The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_ieda81, 2021-08-03 06:56:13

Prosiding SPEKKU 2015

Prosiding SPEKKU 2015

Kementerian Kesihatan dan Universiti Sains Malaysia mengenai "Keberkesanan Program Jangka
Panjang Intervensi Health Life In Children (HELIC) ke Atas Tahap Pengetahuan, Sikap dan
Amalan Kanak-kanak dan Remaja Tentang Bahaya Merokok". Kajian tersebut dijalankan di dua
buah sekolah rendah dan lapan buah sekolah menengah di negeri Selangor, Pahang dan
Kelantan. Hasil kajian mendapati terdapat kanak-kanak yang berusia lapan tahun sudah
merokok. Data juga menunjukkan 12.2% responden yang berusia lapan tahun (daripada 164
responden) dan 14.7% responden berusia 13 tahun (daripada 482 responden) dilaporkan pernah
merokok (KKM, 2005).

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah memperbanyak kawasan larangan merokok
di seluruh negara ekoran peningkatan bilangan perokok golongan muda terutamanya wanita
(Utusan Malaysia, April 12, 2010). Peningkatan perokok dalam kalangan wanita juga semakin
membimbangkan kerana kebanyakan mereka mudah percaya dengan dakwaan iklan-iklan rokok
yang kononnya merokok boleh mengurangkan berat badan (Lee, 2011).

Menurut kajian yang dijalankan oleh Sufean Hussin pada tahun 2004 mendapati bahawa
seramai 1,650 (22.0%) remaja menyatakan bahawa ketiadaan pengetahuan tentang bahaya
merokok menjadi sebab yang kuat untuk mereka merokok, sementara 1,267 (16.9%) remaja
menyatakan sebagai sebab sederhana. Tetapi, seramai 4,434 (59.1%) remaja menyatakan
ketiadaan pengetahuan tentang bahaya merokok bukan menjadi sebab mereka merokok, iaitu
mereka mungkin tahu tetapi terus merokok atau mereka merokok atas sebab-sebab lain. Secara
amnya, dua per lima (2/5) daripada jumlah remaja menyatakan bahawa ketiadaan pengetahuan
tentang bahaya merokok dari segi kesihatan menyebabkan mereka ingin dan terus merokok.
Implikasinya ialah lebih banyak makalah atau buletin perlu diedarkan oleh Kementerian
Kesihatan kepada remaja tentang kesan-kesan negatif merokok. Seperkara lain, faktor ketiadaan

142

pengetahuan tentang bahaya merokok sangat jarang dijadikan topik kajian dalam bidang
sosiologi dan pendidikan. Di sini muncul satu teori baru iaitu teori defisit ilmu (ignorance) yang
menjelaskan bahawa seseorang pengguna yang tidak tahu tentang bahaya sesuatu produk akan
terus menggunakan produk tersebut. Perkara seumpama teori ini sangat sering berlaku dalam
masyarakat, dan orang akan berubah kelakuan mereka sekiranya mereka tahu tentang kesan
negatif sesuatu barangan. Namun, bagi mereka yang tahu tetapi terus tidak berubah, maka itu
adalah pilihan mereka.

2.2.2 Faktor-faktor merokok

Dari segi sejarah , individu dengan tahap pendidikan yang tinggi cenderung untuk tidak
merokok berbanding dari mereka yang mempunyai pendidikan yang rendah (Yang et al , 1999;
.Mao et al , 2009). Walaubagaimanapun , beberapa kajian serantau baru-baru ini mempunyai
mendedahkan peningkatan yang ketara dalam kadar merokok di kalangan individu dengan tahap
pendidikan yang tinggi. Sebagai contoh, pada tahun 1991, kadar merokok di kalangan pelajar-
pelajar perubatan Shanghai adalah 21.2% (Zhou et al. , 1997), manakala pada tahun 1999 berlaku
peningkatan bilangan pelajar yang merokok kepada 37.7% ( Xiang et al. , 1999). Dalam satu lagi
kajian di kolej Jiangsu, 53% daripada pelajarnya adalah perokok yang tidak tegar tetapi
mengambil rokok sepanjang hayat mereka ( Mao et al. , 2009).

Tahap pendidikan ibu bapa memainkan peranan dalam mempengaruhi tingkah laku anak-
anak mereka sebagaimana di Arab Saudi yang mana pengaruh daripada ibu bapa banyak
memberi kesan kepada anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi juga
lebih rasional dalam memberi contoh serta mempengaruhi kelakuan anak-anak mereka
(Zaloudikova et.al, 2012). Berdasarkan ‘Logistic Regression Model’, menunjukkan bahawa

143

faktor rakan sebaya serta ahli keluarga yang merokok adalah pembolehubah yang penting. Pada
usia ini, tekanan rakan sebaya dijangka memainkan peranan penting dalam tingkah laku pelajar,
dan ini diburukkan lagi dengan faktor ahli keluarga yang juga merupakan seorang perokok
(Schaefer DR et.al, 2012) . Kombinasi negatif ini mungkin akan mencetuskan kecenderungan ke
arah menjadi seorang perokok.

Faktor hubungan sosial adalah satu komponen yang perlu diberi perhatian dalam
menangani masalah merokok di kalangan pelajar. Peniruan yang dilakukan adalah diambil dari
pengalaman samada positif atau negatif tanpa memikirkan kesan terhadap diri mereka. Mereka
akan merokok sebelum memulakan perbualan dan membina hubungan yang baik dalam
kumpulan. Dapatan ini disokong oleh Kamarudin (1996) mengatakan remaja lebih cenderung
untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan
sebaya mereka. Kajian Sufian (2004) juga menyatakan bahawa merokok boleh didorong oleh
desakan rakan sebaya. Dalam perkumpulan rakan sebaya, seseorang remaja diterima dalam
sesuatu perkumpulan sekiranya mereka berani merokok, jika tidak mereka dipulaukan oleh rakan
sebaya. Hasil kajian ini juga selari dangan pernyataan Mohamad (1987) yang menyatakan
bahawa remaja menghadapi tekanan yang kuat untuk mengikut dan meniru tetapi dalam keadaan
ini peniruan mereka dalam hal-hal yang tertentu sahaja. Dapatan ini juga selaras dengan
kenyataan Zulkarnain (2002) yang mengatakan bahawa insan adalah makhluk Allah yang begitu
senang dipengaruhi dengan hakikat atau kenyataan.

Teori pengaruh sosial informatif menjelaskan bahawa remaja dalam proses pembinaan
identiti mengumpul pelbagai maklumat tentang persekitaran mereka, personaliti idola mereka,
dan tentang hal ehwal diri mereka. Maklumat yang diperoleh dikongsi bersama-sama rakan dan
ia membentuk bank maklumat (information bank) bagi kumpulan. Perkumpulan individu

144

membina imejimej yang mereka gemari. Bagi hal merokok, mereka terpikat dengan imej
kebebasan, gaya unik, berani, ranggi, dan tahan lasak (Eiser, 1980; Eiser, 1985; Chassin & rakan
1985; Collins & rakan 1987; Chassin, Presson, & Sherman, 1990; Gottlieb, 1985; Hall &
Wellman, 1985).
2.3 Definisi dan konsep pembolehubah bersandar
2.3.1 Fasa Perkembangan Merokok

Remaja tidak terus menjadi perokok serius atau terus menjadi ketagih pada rokok.
Terdapat fasa perkembangan merokok, iaitu fasa pemerhatian, fasa induksi, fasa peneguhan
(reiriforcement), fasa menikmati, fasa terbiasa, dan fasa ketagihan.

145

Rajah 2.1. Fasa perkembangan am merokok
2.3.2 Teori Yang Berkaitan Dengan Tabiat Merokok

Stem dan rakan (1987) menganjurkan satu model yang lebih ringkas iaitu fasa perubahan
yang mengandungi tiga tahap iaitu:

i. Fasa prakeinginan - melihat orang lain merokok
ii. Fasa buat keputusan - berfikir, menilai, dan keputusan untuk merokok

146

iii. Fasa penerusan - merokok sebagai tabiat rutin dan peningkatan pengambilan
rokok

Model ringkas ini tidak1ah 1agi sesuai untuk menjelaskan kerumitan interaksi sebab dan faktor
dalam proses menjadi perokok, dan ia tidak mengambil kira konteks sosio-budaya, peringkat
umur, dan tempat. Model ini diwujudkan hasil dari pengubahsuaian oleh penulis pertama dari
model Flay et al. (1983). Terdapat beberapa teori psikologi tentang tabiat merokok iaitu teori
model peranan (Bandura), teori pelaziman tingkah laku (Skinner), dan teori psikoanalitik
(Freud). Teori model peranan menyatakan bahawa individu boleh mempelajari sesuatu melalui
pemerhatian dan peniruan dari persekitaran. Teori ini menerangkan bahawa remaja mudah
meniru tingkah laku orang yang signifikan dalam proses membina identiti mereka. Media massa
seperti televisyen, majalah, akhbar, dan filem memaparkan pelbagai imej dan remaja memilih
yang mana sesuai dengan personaliti yang ingin mereka bentuk dalam diri. Imej-imej yang
dipaparkan oleh iklan rokok biasanya menggalakkan nilai bebas, nilai lasak, nilai nyaman, nilai
mesra, nilai status tinggi, dan nilai keunggulan. Watak-watak utama dalam iklan menjadi teladan
dan ikutan remaja dari segi pakaian, fesyen rambut, dan jenama rokok yang dihisap.
Menghisap rokok pada segelintir individu boleh membuatkan mereka berasa tenang dan dapat
mengatasi tekanan serta menambahkan keceriaan (Warburton, 1992). Teori pelaziman tingkah
laku (Skinner, 1990) menjelaskan bahawa sesuatu perbuatan yang mendatangkan ganjaran atau
yang dapat memuaskan sesuatu keperluan akan mendorong perbuatan itu diulangi. Jika merokok
dapat menonjolkan sifat berani dan unik, maka remaja akan mengulanginya, dan mereka akan
mengubah tingkah laku untuk menarik perhatian. Sebaliknya jika perbuatan merokok itu
mendapat hukuman dan cemuhan, maka perbuatan itu akan disingkirkan. Teori psikoanalitik
(Freud) menjelaskan sesuatu perbuatan itu adalah untuk menonjolkan kelebihan diri atau untuk

147

menutup kelemahan diri. Misalnya, individu yang kurang ketinggiannya cuba bersikap berani
dalam banyak perkara - orang ini dikatakan mempunyai ego terbantut (underdeveloped ego), dan
biasanya bertindak emosional. Sebaliknya, individu yang mempunyai kelebihan diri akan
menonjolkan dengan bangganya kelebihan itu, umpamanya orang kaya akan menghisap rokok
atau cerut yang mahal. Ini dikatakan ego lampau (superego).

