The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izawatiazman, 2021-08-15 00:03:56

B10 SEm 2

Nota Mekatronik

PENJAGAAN ALAT PEMATERI

Alat pemateri hendaklah dijaga dengan haik supaya selamat digunakan dan dapat
menghasilkan pematerian yang bermutu. Bahagian mata permateri terutamanya
hendaklah sentiasa dibersihkan dan berkilat. Ketika mata pemateri panas ia dengan
menggunakan span yang basah. Rajah 38 dibawah menunjukkan cara membersihkan
mata besi pemateri.

Rajah 37 : Cara pembersihan mata pemateri dengan span basah

Jangan sesekali anda cairkan dahulu solder dan solder yang cair baru anda
letakkan pada sambungan. Ini akan menjadikan sambungan tersebut “Dray Joint”.
Dray joint ialah di mana kita lihat sambungan atau cantuman tersebut sudah
bercantum tetapi di dalamnya tidak bercantum.

1.3.4 Tagging Equipment
Pengurus tempat menyusun item peralatan elektrik untuk diuji dan
ditandakan oleh orang yang kompeten. Orang yang berwibawa adalah
sama ada seorang juruelektrik yang berlesen atau individu yang
menjalankan ujian keselamatan dalam perkhidmatan peralatan dan tali
kabel yang berkaitan.Peralatan elektrik yang dikenal pasti hendaklah
direkodkan pada Daftar Peralatan Elektrik atau setaraf, dengan syarat
yang bersamaan termasuk keperluan berikut:

 Nama peralatan
 Lokasi
 Tarikh Ujian
 Tarikh Ujian Seterusnya
 Lulus gagal
 Nombor tag

B10-32-22-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 244

Peralatan Elektrik hendaklah diuji mengikut Panduan Kekerapan Pengujian Peralatan
Elektrik. Teg harus tahan lama, mudah dibaca, tidak dapat digunakan semula dan bukan
logam. Maklumat berikut harus disertakan pada tag:

 Nama pekerja atau pembekal yang cekap yang menjalankan ujian
 Tarikh ujian
 Tarikh ujian semula

1.4 ALAT PELINDUNG DIRI (APD)

Pengertian alat pelindung diri

Alat pelindung diri (APD) adalah alat keselamatan yang digunakan oleh pekerja untuk
melindungi seluruh atau sebahagian tubuhnya dari kemungkinan adanya berlaku
bahaya semasa membuat kerja.Menurut OSHA atau Occupational Safety and Health
Administration, pesonal protective equipment atau alat pelindung diri (APD) didefinisikan
sebagai alat yang digunakan untuk melindungi pekerja dari luka atau penyakit yang
diakibatkan oleh bahaya (hazards) di tempat kerja, baik yang bersifat kimia , radiasi ,
elektrik, mekanik dan lain-lain. Alat Pelindung Diri(APD) adalah kelengkapan yang wajib
digunakan ketika bekerja dan risiko kerja untuk menjaga keselamatan pekerja itu sendiri
dan orang di sekelilingnya.Setiap tempat kerja mempunyai potensi bahaya yang
berbeza-beza sesuai dengan jenis bahan,proses kerja yang
dilakukan.Hirarki pengendalian bahaya di tempat kerja (hirarki hazard control
atau pengendalian bahaya) adalah sebagai berikut :

a. Elimination-merupakan upaya menghilangkan bahaya dari sumbernya.
b. Reduction-mengupayakan agar tingkat bahaya bisa dikurangi.
c. Engineering control-bahaya diisolasi agar tidak kontak dengan pekerja
d. Administrative control-bahaya dikendalikan dengan menerapkan penjadualan

kerja untuk mengurangi bahaya.
e. Personal protective equipment-pekerja dilindungi dari bahaya dengan

menggunakan
f. alat pelindung diri

B10-32-22-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 245

Syarat-syarat Alat Pelindung Diri adalah :

a. APD dapat memberikan perlindungan terhadap bahaya yang spesifik atau
bahaya yang dihadapi oleh tenaga kerja.

b. Berat alat hendaknya sesuai dan alat tersebut tidak menyebabkan rasa
ketidak selesaan yang berlebihan

c. Alat harus dapat dipakai secara fleksibel.
d. Bentuknya harus cukup menarik.
e. Alat pelindung tahan untuk pemakaian yang lama.
f. Alat tidak menimbulkan bahaya tambahan bagi pemakai.
g. Alat pelindung harus memenuhi standard.
h. Alat tersebut tidak menganggu pergerakan pemakai.

1.4.1 Electrical and electronic PPE type

Penggunaan APD di tempat kerja di sesuaikan dengan bahaya yang di hadapi di area
kerja. Berikut adalah jenis bahaya dan APD yang diperlukan:

a. Mata
Sumber bahaya: percikan bahan kimia atau logam cair, debu, katalis powder,
proyektil, gas, wap dan radiasi.
APD: safety spectacles, goggle, faceshield, welding shield.

b. Telinga
Sumber bahaya:suara dengan kebisingan lebih dari 85 dB
APD:ear plug.ear muff,canal.caps

c. Kepala
Sumber bahaya: tertimpa benda jatuh, terkena benda keras, rambut terlilit
benda berputar.
APD: helm, bump caps.

d. Pernafasan
Sumber bahaya: debu,wap,gas dan kekurangan oksigen
APD: respirator, breathing apparatus

e. Tubuh
Sumber bahaya: suhu panas, cuaca buruk, percikan bahan kimia atau logam
cair, semburan dari tekanan yang bocor dan benda tajam
APD: boiler suits, chemical suits, vest, apron, full body suit, jacket.

B10-32-22-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 246

f.Tangan dan Lengan
Sumber bahaya: suhu panas, benda tajam, tertimpa benda berat , bahan
kimia, infeksi
kulit.
APD: sarung tangan (gloves), armlets, mitts.

g. Kaki
Sumber bahaya: lantai licin, lantai basah, benda tajam, benda jatuh, bahan
kimia dan logam cair
APD: safety shoes, safety boots, legging, spat.

1.4.2 Jenis-jenis dan fungsi alat pelindung diri

a. Safety Helmet
Berfungsi sebagai pelindung kepala dan muka pekerja daripada percikan arka
dan leburan logam

B10-32-22-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 247

b. Sabuk Keselamatan (safety belt)
Berfungsi untuk melindungi pemakai dari kemungkinan jatuh, digunakan pada
ketinggian 2m atau lebih dari lantai kerja

c. Kasut boot
Bekerja di tempat yang becak ataupun berlumpur. Kebanyakan di lapisi
dengan metal untuk melindungi kaki dari benda tajam atau berat, benda
panas, cairan kimia dan sebagainya.

d. Kasut Keselamatan (safety shoes)
Berfungsi untuk mencegah arus bocor kebumi daripada mengalir keluar
melalui tapak kaki

B10-32-22-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 248

e. Sarung Tangan (Hand Glove)
Berfungsi sebagai alat pelindung tangan pada saat bekerja di tempat atau
situasi yang dapat mengakibatkan cedera tangan. Bahan dan bentuk sarung
tangan disesuaikan dengan fungsi masing-masing pekerjaan.

g. Tali Pengaman (Safety Harness)
Berfungsi sebagai alat keselamatan ketika bekerja diaras ketinggian.
Diwajibkan menggunakan alat ini di ketinggian lebih dari 1.8 meter.

