The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by itasukri, 2020-12-24 01:26:55

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Eb00kRU_50 - lynn safiya

Lynn Safiya

“Dah, pa. Ini yang terbaik untuk
semua. Biarkan Zara balik ke kampung...”
Izara melabuhkan mata pula ke wajah Amzar.
“Abang Am, tolong tunaikan janji Abang Am...
kita sambung semula kes yang tertangguh kat
mahkamah sebelum ni, ya?”

“Zara... abang tak mahu... abang tak
sanggup... Abang sayangkan Zara..”

Izara mengambil beberapa langkah ke
hadapan. Dia berhenti betul-betul di hadapan
Amzar. “Abang Am, saya pasti Abang Am keliru
antara rasa sayang dengan rasa bersalah, dan
rasa sayang dengan rasa terhutang budi. Abang
Am tak perlu rasa bersalah atau rasa terhutang
budi dengan saya. Saya ikhlas tolong Abang Am
selama ni.” Tangan kanan Amzar diraih lalu
dikucup. “Izinkan saya balik ke kampung. Saya
doakan Abang Am bahagia dengan kehidupan
Abang Am selepas ni...”

Amzar menarik tubuh kecil isterinya ke
dalam pelukan. Erat! Tidak sanggup melepaskan
Izara. “Jangan tinggalkan abang, Zara...”

Izara terkedu. Suatu waktu dahulu, dia
pernah membayangkan dirinya dipeluk oleh
seorang lelaki bergelar suami. Dan akhirnya,
sejak memegang status isteri, dia bisa merasakan
kehangatan rangkulan seorang lelaki. Lelaki
yang sedari dulu berhak ke atas dirinya. Sayu

51

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

hatinya tidak terkata. Mata terpejam rapat. Ingin
menghayati pelukan pertama dan mungkin yang
terakhir daripada Amzar...

Zaim melarikan pandangan. Sedih hatinya
melihat pengakhiran kisah abangnya dengan
Izara. Walaupun dia menaruh perasaan terhadap
Izara, tidak pernah sedetik pun dia menyimpan
harapan agar ikatan perkahwinan antara
abangnya dengan Izara akan terlerai. Daripada si
Tina, berjuta-juta kali dia lebih rela Izara menjadi
kakak iparnya. Walaupun terpaksa berkorban
cintanya sendiri.

Izara menjauhkan dirinya daripada
Amzar. Berat hati Amzar merungkaikan pelukan
“Papa... mama kat mana?” soal Izara.

“Kat atas...”
Izara mengangguk. Tangan Datuk Arifin
dikucup lama. Datuk Arifin melabuhkan tangan
kiri ke atas kepala menantunya. Suara sudah
tidak bisa berkata apa-apa. Dan sekelip mata
Izara berlalu pergi...

52

Lynn Safiya

Bab 7

“JIJAH... sampai bila Jijah nak
jauhkan diri daripada abang?
Abang dah berubah, Jah, dia dah insaf...”
Terhenti tangan Amzar di tombol pintu
bilik kedua orang tuanya. Bisa mendengar dengan
jelas pertanyaan papanya kepada mamanya yang
sudah lama mengasingkan diri daripadanya.
Datin Khadijah melabuhkan kepala ke
bahu suaminya. “Jah masih tak kuat nak tengok
muka abang. Sebab setiap kali Jah tengok muka
abang, Jah akan rasa bersalah pada Zara... Zara
tak bersalah. Yang bersalah kita! Jah tak dapat
nak lepaskan kenyataan yang kita dah hancurkan
kehidupan Zara. Kita dah musnahkan hidup
dia...” luah Datin Khadijah kesal.

53

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Datuk Arifin memaut bahu isterinya.
“Abang pun rasa macam tu, Jah...”

“Elok-elok kita ambik dia sebagai menantu
daripada keluarga dia. Tapi abang buang dia
macam tu je. Jah malu dengan mak ayah Zara.
Jah rasa macam Jah dah aniaya anak gadis orang
disebabkan Jah gagal didik abang jadi lelaki yang
baik... Tak pasal-pasal Zara akan jadi janda...
dan dia terlalu muda untuk hadap mulut orang
yang akan mengata dia! Kalau Jah jadi Zara, Jah
takkan sanggup nak lalui sendiri...”

“Jah... kita dah buat yang terbaik. Anak
kita tu bukan budak kecik lagi. Abang selalu
dengar pilihan ibu bapalah pilihan yang terbaik
untuk anak-anak. Tapi abang silap... Siapa sangka
yang pilihan ibu bapa boleh menghancurkan
kehidupan anak-anak?”

Amzar tidak mampu mendengar lagi.
Daun pintu ditolak lalu kaki diheret ke katil
mama serta papanya. Walaupun masih sakit,
dia jatuhkan diri ke atas lantai lalu melutut
betul-betul di hadapan Datin Khadijah. Lututnya
mamanya dipaut. “Mama, papa... ampunkan
abang... Abang salah... Mama dan papa dah
pilih isteri yang terbaik untuk abang. Mama
dan papa tak silap, abang yang silap!” Amzar
menyembamkan wajah ke lutut Datin Khadijah.
Tidak rela mendengar mama serta papanya asyik

54

Lynn Safiya

menyalahkan diri sendiri atas kebutaan matanya,
kebodohan akalnya serta kekhilafan dirinya...

Datin Khadijah tidak bereaksi walaupun
hati sebak mendengar rintihan anak sulungnya.

“Mama... abang rindu pada mama.
Ampunkan abang, mama, sebab dah kecewakan
dan hancurkan hati mama...” Berderai air mata
Amzar. Betapa dia terlalu mementingkan diri
sendiri. Tidak pernah terlintas untuk memberi
peluang kepada ikatan suci yang terbina sebaik
akad dilafazkan.

Akhirnya hati seorang ibu tewas jua.
Tangan diangkat lalu mengusap perlahan kepala
si anak. “Mama maafkan... Maafkan mama dan
papa jugak sebab paksa abang terima Zara...”

“Tak ma... jangan cakap macam tu, ma...”

“Sudahlah, bang... Abang binalah
kehidupan abang semula...” Datuk Arifin
bersuara. Tangan dilabuhkan di atas bahu Amzar.
“Bangkitlah, bang. Belajar daripada kesilapan
kita semua. Semoga Allah ampunkan semua dosa
kita...”

“Ma, pa... abang janji abang akan bawak
Zara balik ke rumah ni semula!” Tegas Amzar
melafazkan ikrar. “Abang janji!”

“Jangan!” tegah Datin Khadijah keras.
Terangkat tangannya. “Jangan...” kali ini suara

55

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Datin Khadijah mengendur.

Berubah riak Amzar. Terpinga-pinga
mendengar larangan daripada mamanya. “Ma?
Kenapa, ma?”

Datin Khadijah tunduk mencari wajah
Amzar. Matanya penuh dengan garis-garis
kepiluan. “Cukuplah kita dah seksa dia, abang.
Abang buang dia bila benci, abang guna dia bila
perlu. Mama tak izinkan abang kacau Zara lagi.
Biarlah Zara cari kebahagiaan dia sendiri selepas
ni. Abang tak layak untuk perempuan sebaik
Zara. Biarlah lelaki lain yang bahagiakan dia...”

Terjelepok Amzar jatuh ke belakang. Sakit
di punggung sedikit pun tidak terasa. Sakit di
hati lebih menyeksa. Terkedu dengan luahan hati
daripada Datin Khadijah. “Abang memang tak
layak untuk Zara... tapi abang nak cuba jadi yang
lebih baik... Tak boleh ke, ma?”

“Semalam sebelum Zara balik, Zara ada
cakap pada mama. Sedetik pun dia tak pernah
menyesal jadi menantu mama, sebab dia sedar
jodoh dia, Allah dah tentukan dari azali, tapi
dia menyesal menjadi punca abang tak bahagia.
Tak habis-habis dia salahkan diri dia... Mama
dah kalah dengan kebaikan Zara, abang... Mama
dah tak sanggup nak tanggung rasa bersalah
mama ni pada dia. Mama asyik terbayang Zara
yang curi-curi menangis kat laman bila dia ingat

56

Lynn Safiya

kita semua dah tidur. Semoga Allah ampunkan
dosa mama pada Zara...” tangis Datin Khadijah.
Berderai-derai air matanya.

