[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
3.4 Soal Selidik
Bagi memastikan projek inovasi ini memberi faedah yang maksimum
kepada pelajar dan dalam masa yang sama untuk penambahbaikan produk di
masa akan datang, pensyarah telah membangunkan soal selidik untuk
mengetahui pandangan pengguna terhadap projek inovasi yang telah dihasilkan.
Responden soal selidik terdiri daripada semua pelajar semester III bagi Program
Pelancongan dan Pengembaraan.
Responden terdiri daripada pelajar Sesi Mac 2018 yang terdiri daripada
pelajar Semester III seramai 46 orang pelajar (18 orang pelajar lelaki dan 28
orang pelajar perempuan yang berumur antara 13-30 tahun). Hasil dapatan
daripada soal selidik dirumuskan dalam bentuk peratusan dan graf. Pelajar
Semester III juga sebagai responden memandangkan mereka adalah pelajar
yang telah menjalankan aktiviti latih tubi komentar di dalam coach persiaran dan
akan dibekalkan dengan Magnatic Smart Note v2 – Komentar Pelancongan
Bandar.
Seterusnya mereka menjadi lulusan Sijil Kolej Komuniti yang akan
menceburi bidang pekerjaan dan mungkin menjadi salah seorang Pemandu
Pelancong Bandar yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan. Analisa
data bagi soal selidik tersebut adalah seperti Lampiran dan berikut adalah
dapatan yang diperoleh daripada soal selidik yang telah dilaksanakan.
Bagi memastikan pelajar memanfaatkan Magnatic Smart Note v2
tersebut, pelajar dipantau menggunakan Borang Pemantauan Penggunaan
Magnatic Smart (Lampiran).
16 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
3.4.2 Demografi Responden
Responden terdiri daripada 39.1% lelaki dan 60.9% perempuan yang juga
merangkumi 97.8% Melayu, dan 2.2% India. 92.5% daripada responden berumur
13 hingga 20 tahun dan 7.5% berumur 21 sehingga 30 tahun. Taraf pendidikan
responden yang mempunyai SPM adalah sebanyak 85.0%, manakala yang
mempunyai Sijil Kemahiran Iktisas adalah 15.0%.
i. Jantina
BILANGAN
18
28
LELAKI PEREMPUAN
17 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
ii. Bangsa
INDIA
1
2.2
BILANGAN PERATUS
iii. Umur
UMUR KEKERAPAN PERATUS
13-20 TAHUN 37 92.5
21-30 TAHUN 3 7.5
Total 40 100.0
18 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
iv. Taraf Pendidikan
TARAF PENDIDIKAN KEKERAPAN PERATUS
SPM 34 85.0
SIJIL KEMAHIRAN IKTISAS 6 15.0
Total 40 100.0
3.5 Maklumbalas Berkenaan Magnatic Smart Note v2
Soal selidik - borang soal selidik dipilih sebagai instrument untuk mendapat data
dan maklumat mengenai penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik ini mengandungi 2
bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A diminta pelajar mengisi
maklumat diri masing-masing, manakala bahagian B pula mengandungi 13 soalan yang
perlu dijawab oleh pelajar untuk mengetahui sejauh mana pelajar berminat terhadap
kaedah yang dijalankan serta keberkesanannya.Item yang digunakan ialah berbentuk
Skala Likert.
Jadual 1: Pemarkahan item-item (Skala Likert)
NILAI SKALA PERNYATAAN
1 Sangat Tidak Setuju(sts)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Kurang Setuju (KS)
4 Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)
19 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Kajian berkaitan penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar ini kepada 46 orang pelajar (18 orang pelajar lelaki dan 28 orang pelajar
perempuan yang berumur antara 13-30 tahun) mendapati penggunaan Magnatic Smart
Note v2 Komentar Pelancongan Bandar dalam pendekatan pengajaran lebih berkesan
berbanding dengan penggunaan pendekatan pengajaran secara tradisional.
Kajian mendapati penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar ini bukan sahaja memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar, akan
tetapi menunjukkan perubahan sikap, iaitu menunjukkan minat yang tinggi terhadap
Modul Komentar Pemandu Pelancong SPL 3044.
Selain itu, hasil daripada analisis deskriptif temu bual bersama pelajar mendapati
penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar telah banyak
membantu pelajar meningkatkan keupayaan mengingat fakta-fakta di samping dapat
menimbulkan rasa minat pelajar dalam melakukan aktiviti amali semasa berada di
dalam coach persiaran.
Kajian mendapati penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar ini berjaya meningkatkan kualiti komentari semasa aktiviti amali di dalam coach
persiaran karangan pelajar. Di samping itu, berdasarkan rumusan temu bual dengan
pelajar menunjukkan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar dapat
membantu pelajar merancang dalam pelbagai cara, antaranya untuk mencari fokus
yang lebih jelas, mengorganisasikan idea dengan lebih baik, memiliki idea yang jelas,
memasukkan idea yang lebih berkaitan dan tepat, dapat melakarkan idea yang banyak
dan dapat membuat promosi produk pelancongan dengan baik.
