The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izawatiazman, 2021-08-15 00:03:56

B10 SEm 2

Nota Mekatronik

 Penunjuk denyutan ( lampu warna oren ) berkelip-kelip . Lampu logik high
menyala kerana denyutan ( pulse ) mempunyai tempoh high yang lebih
panjang daripada masa low. Sekarang semak pula bahagian output B untuk
inverter berkenaan. Kita akan dapati lampu penunjuk untuk logik low ( hijau )
akan menyala dan lampu penunjuk untuk denyut masih lagi berkelip. Ini
adalah kerana denyut output mempunyai masa tinggi lebih lama daripada
masa low.

 Bila denyut mempunyai masa high yang sama dengan masa low maka kedua-
dua lampu untuk high ( merah ) dan low ( hijau ) akan menyala bersama-sama
dengan lampu yang menunjukkan denyut.

 Semasa mengenalpasti kerosakan, logic probe telah menunjukkan beberapa
jenis isyarat yang luar biasa. Jika garisan isyarat tidak berfungsi logic probe
tidak akan menyalakan mana-mana lampu penunjuk. Kadang kala litar digital
menghasilkan nilai yang di antara high dan low. Keadaan isyarat ini dikenali
dengan keadaan terapung. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku melainkan
pada garisan bus data. Logik probe yang berbeza-beza menggunakan sistem
yang berlainan untuk menunjukkan garisan terapung. Pada satu jenis logic
probe, lampu penunjuk logik high ( merah ) dan logik low ( hijau ) akan
menyala secara serentak tetapi dalam keadaan malap. Dengan menggunakan
sedikit kemahiran kita dapat menentukan jenis penunjuk yang bagaimana
menunjukkan keadaan terapung. Kadangkala kita kurang pasti samada logic
probe menunjukkan keadaan terapung atau tidak. Untuk memastikannya ,
sentuh bahagian hujung probe dengan jari dan sekiranya garisan ini terapung
maka logic probe menunjukkan bacaan yang sangat high. Sebenarnya jari kita
telah memasukkan sedikit gangguan ke dalam garisan berkenaan dan ini
cukup menyebabkan garisan terapung tadi dalam tahap high. Keadaan ini
adalah sesuai untuk litar TTL sahaja.

 Kita boleh menggunakan logik probe untuk menguji sebarang litar digital yang

menggunakan 5V dc atau 0Vdc. Berhati-hati semasa membuat kerja supaya

kita tidak menyentuhkan logic probe ke mana-mana bahagian yang membawa

bekalan 12V dc. Kita perlu berhati-hati supaya kita tidak menyentuh lebih dari

satu pin IC pada satu masa dengan hujung logic probe. Jika kita menyentuh

dua pin serentak, akan terjadi litar pintas yang mana boleh mengakibatkan

kerosakan IC

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 294

A O/P
Low High
High Low

Jadual 10: Jadual Benar Inverter ( Get NOT )

 Rajah 71 menunjukkan penggunaan logic probe bagi menentukan isyarat digital
input dan output.Berikut adalah cara menguji satu get DAN dengan
menggunakan logic probe dan logic pulse.

(a) Keluaran Low

(b)Keluaran High

Rajah 71 :Keluaran (a) Low dan (b)High

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 295

AB O/P
Low Low Low
Low High Low
high high high

Jadual 11: Jadual benar Get AND

b. Logic Analyzer
 Memahami cara menguji IC menggunakan Logic Analyzer.Logic Analyzer

digunakan secara meluas untuk menguji litar logik. Walaupun osikloskop
boleh melakukan sebahagian fungsi yang dilakukan oleh Logic Analyzer
tetapi Logic Analyzer lebih sesuai untuk beroperasi dengan litar digital kerana
kebolehannya memaparkan perbezaan masa isyarat-isyarat yang banyak.
Logic Analyzer juga boleh mengesan isyarat logik di mana setiap garis isyarat
digital boleh diperhati dan dikaji.

 Logic Analyzer direka untuk memperhatikan isyarat digital yang banyak. Ia terdiri
dari paksi x dan paksi y dimana logik high atau low dapat dikenalpasti. Oleh
kerana ia digunakan untuk mengkaji isyarat digital yang banyak ia selalunya
datang dengan 32 hingga 132 saluran dimana setiap saluran mengawal satu
isyarat. Walaubagaimanapun sesetengah Logic Analyzer direka untuk
mengawal lebih banyak isyarat maka dengan itu ia boleh mengesan
kerosakan keatas litar digital yang lebih kompleks.

 Walaupun operasi logic Analyzer kelihatan rumit pada awalnya tetapi apabila
diset dengan betul ia akan memberi pulangan yang sangat mengesankan.
Apabila probe disambungkan kepada mana-mana litar digital yang hendak
dikaji ia sebenarnya telah terprogram dengan setiap isyarat yang terdapat
dalam litar digital tersebut. Terdapat dua ragam iaitu :

i. Ragam Pemasaan – isyarat akan disampel pada jeda biasa berdasarkan
internal atau externel clock.

ii. Ragam Kedudukan – satu atau lebih isyarat akan dianggap sebagai clock
dan data akan disampel pada pinggir clock ini.

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 296

 Setelah ragam dipilih, kedudukan trigger boleh diset. Keadaan trigger boleh
berubah dari satu pinggir isyarat yang mudah kepada keadaan di mana
beberapa keadaan yang mempunyai berbagai isyarat. Dengan keadaan
trigger

 diset Logic Analyzer boleh dijalankan, dipicu sekali atau beberapa kali. Data yang
diperolehi akan dipaparkan dan dianalisa.

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 297

SOALAN
1. Tuliskan persamaan Boolean bagi kombinasi litar logik di bawah :

2. Lukiskan litar logik bagi persamaan Boolean berikut :

M = ( AB ) + ( C + D )
3. Permudahkan persamaan Boolean berikut dengan mengunakan hukum aljabar

Boolean.
Q= AB + A BC

4. Sila nyatakan operasi hukum DAN serta hukum ATAU?
5. Senaraikan 3 get-get asas dalam litar digital .

6. Apakah perbezaan antara get TAK ATAU dan get TAK DAN ?
7. Lukiskan simbol bagi get –get berikut beserta jadual kebenarannya sekali :

a) Simbol get DAN dan Jadual kebenarannya
b) Simbol get EX-OR dan Jadual kebenarannya

8. Jelaskan perbezaan diantara Logik Probe dan Logik Pulser.
9. Jelaskan kegunaan Logic Analyzer.
10. Terangkan bagaimana menguji Inverter dengan menggunakan logik probe.
11. Nyatakan kelebihan Logik Analyzer

RUJUKAN

1. INSTRUCTION MANUAL
a. Logic Probe
b. Logic Pulser

2. http://www.radio-electronics.com/info/t_and_m/logic_analyzer/logic_analyzer.php
3. MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

B10-32-22-LA3-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 298

LA4 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION ELECTRICAL AND ELECTRONIC
SYSTEMS ASSEMBLING TROUBLESHOOTING

4.1 Mengesan kerosakan pemasangan litar Elektrik dan Elektronik
Sebelum mengetahui teknik-teknik dalam mengesan kerosakan seharusnya diketahui
dahulu keperluan sesebuah sistem. Dalam mana-mana sistem ia mempunyai hierarki
yang tersendiri.Ia amatlah perlu terutama kepada juruteknik atau pembantu jurutera
dalam mengesan dan membaikpulih sesebuah sistem. Begitu juga dengan mengesan
kerosakan pada alat-alat elektronik. Sebab-sebab berlakunya kerosakan pada litar
elektronik.

a. Kelemahan semasa pemasangan
 Kerosakan ini berpunca daripada pekerja-pekerja kilang yang tidak
berpengalaman untuk membuat litar tersebut
 Contohnya pekerja-pekerja asing yang datang bekerja disektor perkilangan
yang tidak mempunyai pengalaman dalam menjalankan kerja membuat
litar elektronik dan ini menyebabkan litar elektronik tidak tahan lama atau
sering berlakunya kerosakan dalam jangkamasa yang singkat.

b. Pergerakan tidak normal
 Kerosakan ini adalah disebabkan daripada litar yang terjatuh dan
berlakunya goncangan yang kuat
 Contohnya pekerja-pekerja yang mengangkat sesuatu barang elektronik
untuk dihantar ke kedai atau syarikat dan barang tersebut terjatuh semasa
kerja-kerja pemungahan. Pekerja-pekerja tidak akan memeriksa barang
tersebut jika berlaku kerosakan ataupun tidak.

i. Defect dari kilang
 Kerosakan ini disebabkan berlakunya Dry selepas 1
minggu disebabkan solder tersebut lekang, ini adalah
kerana timah pemateri yang digunakan tidak sesuai atau
kekurangan timah pemateri semasa kerja pematerian

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 299

ii. Haba,kelembapan,kekotoran dan pencemaran
 Haba-Sebagai contoh, peti sejuk tidak boleh berdekatan
atau terlalu rapat pada dinding, ini adalah kerana haba
yang keluar daripada peti sejuk tersebut akan tersekat
dan menyebabkan peti sejuk tersebut cepat rosak atau
tidak tahan lama

 Kelembapan- sebagai contoh rice cooker yang
mengeluarkan terlalu banyak wap air

 Kekotoran-Contoh television, habuk-habuk yang
terdapat didalam television tersebut boleh menyebabkan
berlakunya kerosakan kerana habuk-habuk ini boleh
mempengaruhi kesan udara atau kepanasan pada
television tersebut

 Binatang atau serangan- Binatang adalah punca utama
yang sering berlakunya kerosakan pada komponen atau
litar atau alat elektronik.Ini adalah kerana badan
binatang mempunyai cecair jika binatang tersebut
terkena arus elektrik cecair tersebut menyebabkan
berlakunya litar pintas pada alat elektronik

Masalah yang biasa berlaku pada litar elektronik
4.1.1 Short Circuit

 Arus mengalir secara terus dan tiada sekatan voltan akan turun
 Haba akan meningkat
 Berlaku letupan apabila menghidupkan alat elektronik

4.1.2 Intermittent

 Suatu kesalahan seketika, yang sering dipanggil hanya "sekejap", adalah

kerosakan peranti atau sistem yang berlaku pada selang waktu, biasanya

tidak teratur, dalam peranti atau sistem yang biasanya berfungsi pada masa-

masa lain. Kesalahan yang berselang-seli adalah perkara biasa pada semua

cabang teknologi. Kesalahan sekejap disebabkan oleh beberapa faktor

penyumbang, beberapa di antaranya mungkin secara rawak secara berkesan,

yang berlaku serentak. Semakin kompleks sistem atau mekanisme yang

terlibat, semakin besar kemungkinan kesalahan berselang-seling.

