The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itasukri, 2020-12-24 01:26:55

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Lynn Safiya

bagaikan pelangi, membawa seribu mimpi,
kau hilang ke ufuk mentari, meninggalkan aku
dilamun sepi...” usik Marina. “Sejak kita keluar
dari rumah bos, adik dah mula rindukan dia kan?”

Liur ditelan penuh kepayahan. “Eh mana
ada? Tu... tu... aku bukan tulis lagu tu untuk dia!
Tolong sikit ya!” gerutunya. Tangan dilipat ke
dada lagak seorang yang defensif. “Tu lagu aku
ambik daripada kisah orang lain!”

“Ya ke? Setahu akak, adik tak pernah tulis
lagu pasal cinta. Lagu mellow, lagu jiwang ni
kan adik alergi. Adik lagi suka tulis lagu tentang
kebangkitan, tentang kehidupan yang penuh
dugaan atau tentang semangat yang membara
kat dalam diri kita. Mana pernah adik tulis lagu
cintan cintun ni?”

“Aku... aku tulis sebab ada permintaan,”
dalih Qaira laju. “Bukan sebab aku saja-saja. Kau
ingat aku suka ke tulis lagu macam tu?”

Marina menelan keluhan. “Susah sangat
ke adik nak mengaku perasaan adik sendiri?
Sampai bila adik nak tipu diri adik sendiri?”
Sedih Marina melihat adiknya yang masih trauma
dengan perjalanan hidupnya sendiri. Dia yang
tersalah pilih, Qaira yang terkesan hingga kini.
Sehinggakan lelaki yang baik di depan mata pun
tidak mampu ditangkap oleh mata Qaira.

Ting tong!

401

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bulat mata Qaira. Turun naik dada Qaira
mendengar loceng dari pintu. Dia dicengkam
dengan rasa panik yang maha hebat. “Akak! Aku
tak nak keluar dengan dia... aku tak nak!”

Marina mengilas pandang ke tubuh
adiknya yang tersarung jean lusuh berwarna biru
muda dengan kemeja berpetak-petak berwarna
biru gelap. ‘Alahai... selekehnya adik aku ni!
Macam ni ke nak keluar dating?’

Dia bangun dari birai katil. Tubuh adiknya
dihampiri. “Adik, dia bukannya ajak adik kahwin
pun sampai nak panik sangat macam ni. Dia ajak
adik keluar makan je. Pergilah, dia dah datang
tu.”

Sekali lagi loceng bilik dibunyikan. Kali ini
Marina meluru ke arah pintu. Daun pintu ditarik.

“Dah siap?” soal Redza santai. Mata
sudah menemui objek yang terpasak berdiri
di tengah-tengah bilik. Sedikit pun dia tidak
mengomen tentang pakaian di tubuh Qaira.

Lambat-lambat Qaira menyusun langkah.
Lagaknya seperti anak kecil yang dipaksa
melakukan sesuatu di luar kemahuan hatinya.

Sehabis daya Redza menahan senyuman
daripada terbit dari tepi bibir. Marina juga
begitu. Geli hati melihat gelagat adiknya yang
keanak-anakan ini. Ni baru kena paksa keluar

402

Lynn Safiya

dating. Kalau kena paksa kahwin nanti? Macam
manalah agaknya ya?

Sebaik Qaira menyarungkan kasut, pantas
Redza merenggut pergelangan tangan Qaira lalu
ditarik mengikutnya.

“Eh! Apa ni?” bantah Qaira. “Mana boleh
pegang anak dara orang macam ni?” ngomelnya.

“Boleh je! Tak lama lagi pun dah nak
jadi isteri orang dah!” usik Redza. Sempat
Marina tergelak kecil sebelum menutup pintu.
Membiarkan Qaira dibawa pergi oleh bosnya.

Redza menarik Qaira sehingga ke kawasan
parkir. Pintu kereta dibuka. Dengan isyarat mata,
jelas Redza mahu gadis itu masuk ke dalam perut
kereta.

“Kita nak pergi mana ni?” Teragak-agak
Qaira bertanya.

“Makan,” balas Redza sepatah.

“Kat mana?”

“Kat kedai makan.”

Qaira menjeling. Tidak suka
dengan jawapan Redza yang seolah-olah
mentertawakannya.

Sedar yang tiada guna dia membantah,
Qaira menghenyakkan diri masuk ke dalam
kereta. Sangkanya mereka akan makan di hotel

403

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

saja. Tidak bersedia dengan langkah Redza kali
ini.

“Kita makan kat luar ya. Saya dah
bosan makan kat hotel.” Tiba-tiba saja Redza
seakan membaca bisikan hatinya. “Kalau ada
appointment dengan klien, mesti makan kat
hotel. Kali ni saya nak cari gerai tom yam je ya?”

“Bukan sebab aku pakai baju biasa-biasa
je ke?” sindir Qaira.

Merekah sedikit bibir Redza. Namun mata
masih ditala ke hadapan. “Sebenarnya saya dah
agak awak tak nak keluar dengan saya tadi, jadi
saya tak harap awak akan pakai cantik-cantik
pun. Cuma saya kecewa awak tak berkemban
dengan tuala je tadi.”

Laju kepala Qaira berpaling ke arah kanan.
Hidung sudah berasap. Gatal!

“Chill! Saya bergurau je. Awak tu tense
sangat ni kenapa? Tahulah tak pernah keluar
dengan lelaki, tapi tak payahlah stres sangat.”

“So what kalau aku tak pernah keluar
dengan lelaki?”

Redza tak terkejut pun dengan pengakuan
Qaira. Semua tentang gadis itu telah pun dikorek
daripada Marina. Tinggal mahu mengikatnya
saja. Entah mengapa hati Redza begitu tekad
kini. Lebih tekad daripada keinginannya

404

Lynn Safiya

untuk menyempurnakan mana-mana urusan
pengambilalihan perniagaan atau syarikat lain
sebelum ini. Kali ini, tiada urusan ‘take-over’
yang lebih penting daripada mengambil alih
sepenuhnya hati Qaira.

“Kalau tak pernah pun saya okey je.
Maknanya saya takde persaingan.”

Qaira tidak membalas namun sempat dia
mendengus. Dan apabila Redza memarkirkan
kereta, mulutnya sedikit terbuka.

“Errr... kau nak makan kat tempat macam
ni ke?” Jari telunjuk sudah terarah ke gerai di
depan kereta.

“Kenapa?”

‘Betul ke dia nak makan kat tempat
macam ni? Ni gerai biasa-biasa je!’ fikir Qaira.
Qaira mengilas pandang ke arah Redza. Santai
lelaki itu berjean biru dan berbaju-T tanpa kolar.

“Kenapa? Ingat orang macam saya ni tak
boleh nak makan kat gerai yang biasa-biasa ke?”

Qaira tidak menjawab.

“Jom?” ajak Redza. “Saya nak makan tom
yam campur.”

Qaira menurut. Tidak mencelah sedikit
pun ketika Redza membuat pesanan walaupun
lelaki itu sudi bertanyakan pendapatnya. Qaira
tak kisah. Dia makan apa-apa saja.

405

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Akhirnya, keheningan suasana terasa
begitu mencengkam. Qaira tidak tahu ke mana
harus dilabuhkan matanya. Dia berasa begitu
canggung sekali. Jari-jemari sudah menari-nari
di atas meja.

Tak lepas mata Redza daripada objek yang
duduk bertentangan dengannya. Tiada secalit
solekan pun di wajah Qaira. Namun wajah gadis
itu tetap indah di matanya. Bibir Qaira tetap
merah walaupun tidak memakai gincu. Dia sedar
yang Qaira tidak selesa ketika ini. Dia perlu
melakukan sesuatu.

“Kenapa gelisah sangat ni? Bukannya
awak tak kenal dengan saya pun, kan?” soalnya
lembut.

“Entah!” balas Qaira sepatah.

“Ke...” Meleret suara Redza. Sengaja
dibiarkan ayatnya tergantung.

“Apa?”

“Ke... awak nervous semacam ni sebab
awak ada hati kat saya?” duga Redza.

Qaira mencemik. “Ewww! Tak kuasa!”
Tubuh dihempaskan ke dinding kerusi. Tangan
sudah berlipat ke dada. Masam mencuka
wajahnya.