Bagi pelajar semester III Sijil Pelancongan dan Pengembaraan, pelajar hanya
mengambil masa 4 bulan sahaja untuk melengkapi pembelajaran mereka untuk satu
semester. Pada awal semester mereka diperjelaskan dengan terperinci tentang Kontrak
Pembelajaran yang terdiri daripada Topik 1 hingga Topik 4. Mereka perlu
memperlengkapkan kesemua topik bagi melayakkan mereka menjalani Penilaian
Berterusan projek secara kumpulan. Pensyarah menggunakan Magnatic Smart Note v2
Komentar Pelancongan Bandar ini sebagai kaedah tambahan pembelajaran di dalam
aktiviti latih tubi. Ia adalah untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran bagi
20 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
memudahkan pelajar memahami dan mereka dapat melihat gambar-gambar yang
dilampirkan dalam Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar ini.
Semasa aktiviti latih tubi ini berjalan pensyarah membuat pemantauan tentang
minat dan kosentrasi yang ditunjukkan oleh pelajar. Selain daripada itu, kefahaman
pelajar tentang laluan yang dilalui semasa aktiviti latih tubi semakin jelas dan mudah.
3.6 Penganalisaan Data
Penganalisaan Data dilakukan dengan memasukkan skor dari borang soal
selidik ke dalam SPSS untuk penghasilan graf. Seterusnya data tersebut akan diuji
dengan menggunakan kekerapan dan min skor.
Sesi pembelajaran menggunakan Keseluruhan fakta dan isi pelajaran yang terdapat
Magnatic Smart Note v2 Komentar dalam Magnatic Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar ini memenuhi Pelancongan Bandar adalah tersusun mengikut
keperluan Amali bagi Modul Komentar laluan semasa aktiviti Amali yang sebenar dan
Pemandu Pelancong dan menarik unik dengan adanya Augmented Reality (AR) di
mana pelajar dapat melihat video interaktif hanya
dengan scan nota tersebut
B4 KEKERAPAN PERATUS B5 KEKERAPAN PERATUS
TIDAK SETUJU 1 2.5 TIDAK SETUJU 1 2.5
KURANG SETUJU 6 KURANG SETUJU 8 20.0
SETUJU 15.0 SETUJU
SANGAT SETUJU 20 50.0 SANGAT SETUJU 24 60.0
Total 13 32.5 Total 7 17.5
40 100.0
40 100.0
21 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Gaya persembahan dalam Magnatic
Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar ini boleh
menarik minat saya belajar
B7 KEKERAPAN PERATUS
SANGAT TIDAK SETUJU 1 2.5
KURANG SETUJU 6
SETUJU 15.0
SANGAT SETUJU 20 50.0
Total 13 32.5
40 100.0
Saya boleh menggunakan Magnatic
Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar ini mengikut
kesesuaian masa saya.
B9 KEKERAPAN PERATUS
TIDAK SETUJU 1 2.5
KURANG SETUJU 3 7.5
SETUJU
SANGAT SETUJU 26 65.0
Total 10 25.0
40 100.0
22 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Pelajar merasa lebih yakin dengan Magnatic
Smart Note Komentar v2 Pelancongan
Bandar semasa aktiviti Amali berlangsung.
B11 KEKERAPAN PERATUS
KURANG SETUJU 5 12.5
SETUJU
SANGAT SETUJU 20 50.0
Total 15 37.5
40 100.0
Magnatic Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar mudah untuk
dibawa kemana sahaja kerana saiznya
yang kecil dan ringan dan sangat sesuai
dijadikan sebagai cenderahati bagi
pelancong untuk di bawa pulang ke
negara masing-masing.
B16 KEKERAPAN PERATUS
KURANG SETUJU 5 12.5
SETUJU
SANGAT SETUJU 15 37.5
Total 20 50.0
40 100.0
23 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
3.7 Pengedaran Set Soal Selidik
Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar Semester III Sijil Pelancongan dan
Pengembaraan. Sebelum responden diberikan soal selidik, mereka diberi peluang
untuk menggunakan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar yang
dihasilkan. Setelah itu, mereka dikehendaki menjawab soalan secara jujur terhadap set
soal selidik yang diedarkan.
Semasa mengedarkan set soal selidik, pensyarah memberi arahan bagaimana
untuk menandakan set soal selidik yang diedarkan dan setiap pelajar boleh bertanya
sekiranya menghadapi masalah semasa mengisi borang soal selidik.
