The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_ieda81, 2021-08-03 06:56:13

Prosiding SPEKKU 2015

Prosiding SPEKKU 2015

1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada masalah dan objektif kajian di atas, secara khususnya persoalan yang perlu
dijawab dalam kajian ini adalah: -

1. Apakah gaya pengajaran yang paling dominan dipraktikkan di Kolej Komuniti?
2. Apakah tahap penglibatan akademik pelajar Kolej Komuniti dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran?
3. Adakah terdapat perbezaan tahap penglibatan akademik pelajar berdasarkan jantina?
4. Adakah terdapat hubungan di antara gaya pengajaran pensyarah dengan penglibatan

akademik pelajar Kolej Komuniti?
5.
1.5 Hipotesis Kajian
Hₒ1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pengajaran pensyarah dengan
penglibatan akademik pelajar Kolej Komuniti Wilayah Utara

1.6 Kerangka Kajian

Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar

Gaya Pengajaran Pensyarah Penglibatan Akademik Pelajar

Rajah 1.1 Kerangka konseptual kajian
92

1.7 Kepentingan Kajian
Penglibatan akademik pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting
bagi memastikan pembelajaran tersebut berjaya mencapai objektif yang diharapkan. Kajian ini
juga akan mengenalpasti gaya pengajaran yang paling sesuai dipraktikkan di Kolej Komuniti

1.8 Batasan Kajian
Kajian ini terhad kepada para pelajar dari Kolej Komuniti Wilayah Utara sahaja dan tidak
melibatkan pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti yang lain. Berikut merupakan batasan-batasan
kajian ini dari segi: -

i. Daripada pelbagai kaedah, kajian ini sesuai menggunakan kaedah cross sectional
design kerana ianya melibatkan pelajar yang berbeza umur

ii. Cara pengumpulan data pula adalah sesuai melalui soal selidik walaupun terdapat
juga kaedah interview boleh digunakan.

iii. Simple random sampling dipilih kerana kajian melibatkan para pelajar Kolej
Komuniti Wilayah Utara sahaja. Pengkaji perlu menggunakan ujian korelasi
Pearson untuk menguji hipotesis nol iaitu hubungan antara tahap gaya pengajaran
pensyarah dengan penglibatan akademik pelajar.

iv. Pengkaji juga membuat andaian bahawa responden memahami soalan kajian dan
menjawab soal selidik dengan jujur.

93

1.9 Rumusan
Atas kepentingan pelbagai pihak, pengkaji mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian yang
berkaitan dengan gaya pengajaran pensyarah serta penglibatan akademik pelajar Kolej Komuniti
Wilayah Utara bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada semua
pelajar.

94

BAB DUA

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Kedua, guru didefinisikan sebagai orang yang kerjanya
mengajar, pengajar atau pendidik. Tugas guru-guru bukan setakat memberi maklumat dan
memenuhkan otak pelajar dengan ilmu pengetahuan malah lebih dari itu. Guru-guru juga menanam
adat yang baik ke dalam jiwa mereka dan mendidik mereka menjadi warganegara yang baik dan
berguna. Selain dapat membantu pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
mudah, guru juga perlu prihatin terhadap perkembangan dan keperluan semasa pelajar (Juliawati,
2006). Oleh itu pengajaran adalah aktiviti-aktiviti yang bermatlamat dan mempunyai tujuan di mana
pendidik berkongsi maklumat dengan pelajar bagi membolehkan mereka menyempurnakan tugasan
yang tidak boleh disempurnakan sendiri sebelum itu (Shahabuddin et al., 2003). Guru merupakan
tonggak dan pendorong kepada semua proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di
kalangan pelajar-pelajar sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Kedua-dua peranan tersebut
adalah penting dalam usaha membantu pelajar meningkatkan keinginan untuk meneroka alam
akademik. Justeru, guru harus menggunakan kemahiran mengajar yang ada untuk menarik minat
pelajar, bukan sahaja untuk meneruskan proses pembelajaran, malah untuk membantu para
pelajar melangkah batasan keupayaan agar dapat terus maju dalam bidang akademik. Guru yang
berkesan ialah guru yang dapat menjalankan berbagai-bagai tugas. Antaranya ialah guru sebagai
penyampai pengetahuan, pemudah cara, motivator, mentor dan berbagai-bagai lagi. Walau
bagaimanapun, menurut Awang Had Salleh (2000), daripada pemerhatian beliau, ramai guru

95

telah dan sedang melakukan banyak 'default' dalam sebahagian besar fungsi mereka. Antara
beberapa 'default' ialah guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penggalak atau pemotivasi
dan tidak mempedulikan sebarang bakat yang ada pada murid-murid, tidak menegur kejanggalan
tingkah laku murid-muridnya atau menganggap semua murid dalam kelasnya itu homogen
belaka dari segi kemampuan minda mereka. Penyampaian pengajaran guru di dalam bilik darjah
di sekolah juga mempunyai impak yang mendalam terhadap keberkesanan proses pembelajaran
pelajar. Pencapaian akademik pelajar banyak dipengaruhi oleh tumpuan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan, namun begitu seorang guru yang profesional dan
prihatin dengan tugas mengajarnya perlu peka dengan elemen yang boleh mempengaruhi
keberkesanan pengajaran. Mok (2001), menyatakan pengajaran merujuk kepada cara atau
kegiatan guru mata pelajaran untuk menerapkan pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar bagi
tajuk yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran merupakan proses yang penuh dengan cabaran.
Tiada suatu kaedah atau pendekatan yang terbaik untuk sesuatu keadaan dan situasi tersebut.
Pengajaran dan pembelajaran membabitkan beberapa pihak seperti guru, pelajar dan
persekitaran. Isu dan masalah berkaitan tentang kefahaman, pelaksanaan dan sokongan pelbagai
pihak yang terlibat harus diteliti dan diatasi. Pengetahuan yang luas, kesefahaman semua pihak
yang terlibat adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ialah untuk menghasilkan sistem pendidikan yang
bertaraf dunia. Antara bidang tumpuan adalah untuk menghasilkan potensi individu pelajar yang
berkualiti bagi mencapai aspirasi negara. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya latihan perguruan
dapat menghasilkan guru-guru yang berkualiti. Penghasilan guru yang berkualiti memang
menjadi matlamat utama institusi-institusi pendidikan. Hal ini kerana, kualiti pendidikan di

96

sekolah bergantung kepada kualiti guru dan secara logiknya kualiti guru bergantung kepada
kualiti pendidikan guru.

Bidang pendidikan masa kini menghadapi cabaran yang sangat besar terutamanya faktor
globalisasi yang seolah-olah menuntut perubahan dalam dunia pendidikan. Ini menjadikan tugas
guru atau pendidik untuk melahirkan ramai pelajar mahupun graduan yang cemerlang adalah
semakin kompleks. Secara umumnya, guru ataupun pendidik adalah orang yang memberikan
ilmu pengetahuan kepada pelajar dan membantu mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran. Lantaran menjadikan pelajar itu seorang yang berguna kepada agama, keluarga,
bangsa dan negaranya.

Bagi menjadi seorang guru yang berjaya adalah terletak kepada bagaimana mereka
menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan. Kejayaan seorang guru biasanya dikaitkan dengan
bagaimana cara seseorang itu mengajar di dalam kelas yang seterusnya dapat menarik minat
pelajar untuk terus mengikuti proses pengajaran tersebut. Apa yang berlaku, kebanyakan pola
penyampaian guru lebih kepada penyampaian sehala iaitu guru kepada pelajar (Sukumaran,
1992).
Pelbagai bentuk gaya pengajaran yang disyorkan dari masa ke semasa. Antaranya ialah
pengajaran dan pembelajaran koperatif dan kolaboratif, penyebatian kemahiran berfikir,
kontekstual, masteri dan sebagainya. Kesemua gaya pengajaran ini adalah untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih tersusun bagi mencapai objektif yang
ditetapkan. Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dibuat oleh
para pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar guru-guru

97

tetap dan kekal mengamalkan gaya pengajaran sehala ‘chalk and talk’. Kenyataan di atas
disokong Jemaah Nazir Sekolah yang menjelaskan bahawa guru masih kekal dengan peranan
lama mereka sebagai pengajar. Guru-guru masih menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ke arah peperiksaan semata-mata. Dengan memberi fokus kepada peperiksaan
semata-mata akan menjadi sesuatu pengajaran itu kurang menumpukan kepada pengajaran
pembelajaran yang menyeluruh. Pembelajaran merupakan satu proses interaksi yang melibatkan
pelajar, pengajar dan persekitaran. Interaksi individu dengan persekitaran adalah penting bagi
mewujudkan pengalaman yang pelbagai dan menyeluruh untuk terjadinya pembelajaran yang
berkesan.

2.2 Kajian Teoritikal

Sebagai seorang yang pernah menjadi murid, kita pernah berhadapan dengan berbagai-bagai cara
guru menyampaikan pengajarannya. Terdapat guru yang baik, yang pandai memujuk dan
bermotivasi manakala ada juga guru yang tegas, dan beremosi. Terdapat kajian yang mendapati
bahawa kebanyakan guru mengajar mengikut bagaimanakah mereka belajar dahulu (Stitt-
Gohdes, 2001) dan bagaimanakah mereka diajar (Bailey, Bergthold, Braunstein, Fleischman,
Holbrook, Tuman, Waissbluth, & Zambo, 1996). Selain dapat membantu murid mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah, guru juga perlu prihatin terhadap
perkembangan dan keperluan semasa murid (Juliawati 2006; Ruslin et al. 2003). Seorang guru
yang baik perlu mengambil berat keperluan anak didiknya seperti mengetahui keupayaan fizikal
dan mental murid, mengambil berat tentang kesejahteraan murid, menunjukkan sikap penyayang,
mempunyai sifat yakin diri dalam melakukan proses pengajaran serta memahami bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran harus berlaku dalam konteks dua hala. Oleh itu, cara guru

98

berinteraksi dengan murid dapat menggambarkan kesungguhan guru tersebut dalam membantu
murid menerokai pengetahuan-pengetahuan baru dan seterusnya dapat menggambarkan
komitmen guru tersebut dalam profesion keguruan (Noriah, et al., 1999).

