The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_ieda81, 2021-08-03 06:56:13

Prosiding SPEKKU 2015

Prosiding SPEKKU 2015

12.0 LAMPIRAN
Lampiran 1 : Jadual penentuan saiz sampel

442

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI DENGAN
KEPUASAN KERJA DI KALANGAN PENSYARAH SENIBINA KOLEJ

KOMUNITI
BANDAR DARULAMAN

Noor Hasmy Binti Md Yunos & Raja Azlita Binti Raja Abdul Rahman
[email protected] & [email protected]
Kolej Komuniti Bandar Darulaman

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti samada terdapat hubungan antara gaya
kepimpinan transformasional Ketua Unit Senibina dengan kepuasan kerja pensyarah-
pensyarah unit senibina di Kolej Komuniti Bandar Darulaman(KKBD). Kajian Jazmi Md Isa
(2009), menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi mempunyai hubungan dengan
kepuasan kerja. Sebanyak empat komponen kepimpinan transformasional yang dikaji oleh
penyelidik iaitu pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, motivasi berinspirasi dan
rangsangan intelektual. Kajian ini dijalankan ke atas seramai 23 orang pensyarah unit
senibina KKBD. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang dikumpulkan dan
telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of the social
Science (SPSS) Version 17. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara kepimpinan transformasional mengikut dimensi pengaruh yang ideal,
pertimbangan individu, motivasi berinspirasi dan ransangan intelektual dengan kepuasan
kerja pensyarah unit senibina di KKBD.

Kata Kunci: Kolej Komuniti, Kepuasan Kerja, Kepimpinan Transformasional

443

1.0 PENGENALAN

Gaya kepimpinan seorang ketua sangat mempengaruhi kualiti kerja dalam sesebuah
organisasi itu. Kolej Komuniti adalah salah satu institusi pendidikan yang memberi peluang
latihan dan kemahiran kepada semua lapisan masyarakat. Peranan pensyarah di Kolej
Komuniti bukan sahaja sebagai tenaga pengajar, malah pensyarah juga terlibat dengan kursus
pendek sama ada sebagai penyelaras atau tenaga pengajar kursus pendek, kerja-kerja promosi
kolej serta kerja-kerja sampingan bagi membantu pihak pengurusan dan menjayakan misi dan
visi penubuhan Kolej Komuniti.

Kerja hakiki sebagai pensyarah di mana mereka perlu mengajar sekurang-kurangnya
16 jam seminggu bagi kursus sepenuh masa, 78 jam pula untuk mencapai Key Performace
Index (KPI) bagi unit kursus pendek di tambah dengan kerja-kerja sampingan yang lain
memberi tekanan kerja kepada pensyarah seterusnya memberi kesan dalam penghasilan
outcomes supaya selari dengan matlamat dan visi kolej komuniti.

Komitmen pensyarah-pensyarah terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka
adalah bermula dengan keselesaan dan keseronokan bekerja. Semua tindakan pensyarah-
penyarah ini adalah daripada beberapa faktor yang membuatkan wujudnya suasana dan
persekitaran kerja yang baik termasuklah stail kepimpinan ketua organisasi.

Kajian Jazmi Md Isa (2009), menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi
mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja. Menurut Muhammad Majdi (2005) pula,
kepimpinan yang berkesan ialah salah satu aspek budaya kualiti kepada jabatan-jabatan
kerajaan. Melalui pendekatan ini, semua pengurusan atasan hendaklah sentiasa memberikan
kepimpinan yang berkesan kepada orang bawahannya.

2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Institusi Pendidikan Tinggi terutamanya Kolej Komuniti merupakan sebuah
organisasi pendidikan formal di mana diwujudkan untuk melaksanakan dasar Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT). Di dalam melaksanakan pelbagai dasar yang telah ditetapkan oleh
KPT, Kolej Komuniti sebenarnya tidak boleh lari daripada masalah ini.

444

Permasalahan yang timbul ini mungkin wujud daripada pihak pengurusan atau
pensyarah ataupun kedua-dua belah pihak. Sebarang masalah dalam organisasi tidak boleh
dipandang ringan. Oleh itu, tindakan yang wajar bagi membendung masalah ini perlu diberi
perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab ataupun pihak atasan.

Masalah yang berlaku di tempat kerja ialah kurang kepuasan bekerja, tahap komitmen
yang rendah, prestasi menurun dan tiada motivasi bekerja. Kebiasaanya mereka hanya
bercakap sesama sendiri masalah mereka di tempat kerja. Melalui pemerhatian saya selama
bekerja di Kolej Komuniti, terdapat pensyarah-pensyarah yang menunjukkan tahap kepuasan
kerja yang rendah. Ada di antara pensyarah yang banyak merungut mengatakan beban kerja
yang tinggi, gaji yang rendah, kenaikan gaji juga rendah dan tugas-tugas sampingan yang
semakin membebankan dari masa ke semasa. Terdapat juga sebahagian pensyarah yang
berhijrah dari bidang pendidikan ke bidang lain demi mencapai kepuasan bekerja dan
meningkatkan kemajuan diri. Ada juga antara pensyarah yang memohon untuk menyambung
pengajian kerana tiada kepuasan bekerja di Kolej Komuniti.

Kenyataan di atas disokong oleh kajian Aniza Dahri (2014) yang menyatakan terdapat
pensyarah yang berhijrah ke institusi pengajian tinggi yang lain demi mencapai kepuasan
bekerja mereka serta peningkatan kemajuan diri. Selain daripada itu terdapat juga pensyarah
yang memohon untuk menyambung pelajaran kerana tiada kepuasan bekerja di Politeknik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kepimpinan
transformasi ketua unit dengan kepuasan kerja di kalangan pensyarah senibina di KKBD.

3.2 Objektif Khusus

1. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan pengaruh yang ideal dengan kepuasan
kerja pensyarah unit senibina.

2. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan pertimbangan secara individu dengan
kepuasan kerja pensyarah unit senibina.

3. Mengenalpati sama ada terdapat hubungan motivasi berinspirasi dengan kepuasan
kerja pensyarah unit senibina.

445

4. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan rangsangan intelektual dengan kepuasan
kerja pensyarah unit senibina.

3.3 Persoalan Kajian

1) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh yang ideal dengan
kepuasan kerja pensyarah unit senibina?

2) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pertimbangan secara individu
dengan kepuasan kerja pensyarah unit senibina?

3) Adakah terdapat hubungan motivasi berinspirasi dengan kepuasan kerja pensyarah
unit senibina?

4) Adakah terdapat hubungan rangsangan intelektual dengan kepuasan kerja pensyarah
unit senibina?

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah aspek yang penting untuk memastikan objektif kajian
dicapai seperti yang dirancang. Kaedah yang digunakan berasaskan kepada objektif yang
hendak dicapai dalam penyelidikan. Penerangan secara khusus yang akan dibincangkan
dalam bab ini ialah berkenaan dengan, populasi dan sampel, instrumen kajian, kajian rintis,
pengumpulan data, kerangka kajian, hipotesis kajian, analisa data serta rumusan yang akan
digunakan.

4.1 Populasi dan Sampel

Populasi adalah pensyarah-pensyarah unit senibina di Kolej Komuniti Bandar
Darulaman (KKBD). Seramai 23 orang pensyarah senibina akan terlibat dengan kajian ini.
Fokus kajian adalah dengan mengenal pasti hubungan stail kepimpinan transformasi ketua
unit senibina dengan kepuasan kerja pensyarah-pensyarah unit senibina di KKBD.

4.2 Instrumen Kajian

Borang soal selidik akan digunakan bagi pengumpulan data-data maklumat kajian.
Borang soal selidik mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian A demografi pensyarah dan
bahagian B berkaitan dengan amalan stail kepimpinan transformasi termasuk kepuasan kerja
pensyarah.

446

Amalan kepimpinan transformasi ketua unit diukur dengan menggunakan Multifactor
Leadership Questionnaire (MLQ) yang diperkenalkan oleh Avolio & Bass (2004) dan telah
diadaptasi oleh penyelidik-penyelidik lain sebelum ini seperti Habib & Zaimah (2012).
Borang soal selidik mengandungi 32 soalan yang dikelaskan kepada empat dimensi iaitu
pertimbangan berasaskan individu, membina rangsangan intelektual, merangsang motivasi,
memupuk pengaruh yang ideal dan kepuasan kerja.

4.3 Kajin Rintis

Sebanyak 10 set borang senarai semak dikemukakan kepada pensyarah di KKBD bagi
menjalankan kajian rintis ini. Sampel responden untuk kajian rintis ini tidak melibatkan sama
sekali pensyarah-pensyarah unit senibina. Hasil daripada kajian rintis yang telah dijalankan
boleh dirujuk dalam lampiran A.

Menurut Mohd Majid (1993), kajian rintis dibuat untuk memastikan kesahan dan
kepercayaan soalan borang soal selidik yang dibina. Ia amat penting untuk memastikan
dapatan yang diperolehi daripada responden menepati objektif yang diperlukan.

Jadual 1 : Interpretasi Skor Cronbach’s Alpha

Skor Cronbach’s Alpha Tahap Kebolehpercayaan
0.9 – 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi
0.8 – 0.9 Baik
0.7 – 0.8 Baik dan boleh diterima
0.6 – 0.7 Boleh diterima

(Sumber : Mohd Najib, 1999)

4.4 Pengumpulan Data

Kajian akan dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada semua
pensyarah-pensyarah unit senibina di KKBD. Selepas itu, penyelidik akan mengumpulkan
semula kertas kajian dalam masa dua hari selepas borang diedarkan.

447

4.5 Kerangka Kajian
Berdasarkan kepada ulasan karya mengenai teori, konsep, dapatan kajian lepas yang

dijalankan oleh penyelidik-penyelidik lain. Kajian ini mengadaptasi kerangka kajian daripada
kajian Aniza Dahri (2014).

Rajah 1 : Kerangka Kajian

4.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis 1
Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi
dimensi pengaruh yang ideal ketua unit senibina dengan kepuasan kerja pensyarah
unit senibina KKBD.
Hipotesis 2
Ho 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi
dimensi pertimbangan secara individu ketua unit senibina dengan kepuasan kerja
pensyarah unit senibina KKBD.
Hipotesis 3
Ho 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi
dimensi motivasi berinspirasi ketua unit senibina dengan kepuasan kerja pensyarah
unit senibina KKBD.

448

Hipotesis 4

Ho 4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi
dimensi ransangan intelek ketua unit senibina dengan kepuasan kerja pensyarah unit
senibina KKBD.

4.7 Analisa Data

Maklumat kajian diperolehi dengan mengumpulkan semula borang soal selidik yang
telah dijawab oleh responden.. Maklumbalas dari responden digunakan dan seterusnya
diproses menggunakan Statistical Program for Social Science (SPSS) Version 17.0 for
windows.

5.0 ANALISIS DAPATAN

5.1 Jantina

Jadual 2 bagi kategori jantina, menunjukkan bilangan responden perempuan adalah
seramai 9 orang atau pun mewakili 56.3 peratus melebihi daripada responden lelaki iaitu 7
orang atau 43.8 peratus. Daripada peratusan yang diperolehi di dapati bilangan pesyarah
perempuan memang melebihi daripada pensyarah lelaki tetapi perbezaan jantina tidak terlalu
besar.