3.8 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian atau Penilaian
3.8.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
Pensyarah memaparkan slide yang mengandungi Magnatic Smart Note v2
Komentar Pelancongan Bandar. Pelajar mendengar penerangan pensyarah
bardasarkan slide yang dipancarkan. Dalam aktiviti ini, pensyarah memerhatikan
bahawa pelajar-pelajar tertarik melihat Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar yang terpapar dalam slide yang dipancarkan. Pensyarah merasakan Aktiviti 1
ini berkesan kerana soalan yang ditanya berkaitan dengan Magnatic Smart Note v2
Komentar Pelancongan Bandar yang dipaparkan dapat dijawab dengan betul oleh
pelajar-pelajar.
3.8.2 Pelaksanaan Aktiviti 2
Pensyarah memberi gambar dalam bentuk slide untuk pelajar supaya
mendapatkan maklumat mengenai 30 pusat pelancongan yang berada di sekitar Kuala
Lumpur. Pelajar mengumpulkan maklumat dan berkongsi-kongsi maklumat dengan
rakan sekelas. Pelajar-pelajar didedahkan dengan sesi ulang kaji serta membuat
catatan sendiri pada nota masing-masing. Contohnya, pelajar-pelajar mengesan
perkara-perkara seperti tarikh ditubuhkan, yuran masuk, waktu operasi, nama arkitek
yang membina bangunan yang terlibat dan aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelancong
untuk dicatatkan pada nota masing-masing. Selain itu, pensyarah juga menyediakan
24 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
nota yang lebih terperinci bagi topik-topik tertentu dari semasa ke semasa. Pensyarah
memerhatikan bahawa pelajar-pelajar dapat mendapatkan maklumat yang penting
untuk dimasukkan dalam fail masing-masing. Aktiviti 2 ini berkesan kerana pelajar-
pelajar berjaya mengumpulkan maklumat yang diperlukan.
3.8.3 Pelaksanaan Aktiviti 3
Pensyarah memberi Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar
yang mengandungi topik-topik secara menyeluruh kepada pelajar-pelajar. Pelajar-
pelajar membaca secara senyap dan memahami nota yang diberikan. Pensyarah
mengadakan sesi komentar di dalam kelas untuk 5 minit bagi setiap pelajar sebelum
proses pengajaran- pembelajaran berakhir.
Diperhatikan separuh daripada pelajar dapat melakukan komentar menggunakan
fakta yang tepat dan berkesan. Teknik ini berkesan bagi membantu ingatan pelajar-
pelajar terhadap gambaran keseluruhan Komentar Pelancongan Bandar.
Pensyarah memerhatikan terdapat segelintir pelajar menggunakan Magnatic
Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar semasa pembelajaran dan ulang kaji
pelajaran mereka terutamanya ketika sesi amali. Walau bagaimanapun, terdapat
masalah bagi pelajar-pelajar yang tidak bersungguh- sungguh membuat latihan. Mereka
mengambil jalan pintas dengan bertanya fakta-fakta dari rakan-rakan lain tanpa banyak
berfikir.
25 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Lampiran
Soal selidik ini digunakan untuk tujuan kajian sahaja.
KAJIAN MENGENAI KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN
MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY
KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR
BAGI PELAJAR SEMESTER 3
SIJIL PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Bahagian A: Demografi
Tandakan (√ ) gred pemarkahan tersebut berdasarkan pemerhatian anda
1. Jantina Perempuan
Lelaki
2. Bangsa Cina India Lain-lain/nyatakan
Melayu
3. Umur
Bawah 12 tahun
13-20 tahun
21-30 tahun
31-40 tahun
50 tahun ke atas
4. Taraf pendidikan
UPSR
PMR
SPM
STPM
Sijil Kemahiran Iktisas
26 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
BAHAGIAN B:
Tandakan (√ ) gred pemarkahan tersebut berdasarkan pemerhatian anda.
BIL PERKARA GRED PEMARKAHAN
SANGAT TIDAK
SETUJU
TIDAK SETUJU
KURANG
SETUJU
SETUJU
SANGAT SETUJU
1 23 4 5
1. Sesi pembelajaran menggunakan Magnatic
Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar
ini memenuhi keperluan Amali bagi Modul
Komentar Pemandu Pelancong dan menarik.
2. Isi dan fakta dalam Magnatic Smart Note v2
Komentar Pelancongan Bandar ini
membolehkan objektif pembelajaran secara
Amali di dalam coach dapat dicapai.
3. Keseluruhan fakta dan isi pelajaran yang
terdapat dalam Magnatic Smart Note v2
Komentar Pelancongan Bandar adalah tersusun
mengikut laluan semasa aktiviti Amali yang
sebenar dan unik dengan adanya Augmented
Reality (AR) di mana pelajar dapat melihat video
interaktif hanya dengan scan nota tersebut.
4. Gaya persembahan dalam Magnatic Smart Note
v2 Komentar Pelancongan Bandar ini boleh
menarik minat saya belajar
5. Saya boleh menggunakan Magnatic Smart Note
v2 Komentar Pelancongan Bandar ini mengikut
kesesuaian masa saya.