Istilah gaya pengajaran pula ditakrifkan dengan pelbagai definisi mengikut para pengkaji.
Menurut Peacock (2001), gaya pengajaran ialah cara-cara seseorang itu mengajar secara
semulajadi, tabiat, kecenderungan atau kebiasaan yang digunakan untuk menyampaikan
maklumat dan kemahiran dalam bilik darjah. Sementara itu menurut Wright (1987) pula gaya
pengajaran seseorang melibatkan gabungan yang kompleks antara kepercayaan, sikap, strategi,
teknik, motivasi, personaliti dan kawalan. Gaya pengajaran seseorang guru akan dapat dilihat
semasa mereka mengendalikan pengajaran dan pembelajaran. Gaya pengajaran guru ditentukan
oleh kualiti peribadi dan sikap mereka. Gregorc (1989) pula mengatakan gaya pengajaran guru
ialah tingkah laku peribadi guru dan media yang digunakannya bagi memindahkan data dan
maklumat kepada pelajar. Grasha (1996), pula mengatakan bahawa gaya pengajaran sebagai
mewakili corak keperluan, kepercayaan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru di dalam
kelas. Onstein dan Miller (1980), telah mengkategorikan dua jenis gaya pengajaran iaitu gaya
pengajaran ekspresif dan gaya pengajaran instrumental. Gaya ekspresif merujuk kepada
hubungan emosi yang diwujudkan oleh guru terhadap pelajar atau kelas secara keseluruhan
termasuk kemesraan, autoriti, simpati, kepercayaan dan beberapa aspek emosional yang
ditunjukkan oleh guru. Gaya pengajaran ini terdapat dalam hubungan interpersonal antara guru
dengan pelajar serta berkaitan dengan sikap terhadap pembelajaran. Gaya pengajaran ekspresif
bertujuan mengekalkan kawalan terhadap pelajar, pengurusan aktiviti kelas serta perasaan
negatif atau positif terhadap pengajaran. Selain daripada itu, gaya ini juga berkaitan dengan rasa

99

percaya terhadap pelajar dan memahami tujuan pendidikan secara umum. Biasanya guru yang
mengamalkan gaya ini akan memainkan peranan sebagai pembimbing dan cenderung memberi
pertolongan serta boleh bertolak ansur dengan pelajar. Guru ini juga percaya terhadap kewujudan
cara terbaik bagi pelajar mempelajari sesuatu pembelajaran. Sebaliknya gaya instrumental pula
merujuk kepada cara-cara guru menjalankan tugas membantu pelajar, merancang pelajaran,
menetapkan piawai (standard) bilik darjah dan memastikan pelajar mencapai piawaian
(standard) yang telah ditetapkan.

Selain itu, gaya pengajaran juga diklasifikasikan dari segi perspektif humanisme, behaviorisme
dan kognitivisme seperti diutarakan oleh Kramlinger dan Huberty (1990). Humanisme
mementingkan pengalaman peribadi yang mana guru akan bertindak sebagai fasilitator dan
menggalakkan pelajar agar berkongsi pengalaman dan pendapat. Teknik-teknik humanisme
adalah selaras dengan pelajar pragmatik, reflektif dan aktivis. Gaya yang bersifat behaviorisme
mencorakkan tingkah laku yang dikehendaki melalui ganjaran. Tujuannya ialah untuk
memperkukuhkan tingkah laku yang dikehendaki supaya pelajar menguasai tingkah laku itu.
Gaya ini didapati sesuai dengan pelajar pragmatik dan aktivis. Gaya yang bersifat kognitivisme
menyerupai pendekatan tradisi akademik dan bertujuan mempersembahkan maklumat secara
logik, biasanya melalui kuliah. Gaya ini sesuai dengan pelajar teoritikal. Beberapa pengkaji telah
cuba untuk mengenalpasti pelbagai sifat pengajaran, seperti guru perlu mempunyai gaya
pengajaran yang paling dominan (Conti, 1985; Ladd, 1995). Walaubagaimanapun, pengkaji yang
mengkaji gaya pengajaran lebih suka menghasilkan penunjuk sendiri bagi mengenalpasti
pelbagai gaya pengajaran. Hasil keadaan ini telah membawa kepada pelbagai takrif gaya

100

pengajaran dan menghasilkan beberapa dimensi untuk mengukur gaya pengajaran yang berbeza
(Allen, 1988; Dunn & Dunn, 1979; Grasha, 2003).
Jarvis (1985) pula menggunakan tiga klasifikasi untuk menentukan kaedah pengajaran:
a) Gaya didaktik yang dikawal guru melalui kuliah dan pelajar mengambil nota
b) Gaya sokratik iaitu guru akan bertanyakan soalan dan pelajar memberi respon
c) Gaya fasilitator ialah guru menyediakan persekitaran pembelajaran dan pelajar sendiri
bertanggungjawab atas pelajaran mereka.

Model lain ialah Model Doherty (2003) yang menyenaraikan gaya mengajar mengikut di bawah ini
iaitu :-
1. Gaya A : Perintah – Guru akan membuat semua keputusan
2. Gaya B : Latihan – Pelajar menjalankan tugas yang diberikan guru
3. Gaya C : Resiprokal – Pelajar menyelesaikan tugas secara berpasangan
4. Gaya D : Semakan sendiri – Pelajar menyemak sendiri prestasi mereka adakah mencapai kriteria
yang ditetapkan
5. Gaya E : Inklusi – Guru merancang manakala pelajar menilai tugas mereka
6. Gaya F : Penerokaan Berpandu - Pelajar menyelesaikan masalah mengikut satu set panduan yang
diberikan guru dengan bantuan penolong
7. Gaya G : Divergen - Pelajar menyelesaikan masalah mengikut satu set panduan yang diberikan
guru dengan bantuan guru
8. Gaya Individu – Guru membuat keputusan terhadap isi kandungan manakala pelajar merancang
program
9. Gaya Inisiatif Pelajar – Pelajar merancang program mereka sendiri manakala guru sebagai
penasihat

101

10. Gaya Pengajaran sendiri – Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap proses pembelajaran
mereka.
Kajian tentang keserasian gaya pengajaran turut mendapat perhatian para pengkaji. Kajian Felder
dan Henriques (1995) dan Tudor (1996) menunjukkan bahawa gaya pengajaran yang selari
dengan gaya pembelajaran pelajar akan dapat memperbaiki pembelajaran, sikap, tingkah laku
dan motivasi pelajar.Selain itu, cara seorang guru menyampaikan isi kandungan pelajaran
bergantung kapada gaya komunikasinya. Berdasarkan teori personaliti, Sturt (2000) telah
menganalisis gaya pengajaran dengan menggunakan Inventori Myers Briggs dan
mengkategorikan gaya-gaya pengajaran kepada enam belas kategori. Kesemuanya diukur dengan
empat dimensi iaitu Ekstrovert-Introvert, Sensing-intuition, Thinking-Feeling dan Judgemental-
Persepsion (Sturt, 2000). Felder dan Henriqus (1995) menyatakan bahawa tingkah laku
pengajaran guru yang serasi atau tidak dengan gaya pembelajaran murid boleh menimbulkan
kesan positif atau negatif terhadap proses pembelajaran murid secara amnya dan pembelajaran
mata pelajaran bahasa secara khasnya. Sikap yang positif terhadap bahasa yang dipelajari
membawa kepada motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa. Sebaliknya, sikap yang
negatif terhadap bahasa yang dipelajari akan membawa motivasi yang rendah terhadap
pembelajaran bahasa yang dipelajari. Ciri-ciri guru merupakan salah satu faktor yang penting
dalam mempengaruhi motivasi murid terhadap pembelajaran bahasa (Kamsiah 2000). Guru
mempunyai pengaruh yang besar terhadap sikap murid terhadap pembelajaran bahasa dan
budaya. Tanpa usaha guru, sikap murid menjadi kurang positif, murid hanya mendapat sedikit
atau tidak mendapat faedah langsung dalam pembelajaran tersebut (Bromley 1995).

102

Dari segi faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pengajaran, Peacock (2001) pula mendapati
gaya pengajaran yang digunakan oleh guru juga amat bergantung kepada etnik guru tersebut.
Dapatan kajian beliau mendapati guru berketurunan Cina didapati lebih gemar mengamalkan
gaya auditori. Gaya pengajaran guru juga turut dipengaruhi oleh tujuan dan bentuk kursus,
norma-norma institusi pembelajaran dan disiplin akademik. Contohnya gaya pakar atau wibawa
formal cenderung digunakan oleh guru yang mengajar kelas bersaiz besar. Selain itu, faktor
jantina, kekananan dan perubahan masa turut memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya
pengajaran guru (Chapman, Hughes, & Williamson, 2001). Zahorik (1990) pula mendapati
bahawa gaya pengajaran guru turut dipengaruhi oleh ideologi dan kepercayaan terhadap pelajar
dan ilmu pengetahuan.

2.2.1 Gaya Pengajaran Grasha

Walaupun terdapat banyak jenis gaya pengajaran, bahagian ini hanya akan membincangkan gaya
pengajaran oleh Grasha (1996). Hal ini kerana kajian ini menggunakan gaya ini sebagai huraian
gaya pengajaran pensyarah. Anthony Grasha mencadangkan lima jenis gaya pengajaran iaitu
gaya pakar, autoriti formal, model personal, fasilitator dan delegator (1996). Grasha menegaskan
bahawa kelima-lima gaya pengajaran dikelompokkan dalam empat gugusan. Gugusan satu
merangkumi gaya pakar dan gaya autoriti formal; Gugusan dua meliputi gaya model personal,
gaya pakar dan gaya autoriti formal; Gugusan tiga termasuk gaya fasilitator, gaya model personal
dan gaya pakar dan gugusan empat ialah gaya delegator, fasilitator dan pakar.

