5.2.2 Secara Berkomputer
Menulis Laporan melalui IT ini adalah kursus lanjutan kepada Kursus
Pemprosesan Kata (Microsoft Word) dan Kursus Teknik Menulis Laporan, Kertas
Kerja dan Minit Mesyuarat. Teknik Penulisan Laporan melalui IT ini adalah sesuai
bagi Pegawai-Pegawai atau juruteknik yang mempunyai tugas yang berhubung
dengan merangka dan menyediakan laporan atau kertas kerja cadangan bagi
keperluan-keperluan komunikasi, penyelidikan bagi kegunaan dalaman dan luaran
organisasi. Kaedah penulisan laporan melalui IT adalah cara ke arah
pembudayaan Celik I.T. Peralihan, piawaian dan keseragaman dalam aspek
kaedah teknikal bagi melengkapkan, mempercepat dan memudahkan senggaraan
serta penjimatan masa dan tenaga melalui penggunaan I.T. secara optima.
Konsep membentuk laporan juga memberi manfaat yang sama kepada mereka
yang ingin membentuk Buku Manual, Kertas Kerja, Kertas Cadangan Projek,
Kertas Cadangan Seminar atau Ceramah dan yang seumpamanya.
5.2.2 Menulis laporan menggunakan microsoft word
5.2.2.1 Setting halaman
Margin
Gutter
Ukuran kertas (paper size)
Layout kertas
5.2.2.2 Format Teks
Format Tulisan (Front)
Saiz Tulisan (Front size)
Case
5.2.2.3 Format paragraph
Penjajaran (Alignment)
Inden (Indentations)
Langkau Paragraf (Paragraph Spacing)
Langkau Baris (Line Spacing)
Borders dan Shadings
5.2.2.4 Format senarai
Senarai Berbullet (Bullets)
Senarai Bernombor (Numbering)
Senarai Berbilang Tahap (Outline Numbered)
B10-32-23-LA5-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 444
5.2.2.5 Ciri-ciri tambahan paragraph
Teks Tabular (Table)
Teks Berkolum (Columns)
Teks Berperhentian Tab (Tabs)
5.2.2.6 Permukaan halaman
Kepala Halaman (Header)
Kaki Halaman (Footer)
Nombor Halaman (Page Number)
Jenis Pembahagian
Pembahagian Seksyen
Border Halaman (Page Border)
5.2.2.7 Ciri-ciri tambahan dokumen
Drop Cap
Objek, Grafik atau Gambar Rajah
Kaki Nota (Footnotes)
Nota Akhir (Endnotes)
Jadual Isi Kandungan (Table of Contents)
Indeks (Indexes)
Rujukan (Bibliography)
5.3 Teknik kelulusan laporan pemasangan mekanikal.
5.3.1 Pembentangan ( Presentation )
Isi kandungan persembahan hendaklah ringkas dan padat, yang mana hanya
memaparkan isi-isi penting sahaja serta dipersembahkan mengikut turutan.
Pembentangan projek memerlukan beberapa kriteria yang perlu ada. Contoh
pembentangan adalah seperti berikut :
i. Tajuk projek dan nama kumpulan
ii. Kerangka persembahan
iii. Pengenalan projek
iv. Objektif projek
v. Kelebihan projek
vi. Gambarajah 2D dan 3D atau struktur program
vii. Cadangan penambahbaikan atau masalah-masalah yang
dihadapi
viii. Penutup dan kesimpulan
B10-32-23-LA5-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 445
5.3.2 Proposal
Format Proposal Setiap projek memerlukan proposal bagi menerangkan
sesebuah projek yang ingin dilakukan bagi mendapatkan kelulusan. Contoh
format yang perlu ada pada proposal tersebut adalah seperti berikut :
a) Muka Depan
Tajuk
Nama dan no pendaftaran
Nama kursus
Sesi
b) .Isi Kandungan
Pengenalan
penyataan masalah : pelajar memulakan dengan mengemukakan
sesuatu permasalahan yang ingin diketahui atau diselesaikan.
Objektif
pelajar perlu menyenaraikan objektif yang ingin dicapai selepas
projek dilaksanakan (sekurang-kurangnya 3 objektif)
Skop
Pelajar perlu menjelaskan skop atau had-had perlaksanaan projek
yang dijalankan. Ini bertujuan untuk memastikan perlaksanaan
projek tidak terkeluar daripada skop yang ditetapkan.
Metodologi
Pelajar perlu menerangkan secara ringkas kaedah-kaedah atau
tatacara yang digunakan bagi menjalankan projek.
Jadual perancangan kerja
Pelajar perlu menyediakanjadual perancangan kerja sepanjang
permulaan projek sehingga projek tersebut dijangka siap.
Peralatan, Bahan dan Kos
Pelajar perlu menyenaraikan peralatan-peralatan atau bahan yang
perlu digunakanserta kos bahan yang terlibat.
Lampiran dengan
Perlu sertakan lampiran-lampiran yang berkaitan lukisan
perancangan pada perlaksanaan projek seperti
kejuruteraan, carta atau jadual dan sebagainya.
B10-32-23-LA5-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 446
Secara kesimpulannya perkara-perkara diatas amat penting bagi menyediakan laporan
yang berkualiti.
5.4 Penyediaan laporan penentukuran sistem automasi
Selepas melengkapkan laporan perlu mewujudkan fail. Tujuan fail adalah untuk
menyimpan dokumen secara selamat. Kerapkali fail yang digunakan adalah untuk
pelbagai jenis dokumen. Pengwujudan jumlah fail yang banyak telah menimbulkan
beberapa masalah seperti pembukaan fail tanpa mengikut prosedur, kehilangan fail,
pengesanan dan pengeluaran fail yang lambat dan sebagainya. Untuk
meningkatkan pengurusan fail di cadangkan, satu sistem klasifikasi yang dikenali
sebagai Numeric System diperkenalkan. Senarai definasi atau istilah dalam sistem
fail seperti berikut :
5.4.1 Prosedur pemfailan
Prosedur -prosedur dalam aktiviti mewujudkan fail seperti berikut :
a. Penerimaan dan Pendaftaran Surat atau rekod atau laporan dan
lain-lain. Laporan yang telah siap, perlu direkod atau didaftar ke
dalam buku rekod pendaftaran laporan senggaraan dan
dinomborkan. Contoh butiran yang perlu dicatatkan adalah seperti
berikut :
i. Tarikh terima.
ii. Tajuk surat atau laporan (secara ringkas).
