The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salwa_anuar, 2020-10-06 01:13:21

PROSIDING KOPPIS 2018

PROSIDING KOPPIS 2018

Keywords: Prosiding KOPPIS 2018

Coklat

Kita semua suka coklat tetapi berasa bersalah selepas mengambilnya kerana kita
percaya bahawa ia akan menjejaskan kesihatan kita. Kita pasti terkejut apabila
mengetahui bahawa semua ini adalah tidak benar belaka.

Sebenarnya, hasil daripada kajian terbaru menunjukkan bahawa coklat mempunyai
banyak ciri-ciri yang menarik. Sudah sampai masanya kita mengetahui perkara yang
sebenar.

Coklat tidak menyebabkan jerawat

Satu-satunya mitos yang diketahui ramai ialah coklat punca jerawat terutama sekali para
remaja. Ini tidak benar.

Pemakanan yang tidak baik adalah punca yang sebenar. Pada zaman dahulu adalah
mudah dan paling senang untuk menyalahkan coklat. Perubahan hormon semasa
'puberty', pemakanan yang kurang zinc dan iodine yang tinggi adalah antara
penyumbang kepada masalah jerawat ini.

Jerawat selalunya timbul di zaman remaja apabila ada peningkatan hormon yang
menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum. Sebum ini mengalir ke permukaan kulit
tetapi jikalau kulit itu tersumbat sebum itu akan berkumpul dan menjadi jerawat.

Illustrasi Encyclopedia of Dermatology menyatakan bahawa"pemakanan tidak ada
tempat di dalam pengurusan jerawat." Oleh itu, para remaja tidak perlu mengenepikan
satu daripada makanan kesukaan mereka iaitu coklat. Itu satu usaha yang sia-sia sahaja.

Memakan coklat menyebabkan anda gemuk

Pengambilan yang melebihi adalah isu yang penting di sini. Banci yang terkini dari
seluruh dunia menunjukkan bahawa keobesan sangat tinggi.

4|Page

Makan coklat dengan sederhana, dan juga membuat senaman adalah satu cara untuk
menjamin supaya badan kita sihat. Penekanan di sini bukanlah sekadar mengurang berat
badan tetapi juga mempunyai badan yang sihat. Doktor keluarga, pakar penyelia sajian
dan pakar pemakanan adalah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat dari segi
pengurusan berat badan, tetapi adalah selamat jika kita amalkan pemakanan yang
sederhana tetapi seimbang. Sebenarnya tidak ada satu pun makanan yang
menggemukkan tetapi amaun yang diambil mestilah sesuai dengan berat badan
seseorang.

Sebagai catatan, ada baiknya kalau kita ambil perhatian apa yang dikatakan oleh
Persatuan Pakar Pemakanan Amerika dalam bahagian "Maklumat Harian" mereka di
mana mereka menasihatkan untuk "mengambil coklat tetapi secara kesederhanaan".

Pesakit diabetic boleh memakan coklat

Terdapat banyak perubahan dari segi nasihat pemakanan yang diberikan kepada pesakit
diabetic sejak 20 tahun yang lalu.

Persatuan Diabetic British, Persatuan Sains Makanan Amerika and Persatuan Diabetic
Malaysia hari ini mengesahkan bahawa gula atau makanan yang mengandungi gula
dalam amaun yang kecil yang dimakan kerana kandungan seratnya yang tinggi dan
kurang lemak boleh diterima.

Produk-produk diabetic adalah tidak perlu kerana ianya tidak memberi faedah kepada
pesakit diabetic jika dibandingkan dengan makanan yang biasa. Oleh itu, pesakit diabetic
boleh memakan coklat tapi dengan kadar sederhana dan atas nasihat pakar sains
makanan.

Coklat tidak menyebabkan kerosakan gigi

Jika anda terpaksa berjumpa dengan doktor gigi kerana sakit gigi, anda mungkin tidak
ingin untuk menyentuh coklat lagi untuk sekian lama. Cuba fikir seketika dan
pertimbangkan fakta-fakta ini.