B10-32-22-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 249

h. Penutup Telinga (Ear Plug / Ear Muff)
Berfungsi sebagai pelindung telinga pada saat bekerja di tempat yang bising.

j. Kaca Mata Pengaman (Safety Glasses)
Berfungsi sebagai pelindung mata ketika bekerja (misalnya mengelas).

k. Pelindung Wajah (Face Shield)
Berfungsi sebagai pelindung wajah dari percikan benda asing ketika bekerja

B10-32-22-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 250

SOALAN
1. Apakah yang dimaksudkan Alat Pelindung Diri
2. Apakah Syarat-syarat Alat Pelindung Diri
3. Berikan 3 Alat Pelindung Diri dan berikan fungsinya
4. Namakan dua jenis pengubah yang biasa digunakan di dalam alat-alat
elektronik?
5. Nyatakan dua fungsi pengubah?
6. Diod zener akan berfungsi apabila berada di dalam keadaan pincang?
7. Sebutkan lima jenis perlatan tangan?
8. Senaraikan tiga jenis peralatan unutk melakukan pengukuran?
9. Apakah kegunaan Oscilloscope?
10. Berapakah nilai pemuat seramik yang mempunyai kod nombor 223K?
11. Dua pemuat disambung sesiri yang tiap satunya mempunyai nilai 47 uf dan 10
uF.Berapakah jumlah kemuatan jumlah pemuat tersebut?
12. Apakah yang dimaksudkan soldering dan desoldering?
13. Teknik memateri ialah untuk mendapatkan hasil pematerian yang baik. Berikan
langkah-langkah memateri.
14. Berikan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan proses pematerian

RUJUKAN
1. https://www.slideshare.net/surayahhusein/elektronik-pematerian
2. https://www.slideshare.net/almarson/alat-pelindung-diri

B10-32-22-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 251

LA2 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION ELECTRICAL AND ELECTRONIC
SYSTEMS ASSEMBLING WORK

2.1 Sistem elektrik dan elektronik mengikut spesifikasi lukisan

Sebuah litar elektronik yang lengkap lazimnya terdiri beberapa bahagian litar asas.Ini
termasuklah penggunaan litar bertransistor atau litar bersepadu.Satu litar asas yang
dikombinasikan dengan litar asas yang lain akan menjadikan litar yang
lengkap.Umpamanya satu litar Penguat terdiri terdiri beberapa biji transistor dan setiap
transistor mempunyai fungsi yang tersendiri dalam bentuk litar asas.Untuk mengenal
setiap bahagian peringkat di dalam litar tersebut perlu diketahui binaan dan struktir
litar.Binaan asas litar bagi setiap bahagian mempunyai susunan simbol komponen yang
tersendiri yang mudah dikenaal pasti bahagian-bahagiannya.
Mengikut perkembangan teknologi dalam bidang elektronik terdapat komponen-
komponen yang terdiri berbagai jenis yang berlainan bentuk,saiz dan fungsi serta
perbezaan ciri-ciri.Membaca litar skema memang ada kaitan utama dengan
pengetahuan dalam teori elektronik.JIka seseorang itu lemah dalam teori ini boleh
menyebabkan dia agak sukar untuk membaca dan menterjemah litar skema kepada
bahagian-bahagian tertentu.Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa satu litar
elektronik itu terdiri daripada kombinasi beberapa litar asas.Pembacaan litar skema
sepenuhnya adalah berpandukan kepada binaan dan fungsi komponen dalam litar asas.

Gambarajah pemasangan elektrik bukan sahaja memperkenalkan tentang kedudukan
komponen atau alat-alat yang hendak disambung tetapi meliputi juga cara bagaimana ia
disambung,saiz kabel yang digunakan,kadaran arus atau kuasa alat-alat dan
perlindungan yang digunakan.Semua ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada
pekerja menyambungkan litar dan memudahkan para penyelenggara mencari kerosakan
serta membuat tambahan litar pada masa akan datang.Gambarajah pemasangan juga
menunjukkan kendalian sesuatu litar.Gambarajah ini memberikan maklumat yang
lengkap tentang sesuatu lukisan untukk memudahkan perancangan dan pemasangan
dan juga bagi mengangarkan bekalan yang sepatut di bekalkan.

Gambarajah elektronik terdapat dalam berbagai-bagai jenis.Gambarajah yang
digunakan untuk menerangkan kendalian litar dan pembinaan kelengkapan
eletronik.Setiap gambarajah diberikan penerangan yang lebih terperinci kerana

B10-32-22-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 252

gambarajah ini banyak digunakan dalam kerja-kerja penganalisaan, penerangan,
pemasangan dan penyelenggaraan litar-litar elektronik.

2.1.1 Jenis-jenis Lukisan Elektronik
a. Lukisan Skematik
Tujuan gambarajah skematik Rajah dibawah ialah untuk kemudahan memahami
tugas setiap komponen yang terdapat dalam sesuatu unit itu.Gambarajah
skematik menunjukkan perhubungan diantara komponen .Dengan memahami
tugas setiap komponen,kerja-kerja mencari kerosakan ,baik pulih dan penyurihan
litar akan menjadi mudah.Komponen dalam gambarajah yang disusun
menggunakan grafik sebagai wakil setiap komponen yang terlibat.Litar ini disusun
seimbang agar mudah difahami atau dilihat.Sambungan litar bermula dari sebelah
kanan membawa ke sebelah kiri.

Rajah 38: Lukisan Skematik

b. Lukisan bergambar
Lukisan gambaran adalah lukisan komponen elektronik yang dipasang mengikut
pendawaian secara terbuka.Komponennya berada pada kedudukan pandangan
tepat .Ia merupakan gambaran sebenar bagi pendawaian sesuatu litar elektronik
yang mana segala komponen dilukis dalam bentuk gambar sebenar dan tidak
dalam bentuk simbol .Tafisran kepada gambaran komponen elektronik bagi
mengenal pasti jenis komponen memerlukan pengamatan yang lebih teliti.Ini
adalah untuk memastikan pemilihan simbol komponen yang betul dalam melukis
lukisan gambaran.Selain itu, Lukisan bergambar adalah litar yang diterjemahkan
daripada lukisan skematik kepada bentuk gambar iaitu susun atur komponen
pada board.Butiran yang diperolehi dalam lukisan bergambar ialah:

B10-32-22-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 253

i. Komponen Cara penyambunga
ii. Punca bekalan
iii. Punca tamatan

Rajah 39: Lukisan Bergambar

c. Lukisan Litar Tercetak

Papan litar tercetak memang tidak asing bagi kerja pemasangan komponen-
komponen elektronik .Setiap alat kegunaan yang menggunakan komponen-
komponen memerlukan papan litar tercetak untuk menempatkan pendawaian
komponennya.Setiap papan tercetak mempunyai corak jalur pengalir yang
berlainan iaitu rekabentuknya mengikut kedudukan susunan komponen.Untuk
menentukan corak jalur pengalir memerlukan pengetahuan merekabentuk litar
tercetak kerana dalam kerja-kerja ini terdapat beberapa perkara yang perlu
diambil perhatian.Oleh yang demikian sebelum papan tercetak dihasilkan,lazimnya
persediaan awal hendaklah dilukis pada kertas putih terlebih dahulu.Dengan
melukis corak rangka pengalir diatas kertas tersebut,pasti dapat membetulkan
kesilapan jika berlaku kesalahan atau pembetulan untuk corak yang lebih
berkesan.

B10-32-22-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 254

Langkah-langkah merekabentuk litar:

i. Lukiskan gambaran bentuk komponen mengikut anggaran saiz sebenar diatas
kertas.Gambaran komponen ini hendaklah disusun mengikut anggaran jarak
setiap petak serta kesesuaian ruang yang ada.

ii. Setelah kedudukan komponen dipastikan mengikut susunan yang sesuai pada
ruangan saiz litar tercetak,kemudian tandakan kedudukan pangkalan kaki
komponen pada petak-petak kecil.

iii. Apabila pangkalan komponen telah selesai ditandakan terlebih dahulu
sambungkan satu pangkalan dengan pangkalan yang lain secara lakaran
mengikut pendawaian litar skema.Ketika itu tandakan kekutuban,punca-punca
masukan dan keluaran.

iv. Litar yang telah siap dilukis dipindahkan kepada kertas Glosy Paper dengan
menggunakan mesin photostate kemudian di cetak di atas lapisan kuprum
iaitu diseterika pada suhu yg agak tinggi atau maksimum sehingga lukisan
PCB melekat pada papan tembaga. Sebelum proses etching dilakukan
hendaklah diperiksa samada terdapat garisan litar yang terputus.

v. Papan tembaga yang telah siap tadi dimasukkan kedalam larutan cecair Ferric
Chloride (FeCl3) untuk proses etching. Larutan ini akan menghakis lapisan
kuprum di atas PCB yang tidak dilindungi oleh cetakan litar yang terhasil
.Jangkamasa proses ini bergantung kepada kepekatan larutan, suhu larutan
dan saiz PCB yang dihasilkan.

vi. Kemudian Proses drilling iaitu proses menebuk lubang litar PCB bagi
menempatkan kaki komponen di dalam litar. Saiz lubang bergantung kepada
jenis komponen yang digunakan. Gunakan saiz mata gerudi yang betul
bergantung kepada saiz kaki komponen.

vii. Proses Soldering iaitu proses memateri komponen untuk dicantumkan kepada
papan PCB. Peralatan yang diperlukan ialah solder, solder paste, soldering
iron & stand. Pastikan cantuman komponen yang dibuat kemas dan teguh
untuk mengelakkan komponen mudah tertanggal. Elakkan memateri kaki
komponen terlalu lama kerana suhu yang terlalu panas boleh merosakkan
komponen.Rajah 3 dibawah adalah lukisan cetak yang terhasil.

