The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izawatiazman, 2021-08-15 00:03:56

B10 SEm 2

Nota Mekatronik

ESTABLISHMENT TERHAD
SIGN
Bahan Pembelajaran Bertulis
KERTAS PENERANGAN
Institusi Latihan
Jabatan Tenaga Manusia

SIJIL TEKNOLOGI MEKATRONIK
Semester 2

TERHAD

Edisi Pertama Julai 2008
Edisi Kedua Julai 2012
Edisi Ketiga Julai 2019

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia
http ://www.jtm.gov.my/kurikulum

Hak Milik Terpelihara. Dokumen ini diklasifikasikan sebagai TERHAD untuk kegunaan
ILJTM SAHAJA. Pihak luar tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
dalam kandungan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) dalam apa jua bentuk sebelum
mendapat keizinan bertulis daripada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Bahan Pembelajaran SEMESTER DUA ini dibangunkan bagi kursus sepenuh masa di
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) oleh Ahli Jawatankuasa Pembangunan
WIM dan disemak serta diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Kurikulum untuk tujuan
gunapakai bagi semua ILJTM yang terlibat.

Kod Pengesahan WIM : WIM/B10/32012/S02/P2(12019)
Kod Pengesahan Silibus : SFB/B10/12007/P3(22016)
Tarikh Pengesahan WIM : 30 Mei 2019

PENGESAHAN JAWATANKUASA PEMANDU KURIKULUM
KLUSTER ELEKTRONIK

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) Kluster
Elektronik bagi kursus peringkat Sijil Teknologi Mekatronik - Semester Dua telah
DISEMAK dan DISAHKAN dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kurikulum (MJPK)
1 Bil. 1/2019 yang diadakan pada 30 Mei 2019. Sehubungan itu, Bahan Pembelajaran
Bertulis (WIM) ini hendaklah digunapakai bermula Julai 2019 di seluruh Institusi Latihan
Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).

............................................. ................................................
(MOHAMAD SAFRI BIN MOHD DALI) (HJ. ZAIHAN BIN SHUKRI)
Pengerusi
Pengerusi Kluster
Jawatankuasa Pemandu Kurikulum

KANDUNGAN

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM ................................................i

KERTAS PENERANGAN MODUL 1.................................................................................1

B10-32-21 ENGINEERING DRAWING (CAD)...............................................................1

GROUP CLUSTERING MODULE 1 ..............................................................................2

LA1 PREPARE CAD APPLICATION SYSTEM INSTALLATION 4

LA2 DEVELOP TWO DIMENSIONAL (2D) INDUSTRIAL 51
AUTOMATION (MECHANICAL) CAD DRAWING

LA3 DEVELOP TWO DIMENSIONAL (2D) INDUSTRIAL 73
AUTOMATION (ELECTRICAL/ELECTRONIC) CAD SCHEMATIC
DRAWING

LA4 DEVELOP THREE DIMENSIONAL (3D) INDUSTRIAL 89
AUTOMATION CAD DRAWING

LA5 DEVELOP CAD ASSEMBLY DRAWING (ENGLISH) 113

LA6 PREPARE CAD ASSEMBLY DRAWING DOCUMENTATION 173

KERTAS PENERANGAN MODUL 2.............................................................................187

B10-32-22 ELECTRICAL AND ELECTRONIC SYSTEM ASSEMBLY .......................187

GROUP CLUSTERING MODULE 2 ..........................................................................188

LA1 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION ELECTRICAL AND 190
ELECTRONIC SYSTEMS ASSEMBLING REQUIREMENTS

LA2 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION ELECTRICAL AND 252
ELECTRONIC SYSTEMS ASSEMBLING WORK

LA3 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION ELECTRICAL AND 266
ELECTRONIC SYSTEMS ASSEMBLING TESTING

LA4 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION ELECTRICAL AND 299
ELECTRONIC SYSTEMS ASSEMBLING TROUBLESHOOTING

LA5 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION ELECTRICAL AND 315
ELECTRONIC SYSTEMS ASSEMBLING REPORT

KERTAS PENERANGAN MODUL 3............................................................................329

B10-32-23 MECHANICAL SYSTEM ASSEMBLY......................................................329

GROUP CLUSTERING MODULE 3 ..........................................................................330

LA1 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM 332
ASSEMBLING REQUIREMENTS

LA2 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM

ASSEMBLING WORK 385

LA3 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM

ASSEMBLING TESTING 404

LA4 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM

ASSEMBLING ADJUSTMENT 424

LA5 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM 439
ASSEMBLING REPORT

KERTAS PENERANGAN MODUL 4.............................................................................450

B10-32-24 AUTOMATION SYSTEMS CALIBRATION ..............................................450

GROUP CLUSTERING MODULE 4 ..........................................................................451

LA1 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEMS 453
CALIBRATION REQUIREMENTS

LA2 PLAN INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM CALIBRATION 471
SCHEDULE

LA3 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM CALIBRATION

ACTIVITY 492

LA4 TEST CALIBRATED INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM 508

LA5 PREPARE INDUSTRIAL SYSTEM CALIBRATION REPORT 525

KERTAS PENERANGAN MODUL 5.............................................................................545

B10-32-25 ELECTRO-PNEUMATIC AND ELECTRO-HYDRAULIC SYSTEM...........545

GROUP CLUSTERING MODULE 5 ..........................................................................546

LA1 PERFORM ELECTRO-PNEUMATIC AND ELECTRO-HYDRAULIC

ASSEMBLING WORK 549

LA2 PERFORM ELECTRO-PNEUMATIC AND ELECTRO-HYDRAULIC

ASSEMBLING TESTING 577

LA3 PERFORM ELECTRO-PNEUMATIC AND ELECTRO- 590
HYDRAULIC ASSEMBLING TROUBLESHOOTING

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM
KURSUS SIJIL TEKNOLOGI MEKATRONIK

Ahli Jawatankuasa : ADTEC Bintulu
ADTEC Melaka
1. Mohamad Safri Bin Mohd Dali ILP Tangkak
(Pengerusi Kluster) ILP Bukit Katil
ILP Kangar
2. Rezawati Bt Ismail ILP Kangar
(Penolong Pengerusi Kluster) ILP Tangkak

3. Said Bin Ismail BKT, Ibu Pejabat
(Ketua Penyelaras) BKT, Ibu Pejabat

4. Norazlina Binti Md. Jelas
(Penolong Ketua Penyelaras)

5. Mohd Khairul Anam Bin Mohd Ali
6. Azhan Zamire Bin Mukhtar
7. Ahmad Mohsin Bin Mohd Yusoff

Urusetia :

1. Norhafizah Binti Bahrudin
2. Syed Azmir Bin Syed Zamri

Sesi 1 : : 9 – 12 Oktober 2017
Tarikh dibangunkan : Sherwood Gateway Hotel, Bangi
Tempat
5 – 8 Mac 2018
Sesi 2 : : Arenaa Star Luxury Hotel, Kuala Lumpur
Tarikh dibangunkan :
Tempat 29 Oktober – 1 November 2018
Hotel Pudu Plaza, Kuala Lumpur
Sesi 3 : :
Tarikh dibangunkan :
Tempat

i

SENARAI SINGKATAN KOD KURSUS
IS INFORMATION SHEET JAM KREDIT
WS WORK SHEET SEMESTER
AS ASSIGNMENT SHEET KOD MODUL
NO. LA
B10-32-21-LA1-IS
JENIS WIM

ii

KERTAS
PENERANGAN

MODUL 1

B10-32-21 ENGINEERING DRAWING (CAD)

GROUP CLUSTERING MODULE 1

B10-32-21-LA1 PREPARE CAD APPLICATION SYSTEM INSTALLATION
C01.01 Prepare CAD application system installation

B10-32-21-LA2 DEVELOP TWO DIMENSIONAL (2D) INDUSTRIAL AUTOMATION
C01.02 (MECHANICAL) CAD DRAWING
Develop two dimensional (2D) industrial automation (mechanical) CAD
drawing

