5.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI
IMG DALAM
BENTUK
TOOLS BEG
IMG DALAM
BENTUK APRON
KERJA
6.0 IMPAK INOVASI
• Menghasilkan produk inovasi daripada bahan kitar semula berbentuk eco-
green (ekonomi dan mesra alam) yang memberi manfaat kepada bidang
perniagaan dan keusahawanan khususnya keusahawanan sosial.
• Suatu dimensi baru bagi dunia fesyen berkaitan pakaian kerja, di mana,
i. Sebelum ini mereka perlu mengisi peralatan dalam kotak dan jika perlu aik
ke tempat tinggi atau masuk ke ruang sempit perlu berulang alik mengambil,
meletak dan menukar peralatan. Penggunaan apron ini membantu mengatasi
masalah ini.
ii. Memudahkan urusan pekerjaan secara mobile / di luar bengkel. Ini
membantu menggalakkan perniagaan khidmat mekanik secara mobile.
iii. Memudahkan urusan penyelenggaraan. Apron ini boleh
disimpan/digantung selepas digunakan tanpa perlu dibuang peralatan bagi
menyambung kerja kemudiannya. Pelabelan memudahkan penyimpanan
barang atau penggunaan apron pada orang yang berbeza. Ini memberi
manfaat penjimatan masa dan tenaga.
• Penjimatan;
i. Kos – harga Jeans bundle murah, boleh diperoleh serendah RM15
sehelai. Bagi menyediakan sehelai apron memerlukan satu setengah
helai seluar bersaiz XL boleh menghasilkan 1 apron. Anggaran kos 1
helai termasuk upah menjahit ialah RM35. Produk yang dihasilkan boleh
diletakkan harga paling rendah RM150 berbanding dengan harga Apron
Mekanik yang ada di pasaran rata-rata melebihi RM200.
• Aspek ekonomi
i. Memberi nilai ekonomi kepada barang re-cycle dan boleh dipasarkan
Sangat membantu golongan berpendapatan rendah samada bagi
keperluan sendiri atau sebagai sumber pendapatan.
ii. Keusahawanan Social – boleh menjadi sumber pendapatan kepada
golongan miskin menerusi konsep keusahawanan sosial iaitu
mengupah, mengumpul jeans terpakai, mengupah pekerja tetas poket
dan menggunting pola dan menjahit compartment yang diperlukan
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Produk yang dihasilkan telah ditunjukkan kepada rakan kerja yang lain. Rata-rata
memberi komen positif dan ada yang membuat tempahan iaitu dari kalangan
pensyarah jahitan. Berdasarkan kajian, penambahbaikan yang dicadangkan bagi
produk ini ialah menghasiklan apron mengikut keperluan kerja, tidak hanya kepada
kalangan mekanik sahaja. Perkara ini akan diusahakan pada masa depan, buat
masa ini keutamaan penghasilan pakian kerja ini difokuskan hanya kepada
kalangan mekanik.
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, produk inovasi Inovative Mechanic Gear (IMG) memeberikan satu
dimensi baru dalam fesyen pakian kerja mekanik. Banyak manafaat diperoleh
daripadaa rekaan ini. Selain memudahkan kerja mekanik, ia turut menyumbang
kepada bidang keusahawanan terutama bidang perniagaan jahitan.
9.0 Disediakan oleh,;
1. Nama : Sarimah Bt Che Hassan
No. Tel : 0132853662
E-mail : [email protected]
No I/C : 661016035020
2. Nama : Fatimah Wati Binti Mat Khairi
No. Tel : 0162329095
E-mail : [email protected]
No I/C : 800224-10-5422
LAPORAN INOVASI
KOPPIS’2018
KOPPIS 2018
DECORATIVE TOOLS RACK (DTR)
AZWASUHAIZI BINTI ABU BAKARa & RATNA ANDARIENA BINTI HASSAN a
KOLEJ KOMUNITI KELANA JAYA
[email protected]
Abstrak
Kebelakangan ini, kempen kitar semula atau pengasingan sisa pepejal menjadi
penekanan utama bagi memudahkan jentera pengurusan sisa pepejal melakukan
kitar semua barangan di buang. Menurut pengarah sumber alam sekitar setiap hari
dianggarkan 37,000 tan metrik sampah dibuang oleh penduduk Malaysia dan tahun
lalu RM1.2 bilion dibelanjakan bagi kerja pengutipan sampah. Ini menyebabkan
pembaziran yang sangat tinggi berlaku. Sehubungan dengan itu, inovasi Decorative
Tools Rack (DTR) telah direka bentuk dengan menggunakan salah satu bahan
terpakai iaitu kotak kertas A4 yang bertujuan sebagai penyimpanan alatan di
bengkel. DTR dapat digunakan dengan mudah, selamat dan sekaligus menjadikan
bengkel kemas dan tersusun terutamanya semasa sesi amali dijalankan. DTR
dengan menggunakan bahan terpakai iaitu kotak Kertas A4 ini merupakan inovasi
yang dapat mengurangkan kos untuk pembelian kelengkapan bengkel dan juga
dapat mengelakkan pembaziran daripada bahan buangan. Boleh dikatakan
penggunaan kertas A4 di setiap jabatan, pejabat, kolej, institusi di negara kita
adalah sangat tinggi. Oleh itu, DTR dengan menggunakan bahan terpakai telah
direka supaya dapat memberikan kebaikan dan maanfaat khususnya kepada orang
ramai seterusnya mengurangkan pembuangan sisa pepejal.
