The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_ieda81, 2021-08-03 06:56:13

Prosiding SPEKKU 2015

Prosiding SPEKKU 2015

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini akan membantu memberikan gambaran yang sebenar tentang faktor- faktor yang
mempengaruhi kecemerlangan dalam pencapian akademik pelajar-pelajar Kolej Komunti
Kulim di peringkat sijil. Pengkaji juga menaruh harapan yang tinggi semoga hasil kajian
yang bakal diperolehi, akan memberi faedah yang besar kepada pihak-pihak yang berkenaan
terutamanya warga Kolej Komuniti Kulim. Di antara kepentinganya:

Kepada pelajar-pelajar
 Dapat meningkatkan taraf pencapaian akademik di dalam proses pembelajaran
pelajar-pelajar.
 Dapat mengetahui faktor-faktor yang dapat mempengaruhi kecemerlangan akademik

Kepada Pensyarah
 Dapat meningkatkan strategi pengajaran untuk meningkatkan tahap kecemerlangan
pelajar dalam akademik.

Kepada Ibu bapa
 Dapat menyumbang peranan dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan
dalam akademik masing-masing.

Kepada Masyarakat Umum
 Umum dapat mengetahui apakah rahsia sebenar yang mendorong pelajar Kolej
Komuniti untuk cemerlang dan behenti memandang rendah graduan-graduan Kolej
Komuniti.
SOROTAN LITERATUR

Di kebanyakan negara maju, pendidikan diletakkan di bawah teori modal manusia. Ia dilihat
sebagai penentu utama prestasi ekonomi dengan mengambil konsep pekerja sebagai modal
manusia yang akan menyokong perubahan teknologi, pengkajian dan inovasi, peningkatan
produktiviti dan daya saing (Fitzsimons ,1999).

Menurut Teori Modal Manusia oleh Becker (1964; 1994) pertumbuhan dalam modal fizikal
merupakan sebahagian kecil sahaja dalam pertumbuhan pendapatan. Pendidikan dan latihan
sebenarnya memainkan peranan yang lebih penting dalam pertumbuhan tersebut. Pendidikan
dan latihan akan meningkatkan produktiviti pekerja di mana pengetahuan dan kemahiran

492

yang ada pada pekerja tersebut akan meningkatkan penjanaan pendapatan mereka. Teori ini
juga menekankan kepentingan pendidikan dan latihan sebagai kunci untuk terlibat dalam
ekonomi global yang baru.

RMKe-10 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-6 Dato' Sri Haji Mohammad
Najib bin Tun Haji Abdul Razak menyatakan kerajaan telah menetapkan bahawa latihan dan
pendidikan teknikal dan vokasional perlu diarus perdanakan bagi merealisasikan ekonomi
berpendapatan tinggi. Hasrat ini akan tercapai jika kemahiran pekerja khususnya pelajar
lepasan sekolah adalah berada pada tahap tertinggi semasa mereka menceburi alam
pekerjaan.

Oleh yang demikian, langkah-langkah yang lebih strategik harus diambil secara berterusan
untuk mencapai matlamat tersebut. Secara tidak langsung ini merupakan satu cabaran kepada
Kolej Komuniti untuk meningkatkan kualiti pengajian bagi memperbaiki tahap kemahiran
dan kompetensi lulusan yang dihasilkan ke arah memenuhi kehendak industri.

Seterusnya, menyedari persaingan, cabaran dan aspirasi yang sentiasa meningkat dan seiring
dengan transformasi pendidikan dan dasar-dasar negara seperti mana yang terdapat di dalam
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Program Transformasi Kerajaan (GTP),
Program Transformasi Ekonomi (ETP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan
Malaysia Ke-10 (RMK-10), teras pemerkasaan kolej komuniti telah diperkenalkan untuk
memartabatkan kolej komuniti sebagai sebuah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) yang disegani dan dihormati serta relevan dalam memainkan peranan
penting melonjakkan Malaysia ke arah negara maju.

Bukan di Malaysia sahaja malahan di luar negara juga kolej komuniti telah terbukti
memainkan peranan penting dalam menghasilkan lulusan yang berjaya dan berpendapatan
tinggi. Ini dibuktikan oleh kajian Belfield dan Bailey (2011) tentang kepentingan dan manfaat
kolej komuniti di Amerika menunjukkan lulusan kolej komuniti di Amerika Syarikat didapati
menjana pendapatan yang lebih tinggi daripada lulusan sekolah tinggi dan ia akan bertambah
berlipat ganda jika lulusan kolej komuniti ini melengkapkannya dengan ijazah pertama di
universiti. Kajian ini jelas menunjukkan kemampuan kolej komuniti di Amerika dalam
melahirkan lulusan yang boleh menjana pendapatan yang tinggi.

Kajian Ini telah menyokong kajian Attewell dan Lawin (2007) dan Belfield dan Lawin (2007)
yang menunjukkan lulusan kolej komuniti di Amerika Syarikat mampu menjana pendapatan

493

yang tinggi dan menjadi pilihan pelajar lepasan sekolah yang berpencapaian rendah untuk
menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Kolej komuniti di Malaysia juga sebenarnya berpotensi untuk mencapai kejayaan yang sama
seperti di luar negara. Pelajar kolej komuniti perlu diasah dan diberi pemahaman bahawa
mereka boleh berjaya. Justeru itu pelajar ini perlu didedahkan dengan faktor-faktor
kecemerlangan pelajar kolej komuniti dan belajar melaluinya.

Ini bertepatan dengan Teori Pembelajaran Sosial oleh (Bandura ,1977) yang menekankan
pembelajaran melalui pemerhatian di mana sebahagian besar manusia belajar melalui
pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain. Inti dari teori
pembelajaran sosial adalah pemodelan (modelling), dan pemodelan ini merupakan salah satu
langkah paling penting dalam pembelajaran terpadu.

Menurut (Dunn, 1984) berpendapat bahawa setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran
yang tersendiri mengikut minat atau pola yang mendorong pelajar untuk memilih proses
belajar yang menggunakan maklumat baru atau pengalaman.

Penulisan Badar, (Kamaruddin dan Puteh ,2005) pula menyatakan bahawa faktor sikap, iklim
kolej komuniti dan pengajaran pensyarah merupakan antara faktor yang paling
mempengaruhi pencapaian kecemerlangan akademik pelajar.

SKOP KAJIAN

Kajian ini memberi tumpuan kepada pelajar Kolej Komuniti Kulim yang sedang belajar di
semester 2, 3 dan 4, bekas-bekas pelajar yang telah menamatkan pengajian serta pensyarah-
pensyarah Kolej Komuniti Kulim.

METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk yang digunakan bagi kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan menggunakan
set borang soal selidik bagi mencapai objektif kajian. Menurut Ahmad Mahdzan (2002) soal
selidik mengandungi soalan yang telah dibentuk khas untuk mengumpul data kajian . Soal
selidik dibangunkan dengan mengunakan lima mata skala likert. Menurut Skala Likert
memerlukan responden mengukur tahap penerimaan atau penolakan dengan pelbagai
kenyataan yang berhubung dengan pembinaan soalan (Aaker, 2002). Reka bentuk kajian
ini dipilih kerana bilangan sampel responden yang diambil dapat mewakili keseluruhan
populasi yang hendak dikaji

494

Borang soal selidik telah diedarkan kepada 235 orang responden yang terdiri daripada 181
orang pelajar Kolej Komuniti Kulim dan 54 orang pensyarah Kolej Komuniti Kulim.Oleh
kerana kajian ini akan mengkaji faktor-faktor dari dua perspektif iaitu pelajar dan pensyarah,
2 set borang soal selidik telah disediakan bagi memperolehi data yang tepat mengenai
objektif kajian. Walaupun dua set soalan disediakan tetapi item-item soalan yang ditanyakan
adalah sama cuma disesuaikan dengan status pekerjaan sebagai pensyarah atau pelajar.
Set soalan borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar telah dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu bahagian A adalah maklumat berkaitan dengan latar belakang responden yang
merangkumi jantina, umur, bangsa, kelulusan akademik, pengalaman bekerja dan CGPA
pelajar manakala bahagian B pula adalah tertumpu kepada i) struktur kursus ii) pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran iii) faktor-faktor lain yang mungkin mendorong pelajar-pelajar
menjadi cemerlang di dalam pencapaian akademik mereka. Pembinaan item faktor-faktor lain
adalah tertumpu kepada peribadi responden sendiri seperti soalan-soalan berkaitan dengan
keluarga atau faktor persekiran yang bersesuaian diri pelajar.
Bagi set soalan borang soal selidik yang diedarkan kepada pensyarah,item-item borang soal
selidik masih mengekalkan dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B akan tetapi bagi
bahagian A, responden dikehendaki menjawab maklumat berkenaan kelulusan akademik dan
pengalaman bekerja.
Kebolehpercayaan set borang soal selidik ini diuji dengan menggunakan prosedur Alpha
Cronbach yang diasaskan kepada model kekonsistenan dalaman (internal consistency). Nilai
Alpha Cronbach yang semakin hampir dengan 1 menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang
tinggi. Sekiranya nilai Alpha Cronbach kurang daripada 0.6, ia menunjukkan item-item yang
yang dibina di dalam borang soal selidik mempunyai nilai kebolehpercayaan yang rendah
bagi menyokong kajian. Tahap kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima jika nilai
Alpha lebih daripada 0.7 (Uma Sekaran,1992). Nilai Alpha bagi set borang soal selidik ini
ialah 0.701 seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 1 di bawah:

495

Statistik Kebolehpercayaan

Cronbach's Alpha N of Items
.701 33

Jadual 1
Nilai Kebolehpercayaan Soalan

Bagi menganalis dapatan kajian pengkaji akan menggunakan bacaan min sebagai nilai
ukuran. Nilai bacaan skor min menurut Mohd Najib Abd Ghafar,2003 ialah seperti berikut:

Skor Min Tafsiran Tahap
1.00 hingga 2.33 Rendah Lemah
2.31 hingga 3.66 Sederhana Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi Baik

HASIL KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Kulim melalui kaedah mengedarkan borang soal
selidik kepada para pelajar dan pensyarah. Seramai 235 orang responden yang telah terlibat
dalam kajian ini. Kesemua borang soal selidik dapat dikumpul semula oleh pengkaji. Data-
data mentah dari hasil borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian
statistik Statistical Package for the Social Science (SPSS v 22). Hasil analisis
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan peratusan bagi menggambarkan nilai atau data hasil
dari analisis yang telah dijalankan.

