The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itasukri, 2020-12-24 01:26:55

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Lynn Safiya

Bab Bonus

AMZAR melangkah masuk ke dalam
kamar tidur. Mata menangkap kelibat
isterinya yang duduk di sofa sambil membaca
novel. Izara mengangkat mata lalu bingkas
bangun dari sofa. Novel di tangan diketepikan
begitu saja. Bibir sudah menguntum senyuman
manis. Tangan Amzar diraih lalu dikucup mesra.
Suara tidak mampu bertanya soalan yang terbias
di hati.
“Zara tak tidur lagi?” soal Amzar. “Dah
lewat sangat ni…” Mata tak lepas dari wajah
isterinya. Mengharapkan agar Izara akan
bertanyakan sebab dia sering pulang lewat ke
rumah dua tiga menjak ini.

101

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Belum, tak ngantuk lagi…” balas Izara.
Tangan sudah sibuk mengambil tuala untuk
Amzar. “Abang dah makan?”

“Dah… abang makan dengan klien
tadi,” jawab Amzar. Tuala yang dihulur oleh
Izara disambut. Diri masih menunggu Izara
bertanyakan soalan yang selanjutnya.

“Oh, okey.”

Berkerut dahi Amzar melihat Izara
kembali duduk di sofa. Okey je? Takde nak tanya
apa-apa lagi? Bersama suatu keluhan, Amzar
berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Usai mandi, Amzar mengerjakan solat
yang tertangguh sebelum melabuhkan penat
di birai katil. Hati kurang enak mengenangkan
si isteri yang seakan memendam rasa dan
mendiamkan diri. Langsung tiada rasa bimbang
ke di hati isterinya? Atau sekurang-kurangnya
rasa ingin tahu?

“Zara,” seru Amzar.

“Ya?”

“Sini kejap,” gamit Amzar.

Sekali lagi Izara meletakkan novel yang
sedang dibaca ke atas sofa sebelum akur akan
permintaan Amzar. Punggung dilabuhkan di
sebelah suaminya.

Amzar menatap wajah manis isterinya

102

Lynn Safiya

yang sentiasa murah dengan senyuman. Sejak
mereka kembali bersatu menjadi suami dan isteri
beberapa bulan yang lalu setelah hampir-hampir
bercerai, Amzar merasakan dunianya begitu
bermakna. Cinta yang dulu, membuat dirinya
jauh dari keluarga dan jauh dari Sang Pencipta,
tapi cinta yang dirasakan kini membuat dirinya
rasa begitu sempurna.

“Ada apa bang?” soal Izara tatkala
merasakan mata Amzar sudah lama singgah di
wajahnya.

Amzar berdeham kecil. “Zara ada nak
tanya abang apa-apa?”

Untuk seketika senyuman di bibir kelihatan
goyah sebelum pantas Izara menyembunyikan
perubahan pada reaksinya.

“Takde. Kenapa?”

Amzar menelan rasa kecewa. Izara
seorang isteri yang terlalu berhati-hati, terlalu
menjaga tutur katanya dan terlalu ingin menjaga
hati Amzar sehinggakan, Amzar merasakan Izara
terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri.
Dia tidak mahu Izara begitu. Tidak mahu apa-apa
perasaan negatif yang terkumpul dan dipendam,
akan semakin membukit lalu meletus begitu saja
suatu hari nanti.

“Dah berapa lama Zara ikut abang balik

103

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

KL?”
“Emmm… dah nak masuk 3 bulan,” jawab

Izara.
“Dalam masa 3 bulan ni, Zara bahagia tak

hidup dengan abang?”
Laju kepala Izara mengangguk. Merekah

senyuman di bibir Amzar.
“Betul?”
“Betul! Saya bahagia sangat bang!”
“Abang nak tanya... apa definisi bahagia

untuk Zara?”
“Errr... kenapa abang tanya macam tu?

Saya tak faham,” ujar Izara dengan dahi yang
berkerut.

“Saja je abang nak tahu...”
Izara terdiam seketika. Terasa pelik
dengan pertanyaan daripada suaminya.
“Emmm... Saya bahagia sebab kehidupan saya
sekarang serba-serbi cukup semuanya. Abang
sediakan semua keperluan saya, abang izinkan
saya bekerja, abang jaga keperluan adik-adik
saya... Semualah! Jadi, mestilah saya bahagia!”
Amzar mencapai tangan isterinya.
“Macam mana dengan hati dan perasaan Zara?”

“Hati dan perasaan saya?” soal Izara
dengan suara yang jelas keliru.

104

Lynn Safiya

“Ya,” tutur Amzar.
“Mestilah bahagia...”
Terjongket kening Amzar. “Zara...”
“Abang sebenarnya nak tahu apa ya? Saya
kelirulah dengan soalan-soalan abang ni!” celah
Izara laju.
Amzar mengeluh perlahan. “Kenapa
abang rasa yang Zara tak berterus-terang dengan
abang?”
Izara tidak mengerti. Wajahnya berkerut
cuba memikirkan maksud di sebalik kata-kata
suaminya.
“Atau Zara memang tak kisahkan abang?”
“Abang!” Membulat mata Izara. Terkedu
dengan tuduhan Amzar.
Amzar mengelus lembut rambut isterinya
yang lepas bebas. Wajah isterinya yang tegang
ditatap lembut. “Zara... Zara tak kisah ke abang
balik lambat tiap-tiap malam?” soal Amzar
dengan suara yang perlahan. Terluah jua apa
yang selama ini mengganggu jiwanya. “Sekali
pun Zara tak pernah tanya kenapa abang balik
lambat, abang meeting dengan siapa atau abang
dinner dengan klien mana. Zara tak kisah ke?”
Amzar mengulang pertanyaannya.
Izara tunduk. Menyembunyikan wajah.

105

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Zara tahu tak yang Zara ada hak nak tahu
semua yang berlaku dalam hidup abang?”

Wajah itu masih menekur paha.

“Pandang abang, Zara,” pinta Amzar
lunak.

Lambat-lambat Izara menurut permintaan
suaminya.

“Kenapa Zara tak pernah nak tanya
abang?”

Izara menelan liur. Kesat. Garis-garis
resah serta ragu-ragu memenuhi di setiap ruang
wajah.

“Tell me, Zara. Abang nak tahu,” pujuk
Amzar lagi tatkala melihat isterinya masih
membisu.

Mata Izara memancar riak pilu.

“Dulu, pernah sekali saya tanya abang
kenapa abang tak balik rumah. Tapi... abang...
abang...” Mati kata-kata Izara. Tidak mampu
untuk disudahkan.

Satu keluhan berat dilepaskan Amzar.
Mata dipejamkan seketika. Mengertilah kini sebab
Izara memendam rasa. Episod yang diungkit
Izara terlayar di ruang mata. Setiap hamun,
setiap kata nista seakan tidak bisa untuk diulangi.
“Maafkan abang. Abang tak pernah terfikir yang
ketakutan Zara pada masa tu akan terbawa-bawa

106

Lynn Safiya

sampai sekarang.” Amzar menekup pipi Izara.
Kesal dengan kisah lama mereka yang jelas masih
meninggalkan kesan yang begitu mendalam
kepada isterinya.

“Zara takut abang akan marah ke kalau
Zara tanya?”

Teragak-agak Izara menganggukkan
kepala.

Perlahan-lahan Amzar menarik tubuh
kecil isterinya ke dalam pelukan.

“Zara...” Itu saja yang mampu terbit dari
helaan nafas Amzar.