1
1.0 PENGENALAN
Pengunaan kertas A4 di negara kita adalah sangat tinggi dan
menyebabkan timbunan kotak kertas A4 semakin banyak dan boleh dilihat di
mana-mana sahaja samaada di dalam rumah, pejabat, institusi, sekolah
mahupun di kedai. Daripada fakta di atas kita dapat lihat bertapa pentingnya
kotak perlu dikitar semula dan dengan itu inovasi “Decorative Tools Rack"
telah direka bentuk. DTR telah dilestarikan daripada konsep kitar semula
bahan terbuang iaitu kotak kertas A4. DTR dengan menggunakan bahan
terpakai ini secara amnya akan mengurangkan pencemaran udara di samping
memelihara alam semulajadi yang semestinya untuk kehidupan yang lebih
sihat dan dapat menjimatkan tenaga untuk proses kitar semula. Selain itu,
penjimatan tenaga yang lebih tinggi dapat dihasilkan jika kotak kitar semula
diproses berbanding membuat kotak dari bahan asasnya. Sehubungan
dengan itu juga, DTR dengan menggunakan bahan terpakai ini dapat
mengurangkan penebangan pokok yang menjadi sumber oksigen kepada kita
serta mengurangkan kesan rumah hijau.
Produk DTR ini dihasilkan bagi menepati kegunaaan utama iaitu
sebagai tempat simpanan alatan asas bengkel. Penggunaan DTR ini tidak
hanya terhad di dalam bengkel malahan boleh digunakan di mana-mana
tempat mengikut kesesuaian. Penghasilan reka bentuk DTR ini dapat
menjimatkan kos terutamanya kos pembelian rak baharu dan ianya mudah
dibawa kemana sahaja disebabkan sifat asas kotak yang ringan.
Proses penghasilan projek ini telah dijalankan selama lebih kurang 2
minggu. Bahan-bahan yang digunakan rata-ratanya mudah didapati dan tidak
memerlukan kos pembuatan yang terlalu tinggi. Kesimpulannya, produk ini
mudah digunakan, ringan dan fleksible untuk kegunaan pelajar dan semasa
sesi amali dijalankan. Dengan adanya produk ini juga, bengkel akan kelihatan
lebih kemas dan teratur.
2
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Permasalahan utama yang menjadi pencetus idea ini adalah ruang
kerja dan belajar yang kemas dan menarik. Kebanyakkan ruang kerja dan
belajar yang sedia ada adalah kurang memenuhi keperluan pengguna
semasa. Fokus utama projek kami adalah berkaitan dengan ruang belajar bagi
seseorang pelajar di Kolej Komuniti Kelana Jaya atau pekerja seperti pakar
servis, penasihat servis dan pekerja bengkel kereta dan lain-lain lagi untuk
menyimpan peralatan bengkel seperti spanar, screwdriver, plier, cutter,
measuring tape dan sebagainya.
Rajah 1 & 2 : Peralatan bengkel yang tidak tersusun
3
Rajah 1 & 2 menunjukkan gambaran peralatan bengkel yang tidak
tersusun semasa dan selepas sesi amali dijalankan. Sehubungan dengan itu,
rak penyimpanan yang amat sesuai diperlukan untuk peralatan bengkel
tersebut. Keadaan peralatan yang tidak tersusun ini boleh meningkatkan risiko
kehilangan di samping melibatkan isu keselamatan di kalangan pelajar serta
pengguna bengkel. Penghasilan DTR merupakan rekaan yang mampu untuk
membantu pengguna sebagai tempat penyimpanan peralatan asas bengkel
agar nampak lebih kemas dan teratur. Justeru, DTR juga dapat
memudahkan dalam pencapaian akses terhadap peralatan tersebut dan risiko
kehilangan peralatan dapat dielakkan. Selain itu, DTR juga adalah medium
penyimpanan barang yang dapat menjimatkan ruang bengkel. Ini adalah
kerana kebanyakkan perabot atau almari penyimpanan memerlukan ruang
yang besar. Ini berlainan dengan DTR, saiznya yang sederhana serta boleh
dibawa kemana sahaja membolehkan ianya digunakan secara optimum dan
menarik.
3.0 CIRI – CIRI INOVASI
Ciri – ciri DTR adalah amat mudah difahami dan jelas penggunaannya.
Inovasi Decorative Tools Rack (DTR) yang direka mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Mudah digunakan
DTR dihasilkan dengan menggunakan kotak sahaja jadi ianya ringan
dan mudah dikendalikan. Setiap laci yang direka adalah bersesuaian
dengan peralatan bengkel. Label bagi setiap laci disediakan bagi
memudahkan pengguna mengenalpasti setiap jenis peralatan yang
disimpan di dalam setiap laci.
ii. Menggunakan kos yang murah iaitu bahan terpakai
Kos penghasilan DTR adalah sangat murah dan mampu dimiliki oleh
sesiapa sahaja tanpa perlu berfikir panjang.
iii. Ringan dan boleh digerakkan
DTR adalah ringan dan mempunyai roda di bawahnya bagi
memudahkan pengguna menggerakkan ke mana sahaja mengikut
4
lokasi kerja dan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan
tidak memenatkan.
4.0 CARA OPERASI
Rajah 3 di bawah menunjukkan masa dan proses yang telah ambil untuk
rekabentuk DTR.