B10-32-21-LA3 DEVELOP TWO DIMENSIONAL (2D) INDUSTRIAL AUTOMATION
C01.03 (ELECTRICAL/ELECTRONIC) CAD SCHEMATIC DRAWING
Develop two dimensional (2D)industrial automation(electrical/electronic)
CAD schematic drawing

B10-32-21-LA4 DEVELOP THREE DIMENSIONAL (3D) INDUSTRIAL AUTOMATION
C01.04 CAD DRAWING

Develop three dimensional (3D) industrial automation CAD drawing

B10-32-21-LA5 DEVELOP CAD ASSEMBLY DRAWING
C01.05 Develop CAD assembly drawing

B10-32-21-LA6 PREPARE CAD ASSEMBLY DRAWING DOCUMENTATION
C01.06 Prepare CAD assembly drawing documentation

2

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA B10 SIJIL TEKNOLOGI MEKATRONIK
KURSUS

KOD DAN NAMA B10-32-21 ENGINEERING DRAWING (CAD)
MODUL

LA1 PREPARE CAD APPLICATION SYSTEM INSTALLATION
LA2
DEVELOP TWO DIMENSIONAL (2D) INDUSTRIAL
AKTIVITI LA3 AUTOMATION (MECHANICAL) CAD DRAWING
PEMBELAJARAN LA4
(LA) DEVELOP TWO DIMENSIONAL (2D) INDUSTRIAL
AUTOMATION (ELECTRICAL/ELECTRONIC) CAD
LA5 SCHEMATIC DRAWING
LA6
DEVELOP THREE DIMENSIONAL (3D) INDUSTRIAL
AUTOMATION CAD DRAWING

DEVELOP CAD ASSEMBLY DRAWING

PREPARE CAD ASSEMBLY DRAWING DOCUMENTATION

CU.WA NO./ C03.01/L3, C03.02/L3, C03.03/L3, C03.04/L3, C03.05/L3
TAHAP

OBJEKTIF PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION CAD ASSEMBLY DRAWING
PRESTASI USING CAD SOFTWARE SO THAT THE DRAWING MECHANICAL,
AKHIRAN (TPO) ELECTRICAL AND ELECTRONIC SYSTEMS IN CONCISE AND
PRECISE ASSEMBLY DRAWING IN ACCORDANCE WITH
ENGINEERING DRAWING STANDARDS AND MANUFACTURING
REQUIREMENT.

WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 3

LA1 PREPARE CAD APPLICATION SYSTEM INSTALLATION

1. PENGENDALIAN PERISIAN LUKISAN BERBANTU KOMPUTER (AutoCAD)

Perisian yang digunakan untuk tujuan umum dalam mereka bentuk serta melakar
dengan berbantukan computer dikenali sebagai CAD atau ‘Computer-aided drafting
and design program’. Perisian ini membantu pembentukan model lakaran dua
dimensi dan tiga dimensi. Proses lakaran berkomputer boleh digunakan dalam
semua bidang kerja terutama sekali bidang-bidang yang memerlukan kepakaran
seperti kejuruteraan mekanikal, awam, seni bina dan reka bentuk grafik.

Sistem perisian lukisan berbantu computer akan menyediakan kemudahan dalam
penghasilan model yang tepat untuk memenuhi keperluan piawaian. Di samping itu
segala keterangan dalam lakaran boleh digunakan dalam pembentukan laporan,
penilaian bahan, kaedah kawalan data berangka dan sebagainya. Berbantukan
system ini, sesuatu kerja dapat dihasilkan pada tahap kecekapan dan ketepatan
yang tinggi di samping menjimatkan masa.

Lukisan atau model yang dibentuk melalui perisian CAD boleh digunakan dalam
proses-proses reka bentuk dari peringkat lakaran konsep sehingga peringkat
penganalisaan dan pembuatan produk. Dengan wujudnya kemampuan terkini
perisian dalam membentuk dan menganalisis dengan kaedah pemodel pepejal,
banyak kerja-kerja reka bentuk yang lebih kompleks dan cangggih dapat dihasilkan
dengan lebih mudah dan pantas. Di samping kerja-kerja lukisan dan pemodelan,
kerja-kerja dengan bantuan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, C dan ADS
dapat digunakan untuk membentuk arahan tambahan tersendiri dalam proses
pengautomatan kerja-kerja mereka bentuk.

1.1 CAD Interface
Perisian yang digunakan untuk tujuan umum dalam mereka bentuk

serta melakar dengan berbantukan computer dikenali sebagai CAD atau
‘Computer-aided drafting and design program’. Perisian ini membantu
pembentukan model lakaran dua dimensi dan tiga dimensi. Proses lakaran
berkomputer boleh digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali
bidang-bidang yang memerlukan kepakaran seperti kejuruteraan mekanikal,
awam, seni bina dan reka bentuk grafik.

Sistem perisian lukisan berbantu computer akan menyediakan

kemudahan dalam penghasilan model yang tepat untuk memenuhi keperluan

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 4

piawaian. Di samping itu segala keterangan dalam lakaran boleh digunakan
dalam pembentukan laporan, penilaian bahan, kaedah kawalan data
berangka dan sebagainya. Berbantukan system ini, sesuatu kerja dapat
dihasilkan pada tahap kecekapan dan ketepatan yang tinggi di samping
menjimatkan masa.

Lukisan atau model yang dibentuk melalui perisian CAD boleh
digunakan dalam proses-proses reka bentuk dari peringkat lakaran konsep
sehingga peringkat penganalisaan dan pembuatan produk. Dengan
wujudnya kemampuan terkini perisian dalam membentuk dan menganalisis
dengan kaedah pemodel pepejal, banyak kerja-kerja reka bentuk yang lebih
kompleks dan cangggih dapat dihasilkan dengan lebih mudah dan pantas.

1.1.1 Piawaian Lukisan Kejuruteraan
Dalam pengendalikan perisian grafik, piawaian lukisan

akan memainkan peranan yang penting dalam memaksimumkan
produktiviti kepada pengguna. Penggunaan piawaian dalam
lukisan kejuruteraan akan melibatkan masa dan tenaga yang
banyak dalam meneliti jenis piawaian dan tetapan yang harus
dipatuhi. Kerja-kerja untuk memperkembangkan piawaian lukisan
agar sesuai untuk sebarang jenis lukisan bukanlah suatu kerja
yang cepat atau mudah. Oleh itu untuk meningkatkan lagi
produktiviti yang melibatkan penggunaan piawaian lukisan, kaji
selidik dan proses pengemaskinian perlu dilakukan selaku.
Dengan merujuk kepada piawaian tersebut, pengguna system
CAD berupaya menjalankan kerja dengan lebih pantas dan dapat
menolong mengurangkan keperluan utnuk memikirkan bagaimana
sesuatu lukisan itu perlu dihasilkan. Oleh itu, lukisan yang
dihasilkan menjadi lebih berkualiti, seragam dan mengurangkan
kesilapan.

Dalam pengendalian system CAD, piawaian dibahagian
kepada tiga kumpulan iaitu:

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 5

A. Piawaian lukisan

Penghasilan lukisan sama ada menggunakan
kaedah manual ataupun berbantukan computer, rujukan
terhadap piawaian perlu dilakukan. Antara piawian yang
perlu digunakan adalah seperti penggunaan symbol
lukisan, jenis-jenis garisan, dan ketebalan gariksan,
penetapan tentuan bahan, rupa bentuk penghurufan dan
nombor pendimensian dan pembentukan kotak tajuk serta
garisan tepian. Bentuk-bentuk piawaian ini perlu dipatahui.
Oleh itu lukisan yang dihasilkan dapat diterima dan
memenuhi ciri-ciri penetapan sesuatu lukisan kejuruteraan.
Untuk memenuhi keperluan ini, kita perlu mengetahui jenis-
jenis piawaian tersebut dan memahami bagaimana ia
digunkan di dalam lukisan berbantu computer.

