The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itasukri, 2020-12-24 01:26:55

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Lynn Safiya

kena?” soal Sam tak puas hati.

“Gurau je, Sam. Sorry,” ujar aku. Aku
mengalihkan pandangan ke arah Hadif. “Abang
ni teruk betul la! Cemburu tu, boleh tak control
sikit? Orang perempuan ni, tak suka dapat laki
yang kuat cemburu tau. Boleh gila! Silap-silap,
Sam ni boleh lari tinggalkan abang. Padan muka!”
Aku cocok jarum.

“Errr... betul ke Sam?” soal Hadif. Muka
dah panik semacam.

Laju Sam angguk kepala.

“Okeylah, okeylah...” Hadif beralah. Bahu
Sam dirangkul lalu ditarik rapat ke dada. “Abang
tak buat lagi. Jangan tinggalkan abang okey Sam?
Cukuplah sekali dulu...” Suara Hadif melirih.

Sam membalas rangkulan Hadif. Matanya
terpejam. Pasti terkesan dengan rayuan Hadif.

Aku memandang mereka sayu. Aku
mengerti kini. Ternyata perginya arwah Raisya
dulu telah meninggalkan kesan yang teramat
dalam pada Sam. Dia hanyut dan sesat seketika.
Akibatnya, abang aku hidup seakan mati
walaupun masih bernyawa.

Aku hanya mampu memandang dan
memberikan semangat kepada Hadif. Tak
putus-putus aku memberikan keyakinan
kepadanya bahawa Sam akan pulang ke

201

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

pangkuannya suatu hari nanti. Dan sejak mereka
kembali bersatu, Hadif begitu sukar untuk
‘melepaskan’ Sam. Hilang sekejap daripada
pandangan mata pun Hadif dah macam cacing
kepanasan.

“Kan saya dah janji...” bisik Sam. “Saya
takkan tinggalkan abang lagi...”

Aku tersenyum. Aku kerling ke wajah si
kecil Raisya dalam dukungan, yang saling tak
tumpah dengan wajah Raisya, arwah adik Sam.

“Jom, sayang. Kita tinggalkan mama
dengan papa kejap ya. Diaorang nak bercinta.
Tak mahulah kacau orang nak bercinta, kan? Jom
tidur dengan mak su ya?” Sekali lagi aku cium
pipi Raisya dan aku titipkan bacaan Al-Fatihah
untuk arwah Raisya.

‘Damailah kau di sana, Sya. Kakak kau,
Sam dan abang aku, Hadif, bahagia kat sini. Aku
bertuah sangat sebab dapat berkongsi bahagia
dengan mereka. Kau tak payah risau sebab Hadif
sayang sangat pada Sam dan dia jaga Sam dengan
baik sekali. Kau mesti happy kalau kau tengok
Sam yang sekarang. Shah pulak dah terima
balasan dia atas kesalahan memiliki pil larangan
dan juga jenayah rogol. Nasib kau dah terbela,
Sya! Dan anak saudara kita berdua ni, akan
membesar dengan penuh kasih sayang, Sya. Tu
aku janji dengan kau! Dan suatu hari nanti, aku

202

Lynn Safiya

akan ceritakan pada baby Raisya tentang mak su
dia yang lagi satu. Yang berkongsi nama dengan
dia... Nama yang cukup indah... Raisya...’

~ TAMAT ~

203

Hana & Zaim

Lynn Safiya

Bab 1

“SORANG je hari ni?” soal Hana
mesra sambil meletakkan set ayam
penyet yang dipesan oleh pelanggan yang boleh
dikatakan tetap juga. “Selalunya berteman.”
“Haah. Suami Zara outstation seminggu,”
jelas wanita muda yang bernama Izara ini. Bibir
sudah tersenyum manis.
“Baby nak makan ayam penyet ya hari
ni?” Hana bertanya lagi. Senang dengan peribadi
Izara yang mula dikenali sejak 6 bulan yang lalu.
Sejak Izara mengandung, restoran ini sering
dikunjunginya. Kadang-kadang sekerap dua
kali seminggu sehinggakan mereka sudah mula
memanggil masing-masing dengan nama mesra
sahaja. Tiada lagi ‘puan’ ataupun ‘cik’ ketika
berbahasa.

205

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Izara ketawa. Perut yang membukit
diusap perlahan. “Haah. Baby mengidam nak
ayam penyet yang paling sedap kat Malaya ni,
sampaikan papa dia takde pun dia nak makan
jugak,” gurau Izara.

Manis senyuman di bibir Hana. “Okey,
jemput makan Zara. Kalau nak apa-apa lagi,
panggil Hana ya.”

Izara mengangguk kecil. Hana berlalu ke
kaunter pembayaran. Walaupun dia merupakan
bos kecil di cawangan Restoran Ayam Penyet
Antarabangsa ini, namun dia tidak kekok untuk
bertugas sebagai pelayan juga. Dia ringan tulang
membantu para pekerjanya, terutama pada
waktu puncak begini.

Pintu restoran yang terbuka membuat
Hana panggung kepala. Lebar senyumannya.
“Sya!” serunya kuat. Bergegas dia ke hadapan
kaunter. “Rindunya kat dia!” Hana menghulur
tangan untuk mengambil anak saudaranya,
Raisya, daripada dukungan kakak iparnya, Sam.
Kucupan bertalu-talu berlabuh ke pipi Raisya kiri
dan kanan.

“Over kau ni, Hana. Baru jumpa pagi tadi
takkan sekarang dah rindu?” tegur Sam sambil
menggelengkan kepala.

“Dah 4 jam, kut. Mestilah rindu!” tekan
Hana. Mata masih tidak berkalih dari wajah

206

Lynn Safiya

kesayangannya.

Sam bergerak ke belakang kaunter. “Aku
ada tertinggal barang kat dalam laci ni. Aku
singgah sebab nak ambik tu je,” jelas Sam.

“Tertinggal apa?”

“Kunci rumah arwah ayah aku kat
kampung,” jelas Sam. Rumah arwah ayah Sam
sebelum ini telah dijual kepada orang lain oleh
mak cik Sam. Namun, abangnya Hadif, telah
berjaya mendapatkan rumah itu kembali untuk
Sam.

Berkerut dahi Hana. “Kau nak balik
kampung ke? Kan kau baru je balik hari tu.”
Seingat Hana, Sam dengan suaminya, Hadif, baru
saja pulang ke kampung Sam untuk menziarahi
pusara arwah adik Sam, Raisya. Jadi, dia tak fikir
Sam mahu ke sana dalam masa terdekat ini.

“Taklah... Aku nak simpan kunci ni
kat rumah. Takut aku lupa,” balas Sam. Hana
mengangguk tanda memahami.

Seketika itu, mereka dikejutkan dengan
bunyi gelas yang jatuh berkecai ke atas lantai.
Pantas Hana mengalihkan mata. “Ya Allah!” Laju
saja Hana menyerahkan si kecil dalam dukungan
kembali kepada Sam. Bergegas dia ke meja Izara,
diikuti Sam.

“Zara! Kenapa ni?” Panik Hana menyoal.

207

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bahu Izara disentuh lembut. Wajah Izara yang
berkerut seribu sambil menekan ke perut
mengundang perasaan yang tidak enak di hatinya.
Para pengunjung lain pun ralit memerhati.

“Zara tak tahu. Tiba-tiba je Zara rasa sakit
kat perut ni,” Izara mengadu.

“Nak pergi hospital tak?” tanya Hana.
“Hana boleh tolong bawakkan.”

“Elok jugak tu, Hana. Kau pergilah. Aku
boleh tengok-tengokkan kedai ni,” saran Sam.