5|Page

Kerosakan gigi adalah penyakit yang terjadi dengan bermacam cara dan apabila ini
terjadi enamel akan terhakis dengan begitu cepat. Asid ini terbentuk hasil pemeraman
bahan-bahan makanan di dalam mulut dan kemudiannya menyebabkan kerosakan gigi.

Penjagaan gigi yang baik dengan air yang mengandungi fluorida memainkan peranan
dalam mengurangkan kerosakan gigi di kebanyakan negara walaupun pengambilan gula
itu meningkat ataupun di tahap yang sama. Satu lagi berita yang baik ialah tannin dalam
koko menghalang kerosakan gigi dengan mengurangkan plak. Asid oksalik dalam coklat
juga mengurangkan pengeluaran asid.

Sekarang anda bolehlah memakan coklat sambil tersenyum tanpa malu. Tetapi anda
mesti ingat jangan lupa berus gigi.

Coklat tidak mengakibatkan sakit jantung

Di sini juga coklat merupakan sesuatu makanan yang tidak baik. Peningkatan orang yang
mengidap sakit jantung di Malaysia adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan
pergerakan yang tidak banyak.

Merokok, kurang bersenam dan pemakanan yang tidak seimbang dan tinggi lemak tepu
merupakan penyebab yang utama. Pada masa yang sama coklat mengandungi phenol
yang merendahkan lipoprotein tahap rendah (LDL kolesterol). Adalah difikirkan bahawa
asid stearik dalam lemak koko atau lemak dalam coklat tidak ada kesan terhadap
kolesterol di dalam darah.

Panduan yang munasabah untuk gaya hidup yang sihat adalah dengan mengambil
makanan yang serat tinggi, karbohidrat yang tinggi kompleks, lemak dan gula yang
rendah dengan senaman yang teratur. Jika semua ini dipatuhi maka coklat yang diambil
dalam amaun yang sedikit tidaklah menjadi masalah besar.

6|Page

Adakah coklat itu menaikkan berahi (aphrodisiac)?

Kenyataan ini mungkin benar. Walaupun belum ada makanan yang dapat dibuktikan
kesan 'aphrodisiac'nya tetapi coklat mempunyai reaksi positif terhadap kimia otak dan
dipercayai mempengaruhi perangai atau perasaan seseorang.

Glenn Campbell, seorang pakar pemakanan berbangsa Australia mengatakan:
"Memakan coklat adalah satu daripada keseronokan dalam kehidupan." Dalam lain
perkataan, anda tidak akan salah jika anda menghadiahkan seseorang itu dengan coklat.
Perasaan ini dikaitkan dengan memakan coklat kerana setelah memakan coklat otak
akan mengeluarkan sejenis candu yang semulajadi yang diketahui boleh mengurangkan
kesakitan dan menimbulkan perasaan yang seronok. Sebenarnya tidak ada satu pun
candu yang dikatakan semulajadi ini ada dalam kuantiti yang besar yang mampu
mengeluarkan perasaan yang luar biasa ini. Kemungkinan besar, kombinasi daripada
ciri-ciri deria coklat, komposisi khasiat dan bahan-bahan 'psychoactive' yang
bertanggungjawab.

Coklat mengandungi sejumlah zat gizi yang baik untuk tubuh manusia dan mempunyai
rasa manis yang khas, sehingga membuat makanan ini hampir dimakan setiap orang di
dunia. Sebahagian besar kandungan coklat, terdiri daripada pelbagai jenis zat seperti
berikut:

 14% kandungan karbohidrat
 9% protein (terdiri dari zat protein, fenilalanin, asam amino triptofan dan tyrosin)
 31% lemak
 zat-zat lain, seperti alkanoid (zat yang menyebabkan coklat terasa pahit)

7|Page

TUJUAN

Inovasi menghasilkan cendawan coklat ini adalah menyahut hasrat Negara untuk
memasyarakatkan golongan berkeperluan khas ( OKU), dengan adanya produk ini dapat
memberi dan menjana pendapatan kepada PDK Kasih Templer ( Autisma). Selain dari
produk cendawan yang sedia ada, produk Mushroom Choc ini merupakan satu produk
baru untuk PDK Kasih Templer dalam memasarkan hasil cendawan yang dituai oleh
anak-anak istimewa ini. Melalui hasil dari produk Mushroom Choc, anak-anak istimewa
ini akan dapat belajar cara berniaga, belajar untuk lebih berdikari, meningkatkan
kemahiran dan kualiti perkhidmatan dalam memasarkan produk bersama pelatih yang
dilatih khas di PDK Kasih Templer.

