa dengan baik. Responden juga tidak bersetuju dengan kenyataan saya
mempunyai masalah kesihatan yang mendapat skor sebanyak 1.92. Hal ini menjelaskan tiada
tekanan daripada masalah kesihatan yang membolehkan responden menjalankan tugas
mereka dengan baik. Seterusnya, responden tidak bersetuju dengan skor min 2.00 pada
562
kenyataan saya tidak dapat menghubungi orang yang tersayang. Oleh yang demikian,
masalah ini dianggap tidak memberi tekanan kepada responden terhadap kerja mereka.
Responden juga memberikan skor min 2.08 iaitu tidak bersetuju terhadap kenyataan saya
tidak memahami subjek yang perlu diajar. Hal ini sangat penting kerana jika responden tidak
memahami subjek yang perlu diajar, ia dapat mengakibatkan pelajar tidak memahami subjek
yang dipelajari. Merujuk kepada kenyataan mengenai keadaan pejabat/bilik pensyarah saya
teratur mendapati bahawa kedua-dua pihak respondan lelaki dan perempuan bersetuju
bahawa keadaan pejabat/bilik pensyarah mereka tidak teratur. Ini dapat dibuktikan melalui
skor min 2.50. Manakala dapat dilihat perbezaan antara kedua-dua respondan lelaki dan
perempuan pada kenyataan saya selesa dengan keadaan kelas/dapur,dimana lelaki lebih
bersetuju dengan kenyataan berbanding perempuan.
5.3 BAHAGIAN C
Analisis dapatan kajian di bahagian C ditentukan terhadap tahap min. Skor min pada
skala Likert berdasarkan dua mata iaitu tahap rendah dan tahap tinggi. Dapatan skor min
kajian yang lebih rendah adalah lebih baik kerana responden Sangat Tidak Bersetuju dan
Tidak Setuju pada kenyataan soal selidik ini. Ini dapat dibuktikan apabila keputusan yang
diperoleh daripada responden ini menunjukkan skor min pada bahagian ini rendah. Oleh itu,
pengkaji dapat menilai bahawa simptom yang dialami oleh responden berada pada tahap yang
tidak membimbangkan. Skor min yang paling tinggi adalah 3.08 iaitu pening. Seterusnya,
cepat marah merupakan simptom yang dialami apabila tekanan berlaku iaitu pada skor 2.92.
Hal ini demikian kerana responden tidak dapat mengawal perasaan ketika menghadapi
tekanan. Responden juga menunjukkan skor 2.58 pada simptom hilang tumpuan dan letih,
tidak bermaya hanya dialami pada respondan perempuan sahaja. Manakala, skor min
sebanyak 2.50 iaitu pada simptom suka bersendirian dan 2.42 pada simptom sering
mengelamun. Hal ini kebiasaannya sering berlaku pada responden apabila menghadapi
tekanan. Responden juga tidak bersetuju pada kenyataan menghadapi simptom gelisah dan
sukar untuk tidur iaitu sebanyak 2.33. Semua dapatan yang berkaitan simptom hanya dialami
oleh respondan perempuan sahaja, manakala respondan lelaki tidak bersetuju mengalami
sebarang simptom tekanan. Oleh itu, pengkaji dapat menganggap bahawa simptom yang
dihadapi adalah tidak ketara dan masih berada pada tahap yang selamat.
563
5.4 BAHAGIAN D
Di bahagian D ini pula mengandungi analisa terhadap tahap kepuasan bekerja responden.
Berdasarkan lima mata pada skala Likert yang dianalisa menunjukkan dapatan skor min.
(Rujuk Petunjuk Skor Min bagi panduan pengiraan) Dapatan skor yang rendah adalah lebih
baik kerana dapat mengenal pasti tahap ketidakpuasan hati responden pada kerja yang
dijalankan. Berdasarkan dapatan kajian, skor min terendah iaitu 2.42 yang menunjukkan
bahawa responden tidak bersetuju adalah pada kenyataan saya berpuas hati dengan tugas
sampingan saya. Setiap pensyarah mempunyai tugas sampingan lain yang perlu dipikul selain
daripada mendidik. Seterusnya, responden perempuan menyatakan tidak setuju pada
kenyataan saya berpuas hati dengan menyertai kegiatan luar iaitu 2.58, manakala keseluruhan
responden lelaki bersetuju atau lebih berpuas hati dengan kenyataan. Responden juga
menunjukkan skor min 2.75 iaitu tidak bersetuju dengan kenyataan saya berpuas hati dengan
pengagihan kerja yang adil dan saya berpuas hati dengan persekitaran kerja yang kondusif.
Manakala, 3.08 skor min menunjukkan responden tidak bersetuju dengan suasana kerja
secara keseluruhan. Secara keseluruhan, responden lelaki didapati amat berpuas hati dengan
tugas mereka jika dibandingkan dengan respondan perempuan. Oleh itu, pengkaji
menganggap bahawa tahap kepuasan bekerja responden berada pada tahap yang
membimbangkan kerana perbezaan antara jantina amat ketara.
6.0 PERBINCANGAN
6.1 PERSOALAN KAJIAN 1: Pada tahap manakah tekanan para
pensyarah di Kolej Komuniti Nibong Tebal?
Dapatan menunjukkan terdapat tekanan yang dialami oleh para pensyarah di Kolej
Komuniti Nibong Tebal. Punca tekanan yang paling domain adalah disebabkan oleh keadaan
pejabat/bilik pensyarah yang tidak teratur dan diikuti dengan jumlah waktu kelas yang padat.
Berdasarkan penemuan oleh Nilufar et al.(2009), adalah penting bagi pihak universiti bagi
kes ini pihak kolej untuk memahami dan menyediakan keperluan yang terbaik bagi
pensyarah. Hal ini turut didorong dengan bilangan pensyarah yang bertambah,namun ruang
sedia ada tidak berubah menyebabkan keadaan menjadi semakin tidak teratur dan
mendatangkan ketidakselesaan. Kyriacou dan Sutcliffe pula menyatakan bahawa suasana
kerja yang tidak selesa juga turut menyumbang kepada faktor tekanan dan seterusnya
membawa kepada ketidakpuasan kerja dan keinginan untuk meninggalkan profesion yang
diceburi (Woo,2008). Kajian terdahulu juga menunjukkan bahawa faktor persekitaran tempat
564
kerja mengakibatkan ketidakpuasan hati di kalangan pensyarah (Azlina,Syiqah,2010).
Maklum balas dari respondan juga mendapati kondisi bilik pensyarah yang terbuka
mengakibatkan tiada privasi kepada pensyarah yang juga menyebabkan tekanan.