Merekah bibir Redza. Bahasa tubuh Qaira
begitu jelas di matanya. “Kalau ada hati pun, apa

406

Lynn Safiya

salahnya. Perasaan awak berbalas pun, Qaira,”
tokok Redza.

“Merepek!” Kali ini jelingan Qaira semakin
tajam. Modal perkataan yang sama digunakan
untuk menangkis kata-kata Redza. ‘Lelaki ni
memang nak kena. Perasan gila. Semalam tuduh
aku rindu dia, sekarang kata aku ada hati kat dia
pulak! Huh!’

Redza tak terkesan langsung dengan
tingkah Qaira. “Saya dah luahkan tawaran saya
kat awak siang tadi. Takde motif terselindung,
takde maksud tersirat. Sekarang saya nak tanya.
Kenapa awak nampak lagi gelisah sekarang
daripada siang tadi ya?”

“Apa? Mana ada?”

“For once, Qaira, be true to yourself,”
tegur Redza dengan suara yang dalam. “Awak
dah fikir tentang tawaran saya kan? Dan kat hati
awak, tawaran saya nampak menarik sangat kan?
Sebab tu awak jadi macam ni. Awak marah kat
diri awak sendiri sebab tergoda nak terima apa
yang saya nak bagi kat awak kan?” desak Redza
bertalu-talu.

Liur ditelan penuh kepayahan.

“Awak boleh tolak saya, Qaira, dan awak
boleh kata awak tak perlukan saya, tapi awak
kena tanya diri awak sendiri... Ini ke apa yang

407

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

ayah dan mak awak mahukan untuk awak?
Hidup sendirian tanpa keluarga sendiri sampai
akhirnya? Marina ada Fara, dan mungkin jugak
suatu hari nanti Marina akan jumpa teman hidup
dia sendiri. Dan abang awak pun nanti akan
ada keluarga dia sendiri. Tapi awak? Awak nak
kehidupan yang macam mana?”

Perlahan-lahan tangan yang terlipat di
dada diturunkan ke atas riba. Terkebil-kebil
Qaira cuba mencari jawapan. Jawapan yang
berlandaskan ketetapan dan keyakinan yang
nyata. Namun suaranya seakan terkunci di dalam
peti dan tidak mampu dilaungkan.

“Yang bebas? Tapi kosong tanpa
sebarang ikatan? Atau yang berbatas, tapi penuh
dengan kasih sayang?” soal Redza lagi. Mahu
membebankan fikiran Qaira dengan pelbagai
andaian.

Bulat mata Qaira. Mata yang kini
menyerlahkan keinginan hati yang tidak pernah
terlintas dalam jiwanya... Keinginan yang
disangka tidak akan pernah terdetik dalam
sanubarinya... Keinginan yang begitu asing,
namun terasa begitu indah sekali...

“Memang kalau awak dah ada suami
nanti, hidup awak takkan sebebas sekarang.
Tapi... saya berani janji yang hidup awak akan
lebih bermakna dengan adanya keluarga awak

408

Lynn Safiya

sendiri nanti...”

Qaira masih begitu. Diam membeku.

Pelayan yang datang menghidangkan
makanan dan berlalu pergi tidak mampu
mengganggu tautan mata yang masih tidak
dilepaskan. Lauk yang tersusun di atas meja tidak
dihiraukan. Yang terngiang-ngiang di telinga
hanyalah ayat yang satu itu...

‘Kehidupan yang berbatas, tapi penuh
dengan kasih sayang...’

Akhirnya, Qaira tunduk. Tanpa menambah
sebarang kata lain, Redza menyendukkan nasi ke
pinggan Qaira. Biarlah dulu. Didesak keterlaluan
pun mungkin akan mengundang akibat yang
tidak dijangka pula. “Makan dulu, Qaira.”

Qaira tidak bereaksi. Mata masih tunduk
menekur tangan di atas pahanya.

“Qaira...” seru Redza perlahan. “It’s not
that difficult. Makan dulu, lepas tu baru fikir
semula apa yang saya cakap tadi. Come...”

Kepala yang tunduk ditongkat perlahan.

Wajah Redza masih tidak dipandang.

Tangan mencapai sudu dan garpu dari atas

meja. Tingkahnya kekok, apatah lagi setiap

gerak-gerinya diperhatikan. Beginikah

caranya orang keluar berdating? Mesti kena

pandang-pandang, tenung-tenung ke?

409

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Boleh tak kau pandang kat tempat lain?”
Akhirnya Qaira bersuara.

“Tak boleh,” balas Redza selamba. “Nanti
hilang selera makan saya...”

Qaira mengangkat wajah. Redza
mengenyit mata. “Awak kena biasakan mata saya
kat muka awak, Qaira. Coz there’s no other place
I’d like to lay my eyes on.”

Qaira tersedak. Tercekik kuah tom yam.
Perih.

Redza menyuap makanan ke dalam
mulut. Sengaja mahu menahan diri daripada
meledakkan tawa. Terhibur betul dia dengan
aksi Qaira. Mata begitu tajam menjeling. Bibir
begitu setia mencemik. Namun tiada apa-apa
pun yang mampu dilakukan oleh gadis itu untuk
menghalang pipinya daripada terlakar warna
merah. Hilang sudah brutal si minah biker kental
ni!

Qaira turut memaksa diri untuk menelan
nasi tanpa sedikit pun mengangkat wajah.
Suasana terasa hening. Yang kedengaran hanya
bunyi sudu dan garpu yang berlaga dengan
pinggan.

“Nak apa-apa lagi?” tanya Redza. Terlalu
sikit Qaira makan. Tak selera ke? Atau tak selesa?

Laju Qaira menggeleng. Redza menelan

410

Lynn Safiya

keluhan.

“Qaira... apa yang ada kat dalam hati awak
sekarang ni, hmmm? Kalau awak ada apa-apa
nak tanya saya, inilah peluang awak. You can ask
me anything you want,” tawar Redza.

Lama Qaira berfikir. Sepanjang
dia memaksa makanan diterima oleh
perut, tak henti-henti mindanya berputar.
Mempertimbangkan baik buruknya suatu
keputusan. Dan kini... keputusannya sudah bulat.

“Boleh tak kau berhenti kejar aku? Aku
tak rasa aku nak ubah cara hidup aku sekarang
ni.” Qaira memilih untuk memadamkan suara
hatinya dan menjulang suara akalnya.

Redza cuba mengusir rasa kecewa.
Sangkanya, dia sudah berjaya meniup suatu
keinginan di hati Qaira. Keras betul hati gadis
itu. “Bila agaknya awak rasa awak akan ubah
pendirian awak?”

Qaira menjongket bahu. Tiada ukuran
waktu dapat diberikan secara nyata. “Entah!
Aku rasa, sampai bila-bila pun aku takkan ubah
pendirian aku!” Nada suara kedengaran tegas,
namun sorotan mata Qaira tidaklah begitu
meyakinkan. Ada garis ragu-ragu yang masih
kelihatan.

“Baik, kalau itu yang awak nak, saya

411

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

takkan paksa.” Redza beralah. “Mungkin tawaran
saya tak cukup menarik untuk awak. Takpe...
saya terima keputusan awak,” putus Redza tanpa
sedikit pun mahu cuba mengubah kata putus
yang telah diberikan oleh Qaira. “Saya doakan
awak akan jumpa dengan kebahagiaan yang awak
cari dalam hidup awak.”

Redza terpaksa menukar strategi. Jika
hati Qaira keras sebegini, dia sedar kata-kata
habis semanis gula sekali pun tidak bisa merubah
pendirian gadis itu. Sama saja dalam strategi
pengambilalihan mana-mana syarikat atau
perniagaan. Jika satu strategi tidak berjaya, dia
perlu mengguna pakai strategi yang lain pula.
Tidak boleh menggunakan pendekatan yang
sama.

Qaira melepaskan nafas lega. Namun
sempat Qaira berfikir, ‘betul ke aku rasa lega? Apa
lepas ni aku takkan jumpa dia lagi?’ Dahi bergaris
seribu memikirkan kemungkinan itu, namun dia
tetap memaksa diri agar mengangguk.

412

Lynn Safiya

Bab 9

6 bulan kemudian...

