Lynn Safiya
boyfriend. Amat sayang pada adik tunggalnya,
Raisya, yang terpaksa berhenti belajar akibat
perbuatan Shah.”
Aku telan liur. Bulat mata aku dengar dia
memperincikan tentang aku satu per satu.
“Seorang yang sangat bertanggungjawab,
penyayang tapi sengaja berlagak kasar untuk
melindungi diri dia daripada dipijak oleh orang
lain...” Suara dia bertukar lembut. “Punya
senyuman yang manis dengan pandangan yang
amat memukau. Punya wajah yang cantik,
berlesung pipit dan lekuk tubuh yang sangat
menggiurkan...”
Tuk! Aku ketuk kepala dia dengan batang
penyapu. Kurang asam punya mamat!
Dia tersengih nakal. Tangan dah usap
kepala. “Sorry!”
Aku boleh rasa muka aku dah pijar. Lekuk
tubuh? Cis! Ni tak lain dia dah ‘rasa’ masa dia
peluk aku yang tengah cuba nak serang Shah
dulu.
“Kau ni kenapa? Macam orang angau!”
Aku cuba cover line. “Mana kau tahu semua pasal
aku ni hah?”
“Aku kan stalker. Semua pasal kau aku
tahu. Ada satu benda je yang aku tak tahu!”
“Apa?”
151
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Ni!” Belum sempat aku tahan, topi besbol
di kepala dia cabut. Jatuh terlerai rambut aku
dari terkepung elok di dalam topi. Jatuh bebas ke
belakang tubuh.
“Hei!” jerit aku. Namun sudah terlambat.
Mahkota aku yang sering menghadirkan rasa
cemburu di hati rakan-rakan sekolah serta kolej,
gadis-gadis kampung, pengeluar produk syampu
dan model rambut palsu, sudah pun terurai buat
tatapan mata dia.
Aku dengar dia tarik nafas. Aku tongkat
mata. Ada sesuatu pada pandangan mata dia.
Mata yang menilik wajah aku kini begitu tunak.
Tak berkelip dia. Entah kenapa, mata aku pun
gatal semacam terpasak ke dalam anak mata
dia. Lama pandangan kami bertaut. Cukup
lama... Ada aliran elektrik yang seakan terpancar
daripada sepasang mata kita orang berdua.
“Sam... kahwin dengan aku!” bisik dia
romantik.
“Okey...”
152
Lynn Safiya
Bab 4
Sam
HAH? Aku cakap okey???
Oh Em Gee! Aku cakap
okey!!!
Mati aku!
“Sah!”
Aku angkat kepala. Apa? Dah sah? Eh?
Aku kat mana ni? Huwaaaaa!!!!
Bagai robot, aku hulurkan tangan. Cincin
emas putih dia sarung kat jari aku. Gelinya aku
kena pakai cincin. Rimas arrr! Tangan dia aku
cium. Sekejap je. Tak sampai 3 saat pun. Buat apa
nak cium lama-lama? Entah apa yang jadi lepas
tu aku dah tak ingat. Aku diam je. Biar si Hadif
153
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
yang settle.
“Sam... kau dah jadi kakak aku...” Hana
yang berdiri di antara kerusi aku dengan Hadif
dah merengek. Aku senyum jahat. Mata dah
bersinar semacam. Jaga kau! Hehehe...
Dahi aku tiba-tiba kena tunjal. Cis! Kurang
asam punya suami handsome!
“Raisya tu adik. Hana ni pun adik. Okey
Sam?”
“Tahulah! Hesy!” dengus aku. Nak
main-main pun tak boleh. Macam aku tak tahu
si Hana ni takutkan aku! Bestnya nanti kalau
aku dapat buli si Hana ni hari-hari. Aku dah
bayangkan yang indah-indah belaka. Hehehe...
“Jom balik!” Dia tarik tangan aku. Aku
bangun dari kerusi. Hailah... Kahwin kat pejabat
agama je aku ni. Kompang, bunga manggar, nasi
minyak dengan lauk pengantin yang ada ayam
seekor tu, udang galah, semua takde. Dahlah
Raisya tak dapat datang. Sedihnya! Nak menangis
boleh tak?
“Kau jangan nangis kat sini. Aku peluk
kau karang!” Dia bisik rapat kat telinga aku.
Aku tolak bahu dia. Kuat! Menyampah!
Aku ikut dia berjalan. Tangan aku masih
tak lepas. Si Hana pun terkedek-kedek berjalan
kat sebelah aku. Tuk tak tuk tak bunyi tumit
154
Lynn Safiya
kasut dia.
“Boleh jalan slow sikit tak? Tahulah kaki
tu panjang, tapi aku kan pakai baju kurung ni!”
dengus aku.
Dia berhenti lalu terus berpaling. Dush!
Aku langgar dada dia. Keras... macam batu granit!
Aku usap dahi.
“Cakap apa?” Cerlung dia pandang aku.
“Apa?”
“Cakap apa tadi?”
Aku kerut dahi. Tak faham.
“Aku? Aku pakai baju kurung?” ungkit dia.
Alamak!
“Kan dah kata tak boleh nak guna bahasa
kasar dah. Kita dah jadi suami isteri!”
“Tapi... tadi pun kau guna aku kau jugak!”
Kening dia pula bertaut. Seolah-olah cuba
memikirkan semula apa yang dia sebut tadi.
“Oh...” suara dah mengendur.
Aku cemik tanda mengejek. Aku menang!
“Yalah, yalah. Dah! Mulai saat ni, kita
berubah. Faham?”
Aku jegil mata. Macam-macamlah dia ni!
“Iyolah!”
155
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Bagus!” Kepala aku diusap. “Hana, pergi
balik! Abang nak dating dengan isteri abang!”
arah dia kepada Hana.
Ewah ewah!
Hana nampak tak puas hati. Tapi dia tak
membantah. Tali beg di bahu dibetulkan. Baru
mahu melangkah, Hadif sudah panggil semula.
“Hana! Terima kasih sebab suruh abang
stalk Sam ni tau.” Dia kerling aku. “Disebabkan
Hana, abang dapat jumpa Sam... dapat kenal Sam
dan dapat kahwin dengan Sam. Terima kasih,
dik!”
Hana mengangguk sebelum kerling ke
arah aku.
“Sam perempuan yang baik. Sebab dia,
Hana tak jadi bertunang dengan Shah. Hana
terhutang budi pada dia... Terima kasih, Sam.”
Ucapan dia kedengaran begitu ikhlas. “Kirim
salam pada Raisya...”
Lambat-lambat aku mengangguk.
Terharu!
“Jom!”
Sekali lagi dia tarik tangan aku.
“Biar benar!” gumam aku.
“Kenapa?” soal dia.
“Takkan aku... eh, takkanlah saya nak naik
156
Lynn Safiya
motor awak ni?” Aku tengok badan sendiri. Dia
ni biar betul! Aku sekeh karang! Eh, tak boleh!
Berdosa!
Dia tersengih tampan.
“Dalam kain tu ada pakai leggings kan?”
Aisey! Macam mana dia tahu?
“Sam suka dengan motor abang ni kan?”
Spontan tangan naik ke leher seakan nak
muntah. Abang? Eh ceh ceh.
Dia cubit pipi aku.
“Auwww...”
Tangan dia usap pipi aku. Tempat yang
dicubitnya tadi. Lembut aksi dia. Tak kasar
langsung.
“Sam suka dengan motor abang?”
Angguk. Mengaku jelah. Dah lama aku
simpan dendam nak tunggang motor dia. Lama
sangat! Kalau dapat chan merempit dengan
motor ni, oh alangkah indahnya dunia...
