The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izawatiazman, 2021-08-15 00:03:56

B10 SEm 2

Nota Mekatronik

 Lembapan yang terpeluwap di stesyen kerja boleh mengganggu operasi
atau merosakkan barang. Malahan udara lembap ini juga boleh
menimbulkan gangguan dan menyusahkan pengendali

3.3.2. Bahan Cemar

Udara termampat mengandungi pelbagai jenis habuk, debunga dan
benda asing pepejal sebagaimana yang terdapat di dalam udara bebas
sebelum disedut ke dalam pemampat. Namun demikian pada tekanan 100
psi, kepekatan bahan cemar adalah hampir lapan kali lebih besar
daripada kepekatan di dalam udara bebas. Selain itu, udara termampat juga
boleh memungut karat, kerak dan zarah-zarah kotoran lain dari talian paip
keluli yang menyalurkan udara termampat ke stesyen kerja. Masalah lazim
disebabkan oleh udara basah dan kotor:

penggunaan masalah
Kawalan dan peralatan Pneumatik Keratan bahagian dalam dan

Talian udara luar kemerosotan kedap mengakibatkan

Penyelimutan kimia Ppienncyaenjguktubgeakusan, tersumbat talian,
Perkakas Pneumatik
Galas udara pecah
Karatan bekas, paip dan injap
Karat dan bopeng bahagian dalam
karatan

Jadual 4

3.3.3. Kebocoran Udara

Udara yang bocor secara berterusan dari liang bolong kecil pada
pengatur menunjukkan bahawa terdapat kebocoran pada popet utama atau
gegendang. Alat ganti baikpulih dengan gegendang dan kedap boleh didapati
bagi kebanyakan pengatur piawai. PENTING! Ganti gegendang atau kedap
secepat mungkin apabila kebocoran dikesan. Gegendang yang rosak terus
mungkin menyebabkan pengatur gagal berfungsi menyebabkan tekanan tinggi
dan boleh mengakibatkan sesetengah solenoid teranjak sendiri. Ini mungkin
menimbulkan keadaan yang tidak selamat kepada pekerja dan alat.

B10-32-25-LA3-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 594

3.3.4. Pengatur Tekanan

Jika pengatur tekanan gagal menurunkan tekanan apabila dilaraskan,
beberapa sebab berikut mungkin berlaku:
 Pengatur disambung terbalik – tekanan masuk telah disambung kepada

salur keluar pengatur
 Pengatur tidak disambungkan sebagaimana sepatutnya – liang tolok

mungkin digunakan secara tidak sengaja sebagai liang utama
 Bahagian di dalam pengatur mungkin rosak – jika gegendang retak atau

pecah, udara halaju tinggi yang terbebas di liang bolong boleh dijadikan
tanda kewujudan masalah ini

 Jika tekanan yang diaturkan terlalu rendah dan tidak boleh dinaikkan
apabila skru dilaras sehingga habis, julat pengaturan tekanan mesti
diubah dengan menggantikan pegas utama dengan pegas yang lebih kuat

3.3.5. Penapis

Tidak banyak masalah ditimbulkan oleh penapis talian udara jika
elemen penapis dibersihkan atau diganti seperti yang dijadualkan. Elemen
yang tersumbat mungkin akan mengalami beza tekanan yang lebih tinggi
daripada kekuatan struktur elemennya. Hayat khidmat elemen penapis talian
udara sukar untuk diramal dengan tepat kerana keadaan bekalan udara yang
berubah-ubah dan kitar operasi yang pelbagai.

3.3.6. Pengering Udara Termampat secara

Masalah-masalah pengering udara termampat
umumnya dikelaskan seperti berikut:-

 Air terbawa bersama-sama di dalam talian udaraSaiz pengering terlalu
kecil untuk sesuatu penggunaan. Masalah ini berlaku akibat kesilapan
menganggar kadar aliran udara di dalam litar.selain daripada itu suhu
udara yang tinggi pula membolehkan udara yang masuk mungkin terlalu
panas untuk dikeringkan.

B10-32-25-LA3-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 595

 Seterusnya haba sinaran seperti salur udara panas, paip stim atau air
panas, ketuhar atau relau yang berhampiran dengan talian udara atau
dinding pengering. Haba sinaran akan diserap oleh aliran udara
menyebabkan bahan pengering menjadi keras di dasar pengering
walaupun bahagian atas pengering kelihatan normal.

 Minyak terbawa bersama-sama ke dalam talian udaraDalam hampir
setiap kes, minyak yang tidak dikehendaki di da lam talian udara
berpunca dari pemampat udara. Pengering lazimnya akan menyerap
sebahagian kecil minyak. Selepas itu minyak ini akan bercampur dengan
air yang diasingkan dari sistem. Pemampat yang berada pada tahap perlu
dibaikpulih tidak sesuai digunakan dengan pengering udara.

 Penggunaan bahan pengering secara berlebihanJumlah pengering yang
harus digunakan setiap hari atau setiap bulan tidak boleh ditetapkan
melalui peraturan tertentu. Walau bagaimanapun, salah satu langkah
yang baik ialah merekodkan kuantiti bahan pengering yang bertambah
bagi suatu tempoh tertentu. Dengan cara ini, kadar penggunaan
mingguan atau bulanan boleh disetkan. Apabila penggunaan ini
meningkat, pelbagai faktor boleh dilihat dan diambil kira seperti jujus yang
tersumbat, suhu udara masuk terlalu tinggi, beban lebih secara
berterusan atau terputus-putus kerana kadar aliran yang berlebihan

 Kesusutan tekanan yang berlebihanJika pengering telah disaizkan
dengan betul, kesusutan tekanan di dalam pengering lazimnya tidak
melebihi 2 psi. kesusutan tekanan yang terlalu besar berkemungkinan
akibat daripada pengering telah berbeban lebih. Halaju udara yang terlalu
tinggi menyebabkan kesusutan tekanan bertambah besar.

