The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itasukri, 2020-12-24 01:26:55

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Lynn Safiya

Bab 6

“KENAPA cepat sangat awak
nak bertunang?” Hana sudah
mencekak pinggang. Tidak faham dengan
permintaan Zaim ni. Suka-suki je nak datang ke
restoran ketika waktu operasi belum bermula
semata-mata untuk mengajaknya untuk mengikat
tali pertunangan.
“Awak nak tunggu 10 tahun lagi ke?”
sindir Zaim.
Hana menjeling. Rasanya, baru semalam
dia bersetuju untuk memberi peluang kepada
Zaim untuk mendekatinya. Baru semalam dia
mengatakan ‘ya’, bukan saja kepada Zaim, tetapi
kepada Hadif dan juga Sam. Dan yang paling
penting, dia turut mengatakan ‘ya’ kepada dirinya
sendiri... kepada hatinya...

251

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Tolong sikit ya! Hubungan kita dah nak
masuk sebulan tau! Bukan sehari dua!”

‘Hesy! Dia ni tahu je aku tengah fikir apa.’

“Baru sebulan...” meleret balasan Hana.
Macamlah setahun nak bertunang bagai!

“Dalam sebulan ni, kita baru keluar dua
kali, Hana. Dua kali!” dengus Zaim tidak puas
hati. Setiap kali dia mengajak Hana berdating,
ada saja alasan gadis itu. Apabila dia mengunjungi
Hana di restoran, bukannya Hana ada masa
untuk menemaninya pun. Sibuk memanjang!

“Habis tu? Takkan nak jumpa hari-hari?”
tangkis Hana.

Zaim mengambil satu langkah ke hadapan.
Wajah tidak puas hati Hana ditatap dalam. “Saya
memang nak jumpa awak hari-hari, Hana. Bila
saya bangun tidur, awaklah orang pertama yang
saya nak tengok. Bila saya balik rumah, saya nak
awak yang sambut saya kat pintu. Saya nak tahu
awak sibuk atau tak, tengah buat apa, sihat ke
tak, dah makan ke tak, semua tu.”

“Awak tak rasa terlalu cepat ke Zaim? Kita
baru nak kenal hati budi masing-masing untuk
kita nak ambil langkah seterusnya. Kenapa awak
macam terburu-buru sangat ni?”

Zaim tersenyum segaris. “Sebijik jawapan
artis awak bagi saya kan? Baru nak kenal hati

252

Lynn Safiya

budi masing-masing ya? Awak anggap saya ni
teman tapi mesra ke?” usik Zaim.

Hana sedikit pun tiada rasa untuk
tersenyum. Gurauan Zaim dibiarkan saja berlalu.
“Saya tak nak terburu-buru Zaim. Saya nak
kita betul-betul yakin dengan hubungan kita ni
sebelum kita lebih serius.”

“Lebih serius? Lebih serius daripada apa?
Daripada sekarang? I’m already as serious as
hell right now. But what about you?”

Hana menelan liur. Cara Zaim
memandangnya kini membuat lututnya terketar
sedikit. Dia perlu duduk. “Errr... kita duduk dulu
Zaim. Lenguh leher saya ni nak bercakap dengan
awak berdiri macam ni.” Hana meletakkan beban
kesalahan pada lehernya.

Kerusi ditarik. Zaim melabuhkan duduk
bertentangan dengan Hana. Tekun matanya
melihat Hana menyusun kertas-kertas dan juga
fail di atas meja. Nampak feminin sangat aksi
Hana itu. Suka benar matanya dengan Hana.
Serba-serbinya tentang Hana!

Hana melipat tangan lalu dilabuhkan
ke atas meja. Mata ditongkat ke wajah Zaim.
“Kita baru kenal sebulan Zaim. Untuk saya,
belum cukup lama untuk kita mengikat tali
pertunangan,” tutur Hana.

253

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Berkenalan lama tak menjanjikan
apa-apa, Hana. Saya tak suka berhubungan
dengan seorang perempuan dalam tempoh yang
lama tanpa hubungan yang halal. Awak sendiri
rasa kekok bila berdua-duaan dengan saya kan?
Jadi, kenapa kita perlu tangguh lagi?”

“It’s too soon, Zaim. Saya belum bersedia,”
pangkah Hana.

Zaim bersandar ke dada kerusi. “Are you
still looking around?”

Terjongket kening Hana. “Saya tak faham.”

“Awak masih mencari ke? Saya faham
awak masih muda, tapi awak masih nak
berkenalan dengan lelaki yang berbeza ke untuk
cari keserasian bersama?”

Hana mengeluh kecil. “Awak rasa saya
ada masa nak berkenalan dengan ramai lelaki?”
Eh! ‘Bunyi macam ayat iklan pulak!’ fikir Hana
sendirian. ‘Ah! Lantaklah! Memang sekarang
pun terasa dia perlukan Panadol gara-gara
permintaan Zaim ini!’

“Restoran saya ni bukak 7 hari seminggu,
Zaim. Masa saya memang habis kat sini dengan
kat rumah saja. Kalau saya ada masa, saya hanya
keluar dengan Sam atau dengan abang saya.
Sekarang, nama awak dah masuk dalam lis jugak.
Kalau dengan awak pun saya sempat jumpa

254

Lynn Safiya

sekejap-sekejap je dalam sebulan ni, awak rasa
saya ada masa ke nak keluar berkenalan dengan
lelaki lain?”

Zaim merapatkan diri ke meja. “Good!
Sebab saya memang dah berhenti mencari, Hana
sebab saya dah jumpa apa yang saya cari!” Tegas
Zaim melontarkan kata.

“Macam mana awak boleh yakin sangat
Zaim, sedangkan awak tak kenal betul-betul pun
dengan saya?” duga Hana.

“Instinct saya tak pernah salah Hana. Tak
pernah! Dan saya bukan lelaki yang masih nak
test market dengan perempuan kat luar sana,
keluar dengan perempuan berbeza semata-mata
untuk cari keserasian. Tak serasi je, tukar. Tak
serasi lagi, tukar. Saya bukan orang yang macam
tu. Saya lebih suka berusaha untuk jayakan
sesuatu yang dah ada. Dan saya dah ada awak
dan saya nak berusaha untuk pastikan hubungan
kita berjaya.”

Terdiam Hana jadinya. Macam mana nak
bidas kata-kata Zaim itu? Kedengaran begitu
enak di telinga.

“Untuk zaman sekarang ni, memang
sebulan bukan cukup lama untuk kenal satu sama
lain. Tapi... ada contoh yang paling dekat dengan
awak, Hana. Hadif dan Sam!” ungkit Zaim.

255

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Hana menarik nafas. “Awak... tahu pasal
Hadif dan Sam?”

Zaim mengangguk bersama senyuman di
tepi bibir. “Cerita Hadif ni, satu antara seribu,
Hana. Diaorang berdua pun kenal tak lama,
tapi keyakinan Hadif dengan perasaan sendiri
dan kepercayaan yang Sam letakkan pada bahu
Hadif, betul-betul buat saya kagum. They put
their complete trust in each other, and look at
them now. Kenapa kita tak boleh buat benda
yang sama?”

Hana membasahkan bibir yang kering.
Memang mati semua alasan yang mahu
dibentangkan di hadapan Zaim. Bijak Zaim
menggunakan Hadif dan Sam sebagai contoh
untuk meyakinkan dirinya.

“Terlalu dalam ke cinta awak pada Shah,
Hana?” Perlahan suara Zaim, seolah-olah
tidak sanggup mahu mendengar jawapan pada
soalannya sendiri. Wajahnya serius menanti
Hana bersuara. Takut jawapan yang bakal
meluncur dari bibir Hana bakal membuat dia
mahu menampar wajah sendiri.

