Lynn Safiya
diri dia adik. Dia selalu ziarah kubur arwah abah
dengan mak. Mungkin dia serius nak berubah...
Alhamdulillah...”
“Alhamdulillah...” ucap Redza juga.
“Bos... tolong jaga adik saya baik-baik ya,”
pinta Marina tulus. “Dia tak pernah bercinta. Dia
tak pernah nak letakkan kepercayaan dia pada
mana-mana lelaki kecuali abang saya. Bos lelaki
luar yang pertama. Tolong jangan sia-siakan adik
saya ya?”
Redza tersenyum. Wajah penuh
mengharap sekretarinya ditatap. “I promise,
Marina. She’ll always be safe with me.”
Marina menghela nafas lega. “Banyak kali
dia bertaruh nyawa untuk selamatkan saya dan
Fara. Sampai bila-bila pun saya takkan mampu
balas apa yang dia dah pernah buat untuk saya.
Saya hanya mampu berdoa dia akan bahagia
dengan bos sampai ke akhir hayat.”
“Saya faham, Marina. Trust me. I will
tame that lioness into a kitten,” gurau Redza.
Pecah tawa Marina. Hilang riak wajah
yang tadinya sendu. Dia berdiri. “Terima kasih
bos, atas semua pertolongan bos selama ini.
Terima kasih juga sudi terima adik saya dan kami
sekeluarga.”
“No! Terima kasih, Marina. Kalau bukan
451
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
sebab awak, saya takkan jumpa dengan minah
biker kental sorang tu! Hidup saya lebih berwarna
dengan adanya dia. Dan daripada hidup saya
yang sebatang kara, saya dah ada keluarga saya
sendiri.”
Marina serta Redza berbalas senyuman.
Masing-masing menyampaikan rasa yang
difahami dengan jelas dan nyata. Marina
memeluk buku nota sebelum berlalu. Redza
pula mencapai kaca matanya. Dokumen di atas
meja dibelek kembali. Namun senyuman di tepi
bibir tidak mampu dilenyapkan. Senyuman yang
seakan terpateri kekal di wajahnya...
452
Lynn Safiya
Bab 12
3 bulan kemudian...
“CANTIKNYA motor awak ni, Bob,”
puji Qaira dengan nada teruja.
Tangan sudah acah-acah memulas pendikit
motosikal yang diparkir tidak jauh dari ruang
garaj. “Motor baru ke ni?”
“Taklah, puan. Ni motor adik saya. Saya
pinjam untuk sehari dua sebab motor saya kat
bengkel,” balas Bob sambil tersenyum.
Puan? Eeeew! Kembang tekak Qaira
tiba-tiba, meremang bulu romanya, namun dia
hanya menelan rasa janggalnya. Baru sehari
gelaran ‘puan’ disandang, dia sungguh-sungguh
tak biasa.
Tangan masih ‘mengusap’ motosikal
453
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
kepunyaan adik Bob. Huhu lamanya dia tak
merempit! Rindu serindu-rindunya! Asyik
sungguh aksinya sehinggakan tak sedar kehadiran
Redza yang sudah berdiri di belakangnya.
Dengan isyarat mata, Redza meminta agar Bob
meninggalkan mereka berdua. Bob mengangguk
sambil menjongket-jongketkan keningnya tanda
mengusik. Walaupun Bob serta Andi bekerja
makan gaji dengan Redza, namun mereka sudah
lama menjalinkan persahabatan; sejak mereka
membesar bersama-sama di kawasan setinggan
suatu ketika dulu. Redzalah yang menyelamatkan
mereka berdua daripada terjerumus ke dalam
kancah jenayah.
“Bob, kalau saya nak naik kejap, boleh
tak?” soal Qaira tidak menyedari Bob sudah pun
berlalu pergi. “Kejaaaap je...” Perkataan ‘kejap’
itu sengaja dileretkan.
“Apa?”
Oh mak kau! Terangkat bahu Qaira.
Terkejut! Kus semangat! Tangan sudah menekup
dada. Laju dia berpaling. Mata meliar mencari
Bob. Tiada! Dia menjeling ke arah Redza. Namun
hanya seketika. Tak sanggup berlamaan menatap
wajah tampan itu. Segan ya amat!
“Bukan awak dah janji tak nak merempit
lagi ke, hmmm?” ungkit Redza.
“Saja je. Bukannya nak naik betul-betul
454
Lynn Safiya
pun.” Qaira beralasan. Cover line.
Redza tidak percaya. Tangan sudah
berlipat ke dada. “Yalah tu.”
“Alaaa... saya dah lama sangat tak naik
motor tau. Pleaselah awak! Sekali je,” rayu Qaira.
Matanya masih pada paras leher Redza. “Saya
janji saya takkan bawak laju-laju. Pusing-pusing
kat kawasan perumahan ni je. Boleh la kan?”
“In your dreams, sayang!”
Spontan Qaira menongkat mata. Pipi
sudah memerah. Laju tangan menampar ke dada
Redza. Kuat! “Awak! Kan saya kata jangan panggil
saya macam tu!” marah Qaira. Muka acah-acah
garang ditayang.
Sekuat daya Redza cuba menahan senyum.
“Kenapa?”
Qaira menggetarkan bahunya. “Geli la...”
balasnya tanpa tapisan.
Terjongket kening Redza. Amboi! Geli?
Ingat senang-senang ke dia nak panggil sesiapa
‘sayang’? Qaira yang pertama tau! “Selagi awak
tak panggil abang ‘abang’ selagi tu abang akan
panggil awak sayang.”
Kelat wajah Qaira. Bossy sungguh dia
ni tau! Suka nak paksa-paksa. Hesy! Bencilah!
Tapi... nak buat macam mana? Redza dah jadi
suami dan dia dah berjanji yang dia akan patuh
455
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
pada lelaki itu huhu. Sekali lagi dia menjeling.
“Awak nak merempit pagi-pagi ni nak pergi
mana, hmmm?” soal Redza lembut. Tingkah Qaira
yang berusaha keras tidak mahu memandang ke
wajahnya betul-betul menggelikan hatinya.
“Nak cari kedai gunting rambut. Rimas
arrr dengan rambut saya ni. Saya lagi suka
rambut pendek,” balas Qaira.
Redza mengambil satu langkah mendekati
isterinya. Nak tak nak, Qaira terpaksa melangut.
Dia tak bisa mengambil apa-apa langkah ke
belakang memandangkan laluannya dihalang
oleh motosikal adik Bob. Berkerut dahi Qaira.
‘Kenapa dia pandang aku macam tu?’ Qaira
menelan liur.
Rambut Qaira yang terlepas daripada
ikatan tocangnya diselitkan ke belakang telinga.
Lembut saja aksinya. Penuh kasih. “Mana ada
kedai bukak lagi pagi-pagi macam ni? Jujurnya,
abang suka awak rambut panjang macam ni.
Tapi kalau awak nak rambut pendek pun abang
okey je. Tapi kan... kalau awak pakai tudung pun,
abang lagi okey, Qaira.”
Qaira mengetap bibir. Sedar nasihat serta
pesanan yang terselit di sebalik pujian suaminya
itu. Dia mengangguk perlahan. Redza tersenyum.
Senang dengan persetujuan Qaira tanpa sebarang
bantahan atau syarat itu.
456
Lynn Safiya
“Awak okey pagi ni, Qaira? Cepat je awak
hilang lepas subuh tadi. Kenapa?” Lunak suara
Redza. Lunak juga pandangan yang tumpah ke
wajah si isteri.
Qaira merendahkan mata. Pucuk
hidungnya digaru-garu. “Okey je,” balasnya acuh
tak acuh. “Saya memang tak biasa nak tidur balik
lepas subuh. Jadi saya... errr... saya turun ke
dapur cari Mak Jah.” Gila nak duduk lama-lama
kat dalam bilik? Macam tak selamat je...
Dengan mata helang Redza yang tak lepas-lepas
mengamati tubuhnya, lebih baiklah dia blah!
“Kenapa abang rasa macam awak nak lari
daripada abang je ni, ya? Baru seminit abang
lipat sejadah, tengok-tengok awak dah takde kat
dalam bilik.” Selepas mereka solat berjemaah,
laju Qaira menyusup keluar dari bilik mereka.