Di negara-negara membangun, perbelanjaan untuk merokok adalah 6% hingga 15%
daripada jumlah yang dibelanjakan untuk penjagaan kesihatan (Mackay et al., 2006). Di Amerika
Syarikat, sebanyak USD 75 bilion terpaksa dibelanjakan bagi kos perubatan kesan daripada
merokok dan USD 82 bilion bagi kehilangan produktiviti (Hyland et al., 2003). Bagi kos
merokok di tempat kerja pula, di Amerika Syarikat dianggarkan USD 47 bilion terpaksa
dibelanjakan pada setiap tahun. Manakala di Korea, kos yang terpaksa ditanggung akibat kesan
daripada merokok telah meningkat daripada USD 2269.42 juta kepada USD 2956.75 juta pada
tahun 1998 (Kang, Kim, Park, See, Nam & Park, 2003). Tabiat merokok juga lebih ketara dalam
kalangan kumpulan sosioekonomi yang rendah dan menyumbang kepada peningkatan kadar
kemiskinan (Bobak, Jha, Nguyen & Jarvis, 2000; Beyer, Lovelace & Yurekli, 2001). Dalam
kebanyakan kes, sumber kewangan yang terhad sepatutnya ditumpukan kepada makanan,
pendidikan, penjagaan kesihatan dan pakaian sebaliknya dibelanjakan untuk merokok (Mackay
et al., 2006). Menurut Mackay dan rakan-rakan (2006) lagi, di sesetengah negara, perokok yang
merokok satu pek sehari berbelanja untuk merokok lebih kurang 50% daripada pendapatan
hariannya dan di negara-negara lain, satu pek rokok yang diimport adalah bersamaan dengan
empat hari pendapatan mereka.

148

2.4 Rumusan
Tabiat merokok merupakan suatu amalan yang tidak mendatangkan faedah bagi

seseorang perokok, malah memberi kesan yang buruk kepada golongan tersebut. Walaupun
menyedari hakikat tersebut, seseorang yang telah mengalami ketagihan merokok merasakan
sukar untuk meninggalkan tabiat merokok. Mengikut kajian-kajian yang telah dinyatakan di atas,
kebanyakan perokok merupakan terdiri daripada kaum lelaki. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji
adakah tahap pengetahuan mengenai amalan merokok mempengaruhi tabiat merokok di
kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau.

149

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

7.1 Pendahuluan
Bahagian ini akan membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian

ini. Antara aspek utama yang akan dibincangkan dalam bab ini merangkumi reka bentuk
kajian, populasi dan persampelan, instrumen dan alat kajian serta kaedah analisis data.

7.2 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian ini ialah kajian tinjauan rentasan (Cross-sectional Survey Design)

yang menggunakan soal selidik terpiawai. Rekabentuk ini dipilih kerana ia paling praktik
digunakan kerana terdapat ramai responden yang bertaburan dan dapat diselesaikan dalam
jangka masa yang singkat.

7.3 Populasi, Sampel dan Teknik Persampelan
Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar lelaki yang sedang menuntut di Kolej

Komuniti Arau. Jumlah populasi adalah seramai 217 orang. Penentuan saiz sampel adalah
berdasarkan saiz populasi itu sendiri di mana daripada jumlah keseluruhan pelajar lelaki, 50
orang telah diambil untuk dijadikan sampel responden bagi mewakili keseluruhan populasi
kajian ini. Persampelan pelajar-pelajar ini dibuat secara persampelan rawak mudah (Simple
random sampling). Daripada jumlah tersebut, seramai 42 orang responden telah
menyerahkan kembali borang soal-selidik yang telah dijawab. Secara keseluruhannya, kadar
maklumbalas (respond rate) adalah sebanyak 84%.

150

7.4 Instrumen Kajian
Kajian ini adalah kajian kuantitatif. Instrumen kajian adalah menggunakan set borang

soal selidik terpiawai. Satu set soalan borang soal selidik terpiawai dibangunkan oleh
pengkaji dan set soalan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu : (i) demografi , (ii) tahap
pengetahuan responden mengenai amalan merokok (kesan dan faktor merokok) dan (iii)
tabiat merokok responden. Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan
responden ialah borang soal selidik yang direka khas untuk kajian ini hasil pengubahsuaian
soalan yang didapati daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Guidelines for
The Conduct of Tobacco Smoking Surveys of the General Population (WHO/SMO/83.4) dan
Guidelines for School Helath Programs to Prevent Tobacco Use and Addiction (MMWR-43
(RR-2).

7.5 Prosedur Memungut Data
Pengkaji terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak

pengurusan Kolej Komuniti Arau. Set borang soal selidik kemudiannya diedarkan kepada
pelajar lelaki secara rawak. Daripada 50 soalan yang diedarkan, 42 orang telah memulangkan
borang soal selidik yang telah dijawab kepada pengkaji.

151

7.6 Prosedur Menganalisis Data

iv. Analisis Data Deskriptif dan Inferensi
Analisis data dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS versi 17.0). Data outlier perlu dibuang terlebih dahulu
melalui proses pembersihan data. Setiap data yang dimasukkan ke dalam
komputer perlu dikodkan secara ringkas dengan menggunakan singkatan frasa
yang mudah difahami.

v. Analisis Data Deskriptif
Min, peratusan dan sisihan piawai bagi pembolehubah yang dikaji diperoleh
untuk menguji pengetahuan responden mengenai amalan serta tabiat merokok.

vi. Analisis Data Inferensi
Pengujian Hipotesis : Pengkaji menggunakan ujian Spearman-Rho untuk menguji
hipotesis nol iaitu hubungan antara tahap pengetahuan dengan amalan merokok di
kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau. Ini kerana data pembolehubah bebas
iaitu tahap pengetahuan pelajar adalah berbentuk interval manakala
pembolehubah bersandar iaitu tabiat merokok adalah data berbentuk ordinal.

152

7.7 Rumusan
Dengan pemilihan kaedah kajian yang bersesuaian serta alat ukur yang tepat, amatlah
diharapkan kajian ini dapat dijalankan dengan baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Selain itu, prosedur memungut data yang betul juga memainkan peranan yang penting
dalam membantu pengkaji memperoleh data yang tepat dan sah serta menjimatkan kos.
Pengkaji berharap dapatan kajian yang dianalisis dapat menjawab semua persoalan kajian
dan hipotesis yang diutarakan.

153

BAB 4
DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Arau dengan melalui kaedah mengedarkan

borang soal selidik terpiawai kepada para pelajar. Seramai 50 borang soal-selidik telah diedarkan
kepada para pelajar secara persampelan rawak mudah. Daripada jumlah tersebut, seramai 42
orang responden telah menyerahkan kembali borang soal-selidik yang telah dijawab.

4.2 Profil Responden
Kajian ini telah dijalankan terhadap pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau. Sebanyak 42

daripada 50 borang soal-selidik telah berjaya dikutip dan dikumpulkan dalam jangka masa yang
ditetapkan. Ujian normaliti telah dijalankan bagi melihat samada responden menunjukkan ciri
yang berlainan daripada data sebenar atau ekstrem kepada data yang lebih tinggi (outlier).
Berdasarkan paparan box plot yang telah dihasilkan, tidak terdapar data outlier. Maka data yang
dikutip adalah berada dalam taburan normal. Profil responden dapat dilihat dalam jadual yang
disediakan di bawah ini.

Jadual 4.1
Bilangan Responden Mengikut Umur

Umur Bilangan Peratus

18 21 50.0
19 9 21.4
20 6 14.3
21 1 2.4
22 3 7.1
24 1 2.4
28 1 2.4
Jumlah 42 100.0

154

Berdasarkan Jadual 4.1, didapati majoriti responden adalah terdiri daripada pelajar yang
berumur 18 tahun (50.0%), diikuti oleh responden berumur 19 tahun (21.4%), berumur 20 tahun
(14.3%), 22 tahun (7.1%) serta berumur 21, 24 dan 28 tahun yang masing-masing mewakili
2.4% daripada jumlah keseluruhan responden.

Tahap Pendidikan Jadual 4.2 Peratus
Tahap Pendidikan Ibu Responden
PMR 4.8
SPM Bilangan 59.5
Diploma 2 16.7
Ijazah 25 9.5
Master 7 2.4
Lain-lain 4 7.1
Jumlah 1 100.0
3
42

Berdasarkan jadual 4.2, didapati majoriti ibu kepada responden mempunyai tahap
pendidikan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu seramai 25 orang (59.5%),
diikuti oleh Diploma (16.7%), Ijazah (9.5%), Lain-lain kelulusan seperti yang dinyatakan oleh
responden adalah peringkat UPSR (7.1%), diikuti oleh PMR (4.8%) serta Master (2.4%).

Tahap Pendidikan Jadual 4.3 Peratus
Tahap Pendidikan Bapa Responden
PMR 4.8
SPM Bilangan 54.8
Diploma 2 16.7
Ijazah 23 11.9
Master 7 4.8
PHD 5 4.8
Lain-lain 2 2.4
Jumlah 2 100.0
1
42

155

Berdasarkan jadual 4.3, didapati kebanyakan bapa kepada responden mempunyai tahap
pendidikan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu seramai 23 orang (54.8%),
diikuti oleh Diploma (16.7%), Ijazah (11.9%), masing-masing 4.8% pada peringkat PMR,
Master serta PHD manakala 2.4% bagi lain-lain kelulusan iaitu peringkat UPSR.

