The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itasukri, 2020-12-24 01:26:55

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Lynn Safiya

ya. Jumpa esok.” Marina ingin melarikan diri.
Tidak mahu hati si adik tambah terbakar dengan
kelewatannya.

“Hmmm yalah!”

Lekas-lekas Marina menyusun langkah.
Redza pula membawa kaki meniti naik anak
tangga untuk masuk ke lobi utama. Ketika
pintu kaca automatik kembali tertutup, Redza
berpaling. Entah mengapa hati tiba-tiba
tertanya-tanya. Mata menangkap si biker yang
kasar menyarungkan helmet ke kepala Marina.
Dengan helmet yang baru saja separa menutupi
kepala, si biker sudah menumbuk helmet ke
bawah agar tersarung di kepala Marina dengan
sempurna. Mungkin Marina terasa sakit dengan
perlakuan kasar si biker kerana kelihatan
setiausahanya itu menumbuk kecil bahu adiknya.

Laju si biker memanjat motor lalu
menghidupkan enjin. Lambat-lambat diikuti oleh
Marina. Belum sempat Marina memaut pinggang
adiknya, si biker sudah memecut laju. Hampir
terpelanting tubuh Marina ke belakang.

Redza menggeleng kepala. Ganas
betul! Hati sempat mengeluh. Baru saja
mahu meninggalkan sederet arahan kepada
setiausahanya, dah dia balik pulak! Nampaknya,
terpaksalah dia menunggu keesokan harinya
sahaja.

301

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

MARINA MENGILAS jam di pergelangan
tangan. Dup dap dup dap jantungnya.

“Kenapa Marina? You need to go
somewhere?” soal Redza sambil menanggalkan
kaca mata dari wajahnya. Kaca mata dicampakkan
ke atas meja kerjanya. Tidak suka dengan bahasa
tubuh Marina yang sedari tadi asyik mengerling
ke arah jam.

“Errr... takde, takde bos...” Gagap. Risau.
Takut. Mata kembali tunduk menatap buku nota
di tangan.

Redza menyelak kertas-kertas di
depannya. Kaca mata kembali disarungkan ke
wajah. “Awak dah confirmkan venue untuk Board
off-site meeting kat Kuantan tu?”

“Dah, bos.”
“I don’t want any screw ups! Saya akan
pergi satu hari lebih awal daripada semua
pengarah untuk check semuanya.”
“Baik, bos.”
“You’re coming with me!” arah Redza.
“Ya bos!” Eh, apa? Laju Marina menongkat
wajah. “Errr... apa? Apa bos? Saya kena ikut bos?”

302

Lynn Safiya

Redza memandang ke wajah Marina dari
atas kaca matanya. “Habis tu? Awak setiausaha
saya atau Pak Din setiausaha saya?” sindir Redza
sinis.

“Selalunya cosec dan pembantu dia yang
hadir untuk semua Board meeting. Mana pernah
saya ikut, bos?” Marina memberanikan diri untuk
mencabar keputusan bosnya. Yalah. Dia baru 5
bulan bekerja di syarikat ini. Dan sepanjang 5
bulan ini, tidak pernah sekali pun dia hadir dalam
apa-apa mesyuarat yang melibatkan ahli lembaga
pengarah. Yang itu tugas setiausaha syarikat dan
bukan dirinya.

“Projek DY tengah peak sekarang. Saya
rasa banyak isu yang akan timbul dalam seminggu
dua ni. Jadi kalau ada apa-apa nanti dan kalau
saya tengah stuck dalam meeting Lembaga
Pengarah, saya nak awak ada on standby untuk
sampaikan arahan saya kepada project team
members.”

Aduh! Macam mana ni? Masaklah dia nak
jelaskan kepada si adik bongsu nanti.

“Ba... baik, bos,” akur Marina tidak bisa
lagi menolak.

“Okey, awak boleh keluar sekarang.
Siapkan e-mel yang saya cakap tadi. Saya nak
hantar sekarang jugak.” Tegas. Serius.

303

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Marina mengangguk. Takut mahu
mengilas jam di pergelangan tangannya. Yakin
yang mata helang Redza akan menangkap aksi
kecilnya itu. Perlahan-lahan dia bangun, lalu
menyusun langkah keluar dari bilik mewah
Redza.

Buntut baru sesaat mencecah ke kerusi
beroda tiga di meja kerjanya sebelum pintu kaca
yang memisahkan ruang pejabatnya dengan
jabatan lain ditolak kasar dari luar.

“Akak!” Kuat suara yang menjerkah dari
ambang pintu.

Terangkat bahu Marina. Bulat matanya
memandang ke arah pintu.

“Kau tak ingat nak balik ke, kak? Dah
berjanggut aku tunggu kat bawah. Kau nak tidur
kat sini ke? Kalau kau nak tidur sini, aku ciao
dulu!” Kuat suara yang menjerkah.

Marina menelan liur. Gerun melihat wajah
si adik yang jelas sudah hilang sabar itu. Adik
yang kini sudah berdiri tegak di sebelah mejanya.

“Kau tak reti nak call ke? Kau nak aku
tunggu kat bawah tu sampai kiamat?”

“Sorrylah, dik. Akak stuck lama dalam
bilik bos tadi. Mana sempat nak hantar mesej?”
Tergagap-gagap Marina.

“Orang biasa kalau dah pukul 8.30 malam,

304

Lynn Safiya

dia reti nak balik rumah. Bos kau ni alien ke
hape?” Masih tidak puas hati.

“Tunggulah kejap, dik. Akak nak siapkan
satu e-mel je. Lepas tu kita balik ya?” Marina cuba
memujuk. “Akak takut nak balik sorang-sorang...”
Ayat yang terakhir itu dituturkan dalam nada
perlahan.

“Ah, takde! Aku nak balik! Tak kuasa aku
nak tunggu kau. Pandai-pandailah kau balik
sendiri,” gertak si adik.

Menggigil tangan Marina jadinya. Balik
sendiri?

“Apa bising-bising ni? Ingat ofis ni pasar
malam ke?”

Dua pasang mata kini memandang ke
arah pintu bilik Redza. Wajah Redza yang tegang
membuat Marina kecut perut tiba-tiba. Tegak dia
bangun lalu berdiri di balik meja.

“Marina, ni siapa?” soal Redza dengan
tangan dilayangkan ke arah gadis yang telah
membuat kecoh di pejabatnya. Dari dalam bilik
dia bisa mendengar suara gadis itu terjerit-jerit.
Dari dalam bilik juga dia bisa melihat
segala-galanya. Dinding kaca yang bercirikan
sehala membolehkan dia memandang ke luar
tetapi tidak sebaliknya. ‘Apa dia panggil aku tadi?
Alien?’

305

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Bos, ni adik saya...” balas Marina. “Nama
dia Qaira.”

Terjongket kening Redza. Adik? Menurut
butiran peribadi Marina di dalam fail yang
disimpan oleh Jabatan Sumber Manusia, Marina
mempunyai seorang adik sahaja. Tak ingat
pula dia sama ada adik Marina itu lelaki atau
perempuan. Tapi jika inilah adik tunggal Marina,
maka si biker tempoh hari merupakan gadis
inilah kan? Biar benar! Atas bawah, atas bawah
mata Redza meneliti gadis yang baru menceroboh
masuk ke dalam pejabatnya ini.

“Apa tengok-tengok?” jerkah Qaira ke
arah Redza pula.

“Adik!” tegur Marina. Berkerut dahinya.

Qaira mencekak pinggang. “Encik! Encik
ni ada jam tak? CEO hebat macam encik ni takkan
tak reti nak tengok jam kan? Encik tahu sekarang
dah pukul berapa?”

“Adik!” tegur Marina lagi. Kali ini meluru
dia ke sebelah adiknya. Lengan adiknya ditarik.
Tidak mahu Qaira berkata apa-apa yang bakal
membuat dirinya dipecat. Dia perlukan pekerjaan
ini. Nak tak nak, dia perlu bersabar dengan
kerenah bosnya.

Redza tetap begitu. Memandang ke arah
Qaira dengan kening yang terjongket sebelah.