iii. Bilangan rujukan surat atau laporan.
iv. Nama penghantar surat atau laporan.
v. Pendaftaran Fail
b. Fail yang akan diwujudkan perlu dinamakan, dinomborkan dan
didaftarkan ke dalam buku pendaftaran fail. Contoh butiran yang
perlu dicatatkan adalah seperti berikut :
i. Tajuk fail (secara ringkas).
ii. Bilangan rujukan (nombor atau jilid) fail.
iii. Nama bahagian atau organisasi atau lain-lain.
c. Pembukaan Fail
Membuka fail dengan menamakan, menomborkan (jilid) dan lain-
lain
B10-32-23-LA5-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 447
5.4.2 Prosedur penyimpanan.
Prosedur yang disimpan (juga disebut proc, storp, sproc, StoPro,
StoredProc, StoreProc, sp, atau SP) adalah subrutin yang tersedia untuk
aplikasi yang mengakses sistem pengurusan pangkalan data relasional
(RDBMS). Prosedur sedemikian disimpan dalam kamus data pangkalan
data. Penggunaan untuk prosedur yang disimpan termasuk pengesahan
data (disatukan ke pangkalan data) atau mekanisme kawalan akses.
Selain itu, prosedur yang tersimpan dapat menyatukan dan memusatkan
logik yang pada mulanya dilaksanakan dalam aplikasi. Untuk menjimatkan
masa dan ingatan, pemprosesan yang luas atau rumit yang memerlukan
pelaksanaan beberapa pernyataan SQL dapat disimpan ke dalam prosedur
tersimpan, dan semua aplikasi memanggil prosedur. Kita boleh
menggunakan prosedur yang disimpan bersarang dengan melaksanakan
satu prosedur yang tersimpan dari dalam yang lain.
5.4.3 Prosedur Inventori
Dokumentasi menyediakan bukti pematuhan terhadap keperluan program
sekiranya berlaku dalaman atau luaran audit jaminan kualiti. Sebagai
tambahan kepada dokumentasi keperluan program keseluruhan,
seseorang juga perlu menubuhkan, mendokumentasikan, dan
mengekalkan prosedur penentukuran untuk semua peralatan yang diliputi
oleh keperluan program. Ini juga termasuk dokumentasi untuk protokol
balik dan sejarah penentukuran dahulu bagi setiap instrumen untuk
kekerapan keputusan pengubahsuaian. Dokumentasi juga harus
merangkumi prosedur dan langkah berjaga-jaga untuk pengendalian,
pemeliharaan, dan perlindungan peralatan untuk memastikan ketepatan
dan ketepatannya di bawah keadaan persekitaran yang berbeza-beza
semasa penyimpanan, pengangkutan, pengendalian dan penggunaan
B10-32-23-LA5-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 448
LATIHAN
1. Buatkan satu laporan Pemasangan komponen mekanikal
2. Berikan serta jelaskan format yang perlu ada didalam sesuatu laporan
3. Didalam setting menulis laporan menggunakan microsoft word, apakah yang
dimaksudkan dengan “Margin”?
4. Lakarkan aliran kerja untuk Ujian Pengesahan.
5. Pada pendapat anda, mengapakah perlunya seorang Pegawai atau juruteknik
untuk “Celik IT”?
RUJUKAN :
1. Matthew P. Stephens, Purdue University Press, 2010 Productivity and Reliability-
based Maintenance Management, ISBN: 9781557535924
2. WIM MEKATRONIK JPK
B10-32-23-LA5-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 449
KERTAS
PENERANGAN
MODUL 4
B10-32-24 AUTOMATION SYSTEMS
CALIBRATION
GROUP CLUSTERING MODULE 4
B10-32-24-LA1 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEMS
CALIBRATION REQUIREMENTS
C04.01 Prepare industrial automation system calibration requirements
B10-32-24-LA2 PLAN INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM CALIBRATION
SCHEDULE
C04.02 Plan industrial automation system calibration schedule
B10-32-24-LA3 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM
CALIBRATION ACTIVITY
C04.03 Perform industrial automation system calibration activity
B10-32-24-LA4 TEST CALIBRATED INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM
C04.04 Test calibrated industrial automation system
B10-32-24-LA5 PREPARE INDUSTRIAL SYSTEM CALIBRATION REPORT
C04.05 Prepare industrial automation system calibration report
451
INSTITUSI LATIHAN
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA B10 SIJIL TEKNOLOGI MEKATRONIK
KURSUS
KOD DAN NAMA B10-32-24 AUTOMATION SYSTEMS CALIBRATION
MODUL
LA1 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEMS
CALIBRATION REQUIREMENTS
AKTIVITI LA2 PLAN INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM CALIBRATION
PEMBELAJARAN LA3 SCHEDULE
(LA)
PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM
CALIBRATION ACTIVITY
LA4 TEST CALIBRATED INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM
LA5 PREPARE INDUSTRIAL SYSTEM CALIBRATION REPORT
CU.WA NO./ C04.01/L3, C04.02/L3, C04.03/L3, C04.04/L3, C04.05/L3
TAHAP
OBJEKTIF PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM CALIBRATION
PRESTASI USING JIG AND FIXTURE, CALIBRATION TOOL AND EQUIPMENT
AKHIRAN (TPO) SO THAT IN INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM
CALIBRATION REQUIREMENTS PREPARED, CALIBRATION
SCHEDULE PLANED, CALIBRATION ACTIVITY ARE PERFORMED,
INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM TEST CALIBRATED AND
INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM CALIBRATION REPORT
PREPARED ACCORDANCE WITH THE MANUFACTURER
SPECIFICATION REQUIREMENTS.
WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 452
LA1 PREPARE INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEMS CALIBRATION
REQUIREMENTS
1. Identify automation system calibration tools and equipment
Definasi tentukur (Calibration):
Tentukur (calibration) adalah proses membandingkan dan
membetulkan keluaran sesuatuinstrumen dengan nilai piawai.
Tentukur (calibration) juga suatu proses pembandingan antara
nilai keluaran peralatan yang hendak diuji dengan peralatan yang
telah diketahui ketepatannya menggunakan nilai masukan yang
sama dibekalkan kepada kedua-dua peralatan tersebut
Prosedur ini dilakukan untuk julat masukan yang mencakupi
semua julat ukuran yang bolehdiukur oleh peralatan terbabit.
Definasi Automation system calibration:
Proses membandingkan dan membetulkan keluaran pada mesin-
mesin berautomasi atau sistem dengan kawalan automatik
dengan nilai piawai.