Bagi jumlah waktu kelas yang padat pula merupakan situasi yang tidak dapat
dielakkan apabila bilangan pelajar yang semakin meningkat setiap semester. Terdapat juga
respondan yang berpendapat pensyarah terpaksa mengimbangi kelas yang padat dengan kerja
sampingan yang diberikan. Menyebabkan respondan tidak dapat memberi fokus terhadap
kelas yang dijalankan.Namun jika dirujuk dari hasil dapatan kedua-dua punca tekanan
tersebut secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana.
6.2 PERSOALAN KAJIAN 2: Apakah simptom-simptom tekanan
yang dialami oleh pensyarah di Kolej Komuniti Nibong Tebal?
Berdasarkan analisis yang dibuat, simptom tekanan yang dialami oleh sampel kajian
ini secara keseluruhannya berada pada tahap rendah. Ini mungkin kerana para pensyarah
masih boleh mengawal masalah tekanan yang dihadapi dengan baik. Menurut Robbins,
tindakbalas penyesuaian tekanan oleh pendidik merangkumi tindakbalas psikologikal
(keletihan dan kemurungan), fisiologi (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan tingkah laku
(pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur) (Nani Suzira, 2009).
Simptom tekanan boleh dikenal pasti berdasarkan tiga kategori tindak balas, iaitu fisiologi,
psikologi dan tingkah laku. Tindak balas fisiologi terhadap tekanan ialah menimbulkan
simptom-simptom seperti sakit perut, cirit-birit, sembelit dan loya (Fatimahwati, 2002).
Dalam kajian ini, simptom paling kerap dialami oleh pensyarah semasa tekanan
adalah pening. Ini kerana dalam menghadapi tekanan, para pensyarah tetap perlu meneruskan
tugas masing-masing. Kegagalan mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada
perhubungan antara pensyarah dengan pelajar dan mutu pengajaran dan pembelajaran
(Mushirah,2011). Kajian juga mendapati para pensyarah cenderung mengalami simptom-
simptom lain seperti cepat marah, letih tidak bermaya, serta hilang tumpuan. Sebagai
kesimpulannya, pensyarah yang mengalami tekanan boleh dikenal melalui simptom-simptom
tekanan yang dialami sama ada simptom fisiologi, psikologi atau tingkah laku. Simptom-
simptom tekanan yang dialami tidak semestinya ditunjukkan oleh seseorang pensyarah itu
dalam ketiga-tiga kategori serentak. Simptom dialami mungkin berbeza-beza oleh setiap
pensyarah. Kemungkinan juga berlaku di mana hanya satu kategori simptom yang dialami
pada satu-satu masa. Ini semua bergantung kepada tahap tekanan yang dialami dan sejauh
mana pensyarah berjaya menangani tekanan yang dialami. Ini seterusnya akan menghalang
565
usaha untuk membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan
(Sapora,2007).
6.3 PERSOALAN KAJIAN 3: Adakah tahap dan simptom tekanan ini
mempengaruhi tahap kepuasan bekerja para pensyarah di Kolej Komuniti
Nibong Tebal?
Merujuk kepada dapatan yang diperolehi, tahap kepuasan bekerja adalah tinggi dari segi
dapat menghantar kerja tepat pada masa yang ditetapkan dan tugas yang diberikan sesuai
dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki. Kerana menurut Smith (2007), sumber
utama yang menyumbang kepada tekanan kerja di kalangan pensyarah adalah permintaan
untuk mencapai sasaran pada masa yang ditetapkan. Namun bagi menjawab persoalan kajian
yang ke 3,terdapat empat dapatan tertinggi yang menunjukkan ketidakpuasan hati para
pensyarah Kolej Komuniti Nibong Tebal.
Pertama adalah tidak berpuas hati dengan tugas sampingan yang diberi, dimana dapatan
ini sama dengan kajian terdahulu yang turut mendapati penyertaan kegiatan luar yang perlu
disertai juga terlalu banyak berbanding tugas hakiki (Azlina,Kamilah, 2011). Kepuasan kerja
merupakan perasaan yang dialami oleh seseorang pekerja terhadap pekerjaan yang dilakukan
hasil interaksi dengan persekitaran kerjanya menurut Ghazali dan Turiman (1995) yang
merupakan dapatan tertinggi kedua iaitu persekitaran kerja yang kurang kondusif. Para
responden mengatakan pengagihan kerja yang kurang adil terjadi di Kolej Komuniti Nibong
Tebal yang rata-rata dinyatakan oleh pensyarah perempuan. Manakala pensyarah lelaki lebih
berpuas hati dari segi pengagihan kerja. Dari kajian Azlina dan Syiqah (2008), mereka akan
melakukan kerja-kerja mereka dengan ikhlas dan tidak akan merungut sekiranya mereka
berpuas hati dengan kerja mereka.
Jika dapat dinyatakan disini terdapat dua dapatan saling berhubung kait, dimana ia
merupakan tugas tambahan yang perlu ditanggung oleh setiap pensyarah selain dari
menjalankan tugas hakiki. Di tambah pula dengan suasana kerja yang kurang selesa. Seperti
yang diketahui umum, kolej komuniti bukan sahaja menjalankan kursus-kursus sepenuh masa
sahaja. Maka dengan penawaran kursus-kursus pendek serta kegiatan luar yang disertai turut
memerlukan komitmen dari para pensyarah yang telah sedia ada tugas hakiki. Ini
menyebabkan para pensyarah Kolej Komuniti Nibong Tebal memberi komitmen lebih dari
sepatutnya. Pada masa yang sama persekitaran kurang kondusif tidak membantu para
pensyarah, serta terdapat pensyarah yang merasakan pengagihan kerja yang dijalankan
566
kurang adil. Ternyata dari dapatan untuk persoalan kajian ke 3 ini menunjukkan tahap
kepuasan dan ketidakpuasan hati adalah tinggi, hanya berbeza dari segi jenis kepuasan sahaja.