Jadual 2 : Jantina Sampel Kajian

Jantina Kekerapan Peratus

Lelaki 7 43.8
Perempuan 9 56.3
16 100
Jumlah

5.2 Pengalaman Mengajar

Bilangan responden yang tertinggi ialah yang mempunyai pengalaman bekerja antara

6 hingga 10 tahun iaitu seramai 6 orang mewakili 37.5 peratus. Selain itu, pensyarah

senibina juga masih baru dalam bidang pendidikan iaitu 5 orang responden mempunyai

pengalaman antara 1 hingga 5 tahun dengan mewakili peratusan sebanyak 31.3 peratus.

Manakala 1 orang sahaja responden mewakili 6.3 peratus yang telah mempunyai lebih

449

pengalaman mengajar iaitu antara 16 hingga 20 tahun. 4 orang responden pula mempunyai
pengalaman mengajar antara 11 hingga 15 tahun dengan mewakili 25 peratus.

Jadual 3 : Pengalaman Mengajar Pensyarah Senibina

Pengalaman Mengajar Kekerapan Peratus

1 hingga 5 tahun 5 31.3

6 hingga 10 tahun 6 37.5
11 hingga 15 tahun 4 25

16 hingga 20 tahun 1 6.3

Jumlah 16 100

5.3 Ujian Korelasi Pearson

Ujian Korelasi merupakan teknik statistik yang digunakan untuk menguji ada ataupun
tidak hubungan serta arah hubungan dari dua variable atau lebih. Dalam kajian ini, penentuan
hubungan pembolehubah bebas terdiri daripada empat dimensi iaitu memupuk pengaruh yang
ideal, pertimbangan berasaskan individu, membina ransangan intelektual dan merangsang
motivasi dengan pembolehubah bersandar iaitu kepuasan kerja pensyarah adalah berdasarkan
kepada Rules of Thumb about Correlation Coefficient Size oleh Hair et al., (2007) yang di
adaptasi oleh Aniza Dahri (2014).

5.3.1 Hubungan Pengaruh Yang Ideal dengan Kepuasan Kerja

Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi
dimensi pengaruh yang ideal ketua unit senibina dengan kepuasan kerja pensyarah
unit senibina KKBD.

Ha 1: Terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi

dimensi pengaruh yang ideal ketua unit senibina dengan kepuasan kerja pensyarah

unit senibina KKBD

450

Jadual 4 : Hubungan Pengaruh Yang Ideal dengan Kepuasan Kerja

MEMUPUK PENGARUH YANG Pearson MEMUPUK PENGARUH YANG KEPUASAN
IDEAL Correlation IDEAL KERJA

KEPUASAN KERJA Sig. (2-tailed) 1 .072

N .792
16 16
Pearson .072 1
Correlation
.792
Sig. (2-tailed) 16 16

N

Keputusan ujian korelasi Pearson yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang positif dan signifikan. Ini bermakna pembolehubah tidak bersandar
(memupuk Pengaruh Yang Ideal) mempunyai hubungan yang lemah dengan kepuasan kerja
pensyarah pada r = .072. Maka Ho1 diterima dan Ha1 ditolak.

5.3.2 Hubungan Pertimbangan Secara Individu dengan Kepuasan Kerja

Ho 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi
dimensi pertimbangan secara individu ketua unit senibina dengan kepuasan kerja
pensyarah unit senibina KKBD.

Ha 2: Terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi

dimensi pertimbangan secara individu ketua unit senibina dengan kepuasan kerja

pensyarah unit senibina KKBD.

Lampiran B: Jadual 5 menunjukkan Hubungan Pertimbangan Berasaskan Individu dengan
Kepuasan Kerja Pensyarah. Keputusan pada jadual 5 menunjukkan pertimbangan Berasaskan
Individu tidak mempunyai hubungan yang signifikan dan negatif dengan kepuasan kerja
pensyarah. Oleh itu Ho2 diterima dan Ha2 ditolak. Keputusan pertimbangan berasaskan
individu negatif dengan kepuasan kerja di mana nilai r = -.156.

451

5.3.3 Hubungan Merangsang Motivasi Berinspirasi dengan Kepuasan Kerja
Ho 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan
transformasi dimensi motivasi berinspirasi ketua unit senibina dengan
kepuasan kerja pensyarah unit senibina KKBD.
Ha 3: Terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan
transformasi dimensi motivasi berinspirasi ketua unit senibina dengan
kepuasan kerja pensyarah unit senibina KKBD.

Keputusan pada Lampiran B: Jadual 6 menunjukkan ujian korelasi di antara
pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar mempunyai hubungan yang
sangat lemah pada r = -.067. Ini bermakna tidak terdapat hubungan merangsang motivasi
berispirasi dengan kepuasan kerja pensyarah. Dengan ini Ho3 diterima dan menolak Ha3.

5.3.4 Hubungan Membina Rangsangan Intelektual dengan Kepuasan Kerja
Ho 4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan
transformasi dimensi ransangan intelektual ketua unit senibina dengan
kepuasan kerja pensyarah unit senibina KKBD.
Ha 4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan
transformasi dimensi ransangan intelek ketua unit senibina dengan kepuasan
kerja pensyarah unit senibina KKBD.

Keputusan pada Lampiran B: Jadual 7 menunjukkan ujian korelasi di antara
pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar mempunyai hubungan yang
sangat lemah pada r = -.075. Ini bermakna tidak terdapat hubungan membina rangsangan
intelektual ketua unit dengan kepuasan kerja pensyarah. Dengan ini Ho4 diterima dan
menolak Ha4.

452

5.4 Rumusan

Secara keseluruhannya dapatan kajian kepimpinan transformasi ketua unit dan
kepuasan kerja dikalangan pensyarah unit senibina dianalisis dengan menggunakan statistik
deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati tidak ada hubungan yang signifikan
pengamalan gaya kepimpinan transformasi ketua unit dengan kepuasan kerja pensyarah-
pensyarah unit senibina. Keputusan ini telah dilaporkan mengikut persoalan dan hipotesis
kajian.

6.0 PERBINCANGAN & CADANGAN

Bab ini akan membincangkan tentang rumusan hasil kajian dengan kajian-kajian lalu
bagi tujuan perbandingan. Cadangan-cadangan penambahbaikan juga diutarakan dalam bab
ini dalam aspek kajian dan juga aspek amalan gaya kepimpinan transformasi itu sendiri.
Fokus perbincangan ialah hubungan kepimpinan transformasi berdasarkan kepada dimensi
pengaruh yang ideal, pertimbangan secara individu, motivasi berinspirasi dan rangsangan
intelektual dengan kepuasan kerja pensyarah unit senibina di KKBD.

Hasil analisis mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stail
kepimpinan transformasi ketua unit dengan kepuasan kerja pensyarah unit senibina. Daripada
ujian korelasi yang dijalankan, dimensi pengaruh yang ideal dengan kepuasan kerja
menunjukkan, r = .072, dimensi pertimbangan secara individu dengan kepuasan kerja, r = -
.156, dimensi motivasi berinspirasi dengan kepuasan kerja, r = -.067, dan dimensi rangsangan
intelektual dengan kepuasan kerja, r = -.075. Semua keputusan menunjukkan hubungan yang
sangat lemah gaya kepimpinan ketua unit dengan kepuasan kerja penyarah senibina di
KKBD.

Menurut Aniza Dahri (2014), gaya kepimpinan yang berkesan dapat mencetuskan
semangat bekerja dan meningkatkan kepuasan kerja dan seterusnya meningkatkan
produktiviti organisasi.

Cadangan yang akan diutarakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga aspek. Pertama
perlu penambahbaikan kajian tentang kepimpinan transformasi pada masa akan datang.
Manakala cadangan kedua adalah penambahbaikan kepada pengamalan kepimpinan
transformasi itu sendiri. Aspek ketiga selain kepimpinan ialah melihat daripada aspek budaya
organisasi. Sejak kebelakangan ini mula disedari bahawa organisasi juga membentuk
budayanya yang tersendiri dan budaya ini mempengaruhi segala gelagat dan tindakan ahli-

453

ahli organisasi sehingga mempengaruhi produktiviti dan keuntungan kepada organisasi. Oleh
sebab itu, memahami tentang budaya dan bagaimana cara membentuk budaya yang positif
juga sangat penting.

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapatan kajian telah memberikan kesan terhadap penyelidikan
yang dijalankan ini. Pihak pengurusan boleh menggunakan hasil dapatan kajian ini sebagai
hala cara baru dalam meningkatkan pengukuhan dan peneguhan terhadap kepuasan kerja
pensyarah di bawah unit senibina KKBD.

Menurut Mohd Nor Jaafar & Jazmi Mat Isa (2009), kajian penambahbaikan
kepimpinan dalam pendidikan perlu dititik beratkan memandangkan bidang kepimpinan ini
menentukan hala tuju sesebuah Negara yang bermula dengan kepemimpinan di peringkat
sekolah.

Berdasarkan kajian ini, gaya kepimpinan transformasi tidak berkesan meningkatkan
kepuasan kerja pensyarah-pensyarah unit senibina di KKBD. Kajian membuktikan bahawa
gaya kepimpinan transformasi tiada hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja
pensyarah unit senibina di KKBD. Hasil dapatan kajian ini juga telah menunjukkan ketua unit
senibina memang mengamalkan dimensi-dimensi kepimpinan transformasi dalam
pentadbiran unit senibina tetapi tahap kepuasan kerja pensyarah berada pada tahap yang
rendah.

Kajian ini selari dengan James Griffith (2004), di mana kajiannya menunjukkan
bahawa tidak terdapat hubungan secara langsung antara kepimpinan transformasi dengan
kepuasan kerja subordinat.

Manakala kajian Habib & Zaimah (2012) pula mendapati hubungan kepimpinan
transformasi dengan kepuasan kerja guru mempunyai tahap yang rendah (0.227)

Walaupun begitu, terdapat kajian yang tidak selari dengan dapatan kajian ini seperti
kajian yang dijalankan oleh Aniza Dahri (2014), menunjukkan kepimpinan transformasi di
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan
kerja pensyarah.

454

8.0 RUJUKAN

Aniza Dahri. (2014). Hubungan Kepimpinan Transformasi Ketua Jabatan dengan
Kepuasan Kerja Pensyarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

Chua, Yan Piaw. (2006). Asas Statistik Penyelidikan Buku 2 . Malaysia: McGraw Hill
Habib Ismail & Zaimah Ramli (2012). Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua dan

Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru . Prosiding Perkim VII, Jld 2.

J. Griffith ( 2004). Relation of Principal Transformational Leadership To School Staff Job
Satisfaction, Staff Turnover and School Performance . US Department of
Education, USA

Jazmi Md Isa. ( 2009). Gaya Kepimpinan Ketua Jabatan dan Kepuasan Kerja Guru: Kajian
Perbandingan Antara SMKA dengan SMK . Thesis Master.Universiti Utara
Malaysia (UUM)

Mohd Majid Konting. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka

Mohd Majdi. (2005). Keberkesanan Kerja Di Kalangan Pensyarah Politeknik Kulim,
Kedah: Amalan TQM Menentukan Prestasi Kerja Pensyarah. Thesis Master
Education. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).

Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Baharu : Universiti
Teknologi Malaysia Skudai.