Menggigil Amzar kesakitan. Sakit di
hulu hati, sakit di dada dan sakit pada segenap
jiwanya. Tapi sakit yang dirasakan tentu sekali
tidak setanding sakit yang pernah dilemparkan
kepada Izara sepanjang gadis itu menjadi
isterinya, sehingga memaksa gadis itu menangis
sendirian secara bersembunyi.

“Mama... tolong restui niat abang nak
selamatkan perkahwinan abang dengan Zara.
Abang akan tebus kesalahan abang pada Zara
sampai abang mati, ma! Please, ma... Abang
merayu pada mama... pada papa... Tolong abang
dapatkan Zara kembali. Demi Allah, abang akan
bahagiakan dia seumur hidup abang!”

Air mata yang mengalir di pipi dibiarkan
begitu saja. Doa dan restu daripada papa dan
mama akan cuba digenggam sebelum meneruskan
impian untuk membina bahagia bersama Izara.

Datin Khadijah mencari mata suaminya.
Ingin berkongsi pendapat sebelum kata putus
diberikan. Datuk Arifin mengangguk kecil
sebelum berpaling ke arah Amzar. “Abang, papa
sebenarnya dah berjanji dengan Zara. Sebagai
balasan dia jaga abang selama ni, papa janji yang
papa tak akan larang hubungan abang dengan

57

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Tina lagi selepas ni. Itu permintaan Zara!”
Terkedu Amzar mendengar permintaan

Izara. Izara tak pernah meminta apa-apa untuk
dirinya sendiri. Ketika Amzar masih berlaku zalim
terhadapnya pun, Izara masih lagi memikirkan
tentang kebahagiaannya.

“No, pa! Tina tak layak untuk abang.
Abang buta selama ni pilih perempuan macam tu
untuk terima cinta abang. Abang dah tak mahu
sesiapa lagi, pa. Cukup Zara seorang!”

“Kalau macam tu, buatlah istikharah
dulu, abang. Minta petunjuk daripada Allah.
Papa tak nak kita buat keputusan yang salah
kali ni. Cukuplah sekali... Kalau Zara merupakan
petunjuk yang diturunkan Allah buat abang, papa
dan mama akan sokong keputusan abang untuk
bawak Zara balik ke pangkuan keluarga kita.
Kalau bukan... abang lepaskanlah dia... Jangan
paksa dia terima abang. Jangan seksa dia lagi!”
Serius Datuk Arifin berpesan.

“Baik, pa... Abang akan ikut cakap papa...”
Amzar tiada pilihan lain melainkan akur dengan
kehendak kedua orang tuanya. Semoga Allah akan
memberikan petunjuk yang sangat didambakan.

58

Lynn Safiya

“ABAH... MAAFKAN Am...”

“Bangun Am... Jangan melutut macam
ni...” bantah Encik Mustafa. Terkejut dengan
kehadiran Amzar secara tiba-tiba begini. Yang
lebih mengejutkan, Amzar kini melutut di
kakinya.

Amzar masih begitu. Tidak mampu
melawan pandangan daripada bapa mentuanya.
Anak gadis yang diserahkan serta diamanahkan
kepadanya, disia-siakan begitu saja. Dia malu!

“Sudahlah, Am... perkara dah berlalu...
Dah takde jodoh Am dengan Zara...”

“Tapi bah...” Amzar mula menjelaskan
sebab sebenar dia ke Kuala Terengganu. Tanpa
segan, dia membentangkan segala kesalahan dan
penyesalan.

“Am... abah tak tahu nak kata apa... Sejak
Zara balik ke kampung, abah dah nekad tak nak
paksa dia buat apa-apa yang dia tak rela lagi. Jadi,
abah tak boleh nak bantu Am. Semua terpulang
pada Am sendiri. Usahalah sendiri, tapi kalau
Zara tetap dengan keputusan dia untuk berpisah
dengan Am, Am kena terima. Abah tak akan
paksa Zara untuk terima Am semula. Abah harap
Am faham...”

Lambat-lambat Amzar menganggukkan
kepala. Rasa kecewa menghentam ke dada.

59

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Pendapat bapa mentuanya sama seperti pendapat
papa dan mamanya. “Zara mana, bah?”

“Zara kerja... Petang nanti baru dia balik...”
“Boleh abah bagi tahu Zara kerja kat
mana? Am nak minta izin abah untuk berjumpa
dengan Zara...”
Encik Mustafa membuka mulut.
“Pergilah... abah izinkan...”
“Terima kasih, abah...”

FIGURA IZARA yang memakai baju kurung
berwarna kuning cair yang baru keluar dari sebuah
bangunan rumah kedai menangkap mata Amzar.
Tak berkelip mata Amzar memandang ke wajah
isterinya. Ya Allah rindunya! Jarak mereka tidak
jauh, namun kedudukan Amzar yang terlindung
di balik gerai jualan tudung di kaki lima membuat
Izara tidak perasan akan kehadiran suaminya itu.

Baru saja Amzar ingin menyeru nama
isterinya, orang lain sudah memanggil dulu.
Amzar mengintai dari celah-celah helaian tudung
yang bergantungan. Dia melihat Izara berpaling
ke arah seorang lelaki yang mengenakan kemeja
berwarna biru.

60

Lynn Safiya

“Apa khabar, Zara?”

“Baik, Alhamdulillah... Uda?”

Amzar mendengar suara lembut isterinya.
Dia memejamkan mata seketika. Membiarkan
hatinya disapa rasa yang semakin hebat melanda
jiwanya.

“Baik. Zara, boleh Uda tahu keputusan
Zara?” Lelaki itu bertanya.

“Jawapan Zara masih sama macam dulu...
Kita takde jodoh, Uda...”

Amzar terkedu. Inikah lelaki yang terpaksa
ditinggalkan oleh Izara demi menerima pinangan
daripada papa dan mamanya?

“Tapi Zara dah berpisah dengan suami
Zara, kan? Tak lama lagi, Zara akan dibebaskan!”

Senyuman Izara hambar. “Uda... Zara dah
tak sama macam dulu... Zara akan pegang status
janda. Zara tak layak untuk Uda. Uda carilah
orang yang lebih baik daripada Zara...”

“Uda tak kisah pasal semua tu. Uda masih
macam dulu. Hati Uda tak pernah berubah...”
tangkis lelaki itu.

“Terima kasih, Uda... Terima kasih sebab
selalu buat Zara rasa istimewa. Tapi, maafkan
Zara. Kalaupun suami Zara dah ceraikan Zara
nanti, Zara belum bersedia nak berkahwin
dengan sesiapa pun dalam masa yang terdekat

61

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

ni. Zara nak tumpukan perhatian pada adik-adik
Zara. Zara minta maaf sangat-sangat Uda, sebab
terpaksa kecewakan harapan Uda sekali lagi.
Tapi, jodoh antara kita memang takde... Zara
balik dulu, Assalamualaikum...”

Amzar melihat kelibat Izara yang berjalan
ke arah bertentangan dari tempat berdirinya.
Mata tidak mampu menipu. Dia dapat lihat
betapa lelaki tadi amat mencintai Izara. Dan
mungkin perasaan lelaki itu dibalas isterinya,
namun disebabkan keadaan, Izara terpaksa
menolak lamaran lelaki tadi. Benar kata Izara.
Sewaktu mereka berkahwin dulu, bukan hanya
dua keping hati yang terluka, tetapi empat...

Melihat Izara berjalan ke arah perhentian
bas, Amzar kembali mendapatkan keretanya. Bas
yang dinaiki Izara diekori rapat.