Minggu 1 : Pembelian bahan- Mereka bentuk produk
bahan sampingan dengan menggunakan
Proses pengumpulan bahan-bahan sedia ada
bahan terpakai (kotak)
Minggu 2 : Proses mereka cipta Mencari bahan terbuang
tambahan
Minggu
pembentangan
Rajah 3 : Proses Penghasilan DTR (Minggu Pertama – Ke Dua)
5
5.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI
5.1 Gambarajah Inovasi
Rekabentuk inovasi DTR adalah berdasarkan kepada saranan kerajaan
yang menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan amalan 3R (Reduce,
Reuse Recycle).
Rajah 9 : Simbol Reduce, Reuse, Recycle
DTR dengan menggunakan gabungan beberapa kotak kertas A4
sebagai bahan terpakai dan diletakkan tayar untuk memudahkan pergerakan
dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Luar kotak dilengkapi dengan
kertas warna sebagai hiasan dan kotak kecik dijadikan sebagai laci untuk
menyimpanan barang yang kecil.
Di bawah merupakan gambarajah sebenar inovasi DTR dari beberapa
sudut pandangan.
6
Rajah 4 : Pandangan Hadapan DTR
Rajah 5 : Pandangan Tepi Kanan dan Kiri
7
Rajah 6 : Pandangan dalam rak 1 Rajah 7 : Pandangan dalam rak 2
Rajah 8 : Pandangan dalam rak 3 & 4
8
5.2 Kos Inovasi
Bil Barang Anggaran Harga Jumlah
(Seunit) (RM)
1 Jaring (besi) 10.00
2 Roda rm 5.00 x 2 8.00
4 Gam rm 2 x 4 unit 10.00
rm 5.00 x 2
Mounting Board size A2 20.00
5 rm 10 x 2
48.00
dan kertas warna Jumlah Keseluruhan
6.0 IMPAK INOVASI
Impak inovasi yang direka ini antaranya:
i. Menjimatkan kos menggunakan bahan terbuang
ii. Mengitar semula bahan terbuang
iii. Mengurangkan tahap pencemaran alam sekitar
iv. Bengkel menjadi kemas dan teratur tanpa memerlukan kos utiliti yang
tinggi
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU
PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA
Rekabentuk inovasi Decoration Rack Tools (DTR) dengan
menggunakan bahan terpakai ini dapat membantu menjimatkan masa,
memudahkan proses pengajaran selain membantu meningkatkan kefahaman
dengan lebih jelas. Pengunaan DTR bukan sahaja terhad untuk digunakan di
bengkel malahan boleh digunakan di mana-mana tempat mengikut
kesesuainya.
Inovasi Decoration Rack Tools (DTR) ini sebenarnya tidak melibatkan
kos yang tinggi kerana menggunakan bahan terpakai dan hanya melibatkan
beberapa kos sampingan. Masa yang diperlukan untuk membuat inovasi ini
juga agak singkat dan tidak memerlukan teknik yang tinggi. Oleh itu, inovasi
ini boleh ditambahbaik dengan penambahan plastik di luar untuk tidak
membenarkan air mengenainya.
9
8.0 KESIMPULAN
Kehadiran rekabentuk DTR menjadi alternatif sebagai tempat penyimpanan
perlalatan asas bengkel dengan menggunakan bahan terpakai. DTR dapat
memberikan banyak manfaat dan kegunaan. Rekabentuk untuk ruang kecil adalah
menjadi pilihan rakyat Malaysia pada masa kini. Berdasarkan pemerhatian pasaran
pada hari ini, permintaan untuk jenis perabot adalah sangat tinggi. Reka bentuk
yang boleh menjimatkan ruang adalah sangat idealistik dan praktikal kerana ia
mewujudkan ruang dan menawarkan sebidang fikiran untuk pengguna. Penghasilan
DTR ini merupakan kaedah yang boleh digunapakai bagi merangka dan menjadikan
reka bentuk perabot berkembang dengan lebih canggih pada masa depan yang
memenuhi keperluan pengguna di samping dapat menjimatkan ruang.
10
SMART TABLE
SHAMSANIRUL NIZAM BIN ISMAIL
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT,
JALAN SULTAN SULEIMAN SHAH,
JUGRA, 42700 BANTING
[email protected]
RASHIDAH BINTI ABU,
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT,
JALAN SULTAN SULEIMAN SHAH,
JUGRA, 42700 BANTING
[email protected]
Tandatangan :
Nama : RASHIDAH BINTI ABU
No. Kad Pengenalan : 770125-11-5292
i
HALAMAN PENGAKUAN
“Kami dengan ini mengaku bahawa Projek Inovasi ini adalah hasil kerja kami sendiri
kecuali bahan-bahan yang telah kami jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama : SHAMSANIRUL NIZAM BIN ISMAIL
No. Kad Pengenalan
: 781228-03-5977
Tandatangan :
Nama : RASHIDAH BINTI ABU
No. Kad Pengenalan
: 770125-11-5292
Tandatangan :
Nama : RASHIDAH BINTI ABU
No. Kad Pengenalan : 770125-11-5292
ii
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
izinNya kami berjaya menyiapkan Projek Inovasi yang bertajuk Multifunctional Bar
Table.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga dan ibubapa tercinta yang
selama ini sebagai tulang belakang yang menjadi pendorong utama di atas segala
usaha sehingga penat lelah tidak terasa.
Terima kasih kepada pihak pengurusan dan rakan-rakan di Kolej Komuniti Kuala
Langat di atas bantuan, dorongan, tunjukajar dan kerjasama yang telah diberikan.