Nak bermanja-manja dengan si isteri pun tak
sempat.
“Takdelah... mana ada?”
Redza mengeluh. Tak habis lagi ke rasa
segan dia ni? “Qaira...” seru Redza perlahan.
“Errr... jomlah kita masuk sarapan dulu,”
potong Qaira cuba melarikan diri. “Mak Jah
dah siap masak tu.” Tak betah Qaira berlamaan
dengan Redza secara berdua-duaan begini. Qaira
cuba mengambil langkah ke kanan. Dihalang
oleh Redza. Langkah ke kiri pula. Pun dihalang
457
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
oleh lelaki yang sama.
“Sampai bila awak nak lari ni, hmmm?
Awak nak abang kunci awak macam malam tadi
ke?” ugut Redza.
Qairamendongak.Lajukepalamenggeleng.
Pipi semakin pijar terasa. ‘Kunci macam malam
tadi?’ Tak lain Redza memaksudkan menguncinya
ke dalam pelukan la tu, kerana malam tadi, Qaira
tak reti duduk diam. Redza duduk di sebelahnya
di birai katil, laju dia bangun. Redza berjalan ke
arahnya, menyusup dia meloloskan diri masuk
ke dalam bilik air. Tapi... sampai bila dia mahu
mengunci dirinya sedangkan malam semakin
larut kan? Perlahan-lahan Qaira membuka
pintu. Baru satu langkah diambil, tubuhnya
sudah terperangkap dalam pelukan suaminya
itu. Sanggup Redza menunggunya di tepi jenang
pintu. Sabar sungguh dia! Dan berterusan Qaira
terkunci hinggalah ke awal pagi tadi...
“Kalau tak nak, then stop running away
from me. Kalau abang nak dekat, awak jangan
menjauh. Kalau abang nak sentuh awak, awak
jangan tepis. Kalau abang nak peluk, awak
jangan elak. Boleh, Qaira?” Penuh sabar Redza
melontarkan suara. Sedar yang semuanya masih
baharu buat isterinya itu.
Qaira menggigit bibir. Terkebil-kebil
matanya.
458
Lynn Safiya
“Boleh tak, abang tanya ni?” ulang Redza.
Masih lembut. Sekali lagi jari-jemarinya mengelus
rambut Qaira yang terurai.
Qaira menelan liur. Janggal dengan
kemesraan yang dizahirkan buat dirinya.
Kemesraan yang lahir daripada hati yang ikhlas
mencintainya. Terasa diri begitu disayangi.
“Sorrylah... saya tak biasa kalau orang nak
usik-usik, nak peluk-peluk ni. Selalunya kalau
orang lelaki sentuh je saya, saya terus bagi flying
kick dah. Saya lari dan saya cuba elak sebab saya
tak nak TERpukul awak...” akui Qaira perlahan.
Amboi! Flying kick lagi!
“Tapi lepas abang cium awak malam tadi,
awak terus je...”
Tak sempat Redza menyudahkan kata,
tangan halus Qaira sudah menekup ke mulutnya.
Kepala digeleng perlahan. Bulat mata Qaira.
Sorotan matanya jelas. ‘Jangan cakap pasal
malam tadi boleh tak?’
Redza menarik tangan isterinya sebelum
meledakkan tawa. “You’re so cute, do you know
that?”
Cute? Ewww! Qaira membuat muka.
Hilang terus aura machonya! Apa kes minah
biker kental berubah jadi cute?
“But last night, you weren’t just cute,
459
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Qaira. You were amazing!” puji Redza. “Better
than my dreams...”
“Awak!!” tegur Qaira sedikit kuat. “Dahlah
tu! Boleh tak awak cakap pasal benda lain?”
Tangannya ditarik daripada pegangan Redza.
Tak suka Redza mengungkit tentang mimpinya.
Entah apa yang Redza pernah mimpi tentang
dirinya pun Qaira tak nak tahu. Kalau ditanya
nanti, mesti Redza akan mengungkit tentang
‘mimpi basahnya’!
Lebar sengihan di bibir Redza. Terhibur
dengan aksi malu-malu kucing isterinya kini.
Nampak saja brutal minah ni, tapi rasa malu dan
segannya masih tebal lagi. Alhamdulillah...
“Kenapa? Awak malu ya?” usik Redza.
“Hesy!” getus Qaira. Sekali lagi Qaira
cuba berlalu namun Redza masih belum mahu
membenarkan. Dia tetap menghalang. “Awak ni!”
“Abang tak pernah tengok awak macam
ni, Qaira. Abang rasa, awak ni macam bawang.
Setiap kali dikupas, ada je sisi baru yang abang
akan perasan tentang awak. Abang tak sabar nak
tahu berapa lapisan yang awak ada kat dalam diri
awak ni. I’m just happy that each and every layer
is mine.”
Merekah bibir Qaira. Sejak bila Redza
pandai bermulut manis ni? Sekiranya sebelum
460
Lynn Safiya
ini, mati hidup semula pun Qaira tidak ingin
dimiliki oleh mana-mana lelaki, tapi kini dia
rela setiap lapisan dirinya menjadi milik Redza
yang abadi. Bagaimana semua ini bisa terjadi ya?
Tiba-tiba Qaira teringat akan kata-kata Redza
sebelum ini...
I believe in the power of persuasion...
Ketika itu, Qaira memperlekehkan serta
menyindir lelaki itu kerana tidak percaya lelaki
yang pernah dianggap sebagai pembuli itu
mampu memujuk dirinya agar menerima Redza
sebagai teman hidupnya. Namun jika Redza
jenis yang tak pandai memujuk, tak mungkin dia
sanggup menyerahkan segala miliknya kepada
suaminya itu malam tadi. Dia yakin Redza takkan
memaksa jika dia belum bersedia. Namun, tak
perlu suaminya itu memaksa. Dia sendiri yang
rela! Hanya dengan ucap sayang dan cinta, Qaira
terkulai layu dalam dakapan Redza...
“Kenapa ni? Abang dah salah cakap ke?”
tanya Redza sebaik melihat riak wajah Qaira yang
berubah-ubah. Sekejap pipinya merah... dan
sekejap lagi dia seolah-olah termenung jauh.
Qaira menggeleng. “Tak... takde apa pun
yang salah... Everything feels just right...” Serak
suara Qaira.
“Jadi, semuanya okey kan? Awak okey?”
Risau Redza. Risau diri telah terlalu memaksa
461
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
dan tidak memberikan ruang atau masa yang
secukupnya untuk Qaira menerimanya.
Kali ini Qaira mengangguk. “Saya
okey sangat,” luah Qaira perlahan. Menatap
wajah Redza kini dia sedar betapa lopongnya
kehidupannya selama ini. Walaupun kini
hidupnya berbatas, dan tidak lagi bebas seperti
dulu, namun dia yakin hari-harinya akan
dipenuhi dengan kasih sayang seperti yang
pernah dijanjikan oleh Redza. Semua yang pernah
dianggap ilusi, kini benar-benar menjadi realiti...
“Dan saya bahagia sangat, sama macam
lagu yang saya cipta untuk awak tu. Lagu ‘Bukan
Sekadar Ilusi’...” sambung Qaira lagi.
Mata Redza bercahaya. Dia mengangguk
tanda memahami. Tahu lagu yang dimaksudkan
oleh isterinya itu. Lagu yang dicipta oleh Qaira
sejak lamarannya diterima 3 bulan yang lalu.
“Hadiah paling bermakna yang awak boleh beri
kepada abang, Qaira.” Pipi Qaira dielus lembut.
“Terima kasih tau, tunggu saya... dan tak
pernah paksa saya untuk terima awak. Walaupun
saya ambik masa yang agak lama untuk sedar,
tapi kalau awak tak biarkan saya sendiri, saya
mungkin akan lebih jauh berlari...”
“Abang tahu...”
“Saya tak percaya ada lelaki macam awak
462
Lynn Safiya
boleh ikhlas nak terima saya. Saya serius tak
percaya.”
