4.0 CARA OPERASI
4.1 menerangkan bagaimana inovasi dilakukan dalam aktiviti pdp/ aktiviti
seharian
Cadangan Inovasi pengajaran dan pembelajaran ini dilaksanakan
dalam subjek-subjek utama Rekabentuk Dalaman seperti Rekabentuk
Dalaman I (SRD1015), Rekabentuk Dalaman II ( SRD2055), Lukisan
Teknikal (SRD1024) dan CAD 3D (SRD1034).
Para pelajar boleh menjadikan rujukan mudah untuk aktiviti-aktiviti
PdP seperti
• simbol-simbol pelan perabot dan aksesori
• perincian ukuran panjang, lebar dan tinggi,
• susunatur tipikal pelan ruang-ruang dalaman kediaman/
residensi
Dalam aktiviti PdP tersebut, pelajar perlu mahir melukis, mengenali
dan mengingat jenis-jenis simbol pelan, ukuran dan susunatur
berdasarkan ruang-ruang asas kediaman/ residensi. Oleh yang
demikian, dengan penghasilan handy flash card notepad style dapat
membantu mempercepatkan proses-proses aktiviti PdP tersebut
dengan lebih mudah dan berkeyakinan.
5.0 GAMBARAJAH INOVASI/ KOS INOVASI
5.1 Kemukakan gambarajah, slaid, carta inovasi dari aspek strategi dan
cara perlaksanaannya
Rekabentuk inovasi pegajaran dan pembelajaran ini adalah
berkonsepkan Handy Flash Card Notepad Style dan mempunyai kod
warna
5.1.1 mempunyai spesifik ruang dan warna yang berbeza;
• Ruang Tamu (living room) – Biru tua
• Ruang makan (dining room) - Ungu
• Bilik tidur (bedroom) - hijau
• Bilik mandi (bathroom) – biru muda
• Dapur (kitchen) – merah hati
5.1.2 Kandungan yang terdapat didalam inovasi ini ialah simbol-
simbol perabot, aksesori dan jenis-jenis susunatur ruang
yang tipikal.
5.1.3 mempunyai label dan tag yang mudah difahami
5.1.4 rujukan unit pengukuran matrik memudah kerja-kerja
mengukur dan melukis.
5.1.5 Setiap topik ruang ada cadangan perancangan dalam ruang
5.1.6 Pemilihan topik ruang hanya perlu merujuk kepada kod
warna.
6.0 IMPAK INOVASI
6.1 Nyatakan kelebihan atau kebaikan inovasi tersebut
Kelebihan dan kebaikan yang diperoleh dari Inovasi PdP ialah;
• Merupakan alat bantuan mengajar dan rujukan yang efektif dan
praktikal
• Menjimatkan masa pelajar dalam membuat penukaran
pengukuran dari unit imperial kepada unit metrik
• Pelajar lebih berkeyakinan dalam melukis dan mengukur
• Mudah mengingati dan menguasai simbol-simbol pelan, ukuran
dan menyusunatur ruang.
• Mudah dibawa setiap hari kerana handy flash card notepad
style ini bersaiz kecil dan tidak berat.
• Carian yang mudah dengan kod warna yang spesifik untuk
ruang.
• Ringkas, mudah, kurang teks dan berwarna.
• Mempunyai dimensi yang terperinci dalam satu simbol perabot
dan pelan tipikal.
6.2 Nyatakan jumlah kos dan kos perunit inovasi
Alat Bantu Mengajar ini adalah custom made direka khusus untuk
bidang rekabentuk dalaman.
Sekeping kad bersaiz 6 cm x 15 cm = RM0.70
Satu set Handy flash card = 100 pcs x RM0.70
= RM70.00
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU
PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA
Antara penambahbaikan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
7.1 data ini boleh dikompilasi dengan konsep notepad style yang mana
setiap muka surat mempunyai satu jenis simbol pelan perabot dan
aksesori
7.2 pengumpulan data-data terkini saiz-saiz perabot dan aksesori dari
katalog-katalog pengeluar perlu dikompilasikan untuk mengelakkan
maklumat yang tidak terkini atau ketinggalan.
7.3 membuat kajian secara menyeluruh tentang kesesuaian medium
untuk pengumpulan data anthropometrik dan ergonomik selain dari
buku rujukan time saver standard.
8.0 KESIMPULAN
Pembaharuan idea kreatif dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran
merupakan satu kaedah atau medium untuk meningkatkan keyakinan dan
kelainan dari pengajaran dan pembelajaran yang konvensional. Inovasi My
erGO Data adalah bahan bantu mengajar yang mengandungi data-data kerja
untuk melancarkan aktiviti pemudahcara pengajaran dan pembelajaran.
Maka dengan alat bantuan mengajar ini akan dapat menjimatkan masa,
pelajar akan lebih tumpuan dalam menyiapkan tugasan dan menghantar
mengikut masa yang ditetapkan. Oleh yang demikian dengan adanya inovasi
alat bantu mengajar ini dapat membantu pendidik dan pelajar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan.
Email: [email protected]
Rujukan:
Joseph De Chiara, Julius Panero, and Martin Zelnik: Time-Saver Standards for Interior Design
and Space Planning : McGraw-Hill, 1991
Ruang Dalam Rumah, : Cetakan Dewan Bahasa & Pustaka, 1983
Pautan :
http://sakinahamid.com/ciri-ciri-kad-imbas-yang-bagus/
http://ddms.usim.edu.my/jspui/bitstream
https://www.ikea.com/my/en/catalog/allproducts/
https://www.researchgate.net/publication/282906778_Inovasi_dalam_PdP_BM-
_Permainan_Bahasa-_Kotak_Magik
IKEA catalog
Index Living Catalog
CAKE DÉCOR KITS
Rahayu binti Taha
Kolej Komuniti Selayang
E-mail: [email protected]
Salmah binti Ismail
Kolej Komuniti Selayang
E-mail: [email protected]
Zuraihah binti Ab.Rahim
Kolej Komuniti Selayang
E-mail: [email protected]
Abstrak
Memperlengkapkan pelajar dalam aspek pengetahuan dan kemahiran merupakan tugas
pendidik dan dalam memastikan hasil pembelajaran (course learning outcome) tercapai
merupakan salah satu tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi
pembelajaran yang kondusif dan efektif merupakan elemen yang penting dalam proses PdP dan
hubungkait antara subjek yang diajar dan kebolehan tenaga pengajar dalam menarik minat dan
tumpuan pelajar sering menjadi isu dalam proses PdP tersebut. Pendidik cuba mengaplikasikan
pelbagai strategi pengajaran dengan harapan ianya boleh meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran. Salah satu strategi yang digunakan oleh institusi pengajian seperti Kolej
Komuniti adalah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar (Student
Centered Learning) dengan mewujudkan hubungan dan komunikasi dua hala di antara
pendidik dan pelajar. Pelbagai cara yang digunakan oleh pendidik dalam memastikan suasana
pembelajaran yang aktif dalam memperkembangkan kemahiran belajar, psikomotor dan sosial,
mengembangkan intelek dan kreativiti pelajar. Dalam memastikan matlamat dan objektif
pembelajaran tercapai, kaedah pengajaran yang berkesan seperti inovasi dalam PdP memberi
harapan kepada pendidik agar pelajar mampu berdaya saing di dalam kumpulan mereka sendiri
dan berupaya menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan dalam proses pembelajaran.