Akhir kata terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu menghasilkan Projek
Inovasi ini. Tanpa sokongan dan dorongan anda semua, kami tidak akan di sini.
Semoga segala jasa baik kalian semua mendapat balasanNya, Aamiin.
Sekian. Wassalam.
iii
ABSTRAK
Smart Table merupakan Projek Inovasi yang dihasilkan untuk digunakan pada
ruang yang sempit. Saiz rumah yang kecil memberi kesan terhadap kehidupan
sesebuah keluarga dalam jangka masa yang panjang sepertimana kajian Chamhuri &
Mohd Fauzi (2003). Sehubungan dengan itu, pensyarah Program Pembuatan
Perabot Kolej Komuniti Kuala Langat mengambil inisiatif untuk menghasilkan Smart
Table supaya dapat digunakan oleh orang ramai bagi kegunaan dalam kehidupan
harian. Objektif projek inovasi ini adalah membangunkan produk inovasi yang dapat
digunakan untuk ruang yang sempit. Objektif kedua adalah mendapatkan
maklumbalas responden bagi produk inovasi yang telah dihasilkan. Antara fungsi
utama Smart Table ialah boleh dijadikan pulau meja (kitchen islands), kabinet dapur,
meja makan, tempat simpanan barang–barang, meja komputer riba, meja belajar, rak
buku, almari baju, kegunaan aktiviti luar rumah, tempat menggosok baju, kabinet
televisyen mahupun sebagai meja serbaguna (bole digunakan untuk mesin jahit
portable). Impak projek inovasi ini diukur menggunakan soal selidik. Berdasarkan
maklumbalas soal selidik yang telah dijalankan terhadap 22 responden yang terdiri
daripada staf Kolej Komuniti Kuala Langat, didapati bahawa peratus tertinggi iaitu
96.7% diperoleh bagi kriteria ‘Kepelbagaian fungsi’ dan peratus markah kedua
tertinggi diperoleh bagi kriteria “Dapat Menjimatkan Ruang”. Ini terbukti bahawa Smart
Table mempunyai potensi pasaran dan nilai komersial yang tinggi.
iv
SENARAI KANDUNGAN
Perkara Mukasurat
Tajuk i
Halaman Pengakuan ii
Penghargaan iii
iv
Abstrak
1.0 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Objektif Projek Inovasi 2
2.0 PERNYATAAN MASALAH 3
3.0 CIRI-CIRI INOVASI 5
4.0 CARA PELAKSANAAN INOVASI/OPERASI 10
5.0 GAMBARAJAH DAN KOS INOVASI 11
5.1 Gambar Projek Inovasi 11
5.2 Kos Inovasi 14
6.0 IMPAK INOVASI 15
6.1 Kelebihan Projek Inovasi 15
6.2 Kumpulan Sasar dan Impak Terhadap Kumpulan Sasar 25
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 27
8.0 KESIMPULAN 27
Rujukan
Lampiran
v
Laporan Inovasi | Smart Table
1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kebanyakan kediaman hari ini direka bentuk dengan ruang yang sempit
kerana tanah semakin terhad. Punca utama adalah harga tanah yang semakin
lama semakin mahal. Disebabkan harga tanah yang mahal maka orang ramai
tidak mampu memiliki rumah yang besar, apatah lagi dengan kos sara hidup
yang tinggi. Kebanyakan individu yang berpendapatan rendah hanya mampu
membeli rumah pangsa, teres kos rendah dan rumah flat, ini belum lagi
termasuk keluarga yang besar menyebabkan ruang rumah semakin sempit dan
sesak.
Disebabkan masalah tersebut, rumah–rumah adalah sempit maka
penghuni rumah perlu mencari alternatif lain untuk hiasan perabot seperti meja
makan dan kerusi untuk ruang tamu serta almari untuk keselesaan dalam
kehidupan harian. Rumah yang selesa dapat mengelakkan stres, manakala
ruang yang sempit pula menyebabkan hilang tumpuan anak untuk belajar dan
anak–anak menjadi rimas jika berada di dalam rumah. Anak-anak yang masih
belajar lazimnya tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran kerana
saiz rumah yang sempit dan ibu bapa tidak dapat menyediakan ruang khusus
untuk belajar (Nurizan dan Norlela,1993).
Masalah ruang yang sempit akan membataskan pergerakan dan
menyebabkan penggunaan barang atau perabot rumah perlu diminimakan.
Apabila timbul keadaan ini, ia akan menyebabkan penghuni kurang/tidak
selesa dan boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak. Pengalaman ini
diperoleh dari pemerhatian terhadap beberapa individu yang mempunyai
rumah yang kecil. Bagi mengatasi masalah ini, maka tercetuslah idea untuk
mencipta Smart table.
Smart Table adalah merupakan projek inovasi yang dihasilkan oleh
pensyarah Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot Kolej Komuniti Kuala Langat.
Ia merupakan sebuah meja pulau (kitchen island) yang diperbuat daripada kayu
1
Laporan Inovasi | Smart Table
blockboard. Kayu blockboard merupakan kayu yang telah di tampal plywood.
Tujuan projek inovasi ini adalah untuk kegunaan di ruang yang sempit.
Meja pulau ini adalah untuk memudahkan pengguna dan boleh
memuatkan barang serta boleh dijadikan kabinet untuk kegunaan yang lain. Ini
kerana meja ini direka khas untuk ruang yang sempit dan sesuai digunakan
untuk indoor dan outdoor.