Lama Amzar memeluk isterinya. Ingin
melenyapkan rasa sangsi, rasa takut dan rasa
ragu-ragu yang masih bertapa di hati Izara. Dan
Izara hanya membiarkan dirinya hanyut dalam
dakapan Amzar.

Setelah sekian lama, Amzar akhirnya
merungkaikan pelukan. Namun tangan Izara
tidak dilepaskan.

“Zara... abang dah pulangkan semua hak
Zara sebagai isteri abang. Sepatutnya, kat hati
Zara ni, dah takde rasa takut atau ragu-ragu lagi.
Zara ada hak nak tanya apa saja soalan pada abang
dan abang janji abang takkan marah Zara lagi...”
Tangan Izara diramas lembut. “Abang ingatkan
yang Zara dah tak kenang lagi kisah lama kita...”

107

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Lirih suara Amzar. “Tapi rupa-rupanya...”

“Saya... saya...” Tergagap-gagap Izara cuba
mencari kata-kata yang sesuai untuk meredakan
suasana.

“Abang faham, Zara... abang tak salahkan
Zara... Cuma abang harap sangat yang Zara akan
cuba tinggalkan semua kenangan pahit kita...”

“Saya minta maaf, bang. Bukan saya tak
nak bertanya. Tiap-tiap malam, mulut ni macam
ringan je nak tanya itu ini. Tapi bila saya ingat
balik yang abang pernah marah saya dulu, saya
diamkan saja. Lagipun, saya tak nak abang fikir
yang saya tak percayakan abang...” jelas Izara
akhirnya.

“Zara, kalau sekadar bertanya, abang
takkan fikir yang Zara tak percayakan abang.
Abang tak nak Zara pendamkan semua perasaan
Zara, terutamanya perasaan yang tak elok
atau yang negatif. Abang takkan marah, Zara,
percayalah...” Bersungguh-sungguh Amzar cuba
meyakinkan Izara. Bukan dia tak sedar luka yang
pernah dipalitkan ke hati isterinya itu. Bukan
sedikit dan tentu juga bukan sehari dua.

“Tolong jangan pendam apa yang Zara
rasa. It’s not healthy for the both of us...”

“Saya... saya cuba bang...”

“Sekarang peluang Zara nak tanya abang

108

Lynn Safiya

apa saja. Tanyalah...”
Izara memberanikan diri menatap tepat

ke mata suaminya.
“Abang... abang balik lambat hari-hari

seminggu dua ni kenapa?”
“Ada projek yang papa nak abang tolong

settlekan. Pengurus syarikat yang selama ni
uruskan projek tu tiba-tiba bersalin awal 2
minggu sudah. Jadi takde orang boleh ganti
memandangkan semua pun sibuk dengan projek
masing-masing.”

“Oh... Errrr... abang makan malam
dengan siapa tadi?” Izara bertanya lagi.

Koyak senyuman di bibir Amzar. Lega
dengan perkembangan positif yang dipamerkan
si isteri.

“Dengan klien.” Ringkas saja penjelasan
Amzar. Sengaja. Ingin melihat sejauh mana
Izara berani menyuarakan soalan demi soalan
demi mendapat jawapan yang akhirnya akan
memuaskan hatinya.

“Klien?”
“Hmmm...”
“Klien lelaki ke perempuan?”
Semakin lebar rekahan di bibir lelaki itu.
Entah mengapa soalan Izara yang terakhir ini

109

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

amat menyenangkan hatinya. Pelik bukan? Dia
yakin lelaki lain tentu tidak akan merasa senang
dengan soalan sebegitu. Tapi dia? Dia gembira
betul! Ada bintik-bintik cemburu pada sorotan
mata isterinya.

“Perempuan...” jawab Amzar dengan mata
yang tak lepas dari mata isterinya.

“Pe... perempuan?”

“Haah. Mrs. Rani nama dia. Dia datang
dengan anak dan menantu dia...”

Izara melarikan mata. Namun sempat
Amzar menangkap riak lega yang terpancar
dari segenap rongga wajah isterinya itu. Amzar
mencuit hidung Izara. “Lega?”

Izara menjeling suaminya. Sesuatu yang
jarang-jarang sekali dilakukannya. Pecah tawa
Amzar. Sekali lagi tubuh isterinya itu didakap
erat. Bahagia datang bertimpa-timpa.

“Ada apa-apa lagi Zara nak tanya?”
Lembut suara Amzar.

Kepala digeleng laju.

“Esok Zara tak kerja, kan?”
“Hmmm...” balas Izara di dada Amzar.

“Jom dating?” ajak Amzar.

Izara melabuhkan mata. Terasa nyaman
sehinggakan mata terasa semakin memberat.

110

Lynn Safiya

“Nak pergi mana?” gumamnya perlahan.
“Mana-mana je Zara nak pergi...”
“Saya nak pergi KLCC...”
“KLCC? Okey. Boleh je. Zara nak tengok

wayang ke?” soal Amzar ingin tahu.
Kepala di dada Amzar menggeleng sekali.

“Tak...”
“Habis tu?”
“Saya nak popcorn cheese yang mahal tu...

Yang abang pernah belikan tu...”
Bertaut kening Amzar. Mahu ke KLCC

hanya kerana inginkan bertih jagung jenama
Garrett tu? Ada apa-apa ke ni?

“Zara?”
Diam. Tiada balasan.
Perlahan-lahan Amzar merenggangkan
pelukan. Kepala Izara yang seakan melentok
ke bawah disambut dengan bahunya. Terbit
senyuman di bibir Amzar. Tubuh Izara diangkat
sedikit lalu dilabuhkan ke atas katil. Rambut
Izara yang menutup di bahagian dahi dielus ke
belakang. Sebuah ciuman singgah di dahi Izara.
Mata Izara terbuka kembali.
“Abang?”
Amzar mencuri peluang untuk bertanya.

111

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Tidak sanggup rasanya menunda ke esok pagi.
“Zara, kenapa Zara nak makan popcorn cheese
tu?”

“Sebab sedap...”

“Sebab sedap je ke?” usik Amzar. Wajahnya
masih rapat dengan muka Izara. Matanya dalam
menusuk ke dalam mata Izara. “Bukan sebab
lain?”

“Sebab lain apa?” Terkebil-kebil mata
Izara. Tidak mengerti. Mata sudah terlalu
mengantuk.

“Zara mengidam ke?”

“Mengidam?” Besar kembali mata Izara.
“Mana ada?”

“Ohh...” Amzar tidak dapat

menyembunyikan nada kecewa dari suaranya.

“Abang...”

“Hmmm?”

“Belum rezeki kita...” ujar Izara perlahan.
Tangan diangkat lalu pipi Amzar diusap lembut.
Tahu kini maksud di sebalik pertanyaan
suaminya.

Amzar mengangguk sambil tersenyum.

“Abang tahu...” Mata jatuh ke bibir merah
isterinya. Nampak begitu menggiurkan.

“Sabar ya bang...” pujuk Izara.

112

Lynn Safiya

“Selfish abang ni kan? Padahal Zara masih
muda untuk jadi seorang ibu...”