B. Piawaian CAD

Piawaian ini lebih merujuk kepada bagaimana sesuatu
lukisan perlu dikendaliakn dengan berbantukan computer.
Piawaian ini lebih menekan kepada cirri-ciri pengumpulan
maklumat piawaian lukisan untuk dijadikan sebagai tetapan
sebelum atau semasa lukisan dihasilkan. Antara contoh
adalah seperti pada peringkat permulaan, lukisan perlu
diberikan tentuan unit, jenis rupa bentuk teks, jenis warna-
warna lukisan ketebalan lukisan. Piawaian CAD juga akan
menentukan rupa bentuk susun atur lukisan yang telah
tersedia dan menetapkan kaedah-kaedah bagaimana
sesuatu lukisan dihasilkan.

B10-32-21-LA1-IS C. Piawaian Sistem 6
Piawaian system akan menetapakan bagaimana

sesuatu lukisan difailkan bagi memudahakan proses
pencarian. Oleh itu dalam penggendalikan fail-fail lukisan
berkomputer, nama-nama fail lukisan perlu ditetapkan

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

secara bersistem agar lukisan yang dihasilkan mudah
untuk diperoleh dan disemak semula.

1.1.2 Perisian AutoCAD

Sebelum sesuatu kerja dilakukan dengan menggunakan
computer adalah penting untuk mengetahui bagaimana sistem
computer beroperasi. Dengan ini pengguna akan lebih yakin
dengan segala kerja yang dilakukan tanpa menimbulkan
sebarang masalah sama ada sebelum atau semasa penggunaan.
Oleh yang demikian perkara-perkara asas yang perlu diketahui
adalah seperti pengetahuan tentang sistem operasi, penggunaan
peralatan dan perisian.

Antara alatan asas sistem CAD adalah seperti berikut:
• Pemprosesan 486 DX4/Pentium
• 1.44 Mbyte Pemacu Cakera Liut
• 32 Mbyte RAM
• CD – ROM
• 500 Mbyte Cakera Keras
• Paparan Grafik
• Papan Kekunci
• Tetikus
• Peranti Cetakan Pin/Pen

Dengan tersedianya peralatan tersebut, pengguna harus
memilih jenis sistem operasi yang digunakan, Nota ini akan
membincangkan contoh sistem perisian AutoCAD yang
beroperasi pada persekitaran sistem DOS dan WINDOWS. Pada
peringkat permulaan pengguna haruslah mengetahui
bagaimanakah pengendalian fail-fail lukisan dilakukan supaya
kerja-kerja dapat diselesaikan dengan sempurna.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 7

1.1.3 Penyemakan Fail-Fail Lukisan

Segala fail-fail lukisan yang tersimpan didalam direktori ini
dapat disemak dengan menggunakan arahan ‘dir/w’ atau ‘dir/p’
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.1. Dengan kaedah ini
pengguna dapat menyemak fail yang terkandung didalam cakera
keras (hard disk) atau cakera liut (floppy disk) sebelum sesuatu
kerja seterusnya dijalankan. Berbantukan arahan ini pengguna
dapat merujuk senarai perincian nama-nama direktori dan fail,
tarikh dan masa lukisan dibina, bentuk sambungan fail dan
bilangan bit atau saiz fail. Dari data-data perincian tersebut,
pengguna dapat menyemak dan mengemas kini fail-fail lukisan

Rajah 1.1 :Semakan fail dari sistem windows

1.1.4 Pengendalian fail-fail lukisan
Fail-fail lukisan perlu disimpan sama ada didalam

cakera keras atau cakera liut. Setiap kali penyimpanan fail
lukisan, fail mesti disimpan didalam direktori tertentu
dengan tujuan untuk memudahkan proses pencarian data
serta mengelakkan daripada segala kemungkinan
kehilangan fail kerana terpadam. Pembentukan direktori
penyimpanan data pada pemacu a: atau c: adalah seperti
di bawah:

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 8

C:\PROJEK>

Perisian AutoCAD boleh dimulakan dengan hanya
memasukkan arahan acadxx dari directori C:\PROJEK
atau CD:\PROJEK> acadxx atau c:\acad

Perisian AutoCAD mempunyai kebolehan untuk
merekabentuk data dengan lebih cepat dan mudah. Perisian
AutoCad ialah perisian melukis gambar 2D dan 3D. Ia digunakan
oleh lebih ramai perekabentuk di seluruh dunia berbanding
perisian-perisian CAD yang lain. Ia mempunyai kebolehan
membaca fail DWG, di samping kebolehan menambah perisian
lain ke atas perisian asal untuk memenuhi keperluan pengguna.
AutoCad sekarang mempunyai perkakasan untuk meningkatkan
produktiviti dan memaparkan grafik.

Pada peringkat permulaan penghasilan lukisan berbantu
komputer, arahan asas yang perlu diketahui ialah cara
bagaimana hendak membuka fail lukisan baru atau melakukan
penyemakan semula. Oleh yang demikian antara arahan yang
berkaitan ialah New, Open, Save dan Save As.

B10-32-21-LA1-IS 1.1.5 New (Membuka fail baru) 9
Arahan ini digunakan untuk pembentukan fail baru lukisan.

Jika dipilih arahan ini akan memaparkan kekotak dialog yang
digunakan untuk membantu pemilihan fail lukisan ’prototype’ dan
pembentukan nama fail lukisan. Setiap penamaan fail lukisan
mestilah mematuhi peraturan sistem MS-DOS dan PC-DOS.

Bagi setiap nama fail lukisan yang dibentuk, sambungan
fail ’.dwg’ boleh diletakkan di akhir nama fail lukisan. Sekiranya
sambungan fail tersebut tidak disertakan secara automatik
sambungan fail akan di tambah di akhir proses rakam simpan.

Sekiranya pembentukan fail baru hendak dilakukan pada
direktori a:>, fail yang dibentuk mesti dalam format
’a:>machine.dwg’.

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

• Prototype (Pencontoh)

Piawaian lukisan boleh digunakan sebagai tentuan awal
dalam pembentukan lukisan baru yang ditetapkan seperti
besar ruang lukisan (limit), unit ukuran, jenis garisan
warna, dimensi dan bentuk teks. Dengan ini, lukisan yang
diambil sebagai piawaian boleh didapati melalui pemilihan
butang ’prototype’. Sekiranya butang ’Retain as Default’ di
pilih, lukisan protataip akan sentiasa kelihatan setiap kali
lukisan baru dibuka dan ’No Prototype’ akan menentukan
supaya tiada sebarang tentuan protaip dikehendaki. Pada
keadaan asal fail protataip acad.dwg akan digunakan
sebagai tentuan awal.

• New Drawing Name (Memberi nama fail baru)

Nama fail lukisan yang dibentuk mestilah tidak melebihi 8
aksara dan boleh mengandungi nilai atau abjad dan
beberapa abjad lain seperti -, $ dan _. Setiap kali member
nama lukisan sambungan ‘.dwg’ tidak semestinya
digunakan sambungan kerana akan muncul secara
automatik setelah lukisan dirakam simpan.

Sekiranya nama lukisan yang hendak dibentuk telah sedia
ada, perisian ini akan bertindak balas dengan memaparkan
‘file already exists’ bertujuan untuk mengelakkan
penggunaan nama fail lukisan yang sama.

1.1.6 Open (Membuka fail yang telah sediada)
Pemilihan ‘open’ digunakan untuk memanggil semula

fail kukisan dengan tujuan melakukan pengubahsuaian ke
atas lukisan yang dibentuk. Pastikan direktori atau
subdirektori atau pemacu yang digunakan dan diikuti dengan
nama fail lukisan yang dikehendaki. Proses pembukaan fail
juga boleh dilakukan dengan berbatukan kotak dialog dan

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 10

pemilihan lukisan tersedia lebih mudah dilakukan dari bentuk
lukisan ditunjukkan di dalam ruang ‘preview’.

1.1.7 Toolbar
Program autocad ini buat pertama kalinya dicipta pada

tahun 1982 oleh pembuatnya autodesk. Keluaran pertamanya
adalah AutoCad Version 1.0 (Disember 1982) dan sampai
sekarang setelah melalui banyak penyempurnaan dalaman
autocad. Diantara perubahannya ialah autocad 2012 yang
telah menukar penggunaan panggilan arahan ‘toolbar’ kepada
panggilan arahan ‘Ribbon’. Toolbar ini telah digunakan dari
tahun 1982 sehinggalah tahun 2007. Manakala penggunaan
panggilan ribbon ini bermula pada tahun 2008 sehinggalah
sekarang. Ini berlaku kerana autocad melalui autodesk
membuat perubahan demi perubahan penambahbaikan
kepada penggunaannya.