Kepentingan proses tentukur (calibration) pada sistem automasi:
Menjamin mutu, dalam pengertian setiap produk memerlukan
bukti bahwa hasil ukur tela hmampu telusur (traceable) pada
standard kebangsaan mahupun antarabangsa.
Tidak terdapat cacat/kesalahan hasil pengukuran.
Menjamin Kepentingan Keselamatan Manusia.
Menjamin Keadaan alat pengukuran tetap terjaga sesuai
spesifikasinya.
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 453
Dalam sistem automasi, terdapat banyak peralatan dan perkakasan yang
digunakan perlulah berfungsi dengan tepat (accurate). Ini adalah kerana
peralatan tersebut merupakan penggerak utama kepada mesin
pembuatan.
Peralatan dan perkakasan untuk sistem automasi merangkumi dua
bahagian utama iaitu mekanikal dan elektronik.
Di dalam modul ini kita akan mengenalpasti peralatan dan perkakasan
yang perlu diberi perhatian untuk tujuan calibration supaya line production
berfungsi dengan baik selain masa yang tepat.
Production line yang akan kita bincangkan ini di rujuk dengan
menggunakan peralatan MPS (modular production system) iaitu
perkakasan yang sama seperti di lapangan industri tetapi pada binaan
yang lebih kecil.
MPS terdiri daripada station-station yang setiap satunya berfungsi dengan
pelbagai fungsi seperti berikut.
Distributing station
Buffer station
Robot station
Press station
Pick&Place station
Testing station
Processing station
Handling station,
Pneumatic Assembly station
Punching station
Sorting station
Separating station
Storing station
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 454
Bagaimanapun setiap daripada station-station yang disenaraikan terdiri
daripada module-module sebagai pelengkap bagi fungsi tugasannya yang
paling utama sebagai sebuah mesin berautomasi.
Rajah 1a : Modular Production System (MPS) complete module.
Rajah 1b : Modular Production System (MPS) Distributing station
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 455
Sebagai contoh Distributing station mempunya dua module iaitu Feed
Magazine Module dan Transfer Module.
Manakala Testing Station terdiri daripada Detection Module, Lifting
Module, Measuring Module, Slide Module
Processing Station pula terdiri daripada Rotary Indexing Table Module,
Drilling Module, Drilled Hole, Checking Module.
Komponen yang digunakan di setiap modul-modul ini perlulah dibuat
proses calibration secara berkala bagi tujuan memastikan setiap
peralatan berfungsi dengan baik tanpa sebarang downtime mahupun
kelewatan proses produk tertentu siap.
Kenalpasti komponen terlibat
Kita perlu mengenalpasti komponen yang terlibat atau yang
digunakan bagi setiap station dan module supaya dapat
menyediakan peralatan ataupun bahan untuk tujuan calibration.
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 456
Rajah 1c : Feed Magazine Module
Untuk Feed Magazine Module, fungsinya ialah untuk
mengasingkan benda kerja dari magazine untuk digunakan di
bahagian lain. Double acting cylinder bertindak menolak benda
kerja yang berada paling bawah dari dalam graviti feed magazine.
Kemudian benda kerja dikesan oleh sensor di hujung silinder.
Dalam masa yang sama benda kerja yang lainnya diperiksa oleh
sensor di dalam feed magazine sama ada masih ada ataupun
telah habis digunakan.
Dalam modul-modul lainnya. Peralatan yang banyak digunakan
dan perlu diberi perhatian yang khusus untuk tujuan calibration
termasuklah:
B10-32-24-LA1-IS Motor dc 457
Proximity sensor
Solenoid
Pneumatic cylinder
Hydraulic cylinder
Gripper
WIM/B10/32012/S02/P2(12019)
Pressure gauge
Presure regulator
Voltage regulator
Motor control
Workpiece stopper
Drill
Pucher
Grinder
Optical sensor
Highscale meter
Stepper motor
Penyediaan Peralatan
Setelah peralatan tersebut telah dikenalpasti serta proses yang
dilakukannya. Penyediakan peralatan atau bahan perlu
disenaraikan untuk tujuan calibration. Peralatan tersebut boleh
dipecahkan kepada kategori-kategori seperti rajah berikut:
Hand tools.
Power tools.
Special tools.
Measuring tools.
Calibration kit.
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 458
1.1 Hand tools Gambarajah
Hand tools
Skru driver
Allenkey
Test pen
B10-32-24-LA1-IS Rajah 1.1a :Contoh-contoh hand tools 459
WIM/B10/32012/S02/P2(12019)
1.2 Power Tools Gambarajah
Power tools
Codeless drill and
screw driver
Rajah 1.2a :Contoh-contohPower tools
1.3 Special Tools Gambarajah
Special tools
Special head
screw driver
B10-32-24-LA1-IS Rajah 1.3a :Contoh-contoh Special tools 460
WIM/B10/32012/S02/P2(12019)
1.4 Measuring Tools. Gambarajah
Special tools
Tacho meter
Verniar clipper
Micrometer
Multimeter
B10-32-24-LA1-IS Rajah 1.4a :Contoh-contoh Special tools 461
WIM/B10/32012/S02/P2(12019)
1.5 Calibration kit. Gambarajah
Calibration kit
High accuracy
voltmeter
High accuracy
ammeter
High accuracy
ohmmeter
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 462
High accuracy
pneumatic
pressure meter
High accuracy
hydraulic
pressure meter
Rajah 1.5a :Jenis-jenis Calibration kit
2. Outline automation system calibration procedure.
Bagi memberi kesan yang sempurna pada semua peralatan-peralatan
automasi, proses calibration yang berterusan perlu dijalankan. Kekerapan
dalam membuat calibration bergantung pada jenis peralatan yang
digunakan dan kerja yang dilakukannya.
2.1 Calibration schedule.
Kekerapan sangat perlu ditetapkan dalam melakukan kerja-
kerja calibration sebelum peralatan menjadi tidak selamat
untuk digunakan.
Penjadualan hendaklah disediakan secara berkala bagi
setiap jenis peralatan dan kerja yang dilakukannya sama
ada harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Atau
mungkin juga perlu pada setiap sukuan tahunan atau
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 463
setengah tahun sekali. Ada juga peralatan yang perlu
dibuat calibration pada setiap kali penggunaan. Ini
bermakna, pada setiap kali hendak digunakan ianya perlu
dibuat pemeriksaan dan calibration.
