The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salwa_anuar, 2020-10-06 01:13:21

PROSIDING KOPPIS 2018

PROSIDING KOPPIS 2018

Keywords: Prosiding KOPPIS 2018

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Langkah Penggunaan untuk Add User

44 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
3.12 Cara Penggunaan Magnatic Smart Note v2

Semudah namanya Magnatic Smart Note v2, pengguna hanya perlu
menyelak helaian nota yang kecil untuk melihat maklumat mengenai
latarbelakang, keistimewaan, bayaran, waktu operasi, alamat, cara ke pusat
pelancongan, nombor telefon pegawai untuk dihubungi serta peta (laluan
sepanjang laluan Kuala Lumpur) serta gambar-gambar dan video yang menarik.

Kemudian, pengguna hanya perlu baca sepintas lalu, fahamkan laluan
akan dilalui oleh coach captain dan seterusnya mempraktiskan komentar di
hadapan coach persiaran.

Pelajar juga boleh memuat turun aplikasi AR (Augmented Reality) di
dalam telefon pintar masing-masing, di mana vedio interaktif dibekalkan semasa
pelajar scan gambar-gambar yang disediakan dengan menggunakan telefon
masing-masing (seperti gambar di bawah).

Pelajar akan mendapat manfaatnya di mana Magnatic Smart Note v2
bukan hanya dapat memanfaatkan pelajar sahaja, malah organisasi di dalam
sektor pelancongan khususnya Pemandu Pelancong Bandar yang berlesen juga
dapat mendapat manfaatnya.

45 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

4.0 IMPAK PROJEK INOVASI TERMASUK KAITAN DENGAN TEMA

4.1 Ciri-ciri Penjimatan

Ciri-ciri penjimatan yang ada didalam produk ini adalah kos yang digunakan
adalah rendah serta mesra pengguna, penjimatan masa yang lebih effisien, penjimatan
tenaga, penjimatan peralatan semasa proses pdp. Dengan adanya laluan/peta serta
gambar lokasi pelancongan produk diatas Magnatic Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar ini adalah bersaiz kecil dan kompak. Oleh itu, ia dapat
menjimatkan ruang penyimpanan daripada nota rujukan bersaiz 30 x 7 cm kepada nota
rujukan bersaiz kecil. Selain itu, Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar ini menjimatkan masa pengguna dimana mereka tidak perlu menyemak nota
rujukan yang tebal hanya perlu menyemak nota rujukan yang saiz kecil dan berbentuk
peta minda dimana nota tersebut telah diringkaskan dan mengandungi maklumat yang
tepat.

4.2 Kepentingan Produk
i) Pelajar Semester III – Modul Komentar Pemandu Pelancong SPL 3044

Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar merupakan salah satu
alternatif PdP yang dapat digunakan oleh para pensyarah dalam mengajarkan
Komenter Pelancong Bandar- SPL 3044 dan produk ini merupakan satu-satunya
produk inovasi yang sangat berkesan yang boleh digunakan oleh Persatuan Pemandu
Pelancong Malaysia terutamanya ketika menghadapi peperiksaan On Coach di bawah
Kementerian Pelancongan Malaysia.

Penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar mampu
menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, dengan
menggunakan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar, para pelajar
akan terlibat secara aktif dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Selaras dengan pendapat Mukerjea (1996) dan Steele (2005) yang

46 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

menyatakan bahawa penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar boleh menyeronokkan pelajar.

