The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_ieda81, 2021-08-03 06:56:13

Prosiding SPEKKU 2015

Prosiding SPEKKU 2015

1.4 Persoalan Kajian :

2. Apakah tahap gaya kepimpinan Servant di Kolej Komuniti Arau?
3. Apakah tahap Penglibatan Kerja di Kolej Komuniti Arau?
4. Apakah tahap Tanggapan Sokongan Organisasi di Kolej Komuniti Arau?
5. Apakah tahap Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau?
6. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara Kepimpinan Servant dengan

Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau?
7. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara Penglibatan Kerja dengan

Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau?
8. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara Tanggapan Sokongan

Organisasi dengan Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau?
9. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara Tingkahlaku Warga Kerja

dalam kalangan staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina?
10. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara Tingkahlaku Warga Kerja

dalam kalangan staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan tahun berkhidmat?

342

1.5 Hipotesis Nul:
H01 :Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan Servant dengan
Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau.
H02 :Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Penglibatan Kerja dengan
Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau.
H03 :Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Tanggapan Sokongan Organisasi
dengan Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau.
H04 :Tidak terdapat perbezaan yang signifikan Tingkahlaku Warga Kerja dalam
kalangan staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.
H05 :Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Tingkahlaku Warga Kerja
dalam kalangan staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan tahun berkhidmat.

1.6 Kerangka Kajian :

Tingkahlaku Warga Kerja (OCB)

343

1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kepada tubuh ilmu terutamanya tentang gaya kempimpinan servant,
penglibatan kerja, tanggapan sokongan organisasi dan tingkahlaku warga kerja . Kajian
ini juga penting kepada pembuat dasar terutama sekali kepada pihak kerajaan. Pusat
latihan juga boleh mengaplikasikan hasil kajian ini untuk program-program yang
dirancang pada masa hadapan.

1.8 Definasi Operational
Gaya Kepimpinan Servant: Kepimpinan servant ditakrifkan sebagai falsafah
kepimpinan yang memberi fokus untuk membangunkan pekerja dengan menggilap
sepenuhnya potensi mereka ke arah melaksanakan tugas dengan lebih cekap, kepimpinan
komuniti, motivasi kendiri dan kemampuan kepimpinan masa depan (Grieves, 2010).
Tingkahlaku Warga Kerja (Organizational Citizenship Behavior) : Tingkahlaku
individu yang mempunyai budi bicara dalam menggalakkan keberkesanan dalam sistem
organisasi tanpa mengharapkan ganjaran daripada sistem formal organisasi (Organ,
Podsakoff & MacKenzie, 2006).
Penglibatan Kerja (Work Engagement) : Keadaan kerja dengan minda yang positif dan
memuaskan serta bercirikan semangat, dedikasi dan penghayatan (Baker & Schaufeli,
2010).

344

Tanggapan Sokongan Organisasi (Perceived Organizational Support) : Persepsi pekerja
tentang sejauh mana organisasi menghargai sumbangan mereka dan mengambil berat
terhadap kesejahteraan mereka dan memenuhi keperluan sosio-emosi mereka
(Eisenberger, 2008).

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Kajian Kool dan Dierendonck (2012) terhadap 135 pekerja pelbagai syarikat di Belanda
mendapati bahawa kepimpinan servant memberi sumbangan terhadap komitmen pengurusan
perubahan organisasi. Melchar dan Bosco (2010) dalam kajian mereka mendapati amalan
kepimpinan servant dalam organisasi membantu penyesuaian terhadap pengurusan perubahan
untuk menigkatkan kecemerlangan organisasi. Kajian oleh Brummelhuis (2012) mengenai
perbandingan keberkesanan kepimpinan servant dengan kualiti komunikasi dan hubungannya
dengan perubahan organisasi mendapati bahawa kepimpinan servant memberi sumbangan yang
lebih besar untuk kejayaan pelaksanaan perubahan organisasi berbanding kualiti komunikasi.

Kajian Barbuto dan Wheeler (2006) mendapati bahawa elemen-elemen dalam kepimpinan
servant seperti altruisme (tidak mementingkan diri sendiri), pemulihan emosi, kebijaksanaan,
kemahiran pujukan dan kepimpinan organisasi dapat meningkatkan keberkesanan organisasi.
Guenzi, Pardo dan George (2007) menyatakan bahawa kepimpinan servant mempunyai
hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja dan berupaya memotivasikan pekerja untuk
melaksanakan usaha tambahan bagi meningkatkan kecekapan organisasi.

Pengurusan perubahan dalam kajian ini merujuk kepada aplikasi sains tingkah laku kepada
membuat keputusan, perancangan, pelaksanaan dan fasa penilaian proses perubahan, semua

345

memberi tumpuan kepada pengurusan gangguan-gangguan yang terdapat semasa melaksanakan
perubahan (Harrington, Conner dan Horney (2000). Pengurusan perubahan tidak memberi
tumpuan pada perkara yang dapat berubah, tetapi bagaimana penyelesaian yang perlu
dilaksanakan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi kejayaan pelaksanaan sesuatu projek
dengan menangani aspek perubahan manusia (Herhenhoff, 2004).

Berbeza dengan menyelar prestasi atau tingkah laku dalam peranan, tingkahlaku warga kerja
(OCB) merujuk kepada tingkah laku pekerja yang lebih budi bicara, adalah kurang
berkemungkinan untuk secara rasmi dikaitkan dengan ganjaran organisasi, dan menyumbang
kepada organisasi dengan menggalakkan iklim sosial dan psikologi yang positif (Organ,
Podsakoff, & MacKenzie, 2006) Penyelidik secara amnya memberi tumpuan kepada bagaimana
tingkahlaku warga kerja memberi manfaat kepada kedua-dua pekerja dan organisasi. Pekerja
melampaui panggilan tugas dengan membantu dan membimbing rakan sekerja, terlibat dan
penyimpanan mendapat maklumat mengenai organisasi, bercakap dan menggalakkan orang lain,
sukarela untuk mengambil tanggungjawab tambahan, dan sebagainya, dan mereka dinilai lebih
baik oleh penyelia mereka untuk berbuat demikian (Whiting, Podsakoff & Pierce, 2008).

Begitu juga, apabila tingkahlaku warga kerja adalah perkara biasa di tempat kerja, ia menjadikan
organisasi ini tempat yang lebih menarik untuk bekerja (Organ et al., 2006). Organisasi juga
mendapat manfaat daripada tingkahlaku warga kerja kerana apa-apa tingkah laku menyumbang
kepada pembangunan modal sosial dan melicinkan jentera sosial organisasi, dengan itu
memudahkan berfungsi dengan berkesan (Bolino, Turnley, & Bloodgood, 2002).

Selaras dengan idea-idea ini, kajian empirikal mendapati yang tingkahlaku warga kerja dikaitkan
dengan petunjuk pasukan dan organisasi keberkesanan, seperti prestasi kerja, produktiviti,

346

produk kualiti, dan penilaian perkhidmatan pelanggan. Kesimpulannya, sokongan daripada
organisasi yang besar dalam tugas harian adalah idea bahawa tingkahlaku warga kerja di tempat
kerja adalah satu perkara yang positif (Organ et al., 2006).

KAEDAH KAJIAN

3.1 Pendahuluan
Secara ringkasnya dalam bab ini pengkaji menerangkan tentang kaedah yang akan digunakan
dalam menjalankan kajian ini seperti reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, kajian
rintis, prosedur memungut data dan prosedur menganalisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan menggunakan set borang soal selidik
terpiawai untuk mencapai objektif kajian ini. Reka bentuk kajian ini dipilih kerana bilangan
sampel responden yang diambil dapat mewakili keseluruhan populasi yang hendak dikaji iaitu
staf Kolej Komuniti Arau.

3.3 Persampelan
Responden dalam kajian ini adalah staf yang bekerja di Kolej Komuniti Arau. Jumlah
keseluruhan staf yang bekerja adalah seramai 116 orang. Menurut Krejcie dan Morgan (1970),
daripada jumlah keseluruhan staf hanya 40 orang staf sudah memadai sebagai sampel respondan
yang mewakili keseluruhan populasi staf dalam kajian ini. Melalui kaedah ini pengkaji dapat
menjimatkan tenaga, kos dan masa. Sampel respondan dipilih dengan menggunakan kaedah
persampelan rawak mudah.

347

3.4 Instrument Kajian
Kajian ini adalah kajian kuantitatif. Instrumen kajian ini adalah menggunakan set borang soal
selidik terpiawai. Satu set soalan borang soal selidik terpiawai dibangunkan oleh pengkaji dan set
soalan borang soal selidik dibahagikan kepada lima bahagian iaitu: (i) butiran peribadi (ii) Gaya
Kepimpinan Servant - Servant Leadership, (iii) Penglibatan Kerja - Work Engagement, (iv)
Tanggapan Sokongan Organisasi - Perceived Organizational Support dan (v) Tingkahlaku
Warga Kerja - Organizational Citizenship Behavior. Terdapat 56 soalan dalam set boring soal
selidik dan tempoh menjawab borang soal selidik ini dianggarkan mengambil masa 15 hingga 20
minit sahaja.

3.5 Kajian Rintis
Ujian kesahan dan kebolehpercayaan borang soal selidik terpiawai dijalankan terhadap 30 orang
sampel staf melalui kaedah pilot test. Para staf terlebih dahulu diberi penerangan oleh pengkaji
tentang tujuan kajian ini dijalankan sebelum mereka menjawab borang soal selidik terpiawai
yang telah diberikan sebagai pilot test sebelum kajian sebenar dijalankan. Kesahan borang soal
selidik terpiawai disahkan dengan menggunakan eigenvalue sama dengan atau melebihi 1
(eigenvalue≥ 1) dan confirmatory factor analysis (CFA) dengan nilai setiap variance adalah
melebihi 51% (CFA ˃ 51%) bagi setiap item soalan. Kebolehpercayaan borang soal selidik
terpiawai diuji dengan menggunakan Cronbach’s alpha (α ˃ 0.72).