Tahap Pendidikan Jadual 4.4 Peratus
Pendapatan Bulanan Ibu Responden
<RM1000 57.1
RM1001-RM2000 Bilangan 23.8
RM2001-RM3000 24 11.9
10 7.1
>RM3000 5 100.0
Jumlah 3
42

Berdasarkan Jadual 4.4, didapati pendapatan ibu responden majoritinya adalah di bawah
RM1000 iaitu 57.1% diikuti oleh julat RM1001 – RM2000 (23.8%), RM2001 – RM3000
(11.9%) dan pendapatan melebihi RM3000 sebanyak 7.1%.

Tahap Pendidikan Jadual 4.5 Peratus
Pendapatan Bulanan Bapa Responden 33.3
<RM1000 35.7
RM1001-RM2000 Bilangan 11.9
RM2001-RM3000 14 19.1
15 100.0
>RM3000 5
Jumlah 8
42

Berdasarkan Jadual 4.5, data menunjukkan bahawa majoriti pendapatan bulanan bapa
responden adalah berada pada lingkungan RM1001-RM2000 (35.7%), diikuti oleh pendapatan di
bawah RM1000 (33.3%), pendapatan melebihi RM3000 (19.1%) dan lingkungan RM2001-
RM3000 (11.9%).

156

4.3 Analisis Statistik Deskriptif

4.3.1 Soalan Kajian : Apakah tahap pengetahuan pelajar mengenai faktor-faktor yang

menyebabkan seseorang merokok?

Jadual 4.6

Item Soalan Tahap Pengetahuan Tentang Faktor Merokok

Item Soalan Min Sisihan Piawai

F1 3.31 1.55

F2 3.07 1.40

F3 3.29 1.40

F4 3.33 1.54

F5 2.69 1.66

F6 2.98 1.55

F7 3.36 1.55

F8 3.29 1.53

Jumlah 3.16 1.17

Berdasarkan Jadual 4.6, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min item
soalan mengenai tahap pengetahuan responden terhadap faktor-faktor yang menyebabkan
seseorang merokok. Secara keseluruhannya tahap pengetahuan responden mengenai faktor-
faktor yang menyebabkan sesorang merokok adalah berada pada tahap sederhana (M=3.16,
SP=1.17) mengikut interpretasi min oleh J.W Creswell (2005).

4.3.2 Soalan Kajian : Apakah tahap pengetahuan pelajar mengenai kesan-kesan merokok?

Jadual 4.7

Item Soalan Tahap Pengetahuan Tentang Kesan Merokok

Item Soalan Min Sisihan Piawai

K1 3.52 1.41

K2 3.64 1.35

K3 3.60 1.39

K4 3.40 1.41

K5 3.64 1.30

K6 3.43 1.41

K7 3.45 1.38

K8 3.26 1.49

Jumlah 3.49 1.09

157

Berdasarkan Jadual 4.7, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min item
soalan mengenai tahap pengetahuan responden terhadap kesan-kesan yang disebabkan oleh tabiat
merokok. Secara keseluruhannya tahap pengetahuan responden mengenai faktor-faktor yang
menyebabkan sesorang merokok adalah berada pada tahap memuaskan (M=3.49, SP=1.09)
mengikut interpretasi min oleh J.W Creswell (2005).

4.4 Pengujian Hipotesis
Hₒ1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan mengenai
kesan dan tabiat merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau .

Bagi menguji hipotesis nul dalam kajian ini, statistik inferensi yang digunakan adalah
ujian Korelasi Spearman-Rho. Kadeah ini digunakan kerana data pembolehubah bebas iaitu
tahap pengetahuan pelajar mengenai kesan merokok adalah berbentuk interval manakala
pembolehubah bersandar iaitu tabiat merokok adalah data berbentuk ordinal.

Jadual 4.8
Korelasi Spearman-Rho Antara Tahap Pengetahuan Mengenai Kesan dan Tabiat Merokok di

Kalangan Pelajar Lelaki Kolej Komuniti Arau

Correlation Coefficient Kesan Tabiat
1.000 -.034

Sig. (2-tailed) .830

N 42 42

Dapatan analisis korelasi berdasarkan Jadual 4.8 menunjukkan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan mengenai kesan dan tabiat merokok di
kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau (k = -.034, p > .05). Maka hipotesis nul pertama

158

bagi kajian ini boleh diterima. Sebagai kesimpulannya, tahap pengetahuan pelajar mengenai
kesan-kesan akibat merokok tidak mempengaruhi tabiat merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej
Komuniti Arau.

Hₒ2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan mengenai
faktor dan tabiat merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau .

Bagi menguji hipotesis nul dalam kajian ini, statistik inferensi yang digunakan adalah
ujian Korelasi Spearman-Rho. Kadeah ini digunakan kerana data pembolehubah bebas iaitu
tahap pengetahuan pelajar mengenai faktor merokok adalah berbentuk interval manakala
pembolehubah bersandar iaitu tabiat merokok adalah data berbentuk ordinal.

Jadual 4.9
Korelasi Spearman-Rho Antara Tahap Pengetahuan Mengenai Faktor dan Tabiat Merokok di

Kalangan Pelajar Lelaki Kolej Komuniti Arau

Correlation Coefficient Faktor Tabiat
1.000 .364*

Sig. (2-tailed) .018

N 42 42
*Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed)

Dapatan analisis korelasi berdasarkan Jadual 4.9 menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dan tabiat merokok di kalangan pelajar
lelaki Kolej Komuniti Arau (k = .364, p < .05). Maka hipotesis nul kedua bagi kajian ini tidak
boleh diterima. Sebagai kesimpulannya, tahap pengetahuan pelajar mengenai faktor-faktor
seseorang itu merokok mempengaruhi tabiat merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti
Arau.

159

Hₒ3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dan tabiat
merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau .

Bagi menguji hipotesis nul dalam kajian ini, statistik inferensi yang digunakan adalah
ujian Korelasi Spearman-Rho. Kadeah ini digunakan kerana data pembolehubah bebas iaitu
tahap pengetahuan pelajar adalah berbentuk interval manakala pembolehubah bersandar iaitu
tabiat merokok adalah data berbentuk ordinal.

Jadual 4.10
Korelasi Spearman-Rho Antara Tahap Pengetahuan dan Tabiat Merokok di Kalangan Pelajar

Lelaki Kolej komuniti Arau

Correlation Coefficient Tahap Pengetahuan Tabiat
1.000 .177

Sig. (2-tailed) .262

N 42 42

Dapatan analisis korelasi berdasarkan Jadual 4.10 menunjukkan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dan tabiat merokok di kalangan pelajar
lelaki Kolej Komuniti Arau (k = .177, p > .05). Maka hipotesis nul ketiga bagi kajian ini boleh
diterima. Sebagai kesimpulannya, tahap pengetahuan pelajar mengenai faktor-faktor seseorang
itu merokok dan kesan-kesan akibat merokok tidak mempengaruhi tabiat merokok di kalangan
pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau.

160

4.5 Rumusan
Dapatan pendekatan kuantitatif yang berdasarkan analisis deskriptif dan korelasi yang

dibentangkan dalam bab ini telah menjawab persoalan kajian dalam Bab 1. Keputusan mendapati
tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan mengenai kesan dan tabiat
merokok di kalangan responden. Keputusan juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan
di antara tahap pengetahuan mengenai faktor dan tabiat merokok. Namun begitu, secara
keseluruhannya keputusan mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan di antara tahap
pengetahuan dan tabiat merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau.

161

BAB 5
PERBINCANGAN

5.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan tentang dapatan kajian yang dihuraikan dalam Bab 4 iaitu

rumusan perbincangan dapatan kajian. Perbincangan dapatan kajian diolah mengikut persoalan-
persoalan yang diutarakan dalam kajian ini. Kajian ini dibentuk daripada pendekatan kuantitatif
yang menggunakan statistik inferensi. Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah
soal selidik yang diedarkan kepada responden secara persampelan rawak mudah. Semua data
yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social
Sciences (SPSS) Versi 17.

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Perbincangan dimulakan dengan melihat kepada demografi responden. Responden yang

terlibat dalam kajian ini berumur dalam lingkungan 18-28 tahun. Separuh (50%) daripada
responden adalah terdiri daripada pelajar yang berumur 18 tahun. Ini bertepatan dengan hasil
kajian yang menyatakan bahawa penggunaan tembakau di kalangan orang dewasa muda adalah
kekal agak konsisten (Welte, Barnes, Tidwell, & Hoffman, 2011). Pengkaji menjalankan kajian
ke atas pelajar lelaki kerana menurut kajian mengenai tembakau yang dijalankan di China pada
tahun 1996 (Yang et.al, 1999) dan pada tahun 2002 (Yang et.al, 2005), kadar merokok di
kalangan lelaki meningkat daripada 63% pada tahun 1996 kepada 66% pada tahun 2002.
Pengkaji juga melihat kepada tahap pendidikan ibu dan bapa responden. Berdasarkan keputusan
yang diperolehi kebanyakan ibu bapa responden mempunyai taraf pendidikan pada peringkat

162

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tahap pendidikan ibu bapa memainkan peranan dalam
mempengaruhi tingkah laku anak-anak mereka sebagaimana di Arab Saudi yang mana pengaruh
daripada ibu bapa banyak memberi kesan kepada anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai tahap
pendidikan yang tinggi juga lebih rasional dalam memberi contoh serta mempengaruhi kelakuan
anak-anak mereka (Zaloudikova et.al, 2012). Pengkaji juga melihat dari sudut kewangan atau
pendapatan bulanan ibu dan bapa responden. Secara keseluruhannya responden mempunyai ibu
bapa yang berpendapatan di antara RM1000 – RM2000 sebulan. Faktor kewangan juga menjadi
antara sebab seseorang remaja itu merokok. Secara umumnya, tabiat merokok di Malaysia adalah
tingkah laku utama yang diamalkan secara berleluasa oleh kira-kira 5 juta orang yang mewakili
pelbagai kumpulan demografi dan latar belakang sosio-ekonomi yang berbeza (Clearing House
for Tobacco Control, 2005).

