The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itasukri, 2020-12-24 01:26:55

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Lynn Safiya

“Sorang je?” Soalan daripada Elhan
memancing suatu jawapan. Sejak tadi dia
melarang dirinya daripada berlegar di ruangan
makmal. Tidak mahu bertembung dengan Qisna.
Namun hatinya tetap tertanya-tanya.

Aidil mengerti.
“Hmmm... dah lama sorang.”
Berkerut dahi Elhan.
“Dia dah lama takde, bro. Dia dah tak
kerja kat hospital ni,” jelas Aidil. Tak perlu
diperincikan gerangan si ‘dia’ yang dimaksudkan
oleh Aidil. Dia tahu Elhan bertanyakan tentang
Qisna.
“What?”
Aidil mengangguk.
“Dia bagi 24 hours notice dulu. Masa tu
dia masih dalam probation jadi dia bolehlah
resign macam tu. Dia dah takde kat KL ni.”
“Sejak bila?” soal Elhan.
“Beberapa hari lepas kau jumpa dia kat
hospital masa dia pengsan tu.”
Menggigil terasa tubuh Elhan. Sungguh
dia tak tahu. Perlukah dia berasa bersalah? “Dia
balik kampung ke?”
“Sorry, bro. Aku tak boleh cakap apa-apa.
Tapi tak perlu risau, she’s okay. She just needs to

601

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

rediscover herself. Benda tu, aku tak boleh nak
tolong. Jadi aku terpaksa biarkan dia pergi.”

“Macam mana kau tahu dia okey?” tanya
Elhan lagi.

Aidil tersenyum.

“Aku tahu... sebab aku kawan dia...”

Walaupun Elhan tidak suka akan jawapan
daripada Aidil itu, namun dia terpaksa terima.
Aidil merupakan teman rapat Qisna sedangkan
dia bukan sesiapa pun buat bekas isterinya itu.

“Aku gerak dulu. Aku ada patient. Take
care,” ucap Aidil. Mereka kembali bersalaman.

Elhan mencari kerusi yang terdekat lalu
melabuhkan duduk. Dia meraup wajah. Badan
dihempaskan ke dinding kerusi. Sudah setahun
wajah Qisna tidak ditatap. Sudah setahun mereka
berpisah buat kali yang kedua. Dan setahun jua
dia menahan diri daripada bertanyakan apa-apa
berita tentang Qisna. Tahu-tahu saja Qisna sudah
tiada di kota raya ini.

Perjumpaan mereka yang terakhir bermain
di ruang mata. Segalanya masih segar di ingatan.
Setiap riak wajah, setiap gerak tubuh Qisna masih
terlayar di ruang mata. Sayunya tangis Qisna
ketika itu juga tidak mampu dilupakan. Apakah
dia bersalah kerana telah memenangkan rasa
sakit dan terkilan di hatinya ketika itu? Rasa ketat

602

Lynn Safiya

di dada memberikan jawapan yang dicari-cari.
Elhan mengeluh sendiri.

“TAHNIAH, ABANG...”
Aidil berpaling. Lebar senyuman di

bibirnya. “Qis! Qis datang pun. Abang ingatkan
Qis tak dapat datang.” Teruja sungguh nada suara
Aidil.

Manis senyuman di bibir Qisna. “Takkan
Qis nak miss majlis abang. Lagipun, hari-hari
Ina ingatkan Qis. Marah dia nanti kalau Qis
tak datang.” Qisna menyebut nama teman
sekolahnya, Zarina, merangkap adik kepada
Aidil. Bahagia Qisna melihat Aidil dengan
busana baju Melayu putih lengkap bersongkok
dan bersamping. Aidil berkahwin dengan teman
sepejabat Zarina. “Tapi kenduri kat kampung
nanti, Qis tak dapat nak balik tau bang. Sebab Qis
tak boleh nak selalu sangat ambik cuti. Sebab tu
Qis cuba jugak datang ke majlis abang yang kat
KL ni.”

“Takpe, Qis. Abang faham. Qis dapat
datang hari ni pun abang dah happy sangat.”

“Handsome sungguh abang hari ni. Qis
doakan abang akan bahagia hingga ke akhir

603

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

hayat.” Tulus Qisna berdoa buat Aidil.
“Terima kasih, Qis. Amin...”
Manis mereka berbalas senyuman.

Senyuman penuh keikhlasan daripada seorang
sahabat buat sahabat yang lain.

“Qis dah jumpa isteri abang?” soal Aidil.
“Dah, abang. Ina yang kenalkan tadi. Ni
Qis dah nak balik.”
“Nak balik macam mana?”
“Naik Grab je. Kat kawasan masjid ni
takde public transport.”
Aidil mengangguk. “Bila Qis nak balik ke
sana?”
“Hmmm... Qis ambik cuti 3 hari. Tumpang
kat rumah kawan kat KL ni untuk 2 hari. Lepas tu
baru balik ke sana.”
“Sebelum Qis balik ke sana, kita jumpa
makan-makan dulu okey?” ajak Aidil. Sudah
lama mereka tidak bertemu. Pasti banyak yang
ingin diceritakan oleh Qisna dan juga dirinya.
Laju Qisna mengangguk. Tambah mekar
senyuman di bibir. “Boleh, bang. Nanti ajak isteri
abang sekali ya?”
Mereka berpamitan sebelum Qisna
meninggalkan dewan utama di sebelah masjid.
Kelibat Zarina dicari. Ingin mengucapkan

604

Lynn Safiya

selamat tinggal sebelum dia menghubungi
perkhidmatan Grab. Pandangan ditebar dan
leher dipanjangkan namun masih gagal mencari
teman sekampungnya itu. ‘Mana Ina ni?’

“Assalamualaikum...”