Kata Kunci: proses pengajaran dan pembelajaran, inovasi PdP
1.0 PENGENALAN
1.1 Matlamat dan objektif bagi setiap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah
jelas bagi semua subjek dan apa jua matapelajaran iaitu memastikan pelajar mahir dan dapat
menguasai setiap subjek dan matapelajaran yang diajar. Dalam aspek PdP, pelajar haruslah
cukup bersedia untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri namun
kesiapsiagaan pelajar kadangkala boleh dipertikaikan memandangkan ada pelajar yang tidak
bersedia untuk menerima kaedah pengajaran daripada pendidik. Oleh yang demikian, kaedah
dan metod pengajaran dan pembelajaran oleh seseorang pendidik perlulah yang menarik minat
pelajar dalam mengembalikan tumpuan dan fokus mereka di dalam proses PdP itu sendiri.
Proses PdP yang berkesan adalah berhubungkait di antara pelajar yang bersedia dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Ibrahim, A. (2004) memperakui pendidik faham
bahawa strategi yang sesuai boleh menarik perhatian pelajar dan seterusnya pelajar mudah
memahami apa yang disampaikan. Dalam masa yang sama tanpa mereka sedari ada strategi
yang jika dilaksanakan dengan serius boleh membina kemahiran pelajar secara menyeluruh
yang mampu menyediakan pelajar dengan nilai tambah (value-added). Mengikut Buntat, Y. &
Ahamad, L. (2012), kaedah yang boleh digunapakai oleh guru atau pensyarah adalah dengan
mewujudkan inovasi dalam PdP. Menurut mereka, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
merupakan suatu pembaharuan kreatif dimana kaedah atau cara yang baru digunakan bagi
seseorang guru untuk memastikan objektif pengajarannya tercapai. Chin, 2014 juga
menyatakan bahawa guru perlu memberanikan diri untuk berubah daripada pemikiran yang
jumud dan perlu berinisiatif untuk mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran yang
lebih kreatif dan inovatif. Alat bantu mengajar merupakan salah satu kaedah atau metod yang
boleh diaplikasikan oleh guru atau pensyarah dalam proses PdP. Inovasi alat bantu mengajar
berupaya membantu pelajar lantaran tahap penerimaan pelajar adalah berbeza antara satu sama
lain dan kadar kecekapan pelajar yang berlainan.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
2.1 Dekorasi hiasan kek memerlukan keazaman dan kesabaran yang tinggi dalam menghasilkan
hiasan kek yang cantik dan sempurna. Pada masa yang sama, dalam memastikan penghasilan
dekorasi hiasan yang baik dan kemas, seseorang pelajar atau penghias kek perlu menguasai
teknik dan kemahiran piping dengan melalui proses yang berterusan dan latihan yang kerap.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidik melihat kepada aspek kemahiran
piping yang belum dapat dikuasai oleh para pelajar. Terdapat 20 corak hiasan yang perlu
dikuasai oleh pelajar dan ini memberi masalah kepada mereka untuk mengingati dan
mengaplikasikan corak tersebut. Kebiasaannya pelajar akan melihat pensyarah menghias corak
(design) hiasan di atas papan kek dan pensyarah perlu mengulang menghias corak (design)
hiasan tersebut.
Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat perlu ada satu alat bantu mengajar yang khusus
bagi memudahkan pelajar mengingati corak (design) hiasan dan pada masa yang sama
menghasilkan dekorasi hiasan secara lebih praktikal. Penyelidik juga berpendapat inovasi yang
dibangunkan ini berupaya membantu penghias kek yang baru berjinak-jinak di dalam dekorasi
hiasan kek bagi membolehkan mereka menjadikan inovasi ini sebagai panduan tanpa perlu
mencari corak hiasan di laman web.
3.0 CIRI-CIRI INOVASI
3.1 Material: Acrylic
Ukuran: 7"x10"
Ketebalan: 2mm.
3.2 Selamat untuk digunakan dan mudah untuk dibersihkan
3.3 Mudah dikendalikan dan cara penggunaan yang jelas
3.4 Tidak memerlukan penyelenggaraan
3.5 Tidak memerlukan ruang yang besar dan penyimpanan yang mudah
4.0 CARA OPERASI
4.1 Inovasi ini dilakukan dalam aktiviti PDP bagi subjek SPT 2103 Kemahiran Piping dimana
di akhir hasil pembelajaran sesi kursus ini (CLO), para pelajar boleh:
4.1.1 Menyatakan jenis corak penghasilan piping
4.1.2 Menghasilkan jenis-jenis corak piping asas dengan menggunakan peralatan yang
sesuai
4.1.3 Mengaplikasikan corak piping asas dengan kaedah dan teknik yang betul
Dalam aktiviti PdP tersebut, pelajar perlu menguasai sebanyak 20 corak (design). Oleh yang
demikian, para pelajar berupaya untuk menghasilkan corak piping asas dengan lebih mudah
dan berkeyakinan mengikut corak yang telah ditetapkan dengan mengikut arahan yang diberi
pada inovasi tersebut.
5.0 GAMBARAJAH INOVASI/ KOS INOVASI
5.1 Berikut merupakan gambarajah bagi penggunaan Inovasi Cake Décor Kit dan cara
perlaksanaannya di dalam PdP
1. Pelajar menyediakan Buttercream dan mengisi Buttercream di dalam piping beg
2. Pelajar menyediakan bahan dan peralatan bagi hiasan kek iaitu:
2.1 Inovasi Cake Décor Kit
2.2 Buttercream
2.3 Piping Beg dan Nozzle
3. Pelajar mula membuat corak di atas Cake Décor Kit
4. Pelajar menunjukkan contoh Inovasi Cake Décor Kit yang telah berjaya dihasilkan
dan mengulang proses tersebut bagi meningkatkan kemahiran.