Rajah 2.1a :Contoh Calibration schedule
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 464
2.2 Maintenance manual
Hendaklah sentiasa dan patuh pada arahan dalam manual
yang didatangkan sekali dengan peralatan/mesin automasi
tersebut. Ini akan dapat menentukan nilai tepat yang sesuai
dan dikehendaki bagi membolehkan ianya bekerja secara
berkesan dan mempunyai ketahanan yang tinggi.
Manual penyelenggaraan bukan sahaja dirujuk ketika
berlakunya masalah atau untuk menganalisa masalah.
Selain itu, ia akan menerangkan nilai yang diperlukan untuk
peralatan tersebut. Pematuhan dari segi tatacara untuk
melakukan proses calibration juga tidak seharusnya diambil
mudah sekiranya peralatan tersebut mempunyai keperluan
untuk dilakukan secara berkala seperti yang termaktub
dalam manual penyelenggaraan.
Rajah 2.2a :Contoh Maintenance manual
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 465
3. Identify automation system calibration parameter.
Julat bacaan hendaklah tepat dan konsisten. Bacaan yang perlu di ambil
kira termasuklah:
3.1 Voltage
Penting bagi sesebuah sistem berautomasi berupaya
digerakkan dengan voltan yang cukup. Ini dapat di lihat
apabila sesebuah station mengalami kemerosotan voltan
mengakibatkan seluruh station tidak dapat berfungsi
dengan baik atau langsung tidak boleh beroperasi
sekiranya berlaku penurunan nilai bacaan voltan yang
sangat rendah.
Peralatan juga akan mengalami masalah dan mungkin
rosak sekiranya bacaan menjadi terlalu tinggi secara tiba-
tiba. Oleh itu nilai voltan hendaklah konsisten pada
kedudukan 24Vdc tanpa lebih atau kurang seperti yang
biasa di guna pakai bagi peralatan automasi.
3.2 Current
Nilai arus yang cukup menjadi perkara yang penting
terutamanya jika sistem tersebut mempunyai banyak
komponen yang perlu dikawal untuk beberapa operasi
kerja. Nilai yang terlalu lemah membuatkan peralatan tidak
cukup daya untuk digerakkan.
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 466
3.3 Resistance
Rotation table sebagai contoh perlu mempunyai kadar
beban yang sama dan konsisten apabila benda kerja
berada di atasnya tambahan pula ia perlu menampung
benda kerja yang sedang menjalani sesuatu proses
antaranya menebuk, menekan, meratakan yang dilakukan
dalam masa yang sama. Perubahan bacaan rintangan
dalam litar yang mengendalikan operasi seperti ini perlu di
ambil bacaan supaya ianya tidak lari dari julat atau jauh
tersasar dari julat yang boleh dikendalikan olehnya.
3.4 Temperature
Persekitaran yang baik dapat membantu peralatan
automasi dalam keadaan baik selain dapat meningkatkan
ketahanan peralatan. Ini dipengaruhi oleh suhu persekiran
yang perlu dijaga supaya memberi nilai yang konsisten.
Sesetengah peralatan yang bekerja dengan daya yang
banyak dan beroperasi terlalu lama akan menyebabkan
kepanasan melampau. Untuk itu temperature sensor perlu
ada bagi peralatan tersebut memberi maklumat untuk nilai
yang diukur pada badan peralatan tersebut dan seterusnya
memberi feedback pada sistem supaya dapat menjalankan
arahan selanjutnya.
3.5 Distance
Proses yang berlaku di industri yang didalamnya terdapat
mesin dan peralatan automasi sering dikaitkan dengan
jarak sesuatu benda kerja supaya ia dapat dicapai oleh
actuator yang mengendalikannya. Sekiranya nilai jarak
tidak dibaca dengan baik oleh sensor-sensor yang
ditugaskan mengesan objek sebagai contoh.
Berkemungkinan actuator gagal berfungsi dan seterusnya
memberhentikan tugasan seterusnya secara automatik.
Atau contoh yang boleh diambil pada situasi jarak dari
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 467
benda kerja pertama dan kedua tidak berada pada
kedudukan tepat memungkinkan berlakunya pelanggaran.
Kesemua nilai bagi perkara-perkara yang telah disebutkan
di atas memerlukan ketepatan dan nilai konsisten. Ini boleh
dibuat dengan cara calibration parameter iaitu
membandingkan nilai semasa yang diukur sama ada
menggunakan meter boleh ubah atau meter yang dipasang
kekal padanya dengan dan dibandingkan dengan nilai
sebenar yang diperlukan untuk mengendalikan seperti
yang telah termaktub pada arahan manual.
4. List down automation system calibration preparation checklist.
Dalam memastikan proses calibration sentiasa diamalkan dan dipatuhi,
penyediaan senarai semak perlu diadakan sebagai rekod untuk rujukan.
4.1 History card.
Senarai semak yang dilakukan dalam proses membuat
calibration handaklah menjadi rujukan untuk proses
calibration semasa. Ini membolehkan juruteknik menilai
kekerapan ralat parameter yang berlaku bagi sesebuah
alat. Sekiranya ralat ini kerap terjadi, langkah baikpulih
dengan alatganti mungkin diperlukan untuk membaiki
kerosakan. Atau sekiranya tidak relevan untuk dibaiki,
langkah penukaran peralatan yang baru mungkin
diperlukan untuk manjadi kualiti dan kuantiti produk yang
dihasilkan berapa pada tahap yang maksimum. Jadi
rujukan kepada kad-kad senarai semak yang lalu dalam
tempoh masa tertentu sangatkan penting dan berguna
untuk kegunaan pada masa-masa akan datang.
Sekirangnya anda seseorang yang ditugaskan
menjalankan kerja-kerja calibration, harusnya diingat
supaya sentiasa menyimpan laporan berkenaan.
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 468
4.2 Default setting.
Pada kebiasaannya, manual penyelengaraan adalah
menjadi rujukan dan ini akan menetapkan default setting
keatas peralatan-peralatan mesin berautomasi. Tetapan ini
boleh digunakan dan sekiranya peralatan tersebut telah
dinaiktaraf, default setting ini boleh dijadikan sebagai
rujukan.