Maksud toolbar dalam perisian autocad adalah baris
yang memuatkan sekumpulan ikon yang mempunyai
perintah-perintah autocad sama ada diletak diatas, bawah
atau tepi pada paparan autocad. Ikon-ikon yang terdapat
pada toolbar autocad mempunyai perintah atau arahan
masing-masing. Jika pointer atau tetikus kita digerakan ke
mana-mana ikon di dalam toolbar, maka satu kotak kecil yang
tertulis keterangan perintah atau nama ikon tersebut. Dalam
perisian autocad, toolbar mempunyai namadan arahan
kegunaannya tersendiri. Gambar rajah 1.2 menunjukkan
salah satu contoh paparan permukaan bagi perisian autocad.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 11

STANDARD MENU
TOOLBAR TOOLBAR

TOOLBAR TOOLBAR
DRAW MODIFY

Rajah 1.2 : Paparan permukaan autocad dan contoh toolbar.

1.1.8 RIBBON
Ribbon panel adalah panel yang mempunyai

‘Command’ atau arahan dari toolbar yang telah dikumpulkan
menjadi satu. Setiap Ribbon akan mengikut ketegori masing-
masing contohnya ribbon Home, Ribbon Draw, Ribbon
Modify, Ribbon View dan seterusnya. Dengan panel Ribbon
ini anda akan lebih cepat dan effisen dalam penggunaan
autocad. Ianya juga membantu anda untuk menguasai ‘short
cut key’ bagi setiap perintah dalam autocad. Panel Ribbon
juga memudahkan anda yang masih baru untuk
menggunakan perisian autocad. Contoh paparan autocad
pada rajah 1.3.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 12

RIBBON DRAW RIBBON LAYERS

RIBBON MODIFY RIBBON ANNOTATION

Rajah 1.3: Paparan permukaan autocad dan Ribbon.

1.1.9 Ribbon Draw.
Paparan ribbon draw hanya menunjukan arahan ‘line,

polyline, circle, arc, rectangle, ellips dan hatch’ sahaja.
Sekiranya anda ingin menggunakan arahan lain anda perlu
klik pada anak panah ke bawah pada ribbon draw maka
ianya akan menunjukan lain-lain arahan yang anda
kehendaki. Anda boleh melihat arahan yang telah
dikumpulkan didalam satu ribbon. Begitu juga dengan
Ribbon arahan lain yang hendak anda gunakan.

Rajah 1.4 : Contoh Ribbon Draw dan arahan didalamnya.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 13

1.1.10 Pallet.
Jenis symbol lukisan antaranya symbol lukisan

Engineering, symbol lukisan Architecture, symbol lukisan
Electrical, symbol lukisan Sivil dan banyak lagi. Selain itu
didalam Pallet juga terdapat arahan untuk draw, modify,
dimension dan sebagainya. Contoh ribbon Pallets seperti rajah
1.5 disebelah.

Pallet Architecture

Pallet Mechanical

Pallet Electrical
Pallet Civil
Pallet Structural
Pallet Hatches

Pallet Tables

Pallet Command Tools
Pallet Leaders

Pallet Draw et

Boleh lihat lain-lain
Pallets apabila anda klik
kanan dan pilih Palets
yang anda dikehendaki.

Rajah 1.5 : Jenis-jenis Pallets

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 14

1.1.11 Status Status Bar.
Status Bar merupakan arahan yang menunjukan nilai-nilai

koordinat kursor anda, alat lukisan, alat-alat untuk
menyelaraskan Quick View dan skala Annotation. Anda juga
boleh melihat butang arahan alat lukisan seperti ikon atau teks.
Anda juga boleh menukar tatacara Snap, Polar, Osnap dan
Otrack dari menu yang disediakan dibahagian bawah pada
paparan skrin autocad.

Anda boleh melihat dan menukarkan antara lukisan
terbuka dan susun atur dalam lukisan serta paparan alat
Scalling Annotation. Melalui butang Workspace, anda boleh
menukar ruang kerja dan memaparkan nama pada ruang kerja
semasa serta butang kekunci pada kedudukan semasa
Toolbar dan Windows.

Melalui Status Bar juga anda boleh memperluaskan
kawasan lukisan (Drawing Area) dan butang Clean Screen.
Boleh menambah atau memadam butang dari Status Bar
daripada menu Shortcut Bar. Dibawah ini merupakan contoh
rajah 1.6 terletaknya Staus Bar.

STATUS BAR

B10-32-21-LA1-IS Rajah 1.6 : Kedudukan Status Bar pada paparan Autocad 15

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

1.1.12 Dialog Box.
“Dialog Box” atau kotak dialog merupakan paparan kotak arahan

membantu bagi pengguna Autocad. Contohnya jika anda memilih
arahan “Dimension Style Manager” inya akan keluar dialog box
“Dimension Style Manager” seperti yang ditunjuk pada gamabarajah
1.6 dibawah. Dan apabila anda memilih butang modify pada dialong
box yang seterusnya dipaparkan seperti contoh pada rajah 1.7 dibawah
ini.

Rajah 1.7 : Dialog Box yang dipilih.
Dan apabila anda memilih butang modify pada dialong box
yang seterusnya dipaparkan seperti contoh pada rajah 1.8 dibawah ini.

Rajah 1.8 : Dialog Box lain akan mucul setelah pilihan arahan sudah
dipilih.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 16

1.1.13 Draw commands
Semasa penghasilan lukisan, terdapat bentuk-bentuk asas

yang digunakan terdiri daripada garisan, bulatan, lengkung
dan segi banyak. Dengan bantuan komputer segala
pembentukan objek tersebut menjadi mudah dan pantas tanpa
memerlukan kemahiran disamping menghasilkan lukisan yang
tepat dan berkualiti. Beberapa arahan asas lukisan dalam
pembentukan geometri lukisan adalah seperti yang ditunjukan
didalam rajah 1.9 dibawah.

Rajah 1.9 : Gambar diatas menujukan kedudukan command
line, polyline, circle, arc dan polygon pada Ribbon Draw.

Jadual 1.1: Arahan serta fungsi kekunci draw tool bar

Kekunci Fungsi Kekunci

Line Membuat garisan dari pusat ke pusat.
Arc Membuat lengkuk bulatan.
Circle Membuat bulatan
Ellipse Membina elip berdasarkan titik pusat
Polyline Membina pelbagai garisan.
Polygon Membina segi (bucu) banyak

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 17

1.1.14 Line (garisanLine (garisan lurus).

Line atau garisan lurus adalah arahan yang digunakan
untuk melakar garisan yang akan membentuk satu lukisan
yang sempurna. Arahan pembentukan garisan atau ‘line’
membolehkan garisan lurus berterusan dilukis melalui
penentuan titik mula dan titik akhir dalam gabungan titik bentuk
2D atau 3D. Untuk titik 2D, pandangan tersedia (current
elevation) dianggap sebagai komponen Z yang ditetapkan
sebagai sifar (0).

Dalam pembentukan garisan ‘line’ berbantukan komputer,
beberapa arahan pilihan boleh digunakan untuk membantu
mengendali penggunaan arahan tersebut dengan sempurna.
Antara pemilihan ialah

A. U : memadamkan segmen garisan terakhir tanpa
perlu keluar daripada fungsi arahan.

B. RETURN: Wujudkan sambungan garisan atau
lengkuk yang terdahulu.

C. C : Mewujudkan pembentukan segmen akhir yang
menyambungkan titik awal garis untuk membentuk
objek tertutup.

Pembentukan garisan boleh dihadkan kepada pergerakan
menegak dan mendatar sahaja, apabila kekunci fungsi F8
ditekan kerana kekunci fungsi ini akan menentukan mod
ORTHO ‘on’ ataupun ‘Off ’

Pembentukan garisan boleh dilakukan dengan pelbagai
cara sama ada melukis secara kasar bentuk-bentuk yang
diperlukan atau dengan menentukan koordinat masukan
beserta jarak oleh yang demikian pembinaan garisan ini boleh
dilakukan dengan mudah dengan menggabungkan
penggunaan kekunci fungsi F8 (ortho mode), F(snap mode)
dan juga menggunakan tiga asas sistem koordinat iaitu
koordinat mutlak (absolute coordinate,koordinat kutub (polar
coordinate dan koordinate bandingan (relatif coordinate).