Mohd Nor Jaafar & Jazmi Mat Isa. (2009). Gaya Kepimpinan Pengetua dan Kepuasan
Kerja Guru: Kajian Perbandingan Antara SMKA dengan SMK . (UUM)

455

PERSONALITI KREATIF PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN
GRAFIK SENI BINA BERASASKAN GAYA BELAJAR MODEL KOLB

Raja Azlita Bt Raja Abdul Rahman, Noor Hasmy Bt Md Yunos & Kalsom Bt Othman
[email protected],[email protected],[email protected]
Kolej Komuniti Bandar Darulaman
No.17, Bandar Darulaman,06000 Jitra Kedah

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat personaliti kreatif pelajar dengan Gaya
Pembelajaran dalam mata pelajaran grafik senibina di kalangan pelajar pelukis pelan dan
senibina. Sampel kajian ini melibatkan seramai 61 orang pelajar yang mendaftar
matapelajaran grafik senibina di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Instrumen utama kajian
ini merupakan set borang soal selidik yang dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
versi 17. Setiap data yang diperolehi dinyatakan dalam bentuk kekerapan, min dan peratusan.
Satu ujian statistik korelasi Pearson dan ujian – t dijalankan untuk melihat wujudnya
perkaitan di antara ciri personaliti kreatif dengan Gaya Pembelajaran Model Kolb dan juga
perbezaan ciri – ciri pemikiran kreatif dengan jantina responden. Secara keseluruhannya,
hasil kajian telah menunjukkan bahawa wujud perkaitan di antara ciri personaliti kreatif
dengan Gaya Pembelajaran Model Kolb dan juga tidak terdapat perbezaan ciri–ciri
personaliti kreatif dengan jantina responden.
Kata Kunci: Kolej Komuniti;Personaliti;kreativiti

456

1.0 PENGENALAN

Kreativiti merupakan satu bentuk yang ilusif yang mana ia boleh digunakan dalam pelbagai
rupa dan bentuk yang luas. Rata – rata ramai di antara kita mengetahui maksud kreativiti itu
dan mengenalpasti ciri – ciri kreativiti tersebut apabila melihat dan menilai sesuatu hasil kerja
yang dilakukan oleh individu tertentu. Secara amnya nilai kreativiti seseorang itu sering kali
dikaitkan dengan kegiatan individu dalam bidang seni atau pun muzik. Maksud kreativiti
sebenarnya bukan hanya tertumpu kepada kebolehan kebijaksanaan atau kepandaian
seseorang individu dan ia juga bukan hanya menumpu ke arah proses pembelajaran semata –
mata tetapi sebenarnya istilah kreativiti ini amatlah meluas dan mendalam jika hendak
dihuraikan satu persatu. Penyataan tersebut dipersetujui oleh De Bono (1999), di mana beliau
berpendapat, kreativiti bukan hanya dititik beratkan sebagai satu agen perubahan, inovasi,
penjanaan idea dan altenatif baru yang merangkumi banyak pekara diluar batasan dan
kawalan pemikiran seseorang individu. Kreativiti adalah lambang mental dan psikologi yang
sihat di mana ia mengabungkan keseluruhan konsep keharmonian, kejujuran, keikhlasan dan
semangat motivasi yang tinggi.

Mengikut sejarah, disiplin kreativiti mula berkembang sejak pertengahan tahun 1950 –an
tetapi pada ketika itu di dapati bilangan pengkaji sains untuk menulis artikel – artikel
mengenai kreativiti adalah terhad berbanding sekarang. Di Negara barat, pemikiran kreatif
sudah lama cuba diterapkan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan.
Mereka berpendapat kreativiti seseorang itu tidak terjadi secara automatik atau tiba – tiba dan
ia juga bukan suatu pekara yang kekal dalam diri setiap individu. Kreativiti tersebut dapat
dipupuk dan dibentuk jika cara dan pendedahannya dapat dikenalpasti. Dalam satu kajian
yang telah dijalankan, mengatakan setiap individu mempunyai kebolehan kreativiti dalam diri
masing – masing. Mereka hanya perlu diberi peluang untuk berfikir secara kreatif dan
mengutarakan idea – idea tersebut dengan cara yang betul (Sternberg, 1997). Pemikiran
kreatif selalunya melibatkan beberapa proses, kitaran atau peringkat. Sebelum sesuatu idea
itu diketengahkan, item – item seperti mengeksplorasi kajian secara lebih mendalam tentang
sesuatu idea yang diutarakan akan dilaksanakan. Kini, kreativiti adalah satu elemen penting
dalam kehidupan individu. Di Malaysia khususnya, elemen - elemen kreativiti cuba
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Seperti sedia maklum, negara
Malaysia sedang pesat membangun dari aspek-aspek sains dan teknologi. Ini bermakna

457

banyak kekosongan sumber tenaga manusia terutamanya dalam bidang kemahiran dan
teknologi. Dalam penulisan Ainon dan Abdullah (2000), menyatakan proses kreativti
sememangnya sudah lama dikaji dan cuba difahami, khususnya dalam bidang tertentu seperti
fiksyen, muzik, puisi dan lain-lain. Menurut Mohd Azhar (2001) pula, sejarah kreativti di
Malaysia bermula seawal tahun 1980-an. Ia mula diperkenalkan di Institut Teknologi Mara
dan Maktab Rendah Sains Mara di seluruh Malaysia. Di dalam penulisan Tengku Zawawi
(2000) pula, beliau mengulas bahawa kemahiran berfikir mempunyai kepentingan untuk
meningkatkan kualiti pemikiran pelajar, membuat keputusan dengan tepat, menghasilkan idea
yang bernas, pendapat yang jitu serta pandangan yang kreatif supaya pelajar-pelajar bersedia

2.0 PENYATAAN MASALAH
Pada masa kini, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan potensi kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
semua peringkat pengajian tinggi. Ini adalah kerana jumlah peningkatan siswazah yang
mengganggur semakin meningkat dari masa ke semasa. Penyataan ini disokong oleh Perdana
Menteri kita di dalam ucapan beliau di Sidang Kemuncak Pendidikan (2004), di mana beliau
mengulas bahawa didapati hampir 20 peratus graduan yang mengganggur setiap minggu
dilaporkan. Rentetan ini berlaku, akibat daripada pihak pasaran pekerjaan tidak mahu
mengambil graduan-graduan bekerja atas alasan graduan-graduan tersebut didapati lemah
dalam beberapa kemahiran seperti berkomunikasi, kemampuan berfikir, bertenaga dan juga
kurang inisiatif. Kelemahan ini diperkukuhkan lagi, di mana satu kajian reputasi institusi
pengajian tinggi telah dijalankan menunjukkan bahawa universiti tempatan hanya berada
pada tahap ke-47 daripada 77 universiti di asia (Sidang Kemuncak Pendidikan, 2004). Ini
bermakna, banyak lagi kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa bagi
memastikan graduan-graduan yang terhasil adalah berkualiti..

Dalam penulisan Munir (2004), beliau juga ada menyentuh kepentingan kemahiran berfikir
dalam kerjaya di mana kelayakan akademik tidak lagi mencukupi untuk mendapat pekerjaan.
Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Lankard (1990) berkenaan employibility mendapati
para majikan memerlukan perkerja yang kreatif dan fleksibel dan memiliki kemahiran
interpersonal dan pengurusan. Pendapat ini turut disokong oleh Bassham et al (2002)
melaporkan majikan masa kini tidak lagi memilih individu yang memiliki kemahiran kerjaya
yang sangat spesifik sebagai pekerja mereka, memandangkan kemahiran itu boleh dipelajari

458

di tempat kerja. Sebaliknya majikan-majikan ini mahukan pekerja yang memiliki kemahiran
berfikir dan komunikasi yang baik dan yang mahir menyelesaikan masalah, berfikir secara
kreatif, mengumpul dan menganalisa maklumat serta membuat kesimpulan yang bersesuaian.
Kebolehan kreativiti di kalangan pelajar senibina berkait rapat dengan bagaimana pemikiran
kreatif itu diterapkan. Secara umumnya, pemikiran kreatif ialah kebolehan mengeluarkan
pelbagai penyelesaian yang luas terhadap sesuatu masalah, walaupun ia merupakan suatu
yang luar biasa dan tidak mengikut peraturan. Pemikiran kreatif juga merujuk kepada
kebolehan ataupun kemampuan mencerna idea, berimaginasi serta menghasilkan idea baru.

Kemampuan kreativiti seseorang pelajar itu boleh dilihat melalui gaya pembelajaran dari segi
teknik dan strategi. Ini adalah kerana gaya pembelajaran merupakan salah satu agen
kreativiti yang dianggap sebagai sumber proses untuk perolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan tabiat (Lee Shok Mee, 1998). Terdapat beberapa model gaya
pembelajaran iaitu gaya pembelajaran Myers-Briggs Type Indicator (1985), gaya belajar
Model Kolb (1984), Model gaya Pembelajaran Felder & Silverman, Gaya Pembelajaran
Dunn dan Dunn (1992) dan gaya pembelajaran Honey dan Mumford (1986) (Shahabuddin,
2003). Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan gaya pembelajaran Model Kolb bagi
tujuan mengetahui ciri kreativiti pelajar itu belajar dalam matapelajaran Grafik Senibina.
Mengikut Model Kolb, beliau mengemukakan gaya pembelajaran melalui empat peringkat
pengalaman iaitu pengalaman konkrit iaitu pembelajaran melalui pengalaman, pemerhatian
reflektif iaitu pembelajaran melalui pemerhatian, konseptualisasi abstrak iaitu pembelajaran
melalui pengalaman dan eksperimen aktif iaitu pembelajaran melalui penggunaan.

Permasalahan utama dalam pembelajaran Grafik Senibina ialah kualiti pencapaian pelajar
dalam memahami konsep modul secara mendalam serta hasil kerja kreativiti yang dihasilkan
oleh pelajar adalah rendah. Berdasarkan senario ini, kreativiti pelajar harus dikaji bagi
memastikan golongan-golongan tersebut dapat memenuhi kehendak mahupun keperluan
pasaran pekerjaan. Penerapan elemen-elemen kreativiti dari awal lagi dijangka dapat
membantu bakal-bakal graduan menyiapkan diri mereka bagi menghadapi cabaran akan
datang.

459

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk:

i. Mengenalpasti apakah gambaran ciri-ciri kecenderungan personaliti kreatif yang
wujud di kalangan pelajar pelukis pelan dan senibina yang mengikuti modul SPS1025
Grafik Senibina 1.

ii. Mengenalpasti adakah wujud hubungan yang signifikan di antara ciri–ciri personaliti
kreatif dengan Gaya Pembelajaran mengikut klasifikasi empat (4) domain Model
Kolb di kalangan pelajar pelukis pelan dan senibina yang mengikuti modul SPS1025
Grafik Senibina 1.

iii. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara ciri-ciri
personaliti kreatif mengikut jantina di kalangan pelajar pelukis pelan dan senibina
yang mengikuti modul SPS1025 Grafik Senibina 1.

3.1 Persoalan Kajian
(i) Apakah gambaran ciri-ciri kecenderungan personaliti kreatif yang wujud di kalangan
pelajar pelukis pelan dan senibina yang mengikuti modul SPS1025 Grafik Senibina 1?