LATAR BELAKANG

Dalam membudayakan pemakanan sayuran pada kanak-kanak agak sukar dan
merupakan satu cabaran pada ibu pada. Bukan kanak-kanak sahaja, malah ada
dikalangan orang dewasa akan menolak sayuran dalam menu harian mereka. Ini di
dapati hasil dari kaji selidik yang dijalankan, didapati terdapat segelintir orang dewasa
tidak gemar pada sayuran.

Menurut Siew Wei, Pakar Pemakanan Nestle, ajar anak pilih makanan sihat dari
kecil supaya anak-anak terbiasa dengan makanan sihat dan ibu bapa perlu pastikan
dapur, peti sejuk dan meja makan tiada makanan ringan atau tidak berkhasiat. Disamping
itu, ibu bapa boleh berfikir secara kreatif untuk menarik minat anak supaya makan secara
sihat dan terapkan budaya memakan sayuran dari awal dan bermula dari rumah.

Menurut Noorsyarzielah Saleh (2013), pemakanan yang baik mula mempengaruhi
kesihatan tubuh sejak daripada kita kecil lagi. Ia juga membantu menguatkan sistem imun
pada masa kini dan masa hadapan serta menguatkan sistem daya ketahanan semula
jadi tubuh badan. Nikmat kepelbagaian sumber makanan yang dianugerahkan Allah
memerlukan kebijaksanaan seseorang individu untuk memilih makanan agar tidak

8|Page

mencampakkan dirinya dalam kebinasaan. Pemakanan memainkan peranan penting
dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit. Kita pernah mendengar pepatah
Inggeris yang menyatakan ‘We Are What We 3 Eat’ yang bermaksud kita adalah apa
yang kita makan. Oleh itu, sekiranya kita ingin sihat, kita seharusnya mengamalkan
makan secara sihat dan lebihkan sayuran dalam pemakanan harian.

RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI

Inovasi dalam menghasilkan cendawan coklat ini adalah sebagai menyahut seruan
Jabatan Kebajikan Masyarakat, PDK Kasih Templer ( Austima) dalam menggorak
langkah kehadapan dalam bidang perniagan yang berdaya maju serta menjadikan projek
tanaman cendawan ini sebagai salah satu sumber menjana pendapatan kepada PDK
Kasih Templer ( Austima). Hasrat ini telah disahut oleh Ybhg Dato’ Haji Saiful Bahri Abdul
Hadi, Penegerusi PDK Kasih Templer ( Austima).

Selain dari itu, dapat menyediakan peluang pekerjaan (Internal Job Coach) kepada
pelatih dewasa yang tidak mampu bersaing diluar serta dapat meningkatkan kebolehan,
keupayaan, kemampuan serta kemahiran anak-anak PDK Kasih Templer ( Austima)
melalui potensi :

1. Dapat belajar cara berniaga.
2. Belajar untuk lebih berdikari.
3. Meningkatkan kemahiran dan kualiti perkhidmatan dalam memasarkan produk.

KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI

Resipi ini akan digunakan oleh anak-anak dan pelatih PDK Kasih Templer ( Austima).
Meraka akan menggunakan cendawan tiram yang segar yang di petik terus dari hasil
tuaian mereka sendiri. Coklat yang digunakan dari kualti yang bermutu dan jenama yang
terkenal dan proses penghasilan produk adalah berasakan home made. Produk
Mushroom Choc sedap, lazat dan berkhasiat serta tiada lagi pasaran.