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 18

1.1.15 Circle( bulatan)
Circleatau bulatan boleh ditakrifkan sebagai lukos bagi titk

yang bergerak dari satu titk tetap pada jarak yang malar. Jarak
tersebut dikenali sebagai Jejari (lazimnya ditandakan dengan
symbol J atau R), manakala titk tetap tersebut dikenali sebagai
titik tengah atau titik pusat bulatan (lazimnya ditandakan
dengan symbol Ø=Diameter). Diameter adalah dua kali ganda
jejari bulatan. Diameter boleh juga ditakrifkan sebagai
tembereng garis yang melalui titik tengah dengan kedua-dua
hujungnya menyentuh hujung bulatan.

Circleboleh dilukis dengan beberapa cara antaranya
dengan memberi nilai jejari atau garis pusat, bulatan antara
dua titik(2P), bulatan antara titik (3P) dan bulatan bersentuhan
’tangen’ antara dua objek lain. Rajah 1.10 menunjukkan cara
membina circle.

Cen. Cen. 2
Dia. Rad. Point

3 TTR TTR
Point

Rajah 1.10 : Bentuk-bentuk bulatan (Circle)

Kaedah asas yang digunakan dalam pembinaan bulatan
tangen secara manual seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.9
diatas. Konsep pembinaan ini akan digunakan bagi membina
bulatan yang memerlukan beberapa garisan binaan dan tidak
boleh dibina terus dari pilihan arahan bulatan. Pembinaan
bulatan tangen dapat dihasilkan dengan pemilihan jenis
bulatan TTR (tangent, tangen, radius ) yang bermaksud
bulatan yang dibina tangen diantara dua titik.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 19

1.1.16 ARC(lengkuk)

Lengkung atau arc ialah binaan bentuk sebahagian
daripada bulatan yang boleh dibina merujuk kepada format
berikut dengan memberi gabungan tiga titik bergantung
kepada pemilihan-pemilihan seperti rajah 1.11 di bawah.

Rajah 1.11 : Pelbagai bentuk membuat Arc

RECTANGLE

POLYGON
Rajah 1.12 : kedudukan Rectangle dan Polygon dalam Ribbon Draw

1.1.17 Rectangle (Empat segi)
Rajah 1.12 menunjukan kedudukan Rectangle pada

Ribbon Draw. Fungsinya ialah membina square corners,
chamfered corners, round corner and Line width for all
segments (segiempat, sudut-sudut persegi tegak, sudut-sudut
persegi bulat dan pelebaran garisan pada semua segi
keadaan) rujuk rajah di 1.13 di bawah.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 20

F ( Fillet ) W ( Width ) C ( Chamfer )

Rajah 1.13 : Bentuk segiempat (Ractangle)

1.1.18 Polygons(bentuk segi banyak atau bucu banyak)
Polygon secara literal ialah banyak sudut, ianya terdiri

daripada garis-garis lurus yang membentuk polygon dimana
tepi atau segi-segi dan titik-titik bercantum yang membentuk
bucu-bucu inilah yang dipanggil Poligon.

Arahan polygon membolehkan pembinaan bentuk segi
banyak yang diwujudkan dari bentuk-bentuk muka tepi antara 3
hingga 1024 sisi. Segi banyak dibina melalui penentuan jejari
bulatan luar (jejari pepenjuru), jejari bulatan dalam (jejari
tangent) atau melalui penentuan panjang muka tepi. Rajah 1.14
menunjukkan beberapa jenis polygon boleh dibentuk melalui
arahan ini.

Gambarajah 1.14 : Contoh bentuk-bentuk poligon.

1.1.19 Polyline (Garis lurus bersambung tanpa putus)
Membuat garisan lurus dari satu titik ketitik lain, tetapi setiap

bahagian tetap bersambung seperti rajah 1.15 di bawah..

B10-32-21-LA1-IS Rajah 1.15 : Contoh kegunaan Polyline 21

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

1.1.20 Drawing Ellipse (Melukis ellipse)

Ellipse akan dibentuk secara umumnya berdasarkan
gabungan segmen daripada pembentukan garis poli (polyline)
dan lengkung (arc). Ellipse boleh dibina dengan menentukan
titik tengah (rujuk rajah 1.16), jarak minor,jarak major dan
sudut putaran dari paksi

Rajah 1.16 : Pembentukan elip berdasarkan kedudukan titik antara paksi
utama paksikedua dan titik tengah elips

1.1.21 Editing commands.
Proses pengubahsuaian lukisan kerap dilakukan untuk

memastikan lukisan menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Pengubahsuaian lukisan dari segi bentuk dilakukan dengan
pantas melalui beberapa arahan. Sebelum menggunakan
arahan-arahan tersebut, kaedah pemilihan objek mestilah
diketahui terlebih dahulu agar lukisan dihasilkan dengan lebih
cepat. Antara kaedah pemilihan yang sering digunakan adalah
dengan erase, copy, array, move, rotate, mirror, trim, extend,
chamfer, fillet, offset, stretch. Semua arahan ini terdapat dalam
ribbon Modify. Contoh Ribbon Modify pada rajah 1.17 dibawah.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 22

Move Rotat Trim
e Extand

Erase

Copy
Stretch

Offse
t

Mirro Array Fillet
r

Chamf
er

Rajah 1.17 : Arahan yang terdapat dalam Ribbon Modify

Kekunci Fungsi Kekunci
Move Mengubah kedudukan objek.

Copy Menyalin Objek.
Memusing kedudukan objek dalam putaran 360
Rotate degree.
Strecth Memanjangkan garisan
Membuang bahagian garisan yang tak perlu.
Trim
Erease Memadam bahagian besar pada lukisan.
Explode
Memecahkan semula garisan yang bersambung.

Fillet Membentuk bucu segiempat.

Edit Polyline Mengubahsuai pada garisan banyak.
Select Point
Memilih dan memutuskan bahagian yang
Array bersambung.
Mirror Menyusun sekelompok objek pada kedudukan
membulat atausegiempat
Offset Membena objek yang sama dalam bentuk
berhadapan.

Mendapatkan jarak sempadan dengan tepat.

Jadual 1.2 : Arahan serta fungsi kekunci Ribbon Modify

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 23

1.1.22 Erase (Padam)
Arahan erase(padam) akan memadam objek yang tertentu

secara langsung dari editor lukisan. Pemilihan objek boleh
dilakukan dengan mana-mana bantuan arahan ‘select’ sama
ada dengan kotak pemilih (pick box), arahan tingkap (window)
rujuk seperti rajah 1.18 di bawah atau dengan arahan tetingkap
rentangan (crossing).

Obj
ek drag-

windows

Rajah 1.18 : Tetingkap (windows)

1.1.23 Copy (Salin)
Menyalin Objek lukisan pada lokasi atau tempat berlainan

tanpa memadamkan objek asal, Titik dasar (base point) ialah
titik rujukan objek atau kumpulan objek yang dipilih. Pilihan ‘M’
membenarkan salinan berbilang (multiple) . Kaedah ini akan
menunjukkan arahan ’Base point’ dan arahan ‘second point’
selepas setiap penduaan dibuat, sehingga tindak balas ‘nil’
(tiada) dimasukkan dengan menekan kekunci <enter> seperti
dalam rajah 1.19 di bawah.

B10-32-21-LA1-IS 12 24

Rajah 1.19 : Salin Objek

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

1.1.24 OFFSET (Ofset)
Membentuk satu entiti yang selari dengan entiti yang

dipilih mengikut penentuan jarak atau titik tertentu. Objek-objek
yang boleh dioffset adalah seperi garis, lengkuk, bulatan dan
garis polyline, rujuk seperti rajah 1.20 di bawah.