Giliran Izara pula tersenyum.
“Arwah mak lagi muda masa bersalinkan
saya dulu...”
Mata Amzar bercahaya.
“Jadi Zara tak kisah ke kalau kita ada anak
sekarang? Yalah... abang ni dah tua...”
Nyaman kedengaran ketawa kecil Izara di
telinga Amzar. Begitu indah... begitu merdu...
“Tua ke abang ni? Hmmm...” usik Izara.
Wajah Amzar yang masih dekat di depan mata
ditatap puas. Wajah yang sudah merasuk di
segenap jiwanya. Jari sudah meleret di pipi
suaminya itu. “Kulit dah berkedut ya? Rambut
dah ada uban?”
Amzar menangkap jari Izara lalu
digenggam erat. Tidak tahan dengan sentuhan
Izara. “Tak kisahlah tua pun! Yang pasti abang
tetap power, kan?”
Membulat mata Izara.
“Abang!” Pipi sudah memerah.
Pecah tawa Amzar. Kuat.
“Syyyy! Nanti mama dengan papa
terjaga,” pesan Izara dengan wajah yang masih
terasa pijar.

113

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Dan Amzar masih melayan tawanya.

“Teruklah abang ni!” Izara menolak tubuh
Amzar agar menjauhinya. Kononnya merajuk.

Amzar berkalih tempat lalu baring di
sebelah isterinya. Kepala dilabuhkan di atas
bantal kepunyaan Izara. Laju tangan menyauk
tubuh isterinya agar terkunci dalam pelukannya.
Izara hanya merelakan. Tangan turut melingkar
di pinggang Amzar.

“Betul apa yang abang cakap tadi!” Amzar
masih tidak mahu kalah. “Nak abang buktikan
ke?” bisik Amzar penuh romantis dekat di telinga
Izara.

Kelu lidah Izara seakan digam. Sekali lagi
ketawa kecil Amzar menyapa halwa telinganya.
Tawa berbaur usikan penuh menggoda. Jantung
sudah berdegup hebat. Disambut mesra oleh
dentuman jantung di dada Amzar.

Rambut ikal Izara dielus lembut. Selembut
kucupan yang hinggap di kepala Izara.

“Sayang abang ni masih malu-malu
nampaknya...”

Izara diam tidak membalas. Dia
membetulkan letak duduk kepalanya di dada
Amzar agar lebih selesa.

“Zara dah mengantuk ke?” Diam Izara
membuat Amzar bersuara semula.

114

Lynn Safiya

“Hmmm...”

“Tapi abang tak mengantuk lagi...” bisik
Amzar.

Izara cuba mengawal larian jantungnya.
Tahu apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu.

“Kalau abang tak ngantuk, abang pergilah
tengok TV,” saran Izara dengan suara yang cuba
dikekalkan serius. “Mesti ada cerita yang best
malam-malam macam ni...”

“Tapi abang lebih berminat nak buat
cerita abang sendiri. Zara nak tengok tak cerita
tu? Cerita tu gerenti best! Lepas dah habis nanti,
tidur Zara mesti lena sampai ke pagi...”

Gulp!

“Zara,” seru Amzar bersama deruan nafas
yang semakin berat.

“Hmmm?”

“Abang tutup lampu tau. Cerita dah nak
mula ni...” Amzar menjarakkan diri seketika lalu
bangun dari katil. Sekelip mata pandangan Izara
berubah gelap. Hanya cahaya lampu dari laman
luar yang menerobos masuk melalui tingkap
kamar mereka menyerlahkan bayang-bayang
figura Amzar yang kembali mengambil
tempatnya. Tak berkelip mata Izara menantikan
aksi seterusnya daripada Amzar.

Senyuman yang terukir di bibir Amzar

115

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

tidak mungkin dapat ditangkap mata Izara,
namun Amzar tidak kisah. Dia sudah terjangkit
penyakit murah dengan senyuman daripada
isterinya.

Sesungguhnya, moodnya sentiasa baik,
sentiasa elok jika bibir mengukir senyuman yang
ikhlas. Bahasanya juga indah dan sentiasa lembut.
Lembut yang hadir tanpa dipaksa. Melihat wajah
Izara sahaja, jiwa secara automatik akan menjadi
tenang... dan ketenangan itu akan melahirkan
keinginan ingin melimpahkan segenap rasa
bahagia kepada insan yang bertanggungjawab
menjadikan dia seorang lelaki yang lebih baik...

“Zara tahu abang sayangkan Zara?” lunak
suara Amzar.

Dalam kemalapan suasana, Izara
membalas renungan suaminya. Dia mengangguk
kecil.

“Kenapa Zara diam je?”

“Saya... saya masih tak biasa dengan abang
yang sekarang. Kadang-kadang saya rasa macam
saya ni bermimpi...” luah Izara ikhlas.

“Zara takut abang akan berubah semula
macam dulu ke?”

“Tak... bukan macam tu. Saya nampak
keikhlasan abang. Saya boleh rasa kat dalam hati
ni. Dan saya yakin abang takkan berubah kembali

116

Lynn Safiya

macam dulu...” Izara menekup pipi Amzar. “Cuma
saya masih tak biasa... Abang yang dulu dengan
abang yang sekarang, sangat-sangat berbeza!”

Hilang senyuman di bibir Amzar
mendengar kata-kata isterinya. Tapi sedikit pun
Amzar tak salahkan Izara. Tiada apa pun yang
boleh dibanggakan dengan dirinya yang dulu.
Hati masih sukar untuk percaya bagaimana Izara
bisa jatuh cinta dengan Amzar versi yang dulu.
Namun dia tetap bersyukur Allah titipkan rasa
cinta di hati isterinya dan juga di hatinya. Suatu
keajaiban yang tak akan sekali-kali dilupakan
seumur hidup!

“Insya-Allah abang yang dulu dah
mati, Zara. Yang ada sekarang ni abang yang
sangat-sangat cintakan Zara...” lirih suara Amzar.
Matanya sedikit berkaca.

“Saya tahu,” bisik Izara. Mata yang
menatap jauh dalam ke anak mata Amzar sarat
dengan pengertian. “Saya tahu, abang...”

“Tapi abang harap, Zara yang dulu dan
Zara yang sekarang, takkan pernah berubah.
Abang cintakan Zara seadanya.”

Izara merapatkan diri ke tubuh Amzar
dan tangan semakin erat melingkar di pinggang
suaminya. Terharu dengan luahan Amzar.
Begitu menggetarkan sukmanya. Mulut tidak
bisa menuturkan balasan yang setimpal dengan

117

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

ungkapan rasa daripada si suami. Hanya bahasa
tubuh menyambut luahan bicara daripada Amzar.

Sejak Amzar menjadi suaminya yang
sebenar-benarnya, tidak pernah terlintas di
hati Izara yang Amzar akan kembali berubah
seperti dulu. Sedikit pun tidak. Hati nuraninya
begitu yakin dengan hikmah yang dikurniakan
Sang Pencipta kepadanya. Setiap yang berlaku
pernah terselit duka, duka yang teramat dalam!
Namun berkat kesabarannya, serta doa yang
tak pernah putus, bahagia yang hadir tak
terduga keajaibannya. Jika difikirkan, segala
yang dialaminya kini, tak pernah terjangka atau
tercapai oleh akal fikiran.

Amzar mencintainya? Sesuatu yang tak
pernah terduga. Namun, cinta Amzar itulah yang
dirasakannya saban waktu. Seolah-olah, sedetik
pun Amzar tidak mengizinkan dia bernafas tanpa
diselimuti dengan kehangatan cinta daripada
suaminya itu!

Aneh? Mungkin... Tapi bukan mustahil!

“Zara pun cintakan abang seadanya...”
lafaz Izara penuh syahdu. Dia melangut agar
matanya dapat menatap wajah Amzar.