7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa tahap tekanan dan simptom yang
dialami oleh para pensyarah Kolej Komuniti Nibong Tebal ternyata mempengaruhi tahap
kepuasan bekerja dan ianya masih dalam keadaan terkawal. Tekanan kerja berkait rapat
dengan kepuasan kerja seseorang kerana ia akan mempengaruhi prestasi pensyarah universiti
(Abdulai, 2005). Kerana mengikut kajian yang dibuat oleh Mushirah (2011), sekiranya
kepuasan kerja seseorang individu adalah tinggi, maka tekanan kerja dapat dikurangkan
kerana individu tersebut berasa selesa dan berpuas hati dengan pekerjaannya. Sebaliknya, jika
terdapat rasa tidak puas hati ke atas pekerjaan yang perlu dilakukan, maka individu tersebut
cenderung untuk merasa tertekan. Oleh yang demikian, kepuasan kerja seseorang juga
memainkan peranan penting dalam mengatasi tekanan kerja (Abdulai,2005). Namun begitu
terdapat juga beberapa kenyataan daripada soal selidik yang perlu diambil tindakan dan
perhatian. Sehubungan dengan itu cadangan agar kaji selidik ini dapat dilakukan berterusan
bagi memantau permasalahan atau sebarang perkara yang perlu diambil perhatian (samada
terdapat peningkatan atau penurunan).
Ada yang beranggapan bahawa faktor kemudahan tidak perlu dijadikan masalah, namun
sedikit sebanyak ia tetap memberi kesan ke atas produktiviti suatu organisasi. Terutama jika
ianya tidak diatasi dari peringkat awal. Usaha penambahbaikan faktor kemudahan amatlah
penting bagi mewujudkan suasana harmoni dan selesa kepada setiap pekerjanya (Azlina dan
Kamilah,2011). Aspek kerjasama adalah penting bagi memastikan tanggungan kerja masing-
masing difahami antara satu sama lain, ianya juga akan mengeratkan lagi hubungan. Sikap
toleransi juga diperlukan agar tiada tanggapan kurang adil atau bias.Peranan organisasi
pekerjaan dalam merancang dan melaksanakan program penghargaan yang berterusan perlu
dilakukan sebagai motivasi. Ini kerana motivasi adalah faktor utama yang dapat memberi
kesan kepada tekanan kerja di kalangan pensyarah. Program-program yang dijalankan
haruslah dapat mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja agar mereka saling faham
memahami dan sanggup bantu membantu dalam mencapai matlamat organisasi.
567
8.0 PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT atas rahmat dan limpah kurniaNya kepada kami
dengan memberikan kesihatan yang baik dalam menyiapkan kajian Tahap Dan Simptom
Tekanan Yang Dialami Mempengaruhi ‘Tahap Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan
Pensyarah Kolej Komuniti Nibong Tebal’ dalam tempoh yang di tetapkan.
Dalam menyiapkan kajian ini, pelbagai masalah yang telah kami hadapi. Tanpa bimbingan
dan tunjuk ajar mungkin sukar untuk kami menyiapkan kajian ini.
Oleh itu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada:
1) Pn Hajaratul Binti Ahmad sebagai pengarah kolej yang membenarkan kami
untuk menjalankan kajian ini.
2) Pn Syahida Binti Abu Bakar sebagai ketua jabatan kami yang banyak
membantu serta memberi tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan kajian ini.
3) Keluarga kami yang banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada kami.
4) Rakan-rakan sekerja yang juga sebagai responden banyak membantu
memberikan kerjasama dan idea kepada kami.
568
9.0 RUJUKAN
Abdul Shukor, (1996). Tekanan (Stress) dan Burnout Di kalangan Pensyarah Politeknik.
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Abdulai M. Kaba (2005). Occupational Stress and Job Satisfaction: A Case Study Expatriate
Lectures in IIUM. Thesis Master of Human science in Clinical and Counseling Psychology
International Islamic University Malaysia.
Aini Hassan, (2007). Kualitatif Atau Kuantitatif ?: Memahami Andaian Asas Yang
Mendasari Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-16. ISSN
0126-5024
Azlina, et al. (2011) Tahap Kepuasan Bekerja Di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti
Kepala Batas.pp. 73-87
Azlina, et al. (2008). Tahap Stress Dan Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah
Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.
Brayfield, et al. (1983) Job Satisfaction: Theoretical Perspectives and A Longitudinal
Analysis. New York: Libra Publishers Inc., h.10.
Farber, B.A, & Miller, J. (1981). Teacher Burnout: A Psycho-Educational Perspective.
Teachers College record, h. 83
Fatimahwati, (2002). “Tekanan di tempat Kerja.” Dalam Pasca siding seminar Psikologi
PSIMA 2, Yahaya Mahamood & et. al. 9ed.) Bangi: Jabatan Psikologi UKM.
Georgopoulos, Mohaney & Jones. (1957). A part-Goal Approach to Productivity, Journal of
Applied Psychology.
Ghazali, et. al. (1995). Kepuasan kerja di Kalangan Pengawal keselamatan Universiti
Pertanian Malaysia. 3 (1): 21-29
569
Kajian Dalam Pendidikan. http://www.scribd.com/doc/18682201/Panduan-Kajian-Kes
[3/8/2010]
Kyriacou et. al. (1978). Teacher Stress: Prevalance, Sources and Symptoms. British Journal
of Education Psycology, 48, 159-167
Locke, et. al. (1969). What is Job Satisfaction? OB and Human Performance, Vol. 4, pp.
309-336.
Locke, et. al. (1976). The Nature and Causes of Job satisfaction. In Dunnette, M.D. (Ed.),
Handbook of the Industrial and Organizational Psycology. Chicago: Rand McNally
Mohd Najib, (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Nasurdin, Aizzat et. al. (2003), op. cit., h.229.
Mushirah, (2011). Tekanan Kerja dan Kepuasan Kerja Pensyarah. Universiti Teknologi
Malaysia.
Nani Suzira, (2009). Tekanan Kerja dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja: Satu Kajian
di Syarikat Takaful Malaysia Berhad Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Muda Pengurusan
Teknologi: Universiti Teknologi Malaysia.
Robbins, et. al. (1993). Organization Behavior: Concept, Controversies and Applications.
New Jersey: Prentice Hall. Inc
Sapora, (2007). Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi. Utusan Malaysia (27 Julai 2007)
Smith, Girdano et.al.(1993). Tekanan (Stress) dan Burnout Di kalangan Pensyarah Politeknik.
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Supian, (2001). Tekanan (Stress) dan Burnout Di Kalangan Pensyarah Politeknik. Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.
Suprijanto Darmosubroto (1983), “A Study Of Job satisfaction Of Field Extension Workers In
South Kalimantan, Indonesia” (Disertasi ED.D, Universiti east texas State), h.7.
Surah al-Baqarah (2): 201
570
Syardila, (2012). Tahap Stress Di Kalangan Pensyarah Kolej Komuniti Di Sekitar Negeri
Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Woo Siew Fun (2008). Faktor-faktor yang mendorong Tekanan Kerja (Stress) Di Kalangan
Guru-Guru SRJKC: Satu Kajian Di Tiga buah sekolah di wilayah persekutuan. Tesis
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup): Universiti Teknologi
Malaysia.