Pengkaji juga mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan mengenai kesan merokok
dan tabiat merokok di kalangan responden. Tabiat merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej
Komuniti Arau boleh dikatakan berada pada tahap serius apabila mendapati sejumah 88.3%
daripada responden mengamalkan tabiat merokok dengan 37% daripadanya merokok lebih
daripada 10 kali dalam sehari. Daripada data yang diperolehi, didapati tiada hubungan yang
signifikan di antara tahap pengetahuan mengenai kesan merokok dan tabiat merokok (k = -.034,
p > .05). Ini bermaksud responden mengetahui dengan baik kesan-kesan akibat tabiat merokok,
namun begitu tetap mengamalkan tabiat merokok. Kesan-kesan mengenai tabiat merokok banyak
dipaparkan di pelbagai saluran media massa. Menurut kajian yang dijalankan oleh Hanum
Hassan (2012), mendapati bahawa kempen anti merokok yang diperkenalkan oleh kerajaan
dengan menggunakan akronim "TaK Nak Merokok" telah menelan belanja jutaan ringgit, namun
tidak menampakkan perubahan yang signifikan dalam kalangan perokok. Kegagalan mencapai

163

matlamat sering kali dikaitkan dengan kegagalan mengubah sikap penerima yang dianggap degil
(Rogers 2003). Menurut Rogers (2003), sesuatu idea baru amat susah diterima atau terdapat
rintangan walaupun idea tersebut mempunyai banyak kelebihan yang ketara. Berkemungkinan
keadaan ini berlaku kerana kempen yang dilaksanakan tidak mempunyai ciri-ciri yang mampu
menarik masyarakat untuk menerimanya. Disebabkan itu, tiada kesedaran yang timbul dalam diri
perokok malah meneruskan amalan tersebut.

Selain daripada itu, pengkaji juga mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan
responden terhadap faktor-faktor merokok dan tabiat merokok. Daripada data yang diperolehi,
didapati terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan mengenai faktor-faktor
merokok dan tabiat merokok (k = .364, p < .05). Ini bermakna tahap pengetahuan responden
mengenai faktor-faktor seseorang itu merokok mempengaruhi tabiat mereka dalam amalan
tersebut. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi tabiat merokok seseorang itu adalah bagi
mengatasi tekanan. Apabila seseorang remaja itu berada dalam keadaan tertekan, mereka akan
mencari satu jalan penyelesaian bagi mengatasinya, biasanya banyak berhubungan dengan ciri-
ciri yang ada pada diri remaja itu sendiri. Perilaku berisiko yang paling sering dilakukan oleh
remaja adalah penggunaan rokok, alkohol dan dadah. (Rey, 2002). Kenyataan ini disokong oleh
Nasution, 2007 yang menyatakan remaja lelaki yang mengalami tekanan akan lebih sering
merokok dan mengambil alkohol, sehingga dapat dirumuskan bahawa stress merupakan salah
satu faktor yang menyebabkan remaja merokok.

Bagi melihat secara keseluruhan mengenai tahap pengetahuan responden mengenai kesan
dan faktor merokok terhadap tabiat merokok, pengkaji telah melakukan ujian korelasi Spearman-
Rho terhadap data yang diperolehi. Berdasarkan keputusan yang diterima, tidak terdapat
hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dan tabiat merokok di kalangan

164

responden yang dikaji (k = .177, p > .05). Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa
sesorang yang telah mengamalkan tabiat merokok akan tetap meneruskan amalan tersebut
walaupun mengetahui kesan-kesan dan faktor mengenainya. Menurut Komasari (2000), perilaku
merokok selain disebabkan oleh faktor-faktor dalaman diri juga disebabkan oleh faktor
persekitaran. Remaja mula merokok dikaitkan dengan krisis aspek psikososial yang dialami
semasa fasa perkembangan diri iaitu ketika sedang mencari-cari jati diri mereka. Seseorang yang
pertama kali merokok akan mengalami gejala-gejala seperti batuk dan mual. Namun demikian,
gejala-gejala ini yang pada mulanya menyakitkan akan menjadi kebiasaan dan seterusnya kepada
fasa kebergantungan atau ketagihan. Hal ini dapat dijelaskan dari konsep tobacco depency
(kebergatungan rokok). Ini disebabkan oleh sifat nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan,
jika dihentikan akan menyebabkan tekanan kepada golongan perokok (Tandra, H., 2003).

5.3 Implikasi Dapatan Kajian
Hasil daripada dapatan kajian yang telah dijalankan, didapati tabiat merokok di kalangan

pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau tidak dipengaruhi oleh tahap pengetahuan terhadap kesan dan
juga faktor merokok. Ini menjelaskan bahawa tabiat merokok adalah satu amalan yang tidak baik
untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja. Pihak tertentu terutamanya pihak berkuasa perlu
meningkatkan lagi penguatkuasaan terhadap undang-undang mengenai rokok seperti larangan
merokok di tempat awam dan larangan penjualan rokok kepada individu yang berumur di bawah
18 tahun. Kempen-kempen mengenai bahaya amalan merokok juga perlulah ditambah baik bagi
memberi kesan yang optimum kepada golongan sasar agar masyarakat Malaysia umumunya
tidak lagi mengamalkan tabiat yang tidak sihat ini.

165

5.4 Cadangan Kajian Masa Hadapan
Walaupun kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan pelajar lelaki di Kolej Komuniti

Arau dan tidak mewakili kesemua golongan remaja di Malaysia, satu kajian lanjutan perlu
dilakukan terhadap populasi yang lebih besar bagi melihat sejauh manakah amalan ini menjadi
masalah kepada negara Malaysia agar satu tindakan yang efektif dapat dilakukan.

5.5 Rumusan
Kesimpulannya, bab ini menghuraikan ringkasan dapatan kajian, perbincangan,

implikasi serta cadangan untuk kajian akan datang. Perbincangan dapatan kajian dikaitkan
dengan dapatan kajian-kajian lepas dan dari aspek teoritikal. Secara keseluruhannya, kajian ini
cuba meneroka hubungan antara tahap pengetahuan dan tabiat merokok di kalangan pelajar lelaki
Kolej Komuniti Arau. Keputusan mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di
antara tahap pengetahuan dan tabiat merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau.
Justeru, dalam hal ini, pihak yang terlibat secara langsung disarankan agar tidak mengabaikan
dapatan kajian ini dalam merangka kajian-kajian tindakan pada masa akan datang.

166

RUJUKAN

Beyer, D. J., Lovelace, C., & Yurekli, A. (2001). Poverty and Tobacco (comment), Tob Control.
dari http://tobaccocontrol.bmi.com/content/l0/3/2l0.extrac

Bobak, M., Jha, P., Nguyen, S., & Jarvis, M. (2000). Poverty and smoking. In Jha P and
Chaloupka F. J., (eds.), Tobacco Conlrol in Developing Countries. Oxford: Oxford
University Press.

China Daily (201 1). Anti-smoking in China. http://www.chinadailv.com.cn/china/2011-
01/07/content 1 I808366.htm

Clearinghouse for tobacco control (2005). Tobacco C'ontrol in Malaysia: A Long Winding Road.
Pusat Racun Negara.

Flay, B. R., d'Avernas, J. R., Best, J. A., Kersell, M. W., and Ryan, K. B. (1983). Cigarette
smoking: Why young people do it and ways of preventing it. In McGrath, P. J., and
Firestone, P. (eds.), Pediatric and Adolescent BehavioraIMedicine, Springer, New York,
pp. 132-183.

Gu, D., Wu, X., Reynolds, K., Duan, X., Xin, X., Reynolds, R., Whelton, P. and He, J. (2004),
“Cigarette smoking and exposure to environmental tobacco smoke in China: the
international collaborative study of cardiovascular disease in Asia”, American Journal of
Public Health, Vol. 94, pp. 1972-6.

Gu, D., X., Wu, K., Reynolds, X., Duan, Xin,X., Reynolds, R. F., Whelton, P.K. & He, J. (2009).
Cigarette smoking and exposure to environmental tobacco smoke in China: the
international collaborative study of cardiovascular disease in Asia. Am JPublic Health,
94(1 I), 1972-1976.

Hyland, A. (2003). To Teach Online or Not? The Decision Facing University Teachers.
http://surveys.canterbury.ac.nz/herdsa03/pdfsnon/N 1090.pdf.

Hyland, A., Vena, C., Bauer, J., Li, O., Giovino, G.A., Yang, J., Cummings, K.M., Mowery, P.,
Fellows, J., Pechacek, T. & Pederson, L. (2003). Cigarette smoking attributable
morbidity United States, 2000. Morbidity and Morlality Weekly Report (MMWR); 52
(39), 842-844.

Jha, P., Jacob, B., Gajalakshmi, V., Gupta, P. C., Dhingra, N., Kumar, R. et al. (2008) A
nationally representative caseecontrol study of smoking and death in India. The New
England Journal of Medicine ,3 58. 1137-1 147.

John, R. M., Sung, H-Y. A., & Max, W. (2009) Econo~nic cost of tobacco use in India, 2004.
Tobacco Control, 18, 138-1 3.

167

Kamaludin Mat Zin (Jun 1996). “Role Model Bangsa Melayu : Dulu Kini Dan Masa Depan”.
Pemikir Bil 4. m.s. 124 – 131.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2004). TaK Nak Booklet. Terbitan Bahagian Pendidikan
Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2005). Manual latihan kebangsaan: Membantu perokok
berhenti merokok untuk profesional kesihatan di klinik berhenti merokok hospital dan
klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Kesihatan
Malaysia, Bahagian Pendidikan Kesihatan.