Selain itu menurut Mukerjea (1996), penggunaan Magnatic Smart Note v2
Komentar Pelancongan Bandar ini juga mampu menjimatkan masa dan mudah untuk
mengingat. Manakala Steele (2005) menambah bahawa Magnatic Smart Note v2
Komentar Pelancongan Bandar bertambah kesannya jika pengajaran tersebut
dilakukan secara berkumpulan.

ii) Implikasi Terhadap Pengajaran Pensyarah
Prestasi pelajar meningkat berbanding pelajar kumpulan kawalan dengan

menggunakan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar. Olahan
PdP menggunakan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar
terbukti memberi kesan yang positif bukan sahaja terhadap pencapaian pelajjar,
akan tetapi juga terhadap pengajaran pensyarah. Selain itu, implikasi kajian ini
memerlukan para pensyarah melakukan anjakan daripada pengajaran yang hanya
berpusatkan kepada peperiksaan kepada pengajaran yang mempelbagaikan
pendekatan. Di samping itu, dengan menerapkan Magnatic Smart Note v2
Komentar Pelancongan Bandar dalam PdP bukan sahaja dapat meningkatkan
kemahiran komentar pelajar secara berkesan, akan tetapi juga membuatkan
suasana PdP lebih menyeronokkan.

iii) Implikasi Terhadap Bahan Pengajaran (PdP)

Dapatan kajian membuktikan bahawa Magnatic Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar merupakan bahan pengajaran penting dalam PdP pelajar.
Kajian juga membuktikan bahawa bahan pengajaran yang berbentuk visual bukan
sahaja memudahkan para pelajar mengingat idea-idea penting akan tetapi turut
memudahkan pelajar menghuraikannya. Hal ini selaras dengan kenyataan Ismail
(2009) yang menyatakan bahawa bahan-bahan grafik dan gambar-gambar yang

47 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

dilukis mampu merangsang pemikiran, memudahkan pemahaman dan
mengukuhkan daya ingatan para pelajar.

Di samping itu, penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar sebagai bahan pengajaran akan menjadikan pengajaran lebih
menarik dan memberi ruang kepada pelajar terlibat secara aktif. Keaktifan pelajar
dalam mengikuti pengajaran tentunya merupakan petanda positif terhadap
pencapaian pembelajaran mereka. Kepuasan pensyarah terhadap pencapaian
pelajar membuka ruang untuk menggunakan kreativiti di samping PdP tanpa rasa
bosan.

iv) Kursus pendek

Kolej Komuniti banyak menyediakan kursus-kursus pendek kepada
masyarakat setempat bagi meningkatkan pengetahuan seterusnya memberi
pendapatan tambahan daripada kursus-kursus pendek yang telah disertai. Oleh itu,
produk ini sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran dan nota rujukan kepada
peserta-peserta kursus pendek Pemandu Pelancong Bandar yang dijalankan di
Kolej Komuniti.

v) Pensyarah

Para pensyarah Program Pelancongan dan Pengembaraan di Kolej Komuniti
lain seluruh Malaysia boleh menggunakan produk ini sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran. Selain boleh digunakan untuk Modul Komentar Pemandu
Pelancong SPL 3044 untuk pelajar Sijil Pelancongan Semester 3, produk ini juga
boleh digunakan untuk subjek didalam Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
seperti Operasi Agensi Pelancongan dan Pengangkutan Pelancongan.

vi) Individu yang menjadi ‘Pemandu Pelancong Bandar’

Produk ini boleh menjadi nota poket yang boleh dirujuk semasa mereka
menjalankan tugas sebegai Pemandu Pelancong Bandar. Ia sebagai rujukan dan
peringatan sekiranya ada peorsedur-prosedur yang tertingal untuk dilakukan.

48 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

Dengan adanya Magnetic Smart Note v2 ini mereka boleh membuat ‘checklist’ setiap
kali mereka menjalankan tugas.