6.0 IMPAK INOVASI
6.1 Apabila inovasi ini dijalankan kepada pelajar Sijil Pastri Semester 2 yang mengambil
subjek Hiasan kek ianya telah memberi impak positif kepada pelajar itu sendiri. Dari aspek
kemahiran, ia telah memberi nilai tambah sebagai alat bantu mengajar yang efektif dan
praktikal dalam melancarkan proses penghasilan hiasan kek. Alat bantu mengajar yang
mempunyai nama corak serta hiasan dan juga contoh corak itu sendiri sangat membantu pelajar
yang lemah. Inovasi ini juga boleh dijadikan aktiviti pengukuhan dan pengayaan bagi
menguasai sesuatu kemahiran. Berikut merupakan analisis daripada pemerhatian penyelidik
terhadap penggunaan inovasi Cake Decor Kits terhadap para pelajar:
PROSES SEBELUM PROSES SELEPAS
• Pelajar tiada alat bantu mengajar yang • Pelajar berkemampuan untuk menghias
khusus bagi membolehkan mereka mengikut corak (design) yang diberi
mengikut corak (design) yang perlu dengan lebih teratur dan tertib
dipelajari
• Pelajar tidak yakin dan hilang tumpuan • Pelajar lebih berkeyakinan dan fokus
dalam menghasilkan corak yang dipelajari
• Mengambil masa yang lama untuk • Menjimatkan masa dan pelajar mahir
menghias dan pelajar tidak mahir kemahiran piping
kemahiran piping
6.2 Alat bantu mengajar ini adalah custom made yang mana ianya tiada di tempat lain. Jumlah
kos yang diperlukan untuk inovasi ini adalah seperti beriku:
Kuantiti yang diperlukan : 1 set/20 keping
Harga: RM18/sekeping
Jumlah Satu Set : RM 360.00
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU
PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA
Antara penambahbaikan yang boleh dicadangkan adalah seperti berikut:
7.1 Memperluaskan skop penggunaan kepada modul pastri yang lain.
Inovasi ini boleh diperluaskan dan boleh digunakan untuk modul program pastri yang lain
seperti pembuatan kek dengan menggunakan format yang sama dan sedikit modifikasi
mengikut modul.
7.2 Memperbanyakkan penggunaan simbol atau gambar di dalam kits ini.
Penggunaan simbol dan gambar dalam kits ini boleh menarik minat pelajar dan menambah
pemahaman pelajar dalam penghasilan produk hiasan kek
7.3 Membuat kajian pada produk pastri secara menyeluruh.
Kaedah bagi produk pastri yang telah dipiawaikan boleh digunapakai oleh semua tenaga
pengajar kolej komuniti program pastri bagi mendapatkan produk yang berkualiti tinggi.
Kaedah pengajaran juga dapat diselaraskan untuk semua kolej komuniti.
8.0 KESIMPULAN
Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pembaharuan kreatif dimana
kaedah atau cara baru digunakan bagi seseorang guru untuk memastikan objektif
pengajarannya tercapai. Inovasi Cake Décor Kits ini adalah lanjutan daripada inovasi
Decorative Tips Card yang menggunakan template yang telah di laminate. Setelah inovasi ini
dihasilkan, penyelidik telah menjalankan pemerhatian di dalam bengkel untuk melihat
keberkesanan penggunaan cake décor kits ini. Hasilnya sangat memberangsangkan dan
mendapat maklumbalas yang positif daripada pelajar yang menggunakannya. Pada pandangan
penyelidik, inovasi ini berjaya mengembalikan semangat pelajar untuk belajar dalam keadaan
yang lebih relaks dan tanpa tekanan. Ia juga berjaya memupuk serta mengembangkan
keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Hasil penilaian berterusan yang
dijalankan kepada pelajar juga menunjukkan peningkatan dari segi markah penilaian. Oleh
yang demikian inovasi PdP iaitu menggunakan alat bantu mengajar bukan sahaja dapat
membantu pendidik meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran mereka malah ia
membantu memudahkan proses pembelajaran para pelajar (Ismail, 2003) Penggunaan alat
bantu mengajar juga perlu dirancang secara sistematik untuk memastikan keberkesanan dan
kesesuaian penggunaannya dalam proses pengajaran.
Rujukan:
Buntat, Y. dan Ahamad, L. (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan
Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Journal of
Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 6 June 2012, Pages 44-58 /
ISSN: 2231-7376
Pautan: http://eprints.utm.my/id/eprint/26349/1/JTVEE-06-2012-004.pdf
Ismail, S. M. (2003). Pembangunan Modul Prinsip Ekonomi Dalam Topik Teori Permintaan
Dan Penawaran Bagi Pelajar Diploma Di Politeknik. Jabatan Pendidikan Teknik Dan
Vokasional Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien
Onn
Ibrahim, A. (2004). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Dan Kaitannya Dengan Pembangunan
Diri Dan Peluang Pekerjaan, In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat
Kebangsaan 2004, 8-9 September 2004 , City Bayview Hotel Langkawi.
. (Unpublished)
Pautan: http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/943/1/27_Dr_AbdullahSCL.pdf
Jasmi, K. A. dan Salleh, N. (2013). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan
Pelajar dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru di Sekolah
Menengah: Satu Kajian Kes (Teaching and Learning-Centered Approach Student
among Islamic Education Outstanding Teacher and Teachers in Secondary School: A
Case Study) in 3rd International Conference on Islamic Education 2013 [ICIED2013]
at EPF Institute, Kajang, Selangor, Malaysia on 6th – 7th April 2013, p. 773-783.
ISBN:978-967-10160-4-6
Pautan: http://eprints.utm.my/id/eprint/38371/1/Cover%20%26%20Paper.pdf
Chin, S. M. (2014). Inovasi dalam PdP BM- Permainan Bahasa- Kotak Magik
Pautan: https://www.researchgate.net/publication/282906778_Inovasi_dalam_PdP_BM-
_Permainan_Bahasa-_Kotak_Magik
MOHD SHAHRIN BIN ABDUL
WAN ENA SUZIRA BINTI WAN ABDULLAH
PENGENALAN
Sistem pendidikan yang berkesan amatlah ditikberatkan dan menjadi keutamaan dalam
negara. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam memastikan sistem
pendidikan negara setaraf dengan sistem pendidikan di luar negara. Bagi menyahut hasrat
kerajaan, sebagai golongan dalam sistem pendidikan di peringkat kolej, salah satu usaha
dalam menghasilkan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang interaktif dan produktif.
RINGKASAN INOVASI
Di zaman teknologi tinggi ini, iNTERACTIVE EDU dihasilkan bagi membantu memudahkan
para pengajar dalam PdP. Kekangan masa yang telah menghadkan pengajar untuk
melakukan penilaian secara konvensional atau manual. Sistem ‘paperless’ sering
digunapakai di semua jabatan dan agensi di atas kekangan peruntukan disamping dilihat
lebih menjimatkan dan berkesan.
iNTERACTIVE EDU merupakan set atau kits penilaian sumatif khususnya bagi pelajar Sijil
Teknologi Senibina Semester 2 bagi subjek BIM Senibina. Dimana pelajar boleh membuat
capaian dalam bentuk executable file yang dibekalkan daripada pengajar. Pelajar hanya
perlu menjawab penilaian (Ujian) secara online dimana masa telah di-set dan markah
keseluruhan akan terpapar sebaik pelajar menyelesaikannya.
iNTERACTIVE EDU juga dapat membantu pelajar untuk mendapat markah yang lebih tinggi
dalam penilaian bertulis kerana iNTERACTIVE EDU boleh dilakukan pada setiap masa.