“Boleh jugak,” jawab Izara lemah. Dia
cuba bangun. Hana bersedia untuk membantu.

“Betul Sam?” tanya Hana inginkan
kepastian. Kasihan pula kakak iparnya itu.
Tiba-tiba kena jadi bidan terjun. “Sya macam
mana?”

“Tak payah risaulah, Hana. Aku okey. Kau
pergi je.”

“Okay, thanks, Sam!” ucap Hana.

Sam hanya mengangguk. Wajahnya turut
terpalit rasa bimbang. Bimbang akan keadaan
pelanggannya yang tiba-tiba sakit ketika sedang
menjamu selera di restoran mereka ini. Sam
berjalan ke bahagian dapur sebelum menyeluk
kocek seluar sleknya. Laju jarinya dilarikan ke
atas skrin.

“Assalamualaikum buah hati abang!”

208

Lynn Safiya

Suara Hadif lembut kedengaran di hujung talian.
“Abang!” kuat suara Sam. Dek kerana rasa

panik, salam suaminya langsung tak dibalas.
Spontan tangan menjarakkan telefon dari

telinga. “Aduh, Sam! Tak boleh jerit kuat lagi ke?
Abang rasa tauke kedai ubat kat hujung tu tak
dengar Sam panggil abang,” sindir Hadif.

Sam sudah menjuling mata ke atas.
“Abang...” meleret suara Sam. “Datang sini boleh
tak?”

“Sini tu kat mana?” soal Hadif pura-pura
tidak tahu.

“Branch PJ.”
“Branch Hana? Kenapa?”
Sam membuka mulut. Menceritakan
kepada si suami segala yang baru terjadi. “Hana
bawak dia pergi hospital. Sya ada dengan saya ni.
Orang tengah ramai. Abang datang sini boleh?”
“Boleh, sayang. Sekelip mata abang
sampai, ya?”
“Okey, bang,” lega Sam membalas sebelum
mematikan talian. Telefon kembali disimpan
ke dalam kocek. Pintu dapur yang memisahkan
ruang dapur dengan ruang utama restoran
dibuka. Kaki yang baru mahu melangkah pegun
tiba-tiba.

209

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Ternganga mulutnya.
Hadif sudah menyengih di depan mata.
Tangan Sam ditarik masuk kembali ke dalam
dapur.
“Macam mana... macam mana abang ada
kat sini?”
Barisan gigi yang putih masih ditayang.
Hadif menggaru kepala yang tidak gatal.
“Abang stalk saya?” Keras suara Sam.
Muka dah kelat semacam.
Hilang sengihan di wajah Hadif. “Eh!
Mana ada?”
“Habis tu?”
“Errr... abang memang tengah buat
lawatan kawasan. Semalam kan abang buat
lawatan terkejut kat branch kita kat Bangi. Hari
ni kebetulan abang nak datang sini. Hehe...”
Sam memandang Hadif melalui ekor
mata. Kecik besar kecik besar je Hadif kelihatan
dari celah kelopak matanya. Sedikit pun dia tak
percaya akan kata-kata suaminya yang memang
terkenal dengan sifatnya yang suka mengekor
setiap gerak-gerinya itu. Mr. Stalker la katakan!
“Betul, Sam. Sumpah!”
“Jangan nak sumpah sangatlah,” sindir
Sam. “Karang kena gigit dengan sumpah-sumpah

210

Lynn Safiya

baru padan muka!”
“Sampai hati Sam suruh sumpah-sumpah

gigit abang...” Ada nada rajuk pada suara Hadif.
Wajah konon-konon berkecil hati ditayang. Tak
boleh blah langsung si Hadif ni.

“Hesy! Mengada-ada!” dengus Sam. “Nah,
jaga Sya! Saya nak ke depan,” arah Sam sambil
menyerahkan si kecil kepada Hadif.

“Sya... mama tu asyik nak tuduh-tuduh
papa je tau. Kesian papa!” adu Hadif dekat di
telinga anak kecilnya. “Mana ada papa stalk
mama? Sebenarnya kan, papa memang tahu
mama dengan Sya nak datang sini. Kan mama
dah cakap pagi tadi. Jadi kalau papa datang sini,
tu bukan maknanya papa stalk mama kan? Kan?”

Sengal betul si Hadif ni! Macamlah si kecil
Raisya yang baru berusia 8 bulan boleh membalas
kata-katanya.

211

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bab 2

SUDAH tiga kali Hana mendail
nombor yang diberi oleh Izara, namun
panggilannya kekal tiada jawapan. Menurut
Izara, tuan punya nombor ini merupakan adik
iparnya yang bernama Zaim. Izara tidak mahu
menghubungi suaminya, Amzar, yang kini berada
di Jakarta. Tidak mahu Amzar terganggu dengan
kerjanya akibat terlalu bimbang akan keadaan
dirinya.
‘Manalah mamat nama Zaim ni, ek? Fine!
Aku cuba one last time. Kalau tak dapat jugak,
aku give up!’ gumam Hana.
Lima deringan. Dan tiba-tiba... “Helo!”
Kasar suara garau lelaki yang menjawab. “Tak
faham-faham ke? Kalau aku tak angkat fon,
maknanya aku tak nak cakap dengan kau! Yang

212

Lynn Safiya

kau asyik telefon aku ni kenapa?” jerkah Zaim.
Layanan yang sering diberikan kepada setiap
pemanggil daripada nombor yang tidak tersenarai
dalam lis kontak di telefonnya.

“Amboi! Cantiknya bahasa!” dengus Hana.

“Kau siapa? Nak jual insurans ke? Atau
nak tawar aku kad kredit? Personal loan maybe?”
sinis Zaim bersuara. “Atau scammer yang nak
kata aku ada hutang tertunggak dengan bank?”

Perlahan-lahan Hana melepaskan nafas.
Ingin mencuri sedikit kesabaran. “Encik Adam
Zaim, adik kepada Encik Adam Amzar dan adik
ipar kepada Nur Izara Raisya, kan?” Sengaja
Hana menggunakan nama penuh Zaim dan juga
Izara serta suaminya. Dan siapa sangka nama
penuh Izara rupa-rupanya Nur Izara Raisya?
Raisya... yang juga merupakan nama arwah adik
Sam, dan anak perempuan Sam kini. Adakah ini
semua kebetulan?

Terkedu Zaim di hujung talian mendengar
suara gadis yang kedengaran sedikit cemas.
“Errr... ya saya!” Nada suara sudah banyak
mengendur.

“Saya Hana. KJMC now! Zara sakit!” Laju
Hana melontarkan arahan sebelum mematikan
talian. Skrin iPhone 11nya dipandang. ‘Kalau kau
boleh kurang ajar dengan aku, aku pun boleh
kurang ajar dengan kau!’ Puas rasa hatinya!

213

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Hana bersandar ke dinding. Setia
menunggu sebarang berita tentang Izara. 10
minit berlalu dan rasa khuatir semakin kuat
mencengkam.

“Cik, cik ke yang datang bawak Puan Izara
ke sini tadi?” seorang doktor yang baru keluar
dari bilik rawatan menyoal.

“Ya, saya,” balas Hana. “Puan Zara okey
ke?”

“Dia okey. Cik pernah dengar pasal
Braxton Hicks contractions?”

Hana mengangguk. Sam dulu ketika
mengandung pun, pernah mengalaminya.

“Tadi tu, kali pertama Puan Izara rasa.
Jadi, takde apa-apa yang perlu dirisaukan ya.
Cik boleh masuk sekarang,” pelawa doktor tadi.
Tangan diisyaratkan ke arah pintu.

“Oh, Alhamdulillah. Terima kasih, doktor,”
ucap Hana. Lega betul hatinya mendengar
tentang keadaan Izara.