Produk ini merupakan satu-satunya produk inovasi yang terdapat di
Malaysia selain daripada brosure, phamplet dan fliers yang sangat berkesan yang
boleh digunakan oleh Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia terutamanya ketika
menghadapi peperiksaan On Coach di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia.

vii) Agensi pelancongan

Agensi-agensi pelancongan di Malaysia banyak menjual pakej-pakej
pelancongan yang menawarkan harga yang menarik. Pelancong-pelancong Malaysia
juga telah ramai yang melancong ke luar Negara. Oleh itu, agensi pelancongan
memerlukan lebih ramai Pemandu Pelancong Bandar yang berdedikasi dan komited
secara sambilan. Produk ini sangat sesuai diberikan kepada Pemandu Pelancong
Bandar yang telah dilantik secara sambilan itu dan mereka boleh merujuk semua
maklumat dan laluan pusat pelancongan di sekitar Kuala Lumpur sebelum, semasa
dan selepas membawa kumpulan pelancong.

4.3 Perbandingan aktiviti latih tubi sedia ada dengan aktiviti latih tubi Komentar

Bandar yang dibuat inovasi

Bil Latih Tubi Sedia Ada Latih Tubi Inovasi Hasil Inovasi

1. Pembelajaran latih tubi Pembelajaran berinovasi Perubahan PdP
secara tradisional dan kreatif

2. Latih tubi menggunakan Latih tubi menggunakan Bahan yang tersusun

bahan-bahan daripada hasil inovasi yang dan lebih menarik

internet, bahan rujukan dan mempunyai maklumat- serta menjimatkan

phamplet-phamplet yang maklumat dan gambar masa.

dicari sendiri oleh pelajar lokasi yang menarik dan

tanpa disusun dengan teratur teratur.

dan kemas.

49 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

3. Latih tubi di dalam bas Latih tubi di dalam bas Pelajar mempunyai
menghadkan fakta pelajar memberikan idea dan lebih idea dan dapat
dan ketelitian mereka fakta-fakta yang tepat menerangkan fakta-
terbatas kerana melakukan mengikut bahan yang fakta yang penting.
komentar mengikut hasil terdapat dalam magnatic
bahan yang diperolehi dan smart note v2 dan dapat
kadangkala mereka lupa menguasai laluan
menerangkan fakta-fakta pelancong.
yang penting.

4. Tahap keyakinan pelajar Tahap keyakinan pelajar Pelajar lebih
berada pada paras yang berada pada paras yang berkeyakinan dan
minima kerana selalu lupa tinggi kerana mempunyai pelajar lebih bersedia
dengan fakta yang perlu fakta yang tepat dan dari segi mental dan
diterangkan semasa mempunyai idea tentang fizikal.
komentar. lokasi yang dilalui.

5. Pelajar sentiasa risau dan Pelajar seronok dan Suasana

takut setiap kali perlu sentiasa menjadi pembelajaran semakin

membuat komentar di dalam sukarela untuk membuat seronok.

bas kerana kurang fakta dan komentar di dalam bas

tidak biasa dengan laluan kerana fakta-fakta yang

yang dilalui. sedia ada dan pelajar

mengetahui laluan yang

dilalui.

4.4 Faedah dan Kepentingan Projek Inovasi

Selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan lebih ramai tenaga separuh
mahir di Malaysia, Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar secara
interaktif telah diwujudkan bagi memenuhi permintaan penduduk setempat terutama
bagi mereka yang baru hendak mengenali dan mempelajari ilmu berkenaan.

50 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

Peserta yang memohon untuk menyertai kursus ini memerlukan kemahiran asas
seperti ini adalah amat diperlukan bagi mereka untuk mencari pekerjaan yang mana ia
merupakan nilai tambah dalam kemahiran.

Zaman kini, masyarakat mahukan suatu konsep pembelajaran yang efektif dan
berkesan. Selaras dengan saranan kerajaan yang menggalakkan pembelajaran
sepanjang hayat, Kolej Komuniti menjadi salah satu hub penyampaian ilmu terus
kepada masyarakat setempat. Kolej Komuniti Kuala Langat merupakan pusat pengajian
berteraskan komuniti.