Bahagian A: Maklumat Peribadi Responden
Dalam bahagian ini, penyelidik menganalisis maklumat peribadi responden iaitu pekerjaan
responden,jantina, umur,bangsa,status perkahwinan,pengalaman kerja dan CGPA responden.
Profil respoden dapat dipaparkan melalui jadual-jadual yang disediakan di bawah ini:

496

Jadual 2

Status pekerjaan

Item Soalan Bilangan Peratusan
Pensyarah 54 23.0
Pelajar 181 77.0

Jumlah 235 100.0

Berdasarkan Jadual 2, data menunjukkan responden yang menjawab borang soal selidik

adalah terdiri daripada dua status pekerjaan iaitu pensyarah dan pelajar. Sebanyak 23%

responden terdiri daripada pensyarah dan 77% responden terdiri daripada para pelajar.

Item Soalan Jadual 3 Peratusan
Lelaki Jantina 70.6
Perempuan 29.4
Jumlah Bilangan 100.0
166
69
235

Jadual 3 di atas dapat menjelaskan jantina responden yang terlibat di dalam kajian ini ialah
lelaki 70.6% manakala perempuan ialah 29.4%. Daripada hasil analisis ini dapat
menunjukkan julat perbezaan antara lelaki dan perempuan bagi kajian ini ialah sebanyak
41.2%. Peratusan responden lelaki melebihi responden perempuan adalah kerana majoriti
pelajar di Kolej Komuniti Kulim adalah lelaki.

Item Soalan Jadual 4 Peratusan
Umur 20 Hingga 30 Umur 9.8
Umur 31 Hingga 40 Bilangan 13.2
Umur 41 Hingga 50 23 .9
31
Umur 51 Tahun ke atas 2 .4

Umur 18 Hingga 20 1 75.7
Jumlah 100.0
178
235

Menerusi Jadual 4, dapatan menunjukkan umur responden yang menjawab borang soal
selidik. Analisis mendapati julat umur responden yang menjawab borang soal selidik majoriti
berumur antara 18 hingga 20 tahun. Ini bertepatan dengan jumlah bilangan respoden pelajar
yang menjawab borang soal selidik yang rata-ratanya berada dalam lingkungan umur
tersebut.

497

Item Soalan Jadual 5 Peratusan
Melayu Bangsa 86.4
India 13.6
Jumlah Bilangan 100.0
203
32
235

Jadual 5 dapat menerangkan bangsa responden yang menjawab borang soal selidik.
Responden Melayu sebanyak 86.4% dan responden berbangsa India ialah 13.6%. Responden
hanya terdiri dari dua bangsa ini sahaja kerana majoriti pelajar di Kolej Komuniti yang
diedarkan borang soal selidik adalah pelajar Melayu dan India.

Item Soalan Jadual 6 Peratusan
1-5 Pengalaman kerja 77.9
6-10 17.0
11-15 Bilangan 4.7
16 Tahun ke atas 183 .4
Jumlah 40 100.0
11
1
235

Pengalaman bekerja responden dapat dilihat dari Jadual 6. Peratusan tertinggi menunjukkan

pengalaman bekerja responden ialah 77.9% ialah responden yang mempunyai pengalaman

bekerja selama 1 tahun hingga 5 tahun dan hanya 0.4% sahaja responden yang mempunyai

pengalaman bekerja melebihi 16 tahun.

Item Soalan Jadual 7 Peratusan
2.01-3 CGPA 9.4
3.01-4 Bilangan 90.6
Jumlah 100.0
22
213
235

Maklumat CGPA responden yang menjawab soalan soal selidik adalah seperti di dalam
Jadual 7. Sebanyak 9.4% pelajar mendapat CGPA 2.01-3.00 dan sebanyak 90.6% pelajar
memperolehi CGPA 3.01-4.00.

498

Bahagian B: Faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan akademik pelajar Kolej
Komunti Kulim

Item-item soalan di Bahagian B telah dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu struktur
kursus, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta faktor-faktor lain yang mungkin
mempengaruhi kecemerlangan pelajar.
Struktur kursus adalah merupakan garis panduan yang digunakan oleh para pensyarah untuk
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Justeru itu item-item soalan
yang dibina di dalam borang soal selidik adalah untuk mengenalpasti sama ada ia
menyumbang kepada kecemerlangan pelajar atau tidak. Analisis kajian dapat dapat dilihat
melalui Jadual 8 di bawah.

Jadual 8
Analisis item-item soalan Bahagian B-Struktur Kursus

Item soalan Min Sisihan Piawai

Kandungan subjek memadai untuk saya 3.6213 .89465
memahami subjek dan mencapai objektif 3.7660 .65414
pembelajaran saya 4.0170 .56964

Kandungan subjek berkait rapat dengan
penilaian (assessment) di sepanjang dan di
akhir semester

Pembelajaran melalui subjek ini memberi
peluang kepada pelajar membuat latihan
dalam kumpulan

Kandungan subjek relevan dan sejajar 3.7660 .75710
dengan perkembangan terkini

Pengagihan bab sesuai bab-bab dalam 3.7191 .86594
subjek tidak terlalu panjang

Sistem pemarkahan adalah bersesuian 3.1617 .44268
dengan kandungan kursus

499

Melalui Jadual 8, pengkaji mendapati responden berpendapat struktur kursus merupakan
salah salah satu faktor yang dapat mempengaruhi kecemerlangan pelajar. Min secara
keseluruhnya menghampiri 4.00 iaitu setuju. Min tertinggi ditunjukkan bagi item soalan
pembelajaran melalui subjek ini memberi peluang kepada pelajar membuat latihan dalam
kumpulan iaitu sebanyak 4.017. Ini menunjukkan belajar secara berkumpulan dapat
mendorong pelajar cemerlang di dalam pelajaran mereka. Hasil kajian ini dapat disokong
oleh kajian yang lepas oleh Mohammad Shatar,2006 yang menyatakan otak dan pemikiran
pelajar akan lebih aktif dan mempunyai daya ingatan yang tahan lama untuk menyimpan
maklumat yang diperolehi semasa perbincangan.

Jadual 9
Analisis item-item soalan Bahagian B- Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Item soalan Min Sisihan Piawai

Masa yang diperuntukkan untuk suatu subjek 3.6723 .86669
adalah bersesuaian dengan kandungan 3.6894 .61437
subjek. 4.0340 .72125
Pelajar dapat mengadaptasi pelajaran yang 4.0000 .63381
diajar di dalam kelas. 4.0681 .63012
Pelajar menunjukkan minat terhadap subjek 3.8809 .91208
yang diajar.
Kemampuan pelajar mengikuti arahan
pensyarah di dalam kelas.
Interaksi dua hala bersama pensyarah dan
rakan-rakan di dalam kelas.

Kesesuaian bilangan pelajar di dalam kelas.

Di dalam bahagian ini pengkaji berminat untuk mengetahui sama ada pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran adalah merupakan faktor pendorong kepada kecemerlangan pelajar. Ini
terbukti apabila min secara puratanya menghampiri 4.00 iaitu respoden setuju bahawa
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran turut menjadi salah satu faktor kepada
kecemerlangan pelajar. Jadual 9 menunjukkan min tertinggi ditunjukkan melalui jawapan
responden yang menyatakan interaksi dua hala bersama pensyarah dan rakan-rakan di dalam
kelas telah menjadi salah satu faktor yang mendorong kepada kecemerlangan pelajar iaitu

500

sebanyak 4.0681. Ini menunjukkan pengajaran pensyarah menghasilkan kesan pembelajaran
di kalangan pelajar (Mok Soon Sang,2001)

Jadual 10

Analisis item-item soalan Bahagian B- Faktor-faktor lain

Item soalan Min Sisihan Piawai
3.8298 .98100
Pengalaman kerja pelajar yang lepas 4.1660 .74687
membantu pelajar untuk belajar dengan 4.3191 .74840
bersungguh-sungguh
4.1234 .72625
Sebagai pensyarah saya banyak memberi
dorongan kepada pelajar saya untuk belajar 4.0426 .80483
3.6383 .94339
Ibu bapa banyak memberi semangat dan 3.6553 .78740
dorongan untuk pelajar belajar 3.6766 .76634

Dari pemerhatian saya keputusan SPM
pelajar yang lepas telah menyedarkan mereka
untuk menjadikan Kolej Komuniti sebagai
jalan alternatif untuk mereka berjaya

Latar belakang keluarga pelajar mendorong
mereka untuk belajar
Kemudahan dan fasiliti kolej komuniti
adalah mencukupi

Keadaan persekitaran kolej komuniti yang
kondusif menggalakkan pelajar untuk belajar

