Lynn Safiya
barang-barang keperluan dia je. Tu yang Aziq
balik kejap ni. Aziq nak mandi dan solat dulu.
Nanti Aziq akan pergi semula ke hospital untuk
hantar barang abang,” jelas Haziq.
“No! Mama nak Aziq temankan abang kat
hospital sampai abang sihat,” arah Puan Maria.
“Mama tak nak abang sorang-sorang kat sana.”
Berkerut dahi Haziq. “Untuk apa? Abang
tu bukannya budak kecik lagi, ma. Dia boleh urus
diri dia sendiri,” bantah Haziq. “Boleh tak mama
relaks?”
Melihat kepala Puan Maria laju
menggeleng, Haziq sedar dirinya sudah tewas.
Tiada guna dia membantah. “Huh! Elok-elok
abang tu ada bini boleh tolong jaga, dipaksa
ceraikan!” gumam Haziq di hujung nafas sebelum
membawa kaki menuju ke anak tangga.
“Apa Aziq kata?” soal Puan Maria garang.
“Takde apa-apa,” balas Haziq malas-malas.
Lelah dengan perangai ibunya sendiri. Nak cakap
lebih-lebih, takut jatuh berdosa. Sudahnya diri
hanya mampu mengomel dalam hati saja.
“Huh!” dengus Puan Maria. Tongkat
dengan empat kaki kecil, atau tetrapod, di sebelah
sofa dicapai sebelum perlahan dia menyusun kaki
ke arah dapur. Mahu menyuruh orang gajinya
untuk masakkan bubur untuk Elhan untuk
501
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
dibawa ke hospital.
Hampir sejam Puan Maria menunggu
Haziq. Bubur untuk Elhan pun dah siap. Mana
Haziq ni? Dia mahu menyampaikan beberapa
potong pesanan buat Elhan.
Akhirnya, kelibat Haziq yang menjinjing
dua beg kecil muncul dari tingkat atas. Persalinan
pejabat tadi kini berganti dengan baju-T dan
seluar jean. Santai, namun tetap kemas.
“Ni, ada bubur untuk abang. Abang tu
mesti tak nak makan makanan hospital. Jangan
lupa bawak,” suruh Puan Maria. Tegang saja
wajahnya. Sukar benar untuk melihat ibunya
mengukirkan senyuman akhir-akhir ini.
Belum sempat Haziq mencapai plastik
bungkusan dari atas meja kopi di hadapan ibunya,
kuat kedengaran bunyi tayar kereta yang menciut
di luar rumah. Spontan kepala Haziq dan ibunya
terarah ke pintu utama. “Siapa tu?” sempat Puan
Maria menyoal.
Meluru Misha masuk ke dalam rumah
lalu merebahkan tubuh di sebelah Puan Maria.
Teresak-esak dia menangis. Terkejut Haziq
jadinya. Kenapa dengan kakak dia ni?
“Kenapa ni Sha?” soal Puan Maria.
Haziq melepaskan beg di tangan lalu
mengambil tempat di hadapan ibu dan juga
502
Lynn Safiya
kakaknya. Niat untuk ke hospital ditangguhkan
dulu buat sementara waktu.
“Abang Fuad, mak... abang Fuad...” tangis
Misha antara sendu.
“Kenapa dengan Fuad?” Puan Maria
menyoal.
“Dia nak kahwin lain...”
“Apa?” Kuat suara Puan Maria. Terjegil
matanya tanda terkejut. Inilah isu yang paling
dibencinya. Isu lelaki berkahwin dua atau
poligami.
“Kenapa dia nak kahwin lain? Apa kau tak
cukup sempurna lagi ke untuk dia?” jerkah Puan
Maria.
Lencun wajah Misha. Dia mengerling ke
arah Haziq memohon simpati. Seakan tahu emosi
itu tak mampu diberikan oleh ibunya sendiri.
“Abang Fuad kata, dia terpaksa... Mak
dia yang suruh, sebab mak dia dah tak sanggup
lagi nak tunggu Sha mengandung...” luah Misha
lemah.
“Astaghfirullah...” bisik Haziq di hujung
nafas. “Akak kan baru kahwin 2 tahun. Bukannya
lama sangat pun.”
Laju kepala Misha mengangguk tanda
bersetuju dengan pendapat Haziq. Misha kembali
memandang ke wajah ibunya. “Sha dah banyak
503
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
kali pergi jumpa doktor pakar dengan Abang
Fuad. Semua doktor kata Sha normal. Kita orang
berdua memang takde apa-apa masalah pun.
Tapi...” Terbit lagi air mata daripada kolam mata
Misha. Amat kecewa dengan ketidaksabaran ibu
mentuanya yang dirasakan seolah-olah tidak
yakin pada kehendak Allah.
Puan Maria mengetap bibir. Naik
darahnya tiba-tiba. Pantang betul dia apabila ada
campur tangan luar yang mengganggu urusan
dan kebahagiaan mana-mana satu pun anaknya.
“Mak... mak tu nak sangat cucu. Sebabkan
abang Fuad tu anak tunggal dan anak kesayangan
mak, mestilah mak tuduh Sha yang bermasalah.”
Misha mengesat air hidung dengan lengan
bajunya. “Dia dah jumpa calon untuk Abang
Fuad. Dia kata kat Sha, Sha takde hak nak halang,
sebab Abang Fuad lebih daripada mampu untuk
beristeri dua.”
Semakin membara api di dada Puan
Maria. Berani dia cakap macam tu? Huh!
“Ma... Sha sayang sangat kat Abang
Fuad. Sha tak nak kehilangan dia, tapi Sha tak
sanggup nak hidup bermadu, ma...” Wajah
disembamkan ke kedua belah telapak tangan.
Tersengguk-sengguk bahunya.
Haziq menahan diri daripada berkata
apa-apa. Hanya menanti saat dan ketika
504
Lynn Safiya
mamanya meledakkan suara. Sudah tahu apa
yang bakal menyusul. Penantiannya tidak lama.
“Berani dia buat kau macam tu? Dasar
perempuan tak sedar diri! Eh, dia ingat dia tu
hebat sangat ke?” Sesedap rasa Puan Maria
mencela besannya. “Eleh! Anak dia lebih daripada
mampu konon. Duit sewa rumah pun, kau yang
terpaksa bayar separuh, ada hati nak kata si Fuad
tu terlebih mampu! Kepala hotak dia!” kutuk
Puan Maria lagi. Bergema suaranya di ruang
tamu ini.
Misha diam menikus. Takut dia dengan
taring ibunya. Dia berbalas pandang dengan
Haziq. Haziq mengetap bibir. Menunggu peluang
untuk mencelah.
“Sanggup dia paksa Fuad berkahwin lain?
Dia ingat dia siapa nak paksa kau untuk bermadu,
hah? Dia siapa nak masuk campur dalam urusan
kau? Dia langsung takde hak!” muntah Puan
Maria penuh bisa. Bengis wajahnya.
“Kenapa takde hak pulak? Mama pun
paksa abang ceraikan Kak Qis dulu, kan? Apa
bezanya mama dengan mak Abang Fuad?”
Peluang yang ditunggu-tunggu Haziq akhirnya
terbuka dan Haziq tidak mahu membiarkan
peluang itu berlalu.
Perlahan saja Haziq melontarkan
suara. Perlahan lagi tenang. Sedikit pun dia
505
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
tak meninggikan suara. Tak berkalih matanya
daripada wajah Puan Maria. Api tak boleh
dilawan dengan api. Walaupun hatinya terlalu
ingin memberontak atas perlakuan ibunya selama
ini, namun setiap langkahnya terbatas. Ada saja
hukum dan dosa yang perlu dipertimbangkan.
Puan Maria merupakan ibunya. Gelaran yang
paling dimuliakan oleh agama untuk seorang
anak.
Merekah bibir Puan Maria mendengar
kata-kata Haziq. Terbeliak matanya. Terpukul
dia sehinggakan tak mampu membidas bicara
anaknya sendiri.
Misha memandang ke wajahnya ibunya
dan wajah Haziq silih berganti. Benar! Kata-kata
Haziq benar belaka. Tiada bezanya antara Puan
Maria dengan ibu mentuanya sendiri.