3.6 Prosedur Memungut Data
Taklimat ringkas diberikan terlebih dahulu sebelum staf menjawab set soalan. Set borang soal
selidik terpiawai diedarkan kepada para staf. Setelah selesai menjawab, para staf memulangkan
semula set borang soal selidik terpiawai kepada pengkaji.

348

3.7 Prosedur Menganalisis Data
Analisis data dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS versi 21.0). Data outlier perlu dibuang terlebih dahulu pembersihan data. Setiap
data yang dimasukkan ke dalam komputer perlu dikodkan secara ringkas dengan menggunakan
singkatan-singkatan yang mudah difahami oleh pengkaji.

Data deskriptif seperti butiran peribadi staf seperti umur, jantina, bangsa, status perkahwinan,
tahap pendidikan, gred jawatan, kategori tugas dan tahun berkhidmat boleh dianalisis dengan
menggunakan statistik deskriptif untuk mendapat min dan sishan piawai. Pengkaji juga
menggunakan min dan sisihan piawai untuk mengetahui tahap gaya kepimpinan servant, tahap
penglibatan kerja, tahap tanggapan sokongan organisasi dan tahap tingkahlaku warga kerja di
kalangan staf Kolej Komuniti Arau.

Statistik infrensi yang digunakan oleh pengkaji adalah ujian Kolerasi Pearson yang digunakan
untuk menguji hipotesis nul H01 hubungan antara gaya kepimpinan servant, hipotesis nul H02
hubungan antara penglibatan kerja dan hipotesis nul H03 hubungan antara tanggapan sokongan
organisasi dengan tingkahlaku warga kerja. Ini adalah kerana data pemboleh ubah bebas adalah
data interval dan data pemboleh ubah bersandar iaitu tingkahlaku warga kerja juga adalah data
interval. Selain itu data juga diambil daripada responden yang sama.

Bagi menguji hipotesis nul H04 untuk melihat perbezaan antara tingkahlaku warga kerja di
kalangan staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina diuji dengan menggunakan kaedah ujian-
t sampel bebas kerana ianya melibatkan satu pemboleh ubah bebas iaitu jantina dengan dua
kumpulan (lelaki dan perempuan) dan satu pemboleh ubah bersandar iaitu tingkahlaku warga
kerja.

349

Bagi menguji hipotesis nul H05 untuk melihat perbezaan antara tingkahlaku warga kerja di
kalangan staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan tahun berkhidmat diuji dengan menggunakan
kaedah ujian ANOVA kerana ianya melibatkan satu pemboleh ubah bebas iaitu tahun
berkhidmat dengan lebih daripada dua kumpulan dan satu pemboleh ubah bersandar iaitu
tingkahlaku warga kerja.

350

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Arau dengan melalui kaedah mengedarkan borang soal
selidik terpiawai kepada para staf. Seramai 40 responden yang terlibat dalam kajian ini. Kesemua
borang soal selidik terpiawai dapat dikumpul semula oleh pengkaji. Walaubagaimanapun, ujian
normaliti telah dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS versi 21.0) untuk membuang data outlier supaya data yang diperolehi adalah bertaburan
normal.

4.2 Profil Responden
Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Arau. Sebanyak 40 set borang soal selidik terpiawai
telah diedarkan kepada para pelajar secara rawak mudah. Kesemua 40 set borang soal selidik
terpiawai berjaya dikutip dan dikumpul semula dalam masa yang ditetapkan. Sungguh pun
begitu, ujian normaliti telah dijalankan untuk melihat samaada ada responden menunjukkan ciri
yang berlainan daripada data sebenar atau ekstrem kepada data yang lebih tinggi (outlier). Proses
pembersihan data outlier dilakukan dan didapati paparan box plot tidak terdapat data yang
outlier. Maka data yang dikutip berada dalam taburan normal. Profil responden dapat dipaparkan
dalam jadual yang disediakan di bawah ini.

351

Jadual 4.1
Bilangan Responden Mengikut Umur

Umur Bilangan Peratus
20 – 30 13 32.5
31 – 40 22 55.0
41 - 50 5 12.5
Jumlah 40 100.0

Berdasarkan Jadual 4.1, didapati majoriti responden berumur antara 31 hingga 40 tahun iaitu
seramai 22 orang (55.0%), diikuti oleh responden berumur antara 20 hingga 30 tahun seramai 13
orang (32.5%) dan responden berumur antara 41 - 50 tahun iaitu seramai 5 orang (12.5%).

Jadual 4.2
Bilangan Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 16 40.0
Perempuan 24 60.0
Jumlah 40 100.0

Jadual 4.2 diatas menunjukkan bahawa daripada 40 responden yang menjawab borang soal
selidik dan memulangkan semula, 16 orang staf adalah lelaki (40.0%) dan seramai 24 orang staf

352

daripadanya adalah perempuan (60.0%). Perangkaan ini menunjukkan responden perempuan
adalah melebihi responden lelaki.

Jadual 4.3
Bilangan Responden Mengikut Bangsa

Bangsa Bilangan Peratus
Melayu 40 100.0
Jumlah 40 100.0

Berdasarkan Jadual 4.3, majoriti keseluruhan responden adalah berbangsa Melayu iaitu seramai
40 orang (100.0%). Ini menunjukkan tiada bangsa lain yang terlibat dalam kajian yang
dijalankan.

Jadual 4.4
Status Perkahwinan

Status Bilangan Peratus
Bujang 9 22.5
Berkahwin 30 75.0
Duda/Janda 1 2.5
Jumlah 152 100.0

353

Jadual 4.4 menunjukkan status perkahwinan responden. Daripada jumlah 40 responden, didapati
bahawa majoriti responden berkahwin iaitu seramai 30 orang (75.0%). Diikuti responden bujang
iaitu seramai 9 orang (22.5%) dan hanya seorang berstatus duda/janda iaitu hanya seorang
(2.5%).

Jadual 4.5
Tahap Pendidikan

Tahap Pendidikan Bilangan Peratus
SPM 3 7.5
STPM 1 2.5
Sijil 3 7.5
5 12.5
Diploma 24 60.0
Sarjana Muda 4 10.0
40 100.0
Sarjana
Jumlah

Jadual 4.5 menunjukkan tahap pendidikan responden. Daripada jumlah 40 responden, didapati
bahawa majoriti responden mempunyai sarjana muda iaitu seramai 24 orang (60.0%). Diikuti
diploma iaitu seramai 5 orang (12.5%), sarjana seramai 4 orang (10.0%), SPM dan Sijil masing-
masing seramai 3 orang (7.5%) dan hanya seorang memiliki STPM (2.5%).

354

Gred Jawatan Jadual 4.6 Peratus
44/45 Gred Jawatan 32.5
41/42 32.5
32 Bilangan 5.0
27/29 13 10.0
17 13 17.5
R3/R6 2 2.5
Jumlah 4 100.0
7
1
40

Jadual 4.6 menunjukkan gred jawatan responden. Daripada jumlah 40 responden, didapati
bahawa majoriti responden berada pada gred 44/45 dan 41/42 iaitu seramai 13 orang (32.5%).
Diikuti gred 17 iaitu seramai 7 orang (17.5%), gred 27/29 seramai 4 orang (10.0%), gred 32
seramai 2 orang (5.0%) dan hanya seorang memiliki gred R3/R6 (2.5%).

355

Tahun Jadual 4.7 Peratus
<1 Tempoh Berkhidmat 2.5
1–5 42.5
Bilangan 30.0
6 – 10 1 20.0
11 – 20 17 2.5
21 – 30 12 2.5
8 100.0
> 31 1
Jumlah 1
40

Jadual 4.7 menunjukkan tahun berkhidmat responden. Daripada jumlah 40 responden, didapati
bahawa majoriti responden telah berkhidmat antara 1 hingga 5 tahun seramai 17 orang (42.5%).
Diikuti responden yang telah berkhidmat antara 6 hingga 10 tahun seramai 12 (30.0%), 11
hingga 20 tahun seramai 8 orang (20.0%), dan hanya seorang masing-masing telah berkhidmat
kurang daripada setahun (2.5%), 21 hingga 30 tahun (2.5%) dan lebih daripada 31 tahun (2.5%).

356

4.3 Analisis Statistik Deskriptif
4.3.1 Soalan Kajian : Apakah tahap gaya kepimpinan Servant di Kolej Komuniti Arau?

Item Soalan Jadual 4.8 Sisihan Piawai
SL1 Item Soalan Kepimpinan Servant 1.127
SL2 0.959
SL3 Min 1.172
SL4 2.75 1.172
SL5 3.45 0.810
SL6 3.10 1.192
SL7 2.90 1.011
SL8 3.90 1.083
SL9 3.63 0.920
SL10 3.45 1.056
SL11 3.58 0.955
SL12 3.78 1.000
SL13 3.75 0.864
SL14 3.90 0.961
SL15 3.78 0.955
SL16 3.65 1.217
SL17 3.50 0.838
3.40
2.18
3.63

357

SL18 3.68 0.888
SL19 3.85 0.864
SL20 3.48 0.905
SL21 3.80 1.091
SL22 2.75 0.840
SL23 2.60 0.955
SL24 3.15 1.099
SL25 4.15 0.802
SL26 3.88 0.911
SL27 3.58 0.781
SL28 3.70 0.939
Jumlah 3.43 0.680

Berdasarkan Jadual 4.8, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min persepsi gaya
kepimpinan Servant. Secara keseluruhannya, skor min bagi gaya kepimpinan Servant adalah
berada pada tahap memuaskan (M=3.43, SP=.68) mengikut interpretesi min oleh J.W Creswell
(2005).

4.3.2 Soalan Kajian : Apakah tahap Penglibatan Kerja, Tanggapan Sokongan Organisasi dan
Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau?