571
KAJIAN MENGGUNAKAN PAPAN PENDAWAIAN MOTOR ( PAPEM)
BAGI SUBJEK PENDAWAIAN KAWALAN MOTOR ELEKTRIK DI
KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
Muhamad Zamani Bin Ismail
E-mail : [email protected]
Ahmad Ikhwan Bin Zakaria
E-mail : [email protected]
Mohd Afandi Bin Yob
E-mail : [email protected]
Kolej Komuniti Seberang Jaya
Abstrak
Kajian ini dilakukan bagi mengkaji penggunaan PaPEM bagi subjek SPE 3084 iaitu
Pendawaian Kawalan Motor Elektrik PaPEM adalah singkatan panel pendawaian motor yang
direka bagi membantu pensyarah untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah demonstrasi sebelum latihan pendawaian elektrik sebenar dilakukan
oleh pelajar. Populasi kajian diambil dari kelas SPE 3 sesi Julai 2015 untuk subjek SPE 3084,
Pendawaian Kawalan Motor Elektrik. Seramai 28 orang responden yang telah memulangkan
soal selidik ini.Manakala, intrument kajian yang digunakan adalah menggunakan Skala Likert
dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan menggunakan soal selidik. Tujuan
utama PaPEM ini dicipta adalah untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
untuk modul Pendawaian Kawalan Motor Elektrik bagi Sijil Pendawaian Elektrik yang
ditawarkan di Kolej Komuniti. Melalui kajian menggunakan papan demonstrasi ini,
pensyarah dapat menganalisa kesan sebelum dan selepas penggunaan PaPEM. Ianya
menggunakan konsep plug and play. Hasil dapatan kajian dan analisis, mendapati bahawa
para pelajar lebih mudah memahami tentang penyambungan pendawaian tersebut kerana
mereka akan membuat sambungan dan menguji penyambungan tersebut terlebih dahulu
sebelum kerja-kerja pendawaian sebenar dilaksanakan.
Kata Kunci :Pendawaian Demonstrasi, Pengajaran Dan Pembelajaran ( P&P ), Kawalan
Motor Elektrik
572
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pelbagai cara digunakan untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Satu cara
yang banyak diguna pakai dalam bidang pendidikan adalah Alat Bantu Mengajar (ABM).
Alat bantu mengajar mempunyai impak yang tinggi dalam membantu pelajar untuk
memahami serta menimbulkan keinginan belajar dengan lebih mendalam. Dengan kaedah
yang betul, secara tidak langsung pelajar lebih berminat jika mereka didedahkan dalam
kaedah yang sebegini. Oleh itu maka terhasil ABM ini yang diberi nama Papan Pendawaian
Motor (Papem).
Papan Pendawaian Motor (Papem) ialah projek inovasi yang dicipta sebagai satu
langkah penambahbaikan proses P&P subjek kawalan motor tiga fasa di Kolej Komuniti
Seberang Jaya (KKSBJ). Ia juga menyahut seruan kerajaan di dalam RMK ke-10 dengan
membuat transformasi dan berinovasi di dalam pendidikan. Kenyataan mengenai misi
nasional yang terkandung di dalam teras yang kedua menyatakan, negara Malaysia perlu
melahirkan modal insan yang mempunyai ilmu pengetahuan, berinovasi serta memiliki minda
kelas pertama didalam semua sektor. Bagi merealisasikan misi tersebut, kolej komuniti (KK)
memainkan peranan penting sebagai pusat perkembangan ilmu dan pusat pembangunan
manusia bagi menghasilkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama (Haji Zairon,
2010).
Menurut Megat, Rosni, Mohd Khata, Ismail & Suhaimy (2006), kaedah penyampaian
bagi pengajaran matapelajaran sains seperti teknologi elektrik harus diubahsuai daripada
pendekatan tradisi kepada penerokaan dan penemuan kendiri. Kaedah ini dapat membantu
pelajar memahami pelajaran secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Keseronokan
akan wujud, pelajar akan lebih berinspirasi dengan menggunakan alat bantu mengajar
(Syahanim dan Mohd, 2011).
Amira, Hasnah & Zurilawati (2010) mencadangkan pensyarah haruslah mempunyai
usaha untuk mempelbagaikan cara pengajaran di dalam kelas bagi menghasilkan pengajaran
yang berkesan. Tanpa usaha yang berterusan daripada pensyarah proses P&P akan sentiasa
menghadapi masalah dan tiada peningkatan dari segi kualiti serta produktiviti.
573
1.2 Pendawaian Kawalan Motor Elektrik
Satu sistem di mana kabel – kabel yang digunakan dalam sesuatu pemasangan
dipasang pada panel kawalan motor bagi mengawal permulaan dan memberhentikan
pergerakan motor elektrik. Pendawaian ini hanya diaplikasikan di industri berat dan sedikit di
industri ringan.
Matapelajaran Kawalan Motor Elektrik adalah bermatlamat untuk memperkukuh dan
mengembangkan pengetahuan, pemahaman, pengaplikasian serta menganalisis teori dan
trampil dalam bidang amali kawalan motor elektrik satu fasa dan tiga fasa. Ia merangkumi
konsep asas kawalan motor, fungsi kawalan motor, jenis-jenis kawalan motor, alat pandu,
komponen kawalan, litar-litar kawalan motor, pemula voltan penuh dan kurangan,
penyenggaraan dan pembaikan.
Melalui matapelajaran ini pelajar dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
kawalan motor a.u satu fasa dan tiga fasa dalam bidang elektrik dan elektronik dan
menganalisis dan merancang keperluan pendidikan menggunakan pengetahuan kemahiran
dalam proses merekacipta projek. Selain daripada itu, pelajar akan berkebolehan
mengembangkan dan memahami litar-litar kawalan motor elektrik, menyambung, memasang
dan mengujilari pemula-pemula kawalam motor satu fasa dan tiga fasa serta berkemahiran
menyenggara dan membaiki kerosakan pemula-pemula motor satu fasa dan tiga fasa.