Haziq tersenyum senget. Tubuh
ditundukkankehadapan.Matamasihmemandang
ke wajah Puan Maria. “Jangan salahkan orang
lain kalau mama sendiri pun pernah buat dulu.
Tu namanya tak adil, mama.” Halus teguran
Haziq. Halus namun penuh makna.
“Tu... tu... lain!” Tergagap-gagap Puan
Maria cuba mempertahankan diri. Suara sudah
mengendur. Tiada lagi aura singa seperti tadi.
Haziq ketawa pula. “Ya ke lain, mama?
Bila terjadi kat anak sendiri, tahu pulak mama
506
Lynn Safiya
melenting ya? Bila mama buat kat anak orang,
ada mama fikir pasal hati dan perasaan mak Kak
Qis kat kampung tu?” Sinis Haziq menuturkan
kata. “Kalau mama ada fikir, mama takkan buat.
Betul kan, mama?”
Bibir Puan Maria terkunci. Buat pertama
kali dalam hidupnya, dia tak mampu menangkis
dakwaan anaknya sendiri.
“Ni la namanya kafarah. Cepat je Allah
balas. Mama buat kat Kak Qis, tapi balasannya
pada Kak Sha,” sambung Haziq lagi. “Apa yang
Kak Sha rasa sekarang, memang sebiji macam
apa yang Kak Qis rasa dulu, bila mama campur
tangan dalam perkahwinan abang dengan Kak
Qis.”
Haziq berdiri. “Kak Sha, Aziq harap akak
boleh cuba settlekan masalah akak tanpa libatkan
orang lain. Duduklah berbincang dengan Abang
Fuad. Mesti ada penyelesaiannya. Jangan jadi
macam abang dengan Kak Qis,” pesan Haziq.
Sempat dia menyindir ibunya. Tali pemegang
beg dicapai dari atas permaidani. Beg plastik dari
atas meja turut diangkat.
“Aziq pergi dulu. Kalau akak sempat esok,
pergilah ziarah abang kat hospital. Abang kena
denggi. Nanti Aziq mesej no bilik abang dan
hospital mana kat akak.”
Misha mengangguk lemah. Wajah pucat
507
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Puan Maria menangkap matanya. Risau dia
melihat dada ibunya berombak sedemikian rupa.
“Ma... kenapa mama?”
Puan Maria menggeleng laju. Lidah masih
kelu tidak bisa berkata-kata. Masih terkesan
dengan butir bicara Haziq sebentar tadi. “Bawak
mama masuk bilik, Sha. Mama nak rehat,” pinta
Puan Maria.
Misha bangun. Tangan ibunya dipimpin
masuk ke dalam bilik di tingkat bawah ini.
Masalahnya diketepikan dulu buat seketika.
Ya! Dia yakin dia mampu berbincang dengan
Fuad tanpa melibatkan sesiapa buat masa ini.
Hati berdoa agar Allah melembutkan hati ibu
mentuanya untuk menerima ketentuan Ilahi.
Bukannya dia tak mahu mempunyai zuriat
sendiri. Wanita mana yang tak mahu? Rezeki saja
yang masih belum berpihak kepada mereka.
Wajah diraup perlahan. Beg tangan yang
dicampak tadi dikutip kembali. Niat untuk pulang
ke rumah kembali membuak-buak. Semoga
semuanya baik-baik saja...
ELHAN MELABUHKAN lengan ke dahi.
Tubuh terasa seperti dicucuk-cucuk. Namun
508
Lynn Safiya
kesakitan di hati lebih sakit terasa.
“Kau cakap macam tu pada mama?” tanya
Elhan.
“Haah. Aku dah lama nak cakap macam tu
kat mama, tapi aku takde peluang,” akui Haziq
yang duduk di sebelah katil abangnya. “Kau pun
tahu mama tu macam mana, kan? Hati dia keras.
Dia je yang betul. Orang lain semua salah.”
“Dulu mama tak macam tu, Ziq...” desis
Elhan lemah. “Kau mesti faham...”
Haziq mengangguk. Ya, dulu Puan Maria
tidak begitu. Kematian papa mereka, merubah
segalanya. Hubungan papa dengan mama
mereka amat istimewa, layak mendapat gelaran
‘the perfect couple’. Mereka saling mencintai dan
keluarga mereka begitu bahagia. Namun, semarak
cinta Puan Maria buat papa mereka, mati secara
tiba-tiba apabila muncul seorang wanita bersama
dua anak kecil tidak lama selepas kematian arwah
Encik Amran. Kemunculan mereka semata-mata
untuk menuntut hak. Hak yang selama ini tidak
pernah disedari telah dikongsi bersama keluarga
kedua Encik Amran.
Barulah Puan Maria sedar, dirinya
telah dicurangi. Selama lebih 5 tahun, suami
yang dicintai separuh mati rupa-rupanya telah
berkahwin lagi tanpa pengetahuannya. Sedikit
pun dia tak menaruh syak pada suaminya kerana
509
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
dia yakin akan kekuatan cinta mereka yang
berlandaskan rasa hormat dan saling percaya
antara satu sama lain. Disebabkan rasa terkejut,
Puan Maria diserang angin ahmar. Sedikit demi
sedikit fizikalnya mula pulih, namun kesan
pengkhianatan Encik Amran ke atas emosi serta
mentalnya tidak mungkin bisa dipulihkan.
Maka jadilah Puan Maria versi yang
begini. Yang terlalu mengawasi... yang sentiasa
berburuk sangka terhadap orang lain... dan yang
terlalu keras hati...
Hilang sudah sifat pengasih dan
kelembutan seorang ibu dan hilang jua secebis
rasa simpati yang pernah singgah di hatinya
dulu...
“Kau masih salahkan mama?” Haziq ingin
tahu. “Sebab kau jarang sungguh balik ke rumah
mama. Kalau mama tak sihat atau kau kena
bawak mama pergi check doktor baru kau balik.”
“Siapalah aku nak salahkan mama? Aku
sendiri yang gagal nak pertahankan perkahwinan
aku sendiri.” Mata masih terpejam. “Aku jarang
balik sebab... aku takut aku terkasar bahasa
dengan mama. Dah terlalu banyak aku marahkan
mama kat dalam hati. Aku takut kalau terluah je
nanti.”
Haziq mengangguk penuh mengerti. “Ada
jumpa dengan Kak Qis lagi sejak tengah hari
510
Lynn Safiya
tadi?”
“Tak,” jawab Elhan sepatah.
“Yalah kan. Dia kerja kat makmal. Bukan
doktor atau jururawat,” komen Haziq lagi.
“Kau tak nak buat apa-apa ke?” desak
Haziq lagi. Senang dengan sikap abangnya kini
yang seakan mahu berkongsi dengannya.
“Nak buat apanya, Ziq? It’s all over
between us...” Lemah sungguh balasan Elhan.
Langsung tiada semangat.
“Surely you don’t mean that...”
Elhan mengunci bibir. Seraut wajah itu
terlayar di ruang mata. ‘Qis...’ hatinya merintih
sayu. ‘Abang rindu...”
511
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Bab 3
LAMA Qisna tercegat di luar pintu.
Kuat tangan menggenggam pemegang
troli. Menyeru semangat agar singgah di hatinya.
Nafas dihela dan dilepaskan beberapa kali
sebelum pintu bilik diketuk. Daun pintu ditolak
perlahan. Troli turut ditolak masuk ke dalam
bilik.
Mata menangkap tubuh Elhan yang
tersandar di kepala katil yang sudah separa
ditegakkan. Hangat pandangan mata Elhan yang
menyambut pandangan mata Qisna.
“Selamat pagi, abang. Qis datang nak
ambil darah ya.” Penuh sopan Qisna bersuara.
Elhan tersenyum seraya mengangguk.
Wajah yang masih pucat tidak bisa melindungi
512
Lynn Safiya
cahaya yang terpancar daripada sepasang
matanya.
Qisna menghampiri katil Elhan. Proses
pengambilan darah kini lebih mudah kerana
branula sudah pun dicucuk di kekura tangan
lelaki itu sejak semalam. Dia membongkokkan
tubuh.