Ruang pada bahagian dalam kabinet ini dijadikan ruang simpanan
supaya ruang tersebut digunakan seoptimum yang mungkin serta menjimatkan
ruang yang sedia ada. Meja ini juga dilengkapkan dengan kerusi mini portable
yang disimpan di dalam meja tersebut. Kerusi ini direkabentuk khas agar ia
dapat menjimatkan ruang, senang dibawa dan boleh digunakan dengan
mudah.
Smart Table merupakan Projek Inovasi yang dihasilkan untuk digunakan
pada ruang yang sempit. Projek inovasi ini dihasilkan supaya senang atau
mudah diletakkan di mana–mana tempat seperti di dalam kelas untuk proses
pembelajaran dan pengajaran, perpustakaan tujuan pembacaan, penulisan
dan di tempat yang tidak mempunyai ruang yang besar seperti rumah pangsa,
rumah kos murah dan sebagainya.
Projek inovasi ini juga senang dibawa keluar untuk digunakan untuk
riadah, sukan, dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan outdoor kerana fungsinya
yang portable. Antara fungsi utama Smart table ialah boleh dijadikan meja
makan, tempat simpanan barang–barang, meja Laptop, kerusi portable yang
boleh ditarik keluar dari meja dan sebagainya.
1.2 Objektif Projek Inovasi
Tujuan projek inovasi ini adalah untuk memudahkan orang ramai yang
memiliki ruang yang sempit. Sehubungan itu objektif projek inovasi ini adalah
untuk:
2
Laporan Inovasi | Smart Table
i. Membangunkan produk inovasi yang dapat digunakan untuk ruang yang
sempit
ii. Mendapatkan maklumbalas responden bagi produk inovasi yang telah
dihasilkan.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
2.1 Punca Cetusan Idea
Tercetusnya idea untuk menghasilkan Projek Inovasi Smart Table
adalah daripada pemerhatian dan pengalaman penyelidik sendiri. Terdapat
individu yang berkeluarga tetapi mempunyai kehidupan yang serba
kekurangan sama ada rumah yang sempit mahupun mempunyai masalah
kewangan yang membataskan penggunaan perabot di rumah. Apabila mereka
menghadapi masalah tersebut, timbul masalah ruang yang tidak efisien dan
akan mengundang kepada pelbagai permasalahan lain. Antaranya kurang
selesa bergerak di ruang yang sempit, masalah susun atur perabot,
kekurangan ruang penyimpanan barang dan sebagainya. Pemikiran ruang
meliputi interaksi di antara individu dan objek yang mempunyai bentuk tiga
dimensi mempunyai kaitan dengan arah, jarak, tempat, corak atau pola dan
bentuk. (Maktar, 2010). Sehubungan itu, ruang memainkan peranan yang
amat penting dalam kehidupan harian. Sebagaimana hasil kajian Chamhuri &
Mohd Fauzi (2003), saiz rumah yang kecil memberi kesan terhadap kehidupan
sesebuah keluarga dalam jangka masa yang panjang.
Dalam kajian Zakiyah (2004a; 2004b) pula menunjukkan pengaruh
susun atur ruang adalah amat besar kesannya kepada penghuni sesebuah
rumah. Kajian yang dilakukan ke atas sebuah kawasan perumahan kos rendah
di utara Semenanjung menunjukkan bahawa akibat ketiadaan ruang dapur,
menyebabkan kesesakan di ruang tamu, bilik tidur dan ruang makan. Ruang
tamu menjadi pusat bagi segala aktiviti seperti ruang untuk kanak-kanak
mengulangkaji pelajaran, menonton televisyen, menghabiskan masa dengan
3
Laporan Inovasi | Smart Table
keluarga, tempat untuk tidur dan ruang untuk makan. Isu kekurangan ruang ini
jika dilihat dari aspek fizikal dan psikososial, boleh memberi kesan yang
mendalam dari segi keperluan ruang sebagai keperluan asasi sekaligus
mempengaruhi kualiti hidup penghuni.
Dalam pada itu, persekitaran yang selamat juga perlu dipertimbangkan.
Menurut (Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974), “alam sekeliling atau alam sekitar
ditafsirkan sebagai faktor-faktor fizikal bagi kawasan di sekeliling manusia
termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi bagi
binatang–binatang dan tumbuh-tumbuhan dan faktor-faktor sosial dan
estetika”.
Sehubungan dengan itu, mengambilkira faktor-faktor sosial inilah
Pensyarah Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot Kolej Komuniti Kuala
Langat mengambil inisiatif untuk menghasilkan Smart Table supaya dapat
digunakan oleh orang ramai yang memiliki rumah atau ruang yang sempit tetapi
masih ingin menggunakan meja atau kabinet dan kerusi. Produk ini tidak
memerlukan ruang yang besar untuk diletak kerana ianya memang direka
bentuk untuk ruang yang sempit dan menjimatkan ruang.
4
Laporan Inovasi | Smart Table
3.0 CIRI-CIRI INOVASI
Smart Table merupakan meja yang boleh dipanjangkan menjadi meja
bar untuk memudahkan penggunaannya dan boleh memuatkan barang serta
boleh dijadikan meja pulau untuk kegunaan yang lain. Ini kerana meja ini direka
khas untuk ruang yang sempit dan meja ini sesuai untuk digunakan pada indoor
dan outdoor
Smart Table mempunyai ciri-ciri berikut yang dikategorikan sebagai
inovasi dalam industri pembuatan dan reka bentuk perabot. Ciri-ciri inovasi
yang terdapat pada projek inovasi ini adalah seperti berikut:
i. Fungsi meja dan kabinet dalam satu produk.