1.3 Latar Belakang Masalah
Pada Julai 2011 Kolej Komuniti Seberang Jaya mula melaksanakan dasar baru dari sistem
Sijil Modular Kebangsaan (SMK) kepada pembelajaran sepenuh masa mengikut sistem
semester. Dimana sistem ini lebih mengfokuskan kepada pembelajaran dan pengajaran (P&P)
teknikal. Pelbagai Pendekatan yang berbeza-beza digunakan bagi setiap subjek yang diajar di
KKSBJ, namun kaedah biasa yang digunakan didalam P&P subjek kawalan motor tiga fasa
adalah dengan menerangkan teori secara verbal sahaja. Menurut Yahya & Juliana (2010),
pensyarah lebih banyak mengajar dalam bentuk perbincangan teori, perkongsian pengetahuan
dan pengalaman. Kaedah ini agak kurang berkesan dan mengambil masa yang lama untuk
menguasai sesuatu pelajaran yang di pelajari. Jarang sekali pensyarah menunjukkan
demonstrasi sebelum memulakan sesi latihan membuat sesuatu projek. Ini kerana dengan
kaedah demonstrasi dalam P&P akan menyebabkan masa kuliah bertambah(Zurina &
Zaidaton, 2006).
574
Bagi mencapai pembelajaran yang berkesan seseorang pelajar haruslah menggunakan ketiga-
tiga deria iaitu penglihatan, pendengaran dan apa yang dilakukan (Megat, Rosni, Mohd
Khata, Ismail & Suhaimy, 2006). Seorang manusia akan mengingati 20 peratus daripada apa
yang mereka dengar, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat dan dengar manakala 70
peratus daripada mereka dengar, lihat dan melakukan sesuatu aktiviti atau latihan ( Flecher,
1990).
Oleh yang demikian, kami telah memikirkan cara yang sesuai bagi mengatasi masalah ini.
Penggunaan PaPEM di dapati lebih efisyen dalam meningkatkan pemahaman dan minat
pelajar terhadap subjek Pendawaian Kawalan Motor Elektrik di Kolej Komuniti Seberang
Jaya.
2.0 OBJEKTIF
Objektif utama PaPEM dihasilkan ialah untuk:
2.1 Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar SPE 3 Sesi julai 2015 di Kolej
Komuniti seberang Jaya terhadap konsep asas Pendawaian Kawalan Motor Elektrik.
2.2 Menggunakan Papan Pendawaian Motor (PaPEM) sebagai alat dan bahan bantu
mengajar.
3.0 SKOP
Skop tertumpu kepada pelajar-pelajar yang mengambil Program Sijil Pemasangan
Elektrik – Pendawaian Kawalan Motor Elektrik yang tidak mempunyai latar belakang
pendidikan teknikal dalam kursus pendawaian elektrik domestik dan industri.
Responden kajian diambil daripada 28 orang pelajar Sijil Pemasangan Elektrik (SPE)
semester 3 yang mengambil subjek Pendawaian Kawalan Motor Elektrik (SPE 3084)
Populasi responden diambil dari pelajar Sesi Julai 2015 di Kolej Komuniti Seberang Jaya
575
4.0 METODOLOGI
4.1 Perlaksanaan keseluruhan kajian
Fasa pertama bagi menjalankan kajian ini ialah mencari dan mengumpul maklumat
daripada pelbagai sumber termasuklah buku, jurnal, laman web, tesis dan artikel. Setiap
sumber dianalisis dengan teliti dan permasalahan dapat dikenalpasti. Pengkaji telah
menjalankan temu bual tidak berstruktur bagi kelemahan sebenar pelajar terhadap
pendawaian Kawalan Motor Elektrik.
Fasa kedua dalam perlaksanaan kajian ini adalah merekabentuk kit pengajaran PaPEM.
Segala maklumat yang telah dianalisis daripada fasa pertama digunakan oleh pengkaji untuk
menjana idea bagi merekabentuk kit pengajaran yang mempunyai ciri-ciri yang dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Langkah seterusnya
adalah mengenalpasti dan menyenarai semua keperluan bagi membangunkan kit tersebut.
Lakaran projek haruslah dilakukan untuk memberi gambaran jelas tentang rekabentuk kit
pengajaran yang dibangunkan. Proses ini akan berulang sehingga mendapat satu rekabentuk
yang paling sesuai dan dapat memenuhi keperluan proses pengajaran dan pembelajaran.
Setelah mendapat rekabentuk yang sesuai, proses pembinaan kit tersebut dijalankan. Semasa
proses tersebut, pengkaji memastikan setiap fungsi kit adalah berfungsi dengan baik dan
lancar. Setelah kit telah dibina dan diuji fungsinya, langkah seterusnya ialah membangunkan
prosedur latihan kepada pelajar supaya mereka dapat menggunakan kit tersebut dengan
mudah dan betul.
Seterusnya ialah fasa ketiga dalam menjalankan kajian ini. Pengkaji telah menguji dan
menilai keberkesanan kit pengajaran tersebut terhadap pelajar seperti yang telah dinyatakan
dalam persampelan dan populasi di dalam bab ini. Kaedah yang digunakan adalah kaedah
tinjauan. Ringkasan bagi perlaksanaan keseluruhan kajian adalah seperti Rajah 1 (lampiran).
Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik untuk
mendapatkan maklumat dari pelajar semester 3 sesi julai Sijil Pemasangan Elektrik di Kolej
Komuniti Seberang Jaya.
Soalan kajian telah dibentuk menggunakan Skala Likert. Menurut Mohd.Majid (2005),
576
dengan menggunakan instrumen soal selidik unsur-unsur penipuan jarang didapati jika
dibandingkan dengan kaedah temubual.
5.0 HASIL DAPATAN
Rajah di bawah menunjukkan perkaitan penggunaan PaPEM semasa proses P&P di
dalam kelas. Secara keseluruhan didapati penggunaan PaPEM semasa proses P&P dapat
menimbulkan kesan positif kepada minat seseorang pelajar terhadap mata pelajaran
Pendawaian Kawalan Motor Elektrik. Penggunaan bahan bantuan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai membantu memastikan minat pelajar dikekalkan. Ini bukan sahaja
boleh merangsang minda tetapi memberikan peluang kepada pelajar untuk mencuba PaPEM
sebagai satu kemahiran dan pengalaman baru. Rekabentuk PaPEM yang ringkas dan mudah
dikendali merangsang dan menambah minat pelajar untuk melakukan amali. Ia juga ringan
dan mudah untuk dialihkan. PaPEM juga mudah dikendalikan oleh pelajar yang pertama kali
menggunakannya serta selamat untuk digunakan di bawah pengawasan yang minimum oleh
pensyarah.