Jarak Offset

Base Border

Rajah 1.20 : Offset objek

1.1.25 MIRROR (Cermin)
Fungsi Mirror membenarkan objek-objek terpilih pada

lukisan dibalikkan sama ada dengan memadamkan objek asal
dan meninggalkan objek akhir (imej) atau mengekalkan bentuk
objek asal dan imej (objek akhir) pada akhir arahan. Dengan
arahan ini, kedudukan garisan pembalikan bersesuaian perlu
ditetapkan dengan arah pembalikan yang dikehendaki sepeti
rajah 1.21 di bawah.

A

Select Object

Drag
windows

Objek Asal Garisan Mirror
B

Objek Miror

Rajah 1.21 : Penentuan garisan pembalikan objek part
1 dan part 2

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 25

1.1.26 MOVE (Pindah)
Memindah objek dari satu tempat ketempat yang di fokus

tanpa melakukan pengubahsuaian terhadap bentuk dan saiz
objek seperti dalam rajah 1.22. Objek pada kedudukan asal
akan terpadam.

Tempat Tempat

RAasjaalh 1.22 : Pindah oBbjaerku

1.1.27 ARRAY (Susun)
Membolehkan salinan berbilang objek atau objek-objek

terpilih dalam bentuk segi empat tepat seperti dalam rajah 1.23
atau polar seperti dalam rajah 1.24.

Distance between Column

P5
10

3 Distance between
0 Row

Rajah 1.23 : Susun objek dalam bentuk segi empat

Centre Point of Array
Rajah 1.24 : Susun objek dalam bentuk polar

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 26

1.1.28 TRIM (Kemas)
Arahan TRIM (kemas) membenarkan objek-objek lukisan

dikemaskan sehingga tepat pada sisi yang disempadani oleh
satu atau lebih objek lain.

Objek-objek sempadan pemotong boleh dipilih sama ada
garis, lengkuk, bulatan dari garis-garis poli. Kesemua sisi yang
dipilih akan ditegaskan dan kemasan dapat dilakukan pada
garis-garis ini. Garisan yang telah dikemas boleh dipanggil
semula dengan menggunakan arhan ‘undo’.

Gunakan kekunci <enter>, untuk menamatkan pilihan
objek sempadan dan kekunci <enter> perlu digunakan sekali
lagi untuk menamatkan fungsi ini. Titik yang dipilih antara dua
persilangan akan terpadam. Garis-garis poli akan dikemas
bermula dari garis tengahnya. Contoh seperti ditunjukan pada
rajah 1.25 di bawah.

Rajah 1.25 : Trim objek yang tak diperlukan.

1.1.28 FILLET(Kambi)
Arahan membuat lengkuk bulatan berdasarkan jejari

tertentu. Ia boleh dilaksanakan keatas line, Arc, dan
sebagainya, contoh seperti rajah 1.26 di bawah.

P
1

R

P
2

B10-32-21-LA1-IS Rajah 1.26 : Melukis kambi radius 27

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

1.1.29 CHAMFER(Serongan )

Arahan membuat bahagian serongan atau ‘Tapper

berdasarkan jarak dan sudut tertentu seperti dalam rajah

1.27 di bawah . D
1
P
1 D
2
20

P
2

Rajah 1.27 : Serongan objek

1.1.30 STRETCH(Regangan)

Fungsi stretch (regangan) membolehkan bahagian-
bahagian terpilih diregang tanpa mengubah keadaan
persambungan bahagian objek. Jenis-jenis persambungan
yang boleh diregang ialah bentuk-bentuk terdiri daripada garis,
lengkuk, surihan, pepejal, garis poli dan garis 3D. Bentuk dan
konteks regangan bergantung kepada jenis dan bentuk objek
asal, rujuk rajah 1.28 di bawah.

P3
P1

P2

Rajah 1.28 : Objek diregangkan berdasarkan titik/ Kawasan
regangan yang dipilih

B10-32-21-LA1-IS Pemilihan set objek untuk diregang mesti diakhiri dengan 28
penentuan tingkap persilangan (crossing) seperti rajah 1.28. Tingkap
ini akan digunakan sebagai rujukan regangan. Objek-objek terpilih
yang terkandung di dalam tingkap ini ialah yang diregangkan.

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

Kandungan set objek-objek yang terpilih tidak boleh ditokok tambah
tetapi boleh dikeluarkan dari set pemilihan. Tentuan titik ‘base point’
dan ‘new point’ perlu dimasukkan untuk menyempurnakan fungsi.

Bentuk dan konteks regangan adalah juga bergantung kepada
jenis dan bentuk objek asal. Titik-titik hujung garis yang termasuk di
dalam tingkap regangan akan dialih, sementara titik-titik hujung garis
yang termasuk akan kekal pada tempat asal. Lengkuk akan diregang
tanpa mengubah jarak di antara titik pertengahan lengkuk dan titik
pusat. Untuk surihan dan pepejal, bucu-bucu yang terkandung akan
dipindahkan. Garis-garis poli akan dialih mengikut bahagian seperti
garis atau lengkuk asal. Garis-garis poli tertutup akan dialih
sepenuhnya, tanpa apa-apa pindaan kepada penentuan lebar, tangent
atau kesempurnaan lengkuk

1.1.31 LAYER (PEMISAHAN BENTUK-BENTUK KHAS LUKISAN)

B10-32-21-LA1-IS Pembinaan garis binaan, garis tengah, garis dimensi, 29
huruf, garis tepian dan symbol lukisan perlu diletakkan pada
helaian lapisan yang berlainan supaya sebarang
pengubahsuaian sekumpulan objek seperti warna dan jenis
garisan dapat dilakukan dengan mudah.

Bilangan ‘layer’ di dalam sesuatu lukisan tidak
dihadkan begitu juga bilangan objek dilukis. Kerja
pengubahsuaian boleh dilakukan di atas mana-mana lapisan
walau bagaimanapun kerja melukis hanya boleh dilakukan
pada lapisan terkina sahaja. Dalam penghasilan lukisan
geometri, ‘layer’ memainkan peranan untuk memisahkan
bentuk-bentuk khusus lukisan seperti pendimensian, garis
objek dan sebagainya .

Membuat lukisan didalam Autocad menggunakan
berbagai jenis garisan dan warna. Ia juga mempunyai
bahagian-bahagian yang perlu disiapkan. Sekiranya terlalu
banyak bahagian dan garisan yang di bina, ia boleh
menyebabkan kekeliruan. Penggunaan layar boleh membantu
memudahkan sesuatu lukisan yang terlalu rumit untuk

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

disiapkan.Layer adalah merupakan pemisahan atau
membezakan diantara garisan dengan garisan atau bahagian
dengan bahagian yang lain.

Berikut ditunjukkan langkah-langkah mewujudkan Layer
untuk membantu anda membuat lukisan.

a) Langkah pertama pastikan anda klik pada Layer
Properties untuk mengeluarkan window Layer
Properties Manager seperti yang ditunjukan pada rajah
1.29 dibawah.

Senarai
Layer

Layer
Properties

Rajah 1.29: Ribbon Layer

b) Pastikan window Layer Properties Manager terpapar
seperti rajah 1.30 dibawah.Dalam pembentukkan ‘layer’
beberapa perkara perlu dipertimbangkan. Antaranya
adalah penamaan ‘layer’ atau New Layer, Warna
Lapisan, Jenis Garisan dan Ketebalan Garisan.

New Layer Color Layer Linetype Lineweight

Rajah 1.30 : Layer Properties Manager

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 30

c) Membuat Lapisan Baru (New Layer). Anda boleh
menukar namadari Layer 1 kepada nama lapisan baru
seperti Garisan Objek atau sebagainya yang sesuai
untuk digunakan.

Warna Lapisan :Setiap ‘layer’ boleh ditentukan dengan 7
warna asas atau kombinasi warna yang boleh mencapai 255
kombinasi. 7 warna asas tersebut adalah seperti berikut. 1-
Merah, 2- Kuning, 3- Hijau, 4- Cyan, 5- Biru, 6- Magenta dan 7-
Putih.Setiap warna boleh ditentukan dengan memasukkan kod
nombor dari 1 hingga 7 bagi warna asas atau dengan
memasukkan nama warna yang dikehendaki seperti ‘merah’,
‘biru’ dan sebagainya. Penentuan warna dipermudahkan
dengan pemilihan berbantukan kotak dialog seperti ditunjukan
pada rajah 1.31 dibawah.