Hana menyusun kaki masuk ke dalam bilik
yang ditunjuk oleh doktor tadi. Kelihatan Izara
sedang bersandar dengan kedudukan kepala katil
yang telah ditegakkan sedikit. Katil Izara dirapati.

“Zara... syukur semuanya okey,” ujar
Hana.

Izara menggenggam tangan Hana.

214

Lynn Safiya

“Terima kasih, Hana. Zara bersyukur
sangat. Kalau Hana takde tadi, tak tahulah Zara
macam mana!”

“Eh, takde apa-apalah... small matter!”
“Maaf tau, sebab dah susahkan Hana.”
“Janganlah cakap macam tu. Sesiapa kat
tempat Hana pun akan buat perkara yang sama.
Lagipun, manalah tahu esok-esok, Hana pulak
yang perlukan bantuan Zara?”
Izara membalas senyuman Hana. Tangan
Hana semakin erat digenggam. “Hana dah dapat
call Zaim?”
Hilang senyuman dari wajah Hana
mendengar Izara menyebut nama lelaki kerek
tadi. “Errr, dapat. Kejap lagi dia sampai kut.
Takpe, Zara jangan risau. Hana akan temankan
Zara sampai dia datang ya.”
Riak lega menghiasi wajah.
“Thanks, Hana. Errr... Yang tadi kat
restoran tu, anak saudara Hana ke?”
Manis senyuman di bibir Hana
terkenangkan si kecil Raisya. “Haah. Yang
dukung dia tadi tu, kakak ipar Hana. Baby tu,
nama dia Raisya.”
Membulat mata Izara. “Raisya?”
Hana tergelak kecil. “Hana tahu. Macam

215

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

nama Zara kan?”

Laju kepala Izara mengangguk.

“Nak tahu kenapa nama dia Raisya?”

Sekali lagi Izara mengangguk. Entah
mengapa Hana berasa selesa sangat ketika
bersama Izara sehinggakan dia tidak kekok untuk
berkongsi cerita tentang keluarganya. Jarang
sekali dia berasa begini. Mungkin kerana aura
Izara yang dirasakan sentiasa tenang, membuat
dia percaya akan keikhlasan wanita itu. Dan
Hana mula bercerita tentang arwah Raisya,
yakni adik Sam dan secara tidak langsung, Hana
terpaksa bercerita juga tentang bekas tunangnya,
Shah. Shah, seorang lelaki bertopengkan syaitan,
sanggup menodai arwah Raisya dan membiarkan
Raisya menanggung akibatnya berseorangan.

“Ya Allah, sedihnya...” Mata Izara berkaca.
“Zara doakan anak saudara Hana akan membesar
menjadi seorang muslimah yang berjaya di dunia
dan di akhirat...”

“Amin... thanks, Zara!” ucap Hana sayu.
Hana mahu menyambung kata, namun pintu
bilik yang menempatkan Izara tiba-tiba ditolak
kuat dari luar.

“Kak Zara!” jerit suara garau yang sama
kedengaran ketika di telefon tadi.

Spontan mata Izara serta Hana terarah ke

216

Lynn Safiya

ambang pintu. Perlahan-lahan Hana melepaskan
tangan Izara. Dia bangun. Lelaki ini pasti Zaim.

“Kak Zara okey ke? Matilah Zaim kalau
abang tahu Kak Zara masuk hospital,” kalut Zaim
menuturkan kata. Dia sudah meluru ke tepi katil
Izara bertentangan dengan Hana. Mana tak mati?
Amzar sudah meletakkan tanggungjawab ke atas
bahunya untuk menjaga Izara selama mana dia
perlu meninggalkan Izara. Kalau Azmar tahu
Izara dimasukkan ke hospital, tak lain abangnya
pasti akan menyalahkannya nanti.

Izara tersenyum. “Sebab tu Kak Zara tak
call Abang Am. Zaim pun tak payah beritahu dia.
Nanti dia risau je kat sana, tau. Kak Zara okey.”

“Betul ni?” Zaim inginkan kepastian.

“Betul,” jawab Izara penuh keyakinan.
Izara menoleh mencari mata Hana. “Hana, ni la
adik ipar Zara, Zaim.” Izara memperkenalkan
Zaim kepada Hana.

Hana hanya mengangguk kecil tanpa
menongkat mata.

Zaim sempat mengerling ke arah Hana,
gadis yang telah dijerkahnya tadi. Ada getaran
halus yang menyelinap ke dalam hati. Dah kenapa
pulak ni? Ah! Mungkin getar jantung yang risau
akan keadaan Izara dan bukan atas sebab lain.

“Zara, Hana balik dulu ya.” Hana meminta

217

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

diri.

Mata Zaim kembali berlabuh ke wajah
gadis yang baru saja bersuara tadi. Dari tadi,
gadis itu sedikit pun tidak mahu memandang
ke arahnya. Dia tahu sebabnya. Salah dia juga.
Terlalu melulu dalam membuat tindakan. Dan
matanya tetap terpaku tidak bisa dialihkan.

“Okey, Hana. Sekali lagi, terima kasih,
ya!” Lembut Izara melafazkan ucap terima kasih.

Hana mengangguk sekali lagi.
Senyumannya tampak ikhlas. Dia membetulkan
tali beg di atas bahu. “Take care!”

Izara menarik tangan Hana. Hana
terpaksa tunduk. Mereka berlaga-laga pipi.
Tanpa mengerling ke arah Zaim, Hana mengatur
langkah keluar dari bilik.

“Errr Kak Zara,” seru Zaim. Panggilan
yang digunakan buat si kakak ipar yang berusia
3 tahun lagi muda daripadanya. “Dia tu siapa?”
Ada nada bersalah pada suara Zaim.

“Dia tulah yang bawak Kak Zara ke
hospital ni tadi,” Izara membuka cerita. Segala
yang terjadi tadi diperincikan untuk pendengaran
Zaim. “Syukurlah dia ada nak tolong Kak Zara.”

“Oh...” lemah suara Zaim.

“Kenapa?” Pelik Izara melihat riak adik
iparnya.

218

Lynn Safiya

Laju Zaim menggeleng.
“Takde apa-apa. Kak Zara dah boleh balik
ke?”

“Haah. Jom?” ajak Izara. Beriringan
mereka keluar dari bilik yang menempatkan
Izara tadi.

Di luar bilik, langkah mereka terhenti.
Hana tegak berdiri di koridor membelakangi
mereka dengan telefon bimbit melekat di telinga.

“Dah, dah. Semua dah okey,” Hana
bersuara. Kemudian dia diam. Mungkin
membiarkan orang di hujung talian berbicara.

“Terima kasih, Sam! Terima kasih
sangat-sangat!” ujar Hana bersungguh-sungguh.
“Sebab tu aku sayang gila kat kau.”

Bergaris dahi Zaim. Entah mengapa,
pengakuan sayang daripada gadis itu benar-benar
mengganggu jiwanya.

“Muah muah!” sambung Hana lagi,
disusuli dengan tawa yang cukup seksi menyapa
ke peluput telinga Zaim. Hana mencampak telefon
ke dalam tas tangan sebelum laju membawa kaki
tanpa menyedari Zaim serta Izara berdiri di
belakangnya.

“Zaim?”

Zaim menoleh.

219

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Kenapa ni?” soal Izara. Kenapa Zaim
memandang Hana begitu sekali?

“Takde apalah. Jom balik.”
Berkerut dahi Izara sebelum menurut.
Kenapa agaknya dengan Zaim ni ya? Pelik betul!

