Lynn Safiya
Bersambut. Mata dan hidung yang berair dikesat
perlahan.
“Jadi isteri abang semula, Qis. Kita kahwin
ya?”
Laju Qisna menongkat wajah. “Abang
gila!” dengusnya.
“Abang akan pujuk mama. Sejak abang
keluar dari hospital, abang tak berjumpa lagi
dengan mama sebab abang terlampau sibuk.
Kalau pun mama tak setuju, abang tetap nak Qis
jadi isteri abang. Apa nak jadi, jadilah! Abang
dah tak kisah,” tegas Elhan. Yang dia tahu, dia
hanya mahukan Qisna kembali sebagai isterinya.
Perkara lain sudah tidak dihiraukan lagi.
“Senang je abang cakap kan?” Sinis Qisna
bersuara. Yang digelar ‘pembunuh’, tidak lain
dirinya. Bukannya Elhan. “Qis nak balik! Hantar
Qis balik sekarang!” ulang Qisna masih dengan
nada suara yang keras.
“Qis tak nak jadi isteri abang semula?”
Kali ini Qisna menoleh. Matanya
memercikkan api kemarahan. “Qis tak nak! Qis
tak nak abang jadi suami Qis! Qis nak balik!”
Tinggi nada suara Qisna, penuh emosi.
Kecewa! Elhan sungguh kecewa.
Disebabkan kerakusan serta kehilangan
pertimbangannya sebentar tadi, Qisna kini
551
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
memandangnya seolah-olah dia seorang lelaki
yang dibenci... lelaki yang jahat... dan lelaki yang
menjijikkan...
Mulut tak mampu lagi mengucapkan
kata-kata maaf kerana dia sedar Qisna takkan
mampu menerima apa-apa penjelasan pun
daripadanya ketika ini. Sudahnya, Elhan mula
memandu keluar dari perkarangan parkir menara
kondominiumnya. Ringkas Qisna memaklumkan
alamat rumahnya, dan selepas itu dia tak bertutur
apa-apa lagi. Tingkah Elhan yang asyik menoleh
ke arahnya langsung tidak dihiraukan.
“Qis...” seru Elhan sebaik tiba di hadapan
pintu pagar rumah teres setingkat yang menjadi
tempat Qisna berteduh.
Qisna tidak mengendahkan panggilan
daripada Elhan. Pintu kereta Elhan dihempas kuat
sebelum dia lari masuk ke dalam rumah. Qisna
bersandar di balik pintu yang sudah tertutup
dan perlahan-lahan dia melurut jatuh terduduk
ke atas lantai. Bibirnya masih terasa sengal
dek penangan Elhan, namun ada kehangatan
yang tersisa. Jari-jemarinya menyentuh bibir.
Sesungguhnya, hanya Elhan yang pernah
menyentuh tubuhnya... tiada lelaki lain sebelum
Elhan, dan tiada lelaki lain selepas Elhan...
‘Abang... Qis pun rindu... tapi kita dah tak
halal... Qis bukan isteri abang lagi...’ Pecah lagi
552
Lynn Safiya
kolam mata Qisna. Dia tunduk sambil menekup
dada. Sakitnya... sakitnya, Ya Allah! Sakit
sungguh dadanya ketika ini. Setiap sesi yang
pernah dilalui bersama ahli terapi sebelum ini
seolah-olah sia-sia kerana kini dia seakan tidak
bisa bernafas. Tercungap-cungap dia mencari
oksigen. Degupan jantung seakan sukar untuk
dikawal. Semangatnya hilang entah ke mana.
Dan akhirnya, dia terbaring meringkuk
di atas lantai meratapi kehilangan syurganya...
kemusnahan mahligainya... dan kehancuran
dunia sementaranya...
553
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Bab 7
TAK putus-putus mesej yang diterima
daripada Elhan. Maaf dan maaf tiada
henti. Namun satu pun tak dibalas oleh Qisna.
Hari berganti hari tetapi Qisna tetap begitu. Bisu.
Hampir setiap petang, Elhan menunggu
Qisna di tempat yang sama, tetapi sengaja Qisna
mengambil jalan yang lain untuk ke stesen LRT
jika matanya menangkap kereta Elhan. Dia tak
mahu bertembung lagi dengan Elhan, apatah
lagi berbicara dengan lelaki itu. Dia dah serik!
Tindakan Elhan tidak dijangka. Cukuplah sekali
Elhan melayannya dengan cara yang biadab
begitu!
Berjalan menghampiri ke rumah
sewanya, langkah Qisna terhenti. Elhan sudah
menunggunya sambil bersandar di badan kereta.
554
Lynn Safiya
Tegak tubuh Elhan melihat figura Qisna.
“Qis...” serunya, walaupun bekas isterinya
itu masih jauh dari tempat dirinya.
Qisna mengetap bibir. Perasaan marah
datang tiba-tiba. Akhir-akhir ini, segala perasaan
yang negatif mampu dirasakan buat Elhan. Siapa
sangka yang rasa takut, benci dan marah boleh
dirasakan buat seorang yang amat dicintainya?
Lambat-lambat Qisna menyusun kaki.
Mahu tak mahu, dia terpaksa juga berhadapan
dengan Elhan.
“Abang nak apa lagi ni?”
“Abang nak Qis...”
Pengakuan Elhan itu menyentap jantung
Qisna. Langsung tak menjangka jawapan Elhan
sebegitu. Ingatkan Elhan akan meminta maaf
sekali lagi. Kering bibir Qisna. Perlakuan Elhan
tempoh hari terlayar di minda. Perlakuan yang
sehingga kini membuat dia serba salah. Serba
salah dengan perasaan sendiri.
“Kenapa tiba-tiba abang macam ni? Kita
dah bercerai 2 tahun kut? Kenapa sekarang?”
“Sebab 2 tahun dah cukup untuk abang
lawan kehendak abang dan beri masa untuk Qis
tenangkan diri. Sekarang abang nak tuntut hak
abang semula!” Tegas Elhan berbicara.
Qisna menelan liur yang terasa berpasir di
555
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
hujung rengkung. Hak? Tegak bulu roma Qisna.
Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Elhan.
“Abang dah takde hak ke atas Qis.” Qisna
menggeleng. Dia tidak boleh mempamerkan
kelemahannya di hadapan Elhan.
“Qis... abang tahu Qis rindukan abang...
sentuhan abang...” Suara Elhan berubah
perlahan. Sorotan matanya mempamerkan kuasa
yang tidak pernah gagal untuk menundukkan
Qisna dulu. Kuasa dan tarikan yang bisa membuat
Qisna menurut apa saja kehendak Elhan.
Qisna sukar melepaskan tarikan mata
Elhan daripada pandangannya. Sekali lagi Qisna
menggeleng.
“Qis pernah bayangkan abang bersama
perempuan lain? Apa perasan Qis kalau semua
yang abang pernah buat kat Qis, abang buat kat
perempuan lain?” duga Elhan. Wajah Qisna tak
lepas daripada pandangan.
Seperti yang dijangka, berubah riak Qisna.
Ya! Dia pernah membayangkan Elhan berkahwin
lain selepas dirinya, dan setiap bayangan yang
pernah terlintas di kepalanya begitu menyakitkan.
Elhan mencumbui perempuan lain? Elhan
mengajar perempuan lain tentang cinta dah kasih
sayang? Ah tidak!
Elhan tersenyum. Jawapan yang dicari,
556
Lynn Safiya
kini jelas sudah.
“Tak suka kan?”
Qisna melarikan mata. Tak suka Elhan
menggunakan isu itu sebagai senjata. Senjata
yang merupakan kelemahan terbesarnya.
“Qis... abang tak sanggup nak bayangkan
Qis bersama lelaki lain. Sakit sangat kat sini, Qis.”
Elhan menumbuk dada. Kuat bunyi tumbukan
yang menyapa telinga. “Abang bayangkan Qis
dengan doktor lelaki yang hari tu, dada abang
rasa nak pecah. The thought of another man
touching you, kissing you, drives me crazy!”
Pijar terasa di pipi. “Apa abang ni?”