Bahan bagi menghasilkan Magnatic Smart Note v2 ini hanyalah menggunakan
artcard bersaiz 30x7 cm sahaja. Ia amat menjimatkan. Modul latihan ini dibina
berdasarkan kepada Modul Komentar Pemandu Pelancong SPL 3044 untuk pelajar Sijil
Pelancongan Semester III dengan pelbagai fakta yang menarik. Melaluinya ia mudah
dipelajari oleh peserta dan pelajar. Modul ini juga dapat digunakan sebagai langkah
permulaan dalam memperkenalkan bidang pelancongan di Negara ini.

Melalui pengalaman peserta yang telah mengikuti kursus ini, kebanyakkan
mereka mempunyai tujuan yang sama iaitu mahu memajukan diri dengan memilih
pemandu pelancong Bandar sebagai kerjaya dan punca pendapatan bagi mereka.
Menyedari tentang bidang ini boleh member pulangan yang lumayan, mereka
mengambil manfaat dari kursus asas yang dijalankan di kolej ini sebelum mereka
melanjutkan pelajaran untuk menjadi seorang pemandu pelancong Bandar yang
berlesen. Jadi melalui kursus ini, impak yang terhasil adalah:

i. Memudahkan tenaga pengajar membawa kit ini kemana sahaja
ii. Peserta lebih mudah memahami pembelajaran ini kerana ia dilengkapi

dengan gambar dan fakta
iii. Boleh membuat ulangkaji seberapa kerap yang mungkin melalui Magnatic

Smart Note v2 ini
iv. Mudah untuk mengingati setiap laluan semasa latih tubi dijalankan

51 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

Kesimpulannya melalui penghasilan Magnatic Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar ini proses pembelajaran menjadi lebih mudah dan menarik. Masa
pembelajaran juga dapat disingkatkan. Pembelajaran menjadi lebih mudah difahami
dan diingati. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi modul ini dapat ditambah
nilainya dengan adanya Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar ini.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan dapatan daripada eksperimen komentar yang dijalankan semasa
pelajar berada di dalam coach persiaran terhadap 46 responden di Kolej Komuniti
Kuala Langat, beberapa cadangan penambahbaikan boleh diaplikasikan bagi Magnatic
Smart Note v2. Cadangan penambahbaikan tersebut adalah seperti berikut:

i. Mendapatkan responden bukan sahaja daripada kalangan pelajar
Pelancongan dan pengembaraan di KKKL tetapi juga pengguna dari luar
seperti pekerja di agensi kerajaan mahupun swasta dan pensyarah yang
mengajar Komentar Pemandu Pelancong;

ii. Mendapatkan pandangan dari Pusat Latihan yang menawarkan lesen
yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dari segi isi kandungan
produk kerana Pusat Latihan yang mempunyai maklumat yang jelas
mengenai Pemandu Pelancong yang berlesen;

iii. Mendapatkan pandangan dari pereka grafik profesional bagi memberi
maklumbalas berkenaan susunatur dan grafik dalam Magnatic Smart Note
v2; dan

iv. Dihasilkan menggunakan peralatan khas supaya dapat dikomersialkan
dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna tanpa mengira
batasan jarak dan tempat di mana mereka berada sama ada di Kolej
Komuniti ataupun pengguna luar.

52 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

Penggunaan peta konsep adalah suatu kaedah dan cara bagi membantu pelajar
dalam proses pembelajaran mereka. Walaupun kaedah ini berjaya membantu
kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas, masih
mempunyai kelemahan dalam membantu pelajar meningkatkan daya ingatan jangka
panjang dan semasa menjawab soalan ujian. Kelemahan ini mungkin boleh dibaiki
dengan mengajar pelajar membina peta konsep sendiri bagi tajuk-tajuk tertentu dan
sentiasa memberi galakan kepada mereka membaca untuk mengulangkaji latihan
lembaran kerja peta konsep dan peta konsep yang diberi oleh guru.