Rakan-rakan sekelas memberi dorongan
kepada pelajar untuk belajar

Selain dari faktor-faktor struktur kursus dan kaedah pelaksanaan dan pembelajaran, pengkaji
juga ingin tahu faktor-faktor lain yang dapat mendorong seseorang pelajar menjadi
cemerlang. Justeru itu sebanyak 8 item soalan telah dibina seperti yang dapat dilihat di dalam
Jadual 10 yang menanyakan faktor-faktor lain yang mungkin menjadi pendorong kepada para
pelajar menjadi cemerlang di peringkat Sijil Kolej Komuniti. Ternyata faktor-faktor lain turut
menyumbang kepada kecemerlangan pelajar Kolej Komuniti. Min tertinggi dapat dilihat bagi
item soalan yang menanyakan ibu bapa banyak memberi semangat dan dorongan untuk
pelajar untuk belajar sebanyak 4.3191. Dapatan ini selaras dengan kajian (Ea Ah Meng,
2003) yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang berasal daripada keluarga yang bahagia

501

dan dapat asuhan ibubapa yang sempurna akan mengalami kestabilan emosi. Pelajar-pelajar
seperti ini akan dapat memberi tumpuan yang teliti terhadap pengajaran guru. Penumpuan
seperti ini akan membantu mereka membentuk konsep-konsep yang jelas dalam pelbagai
mata pelajaran.
Situasi seperti ini pasti akan membolehkan pelajar berkenaan memperoleh pencapaian
akademik yang baik.Min kedua tertinggi ialah 4.1234 iaitu timbul kesedaran dalam diri
pelajar sendiri setelah mendapat keputusan yang kurang cemerlang di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia.

KESIMPULAN
Secara umumnya, pengkaji mendapati hasil daripada kajian yang telah dijalankan
menunjukkan ketiga-tiga faktor utama yang diutarakan oleh pengkaji iaitu sturuktur kursus,
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta faktor-faktor persekitaran pelajar adalah
merupakan faktor-faktor penyumbang kepada kecemerlangan pelajar.

Secara spesifik, hasil dari kajian ini faktor utama yang menyumbang kepada kecemerlangan
seseorang pelajar ialah dorongan ibu bapa meraka sendiri. Ini terbukti dengan hasil jawapan
dari borang soal selidik pelajar yang menunjukkan bacaan min 4.3191 memilih faktor utama
yang mendorong pelajar untuk berjaya ialah dorongan daripada ibu bapa mereka.

Maka dapatlah disimpulkan disini bahawa dengan adanya peranan ibu bapa yang meniup
semangat ke dalam diri para pelajar ditambah pula dengan sturuktur kursus dan dan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang matap di Kolej Komuniti dapat menghasilkan
graduan Kolej Komuniti yang berjaya.

Akhir kalam, pengkaji ingin mencadangkan kepada pelajar-pelajar yang masih belum
melanjutkan pelajaran kerana kecundang di peringkat SPM jangan berhenti berharap. Kolej
Komuniti merupakan jalan alternatif terbaik untuk pelajar-pelajar mengubah nasib dan
mencorak diri menjadi insan yang berjaya.

Dengan dorongan ibu bapa dan struktur kursus serta pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Kolej Komuniti sudah pasti pelajar akan berjaya ke menara gading. Sahutlah

502

slogon Kolej Komuniti yang berbunyi “tidak penting di mana anda bermula tetapi di mana
anda berakhir”.

503

RUJUKAN
Aaker, D. A. (2002). Building strong brands. London, England: Simon & Schuster.

Ahmad Mahdzan Ayob (2002). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Attewell, P. & Lavin, D.E. (2007). Passing the torch: Does higher education for the
disadvantaged pay off across the generations? New York: Russell Sage

Badar, A. R. & Kamaruddin, N. A. Puteh, S. (2005). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pencapaian Pelajar Dalam Menguasai Mata Pelajaran Kejuruteraan Di Politeknik-
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding seminar pendidikan JJPG
2005. Fakulti Pendidikan Teknikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New Jersey: Prentice-Hall.

Becker, G. (1994). Human Capital: A theoretical and empirical analysis with special
reference to education. Chicago: The University of Chicago Press.

Belfield, C.R & Bailey, T. (2011). The benefits of attending community college: A review of
the evidence. Retrieved from http://crw.sagepub.com/content/39/1/46. [19 Mac 2013]

Belfield, C.R. & Levin, H.M. (2007). The price we pay: Economics and social consequences
of inadequate education. Washington: Brooking Institutions Press.

Biggs, J. B., & Moore, P. J. (1993). The process of learning (3rd Ed.) : Prentice Hall of
Australia Pty Ltd.

Centra, J.A., & Potter, D. A. (1980). School and teacher effects: An interrelational model.
Review of Educational Research, 50(2), 273-291.

Dunkin, M. J., & Biddle, B. J. (1974). The study of teaching. New York: Holt, Renehart, and
Winston.

Ea Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan : Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Fitzsimons, P. (1999). Human capital theory and education. Encylopedia of Philosophy of
Education.

Hashim, H. & Othman, T. (2003). Kajian faktor-faktor peramal pencapaian akademik di
kalangan atlet Sarawak. Majlis Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Kementerian
Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi Sarawak.

504

Kolej Komunti lahirkan tenaga mahir. (2012,Oktober 24). Utusan Malaysia, m/s 5.
Mohammad Nor, M. A. (2009). Hubungan dan gaya pembelajaran dan pengajaran dalam

meningkatkan kefahaman pelajar. Tesis Sarjana.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mohammad Shatar, Jasni Sabri dan Azali Mohamed. 2006. Tip Pendidik Cemerlang.

Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Najib Abd. Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan: Soal Selidik Pendidikan.

Skudai, Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mok Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Diploma Perguruan Semester 1.

Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Rita Dunn, (1984). Learning Style: State of the Science. Theory into Practice, Vol. 23, No. 1,

Matching Teaching & Learning Styles (Winter,1984), pp. 10-19
Uma Sekaran (1992). Research Methods For Business - A Skill- Building Approach. Second

Edition. United States of America: John Wiley and Sons, Inc.

505

TAHAP KECENDERUNGAN MASYARAKAT TERHADAP
PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DI

LANGKAWI TOURISM ACADEMY@KKLANGKAWI

Mohd Fadhil bin Aziz , Siti Aishah Binti Edros
Langkawi Tourism Academy@KKLangkawi

Abstrak
Berdasarkan pembacaan daripada jurnal berkaitan Pembelajaran sepanjang hayat daripada
Universiti Tun Hussin Onn Malaysia, Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah proses
memperkayakan modal intelek yang semakin menjadi sebahagian daripada cara hidup.
Perlaksanaan program atau kursus PSH di kolej komuniti sememangnya amat bermanfaat
kepada setiap golongan masyarakat. Kolej komuniti ditubuhkan bagi mensasarkan penawaran
keperluan pendidikan kepada pelajar atau peserta setempat dan juga komuniti tempatan yang
tinggal di sesuatu kawasan. Langkawi Tourism Academy @KKLangkawi
(LTA@KKLangkawi) merupakan salah sebuah kolej komuniti yang terdapat di Malaysia.
Fokusnya , LTA@KKLangkawi merupakan pusat pendidikan yang menawarkan kursus –
kursus pendek terhadap komuniti di Langkawi khususnya. Kajian yang dijalankan ini adalah
bertujuan untuk mengenalpasti tahap kecenderungan masyrakat terhadap program PSH yang
di tawarkan di LTA@KKLangkawi. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk
tinjauan menggunakan instrumen Borang Soal Selidik yang di edarkan kepada komuniti di
mukim Kedawang ke atas 88 sample. Hasil daripada soalselidik yang dijalankan, ternyata
terdapat tahap kecenderungan yang dapat dikenalpasti melalui frekunsi yang positif. Justeru
itu penyertaan masyarakat dalam kursus pembelajaran sepanjang hayat seharusnya terus
digalakkan supaya mereka dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang secara tidak
langsung membantu mereka meningkatkan taraf hidup.
Kata Kunci : Pembelajaran Sepanjang Hayat,Langkawi Tourism Academy@KKLangkawi

506

i. Pengenalan

Menuntut ilmu dalam menambah kemahiran diri adalah satu usaha yang patut ada kepada
setiap individu yang ingin berjaya dalam hidup. Ilmu tidak akan datang sendiri jika tiada
usaha. Daripada penulis blog Hurul Ain (2012), menyatakan pada masa kini, kita lebih selesa
dengan istilah modal insan untuk merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal insan dilihat
lebih mesra kerana sumber manusia tadi dianggap seperti modal dan bukanlah suatu beban
atau tanggungan yang perlu dijaga bagi memastikan fungsinya sebagai pemangkin kepada
usaha ke arah pembangunan. Maka tidak hairanlah dalam pembangunan modal insan,
perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat
ilmiah, profesional mahupun vokasional diberi perhatian yang serius. Dalam hal ini,
kefahaman berkaitan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) berperanan besar dalam
memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan satu
tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara atau syarikat terbabit dan ekonomi
terhadap diri sendiri.

ii. Kajian Literatur

Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses berterusan yang mendorong dan mengizinkan
setiap individu untuk memperoleh semua ilmu pengetahuan dan kemahiran yang akan
dituntut sepanjang kehidupan dan untuk diaplikasi dengan keyakinan dan kreativiti (Kathryn
Barker, 1998). Pembelajaran sepanjang hayat menyediakan pembelajaran lanjutan dan
pembelajaran berterusan untuk setiap individu bagi meningkatkan personaliti
mereka(Manzoor Ahmed, 2002).