6. Pelajar merasa lebih yakin dengan Magnatic
Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar
semasa aktiviti Amali berlangsung.
7. Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar memudahkan saya mengulangkaji
matapelajaran dengan cepat.
8. Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar memudahkan saya untuk
menyampaikan fakta yang berkesan dan
berkualiti semasa dalam coach persiaran.
27 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
9. Kaedah pembelajaran menggunakan Magnatic
Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar
ini sangat sesuai untuk saya kerana saya tidak
perlu membawa fail yang bayak dan berat.
10. Sarung Magnatic Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar ini mempunyai nilai
komersil yang unik di mana ia digabungkan
dengan elemen keychain dan juga magnet amat
sesuai untuk memastikan nota poket yang
digunakan lebih tahan lama dan mudah untuk
dijaga dalam tempoh yang lama.
11. Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar mudah untuk dibawa kemana sahaja
kerana saiznya yang kecil dan ringan dan
sangat sesuai dijadikan sebagai cenderahati
bagi pelancong untuk di bawa pulang ke negara
masing-masing.
12. Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar membolehkan saya melihat lokasi dan
laluan aktiviti Amali dengan lebih jelas walaupun
saya tidak biasa dengan kawasan sekitar Kuala
Lumpur kerana peta yang disediakan di
dalamnya.
13. Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar boleh digunakan walaupun saya telah
bekerja menjadi Pemandu Pelancong.
KOMEN / CADANGAN:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________
28 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
3.9 Rajah : Proses kerja
Menyediakan Magnatic Smart Note
v2 Komentar Pelancongan Bandar
dan borang soal selidik
Mengenalpasti jumlah pelajar
Semester 3 Sijil Pelancongan dan
Pengembaraan di Kolej Komuniti
Kuala Langat
Mengedarkan Magnatic Smart Note
v2 Komentar Pelancongan Bandar
dan borang soal selidik
Mengumpulkan semula borang
soal selidik
Memasukkan data dalam SSPS
dan membuat analisa
Keputusan, rumusan dan
cadangan kajian dibuat
berdasarkan hasil kajian yang
diperolehi
29 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
3.10 Carta Alir Proses Penghasilan Produk Inovasi
Penghasilan Magnatic Smart
Note dari nota buku rujukan,
internet ke dalam kertas
Artcard bersaiz 10x7cm
Penghasilan Magnatic Smart ULANG SEMULA
Note v2 yang menarik dan PROSES SEKIRANYA
ceria serta mempunyai fakta, ADA PENAMBAHAN
peta, video (Augmented NOTA
Reality) dan laluan ke Pusat
Pelancongan di sekitar Kuala
Lumpur
Setelah Magnatic Smart Note
v2 telah siap didalam kertas
bersaiz 10x7 cm, softcopy
akan dihantar ke kedai
percetakan.
Membuat finishing terhadap
produk setelah produk telah
siap dicetak dan boleh
diedarkan dan digunakan oleh
pengguna
Carta Alir 1: Proses penyediaan Magnatic Smart Note v2 -Komentar
Pelancongan Bandar
30 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
3.11 Langkah – langkah kerja
1. Open file
• CONTROL + N
• Tukar saiz kertas kepada saiz A3
2. Bahagi kertas mengikut saiz yang ditetapkan
• Ukuran – saiz [10 cm X 7 cm]
• Sebanyak 97 muka surat
31 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
3. Klik Rectangle Tools dan buat kotak sebesar saiz kertas bagi proses
memasukkan warna
4. Masukkan gambar @ text mengikut saiz yang telah disediakan.
I. Gambar
• File – place
• Gambar yang telah dipilih – Rectangle Tools – buat kotak
saiz 10 cm x 7 cm
• Pilih kedua-duanya – gambar dan kotak
• Right Klik – clipping mask
• Membuat Latar Pada Nota.
• Membuat Nombor Muka Surat.
II. Text
• Klik Type tools
• Buat kotak saiz 10 cm x 7 cm
• Memasukkan Text
• Font [ Helvertica, Size 6 ]
32 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Cover Page & Back Page
[Komentar Pelancongan Bandar Magnatic Smart Note V2 ]
33 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
5. Ulang langkah yang sama sehingga semua gambar di masukkan dalam kotak
yang disediakan. Nota Yang Telah Lengkap. Mempunyai 97 Muka Surat. Bersaiz
“10cm X 7cm”.
6. Save file
• CONTROL + SHIFT + S
• Tukar nama File
• Format ‘ Folder ..... file nama’
• Klik OK
34 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
7. Dengan menggunakan internet, masukkan http://maps.google.com.my di
ruangan address untuk mendapatkan paparan berikut
Ruang Address
8. Klik pada butang “get Direction”
35 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
9. Masukkan point A. Dalam hal ini ialah “ bangsar” dan point B (parlimen)
10. Setelah itu klik butang “Get Direction” untuk mendapat paparan berikut. Garisan
biru merupakan laluan kenderaan dari point A ke B
11. Masukkan point yang lain mengikut urutan seperti tadi untuk mendapatkan laluan
keseluruhan seperti berikut
36 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
12. Dengan menggunakan software “snipping tools” pada windows, peta tersebut di
potong dan salin . Kemudiannya di paste pada Microsoft Words seperti berikut.