9|Page

Pelatih dan anak-anak PDK Kasih
Templer ( Austima) akan diberikan
resepi penghasilan Mushroom Choc

Pengajar menerangkan cara dan
kaedah penghasilan
Mushroom Choc

Pengajar menunjukkan demonstrasi
pembuatan produk.

Pelajar menghasilkan produk
dengan berpandukan resipi.

PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI
Calon menjalankan kajian bagi mendapatkan kaedah penghasilan produk yang telah
ditetapkan. Calon juga menjalankan pemerhatian bagi menghasilkan produk yang
bermutu dan diterima untuk pasaran global.

10 | P a g e

IMPAK PENGGUNAAN CENDAWAN DAN COKLAT DALAM KAJIAN PASARAN

Impak penggunaan cendawan dan coklat dalam kajian adalah:

1. Sebelum ini sukar mendapatkan makanan ringan dipasaran berasakan coklat dari
produk sayuran dan terhasilnya cendawan coklat merupakan satu elemen baru
dalam pasaran makanan ringan.

2. Bagi kanak-kanak tidak menggemari sayuran dan agak sukar untuk menarik minat
kanak-kanak memakan sayuran, dengan terhasinya produk ini dapat menarik
minat mereka menjdikan cendawan coklat sebagai makanan ringan.

3. Produk cendawan sebagai makanan ringan terhad dan hanya dibeli dan
digunakan dalam masakan, dengan inovasi cendawan coklat dapat
mempelbagaikan penggunaan cendawan dalam pasaran.

4. Kepelbagaian produk cendawan OKU PDK Kasih Templer agak terhad

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara penambahbaikan yang boleh dicadangkan adalah seperti berikut:

1. Memperluaskan pasaran cendawan coklat.
Menggerakan pelatih dan anak-anak OKU PDK Kasih Templer mempelbagaikan
penghasilan produk cendawan dalam pasaran tempatan.

2. Produk dipromosikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat .
Produk OKU PDK Kasih Templer mendapat pengiktirafan dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan dipromosikan sebaik mungkin oleh JKM.

11 | P a g e

RUJUKAN
1. Ahmad Zamzuri (2006) Industri Tanaman Cendawan di Malaysia.Seminar
Bahagian Industri Asas Tani.
2. Noorsyarzielah Saleh (2013) Kesedaran Terhadap Amalan Pemakanan Seimbang Dalam
Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka: Satu Tinjauan, Fakulti Pendidikan Teknikal
dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
3. Norma Othman (2007) Jabatan Pertanian Malaysia. Kursus Teknologi Penyediaan
Benih Cendawan Tiram Kelabu. 7. Mohd Anim H. (2008). Kursus Penyakit
Tanaman Cendawan tiram kelabu. PLPM, Muar Johor.
4. Rekha Naiduthe (2017) Lembaga Koko Malaysia, Sunday Star, Ogos 20, 2000
(muka surat 22).
5. Siew Wie (2016) Makanan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak, Berita Harian
Disember 06, 2016
6. Yuli Yana (2014) Manfaat Coklat.

12 | P a g e

DOKUMEN INOVASI
ASPEK PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

INOVASI

PORTABLE SOLAH TENT FOR WOMAN
KHEMAH SOLAT MUDAH ALIH (PEREMPUAN)

Disediakan oleh :

NURIMA AISHAH BT ZAINAL ABIDIN
PENSYARAH
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Disahkan oleh :
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

i) TAJUK
Khemah Solat Mudah Alih (Perempuan)

ii) TUJUAN
Secara umumnya, tujuan inovasi ini dijalankan ialah bagi memudahkan kaum wanita
melakukan solat walau di mana berada. Antara tujuan lainnya adalah;

i. Menghasilkan produk baharu untuk kemudahan solat bagi kaum wanita.
ii. Memudahkan kaum wanita menunaikan kewajipan fardu di mana sahaja berada.
iii. Menjimatkan masa kerana kerja menjadi lebih tersusun dengan kemudahan solat

di mana sahaja.
iv. Menyelesaikan masalah mencari tempat sesuai dan selesa untuk solat bagi

kaum wanita kerana kaum lelaki boleh solat walau di mana sahaja berbanding
kaum wanita perlu tempat tertutup.