“Semalam takde birthday celebration
ke?” soal Elhan ingin tahu. Mahu melambatkan
tugas Qisna agar mereka dapat meluangkan masa
berbual bersama.
“Ada... tapi kecil-kecilan je. Qis keluar
makan dengan kawan malam tadi.” Wajah kekal
menunduk ke arah kekura tangan kiri Elhan.
“Kawan lelaki ke perempuan?”
Terhenti tangan Qisna jadinya.
“Maaf. Abang takde hak nak tanya Qis
soalan tu,” sambung Elhan penuh kesal tanpa
menunggu jawapan daripada Qisna.
Qisna tidak bereaksi. Tangan kembali
bekerja.
“Mak dengan adik-adik sihat?”
“Sihat, abang. Kalau mak tahu abang kat
hospital, mesti dia risau sangat. Mesti dia nak
datang sini jenguk abang.”
Hati Elhan dipagut pilu. Ya Allah. Betapa
513
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
ibu mentuanya masih mengasihi dirinya,
walaupun dia yang bersalah menghancurkan
kehidupan Qisna dan membekalkan gelaran
janda kepada wanita muda itu. Liur ditelan penuh
kepayahan.
Qisna menegakkan tubuh. Tidak berani
mahu bertanya tentang keadaan Puan Maria.
Tidak berani atau tidak mahu tahu? Dia sendiri
tak pasti...
Tiub berisi darah yang sudah tertanda
nama Elhan dimasukkan ke dalam bekas di atas
troli. “Qis pergi dulu.”
“Qis...” seru Elhan perlahan. “Qis tak
boleh tunggu dulu?”
“Qis tengah kerja abang. Ada banyak lagi
spesimen darah Qis kena ambik daripada pesakit
kat dalam wad ni.”
“Masa lunch nanti?” soal Elhan penuh
berharap.
Lambat-lambat Qisna menggeleng.
“Lepas Qis habis kerja?”
“Abang... Qis rasa tak selesa... Biarlah kita
tak jumpa melainkan atas urusan yang macam ni
ya,” pinta Qisna. Keruh wajahnya.
Elhan terpaksa akur. Dia tiada hak untuk
memaksa. Qisna bukan isterinya lagi.
514
Lynn Safiya
Troli ditolak ke arah pintu. Belum sempat
daun pintu ditarik, ia sudah pun ditolak dari arah
luar.
“Kak Qis!”
Qisna tersenyum manis. “Aziq...” Meleret
panggilannya. Meleret lagi manja. Tetap sama
seperti dulu.
“Kak Qis... Aziq rindu!”
Kaku tubuh Elhan di katil. Namun dia
tak berasa cemburu melihat kemesraan Haziq
bersama Qisna. Sesungguhnya Qisna mempunyai
hati yang sangat lembut dan penyayang. Dia cuma
cemburu tidak mampu menyuarakan kerinduan
di hatinya sendiri buat Qisna sedangkan begitu
mudah Haziq melafazkannya.
“Akak pun,” akui Qisna. Matanya hampir
berkaca.
“Kalau Aziq tahu akak yang akan datang
ambik darah abang, Aziq takkan turun pergi
breakfast tadi,” rungut Haziq.
“Akak tak boleh lama, Aziq. Giliran akak
kena round ward untuk ambil darah pagi ni.”
“Pagi esok?” tanya Haziq. Mata sudah
bersinar.
“Pagi esok giliran orang lain.”
“Alaaaa...” panjang sungguh bantahan
515
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Haziq. Qisna hanya tersenyum. “Akak pergi dulu
tau.”
Haziq mengangguk. Pintu kembali
tertutup. Wajah si abang sulung dikerling.
Walaupun wajah Elhan tetap pucat, mata
abangnya itu seakan bercahaya.
“Kau okey tak kalau aku masuk ofis pagi
ni? Petang aku datang untuk temankan kau
semula.”
“Aku tak suruh kau temankan pun,”
tangkis Elhan.
“Aku tahu. Tapi mama yang suruh...” Beg
kecil miliknya dikeluarkan daripada almari. “Tapi
mungkin aku lambat sikit tau. Aku nak singgah
rumah ambik baju.”
“Hmmm...”
“Aku gerak dulu. Pape roger.”
Bilik persendirian eksekutif ini terasa
sepi tiba-tiba. Elhan dilanda kebosanan. Selama
ini, dia tekun menyibukkan diri di pejabat agar
mindanya tidak punya ruang untuk memikirkan
tentang peristiwa yang sudah berlalu. Hanya
ketika malam menjelma, dia membenarkan
fikirannya melayang jauh... membiarkan hatinya
sakit menanggung rindu... mengizinkan jiwanya
terseksa melayan angan-angan...
Tapi kini, dia tiada kerja pejabat yang
516
Lynn Safiya
perlu diselesaikan. Dia tiada masalah yang
membebankan fikiran. Maka, walaupun hari
masih siang, ingatannya dibiarkan sahaja
menerawang... menggali kenangan yang takkan
pernah padam daripada hidupnya...
Qisna... gadis yang mulanya menjadi
pilihan papa buat dirinya. Tidak pernah terfikir dia
akan berkahwin dengan seorang gadis kampung
yang langsung tidak dikenalinya. Namun sejak
kali pertama mereka dipertemukan, hatinya
sudah tertawan. Jarak usia 7 tahun di antara
mereka tidak dipedulikan. Manisnya senyuman,
lembutnya tatkala berkata-kata, semuanya terasa
begitu sempurna. Ikatan mereka dimeterai
dengan penuh restu daripada kedua belah
keluarga.
2 tahun mereka menyulam bahagia... dan
2 tahun juga mereka berendam duka...
Tidak Elhan mahupun Qisna mahukan
perpisahan. Mereka bercerai tanpa rela... Qisna
berkorban demi menghalang Elhan daripada
digelar anak derhaka. Menurut Qisna, isteri lain
boleh dicari, namun seorang ibu, tidak mungkin
ada gantinya. Begitu luhurnya hati seorang
Qisna... begitu hebatnya pengorbanan seorang
isteri... dan begitu istimewa...
“Abang... janganlah pandang Qis macam
tu...” bantah Qisna.
517
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Elhan tersenyum tanpa sedar. Terkenang
akan saat-saat manis yang pernah dikongsi
bersama Qisna suatu ketika dahulu.
“Dah kenapa abang tak boleh pandang?”
“Qis nak menjahit ni bang... Karang lain
pulak yang Qis cucuk... Abang tengok jelah TV
tu.”
Elhan ketawa. “Jahit jelah. Abang
tak larang pun,” sakat Elhan. Qisna hanya
menjeling.
“Kenapalah Qis susah-susah nak jahitkan
baju baby ni? Beli jelah kan senang. Bukannya
baby boleh pakai lama baju ni pun. Kejap je dia
membesar,” ujar Elhan.
“Saja suka-suka. Nak matchkan baju
ni dengan topi, stoking dengan sarung tangan
yang Qis dah siapkan.”
Elhan menggelengkan kepala. Perut
membusung isterinya diusap penuh kasih.
Kepala dilabuhkan ke bahu Qisna. Qisna
meletakkan kain di tangan ke atas paha.
“Oh, abang lupa nak cakap kat Qis yang
mama kirim salam. Mama kata dia rindu sangat
kat Qis. Mama pesan jangan kerja kuat sangat,
nanti mama risau...”
“Waalaikumussalam...” balas Qisna
sambil tersenyum.
518
Lynn Safiya
“Mama tak sabar nak dapat cucu.
Hari-hari dia call abang tanya pasal Qis. Mama
tak sabar nak jumpa Baby Humaira,” sambung
Elhan, memetik nama yang telah dipilih untuk
bayi mereka nanti.
Senyuman Qisna semakin melebar. Suatu
kucupan hangat dilabuhkan ke kepala Elhan.
Bahagia sungguh kehidupan mereka
seolah-olah berada dalam mimpi. Semuanya
begitu sempurna... tiada satu pun yang cela...
Namun bahagia itu hanya suatu pinjaman. Tiada
yang kekal dalam kehidupan yang fana ini. Yang
ada, cumalah kekesalan yang takkan pernah
bertepi...
