The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-11-24 16:39:52

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Keywords: PERSEKITARAN SEKOLAH,PENGURUSAN SEKOLAH,KEPIMPINAN

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

menjawab soalan, tidak faham, ingin mengelak diri atau
tidak mahu dianggap bodoh.Makna dan interpretasi
bukanlah sesuatu yang statik dan tidak berubah tetapi
manusia selalu mengubahsuai pandangan mereka dan
selalu berkongsi pemahaman. Perkongsian ini diperolehi
melalui proses rundingan. Kita perlu menginterpretasi
sesuatu aktiviti atau perlakuan mengikut kaca mata si
pelaku itu sendiri iaitu melalui pendekatan subjektif.

D. Sosialisasi & Pencapaian Murid
1. Kesan Sosialisasi Positif
Dunia pendidikan adalah sebuah sistem yang
kompleks dan memiliki banyak unsur yang wujud
didalamnya. Salah satu unsur yang paling penting ialah
pelajar yang juga menjadi subjek utama pendidikan.
Organisasi yang dibentuk di sekolah secara umumnya
ialah kelompok kerjasama antara individu dengan
individu yang lain untuk mencapai tujuan bersama.
Sekolah adalah satu tempat untuk menyelenggara
kegiatan belajar dan mengajar secara teori dan praktikal.
Organisasi di sekolah terbentuk daripada Pentadbir, Guru,
Ibubapa dan Murid.
Sosialisasi sangat penting dalam persekitaran
masyarakat sekolah. Ia harus bermula dengan interaksi
yang baik antara guru dan murid kerana guru lah yang
akan mencorakkan suasana yang ceria dan positif di
dalam bilik darjah. Kajian menunjukkan interaksi yang
baik antara guru akan memberi kesan terhadap kemahiran
sosialisasi, perubahan tingkah laku, emosi dan seterusnya
memberi kesan terhadap pencapaian akademik seseorang
murid.
Bagi membentuk sosialisasi yang positif, guru perlu
mengawasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran-

493 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Setiap murid
mempunyai latar belakang yang berbeza dan terdapat
beberapa jenis kerencaman di kalangan murid di sekolah.
Perbezaan adalah dari segi jantina murid, kepelbagaian
aras murid, kepelbagaian budaya, kepelbagaian emosi,
sosioekonomi dan latar belakang sekolah serta lokasi
sekolah samaada luar bandar dan bandar.

Kerencaman murid ini mempengaruhi cara
berinteraksi antara satu sama lain dan bersama guru.
Kepelbagaian aras pelajar merujuk kepada individu
kerana setiap individu adalah berbeza dengan individu
yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah
unik dan tidak ada individu lain yang 100% sama
dengannya, walaupun kembar seiras.

Perbezaan individu bermaksud variasi atau
ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya,
sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek-aspek yang lain
mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu
kumpulan.Jika dilihat dalam konteks kepelbagaian aras
dikalangan murid, boleh menimbulkan kerumitan yang
pelbagai samaada di dalam bilik darjah mahupun di
sekolah khususnya. Guru perlu memainkan peranan
sebagai pemimpin untuk mempengaruhi murid ke arah
yang lebih baik.

Murid yang berasal dari keluarga yang berada,
tinggal di bandar mempunyai semua keperluan
pemakanan dan pembelajaran yang mencukupi sudah
pasti lebih mudah fokus kepada sesi pembelajaran di
dalam kelas. Tetapi tidak semua murid ini mendapat kasih
sayang dan perhatian yang secukupnya dari ibubapa dan
keluarga. Keadaan ini akan memberi kesan kepada
sosialisasi murid berkenaan. Manakala murid yang tinggal

| 494

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

di kampung, hidup secara sederhana dan segala keperluan
sekadar mencukupi tetapi kehidupan dalam keluarga
penuh dengan kasih sayang.

Murid ini lebih mudah bersosialisasi dalam
persekitaran sekolah. Situasi yang berbeza bagi murid dari
kawasan luar bandar dan pedalaman, mereka menjalani
kehidupan yang sukar dan mengalami masalah keperluan
yang tidak mencukupi. Boleh dikatakan semua ahli
keluarga perlu berusaha untuk mencari rezeki bagi
memenuhi keperluan hidup mereka sekeluarga.
Kebiasaannya mereka juga kurang kasih sayang kerana
setiap ahli keluarga tidak mempunyai masa untuk
diluangkan bersama.