QAIRA bersandar di tepi motosikal.
Tangan seperti biasa, sudah berlipat
ke dada. Tidak suka menunggu, apatah lagi
dia kini berada di zon yang tidak selamat.
Lega melihat tempat parkir Redza kosong
menandakan lelaki itu tiada di pejabat. Maka
peluang untuk mereka bertembung amat tipis
sekali. Walaupun begitu, Qaira memilih untuk
memarkir motosikalnya jauh dari ruang parkir
lelaki itu dan kedudukannya agak terlindung dari
lobi utama.
‘Mana dia ni?’ getus Qaira masih
menantikan kehadiran Marina. ‘Kata nak balik
pukul 6.’

413

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Seketika kemudian, kelihatan Redza
keluar dari lobi utama bersaing dengan seorang
wanita yang begitu anggun penampilannya. Redza
seakan berkata sesuatu membuatkan wanita itu
tergelak penuh sopan. Wajah Redza kelihatan
tenang dan ceria. Langsung tiada tanda-tanda
lelaki itu merana akibat penolakannya suatu
ketika dulu.

Tegak tubuh Qaira tiba-tiba. ‘Kenapa?
Aku mengharapkan dia merana ke? Aku ingat dia
tak boleh hidup tanpa aku ke?’ Sedangkan dalam
tempoh 6 bulan ni, tak pernah sekali Redza cuba
menghubunginya, apatah lagi mengirim pesanan
melalui kakaknya, Marina. Mudah sekali Redza
menerima penolakannya, seolah-olah perasaan
yang konon-konon dirasakan buat dirinya,
hanyalah penipuan semata-mata. Tiada langsung
usaha untuk merubah keputusannya.

Qaira melihat Redza membukakan pintu
kereta di bahagian penumpang untuk wanita tadi
sebelum bergerak ke bahagian pemandu. Kereta
siapa tu agaknya ya? Pemandangan yang menyapa
mata Qaira bagai belati yang menghunus tepat ke
hatinya. Melihat Redza berdampingan dengan
wanita lain membuat dadanya terasa ketat sekali.
‘Habis tu? Kau nak apa sebenarnya ni, Qaira?
Kau yang tak nak bagi dia peluang kan? Takkan
kau nak harap dia akan tunggu kau selamanya?
Mestilah dia akan cari pompuan lain!’ marah

414

Lynn Safiya

Qaira pada dirinya sendiri.

Tiada guna dia mengungkit. Dan tak perlu
dia menyesal. Bukankah semua yang berlaku
kini atas kemahuannya sendiri? Yang mahukan
kebebasan... yang tidak mahu terikat pada cinta...
dan yang tak mahu tunduk pada seorang lelaki?

Tapi... mengapa 6 bulan yang berlalu
ini terasa begitu perit sekali? Ke mana saja dia
memandang, wajah Redza juga yang terlayar
di ruang mata. Setiap riak, setiap bait butir
percakapan tidak mampu dilupakan. Senyuman
lelaki itu dan juga tawa yang dihamburkan,
teramat dirindu walaupun dialah yang menjadi
objek bahan ketawa lelaki itu.

“Sorry, akak lambat,” terjah suara Marina
yang datang entah dari mana. Tersedar Qaira
daripada lamunan. “Akak kena tunggu bos keluar
dulu baru akak boleh balik.’

Qaira hanya mengangguk. Motosikal
dipanjat tanpa sedikit pun bersuara.

Tiba di rumah, Qaira terus saja masuk ke
dalam bilik. Langsung tidak menegur si abang
yang berada di ruang tamu dengan Fara.

“Kenapa dengan si adik tu?” soal Haidar.
Pelik melihat muka ketat si adik bongsu.

“Makan hati, kut,” balas Marina seraya
tersengih lebar. Punggung dilabuhkan di sebelah

415

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Fara yang sibuk bermain anak patung di atas
permaidani.

“Kenapa? Pasal bos Ina tu ke?”

Marina mengangguk. Semuanya tentang
Redza dan Qaira telah pun diceritakan kepada
Haidar sebaik saja abangnya pulang ke tanah air
minggu lalu. “Agaknya dia nampak bos dengan
Cik Aliah, adik angkat bos. Cemburulah tu! Padan
muka dia. Lepas tu, bawak motor macam orang
gila tadi. Takut Ina.”

Haidar mengeluh. “Along dah jumpa
orang nak beli motor tu. Along pun tak suka cara
adik bawak motor. Mengalahkan mat rempit!”

“Tahu takpe! Eloklah kalau along nak jual.
Biar lepas ni adik sedar diri yang dia tu pompuan.
Asyik nak berlagak macam jantan je!”

Bergaris dahi Haidar. “Along pun tak suka
tengok perangai adik sekarang. Kasar sangat!
Dulu takdelah kasar sangat sampai macam ni.”

“Huh! Dia acah-acah je tu. Nak
sembunyikan perasaan dia yang sebenar,
macamlah Ina tak tahu.”

“Betul ke bos Ina nak kat adik tu? Tapi dia
macam tak buat apa-apa pun? Dah 6 bulan kan?”
Bergaris dahi Haidar.

“Dia nak adik sedar sendiri, kut,” teka
Marina. “Yang Ina tahu, adik takkan jumpa dah

416

Lynn Safiya

lelaki sebaik Encik Redza tu. Kalau adik tak terima
tawaran bos Ina tu, adik yang akan menyesal satu
hari nanti!”

Haidar mengeluh. “Jadi kita nak buat apa
ni?”

Marina menongkat mata. “Sementara
along tengah cuti ni, along nak tolong Ina?”

Tanpa berfikir dua kali, Haidar
mengangguk.

Marina tersenyum lega.

“ALONG, BOS minta Ina cari dewan besar
untuk nak buat majlis. Hotel apa yang best kat KL
sekarang ni ek?” Marina bersuara. Dari hujung
mata, dia bisa melihat aksi Qaira yang tak jadi
mahu menyuap nasi ke dalam mulut.

“Majlis untuk apa tu?” tanya Haidar.
“Bertunang,” balas Marina sepatah.
Selamba dia berbincang dengan Haidar tanpa
menghiraukan Qaira. Beberapa lokasi dan
nama hotel dipetik. Qaira langsung tidak ingin
menyampuk. Fikiran sudah melilau entah ke
mana. Pinggan yang masih berbaki nasi, diangkat
lalu dibawa ke dapur.

417

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Haidar berbalas pandang dengan Marina.
Marina cuma tersenyum meleret.

REDZA MENDENGAR alunan lagu ‘Rindu’
dari laman web YouTube melalui telefon
bimbitnya. Dinyanyikan dengan cukup mendayu
oleh penyanyi yang langsung tidak dikenalinya.
Mungkin seorang lagi BBNU mengikut kata
Marina. Si penyanyi langsung tidak menangkap
minatnya. Yang menjadi perhatiannya ialah
melodi serta lirik lagu yang digubah dan ditulis
sepenuhnya oleh Qaira. Entah berapa kali dia
mengulang dengar lagu yang sama pun dia tak
tahu.

‘Kalau rindu, kenapa tak call? Degil!’
sempat dia mendengus di hati. Berapa lama
lagi harus dia bersabar dan menunggu? Minah
biker brutal ni nak tunggu sampai bila? Seksanya
dia menanggung rindu hanya Allah yang tahu.
Takkanlah Qaira masih tak sedar-sedar lagi?
Betul ke strategi yang diambilnya kini?

Ting!
Redza membuka mesej yang baru masuk
ke dalam aplikasi WhatsAppnya. Ringkas saja
pesanan yang diterima. Ringkas lagi pendek.

418

Lynn Safiya

Namun cukup bermakna. Dia tersengih lalu terus
bangun. Dompet serta kunci kereta dicapai dari
atas meja. Sepotong doa dititip agar penantiannya
bakal berakhir tidak lama lagi. Aamiinn...

Suara nyanyian ‘Happy Birthday’
menangkap telinga Redza ketika pintu kafe
dibuka. Wajah ceria Fara sambil memegang
belon menerbitkan senyuman di bibirnya.
Kehadirannya masih belum disedari Qaira yang
berdiri membelakanginya sambil merakam video
melalui telefon bimbit.

Fara meniup lilin diiringi sorakan serta
tepukan daripada tetamu yang tak sampai sepuluh
orang. Fara mengucup pipi Marina dan kemudian
seorang lelaki di sebelah kirinya. “Thank you, pak
long,” ucap Fara. Sedarlah Redza bahawa lelaki
tadi merupakan abang kepada Marina dan juga
Qaira.