QISNA MENGAMINKAN doa sebelum
meraup wajah dengan kedua belah telapak
tangan. Malam ini, doa untuk diberi kekuatan dan
ketetapan pendirian diulang berkali-kali. Terasa
baru semalam dia mampu bangun daripada
rebah yang panjang, dan bukanlah mudah untuk
memaksa dirinya agar bangkit kembali daripada
kehancuran rumah tangganya. Namun kini dia
seolah-olah diuji sekali lagi. Mampukah dia
bangkit kembali seandainya dia jatuh sekali lagi?
519
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Punggung dilabuhkan ke birai katil.
Seraut wajah pucat itu terlayar di ruang mata.
Wajah yang sudah 2 tahun tidak ditatap, apatah
lagi disentuh mahupun dikucup. ‘Abang... Qis
rindu...’
Dan kenangan itu terus menggamit angan
yang tak kesampaian...
“Ayah kata, awak nak kahwin dengan
saya. Betul ke?” Qisna menyoal. Berkerut
dahinya. Bergetar jantungnya melihat si jejaka
kacak bersandar enak di balik palang di dalam
rumahnya.
Jejaka itu mengangguk.
“Saya ni pompuan biasa-biasa je. Awak
tak menyesal ke nanti?” Lagipun, Qisna baru
saja tamat diploma sedangkan lelaki itu sudah
beberapa tahun bekerja di syarikat papanya.
Mahukah lelaki itu beristerikan perempuan
kampung sepertinya? Entah macam mana ayah
Qisna boleh bertemu dengan ayah Elhan pun dia
tak tahu. Menurut ibunya, atuk Qisna dengan
atuk Elhan pernah bersahabat baik suatu
ketika dahulu. Tahu-tahu, papa serta mama
Elhan sudah beberapa kali mengunjungi rumah
mereka di kampung. Tup tup peminangan
daripada pihak Elhan pun diterima.
Elhan tersenyum. Tangan masih berlipat
di dada. “Awak dah habis belajar kan?” Soalan
520
Lynn Safiya
Qisna sengaja tidak mahu dibalas.
Qisna mengangguk. “Tengah tunggu
posting.”
“Ayah awak kata, awak takde boyfriend.
Betul kan?” tanya Elhan lagi.
Berkerut dahi Qisna. Kenapa lelaki ni
banyak benar soalannya ya? “Kenapa? Kalau
saya ada boyfriend, awak akan tarik balik ke
pinangan awak tu?”
“Nope! Kalau awak ada kekasih sekalipun,
saya tak kisah, saya tetap nak kahwin dengan
awak,” ujar Elhan selamba.
Bulat mata Qisna. “Awak akan rampas
saya daripada lelaki lain?”
“Jangan kata daripada lelaki lain,
daripada adik kandung saya sendiri pun saya
akan rampas!”
Lama mata mereka saling bertatapan.
Sorotan mata Elhan mengisyaratkan bahawa
dirinya tidak akan menerima sebarang
penolakan daripada Qisna. Dia inginkan gadis
itu sebagai isterinya dan takkan teragak-agak
untuk merampas Qisna daripada mana-mana
lelaki, termasuklah adiknya sendiri!
Sudahnya, tanpa bertanya keputusan
Qisna, ayahnya menerima lamaran daripada
keluarga Elhan. Keluarga Qisna sendiri begitu
521
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
berbesar hati dapat bermenantukan Elhan
yang tentunya datang daripada keluarga yang
baik-baik. Sebagai anak yang menurut kata,
Qisna tidak mampu membantah. Sekelip mata
statusnya berubah kepada isteri orang.
Namun Elhan bijak memainkan
peranannya. Lelaki itu melayannya dengan baik
dan mesra. Walaupun sudah berkahwin, Elhan
tetap mengorak langkah untuk menguratnya.
Qisna yang tidak pernah digoda sebegitu,
jatuh tergolek dalam perangkap kasih sayang
Elhan. Sudah masuk, sudah tentu Elhan tidak
membenarkan Qisna keluar kembali.
Merekah seketika bibir Qisna walaupun
matanya sedikit berair. Tidak pernah sedetik
pun dia menyesal bersuamikan Elhan, walaupun
jodoh mereka tak panjang. 2 tahun hidup bersama
Elhan adalah lebih baik daripada 21 tahun hidup
tanpa pernah mengenali lelaki itu. Kini, selepas 2
tahun terpisah, takdir telah menemukan mereka
kembali. Apakah dia mampu untuk mengucapkan
selamat tinggal buat kali kedua apabila Elhan
dibenarkan keluar dari hospital nanti?
522
Lynn Safiya
Bab 4
ELHAN tekun menunggu di lobi.
Sudah 3 jam dia dibenarkan keluar
dari hospital dan Haziq pun sudah membawa
semua barangannya pulang ke kondominium. Dia
sahaja yang enggan beredar selagi tidak bersua
muka dengan Qisna. Selama hampir seminggu
berada di hospital, hanya dua tiga kali saja Qisna
masuk ke biliknya. Itu pun, tak lama. Tak pernah
lebih daripada 5 minit. Sekadar untuk mengambil
spesimen darahnya saja.
Dia sudah tahu waktu kerja Qisna. Dia
pasti, penantiannya akan berakhir sebentar lagi.
Tepat sangkaannya. Dari jauh dia sudah
nampak kelibat Qisna berjalan di koridor. Baru
beberapa langkah, namanya diseru seseorang.
Qisna berpaling. Seorang doktor lelaki menegur
523
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
lantas mengajak Qisna untuk berjalan seiring
dengannya. Nampak seperti mereka saling
mengenali. Terkedu Elhan melihat senyuman
manis Qisna.
Qisna langsung tidak perasan akan Elhan
yang duduk di lobi. Terus saja dia berjalan keluar.
Tawa halusnya menampar ke telinga Elhan.
“Qis,” serunya dari belakang. Tanpa sedar,
nada suaranya sedikit keras.
Spontan Qisna serta doktor tadi berpaling.
Mati senyuman di bibir Qisna melihat gerangan
si pemanggil.
Elhan sempat mengerling ke wajah lelaki
di sebelah Qisna. Tinggi. Kacak.
“Abang nak cakap sikit dengan Qis. Qis
dah habis kerja kan?” Sirna kemesraan yang acap
kali dipamerkan oleh Elhan setiap kali berbicara
dengan Qisna. Kali ini, nada suaranya seakan
memaksa.
Bercantum kening Qisna. Hairan dengan
sikap Elhan dan wajahnya yang tegang.
“Jom? Ikut abang,” sambung Elhan tanpa
menunggu Qisna membalas.
Mahu tak mahu, Qisna terpaksa menurut.
Jatuh air muka Elhan nanti jika dia menolak.
“Qis pergi dulu, abang. Jumpa esok ya,” tutur
Qisna ke arah lelaki di sebelahnya. Tunak mata
524
Lynn Safiya
lelaki yang tunduk memandang ke wajah Qisna.
Dia mengangguk tanpa rela.
Laju Elhan membawa kaki ke kafe
Starbucks di sebelah lobi utama hospital.
Terbakar habis telinganya. Abang? What the hell?
Tak profesional langsung!
Lambat-lambat Qisna mengekor. Tanpa
menunggu Qisna, Elhan sudah membuat
pesanan. Dengan isyarat mata, Elhan menyuruh
Qisna agar mengambil tempat di mana-mana
meja yang kosong. Qisna duduk sambil mengeluh.
Kenapa lain sangat Elhan kali ni? Dia tahu Elhan
dah sihat. Bacaan platelet pun dah normal. Tapi
kenapa muka dia ketat dan tegang semacam?
Minuman kopi kapucino ais diletakkan di
hadapan Qisna. Elhan melabuhkan punggung.
“Siapa lelaki tadi tu?” Masih tegang.
Terjongket kening Qisna. Mengertilah dia
kini. Elhan cemburu!
“Kawan...” balas Qisna ringkas.
“Mesra semacam je abang tengok?” Tajam
mata yang memanah ke mata Qisna.
“Hmmm... Qis kenal dia dah lama. Dari
Qis kecik lagi. Doktor Aidil nama dia. Dia abang
kepada kawan sekolah Qis masa kat kampung
dulu. Masa Qis kat tingkatan tiga atau empat, dia
dah pergi luar negeri untuk sambung belajar. Dia
525
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
yang tolong Qis dapatkan kerja kat hospital ni.”