iii) LATAR BELAKANG
Kaum wanita sering mempunyai masalah untuk melakukan ibadah wajib iaitu solat
kerana mereka perlu ke surau atau mencari tempat tertutup untuk melakukan iabadah
wajib ini. Masalah ini selalu terjadi kepada peniaga-peniaga wanita yang perlu solat dan
dalam masa sama perlu menjaga barang dan gerai jualan. Jika kaum lelaki, mereka
dengan mudah berwuduk dan bentang sejadah dan solat ditepi gerai atau kedai.
Namun tidak untuk kaum wanita yang memerlukan tempat tertutup untuk solat dan
bersiap. Khemah Solat Mudah Alih (Perempuan) ini dicipta bagi megatasi
permasalahan ini.

iv) RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI
Khemah Solat Mudah Alih (Perempuan) dibangunkan atas dasar berikut:

i. Kemudahan untuk golongan wanita solat di mana sahaja terutama di tempat
yang tiada surau.

ii. Kemudahan kepada golongan wanita ketika waktu puncak seperti perayaan di
mana surau kawasan rehat dan rawat penuh dan sempit.

iii. Kemudahan golongan wanita untuk solat semasa bersukan di padang kerana
tiada surau.

iv. Kemudahan kepada golongan wanita solat di tempat-tempat yang sukar untuk
mencari surau dan tiada tempat tertutup atau tempat khas untuk solat.

v) PERBEZAAN ANTARA PERKARA YANG SEBELUM DAN YANG SEKARANG

PERKARA YANG SEBELUM PERKARA YANG SEKARANG

• Kesukaran mencari surau atau masjid • Tidak perlu mencari masjid atau surau

yang berhampiran bila keluar berjalan, yang berhampiran

bersukan dan beraktiviti luar.

• Mengambil masa yang lama untuk • Dapat menjimatkan masa mencari

mencari surau atau masjid. surau atau masjid.

vi) PERANAN CALON DALAM PENYEDIAAN INOVASI

Ianya bermula apabila penyelidik menghadapi masalah ketika membawa pelajar di
dalam satu aktiviti keusahawanan di Time Square pada bulan April yang lalu. Pada
ketika itu, penyelidik dan pelajar perlu menjaga gerai jualan dan apabila masuk waktu
solat, terdapat kesukaran ketika mencari surau untuk solat. Ketika itu surau berada jauh
dari gerai dan penuh dengan orang ramai.

Masalah timbul apabila tiada orang yang dapat menjaga gerai jualan dan akibat tiada
orang menjaga gerai, jualan pada waktu-waktu tertentu menurun.

Penyelidik telah mencari bahan mentah yang mudah didapati untuk menghasilkan versi
pertama Khemah Solat Mudah Alih (Perempuan) ini. Setelah inovasi ini dihasilkan,
penyelidik telah menjalankan pemerhatian dengan memberi beberapa sampel kepada
usahawan untuk melihat keberkesanan penggunaan Khemah Solat Mudah Alih
(Perempuan) ini. Hasilnya agak memberangsangkan dan mendapat maklumbalas yang
positif daripada mereka yang menggunakannya.

vii) IMPAK PENGGUNAAN INOVASI

Secara keseluruhannya, Khemah Solat Mudah Alih (Perempuan) ini memberi dua (2)
impak iaitu kepada pengguna dan pasaran produk itu sendiri. Dari aspek pengguna, ia
memberi kemudahan dan keselesaan menjalankan ibadah solah walau di mana berada.
Bagi pasaran pula, ia dapat dijual dengan mudah kerana produk ini boleh dibawa ke
mana sahaja dan boleh disimpan dengan baik.

Inovasi ini boleh diaplikasikan oleh banyak pihak seperti peniaga, ahli sukan, musafir
dan orang awam.
Selain itu, ia berpotensi untuk dikomersilkan kerana ia membantu memudahkan
pengguna menunaikan rukun wajib bagi umat islam. Oleh itu, rancangan pada masa
hadapan adalah untuk memperbaiki lagi ciptaan ini supaya ia menjadi lebih baik dan
mudah diterima oleh pengguna.

viii) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

i. Mencari alternatif bahan yang lebih mesra pengguna.
ii. Menambah lagi rekabentuk khemah.
iii. Mencari alternative bahan yang lebih berkualiti.