(ii) Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara ciri–ciri personaliti kreatif
dengan Gaya Pembelajaran mengikut klasifikasi empat (4) domain Model
Kolb di kalangan pelajar pelajar pelukis pelan dan senibina yang mengikuti
modul SPS1025 Grafik Senibina 1?

(iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara ciri-ciri personaliti
kreatif mengikut jantina di kalangan pelajar pelajar pelukis pelan dan senibina
yang mengikuti modul SPS1025 Grafik Senibina 1?

3.2 Hipotesis Kajian
Ho1= Tiada wujudnya perkaitan yang signifikan di antara ciri–ciri kreativiti dengan gaya
pembelajaran model kolb dalam matapelajaran Grafik Senibina 1.
Ha= Terdapat wujudnya perkaitan yang signifikan di antara ciri–ciri kreativiti dengan gaya
pembelajaran model kolb dalam matapelajaran Grafik Senibina 1.

460

Ho2= Tiada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ciri-ciri kreativiti dengan faktor
jantina di kalangan pelajar dalam matapelajaran Grafik Senibina 1

Ha= Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ciri-ciri kreativiti dengan faktor jantina di
kalangan pelajar dalam matapelajaran Grafik Senibina 1

3.3 Kerangka Teori

GAYA PEMBELAJARAN
MODEL KOLB (1984)

 Diverger Hasil Dapatan Ciri Kreativiti
 Asimilator
 Konverger Dari aspek
 Akomodator
 Jantina
GAYA KREATIVITI  Kecenderungan gaya
kreativiti
 Menjana Idea
 Menghubungkait
 Merekacipta
 Menyelesaikan Masalah
 Membuat Keputusan

Rajah 3.1 : Kerangka Teori Kajian

Merujuk pada Rajah 3.1, ciri kreativiti pelajar boleh dilihat melalui gaya pembelajaran Model
Kolb (1984). Kerangka teori ini digunakan sepanjang kajian untuk melihat ciri kreativiti
pelajar yang dikaji dalam matapelajaran Grafik Senibina. Oleh yang demikian, jelas dapat
digambarkan bahawa kedua-dua kreativiti dan model gaya pembelajaran memainkan peranan
yang besar dalam kajian ini kerana tanpa item tersebut, pengkaji berpendapat hasil dapatan
tidak dapat diperolehi dengan baik dan berkesan.

461

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Penentuan populasi kajian adalah penting dalam sesuatu penyelidikan. Tuckman (1978)
menyatakan populasi sebagai kesahan yang menetapkan siapa yang harus dimasukkan atau
dikeluarkan daripada populasi. Di sini sampel yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
adalah pelajar-pelajar yang mendaftar matapelajaran Grafik Senibina kursus pelukis pelan
dan senibina di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Bagi semester ini, seramai 61 orang
pelajar yang pelukis pelan dan senibina telah mengambil matapelajaran tersebut yang
merangkumi pelajar dari semester 1 hingga semester 3. Kajian ini dijalankan adalah untuk
mengkaji ciri kreativiti pelajar di dalam matapelajaran Grafik Senibina di Kolej Komuniti
Bandar Darulaman. Di dalam kajian ini, pengkaji membuat kajian secara kuantitatif di mana
instrumen borang soal selidik digunakan bagi mengumpul maklumat dari responden.(Jadual
4.1)

Bahagian A Jadual 4.1 : Kandungan Soal Selidik Penyelidikan
Soalan-soalan kajian

Soalan 1 LATAR BELAKANG RESPONDEN
Bahagian B Jantina
Soalan 1 hingga 10 Soalan-soalan Kajian
Ciri Personaliti Kreativiti
Soalan 1 hingga 8 Gaya Pembelajaran Model Kolb
Soalan 1 hingga 8
Soalan 1 hingga 8 1. Konverger
Soalan 1 hingga 8 2. Diverger
3. Akomodator
4. Assimilator

462

5.0 ANALISIS DAPATAN
5.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Bahagian ini merupakan penganalisaan terhadap demografi responden iaitu mengenai jantina
responden yang terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi dinyatakan dalam Jadual 5.1
seperti berikut:

Jadual 5.1: Jadual Frekuensi dan Peratus Jantina Responden

Jantina Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 40 65.6

Perempuan 21 34.4

Jumlah 61 100

Berdasarkan dari soal selidik yang telah dijawab, hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat
seramai 65.6 peratus (40 orang) responden pelajar lelaki dan 34.4 peratus (21 orang) pelajar
perempuan yang telah mengambil matapelajaran Grafik Senibina. Peratusan responden ini
adalah merangkumi semua pelajar pelukis pelan dan senibina yang mendaftar pada semester
ini. Berikutan dari hasil analisis ini, data yang diperolehi dapat membantu pengkaji untuk
menjawab persoalan kajian ketiga iaitu perbezaan ciri personaliti kreatif dengan jantina
responden.

5.2 Analisis Bahagian B

Bahagian ini merupakan analisis yang dibuat berdasarkan kepada 42 item soal selidik
dalam bahagian B iaitu bahagian i, ii, iii, iv dan v. Analisis – analisis berikut disediakan
dalam bentuk jadual supaya dapat memberikan jawapan terhadap objektif kajian yang
diutarakan di dalam pengenalan.

463

5.2.1 Gambaran Ciri-ciri Kecenderungan Personaliti Kreatif Yang Wujud di
Kalangan Pelajar

Bagi tujuan untuk menjawab persoalan kajian yang pertama, pengkaji telah pun menyusun
nilai min ciri-ciri personaliti kreatif yang tertinggi hingga nilai min bagi ciri-ciri kreatif yang
terendah (Lampiran). Di samping itu juga, pengkaji telah merumuskan setiap 10 item yang
terdapat pada soal selidik kepada lima (5) ciri kreativiti iaitu kebolehan menjana ide,
menghubungkait, merekacipta, menyelesaikan masalah dan kebolehan membuat keputusan.
Merujuk kepada Jadual 5.1, didapati nilai min bagi setiap elemen ciri kreatif dapat dilihat dari
pelbagai sudut iaitu min, mod, median dan juga sisihan piawai. Contohnya bagi ciri yang
pertama iaitu kebolehan menjana idea nilai min, mod, median dan juga sisihan piawai yang
diperolehi ialah 4.08 (min), 4.00 (mod), 4.00 (median) dan 0.54 (sisihan piawai)

Kreatif Min Median Mod Sisihan Piawai
A Menjana Idea 0.54
B Menghubungkait 4.08 4 4 0.62
C Merekacipta 0.66
D Menyelesaikan Masalah 3.77 4 4 0.77
E Membuat keputusan 0.78
3.53 3.5 3.5

3.84 4 4

3.50 3.50 4

464

Jadual 5.1: Lima Ciri Personaliti Kreatif
Bagi menunjukkan kecenderungan kreativiti di kalangan pelajar pada Jadual 5.1 kedudukan
hierarki yang dikenalpasti dihuraikan seperti berikut;

(i) Gambaran kecenderungan pelajar paling tinggi adalah menjana idea (min 4.08,
mod 4 dan median 4), diikuti dengan menyelesaikan masalah dan
menghubungkait.

(ii) Ciri persamaan : Paling ramai pelajar kurang cenderung dalam menyelesaikan
masalah.

(iii) Ciri perbezaan : Pelajar memiliki nilai min yang tidak seragam dari aspek
kebolehan membuat keputusan.

5.2.2 Korelasi antara Ciri Kreatif dengan Empat Domain Model Kolb

(i) Ujian Hipotesis Pertama:
Ho1= Tiada wujud hubungan yang signifikan di antara ciri–ciri personaliti kreatif dengan
Gaya Pembelajaran mengikut klasifikasi empat (4) domain Model Kolb di kalangan pelajar
pelukis pelan dan senibina yang mengikuti modul SPS1025 Grafik Senibina 1.
Ha= Terdapat wujudnya perkaitan yang signifikan di antara ciri–ciri personaliti kreatif
dengan Gaya Pembelajaran mengikut klasifikasi empat (4) domain Model Kolb di kalangan
pelajar pelukis pelan dan senibina yang mengikuti modul SPS1025 Grafik Senibina 1.
Kesemua data yang dikumpul dengan menggunakan kaedah soal selidik telah dirumuskan
mengikut empat (4) domain Klasifikasi Kolb menerusi kiraan min. Data-data tersebut boleh
dirujuk pada Jadual 5.2 berikut:

465

Jadual 5.2: Korelasi Ciri Kreatif Dengan Gaya Belajar

Ciri Kreatif Aras

Gaya Belajar Pekali korelasi (r) signifikan (p)

Skor min Skor min

Diverger 3.99 0.461

Konverger 3.79 3.75 0.428 <0.01
Akomodator 3.86 0.502

Asimilator 3.94 0.506

Hasil analisis di atas menunjukkan korelasi ciri kreativiti yang kuat adalah dengan gaya belajar
assimilator dengan nilai pekali kolerasi sebanyak 0.506, manakala korelasi ciri kreativiti sederhana
bagi gaya belajar diverger dan konverger (r=0.46,r=0.42). Dengan demikian hipotesis alternatif
diterima iaitu wujudnya perkaitan yang signifikan di antara ciri–ciri personaliti kreatif dengan Gaya
Pembelajaran mengikut klasifikasi empat (4) domain Model Kolb di kalangan pelajar pelukis pelan
dan senibina yang mengikuti modul SPS1025 Grafik Senibina 1.

5.2.3 Analisis Perbezaan Yang Signifikan Di Antara Ciri Kreatif dengan Jantina

(i) Ujian Hipotesis Kedua:

Ho2= Tiada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ciri-ciri kreativiti berasaskan gaya
pembelajaran model Kolb dengan faktor jantina di kalangan pelajar dalam modul SPS1025 Grafik
Senibina 1.

Ha= Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ciri-ciri kreativiti berasaskan gaya pembelajaran
Model Kolb dengan faktor jantina di kalangan pelajar dalam modul SPS1025 Grafik Senibina 1.

Untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga ini, pengkaji telah menggunakan satu ujian statistik
iaitu ujian – t. Jadual 5.3 menunjukkan hipotesis kajian untuk menganalisis ujian – t yang telah
dijalankan.

Jadual 5.3: Hipotesis Bagi Kajian
Aras Signifikan = 0.05
Terima Ho> 0.05
Tolak Ho< 0.05

466

Jadual 5.4: Perbezaan Min kreativiti dengan jantina

Ciri personaliti N Min

Lelaki 40 3.74

Perempuan 21 3.75

Jadual 5.5: Keputusan ujian – t H0
Sig. (2 – tailed) Terima

Perbezaan ciri kreativiti 0.934

dengan jantina

Jadual 5.5 menunjukkan bahawa nilai signifikan (t) untuk melihat perbezaan di antara ciri-ciri
personaliti dengan jantina pada aras signifikan 0.05. Melalui analisis tersebut didapati
bahawa keputusan kajian adalah signifikan (t = -0.083, df = 57, p <.05) iaitu nilai t kiraan 0.05
= -0.083 adalah lebih kecil dari t kritikal 0.05. Selain daripada kesahan ujian hipotesis di atas,
perbezaan antara jantina juga boleh dilihat pada Jadual 5.4 di mana perbandingan min adalah
tidak terlalu ketara di antara kedua-dua jantina.