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 469
LATIHAN
1. Berikan definasi bagi tentukur (calibration).
2. Berikan definasi bagi tentukur (calibration) sistem automasi.
3. Senaraikan 4 kepentingan tentukur (calibration) sistem automasi.
4. Senaraikan 3 perbezaan antara Verniar clipper dan Micrometer.
5. Terangkan fungsi Feed Magazine Module.
RUJUKAN
1. http://www.rscal.com/what-is-electronic-calibration
2. https://www.maximintegrated.com
3. http://us.flukecal.com/products/process-calibration-tools
4. https://www.timeelectronics.com/other-calibration-instruments/7151-vernier-and-
micrometer-calibration-kit/
5. https://www.timeelectronics.com/portable-process-pressure-instruments/7198-
pressure-calibration-accessories-kit/
6. http://support.fluke.com/find-
sales/Download/Asset/1281620_6110_ENG_L_W.PDF
B10-32-24-LA1-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 470
LA2 PLAN INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM CALIBRATION SCHEDULE
1. Describe calibration documentation.
Calibration documentation merupakan dokumen yang dipaparkan dengan
instrumen ukur yang mengandungi maklumat mengenai
penentukurannya. Rekod penentukuran membantu mengekalkan
ketepatan dan keboleh kesannya. Dokumen ialah catatan data yang
mengandungi maklumat mengenai prosedur penentukuran tertentu.
Laporan penentukuran mengekalkan keboleh kesanannya. Senarai
dokumentasi ialah dalam bentuk checklist, buku rekod, jadual, buku log,
rajah, graf dan laporan yang dicatatkan atau dijana semasa dalam proses
kalibrasi.
Setiap peralatan dan mesin berautomasi mempunyai fungsi dan kerjanya
yang khusus. Semakin banyak penggunaannya maka semakin tinggi
tahap kemerosotan yang mungkin berlaku sekiranya pemantauan tidak
dilakukan.
Untuk tujuan penerangan secara lanjut bagi modul ini, tumpuan akan
dilakukan pada satu bahagian di salah satu stesen factory line.
B10-32-24-LA2-IS Rajah 1a : Rotary drive module (drawing) 471
WIM/B10/32012/S02/P2(12019)
Rajah 1b : Rotary drive module.
Gambarajah di atas menunjukan satu bahagian dipanggil ‘Rotary drive
module’. Modul ini berfungsi mengalihkan benda kerja atau produk dari
kedudukan titik A ke kedudukan titik B dengan cara mengalihkannya
menggunakan lengan yang bergerak secara berpusing sebanyak 180
darjah. Walau bagaimana pun modul ini boleh digerakkan sebanyak 90
hingga 270 darjah. Pemegang benda kerja adalah dari jenis vakum
bermaksud menggunakan tenaga pneumatik untuk memegang dan juga
untuk mengerakkan lengan tersebut.
Modul ini menggunakan komponen seperti berikut:
Pneumatic semi rotary drive
3/2 way Solenoid valve
Flow control valve
One way flow control valve
Suction cup
Vacuum switch
Vacuum generator
Micro switch
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 472
1.1 Checklist
Senarai semak ialah senarai item yang perlu disahkan, disemak atau
diperiksa. Menggunakan senarai semak akan mememastikan setiap
perkara-perkara penting dalam kalibrasi peralatan atau mesin tersebut
tidak diabaikan.
Proses pemeriksaan biasanya akan dibuat dalam 3 peringkat iaitu secara
harian, mingguan, bulanan (1 bulan) atau sukuan tahunan (3 bulan).
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu disemak pada ‘Rotary drive
module’:
a) Periksa kelajuan lengan bergerak pada kelajuan yang
dikehendaki.
b) Periksa limit lengan berhenti pada point A.
c) Periksa limit lengan berhenti pada point B.
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 473
Rajah 1.1a : Contoh Senarai Semak
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 474
Senarai Semak Calibration Harian
Modul Rotary Drive MPS
Bil Perkara Terima/Tidak Tindakan
1. Pastikan ada tekanan dari sumber
masukan.
2. Pastikan lengan boleh bergerak di dua
hala.
3. Pastikan ada tekanan vakum di
bahagian suction cap.
4. Pastikan ada tekanan blow di
bahagian suction cap.
5. Pastikan had (limit) lengan berhenti
pada point A di kedudukan betul.
6. Pastikan had (limit) lengan berhenti
pada point B di kedudukan betul.
7. Pastikan suction cap dapat
memegang bendakerja.
8. Pastikan bendakerja dapat dialihkan.
9. Pastikan suction cap dapat
melepaskan bendakerja.
10. Pastikan proses keseluruhan berjalan
dengan baik.
Rajah 1.1b : Senarai Semak Kalibrasi Harian
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 475
Senarai Semak Calibration Bulanan
Modul Rotary Drive MPS
Bil Perkara Terima/Tidak Tindakan
1. Periksa bacaan tolok tekanan yang
dibekalkan ke station berkenaan.
2. Periksa kekuatan tekanan vacuum di
hujung suction cap.
3. Periksa kekuatan tekanan blow di
hujung suction cap.
4. Periksa kelajuan lengan bergerak.
5. Periksa kedudukan lengan berhenti di
point A.
6. Periksa kedudukan lengan berhenti di
point B.
7. Periksa signal dari microswitch A.
8. Periksa signal dari microswitch B.
9. Periksa signal dari vacuum switch.
Rajah 1.1c : Senarai Semak Kalibrasi Bulanan
1.2. Work Order
Perintah kerja biasanya merupakan tugas atau pekerjaan untuk
pekerja, yang boleh dijadualkan atau ditugaskan kepada
seseorang. Arahan sedemikian adalah dari permintaan penyelia
dan dibuat secara dalaman dalam organisasi. Perintah Kerja juga
boleh dibuat sebagai tindak lanjut atas pemeriksaan yang telah
dilakukan.
B10-32-24-LA2-IS Perintah kerja merupakan alat komunikasi dan cara terbaik untuk 476
mendapatkan kaedah kerja yang dilakukan dengan betul dan lebih
baik mengikut turutan kerja. Perintah kerja adalah sangat penting
dalam sistem kalibrasi dan penyelenggaraan.
WIM/B10/32012/S02/P2(12019)
Rajah 1.2a : Contoh Perintah Kerja
2. List down automation system calibration history.
Data yang telah direkodkan perlu dirujuk untuk mengetahui status
peralatan dan mesin berautomasi.
2.1 Breakdown record.
B10-32-24-LA2-IS Kerosakan boleh berpunca banyak penyebab, antaranya 477
ialah penyelenggaraan pencegahan yang tidak
bersesuaian dan jarak masa yang panjang, kurang
pemeriksaan di tapak kerja, kekurangan penilaian tekanan
dan bacaan beban yang tidak betul pada mesin, reka
bentuk dan bahan yang tidak tepat serta pengabaian
dalam proses kalibrasi.