220

Lynn Safiya

Bab 3

SIBUK Hana meneliti timbunan
invois di depan mata. Tekun jarinya
menekan kekunci kalkulator. Sesekali, dia
memicit pelipisnya perlahan.
“Cik Hana, ada orang nak jumpa Cik
Hana.”
Tanpa mengalihkan mata daripada kertas
yang penuh dengan contengan, Hana bersuara.
“Siapa lak nak jumpa ni Jeff? Kedai kan tak bukak
lagi ni...”
“Dia tunggu kat depan pintu tu, Cik Hana,”
jelas Jeffri.
Kuat keluhan yang dilepaskan oleh Hana.
Dia tidak suka kerjanya diganggu. Akhirnya dia
memanggung kepala. Merekah bibirnya seketika

221

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

tidak percaya. Hana menolak kerusi ke belakang.
Timbunan kertas dibiarkan sahaja di atas meja.

Lelaki yang berdiri dengan kedua belah
tangan menyeluk kocek seluar jean dihampiri.
Semakin dekat, semakin tinggi lelaki itu. Dan
semakin tegap! Dan semakin mengancam...
Berdentam-dentum jantungnya. Reaksi yang
tidak pernah dialaminya selama ini. ‘Kenapa
tiba-tiba aku rasa macam lelaki ni berbahaya ek?’

Zaim tidak berkelip melihat Hana yang
anggun berskirt kembang serta blaus berwarna
putih menghampirinya. Lilitan tudung berona
merah manggis di kepala gadis itu nampak kemas.
Kena dengan warna skirt yang dipakainya.

Hana berdeham kecil. “Ya? Nak jumpa
saya?”

“I owe you an apology,” tutur Zaim tanpa
bermukadimah.

Membulat mata Hana tidak percaya.
‘Takkan dia datang sini hanya untuk nak minta
maaf? Dah seminggu lebih kut! Nombor telefon
aku kan dah ada!’

“Tak sedap pulak saya nak minta maaf
melalui telefon,” seolah-olah Zaim dapat meneka
apa yang terlintas di fikiran Hana. “Cadang nak
datang lebih awal, tapi saya tak berkesempatan.
Tak patut saya jawab telefon macam tu. Saya

222

Lynn Safiya

minta maaf.”

Hah! Boleh pun berbahasa. Taklah kasar
seperti sebelum ini. “Okay. Apology accepted,”
balas Hana ringkas, tidak mahu memanjangkan
cerita. Baru saja mahu berpaling, Zaim menahan.

“Dan saya nak bayarkan untuk kakak ipar
saya, lunch dia minggu lepas. Kak Zara kata dia
tak sempat bayar kan?” Zaim menyeluk poket di
belakang seluar jeannya. Dompet kulit berwarna
coklat dikeluarkan.

“Eh, tak payahlah. It’s on the house,”
putus Hana sambil mengangkat tangan kanan.
“Lagipun, Zara selalu datang makan kat sini.
Sekali-sekala dia makan free, apa salahnya?”

“Dia selalu ke datang makan kat sini?”
soal Zaim ingin tahu.

“Hmmm... sejak dia mengandung. Dia
kata, sambal ayam penyet kat tempat lain tak
kena dengan tekak dia. Kat sini je yang dia boleh
telan,” jelas Hana sambil tersenyum. “Untunglah
saya, sebab baby dia asyik nak makan nasi ayam
penyet.”

Tanpa sedar, Zaim turut tersenyum.
Tindakan refleks ketika melihat gadis di depan
mata mengukirkan senyuman manis. Cukup
manis... sehingga menggetarkan sukmanya...

Berkedip-kedip mata Hana melihat

223

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

perubahan di wajah lelaki di hadapannya. Dari
wajah yang serius lagi ketat, terus berubah
menjadi... ‘Errr... takkan aku nak kata handsome
pulak? Hesy! Mata aku ni mesti dah tak betul!’
dengus Hana di dalam hati. Senyuman di pinggir
bibir langsung dilenyapkan.

“Ada apa-apa lagi ke?” soal Hana dengan
nada yang serius. Perwatakannya yang profesional
dipamerkan untuk melindungi gelojak di hati.

“Tak nak ajak saya makan kat sini ke?
Saya tak pernah rasa ayam penyet kat restoran
awak ni.”

Hana mengilas jam di pergelangan tangan.
“Maaf. Restoran tak bukak lagi sekarang ni. Feel
free to come during lunch, okay?” ajak Hana.

“Sure,” Zaim kembali menyimpan telapak
tangan ke dalam kocek seluar. “Betul ke rangkaian
restoran ni awak yang punya?” Entah mengapa,
Zaim seperti mahu memanjangkan perbualan
antara mereka berdua.

“Saya co-own dengan abang saya,” jelas
Hana.

“Oh, I see...” angguk Zaim.

Melihat Hana seperti tidak sabar mahu
beredar kembali ke mejanya, Zaim faham-faham
sendiri. “Kalau macam tu, saya balik dulu.
Thanks again for your help last week,” ucap

224

Lynn Safiya

Zaim merujuk insiden yang melibat Izara.
“Zara okey ke? Sejak hari tu dia tak singgah

kat sini pun.”
Zaim tersenyum segaris. “Dia okey. Dia

kena kuarantin dengan abang saya.”
Terjongket kening Hana.
“Yup! Abang saya dapat tahu yang Kak

Zara masuk hospital. Pihak hospital tersalah
nombor call abang saya untuk maklumkan isteri
dia tertinggal barang masa kat hospital hari tu,”
jelas Zaim.

“So, is she okay? Zara... Zara tak kena
marah kan?” Risau Hana tiba-tiba.

“Abang saya nak marah Kak Zara?
Memang taklah! Abang saya tu, sayang gila pada
Kak Zara. Takkan dia nak marah isteri dia masuk
hospital? Sayalah yang teruk kena marah sebab
saya tak jaga isteri dia baik-baik...”

“Oh...” Hana tidak tahu bagaimana mahu
membalas.

“Jangan risau. Abang saya tu terlebih
protective je sekarang ni. Esok lusa, dia okeylah.
Nanti mesti dia akan temankan Kak Zara datang
makan kat sini.”

Hana sekadar mengangguk.
“Okey, saya balik dulu,” pamit Zaim sekali

225

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

lagi bersama suatu anggukan. Daun pintu ditolak
sebelum kelibatnya hilang daripada pandangan.

Hana masih kaku di situ. Melihat Zaim
semakin menjauh. Akhirnya dia mengeluh
sendirian. Memadamkan wajah lelaki itu
daripada mindanya.

“HAI HANA!” sapa Izara bersama suatu
senyuman yang cukup lebar.

Hana yang sedang mengemas meja
yang baru saja dikosongkan oleh pelanggannya
menongkat wajah. “Zara,” serunya mesra. Dulang
di tangan kembali diletakkan ke atas meja.
Telapak tangan dikesat ke apron yang tersarung
di tubuhnya. Dia berpaling.

“Teruknya bos bekerja,” usik Izara sambil
menghulurkan tangan.

Hana ketawa. Tangan Izara disambut.
“Biasalah time sibuk macam ni... Sorang pekerja
Hana pulak cuti hari ni. Zara sihat ke? Lama tak
nampak...”

Izara mengerling ke wajah lelaki di
sebelahnya. “Hmmm... ada orang tu ingat Zara
dah sakit nak bersalin. Padahal baru berapa
bulan. Sampaikan nak keluar rumah pun tak

226

Lynn Safiya

boleh. Jenuh nak explain kat dia yang Zara ni
okey.”