Kaku tubuh Qisna tiba-tiba. Jantung
sudah bergendang tidak menentu. Dia kenal
akan suara itu. Kenal sangat! Perlahan-lahan
dia memalingkan tubuh seraya mendongak.
“Waalaikumussalam...”

“Apa khabar, Qis?”

“Ba... baik...” Gagap. “Apa abang buat kat
sini?”

“Abang dapat jemputan daripada Aidil.
Sama macam Qis,” jelas Elhan. Redup pandangan
matanya yang tumpah ke wajah Qisna.

“Oh...” Aidil mengajak Elhan? Mengapa
dia tak tahu?

Sukar bagi Qisna untuk melawan
pandangan daripada Elhan. Apakah lelaki ini
datang bersendirian atau berteman? Tiba-tiba
Qisna terkenangkan wanita yang bergandingan
dengan Elhan di restoran suatu ketika dahulu.
Dan jika benar Elhan sudah berteman, tak manis
mereka dilihat saling bertentangan mata begini.
Ada hati yang mungkin tergores. Qisna cuba
mencari bait kata yang sesuai untuk ditinggalkan

605

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

buat Elhan sebelum berlalu.

“You look well,” komen Elhan sebelum
Qisna bisa bersuara.

Sihat? Mungkin secara fizikal dia memang
sihat, namun daripada segi mental, hanya Allah
yang tahu.

Dan adakah Elhan dalam keadaan yang
baik? Wajahnya nampak lebih serius daripada
dahulu tapi masih jua tampan seperti sebelum ini.
Segak bergaya berbaju Melayu bagi menghormati
majlis akad nikah yang diadakan di masjid.

“So, where have you been hiding all this
time?” soal Elhan.

“Hiding? Qis tak bersembunyi kat
mana-mana pun. Ada je... Kawan-kawan dan
keluarga Qis semua tahu Qis kat mana.” Tanpa
sedar, nada suara Qisna seakan menyindir.
Seolah-olah mencanangkan hakikat bahawa
Elhan seorang saja yang tak tahu di mana dia
berada.

Terjongket kening Elhan. Kalau benar
ada, mengapa nama Qisna tidak tersenarai
sebagai kakitangan dalam mana-mana hospital
atau klinik kesihatan di seluruh Malaysia ini?
Sehandal mana pun si penyiasat persendirian
yang dilantik, mereka tetap gagal menjejak bekas
isterinya itu.

606

Lynn Safiya

“Errr... Qis balik dulu...” ujar Qisna.
Semakin tidak selesa dengan Elhan.

“Why? Is there someone waiting for you at
home?” Giliran Elhan menyindir Qisna. Tak tahu
mengapa, emosinya begitu terganggu dengan
sikap acuh tak acuh Qisna kini. Walaupun Qisna
berdiri kurang 2 kaki di depannya, namun wanita
itu seolah-olah begitu jauh untuk didekati. Tidak
semesra ketika mereka bertemu buat pertama
kali setelah bercerai ketika di hospital dulu. Tidak
terkesan langsungkah Qisna bertemu kembali
dengannya begini?

Hairan Qisna dengan sikap Elhan.
Tiba-tiba saja berubah. “Rasanya, abang takde
hak nak tanya Qis soalan tu. Tapi... kalau pun Qis
ada seseorang yang tengah tunggu Qis, tu bukan
masalah abang kan?”

Elhan mengetap gigi. Bergerak-gerak
rahangnya. Tiada apa yang berubah nampaknya.
Qisna masih tegar menjunjung ego!

Qisna menggigit bibir. Kesal melanda
seluruh jiwa sebaik saja dia menuturkan kata-kata
itu. Bukan begini dia mahu berbicara dengan
Elhan. Kali terakhir mereka berjumpa sebelum
berpisah setahun yang lalu, seharusnya menjadi
pengajaran kepada dirinya. Dia yang bersalah
selama ini menyimpan dendam dan menghukum
orang yang tidak sewajarnya menerima hukuman.

607

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Jadi mengapa perlu dia bersikap begini?

“Maaf... Qis tak maksudkan macam
tu,” ucap Qisna perlahan. Dia mengeluh kecil.
Sebelum dia berkata sesuatu yang lebih teruk
lagi, lebih baik dia beredar. “Qis pergi dulu. Qis
ada hal.”

“Running away again?” tahan Elhan
sebelum sempat Qisna melangkah.

Keluhan dilepaskan sekali lagi. “Tak
kisahlah kalau Qis nak lari ke, nak menyorok ke...
biar jelah... Qis tak kacau hidup abang pun.” Dan
sekali lagi Qisna cuba berpaling.

“Tulah masalahnya! Hidup abang jadi
lebih kacau bila Qis hilang!” Luahan daripada
Elhan membuat Qisna mendongak. Wajah Elhan
ditatap. Betulkah deria telinganya tadi?

Qisna membasahkan bibir dengan hujung
lidah. Takut untuk berharap. Bimbang seandainya
dia menghancurkan sekali lagi peluang yang
terbentang buatnya. Jika tak semua orang bisa
mendapat peluang kedua, apakan pula peluang
ketiga? Lagipun, dia tak sanggup seandainya
Elhan sudah bertemu dengan pengganti dirinya.
Daripada hatinya menjadi lebih sakit daripada
sebelum ini, baiklah dia pergi saja.

“Qis tak faham... Abang kata dulu... ”

“I know what I said,” cantas Elhan tidak

608

Lynn Safiya

mahu Qisna mengungkit kata-katanya dulu.
Kali ini Elhan pula melepaskan keluhan berat.
“Abang tunggu Qis tahan abang, tapi Qis biar je
abang pergi. Abang tunggu Qis cari abang tapi
sebaliknya, Qis lari! You gave up on me, on us,
way too easily... Dari dulu Qis macam tu. You
never fought for us,” tuduh Elhan.