Rajah 1: Smart Table berfungsi sebagai kabinet/meja bar
apabila selak pintu dibuka
5
Laporan Inovasi | Smart Table
ii. Dilengkapi dengan dua kerusi mini portable yang boleh
diubahsuai menjadi rak atau tempat simpanan barang
Rajah 2: Kerusi diletak di ruang bahagian atas meja bar
untuk dijadikan tempat simpanan barang
6
Laporan Inovasi | Smart Table
iii. Mempunyai pelbagai fungsi mengikut kreativiti pengguna.
Smart Table mempunyai pelbagai fungsi iaitu boleh dijadikan
kabinet dapur atau meja pulau (kitchen islands), meja makan terutama
sekiranya mempunyai saiz keluarga yang besar tetapi masih ingin
menggunakan meja makan, meja belajar, rak buku, almari baju,
kegunaan aktiviti luar rumah, tempat simpanan barang–barang, meja
komputer riba, tempat menggosok baju, kabinet televisyen mahupun
sebagai meja serbaguna (rujuk gambar dalam tajuk 7.1 Kelebihan Smart
Table)
Rajah 3: Dalam satu produk yang boleh dijadikan meja,
kabinet, kerusi dan rak simpanan barang
7
Laporan Inovasi | Smart Table
iv. Dilengkapi dengan penyambung plug elektrik dan soket untuk
kegunaan barangan elektronik
Rajah 4: Smart Table dilengkapi dengan penyambung plug
elektrik dan soket
8
Laporan Inovasi | Smart Table
v. Tiada di pasaran.
Rajah 5: Antara Produk Inovasi Kerusi Meja di Pasaran
(sumber dari: http://www.relaksminda.com/2013/01/rekaan-
kerusi-meja-kreatif-menarik-unik2.html)
vi. Dilengkapi dengan roda agar mudah dialih.
Rajah 6: Smart Table dilengkapi dengan 12 biji roda
9
Laporan Inovasi | Smart Table
4.0 CARA PELAKSANAAN INOVASI / OPERASI
Berikut adalah langkah-langkah yang terlibat dalam penghasilan Projek
Inovasi Smart Table:
i. Proses pembuatan bermula dengan idea dan konsep yang ingin
dibuat.
ii. Kemudian lakaran konsep dan idea dibuat beserta saiz ukuran.
iii. Proses pemilihan kayu blockboard untuk dibuat rangka (body)
mengikut pada lakaran design .
iv. Merancang tanda bahagian yang ingin dipotong.
v. Blockboard dipotong mengikut ukuran bersaiz mengikut ukuran
yang telah ditetapkan
vi. Kerja –kerja mencantumkan papan blockboard supaya menjadi
sebuah rangka (body)
vii. Kerusi yang dibina dipasangkan hadle atau pemegang bagi
memudahkan ditarik atau dibuka daripada laci pintu.
viii. Seterusnya meja yang siap dipasang engsel dan lock pintu serta
roda.
10
Laporan Inovasi | Smart Table
5.0 GAMBARAJAH DAN KOS INOVASI
5.1 Gambar Projek Inovasi
Rajah 7 : Papan Blockboard
Rajah 8 : Rekabentuk produk Smart Table
11
Laporan Inovasi | Smart Table
Rajah 9 : Kerja–kerja memotong kayu
Rajah 10: Kerja -kerja pemasangan pada kerangka dan kerusi
12
Laporan Inovasi | Smart Table
Rajah 11: Smart Table yang Telah Siap Sepenuhnya Dengan Pelbagai
Kegunaan
13
Laporan Inovasi | Smart Table
5.2 Kos Projek Inovasi
Perincian kos dan bahan untuk menghasilkan projek inovasi ini adalah
seperti ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut:
Jadual 1: Perincian Bahan dan Kos Projek Inovasi
Bil. Perkara Unit Harga Harga
seunit (RM) (RM)
1. Satu keping 4’ × 8’” 1 keping RM 130.00 130.00
Blockboard warna putih
2. Roda 12 biji 1.20 14.40
3. Engsel pintu 4 unit 1.00 4.00
4. Skru 250 gram 2.50 2.50
5. Lock pintu 2 Set 5.00 10.00
6. Handle pintu 4 set 3.00 12.00
7. Extension dan wayar 1 Unit 12.00 12.00
8 Plastic Desk Boxtable 2 unit 3.00 6.00
Jumlah 190.90
14
Laporan Inovasi | Smart Table
6.0 IMPAK INOVASI
6.1 Kelebihan Smart Table
Projek Inovasi ini mempunyai banyak kelebihan. Di antaranya adalah
seperti menjimatkan ruang, masa, tenaga dan wang. Berikut diperincikan
kelebihan projek yang telah dilaksanakan:
i. Rekabentuk yang unik
Projek Inovasi ini belum pernah dihasilkan oleh mana-mana
individu/institusi.
ii. Senang Digunakan
Mudah digunakan kerana pengguna tidak memerlukan
bantuan/hanya bantuan minima untuk membuka dan menolak
ke tempat lain kerana ia dilengkapkan dengan roda.
iii. Menjimatkan Kos
Bukan hanya masa dan tenaga dapat dijimatkan tetapi juga kos
dapat dikurangkan kerana ia mempunyai pelbagai fungsi pada
satu produk.
iv. Menjimatkan Masa
Smart Table bukan hanya menjimatkan ruang tetapi juga
menjimatkan masa kerana sekiranya ingin digunakan bagi
fungsi lain hanya dengan mengubah tempat dan
rekabentuk/bukaan kotak dan kerusi pada produk tersebut.
v. Menjimatkan tenaga
Tenaga pengguna dapat dijimatkan kerana ia adalah satu
produk yang membolehkan pengguna menggunakannya
mengikut kreativiti masing-masing.