Guru perlu memahami masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid. Jika setiap guru mengenali murid
mereka dan memahami perbezaan latar belakang ini
sudah pasti guru akan memberikan sokongan, maklum
balas dan nasihat yang berkaitan dengan sesuatu isu.
Menurut Jones (1995), pencapiaan akademik dan tingkah
laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan antara guru
dan murid. Sosialisasi yang berkesan antara guru dan
murid akan meningkatkan iklim pembelajaran kepada
yang lebih baik. Perubahan tingkah laku pada murid akan
dapat dilihat dengan lebih jelas jika guru mempunyai
sosialisasi yang baik dengan murid.

Emosi murid akan berubah menjadi lebih positif.
Kepelbagaian emosi murid yang disebabkan oleh
kepelbagaian latar belakang mereka sememangnya
memberi cabaran kepada guru. Oleh itu, guru harus bijak
dalam menjalinkan interakasi dengan murid.

Guru perlu menyentuh hati dan jiwa murid dengan
memahami masalah mereka dan memberi sokongan,
dorongan serta nasihat. Setelah guru berkenaan berjaya

495 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

menyentuh hati dan jiwa mereka, perubahan tingkah laku
akan dapat dilihat. Murid akan lebih menyayangi guru
yang berjaya menyentuh hati mereka. Seterusnya akan
menarik minat murid untuk berada di dalam kelas bagi
mengikuti sesi PdPc atau sebarang aktiviti yang
dianjurkan oleh guru berkenaan.

Pada tahap ini murid akan lebih mudah untuk
memberikan kerjasama dan segala arahan guru berkenaan
akan dipatuhi. Maka akan berlaku peningkatan motivasi
pada diri murid yang seterusnya akan memberi impak
kepada pencapaian akademik dan kemenjadian murid.

Bagi murid yang mempunyai emosi yang
sentiasa stabil, bermotivasi dan displin tinggi
perubahan yang tingkah laku mungkin tidak ketara
kerana bagi mereka semua guru perlu dihormati dan
perlu mendengar arahan mereka. Tetapi keadaan ini tidak
sama bagi murid yang sebaliknya iaitu yang mempunyai
emosi tidak stabil, motivasi diri dan disiplin rendah akan
memlilih untuk mendengar kata-kata dari guru
berkenaan sahaja iaitu guru yang mempunyai interaksi
yang baik dengan mereka.

Dalam menghadapi kepelbagaian murid ini, guru
perlu bertindak sebagai pemimpin. Pemimpin adalah
seorang yang mempunyai kemahiran untuk
mempengaruhi orang lain untuk melakukan perubahan
seterusnya mencapai matlamat sesuatu organisasi. Guru
perlu mempengaruhi murid melalui cara berinteraksi,
memberi galakan dan dorongan, sentiasa berfikiran
positif dan sabar dalam menghadapi kepelbagaian murid.

Tingkah laku dan cara berinteraksi ini akan
mempengaruhi murid dan meningkatkan motivasi murid.
Keadaan ini akan memberi kepuasan murid iaitu mereka
seronok untuk berada di dalam kelas dan semasa

| 496

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

melakukan aktiviti kokurikulum. Kehadiran guru ini akan
sentiasa membuatkan mereka sentiasa tertunggu-tunggu
dan tidak sabar untuk berada berada bersama guru
tersebuat di dalam kelas, sesi latihan kokurikulum atau
aktiviti di luar bilik darjah.

Murid akan sentiasa memberi komitmen dalam
setiap tugasan yang diberikan. Tindakan ini akan disusuli
dengan kejayaan dalam mencapai matlamat. Jika ia
berkaitan dengan akademik, peningkatan pencapaian
murid akan dapat dilihat melalui keputusan ujian dan
peperiksaan. Kemenjadian murid akan menjadi lebih
cemerlang dengan peningkatan sahsiah murid dan
pencapaian dalam aktiviti kokurikulum. Bagi seorang guru
yang menguruskan badan kepimpinan sekolah, tugas guru
tersebut sangat penting kerana bertanggungjawab untuk
mendidik murid yang akan menjadi pemimpin di sekolah.
Bukan senang untuk mempengaruhi murid supaya ikhlas
dalam menjalankan tugas semasa mereka berada di
sekolah. Pemimpin yang hebat sudah pasti akan
melahirkan pemimpin yang hebat.