358

Item Soalan Jadual 4.9
W1 Item Soalan Penglibatan Kerja
W2
W3 Min Sisihan Piawai
W4 3.75 0.439
W5 3.58 0.813
W6 3.58 0.747
W7 3.75 0.439
W8 4.15 0.622
W9 4.13 0.686
W10 4.05 0.714
3.10 1.105
Jumlah 3.20 1.018
2.53 1.012
3.58 0.446

Berdasarkan Jadual 4.9, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min persepsi
penglibatan kerja. Secara keseluruhannya, skor min bagi penglibatan kerja adalah berada pada
tahap memuaskan (M=3.58, SP=.45) mengikut interpretesi min oleh J.W Creswell (2005).

359

Jadual 4.10
Item Soalan Tanggapan Sokongan Organisasi

Item Soalan Min Sisihan Piawai
POS1 3.55 0.714
3.48 0.599
POS2(rev) 3.45 0.846
POS3(rev) 3.43 0.712
3.30 0.758
POS4 2.75 0.439
POS5 3.20 0.723
POS6(rev) 3.33 0.888
POS7 3.31 0.489
POS8(rev)
Jumlah

Berdasarkan Jadual 4.10, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min persepsi
tanggapan sokongan organisasi. Secara keseluruhannya, skor min bagi tanggapan sokongan
organisasi adalah berada pada tahap sederhana (M=3.31, SP=.49) mengikut interpretesi min oleh
J.W Creswell (2005).

360

Jadual 4.11
Item Soalan Tingkahlaku Warga Kerja

Item Soalan Min Sisihan Piawai
OCB1 3.65 0.834
OCB2 3.43 0.844
OCB3 3.58 0.781
OCB4 3.88 0.791
OCB5 4.05 0.714
OCB6 3.75 0.439
OCB7 4.23 0.698
OCB8 3.83 0.675
OCB9 3.75 0.439
OCB10 4.00 0.000
Jumlah 3.81 0.437

Berdasarkan Jadual 4.11, dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan skor min persepsi
tingkahlaku warga kerja. Secara keseluruhannya, skor min bagi a mengikut interpretesi min oleh
J.W Creswell (2005).

361

Pengujian Hipotesis
H01 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan Servant

denganTingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau.

Bagi menguji hipotesis nul pertama di dalam kajian ini, statistik infrensi yang digunakan adalah
ujian Kolerasi Pearson untuk menguji hipotesis nul hubungan antara gaya kepimpinan Servant
dengan tingkahlaku warga kerja. Ini adalah kerana data pemboleh ubah bebas iaitu ciri-ciri gaya
kepimpinan Servant adalah data interval dan data pemboleh ubah bersandar iaitu tingkahlaku
warga kerja juga adalah data interval. Selain itu data juga diambil daripada responden yang
sama.

Jadual 4.12
Kolerasi Pearson antara Gaya Kepimpinan Servant dengan Tingkahlaku Warga Kerja

Gaya Kepimpinan Servant Tingkahlaku Warga Kerja
.414**
Pearson Correlation 1.000 .008
40
Sig. (2-tailed)

N 40

**. Kolerasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed)

Dapatan analisis kolerasi dalam Jadual 4.12 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara amalan gaya kepimpinan Servant dengan tingkahlaku warga kerja di kalangan
staf (r = .414, p < .01). Maka hipotesis nul pertama di dalam kajian ini dapat ditolak. Ini
menunjukkan bahawa terdapat terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan

362

Servant dengan tingkahlaku warga kerja di Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya tingkahlaku
warga kerja staf dipengaruhi oleh amalan gaya kepimpinan Servant.

H02 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Penglibatan Kerja dengan
Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau.

Bagi menguji hipotesis nul kedua di dalam kajian ini, statistik infrensi yang digunakan adalah
ujian Kolerasi Pearson untuk menguji hipotesis nul hubungan antara penglibatan kerja dengan
tingkahlaku warga kerja. Ini adalah kerana data pemboleh ubah bebas iaitu ciri-ciri penglibatan
kerja adalah data interval dan data pemboleh ubah bersandar iaitu tingkahlaku warga kerja juga
adalah data interval. Selain itu data juga diambil daripada responden yang sama.

Jadual 4.13
Kolerasi Pearson antara Penglibatan Kerja dengan Tingkahlaku Warga Kerja

Pearson Correlation Penglibatan Kerja Tingkahlaku Warga Kerja
Sig. (2-tailed) 1.000 .235
N .144
40 40

Dapatan analisis kolerasi dalam Jadual 4.13 menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara penglibatan kerja dengan tingkahlaku warga kerja di kalangan staf (r =
.235, p > .05). Maka hipotesis nul kedua di dalam kajian ini tidak dapat ditolak. Ini menunjukkan
bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan kerja dengan tingkahlaku

363

warga kerja di Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya tingkahlaku warga kerja staf tidak
dipengaruhi oleh penglibatan kerja.

H03 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Tanggapan Sokongan Organisasi
dengan Tingkahlaku Warga Kerja di Kolej Komuniti Arau.

Bagi menguji hipotesis nul ketiga di dalam kajian ini, statistik infrensi yang digunakan adalah
ujian Kolerasi Pearson untuk menguji hipotesis nul hubungan antara tanggapan sokongan
organisasi dengan tingkahlaku warga kerja. Ini adalah kerana data pemboleh ubah bebas iaitu
ciri-ciri tanggapan sokongan organisasi adalah data interval dan data pemboleh ubah bersandar
iaitu tingkahlaku warga kerja juga adalah data interval. Selain itu data juga diambil daripada
responden yang sama.

Jadual 4.14
Kolerasi Pearson antara Tanggapan Sokongan Organisasi dengan Tingkahlaku Warga Kerja

Pearson Correlation Tanggapan Sokongan Tingkahlaku Warga Kerja
Organisasi
.420**
1.000 .007
40
Sig. (2-tailed)

N 40

**. Kolerasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed)

Dapatan analisis kolerasi dalam Jadual 4.14 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara tanggapan sokongan organisasi dengan tingkahlaku warga kerja di kalangan
staf (r = .420, p < .01). Maka hipotesis nul ketiga di dalam kajian ini dapat ditolak. Ini

364

menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tanggapan sokongan organisasi
dengan tingkahlaku warga kerja di Kolej Komuniti Arau. Kesimpulannya tingkahlaku warga
kerja staf dipengaruhi oleh tanggapan sokongan organisasi.

H04 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan Tingkahlaku Warga Kerja dalam
kalangan staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.

Bagi menguji hipotesis nul yang keempat didalam kajian ini, kaedah ujian-t sampel bebas
digunakan kerana ianya melibatkan satu pemboleh ubah bebas iaitu jantina dengan dua
kumpulan (lelaki dan perempuan) dan satu pemboleh ubah bersandar (interval) iaitu tingkahlaku
warga kerja.

Jadual 4.15

Keputusan Ujian-t Sampel Bebas Tingkahlaku Warga Kerja Berdasarkan Jantina

Jantina N Min SP dk t p

Lelaki 16 3.76 .483 38 -.586 .561

Perempuan 24 3.85 .411

Jadual 4.15 menunjukkan keputusan ujian-t sampel bebas tingkahlaku warga kerja mengikut
jantina. Setelah analisis statistik t-sampel dilakukan, ujian Levene didapati tidak signifikan (p >
.05). Keputusan ini menunjukkan varians di antara staf lelaki dan staf perempuan adalah sama
dan telah memenuhi andaian kehormogenan varians antara staf lelaki dan staf perempuan dalam
tingkahlaku warga kerja staf. Setelah ujian-t sampel bebas dilakukan, didapati keputusan yang

365

diperolehi adalah tidak signifikan, t(38) = -.586, p >.05. Oleh itu hipotesis nul keempat dalam
kajian ini tidak boleh ditolak. Justeru, tidak terdapat perbezaan antara tingkahlaku warga kerja di
kalangan staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina.

H05 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Tingkahlaku Warga Kerja dalam
kalangan staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan tahun berkhidmat.

Statistik infrensi yang digunakan untuk menguji hipotesis nul kelima iaitu perbezaan antara
tingkahlaku warga kerja berdasarkan tahun berkhidmat adalah ujian Anova Sehala. Ujian Anova
Sehala digunakan kerana data pemboleh ubah bebas iaitu tahun berkhidmat mempunyai 6
kumpulan kategori. Selain daripada itu, data juga diambil daripada responden yang sama.

Jadual 4.16

Keputusan Ujian Anova Sehala Tingkahlaku Warga Kerja Berdasarkan Tahun
Berkhidmat

Antara kumpulan SS Dk MS F Sig.
Dalam kumpulan .967 5 .193 1.016 .424
6.476 34 .190
Jumlah 7.444 39

Jadual 4.16 menunjukkan dapatan ujian Anova Sehala tingkahlaku warga kerja berdasarkan
tahun berkhidmat. Setelah analisi dilakukan, keputusan ujian Levene adalah tidak signifikan (p >
.05). Keputusan ini memenuhi andaian keharmogenan varians antara tingkahlaku warga kerja
berdasarkan tahun berkhidmat. Dapatan Ujian Anova sehala menunjukkan tidak signifikan
F(5,34) = 1.016, p > .05. Oleh yang demikian, hipotesis nul kelima di dalam kajian ini tidak

366

boleh ditolak. Maka ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
tingkahlaku warga kerja berdasarkan tahun berkhidmat di kalangan staf Kolej Komuniti Arau.

PERBINCANGAN

Berdasrkan kajian yang telah dijalankan, persepsi bagi gaya kepimpinan servant berada pada
tahap yang memuaskan. Begitu juga dengan persepsi bagi penglibatan kerja berada pada tahap
yang memuaskan. Namun persepsi bagi tanggapan sokongan organisasi berada pada tahap yang
sederhana. Secara keseluruhannya, persepsi responden bagi tingkahlaku warga kerja berada pada
tahap yang memuaskan. Ini menunjukkan bahawa staf yang bekerja di Kolej Komuniti Arau
mempunyai persepsi yang memuaskan.