Gaya pakar ditonjolkan oleh guru yang memiliki pengetahuan dan kepakaran yang tinggi dalam
bidang yang diajar. Guru yang memiliki gaya ini sentiasa menggalakkan pelajarnya mencapai

103

kecemerlangan dan mengajar dengan terperinci serta mendalam. Guru yang mengamalkan gaya
ini mengkehendaki pelajar-pelajarnya sentiasa bersedia dan mementingkan penyaluran maklumat
secara maksimum. Gaya autoriti formal pula ialah guru yang akan sentiasa memberikan maklum
balas positif atau negatif kepada pelajar-pelajarnya. Mereka menganggap bahawa pengajaran
perlu dilakukan dalam bentuk standard, tepat dan diterima oleh pelajar yang merangkumi
matlamat pengajaran yang telah ditetapkan oleh pihak institusi, dan peraturan tingkah laku
pelajar yang termaktub dalam perundangan institusi. Guru-guru dengan gaya ini suka kepada
pengajaran yang berstruktur. Bagi gaya model personal pula, pengajaran harus dilakukan
menggunakan contoh-contoh peribadi dan ‘mengajar mengikut teladan’. Guru cenderung
bertindak sebagai prototaip kepada pelajar tentang bagaimana cara berfikir dan berkelakuan.
Mereka cenderung untuk memandu dan mengarah pelajar memerhati dan seterusnya meniru
kaedah yang ditunjukkan. Gaya fasilitator pula menekankan interaksi guru dengan pelajar.
Mereka memberi panduan membimbing dan memberi arahan dengan mengemukakan soalan-
soalan, pilihan untuk menerokai, memberi cadangan alternatif dan membina kriteria pemilihan.
Matlamat keseluruhan adalah untuk membangunkan keupayaan pelajar untuk berdikari,
berinisiatif dan bertanggungjawab. Guru dengan gaya ini lebih suka mengajar menggunakan
kaedah projek dengan memberi bimbingan dan sokongan. Gaya delegator pula memberi
perhatian kepada membentuk kebolehan pelajar untuk belajar secara autonomi. Pelajar
digalakkan untuk menjalankan tugas secara bebas apabila melaksanakan sesuatu projek. Guru
akan membantu sekiranya diperlukan serta bertindak sebagai sumber maklumat utama pelajar.
Guru dapat membantu pelajar menjadi seorang yang boleh berdikari serta berkeyakinan tinggi.
Walaubagaimanapun, sekiranya guru kurang peka terhadap kesediaan pelajar untuk menjalankan

104

tugasan secara bersendirian, maka sesetengah pelajar mungkin berasa bimbang apabila diberi
autonomi bagi menyempurnakan sesuatu tugasan secara sendirian.

2.3 Kajian Empirikal

Kajian yang telah dilakukan oleh Longitudinal Surveys of Australian Youth (2002) mendapati
bahawa terdapat dua bahagian penglibatan pelajar di sekolah. Bahagian pertama adalah
penglibatan pelajar dalam pembelajaran dan bahagian yang kedua adalah penglibatan pelajar di
dalam komuniti di sekolah. Kedua-duanya mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Kajian
ini mendapati bahawa penglibatan pelajar pada peringkat sekolah merupakan faktor utama
penglibatan pelajar. Penglibatan pelajar merangkumi banyak bentuk dan cara. Antaranya ialah
penglibatan secara aktif dalam aktiviti sekolah, aktif di dalam kelas, penyesuaian diri dengan
budaya sekolah serta hubungan yang baik dengan guru-guru dan rakan sebaya. Selain itu, jantina
pelajar juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar. Pelajar
perempuan didapati lebih cenderung dan berminat untuk menyertai sebarang aktiviti sekolah dan
lebih aktif di dalam kelas seperti rajin bertanyakan soalan dan sebagainya. Kajian ini juga
mendapati bahawa pelajar yang datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi lebih aktif
dalam penglibatan mereka di sekolah. Kajian mendapati bahawa pelajar yang bercita-cita untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan akan lebih aktif
penglibatan mereka di sekolah. Pelajar ini telah membuat perancangan lebih awal untuk masa
depan mereka. Mereka juga sering dilihat mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah berbanding dengan pelajar lain yang tidak bercadang untuk
melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan. Kajian tersebut juga mendapati bahawa
pelajar yang berasa selesa dengan persekitaran dan budaya yang diamalkan di sekolahnya akan

105

menjadi pelajar yang aktif dan penglibatan mereka di sekolah akan meningkat seterusnya
mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Selain itu, OECD Programme for International Student Assessment (2000) mendapati bahawa
terdapat hubungan antara penglibatan pelajar dan pengajaran guru dengan pencapaian akademik.
Kajian ini mendapati bahawa budaya sesebuah sekolah juga boleh mempengaruhi penglibatan
pelajar dengan pencapaian akademik. Budaya yang diamalkan oleh sekolah merangkumi
kumpulan guru yang berdedikasi, disiplin yang berkesan dan suasana pembelajaran yang sihat.
Kajian ini juga mendapati bahawa pelajar yang merasakan dirinya diterima di sekolah akan
mempengaruhi penglibatan pelajar di dalam kelas mahupun di sekolah. Kajian ini juga
mendapati bahawa sikap dan tingkah laku merupakan dua faktor penting yang boleh
mempengaruhi pelajar untuk terlibat dalam penglibatan akademik. Sikap pelajar merangkumi
kedatangan mereka ke sekolah, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, memberi
perhatian semasa guru mengajar, terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan
sebagainya. Pelajar yang dilihat kurang aktif di sekolah, besar kemungkinan akan menghadapi
masalah apabila berurusan dengan anggota masyarakat selepas tamat persekolahan. Masalah ini
merupakan satu masalah yang dilihat turut dialami oieh sekolah-sekolah di seluruh dunia.

Pelajar yang terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti sekolah juga didapati mempunyai lebih
kecenderungan untuk meneruskan pengajian sehingga tamat dan mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar tersebut (Marsh, 1992). Kajian yang telah dijalankan beliau menunjukkan bahawa
pelajar yang aktif dalam aktiviti di sekolah akan memberi kesan positif kepada diri pelajar seterusnya
meningkatkan penglibatan pelajar kepada aktiviti sekolah. Secara tidak langsung juga akan
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tersebut. Selain itu, pelajar juga akan mempunyai sifat

106

disiplin dan komitmen yang tinggi. Gerber (1996) pula menggunakan National Educational
Longitudinal Study (NELS) untuk mengkaji adakah penglibatan pelajar dengan aktiviti sekolah boleh
mempengaruhi pencapaian akademik. Dapatan daripada kajian beliau juga menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang positif antara penglibatan pelajar dengan aktiviti sekolah dan pencapaian
akademik. Chickering dan Gamson (1991) menyenaraikan Seven Principles for Good Practice in
Undergradute Education iaitu satu prinsip empirikal yang berkait dengan pengukuran
penglibatan pelajar. Tujuh prinsip tersebut adalah :
1. Menggalakkan kepada hubungan yang baik antara pelajar dengan pihak sekolah
2. Menggalakkan kerjasama antara pelajar
3. Menggalakkan pembelajaran yang aktif
4. Memberikan maklumbalas yang cepat dan tepat
5. Ketepatan waktu
6. Komunikasi yang baik
7. Menghormati bakat dan pandangan pelajar

2.4 Rumusan
Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan kajian-kajian lalu terhadap gaya pengajaran guru
dan juga penglibatan pelajar. Selain itu, beberapa teori yang dikaitkan dengan penglibatan
akademik pelajar juga telah dicakupi. Kajian sebegini adalah satu usaha untuk memperkayakan
pengetahuan mengenai gaya pengajaran guru dan juga penglibatan pelajar yang efektif.

107

BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan
Bahagian ini akan membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini.
Antara aspek utama yang akan dibincangkan dalam bab ini merangkumi reka bentuk kajian,
populasi dan persampelan, instrumen dan alat kajian serta kaedah analisis data.

3.2 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian ini ialah kajian tinjauan rentasan (Cross-sectional Survey Design) yang
menggunakan soal selidik terpiawai. Rekabentuk ini dipilih kerana ia paling praktik
digunakan kerana terdapat ramai responden yang bertaburan dan dapat diselesaikan dalam
jangka masa yang singkat.

3.3 Populasi, Sampel dan Teknik Persampelan
Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut di Kolej Komuniti
Wilayah Utara. Penentuan saiz sampel adalah berdasarkan saiz populasi itu sendiri di mana
daripada jumlah keseluruhan pelajar. Responden yang terdiri daripada para pelajar Kolej
Komuniti Wilayah Utara telah diambil untuk dijadikan sampel responden bagi mewakili
keseluruhan populasi kajian ini. Persampelan pelajar-pelajar ini dibuat secara persampelan
rawak mudah (Simple random sampling). Daripada jumlah tersebut, seramai 50 orang
responden telah menyerahkan kembali borang soal-selidik yang telah dijawab.

108

3.4 Instrumen Kajian
Kajian ini adalah kajian kuantitatif. Instrumen kajian adalah menggunakan set borang soal
selidik. Satu set soalan borang soal selidik dibangunkan oleh pengkaji dan set soalan
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu (i) demografi, (ii) gaya pengajaran guru dan (iii)
penglibatan akademik pelajar. Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan
responden ialah borang soal selidik yang direka khas untuk kajian ini hasil pengubahsuaian
soalan yang diadaptasi daripada Model Grasha-Riechmann 1966 dan National Survey on
Student Engagement, 2006. Jadual 3.1 menunjukkan kedudukan dan jumlah item mengenai
lima pengajaran guru yang terdapat dalam instrumen kajian.

Jadual 3.1
Kedudukan dan Jumlah Item dalam Gaya Pengajaran Grasha

Gaya Pengajaran Kedudukan Item Jumlah Item
5
Pakar 1-5 5
Formal 6 – 10 5
Personal 11 – 15 5
Fasilitator 16 – 20 5
Delegator 21 – 25 25
Jumlah 1 – 25

3.5 Kajian Rintis
Sebelum kajian yang sebenar dijalankan, satu kajian rintis telah dijalankan dengan tujuan
untuk mengkaji kebolehpercayaan dan kesahihan instrumen soalan yang dibentuk. Selain itu,
kajian rintis dilakukan untuk memastikan bahawa soalan yang dikemukakan mudah
difahami, konsep yang digunakan adalah jelas, tidak mengelirukan dan menjurus kepada
menjawab objektif kajian. Oleh itu, bagi memastikan kajian rintis yang dilakukan ini
memperoleh kebolehpercayaan yang tinggi, pengkaji telah mengenalpasti seramai 30 orang

109

pelajar sebagai responden. Nunnaly (1978) menyarankan bahawa nilai 0.6 hingga 0.8 adalah
ukuran nilai yang lazimnya diterima manakala nilai 0.8 ke atas adalah terbaik. Menurut
Kerlinger (1973), satu kajian yang amat tinggi kebolehpercayaannya akan mempunyai ciri-
ciri yang stabil, ketekalan, keramalan dan ketepatan. Keputusan analisis yang diperoleh
menunjukkan pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach adalah 0.89. Ini menunjukkan nilai
kebolehpercayaan instrument adalah memuaskan dan terbaik.

3.6 Prosedur Memungut Data
Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar secara rawak. Pengkaji kemudiannya
mendapatkan semula borang soal selidik sejurus dijawab oleh responden.

3.7 Prosedur Menganalisis Data
i. Analisis Data Deskriptif dan Inferensi
Analisis data dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS versi 20.0). Data outlier perlu dibuang terlebih dahulu
melalui proses pembersihan data. Setiap data yang dimasukkan ke dalam
komputer perlu dikodkan secara ringkas dengan menggunakan singkatan frasa
yang mudah difahami.

ii. Analisis Data Deskriptif
Min, peratusan dan sisihan piawai bagi pembolehubah yang dikaji diperoleh
untuk menguji tahap gaya pengarajaran guru serta penglibatan akademik pelajar.