Menurut Gerhard Fischer (1999), pembelajaran sepanjang hayat mewujudkan cabaran
memahami, meneroka dan menyokong dimensi baru yang penting seperti pembelajaran
mengikut keperluan, pembelajaran atas permintaan, pembelajaran tidak formal serta
kolaboratif dan pembelajaran dalam organisasi. Sistem pembelajaran sepanjang hayat
diperkenalkan untuk meningkatkan kemahiran untuk menyokong pembangunan pembelajaran
masyarakat (Anuwar Ali, 2005). Pembelajaran sepanjang hayat juga dapat menukar cara
pemikiran masyarakat khususnya golongan muda yang bakal meneroka alam pekerjaan dan
yang sedang bekerja.

Langkawi Tourism Academy@KKLangkawi (LTA@KKLangkawi) merupakan salah
satu pusat pembelajaran sepanjang hayat yang terdapat di Malaysia. Ianya diselaraskan di
bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang menawarkan pelbagai kursus-kursus

507

kemahiran kepada semua lapisan masyarakat. LTA@KKLangkawi merupakan permata
negeri Kedah dan menpunyai jumlah penduduk yang ramai. Antara peranan
LTA@KKLangkawi ialah mewujudkan peluang kepada pelajar lepasan sekolah menengah
dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan. Dengan yuran yang rendah, masa
yang singkat dan tidak perlu untuk bergerak jauh seseorang individu dapat dibekalkan dengan
kemahiran yang sesuai dengan minatnya sudah cukup untuk memulakan kariernya dalam
menjana pendapatan yang lebih baik
Penyataan masalah

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kini dapat dilihat sebagai satu keperluan sosial dan
ekonomi. Namun begitu, tahap kecenderungan terhadap kursus – kursus pendek yang
dijalankan menjadi sesuatu yang perlu dikaji. Tambahan pula, kecenderungan penerimaan
masih menjadi cabaran terbesar kepada strategi pendidikan sepanjang hayat dimana
komitmen daripada semua pihak yang terlibat iaitu jabatan PSH itu sendiri.

iii. Objektif Kajian / Persoalan Kajian

Persoalan kajian bagi kajian ini adalah seperti berikut :
i. Adakah masyarakat mengenali pusat pendidikan Langkawi Tourism Academy yang
menawarkan kursus – kursus pendek?
ii. Adakah masyarakat cenderung untuk mengikuti program /kursus pendek yang dijalankan
di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)?

iv. Metodologi

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk tinjauan dimana penyelidik menggunakan
borang soal selidik yang menilai beberapa soalan yang berkaitan kecenderungan komuniti
terhadap program PSH di LTA@KKLangkawi. Penyelidik telah menggunakan komuniti
langkawi sebagai populasi kajian, dan penyelidik mensampelkan 88 sample daripada mukim
Kedawang dan mendapat maklumbalas daripada 71 responden.
Data - data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Data - data
tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science
(SPSS) 20.0. Data - data ini dianalisis menggunakan statistik diskriptif seperti frekunsi
peratusan.

508

Bagi maklumat berkenaan Jantina menjadi responden ialah terdiri daripada 45 Orang
perempuan dan selebihnya iaitu 24 orang adalah lelaki.

Jantina

Frequency Percent Valid Percent
33.8 33.8
Lelaki 24 66.2 66.2
100.0 100.0
Valid Perempuan 45

Total 71

JANTINA

34% PEREMPUAN
66% LELAKI

Seterusnya ialah berkenaan umur responden ialah kebanyakan responden adalah berada
dalam lingkungan umur 18-26-an iaitu sebanyak 43.6%.

Umur

Frequency Percent Valid Percent

18-26 31 43.6 43.6

27-33 20 28.1 28.1

41-50 18 25.3 25.3
Valid 1 1.4 1.4

51-60

60 tahun ke atas 1 1.4 1.4

Total 71 100.0 100.0

509

UMUR 18-26
27-34
2% 1% 35-50
25% 51-60
60 KE ATAS
44%
28%

Berkenaan dengan status penduduk hasil menunjukan 65% adalah penduduk tetap dan
selebihnya adalah pelancong dan yang bekerja di Langkawi .

Penduduk

Frequency Percent Valid Percent

Penduduk tetap 45 63.3 63.3

Valid Bekerja 19 26.7 26.7
Pelancong 5 7.04 7.04

Total 69 97.1 100.0

Missing System 2 2.8

Total 71 100.0

PENDUDUK

7% PENDUDUK TETAP
28% BEKERJA
PELANCONG
65%

510

Begitu juga dengan status perkahwinan, hasil kajian menunjukan sebahagian besar dari
responden telah tediri daripada bujang dan berkhawin .

Status

Frequency Percent Valid Percent
42.2
Berkahwin 30 42.2 54.9
100.0
Valid Bujang 39 54.9

Total 69 97.1

Missing System 2 2.8

Total 71 100.0

STATUS BERKAHWIN
BUJANG
43%
57%

Bagi maklumat berkenaan pekerjaan pula terdapat peratusan yang sama iaitu yang berkerja
swasta dan berkhidmat dalam kerajaan .Selain itu, terdapat juga responden yang tidak
berkerja dan minoriti yang bekerja sendiri.

Pekerjaan

Frequency Percent Valid Percent

Kerajaan 20 28.1 28.1

Swasta 20 28.1 28.1

Valid Sendiri 9 12.6 12.6

Tidak bekerja 22 30.9 30.9

Total 71 100.0 100.0

511

PEKERJAAN KERAJAAN
SWASTA
31% 28% SENDIRI
13% 28% TIDAK BEKERJA

Manakala untuk pendapatan bulanan responden pula , pendapatan Rm 1000 – Rm 2000
merupakan golongan yang paling cenderung menjadi peserta bagi program PSH yang
dijalankan.

Pendapatan

Frequency Percent Valid Percent

<1000 12 16.9 16.9

1000 - 2000 35 49.2 49.2

Valid 2001 - 3000 10 14.1 14.1

3000-5000 6 8.4 8.4

Total 63 88.7 100.0
Missing System 8 11.2
Total 71 100.0

512

PENDAPATAN <1000
1000-2000
17%2% 21% 2001-3000
60% 3001-5000

Tanggungan

Frequency Percent Valid Percent
12.6
Tiada 9 12.6 70.4
5.6
1-2 50 70.4 4.2
5.6
Valid 3-4 4 5.6 100.0
5-6 3 4.2

6> 4 5.6

Total 70 98.5

Missing System 1 1.4

Total 71 100.0

TANGGUNGAN TIADA
ANAK 1-2
6%4%6% 13% ANAK 3-4
71% ANAK 5-6
ANAK 6>

513

v. Perbincangan dan Cadangan Kajian

Bagi hasil soalan berkenaan pengetahuan terhadap kolej serta kursus yang ditawarkan
menunjukan sebahagian besar responden tahu bahawa kolej adalah sebuah jabatan kerajaan,
serta maklum akan kedudukan premis kolej dan kursus-kursus yang ditawarkan.
Walaubagaimanapun terdapat sebahagian kecil responden yang tidak tahu bahawa kolej
adalah sebuah jabatan kerajaan dan tidak tahu dimana letaknya premis kolej serta memilih
tidak berkenaan kursus yang ditawarkan.

Seterusnya semua responden bersetuju untuk menghantar anak atau jagaan mereka jika
hendak berkursus. Tetapi bagi soalan berkenaan pernah menghadiri kursus pula hanya
sebagaian kecil sahaja yang mengaku pernah menghadiri kursus Langkawi Tourism
Academy@KKLangkawi yang telah wujud pada awal 2007 lagi.

Berkenaan dengan soalan seterusnya iaitu berkaitan minat untuk berkursus semua responden
mengaku berminat untuk menyertai kursus di Langkawi Tourism Academy@KKLangkawi.
Untuk soalan 7, 8 dan 9 semua responden memilih ya untuk menyatakan setuju jika kursus
diadakan pada waktu cuti dan hujung minggu serta boleh melapangkan masa untuk berkursus
lebih dari 5 Jam dan akan mengikuti kursus jika kursus diadakan ditempat responden.
Bagi soalan yang terakhir, hasil menunjukan terdapat juga responden yang memilih untuk
tidak mengikuti kursus lagi. Walaubagaimanapun sebahagian besar memilih akan mengikuti
kursus jika berkelapangan pada masa akan datang.

Cadangan terhadap kajian ini, penyelidik mencadangkan agar kajian yang lebih luas dimana
sample diperbesarkan untuk mendapat lebih maklumbalas.Penyelidik bercadang untuk
mengkaji kecenderungan masyarakat di setiap mukim di Langkawi di masa hadapan .Hal ini
juga dapat menpromosikan LTA dan menberi haluan yang lebih kepada cerah kepada
masyarakat di Langkawi.