“Abang kan lain daripada yang lain?”
Redza mengangkat bakul. “Walaupun awak cakap
abang sewel sebab nak kat perempuan macam
awak,” ungkitnya lagi.
Qaira tersenyum kecil. Terlayar episod
ketika mereka di Kuantan suatu ketika dulu. “Tapi
masa mula-mula tu saya ingatkan, awak dah give
up dan dah malas nak tunggu saya,” ungkit Qaira.
“If only you knew...” keluh Redza.
Riak Qaira penuh tanda tanya.
“Awak cuba tanya Marina macam mana
abang kat ofis selama 6 bulan abang terpaksa
tunggu awak,” keluh Redza. “Abang asyik nak
marah-marah je dengan semua orang. Salah
sikit, siaplah. Kadang-kadang sampai melayang
fail abang campak. Marina seorang je yang faham
kenapa abang macam tu. Orang lain menikus
kena marah, Marina relaks-relaks je.”
“Ya ke?” Biar benar! Takkan penangannya
begitu sekali? Qaira tersengih suka.
“Yalah! Siapa suruh awak lama sangat nak
sedar, Qaira? Kalaulah abang tahu yang awak
kuat cemburu orangnya, dah lama abang tayang
Aliah tu kat depan batang hidung awak tau!”
Cemberut terus wajah Qaira. Hilang terus
463
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
sengihan meleretnya tadi. Aliah? Eewww! Tak
suka!
Giliran Redza pula yang tersengih. Aura
cemburu Qaira kini terserlah sudah.
“Huh! Dia tu nama je dah bertunang, tapi
dengan awak masih nak manja-manja. Asyik nak
menempel je macam takde tulang belakang,”
ngomel Qaira dengan wajah yang mencuka. “Saya
tak sukalah dengan dia tu! Sikit-sikit ‘abang’,
sikit-sikit ‘abang’!” Qaira mengajuk nada yang
selalu digunakan oleh Aliah. Sakit telinga Qaira
jika terkenang semula akan perlakuan Aliah setiap
kali mereka ‘terpaksa’ bertemu. Menyampah
betul dia. Mengada-ada!
Tambah memekar sengihan di bibir
Redza. Suka dengan sisi Qaira yang kuat
cemburu ini. “Habis tu, dah awak tak nak panggil
abang ‘abang’, biarlah dia je yang panggil abang
manja-manja macam tu,” sakat Redza.
“Eh, mana boleh?” bantah Qaira keras.
Tak sedar bahawa dirinya sudah menyuakan
kepala masuk ke dalam perangkap yang dipasang
oleh Redza.
Tangan Redza sudah melilit ke pinggang
Qaira lalu ditarik melekap ke tubuhnya. Bulat
mata Qaira. Apa ni?
“Kalau dia tak boleh, cer panggil abang
464
Lynn Safiya
sekarang, abang nak dengar,” pujuk Redza.
Qaira cuba melepaskan diri, namun
aksinya hanya sia-sia. Semakin kejap rangkulan
Redza. “Hesy! Apa ni? Lepaslah! Malulah kalau
Mak Jah atau Bob tengok kita macam ni!”
Tak terkesan langsung Redza dengan
bantahan Qaira. Dia kisah apa? Ini rumahnya!
Dan ini isterinya! Peduli apa kalau dia nak peluk
cium isterinya di dalam perkarangan rumahnya
sendiri?
“Sayang...” seru Redza lembut.
Qaira memejamkan mata menahan rasa
geli yang menyapa. Tegak bulu romanya.
“Bukak mata, sayang!” Tak henti Redza
menyakat Qaira.
“Dahlah... janganlah... saya tak suka...”
Mendatar saja suaranya. Mata dicelikkan.
“Pelik betul isteri abang ni. Panggil sayang
pun tak suka. Tapikan, sayang...”
“Okeylah, okeylah... Abang!” Qaira
beralah. Apa saja demi memastikan Redza tidak
bersayang-sayang lagi dengannya. Rimas betul
arrr!
“Puas hati? Lepas ni jangan panggil saya
sayang lagi tau!” Qaira melaungkan amaran.
Mata sudah menjeling.
465
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Kepala digeleng perlahan bersama suatu
keluhan. “Qaira...”
“Hah! Qaira boleh, ‘sayang’ tak mahu,”
potong Qaira laju. “Geli!”
Redza mengeluh. Dah dipanggil dirinya
‘abang’, maka terpaksalah dia melepaskan
gelaran ‘sayang’ itu. Tak mengapalah... banyak
lagi gelaran yang boleh digunakannya nanti.
Tunggu saja!
“Jomlah masuk. Saya dah lapar,” ajak
Qaira sekali lagi. Lilitan tangan Redza di
pinggangnya cuba dileraikan.
“Awak masuk dulu. Abang nak cakap
dengan Bob kejap,” balas Redza membenarkan
Qaira melepaskan dirinya.
Kali ini Redza tidak menghalang laluan
isterinya. Baru tiga langkah, Qaira berpaling.
Wajah Redza kembali dicari. “Abang!” panggilnya
kasar. Tak romantik langsung!
Redza menoleh. “Hmmm?”
“I love you!” lafaz Qaira sebelum laju dia
memecut lari masuk ke dalam rumah. Langsung
tidak mahu melihat reaksi si suami.
Terpasak kaki Redza ke lantai. Dia
menekup dadanya. Jantung yang bergendang
terasa mahu melompat keluar dari soketnya.
Mata hanya mampu melihat figura isterinya yang
466
Lynn Safiya
sepantas kilat hilang daripada pandangan.
‘Bertuah punya isteri!’ gerutu Redza.
‘Punyalah lama aku tunggu dia nak luahkan, dia
boleh blah macam tu je?’
Berkurun rasanya Redza menantikan
Qaira melafazkan kata-kata cinta. Walaupun dia
yakin Qaira mencintai dirinya, isterinya itu masih
belum mampu meluahkan secara nyata. Yalah,
Qaira bukan seperti gadis-gadis lain di luar sana.
Isterinya tak pandai nak bercintan-cintun ni.
Isterinya kan mantan biker brutal!
Terukir senyuman di pinggir bibir. Tak
puas telinganya dengan curahan rasa oleh Qaira
tadi. Takpe... Kejap lagi, akan dipaksa Qaira
mengulang kata-kata keramat itu semahu hatinya.
Dia yakin Qaira takkan mampu membantah
kerana dia mempunyai taktik yang takkan bisa
dipatahkan oleh isterinya itu. Yalah... Dia kan
bos!
467
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Bab Bonus
PERLAHAN Qaira mengusap rambut
Fara. Terenjut-enjut tubuh yang
masih dalam dukungannya. Panas hati Qaira
tiba-tiba. “Siapa yang cakap kat Fara macam tu?
Meh mak su ajar dia!”
Fara menggeleng kepala. Wajah masih
disembamkan ke bahu Qaira. Sejak Qaira dan
Redza tiba ke tadika Fara tadi, meluru Fara
berlari ke arah mereka sambil menangis.
“Fara…” Redza pula cuba memujuk. “Dah,
jangan nangis ya.”
Perlahan-lahan Fara cuba mengawal
esakannya. Dia mengangkat wajah daripada
bahu Qaira. Qaira melihat wajah sendu anak
saudaranya, terus meluap-luap baranya. Laju dia
468
Lynn Safiya
menyerahkan Fara kepada Redza. “Abang pegang
Fara ni kejap. Bagi saya nak ajar sikit budak mulut
longkang tu!” desis Qaira dengan mata yang
membara. Aura samseng sudah kembali muncul.
“Que... Dah! Jangan nak cari pasal. Budak
kecik, apalah dia tahu?” tegur Redza lembut.
“Budak keciklah nak kena ajar, bang,”
bidas Qaira. “Nanti bila dah besar, takdelah dia
nak jadi pembuli!”
Redza menggeleng kepala. Isyarat matanya
jelas tidak membenarkan Qaira membalas
dendam bagi pihak Fara. Qaira mengetap bibir
tanda tak puas hati.
“Fara, tak semua orang ada mama dengan
papa. Kadang-kadang kita ada mama sorang je,
dan kadang-kadang kita ada papa sorang je.”