B10-32-22-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 255

Rajah 40: Lukisan Tercetak

d. Lukisan Blok/Sistem

Lukisan blok adalah mewakili bahagian atau peringkat dalam sesuatu gambarajah
litar skema.Selain dari itu ia juga menggambarkan secara kasar isi kandungan dan
keterangan bagi peringkat tersebut.Sesuatu litar skema yang lengkap
mengandungi pelbagai simbol komponen mengikut bahagian-bahagiannya.Untuk
memudahkan pembahagian litar dan penerangan mengikut bahagiannya maka
satu lukisan gambarajah blok diperkenalkan.Litar skema diringkaskan mengikut
bahagian dan kemudian dilukis dalam bentuk blok.Lukisan ini juga digunakan
untuk menerangkan secara ringkas dan mudah bagaimana fungsi serta operasi
sesuatu unit di dalam sesuatu sistem atau litar. Ia juga menunjukkan perkaitan
diantara setiap unit dalam sesuatu sistem.

Rajah blok ini dilukis dalam bentuk segiempat tetap,segiempat sama atau bentuk
segitiga.Gambarajah blok lazimnya dilabel dengan nama mengikut peringkat
sesuatu litar.Dalam gambarajah blok boleh juga disertakan dengan simbol sesuatu
komponen bagi menguatkan atau menjelaskan bagi gambarajah blok tersebut
mengikut kesesuaian jenis litar .Rajah 4 menunjukkan contoh lukisan blok .

B10-32-22-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 256

Rajah 41 :Lukisan Blok

2.1.2 Simbol-simbol Asas Elektronik

Pelajaran dalam bidang elektronik memang sentiasa mengalami perubahan teknologi
yang termoden.Dalam masa yang singkat sahaja beberapa perubahan teknologi
berkembang dengan begitu pesat.Pelbagai alat dan komponen baru dicipta diubahsuai
untuk melicinkan kendalian.yang lebih cekap.Simbol elektronik adalah mengikut
kepiawaian antarabangsa.Oleh yang demikian segala simbol dalam litar skematik boleh
dibaca dan difahami oleh setiap pembaca litar.Jika disetiap negara menggunakan simbol
elektronik yang tersendiri maka terdapat dengan banyaknya simbol sesuatu
komponen.Simbol dalam rangkaian litar skema merupakan susunan perkataan dan
mempunyai bahasa tersendiri.Dengan hanya melihat litar skema,seseorang dalam
bidang kejurueteraan elektronik elektrikal boleh memahami maksud kandungan litar
tersebut.Adalah perlu simbol bagi pelbagai jenis komponen diselaraskan supaya boleh
digunakan pada peringkat antarabangsa.

Simbol elektronik adalah mengikut kepiawaian antarabangsa yang telah ditetapkan dan
diiktiraf oleh Pesuruhjaya Elektronik Antarabangsa.Kepiawaian yang dimaksudkan ialah

a. Kepiawaian ASA atau ANSI (Americn National Standard Institut)
b. Kepiawaiann DIN (Data Internasional Standard)

B10-32-22-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 257

Mengenal komponen pada sesuatu papan litar adalah langkah yang perlu untuk
memahami akan kendalian atau operai litar. Simbol elektronik dan elektrikal
menggunakan simbol piawai bagi mewakili komponen yang sebenar.Simbol-simbol ini
dapat menjelaskan penggunaan komponen dalam pemasangan litar.Seorang jurutera
atau juruteknik akan membaca simbol piawai dan litar kemudian menterjemahkannya
kepada kerja-kerja pemasangan komponen atau penyenggaraan peralatan
elektronik.Rajah dibawah menunjukkan contoh simbol piawai beberapa komponen
elektronik.

Rajah 42 : Simbol piawaian komponen elektronik

B10-32-22-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 258

2.1.3 Nilai komponen elektronik
a. Perintang

Rajah 43 : Kod Warna Perintang

Rajah 44 : Contoh Pengiraan Perintang

b. Capasitor

B10-32-22-LA2-IS Rajah 45 :Kod Pengiraan Kapasitor 259

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

2.2 Aliran proses sistem elektrik dan elektronik
Langkah-langkah memasang komponen pada litar projek elektronik

2.1.1 Jenis-jenis aliran proses
Proses yang paling penting sebelum memulakan projek elektronik ialah menentukan litar
skematik yang sesuai dengan aplikasi projek yang akan dibangunkan.Litar skematik
yang akan digunakan perlu menepati ciri-ciri berikut:

i. Litar yang telah diuji boleh beroperasi dengan baik.
ii. Fungsi litar yang menepati keperluan dan konsep projek.
iii. Komponen litar yang digunakan mudah di dapati di pasaran.

 Pertimbangkan faktor kos dan masa pembangunan projek yang bersesuaian
dengan objektif dan skop penilaian yang telah ditetapkan dalam kurikulum. •
Pelajar digalakkan memilih tajuk projek yang berinovasi dan berpotensi untuk
dikomersialkan.

2.2.2 Penyediaan Komponen
 Setelah mendapatkan litar skematik yang sesuai dengan konsep projek,
senaraikan jenis komponen yang akan digunakan.
 Kenalpasti maklumat penting setiap komponen seperti berikut :

i. Bilangan yang diperlukan, saiz dan bentuk.
ii. No. Siri atau Daftar Pengilang yang mengeluarkan komponen.
iii. Spesifikasi teknikal, operasi dan kendalian komponen yang terdapat di dalam

Component Data Sheet.
iv. Beli komponen yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan, sekiranya tiada

dapatkan komponen yang sepadan dengan komponen asal. • Pastikan
komponen yang dibeli boleh berfungsi dengan baik terutama komponen yang
mahal, sukar di dapati atau komponen utama di dalam litar

B10-32-22-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 260

2.2.3 Format Aliran Process
 Penghasilan projek elektronik boleh dilakukan dengan pelbagai cara
menyambung dan memasang komponen-komponen elektronik.Sesetengah
cara melibatkan penggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah
diperolehi.Adapula cara yang memerlukan peralatan dan kemahiran khusus.

 Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara atau
kekal.Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang berubah-
ubah serta pengujian dan pembaikan yang kerap.Komponen-komponen boleh
digunakan berulang kali untuk beberapa projek yang berlainan.Pemasangan
ini selalunya digunakan dalam kerja-kerja seperti merekabentuk litar,latihan
ujian dan kajian makmal.Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk
membina projek yang telah mantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan
pematerian

2.3 Kerja pemasangan sistem elektrik dan elektronik
2.3.1 Menyusun teknik bahagian elektrik dan elektronik

a. Kaji susun atur komponen yang terbabit berdasarkan litar .Jika perlu
ubahsuaikan susun atur komponen dengan melukis semula rajah litar.Rajah
ini perlu disesuaikan dengan cara pemasangan yang dipilih.Anda perlu
merancang susun atur komponen-komponen dengan teliti sejak dari
peringkat awal pembinaan sesuatu projek.Langkah ini dapat mengelakkan
kesukaran menyiapkan projek.

b. Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada cara penyambungan
yang dipilih serta komponen-komponen seperti yang dinyatakan dalam rajah
litar dan senaraikan komponen yang disertakan.Beri perhatian kepada nilai
dan jenis komponen yang diperlukan.

c. Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelum
dipasang.

d. Ambil satu komponen pada satu masa dan susunkan mengikut kedudukan
yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk.Perkara-perkara berikuit perlu
diberi perhatian semasa menyusun komponen di peringkat memasang:
 Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih seperti Transistor,IC dan
SCR dan sebagainya hendaklah disusun terlebih dahulu.Komponen lain
yang berkaitan dengannya hendaklah disambungkan ke bahagian yang
betul.Sambungan yang salah bukan sahjaja mengakibatkan litar itu tidak

B10-32-22-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 261

berfungsi bahkan boleh merosakkan komponen itu.Anda perlu mengetajui
cara-cara mengenalpasri kedudukan kaki komponen tersebut.
 Komponen-komponen yang berkutub (seperti pemuat elektrolit,diod
pemancar cahaya dan buzzer) disambungkan mengikut kutubnya.Kaki
positif mestilah disambungkan ke punca voltan positif dan kaki negative
kepada punca voltan negatf.Sambungan yang salah boleh merosakkan
komponen.
 Setiap kali suatu komponen dipasang,pastikan kaki komponen itu
disambung dengan mantap.Jika perlu goyangkan badan komponen untuk
memastikan sambungan itu mantap.Sambungan yang longgar
menyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal berfungsi.

2.3.2 Teknik pemasangan
Sistem pemasangan memerlukan litar skematik sebagai panduan untuk proses
pendawaian. Litar skematik membantu pemasangan dilakukan dengan langkah
kerja yang betul dan teratur.

2.3.3 Teknik pemasangan sistem elektrik dan elektronik
Setelah komponen dipasang seperti Rajah 46 Litar Adjustable Timer dan hasil
pemasangan seperti Rajah 47 dibawah Penghasilan projek .Semak semula
susun atur komponen berdasarkan senarai komponen seperti gambarajah
dibawah

B10-32-22-LA2-IS Rajah 46 :Litar Adjustable Timer 262

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

Rajah 47: Penghasilan Projek Adjustable Timer

5.4 Senarai Semak

 Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan dari segi pengetahuan,kemahiran,fizikal,sikap dan
kebolehan.Selain itu,senarai item yang disediakan adalah untuk menguji
pengetahuan,kebolehan serta tingkah laku seseorang.

 Bahagian status pada senarai semak perlu di isi oleh pengajar yang
melakukan kerja-kerja pemasangan litar dimana pelajar perlu memastikan
aktiviti yang dilakukan mengikut setiap senarai yang terdapat pada senarai
semak yang telah dirancang. Tugas-tugas yang dilakukan oleh perlu
mendapat pengesahan dari penyelia projek. Ini bertujuan agar tidak berlaku
keadaan berat sebelah atau penyelewangan terhadap sesuatu kerja yang
dijalankan.

 Selain itu, senarai semak Rajah dibawah dapat memastikan aktiviti yang
dibangunkan mengikut prosedure dan kerja-kerja yang dijalankan senang
dirujuk.Senarai ini amat penting untuk menunjukkan pelajar telah
melaksanakan pekerjaan tersebut.

B10-32-22-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 263

Rajah 48: Contoh senarai semak

B10-32-22-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 264

SOALAN
1. Senaraikan 3 alatan pengujian yang anda ketahui dan terangkan kefungsiannya?
2. Lukiskan simbol dan berikan fungsi bagi komponen-komponen dibawah
a) Diod
b) Kapasitor
c) Perintang
d) Speaker

3. Apakah maklumat penting yang perlu dikenalpasti sebelum pembelian
komponen?

4. Apakah tujuan gambarajah skematik dalam pemasangan litar?
5. Berikan 2 kepiawaian antarabangsa yang telah ditetapkan dan diiktiraf oleh

Pesuruhjaya Elektronik Antarabangsa?

RUJUKAN

1. http://nuriazlansubri.blogspot.my/2009/11/tutorial-etching-pnp-transfer-paper.html
2. https://www.slideshare.net/satriyarizkiyanto
3. Lukisan Elektronik – Md Nasir Abd Manan
4. Teknologi Elektronik - Md Nasir Abd Manan

B10-32-22-LA2-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 265

LA3 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION ELECTRICAL AND ELECTRONIC
SYSTEMS ASSEMBLING TESTING

3.1 Keselamatan automasi dan elektronik yang dipasang secara elektronik dan
elektronik

Keselamatan merupakan satu aspek yang sangat penting apabila menggunakan
perkakas elektrik.Kelalaian,sikap tidak mengambil berat tentang keselamatan diri,alat
dan perkakas akan mengakibatkan kemalangan diri,kemusnahan harta benda malah
kehilangan nyawa.Pengetahuan tentang keselamatan amat perlu dipelajari dan
diamalkan terutama sekali ditempat kerja.

Pelajar dalam bidang kejuruteraan elektrik lebih terdedah kepada kemalangan yang
disebabkan oleh arus lektrik.Oleh sebab itu pelajar seharusnya mempunyai
pengetahuan asas tentang penjagaan keselamatan diri sendiri,alat dan perkakas
elektrik.Kemalangan dapat dielakkan dengan mematuhi peraturan keselamatan dan
mematuhi arahan yang ditetapkan disamping mempunyai sikap tanggungjawab.

3.1.1 Keselamatan Diri
Diri sendiri merupakan ejen terpenting dalam melaksanakan sesuatu tugas atau
kerja.Kemalangan boleh berpunca daripada kecuaian sendiri.Oleh itu,keselamatan diri
amat penting diberi perhatian.Sebagai contoh pelajar perlu memakai pakaian bengkel
ketika berada dibengkel.Bagi mengelakkan berlakunya kemalangan,peraturan
keselamatan perlu dipatuhi sepenuhnya.Antara peraturan keselamatan yang lazim
diamalkan di bengkel adalah seperti yang ditunjukkan dibawah:

a. Cara Berpakaian
 Memakai pakaian bengkel atau pakaian yang sesuai dengan kerja yang
hendak dijalankan.
 Memakai kasut yang berpenebat dan bertumit rendah.
 Tidak memakai barang kemas seperti rantai leher,gelang tangan,cincin
dan sebagainya.
 Tidak memakai tali leher.

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 266

b. Sikap
 Sentiasa mematuhi arahan pengajar atau penyelia.
 Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja.
 Memastikan ruang kerja bersih.
 Melaporkan sebarang kerosakan.
 Menggunakan alat yang betul bagi setiap kerja yang dijalankan dan
memastikan anda mengetahui cara menggunakan alat tersebut.
 Melaporkan kepada pengajar atau penyelia dengan segera sekiranya
berlaku kemalangan.

a. Keadaan fizikal diri
b. Sihat tubuh badan.
c. Tidak mengantuk.
d. Penglihatan jelas.
e. Pendengaran jelas.

3.1.2 Keselamatan Alat dan Perkakas
Kebanyakkan alat dan perkakas menggunakan tenaga elektrik untuk berkendali.Oleh
itu,alat dan perkakas elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan baik serta dilengkapi
dengan ciri kesematan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).Antara ciri
keselamatan alat dan perkakas adalah mempunyai penebatan dan sambungan
pembumian yang baik serta menggunakan peranti pelindung.

a. Penebatan
Penebatan ialah kaedah melindungi,menyalut atau mengasingkan pengalir
dengan menggunakan penebat untuk menghalang pengaliran arus.Bahan
yang digunakan sebagai penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi
.Antara bahan penebat getah,polivinilklorida, damn bakelit.Alat dan perkakas
elektrik yang mempunyai penebatan yang dapat melindungi pengguna
daripada tersentuh bahagian logam yang mengalirkan arus elektrik pada alat
tersebut jika berlaku kerosakan.