Amzar melekatkan dahinya ke dahi Izara
sebelum memejamkan mata. Namun sempat
Izara menangkap mata berkaca suaminya. Syukur
Amzar memejamkan matanya kerana Izara tak

118

Lynn Safiya

sanggup lagi melihat lelaki itu membazirkan air
matanya lagi. Lebih-lebih lagi ketika mereka kini
sedang enak meniti bahagia.

Alunan nafas mereka sekata. Degupan
jantung mereka seirama. Melagukan rentak yang
semakin lama semakin rancak. Terbuai-buai
mereka jadinya.

Dan tika sepotong doa dibaca, Izara
secara automatik menjadi pelakon utama dalam
sketsa cerita yang dimainkan oleh Amzar. Cerita
cinta yang akan dibawa sampai ke syurga,
Insya-Allah....

~ TAMAT ~

Nota:
Wahai pembaca. Sesungguhnya
jodoh itu milik Allah. Ada yang
berkahwin dengan pilihan hati
sendiri tetapi ada yang tidak.
Namun, janganlah kita persoalkan
dengan siapa jodoh kita. Yakinlah
dengan pilihan yang telah diberikan
oleh Allah dan jalankanlah
tanggungjawab kamu sebagai
seorang suami mahupun seorang

119

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

isteri. Jauhilah daripada sifat tidak
reda seperti Amzar.
Atas sebab peribadi, Lynn tak berapa
suka mengetengahkan kisah suami
seperti Amzar. Namun ambillah
yang baik-baik saja daripada kisah
ini dan jauhilah semua yang tidak
elok. Sesungguhnya yang baik itu
daripada Allah, dan yang buruk itu
daripada kelemahan Lynn sendiri.

120

My Mr.
Stalker

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bab 1

Sam

“BANG Leman,” jerit aku nyaring.
“Kopi-o kaww satu!”
“Siap!” Abang Leman membalas dari celah
tingkap di bahagian belakang restoran.
Aku kemas meja yang baru dikosongkan.
Gelas dan pinggan kotor aku letak kat dalam besen
besar kat atas lantai. Baru nak luruskan pinggang,
mata aku dah tangkap kelibat seorang lelaki yang
baru masuk ke dalam restoran. Mencanak naik
darah aku tiba-tiba. Mamat handsome ni lagi?
Dua tiga menjak ni, kat mana-mana aku ada,
mamat ni ada! Kat sini ada, kat sana pun ada! Dia
ni tengah stalk aku ke? Tak boleh jadi ni!
Lengan baju aku singsing walaupun tak

122

Lynn Safiya

sepanjang mana. Laju aku ayun kaki ke meja dia.
Tangan sudah mencekak pinggang. Aku tak kira!
Aku nak tahu hari ni jugak kenapa dia asyik jelma
je kat depan mata aku ni. Nak kata dia ni stalker,
tapi dia mengekor aku secara terang-terangan,
bukan sembunyi-sembunyi, seolah-olah memang
nak aku tahu yang dia tengah mengekor gerak-geri
aku!

Mamat tu berani lawan pandangan mata
aku. Zas! Berdetup tiba-tiba jantung aku. Eh?
Aku ni dah kenapa? Aku dehem seketika untuk
legakan rengkung.

“Bro! Lu apa hal? Kat mana aku ada,
kau ada. Kat mana aku pergi kau pergi! Kau ni
kenapa?” soal aku garang.

Mamat tu sikit pun tak gentar dengan
nada aku. Sengaja dia langutkan wajah, sambil
mengamati aku dari topi besbol di kepala, turun
ke jersi Harimau Malaya yang tersarung di tubuh,
hingga ke selipar jamban di kaki. Mata seksi yang
balik ke mata aku terbias rasa jelik. Hek-eleh
mamat ni! Aku kasi penampar Jepun karang
baru tahu!

“Kau Sam?” Serak suara dia. Serak dan
dalam. Macho siot!

Aku jongket kening. “Mana kau tahu?”
“Jadi betullah kau ni Sam?” tanya dia lagi.

123

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Aku semakin hilang sabar. Kaki kanan dah
laju bergendang mengetuk lantai. Kedua belah
tangan aku lipat ke dada.

“Sam! Kopi-o siap!”
Jeritan Abang Leman buat aku berpaling.
Hesy! Kacau betullah! Tapi, nak tak nak, aku
terpaksa utamakan pelanggan dulu. Tercabut
karang telinga aku kena piat dengan mak long
dragon tu!
Sudah menghidang, aku kembali ke meja
mamat tadi.
“Duduk!” perintahnya.
“Tak boleh. Aku tengah kerja ni. Kau nak
apa sebenarnya ni? Kenapa kau asyik ikut aku?
Ada orang upah kau untuk pukul aku ke?”
Berubah riak wajah mamat tadi. Seakan
tidak percaya dengan soalan-soalan aku.
“Kau kenal Shah?”
Aku mencemik. Benci aku dengan nama
tu. Aku tak jawab.
“Kau nak rampas dia daripada adik aku
kan?” terjah mamat tu. Wajahnya tegang. Mata
yang berlabuh kat muka aku nampak tajam
semacam.
Aku tak dapat nak tahan diri. Aku ketawa.
Besar gila aku ketawa. Aku nak rampas si Shah

124

Lynn Safiya

tu? Gila lawak siot! Sakit perut aku la wei!
Aku nampak dia ketap ulas bibirnya nan

merah. Marah agaknya aku ketawakan dia.
“Kau tahu adik aku nak bertunang dengan

Shah kan? Yang kau asyik kacau Shah kenapa?”
Aku tayang wajah sinis. “Kenapa? Adik

kau rasa tercabar ke dengan aku?”
Mamat tu berdiri. Dah kenapa pulak

berdiri? Elok-elok aku tunduk untuk pandang
muka dia, sekarang terpaksa mendongak pulak.
Hesy!

“Kau jangan berangan nak pisahkan adik
aku daripada Shah. Aku takkan izinkan sesiapa
pun sakitkan hati adik aku. Faham?”

Aku buka mulut nak bidas balik cakap
mamat kat depan aku ni. Biar terhambur semua
yang terbuku di hati.

“Sam!”
Aku mengeluh. Mulut yang ternganga aku
katup semula. Suara dragon betina dah berbunyi.
“Ya?” Aku terpaksa menjawab. Mata aku
larikan ke figura ketot yang baru keluar dari bilik
rehat.
“Kenapa dengan encik tu?”
“Dia tak jadi nak makan kat sini mak
long,” balas aku. “Dia nak makan teppanyaki ikan

125

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

salmon. Kat sini mana ada? Lain kali, mak long
ambiklah tukang masak Jepun ya. Kesian kat
encik ni,” sempat aku menyindir.

Mak long dragon jegilkan mata sepetnya
ke arah aku. Hek eleh. Tak takut langsung!

Dengan wajah yang manis dengan
senyuman, aku pandang ke wajah mamat tadi.
Dah kenapa muka dia berubah tiba-tiba pulak?
Tarik nafas macam tak cukup oksigen je. Ingat
aku tak reti senyum ke?

“Kalau kau tak nak sesiapa pun sakitkan
hati adik kau, kau doalah aku berjaya pisahkan
adik kau daripada Shah. Kau yang akan berterima
kasih pada aku nanti, percayalah!” Aku bisik dari
celah gigi sebelum berpaling. Aku buat-buat
sibuk. Meja yang dah bersih berkilat pun aku
lap dengan kain. Sikit pun aku tak pandang kat
mamat tadi waima melalui ekor mata. Biarlah
dia! Aku tak takut langsung dengan gertakan dia
tadi. Pigi dah!