Sementara Marina memotong kek, para
tetamu lain kembali ke meja masing-masing
untuk menikmati hidangan yang tersedia.

“Assalamualaikum...” ucap Redza.

Lambat-lambat Qaira berpaling. Bulat
matanya tidak percaya. Terpasak kakinya ke atas
lantai tidak bisa bergerak. Marina serta Haidar
membalas ucap salam daripada Redza. Qaira
tidak bisa bersuara.

419

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Hai bos mama,” sapa Fara sambil
melambai. Bibir sudah tersenyum lebar. “Hari ni
birthday Fara!”

“Ya, uncle tahu. Happy birthday, Fara. Ni
untuk Fara.” Kotak hadiah di tangan dihulurkan
lalu disambut mesra oleh Fara. Redza bersalaman
dengan Haidar. Wajah terkejut Qaira dibuat-buat
tak pandang. Dia perlu memainkan peranannya.
Dia tak boleh tewas dengan kemahuan hati yang
terlalu sarat dengan rasa rindu.

“Duduklah bos. Terima kasih sudi datang
ke majlis Fara ni,” ujar Marina. “Adik! Kenapa
tercegat kat situ? Pergilah ambik makanan untuk
Encik Redza ni,” suruhnya.

Qaira tersedar kembali ke alam nyata.
“Dia ada tangan kan? Suruhlah dia ambik sendiri!
Orang lain pandai je ambik sendiri!” Pantas Qaira
melabuhkan duduk selang satu meja daripada
meja yang diduduki oleh Redza.

Berubah wajah Marina. Wajah Haidar
berkerut seribu melihat kebiadaban si adik.

“Takpe Marina. Saya boleh ambik sendiri,”
ujar Redza.

“Takpe, bos. Saya ambikkan,” bantah
Marina seraya bangun dari kerusinya. Malu dia
dengan perangai entah apa-apa adiknya. “Duduk
dulu ya bos.”

420

Lynn Safiya

Redza akur. Dia berbual kecil dengan
Haidar dan juga Fara.

Marina kembali ke meja lalu meletakkan
pinggan di hadapan Redza. “So semua persiapan
dah siap ke bos? Hotel semua okey?” soal Marina.

“Alhamdulillah, semua okey. Pandai awak
cadangkan hotel tu kat saya, Marina. Semuanya
tip top. Kad jemputan pun saya dah edarkan.
Awak jangan lupa datang tau Marina. Ajaklah
famili awak sekali.”

“Eh mestilah, bos. Takkan saya nak miss
pulak,” sambut Marina. “Saya tak pernah pergi
majlis pertunangan kat hotel. Mesti grand nanti
kan bos?”

Di meja yang satu lagi, Qaira langsung
tidak menoleh. Namun dadanya terasa amat
berat tidak tahu mengapa. Telinga begitu gatal
mahu mencuri dengar perbualan Redza bersama
Marina. Kini diri sendiri yang menanggung
akibatnya. Punggung dipaksa agar tidak
dikalihkan daripada kerusi. Demi Fara, dia rela
hatinya dibakar sedikit demi sedikit.

‘Huh! Dasar lelaki penipu! Hari tu bukan
main ajak kahwin bagai, tapi sudahnya nak
bertunang dengan orang lain!’ dengus Qaira
sendirian.

Sepanjang majlis, Redza langsung tiada

421

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

usaha untuk menegur Qaira. Dia hanya berbual
dengan Marina dan juga Haidar. Sesekali Redza
mengusik Fara. Namun menjeling ke arahnya pun
tidak. Semakin berbulu Qaira jadinya. ‘Takkan
nak tanya aku sihat ke tak pun tak boleh?’

Ketika tetamu beransur pulang, Redza
menerima panggilan telefon lalu meminta diri
untuk keluar sebentar. Marina serta Haidar mula
mengemas untuk pulang ke rumah. Yang tinggal
hanya mereka berempat di dalam kafe ini. Waktu
tempahan untuk menggunakan ruang kafe ini
pun sudah hampir ke penghujungnya. Fara sibuk
mengumpul kotak-kotak hadiah yang diterima.

Wajah Qaira tetap begitu. Bak cuka.
“Yang kau pergi ajak dia dah kenapa?” marahnya
dilepaskan ke arah Marina. Tidak perlu dia
menjelaskan siapa ‘dia’ yang dimaksudkan. Qaira
yakin Marina tahu.

“Suka hati akak la,” balas Marina acuh tak
acuh. Sedikit pun dia tidak mendongak. Tangan
masih laju mengemas apa-apa yang perlu dibawa
pulang. Diri sudah lelah melayan kerenah si adik.

“Huh! Menyemak je!” gerutu Qaira.

Kali ini Marina meluruskan pinggang. “Ini
majlis Fara, bukan majlis adik. Akak ada hak nak
ajak sesiapa pun. Kalau adik tak suka, adik boleh
balik. Akak tak paksa pun adik duduk dan pasang
telinga dari tadi. Berbuih mulut kata tak nak, kata

422

Lynn Safiya

tak suka, tapi yang sibuk jeling-jeling ke arah sini
tadi kenapa?”

Tersentak Qaira jadinya. Tidak pernah
Marina menegurnya begitu dengan suara
sedingin itu. Selama ini Marina akan berlembut
dan menasihatinya dengan elok. “Mana ada aku
jeling-jeling?”

“Suka hati adik la. Akak dah malas nak
layan. Tapi, adik tahu tak? Akak bersyukur sangat
bila adik tolak tawaran bos akak tu dulu. Akak
akan malu sangat kalau bos sebaik akak tu, dapat
perempuan perangai entah apa-apa macam
adik ni. Encik Redza, layak dapat perempuan
yang berganda-ganda lebih baik daripada
adik!” Sengaja Marina menekankan perkataan
‘bersyukur’ itu.

Qaira terkedu. Bulat matanya. Tiada
balasan yang mampu disuarakan. Kata-kata
Marina seakan menampar ke wajahnya. Sakit!

“Along setuju,” sampuk Haidar. “Ingat
hebat sangatlah perangai samseng macam tu?
Malukan mak dengan abah je!” Kuat dengusan
yang dilepaskan. Tegang wajah Haidar. Mata
yang memandang ke arah Qaira memancarkan
rasa kecewa yang amat sangat.

“Along, tolong tengokkan Fara kejap ya.
Ina nak bayar baki kos majlis ni kat kaunter
kejap,” ujar Marina seraya berlalu.

423

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Pada masa yang sama, Redza kembali
masuk ke dalam kafe. “Marina, come, let me,”
pinta Redza sambil mengeluarkan dompet
daripada kocek seluar jean.

“Eh, takpe bos. Majlis ni kecik-kecik je.
Saya ada bajet,” tolak Marina.

“Takpe... saya belanja. Lagipun, mesti
awak dah bayar deposit kan? Yang baki, biar saya
yang bayarkan. Hadiah saya untuk Fara.”

Marina teragak-agak. Mahu menolak
namun Redza sudah menghulurkan kad kreditnya
kepada juruwang kafe. “Terima kasih, bos.”

“My pleasure.”

“Fara, meh sini salam uncle. Uncle dah
nak balik,” suruh Marina. Fara akur. “Cakap apa
kat uncle?”

“Thank you, uncle,” ucap Fara malu-malu.
Tangan halus dihulurkan ke arah Redza.
Bersambut. “Thank you bagi hadiah kat Fara.”
Manis senyuman di bibir Redza. Dia tunduk
sedikit.

“Happy birthday sekali lagi, Fara. Uncle
doakan Fara akan jadi anak yang sentiasa
menyejukkan hati mama Fara.”

Fara hanya mengangguk. Redza mengucup
pipi kiri Fara.

Redza tegak sekali lagi. “She’s a good girl,

424

Lynn Safiya

Marina. You’ve done very well in raising her,”
puji Redza ikhlas. “Your parents would have
been so proud of you.”