Tingkahlaku warga kerja di kalangan staf berkadar secara langsung iaitu mempunyai hubungan
yang signifikan dengan gaya kepimpinan servant yang diamalkan oleh pihak pengurusan Kolej
Komuniti Arau. Ini harus dipuji kerana kepimpinan servant iaitu melalui tauladan dapat
meningkatkan kecemerlangan organisasi dan mencapai visi dan misi. Namun, dalam kajian ini
menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara penglibatan kerja dengan
tingkahlaku warga kerja. Perkara ini menggambarkan bahawa staf yang bekerja di sini
mempunyai motivasi kendiri yang tinggi mengatasi motivasi luaran persekitaran organisasi.

Walaubagaimanapun terdapat hubungan yang signifikan antara tanggapan sokongan organisasi
dengan tingaklaku warga kerja. Pihak pengurusan memainkan peranan yang penting dalam
organisasi. Staf yang bekerja di sini akan rasa dihargai dan berterima kasih kepada organisasi

367

disebabkan oleh pihak pengurusan yang sentiasa menjaga kebajikan dan berada bersama dengan
staf ketika senang mahupun susah dalam mencapai visi dan misi organisasi.
Tidak kira staf lelaki mahupun staf wanita mempunyai persepsi yang sama terhadap tingkahlaku
warga kerja. Ini kerana tiada perbezaan yang signifikan tingkahlaku warga kerja dalam kalangan
staf Kolej Komuniti Arau berdasarkan jantina. Begitu juga dengan tingkah laku warga kerja
dalam kalangan staf Kolej Komunti Arau menunjukkan tidak mempunyai perbezaan berdasarkan
tahun berkhidmat. Ini menunjukkan bahawa staf yang baru berkhidmat adalah sama dengan staf
yang sudah lama berkhidmat berdasarkan tingkahlaku warga kerja di Kolej Komuniti Arau.
Diharap pada masa hadapan banyak lagi kajian dapat dijalankan di seluruh Kolej Komuniti di
Malaysia secara khususnya dan institusi lain secara amnya.

368

Rujukan
Bakker, A. B., & Schaufeli, W. B. (2010). Utrecht Work Engagement Scale. Retrieved January

13, 2014, from http://www.beanmanaged.com/doc/pdf/arnoldbakker/articles/articles
_arnold_bakker_ 87.pdf
Barbuto, I.E. & Wheeler, D.W. 2006. Scale development and construct clarification of servant
leadership. Group & Organization Management 31(3): 300-326 Kool, M. & Dierendonck,
D.V. 2012. Servant leadership and commitment to change, the mediating role of justice
and optimism. Journal of Organizational Change Management 25(3): 422-433
Bolino, M. C., Turnley, W. H., & Bloodgood, J. M. (2002). Citizenship behavior and the creation
of social capital in organizations. Academy of Management Review, 27, 505–522
Brummelhuis, L.T. 2012. The Relationship between Servant Leadership, Quality of
Communication, Change Readiness and Successful Change. University of Groningen.

Chen, Z., Zhu, J., & Zhou, M. (2015). How does a servant leader fuel the service fire? A
multilevel model of servant leadership, individual self identity, group competition
climate, and customer service performance. Journal Of Applied Psychology, 100(2), 511-
521. doi:10.1037/a0038036

Creswell, J. W., Clark, V. P., Petska, K. S., & Creswell, J. D. (2005). Mixed methods research
designs in counseling psychology. Journal Of Counseling Psychology, 52(2), 224-235.
doi:10.1037/0022-0167.52.2.224

Eisenberger, R. (2008) Perceived Organizational Support. Retrieved April 26, 2013, from
http://eisenberger.psych.udel.edu/POS.html

369

Fein, E., & Weibler, J. (2014). Review and shortcomings of literature on corruption in
organizations in offering a multi-faceted and integrative understanding of the

phenomenon. Behavioral Development Bulletin, 19(3), 67-77. doi:10.1037/h0100592

Grieves, J. 2010. Organizational Change: Themes & Issues. New York: Oxford University Press.

Guenzi, P., Pardo, C. & George, L. 2007. Relational selling strategy and key account manager’s
relationship behaviours: An explatory study. Industrial Marketing Management 36: 121-
133

Harrington, H.J., Conner, D.R. & Horney, N.L. 2000. Project Change Management: Applying
Change Management to Improvement Projects. New Jersey: Mc Graw-Hill

Herkenhoff, L. 2004. Culturally tuned emotional intelligence: an effective change management
tool? Strategic Change. March-April 2004, 13: 73-81

Hu, J., & Liden, R. C. (2011). Antecedents of team potency and team effectiveness: An
examination of goal and process clarity and servant leadership. Journal Of Applied
Psychology, 96(4), 851-862. doi:10.1037/a0022465

Krejcie, V. D., & Morgan, W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational And Psychological Measurement, 30, 607-610.

Kunze, F., Raes, A. L., & Bruch, H. (2015). It matters how old you feel: Antecedents and
performance consequences of average relative subjective age in organizations. Journal Of
Applied Psychology, 100(5), 1511-1526. doi:10.1037/a0038909

Malaysia (2015), Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti. http://www.jpkk.edu.my. Dicapai pada
16 Mei 2015.

Malaysia (2015), Laporan Rahman Talib 1960, http://www.pmo.gov.my. Dicapai pada 20 Mei
2015.

370

Malaysia (2015), Pernyataan Razak 1956, http://www.eprints.usm.my. Dicapai pada 20 Mei
2015.

Melchar, D.E. & Bosco, S.M. 2010. Achieving A high organization performance through servant
leadership. The Journal of Business Inquiry 9(1): 74-88.

Organ, D. W., Podsakoff, P. M., & MacKenzie, S. B. (2006). Organizational citizenship
behavior: Its nature, antecedents and consequences. Thousand Oaks, CA: Sage
Publications.

Porath, C. L., Gerbasi, A., & Schorch, S. L. (2015). The effects of civility on advice, leadership,
and performance. Journal Of Applied Psychology, 100(5), 1527-1541.
doi:10.1037/apl0000016

Schaubroeck, J., Lam, S. K., & Peng, A. C. (2011). Cognition-based and affect-based trust as
mediators of leader behavior influences on team performance. Journal Of Applied
Psychology, 96(4), 863-871. doi:10.1037/a0022625

Walumbwa, F. O., Hartnell, C. A., & Oke, A. (2010). Servant leadership, procedural justice
climate, service climate, employee attitudes, and organizational citizenship behavior: A
cross-level investigation. Journal Of Applied Psychology, 95(3), 517-529.
doi:10.1037/a0018867

Whiting, S. W., Podsakoff, P. M., & Pierce, J. R. (2008). Effects of task performance, helping,
voice, and organizational loyalty on performance appraisal ratings. Journal of Applied
Psychology, 93, 125–139. doi: 10.1037/0021-9010.93.1.125

371

HUBUNGAN PENYERTAAN KURSUS PENDEK TERHADAP
KEHIDUPAN SOSIAL MASYARAKAT NEGERI PERLIS

Shmeni Bin Shariff
Kolej Komuniti Arau ([email protected])

Nurdiyanah Fatin Binti Ruslan
Kolej Komuniti Arau ([email protected])

Azlan Bin Othman
Kolej Komuniti Arau ([email protected])

ABSTRAK
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 sejumlah RM45.15 bilion diperuntukan untuk
pembangunan modal insan. Dari jumlah itu sebanyak RM11.27 bilion adalah diperuntukkan
untuk sokongan pendidikan lain dan sebanyak RM 4.793 bilion adalah untuk tujuan latihan.
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah salah satu daripada cabang pengajian untuk
individu mendapat manfaat daripada program yang disediakan pelbagai institusi latihan.
Pembelajaran sepanjang hayat adalah merupakan satu trend baru dalam dunia pendidikan di
negara kita bagi melaksanakan rancangan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti hubungan penyertaan kursus pendek terhadap kehidupan sosial Masyarakat
Negeri Perlis . Kajian ini menfokuskan kepada keberkesanan mengikuti kursus pendek anjuran
Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) Kolej Komuniti Arau bagi memberikan
pengetahuan dan kemahiran dari aspek meningkatkan sosio ekonomi dan kemahiran yang boleh
diaplikasikan di dalam kehidupan para peserta mahupun secara individu atau terhadap
masyarakat sekeliling. Populasi kajian adalah terdiri daripada peserta kursus pendek yang telah
hadir berkursus . Sebanyak 116 borang soal selidik diedarkan dengan mengambilkira dari
pelbagai lapisan peringkat umur. Data kajian diperolehi menerusi borang soal selidik dan
dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21. Hasil
analisis dipersembahkan dengan menggunakan kekerapan dan peratus. Berpandukan kepada
dapatan kajian, didapati bahawa responden bersetuju bahawa pengetauhuan dan kemahiran yang
diperolehi dari kursus pendek mempunyai hubungan yang baik dengan kehidupan sosial para
peserta yang juga merupakan masyarakat negeri Perlis.

Kata kunci: PSH (kursus pendek), kemahiran.

372

PENGENALAN
Masyarakat yang berilmu dan berkemahiran adalah merupakan satu aspek penting di

dalam pembangunan sesebuah negara. Pelbagai kursus ditawarkan oleh pusat-pusat pengajian
tinggi diseluruh negara, meliputi pelbagai bidang pembelajaran. Kemajuan sesebuah negara
juga berkait rapat dengan kecemerlangan sumber manusia. Di Malaysia, bagi mencapai hasrat
kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020, adalah penting bagi melahirkan
modal insan yang berilmu dan berkemahiran serta mengurangkan pergantungan kepada tenaga
asing. Bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, kerajaan dan rakyat harus sama-sama
mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen (Ramlan, 2008).
Untuk mengatasi cabaran globalisasi, Malaysia perlu mengatur strategi serta mengambil langkah
proaktif untuk mengupayakan dirinya berdaya saing dan terus maju melalui pencapaian modal
insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi (KPM, 2011).