Benar! Tuduhan Elhan benar belaka! Dia
memang mudah mengaku kalah. Mudah saja
dulu dia meminta perpisahan, konon-konon
untuk mengelakkan Elhan daripada dianggap
anak yang derhaka. Dia hanya melayankan rasa
sakit di hati dan betapa dia terseksa, namun
tak pernah berfikir tentang kesengsaraan yang
ditanggung oleh Elhan. Ya! Kini dia boleh
mengakuinya. Dendam yang disimpan buat Puan
Maria membuat Qisna menghukum Elhan yang
tidak pernah bersalah.

Mata Qisna berkaca. Dia menelan liur.

“Abang hanya duga Qis masa Qis sakit
kat hospital tu. Tapi Qis tak ambik peluang yang
ada untuk berterus-terang dengan abang. Sekali
lagi Qis biarkan abang pergi macam tu je.” Elhan
menggeleng kepala. Mempamerkan betapa dia
kecewa dengan sikap Qisna yang hanya tahu
melindungi hatinya sendiri tanpa memikirkan
hati dan perasaannya.

“Kalau Qis masih belum mampu berubah

609

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

sejak kita berpisah ni, takde apa lagi yang boleh
abang harapkan. So let’s just say goodbye now,
once and for all. I need to have closure in my
life,” tutur Elhan. Sudah lama dia berharap.
Sudah lama dia menunggu. Cukuplah...

Lama Elhan merenung jauh ke dalam
anak mata Qisna yang basah. Ingin menatap
wajah Qisna buat kali yang terakhir. ‘Selamat
tinggal, sayang...’ ucapnya dalam hati. Dan Elhan
pun memalingkan tubuh. Lemah kaki yang
melangkah. Satu... dua... tiga...

“Abang, tunggu!” seru Qisna sedikit kuat.
Pegun kaki Elhan namun dia tidak
berpusing.
“Tolong jangan pergi, abang...” rayu Qisna.
Kali ini Elhan berpaling. Wajah Qisna
sudah lencun. Dan terdetik sekelumit harapan di
hati...
Dan dari jauh, Aidil hanya mampu
memandang. Doa dititipkan buat sahabatnya.
Dia yakin setahun sudah cukup untuk Qisna
menyedari kekhilafan diri kerana melepaskan
peluang yang pernah diberi. Semoga usahanya
yang tak seberapa ini dapat merawat kembali dua
hati yang saling tersakiti... dan menyatukan dua
hati yang masih saling mencintai...

610

Lynn Safiya

Bab 12

SEPI... Sejak Qisna bersetuju menaiki
kereta Elhan ini, mereka hanya
membisu. Elhan tidak mahu bersuara kerana
mahu Qisna yang memulakan semuanya,
sementara Qisna masih mencari semangat dan
kekuatan untuk membuka peti hatinya yang
sudah berkarat dimamah waktu.
Melihat Qisna masih tidak bersuara,
Elhan menghalakan kereta ke kawasan Tasik
Titiwangsa. Kereta diparkir dan enjin kereta
dimatikan. Qisna mengikut langkah Elhan keluar
dari kereta. Pada waktu hujung minggu begini,
kawasan tasik memang sibuk dengan mereka
yang beriadah. Duduk Qisna dan Elhan di atas
bangku batu sambil menghadap tasik. Jarak
sekaki yang memisahkan mereka, terasa begitu

611

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

besar sekali.

Qisna mengilas pandang ke arah kanan.
Sedar yang dia perlu berkata sesuatu. Elhan
masih menebarkan pandangan tepat ke hadapan.
Tiada reaksi. “Errr... kita duduk berdua-duaan
macam ni, takde orang yang marah ke nanti ya?”
Teragak-agak Qisna menyoal. Mahu memancing
status terkini Elhan.

Barulah Elhan memalingkan kepala ke
arah kiri. “Kalau ada, kenapa?” cabar Elhan. Tiada
kemesraan pada nada suara Elhan. Mahu Qisna
bekerja keras kali ini. Mahu melihat sejauh mana
Qisna mahu berjuang untuk mendapatkannya.

“Kalau ada... Qis rasa tak guna kita
bercakap apa-apa lagi,” putus Qisna.

“Maknanya, kalau abang dah ada
pengganti Qis, Qis takkan cakap apa yang Qis nak
cakap pada abang?”

Qisna mengangguk. “Qis tak nak sakitkan
hati sesiapa...”

“Kecuali hati abang kan?” sindir Elhan.
“How typical of you!”

“Bukan macam tu... Qis nak tahu je...”

“Okey! Katalah abang masih single, Qis
nak cakap apa sekarang ni?” duga Elhan. Mata
tak lepas daripada wajah Qisna.

Qisna meramas-ramas tangan di atas

612

Lynn Safiya

paha. Gugup!

“Qis... Qis nak minta maaf dengan abang
dan Qis nak tanya masih ada ke peluang untuk
Qis kembali dalam hidup abang?” Perlahan Qisna
bersuara. Ego yang dipertahankan dulu sudah
lama runtuh. Runtuh bersama sikap degil dan
angkuhnya.

“Kalau Qis nak abang berikan peluang tu,
kenapa Qis lari dan tunggu sampai lama macam
ni?” Elhan masih tak puas hati dengan tindakan
Qisna yang pada fikirannya amat mementingkan
diri sendiri.

Qisna tunduk menekur tangan. “Banyak
sebabnya, abang...” keluh Qisna. “Satu, Qis malu.
Malu sebab macam-macam Qis pernah cakap
kat abang dulu. Qis dah moved on la. Qis tak
perlukan abang la. Dua, Qis takut. Takut nak
bersemuka dengan abang. Sebab abang nampak
macam dah benci kat Qis lepas apa yang Qis dah
buat dan cakap pada mama. Tiga, Qis ingat abang
dah ada pengganti Qis dan Qis sengaja guna
alasan tu untuk jauhkan diri daripada abang.
Tapi yang sebenarnya, Qis sendiri tak tahu apa
yang Qis nak. Qis yakin sangat Qis boleh hidup
tanpa abang, yang Qis kuat... tapi... hidup Qis
tak pernah tenang. Qis masih lagi teringatkan
abang...” Panjang luahan hati Qisna kali ini.

