Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran yang mampu kami luahkan kerana akhirnya Projek
Inovasi bertajuk Dr.DASS berjaya disiapkan.
Sekalung terima kasih buat keluarga dan ibubapa tercinta yang selama ini sebagai
tulang belakang yang menjadi pendorong utama di atas segala usaha sehingga
penat lelah tidak terasa. Juga tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan, staf dan
pihak pengurusan KKKL yang banyak membantu.
Akhir kata, terima kasih juga kami tujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam membantu sehingga kami berjaya
menghasilkan Projek Inovasi ini. Tanpa sokongan dan dorongan anda semua, kami
tidak akan berada di sini.
Sekian, terima kasih!
ii
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
ABSTRAK
Dr.DASS adalah projek inovasi yang membolehkan individu menjalani Ujian
Saringan Minda Sihat DASS (Depression, Anxiety and Stress Scales). Masalah
kesihatan mental akan terus meningkat sekiranya individu terlibat tidak
mendapatkan perkhidmatan kaunseling sebagai langkah pecegahan awal. Oleh itu
ujian psikologi tidak dapat dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesihatan minda
individu tersebut. Maka tercetus projek inovasi Dr DASS dimana individu boleh
menjalani ujian DASS secara penilaian kendiri walau dimana sahaja tanpa sesi
kaunseling. Selepas menggunakan Dr DASS pengguna dapat mengetahui tahap
kesihatan minda mereka iaitu stres, kebimbangan dan kemurungan serta mengambil
langkah yang sewajarnya berdasarkan skor interpretasi yang diperolehi. Bagi
mengukur keupayaan projek inovasi ini, soal selidik dibangunkan dan diuji ke atas
50 responden yang menggunakan projek inovasi ini. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa projek inovasi Dr.DASS mempunyai bentuk yang menarik (92.40%) dan
reka bentuk yang sesuai (90.50%) dan pengiraan skor jawapan yang mudah
(90.50%). Projek Inovasi ini mempunyai banyak kelebihan seperti dapat menarik
minat pengguna dan menjimatkan tenaga, masa dan kos, menyumbang kepada
alam sekitar serta produk yang unik. Projek Inovasi ini dalam proses
pengkomersialan ke institusi dan agensi serta sekolah kerana ia boleh diaplikasikan
oleh sesiapa sahaja. Seseorang yang mempunyai minda yang sihat menjurus
kepada kesejahteraan hidup.
iii
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
SENARAI KANDUNGAN
Perkara Mukasurat
Halaman Pengakuan i
Penghargaan ii
Abstrak iii
Senarai Kandungan iv
Senarai Jadual vi
Senarai Rajah vii
Senarai Lampiran viii
Senarai Singkatan ix
1.0 PENGENALAN 1
1.1 Situasi Semasa 2
1.2 Penambahbaikan 3
1.3 Gambarajah
5
2.0 PERNYATAAN MASALAH
7
3.0 CIRI – CIRI INOVASI 14
3.1 Rekabentuk dan Perincian Projek
3.2 Teknologi 4.0 15
4.0 CARA OPERASI 19
4.1 Carta Alir Proses 19
5.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI
5.1 Gambarajah Inovasi
5.2 Kos Inovasi
iv
Laporan Projek Inovasi 21
Dr.DAS S 23
6.0 IMPAK INOVASI 26
6.1 Kelebihan Inovasi 27
6.2 Kajian Produk
6.3 Jumlah Kos dan Kos per Unit Inovasi 28
29
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN, KEALIAN, ADAPTASI 30
ATAU PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA
8.0 KESIMPULAN
Rujukan
Lampiran
v
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
SENARAI JADUAL
Jadual Mukasurat
1 Anggaran Kos bagi Menghasilkan Dr.DASS 20
2 Persepsi Responden terhadap Projek Inovasi Dr.DASS 24
3 Anggaran Kos Penjimatan Dr.DASS 26
vi
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
SENARAI RAJAH
Rajah Mukasurat
1.3.1 Berita Utusan Online 3
1.3.2 Berita Kosmo Online 3
1.3.3 Berita mStar 4
1.3.4 Berita BH Online 4
3.1.1 Contoh kad soalan Ujian DASS 8
3.1.2 Bekas Kotak Jawapan bagi Kad Soalan Ujian DASS 9
3.1.3 Draf Roda untuk Ujian DASS yang Telah Direkacipta bagi 9
Lapisan 1 10
3.1.4 Lakaran Lapisan 2 bagi Projek Inovasi Dr.DASS 10
3.1.5 Lakaran Lapisan 3 bagi Projek Inovasi Dr.DASS 11
3.1.6 Contoh Kertas bagi Keputusan Ujian DASS untuk Pengguna 11
3.1.7 Dr.DASS Dilekatkan Dengan Kertas Keputusan Ujian DASS 12
3.1.8 Projek Inovasi Dr.DASS 12
3.1.9 Pelajar dan Staf Menggunakan Projek Inovasi Dr.DASS 13
3.1.10 Pelajar Seronok Menggunakan Dr.DASS 13
3.1.11 Dr.DASS Digunakan Secara Penilaian Kendiri 14
3.2.1 A.R Code sedang di kesan pada gambar jumlah skor 14
3.2.2 Keputusan yang diperolehi 15
4.1.1 Langkah penggunaan Dr.DASS 16
4.1.2 Pemilihan kategori warna 16
4.1.3 Menjawab dan memasukkan ke dalam kotak skor jawapan 17
4.1.4 Mengira jumlah skor 17
4.1.5 Pusing Dr.DASS untuk skor saringan 18
4.1.6 Penterjemahan tahap kesihatan mengikut skor saringan 18
4.1.7 Kertas keputusan dan jenis ujian yang diambil 19
5.1.1 Projek Inovasi Dr.DASS 22
6.1.1 Interaksi berkaitan produk Dr.DASS 23
6.2.1 Soal selidik bagi Projek Inovasi Dr.DASS 25
6.2.2 Purata Markah (%) bagi Item Penilaian Dr.DASS
vii
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Mukasurat
Lampiran A Borang Soal Selidik Kajian Komunikasi Interpersonal 30
Lampiran B Soalan Ujian DASS 31
viii
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
SENARAI SINGKATAN
KKKL - Kolej Komuniti Kuala Langat
DASS - Depression, Anxiety and Stress Scale
ix
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
1.0 PENGENALAN
1.1 Situasi semasa
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan mental sebagai
situasi di mana seseorang individu menyedari akan kebolehan diri sendiri, kebolehan
menghadapi tekanan normal kehidupan, bekerja secara produktif dan mampu
menyumbang kepada masyarakat (Shamzaeffa & Kevin, 2016). Pengaruh ekonomi,
kewangan, pengangguran, tekanan kerja, keluarga, peningkatan kes jenayah, gejala
sosial, kesihatan fizikal, penyalahgunaan dadah, sumbang mahram, kurang
kemahiran daya tindak dan rogol adalah antara faktor yang boleh dikaitkan dengan
kesihatan mental (Shamzaeffa & Kevin, 2016).