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan salah satu program pembelajaran yang
penting dalam pembangunan modal insan. Di mana program ini pada asasnya mensasarkan
individu yang peserta-peserta lepasan sekolah menengah. Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk
Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada kumpulan peserta berumur antara 15 hingga 64 tahun
memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif
memaju dan membangunkan negara (KPM, 2011). Tambahan lagi, pendidikan sepanjang hayat
hayat tidak terhad kepada golongan yang bekerja sahaja malah ia perlu melewati semua
golongan termasuk suri rumah, pesara, golongan kurang upaya dan warga emas ( Ramlan, 2008).
Kolej Komuniti merupakan salah sebuah institusi yang menawarkan kursus-kursus pendek untuk
komuniti setempat. Pelbagai kursus ditawarkan temasuk di dalam bidang penghasilan makanan,
komputer, senibina, elektrik, perhotelan, kulinari, spa dan fesyen.

Salah satu tujuan program pembelajaran sepanjang hayat ini diwujudkan adalah bagi
meningkatkan tahap sosio ekonomi masyarakat setempat sekitar kolej komuniti. Dengan kata
lain, hasil dari kursus-kursus yang dijalankan ia mampu menjana pendapatan tambahan kepada
para peserta kursus. Contohnya, kursus penghasilan produk makanan sejuk beku yang mampu
memberi pulangan yang lumayan kalau diusahakan dengan baik. Kemahiran teknikal seperti
dalam bidang elektrik juga penting bukan hanya untuk kaum lelaki, malahan kaum perempuan
juga perlu tahu tentang elektrik, dimana kebanyakan kaum perempuan adalah suri rumah yang
selalu mengunakan peralatan elektrik. Sekiranya berlaku kerosakan kecil, secara tak langsung ia

373

boleh dibaiki sendiri seperti penukaran lampu dan tidak perlu bergantung kepada orang lain
sekaligus menjimatkan kos. Disamping itu, bagi yang mengikuti kursus masakan dapat
mempelbagaikan pilihan makanan untuk keluarga di rumah.

Seterusnya, kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi dari kursus pendek boleh
dimanfaatkan bersama masyarakat setempat. Misalnya, pengetahuan teknologi maklumat dari
kursus komputer boleh digunakan dalam menyediakan dokumen dalam jawatankuasa masjid atau
rukun tetangga. Kemahiran senibina pula boleh digunakan dalam mencantikkan persekitaran
kampung atau taman perumahan. Umumnya, pelbagai kebaikan boleh dimanfaatkan dari kursus
pendek sama ada untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Dikalangan orang-orang dewasa
proses pembelajaran tidak terhenti selepas alam persekolahan malah mesti ada kesinambungan
untuk terus belajar hingga ke liang lahat (Ramlan, 2008), ini penting untuk kemajuan diri sendiri
dan juga untuk kemajuan negara di dalam menggapai Wawasan 2020.

SOROTAN KAJIAN
Dapatan daripada kajian-kajian lepas berkenaan hubungan penyertaan kursus pendek

terhadap kehidupan sosial masyarakat dilihat agak sukar didapati. Beberapa kajian berkaitan
dengan kesan pendidikan dan latihan terhadap sesebuah golongan masyarakat contohnya seperti
golongan belia mendapati dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada pembelajaran
secara formal atau tidak formal, golongan ini tidak mempunyai kebuntuan mental untuk
menerima ilmu yang dipelajari. Malah, mereka menunjukkan respon yang positif dan berusaha
untuk meningkatkan taraf kehidupan dengan ilmu yang dipelajari.

Penyertaan dalam sesuatu kursus pendek atau kelas kemahiran merupakan salah satu
faktor yang boleh meningkatkan status sosial masyarakat. Kursus-kursus pendek mahupun kelas-
kelas kemahiran yang disertai dilihat sedikit sebanyak telah membawa beberapa perubahan
kehidupan masyarakat. Selain daripada menyediakan peranan mereka sebagai pasangan dan
pendidik kepada anggota keluarga mahupun masyarakat sekeliling mereka, penyertaan dalam
kursus pendek menjadikan tahap pendidikan dan kemahiran mereka lebih tinggi. Ini akan
memberikan mereka akses kepada profesion lain daripada penganggur, suri rumah dan mungkin
yang paling penting kemerdekaan ekonomi.

Menurut Boeke (1953), masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu masyarakat tradisional
dan masyarakat moden. Masyarakat tradisional merujuk kepada luar bandar, mundur dan tidak

374

membangun. Manakala masyarakat moden adalah masyarakat bandar, membangun dan industri.
Kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Pembangunan berlaku
akibat jelmaan ciri-ciri suatu golongan kepada golongan yang lebih maju. Pendekatan ini
mengandaikan bahawa keterbelakangan ekonomi, sistem pengeluaran, ragam tingkah laku adalah
halangan kepada perkembangan ekonomi dan menimbulkan sikap konservatif terhadap
perubahan, pemodenan dan pertumbuhan ekonomi (Rahimah Abdul Aziz 1989: 197).

Pembangunan modal insan melalui kursus pendek bukannya hanya tertumpu kepada
golongan belia semata-mata tetapi ia merangkumi semua lapisan umur termasuklah yang
mempunyai telah mempunyai kerjaya tetap seperti doktor, peguam, para petani dan sebagainya.
Pembangunan insan ialah perubahan dalam struktur, pemikiran dan perlakuan seseorang yang
disebabkan oleh pengaruh biologikal iaitu dalaman dan persekitaran. Pembangunan insan ini
melibatkan tiga aspek iaitu fizikal, kognitif dan psikososial. Aspek fizikal melibatkan
pertumbuhan dan perubahan dalam tubuh manusia (fisiologi), aspek kognitif pula melibatkan
proses mental yang berkaitan dengan kebolehan dalam persepsi, ingatan, berhujah, kreativiti, dan
kemahiran bahasa. Mohd. Koharuddin (2005), manakala aspek psikososial melibatkan
pembangunan peribadi, kemahiran berinteraksi sesama manusia, kebolehan mengenal diri,
emosi, kemahiran sosial dan perlakuan.

Malaysia kini amat menumpukan terhadap pembangunan modal insan terutama golongan
belia. Mengikut Craig (1996), pembangunan manusia atau insan ini menjadi tumpuan utama bagi
memastikan kejayaan pembangunan masyarakat luar bandar. Mohd. Koharuddin (2005),
pembangunan insan ialah perubahan dalam struktur, pemikiran dan perlakuan seseorang yang
disebabkan oleh pengaruh biologikal dan persekitaran. Pembangunan insan ini bagi mengatasi
masalah sosial yang amat membimbangkan.

Pembangunan masyarakat dan insan adalah salah satu gerakan sosial yang paling
berperanan dalam perubahan sosial. Menurut Dunham (1960), pembangunan masyarakat
merupakan satu usaha yang dirancang untuk memperbaiki keadaan hidup komuniti, kemampuan
interaksi mereka dan juga untuk memperbaiki kemampuan mereka untuk memajukan diri.
Mezirow (1963) mengatakan bahawa pembangunan masyarakat lebih merupakan usaha yang
dirancang untuk meningkatkan penglibatan individu dalam memecahkan pelbagai masalah
komuniti.

375

PENYATAAN MASALAH
1. Adakah ramai masyarakat negeri Perlis mengetahui tentang Kolej Komuniti Arau?
2. Adakah masyarakat negeri Perlis mengetahui Kolej Komuniti Arau menawarkan kursus-
kursus pendek?
3. Adakah peserta kursus pendek mengalami perubahan dalam kehidupan sosial mereka
setelah berkursus di Kolej Komuniti Arau?
4. Apakah perubahan yang dialami oleh peserta kursus setelah berkursus di Kolej Komuniti
Arau?
5. Apakah kursus pendek yang paling banyak mengubah kehidupan sosial peserta kursus?
6. Apakah kesan kursus pendek kepada kehidupan sosial peserta kursus?

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti tahap penyertaan kursus pendek masyarakat negeri Perlis di Kolej
Komuniti Arau.

2. Mengenalpasti tahap kehidupan sosial masyarakat Perlis.
3. Mengenalpasti perbezaan kehidupan sosial berdasarkan jenis kursus, jantina, dan tahap

pendidikan.
4. Mengenalpasti hubungan penyertaan kursus dengan kehidupan sosial masyarakat di

negeri Perlis.

METODOLOGI
Pendekatan kajian yang digunakan adalah pendekatan kuantitatif di mana ia memerlukan

data numerikal serta melibatkan analisis statistik terhadap data tersebut bagi memahami dan
menjelaskan fenomena yang dikaji.

Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Borang ini diedarkan kepada
peserta-peserta kursus pendek untuk diisi. Secara amnya, borang ini terbahagi kepada 2 bahagian
iaitu A dan B. Menerusi bahagian A ia mengandungi soalan-soalan tentang maklumat diri
responden. Manakala, bahagian B pula mengandungi item-item persoalan tentang hubungan
sosial responden dengan masyarakat. Subjek kajian adalah dari kalangan peserta kursus pendek
di Kolej Komuniti Arau yang terdiri dari 116 orang responden.

Bentuk soalan adalah soalan tertutup iaitu soalan tertutup mempunyai jawapan-jawapan
tertentu yang disediakan pengkaji dan responden hanya memilih jawapan yang paling sesuai

376

tentang fenomena yang dikaji. Skala pengukuran yang digunapakai ialah melalui maklumat
demografi. Maklumat demografi membolehkan analisis dibuat dengan lebih terperinci
berdasarkan dimensi yang lebih terperinci.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan dalam kalangan peserta kursus pendek yang datang berkursus di

Kolej Komuniti Arau. Sebanyak 116 naskah soal selidik telah diedarkan kepada para peserta dan

berjaya dikutip dan dikumpul semula dalam masa yang telah ditetapkan.

Berdasarkan ujian normaliti yang telah dijalankan dan paparan box plot terdapat data dari

responden, ia tidak menunjukkan ciri yang berlainan daripada data sebenar atau ekstrem kepada

data yang lebih tinggi (outlier). Oleh itu, analisis dapatan kajian ini dilakukan ke atas semua data

yang dikumpul daripada 116 orang responden.