(ii) Keputusan Hipotesis Kedua:

Oleh yang demikian keputusan yang diperolehi bagi persoalan kajian ketiga ialah terima
hipotesis null, di mana tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ciri-ciri kreativiti
berasaskan gaya pembelajaran Model Kolb dengan faktor jantina di kalangan pelajar dalam
matapelajaran grafik pada aras kebolehan bersamaan alpha 0.05.

467

6.0 PERBINCANGAN
6.1 Gambaran Ciri-ciri Kecenderungan Personaliti Kreatif Yang Wujud di
Kalangan Pelajar

Pada bahagian pertama ini, sebanyak sepuluh item telah dinyatakan oleh pengkaji, di
mana pengkaji telah merumuskan setiap item yang dinyatakan kepada lima ciri personaliti
kreatif yang perlu ada pada seorang pelajar. Antarannya ialah kebolehan pelbagaian memberi
idea baru, menghubungkait, merekacipta, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan oleh pengkaji, hasil dapatan yang diperolehi
menunjukkan memberi kesan yang sangat positif pada persoalan kajian yang dinyatakan.
Penyataan ini dibuktikan dengan merujuk kepada Jadual 5.1 (halaman 8) di mana lima ciri
personaliti kreatif pelajar telah dikenalpasti. Di antara kelima-lima ciri personaliti kreatif ini,
didapati pelajar-pelajar bagi matapelajaran grafik senibina ini cenderung kepada kebolehan
menjana idea dengan jumlah min purata berada pada bahagian tinggi. Menurut Ainon dan
Abdullah (1997), ciri – ciri personaliti ini dipercayai wujud berdasarkan pendedahan yang
diterima oleh responden semasa proses pembelajaran dan persekitaran mereka

6.2 Wujudnya Korelasi Antara Ciri Kreatif vs Gaya Belajar Mengikut Komposisi Pelajar
Bagi menjawab persoalan yang kedua ini, terdapat empat bahagian gaya belajar yang perlu
dikupas dan dihuraikan oleh pengkaji. Berdasarkan keempat-empat gaya ini hasil dapatan
yang diperolehi menunjukkan wujudnya perkaitan di antara ciri-ciri personaliti kreatif dengan
Gaya Pembelajaran Model Kolb dalam matapelajaran Grafik Senibina. Jika dirujuk Jadual
5.2 (halaman: 9), nilai korelasi koefisien adalah pada tahap kuat. Ini membuktikan hipotesis
alternatif diterima dan hipotesis null ditolak. Daripada keempat-empat gaya tersebut didapati
Gaya Diverger memperolehi nilai korelasi yang paling kuat berbanding tiga gaya yang lain.
Pendapat pengkaji mengatakan ciri-ciri individu dan ciri gaya belajar diverger ini bertambah
kukuh apabila terdapat beberapa persamaan bagi kedua-dua item tersebut. Berikut adalah di
antara persamaan ciri yang dikenalpasti:

468

Jadual 6.1: Persamaan Ciri – Ciri Individu Kreatif Dengan Gaya Belajar Diverger

Bil Menurut Mohd Azhar Gaya Belajar Diverger

(i) Suka pada kepelbagaian cara,  Berupaya menjana pelbagai idea

ketelitian dan ketetapan baru.

(ii) Darjah autonomi kendiri iaitu kuasa  Melihat sesuatu pekara dari
berfikir dan membuat keputusan pelbagai

sudut dan perspektif.

 Mengumpul maklumat terlebih

dahulu

dan menggunakan imaginasi untuk

menyelesaikan masalah

 Berupaya untuk berimaginasi

Manakala, dalam kajian yang dijalankan oleh Sharp (1999), menyatakan pelajar yang berada
dalam ciri ini menunjukkan mereka seorang pelajar yang berimaginatif tinggi. Beliau
mengatakan soalan kesukaan yang selalu berada dalam pemikiran mereka ialah “kenapa”.
Merujuk kepada Zanich (1991) pula menyatakan individu gaya diverger ini lebih kepada
pengalaman konkrit dan pemerhatian reflektif. Individu tersebut berkebolehan melihat
sesuatu pekara dalam pelbagai perspektif. Zanich (1991) juga mengenalpasti individu dalam
kelompok ini adalah seorang individu yang berimaginatif serta emosi yang tinggi.

6.3 Perbezaan Yang Signifikan Di Antara Ciri-Ciri Kreativiti Dengan Faktor
Jantina Di Kalangan

Dalam kajian ini pengkaji juga ingin melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan
antara faktor jantina dengan ciri – ciri personaliti kreatif responden. Bagi usaha untuk
menjawab persoalan ketiga ini, pengkaji telah menggunakan ujian –t tak bersandar dua hala
untuk melihat perbezaannya. Setelah analisis ujian t tak bersandar ini dijalankan, hasil yang
diperolehi didapati menunjukkan bahawa terima hipotesis null, di mana tidak terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap ciri-ciri kreativiti berasaskan gaya pembelajaran Model
Kolb dengan faktor jantina di kalangan pelajar dalam matapelajaran grafik senibina pada aras
kebolehan bersamaan alpha 0.05. Penyataan ini disokong dalam kajian yang dilaksanakan
oleh Siti Habsah (2005), didapati faktor jantina tidak memberi sebarang perbezaan dalam

469

kepentingan daya pemikiran kreatif pelajar. Nilai signifikan yang diperolehinya lebih besar
dari nilai 0.05 (p>0.05).
7.0 KESIMPULAN
Daripada penganalisaan data dan perbincangan hasil dapatan kajian, keseluruhan objektif
pengkaji tercapai. Di mana objektif pertama untuk melihat ciri – ciri pemikiran kreatif
pelajar dalam mata pelajaran grafik senibina jelas kelihatan. Rata – rata kebanyakkan dari
mereka mampu berfikir dengan kreatif dan boleh dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa.
Manakala bagi persoalan yang kedua pula iaitu korelasi personaliti ciri kreatif dengan Gaya
Belajar dengan menggunakan Model Kolb dikenalpasti Gaya Belajar Diverger menjadi
amalan oleh pelajar – pelajar yang mendaftar matapelajaran Grafik Senibina.

470

RUJUKAN
Ainon dan Abdullah (1997). “Kepintaran Daya Cipta Dan Kemahiran Berfikir”, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Azlina Zainal dan Munir Shuib (2004). “Meningkatkan Potensi Minda”. PTS
Publications & Distributior Sdn Bhd.
de Bono, E.(1999).Pemikiran Lateral.Kuala Lumpur : Golden Books Sdn. Bhd.
Lee Shok Mee (1998). Psikologi Pendidikan 2: Teori dan Aplikasi Psikologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Mohd. Azhar Abdul Hamid (2003). “Meningkatkan Daya Fikir”. PTS Publications
& Distributior Sdn Bhd.
Mohd. Azhar Abdul Hamid. (2001). “ Pengenalan Pemikiran Kritis dan Kreatif”.
Skudai Universiti Teknologi Malaysia.
Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2003). Psikologi

Pendidikan.PTS Publications & Distributior Sdn Bhd. 104

Sharp E.Julie (1999). “Learning Style And Technical Communication: Improving
Communication and Teamwork Skill”. Departmeent of Chemical Engineering. Vanderbilt
University, Nashville TN 37325

Tengku Zawawi Tengku Zainal.(2000).Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
dari http://members.tripod.com/~MUJAHID/kbkk.html.

471

Penyuburan Semula Pendidikan: Menyediakan Malaysia Bagi Menghadapi Realiti
Abad Ke-21 Ucapan Yab Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia Di Sidang Kemuncak Pendidikan 2004
Hotel Sunway Lagoon Resort, 27 April 2004
Sternberg (1997)
Tuckman (1998)

472

LAMPIRAN Reliability Statistics
Cronbach's Alpha N of Items

.904 42

Scale Mean if Item Scale Variance if Corrected Item- Cronbach's Alpha if

Deleted Item Deleted Total Correlation Item Deleted

pk1 158.21 247.737 .403 .902
pk2 158.18 249.684 .309 .903
pk3 158.34 244.896 .469 .901
pk4 158.44 242.684 .434 .901
pk5 158.21 244.770 .422 .901
pk6 158.44 244.651 .392 .902
pk7 159.28 249.438 .179 .905
pk8 158.67 248.624 .226 .904
pk9 158.79 245.304 .287 .904
pk10 158.75 249.889 .167 .906
d1 158.21 249.737 .260 .903
d2 158.30 245.445 .436 .901
d3 158.52 243.754 .491 .901
d4 158.41 248.213 .300 .903
d5 158.08 244.477 .505 .901
d6 158.36 248.301 .385 .902
d7 158.11 254.003 .058 .906
d8 158.26 243.530 .535 .900
k1 158.44 240.884 .602 .899
k2 158.08 245.010 .450 .901
k3 158.13 241.816 .586 .899
k4 159.41 252.313 .057 .909
k5 158.52 244.754 .479 .901
k6 158.69 245.951 .335 .903
k7 158.48 240.654 .618 .899
k8 158.11 245.203 .381 .902

473

ako1 158.75 243.555 .418 .901
ako2 158.79 238.904 .612 .899
ako3 158.13 246.216 .387 .902
ako4 158.36 239.968 .621 .899
ako5 158.46 239.352 .626 .899
ako6 158.21 242.237 .484 .901
ako7 158.33 242.657 .541 .900
ako8 158.25 237.822 .696 .898
asi1 158.61 248.743 .241 .904
asi2 158.05 245.181 .594 .900
asi3 158.31 241.351 .623 .899
asi4 158.57 242.315 .526 .900
asi5 158.51 240.621 .484 .901
asi6 158.02 250.083 .264 .903
asi7 158.23 245.746 .411 .902
asi8 158.39 242.576 .519 .900
Jantina Responden

Valid Lelaki Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Perempuan 40 65.6 65.6 65.6
Total 21 34.4 34.4 100.0
61 100.0 100.0

Statistics

Menjanaidea Menghubungkait Merekacipta Menyelesaikan Membuat

61 masalah keputusan
4.0820
N Valid 4.0000 61 61 61 61
Mean 3.7705 3.5328 3.8361 3.5082
Median 4.00 4.0000 3.5000 4.0000 3.5000
Mode .54909
Std. Deviation 4.00 3.50 4.00 4.00
.61626 .65745 .77310 .77724

474

Statistics

minkreativiti minkon minako mindivergen minasi
61 61 61
N Valid 61 61
Mean 3.7459 3.7951 3.8689 3.9959 3.9426
Maximum 4.60 4.75 5.00
5.00 5.00

Correlations

minkreativiti mindivergen minkon minako min_asi

minkreativiti Pearson Correlation 1 .461** .428** .502** .506**

Sig. (2-tailed) .000 .001 .000 .000

mindivergen N 61 61 61 61 61
Pearson Correlation .461** 1 .559** .534** .357**

Sig. (2-tailed) .000 .000 .000 .005

minkon N 61 61 61 61 61
Pearson Correlation .428** .559** 1 .672** .463**

Sig. (2-tailed) .001 .000 .000 .000

minako N 61 61 61 61 61
Pearson Correlation .502** .534** .672** 1 .694**

Sig. (2-tailed) .000 .000 .000 .000

min_asi N 61 61 61 61 61
Pearson Correlation .506** .357** .463** .694** 1

Sig. (2-tailed) .000 .005 .000 .000

N 61 61 61 61 61
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

475

minkreativiti jantina Group Statistics Std. Deviation Std. Error Mean
Lelaki N Mean .35001 .05534
Perempuan 40 3.7425 .58191 .12698
21 3.7524