Amzar memarkirkan kereta di tepi jalan.
Tubuh Izara yang sudah turun dari bas dan
berjalan ke arah pantai dibuntuti. Amzar ingin
melunaskan hajatnya ke mari secepat yang
mungkin. Ingin mendapatkan sepotong kemaafan
agar beban di bahunya dapat dilepaskan sedikit
demi sedikit...

“Zara...”

Terangkat bahu Izara. Laju kepalanya
berpaling. Tidak percaya melihat gerangan orang
yang menyeru namanya dengan begitu lembut

62

Lynn Safiya

sekali.

“Abang Am?”

“Zara sihat?” soal Amzar berbasa-basi.

Izara tersenyum. Bersinar mata Amzar
menerima senyuman yang amat dirindu itu.
“Saya sihat, Alhamdulillah. Abang Am? Mama,
papa, Zaim sihat?”

Amzar menganggukkan kepala.
“Semuanya sihat. Diaorang kirim salam pada

Zara...”

Salam dijawab perlahan. “Errr... Abang
Am buat apa kat sini? Mana tahu saya kat sini?”

“Abang pergi ke rumah abah tadi. Lepas
tu abang ke ofis Zara. Nampak Zara naik bas dan
terus ke sini...”

Janggal betul apabila Amzar
membahasakan dirinya ‘abang’. “Oh... Abang Am
nak serahkan surat peguam ke?”

Amzar menelan liur. “Surat peguam?”

“Hmmm... lama saya tunggu surat
daripada peguam. Ingatkan dah dapat tarikh
baru untuk kita jumpa kat mahkamah...”

“Zara...” Amzar tidak tahu bagaimana
hendak memulakan kata.

“Ya?”

“Abang... abang tak nak ceraikan Zara...

63

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Abang nak kita bersatu semula...” laju kata-kata
yang terbit dari bibir Amzar. Bak sebutir peluru.

Berubah riak Izara. Hilang senyuman di
wajahnya. “Tak mungkin...”

64

Lynn Safiya

Bab 8

IZARA melangkah lemah masuk ke
dalam rumah. Salam diberi perlahan.
“Kak long?”
“Ya, abah...”
Encik Mustafa mengeluh. Tidak sampai
hati mahu bertanya. Izara kelihatan begitu lesu.
“Masuklah dulu rehatkan badan. Abah dah masak
untuk kita semua makan malam ni...”
“Terima kasih, abah...”
Izara masuk ke dalam bilik. Tas tangan
dicampak ke atas meja. Punggung dilabuh berat
ke birai katil. Rayuan serta rintihan Amzar tadi
masih terngiang-ngiang di telinga.
“Zara... pernah tak Zara dengar, bila hati

65

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

kita jauh daripada Allah, mudah untuk syaitan
mengganggu kita?” Amzar bertanya.

Izara hanya mampu mengangguk.
“Itulah yang terjadi pada abang, Zara.
Abang mudah dikuasai syaitan sebab abang
dah lama lalai dalam suruhan Tuhan. Abang tak
tahu nak terima ketentuan Allah. Abang mudah
marah, abang tak jalankan tanggungjawab
abang sebagai suami, abang ketepikan hak Zara
sebagai isteri abang... Tu semua ajaran syaitan!
Dan abang malu sebab abang tak cukup kuat
untuk lawan godaan syaitan yang sentiasa
berbisik kat telinga abang untuk benci dan
ceraikan Zara...”
Izara tunduk. Sayu hatinya tidak terkata.
“Tapi Allah Maha Kuasa. Allah balikkan
hati abang daripada benci, kepada sayang...”
Kepala ditongkat perlahan. Sayang?
Mustahil.
“Dan abang bukan bodoh sampai tak
tahu nak bezakan antara sayang dengan rasa
bersalah, Zara. Dan bukan rasa terhutang budi
yang bawak abang ke sini. Tapi rasa rindu pada
Zara yang abang dah tak mampu nak tanggung
lagi...”
Laju kepala Izara menggeleng. Tidak
percaya.

66

Lynn Safiya

“Abang tak salahkan Zara kalau Zara tak
percaya cakap abang ni... Sebab selama ni, abang
tak pernah layan Zara dengan baik. Setiap saat,
ada je perbuatan abang atau tutur kata abang
yang lukakan hati Zara. Kalau nak difikirkan
balik, tak sanggup abang nak ulang semula apa
yang abang pernah hamburkan pada Zara dulu,
sebab abang begitu kejam pada Zara...” Amzar
memejamkan mata. Cuba menepis air mata
yang sudah mula menampakkan bayangnya.

“Abang sedar yang kata maaf je tak
mampu nak pulihkan luka kat hati Zara... dan
mungkin sampai bila-bila pun Zara tak mampu
nak lupakan semuanya... Tapi izinkan abang
cuba bahagiakan Zara dan adik-adik Zara
hingga ke nafas abang yang terakhir...” Lirih
suara Amzar. Permintaan yang cukup berani
dirasakan oleh Izara.

Bulat mata Izara memandang ke arah
Amzar.

“Saya tak mampu nak terima Abang
Am semula...” Perlahan suara Izara. “Sebab
dari mula saya dah tanamkan kat dalam hati
saya ni, yang Abang Am akan ceraikan saya.
Saya dah terima dan dah belajar hidup sebagai
seorang janda... Talak tak jatuh lagi pun orang
kampung dah panggil saya janda... Saya tak
pernah terfikir untuk teruskan hidup sebagai

67

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

isteri Abang Am. Dan saya tak nak fikir pun
pasal perkara tu.”

Kesat terasa kerongkong Amzar. Perit!
“Saya bahagia hidup dengan abah
dan adik-adik saya. Saya tak mampu hidup
dengan rasa bersalah ni lagi. Saya dah rampas
kebahagiaan Abang Am dan Kak Tina...”
“Tak, Zara!” Amzar mencelah laju.
“Kalau Zara fikir Zara dah rampas kebahagiaan
abang, abang pun sebenarnya dah rampas
kebahagiaan Zara. Abang tak pernah tahu pun
yang Zara dah ada kekasih hati. Jadi abang
pun sama! Kita takde bezanya. Maafkan abang,
sebab menjadi penyebab Zara tak dapat kahwin
dengan kekasih Zara tu...”
“Siapalah saya nak tolak jodoh yang Allah
dah tentukan? Saya terima jodoh saya dengan
Abang Am, tapi saya juga terima yang jodoh
kita tak panjang. Allah dah tentukan semuanya
untuk kita. Biarlah kita cari kebahagiaan kita
masing-masing selepas ni...”
“Bahagia abang ada dengan Zara.
Abang yakin sangat tentang tu. Tanpa abang
sedar, Zara dah ambik tempat kat dalam hati
abang ni dan sedarkan abang yang takkan ada
perempuan lain yang layak jadi isteri abang
selain Zara...” luah Amzar setulus hati. “Zara
dah pegang hati abang...”

68

Lynn Safiya

“Maafkan saya... Saya tak boleh terima...”
Dan dengan kata-kata itu, Izara meninggalkan
Amzar begitu saja.

‘Betulkah tindakan aku tadi?’ soal Izara
sendirian. Dia tak tahu... namun digagahkan diri
untuk bangun dan membersihkan diri. Hanya
Allah yang tahu...

IZARA MENCELIKKAN mata. Ya! Dia bukan
bermimpi. Pintu biliknya sedang diketuk dan
suara bapanya memanggil namanya dari luar
bukan sekadar khayalan.

Izara menekan suis lampu. Mata mengilas
pandang ke arah jam di dinding biliknya. Pukul
11.30 malam? Dia menarik selak pintu dan
tangan bersedia untuk memulas tombol. Sebelum
sempat daun pintu ditarik dari dalam, abahnya
berkata, “Am ada kat luar ni, kak long. Dia nak
jumpa kak long...”

Terbuka terus matanya. Hilang kantuknya.
Tudung dicapai lalu dikenakan ke kepala.
Kardigan yang tersangkut di kerusi disarung ke
badan. Pintu akhirnya dibuka perlahan.

“Kak long, bincang elok-elok. Ingat apa
yang abah pesan tadi?”