“Bukan tu sebabnya, Zaim” keluh Hana.
“Saya... saya pernah tersalah letak kepercayaan
dan perasaan cinta saya dulu. Saya langsung tak
dapat hidu dia jenis lelaki yang macam mana.
Saya hanya nampak yang elok-elok dan yang

256

Lynn Safiya

baik-baik saja. Senang sangat saya kena tipu dan
kena main. Jadi kesimpulannya, I am terrible
when it comes to choosing a man. Saya jadi tak
percaya dengan penilaian saya sendiri...” lirih
suara Hana. Terpaksa mengaku akan kelemahan
diri sendiri di hadapan Zaim, lelaki yang begitu
mengharapkan persetujuannya untuk melangkah
pada tempo yang lebih laju daripada apa yang dia
mampu.

“Hana...” seakan memujuk. “Bukan salah
awak...”

Koyak bibir Hana. Sayu senyumannya.
Memang salah dia. Semuanya salah dia. Terlalu
mencintai lelaki yang begitu dan percaya
bulat-bulat akan segala yang dituturkan oleh
Shah.

“Awak masih belajar masa tu, Hana. Awak
muda sangat lagi. Kadang-kadang, kita boleh
jatuh sayang pada orang yang tak sepatutnya kita
sayang.”

“Awak pernah Zaim?” soal Hana. “Jatuh
sayang pada orang yang tak sepatutnya kita
sayang?”

Zaim terkedu. Buat seketika bayangan
Izara berlalu di depan mata. Hendak mengaku,
dia akan menyerlahkan suatu keburukan tentang
dirinya di hadapan Hana. Malu hendak mengaku
dia pernah menyimpan perasaan terhadap,

257

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Izara, kakak iparnya sendiri. Namun hendak
menyangkal, bukanlah permulaan yang baik buat
hubungan mereka yang baru sedang bertunas.

Lambat-lambat Zaim mengangguk.
“Pernah. Dan saya malu pada diri saya sendiri...”

Pengakuan Zaim meyakinkan Hana
bahawa Zaim lelaki yang memahami dilema
yang sedang menakluki setiap pergerakan serta
pemikirannya. “Jadi, apa yang buat awak fikir
yang saya bukan orang yang salah untuk awak
sayang, Zaim? Sebab, jujurnya, saya tak berani
nak kata yang awak bukan orang yang salah
untuk saya...” luah Hana tulus.

Zaim terkedu. Nada Hana diulit penuh
rasa ragu-ragu.

“I just know...” bisiknya. “Kadang-kadang
tu, kita boleh tahu, Hana... kalau kita biarkan hati
kita yang bersuara.”

Tidak perlu Hana bertanya. Jawapannya
sudah terpampang megah di wajah Zaim. Ya, hati
lelaki di depannya ini sudah pun bersuara. Dan
Zaim memilih untuk mendengar suara hatinya
itu. Tidak sepertinya yang masih takut akan
bayang-bayang lalu...

258

Lynn Safiya

“KAU BIAR dia pergi macam tu je?” Sam
mengambil tempat yang dikosongkan Zaim
sebentar tadi.

“Aku tak dapat beri apa yang dia nak,” keluh
Hana penuh kesal. “Aku tak nak terburu-buru,
Sam.”

“Aku terdengar kau cakap pasal Shah. Kau
tak salah rasa macam tu, tapi Zaim bukan macam
Shah, Hana.”

Hana pandang wajah Sam. “Macam mana
kau tahu, Sam? Sebab aku betul-betul tak tahu.”

“Sebenarnya hati kau tahu, kan Hana?
Tapi mulut kau cakap tak tahu, sebab kau tak nak
salah untuk kali yang kedua,” tebak Sam dengan
nada suara yang perlahan.

Hana mengangguk perlahan. “Hati aku
pernah salah dulu, Sam. Aku tak sanggup nak
lalui untuk kali kedua.”

“Kau tengok pada Zaim, kau rasa dia
perogol?”

Hana menggeleng kepala.

“Kau rasa dia kaki perempuan?”

Geleng lagi.

“Kaki kikis?”

Merekah bibir Hana. “Harta keluarga dia
mungkin lebih banyak daripada kita, Sam.”

259

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Habis tu?”

Liur ditelan penuh kepayahan. “Dia... dia
buat aku rasa perasaan yang aku tak pernah rasa
seumur hidup aku, Sam. Perasaan yang aku tak
pernah rasa masa aku dengan Shah dulu. And it
terrifies me!

Terkesan dia dengan pengakuan Hana.
Pengakuan yang tentunya bukan mudah buat
Hana.

“Kau rasa macam mana yang buat kau
takut sangat tu?”

Pipi Hana memerah.

“It’s okay, Hana. Aku takkan cerita pada
abang kau, aku janji...” Melihat reaksi Hana, Sam
sedar yang bukan mudah untuk adik iparnya itu
berkongsi perasaan hati.

“Masa dengan Shah dulu, aku ada rasa
cinta, rasa sayang, rasa rindu. Tapi... aku tak...”
Teragak-agak Hana bersuara. Dia melabuhkan
mata. Segan mahu melihat ke wajah Sam. “Aku
tak pernah rasa... bernafsu...”

Sam menggenggam tangan Hana.
“Perasaan tu biasa, Hana. Baik lelaki ataupun
perempuan.”

Hana mencari mata Sam.

“Aku rasa aku ni dah gila, Sam. Bila
aku jumpa dia, fikiran aku mula fikir yang

260

Lynn Safiya

bukan-bukan. Aku tertanya-tanya macam mana
rasanya kalau dia peluk aku, cium aku semua
tu! Aku malu, Sam! Aku terfikir aku ni dah jadi
pervert ke apa? Jantung aku ni asyik nak kerja
overtime je tiap kali aku dekat dengan dia. Penat
tau Sam! Sebab tu aku tak sanggup nak keluar
dating dengan dia. Aku takut dengan perasaan
aku,” luah Hana dalam penuh keterpaksaan.
“Bukan aku takut dia tu perogol, entah-entah aku
yang rogol dia dulu!”

Terburai tawa Sam. Kuat dia ketawa. Lucu
sungguh dia mendengar kata-kata Hana. Beria-ia
Sam ketawa. Sehingga terjongket-jongket
bahunya. Tajam jelingan yang dihadiahkan oleh
Hana mendengar Sam gelak begitu.

“Then all the more reason you should
marry me right now,” celah suatu suara.

Laju kepala Hana berpaling ke
belakangnya. Hampir terlompat dia dari kerusi.
Kuat bunyi kaki kerusi terseret ke atas lantai.
Jari telunjuk sudah terhala ke arah lelaki yang
tiba-tiba muncul. ‘Eh! Bukan dia dah keluar tadi
ke melalui pintu utama. Macam mana dia boleh
ada kat belakang aku?’

“Sorry, Hana. Lepas Zaim keluar tadi,
aku suruh dia masuk ikut pintu dapur,” aku Sam.
Tiada riak bersalah langsung di wajahnya.

“Sam!!!” Bak gempita suara Hana.

261

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bergema di sepelosok restoran.

“Mana aku tahu ketakutan kau selama ni
berunsur 18SX, Hana? Aku ingat kau sekadar nak
luah perasaan kau je,” Sam membela diri. “Errr...
aku blah dululah ya. Korang settlelah apa-apa
yang patut.” Sam mengambil jalan mudah.
Langkah mahu diangkat seribu sebelum dia kena
serang dengan Hana.

Hana bak cacing kepanasan. Pipi sudah
habis terbakar agaknya. Tidak tahu ke mana
harus dilabuhkan matanya.

“I feel exactly the same way about you,”
luah Zaim tiba-tiba. Sedar yang Hana sedang
dilanda perasaan malu yang maha hebat. “Sebab
tu saya nak kita bertunang cepat-cepat dan lepas
tu terus kahwin. Awak tahu hukum kan? Orang
macam kita ni dah wajib kahwin, Hana. Wajib!”