“Nak naik?”
Angguk lagi. Laju kali ni.
“Jom!”
Aku tak bantah lagi. Kain baju kurung aku
tarik tinggi. Helmet berwarna hitam disarungkan
ke kepala aku yang masih bertudung. Jaket kulit
157
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
yang juga berwarna hitam disarungkan ke tubuh
aku. Dari helmet ke jaket, aku dah sedondon
dengan dia. Matching gitu!
♫ Seiring dan sejalan, seindah
bunga di taman...
Bak burung nan megah, kanda ku
puja...
Bahagia kita berdua... ♫
Hah, kan dah keluar lagi biduanita
Sharifah Aini dengan Broery Marantika? Sengal
betul aku ni!
“Peluk abang kuat-kuat ya!” arah dia
sebaik aku dah elok duduk kat belakang dia.
Pap! Aku tepuk belakang tubuh dia. Dia
ketawa. Tanpa sedar, aku turut tersenyum.
Dan ketika motor mula meluncur laju,
pinggang lelaki yang baru menjadi suami aku,
aku peluk erat. Bukan sebab apa. Jangan fikir
sebab lain pulak. Aku takut jatuh je sebenarnya...
Chewah!
158
Lynn Safiya
Hadif
SUKAR UNTUK aku tumpukan perhatian,
dengan tangan halus dia melingkar kat pinggang
aku dan tubuhnya melekat kat belakang aku.
Rasa macam nak terbabas je motor aku ni.
Jauh aku bawa dia lari. Lari seketika
daripada ketidakadilan kehidupan yang dirasakan
Sam sejak berkurun lamanya. Aku nak dia lupa,
walaupun sekejap, beban yang ditanggungnya
bersendirian selama ini. Aku nak dia tinggalkan
dunia lama dia hari ini dan bawa dia ke dunia
baharu yang kini dah ada aku!
Aku bantu dia turun dari motor. Jaket
dan helmet dia aku tanggal. Saja mengada-ada
nak manjakan dia. Padahal aku tahu dia boleh je
tanggalkan sendiri.
“Jauhnya kita pergi...” bisik dia sambil
mata meliar ke sekeliling.
“Jom!” Aku tarik tangan dia. Dia pun tak
menolak. Suka agaknya aku pegang tangan dia.
Aku duduk atas dahan kayu besar yang
separa tertanam ke dalam pasir. Dia turut duduk
kat sebelah aku. Mata nampak teruja terhala ke
arah pantai.
“Kenapa tak ramai orang hari ni ek?” soal
dia.
159
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Hari ni kan hari Rabu. Orang kerja. Mana
ada nak datang piknik kat sini,” balas aku mesra.
“Ya tak ya...”
“Awak pernah datang sini?”
Dia menggeleng. “Kelakar kan? PD pun
saya tak pernah pergi...” Sayu nada suara dia.
“Betul-betul macam katak kat bawah tempurung
je saya ni.”
“Lepas ni, awak nak pergi mana-mana,
awak cakap je. Nanti abang bawakkan,” janji aku.
Dia tersenyum. Ya Allah! Manisnya...
Dalam sungguh lesung pipit kat pipi dia.
“Cantik awak pakai baju kurung hari ni,”
puji aku cuba nak alihkan topik.
“Ni baju Sya. Saya pinjam...”
Dia tarik tudung di bahagian dagu. “Rimas
arrr pakai tudung ni. Pakai topi lagi best!”
Aku menggeleng.
“Tak boleh ke?”
“Tak boleh, Sam. Awak dah jadi isteri
orang. Tak lama lagi nak jadi mak orang. Tak
mahu dah tomboi tomboi ni semua.”
Dia memuncung. Tak puas hati la tu! Aku
tayang sengih.
“Sam...”
160
Lynn Safiya
Dia mengangkat kepala.
“Macam mana Sam boleh terima abang
ek?”
Lama dia senyap. “Saya pun tak pasti...”
Aku telan rasa kecewa. Mungkin dia belum
bersedia untuk berkongsi rahsia hati. Namun aku
tetap bersyukur. Segala-galanya dipermudahkan
oleh Yang Maha Esa. Stalk punya stalk, tup tup
dia dah jadi isteri aku.
“Awak kerja apa sebenarnya, ek?” Dia
bertanya.
Aku ketawa. “Hai, dah kahwin baru nak
tanya. Kenapa sebelum ni tak nak tanya?”
Dia garu hidung. Nampak macam malu.
Nampak comel.
“Entah!” Jawabnya acuh tak acuh.
“Abang stalker profesional untuk Puan
Samiah,” seloroh aku.
Pap! Dia tampar lengan aku. “Betul-betul
arrr!” gerutu dia.
“Abang tauke kelab malam kat KL,” ujar
aku dengan wajah serius.
Pantas riak wajahnya berubah. “Apa?”
Matanya bulat. Wajahnya jelas kecewa dengan
jawapan aku. Macam nak menangis pun ada. Dia
tunduk. Mungkin menyembunyikan rasa terkilan
161
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
dan hampa dengan pilihan kerjaya aku.
“Abang guraulah...”
Dush! Kali ni lengan aku pula ditumbuknya.
“Aduh! Aduh... sampai hati tumbuk abang!
Tak padan dengan tangan tu kecik. Tumbuk
bukan main bisa lagi. Padanlah Shah tu menjerit
semacam lepas kena tumbuk!” ngomel aku sambil
mengusap lengan yang ditumbuk oleh Sam.
Riak wajahnya berubah sekali lagi. Kali ni
wajahnya tampak bersalah. Dia menggigit bibir.
“Sorry...” ucapnya meleret.
“Siapa ajar Sam tumbuk macam tu?”
“Abang Leman...”
“Kenapa?”
“Sebab dulu saya selalu kena kacau. Sya
pun. Saya ni, kena pukul pun pernah. Berdosa
besar agaknya jadi anak yatim kat Malaysia ni.
Jadi, untuk lindungi diri saya dengan Sya, Abang
Leman ajar saya sikit-sikit skil macam mana nak
pertahankan diri...”
Aku usap pipinya perlahan. “Kesiannya
isteri abang... Padanlah masa mula-mula kita
jumpa, awak ada tanya abang sama ada abang ni
diupah orang untuk pukul awak...”
Dia tersenyum. Hambar senyumannya.
Hambar bergaris sayu.
162
Lynn Safiya
“Siapa yang pernah pukul awak, Sam?”
Dalam suara aku. Mata tak berkalih dari wajah
dia. Misi membalas dendam ingin aku lancarkan.
“Tak payah tahulah. Lagipun, dia dah tak
tinggal kat kampung tu dah,” dalih Sam. Mungkin
gerun tengok wajah aku.
“Lepas ni, abang takkan izinkan sesiapa
pun pukul awak. Jentik pun abang tak bagi!”
Dia ketawa. Aduh... spontan bibir aku
tersenyum. Hailah Sam... apa yang kau dah buat
kat aku?
“Tak biasa pulak ada orang nak jaga saya.”
“Biasakan!” arah aku.
“Eh! Awak masih tak jawab soalan saya.
Awak kerja apa sebenarnya ni?” Dia soal semula.
“Abang tauke rangkaian Restoran Ayam
Penyet Antarabangsa.”
Terbeliak mata Sam. “Biar betul!”
Aku mengangguk. “Abang take over lepas
mak dan ayah abang meninggal 3 tahun lepas,”
jelas aku lagi.
“Bolehlah saya kerja kat restoran awak
nanti.” Sam tawar diri.
“Mana boleh?” Laju aku tolak.
“Alaaaa....”