Lembut suara Redza memujuk. “Pak su pun ada
mama sorang je dari kecik.”
“Tapi... budak tu kata papa Fara jahat
sebab tu papa Fara masuk penjara,” ungkit Fara
dengan mata yang masih berkaca.
Qaira mendengus. “Hesy! Manalah
budak-budak ni tahu ek? Siapa yang bukak mulut
ni?”
“Duduk kat kawasan apartment macam
Marina tu, mestilah cepat je orang tahu. Lagipun
Zaid pernah datang buat kacau kat sana sebelum
469
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
dia masuk balik dalam penjara kan?” ungkit
Redza. “Agaknya bila orang tua bercerita,
budak-budak pun ikut dengar sekali.”
Rasa sakit di hati Qaira masih belum
pudar.
“Takpe Fara. Nanti kita bincang dengan
cikgu Fara okey?” tambah Redza lagi. Belakang
tubuh Fara ditepuk-tepuk perlahan.
“Jomlah!” getus Qaira. “Karang tak
pasal-pasal saya serang budak tu, niaya je.”
Redza mendukung Fara menuju ke
kereta. Sudah menjadi rutin mereka berdua
untuk menjemput Fara dari tadika pada setiap
hari Rabu. Mereka akan membawa Fara keluar
makan tengah hari bersama-sama, sebelum
menghantar Fara ke rumah pengasuhnya. Sejak
Qaira berkahwin, dia sering saja rindu akan Fara
dan memutus untuk memulakan rutin ini.
“Que... kenapa ni?” soal Redza sebaik
mereka masuk kembali ke dalam kereta selepas
menghantar Fara ke rumah pengasuhnya.
“Fara masih nampak sedih...”
“Hmmm... you know children can be
cruel, right? Biasalah budak-budak suka panggil
masing-masing dengan macam-macam gelaran.
Entah-entah diaorang tak faham pun apa maksud
‘anak banduan’ tu.”
470
Lynn Safiya
Qaira mengerling ke arah kanan. “Abang
pernah kena macam Fara dulu?”
Redza tersenyum kecil. Dia mengangguk.
“Orang lain semua ada ayah, abang sorang je
takde. Yang panggil abang anak haram pun ada.
Yang lebih teruk, kalau ada apa-apa perjumpaan
ibu dan cikgu kat sekolah, mak abang pun tak
pernah nak datang. She couldn’t be bothered. She
didn’t care. Abang sorang je yang tak pernah ada
wakil. Rasa macam anak yatim pun ada.”
Berubah riak Qaira. Anak haram?
Astaghfirullah... Dia melabuhkan tangan
kanannya ke atas tangan kiri suaminya lalu diusap
perlahan. “Macam mana abang boleh tak tersasar
ya, sedangkan abang anak yang terabai? Macam
mana abang boleh berjaya macam sekarang?”
“Sebab masa abang darjah 6, abang
pernah tengok abang sulung Bob mati kena
pukul dengan gengster. Isu pasal duit dadah.
Umur abang Bob masa tu baru 18 tahun. Dia baru
berjinak-jinak nak jadi pengedar. Abang terus
pasang niat. Abang tak nak hidup macam tu.
Abang nak kehidupan yang lain.” Lancar mulut
Redza bercerita. Tenang nada suaranya. Tiada
rahsia antara dirinya dengan Qaira. Setiap soalan
daripada Qaira pasti akan ada jawapannya. Tak
kira betapa pahitnya terasa di hujung lidahnya,
dia pasti akan berterus-terang dengan Qaira.
471
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Mata Qaira berkaca. Terkebil-kebil
dia. Syukur tak terhingga Redza mempunyai
semangat juang yang begitu tinggi. Kalau tak...
entah apalah yang akan terjadi kepada suaminya
itu.
“Jadi awak jangan risaukan Fara okey?
She’ll be fine. She’s a smart girl. Nanti kita
bincang dengan Marina. Mana tahu kita boleh
bincang elok-elok dengan parents budak tu ke?
Kalau tak boleh settle, banyak lagi tadika lain kat
kawasan perumahan Marina tu.”
Qaira mengangguk. Suara terasa begitu
berat untuk dilontarkan.
“Ni awak nak pergi mana sekarang? Nak
abang hantar awak balik rumah atau nak pergi
studio?”
Qaira berkira-kira sebentar. Dia berdeham
kecil bagi melegakan rengkungnya. “Jom dating
tengok wayang?” Senyuman mekar di tepi bibir.
“Que...” keluh Redza. “Abang kerja hari ni
kan? Janganlah ajak abang dating. You know I
can’t resist that, right?” Hati dilanda rasa kecewa
yang amat sangat. Jadual kerjanya agak padat
hari ini. Tak boleh nak keluar dating dengan
Qaira.
Qaira tersenyum. Dia tahu Redza sentiasa
sibuk di pejabat. Redza mahu bersamanya
472
Lynn Safiya
setiap hari Rabu pada waktu begini pun dia dah
bersyukur sangat. Dia sebenarnya sengaja mahu
meringankan sedikit rasa beban di hati suaminya
atas keterlanjurannya bertanyakan tentang masa
silam suaminya tadi.
“Saya tahu... tapi saya pergi sorang-sorang
boleh kan? Saya takde mood nak pergi studio dan
saya tak rasa nak balik rumah lagi sekarang ni.
Abang hantar saya pergi mall boleh?”
Berkerut sedikit dahi Redza. “Awak nak
tengok wayang sorang-sorang?”
Kepala diangguk. “Saya dah biasalah.
Kadang-kadang bila takde ilham, saya akan
jalan-jalan kat mall tengok orang lalu-lalang atau
tengok wayang.”
Redza mengeluh lagi. Dia tak suka Qaira
keluar berseorangan, namun dia tak mahu terlalu
mengongkong isterinya itu. “Okeylah...” Enjin
kereta dihidupkan. Pemanduan dimulakan.
“Jaga diri. Ingat! Jangan nak main
mata dengan lelaki lain pulak,” pesan Redza.
Dia mengerling ke arah Qaira di sebelahnya.
Dengan blaus berwarna biru muda, seluar
palazzo berwarna hitam serta tudung bercorak
bunga halus, Qaira kelihatan cantik sekali.
Hilang terus aura minah biker kental isterinya
yang dulu. Perlahan-lahan Qaira berubah sejak
menjadi isterinya. Walaupun kadang-kadang
473
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
tu, sikap kasar Qaira masih mampu tersingkap,
namun penampilan isterinya kini benar-benar
mendebarkan sukma. Dalam masa 3 bulan Qaira
menjadi isterinya, dia sudah bijak menjaga
penampilan diri sendiri.
“Hesy abang ni! Mana ada saya nak
main mata dengan lelaki lain? Lelaki lain je
yang nak main mata dengan saya,” usik Qaira
sambil tersengih. Kalau dulu dia hanya menarik
perhatian daripada kaum sejenisnya, kini dia
sudah bisa menarik rasa kagum dan minat
daripada kaum lelaki juga. “Pelik kan? Masa saya
single, lelaki tak minat pun kat saya. Tapi sejak
kahwin, ramai pulak yang berminat!”
Berubah riak Redza tiba-tiba. Memikirkan
cubaan yang sering dilakukan daripada
spesiesnya untuk mengurat Qaira membikin
hatinya terbakar tiba-tiba. “Que...” Serius nada
panggilan yang dikenakan oleh Redza. “Awak
jangan nak macam-macam! Awak tu Qaira abang!
Que abang! Awak jangan lupa tu!”
“Yalah... saya gurau jelah...” gerutu Qaira.
Aduh! Salah dia mahu mengusik suaminya
sedangkan dia tahu betapa cemburunya sifat
Redza ini.
“Yalah tu bergurau! Ingat abang tak tahu
lelaki yang DM awak kat Insta tu? Peminat konon,
huh! Diaorang tu minat kat lagu awak atau kat
474
Lynn Safiya
awak sebenarnya hah?”
Qaira menelan keluhan. Ni yang payah
ni. Redza yang cemburu dan yang possessive
memang sukar untuk ditangani. “Diaorang tu
minat lagu saya la. Mana ada minat kat saya pun?”