Hana diam. Mata masih tidak sanggup
menatap wajah Zaim. Malunya berbakul-bakul!
Manakan tidak. Dia sudah luahkan sesuatu yang
tidak manis bagi seorang gadis sepertinya, apatah
lagi ditangkap oleh telinga lelaki yang menjadi
objek kepada keinginannya itu.

“Kita mampu untuk berkahwin dan yang
paling penting, yakinkah kita yang kita takkan
terdorong kepada maksiat disebabkan nafsu kita,
Hana?” perlahan suara Zaim.

262

Lynn Safiya

“Sebab tu... sebab tu saya tak nak kita
selalu sangat berjumpa, Zaim,” Hana memaksa
diri untuk bersuara. Pipi masih pijar terasa.

Laju Zaim menggelengkan kepala.
“Tu bukan penyelesaian kepada isu kita. I
want you every time I see you, but I want you
even more when I don’t see you! Jadi, apa yang
awak nak buat Hana? Nak suruh saya lupakan
awak? Nak suruh saya bagi awak masa untuk
kenal saya dengan lebih lama lagi? Macam mana
saya nak buat semua tu, lebih-lebih lagi saya dah
tahu awak pun rasa sama seperti yang saya rasa?”

Hana menggigit bibir. Sedar yang diri
sudah jauh tersepit.

“Awak nak syaitan goda kita, Hana?”

Hana geleng kepala.

“Awak kuat nak lawan keinginan awak?
Nafsu awak?”

Hana meraup wajah. Terasa api sudah
merebak ke telinganya.

“Saya tak kuat, Hana.” Zaim memilih
untuk menjawab tanpa menunggu jawapan
daripada Hana. “Take a chance on me, Hana.
Give us a chance... Please...”

Perlahan-lahan Hana memanggung
kepala. Wajah Zaim penuh merayu. Lama
mata Hana berlabuh jauh ke dalam anak mata

263

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Zaim. Mencari secebis penipuan, mahupun
kepura-puraan yang mungkin masih bisa
disembunyikan daripada mata hatinya. Mencari
bayangan Shah daripada sinar mata Zaim.

Hana mengeluh... Apa yang dicari tidak
ditemuinya...

264

Lynn Safiya

Bab 7

SAM mengesat air mata yang jatuh
mengalir ke pipi. Melihat Hana
mengucup tangan Zaim membuat perasaan
rindu buat arwah Raisya hadir mencengkam kuat
di sanubarinya. ‘Sya... Hana dah kahwin. Akak
takde rezeki nak tengok Sya berkahwin dengan
lelaki yang boleh jaga Sya, tapi akak bersyukur
sangat Hana dapat seorang suami yang akak
pernah impikan untuk Sya,’ bisik hati Sam.
Bagi Sam, Hana telah menggantikan
kekosongan yang telah ditinggalkan oleh
Raisya dalam hatinya. Hana yang suatu ketika
dulu begitu gedik dan terlebih manja, berubah
menjadi dewasa dalam sekelip mata. Semuanya
kerana Shah dan juga demi Raisya. Sam sedar
yang Hana menyimpan rasa bersalah atas semua

265

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

yang pernah terjadi pada diri Raisya, sedangkan
sekelumit pun Sam tidak pernah menyalahkan
Hana. Dan rasa bersalah itu jugalah yang telah
membuat Hana begitu takut untuk meletakkan
sebarang kepercayaan kepada seorang lelaki.

“Sam...”

Hilang bayangan Raisya mendengar
Hana menyeru namanya. Sesi menyarung cincin
dan membatalkan air sembahyang dah tamat
ke? Hana kini sedang berlutut betul-betul di
hadapannya.

Hana menggapai tangan Sam yang duduk
bersimpuh di atas permaidani di ruang tamu
rumah mereka ini. “Terima kasih,” bisik Hana
penuh syahdu. Matanya berkaca. “Aku tahu apa
yang kau fikirkan sekarang dan aku pun rasa apa
yang kau rasa. Terima kasih sebab sudi anggap
aku sebagai adik kau dan sayang aku macam
mana kau sayangkan Sya. Selama ni, aku tak
pernah rasa kekurangan bila aku membesar
tanpa seorang kakak, tapi sejak kau ada, aku
rasa bertuah sangat, Sam dan aku pernah rasa
cemburu pada Sya sebab dia ada seorang kakak
macam kau.”

Mengalir semula air mata Sam. Cukup
terkesan dengan luahan hati Hana... luahan hati
yang dilantunkan dengan penuh rasa kasih. Kasih
pada seorang kakak yang selama ini tidak pernah

266

Lynn Safiya

berkira dengan segala perhatian dan kasih sayang
yang dilimpahkan oleh Hadif kepada diri Hana.
Sam tidak pernah menjadi penghalang kepada
hubungan rapatnya dengan Hadif. Dan Hana
tidak pernah rasa tersisih sejak Sam berkahwin
dengan abangnya.

“Terima kasih kau izinkan aku menumpang
kasih kau, abang Hadif dan baby Sya selama ini,
Sam. Aku sayang sangat kat kau...”

Sam menarik tubuh Hana ke dalam
pelukan. “Aku sayang kau jugak, Hana. Kau adik
aku dunia akhirat,” bisik Sam antara esak tangis.
“Walaupun kau dah kahwin dengan Zaim, rumah
ni tetap rumah kau jugak sampai bila-bila...”

Hadif berbalas pandang dengan Zaim.
Bahu Zaim ditepuk lembut. Tiada kata-kata perlu
diungkapkan. Hadif sudah pun meluahkan apa
yang dirasakan perlu untuk menasihati Zaim
yang kini sudah mengambil alih tugasnya untuk
menjaga serta melindungi adik tunggalnya itu.

Hadif menghampiri isteri serta adiknya.
“Apasal buat citer Hindustan pulak kat sini?”
tegur Hadif dengan nada bergurau. “Lepas dah
nangis-nangis ni, korang nak menyanyi pulak
ke?”

Terlerai pelukan Hana dan juga Sam. Sam
mencubit lengan Hadif. Potong stim betullah Mr.
Stalker sorang ni! Hesy!

267

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Menyeringai Hadif kesakitan.

“Padan muka!” getus Hana.

Zaim menghampiri Hana. “Hana, meh
saya nak kenalkan awak pada ahli keluarga saya,
walaupun awak dah kenal,” ajak Zaim dengan
tangan sudah berlabuh di siku isterinya.

Hana bangun seraya mengangguk. Sam
turut bangun. “Zaim... tolong jaga Hana ni
baik-baik ya,” pinta Sam.

Zaim tersenyum. Wajah Sam ditatap
mesra. “Saya janji, Sam. You have my word!”

Hadif merangkul bahu Sam. “Awak jangan
risau, Sam. Abang dah basuh dah si Zaim ni
habis-habisan. Kalau dia tak jaga Hana ni dengan
baik, abang dah cakap akan bagi Hana ni pada
Abang Leman. Biar Abang Leman yang jaga!”

Mati senyuman di bibir Zaim. Tahu siapa
Abang Leman yang disebut oleh Hadif itu. Hana
pula sudah menjegilkan matanya ke arah Hadif.
“Abang!” gerutu Hana.

Hadif sudah tersengih. Bila lagi nak
menyakat Hana kan?

Sam menggelengkan kepala. Sengal betul
si Hadif ni. Laki siapalah ni, ek?

Lekas-lekas Zaim menarik tangan Hana.
Mahu diperkenalkan kepada keluarganya pula.
Hana mengucup tangan kedua ibu dan bapa Zaim

268

Lynn Safiya

yang sudah sedia menunggu. Meleret senyuman
mereka melihat Zaim kini sudah beristeri. Tiada
apa-apa lagi yang kurang dalam kehidupan
mereka sekeluarga. Tiada apa-apa lagi!