“Amboi, Zara. Sedap kenakan abang
nampak?” suami Izara bersuara. Amzar
mengalihkan mata. “Zara cerita, awak yang
bawak dia ke hospital masa dia sakit hari tu. Saya
nak ucap terima kasih banyak-banyak kat awak,
Cik Hana,” ucap Amzar penuh ikhlas. “Syukur
awak ada. Kalau tak, tak tahulah apa jadi kat
nyawa saya ni...” Amzar kembali menatap wajah
kesayangannya.

Aduh! Sweetnya suami Izara ni! Sempat
Hana menangkap pandangan penuh kasih yang
dihantar oleh Izara kepada suaminya. Sedari
dulu, Hana memang suka melihat pasangan
suami isteri ini. Izara yang muda lagi manis, serta
Amzar yang kelihatan berkarisma dan matang,
nampak cocok berdampingan berdua.

“Sama-sama. Perkara kecik je...” Hana
merendah diri. “Eh, jemputlah duduk. Nanti saya
ambikkan menu ya.”

“Macam dah lama sangat Zara tak makan
kat sini, Hana. Kesian kat baby,” sempat Izara
menyindir suaminya. Amzar mengerutkan
hidung ke arah isterinya. Izara hanya ketawa.

Hana menghulurkan menu.

“Hana, macam biasa ya. Tiga set!” Izara

227

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

membuat pesanan. “Jus tembikai pun tiga.”

“Tiga? Lapar sangat ke Zara?” soal Hana.

“Taklah... Zaim nak join sekali kejap lagi.
Dia dah on the way ke sini,” jelas Izara.

Hana mengekalkan riak wajahnya selepas
mendengar nama itu. Tidak mahu mempamerkan
secara zahir reaksi jantungnya yang entah
apa-apa. Dia mengambil pesanan sebelum ke
bahagian belakang restoran.

Sudah 5 minit berlalu, dan pelanggan
semakin ramai masuk ke dalam restoran. Hana
tidak menang tangan. Sekejap dia ke kaunter
pembayaran, sekejap dia ke dapur, sekejap dia
membantu mengemas meja.

“Memang selalu sibuk macam ni ke?” Zaim
menyoal. Mata tak lepas daripada figura gadis
yang tak reti nak duduk diam itu. Aktif bebola
matanya mengikut gerakan si gadis seolah-olah
ada glu yang merekatkan matanya pada Hana.
Bukan sekadar matanya yang aktif, jantungnya
seolah-olah turut terkena jangkitan virus yang
sama. ‘Takkan dia tak sedar aku ada kat sini?’

“Kalau lunch time memang macam ni,”
balas Izara. “Bagus kan? Muda-muda lagi dah
berjaya. Hana tu sebaya Zara tau! Hana cerita, dia
dengan abang dia terpaksa take over perniagaan
ni lepas mak dan ayah diaorang meninggal.”

228

Lynn Safiya

“Meninggal? Kesiannya,” balas Amzar.

“Haah...” Sekilas, cerita Hana tentang
keluarganya, terutama tentang Raisya mengusik
hati. Sedih dia dengan perjalanan hidup Hana
sekeluarga.

‘Hana sebaya Zara? Oh, maknanya Hana
dah 24 tahun... 3 tahun lebih muda daripada
aku!’ sempat Zaim berfikir.

“Sorry ya lambat...” ujar Hana yang
datang menatang dulang yang kelihatan agak
berat. Dia dibantu oleh seorang pekerjanya yang
turut menatang dulang yang lain. “Tak menang
tangan sikit hari ni sebab Hana tak cukup staf.”

“Takpe, Hana,” balas Izara. “Tak lambat
sangat pun.”

Berhati-hati Hana menghidangkan
makanan. “Kesian baby lapar ya?” tutur Hana
mesra merujuk bayi dalam kandungan Izara.
Seketika pandangannya bertembung dengan
renungan mata Zaim. Pantas dia mengalihkan
mata.

“Okay, enjoy your meal!” Lekas-lekas
Hana berlalu. Tidak suka dengan reaksi tubuhnya
apabila dekat dengan lelaki itu.

Hana menyibukkan diri. Sedar-sedar jam
sudah menunjukkan ke angka 2.00 tengah hari.
Rasa nak patah tulang belakangnya kepenatan.

229

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Tangan sudah mula memicit di belakang leher.

“Cik Hana, meja 13 nak bil,” pesan seorang
pekerjanya. Hana mengangguk. Dia ke kaunter
pembayaran.

“Berapa Cik Hana?” Suara itu lagi. Kaku
tangan Hana seketika. Dia mendongak sebelum
menyerahkan bil ke tangan lelaki itu.

Hana menebarkan pandangan ke sekitar
restoran yang semakin lengang. “Zara dengan
suami dia dah pergi ke?” Tak perasan pula dia
akan Izara yang telah sudah menjamu selera.

“Hmmm... abang saya ada meeting kejap
lagi. Kak Zara kirim salam. Dia tak nak kacau
awak tadi sebab nampak awak sibuk sangat,”
jelas Zaim.

Hana menjawab salam yang dikirim oleh
Izara. Wang kertas yang dihulur Zaim diambil
dengan tangan kanan.

“Memang sedap sambal ayam penyet
kat restoran ni. Just as you said,” puji Zaim.
Bagi Zaim, rasa ayam penyet di mana-mana
restoran semuanya sama. Yang membezakan
ialah sambalnya. Dan sambal yang kena dengan
tekak Izara, rupa-rupanya sebati juga dengan
seleranya. Chewah!

Wang baki dihulur kepada Zaim. “Terima
kasih. Resipi arwah mak saya tu. Nanti datanglah

230

Lynn Safiya

lagi.” Hana sekadar bermanis mulut. Hanya
kerana Zaim merupakan seorang pelanggannya,
bukan atas sebab lain.

“I sure will...” Perlahan suara Zaim. Hati
sudah melonjak girang. Sangkanya pelawaan
Hana tidak lain kerana mahu berjumpa
dengannya lagi. Hati sudah kembang semacam.

“Nanti datang dengan Zara atau abang
awak tu ya,” sambung Hana lagi. “Nak ajak
kawan-kawan awak yang lain pun okey.”

Dush! Jatuh berkecai harapan Zaim.
“Awak masih marah kat saya, ya?” tebak
Zaim. Dengan Izara dan abangnya, boleh pula si
Hana ni bermanis wajah. Senyumannya nampak
ikhlas sentiasa. Tetapi tidak ketika dengannya.
Seakan dipaksa.
“Eh, kenapa awak cakap macam tu?”
Zaim menjongket bahu. “Takde
apa-apalah. Saya gerak dulu. Assalamualaikum...”
“Wa... waalaikumussalam...” balas Hana
perlahan. Masih hairan dengan pertanyaan
terakhir lelaki itu. Kenapa dia tanya macam tu,
ek?

231

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bab 4

HANA mendukung Raisya keluar
dari bilik doktor. Tangisan si kecil
masih berlagu. Hana mengenjut Raisya dalam
dukungan.
“Hana, tunggu kat bawah ya. Abang nak
ambik ubat dulu,” pesan Hadif.
“Okey. Jom sayang, kita jalan-jalan ya,”
pujuk Hana. Dia berjalan ke pintu lif. Tidak lama
menunggu, pintu lif terbuka.
“Hana!” seru suatu suara dari dalam pintu
lif. “Hana buat apa kat sini?”
“Hai Zara,” sapa Hana. Hana turut
mengangguk ke arah Amzar serta Zaim sebagai
tanda hormat. “Sya ni hah. Demam panas. Dia
berjangkit daripada mak dia.”

232

Lynn Safiya

“Alahai kesiannya,” ujar Izara. Belakang
tubuh kecil Raisya ditepuk mesra. “Comelnya
anak saudara Hana ni!”

“Thanks, Zara.”