“Dia dah kahwin ke?”
“Dia duda...”
Elhan menelan liur. Duda? Padanlah
pandangan mata lelaki tadi ketika merenung ke
wajah Qisna macam mesra semacam. “Qis ada
apa-apa ke dengan dia?”
“Abang nak jumpa Qis ni ada apa ya?”
Qisna memilih untuk tidak menjawab pertanyaan
bekas suaminya itu.
Elhan mendongkol geram. “Abang dah
discharge dari hospital,” umumnya.
“Qis tahu... Jadi?”
“Jadi kenapa Qis tak datang jumpa
abang?”
Qisna mengeluh perlahan. “Takde sebab
rasanya untuk Qis datang jumpa abang.” Lembut
suara Qisna. Takkan pernah dia meninggikan
suara di depan Elhan, walaupun lelaki itu bukan
lagi suaminya. “Betul kan, bang?”
Elhan mengetap bibir. “Tapi takkan nak
jumpa kejap pun tak boleh?”
“Untuk apa abang? Selama 2 tahun kita
dah bercerai ni, tak pernah ada keperluan pun
untuk kita berjumpa, kan? Kenapa sekarang?”
“Qis... Qis tak rindu kat abang?”
526
Lynn Safiya
Qisna melarikan pandangan. Bekas
minuman dari atas meja dicapai. Laju dia
menghirup dari corong straw. Bekas minuman
yang hanya berbaki ketulan ais diletakkan
kembali ke atas meja.
“Qis gerak dulu.” Dia cuba bangun. Elhan
mengangkat tangan lagak menahan.
“Qis... abang minta maaf. Abang tak patut
tanya soalan tu...”
“Banyak soalan yang abang tak patut tanya
Qis dah. Kita bukan macam dulu lagi, abang,”
tegur Qisna.
“Abang tahu... But life hasn’t been the
same since you left...” Serak suara Elhan. “It’s...
so... damn... hard...” Lirih. “Sometimes I feel like
I can’t go on...”
Untuk seketika, Elhan bisa menangkap
sorotan mata Qisna yang mencerminkan
penderitaan yang serupa sebelum lekas-lekas
Qisna mengedipkan mata.
“Don’t do this, abang...” rayu Qisna.
Dia tak kuat. Sesungguhnya dia masih belum
benar-benar kuat. “Banyak kali dah kita bincang
pasal ni dulu. Takkan ada apa yang mampu ubah
keadaan kita sekarang.”
Qisna menegakkan tubuh. “Qis... Qis dah
moved on...”
527
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Move on? That easy?” Tercabar
sungguh kelelakian Elhan. Begitu mudah Qisna
meneruskan kehidupannya?
“Easy?” Qisna ketawa kecil. Tiada satu
pun yang mudah setelah dia terpaksa berpisah
dengan Elhan dan merelakan kehancuran rumah
tangganya.
“Ya! Senang sungguh Qis moved on.
Sekarang dah bercinta dengan lelaki lain pulak?”
tuduh Elhan tanpa usul periksa. Sesungguhnya
sifat cemburunya masih sama membara seperti
dulu jika melibatkan Qisna.
“Kita dah bercerai 2 tahun, abang. Abang
nak Qis hidup merana macam orang gila ke baru
abang akan rasa bahagia?”
Elhan mengetap bibir. Terhentak dengan
kata-kata Qisna.
“Kalau abang rasa Qis begitu senang nak
move on, abang salah. Abang Aidil terpaksa
bawak Qis untuk jumpa therapist. Lebih 6
bulan Qis berulang-alik ke KL untuk jumpa dia.
Tanpa bantuan dia, Qis rasa, Qis takkan mampu
bangkit...” luah Qisna dengan suara yang lirih.
Terkedu Elhan jadinya. Ahli terapi?
“Qis paksa diri untuk bangkit sebab Qis tak
nak susahkan hati mak. Qis pindah semula ke KL
untuk buktikan kepada mak yang Qis betul-betul
528
Lynn Safiya
dah sihat. Kalau kat kampung, Qis tak sampai
hati nak tengok mak menangis mengenangkan
nasib Qis...”
“Abang minta maaf... Abang tak tahu...”
Berubah riak Elhan. Terkesan sungguh dia
dengan pengakuan Qisna.
“Ya abang tak tahu. Tapi abang tak pernah
nak tanya. Abang lagi suka menuduh, kan? Some
things never change,” sindir Qisna.
Elhan tak berkecil hati. Memang tepat
terkena ke batang hidungnya. Terkesan sungguh
Elhan tatkala mengetahui Qisna terpaksa
merujuk ahli terapi untuk mendapatkan rawatan
atas segala yang telah terjadi kepada mereka
berdua dulu.
Qisna berdeham kecil. Tidak mahu riak
bersalah yang terpampang di wajah Elhan
meruntun hatinya. “Aziq kata abang ambik cuti
tanpa gaji selama 3 bulan lepas kita bercerai.
Abang pergi mana?”
“Aziq?”
“Hmmm... dia ada ajak Qis minum dengan
dia tak lama lepas abang kena admit tu.”
Berat keluhan yang dilepaskan oleh Elhan.
“I just needed to get away from life...” Kopi yang
sudah agak suam dihirup perlahan. “I have just
lost everything... abang perlukan masa untuk
529
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
bersendirian. Abang merantau... abang pergi
ke merata-rata tempat, tapi takde satu tempat
pun yang kekal dalam ingatan abang. Semuanya
macam blur je. I was just so lost without you,”
curah Elhan penuh perasaan.
Qisna merendahkan mata. Tidak sanggup
melihat keperitan di wajah Elhan.
“Abang... Let’s not go there... kita dah okey
kan? Kita dah okey...”
“Pandang abang, Qis,” pinta Elhan.
Perlahan-lahan Qisna menongkat wajah.
“Tell me again you have really moved
on,” cabar Elhan.
Liur ditelan penuh kepayahan. Mata
helang Elhan dilawan pandang. “I have really
moved on!” Tegas suara Qisna. Dia perlu kuat.
Dia tak boleh goyah. Dia perlu mengingatkan
diri sendiri betapa hebatnya kesengsaraan yang
ditanggung selama ini. Jika dia mengalah, dia
juga yang akan merana nanti.
Elhan memaksa diri untuk mengangguk.
“Fine! Kalau macam tu, abang doakan Qis akan
bahagia dengan kehidupan Qis. Abang pergi
dulu...” Tiada keikhlasan langsung pada ucap
kata daripada Elhan itu. Jelas dia terpaksa.
Langkah Elhan tidak dihalang oleh
Qisna. Tangan tidak mampu diangkat, kaki tidak
530
Lynn Safiya
mampu mengejar... namun mata masih mampu
menangis... Turun naik dada Qisna mencuri
nafas. Doa agar laluan mereka takkan pernah
bertembung lagi selepas ini dilafaz berkali-kali
dalam hati. Cukuplah ucap selamat tinggal
yang diucap 2 tahun yang lalu. Tak ingin Qisna
mengulanginya lagi...
“QIS OKEY?”
“Qis okey,” balas Qisna melalui corong
telefon.
“Qis tak cerita pulak kat abang yang Elhan
dah discharge hari ni.”
“Qis lupa.”
“Dia nampak macam cemburu tengok
abang dengan Qis. Abang yakin dia tak ingat kat
abang, kan? Masa Qis kahwin dulu, abang sempat
datang kenduri Qis kejap je sebab abang ada hal.
Mesti dia tanya abang siapa kan?” tebak Elhan.
“Haah. Memang dia tak ingat kat abang.
Entahlah, bang... Qis betul-betul tak sangka yang
Qis boleh terjumpa dia kat KL ni.”
“Qis menyesal datang ke KL?”
Qisna mengeluh kecil. “Tak... kalau
531
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Qis tak datang sini, Qis akan masih lagi kena
hadap gosip-gosip orang kat kampung. Dan Qis
tak sampai hati nak tengok mak dengan ayah
asyik bersedih je. Lagipun, sampai bila Qis nak
menyorok kat kampung tu?”