163
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Aku cuit hidung dia. “Awak tu bini bos.
Jadi dengan serta-merta awak tu pun bos. Ada
faham?”
“Jadi?”
“Jadi awak goyang kaki jaga kedai jelah.
Awak nak jaga branch mana? Awak cakap je!”
“Tapi saya nak jadi tukang masak,” ujar
dia seakan tak puas hati. “Penat-penat belajar
tapi tak dapat nak tayang skil masak saya.”
“Awak jadi tukang masak kat rumah kita
jelah ya?”
Dia mencemik tanda tak setuju.
“Awak nak kerja ke, Sam?”
“Nak...”
“Awak dah lama sangat kerja. Dari zaman
awak sekolah lagi pun dah kerja. Abang nak awak
rehat je sekarang, Sam. Awak duduk je goyang
kaki. Biar abang yang jaga awak...”
“Hek-eleh. Saya muda lagilah, awak, nak
rehat bagai. Umur saya baru 22 tahun. Awak tu
yang dah tua!”
“Hei, tolong sikit ya! Abang baru 28 tahun
okey!”
Sam ketawa. Aku tatap wajah indah dia.
Nampak ceria. Nampak berseri. Seri pengantin.
Pengantin aku!
164
Lynn Safiya
“Abang suka tengok Sam macam ni.
Bebas...”
“Saya memang rasa bebas sekarang ni.
Rasa ringan. Mungkin... mungkin... awaklah
penyebabnya...”
Aku tergamam. Pujian pertama yang aku
terima daripada seorang isteri. Dia rasa ringan?
Aku pun rasa nak melayang je sekarang ni!
Aku usap pipi dia. “Awak penat? Jom kita
cari hotel?”
“Jom!” balas dia laju. Terkejut aku jadinya.
Ingatkan dia tak mahu. Ingatkan dia akan bagi
bermacam-macam alasan untuk tidak sebilik
dengan aku. Wah! Ini sudah bagus! Bulan dah
jatuh tergolek ke riba nampaknya! Yes!
165
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Bab 5
Sam
“NAH! Pakai T-shirt abang. Pakai
dengan leggings yang awak pakai
kat dalam kain tu.”
Aku sambut huluran tangannya. Rimas
jugak pakai baju kurung ni. Dah lama aku tak
pakai. Sejak tamat Tingkatan 5 agaknya.
Aku salin baju di dalam bilik air. Selesa
dengan baju-T suami aku sendiri. Besar gedabak
dan labuh. Memang taste aku.
Aku keluar dari bilik air. Tengok Hadif
dah tersandar lesu kat kepala katil. Matanya
terpejam. Dadanya berombak dengan ritma
yang cukup perlahan. Aku senyum. Mata begitu
enak menikmati pemandangan yang cukup
166
Lynn Safiya
mendamaikan hati. Siapa sangka? Mamat yang
sebelum ini asyik mengekor setiap gerak-geri
aku, akan menjadi pendampingku seumur hidup.
Perlahan-lahan aku duduk di birai katil
bersebelahan dengan dia. Hadif dah bersalin baju
nampaknya. Baju Melayu kini sudah berganti
dengan singlet berwarna putih. Otot di lengan
dan di dada yang selama ini terselindung di
balik baju kini jelas terpampang buat santapan
mataku. Perut dia berotot jugak ke ek? Teringin
nak tahu. Hehe...
Dia bertanya tadi, macam mana aku boleh
terima dia? Aku pun beberapa kali bertanya
soalan yang sama pada diri aku sendiri. Dan
jawapannya?
Sebab... aku tak pernah rasa takut
walaupun tahu dia sedang stalk aku... Malahan
aku rasa selamat tatkala aku tahu dia ada... Pelik
kan? Tapi tu hakikat.
Sebab... dia sama macam aku. Sanggup
berbuat apa saja demi melindungi adik kandung
sendiri. Dia ada Hana dan aku ada Raisya.
Sebab... dia sanggup nak tolong aku
sama-sama jaga baby Raisya... Hati siapa tak
cair, sedangkan dia tahu baby yang dikandung
Raisya tu, anak luar nikah?
Sebab... dia seorang saja yang sudi
167
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
melamar perempuan macam aku untuk jadi isteri
dia...
Dan... sebab aku tak boleh nak lupakan
dia... walaupun sesaat...
“Hadif...” seru aku perlahan.
Terkebil-kebil dia mencelikkan mata.
Tegak tubuh dia.
“Kenapa ni? Awak okey, Sam?” Wajahnya
nampak risau.
“Saya takut...” Teragak-agak aku mengaku.
Tangan kanan aku pulas dengan tangan kiri.
Tangan kanan aku diraih lalu digenggam
erat. “Awak takut apa, Sam?”
“Semuanya berlaku macam cepat sangat.
Awak tak main-main kan Hadif?”
“Tak... Abang tak main-main.” Dia
tersenyum. “Memang semuanya berlaku cepat
sangat, tapi abang yakin dengan apa yang abang
buat ni, Sam. Tak pernah abang seyakin ini.
Percayalah!”
Kata-kata dia bak bayu yang membelai
ke wajah. Rasa damai. Dan entah mengapa, aku
percaya akan kata-katanya.
“Awak tahu, masa abang stalk awak dulu,
abang rasa bersalah sangat pada Hana...”
“Kenapa?”
168
Lynn Safiya
“Sebab abang tak dapat nak benci pada
orang yang kononnya dah buat adik abang
bersedih. Sedangkan selama ni, abang pantang
kalau Hana tu bersedih...”
“Ohh...”
“Kali pertama awak terjah abang kat
restoran tu pun, abang cuba nak bencikan awak...
tapi abang tak mampu. Entah kenapa, abang tak
rasa yang awak ni jenis perempuan perampas
macam yang Hana cuba gambarkan pada abang.
Abang selalu percaya pada kata hati abang
sendiri... dan Alhamdulillah, apa yang abang fikir
tentang awak semuanya benar belaka...”
Khusyuk aku dengar dia bersuara. Suara
dia dalam. Kena dengan halwa telinga aku. Bisa
buat aku terbuai-buai.
“Lagi banyak abang tahu pasal awak,
lagi susah untuk abang lupakan awak. Terima
kasih sebab cuba kacau hubungan Hana dengan
Shah. Kalau tak, abang tak tahulah macam mana
kehidupan Hana nanti.”
Aku angguk.
“Walaupun saya tak rapat dengan Hana,
saya tak nak Shah rosakkan Hana sama macam
apa dia buat pada Sya. Dia bukan lelaki yang baik
untuk sesiapa pun. Saya tak dapat nak maafkan
dia sebab apa yang dia buat pada Sya. Kalau
169
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
saya tak fikir tentang Sya, mungkin saya dah jadi
seorang pembunuh! Saya kacau dia, sebab dia
macam tak rasa bersalah langsung dengan apa
yang dia dah buat... dan Sya seorang yang rasa
terseksa. Tak adil, awak!”
“Abang tahu, Sam...” setuju dia sambil
meramas tangan aku. “Sam, lepas baby Sya dah
lahir nanti, kita boleh je buat ujian DNA untuk
buktikan Shah yang rogol Sya...”
Aku tunduk.
“Sya tak nak... Saya dah banyak kali pujuk
dia sebelum ni, tapi Sya tak nak...”
“Kenapa?”
“Sebab dia takut yang Shah akan kata, dia
tak rogol, tapi hubungan diaorang suka sama
suka. Lagipun, memang Sya ikut Shah pergi ke
party tu. Dia pergi tanpa pengetahuan saya. Kat
situ, semuanya kawan Shah. Sorang pun Sya tak
kenal. Jadi, macam mana Sya nak buktikan tu kes
rogol?”