Tergagap-gagap Qisna bersuara. Tubuh sudah
mula terasa hangat.
“Abang Aidil tu kawan Qis la. Kenapa nak
fikir yang bukan-bukan?”
“Dia duda kan? Trust me, dia akan fikir
yang bukan-bukan, especially sebab dia dah
pernah merasa macam abang.”
“Boleh tak abang jangan nak pervert
sangat? Tak semua lelaki macam abang! Abang
ni nak Qis semula sebab nak tu je ke?” Datang
semula keberanian Qisna yang menghilang tadi.
“Abang carilah perempuan lain! Qis tak nak
jadi alat untuk pemuas nafsu abang je! Qis lagi
senang hidup sendiri!” putus Qisna sebelum cuba
557
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
melarikan diri masuk ke dalam perkarangan
rumah namun laluannya dihalang oleh tubuh
Elhan.
“Apa abang ni?” dengus Qisna keras.
“Qis ingat abang macam tu ke? Memang
abang terlalu rindukan Qis tapi Qis dah lupa kasih
sayang abang kepada Qis selama ni? Perhatian
abang? Abang bukan nak mengungkit, tapi kalau
abang sekadar nak kahwin semula dengan Qis
sebabkan nafsu abang, abang takkan tunggu 2
tahun!”
“Qis tak pernah suruh abang tunggu
Qis. Kita dah bercerai, abang! Abang pergilah
cari perempuan lain kalau abang dah tak tahan
sangat!” sindir Qisna sebelum laju masuk melalui
pintu pagar, tak sempat ditahan oleh Elhan.
Lelaki! Huh! Macam takde benda lain kat
dalam kepala. Asyik seks saja!
Pintu utama ditutup perlahan. Tangan
ditekup ke dada. Masih hebat jantungnya
bergendang. 2 tahun berpisah dengan Elhan tak
bisa memadamkan semarak cinta yang pernah
dirasakan buat lelaki itu. Namun dia yakin dia
masih mampu bertahan. Dia bukan macam
Elhan! Dia masih kuat...
558
Lynn Safiya
“KENAPA NI Qis? Jauh je abang tengok?” soal
Aidil. Pinggan yang kosong ditolak ke tengah
meja. “Ada apa-apa yang mengganggu fikiran Qis
ke? Ada yang abang boleh tolong?”
Qisna tersandar ke dinding kerusi. Tisu
disapu melintasi bibir.
“Ni mesti pasal bekas suami Qis kan?”
tebak Aidil. “Dia nak Qis semula betul tak?”
Bulat mata Qisna. “Macam mana abang
tahu?”
“A man knows! Cara dia tengok kat Qis
dan cara dia tengok kat abang hari tu pun abang
tahu.”
Qisna mengeluh.
“Kenapa ni Qis? Tanya jelah, jangan
malu.” Aidil seakan tahu ada sesuatu yang ingin
disoal oleh temannya itu.
“Abang... abang rindu tak kat bekas isteri
abang?”
Lambat-lambat Aidil mengangguk.
“Abang nak dia balik?”
“Entahlah...” keluh Aidil. “Dia terlalu
559
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
workaholic. Abang selalu rasa tak diperlukan.
Abang rasa dia jenis yang boleh hidup tanpa
lelaki.”
Qisna menggigit bibir. Pijar terasa di
pipi namun dia perlu tahu. “Errr... maaf kalau
Qis tanya abang soalan ni, tapi errr... abang
boleh tak bayangkan dia bersama lelaki lain?”
Tergagap-gagap Qisna bertanya. Malu dan segan
datang bertimpa-timpa.
Aidil tersenyum. Tahulah dia kini beban
yang menimpa di bahu Qisna. Dan dia seakan
dapat meneka arah tuju pertanyaan wanita di
hadapannya ini.
“Qis... orang lelaki yang normal memang
susah nak lawan nafsu dia. Sebab tu lelaki ni
senang nak tukar-tukar pasangan dan boleh
kahwin sampai empat. Beza dengan orang
perempuan. Tapi kalau lelaki tu tak boleh
bayangkan diri dia bersama perempuan lain,
melainkan orang yang dia cinta tu je, then he is
one in a million, Qis!”
Qisna tunduk. Kata-kata Elhan petang
kelmarin kembali ke ingatan.
“Dan abang sampai sekarang tak tergamak
nak bayangkan bekas isteri abang dengan lelaki
lain. Tapi walaupun macam tu, abang ada dengar
yang dia dah ada pengganti abang. Walaupun dia
kerja kat Penang, tak susah untuk berita sampai
560
Lynn Safiya
ke KL ni. So I guess there is no hope of us getting
back together,” sambung Aidil.
Aidil merapatkan tubuh ke meja. “Qis
bercerai bukan sebab orang ketiga, dan bukan
sebab korang berdua dah tak cinta. Tapi campur
tangan mama dia. Jadi nasihat abang, jangan
terlalu ego. Kalau ada peluang untuk bersatu,
why not?”
“Tapi Qis senang macam ni, abang. Qis
tak pernah rasa betul-betul bebas. Lepas habis
belajar, Qis dah terus kahwin. Lepas bercerai,
Qis balik kampung duduk dengan mak dan ayah.
Sekaranglah baru Qis dapat rasa hidup single. Qis,
Qis... suka.” Qisna cuba membela pendiriannya
namun nadanya tidak begitu meyakinkan.
Aidil senyum lagi. “Buat apa tidur seorang,
kalau boleh tidur berteman? Buat apa meluah
pada abang, kalau boleh ada pendengar yang
setia? Buat apa hidup penuh sepi, kalau ada yang
sudi menemani?” cabarnya. “Abang yakin Qis
bukan macam gadis-gadis lain kat KL ni. Yang
suka enjoy dan parti sana sini. Qis yang abang
kenal dari zaman sekolah, tak pernah berubah
sampailah sekarang.”
Wajah Qisna berubah mendung.
“Was he a good husband?”
“The best,” balas Qisna perlahan. Hakikat
561
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
yang tak bisa diselindungi.
“Terus terang dengan abang, Qis betul
ke bahagia hidup sendiri, lepas dah pernah rasa
hidup menjadi seorang isteri? Isteri kepada
Elhan?”
Qisna tidak menjawab. Dia tiada jawapan
yang pasti.
“Masih cintakan dia?”
Bibir digigit kuat. Masih degil tidak mahu
menjawab.
“Sebelum tidur, Qis angankan dia?”
“Abang! Apa ni?” Makin terbakar pipi
Qisna.
Aidil ketawa. “Tak payahlah malu. Lelaki,
perempuan sama je ada nafsu. Apatah lagi kalau
dah pernah merasa dan dah lama tak dapat.”
“Dahlah! Qis tak nak cakap lagi pasal
ni dengan abang. Baik Qis bincang dengan kak
long.”
Aidil menjongket bahu. “Terpulang... tapi
kak long tu bukan lelaki. Kadang-kadang elok
tanya pada orang lelaki hal-hal peribadi macam
ni,” tukasnya. “You’ll get a different perspective.”
Sekali lagi Qisna terdiam. Terkebil-kebil
matanya cuba menghadam bicara Aidil. Semakin
lama semakin keliru dengan perasaan serta
562
Lynn Safiya
kemahuan sendiri.
Tiba di rumah, dia langsung ke bilik.
Tidak menghiraukan sama ada teman-teman
serumahnya sudah pulang atau belum. Telefon
yang tiba-tiba berdering dikeluarkan daripada
beg. Salam diberi kepada si ibu di hujung talian.
Terduduk Qisna di birai katil. Menggigil
tangan yang memegang telefon. “Apa mak?”
Di hujung talian, Puan Nora mengulang
semula berita yang cuba disampaikan. Qisna beku
tak bisa membalas. Lama dia melayan monolog
ibunya. Peti suaranya seakan terkunci.
“Angah? Angah! Dengar tak mak cakap
ni?”
“Ya, ya mak. Dia datang dengan siapa
mak?”
“Dengan Elhan. Angah macam mana?”
soal Puan Nora.