497 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Sosialisasi antara guru dan murid yang positif akan menghasilkan
impak yang luar biasa walaupun dari murid yang biasa

Sosialisasi antara yang berkesan antara guru dan badan
kepimpinan sekolah akan melahirkan pemimpin di kalangan
murid. Mereka akan memberi khidmat kepada warga sekolah

dengan hati yang ikhlas dan secara sukarela
| 498

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Sosialisasi antara
guru dan guru
serta warga sekolah
keseluruhan yang

positif akan
melahirkan
keberhasilan guru
dan kejayaan

sekolah

Hasil didikan guru yang bijak bersosialisasi dengan
murid akan menghasilkan murid yang juga mampu
berinteraksi dengan rakan mereka. Semasa berada di
dalam kelas, mereka boleh bersosialisasi ketika
menjalankan proses PdPc. Mereka perlu melakukan
pelbagai aktiviti berasama rakan sekelas mereka.
Kemahiran interaksi secara individu dan berkumpulan
boleh diperolehi dalam kelas atau semasa menjalankan
aktiviti diluar bilik darjah iaitu kokurikulum. Akitiviti
kokurikulum mampu merangsang daya kemahiran
sosialisasi yang tinggi. Interaksi dan kerjasama sangat
diperlukan di kalangan murid bagi menjalankan aktiviti
seperti bersukan, berkhemah, kawad kaki dan juga
akitiviti persatuan.

Murid yang mempunyai kemahiran sosialiasi yang
tinggi boleh menyesuaikan diri walau di mana mereka
berada. Semasa mengikuti aktiviti luar sekolah yang
melibatkan murid sekolah lain, mereka boleh berinteraksi
499 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dengan baik. Antara aktiviti berkenaan adalah
perkhemahan unit uniform peringkat daerah, negeri
malah antarabangsa. Mereka tidak pernah berinteraksi
antara satu sama lain malah itulah kali pertama mereka
berjumpa.

Kumpulan yang dibentuk semasa mengikuti
perkhemahan itu juga adalah percampuran murid pelbagai
sekolah dari pelbagai daerah, negeri atau negara.
Proses sosialisasi bermula semasa sesi berkenalan,
mereka perlu mencari keserasian dan seterusnya
bekerjasama untuk menjalankan semua tugasan yang
diberikan sepanjang program berkenaan. Menjadi satu
kebanggaan bagi sekolah apabila kemenjadian murid
sekolah mereka terserlah semasa mengikuti program
sebegini dan memperolehi kejayaan yang di luar jangkaan.
Sosialisasi murid ini sudah pasti kesan dari sosialisasi
bersama guru mereka di sekolah.

Hasil didikan guru, sosialisasi antara murid dengan murid
menjadi lebih positif semasa aktiviti kokurikulum dan
memberikan kejayaan yang luar jangkaan

| 500

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Sosialisasi antara guru dan guru juga sangat
penting dalam melaksanakan tugasan sebagai seorang
pendidik. Seperti murid, guru juga mempunyai latar
belakang yang berbeza dari segi jantina, taraf
perkahwinan, bilangan ahli keluarga dan gred jawatan.
Kepelbagaian ini menyebabkan cara berinteraksi juga
berbeza. Namun begitu, sebagai seorang yang profesional
guru tidak sepatutnya dipengaruhi oleh emosi dan perlu
sentiasa porsitif semasa bersama rakan sekerja.
Kerjasama yang erat sangat diperlukan semasa
menjalankan semua program sekolah seterusnya dalam
usaha untuk menjayakan visi dan misi sekolah. Suasana
bekerja yang positif akan memberikan keberhasilan yang
juga positif kepada organiasasi sekolah.

Bagi merealisasikan visi, misi dan matlamat
sekolah semua perbezaan yang dinyatakan tadi perlu di
ketepikan. Guru perlu mengawal emosi untuk tidak
mencampur adukkan masalah peribadi dengan urusan
kerja. Guru mestilah komited dengan tugas yang
diamanahkan dan sentiasa bersedia untuk berinteraksi
dengan rakan guru yang lain. Saling menghormati
perbezaan latar belakang dan pendapat bagi mencapai
persefahaman seterusnya mewujudkan kerjasama yang
erat. Suasana yang positif akan menjadikan semua aktiviti
atau program yang perlu diuruskan dapat dilaksanakan
dengan harmoni dan gembira. Guru-guru boleh
melakukan semua perkara dengan seronok dan tanpa
paksaan.