Gambar bagi setiap lokasi perlancongan akan ditampal mengikut kedudukan
pada peta seperti berikut. Pada muka surat 88 terdapat maklumat mengenai
kawasan perlancongan berdasarkan peta. Peta tersebut kemudian di cetak pada
Artcard. Hasilnya adalah seperti alat maujud yang disertakan.
37 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Langkah kerja untuk memasukkan Augmented Reality (AR)
1. Open website - https://studio.aurasma.com/home
2. Log in ke dalam account
38 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
3. Create New Aura
4. Pilih dan upload Trigger Image dari file
39 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
5. Namakan fileTrigger
40 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
6. Pilih dan upload Overlay vidoe dari file
Save dan share dalam account Aura.
41 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Langkah kerja untuk muat turun Augmented Reality (AR) di dalam smart phone.
1. Open Play Store dan search HP Reveal
2. Muat turun dan install HP Reveal
42 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
43 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Langkah Penggunaan untuk Add User
44 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
3.12 Cara Penggunaan Magnatic Smart Note v2
Semudah namanya Magnatic Smart Note v2, pengguna hanya perlu
menyelak helaian nota yang kecil untuk melihat maklumat mengenai
latarbelakang, keistimewaan, bayaran, waktu operasi, alamat, cara ke pusat
pelancongan, nombor telefon pegawai untuk dihubungi serta peta (laluan
sepanjang laluan Kuala Lumpur) serta gambar-gambar dan video yang menarik.
Kemudian, pengguna hanya perlu baca sepintas lalu, fahamkan laluan
akan dilalui oleh coach captain dan seterusnya mempraktiskan komentar di
hadapan coach persiaran.
Pelajar juga boleh memuat turun aplikasi AR (Augmented Reality) di
dalam telefon pintar masing-masing, di mana vedio interaktif dibekalkan semasa
pelajar scan gambar-gambar yang disediakan dengan menggunakan telefon
masing-masing (seperti gambar di bawah).
Pelajar akan mendapat manfaatnya di mana Magnatic Smart Note v2
bukan hanya dapat memanfaatkan pelajar sahaja, malah organisasi di dalam
sektor pelancongan khususnya Pemandu Pelancong Bandar yang berlesen juga
dapat mendapat manfaatnya.
45 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
4.0 IMPAK PROJEK INOVASI TERMASUK KAITAN DENGAN TEMA
4.1 Ciri-ciri Penjimatan
Ciri-ciri penjimatan yang ada didalam produk ini adalah kos yang digunakan
adalah rendah serta mesra pengguna, penjimatan masa yang lebih effisien, penjimatan
tenaga, penjimatan peralatan semasa proses pdp. Dengan adanya laluan/peta serta
gambar lokasi pelancongan produk diatas Magnatic Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar ini adalah bersaiz kecil dan kompak. Oleh itu, ia dapat
menjimatkan ruang penyimpanan daripada nota rujukan bersaiz 30 x 7 cm kepada nota
rujukan bersaiz kecil. Selain itu, Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar ini menjimatkan masa pengguna dimana mereka tidak perlu menyemak nota
rujukan yang tebal hanya perlu menyemak nota rujukan yang saiz kecil dan berbentuk
peta minda dimana nota tersebut telah diringkaskan dan mengandungi maklumat yang
tepat.
4.2 Kepentingan Produk
i) Pelajar Semester III – Modul Komentar Pemandu Pelancong SPL 3044
Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar merupakan salah satu
alternatif PdP yang dapat digunakan oleh para pensyarah dalam mengajarkan
Komenter Pelancong Bandar- SPL 3044 dan produk ini merupakan satu-satunya
produk inovasi yang sangat berkesan yang boleh digunakan oleh Persatuan Pemandu
Pelancong Malaysia terutamanya ketika menghadapi peperiksaan On Coach di bawah
Kementerian Pelancongan Malaysia.
Penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar mampu
menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, dengan
menggunakan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar, para pelajar
akan terlibat secara aktif dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Selaras dengan pendapat Mukerjea (1996) dan Steele (2005) yang
46 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
menyatakan bahawa penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar boleh menyeronokkan pelajar.