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 267

b. Peranti Pelindung
Peranti pelindung ialah peranti yang bertindak memutuskan litar apabila
berlaku lebihan arus yang mengalir dalam litar.Fius dan pemutus litar ialah
dua jenis peranti pelindung yang digunakan untuk melindungi litar pengguna
dan perkakas elektrik.Nilai kadaran arus peranti pelindung yang
dilengkapkan bergantung kepada kuantiti arus yang digunakan oleh alat dan
perkakas elektrik tersebut.

c. Pembumian
Pembumian ialah satu kaedah menyambungkan bahagian logam dengan
pemasangan elektrik kepada jisim bumi.Tujuan asas pembumian adalah untuk
melindungi pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila berlaku aliran
arus dimana-mana bahagian logam yang terdapat pada perkakas elektrik atau
sistem pendawaian.Suatu sistem pembumian yang baik adalah apabila litar
pengguna dapat diputuskan oleh pemutus litar arus baki ketika berlakunya
kebocoran arus ke bumi.

3.1.3 Keselamatan Bengkel dan Persekitaran

Bengkel merupakan tempat bagi pelajar dalam bidang kejuruteraan melakukan kerja-
kerja amali.Oleh itu,bengkel perlu selesa dan selamat digunakan.Beberapa peraturan
perlu dipatuhi dan diamalkan oleh pelajar antaranya:

i. Memastikan susun atur semua peralatan dan perabot sentiasa kemas dan
selamat supaya tidak menghalang laluan terutama laluan
kecemasan.Pelajar perlu mengemas semula peralatan dan perabot yang
telah digunakan bagi memastikan susun atur yang selamat pada setiap
masa.

ii. Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan yang baik
iii. Memastikan bengkel mendapat pencahayaan yang mencukupi.
iv. Memastikan persekitaran yang bersih.Pelajar perlu membersihkan ruang

kerja setiap kali selesai menjalankan amali.
v. Tidak membuat bising supaya semua arahan pengajar atau penyelia dapat

didengar dengan jelas.
vi. Mengenlpasti kedudukan alat pemadam kebakaran supaya mudah dicapai

semasa kebakaran.

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 268

vii. Memahami arahan yang terdapat dalam Pelan Kecemasan
viii. Melengkapkan diri dengan latihan kebakaran .Setiap pelajar perlu menjalani

latihan kebakaran sekurang-kurang dua kali setahun
ix. Mengenal pasti kedudukan peti pertolongan cemas.Laporkan kepada

pengajar sekiranya kandungan peti pertolongan cemas tidak lengkap atau
rosak.

3.2 Prosedur ujian pemasangan elektrik dan elektronik

3.2.1 Peralatan dan peralatan ujian pemasangan elektrik dan elektronik

Elektronik berdigit ialah satu bidang yang sedang mengalami perkembangan yang
sangat pesat.Kepesatan tersebut telah dapat menghasilkan alat elektronik yang
semakin kecil saiznya tetapi semakin canggih dan kompleks fungsinya seperti
telefon,computer,calculator,kamera berdigit pemain cakera DVD dan lain-
lain.Kebanyakan alat pengukuran pula memberikan bacaan dalam bentuk berdigit
seperti thermometer,alat pengesan, tekanan darah,alat penimbang berat dan jam yang
memberikan bacaan lebih tepat dan cepat. Dalam elektronik berdigit,isyarat yang
diproses hanya mempunyai dua keadaan sahaja iaitu logik ‘0’ atau logic ‘1’.Isyarat yang
digunakan dalam litar elektronik berubah secara berterusan dinamakan isyarat analog
Rajah 49(a) dan Rajah 49(b) menunjukkan isyarat digital.

(a) Isyarat analog (b) Isyarat digital

Rajah 49:Isyarat elektronik

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 269

DIGITAL ANALOG

 Nilainya berubah secara  Nilainya berubah secara terus
discrit (step by step) (continues)

 Mudah didapati  Sukar didapati, nilai tertentu
(terpaksa dilaraskan)
 Kurang pengaruh dengan
bisingan  Menggunakan amplifier
menjadikan litar tidak teratur,
 Kelajuan yang pantas sukar direka dan ruang yang
luas.
 Terdapat IC menjadikan litar
lebih mudah, teratur dan
menggunakan ruang yang
kecil

Jadual 4: Perbezaan di antara digital dan analog

a. Konsep Logik
Dalam system elektronik berdigit,semua maklumat mestilah berada pada satu
daripada dua keadaan sahaja.Dua keadaan ini adalah pada logic ‘0’ atau logic
‘1’.Biasanya dalam sesuatu litar elektronik berdigit voltan tinggi mewakili logik
‘1’ manakala voltan rendah mewakili logik ‘0’.Isyarat berdigit logik ‘0’ dan logik
‘1’ dapat dihasilkan didalam suatu litar dengan menukar kedudukan suis
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah dibawah.

B10-32-22-LA3-1S (a) Litar 270

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

Keadaan Nilai voltan,Vk Keadaan Keadaan logik
suis LED

Buka 0V Tidak ‘0’
Menyala
Tutup
+5V Menyala ‘1’

Rajah 50: (a) Litar analog (b) Jadual keadaan logic ‘0’ dan ‘1

b. Get Logik
Get logik merupakan komponen asas bagi binaan komponen litar elektronik
berdigit yang lain.Get logik ialah satu komponen yang mempunyai satu
keluaran dan mungkin satu atau lebih masukan.Keluaran bagi tiap-tiap get
logik bergantung kepada keadaan di masukan.Jenis get yang berlainan
menghasilkan keluaran yang berlainan.Get-get yang terdapat dalam elektronik
berdigit ialah get TAK,DAN,ATAU,TAK DAN ,TAK ATAU, ATAU Eksklusif dan
TAK ATAU Eksklusif.

i. Get TAK/NOT/Inverter Gate (Get Penyongsang)
Get TAK mempunyai satu masukan dan satu keluaran. Get ini berfungsi
untuk menyongsangkan keadaan logik masukan. Jika logik masukan ialah ‘1’.
Maka keadaan logik keluaran ‘0’ manakala jika logik masukan ialah ‘0’, maka
keadaan logik keluaran ‘1’. Get logik penyongsang ini juga disebut get logik
NOT. Rajah 51 menunjukkan simbol get logik penyongsang (a) dan Jadual
Benar (b) get tersebut. Tanda palang di atas huruf bermaksud keadaan logik
keluaran telah disongsangkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Apabila
keadaan logik disongsangkan dua kali secara berturutan keluaran kembali ke
logik, asal seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3

(a) Simbol

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 271

Masukan Keluaran

0 1
1 0

(b) Jadual Kebenaran
Rajah 51: Get TAK

ii. Get DAN/AND Gate
Rajah dibawah (a) menunjukkan litar analog dan simbor get AND. Dalam
rajah tersebut mentol L akan menyala apabila kedua-dua suis S1 dan S2
ditutup. Keadaan ini mewakili logik ‘1’. Apabila satu daripada suis atau
kedua-dua suis tersebut terbuka, mentol tidak menyala. Keadaan ini mewakili
logik ‘0’. Tanda [•] digunakan untuk menunjukkan operasi get AND.
Contohnya A•B bermaksud A AND B. Jadual (b) menunjukkan rumusan
kendalian bagi litar analog get logik AND dan Jadual Benar (c) untuk Get AND

(a) Litar Analog dan simbol gate DAN

S1 Keadaan S2 Keadaan Mentol (L) Keadaan
logik logik logik
Buka Buka Tak nyala
Buka 0 Tutup 0 Tak nyala 0
Tutup 0 Buka 1 Tak nyala 0
Tutup 1 Tutup 0 0
1 1 Nyala 1

(b)Jadual kebenaran litar analog Get DAN

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 272

Masukan Keluaran

AB F = A.B

00 0
01 0
10 0
11 1

(c) Jadual Kebenaran
Rajah 52: Gate DAN

iii. Get TAK DAN/Gate NAND
Get logik NAND ialah gabungan get logik AND dengan get logik NOT yang
disambung secara berturutan. Contohnya A • B bermaksud A AND B.
Gabungan kedua-dua get logik ditunjukkan dalam Rajah dibawah (a)
manakala simbol get NAND ditunjukkan dalam Rajah dibawah .(b). Merujuk
Jadual (c) keluaran get logik NAND adalah bertentangan dengan keadaan
logik get AND.