TARIKH INOVASI
Pada Jun 2017
PROSES PERLAKSANAAN
Hasil dapatan daripada temubual dalam kalangan pengajar, kebanyakan pengajar
menghadapi masalah pelajar lemah dalam ujian bertulis. Didapati kebanyakan pelajar yang
dikategorikan lemah mendapat markah yang rendah iaitu kurang dari 50%. Hal ini
menyebabkan PdP bagi subjek BIM Senibina tidak mencapai hasil pembelajaran kursus
(CLO1) walaupun pelajar menguasai kursus yang lebih teknikal dalam CLO 2 dan CLO 3.
iNTERACTIVE EDU dibangunkan dalam bentuk executable file dan dimasukan dalam
cakram padat atau compact disk (CD) iNTERACTIVE EDU telah diuji dan ditambahbaik dari
semasa ke semasa mengikut standard atau keperluan. iNTERACTIVE EDU ini telah
dilaksanakan secara in-house oleh pengajar.
Pelajar yang dibenarkan mengulangi penilaian bagi membantu pelajar menguasai soalan
sekaligus dapat meningkatkan markah pelajar.
KUMPULAN SASARAN DAN SKOP
Kumpulan sasaran adalah pelajar-pelajar Semester 2 bagi subjek BIM Senibina Program Sijil
Teknologi Senibina.
IMPAK
Elemen Inovatif / Kreatif : Rekabentuk grafik dalam bentuk executable file mampu menarik
perhatian dan minat pelajar. Penilaian secara digital dan bersifat interaktif.
Elemen Keberkesanan : 25 soalan perlu dijawab dalam tempoh 1 jam dan boleh
mengulangi jika pelajar belum menguasai soalan penilaian.
Soalan Penilaian
Soalan boleh di-zoom
Jawapan BETUL terpapar sebaik klik submit
Jika jawapan SALAH, jawapan yang betul telah dipaparkan dengan simbol tick hijau
Mengulangi menjawab soalan penilaian
Elemen Signifikan : iNTERACTIVE EDU adalah aplikasi yang mesra pengguna dimana
pelajar boleh menyemak jawapan yang dipilih sebelum dihantar (submit) Ia juga menjimatkan
masa pengajar dalam menyemak markah pelajar dimana markah keseluruhan boleh
diperolehi sebaik penilaian selesai. Pelajar juga boleh melihat semua jawapan sebenar pada
soalan yang telah dijawab salah.
Paparan markah
Senarai soalan boleh dilihat
Elemen Releven : Secara umumnya, iNTERACTIVE EDU telah menyumbangkan manfaat
bersama dalam organisasi akademik di peringkat institusi.
PENUTUP
Inovasi berbentuk digital lebih mendapat perhatian di zaman teknologi tinggi ini. Pengguna
lebih gemar menggunakan aplikasi secara digital untuk mendapat sesuatu capaian dengan
lebih cepat. Penghasilkan iNTERACTIVE EDU mampu memberi impak yang besar kepada
pengajar dan pelajar bagi subjek BIM Senibina khususnya dan mampu menyumbang kepada
sistem pendidikan yang produktif dan efisyen.
Disediakan oleh:
Wan Ena Suzira binti Wan Abdullah
0162037771
[email protected]
AKTIVITI PENGGUNAAN
ANALISA
Perbezaan Markah
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Mac 2017 60 50 60 65 70 70 45 50 60 50 75 50 40 60 60 60 65 70 55 55 70 45
Mac 2018 60 84 64 55 76 52 65 76 84 76 75 84 76 76 80 76 72 64 80 64 55 60
Peratus Lulus
0 10 20 30 40 50 60 70 80
Mac 2017 1
Mac 2018 58
71
KOPPIS 2018
DiGITAL PROMOTIONAL KIT:
KOLEJ KOMUNITI AMPANG SMART PROMOTION STRATEGY
(e-SPS)
ISHAMUDDIN BIN ISHAKa , MAIZAR BIN MUHAMAD a & SALWA BINTI ANUARb
a Kolej Komuniti Ampang, Lot Pt 3890, 25 & 27, Jalan Bukit Indah 4, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang,
Selangor
b Kolej Komuniti Kelana Jaya, No 2 Jln PJS 5/28B, PJCC, 46150 Petaling Jaya,
Selangor
[email protected]
Abstrak
Penggunaan strategi promosi yang berkesan amat penting dalam memperkenalkan atau
memperkukuh jenama institusi pendidikan selain memastikan maklumat yang disampaikan
tepat kepada golongan sasaran. Hebahan maklumat yang menyeluruh dan sistematik dapat
mengurangkan masalah keciciran penempatan pengajian selain membantu pelajar membuat
pemilihan kursus yang bersesuaian dengan kelayakan, kriteria serta kecenderungan mereka.
KK Ampang tidak ketinggalan mengadakan pelbagai kaedah promosi memperkenalkan
institusi ini kepada umum. Sehubungan dengan itu, Kolej Komuniti Ampang Smart Promotion
Strategy (e-SPS),kit promosi digital telah dibangunkan dan digunapakai dalam memastikan
pengurusan hebahan maklumat dan penyimpanan rekod promosi yang lebih cekap di Kolej
Komuniti Ampang. Inovasi strategi pemasaran ini menggunakan medium teknologi Kod ID
Respon Pantas Unik atau kod QR sebagai medium perantara. Strategi baharu ini bukan sahaja
dapat memastikan hebahan maklumat disampaikan dengan lebih menyeluruh malah membantu
pihak pengurusan promosi kolej untuk mentadbir data yang diperolehi dengan lebih cekap dan
tersusun ,sekaligus dapat memantau indeks prestasi promosi.
Kata Kunci: kod ID respon pantas unik; strategi promosi;institusi pendidikan,kit promosi
digital
KOPPIS 2018 1
1.0 PENGENALAN
Perkembangan pesat teknologi maklumat secara tidak langsung mengubah gaya hidup
dan cara kerja seharian. Kemunculan pelbagai aplikasi dan kaedah komunikasi dalam
teknologi maklumat juga mempercepatkan kaedah capaian maklumat dan juga dapat
menjimatkan masa dalam sesuatu proses kerja. Mendepani revolusi industri 4.0 yang bakal
merubah cara hidup manusia secara menyeluruh, setiap individu perlu bersedia dan peka
dengan perkembangan pesat teknologi agar tidak ketinggalan. Perubahan keadaan tempat
kerja, persaingan yang kuat dan perubahan persekitaran memerlukan pekerja menjadi
seorang yang berkompetensi tinggi dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.