“Terima kasih bos,” ucap Marina terharu.
“Saya balik dulu.”
Marina mengangguk. Redza menghampiri
Haidar untuk bersalaman dengan lelaki itu.
Melihat Qaira yang memandang kosong
ke arahnya, Redza sekadar mengangguk
tanda hormat sebelum menyusun langkah
meninggalkan kafe.
Sepatah Redza tidak menegur Qaira. Aksi
Marina serta Haidar yang tidak mengendahkannya
membuat jiwa Qaira semakin tertekan. ‘Aku
kurang ajar sangat ke tadi sampaikan langsung
dia tak nak tegur aku? Dia... dia tak rindu kat aku
ke?’
“Jom balik,” ajar Marina. Kotak-kotak
hadiah Fara yang sudah dimasukkan ke dalam
beg plastik besar dijinjing dengan tangan kanan
manakala tangan kiri memegang tangan Fara. Dia
mula melangkah, dibuntuti oleh Haidar. Sedikit
pun mereka tidak mengerling ke arah Qaira. Ikut
atau tidak, suka hati! Pandai-pandailah Qaira
mencari jalan pulang...

425

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bab 10

“ENCIK!” jerit Qaira teragak-agak.
Tidak tahu cara untuk memanggil
lelaki itu memandangkan dia beraku-engkau
sahaja selama ini.
Redza berpaling. Tangan yang baru
mencecah pemegang pintu kereta kekal statik.
Mata mencari gerangan suara yang memanggil.
Dari tadi lagi dia sudah sedar akan kehadiran
Qaira yang berdiri tidak jauh dari keretanya,
namun dia memaksa diri agar berlagak biasa.
Mahu menduga sejauh mana Qaira mahu cuba
mendekati dirinya.
Redza masih di posisi yang sama.
Menunggu Qaira memulakan langkah.
Lambat-lambat Qaira berjalan. Terlalu lambat
pada pandangan Redza. Ya Allah, rindunya dia!

426

Lynn Safiya

Redza sendiri tak tahu bagaimana dia bisa melalui
6 bulan ini. Rambut Qaira sudah panjang sedikit
daripada dulu. Penampilannya masih sama...
masih sempoi... namun riak Qaira tidak pernah
dilihatnya sebelum ini. Riak yang sarat dengan
rasa ragu-ragu.

“Panggil saya ke?” soal Redza buat-buat
tak tahu sebaik saja Qaira berdiri lebih kurang 2
kaki di hadapannya.

Qaira mengangguk.

“Ada apa?”

“Errr...” Qaira cuba mencari kata agar
singgah di bibirnya. “Aku... errr saya ada nak
benda nak cakap sikit.”

Riak di wajah sukar dikawal. Mendengar
Qaira membetulkan panggilan dirinya
menerbitkan secebis harapan di hatinya. “Ya?”
Masih selamba.

“Boleh kita bercakap kat tempat lain?”
tanya Qaira. “Kat sini macam tak sesuai.”

Jam di pergelangan tangan kanan dikilas
pandang. Aksi yang sengaja dilakukan untuk
menghantar mesej kepada Qaira, konon-konon
memikirkan sama ada dia mempunyai masa
untuk diluangkan atau tidak. Mesej yang difahami
sepenuhnya oleh Qaira. Mesej yang melemahkan
sedikit semangat Qaira ketika ini.

427

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Awak ada hal ke?” Goyah suara yang
bertanya.

“Hmmm... saya tak boleh lama. Saya nak
jumpa seseorang.”

Berubah riak Qaira. Seolah-olah boleh
meneka gerangan ‘seseorang’ yang dimaksudkan
itu.

“Tapi... kalau awak nak bercakap jugak,
awak boleh ikut saya. Sambil saya drive ke sana
awak boleh cakap apa yang awak nak cakap,”
cadang Redza.

Qaira berkira-kira sendiri.
“Motor awak kat mana?” Liar mata Redza
mencari.
“Takde. Saya tak datang dengan motor.”
“Kalau macam tu lagi senang. Awak nak
ikut tak ni?” duga Redza lagi.
Qaira masih teragak-agak. “Pak Din takde
ke?”
“Dia cuti. Jadi saya kena drive sendiri.”
“Oh...”
“Qaira, I’m in a rush right now. Awak nak
ikut ke tak?” Riak selamba masih kekal di wajah.
“Hah? Oh, okey, okey. Saya ikut.”
Redza menyembunyikan senyuman

428

Lynn Safiya

kemenangan. Dia masuk ke dalam kereta.
Menunggu Qaira mengambil tempat di bahagian
penumpang di sebelahnya. Pemanduan
dimulakan tanpa bicara. Mahu Qaira yang
memulakan segala-galanya.

Tak senang duduk Qaira jadinya. Tangan
yang berlabuh di atas paha dipulas-pulas. Lidah
terasa kejang tidak bisa dilembutkan.

Redza mengeluh di hati. Dia ni nak diam
je ke? Nak tunggu sampai bila ni? “Ada apa ya?”
Akhirnya Redza bersuara. Tidak bisa bertangguh
lagi.

Terkejut Qaira jadinya. Terangkat
bahunya. “Saya... saya... nak tanya... betul ke awak
nak bertunang?” Qaira menelan ego. Soalan yang
sering menghantuinya akhirnya dimuntahkan.
Dia perlu tahu. Dia mahukan kepastian.

“Kalau betul pun, kenapa? Takde
kena-mengena dengan awak kan?” balas Redza
sedikit kejam. Mata masih utuh di jalan raya.
Riak di wajah sukar dimengerti oleh Qaira.

“Eh! Tapi kau kata... kau suka kat aku!”
Habis berterbangan niatnya untuk menggunakan
kata-kata sopan di hadapan lelaki itu. Hanya
kerana diri terasa tercabar dengan kata-kata
Redza, Qaira seolah-olah lupa akan pendekatan
yang ingin dipamerkan.

429

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Suka pun tak guna. Awak dah tolak saya,
kan? Saya ni orang yang faham bahasa. Kalau
orang dah tak nak, kalau orang tu dah tolak,
takkan saya nak tunggu dan berharap lagi?”

Dush! Terasa pipi pijar ditampar kiri dan
kanan.

“Betul kan? Awak yang dah tolak tawaran
saya, awak tak nak terima saya, jadi tak salah kan
kalau saya nak bertunang dengan orang lain?”

Qaira menggigit bibir. Tidak mampu
mengiakan pertanyaan daripada lelaki itu.
Namun, mahu berkata ‘salah’ bakal menyerlahkan
betapa dia seorang yang amat mementingkan diri
sendiri.

“Tapi...”

Terdorong tubuh Qaira ke hadapan tatkala
Redza menekan pedal brek secara mengejut.
Qaira menoleh ke luar. Rupa-rupanya Redza
sudah memberhentikan kereta di bahagian parkir
di hadapan deretan rumah kedai yang entah di
mana ini.

“Awak nak cakap apa sebenarnya ni?”
desak Redza tidak sabar. Tajam mata yang
membelah ke wajah Qaira. Wajah yang sedikit
pucat dan tidak berseri ketika ini.

Qaira menyeru semangat agar singgah di
bibirnya. “Awak.. awak dah tak suka kat saya ke?”

430

Lynn Safiya

Kata-kata Qaira kembali berlapik.
Redza sengaja mendiamkan diri. Mata

tidak berkalih daripada wajah Qaira.
“Awak dah tak nak kahwin dengan saya?”
Masih diam. Mahu Qaira meluahkan

segala-galanya.
“Saya... saya... tak nak awak bertunang

dengan orang lain,” akui Qaira sambil menelan
rasa malu. Malu kerana terpaksa mengutip
kembali prinsip hatinya yang akhirnya jatuh
bergelimpangan ke atas tanah.

“Kenapa tak boleh?”
“Habis tu saya?” Tinggi sedikit suara
Qaira.
“Awak kan tak nak ubah cara hidup awak.
Awak tak nak ada teman hidup sampai bila-bila
kan?” ungkit Redza. “Pendirian saya pulak
berbeza. Saya nak ada teman hidup dan bina
keluarga saya sendiri.”
Qaira menelan liur tidak bisa membidas
kata-kata Redza.
“Saya nak kahwin, Qaira...”
Bulat mata Qaira.
“Saya nak kahwin dengan orang yang
nak habiskan sisa-sisa hidup dia dengan saya,”
sambung Redza lagi.

431

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Qaira menggigit bibir. Adakah dirinya
sudah terlambat? Apakah Redza sudah berubah
hati?

“Saya... saya salah...” Qaira mengangkat
bendera putih. Perlahan saja nada suaranya.

“Maksud awak?” Redza masih belum
puas. Selagi Qaira tidak menzahirkan isi hatinya
yang sebenar, Redza tidak akan berundur.