WIM/B10/32012/S02/P2(12019)
Pelan kalibrasi yang betul, dokumentasi yang betul,
penyimpanan rekod dan penyelenggaraan pada tempoh
yang betul biasanya membantu dalam mengurang atau
mengehadkan kerosakan.
Rajah 2.1a : Contoh Rekod Kerosakan
REKOD KEROSAKAN
NAMA STATION/MODUL NAMA
PERALATAN/MESIN JURUTEKNIK
Rotary Drive Module
MPS Muhammad Amin
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 478
Task: Calibration process
Bil Tarikh Masa Masa Butiran Sebab
Berlaku Selesai Kerosakan
1 3 Jan 10.12 am 12.00 pm Bendakerja tidak kadar tekanan
pada suction
2017 boleh diangkat cap tidak
mencukupi
2 9 Mac 9.50 am 10.50 am Bendakerja tidak lengan yang
bergerak terlalu
2017 dipindahkan ke laju
point yang betul
3 20 Julai 1.00 pm 2.00 pm Actuator tidak limiter pada
2017 menyentuh rotary driver
bendakerja ketika berubah
hendak kedudukan
menggangkat
bendakerja
4 13 11.19 am 2.30 pm Bendakerja tidak vacuum switch
Ogos diangkat selepas gagal berfungsi
2017 vacuum dihidupkan
5 31 Okt 3.00 pm 3.45 pm Bendakerja tidak microswitch
2018 dilepaskan selepas tidak memberi
lengan dialihkan ke sebarang
point B isyarat
walaupun ianya
telahpun
disentuh
Rajah 2.1b : Contoh Rekod Kerosakan Bagi Rotary Drive
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 479
2.2 Service record.
Rekod penyenggaraan adalah rekod-rekod yang
dikehendaki disimpan oleh pengendali untuk dapat
menentukan kelayakan dan konfigurasi peralatan atau
sistem yang berterusan selaras dengan keperluan untuk
tujuan penyelenggaraan pada masa depan.
Rajah 2.2a : Contoh Rekod Penyelenggaraan
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 480
REKOD PENYELENGGARAAN
(ROTARY DRIVER)
BIL TARIKH KEROSAKAN TINDAKAN
3/2 way solenoid
1 valve tersumbat komponen tersebut
menyebat tekanan telahpun ditukar.
yang melaluinya
tidak cukup kuat.
Kadar tekanan yang pelarasan flow
2 memasuki rotary control valve
driver terlalu banyak. telahpun dibuat.
3 Limiter pada rotary limiter pada rotary
driver tidak berapa driver dilaraskan
di kedudukan supaya berapa
sepatutnya. pada kedudukan yg
betul.
4 Vacuum tidak Komponen ini
mengesan tekanan didapati telah rosak
yang melalui selepas pengujian
vacuum switch. dibuat dan telah
digantikan.
Wayar dari terminal
positif tidak rapat
5 Microswitch tidak menyebabkan
mengeluarkan berlakunya
isyarat. intermittent dan
water tersebut
telahpun
diketatkan.
Rajah 2.2b : contoh rekod penyelenggaraan bagi rotary
drive
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 481
2.3 Calibration record.
Rekod penentukuran adalah bukti yang didokumenkan
bahawa peralatan itu dikekalkan dan ditentukur, dan jika
didapati daripada penentukuran apa yang telah dilakukan
untuk membetulkannya. Penentukuran adalah
perbandingan antara pengukuran yang diketahui (piawai)
dan pengukuran menggunakan instrumen yang diuji.
Biasanya, ketepatan piawai sepuluh kali ketepatan alat
pengukur sedang diuji. Walau bagaimanapun, nisbah
ketepatan 3:1 dapat diterima oleh kebanyakan organisasi
standard.
Rajah 2.2.3a : Contoh Rekod Calibration
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 482
Berikut adalah contoh maklumat selepas proses tentukur
dibuat dan perlu direkodkan kedalam boring rekod
tentukur.
a) Punca Masalah: Tekanan dari sumber tidak
mencukupi dari parameter yang ditetapkan iaitu
sebanyak 8 bar.
Tindakan: pelarasan telahpun dibuat dan bacaan
setiap jam selama 12 jam sebelum iaitu dapat
digunakan.
b) Punca Masalah: Tekanan vacuum terlalu lemah
tidak mencukupi dari parameter yang telah
ditetapkan iaitu sebanyak 6 bar.
Tindakan: pelarasan dibuat di flow control valve
tetapi keadaan tetap sama. Setelah diuji 3/2 way
solenoid valve tidak mengeluarkan output tekanan
seperti yang ditetapkan dari parameter. Komponen
ini telahpun ditukar.
c) Punca Masalah: Rotary driver tidak berhenti di
kedudukan yang betul dari parameter iaitu 0 darjah
dipoint A dan 180 darjah di point B.
Tindakan: Pelarasan telahpun dibuat di bahagian
limiter.
d) Punca Masalah: Vacuum switch tidak
mengeluarkan sebarang insyarat dari parameter
24Vdc untuk diterima oleh PLC.
Tindakan: Tahap tekanan memasukki vacuum
switch telahpun diperiksaan dan didapat tiada
masalah. Komponen ini didapati telah rosak
selepas pengujian terhadap voltan masukan ada
tetapi tidak pada keluaran.
e) Punca Masalah: Microswitch di point B tidak
menghantar isray kepada PLC sepertimana
parameter sepatutnya iaitu 24Vdc.
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 483
Tindakan: Selepas dibuat pengujian didapati
insyarat masukkan tiada disebabkan wayar pada
terminal input telah longgar. Wayar tersebut
telahpun diketatkan semula.
3. Industrial automation system calibration parameter data and activities.
Data yang dikalibrasi adalah data yang mana tetapan penentukuran telah
digunakan, sebelum penggunaan tetapan data, tetapan penentukuran
untuk pemboleh ubah boleh diubah dengan menyatakan nilai-nilai dalam
paparan. Penentukuran adalah cara memberi nilai kepada parameter
yang menentukan bagaimana peralatan berfungsi. Tidak seperti
anggaran, penentukuran akan memberikan nilai parameter untuk
membuat peralatan sesuai dengan data.