Mungkin dirinya bakal dikecewakan

613

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

kerana Elhan masih berteka-teki tentang status
dirinya. Namun, sekurang-kurangnya dia sudah
mampu berterus-terang dan menerima perasaan
sebenarnya. Sampai bila harus dia menipu
dirinya sendiri?

“Tapi... Qis sedar yang mungkin Qis dah
terlambat. Kalau abang dah ada pengganti Qis,
Qis harap abang boleh lupakan semua yang Qis
baru cakap ni. Qis tak nak abang rasa tersepit
atau terbeban...” sambung Qisna.

Hebat degupan jantung Elhan. Tidak
menjangkakan Qisna berani meluahkan apa yang
dinantikan selama ini. Namun riak wajahnya
tetap kekal bersahaja. Seolah-olah curahan hati
Qisna tidak membawa maksud apa-apa.

“Jadi, Qis ke mana selama ni?” soal Elhan
ingin tahu.

Qisna menelan liur. Tahu apa yang bakal
menyusul. Dan dia menelan rasa kesal apabila
Elhan langsung tak mengendahkan pengakuan
hatinya. “Qis kerja kat Kuantan. Qis tak kerja kat
hospital. Tapi Qis kerja kat nurseri...”

“Nurseri?” Terkejut Elhan.

Qisna mencari mata Elhan. Dia tersenyum
kecil. “Anak sendiri tak reti nak jaga, anak orang
sibuk nak jaga kan?” sinis Qisna mengenakan
dirinya sendiri.

614

Lynn Safiya

“Qis...” bisik Elhan. “Don’t say that...”

Pandangan kembali dihalakan ke
hadapan. “Mungkin betul cakap mama. Kalaulah
Qis berhenti je kerja dan jadi suri rumah, kita
mungkin masih ada Maira. Tapi berdosa pulak Qis
bila fikir macam tu sebab seolah-olah tak terima
takdir Allah. Masa tu Qis fikir, Qis nak habiskan
kontrak dengan KKM, Qis nak ada gaji sendiri
untuk bantu mak dengan ayah kat kampung, jadi
Qis fikir Maira akan selamat dengan pengasuh.
Tapi Qis salah...” Terkebil-kebil mata Qisna
menahan tangis.

“Tak Qis... Qis tak bersalah... Dah sampai
ajal Maira...”

“Jadi Qis resign dari kerja hospital dan
Qis cuba cari ketenangan kat tempat orang. Qis
sibuk jaga baby orang lain untuk hilangkan rasa
bersalah dan rindu Qis pada Maira.” Terlepas
esakan kecil daripada bibir Qisna. Dia kembali
tunduk. “Dan Qis perlukan masa untuk jauh
daripada semua orang... terutamanya abang...”

Berat keluhan yang dilepaskan oleh
Elhan. “Abang tak pernah salahkan Qis atas
kematian Maira. Arwah mama yang melampau
buat tuduhan.”

Sudah tiada ertinya kini. Semuanya
sudah berlalu dan Qisna sudah memaafkan
serta melepaskan segalanya. “Maaf, abang, atas

615

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

pemergian mama... Qis tak tahu pun,” ucap Qisna.

Elhan mengangguk. “Mama meninggal
dalam tidur. She wasn’t in any pain... Cuma,
mama masih mengharapkan kemaafan Qis.”

Qisna diam seketika.

Elhan berdeham kecil. “Balik kepada
andaian Qis tadi, kalaulah abang dah ada
pengganti Qis, macam mana? Qis nak kata apa
sekarang ni?” soal Elhan. Nada suara kembali
bersahaja.

Terbias garis-garis luka di wajah Qisna
sebelum dia mengalihkan pandangan. Dia
memaksa senyuman agar terukir di tepi bibir.
“Then I have no one to blame but myself,” lirih
suara Qisna. “Qis akan balik ke Kuantan. Qis
takkan muncul kat depan abang lagi dan Qis akan
doakan abang bahagia sampai ke akhir hayat...”

Suasana kembali hening antara mereka
walaupun tawa anak-anak kecil yang berlari-lari
di sekeliling mereka kedengaran agak bingit.

“It has always been you, Qis...” perlahan
Elhan bersuara setelah lama dia mengunci mulut.

Laju kepala Qisna berpaling. Takut dia
tersalah dengar kerana suara Elhan begitu
perlahan. Tubuh disengetkan sedikit ke arah
kanan.

Elhan menoleh. Pandangan Qisna dilawan

616

Lynn Safiya

pandang. Kali ini sorotan mata Elhan tidak lagi
kosong, namun sarat dengan rasa kasih. “How
can there be anyone else when it has always
been you?”

Jatuh air mata Qisna.
“Lama abang tunggu Qis. Abang cari tak
jumpa dan Aidil asyik nasihat kat abang supaya
bersabar.”
“Abang jumpa Abang Aidil?”
Angguk. “Banyak dia berkongsi dengan
abang pasal Qis. Dia kata dia yakin Qis masih
sayangkan abang dan akan kembali pada abang.
Dia cuma minta abang bagi Qis masa.”
Hairan Qisna jadinya. Mengapa Aidil tidak
pernah berkata apa-apa tentang ni ya?
“Abang yang minta Aidil rahsiakan
semuanya. Tak nak Qis tahu yang abang masih
menunggu,” ujar Elhan seolah-olah tahu soalan
yang berlegar dalam minda Qisna.
“Jadi abang masih belum berkahwin?”
Mahukan kepastian walaupun jawapan Elhan
sudah agak jelas.
“Qis rasa?”
“Habis tu... yang perempuan kat restoran
tu siapa? Qis nampak abang pegang tangan dia.”
Merekah jua bibir Elhan. Senyuman

617

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

pertama yang terukir buat Qisna sejak sekian
lama. Suka dengan aura cemburu yang terpancar
daripada segenap tubuh Qisna. “Masa tu, dia
memang kekasih abang,” akui Elhan.