“Saya nak terima tawaran awak sebelum
ni,” tutur Qaira berani. “Tapi... saya tahu saya
dah terlambat...” Kata-kata terakhir itu diluahkan
sedikit lemah. Dia tunduk.

“Kalau betul awak dah terlambat, awak
nak buat apa?” duga Redza. Jantung yang
berdentum-dentam cuba ditenangkan semampu
upaya. Seakan tidak percaya dengan luahan hati
Qaira. Namun dia masih belum berasa puas.

Qaira sendiri tiada jawapannya.

“Awak kata awak tak nak saya bertunang
dengan orang lain, kan? Jadi sekarang ni awak
nak apa?” desak Redza mahukan jawapan yang
dinantikan.

‘Aku nak dia! Tapi takkan aku nak
gagalkan majlis pertunangan dia? Takkan aku
nak jadi pompuan perampas yang macam tu?’
Sanggupkah dirinya mengganggu hubungan
orang lain hanya kerana dia sendiri yang

432

Lynn Safiya

terlambat menyedari kemahuan hatinya sendiri?
Jika dia berterus-terang tentang dirinya yang
sudah berani mengakui perasaannya sendiri,
apakah dia bakal melukai hati gadis lain yang
mungkin sedang bahagia menantikan detik
pertunangannya dengan Redza tidak lama lagi?
Sanggupkah dia?

Tangan di paha sudah mengepal
penumbuk. Perih yang menusuk di hati tidak
pernah dirasakan seumur hidupnya, namun dia
tahu apa yang perlu dilakukannya. Jika tadi dia
memasang niat untuk mencurahkan segala isi
hatinya kepada Redza, kini dia sudah berubah
hati. Jika tadi dia berani menyatakan hasratnya
tidak mahu melihat Redza bertunang dengan
orang lain, kini dia sudah sedar akan kekhilafan
diri. Dia yang bersalah. Dia yang terlalu lama
berjauhan daripada Redza. Dan kini... lelaki itu
sudah tidak mahukan dirinya lagi.

Qaira sedar apa yang perlu dilakukan. Dia
tak mahu menjadi perempuan yang merampas
kebahagiaan perempuan lain. Walaupun sakit,
dia sedar dia perlu melepaskan peluang yang
pernah dulu terbuka luas untuknya.

“Saya rasa saya dah tersilap datang sini
jumpa awak. Saya tak patutnya datang tadi. Saya
tak patut ganggu awak, sedangkan awak dah nak
bertunang,” lirih suara Qaira. “Saya minta maaf.”

433

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Qaira mencari mata Redza. “Saya keluar dulu.”
Tangan sudah mencapai pembuka pintu.
“Qaira!” Redza cuba menahan. Hati yang

penuh berharap tadi kini sudah gugur kembali.
Kecewa dia dengan Qaira. Kecewa sangat!

Qaira berpaling. Sekali lagi wajah Redza
ditatap. Mungkin matanya tidak akan mampu
lagi berlabuh ke wajah lelaki itu selepas dari hari
ini. “Saya doakan awak bahagia dengan dia. Saya
minta maaf...”

Dengan sekelip mata, pintu kereta dibuka
lalu dikatup.

“Dammit!” jerit Redza kuat. “Hesy
perempuan ni kan! Kejap cakap nak, lepas tu
tukar fikiran pulak!” getus Redza keras. Segenap
jiwa mahu mengejar, namun dia cuba bertahan.
Amaran daripada Marina mengetuk ke minda.
Dia tak boleh menjadi orang yang beralah dan
mengejar, jika dia mahu mengajar Qaira untuk
berubah sepenuhnya. Mahu tak mahu, dia perlu
bersabar...

JAUH QAIRA termenung. Gitar di atas paha
dipeluk dari tadi. Fikirannya menerawang ke
perkara yang bukan-bukan.

434

Lynn Safiya

‘Mesti dia dah bertunang sekarang ni...
mesti majlis dia gah dan meriah...’

Jenuh Marina mengajaknya untuk
menghadiri majlis pertunangan Redza tadi
namun dia berdegil. Bermacam-macam alasan
disuarakan untuk menolak permintaan Marina.
Sudahnya dia terperuk di dalam studio ini
sendirian, demi melarikan diri daripada sekalian
makhluk alam.

‘Padan muka aku!’ cemuhnya. Semua
yang berlaku tidak lain salah dirinya sendiri.
Terlalu mengagungkan prinsip hidupnya yang
berlandaskan kegagalan kehidupan orang lain.
Sudahnya, dia sendiri yang gigit jari!

“Sudah-sudahlah, dik. Along rasa kalau
arwah abah dengan mak dapat tengok adik
sekarang ni, mesti diaorang akan kecewa
dengan perangai adik. Kecewa sangat!”
Kata-kata daripada Haidar baru-baru ini masih
terngiang-ngiang di telinga. Kata-kata yang
membuat dia terjatuh dan sukar untuk bangkit
kembali. ‘Maafkan adik, abah, mak...’ keluh Qaira
lalu menanggalkan gitar lalu disandarkan ke
balik dinding.

Pintu studio tiba-tiba dibuka. Qaira tidak
berpaling.

“Lan, aku belum nak balik lagi. Kalau kau
nak balik, kau tinggalkan kunci ya. Nanti aku

435

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

kunci...” ujar Qaira.

“Kenapa tak nak balik lagi?”

Laju kepala Qaira menoleh. Sepantas kilat
juga dia berdiri. Bulat matanya tidak percaya.
Dia? Betul ke Redza sedang berdiri di depannya
kini? Apakah dia sedang bermimpi? Tajam mata
Redza menikam jauh ke dalam anak mata Qaira.
Wajahnya tegang. Matanya merah seolah-olah
sudah lama dia tak merehatkan mata.

“Apa... apa awak buat kat sini?” Gagap.
Suaranya berpasir.

“Kenapa awak tak datang ke majlis tadi?”
soalan Qaira berbalas soalan lain daripada Redza.

“Saya... saya sibuk. Banyak kerja.” Alasan
dilaungkan. Terkebil-kebil mata Qaira masih
tidak percaya dengan kehadiran Redza. Minda
sesak dengan beribu-ribu pertanyaan. Namun,
tidak mampu diluahkan. Lelaki di hadapannya
ini bukan lelaki yang dulu. Lelaki ini kini sudah
semakin hampir menjadi milik orang lain.

“Ohh... banyak kerja.” Ada nada sindiran
pada nada suara Redza. Dari tadi dia asyik
perhatikan Qaira dari luar tingkap kaca studio
ini. Sibuk apa kalau diri asyik termenung saja?
Kalau Qaira sedang sibuk melayan lara di hati,
padan muka dia! Dia sendiri sudah 6 bulan hidup
tak seperti orang lain! Huh!

436

Lynn Safiya

Tersekat liur yang ditelan. Qaira
membiarkan matanya meliar ke wajah Redza.
Wajah yang tak pernah mampu dilenyapkan
daripada kotak memorinya.

“Kesal yang kurasakan, takkan pernah
bertepi... Cinta yang kudambakan, takkan
pernah aku miliki...”

Terbeliak mata Qaira.
“Tu lagu awak kan?” soal Redza.
Bisu.
“Tu lagu awak kan?” Redza mengulangi
pertanyaannya.
Qaira mengangguk.
“Apa yang awak kesalkan, Qaira?”
Kepala digeleng perlahan. “Lagu tu takde
kena-mengena dengan perasaan saya,” dalih
Qaira. Masih lagi mahu bersikap defensif.
“Bullshit!” getus Redza dari celah gigi.
“Stop lying!” Semakin tegang wajahnya.
Qaira mengetap bibir. Redza mengambil
satu langkah mendekatinya. Qaira terpaksa
mendongak sedikit. “Apa yang awak kesalkan,
Qaira?” ulang Redza, tapi kali ini suaranya lebih
keras daripada tadi. “Tell me!”
“Apa gunanya saya bercakap apa-apa lagi?
Semuanya dah terlambat kan?” dalih Qaira.

437

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Apa, Qaira?” bentak Redza. “Apa yang
awak kesalkan?” Tidak mengendahkan cubaan
Qaira untuk mengelak daripada menjawab
pertanyaannya.