501 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Sosialisasi antara guru dengan guru akan mewujudkan
kerjasama yang erat seterusnya bersama-sama mencapai visi,

misi dan matlamat sekolah
Sosialisasi dalam kalangan warga sekolah juga
memainkan peranan yang penting dalam kejayaan
sesebuah sekolah. Kerjasama disemua peringkat bermula
dari pentadbir, staf dan guru perlu berusaha untuk
mencapai matlamat yang satu iaitu sekolah yang berkesan.
Hasil sosialisasi yang positif boleh dilihat melalui
kemenjadian murid, keberhasilan para guru dan juga
kejayaan sekolah dari segi pencapian akademik,
kemenjadian dan sahsiah murid.
Hubungan interaksi yang baik antara pihak sekolah
dan ibubapa juga penting bagi memastikan prestasi murid
mudah dipantau oleh ibubapa dan turut sama dalam
memberi sumbangan kepada kecemerlangan tersebut.
Pihak sekolah boleh mendapatkan khidmat kepakaran

| 502

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dari ibubapa untu membentu pihak sekolah. sebagai
contoh, ibubapa yang menjadi guru cemerlang boleh
membantu dengan memberi khidmat untuk berkongsi
ilmu mereka dengan para guru di sekolah anak mereka.
Selain daripada itu, mereka boleh mengajar dalam slot
kelas tambahan atau kem akademik di sekolah anak
mereka.

Kebanyakan dari guru cemerlang ini memberi
khidmat secara percuma untuk sekolah anak- anak
mereka. Pastinya pihak sekolah akan berterima kasih
di atas khidmat ini kerana kebanyakan sekolah tidak
mempunyai dana yang mencukupi bagi tujuan seperti itu
terutama sekolah di luar bandar.

Ada juga ibubapa yang mempunyai kemahiran
dalam bidang kokurikulum. Mereka boleh melatih
pasukan sekolah anak mereka dalam bidang sukan,
robotik, pantun dan sebagainya. Bagi sekolah yang tiada
kemahiran ini di kalangan guru mereka sangat
memerlukan khidmat dari ibubapa sepenuhnya. Dalam
situasi ini juga, kebanyakan ibubapa tidak meminta
sebarang bayaran bagi khidmat bakti yang dicurahkan
kerana ini sebagai tanda terima kasih dari ibubapa kepada
pihak sekolah yang telah mendidik anak-anak mereka.
Ada juga di kalangan ibubapa mengeluarkan perbelanjaan
sendiri tanpa mengharapkan sumber kewangan dari
sekolah bagi merealisasikan impian anak mereka untuk
menyertai aktiviti kokurikulum ke peringkat tertinggi.

503 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Sosialisasi antara ibubapa dan guru yang positif boleh
membantu pihak sekolah mencapai kejayaan dalam bidang

korikulum

2. Kesan Sosialisasi Negatif
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, latar

belakang murid dan guru yang berbeza akan memberi
kesan kepada sosialisasi antara satu sama lain. Apabila
perbezaan ini tidak difahami maka akan menimbulkan
suasana yang negatif. Guru yang tidak mampu
mewujudkan sosialisasi yang positif semasa bersama
murid akan meninggalkan kesan yang mendalam bagi
murid. Guru seperti ini hanya masuk ke kelas dan terus
menjalankan proses PdPc tanpa bertanya khabar murid
mereka serta tidak menunjukkan sifat prihatin kepada
murid akan membuatkan suasana pembelajaran tidak
menarik dan kondusif.

Bagi murid yang mempunyai emosi yang stabil dan
sentiasa cemerlang sudah tentu keadaan ini tidak begitu
menjejaskan kerana mereka mempunyai motivasi yang
tinggi. Tetapi bagi murid yang mempunyai motivasi diri

| 504

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

yang rendah, mempunyai latar belakang keluarga yang
bermasalah dan pencapaian akademik yang kurang
memuaskan, keadaan ini akan memberi kesan yang
negatif kepada mereka.