Selain itu menurut Mukerjea (1996), penggunaan Magnatic Smart Note v2
Komentar Pelancongan Bandar ini juga mampu menjimatkan masa dan mudah untuk
mengingat. Manakala Steele (2005) menambah bahawa Magnatic Smart Note v2
Komentar Pelancongan Bandar bertambah kesannya jika pengajaran tersebut
dilakukan secara berkumpulan.
ii) Implikasi Terhadap Pengajaran Pensyarah
Prestasi pelajar meningkat berbanding pelajar kumpulan kawalan dengan
menggunakan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar. Olahan
PdP menggunakan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar
terbukti memberi kesan yang positif bukan sahaja terhadap pencapaian pelajjar,
akan tetapi juga terhadap pengajaran pensyarah. Selain itu, implikasi kajian ini
memerlukan para pensyarah melakukan anjakan daripada pengajaran yang hanya
berpusatkan kepada peperiksaan kepada pengajaran yang mempelbagaikan
pendekatan. Di samping itu, dengan menerapkan Magnatic Smart Note v2
Komentar Pelancongan Bandar dalam PdP bukan sahaja dapat meningkatkan
kemahiran komentar pelajar secara berkesan, akan tetapi juga membuatkan
suasana PdP lebih menyeronokkan.
iii) Implikasi Terhadap Bahan Pengajaran (PdP)
Dapatan kajian membuktikan bahawa Magnatic Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar merupakan bahan pengajaran penting dalam PdP pelajar.
Kajian juga membuktikan bahawa bahan pengajaran yang berbentuk visual bukan
sahaja memudahkan para pelajar mengingat idea-idea penting akan tetapi turut
memudahkan pelajar menghuraikannya. Hal ini selaras dengan kenyataan Ismail
(2009) yang menyatakan bahawa bahan-bahan grafik dan gambar-gambar yang
47 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
dilukis mampu merangsang pemikiran, memudahkan pemahaman dan
mengukuhkan daya ingatan para pelajar.
Di samping itu, penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar sebagai bahan pengajaran akan menjadikan pengajaran lebih
menarik dan memberi ruang kepada pelajar terlibat secara aktif. Keaktifan pelajar
dalam mengikuti pengajaran tentunya merupakan petanda positif terhadap
pencapaian pembelajaran mereka. Kepuasan pensyarah terhadap pencapaian
pelajar membuka ruang untuk menggunakan kreativiti di samping PdP tanpa rasa
bosan.
iv) Kursus pendek
Kolej Komuniti banyak menyediakan kursus-kursus pendek kepada
masyarakat setempat bagi meningkatkan pengetahuan seterusnya memberi
pendapatan tambahan daripada kursus-kursus pendek yang telah disertai. Oleh itu,
produk ini sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran dan nota rujukan kepada
peserta-peserta kursus pendek Pemandu Pelancong Bandar yang dijalankan di
Kolej Komuniti.
v) Pensyarah
Para pensyarah Program Pelancongan dan Pengembaraan di Kolej Komuniti
lain seluruh Malaysia boleh menggunakan produk ini sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran. Selain boleh digunakan untuk Modul Komentar Pemandu
Pelancong SPL 3044 untuk pelajar Sijil Pelancongan Semester 3, produk ini juga
boleh digunakan untuk subjek didalam Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
seperti Operasi Agensi Pelancongan dan Pengangkutan Pelancongan.
vi) Individu yang menjadi ‘Pemandu Pelancong Bandar’
Produk ini boleh menjadi nota poket yang boleh dirujuk semasa mereka
menjalankan tugas sebegai Pemandu Pelancong Bandar. Ia sebagai rujukan dan
peringatan sekiranya ada peorsedur-prosedur yang tertingal untuk dilakukan.
48 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Dengan adanya Magnetic Smart Note v2 ini mereka boleh membuat ‘checklist’ setiap
kali mereka menjalankan tugas.
Produk ini merupakan satu-satunya produk inovasi yang terdapat di
Malaysia selain daripada brosure, phamplet dan fliers yang sangat berkesan yang
boleh digunakan oleh Persatuan Pemandu Pelancong Malaysia terutamanya ketika
menghadapi peperiksaan On Coach di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia.
vii) Agensi pelancongan
Agensi-agensi pelancongan di Malaysia banyak menjual pakej-pakej
pelancongan yang menawarkan harga yang menarik. Pelancong-pelancong Malaysia
juga telah ramai yang melancong ke luar Negara. Oleh itu, agensi pelancongan
memerlukan lebih ramai Pemandu Pelancong Bandar yang berdedikasi dan komited
secara sambilan. Produk ini sangat sesuai diberikan kepada Pemandu Pelancong
Bandar yang telah dilantik secara sambilan itu dan mereka boleh merujuk semua
maklumat dan laluan pusat pelancongan di sekitar Kuala Lumpur sebelum, semasa
dan selepas membawa kumpulan pelancong.
4.3 Perbandingan aktiviti latih tubi sedia ada dengan aktiviti latih tubi Komentar
Bandar yang dibuat inovasi
Bil Latih Tubi Sedia Ada Latih Tubi Inovasi Hasil Inovasi
1. Pembelajaran latih tubi Pembelajaran berinovasi Perubahan PdP
secara tradisional dan kreatif
2. Latih tubi menggunakan Latih tubi menggunakan Bahan yang tersusun
bahan-bahan daripada hasil inovasi yang dan lebih menarik
internet, bahan rujukan dan mempunyai maklumat- serta menjimatkan
phamplet-phamplet yang maklumat dan gambar masa.
dicari sendiri oleh pelajar lokasi yang menarik dan
tanpa disusun dengan teratur teratur.
dan kemas.