69

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Izara menggigit bibir. Pesan abah tadi?
Doa, doa dan terus berdoa...

“Am, masuk dalam bilik Zara ni. Dah lewat
sangat ni. Lepas dah bincang, tidur je kat sini...”

Terbuntang mata Izara. Mana ada sofa
dalam bilik tidurnya? Aduh...

“Baik, bah. Terima kasih...” ucap Amzar
sopan.

Tanpa pilihan lain, Izara berkalih dari
jenang pintu untuk membenarkan Amzar masuk
ke dalam biliknya. Pintu ditutup semula.

“Maaf, abang datang malam-malam
macam ni...” mula Amzar. “Abang datang bukan
nak desak Zara. Abang dah terima keputusan
Zara petang tadi, cuma...” Jeda. Sebak yang
singgah di kerongkong dibiarkan berlalu
seketika. Ya. Dia bukan ke mari untuk memaksa
Izara menerimanya. Janji kepada mama, papa
serta bapa mentuanya untuk menerima apa
saja keputusan Izara tidak dilupakan. Dia hanya
mahukan masa...

Izara masih tercegat di hadapan pintu.
Amzar berdeham kecil.

“Zara, meh duduk sebelah abang,” gamit
Amzar agar Izara duduk di sebelahnya di birai
katil. Izara menurut. Sudah biasa akur dengan
setiap perintah serta arahan suaminya itu.

70

Lynn Safiya

“Abang akan balik ke KL esok. Abang akan
ikut cakap Zara sebab abang tak mampu lagi nak
ubah keputusan Zara. Abang nak minta satu je
daripada Zara...”

Tak berkalih mata Izara daripada wajah
Amzar. Menantikan permintaan yang nampak
begitu sukar untuk dilafazkan.

“Abang nak malam ni jadi kenangan abang
yang terakhir dengan Zara. Kenangan yang abang
akan pegang sampai abang mati...” bisik Amzar
sayu. “Abang hanya nak luangkan masa dengan
Zara, berbual dengan Zara sampai esok pagi, dan
abang nak tatap wajah Zara sepuas hati abang...”
Amzar menelan liur. Berpegang pada kekuatan
yang semakin goyah. “Boleh tak, Zara?”

Izara tunduk. Sukar baginya untuk
menahan air mata. Apa yang diminta oleh
Amzar hanyalah demi suatu bekalan. Bekalan
untuk mengisi kekosongan pada masa
hadapan. Lambat-lambat Izara mengangguk.
Sesungguhnya, dia juga amat perlukan masa yang
terhad ini untuk diluangkan bersama Amzar.
Sebelum semuanya bakal berakhir...

Amzar meraih tangan isterinya lalu dielus
lembut. “Abang rindu pada tapak tangan ni.
Tangan yang selalu lumurkan sabun kat badan
abang, yang tak pernah kasar bila mandikan
abang...” Amzar tunduk lalu melabuhkan ciuman

71

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

pada telapak tangan isterinya. Hangat!

“Abang tak pernah berpeluang nak ucap
terima kasih pada Zara sebab sanggup jaga abang
sampai abang pulih. Terima kasih, Zara, untuk
semua yang Zara dah buat untuk abang... Zara
sabar melayan kerenah abang. Sentiasa senyum
walaupun abang pasti, hati Zara mesti terluka...”

Kocek seluar diseluk dan kotak empat
segi kecil dikeluarkan lalu dihulurkan kepada
Izara. “Sepanjang kita kahwin, abang tak pernah
hadiahkan apa-apa pada Zara. Hari ulang tahun
perkahwinan kita yang pertama pun kita tak
raikan. Berlalu begitu je...” Kotak kecil dilabuhkan
di atas tapak tangan isterinya. “Ni hadiah ulang
tahun perkahwinan untuk Zara. Abang harap
Zara sudi terima...”

Kotak dibuka. Seutas rantai tangan emas
bertatahkan berlian bersinar terus ke anak
mata. Bibir Izara bagai digam. Tidak mampu
menuturkan kata.

“Kelmarin abang ada masukkan duit
belanja sikit untuk Zara dan adik-adik dalam
akaun Zara. Papa yang bagi nombor akaun Zara
pada abang. Duit tu pun hak Zara. Nafkah yang
abang tak pernah beri pada Zara...” Lirih.

“Saya tak perlukan ni semua... Saya dah
bekerja. Saya mampu nak sara adik-adik...”
Terlafaz juga kata-kata yang terkunci sedari tadi.

72

Lynn Safiya

Tidak mahu Amzar berfikir yang dia berkahwin
dengan Amzar atas dasar kekayaan keluarga
suaminya itu.

“Abang faham... Tapi ni hak Zara.
Please take it.” Rantai tangan dikeluarkan
lalu disarungkan terus ke pergelangan tangan
isterinya.

Izara terdiam.
“Zara, abang nak kenal isteri abang. Boleh
tak Zara ceritakan pada abang tentang Zara dan
keluarga Zara?”
Izara menongkat wajah. Ada garis-garis
keikhlasan yang terpancar daripada mata Amzar.
Meyakinkan Izara yang lelaki itu benar-benar
ingin mengambil peluang ini untuk lebih
mengenalinya. Dan Izara mula bercerita...
“Adik-adik mesti dah tidur kan?” Kalaulah
dia tidak sombong dengan keluarga Izara dulu,
tentu saja adik-adik Izara rapat dengannya.
“Ada yang kat asrama. Tak semua ada kat
rumah...”
Amzar mengangguk.
Izara menelan liur. Ingin meluahkan
soalan yang sering mengganggu lenanya.
“Ada apa Zara? Zara nak tahu tentang
Tina, kan?” duga Amzar.

73

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Boleh? Saya nak tahu apa jadi dengan
Kak Tina je...”

Sekali lagi Amzar mengangguk. “Lepas
abang dah pulih, dia ada datang cari abang
semula. Tapi abang dah sedar yang cinta dia pada
abang palsu semata,” keluh Amzar kesal. “Cinta
dia murah dan cinta dia untuk masa senang je.
Rupa-rupanya dia tak pernah setia dengan abang.
Abang je yang tak pernah nampak kepalsuan cinta
dia. Jadi abang dah takde apa-apa hubungan
dengan dia. Dia dah tak wujud lagi dalam hidup
abang...”

“Abang Am masih cintakan dia?”

“Tak!” Laju Amzar menjawab. “Cinta
abang mati sebaik saja dia minta ruang untuk
berfikir dan tinggalkan abang kat hospital macam
tu je... Cuma abang masih ego tak nak mengaku
yang abang dah tak rasa apa-apa pada dia.”

Entah mengapa, balasan Amzar tidak
memberikan ruang untuk Izara meragui kata-kata
suaminya itu. Dia percaya Amzar berkata yang
benar.

“Zara... Zara masih cintakan kekasih Zara
tu?”

Sayu senyuman yang singgah di bibir Izara.
“Saya dah lepaskan dia dan semua perasaan saya
sebaik saja Abang Am lafazkan akad. Saya tak nak

74

Lynn Safiya

berdosa cintakan lelaki lain sedangkan saya dah
jadi isteri orang...”

Terkedu Amzar mendengar jawapan Izara.
Jawapan yang membuat dia rasa begitu kerdil di
sisi isterinya. Amzar mengelus lembut pipi Izara.
Elusan yang mengundang debaran yang begitu
hebat di dada Izara.

“Abang Am... kenapa Abang Am tak
berterus-terang dengan saya yang Abang Am dah
boleh berjalan?”

Amzar mengeluh kesal. “Sebab abang
ingat apa yang abang cakap dulu dan itulah
satu-satunya janji yang abang tak nak kotakan.
Abang tak sanggup kehilangan Zara. Abang tak
nak Zara tinggalkan abang... Sebab tu abang
diamkan je. Abang rela lumpuh seumur hidup
kalau itu dapat pastikan yang Zara akan sentiasa
ada bersama abang...” Jeda seketika. “Abang
sebenarnya dah sedar abang ada perasaan pada
Zara tapi abang masih belum bersedia nak
berterus-terang sebab abang malu... Malu dengan
Zara...”