Bulat mata Qisna yang masih berkaca.
Keruh wajahnya.

“Masa tu abang marah dengan Qis.
Abang pun nak buktikan kepada Qis yang ada
perempuan lain dalam hidup abang. Sebulan je
abang bertahan dengan dia. I couldn’t lead her on
anymore. It would be wrong...”

Tanpa sedar Qisna melepaskan nafas
kelegaan.

“Jealous?”

Nak tak nak, Qisna terpaksa mengangguk.
Cukup-cukuplah dia tidak berkata yang benar
selama ini.

“Kenapa perlu jealous?” Elhan masih
belum puas menyeksa Qisna. “Qis hampir
tiap-tiap malam keluar dengan Aidil!”

“Tapi Qis mana ada pegang-pegang
tangan Abang Aidil? Kita orang kawan rapat je.
Tapi abang boleh pulak pegang tangan pompuan
tu. Berdosa tau!”

Tak lepas mata Elhan daripada wajah
Qisna. Taman di hati semakin berbunga-bunga.
“Kalau berkawan, kenapa Qis ajak dia kahwin

618

Lynn Safiya

dengan Qis?” ungkit Elhan.
Panjang keluhan yang dilepaskan Qisna.

Aidil ni!! Yang pergi bukak mulut tu kenapa?
“Ingat abang tak tahu?”
“Sorrylah... masa tu Qis ego. Berkali-kali

Qis cakap yang Qis dah moved on. Qis pulak sakit
hati dengan abang, jadi Qis tak fikir panjang.
Syukur Abang Aidil sedarkan Qis...”

“Kalau dia terima, Qis akan teruskan tak?”
“Tak...” balas Qisna lemah. “Qis tahu Qis
takkan boleh terima lelaki lain sebagai suami Qis.
Qis nak abang sorang je...”
Tunak mata Elhan tumpah ke wajah
Qisna. “So are you done running away?”
Terpaksa juga Qisna mengakui bahawa
sememangnya dia telah melarikan diri daripada
Elhan, walaupun tadi dia cuba berdalih. Dia
memaksa kepala untuk mengangguk.
“Ikut abang balik kampung!” ajak Elhan.
“Kampung? Kampung Qis ke?” Riak wajah
Qisna blur habis.
“Habis tu? Abang mana ada kampung?
Abang tahu Qis ambik cuti 3 hari. Abang dengar
Qis cakap kepada Aidil tadi. Abang nak settle apa
yang boleh dalam masa 3 hari ni.”
“Settle apa?” Masih blur.

619

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Hesy! Kahwinlah! Kita dah bazirkan
lebih 3 tahun, Qis. Kalau boleh, abang tak nak
kita bazirkan seminit pun lagi.”

“Tapi... Qis dah janji nak jumpa
kawan-kawan Qis kat KL ni. Dah lama tak
jumpa...”

Elhan mengetap bibir.
“Mana yang lebih penting? Abang atau
kawan-kawan Qis?”
Mendengar nada suara Elhan yang sedikit
keras, Qisna tersedar dia sudah terlepas kata. Eh
kejap! Apa dia cakap?
“Jap, jap... Abang nak kita kahwin?”
“Qis!” Elhan menggeleng kepala. Apa yang
blur sangat Qisna ni?
“Sorry... Qis dah tak berani nak buat
apa-apa andaian, sebab tu Qis terkejut.”
“Qis, abang tak pernah berhenti cintakan
Qis. Letting you go was the biggest mistake I’ve
ever made in my life. Kalau masa boleh diputar
semula, abang takkan sekali-kali lepaskan Qis.”
Terharu. Keikhlasan Elhan terpancar
daripada setiap rongga di wajah lelaki itu.
“Qis minta maaf tinggalkan abang. Qis
minta maaf sebab tak nak fight untuk kita dulu.
Maafkan Qis, abang...” pinta Qisna setulus hati.

620

Lynn Safiya

“Abang tak pernah bersalah, tapi Qis hukum
abang atas perbuatan mama. I love you so much,
abang dan Qis tak tahu macam mana nak tebus
kesalahan Qis pada abang...” Lirih.

“Well, you only have the rest of your life
to make it up to me...”

Walaupun Qisna hidup 50 tahun lagi,
mungkin masih tak cukup untuk dia menebus
semua kesakitan yang pernah dipalitkan ke hati
Elhan. Namun lelaki itu masih sudi menerimanya.

“Abang maafkan Qis?”
“Kalau kita nak move on, kita mesti saling
memaafi. Tak guna kita berpegang pada yang
dah lepas. Kita takkan bahagia kalau kita masih
pandang ke belakang...”
Qisna mengangguk tanda setuju.
“So shall we do this? Will you marry me?
Again?” Bersinar mata Elhan.
“Yes, yes, yes!” balas Qisna teruja. Kepala
laju mengangguk.
“This time, it will be forever! I will never
let you go! We will have a different ending!” ikrar
Elhan dengan wajah yang serius. “Qis faham
kan?”
“Faham, abang...”
“Good!”

621

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Tapi... abang kena bagi masa kat Qis
untuk berhenti kerja kat Kuantan tu ya? Tak
bolehlah Qis berhenti tiba-tiba je sebab diaorang
mesti perlukan masa untuk cari pengganti Qis,”
pinta Qisna.