Izara sudah tersenyum manis. Gilirannya
pula memeluk Hana. Dalam keadaannya yang
kini hanya menunggu hari untuk melahirkan,
rasa bersyukur dipanjatkan kepada Yang Maha
Esa kerana memberinya kesempatan untuk
menyaksikan hari pernikahan Zaim dan Hana.
“Selamat pengantin baru, Hana.”

“Terima kasih, Zara...”
“Welcome to our family, Hana,” ucap
Amzar penuh ikhlas yang tidak berganjak dari
sisi isterinya. Bahu Izara dirangkul mesra. “Zaim,
I’m so happy for you, bro!” Wajah berseri Zaim
dipandang. Bahagia adiknya kini sudah berpunya.
Dengan tangan kanan yang masih bebas, Amzar
menjabat erat tangan adiknya.
Hana dan Zaim sama-sama mengangguk.
Senyuman Amzar dibalas mesra.

DUSH!
Pengakuan Zaim bagai satu tamparan,

yang kuat menyedarkan Hana. Terbeliak

269

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

matanya. Mulutnya sedikit terbuka. Seakan tidak
percaya dengan kata-kata yang meluncur dari
bibir suaminya.

“Zara?” bisik Hana.

Keruh wajah Zaim. Lambat-lambat dia
mengangguk. Tangan Hana yang duduk di
sebelahnya di birai katil diraih lembut. “Abang
tak nak kita mulakan perkahwinan kita dengan
suatu rahsia. Kalau abang dah tahu semuanya
tentang Hana yang tersalah letakkan cinta
Hana pada Shah, abang nak Hana tahu tentang
kesilapan abang jugak.” Perlahan nada suara
Zaim. Sesungguhnya, bukanlah sesuatu yang
mudah untuk Zaim membongkar sesuatu yang
begitu aib bagi dirinya.

Hana diam. Berdegup laju jantungnya
tiba-tiba. Zaim pernah menaruh perasaan
terhadap Izara? Benarkah?

“Hana... dulu Abang Am tak setuju nak
kahwin dengan Kak Zara...” Dan Zaim memulakan
penceritaan. Langsung tidak terburu-buru
dalam berkata-kata. Mengharapkan pengertian
daripada insan yang kini sudah mengambil
seluruh ruang yang ada dalam hatinya. “Tapi,
tak pernah sekali abang doakan yang tak elok
untuk Abang Am dan Kak Zara masa tu. Abang
sedar yang Kak Zara hanya untuk Abang Am dan
abang dah belajar lepaskan semua rasa kasih dan

270

Lynn Safiya

simpati abang pada Kak Zara.”

Berdebar Zaim menantikan reaksi Hana
yang masih tunduk menekur paha.

“Hana?” seru Zaim perlahan.

“Kenapasekarangbarunakberterus-terang
dengan Hana?”

“Sebab abang takut... takut Hana tak dapat
terima dosa abang yang satu tu,” jelas Zaim tanpa
berdalih. “Sedangkan Hana masa tu pun masih
tak dapat nak terima abang, abang tak sanggup
nak ambik risiko Hana putuskan hubungan kita
kalau Hana tahu perkara yang sebenar.”

“Abang Am tahu pasal ni?”

“Tahu... dan abang rasa Kak Zara pun
tahu, tapi semuanya baik-baik saja bila Abang Am
tak jadi ceraikan Kak Zara. Sebenarnya, abanglah
yang paling bersyukur bila Abang Am dan Kak
Zara bersatu.”

Tak sangka Amzar dan Izara punya sejarah
pahit mereka sendiri sebelum kesedaran mengetuk
pintu hati Amzar suatu ketika dulu. Dan kini, dari
mata kasar Hana, Amzar begitu menyayangi dan
melindungi isterinya sehingga pernah terdetik di
benak Hana betapa bertuahnya Izara mendapat
suami seperti Amzar. Rupa-rupanya, mereka
disatukan dalam keadaan terpaksa. Tidak seperti
dirinya yang rela disatukan dengan Zaim.

271

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Hana mengeluh. Mata ditongkat perlahan
mencari mata Zaim. Mata yang penuh dengan
rasa bersalah “Terima kasih sudi berkongsi
dengan Hana.”

Zaim melepaskan nafas perlahan. Riak
lega menghiasi wajah. Hana memandangnya
tanpa sedikit pun rasa jijik atau benci.

Hana tersenyum kecil. Sedar yang Zaim
bersikap jujur dengannya walaupun terpaksa
menyingkap sesuatu yang buruk tentang diri
sendiri. Kalau dilihatkan hubungan Zaim dengan
Izara pun, tiada yang pincang pada pandang
mata Hana. Zaim memang menghormati Izara
selayaknya seorang kakak ipar harus dihormati
dan begitu jelas betapa Amzar mempercayai
Zaim untuk menjaga Izara setiap kali Amzar
terpaksa berjauhan daripada isterinya. Sekiranya
Zaim masih menyimpan perasaan terhadap
Izara, takkan Amzar sanggup meletakkan Izara
di bawah jagaan Zaim kerana Hana tahu Izara
merupakan harta yang tak ternilai harganya bagi
diri Amzar.

“Lega sangat abang rasa sekarang ni.
Alhamdulillah... Dah lama abang berkira-kira
nak berterus-terang dengan Hana, especially
masa Hana tanya sebelum ni sama ada abang
pernah letakkan perasaan abang pada orang yang
salah atau tak. Cuma masa tu abang tak berani

272

Lynn Safiya

nak bukak mulut, lebih-lebih lagi Hana masih tak
percayakan perasaan abang pada Hana masa tu,”
luah Zaim.

Hana mengangguk tanda memahami.
“Hana masih susah nak percaya semua ni terjadi
pada Hana. Rasa macam cepat saja hubungan kita
dah sampai sini. Mula-mula kata nak bertunang
dulu, lepas tu baru bernikah... Alih-alih kita
bertunang pada hari yang sama kita bernikah.
Kenduri pun kecil-kecilan je daripada pihak
Hana dan juga abang. Tak sangka Abang Hadif
boleh setuju je dengan apa yang keluarga abang
rancangkan.”

Zaim tersengih. “Hadif pun tak nak ambik
risiko adik dia ubah fikiran kut,” usik Zaim. “Dia
tak sabar-sabar nak transfer Hana pada abang!”

Hana menampar bahu Zaim. “Mengada!”
getusnya.

Tawa lepas terbit dari bibir Zaim.
Jari-jemari enak bertaut dengan jemari halus
Hana. “Yang benarnya, Allah permudahkan
segala-galanya untuk kita kan? Yalah, kita ni
nak dirikan masjid. Sejak Hana setuju dengan
lamaran abang, semuanya bagai tersusun indah
untuk kita.”

Tak dapat dinafikan sepatah pun kata-kata
Zaim itu. Hana sendiri sukar untuk mempercayai
betapa mudahnya perjalanan mereka sehingga ke

273

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

saat ini.

“Hana?” seru Zaim lembut.
“Hmmm?”

“Hana masih ragu-ragu dengan abang?”

Hana menelan liur. Wajah tampan Zaim
ditatap lama. “Hana minta maaf tapi rasa tu
masih ada, walaupun sedikit. Hana akan cuba
lenyapkan perasaan tu, Hana janji. Cuma Hana
perlukan masa, sebab...”

Jari Zaim naik menekup bibir Hana.
Kepala sudah menggeleng. “Tak perlu Hana
berikan apa-apa alasan pada abang. Abang tahu
apa yang Hana pernah lalui sebelum ni. Abang
tak salahkan Hana...”

Hana melentokkan kepalanya ke bahu
Zaim. Terharu dengan penerimaan Zaim atas
dirinya yang serba kekurangan ini. “Terima kasih,
abang...”