(a) Gabungan get DAN dan get TAK (b) Simbol get TAK DAN

Masukan Keluaran

AB Y=A.B

00 1
01 1
10 1
11 0

(a) Jadual Kebenaran get TAK DAN
Rajah 53: Get TAK DAN

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 273

iv. Get ATAU/ Gate OR
Rajah dibawah menunjukkan litar analog (a) dan simbol get logik OR (b).
Dalam rajah tersebut, mentol L akan menyala apabila satu daripada atau
kedua-dua suis (S1 dan S2) ditutup. Keadaan ini mewakili logik ‘1’. Mentol
L tidak akan menyala apabila kedua-dua suis dibuka. Keadaan ini mewakili
logik ‘0’. Jadual (c) merumuskan operasi litar analog get logik OR dan
Jadual Benar get logik OR(d). Tanda [+] digunakan untuk menunjukkan
operasi OR. Contohnya, A OR B

S1 Keadaan S2 Keadaan Mentol Keadaan
J Logik Logik (L) logik
Buka
Buka 0 Tutup 0 Tak nyala 0
Buka 0 Buka 1 Nyala 1
Tutup 1 Tutup 0 Nyala 1
Tutup 1 1 Nyala 1

Jadual (c)

(a)Litar Analog (b) Simbol get ATAU

(c) Jadual Kebenaran litar analog get ATAU

Masuk Keluaran

AB F=A+B

00 0
01 1
10 1
11 1

(d) Jadual Kebenaran get ATAU
Rajah 54: Get ATAU

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 274

i. Get TAK ATAU/Gated NOR
Get logik TAK ATAU ialah gabungan get logik ATAU dan get logik TAK yang
disambung secara berturutan. Gabungan kedua-dua get logik ditunjukkan
dalam Rajah dibawah (a) manakala simbol get TAK ATAU adalah seperti
Rajah 8(b). Merujuk Jadual (c) keluaran get logik NOR adalah bertentangan
dengan keadaan get logik OR

(a) Gabungan get ATAU dan get TAK
(b)

(c) Get ATAU/Gated OR

Masuk Keluaran

AB Y=A+B

00 0
01 1
10 1
11 1

(c)Jadual Kebenaran
Rajah 55: Get TAK ATAU

vi. Get TAK ATAU Eksklusif
Mempunyai keluaran high apabila kedua-dua masukkannya adalah low atau
high

A
Y

B

(a) Litar logik ekslusif NO

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 275

A Y
B
(b) Simbol get EX-NOR

ABY
001
010
100
111

(c) Jadual Kebenaran
Rajah 56: Get EX-NOR

ii. Get ATAU Eksklusif/Gated EX-OR
Litar ekslusif OR (EX-OR) dibina daripada beberapa kombinasi logik. Rajah
dibawah (a) menunjukkan litar logik bagi get logik EX-OR yang paling mudah
dan keluarannya adalah Y = A  B. Rajah dibawah (b) menunjukkan simbol
get logik EX-OR. Tanda  digunakan untuk menunjukkan operasi EX-OR.
Contohnya, A  B bermaksud A EX-OR B. Dari Jadual (c) anda dapat
perhatikan bahawa keluaran get logik EX-OR berada dalam keadaan logik ‘1’
apabila kedua-dua masukan mempunyai keadaan logik yang bertentangan .
Jika kedua-dua masukan mempunyai keadaan logik yang sama maka
keluaran logik EX-OR ialah ‘0’

(a) Litar logik ekslusif OR

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 276

(b) Simbol get EX-OR

Masukan Keluaran

AB Y=AB

00 0
01 1
10 1
11 0

(c) Jadual kebenaran

Rajah 57:Get EX-ATAU

c. Pengenalan kepada data sheet Ic digital
Get-get yang dibina dengan menggunakan komponen seperti perintang,diod
dan transistor.Litar-litar ini dibina didalam bentuk litar bersepadu ataupun ‘cip’
yang lazimnya disebut dengan singkatan ‘Ic’ Intergrated Circuit. Bentuk Ic litar
berdigit bagi get yang biasa digunakan adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah dibawah mempunyai empat belas kaki dan dalam satu Ic terdapat
empat get asas dua masukan.

Kaki No 1

Rajah 58: Bentuk fizikal IC litar berdigit

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 277

d. Untuk mengenalpasti Ic bagi get tertentu,kita merujuk kepada nombor yang
tercetak diatas bungkusan Ic tersebut.Pengeluar Ic ini akan mengeluarkan
lampiran data yang akan memberikan susun atur kaki Ic tersebut selain
spesifikasinya.Satu contoh nombor litar bersepadu ialah Ic 7432 yang
mengandungi empar get ATAU seperti yang ditunjuk dalam Rajah
bawah.Untuk menentukan kaki nombor 1 bagi Ic,lihat tanda titik atau lihat
lekuk pada bungkusan Ic.Kaki nombor satu terletak disebelah kiri tanda
tersebut,diikuti kaki nombor 2 dan seterusnya seperti Rajah dibawah.

Rajah 59: Susun atur kaki bagi IC 7432

e. Litar Kombinasi get Logik
Litar dalam elektronik bsrdigit boleh dibahagian kepada dua kategori aitu litar
kombinasi get logic dan litar jujukan.Litar kombinasi get logic ialah litar
rangkaian get dengan keluaran yang bergantung kepadab keadaan di
masukan get pada keadaan semasa.Antara kegunaan litar kombinasi get logic
ialah dalam pembinaan litar penambah atau penolak dan juga dalam
melaksanakan sesesuatu reka bentuk litar logic.Kebolehan menganalisis litar
kombinasi get logic adalah diperlukan terutamanya dalam mereka bentuk litar
logik.
 Melakar Litar Kombinasi Get Logik daripada Ungkapan Logik Untuk
memudahkan rekabentuk litar kombinasi logik, kita perlu tahu dua
perkara asas persamaan logik iaitu :
 Apabila ada tanda ‘+’ di antara dua atau lebih pembolehubah, contohnya
A + B + C, ini bermakna semua pembolehubah diATAUkan.
 Apabila ada tanda ‘.‘ di antara dua atau lebih pembolehubah, contohnyaA
. B . C, ini bermakna semua pembolehubah diDANkan

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 278

Contoh 1:
Diberi satu fungsi kombinasi logik :

Y=A.B + A.B

Persamaan di atas mempunyai 2 sebutan iaitu A . B dan A . B dan dua
pembolehubah iaitu A dan B.
Sebutan pertama menggunakan fungsi logik DAN di antara A dan B di
mana A adalah alikkan bagi A. Ia diperolehi dengan menggunakan get
TAK.

Sebutan kedua juga menggunakan fungsi logik DAN di antara A dan B.
Kedua-dua sebutan di atas diATAUkan untuk membentuk persamaan
bagi Y.

Teliti dan cuba fahamkan Rajah dibawah litar logik gabungan di bawah :

A Y=AB+AB
B

B

Rajah 60: Litar logik gabungan

Contoh 2

Diberi fungsi logik : Y = A . C + B . C + A . B . C

Ungkapan ini mengandungi tiga sebutan iaitu : AC, BC dan ABC dengan
semuanya diATAUkan bersama.
Litar logik gabungan boleh dilukis dengan 2 cara :

 Gunakan Get ATAU-3 masukan dengan masukan AC, BC dan
ABC.Ini digambarkan dengan Rajah di bawah.

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 279

 Setiap masukan get ATAU merupakan sebutan hasildarab DAN, oleh
itu get DAN dengan masukan yang sesuai boleh digunakan

 untuk menerbitkan setiap sebutan itu. Cuba teliti dan fahamkan litar
logik gabungan tersebut seperti dalam rajah dibawah.