3.1 Data variation.
Langkah-langkah variasi digunakan untuk menerangkan
pembahagian data. Julat ini adalah perbezaan antara nilai
data paling besar dan kurang. Quartiles, masing-masing
empat kumpulan yang sama di mana populasi boleh
dibahagikan mengikut taburan nilai-nilai pemboleh ubah
tertentu. Adalah merupakan nilai-nilai yang membahagikan
data yang ditetapkan ke dalam empat bahagian yang
sama. Satu cara mudah untuk mengukur variasi set data
adalah julatnya.
Terdapat banyak variasi parameter data dalam sistem
automasi antaranya nilai yang boleh diukur seperti voltan,
arus, rintangan, tekanan, daya, masa, jarak, suhu dan
sebagainya.
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 484
3.2 Data verification.
Pengesahan data adalah proses di mana pelbagai jenis
data diperiksa untuk ketepatan dan ketidak konsistenan
selepas migrasi data dilakukan. Ia membantu menentukan
sama ada data diterjemahkan dengan tepat apabila data
dipindahkan dari satu sumber ke yang lain, lengkap dan
menyokong proses dalam sistem baru.
Verifikasi parameter data yang merupakan data yang perlu
disahkan supaya ianya sejajar dengan parameter yang
telah ditetapkan untuk sesuatu proses sebagi contoh:
Voltan dan arus mestilah cukup.
Beban hendaklah dalam skala tertentu.
Tekanan mestilah konsisten dan sekata.
Daya tidak boleh melebihi nilai.
Masa tidak boleh berubah.
Jarak mestilah tepat dan jitu.
Bekerja dibawah suhu yang sekata.
3.3 Data Error.
Definisi: ralat data. Keadaan di mana data pada media
digital telah diubah secara salah. Kesalahan ini dapat
ditunjukkan sebagai beberapa bit yang salah atau bahkan
satu bit yang 0 ketika seharusnya 1 atau sebaliknya.
Ralat data parameter iaitu apabila berlakunya perubahan
nilai pada waktu tertentu yang disebabkan oleh perkara-
perkara tertentu dengan nilai yang telah ditetapkan oleh
mesin atau peralatan tertentu supaya bekerja pada situasi
tertentu. Biasanya ralat akan mengakibatkan kesan sama
ada kecil atau pun besar bergantung kepada kerja yang
ditugaskannya.
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 485
Sekiranya ralat yang boleh mengakibatkan kesan yang
besar, pembetulan perlulah dibuat segera setelah ralat
tersebut dikesan berlaku. Dan sekiranya ralat yang hanya
mengakibatkan kesan yang kecil contohnya tempoh masa
operasi menjadi sedikit perlahan, ralat sebegini akan
direkodkan untuk tindakan seterusnya sekiranya difikirkan
perlu dengan mengambil kira kos dan sebagainya.
4. Outline calibration schedule.
4.1 Periodical
Prestasi peralatan atau mesin berautomasi perlu disemak
setiap masa. Ini adalah kerana sistem automasi
menggabung peralatan yang bergerak secara mekanikal
yang dikawal oleh sistem pneumatik iaitu tenaga tekanan
angin dan jugak sistem hydraulik iaitu tenaga tekanan
bendalir atau minyak selain tenaga elektrik. Pergerakkan
yang berterus boleh menyebabkan kegagalan sistem
disebabkan perkara-perkara tententu. Garispanduan
berikut adalah aktiviti yang buleh dipatuhi bagi memelihara
peralatan atau mesin berautomasi dapat dikendalikan
dengan lebih berkesan selain berketahanan tinggi.
a) Pemerhatian terhadap sistem kawalan perlu dibuat
secara berkala.
b) Pemerhatian terhadap sistem penggerak perlu
dibuat secara berkala.
c) Pemerhatian terhadap sistem pengesan atau
sensor perlu dibuat secara berkala.
d) Pemerhatian terhadap sistem tekanan perlu dibuat
secara berkala.
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 486
4.2 Breakdown.
Bermaksud kerosakan mesin. Mesin adalah elemen
penting dalam sistem perkilangan dan kerosakan mereka
secara mendadak mempengaruhi langkah prestasi sistem.
Oleh itu, ia adalah masalah besar bagi perancang
pengeluaran jika berlaku kerosakan tidak dirancang. Dalam
proses pengeluaran, sangat sukar untuk menganggarkan
di mana dan ketika kerosakan mesin berlaku.
Apabila langkah pencegahan telahpun dibuat secara
berkala namun masih ada lagi perkara yang tidak dijangka
mungkin berlaku jesteru mengakibatkan kesan termasuk
sistem mengalami breakdown. Apabila ini berlaku,
pemerhatian serta merta perlu dilakukan seterusnya
langkah kerja-keja calibration perlu diambil bagi
mengurangkan masa breakdown dan produk tidak dapat
disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan.
5. Plan log book format.
Buku log perlu disediakan bagi merekodkan kerja-kerja calibration yang
dirancang secara berkala mahupun sewaktu mesin mengalami
breakdown.
Buku log didefinasikan sebagai buku rekod rasmi atau mendaftar,
termasuk format elektronik, yang menyimpan maklumat tentang proses.
Buku log digunakan untuk menyimpan maklumat tentang rekod kerja
secara berkala.
Buku log adalah dokumen penting, ia cenderung dilindungi dengan baik,
dan sekiranya berlaku kemalangan.
Boleh dibuat kesimpulan bahawa Buku log adalah buku yang
mengandungi rekod-rekod secara berkala, dibawa dan disimpan oleh
pengendali. Ia bertindak sebagai buku harian sejarah kerja dan
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 487
memberikan bukti tentang kejadian dan pengalaman. Ia juga termasuk
format elektronik yang digunakan untuk tujuan merakam maklumat yang
diperlukan.
Buku log mengesan keadaaan atau perubahan yang diperolehi dari masa
ke masa. Ia boleh menjadi rekod data, pemikiran, atau aktiviti. Ia
mendokumenkan rasional untuk tindakan yang anda ambil.
Jenis-jenis Buku Log:
Pada umumnya, terdapat tiga jenis buku log:
a) Peralatan
Disimpan berhampiran aset dan digunakan untuk
peralatan tertentu, seperti kren atau lif.
b) Site
Disimpan di bilik kawalan atau pejabat pusat dan
applyi untuk laman web keseluruhan
c) Kakitangan
Disimpan dengan kakitangan. ini lazimnya
digunakan untuk merangkum banyak tapak di mana
kakitangan mempunyai tanggungjawab
B10-32-24-LA2-IS 2.5.a Contoh log book 488
WIM/B10/32012/S02/P2(12019)
5.1 Plan log book format.
Buku penyimpanan rekod yang kompak, untuk membantu
pemilik dan pengendali mesin mematuhi keperluan dalam
peraturan mengenai pemeriksaan dan kerja
penyelenggaraan.