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 300

4.1.3 Open Circuit
 Salah satu kaki komponen terbuka atau terputus
 Arus menunjukan ‘0’
 Litar tidak beroperasi
 Berlakunya dry solder

4.1.4 Dry joint
 Pematerian yang dibuat tidak sempurna atau timah terlalu sedikit. Bila Diukur
dengan multimeter tiada voltan atau arus melaluinya

4.2 Teknik mengesan cara fizikal
 Mengesan cara fizikal melibatkan beberapa jenis deria yang kita gunakan,
di antaranya ialah deria pandang/lihat , dengar, hidu, dan rasa/sentuh.

a. Pandang
Apabila kawasan atau bahagian yang disyaki telah rosak diketahui, sebelum
membuat ujian-ujian lain, kita kesan dengan memerhatikan komponen atau
papan litar tercetak sekitar bahagian sama ada baik atau terbakar, longgar,
patah dan sebagainya. Contohnya : fius yang terputus boleh dilihat secara
fizikal semasa sesuatu alat dihidupkan, kita juga boleh memerhatikan jika ada
kesan berasap,‘sparkling’ atau terbakar.

b. Dengar dan Hidu
Kadang-kadang komponen yang terbakar atau ‘sparkling’ tidak dapat dilihat
dengan mata kasar, tetapi ia kedengaran atau terbau. Contohnya pengubah
voltan tinggi sering ada sparkling jika penebatnya retak tetapi tidak boleh
kelihatan hanya terdengar bunyi ‘hiss’ atau pengubah yang terlampau panas
hanya mengeluarkan bau hangit.

c. Rasa
Ini bukan bermakna kita harus kita harus merasakan gegaran atau operasi
komponen, kita boleh mengesan dengan rasa komponen yang lampau panas
tetapi pengesanan dibuat harus mengambil kira keselamatan. Misalnya
komponen yang hampir kepada voltan tinggi, voltan bekalan a.u, pemuat nilai

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 301

besar bercas dan sebagainya. Selain dari pandang, kita juga boleh
menggunakan deria rasa untuk mengetahui sama ada komponen yang
terpatah, longgar pateri, tercabut, terputus dan sebagainya

4.3 Tindakan pembetulan
Sistem baikpulih adalah salah satu system yang penting kerana ia akan membuat
pembetulan terhadap peralatan atau pemasangan yang tidak berjaya untuk mencari
punca kerosakkan dan mempulihkan system dengan mengambil tindakan yang betul.
4.3.1 Teknik mengesan keroskan

a. Mengukur voltan
 Peralatan yang digunakan adalah Multi meter dan osiloskop
 Pengukuran voltan mestilah selari dengan litar.
 Jika voltan yang diukur adalah tinggi ini menunjukan berlakunya litar
pintas.
 Jika tiada voltan pada masukan ini menunjukan litar buka
 Teknik menggunakan gelombang asal pada sesuatu titik ujian sebagai
rujukan.Gelombang asal boleh didapati pada litar skematik yang
disertakan bersama litar semasa pembelian sistem.Dengan menggunakan
isyarat masukan yang sesuai pada masukan litar,ujian gelombang boleh
dilakukan pada titik yang dikehendaki dengan menggunakan osiloskop

b. Pengukuran arus
 Pengukuran arus hendaklah diukur secara sesiri
 Jika arus tinggi ini menunjukan litar buka

c. Ujian keterusan
 Perkara utama yang perlu dilakukan semasa menjalankan ujian keterusan
adalah OFF kan bekalan kuasa.

 Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui samada penyambungan berada dalam
keadaan baik atau tidak.
i. Pengukuran Rintangan
 Mengukur rintangan pada satu-satu bahagian, keseluruhan
bahagian atau kumpulan litar yang didapati rosakNilai
perintang mesti diukur walaupun mempunyai kod warrna
kerana, mungkin dikuatiri terdapat kerosakan pada
perintang tersebut

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 302

ii. Kaedah Gantian
 Kaedah ini adalah dengan mengantikan litar yang rosak
kepada litar yang baik.
 Ini bermaksud dengan mengantikan terus semua litar
tersebut

iii. Bridging (Penyatuan)
 Ini bermaksud mengantikan komponen yang sudah lama
atau mengambil komponen pada litar lain yang tidak
digunakan lagi.
 Selalunya juruteknik hanya mengantikan kapasitor sahaja

iv. Kaedah pemasangan

 Kaedah ini bermaksud koper pada litar apabila panas ia
akan bercantum dan apabila sejuk ia akan putus atau
mengecut. Litar akan berlaku Open Circuit

v. Kaedah Pembekuan

 Ini bermaksud menggunakan alat penyejuk sebagai contoh
gunakan kipas untuk bahagian yang panas apabila
beroperasi

vi. Solder Semula

 Ini adalah untuk litar yang berlakunya litar buka atau Open
Circuit

vii. Half-split

 Kaedah ini bermaksud mencari atau memeriksa kerosakan
dari blok ke blok

viii. Input ke Output

 Memeriksa atau mencari kerosakan dari Input litar hingga
ke output litar

ix. Output ke Input

 Kaedah ini pula mencari kerosakan dari Output atau
keluaran litar ke input atau masukan litar

x. Random

 Kaedah ini pula dengan memeriksa litar tersebut secara
rawak dan kebanyakan juruteknik menggunakan cara ini
lebih berkesan atau mudah

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 303

Langkah-langkah mengesan kerosakan
Untuk memudahkan kita melakukan baikpulih terhadap sesuatu litar atau peralatan, kita
semestinya mengesan sebarang kerosakan yang terdapat pada peralatan tersebut.
Kerosakan-kerosakan dapat dikesan berdasarkan bacaan yang telah kita perolehi
daripada litar yang sebelum kita mula mencari sebarang kerosakan

Analisa Keadaan (visual inspection)
 Semasa membuat pemeriksaan visual, tanda-tanda tertentu yang mungkin
menyebabkan litar pintas dan litar terbuka dikesan melalui pemeriksaan
dengan mata kasar. Antara tanda-tanda yang perlu diperhatikan dan
kesannya adalah seperti berikut:
a. Dapatkan Litar
 Setelah memastikan punca atau masalah kerosakan dapatkan litar
yang sesuai untuk membaiki litar tersebut

b. Mengesan Kerosakan sebenar
 Setelah mempunyai litar, kaedah untuk mengesan kerosakan
dimulakan

c. Tentukan Simptom
 Simpton bermaksud tanda-tanda kerosakan yang berlaku pada
sesuatu litar secara jelas atau tidak jelas.
 Secara jelas - tanda-tanda kerosakan yang dapat dilihat dengan mata
kasar.
 Secara tidak jelas - tanda-tanda kerosakan yang tidak nampak atau
tidak nyata kerosakannya

d. Tentukan peralatan yang sesuai
 Untuk uji talian litar bagi mengesan kerosakan

e. Menyelesaikan masalah
 Dengan teknik-teknik baikpulih berpandukan skematik diagram

f. Tentukan peralatan yang sesuai
 Untuk uji talian litar bagi mengesan kerosakan

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 304

g. Menyelesaikan masalah
 dengan teknik-teknik baikpulih berpandukan skematik diagram

4.3.1.1 Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian
 Pemeriksaan visual tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu pada
sesuatu litar. Oleh yang demikian, pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan
dengan menggunakan alat pengujian tertentu.

 Meter pelbagai adalah satu alat pengujian yang paling biasa digunakan dalam
pemeriksaan ini.

Rajah 72 :Meter analog

 Satu daripada tujuan pemeriksaan ini ialah untuk memastikan bahawa jumlah
rintangan keseluruhan litar yang dipasang tidak sifar atau infiniti. Jika
bacaannya sifar, projek mempunyai litar pintas dan jika bacaannya infiniti,
projek mempunyai litar terbuka.

i. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang paling

rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm)

ii. Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung

bateri dan perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang

ditunjukkan oleh meter ohm. Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk oleh

jarum penunjuk. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh meter itu

tidak sifar atau infiniti. Jika projek

iii. dipasang dengan suis, ubah kedudukan tuil suis beberapa kali sambil

memerhatikan kedudukan jarum penunjuk meter. Anda perlu menukar julat

satu tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilai rintangan keseluruhan litar

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 305

melebihi bacaan maksimum yang boleh diukur oleh meter pada julat yang
dipilih
iv. Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah ii.