Bagi meningkatkan daya ingatan pelajar tentang fakta dan laluan pusat
pelancongan di sekitar Kuala Lumpur pensyarah mungkin boleh mengadakan satu
kajian dengan menggunakan aktiviti “ujian lima minit‟ sebelum pengajaran dan
pembelajaran. Ujian lima minit ini merangkumi topik yang telah dipelajari dan dilakukan
sebelum pengajaran dan pembelajaran tajuk yang baru. Perbincangan jawapan secara
ringkas mungkin membantu ingatan pelajar.

53 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
6.0 KESIMPULAN

Penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar juga
begitu signifikan dengan objektif yang hendak dicapai oleh pihak Kementerian
Pendidikan melalui sistem pendidikan negara abad ke-21, iaitu SPN 21.Kemahiran
berfikir yang diterapkan ke dalam kurikulum sekolah dihasratkan agar para pelajar
dapat mengadaptasikan pembelajaran sepanjang hayat.

Oleh yang demikian, berdasarkan keperluan tersebut menunjukkan akan
kepentingan para pensyarah diberikan latihan-latihan khusus seperti bengkel atau
kursus singkat mengenai penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar dalam pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Dengan adanya latihan
berkenaan akan dapat memberi peluang kepada pensyarah untuk
mengimplementasikan PdP komentar Pemandu Pelancong dengan lebih berkesan.

Selain didedahkan dengan penggunaan peta minda secara tradisional (lakaran
tangan), pensyarah juga perlu didedahkan dengan penggunaan Magnatic Smart Note
v2 Komentar Pelancongan Bandar secara interaktif agar PdP lebih menyeronokkan.
Pendedahan pensyarah terhadap Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar secara interaktif memberikan dimensi baru kepada pengajaran komentar, iaitu
dengan meletakkan peta, laluan dan fakta-fakta pusat pelancongan Kuala Lumpur
dalam PdP.

Pendedahan ini adalah perlu bukan sahaja bagi menjamin aspek meningkatkan
kemahiran komentar pelajar di dalam coach persiaran, akan tetapi juga mampu
meningkatkan tahap profesionalisme para pensyarah itu sendiri.

54 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
7.0 LAMPIRAN

55 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Cara Scan AR

56 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

Sebagai bahan rujukan bagi projek Inovasi unit Perakaunan dan unit
Pelancongan:

57 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
SURAT PERAKUAN DARI PIHAK INDUSTRI (PEMANDU PELANCONG BANDAR)

58 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
PERAKUAN ISBN

59 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
PANDAFTRAN HAK CIPTA

60 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI

61 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
PRODUK

62 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
AKTIVITI PDP

63 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

64 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
PEMBELI MAGNATIC SMART NOTE V2

65 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
REKA BENTUK MAGNATIC SMART NOTE V2 YANG TELAH DITERBITKAN

COVER BAHAGIAN DEPAN BERSAIZ 10X07’

DARIPADA MATERIAL ART CARD

PETA DAN LALUAN KE LOKASI PUSAT TUMPUAN
PELANCONG SEKITAR KUALA LUMPUR

BAHAN PDP YANG DIOLAH DENGAN
MENAMBAHKAN KEYCHAIN DAN SESUAI DIJADIKAN
GOODIES ATAU CENDERAHATI UNTUK PELAWAT /
PELANCONG. MUDAH DIBAWA KEMA-MANA
SAHAJA KERANA SAIZ YANG KECIL

66 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

BAHAN PDP YANG DIREKA BENTUK SECARA FLIP,
MEMUDAHKAN PENGGUNA MENYELAK MUKA
SURAT YANG DIPERLUKAN

MEMPUNYAI CASING/KOTAK BAGI MENAMPAKKAN
CIRI-CIRI EKSKLUSIF

BAHAN PDP YANG DITAMBAH DENGAN APLIKASI AR
(AUGMENTED REALITY), PENGGUNA HANYA SCAN PADA
GAMBAR YANG ADA DALAM NOTA TERSEBUT, KEMUDIAN
VIDEO MENGNAI LOKASI TERSEBUT AKAN DITAYANGKAN,
MEMUDAHKAN PEMAHAMAN PELAJAR MENGENAI
SESUATU LOKASI TERSEBUT.