Liur ditelan penuh kepayahan. Terasa
berpasir di hujung rengkung. Masih tak percaya
dengan semua yang baru didengarinya. “Angah
tak naklah, mak. Angah lagi senang macam ni...”
Kedengaran keluhan kecewa daripada
sang ibu. “Dia dah minta maaf, angah. Dengan
keadaan dia yang tak sihat macam tu pun dia
sanggup datang ke rumah kita untuk minta maaf.
Dia dah sedar kesilapan dia dan dia berharap
563
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
sangat kalau angah akan bersatu semula dengan
Elhan.”
Kedengaran begitu mudah kan? “Yang
dia minta maaf kat mak tu kenapa? Dia ada buat
salah kat mak ke?” sindir Qisna. Huh!
“Angah... angah pernah cakap kat mak
yang angah tak berdendam kan? Jadi kenapa
angah tiba-tiba keras hati macam ni?”
Qisna mengetap bibir. “Takpelah, mak.
Angah tak nak. Mak tolaklah je pinangan
Abang Elhan tu ya. Angah tak puas lagi hidup
membujang. Lagipun, angah masih muda.”
Puan Nora mengeluh lagi. “Yalah, mak
tak nak paksa. Angah jaga diri ya. Apa-apa,
jangan lupa telefon mak. Solat jangan tinggal,”
pesannya setiap kali sebelum mematikan telefon.
“Assalamualaikum...”
Qisna menjawab salam ibunya. Telefon
dicampakkan ke atas tilam. ‘Dah kenapa dengan
bekas ibu mentuanya? Dah buang tabiat ke apa?’
Qisna tidak percaya. Pernah dulu, Puan Maria
merupakan seorang wanita yang sangat baik lagi
penyayang. Namun sekelip mata dia berubah
menjadi seorang yang kejam dan tak bertimbang
rasa. Kini dia konon-konon sudah berubah lagi?
Wah! Mengalahkan kameleon sungguh dia tu!
Elhan ni pun satu! Pandai-pandai je masuk
564
Lynn Safiya
meminang dia. Dahlah buat senyap-senyap tak
beritahu dia dulu! Hesy! Sakit betul hati dia!
‘Diaorang ingat aku ni apa?’
Tapi... betulkah dia tidak berdendam?
Betulkah dia masih tak puas hidup membujang?
Kedua belah tangan meramas kepala yang
terasa bagai nak pecah. Pengakuan Elhan serta
kata-kata Aidil berlegar-legar di kepala silih
berganti. Apakah benar dia sudah ‘moved on’?
Kalau benar, mengapa begitu payah untuk dia
menjawab soalan-soalan daripada Aidil tentang
Elhan tadi? Mengapa?
565
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Bab 8
QISNA meronta-ronta dengan
kepala tertoleh ke kiri dan ke kanan
sebelum tegak dia duduk di atas tilam. Percikan
peluh menitis dari dahi ke tepi pipi. Leher serta
bahagian atas dada turut berpeluh. Turun naik
dadanya seiring dengan aksinya yang cuba
menghela nafas.
Sungguh jelas mimpinya tadi, seakan
terjadinya dalam alam realiti. Elhan berada di
sebelahnya, seolah-olah mereka masih pasangan
yang halal. Setiap sentuhan dan kucupan daripada
Elhan seakan benar-benar dirasakan membuat
tubuhnya masih terasa hangat hingga kini. Dan
dalam mimpinya, sedikit pun dia tak melawan.
Dia hanya merelakan, malah dia turut membalas
aksi penuh berahi daripada lelaki itu.
566
Lynn Safiya
Namun sekelip mata sketsa dalam
mimpinya berubah. Tiba-tiba saja Elhan
mencumbui perempuan lain pula dan Qisna
hanya mampu memerhatikan dari jauh...
Terkejut sungguh Qisna melihat perlakuan
Elhan bersama wanita itu. Aksi mereka berdua
penuh ghairah. Mengapa dia perlu bermimpi
perkara yang bukan-bukan seperti itu? Dia
sungguh-sungguh tak mengerti!
Qisna merebahkan tubuh ke atas tilam.
Mata merenung siling dalam kegelapan. Nafas
masih tercungap seperti tadi. Ketinggian
suhu badannya masih belum menunjukkan
tanda-tanda akan turun. Tatkala mata terpejam,
terasa kembali perlakuan Elhan ke atas tubuhnya.
Lekas-lekas dia mencelikkan mata. Kenapa ni?
Sepanjang 2 tahun hidup terpisah daripada
Elhan, tak dapat dinafikan bahawa perasaan rindu
terhadap lelaki itu memang sering dirasakan,
namun dia masih mampu melawan dan bertahan.
Tapi sejak perlakuan rakus Elhan tempoh hari,
kotak memorinya seakan terbuka dan kenangan
demi kenangan datang silih berganti. Apakah
sebab itu perasaannya terbawa-bawa sehingga ke
alam mimpi?
Qisna bangun daripada perbaringan. Dia
ke kamar mandi lalu mengambil wuduk. Ingin
mengadu pada Yang Maha Esa...
567
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“ABANG, JOM kahwin dengan Qis?”
Tersembur air teh ais daripada mulut
Aidil. Tersedak lantas dia terbatuk kecil. Syukur
dia minum air yang dingin. Kalau air panas tadi?
Mahu terbakar tekaknya agaknya!
“Aduh... sakit tekak abang ni Qis. Kenapa
tiba-tiba ni?”
Qisna membetulkan duduk. Segan
dia duduk bertentangan dengan Aidil sambil
melamar lelaki itu menjadi suaminya. Pipi sudah
habis terbakar.
“Ni takkan selesaikan masalah, Qis.”
Qisna mengeluh. “Qis penatlah, bang.
Senang-senang diaorang masuk meminang Qis
macam Qis ni takde hati dan perasaan. Dahlah
tak bagi tahu kat Qis! Dulu pun macam tu. Bila
nak, datang dengan penuh hormat. Bila benci,
main campak gitu je. Syukur mak dengan ayah
Qis tak main terima je kali ni. Sakit hati Qis tau
abang!”
Aidil merapatkan tubuh ke meja. Mahu
terus mendengar Qisna berbicara.
“Qis baru je dapat kerja kat KL ni. Qis
568
Lynn Safiya
tak nak lari balik ke kampung, tapi selagi Qis
tak kahwin, selagi tulah Abang Elhan akan
mengharapkan Qis.”
“Jadi Qis nak kahwin dengan abang
supaya Elhan tak kacau Qis lagi?” Aidil mahukan
kepastian. “Macam tu?”
Qisna mengangguk. Wajah terbias rasa
bersalah kerana soalan Aidil membuktikan dia
sekadar mahu menggunakan lelaki itu untuk
kepentingannya.
“Fikir masak-masak Qis. Kahwin bukan
boleh dibuat main-main. Abang yakin Qis masih
cintakan Elhan.”
“Cinta je tak cukup abang,” balas Qisna
lemah. “Kalaupun mama dah berubah, Qis akan
sentiasa tertanya-tanya sama ada perubahan dia
tu bersifat sementara atau kekal. Nanti, kalau ada
dugaan lain yang datang, Qis jugak yang terpaksa
berkorban. Qis tak nak!” Lagipun, bukan mudah
untuk dia melupakan kata-kata yang pernah
dilemparkan oleh Puan Maria dulu. Hingga kini
masih terasa sakitnya.
“Qis... jangan kecik hati ya, tapi abang
nak cakap sesuatu pada Qis. Dulu, abang rasa
Qis terlalu terburu-buru buat keputusan untuk
berpisah, sedangkan Elhan masih tengah cuba
nak pujuk mama dia. Qis langsung tak nak bagi
masa kat Elhan. Qis tinggalkan dia masa dia
569
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
perlukan Qis dan takde sesiapa pun suruh Qis
berkorban. Sekarang pun sama je. Terburu-buru
buat keputusan nak kahwin dengan abang,” tegur
Aidil lembut.
“Mana ada terburu-buru? Qis dah fikir
betul-betul dah ni.” Qisna melipat tangan ke
dada. Lagak seorang yang defensif.