Tujuan penggunaan buku log adalah sebagai buku
panduan dan rujukan serta menyediakan pelbagai fungsi
iaitu:
Untuk memastikan penyimpanan rekod. aktiviti
seperti penyelenggaraan
Untuk menyimpan kronologi peristiwa yang
berkaitan dengan aset.
Untuk menangkap sejarah operasi untuk aset.
Untuk menunjukkan ketekunan wajar.
Buku log merekodkan langkah-langkah yang anda ambil
untuk menyelesaikan projek. Ia tidak perlu terlalu
berlebihan. Ini adalah rekod mengenai apa yang anda
lakukan dan apa yang anda fikirkan. Ia harus menunjukkan
bagaimana pemikiran anda berubah sepanjang proses
menjalankan projek penyelidikan. Buku log juga mencatat
di mana perkara menjadi salah dan apa yang anda lakukan
untuk mengatasi sebarang keputusan yang tidak dijangka.
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 489
Rajah 5.1a Contoh log book format.
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 490
LATIHAN
1. Apakah maksud calibration documentation.
2. Nyatakan perbezaan antara ketiga-tiga rekod berikut:
i. Breakdown record.
ii. Service record.
iii. Calibration record.
3. Senaraikan 5 tujuan dalam penggunaan log book.
4. Terdapat 3 jenis Buku Log. Senaraikan setiap satu beserta penerangannya.
5. Apakah perbezaan antara Data variation dan Data verification?
RUJUKAN
1. http://www.aicompanies.com/education/calibration/what-is-calibration/
2. http://www.aicompanies.com/education/calibration/why-is-calibration-important/
3. http://www.aicompanies.com/education/calibration/what-factors-affect-calibration/
4. http://instrumentationportal.com/2011/document-drawing-checklist-
form/instrument-form/calibration-form/
5. http://instrumentationportal.com/wp-content/uploads/2012/12/Ip-Transmitter-
Calibration-Form.pdf
6. http://instrumentationportal.com/wp-content/uploads/2012/12/Ip-Control-Valve-
Calibration-Form.pdf
7. http://instrumentationportal.com/wp-content/uploads/2012/12/Ip-Gauge-
Calibration-Checklist.pdf
8. http://www.iceweb.com.au/Test&Calibration/Test%20and%20Calibration.htm
9. http://www.temperatures.com/stds-temp.html
B10-32-24-LA2-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 491
LA3 PERFORM INDUSTRIAL AUTOMATION SYSTEM CALIBRATION ACTIVITY
1. Identify industrial automation calibration parameter data checking method.
Parameter data adalah satu nilai yang ditetapkan dalam sesebuah
peralatan mahupun operasi supaya ianya bekerja seperti yang
dikehendaki. Parameter ini sekiranya berubah yang mungkin disebabkan
beberapa perkara boleh mengakibatkan produk mengalami kecacatan
ataupun boleh menyebabkan factory line breakdown.
Kaedah pemeriksaan parameter data boleh dibuat seperti berikut:
1.1 Continuity.
Pemeriksaan terhadap parameter data secara berterusan
iaitu dengan mengambil data semasa dan
membandingkannya secara automatik ataupun secara
manual. Sebagai contoh masa yang diambil bagi
melengkapkan kerja untuk pergerakkan lengan rotary drive
yang membawa benda kerja dari titik A ke titik B dipantau
dengan menggunakan pemasa (timer). Sekiranya kerja ini
dapat disiapkan dalam satu selang masa yang ditetapkan
ia akan meneruskan operasi yang seterusnya tanpa
memberi log kepada sistem. Tetapi sekiranya selang masa
berlaku adalah di luar tetapan, maka sistem akan logkan
kegagalan masa tersebut untuk tindakan seterusnya. Ini
merupakan langkah berkesan untuk mengesan perubahan
data parameter.
1.2 Measurement.
B10-32-24-LA3-IS Satu perubahan kecil yang mungkin boleh memberi kesan 492
yang besar kadangkala tidak nampak oleh pandangan
mata. Perubahan ini hanya boleh dikesan dengan
melakukan pemeriksaan pengukuran terhadap mesin dan
peralatan tersebut. Sebagai contoh tekanan udara yang
sudah tidak bekerja pada nilai yang telah ditetapkan atas
WIM/B10/32012/S02/P2(12019)
sebab-sebab tertentu. Pengukuran akan dibuat
menggunakan peralatan khusus.
1.3 Visual.
Perubahan data parameter yang berlaku disebabkan
beberapa faktor boleh dikenalpasti dengan pemerhatian
keatas peralatan atau mesin yang bergerak sebagai contoh
lengan rotary drive sudah tidak sekata pergerakkannya
atau mungkin bendakerja kerap terjatuh. Iaitu perubahan
yang boleh dilihat secara kasar tanpa menggunakan
peralatan ujian atau peralatan pengukuran.
Apabila perubahan data parameter dapat dikesan dengan tiga kaedah
yang telah disebutkan tadi, maka calibration boleh dilakukan supaya nilai
kembali berada pada tahap yang diperlukan bagi mesin dan peralatan
supaya dapat bekerja dengan baik dan betul seterusnya menghindari
masalah breakdown dan kualiti produk yang terjejas.
2. Identify automation system calibration kit setup technique.
Modul penentukuran elektronik (ECal) terdiri daripada piawaian
penentukuran khusus penyambung yang mengukur peranti yang diketahui
sistem melalui pelbagai kekerapan untuk mengesan kesilapan sistematik.
Dengan operasi satu sambungan mudah, ianya menawarkan ketepatan
yang sangat baik tanpa menghabiskan masa untuk menentukur.
Setelah peralatan atau mesin berautomasi dapat dikenalpasti telah
berlaku perubahan nilai. Maka proses calibration perlulah dibuat.
Bagaimana calibration dapat dibuat bergantung kepada peralatan itu
sendiri.
Tajuk ini akan kita dibincangkan berdasarkan kepada modul pada salah
satu mesin MPS iaitu conveyor bagi menerangkan contoh bagaimana
proses calibration dibuat dan apakah peralatan yang diperlukan.
Gambarajah di bawah menunjuk struktur modul station MPS conveyor.
B10-32-24-LA3-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 493