“Huh!” dengus Redza tak percaya. Dulu
Qaira masih belum dikenali ramai kerana
lagu-lagunya hanya dinyanyikan oleh BBNU.
Namun akhir-akhir ini, ramai penyanyi yang
sudah agak terkenal mula meminta khidmat
Qaira untuk menciptakan lagu buat mereka.
Pengikut di Instagram pun semakin ramai.
“Boleh tak lepas ni awak jangan nak up
gambar awak kat Insta lagi? Kalau nak up jugak,
up gambar kita berdua, supaya satu dunia tahu
awak tu dah bersuami!” Arahan baharu sudah
dikeluarkan.
“Hmmm okeylah.” Laju saja Qaira
menyatakan persetujuannya. Sedikit pun dia tak
membantah. Cuba memujuk hati Redza. “Lagipun
siapalah nak mengurat saya ni hah? Saya kan
Que abang? Que untuk Queen kan? Kan?” Qaira
mendekatkan wajahnya ke arah Redza. Bibirnya
manis dengan senyuman. Matanya bercahaya.
Redza mengerling ke arah isterinya.
Melihat wajah ceria Qaira, hilang terus kerutan di
wajahnya. Pipi Qaira dicubit lembut. “Nak balik
pukul berapa nanti?” soal Redza. Suara sudah
475
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
mengendur.
“Lepas habis movie, saya baliklah, okey?”
Perlahan Qaira bersuara. Hati berasa puas
pujukannya menjadi. Tak dibenarkan Redza
memanggilnya ‘sayang’, suaminya memanggilnya
dengan gelaran Que pula. Sangkanya huruf
Q kerana namanya Qaira, namun Redza
menekankan bahawa huruf Q itu untuk Queen...
tak lain kerana Qaira merupakan permaisuri di
hatinya.
“Hmmm...”
Qaira mengulum senyum. “Nanti saya call
Bob atau Andi.”
“Okey.”
Kereta dihentikan di hadapan lobi mall.
Qaira mengucup tangan kanan Redza sebelum
menyuakan pipi kanannya ke arah suaminya itu.
Cup! Sudah biasa dengan rutin yang diwajibkan
oleh Redza, “Babai, abang.”
“Bye, Que...” Redza mengenyitkan mata.
Qaira tersenyum manis...
KELUAR DARI panggung wayang, sambil
berjalan, Qaira menyeluk beg sandangnya untuk
476
Lynn Safiya
mengeluarkan telefon bimbit.
Baru hendak mencari nombor telefon Bob,
dia disapa seseorang. “Hai, sorang je ke?”
Qaira melangut. Kelihatan ada dua orang
lelaki sedang menghalang laluannya. “Apa?”
Qaira tak berapa dengar sebenarnya, kerana tidak
tahu dia yang menjadi objek sapaan lelaki tadi.
“Boringlah kalau jalan sorang-sorang. Jom
kita orang temankan nak? Kita pergi karok okey?”
ajak seorang daripada dua lelaki di hadapannya.
Mata si lelaki galak mengamati Qaira dari atas ke
bawah. Bibir sudah menyengih gatal.
“Eh, taklah! Aku bukan sorang. Aku baru je
nak call laki aku ni.” Sengaja Qaira menggunakan
bahasa yang kasar.
Lelaki yang menyengih tadi kelihatan tidak
percaya dengan kata-kata Qaira, namun yang
seorang lagi sudah menepuk lengan temannya.
“Jom blah, bro. Cari awek lain...”
Lega Qaira melihat mereka berlalu pergi.
Mata dibawa kembali ke skrin telefon.
“Dah! Tak payah call Bob,” tegur satu
suara yang dikenali dari arah kiri.
Qaira menongkat wajah.
“I’m here...”
Enak Redza bersandar di balik tiang
477
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
konkrit tak jauh dari tempat dirinya. Masih
berkemeja putih, dengan kedua-dua bahagian
lengan baju terlipat sehingga ke paras siku,
Redza nampak tampan sekali. Qaira mengilas
jam di pergelangan tangan. Pukul 5.00 petang.
Mata kembali dibawa ke wajah Redza. Dia
tersenyum suka. “Abang buat apa kat sini? Bukan
abang sibuk ke?” Kaki sudah mula melangkah
mendekati Redza,
“Siapa diaorang tadi tu?” soal Redza.
Nada suaranya dingin. Tubuh ditegakkan sedikit.
Barulah Qaira perasan wajah Redza yang tidak
mesra. Ketat sahaja.
Sirna sedikit senyuman di bibir Qaira.
Bahu dijongket. “Entah! Manalah saya tahu...”
“Abang perasan diaorang ikut je awak
dari belakang tadi.”
“Manalah saya perasan, bang?” Wajah dah
berkerut. ‘Dia ni dah kenapa? Macam aku pulak
yang bersalah. Soalan aku tadi dia tak jawab pun!’
“Awak kena perasan, Que. Awak kena lebih
peka dengan persekitaran awak!” sambung Redza
masih dengan wajah yang ketat. Tak suka dengan
pemandangan yang menyapa deria matanya tadi.
Dua lelaki tadi, ketika mengekor langkah Qaira,
asyik menilik tubuh isterinya dari atas ke bawah
berulang kali sambil berbisik sesama mereka.
Tidak sukar meneka inti perbualan antara mereka
478
Lynn Safiya
berdua.
“Abang dah kenapa nak marah-marah
ni? Bukan abang kata saya dah tak payah toleh
kat belakang lagi ke? Bukan abang kata saya
dah tak perlu berjaga-jaga ke?” ungkit Qaira.
Rasa yang baru memekar di hati sebaik melihat
wajah kesayangannya, hilang begitu saja.
Sudahlah wajah yang menyambutnya agak ketat,
senyuman serta soalannya tak berbalas, kini
Redza seolah-olah memarahinya atas tindakan
orang lain!
“Itu lain, Que. Tu kalau melibatkan Zaid
dengan konco-konco dia. Tapi kalau dengan lelaki
lain, awak kena ambik tahu.” Redza masih tidak
mahu beralah. “Especially kalau abang takde
dengan awak. Diaorang tadi tu bukan main dok
usyar awak dan pandang awak macam tak sabar
nak terkam.”
Qaira semakin hangat hati. “Hesy! Kalau
susah sangat, baik saya ubah balik cara dressing
saya ni kepada yang macam dulu! Senang!
Takde siapa nak pandang. Saya pun tak free-free
kena marah macam ni!” dengus Qaira sebelum
berpaling. Laju dia membawa kaki. Ingin
melarikan diri buat seketika daripada Redza.
Takut bibirnya lancang membidas tanpa tapisan,
sudahnya dia sendiri yang akan menghimpun
dosa.
479
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Shit!” sayup-sayup kedengaran suara
Redza di belakang Qaira.
“Que...” seru Redza. Kaki sudah mula
mengejar. “Que...” Panggilan kali kedua sedikit
meleret.
Redza mendengus dalam hati. Ini bukan
kali pertama mereka berbalah tentang perhatian
yang sering dipamerkan oleh kaum lelaki ke
atas Qaira. Dia sedar bukan salah isterinya jika
kaumnya sendiri yang menggatal atau mahu
menduga kehebatan masing-masing, namun
bibir sering saja terlajak dalam berkata-kata.
Lengan Qaira direnggut lembut dari arah
belakang. “Que...” Terhenti langkah Qaira. Redza
mengambil tempat di hadapan isterinya. Wajah
sudah tidak setegang tadi.
Berapi sorotan mata yang memandang
ke wajah Redza. “Boleh tak abang jangan cakap
apa-apa sekarang ni? Bagi saya time out dulu
boleh? Saya nak pergi solat asar kejap.” Suara
yang dilantunkan tertahan-tahan, seolah-olah
Qaira sedang menahan sabar. Wajahnya pula
yang tegang. Eloklah dia bersolat dahulu sebelum
berkata-kata. Lebih afdal begitu.