306

Lynn Safiya

Wajah masih serius. Mata tajam membalas
renungan si gadis. Boleh tahan garang adik
si Marina ini. Nama ‘Qaira’ bukan main
lembut, bukan main feminin, tapi si pemunya
nama langsung tidak mencerminkan ciri-ciri
kelembutan seorang gadis. Rambutnya pendek
paras bawah leher, berkemeja denim, berjaket
kulit berwarna hitam serta berseluar jean. ‘Minah
biker kental mana yang sesat kat ofis aku ni?’

“Kalau encik tak tahu lagi, meh sini saya
bagi tahu ya? Kakak saya ni ada life tau. Dia
bukan macam encik yang takde life kat luar sana,
yang hidup bertuankan kerja dan duit. Dia ada
anak kecik yang dia dah jarang-jarang jumpa.
Dia balik je, anak dia dah tidur. Pagi-pagi dia dah
kena keluar untuk ke ofis langsung tak dapat nak
spend time dengan anak dia. Office hours pejabat
ni 8.30 hingga 5.30, kan? Tapi kakak saya pukul
7.30 pagi dah masuk ofis. Tapi, hari-hari dia
balik pukul berapa?” cabar Qaira berani. Panjang
berjela syarahannya.

Redza melipatkan tangan ke dada. Tidak
berminat untuk membalas. Minatnya lebih
kepada mata si gadis yang memercikkan api ke
arahnya. Inilah kali pertama seorang gadis berani
mencabar serta memarahinya begini. Selama ini,
semua gadis akan menikus dan tidak berani mahu
meninggikan suara sebegini di hadapannya.
Minah biker ni boleh tahan beraninya!

307

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Bos, sorry, sorry... Adik saya dah nak
balik ni.” Marina bersuara. Lengan Qaira masih
ditarik namun Qaira masih berdegil tidak mahu
berganjak. “Adik pergi balik dulu, nanti akak
balik naik teksi.”

Qaira berpaling. Kuat bibir yang diketap.
Tangan Marina di lengannya ditepis kasar. “Kau
nak balik sendiri? Fine! Suka hati kaulah! Kalau
si gila tu tunggu kau kat bawah, pandai-pandailah
kau tanggung sendiri! Aku malas nak ambik
tahu!” dengus Qaira keras.

Untuk seketika, Redza perasan akan
wajah Marina yang terbias riak bimbang. Sorotan
mata setiausahanya itu bergaris rasa takut yang
tentunya bukanlah sedikit.

Si gila? Siapa si gila?

“Marina! Who is she talking about?” tanya
Redza.

“Takde sesiapa, bos. Takde sesiapa.”
Cepat saja Marina bersuara. Sedar yang Redza
tidak suka urusan peribadi mengganggu urusan
di pejabat.

“Aku blah dulu,” umum Qaira. “Kau
duduklah sini, tak payah balik. Aman hidup aku
tak payah nak jadi jaga untuk kau!” gumamnya
di hujung nafas namun masih mampu ditangkap
oleh telinga Redza. Laju dia menapak menuju ke

308

Lynn Safiya

pintu kaca. Sedikit pun dia tidak mengerling ke
arah kakaknya, mahupun lelaki tadi.

Tak lepas mata Redza mengiringi langkah
Qaira. Terdetik rasa kagum di hatinya atas
keberanian gadis itu tadi. ‘Panjang lebar jugak aku
kena syarah tadi.’ Hampir saja dia mengukirkan
senyuman.

Mata kembali dibawa ke arah Marina yang
kini sudah kembali duduk di kerusinya. Laju
jari-jari menekan kekunci komputer. Kata-kata
Qaira tadi terngiang-ngiang di telinga. Dia tak
kisah tentang Marina yang dikatakan mempunyai
‘life’ di luar sana... dia tak kisah jika Marina
terpaksa mengorbankan waktu peribadinya...
kerana dia yakin setiausahanya itu masih ingat
akan syarat yang dikenakan sebelum diambil
bekerja dengannya ketika sesi interviu dulu. Dia
hanya tertanya-tanya tentang gerangan ‘si gila’
yang disebut oleh adik Marina tadi.

Redza kembali masuk ke dalam biliknya.
10 minit kemudian, pintu biliknya diketuk.
Perlahan-lahan Marina membuka pintu.

“Bos, saya dah hantar e-mel tu. Saya balik
dulu ya bos?”

“Hmmm... Saya pun nak balik jugak ni.”

Sama-sama mereka memadamkan lampu
dan mengunci pejabat. Selalunya, pada waktu

309

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

begini, tiada staf lain yang berada di pejabat.
Hanya CEO syarikat yang dikenali dengan sifat
workaholicnya itu yang tinggal, melainkan dia
mengarahkan agar pekerja-pekerja yang terlibat
dalam sesuatu projek untuk menghabiskan kerja
masing-masing.

“Awak balik macam mana, Marina?”

Kelihatan Marina teragak-agak untuk
menjawab. “Teksi, bos. Selalunya kat depan
bangunan ni banyak teksi. Tak pun, saya boleh
call Grab.”

Redza tidak bereaksi. Ketika pintu lif
terbuka, laju kaki menapak ke arah pintu utama.
Sapaan mesra daripada pengawal bertugas
dibalas ala kadar. Tiba di luar perkarangan
bangunan, telinga menangkap deruman enjin
motor yang sengaja dikuatkan.

“Alhamdulillah...” Perlahan ucap kata
Marina tapi mampu ditangkap oleh telinga
Redza. Terkocoh-kocoh Marina berlari ke arah si
adik yang ternyata tidak meninggalkan kakaknya
untuk pulang bersendirian. Cakap bukan main
tadi pung pang pung pang. Tapi sudahnya, dia
masih setia menunggu Marina.

“Terima kasih, dik, tunggu akak...”

“Cepatlah naik! Terhegeh-hegeh!” bentak
Qaira garang. Langsung tidak mempedulikan

310

Lynn Safiya

ucapan kakaknya. Marina tidak berani
membantah. Lekas-lekas dia memanjat motosikal
kepunyaan abang mereka ini.

Lambat-lambat Redza berjalan ke arah
keretanya. Pintu penumpang di bahagian
belakang dibuka. Minda sempat berfikir. Sejak
bila Marina takut untuk pulang bersendirian
ya? Dua tiga menjak ini, ketika waktu makan
tengah hari pun, Marina tidak keluar dari
pejabat. Hanya memesan daripada teman-teman
untuk membelikan makanan untuknya. Adakah
perlakuan setiausahanya ini ada kena-mengena
dengan ‘si gila’ yang disebut oleh Qaira tadi? Ah!
Lantaklah! Bukan masalahnya!

311

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bab 2

TANPA mengetuk pintu, meluru
Marina masuk ke dalam bilik
Redza. Tegang wajah Redza yang tidak suka
diganggu terutamanya ketika sedang berbincang
dengan anak-anak buahnya. Bibir sudah mahu
menghamburkan teguran keras kepada Marina
namun riak setiausahanya yang panik telah
mengubah niatnya.
“Bos! Saya minta maaf sangat bos, tapi
boleh tak saya ambik cuti kecemasan sekarang?”
Laju mulut Marina menuturkan kata. Marina
sudah tak kisah lagi. Kalau kena hamun, kena
maki sekali pun, dia tetap akan mengambil cuti.
Kalau Redza mahu memecatnya pun dia rela.
“Everybody out now!” halau Redza keras.
Tanpa banyak bicara, mereka yang berada di

312

Lynn Safiya

dalam bilik Redza terus bangun dan beredar.
Tinggallah Marina seorang termangu di ambang
pintu. Wajahnya pucat. Matanya berkaca.

“Why?” Hanya satu perkataan yang
diutarakan namun cukup menggerunkan. Kaca
mata dimasukkan ke dalam kocek kemeja.

Marina memulas tangan. “Adik saya...
adik saya, bos...”

“Kenapa dengan adik awak? Awak tahu
saya tak suka awak bawak hal peribadi ke pejabat
kan?” ungkit Redza masih keras.

“Adik saya... dia ada kat balai polis
sekarang, bos.”

Kat balai polis?
“Tolong, bos. Saya merayu. Boleh tak saya
ambik cuti? Kalau bos nak saya ganti balik hari
Sabtu atau Ahad pun saya rela, bos.”
“Adik awak buat apa?”
Marina menggigit bibir. Rahsia
keluarganya tidak mampu diluahkan. “Saya tak
pasti, bos, tapi adik saya cedera.”
Apa?
Redza tidak berfikir dua kali. Dia berdiri.
“Awak nak pergi macam mana?”
“Teksi, bos.”
“Tak payah. Pak Din ada tunggu kat

313

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

bawah. Jom!”