514

S1
Frequency Percent Valid Percent

Valid Ya 70 98.5 98.5
Missing System 1 1.4
Total 71 100.0

S2

Frequency Percent Valid Percent
97.1 97.1
Ya 69 1.4 1.4
98.5 100.0
Valid Tidak 1 1.4
100.0
Total 70
Missing System 1

Total 71

S2 YA
TIDAK
1%
99%

S3
515

Frequency Percent Valid
Percent

Ya 65 95.5 95.5

Valid Tidak 3 4.4 4.4

Total 68 95.7 100.0

Missin 3 4.4
System 71 100.0

g
Total

S3 YA
TIDAK
4%
96%

S4

Frequency Percent Valid Percent
95.7 95.7
Ya 67 4.2 4.2
98.5 100.0
Valid Tidak 3 1.4
100.0
Total 70
Missing System 1

Total 71

S4 YA
TIDAK
4%
96%

516

S5

Frequency Percent Valid Percent
91.3 91.3
Ya 63 8.6 8.6
97.1 100.0
Valid Tidak 6 2.8
100.0
Total 69
Missing System 2
Total 71

S5 YA
TIDAK
9%
91%

517

S6

Frequency Percent Valid Percent
97.1 97.1
Ya 69 1.4 1.4
98.5 100.0
Valid Tidak 1 1.4
100.0
Total 70
Missing System 1
Total 71

S6 YA
TIDAK
1%
99%

S7

Frequency Percent Valid
Percent

Ya 65 94.2 94.2

Valid Tidak 4 5.7 5.7

Total 69 97.1 100.0
Missing System 2 2.8

Total 71 100.0

518

S7 YA
TIDAK
6%
94% YA
TIDAK
S8

Frequency Percent Valid Percent
94.2 94.2
Ya 66 5.7 5.7
98.5 100.0
Valid Tidak 4 1.4
100.0
Total 70
Missing System 1
Total 71

S8

6%
94%

519

S9

Frequency Percent Valid Percent
98.5 98.5
Ya 69 1.4 1.4
98.5 100.0
Valid Tidak 1 1.4
100.0
Total 70
Missing System 1
Total 71

S9 YA
TIDAK
1%
99%

S10 Percent Valid
Frequency Percent

Ya 19 27.1 27.1
72.8 72.8
Valid Tidak 51 98.5 100.0

Total 70 1.4

Missin Syste 100.0
1

gm

Total 71

520

S 10 YA
TIDAK
27%
73%

vi. Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukan LTA@KKLangkawi adalah
sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang telah
dikenali ramai. Walaubagaimanapun secara teori menunjukan ramai yang berminat untuk
menyertai kursus-kursus yang diadakan. Tetapi secara praktikalnya, perkara ini tidak dapat
direalisasikan mungkin disebabkan kesuntukan masa dengan tugasan harian menyebabkan
mereka tidak dapat menyertai kursus-kursus di LTA@KKLangkawi.

Berdasarkan perbincangan daripada hasil dapatan soalan 1 – 10 ,frekunsi peratusan
soalan adalah menjawab persoalan kajian atau objektif kajian yang dikemukan, dimana
soalan 1 -2 menanyakan berkaitan kewujudan Langkawi Tourism Academy dan mendapat
peratusan melebihi 90 % maka ini terbukti objektif tercapai.Objektif yang kedua dimana
kecenderungan terhadap kursus pendek juga mendapat hasil dapatan yang positif daripada
responden.

Dengan dapatan melalui kajian ini, pihak Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat
LTA@KKLangkawi akan menggandakan lagi usaha mempromosikan kursus-kursus kepada
masyarakat disekitar Pulau Langkawi dan berusaha untuk mengadakan kursus-kursus diluar
kawasan kolej bagi memudahkan lagi masyarakat untuk menyertai kursus yang ditawarkan.

521

vii. Rujukan
1- Diperolehi dari : http://www.scribd.com/doc/191848197/Pembelajaran-Sepanjang-

Hayat-Esei#scribd, bertarikh 15hb Sept 2015
2- Diperolehi dari :http://educ4study.com/pengertian-kecenderungan/,bertarikh 15hb

Sept 2015
3- Mohamed.M.F (2014) , Ibrahim .B (2014) & Shaari. N ( 2014) , Tinjauan Terhadap

Keberkesanan Program PSH Di Kolej Komuniti , Kementerian Pendidikan Malaysia,
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional , Universiti Tun Hussin Onn.
4- Kathryn Barker, President, FuturEd. (December 1998). “Lifelong Learning in
Canada: Visions for the Future”.Tokyo Conference on Lifelong Learning.
5- Anuwar Ali, President/Vice Chancellor, Open University Malaysia. (14 Nov 2005).
“Lifelong Learning: Policy of Malaysia dan the Role of OUM”, Seminar organized
by Korea National Open University.
6- Gerhard Fischer. (1999). Center for LifeLong Learning & Design (L3D), Department
of Computer Science and Institute of Cognitive Science, University of Colorado,
Boulder, “Lifelong Learning: Changing Mindsets”.

522

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MEMILIH
PROGRAM KULINARI DI KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL,

PULAU PINANG

Nurdzifazura Binti Dziyauddin
[email protected]

Emyzatul Najlaa’ Binti Roslin
[email protected]

Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih
program kulinari di Kolej komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang. Faktor-faktor yang
diutarakan dari segi minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan kerjaya. Kajian ini
melibatkan 52 pelajar ambilan Mac, Julai dan November 2014 yang mengikuti Program
Kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal pada peringkat Sijil Kolej Komuniti (Modular).
Data mentah dikutip menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data yang
diperolehi, kemudian dianalisis seterusnya dilaporkan secara deskriptif. Pada keseluruhannya,
dapatan kajian menunjukkan responden memberikan reaksi yang positif terhadap aspek-aspek
yang dikaji. Hasil kajian mendapati faktor kerjaya merupakan faktor paling tinggi yang
mendorong pelajar memilih program kulinari di samping faktor lain seperti minat, pengaruh
ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya.
Kata Kunci: Faktor, Mendorong, Program Kulinari

523

1.0 Pengenalan
Pemilihan program untuk melanjutkan pelajaran merupakan suatu perkara yang penting
kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada pelajar. Perkembangan pendidikan yang
pesat di negara ini telah membuka banyak peluang dan ruang kepada pelajar lepasan SPM
dan STPM untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Nadzri
Mohammad dan Abu Osman Md. Tap (2002) di dalam Nurzatil et. al (2015), proses membuat
pemilihan tempat dan kursus pengajian juga menjadi semakin sukar kerana semua Institut
Pengajian Tinggi (IPT) ini menawarkan pelbagai pilihan program berkualiti dan berdaya
saing yang bertujuan menarik perhatian pelajar.

Nadzri Mohamad dan Abu Osman Md. Tap (2002) di dalam Nurzatil et. al (2015)
pemilihan universiti juga amat berkait rapat dengan kursus yang akan diikuti oleh pelajar bagi
mencapai cita-cita mereka. Ia perlu kepada persediaan dan perancangan rapi terutama dalam
mendapatkan maklumat berkenaan bidang kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat
pengajian. Ketepatan pemilihan kursus pengajian berkait rapat dengan maklumat yang
diperolehi oleh seseorang tentang sesuatu kerjaya. Pemilihan ini juga boleh digambarkan
menerusi pemilihan pelajar terhadap bidang pengajian dan pusat pengajian tinggi tertentu.

Industri kulinari yang semakin berkembang pesat juga menjadi faktor pemilihan
kursus ini. Kewujudan hotel dan restoran yang bertaraf antarabangsa, membuka peluang
pekerjaan, sekaligus menyumbang kepada permintaan dalam kulinari. Kenyataan ini
disokong oleh Mohd Rizal dan Rusli Radzi (2008), di Malaysia, industri hospitaliti sedang
rancak berkembang dengan adanya banyak kemudahan hotel dan restoran yang bertaraf
antarabangsa. Perkembangan yang paling pesat berlaku pada tahun 1990an yang mana
banyak syarikat hotel gergasi telah bertapak di Malaysia.

524

2.0 Latar Belakang Masalah
Dalam dunia pekerjaan masa kini, kemahiran teknikal adalah salah satu kemahiran yang
sangat diperlukan oleh para majikan di luar sana. Salah satu kemahiran yang semakin
mendapat tempat dikalangan para pelajar masa kini adalah kemahiran dalam bidang masakan
atau lebih di kenali dengan bidang kulinari. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah
dijalankan di Kolej Komuniti Nibong Tebal untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mendorong para pelajar memilih program kulinari. Menurut Asnul Dahar Minghat dan Siti
Azizah Disun (2011) telah menyenaraikan faktor –faktor yang mempengaruhi pemilihan
kursus rekaan dan jahitan di daerah Muar, Johor. Antara faktor berikut ialah pangaruh minat
pelajar, pengaruh kemudahan bengkel, pengaruh kerjaya serta pengaruh sikap pelajar dalam
memilih kursus rekaan dan jahitan pakaian.

Mohd Rizal dan Rusli Radzi (2008) telah menyenaraikan beberapa faktor pemilihan
kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya di Insitut Kemahiran Belia Negara,
Peretak. Antara faktor berikut ialah faktor minat pelajar terhadap pemilihan kursus hospitaliti,
peranan ibu bapa, peranan rakan sebaya untuk menceburi kursus hospitaliti dan samada
kelayakan akademik mendorong pelajar dalam memilih kursus hospitaliti.

Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengesan faktor utama yang mendorong para
pelajar memilih program ini agar penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi menarik minat
lebih ramai pelajar memilih program kulinari.

Walaupun peningkatan dari segi pengambilan pelajar membanggakan, terdapat juga
sesetengah golongan pelajar masih kurang berkeyakinan terhadap program ini. Segelintir
pelajar masih berpandangan negatif terhadap program kulinari kerana bagi mereka
pendidikan seperti ini, adalah bagi pelajar kelas kedua dan untuk mereka yang tidak
cemerlang di dalam pelajaran.

525

3.0 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai seperti berikut:

i. Mengenal pasti sama ada faktor minat mendorong pelajar memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

ii. Mengenal pasti sama ada pengaruh ibu bapa mendorong pelajar untuk
memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

iii. Mengenal pasti sama ada faktor pengaruh rakan sebaya mendorong pelajar
dalam memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

iv. Mengenal pasti sama ada faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih
program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

4.0 Persoalan Kajian
i. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor minat?
ii. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor pengaruh
ibubapa?
iii. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor pengaruh
rakan sebaya?
iv. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor kerjaya?