Rajah 1.31 : kotak dialong warna

d) Memilih jenis-jenis garisan :Rupa bentuk garisan
seperti garisan tengah, garisan tersembunyi boleh
didapati dari fail acadiso.lin(rajah 1.32) dan pemilihan
boleh dibuat dengan bantuan kotak dialoga atau
menggunakan arahan ‘linetype’.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 31

1. Klik pada Linetype

3. Reload Linetype

2. Select Linetype

Rajah 1.32 : Langkah-langkah menukar jenis garisan dan
ketebalan garisan

e) Setelah selesai anda boleh lihat pada paparan senarai
layer seperti yang ditunjukan pada rajah 1.33 dibawah.

Klik
disini

Rajah 1.33 : Paparan senarai Layer yang telah dibuat

Pengubahsuaian ‘layer’, warna dan jenis garisan
Untuk mengubah suai sifat-sifat sesuatu objek yang

dilukis, arahan ‘change’, ‘color’ dan ‘linetype’ boleh
digunakan. Warna begitu juga jenis garisan untuk setiap
entiti boleh dikawal secara berasingan sama ada dengan
kawalan ‘layer’, ‘color’ dan ‘linetype’. Gunakan ‘change’
untuk mengubah warna objek-objek tersedia atau ‘layer’
untuk mengubah warna dari tetapan lapisan. Perubahan
boleh juga dibuat melalui penentuan angka warna 1 hingga

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 32

225 atau penentuan warna piawai seperti merah, biru atau
sebagainya.

Semua entiti yang diberikan adalah menurut warna yang
ditentukan sehingga spesifikasi warna diubah melalui fungsi
‘color’ sekali lagi. Tindkan ‘BYLAYER’akan mewarisi warna
yang ditentukan kepada lapisan manakala tindakan
‘BYBLOCK’ akan memberi warna putih kepada semua objek
sehingga objek-objek ini dikumpulkan menjadi satu blok
(Block). Apabila dimasukkan dalam lukisan, objek-objek ini
akan mewarisi warna yang ditentukan untuk blok.
Penggunaan arahan ‘DDMODIFY’ mempermudahkan
penukaran sifat bentuk sesuatu objek.

1.1.32 Text (Penghurufan)
Penggunaan huruf dan angka dalam lukisan kejuruteraan

mestilah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh BS308.
Bentuk huruf yang dibina mesti dalam keadaan seragam sama ada
dari segi kelebaran huruf, ketinggian huruf, kecondongan huruf dan
jarak antara huruf. Bentuk rupa atau gaya huruf yang akan dibina
berdasarkan kepada kesesuaian sesuatu lukisan umpamanya di
dalam sesuatu lukisan mekanikal gaya huruf ‘standard’ akan
digunakan.

Berdasarkan ketentuan ini, huruf boleh dibentuk dengan
menggunakan arahan ‘Single Line text dan Multitext’. Arahan ini
boleh digunakan dalam beberapa cara, berdasarkan kepada
justifikasi huruf dan juga gaya huruf menurut bentuk ‘font’ yang
dipilih.

B10-32-21-LA1-IS Pembentukan huruf boleh dilakukan dengan penentuan 33
titik mula, ketinggian huruf dan jenis jajaran. Huruf yang dibina
boleh dipelbagaikan dari segi bentuk pemilihan huruf atau font,
regangan (stretch), mempatan (compressed), condongan (oblique)
atau dilukis secara menegak (vertical) dengan hanya mengubah
rupa bentuk atau pada jenis fonts. Pemilihan rupa bentuk fonts
boleh diambil dari fail fonts yang tersedia oleh perisian. Kawalan
jenis rupa bentuk fonts yang digunan boleh diambil sama ada dari

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

fail ‘.shx’, ‘.pfb’, ‘.ps’, dan ‘.ttf’ yang diguna sama dengan pelbagai
fonts utnuk windows.Rajah 1.34 dibawah menunjukan kedudukan
arahan Multitext dan Single Line Text pada Ribbon Annotation.

Klik disini

Rajah 1.34 : Paparan Ribbon Text (Multitext dan Sibgle Line Text)

1.1.33 Multiline Text (Teks Berbilang)
Perintah Multiline Text mempunyai banyak pilihan setiap cara

penggunaannya. Anda boleh membuat teks dengan menggunakan
teks berbilang ini atau mengimport terus teks ke dalam teks berbilang.

Dengan Multiline text atau berbilang teks ini anda boleh membuat
satu atau lebih perenggan teks Berbilang (mtext) dalam Editor teks
dalam Place. Anda juga boleh manaip teks pada Command Prompt jika
menggunakan MTEXT. Anda juga boleh memasukan teks dari fail yang
disimpan dalam format ASCII atau RTF.

Sebelum memasukan atau mengimport teks, pastikan sudut
bertentangan dengan kotak Bounding Teks yang mentakrifkan lebar
perenggan dalam objek teks berbilang terlebih dahulu. Panjang objek
teks berbilang bergantung kepada jumlah teks yang ditulis. Rajah 1.35
dibawah menunjukan Ribbon Multiline Texts.

(klik Home Tab  Annotation Panel  Multiline Text)

B10-32-21-LA1-IS Rajah 1.35 : Paparan Ribbon Multiline Text 34

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

1.1.34 Single Line Text (Teks Baris)
Single Line Text atau Teks Baris boleh digunakan untuk

mewujudkan satu atau lebih baris teks. Setiap baris teks adalah
bebas dan boleh berpindah, diformat semula dan di ubah suai.

Apabila menggunakan teks baris ini anda boleh menetapkan
jenis-jenis tulisan dan kedudukan teks mengikut kesesuaian
tempat teks itu akan diletakan.

1.1.35 Hatch (Keratan)

Rajah 1.36 : Ribbon Hatch

Dalam lukisan kejuruteraan objek keratan yang dilukis
biasanya akan menggunakan garis-garis atau titik-titik untuk
menunjukan bahagian objek yang telah dipotong. Garisan ini
dihasilkan dengan menggunakan ikon Hatch yang terdapat
pada Ribbon Draw. Penggunaan Ribbon Hatch lebih mudah
dilaksanakan berbanding dengan penggunaan windows
command.

Apabila ikon Hatch di klik Ribbon diatas akan berubah
kepada Ribbon Hatch seperti yang ditunjukan pada rajah 1.36
diatas. Pada Ribbon Hatch inilah anda boleh melihat jenis-jenis
garisan apabila anda klik pada Hatch Pattern dan anda boleh
memilih jenis-jenis garisan yang anda kehendaki. Anda juga
boleh mengubah pelbagai jenis gaya atau kecondongan
garisan keratan pada Ribbon Hatch ini.

Selain menggunakan corak keratan yang disediakan, anda
juga boleh mereka bentuk atau mencipta corak keratan yang
sesuai dangan penggunaan anda. Contoh kegunaan Hatch di
tunjukan pada rajah 1.37.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 35

Rajah 1.37 : Contoh lukisan yang menggunakan ikon Hatch

Figure 1.1 : Title (Photo)

B10-32-21-LA1-IS 1.1.36 Block (Blok) 36

Pengertian yang dimaksudkan Block atau WBlock (Write
Block) pada AutoCAD adalah sesuatu objek yang dilukis boleh
digunakan berulang-ulang kali pada lukisan yang lain. Boleh
juga dipanggil sebagai stor simpanan lukisan atau
perpustakaan lukisan. Kebiasaannya objek yang dilukis
contohnya Skru, Nut atau blok tajuk lukisan, ini kerana
ianyaakan digunakan berulang-ulang kali. Jadi dengan
menggunakan WBlock pelukis tidak akan membuang masa
untuk melukisnya berulangkali. Hanya sekadar mengubah saiz
atau bentuk yang dikehendaki sahaja dan Insert.