67 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
SURAT PERAKUAN DARI PIHAK INDUSTRI (PEMANDU PELANCONG BANDAR)

68 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

69 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

REKOD JUALAN HASIL PRODUK

BIL BULAN KUANTITI JUMLAH (RM)
1. APRIL 13 UNIT B/HAND 455.00
(RM35 X 13 = RM 455.00)

2. MEI 14 UNIT B/HAND 574.00
(RM35 X 14 = RM 490.00)

2 UNIT POS
(RM 42 x 2 = RM 84.00)

3. JUN 8 UNIT B/HAND 340.00
(RM35 x 8 = RM 280.00)

1 UNIT POS (RM60.00) – orang
luar

4. JULAI 10 UNIT

(RM35 X 10 = RM 350.00) 350.00

5. OGOS (PRE-ORDER) 10 UNIT

JUMLAH KESELURUHAN 1,719.00

70 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

71 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]

72 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA

SISTEM RUBRIK PENTAKSIRAN (SRP v.2018)
MOHD NAZARUDDIN BIN HANAPIAH, KASWATI BINTI SALLEH,

RIZALINA BINTI MOHD RADWAN
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
[email protected], [email protected],

[email protected]

1

ABSTRAK
Pentaksiran merupakan satu proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran di
setiap institusi pendidikan. Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh mana
pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar pada akhir sesuatu kursus.
Pentaksiran kepada pelajar di kolej komuniti dilaksanakan pada setiap hasil
pembelajaran kursus berdasarkan komponen penilaian yang telah ditetapkan. Umum
mengetahui, kolej komuniti menawarkan pelbagai program dan kursus yang berbeza di
seluruh Malaysia. Oleh itu pelaksanaan pentaksiran akan mengikut silibus yang telah
ditetapkan dan menjadi perkara yang wajib bagi setiap pensyarah dalam melengkapkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan sesuatu pentaksiran memerlukan
ketelitian, kejituan dan ketepatan dalam setiap proses pengiraan, pengisian termasuklah
dalam pemindahan setiap markah. Kesilapan dan kecuaian dalam pengiraan, pengisian
dan pemindahan markah akan memberi kesan terhadap pencapaian prestasi seseorang
pelajar. Ini menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan kesaksamaan dalam memberi
nilai markah kepada setiap pelajar. Satu inovasi telah dibangunkan iaitu ‘Sistem Rubrik
Pentaksiran’ (SRP v.2018). Inovasi ini merupakan satu inisiatif untuk mengatasi masalah
yang sama berlaku. Melalui sistem ini, markah pelajar dapat dijana secara automatik dan
secara tidak langsung membantu mengurangkan kesilapan pengiraan dan bebanan
pensyarah dalam menguruskan setiap pentaksiran.

2

KANDUNGAN LAPORAN
1.0 PENGENALAN ..................................................................................................... 4
2.0 PERNYATAAN MASALAH................................................................................... 6
3.0 CIRI – CIRI INOVASI ............................................................................................ 6
4.0 CARA OPERASI ................................................................................................... 7
5.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI ........................................................ 11
6.0 IMPAK INOVASI ................................................................................................. 13
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN , KEASLIAN, ADAPTASI ATAU
PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA................................................................... 13
8.0 KESIMPULAN..................................................................................................... 14