Teknologi yang semakin canggih terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat (ICT)
turut mengubah tanggapan tradisi di tempat kerja (Mazanah dan Khairudin, 2004). Sejajar
dengan perkembangan teknologi ini, Unit Komunikasi Korporat Kolej Komuniti Ampang
telah membangunkan inovasi KK Ampang Smart Promotion Strategy (e-SPS) bagi
memudahkan aktiviti promosi dan hebahan maklumat Kolej Komuniti Ampang.
Inovasi kit promosi digital ini dibangunkan bagi memudahkan pihak komuniti atau
orang awam mendapatkan maklumat dan akses berkaitan perkhidmatan dan kursus yang
ditawarkan selain membantu tadbir urus data yang diperoleh semasa aktiviti promosi
dijalankan. Melalui strategi ini, orang awam dihubungkan dengan pangkalan data kolej
melalui penggunaan teknologi kod ID Respon Pantas Unik. Orang awam hanya perlu
mengimbas Kod ID Pantas Unik yang terdapat pada iklan atau cenderahati yang ditampal
atau diedarkan menggunakan telefon pintar untuk mendapatkan maklumat seperti lokasi
kolej, perkhidmatan dan kursus yang ditawarkan selain pautan pantas ke halaman
pendaftaran kursus yang ingin diikuti dan penunjuk arah menggunakan waze secara
automatik. Keseluruhannya, e-SPS ini merupakan inisiatif terbaik dalam menghubungkan
institusi dengan orang awam dengan lebih efektif. Penggunaan strategi ini juga dapat
meningkatkan kualiti pengurusan data promosi Unit Komunikasi Korporat di institusi
dengan lebih sistematik.
KOPPIS 2018 2
2.0 PENYATAAN MASALAH
Pengurusan aktiviti promosi di kolej komuniti merupakan kualiti yang perlu dijaga dan
dititikberatkan untuk memastikan visi kolej komuniti sebagai peneraju institusi TVET yang
unggul dalam menyediakan akses yang meluas kepada program TVET yang berkualiti dan
diiktiraf selain memperkasa komunti melalui pembelajaran sepanjang hayat dapat dicapai.
Dalam usaha ini, suatu strategi yang berkesan diperlukan bagi memastikan maklumat
berkenaan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan disebar luas bukan sekadar terpencil
tanpa diketahui oleh orang awam. Dengan kata yang lain, hebahan yang meluas kepada
semua golongan dapat mengoptimumkan fungsi kolej komuniti meningkatkan kemahiran
TVET penduduk setempat dan lepasan menengah sepenuhnya.
Sehubungan dengan hasrat tersebut, dengan tujuan meningkatkan kualiti pengurusan
promosi Unit Komunikasi Korporat di Kolej Komuniti Ampang, inovasi ini direka bentuk
dan dibangunkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi antaranya :
i. Tiada halaman khas terpusat berkenaan promosi kolej
ii. Akses maklumat yang terhad dan lambat
iii. Pentadbiran data promosi yang tidak sistematik
iv. Masalah kehilangan data promosi
v. Data pelanggan yang dikumpul sukar dibaca kerana tulisan
vi. Masalah kelewatan memproses data
vii. Kos cetakan bahan promosi yang tinggi
3.0 CIRI – CIRI INOVASI
Inovasi e-SPS yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Penggunaan teknologi kod ID respon pantas unik (kod QR) sebagai medium
menghubungkan pengguna dengan maklumat kursus yang pernah dihadiri melalui
cetakan imej kod 2 dimensi yang tertera pada sijil. Penggunaan Kod ID unik itu
sendiri menyimpan sejumlah besar maklumat yang mudah diimbas dan disimpan
pada peranti mudah alih. Banyak syarikat berasaskan keuntungan telah
KOPPIS 2018 3
mengaplikasi kod ini sebagai cara pemasaran dan sebagai cara lain untuk menarik
pelanggan ke internet untuk mendapatkan maklumat lanjut. Ciri-ciri kod ini juga
mudah digunakan serta serba boleh.
ii. Pangkalan data promosi mudah diakses, direkod dan diurus
iii. Akses kepada maklumat perkhidmatan kolej dilakukan dengan lebih pantas
iv. Capaian kepada video promosi secara terus membantu orang awam untuk
mendapatkan gambaran dengan lebih tepat mengenai kursus yang ditawarkan
v. Memudahkan capaian pengguna kepada sistem atas talian lain dengan lebih efektif
vi. Kit promosi digital ini dibina di atas platform teknologi hybrid yang mana pengguna
dapat mengakses maklumat dimana-mana sahaja, termasuk pengguna iphone,
android, atau pengguna komputer
vii. Menggunakan teknologi pasaran terbuka, tiada kos yang diperlukan di dalam
menghasilkan inovasi ini.
4.0 CARA OPERASI
Secara ringkasnya, strategi e-SPS ini sangat mudah untuk digunakan. Caranya adalah seperti
berikut:
i. Pengguna perlu membuka aplikasi pengimbas kod QR yang telah dimuat turun.
ii. Proses pengkodan berlaku apabila telefon dihalakan dan imej kod yang tertera pada
cenderahati atau kertas hebahan diimbas.
iii. Proses penyahkodan yang berlaku seterusnya membolehkan pengguna dihubungkan
dengan portal web yang memaparkan maklumat promosi
iv. Peserta boleh mendaftar dan data direkodkan terus secara atas talian
v. Data yang diterima akan ditadbir dan dikelaskan sebelum dihantar untuk untuk tindakan
pihak institusi
vi. Unit Pengurusan Komunikasi Korporat pula boleh mengambil tindakan memproses dan
menganalisa data yang yang diterima dengan sistematik melalui janaan rekod berbentuk
laporan yang mengandungi carta fungsi
KOPPIS 2018 4
Pengguna
Imbas QR
e-SPS
Laporan
Pengurusan
Data
Tindakan Unit Tindakan Unit Tindakan Unit
Komunikasi Akademik Pentadbiran
Korporat
Rajah 4.0 Carta Alir Penggunaan e-SPS
KOPPIS 2018 5
5.0. GAMBARAJAH INOVASI
Rajah 5.0 QR-Code yang perlu discan oleh para pengguna
Rajah 5.1: Muka hadapan sistem 6
KOPPIS 2018
Rajah 5.2 Maklumat Kolej Berbentuk Video
Rajah 5.3 Halaman Pendaftaran Pelajar
KOPPIS 2018 7
5.4 Maklumat akademik kolej komuniti ampang
KOPPIS 2018 8
5.5 Alamat Kolej dan QR-code untuk dibuka di waze atau di Google Map.
5.6 Brochure kolej yang boleh di download
KOPPIS 2018 9
5.7 Laporan lengkap prestasi promosi dan bilangan responden yang mendaftar.
KOPPIS 2018 10
6.0 IMPAK INOVASI
6.1 Impak penggunaan e-SPS antaranya seperti berikut:
i. Meningkatkan kualiti perkhidmatan semasa aktiviti promosi dilaksanakan
ii. Menjimatkan masa dan kos bahan promosi
iii. Memudahkan capaian kepada maklumat promosi institusi
iv. Data peserta dapat direkod dengan betul dan tepat
v. Peserta dapat mengakses sendiri maklumat berkenaan kolej pada bila-bila masa
menggunakan telefon pintar
vi. Perekodan data lebih mudah dan sistematik
vii. Pasukan promosi boleh bergerak lebih ramai.