B10-32-25-LA3-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 596

3.4. Litar Elektro-Hidraulik

Semasa pemasangan litar Elektro-Hidraulik, akan terjadi beberapa
masalah utama atau dipanggil masalah rutin. Selalunya masalah ini tidaklah
terlalu rumit, cuma memerlukan sedikit penelitian pada punca kerosakan
tersebut. Di sini kita bincangkan bersama apakah jenis masalah-masalah yang
biasa terjadi dalam litar Elektro-Hidraulik. Lihat rajah 44: contoh litar Elektrik
untuk Hidraulik dan Pneumatik.

1 23

Rajah 44 litar Elektrik untuk Hidraulik dan Pneumatik

3.5. Nombor Turutan
Setiap litar yang dipasang, ada ditandakan dengan nombor turutan

bermula daripada 1 hingga ke sambungan yang terakhir (berwarna merah).
Nombor di bahagian atas pada garisan bekalan kuasa ini menunjukkan
bilangan baris litar yang ada. Kita ikuti turutan kerja bagi setiap baris pada litar:

3.5.1. Baris Nombor 1:

Dari bekalan kuasa 24V, kabel disambungkan pada push button (PB1)
dan terus ke limit switch (LS1). Kabel seterusnya disambungkan dari limit
switch ke geganti (K1). Apabila litar ini diuji, selepas bekalan kuasa 24V
dihidupkan, push button ditekan dan geganti akan dapat arus mengakibatkan
lampu pada geganti akan menyala Limit switch tidak memainkan apa-apa

B10-32-25-LA3-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 597

peranan buat masa ini kerana ia disambungkan secara normally closed.
Apabila push button dilepaskan, lampu pada geganti akan padam.

3.5.2. Baris Nombor 2:
Baris ini memang digunakan untuk litar self-holding atau dikenali

sebagai litar pemegang bagi litar di baris nombor 1. Kabel disambungkan dari
bekalan kuasa ke contact pertama untuk geganti (K1.1) dalam keadaan
normally open. Apabila litar diuji, push button yang ditekan akan
menghidupkan geganti dan menyebabkan contact (K1.1) juga akan mendapat
arus. K1.1 yang disambungkan dalam keadaan normally open akan tertutup
dan membenarkan arus mengalir melaluinya. Apabila push button dilepaskan,
kita dapati geganti masih lagi menyala kerana K1.1 ini dapat membekalkan
arus pada geganti.

3.5.3. Baris Nombor 3:
Satu lagi contact dalam geganti iaitu K1.2 pula disambungkan dengan

bekalan kuasa. Kemudian K1.2 disambungkan ke solenoid. Apabila geganti
dihidupkan, contact K1.1 dan K1.2 akan dapat arus. K1.2 akan menyebabkan
solenoid dihidupkan dan injap 4/2 way valve single solenoid akan mengubah
kedudukan aliran minyak yang akan mengakibatkan piston extend.piston akan
terus extend sehingga menyentuh limit switch dan sambungan limit switch pada
baris nombor 1 akan berputus. Ini akan menyebabkan geganti tidak dapat arus.
Apabila geganti padam, maka semua contact geganti akan turut padam.

3.6. Warna Kabel
Masalah yang kedua yang sering dilakukan ialah penggunaan kabel yang

bercampur warna. Walaupun kabel ini boleh digunakan dengan apa-apa warna
sekalipun, tetapi bagi memudahkan kerja penyelenggaraan, kabel merah
dikhaskan untuk arus dan kabel biru dikhaskan untuk neutral.

B10-32-25-LA3-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 598

3.7. Looping Atau Jumping Cable

Masalah lain yang dihadapi ialah looping cable. Sesetengah antara kita
tidak suka memasang kabel yang panjang. Kita lebih senang menyambung dua
kabel dalam satu aliran yang sama atau tindihkan dua kabel untuk satu output
boleh menyebabkan kita sendiri tersilap pasang. Ini kerana penggunaan kabel
yang banyak boleh menyukarkan mata kita untuk menyelenggara litar. Kesukaran
ini akan melambatkan proses penyelenggaraan.

B10-32-25-LA3-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 599

LATIHAN
1. Terdapat EMPAT perkara penting yang perlu diambil kira sebelum mengenalpasti
masalah menggunakan teknik pencarian masalah logik. Senaraikan keempat-
empat perkara tersebut:
2. Mengapakah teknik menyoal disarankan kepada jurutera sebelum membaiki
sesebuah mesin?
3. Terangkan secara ringkas bagaimanakah kotoran boleh menjadi penyebab
masalah kepada sistem Pneumatik?
4. Terdapat EMPAT masalah yang dihadapi oleh pengering udara termampat.
Jelaskan satu di antaranya

RUJUKAN :
1. Merkle, K. Rupp, D. Scholz (1993).”Electro-Hydraulics”, D.LB-TP601-GB,
093611.
2. Shaharom Noordin,(1995). “Tekanan di dalam bendalir”,KK 530-7452 4101.
3. Kertas penerangan ADTEC dan ILP
4. Nota sendiri

B10-32-25-LA3-IS WIM/B10/32012/S02/P2(12019) 600


Click to View FlipBook Version