“Pinangan daripada anak Pak Osman
tu macam mana?” tanya Aidil ingin tahu. Adik
perempuannya ada bercerita tentang pinangan
yang diterima oleh Qisna daripada Luqman.
Cuma dia tak tahu apa kesudahannya.
“Qis dah minta ayah tolak. Qis belum
bersedia. Lagipun Luqman tu bujang. Tak padan
dengan Qis yang dah janda ni...”
Aidil tersenyum di hujung talian. Inilah
Qisna yang dikenalinya sejak dulu. Teramat
merendah diri. “Jadi abang layaklah kan?
Bolehlah abang masuk meminang?” usiknya.
Qisna ketawa. Yakin yang Aidil sekadar
berjenaka. “Tak boleh. Kat hospital tu, abang
terlalu ramai peminat. Qis takut kena ganyang je
daripada staf lain kalau Qis couple dengan abang.
Ramai nurse yang dah cup abang tau.”
Aidil buat-buat ketawa. “Dah lama Qis
bercerai. Qis nak tunggu sampai bila baru Qis
bersedia nak terima lelaki lain dalam hidup Qis?”
“Abang lagi lama bercerai daripada Qis.
Abang dah 3 tahun hidup menduda. Abang tak
532
Lynn Safiya
nak kahwin lain ke?” Soalan Aidil dibalas dengan
soalan yang lain.
“Kalau tanyakan abang, abang macam dah
serik. Tapi mak kat kampung mengharap sangat
abang akan berkahwin lagi.”
“Hmmm... Qis faham abang.”
“Takpelah, Qis. Biarlah orang lain asyik
bangkitkan hal kahwin. Kita lebih tahu keadaan
kita macam mana.”
“Setuju! Kalau ada, adalah... kalau takde,
takdelah.”
“Okeylah, Qis. Pergi tidur. Kita jumpa
esok.”
“Okey, selamat malam, abang.”
Aidil membalas ucap selamat daripada
Qisna lalu mematikan talian. Dia tersenyum
kecil. Terbit rasa simpati buat Qisna. Muda lagi
sudah mendapat gelaran janda. Perlukah dia
melakukan sesuatu untuk membantu temannya
itu? Mungkin dia boleh memperkenalkan Qisna
pada rakan-rakan doktornya dari serata negeri.
Dia yakin ramai lelaki bujang masa kini tidak
kisah beristerikan seorang janda.
533
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Bab 5
“MAMA? Mama okey?” Haziq
menjengahkan kepala dari
rekahan pintu. Melihat ibunya baring mengiring
di atas katil. Dia melangkah masuk. Figura
Puan Maria dihampiri. “Mak Odah kata, mama
tak makan lagi malam ni. Mama tak sihat ke?”
Sudah hampir 2 minggu Puan Maria berkeadaan
begini. Kadang-kadang ada di meja makan,
kadang-kadang tiada.
Puan Maria mencelikkan mata. “Aziq...”
serak suara Puan Maria.
“Ya, ma?” Punggung dilabuhkan di birai
katil bersebelahan ibunya.
“Mama dah berdosa... mama berdosa...”
Terkedu Haziq jadinya. Kenapa tiba-tiba
534
Lynn Safiya
ni?
“Mama tak sedar apa yang mama dah
buat pada abang dengan Qis. Mama ingat, apa
yang mama buat tu betul dan terbaik untuk
abang. Tapi bila mama fikir balik, sepanjang 2
tahun diaorang bercerai, abang macam dah tak
sayangkan mama lagi...”
“Mama! Mana boleh mama cakap macam
tu? Abang sentiasa sayangkan mama, sebab tu
abang ikut cakap mama dan ceraikan Kak Qis,”
tangkis Haziq.
Mata Puan Maria berair. Digagahkan
diri agar duduk dan bersandar di kepala katil.
Wajahnya bergaris pilu. “Selama ini, abang
dah tak mesra dengan mama macam dulu.
Abang jaga mama, tapi abang sekadar jalankan
tanggungjawab dia sebagai seorang anak. Abang
dah tak macam dulu. Mama dah lama tak rasakan
kasih sayang abang pada mama...”
“Sebab kita orang pun dah lama tak rasa
kasih sayang mama...” balas Haziq perlahan.
Cuma menegur ibunya dengan cara yang paling
lembut. Keruh wajahnya. Redup pandangan
matanya.
Puan Maria memandang ke wajah anak
bongsunya. Bulat matanya. Wajah yang sarat
dengan rasa terkilan dan kecewa.
535
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Mama... sejak papa meninggal, kita orang
bukan saja kehilangan papa, tapi kita orang
seakan kehilangan kasih sayang mama jugak.
Aziq rasa macam sebabkan mama tak boleh
nak balas kekecewaan mama pada papa, mama
lepaskan dendam mama pada kita orang semua.
Dan sudahnya, abang dengan Kak Qis yang jadi
mangsa.”
Kuat Puan Maria memejamkan mata,
sehinggakan mengalirkan air jernih ke tepi pipi.
Terkesan dengan kata-kata yang lahir daripada
bibir Haziq.
“Mama... ajal dan maut di tangan Allah.
Bukan salah Kak Qis, cucu mama meninggal.
Semuanya dah tertulis. Pengasuh tu yang cuai
dan bersalah. Tapi mama salahkan Kak Qis sebab
mama marah Kak Qis tetap pergi bekerja dan
tinggalkan baby pada pengasuh. Mama tuduh
Kak Qis yang bertanggungjawab atas kematian
Maira. Sudahnya, mama paksa abang ceraikan
Kak Qis sebab mama tak nak abang beristerikan
seorang pembunuh. Sampai hati mama cakap
Kak Qis macam tu...”
Mengalir lagi air mata Puan Maria. Sedar
dengan dosa yang telah dilakukannya. Betul
kata-kata Haziq. Akibat marah dan dendam
terhadap suami sendiri, anak-anaknya pula yang
menjadi mangsa.
536
Lynn Safiya
“Kak Qis baru je kehilangan Maira, tapi
lepas tu, dia terpaksa berpisah pulak dengan
abang, sedangkan waktu tu, diaorang perlukan
sokongan masing-masing untuk hadapi dugaan
berat tu,” sambung Haziq lagi. “Tapi mama
paksa diaorang untuk berpisah. Kejam sungguh
mama!”
Puan Maria mencelikkan mata. Wajah
Haziq dipandang penuh merayu. “Mama minta
maaf... mama minta maaf... Mama sayangkan
semua anak mama...”
“Aziq tahu... tapi Aziq rasa mama dah
terlalu jauh dalam dendam mama pada papa
untuk sedar perbuatan mama selama ni. Boleh
tak mama terima hakikat yang papa terlalu
sayangkan mama, sampaikan papa tak sanggup
nak lukai hati mama? Pada masa yang sama,
papa juga sayangkan isteri kedua dia. Mama
tak kehilangan kasih sayang papa, mama cuma
berkongsi dengan madu mama tu.”
Puan Maria terdiam.
“Aziq bukan nak sebelahkan papa, sebab
Aziq pun kecewa sangat dengan papa yang
berahsia dengan kita selama ni. Cuma papa
dah takde, ma. Mama marahlah macam mana
pun, papa tetap takde.” Masih lembut Haziq
berbicara. Selayaknya daripada seorang anak
kepada ibunya.
537
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Dan selama ni, abang jarang balik ke sini,
sebab abang takut abang akan terkasar bahasa
dengan mama. Mama tahu tak, kalau bukan sebab
pujukan Kak Qis, abang takkan sanggup ceraikan
dia? Kak Qis yang pujuk abang untuk bercerai
supaya abang takkan jadi anak yang derhaka
sedangkan abang tu dah cinta mati sangat dengan
Kak Qis!” sambung Haziq.
Wajah diraup kasar. Semakin bergaris
wajah Puan Maria. Wanita itu kelihatan jauh
lebih tua daripada usianya.
“Aziq... Aziq boleh tolong mama?”
“Tolong apa, ma?”
“Tolong betulkan kesilapan mama...”
Haziq melepaskan nafas penuh kelegaan.
“Sebelum mama pergi, mama nak tebus
balik dosa mama pada anak menantu mama...”
Terlepas esakan kecil daripada bibir Puan Maria.