Profil responden seperti yang terdapat dalam soal selidik adalah jantina, agama, bangsa,

pencapaian pendidikan, pekerjaan, pendapatan, status perkahwinan, dan bilangan tanggungan isi

rumah. Jadual-jadual di bawah ini akan memaparkan profil responden berdasarkan dapatan

kajian.

Jadual 4.1 Bilangan Peratus
Bilangan Responden Mengikut Jantina 18 15.5
98 84.5
Jantina 116 100.0
Lelaki
Perempuan
Jumlah

Jadual 4.1 di atas menunjukkan bahawa 116 responden yang memulangkan soal selidik yang

telah diedar, 18 orang daripadanya adalah lelaki (15.5%) dan seramai 98 orang daripadanya

adalah perempuan (84.5%). Perangkaan ini menunjukkan responden perempuan adalah melebihi

responden lelaki sebanyak 69.0%.

Jadual 4.2 Bilangan Peratus
Bilangan Responden Mengikut Agama 114 98.3
1 0.9
Agama 1 0.9
Islam 116 100.0
Hindu
Buddha
Jumlah

377

Berdasarkan jadual 4.2, didapati bilangan responden yang beragama Islam menunjukkan

bilangan yang paling tinggi iaitu seramai 114 orang (98.3%). Responden yang beragama Hindu

dan Buddha masing-masing seramai 1 orang (0.9%).

Jadual 4.3 Bilangan Peratus
Bilangan Responden Mengikut Bangsa 110 94.8
1 0.9
Bangsa 1 0.9
Melayu 4 3.4
116 100.0
Cina
India
Siam
Jumlah

Berdasarkan jadual 4.3, didapati bilangan responden yang berbangsa Melayu menunjukkan

bilangan yang paling tinggi iaitu seramai 110 orang (94.8%), diikuti responden berbangsa Siam

adalah seramai 4 orang (3.4%). Responden yang berbangsa India dan Cina masing-masing

seramai 1 orang (0.9%).

Jadual 4.4

Bilangan Responden Mengikut Pencapaian Akademik

Pencapaian Akademik Bilangan Peratus
6.9
UPSR/ Darjah 6 8 20.7
35.3
PMR/SRP/LCE 24 13.8
3.4
SPM/MCE 41 12.9
6.0
STPM 16 0.9
100.0
Sijil 4

Diploma 15

Sarjana Muda 7

Master 1

Jumlah 116

Berdasarkan jadual 4.4, didapati bilangan responden yang mempunyai pencapaian akademik
SPM/MCE menunjukkan bilangan yang paling tinggi iaitu seramai 41 orang (35.3%), diikuti
responden yang mempunyai pencapaian akademik PMR/SRP/LCE adalah seramai 24 orang
(20.7%). Responden yang yang mempunyai pencapaian akademik STPM adalah seramai 16
orang (13.8%) manakala seramai 15 orang (12.9%) responden mempunyai pencapaian akademik
Diploma. Seramai 8 orang (6.9%) responden mempunyai pencapaian akademik UPSR/Darjah 6,
7 orang (6.0%) responden mempunyai pencapaian akademik Sarjana Muda, 4 orang (3.4%)
responden mempunyai pencapaian akademik Sijil dan seorang (0.9%) responden mempunyai
pencapaian akademik Master.
Jadual 4.5

378

Bilangan Responden Mengikut Pekerjaan Bilangan Peratus
Pekerjaan 2 1.7
46 39.7
Kerajaan (Profesional) 3 2.6
Kerajaan (Sokongan) 1 0.9
Pelajar (IPT/Universiti) 23 19.8
Pelajar (Poli/Kolej) 7 6.0
1 0.9
Pelajar (Sekolah) 12 10.3
Swasta 16 13.8
Pesara 5 4.3
100.0
Kerja Sendiri 116
Suri Rumah
Tidak Bekerja

Jumlah

Berdasarkan jadual 4.5, didapati bilangan responden yang mempunyai pekerjaan dalam sektor

Kerajaan (Sokongan) menunjukkan bilangan yang paling tinggi iaitu seramai 46 orang (39.7%),

diikuti responden yang merupakan pelajar sekolah seramai 23 orang (19.8%). Suri rumah

menunjukkan bilangan responden ketiga tertinggi dengan seramai 16 orang (13.8%). Responden

yang bekerja sendiri adalah seramai 12 orang (10.3%) manakala seramai 7 orang (6.0%)

responden mempunyai pekerjaan di sektor swasta. Seramai 5 orang (4.3%) responden tidak

bekerja, 3 orang (2.6%) responden pelajar IPT/Universiti, 2 orang (1.7%) responden mempunyai

pekerjaan dalam sektor Kerajaan (Profesional) dan responden yang merupakan pelajar Poli/Kolej

dan pesara masing-masing seramai 1 orang (0.9%).

Jadual 4.6 Bilangan Peratus
Bilangan Responden Mengikut Pendapatan 41 35.3
18 15.5
Pendapatan 39 33.6
Tiada Pendapatan 15 12.9
Kurang dari RM1000 2 1.7
RM1001-RM2000 1 0.9
RM2001-RM4000 116 100.0
RM4001-RM5000
RM5001-RM6000

Jumlah

Berdasarkan jadual 4.6, didapati bilangan responden yang tidak mempunyai pendapatan bulanan
menunjukkan bilangan yang paling tinggi iaitu seramai 41 orang (35.3%), diikuti responden yang
mempunyai pendapatan bulanan antara RM1001-RM2000 seramai 39 orang (33.6%). Responden
yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1000 menunjukkan bilangan
responden ketiga tertinggi dengan seramai 18 orang (15.5%). Responden yang mempunyai
pendapatan bulanan antara RM2001-RM4000 adalah seramai 15 orang (12.9%) manakala

379

seramai 2 orang (1.7%) responden mempunyai pendapatan antara RM4001-RM5000. Hanya
seorang (0.9%).responden yang mempunyai pendapatan antara RM5001-RM6000 sebulan.

Jadual 4.7

Bilangan Responden Mengikut Status Perkahwinan

Perkahwinan Bilangan Peratus
40.5
Bujang 47 54.3
0.9
Berkahwin 63 4.3
100.0
Duda 1

Janda/Balu 5

Jumlah 116

Berdasarkan jadual 4.7, didapati bilangan responden sudah berkahwin menunjukkan bilangan

yang paling tinggi iaitu seramai 63 orang (54.3%), diikuti responden yang bujang seramai 47

orang (40.5%). Responden yang merupakan Janda/Balu menunjukkan bilangan responden ketiga

tertinggi dengan seramai 5 orang (4.3%). Hanya seorang (0.9%).responden merupakan seorang

duda.

Jadual 4.8

Bilangan Responden Mengikut Bilangan Tanggungan di Rumah

Bilangan Tanggungan Bilangan Peratus
28.4
Tiada 33 25.9
28.4
1-2 orang 30 16.4
0.9
3-4 orang 33 100.0

5-6 orang 19

Melebihi 10 orang 1

Jumlah 116

Berdasarkan jadual 4.8, didapati 33 orang (28.4%) responden masing-masing tidak mempunyai
bilangan tanggungan di rumah dan antara 3-4 orang bilangan tanggungan di rumah. Seterusnya,
responden yang mempunyai bilangan tanggungan di rumah antara 1-2 orang adalah seramai 30
orang (25.9%). Responden yang mempunyai bilangan tanggungan di rumah antara 5-6 orang
adalah seramai 19 orang (16.4%). Hanya seorang (0.9%).responden mempunyai bilangan
tanggungan di rumah melebihi 10 orang.

Seterusnya dalam Bahagian B borang soal selidik, responden disoal berkaitan dengan
penyertaan kursus pendek. Jadual-jadual di bawah ini akan memaparkan dapatan kajian
berdasarkan jawapan yang diberikan responden.

380

Jadual 4.9

Bilangan Responden Yang Pernah Mengikuti Kursus Pendek di Kolej Komuniti Arau

Bilangan Peratus

Ya 43 37.1

Tidak 73 62.9

Jumlah 116 100.0

Berdasarkan jadual 4.9, didapati 73 orang (62.9%) responden tidak pernah mengikuti kursus
pendek di Kolej Komuniti Arau manakala seramai 43 orang (37.1%) responden pernah
mengikuti kursus pendek di Kolej Komuniti Arau.

Jadual 4.10

Bilangan Responden Yang Mendapat Maklumat Kursus Pendek di Kolej Komuniti Arau Berdasarkan

Medium

Bilangan Peratus

Kolej 10 8.6

Rakan 59 50.9

Keluarga 11 9.5

Media Massa (Radio/Surat 13 11.2

Khabar)

Internet/Media Sosial 23 19.8

Jumlah 116 100.0

Berdasarkan jadual 4.10, didapati 59 orang (50.9%) responden mendapat maklumat tentang
kursus pendek di Kolej Komuniti Arau melalui rakan manakala seramai 23 orang (19.8%)
responden mendapat maklumat tentang kursus pendek di Kolej Komuniti Arau melalui
Internet/Media Sosial. Seramai 13 orang (11.2%) responden mendapat maklumat tentang kursus
pendek di Kolej Komuniti Arau melalui Media Massa (Radio/Surat Khabar), 11 orang (9.5%)
responden mendapat maklumat tentang kursus pendek di Kolej Komuniti Arau melalui keluarga
dan 10 orang (8.6%) responden mendapat maklumat tentang kursus pendek di Kolej Komuniti
Arau melalui Kolej.