Ting! Mereka tiba di lobi utama hospital.
Hana melangkah keluar. “Zara ada check up ke
kat sini?” soal Hana.

“Tak. Kita orang ziarah sepupu Abang Am
yang baru lepas bersalin,” jelas Izara.

“Oh...”

Tangis Raisya semakin kuat tiba-tiba.
“Kenapa ni sayang?” Nada Hana penuh bimbang.
Tubuh Raisya ditepuk lagak memujuk. Hana
masih mengenjut perlahan. “Tak sedap badan ya?
Meh mak su tidurkan okey?”

Suara lembut Hana yang sedang berusaha
memujuk Raisya bagaikan air mawar di peluput
telinga Zaim. Suara yang jelas mempamerkan
sisi Hana yang penyabar dan amat menyayangi
anak saudaranya itu. Hati yang sudah jatuh suka
terhadap Hana, terasa semakin melonjak melihat
pemandangan yang cukup indah ini. Hana yang
mendukung dan memujuk anak saudaranya
kini, sedang melahirkan angan-angan yang
berbunga-bunga di minda Zaim.

“Nak saya tolong dukung dia?”

Terkejut Hana mendengar soalan Zaim

233

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

itu.

“Saya tengok awak macam tak larat je
nak dukung dia,” sambung Zaim lagi. Risau pula
dia melihat si kecil yang meronta-ronta dalam
dukungan Hana. Dahlah tubuh anak saudara
Hana ini boleh dikatakan agak montel juga. Dan
Hana pula... kecil molek saja tubuhnya.

Baru mahu berfikir, Zaim sudah
menghulurkan tangan untuk mengambil Raisya.
Hana tiada pilihan melainkan menyerahkan anak
saudaranya kepada Zaim. Zaim nampak tidak
kekok langsung memegang si kecil. Sementara
Zaim mendukung Raisya, Izara serta Amzar
bercakap dengan lembut kepada Raisya agar si
kecil berhenti menangis. Cubaan mereka berjaya.
Sekejap saja Raisya sudah melentokkan kepala ke
bahu Zaim.

“Wah, Zaim. Terrer jugak kau ni, ek?”
Amzar bersuara. “Esok kalau anak kita orang
menangis, aku panggil kau jelah pujuk nanti,”
usiknya.

Izara ketawa melihat wajah cemberut
adik iparnya. “Haahlah. Nampak natural je Zaim
pegang baby. Ni tanda Zaim dah bersedia nak
ada anak sendiri dah ni,” usik Izara pula.

“Betul cakap Zara,” setuju Amzar sambil
menyengih lebar. Mata sudah melirik ke arah
Hana.

234

Lynn Safiya

“Nama baby ni Raisya tau,” jelas Izara
penuh bangga.

“Ya ke? Padanlah comel,” puji Amzar
dengan senyuman yang mengusik. Mata
dikenyitkan ke arah isterinya. Izara hanya
menjeling manja.

“Amboi, dah melentok habis dah baby ni
kat kau Zaim. Entah-entah kau kena ikut baby
ini dengan Hana ni balik sampai ke rumah,” usik
Amzar lagi.

Izara ketawa kecil. Tangan ditekup
ke mulut. Tahu maksud di sebalik kata-kata
suaminya.

“Diamlah, bang!” getus Zaim. Sempat
matanya mengerling ke arah Hana yang sedang
cuba sedaya-upaya untuk tidak memandang ke
arahnya. Namun dia perasan akan pipi gadis itu
yang memerah. Malu agaknya mendengar usikan
daripada Amzar.

“Hana,” panggil Hadif yang baru keluar
dari kotak lif.

Spontan empat kepala menoleh. Pelik
Hadif melihat Hana berbual dengan orang yang
tidak dikenalinya.

Hana membuka mulut lalu
tiga
memperkenalkan abangnya kepada

sekeluarga itu. “Ni abang saya, Hadif.”

235

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Hadif menghulurkan tangan ke arah
Amzar dan juga Zaim. “Hana ada cerita pasal you
all semua kat saya. Dapat jugak kita berjumpa
hari ni...”

“So, nilah bos besar restoran rangkaian
ayam penyet paling berjaya kat Malaysia ni ya?
Hari ni tak bukak kedai ke?” soal Amzar mesra.

Hadif tersenyum lebar. “Bukak. Cuma ada
orang lain yang tolong jaga. Ni pun isteri saya
dah call. Dia pun demam jugak tu. Harap-harap
demam diaorang ni takkan berjangkit pada
Hana. Hana ni susah nak demam, tapi sekali
demam, tak bangun-bangun,” jelas Hadif. “Susah
saya kalau Hana ni sakit.”

Lama mata Zaim berlabuh ke wajah Hana.
‘Jangan demam, Hana. Please, jangan sakit!’

“Errr... Abang nak balik ke?” tanya Hana.
Lekas-lekas mahu mengalihkan topik perbualan
mereka. Tidak selesa dengan renungan yang
diterima daripada Zaim. Renungan yang
mencerminkan kebimbangan lelaki itu tentang
dirinya.

Hadif mengangguk. “Hana boleh balik
kedai guna Grab tak? Abang tak sempat nak
hantar Hana, sorry.”

Laju Hana mengangguk. “No prob.” Dia
mengerti. Sam memerlukan abangnya ketika ini.

236

Lynn Safiya

“Saya boleh hantar awak, Hana,” pelawa
Zaim tiba-tiba.

Amzar menjongketkan kening. Zaim
ke yang bersuara tadi? ‘Adik aku ni dah
kenapa? Selama ni, punyalah dia alergi dengan
perempuan, sekarang boleh tawar perkhidmatan
pengangkutan pulak?’ Dia berbalas pandang
dengan Izara. Sorotan mata Izara turut
memancarkan rasa peliknya.

“Eh, takpe, takpe” tolak Hana laju. Dia
tidak mahu menyusahkan sesiapa. Dan yang
paling utama, dia tidak mahu terhutang budi
dengan sesiapa pun. “Tak payah susah-susah.
Saya boleh call Grab.”

“Tak susah pun,” tangkis Zaim. “Saya
memang nak ke area sana.”

“Betul ke?” sampuk Hadif sebelum sempat
Hana menolak. “Kalau macam tu, eloklah. Terima
kasih!”

Eh? What just happened?

Izara sudah tersenyum penuh makna.
Tahu yang Zaim sedang membuka peluang untuk
hatinya berkenalan dengan Hana. Peluang yang
seingat Izara, tidak pernah pun dibuka... sejak dia
berkahwin dengan Amzar.

Hana seakan bermimpi. Sekelip mata
Hadif bersama Raisya, Amzar serta Izara sudah

237

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

pergi meninggalkan dirinya dengan Zaim
berduaan di lobi hospital ini. Dan sekelip mata
juga Hana sudah berada di dalam kereta Zaim.

“Errr... terima kasih tolong hantar saya.
Sorrylah kalau saya dah susahkan awak.” Hana
mengisi keheningan suasana dengan ucap terima
kasihnya. Rasa kekok yang melanda membuat
peluh dingin menampar ke kulit tubuhnya.

“Kalau susah, saya tak offer,” balas Zaim
bersahaja. “Perkara kecik je ni.”

Hana diam tidak tahu bicara apa lagi yang
perlu disuarakan.

“Hana,” seru Zaim tiba-tiba. “Siapa Sam?”

Laju kepala Hana menoleh ke arah Zaim.
“Sam?” Terkejut dia mendengar nama itu.

“Hmmm... orang yang awak sayang sangat
tu.” Berubah nada suara Zaim. Kata-kata Hana
yang tertangkap oleh telinganya ketika di hospital
untuk menjemput Izara masih segar di ingatan.
Dia sedar dia tiada hak untuk tahu, tapi dia nak
juga tahu siapa Sam di hati Hana. Dia perlu tahu
sama ada harapannya ingin mendampingi gadis
itu berkemungkinan kesampaian ataupun tidak.