LAMPIRAN A

LAPORAN INOVASI

Akademik

TAJUK :
“ LIGHTING PRO BAG “ DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PELAJAR SENI BINA

MUHAMAD FAUZI BIN ZUBRI
KOLEJ KOMUNITI TANJONG KARANG
Jalan PB1, Pusat Bandar Tanjong Karang

45500 Tanjong Karang
Selangor Darul Ehsan
[email protected]

ABSTRAK

Dalam bidang seni bina meja surih merupakan satu alatan yang penting untuk
menghasilkan produk lukisan persembahan dalam bentuk manual. Fungsi utama
meja surih ialah untuk menekap lukisan asal bagi menghasilkan lukisan yang baru.
Kebanyakan Kursus dalam Program Teknologi Seni bina seperti Lukisan Kerja,
Grafik, Lukisan Persembahan dan Lukisan Terukur memerlukan bantuan meja surih
ini bagi memudahkan pelajar menghasilkan lukisan secara manual. Meja surih yang
sedia ada mempunyai saiz yang besar serta berat. Keadaan ini amat menyukarkan
untuk dibawa ke tempat yang diperlukan.

“Lighting Pro Bag“ merupakan satu inovasi bagi meja surih yang bersifat mudah
alih, mesra pengguna, jimat ruang dan meja surih tanpa wayar yang boleh
digunakan di mana sahaja tanpa bergantung kepada bekalan elektrik sepenuhnya.
Reka bentuk “Lighting Pro Bag” yang kompak memudahkan pelajar menyimpan
alatan lukisan dan mudah dibawa ke mana sahaja terutamanya untuk kegunaan
semasa lawatan tapak dan pembelajaran di luar kelas. Hasil daripada inovasi ini
pelajar tidak perlu lagi berebut untuk menggunakan meja surih di studio, kerana
pelajar mampu mempunyai meja surih sendiri yang bersifat mudah alih dan
menjimatkan kos. Maka tiada lagi kekangan untuk menggunakan studio di luar waktu
kuliah. “Lighting Pro Bag“ dapat membantu meningkatkan produktiviti pelajar dalam
menghasilkan lukisan manual.

1.0 PENGENALAN

Sebagai seorang pelajar dalam bidang seni bina, menghasilkan lukisan-
lukisan persembahan bangunan secara manual adalah tugasan yang perlu
dilakukan dalam memenuhi kehendak pembelajaran. Meja Surih merupakan salah
satu alat bantuan bagi pelajar menghasilkan hasil kerja mereka. Dalam bidang seni
bina meja surih merupakan satu alatan yang penting untuk menghasilkan produk
lukisan persembahan dalam bentuk manual. Fungsi utama meja surih ialah untuk
menekap lukisan asal bagi menghasilkan lukisan yang baru. Kebanyakan Kursus
dalam Program Teknologi Senibina seperti Lukisan Kerja, Grafik, Lukisan
Persembahan dan Lukisan Terukur memerlukan bantuan meja surih ini bagi
memudahkan pelajar menghasilkan lukisan secara manual. Meja surih yang sedia
ada mempunyai saiz yang agak besar dan berat. Keadaan ini amat menyukarkan
untuk dibawa ke tempat yang diperlukan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Idea inovasi ini dijalankan adalah berdasarkan kepada faktor berikut :
 Kesukaran pelajar menyiapkan tugasan menghasilkan lukisan
bangunan secara manual dalam masa yang ditetapkan sekiranya tidak
dapat menggunakan meja surih
 Pelajar lemah dalam kursus seperti grafik bagi menghasilkan lukisan
yang asal
 Kebanyakan meja surih sedia ada mempunyai saiz yang besar dan
sukar untuk dibawa ke mana sahaja.
 Tidak boleh digunakan sekiranya meja surih tersebut berada di tempat
yang tidak mempunyai sumber tenaga elektrik.