Tergamam Izara mendengar pengakuan
Amzar.

“Dahlah, Zara. Zara nampak penat sangat
sekarang ni... Kita tidur, ya? Dah lewat sangat
dah ni...”

75

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Izara mengangguk. Sudah lama mereka
berbual hingga tak perasan detik waktu berlalu.

“Izinkan abang tidur kat sebelah Zara, ya?
Abang janji abang takkan buat apa-apa. Abang
cuma nak peluk Zara je...” Amzar takkan sekali-kali
menodai kesucian isterinya ketika ini. Walaupun
Izara halal baginya, namun untuk menyentuh
Izara sedangkan mereka akan berpisah tidak
lama lagi hanya akan membuktikan betapa dia
lelaki yang amat mementingkan diri sendiri.
Hadirnya Izara dalam keadaan suci, perginya jua
pasti akan dalam keadaan suci juga!

“Tapi sebelum tu, boleh abang tanggalkan
tudung Zara ni?”

Mata Izara memberikan balasan yang
sangat diinginkan lelaki itu. Terketar tangan
Amzar menarik tudung isterinya. Izara
memejamkan mata. Tidak sanggup melihat
reaksi lelaki itu.

Amzar menarik nafas. Ya Allah! Indahnya
kau ciptakan isteriku ini... Tak mampu dizahirkan
dengan kata-kata. Bagaimana gadis secantik ini
bisa aku benci dulu? Belum sempat tangan ingin
membelai mahkota isterinya yang sebelum ini
terlindung daripada pandangan mata, Izara sudah
bangun untuk menutup lampu. Debaran di dada,
Izara cuba sembunyikan semampu boleh. Getar
jantungnya ingin melalui saat yang tidak pernah

76

Lynn Safiya

terbayang dalam hidupnya sepanjang menjadi
isteri Amzar. Tidur di samping lelaki itu... Ya
Allah... Mampukah hati mengucapkan selamat
tinggal tatkala fajar menyingsing beberapa jam
saja dari sekarang?

77

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Bab 9

BETAPA sempurna dirasakan tika
kepala isterinya elok berlabuh di
atas dada, tubuh kecil itu lentok mengiring
menghadapnya, dan tangan halus itu lembut
melingkar di pinggangnya. Erat Amzar memeluk
Izara seolah-olah tidak mampu untuk dilepaskan.
Mata terasa hangat. Jantung berdegup hebat.
Cinta yang hadir begitu mendalam terhadap si
isteri kini terpaksa dilepaskan demi suatu janji.
Janji yang dilafazkan ketika diri masih dibelenggu
dungu dan tuli.
Amzar memohon kekuatan daripada
Yang Maha Esa. Kekuatan untuk melepaskan
cintanya...
Sedetik pun Amzar tidak tidur. Tidak mahu
terlepas merasakan helaan nafas Izara. Tidak

78

Lynn Safiya

mahu kerugian merasakan kelembutan pelukan
isterinya. Tidak mahu kehilangan haruman
rambut gadis itu yang membelai hidungnya.
Amzar yakin Izara sudah lena diulit mimpi. Dada
yang berombak tenang itu begitu damai terasa.

“Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa isteriku
dunia akhirat...” bisik Amzar memanjatkan doa
dalam syahdu. “Kau limpahkanlah kepadanya
dan keluarganya sebesar-besar rahmat. Kau
lindungilah dia daripada aniaya dan mulut
bisa manusia. Kau anugerahilah dia dengan
sebesar-besar ganjaran sebagai seorang anak
dan isteri yang taat...” Air mata jatuh mengalir
membasahi kepala Izara. “Kau haramkanlah aku
daripada merasa bahagia, selagi dia tak merasa
bahagia dalam hidupnya, ya Allah. Amin...”

Kepala Izara dikucup lama. Tanpa sedar,
tubuh Izara semakin erat dipeluknya. “Abang
doakan Zara akan berjaya dalam hidup Zara.
Terima kasih kerana hadir dalam hidup abang
walaupun untuk sedetik cuma... I love you,
Zara...”

Azan subuh yang berkumandang
mencelikkan mata Izara. Posisinya masih sama
seperti ketika dia mula-mula memejamkan mata
beberapa jam yang lalu. Izara diselubungi dengan
rasa yang amat tenang. Dunia begitu aman terasa.

“Zara dah bangun?” suara garau itu

79

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

menegur.

“Dah...” Izara bangun lalu duduk dengan
kaki belunjur di atas katil.

“Sudi tak Zara jadi makmum abang untuk
pagi ni?” lembut Amzar bertanya.

Laju kepala Izara mengangguk. Terharu
dengan permintaan Amzar yang tidak pernah
mengimamkan solatnya. “Saya pergi ambik
wuduk dulu...”

Tangan ditadah ke atas. Lama Amzar
membaca doa sebelum mengalihkan tubuhnya
menghadap Izara. Sayu terasa tika tangan
Amzar dikucup. “Zara, terima kasih berikan
malam tadi kepada abang. Abang akan simpan
kenangan manis kita dalam hati abang untuk
selama-lamanya...”

Izara tunduk. Masa yang ditakuti kini
sudah tiba. “Abang nak jumpa abah kejap, lepas
tu abang akan terus gerak ke KL. Abang akan
minta peguam abang untuk dapatkan tarikh baru
untuk kita jumpa kat mahkamah nanti...”

Amzar bangun lalu melipat sejadah.
Bahu Izara dipaut lembut. “Zara jaga diri, ya?
Kalau Zara perlukan apa-apa, call je abang. Tak
kisahlah untuk apa pun, pasal Zara ke, abah ke
atau adik-adik, telefon je abang. Abang akan
bantu semampu boleh...”

80

Lynn Safiya

Terketar bibir Izara menahan rasa. Dada
terasa sempit ditekan dari segenap penjuru.

Tangan Amzar membelai rambut ikal
isterinya. Izara ditarik ke dalam pelukan buat kali
yang terakhir. Bibir singgah lama di dahi gadis
itu. “Abang pergi dulu, Zara...”

Amzar memalingkan tubuh. Tangan
mencapai tombol pintu.

“Abang?”

Kaku tangan Amzar. Abang? Bukan
Abang Am seperti selalu? Lambat-lambat
Amzar berpaling. Melihat kejernihan di mata
isterinya. Senyuman yang sentiasa terukir, begitu
manis sekali. Amzar pasti Izara hanya ingin
mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

“Abang tak nak sarapan dulu?”

Amzar menelan rasa kecewa. “Takpe,
Zara. Nanti lambat sangat abang gerak ke KL...”

“Abang nak cepat sangat ke? Tak boleh
tunggu kejap?”

‘Abang’ lagi. Sebelum ini, Izara setia
memanggilnya ‘Abang Am’. “Maaf, Zara. Abang
tak boleh nak tangguh lagi...”

‘Abang takut abang tak kuat, Zara. Abang
dah tak mampu nak berlama lagi kat sini. Abang
takut abang akan mungkir semua janji abang
pada mama, papa, abah dan pada Zara sendiri...’

81

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

bisik Amzar dalam hati. Dirinya semakin goyah.
Mungkin jika dia bersendirian dengan Izara
seminit saja lagi, dia akan mengheret gadis itu
untuk pulang bersamanya.

“Tak boleh tangguh walaupun 30 minit?”
soal Izara perlahan.

Berkerut dahi Amzar. 30 minit? Untuk
apa?

“Untuk apa, Zara?”

“Untuk saya kemas semua baju dan
barang-barang saya...” Izara mengambil langkah
mendekati Amzar. “Untuk saya ucapkan selamat
tinggal pada abah dan adik-adik saya...”

Amzar tunduk mencari mata isterinya.
“Zara?” bisiknya tidak percaya.