Kita perlu sedar bahawa kesihatan mental merupakan aspek yang sangat
penting dalam kehidupan seorang manusia di mana ia ada kebaikan dan juga
keburukannya (Intan et. al, 2011). Mengikut Datuk Seri Dr. S Subramaniam, Menteri
Kesihatan, mengatakan bahawa lebih kurang 30 peratus atau 4.2 juta rakyat
Malaysia yang berumur antara 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan
mental (Berita Harian, 28 September 2016). Hasil analisis pakar pula menunjukkan
penyakit mental bakal menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia
selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020 (Utusan Melayu). Masalah
kesihatan mental terus meningkat walaupun kerajaan menyediakan pelbagai
perkhidmatan dan rawatan kesihatan mental, namun usaha ini tidak berjaya kerana
individu yang mengalami gangguan tidak tampil untuk mendapatkan bantuan
disebabkan stigma sosial dan faktor lain.
Masalah kesihatan mental boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah
mereka yang bekerja. Hasil kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015
menunjukkan lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas,
atau 29.2 peratus populasi negara, menghidapi pelbagai masalah mental. Senarai ini
juga semakin bertambah dari tahun ke tahun (Utusan Online, 6 April 2017).
Peningkatan ini akan berkurangan jika ia ditangani dengan baik. Tetapi sekiranya
diabaikan, ia akan memberi kesan terhadap produktiviti dan kecekapan sesebuah
organisasi.
1
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
Seperti yang disarankan oleh kerajaan, kesihatan mental adalah aspek
penting dalam pembentukan modal insan yang berprestasi tinggi justeru penentu
kepada pertumbuhan sesebuah negara. Kesihatan mental juga mempengaruhi
pelajar dari segi prestasi akademik berikutan perubahan psikososial dan tekanan
akademik. Selain itu, masalah seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan juga
turut memberi kesan terhadap perkembangan mental pelajar (Shamzaeffa & Kevin,
2016). Jika masalah ini tidak dikesan pada tahap awal, masalah kesihatan mental
akan mengganggu produktiviti seorang pelajar.
1.2 Penambaikan
Oleh yang demikian, masalah kesihatan mental memerlukan perhatian serius
dan kerjasama dari semua pihak agar ianya tidak terus menular di komuniti kita.
Insiatif yang paling penting adalah memberi pendedahan berterusan kepada setiap
individu tanpa mengira usia mengenai kesihatan mental. Tindakan terbaik yang
boleh diambil oleh setiap individu yang berhadapan dengan tekanan adalah
berjumpa dengan pakar psikologi atau psikiatri untuk mendapatkan khidmat nasihat
(Sinar Harian, 30 Jun 2017) serta mengenalpasti terlebih dahulu tahap kesihatan
mental mereka. Kerajaan pula perlu meningkatkan strategi yang sedia ada dengan
berkolaborasi dengan pihak lain untuk hasil yang lebih efektif selain menjalankan
strategi pencegahan termasuk kempen promosi kesihatan mental, saringan dan
pencegahan serta bantuan asas psikologi semasa krisis (Berita Harian, 28
September 2016)
2
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
1.3 Gambarajah
Rajah 1.3.1 : Berita Utusan Online
Rajah 1.3.2 : Berita Kosmo Online
3
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
Rajah 1.3.3 : Berita mStar
Rajah 1.3.4 : Berita BH Online
4
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Rekod kaunseling menunjukkan bilangan pelajar dan kakitangan Kolej
Komuniti Kuala Langat (KKKL) yang mendapatkan bantuan kaunseling di Seksyen
Pembangunan Insan adalah sangat kurang. Berdasarkan rekod tahun 2016,
bilangan pelajar yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling adalah seramai 60
orang dan bagi tahun 2017 pula seramai 71 orang mendapatkan perkhidmatan
kaunseling. Peratus perbandingan dibuat di mana berdasarkan jumlah keseluruhan
pelajar seramai 500 orang setiap tahun, jumlah pelajar yang menggunakan
perkhidmatan kaunseling adalah sangat kurang dari 15%. Kakitangan kolej pula
hanya 2 orang mendapatkan perkhidmatan kaunseling pada tahun 2016 dan tiada
rekod dikesan pada tahun 2017.
Ini terjadi berikutan wujudnya pelbagai persepsi terhadap kaunseling.
Berdasarkan temuduga tidak berstruktur yang dijalankan secara rawak ke atas
beberapa pelajar dan staf, segelintir besar beranggapan bahawa kaunseling adalah
untuk individu atau kumpulan yang bermasalah sahaja dan mereka takut akan
dilabelkan sebagai bermasalah sekiranya mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
Mereka yang mempunyai persepsi yang positif terhadap kaunseling akan
mempercayai perkhidmatan tersebut boleh memberi bimbingan dari segi akademik,
kerjaya dan menyelesaikan masalah. Tetapi sekiranya wujud persepsi negatif
mereka akan menjauhkan diri, tidak bersedia untuk berkongsi masalah dan kurang
yakin dengan kaunselor dalam menyelesaikan masalah mereka.
Dengan wujudnya persepsi seperti ini, maka kesediaan seseorang untuk
mendapatkan bantuan dari unit kaunseling walaupun secara bimbingan atau untuk
menjalani sebarang ujian psikologi akan terhenti dan mereka akan cuba untuk tidak
berkongsi masalah dengan sesiapapun. Sekiranya keadaan ini berterusan,
dikhuatiri lama kelamaan ia akan memberi kesan kepada kesihatan mental.