6.2 Kos Inovasi.
Inovasi e-SPS ini tidak melibatkan sebarang kos kerana segalam perisisan yang
digunakan untuk membangunngkan sistem ini adalah daripada perisisan sumber
terbuka.Perisian yang digunakan adalah seperti berikut
1. Mobirise, merupakan teknologi hibrid yang digunakan secara percuma bagi
penghasilan kit prosmosi ini.
2.QR code- https://www.qrstuff.com/ menawarkan penggunaan qr code secara
percuma..
3. Google drive- Lokasi penyimpanan data secara percuma dan boleh diakses d imana
4. Google form- Lembaran elektronik yang percuma digunakan untuk membina
kerangka maklumat penggunana.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU
PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA
Pembangunan dan rekabentuk inovasi ini asalnya dihasilkan berdasarkan komen dan
maklumbalas orang awam dan pegawai yang bertugas semasa aktiviti promosi
KOPPIS 2018 11
dilaksanakan. Pengalaman melaksanakan promosi secara manual dirasakan kurang
sistematik dan berkesan.Borang-borang yang menggunakan kertas mudah hilang dan
kadang kala data yang diperoleh sukar di baca. Seiring dengan kehendak pengguna, inovasi
KK Ampang Smart Promotion Strategy (e-SPS) direkacipta untuk memudahkan akses,
menjimatkan masa, memastikan hebahan maklumat promosi yang lebih meluas dan
pentadbiran data pengurusan promosi yang lebih tersusun. Dengan adanya e-SPS juga, data
sepanjang aktiviti promosi tidak lagi ditadbir secara manual tetapi diuruskan dengan lebih
sistematik dan dijana secara terus menggunapakai sistem di atas talian. Perlaksanaan aktiviti
promosi juga dapat dijalankan secara interaktif dengan maklumat hebahan yang berstruktur.
Inisiatif e-SPS ini sebenarnya tidak melibatkan kos yang tinggi kerana penggunaan
kod ID Respon pantas dapat dijana dengan kos yang rendah/ percuma kerana tidak
melibatkan perkakasan khas sebagai medium menghubungkan imej ke halaman web atas
talian . Namun begitu bagi meningkatkan kualiti penyimpanan data, web server diperlukan.
Oleh itu, inovasi ini boleh ditambahbaik dengan penggunaan web server dengan
menggunakan storan yang lebih besar diperlukan kerana data bukan sahaja terdiri daripada
teks sahaja tetapi turut menyimpan fail dalam bentuk imej dan video.
Video yang ada sesuai di tambah dengan teknologi penggunaan VR bagi
memudahkan para pengunjung merasakan pengalaman sendiri berada di kolej.
8.0 KESIMPULAN
Promosi dan pengiklanan merupakan salah satu komponen penting dalam pengurusan
sesebuah institusi pendidikan tinggi seperti universiti, kolej universiti, politeknik dan kolej
komuniti. Setiap institusi biasanya mempunyai pengurusan promosi dan pengiklanan
tersendiri bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Teknologi maklumat yang
berkembang pesat pada hari ini adalah untuk memperbaharui proses kerja dan
meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Seiring dengan itu, inovasi e-SPS
yang diadaptasi daripada teknologi baru ini sangat relevan diaplikasikan kerana ia bukan
sahaja membantu meningkatkan kualiti pengurusan promosi institusi malah mewujudkan
medium akses yang lebih mudah dengan capaian pantas kepada orang awam. Dengan itu,
KOPPIS 2018 12
ia merupakan alternatif terbaik mengurangkan jurang komunikasi di antara orang awam
dan pihak institusi.
KOPPIS 2018 13
E-SATTEND
1. Nur Ilyani Binti Zahare
[email protected]
Kolej Komuniti Ampang
2. Hafiz Bin Baharuddin
[email protected]
Kolej Komuniti Ampang
ABSTRAK
e-SaTTEND merupakan rekod kehadiran pelajar yang menggunakan kaedah cap jari. Aplikasi
ini memudahkan pensyarah untuk memantau kehadiran pelajar dan merekodkan waktu kelas.
Selain itu, ia juga dapat mengurangkan penggunaan kertas. Sensor yang digunakan adalah U
are U sensor 4000 dan perisian nya SDK. Pangkalan data dan antara muka GUI yang berkaitan
telah dibuat menggunakan perisian Visual Basic dan Microsoft Access. Data rawak seperti
Nama, Nombor Pendaftaran dan infomasi yang berkaitan di simpan dalam pangkalan data.
Bagi mendaftar kehadiran, pelajar akan diperiksa dengan mendaftar cap carinya pada sensor,
yang akan menangkap dan membandingkan gambar imbasan data dan menyimpannya di dalam
tempat simpanan.
PENGENALAN
Biometrik merupakan sistem automatik mengenalpasti seseorang berdasarkan karakteristik
fizikal dan tingkah laku. Ia sama seperti sistem yang digunakan oleh otak manusia untuk
mengenalpasti dan membezakan seseorang. This sistem mengenalpasti seseorang itu
berdasarkan “siapa” orang tersebut dan bukanlah berdasarkan “apa yang dibawa oleh
seseorang” atau “apa yang diketahui”. Perkara yang dibawa contohnya kad ID boleh hilang,
dicuri atau diduakan. Perkara yang seseorang itu ketahui contohnya kata laluan boleh kadang
kala boleh terlupa, dicuri dan diduakan. Bagaimanapun , biometrik bergantung kepada “siapa”
pengguna tersebut dan karakternya tidak boleh berubah, hilang ataupun dicuri. Biometerik juga
penyediakan tahap keselamatan yang tinggi dan mudah digunakan.
Inovasi ini menekankan bagaimana identiti cap jari bekerja dan aplikasinya. Pengenalpastian
cap jari dan pengesahan kekal menjadi salah satu kaedah pengenalan biometik yang paling
menonjol dan boleh dipercayai. Cap jari banyak digunakan dalam pelbagai aplikasi contohnya
penyiasatan jenayah, aksess sistem kawalan dan sebagainya.
PENYATAAN MASALAH
Dikebanyakkan kolej dan universiti, para pelajar perlu mengisi secara manual kehadiran
mereka di dalam buku kehadiran. Aplikasi ini tidak sesuai lagi dalam persekitaran masa kini
kerana agak sukar untuk pensyarah mengenalpasti pelajar yang datang dan tidak datang ke
kelas. Oleh itu, dengan e-SaTTEND ini, perkara tersebut dapat diselesaikan. Selain itu, dengan
aplikasi ini, kurangnya berlaku ketirisan dalam merekod kehadiran pelajar.