Elhan mengeluh. Nak tak nak, dia terpaksa
merelakan.

“Sementara tu, kita pergi jumpa mak
dengan ayah Qis dulu. Lepas tu kita balik ke
KL semula. Qis jumpalah dengan kawan-kawan
Qis puas-puas. Nanti abang hantar Qis balik ke
Kuantan.”

Qisna tersenyum manis.

“Okey, terima kasih abang.”

Mereka masuk kembali ke dalam
kereta. Tangan kiri Elhan menggerakkan gear.
Ingin memulakan pemanduan. Qisna kembali
bersandar di dinding kerusi. Jantung masih
berdebar-debar sejak tadi. Mata dipejamkan
seketika. Seakan tidak percaya dengan
pengakhiran paginya pada hari ini. Sangkanya
tiada lagi istilah bahagia dalam kehidupannya.
Namun, Allah masih mengizinkan Elhan untuk
menjadi pendampingnya buat kali yang kedua.
Alhamdulillah...

Qisna yakin Aidil yang merancang
pertemuannya dengan Elhan pada pagi ini.

622

Lynn Safiya

‘Terima kasih, Abang Aidil...’ bisik Qisna dalam
hati. ‘Terima kasih sebab sentiasa ada untuk
Qis... sentiasa cuba celikkan mata dan hati Qis...
Hanya Allah yang mampu membalas semua yang
abang dah buat untuk Qis...’

623

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bab 13

Lapan belas bulan kemudian...

TANGIS si kecil menyebabkan Qisna
mencelikkan mata. Terkebil-kebil dia.
Kepala yang masih berlabuh di atas dada Elhan
diangkat perlahan.
“Takpe, sayang. Biar abang yang bangun.”
Serak suara Elhan. Lena yang terganggu tidak
dihiraukan. Keperluan si kecil perlu diutamakan.
Qisna duduk lalu bersandar di kepala
katil. “Lapar agaknya tu. Meh sini bagi kat Qis...”
Tangan dihulurkan ke hadapan. Menunggu Elhan
menyerahkan si kecil kepadanya. Betul telahan
Qisna. Laju si kecil menyusu.
Elhan tersenyum. Punggung dilabuhkan
di sebelah isterinya. Dia turut bersandar di kepala

624

Lynn Safiya

katil. Sebelah tangan memaut bahu Qisna. “Lapar
sungguh tu. Qis ngantuk lagi ke, hmmm?”

Qisna menggeleng. “Dapat lelapkan mata
sekejap pun dah okey. Pukul berapa dah ni,
bang?”

Elhan mengilas pandang jam di
pergelangan tangan. “Pukul 12.00 lebih sikit. Qis
nak makan apa tengah hari ni? Nanti abang pergi
beli.”

“Belum lapar lagi. Kejap lagilah ya?” balas
Qisna. Mata kembali tunduk merenung anugerah
terindah yang dikurniakan oleh Allah kepada
dirinya dan juga Elhan.

“Qis... Maya dah nak masuk 3 bulan ni.
Betul ke Qis tak nak sambung kerja? Abang tak
nak Qis terlepas apa-apa peluang. Lagipun abang
tahu Qis memang minat kerja kat hospital.”
Perlahan nada suara Elhan. “Sayang kalau Qis tak
teruskan...”

Qisna melangut. “Qis tak nak lepaskan
peluang besarkan Maya, abang. Kalaupun Qis
nak kerja balik nanti, Qis akan tunggu Maya
besar sikit...”

“Betul ni?”

“Betul, abang.” Qisna tersenyum. “Abang
jangan risau ya. Qis dah lama fikir pasal ni.
Qis pun dah tanya pendapat mak dengan ayah.

625

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Insya-Allah, Qis takkan menyesal. Biar Qis jaga
abang dengan Maya puas-puas.”

Lebar senyuman di bibir Elhan. Wajah
Qisna yang bercahaya amat membahagiakan
dirinya. “Kalau tu kata Qis, abang on je. Memang
rasa lain bila dah ada orang jaga abang ni.
Berbanding dengan masa hidup sendiri, sekarang
ni memang lebih bermakna. Tapi abang tak nak
tamak. Your happiness is more important to me
than anything else.”

“Qis happy, abang. Happy sangat...” akui
Qisna. Perasaannya terpancar daripada sepasang
matanya yang tunak merenung ke wajah Elhan.

“Me too, sayang. Me too...”
“Qis ada abang, ada Maya... dah takde
apa lagi yang kurang dalam hidup Qis,” sambung
Qisna.
“I feel the same way,” setuju Elhan.

Qisna tersenyum. “Abang nak tahu? Abang
Aidil kata, esok-esok bila Maya dah besar, dia nak
masuk meminang untuk anak dia, Baby Akram.
Dia nak berbesan dengan kita,” ujar Qisna sambil
ketawa. “Dia kata Maya comel sangat.”

Elhan turut sama tergelak. “Ada-ada
je.” Rambut Qisna yang jatuh ke pipi diselit ke
belakang telinga. Bahu Qisna ditarik rapat ke
dada. Satu ciuman dilabuhkan ke pelipis isterinya.

626

Lynn Safiya

Mata tunak memandang ke wajah Sumayyah
yang masih menyusu.

“She has mama’s eyes,” bisik Elhan.

“Hmmm...” setuju Qisna. “Sayang...Tak
sempat mama nak tengok anak Kak Sha dengan
Maya. She was gone too soon...

Elhan mengeluh. “Tapi syukur Sha sempat
mengandung sebelum dimadukan. Kalau tak,
mama mesti akan tambah sedih.”

“Hmmm... Qis pun lega sangat mama
dah jadi mama yang kita semua kenal dulu. Qis
teringat abang cerita yang abang terkilan dengan
perubahan mama. Doanya, roh mama tenang kat
sana,” tutur Qisna.