3

1.0 PENGENALAN

Pentaksiran pelajar merupakan salah satu kaedah yang digunapakai oleh institusi
pendidikan untuk melihat perkembangan pelajar di dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Ianya merupakan satu proses mendapatkan maklumat tentang apa yang
pelajar tahu berkaitan dengan kursus, kemampuan pelajar dalam melaksanakan setiap
pengetahuan serta dapat diaplikasikan pada masa akan datang. Kolej Komuniti (KK) turut
mengamalkan konsep pentaksiran di dalam setiap penilaian berdasarkan konstruk yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Pentaksiran yang dilaksanakan di KK menggunakan kaedah rubrik pentaksiran.
Pensyarah akan menyediakan soalan penilaian dan disertakan dengan rubrik
pentaksiran. Rubrik pentaksiran ini akan digunakan untuk pengiraan markah individu bagi
setiap pelajar. Setiap kursus yang diambil oleh setiap pelajar adalah berbeza-beza
mengikut kepada keperluan kursus tersebut. Oleh itu setiap pelajar akan mempunyai
lembaran rubrik yang meliputi amali, kuiz, tugasan, kajian lapangan, pembentangan atau
projek dengan nilai pemberatan markah yang telah ditetapkan.

Rajah 1 : Contoh Rubrik Pentaksiran

4

Pentaksiran menggunakan rubrik mula digunapakai secara rasmi oleh pensyarah pada
tahun 2017 dimana ianya dibangunkan dan disahkan oleh Bahagian Peperiksaan
Jabatan Kolej Komuniti. Markah mentah yang telah diperolehi pelajar melalui Amali,
Tugasan, Pembentangan dan Kuiz akan dicatatkan dalam satu borang jadual
pemarkahan rubrik yang disediakan oleh pihak jabatan. Berdasarkan jadual rubrik
tersebut, pensyarah perlu mencetak helaian pentaksiran rubrik bagi setiap pelajar dan
memberi markah serta membuat pengiraan secara manual didalam helaian tersebut.
Pensyarah cenderung menggunakan teknik congak mahupun menggunakan kalkulator
bagi setiap proses peratusan bagi setiap kategori pentaksiran. Proses ini menyebabkan
banyak masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan sesuatu proses pengiraan markah
untuk setiap kursus serta berisiko besar berlaku kesilapan penjanaan peratus skor
markah.

Rajah 2 : Sistem Rubrik Pentaksiran

Pensyarah akan menentukan skor pelajar berdasarkan tahap kompetensi dan markah
mentah ini perlu dijana untuk mendapatkan skor pencapaian pelajar mengikut pemberat
kriteria (%) untuk setiap sub kriteria / aspek kursus. Sebelum wujudnya SRP v.2018 ini,
pensyarah akan mencetak rubrik pentaksiran mengikut bilangan pelajar bagi satu kelas

5

dan menandakan tahap kompetensi pelajar secara manual. Seterusnya pensyarah perlu
menjana markah skor menggunakan kalkulator bagi setiap item. Keadaan ini
menyebabkan beban menjana markah skor pencapaian pelajar yang banyak untuk setiap
kursus yang diajar. Penambahbaikan terhadap situasi ini amat diperlukan bagi
mengurangkan potensi berlakunya kesilapan dalam menjana skor keseluruhan iaitu
Pemberat Markah (CAP). Seharusnya kaedah rubrik pentaksiran ini perlu
ditranformasikan dari kaedah tradisional kepada kaedah sistem berautomasi seperti yang
dibangunkan ini.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Berikut merupakan pernyataan masalah sebelum tercetusnya idea untuk
membangunkan inovasi ini.

a. Peningkatan masa yang diperlukan dalam menjana dan melengkapkan skor
markah pentaksiran.

b. Pengiraan yang dibuat secara manual pada helaian rubrik pentaksiran
cenderung untuk berlakunya kesilapan semasa mengira skor Pemberat Markah
(CAP).

c. Banyak kertas digunakan sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan
markah, pengiraan markah atau kesilapan dalam memasukkan no. pendaftaran
dan nama pelajar.

d. Banyak kertas terpaksa digunakan kerana rubrik pentaksiran merupakan
pentaksiran berbentuk individu.