 Jika projek dipasang menggunakan verobod, ada kalanya pemeriksaan
secara visual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum bersebelahan yang
pintas (kerana limpahan timah pateri yang terlalu kecil). Keadaan ini boleh
dikesan menggunakan meter ohm mengikut langkah berikut:

i. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang paling
rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).

ii. Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi pada
balapan bersebelahan. Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan
bacaan infiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja
disambung menggunakan wayar pelompat).

iii. Jika bacaan sifar ohm diperolehi, lalukan bit alat pemateri panas di
sepanjang balapan untuk mencair dan membuang limpahan timah pateri.

iv. Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pintas telah diatasi

 Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah litar
pintas, litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki, barulah projek
tersebut boleh dikenakan punca voltan

 Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan perkara-perkara berikut sebelum
menyambung bekalan voltan kepada projek:
i. Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan mengikut punca
yang betul. Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala wayar hitam
adalah wayar negatif (-).
ii. Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah seperti yang
dikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi dengan sempurna. Voltan
yang lebih tinggi boleh merosakkan komponen manakala voltan yang
rendah tidak akan memberi kesan yang memuaskan.
iii. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK boleh
disambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus ulangalik

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 306

4.3.1.2 Keperluan untuk pengesanan kerosakan
a. Kemahiran membaca Litar Skematik
 Ia sangat penting kerana ia mampumembantu seseorang juruteknik
mengenalpasti komponen-komponen yang terdapat didalam system
menggunakan symbol piawai komponen.Ia jiga akan memudahkan
baikpulih serta mengenalpasti titk ujian yang boleh digunakan pada
komponen yang rosak.

b. Gunakan Buku panduan Litar Bersepadu
 Ia memudahkan seseorang juruteknik mengenal ciri-ciri komponen
dengan cepat dan senang .Selain itu ,ia juga memudahkan juruteknik
mengetahui fungsi kaki-kai IC dan dapat melakukan pengujian isyarat
pada kaki-kaki IC tersebut dengan betul.Menggunakan nombor
sirinya,pembelian IC baru dapat dilakukan dengan mudah bagi tujuan
penggantian komponen baru.

c. Kemahiran membaca Rajah Pemasaan
 Melalui rajah pemasaan,juruteknik dapat mengesan jujukan sesuatu
peristiwa yang berlaku dalam sistem untuk sesuatu tempoh masa dengan
baik.Rajah pemasaan piawai dapat membantu membandingkan dengan
rajah pemasaan system yamg diuji bagi mengenalpasti kerosakan.

4.3.1.3 Penggantian Komponen
Apabila anda hendak menggantikan komponen yang rosak, komponen gantian
anda mestilah mempunyai spesifikasi yang sama dengan komponen asal. Berikut
adalah beberapa contoh penggantian komponen
a. Penggantian fius
 Apabila fius terbakar pada mana-mana alat elektronik, fius tersebut perlu
digantikan dengan fius yang saiz dan kadaran yang sama. Sekiranya fius
tidaak menikut kadaran ini akan membahayakan pengguna dan
merosakkan peralatan

b. Penggantian Perintang
 Perintang yang rosak perlu diganti dengan perintang yang mempunyai
nilai, jenis, dan kuasa yang sama. Jika tidak perintang tersebut akan
rosak dan menyebabkan komponen lain turut rosak

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 307

 Buka- Kerosakan ini berlaku akibat dari pengaliran arus yang melebihi
had yang boleh mengakibatkan komponen ini terputus sambungannya
dibahagian dalamnya.

 Tinggi nilai-Kerosakan jarang berlaku pada komponen
perintang.Kerosakan ini menunjukkan nilai rintangan lebih dari
biasa.Apabila diukur dengan meter ohm,bacaan sebenar tidak diperolehi
sebaliknya lebih tinggi.

c. Penggantian Pemuat
 Pemuat yang rosak perlu digantikan dengan pemuat yang mempunyai
nilai kemuatan, jenis dan kadaran voltan yang sama. Jika nilai kemuatan
tidak sama, pemuat itu akan mempengaruhi kendalian litar. Jika nilai
kadaran voltan pemuat kurang daripada nilai spesifikasi, pemuat tersebut
akan rosak
 Litar Buka - biasanya disebabkan oleh bahagian dalam terminal yang
tertanggal dari plat pemuat. Kerosakan ini boleh dikesan dengan
menggunakan multimeter dimana jarum penunjuk multimeter bacaan
yang paling rendah
 Litar pintas - litar pintas mungkin berlaku disebabkan oleh kerosakan
pada penebat dielektrik kerana voltan yang berlebihan atau terlampau
panas
 Kebocoran berlebihan - Pemuat disifat sebagai bocor berlebihan apabila
ia tidak dapat menyimpan cas. Ia boleh diuji dengan menggunakan
multimeter dalam julat ohm dimana jarum penunjuk akan naik dan turun
dengan cepat. Apabila satu pemuat yang baik diuji dengan multimeter
dalam julat ohm, jarum penunjuk meter akan turun ke bacaan rendah dan
perlahan-lahan bergerak ke bacaan yang tinggi (pemuat jenis elektronik)

4.3.1.4 Prosedur Mengesan Kerosakan
a. Jujukan untuk mengesan kerosakan
Untuk mengesan kerosakan pada alatan dengan cepat dan mudah kamu perlu
menikuti prosedur yang betul. Langkah-langkah di bawah menunjukkan
jujukan mengesan kerosakan dan baik pulih pada peralatan elektrik.

i. mengenalpasti kendalian
ii. mengenalpasti bahagian kerosakan

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 308

iii. membuka alat
iv. mengenalpasti bahagian / komponen yang rosak
v. menukar ganti komponen yang rosak
vi. memasang alat
vii. mengguji alat

4.4 Assemble electrical and electronic adjustment quality

4.5 Kaedah Baik Pulih
 Lampu pendarflour mempunyai empat bahagian yang penting iaitu punca
bekalan, pemuat , tiub dan cok. Untuk mengenalpasti bahagian yang rosak
kamu boleh merujuk kepada Rajah 72 carta aliran di bawah. Jika lampu
pendarflour tidak berfungsi, voltan punca bekalan diperiksa dengan
menggunakan meter pelbagai pada julat 250VAU. Jika ada bekalan,
keterusan cok diperiksa dengan meter pelbagai pada julat ohm.jika tiada
keterusan pada cok, cok diganti dengan yang baru yang mempunyai
spesifikasi yang sama dengan yang asal. Jika cok dalam keadaan baik,
pemula diperiksa dengan menggunakan kaedah gantian (pemula ynag baik)
jika pemula tidak rosak, tiub diuji dengan menggunakan kaedah gantian.
Sekiranya tiada bekalan pada peringkat awal keterusan talian bekalan dari
suis hingga ketamatan lampu pendarflour diperiksa dengan menggunakan
multimeter pada julat ohm. Jika tiada kerosakan sama ada suis atau talian
bekalan digantikan dengan yang baru. Jadual 10 menunjukkan beberapa
masalah yang mungkin berlaku pada lampu pendarflour.

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 309

Kerosakan Sebab

Fius terbakar semasa hendak  Pemuat rosak
dihidupkan  Terjadi litar pintas di dalam

bekalan

Lampu tidak menyala selepas  Tiada bekalan
dihidupkkan  Elektrod tiub putus
 Pemula rosak

Lampu gagal menyala  Tiub sudah lama
 Elektrod tiub putus
Lampu tidak menyala elektrod lampu  Pemula rosak
masih membara
 Pemula rosak

Jadual 12: Kerosakan Lampu Pendarflour

Rajah 72: Carta alir cara membaiki lampu pendarflour

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 310

Bekalan Kuasa Arus Terus
a. Bekalan kuasa DC terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:

i. Transformer
ii. Penerus
iii. Penapis
iv. Pengatur
v. Pembahagi Voltan

Rajah 73: Blok Sistem Bekalan Kuasa Arus Terus

b. Langkah-langkah membaikpulih
 Pertama ukur voltan output DC, jika voltan keluaran sifar (0), pengukuran
beralih kepada masukan utama (input). Ukur samaada transformer
primery mendapat bekalan atau tidak. Jika tiada kerosakan mungkin
berlaku pada plug, litar terbuka pada wayar utama atau fius terbakakar.
Jika fius disyaki rosak pengujiannya perlu dibuat menggunakan ohm
meter tidak boleh diperhatikan

 dengan mata kasar sahaja. Sekiranya fius yang terbakar disebabkan oleh
bahagian litar lain yang rosak, sebelum menggantikan fius tersebut
bahagian yang rosak itu perlu diperbaiki terlebih dahulu

 Menguji kerintangan dengan memutuskan plug utama untuk mengesan

kerosakan. Dengan menggunkan ohmmeter ukur kerintangan pada

transformer primery, secunder, rectifier dlai rintangan sebagainya.

Rintangan lilitan pada transformer bergantung kepada saiz transformer ,

transformer primer yang berukuran sederhana mempunyai nilai rendah
biasanya 50Ω. Biasanya jika secondary jika dibekalkan dengan voltan
yang rendah, nilai rintangan yang diperolehi hanya beberapa Ω sahaja.

Oleh itu sukar untuk mengesan pintasan pada lilitan rintangan. Walau

bagaimanapun perbandingan boleh dibuat dari segi bacaan pada mana-

mana data yang menggunakan transformer yang sama. Berhati-hati

semasa menggunakan ohmmeter di mana pastikan polarity yang

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 311

digunakan bagi rintangan untuk menguji diode, kapasitor elektrolitik dan
transistor adalah betul

 Kesilapan bacaaan mudah berlaku,, sekiranya kita menggunakan polarity
yang salah. Sekiranya meter yang digunakan untuk mengukur rintangan
yang tidak stabil, probe +ve hendaklah disambung pada kaki =ve dan
begitulah sebaliknya. Jika meter menunjukkan keadaan songsang,
rintangan yang melalui rectifier adalah rendah dan berlaku kebocoran
pada pemuat. Walau bagaimanapun, fius utama yang mencapai ke
primery, sepatutnya tida bersentuh. Langkah seterusnya ukur voltan AC
pada sekunder, ukur ketidakstabilan volatan DC pada pengatur (regultor)
dan seterusnya sehingga punca kerosakan dikenal pasti.

Kesan Kerosakan

1.Kerosakan pada pengubah Dawai penyambung bekalan
masukan atau fius terbuka
Voltan dc keluaran 0V dan tiada
voltan sekunder. Rintangan belitan Belitan primer terbuka
primer dan sekunder rendah
(normal)

Voltan dc keluaran 0V dan tiada
voltan ac pada belitan sekunder.
Rintangan belitan primer infiniti dan
rintangan rendah pada belitan
sekunder.