Dia mengeluh.
“Tapi saya yakin, Shah takkan terlepas.
Allah ada. Kalau dia terlepas kat dunia pun, kat
akhirat nanti, dia pasti akan dihukum.”
Dia elus pipi aku. Hari ni saja dah beberapa
kali dia usap pipi aku. Aku suka! Rasa macam dia
sayang sangat pada aku.
170
Lynn Safiya
“Sam, awak dan Sya cekal sangat. Abang
bangga isteri abang seorang yang kuat dan pada
masa yang sama, seorang yang sangat penyayang,”
pujinya. Kembang terasa di dada.
“Awak... saya nak terima kasih sangat kat
awak, sebab awak dah tunaikan impian saya nak
jaga sendiri anak saudara saya tu. Dia tak berdosa.
Kalau Sya serahkan baby tu kepada orang lain,
saya takut nanti saya akan selama-lamanya
tercari-cari dia atau tertanya-tanya apa yang
terjadi pada dia. Saya tak sanggup!”
“Abang faham, Sam. Abang faham...”
“Saya takkan maafkan diri saya sendiri
kalau orang yang ambik baby tu nanti, dera baby
tu, atau tak bagi kasih sayang yang mencukupi
pada dia,” sambung aku lagi.
Dia mengangguk tanda bersetuju dengan
pendapat aku.
“Lagi satu...”
“Apa dia?”
“Bukan susah untuk saya nak terima awak,
Hadif...”
Dia jongket kening. Menantikan aku
menjawab soalan yang ditanya sebentar
tadi. Aku mencari kekuatan. Kekuatan
untuk berterus-terang... Dan nafas aku hela
perlahan-lahan...
171
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Hadif
AKU PELUK dia erat. Dia menggumam sesuatu
sambil membetulkan letak duduk kepalanya
kat atas dada aku. Mungkin tidak suka tidurnya
diganggu. Namun aku tak dapat menahan diri.
Tidak mahu sebarang jarak, waima seinci, antara
aku dengan dia.
Alhamdulillah... Segala yang aku
bayangkan bersama Sam, tertunai sepenuhnya
hari ini. Sam... apa yang kau dah buat pada aku?
“Bro! Lu apa hal? Kat mana aku ada,
kau ada. Kat mana aku pergi kau pergi! Kau ni
kenapa?”
Aku tersenyum. Teringat kata-kata
pertama yang dilemparkan Sam ke arah aku. Sam
yang kasar... Sam yang ganas... Sam yang berani...
kini terkulai layu dalam pelukan aku! Terrer
jugak aku ni! Bisa tundukkan gadis seperti Sam!
Aku belai rambut ikal dia. Lembut menerjah ke
celah jari-jemari aku. Bak sutera... Dan fikiran
aku kembali ke bicara Sam beberapa detik yang
lalu... bicara yang membuat mulut aku ringan
untuk membongkar rahsia hati...
172
Lynn Safiya
“Bukan susah untuk saya nak terima
awak... Dalam diam, saya tahu awak jaga
saya. Awak ikut saya, tapi pada masa yang
sama, awak lindungi saya. Awak lindungi saya
daripada Shah... dan saya tahu yang dalam
diam, awak temankan saya balik dari restoran
setiap malam, dan awak jugak yang paksa mak
long serahkan geran tanah kebun arwah ayah
kepada saya...”
“Awak tahu?” soal aku.
Dia mengangguk. “Kenapa awak buat
semua tu, Hadif?”
“Sebab... abang tak dapat lupakan awak,
Sam. Walaupun cerita Hana dengan Shah dah
tamat, tapi abang tetap nak stalk awak. Rutin
abang dah berubah 100% sejak jadi stalker
awak. Dan abang rasa lain kalau abang tak
stalk awak...”
Dia diam.
“Lagipun, abang tak boleh duduk diam
lepas abang tahu yang awak dengan Sya dah
lama teraniaya oleh mak long awak sendiri.
Abang gertak dia sikit je, tapi dia yang takut
lebih...”
“Kenapa awak nak kahwin dengan
saya?” Sam menyoal.
“Sebab abang nak jadi orang yang
173
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
keringkan air mata awak, Sam. Masa awak
nangis sebab risaukan Sya, abang rasa buntu
sangat. Abang nak tenangkan awak, nak peluk
awak dan abang nak jadi orang yang lenyapkan
semua masalah awak dan abang nak jaga awak,
Sam... untuk selama-lamanya...”
Menitik air mata dia tiba-tiba. Mungkin
terharu dengan luahan hati aku. Kesian Sam.
Selama dia dengan Raisya hilang tempat
berpaut, Sam la yang menjadi ketua dalam
keluarga. Terpaksa belajar menjadi dewasa
pada usia yang masih mentah. Semuanya demi
Raisya. Aku usap air mata dia dengan jari aku.
Tidak suka melihat dia menangis.
“Kenapa awak setuju, Sam?”
“Sebab awak nampak ikhlas sangat
dengan saya. Awak nampak serabut bila saya
masih tak berikan jawapan, buat saya yakin
yang awak pun tak dapat lupakan saya, sama
seperti awak yang asyik muncul dalam ingatan
saya...”
Aku tersengih bangga. ‘Dia asyik
ingatkan aku? Wah! Rasakan penangan Mr.
Stalker! Chewah!’
“Awak asyik teringatkan abang ke Sam?”
Dia mengangguk tanpa berselindung.
Aku suka akan kejujurannya.
174
Lynn Safiya
“Awak syokkan abang?”
Dia menjeling. Aku ketawa sambil
mencuit hidungnya. “Abang memang sah-sahlah
syokkan awak. Dapat peluk sekali je hari tu,
mana cukup?”
Mulut dia ternganga. Mungkin tak
sangka yang aku akan ungkit episod aku peluk
dia ketika cuba nak leraikan dia daripada terus
menyerang Shah kut.
“Padanlah awak pakai baju yang
longgar-longgar ya Sam? Awak nak sorok
setiap lekuk kat badan awak ni. Tak tidur
malam abang sejak hari tu tau!” Semakin galak
aku usik dia. Pipi dia dah merah. Aku usap pipi
dia lembut.
Dari pipi, aku usap kepala dia. Dia tak
menolak. Dan senyuman dia buat aku bertindak
dengan lebih berani. Yang mengakibatkan Sam
kini sudah lena diulit mimpi.
Aku pasti kat luar sana dah senja. Berat
hati nak kejutkan dia, tapi aku tiada pilihan lain.
Dah jadi isteri, aku kena bimbing dia. Kejap lagi
dah nak maghrib. Perut dia pun mesti dah lapar.
“Sam... Sam...” bahu dia aku goncang
perlahan.
“Kejap arrr mak long...” gumam dia
dengan mata masih terpejam. “Kacau je! Orang
175
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
penat lagi ni...”
Alahai, kesiannya dia! Dah bebas daripada
cengkaman mak cik dia tu pun, masih lagi dia
teringat akan perempuan itu.
Aku cuba sekali lagi. Kali ini aku tak
goncang bahu dia, tapi aku kucup dahi dan pipi
dia silih berganti.
Mata dia tercelik. Membulat mata dia
tiba-tiba tengok aku kat sebelah dia.
“Bangun, Sam. Dah senja ni...” pujuk aku.
“Oh... hah... ya ya...” Gagap pulak dia
tiba-tiba. Selalunya melatah je. Aku tahu dia
malu. Aku tahu dia segan dengan aku. Tapi takpe.
Aku takkan sakat dia. Aku nak dia selesa dengan
aku.