Independent Samples Test

Levene's Test for t-test for Equality of Means
Equality of
Variances 95% Confidence
Interval of the
Difference

Sig. (2- Mean Std. Error
F Sig. t df tailed) Difference Difference Lower Upper

minkreativiti Equal 8.922 .004 -.083 59 .934 -.00988 .11923 -.24846 .22870
variances
assumed

Equal -.071 27.805 .944 -.00988 .13852 -.29371 .27395
variances not
assumed

476

BUDAYA PENYELIDIKAN MEMACU KELESTARIAN ILMU : SATU CETUSAN
DAN PENDEKATAN

NUR HUSNA BINTI ZAINAL
MOHD HUSNI BIN MOHD HALIM
AHMAD MUSTAFFA KAMAL BIN RAZALY

ABSTRAK
Bagi mewujudkan budaya penyelidikan di negara ini, ia tidak hanya berfokuskan
kepada pelajar semata-mata. Malah tenaga pengajar, kaedah pengajaran dan fasiliti juga
memainkan peranan yang penting untuk menjayakannya. Tujuan dalam membudayakan
penyelidikan ini bukan sahaja akan melahirkan modal insan yang berkualiti malah dapat
menjana modal intelek, pengetahuan dan teknologi yang berinovasi serta berkualiti.
Penekanan terhadap budaya penyelidikan dan penerbitan dijangkan mengorak dan menuntut
perubahan dalam kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran tenaga
pengajar dan keperluan fasiliti sesuatu institusi pendidikan. Pendekatan berpusatkan
pelajar harus diimbangi dengan pembelajaran berasaskan hasil yang berterusan dan
berkualiti. Artikel ini akan membincangkan berkenaan dengan pendekatan yang sesuai
dengan pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi selaras dengan
tuntutan membudayakan penyelidikan dan penerbitan.
Kata kunci utama: Tenaga Pengajar, Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran, Fasiliti,
Senario Penyelidikan

477

i. Pengenalan

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ke Empat, perkataan kelestarian antara lain
membawa maksud keadaan, persekitaran, yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti
asal. Manakala perkataan budaya antara lain membawa maksud mengajar atau mendidik
seseorang supaya berbudaya, berfikir secara ilmiah, dan membiasakan sesuatu
perilaku/perbuatan yang baik supaya berbudaya atau beradab, kebudayaan keseluruhan cara
hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil
kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat,
tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi). Jesteru itu, untuk melestarikan dan
membudayakan sesuatu perkara atau matlamat, ia perlu mengalami perubahan cara berfikir
yang bersifat realistik dan dapatan yang holistik di mana ia akan dapat dicapai dengan ilmu
iaitu melalui pendidikan.

Lantaran itu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan IPTA
mengikut bidang tujahan masing-masing sebagai ‘core business’ untuk dilaksanakan. Ini
termasuklah IPTA yang berstatus universiti penyelidikan. Berdasarkan senario perubahan
ekonomi masa kini, dunia telah berubah ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai
enjin pertumbuhan. Senario ini dapat dilihat apabila pelaburan yang besar telah mula beralih
kepada aktiviti berintensif pengetahuan seperti R&D dan harta intelek. Justeru, pembangunan
negara perlu menjurus kepada pembentukan masa kritikal penyelidik dan melonjakkan diri
kepada tahap pencipta teknologi dalam sistem inovasi.

Senario penyelidikan di Malaysia mengunjurkan menjelang tahun 2020, sekurang-
kurangnya enam (6) universiti mencapai prestasi untuk diklasifikasikan sebagai Universiti
Penyelidikan, 20 pusat kecemerlangan mendapat pengiktirafan antarabangsa dan 10 peratus
daripada hasil penyelidikan dikomersialkan. Universiti Penyelidikan ditubuhkan bertujuan
untuk menggiatkan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan di IPTA. Antara Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan ialah nisbah pelajar peringkat ijazah berbanding
dengan pascaijazah adalah pada nisbah 50:50. Universiti-universiti tersebut ialah Universiti
Malaya,Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains
Malaysia.

478

Jika di tinjau senario penyelidikan antarabangsa dengan membandingkan seluruh
negara Islam dan negara barat, hanya terdapat 500 buah universiti manakala di Amerika
terdapat 5758 buah universiti, dan di India terdapat 8407 buah universiti. Tiada sebuah
universiti di negara Islam yang tersenarai di dalam senarai 500 terbaik (the top 500 ranking
universities of the world). Celik huruf di negara barat 90%, manakala di negara Islam 40%.
Di negara majoriti muslim, di antara 1 juta penduduk hanya 230 orang ahli Sains. Di Amerika
terdapat 5000 ahli Sains per 1 juta penduduk. Di negara berpenduduk Kristian ada 1000
juruteknik per 1 juta penduduk. Di dunia Arab hanya ada 50 juruteknik per 1 juta penduduk.
Jelaslah bahawa dalam isu TIK (Teknologi, Informasi dan Komunikasi), negara-negara
dengan penduduk majoritinya adalah Islam jauh ketinggalan dari negara bukan Muslim.
Halatuju pengajian tinggi negara haruslah selari dengan Dasar Pandang ke Timur yang
disaran dan diumumkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Tun Dr. Mahathir
Mohamad pada 08 Februari 1982.

ii. Tinjauan Literatur

Terdapat beberapa kajian dan artikel yang telah dijalankan berkaitan dengan artikel
ini. Walaubagaimanapun kajian-kajian tersebut berbeza daripada kajian yang dilakukan oleh
pengkaji. Kamarul Faiz Bin Mihaj (2011) menulis kajian berbentuk artikel bertajuk Mahir
Dan Kompeten. Artikel ini menjurus kepada keperluan kemahiran secara kompeten tenaga
pengajar dikalangan pensyarah di Kolej Komuniti khususnya dalam Program Modular
Kebangsaan Pemasangan Elektrik. Mansor, et. al, (2007), membuat kajian bertajuk Program
Peningkatan Profesional: Pemantap Pegawai Akademik Institusi Pengajian Tinggi.
Responden kajian adalah seramai 1600 pegawai akademik Universiti Putra Malaysia. Hasil
kajian menunjukkan Program Peningkatan Profesional atau Continuing Professional
Development (CPD) menunjukkan kesan yang baik kepada pegawai akademik di Universiti
Putra Malaysia. Mohd Majid, et. al, (2007) membuat kajain bertajuk Penilaian Perkhidmatan
Makmal. Responden kajian ini adalah seramai 1754 orang pelajar Universiti Putra Malaysia
yang menggunakan makmal. Hasil kajian menunjukkan masih terdapat ruang bagi
menambah baik suasana fizikal makmal dan profesionalisme staf makmal. Zakaria Kasa
dan Mohd Majid Konting (2007) membuat kajian berbentuk artikel yang bertajuk Pengajaran
Di Universiti Penyelidikan. Artikel ini menjurus kepada keperluan dan cadangan strategi
pengajaran di Universiti Penyelidikan yang fokus kepada Universiti Putra Malaysia

479

iii. Kemahiran Tenaga Pengajar

Pengajaran dan pembelajaran ialah tanggungjawab paling utama yang perlu
dilaksanakan dengan sempurna oleh setiap tenaga pengajar kerana tanpa pelajar, institut
pengajian tinggi tidak wujud. Tenaga pengajar juga perlu menunjukkan komitmen serta
displin yang tinggi terhadap tugas pengajaran dan pembelajaran serta dapat menyediakan
bahan pengajaran dengan terancang, rapi dan sentiasa mengemaskini bahan pengajaran
sesuai dengan perkembangan terkini. Dalam masa yang sama tenaga pengajar juga perlu
menjalankan aktiviti penyelidikan yang bermutu dan berfaedah kepada masyarakat dan
negara khususnya Institut Pengajian Tinggi.

Mereka perlu menggunakan hasil kajian untuk diterjemahkan kepada amalan
dan meningkatkan kualiti pengajaran. Institut Pengajian Tinggi memerlukan tenaga pengajar
yang akan memberikan impak yang tinggi dan berkualiti dalam melahirkan modal insan
yang berdaya saing. Melalui aktiviti ini ilmu akan dapat dikembangkan dan amalan
dalam kehidupan dapat diperbaiki untuk memastikan bahawa pegawai akademik
berketrampilan dalam bidang penyelidikan mereka perlu diberikan pendedahan dalam aspek
penyediaan cadangan penyelidikan bagi tujuan mendapatkan geran daripada pelbagai pihak.

Mereka juga perlu diberi latihan dalam aspek pengurusan penyelidikan itu sendiri
untuk memastikan bahawa setiap penyelidikan dapat disempurnakan mengikut tempoh
yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka perlu dilatih dalam aspek penulisan supaya
setiap penyelidikan disempurnakan dengan penerbitan termasuk penulisan artikel dalam
jurnal berwasit, prosiding, buku, modul dan kertas kerja pada peringkat nasional dan
antarabangsa, paten dan nilai pasaran.

Program dalam perkhidmatan professional lebih menekankan kepada pembangunan
individu dalam pengurusan, pentadbiran dan kepemimpinan. Ia menjadikan tenaga pengajar
sebagai seorang yang boleh menjadi contoh, rujukan dan pemangkin perubahan sekitarannya.
Tenaga pengajar juga perlu didedahkan dengan kursus yang berkaitan dengan kemahiran dan
kompetensi secara intensif dan berkala contohnya program TOT (Training of Trainers)
tentang sesuatu bidang. Ia adalah sebagai bekalan input kepada tenaga pengajar dalam proses
P&P. Ia juga membantu mereka dalam mendalami bidang yang diajar secara khusus.

480

Tenaga pengajar juga harus memperbanyakkan siri lawatan ke tempat-tempat lain
supaya mereka dapat menjadikan tempat lain sebagai penanda aras, dimana percambahan
idea akan berlaku dan perubahan di tempat sendiri dapat dilakukan. Tenaga pengajar juga
harus mahir dengan menggunakan peralatan ICT yang terkini dan proses pengajaran dan
pembelajaran. Mereka harusnya peka dengan peralatan ICT yang tekini dan yang sesuai
digunakan untuk proses proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran merupakan satu proses yang disampaikan oleh pemberi input (pensyarah)
di mana ia merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, maklum balas
dan penambahbaikan cara pengajaran supaya ianya lebih terancang, sistematik dan berkesan
dalam jangka masa panjang kepada penerimanya (pelajar). Selain itu, corak pengajaran
perlulah berubah dari semasa ke semasa mengikut arus perkembangan pendidikan. Ini
memainkan peranan supaya para pelajar dapat menerima dan memahami input/ ilmu selari
dengan perkembangan zaman yang semakin moden dan maju. Sebagai contoh teknologi
terkini seperti pembangunan ICT yang berleluasa memainkan peranan yang amat penting
kerana ia merupakan akses terbesar para pensyarah dan juga para pelajar untuk mencari input
tambahan (pembelajaran kendiri).

v. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Pegawai akademik di IPT perlu mengubah minda dan budaya kerja. Jika dahulu,
pengajaran lebih berfokus kepada kuliah dan makmal, sekarang mereka perlu mencuba
pendekatan dan kaedah yang lebih berfokus kepada pelajar (Biggs, 2003; KPT, 2006;
Walker, 2006). Komitmen staf untuk menjalankan penyelidikan dan menghasilkan
pelbagai bentuk hasil penyelidikan seperti paten, artikel jurnal berimpak tinggi dan
sebagainya perlu dipertingkatkan. Pegawai akademik bertindak sebagai pemudahcara
pembelajaran dan sedar bahawa yang hendak belajar ialah pelajar. Mereka perlu
menyediakan persekitaran dan suasana yang kondusif untuk proses pembelajaran berlaku
dengan berkesan. Penggunaan pendekatan dan kaedah berpusatkan pelajar (Student
Centered Learning) perlu digalakkan dan dipertingkatkan dalam kalangan pensyarah.
Malah penggunaan pendekatan ini membuat pelajar aktif dalam proses pembelajaran.