“Macam mana saya nak hidup bahagia
kalau abang dah haramkan diri abang sendiri
daripada merasa bahagia?” Terlepas sendu kecil
dari celah bibir. Air mata mula bergenang. Izara
memberanikan diri dan melabuhkan tangan di
pipi kiri suaminya. Dia mendengar setiap doa
dan setiap kata yang dibisikkan suaminya awal
dinihari tadi. Kata-kata yang mengetuk kesedaran
di hatinya bahawa dia lebih rela pertaruhkan
hatinya sekali lagi di tangan Amzar, daripada
hidup tanpa suaminya itu.

Dan air mata lelaki itu yang mengalir

82

Lynn Safiya

ke kepalanya... bagai mencoretkan seribu rasa
keikhlasan. Keikhlasan yang sering dicari namun
tidak pernah diketemui sepanjang perkahwinan
mereka.

Mungkin hatinya terlalu lembut dan
dirinya terlampau pemaaf. Mungkin orang akan
menggelarnya perempuan yang bodoh kerana
bisa menerima suaminya semula setelah apa
yang dilakukan Amzar terhadapnya. Segala
layanan lelaki itu, setiap ketajaman kata, semua
tuduhan, masih segar dalam ingatan. Namun,
yang cuba dipertahankan ialah masjidnya,
bahtera perkahwinannya, dan rumah tangganya.
Salahkah dia memberikan peluang kedua?

“Abang tak nak bawak saya balik KL
dengan abang? Abang boleh tunggu saya hantar
surat berhenti kerja dulu pagi ni?”

Kuat Amzar merentap tubuh Izara ke
dalam pelukan. Wajahnya dibenamkan ke leher
isterinya. Mimpikah dia? Betulkah telinganya
menangkap permintaan Izara tadi?

Tangan yang melingkar di pinggangnya
meyakinkan dirinya bahawa dia tidak bermimpi.
Izara telah membukakan pintu peluang baginya
memperbaik diri untuk menjadi seorang suami...
“Zara...” seru Amzar melirih. Nama yang akan
diseru sepanjang hayatnya. Hanya satu nama itu!

Basah di leher Izara mengundang sebak di

83

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

dada sendiri. Sedar yang lelaki yang merangkulnya
erat kini sedang mengalirkan air mata.

Tak berhenti lidah Amzar mengucapkan
kata-kata syukur. Dan tak tertahan air mata yang
mengalir. “Abang cintakan Zara sepenuh hati
abang...”

“Saya tahu...” balas Izara lembut.

“Abang harap sangat yang Zara akan
bersabar dengan abang sebab abang masih
belajar untuk menjadi seorang lelaki yang baik.
Bukan saja abang kena jadi suami yang baik untuk
Zara, tapi juga anak yang baik untuk mama dan
papa, dan abang yang baik untuk Zaim... Abang
perlukan sokongan Zara...”

Izara menjarakkan diri dari tubuh Amzar.
Pipi Amzar yang basah dielus perlahan. Lunak
sorotan matanya membalas renungan mata
suaminya. Kepala mengangguk tanda dia akan
memberikan segala yang ada pada dirinya kepada
Amzar. Hanya Amzar...

“Zara maafkan abang?”

Angguk lagi.

“Zara terima abang?”

Sekali lagi kepala itu bergerak ke atas dan
ke bawah.

“Zara sayangkan abang?”

84

Lynn Safiya

Lama mata Izara bertaut dengan mata
suaminya. Cuba menyampaikan rahsia hatinya
yang selama ini bisa disorokkan daripada semua,
melainkan Allah...

“Sayang...”

Amzar memejamkan mata. Seakan tidak
percaya dengan kitaran dunia. Kali pertama
Izara mengaku akan perasaannya. Cukup satu
perkataan itu buat masa ini. Mereka ada seumur
hidup untuk memupuk rasa itu. Walaupun
hati meronta-ronta ingin mendalami perasaan
sebenar Izara terhadapnya, namun dia mahu
lekas-lekas membawa Izara pulang ke Kuala
Lumpur bersamanya. Agar tiada ruang untuk
isterinya itu mengubah fikirannya.

Tangan Izara ditarik. “Jom. Kali ni
abang nak minta izin dan restu abah sebelum
bawak Zara ke KL... Abang tak nak abah risau
tentang masa depan adik-adik Zara. Abang akan
bertanggungjawab mulai hari ini...”

“Abang...” Izara menahan. “Abah tu masih
ada harga diri. Bila saya suruh abah berhenti
kerja pun, abah bantah. Abah masih larat katanya
nak bawak teksi. Abang jangan tawar duit pada
abah, ya? Abah tak suka...”

Semakin kerdil Amzar merasakan dirinya
ketika itu. Semakin hina. Dia yang seumur
hidup tidak pernah berasa susah, kini ditampar

85

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

dengan pengajaran yang tidak pernah diajar oleh
mana-mana guru di sekolahnya dulu. Pelajaran
tentang erti sebenar kehidupan, tentang usaha,
doa dan tawakal, tentang reda dan tentang
tanggungjawab.

“Baiklah, Zara... abang akan tolong
dengan cara abang sendiri...” Belum sampai 5
minit pun Izara menerimanya, isterinya itu sudah
pun memberikan pesanan yang berguna. Amzar
membulatkan tekad. Keluarga Izara akan dijaga
dan dilindungi. Sebagaimana Izara menyayangi
adik-adiknya, dia turut akan memberikan kasih
dan perhatian yang serupa. Cukup-cukuplah dia
asyik mendongak ke langit selama ini. Harapan
papa serta mamanya tidak akan dikecewakan
lagi. Tidak akan!

86

Lynn Safiya

Bab 10

IZARA masih malu-malu berkumpul
begini di ruang tamu rumah mentuanya.
Sebelum ini, dia dan Amzar sekadar berlakon
di hadapan Datuk Arifin serta Datin Khadijah.
Hanya Zaim yang bisa meneka segala penipuan
dengan tepat. Tapi kini, dia seolah-olah berada
dalam mimpi. Amzar seakan melekat di sisi.
Perginya seketika ke dapur pun diekori rapat
melalui pandangan mata suaminya itu.
Bercahaya wajah Datin Khadijah. Sudah
lama tawanya tidak kedengaran di dalam
rumah ini. Wanita tu kelihatan 10 tahun lebih
muda daripada semalam. Semuanya kerana
gadis bertudung biru yang kini sudah kembali
duduk di sebelah anak sulungnya. Kepulangan
Amzar dinanti dengan penuh debaran. Amzar

87

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

langsung tidak memaklumkan kepada mereka
akan keputusan Izara. Hanya setelah tubuhnya
dipeluk menantu yang dirindu selama ini
meyakinkannya bahawa doa serta harapannya
telah diperkenankan Ilahi.

“Papa nak buat kenduri doa selamat...
Sejak abang dah baik pun kita tak buat kenduri.
Nanti kita buat sekali sempena ulang tahun
pertama perkahwinan abang dengan Zara yang
dah lepas,” umum Datuk Arifin penuh ceria.

“Mama setuju! Nanti kita jemput abah
dengan adik-adik Zara kat kampung, ya? Tak
lama lagi pun dah nak cuti sekolah...” sambung
Datin Khadijah teruja.

“Boleh, pa. Abang setuju...” Amzar
bersuara.

Datuk Arifin bangun. “Jom, Jah. Kita naik.
Banyak benda abang nak bincang dengan Jah...”

Sempat Datin Khadijah melabuhkan
ciuman di kepala Izara dan mengusap kepala
Amzar sebelum membuntuti suaminya. “Hari ni
hari paling bahagia untuk mama...” bisik Datin
Khadijah.

Zaim melihat kedua orang tuanya berlalu.
Mata kini berlabuh ke wajah abangnya yang
berseri-seri serta kakak iparnya yang sentiasa
tenang dan ayu. “Welcome back to the family,

88

Lynn Safiya

Kak Zara...” Ucapan yang tidak sempat dilafazkan
tadi, kini meniti di bibir Zaim.