Voltan dc keluaran 0V dan tiada Belitan sekunder terbuka
voltan ac pada belitan
sekunder.Rintangan belitan
sekunder infiniti dan rintangan
rendah pada belian primer.

2.Kerosakan pada penerus Diod penerus terbuka
(gelombang penuh dan tetimbang)

Voltan dc keluaran rendah dan
terdapat voltan riak.

Fius terbuka disebabkan arus yang Diod penerus pintas
berlebihan. Rintangan pada
pengubah normal

Litar berfungsi dengan normal tetapi Rintangan diod penerus menjadi

voltan dc keluaran lebih rendah dari tinggi (maka voltan pincang

yang sepatutnya. bertambah)

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 312

3.Kerosakan kapasitor penapis Kapasitor penapis terbuka

Voltan dc keluaran rendah, paras
voltan riak bertambah. Pengaturan
voltan lemah

Fius terbuka, rintangan keluaran Kapasitor penapis pintas
penerus rendah bila diukur pincang
depan dan songsang.

Voltan dc keluaran rendah dengan Kapasitor penapis bocor
paras voltan riak bertambah.
Pengaturan voltan lemah (mungkin
litar berfungsi dengan tak stabil)

4.Kerosakan litar pengatur

Voltan dc keluaran 0V dan voltan Transistor siri dasar dan pengatur
masukan ke pengatur sedikit tinggi terbuka
dari normal.

Voltan masukan dan keluaran Transistor pemungut dan
pengatur sama, fius boleh jadi pengeluar terpintas
terputus atau merosakan transistor
disebabkan arus yang berlebihan Diod Zener terpintas
Diod Zener terbuka
Voltan dc keluaran rendah, transistor
siri menjadi panas.

Tiada voltan rujukan, voltan dc
keluaran mungkin akan tinggi atau
rendah bergantung kepada corak
sambungan diod zener.

Voltan dc keluaran lebih tinggi dari Penguat terbuka
sepatutnya, tiada pengaturan voltan Penguat pintas
dan tiada voltan kawalan.

Diod zener menjadi panas
disebabkan arus yang berlebihan.
Litar tak boleh dikawal. Voltan dc
keluaran rendah lebih rendah dari
voltan zener.

Jadual 12: kesan dan kerosakan Unit Bekalan Kuasa Pengatur Voltan
Boleh Laras

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 313

SOALAN
1. Senaraikan langkah-langkah baik pulih peralatan?
2. Sebutkan 5 langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja baik
pulih?
3. Sebutkan apakah yang dimaksudkan dengan penyenggaraaan dan baik pulih?

RUJUKAN

1. Clyde O.Kale.”Litar Perindustrian dan Pengeluaran Berautomatik”, UTM, ISBN

No.983-520107-2

2. Maimunah bte Husain.”Prinsip Elektrik dan Elektronik”, DBP, ISBN No.983-62-
8668-3

3. Mohamed Nazi bin Mustafa.”Aplikasi Elektrik dan Elektronik”, DBP, ISBN No.983-
62-8611-X

B10-32-22-LA4-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 314

LA5 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION ELECTRICAL AND ELECTRONIC
SYSTEMS ASSEMBLING REPORT

5.1 Automation electrical and electronic assembling verification
Laporan pemasangan adalah satu perkara yang penting untuk dilaksanakan. Ia
kerana laporan akan dijadikan sebagai satu alat komunikasi dimana ia boleh
berbicara dengan semua jenis pihak. Selain itu laporan juga merupakan tempat
untuk merekod segala maklumat mengenai produk atau pemasangan dimana
boleh membantu ketika proses penyelenggaraan.

5.1.1 Pemasangan
Setiap pemasangan elektrik hendaklah diuji dengan sebenar-benarnya sebelum
ianya disambung kepada bekalan bagi memastikan ia dilakukan dengan
selamat. Ujian-ujian yang hendak dilakukan ini tidak merupakan satu jaminan
lengkap bagi kualiti pemasangan itu untuk selamanya dan ujian kerap adalah
perlu supaya pemasangan ini boleh disenggarakan dalam satu keadaan yang
sempurna sepanjang hayatnya.

Pemeriksaan dan pengujian adalah merupakan satu kemestian terhadap tiap-
tiap sesuatu pemasangan elektrik.bekalan tidak boleh disambung sebelum ujian
ini dijalankan.

5.1.2 Pengujian
Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah memastikan bahawa sesuatu
pemasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat selaras dengan
kehendak undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik.undang-undang
dan peraturan tersebut adalah lain:-
 Akta Jabatan Bekalan Elektrik
 Electricity (Board Supplies ) Rules,1949
 Safety Regulations
 IEE Regulation For Electrical Installations
 Jkr Technical Circulars

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 315

Peraturan IEE adalah diterima sebagai peraturan standart bagi sistem
pemasangan elektrik dibangunan,walaupun dalam beberapa hal diubahsuai
mengikut keperluan-keperluan semasa di Malaysia.

5.2 Format Laporan pemasangan elektrik dan elektronik

a. Tujuan utama Laporan Projek ini adalah untuk memberikan pemahaman dan
kemahiran menjalankan aktiviti-aktiviti laporan kepada pelajar . Selain itu,
laporan ini juga bertujuan mendedahkan kepentingan sesuatu laporan untuk
meluaskan pandangan mereka dan membantu mereka untuk memenuhi
pasaran kerjaya pada masa hadapan. Pada masa yang sama, pelajar belajar
mengenal pasti dan mengetahui sesuatu topik secara mendalam serta dapat
menjalankan satu dari peringkat menulis kertas cadangan sehinggalah ke
peringkat melaksanakan dan menulis laporan Projek.

b. Laporan merupakan tahap akhir dari suatu penelitian dan merupakan hasil
akhir yang diwujudkan dalam bentuk karya tulis. Laporan dari suatu penelitian
pun harus dapat dipertanggungjawabkan dan juga mudah dipahami oleh
setiap pembaca. Suatu penulisan laporan yang baik terlebih dahulu harus
memiliki bahasa yang baik dan setiap aspek yang disampaikan dalam
penulisan juga harus sesuai dengan apa yang telah dilakukan dalam
penelitian.

c. Penulisan laporan ini harus ditulis dengan teliti dan juga jelas, hal ini adalah
kegiatan menuangkan fikiran-fikiran kedalam kalimat yang baik dan juga
menyusun kalimat-kalimat ke dalam alinea dan merangkai alinea tersebut
menjadi suatu karya . Penulisan laporan ini menjadi mutlak kerana dengan
adanya laporan maka seseorang dapat dengan mudah untuk dipahami, atau
mungkin menyempurnakan hasil dari penelitian yang telah dilakukan. Aspek
yang harus diperhatikan dalam sebuah penulisan laporan penelitian adalah
penggunaan bahasa yang komunikatif, mengetahui target atau untuk siapa
laporan tersebut ditujukan kemudian juga adanya kejelasan serta kemampuan
menyakinkan para pembaca. Sebelum laporan penelitian diajukan, maka
diperlukan kerangka laporan yang berfungsi sebagai arah dari setiap isi dan
bahagian laporan.

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 316

d. Laporan merupakan suatu dokumen bertulis yang mengandungi maklumat di
dalam bentuk penceritaan (teks) ataupun grafik. Laporan biasanya disediakan
samada secara berkala ataupun apabila diminta. Ia selalunya digunakan untuk
menunjukkan keputusan sesuatu ujikaji, penyiasatan ataupun untuk memberi
jawapan kepada sesuatu pertanyaan. Biasanya terdapat beberapa elemen
yang ditambahkan ke dalam sesuatu laporan bagi membuatkan sesuatu
laporan itu lebih mudah difahami dan lebih menarik minat pembaca. Antara
elemen yang biasanya dimasukkan di dalam sesuatu laporan ialah
gambar,jadual,carta,senarai kandungan, abstraks, ringkasan, apendiks, nota
kaki dan juga rujukan.

e. Melalui laporan, kita boleh membuat penilaian tentang pencapaian sesuatu or-
ganisasi atau badan dan juga boleh membuat perancangan dan
penambahbaikan. Selain itu juga, ia adalah dokumen untuk menyampaikan
maklumat yang khusus kepada pembaca tertentu secara sistematik dan
objektif dan menitikberatkan dan ketepatan isi kandungan.

f. Tujuan Laporan adalah satu bentuk penyataan yang logikal dan tersusun.
Ianya mengandungi bahagian-bahagian, tajuk-tajuk dan subtajuk-subtajuk.
Sebab-sebab laporan ditulis. Laporan boleh berbentuk pendek atau panjang
dalam format informal atau formal

 Mengenalpasti masalah
 Memberikan maklumat dan fakta
 Mencadangkan penyelesaian
 Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
 Membuat kesimpulan
 Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti
 Membuat rekod sesuatu peristiwa
 Menganalisi aktiviti perniagaan
 Mensintesis sesuatu pelan tindakan
 Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan dll.

g. Objektif laporan ditulis oleh seseorang individu, sesuatu pihak, sekumpulan
penyelidik atau jawatankuasa yang mewakili sesebuah organisasi. Ianya
disampaikan kepada pihak lain secara makluman atau untuk diambil tindakan

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 317

lanjut.Laporan adalah satu bentuk penyataan yang logikal dan terusun. Ianya
mengandungi bahagian-bahagian, tajuk-tajuk dan subtajuk-subtajuk. Secara
umumnya objektif laporan ditulis adalah untuk

 Mencatatkan segala aktiviti semasa menjalani latihan.

 Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani latihan
mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.

 Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.

 Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu
kerja yang dibuat semasa latihan dibuat.