381

Jadual 4.11

Bilangan Responden Mengikut Bidang Kursus Yang Menjadi Pilihan Utama

Bilangan Peratus
62.1
Makanan 72 2.6
12.9
Senibina 3 19.8
0.9
Komputer 15 1.7
100.0
Jahitan/Fesyen 23

Elektrik 1

Pengajian Am/Ilmu Kerohanian 2

Jumlah 116

Berdasarkan jadual 4.11, didapati 72 orang (62.1%) responden memilih bidang makanan sebagai
pilihan utama kursus pendek yang ingin disertai manakala seramai 23 orang (19.8%) responden
memilih bidang jahitan/fesyen sebagai pilihan utama kursus pendek yang ingin disertai di Kolej
Komuniti Arau. Seramai 15 orang (12.9%) responden memilih bidang komputer sebagai pilihan
utama kursus pendek yang ingin disertai, 3 orang (2.6%) responden memilih bidang senibina, 2
orang responden memilih bidang Pengajian Am/Ilmu sebagai pilihan utama kursus pendek yang
ingin disertai dan 1 orang (0.9%) responden memilih bidang elektrik sebagai pilihan utama
kursus pendek yang ingin disertai.

Jadual 4.12

Bilangan Responden Mengikut Tujuan Menghadiri Kursus Pendek

Bilangan Peratus
22.4
Menambah Pendapatan 26 65.5

Peningkatan Kemahiran (Up- 76 0.9
1.7
Skilling) 9.5
100.0
Latihan Semula (Re-Skilling) 1

Mencari Peluang Pekerjaan 2

Mengisi Masa Lapang 11

Jumlah 116

Berdasarkan jadual 4.12, didapati 76 orang (65.5%) responden mengikuti kursus pendek dengan
tujuan peningkatan kemahiran (Up-Skilling) manakala seramai 26 orang (22.4%) responden
mengikuti kursus pendek dengan tujuan menambah pendapatan. Seramai 11 orang (9.5%)
responden mengikuti kursus pendek dengan tujuan mengisi masa lapang, 2 orang (1.7%)
responden mengikuti kursus pendek dengan tujuan mencari peluang pekerjaan, dan 1 orang
(0.9%) responden mengikuti kursus pendek dengan tujuan latihan semula (Re-Skilling).

382

Jadual 4.13

Bilangan Responden Mengikut Kawasan Tempat Tinggal

Bilangan Peratus
74.1
Kampung 86 25.9
100.0
Bandar 30

Jumlah 116

Berdasarkan jadual 4.13, didapati 86 orang (74.1%) responden tinggal di kawasan kampung
manakala seramai 30 orang (25.9%) responden tinggal di kawasan bandar. Ini menunjukkan
perbezaan sebanyak 48.2%.

Jadual 4.14

Bilangan Responden Mengikut Pemilikan Tempat Tinggal

Bilangan Peratus
85.3
Sendiri 99 9.5
5.2
Sewa 11 100.0

Menumpang 6

Jumlah 116

Berdasarkan jadual 4.14, didapati 99 orang (85.3%) responden memiliki tempat tinggal sendiri
manakala seramai 11 orang (9.5%) responden tinggal di rumah sewa. Hanya 6 orang (5.2%)
responden menumpang tempat tinggal.

Jadual 4.15

Bilangan Responden Mengikut Dapatan Bantuan Sara Hidup

Bilangan Peratus
7.8
Ya 9 92.2
100.0
Tidak 107

Jumlah 116

Berdasarkan jadual 4.15, didapati 107 orang (92.2%) responden tidak mendapat bantuan
daripada sebarang sumber/badan kerajaan manakala seramai 9 orang (7.8%) responden mendapat
bantuan daripada sebarang sumber/badan kerajaan. Ini menunjukkan perbezaan sebanyak 84.4%.

Jadual 4.16

Bilangan Responden Mengikut Pemikiran Bahawa Kursus Pendek Membantu Membaiki Taraf Hidup

Bilangan Peratus

Ya 114 98.3

Tidak 2 1.7

Jumlah 116 100.0

383

Berdasarkan jadual 4.16, didapati 114 orang (98.3%) responden bersetuju bahawa kursus pendek
yang disertai dapat membantu dalam membaiki taraf hidup manakala seramai 2 orang (1.7%)
responden tidak merasakan bahawa kursus pendek yang disertai dapat membantu dalam
membaiki taraf hidup.

Bagi menganalisis Hubungan Penyertaan Kursus Pendek Terhadap Kehidupan Sosial
Masyarakat Negeri Perlis yang dibina oleh pengkaji, paired-sample t-test telah digunakan untuk
menguji hipotesis kajian. Paired-sample t-test digunakan bagi mengukuhkan kebarangkalian nilai
p yang diukur di mana nilai p yang lebih kecil paras signifikannya akan menolak hipotesis nol.
Aras keertian telah ditetapkan pada aras .05 atau 5%, bermakna jika nilai p kurang daripada .05
atau 5% maka pengkaji akan menolak hipotesis nol dan menerima hipotesis alternatif.

Jadual T-Test 1
Bilangan Responden Mengikut Jantina

Keputusan Ujian-T bagi perbandingan antara keluarga dan masyarakat mengikut
jantina

Jantina N Mean Std. Deviation Std. Error Mean

Keluarga Lelaki 18 3.7500 .64739 .15259
Perempuan 98 4.0179 .50161 .05067

Masyarakat Lelaki 18 3.7037 .53491 .12608
Perempuan 98 3.8469 .43650 .04409

Levene's Test for t-test for Equality of Means
Equality of
Variances

95% Confidence

Interval of the

Sig. (2- Mean Std. Error Difference

F Sig. t df tailed) Difference Difference Lower Upper
3.076 .082 -1.986
Keluarga Equal
variances
assumed 114 .049 -.26786 .13486 -.53502 -.00069

Equal -1.666 20.911 .111 -.26786 .16078 -.60231 .06660
variances
not assumed

Masyarakat Equal
variances
assumed .170 .681 -1.234 114 .220 -.14324 .11605 -.37312 .08665

Equal -1.072 21.357 .296 -.14324 .13357 -.42072 .13425
variances
not assumed

384

Berdasarkan Rajah T Test 1,didapati nilai-t bagi perbandingan tahap keluarga bagi jantina lelaki
dan jantina perempuan ialah t=-1.986 dan tahap signifikan p=0.049. Manakala perbandingan
tahap masyarakat bagi jantina lelaki dan jantina perempuan ialah t=-1.234 dan tahap signifikan
p=0.220.Perbandingan tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p<0.05). Oleh itu, hipotesis
nol (Ho1) tidak diterima. Jadi, terdapat perbezaan yang signifikan kesan hubungan antara
keluarga dan masyarakat mengikut jantina.

Skor min tahap kesan kepada masyarakat l (min=-.14324) adalah lebih kecil daripada
Keluarga (min=-.26786). Ini bermakna tahap kesan hubungan sumbangan antara keluarga dan
masyarakat mengikut jantina adalah tidak sama dan menolak hipotesis nol (Ho1) dan menerima
hipotesis alternatif (Ha) .

Jadual T-Test 2
Bilangan Responden Mengikut Pendidikan

Keputusan Ujian-T bagi perbandingan antara keluarga dan masyarakat bagi tahap pendidikan

95% Confidence
Interval for Mean

Keluarga Total N Mean Std. Std. Error Lower Upper Minimum Maximum
Masyarakat Total 116 3.9763 Deviation .04945 Bound Bound 2.75 5.00

116 3.8247 .53261 .04211 3.8783 4.0742 2.67 5.00

.45357 3.7413 3.9081

Test of Homogeneity of Variances

Levene Statistic df1 df2 Sig.
.506
a.Keluarga .889a 6 108 .571
b.Masyarakat
.801b 6 108

Berdasarkan Rajah T-Test 2,didapati nilai-t bagi perbandingan untuk keluarga bagi tahap
pendidikan ialah t=0.889a dan tahap signifikan p=0.506 .Manakala perbandingan untuk
masyarakat bagi tahap pendidikan ialah t=0.801b dan tahap signifikan p=0.571.Perbandingan
tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nol (Ho1) diterima.
Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan hubungan antara keluarga dan masyarakat
mengikut tahap pendidikan .

385

Skor min tahap kesan kepada masyarakat l (min=3.8247) adalah lebih kecil daripada
Keluarga (min=3.9763). Ini bermakna tahap kesan hubungan sumbangan antara keluarga dan
masyarakat mengikut tahap pendidikan adalah sama.

Jadual T-Test 3
Bilangan Responden Mengikut Pekerjaan

Keputusan Ujian-T bagi perbandingan antara keluarga dan masyarakat bagi tahap pekerjaan

95% Confidence

Interval for Mean

Std. Lower Upper

N Mean Deviation Std. Error Bound Bound Minimum Maximum
2.75 5.00
Keluarga Total 116 3.9763 .53261 .04945 3.8783 4.0742
Masyarakat Total 2.67 5.00
116 3.8247 .45357 .04211 3.7413 3.9081

Test of Homogeneity of Variances

Levene Statistic df1 df2 Sig.
7 106 .120
a.Keluarga 1.687a 7 106 .478

b.Masyarakat .941b

Berdasarkan Rajah T-Test 3, didapati nilai-t bagi perbandingan untuk keluarga bagi tahap
pekerjaan ialah t=1.687a dan tahap signifikan p=0.120 .Manakala perbandingan untuk
masyarakat bagi tahap pekerjaan ialah t=0.941b dan tahap signifikan p=0.478.Perbandingan
tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nol (Ho1) diterima.
Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan hubungan antara keluarga dan masyarakat
mengikut tahap pekerjaan .

Skor min tahap kesan kepada masyarakat l (min=3.8247) adalah lebih kecil daripada
Keluarga (min=3.9763). Ini bermakna tahap kesan hubungan sumbangan antara keluarga dan
masyarakat mengikut tahap pekerjaan adalah sama.