Namun begitu terdapat juga situasi di mana
pada peringkat awal seorang murid yang mempunyai
pencapaian akademik, sahsiah dan kokurikulum yang
membanggakan berubah menjadi sebaliknya setelah
pertukaran guru berlaku. Pada awalnya murid ini sangat
bermotivasi kesan dari sosialisasi seorang guru yang
mengubah tingkah laku murid berkenaan.

Apabila terdapat perubahan guru samada guru
subjek, guru kelas atau guru yang mengendalikan aktiviti
kokurikulum menjadikan murid tersebut sudah tidak
berminat untuk meneruskan semua aktiviti bersama guru
baru dan seterusnya mengubah pencapaian daripada yang
positif kepada negatif. Perubahan ini bukanlah yang
diharapkan dalam organisasi sekolah kerana pihak
sekolah sentiasa berusaha untuk meningkatkan
pencapaian dan kemenjadian murid dari semasa ke
semasa.

Pada peringkat permulaan, minat murid akan
berkurang menyebabkan emosi murid akan terganggu
seterusnya murid akan takut atau hilang minat untuk
belajar subjek berkenaan. Bagi murid yang mempunyai
pencapaian akademik atau disiplin yang rendah akan
menjadikan ini alasan untuk ponteng kelas. Mereka akan
mengambil tindakan untuk ponteng kelas semasa subjek
berkenaan sahaja. Jika keadaan ini tidak dibendung ia
akan menyebabkan kepada ponteng sekolah pada hari
yang terdapat subjek berkenaan di dalam jadual waktu.
Tindakan ini akan menjejaskan prestasi akademik mereka.

505 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Apabila murid sudah mula ponteng sekolah,
sosialisasi negatif juga akan semakin meluas. Mereka
mudah terpengaruh dengan unsur negatif dari rakan
sebaya mereka dan terjebak dengan aktiviti yang tidak
sihat di luar sekolah. Masalah sosial juga akan timbul dan
memberi kesan kepada masyarakat sekeliling. Keadaan ini
sangat membimbangkan kerana murid adalah aset negara.
Mereka adalah bakal pemimpin di masa depan.

Jika masalah sosial ini berleluasa, pihak sekolah
perlu mencari jalan penyelesaian dan sudah pasti
memberi kesan kepada visi, misi dan matlamat sekolah.
Falsafah Pendidikan Negara juga tidak akan tercapai jika
masalah ini tidak diatasi. Bagi menyelesaikan masalah ini,
kerjasama antara komuniti sangat diperlukan seperti
bantuan dari penduduk sekitar untuk membuat laporan
kepada pihak sekolah dan pihak polis.

E. Pengukuhan Pencapaian Pelajar
1. Penghargaan / Pengiktirafan (Guru & Murid)
a. Penghargaan Kepada Guru Yang Memberi Sumbangan
Kepada Sekolah
Guru yang memberi sumbangan kepada sekolah
perlu diberi penghargaan. Sumbangan dalam bidang
akademik lebih diberi perhatian oleh pihak sekolah.
Namun begitu, penghargaan akademik juga bukan di
nilai dari sudut menghasilkan bilangan A yang
terbanyak. Ini adalah kurang adil bagi subjek tertentu
yang susah bagi murid untuk mendapat gred A. Pihak
sekolah boleh membuat penilaian dari sudut
penigkatan peratus kelulusan atau Gred Purata subjek
berkenaan.
Bagi guru yang memberi sumbangan dalam
bidang kokurikulum juga perlu diberi penghargaan.

| 506

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Tidak semua sekolah memberi penghargaan sebegini
kepada guru dan jika diberi hanya kepada pasukan
yang berjaya mendapat tempat di dalam sesuatu
pertandingan. Walaupun pasukan sekolah tidak
mendapat sebarang tempat dalam pertandingan
tersebut, tetapi mereka menunjukkan prestasi yang
membanggakan dan guru berkenaan layak diberi
penghargaan. Ini kerana guru itu telah meluangkan
banyak masa bersama murid bagi melatih murid,
membuat persiapan bagi menyertai pertandingan
tersebut dan latihan ini terpaksa dijalankan diluar
waktu pejabat malah berlarutan hingga pada waktu
malam.