“Qis, manusia mampu berubah. Abang
rasa, mama Elhan tu dah sedar kesalahan dia.
Kalau tak, takkan dia sanggup masuk meminang
Qis lagi sekali?”
Qisna membuat muka. Nampak sangat
perasaan sebenarnya terhadap Puan Maria.
Merekah senyuman di bibir Aidil. Diri
tetap tenang. Usianya yang jauh lebih tua
daripada Qisna menyerlahkan kematangannya.
“Qis pernah terfikir tak kenapa mama Elhan
salahkan Qis?”
Qisna mengangguk. “Abang Elhan
kata sebab mama tak dapat nak balas dendam
pada arwah papa. Jadi marah mama tu macam
melampau sangat. Kalau boleh, dia nak semua
orang pun merana macam dia. Sebab tu Qis
dengan Abang Elhan yang jadi mangsa.”
“Kenapa Qis tinggalkan Elhan dan bagi
kata putus untuk bercerai?” soal Aidil seolah-olah
Qisna tidak pernah menceritakan apa-apa pun
570
Lynn Safiya
kepadanya, sedangkan dia sudah pun tahu
segalanya tentang hal perceraian Qisna dan
Elhan.
Bercantum kening Qisna. “Kan Qis dah
bagi tahu abang sebelum ni. Qis tinggalkan Abang
Elhan sebab Qis tak nak dia jadi anak derhaka,”
ulang Qisna.
“Sorry, Qis, but that is totally bullshit!”
Nada suara tetap tenang, walaupun butir
bicaranya agak kasar.
Tegak tubuh Qisna. Terkesima dengan
bahasa Aidil.
“Tu alasan untuk sedapkan hati Qis je
selama ni, kan?”
“Alasan? Tu bukan alasan. Tu memang
sebabnya,” tukas Qisna. “Qis tak nak Abang
Elhan jadi anak derhaka,” ulang Qisna. “Mama
dah bagi kata putus. Mama tak nak Abang Elhan
beristerikan seorang pembunuh!”
Aidil mengangguk. “Betul, tapi ada mama
Elhan bagi kata putus kepada Elhan yang dia
kena pilih salah satu? Dia atau Qis? Tak, kan?”
Qisna tidak mengerti. Apa bezanya?
“Mama Elhan paksa Elhan ceraikan Qis,
tapi dia tak pernah kata Elhan akan jadi anak
derhaka kalau dia tak ceraikan Qis. Tu semua
andaian Qis je.”
571
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Qisna cuba membidas namun untuk
seketika, dia kehilangan kata-kata. Terkebil-kebil
dia. “Walaupun dia tak cakap secara nyata, tapi
Qis yakin dia maksudkan macam tu.”
Aidil menggeleng tanda tidak percaya.
“Yang sebenarnya, Qis marah dan berdendam
pada mama Elhan sebab salahkan Qis atas
kematian Maira, jadi Qis balas dendam tu pada
Elhan. Elhan yang jadi mangsa. Sama dengan apa
yang mama Elhan buat pada Qis. Tak begitu?”
Garisan di dahi Qisna tambah dalam.
“Ma... mana ada?”
“Qis kan pergi terapi, takkan ahli terapi tu
tak cakap apa-apa?”
Qisna menelan liur. Ada ke? Atau dia
memilih untuk tidak mahu mendengar tentang
persamaan tindakannya dengan perlakuan ibu
mentuanya selama ini? Mati-mati dia menidakkan
persamaan itu. Tidak! Apa yang dilakukan oleh
Puan Maria tidak sama dengan keputusannya
untuk berpisah dengan Elhan. Tidak sama sekali!
Riak di wajah Qisna begitu ketara. Aidil
menelan keluhan. “Qis betul nak kahwin dengan
abang?”
Bulat mata Qisna. Wajah Aidil dicari.
Tanpa rela dia mengangguk.
“Okey, katalah abang setuju. Bila Qis nak
572
Lynn Safiya
kahwin?”
Terkebil-kebil mata Qisna. Semudah itu?
“Errr... bila-bilalah. Qis tak kisah. Lagi cepat
lagi bagus.” Goyah suara Qisna. Langsung tiada
keyakinan.
“Kalau macam tu, Qis cakap dengan mak
dengan ayah kat kampung. Abang pun sama.
Nanti dah sepakat, kita kahwin,” putus Aidil.
“Errr abang... Kenapa tiba-tiba abang
boleh setuju ni?” Hairan Qisna. Tadi Aidil seakan
menentang cadangannya. Tak sangka dengan
begitu mudah Aidil menukar pendiriannya.
Aidil menjongket bahu. “Betul cakap Qis
tadi. Cinta je tak cukup dan kalau ni boleh buat
Qis betul-betul lupakan Elhan, abang sanggup
tolong. Lagipun, abang takkan lupa apa yang
Qis buat untuk abang masa abang mula-mula
bercerai dulu. Abang berterima kasih dengan
sokongan dan bantuan Qis.”
“Abang pun sama tolong Qis. Abang yang
bawak Qis jumpa ahli terapi tu. Kalau tak, tak
tahulah Qis ni jadi apa,” ujar Qisna,
Aidil mengangguk. “Kita kahwin
betul-betul kan? Bukan tipu-tipu?”
“Be... betul.” Gagap.
“Sebab, lepas dah kahwin, abang takkan
ceraikan Qis tau. Cukuplah sekali abang jadi
573
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
duda. Qis faham kan?”
“Ya... ya faham.”
“Okey, kalau macam tu, abang nak kita
jadi macam pasangan lain. Qis jadi isteri abang
bukan sekadar nama, tau. Tapi yang akan tidur
sebilik dan sekatil dengan abang. Takde hidup
asing-asing lepas kita kahwin nanti.”
Qisna menelan liur. Terasa berpasir di
hujung rengkung.
“Qis sanggup?” cabar Aidil. Dalam
matanya memanah ke dalam anak mata Qisna.
“Qis boleh bayangkan abang jadi suami Qis?
Yang ada hak ke atas diri Qis, terutamanya dari
segi jasmani?”
Qisna menggigit bibir. Dia tak membalas.
“Qis boleh bayangkan abang dengan Qis,
sama macam Qis dengan Elhan dulu?”
Masih diam. Wajah Qisna berubah pucat.
Bergetar bibirnya.
Aidil tersenyum segaris. Mata Qisna
dipandang penuh pengertian. “Tak dapat nak
bayangkan semua tu, kan? So who are you trying
to fool?”
Kali ini Qisna tunduk. Tewas dengan
serangan psikologi daripada Aidil.
“Qis... Qis...”
574
Lynn Safiya
“Abang faham, Qis. Qis hanya nak
buktikan kepada Elhan yang Qis dah moved on.
Tapi yang sebenarnya, Qis masih belum mampu
nak bayangkan diri Qis dengan lelaki lain. Betul
kan?”
“Sebenarnya Qis marah sangat dengan
Abang Elhan...” akui Qisna akhirnya. Tindakan
Elhan akhir-akhir ini dirasakan agak melampau,
seolah-olah dia tiada hati dan perasaan. “Jadi Qis
macam nak sakitkan hati dia...”
“Dengan melamar abang?”
Kepala diangguk perlahan. “Sorry, abang.
Entah apalah yang Qis fikirkan tadi...” Suaranya
sarat dengan kekesalan. “Qis tak bermaksud nak
pergunakan abang.”
“Qis, fikir balik apa yang abang cakap tadi.
Jangan disebabkan perbuatan orang lain, orang
lain yang jadi mangsa. Kat sini, yang terluka
bukannya orang lain. Qis dengan Elhan jugak.”
Nasihat dititipkan buat Qisna.
“Qis nak buat apa, abang?” soal Qisna. Dia
benar-benar bingung ketika ini. Tidak kuat untuk
menghadapi kenyataan.
“Qis sorang je yang tahu. Qis sorang je
yang boleh buat keputusan. Abang tak boleh nak
buat keputusan untuk Qis.”