Berdasarkan rekod kaunseling 2016 dan 2017 yang dilakukan di KKKL kebanyakan
pelajar mahupun kakitangan dirujuk atas isu disiplin diri dan kehadiran. Justeru,
masalah kesihatan mental adalah penghubung kepada masalah lain seperti isu
kehadiran ke kelas atau ke tempat kerja serta berhubung kait dengan prestasi kerja
dan produktiviti individu.
5
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
Dalam perkhidmatan kaunseling, sudah menjadi kebiasaan untuk
menjalankan ujian psikologi pada seseorang individu. Melalui ujian psikologi
beberapa perkara seperti tingkah laku boleh dikesan termasuklah kesihatan mental
seseorang. Setiap individu yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling akan
menjalani ujian psikologi yang ditadbir oleh kaunselor atau pegawai psikologi dan
penilaian ujian tersebut akan dilakukan oleh mereka juga. Tetapi usaha ini tidak
akan berjaya sekiranya pelajar mahupun kakitangan enggan dan mempunyai
tanggapan negatif terhadap perkhidmatan kaunseling.
6
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
3.0 CIRI – CIRI INOVASI
3.1 Rekabentuk dan perincian projek
Seksyen Pembangunan Insan (SPI) mengambil inisiatif untuk menggunakan
suatu pendekatan yang sedikit berbeza dari kebiasaan iaitu menggunakan Self
Assessment atau penilaian kendiri bagi Ujian Saringan Minda Sihat DASS
(Depression, Anxiety and Stress Scales). Projek inovasi ini di beri nama Dr.DASS di
mana ia adalah projek inovasi yang membolehkan individu menjalani ujian DASS ke
atas diri sendiri dengan bebas tanpa perlu merasa rendah diri dengan orang lain.
Tidak akan wujud perasaan takut mahupun malu dalam menjalani ujian ini kerana
mereka sendiri akan menjalankan setiap prosedur dalam ujian psikologi tersebut dan
seterusnya boleh membuat penilaian pada diri sendiri dan bertindak dengan segera
bagi mendapatkan sebarang bantuan atau perkhidmatan selepas itu.
Kebanyakan ujian DASS dilakukan secara manual di atas kertas bercetak
ataupun secara atas talian. Walau bagaimanapun, kami di Seksyen Pembangunan
Insan (SPI) memikirkan satu kaedah pelaksanaan ujian tersebut dengan cara yang
lebih kreatif agar ia bukan sahaja dapat menarik semua golongan untuk
melaksanakan ujian ini.
Projek Inovasi Dr.DASS yang dihasilkan ini terdiri daripada tiga (3) komponen
utama iaitu:
i. Kad soalan yang dibahagikan kepada tiga (3) warna iaitu biru, hijau
dan ungu. Warna yang digunakan ini adalah warna-warna terapi yang
begitu terkenal dalam bidang kaunseling. Walau bagaimanapun, pada
kad warna tersebut tidak dinyatakan sama ada ia adalah kad soalan
stres atau anzieti atau kemurungan kerana dikhuatiri pengguna
mempunyai persepsi awal terhadap jawapan yang akan diperoleh.
ii. Kotak jawapan terdiri daripada 4 bekas plastik mewakili skala 0 (tidak
pernah), 1 (jarang), 2 (kerap) dan 3 (sangat kerap) bagi setiap kotak.
Setelah pengguna mengambil kad, ia perlu memasukkannya ke dalam
7
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
kotak jawapan yang disediakan dan mengira jumlah markah
keseluruhan yang diperoleh. Penyelidik telah menyediakan kad
jawapan yang diinovasikan dari segi jumlah pengiraan markah agar
memudahkan pengguna membuat pengiraan bagi mendapatkan skor.
iii. Roda Dr.DASS diperbuat daripada jam terpakai sebagai tapak roda.
Setelah skor saringan diketahui, pengguna perlu memusingkan roda
Dr. DASS sehingga mencapai warna yang sama dan merujuk kepada
skor saringan. Kertas intrepretasi jawapan disediakan bagi
membolehkan pengguna menjadikannya sebagai rujukan. Ini
merupakan bahagian utama Dr.DASS, jam meja yang telah rosak
digabungkan dengan roda saringan yang diperbuat daripada kertas
photo bercetak dan kertas tersebut dibuat laminated agar ia dapat
digunakan dalam tempoh jangka panjang.
Berikut adalah langkah-langkah yang terlibat dalam penghasilan Projek
Inovasi Dr.DASS:
i. Mengenalpasti dan merekacipta kad soalan bagi ujian DASS ke dalam
bentuk kad-kad soalan yang dibahagikan kepada tiga warna.
Rajah 3.1.1 : Contoh Kad Soalan Ujian DASS
8
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
ii. Menentukan kaedah untuk jawapan ujian DASS. Setelah
perbincangan dilakukan, maka keputusan diperoleh agar
menggunakan bekas plastik yang diinovasikan untuk pengiraan
markah dengan lebih mudah
Rajah 3.1.2 : Bekas Kotak Jawapan Bagi Kad Soalan Ujian DASS
iii. Menghasilkan roda yang dapat memudahkan pengguna mendapatkan
tafsiran kepada ujian yang telah dilakukan
Rajah 3.1.3 : Draf Roda Untuk Ujian DASS Yang Telah Direkacipta
Bagi Lapisan 1
9
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
Rajah 3.1.4 : Lakaran Lapisan 2 bagi Projek Inovasi Dr.Dass
Rajah 3.1.5 : Lakaran Lapisan 3 Projek Invoasi Dr.Dass
10
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
iv. Seterusnya, kertas keputusan kepada ujian DASS pula direkabentuk dan ia
dibuat garisan putus-putus bagi memudahkan pengguna untuk mengambil
keputusan selepas ujian dilakukan.
Rajah 3.1.6 : Contoh Kertas Bagi Keputusan Ujian DASS Untuk
Pengguna
v. Roda Dr.DASS yang telah dipaku pada tapak kemudiannya dilekatkan kertas
keputusan menggunakan double sided. Terlebih dahulu kertas keputusan
tersebut di stapler untuk menjamin kekukuhannya semasa pengguna
menggunakannya.