Zaim mengusap kepala Hana yang sudah
tidak lagi bertudung. Keharuman dari rambut
Hana begitu menyenangkan deria baunya.

“Abang harap Hana akan senang tinggal
dengan abang kat kondo ni. Kondo ni abang beli
daripada Abang Am,” ujar Zaim.

“Hmmm... Hana tak kisah pun. Hana suka
rumah abang ni.”

274

Lynn Safiya

“Rumah kita, Hana. Sekarang ni rumah
kita.”

Hana memejamkan mata sambil
menikmati belaian tangan Zaim di rambutnya.
“Hmmm... rumah kita...”

Perlahan-lahan nafas yang dialunkan
Hana menjadi tenang dengan ritma yang
perlahan. Kepalanya semakin berat terasa di atas
bahu Zaim. Zaim tersenyum tanpa menghentikan
gerakan tangannya di rambut Hana. Sedar yang
Hana sudah pun terlena, Zaim biarkan saja Hana
begitu. Takpelah... takkan lari gunung dikejar.
Hana pun sudah selamat menjadi hak miliknya.
Apa salahnya menunggu sehari dua lagi untuk
menjadikan Hana benar-benar miliknya?

“Sayang...”

Terhenti tangan Zaim tiba-tiba. Apa? Hana
ada berkata sesuatu ke? Terlalu perlahan bisikan
yang dilakukan oleh Hana tadi. Apa benar Hana
telah mengucapkan kata sayang? Pada siapa?

“Hmmm...” bisik Hana lagi.

“I love you, Hana...” bisik Zaim rapat ke
kepala isterinya.

Tegak kepala Hana. Terkebil-kebil
matanya. “Eh, Hana dah tertidur ke?”

Zaim mengangguk bersama sekuntum
senyuman. Comel betul Hana ketika ini. Dengan

275

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

mata yang kuyu dan riak wajah yang blur, Hana
kelihatan begitu menawan.

“Oh, sorry... Hana ada cakap sesuatu ke
tadi? Macam ada, tapi Hana tak pasti sama ada
Hana bermimpi atau sekadar lamunan Hana je
tadi.”

“Ada...”
“Oh... ada ek? Errr... abang ada cakap
apa-apa ke tadi?” Kalut saja aksi Hana kini.
Pandangan tunak Zaim yang singgah ke wajahnya
buat dia berasa hangat di seluruh tubuh. Dan
senyuman Zaim begitu tampan sekali.
Sekali lagi Zaim mengangguk.
“Abang kata apa?”
“Abang kata, I love you,” lafaz Zaim
sekali lagi. Kini dalam keadaan Hana yang sedar
sepenuhnya.
Bulat mata Hana. “Wh... wha...”
Tergagap-gagap Hana jadinya.
“I love you!” ulang Zaim lagi.
Wajah Hana memerah. Lidah kelu tidak
bisa bersuara. Kalimah yang diucapkan oleh
Zaim buat kali pertama sejak perkenalan mereka
mengundang suatu perasaan halus menjalar
dalam jiwa Hana.
“Apa yang abang rasa bukan sekadar

276

Lynn Safiya

nafsu, Hana. What about you?”
Nafsu. Teringat kembali saat Hana

meluahkan keinginan nalurinya di hadapan Sam
dan dicuri dengar oleh Zaim. Saat yang sentiasa
akan membuat Hana ditimpa rasa malu yang
amat sangat.

“Sa... sama...” akui Hana akhirnya.
“Tadi Hana cakap ‘sayang...’ Hana cakap
pada siapa?”
Berkerut dahi Hana. Eh! Ada ke?
“Hana mimpi?”
“Entah... Hana rasa macam terbuai-buai
tadi. Antara sedar dengan tak je, tapi... Hana
macam ada dengar suara orang tanya Hana.”
“Tanya apa?”
“Sama ada Hana sayang kat abang atau
tak... Tapi... peliknya... siapa yang tanya?”
“Jadi tadi Hana cakap sayang tu untuk
abang?” Nada suara Zaim cukup ceria.
“Hmmm...” Hana masih keliru. Benarkah
dia bermimpi? Rasanya baru sekejap dia
melentokkan kepala ke bahu Zaim. Takkan dia
mampu bermimpi dalam waktu yang singkat
itu? Tapi suara yang bertanya itu kedengaran
begitu hampir di telinganya. Suara siapakah tadi?
Seakan pernah didengarinya dulu...

277

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Say it, Hana,” pinta Zaim. “Abang nak
dengar.”

Hana menolak persoalan yang mengetuk
mindanya jauh buat seketika. Mata Zaim ditatap
lembut. “Hana sayang kat abang...”

Zaim memejamkan mata. Pengakuan
Hana kedengaran begitu merdu di telinganya.
Bahu Hana dirangkul erat, seakan tidak mampu
dilepaskan.

“Alhamdulillah... Tak sangka abang tak
bertepuk sebelah tangan selama ni...”

Tangan Hana membalas pelukan Zaim.
Bibir manis dengan senyuman.

“Sekarang Hana tak perlu tertanya-tanya
lagi...” ujar Zaim.

Celik mata Hana. “Tertanya-tanya pasal
apa?”

“Pasal macam mana rasanya kalau abang
peluk Hana, cium Hana semua tu...” ungkit Zaim.
“Sebab lepas ni Hana akan tahu...”

Hana menyembunyikan wajah ke dada
Zaim. Malu dan segan datang bertimpa-timpa.

“Abang jahat!” gerutu Hana.

Zaim hanya ketawa. Langsung tidak
berkecil hati dengan tuduhan Hana itu. Tangan
yang melingkar di bahu Hana kini sudah turun

278

Lynn Safiya

ke pinggang isterinya. Hana tidak membantah,
kerana sedar yang nalurinya menyambut mesra
seruan daripada suaminya itu.

“Welcome home, Hana...” bisik Zaim penuh
romantis. Bisikan yang difahami sepenuhnya oleh
Hana. Ya, Hana sudah bertemu dengan tempat
yang akan didiaminya buat seumur hidup...
bukan sekadar suatu persinggahan sementara
buat dirinya, tetapi yang kekal sehingga ke
syurga, Insya-Allah...

279

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bab 8

“SAKIT tak, Kak Zara?” soalan tidak
berapa cerdik dilantunkan oleh
Hana.
Pap!
Pantas saja tangan Sam hinggap di lengan
Hana. “Mestilah sakit! Apa punya soalanlah kau
ni! Nak tahu, esok kau bersalin, kau rasalah sakit
ke tak!” gertak Sam tanpa simpati.
Hana menarik muka. “Tanya pun
tak boleh,” ngomelnya dengan mulut yang
memuncung.
Hadif dengan Zaim sama-sama ketawa.
Brutal sungguh isteri-isteri mereka berdua ini.
Asyik nak bertekak saja.
Hana kembali mengarahkan mata ke

280

Lynn Safiya

wajah tenang Izara yang baru beberapa jam
melahirkan anak sulungnya. Amzar duduk rapat
di sebelah Izara sambil mendukung si kecil. Yang
lain setia mengerumuni katil Izara. Baru sebentar
tadi, keluarga belah Izara dan juga kedua orang
tua Amzar meninggalkan bilik Izara untuk pulang
ke rumah. Kini tinggal hanya mereka berenam
bersama si kecil.

“Syukurlah Kak Zara bersalin lepas dah
selesai kenduri kita orang semalam, kan?” ujar
Zaim. “Pandai baby bagi mama dia chan makan
nasi minyak puas-puas!”

Ketawa lagi.

“Tengok Zara ada baby, tak sabar pulak
nak bagi Sya adik,” tutur Hadif tiba-tiba. Mata
sudah mengenyit gatal ke arah isterinya.