Qisna tersandar ke dinding kerusi. Sedar
575
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
yang kata-kata Aidil benar belaka. Apa pun
keputusan berada di tangannya seorang. Dan
dia perlu menghadapinya, tak kira betapa rumit
ataupun menyakitkan. Nak terima, dia perlu
terima sepenuhnya dan jika mahu menolak,
dia perlu kuat untuk menolak sepenuhnya,
tanpa mempergunakan orang lain demi
kepentingannya.
576
Lynn Safiya
Bab 9
DAKI di batu nisan digosok perlahan
dengan telapak tangan walaupun
pusara si kecil kelihatan kemas dan terjaga. Sudah
berkurun dia tak ke mari. Namun dia yakin, Elhan
takkan membenarkan pusara si kecil terbiar
tanpa penjagaan yang rapi. Bibir terkumat-kamit
membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Namun tiada
kesan air mata di pipi. Tidak perlu menangisi
pemergian anak syurga yang sudah tentu
tempatnya di dunia abadi. Walaupun rindu, Allah
lebih mengetahui...
“Qis...”
Qisna mendongak daripada kedudukan
cangkungnya. Liur ditelan penuh pahit. Untuk
seketika, sorotan mata memancarkan api
kebencian buat gerangan orang yang menyeru
577
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
namanya tadi. Perlahan-lahan dia berdiri.
“Qis...” Kali ini giliran Elhan pula yang
menyeru namanya. “Abang cuba cari Qis semalam
tapi Qis takde. Abang ada benda nak bincang
dengan Qis.”
Qisna tetap tidak menyahut. Yakin
yang Elhan mahu berbincang tentang hal
peminangannya yang telah pun ditolak oleh ibu
dan bapa Qisna tempoh hari.
Puan Maria menelan liur melihat wajah
Qisna yang tegang. Tubuhnya kaku. “Qis... mama
nak minta maaf kat Qis. Mama tahu dosa mama
terlalu besar untuk Qis ampunkan, tapi mama
harap sangat Qis dapat maafkan mama,” pinta
Puan Maria dengan wajah yang sayu. Elhan
di sebelah Puan Maria, setia memaut bahu
mamanya yang masih tidak kuat untuk berjalan
sendiri tanpa bantuan tongkatnya.
Tanpa sedar, kedua belah tangan Qisna di
sisi sudah mengepal penumbuk. Rasa marah dan
benci datang bertimpa-timpa. Turun naik dadanya
menghela nafas. Melihat wajah Puan Maria,
terus saja dia terdengar gelaran ‘pembunuh’ yang
pernah dilemparkan kepadanya dulu. Gelaran
yang amat menggores hatinya dan gelaran yang
paling kejam pernah dilabelkan buat dirinya.
Terkedu Elhan melihat riak wajah Qisna.
Sorotan mata Qisna pada ibunya begitu tajam...
578
Lynn Safiya
sarat dengan rasa benci dan dendam... Tak
pernah dia melihat Qisna begitu. Bekas isterinya
memang dikenali dengan sifatnya yang lembut
lagi penyayang. Tidak pernah Qisna mengucapkan
kata-kata benci atau marah akan sesuatu, apatah
lagi kepada sesiapa. Ciri-ciri itulah yang membuat
Qisna begitu istimewa di hatinya. Namun kini,
Qisna seakan sedang menyarungkan topeng yang
begitu asing sekali. Betulkah ini Qisna, bekas
isterinya?
“Qis...” Puan Maria masih merayu. “Mama
nak Qis jadi menantu mama semula. Mama sedar
yang Qis dan Elhan tak bersalah. Mama sorang
yang bersalah selama ni... Izinkan mama tebus
kesalahan mama…”
Koyak senyuman di bibir Qisna namun
senyumannya berbaur sinis. Senangnya minta
maaf! Betul orang kata, liur itu sememangnya
percuma!
“Mama nak ke pembunuh ni jadi menantu
mama?” sindir Qisna yang telah menjumpai
semula suaranya. Mendatar saja nada suaranya,
seakan tiada perasaan.
Terkedu Puan Maria jadinya. Elhan pun
terkesima dengan nada suara Qisna yang begitu
dingin.
“Mama tak maksudkan macam tu, Qis.
Mama terlepas cakap, sebab masa tu mama
579
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
marah dan kecewa sangat!”
“Huh!” dengus Qisna. ‘Marah dan kecewa
dia je dia tahu? Marah dan kecewa aku?’
“Mama dah sedar kesalahan mama. Mama
tahu Qis dan Elhan terseksa terpisah selama ni.
Izinkan mama satukan kalian berdua semula. Qis
jadi menantu mama semula ya?”
Qisna mengerling ke wajah Elhan. Masih
tersimpan rasa marah terhadap lelaki itu atas
tindakan Elhan sebelum ini. “Tak payahlah
mama. Qis tak nak. Qis lagi senang macam ni.”
Qisna memenangkan egonya. “Mama carilah
perempuan lain yang lebih baik untuk jadi
menantu mama. Yang akan tahu macam mana
nak jaga cucu mama nanti! Kalau Qis yang jaga,
takut jadi arwah je nanti!” Belum puas Qisna
menyindir bekas ibu mentuanya.
“Qis!” tegur Elhan keras. “This is my
mother you’re talking to. Boleh tak hormat sikit?”
Mencerlung matanya ke arah Qisna.
Qisna membuat muka.
“Abang...” tahan Puan Maria. “Takpe...
mama tak kisah. Memang Qis ada hak nak
marahkan mama.”
“No, ma! Marah macam mana pun, mama
tetap pegang pangkat ibu kepada Qis. Dia takde
hak nak kurang ajar dengan mama.” Elhan
580
Lynn Safiya
kembali mencari mata Qisna. “Kalaupun Qis nak
marah, marahkan abang sorang je. Jangan nak
kurang ajar dengan mama. Mama abang dah
sedar, dia dah mengaku salah dia. Boleh tak Qis
jangan nak ego dan degil sangat?”
Terpukul Qisna dengan kata-kata Elhan.
Dan dirinya semakin berjauh hati dengan lelaki
itu. Puan Maria yang bersalah, tapi dia juga yang
dimarahi dan dipersalahkan!
“Abang tak payah nak marah-marah Qis.
Qis bukan isteri abang lagi! Dan Qis ada hak nak
rasa apa saja. Kalau abang tak nak tengok Qis
kurang ajar macam ni, senang je. Abang tak payah
nak cari Qis lagi, atau memandai-mandai balik
ke kampung Qis untuk masuk meminang Qis.
Sebab Qis tak ingin nak kahwin semula dengan
abang!” muntah Qisna penuh bisa. Puas hatinya
dapat melampiaskan rasa marah di hati. Dan
tanpa menunggu sesaat pun lagi, Qisna berlalu.
Perginya tanpa berpaling ke belakang lagi... dan
perginya dengan menjunjung tinggi ego dan rasa
sakit di hati…
“Mama... mama okey?” soal Elhan sebaik
saja Qisna hilang daripada pandangan. Wajah
ibunya yang keruh menjentik hatinya. Ibu yang
sudah sedar akan kekhilafan diri tidak wajar
diperlakukan sewenang-wenangnya oleh sesiapa
pun jua. Ibu yang sudah kembali mempamerkan
581
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
kasih sayang kepada anak-anak telah mampu
melembutkan hati Elhan agar turut melayan
ibunya dengan baik dan mesra.
Laju Puan Maria mengangguk. “Mama
okey. Abang tak baik marah kat Qis tadi. Dia tak
bersalah. Mama yang bersalah...”
“Tak kisahlah, ma. Abang pantang kalau
ada orang naik suara kat mama.” Tegas Elhan
bersuara. “Jomlah. Kita ke sana,” ajak Elhan
sambil memimpin tangan ibunya ke pusara
arwah Humaira. Pertemuan dengan Qisna tadi
mahu ditolak ke tepi dulu buat sementara waktu.
“PUAS HATI Qis?” terjah Elhan sebaik saja
Qisna menghampiri keretanya. Sudah hampir
setengah jam dia menunggu di depan rumah
Qisna. Tahu saja waktu Qisna akan tiba dari
stesen LRT. Ada perkara yang mahu diluahkan
kepada Qisna. Dengan tangan berlipat ke dada,
tajam matanya memanah ke wajah Qisna.