3.0 CIRI – CIRI INOVASI

Tujuan “Lighting Pro Bag“ ini dihasilkan bagi mengatasi masalah kesukaran
pelajar menggunakan meja surih sedia ada. “Lighting Pro Bag“ merupakan satu
inovasi yang dihasilkan bagi meja surih yang bersifat mudah alih, mesra pengguna,
jimat ruang dan meja surih tanpa wayar yang boleh digunakan di mana sahaja tanpa
bergantung kepada bekalan elektrik sepenuhnya. Reka bentuk “Lighting Pro Bag”
yang kompak dilengkapi dengan ruang penyimpan alatan lukisan yang optimum.
Ruang ini memudahkan pelajar menyimpan alatan lukisan dan mudah dibawa ke
mana sahaja terutamanya untuk kegunaan semasa lawatan tapak dan pembelajaran
di luar kelas. Hasil daripada inovasi ini pelajar tidak perlu lagi berebut untuk
menggunakan meja surih di studio, kerana pelajar mampu mempunyai meja surih
sendiri yang bersifat mudah alih dan mesra pengguna. Maka tiada lagi kekangan
untuk menggunakan studio di luar waktu kuliah. “Lighting Pro Bag“ dapat membantu
meningkatkan produktiviti pelajar dalam menghasilkan lukisan manual dalam tempoh
yang telah ditetapkan.

4.0 CARA OPERASI

Meja surih yang sedia ada di studio kerap digunakan oleh pelajar sebagai alat
bantuan untuk menekap lukisan asal bagi menghasilkan lukisan manual ke atas
tugasan yang perlu dihasilkan. Saiz meja surih yang besar dan berat membuatkan
amat sukar untuk dibawa ke tempat yang diperlukan seperti di tapak bina.
Penggunaan meja surih di studio pula amat terhad dan memerlukan tenaga elektrik
sepanjang masa. Keadaan ini membuatkan pelajar berebut-rebut untuk
menggunakan meja surih ini di studio. Daripada permasalahan ini “Lighting Pro Bag”
dibangunkan kerana merupakan media surih yang boleh dibawa ke tempat yang
diperlukan. Media meja surih “Lighting Pro Bag” lebih praktikal dan mudah dialihkan
membuatkan media ini boleh digunakan seperti di kediaman atau pun di tapak bina.
Tenaga elektrik untuk cahaya lampu LED pula boleh dicas untuk digunakan
sekiranya tempat tersebut tidak mempunyai tenaga elektrik. Setelah “Lighting Pro
Bag” ini dibangunkan, produktiviti hasil pelajar dapat ditingkatkan. Pelajar dapat
menyiapkan dan menghantar tugasan mereka pada masa yang ditetapkan.

5.0 GAMBARAJAH INOVASI/ KOS INOVASI

Rajah perlaksanaan inovasi dari rekabentuk meja surih yang lama kepada reka
bentuk media inovasi “Lighting Pro Bag”

Dengan wujudnya “Lighting Pro Bag” pelajar dapat menggunakan media meja surih
yang di inovasikan bagi memudahkan pelajar menekap lukisan asal kepada lukisan
yang baru secara manual. Saiz media yang lebih praktikal dan mudah dialihkan
amat membantu pelajar. “Lighting Pro Bag” merupakan meja surih tanpa wayar yang
boleh digunakan di mana sahaja ketika diperlukan. Sumber cahaya lampu LED
media surih ini diperolehi dari tenaga elektrik yang boleh dicas dalam jangka masa
yang diperlukan. Bagi tempat yang tiada sumber tenaga elektrik, media ini masih
boleh digunakan kerana tenaga elektrik telah dicas. Selain itu juga media surih ini
mempunyai roda dan pemegang bag bagi memudahkan dibawa untuk digunakan di
tempat yang diperlukan. Ruang menyimpan alatan melukis yang optimum juga
disediakan di dalam beg ini bagi memudahkan pelajar menyimpan alatan lukisan
yang digunakan. Kos Beg meja surih mudah alih yang lengkap dengan ruang
penyimpanan kertas dan alat lukisan dan boleh digunakan tanpa wayar adalah
sebanyak RM350.00 seunit. Barang-barang yang diperlukan seperti beg keluli,
perspek, suis & lampu LED, kain, roda, selak kunci dan pemegang beg.