CARA OPERASI
START
PENDAFTARAN PELAJAR
MENGESAHKN
PENDAFTARAN
PELAJAR
PROSES
PADANAN
PENDAFTARAN PELAJAR
END
Carta alir
GAMBARAJAH INOVASI/ KOS INOVASI
U are U sensor 4000
IMPAK INOVASI
6.1 Dengan menggunakan e-SaTTEND ini, kehadiran pelajar dapat dipantau dengan lebih
efektif oleh pensyarah. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan penggunaan kertas.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU
PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA
Menggunakan sensor tanpa wayar bagi memudahkan sambungan dan ia perlu dilakukan
dengan lebih banyak kajian.
8.0 KESIMPULAN
e-SaTTEND ini dapat mengurangkan masalah ketidakhadiran pelajar ke kelas. Ia juga dapat
mengelakkan pelajar daripada menipu tanda tangan secara manual. Pemantauan boleh
dilakukan dengan lebih efektif.
KEUSAHAWANAN SOSIAL :
D’GREEN PEACE BAG
(ECO FRIENDLY RECYCLING)
1
A. LAPORAN INOVASI
KEUSAHAWANAN SOSIAL :
PROJEK D’GREEN PEACE BAG – ECO FRIENDLY RECYCLING
Suhaida Binti Jamlus, [email protected]
Suzana Binti Zainol Abidin, [email protected]
Kolej Komuniti Hulu Langat
ABSTRAK
Keusahawanan sosial ialah model keusahawanan yang tidak hanya mementingkan
keuntungan, malah menekankan kepada pewujudan masyarakat yang berimpak
positif dan saksama (Suraiya & Ahmad, 2015). Keusahawanan sosial sebagai satu
pendekatan inovatif ke arah transformasi sosial masyarakat. Projek ini merupakan
projek kitar semula pakaian-pakaian terpakai yang ditukar menjadi beg bagi
menggantikan penggunaan beg plastik yang tidak mesra alam. Projek ini juga boleh
membantu pelajar yang terlibat untuk memperoleh pendapatan sampingan.
Tujuan dilaksanakan adalah dengan melibatkan komuniti dengan aktiviti
keusahawanan sosial bagi mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka baju-baju lama.
Seterusnya dapat mengurangkan penggunaan beg plastik yang tidak mesra alam di
samping ia juga dapat membantu menjana pendapatan sampingan.
Kaedah perlaksanaan adalah dengan mengumpulkan pakaian terpakai dalam
kalangan staf Kolej Komuniti Hulu Langat serta komuniti sekitar. Pakaian tersebut
dijahit semula menjadi beg yang boleh digunapakai bagi menggantikan beg plastik
yang tidak mesra alam. Beg tersebut akan dijual kepada komuniti yang memerlukan
seperti suri rumah tangga dan pelajar sebagai pengganti beg yang tidak mesra alam.
Melalui hasil jualan tersebut, ia juga dapat menjana pendapatan sampingan.
Impak Inovasi ini adalah dapat menggalakkan keusahawanan sosial dalam kalangan
belia. Ia juga dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran penjagaan alam
sekitar dalam kalangan komuniti dengan menjadikannya sebagai pengganti beg yang
tidak mesra alam. Hasil jualan juga boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan.
Program sebegini memberikan gambaran kepada masyarakat betapa pentingnya
keusahawanan sosial dan perlunya mereka menghayati budaya dan nilai-nilai dalam
keusahawanan tersebut. Ia juga dapat menjadikan aktiviti keusahawanan sosial
sebagai bidang untuk menambah pendapatan.
2
B. KANDUNGAN LAPORAN :
1.0 PENGENALAN
PROJEK D’GREEN PEACE BAG – ECO FRIENDLY RECYCLING ini
adalah satu usaha ke arah bidang keusahawanan dan transformasi sosial.
Keusahawanan sosial ialah model keusahawanan yang tidak hanya
mementingkan keuntungan, malah menekankan kepada pewujudan
masyarakat yang berimpak positif dan saksama (Suraiya & Ahmad, 2015).
Keusahawanan sosial sebagai satu pendekatan inovatif ke arah
transformasi sosial masyarakat.
Pakaian yang tidak dipakai terbiar dalam almari sehingga tiada ruang untuk
mengisi pakaian yang baru dibeli, malah ada yang menjadikannya sebagai
kain buruk. Melalui projek ini juga membantu dalam mempertingkatkan
tahap kesedaran komuniti tentang pembuangan sampah / barang terpakai.
Projek ini merupakan projek kitar semula yang tidak memerlukan
perbelanjaan yang tinggi. Pakaian terpakai tersebut akan ditukar menjadi
beg bagi menggantikan penggunaan beg plastik. Melalui projek ini juga
boleh membantu pelajar yang terlibat untuk memperoleh pendapatan
sampingan.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Banyak pakaian atau fabrik yang tidak lagi digunapakai telah dibuang
atau dibakar secara terbuka. Aktiviti ini boleh mencemar alam sekitar.
Penggunaan beg tidak mesra alam juga boleh meningkatkan kadar
pencemaran persekitaran. Contohnya penggunaan beg plastik di kedai
runcit serta pasaraya yang berleluasa dan berlebihan.
Tahap kesedaran kitar semula di kalangan rakyat Malaysia masih tidak
memuaskan walaupun pelbagai kempen dianjurkan.
3
Keratan akhbar
4
3.0 CIRI-CIRI INOVASI
Melaksanakan pengumpulan pakaian terpakai dalam kalangan staf Kolej
Komuniti Hulu Langat serta komuniti sekitar. Ini dapat mengurangkan
pembuangan dan pembakaran sampah (pakaian terpakai) sebagai
mengelak pencemaran persekitaran.
Pakaian terpakai tersebut akan dijahit semula menjadi beg yang boleh
digunapakai bagi menggantikan beg yang tidak mesra alam.
Bahan keperluan bagi menghasilkan sebuah beg adalah seperti
peralatan jahitan seperti benang dan jarum sahaja. Jika perlu, boleh
ditambah aksesori yang bersesuaian.
4.0 CARA OPERASI
Beg tersebut dijual kepada komuniti yang memerlukan seperti suri rumah
tangga dan pelajar sebagai pengganti beg tidak mesra alam.
Jualan juga dijalankan secara atas talian melalui platform seperti
Facebook dan Instagram.
Hasil jualan boleh dijadikan sebagai pendapatan sampingan
5
5.0 GAMBARAJAH INOVASI
6.0 IMPAK INOVASI
Menggalakkan keusahawanan sosial di kalangan belia.
Membantu dalam meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan komuniti.
Mencipta pendapatan sampingan buat golongan yang memerlukan.
Merupakan kaedah pendekatan inovatif ke arah transformasi sosial
masyarakat.
Boleh dibawa dengan mudah dan ringan semasa membeli belah sebagai
pengganti beg tidak mesra alam.