AC Y = AC + BC + ABC
BC
ABC

A

B
C Y=AC+BC+ABC

Rajah 61: Litar logik gabungan

d. Menghasilkan Ungkapan Logik daripada Litar Kombinasi Logik
Cara mendapat ungkapan logic logic daripada litar kombinasi get logik adalah
seperti dibawah:
 Ungkapan logic bagi setiap jenis get telah dipelajari sebelum ini.Cara
mendapatkan ungkapan logic daripada litar litar kombinasi get logic
ditunjukkan seperti Rajah 62.
 Litar kombinasi get logic tersebut mempunyai dua get TAK dan satu get
ATAU dan ungkapan logic ialah Y = A+B
 Masukan A dan B melalui get TAK sebelum ke masukan get ATAU.Oleh
itu, masukan bagi get ATAU ialah A + B maka keluaran A + B
 Keluaran get ATAU dalam Rajah 63 dimasukkan pula ke satu get DAN
bersama dengan masukan C, keluaran litar kombinasi get logic tersebut
ialah Y = (A +B) C

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 280

 Tanda kurungan mesti diletakkan pada ungkapan A + B untuk
menunjukkan operasi ATAU dilaksanakan terlebih dahulu.Litar
ditunjukkan pada Rajah 64.
Y=(A+B) . C+B C

Rajah 62: Litar kombinasi get logik

Rajah 63: Litar kombinasi get logik

Rajah 64: Kombinasi get logik

3.2.2 Pengujian pemasangan litar
Masukan bagi satu kitar kombinasi get logik berbentuk gelombang segi empat
sama,maka keluarannya juga adalah berbentuk gelombang segiempat sama.Gelombang
pada keluaran dapat dilakarkan dengan merujuk kepada gelombang masukan pada
setiap peringkat.Satu contoh diberikan dengan merujuk kepada litar kombinasi get Rajah
65 dan masukan A dan B seperti Rajah 66 .

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 281

Rajah 65 :Litar kombinasi get logic

 Merujuk Rajah 66 untuk melakar gelombang keluaran Y bagi gelombang
masukan A dan B seperti yang ditunjukkan,bentuk gelombang di masukan
get DAN perlu diketahui.

Rajah 66:Gelombang di masukan A dan B bagi litar dalam Rajah 65

 Masukan bagi get DAN pula merupakan keluaran bagi get ATAU dan
masukan A.Oleh itu,gelombang keluaran bagi get ATAU perlu diperolehi
terlebih dahulu.

 Masukan get ATAU ialah TAK A dan B ,maka gelombang bagi masukan
A perlu disongsangkan dahulu seperti Rajah 67(b),sebelum melakar
keluaran bagi get ATAU seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 67(d).Bagi
mendapatkan keluaran Y bagi kombinasi get logik dalam Rajah 65
,analisis dibuat ke atas get DAN dengan mengambil keluaran dari get
ATAU sebagai masukan bersama dengan masukan A.

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 282

Rajah 67:Analisis gambarajah pemasaan bagi litar Rajah 65

 Langkah ini ditunjukkan oleh Rajah 67(e) .Secara ringkasnya,analisis
keluaran bagi litar Rajah 65 dapat dilihat seperti Jadual 1

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 283

Jadual 6: Masukan dan keluaran litar
 Operasi-operasi Booleon

Aljabar Boolean boleh digunakan untuk menolong menganalisa litar logik dan
mengungkap kendaliannya secara matematik. Teoram Boolean digunakan
untuk memudahkan ungkapan litar logik. Di dalam unit ini kita akan
membincangkan lapan teoram asas Boolean serta kegunaannya.

 Hukum aljabar Boolean dan Teoram De Morgan merupakan salah satu cara yang
boleh digunakan untuk mempermudahkan ungkapan dan litar logik. Terdapat
8 teoram asas seperti yang dinyatakan di bawah. Perhatikan bahawa di dalam
setiap teoram, x merupakan pembolehubah logik yang boleh menjadi logik 0
atau 1. Setiap teoram disertai dengan gambarajah litar logik yang
menunjukkan kesahihannya.

a. Hukum DAN
Hukum ini menyatakan jika sebarang pembolehubah diDANkan dengan 0,
hasilnya akan menjadi 0. Ini mudah diingati kerana kendalian DAN seperti
pendaraban biasa, iaitu sebarang nombor apabila didarab dengan 0, hasilnya
adalah 0.

B10-32-22-LA3-1S  X.0 = 0 284
 X.1 = X
 X.X = X
 X.X = 0

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

b. Hukum ATAU
Hukum ATAU adalah seperti penambahan di mana keluaran get ATAU akan
menjadi 1 apabila salah satu daripada masukannya adalah 1 tanpa
menghiraukan nilai masukan yang lain.

XX

O

Get ATAU

 X +0 = X
 X +1 = 1
 X +X = X
 X +X = 1

a. Hukum TAK
Hukum TAK menyatakan bahawa keluarannya adalah terbalik daripada
masukkannya. Jika masukan X adalah 1 maka keluarannya akan menjadi 0
dan begitulah sebaliknya.

XX

Get Tak

b. Hukum Tukar-tertib
Teoram seterusnya melibatkan lebih daripada satu pembolehubah. Hukum
tukar-tertib menunjukkan bahawa turutan mengATAU atau mengDANkan 2
pembolehubah adalah tidak penting, hasilnya adalah sama.

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 285

X+Y=Y+X
X.Y =Y. X

c. Hukum Sekutuan
Hukum ini membolehkan kita mengelompokkan pembolehubah dalam
ungkapan DAN atau ungkapan ATAU mengikut cara yang diingini.
X(YZ) = (XY)Z =XYZ
X+ ( Y + Z ) = ( X + Y ) + Z = X + Y + Z

d. Hukum Taburan/Agihan
Hukum ini menyatakan bahawa sesuatu ungkapan itu boleh dikembangkan
dengan mendarab sebutan demi sebutan. Teoram ini juga menunjukkan yang
kita boleh mengfaktorkan sesuatu ungkapan.

X(Y+Z) =XY + XZ
( W + X ) ( Y + Z ) = WY + XY + WZ + XZ

e. Hukum Penyerapan
X + XY = X
X + XY = X + Y
X ( X + Y) = X
X ( X + Y ) = XY

f.Teorem De Morgan
Teoram ini berguna dalam memudahkan ungkapan hasildarab atau
hasiltambah pembolehubah yang disongsangkan.

(X+Y)=X.Y
(X.Y) =X+Y

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 286

RINGKASAN

1) Hukum tukar-tertib A + B = B + A A.B = B.A
A + (B+C) =( A +B)+C
2) Hukum sekutuan A.( B. C ) = (A.B) . C A.(B+C) = (A.B)+(A.C)
A.1=A
3) Hukum taburan A+(B.C) = (A+B).(A+C) A.A=A
A.0 =0
4) Hukum ATAU – DAN A + 0 = A A.A =0
A+B =A.B
A+A =A

A+1 =1

A+A =1

5) Teoram De morgan A . B = A + B

Jadual 7: Ringkasan Teorem Booleon

Contoh 1

Permudahkan persamaan Boolean berikut dengan menggunakan hukum
aljabar Boolean.

Q = AB + ABC

Penyelesaian

Q =AB + ABC
=A+B+A+B+C
=(A+A)+(B+B)+C
=A+B+C
=ABC

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 287

Contoh 2

Permudahkan persamaan Boolean berikut dan seterusnya lukiskan litar
logik dan jadual kebenaran yang sepadan.