Hadif

MELALUI CERMIN visor helmet yang aku
pakai, aku perhati saja dia tarik lalu mengunci

126

Lynn Safiya

pintu restoran. Aku tarik jaket kulit di lengan
kanan ke atas. Jam di pergelangan tangan aku
intai. Pukul 1.30 pagi. Dia sorang je ditugaskan
untuk tutup kedai pada waktu begini? Tak
takut ke dia? Dari segi perwatakan, memang
gadis yang bernama Sam tadi berlagak seperti
seorang tomboi. Kasar, sengaja memakai topi
besbol dengan arah yang terbalik dengan rambut
sepenuhnya tersembunyi di dalam topi dan
berpakaian yang langsung tidak menampakkan
ciri-ciri feminin seorang gadis.

Tapi kan... bila dia tersenyum tadi....
dengan lesung pipit kat kedua belah pipi, kenapa
aku rasa macam... errr... rasa macam...

Ah! Whateverlah! Tu semua tak penting!
Yang penting, apa yang dia maksudkan dengan
kata-kata akhir dia tadi ek? Kenapa dengan Shah?

Dia sudah mula berjalan. Aku pulas
pemegang motor. Sekelip mata aku sudah ada kat
depan gadis tadi, menghalang laluannya.

Terkejut dia! “Omakkau!” latah dia.

Aku tersengih puas hati. Hehehe... minah
latah rupa-rupanya dia ni. Ingatkan brutal sangat!

“Kau dah kenapa? Buta ke apa? Kau nak
langgar aku ke hah?”

Amboi! Tak takut langsung minah ni!
Garang!

127

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Aku matikan enjin motor. Helmet aku
tanggal. Membulat mata dia sekejap sebelum
langkah kuda-kuda yang dibukanya tadi ditutup
semula. Sempat mata dia meliar ke motor
Kawasaki Ninja 650 ABS aku. Suka agaknya...

“Apa lagi?” soal dia dengan nada malas.
Nampak sangat sabarnya dah menipis.

“Aku nak tahu kenapa kau nak kacau
hubungan Shah dengan adik aku? Takde lelaki
lain ke kau nak goda hah?”

Si gadis dah cekak pinggang. Muka garang
bak harimau betina cuba ditayang. Garanglah
sangat! Muka ala-ala anak patung ada hati nak
jadi harimau! Pigi dah!

“Goda??? Pleazelah! Kau bagi free pun
aku tak hinginlah kat jantan kabaret macam tu!”
dengusnya.

Amboi!

“Habis tu kenapa? Kau dengki dengan
adik aku kan? Aku tahu kau belajar kat kolej yang
sama dengan adik aku tu!”

Dia senyum lagi. Kali ini senyuman yang
berbaur sinis.

“Ada apa hal lak aku nak dengki dengan
pompuan manja tu? Dia yang suruh kau cari aku
kan? Dasar perempuan pengecut!”

Aku turun dari motor. Tubuhnya aku

128

Lynn Safiya

hampiri. Setapak pun dia tak berundur. Bulat
matanya ditongkat ke mata aku. Sorotan mata
dia mencabar aku! Tapi... kenapa aku pulak yang
terpaksa telan liur tengok mata dia macam tu?
Kenapa dada aku berdebar semacam?

“Orang yang kau mengata tu adik aku!”
jerkah aku. Konon-konon nak lawan garang dia
tu.

“So? Kalau dia berani sangat, kenapa dia
tak bersemuka dengan aku sendiri? Kenapa kena
hantar kau?”

Aku diam tak dapat nak membalas.

“Untunglah ada abang yang prihatin
macam kau ni yang nak bela adik dia. Habis aku?
Aku pun nak bela adik aku jugak!”

Berkerut kening aku. Dah kenapa dengan
adik dia? “Apa kena-mengena adik kau dalam ini
cerita?”

Dia mengetap bibir. Namun sempat aku
intai percikan bintik-bintik luka pada mata indah
dia. Terasa ketat dada aku tiba-tiba tengok mata
dia begitu. Aku ni dah kenapa? Takkan aku boleh
jatuh kesian pada musuh adik aku sendiri?

“Kau pergi jumpa Shah, kau tanya sama
ada dia kenal tak dengan Raisya. Kau tanya dia
betul-betul sampai dia jawab. Lepas tu, kau pasti
akan dapat jawapan pada soalan kau sendiri!”

129

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Dia bergerak ke arah kiri.
“Kau nak pergi mana ni?” Tanya aku.
“Nak balik la. Takkan nak dating dengan
kau kat sini pulak!” jawab dia selamba.
Dating? Aku telan liur. Macam mana
agaknya kalau aku keluar dating dengan
perempuan tomboi macam Sam ni ek? Tak pernah
seumur hidup aku berdating dengan gadis seperti
Sam.
“Rumah kau kat mana?”
“Kenapa? Kau nak stalk aku sampai ke
rumah pulak ke?” sindir dia. “Daripada kau stalk
aku, baiklah kau stalk si Shah tu!”
Aku cerlung ke arah dia. Kerek betul
minah ni! Tapi comel! “Kau tak tahu ke dah pukul
berapa ni? Kau tak takut ke jalan sorang-sorang?”
“Aku dah biasa. Aku bukan kerja kat sini
sehari dua. Dah bertahun-tahun aku kerja kat
sini. Ada kurang sebulan je lagi bond aku dengan
mak cik aku tu. Lepas tu aku bebas!”
“Bond? Kau kena paksa kerja kat sini ke?”
Wajah dia nampak cuak. “Eh! Takde
papelah... Aku gerak dulu.”
Aku biar dia berjalan. Aku tahu rumah
dia kat mana. Saja je aku tanya tadi. Semuanya
aku tahu. Aku sudah mengekor hampir setiap

130

Lynn Safiya

langkahnya sejak 2 minggu yang lalu lagi.
Seminggu secara rahsia, manakala seminggu lagi
secara terang-terangan. Ingin mengetahui segala
gerak-gerinya. Mahu membongkar tingkahnya,
yang menurut Hana, sedang mengganggu-gugat
hubungannya dengan Shah.

Aku tak puas hati. Rupa-rupanya banyak
lagi perkara yang aku tak tahu pasal Samiah aka
Sam, dan juga Shah. Dan siapa pula Raisya?
Pening kepala aku dengan masalah adik aku ni!

131

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bab 2

Sam

LANGKAH aku terhenti. Motor
Kawasaki berwarna hitam di depan
mata buat aku keluh sendirian. Maknanya, mamat
handsome tu ada dalam radius yang terdekat.
Aku tebarkan pandangan mata ke sekeliling.
Mamat tu enak bersandar di balik tiang lampu
sambil perhatikan aku. Dah agak dah. Dia ni
memang nak aku tahu yang dia sedang ikut aku.
Ewah! Perasan model tiang lampu ke apa dia ni?
Tahulah diri tu kacak menawan. Perlu ke posing
macam tu? Ah! Lantaklah. Ada aku kisah?
Aku masuk ke dalam pasar. Tak perlu nak
keluarkan senarai bahan-bahan yang dikirim oleh
Abang Leman. Aku tahu apa yang perlu aku beli.

132

Lynn Safiya

Keluar dari pasar, mamat handsome
tu masih tercegat di tempat yang sama. Aku
buat-buat tak nampak. Terus aku berjalan ke
perhentian teksi. Penat aku labuhkan ke atas
bangku besi. Peluh kat dahi aku usap dengan dua
jari. Teriknya matahari.