Eh, dia nak ikut sekali ke? Walaupun
tawaran daripada Redza kedengaran begitu pelik,
namun Marina tidak membantah. Nasib adiknya
kini menjadi keutamaannya. Tak terlintas mahu
bertanya sebab Redza mahu mengikutnya ke
balai polis. Dia bersangka baik sahaja.

Melilau mata Marina sebaik dia masuk ke
dalam balai polis. “Adik!” jeritnya tatkala melihat
Qaira tersandar di bangku. Kepala disandarkan ke
dinding dengan mata terpejam. Tak cukup tanah
Marina berlari. Punggung dilabuhkan ke sebelah
adiknya. Redza hanya berjalan membuntuti
langkah Marina.

Celik mata Qaira. Kepala ditegakkan.
“Hesy! Tak payah jeritlah! Aku bukannya pekak,”
dengus Qaira garang.

“Adik okey ke? Dia buat apa kat adik?” soal
Marina tidak menghiraukan teguran adiknya tadi.
Sudah masak sangat dengan perangai acah-acah
garang adiknya. Tiada sesiapa yang tahu sifat
sebenar adiknya melainkan dirinya, maka dia tak
pernah sekali pun berkecil hati dengan kekasaran
yang dipamerkan oleh Qaira.

“Kau rasa?”

Marina menggigit bibir. Mata menangkap
lengan kanan Qaira yang berbalut. Tompokan

314

Lynn Safiya

darah jelas kelihatan pada pembalut luka yang
berwarna putih. Terus saja Marina mengalirkan
air mata. Dia tak sanggup! Benar-benar tak
sanggup. Disebabkan masalahnya, Qaira pula
yang tercedera.

“Dia kena tangkap polis tak?” soal Marina.

Qaira menggeleng. “Dia cabut bila dengar
siren kereta polis. Polis tak sempat kejar. Dasar
pengecut!” dengusnya.

Air mata Marina semakin lebat.

“Hesy! Yang kau nangis ni kenapa?
Cengeng! Kau ni dah jadi mak orang tahu tak?
Tak payah nak nangis sangatlah...” sindir Qaira
tajam. “Kau ingat dengan menangis, semua
masalah boleh selesai ke, hah?” Mata lekas-lekas
dilarikan daripada wajah Marina. Bertembung
pula dengan mata Redza. Qaira mengetap bibir.

“Hesy! Yang kau bawak penonton ni dah
kenapa?” Qaira bertanya. Wajah Redza dijeling
tajam.

“Sorry... akak tumpang bos ke sini. Kalau
tak, mesti lagi lambat akak nak sampai ke sini.”

Qaira mencemik tak puas hati. Benci
melihat lelaki yang selalu membuli kakaknya itu.
Redza diam tidak berkutik. Hanya keningnya saja
yang terjongket sebelah melihat reaksi Qaira.

“Errr... adik dah boleh balik ke?” soal

315

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Marina. Air mata diseka kasar dari kedua
belah pipi. Dia mengerling ke arah Redza.
Hati meronta-ronta ingin bertanya segala
yang telah terjadi kepada Qaira namun dia
bimbang sekiranya bosnya itu bakal bertanya
macam-macam nanti. Dia tak kuat mahu menipu.

“Dah. Tapi polis suruh aku pergi klinik.
Mungkin luka aku kena jahit. Tapi aku malas la.”

“Eh, tak bolehlah macam tu. Akak bawak
adik pergi klinik ya?” Lembut Marina bertanya.
Mahu memujuk hati si adik.

“Tak payahlah!”

“Jom, ikut saya. Saya bawak pergi klinik,”
celah Redza.

“Aku kata tak payah, tak payahlah!”
gerutu Qaira. Angin kus-kus sudah mari. Tak
suka kata-katanya dibantahi.

“Adik... tak baik macam ni. Orang nak
tolong ni kan?” Tegur Marina. Masih lembut.

“Hesy! Yalah, yalah!” Dalam keterpaksaan,
Qaira bersetuju. Dia bangun. Namun tubuhnya
huyung sedikit seakan mahu pitam.

“Adik!” Pantas Marina memaut bahu
adiknya.

“Tangan awak ni patah, atau terseliuh?”
Berkerut wajah Redza. Lengan Qaira yang
berbalut sentiasa disokong oleh tangan Qaira

316

Lynn Safiya

yang satu lagi, mengundang syak di hatinya.

“Entah! Mana aku tahu? Kau ingat aku
doktor ke?” jerkah Qaira.

“Adik, janganlah macam ni. Hormatlah
sikit kat bos akak,” rayu Marina. Sorotan matanya
meminta belas daripada si adik.

Qaira mengunci mulut. Dan tindakan
Qaira itu meyakinkan Marina bahawa adiknya itu
kini akur akan nasihatnya.

“Bos, maafkan adik saya, ya?” pinta
Marina. Segan dia dengan Redza.

“Dah, jom!” Sekali lagi Redza mengajak.
Kali ini Qaira dan Marina terus bergerak ke arah
pintu utama. Entah ke klinik manalah Redza
mahu membawa mereka. Ah, lantaklah! Malas
Qaira mahu berfikir apa-apa lagi. Lengannya
sudah cukup sakit. Berdenyut-denyut tak henti.

Eh? Hospital swasta? Apa kes?

“Kak, tolong cakap kat bos kau ni,
aku tak ingin nak pergi sini. Klinik biasa
berlambak-lambak kat kawasan ni,” gerutu Qaira.

Marina menoleh ke arah adiknya. Redza
yang duduk di kerusi penumpang di bahagian
depan diam sedari tadi. “Errr...”

Tanpa menghiraukan kata-kata Qaira,
Redza membuka pintu kereta. Mahu tak mahu,
Marina terpaksa menurut. “Jom, dik.”

317

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Qaira keluar dari perut kereta namun kaki
sengaja dipasakkan ke tanah. “Kak, aku tak...”

“Dah, jangan banyak cakap. Karang saya
suruh doktor kat dalam tu jahit mulut awak sekali
baru padan muka!” potong Redza laju. Pertama
kali Redza membalas bicara Qaira. Degil betul
minah ni! Asyik tahu nak membantah je!

Mencerlung mata Qaira ke arah Redza.
Kurang asam punya mamat!

Marina sudah menarik tangan Qaira.
“Takpe, dik. Akak ada duit,” bisik Marina
perlahan. Tahu kebimbangan hati adiknya yang
sudah lama tiada ‘job’ itu.

Kuat derap kaki Qaira. Menandakan dia
masih tak berpuas hati dengan pilihan tempat
rawatan yang dipilih oleh bos kakaknya ini.
Memandai je! Huh!

Ketika figura Qaira hilang dibawa
jururawat bertugas masuk ke dalam bilik rawatan,
Redza tidak bertangguh lagi. “Sit down and talk!
Dan jangan nak kata awak tak tahu apa yang
terjadi hari ni. Saya nak tahu semuanya!”

Terkedip-kedip mata Marina.
“Kalau orang lain, dia takkan menyempat
nak tahu apa yang terjadi pada adik dia, tapi tadi
awak langsung tak bertanya, kecuali ‘dia buat apa
kat adik?’ Seolah-olah awak dah tahu siapa yang

318

Lynn Safiya

cederakan adik awak tadi,” tebak Redza bijak.

Marina mengambil tempat selang satu
kerusi daripada Redza. Dia tunduk. Serba salah
dengan permintaan ketuanya itu.

“Saya takkan tanya dua kali, Marina!”
Amaran sudah dilaungkan. Dia mahukan
jawapan, dan dia mahukannya sekarang!

Wajah ditongkat perlahan. Nafas dihela
dalam-dalam. “Bekas suami saya baru keluar
penjara minggu lepas, bos. Sejak dia keluar,
adik saya yang hantar saya pergi dan balik ke
pejabat setiap hari, sebab kami tahu, dia akan
mula ganggu saya macam dulu. Walaupun kami
dah pernah berpindah dan saya dah dapat kerja
di tempat baru, kami yakin dia tetap akan dapat
jejak saya.”

“Jadi yang cederakan adik awak tadi tu
bekas suami awak?”