Selepas membuat WBlock pada objek yang dikehendaki,
untuk memasukan semula objek tadi anda perlu menggunakan
kaedah Insert untuk memanggil semula lukisan yang dibuat dan

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

memasukan pada lukisan yang baru. Insert bermaksud
memanggil semula lukisan yang telah dibuat menggunakan
WBlock. Contoh penggunaan WBlock dan Insert seperti
ditunjukan dibawah.

A) Cara membuat Block.
Sebelum membuat Bolck, anda perlu melukis satu
objek yang dikehendaki terlebih dahulu atau objek yang
akan selalu anda gunakan nanti. Setelah selesai
melukis ikut langkah-langkah dibawah ini untuk
memulakan membuat block.
1. Pilih Ribbon Block dan klik pada Create Blockpada
rajah 1.38 dibawah.

Create
Block

Rajah 1.38 : Gambarajah Create Block pada Ribbon
Block

Rajah 1.39 : Paparan Block Definition

B10-32-21-LA1-IS 2. Satu paparan Block Definitionakan muncul seperti 37
rajah 1.39 di atas. Kemudian tulis Nama pada
ruangan Name.

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

3. Pada bahagian Base Point klik pada Pick Point
untuk memilih titik acuan untuk meletakkan objek
tersebut.

4. Pada bahagian Objects, klik Select Objects dan pilih
lukisan objek yang sudah siap. Pastikan semua
bahagian lukisan itu dipilih untuk dijadikan Block.
Apabila selesai klik Enter dan Klik OK.

5. Lakukan hal yang sama dari langkah-langkah
tersebut di atas sekiranya ingin membuat suatu
Block yang baru.

B) Cara-cara mengunakan Insert.

Setelah selesai membuat Block pada lukisan, sekiranya
anda ingin menggunakannya anda perlu mengikut
langkah-langkah seperti rajah 1.40 dibawah ini.

Klik
Insert

Rajah 1.40 : Insert Block pada Ribbon Block dan paparan Window Insert

Langkah-langkah penggunaan.
1. Pada Ribbon Block klik pada ikon Insert. Satu paparan

Window Insertakan muncul.
2. Klik pada Browse untuk memilih Block yang telah

dihasilkan.
3. Letakan objek Block tersebut dengan satu klik sahaja

pada tempat yang sesuai
dimana-mana kawasan lukisan yang dikehendaki.
4. Jika hendak menggunakan objek yang sama anda hanya

perlu Copy Objek sahaja.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 38

1.1.36 Dimensioning (Pendimensian)

Pendimensian merupakan ukuran bagi sesuatu objek atau
bentuk yang biasanya diukur dalam unit Imperial dan Metrik.
Dalam unit metrik lazimnya ukuran Milimeter, Centimeter dan
meter yang digunakan. Dalam unit Imperial pula menggunakan
ukuran Inci, Kaki Ela dan Pecahan Inci. Segala maklumat
ukuran disampaikan melalui sistem bentuk garisan, simbol-
simbol tertentu, angka dan juga angka pecahan.

Garisan dimensi ditempatkan di luar garisan penuh dalam
keadaan selari dengan jaraknya 10mm. jika garisan dimensi
lebih dari satu, maka jarak diantaranya lebih kurang 6mm bagi
membolehkan ruang yang mencukupi untuk menempatkan
angka. Di bahagian hujung setiap garisan dimensi mempunyai
anak panah dan hendaklah menyentuh garisan unjuran seperti
yang ditunjukan dalam rajah 1.41 dibawah.

Garisan Unjuran

Anak Panah

Garisan Dimensi

Teks Dimensi

Rajah 1.41. : Contoh gambaran susunan Dimensi.

Dalam amalan lukisan kejuruteraan mekanikal, terdapat
beberapa jenis pendimensian yang harus anda ketahui iaitu
Linear Dimension, Aligned Dimension, Angular Dimension,
Radius Dimension dan Diameter Dimension. Semua dimensi
ini terdapat pada Ribbon Annotation seperti yang ditunjukan
pada rajah 1.42.

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 39

Rajah 1.42. : Gambarajah menunjukan kedudukan jenis-jenis dimensi.

1.1.37 Linear Dimensi (Dimensi Lurus)
Dimensi Lurus ini bertujuan untuk mendapatkan ukuran

dalam bentuk mendatar atau tegak seperti dalam rajah 1.43 di
bawah, arahan ini biasanya digunakan bersama Objek Snap
bagi mendapatkan ketepatan ukuran.

Rajah 1.44 : Dimensi Lurus

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 40

1.1.38 Aligned Diemnsion (Dimensi Garis Condong).
Garisan ukuran ini biasanya digunakan pada mana-mana

sempadan yang sendeng atau condong seperti dalam rajah
1.45 di bawah. Langkah dan teknik adalah sama seperti
membina Linear Dimension.

Rajah 1.45 : Dimensi Condong

1.1.39 Angular Dimensi (Dimensi Sudut).
Digunakan bagi membuat ukuran dimensi sudut. Ukuran ini

secara automatik menyukat sudut tersebut mengikut arah
dimension yang di klik seperti rajah 1.46 di bawah.

Rajah 1.46 : Dimensi Sudut

1.1.40 Radius Dimension (Dimensi Jejari)
Digunakan bagi membuat ukuran jejari pada sesuatu

bulatan atau lengkuk yang mempunyai simbol Radius ‘R’
dihadapan nombor ukuruan. Cara untuk manghasilkannya
seperti ditunjukan pada rajah 1.47 dibawah.

B10-32-21-LA1-IS Rajah 1.47 : Dimensi Jejari 41

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

1.1.41 Diameter Dimension (Dimensi Ukur Lilit Bualatan)

Digunakan bagi membuat ukuran lilit bulatan yang
mempunyai simbol diameter ‘Ø’ dihadapan nombor ukuran.
Cara untuk menghasilkannya seperti yang ditunjukan pada
rajah 1.48 dibawah.

Rajah 1.48 : Dimensi Ukuran Lilit bulatan

1.1.42 Leader (Garisan Penunjuk).
Garisan Penunjuk ini sebenarnya masih lagi dalam

ketegori perintah Dimension dan Annotation. Jadi apabila
menyentuh tentang Leader ianya tidak akan lari jauh fungsinya
dari Dimension atau Annotation.

Leader atau garisan penunjuk ini berfungsi untuk memberi
keterangan terhadap sesuatu objek atau lukisan yang mana
kadang-kadang tidak dapat dijelaskan oleh perintah dimensi
yang sedia ada.

Leader ini terdiri daripada gabungan garisan penunjuk dan
Mtext untuk menghasilkannya. Contoh penggunaannya seperti
rajah 1.49 dibawah ini.

Mtex
t

Garisan Penunjuk

Rajah 1.49 : Garisan Penunjuk

B10-32-21-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 42

Untuk mencari ikon Leader ini tidaklah begitu payah kerana
ianya terletak pada Ribbon Annotation. Contoh seperti
ditunjukan pada rajah 1.50 dibawah ini.

Leader

Rajah 1.50 : Ikon LEADER

1.1.43 Dimension Style Consistencies (Penetapan Gaya Dimensi)
Di dalam AutoCAD semua garisan dimensi boleh dilaras

pada Dialog Box Dimension Style Manager, anda boleh
mencarinya pada Ribbon Annotation seperti aturan rajah 1.51
di bawah ini. Termasuklah Dimension Line, Extension Line,
Arrowhead, Center Mark,Pemilihan warna,saiz dan kedudukan
text serta nilai unit samada inci atau metrik.

2) Dimension Style

1) Ribbon Annotation

Rajah 1.51 : Kedudukan Dimension Style Manager.

B10-32-21-LA1-IS Setelah anda klik pada Dimension Style, satu dialog box 43
yang dinamakan Dimension Style Managerakan terpapar.
Disinilah anda boleh mengubah Dimension Line, Extension
Line, Arrowhead, Center Mark, warna,saiz dan kedudukan text
serta nilai unit samada inci atau metrik. Anda hanya perlu kilik
pada butang Modify seperti yang ditunjukan pada rajah 1.52
dibawah ini.

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)


Click to View FlipBook Version