“Abang jangan macam-macam!” tegah
Sam laju. Mata sudah mencerlung ke arah Hadif.
Hadif hanya ketawa. Bahu Sam ditarik rapat ke
dada.

“Takpe, Sam. Kita tunggu Hana dulu ya.
Dah cukup kita semua ada sorang anak, baru kita
bagi Sya adik ya?” saran Hadif. Suara sengaja
dikuatkan agar dapat ditangkap oleh telinga si
adik.

“Apasal nak tunggu Hana pulak?” gerutu
Hana tidak puas hati. ‘Orang baru je kahwin

281

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

hoccay! Tak puas lagi nak berhoneymoon bagai.
Chewah! Gatalnya aku ni!’

“Mestilah kena tunggu Hana,” balas Hadif.
“Nanti kalau kita orang semua berkumpul, Hana
dengan Zaim je yang takde baby. Tak bestlah!
Tapi... kalau abang tengok daripada gaya si
Zaim ni, tak lama lagi berisilah perut Hana tu!”
sakat Hadif tiada henti. Mana taknya? Dari dulu
lagi Zaim memandang Hana seolah-olah tidak
pernah melihat perempuan seumur hidupnya.
Dia yakin Zaim bukan jenis lelaki yang akan
sabar menunggu. ‘Lauk dah ada kat depan mata
kut! Pasti si Hana ni dah kena ngap!’ fikir Hadif.

“Diamlah bang!” Hana boleh rasakan
pipinya sudah mula memerah. Mahu menjeling
ke arah Zaim pun dia tak berani. Kurang asam
betul Hadif ni!

Sam sudah menyiku perut suaminya.
Memberi isyarat agar Hadif berhenti mengusik
Hana. Kesian pula dia melihat Hana.

“Mesti confirm punyalah!” Zaim pula
mencelah. “Korang tunggu jelah turn kita orang
pulak... Tak lama lagi ni, tengoklah...”

“Hesy!” dengus Hana. Kelat wajahnya,
berbanding riak muka Hadif dan Zaim yang
sudah menarik sengih melihat pipi Hana yang
semakin hangat.

282

Lynn Safiya

Izara mengerling ke arah Amzar yang
sedari tadi tidak bersuara. “Abang... abang okey?”
Lengan si suami disentuh lembut.

Sepi bilik yang tadinya gamat dengan gelak
ketawa mendengar soalan Izara. Semua mata
kini terarah ke wajah Amzar yang masih tekun
menunduk ke arah bayi dalam dukungannya.

“Abang?” seru Izara lagi. “Kenapa ni?”

Amzar mencari wajah Izara. Berkerut
dahi Izara melihat mata suaminya yang sedikit
berkaca.

“Zara... abang tak tahu nak cakap apa...”
perlahan suara Amzar seakan berbisik. “Semua
yang Zara dah lalui sejak semalam... abang...
abang tak tahu macam mana nak...” Jeda. Amzar
mengambil nafas beberapa kali. “Abang tahu
malam tadi Zara dah mula rasa sakit kan? Tapi
Zara tahan. Bila kenduri Zaim semua dah selesai,
barulah Zara cerita dengan abang... Masa tu Zara
dah sakit sangat kan?”

Zaim dan Hana tercengang. Betulkah
begitu? Allah, Zara...

Izara tersenyum. Senyuman yang sentiasa
manis jika ditujukan kepada suaminya. “Saya
masih boleh tahan masa tu. Dah masuk kereta
baru saya rasa sakit sangat. It’s okay, abang. Kan
semuanya dah selamat?”

283

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Kenapa Zara buat macam tu?” Lirih suara
Amzar. “Kalau apa-apa jadi kat Zara semalam,
abang... abang...” Mati kata-kata Amzar. Tidak
dapat diteruskan. Tak henti-henti Izara mahu
berkorban. Tak henti-henti Izara mahu menjaga
hatinya. Tahukah Izara yang dia takkan mampu
bernafas jika sesuatu yang buruk menimpa cinta
hatinya itu? Tak tahukah dia?

Zaim menarik tangan Hana. Isyarat mata
diberikan untuk memberi ruang privasi kepada
abang serta kakak iparnya. Hadif dan Sam turut
melakukan perkara yang sama. Perlahan-lahan
pintu bilik Izara ditutup rapat. Sempat Zaim
menangkap abangnya melabuhkan kucupan
hangat ke dahi Izara. “Jangan buat macam tu lagi,
sayang. Abang risau sangat. Abang sayangkan
Zara. Tolong jangan buat macam tu lagi,” rayu
Amzar.

Zaim tersenyum lalu mengucap kata-kata
syukur. Syukur dengan anugerah yang Allah telah
kurniakan kepada abangnya. Bahagia dengan
perjalanan hidup Amzar yang begitu sempurna
dirasakan kini. Semoga kehidupannya dengan
Hana juga akan sentiasa dirahmati Allah...

“Abang?”

Zaim berpaling. Senyuman masih
tertampal di pinggir bibir. Bayangan Hadif
dengan Sam sudah tiada. Yang ada cuma Hana.

284

Lynn Safiya

“Abang Hadif dengan Sam nak pergi
makan kat kafe hospital ni. Abang nak ikut?” soal
Hana.

“Tak nak,” jawab Zaim sambil menggeleng.
“Abang nak sambung honeymoon yang terganggu
pagi tadi. Jom balik?”

“Apa abang ni?” getus Hana laju. Mata
sudah melilau ke sekeliling. Kalau ditangkap oleh
telinga Hadif, 10 tahun agaknya si Hadif takkan
berhenti menyakatnya.

Zaim mengenyit mata. Tangan Hana
digenggam erat. “Takpe. Abang Hadif mesti
faham punya. Lagipun, kita kena catch up
cepat-cepat dengan diaorang. Karang sebab kita
lambat, tak merasa pulak Sya nak beradik...”

Cerlung mata Hana. Ewah, ewah! Sejak
bila virus sengal Hadif dan berjangkit ke Zaim?

“Abang gurau jelah, Hana. Kita baru je
kahwin kan? Lagipun, bak kata Hana sebelum
ni, kita masih dalam misi nak kenal hati budi
masing-masing. So let’s take our time, okay?
There’s no rush. Biar kita sama-sama cari
keserasian antara kita dulu...”

“Betul ke ni?” Perlahan suara Hana. Wajah
Zaim ditatap lembut.

Zaim mengangguk. “Abang nak luangkan
masa dengan Hana dulu. Just the two of us.

285

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Okay?”
Manis senyuman Hana. “Okey, abang...”
Tangan Hana ditarik. “Jadi kita nak pergi

mana sekarang? Hana lapar?” soal Zaim.
“Lapar jugak.”
“Okey jom...”

“PUAN HANA, ada orang nak jumpa.”
Tanpa mengangkat wajah Hana mengeluh.

“Siapa, Jeff?”
“Suami Puan Hana.”
Pantas Hana melangut. Wajah Zaim

dengan mata yang sudah terpaku ke arahnya
dipandang. Hana bangun lalu berjalan ke depan.
Sempat jam di pergelangan tangan dikilas
pandang. Pukul 11.30 pagi.

“Abang?” Tangan Zaim diraih lalu dikucup.
“Busy?” soal Zaim dengan suara yang
dalam.
Hana mengerling ke arah mejanya
tadi. “Hmmm... biasalah. Seminggu cuti,
macam-macam kena hadap pagi ni.”
“Got time for me?” duga Zaim. Mata masih

286

Lynn Safiya

tidak berkalih dari wajah Hana. Pandangan Zaim
begitu lembut sekali.

Perlahan-lahan Hana mengangguk.
“Abang okey?”