Komasari, D. & Helmi, AF. (2000) Faktor-faktor penyebab perilaku merokok pada remaja.
Jurnal Psikologi Universitas Gadjah Mada 2. Yogyakarta: Universitas Gadjah Mada
Press.

Mao, R., Li, X., Stanton, B., Wang, J., Hong, Y., Zhang, H. and Chen, X. (2009), “Psychosocial
correlates of cigarette smoking among college students in China”, Health Education
Research, Vol. 24, pp. 105-18.

Mohamad Zuki Pileh: (Disember 1987). “Kenapa Berlaku Kenakalan Remaja?”. Dewan Siswa.
m.s 40 – 41.

Nasution. (2007). Kemandirian sebagai kebutuhan psikologi pada remaja. Http://www.e-
psikologi.com/epi/individual_detail.asp?id:383

Pan, Z. (2004), “Socioeconomic predictors of smoking and smoking frequency in urban
China: evidence of smoking as a social function”, Health Promotion International, Vol.
19, pp. 309-15.

Rey, J. (2002). More than just the blues : Understanding Serious Teenage Problems. Sydney:
Simon & Schuster

Rigotti, N.A., Lee, J.E and Wechsler,H. (2000), “United States college students’ use of tobacco
products: results of a national survey”, JAMA, Vol.284, pp. 699-705.

Schaefer DR, Haas SA, Bishop NJ: A dynamic model of US adolescents smoking and friendship
networks. Am J Public Health 2012, 102(6):e12–e18.

Sufean Hussin. (2004). Merokok di kalangan remaja Malaysia (ms.52). Kuala Lumpur :
Karisma

Tandra,Hans.(2003).MerokokdanKesehatan.Http://www.antirokok.or.id/berita/berita_
rokok_kesehatan.htm

Utusan Malaysia (2010, April 12). Kawasan larangan merokok akan ditambah.

168

Utusan Malaysia (2010, Mei 31). Laman Sesawang Berhenti Merokok.
Wang, T. and Li, D. (1998), “Current status and developmenttrend of smoking population in

China”, Forecast 1998, Vol.10, pp. 14-18
Wechsler, H., Rigotti, N. A., Gledhill-Hoyt, J., & Lee, H. (1998). Increased levels of cigarette

use among college students: A cause for national concern. JAMA: Journal of the
American Medical Association, 280, 1673–1678.
Welte, J. W., Barnes, G. M., Tidwell, M. C. O., & Hoffman, J. H. (2011). Tobacco use,
heavy use and dependence among adolescents and young adults in the U.S. Substance
Use and Misuse, 46, 1090–1098.
Wetter, D. W., Kenford, S. L., Welsch, S. K., Smith, S. S., Fouladi, R. T., Fiore, M. C., & Baker,
T. B. (2004). Prevalence and predictors of transitions in smoking behavior among college
students. Health Psychology, 23, 168–177.
Yang, G.H., Fan, L.X., Tan, J., Qi, G., Zhang, Y., Samet, J., Taylor, C., Becker, K. and Xu, J.
(1999), “Smoking in China: findings of the 1996 national prevalence survey”, JAMA,
Vol. 282, pp. 1247-53.
Yang, G.H., Ma, J.M., Liu, N. and Zhou, L.N. (2005), “Smoking and passive smoking in China:
findings of the 2002 national survey”, Chinese Journal of Epidemiology, Vol. 26, pp 77-
83.
Zaloudikova S, Hruba D, Samara I: Parental education and family status- association with
children smoking. Cent Eur J Public Health 2012, 20(1):38–44.
Zulkarnaen Kamarudin (2002). “Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar merokok di
Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Syah, Kuala Rompin, Pahang”. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

169

LAMPIRAN A
Soal-selidik Kajian

BORANG SOAL SELIDIK

SOAL SELIDIK PELAJAR

HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN DAN TABIAT
MEROKOK DI KALANGAN PELAJAR LELAKI
KOLEJ KOMUNITI ARAU

Terima kasih kerana anda sudi menjadi responden dalam kajian ini. Borang soal selidik ini
mengandungi TIGA BAHAGIAN. Para pelajar diminta untuk memberikan respon di dalam soal

selidik ini.
Semua respon adalah sulit dan rahsia yang hanya digunakan untuk tujuan kajian sahaja.
Kerjasama para pelajar sangat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sumbangan saudara dan saudari amat besar maknanya bukan hanya kepada kajian ini tetapi

juga kepada Kolej Komuniti Arau dan negara amnya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
WAN MUHAMAD FITRI BIN WAN ZAHARI

TEL: 012-9673240

A. DEMOGRAFI
Sila tandakan dan lengkapkan maklumat berikut :

170

1. Umur : _____ tahun
2. Tahap pendidikan ibu :

PMR SPM Diploma Ijazah Master PhD.
Lain-lain, nyatakan : ________
3. Tahap pendidikan bapa :
PMR SPM Diploma Ijazah Master PhD.
Lain-lain, nyatakan : ________
4. Pendapatan ibu :
Kurang RM 1000 RM 1001 – RM 2000 RM 2001 – RM 3000
Lebih RM 3000
5. Pendapatan bapa :
Kurang RM 1000 RM 1001 – RM 2000 RM 2001 – RM 3000
Lebih RM 3000

171

B. TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI AMALAN MEROKOK

Berpandukan skala berikut, sila nyatakan tahap pengetahuan anda terhadap kesan-kesan dan
faktor
merokok

1. Sangat tidak setuju 12345
2. Tidak setuju
3. Sederhana
4. Bersetuju
5. Sangat bersetuju

KESAN MEROKOK
1 Perbelanjaan meningkat ( kewangan )
2 Penyakit seperti kanser, batuk, strok dan lain-lain.
3 Penyakit kepada masyarakat ( perokok pasif )
4 Kurang stamina ( kemurungan )
5 Ketagihan yang berterusan
6 Lahir generasi yang kurang upaya ( OKU ) atau tidak

sempurna.
7 Risiko kematian adalah tinggi.
8 Mempercepatkan kemerosotan mental.

FAKTOR MEROKOK 12345
1 Mengatasi stress/tekanan

2 Pengaruh media massa/masyarkat sekeliling

3 Sifat ingin mencuba sesuatu yang baru

4 Ketagihan

5 Pengaruh keluarga

6 Membentuk imej diri agar dianggap berani/hebat/dewasa
dan lain-lain.

7 Langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap
larangan menjual rokok kepada remaja berumur 18 tahun ke
bawah lemah/gagal.

8 Kurangnya kesedaran dalam diri dan masyarakat

172

C. TABIAT MEROKOK
Berapa kali anda merokok dalam masa satu hari

Tidak merokok
Kadang - kadang
1 – 5 kali sehari
5 – 10 kali sehari
> 10 kali sehari

Tamat. Terima kasih.

173

LAMPIRAN B
OUTPUT STATISTIK KAJIAN

Umur

Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent

Valid 18 21 50.0 50.0 50.0
19
20 9 21.4 21.4 71.4
21
22 6 14.3 14.3 85.7
24
28 1 2.4 2.4 88.1
Total
3 7.1 7.1 95.2

1 2.4 2.4 97.6

1 2.4 2.4 100.0

42 100.0 100.0

Pendidikan Ibu

Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent

Valid PMR 2 4.8 4.8 4.8
SPM
DIPLOMA 25 59.5 59.5 64.3
IJAZAH
MASTER 7 16.7 16.7 81.0
LAIN2
Total 4 9.5 9.5 90.5

1 2.4 2.4 92.9

3 7.1 7.1 100.0

42 100.0 100.0

174

Pendidikan Bapa

Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent

Valid PMR 2 4.8 4.8 4.8
SPM
DIPLOMA 23 54.8 54.8 59.5
IJAZAH
MASTER 7 16.7 16.7 76.2
PHD
LAIN2 5 11.9 11.9 88.1
Total
2 4.8 4.8 92.9

2 4.8 4.8 97.6

1 2.4 2.4 100.0

42 100.0 100.0

Duit Ibu

Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent

Valid <1000 24 57.1 57.1 57.1
1001-2000
2001-3000 10 23.8 23.8 81.0
>3000
Total 5 11.9 11.9 92.9

3 7.1 7.1 100.0

42 100.0 100.0

Duit Bapa

Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent

Valid <1000 14 33.3 33.3 33.3
1001-2000
2001-3000 15 35.7 35.7 69.0
>3000
5 5 11.9 11.9 81.0
Total
7 16.7 16.7 97.6

1 2.4 2.4 100.0

42 100.0 100.0

175

Descriptive Statistics

N Mean Std. Deviation

kewangan 42 3.52 1.418
penyakit 42 3.64 1.358
pasif 42 3.60 1.398
kemurungan 42 3.40 1.415
ketagihan 42 3.64 1.303
oku 42 3.43 1.417
kematian 42 3.45 1.383
mental 42 3.26 1.499
min_tot_kesan 42 3.4940 1.09738
Valid N (listwise) 42

Descriptive Statistics

N Mean Std. Deviation

stress 42 3.31 1.554
media 42 3.07 1.404
ingin tahu 42 3.29 1.402
ketagihan 42 3.33 1.541
keluarga 42 2.69 1.660
imej 42 2.98 1.554
penguatkuasaan 42 3.36 1.559
kesedaran 42 3.29 1.535
min_tot_faktor 42 3.1637 1.17827
Valid N (listwise) 42

176

Tabiat Merokok

Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent

Valid tak merokok 5 11.9 11.9 11.9
kadang-kadang
1-5 10 23.8 23.8 35.7
5-10
>10 9 21.4 21.4 57.1
Total
7 16.7 16.7 73.8

11 26.2 26.2 100.0

42 100.0 100.0

Correlations

min_tot_kesan tabiat

Spearman's rho min_tot_kesan Correlation Coefficient 1.000 -.034
tabiat Sig. (2-tailed)
N . .830
Correlation Coefficient
Sig. (2-tailed) 42 42
N
-.034 1.000

.830 .

42 42

Correlations

Spearman's rho min_tot_faktor Correlation Coefficient min_tot_faktor tabiat
tabiat Sig. (2-tailed) 1.000 .364*
N
Correlation Coefficient . .018
Sig. (2-tailed)
N 42 42
.364* 1.000

.018 .