526

5.0 Metodologi
Seramai 52 orang pelajar baharu Kolej Komuniti Nibong Tebal telah mendaftar bagi sesi
ambilan Mac, Julai dan November 2014. Sehubungan itu, sebanyak 52 borang soal selidik
telah diedarkan semasa sesi pendaftaran pelajar baharu bagi program Sijil Kulinari dan
maklum balas yang diterima adalah sebanyak 52 responden. Kajian dijalankan ke atas pelajar
pada sesi berkenaan kerana sesi ini Kolej Komuniti Nibong Tebal menawarkan sepenuhnya
Sijil Kolej Komuniti (M). Menurut Syed Arabi (1992), penggunaan soal selidik adalah lebih
praktikal, berkesan dan menjimatkan masa. Kaedah ini juga sesuai kerana lebih realistik bagi
mendapatkan maklumbalas dari responden, gerak balas atau jawapan yang diberikan lebih
mudah diproses dan dianalisis.

Borang soal selidik bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian
pertama adalah demografi responden yang berkaitan seperti jantina, umur dan bangsa.
Manakala bahagian kedua pula, faktor-faktor pemilihan program kulinari mengikut persoalan
kajian iaitu faktor minat, pengaruh ibu-bapa, pengaruh rakan sebaya dan faktor kerjaya.

527

6.0 Analisis Dapatan

6.1 Bahagian A- Data demografi

Hasil dapatan kajian ini diperolehi melalui borang soal selidik yang telah dijalankan ke atas
seramai 52 orang responden yang terdiri daripada para pelajar kulinari ambilan Mac, Julai
dan November 2014 di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Berdasarkan analisis data kajian ini,
peratusan responden mengikut jantina ialah lelaki mewakili sebanyak 42%, manakala
perempuan sebanyak 58 % daripada jumlah responden. Bagi hasil dapatan untuk bangsa
responden pula, menunjukkan Melayu mewakili 98 % dan India 2%. Taburan bagi peringkat
umur responden pula 18-20 tahun adalah sebanyak 79%, peringkat umur 21-25 tahun
sebanyak 15% dan 26 tahun ke atas sebanyak 6%.

Taburan 1 – Jantina

JANTINA

35 30 LELAKI
30 PEREMPUAN PEREMPUAN
25 22
20
15
10

5
0

LELAKI

528

Taburan 2 – Bangsa

BANGSA

60 MELAYU
51 CINA
INDIA
50
0 1
40 CINA INDIA
30
Taburan 3 – Umur
20
10 UMUR

0 18-20
MELAYU 21-25
26 KE ATAS
45 41
40 8 3
35 21-25 26 KE ATAS
30
25
20
15
10

5
0

18-20

529

6.2 Bahagian B – Faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang

6.2.1 Faktor minat mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej
Komuniti Nibong Tebal.

Jadual 1.1- Faktor minat mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti
Nibong Tebal.

NO PERNYATAAN TIDAK TIDAK SETUJU
SETUJU PASTI
(%)
(%) (%)
12 88
1. Saya minat/gemar memasak 0 19 81
2. Saya berminat untuk menjadi seorang chef terkenal 0 17 77
3. Saya terpengaruh dengan rancangan televisyen dalam 6
48 50
dunia masakan 2 25 71
4. Saya gemar menghasilkan resipi masakan sendiri 4
5. Saya suka melakukan kerja amali berbanding teori

Jadual 1.1 menunjukkan peratusan keseluruhan, pelajar bersetuju adalah 73% bahawa faktor
minat mendorong mereka memilih program kulinari. Peratusan pelajar di dalam faktor minat
terhadap program kulinari, dapatan tertinggi yang diperolehi adalah “saya minat/gemar
memasak” sebanyak 88%. Minat memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kejayaan proses pembelajaran dan ianya mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar itu.
Menurut Roshidah (2001), minat boleh menentukan apa yang hendak dilakukan. Ini disokong
dengan kajian Khashiatul-fauziah (2003), yang menyatakan bahawa minat adalah segalanya
yang membawa maksud walaupun seseorang itu mempunyai kebolehan dalam melakukan
kerja tetapi disebabkan faktor minat, seseorang itu mudah menguasai bidang tersebut.
Menurut Rhys Davies (2003) di dalam Nurzatil et. al (2015) , sebab sesuatu kursus pengajian
dipilih ialah minat terhadap sesuatu subjek tersebut. Oleh sebab itu, minat yang ada dalam
diri pelajar memberi kesan kepada pelajar dalam pemilihan program kulinari di Kolej
Komuniti Nibong Tebal.

“Saya gemar menghasilkan resipi masakan sendiri” mencatat peratusan terendah
sebanyak 50%, ini berkemungkinan responden masih belum mempunyai ilmu dalam bidang
kulinari dan kurang percaya pada diri sendiri dalam mengolah dan mencipta resipi sendiri.

530

6.2.2 Faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih
program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

Jadual 1.2 - Faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

NO PERNYATAAN TIDAK TIDAK SETUJU
PASTI (%)
SETUJU 29
(%) 71
(%) 15 13.5
90
1. Ibu bapa saya membuat keputusan dalam pemilihan 56 21 86.5

program ini 73

2. Ibu bapa saya merasakan program ini sesuai dengan 8 6

kebolehan saya 11.5

3. Ibu bapa saya memohon program ini tanpa pengetahuan 13.5

saya

4. Ibu bapa memberi galakan dan sokongan apabila saya 4

memohon program ini

5. Ibu bapa saya merasakan program ini menjamin masa depan 2

Jadual 1.2 menunjukkan peratusan keseluruhan, pelajar bersetuju adalah 58% bahawa
peranan ibu bapa mendorong mereka memilih program kulinari. Sebanyak 90% responden
menjawab “Ibu bapa memberi galakan dan sokongan apabila saya memohon program ini”,
selalunya ibu bapa memainkan peranan utama dalam mempengaruhi anak-anak mereka
dalam pemilihan sesuatu kursus supaya ia dapat menjamin masa depan mereka, menurut
Hishammudin dalam Baharin Abu (2010) ibu bapa merupakan kumpulan rujukan terpenting
dikalangan anak-anak di dalam sistem kekeluargaan di Malaysia. Ibu bapa berkemungkinan
merasakan program ini mampu menjana pendapatan yang menguntungkan dan menjamin
peluang perkerjaan apabila anak mereka tamat pengajian kelak. Sekiranya, ibu bapa pelajar
merupakan peniaga makanan atau minuman ini dapat membantu mereka dalam mendalami
dunia kulinari dan memperkembangkan perniagaan mereka. Keyakinan ibu bapa terhadap
program ini menyumbang kepada kecenderungan pemilihan program dengan memberi
galakan dan sokongan semasa pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

531

6.2.3 Faktor rakan sebaya mendorong pelajar dalam memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

Jadual 1.3 – Faktor rakan sebaya mendorong pelajar dalam memilih program kulinari di
Kolej Komuniti Nibong Tebal

NO PERNYATAAN TIDAK TIDAK SETUJU
PASTI
SETUJU (%)
(%) 38
(%) 52 40
48
1. Ramai rakan saya mengikuti program kulinari ini 10 46
42
2. Rakan-rakan yang mengikuti program ini mengesyorkan saya 12 52
44
supaya mengikuti program ini. 42
38.5
3. Kejayaan rakan-rakan yang mengikuti program ini mendorong 12

saya memilih program ini

4. Rakan saya merasakan program ini sesuai dengan kebolehan 4

saya

5. Saya dan rakan memohon program yang sama 19

Berdasarkan dapatan yang diperoleh pada jadual 1.3, purata keseluruhan pelajar tidak pasti
faktor rakan sebaya mendorong mereka memilih program kulinari adalah sebanyak 45 %.
Pengaruh rakan sebaya kurang memberikan kesan ke atas responden dalam pemilihan
program kulinari. Ini kerana kebanyakan responden memberikan peratusan 52 % kepada
‘Tidak Pasti’ dan 10 % atas jawapan ‘Tidak Setuju’ kepada item “Ramai rakan saya
mengikuti program kulinari ini”. Bagi pernyataan “Rakan-rakan yang mengikuti program ini
mengesyorkan saya supaya mengikuti program ini”, responden memberikan 48% kepada
‘Tidak Pasti’ dan 12% ke atas ‘Tidak Setuju’. Oleh yang demikian, faktor rakan sebaya
bukanlah pendorong utama responden dalam pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti
Nibong Tebal. Berdasarkan dapatan yang di perolehi di dalam jadual diatas, kebanyakan
responden tidak memilih program kulinari kerana mengikut jejak langkah rakan-rakan.
Namun begitu, berkemungkinan rakan mereka memberi galakan kepada responden dalam
pemilihan program ini dengan menyatakan program ini bersesuaian dengan responden kerana
menurut Asnul Dahar Minghat (2011), remaja lebih terpengaruh dengan rakan sebaya
daripada orang lain dalam pelbagai aspek.