“Kau masih kacau Shah nampaknya. Kau
tak ingat ke apa yang aku cakap hari tu?” Soalan
acah-acah mengugut dilemparkan.

Aku malas nak menoleh. Dah tahu tuan
punya suara tu siapa.

“Aku takkan berhenti kacau dia,” balas
aku tanpa pandang ke wajah dia.

“Apasal kau degil sangat? Aku dah kata
Shah tu bakal tunang adik aku, kan?” dengus dia.

“Ada aku kisah?”

Aduh... manalah teksi ni? Selalu berbaris
panjang kereta-kereta teksi tersadai kat depan
pasar ni. Hari ni, boleh pulak satu pun takde.
Depa ni mogok ke hape? Hangin betul aku ni
la! Bila orang pilih untuk naik Grab, tahu pulak
marah! Aku ni jelah yang masih setia nak naik
teksi.

“Berapa kau nak?”

Akhirnya, aku toleh untuk pandang muka
dia. Hailah... kenapalah abang si Hana ni kacak
sesangat ek? Dahlah kacak, tinggi pulak tu. Badan

133

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

fit! Bila pakai jaket kulit berwarna hitam macam
malam tu, oh sungguh mengancam jiwa raga aku!
Abang Hana ni kerja gengster ke? Dahlah kerja
asyik stalk aku, lepas tu asyik nak menggertak
aku je. Penat nak layan!

“Maksud?”
“Yalah, berapa kau nak untuk jauhkan diri
kau daripada Shah?”
Koyak bibir aku. Tak menahan betul
tawaran dia. Macamlah Shah tu istimewa sangat!
Nak muntah aku! Uwek!
“Kau ni mesti banyak layan cerita sinetron
kan? Mesti kau ingat duit boleh beli segalanya
kan?” Aku ketawa kecil. “Bapak, gue enggak
mau uang lu. Lu jangan kacau gue lagi! Biarin
gue sendirian di sini!” sindir aku dengan loghat
negara seberang.
Dia ketap bibir. Rahang dah tegang
semacam. Marah ler tu!
“Kau buang masa jelah kacau aku. Aku
takkan biarkan Shah macam tu je!” dengus aku.
“Aku bagi amaran sekali lagi. Jangan
kacau Shah!”
“Kalau aku kacau jugak?” cabar aku
berani. Aku lawan mata tajam dia.
“Kau akan menyesal nanti!”

134

Lynn Safiya

“Kau yang akan menyesal kalau aku tak
kacau Shah. Kau tengoklah nanti. Dahlah! Kau
blah jelah. Aku malas nak layan kau ni!” halau
aku.

Kebetulan, terkedek-kedek mengengsot
sebuah teksi putih merah dan berhenti tepat-tepat
di depan mata. Aku pun tak tunggu lagi. Terus
saja aku angkat beg plastik lalu menderu ke arah
teksi. Tak kuasa nak layan muka ketat mamat
yang masih handsome ni lama-lama.

Hadif

KENAPA AGAKNYA si Sam ni masih nak
kacau Shah ya? Tak makan saman langsung
dengan gertakan aku. Masih nak mengekor ke
mana Shah pergi dan masih mengganggu lelaki
itu. Tapi... cara Sam mengganggu Shah bukan
seperti mahu menggoda lelaki itu. Caranya kasar,
garang dan lantang. Cuma, aku masih tak tahu
apa sebenarnya isu antara Sam dengan Shah ni.

Nak tak nak, mungkin dah tiba masanya
aku ikut saranan Sam untuk stalk Shah pulak.
Mungkin aku perlu pasang spy untuk korek
maklumat tentang Shah, sama macam aku buat

135

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

untuk si Sam tu.

Aku turun dari motor. Meja yang kosong
aku cari.

“Hek eleh! Kau lagi?” Belum sempat
punggung mencecah kerusi, aku dah disergah
begitu. Tak payah tanya siapa pun aku dah tahu.

“Kau nak apa lagi ni bro?”

“Aku nak makan. Bagi aku mi goreng satu,
teh beng satu.”

Dia lipat tangan ke dada. Pandang aku
dengan ekor mata. Aku lawan pandangan mata
dia. Apa? Ingat aku tipu ke? Stalker pun kena
makan apa!

“Hesy!” gerutunya sebelum berlalu.

Tak lepas mata aku daripada mengekor
setiap langkah dia. Ramai jugak pengunjung di
restoran ni. Bertali arus orang keluar masuk.
Selain Sam, ada dua orang lagi pekerja yang
menjaga pelanggan. Seorang tukang buat air, dan
berapa orang tukang masak pun aku tak tahu,
sebab aku tak nampak kat bahagian dapur tu.

Ramah Sam melayan pelanggan. Rata-rata
pelanggan yang datang dikenali oleh Sam.
Mungkin pelanggan tetap. Terdetik rasa iri di
hati melihat dia boleh berlembut dan tersenyum
manis kepada pelanggan lain. Kenapa tidak
dengan aku? Aku pun pelanggan jugak apa! Pilih

136

Lynn Safiya

bulu betul minah ni!
“Tak nak balik ke? Kedai dah nak tutup

ni...” Meleret suara dia. Sorotan matanya penuh
dengan sindiran. “Dah puas perhatikan aku?”

Aku tengok dia atas bawah. Sengaja aku
gatalkan mata aku. “Belum...”

Nampak dia terkedu. Dia berkalih diri
daripada satu kaki ke satu kaki yang lain. Dia
seperti tak reti nak balas macam mana. Rupa
macam tercekik biji nangka pun ada. Geli ketiak
aku! Aku ketawa dalam hati.

“Jadi, memandangkan aku belum puas
perhatikan kau, aku belum nak balik lagi...”

“Kau ni pervert ke apa?” soal dia garang.
“Pervert? Ada ke aku cuit kau? Tak, kan?”
balas aku.
Dia jeling aku tajam. “Eh, kau balik boleh
tak? Banyak aku nak kena kemas ni.”
“Kemas jelah. Bukannya aku larang pun!”
Aku tahu tinggal aku sorang je pelanggan yang
masih bertenggek kat sini. Tapi memang aku
takde mood nak balik lagi.
“Sam!” nyaring betul suara perempuan
yang tiba-tiba menjerit. Spontan kepala kami
berdua berpaling.
“Ya?” Aku pandang wajah Sam. Lemah

137

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

suara dia.

“Aku dah nak balik. Selagi kedai tak kemas,
kau jangan mimpi nak balik!” Terkedek-kedek
perempuan tu berjalan keluar dari restoran. Aku
dengar Sam mengeluh. Berat keluhannya.

“Kau sorang je ke kena kemas?” Tanya
aku.

Dia mengangguk. “Orang lain dia bayar
untuk kerja sampai pukul 11 malam je. Aku kerja
free, sebab tu aku sorang yang kena kemas.”

Berkerut kening aku. “Kau kerja free?”

Dia tak jawab. Pinggan dan gelas yang dah
kosong di depan aku, diangkatnya. “Aku kemas
dulu.”

Aku tetap perhatikan dia. Entah kenapa,
jawapan dia betul-betul mengganggu aku.
Kenapa dia kerja free? Apa hubungan dia dengan
perempuan tadi? Tak boleh pakai betul spy
yang aku upah sebelum ni. Maklumat yang aku
terima tak sempurna nampaknya. Banyak yang
lompong. Hesy!