“Sam, awak nak mandi dulu atau abang
dulu?”
“Errr... awak dululah...” jawabnya tanpa
memandang ke wajah aku. Aku lihat pipinya
sudah merona merah. Alahai comelnya Sam ni!
“Sam... awak tak perlu rasa malu. Awak
dah jadi milik abang...” bisik aku perlahan ke
telinganya. Sempat kepalanya aku usap lembut.
Dia diam. Mungkin dia perlukan ruang
untuk bersendirian.
“Abang mandi dulu ya?” Aku labuhkan
176
Lynn Safiya
kucupan hangat ke dahi dia sebelum bangun
untuk ke bilik air. Membiarkan dia menerima
dan membiasakan diri dengan semua yang
telah terjadi di dalam bilik hotel ini. Bilik yang
menempa kenangan terindah untuk aku dan dia...
177
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Bab 6
Hadif
“SAM... jangan nangis sayang...”
Pecah suara aku. Aku yang sedang
cuba pujuk Sam pun, terpaksa berperang dengan
air mata sendiri.
Terenjut-enjut bahu dia dalam pelukan
aku. Hanya tangisnya yang masih berlagu.
Sekali-sekala dia meraung kecil. Ya Allah...
beratnya dugaan-Mu kepada isteri ku...
Bayi yang dikandung Raisya lahir mati.
Stillborn. Mati bersama ibunya yang syahid
dalam perjuangannya untuk melahirkan insan
suci ke dunia ini. Cukup seminggu selepas aku
dan Sam diijabkabulkan, Raisya tumpah darah,
sedangkan masa untuk dia melahirkan belum
178
Lynn Safiya
tiba lagi.
Aku tongkat mata. Hana yang berdiri
di depan aku turut menangis. Basah pipinya.
Berkerut wajahnya berkongsi rasa sedih yang
ditanggung oleh aku dan Sam.
“Sam...” Itu saja yang bisa aku lafazkan.
Kata-kata apa yang perlu aku ungkapkan untuk
membelai jiwa Sam? Ada ke kata-kata yang
sesuai untuk memujuk suatu kesakitan yang
mencengkam diri Sam ketika ini? Semua yang
aku fikirkan, terasa begitu kejam. Menyuruhnya
untuk bersabar... Mampukah aku bersabar jika
dalam situasinya? Meminta agar dia reda... Itu
saja yang mampu dilakukannya sejak kehilangan
tempat untuk bergantung bertahun-tahun yang
lalu. Sam memang telah lama reda akan semua
ketentuan... dan pasrah dengan segala dugaan...
Maka tiada kata-kata yang bisa aku ucapkan
untuk tenangkan hati Sam. Langsung tiada!
Sam kehilangan adik... satu-satunya
keluarga kandung yang dia ada dalam dunia ni.
Adik yang ditatang bagai minyak yang penuh,
kini sudah tiada. Raisya sudah tiada...
Dan dia kehilangan anak... anak yang
mahu diangkat menjadi anak sendiri. Anak yang
disayangi sepenuh hati... Anak yang telah pun
diberi nama Aishah...
Tiada lagi bunyi sedu-sedan dari dada aku.
179
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Cuma bahu Sam yang masih terhinggut-hinggut.
Dan aku masih setia memeluknya. Ingin
meminjamkan sedikit kekuatan untuk dia terus
berdiri.
“Sam... abang ada kat sini... abang sentiasa
ada untuk Sam...”
Perlahan-lahan, dia tolak dada aku.
Terlerai rangkulan aku pada tubuhnya. Wajahnya
kekal menunduk.
“Lepas ni awak dah boleh pergi, Hadif.
Awak dah boleh tinggalkan saya...” ujarnya antara
esakan. Pipinya yang basah diusap kasar dengan
kekura tangan.
Bertaut kening aku. Apa dia cakap ni?
“Pergi? Nak pergi mana?”
Dia tongkat mata. Luluh hati aku lihat
kesengsaraan yang terbias di setiap rongga di
wajahnya.
“Sam...” Aku cuba untuk peluk dia semula,
tapi pantas dia mengelak. Jatuh semula tangan
aku ke sisi.
“Sebab untuk awak dan saya berkahwin
dah takde, Hadif. Baby dah takde. Jadi, awak tak
perlu untuk bersama saya lagi...”
“Apa awak cakap ni, Sam?” Aku raup
muka.
180
Lynn Safiya
“Betul la kan? Awak nak kahwin dengan
saya supaya saya dapat bela Baby Aishah kan?
Sekarang Baby Aishah dah takde. Dia dah takde!
Jadi untuk apa awak kekal bersama saya?”
Aku geleng kepala. Tak percaya dengan
apa yang meluncur dari bibir Sam. Hana pun
nampak terkedu. Dan untuk sekian kalinya, aku
tak bisa berkata-kata.
Sam berpaling dan aku tak bisa menahan.
Kaki seakan terpasak ke atas lantai. Minda tidak
mampu mencerna segala yang baru terjadi.
“Abang... kenapa abang tak kejar dia?”
soal Hana. Wajahnya jelas bimbang dan gelisah.
“Abang!” jerit Hana melihat aku tak bereaksi.
“Hesy!” dengus Hana. Dia terus berlari
mengikut jejak Sam. Untuk beberapa ketika aku
kekal berdiri di tempat ku. Dan tatkala minda
kembali berfungsi, kaki mula bergerak untuk
mengejar.
“Sam... besar betul dugaan kau, Sam...
tapi Allah uji sebab kau mampu... dan kau kuat.”
Sempat aku tangkap kata-kata Hana yang sedang
memaut bahu Sam di ruang menunggu ini. Ruang
yang hanya ada kami bertiga.
“Semuanya salah aku, Hana,” Sam
bersuara. Nada suaranya tiada emosi. “Masa dia
nak gugurkan kandungan dia dulu, aku tak bagi.
181
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Aku kata berdosa. Kalaulah aku tak bantah dulu,
pasti Sya masih ada dengan aku sekarang. Semua
salah aku, Hana. Salah aku!”
Hana menggelengkan kepala. “Tak,
Sam. Tak! Ni semua ketentuan Allah. Kau kena
terima...”
“Ni semua salah aku,” ulang Sam lagi. “Aku
selfish. Aku yang nak sangat baby tu. Kenapa aku
tak bagi je Sya gugurkan kandungan dia dulu?
Kenapa?”
“Ya Allah, Sam. Apa kau cakap ni? Kau
sedar tak apa yang kau cakap ni?”
Sam membenamkan wajah ke telapak
tangan. Esakannya kembali kedengaran. “Sya
dah takde, Hana... Adik aku dah takde. Aku yang
bunuh dia...”
“Ya Allah...” bisik Hana.
Hana menarik Sam ke dalam pelukan.
Dan bersama-sama, dua perempuan yang
mempunyai ruang kekal kat dalam hati aku ni,
menangis sambil berpelukan berdua. Aku hanya
mampu memerhati. Memerhati tanpa sedikit pun
menghiraukan air mata sendiri yang berderai
jatuh ke pipi.
182
Lynn Safiya
Sam
TERHUYUNG-HAYANG AKU bangun
dari tanah. Badan yang lemah masih tak stabil,
lebih-lebih lagi aku langsung tak endahkan
kemahuan perut selama ini. Makan tak tentu
dan minum hanya setelah tekak terasa perit. Aku
hanya melayankan kehendak hati. Kat sinilah
tempat aku saban hari sejak sebulan yang lalu.
Meratap... meratap... dan meratap...
Tetapi tidak lagi...
Aku luruskan pinggang.
“Akak balik dulu Sya. Akak rindu sangat
pada Sya... Terima kasih...”