15
Laporan Inovasi | Smart Table
vi. Fungsi sebagai kabinet dapur atau kitchen island
Produk inovasi ini boleh digunakan di dapur sebagai kabinet
atau dibuat kitchen island.
Rajah 12: Fungsi Produk Sebagai Kitchen Island
vii. Fungsi Sebagai Meja Makan
Bagi rumah yang sempit atau mempunyai ahli keluarga / isi
rumah yang ramai, Smart Table ini merupakan penyelesaian.
Rajah 13: Fungsi Produk Sebagai Meja Makan
16
Laporan Inovasi | Smart Table
viii. Fungsi Sebagai Meja Belajar
Smart Table ini boleh digunakan diruang tamu mahupun di
dalam bilik tidur sebagai meja belajar.
Rajah 14: Fungsi Produk Sebagai Meja Belajar
17
Laporan Inovasi | Smart Table
ix. Fungsi Sebagai Rak Buku
Rekabentuk Smart Table sesuai dijadikan rak buku dimana beg
dan alatulis juga boleh dimasukkan ke dalam ruang yang telah
direkabentuk.
Rajah 15: Fungsi Produk Sebagai Rak Buku
18
Laporan Inovasi | Smart Table
x. Fungsi Sebagai Almari Baju
Smart Table juga direkabentuk agar sesuai digunakan untuk
kegunaan di bilik tidur iaitu untuk meletak baju dan barang-
barang peribadi lain.
Rajah 16: Fungsi Produk Sebagai Almari Baju
xi. Kegunaan untuk aktiviti di luar rumah
Kegunaan Smart Table untuk aktiviti di luar rumah adalah
seperti minum petang bersama keluarga di luar rumah,
berkelah, dan sebagainya.
Rajah 17: Fungsi Produk untuk Kegunaan Aktiviti di Luar Rumah
19
Laporan Inovasi | Smart Table
xii. empat menggosok baju
Ruang rumah yang sempit memerlukan produk seperti Smart
Table kerana ia juga boleh digunakan sebagai iron board.
Rajah 18: Fungsi Produk Sebagai Iron board
\
20
Laporan Inovasi | Smart Table
xiii. Fungsi sebagai kabinet televisyen
Pemilihan bahan (material) bagi Smart Table dibuat dengan
lebih teliti agar ia dapat digunakan juga sebagai kabinet
televisyen.
Rajah 19: Fungsi Produk Sebagai Kabinet Televisyen
21
Laporan Inovasi | Smart Table
xiv. Meja serbaguna (untuk portable mesin jahit)
Kegunaan Smart Table sebagai meja serbaguna bukan hanya
boleh digunakan untuk seterika tetapi juga untuk mesin jahit.
Rajah 20: Contoh Kegunaan Produk Sebagai Meja Serbaguna bagi Mesin
Jahit
22
Laporan Inovasi | Smart Table
xv. Fungsi untuk Meja Komputer Riba/ Komputer/ Pencetak
Saiz dan ukuran Smart Table sesuai digunakan sebagai meja
laptop atau komputer mahupun pencetak printer.
Rajah 21: Kegunaan Smart Table untuk Komputer Riba
23
Laporan Inovasi | Smart Table
xvi. Penambahbaikan Berterusan
Smart Table ini telah ditambahbaik hasil daripada maklumbalas
responden dan akan dibuat penambahbaikan dari masa ke
semasa agar ia menjadi produk yang dapat diadaptasi dalam
kehidupan harian. Antara penambahbaikan yang telah dibuat
adalah:
i. Menukar kayu blockboard agar produk ini lebih kukuh
dan stabil
ii. Menambah laci dan kerusi dengan rekabentuk yang lebih
sesuai agar membolehkannya digunakan bagi pelbagai
fungsi
iii. Menambah pemegang pada bahagian kiri dan kanan
produk agar lebih mudah diangkat
iv. Menambah penyambung plug elektrik agar ia boleh
digunakan untuk barangan elektronik dengan lebih
mudah dan kemas
24
Laporan Inovasi | Smart Table
Rajah 22: Produk Asal
Rajah 23: Produk Yang Telah Ditambahbaik Dengan Laci dan
Penyambung Plug Elektrik
6.2 Kumpulan Sasar Dan Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar
Kumpulan sasaran utama bagi projek inovasi ini adalah mereka yang
tinggal di taman-taman perumahan, rumah kos rendah, rumah pangsa,
sekolah, taska dan pusat sumber sekolah atau institusi.