Kerusi terakhir sudah ditelangkupkan ke
atas meja. Aku bangun dan terus lakukan perkara
yang sama untuk kerusi aku sendiri. Belas aku
tengok si Sam ni. Keringat penuh di dahi dan di
leher. Topi besbol bagai aksesori kekal di atas
kepala. Badan sudah tidak selurus tadi. Tak

138

Lynn Safiya

sampai hati aku nak berkasar lagi dengan dia ni.
“Aku nak tutup kedai ni...” Perlahan suara

dia. Hilang sudah taring dia.
Aku angguk. “Mehlah aku tolong.”
Dia tak membantah. Tak larat dah

agaknya.
“Terima kasih...” ucap dia sebaik pintu

restoran selamat dikunci. Dia berpaling.
“Sam...” seru aku.
Dia pandang wajah aku. Kasihan aku

tengok muka dia yang lesu.
“Ya?”
“Kau tak nak kongsi dengan aku pasal

Shah?”
Sayu senyuman yang terbit di pinggir

bibir. “Aku tak boleh... Tu hal keluarga aku.”
Aku kecewa.
“Cuma... kau percayalah cakap aku. Aku

tak ingin dengan Shah tu. Aku betul-betul tak
ingin. Aku cuma nakkan keadilan...”

“Adik aku sayang sangat pada Shah tu. Dia
tak nak kehilangan Shah.” Aku bersuara lagi.

Senyuman tawar dihulurkan kepada aku.
“Aku faham. Dan aku respect sangat kat kau
sebab sanggup buat macam ni demi adik kau.

139

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Kau abang yang baik...”
Wajahnya ikhlas. Walaupun penuh

dengan garis kelesuan, tiada rona dengki atau iri
hati pun pada wajah manis itu. Yang ada hanyalah
kesakitan dan seribu garis kekesalan...

Sam... Siapa yang buat kau sakit macam
ni? Shah ke? Ceritalah pada aku... Aku sudi
mendengarnya...

Aku hanya pandang dia berjalan
meninggalkan aku yang masih berdiri di depan
restoran. Aku nekad. Akan ku korek semua rahsia
dengan segera. Tapi... nampaknya aku kena cari
spy baru. Spy lama hampeh tak boleh pakai!
Mengabehkan bogheh jah!

140

Lynn Safiya

Bab 3

Hadif

AKU tengok dia lain macam je dari
tadi. Jalan, sambil hentak-hentak
kaki. Tangan kanan dan tangan kiri asyik
kepal penumbuk je. Aku ekor dia dari belakang
dengan jarak yang selamat. Apabila dia berhenti,
lekas-lekas aku duduk kat meja kosong tak jauh
dari tempat dia berdiri.
Dum! Dia hentak meja. Tersembur air
berwarna coklat susu dari mulut Shah. Terkejut
beruk agaknya dia kena serang tiba-tiba macam
tu. Hehehe... Padan muka kau Shah! Jantan
kabaret!!!
“Shah! Kau tak ingat ke apa yang aku
cakap kat kau sebelum ni?” gertak Sam. Aku

141

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

pasang telinga.

“S... Sam...” Terketar suara Shah. “Aku...
aku...”

Adeh... Penakut jugak si Shah ni
rupa-rupanya. Macam ni nak jadi adik ipar aku?
Nak jadi pelindung Hana? Memang taklah!

“Kau apa?” jerkah Sam lagi.

“Aku tak boleh kahwin dengan Sya. Aku
perlukan Hana...”

Sam dah cekak baju-T di bahagian leher
Shah. Kuat dia mencekak. Shah berdiri. Mungkin
untuk melepaskan diri daripada cengkaman Sam
memandangkan Sam ni kemetot saja orangnya.
Tapi, Sam sikit pun tak mahu berganjak, walaupun
tangannya kini terpaksa diangkat tinggi.

Orang yang tak berapa ramai kat gerai
burger di tepi jalan ni, dah mula menyengih.
Drama percuma la katakan. Siapa tak berminat?

Aku berdiri. Kaki bersedia untuk
bertindak. Walaupun bersedia, aku terlambat
juga. Sebelum sempat aku berbuat apa-apa, Shah
sudah pun mengaduh dek penangan tumbukan
tangan halus Sam.

Aku meluru ke arah Sam yang
nampaknya sudah mengangkat tangan kanan
untuk melayangkan tumbukan yang kedua.
Tanpa sempat berfikir, dari arah belakang aku

142

Lynn Safiya

lingkarkan tangan aku ke pinggang Sam untuk
memisahkan dirinya daripada Shah. Sudahnya,
kaki Sam sudah terapung di udara, dengan
belakang tubuhnya melekat ke tubuhku.

“What the hell!” Aku dengar dia jerit
sebelum dia meronta-ronta untuk melepaskan
diri.

Secara automatik, lingkaran tangan aku
semakin erat di sekeliling pinggangnya. Suatu
tindakan yang aku pasti bakal membuat aku
tidak tidur malam. Jantung yang bergendang
kuat tidak aku endahkan. Yang aku tahu, aku tak
mahu Shah membalas tindakan Sam tadi. Gadis
tomboi ni perlu aku lindungi.

“Lepaslah, mangkuk! Lepas! Biar aku ajar
jantan kabaret ni!” gerutu Sam lagi.

Dengan Sam yang masih dalam rangkulan
aku, aku bawak dia jauh dari situ. Melayang-layang
kaki dia cuba nak tendang aku. Tapi bukanlah
sesuatu yang mudah memandangkan aku kat
belakang dan dia kat depan. Dia cubit lengan aku.

“Auch!”

Aku tak lepas. Lengan aku dicubit lagi.
Kali ini lebih perit.

“Sakitlah!”

“Lepaslah!” Kuat suara Sam. Suara dia
macam terketar sedikit.

143

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Sampai di motor, aku lepaskan dia. Laju
dia berpusing. Tajam mata dia memanah ke mata
aku. Aduh! Bagai dipanah petir.

“Yang kau sibuk masuk campur urusan
aku kenapa? Aku belum sudah lagi dengan jantan
tu tadi!”

Kuat aku mengeluh.

“Kalau kau pukul dia setengah mati pun,
masalah adik kau takkan selesai...” ujar aku
perlahan.

Dia terkedu. Mata indah dia terus saja
berkaca. Hailah, Sam. Rupa je tomboi. Cakap
kasar semacam, tapi sebut pasal adik saja, terus
macam nak menangis. Hati tisu betul minah ni!

“Ya, aku dah tahu. Kau jugak yang suruh
aku stalk Shah kan?”

Sam masih terdiam. Wajah dia suram.

“Kau jangan risau. Aku takkan izinkan
lelaki macam tu kahwin dengan adik aku. Aku
tahu yang Shah nakkan Hana pun sebabkan
duit tinggalan arwah parents aku je. Hana pun
dah faham sekarang. Dia minta maaf sebab dah
tersalah sangka dengan kau.”

“Aku... aku...”

“Kau nak Shah kahwin dengan adik kau
ke?” Aku soal dia perlahan. Takde hati dah nak
cakap kasar-kasar dengan dia. Dia bukan seperti

144

Lynn Safiya

yang Hana gambarkan selama ni.
“Kalau boleh, aku tak nak jantan macam

tu jadi suami kepada adik aku. Tapi apa pilihan
lain yang aku ada? Dia kena bertanggungjawab!”