6.0 IMPAK INOVASI

 Bahan inovasi ini membantu pelajar dalam menyelesaikan tugasan menghasilkan
lukisan manual melalui kaedah surih. Kursus seperti Grafik seni bina, Lukisan
Persembahan dan Lukisan Kerja perlu menghasilkan lukisan bangunan secara
manual. Dengan bantuan media surih “Lighting Pro Bag” akan dapat membantu
meningkatkan kualiti hasil kerja pelajar.

 Lokasi media surih ini tidak hanya terikat di studio sahaja. Media surih yang direka
bentuk mudah alih dapat digunakan oleh pelajar di mana-mana sahaja yang
diperlukan. Selain itu meja surih ini direka dengan kompak yang lengkap dengan
ruang penyimpanan alatan lukisan yang optimum.

 Media surih yang mudah alih dan mesra pengguna dapat meningkatkan
produktiviti pelajar dalam menghasilkan lukisan secara manual

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU
PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA

 Menggunakan material yang lebih ringan pada struktur utama “Lighting Pro
Bag’ ini bagi mudah untuk diangkat.

 Tempoh cas elektrik yang lebih tinggi bagi mendapatkan penggunaan lampu
cahaya LED yang lebih lama.

 Menyediakan manual penggunaan dalam bentuk stiker yang dilekatkan pada
“Lighting Pro Bag” untuk rujukan pengguna.

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara meja surih yang sedia ada
dengan media inovasi “Lighting Pro Bag” yang penggunaannya dapat memberi

impak positif dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

PROSES SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI
Reka bentuk meja surih yang bersaiz Media surih “Lighting Pro Bag” mudah
besar untuk lukisan bersaiz A1 amat dialihkan kerana berbentuk beg yang
sukar untuk dibawa kemana-mana mempunyai roda dan pemegang beg.
tempat yang diperlukan.
Meja suruh tidak mempunyai tempat Tempat menyimpan alat tulis disediakan
simpanan alatan lukisan. Memerlukan sekali di dalam media surih ““Lighting Pro
media yang lain untuk menyimpan Bag” ini.
peralatan tersebut.
Meja surih berwayar yang disambung Merupakan meja surih tanpa wayar yang
pada soket bagi mendapatkan tenaga boleh digunakan di tempat yang tiada
elektrik untuk menyala lampu LED pada bekalan elektrik kerana tenaga elektrik
meja surih. boleh dicas.

Sukar bagi untuk membawa media surih Mudah dibawa jika ingin menyambung
dari studio lukisan ke bilik asrama jika kerja tugasan di kediaman. Produktiviti
diperlukan untuk menyambung membuat hasil pelajar dapat dipertingkatkan.
tugasan di kediaman pelajar.

Pelajar hanya mengharapkan meja surih Pelajar tidak perlu lagi berebut untuk
yang ada di studio menyebabkan pelajar menggunakan meja surih di studio,
berebut-rebut untuk menggunakanya. kerana pelajar mampu mempunyai meja
surih sendiri yang bersifat mudah.

8.0 KESIMPULAN

Menghasilkan “Lighting Pro Bag” daripada permasalahan pelajar dalam
penggunaan meja surih sedia ada sebagai alat membantu pelajar menyurih lukisan
asal kepada lukisan baru. Hasil daripada kajian permasalahan ini seperti sukar
dibawa, mempunyai wayar untuk disambungkan ke sumber tenaga elektrik dan tidak
mempunyai ruang penyimpanan alatan lukisan di selesaikan dengan menghasilkan
produk inovasi ini .“Lighting Pro Bag” terbukti dapat membantu meningkatkan
produktiviti pelajar terutama dalam menghasilkan lukisan secara manual.


Click to View FlipBook Version