49 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
3. Latih tubi di dalam bas Latih tubi di dalam bas Pelajar mempunyai
menghadkan fakta pelajar memberikan idea dan lebih idea dan dapat
dan ketelitian mereka fakta-fakta yang tepat menerangkan fakta-
terbatas kerana melakukan mengikut bahan yang fakta yang penting.
komentar mengikut hasil terdapat dalam magnatic
bahan yang diperolehi dan smart note v2 dan dapat
kadangkala mereka lupa menguasai laluan
menerangkan fakta-fakta pelancong.
yang penting.
4. Tahap keyakinan pelajar Tahap keyakinan pelajar Pelajar lebih
berada pada paras yang berada pada paras yang berkeyakinan dan
minima kerana selalu lupa tinggi kerana mempunyai pelajar lebih bersedia
dengan fakta yang perlu fakta yang tepat dan dari segi mental dan
diterangkan semasa mempunyai idea tentang fizikal.
komentar. lokasi yang dilalui.
5. Pelajar sentiasa risau dan Pelajar seronok dan Suasana
takut setiap kali perlu sentiasa menjadi pembelajaran semakin
membuat komentar di dalam sukarela untuk membuat seronok.
bas kerana kurang fakta dan komentar di dalam bas
tidak biasa dengan laluan kerana fakta-fakta yang
yang dilalui. sedia ada dan pelajar
mengetahui laluan yang
dilalui.
4.4 Faedah dan Kepentingan Projek Inovasi
Selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan lebih ramai tenaga separuh
mahir di Malaysia, Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar secara
interaktif telah diwujudkan bagi memenuhi permintaan penduduk setempat terutama
bagi mereka yang baru hendak mengenali dan mempelajari ilmu berkenaan.
50 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Peserta yang memohon untuk menyertai kursus ini memerlukan kemahiran asas
seperti ini adalah amat diperlukan bagi mereka untuk mencari pekerjaan yang mana ia
merupakan nilai tambah dalam kemahiran.
Zaman kini, masyarakat mahukan suatu konsep pembelajaran yang efektif dan
berkesan. Selaras dengan saranan kerajaan yang menggalakkan pembelajaran
sepanjang hayat, Kolej Komuniti menjadi salah satu hub penyampaian ilmu terus
kepada masyarakat setempat. Kolej Komuniti Kuala Langat merupakan pusat pengajian
berteraskan komuniti.
Bahan bagi menghasilkan Magnatic Smart Note v2 ini hanyalah menggunakan
artcard bersaiz 30x7 cm sahaja. Ia amat menjimatkan. Modul latihan ini dibina
berdasarkan kepada Modul Komentar Pemandu Pelancong SPL 3044 untuk pelajar Sijil
Pelancongan Semester III dengan pelbagai fakta yang menarik. Melaluinya ia mudah
dipelajari oleh peserta dan pelajar. Modul ini juga dapat digunakan sebagai langkah
permulaan dalam memperkenalkan bidang pelancongan di Negara ini.
Melalui pengalaman peserta yang telah mengikuti kursus ini, kebanyakkan
mereka mempunyai tujuan yang sama iaitu mahu memajukan diri dengan memilih
pemandu pelancong Bandar sebagai kerjaya dan punca pendapatan bagi mereka.
Menyedari tentang bidang ini boleh member pulangan yang lumayan, mereka
mengambil manfaat dari kursus asas yang dijalankan di kolej ini sebelum mereka
melanjutkan pelajaran untuk menjadi seorang pemandu pelancong Bandar yang
berlesen. Jadi melalui kursus ini, impak yang terhasil adalah:
i. Memudahkan tenaga pengajar membawa kit ini kemana sahaja
ii. Peserta lebih mudah memahami pembelajaran ini kerana ia dilengkapi
dengan gambar dan fakta
iii. Boleh membuat ulangkaji seberapa kerap yang mungkin melalui Magnatic
Smart Note v2 ini
iv. Mudah untuk mengingati setiap laluan semasa latih tubi dijalankan
51 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Kesimpulannya melalui penghasilan Magnatic Smart Note v2 Komentar
Pelancongan Bandar ini proses pembelajaran menjadi lebih mudah dan menarik. Masa
pembelajaran juga dapat disingkatkan. Pembelajaran menjadi lebih mudah difahami
dan diingati. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi modul ini dapat ditambah
nilainya dengan adanya Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar ini.