577
578
579
6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
6.1 Kesimpulan
Melalui inovasi ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan Papan Pendawaian Motor
- PaPEM dalam pembelajaran dan pengajaran subjek Pendawaian Kawalan Motor Elektrik
Kolej Komuniti Seberang Jaya memberikan hasil yang positif. Bukan sekadar mengurangkan
pembaziran masa kuliah, malahan membantu pensyarah mengajar dengan lebih sistematik
dan berkesan. Pengunaan PaPEM adalah efektif kerana kos penghasilan yang murah, mudah
digunakan dan juga memberikan kepelbagaian cara sambungan pada litar pendawaian.
Secara tidak langsung, memberi impak yang besar bagi meningkatkan pemahaman
pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Akhir sekali, diharapkan hasil inovasi ini dapat
meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran bukan hanya tertumpu di Kolej Komuniti
Seberang Jaya sahaja malah seluruh Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia serta
institut pengajian teknikal yang lain di negara ini.
6.2 Cadangan Penambahbaikan
Setiap ciptaan yang baru tidak semestinya sempurna dan tidak mempunyai kelemahan.
PaPEM yang dihasilkan ini juga tidak terkecuali. Pada masa hadapan, dicadangkan alat ini
dibina dengan dilengkapi dengan sambungan bekalan 3 fasa serta sambungan beban yang
sebenar.
580
7.0 RUJUKAN
1. Struktur modul Sijil Modular Kebangsaan 1 Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal
2. Istilah Kejuruteraan Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu 2005, Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Kuala Lumpur
3. Mohd. Nasir Bin Abd. Manan ( 2010 ). Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman.
IBS Buku. Selanggor
4. Mohd. Nasir Bin Abd. Manan ( 2007 ). Panduan Pendawaian Elektrik Domestik.
IBS Buku. Selanggor
5. Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur
6. Syahanim Saidun ( 2011 ). Kecenderungan Pensyarah Kejuruteraan Menggunakan
Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran. Kolej Komuniti Bayan Baru.
7. Abd Samad Hanif, Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Edisi-2, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2004.
8. Mohd Isa Idris dan Ramli Harun, Asas Pendawaian, IBS Buku Sdn Bhd, Cetakan ke-
10,2011.
9. Md Nasir Abd Manan, Panduan Pendawaian Elektrik Domestik, IBS Buku Sdn Bhd,
Edisi ketiga 2007.
10. Mohd Majid Konting, Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 2005
11. Abdullah, N. S., Zainal Abidin, R., & Mohamad, S. Kesan penggunaan kit pengajaran
bersepadu magnetik-PLC (programmable logic controller) terhadap kefahaman
konsep asas kawalan magnet dan PLC.
581
LAMPIRAN
Rajah 1 : Rekabentuk PaPEM
582
KAJIAN TINJAUAN AWAL PERSEPSI INDUSTRI BERKAITAN
KOLABORASI INDUSTRI DAN KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI
2014
Oleh
Hanisah Binti Ahmad
Nurul Fathonah Binti Mohd Rosli
Unit Perhubungan dan Latihan Industri
Kolej Komuniti Sungai Petani
Abstrak
Kolaborasi di antara institusi dan industri adalah penting dalam pembangunan sistem
pendidikan negara. Oleh yang demikian, satu kajian berkaitan kolaborasi di antara industri
dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti ciri-ciri kerjasama institusi-industri yang
dilaksanakan di Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) pada tahun 2014. Kajian ini
menggunakan kaedah soal selidik dan juga kaedah temubual bagi mendapatkan data.
Sebanyak 12 orang responden industri terlibat dalam kajian ini. Responden yang terlibat
merupakan wakil industri yang hadir semasa Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP 2014
serta industri yang menyertai Program Temuduga di KKSP. Hasil kajian mendapati semua
industri berminat untuk menjalankan kolaborasi dengan KKSP dari segi program latihan
industri, peluang pekerjaan, work based learning dan perantisan (apprenticeship).
Kata kunci : Kolaborasi, Latihan Industri, Peluang Pekerjaan
583
1.0 PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Peranan industri adalah amat besar dalam menentukan kerancakkan ekonomi Negara. Namun
demikian, industri amat memerlukan pekerja-pekerja yang mahir dan separa mahir bagi
memastikan kelangsungan penghasilan produk mereka pada tahap maksima. Kolej Komuniti
merupakan sebuah institusi pendidikan yang membimbing pelajar untuk menjadi pekerja
mahir dan separa mahir.
Kolej Komuniti diluluskan penubuhannya melalui mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000
bertujuan menyediakan pendidikan dan latihan kepada masyarakat setempat termasuk
memberi peluang dan laluan alternatif kepada lepasan menengah dan pelajar yang tercicir
daripada sistem pendidikan.
Sehingga kini, terdapat 86 kolej komuniti dan bilangan kolej komuniti dijangka akan
bertambah secara berperingkat mengikut keperluan masyarakat setempat. Sebagai pusat
pembelajaran sepanjang hayat, Kolej Komuniti melaksanakan hasrat kerajaan melalui
Rancangan Malaysia ke 10 (RMK10) untuk mengarusperdanakan pendidikan latihan teknikal
dan vokasional -technical and vocational education training (tvet).
Pelajar seharusnya diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan sesuatu
kerja yang berkaitan dengan bidang mereka, ini penting kerana salah satu syarat yang
diletakkan oleh syarikat dalam membuat pemilihan pekerja ialah kemahiran teknikal dan
pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
Hasil kajian Yusuf et al., (2008) mengenai persepsi pelajar sebelum dan selepas menjalani
Latihan Industri menunjukkan terdapat peningkatan persepsi pelajar selepas menjalani
latihan iaitu daripada segi sikap, komunikasi dan tabiat kerja. Manakala 94% responden
berkeyakinan bahawa Latihan Industri memberi faedah yang signifikan terhadap diri mereka
sendiri daripada aspek peningkatan prospek, kelayakan dan panduan kerjaya masa depan
mereka.
584
Walau bagaimanapun, tidak semua majikan bersedia untuk membantu pihak institusi dalam
membenarkan pelajar menjalani latihan industri di premis mereka. Bagi pihak majikan dan
pengurusan industri, banyak perkara perlu diambil kira antaranya keutamaan keuntungan,
gangguan pengurusan, bebanan pentadbiran dan masalah menyediakan tempat dan tenaga
kerja tambahan untuk mengawal selia pelajar berkenaan. Semua tambahan ini akan
mengakibatkan pertambahan kos operasi secara langsung dan tidak langsung. Masalah
bebanan kos tambahan boleh dikurangkan dengan cara memberi peluang dan galakan kepada
pelajar untuk menjalani latihan industri di tempat, sesuai dengan kursus yang diambil.