Membulat mata Izara mendengar Zaim
memanggilnya dengan gelaran ‘Kak Zara’. Sedar
yang lelaki itu sudah menerimanya sebagai
seorang kakak ipar dan tidak lagi menaruh
harapan padanya. “Terima kasih, Zaim...”

“Abang, aku doakan korang berdua akan
bahagia hingga ke akhir hayat. Aku tumpang
bahagia korang tak jadi berpisah...”

Amzar mengangguk. Gembira

hubungannya yang renggang dengan Zaim

sejak kehadiran Izara sudah pulih sepenuhnya.

Sesungguhnya Amzar terhutang budi dengan

Zaim kerana telah menyedarkannya akan segala

yang pincang dalam kehidupannya. Marah Zaim

terhadap dirinya sememangnya patut dan wajar.

Zaim telah berjaya mencelikkan matanya yang

sudah lama buta.

Zaim menghulurkan tangan ke arah
abangnya.

“Aku nak keluar kejap.”

Amzar bangun namun menepis tangan
Zaim. Sebaliknya, tubuh Zaim dipeluk sambil
bahu adiknya itu ditepuk-tepuk. “Thanks, Zaim!”
ucap Amzar penuh ikhlas.

“Jom, Zara. Kita masuk berehat...” ajak

89

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Amzar. Bilik tetamu yang dihuni Amzar ketika
sakit dahulu menjadi arah langkah Amzar. “Kita
duduk kat sini dulu. Kaki abang masih tak berapa
kuat nak panjat tangga naik ke bilik lama abang
kat tingkat atas...”

“Errr... kita tidur kat sini ke malam ni?”
soal Izara ingin tahu. Dia melabuhkan duduk di
sofa baharu yang tidak sempat digunakan sebagai
alas tubuhnya sebelum ini. Amzar duduk rapat di
sebelahnya.

“Zara, kondo abang tu abang dalam proses
nak jual pada Zaim. Banyak sangat kenangan
buruk antara abang dengan Zara kat dalam
rumah tu. Abang nak bina hidup baru dengan
Zara. Tapi, buat sementara waktu ni, kita duduk
kat sini dulu, ya? Zara tak kisah kan?”

Izara tersenyum. “Saya tak kisah. Kat sini
je pun takpe...”

Senyuman Izara dibalas mesra. “Abang
nak mandi dulu. Nanti lepas ni kita solat
sama-sama...”

Bahagia menyentap hati mendengar
Amzar berbicara tentang solat. Semoga suaminya
akan sentiasa istiqamah... Insya-Allah...

90

Lynn Safiya

“KENAPA ZARA suka sangat duduk kat laman
ni?” tanya Amzar seraya mengambil tempat di
sebelah isterinya di atas bangku di halaman
rumah orang tuanya. Angin sepoi-sepoi bahasa
terasa nyaman menampar ke wajah.

“Macam mana abang tahu saya suka
duduk kat sini?” soalan Amzar dijawab dengan
pertanyaan lain.

“Zara tak perasan ke kalau abang duduk
kat katil bilik kita tu, pemandangan tingkap
abang akan bertumpu ke sini?”

Membulat mata Izara. Sungguh dia tak
perasan.

“Dan kalau tingkap terbuka, abang boleh
dengar kalau Zara berbual dengan sesiapa kat
luar ni...” Ada mesej yang tersirat pada kata-kata
Amzar itu.

Mata Izara melawan pandang mata
suaminya. “Abang... abang tahu? Pasal Zaim?”
Teragak-agak Izara bertanya.

“Abang dah lama tahu. Dari mula papa nak
satukan abang dengan Zara, Zaimlah yang paling
kuat membantah selain abang. Abang hairan
jugak, tapi abang ingatkan yang Zaim sokong niat
abang nak kahwin dengan Tina. Rupa-rupanya,
Zaim menentang cadangan papa sebab dia dah
jatuh hati kat Zara. Abang perasan daripada cara

91

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

dia tenung Zara sejak mula...”

Izara tunduk. Rasa bersalah terhadap
Amzar datang menyapa.

Amzar menongkat dagu isterinya dengan
jemarinya. “Abang tak pernah salahkan Zara,
sebab abang juga perasan yang Zara sedikit pun
tak pernah balas perasaan Zaim. Abang pernah
dengar Zara berbual dengan Zaim kat sini satu
malam lepas abang accident tu. Malam tu abang
sedar yang abang sebenarnya cintakan Zara.
Kalau tak cinta, kenapa abang perlu rasa cemburu
dan marah yang amat sangat bila dengar Zara
berbual dengan Zaim kat sini? Cuma ego abang
buat abang tak mahu mengaku perasaan abang
yang sebenar...” keluh Amzar.

“Saya ada perasan yang abang dah tak
marah-marah sangat beberapa minggu sebelum
mak meninggal tu. Abang lebih banyak diam...”

Amzar menyelit rambut Izara yang
terlepas dari ikatan ke belakang telinga. “Masa tu
abang dah penat, Zara. Penat nak melayan rasa
benci kat dalam hati abang ni, sedangkan Zara
tak bersalah. Bila Zara mengaku kat abang yang
Zara terpaksa tinggalkan kekasih Zara untuk
berkahwin dengan abang, abang sedar betapa
selfishnya abang selama ni. Meletakkan 100%
kesalahan kat bahu Zara, sedangkan Zara pun
terpaksa macam abang...”

92

Lynn Safiya

Bahu Izara dirangkul dan ditarik rapat
ke dada. “Abang macam masih tak percaya
Zara ada kat sini dengan abang... Walaupun
abang tak layak untuk dimaafkan, apa lagi nak
terima peluang kedua daripada Zara, tapi abang
bersyukur sangat. Allah masih sayangkan abang...
Allah makbulkan doa abang...”

“Kita akan jadi lebih tenang kalau kita
selalu memaafkan, abang. Tu pesan arwah mak
pada saya dulu. Saya pun tentu ada buat salah
pada abang, kan? Saya pun bukan isteri yang
sempurna...”

“Zara dah cukup sempurna buat abang.
Mulai hari ni, abang pulangkan semua hak Zara
sebagai isteri abang yang abang nafikan dulu.
Zara berhak ke atas semua milik abang, termasuk
hati dan cinta abang...”

Rasa terharu yang mencengkam dada
membuat Izara tidak mampu bersuara.

“Zara?”

“Hmmm?”

“Sejak bila Zara mula sayangkan abang?”

“Saya tak tahu betul-betul sejak bila, tapi
yang pasti, hari yang abang cakap pada mama dan
papa yang abang nak ceraikan saya tu, sakit yang
saya rasa kat hati saya masa tu, tak pernah saya
rasa seumur hidup saya. Lebih sakit daripada

93

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

ketika saya terpaksa berpisah dengan kekasih
saya dulu...” akui Izara perlahan.

“Dan bila saya balik ke kampung sebelum
abang kemalangan tu, saya rasa kehidupan saya
kosong sangat. Tak tahu nak mengadu pada
siapa. Saya sendiri tak faham dengan hati saya.
Takkan saya boleh ada perasaan pada orang yang
sangat bencikan saya?”

“Pelik kan? Zara ada perasaan pada abang
sedangkan abang tak pernah layan Zara dengan
baik. Dan abang pula? Abang boleh jatuh cinta
pada orang yang kononnya abang benci sangat
tu...” Amzar ketawa kecil. “Tapi sememangnya
hati kita ni milik Allah... Allah yang tentukan
perasaan apa yang lahir kat hati kita ni... Dari
benci boleh jadi sayang... terlampau sayang!”
Lunak suara Amzar. Terkesan dengan mainan
takdir buat mereka berdua.

“Entahlah... kalau nak fikirkan, tak logik
saya boleh jatuh cinta pada abang, sedangkan
saya tahu abang bencikan saya. Tapi saya sedar
yang abang bencikan saya bersebab. Sebab
saya, abang terpaksa berpisah dengan Kak Tina.
Mungkin juga sebab status isteri yang saya pegang
tu. Sebab bagi seorang perempuan, gelaran isteri
tu bermaksud dia adalah hak mutlak suaminya.
Mungkin sebab saya rasa yang saya ni milik
abang buat hati saya ni mampu rasa perasaan

94

Lynn Safiya

sayang tu... Saya pun tak tahu macam mana nak
jelaskan...”