Rajah 3.1.7 : Dr.DASS Dilekatkan Dengan Kertas Keputusan Ujian
DASS
11
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
vi. Projek inovasi telah siap. Ia terdiri daripada roda Dr.DASS, kad soalan
dan kotak jawapan.
Rajah 3.1.8 : Projek Inovasi Dr.DASS yang Telah Siap
Rajah 3.1.9 : Pelajar dan Staf Menggunakan Projek Inovasi Dr.DASS
12
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
Rajah 3.1.10 : Pelajar Seronok Menggunakan Dr.DASS
Rajah 3.1.11 : Dr.DASS Dilakukan Secara Penilaian Kendiri
13
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
3.2 Teknologi 4.0
Projek inovasi telah mengalami penambahbaikan dengan memasukkan
teknologi 4.0 iaitu menggunakan augmented reality (A.R). Kertas keputusan akan
dibesarkan gambarannya menggunakan A.R Code dan ini boleh menjimatkan masa
dan kertas bagi menghasilkan kertas keputusan.selain dari itu dengan A.R code
gambar yang dipaparkan akan kelihatan seperti hidup dan lebih menarik minat
pengguna.
Rajah 3.2.1 : A.R Code sedang di kesan pada gambar jumlah skor
Rajah 3.2.2 : Keputusan yang diperolehi
14
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
4.0 CARA OPERASI
4.1 Carta alir proses
Dr.DASS boleh digunakan oleh sesiapa sahaja kerana konsepnya adalah
penilaian kendiri di mana pengguna tidak perlu bantuan kaunselor/pegawai psikologi
untuk menjalani dan menterjemahan keputusan ujian Dr. DASS walaupun tidak
menghadiri sesi kaunseling. Selain itu, Dr.DASS diletakkan di tempat umum dimana
pengguna boleh menggunakannya pada bila bila masa hanya dengan mengikut
langkah penggunaan Dr.DASS seperti di bawah :
a) Pengguna membaca langkah penggunaan Dr.DASS yang disertakan bersama
dalam setiap kotak soalan yang terdiri daripada 3 kotak soalan bagi 3 kategori ujian
iaitu Depression (ungu), Anxiety (biru) dan Stress (hijau).
Rajah 4.1.1 : Langkah penggunaan Dr.DASS
15
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
b) Pengguna memilih satu kategori warna iaitu biru, ungu atau hijau.
Rajah : 4.1.2 : Pemilihan kategori warna
c) Pengguna menjawab soalan berdasarkan keadaan pengguna SEMINGGU yang
lepas dan memasukkan kad ke dalam kotak skor jawapan.
Rajah 4.1.3 : Menjawab soalan dan memasukkan ke dalam kotak skor jawapan
16
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
d) Pengguna mengira jumlah skor dalam Kotak Skor Jawapan dan mencampurkan
skor markah bagi semua kotak untuk mendapat Skor Saringan.
Rajah 4.1.4 : Mengira jumlah skor
e) Pusing “Dr.DASS” sehingga mencapai tona warna yang sama.
Rajah 4.1.5 : Pusing Dr.DASS untuk mendapatkan skor saringan
17
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
f) Rujuk “Dr.DASS” bagi terjemahan tahap kesihatan mengikut skor saringan
pengguna.
Rajah 4.1.6 : Penterjemahan tahap kesihatan mengikut skor saringan
g) Pengguna mengambil kertas keputusan untuk terjemahan tahap kesihatan dan
rujuk jenis ujian DASS yang dilakukan di belakang kertas keputusan. Pengguna
boleh mengulangi langkah yang sama seperti di atas bagi kad kategori warna lain.
Rajah 4.1.7 : Kertas keputusan yang menunjukkan terjemahan tahap kesihatan dan
jenis ujian DASS
18
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
5.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI
5.1 Gambarajah Inovasi
Rajah 5.1.1 : Projek Inovasi Dr.DASS
5.2 Kos Inovasi
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan Dr. DASS ini terdiri daripada
barang kitar semula iaitu jam meja yang telah rosak di mana jam ini dijadikan
sebagai tapak utama projek inovasi ini, kertas photo bercetak yang dibuat laminated,
sticky notes, kertas A4 bercetak untuk kad soalan yang dimasukkan ke dalam bekas
kad nama (recycle), empat (4) bekas plastik untuk kotak jawapan, paku, double
sided tape dan foam board. Manakala peralatan yang terlibat untuk menghasilkan
projek inovasi ini adalah seperti komputer, pencetak, kertas, gunting, pisau, hole
punch dan mesin laminate. Jadual 1 menunjukkan anggaran perbelanjaan kos yang
terlibat untuk menghasilkan seunit Dr. DASS.
19
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
Jadual 1: Anggaran Kos bagi Menghasilkan Dr.DASS
BIL ITEM UNIT HARGA JUMLAH
SEUNIT HARGA
(RM) (RM)
1. Jam meja sebagai 1 unit Bahan Terpakai
tapak utama 8 helai
1.00 8.00
2. Kertas photo, kertas 1 helai
A4 dan kertas 2.50 2.50
berpelekat termasuk
cetakan
3. Laminate
4. Sticky notes 5 unit 2.12 10.60
5. Bekas plastik untuk 1 unit 2.12 2.10
kotak jawapan 1 unit 0.10 0.10
6. Paku
7. Double sided tape 1 unit 2.00 1.50
8. Bekas kad nama 3 unit Bahan Terpakai
Jumlah Keseluruhan Kos Seunit 24.80
20
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
6.0 IMPAK INOVASI
6.1 Kelebihan Inovasi
Projek Inovasi ini mempunyai banyak kelebihan. Di antaranya adalah seperti
dapat menarik minat pengguna untuk melaksanakan ujian kesihatan minda secara
penilaian kendiri. Berikut diperincikan kelebihan projek yang telah dilaksanakan:
i. Senang Digunakan
Dr.DASS mudah digunakan kerana pengguna tidak memerlukan
bantuan/hanya bantuan minima diperlukan, semua arahan telah
dijelaskan pada kad langkah penggunaan.
ii. Dapat menarik minat untuk individu mencuba
Projek inovasi Dr.DASS tidak pernah dibuat oleh mana-mana
individu/organisasi, sehubungan itu, ia adalah sesuatu yang baru dan
dapat menarik penguna untuk mencuba.
iii. Menjimatkan Kos
Bukan hanya masa dan tenaga dapat dijimatkan tetapi juga kos dapat
dikurangkan iaitu kertas soalan Ujian DASS tidak perlu dicetak.
iv. Menjimatkan Masa dan tenaga
Dr.DASS bukan hanya dapat menjimatkan masa kaunselor tetapi juga
tenaga kerana kaunselor tidak perlu mengadakan sesi kaunseling
individu/kelompok untuk mendapatkan tahap stres, anzieti dan
kemurungan klien.
v. Menyumbang Kepada Alam Sekitar
Penggunaan beberapa bahan terpakai seperti tapak jam meja, foam
board dan bekas kad nama dapat menyumbang kepada alam sekitar
kerana ia mengurangkan pembuangan sampah.