Tanah perkuburan tempat persemadian
abadi adik kesayangan ku, Raisya dan anaknya
Aishah, aku tinggalkan. Kaki yang lemah aku bawa
ke luar pagar. Dari ekor mata, aku kerling ke arah
kanan. Kawasan sepi yang penuh dengan semak
belukar aku intai. Aku hela nafas yang panjang
sebelum gagah membawa kaki ke destinasi yang
sepatutnya aku tuju sebulan yang lalu.
“Assalamualaikum, abang...”
Riak terkejutnya mendengar gelaran yang
aku gunakan lekas-lekas disembunyikan. Dia
membalas ucap salam aku. Serak suara dia. Suara
yang aku rindu separuh mati.
183
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Mata aku meratah ke seluruh wajahnya.
Wajah yang berserabut... dengan tunggul-tunggul
tajam memenuhi rahang dan bawah dagu. Di
bawah matanya penuh lingkaran halus. Dahinya
bergaris. Rambutnya tebal dan panjangnya sudah
mencecah ke bahu.
Allahu! Apa yang aku dah buat pada suami
aku sendiri? Suami yang dengan sengaja aku
sisihkan. Ampunkan aku, ya Allah...
Dada yang berombak, aku cuba tenangkan.
“Abang masih stalk saya nampaknya...”
Aku cuba berjenaka. Sedikit pun dia tak senyum.
Matanya nan merah membelah ke mata ku.
Aku telan liur. Mencari kekuatan untuk
bersuara.
“Saya minta ampun dengan abang...”
Pecah suara aku tidak dapat meneruskan kata.
Terlalu hiba aku rasakan ketika ini. Aku cuba
sekali lagi. “Ampunkan saya sebab jauhkan diri
saya daripada abang...” bisik ku. Mata yang
ditongkat ke matanya penuh dengan sorotan
merayu.
Dia masih diam tak bersuara.
“Saya dah sedar sekarang. Semua yang
saya fikir tu salah. Saya terlalu emosi, sampaikan
saya tak sedar yang saya dah jauh tersasar dalam
fikiran saya... Saya terlalu ikutkan hati... dan
184
Lynn Safiya
akhirnya, saya semakin jauh daripada Allah.
Entah kenapa ujian kali ini terlalu berat saya
rasakan. Saya macam tak dapat terima...”
Hadif pejamkan mata. Namun sempat aku
tangkap kejernihan di matanya.
“Sya yang sedarkan saya. 3 hari
berturut-turut saya mimpikan dia. Dan hari ni,
saya nak merayu pada abang. Tolong terima saya
semula...” Air mata yang menitis aku biarkan
saja. Terketar lutut menantikan jawapannya,
namun rasa lemah yang mencucuk di setiap sendi
aku abaikan saja.
“Abang, saya...”
Dan sekelip mata kedua belah kaki sudah
tidak mencecah ke bumi. Bahagian depan tubuh
sudah melekap ke tubuhnya. Aku terpaksa
memaut lehernya. Aku paut seolah-olah tidak
mampu lagi untuk melepaskan dia. Dan segala
yang terpendam selama ini aku hamburkan di
lehernya.
Di sinilah aku patut labuhkan segalanya...
tapi aku pilih untuk berlari jauh...
Dengan dialah aku patut berkongsi
semuanya... tapi aku takut... takut untuk terima
dia...
“Abang...” bisik ku. “Boleh bawak saya ke
suatu tempat?”
185
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Hadif meletakkan kaki aku ke atas tanah.
Pelukan dirungkaikan. Suatu esakan kecil
terlepas dari celah bibir sebaik aku lihat pipinya
basah dengan air mata. Aku usap pipinya lembut.
Pantas dia genggam tangan aku lalu dibawa ke
bibir. Aku hanya biarkan kehangatan di tangan
menjalar ke segenap urat sendi aku.
Aku bisikkan sesuatu. Kepalanya
diangguk. Aku tunggu dia bersedia, sebelum kain
baju kurung aku angkat tinggi. Usai mengambil
tempat, aku peluk pinggang dia. Kuat. Dan sekali
lagi dia bawa aku berlari jauh...
Kuat tangan dia menggenggam tangan
aku masuk ke dalam bilik. Aku tidak membantah.
Sempat aku kerling ke sekitar bilik. Tiada
langsung yang berubah. Keadaannya sama
seperti ketika aku dan Hadif bermalam di sini
lebih sebulan yang lalu.
Tudung di kepala aku tanggal sebelum
duduk di birai katil. Aku tarik Hadif agar duduk di
sebelah ku. Aku tahu, banyak yang aku berhutang
dengan dia. Banyak sangat!
“Lepas Sya pergi, saya macam hilang
arah sekejap. Saya tak percaya dengan apa yang
terjadi pada saya dan pada Sya. Sakit yang saya
rasa masa tu, takkan boleh saya gambarkan
pada sesiapa pun. Saya jadi kaku... rasa numb
sangat dan saya rasa macam saya dah kehilangan
186
Lynn Safiya
segala-galanya. Bila abang kata abang ada untuk
saya, dan sentiasa ada untuk saya... tiba-tiba je
hati saya terdetik sesuatu...”
Aku tekup kedua belah pipi dia. “Tiba-tiba
saya terfikir yang bila-bila masa je, abang pun
boleh pergi tinggalkan saya... dan saya tak sanggup
lagi nak berhadapan dengan satu lagi kehilangan,
abang. Daripada saya hilang abang, baiklah saya
tak rasa apa-apa... Jadi saya tolak abang, dan saya
lari jauh daripada abang... Maafkan saya, abang,”
pinta ku dengan nada yang lirih.
“Tapi... sebulan tanpa abang, saya rasa
lebih sakit! Saya macam tak boleh bangkit.
Sehinggalah Sya datang dalam mimpi saya...”
Aku jatuhkan tangan lalu memejamkan
mata. Dan Sya yang hadir indah berpakaian serba
putih terlayar di ruang mata.
“Kak... Sya dah jumpa tempat Sya kat
sini.. Sya bahagia kak, dan Sya nak akak cari
kebahagiaan akak jugak... Pergilah kak...Cari
kebahagiaan akak sendiri. Redakan pemergian
Sya... Sya sayang sangat pada akak...”
Aku celikkan mata yang berkaca. “Dan
saya terus sedar yang kebahagiaan saya ada pada
abang. Saya tolak abang macam mana pun, saya
tak mampu nak berdiri tanpa abang...” luah aku
tanpa berselindung apa-apa lagi.
187
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Sya ada kat tempat yang lebih baik
sekarang. Siapalah saya nak persoalkan qada’
dan qadar Allah? Takkan saya tak bahagia Sya
mati dalam keadaan syahid macam tu?”
Dia usap pipi aku. Ya Allah! Rindunya
aku akan sentuhannya. “Saya perlukan abang...
abang sudi terima saya semula?” soal aku penuh
pengharapan.
“Sam... sebulan awak pergi ni, awak tahu
abang kat mana?”
Aku angguk. Ya aku tahu. Ke mana-mana
aku pergi, di situ dia ada. Setia memerhati
dan menjaga aku daripada kejauhan. Demi
menghormati permintaan aku, tidak sekali pun
dia menghampiri apatah lagi menegur aku. Yang
aku tahu, dia ada. Sentiasa ada...
“Jadi perlu ke Sam tanya abang soalan
tu?”
Mata yang menikam ke mata ku penuh
dengan rasa kasih.
“Abang tak kahwin dengan awak atas
sebab Baby Aishah. Abang kahwin dengan awak
atas sebab diri awak, Sam...”