Liur ditelan penuh kepayahan. “Saya kesal
dengan kebodohan saya sendiri... Kesal dengan
peluang yang saya lepaskan,” luah Qaira tidak
mampu berselindung lagi. Akur dengan kehendak
Redza.

Redza menapak satu langkah lagi.
Pandangan matanya semakin tajam. “Apa yang
dah awak lepaskan, Qaira?”

Mata Qaira mula berkaca.
“Apa?” desak Redza seolah-olah tidak
mampu menunggu sesaat pun lagi.
“Awak...” bisik Qaira akhirnya dalam
penuh keterpaksaan.

438

Lynn Safiya

Bab 11

“DAMN you, Qaira! Damn you!”
Kasar Redza meraup wajah.
“Kenapa lama sangat baru awak nak sedar?”
Qaira dihentak dengan rasa bersalah.
Memang salah dia. Semuanya salah dia. Dia
terlalu menurut kata hati sehinggakan dia sudah
terlepas peluang untuk menggenggam tangan
yang pernah dihulurkan ke arahnya.
“Saya... saya takut... Saya terlalu selesa
dengan cara hidup saya, saya tak nak ambik risiko
untuk ubah apa-apa.” Perlahan Qaira bersuara.
“If you could turn back time, what would
you have done differently?” duga Redza.
Qaira mengambil nafas. “Saya takkan tolak
tawaran awak,” luahnya perlahan seakan berbisik.

439

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Terkesan Qaira melihat Redza memejamkan
mata seketika seolah-olah tidak percaya dengan
pengakuannya.

“You’ve put me through hell, did you
know that?” Suara Redza seakan tertekan.
“Awak langsung tak nak bagi peluang pada saya.
Awak terus tolak saya sebab awak takut dengan
perasaan awak sendiri!” tuduh Redza lagi.

Benar. Semua yang lahir dari bibir Redza
benar belaka. Tidak guna dia menafikan.

“Habis tu? Sekarang awak nak apa?”
Kepala digeleng perlahan. “Apa yang saya
nak sekarang ni dah tak penting lagi. Saya tak
nak sakitkan hati sesiapa sebab semuanya salah
saya sendiri,” ujar Qaira. “Saya takkan harapkan
sesuatu yang sudah jadi milik orang lain.”
“Maksud awak?”
“Awak dah bertunang. Semuanya dah
terlambat...” keluh Qaira penuh kesal.
“Awak suka kalau saya bertunang dengan
perempuan lain?”
Lambat-lambat Qaira menggeleng. Wajah
berubah keruh. Takkanlah suka?
“Awak tengok saya ni macam orang yang
baru lepas bertunang ke?”
Terdiam Qaira jadinya. Atas bawah, atas

440

Lynn Safiya

bawah mata Qaira menjamah ke tubuh Redza.
Eh? Mengapa Redza hanya berkemeja dan
berseluar slek sedangkan dia seharusnya berbaju
Melayu ketika ini ya? Baru dia perasan.

Sorotan mata yang memandang ke wajah
Redza penuh tanda tanya.

“Macam mana saya nak bertunang dengan
orang lain kalau saya dah mimpi awak jodoh
saya, Qaira?” Lemah saja nada suara Redza.
Sudah lelah dia menunggu selama ini. Sangkanya
Qaira akan mengambil masa beberapa minggu
saja sejak kepulangan mereka dari Kuantan
untuk mencarinya. Namun sudah lebih 6 bulan
dia menunggu. Gila lembap minah biker kental
sorang ni! Ingatkan nak biarkan saja Qaira
tersedar sendiri, tetapi kesabarannya sudah
terlalu tipis, membuatkan dirinya menjadi
pemburu gadis itu pada hari ini.

“Habis tu? Kakak saya pergi majlis siapa?”
Tak puas hati.

“Adik angkat saya. Dia yang bertunang.
Saya tolong uruskan saja,” balas Redza. Mata
tak berkelip memandang ke wajah Qaira. Ingin
melihat setiap riak setiap gadis itu.

“Perempuan yang saya nampak sebelum
ni tu siapa pulak? Yang keluar sama-sama dengan
awak masa kat pejabat 2 minggu lepas...” Rasa
cemburu yang mencengkam dirinya ketika itu,

441

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

singgah kembali ke hatinya kini.

Koyak sedikit bibir Redza akhirnya.
Pertama kali melihat api cemburu membara
dari sepasang mata Qaira. “Tulah adik angkat
saya. Aliah nama dia. Masa saya sekolah dulu,
saya pernah jadi cikgu tuisyen dia semata-mata
untuk cari duit belanja. Jadi saya kenal dia dah
lama. Keluarga dia pun dah macam keluarga saya
sendiri.”

Suatu perasaan lega yang tak terhingga
melanda diri Qaira. Dia tak tahu sama ada dia
harus melompat atau menjerit tanda gembiranya.
Huh! Sia-sia saja dia melayan rasa terkilan dan
sedihnya. Sehinggakan terasa kehidupannya
begitu kelam dan tidak berseri. Sangkanya, dia
akan kehilangan Redza buat selama-lamanya!

“Jadi, sekali lagi saya nak tanya. Sekarang
awak nak apa?” Redza menyoal lagi. Dia mahukan
kepastian. Dia mahu mendengar kemahuan Qaira
secara jelas dan nyata. Dia mahu tahu sama ada
Qaira sanggup menelan egonya ataupun tidak!

“Saya... saya...” Gagap. Pipi terasa panas.
Malunya sudah berbakul-bakul. Sekali lagi
peluang sudah terbuka untuknya. Dia hanya
perlu merentapnya namun mengapa bibirnya
begitu sukar untuk meluahkan?

Redza tekun menunggu. Jika dia sanggup
menunggu lebih 6 bulan lamanya, dia mampu

442

Lynn Safiya

menunggu seminit lagi.

Sekali lagi Qaira mencuba. Tidak mahu
peluang yang terbuka ini berlalu begitu sahaja.
Nafas dihela dalam-dalam. Dia menongkat
wajah. Mata Redza dilawan pandang. “Saya nak
terima tawaran awak... saya nak awak...”

Hampir terlepoh lutut Redza mendengar
kata-kata keramat yang teramat didambakan
oleh telinganya ini. Untuk seketika, Redza turut
kehilangan kosa kata.

“Saya minta maaf sebab saya lambat nak
terima perasaan saya...” sambung Qaira. “Saya
dah lama sedar, cuma saya degil tak nak terima.
Saya tak suka dengan perasaan saya tu. Jadi saya
lawan.”

“Apa yang buat awak terima?”

“Bila saya bayangkan awak bertunang
dengan perempuan lain... saya mula terima apa
yang hati saya dah lama cuba nak bagi tahu
saya,” curah Qaira perlahan, tidak beralasan atau
berdalih lagi.

Turun naik dada Redza cuba mengawal
perasaannya. Akhirnya! Setelah sekian lama
menunggu, kini Qaira sudah sedar! Qaira sudah
mampu berterus-terang! Qaira mahukan dirinya!

Rambut dikuak ke belakang. Wajah diraup
kasar.

443

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Awak...” seru Qaira perlahan. Tangan
diramas-ramas menyerlahkan keresahannya.

Terjongket kening Redza mengisyaratkan
agar Qaira terus berkata-kata.

“Masih ada peluang ke lagi untuk saya?”
Teragak-agak nada suara Qaira. Sarat dengan rasa
ragu-ragu yang masih terbeban di pundaknya.
Ini pengalaman pertamanya. Semuanya terasa
begitu asing bagi dirinya. Qaira tidak pasti
langkah yang perlu diambil untuk mengiklankan
tentang hatinya yang kini sudah terbuka.

“Awak rasa awak boleh dengar dan patuh
cakap saya?” Tak habis lagi Redza mahu menduga
gadis itu.

Qaira menggigit bibir. Berat ni!

“Boleh tak?” desak Redza. “Awak boleh
patuh cakap saya sebagai suami?”

Kepala diangguk perlahan. Rela dalam
terpaksa.

“Kalau saya tak bagi awak naik motor lagi
lepas ni, awak boleh ikut tak?”

Bulat mata Qaira jadinya. Merekah
bibirnya. Tak boleh merempit lagi ke? Huhu...