481

OBE merupakan satu proses yang melibatkan penyusunan semula kurikulum,
penilaian dan pelaporan amalan dalam pendidikan untuk mencerminkan pencapaian dan
penguasaan ilmu atau kemahiran yang tinggi dan bukannya pengumpulan kredit kursus
semata-mata. Strategi OBE ini lebih menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal
diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran lebih
menitik beratkan terhadap persoalan apakah jangkaan yang perlu para pelajar capai dari segi
pengetahuan, kefahaman dan kebolehan untuk membuat sesuatu ataupun kualiti yang perlu
dibangunkan oleh mereka sendiri dalam tempoh pengajian.

Dalam jangka masa yang panjang persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar
(Student Centered Learning) dapat menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat dan membentuk graduan yang berdikari, kreatif dan inovatif.
Ini dapat dicapai kerana melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
pendekatan OBE pelajar akan di nilai dari segi kognitif (pengetahuan), psikomotor (praktikal)
dan juga afektif (insaniah). Dalam era OBE, pihak jabatan harus sentiasa peka dan memantau
kualiti graduan secara sistematik. Proses ini bermula dari peringkat pengenalpastian hasil
(outcome) atau tahap kebolehan pelajar, inovasi dalam pengendalian kursus sehinggalah
kepada menitikberatkan susun atur silibus kurikulum dan proses penilaian yang bersesuaian
untuk mencapai hasil tersebut. Pensyarah dikehendaki mengikuti kursus dan latihan
menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Kursus ini bukan setakat teori tetapi lebih kepada cara melakukannya. Pengalaman
berasaskan aktiviti ini akan membolehkan pensyarah menggunakan pengetahuan dalam
amalan (Bruening, et al. 2002).

Strategi yang seterusnya ialah Pembelajaran Masteri. Masteri itu berasal daripada
perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud “menguasai”. Shahabudin et al. (2007)
menyatakan bahawa strategi Pembelajaran Masteri dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran adalah dengan memastikan pelajar memahami dan menguasai apa yang mereka
pelajari dengan sepenuhnya sebelum mereka beralih ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai
contoh, di Kolej Komuniti, pelajar hanya akan dibenarkan untuk mengambil modul yang ke
dua dan seterusnya apabila mereka lulus modul yang sebelumnya. Dengan ini, para pensyarah
dapat mengukur dan menilai sejauh mana keberkesanan pendekatan Pengajaran dan
Pembelajaran yang mereka laksanakan.

482

Pendekatan ini memberi peluang kepada semua pelajar berpencapaian tinggi dan
rendah di institusi pengajian tinggi belajar mengikut kadar kebolehan sendiri. Para pelajar
yang tidak menguasai sesuatu unit pembelajaran diberi aktiviti pemulihan (perlu mengulangi
semula modul yang gagal) manakala para pelajar yang telah mencapai aras masteri pula
diberi aktiviti penggayaan (meneruskan ke peringkat modul yang seterusnya dan
mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada modul-modul yang
sebelumnya) (Abdull Sukor dan Kalaidevi, 2012).

Dalam membudayakan penyelidikan, Pembelajaran Masteri sedikit sebanyak dapat
menyedarkan para pelajar betapa pentingnya untuk menguasai sesuatu ilmu atau kemahiran
untuk memajukan diri ke hadapan. Secara tidak langsung, para pelajar akan memberi fokus
terhadap apa yang diajar oleh para pensyarah dan seterusnya membuat eksperimen (praktikal)
samada mereka berjaya atau gagal dalam mematuhi arahan tenaga pengajar mereka. Kejayaan
dalam menghasilkan apa yang diajar oleh para pensyarah terutamanya dalam kelas praktikal
membuktikan bahawa mereka memahami setiap perkara yang dipelajari. Seterusnya,
eksperimen yang dilakukan di dalam bengkel atau makmal penghasilan produk dapat
memberikan petunjuk kepada pensyarah, untuk mengukur sejauh mana tahap kefahaman
pelajar mereka dan kepada pelajar, untuk mengukur sejauh mana tahap kemahiran yang
diperolehi oleh diri mereka sendiri berdasarkan dengan apa yang mereka persembahkan.

Tenaga pengajar harus mempunyai misi untuk belajar dan meningkatkan mutu
kehidupan serta mengupayakan dan mencabar keupayaan diri sendiri serta anak didiknya
untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan penyelidikan yang berguna. Misi ini
boleh dicapai dengan mengaplikasikan Strategi Lautan Biru dalam dunia pendidikan. Strategi
seterusnya, ialah dengan memperkenalkan kepada para pelajar tentang kepentingan Strategi
Lautan Biru dalam melahirkan usahawan yang inovatif dan kreatif dalam mencipta produk
dan pasaran baru di dalam dunia perniagaan (Kim dan Mauborgne (2005). Tenaga pengajar
haruslah beralih kepada teknik pengajaran berasaskan Strategi Lautan Biru yang
diperkenalkan oleh Kim dan Mauborgne (2005) di mana strategi ini memfokuskan dan
menggalakkan kepada mencipta ruang secara berterusan dan berimpak tinggi. Ia merupakan
satu keperluan di mana hasilnya memberikan produk dan perkhidmatan yang menjadi
komoditi pada kadar yang sangat cepat. Dalam (Program Wajib Kolej) PWK Keusahawanan
penerapan atau informasi mengenai Strategi Lautan Biru adalah amat penting supaya dapat
melahirkan usahawan yang berjaya mencipta ruang perniagaan yang unik dengan idea-idea

483

yang menarik dan bernas dan supaya mereka tidak tenggalam di dalam pasaran yang sudah
tepu (Lautan Merah) (dengan hanya menjadi peniaga kecil-kecilan tanpa melakukan sebarang
penambahbaikn dari segi keuntungan yang ingin diperolehi dan keunikan produk untuk
menyaingi pesaing-pesaing yang berada di pasaran). Para pelajar perlu didedahkan dengan
situasi sebenar alam perniagaan dengan mewujudkan e-tech dan kiosk di kolej komuniti/
politeknik/ mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Ia akan mewujudkan
budaya penyelidikan di mana para pelajar akan membuat pemerhatian, mengatasi masalah
dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dihadapi dalam pengendalian perniagaan di
institusi pengajian mereka.

vi. Keperluan fasiliti
Budaya penyelidikan akan lebih berjaya sekiranya pihak institusi pendidikan tinggi

menyediakan dari sudut kepelbagaian fasiliti bagi memudahkan segala bentuk penyelidikan
dijalankan. Secara hakikatnya, penyelidikan dilakukan bagi mencari jawapan atau
menyelesaikan masalah dengan jawapan yang benar atau sekurang-sekurangnya dapat
mengetahui kebenaran yang logik melaui pemikiran yang mempunyai kesinambungan
dengan fakta emprik. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, penyelidikan membawa
maksud untuk mengetahui hal-hal atau peristiwa ataupun penelitian, menelaah ataupun
mempelajari secara mendalam

Istilah fasiliti ialah satu kemudahan dari segi tempat, alatan, makmal penyelidikan,
sumber rujukan di mana ia terlibat secara langsung dalam penyelidikan. Begitupun, dalam
menarik minat para pelajar dan pensyarah untuk lebih cenderung dalam penyelidikan tidaklah
semudah yang disangkakan ini kerana fasiliti yang terhad akan menghadkan kesan dan
potensi penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah dan para pelajar. Fasiliti-fasiliti yang
disediakan pihak Institusi pendidikan tinggi bagi proses penyelidikan memberi pelbagai
kepada kebaikan bukan sahaja kepada pelajarnya malahan kepada tenaga pengajar. Ini kerana
dengan adanya fasiliti untuk penyelidikan, kos serta masa untuk menjalankan penyelidikan
dapat dijimatkan. Selain daripada itu, segala bahan-bahan rujukan berkaitan dengan
penyelidikan boleh didapati di perpustakaan tanpa perlu mengambil masa untuk mencari
bahan-bahan di luar kampus. Berikutan dengan, pelajar dan tenaga pengajar akan lebih
terdorong untuk melakukan pelbagai penyelidikan untuk meningkatkan pegetahuan ilmu.

484

Selain daripada menjimatkan masa dan kos, kemudahan fasiliti bagi proses
penyelidikan mampu untuk meningkatkan mutu proses pembelajaran antara pelajar dan
tenaga pengajar. Proses pembelajaran akan menjadi hambar sekiranya hanya berfokuskan
kepada pembelajaran secara amali. Oleh dengan itu, penyelidikan ataupun pembelajaran
secara teknikal mampu membuka lagi mata pelajar untuk memahami sesuatu perkara itu
dengan lebih jelas. Ini akan membolehkan pelajar-pelajar untuk menjana lebih banyak idea
yang kreatif dan inovatif untuk dengan menjalankan penyelidikan. Dengan tersedianya fasiliti
yang memudahkan untuk proses penyelidikan, ini sedikit sebanyak akan menambahkan lagi
pengetahuan tentang sesuatu perkara atau mata pelajaran. Sesi pembelajaran secara amali
yang diajar di dalam kelas tidak akan meliputi segalanya seperti kemajuan atau penyelidikan
baru yang telah dijalankan.Selain itu, ia juga mengalakkan pelajar serta tenaga pelajar
menghasilkan produk-produk baru hasil daripada penyelidikkan. Sekiranya dilihat kepada
institusi pendidikan tinggi di luar negara, mereka banyak menghasilkan pelbagai idea-idea
baru kerana mereka sering melakukan penyelidikan tentang sesuatu perkara.

Pelbagai kebaikan dapat dirasai melalui fasiliti penyelidikan yang disediakan di
institusi pendidikan tinggi namun setiap kebaikan pasti ada masalah yang akan timbul
daripadanya. Kos penyelengaraan yang tinggi merupakan salah satu masalah yang akan
dihadapi. Kemajuan yang dialami pada masa kini membuatkan pelbagai jenis bahan-bahan
rujukan mahupun mesin untuk penyelidikan yang baru dikeluarkan hampir setiap masa.
Berikutan harga yang mahal, tidak semua institusi pendidikan tinggi mampu memiliki atau
menaik taraf fasiliti yang disediakan.