110

iii. Analisis Data Inferensi
Pengujian Hipotesis: Pengkaji menggunakan ujian korelasi Pearson untuk
menguji hipotesis null iaitu hubungan antara gaya pengajaran pensyarah serta
tahap penglibatan akademik pelajar.

3.8 Rumusan
Dengan pemilihan kaedah kajian yang bersesuaian serta alat ukur yang tepat, amatlah
diharapkan kajian ini dapat dijalankan dengan baik dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Selain itu, prosedur memungut data yang betul juga memainkan peranan yang penting dalam
membantu pengkaji memperoleh data yang tepat dan sah serta menjimatkan kos. Pengkaji
berharap dapatan kajian yang dianalisis dapat menjawab semua persoalan kajian dan
hipotesis yang diutarakan.

111

BAB EMPAT
DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Wilayah Utara dengan melalui kaedah mengedarkan
borang soal selidik terpiawai kepada para pelajar. Daripada dapatan yang telah diperolehi,
sebanyak 50 borang soal selidik telah berjaya dikumpul kembali untuk dianalisis oleh pengkaji.

4.2 Profil Responden
Kajian ini telah dijalankan terhadap para pelajar Kolej Komuniti Wilayah Utara. Daripada 50
orang responden yang telah menjawab soal selidik, 48% (24 orang) adalah terdiri daripada
responden lelaki manakala 52% (26 orang) terdiri daripada responden perempuan. Ujian
normaliti telah dijalankan bagi melihat sama ada responden menunjukkan ciri yang berlainan
daripada data sebenar atau ekstrem kepada data yang lebih tinggi (outlier). Berdasarkan paparan
box plot yang telah dihasilkan, tidak terdapat data outlier. Maka data yang dikutip adalah berada
dalam taburan normal. Profil responden dapat dilihat dalam jadual yang disediakan di bawah ini.

Jadual 4.1
Bilangan Responden Mengikut Umur

Umur Bilangan Peratus
1 2.0
17 9 18.0
18 34 68.0
19 3 6.0
20 3 6.0
21 50 100.0
Jumlah

112

Berdasarkan Jadual 4.1, didapati majoriti responden adalah terdiri daripada pelajar yang berumur
19 tahun (68.0%), diikuti oleh responden berumur 18 tahun (18.0%), berumur 20 dan 21 tahun
(6.0%) dan seorang responden yang berumur 17 tahun (2%).

4.3 Analisis Statistik Deskriptif

4.3.1 Soalan Kajian: Apakah gaya pengajaran yang paling dominan di Kolej

Komuniti?

Jadual 4.2
Taburan Item Domain Gaya Pengajaran Pensyarah

Jenis Gaya Min Sisihan Piawai

Pakar 3.75 .37
Formal 3.86 .36
Personal 3.92 .48
Fasilitator 3.69 42
Delegator 3.84 .55

Dapatan daripada kajian ini, lima stail pengajaran pensyarah dalam kelas diukur melalui respon
pelajar kepada 25 item dalam soal selidik. Lima dimensi stail pengajaran guru tersebut ialah (a)
dimensi pakar, (b) dimensi autoriti formal, (c) dimensi model personal, (d) dimensi fasilitator
dan (e) dimensi delegator. Berdasarkan Jadual 4.2, min gaya pengajaran pensyarah dimensi
model personal mendapat min yang paling tinggi iaitu 3.92 diikuti dengan dimensi gaya
pengajaran formal yang mendapat tempat kedua dengan min sebanyak 3.86. Gaya pengajaran
delegator (3.84) lebih tinggi berbanding dengan min dimensi pakar (3.75) dan seterusnya min
dimensi fasilitator (3.69). Dimensi yang mempunyai skor min paling rendah ialah dimensi
fasilitator (3.69). Dapatan ini menunjukkan pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Utara banyak
menggunakan gaya pengajaran model personal dan gaya pengajaran formal di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

113

4.3.2 Soalan Kajian: Apakah tahap penglibatan akademik pelajar Kolej Komuniti

Wilayah Utara?

Jadual 4.3
Kekerapan dan Peratus Penglibatan Akademik Pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran

(M=3.67, SP=.29)

No. Item Sangat Sangat
Item Tidak Setuju
Setuju
1 Saya selalu memberi pendapat 3 20 25 2
dalam kelas 0 (6.0%) (40.0%) (50.0%) (4.0%)

Saya pernah membuat 1 1 10 28 10
(2.0%) (2.0%) (20.0%) (56.0%) (20.0%)
2 persembahan tugasan di
8 30 11
hadapan kelas (16.0%) (60.0%) (22.0%)

Saya selalu mengikut arahan 1 14 25 11
(2.0%) (28.0%) (50.0%) (22.0%)
3 pensyarah dan membuat 0
9 30 11
semua kerja yang diberikan (18.0%) (60.0%) (22.0%)

Saya selalu memberikan 17 8 2
(34.0%) (16.0%) (4.0%)
4 perhatian yang sepenuhnya 00
untuk menyiapkan kerja 8 34 6
(16.0%) (68.0%) (12.0%)
sehingga selesai
10 28 11
Saya dapat memahami (20.0%) (56.0%) (22.0%)

5 pengajaran serta menyiapkan 00 18 28 3
(36.0%) (56.0%) (6.0%)
tugasan yang diberikan
14 31 4
Saya pergi ke kelas tanpa 13 10 (28.0%) (62.0%) (8.0%)
(26.0%) (20.0%)
6 sempat menyiapkan kerja yang 18 20 4
(36.0%) (40.0%) (8.0%)
diberikan
6 40 4
Saya selalu memberikan (12.0%) (80.0%) (8.0%)

7 kerjasama kepada pelajar lain 0 2
untuk menyiapkan tugasan (4.0%)

yang diberikan

Saya bersama-sama pelajar lain 1
(2.0%)
8 menyiapkan kerja rumah 0

selapas waktu perkuliahan

Saya gemar mengambil 1
(2.0%)
9 tindakan segera apabila 0

mendapat tugasan

Saya suka menyoal sekiranya 1
(2.0%)
10 saya tidak memahami 0

penerangan dari pensyarah

Saya tidak berasa kecewa

11 menghadapi kesukaran pada 35
peringkat awal melakukan (6.0%) (10.0%)

sesuatu tugasan

12 Saya akan cuba mendapatkan 00
pertolongan orang lain apabila 114

menghadapi masalah

melakukan sesuatu tugasan

13 Saya seronok melakukan 0 1 18 26 5
tugasan yang mencabar (2.0%) (36.0%) (52.0%) (10.0%)

14 Saya membuat tugasan dengan 2 2 22 21 3
bersungguh-sungguh walaupun (4.0%) (4.0%) (44.0%) (42.0%) (6.0%)
tiada markah diberikan

15 Saya membuat tugasan dengan 0 2 14 30 4
konsentrasi yang tinggi (4.0%) (28.0%) (60.0%) (8.0%)

16 Saya suka bertanyakan soalan 0 1 16 32 1
untuk menambah pengetahuan (2.0%) (32.0%) (64.0%) (2.0%)

17 Saya akan cuba mengelak dari 3 14 13 20 0
melakukan tugasan yang sukar (6.0%) (28.0%) (26.0%) (60.0%)

Saya terus melibatkan diri 0 0 10 31 9
18 dalam pembelajaran walaupun
(20.0%) (62.0%) (18.0%)
semua tugasan telah selesai

19 Saya selalu membuat tugasan 2 10 12 22 4
tanpa pengawasan pensyarah (4.0%) (20.0%) (24.0%) (44.0%) (8.0%)

Saya menyiapkan tugasan 0 2 8 22 18
20 dengan tujuan untuk mendapat (4.0%) (16.0%) (44.0%) (36.0%)

keputusan yang baik

Dalam kajian ini, penglibatan pelajar diukur melalui respon pelajar kepada 20 item penglibatan
akademik yang telah dikemukakan dalam soal selidik. Jadual 4.3 menunjukkan kekerapan dan
peratus penglibatan akademik pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan yang
diperolehi menunjukkan hanya separuh daripada responden (54.0%) selalu memberi pendapat di
dalam kelas tetapi majoriti responden (76.0%) pernah membuat persembahan tugasan di hadapan
kelas. Sebanyak 82.0% responden dapat memahami pengajaran serta menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah manakala 20.0% daripada responden pergi ke kelas tanpa sempat
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Hanya 35 orang (70.0%) daripada
responden suka bertanyakan soalan kepada pensyarah apabila tidak memahami penerangan
daripada pensyarah manakala selebihnya mengambil sikap berdiam diri. Kebanyakan responden
(78.0%) meluangkan waktu bersama rakan-rakan bagi menyiapkan tugasan selepas waktu

115

perkuliahan manakala 80.0% responden selalu memberikan kerjasama kepada rakan-rakan bagi
menyiapkan tugasan. Kebanyakan responden (64.0%) juga gemar mengambil tindakan segera
apabila mendapat tugasan agar tiada tugasan yang diberikan oleh pensyarah ditangguhkan.
88.0% responden akan cuba mendapatkan pertolongan orang lain apabila menghadapi masalah
dalam melakukan sesuatu tugasan. Walaubagaimanapun, 60.0% responden akan cuba mengelak
dari melakukan tugasan yang mencabar. Terdapat juga responden yang perlu membuat tugasan
dengan pengawasan pensyarah. Ini mungkin kerana mereka tidak mempunyai keyakinan bagi
menyiapkan tugasan tanpa pengawasan pensyarah. Majoriti responden (80.0%) menyiapkan
tugasan dengan tujuan untuk mendapat keputusan yang baik. Ini jelas menunjukkan bahawa gaya
pembelajaran yang diamalkan oleh responden adalah berorienatsikan keputusan (result-
oriented).

5.3.3 Soalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap penglibatan
akademik pelajar berdasarkan jantina?

Jadual 4.4
Keputusan Ujian-t Sampel Bebas Tahap Penglibatan Akademik Pelajar Berdasarkan Jantina

Jantina N Min SP dk t P

Lelaki 24 3.75 .27 48 1.742 .088

Perempuan 26 3.60 .29

Jadual 4.4 menunjukkan keputusan ujian-t sampel bebas tahap penglibatan akademik
berdasarkan jantina. Setelah analisis statistik t-sampel dilakukan, ujian Levene didapati tidak

116

signifikan, t(48) = 1.742, p > 0.05. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan tahap penglibatan
akademik di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

5.3.4 Soalan Kajian: Adakah terdapat hubungan di antara gaya pengajaran
pensyarah dan tahap penglibatan akademik pelajar?