‘Macam mana Zaim tahu pasal Sam? Ada
pernah tersebut ke? Tapi bila?’

“Errr... kenapa awak nak tahu ya?”

Zaim mengerling ke arah Hana. “Sebab

238

Lynn Safiya

saya nak tahu sama ada saya sekadar membuang
masa nak cuba kenali awak dengan lebih rapat
atau tak,” jelas Zaim tanpa berselindung. Dia
memang jenis lelaki yang tidak tahu berkias dalam
berkata-kata. Lebih senang berterus-terang
sahaja. “I want to get to know you better, Hana...
much better...”

Terkedu Hana mendengar balasan
daripada Zaim. Balasan yang sememangnya
tidak dijangka oleh telinganya. Jawapan jelas
dan berani daripada seorang lelaki. Langsung
tidak berteka-teki tentang niat di hati. Balasan
yang membuat degupan jantungnya bergendang
hebat. Hana menelan liur dengan begitu payah
sekali.

“Sam... Sam seorang yang sangat istimewa
dalam hidup saya. Sangat istimewa! Memang
saya sayang sangat pada dia.”

“Oh...” Lemah balasan Zaim.

Dan Hana tidak mahu menjelaskan dengan
lebih lanjut lagi tentang diri Sam yang sebenarnya.
Hana seakan dapat mengagak bahawa dalam
fikiran Zaim, Sam merupakan seorang lelaki,
namun Hana tidak mahu membetulkan kesalahan
tanggapan Zaim itu. Biarlah... walaupun jawapan
Zaim benar-benar membuat hatinya terdetik
sesuatu perasaan yang indah, dia belum bersedia
untuk membuka hatinya kepada mana-mana

239

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

lelaki setelah teruk dihancurkan oleh Shah.
Lelaki yang dicintai separuh nyawa rupa-rupanya
syaitan bertopengkan manusia.

Hana menebarkan pandangan ke luar
tingkap. Suasana janggal di dalam kereta
membuat Hana serta Zaim terus membisu
sehinggalah kereta Zaim berhenti betul-betul di
hadapan restoran.

“Terima kasih,” ucap Hana sekali lagi.
Wajah Zaim dikerling sekilas. Wajah yang kini
ketat dan beriak kecewa. Ada rasa bersalah
menerjah ke hati Hana namun lekas-lekas
perasaan itu ditepisnya. Pintu kereta dibuka laju.

Zaim hanya mengangguk. Dia menelan
rasa hampa. Kali kedua hatinya diketuk oleh
seorang gadis, namun kali kedua juga perasaannya
perlu dikuburkan. Hailah... apalah nasib badan?
Mungkin dia kena mandi bunga agaknya. Nak
tunggu hatinya diketuk buat kali ketiga entah
bilalah...

Sengaja Zaim menunggu kelibat Hana
tenggelam ke dalam restoran sebelum berlalu.
Ingin melihat kali terakhir gadis yang hatinya
kini sudah diambil orang. Melepas lagi Zaim kali
ini...

240

Lynn Safiya

Bab 5

HANA mengisi bingkai gambar yang
baru dipilih masuk ke dalam bakul.
Dia mahu mencari barang perhiasan yang lain
pula. Sekali matanya menangkap barisan patung
beruang yang besar gedabak tersusun di rak di
bahagian tepi dinding. Spontan kaki melangkah
ke arah patung yang telah menerbitkan rasa
teruja di hatinya.
Tangan menyeluk kocek seluar jeannya.
Nombor telefon Sam didail.
“Sam!” terjahnya tanpa memberi salam.
“Aku jumpa teddy bear besar gila kat Kaison ni.
Aku rasa benda alah ni lagi besar daripada aku
la, Sam. Serius! Aku dah jatuh cinta siot. Aku beli
untuk Sya boleh tak?”

241

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Diam.
“Alaaa Sam.... kenapa tak boleh?” rengek
Hana manja.

Diam lagi.

“Kalau kau tak bagi aku beli untuk Sya,
aku nak beli untuk diri aku sendiri la. Mesti best
dapat peluk tiap-tiap malam!”

Hana ketawa mendengar balasan daripada
Sam. “Alah, aku tahulah kau jealous, Sam, sebab
kau tu tiap-tiap malam kena peluk Abang Hadif
je. Lainlah aku!” Hana ketawa lagi. “Aku tak kira.
Aku nak beli jugak. Babai!” Hana mematikan
talian lalu menyimpan telefon iPhone11nya ke
dalam kocek seluar. Dia mendongak. Tangan
diangkat ke atas dan kaki sudah dijengketkan.

‘Aduhai tinggilah pulak,” rungut Hana
sendirian.

Tangan yang senang mencapai patung
beruang yang dihajati sebelum ditarik jatuh ke
bawah mengundang senyuman yang cukup lebar
di bibir Hana. “Terima ka...” Mati kata-katanya.
Mata membulat tidak percaya melihat lelaki di
sebelahnya.

“So Sam is your sister-in-law?” Mata yang
tunduk memanah ke mata Hana nampak tajam
menikam.

Hana menelan liur. Tak perlu Hana

242

Lynn Safiya

bertanya bagaimana lelaki ini tepat meneka
kerana pasti Zaim telah mencuri dengar
perbualannya dengan Sam sebentar tadi. Adeh...
Kantoi sudah!

“Hmmm... kenapa?” Hana buat selamba,
seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan.

“You misled me on purpose!” tuduh Zaim.
Nada suaranya tegang. Sebulan! Sebulan dia
menahan diri untuk tidak menjejakkan kaki ke
restoran kepunyaan Hana. Sebulan dia memujuk
hati yang tersalah meletakkan rasa suka buat
kali yang kedua. Dan sebulan juga dia cuba
melenyapkan setiap riak wajah, setiap bait kata
dan setiap garis senyuman Hana yang pernah
menyapa matanya.

“Saya tak buat apa-apa pun, okey! Awak
tanya siapa Sam dan saya jawab yang benar. Sam
memang orang yang sangat istimewa kat hati
saya. Saya sayang gila dengan dia,” tangkis Hana.
Namun rasa bersalah yang ada di hati, tidak dapat
dilenyapkan sepenuhnya oleh Hana.

“Tapi awak tak cakap pun yang Sam tu
kakak ipar awak!”

“Perlu ke saya beritahu? Awak dengan
saya takde kena-mengena pun kan?” Kejam
balasan daripada Hana.

Berubah riak Zaim. “Betul... betul cakap

243

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

awak. Kita memang takde apa-apa hubungan.
Dan diri awak yang nak peluk teddy bear ni
tiap-tiap malam, cukup nak jelaskan pada saya,
awak ni jenis perempuan yang macam mana!”
Sinis Zaim bersuara. Dia tahu Hana bukan orang
yang bodoh. Dan dia yakin Hana sedar sebab dia
bertanya tentang Sam sebelum ini. Lagipun, dia
sudah berterus-terang tentang hajat di hati ingin
lebih mengenali gadis itu. Jadi, niat Hana yang
sengaja tidak membetulkan salah anggapnya
tentang Sam menjadi begitu jelas dan nyata.

Terjongket kening Hana. Sorotan matanya
mencabar Zaim agar menyudahkan kata.

“Awak jenis perempuan yang lebih
sanggup berdampingan dengan patung daripada
bersama orang yang bernyawa. You’re a coward,
aren’t you? You’d rather be with a bear than
with a man!” tuduh Zaim lagi. “Sebab patung tu
tak boleh nak lukakan hati awak kan?”