21
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
vi. Murah
Kos untuk membangunkan Dr.DASS adalah murah berbanding
manfaat yang diperoleh oleh kaunselor mahupun klien/pengguna.
vii. Penilaian kendiri
Ujian DASS dilakukan dengan bantuan kaunselor bagi mendapatkan
skor saringan dan intepretasi bagi keputusan ujian. Dengan
penggunaan projek inovasi Dr.DASS, ujian ini dapat dilakukan secara
penilaian kendiri oleh individu
viii. Unik
Dr.DASS adalah unik kerana pengguna dibekalkan dengan keputusan
dalam bentuk sticky notes yang kecil dan boleh dimasukkan ke dalam
dompet agar dapat mengingatkan pengguna untuk tindakan
selanjutnya.
ix. Pengkomersialan
Dr.DASS dalam proses dikormesialkan kepada institusi dan agensi lain
berikutan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan
pegawai psikologi dari agensi yang berlainan.
Rajah 6.1.1 : Interaksi berkaitan produk Dr.DASS
22
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
6.2 Kajian produk
Dr.DASS di ukur bagi mengetahui persepsi pengguna terhadap projek
inovasi yang telah dibangunkan. Bagi menjawab persoalan ini, penyelidik telah
membangunkan soal selidik bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan
penggunaan Dr.DASS. Responden terdiri daripada 39 pelajar dan 11 staf. Dapatan
bagi soal selidik tersebut dirumuskan dalam Jadual 2 dan Rajah 6.1.1 serta Rajah
6.1.2. Berdasarkan dapatan daripada soal selidik yang telah dijalankan, didapati
bahawa pengguna mempunyai persepsi bahawa projek inovasi Dr.DASS
mempunyai bentuk yang menarik dengan peratus 92.40 iaitu purata markah
tertinggi. Ini diikuti pula oleh purata markah kedua tertinggi iaitu 90.50% iaitu bagi
item penilaian rekabentuk yang sesuai dan pengiraan skor jawapan mudah.
Rajah 6.2.1 : Soal Selidik bagi Projek Inovasi Dr.DASS
23
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
Jadual 2 : Persepsi Responden Terhadap Projek Inovasi Dr.DASS
Purata
Bil. Item Penilaian Bagi Dr.DASS
Markah (%)
1 Mudah difahami 84.8%
2 Senang digunakan 87.6%
3 Bentuk yang menarik 92.4%
4 Rekabentuk yang sesuai 90.5%
5 Penggunaan imej yang sesuai 88.6%
6 Dapat menarik minat pengguna 88.6%
7 Pengiraan skor jawapan mudah 90.5%
8 Dapat digunakan tanpa bantuan 85.7%
9 Membantu dalam pengurusan diri dengan lebih 86.7%
baik 86.7%
10 Meningkatkan motivasi dalam memahami fungsi
ujian psikologi (ujian DASS)
Purata Markah Keseluruhan 88.2%
24
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
Persepsi Responden terhadap Projek Inovasi Dr.DASS
94.00% 92.40%
92.00%
90.00% 90.50% 90.50%
88.00%
PURATA MARKAH (%) 86.00% 88.60% 88.60%
87.60% 86.70% 86.70%
84.80% 85.70%
84.00%
82.00%
80.00%
ITEM PENILAIAN
Rajah 6.2.2: Purata Markah (%) bagi Item Penilaian Dr.DASS
25
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
6.3 Jumlah kos dan kos per unit inovasi
Jadual 3 : Anggaran kos penjimatan
Bil Item Jumlah kos sebenar Jumlah kos
1 Kertas
penjimatan
3 helai kertas bagi Tiada penggunaan kerja
menjawab soalan digunakan dan dapat
secara bertulis digunakan berulang-
RM 0.10 x 3 = RM ulang kali.
0.30 seorang x 50 Kos untuk 50 orang =
orang = RM 15.00 TIADA
26
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU
PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA
Berdasarkan dapatan daripada eksperimen projek yang dijalankan terhadap 50
responden di Kolej Komuniti Kuala Langat, beberapa cadangan penambahbaikan
boleh diaplikasikan bagi projek inovasi Dr.DASS. Cadangan penambahbaikan
tersebut adalah seperti berikut:
i. Penggunaan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
untuk memudahkan lagi pengguna dari segi pemahaman serta
memberi keselesaan semasa menjawab soalan;
ii. Mendapatkan responden bukan sahaja daripada kalangan pengguna di
KKKL tetapi juga pengguna dari luar seperti pelajar dan staf di agensi
kerajaan mahupun swasta seperti hospital, sekolah dan lain-lain;
iii. Meningkatkan kualiti peralatan yang digunakan dalam penghasilan
Dr.DASS termasuk kad soalan, bekas skor jawapan dan roda supaya
ia lebih mesra pengguna.