Jadual 4.5
Korelasi Pearson Antara Gaya Pengajaran Pensyarah dengan Tahap Penglibatan Akademik

Pelajar

Gaya Pengajaran Penglibatan Akademik
.609**

Jadual 4.5 menunjukkan korelasi Pearson antara gaya pengajaran pensyarah dengan tahap
penglibatan akademik pelajar. Berdasarkan keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat
hubungan signifikan yang kukuh di antara gaya pengajaran pensyarah dan penglibatan akademik
pelajar. Ini menunjukkan bahawa gaya pengajaran pensyarah mempengaruhi tahap penglibatan
akademik pelajar Kolej Komuniti Wilayah Utara. Oleh itu, hipotesis null kajian ini adalah
ditolak.

4.4 Rumusan

Dapatan pendekatan kuantitatif yang berdasarkan analisis deskriptif dan korelasi yang
dibentangkan dalam bab ini telah menjawab persoalan kajian dalam Bab Satu. Keputusan
mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pengajaran pensyarah dan
penglibatan akademik pelajar. Sebagai kesimpulannya, gaya pengajaran pensyarah adalah
mempengaruhi tahap penglibatan akademik pelajar Kolej Komuniti Wilayah Utara.

117

BAB LIMA
PERBINCANGAN

5.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan tentang dapatan kajian yang dihuraikan dalam Bab Empat iaitu rumusan
perbincangan dapatan kajian. Perbincangan dapatan kajian diolah mengikut persoalan-persoalan
yang diutarakan dalam kajian ini. Kajian ini dibentuk daripada pendekatan kuantitatif yang
menggunakan statistik inferensi. Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah soal
selidik yang diedarkan kepada responden secara persampelan rawak mudah. Semua data yang
dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) Versi 20.

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Kajian yang telah dijalankan ini adalah bagi mengenalpasti adakah terdapat hubungan antara
gaya pengajaran pensyarah dan penglibatan akademik pelajar Kolej Komuniti Wilayah Utara.
Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada kalangan pelajar telah menjawab soal selidik
yang telah dikemukakan. Mereka terdiri daripada 24 orang pelajar lelaki dan 26 orang pelajar
perempuan. Berdasarkan dapatan yang telah diperoleh, gaya pengajaran yang paling dominan
diamalkan oleh para pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Utara adalah model personal. Menurut
Grasha (1996), pengajaran secara dimensi personal harus dilakukan menggunakan contoh-contoh
peribadi dan mengajar mengikut teladan. Pensyarah cenderung bertindak sebagai prototaip
kepada pelajar tentang bagaimana cara berfikir dan berkelakuan. Mereka cenderung untuk

118

memandu dan mengarah pelajar memerhati dan seterusnya meniru kaedah yang ditunjukkan. Ini
adalah kerana sistem pembelajaran di Kolej Komuniti adalah lebih berkonsepkan ‘hands-on’
ataupun lebih menekankan ciri praktikal berbanding teori. Ini ditegaskan juga dalam teks ucapan
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti pada Seminar Kebangsaan HEP Kolej
Komuniti 2012 yang telah diadakan di Kolej Komuniti Kepala Batas. Beliau menegaskan
bahawa dalam mencapai matlamat melahirkan graduan berilmu dan berkemahiran menjelang
wawasan 2020, kajian-kajian bagi mendalami bidang-bidang pengkhususan juga adalah penting
untuk diadakan. Pengkajian mengenai kaedah pembelajaran yang terkini dan sesuai dengan
keperluan setiap bidang yang ditawarkan di kolej komuniti adalah penting bagi menambah baik
kaedah pengajaran berteraskan ‘hands-on’ yang diamalkan di kolej komuniti. Ini kerana,
perkembangan teknologi terkini banyak mempengaruhi kaedah-kaedah kerja di industri dan
sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran bidang-bidang berkaitan industri dan
teknikal yang ditawarkan di kolej komuniti. Mergel (1998) pula menyatakan pembelajaran
behavioris adalah pembelajaran yang melibatkan pelaziman dan peniruan. Oleh itu, dapatan
kajian ini menyokong pandangan bahawa stail pengajaran model personal banyak mempengaruhi
sikap pelajar untuk menyertai proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Oleh yang
demikian, proses pengajaran dalam kelas perlulah dititikberatkan supaya menjadikan pengajaran
lebih bermakna. Kenyataan ini disokong oleh Anuar, Siti Haishah dan Nur Atikah (2009),
bahawa fungsi pengajaran adalah menghasilkan pengajaran yang efektif. Oleh itu, satu sesi
pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran guru menyesuaikan kaedah mengajar dengan
objektif pembelajaran pelajar dan gaya pembelajaran pelajar. Ini kerana pembelajaran
merupakan aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada pelajar itu sendiri. Justeru itu, sifat-sifat
keterbukaan, reflektif dan objektiviti sangat perlu bagi menghasilkan pembelajaran berterusan

119

dalam pengajaran supaya pengajaran menjadi sebuah aktiviti yang tersusun yang dibuat khusus
untuk pelajar dengan tujuan membawaperubahan dalam diri mereka. Oleh itu, satu pendekatan
sistematik perlu dilakukan oleh guru dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan melalui
kaedah yang sesuai bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan di bilik kuliah.

Berdasarkan dapatan kajian ini juga, gaya pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan
dengan penglibatan akademik pelajar. Analisis korelasi Pearson yang dijalankan menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan dan kukuh di antara gaya pengajaran dan penglibatan
akademik pelajar. Melalui gaya pengajaran fasilitator, guru boleh mengunakan strategi
penyelesaian masalah. Strategi ini banyak membantu pelajar untuk bekerjasama dengan pelajar
lain. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Ahmad Faris (2008), beliau mendapati dalam
kajiannya dengan menggunakan starategi pengajaran melalui penyelesaian masalah telah dapat
meningkatkan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains. Adesoji (2009) pula ketika
menghuraikan dapatan kajiannya, mengatakan bahawa pelajar akan lebih terarah kepada sikap
positif sekiranya pensyarah menggunakan penyelesaian masalah dalam pengajaran mereka. Gaya
pengajaran yang menggunakan kaedah penyelesaian masalah adalah melibatkan gaya pengajaran
fasilitator dan delegator. Kenyataan ini bersesuaian dengan penyataan Grasha (2003). Walau
bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan tahap penglibatan akademik di antara pelajar lelaki dan
perempuan Kolej Komuniti Wilayah Utara.

120

5.3 Implikasi Dapatan Kajian
Dapatan kajian ini didapati boleh memberikan implikasi kepada beberapa pihak seperti para
pelajar, ibu bapa dan pensyarah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas. Dengan memahami gaya pengajaran pensyarah yang sesuai akan dapat menggalakkan
penglibatan akademik pelajar di kolej komuniti. Melalui kajian ini juga diharapkan para pelajar
akan dapat menyedari dan memahami bahawa penglibatan akademik adalah merupakan salah
satu momentum ke arah mencapai kejayaan dalam pelajaran. Terdapat hubungan positif antara
gaya pengajaran pensyarah dengan penglibatan akademik pelajar. Oleh itu, para pelajar perlu
mengenal pasti gaya penglibatan akademik mereka dan seterusnya menyesuaikan diri dengan
cara pengajaran pensyarah dalam kelas. Bagi pensyarah pula, sebagaimana yang telah diketahui
bahawa kolej komuniti adalah institusi yang menyumbangkan pendidikan formal kepada pelajar.
Oleh itu, pihak pengurusan kolej dan pensyarah perlu menyediakan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang positif serta terkini kerana ianya boleh membentuk persekitaran yang
kondusif dan sesuai dengan gaya penglibatan akademik pelajar. Hal ini seterusnya dapat
menyumbang kepada pencapaian pelajar yang lebih baik.

Woolfolk (1995) menyarankan beberapa strategi yang boleh diambil oleh pihak pengurusan bagi
menggalakkan motivasi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai gaya penglibatan
akademik iaitu :
a) memenuhi keperluan asas pelajar - menyediakan persekitaran kelas yang selesa dan tersusun.
b) meningkatkan keyakinan diri dan memberi jangkaan positif kepada pelajar.
c) menonjolkan nilai pembelajaran – membuat kaitan tugasan dengan keperluan pelajar dan
mengggunakan aktiviti yang menarik minat pelajar.

121

d) membantu pelajar memberi fokus terhadap tugasan - memberi pelajar peluang untuk
memberikan maklumbalas dan menyelesaikan kerja mereka serta mengurangkan penekanan
terhadap gred dan persaingan antara pelajar

5.4 Cadangan Kajian Masa Hadapan
Oleh kerana kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan pelajar di Kolej Komuniti Wilayah
Utara dan tidak mewakili kesemua pelajar kolej komuniti di Malaysia, satu kajian lanjutan perlu
dilakukan terhadap populasi yang lebih besar bagi melihat sejauh manakah gaya pengajaran
pensyarah mempengaruhi penglibatan akademik pelajar. Ini bagi memastikan bahawa kesemua
pelajar dapat melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan individu
yang berkemahiran seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara kita.

5.5 Rumusan
Kesimpulannya, bab ini menghuraikan ringkasan dapatan kajian, perbincangan, implikasi serta
cadangan untuk kajian akan datang. Perbincangan dapatan kajian dikaitkan dengan dapatan
kajian-kajian lepas dan dari aspek teoritikal. Secara keseluruhannya, kajian ini cuba meneroka
hubungan antara gaya pengajaran pensyarah dengan penglibatan akademik pelajar. Keputusan
mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran pensyarah dengan
penglibatan akademik pelajar Kolej Komuniti Wilayah Utara.

122

Rujukan

Adesoji, F. A. (2008). Managing students’ attitudes towards Science through problem-solving
instrument strategy. Anthropologist, 10 (1), 21 – 24.

Ahmad Faris (2008). The impact of PBL on the student’s attitudes towards science among nine
graders in Hamza Independent School. Unpublished project paper.

Aitkin, M. L, & Zuzovsky, R. (1994). Multilevel interaction models and their use in the analysis
of large-scale school effectiveness studies. School Efectiveness and School Improvement
5, 45-73

Allen, R. (1988). The relationship between learning style and teaching style ofsecondary teachers
in south central Kansas. Unpublished doctoral dissertation. Kansas State University,
Manhattan, KS.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. (2009). Tahap keupayaan
pengajaran guru Sejarah dan hubungannya dengan pencapaian murid di sekolah
berprestasi rendah. Jurnal Pendidikan 34 (1):53-66.