42 42

177

Correlations

Spearman's rho min_tot_faktor Correlation Coefficient min_tot_faktor tabiat
1.000 .364*

Sig. (2-tailed) . .018

N 42 42
.364* 1.000
tabiat Correlation Coefficient

Sig. (2-tailed) .018 .

N 42 42
*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

Correlations

Spearman's rho min_tot_faktor Correlation Coefficient min_tot_faktor tabiat
1.000 .364*

Sig. (2-tailed) . .018

N 42 42
.364* 1.000
tabiat Correlation Coefficient

Sig. (2-tailed) .018 .

N 42 42
*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

178

HUBUNGAN ANTARA IKLIM ORGANISASI DAN TEKANAN
KERJA TERHADAP PRESTASI KERJA DI KOLEJ KOMUNITI

HASNIZA BINTI ABDUL WAHAB 1
[email protected]

KASMAWATI BINTI ABU KASIM 2
[email protected]

Abstrak

Kajian penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji tahap setiap pemboleh ubah dan hubungan
antara iklim organisasi dan tekanan kerja terhadap prestasi kerja di kalangan kakitangan Kolej
Komuniti. Daripada 92 borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 72 yang dikembalikan dan
hanya 69 sahaja yang boleh digunakan. Data yang diperolehi diproses menggunakan perisian
“Statistical Package For Social Science” (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan
responden mempunyai persepsi sederhana terhadap iklim organisasi dan tidak memuaskan
terhadap tekanan kerja. Manakala tahap prestasi kerja menunjukkan tahap memuaskan. Analisis
Korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji perkaitan antara setiap pembolehubah tidak
bersandar dengan pemboleh ubah bersandar. Manakala ujian ANOVA Sehala digunakan untuk
melihat perbezaan antara prestasi kerja mengikut tahun perkhidmatan. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara iklim organisasi dengan prestasi kerja di
kalangan kakitangan kolej komuniti (p = .427, p < .01). Hubungan yang signifikan juga wujud
antara tekanan kerja dengan prestasi kerja di kalangan kakitangan kolej komuniti (p = -.586, p <
.01). Ujian Anova Sehala prestasi kerja berdasarkan tempoh perkhidmatan adalah signifikan F
(2,66) = 4.862, p < .05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara
prestasi kerja berdasarkan tempoh perkhidmatan di kalangan kakitangan kolej komuniti.

Kata kunci : Iklim Organisasi, Tekanan Kerja, Prestasi Kerja

179

1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan merupakan asas kepada pembangunan sesebuah Negara. Ini kerana mutu pendidikan
yang baik menyumbang kepada pembentukan generasi gemilang sesebuah negara yang
produktif, mampan dan sihat. Mutu pendidikan yang cemerlang bergantung kepada produktiviti
yang tinggi di kalangan ahli-ahli pendidik terutama guru (Sapora, 2012). Namun begitu, bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang serta berkemahiran, adalah penting bagi memantapkan
kesedian para guru, infrastuktur dan organisasi pendidikan.

Organisasi merupakan suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan
yang pelbagai serta menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang
sama (Robbins, 2012). Manakala tingkahlaku organisasi merujuk kepada sikap dan peribadi
individu serta kumpulan dalam sesebuah organisasi (Martin, 2010). Bagi memastikan kemajuan
dan kejayaan sesebuah organisasi, antara aspek penting tingkahlaku organisasi yang biasa dikaji
ialah gelagat organisasi pekerja. Gelagat organisasi adalah berkaitan dengan persekitaran
organisasi dikenali sebagai iklim organisasi. Ini kerana menurut Zhang et.al.,(2011) iklim
organisasi mempengaruhi tingkahlaku individu terhadap organisasinya dimana identiti organisasi
mempunyai hubungan yang positif di dalam perhubungan antara iklim dan prestasi kakitangan.

Iklim organisasi sesebuah institusi pendidikan merupakan antara kajian utama para pengkaji
kerana ia merupakan antara kata kunci dalam membantu mengekalkan kecemerlangan dalam
sistem pendidikan (Cohen et.al., 2009). Di Malaysia, perkembangan dan kemajuan dalam sistem
pendidikan menjadi tunjang utama untuk membangunkan negara. Oleh itu bagi memastikan
kemajuan negara, keberkesanan sistem pendidikan perlu dititikberatkan dan kejayaan dalam
sistem pendidikan negara pula adalah amat bergantung kepada organisasi sistem pendidikan itu
sendiri.

Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan organisasi pendidikan ialah suasana atau iklim
organisasi pendidikan (Mumtaz et al., 2009). Iklim organisasi ini dibentuk melalui persepsi
pekerja di dalam organisasi dan menjadi asas kepada pembentukan sikap seseorang pekerja
terhadap organisasinya. oleh itu, iklim organisasi dilihat mempengaruhi tingkahlaku pekerja
terhadap organisasi itu sendiri. Selain itu kualiti yang ada pada pekerja dalam organisasi

180

pendidikan juga mempengaruhi pencapaian dan kemajuan sekolah (Liu et al., 2014). Kualiti ini
termasuk dari aspek sikap dan sifat guru-guru yang bekerja melebihi tanggungjawab formal
mereka dan sanggup meluangkan masa serta tenaga untuk kejayaan organisasi yang dikenali
sebagai gelagat kewarganegaraan organisasi.

Tekanan kerja mempunyai kesan ke atas prestasi kerja dan kesejahteraan pekerja dan seterusnya
berkaitan dengan keberkesanan organisasi (Coursesenu, 2001). Ini kerana apabila kita
mengalami tekanan, kita akan berusaha untuk mencari punca dan sekiranya kita tidak berusaha
mencari punca, maka kita akan berputus asa. Sekiranya tidak berjaya mencari puncanya kepada
tekanan, ia mungkin akan menghasilkan keadaan ketidakselasaan fizikal, merasai ketegangan,
marah serta ketidakupayaan. Artikel yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 24 April 2012
menunjukkan bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang mencetuskan
tekanan selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Kedudukan ini mengatasi profesion tentera
yang berada ditempat kelima.

Prestasi merupakan istilah yang sering digunakan di dalam pengurusan kerajaan mahupun swasta
di Malaysia ataupun negara-negara lain. Menurut Noel (2009), prestasi membawa maksud
sebagai suatu proses di mana pengurus bertanggungjawab memastikan aktiviti dan produktiviti
pekerja adalah selari dengan matlamat organisasi. Malah, ketekunan dan kesempurnaan di dalam
melakukan sesuatu pekerjaan adalah asas kepada prestasi kerja. Prestasi kerja mempunyai kaitan
dengan kepuasan kerja ( Brien et al., 2012). Kepuasan kerja merujuk kepada kesanggupan
seseorang individu bekerja dengan penuh tanggungjawab dan rela hati.

1.2 Pernyataan Masalah
Malaysia sedang menuju ke alaf baru yang melibatkan perubahan dalam pelbagai aspek
termasuklah pendidikan. Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada
peningkatan daya saing negara. Dalam menuju era globalisasi, organisasi pendidikan perlu
bergerak seiring dengan perubahan-perubahan yang diperlukan oleh masyarakat dinamik abad
ke-21 yang bertujuan untuk mencapai aspirasi negara untuk mendapat taraf negara maju
bertonggakkan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

181

Sistem pendidikan seharusnya mampu memenuhi kehendak komersil dan industri serta dapat
menghasilkan tenaga kerja yang berupaya dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran.
Industri memerlukan tenaga kerja yang berketrampilan dalam bidang industri yang berkaitan.
Maka pendidikan teknik dan vokasional dilihat sebagai agenda penting bagi menjana kepesatan
industri dan mencapai status negara maju ( Ahmad, et al., 2009).

Mesyuarat Kabinet pada 5 Julai 2000 telah meluluskan penubuhan Kolej Komuniti dengan
tujuan untuk menyediakan latihan serta kemahiran kepada masyarakat setempat. Malah Kolej
Komuniti turut memberi peluang dan laluan alternatif kepada lepasan menengah dan pelajar
tercicir daripada sistem pendidikan, pekerja-pekerja serta masyarakat setempat melanjutkan
pendidikan dan latihan teknik dan vokasional yang mereka minati. Sebagai pusat pembelajaran
sepanjang hayat, Kolej Komuniti menawarkan kursus sepenuh masa dan separuh masa dengan
syarat kemasukan yang minima dan latihan yang fleksibel. Matlamat ini sejajar untuk
meningkatkan peluang pekerjaan dan menuju kearah Negara maju.

Bermula dengan 12 buah Kolej Komuniti pada tahun 2001, kini terdapat 91 buah kolej komuniti
diseluruh Negara. Lulusan program Sijil dan Diploma Kolej Komuniti sepenuh masa yang telah
dikeluarkan adalah seramai 47 578 orang, lulusan program Sijil Modular Kebangsaan seramai 30
268 orang dan peserta kursus pendek menghampiri 1.3 juta. Bagi merealisasikan dapatan data-
data tersebut, sumber manusia merupakan kumpulan penting kepada sesebuah organisasi
berperanan untuk menentukan kualiti, reputasi dan prestasi organisasi ( Liu et al., 2014).
Semakin berkualiti ahli sesebuah organisasi maka semakin cemerlang organisasi tersebut. Oleh
itu, organisasi perlu menyediakan persekitaran yang positif serta kondusif. Konsep organisasi
berkesan adalah menyentuh mengenai aspek kepimpinan, iklim yang kondusif serta peranan
pekerja yang berkesan dalam pelaksanaan tugas serta sikap yang positif dan permuafakatan (
Rubie-Davies et al., 2012).