3.0 CIRI – CIRI INOVASI

Inovasi ini ditambahbaik mengikut kriteria pemarkahan berdasarkan Buku Panduan
Pengurusan Pelaksanaan dari Bahagian Peperiksaan dan Pentaksiran JPKK (rujuk
lampiran 1). Sistem ini juga memuat naik Rubrik Pentaksiran. Oleh itu, pensyarah tidak
perlu lagi untuk menulis markah kerana markah akan terjana secara automatik ke dalam
rubrik tersebut dan boleh dicetak dan disimpan di dalam FRP. Sistem Rubrik Pentaksiran

6

menggunakan perisian Microsoft Excel. Ianya mesra pengguna dan mempunyai ciri- ciri
berikut :

a) Sistem ini berbentuk softcopy
b) Mempunyai pautan ke setiap helaian
c) Semua maklumat dimasukkan secara automatik akan terisi diruangan yang

berkaitan.
d) Semua pengiraan terjana secara automatik
e) Boleh dicetak

4.0 CARA OPERASI

Berikut adalah cara menggunakan Sistem Rubrik Pentaksiran

Rajah 3 : Muka Hadapan

7

Rajah 4 : Senarai Kursus

8

Rajah 5 : Penilaian
9

Rajah 6 : Senarai Pelajar
10

Rajah 7 : Rubrik Pentaksiran
5.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI

Tiada kos terlibat di dalam pembangunan inovasi ini.

11

Rajah 8 : Carta Alir

12

6.0 IMPAK INOVASI

i. Menjimatkan masa setiap pensyarah dalam melengkapkan markah
pentaksiran rubrik pelajar.
ii. Meringankan beban kerja pensyarah dalam proses membuat pentaksiran rubrik
kepada pelajar.
iii. Membantu pensyarah dalam pengurangan stress sewaktu bekerja kerana
tidak perlu menumpukan perhatian terlalu lama dalam menyiapkan markah
pentaksiran rubrik pelajar sekaligus dapat meningkatkan kualiti kerja.
iv. Menjimatkan kos dari segi kertas dan bahan cetakan kerana sebarang
maklumat yang dimasukkan di dalam sistem ini boleh diubah, dipadam dan
disimpan kembali. Setelah semua selesai baru ia dicetak untuk dihantar ke unit
peperiksaan.
v. Menjimatkan kos cetakan kerana sistem rubrik tradisional memerlukan
pensyarah mencetak pentaksiran rubrik untuk kesemua pelajar di dalam kelas.
vi. Mengurangkan kesilapan ketika memindahkan data markah apabila
diperlukan.
vii. Mengelakkan kesilapan di dalam pengisian nilai markah kepada setiap pelajar.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN , KEASLIAN, ADAPTASI ATAU
PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA

Berikut adalah cadangan penambahbaikan sistem ini pada masa akan datang :
1. Sistem ini boleh digunakan untuk semua program di KKKL dan seterusnya di

semua Kolej Komuniti .
2. Sistem ini dapat diakses secara atas talian.
3. Sistem ini dapat diakses melalui mobile apps.

13

8.0 KESIMPULAN
Daripada hasil soal selidik (Lampiran 1) yang dibuat mendapati:
1. Sistem Rubrik Pentaksiran amat diperlukan dan menepati kehendak dan
keperluan pensyarah.
2. Sistem ini dapat membantu mengurangkan bebanan tugas pensyarah.
3. Sistem ini membantu pensyarah menjimatkan masa dalam menyiapkan
pentaksiran pelajar.
4. Penggunaan sistem ini juga membolehkan pensyarah menghantar markah
pentaksiran keseluruhan ke Unit Peperiksaan mengikut masa yang telah
ditetapkan.
5. Penggunaan sistem ini juga dapat mengelakkan pembaziran kertas kerana
setelah semua selesai baru ia dicetak.
6. Penggunaan sistem ini dapat mengurangkan kesilapan dalam pengisian dan
pemindahan nilai markah setiap pelajar.

14

Lampiran 1
15

16

Lampiran 2
17

18

19

20

21


Click to View FlipBook Version