Awang Had Salleh. (2000). Default di kalangan guru sebagai pendidik: Sebuah pemerhatian
peribadi. Kertas kerja yang dibentangkan pada 31 Januari 2000, Sekolah Siswazah,
Universiti Utara Malaysia.

Bailey, K. M., Bergthold, B., Braunstein, B., Fleischman, N. J., Holbrook, M. P., Tuman, J.,
Waissbluth, X., & Zambo, L. J. (1996). The language teacher’s autobiography:
Examining the apprenticeship of observation. In Bailey, K. M. (1997). Reflective
teaching: Situating our stories. Asian Journal of English Language Teaching, 7, 1-19.

Bromley, C.M. 1995. Positive attitudes and realistic beliefs: Links to proficiency. Modern
Language Journal, 79(3): 372-385.

Chapman, J. K, Hughes, P., & Williamson, B. (2001). Teachers’ perceptions of classroom
competencies over a decade of change. Asia Pacific Journal of Teacher Education, 29
(2), 171-184.

Chia, K. B. (1997). Professional self-esteem and teaching styles of English language teacher in
Malaysia. Unpublished Ph.D Thesis. University of Manchester.

Chickering, A. W. & Gamson, Z.F. (I991). Development and adaptationof the seven principles
for good practice in undergraduate education. Direction for Teaching and Learning, 80,
75-81.

Conti, G. J. (1985). Assessing teaching style in adult education: How and why? Lifelong
Learning: An Omnibus ofPractice and Research, 8(8), 7-11.

Doherty, J. (2003). Teaching style in physical education and Mosston’s spectrum. Sports Media.

123

Dunn, R. S., & Dunn, K. J. (1979). Learning styles/teaching styles: Should they... can they... be
matched? Educational Leadership, 36(4), 238-244.

Evans, C. (2004). Exploring the relationship between cognitive style and teaching style.
Educational Psychology, 24(4), 509-530

Felder, R. M., & Henriques, E. R. (1995) Learning ang teaching styles in foreign and second
language education. Foreign Language Annals, 28 (1), 21–31.

Gerber, S. B. (1996). Extracurricular activities and academic achievement. Journal of Research
and Development in Education, 30 (1), 42 -50.

Grasha, A. F. (1996). Teaching with style: A practical guide to enhance learning by
understanding learning and teaching style. College Teaching, 48, 1-12.

Grasha, A.F & Hicks, N. Y. (2000). Integrating teaching style and learning style with
instructional technology. College Teaching, 48 (1), 2 – 15.

Grasha, A. F. (2003). The dynamics ofone-on-one teaching. Social Studies, 94(4), 179-187.

Gregorc, A.F. (1989). Learning styles/teaching styles: Should they can they be matched?
Educational Leadership,36, 234-237.

Jarvis, P. (1985). Thinking critically in an information society: A sociological analysis. Lifelong-
Learning, 8(6), 11-14.

Juliawati Ibrahim (2006). Gaya pengajaran guru bahasa daerah Hulu Langat: Satu kajian
tinjauan.. Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.

Kamsiah Abdullah. 2000. Sikap, penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu di Singapura.
Singapura: Angkatan Sasterawan 50.

Kramlinger, T. & Huberty, T. (1990). Behaviorism versus humanism. Training and Development
Journal, 4, 1-45.

Mergel, Brenda. (1998) Instructional Design and Learning Theory. Educational
Communications and Technology, University of Saskatchewan.

Mok Soo Sang (2001), Psikologi pendidikan untuk kursus diploma perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.

Olivia, F. P. (1987). Developing the Curriculum. USA: Scott, Foresman and Company.

Onstein, A. C., & Miller, H. C. (1980). Looking into teaching: An introduction to American
education. Boston: Houghton.

Peacock, M. (2001). Match or mismatch? Learning style and teaching style in EFL. International
Journal of Applied Linguistics. Retrieved from http://searchglobal.epnet.com.

124

Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distribution Sdn.Bhd.

Solon Community School District. DRAFT. 2003. At risk plan of services
Stitt-Gohdes, W. L. (2001). Business education students’ prfered learning styles and their

teachers; preferred instructional styles: Do they match? Delta Pi Epsilon Journal, 43,
137–151.
Sturt,G.(2000). Teaching styles. Retrieved from http://psychology .colchsfc.ac.uk/gary.htm.
The OECD programme for international student assessment (PISA) (2000).
Tudor, I. (1996). Learner-centeredness as language education. United Kingdom: Cambridge
University Press.
Woolfolk, A. E. (1995). Educational psychology. 6 th Ed. Boston: Allyn and Bacon.
Wright, T. (1987). The role of teachers and learners. Hong Kong: ELBS with Oxford University
Press.
Zahorik, J. A. (1990). Stability and flexibility in teaching. Teacher and Teaching Education,
6(1), 69–80.
Zinn, L. M. (2004). Exploring your philosophical orientation. In M. W. Galbraith (Ed.).Adult
learning methods: Aguidefor effective instruction (3rd ed., pp. 39-74). FL: Krieger
Publishing Company.

125

LAMPIRAN A
SOAL SELIDIK KAJIAN

BORANG SOAL SELIDIK

HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN PENSYARAH DAN
PENGLIBATAN AKADEMIK PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI
WILAYAH UTARA

Terima kasih kerana anda sudi menjadi responden dalam kajian ini. Borang soal selidik ini
mengandungi TIGA BAHAGIAN. Para pelajar diminta untuk memberikan respon di dalam soal

selidik ini.

Semua maklumbalas adalah sulit dan rahsia yang hanya digunakan untuk tujuan kajian sahaja.
Kerjasama para pelajar sangat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
WAN MUHAMAD FITRI BIN WAN ZAHARI

TEL: 012-9673240

126

HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN PENSYARAH DAN PENGLIBATAN AKADEMIK PELAJAR DI
KOLEJ KOMUNITI WILAYAH UTARA

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN
A1. Jantina :

Lelaki
Perempuan
A2. Umur :
______ tahun

BAHAGIAN B : GAYA PENGAJARAN GURU (Diadaptasi daripada Model Grasha-Riechmann 1966)

Arahan : Bulatkan jawapan anda berdasarkan skala berikut :

1 = sangat tidak setuju
2 = tidak setuju
3 = tidak pasti
4 = setuju
5 = sangat setuju

Bil. Kenyataan 1 2 3 45

1 Pensyarah menetapkan standard yang tinggi bagi pencapaian 1 2 3 45
pelajar

2 Pensyarah mempelbagaikan gaya pengajaran terhadap pelajar 1 2 3 4 5

3 Pelajar menyiapkan kerja kursus secara sendiri dengan sedikit 1 2 3 45
bimbingan daripada pensyarah

4 Pensyarah mementingkan perkongsian pengetahuan dan 1 2 3 45
kemahiran dengan pelajar

5 Pensyarah memberikan maklumbalas negatif kepada pelajar 1 2 3 45
jika prestasi yang tidak memuaskan

6 Pensyarah memperuntukkan masa untuk berunding dengan 1 2 3 45
pelajar bagi meningkatkan prestasi pembelajaran

Pensyarah melakukan aktiviti dalam kelas bagi

7 mengembangkan idea pelajar tentang sesuatu topik yang 1 2 3 45

diajar

8 Pensyarah menunjukkan bagaimana dan apa yang harus 1 2 3 45
dilakukan untuk mengusai sesuatu topik yang diajar

9 Pensyarah menggalakkan perbincangan dalam kumpulan 1 2 3 45
supaya pelajar boleh berfikir secara kritis

10 Pensyarah menganggap pelajar boleh belajar sendiri dengan 1 2 3 45
pelbagai kaedah pembelajar kendiri

127

11 Pensyarah sering menggunakan contoh dari pengalaman 1 2 3 45
sendiri sebagai rujukan

Pensyarah membimbing kerja-kerja pelajar dengan

12 mengajukan soalan dan menyarankan cara alternatif bagi 1 2 3 45

menyelesaikan sesuatu tugasan

13 Pensyarah menggalakkan pelajar untuk berfikir dan berdikari 1 2 3 4 5

14 Pensyarah memberikan panduan yang sangat jelas tentang 1 2 3 45
bagaimana sesuatu tugasan itu perlu disiapkan

Pensyarah sering menunjukkan bagaimana pelajar boleh

15 menggunakan pelbagai prinsip dan konsep dalam 1 2 3 45

pembelajaran

16 Pelajar mengambil tanggungjawab untuk mengajar rakan 1 2 3 45
semasa sesi pembelajaran berlangsung

17 Pensyarah menggunakan kepakaran beliau untuk 1 2 3 45
menyelesaikan perbezaan pendapat mengenai sesuatu isu

18 Pensyarah memberi komen secara lisan atau bertulis 1 2 3 45
mengenai prestasi pelajar

19 Pensyarah meminta pandangan pelajar tentang bagaimana 1 2 3 45
dan apa yang akan diajar dalam sesuatu topik

20 Pelajar menetapkan sendiri tempoh masa untuk menyiapkan 1 2 3 45
projek kumpulan

21 Pelajar boleh membuat pilihan aktiviti dalam memenuhi 1 2 3 45
keperluan kursus

22 Terdapat banyak tugasan yang perlu disiapkan berbanding 1 2 3 45
tempoh masa yang diperuntukkan

23 Pensyarah bekerjasama dengan pelajar untuk menyelesaikan 1 2 3 45
sesuatu masalah

24 Pensyarah memberikan banyak sokongan peribadi dan 1 2 3 45
dorongan untuk meningkatkan pencapaian dalam pelajaran

25 Pensyarah berperanan sebagai sumber rujukan yang bersedia 1 2 3 45
apabila diperlukan oleh pelajar

BAHAGIAN C : PENGLIBATAN AKADEMIK PELAJAR (Diadaptasi daripada National Survey on Student
Engagement, 2006)