Bergaris dahi Qisna. “Apa abang cakap
ni?” Pura-pura tidak tahu.
“Abang tanya, dah puas ke hati Qis dapat
lepaskan semuanya kepada mama? Sampai
sanggup kurang ajar dengan mama?” Tangan
582
Lynn Safiya
dilabuhkan ke sisi. Cuba mengawal kesabaran
yang semakin menipis.
“Huh! Apa yang Qis cakap tu betul
semuanya, kan? Kenapa abang nak sentap pulak?
Memang mama gelar Qis pembunuh, kan? Tak
malu ke nak bermenantukan sorang pembunuh?”
ungkit Qisna untuk sekian kalinya. “Baiklah cari
perempuan lain.”
“Mama dah sedar dia bersalah, Qis. Dia
dah sedar! Dia nak perbetulkan semuanya.
Kenapa Qis perlu bersikap macam pagi tadi tu?
Tak boleh ke Qis bagi peluang kat mama?”
“Untuk apa? Ada mama bagi peluang kat
Qis dulu? Mama langsung tak rasional sedangkan
dah terang-terang bukan Qis yang bersalah,”
bidas Qisna.
Elhan mengangguk perlahan. “Nampak
sangat Qis masih berdendam dengan mama.
Mulut cakap lain, tapi hati Qis rupanya cakap
lain!” tuduh Elhan. “Mana Qis yang abang kenal
dulu? Yang lembut? Yang penyayang? Kenapa
Qis yang berdiri kat depan abang ni lain benar
orangnya?”
“Bukan abang yang sakit beranakkan
Maira. Bukan abang yang sakit menyusukan
Maira. Bukan abang yang dituduh bersalah bila
Maira mati! Mana keadilannya, abang? Mana?
Sekarang senang-senang Qis kena maafkan
583
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
mama? Salah ke kalau hati Qis keras sekarang ni?
Salah ke kalau Qis yang sekarang ni bukan Qis
yang dulu?” Bertalu-talu Qisna menyoal.
“2 tahun, abang! 2 tahun Qis terseksa kat
kampung. Tebalkan muka daripada cakap-cakap
orang kampung yang tuduh Qis macam-macam.
Bila abang jumpa Qis semula kat KL ni, terus
abang ingat yang Qis nak bersatu semula dengan
abang. Bila Qis kata Qis dah moved on, abang
balik jumpa mak dan ayah Qis kat kampung tapi
langsung tak bagi tahu dengan Qis. Qis tak suka
abang dan keluarga abang buat Qis macam anak
patung! Bila nak, datang ambik dan bila tak nak,
main campak! Abang ingat Qis ni apa?” Semakin
tinggi nada suara Qisna. Sesuatu yang tidak
pernah dilakukannya ketika berhadapan dengan
Elhan selama ini.
Kuat desahan nafas yang dilepaskan
oleh Qisna. Kali ini dia benar-benar meluahkan
segala yang terbuku di hati. Terasa lepas beban
di bahunya. Diri terasa ringan sangat ketika ini.
“Baik, abang minta maaf pasal tu. Masa
tu abang teruja sangat bila mama dah sedar
kesalahan dia dan nak abang bersatu semula
dengan Qis. Niat abang ikhlas. Abang bukan nak
ketepikan Qis dalam hal ni, tapi abang tak nak
terlepas peluang beristerikan Qis. Dan abang
ingat Qis sama berperasaan macam abang. Tapi
584
Lynn Safiya
abang tak sangka Qis akan tolak pinangan abang
sebab masih berdendam dengan mama!”
“Qis tak berdendam dengan mama... Qis
cuma tak dapat lupakan perbuatan mama!” Qisna
masih cuba mempertahankan pendiriannya.
Pendirian yang semakin goyah akibat dicabar
berkali-kali oleh Elhan, Aidil dan juga ibunya
sendiri.
Elhan menggeleng kepala. “Qis boleh
cakap apa saja, tapi sampai bila Qis nak menipu
diri Qis sendiri? Qis masih sayangkan abang,
masih cintakan abang, tapi Qis tak nak mengaku.
Qis rindukan abang, tapi Qis kata Qis dah moved
on. Mama dah minta maaf, tapi Qis tak nak terima.
Abang tak tahu apa lagi yang abang boleh buat
untuk Qis terima abang semula. Kita ada peluang
untuk bahagia lagi sekali, tapi Qis tak nak. Kita
ada peluang untuk ada zuriat lain selepas Maira,
tapi Qis tak nampak tu semua! Dari dulu, Qis tak
pernah nak fight untuk kita!”
Tersentak Qisna mendengar kata-kata
Elhan. Merekah bibirnya. Namun dia tak boleh
berpatah balik. Tak boleh! “Qis boleh cari
kebahagiaan Qis sendiri. Qis tak perlukan abang.
Abang bukan satu-satunya lelaki dalam hidup
Qis! Ramai lagi lelaki lain nak kat Qis!” Ego Qisna
sudah bersuara. Peluru sengaja dilancarkan
untuk menyakiti hati Elhan.
585
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Berubah riak Elhan. Kaku tubuhnya.
“Fine! Kalau macam tu, abang takkan kacau Qis
lagi lepas ni. Kalau Qis tak boleh nampak apa
yang abang cuba buat untuk kita, then this will be
the last time you will ever see of me. Take care!”
Tanpa menunggu Qisna membalas, Elhan
sudah menghenyakkan diri masuk ke dalam
kereta. Enjin kereta dihidupkan lantas Elhan
terus saja memecut. Yang tinggal, hanya sisa-sisa
asap dan debu yang menampar ke wajah Qisna.
Tamparan yang terasa sehingga jauh ke relung
hati.
Terkebil-kebil mata Qisna cuba menahan
kolam matanya daripada pecah. Jika tadi
dia rasa puas, jika tadi dia berasa lega dapat
menghamburkan semuanya kepada Elhan, kini
jiwanya terasa kosong sekali. Dia benar-benar
keliru dengan perubahan perasaannya ketika
ini. Dia sepatutnya berasa gembira Elhan sudah
pergi daripada hidupnya. Bukankah itu yang
dimahukannya? Bukankah selama ini dia asyik
berpandukan kata-kata yang dia sudah berjaya
meneruskan kehidupannya tanpa Elhan? Jadi
mengapa hatinya berasa sakit bagai dihiris-hiris
begini? Mengapa?
586
Lynn Safiya
Bab 10
TIADA lagi kereta Elhan yang
menunggu di luar perkarangan
hospital saban hari. Tiada lagi kereta Elhan yang
menunggu kepulangannya di luar rumahnya
petang-petang begini. Tiada sebaris pesanan yang
ditinggalkan melalui telefon apatah lagi cubaan
panggilan daripada lelaki itu. Elhan benar-benar
memaksudkan kata-kata terakhirnya.
Bayang-bayangnya langsung tidak lagi kelihatan.
2 bulan merangkak ke 3 bulan dan Elhan
masih jua menjauhkan diri. Qisna meneruskan
rutin siangnya seperti biasa dan tiada sesiapa bisa
menangkap rutin setiap malamnya, melainkan
Aidil. Menangis ketika solat, menangis sehingga
tertidur, menangis tanpa sebab ketika menonton
televisyen adalah antara rutin malamnya.
587
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Qisna sendiri tidak memahami dirinya sendiri.
Mengapa perlu dia bersedih sedangkan inilah
yang dimahukan buat dirinya?
Dia belum puas hidup bebas kan? Dia
tidak mahu kembali kepada Elhan kan? Dia dah
moved on kan? Jadi apa lagi yang masih kurang
dalam hidupnya? Apa lagi?
“Qis, sampai bila Qis nak macam ni?
This is not healthy for you. Mungkin Qis patut
pergi jumpa therapist tu semula,” saran Aidil
dengan wajah yang jelas bimbang akan keadaan
temannya. “You’ve lost so much weight, a light
wind could knock you over.”