Lengannya ditarik kasar. Terlerai daripada
pegangan Redza. Tanpa menunggu Redza
membalas, Qaira laju menyusun langkah ke arah
surau. Redza yang sudah pun bersolat, mengekor
480
Lynn Safiya
langkah isterinya dari belakang. Tak sudah dia
memarahi dirinya sendiri dek keterlanjuran
kata-katanya tadi. Setia dia menunggu Qaira
keluar dari surau wanita.
Tegak tubuh Redza melihat Qaira yang
sedang menyarungkan kasut. “Que...” serunya
lembut. Qaira mendongak seketika.
“Dah, saya nak balik,” umum Qaira malas
mahu sambung berbicara tentang isu tadi.
“Abang parking kereta kat mana?” Acuh tak acuh
saja suaranya. Qaira sudah mula berjalan.
“Que...” Tangan kanan Qaira diraih lalu
digenggam. Mahu mencari sedikit privasi, Redza
menarik tangan Qaira agar mengikutnya. Sudah
jumpa tempat yang dirasakan sesuai barulah dia
berhenti berjalan. Namun tangan Qaira tidak
dilepaskan. Redza memalingkan tubuh agar
menghadap isterinya.
“I’m sorry...” Lafaz kata dimulakan.
Perlahan nada suara Redza. Dia tunduk mencari
mata Qaira.
“Tak penat ke asyik kena cakap sorry?”
sindir Qaira. “Bukan kali pertama kan?”
Redza mengeluh perlahan. “Ya... abang
tahu. Dan abang yakin, lepas ni pun masih akan
ada isu yang sama.”
“Habis tu?”
481
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Bear with me, Que. Abang tak pernah
rasa macam ni. Abang masih tak boleh kawal apa
yang abang rasa,” pinta Redza. Sorotan matanya
memohon pengertian.
“Oh, jadi saya pernahlah rasa macam ni?
Saya berubah untuk abang, tapi kalau perubahan
saya asyik buat kita bergaduh, baik tak payah
ubah apa-apa. Sebab, seriuslah! Saya dah penat!”
Berubah riak Redza. “No, Que... I love the
changes that you’ve made... every single tiny
detail. Abang sedar semua pengorbanan yang
awak dah buat untuk abang, dan abang berterima
kasih sangat, Que. Abang cuma tak suka lelaki
lain pandang-pandang awak je. Sebab sebelum
ni, abang sorang je yang pandang...” luah Redza.
“Jadi sekarang abang nak saya buat apa
sebenarnya ni? Saya malaslah asyik gaduh isu
yang sama. Kalau abang nak saya kekal macam
ni, abang yang kena berubah, bukan saya!” Tegas.
“I know...” keluh Redza. “But I don’t know
how... Coz you’re just so damn beautiful!” Dulu
kecantikan Qaira terlindung akibat sifatnya yang
kasar dan penampilannya yang selekeh. Mata
Redza saja yang bisa menyingkap keindahan
yang sengaja disembunyikan. Namun kini, Qaira
kelihatan begitu feminin dan tanpa solekan pun,
isterinya berganda-ganda lebih indah daripada
dulu.
482
Lynn Safiya
“Susah sangat ke nak fikir yang bukan saya
yang terhegeh-hegeh cuba nak tarik perhatian
sesiapa? Boleh tak jangan cepat sangat nak
marah-marah atas sebab perbuatan orang lain
yang saya sendiri tak boleh nak kawal?”
Terdiam Redza jadinya tak bisa melawan.
Memang semua yang dimuntahkan oleh Qaira
itu benar belaka. Dia sendiri yang tak tahu cara
mengawal sifat cemburunya, Qaira pula yang
dipersalahkan. Sudahnya dia hanya mengangguk.
“Saya dah banyak berubah untuk abang...
boleh tak abang ubah perangai abang yang satu
ni untuk saya?”
Tangan Qaira yang masih dalam
genggaman dibawa ke dada. Rasa bersalah
menghentak ke dada. “You’re right and I’m
sorry... this won’t happen again.”
Kecil saja mata yang memanah ke mata
Redza. Sukar untuk Qaira menerima ikrar
daripada suaminya itu.
Redza mengerti isyarat yang cuba
disampaikan dan dia sedar kelemahan dirinya
sendiri. “It will not be easy, but I will try my best
okay?”
Berat keluhan yang dilepaskan oleh Qaira.
Sesungguhnya mereka masih dalam fasa cuba
mencari keserasian sepanjang tempoh 3 bulan
483
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
perkahwinan mereka ini. Bukanlah sesuatu yang
mudah kerana mereka tidak berpacaran seperti
pasangan lain di luar sana.
“Maafkan abang tak ni?”
“Hmmm yalah!” gerutu Qaira. “Abang
punya pasal, habis lari mood saya tau. Elok-elok
saya happy-happy lepas tengok wayang tadi!”
ungkit Qaira.
“Abang nak peluk boleh tak?” Tanda ingin
memujuk.
Laju kepala menggeleng. Dekat tempat
awam ni kut! “Mana boleh?” Mata sudah
menjeling. “Dah kenapa abang yang datang
jemput saya ni? Bukan patut saya balik dengan
Bob atau Andi ke?” Soalan yang mula-mula tadi
diulang semula.
“Abang tak tenang kat ofis, Que. Abang
asyik fikir yang awak jalan sorang-sorang kat sini.
Walaupun awak dah biasa, abang yang rasa tak
sedap hati...”
“Mengarut je abang ni!” gerutu Qaira.
“Saya dah biasalah!”
“Janganlah marah... Salah ke abang nak
jemput isteri abang sendiri, hmmm?”
“Habis tu kerja abang?”
“Esok kan ada,” balas Redza.
484
Lynn Safiya
“Amboi! Sejak bila bos keluar ofis sebelum
pukul 5.00 ni?” sindir Qaira lagi.
Redza menjongket-jongketkan kening.
“Sejak bos dah ada isteri. Rugi balik lambat bila
dah ada isteri ni tau. Kalau balik lambat, nanti
isteri dah tidur. Kalau dah tidur, apa pun tak
boleh...” Bibir sudah menyengih.
“Mengada! Dah, jomlah!” ajak Qaira.
Tangan ingin ditarik daripada genggaman Redza.
Masih tidak berjaya.
“Sayang abang tak?” Sekadar ingin
bermanja.
“Hesy!” Qaira masih sukar meluahkan
rasa. Muka sudah berkerut. Dia mengangguk.
“Senyumlah sikit. Masam je muka tu,”
pujuk Redza. “Awak kalau senyum kan Que,
bergetar jantung abang ni tau! Awak sorang je
boleh buat macam tu. Hebat awak ni kan?”
“Abang ni!” Pipi sudah memerah.
Mekar bibir Redza. “Love you, Que!”
“Hmmm...” Tanpa bisa ditahan, bibir
merekah dengan senyuman. Satu sifat Redza yang
amat disenanginya, suaminya itu cepat meminta
maaf dan cepat juga memujuk.
Tangan Qaira dilepaskan namun laju
Redza merangkul bahu isterinya. Kaki sudah
mula melangkah. “Dating dengan abang okey?
485
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Kita cari baju untuk awak nak?”
Perlahan tangan kiri Qaira melingkar
naik ke pinggang suaminya. “Tak naklah. Asyik
beli baju je. Yang kat dalam almari tu dah takde
tempat dah nak simpan baju saya.”
“Tudung nak? Kasut ke? Beg tangan?”
Qaira menggeleng.
“Lipstick nak?”
“Eewww!”
“Habis tu, nak apa?”
“Nak makan aiskrim...”
Spontan Redza melabuhkan kucupan ke
kepala Qaira yang dilitupi tudung. Membuak-buak
rasa kasih yang memekar buat isterinya. Nak
aiskrim je? Satu kilang aiskrim pun dia sanggup
belikan. Sambil berjalan, Redza mengiklankan
kepada semesta alam miliknya yang satu ini.
Rasa panas hati dek pandangan penuh minat
yang dilayangkan oleh berpasang-pasang mata
daripada lelaki lain ke arah Qaira bergumpal
di dada, namun terpaksa ditahan agar tidak
dilampiaskan kepada si isteri.
“Lepas makan aiskrim kita baliklah ya.