532

6.2.4 Faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

Jadual 1.4 - Faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih program
kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

NO PERNYATAAN TIDAK TIDAK SETUJU

SETUJU PASTI

(%) (%) (%)

1. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang chef yang mahir 2 13 85

di masa depan

2. Pelajar lepasan program kulinari mempunyai peluang pekerjaan 0 13 87

yang baik

3. Program kulinari memberi peluang kepada saya untuk menjadi 0 15 85

usahawan yang berjaya

4. Program kulinari memberi persediaan yang cukup kepada saya 0 13 87

sebelum melangkah ke alam pekerjaan

5. Program kulinari berkaitan dengan kerjaya yang saya cita-citakan 2 19 79

Jadual 1.4 menunjukkan item dalam faktor kerjaya mendorong responden memilih program
kulinari. Purata keseluruhan, pelajar bersetuju adalah sebanyak 84.6% bahawa faktor kerjaya
mendorong memilih program kulinari. Jumlah peratusan tertinggi pada jadual berikut ialah
item “Pelajar lepasan program kulinari mempunyai peluang pekerjaan yang baik” dan
“Program kulinari memberi persediaan yang cukup kepada saya sebelum melangkah ke alam
pekerjaan” mewakili sebanyak 87 %, ini memberi gambaran pelajar percaya bahawa program
ini menawarkan banyak peluang perkerjaan. Seseorang individu itu tertarik kepada sesuatu
pekerjaan kerana terdapat beberapa ciri-ciri yang menarik seperti latar belakang pekerjaan,
pangkat, bentuk kerja dan ganjaran (Herzberg, 1966). Kenyataan ini disokong, kerana
menurut Robiah (1993), pelajar-pelajar perlu diberi bimbingan dalam memilih kerjaya dan
mengamalkan budaya kerja yang baik kerana hanya kerjaya yang sesuai dengan personaliti
dan keperluan diri seseorang itu boleh menjamin kepuasan kerja. Selain daripada itu, proses
pembelajaran program kulinari mengamalkan konsep yang hampir sama seperti situasi
sebenar dalam alam pekerjaan termasuk penggunaan alatan dapur untuk tujuan kemahiran,
tatacara penggunaan serta penekanan terhadap aspek-aspek keselamatan semasa menjalankan
kerja di bengkel masakan.

533

7.0 Kesimpulan
Pemilihan program bagi tujuan melanjutkan pelajaran merupakan perkara yang penting
kerana pemilihan program yang tepat serta bersesuaian memberikan kesan jangka panjang
kepada pelajar. Pemilihan program pengajian yang tepat berdasarkan keperluan semasa,
minat serta tempat pengajian amat penting bagi membantu pembelajaran dan melakar
kejayaan dalam bidang yang diceburi. Hasil kajian yang telah di jalankan secara
keseluruhannya menunjukkan faktor minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan
faktor kerjaya telah mendorong responden dalam pemilihan program kulinari. Namun begitu,
daripada keempat-empat faktor yang yang menjadi kayu pengukur kepada kajian ini, faktor
terbesar yang dapat di lihat mendorong responden memilih kursus kulinari adalah faktor
kerjaya. Peluang pekerjaan yang terhad pada masa kini, mendorong responden memilih
program kulinari kerana program ini memberi persediaan yang cukup kepada responden
sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Selain dari itu, program ini juga membuka peluang
kepada responden yang berminat menjadi usahawan di dalam bidang makanan serta
minuman.
8.0 Cadangan
Hasil daripada dapatan kajian, beberapa penambahbaikan boleh di lakukan agar kajian lebih
terperinci dapat dilaksanakan. Beberapa elemen seperti persepsi pelajar terhadap Kolej
Komuniti Nibong Tebal, faktor lokasi, kemudahan infrastruktur boleh diambil sebagai salah
satu skop kajian. Penyelidik berharap agar kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh bahagian
pengambilan pelajar kolej untuk menambahbaik pengambilan pelajar di masa akan datang.

534

9.0 Rujukan

Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Pemilihan Kursus Rekaan Dan Jahitan Di Daerah Muar, Negeri Johor. Journal of
Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 4, 58-76.

Baharin Abu dan Nor Fatimah A. Aziz (2010). Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Pelatih
Fakulti Pendidikan Memilih Bidang Perguruan pp. 1-9. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Frederick Herzberg, Bernard Mausner, Barbara Bloch Snyderman (1966). The Motivation to
Work. New Brunswick, New Jersey: Transaction Pub.

Khashiatul-Fauziah Hamzah (2003). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya
Di Kalangan Remaja Melayu Di Daerah Batu Pahat. Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) Skudai : Tesis Sarjana Muda.

Mohd Rizal Mohd Said dan Rusli Radzi (2008). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar
Memilih Kursus Hospitaliti Sebagai Pembentukan Awal kerjaya Di Institut
Kemahiran Belia Negara, Peretak. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Norbaizura Abu bakar, Mohd Hafiz Saberi, Nasruddin Faisol, Mohmad Mohd Derus, Suhaila
Ali dan Farhan Md Dahlan (2012). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan
Kursus Professional Di Universiti Awam Di Malaysia: Tinjauan Awal. 1st
International Conference On Innovation and Technology For Sustainable Built
Environment 2012, 23-24 April.

Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon, Nazneen Ismail dan Sahlawati Abu Bakar (2015).
Faktor-faktor Yang Mendorong Pemilihan Institusi Pengajian Tinggi Di Kalangan
Pelajar. E-Proceeding of The 2nd International Conference on Arabic Studies And
Islamic Civilization, 9-10 March.

Rahmahtunnisah Hj. Sailin, Norziah Othman, Nor 'Adha Abd. Hamid, Nurkaliza Khalid,
Abdul Hadi Awang dan Mohd Farok Mat Nor (2014). Faktor pendorong Kemasukan
Pelajar Baharu Ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 1st
International Research Management and Innovation Conference, Kuala Lumpur, 17-
18 November.

535

Robiah Sidin (1993). Pendidikan Malaysia : Cabaran Masa Depan. Shah Alam : Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Roshidah Mat Rashid (2001). Aplikasi Kompenen Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Dan
Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) Dalam Kehidupan Seharian Di Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Projek Sarjana
Muda. Tidak Diterbitkan.

Zikriah Zakaria dan Mohd Juwahir Pa'iman (2014). Faktor-faktor Yang Mendorong Para
pelajar Memilih Program Pengajian Di Kolej Komuniti Rompin, Pahang. Seminar
Kebangsaan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia,
20 Disember.

536

KAJIAN TERHADAP SAMBUTAN PELAJAR TAHFIZ DI BANDAR
TASEK MUTIARA SIMPANG AMPAT TERHADAP KURSUS PENDEK

YANG DIJALANKAN DI KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL

¹Nur Sabrina Che Abd Halim, Kolej Komuniti Nibong Tebal, [email protected]
²Siti Salwa Mehat, Kolej Komuniti Nibong Tebal, [email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti keperluan kursus pendek terhadap pelajar
tahfiz di mana penyelidik berpendapat sistem di sekolah tahfiz juga harus melakukan anjakan
dan perubahan dengan menerapkan modul kemahiran teknikal dan kemahiran agar ia sentiasa
selari dengan permintaan masyarakat. Pendidikan teknikal dan kemahiran merupakan
komponen yang tidak kurang pentingnya dalam sistem pendidikan negara, malah peranannya
juga dalam meningkatkan kemajuan negara. Kolej Komuniti adalah antara peneraju utama
dan diberi tanggunggjawab untuk memberi kemahiran kepada masyarakat. Objektif kajian
adalah untuk mengenalpasti keperluan kursus pendek terhadap pelajar tahfiz di Bandar Tasek
Mutiara, Simpang Ampat dan memastikan kursus pendek bidang Kulinari yang dijalankan di
Kolej Komuniti Nibong Tebal mendapat permintaan. Pendekatan kualitatif digunakan dalam
kajian ini. Responden terdiri daripada pelajar tahfiz di daerah Bandar Tasek Mutiara. Soal
selidik yang direka adalah menepati objektif kajian ini. Menerusi kajian yang dijalankan,
sebanyak 35 orang responden telah mengembalikan borang soal selidik yang telah diedarkan.
Berdasarkan dapatan, penyelidik dapat menilai bahawa responden memang berminat untuk
menyertai kursus pendek yang dijalankan di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Selain itu,
dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran dalam pelbagai bidang boleh
ditingkatkan kerana kursus pendek yang dijalankan juga adalah bersifat teknikal atau amali
yang memerlukan minat untuk melakukannya Hasil kajian ini mendapati responden
menyatakan kemahiran dalam pelbagai bidang boleh ditingkatkan kerana kursus pendek yang
dijalankan juga adalah bersifat teknikal atau amali yang memerlukan minat untuk
melakukannya. Dapatan kedua mendapati kursus pendek yang dipelajari di Kolej Komuniti
Nibong Tebal dapat membantu responden mempelajari ilmu keusahawanan. Ini menunjukkan
bahawa responden cenderung untuk menceburi bidang keusahawanan selepas menyertai
kursus pendek. Dapatan ini telah membuktikan bahawa responden memerlukan pengetahuan
tambahan bagi merealisasikan bidang keusahawanan yang mereka minati, berketepatan
dengan objektif kajian iaitu bagi mengenalpasti keperluan kursus pendek terhadap responden.

Kata Kunci : Pelajar Tahfiz, Kursus Pendek, Pembelajaran Sepanjang Hayat

537

1. Pengenalan

Dalam menghadapi cabaran semasa serta memenuhi tuntutan globalisasi, sistem
pengajian di sekolah tahfiz secara terpaksa turut berubah agar selari dengan tuntutan zaman
moden. Keperluannya juga harus menepati hasrat hati masyarakat yang pada masa kini sangat
terdedah dengan kecanggihan teknologi. Bertepatan dengan agenda Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH), hasrat ini perlu diterjemahkan dalam pelbagai aliran pendidikan di Malaysia.
Oleh hal demikian, sistem pendidikan sekolah tahfiz juga harus melakukan anjakan dan
perubahan dengan menerapkan modul Kemahiran Teknikal agar ia sentiasa selari dengan
permintaan masyarakat. PSH ialah pembelajaran yang berterusan sejak dari lahir sehingga ke
liang lahad, samaada secara formal atau tidak formal, sedar atau tidak, secara berkumpulan
atau individu (Mohamad & Che Razali, 2011).