Lambat-lambat kepala Marina

mengangguk. “Haah. Adik saya mengaku masa dia
call saya kat ofis tadi. Sebenarnya, malam 3 hari

lepas, Zaid ada datang ke rumah konon-konon
nak tengok anak. Tahu je dia kat mana rumah

saya walaupun saya dah 2-3 kali pindah. Tapi

masa tu saya masih kat pejabat. Qaira kata anak
saya takde kat rumah tapi bekas suami saya tak

percaya. Mereka bergaduh, tapi bergaduh mulut

saja. Tapi dia ada bagi amaran. Dia kata dia

319

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

takkan biarkan saya hidup senang dan dia akan
buat apa saja untuk rampas anak saya.”

“Kenapa dia masuk penjara?”

Berubah wajah Marina. Menahan rasa
malu. “Dia penagih dadah, bos. Takde kerja
tetap. Jadi bila dia tak dapat benda tu, dia akan
jadi agresif. Dia masuk penjara sebab dia belasah
saya sampai parah. Bukan kali pertama dia pukul
saya, tapi saya masih boleh bertahan, tapi bila
dia pukul sampaikan saya keguguran, saya...
saya tak... ” Pecah suara Marina tidak mampu
menyudahkan kata. Dia berdeham kecil. “Saya
minta maaf, bos. Saya tahu bos tak suka saya
campur adukkan urusan peribadi dengan kerja.
Tapi kali ni saya terpaksa.”

Redza mengeluh.

“Macam mana awak boleh kahwin dengan
lelaki macam tu, Marina?”

Koyak sedikit bibir Marina. Namun
senyumannya berbaur sayu.

“Saya bodoh, bos. Saya degil tak nak
dengar cakap Qaira dan abang saya. Dia boyfriend
saya sejak sekolah menengah. Kita orang bercinta
lama. Saya tak kisah dia tak nak sambung belajar,
saya tak kisah dia takde kerja tetap dan saya tak
kisah dia berkawan dengan geng yang nakal kat
kawasan perumahan saya tu. Yang saya tahu, saya

320

Lynn Safiya

cinta sangat kat dia... Dan selama berkahwin,
saya bijak sorok masalah saya. Adik-beradik
saya tak pernah tahu saya ni mangsa keganasan
rumah tangga.”

Marina meraup wajah.

“Kalau tak sebab saya parah kena pukul
tu, mungkin saya takkan tinggalkan dia sampai
bila-bila, tapi... bila saya keguguran...” Jeda.
Liur ditelan pahit. “Abang saya yang paksa saya
minta cerai. Tapi lepas abang saya bertugas ke
luar negara dalam misi keamanan, Qaira yang
ambil alih tanggungjawab untuk lindungi saya.”
Antara mereka bertiga beradik, Marinalah yang
paling lemah. Mudah dipujuk dan dirayu. Setiap
kali Zaid bermulut manis, dia akan terus cair dan
beralah. Sebab itu dia rela menjadi ‘punching
bag’ buat suaminya itu.

“Abang awak askar?”

Marina mengangguk.

“Saya rasa bersalah pada adik saya... Dulu
dia tak kasar macam ni. Dia selembut nama dia.
Tapi lepas dia ternampak saya kena pukul kat
depan mata dia, dia berubah... Dia cuba lindungi
saya, tapi sudahnya dia pun kena belasah sekali.
Menangis saya tengok adik saya lunyai dikerjakan
suami saya masa tu. Sejak tu, dia belajar seni
mempertahankan diri untuk lindungi saya. Dia
jadi keras hati dan kasar. Jadi, saya harap bos

321

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

tak kecik hati dengan kekasaran atau kebiadaban
adik saya ya? Dia jadi macam tu, disebabkan
saya,” luah Marina penuh kecewa.

Redza diam. Minda laju mencerna
maklumat yang baru saja diterima.

“Anak awak kat mana sekarang?”
“Sejak minggu lepas, saya hantar dia
balik ke rumah mak cik saya. Syukur anak saya
memang rapat dengan mak cik saya tu. Saya tak
berani nak biarkan anak saya dengan Qaira kat
rumah berdua saja.”
“Adik awak tak kerja?”
“Kerja, bos. Dia pemuzik. Dia gubah lagu
dan menulis lirik. Kadang-kadang dia kat rumah,
kadang-kadang dia kat studio. Kerja dia fleksibel.
Tapi dah lama dia tak gubah lagu. Takde idea
katanya.”
‘Penggubah lagu? Minah brutal macam
tu?’ Sempat Redza terfikir.
“Kak!” seru Qaira yang baru keluar dari
bilik rawatan. “Aku dah boleh balik. Kau pergi
bayar.”
Bingkas Marina bangun.
“Tangan adik macam mana?”
“Kena jahit sikit.” Qaira membuat muka.
“Terseliuh sikit, tapi tak patah. Ni bukan aku

322

Lynn Safiya

yang cakap, tapi doktor yang cakap.” Sempat
Qaira menyindir Redza.

Redza menyembunyikan senyuman.
Tengah sakit macam ni pun, masih nak tunjuk
samseng, minah ni!

“Errr... apa sebenarnya yang terjadi, dik?”
Barulah Marina bertanya. Dia tidak perlu lagi
berselindung memandangkan Redza sudah pun
tahu akan kisah silamnya.

“Nanti-nantilah aku cerita. Aku nak balik.
Kau macam mana? Nak balik dengan aku atau
kau nak sambung kerja kau?”

Marina memandang ke arah Redza.
Sorotan matanya terbias ragu-ragu.

“Awak boleh sambung cuti hari ni, Marina.
Saya izinkan,” putus Redza.

“Terima kasih, terima kasih, bos.” Lega!
“Aku nak ambik motor along kat bengkel.
Ah Chai dah siap servis. Aku jumpa kau kat
rumah,” ujar Qaira.
Bulat mata Marina.
“Eh! Mana boleh naik motor dengan
tangan macam tu?”
“Alah! Sikit je ni. Aku boleh handle la.
Kalau aku tak ambik sekarang, esok pagi macam
mana aku nak hantar kau pergi ofis?”

323

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Resah Marina jadinya. Tahu saja kedegilan
si adik. Kalau putih katanya, putihlah. Nak coret
dengan sedikit warna yang lain pun takkan boleh
punya! Qaira keras kepala. Abang mereka saja
yang boleh menangani kerenah serta kedegilan
adik mereka ini.

“Bengkel kat mana?” Redza menyoal.

“Hek eleh. Kau apa hal nak tahu?” tukas
Qaira. Sibuk je!

“Adik!” tegur Marina sekali lagi.

Qaira tersentak. Dia lupa yang dia perlu
beradab di hadapan lelaki ini. Pucuk hujung
digaru dengan jari telunjuknya. Hati disapa rasa
bersalah. Tanpa sedar, Redza sempat memuji
dalam hati betapa comelnya aksi Qaira itu.

“Marina, come with me!” arah Redza.
Mata dibawa ke wajah Qaira sekali lagi. Jari
telunjuk diangkat tinggi. “And you! Duduk situ,
jangan pergi mana-mana! Faham? Kalau awak
bangun, siap awak!” Tajam matanya menikam
ke anak mata Qaira. Wajah si gadis sudah
mencemik, namun dia tak bersuara, apatah lagi
mahu membantah.

Marina akur. Langkah Redza ke kaunter
pembayaran diekori. Sambil berjalan, Redza
membuat beberapa panggilan telefon. Marina
menoleh ke arah si adik. Terkejut melihat Qaira

324

Lynn Safiya

yang melabuhkan duduk seperti yang diarahkan.
Tidak memberontak seperti lazimnya. ‘Boleh
tahan bos aku ni! Dengan Qaira pun dia boleh
arah itu dan ini. Kalau nak harapkan aku, memang
taklah Qaira akan menurut.’ Marina mengulum
senyum. Sejuk hatinya tatkala menyedari ada
seseorang yang bisa mengawal adiknya sebegitu.
Asal adiknya mahu mendengar, dia sudah cukup
berpuas hati...

