The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-11-24 16:39:52

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Keywords: PERSEKITARAN SEKOLAH,PENGURUSAN SEKOLAH,KEPIMPINAN

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Nurul Huda Binti Binti Mohammad

Yusof Dilahirkan di Klang, Selangor pada

Mei 1980. Bertugas di SK Kuala Besut 2,

Besut, Terengganu sebagai seorang Guru

Penolong Kanan Pentadbiran. Telah

berkhidmat selama 18 tahun di 3 buah

sekolah dan 3 buah Pusat Kegiatan Guru

di Gombak, Machang dan Besut.

Mendapat kelulusan Ikhtisas Diploma

Perguruan Malaysia dengan opsyen

Matematik dari Maktab Perguruan Islam,

Bangi Selangor pada tahun 2001 dan

telah mengikuti Program Kelayakan

Profesional Pemimpin Pendidikan

Kebangsaan (NPQEL) pada tahun 2013.

Demi peningkatan diri, telah mendorong

beliau untuk menyambung pendidikan ke

peringkat Sarjana Muda Matematik di

Universiti Terbuka Malaysia pada

tahun 2010. Minat terhadap bidang

pengurusan mendorong beliau

menyambung pengajian di peringkat

Sarjana dalam bidang Pengurusan

Pendidikan (Msc. Edu Mgmt) Universiti

Utara Malaysia. Penerima Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang pada tahun

2007 dan 2018 dan berazam untuk

mencapai kejayaan dalam kerjaya hingga

ke tangga yang lebih tinggi lagi.

Alham Radzie bin Jusoh adalah seorang
guru yang kini bertugas di SK Bukit
Putera Setiu, Terengganu. Pernah
bertugas dalam bidang pengurusan di 3
buah Pusat kegiatan Guru dai Pahi,
Kelantan dan di Jerteh, Terengganu.
Penerima Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang pada tahun 2006.

543 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Mendapat kelulusan ikhtisas Diploma
Perguruan Pendidikan Muzik dan
Pendidikan Seni (96/99) di Maktab
Perguruan Batu Rakit Kuala
Terengganu. Beliau telah menyambung
pelajaran dan memiliki Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Muzik dari Universiti
Terbuka Malaysia (2014). Minat
untuk
peningkatan kerjaya telah mendorong
beliau mengikuti Sarjana Pengurusan
Pendidikan (Msc. Edu Mgmt) dari
Universiti Utara Malaysia pada 2020.

Mohd Yazmi bin Yussoff merupakan

seorang guru yang kini bertugas di SK
Bukit Putera Setiu, Terengganu. Beliau
pernah menerima Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang pada tahun
2014. Memegang Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan Khas dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2007.

Beliau merupakan seorang guru
Pendidikan Khas dan mempunyai

pengalaman dalam bidang pengurusan
dan pentadbiran kelas pendidikan khas

telah mendorong beliau untuk
melanjutkan pengajian peringkat sarjana

iaitu Sarjana Pengurusan pendidikan
(Msc. Edu Mgmt) dari Universiti Utara

Malaysia.

| 544

K R EAT I V I T I

PENGURUSAN
SEKOLAH

BERPENCAPAIAN TINGGI

Bab dalam buku ini peringkat awal membahaskan kreativiti dalam
mempastikan melindungi masa instruksional, komplekssiti pengurusan
instruksional, akauntabiliti dan keupayaan guru, isu-isu guru ganti dalam
pengukuhan pengurusan Instruksional dalam Abad ke 21. Ini bertujuan
untuk memperkenalkan topik utama buku ini yang menjadi dasar kepada
kreativiti pengurusan sekolah dalam Abad ke 21. Kreativiti dan inovasi dalam
pengurusan sesebuah sekolah amat penting yang mampu menentukan
kejayaan dan kegagalan perancangan dalam mana-mana organisasi. Untuk
membahas aspek kreativiti dalam pengurusan sekolah dengan lebih
mendalam dan terperinci, penulis cuba membawa pembaca memahami
pengurusan persekitaran sekolah, komponen persekitran pembelajaran
perspektif persekitran, dan beberapa aspek kecuaian yang sering berlaku
dalam pengurusan persekitaran sekolah. Perancangan sistematik sistem
pendidikan negara yang merangkumi pelbagai visi dan misi memerlukan
barisan kepimpinan yang kreatif dan proaktif dalam merealisasikan
matlamat pendidikan negara. Ini kerana, peranan kepimpinan yang jelas
dengan matlamat masa depan negara, perlu memberi sokongan dan
komitmen yang padu untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Maka dengan itu, pengurusan sekolah dasar dan program pendidikan
pemulihan, pengurusan murid termasuklah cabaran dalam pengurusan
kesihatan murid, elemen-lemen dan proses komunikasi, deskripsi tugas dan
peranan, serta teori-teori pengurusan perlu difahami dengan jelas agar setiap
pelan tindakan, pengurusan, aktiviti dan program pendidikan mampu
menjadi pendokong yang kuat ke arah pembentukan generasi pelapis negara
akan datang. Buku ini juga menyajikan inovasi dan kreativiti pengurusan
generasi guru, gap generasi antara guru dan guru, amalan pengurusan guru
hebat dan cemerlang di sekolah yang dibangkitkan dalam bidang
pendidikan agar pembaca boleh menilai dan mengambil inisiatif terbaik
sebagai manfaat untuk menguruskan kepimpinan guru di sekolah masing-
masing. Dalam masa yang sama, cabaran dan masalah pengurusan
kemenjadian murid, isu berkaiatan murid B40 di sekolah-sekolah berasrama
tidak pernah padam dari diari seorang guru dan pengurus sekolah. Ini
berikutan kepimpinan adalah satu urusan yang amat penting dengan
amanah besar yang perlu dipikul. Justeru penulis membawa topik cabaran
dan masalah berkaiatan kemenjadian pelajar terutamanya murid B40, isu
berkaiatan Apss Pengajaran Online, iklim dan budaya sekolah untuk sama-
sama kita renungkan dan perkukuhkan dalam pengurusan sesebuah sekolah.
Buku ini juga menyajikan kepelbagaian kreativiti dan inovasi kepada
pengurus dan guru-guru, pembuat dasar dan polisi pendidikan serta ahli

SEFA BUMI PERSADA
Jl. Malikussaleh No. 3 Jakarta
www.sefabumipersada.com
Telp. 085260363550


Click to View FlipBook Version