“Nope! I’m not!”
Wajah Hana berubah cuak. Eh kenapa
pulak? Pagi tadi okey je. Dia sakit ke? Sakit perut
makan sarapan yang aku masak tadi ke?
“Teman abang minum kopi kat kafe
sebelah jom?”
Sekali lagi Hana mengangguk. Tidak
perlu berfikir dua kali untuk menjawab. Dirinya
kini sudah tidak lagi seperti dulu. Jika dulu dia
tidak suka kerjanya diganggu, kini dia perlu
mengutamakan Zaim dalam apa jua perkara. Dia
sedar akan itu.
Kejap tangan Zaim yang memimpin
tangan Hana keluar dari restoran dan masuk ke
kafe di sebelah kanan. Zaim memesan dua cawan
kopi latte sebelum melabuhkan mata kembali ke
wajah Hana.
“Abang tak sihat ke?” terjah Hana sebaik
pelayan yang mengambil pesanan mereka berlalu.
Zaim menggeleng.
“Abang ada masalah kat tempat kerja?”
Geleng lagi.

287

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Habis tu?”
“Abang rasa semua tak kena pagi ni,”
keluh Zaim. “Everything just sucks!”
“Kenapa?”
“I’m experiencing withdrawal syndrome.”
Terjongket kening Hana tidak mengerti.
“Withdrawal syndrome? From what?”
“From you!”
Hana terkedu. Terkesan dengan
pengakuan daripada Zaim.
Tangan Hana dari atas meja digapai lalu
diramas perlahan. “Seminggu ni, Hana ada kat
depan mata abang 24-7. Tapi pagi ni, semuanya
serba tak kena. I’ve had a rotten morning so far.
Semua sebab Hana takde kat depan mata abang.”
Bulat mata Hana. Renungan daripada Zaim
menghadirkan kehangatan ke seluruh tubuhnya.
Dia menggigit bibir agar kesan pengakuan Zaim
ke atas dirinya tidak nampak begitu ketara.
“Abang nak buat macam mana ni, Hana?
Abang tak boleh fokus. Rasa macam nak sambung
cuti je ni.”
Hana tunduk. Tidak tahu bagaimana
mahu memberikan reaksi.
“Hana tak rindukan abang?” soal Zaim.
Hana menongkat mata. “Rindu...” Meleret

288

Lynn Safiya

jawapan Hana. “Sebenarnya, yang abang tengok
tadi tu, kerja Hana yang tak berganjak dari
pagi. Hana asyik tengok kertas yang sama dah
berjam-jam rasanya. Hana pun tak boleh fokus.”

Lebar senyuman di bibir Zaim. Rasa senang
dengan kata-kata Hana yang mengisyaratkan
dirinya turut terkesan dengan perpisahan mereka
untuk ke tempat kerja masing-masing pagi tadi.

“Nak sambung cuti?” usik Zaim bersama
suatu kenyitan mata.

Berdetup jantung Hana. Dia serba salah
tidak tahu sama ada Zaim sekadar bergurau atau
benar-benar serius.

“Errr... Hana kena tanya Sam dulu sama
ada dia boleh tolong jagakan branch Hana ke
tak,” balas Hana.

“Abang gurau je Hana. Abang tahu Hana
sibuk. Kerja kat ofis abang tu pun dah bertimbun.
Cuma abang happy bila dapat tahu yang Hana
pun rasa macam apa yang abang rasa. It seems
bearable somehow...”

Tak berhenti tangan Zaim yang meramas
tangan Hana. Sentuhan Zaim terasa lembut dan
mendamaikan.

Tidak terlepas tautan mata Zaim
dan Hana walaupun pelayan tadi datang
menghidangkan minuman yang dipesan ke atas

289

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

meja. Masing-masing membiarkan diri hanyut
dalam lautan asmara yang semakin memekar
dengan setiap peredaran waktu.

“Hana balik pukul berapa hari ni?” soal
Zaim akhirnya.

“Abang nak balik pukul berapa?” tanya
Hana pula.

“Kalau ikutkan hati, sekarang jugak abang
nak balik,” gurau Zaim.

Hana menjeling manja. “Betul-betullah!”
Zaim ketawa. “Mungkin dalam kul 6...”
“Okey... Hana pun...”.
“Tengah hari nanti abang singgah restoran
untuk lunch ya,” ujar Zaim. Hailah... pukul 11.30
pagi dah datang jumpa Hana, nanti pukul 1.00
tengah hari nak datang lagi? Parah betul dah si
Zaim ni!
“Errr... tapi kalau abang datang masa
lunch, Hana sibuk... Nanti tak dapat makan
sama-sama,” jelas Hana dengan riak bersalah.
“Takpe. Abang datang bukan nak lunch
dengan Hana. Tapi dapat tengok Hana pun
jadilah... Alah, kalau pergi klinik pun, doktor
akan suruh makan ubat tiga kali sehari kan?
Nanti untuk dos tengah hari, abang datanglah...”
sengih Zaim.

290

Lynn Safiya

“Macam-macam abang ni tau!” Mulut
mengomel, tapi hati dah kembang semangkuk.
Ada jugak orang nak rindu kat dia.

“Sayang kat abang tak?”
Berubah terus riak Hana. Soalan Zaim itu
seakan mengusik kotak memorinya. Dia seakan
mengalami perasaan deja vu.
“Hana? Kenapa ni?”
“Hana... Hana dah ingat siapa yang tanya
Hana soalan tu...”
Terjongket kening Zaim tidak mengerti.
“Errr... malam tu...” Pipi Hana berona
merah. Ingin membangkit perihal malam yang
membongkar rahsia hati mereka masing-masing.
Zaim masih tidak bersuara.
“Malam... malam tu la...”
“Malam apa?”
“Malam pertama kita tu...” Hana
melabuhkan mata.
Ingatan Zaim terus melayang ke malam
itu. “Yang Hana tiba-tiba cakap sayang tu?”
“Hmmm... Hana dah ingat siapa yang
tanya Hana soalan tu,” ulang Hana.
“Siapa?”
“Arwah mama...” Mata Hana berkaca.

291

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Mama cium dahi Hana, dan ucap selamat
pengantin baru kat Hana. Lepas tu dia tanya Hana,
‘Hana sayang abang?’ Hana jawab ‘sayang’.”

Genggaman di tangan Hana semakin
kuat. Tunak pandangan yang dilontarkan ke arah
Hana.

“Lepas tu, mama tanya, ‘betul?’ Hana
jawab ‘hmmm’...” Jeda. Menitis air mata Hana.
“Lepas tu... mama senyum kat Hana dan peluk
Hana kuat-kuat...”

Ya Allah... itukah tandanya mamanya
merestui perkahwinannya dengan Zaim?

Hana menongkat mata.

“Sayang...” bisik Zaim. Terkesan benar
melihat air mata isterinya.

“It’s true! Hana betul-betul sayangkan
abang,” luah Hana. Walaupun sebelum ini rasa
sayang itu seakan sudah hadir dalam hatinya
buat Zaim, kali ini dia merasakan sayang itu
benar-benar utuh dan mendalam. Tiada lagi
ragu-ragu di hatinya. Semuanya sudah jelas kini.
Begitu jelas!

“I love you more,” balas Zaim.

“Betul?”

Zaim mengangguk. “Sebenarnya masa
Hana call abang pertama kali dulu pun, abang
dah rasa lain. Hana tak melenting pun lepas

292

Lynn Safiya

abang jerkah Hana tu. You were so calm. Dan
bila Hana cakap Hana sayang gila kat Sam, abang
rasa terganggu sangat, sedangkan kita berdua
bukan ada apa-apa hubungan pun,” luah Zaim
cuba meyakinkan Hana.

Kalau tadi air mata yang menitis di pipi
Hana merupakan air mata penuh kesyahduan,
kali ini, air mata kebahagiaan pula yang mengalir.
Bahagia dengan pengakuan Zaim yang dilakukan
dengan penuh perasaan dengan pandangan yang
menusuk terus ke kalbu.