 Sebagai rujukan selepas menjalani latihan industri di firma terbabit
selepas tamat menjalani pengajian

5.2.1 Format laporan pemasangan berkomputer dan manual
Jenis-jenis laporan

a. Terdapat pelbagai jenis laporan yang ditulis untuk pelbagai tujuan dan maksud
tertentu. Jenis laporan dapat ditentukan berdasarkan kandungan dan sifat
laporan. Laporan dapat dibahagikan kepada 2, iaitu:
 Laporan lisan.
 Laporan bertulis.

b. Peringkat Penghasilan Laporan
Laporan dihasilkan apabila terdapatnya elemen-elemen berikut :

i. Penulis -Sesuatu laporan bermula daripada usaha seseorang yang mahir
dalam sesuatu bidang atau lapangan menggunakan sumber-sumber
tertentu untuk membentuk sesuatu laporan. Jika sekiranya sesebuah
organisasi tidak menyediakan keperluan yang cukup, khidmat
sokongan atau peralatan dan penulis memohonnya, laporan itu
mungkin memerlukan lebih banyak masa dan perbelanjaan untuk
menyiapkannya.

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 318

ii. Isi Kandungan-Berdasarkan sumber-sumber yang boleh didapatinya,
temasuk nota, buku, pendidikan masa dan pengalaman, penulis perlu
membuat pilihan antara apa yang hendak dimasukkan dalam laporan
atau apa yang hendak ditinggalkan. Ini bahagian yang memerlukan
pertimbangan sewajarnya oleh penulis.

iii. Struktur-Kandungan perlu disusun secara teratur dengan tajuk dan
penomboran yang sesuai. Penelitian yang kurang rapi boleh
memberikan kesan yang tidak baik terhadap sesuatu laporan

 Gaya Penulisan

Penulis perlu memilih perkataan sendiri dan menyusunnya
menjadi ayat demi ayat seterusnya, perenggan demi perenggan
sehingga terbentuk sesuatu laporan
 Pembaca

Mereka menerima laporan dan membaca sebahagiannya atau
keseluruhannnya. Mereka bertindak atau tidak bergantung
kepada prasangka, masalah atau pekerjaan mereka yang
dipengaruhi oleh cara penulisan laporan itu.
 Keputusan

Setelah dibaca, laporan boleh mempengaruhi sesuatu
pandangan atau tindakan. Kesannya sesuatu laporan itu perlu
diteliti dengan rapi. Jadi, tujuan sebenar sesuatu laporan itu
ialah untuk mempengaruhi pembaca

iv. Ciri-ciri Umum
Kebanyakan laporan mempunyai ciri-ciri umum seperti berikut :
 Struktur dan nada yang formal
Laporan ternyata lebih formal berbanding dengan
komunikasi yang lain. Laporan biasanya mempunyai
format khas yang mengandungi tajuk muka surat,
pengenalan ringkasan, senarai kandungan atau isi,
senarai cadangan atau isi, senarai cadangan, penutup
dan lampiran. Laras bahasa lebih formal dan tiada ciri

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 319

bahasa peribadi. Dengan demikian, formal laporan
sesuai bagi dokumen untuk edaran luas atau untuk
arahan.

 Persembahan Berilustrasi
Penggunaan gambar, graf dan rajah untuk menjadikan
jumlah maklumat lebih mudah di faham.

 Pernyataan Pendapat

Dalam banyak laporan, penulis membuat kesimpulan
selepas menelaah, menilai dan mengupas bukti yang
dikemukakan. Kesemua kesimpulan ini penting sebagai
pelengkap tujuan laporan sehingga penulis laporan
perlu mendapatkan ketetapan fakta tambahan.

v. Kegunaan Laporan
Sebarang jenis laporan hanya berjaya sebagai dokumen bertulis
sekiranya penulisnya memahami kehendak pembaca dan
mengemukakan butiran yang releven dengan kehendak tersebut

c. Format Laporan

Penilaian keseluruhan laporan Projek adalah berdasarkan laporan serta
kemajuan dan pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar. Panduan tertentu
perlu diikuti oleh pelajar semasa menulis laporan projek bagi memperlihatkan
keseragaman dalam penulisan laporan akhir projek pelajar.

i. Umumnya sesebuah laporan mempunyai format yang berikut :
 Judul muka surat
Bahagian ini mengandungi nama penulis, organisasi
dan rujukan, tajuk laporan, tarikh keluaran (bulan dan
tahun), nama atau rujukan orang atau organisasi yang
menjadi sasaran.

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 320

 Ringkasan

Diperlukan bagi laporan panjang yang memberi

gambaran umum akan keseluruhan

kandungan,ringkasan latar belakang kajian, kerja

penyelidikan dan kesimpulan utama serta

cadangan.Terdapat 2 bentuk kepanjangan ringkasan,

satu perenggan 50-100 perkataan dan satu muka surat

300-400 perkataan. Sesuatu kepanjangan perenggan

ringkasan dianggap mencukupi jika ringkasan sejumlah

besar laporan diterbitkan bersama-sama secara

berasingan daripada laporan yang diringkaskan.

i. Senarai kandungan
Jadual kandungan merupakan rangka teks yang menunjukkan muka surat
yang mengandungi tajuk dan subtajuk kecil. Setiap tajuk dan tajuk kecil dalam
Jadual Kandungan mestilah sama dengan yang terdapat di dalam laporan dan
ditulis mengikut susun atur.
 Maklumat ini diperlukan untuk laporan panjang. Senarainya
harus berturutan termasuk tajuk dan lampiran dengan muka
surat dan penomboran pada perenggan.
 Lazimnya, bahagian ini disebut kandungan berbeza dengan
indeks yang merupakan senarai isi utama yang dibincangkan
dengan susunan mengikut abjad. Indeks selalunya terletak di
bahagian belakang dan sangat berguna untuk buku tetapi
jarang digunakan dalam laporan perdagangan.

ii. Pengenalan
Mengandungi latar belakang sejarah hingga kepada penghasilan laporan,
rujukan kaedah penyelidikan dan penghargaan kepada sumber maklumat.

f.Senarai jadual
Semua jadual yang terdapat dalam laporan projek hendaklah disenaraikan
dan diberikan bilangan, tajuk dan muka surat. Namun pelajar diingatkan
jangan sertakan terlalu banyak jadual. Jadual boleh dirumuskan untuk
menyampaikan beberapa maklumat yang sama. Dalam beberapa keadaan
tertentu, jadual boleh digantikan dengan penerangan ringkas sahaja. Tiap-tiap

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 321

jadual hendaklah diletakkan di muka surat baharu, kecuali jadual yang
pendek, yang boleh dibuat pada muka surat yang sama.

g. Senarai Rajah
Rajah termasuklah graf, peta, carta, lukisan kejuruteraan, gambar (plat),
lakaran, imej dicetak, dan apa-apa bentuk ilustrasi yang tidak disenaraikan
sebagai jadual. Tajuk rajah atau kapsyen perlu ditulis dengan tepat dan
ringkas di bawah gambar rajah tersebut. Nombor rajah hendaklah
disenaraikan mengikut urutan dan diberikan bilangan dan muka surat secara
berurutan di seluruh laporan projek. Jika seluruh laporan projek mengandungi
hanya satu atau dua rajah, maka senarai rajah tidak perlu disenaraikan.

h. Kesimpulan
Cara persembahannya berbeza-beza kerana kesimpulan laporan boleh
disenaraikan dan dinomborkan. Syor atau cadangan dikemukakan selepas
kesimpulan, ini bermakna dalam penulisan laporan, tajuk kesimpulan tidak
semestinya terletak pada bahagian akhir.Bahagian ini dianggap paling penting
dalam sesuatu laporan kerana di ruang inilah penulis menyatakan
ramalannya. Penulis mungkin menggunakan bukti-bukti yang diperoleh pada
bahagian hujahan untuk membantu beliau membuat sebarang pertimbangan.
Kerap kali hal ini melibatkan perbandingan pelbagai kemungkinan yang
berbeza dan ditulis secara tersusun sebagai sebahagian daripada kandungan
laporan. Kesimpulan perlulah meyakinkan supaya pembaca dapat mengikuti
seterusnya perbincangan penulis.

i. Cadangan
Perlu disediakan sebagai satu senarai yang sekiranya panjang boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian. Namun begitu, jangan sesekali
menggunakan istilah “ringkasan cadangan” kecuali bagi senarai padat yang
lengkap. Setiap cadangan perlu dihujahkan dengan alasan (justifikasi) yang
konkrit.

j. Lampiran

Senarai Lampiran seharusnya meliputi maklumat dan data yang berkaitan

dengan kajian tetapi tidak begitu sesuai atau terlalu panjang untuk

dimasukkan di dalam laporan projek . Contoh senarai lampiran ialah

bahan/data dan sebagainya. Bahagian ini perlu bagi laporan panjang untuk

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 322

mengurangkan bukti dan hujahan. Lampiran juga harus mengandungi bukti
teknikal yang mungkintidak sesuai dimasukkan dalam laporan sebenar.
Bilangan lampiran bergantung kepada keperluan bukti dan justifikasi laporan.

k. Rujukan dan bibliografi
 Rujukan biasanya merujuk kepada senarai teks, esei, laporan , buku
atau apa-apa bahan dan karya yang dirujuk dan dipetik dalam laporan
projek. Justeru, senarai rujukan hanya memuatkan senarai bahan yang
dirujuk oleh pelajar dalam laporan projek mereka

 'Bibliografi' merujuk senarai rujukan di akhir teks, sama ada dipetik
dalam teks ataupun atau tidak. 'Bibliografi' termasuk bahan teks yang
digunakan, bahan teks yang dirujuk untuk mendapatkan bacaan
tambahan yang berkaitan dengan tajuk projek anda termasuklah buku,
artikel, dan sebagainya. Oleh itu pelajar perlu pastikan bahawa semua
bahan yang dirujuk disenaraikan di dalam bibliografi.