Aku tunduk. Tak sanggup melihat garis
pilu di wajahnya. Garis yang aku sendiri tanamkan
tanpa sedikit pun rasa kasihan.
Dia tongkat dagu aku. “Abang tak boleh
188
Lynn Safiya
berhenti stalk awak sebab abang dah obsessed
dengan orang yang bernama Sam. Abang
memang tunggu awak sedar yang abang sentiasa
ada untuk awak, Sam. Always!”
Aku labuhkan kepala ke dada dia lalu aku
rangkul erat pinggang dia.
“Abang sayang sangat kat awak, Sam...
Sayang sangat!”
Aku cuba tahan tangis. Kuat aku pejamkan
mata. Nafas aku lepaskan perlahan-lahan.
“Dah lama abang tunggu awak, Sam.
Sebulan ni rasa terlalu menyeksakan...”
“Maafkan saya, abang,” pintaku sekali lagi.
Kepala aku dikucup lama.
“Abang maafkan tapi jangan buat abang
macam ni lagi. Cukuplah sekali. Abang tak
sanggup...” Rayuannya meruntun hati ku.
Aku angguk.
“Saya janji abang, saya takkan tinggalkan
abang lagi...”
Berat nafas dia. Seakan menambah beban
di hati ku. Tubuh yang aku dakap pun terasa
banyak susutnya. Aku yang bersalah. Semuanya
salah aku!
“Kalau ini mimpi, abang rela tak bangun
lagi sampai bila-bila...” bisiknya perlahan.
189
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Aku eratkan pelukan. Apa lagi yang bisa
aku ungkapkan selain kata maaf? Cukupkah
maaf itu meleburkan setiap kesakitan yang telah
aku palitkan ke hatinya? Mungkin kata cinta yang
tak pernah aku ungkapkan bisa merawat sedikit
lukanya. Bisakah? Aku berani mencuba. Matanya
aku cari.
“I love you, abang. Abang cinta pertama
saya, dan Insya-Allah, cinta yang akan saya
pegang sampai saya mati...”
Usapan tangannya di rambut ku terhenti.
Dia nampak tergamam dengan pengakuan aku.
“Sam...” bisiknya lirih.
“Saya takkan terima abang kalau bukan
sebab saya tak sayangkan abang. Saya boleh je
bela Baby Aishah seorang diri. Tapi saya gunakan
dia sebagai alasan untuk terima abang...”
“Sam... kita masih boleh ada anak kita
sendiri. Dan kita ada Hana...”
“Ya, abang. Tapi yang penting, saya ada
abang. Tak pasti untuk berapa lama Allah akan
pinjamkan abang pada saya, tapi selagi abang
ada, selagi tu saya takkan sia-siakan peluang yang
ada untuk bersama dengan abang... Cukuplah
saya dah bazirkan sebulan ni berjauhan daripada
abang,” lafaz aku sepenuh jiwa.
“Sebulan abang ikut awak, Sam... abang
190
Lynn Safiya
hanya mampu pandang dari jauh... tapi hari
ni, Allah dah kabulkan doa abang... Awak dah
kembali pada abang...”
Aku angguk. “Terima kasih, abang, sebab
tak pernah putus asa dengan saya, dan setia
tunggu saya selama ni.”
“Abang yakin awak akan sedar dan
balik pada abang. Cuma abang tak pasti berapa
lama masa yang awak akan ambil... Syukurlah
semuanya dah baik semula...”
Aku peluk dia sekali lagi. Ingin
melepaskan kemahuan di hati dan melampiaskan
rasa rindu yang terpendam untuk dia. Sabarnya
dia menunggu dan berdoa agar aku kembali
ke pangkuannya. Sedikit pun dia tak pernah
mendesak. Membiarkan aku melayani rasuk
di hati. Tidak mahu aku semakin menjauh
seandainya dia terlalu memaksa dalam bicaranya.
Maka aku dibiarkan bersendirian. Walaupun
perit, namun keperitan itulah yang membawa
aku berlari pulang kepadanya.
Sepanjang aku hilang dalam kesesatan,
langkah aku sentiasa beriringan. Deruman
enjin motornya pasti menghadirkan rasa tenang
di dada, walaupun aku langsung tak mahu
memandang ke arah dia. Aku tak perlu cari figura
serba hitam dia, tapi aku tahu dia ada. Sentiasa
melindungi dalam diam, selalu memerhati dalam
191
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
doa.
Semua yang terjadi dalam hidup aku
mempunyai impak yang berbeza. Kerana Shah,
adik aku binasa... tapi kerana Shah jugalah aku
bertemu dengan Hadif... My Mr. Stalker!
192
Lynn Safiya
Bab 7
Hana
“SYA... papa dengan mama Sya
ni, dua-dua gila. Jangan kawan
dengan diaorang tau! Kawan dengan mak su
sorang je.” Sengaja aku kuatkan suara. Mahu
abang serta kakak ipar aku dengar akan bicara
aku.
Sam masih melipat tangan ke dada dengan
wajah yang masam. Sempat dia jeling aku. Abang
aku si Hadif pula, masih dengan muka ketat dia.
Tak puas hati la tu!
Si kecil Raisya sudah tergelak seolah-olah
tahu aku sedang berjenaka. Aku buat-buat ketawa
sambil labuhkan ciuman ke pipi tembam Raisya.
“Hah, betul kan Sya? Sya setuju kan dengan apa
193
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
yang mak su cakap ni?”
“Diamlah, Hana!” gerutu Hadif.
“Eh, kenapa Hana kena diam pulak?
Abang marah pada Sam, jangan nak lepas pada
Hana ya!” bantah aku.
“Abang tak marah kat Sam la!” tangkis
Hadif. Nada suara dia sudah mengendur.
Matanya kini merenung ke wajah Sam.
“Yalah tu!” Kali ini, Sam yang bersuara.
Mata sudah dijuling ke atas.
“Sam... mana ada abang marah? Abang
tak marahlah...”
“Huh!” dengus Sam.
Aku sembunyikan senyum. Comel betul
Sam ni kalau tengah merajuk dengan Hadif. Tak
padan dengan perwatakan tomboi yang sebati
dengan jiwanya selama ni. Perlahan-lahan,
dia berubah menjadi seorang perempuan yang
feminin, demi cintanya terhadap Hadif. Aku
respect gila dengan Sam. Untung Hadif dapat
isteri seperti Sam, yang sanggup berkorban apa
saja demi orang yang dicintainya.
“Hana, cakap pada abang kau, lepas ni
kalau dia stalk aku lagi, aku takkan balik rumah
dah!” arah Sam kepada aku meminta agar aku
menjadi posmen. Aku kerling ke arah Hadif.
Terkejut beruk rupa dia mendengar kata-kata
194
Lynn Safiya
Sam.
Aku layankan saja fiil Sam yang ala-ala
merajuk dengan Hadif ni. “Abang, Sam kata...”
“Hana!” celah Hadif. “Cakap pada Sam,
kalau dia tak balik rumah, abang akan ikut dia
ke mana saja dia pergi!” Tak berkalih mata Hadif
dari wajah Sam. Hailah abang aku sorang ni...
Tak sudah-sudah nak stalk si Sam. Mengalahkan
bayang-bayang! Kalau aku jadi Sam pun aku akan
rimas!
“Hana, cakap pada abang kau, kalau...”
Sam sudah membuka mulut.
“Hesy, dahlah!” potong aku laju. “Ingat
Hana ni apa? Sam kat sini, abang pun kat
sini. Cakap sendiri jelah! Malas Hana nak jadi
posmen!”
Aku bangun. Raisya dalam dukungan
aku tepuk perlahan. Mata si kecil sudah luyu.