Zaim mengelus pipi Hana perlahan. Terasa
kasih sayang Zaim mengalir terus ke hati Hana.
Hana menggenggam tangan Zaim di pipinya.

“Puas abang korek maklumat tentang
Hana daripada Kak Zara. Tapi sikit pun Kak Zara
tak cerita kat abang pasal Shah. Abang Hadif
yang cerita. Bila abang jumpa Abang Hadif untuk
minta izin dia untuk dekati Hana, tahu Abang
Hadif cakap apa pada abang?”

“Apa?” soal Hana.

“Dia kata, Hana ni takkan mudah nak
bukak hati untuk mana-mana lelaki, dan ramai
yang dah pernah cuba sebelum ni, tapi Abang
Hadif minta abang jangan putus asa untuk
dapatkan Hana.”

“Abang Hadif cakap macam tu?”

293

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Hmmm... tapi kalau Abang Hadif tak
cakap macam tu pun, abang takkan berhenti kejar
Hana. Syukur Sam dan Abang Hadif sentiasa ada
untuk sokong dan tolong abang untuk dapatkan
Hana. Abang takkan lupa apa yang Sam buat
untuk abang. Disebabkan Sam, abang dengar
rahsia hati Hana untuk abang...”

Hana melabuhkan mata. Masih malu
dengan episod yang diungkit oleh Zaim itu.

“That was the sweetest confession you
could have ever made...” puji Zaim.

Berkelip-kelip mata Hana cuba melawan
pandangan Zaim.

“Thanks, Hana... sebab beri peluang untuk
abang mencintai Hana.”

Hana menggeleng kepala. “Tak, abang.
Hana yang patut berterima kasih pada abang
sebab tak putus asa tunggu Hana selama ni.
Terima kasih, abang,” ucap Hana lembut. Sorotan
matanya mencerminkan rasa cinta yang semakin
menggebu buat Zaim.

Lembut senyuman yang meniti di bibir
Zaim. Selembut pandangan yang tumpah ke
wajah Hana. Wajah indah yang sudah menakluki
di segenap ruang di hatinya. “It is definitely my
pleasure,” bisik Zaim penuh romantis.

Hana membalas senyuman suaminya.

294

Lynn Safiya

Rasa bahagia menjalar ke seluruh tubuhnya...
Hangat... Gelora yang sentiasa menggetarkan
sukma setiap kali Zaim berada di depan mata
kini semakin kuat terasa. Hana melepaskan nafas
perlahan-lahan. Tangan dikibas ke wajah. Jika
tadi dia rasa hangat, kini suhunya sudah naik
berganda-ganda.

“Kenapa ni?” Sukar untuk Zaim menahan
sengih. Tahu kesan dirinya ke atas Hana...
senyumannya, sentuhannya, segala-galanya...

“Takde apa-apa,” laju Hana bersuara.
Menidakkan kebenaran yang sudah terpampang
di depan mata.

“Still want me?” usik Zaim.

Hana menelan liur. Lambat-lambat
kepalanya mengangguk. Tiada guna dia
menidakkan keinginannya yang satu itu.
Keinginan yang telah membongkar rahsia
hati Hana yang paling dalam. Keinginan yang
berlandaskan rasa cinta yang telah lama bertapa di
hati Hana, walaupun berkali-kali cuba disangkal
olehnya. Keinginan yang diyakini takkan bisa
pudar walaupun dengan peredaran masa.

Zaim amat senang dengan sikap Hana
yang berterus-terang akan perasaannya
walaupun Zaim sedar yang bukanlah mudah
untuk Hana menakluki perasaan malu yang kuat
dirasakannya. “I want you too, Hana...”

295

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Hana menarik senyum. Kopi di atas meja
yang sudah tidak lagi hangat dibiarkan saja
tanpa berusik. Cukup jiwa merasai kehangatan
daripada sorotan mata yang memancarkan seribu
macam perasaan yang bercampur-baur menjadi
satu rasa bahagia yang begitu hebat terasa.
Bukan mudah perjalanan mereka untuk sampai
ke detik ini. Bahagia tidak datang bergolek begitu
saja. Ia datang tanpa diduga. Kadang-kadang
bahagia datang kepada mereka yang sudah lelah
mencari... dan kadang-kadang bahagia datang
kepada mereka yang reda dengan setiap dugaan
yang diberi...

Dan kini bahagia itu datang kepada Hana
dan Zaim...

~ TAMAT ~

296

Bukan Sekadar
Ilusi

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bab 1

PIN! Dari tempat duduk di bahagian

belakang kereta, Redza mengangkat wajah

daripada dokumen di tangan. Ingin melihat sebab

pemandunya telah membunyikan hon sebentar

tadi.

Tegak tubuh figura yang bersandar di
balik motor Yamaha RXZ berwarna merah yang
diparkir di tengah-tengah petak yang dikhaskan
untuk keretanya di hadapan bangunan yang
menempatkan pejabatnya ini. Redza tidak
dapat melihat gerangan si biker yang masih
mengenakan topi keledar dengan visor gelap
menutupi seluruh wajahnya.

Lambat-lambat si biker mengalihkan

298

Lynn Safiya

motosikalnya. Nampak seperti si biker terpaksa
mengerah segenap tenaga untuk menolak
motosikal itu. Yalah, motosikal besar tak
bermaksud penunggangnya juga sama besar,
kan?

Redza memasukkan dokumen ke dalam
beg bimbitnya sambil menunggu pemandunya
memarkirkan kereta.

“Pak Din tunggu sini kejap ya. Saya nak
naik ke pejabat untuk solat, ambik fail, lepas tu
saya ada dinner appointment kat Hilton Hotel.”

“Baik, tuan,” akur Pak Din.

Redza membuka pintu kereta. Bukan
stailnya untuk mengharapkan pemandunya
untuk membukakan pintu kereta buatnya. Dia
bisa melakukan perkara kecil itu sendiri.

Baru mahu melintas jalan menuju ke
pintu utama lobi, kelihatan setiausahanya
terkocoh-kocoh berlari menuruni anak-anak
tangga.

“Errr, bos!” Bulat mata Marina
tatkala bertembung dengan Redza. Masih
tercungap-cungap dek kerana berlari bak tak
cukup tanah tadi.

Terjongket kening Redza. Wajah yang
sentiasa ketat itu tambah berkerut. “Dah nak
balik ke?”

299

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Ya, ya bos.” Gagap. “Dah pukul 7.15 kan?
Saya dah siapkan semua kerja yang bos bagi tadi.
Jadi saya balik dulu ya?” Risau seandainya Redza
menahan niatnya untuk pulang. Dahlah bosnya
itu seorang workaholic. Kalau dia tak dibenarkan
balik, macam mana?

Sempat Marina mengerling ke arah
adiknya yang kini sudah bersandar di balik
motosikal dengan kedua belah tangan berlipat ke
dada. Tahu sangat si adik tidak suka menunggu.
Janji nak balik pukul 6.30 tadi. Kini dah pukul
7.15. Luruhlah telinga dia kena bebel nanti!

“Hmmm... balik dengan apa?”

“Dengan adik saya, bos,” jawab Marina.
Mulut sudah memuncung ke suatu arah.

Mata Redza ikut memandang ke arah
muncung mulut Marina. Si biker sudah
menepik-nepikkan kaki yang berkasut but ke atas
jalan. Mata kembali dibawa ke wajah Marina.

“Awak nak bonceng motor, Marina?”

“Ya bos.”

“Bukan selalunya awak naik LRT ke?” soal
Redza lagi.

Kepala Marina ligat berfikir.

“Malam ni saya ada hal, bos. Sebab tu
adik saya yang jemput. Kalau tak, memang saya
balik dengan LRT. Errr bos. Saya gerak dulu

300


Click to View FlipBook Version