Qisna memaksa tangan kanan untuk
menyuap sesudu nasi ke dalam mulut. Dia
menggeleng kepala. “Tak perlu, abang. Qis okey.
Qis tak perlu nak jumpa therapist tu.”
Aidil menelan keluhan. Sukar benar bagi
Qisna untuk menerima hakikat bahawa dirinya
masih terlalu mencintai Elhan. Egonya terlalu
tinggi dan seakan mustahil untuk diruntuhkan.
“Qis… jujur dengan abang, Qis bahagia?”
Perlahan Aidil menyoal.
“Bahagia je,” balas Qisna selamba tanpa
mengangkat wajah.
“Qis tak mengharapkan Elhan lagi?”
Statik tangan Qisna yang baru mahu
588
Lynn Safiya
menyuap nasi ke mulut.
“Tak perlu defensif, Qis. Abang dah kenal
Qis lama. Lebih lama daripada Elhan kenal Qis.
Kalaupun Qis nak tipu diri Qis sendiri, tolong
jangan tipu abang,” sambung Aidil.
“Tak! Nak mengharapkan buat apa lagi?
Dia dah takde kena-mengena dalam hidup Qis.”
Aidil kecewa. “Baiklah, abang terima
kata-kata Qis. Satu je abang nak cakap. Abang
harap Qis takkan menyesal sebab lepaskan
peluang yang Allah dah berikan kepada Qis.
Tak semua orang dapat peluang kedua Qis,
percayalah. Abang tak terpilih untuk bersatu
kembali dengan bekas isteri abang. Dia pun
dengarnya nak berkahwin dah tak lama lagi. Tapi
Qis dapat peluang tu. Tapi Qis sia-siakan…”
Nasi yang cuba ditelan terasa tersekat di
rengkung. Bulat matanya memandang ke wajah
Aidil. Tatkala itu, ekor matanya menangkap
figura seseorang yang amat dikenalinya, bangun
daripada kerusi di hujung restoran. Elhan!
Sejak bila Elhan berada di situ? Dia langsung
tak perasan. Merekah bibir Qisna melihat Elhan
membantu seorang wanita bangun bak seorang
lelaki budiman. Berpimpin tangan mereka
berjalan. Apabila pasangan itu berjalan di tepi
meja Qisna, sedikit pun Elhan tidak memandang
ke wajah Qisna, walaupun Qisna sedang
589
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
mengangkat wajah, seolah-olah tidak mahu
mengakui keberadaannya di sana.
“Qis… are you alright?” soal Aidil sebaik
melihat wajah Qisna yang kelihatan sedikit pucat.
Qisna tidak tahu jawapan yang harus
diberikan. Okey ke dirinya melihat Elhan
berdampingan dengan perempuan lain? Kenapa
sakit sangat terasa di dadanya tatkala Elhan
sedikit pun tidak mahu memandang ke wajahnya?
Dia yakin Elhan tahu dia duduk di sini bersama
Aidil. Lelaki itu sudah tidak menyimpan perasaan
cemburu lagikah melihati dirinya bersama lelaki
lain? Dan siapakah perempuan tadi? Adakah
pengganti dirinya?
“Kenapa dia tak tegur Qis ya?” tanya Aidil
sengaja mahu membakar perasaan temannya.
“Mungkin dia tak perasan Qis kat sini...”
Lemah Qisna menjawab. Jawapan yang dia
sendiri tahu akan kepalsuannya. Mana mungkin
Elhan tidak perasan? Lelaki itu memang sengaja
tidak mahu menegurnya… dan sengaja tidak
mengendahkan pandangannya…
“Hmmm… nampaknya Elhan pun dah
moved on… You should be happy for him, right?”
“Errr, ya, ya…” Gagap Qisna membalas.
Bahagia? Bahagia melihat Elhan bahagia dengan
perempuan lain? Mampukah dia berasa begitu?
590
Lynn Safiya
“Baguslah kalau macam tu. Qis dah moved
on, Elhan pun dah moved on… jadi masing-masing
dah boleh cari kebahagiaan sendiri,” sambung
Aidil sengaja mahu menjentik hati Qisna. “Qis
nak abang kenalkan Qis kepada kawan-kawan
abang? Ramai yang masih bujang tau. Qis cakap
je Qis nak lelaki yang macam mana. Nanti abang
cuba kenenkan.”
Qisna tersenyum tawar. “Tak naklah… Qis
tak nak kahwin dengan doktor. Tak best!” Qisna
cuba berjenaka, namun kesakitan di hatinya tidak
dapat diselindungi daripada sorotan matanya.
Aidil ketawa. “Hei! Abang ada ramai
kawanlah. Tak semuanya doktor!”
Kepala digeleng kecil. Qisna kembali
tunduk. Sudu dan garpu bermain-main di atas
pinggan. Riak wajah mahu disembunyikan
semampu boleh. Aidil mendongkol geram. Sakit
hatinya melihat Qisna begini. Sakit dan kecewa
sangat!
“QISNA PENGSAN?”
Bergegas Aidil ke unit Kecemasan.
Daripada laporan yang diterima, Qisna pengsan
di dalam surau dan langsung dibawa ke mari.
591
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
“Abang tak perlu risau. Qis kurang
air dalam badan. Kena drip je,” ujar Qisna
sebaik dirinya dipindahkan ke dalam bilik dan
ditinggalkan bersendirian dengan Aidil. Segan
dengan doktor dan jururawat yang berada di
sekeliling katilnya tadi.
Aidil sudah mencekak pinggang. “Degil!”
dengusnya.
Qisna buat-buat tak dengar.
“You’re not well, Qis. You have to face your
problems now before they get worse! You are
clearly heading towards depression, if not there
already!” tuduh Aidil dengan suara yang terketar.
Tanda-tanda Qisna mengalami kemurungan
memang ada. Kesukaran untuk tidur, emosi yang
tak stabil, kehilangan selera makan, tapi Qisna
saja yang degil tidak mahu mengakui semua itu
dan meminta pertolongan.
“Qis, kalau Qis berterusan macam ni,
abang akan call mak dan ayah Qis kat kampung. I
will tell them everything!” ugut Aidil.
Laju Qisna menggeleng. “Jangan… jangan,
bang…” Qisna cuba duduk dan bersandar di
kepala katil.
“So, what’s your problem. Tell me now!”
Air mata Qisna mula mengalir. “Qis pun
tak tahu… Qis sendiri tak tahu, abang... I don’t
592
Lynn Safiya
know what’s wrong with me...” akui Qisna
akhirnya. “Tapi Qis macam tak boleh berhenti
menangis...”
Aidil mengetap bibir. Cuba menahan
rasa geram dan marah daripada terlepas dari
celahan bibirnya. Dia khuatir seandainya dia
melampiaskan semuanya, lubang yang digali oleh
Qisna untuk menyembunyikan diri akan menjadi
semakin dalam.
“Qis... abang bagi pilihan kat Qis sekarang
ni. Qis nak abang bagi tahu mak dengan ayah Qis
kat kampung, atau Qis call Elhan sekarang!” Aidil
memberi kata putus.
Kering bibir Qisna. Dua-dua pun dia tak
mahu! “Abang Elhan? Kenapa Qis kenapa call
dia? Qis tak faham.”
“Qis tak faham atau buat-buat tak faham?”
duga Aidil. “You need to talk things over with
him!”
Qisna mengerti kini. Sangat mengerti apa
yang dimahukan oleh Aidil. Berkali-kali Aidil
mengungkit perkara yang sama, tapi berkali-kali
juga Qisna cuba menidakkan kebenaran yang
sudah terpampang di depan mata.
“Abang...” Masih mahu berdalih.
“Choose, Qis. Choose now!” celah Aidil
garang. Tidak membenarkan Qisna mencipta
593
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
sebarang alasan lagi. “Qis nak yang mana satu?”
Riak Qisna memberikan jawapan yang
dicari oleh Aidil. Dia tahu Qisna takkan mahu
membebankan kedua orang tuanya di kampung.
Maka Qisna tiada pilihan lain.