Bil. Kenyataan 1 2 3 45

1 Saya selalu memberi pendapat dalam kelas 1 2 3 45

2 Saya pernah membuat persembahan tugasan di hadapan 1 2 3 45
kelas

3 Saya selalu mengikut arahan pensyarah dan membuat semua 1 2 3 45
kerja yang diberikan

4 Saya selalu memberikan perhatian yang sepenuhnya untuk 1 2 3 45
menyiapkan kerja sehingga selesai

5 Saya dapat memahami pengajaran serta menyiapkan tugasan 1 2 3 45
yang diberikan

128

6 Saya pergi ke kelas tanpa sempat menyiapkan kerja yang 1 2 3 45
diberikan

7 Saya selalu memberikan kerjasama kepada pelajar lain untuk 123 45
menyiapkan tugasan yang diberikan

8 Saya bersama-sama pelajar lain menyiapkan kerja rumah 1 2 3 45
selapas waktu perkuliahan

9 Saya gemar mengambil tindakan segera apabila mendapat 1 2 3 45
tugasan

10 Saya suka menyoal sekiranya saya tidak memahami 1 2 3 45
penerangan dari pensyarah

11 Saya tidak berasa kecewa menghadapi kesukaran pada 1 2 3 45
peringkat awal melakukan sesuatu tugasan

12 Saya akan cuba mendapatkan pertolongan orang lain apabila 123 45
menghadapi masalah melakukan sesuatu tugasan

13 Saya seronok melakukan tugasan yang mencabar 1 2 3 45

14 Saya membuat tugasan dengan bersungguh-sungguh 1 2 3 45
walaupun tiada markah diberikan

15 Saya membuat tugasan dengan konsentrasi yang tinggi 1 2 3 45

16 Saya sukan bertanyakan soalan untuk menambah 1 2 3 45
pengetahuan

17 Saya akan cuba mengelak dari melakukan tugasan yang sukar 1 2 3 4 5

18 Saya terus melibatkan diri dalam pembelajaran walaupun 1 2 3 45
semua tugasan telah selesai

19 Saya selalu membuat tugasan tanpa pengawasan pensyarah 1 2 3 45

20 Saya menyiapkan tugasan dengan tujuan untuk mendapat 1 2 3 45
keputusan yang baik

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

129

HUBUNGAN ANTARA TAHAP PENGETAHUAN DAN TABIAT MEROKOK DI
KALANGAN PELAJAR LELAKI
KOLEJ KOMUNITI ARAU

WAN MUHAMAD FITRI BIN WAN ZAHARI
PUTERI NAZLIN ALAMIN BINTI WAN ZAINAL ALAM

Abstrak

Beberapa kajian lepas telah menunjukkan bahawa tabiat merokok di kalangan kanak-kanak
mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap pengetahuan yang rendah tentang bahaya
merokok serta sikap dan tanggapan yang salah terhadap merokok. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan dengan tabiat merokok di kalangan pelajar lelaki
Kolej Komuniti Arau. Objektif kajian ini adalah : (i) mengetahui tahap pengetahuan mengenai
faktor merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau, (ii) mengetahui tahap
pengetahuan mengenai kesan merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau dan (iii)
mengetahui hubungan di antara tahap pengetahuan dengan tabiat merokok di kalangan pelajar
lelaki Kolej Komuniti Arau. Seramai 42 orang responden telah menjawab set borang soal selidik.
Hasil tinjauan dari soal selidik yang diperolehi mendapati bahawa tahap pengetahuan mengenai
kesan merokok berada pada tahap memuaskan (M=3.49, SP=1.09) manakala tahap pengetahuan
mengenai faktor merokok berada pada tahap sederhana (M=3.06, SP=1.17). Ujian Korelasi
Spearman mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan
mengenai kesan merokok terhadap tabiat merokok (k = -.034, p > .05) manakala terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan mengenai faktor merokok dan tabiat
merokok (k = .364, p < .05). Secara keseluruhan pengkaji mendapati bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan tabiat merokok di kalangan pelajar
lelaki Kolej Komuniti Arau (k = .177, p > .05). Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa
sesorang yang telah mengamalkan tabiat merokok akan tetap meneruskan amalan tersebut
walaupun mengetahui kesan-kesan dan faktor mengenainya.

Kata kunci : Tabiat merokok, tahap pengetahuan

130

BAB SATU
PENGENALAN

1.7 Pendahuluan

Fenomena masyarakat merokok merupakan tabiat manusia di mana kewujudannya boleh
ditafsir dari pelbagai aspek, antaranya aspek sosiobudaya, kelumrahan, psikologi, pengaruh
iklan, dan aspek pengaruh sosial. Dari aspek sosiobudaya, masyarakat menjadikan kelakuan
merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan ukuran status kedewasaan, keranggian,
kematangan, dan kesediaan memikul tanggungjawab di kalangan orang lelaki khususnya.
Sebagai fungsi sosial, merokok ialah cara membina kerapatan persahabatan, malah rokok
digunakan sebagai pemula bicara dan untuk merancakkan perbualan dalam kumpulan. Dari
aspek kelumrahan, kelakuan merokok ialah gejala yang lumrah dalam masyarakat dan dianggap
perkara biasa ditemui. Kelakuan itu pula tidak dianggap salah dari segi norma dan moral, dan
ianya tidak pula dipandang sebagai perkara ganjil dan sumbang - kecuali bagi wanita yang
merokok yang dianggap bukan wanita tulen.

Walaupun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia
kali ke-37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah
haram menurut pandangan Islam, namun bilangan perokok masih juga dalam jumlah yang sangat
besar. Para pelajar juga dilihat seolah-olah tidak menghormati para pensyarah apabila merokok
secara terbuka. Satu kajian mendapati bahawa 46% daripada pelajar-pelajar kolej telah
menggunakan tembakau pada masa lalu tahun dan kira-kira 28 % adalah perokok semasa
(Rigotti , Lee, & Wechsler , 2000). Walaupun data ini dilaporkan lebih satu dekad yang lalu ,
penyelidikan yang lebih terkini telah menyatakan bahawa penggunaan tembakau di kalangan
orang dewasa muda, kekal agak konsisten (Welte , Barnes, Tidwell , & Hoffman , 2011). Lebih-

131

lebih lagi , individu-individu yang tidak pernah merokok sebelum kolej mungkin mencuba untuk
menjadi perokok semasa kolej, dan orang-orang yang merokok sekali-sekala di sekolah tinggi
sering menjadi perokok yang lebih tegar di kolej (Wechsler , Rigotti , Gledhill - Hoyt , & Lee ,
1998). Satu kajian lain pula mendapati bahawa 87% daripada perokok yang merokok setiap hari
dan 50 % daripada perokok yang merokok sekali-sekala dilaporkan menggunakan tembakau
secara terus selepas 4 tahun berada di kolej (Wetter et al. 2004).

Walaupun bahaya kesihatan rokok untuk lelaki dan wanita yang didokumenkan (Liu et .al ,
1998; Li et. al , 2008; Mao et. al , 2009), kajian telah membuktikan kadar perokok yang tinggi di
kalangan penduduk dewasa di China (Wang dan Li, 1998; Yang et al. , 1999, 2005). Menurut
dua kajian mengenai tembakau yang dijalankan di China pada tahun 1996 (Yang et al., 1999)
dan pada tahun 2002 (Yang et. al. , 2005), kadar merokok untuk lelaki meningkat daripada 63
peratus pada tahun 1996 kepada 66 peratus pada tahun 2002, manakala kelaziman untuk wanita
menurun sedikit daripada 3.8 peratus pada 1996 kepada 3.08 peratus pada tahun 2002.
Walaubagaimanapun, purata pengambilan harian rokok setiap orang kekal kira-kira yang sama
(14.8%) dari tahun 1996 hingga tahun 2002. Baru-baru ini , penyelidik telah mengkaji mengenai
kadar kenaikan jumlah perokok antara kedua-dua jantina lelaki dan wanita di China (Gu et al ,
2004; . Pan, 2004). Dari segi sejarah , individu dengan tahap pendidikan yang rendah cenderung
untuk merokok berbanding dengan individu yang berpendidikan tinggi (Yang et. al , 1999 ; Mao
et al , 2009). Walaubagaimanapun, beberapa kajian baru-baru ini mendedahkan peningkatan
yang ketara dalam kadar merokok di kalangan individu berpendidikan tinggi.

Pada tahun 2006 negara China berikrar untuk menjadikan semua tempat awam sebagai zon
bebas merokok sebelum Januari 2011 dan terlibat dalam Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Kawalan Tembakau. Selepas penguatkuasaan undang-

132

undang dilaksanakan, apa yang berlaku ialah tiada penurunan kadar merokok dalam kalangan
rakyat, malah negara China mempunyai 200 juta orang yang menderita akibat kesan merokok
dalam tempoh tiga tahun yang lalu (China Daily, 2011). Dengan jumlah penduduk sebanyak 1.3
bilion, Negara China telah menjadi negara pengeluar dan pengguna terbesar tembakau di dunia
(Gu et. al., 2009). Selain negara China, India merupakan pengguna tembakau kedua tertinggi di
dunia. Kini, kira-kira 23 juta orang lelaki dan 11.9 juta orang perempuan mengamalkan tabiat
merokok di India (Shafey. Erikson, Ross & Mackay, 2009). Kadar tabiat merokok di India
dijangka meningkat kira-kira 3% setahun dan akan menyebabkan satu juta kematian pada tahun
2010 (Jha et. al., 2008), manakala kos rawatan yang terpaksa ditanggung bagi empat penyakit
utama yang disebabkan oleh tembakau seperti kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit
respiratori dan TB berada pada tahap yang tinggi iaitu AS $ 1.7 bilion (John, Suilg & Max,
2009).

Di Malaysia tabiat merokok adalah tingkah laku utama yang diamalkan secara berleluasa
oleh kira-kira 5 juta orang yang mewakili pelbagai kumpulan demografi dan latar belakang
sosioekonomi yang berbeza (Clearing House for Tobacco Control, 2005). Statistik Tahunan
Kematian di Malaysia menunjukkan satu per empat atau hampir 10,000 kematian adalah
disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan merokok seperti penyakit jantung koronari
(25%), kanser paru-paru (25%) yang merupakan punca utama kematian dan diikuti oleh angin
ahmar (20%), penyakit pulmonari kronik (15%), lain-lain penyakit kanser (5%) dan lain-lain
penyakit (10%) (Clearing House for Tobacco Control, 2005). Selain itu, di Malaysia terdapat
lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan akibat sakit jantung, kanser dan penyakit
sekatan pulmonari kronik dan yang lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20
bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti (Kementerian

133

Kesihatan Malaysia [KKM], 2005). Menurut Pengarah Respiratori, Dr. Abdul Razak Muttalib
keadaan ini amat merisaukan pihak kerajaan kerana membabitkan kos yang tinggi bagi urusan
memberi rawatan dan sokongan (Utusan Malaysia, 31 Mei, 2010). Menurut Kementerian
Kesihatan Malaysia (2005), jumlah perokok dalam kalangan negara membangun seperti
Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
Dianggarkan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula
merokok. Tiga puluh peratus daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun terlibat dengan
tabiat merokok. Malah, tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes
penyakit koronari (KKM, 2004). Kini, bilangan golongan rnuda yang merokok di negara ini
semakin bertambah dan keadaan ini makin membimbangkan. Hal ini kerana mereka ialah bakal
pemimpin, tenaga profesional, ibu bapa dan penjaga kepada generasi masa depan. Menyedari
hakikat betapa seriusnya ancaman amalan tabiat merokok terhadap kualiti kesihatan rakyat di
negara ini, kerajaan Malaysia telah menggubal Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau
1993. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh pihak Unit Penguatkuasa Undang-undang Kesihatan
Awam di Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh negara.