“Insya-Allah... abang tak pernah salahkan
mama. Everything happened for a reason. Abang
cuba bayangkan diri abang kat tempat mama.
Terasa pengkhianatan daripada papa tu memang
kuat. Tak sangka papa ada kehidupan dan
keluarga lain selain mama. Tapi sebulan sebelum
mama meninggal, mama ada pergi jumpa madu
dia. Walaupun harta papa dah diagihkan kepada
semua waris termasuk keluarga belah sana,
mama cuba nak berbaik-baik dengan madu dia.
Dan nampak mama semakin tenang lepas tu...”

“Alhamdulillah... kesian mama...” balas
Qisna. “Dan Qis tahu, Aziq banyak tolong kita

627

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

untuk sedarkan mama.”

“Hmmm...”

“Abang... kalau abang teringin nak
kahwin lagi, abang akan cakap dengan Qis kan?
Abang takkan sorok-sorok kan?” soal Qisna
teragak-agak.

“Qis! Kenapa Qis cakap macam tu? Abang
tak suka!” Keras sedikit nada suara Elhan.
Berkerut wajahnya.

Qisna tunduk. “Janganlah marah...
Qis tahu abang sayangkan Qis, tapi papa pun
sayangkan mama,” tangkis Qisna.

Elhan tak dapat menidakkan kata-kata
Qisna itu dan dia sedar kebimbangan Qisna
sememangnya berasas. Namun dia tak suka Qisna
meragui cinta serta kesetiaannya. “Apa lagi yang
abang perlu buat untuk yakinkan Qis yang Qis
sorang je untuk abang? Kalau tak, abang takkan
tunggu Qis selama ni...”

Mata ditongkat perlahan. “Maaf, abang...
Bukan Qis tak percayakan abang. Qis cuma tak
nak jadi macam mama. Qis harap abang akan
jujur dengan Qis, tu je.”

“Qis... memang kita tak boleh nak jangka
apa yang akan jadi esok, tapi abang yakin dengan
diri abang sendiri. Abang tak boleh bayangkan
orang lain ambik tempat Qis kat sisi abang. Jadi

628

Lynn Safiya

tolong jangan sebut lagi pasal abang akan duakan
Qis ke apa ya. Abang serius tak suka.” Sabar
Elhan bersuara. “So please, sayang... jangan
cakap macam tu lagi. My love is only for you! ”

Terharu! “Okey, abang.”
Sumayyah sudah kembali terlena. Qisna
mengalihkan kedudukan si kecil agar mudah
untuk menepuk-nepuk belakang tubuhnya.
Bunyi sendawa kecil yang terkeluar membuat
Qisna tersenyum. “She’s so precious...”
“You’re so precious!” Elhan membetulkan
kata-kata isterinya. “Precious to me!”
“Thank you, abang,” ucap Qisna.
“Kadang-kadang Qis tak percaya yang Qis
masih ada peluang untuk hidup bersama abang.
Kadang-kadang tu, Qis kena tampar pipi Qis
sendiri sebab takut semua ni hanya mimpi.”
“It’s amazing, isn’t it?”
Qisna mengangguk. “Amazing macam
mana abang sabar tunggu Qis selama ni. Amazing
macam mana abang tak boleh nak terima
perempuan lain sebagai pengganti Qis. Amazing
macam mana abang dapat maafkan Qis sebab
tinggalkan abang dulu...”
“Sayang... kan abang cakap jangan diungkit
lagi...” tegur Elhan lembut. Sumayyah diambil
daripada pelukan Qisna lalu diletakkan semula

629

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

ke dalam katil bayi. Elhan kembali mengambil
tempat di sebelah Qisna.

“Sorry...” Qisna memuncung.
“I’ll always wait for you, even if it takes
me forever,” lafaz Elhan. “Sebab abang tak nak
perempuan lain jadi isteri abang selain Qis.”
Kepala dilabuhkan ke bahu Elhan. Tangan
Elhan digenggam lalu diramas perlahan. “Betul
cakap Abang Aidil. Abang Aidil pernah cakap kat
Qis dulu. Dia kata, orang lelaki ni, kalau dia tak
dapat nak bayangkan diri dia bersama perempuan
lain melainkan orang yang dia cinta tu, then he
is one in a million. Masa tu Abang Aidil tengah
cuba nak sedarkan Qis tentang perasaan Qis pada
abang. Tapi Qis degil. Qis tak nak mengaku...”
Elhan mengucup kepala Qisna di bahunya.
“Masa Qis ajak Abang Aidil kahwin tu
pun, Qis tak boleh nak bayangkan diri Qis satu
katil dengan dia. Naik bulu roma Qis.”
“Hah tahu takpe! Yang sibuk ajak dia
kahwin tu kenapa?” ungkit Elhan. “Don’t you
dare imagine yourself with another man, Qis!
Abang tak suka!” Keras nada suara Elhan.
Qisna menyembunyikan senyuman. Aura
cemburu suaminya sudah keluar nampaknya. “Qis
bayangkan masa tu je. Mana ada Qis bayangkan
lelaki lain sekarang ni? Qis kan tengah cerita je

630

Lynn Safiya

dengan abang.”

“Huh!”

Qisna ketawa. Kepala didongakkan ke
wajah suaminya. “Tak payahlah cemburu. Qis
ni, tak inginlah kat orang lain, walaupun kat
kampung tu orang bujang pun masuk meminang
Qis tau.” Qisna membangga diri.

Tajam mata yang menikam ke anak mata
Qisna. Semakin galak Qisna ketawa. Mati tawa
Qisna sebaik hidungnya dikepit oleh jari-jari
Elhan. Menyeringai Qisna kesakitan.

“Padan muka!”

“Abang ni...” rengek Qisna sambil
mengusap hidungnya.