27
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
8.0 KESIMPULAN
Dr.DASS memberi faedah kepada pelbagai pihak bukan sahaja kepada
pelajar dan staf KKKL tetapi juga kepada semua pihak. Projek Inovasi Dr.DASS
yang terdiri daripada 3 kategori ujian kesihatan minda iaitu Depression
(Kemurungan), Anxiety (Kebimbangan) dan Stress (Tekanan) dapat membantu
pengguna untuk mentafsir sendiri tahap kesihatan minda mereka tanpa/dengan
bantuan yang minima dari kaunselor. Ciri-ciri yang ada pada projek inovasi Dr.DASS
dapat menarik pengguna kerana berdasarkan dapatan dari soal selidik yang
dijalankan, ia menunjukkan bahawa projek inovasi ini dapat menarik minat
pengguna, mempunyai rekabentuk yang sesuai serta pengguna menyatakan
bahawa pengiraan skor jawapan adalah mudah. Sehubungan itu, ia dapat
membantu pengguna mengetahui tahap kesihatan mental mereka dan boleh mula
bertindak sebelum masalah yang dihadapi menjadi semakin rumit. Ini bukan sahaja
memberi kebaikan terhadap penggunaan ujian psikologi malah dapat meningkatkan
motivasi pengguna untuk mencuba ujian psikologi yang lain untuk perkembangan
diri dalam aspek-aspek yang berlainan kerana aplikasi ciri-ciri yang ada sebuah ujian
psikologi ke dalam Projek Inovasi ini menjadikan produk ini menarik perhatian
pengguna. Ini terbukti berdasarkan maklumbalas dari soal selidik yang telah
dijalankan ke atas projek inovasi tersebut. Diharap agar Projek Inovasi ini dapat
dikomersialkan suatu hari nanti kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada pelajar
dan staf Kolej Komuniti Kuala Langat sebagai pengguna dalam menjalani ujian
psikologi ini malah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja kerana minda yang sihat
menjurus kepada kesejahteraan hidup.
28
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
RUJUKAN
Intan Nurhaila Meor Safari, Norlija Kassim, Nur Falihin Iskandar, Mohamad Haazik
Mohamed & Mohd Yusof Hj. Abdullah. Tahap Pengetahuan Mengenai
Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) : Kajian Kes di UKM, Bangi. 2011. Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14 : 37
– 44.
Lee Lam Thye. Mental Masalah Kesihatan Kedua Terbesar di Malaysia. 06 April
2017. http://www.utusan.com.my/rencana/utama/mental-masalah-kesihatan-
kedua-terbesar-di-malaysia-1.466149#ixzz59hoOJaLv
Masalah Kesihatan Mental Pembunuh Dalam Diam. 30 Jun 2017.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/masalah-kesihatan-mental-
pembunuh-dalam-diam-1.695516
Noor Atiqah Sulaiman. Masalah Kesihatan Mental Di Malaysia Membimbangkan.
Rabu, 28 September 2016. https://www.bharian.com.my/node/196973
Norazman Abdul Majid, et al. (2009). Academic Report Writing: From Research to
Presentation (2nd Edition). Malaysia: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn.
Bhd.
S, Shamzaeffa. & T. C. H. Kevin., 2016, Hubungan Antara Tahap Kesihatan mental
dan prestasi Pelajar Sarjana Muda : Satu Kajian di Universiti Utara Malaysia.
Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 14(1) 2016 : 11-16
http://prpm.dbp.gov.my/
29
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK – KAJIAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL
BAHAGIAN A : DEMOGRAFI
Arahan: Tandakan (√ ) bagi yang berkenaan
1. Jantina: Lelaki Perempuan
2. Bangsa: Melayu India Cina Lain-lain:
3. Umur: Bawah 20 21-30 31-40 41 tahun
tahun tahun tahun ke atas
4. Program: SPL SKE/SPE SPP STM SRP
BAHAGIAN B: MAKLUMBALAS BERKENAAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Arahan: Tandakan (√ ) bagi skala pemarkahan yang berkenaan
SKALA PEMARKAHAN
BIL. PERKARA SANGAT TIDAK KURANG SETUJU SANGAT
TIDAK SETUJU SETUJU SETUJU
SETUJU 4
2 3 5
1
1 Saya sering menghadapi masalah komunikasi dengan pelajar lain
2 Saya banyak terlibat dalam aktiviti atau program yang dianjurkan oleh
kolej
3 Saya suka berkongsi masalah dengan rakan
4 Saya sering menjelaskan sesuatu tugasan kepada rakan dengan
terperinci
5 Saya suka menyelesaikan sesuatu masalah bersama rakan karib
sahaja
6 Saya suka menyelesaikan masalah secara perbincangan dengan
beberapa orang kawan
7 Saya suka memberikan pendapat di dalam sesi perbincangan
8 Saya berpendapat berbincang secara berkumpulan membantu
meningkatkan mutu kerja
9 Saya sering bertanya kepada mereka yang lebih arif sekiranya
menghadapi masalah bersama rakan
10 Saya suka menyelesaikan masalah secara berseorangan
11 Saya sering berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang
mudah difahami
12 Saya mempunyai masalah sebutan (pelat, gagap, sengau)
13 Saya mampu memperlbagaikan nada suara semasa berkomunikasi
14 Saya mampu berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Inggeris
15 Saya mampu berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Malaysia
dengan baik
16 Saya berdiri statik (tidak bergerak) semasa berkomunikasi
17 Saya sentiasa menggunakan eye contact semasa berkomunikasi
18 Saya sering menggunakan bahasa badan semasa berkomunikasi
19 Saya mampu mengawal emosi semasa berkomunikasi
20 Saya sentiasa tersenyum semasa berkomunikasi
30
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
LAMPIRAN B
SOAL SELIDIK DASS (ASAL)
Langkah 1 : Sila baca dan tuliskan skor yang bersesuaian dengan anda.
BAHAGIAN 1
Sila baca setiap kenyataan dan tuliskan skor mengikut skala yang mengambarkan
keadaan anda SEMINGGU YANG LEPAS. Tidak ada jawapan betul dan salah.
JANGAN guna terlalu banyak masa untuk mana-mana kenyataan.