325

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bab 3

REDZA menanggalkan kopiah dari
atas kepala lalu diletakkan ke atas
meja kecil di tepi katil. Punggung dihenyakkan ke
atas tilam sebelum tubuh disandarkan ke kepala
katil dengan kaki dilunjurkan lurus ke hadapan.
Bibir koyak sedikit dengan senyuman. Senyuman
yang tidak pernah dipamerkan buat tatapan
mana-mana pekerjanya, kecuali senyuman
berbaur sinis. Tapi kali ini, senyumannya bergula.
Sejak lewat tengah hari tadi, hatinya
benar-benar terusik. Dengan siapa lagi kalau
bukan kerana gelagat si minah biker kental
seorang tu? Entah mengapa, gadis itu seakan
telah menjentik nadi ke dalam jiwanya yang sudah
hampir mati itu. Tidak pernah perangai serta
perlakuan seorang gadis mampu menghiburkan

326

Lynn Safiya

hatinya. Dan nyata sekali Qaira merupakan
seorang gadis yang hanyalah kasar pada lahiriah
tetapi bukannya batiniah. Topeng gadis itu
mudah saja diselak setelah puas menilik serta
mengamatinya hampir seharian pada hari ini.

Dan semua yang terjadi tengah hari tadi
kembali terlayar di ruang minda...

“Dah, dik. Bos akak dah bayarkan untuk
rawatan adik.” Marina menghampiri Qaira
sebaik saja selesai Redza membuat pembayaran
di hospital tengah hari tadi.

“Dah kenapa pulak dia yang bayarkan?
Bukan kau kata kau ada duit ke?” marah Qaira.

“Akak dah larang tadi, sebab akak tahu
adik tak suka termakan budi dengan orang, tapi
bos akak tetap nak bayarkan,” jelas Marina.
Serba salah yang melanda hatinya tadi masih
menebal.

“Hesy!” dengus Qaira. “Berapa kos semua
tadi? Aku bayar balik!” Dompet dari kocek
belakang jean dikeluarkan.

“Tak payah!” celah Redza. “Nanti saya
tolak daripada gaji Marina.”

Qaira menjeling.
“Tak nak ucap terima kasih pada bos
akak ke, dik?” duga Marina.
“Kenapa pulak aku kena cakap terima

327

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

kasih? Dia baru je kata dia nak tolak daripada
gaji kau nanti, kan? Kiranya bukan dialah yang
bayar!” bidas Qaira sambil menyimpan kembali
dompetnya. Mata dibawa ke wajah Redza. “Tapi
aku nak cakap terima kasih sebab paksa aku ke
sini.” Perkataan ‘paksa’ itu ditekankan. Sengaja!

Marina tersenyum. Jadilah tu... langkah
yang positif daripada adiknya.

Redza hanya mengangguk tanda dia
menerima ucap terima kasih daripada Qaira.

“Dah! Aku nak blah dulu. Banyak kali dah
Ah Chai call.” Qaira mula mengorak langkah.
Namun lengannya sempat dipaut oleh Marina.
Terjongket kening Qaira jadinya. “Kau apa hal?”

“Errr... bos akak nak bincang dengan kita
kejap.”

“Nak bincang apa?” gerutu Qaira.
Berkerut dahinya.

“Adik ikut jelah ya,” pujuk Marina.
Tak sempat Qaira membantah kerana
Redza terlebih dahulu sudah bersuara. “Jangan
banyak cakap. Ikut saya! Awak dah kacau
jadual kerja saya hari ni, jadi awak kena ikut
cakap saya!”
“Hek eleh! Ada aku suruh kau ikut ke
tadi? Aku call kakak aku je, tapi yang kau
mengada-ada nak ikut dia dah kenapa? Apa hal

328

Lynn Safiya

aku dah kacau jadual kerja kau pulak?” cabar
Qaira tak puas hati. Berasap nafas yang keluar
daripada hidungnya.

“Adik!” Marina cuba menegur.
“Hesy! Aku penatlah macam ni,” dengus
Qaira keras. “Dahlah tangan aku tengah
berdenyut-denyut ni! Buat ni tak boleh, buat tu
tak boleh. Aku rimaslah! Cukuplah aku terpaksa
hadap masalah kakak aku dengan si gila tu!
Boleh tak korang berdua tak payah nak tambah
pening kat kepala aku ni?”
Berubah riak Redza. Dia lupa pada
hakikat bahawa minah samseng di hadapannya
ini masih seorang gadis dan bukannya robot.
Pengakuan tentang tangannya yang berasa
sakit membuat dia tersedar. Rasa bimbang
singgah di hatinya buat Qaira.
“Awak tengah sakit ke?” soal Redza.
Berkerut dahinya. Mata direndahkan ke lengan
Qaira.
“Eh! Idok haih! Cheq ni kan kebai
oghangnya. Mana pernah ghase sakit?” Penuh
sindiran pada nada suara Qaira mengenakan
loghat utara. Mata terjuling ke atas. “Lagipun,
dia guna pisau potong daging je tadi. Mestilah
tak sakit, kan?”
Redza mengulum senyum. ‘Minah ni

329

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

kan! Hesy! Aku cium karang baru tahu diam
agaknya!’

“Dik, malam karang akak urut tangan
adik ya?” Suara Marina bergaris sebak. “Akak
minta maaf sangat sebab tak pasal-pasal adik
yang...”

“Hah kau diam! Jangan nak berdrama
pulak kat sini,” celah Qaira laju dengan nada
suara yang keras sekali. Tidak mahu Marina
menyudahkan kata.

“Qaira, saya dah minta Pak Din settlekan
motor awak. Dia akan aturkan supaya motor
awak dihantar balik ke rumah. Jadi, sekarang
awak ikut saya.” Tegas.

“Kalau aku tak nak?”
“Kalau tak nak, nanti saya suruh Pak Din
sorokkan motor awak tu,” ugut Redza.
Seperti yang diduga, gadis itu melepaskan
dengusan yang cukup kasar. Tak puas hati la tu!
Qaira membawa mata yang tajam ke
wajah kakaknya. Sorotan matanya jelas lagi
nyata. 100% kesalahan diletakkan ke pundak
kakaknya kerana telah melibatkan si kaki buli
ni dalam masalah keluarga mereka.
“Dah tu? Cepatlah gerak. Kata nak aku
ikut kan? Yang kau masih tercegat kat situ dah
kenapa?” Kasar kata-kata Qaira.

330

Lynn Safiya

Sedikit pun Redza tidak tersinggung.
Perangai Qaira tidak berbekas langsung di
hatinya. Bukannya dia tak perasan perlakuan
Qaira yang sengaja berkasar dengan kakaknya
kerana dia tak sanggup melihat Marina
mengalirkan air mata. Ketika di balai polis
tadi pun begitu. Qaira tidak mampu melihat
Marina menangis, maka sengaja dia mengutuk
kakaknya itu. Sama seperti tadi. Belum sempat
Marina meminta maaf, Qaira sudah pun
mencelah. Luaran gadis itu memang brutal,
namun hatinya begitu sensitif...

Memandangkan Pak Din sudah
diarahkan ke bengkel, maka Redzalah yang
terpaksa memandu. Tatkala kereta masuk
melalui pintu pagar automatik ke perkarangan
rumah banglo dua tingkat di Bukit Bangsar,
Marina menoleh ke arah kanan.

“Errr... bos. Kita buat apa kat rumah bos
ni?”

“Awak dengan Qaira duduk kat sini
dulu buat sementara waktu,” balas Redza. “Kat
rumah awak tu dah tak selamat.”

“Eh! Dah kenapa kita orang kena duduk
sini?” sampuk Qaira dari belakang. “Aku tak
nak!”

Marina menelan liur. “Bos, terima kasih
sebab nak tolong kita orang berdua, tapi saya

331

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

tak nak susahkan bos. Saya okey je dengan
adik saya kat rumah tu. Jiran-jiran kat situ
pun kebanyakannya budak-budak bujang yang
rapat dengan saya dan Qaira. Diaorang pun
boleh tolong kalau perlu.”

Qaira mengangguk tanda bersetuju
dengan pendapat kakaknya.

Redza menekan brek tetapi tidak
mematikan enjin kereta. “Marina, I want peace
of mind. You know how I hate disruptions! Kalau
tiap kali bekas suami awak kacau awak atau
adik awak, awak akan minta cuti emergency
macam tadi ke?”