“Abang tak suka dengar Qis cakap pasal
lelaki lain. Selama ni pun, abang tahan sabar je
kalau Qis dok asyik Abang Aidil ni, Abang Aidil
tu,” gerutu Elhan. “Tak habis-habis Abang Aidil!”

“Hesy abang ni! Abang Aidil tu dah kahwin
la. Berapa kali Qis nak cakap dia tu kawan rapat
Qis je?”

Elhan menjongketkan bahu tanda tak
kisah dengan penjelasan Qisna. Tak suka,
maknanya tak suka! Titik!

“Ya abang faham. Abang pun berterima
kasih dengan dia sebab banyak tolong untuk
satukan kita, tapi lepas ni dah tak payah rapat

631

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

sangat dengan dia. Kalau abang sendiri tak suka
tengok isteri abang rapat dengan lelaki lain, Qis
ingat isteri dia akan suka tengok suami dia rapat
dengan perempuan lain?”

Terdiam Qisna. Berkerut dahinya.

“Dah bersuami dan dah beristeri ni, kita
kena berpada-pada dalam berkawan. Jangan
sampai boleh datangkan fitnah dan salah sangka,”
pesan Elhan lagi.

Lambat-lambat Qisna mengangguk. Betul.
Kalau dia menjadi isteri Aidil, mesti dia tak suka
melihat suami sendiri rapat dengan perempuan
lain. Tentu saja dia takkan suka melihat Elhan
rapat dengan perempuan lain walaupun sekadar
teman biasa, bukan?

“Maaf, abang. Qis tak pernah nampak
macam tu. Yang Qis tahu, Qis tak pernah ada
perasaan apa-apa pada Abang Aidil, dan dia pun
sama dengan Qis.”

“Abang faham... tapi hati isteri dia kita tak
tahu.”

Sekali lagi Qisna mengangguk. Sedar akan
kekhilafan diri.

“Dah, abang nak keluar beli makanan ni.
Qis nak makan apa?” soal Elhan seraya berdiri.

Qisna melangut. “Nak nasi putih dengan
lauk ayam masak kasih, sayur masak sayang dan

632

Lynn Safiya

daging masak cinta.” Qisna sengaja mengedipkan
mata. Aksinya kelihatan comel sangat.

Pecah tawa Elhan. Pucuk hidung Qisna
dicuit mesra. Dia tunduk lalu menyentuh
hidungnya ke hidung isterinya. Pipi Qisna
ditekup kiri dan kanan dengan telapak tangan.
“Qis sorang je boleh buat abang gelak tau!” puji
Elhan. “Love you, my precious!”

“Love you, too!”

Bibir Qisna dicuri laju sebelum tubuh
kembali ditegakkan. “Okey, abang akan belikan
semua yang Qis nak tu. Kalau takde, abang
sendiri yang akan berikan kasih, sayang dan cinta
yang Qis nak tu. Qis tunggu je abang balik, tau.”
Ada maksud tersirat di sebalik kata-kata Elhan
itu. Dia tersenyum nakal.

Qisna menjeling. Pipi terasa pijar
dengan usikan Elhan. Qisna turun dari katil lalu
membetulkan blaus di tubuh, terutamanya di
bahagian dada yang terdedah tadi. Aksi yang tak
pernah tidak kelihatan seksi di mata Elhan.

Elhan menelan liur. “Qis nak pergi mana
ni?”

“Nak kemas dapur, nak angkat kain, nak
lipat baju... Macam-macamlah Qis kena buat.
Kenapa?”

“Laaa... biar jelah. Abang balik nanti,

633

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

abang buatlah semua tu. Biasanya kan kalau hari
Sabtu dengan Ahad abang yang buat. Dah Qis
pergi rehat.”

Elhan terlalu memanjakannya. “Alah,
macamlah kalau hari-hari biasa tu Qis yang
buat semuanya. Bukan Qis buat apa pun.” Elhan
menggaji seorang pembantu yang datang secara
harian untuknya. Tidak mahu Qisna terlampau
penat mengurus rumah tangga dan juga
Sumayyah.

“Tak kisahlah... Qis rehat je. Kejap lagi
abang balik.” Elhan masih melarang.

Qisna mengeluh sebelum akur dengan
kehendak Elhan. Punggung kembali dilabuh ke
birai kati.

Di jenang pintu bilik, Elhan menoleh.
“Qis...” serunya.

Qisna mendongak. “Hmmm...”

“I hate every time I have to leave you, but
I always love the thought of coming back to you,”
bisik Elhan. “Coz you’re my home...”

Laju kaki yang dibawa ke arah Elhan
sebelum tubuh dilemparkan ke dalam
pelukan suaminya. Elhan selalu begini. Suka
buat dia terharu dengan kata-kata yang tak
disangka-sangka. Kuat tangan Elhan melingkar
di belakang tubuh isterinya. Tubuh halus Qisna

634

Lynn Safiya

dipeluk rapat.
Sejak mereka kenal betapa sakitnya erti

perpisahan itu, mereka tidak lagi mengambil
enteng akan perhubungan yang sudah kembali
terjalin. Berpisah untuk seketika pun terasa
berkurun lamanya. Mereka tidak lokek
mengucapkan kata sayang dan cinta pada
setiap peluang yang terbuka... tidak kekok
mempamerkan kemesraan antara satu sama
lain... tidak kedekut berkongsi setiap emosi
dan perasaan yang terlintas di hati... Dan yang
paling penting, tiada lagi ego yang membelenggu
diri. Masing-masing membulatkan tekad untuk
mempertahankan ikatan yang suci ini sehingga
ke akhir hayat, Insya-Allah... Kerana mereka
mahukan pengakhiran yang berbeza untuk
hubungan mereka kali ini... A different ending...

‘You’re my home too, abang... you’ll
always be my home...’ bisik Qisna di hati.

~ TAMAT ~

635


Click to View FlipBook Version