Pendidikan teknikal dan kemahiran merupakan komponen yang tidak kurang
pentingnya dalam sistem pendidikan negara, malah peranannya juga dalam meningkatkan
kemajuan negara. Kolej Komuniti adalah antara peneraju utama dan diberi tanggunggjawab
untuk memberi kemahiran kepada masyarakat. Sekolah juga dilihat mempunyai potensi yang
besar untuk memainkan peranan menyuburkan kursus-kursus pendek dan sepanjang hayat
kepada komuniti setempat asalkan tidak mengganggu kelangsungan pembelajaran formal
yang sedia ada (Zainal Abidin et. al, 2008)

Perubahan teknologi telah mempengaruhi permintaan dan tuntutan ke atas
kemahiran tenaga kerja dalam pelbagai bidang pekerjaan. Dalam memenuhi keperluan dan
permintaan industri terhadap tenaga kerja dalam pelbagai bidang kemahiran, alam pekerjaan
sebenar juga memerlukan seseorang tenaga kerja yang mempunyai kemahiran selain dari
kemahiran pekerjaan. PSH juga merupakan pelaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang
boleh diikuti ke akhir hayat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
ketrampilan kepada individu, masyarakat dan alam pekerjaan (Azmi & Mohd. Hashim,
2012). Rentetan itu, satu kajian keperluan kursus pendek untuk pelajar tahfiz di Bandar Tasek
Mutiara, Simpang Ampat telah dijalankan. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada
pelajar tahfiz di sekitar komuniti setempat. Mereka terdiri dari pelbagai latarbelakang, dan
majoritinya adalah pelajar lelaki. Kebanyakkan responden telah menduduki Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Ada diantara mereka telah pun mengikuti kursus pendek bersama
Kolej Komuniti Nibong Tebal.

538

2. Latar Belakang Masalah

Kursus pendek adalah di bawah Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
memainkan peranan penting sebagai sebahagian keperluan dalam sistem latihan dan
pendidikan nasional. PSH menjadi penting di Malaysia adalah kerana tekanan daripada
ledakan globalisasi, perubahan teknologi yang pantas dan pertumbuhan penduduk di
Malaysia (Navi Bax dan Abu Hassan, 2003). Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagi kerana
PSH merupakan teras keenam dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara, iaitu
Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Sejajar dengan itu, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia juga telah menyediakan Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat
Nasional 2011-2020 yang telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada
bulan November 2011. Dalam ucapan tersebut YAB Timbalan Perdana Menteri telah
mengumumkan bahawa PSH adalah Tonggak Ketiga di dalam Sistem Pembangunan Modal
Insan Negara, seiring dengan Toggak Pertama, iaitu Sistem Persekolahan dan Tonggak
Kedua yakni Sistem Pengajian Tinggi atau Tertiar. Dalam kajian ini, penyelidik ingin
mengenalpasti keperluan kursus pendek untuk pelajar tahfiz di mana penyelidik
berpendapat sistem di sekolah tahfiz juga harus melakukan anjakan dan perubahan dengan
menerapkan modul kemahiran teknikal dan kemahiran agar ia sentiasa selari dengan
permintaan masyarakat. Cabaran yang paling kuat dihadapi oleh negera kita pada hari ini
ialah keperluan untuk membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan kemahiran
untuk menyokong ekonomi Negara (Mohamad & Che Razali, 2011). Pendidikan teknikal
dan kemahiran merupakan komponen yang tidak kurang pentingnya dalam sistem
pendidikan negara, malah peranannya juga dalam meningkatkan kemajuan negara. Kolej
Komuniti adalah antara peneraju utama dan diberi tanggunggjawab untuk memberi
kemahiran kepada masyarakat.

2.1 Sorotan Kajian

Sorotan kajian merupakan kajian-kajian yang yang telah dilaksanakan oleh para
pengkaji lain dan mempunyai hasil kajian. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah
proses pembelajaran secara berterusan dan merupakan sebahagian usaha kerajaan Malaysia
untuk pelaburan terhadap rakyat Malaysia. Idea terhadap pembelajaran sepanjang hayat ini
adalah ringkas, di mana pembelajaran boleh dan sepatutnya berlaku disepanjang hanyat
seseorang itu (Knapper and Cropley, 2000). Pembelajaran sepanjang hayat adalah penting

539

supaya komuniti setempat dapat menguasai kemahiran tertentu seterusnya menggunakan
peluang yang ada untuk memajukan diri sendiri. Pembelajaran sepanjang hayat ialah
pembelajaran yang berterusan sejak dari lahir sehingga ke liang lahad,sama ada secara
formal atau tidak formal, sedar atau tidak, secara berkumpulan atau individu (Michael and
Diane, 2008). PSH adalah agenda utama untuk membangunkan modal insan. PSH adalah
agenda utama untuk membangunkan modal insan. Penubuhan sebanyak 193 buah Kolej
Komuniti (sebuah bagi setiap daerah parlimen) membawa era baharu dalam pendidikan
teknik dan vokasional (Navi Bax & Abu Hassan, 2003). Program PSH yang dilaksanakan
oleh kolej komuniti adalah berunsurkan program kursus pendek bagi meningkat
pengetahuan dan kemahiran diri. Tetapi berlainan pula dengan program PSH yang
dilaksanakan oleh IPT seperti universiti, mereka menggunakan pendekatan pendidikan jarak
jauh, pendididikan fleksibel dan pengiktirafan pengalaman bekerja. Kesesuaian pelaksanaan
Kursus Pendek bagi golongan tahfiz perlu diberi perhatian untuk memastikan golongan ini
mempunyai peluang dan keselesaan untuk mengikuti Kursus Pendek di Kolej Komuniti
(Syed Salim et. al, 2014). Institusi sekolah tahfiz juga memainkan peranan yang penting
untuk memberikan idea tentang kursus-kursus yang bersesuaian dengan mereka.
Pelaksanaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat bukanlah terpikul sepenuhnya kepada
kepimpinan sekolah tetapi ia berperanan sebahagian daripada anggota komuniti untuk
memberi idea intelek yang boleh menggerakkan aktiviti tersebut (Zainal Abidin et. al,
2008).

3. Objektif
a) Mengenalpasti sambutan pelajar tahfiz di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat
terhadap kursus pendek yang dijalankan di Kolej Komuniti Nibong Tebal
b) Mengenalpasti keperluan kursus pendek untuk pelajar tahfiz di Bandar Tasek
Mutiara, Simpang Ampat

4. Kaedah Dan Bahan Kajian

Sampel
Jumlah sampel yang dipilih adalah seramai seramai 35 responden. Sampel responden kajian
adalah dilakukan secara rawak mudah. Ini bermakna semua ahli di dalam populasi
mempunyai keberangkalian untuk dipilih sebagai sampel.

540

Demografi
Data demografi iaitu jantina, umur dan kelayakan akademik didapati dari soal selidik yang
dilakukan. Responden terdiri daripada pelajar tahfiz di daerah Bandar Tasek Mutiara,
Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Soal selidik
Soal selidik bertujuan mengenalpasti sesuatu masalah supaya penyelesaian boleh dirangka.
Soalan tertutup digunakan dalam soal selidik ini. Soal selidik yang digunakan dalam kajian
ini disediakan oleh penyelidik. Kaedah soal selidik digunakan kerana kos membina borang
soal selidik adalah murah dan masa yang diperuntukkan adalah singkat. Soalan tertutup yang
digunakan lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan lebih mudah untuk
dianalisis. Rekabentuk soal selidik mempunyai lima bahagian. Bahagian A adalah berkenaan
dengan data demografi responden. Bahagian B pula berkaitan kursus pendek yang diminati.
Bahagian C adalah berkenaan kesesuaian pelaksanaan kursus. Bahagian D berkenaan
halangan yang dihadapi oleh pelajar tahfiz dan Bahagian E tentang tujuan kursus pendek
dijalankan. Soal selidik yang direka adalah menepati objektif kajian ini. Menerusi kajian yang
dijalankan, sebanyak 35 orang responden telah mengembalikan borang soal selidik yang telah
diedarkan.

Analisis Soal Selidik
Bagi soal selidik bahagian A,B dan C, jawapan diukur berdasarkan laporan analisi peratusan.
Bagi soal selidik Bahagian D dan Bahagian E, jawapan diukur dengan menggunakan Skala
Likert. Skala ini mengandungi lima poin iaitu Sangat Tidak Puashati, Tidak Puashati, Tidak
Pasti, Puashati dan Sangat Puashati. Skala Likert amat sesuai digunakan untuk menjalankan
kajian tinjauan ini. Ini kerana Skala Likert membolehkan penyelidik mengawal maklum balas
yang berat sebelah. Perincian skala tersebut seperti dalam Jadual 1 (rujuk lampiran Petunjuk
Skor Min Bagi Panduan Pengiraan). Dapatan ini menggunakan analisis deskriptif yang
dianalisa melalui kiraan secara manual. Sekiranya item yang dianalisis berada pada julat
1.00-2.33, ini menunjukkan tahap kepuasan responden berada pada tahap yang rendah.
Keputusan sederhana pula merangkumi skor min antara 2.34-3.67. Manakala skor min 3.68-
5.00 pula menunjukkan tahap kepuasan yang tingg

541


Click to View FlipBook Version