0 = Tidak pernah sama sekali 1 = Jarang 2 = Kerap 3= Sangat Kerap
S Tidak Jarang Kerap Sangat
Pernah Kerap
1. Saya rasa susah untuk bertenang
2. Saya sedar mulut saya rasa kering
3. Saya seolah-olah tidak dapat mengalami
perasaan positif sama sekali
4. Saya mengalami kesukaran bernafas
(contohnya, bernafas terlalu cepat, tercungap-
cungap walaupun tidak melakukan ativiti
fizikal
5. Saya rasa tidak bersemangat untuk memulakan
sesuatu keadaan
6. Saya cenderung bertindak secara berlebihan
kepada sesuatu keadaan
7. Saya pernah menggeletar (contoh tangan)
8. Saya rasa terlalu gelisah
9. Saya risau akan berlaku keadaan yang
menyebabkan saya panik dan berkelakuan
bodoh
10. Saya rasa tidak ada harapan (Putus harapan)
11. Saya dapati saya mudah resah
12. Saya berasa sukar untuk relaks
13. Saya rasa muram dan sedih
14. Saya tidak boleh menerima apa jua yang
menghalangi saya daripada meneruskan apa
yang saya sedang lakukan
15. Saya rasa hampir panik
31
Laporan Projek Inovasi
Dr.DAS S
16. Saya tidak bersemangat langsung
17. Saya rasa diri saya tidak berharga
18. Saya mudah tersinggung
19 Walaupun saya tidak melakukan aktiviti fizikal,
saya sedar akan debaran jantung saya (contoh
degupan jantung lebih cepat
20 Saya rasa takut tanpa sebab
21 Saya rasa hidup ini tidak bererti lagi
Langkah 2 : Masukkan skala markah jawapan ke dalam ruangan kosong di
Bahagian 2, mengikut soalan (S) bagi setiap kategori (Stres, Anxieti dan
Kemurungan).
BAHAGIAN 2
Panduan Mengira Skor :-
Masukkan skala markah jawapan bagi soalan (S) bagi setiap kategori.
TEKANAN (STRESS) JUMLAH
SOALAN S1 S6 S8 S11 S12 S14 S18
MARKAH
KEBIMBANGAN (ANXIETY) JUMLAH
SOALAN S2 S4 S7 S9 S15 S19 S20
MARKAH
SOALAN S3 KEMURUNGAN (DEPRESSION) JUMLAH
MARKAH S5 S10 S13 S16 S17 21
Langkah 3 : Jumlahkan skala markah bagi setiap kategori bagi mengetahui tahap
status kesihatan mental anda.
Rujuk petak skor saringan dan terjemahkan jumlah skor untuk mengetahui tahap
status kesihatan mental anda.
SKOR SARINGAN
KEMURUNGAN KEBIMBANGAN TEKANAN
(DEPRESSION) (ANXIETY) (STRES)
NORMAL 0–5 0-4
RINGAN 6-7 5-6 0-7
SEDERHANA 8-9
8 - 10 7-8 10 - 13
32
Laporan Projek Inovasi 11 - 14 9 - 10 14 - 17
Dr.DAS S 15 + 11 + 18 +
TERUK
SANGAT TERUK
Langkah 4 : Sila isikan keputusan dalam bahagian 3 dan isikan dalam borang
Keputusan Saringan Minda Sihat
BAHAGIAN 3
Isikan tahap kesihatan mental ( normal, ringan, sederhana, teruk, atau sangat
teruk)
ke dalam jadual.
KEPUTUSAN UJIAN DASS TAHAP
UJIAN
TEKANAN (STRESS)
KEBIMBANGAN (ANXIETY)
KEMURUNGAN (DEPRESSION)
Interpretasi
Normal : Kehidupan yang selesa
Ringan : Sihat
Sederhana : Cari pengetahuan mengenai pengurusan kesihatan mental
Teruk : (Berjumpa dan berbincang dengan kaunselor untuk mengurus
kesihatan mental dengan lebih positif)
Sangat teruk : (Berjumpa dan berbincang dengan kaunselor dan merujuk
kepada psikiatris jika perlu)
33
LAB AUTOMATION SYSTEM
Muhammad Firdaus Harun, Kaswati Salleh, Mohamad Shabudin
Mohamad Noor
Kolej Komuniti Kuala Langat
[email protected], [email protected],
[email protected]
ABSTRAK
“Internet of things” (IoT) menyediakan platform yang membolehkan peranti
disambungkan, dikesan dan dikendalikan dari jarak jauh ke infrastruktur
rangkaian. Inovasi ini bertujuan untuk membangunkan “Lab Automation System”
di Kolej Komuniti Kuala Langat berdasarkan teknologi aplikasi mudah alih untuk
memantau aktiviti makmal termasuk penggunaan tenaga dan penggunaan
peranti dan sensor. Projek “Lab Automation System” ini juga diharap dapat
menjadikan Kolej Komuniti Kuala Langat sebagai kolej yang cekap tenaga dan
mesra pengguna. Kit perkakasan pintar direka menggunakan Raspberry Pi3 dan
sensor. Inovasi yang dicadangkan dapat mengawal dan memantau peranti
makmal Komputer Kolej Komuniti Kuala Langat dengan menggunakan papan
pemuka yang dibangunkan dalam Aplikasi Mudah Alih iaitu Android Studio.