Abang tak sukalah tengok lelaki lain asyik usyar
awak je ni. Apa masalah diaorang ni ya? Tak
nampak ke abang kat sebelah awak ni?” gerutu
Redza tak suka.
486
Lynn Safiya
“Alaa... kata nak dating,” ngomel Qaira.
“Okeylah, okeylah... Tapi awak jangan
nak balas pandangan diaorang tu semua. Awak
tengok depan je,” pesan Redza. Bahu Qaira
semakin rapat ditarik ke dada.
Qaira tidak membalas. Cukup sekadar
kepala diangguk. Setuju sajalah. Lebih mudah
begitu. Qaira mengeluh dalam hati. Memang
kehidupannya sejak bergelar isteri tidak lagi
sebebas dahulu. Dulu dia bebas ke mana sahaja
tanpa perlu meraih keizinan sesiapa pun. Kini
kakinya sudah terikat. Pergerakannya jelas
terbatas, apatah lagi si suami yang menyimpan
dendam cemburu yang agak tinggi juga.
Walaupun terbatas, tiada rasa kesal waima
sebesar zarah pun di hatinya. Dan tiada langsung
ruang di hatinya yang merindui kehidupannya
yang dulu...
Yang sebenarnya, walaupun dia pernah
digelar minah biker kental oleh Redza suatu ketika
dulu, kini gelaran Que mewarnai kehidupannya
yang jauh lebih bermakna. Kerana dialah ratu
dan dialah permaisuri di hati suaminya...
~ TAMAT ~
487
A Different
Ending
Lynn Safiya
Bab 1
‘SELAMAT hari jadi, sayang...’
Kaku tubuh yang berdiri
menghadap dinding kaca. Kedua belah tangan
masih disimpan ke dalam kocek seluar. Mata
dipejam seketika. Cuba mengusir kerinduan yang
begitu kuat mencengkam. Nafas dihela perlahan
sebelum mata kembali tercelik. Melontarkan
pandangan kosong ke pelbagai struktur bangunan
pencakar langit yang menjadi peneman matanya
dari bilik pejabatnya di tingkat 68 Menara Suria
ini.
‘Selamat hari jadi, sayang abang...’ Sekali
lagi ucapan itu melintas di hati.
‘Sihat ke dia? Dia celebrate birthday dia
dengan siapa agaknya ya? Siapa yang belikan
489
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
kek Red Velvet untuk dia hari ni?’ Bermacam
soalan terlintas di minda. Namun yang utama,
di manakah dia? Masih kat kampung atau sudah
berpindah? Keluhan berat dilepaskan. Hangat
menampar ke dinding kaca.
Walaupun diri sering tertanya-tanya,
namun demi suatu janji, dia terpaksa
mengetepikan saja keinginan hati yang tak
pernah padam. Keinginan hati yang terpaksa
dipendam namun tak pernah mampu dinyahkan
sepenuhnya.
“Abang, kau dah sedia ke?”
Suara Haziq dari jenang pintu
menyedarkan Elhan daripada lamunan. Elhan
berpaling. Dia mengangguk lemah.
“Dah, jom,” ajak Haziq. Daun pintu dibuka
lebar. Mata tak lepas daripada wajah si abang.
“Kau ni! Macam budak kecik. Demam dah 4 hari
pun masih tak pergi klinik. Aku jugak yang kena
bebel dengan mama sebab kau degil masih nak
masuk ofis,” rungut Haziq.
Elhan diam tidak menyahut. Kaki hanya
melangkah ke luar ruang pejabatnya. Sepotong
pesanan ditinggalkan buat setiausahanya.
Ringkas. Padat.
Haziq menggumam di hati. Masih
belum biasa dengan perubahan mendadak si
490
Lynn Safiya
abang sulung. Elhan yang dulu senang dibawa
bicara kini berubah menjadi seorang yang amat
pendiam. Begitu payah mahu mendengar suara
abangnya. Elhan akan membuka mulut jika perlu
sahaja.
Di pejabat, sikap abangnya mungkin
tidaklah seteruk jika berada di rumah kerana
situasi di pejabat boleh dikatakan agak berbeza
daripada di rumah. Nak kata Elhan selalu ke
rumah keluarga mereka pun tak, memandangkan
Elhan mempunyai rumah sendiri, namun jika
Elhan menziarahi mama mereka, Elhan lebih
banyak menyendiri. Walaupun begitu, Haziq bijak
tidak mahu mengulas apa-apa. Dia memahami
sepenuhnya sebab Elhan berubah sehingga begitu
rupa. Dia hanya mampu menghulurkan simpati.
Pada mulanya, Haziq membawa Elhan
ke klinik yang tersenarai dalam panel syarikat.
Namun setelah mendengar pandangan serta
saranan doktor, Elhan perlu dibawa ke hospital.
Haziq memilih untuk membawa abangnya
ke hospital swasta yang berdekatan untuk
melakukan pemeriksaan darah.
“Tinggi sungguh suhu kau, bang. Macam
mana kau masih larat nak ke pejabat ek? Tak
faham aku,” ujar Haziq sambil menggelengkan
kepala.
Elhan tidak membalas.
491
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Nah ni nombor giliran kau. Kau kena
pergi ambik darah. Tunggu diaorang panggil.”
Kali ini Elhan mengangguk. Kertas angka
giliran berpindah tangan. Elhan mengambil
tempat duduk berdekatan dengan bilik Makmal.
Haziq mengambil tempat di sebelah abangnya.
Risau dia melihat keadaan abangnya. Seolah-olah
langsung tidak mempedulikan kesihatan diri
sendiri.
Hampir 15 minit menunggu, barulah
nombor Elhan dipanggil. Dia bangun lemah.
Kaki disusun ke arah ruang luar makmal. Petugas
makmal mempelawanya agar duduk di sebelah
tepi meja.
“Encik Elhan Emir ke ya?” soal petugas
tadi. Mata membaca daripada slip kertas di
tangan.
“Ya,” balas Elhan.
“Encik duduk kejap ya. Nanti staf kami
akan ambik darah.”
Elhan hanya menurut. Mata memerhatikan
kelibat petugas tadi hilang di balik langsir.
Sementara menunggu, Elhan melipat lengan baju
kemejanya sehingga ke paras siku. Sudah tahu
apa yang bakal menyusul. Lebih baik dia bersedia
terlebih dahulu.
Langsir diselak semula. Mata Elhan
492
Lynn Safiya
masih terarah ke bahagian lengannya. Tidak
menghiraukan gerangan juruteknologi makmal
yang akan mengambil spesimen darahnya.
Statik sepasang kaki yang berdiri tidak
jauh dari tempat duduk Elhan. Berkali-kali mata
menilik ke sepotong nama yang tertera di atas
slip kertas di tangannya. Menggeletar tangannya
tiba-tiba. Takut mahu menongkat mata.
Elhan mendongak. Hairan dengan
perlakuan petugas hospital yang masih tercegat
di tempatnya tidak bergerak.
Bulat matanya tiba-tiba tatkala
bertembung dengan sepasang mata bundar yang
sudah berkurun tidak ditatapnya. “Qis?” bisiknya
dengan suara yang parau.
Terkedip-kedip mata Qisna. Turun naik
dadanya menghela nafas. “Abang...” bisiknya
terkejut. Bibir diketap kuat.
Elhan terkedu. ‘Abang...’ Inilah panggilan
yang sering meniti di bibir merah itu buat dirinya.
Panggilan yang sudah sekian lama tidak menyapa
halwa telinganya.
Qisna seakan tersedar sendiri. Dia
berdeham kecil sebelum mengambil tempat di
meja. Slip kertas di tangan diletakkan ke atas
meja.
Tak berkelip mata Elhan. Utuh menjamah
493
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
ke serata wajah Qisna yang kelihatan kalut sambil
duduk menyenget agar menghadapnya.
“Qis sihat?” Lembut Elhan bertanya.
“Si... sihat, abang.” Gagap. Mata serta
tangan sengaja disibukkan untuk menyediakan
peralatan untuk mengambil spesimen darah.
“Abang sihat?” Menyesal Qisna tiba-tiba kerana
telah menyuarakan soalan yang agak bodoh.