Ini secara tidak langsung menjadi satu faktor mengurangkan rasa minat untuk
meneruskan penyelidikan. Selain daripada itu, bahan-bahan rujukan serta mesin yang
disediakan cukup terhad. Ini akan menjadi satu masalah kepada pelajar dan para tenaga
pengajar yang ingin atau sedang melakukan penyelidikan sekiranya bahan- bahan rujukan
serta mesin yang ingin digunakan tidak mencukupi ataupun rosak. Mereka terpaksa
menangguhkan penyelidikan yang sedang dijalankan ataupun mereka terpaksa mencari
bahan-bahan rujukan di luar yang akan memakan kos yang akan membebankan mereka
terutama sekali kepada para pelajar.

Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Setiap penyelidikan yang
dijalankan terutama sekali yang melibatkan penggunaan bahan-bahan atau mesin di makmal,
seorang juruteknik makmal haruslah ditugaskan untuk memantau sepanjang pnggunaan

485

mesin dan bahan-bahan bagi mengelakkan sebarang kerosakkan. Walaupun kerosakkan tidak
dapat dielakkan namun dengan cara sebeni mampu melanjutkan jangka hayat sesebuah mesin
itu untuk berfungsi dengan baik dan berjasa kepada ramai pelajar dan tenaga pengajar. Pada
masa kini, sudah banyak bahan-bahan rujukan terutama buku-buku yang tinggi harganya
dipasaran boleh diperoleh dalam bentuk digital seperti “E-book”. Ini mampu untuk
menangani masalah kekurangan bahan-bahan rujukan ketika diperlukan. Para pelajar dan
tenaga pegajar hanya perlu mengakses di laman web perpustakaan institusi pendidikan
masing-masing pada bila-bila masa dan dimana jua. Mereka tidak harus lagi rungsing
sekiranya bahan rujukan tersebut tiada di dalam bentuk buku kerana meraka boleh
mendapatkan bahan rujukan tersebut di dalam bentuk digital yang lebih mesra pengguna.

Kemudahan dan peralatan yang mencukupi serta ruang yang luas perlu
disediakan terutama di perpustakaan dan makmal komputer. Perkembangan dalam
komputer membolehkan pelajar belajar secara bersendirian dan pendidikan jarak jauh
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan (Porter, 2003). Sistem Online Public Access
Catalog (OPAC) di dalam Pusat Sumber juga amat penting pada masa kini di mana
membolehkan pelajar mengakses bahan-bahan bacaan ilmiah yang diperlukan oleh mereka
dengan mudah dan cepat.

vii. Rumusan
Hidup ini adalah sebagai pendakian. Sebagai tenaga pengajar kita seharusnya tidak

mudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki dan tidak pula mudah berputus asa. Perubahan
dunia mencabar tenaga pengajar untuk sentiasa bersedia dan bersaing bagi memenuhi
kehendak semasa dan menjadi yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran,
penyelidikan dan perkidmatan profesional. Mereka adalah pelopor yang akan mengubah
senario dan mentaliti sesuatu bangsa dengan melalui perubahan sikap dan cara berfikir yang
lebih maju kehadapan yang hanya akan dapat dicapai melalui saluran pendidikan.
Kesinambungan antara hasil penyelidikan yang telah berjaya di peringkat makmal hingga
pengkomersialan selalunya mengambil masa yang lama dan memerlukan masa, dana dan
usaha yang tinggi serta ketekunan daripada penyelidik.

486

viii. Rujukan

Abdull Sukor, S. dan Kalaidevi, A. (2012). Kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri
Terhadap Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Pemulihan Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2), 94-105.

Biggs, J. (2003). Teaching for Quality Learning at University, 2nd Ed.
Maidenhead, Berkshire: Open University Press.

Walker, M. (2006). Higher Education Pedagogies. Maidenhead: Open University.

Bruening, T.H., Lopez, J., McCormick, D.F. & Dominguez, D.R. (2002) Active
learning: The impact on students participating in an extended field trip to Puerto Rico.
Journal of Agricultural Education. Vol. 43, No. 4.

Dewan Bahasa & Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi ke-4. Dewan Bahasa &
Pustaka.

Drs. H.Toto Tasmara (2012) Mengapa Yahudi Berprestasi, Kuala Lumpur, Malaysia:
Inteam Publishing Sdn. Bhd

Kamarul Faiz Bin Mihaj (2011) Mahir Dan Kompeten.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2010-
2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kim, W. C., dan Mauborgne, R. (2005). “Blue Ocean Strategy: How to Create
Uncontested Market Space and Make the Competition Irrelevant”`. 14-117.

Mansor Ahmad,Turiman Suandi ,Sidek Ab. Aziz ,Juraidah Mohamad Amin,Lailawati
Bakar, Yasminani Mohamad ,Haryati Abdullah (2007), Program Peningkatan Profesional:
Pemantap Pegawai Akademik Institusi Pengajian Tinggi.

Mohd Majid Konting, Azura Adam , Siti Norziah Abdullah, Norazirawani Man ,
Norfaryanti Kamaruddin (2007) membuat kajain bertajuk Penilaian Perkhidmatan Makmal

Mok Soon Sang, Kompetensi Fungsional (Teras) (2010), Falsafah Pendidikan Dan
Kurikulum Kebangsaan (FPK), 9, 201-235, Puchong Selangor : Penerbitan Multimedia

Porter, L.R. (2003). Developing an Online Curriculum: Technologies andTechniques.
London: Information Science Publishing

Shahabuddin, H., Rohizani. Y., dan Mohd. Zohir. A. (2007). “Pedagogi: Strategi dan
Teknik Mengajar dengan Berkesan.

Spady, W.G (1994). “Outcome-based education: Critical issues and answers”.
Arlington, VA: American Association of School Administrators.

487

Yahya, A. (Ed.). (2006). 2. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: teori,
analisis & interpretasi data. (1st ed.). Kuala Lumpur, Malaysia: PTS.

Zakaria Kasa dan Mohd Majid Konting (2007) Pengajaran Di Universiti Penyelidikan.

488

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN
PELAJAR-PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KULIM DI PERINGKAT

SIJIL

Nor Aqilah Binti Mohd Mansori
Kolej Komuniti Kulim
[email protected]

Charanjeet Kaur A/P Amtar Singh
Kolej Komunti Kulim

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara menyeluruh faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan akademik pelajar Kolej Komuniti Kulim di peringkat sijil. Cetusan idea
untuk membuat kajian ini bermula apabila kebanyakan pelajar yang berjaya di peringkat
Sijil Kolej Komuniti rata-ratanya adalah pelajar yang mendapat keputusan yang kurang
cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Justeru itu seramai 235 orang responden
telah dipilih sebagai responden kajian yang terdiri daripada 54 orang pensyarah dan 181
orang pelajar bagi menjawab set borang soal kaji selidik. Hasil kajian telah dianalisis
dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS v 22).
Sebelum kajian ini diteruskan pengkaji telah menguji kebolehpercayaan set borang soal
selidik dengan menggunakan prosedur Alpha Cronbach dan nilai yang diperolehi ialah
0.701. Rentetan itu, kajian diteruskan lagi dan dapatan kajian menunjukkan faktor utama
yang mendorong kecemerlangan akademik pelajar ialah dorongan yang kuat yang diberikan
oleh ibu bapa pelajar sendiri dengan min 4.3191. Min terendah pula ialah bagi item soalan
sistem permarkahan adalah bersesuaian dengan kandungan kursus iaitu sebanyak 3.1617.
Secara keseluruhannya hasil kajian ini akan memberikan gambaran apakah titik tolak yang
membawa kepada kejayaan pelajar-pelajar kolej komuniti di peringkat sijil. Tidak
cemerlang di peringkat SPM bukanlah bermakna mereka akan gagal selama-lamanya.

Kata Kunci: Faktor-Faktor Kecemerlangan

489

PENGENALAN
Pelajar merupakan aset yang berharga pada negara. Misi dan visi kerajaan adalah mahu
melahirkan pelajar yang dan mempunyai modal insan yang memiliki minda kelas pertama
untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan
inovasi serta modal insan yang dibangunkan perlu mempunyai ciri-ciri yang berketerampilan
dan berkeupayaan dalam pengetahuan serta kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul.

Melalui matlamat tersebut maka transformasi pengajian tinggi dalam konteks menjadikan
Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi diperingkat antarabangsa kerana
transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian
tinggi melangkaui tahun 2020. Bidang akademik merupakan satu platfom pembelajaran yang
penting dalam sistem pendidikan Negara.

Tahap pencapaian pelajar dinilai melalui kecemerlangan pencapaian akademik. Namun tahap
kecemerlangan pencapaian tersebut bergantung kepada kebolehan individu. Ini kerana
kebolehan tersebut adalah tidak sama maka diperingkat institusi pengajian tinggi, aktiviti
pembelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk mencapai
matlamat individu terutamanya dalam kecemerlangan pencapaian akademik. Proses
pembelajaran dan pengajaran akan memberi kesan kepada penerimaan pelajar namun
bergantung kepada tahap penerimaan masing-masing. Ini kerana aktiviti dan cara hidup
pelajar banyak mempengaruhi pencapaian dalam akademik.

Justeru itu, di dalam usaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari sudut
akademik, faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar perlulah
dikaji dan dikenal pasti supaya usaha-usaha yang dilakukan dapat mencapai matlamat dengan
lebih berkesan.

PENYATAAN MASALAH
Petikan ucapan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (Kolej Komuniti lahirkan
ramai tenaga mahir, 2014) “pelajar Kolej Komuniti sering dicari kerana faktor kemahiran
dimiliki graduannya, malah 80 peratus daripada pelajar institusi itu mendapat kerja terutama
di sektor industri selepas enam bulan tamat belajar. Usahawan berjaya katanya, selain
mendapat pekerjaan di sektor industri dan pembuatan, ramai bekas pelajar bekerja sendiri
atau menjadi usahawan berjaya dan ini bertepatan hasrat kermenterian yang mahu pelajar

490

mempunyai-keyakinan diri serta memiliki minda kelas pertama, selain mampu bersaing di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa”.

Rentetan daripada kejayaan pelajar-pelajar Kolej Komuniti ini telah menimbulkan rasa tanda
tanya kepada pengkaji apakah sebenarnya faktor-faktor penyumbang kepada kecemerlangan
pelajar-pelajar Kolej Komuniti ini sehingga mereka berjaya merangkul segulung sijil dan
seterusnya mengorak langkah menjadi seorang individu yang berjaya sedangkan pada asalnya
mereka terdiri daripada pelajar-pelajar yang agak lemah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Justeru persoalan ini akan dirungkai oleh pengkaji dari dua kaca mata iaitu dari perspektif
pelajar Kolej Komuniti sendiri serta dari perspektif pensyarah Kolej Komuniti. Masing-
masing akan menjawab persoalan apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada
kecemerlangan pelajar-pelajar Kolej Komuniti.

OBJEKTIF UMUM
Secara umumnya objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Kulim yang telah berjaya merangkul segulung
Sijil di peringkat Kolej Komuniti ataupun yang telah mencapai CGPA yang tinggi semasa
menuntut di Kolej Komuniti Kulim.

OBJEKTIF KHUSUS
Dua objektif khusus bagi kajian ini ialah:
i Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar Kolej

Komuniti Kulim sama ada yang sedang belajar atau yang telah memasuki dunia
pekerjaan dari kaca mata pelajar.
ii Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar Kolej
Komuniti Kulim sama ada yang sedang belajar atau yang telah memasuki dunia
pekerjaan dari kaca mata pensyarah.

491


Click to View FlipBook Version