Walau bagaimanapun, penyediaan latihan industri kepada pelajar adalah salah satu
tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat. Antara kebaikan yang boleh
diperolehi majikan atau industri dengan mengambil pendekatan ini adalah mereka dapat
tenaga kerja untuk tempoh jangka pendek di samping memberi pengalaman pekerjaan
yang bakal diceburi pelajar selepas tamat pengajian nanti.
Kerjasama institusi pendidikan dengan industri semakin penting apabila Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang meletakkan kebolehpasaran graduan sebagai
agenda kritikal yang perlu dilaksana dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu
sekurang-kurangnya 75 peratus graduan akan memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan
kelayakannya dalam tempoh enam bulan setelah menamatkan pengajian. Menurut laporan
kebolehpasaran graduan 2014, pelajar KKSP telah berjaya mencapai peratus graduan bekerja
sebanyak 82.3% dan menyambung pengajian adalah sebanyak 13.7%.
585
1.2 Latar Belakang Masalah
Di Malaysia, perubahan yang pantas terhadap teknologi dan pasaran telah membentuk
satu permintaan kepada pendidikan vokasional dan organisasi latihan untuk
menghasilkan graduan yang mampu bersaing dalam era globalisasi. Malaysia perlu
memperbaiki dan meningkatkan kualiti tenaga kerja dengan meningkatkan modal insan
berpendidikan dan berkemahiran. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan
beberapa program latihan untuk mengurangkan jurang ketidakpadanan (mismatch) di
kalangan pelajar dengan keperluan tenaga kerja dalam sektor industri. Untuk memelihara
pembangunan modal insan, penekanan diberikan kepada pembangunan secara holistik
merangkumi pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sahsiah dan akhlak yang baik.
Bagi menghasilkan pendidikan yang berkesan untuk menyediakan individu yang
berkemahiran serta memenuhi kemahiran industri maka suatu pembelajaran hasil
kerjasama industri diperlukan. Di Barat, terdapat keperluan untuk menghasilkan
individu yang berkemahiran dan memenuhi keperluan industri. Pihak majikan telah
didesak untuk memastikan orang ramai di semua peringkat tenaga kerja mempunyai
kemahiran yang diperlukan supaya dapat beroperasi dengan lebih berkesan. Sistem
pendidikan juga telah digesa untuk memastikan bahawa rakyat telah diberikan suatu
bentuk asas pendidikan yang berkesan sebagai persediaan untuk menempuh alam
pekerjaan dan perlu dimotivasikan supaya mereka mencapai potensi sebenar mereka, lebih
bertanggungjawab untuk pembangunan diri dan peningkatan kemahiran bagi memenuhi
keperluan majikan. Oleh itu, suatu bentuk kerjasama industri dan institusi pendidikan
adalah diperlukan bagi mencapai keperluan tersebut.
Malah, terdapat perubahan dalam sistem pendidikan di Kolej Komuniti daripada program
sijil sepenuh masa kepada program Sijil Modular Kebangsaan juga mempengaruhi kaedah
pengajaran, penggunaan peralatan teknologi dan fasiliti yang terdapat di institusi. Oleh
yang demikian, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana industri berminat
menjalinkan kolaborasi dengan Kolej Komuniti Sungai Petani.
586
1.3 OBJEKTIF
Berdasarkan pernyataan masalah dan juga tujuan kajian di atas, maka objektif kajian
adalah untuk :
1. Mengenalpasti industri yang berminat menjalankan kolaborasi / kerjasama bersama
Kolej Komuniti Sungai Petani.
2. Mengenalpasti kriteria kolaborasi / kerjasama yang diperlukan oleh industri dan
Kolej Komuniti Sungai Petani.
1.4 SOALAN KAJIAN
1. Adakah industri berminat untuk menjalankan kajian kolaborasi bersama Kolej Komuniti
Sungai Petani?
2. Apakah kriteria kolaborasi yang diperlukan oleh industri?
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil daripada kajian ini, diharap ianya dapat :
a) Memberi maklumat kepada industri tentang ciri-ciri kerjasama yang dilaksanakan
di Kolej Komuniti Sungai Petani.
b) Memberi maklumat kepada semua warga kerja Kolej Komuniti Sungai Petani
tentang pelaksanaan kerjasama yang dijalankan.
c) Memberikan maklumat kepada pengkaji selanjutnya berkenaan ciri-ciri kerjasama
yang dijalankan di Kolej Komuniti Sungai Petani.
1.6 SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan di KKSP berdasarkan wakil industri yang hadir semasa Program
Majlis Dialog Bersama Industri dan KKSP 2014 dan wakil industri yang hadir semasa
Program Temuduga anjuran KKSP.
587
1.7 BATASAN KAJIAN
Kajian ini adalah tertumpu di KKSP dan 12 buah industri yang bekerjasama dengan
KKSP. Pemilihan industri dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelbagai bidang. Dalam
menjalankan kajian ini pengkaji menghadapi beberapa kekangan dan antaranya adalah:
i Ketepatan kajian adalah bergantung kepada ketepatan responden dalam
memberikan jawapan, cadangan dan pendapat terhadap soal selidik dan
temubual tanpa sebarang prejudis.
ii Kajian ini juga hanya melibatkan industri yang terlibat dalam kerjasama
dengan Unit Latihan Industri sahaja dan segala data yang diperolehi juga
tidak dapat digeneralisasikan kepada industri lain.
2.0 KAJIAN LITERATUR
Keupayaan dan keberkesanan latihan akan dapat dipertingkatkan dengan menambah
jumlah bilangan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang
teknikal, mengukuhkan sistem pensijilan akreditasi dan kualiti pendidikan teknikal,
menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam bidang pendidikan teknikal dan
latihan (Aliman & Ibrahim, 2009). Bagi tujuan meningkatkan kualiti, kerjasama
industri diperlukan bagi membangunkan program baru di institusi pengajian tinggi
awam dan swasta bagi menghasilkan tenaga kerja yang selaras dengan kehendak
industri. Salah satu usaha pihak Kementerian Pengajian Tinggi adalah dengan
melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan kerja bagi merealisasikan saranan
kerajaan.
Selaras dengan Program Transformasi Ekonomi, Kolej Komuniti menjalin kolaborasi
strategik dengan 5 koridor ekonomi iaitu Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER),
Iskandar Malaysia (IRDA), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Wilayah Pembangunan
Sabah (SDC) dan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE). Kolej Komuniti akan
menyediakan tenaga kerja serta memberi pendidikan dan latihan mengikut keperluan industri
di koridor-koridor ekonomi ini untuk memastikan kejayaan Program Transformasi Ekonomi
ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selain itu, kerjasama
yang dijalinkan turut membantu pelajar dan Kolej Komuniti dalam menyelaraskan sistem
pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk bersesuaian dengan kehendak pasaran dan
semasa.