 Bab dalam Buku (Book chapters or articles in books)

 Format: Nama penulis. (Tahun terbit). „Tajuk artikel‟.
Dalam dikuti oleh Nama penyunting/editor (Penyunting),
Tajuk buku (tulisan condong / italic) atau gariskan.
Tempat terbit : Penerbit. Muka surat artikel (atau
selepas tajuk buku). Author's surname, followed by
initials or first names. Date of publication. Article/chapter
title, in 'inverted commas'.'In' followed by the editors'
names, with initials before surnames. (Ed.) or (Eds.).
Book title, (underlined or in italics). Place of publication:
Publisher's name Page numbers of the article (or after
book title) Contoh: Tizol, W.P. (1976). Brain function and
memory. In J.M.O. Corney & H.L. Center (Eds.), An
inside look at what we think we know. (pp. 154-184).
Springfield, IL: American Psychiatric Press.

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 323

l. Laman Web / Website or Webpage
 Format : Dokumen Dalam Talian (Online document)
Nama pengarang. (Tarikh diterbitkan). Tajuk kerja.
Diambil/dimuat turun hari bulan, tahun, dari URL
Author's name. (Date of publication). Title of work.
Retrieved month day, year, from full URL Contoh: Lagu
Rasmi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Diakses 3
Feb 2014 melalui laman web
http//www.uitm.edu.my/index.php/ms/kenali

5.3 Laporan pemasangan elektrik dan elektronik
a. Pembentangan
Pembentangan adalah sekumpulan maklumat yang anda telah masukkan ke
dalam satu bentuk yang dapat menunjukkan kepada orang lain. Sebagai
contoh, membentang projek pemasangan papan agihan dan menjelaskan
kefungsian papan agihan itu dibuat

Rajah 74 : Bahagian –bahagian Panel Utama

b. Cadangan
Pendahuluan cadangan adalah ulasan penjelasan yang dibuat di awal
penyusunan cadangan. Dalam penulisannya dapat dijelaskan maksud dan
tujuan dari cadangan tersebut. selain itu juga dapat dicantumkan latar
belakang, cara penyelesaian masalah dan harapan-harapan yang ingin
dicapai.

 Penyediaan kertas cadangan projek
Laporan perlu dipersembahkan dalam bahasa yang ringkas dan mudah dan
elakkan daripada menggunakan istilah teknikal. Hindarkan keraguan atau
kekaburan pada kesimpulan dan cadangan, semak laporan itu daripada
sebarang kesilapan atau kecacatan, gaya yang tidak cekap dan sebagainya.

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 324

Semua laporan, samada untuk edaran dalaman atau luaran bersifat formal
dan nada penulisannya rasmi serta gaya bahasanya betul.

 Walaupun tajuk projek berbeza antara seorang pelajar dengan pelajar lain,
namun semua pelajar akan mendapat latihan yang sama dari segi merancang
dan mengendalikan aktiviti berkaitan dengan projek mereka. Ini termasuklah
penulisan kertas cadangan penyelidikan, pengendalian penyelidikan,
membina reka bentuk , pengumpulan data, membentangkan hasil projek
dalam sesi pembentangan dan menulis laporan keseluruhan projek mereka.
Penilaian kemajuan pelajar adalah berdasarkan kepada aspek dalam kertas
cadangan serta perundingan dengan penyelia.

5.4 Persediaan laporan pemasangan elektrik dan elektronik
Sistem pemfailan sangat penting dalam setiap organisasi.Segala dokumen dan
maklumat penting perlu disimpan dengan betul supaya dapat mengelak dokumen-
dokumen atau maklumat tercicir atau hilang.Sistem pemfailan yang berkesan terhasil
daripada perancangan pengurusan yang teliti dan sistematik keatas fail-fail yang
membawa kepentingan kepada organisasi.Memandang dokumen adalah penting, maka
tanggungjawab setiap orang mengendalikan dokumen tersebut ke dalam fail.

Fail mempunyai kepentingan iaitu:
i. Menyediakan maklumat kepada pengguna pada masa yang diperlukan.
ii. Pengguna dapat menggunakan segala maklumat yamg telah direkod dalam
tempoh masa yang panjang.
iii. Sebagai bahan rujukan.

5.4.1 Cara Menyimpan Alat elektrik dan komponen elektronik

Alat elektrik dan komponen yang digunakan memerlukan penyimpanan yang khusus
sesuai dan perlakuan yang salah dalam membawa, menggunakan dan menyimpan alat
dan komponen di, tempat yang salah boleh menyebabkan terjadinya kecelakaan kerja
serta dapat menyebabkan kemalangan berlaku. Cara memperlakukan alat elektrik dan
komponen secara tepat dapat menjamin keselamatan dan kekemasan kerja. Antara
langkahnya ialah:

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 325

i. Membawa alat sesuai petunjuk penggunaan
ii. Menggunakan alat sesuai petunjuk penggunaa
iii. Menjaga kebersihan alat
iv. Menyimpan alat

5.4.2 Prosedur penyimpanan
a. Membuat rekod untuk semua komponen-komponen yang disimpan samaada
komponen yang rosak ataupun komponen yang tidak rosak, penfailan ini
dibuat untuk memastikan pengantian komponen dilakukan dengan mudah dan
senang untuk direkodkan.
i. Keselesaan
komponen-komponen elektrik dan elektronik disimpan di tempat yang
sesuai untuk memastikan keselesaan ketika menggunakannya.

ii. Mudah dicari
komponen elektrik dan elektronik disimpan di tempat yang sesuai atau
pun tempat-tempat yang mudah dicari , penyimpanan ini dibuat secara
berasingan bahagian elektrik dan bahagian elektronik.

iii. Mudah diambil
Penyimpanan komponen ini perlukan ruang penyimpanan dan
perlengkapan seperti almari, rak dan laci yang ukurannya disesuaikan
dengan luas ruangan yang tersedia

b. Cara penyimpanan alat dan bahan dapat berdasarkan jenis peralatan atau
komponen
i. Mengasingkan peralatan :
Mengasingkan peralatan seperti pemutar skru,plier, spanar, ragum
gergaji dan sebagainya di tempat yang sesuai dan selamat

ii. Mengasingkan komponen elektronik:
PCB,lampu,relay,perintang,kapasitor,transformer dan sebagainya di
tempat yang sesuai supaya mudah untuk dicari.

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 326

iii. Mengasingkan komponen elektrik:
Mengasingkan komponen elektrik di tempat yang sesuai seperti
komponen MCB,buzbar,fuse,papan agihan,soket,lampu dan
sebagainya.

5.4.3 Prosedur Inventory

Inventory adalah satu list barang yang bertujuan untuk pengenalan kepada
barangan,peralatan dan sebagainya inventory dilengkapi dengan bilangan , jenis barang
atau peralatan kuantiti,catatan dan jumlah.Inventory juga dibuat untuk apabila
berlakunya kerosakan atau pun kehilangan barang ianya dapat diselesaikan dengan
mudah.
Contoh:Inventory peralatan elektrik dan elektronik

BIL SENARAI BARANGAN KUANTITI JUMLAH CATATAN
1 MCB 10 10 ok
2 Buzbar 10 10 ok
3 Fuse 10 10 ok
4 Lampu 5 5 ok
5 Soket 10 10 ok
6 Soldering 5 3
7 Pcb 9 9 Ganti baru
8 Stripboard 15 12 ok
9 Lampu 12 Vdc 15 15
10 Wayar Merah Ganti baru
11 Wayar Hitam 1 gulung 1 gulung ok
1 gulung 1 gulung ok
ok

Jadual 12: Contoh inventory

B10-32-22-LA5-1S WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 327

SOALAN
1 Terangkan maksud perlaksanaan ujian pemasangan?
2 Jelaskan maksud penyimpanan komponen

3 Terangkan tentang maksud Rujukan dan bibliografi yang biasa dilampirkan di
dalam apa-apa bahan dan karya.

4 Senaraikan tujuan Prosedur penyimpanan untuk Alat elektrik dan komponen
elektronik.

5 Bina satu borang Inventory yang biasa di praktikkan di dalam bengkel.

RUJUKAN
1. https://belajar.kemdikbud.go.id/SumberBelajar/tampilajar.php?ver=11&idmateri=2
40&mnu=Materi3&kl=7
2. https://dansite.wordpress.com/2009/03/31/pengertian-persediaan-inventory/

B10-32-22-LA5-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 328

KERTAS
PENERANGAN

MODUL 3

B10-32-23 MECHANICAL SYSTEM
ASSEMBLY

GROUP CLUSTERING MODULE 3

B10-32-23-LA1 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM
CU2.01 ASSEMBLING REQUIREMENTS

Prepare industrial automation mechanical system assembling
requairement

B10-32-23-LA2 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM
ASSEMBLING WORK

CU2.02 Perform industrial automation mechanical system assembling work

B10-32-23-LA3 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM
CU2.03 ASSEMBLING TESTING

Perform industrial automation mechanical systems assembling
testing

B10-32-23-LA4 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM
CU2.04 ASSEMBLING ADJUSTMENT

Perform industrial automation mechanical system assembling
adjusment

B10-32-23-LA5 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM
ASSEMBLING REPORT

CU2.05 Prepare industrial automation mechanical system assembling report

330

INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA B10 SIJIL TEKNOLOGI MEKATRONIK
KURSUS

KOD DAN NAMA B10-32-23 MECHANICAL SYSTEM ASSEMBLY
MODUL

LA1 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL
SYSTEM ASSEMBLING REQUIREMENTS

LA2 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL
SYSTEM ASSEMBLING WORK
AKTIVITI LA3
PEMBELAJARAN LA4 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL
(LA) SYSTEM ASSEMBLING TESTING

PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL
SYSTEM ASSEMBLING ADJUSTMENT

LA5 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM
ASSEMBLING REPORT

CU.WA NO./ C02.01/L3, C02.02/L3, C02.03/L3, C02.04/L3, C02.05/L3
TAHAP

OBJEKTIF PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM
PRESTASI ASSEMBLING USING MECHANICAL COMPONENT AND EQUIPMENT
AKHIRAN (TPO) SO THAT INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM
ASSEMBLING REQUIREMENTS PREPARED, ASSEMBLING WORK,
ASSEMBLING TESTING AND ASSEMBLING ADJUSTMENT
PERFORMED AND ASSEMBLING REPORT PREPARED
ACCORDANCE WITH THE MANUFACTURER SPECIFICATION
REQUIREMENTS.

WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 331

LA1 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION MECHANICAL SYSTEM
ASSEMBLING REQUIREMENTS

1.1. Penerangan Perintah Kerja Sistem Memasang Mekanikal Automasi

Pesanan kerja biasanya merupakan tugas atau pekerjaan untuk pelanggan,
yang boleh dijadualkan atau ditugaskan kepada seseorang.Pesanan
sedemikian mungkin dari permintaan pelanggan atau dibuat secara dalaman
dalam organisasi. Perintah Kerja juga boleh dibuat sebagai tindak lanjut kepada
Pemeriksaan atau Pemeriksaan. Perintah kerja mungkin untuk produk atau
perkhidmatan.
Perintah Kerja mungkin termasuk satu atau lebih daripada yang berikut:

a) Arahan
b) Anggaran kos
c) Borang
d) Tarikh dan masa untuk melaksanakan perintah kerja
e) Maklumat mengenai lokasi dan entiti untuk melaksanakan perintah kerja

dan orang yang kepadanya perintah kerja diberikan

Dalam persekitaran pembuatan, pesanan kerja ditukarkan daripada perintah
jualan untuk menunjukkan bahawa kerja akan bermula pada pembuatan,
bangunan atau kejuruteraan produk yang diminta oleh pelanggan. Dalam
persekitaran perkhidmatan, pesanan kerja boleh sama dengan pesanan
perkhidmatan di mana WO merekodkan lokasi, tarikh dan masa perkhidmatan
dijalankan dan jenis kerja yang telah dilakukan. Jenis kakitangan (mis.
Kedudukan pekerjaan) juga boleh disenaraikan di perintah kerja (Work Order).

1.1.1 Penerangan kerja pemasangan mekanikal.

Ringkasan kerja pemasangan mekanikal. Memasang atau fabrikasi bahagian
mekanikal, kepingan atau produk menggunakan pelbagai peralatan dan
peralatan mengikut spesifikasi yang diperlukan dalam bidang tertentu dalam
barisan pengeluaran didalam organisasi pembuatan.

B10-32-23-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 332

1.1.2 Tarikh Kuatkuasa (Effective date).
Tarikh kuatkuasa merupakan tarikh dimana tarikh urus niaga direkod atau
apabila perjanjian (seperti kontrak atau polisi insurans) berkuatkuasa.Ia perlu
ada didalam perintah kerja (work order) bagi melancar proses perjalanan
mengikut jadual yang telah diberikan. Tarikh atau tarikh berkuatkuasa juga
adalah tarikh yang mana sesuatu dianggap berkuatkuasa, yang mungkin
tarikh masa lalu, sekarang atau akan datang. Ini mungkin berbeza dari tarikh
kejadian berlaku atau direkodkan.

1.2.3 Pemula (Initiator)
Pemula pesanan kerja biasanya menentukan item konfigurasi untuk perintah
kerja dan tugas pesanan kerja.

perintah kerja:
a) Beri gambaran keseluruhan semua kerja yang perlu dilakukan.
b) Sediakan maklumat penting bagi ejen yang melengkapkan tugasan
individu.

1.2.4 Pengujian (Testing)
Selepas anda menyelesaikan tugas untuk membuat sistem pesanan kerja,
anda perlu mengesahkan bahawa ia berfungsi dengan betul. Untuk
mengesahkan fungsi dasar contoh pesanan kerja, lakukan perkara berikut:

i. Dalam Pengurus Insiden, cari kejadian yang terbuka atau buat satu.
ii. Gunakan menu Pilihan atau butang pada bar alat untuk membuat

pesanan kerja.
iii. Perintah kerja harus dipaparkan pada menu Pilihan.
iv. Dalam perintah kerja, masukkan data bagi membuat pesanan kerja

untuk kejadian itu.
v. Tambah arahan kerja kepada kejadian itu dan simpan perubahan

pada kejadian itu.
vi. Buka insiden untuk mengedit, dan dari tab WorkOrder edit perintah

kerja.
vii. Simpan perubahan anda.
viii. Buka insiden sekali lagi, dan kali ini mengedit perintah kerja dan

tutupnya.
ix. Anda kini boleh menutup kejadian itu.
x. Ulangi langkah-langkah ini, tetapi kali ini buat dua perintah kerja

B10-32-23-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 333

xi. Tutup hanya satu perintah kerja dan kemudian cuba menutup
kejadian itu.

xii. Sistem ini harus menghasilkan mesej ralat yang menunjukkan
bahawa masih ada perintah kerja terbuka untuk kejadian itu, dan oleh
itu ia tidak dapat ditutup.

xiii. Tutup semua arahan kerja untuk kejadian itu. Anda kini boleh
menutup kejadian itu.

1.1.5 Pengesahan (Comfirmation)
Pengguna mengesahkan aktiviti mengikut urutan kerja seperti BOM.
Pengesahan adalah beberapa langkah atau satu proses langkah. Item yang
membolehkan item perkhidmatan dikaitkan dengan pesanan kerja. Setiap
item perkhidmatan mewakili aktiviti yang akan dilakukan untuk perkhidmatan
tersebut. Pengesahan pesanan kerja dilakukan sama ada pada tahap aktiviti
atau pada tahap pesanan kerja yang lengkap. Sebagai contoh, mula-mula
mengambil kotak dan telefon individu untuk meletakkannya dalam kotak.
Pengaturcaraan frekuensi dilakukan sebagai langkah kedua oleh kumpulan
pengguna yang berbeza. Ia akan memaparkan semua arahan (teks dan
grafik) untuk aktiviti yang akan dilakukan pada perintah kerja.

1.1.6 Kelulusan ( Approval )
Anda boleh menetapkan kawalan kelulusan untuk pesanan kerja
berdasarkan pelbagai kriteria, termasuk jenis pesanan kerja, status, dan
jumlah wang yang terlibat. Sebagai contoh, anda boleh menentukan bahawa
semua pesanan kerja penyelenggaraan mesti diluluskan sebelum kerja boleh
bermula. Anda juga boleh menentukan siapa yang harus meluluskan
perintah kerja dan jumlah wang ambang yang setiap orang
bertanggungjawab. Ambang adalah amaun di atas yang orang yang
ditentukan mesti meluluskan perintah kerja. Sekiranya amaun kurang
daripada ambang, kelulusan tidak diperlukan. Anda juga boleh menyemak
status kelulusan pesanan kerja.

B10-32-23-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 334

1.2 KENALPASTI SPESIFIKASI KOMPONEN AUTOMASI MEKANIKAL

komponen mekanikal ditakrifkan sebagai peranti mekanikal mempunyai bahagian-
bahagian yang bergerak apabila ia berfungsi, sering menggunakan kuasa dari enjin
atau dari elektrik. Mekanikal berkaitan dengan mesin dan enjin dan cara mereka
bekerja. Kejuruteraan mekanikal.
1.2.1 Jenis Komponen Mekanikal.

Antara komponen yang digunakan dalam sistem mekanikal terdiri daripada :
a) Takal dan tali sawat
b) Gear

1.2.1.1 Takal dan Tali sawat
Pelbagai jenis pacuan talisawat digunakan pada sistem jentera atau untuk
memindahkan kuasa putaran daripada roda takal pemandu kepada roda
takal dipandu Yang lain menggunakan pacuan talisawat dan roda takal.

1.2.1.2 Kebaikan PacuanTalisawat

a) Talisawat boleh menahan kejutan tekanan (shock load) kerana ia dibuat
dari bahan yang mempunyai sifat anjal.

b) Cara pacuan senyap dan kurang gegaran.
c) Roda takal (pulley ) atau roller kurang mengalami kerosakan.
d) Didalam kebanyakan industri kjuruteraan pemindahan kuasa dari motor

kebanyakanya putaran dari motor dipindahkan menerusi pacuan
talisawat

Rajah 1.2 menunjukkan contoh kegunaan talisawat pada mesin.

B10-32-23-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 335

Rajah 1.2.1 menunjukkan bagaimana pacuan talisawat yang terdapat pada sebuah
mesin gerudi jenis “bench drilling machine”.

1. TALISAWAT VEE
2. RODA TAKAL/PULLEY
3. MOTOR ELEKTRIK
4. GANDAR/SPINDLE
5. MATA GERUDI/DRILL BIT
6. KEKUNCI/KEY

B10-32-23-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 336

1.2.1.3 Jenis-Jenis Talisawat Dan Penegang

Talisawat bukan sahaja digunakan di dalam system penyejukkan dan
pengecasan tetapi juga untuk sistem enjin, sistem penyamanan udara dan
juga system kemudi kuasa. Talisawat mestilah berupaya mekanism
geseran yang tinggi daripada pemindahan kuasa putaran aci engkol
kepada takal-takal lain yang bersambung dengannya pada pusingan yang
selaju mungkin tanpa tergelincir atau terseret. Ia mestilah boleh melentur
mengikut lengkukkan takal dan tahan kepada suhu kepanasan yang
tinggi.Bahan asasnya ialah getah selain dari lembaran benang atau dawai
keluli yang digunakan sebagai penambah kekuatan dan ketahanan
talisawat.

a. Alur V tunggal (single vee groove)
Biasanya digunakan untuk memusingkan water pump dan penjana arus
saiz talisawat diukur pada lilitan x lebar, contohnya 900 x 9.5 lebar
maksima untuk pacuan alatan di atas ialah 11 mm.Talisawat selebar 13
mm digunakan pemacu pemampat penyaman udara dan pam kemudi
kuasa. Apabila peralatan-peralatan di dalam system di atas digabungkan
lebih dari satu dan dengan kedudukan yang agak berjauhan atau sempit
dari takal aci engkol maka talisawat yang panjang diperlukan untuk
menghubungkannya.Dengan ini penegang adalah diperlukan juga untuk
mengelak libasan talisawat bagi menentukan npemindahan putaran yang
positif.

b. Alur V berbilang (Multy vee Groove)
Alur V berbilang menggantikan penggunaan alur V tunggal dengan tujuan
untuk mendapatkan geseran yang tinggi supaya pemindahan pacuan
dapat dioptimumkan.Ini adalah talisawat lebar dan nipis dan berbilang alur
yang berupa beberapa lurah V kecil.Saiz talisawat ini diukur pada lilitan
dan bilangan alur V yang ada.Lapisan belakang talisawat ditingkaykan
mutunya untuk digunakan sebagai landasan ketegangan apabila
penegang dikenakan.