Hanya ucap rasa syukur yang mampu
dipanjatkan kepada Yang Maha Esa. Syukurlah
Puan Maria sudah sedar akan kesalahan yang
telah dilakukannya dulu. Alhamdulillah...
“Mama nak Aziq buat apa?”
Puan Maria terdiam seketika. Wajah
diraup sekali lagi. Rimas dengan air matanya
sendiri. Air mata yang sudah lama kering sejak
pengkhianatan suami sendiri tersingkap di depan
538
Lynn Safiya
mata. Tak sanggup seandainya dia menutup mata
tanpa membetulkan dulu kesilapannya. Dan
mindanya ligat berputar...
“KAK QIS!” panggil Haziq dari jauh.
Terhenti langkah Qisna yang sedang
menuju ke arah stesen LRT. Dia berpaling ke
arah kiri. Bibir tersenyum. Menunggu Haziq
menghampirinya.
“Aziq buat apa kat sini?”
“Nak jumpa Kak Qislah...”
Qisna melebarkan pandangan. Cuak sikit
wajahnya.
“Jangan risau. Abang takde. Aziq sorang je
ni,” teka Haziq dengan tepat. Sedar kebimbangan
yang terpancar dari wajah bekas kakak iparnya
ini.
“Akak sibuk ke? Akak ikut Aziq kejap boleh
tak? Lepas tu Aziq hantar akak balik rumah.”
“Nak pergi mana?” soal Qisna.
“Errr... errr...”
Bertaut kening Qisna. Apa pelik sangat
Haziq ni?
539
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Mama nak jumpa akak,” luah Haziq
akhirnya.
Terbuntang mata Qisna. “Hah?”
Haziq mengangguk. “Mama minta tolong
Aziq jemput akak datang ke rumah.”
Qisna menahan debaran jantungnya.
“Maaf Aziq, tapi akak tak mahu.”
Berubah riak Haziq. “Kak Qis, mama
dah berubah... mama bukan macam sebelum ni.
Mama betul-betul nak jumpa akak.”
Qisna masih menggeleng. “Tak kisahlah
mama dah berubah ke belum. Akak masih tak nak
jumpa mama. Kalau boleh, dengan Aziq pun akak
dah tak nak jumpa lagi.” Tegas Qisna bersuara.
Melihat kekecewaan pada wajah Haziq, Qisna
sambung bersuara. “Akak minta maaf sangat
Aziq. Akak nak teruskan dengan kehidupan akak.
Akak dah tak nak ada kena-mengena lagi dengan
keluarga Aziq.”
“Akak dah tak sayang kat Aziq ke?” Lirih
Haziq menyoal.
Berair mata Qisna. “Akak akan sayang
kat Aziq sampai bila-bila. Terima kasih sebab
sayangkan akak, dan cuba pertahankan akak
masa mama tuduh akak pembunuh dulu. Terima
kasih sangat-sangat, tapi, akak takkan boleh
move on selagi akak ada talian dengan keluarga
540
Lynn Safiya
Aziq. Biarlah akak dengan kehidupan akak, ya
dik?” rayu Qisna sepenuh hati.
Haziq tak puas hati. Dia mencuba nasib
untuk kali terakhir. “Akak dah tak sayangkan
abang lagi? Akak tak nak bersatu semula dengan
abang?”
Sayu senyuman yang terukir di pinggir
bibir. Kepala tetap menggeleng walaupun hati
berbisik rasa yang sebaliknya. “Akak gerak dulu.
Jaga diri Aziq. Doa akak sentiasa dengan Aziq.
Tapi akak merayu, tolong jangan cari akak lepas
ni lagi ya?”
Dan Qisna terus saja berpaling. Tidak
mahu Haziq melihat air mata yang jatuh berlinang
ke pipi. Bukan mudah untuk dia melupakan
semuanya dan senang-senang merelakan dirinya
berjumpa kembali dengan Puan Maria. Kata-kata
Puan Maria bak belati yang menghunus ke dalam
hatinya... yang membunuh semangat serta
keyakinannya... dan yang mematerikan label
kekal dalam jiwanya...
Label ‘pembunuh’ yang takkan mampu
dilupakan seumur hidupnya...
541
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Bab 6
“ABANG... kita dah bincang pasal
ni kan?” soal Qisna dengan
linangan air mata. “Tolong lepaskan tangan
Qis...”
Elhan merentap tangan isterinya lalu
tubuh dipeluk untuk kali yang entah ke berapa.
Menggigil tubuhnya kelemahan. Dia tak
mampu... dia tak sanggup untuk melepaskan...
Tangisan Qisna semakin kuat kedengaran
dalam pelukan Elhan. Mungkin inilah pelukan
terakhir yang bakal dinikmati daripada
suaminya itu.
“Abang rayu pada Qis, jangan tinggalkan
abang. Abang yakin abang boleh pujuk mama.
Abang minta Qis bersabar sikit je lagi,” pinta
542
Lynn Safiya
Elhan di balik rambut isterinya. Tangan semakin
menekan tubuh Qisna rapat ke badannya.
“Please, sayang. Please don’t leave me...
Abang dah kehilangan Maira, abang akan mati
kalau kehilangan Qis...”
“Jangan, bang. Jangan cakap macam
tu,” pujuk Qisna. “Kita mesti kuat...”
“Stay... please stay...” Elhan semakin
terdesak. Tubuh kecil Qisna dipeluk semakin
erat.
“Qis tak rasa mama akan berubah.
Mama dah terlalu bencikan Qis. Dan Qis
yakin dengan keputusan yang kita dah buat
ni. Abang dah setuju kan?” Qisna tidak dapat
menyembunyikan betapa dia terluka dengan
pengakhiran perjalanan rumah tangganya. Dia
sakit... dia derita... dan dia turut sengsara...
Kali ini Elhan menggeleng. Menidakkan
persetujuan yang telah dilakukannya sebentar
tadi. Dia tak mampu... dia tak sanggup...
Qisna merenggangkan pelukan. Kedua
belah pipi Elhan ditekup dengan telapak
tangan. Sorotan mata yang masih basah
jelas mengisyaratkan perpisahan yang tidak
mungkin dapat dielakkan lagi.
“Abang... Qis sayang sangat kat abang,
terlalu cintakan abang... Sebab tu Qis tak nak
543
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
abang jadi anak derhaka. Jadi biarlah Qis saja
yang pergi. 2 tahun bersama abang adalah
2 tahun yang paling indah dalam hidup Qis.
Maafkan Qis, halalkan makan minum Qis. Qis
akan sentiasa doakan kebahagiaan abang. Kita
jumpa kat mahkamah nanti ya?”
Elhan membenamkan bibirnya ke bibir
Qisna. Mahu membisukan isterinya itu. Tidak
mahu mendengar isterinya berkata apa-apa
lagi. Tidak sanggup mengakui hakikat yang
semakin lama semakin terbentang di layar
mata. Bagaimanakah harus dia meneruskan
hidupnya tanpa Qisna? Bagaimana?
Sedikit pun Qisna tidak melawan
perlakuan Elhan itu. Hanya membiarkan
dirinya menikmati ciuman terakhir daripada
seorang lelaki yang ketika ini masih lagi
mempunyai hak ke atas dirinya. Lama mereka
melayan rasa... masing-masing tidak sanggup
melepaskan... kerana mereka sedar, hari-hari
yang mendatang bakal menjadikan mereka
‘orang asing’ antara satu sama lain.
Elhan mengeluh kesal. Wajah diraup
kasar. Entah mengapa malam ini, kenangan itu
pula yang menjengah ke kotak memorinya. Elhan
menutup kulit album yang menjadi santapan
matanya. Tak pernah sehari pun berlalu tanpa
dia membuka dan menilik setiap gambar yang
544
Lynn Safiya
tersimpan dalam album itu. Itulah khazanahnya
yang paling berharga. Setiap memori bersama
Qisna ada termaktub dalam album itu. Namun
album yang tersimpan gambar-gambar arwah
Humaira tidak sanggup dibuka. Dia masih belum
cukup kuat...
‘I have really moved on!’
Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di
telinga Elhan. Walaupun dia gembira seandainya
Qisna bahagia, namun hatinya masih sakit!