588
Pada peringkat institusi, satu-satunya bentuk kerjasama yang berjalan baik dan boleh dibanggakan
ialah menerusi latihan industri kepada pelajar tahun akhir. Latihan industri merupakan satu modul
penting di dalam kurikulum pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara
amnya, tujuan modul ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar
terutamanya daripada aspek aplikasi pengetahuan yang dipelajari di kolej, perhubungan kemanusiaan
dan etika serta amalan keselamatan di tempat kerja.
Tempoh latihan industri adalah selama 16 minggu dan dijalankan pada semester akhir. Pengetahuan
yang diperoleh dari bilik kuliah dapat diguna pakai ketika membuat latihan di premis industri.
Lazimnya perubahan di industri berlaku lebih cepat berbanding kurikulum di institusi yang pasti tidak
dapat diubah secepat perubahan industri. Melalui latihan industri pelajar dapat diterapkan rasa
penghargaan dan semangat untuk belajar dan menyesuaikan diri bagi melengkap diri sebagai pekerja
berpengetahuan dan berdaya saing.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian dalam kajian ini adalah kajian deskriptif iaitu kajian yang bertujuan untuk
memberikan penerangan secara sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri bidang yang dikaji secara
fakta dan tepat. Kajian ini untuk kumpulan yang dikaji sahaja.
3.1 Sampel dan Populasi
Kajian ini djalankan di Kolej Komuniti Sungai Petani. Populasi kajian seramai 12 individu
industri yang terdiri daripada NAZA Automotive Manufacturing Sdn. Bhd., NAZA Bikers Dream
Sdn. Bhd., Institut Teknikal Tan Chong, Hotel Hard Rock Pulau Pinang, Hotel Park Royal Pulau
Pinang, Persatuan Usahawan Spa Wilayah Utara, D’Qaseh Beauty & Spa, Oasis Qaseh Ent., Hotel
Laverage Mergong, Hotel Seri Malaysia Sungai Petani dan Sapura Industrial Bhd.
3.2 Instrumen Kajian
Penyelidik menggunakan kaedah borang soal selidik dan kaedah temubual sebagai alat kajian untuk
mengumpul maklumat mengenai latar belakang sampel kajian serta menjawab item-item soalan
yang berkaitan dengan berasaskan kepada Konting (2004) yang berpendapat bahawa soal selidik
diguna pakai untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak
dan sebagainya. Menurut Tuckman (1978), berpendapat bahawa soal selidik merupakan satu cara
589
berkesan untuk mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada pemerhatian terhadap
tingkah laku. Ghazali (2003) juga mengutarakan idea yang hampir sama iaitu soal selidik digunakan
untuk memperolehi maklumat mengenai fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Dalam kajian
ini data dikumpulkan dengan mengunakan borang soal selidik yang telah dibentuk oleh Raymore et
al.(1993).
4.0 HASIL DAPATAN
4.1 Latar Belakang Syarikat
Sebanyak 83.3 % responden menyatakan bahawa mereka mempunyai maklumat berkaitan Kolej
Komuniti sebelum menyertai program Majlis Dialog tersebut. Namun demikian, terdapat hanya
16.7 % responden yang menyatakan bahawa mereka pernah terlibat dengan program-program di
Kolej Komuniti. Program yang terlibat adalah melalui program latihan industri (Hotel Seri
Malaysia Sungai Petani dan Park Royal Hotel, Penang). Hal ini mungkin disebabkan pelajar sendiri
memilih tempat latihan industri mereka dan kemungkinan responden terdiri daripada syarikat baru.
Namun demikian, sebanyak 75.0 % responden sedang mencari calon pekerja untuk diserap ke
dalam syarikat masing-masing. Menurut responden, kriteria calon pekerja yang dicari terdiri
daripada pekerja tidak mahir (12.5 %), pekerja separa mahir (50.0 %), pekerja mahir (25.0 %) dan
pekerja professional (12.5 %).
590
4.2 Persepsi majikan terhadap pelajar latihan industri Kolej Komuniti
Hasil kajian mendapati bahawa hanya 16.7 % syarikat yang pernah mengambil pelajar Kolej
Komuniti untuk program latihan industri. Namun begitu, 100 % responden menyatakan minat
untuk mengambil pelajar Kolej Komuniti sebagai pelajar latihan industri di tempat mereka
pada masa akan datang. Bagi responden yang pernah mengambil pelajar KKSP sebagai pelajar
latihan industri, mereka menyatakan bahawa pelajar -pelajar ini menunjukkan prestasi kerja
yang baik semasa menjalani latihan industri.
4.3 Persepsi majikan terhadap pelajar Kolej Komuniti sebagai pekerja
Sebanyak 25.0 % responden menyatakan bahawa mereka berpengalaman mengambil pelajar
Kolej Komuniti sebagai pekerja. Responden juga menyatakan bahawa, prestasi pelajar adalah
berada pada tahap sederhana, baik dan sangat baik. Responden juga telah memaklumkan
anggaran gaji yang ditawarkan kepada pelajar adalah sebanyak RM 751 – RM 1501 (atau
lebih) bergantung kepada kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Responden juga
menyatakan bahawa jika dibuat perbandingan tahap kompetensi (kemahiran) pelajar Kolej
Komuniti berbanding Institusi Latihan Kemahiran Awam yang lain, pelajar menunjukkan
prestasi yang baik.
Keseluruhan responden menyatakan minat untuk mengadakan kolaborasi strategik bersama
Kolej Komuniti pada masa akan datang. Bidang kerjasama yang ingin ditawarkan adalah
seperti program latihan industri, peluang pekerjaan, work based learning dan perantisan
(apprenticeship).
5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Umum mengetahui bahawa, perkembangan ekonomi pada era globalisasi kini menuntut pihak
majikan dan pihak industri memerlukan pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran atau
multiskill (Bakar & Kazilan, 2006). Menurut Cox & King (2006) majikan tidak berpuas hati
dengan kualiti graduan yang kurang kemahiran dalam pasaran kerja masa kini. Jadi, modal
insan yang berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi,
membangunkan teknologi, menghasil dan mempelopori pengetahuan baru serta
mengaplikasikannya haruslah dibentuk untuk mengurangkan masalah pengangguran yang
591