“Habis tu saya nak naik apa? Saya ada lesen
motor je,” bantah Qaira. Yalah, mereka sekeluarga
bukannya ada kereta pun. Ada motosikal sahaja.
Walaupun Haidar sudah menjual motosikalnya,

444

Lynn Safiya

Qaira ada bercadang untuk membeli motosikalnya
sendiri. Yang diidamkan sudah pun berada dalam
senarai. Tinggal nak cukupkan duit sahaja.

“Naik apa je yang ada. Asal bukan motor!”
putus Redza tegas. Dia tak mahu hari-harinya
dilalui dengan penuh rasa bimbang. Bimbang
akan keselamatan Qaira yang kaki merempit itu.
Bob dan Andi pun boleh menjadi pemandu Qaira
sekiranya dia tak dapat nak memandu sendiri
untuk Qaira nanti.

‘Alaaa...’ Sempat Qaira mengomel dalam
hati.

“Boleh tak ni?” Acah-acah garang.
Memek muka Qaira begitu jelas tidak suka akan
perintahnya kali ini.

“Okeylah...” Qaira beralah. Lemah saja
suaranya. Hanya mampu membantah dalam hati.

Redza serius tak percaya! Betul ke
Qaira yang berdiri di depannya ini Qaira yang
dikenalinya lebih 6 bulan yang lalu? Yang keras
kepala... yang degil... dan yang brutal?

“Betul ni?” soal Redza inginkan kepastian.

Nak tak nak saja Qaira menganggukkan
kepala. Nampak sangat terpaksa!

Redza menyembunyikan senyuman
kemenangan. Ini sudah bagus! Jelas Qaira
kini seorang yang sudah berubah. Versi Qaira

445

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

yang ini merupakan versi seorang gadis yang
boleh dibentuk dan dilenturkan. Yang sanggup
berkorban untuk bersama dengannya.

“Kalau macam tu ikut saya!” arah Redza
lagi.

“Nak pergi mana?”

“Balik! Jumpa along awak. Minta izin.
Lepas tu minta tarikh bila kita nak nikah.”

Terbuntang mata Qaira. ‘Hesy mamat ni
kan! Kalau dah biasa jadi bos tu, bos jugak Semua
nak bagi arahan je!’ Macam manalah Marina
boleh tahan berboskan si dia ni ek? Sakit betul
hati dia! Tapi... kalau dia kata tak nak, dia akan
terlepas peluang lagi ke tak? Nanti Redza akan
tarik balik tawaran dia ke tak?

“Okeylah, okeylah! Jom cepat,” Qaira
beralah. Tak berani dia memikirkan kemungkinan
peluang untuknya memiliki lelaki ini takkan
terbuka lagi selepas ini. Cukuplah sekali dia
terlepas. Dia takkan bertindak tidak cerdik
seperti itu lagi.

Sekali lagi Redza terkejut dengan
persetujuan pantas daripada Qaira. Laju Qaira
menapak ke arah pintu studio namun cekap
Redza menahan. Lengan Qaira sempat direnggut.
Qaira berpaling. Matanya penuh tanda tanya.

“Awak tak luah lagi perasaan awak kat

446

Lynn Safiya

saya,” ujar Redza. “Saya nak dengar!”

Berubah riak Qaira. “Alaaa awak ni! Tak
payahlah! Faham-faham sendiri dah la,” tolak
Qaira. Berkerut wajahnya menahan rasa segan.

Genggaman tangan Redza di lengan Qaira
semakin kejap. “Mana boleh? Awak kata awak
terima tawaran saya je dan awak nak kat saya...
tapi saya nak dengar lebih dari tu.”

“Hek-e-leh mamat ni demand pulak!”
gerutu Qaira di hujung nafas namun masih bisa
ditangkap oleh telinga Redza. Lengan cuba ditarik
daripada cengkaman Redza. Tak berjaya.

“Hesy!” dengus Qaira. “Awak pun mana
ada cakap apa-apa kat saya? Mana pernah awak
luahkan perasaan awak? Dah kenapa pulak saya
yang kena cakap dulu?”

‘Bijak minah ni! Tak dapat aku nak
perangkap dia!’

“Dahlah tu! Lepaskanlah tangan saya.
Karang Lan nampak nanti, tak manis la...” pinta
Qaira masih cuba menarik lengannya.

“Saya cintakan awak, Qaira,” luah Redza
penuh perasaan. Suaranya dalam. Matanya
bercahaya.

Pegun tubuh Qaira jadinya. Terkesima
dia dengan curahan hati Redza yang tak
disangka-sangka itu. Bulat matanya. Merekah

447

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

bibirnya. Turun naik dadanya melepaskan
nafas. “Apa?” bisiknya tak percaya. Bukan dia
tak percaya akan perasaan lelaki itu, namun dia
tak percaya Redza mampu meluahkannya secara
terang-terangan begini.

“Saya cintakan awak,” ulang Redza. “Saya
nak kahwin dengan awak, walaupun tak pernah
terlintas kat hati saya yang saya boleh terjatuh
hati dengan minah biker kental macam awak ni!”

Qaira menelan liur. Dup dap dup
jantungnya bergendang. Getaran yang menjentik
ke sanubarinya terasa begitu melemaskan.
Namun kali ini, dia tiada keinginan untuk
mengenyahkan setiap rasa yang menyelubungi
dirinya. Walaupun hati masih bimbang dengan
perjalanan masa depannya, dia yakin Redza
takkan pernah mengasari dirinya atau mengambil
kesempatan atas kelemahan dirinya.

“Saya... saya...” Terketar bibir Qaira ingin
membalas. Terasa canggung sekali. “Saya pun
macam tu...”

“Macam tu macam mana?” Redza tak puas
hati.

“Errr... macam yang awak rasa tu la.”

Terjongket kening Redza. Sorotan
matanya jelas. Lengan Qaira takkan dilepaskan
selagi ayat keramat itu tidak dilafazkan.

448

Lynn Safiya

“Awak... janganlah macam ni... Saya tak
biasalah cintan-cintun ni... Bagilah masa kat
saya. Nanti bila dah bersedia, saya cakaplah,”
pinta Qaira.

Redza mengeluh. Adakah dia terlalu
mendesak? Tak cukup lagi ke dengan luahan kata
Qaira serta bahasa kiasannya sejak tadi? Tangan
Qaira dilepaskan. Dia memilih untuk mengalah.

Qaira tersenyum kecil. Manis
senyumannya. Sekelip mata wajah Qaira berubah.
Redza terpesona. Keindahan yang selama ini
begitu natural, terserlah kini hanya dengan satu
senyuman.

“Awak... jomlah...” ajak Qaira. Serak
suaranya. Terkesan dengan cara pandangan
mata Redza yang sebegitu dalam... seakan mahu
menembus terus ke dasar hatinya.

Redza mengangguk. Akur mengikut
langkah Qaira keluar dari studio. Hati terasa ringan
sekali. Bahagia yang dinantikan, kini semakin
hampir digenggam. Syukurnya tak terhingga!
Jatuh juga Qaira ke dalam pangkuannya...

“TERIMA KASIH, Marina,” ucap Redza penuh
syukur.

449

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Sama-sama bos.” Bibir sudah menyengih.
“Saya tak sangka bos sanggup tunggu adik saya
begitu punya lama. Saya ingat bos akan give up
je.”

“Adik awak tu memang degil! Lembap ya
amat!” gerutu Redza. “Saya memang dah lama
hilang sabar tau.”

“Tapi bos... kalau bos tak buat macam
yang saya cakap tu, sampai bila-bila pun adik
saya tu takkan sedar. Dia akan menangkan kepala
batu dia tu!”

“Hmmm... kat rumah dia macam mana?”

“Sejak dia ingat bos nak bertunang,
monyok je muka dia. Asyik layan lagu yang
sedih-sedih je. Patah hati la tu!” ulas Marina
sambil ketawa kecil. “Salah dialah tak pernah
tanya saya siapa yang nak bertunang? Dia terus
anggap bos yang nak bertunang. Tapi sebelum tu
pun, saya perasan dia dah lain. Mungkin dia dah
tersedar yang dia tersalah buat keputusan, cuma
dia tak tahu macam mana nak ubah keterlanjuran
kata-kata dia...”

“Dia masih kasar-kasar macam sebelum
ni?”

Marina menggeleng. Wajah bertukar
sayu. “Dengan saya pun dia dah tak beraku-kau
lagi. Dia panggil saya kakak, dan dia bahasakan

450


Click to View FlipBook Version