Menurut Platsidou (2010), pendidik juga boleh mengalami masalah burnout yang berpunca
daripada pelbagai faktor. Antaranya ialah kejadian burnout banyak disumbangkan oleh suasana
pekerjaan itu sendiri dan bukan disebabkan oleh individu itu sendiri. Punca utama yang
berkaitan dengan suasana pekerjaan itu sendiri ialah beban kerja yang berlebihan, kekurangan

182

kawalan, ganjaran yang tidak setimpal, ketidakadilan, keruntuhan akhlak dan konflik nilai.
seterusnya akan menyebabkan penurunan prestasi kerja.

Kepuasan kerja seseorang itu adalah penting kerana mereka akan melakukan kerja-kerja mereka
dengan ikhlas dan tidak akan merungut sekiranya mereka berpuas hati dengan kerja mereka.
Malah sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan kerja mereka segala kerja yang dilakukan
tidak bersungguh-sungguh. Raymond dan Daniel (1975) mengaitkan kepuasan kerja dengan
perasaan sejauh mana pekerja menyukai atau tidak menyukai kerjanya. Menurutnya pekerja
berpuas hati apabila mempunyai sikap positif terhadap kerja dan prospek kerja dan dapat merasai
pekerjaannya bersesuaian dengan keadaan hidupnya. Stres memberi kesan terhadap fisiologi,
psikologi dan tingkahlaku. Antara kesan-kesan fisiologi adalah menghidapi penyakit kronik
seperti darah tinggi, buah pinggang dan lemah jantung. Kesan psikologinya pula adalah mudah
muntah hilang semangat motivasi dan sebagainya. Manakala kesan tehadap tigkahlaku adalah
seseorang itu akan merasa mudah marah dan tidak melakukan kerja dengan sempurna.

Berdasarkan masalah di atas, maka adalah penting bagi sesebuah organisasi khususnya Kolej
Komuniti untuk menyediakan iklim organisasi yang positif dan kondusif untuk pekerja
menjalankan tugas dengan berkualiti dan berkesan. Iklim organisasi ini akan mempengaruhi
gelagat organisasi sama ada gelagat yang menyumbang kepada keberkesanan sesebuah
organisasi dan peningkatan prestasi kerja atau gelagat yang menjejaskan keberkesanan organisasi
dan penurunan prestasi pekerja. Rentetan daripada penerangan di atas, satu kajian perlu
dijalankan untuk mengkaji persepsi kakitangan terhadap iklim organisasi dan tekanan kerja
dengan prestasi kerja.

1.3 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu :

1.3.1 Menentukan persepsi kakitangan Kolej Komuniti terhadap iklim organisasi dan tahap
tekanan kerja terhadap prestasi kerja mereka.

1.3.2 Menentukan terdapat hubungan signifikan antara iklim organisasi dan tahap tekanan keja
dengan prestasi kerja kakitangan Kolej Komuniti.

183

1.3.3 Menentukan terdapat perbezaan yang signifikan bagi prestasi kerja di kalangan
kakitangan kolej komuniti berdasarkan tempoh perkhidmatan.

1.4 Soalan Kajian
Berdasarkan penyataan masalah dan objektif tersebut, beberapa persoalan berikut diharap dapat
dijawab melalui kajian yang akan dijalankan.

1.4.1 Apakah tahap iklim organisasi di kalangan kakitangan kolej komuniti?
1.4.2 Apakah tahap tekanan kerja di kalangan kakitangan kolej komuniti?
1.4.3 Apakah tahap prestasi kerja di kalangan kolej komuniti?
1.4.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara iklim organisasi dengan prestasi kerja

di kalangan kakitangan kolej komuniti?
1.4.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dengan prestasi kerja di

kalangan kakitangan kolej komuniti?
1.4.6 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan prestasi kerja di kalangan kakitangan kolej

komuniti berdasarkan tempoh perkhidmatan?

1.5 Hipotesis kajian
H01 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara iklim organisasi dengan prestasi kerja

di kalangan kakitangan kolej komuniti.

H02 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dengan prestasi kerja di
kalangan kakitangan kolej komuniti?

H03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan prestasi kerja di kalangan kakitangan kolej
komuniti berdasarkan tempoh perkhidmatan?

1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana iklim organisasi
mempengaruhi prestasi kerja kakitangan Kolej Komuniti. Ini adalah kerana belum pernah ada
kajian dilakukan mengenai iklim organisasi dan prestasi kerja di Kolej Komuniti. Kakitangan di
Kolej Komuniti memperuntukkan masa lebih daripada 40 jam di organisasi secara

184

keseluruhannya kerana terlibat di dalam program sepenuh masa dan juga kursus pendek. Maka
adalah penting kajian dijalankan dengan harapan akan dapat mengenalpasti beberapa elemen
yang di anggap penting bagi mewujudkan iklim organisasi yang kondusif serta meningkatkan
prestasi kakitangan di Kolej Komuniti.

Berdasarkan kepentingan dan perhubungan yang wujud antara iklim organisasi dan prestasi
kerja, ia juga memberI gambaran tentang kepentingan kajian ini secara langsung iaitu :

a. Memahami persekitaran organisasi iaitu iklim organisasi dan dapat membantu membaiki
hubungan persekitaran tersebut dengan prestasi kerja.

b. Melalui maklumat ini pihak yang bertanggungjawab dapat memahami persepsi para
pekerja terhadap iklim organisasi serta tekanan kerja dan juga tahap prestasi kerja.

c. Daripada memberi maklumbalas kepada pihak pengurusan mengenai tahap persepsi iklim
organisasi sertan tekanan dan prestasi kerja kakitangan. Impak kajian ke atas pihak
pengurusan ialah dapat menilai semula keadaan iklim organisasi dan prestasi serta
merancang program-program latihan dan pembangunan untuk kakitangannya pada masa
akan datang.

d. Akhirnya, maklumat mengenai tahap iklim organisasi dan tekanan dengan prestasi kerja
tersebut akan dapat membantu pentadbir untuk meningkatkan kejayaan sesebuah
organisasi.

Oleh itu kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak yang terlibat dalam sektor pendidikan sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Iklim organisasi yang kondusif dan positif dapat
meningkatkan prestasi kerja dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan sesebuah
organisasi khususnya Kolej Komuniti yang mana kini berada pada fasa pemerkasaan. Fasa
pemerkasaan Kolej Komuniti merupakan suatu kesinambungan kepada proses untuk
meningkatkan pencapaian institusi kolej komuniti sebagai pembekal utama TVET dan hab
Pembelajaran Sepanjang Hayat. Keutamaan diberikan kepada penggemblengan tenaga bagi
mencapai peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan yang disediakan. Fokus utama bagi
memertabatkan kolej komuniti ialah keberkesanan organisasi, keupayaan dan daya saing
komuniti, kerjasama strategik serta peningkatan pembangunan kapasiti dan bakat.

185

1.7 Limitasi Kajian
Kajian ini melibatkan semua kakitangan Kolej Komuniti Arau yang terdiri daripada kumpulan
professional dan kumpulan sokongan. Namun begitu, kajian ini tidak dapat mencerminkan
hubungan antara iklim organisasi dan prestasi kerja bagi semua kolej komuniti yang terdapat di
Malaysia kerana terbatas kepada populasi satu Kolej Komuniti sahaja. Tumpuan kajian hanya
kepada pembolehubah bebas iaitu iklim organisasi manakala pembolehubah bersandar ialah
prestasi kerja serta ciri-ciri demografi sebagai moderator.

Dapatan kajian ini hanya akan dapat dilihat berdasarkan persepsi responden yang akan diukur
melalui maklum balas borang selidik. Memandangkan kajian ini menilai persepsi di kalangan
responden, mungkin setiap persepsi tersebut berbeza antara seorang individu dengan individu
yang lain. Data yang akan diperolehi hanya berasaskan tindakbalas responden terhadap borang
soal selidik yang diedarkan. Selain itu, faktor masa yang tidak mencukupi untuk membuat kajian
menggunakan skop yang lebih besar.

2.0 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Topik ini akan membincangkan tentang konsep, teori berkaitan iklim organisasi, tekanan kerja,
persepsi dan prestasi kerja. Turut dibincangkan ialah kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan
pembolehubah kajian iaitu iklim organisasi dan tekanan kerja dengan prestasi kerja.

2.2 Konsep Iklim Organisasi

Terdapat pelbagai pandangan berbeza mengenai pengertian iklim organisasi. Konsep iklim
organisasi telah didefinisikan dengan pelbagai pengertian. Konsep iklim organisasi mempunyai
ciri kontroversional untuk diberikan maksud yang tepat. Kesukaran mendefinisikan iklim
organisasi adalah berpunca daripada sifat iklim yang sukar diukur secara empiris. Oleh itu,
definisi yang diberikan oleh para penyelidik adalah berasaskan kaedah yang mereka gunakan
untuk mengukur dan menentukan elemen atau dimensi dalam iklim organisasi.

186

Sejarah menunjukkan bahawa kajian mengenai iklim organisasi telah mula diasaskan oleh Lewin
dan rakan-rakan sekitar tahun 1939. Antara definisi awal mengenai iklim organisasi ialah satu set
ciri yang memerihalkan sesebuah organisasi dan yang membezakan satu organisasi dengan
organisasi lain, yang kekal dalam suatu jangka masa dan mempengaruhi tingkah laku organisasi
dalam jangka masa itu (Forehand dan Gilmer, 1964). Litwin dan Stringer (1968) pula
menyatakan iklim organisasi sebagai suatu konsep yang menerangkan secara subjektif tentang
sifat kualiti persekitaran pekerja. Luiser (1993) berpendapat bahawa iklim organisasi adalah
persepsi individu dalam sesebuah organisasi terhadap kualiti persekitaran tempat kerja mereka.

Mohd Faizal et.al.,(2012) menyatakan bahawa kejayaan sesebuah organisasi adalah bergantung
kepada sejauh mana kekuatan iklim organisasinya dalam menggalakkan dan membentuk
pembangunan pekerja kearah kompetensi yang tinggi di kalangan pekerja yang mampu memberi
impak positif kepada prestasi organisasi. Manakala Zhang et.al., (2011) pula menyatakan bahawa
iklim organisasi mempengaruhi tingkahlaku individu terhadap organisasinya dimana identiti
organisasi mempunyai hubungan yang positif di dalam perhubungan antara iklim dan prestsi
kakitangan.