Untuk seketika, wajah Hana diselaputi
mendung kelabu, sebelum pantas dia
mengenyahkannya. “Awak boleh fikir apa yang
awak nak tentang saya. Tu hak awak. Excuse me!
Saya gerak dulu.”

‘Lari, Hana... Lari... Tu saja yang kau tahu!’
bisik suara hatinya. ‘Sampai bila kau nak lari?’

Hana tidak mengendahkan desis yang
berbunyi. Dia tidak mahu mendengarnya!

244

Lynn Safiya

Zaim hanya mampu melihat Hana ke
kaunter pembayaran sebelum laju melangkah
keluar melalui pintu utama. Patung beruang
dipeluk erat. Sekelip mata gadis itu hilang
daripada pandangan. Riak penuh luka yang
terpancar dari wajah Hana sebentar tadi masih
terbayang-bayang di ingatan. Hana langsung
tidak mahu membela dirinya. Dibiarkan saja
dirinya dituduh sebegitu. Kenapa? Adakah
diam gadis itu bermaksud dia mengiakan saja
dakwaannya tadi?

Kenapalah perempuan ni complicated
sangat?

“HANA! WE need to talk!”
Hana melangut. Jatuh pen di tangan ke

atas meja. Terkejut dengan suara yang menyapa
tanpa sebarang amaran.

Zaim menarik kerusi bertentangan dengan
Hana lalu melabuhkan duduk. Kedua belah
tangan dilabuhkan ke atas meja. Hana meliarkan
pandangan ke sekeliling. Waktu operasi restoran
masih belum bermula maka hanya seorang dua
pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja
pembersihan. Rasa gelisah mula mencengkam

245

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

jiwa. Dia menelan liur melihat mata Zaim yang
seakan terpaku ke wajahnya.

Perlahan-lahan Hana melepaskan
nafas. Tubuh disandarkan ke dinding kerusi.
Tangan dilipat ke dada. Topeng serius dan lagak
profesional dipamerkan. “Shoot!”

“Why? Kenapa awak lari daripada saya?”
“Mana ada saya lari?” Hana bersikap
defensif. Sedar yang Zaim merujuk episod di Mall
beberapa hari yang lepas.
“Awak sebenarnya suka kat saya kan?”
‘Hek-eleh! Perasannya mamat ni!’
Hana mencemik. Tidak suka dengan tembakan
daripada Zaim. Takut menepati sasaran dan dia
tidak sempat menepis nanti.
“Kalau tak suka, kenapa awak tanya Kak
Zara tentang saya? Sebulan saya tak datang sini,
awak memang ingatkan saya kan?” desak Zaim
bertalu-talu.
Hana menelan liur. “Jangan perasan
okey? Saya tanya bukan sebab saya nak tahu
sangat pun. I was just making small talk with
Zara!” Bijak Hana mencipta alasan.
Koyak senyuman di bibir Zaim. Senget
senyumannya. “Small talk? Sejak bila seorang
lelaki boleh jadi topik untuk small talk? Selalunya
kalau nak small talk, orang cakap pasal cuaca

246

Lynn Safiya

yang tak menentu sekarang ni, atau harga minyak
yang asyik turun naik, atau bila nak election?
Macam mana awak boleh terfikir nak sebut nama
saya?”

Diam. Tidak cukup bijak nampaknya si
Hana ni.

“I’m getting to you aren’t I?”

“Eh awak ni kenapa ek? Kenapa awak nak
tahu sangat? Apa motif awak ni?”

“I like you! A lot!” luah Zaim tiba-tiba.
“Dan saya serius nak kenal awak dengan lebih
mendalam. Sekarang saya nak tahu, awak nak
bagi peluang pada diri awak untuk kenali saya,
atau awak nak lari?”

“Saya... saya tak suka kat awak!” Tanpa
berfikir, Hana bersuara. Kuku yang mencengkam
ke dalam telapak tangan terasa sakit. Kuat
hembusan nafasnya. Beralun dadanya.

Terjongket kening Zaim. Tidak percaya
langsung akan penafian Hana itu. Dia bersandar
ke dada kerusi lalu melipat tangan ke dada. Tidak
berkalih matanya daripada wajah Hana yang
resah gelisah.

“Awak takut saya ni macam bekas
boyfriend awak tu ke?” Dalam suara Zaim. Dalam
tapi perlahan.

Ternganga mulut Hana. “Ma... macam

247

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

mana awak tahu?”
“Saya dah jumpa abang awak semalam,”

jelas Zaim.
“Hadif?” Hadif buka mulut tentang Shah?

Tapi kenapa?
Zaim mengangguk. “Dia dah ceritakan

semuanya pada saya.”
“He had no right!” desis Hana dari celah

gigi. Marah dia akan Hadif yang membuka mulut
tentang hal peribadinya kepada orang luar.

“I have every right!” celah Hadif tiba-tiba.
Hana memalingkan tubuh. Terkejut dia melihat
Hadif pegun berdiri di belakang kerusinya. Dan
di sebelah abangnya, ada Sam.

Hana bangun. “Apa semua ni?”
“Zaim jumpa abang semalam, minta izin
abang untuk kenal Hana. Dan abang dah izinkan.”
“So what? Kalau abang izinkan pun, tak
semestinya Hana nak kenal dengan dia kan?”
lantang Hana bersuara. “Dan abang takde hak
nak bukak cerita pasal Hana pada sesiapa pun!”
Hadif mengeluh. Tangan dilabuhkan ke
atas bahu adiknya. “Sudah-sudahlah tu Hana.
Dah berapa tahun dah kisah Hana dengan Shah
tu. Move on Hana! Tak semua lelaki macam
Shah!”

248

Lynn Safiya

Hana mendengus. Eleh! Macamlah
abangnya yakin sangat Zaim ni tak macam Shah.
Muka Shah takde rupa perogol pun. Muka baik
je. Tapi tengok-tengok... Zaim ni pulak langsung
takde muka baik! Muka lelaki kasanova ada!
Handsome tak ingat dunia! Confirm lagi bahaya
daripada Shah!

Zaim hanya mendengar pertelingkahan
lidah antara Hana dengan abangnya. Sedar yang
Hadif mahu memberikan peluang kepadanya
untuk mendekati Hana, dia tidak mahu mencelah.
Tetapi melihat riak Hana, dia seakan tahu apa
yang terlintas di kepala gadis itu, yang memaksa
dirinya untuk membuka mulut.

“Jangan samakan saya dengan Shah,
Hana. Saya sentuh perempuan pun tak pernah,
apa lagi nak buat perkara yang tak elok macam
yang awak fikirkan tu!”

Ternganga mulut Hana. ‘Eh? Macam
mana dia tahu aku tengah fikir apa?’

“Hana, tengok dengan mata hati, bukan
dengan mata kasar,” nasihat Sam.

Hana berpaling. Sam sudah bersuara.
Orang yang telah menyelamatkan dirinya
daripada perangkap Shah. Dan Hana telah
meletakkan sepenuh kepercayaannya pada Sam.
Naluri Sam tidak pernah salah. Jika A kata Sam,
maka A la yang akan diterimanya. Dia lebih

249

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

percaya akan kata-kata Sam daripada kata-kata
abangnya sendiri.

“Sam?”
Sam memahami sorotan mata Hana yang
penuh dengan persoalan. Dia mengangguk. ‘Trust
him, Hana. I do!’
Hana menggigit bibir. Isyarat mata Sam
dapat ditangkap dengan jelas. Hatinya disapa
dengan suatu kedamaian yang sekian lama tidak
dirasakannya.
Dan lambat-lambat Hana mencari mata
Zaim.

250


Click to View FlipBook Version