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan dapatan daripada eksperimen komentar yang dijalankan semasa
pelajar berada di dalam coach persiaran terhadap 46 responden di Kolej Komuniti
Kuala Langat, beberapa cadangan penambahbaikan boleh diaplikasikan bagi Magnatic
Smart Note v2. Cadangan penambahbaikan tersebut adalah seperti berikut:
i. Mendapatkan responden bukan sahaja daripada kalangan pelajar
Pelancongan dan pengembaraan di KKKL tetapi juga pengguna dari luar
seperti pekerja di agensi kerajaan mahupun swasta dan pensyarah yang
mengajar Komentar Pemandu Pelancong;
ii. Mendapatkan pandangan dari Pusat Latihan yang menawarkan lesen
yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dari segi isi kandungan
produk kerana Pusat Latihan yang mempunyai maklumat yang jelas
mengenai Pemandu Pelancong yang berlesen;
iii. Mendapatkan pandangan dari pereka grafik profesional bagi memberi
maklumbalas berkenaan susunatur dan grafik dalam Magnatic Smart Note
v2; dan
iv. Dihasilkan menggunakan peralatan khas supaya dapat dikomersialkan
dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna tanpa mengira
batasan jarak dan tempat di mana mereka berada sama ada di Kolej
Komuniti ataupun pengguna luar.
52 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Penggunaan peta konsep adalah suatu kaedah dan cara bagi membantu pelajar
dalam proses pembelajaran mereka. Walaupun kaedah ini berjaya membantu
kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas, masih
mempunyai kelemahan dalam membantu pelajar meningkatkan daya ingatan jangka
panjang dan semasa menjawab soalan ujian. Kelemahan ini mungkin boleh dibaiki
dengan mengajar pelajar membina peta konsep sendiri bagi tajuk-tajuk tertentu dan
sentiasa memberi galakan kepada mereka membaca untuk mengulangkaji latihan
lembaran kerja peta konsep dan peta konsep yang diberi oleh guru.
Bagi meningkatkan daya ingatan pelajar tentang fakta dan laluan pusat
pelancongan di sekitar Kuala Lumpur pensyarah mungkin boleh mengadakan satu
kajian dengan menggunakan aktiviti “ujian lima minit‟ sebelum pengajaran dan
pembelajaran. Ujian lima minit ini merangkumi topik yang telah dipelajari dan dilakukan
sebelum pengajaran dan pembelajaran tajuk yang baru. Perbincangan jawapan secara
ringkas mungkin membantu ingatan pelajar.
53 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
6.0 KESIMPULAN
Penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan Bandar juga
begitu signifikan dengan objektif yang hendak dicapai oleh pihak Kementerian
Pendidikan melalui sistem pendidikan negara abad ke-21, iaitu SPN 21.Kemahiran
berfikir yang diterapkan ke dalam kurikulum sekolah dihasratkan agar para pelajar
dapat mengadaptasikan pembelajaran sepanjang hayat.
Oleh yang demikian, berdasarkan keperluan tersebut menunjukkan akan
kepentingan para pensyarah diberikan latihan-latihan khusus seperti bengkel atau
kursus singkat mengenai penggunaan Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar dalam pengajaran dan pembelajaran para pelajar. Dengan adanya latihan
berkenaan akan dapat memberi peluang kepada pensyarah untuk
mengimplementasikan PdP komentar Pemandu Pelancong dengan lebih berkesan.
Selain didedahkan dengan penggunaan peta minda secara tradisional (lakaran
tangan), pensyarah juga perlu didedahkan dengan penggunaan Magnatic Smart Note
v2 Komentar Pelancongan Bandar secara interaktif agar PdP lebih menyeronokkan.
Pendedahan pensyarah terhadap Magnatic Smart Note v2 Komentar Pelancongan
Bandar secara interaktif memberikan dimensi baru kepada pengajaran komentar, iaitu
dengan meletakkan peta, laluan dan fakta-fakta pusat pelancongan Kuala Lumpur
dalam PdP.
Pendedahan ini adalah perlu bukan sahaja bagi menjamin aspek meningkatkan
kemahiran komentar pelajar di dalam coach persiaran, akan tetapi juga mampu
meningkatkan tahap profesionalisme para pensyarah itu sendiri.
54 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
7.0 LAMPIRAN
55 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Cara Scan AR
56 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
Sebagai bahan rujukan bagi projek Inovasi unit Perakaunan dan unit
Pelancongan:
57 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
SURAT PERAKUAN DARI PIHAK INDUSTRI (PEMANDU PELANCONG BANDAR)
58 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
PERAKUAN ISBN
59 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
PANDAFTRAN HAK CIPTA
60 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
KEJAYAAN YANG DIPEROLEHI
61 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
PRODUK
62 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
AKTIVITI PDP
63 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
64 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA
[MAGNATIC SMART NOTE V2 THROUGH AUGMENTED REALITY -
LAPORAN PROJEK INOVASI KOMENTAR PELANCONGAN BANDAR]
PEMBELI MAGNATIC SMART NOTE V2
65 KOPPIS’18 MASTURA KKKLA