386

Jadual T-Test 4

Bilangan Responden Mengikut Pendapatan

Keputusan Ujian-T bagi perbandingan antara keluarga dan masyarakat bagi tahap pendapatan

95% Confidence
Interval for Mean

Std. Std. Lower Upper
Bound
N Mean Deviation Error Bound Minimum Maximum
4.0742 2.75 5.00
Keluarga Total 116 3.9763 .53261 .04945 3.8783
Masyarakat Total
116 3.8247 .45357 .04211 3.7413 3.9081 2.67 5.00

Test of Homogeneity of Variances

a.Keluarga Levene Statistic df1 df2 Sig.
b.Masyarakat 2.160a 4 110 .078
.941b 4 110 .443

Berdasarkan Rajah T-Test 4,didapati nilai-t bagi perbandingan untuk keluarga bagi tahap
pendapatan ialah t=2.160a dan tahap signifikan p=0.78 .Manakala perbandingan untuk
masyarakat bagi tahap pendapatan ialah t=0.941b dan tahap signifikan p=0.443.Perbandingan
tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05). Oleh itu, hipotesis nol (Ho1) diterima.
Jadi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan hubungan antara keluarga dan masyarakat
mengikut tahap pendapatan .

Skor min tahap kesan kepada masyarakat l (min=3.8247) adalah lebih kecil daripada
Keluarga (min=3.97633). Ini bermakna tahap kesan hubungan sumbangan antara keluarga dan
masyarakat mengikut tahap pendapatan adalah sama.

387

PERBINCANGAN

Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk frekuensi ,peratusan dan min. Bahagian
A adalah demografi responden ,dan bahagian B adalah analisis persoalan kajian.

Analisis bahagian A: Demografi Responden
Jadual 4.1 menunjukkan jantina responden. Sampel seramai 116 iaitu 18 orang

daripadanya adalah lelaki 15.5% dan seramai 98 orang daripadanya adalah perempuan 84.5%.
Perangkaan ini menunjukkan responden perempuan adalah melebihi responden lelaki sebanyak
69.0%.Bangsa dan agama responden menunjukkan responden terdiri daripada bangsa Melayu
,Cina ,India,Siam dan lain-lain.Di mana 94.8% responden berbangsa Melayu, 3.4 peratus
responden berbangsa siam,manakala responden berbangsa Cina 0.9% dan responden berbangsa
india 0.9%.Kebanyakkan responden mempunyai taraf pendidikan di peringkat SPM dengan
35.3% , diikuti responden yang mempunyai pencapaian akademik PMR/SRP/LCE adalah
seramai 20.7%. Responden yang yang mempunyai pencapaian akademik STPM adalah seramai
16 13.8% manakala 12.9% responden mempunyai pencapaian akademik Diploma.6.9%
responden mempunyai pencapaian akademik UPSR/Darjah 6, 6.0% responden mempunyai
pencapaian akademik Sarjana Muda, 3.4% responden mempunyai pencapaian akademik Sijil dan
0.9 responden mempunyai pencapaian akademik Master.

Jadual 4.6 adalah berkaitan pekerjaan ,didapati bilangan responden yang tidak
mempunyai pendapatan bulanan menunjukkan bilangan yang paling tinggi iaitu 35.3%, diikuti
responden yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM1001-RM2000 33.6%. Responden
yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1000 menunjukkan bilangan
responden ketiga tertinggi dengan 15.5%. Responden yang mempunyai pendapatan bulanan
antara RM2001-RM4000 adalah 12.9% manakala 1.7% responden mempunyai pendapatan
antara RM4001-RM5000. Hanya seorang 0.9% responden yang mempunyai pendapatan antara
RM5001-RM6000 sebulan. Apabila ditanya mengenai status perkahwinan bilangan responden
sudah berkahwin menunjukkan bilangan yang paling tinggi iaitu 54.3% kerap menghadiri kursus,
diikuti responden yang bujang 40.5%. Responden yang merupakan Janda/Balu menunjukkan
bilangan responden ketiga tertinggi dengan 4.3%. Hanya 0.9% responden merupakan seorang

388

duda. Jadual 4.8 memperihalkan mengikut bilangan tanggungan di rumah 28.4% responden
masing-masing tidak mempunyai bilangan tanggungan di rumah dan antara 3-4 orang bilangan
tanggungan di rumah. Seterusnya, responden yang mempunyai bilangan tanggungan di rumah
antara 1-2 orang adalah 25.9%. Responden yang mempunyai bilangan tanggungan di rumah
antara 5-6 orang adalah 16.4%. Hanya 0.9% .responden mempunyai bilangan tanggungan di
rumah melebihi 10 orang.

Bahagian B: Analisis Data
1. Keberkesanan Kolej Komuniti Arau menawarkan kursus-kursus pendek
Jadual 4.9, didapati 62.9% responden tidak pernah mengikuti kursus pendek di Kolej
Komuniti Arau manakala seramai 37.1% responden pernah mengikuti kursus pendek di
Kolej Komuniti Arau.Dapat disimpulkan bahawa responden yang megikuti kursus
pendek adalah dikalangan peserta baru amat menggalakan disamping peserta yang selalu
datang berkursus
Jadual 4.10, didapati 50.9% responden mendapat maklumat tentang kursus
pendek di Kolej Komuniti Arau melalui rakan manakala 19.8% responden mendapat
maklumat tentang kursus pendek di Kolej Komuniti Arau melalui Internet/Media Sosial.
Manakala 11.2% responden mendapat maklumat tentang kursus pendek di Kolej
Komuniti Arau melalui Media Massa (Radio/Surat Khabar), 9.5% responden mendapat
maklumat tentang kursus pendek di Kolej Komuniti Arau melalui keluarga dan 8.6%
responden mendapat maklumat tentang kursus pendek di Kolej Komuniti Arau melalui
Kolej.Kebanyakan responden mempunyai lebih pengalaman semasa berinteraksi dengan
rakan taulan untuk mendapat maklumat mengenai kursus pendek .Pihak promosi Kolej
Komuniti Arau perlu lebih meningkatkan promosi mengenai kursus pendek di kolej ini.

2. Keberkesanan kursus pendek meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
Hal yang demikian jadual 4.12, didapati 65.5% responden mengikuti kursus pendek
dengan tujuan peningkatan kemahiran (Up-Skilling) manakala 22.4% responden
mengikuti kursus pendek dengan tujuan menambah pendapatan.9.5% responden
mengikuti kursus pendek dengan tujuan mengisi masa lapang, 21.7% responden

389

mengikuti kursus pendek dengan tujuan mencari peluang pekerjaan, dan 0.9% responden
mengikuti kursus pendek dengan tujuan latihan semula (Re-Skilling).

3. Modul kursus pendek yang paling kerap disertai
Berdasarkan jadual 4.11, didapati 62.1% responden memilih bidang makanan sebagai
pilihan utama kursus pendek yang ingin disertai manakala seramai 19.8% responden
memilih bidang jahitan/fesyen sebagai pilihan utama kursus pendek yang ingin disertai di
Kolej Komuniti Arau. Seramai 12.9% responden memilih bidang komputer sebagai
pilihan utama kursus pendek yang ingin disertai, 2.6% responden memilih bidang
senibina, 2 orang responden memilih bidang Pengajian Am/Ilmu sebagai pilihan utama
kursus pendek yang ingin disertai dan 1 orang (0.9%) responden memilih bidang elektrik
sebagai pilihan utama kursus pendek yang ingin disertai.

4. Keberkesanan kursus pendek kepada kehidupan sosial peserta kursus
Berdasarkan jadual 4.13, didapati 74.1% responden tinggal di kawasan kampung
manakala seramai 25.9% responden tinggal di kawasan bandar. Ini menunjukkan
perbezaan sebanyak 48.2%. Berdasarkan jadual 4.15, didapati 92.2% responden tidak
mendapat bantuan daripada sebarang sumber/badan kerajaan manakala 7.8% responden
mendapat bantuan daripada sebarang sumber/badan kerajaan. Ini menunjukkan perbezaan
sebanyak 84.4%
Jadual 4.16 pula, didapati 98.3% responden bersetuju bahawa kursus pendek
yang disertai dapat membantu dalam membaiki taraf hidup manakala hanya 1.7%
responden tidak merasakan bahawa kursus pendek yang disertai dapat membantu dalam
membaiki taraf hidup.

390

KESIMPULAN
Berdasarkan kepada keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati objektif kajian ini

tercapai kearah positif. Ini adalah kerana data-data yang diperolehi menunjukkan sememangnya
kursus kursus pendek anjuran JPSH dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran secara
individu atau berkumpulan.

Objektif kajian untuk mengenalpasti peranan PSH dalam membangunkan sosio ekonomi
melalui jalinan hubungan Penyertaan Kursus Pendek terhadap kehidupan sosial Masyarakat
Negeri Perlis menunjukkan bahawa pengetahuan yang diperoleh itu benar-benar dapat
diaplikasikan dalam kehidupan individu dan masyarakat sekeliling. Ini dapat dilihat dari maklum
balas responden, yang menyatakan tahap keyakinan mereka lebih meningkat dari segi melakukan
aktiviti penyelerengaraan alatan eletrik juga kemahiran yang diperolehi dikongsikan untuk
membantu aktiviti kemasyarakatan samaada kemahiran memasak, menyelerengara peralatan
seperti pendawaian elektrik dan pemasangan komputer. Kemahiran yang diperolehi juga dapat
membantu penjimatan keluarga melalui penghasilan produk makanan dan jahitan pakaian
sendiri. Selain itu membantu meningkatkan prestasi kerja apabila menyertai kursus-kursus
teknologi maklumat. Untuk tujuan peningkatan kemahiran bagi menambah pendapatan bulanan
atau penjimatan kos sara hidup, pihak JPSH Kolej Komuniti Arau senantiasa memberikan
dorongan dan motivasi setiap kali kursus pendek diadakan.

Kesimpulannya di sini, dapatlah dikatakan bahawa PSH adalah pencetus pengetahuan
dan kemahiran secara holistik dalam membangunkan komuniti di kalangan penduduk negeri
Perlis. Hasil dapatan juga membuktikan bahawa pengetauhuan dan kemahiran yang diperolehi
dari kursus pendek mempunyai hubungan yang baik dengan kehidupan sosial para peserta yang
juga merupakan masyarakat negeri Perlis. Malahan di mana juga kita berada ilmu merupakan
tunjang kejayaan kerana dengan memiliki ilmu sesebuah bangsa maju dan sentiasa berdaya saing
untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat.

391


Click to View FlipBook Version