Marina diam tidak bisa menjawab.
“Kalau malam karang dia datang semula?
Atau esok pagi? Atau lusa? Awak sanggup nak
biarkan dia cederakan adik awak lagi?”
Kali ini kepala Marina laju menggeleng.
“Awak duduk sini dulu. Esok awak tak
payah kerja. Ambik cuti,” arah Redza. “Dia
takkan dapat cari awak berdua kat sini.” Marina
mengangguk tanda setuju. Sedar kebenaran di
sebalik kata-kata Redza.
Pintu kereta di bahagian pemandu
dibuka dari luar.
“Marina, ni Bob. Dia akan bawak awak
balik ke rumah untuk ambik apa yang perlu.

332

Lynn Safiya

Tak perlu takut. Bob memang bekerja dengan
saya, cuma awak je tak pernah jumpa dia.”

“Bodyguard bos ke?” Marina ingin tahu.
“Something like that.” Redza berteka-teki.
“Adik saya?”
“Adik awak masuk ke dalam rumah
dengan saya.”
“Wei... kau biar betul! Takkan aku nak
duduk kat dalam rumah ni dengan kau? Kau
ni ada akal ke tak?” Mulut laser Qaira sudah
berbunyi.
Redza menelan keluhan. “Mak Jah ada
kat dalam. Kita takkan kena tangkap basah
punya, percayalah!”
“Aku tak nak!” Qaira berdegil. “Aku nak
balik rumah jugak!” Qaira berasa tidak selesa
pabila kakaknya langsung tak menyokong
kehendaknya. “Kak! Kau dah kenapa? Kenapa
kau diam?”
Marina menoleh ke belakang. “Akak tak
nak dia datang ganggu kita lagi, dik. Akak tak
nak dia buat adik lebih teruk daripada ni. Akak
rasa, sementara akak cari tempat baru untuk
kita, kita menumpang kat rumah bos dulu.”
Pandangan penuh merayu dihantar ke arah
adiknya.
Redza keluar dari perut kereta.

333

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Membiarkan Marina berbincang dengan Qaira.
3 minit menunggu, pintu kereta di bahagian
belakang dibuka. Kelat wajah Qaira yang keluar
sebelum pintu dihempas kuat tanda protesnya.
Bergegar kereta BMW X5 kepunyaan Redza.
Bob mengambil tempat di bahagian pemandu.
Ingin membawa Marina pulang ke rumahnya.

“Masuk!” arah Redza.
Qaira mengetap gigi, namun dia tiada
pilihan lain. Langkah Redza dibuntuti dengan
penuh keterpaksaan. Redza mengambil tempat
di sebelah Qaira di sofa berangkai dua. Qaira
mengengsot sedikit untuk menjarakkan
kedudukan mereka. ‘Macam takde tempat lain
nak duduk! Rumah punya besar, kat sebelah aku
jugak dia nak duduk!’ getus Qaira.
“Macam mana dia boleh buat macam ni?”
soal Redza. Mata dilabuhkan ke lengan Qaira.
“Jangan risau, Marina dah cerita semuanya
kat saya,” sambungnya sebelum sempat Qaira
menuturkan apa-apa bantahan.
“Aku kena serang hendap. Dia bawak
dua orang kawan untuk gertak aku.”
Riak Redza berubah tegang. Dia
mengetap gigi. “Awak sorang je ke masa tu?”
Menggelegak hatinya memikirkan tiga orang
lelaki telah bertarung dengan seorang gadis!

334

Lynn Safiya

Qaira mengangguk. “Aku baru lepas
hantar motor ke bengkel. Masa aku tengah
berjalan ke jalan besar nak tunggu teksi, dia
kepung aku. Aku okey je tiga lawan satu, tapi
masa aku tengah lawan kawan dia, dia libas
pisau kat lengan aku. Agaknya Ah Chai yang
call polis, sebab polis tiba-tiba je datang. Tapi
diaorang sempat lari. Ada orang tunggu dalam
kereta.” Kali ini, Qaira tidak meninggikan
suara dan nada suaranya bersahaja.
“Mentang-mentang abang aku takde, dia ingat
aku takut? Siaplah dia aku akan balas dendam
nanti!”

“Awak nak buat apa?” Makin dalam
garisan di dahi Redza. Tidak suka dengan bicara
Qaira yang terakhir itu.

“Habis tu? Takkan aku nak goyang kaki
je tunggu dia serang aku atau kakak aku? Aku
yang kena bertindak dulu!”

“Awak kan dah buat repot polis tadi.
Biarlah polis je yang buat tangkapan,” saran
Redza.

Qaira menjongket bahu. Malas mahu
bertekak. Tubuh sudah mula terasa sengal.
Bukan sekejap dia beradu tenaga dengan jantan
tiga ekor tu. Lama juga bertarung sebelum
mereka lari bak pengecut!

“Bak sini saya nak tengok tangan tu,”

335

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

pinta Redza.
“Tak payah,” tolak Qaira. “Baik awak

tengok tangan awak sendiri. Masing-masing
ada tangan kan?” Sempat Qaira menyindir.

Redza tidak menghiraukan bantahan
daripada Qaira. Sindirannya juga tidak
diendahkan. Lengan gadis itu diraih lalu dibelek.

“Kau apa hal?” marah Qaira. Tidak
suka dengan sikap keprihatinan Redza. Dia
tak biasa. Apatah lagi dengan jantung yang
tiba-tiba berdegup kencang tanpa alasan yang
munasabah. Tangan ingin ditarik namun
Redza sudah terlebih dahulu melepaskan.
Redza menongkat mata. Bertembung dengan
mata bulat Qaira. Lama mata mereka saling
bertatapan. Ada aliran elektrik yang tiba-tiba
terpercik daripada sorotan mata mereka
berdua.

“Aku lapar! Apa ada kat dalam rumah
ni?” soal Qaira bagi menghilangkan keheningan
suasana yang tiba-tiba menyapa. Tidak suka
dengan mata Redza yang tak berkalih daripada
wajahnya. Dan tidak suka dengan reaksi
tubuhnya yang terasa begitu asing sekali. Dia
berdeham kecil. Mata dilarikan daripada mata
Redza.

“Mungkin Mak Jah tengah masak lagi.
Saya call dia pun dah agak lambat tadi. Saya

336

Lynn Safiya

tak pernah balik rumah untuk makan tengah
hari. Kejap lagi siaplah tu.”

“Tapi... kakak aku pun mesti tak makan
lagi kan? Tadi masa aku call, belum lagi pukul
12.00. Sekarang dah pukul 3. Dia tu ada gastrik.
Kalau dia tak makan, nanti dia sakit.” Wajah
Qaira berubah bimbang. Suaranya perlahan
walaupun mendatar.

Tak berkalih mata Redza daripada
wajah Qaira. Lagak punyalah brutal dan cakap
tak pernah kalau tak kasar, tapi sayang juga dia
akan Marina.

“Aku nak tumpang solat boleh tak? Tapi
aku takde telekung,” ujar Qaira. Dia tunduk
merenung pakaiannya yang tidak terurus dan
berbekas darah. “Baju aku pun macam tak
bersih je ni.”

Sebenarnya, dari tadi lagi wajah Qaira
dicemari debu dan kotoran lain. Pakaiannya
juga terpalit kesan tanah selain darah. Mata
Redza naik semula ke wajah Qaira. Berkerut
dahi lelaki itu tiba-tiba. Eh! Kenapa dia tak
perasan tadi ya?

“Bibir awak tu luka.” Suara Redza
berubah tegang. Hampir saja tangannya
singgah ke tepi bibir Qaira tapi sempat dia
mengawal dirinya. Meluap-luap bara di dada
Redza mengenangkan Qaira telah ditumbuk di

337

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

bahagian bibirnya.
Spontan tangan Qaira menyentuh

bibirnya sendiri. “Padanlah pedih. Luka
rupanya,” balas Qaira. “Tak guna punya jantan!
Hidup asyik nak pukul pompuan je. Tak puas
pukul kakak aku, sekarang dia dengki dengan
aku pulak!” dengus Qaira.

“Dia pun pernah pukul awak kan?” Suara
Redza berubah dingin lagi tegang.

Hairan Qaira dengan kekerasan pada
nada suara Redza. ‘Dia marah aku ke ni?’

Qaira mengangguk. “Masa tu bolehlah
dia belasah aku. Sekarang, jangan harap! Aku
bukan selemah dulu!”

“Lelaki yang pukul perempuan ni lelaki
yang pengecut!” ujar Redza keras.

“Lelaki yang buli perempuan walaupun
dia tak pukul, takde bezanya,” sindir Qaira.