2.3 Teori Iklim organisasi

Teori-teori yang berkait dengan iklim organisasi ialah teori gestalt, teori fungsional, dan teori
naïve psychology. Para sarjana yang paling awal mengemukakan teori yang berkaitan dengan
iklim organisasi ialah Scneider (1975).

Dua andaian asas yang digunakan dalam teori ini ialah:

i. Pertama, manusia mempunyai kecenderungan mengenalpasti dan menguasai
persekitarannya secara tersusun menerusi pemerhatiannya.

ii. Kedua, manusia akan menyesuaikan perilaku mereka bagi memahami persekitaran
kerja mereka secara efektif dan efisyen.

187

2.3.1 Teori Gestalt

Teori Gestalt bersandarkan proses pemikiran atau mental di dalam mempersepsikan
persekitarannya. Di mana pada prinsipnya iaitu pertama seseorang akan mempersepsikan setiap
unsur di dalam persekitarannya dan seterusnya pemikirannya mewujudkan satu aturan secara
kolektif atau bersama. Justeru itu, interpretasi yang positif terhadap organisasi dan
persekitarannya menjadikan pekerja menunjukkan tingkah laku yang diharapkan terhadap
prestasi (Campbell, 1970).

2.3.2 Teori Fungsional

Perkara utama yang menjadi asas teori fungsional ialah mengenai bagaimana individu bertindak
untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran kerja. Dalam konteks ini ianya berkait rapat
dengan proses mental yang membantu tingkah laku individu dalam menentukan kesesuaian yang
dikehendaki terhadap persekitarannya (Schneider, 1975).

2.3.3 Teori Naive Psychology

Teori ini telah dikemukakan oleh Helder. Beliau menyatakan bahawa setiap individu mempunyai
kaedah tersendiri tentang bagaimana untuk memenuhi kehendak tingkah laku. Seterusnya
disesuaikannya untuk menepati norma-norma persekitaran dan organisasi. Begitu juga dijelaskan
di sini bagaimana individu mempersepsikan iklim organisasi yang melibatkan unsur-unsur
seperti dasar organisasi, keadaan dan kemudahan organisasi, rakan sekerja, ganjaran dan
sokongan yang wujud di dalam organisasi (Schneider, 1975).

2.4 Dimensi Iklim Organisasi

Terdapat pelbagai dimensi yang telah diperkenalkan dan digunakan oleh pengkaji -pengkaji
terdahulu. Antara dimensi yang terawal telah dibangunkan adalah Litwin dan stringer (1968)
yang dikenali sebagai Organizational Climate Questionnairre. Mereka merupakan antara
pengkaji yang memberi sumbangan yang besar kepada kajian iklim. Litwin dan Stringer
menggunakan sembilan dimensi iaitu struktur, tanggungjawab, ganjaran, risiko, hubungan mesra,

188

sokongan, piawaian, konflik dan identiti. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan oleh
pengkaji-pengkaji seterusnya.

Para pengkaji tempatan juga turut menggunakan dimensi yang diperkenalkan oleh pengkaji-
pengkaji barat. Nortipah (2004) dan Edaham (2009) menggunakan tujuh dimensi dalam
kajiannya iaitu struktur, tanggungjawab, ganjaran, piawaian prestasi, identiti, sokongan dan
perhubungan. Padhi & Palo (2005) dan Mumtaz et.al., (2009) telah munggunakan 4 dimensi iaitu
pengeksplotasian, kemerosotan, sokongan dan kualiti menyeluruh yang dibangunkan oleh
Petrick & Furr (1995).

2.5 Konsep Tekanan Kerja

Tekanan wujud akibat daripada seseorang individu gagal menyesuaikan diri dengan
persekitarannya (Kaplan, 1983). Apabila tuntutan daripada persekitaran melebihi kapasiti
keupayaan individu, kegagalan individu dalam mengadaptasi tuntuan tersebut akan
menyebabkan individu rasa tidak puas dalam memenuhi keperluan sendiri. Seterusnya ia akan
menyebabkan individu itu mengalami ketegangan dan berasa tertekan.

Profesion sebagai guru adalah profesion yang sungguh mencabar memandangkan tugasnya yang
begitu banyak dan tanggungjawabnya yang begitu berat. Menurut Dunham (1992), terdapat lima
faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban
tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan tekanan kerja di kalangan guru sekolah
menengah sumber, dan hubungan interpersonal. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia seperti
mana yang dinyatakan oleh Faridah dan Zubaidah (1999) di mana guru berhadapan dengan
masalah sosial, anak muda yang terbiar dan masalah disiplin yang menakutkan serta disusuli pula
oleh tekanan kerja yang kuat.

Di samping itu, faktor beban tugas juga banyak mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Di dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah
laku pelajar yang mana faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru-guru di
sekolah menengah menghadapi tekanan. Guru-guru terpaksa berhadapan dengan masalah
pelajar-pelajar yang suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal
pelajar dalam kelas (Kamaruzzaman, 2007).

189

2.6 Konsep Persepsi

Persepsi merupakan pendekatan yang digunakan oleh para pengkaji gelagat organisasi dalam
memberi gambaran tentang iklim organisasi. Nortipah (2004) menyatakan persepsi menyebabkan
setiap orang mempunyai penilaian dan penafsiran yang berbeza mengenai fakta-fakta di
persekitaran. Proses persepsi bersifat dinamik dan aktif kerana persepsi mungkin menambah atau
pun mengurangkan maklumat yang diterima oleh deria. Ia melibatkan proses memilih, menyusun
dan mentafsir rangsangan dari persekitaran. Proses persepsi menyebabkan sentiasa ada
kemungkinan perbezaan mengenai apa yang dilihat oleh seseorang individu itu dengan reliti
persekitaran yang sebenarnya (Liu et al., 2014).

2.7 Prestasi Kerja

Prestasi kerja secara asasnya adalah tahap dimana seseorang individu dapat membantu
organisasinya bagi mencapai objektif organisasinya ( Campbell 1990). Prestasi kerja yang
dihasilkan oleh pekerja menjadi kriteria utama dalam menilai kemampuan pekerja tersebut.
Tahap prestasi mereka menunjukkan aktiviti atau perlakuan yang dilakukan oleh pekerja dan
menjadi indeks tahap keberkesanan pekerja dalam organisasi.

Menurut Noel (2009), prestasi membawa maksud sebagai suatu proses di mana pengurus
bertanggungjawab memastikan aktiviti dan produktiviti pekerja adalah selari dengan matlamat
organisasi. Malah, ketekunan dan kesempurnaan di dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah
asas kepada prestasi kerja. Prestasi kerja mempunyai kaitan dengan kepuasan kerja (Brien et
al.,2012). Kepuasan kerja merujuk kepada kesanggupan seseorang individu bekerja dengan
penuh tanggungjawab dan rela hati.

2.8 Kajian-Kajian yang berkaitan

Adejumobi & Ojikutu (2013) menghuraikan bahawa wujud hubungan positif antara iklim
organisasi dan prestasi guru di daerah Lagos, Nigeria di mana terdapat hubungan yang signifikan
antara moral guru, motivasi dan persekitaran sekolah (polisi, saiz kelas, gaya kepimpinan,
infrastruktur, rakan sekerja). Kajian yang dijalankan oleh Mohd Faizal et.al., (2012) turut
menyokong pendapat ini. Kesan interaksi ini juga menjelaskan bahawa kesesuaian nilai dalam

190

budaya organisasi dengan iklim organisasi ysng diwujudkan akan menentukan pemilihan
pendekatan pengurusan sumber manusia strategik yang diguna pakai oleh sesebuah organisasi.

Chaudhry (2012) telah mengkaji hubungan antara tekanan kerja dan prestasi kerja ke atas
pensyarah universiti. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa tiada hubungan yang
signifikan antara prestasi kerja dengan tekanan kerja, namun ada hubungan antara tekanan kerja
dan kepuasan kerja. Namun begitu kajian yang dijalankan oleh Kayastha (2012) mengenai
tekanan kerja dan prestasi kerja di kalangan guru di Nepal menunjukkan hubungan yang
signifikan antara tekanan kerja dan prestasi kerja.

Rothmann (2010) telah menjalankan kajian mengenai hubungan antara kepuasan kerja, tekanan
kerja, burnout dan tanggungjawab kerja sebagai dimensi untuk kesejahteraan pekerjaan di
kalangan anggota polis di Afrika Selatan. Beliau telah menggunakan Inventori Tekanan Polis,
The Minnesota Job Satisfaction Questionnaire, Maslach Burnout Inventory dan Utrecht Work
Engagaement Scale ke atas 677 sampel. Kajian beliau menunjukkan memang terdapat
perhubungan yang kuat antara keempat-empat faktor ini dengan kesejahteraan kerja.

Klassen dan Chiu (2010) menyatakan tekanan kerja mempunyai hubungan yang signifikan
dengan iklim organisasi. Kajian yang telah dibuat terhadap 434 sampel mendapati dimensi iklim
organisasi mempunyai hubungan dengan tekanan kerja iaitu dalam aspek ciri-ciri kerja, peluang
kenaikan pangkat, ganjaran, pengaruh individu dan pengurusan.Ismail et al. (2009) menyatakan
bahawa tekanan kerja sememamgnya mempengaruhi prestasi kerja. Beliau telah menjalankan
kajian ke atas guru di institusi swasta di Kuching, Sarawak.

3. METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan yang biasa digunakan dalam mengumpul data bagi kajian
deskriptif iaitu kaedah tinjauan keratan rentas. Pendekatan kuantitatif adalah dengan
menggunakan kaedah borang soal selidik. Kaedah ini dipilih kerana ianya baik bagi soalan yang
agak sensitif kerana identiti responden dianggap rahsia dan dengan itu menggalakkan maklum
balas yang jujur daripada responden (Sekaran, 2005). Kajian ini merupakan kajian soal selidik

191


Click to View FlipBook Version