Penghasilan beg ini tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Kos yang
terlibat adalah seperti berikut :
6
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Memperbanyakkan aktiviti kesedaran di kalangan komuniti
Menjahit / merekabentuk beg yang lebih menarik
Menarik lebih ramai pelajar untuk bergiat di dalam keusahawanan sosial
8.0 KESIMPULAN
Keusahawanan sosial merupakan bidang yang perlu diceburi oleh lebih ramai
masyarakat terutamanya graduan. Selain daripada objektif ekonomi,
keusahawanan sosial mengandungi nilai-nilai murni yang harus dihayati oleh
masyarakat. Antara nilai-nilai yang wujud meliputi sifat usaha, kreatif, prihatin,
penyelesaian masalah, bersungguh-sungguh dan pelbagai sifat baik yang lain. Ciri-
ciri dan nilai dalam keusahawanan ini sebenarnya merupakan nilai-nilai yang
sejajar dengan sifat semulajadi manusia. Program-program seperti ini sebenarnya
memberikan gambaran kepada masyarakat betapa pentingnya keusahawanan
sosial dan perlunya mereka menghayati budaya dan nilai-nilai dalam
keusahawanan tersebut.
Oleh yang demikian, PROJEK D’GREEN PEACE BAG – ECO FRIENDLY
RECYCLING ini adalah satu usaha ke arah agar bidang keusahawanan sosial dan
perniagaan ini menjadi bidang pilihan masyarakat. Sebagai permulaan, kesedaran
perlulah diterapkan kepada keseluruhan lapisan masyarakat melalui pembudayaan
nilai dan sikap keusahawanan sosial. Dengan menghayati dan membudayakan
nilai-nilai keusahawanan ini, masyarakat akan secara langsung atau tidak
langsung akan mempunyai kesedaran dan mengamalkan budaya keusahawanan
sosial ini. Ini akan mendekatkan mereka dan seterusnya menjadikan aktiviti
keusahawanan sosial sebagai bidang untuk menambah pendapatan.
7
INOVATIVE MECHANIC GEAR (IMG)
Kolej Komuniti Hulu Langat
Prima Saujana Kajang, Selangor
Sarimah Bt Che Hassan
Email : [email protected]
Fatimah Wati Binti Mat Khairi
Email : [email protected]
ABSTRAK
Inovative Mechanic Gear (IMG) adalah rekaan pakaian kerja bengkel untuk seorang
mekanik. Penghasilan pakaian yang diinovasikan daripada idea rekaan sehelai apron.
Setelah kajian dibuat, penghasilan apron ini diberikan fokus kepada pakaian kerja
seorang mekanik. Tujuannya bagi menghasilkan pakaian mekanik multifungtion iaitu
sebagai pakaian pelindung badan, tools box dan beg peralatan, Pakaian inovasi ini
mengambil kira kepentingan bagi memudahkan penyimpanan peralatan dan pengurusan
kerja yang lebih produktif berbanding sebelum penggunaan rekaan ini. Selain itu, pakaian
multifungtion inovasi ini turut mengambil kira sumbangan dalam aspek ekonomi dan alam
sekitar. Di mana produk utama adalah sehelai seluar jeans terpakai yang murah dan
mudah diperoleh di kedai bundle atau penderma. Inovasi ini juga memberi nilai kepada
kelengkapan kerja yang lengkap dan produktif, serta membuka ruang kerja dalam bidang
jahitan. Secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan ekonomi terutama
kepada pembekal jeans terpakai dan tukang jahit. Malah boleh menjadi satu projek
keusahawanan sosial yang baik terutama melibatkan kalangan yang berpendapatan
rendah atau penganggur. Ini kerana produk inovatif ini diyakini bakal mendapat sambutan
di pasaran.
1.0 PENGENALAN
IMG direka bagi memudahkan pengurusan, pergerakan serta penjimatan masa
mekanik. Selain daripada itu, inovasi ini juga menitikberatkan aspek penjimatan
kos dan penghasilan produk yang bukan sahaja memberi manfaat kepada
pengguna, juga bernilai komersial serta membuka ruang pekerjaan di bidang
fesyen dan jahitan. Lebih istimewa lagi, produk yang dihasilkan adalah daripada
bahan kitar semula iaitu dari seluar jeans.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Para mekanik sering dikaitkan dengan kerja yang memerlukan peralatan yang
banyak dan pelbagai. Apa yang menjadi masalah bagi mekanik ini ialah keupayaan
untuk membawa atau capaian kepada peralatan tersebut adalah terbatas. Ini
menyebabkan mereka perlu menghabiskan banyak masa bagi melakukan kerja
yang berulang-ulang terutama apabila melibatkan tugas di tempat tinggi dan di
ruang yang sempit. Kajian kepada masalah ini, maka terhasil idea sebuah rekaan
pakaian kerja yang boleh membantu mekanik mengatasi masalah membawa
peralatan yang perlu bersama mereka dengan mudah. Rekaan pakaian yang
dihasilkan ini dinamakan Inovatif Mechanic Gear iaitu pakaian kerja mekanik yang
dilengkapi dengan pelbagai compartment yang diperlukan dan dilengkapkan
dengan label peralatan. Rekaan ini diyakini boleh membantu mengatasi masalah
mekanik.
3.0 CIRI-CIRI INOVASI
• IMG adalah hasil kreativiti mengoptimakan penggunaan bahan re-cycle iaitu
dari seluar jeans yang dikenali sebagai fabric yang tahan lasak, mudah didapati
dan murah. Ini memberi manfaat dari segi kos yang rendah dan harga jualan
produk di pasaran juga boleh direndahkan. Berbanding apron kerja mekanik
yang ada di pasaran rata-rata mahal kerana bahannya mahal.
• Penggunaan bahan secara optimum. Compartment yang dihasilkan adalah
dari poket-poket yang terdapat pada seluar jeans itu sendiri. Ini memberi nilai
kepada produk re-cycle yang digunakan dan berunsur eco-green .
• Label
Mengikut sistem EKSA, pelabelan sangat penting bagi memudahkan capaian
dan penyimpanan. Inovasi ini turut menekankan aspek ini. Berbanding
sebelum ini belum ditemui apron kerja dilengkapkan dengan label bagi setiap
compartment.
4.0 CARA OPERASI
• IMG direka berasaskan bentuk Apron yang dilengkapi compartment peralatan
kerja mekanik
• Apron ini juga boleh dijadikan sebagai beg bagi tujuan penyimpanan peralatan
apabila selesai kerja, juga memudahkan pekerjaan secara mobile apabila ada
kerja di luar bengkel.
• Inovasi ini turut menekankan aspek EKSA iaitu melabelkan setiap
compartment yang dikhususkan kepada peralatan tertentu. Ini bagi
memudahkan penyimpanan alatan.
• Apron ini menitikberatkan keselesaan kerja mekanik lelaki dan perempuan