Terjongket kening Redza. “Awak kata
saya ni pembuli ke?”

Qaira pula menjongket bahu.
“Ada beza membuli dengan menjalankan
tugas, Qaira,” tutur Redza. “Saya tak buli Marina.
Tu dah memang kerja dia. Kalau staf tak berkira
dengan saya, saya pun takkan berkira dengan
staf. Yang kerja kuat dengan penuh dedikasi
akan dapat habuan dalam bentuk bonus dan

338

Lynn Safiya

insentif lain,” jelasnya lagi.
“Kakak awak pernah mengadu kat awak

pasal waktu kerja dia?”
Qaira terpaksa menggeleng.
“Dia pernah mengadu kat awak kata

saya ni buli dia?”
Geleng lagi.
“Jadi kenapa awak tuduh saya buli dia?”
Qaira menggigit bibir. Aksi pertama

yang menampakkan sifat keperempuanannya.
Aksi yang membuat Redza terpana dan tak
berkelip memandang kerana tingkah Qaira
seakan menarik matanya agar menilik bibir
Qaira dengan lebih dalam. Naluri lelakinya
seakan terusik dengan perlakuan Qaira.

“Sebab aku kesian tengok dia kerja
macam tu. Macam takde masa untuk diri sendiri
dan anak dia...” Perlahan nada suara Qaira. Dia
menggaru pucuk hidung yang tak gatal. Dia
bangun tiba-tiba. “Kat mana aku boleh solat?”

“Ikut saya. Tapi sebelum tu, bagi saya
cuci luka kat bibir awak tu,” cadang Redza.

“Eh, tak payah! Aku boleh buat sendiri.
Kau tak payah nak susah-susah. Aku nak
tumpang bersihkan diri dengan solat je,” tolak
Qaira kembali dengan sikap kasarnya.

339

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Redza menyembunyikan senyum.
Dia bangun lalu membawa Qaira berjalan
menuju ke dapur, dan seterusnya ke bilik Mak
Jah sementara menunggu Marina kembali
membawa pakaian mereka.

Selepas makan,Redzatelahpergisemulake
pejabat untuk menyelesaikan beberapa perkara.
Sebentar tadi ketika pulang ke rumah, Mak Jah
telah melaporkan yang Qaira dan Marina sudah
pun tidur di dalam bilik tetamu di tingkat bawah.
Redza naik ke tingkat atas untuk membersihkan
diri. Kini, tubuh tetap bersandar di kepala katil
dengan mata yang masih belum mengantuk. Dan
seraut wajah itu tetap bermain di layar matanya.
Wajah yang bersih tanpa sebarang solekan,
rambut yang pendek tetapi tetap bergaya, dengan
pakaian yang sentiasa ringkas lagi santai.

Sekali lagi bibir Redza koyak dengan
senyuman.

340

Lynn Safiya

Bab 4

“ERRR... kenapa bos pakai macam
tu? Bos tak masuk ofis ke hari ni?”
soal Marina yang tak jadi menyuap mihun goreng
ke dalam mulut. Hairan melihat Redza yang
berseluar jean dan berbaju-T berwarna putih.
Memang tak pernah Marina melihat bosnya
sesantai ini. Semalam Redza membenarkan dia
untuk mengambil cuti hari ini, tetapi sangkanya
Redza akan bekerja seperti biasa.
Redza mengambil tempat di kepala meja
makan. “Hari ni saya ambik cuti. Saya tak kerja
hari ni.”
Berkerut dahi Marina. Sejak bila bosnya
pandai mengambil cuti? Bukan dia bekerja 7 hari
seminggu ke? Namun dia memilih untuk tidak
berkata apa-apa.

341

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Redza melabuhkan mata ke figura Qaira
yang langsung tidak mengangkat wajah. Bagai
robot saja gadis itu menyuap makanan ke
dalam mulut. Wajahnya kosong tidak bereaksi.
Mengelamun jauh entah ke mana.

“Tangan tu macam mana?” soal Redza.

Qaira masih begitu. Marina menyenggol
lengan kiri adiknya. Tersentak Qaira jadinya.
“Kau apa hal?” marah Qaira kerana mengganggu
fokusnya.

“Tu bos akak tanya tu. Tangan tu camna?”

“Macam tulah. Macam mana lagi?”
gerutunya. Garpu diletakkan ke atas pinggan.
Dia mengerling ke wajah Redza dan kemudian ke
wajah Marina. “Aku nak keluar lepas ni.” Matanya
jelas menghantar amaran. Jangan sesiapa berani
menghalangnya!

“Eh, adik nak pergi mana?”

“Mengumpan.”

Berkerut dahi Marina. Dahi Redza juga
begitu. Mengumpan?

“Aku nak pergi umpan jantan tu. Biar dia
keluar. Senang untuk polis tangkap dia,” jelas
Qaira. “Kau jangan nak larang aku. Aku dah fikir
masak-masak. Sampai bila kita nak menyorok kat
sini?”

Marina menggigit bibir. Risau. Nak

342

Lynn Safiya

larang? Jangan haraplah jika nada suara Qaira
sudah begitu. “Adik kan tak pulih lagi. Malam tadi
adik kata badan adik rasa sengal-sengal, sampai
kena makan ubat tahan sakit kan? Kalau tak, tak
boleh tidur,” ungkit Marina.

Tajam mata Redza yang mencerlung ke
arah Qaira. Badan dia sengal? Minah ni memang
cari pasal!

“Memanglah sengal! Kalau tiga orang
jantan serang kau dan pukul kau, takkanlah badan
kau tak rasa sakit? Tapi aku tak boleh duduk diam
je! Aku kena buat sesuatu!” Qaira berdegil. “Aku
rasa aku tahu dia kat mana. Kau ingat dia keluar
dari penjara tu dia akan terus jadi sesuci embun
pagi ke? Kalau dah penagih tu, penagih jugak!
Dia takkan insaf punya, kau percayalah cakap
aku. Dia mesti kat port lama dia!”

Marina tidak tahu cara untuk mengubah
niat adiknya itu.

“Fine! Kalau awak nak umpan dia, saya
ikut,” umum Redza. “Tapi awak kena ikut cakap
saya!” Tahu yang jika dia tak melakukan sesuatu,
Qaira pasti akan menurut saja kehendak kepala
batunya itu.

“Eh pehal? Dah kenapa kau nak masuk
campur dalam urusan aku?” bentak Qaira
garang. Bengang betul dia. Asyik nak arah itu ini
saja. Kena duduk sinilah, tak boleh baliklah, kena

343

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

pergi kliniklah, itulah, inilah... Hesy! Rimas betul
dia!

Redza menjongket bahu. “Ini bukan
urusan awak, ini urusan Marina. Dan Marina
pekerja saya. Jadi kalau nak buat apa-apa,
kena ikut cakap saya!” Redza melayangkan
alasan. Alasan yang tentunya tidaklah begitu
logik memandangkan ini tiada kena-mengena
langsung dengan urusan pejabat. Namun dia
tak kisah. Dia tidak mahu Qaira terlalu berani
memancing amarah bekas abang iparnya itu. Dia
tak mahu Qaira diapa-apakan lagi. Qaira tu kan
adik pekerjanya! Mestilah dia prihatin kan?

“Adik... daripada adik pergi sorang-sorang,
eloklah ada teman kan?” pujuk Marina.

Betul cakap Marina itu, tapi dia lebih
senang bekerja bersendirian. Dia sudah biasa.
Dia memilih untuk beralah. “Whateverlah!”

Redza menyimpan senyum. “Lepas
sarapan kita keluar. Apa nama IO yang ambik
keterangan awak semalam?”

Qaira memberikan sepotong nama
pegawai polis yang bertugas semalam. Redza
mengangguk.

Tidak lama kemudian, kelihatan Redza
berbincang sesuatu dengan Bob yang sedia
menunggu di luar rumah. Qaira memberikan

344

Lynn Safiya

ruang kepada Redza selama beberapa minit
sebelum bertindak keluar dari rumah.
Lambat-lambat Qaira menyarungkan kasut. Dia
meluruskan pinggang.

“Awak ikut saya. Bob akan ikut dari
belakang,” ujar Redza. “Andi akan duduk sini
untuk jaga kakak awak.”

Andi? Siapa pulak Andi?

“Andi pun orang saya,” ujar Redza seakan
dapat meneka apa yang terlintas di fikiran Qaira.