Smart Table diuji dengan menggunakan kaedah soal selidik (Lampiran
1) bagi mengukur impak projek inovasi ini terhadap pengguna. Responden
yang dipilih adalah terdiri daripada 22 staf Kolej Komuniti yang menginap di
beberapa jenis taman perumahan. Soal selidik yang digunakan ini
mengandungi sepuluh (10) soalan berkenaan projek inovasi ini bagi
membolehkan responden memberi pandangan masing-masing iaitu sama ada
produk inovasi ini menarik, menjimatkan ruang, selamat digunakan dan
sebagainya. Soal selidik dianalisa menggunakan Microsoft Excel sepertimana
Lampiran 2. Dapatan daripada soal selidik diringkaskan dalam Jadual 2.0
seperti berikut:
25
Laporan Inovasi | Smart Table
Jadual 2.0 : Peratus Markah bagi Kriteria Penilaian Smart Table
Peratus
Bil. Item Kriteria Penilaian Bagi Smart Table Markah
(%)
1 Dapat menjimatkan ruang 95.5
2 Senang digunakan 90.9
3 Mudah dialih 89.1
4 Inovasi yang memberi manfaat 92.7
5 Rekabentuk yang menarik 93.6
6 Sesuai digunakan di ruang yang sempit 93.6
7 Selamat digunakan 91.8
8 Penggunaan bahan (material) yang sesuai 92.7
9 Penjimatan kos 91.8
10 Kepelbagaian fungsi 96.4
Purata Markah Keseluruhan (%) 92.8%
Peratus Markah bagi Kriteria Penilaian Smart Table
Rajah 24: Graf Peratus Markah bagi Kriteria Penilaian Smart Table
26
Laporan Inovasi | Smart Table
Berdasarkan maklumbalas soal selidik yang telah dijalankan, didapati
bahawa peratus tertinggi iaitu 96.4% diperoleh bagi kriteria ‘Kepelbagaian
fungsi’. Ini diikuti oleh peratus markah bagi kriteria penilaian ‘Dapat
menjimatkan ruang’ dengan peratus markah 95.5%. Ini membuktikan bahawa
produk inovasi ini mempunyai nilai komersial yang amat tinggi.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berikut merupakan tiga cadangan untuk penambahbaikan projek
inovasi ini di masa akan datang:
i. Menggunakan kepelbagaian material (bahan bagi Smart Table)
yang lebih ringan tetapi kukuh dan kuat agar dapat menampung
beban untuk kegunaan pelbagai fungsi.
ii. Penggunaan alat kawalan (remote) untuk fungsi meja dan laci serta
kerusi dapat meningkatkan mutu produk dalam era Revolusi
Perindustrian Keempat (Industri 4.0)
iii. Meletak pemegang laci yang sesuai supaya laci senang ditarik.
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, produk ini patut diketengahkan kerana ia mempunyai
potensi yang amat besar untuk diperluaskan di pasaran khususnya dalam
bidang perniagaan produk-produk inovasi dalam rekabentuk perabot di alaf
baru. Dengan tercetusnya idea ini, ia bukan sahaja membantu dalam
menjimatkan ruang, malah ia dapat menyelesaikan pelbagai masalah seperti
ruang yang sempit dan ruang pergerakan yang terhad. Penggunaan yang
meluas pada era globalisasi dalam produk kegunaaan harian di rumah akan
dapat membantu mengembangkan lagi rekabentuk dan penambahbaikan
produk ini di masa akan datang.
27
Laporan Inovasi | Smart Table
Rujukan
Akta Kualiti Alam Sekeliling, (1974) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-
Perintah (2002). International Law Book Services.
Chamhuri, S., & Mohd Fauzi, M. J. (2003). Dasar perumahan awam bagi
golongan miskin di bandar. Dalam H. I. Nor Aini & S. Chamhuri (Eds.),
Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia (95-114). Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Hezzrin Mohd Pauzi, M.A (2002). Konsistensi Matlamat Dan Objektif Program
Perumahan Kos Rendah Dengan Keperluan Perumahan Kumpulan Sasar
Norazman Abdul Majid, et al. (2009). Academic Report Writing: From Research
to Presentation (2nd Edition). Malaysia: Prentice Hall Pearson Malaysia
Sdn. Bhd.
Zakiyah, J. (2004). Kanak-kanak dan penggunaan ruang: kajian di rumah kos
rendah. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 27(1), 18-36.
http://eprints.uthm.edu.my/7065/1/FATIMAH_BINTI_ISMAIL_24.pdf
http://prpm.dbp.gov.my
28
Laporan Inovasi | Smart Table
Disediakan oleh:
Nama : SHAMSANIRUL NIZAM BIN ISMAIL
Tel. : 012-2138845
Emel : [email protected]
Nama : RASHIDAH BINTI ABU
Tel. : 012-6822198
Emel : [email protected]
Disemak oleh:
29
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
DR. DASS
a. Saraswathy a/p Dhanalingam
Kolej Komuniti Kuala Langat, Kementerian Pendidikan Malaysia
[email protected]
b. Rashidah Binti Abu
Kolej Komuniti Kuala Langat, Kementerian Pendidikan Malaysia
[email protected]
c. Asmalila Binti Alias
Kolej Komuniti Kuala Langat, Kementerian Pendidikan Malaysia
[email protected]
i
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
HALAMAN PENGAKUAN
“Kami dengan ini mengaku bahawa Projek Inovasi ini adalah hasil kerja kami sendiri
kecuali bahan-bahan yang telah kami jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama : SARASWATHY A/P DHANALINGAM
No. Kad Pengenalan : 860116-10-5534
Tandatangan :
Nama : RASHIDAH BINTI ABU
No. Kad Pengenalan : 770125-11-5292
Tandatangan :
Nama : ASMALILA BINTI ALIAS
No. Kad Pengenalan : 740825-04-5566
i