2
ISI KANDUNGAN 4
4
1.0 PENGENALAN 4
2.0 PERNYATAAN MASALAH 5
3.0 CIRI-CIRI INOVASI 5
4.0 CARA OPERASI 5
5.0 KOS INOVASI 6
6.0 IMPAK INOVASI 6
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8.0 KESIMPULAN
3
1.0 PENGENALAN
Lab Automation Sistem merupakan transformasi dari makmal IT tradisional
kepada teknologi internet (IOT) dan teknologi aplikasi mudah alih. Melalui
teknologi aplikasi IOT dan aplikasi mudah alih, ia dapat memudahkan operasi
serta kawalan tanpa mengira jarak dan ruang. Sistem ini direka dengan kos yang
rendah menggunakan integrasi rangkaian awan dan komunikasi tanpa wayar
untuk mengawal pelbagai peranti dalam makmal berdasarkan data sensor. Lab
Automation Sistem menyediakan persekitaran yang nyata untuk sesebuah
institusi dalam membantu meningkatkan pengurusan di era internet.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Berikut merupakan pernyataan masalah sebelum tercetusnya idea untuk
membangunkan inovasi ini;
1. Kelalaian pengguna untuk menutup suis semua peranti yang ada di makmal
selepas menggunakannya
2. Kesukaran mengawal penggunaan elektrik yang bersesuaian dengan
penggunaan yang sebenar
3. Penggunaan sumber tenaga elektrik yang berlebihan menyebabkan kos
utiliti meningkat
3.0 CIRI-CIRI INOVASI
Inovasi ini dicipta untuk mengurangkan kos utiliti dan meningkatkan keupayaan
menaiktaraf serta konfigurasi semula sistem. Ciri-ciri sistem inovasi adalah
seperti berikut:
1. Menggunakan aplikasi mudah alih untuk mengawal peranti dalam makmal
dari jarak jauh
2. Mengukur suhu dalam makmal melalui data sensor bagi menentukan kadar
kesejukan
4
4.0 CARA OPERASI
1. Membuka dan menutup suis lampu dengan menggunakan aplikasi mudah
alih dari jarak jauh
2. Membuka dan menutup penyaman udara dengan menggunakan aplikasi
mudah alih dari jarak
3. Mengukur suhu dan kelembapan makmal bagi menentukan kadar
kesejukan penyaman udara
5.0 KOS INOVASI
Berikut adalah kos bagi Lab Automation System:
No Item Kuantiti Harga Seunit Jumlah Harga
1 Raspberry Pi 3
2 Micro SD Card 3 RM190 RM570
3 Breadboard
4 Temperature and Humidity 3 RM50 RM150
5 LED
6 Jumper Wire 3 RM10 RM30
7 LCD (Temp & Humidity)
1 RM30 RM30
1 set RM10 RM10
1 set RM10 RM10
2 RM10 RM20
Jumlah Keseluruhan RM820
6.0 IMPAK INOVASI
1. Dapat mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik di institusi
pendidikan
2. Dapat mendedahkan pelajar tentang penggunaan teknologi terkini selaras
dengan revolusi industri 4.0
3. Dapat meningkatkan kadar kecekapan tenaga dalam penggunaan
peralatan elektrik dan elektronik di makmal komputer khususnya dan
umumnya pengurusan tenaga aset kerajaan
5
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN
Berikut adalah cadangan penambahbaikan untuk Lab Automation System:
1. Lab Entrance dengan menggunakan kad akses
2. Lab Attendance dengan menggunakan kad matrik bagi mengambil
kehadiran ke kelas
3. Smart CCTV untuk pemantauan pencerobohan (ciri keselamatan makmal
dengan mengambil gambar orang yang bergerak di sekeliling makmal)
8.0 KESIMPULAN
Lab Automation System menggunakan Internet of Things (IOT) telah terbukti
secara eksperimen berfungsi mengendalikan peranti secara jarak jauh. Sistem
ini direka bentuk untuk mengawal peranti dan memantau data sensor suhu serta
kelembapan di dalam makmal komputer. Ia juga membantu dalam menganalisis
keadaan makmal pada bila-bila masa sahaja.
6
DOKUMEN INOVASI
CENDAWAN COKLAT
INOVASI DALAM PENGHASILAN PRODUK BERASAKAN
CENDAWAN DAN COKLAT
Inovasi menghasilkan cendawan coklat ini adalah menyahut hasrat Negara untuk
memasyarakatkan golongan berkeperluan khas ( OKU), serta menjana pendapatan
kepada PDK Kasih Templer ( Autisma)
Disediakan oleh :
SITI ZAINE BINTI ZAINAL ABIDIN
NURUL HUDA BINTI ABDUL TALIB
PENSYARAH
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAJUK
Inovasi dalam penghasilan produk berasakan cendawan dan coklat.
ABSTRAK
Laporan ini adalah terhad kepada inovasi mengenai pemakanan jenis sayuran yang di
inovasikan iaitu Cendawan Tiram Coklat. Laporan ini menerangkan secara ringkas
tentang penghasilan cendawan coklat dan satu kelainan baru sayuran diolah bersama
coklat sebagai makanan ringan dan kudapan. Fokus utama inovasi ini adalah mengenai
penghasilan snek dari cendawan dan coklat sebagai makanan ringan serta keaslian
tekstur cendawan masih dikekalkan walaupun telah melalui beberapa proses untuk
mengeringkan cendawan. Berdasarkan dapatan kajian, didapati ramai penggemar
cendawan coklat ini sekitar berumur antara 6 tahun hingga 30 tahun.
Kata kunci: Cendawan, coklat.
PENGENALAN
Cendawan
Cendawan atau Kulat dahulu kala hanya dikenali sebagai tumbuhan liar yang hanya
didapati disekitar kawasan kebun pada masa-masa tertentu. Kaedah menanam
cendawan telah maju dengan pelbagai teknologi yang di ubahsuai dari semasa
kesemasa dan juga selain daripada penggunaan segar dapat di proses untuk dijadikan
makanan proses, perubatan, kesihatan dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis
cendawan yang berpotensi untuk dimajukan di Malaysia sama ada sesuai di usahakan di
Kawasan tanah Tinggi atau pun di kawasan tanah Rendah. Jenis-jenis cendawan adalah
seperti berikut:
2|Page
CENDAWAN TANAH TINGGI
1. Shiitake - Shiitake
2. Butang - Agricus spp
3. Jarum Mas - Flammulinavelutypes
CENDAWAN TANAH RENDAH :
1. Tiram Kelabu
2. Tiram putih
3.Abalone
4. Tiram Merah Samar
5. Tiram Kuning
6. Perut Lembu
7. Telinga Kera
8. Jerami
9. Bunga Kobis
10. Ling Zhi
11. Cendawan Sisik/Kukur
Kebiasaannya masyarakat kita menikmati cendawan dengan dibuat sup atau digoreng
sebagai sayur atau kudap-kudapan. Selain itu cendawan juga turut digunakan dalam
kebanyakan masakan Barat seperti ditaburkan di atas piza atau dijadikan sos cendawan.
Cendawan juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Daripada hadis Nabi yang
diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: "Aku pernah mendengar
Nabi SAW bersabda: Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat
istimewa) dan dapat mengubati mata."Banyak kajian juga telah dilakukan ke atas khasiat
cendawan. Menurut Eva Guillamón et al 2010 yang dipetik daripada Journal Fitoterapia,
cendawan dapat merawat kanser, merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah serta
meningkatkan sistem ketahanan badan. Untuk pengetahuan, terdapat beratus-ratus jenis
cendawan di seluruh dunia. Tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang selamat untuk
dimakan. Antara jenis cendawan yang biasa dinikmati adalah cendawan tiram, butang,
shitake, dan cendawan straw
3|Page