B10-32-23-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 337

c. Corrugated Belt
Dikenali juga sebagai timing belt- digunakan untuk memindahkan
kuasa pusingan dari aci engkol kepada aci sesendal.Ia senyap dalam
operasi tanpa perlu senggara.Bagaimanapun ia haruslah dielakkan dari
terkena aci atau sebarang jenis minyak.

d. Galas Penegang
Ia berfungsi untuk mencegah lenturan dan libasan semasa pemindahan
kuasa putaran.Ia juga sebagai perantaraan untuk mendapatkan jarak
antara takal-takal dan dengan ini mengurangkan
kecondongan.Ketegangan yang berlebihan menyebabkan galas-galas
(bearing) cepat haus dan rosak serta kecenderungan untuk mudah
putus.Manakala kekenduran yang berlebihan akan menyebabkan ia
tergelincir, melentur dan melibas.Pemacuan kuasa menjadi tidak
sempurna.

1.2.2 Fungsi Komponen Mekanikal

1.2.2.1 Definisi Gear

Gear ialah sejenis komponen berputar yang mempunyai gigi dan ruang gigi
pada lilitan luarnya. Bentuk ini membolehkan komponen lain seperti roda dan
rod yang mempunyai gigi yang berpadanan disambungkan pada gear untuk
memindahkan tork putaran dengan lancar. Dua gear atau lebih yang bekerja
seiiring dipanggil transmisi dan boleh menghasilkan faedah mekanik atau
nisbah gear dan dengan itu boleh dianggap suatu mesin ringkas.

Gear biasanya digunakan didalam alat transmisi. Bergantung kepada binaan
dan susunan, peranti bergear boleh menghantar daya pada kelajuan, tork
ataupun arah yang berbeza daripada sumber kuasa. Terdapat pelbagai jenis
gear mengikut jenis gigi dan bentuk gear itu sendiri iaitu :

B10-32-23-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 338

a) Gear Taji
- Paling banyak digunakan dalam mekanisma penghantaran
kuasa dari spindal ke spindal yang lain.
- Gear taji bermaksud "dua roda bergigi yang bertemu atau
bersentuhan pada sebelah luar atau dalam"
- Satu lagi jenis gear taji adalah dalam 'rak dan pinan'.
- Rak adalah satu komponen yang lurus tetapi bergigi dan
boleh dicantumkan dengan roda gear.
- Gerakan rak adalah lurus iaitu serenjang dengan paksi pinan.

Ciri-ciri gear taji :
- Gigi gear adalah lurus.
- Giginya selari dengan paksi gear dan aci yang mana gear itu
dipasangkan.Ciri ini menyebabkan gear taji bebas dari
sebarang daya paksi yang dihasilkan oleh beban yang
ditanggung oleh gear. Jadi sebarang pergerakan pada arah
paksi gandar tidak akan menyebabkan gear itu berputar.
- Jika gear itu dikerat pada sebarang titik disepanjang paksinya,
bentuk keratan rentas gigi gear adalah sama.

Kegunaan:
- Untuk menghantar gerakan dan memutar dua batang aci yang
selari, tetapi arah putarannya berlawanan.
- Untuk menukarkan gerakan putaran kepada gerakan lelurus
atau gerakan salingan yang bersudut tepat dengan paksi
putaran seperti pada gera rak dan pinan.

Rajah 1.2.2 Menunjukan Gear Taji

B10-32-23-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 339

b) Gear Heliks dan Pilin
- Gear heliks berputar dengan lebih lancar dan lebih senyap
daripada gear taji. Tetapi berbanding dengan gear taji gear
heliks lebih cepat panas dan giginya lebih cepat haus kerana
semasa berputar gigi-gigi pinan menggelangsar pada gigi
gear roda atau sebaliknya.
- Gigi gear membentuk heliks atau benang skru iaitu bersudut
dengan paksi gear.
- Jika gear digerakkan dalam paksinya, gera itu akan terputar.
- Gigi gear dibuat samada dalam bentuk heliks tunggal atau
heliks kembar yang berlainan arahnya.Gear heliks kembar
sesuai digunakan hanya pada pacuan yang mempunyai aci
yang selari.

Kegunaanya:
- Gear heliks menghubungkan dua gandar yang selari
- Gear pilin menghubungkan dua gandar yang pencong kedua-
dua paksi tersebut samada serenjang atau bersudut.

Rajah 1.2.3 Menunjukkan Gear Heliks

c) Gear ulir dan Batang Ulir
- Gear ulir hampir menyerupai gear pilin dari segi binaannya.
- Batang ulir mempunyai benang yang berbelit supaya boleh
bercantum dengan gear yang berbentuk khas iaitu gear ulir.

Kegunaanya:
- Menyalurkan gerakan ke aci yang pencong dengan aci yang
pertama' biasanya kedua-dua paksi tersebut adalah
serenjang.
- Untuk menghubungkan aci sebuah motor kelajuan tinggi
dengan aci utama yang berputar pada kelajuan yang jauh
lebih rendah iaitu penurunan kelajuan.

B10-32-23-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 340

- Digunakan pada alat tambahan perindeksan (kepala
membahagi) untuk mesin larik, mesin membentuk dan meraut

Rajah 1.2.4 Menunjukkan Gear ulir dan Batang Ulir

d) Gear Serong
- Gearnya berbentuk kon tepat (terpenggal)
- Gear serong lurus mempunyai gigi-gigi lurus yang membentuk
jejari.Jejari-jejari itu bertemu pada puncak kon, iaitu titik
persilangan kedua-dua paksi gear dan pinannya.
- Paksi gear bersilang dengan paksi pinan pada sudut 90
darjah.Jika sudut persilangan kedua-dua aci tersebut lebih
besar daripada 90 darjah,iaitu apabila gear serong itu
berbentuk ceper pipih, rangkaian gear tersebut dikenali
sebagai gear mahkota dan pinan.
- Bagi gear serong yang paksinya bersilang dengan paksi pinan
pada sudut 90 darjah dan bilangan gigi gear sama banyak
dengan gigi pinan, pasangan gear ini dikenali sebagai gear
mitre.
- Gear hypoid ialah sejenis gear serong.Paksi gear hypoid tidak
bersilang dengan paksi pinannya, tetapi terpencong kerana
paksi pinan terofset dari pusat gear.
Kegunaannya:
- Menyalurkan gerakan putar dari sudut aci ke aci yang
paksinya bersilang,biasanya pada sudut 90 darjah.
- Digunakan pada penggearan kebezaan seperti yang
dipasangkan pada gandar belakang kereta.

B10-32-23-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 341

Rajah 1.2.5 Menunjukkan Gear Serong

1.2.2.2 Spesifikasi Gigi Gear

Pic di garis pusat, DP
- Ditakrifkan sebagai bilangan gigi bagi setiap inci garispusat

pic gear tersebut.
- Digunakan bagi gear yang mempunyai ukuran dalam unit inci

(imperial) sahaja.
- Pic di garispusat, DP = Bilangan gigi / Garispusat Bulatan

Gigi
= N/PD
Contoh:
Jika garispusat pic bagi setiap gear yang mempunyai 60
gigi ialah 6 inci,maka,
DP = 60/6
= 10 DP

1.2.2.3 Memeriksa dan Mengukur Gigi Gear

a. Mengukur tebal perentas

 Menggunakan angkup vernier gigi gear

B10-32-23-LA1-IS Rajah 1.2.6 Menunjukkan Angkup Vernier Gigi Gear 342

WIM/B10/32012/S02/P2(12019)

b. Menggunakan Kaedah Malar

Rajah 1.2.7 Menunjukkan Kaedah Malar
c. Menggunakan Kaedah Tangen Tapak

Rajah 1.2.8 Menunjukkan Kaedah Tangen Tapak

1.3 KENALI JENIS PERALATAN SISTEM PEMASANGAN AUTOMASI

Industri pemasangan iaitu tindakan menggabungkan komponen dalam pembuatan,
atau pemasangan yang terhasil. Pemodelan pemasangan, teknologi dan kaedah
yang digunakan oleh reka bentuk bantuan komputer dan perisian visualisasi produk.
Barisan pemasangan, proses pembuatan di mana bahagian-bahagiannya ditambah
kepada produk dengan cara berurutan

1.3.1 Jenis Peralatan Tangan

Seperti yang diketahui kerja-kerja pemasangan memerlukan penggunaan alatan
tangan dan mesin bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan
produk yang dikeluarkan oleh kilang.
Peralatan ini boleh dibahagikan kepada kategori alatan tangan dan mesin.
Peralatan tangan pula boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Alatan tangan
manual, alatan tangan berkuasa dan alatan tangan khas.

B10-32-23-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 343


Click to View FlipBook Version