Y= ABC+ABC+ABC+ABC

Penyelesaian

Y=ABC + ABC + ABC +ABC
= ABC + ABC +ABC +ABC
= AB(C+C)+ AC(B+B)
= AB(1) + AC(1)
= AB + AC

Litar logik : Y=AB+AC
A
B

C
Jadual kebenaran :

A B C Y=AB +AC

00 0 1

00 1 0
01 0 1
01 1 0
10 0 1
10 1 1
11 0 0
11 1 0

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 288

3.2.2.1 Keluarga Logik

Get logik dibina dalam bentuk litar bersepadu.Terdapat dua kategori utama dalam
binaan litar bersepadu iaitu keluarga TTL dan CMOS.Kedua-dua keluarga litar
bersepadu ini menggunakan komponen yang berlainan sebagai asas binaannya.

a. Keluarga TTL
Litar bersepadu daripada keluarga TTL menggunakan teknologi transistor
dwikutub sebagai asas binaanya.Litar bersepadu TTL dapat dikenali dengan
melihat nombor tercetak diatas bungkusannya.Litar bersepadu daripada
keluarga TTL mempunyai nimbir 74XX,74LSXX,74ASXX dan sebagainya.Satu
contoh litar bersepadu TTL ialah 7432 yang mempunyai empat get
ATAU.Antara ciri litar bersepadu daripada keluarga TTL ialah:

i. Mempunyai kebolehan untuk berfungsi dengan lebih pantas
ii. Mempunyai kadar lesapan kuasa yang tinggi
iii. Memerlukan ruang lebih besar untuk binaannya
iv. Menggunakan bekalan kuasa +5V (+-10%)

b. Keluarga CMOS
 Litar bersepadu daripada keluarga CMOS dibina dengan menggunakan
transistor FET jenis N dan jenis P.Litar bersepadu keluarga CMOS yang
mula-mula dibina menggunakan nombor 40XX diikuti oleh nombor
74CXX,74HCXX,74HCTXX dan sebagainya.Antara ciri litar bersepadu
daripada keluarga CMOS ialah:

i. Memerlukan ruang yang kecil sahaja untuk binaanya
ii. Mempunyai kadar lesapan kuasa yang rendah
iii. Mempunyai kelajuan yang rendah berbanding TTL
iv. Mudah terdedah kepada elektrik static
v. Kurang peka kepada kebisingan
vi. Menggunakan bekalan 3V – 15

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 289

 Kedua-dua keluarga litar bersepadu unu mempunyai kekurangan dan
kebaikkan masing-masing.Secara ringkasnya kebaikan dan kekurangan
kedua-duanya dapat dirumuskan dalam Jadual 2.Litar bersepadu CMOS
menggunakan nombor seperti jadual 3

Jadual 8: Kebaikan dan kekurangan TTL dan CMOS

Jadual 9: Makna singkatan IC TTL dan CMOS

Operasi pengujian Ic digital menggunakan Logic Pulser, Logic Probe dan Logic
Analyzer
3.3 Kaedah ujian kefungsian elektrik dan elektronik

Tujuan ialah untuk memeriksa dan membuat ujian keatas Litar Bersepadu supaya dapat
memastikan komponen tersebut berfungsi dengan baik.Logic pulser boleh digunakan
bersama-sama logic probe untuk memeriksa dan membuat ujian litar supaya litar-litar
yang lebih kompleks dapat dibuat ujian. Jika kita tidak menggunakan logic pulser
mungkin

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 290

kita tidak dapat menghasilkan kesemua kempat-empat isyarat yang kita perlukan untuk
ujian mengenalpasti kerosakan IC.

3.3.1 Pengujian litar logik

Rajah 68 menunjukkan bagaimana persediaan dijalankan bagi membuat ujian IC jenis
get DAN. Jadual Benar yang ditunjukkan pada keluaran get ini adalah high bila kedua-
dua masukan adalah high. Bagaimana kita hendak membuat ujian get jenis begini?
Sebelum kita memulakan ujian, kita terpaksa membuka suis peralatan berkenaan. Get
logik tidak akan beroperasi melainkan IC mendapat kuasa elektrik bagi kedua-dua
peralatan iaitu logic probe dan logic pulser memerlukan kuasa elektrik jenis +5V dc.

 Sambungkan bahagian atas logic probe kepada kaki nombor 3. Pin ini
membawa keluaran get berkenaan. Get DAN mempunyai dua masukan. Kita
boleh membekalkan kedua-dua keluaran serentak dengan hanya
menggunakan satu logic pulser sahaja bagaimana sebenarnya kita boleh
menguji get berkenaan. Jika sekiranya input kepada get adalah kurang aktif
mungkin kita boleh menggunakan isyarat masukan yang sedia ada. Sebagai
contoh jika satu input adalah high dan satu lagi adalah low seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 68. Dengan menggunakan logic pulser masukan
satu siri denyutan yang high kepada input B dan perhatikan apa yang berlaku
pada output C dengan membuat ujian logic probe seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual Benar. Oleh kerana satu masukan adalah high kita harus
memeriksa setiap denyutan pada input B menuju ke keluaran.

 Ujian yang begini biasanya tidak mudah dilakukan. Kadangkala isyarat
masukan berubah terlalu cepat untuk kita mempastikan masukan yang
menuju pada ketika itu.

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 291

3.3.2 Pengujian Pemasangan

Rajah 68: Ujian dengan menggunakan logik probe dan logik pulser

a. Logic Probe
Tujuan peralatan ini untuk membuat ujian bagi mendapatkan keadaan logik
pada pin-pin tertentu.Logic Probe ini akan menunjukkan samada pin yang diuji
mempunyai isyarat logik high, low atau denyutan. Sesetengah logic probe
yang lebih baik dapat menunjukkan isyarat yang terapung di antara logik low
dan logik high. Pada IC jenis TTL bacaan yang kurang daripada 0.5V
dianggap sebagai logik low dan bagi voltan lebih daripada 2.2V dianggap high.

 Sesetengah IC jenis CMOS boleh menggunakan bekalan kuasa dengan voltan
yang lebih tinggi. Pada IC jenis CMOS logik low adalah bila voltan berada
pada kedudukan 30% daripada bekalan voltan. Logik High ialah bila voltan
berada lebih daripada 70% daripada bekalan voltan. Kebanyakan jenis logik
probe yang mempunyai sukatan yang berbeza untuk menguji IC TTL dan
jenis CMOS.

 Logic probe biasanya disambung untuk mendapatkan bekalan kuasa daripada
alatuji. Contohnya bila kita sedang menguji IC 1 maka bekalan elektriknya
perlulah diambil daripada pin IC 1 itu sendiri. Kebanyakan logic probe boleh
beroperasi dengan menggunakan bekalan 5V dc . Kebiasaannya logic probe
mempunyai dua punca bekalan elektrik. Punca elektrik ( merah ) perlu
disambungkan kepada Vcc 5V dan punca ( hitam ) disambungkan ke bumi.

 Logic probe perlulah disambungkan kepada GND untuk dijadikan isyarat yang
sedang diuji. Logic probe sepatutnya menggunakan GND yang paling hampir
letaknya dengan tempat di mana ujian dijalankan. Jika GND terlalu jauh

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 292

letaknya dengan tempat di mana ujian dijalankan. Jika GND terlalu jauh
letaknya dari bekalan kuasa, kita patut menggunakan punca GND daripada IC
yang sedang diuji. Katakanlah kita ingin membuat ujian digital keatas sebuah
IC, iaitu satu inverter. Inverter akan menukarkan input kepada logik yang
sebaliknya. Dengan kata lain inverter akan menyongsangkan masukannya.
Jika input high, inverter akan menyongsangkannya kepada low dan begitulah
sebaliknya.

 Rajah 69 di bawah menunjukkan bagaimana ujian dijalankan keatas inverter
dengan menggunakan logic probe. Rajah menunjukkan input inverter
menerima logik low. Dalam hal ini kita boleh menyentuh hujung logic probe
kepada input pin A bagi inverter berkenaan . Lampu penunjuk bagi logik low
akan menyala dan bila disentuh logic probe pada output pin B, lampu
penunjuk untuk logik high akan menyala. Dalam Rajah 70 pula inverter
menerima input high. Bila kita memeriksa bahagian output inverter berkenaan
lampu penunjuk bagi logik low ( hijau ).

Rajah 69: Pengujian input low, output high

Rajah 70: Pengujian input high, output low

 Contoh yang lebih rumit ditunjukkan pada Rajah 71. Dalam contoh ini terdapat
satu siri denyutan negatif yang mengalir ke dalam input inverter. Bila kita
menyentuh hujung logik probe kepada pin input A dan perhatikan lampu

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 293


Click to View FlipBook Version