Langsung tidak kisah dengan drama sebabak
antara papa dengan mamanya. Perlahan-lahan
aku enjut. Nak cuba tidurkan dia. Aku berjalan
menuju ke jendela tapi mata masih terarah ke
arah Sam serta abang ku. Sibuk jugak aku nak
tahu apa kesudahan drama mereka berdua ini.
Hehe...
“Sam...” Aku dengar Hadif cuba memujuk
Sam. Dia melangkah mendekati Sam. Lengan
195
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Sam disentuh. “Abang bukan sengaja nak stalk
awak. Abang cuma risaukan awak je...”
“Tipu! Nak risaukan apa? Saya dah kata
yang saya nak pergi jumpa Abang Leman je
kan? Abang pun dah izinkan saya jumpa Abang
Leman. Tapi, abang ikut jugak saya, kenapa?
Abang sebenarnya tak percayakan saya, kan? Tu
sebab abang curi-curi ikut saya!” tuduh Sam pula.
“Lepas tu marah bila saya balik lambat hari ni!”
Aku geleng kepala. Macam-macam si
Hadif ni! Sudah-sudahlah tu jadi stalker. Kesian
kat Sam. Rasa bersalah pulak aku ni sebab aku
yang suruh Hadif stalk Sam dulu. Sekarang dah
tak boleh nak stop.
“Bukan macam tu. Abang percayakan
Sam, tapi...”
“Tapi apa?” soal Sam.
“Abang tak percaya kat Abang Leman
tu!” dengus Hadif. “Dia tu menduda dah lama...
abang takut dia lebih-lebih pulak dengan awak,
Sam. Hari tu pun, kat depan abang, bukan main
dia puji awak. Kata awak cantiklah, manislah, tak
macam mak oranglah... Sakit hati abang ni tahu
tak?” gerutu Hadif tak puas hati.
“Hesy abang ni! Dia bergurau jelah!”
“Yalah tu bergurau! Mata dia dah pandang
awak lain macam dah, Sam. Atas bawah, atas
196
Lynn Safiya
bawah dia pandang awak. Awak tu je yang tak
perasan.”
Aku dengar Sam mengeluh. “Susahlah
abang ni!”
“Abang minta maaf. Lepas ni, kalau abang
nak stalk awak, abang janji akan cakap dulu. Tak
buat sembunyi-sembunyi macam tadi dah!”
“Kenapa masih kena stalk saya? Tak
payah stalk langsung boleh tak?” Nada tak puas
hati dilantunkan Sam.
“Sam...” Hadif sudah mahu membantah.
“Berhenti stalk saya!” serius nada Sam
dalam memberikan arahan. “Saya dah jadi isteri
abang pun kan? Sya pun dah 6 bulan. Abang ni
kenapa masih kena stalk saya?”
Kali ini Hadif pula mengeluh. “Sumpah!
Abang ikut bukan sebab abang tak percayakan
awak, Sam. Cuma abang rasa puas dapat jaga
awak dari jauh. Awak tu bukan saja isteri abang,
Sam, tapi awak mama Sya jugak. Macam mana
abang nak jawab pada Sya kalau abang tak jaga
mama dia baik-baik?”
Eh ceh ceh! Aku mencebik. Pandai betul
Hadif bagi alasan! Menggunakan Raisya sebagai
umpan.
“Abang ni... Janganlah macam tu,” suara
Sam sudah mengendur. “Saya boleh jaga diri
197
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
saya sendiri. Kalau saya perlukan abang, saya
akan minta abang temankan saya. Tapi tolonglah
jangan buat macam ni lagi,” pinta Sam.
Hadif diam. Kali ini Sam pula yang
memaut lengan Hadif.
“Abang...”
“Susah abang nak stop, Sam. Abang
dah biasa.... Dan abang suka sangat ikut awak.
Teringat kisah kita dulu-dulu tu. Kalau boleh,
abang tak nak lupa...”
“Kita takkan mampu lupa, abang. Tu
semua dah jadi kisah manis kita berdua dan satu
hari nanti, kita boleh cerita pada Sya macam
mana papa dia, boleh ikut cakap mak su gila dia
untuk stalk mama!”
Hah? Mak su gila? Ewah ewah! Apasal
aku boleh masuk dalam ini cerita?
Sam jeling aku. Macam tahu aku sedang
pasang telinga. Aku jelir lidah. Uwek!
“Tapi sekarang abang tak payahlah buat
macam tu lagi... Okey abang?” Lembut suara
Sam. Nada memujuk.
Lambat-lambat Hadif mengangguk.
“Okey...” Macam nak tak nak je Hadif bersetuju.
Hehe. Padan muka Hadif. Stalker gila!
“Hah, macam tulah!” sampuk aku. “Tak
mahu gaduh-gaduh lagi. Pening kepala Hana ni
198
Lynn Safiya
tau!”
Hadif sudah bercekak pinggang. “Hana,
boleh tak keluar dari bilik abang ni? Sibuk je!
Bawak Sya sekali. Abang nak bercinta dengan
isteri abang pun tak senang!” ngomel Hadif.
“Eeeei abang ni! Tak senonoh!”
Sam pun dah tampar lengan Hadif tanda
bersetuju dengan pendapat aku.
“Abang jangan macam-macam. Sya ni
baru 6 bulan, tau. Jangan nak bercinta sangatlah!”
sindir aku. “Kesianlah kat Sam yang kena jaga
Sya, tapi pada masa yang sama, kena jugak jaga
suami kepala senget macam abang ni!” sindir aku.
Sam dah tersengih suka. Dia kenyit mata
kat aku.
“Amboi Hana! Mulut tu bukan main lagi.
Abang kahwinkan Hana dengan Abang Leman
karang baru tau!” ugut Hadif. “Confirm setahun
satu Hana akan beranak! Yalah, Abang Leman
tu kan dah lama menduda. Kalah abang dengan
Sam nanti!”
Aku terkejut. Mulut dah ternganga.
Hampir-hampir aku mahu menjerit namun
mengenangkan Raisya yang sudah terlena, aku
tahan diri. Sam dah ketawa tengok muka aku
yang dah mencuka semacam. Dia mengangkat
ibu jari tanda ‘bagus’.
199
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Benci abang!” gerutu aku sebelum
membawa Raisya keluar dari bilik Hadif dan Sam.
Di jenang pintu, langkah aku terhenti
mendengar Hadif memanggil nama aku.
“Tahu takut...” ujar Hadif meleret. Bibir
sudah menyengih. “Sam, jom kita pergi pinang
Abang Leman untuk Hana nak? Takdelah Abang
Leman asyik kacau isteri abang lagi lepas ni,”
gertak Hadif. Sam sudah menekup mulut dengan
tangan. Terenjut-enjut bahunya menahan tawa.
“Mimpi jelah abang tu yang Abang Leman
nak kat Hana. Dia baru je cakap kat Hana hari tu,
yang dia menyesal tak mengurat Sam masa Sam
kerja kat restoran sebelum ni.”
Seperti yang aku sangka, wajah Hadif
berubah tegang. Aku selambakan wajah. Siapa
yang takut sekarang hah?
“Abang, jangan percaya cakap Hana. Tak
betul tu,” bidas Sam laju.
Aku jongket-jongket kening.
“Okay, that’s it. Abang cancel persetujuan
abang tadi! Abang takkan berhenti stalk awak,
Sam.”
Sam ternganga. Aku gelak kuat. Lupa
seketika Raisya yang lena dalam dukungan aku.
Nasib baik dia tak terjaga.
“Hana! Apa ni? Kenapa aku pulak yang
200