1.8 Pernyataan Masalah
Masalah tabiat merokok di kalangan pelajar Kolej Komuniti Arau merupakan satu isu yang

perlu dibimbangi. Ini kerana, masalah ini didapati seolah-olah telah menjadi budaya di kalangan
pelajar khususnya pelajar lelaki yang tanpa merasa bersalah merokok secara terbuka di dalam
dan juga di luar kawasan kolej. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadikan pagar kawasan
kolej sebagai pemisah di antara kawasan larangan dan kawasan bebas merokok. Golongan ini
didapati melepaskan gian merokok betul-betul di sebelah luar pagar kolej tanpa rasa bersalah.
Fenomena ini jika dibiarkan dibimbangi akan menjadi barah dalam budaya di kalangan pelajar

134

Kolej Komuniti Arau. Tabiat merokok ini juga dibimbangi akan menjadi titik permulaan kepada
masalah yang lebih besar iaitu ketagihan arak dan juga penyalahgunaan dadah.

Merokok di kalangan pelajar sekolah bukanlah satu gejala yang baru. Terdapat banyak kajian
yang terperinci yang mengulas sebab-sebab pelajar sekolah, khususnya, di sekolah menengah
terlibat dengan gejala merokok. Dalam beberapa kajian tersebut, faktor yang mempengaruhi
seseorang remaja untuk merokok adalah pengaruh rakan sekolah, ahli keluarga di rumah yang
merokok dan perasaan ingin tahu. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa hampir 50%
remaja tingkatan 5 adalah perokok dan hampir 40% pelajar tingkatan 4 terlibat dalam merokok.
Ini adalah satu fenomena yang membimbangkan. Merokok pada usia muda boleh mendatangkan
pelbagai masalah teurtamanya apabila rokok dijadikan sebagai ‘gateway’ kepada dadah yang
lebih merbahaya seperti Ganja, Amphetamine dan Heroin. Kempen “Tak Nak Merokok” di
Malaysia hanya memberi fokus kepada golongan dewasa sahaja yang merokok dan tidak kepada
remaja yang ingin berhenti merokok. Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah rendah
mendapati bahawa hampir 20% daripada kanak kanak sekolah tersebut pernah merokok atau
adalah perokok aktif pada umur 11 tahun. Majoriti pelajar tersebut tidak mempunyai masalah
untuk mendapatkan rokok walaupun rokok tidak dibenarkan di jual kepada kanak-kanak berumur
18 tahun kebawah. Justeru itu, penguatkuasaan penjualan rokok kepada golongan kanak-kanak
dan remaja sekolah perlulah diperketatkan lagi. Kanak-kanak sekolah juga kurang diberikan
pendedahan tentang bahaya merokok dan akibatnya. Dalam satu kajian rentas yang dijalankan ke
atas 850 orang pelajar sekolah rendah yang berumur 8 tahun di Kuala Lumpur, Pahang, Kelantan
dan Selangor, hanya 50% daripada kanak-kanak tersebut tahu bahawa merokok adalah tidak
sihat, 25% tidak tahu tentang masalah yang dialami oleh perokok kronik dan hampir 50% tidak

135

tahu tentang apa yang terkandung di dalam rokok. Lebih membimbangkan ialah hampir 70%
daripada kanak-kanak tersebut tidak tahu tentang ketagihan merokok.

1.9 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti :
5. Mengkaji tahap pengetahuan mengenai faktor merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej
Komuniti Arau
6. Mengkaji tahap pengetahuan mengenai kesan merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej
Komuniti Arau
7. Mengkaji hubungan di antara tahap pengetahuan dengan tabiat merokok di kalangan
pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau

1.10 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada masalah dan objektif kajian di atas, secara khususnya persoalan yang
perlu dijawab dalam kajian ini adalah :
6. Apakah tahap pengetahuan pelajar mengenai faktor-faktor yang menyebabkan seseorang
merokok.
7. Apakah tahap pengetahuan pelajar mengenai kesan-kesan merokok terhadap perokok.
8. Adakah terdapat hubungan di antara tahap pengetahuan dengan tabiat merokok di
kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau.

1.11 Hipotesis Kajian
Hₒ1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan mengenai kesan
dan tabiat merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau .

136

Hₒ2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan mengenai faktor
dan tabiat merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau
Hₒ3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dan tabiat
merokok di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau .
1.6 Kerangka Kajian

Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar

Tahap Pengetahuan Pelajar Tabiat Merokok

- Kesan merokok
- Faktormerokok

Rajah 1.1 Kerangka konseptual kajian
1.10 Kepentingan Kajian

Merokok telah dikenalpasti sebagai masalah yang melanda masyarakat di Malaysia sejak dari
dahulu lagi. Pelbagai kempen kesedaran, iklan dan sebagainya telah dilakukan bagi
membendung tabiat ini di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu statistik menunjukkan
peningkatan bilangan perokok setiap tahun. Oleh itu kajian ini dilakukan di peringkat akar umbi
bagi mengetahui apakah terdapat hubungan di antara tahap pengetahuan dengan tabiat merokok
di kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau. Dapatan kajian ini diharapkan dapat digunakan
bagi kajian lanjutan yang akan dijalankan.

137

1.11 Batasan Kajian
Kajian ini terhad kepada pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau sahaja dan tidak melibatkan
pelajar-pelajar dari institusi yang lain. Berikut merupakan batasan-batan kajian ini dari
segi: -

v. Daripada pelbagai kaedah, kajian ini sesuai menggunakan kaedah cross sectional
design kerana ianya melibatkan pelajar yang berbeza umur

vi. Cara pengumpulan data pula adalah sesuai melalui soal selidik walaupun terdapat
juga kaedah interview boleh digunakan.

vii. Simple random sampling dipilih kerana kajian hanya melibatkan pelajar lelaki
sahaja
Pengkaji perlu menggunakan ujian korelasi Spearman-Rho untuk menguji
hipotesis nol iaitu hubungan antara tahap pengetahuan dengan amalan merokok di
kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau. Ini kerana data pembolehubah bebas
iaitu tahap pengetahuan pelajar adalah berbentuk interval manakala
pembolehubah bersandar iaitu tabiat merokok adalah data berbentuk ordinal.

viii. Pengkaji juga membuat andaian bahawa responden memahami soalan kajian dan
menjawab soal selidik dengan jujur.

138

1.12 Rumusan
Atas kepentingan pelbagai pihak, pengkaji mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian

yang berkaitan dengan tahap pengetahuan mengenai amalan merokok dan tabiat merokok di
kalangan pelajar lelaki Kolej Komuniti Arau. Ini adalah berdasarkan pemerhatian pengkaji
yang mendapati hampir keseluruhan pelajar lelaki di Kolej Komuniti Arau merupakan
perokok.

139

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Tabiat merokok dikalangan remaja di Malaysia menunjukkan peningkatan. Ini jelas
daripada laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul Berhenti
Merokok (2001), yang menunjukan 20 % perokok terdiri dikalangan remaja. Laporan tersebut
turut menjelaskan bahawa dianggarkan seramai 50 sehingga 60 orang remaja di Malaysia
memulakan tabiat merokok setiap hari. Manakala menurut WHO dalam Sufean (2004)
menunjukan bilangan perokok di dunia diangarkan satu bilion. Statistik juga menunjukkan
bahawa 49% daripada lelaki dewasa di negara ini merokok dan jumlah ini melebihi peratusan
perokok di negara maju seperti di Britain 38 %, Amerika Syarikat 35 % dan Sweden 30 %.
Justeru itu, keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa perokok yang terdiri di kalangan remaja
amat membimbangkan.

Selain itu, di Malaysia terdapat lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan
akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik dan yang lebih penting,
negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan
kehilangan produktiviti (Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM], 2005). Menurut Pengarah
Respiratori, Dr. Abdul Razak Muttalib keadaan ini amat merisaukan pihak kerajaan kerana
membabitkan kos yang tinggi bagi urusan memberi rawatan dan sokongan (Utusan Malaysia,
Mei 31, 2010). Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2005), jumlah perokok dalam
kalangan negara membangun seperti Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Hampir separuh
daripada lelaki Malaysia merokok. Dianggarkan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di

140

bawah umur 18 tahun mula merokok. Tiga puluh peratus daripada remaja lelaki berumur 12
hingga 18 tahun terlibat dengan tabiat merokok. Malah, tabiat merokok dipercayai akan
menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (KKM, 2004).

Kini, bilangan golongan rnuda yang merokok di negara ini semakin bertambah dan
keadaan ini membimbangkan. Hal ini kerana mereka ialah bakal pemimpin, tenaga profesional,
ibu bapa dan penjaga kepada generasi masa depan. Menyedari hakikat betapa seriusnya ancaman
amalan tabiat merokok terhadap kualiti kesihatan rakyat di negara ini, kerajaan Malaysia telah
menggubal Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993. Peraturan ini dikuatkuasakan
oleh pihak Unit Penguatkuasa Undang-undang.

2.2 Definisi dan konsep pembolehubah tidak bersandar

2.2.1 Tahap pengetahuan remaja mengenai amalan merokok

Di Malaysia tabiat merokok adalah tingkah laku utama yang diamalkan secara berleluasa
oleh kira-kira 5 juta orang yang mewakili pelbagai kumpulan demografi dan latar belakang
sosioekonomi yang berbeza (Clearing House for Tobacco Control, 2005). Statistik Tahunan
Kematian di Malaysia menunjukkan satu per empat atau hampir 10,000 kematian adalah
disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan merokok seperti penyakit jantung koronari
(25%), kanser paru-paru (25%) yang merupakan punca utama kematian dan diikuti oleh angin
ahmar (20%), penyakit pulmonari kronik (15%), lain-lain penyakit kanser (5%) dan lain-lain
penyakit (10%) (Clearing House for Tobacco Control, 2005).

Peningkatan tabiat merokok dalam kalangan remaja turut menjadi fokus dalam kajian-
kajian tempatan. Antaranya ialah kajian lima tahun (1999-2004) yang dijalankan oleh

141


Click to View FlipBook Version