“Zara memang milik abang...” bisik Amzar
penuh romantik. “Selamanya milik abang...”

Izara terdiam. Terkesan dia dengan
deklarasi yang dibuat dengan suara yang cukup
dalam.

“Abang pun sebenarnya hairan kenapa
dada abang sentiasa berdebar tiap kali Zara
dekat dengan abang. Tiap kali Zara peluk abang
untuk bantu abang naik ke kerusi roda, abang
macam tak keruan...” luah Amzar. “Tak payah
ceritalah pasal apa yang abang rasa setiap kali
Zara mandikan abang. Mungkin sejak tu lagi hati
abang dah bersuara...”

Izara tersenyum manis. Amzar terpanar.

“Jomlah kita masuk. Dah lewat dah ni...”

Amzar memimpin tangan Izara masuk
ke dalam bilik. Langsung saja Izara mengambil
tempat di sofa. Sudah terlalu biasa dia di situ
sehingga dia tidak perasan perubahan di wajah
suaminya. ‘Eh! Mana bantal dan selimut aku?’

“Zara...” seru Amzar lembut. “Cari apa?”

“Errr... bantal dengan selimut saya.
Mungkin bibik simpan kat dalam almari.” Izara
bangun lalu ke barisan almari di tepi bilik. Takde
pulak!

95

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

“Zara...”

Izara berpaling.

“Bantal dengan selimut Zara ada kat situ.”
Amzar berisyarat melalui kerlingan matanya,
menunjuk ke arah katil.

Gulp! Izara faham kini. Pantas wajahnya
kehilangan darah. Malu!

Amzar menghulurkan tangan. Mata turut
menggamit agar Izara mendekatinya. Kaki Izara
bagai digam ke lantai. Tidak bisa bergerak.

“Zara nak abang ambikkan kerusi roda
ke? Macam yang selalu Zara buat untuk abang?”
usik Amzar. Usikan yang pertama sejak mereka
bergelar suami isteri. Senyuman di bibirnya
nampak nakal.

Izara tunduk sebelum memaksa
kaki untuk melangkah ke hadapan. Tangan
dilabuhkan ke atas telapak tangan suaminya.
Tidak tahu bagaimana mahu menangani gugup
yang menguasai segenap jiwanya.

Dagu Izara ditongkat perlahan. “Zara,
abang tahu Zara belum bersedia. Zara ada kat sini
dengan abang pun, abang dah bahagia sangat.
Kita tidur, ya?”

Izara ditimpa rasa bersalah. “Saya...
saya...”

“It’s okay... Abang faham... Zara jangan

96

Lynn Safiya

risau...”

“Arwah mak selalu berpesan, jangan lari
daripada tanggungjawab...” Tergagap-gagap
Izara bersuara. “Dan saya... saya anak yang selalu
dengar cakap mak...”

Amzar mengukirkan senyuman yang
paling tampan buat tatapan isterinya. Senyuman
yang menyampaikan betapa dia menghargai
pengakuan daripada Izara yang sudah tentu
begitu sukar untuk dilafazkan. Amzar bangga
akan keberanian Izara walaupun dia sedar
keadaan sebenar isterinya itu. Pipi Izara dielus
lembut dengan jari telunjuknya.

“Dah lama abang tak jalankan
tanggungjawab abang pada Zara. Tak terhitung
dosa abang pada Zara...”

Izara menggelengkan kepala. Tak suka
Amzar mengungkit tentang kisah semalam lagi.

Tubuh Izara ditarik lembut ke dalam
pelukan. Dagunya dilabuhkan ke atas kepala
isterinya. “Abang nak minta sesuatu daripada
Zara...”

“Apa, bang?” soal Izara dari dada Amzar.

“Lepas ni, abang tak nak kita sebut lagi
pasal Tina atau kekasih lama Zara tu. Mulai
saat ni, dalam hidup kita hanya ada nama Adam
Amzar dan Nur Izara Raisya... Boleh?”

97

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

Kepala Izara di dada Amzar bergerak ke
atas dan ke bawah. Bergesel dengan dagu Amzar.
Amzar tersenyum bahagia.

“Terima kasih, Zara...”
Amzar mengucap syukur sebelum
membaca sepotong doa. Tangan mengusap
belakang tubuh Izara dalam rentak yang perlahan.
Tiada langsung aura terburu-buru dalam
perlakuannya. Suatu kedamaian menghembus ke
wajah dan ke seluruh rongga tubuhnya. Perasaan
yang ingin dipupuk dan dirasakan sepanjang
hayatnya. Perasaan yang tidak pernah hadir ketika
dia bersama Tina atau mana-mana perempuan
dulu... Kini dia sedar bahawa perasaan itu hanya
bisa wujud untuk Izara... isterinya...

“KAK ZARA...”
Izara melangut. Cawan di tangan kembali

diletakkan ke atas piring. Zaim sudah mengambil
tempat di hadapannya.

“Zaim bertembung dengan abang kat luar
tadi. Dia kata nak keluar. Zaim tak pernah tengok
abang sehappy tadi...”

Izara tersenyum.

98

Lynn Safiya

“Boleh Zaim tanya sesuatu?”

Izara mengangguk.

“How did he do it? Maksud Zaim, macam
mana Kak Zara boleh terima abang semula?”

Lama Izara terdiam. Cuba mencari
kata-kata yang sesuai bagi menjawab pertanyaan
adik iparnya.

“Zaim pernah tengok Abang Am menangis
tak?”

Lambat-lambat Zaim menggeleng.
“Seingat Zaim, tak pernah. Masa papa tak bagi
abang kahwin dengan Tina dan paksa kahwin
dengan Kak Zara pun tak...”

“Lepas dia accident dan doktor bagi
tahu dia mungkin lumpuh selamanya pun
dia tak menangis, kan?” Izara bersuara. “Dia
marah-marah dan mengamuk kat hospital, tapi
dia tak pernah menangis...”

“Betul tu!” sokong Zaim.

“Bila Tina tinggalkan dia kat hospital pun
tak...” sambung Izara lagi. “Tapi... dia menangis
bila dia doa pada Allah untuk kebahagiaan
akak dan dia menangis bila dia ingat dia
terpaksa lepaskan akak...” Bergetar suara Izara
memikirkan malam itu. Malam yang merubah
segala pendirian hatinya.

Zaim mengangguk lalu tersenyum. Faham

99

Koleksi Cerpen Rahsia Ungu

sepenuhnya kini maksud kata-kata Izara. Tidak
perlu dirungkaikan.

Pada saat Amzar terpaksa berkahwin
dengan Izara dan dipaksa melepaskan cinta
hatinya, Amzar tidak menangis. Pada saat dia
diuji dengan dugaan yang begitu hebat sehingga
terpaksa berkampung di atas katil berbulan-bulan
lamanya, sedikit pun dia tidak mengalirkan air
mata. Namun tika kesedaran serta keinsafan
berhembus ke sanubarinya, begitu mudah lelaki
itu menangis. Air mata itulah yang membuktikan
keluhuran niat Amzar untuk menjadi yang lebih
baik... yang lebih bertanggungjawab... dan lebih
ikhlas menerima takdir kehidupannya...

Dan air mata lelaki itulah yang
memberikan keyakinan kepada Izara untuk
tidak melepaskan cintanya... Cinta kepada
yang berhak. Walaupun segala-galanya hampir
musnah, namun takdir Allah, tiada siapa yang
dapat menduga. Bercintalah kita dengan sesiapa
pun jua. Namun jika tiada jodoh, maka tiada
sesiapa pun bisa memaksa tersimpulnya ikatan
perkahwinan itu. Itulah yang dinamakan jodoh...
dan itulah yang dinamakan takdir...

100


Click to View FlipBook Version