“I’ll be back!” ujar Aidil sebelum
meninggalkan Qisna tersandar kelesuan. Dia
memejamkan mata. Cuba mengusir air mata
daripada mengalir. Air mata yang sering tumpah
tanpa alasan dan sebab yang pasti. Apakah dia
kesepian dalam kehidupannya yang serba bebas
ini? Mengapa jiwanya terasa kosong tanpa erti?
Minda sibuk menggali kata-kata yang
bakal diluahkan kepada Elhan nanti. Dia takut...
dia belum bersedia... Bagaimana pula penerimaan
Elhan nanti?
Entah berapa lama Qisna menutup mata...
dan entah berapa lama dirinya diperhatikan oleh
seseorang...
Elhan tidak bersuara. Tegak berdiri di sisi
katil Qisna. Mata mengamati wajah pucat Qisna,
matanya yang terpejam, pipinya yang sedikit
cengkung serta alunan nafasnya yang nampak
tenang. Terkejut menerima panggilan telefon
daripada Aidil, dia bergegas ke mari. Bukan sukar
untuk Aidil mendapatkan nombor telefonnya
memandangkan rekod peribadinya tersimpan
oleh pihak hospital. Pertemuan dengan Aidil
594
Lynn Safiya
sebentar tadi telah mendedahkan banyak perkara
yang tak dijangka oleh Elhan tentang Qisna.
Qisna bergerak sedikit di atas katil.
Bibir terasa kering lalu dia mencelikkan mata.
Bertembung dengan mata Elhan. Terkedu Qisna
jadinya. Berdegup jantungnya tidak menentu.
Sorotan mata Elhan tidak bisa ditebak
oleh Qisna. Yang pasti, Elhan tidak pernah
memandangnya begitu... tanpa secebis rasa
kasih... tanpa sekelumit rasa sayang... Semakin
tidak selesa Qisna menerima pandangan
sebegitu daripada Elhan, lebih-lebih lagi
dengan keheningan suasana yang terasa amat
mencengkam.
“Kawan Qis si doktor tu kata, Qis ada benda
nak bincang dengan abang. Ada apa? Abang sibuk
ni. Abang tak boleh lama.” Elhan memilih untuk
memulakan bicara. Tangan diseluk ke dalam
kocek seluar. Lagaknya bersahaja seolah-olah
tidak terkesan langsung melihat Qisna terlantar
di atas katil hospital.
Tergores hati Qisna mendapat layanan
dingin begitu daripada Elhan. Dia menahan
rasa. Cuba mencari kalimah yang sesuai untuk
bermukadimah. Dia berdeham bagi melegakan
rengkung yang terasa berpasir.
“Qis... Qis... Errr Qis rasa Qis tak sihat ni
sebab terlalu fikirkan apa yang dah terjadi antara
595
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
kita sebelum ni.” Bergetar suara Qisna. “Qis rasa
bersalah dengan perangai Qis masa kat kubur tu.
Mungkin masa tu, Qis terlampau terkejut jumpa
mama dan abang kat situ jadi Qis tak bersedia.
Entahlah, tapi tak patut Qis kurang ajar dengan
mama...”
“Jadi?” Masih dingin.
“Jadi... Qis nak minta tolong abang
sampaikan kepada mama yang Qis maafkan
mama, dan Qis dah tak berdendam dengan
mama lagi.” Akhirnya! Qisna mengakui jua
kenyataan yang selama ini dia sememangnya
masih berdendam dengan Puan Maria. Jiwanya
yang tak tenang dan mentalnya yang selalu saja
bermasalah berpunca daripada hatinya yang tak
mahu melepaskan kesakitan itu. Dia berpegang
kuat pada rasa sakit itu, kerana dengan itu
sajalah dia bisa menyalahkan semua yang berada
di sekelilingnya, kecuali dirinya sendiri.
Elhan tersenyum segaris. Namun
senyumannya tiada gula. “It’s too late now.
Abang dah tak mampu nak sampaikan pesanan
Qis.” Tegang suara Elhan. “Mama dah takde...
mama meninggal 2 minggu lepas.”
Terbuntang mata Qisna tidak percaya.
“A... apa? Ke... kenapa abang tak beritahu Qis?
Kenapa Qis tak tahu pun pasal ni?” Berair kembali
mata Qisna. Ya Allah! Dia sudah terlambat. Puan
596
Lynn Safiya
Maria sudah tiada! Takkan mak dan ayahnya di
kampung pun tak diberitahu?
“Perlu ke abang beritahu Qis? Qis dah tak
nak ada kena-mengena lagi dengan abang atau
keluarga abang, kan?” ungkit Elhan kejam.
Sakit pipi Qisna seakan ditampar oleh
kata-kata Elhan. Tumpah jua air matanya. Rasa
kesal yang dirasakan kini tiada gunanya. Dan rasa
terkilan yang menekan di segenap ruang dadanya
tidak membawa sebarang erti.
“Qis minta maaf... Qis minta maaf...”
tangis Qisna. Tertunduk dia menahan rasa sakit
di dada.
Sekuat upaya Elhan cuba untuk tidak
bereaksi. Dia kekal pegun di tempat dirinya.
Riak wajahnya tidak berubah dan tiada simpati
ditunjukkan buat Qisna. “Itu je ke Qis nak cakap
pada abang?” Ucap maaf Qisna tidak dipedulikan.
Qisna mendongak. Mata meratah ke
seluruh wajah Elhan. Cuba menyelami hati lelaki
itu daripada riak di mukanya, namun gagal.
Wajah Elhan kekal kaku tanpa emosi.
“Abang takde apa-apa nak cakap pada
Qis?” soal Qisna penuh berharap. Dah tak cinta
lagikah lelaki itu akan dirinya?
Elhan menggeleng. “Takde. I’ve said
everything I needed to say before. Dah takde apa
597
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
lagi yang perlu abang ulang.”
Qisna menelan rasa kecewa. ‘Padan muka
kau Qis! Bodoh! Takkan dia nak lamar kau sekali
lagi sedangkan kau dah tolak mentah-mentah
dulu? Takkan dia nak bukakan peluang kepada
kau sekali lagi sedangkan dia sudah ada pengganti
lain yang boleh membahagiakan diri dia?’
“Kalau macam tu, abang gerak dulu.
Qis jaga diri,” pesan Elhan berbasa-basi. Dia
mengangguk kecil sebelum berpaling. Langsir di
sekeliling katil diselak dan sekelip mata kelibat
Elhan hilang di balik pintu.
Qisna terkedu ditinggalkan bersendirian
begini. Dia mula teresak. Tangis yang mulanya
kecil berubah menjadi mendayu. Terenjut-enjut
bahunya. Bertimpa-timpa rasa yang menekan di
dada. Rasa bagai dipulas-pulas. Tak tertanggung
sakitnya!
Dan di balik pintu, Elhan memejamkan
mata. Tangis Qisna meruntun hatinya, namun
dia tidak boleh berpatah semula masuk ke dalam
bilik Qisna. Pemergian ibunya dengan penuh rasa
kecewa tidak mampu dilupakan walaupun sesaat.
Rasa sakit yang dipalitkan oleh Qisna masih
berbisa. Biarlah... mungkin benar perpisahan
yang diminta oleh Qisna merupakan jalan yang
terbaik buat mereka berdua... dan mungkin jua
mereka memang tiada jodoh untuk kembali
598
Lynn Safiya
bersatu... Mungkin...
599
Koleksi Cerpen Rahsia Ungu
Bab 11
Setahun kemudian...
AIDIL menyimpan dompet sambil
berjalan keluar dari kafeteria. Bahu
kanannya berlanggar dengan seseorang. “Oh,
sorry bro.” Dia melangut. Statik kakinya tidak jadi
berjalan. Dia tersenyum seraya menghulurkan
tangan. “Apa khabar?”
“Baik, Alhamdulillah” balas Elhan.
“Buat apa kat hospital pagi ni? Ada
apa-apa ke?”
“Adik perempuan aku nak bersalin. Aku
datang jenguk kejap nak bagi semangat,” jelas
Elhan. “Yalah, mama kan dah takde...”
“Oh, Alhamdulillah...”
600