“Adik kau nak kahwin dengan Shah?”
Sam geleng kepala. “Sya bencikan Shah.
Shah masukkan pil dalam minuman dia. Dia
takde bukti nak tuduh Shah sebab masa tu dia
tak sedar, tapi dia yakin Shah yang rogol dia.”
Pecah suara Sam. Aku tak salahkan dia nak
pecahkan muka Shah tadi. Kalau boleh, aku pun
nak tumpang sekaki. Biar hancur berkecai muka
jantan kabaret tu.
“Adik kau dah berapa bulan?”
“6...”
“Dia okey?”
Kali ni, Sam mengangguk pula. “Orang
yang jaga dia tu baik sangat. Alhamdulillah.”
“Dia nak buat apa dengan baby dia tu?”
Air mata Sam jatuh menitis ke pipi.
“Sam...” bisik aku. Kaget aku lihat air mata
jernih dia. Tanpa berfikir, laju jari aku elus pipi
dia. Hati aku sakit tengok air mata dia. Sakit
sangat!
“Dia nak bagi baby dia pada orang yang
nakkan anak angkat. Tapi... tapi aku tak sanggup

145

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

nak lepaskan. Aku dah jatuh sayang pada baby
tu, walaupun dia tak lahir lagi.”

Sam tongkat matanya yang basah. Aku
tewas. Tangan di sisi aku kepal. Kuat! Takut
seandainya aku tarik dia ke dalam pelukan aku.

“Logik tak? Aku boleh sayangkan baby
hasil perbuatan terkutuk Shah pada adik aku?
Aku ni gila ke?” soal dia. Seribu garis keperitan
terpancar di wajah.

“Tak, Sam. Kau tak gila. Kau sorang yang
sangat-sangat penyayang. Lagipun, baby tu tak
bersalah... Baby tu suci. Yang bersalah Shah
sorang!”

“Tapi aku tak berani nak cakap pada Sya.
Aku takut dia kecik hati sebab aku sayangkan
baby dia tu...”

“Adik kau bencikan baby tu?”
“Aku tak tahu. Aku tak pernah tanya,”
jawab Sam.
“Kau nak bela baby tu?”
Sam diam tak menjawab. Namun daripada
riak wajahnya, aku seolah-olah dapat tangkap
hasrat di hati dia.
“Aku boleh tolong kau...”
Dia pandang aku tanpa bersuara.
“Kau nak dengar tawaran aku?”

146

Lynn Safiya

Dia mengangguk. Aku senyum ikhlas.
Spontan dia balas senyuman aku. Dan sekali lagi
jantung aku berdegup laju... sama macam hari
tu....

Sam

“KAHWIN DENGAN aku. Lepas tu kita bela
anak adik kau tu sama-sama!”

Mamat handsome tu dah gila! Kenal aku
pun tak, tahu-tahu dia ajak kahwin. Kalah cerita
dalam novel macam ni. Haish!

Tapi.... “Lepas tu kita bela anak adik kau
tu sama-sama.”

Kenapa aku tak boleh lupa ayat yang satu
tu? Kenapa ayat tu macam menari-nari je kat
depan mata aku? Hailah...

“Kau takde mak bapak. Aku pun takde
mak bapak. Senang kerja kita nak kahwin
nanti!”

Ayat ni pun, nampak menarik sangat!
Aku ketuk kepala dengan tangan. Aduh!
Takkan aku tergamak nak pertimbangkan
tawaran dia tu? Aku ni sah-sahlah dah gila!

147

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Sam!” jerit mak long dragon. “Aku nak
balik. Kau jangan lupa kemas semua. Lepas tu
tutup kedai. Esok jangan lambat!”

“Esok? Oh no no no... Tiada lagi esok
bagimu mak long ku sayang...” Sengaja aku
leretkan suara aku bak melafazkan dialog dalam
skrip filem. “Hari ni last saya berkhidmat kat
restoran arwah ayah saya sendiri. Mulai saat ni,
saya dah tak berhutang apa-apa lagi dengan mak
long. Tapi hutang mak long pada saya dan Sya,
kami tak halalkan sampai bila-bila!” Aku ungkit.

Mak long dragon dah cekak pinggang.
Aku tetap duduk. Malas nak layan.

“Mana ada aku hutang apa-apa dengan
korang?”

Aku senyum. Sejak ayah meninggal, mak
long yang take over restoran ni. Sebagai balasan
dia setuju jadi penjaga aku dan Raisya yang masih
di bawah umur ketika tu dan setuju sekolahkan
kita orang berdua sampai ke kolej, aku dan Raisya
terpaksa bekerja kat restoran ni tanpa sesen pun
bayaran upah. Sejak Raisya mengandung, aku
seorang yang bekerja.

“Dah 8 tahun mak long makan semua
harta ayah. Rumah kami yang mak long jual
dulu pun sesen kami tak nampak. Kalau mak
long tak ingat, meh saya ingatkan. Tempoh saya
dan Raisya jadi hamba kat sini dah tamat. Mulai

148

Lynn Safiya

malam ni, mak long takkan nampak lagi batang
hidung kami berdua!”

“Hei! Aku yang sekolahkan korang berdua.
Makan minum korang aku yang tanggung. Kau
ingat yuran kolej tu murah? Aku takde hutang
apa-apa dengan korang!”

“Kalau mak long rasa selesa fikir macam
tu, teruskan. Saya tak bodoh nak tahu berapa
untung yang mak long dapat setiap bulan daripada
restoran ni dan juga hasil kebun ayah. Makanlah
mak long sorang-sorang sampai kenyang. Harta
anak yatim yang mak long makan tu, mak long
jawablah dengan Allah esok.”

Aku bangun dan langsung terus ke
belakang. Aku harap, lepas dari malam ni, aku
takkan bertembung lagi dengan mak long dragon
aku ni. Lepas Raisya bersalin nanti, biar aku yang
jaga dia sampai bila-bila. Baby? Siapa yang akan
jaga ek? Aku seorang, atau aku dengan mamat
handsome tu? Haish...

Aku berpaling. Kelibat mak long dragon
dah takde. Lega!

Aku capai penyapu. Nak kemas. Nak tutup
kedai. Penat!

“Kau dah fikir tawaran aku?”
“Opocot!” Tercampak penyapu dari tangan
lalu landing ke atas lantai. Kus semangat!

149

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Kau ni!” gerutu aku.
“Sorry, sorry. Aku tak sengaja nak
kejutkan kau!” Mamat handsome bersuara. Dia
berjalan lalu mengutip batang penyapu dari
atas lantai. Dia berdiri betul-betul depan aku.
Wanginya dia! Dah pukul 12.00 malam macam ni
pun wangi lagi?
“So? Dah fikir ke belum?”
Aku jongket bahu.
“Apa yang susah sangat?” gerutu dia.
Wajah dah mula tegang. Eh! Kenapa muka dia
lesu semacam ek? Macam tak cukup tidur pun
ada.
“Memanglah susah! Kau ajak aku kahwin
kut. Bukan ajak aku dating!” tegur aku.
“Kau nak keluar dating dengan aku ke?”
Bercahaya tiba-tiba mata dia.
“Kau ni kan... Hesy!”
“Apa? Aku serius ni!”
“Kau ni waras ke tak? Kau kenal aku pun
tak, tup tup dah ajak aku kahwin!”
“Samiah binti Zainal. Umur 22 tahun. Anak
sulung daripada dua orang adik-beradik. Mak
dan ayah dah meninggal lama. Dijaga oleh mak
cik sendiri yang tak pernah berkahwin. Belajar
dalam jurusan seni kulinari. Tak pernah ada

150


Click to View FlipBook Version