Apakah maksud ‘moved on’ itu sebenarnya?
Masih boleh bangun setiap pagi tanpa berasa berat
di kepala bagai nak pecah? Masih boleh bernafas
walaupun terasa selama ini dia menghela gas
beracun masuk ke dalam rongga pernafasannya?
Masih boleh makan walaupun dia sudah tidak
bisa lagi membezakan rasa manis dengan yang
pahit? Apa sebenarnya maksud ‘moved on’ itu?
Dia sungguh-sungguh tak mengerti.
Sudah 3 minggu berlalu sejak pertemuan
terakhirnya dengan Qisna. Sejak itu juga, Elhan
terpaksa melawan kehendaknya untuk menjadi
penunggu setia di hospital swasta Kings itu. Dia
takut dia akan melakukan sesuatu yang bakal
membuat Qisna lari meninggalkan bumi Kuala
Lumpur dan pulang ke kampung. Namun rindu
di jiwa seakan membunuhnya. Dia hanya mahu
menatap seketika wajah Qisna. Tidak perlu
545
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
berkata apa-apa, cukup wajah itu dipandang dari
jauh. Esok... mungkin esok...
“QIS... ABANG rindu...” bisik Elhan dari
dalam kereta. Lenggok berjalan mantan isterinya
masih sama seperti dahulu. Tiada yang berbeza.
Walaupun sudah pernah melahirkan, tubuh
Qisna masih langsing, masih halus dan masih
seksi di matanya. Dari jauh, Elhan melihat Qisna
mengucapkan selamat tinggal kepada Doktor
Aidil yang berjalan ke arah bertentangan dengan
Qisna. Senyuman bekas isterinya begitu tulus,
begitu manis sekali. Hangat tubuhnya tiba-tiba
diserang pelbagai rasa.
Berat nafas Elhan tiba-tiba melihat figura
Qisna yang semakin menghampiri keretanya.
Sudah berkurun lamanya dia tidak merasa
kemanisan tubuh wanita itu. Dia seorang lelaki!
Lelaki normal yang punya nafsu dan keinginan,
apatah lagi dia pernah menikmati hubungan yang
direstui buat pasangan yang halal. Dan ketika ini,
perasaan itu seakan merasuk naluri jantannya.
Niatnya semalam untuk sekadar
memandang dari jauh kian berubah. Pintu kereta
ditolak lalu dia keluar dari perut kereta. Aksinya
546
Lynn Safiya
tepat pada masanya kerana laluan Qisna tiba-tiba
jadi terhalang. Terkejut Qisna jadinya. Tangan
sudah menekup ke dada. Hampir terlanggar
dia dengan pintu kereta yang tak semena-mena
dibuka. Dan tatkala matanya berlabuh ke wajah
tuan empunya kereta, Qisna terkedu sendiri.
Wajah Elhan tegang. Mata lelaki itu
sedikit kemerahan. Dan cara Elhan memandang
ke arahnya begitu tajam sekali. Qisna menelan
liur.
“Abang...” Itu saja yang mampu Qisna
suarakan.
“Masuk. Abang hantar Qis balik rumah,”
arah Elhan dengan suara yang tertahan-tahan.
Mulanya Qisna mahu menggeleng,
namun melihat wajah Elhan, dia tak jadi. Entah
mengapa, terus saja dia masuk ke dalam kereta
sedangkan dia tak perlu lagi patuh kepada lelaki
itu. Elhan mengambil tempatnya semula. Tanpa
sepatah kata, Elhan memulakan pemanduan.
Meninggalkan kesibukan kota yang semakin
memuncak.
Qisna semakin cuak. Arah perjalanan
kereta Elhan entah ke mana. Yang pasti bukan
menuju ke arah rumahnya. “Errr... abang tahu ke
Qis tinggal kat mana?”
“Tak!” Balas Elhan sepatah. Sedikit pun
547
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
dia tak menoleh ke arah Qisna.
“Abang nak pergi mana ni? Qis menyewa
kat Pandan Indah.”
Elhan tidak menjawab. Getar pada suara
Qisna tidak diendahkan. Membiarkan saja
bisikan-bisikan halus merasuk dirinya.
Kereta dipandu masuk menuju ke
ruang parkir di menara kondominiumnya. Dia
memandu ke bahagian parkir yang masih agak
kosong dan sunyi, memandangkan penghuni
lain masih belum pulang daripada urusan
masing-masing. Kereta dihentikan namun enjin
tidak dimatikan. Elhan melepaskan tali pinggang
keledarnya. Tali pinggang keledar Qisna turut
dilepaskan. Terpinga-pinga Qisna kehairanan.
“Abang? Kenapa...”
Tak sempat Qisna menyudahkan kata,
Elhan sudah pun bertindak. Mulut Qisna terkunci.
Untuk seketika, dia terkejut sehinggakan tidak
bisa bergerak. Namun ketika tindakan Elhan
semakin rakus dan berani, Qisna mula meronta.
Kepala Elhan cuba ditolak menjauhinya. Bahu
Elhan ditumbuk kuat dan bertalu-talu. Namun
tenaga Elhan semestinya lebih kuat berbanding
dirinya. Qisna tidak bisa melepaskan diri. Kini,
kedua belah tangannya pula terkunci dalam
genggaman Elhan.
548
Lynn Safiya
Sepanjang perkahwinan mereka, tak
pernah Elhan melayannya begini. Kasar, tanpa
secebis pun kelembutan. Elhan bagaikan dirasuk.
Ketika Qisna berjaya melepaskan bibirnya, dia
menjerit. “Jangan! Lepaskan Qis! Stop it!”
Elhan sengaja memekakkan telinga.
Bibir Qisna masih ingin ditawan. Sudah lama
kemanisan bibir Qisna tidak dinikmati.
“Abang... jangan buat Qis macam ni...”
rayu Qisna merendahkan suara tatkala menyedari
Elhan tidak terkesan langsung dengan jeritannya.
“Abang... jangan...” tangis Qisna penuh syahdu.
Wajah Elhan yang terasa basah
menyedarkannya daripada kegilaan yang
mencengkam dirinya. Tersentak dia tiba-tiba.
Melihat wajah Qisna yang basah dan pucat
mengembalikan kewarasannya. Riak Qisna sarat
dengan rasa takut... perasaan yang tak pernah
ditanggung oleh Qisna ketika berhadapan dengan
dirinya selama ini.
“Qis...” bisiknya penuh kesal.
Qisna membenamkan wajah ke telapak
tangan. Teresak-esak dia. Tangisan yang
meruntun jauh ke dasar hati. Elhan ingin
melabuhkan tangannya ke atas bahu Qisna untuk
memujuk, namun dia tak berani.
“Qis... abang... abang...” Elhan ketandusan
549
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
kata. “Abang minta maaf... Abang...”
Dan Qisna berterusan menangis. Elhan
hanya membiarkan sehinggalah tiada lagi esak
tangis yang kedengaran di dalam keretanya ini.
Qisna meraup wajah. Menyeka tangis dari pipi.
“Qis nak balik. Qis nak balik!” jerit Qisna antara
sendu.
“Qis... abang minta maaf,” ulang Elhan.
“Abang... abang terlalu rindukan Qis.”
Qisna tunduk menekur tangan di atas
paha. Pertama kali dalam hidupnya dia berasa
takut akan Elhan. Lelaki yang selama ini menjadi
pelindungnya dan tidak pernah menyakitinya,
sama ada zahir mahupun batin, kini bertindak
seperti binatang!
“Takde perempuan yang abang inginkan
melainkan Qis. Hidup abang sunyi... Tak tertahan
rasanya rasa rindu abang pada Qis,” luah Elhan
dengan suara yang terketar. Masih cuba melawan
desakan nafsunya. “Abang hanya berniat nak
pandang Qis dari jauh je tadi, tapi bila abang
nampak Qis berjalan dengan doktor tu, abang
terus hilang akal. Abang marah, abang cemburu,
sebab abang tak sanggup tengok Qis senyum
kat lelaki lain. Abang takut kalau Qis dah ada
pengganti abang...”
Elhan mengeluarkan sapu tangan dari
kocek seluarnya lalu dihulurkan kepada Qisna.
550