‘Kalau sihat, takkan dia ada kat sini!’ marah
Qisna sendirian.
“Sorry...” pinta Qisna sebelum sempat
Elhan menjawab.
Elhan menyembunyikan senyuman.
“Takpe...”
“Dah berapa hari abang demam ni?”
soal Qisna. Suara masih sedikit bergetar.
Masih terkesan dengan perjumpaan yang tidak
disangka-sangka ini.
“Entah... 4-5 hari agaknya,” balas Elhan.
“Kat sini tulis Qis kena buat test untuk
denggi. Abang kena tunggu dalam sejam ya untuk
tahu keputusan. Makmal sibuk sikit hari ni.”
“Okey, takpe.”
Qisna memalingkan tubuh ke arah Elhan.
Dalam kekalutan, tangannya berlaga dengan
tangan lelaki itu. ‘Ya Allah, panasnya badan dia!’
bisik Qisna.
494
Lynn Safiya
Elhan menarik nafas sebaik saja Qisna
kulit bersentuhan dengan kulit. Untuk seketika,
mata mereka bertembung pandang. Mata
saling menghantar isyarat rindu dendam yang
tak mampu diluahkan. Lekas-lekas Qisna
melabuhkan mata. Sarung tangan terus dipakai.
Teragak-agak dia mahu menyentuh tangan lelaki
itu. Namun tugasnya terpaksa diteruskan jua.
Tanpa sedar, Elhan menahan nafas.
Menanti sentuhan daripada Qisna dengan penuh
debaran. Tali tornikut diikat pada lengan Elhan.
Jari menepuk-nepuk perlahan untuk mencari
vena kubitel. Kapas alkohol disapukan ke kulit.
Risau Qisna melihat tangannya yang masih
menggigil ketika mengambil jarum dari atas
meja.
“Abang genggam tangan ya,” pinta Qisna
perlahan. Cuba menahan rasa gugup daripada
kelihatan. Dia perlu profesional. ‘Elhan hanyalah
pesakit biasa... Elhan hanyalah pesakit biasa...’
Berkali-kali Qisna cuba meyakinkan diri sendiri.
“Qis... it’s going to be okay... Don’t be
nervous,” pujuk Elhan tunak seakan tahu gelojak
di hati Qisna.
Qisna mengangguk perlahan sebelum
mata kembali fokus ke bahagian lengan Elhan
yang perlu ditusuk. “Abang tarik nafas kalau nak
hilang sikit rasa sakit ya,” ujar Qisna.
495
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Okey.”
Dengan lafaz Bismillah, Qisna melakukan
tugasnya. Tak lama. Hanya beberapa ketika.
Sedikit pun Elhan tidak berasa sakit. Mata tekun
memandang ke wajah Qisna yang menunduk. Ya
Allah, rindunya dia! Rindu sangat. Seandainya
waktu bisa diputar, apakah mereka akan kekal
terpisah begini?
Qisna menekan kapas ke tempat yang
disuntik tadi.
“Abang ingatkan Qis masih kat kampung,”
ujar Elhan ingin memancing suara Qisna.
“Memang selama ni Qis kerja kat
kampung. Habiskan kontrak dengan KKM. Lepas
tu Qis rehat kejap sebelum apply kerja lain. Qis
baru 2 bulan dapat kerja kat hospital ni,” balas
Qisna. Plaster ditempel ke bekas tusukan di
lengan Elhan. Qisna menegakkan tubuh. Tanda
tugasnya sudah selesai.
“Abang tunggu kat depan ya. Nanti tunggu
doktor panggil abang.” Qisna bangun. Elhan turut
berdiri. Hati tidak rela mengakhiri perbualan
mereka begitu saja.
“Qis doakan abang okey dan ni hanya
demam virus biasa, bukannya denggi.”
“Terima kasih, Qis.”
Qisna mengangguk kecil tanda hormat
496
Lynn Safiya
sebelum menyusun langkah.
“Qis...” tahan Elhan sebelum sempat
Qisna hilang di balik langsir.
Qisna berpaling. “Ya?”
“Selamat hari jadi...” ucap Elhan perlahan.
“Abang doakan Qis dipanjangkan umur dan
sentiasa dalam lindungan Allah. Abang...
abang...” Elhan tewas dengan emosi di hati. Dia
tak mampu menyudahkan kata.
Mata Qisna berkaca. Sayu senyuman yang
terbit di pinggir bibir. ‘Dia ingat? Dia masih ingat
hari jadi aku?’ “Terima kasih...” bisiknya sayu.
“Qis masuk dulu...”
Kali ini Elhan tidak dapat menahan. Qisna
hilang di balik tabir. Mahu tak mahu, dia terpaksa
kembali ke tempatnya. Kelibat adiknya dicari.
Punggung dihempaskan ke kerusi. Terkejut
Haziq jadinya. Lebih-lebih lagi melihat riak wajah
abangnya yang seakan mahu menangis.
“Bang... Kau kenapa?”
“Qis... Qis kat dalam tadi tu...”
Membuntang mata Haziq. Apa?
“Dia kerja kat sini? Ya Allah! Sumpah
bang! Aku tak tahu dia kerja kat sini. Aku bawak
kau kat sini pun sebab ni hospital yang paling
dekat dengan ofis kita. Aku betul-betul tak tahu.”
Bersungguh-sungguh Haziq cuba meyakinkan
497
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
abangnya.
“Aku tak salahkan kau pun.”
“Errr... kau macam mana bang? Kau
okey?” soal Haziq penuh prihatin.
Elhan memejamkan mata. Erat! “I miss
her so damn much!” luah Elhan penuh duka.
Terkesan Haziq mendengar curahan
kata abangnya. Abangnya yang sudah lama
tidak berbicara tentang hati dan perasaan, kini
berani meluahkan kerinduannya buat Qisna di
hadapannya. “Sabar, bang... ni semua dugaan
Allah untuk korang berdua,” pujuk Haziq.
Simpati dia pada takdir Elhan serta Qisna.
Mata dicelikkan semula. Mata Haziq
dicari. “Jangan cakap kat mama...”
Laju kepala Haziq mengangguk. “Aku
janji!”
Elhan mengeluh. “Kau pergilah makan
dulu. Aku kena tunggu dalam sejam untuk
dapatkan keputusan ujian darah tadi,” ujar Elhan
ringkas.
“Kau nak aku belikan apa-apa ke?” soal
Haziq.
Kepala digeleng. “Aku takde selera. Aku
tunggu sini.”
“Okey. Kejap lagi aku datang balik.
498
Lynn Safiya
Apa-apa kau call aku tau,” arah Haziq.
Elhan hanya mengangguk. Setelah Haziq
pergi, Elhan mengarahkan mata ke bahagian
makmal. Berharapkan agar figura Qisna akan
keluar atau masuk dari ruang kerjanya. Lama
dia berharap dan menanti, namun hampa. Qisna
langsung tidak muncul waima seketika.
Dan di dalam bilik makmal, Qisna
mengeluh kekecewaan.
Positif! Elhan positif denggi dan mungkin
perlu dimasukkan ke dalam wad. Sarung tangan
ditanggalkan. Tangan dilabuhkan ke dada.
Getaran yang melanda sejak tadi masih hebat
terasa. Dada masih jua berasa ketat. Ya Allah
rindunya dia akan seraut wajah itu! Wajah yang
sering muncul dalam mimpi malamnya. Wajah
yang masih kekal terpateri dalam sanubarinya...
499
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Bab 2
“DENGGI?” soal Puan Maria
hampir menjerit.
“Hmmm...” balas Haziq.
“Habis tu?”
“Laaa... habis tu apa pulak ma? Abang
kena duduk kat hospital la jawabnya.”
“Hesy! Yang Aziq balik rumah ni kenapa?
Siapa nak jaga abang kat hospital tu?” tegur Puan
Maria.
Haziq menyembunyikan keluhan. Inilah
masalah mama mereka. Sering menganggap
mereka masih kecil dan tidak mampu berdikari.
“Abang yang suruh Aziq balik rumah.
Dia kata dia okey. Dia minta Aziq packkan
500