“Kau ni business bawak cash juta-juta ke
hari-hari sampai kena ada dua bodyguard untuk
jaga kau?” sindir Qaira. Bibir sudah mencemik.

Redza tidak membalas. Sedar yang Qaira
sekadar mahu meluahkan rasa tak puas hatinya.
Biarlah... Tak luruh pun telinga dia mendengar
sindiran demi sindiran daripada Qaira.

“Bekas abang ipar awak tu kat mana?” soal
Redza.

“Saya rasa dia kat rumah kawan dia, Jaws.
Kawan yang selalu supplykan benda syaitan tu
pada dia.” Qaira memberikan alamat tempat
yang dimaksudkan kepada Redza dan juga Bob.
Redza memberikan isyarat kepada Bob. Lelaki itu
mengangguk tanda memahami.

Qaira masuk ke dalam kereta. Redza
mengambil tempat di bahagian pemandu.

345

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Enjin kereta BMW X5 dihidupkan. Terus Redza
memandu ke alamat yang diberikan oleh Qaira
tadi. Lebih kurang 20 minit memandu, Redza
akhirnya memberhentikan kereta di tepi jalan,
lebih kurang selang lima rumah daripada rumah
Jaws. Kereta yang dinaiki Bob bergerak terus ke
hadapan.

“Kenapa berhenti jauh sangat?” soal Qaira.

“Kita tunggu sini. Tunggu Bob buat
penyiasatan dia dulu. Kalau betul Zaid ada kat
rumah tu, baru kita bertindak.”

Qaira mengeluh tidak sabar. Namun dia
memaksa diri agar akur pada saranan Redza. Mata
memandang kosong ke hadapan. Ke arah rumah
Jaws dan kereta Bob. Tiba-tiba, telefon bimbit
Qaira bergegar. Dia menanggalkan tali pinggang
keledar sebelum menyeluk poket seluar jeannya.
Nama pemanggil yang ingin membuat panggilan
video ditenung seketika. Qaira berdeham kecil
sebelum memegang telefon separas wajahnya.

“Hai, sayang!”

Laju kepala Redza berpaling ke arah kiri.
Terkedu dengan nada suara yang begitu lembut
yang lahir daripada bibir Qaira. Lembut dan
begitu ceria. Gadis di sebelahnya kini tersenyum
manis. Wajahnya bercahaya. Terpana Redza di
tempat duduknya. Gadis brutal di sebelahnya
kini berubah dalam sekelip mata.

346

Lynn Safiya

“Mak su! Mak su kat mane?” rengek satu
suara di hujung talian. Wajah anak kecil berumur
dalam lingkungan 4 atau 5 tahun kelihatan di
dada skrin. “Tadi Fara tepon mama, tapi mak su
takde.”

“Mak su ada kerja sikit, sayang,” balas
Qaira dalam nada memujuk.

“Bila mak su nak datang ambik Fara?”

“Insya-Allah tak lama lagi okey? Fara
duduk dengan opah dulu ya? Nanti mama dengan
mak su datang ambik Fara.”

“Mak su tak rindu kat Fara ke?”

Qaira menelan liur. Mata hampir saja
berkaca. Tak sanggup melihat wajah si kecil yang
mendung. “Mestilah mak su rindu kat Fara. Mak
su rindu sangat!” Serak sedikit suara Qaira.

“Fara pun rindu...”

“Fara jangan nangis, sayang. Nanti mak su
datang okey?”

“Okey... babai mak su. Opah tak bagi Fara
guna tepon lama-lama sebab opah nak main
Candy Crush. Nanti mak su datang cepat-cepat
okey?”

Qaira memaksa diri agar tersenyum.
“Bai, sayang,” bisik Qaira halus sebelum talian
dimatikan. Qaira memejamkan mata. Cuba
mengusir rasa sayu yang singgah di hatinya

347

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

mengenangkan nasib si kecil.

“Anak Marina?” tanya Redza perlahan.
Tunak matanya membelai ke wajah Qaira.

Qaira mencelikkan mata. Dia mengangguk
kecil. “Dia nyawa aku!”

“Sebab dia ke awak tak sabar-sabar nak
tamatkan semuanya?”

Qaira mengangguk. “Kalau aku tak
sanggup nak berpisah lama dengan dia, kakak
aku apatah lagi... Dah seminggu dia kat sana. Aku
tak nak Zaid pergunakan dia untuk peras duit
daripada kakak aku! Jantan tu bukannya nak
sangat kat anak dia pun. Dia tak pernah kisah pun
pada Fara. Dia nak peras duit Marina je. Aku tak
sanggup kalau Fara tersepit kat tengah-tengah
antara mama dengan papa dia. Dulu Fara masih
kecik tapi sekarang dia dah boleh faham.”

Kali ini nada suara Qaira masih kendur.
Ada garis-garis kebimbangan pada wajah gadis
itu. Pada pandangan Redza, betapa jelas Qaira
sanggup bergadai nyawa demi kelangsungan
hidup kakak serta anak saudaranya. Dia tak kisah
akan keselamatan dirinya sendiri asalkan Marina
dapat disatukan semula dengan anaknya. Qaira
benar-benar mengagumkan!

“Kenapa kau pandang aku macam tu?”
tanya Qaira. Tiba-tiba diri terasa tidak selesa

348

Lynn Safiya

ditenung sebegitu dalam oleh Redza. Lekas-lekas
dia membawa mata kembali ke hadapan.

“Awak patut kekal macam ni, Qaira.
Awak tak boleh nak sembunyikan hakikat yang
awak ni sebenarnya seorang yang lembut, yang
penyayang. Tak perlu awak nak menyorok kat
belakang topeng yang selalu awak pakai tu.”
Lembut suara Redza. “Awak nampak saja kasar,
tapi hati awak sebenarnya sangat lembut.”

“Mana ada?” bidas Qaira sedikit gabra.
“Aku memang macam ni la.”

Redza hanya tersenyum kecil. Qaira sudah
mengenakan kembali topeng minah brutal ke
wajahnya.

“Teruk sangat ke Marina kena pukul
dulu?” soal Redza tiba-tiba. Sengaja ingin
memanjangkan tempoh perbualan mereka agar
Qaira tidak bertanya tentang tindakan Bob, dan
juga kerana dia mahu mendengar pengalaman
pahit gadis itu yang lalu.

Berubah muka Qaira. Tangan sudah
mengepal penumbuk. “Rupa-rupanya dah lama
kakak aku kena pukul. Padanlah tiap kali aku nak
datang, dia tak benarkan. Macam-macam alasan
dia beri. Rupanya sebab tak mahu aku atau abang
aku nampak lebam-lebam kat muka dia. Satu
hari tu, aku datang tak beritahu dia. Terkejut
aku tengok keadaan kakak aku.” Qaira mengetap

349

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

rahang. Kuat! Memori semalam masih berbekas
di hatinya. Mata dipejamkan erat.

“Aku jerit, aku merayu, aku menangis,
tapi dia tak berhenti pukul dan tendang kakak
aku. Kakak aku dah terbaring kat atas lantai.
Sudahnya aku baring kat atas dia supaya dia
tak kena pukul lagi. Tapi aku terlambat...” Mata
dicelikkan semula. “Kandungan kakak aku tak
dapat diselamatkan.”

Bergerak-gerak rahang Redza. Penceritaan
Qaira seolah-olah terlayar di ruang mata.
Membayangkan Qaira melindungi Marina dan
menyerahkan tubuhnya sebagai ganti ‘punching
bag’ untuk Zaid benar-benar menyentap
jantungnya.

“Dia pukul sebab kakak aku dah takde
duit nak bagi dia untuk dia beli benda tu. Dia
dah ketagih sangat. Duit pulak dah habis untuk
keperluan dapur dan Fara yang masih baby,”
sambung Qaira. “Kakak aku pulak asyik kena
buang kerja sebab dia selalu sangat tak masuk
ofis. Nak masuk ofis macam mana kalau muka
asyik pecah je?”

Astaghfirullah... Kesiannya Marina...

“Sejak Zaid masuk penjara, kehidupan
kita orang aman. Tapi semalam... aku puas hati
dapat belasah dia. Kalaulah dia tak bawak geng,
mesti mati dah dia aku kerjakan!” ujar Qaira

350


Click to View FlipBook Version