Penghargaan kepada guru yang memberi sumbangan
kepada sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum

b. Pengiktirafan Kepada Murid Yang Memperolehi
Kejayaan Dalam Akademik Dan Kokurikulum
Murid yang memperolehi kejayaan dalam
akademik dan kokurikulum perlu diberi pengiktirafan.

507 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Kebiasaannya hanya yang cemerlang dalam kelas
sahaja yang diberi pengiktirafan. Sebagai contoh murid
yang dapat kedudukan pertama, kedua dan ketiga dalam
tingkatan atau kelas. Hadiah kecemerlangan ini perlu
diperluaskan supaya memberi peluang kepada lebih
ramai murid untuk terima pengiktirafan seperti murid
yang mendapat markah terbaik setiap subjek dalam
kelas masing-masing.

Kebanyakan sekolah hanya memberi hadiah
kecemerlangan untuk setiap tingkatan sahaja. Peluang
untuk menerima hadiah ini terhad kepada murid yang
berada di dalam kelas yang teratas sahaja. Murid yang
berada di kelas yang mempunyai pencapaian rendah
tidak dapat merasai peluang untuk mendapat hadiah
kecemerlangan ini.

Murid yang memperolehi kejayan dalam bidang
kokurikulum jarang mendapat perhatian pihak sekolah
untuk diberi pengiktirafan. Mereka telah berusaha
sedaya upaya dalam sesi latihan dan persediaan untuk
menyertai sesuatu aktiviti kokurikulum atau
pertandingan. Masa belajar mereka juga terpaksa
dikorbankan termasuk lah sesi pembelajaran kerana
memenuhi tuntutan jadual latihan yang padat.

Penat lelah mereka perlu dihargai kerana
mereka membawa nama sekolah ke peringkat daerah,
negeri, negara malah antarabangsa. Jika mereka
mendapat kejayaan, mereka akan menerima ucapan
tahniah yang bertalu-talu. Tetapi jika mereka kurang
bernasib baik dan tidak mendapat sebarang tempat,
maka tiada sebarang ucapan tahniah. Tiada juga
sebarang pengiktirafan dari pihak sekolah. Mereka
tetap perlu diberi pengiktirafan supaya menjadi

| 508

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

pemangkin kepada mereka untuk terus mencuba di
masa akan datang.

Pengiktirafan kepada murid yang memberi sumbangan
kepada sekolah

c. Anugerah Tokoh Murid (Akademik, Kokurikulum Dan
Sahsiah)
Anugerah Tokoh Murid telah disarankan sebagai salah

satu program dalam Modul Sekolah Penyayang. Namun begitu
pelaksanaan di peringkat sekolah tidak begitu mendapat
perhatian di semua sekolah. Jika anugerah ini dilaksanakan,
hanya tertumpu kepada pencapaian akademik. Murid yang
mendapat pencapaian akademik yang tinggi dan berada di
kelas hadapan selalu mempunyai peluang untuk menerima
anugerah ini. Anugerah ini perlu diperluas mengikut
kesesuaian sesebuah sekolah.

Murid yang kurang cemerlang dalam akademik tetapi
menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan dalam
kokurikulum layak diberi anugerah. Manakala murid yang
tidak begitu cemerlang di dalam kedua-dua bidang ini tetapi
mempunyai sahsiah yang sangat tinggi seperti ringan tulang
semasa membantu rakan- rakan dan guru, murid ini juga perlu
509 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

diberi anugerah sahsiah. Sekolah boleh jadikan anugerah ini
sebagai anugerah yang berprestij dan diberikan setiap tahun
kepada murid di setiap tingkatan atau darjah. Situasi ini akan
memberi motivasi kepada semua murid untuk mencontohi
rakan mereka dan mereka berusaha untuk mendapat
anugerah tersebut di tahun hadapan.

Nama anugerah pula boleh mengikut kesesuaian
sesebuah sekolah, contohnya bagi Sekolah Menengah
Kebangsaan boleh menggunakan nama tokoh islam seperti
Anugerah Abu Bakar Assidiq dan sebangainnya. Bagi sekolah
yang mempunyai murid yang pelbagai kaum, perlulah
diingatkan anugerah ini kena seimbang dan adil untuk semua
kaum. Pemilihan yang berat sebelah kepada kaum tertentu
harus dielakkan.

Pemilihan Anugerah Tokoh Murid disarankan sebagai
acara tahunan sekolah

d. Sambutan Hari Jadi
Harijadi adalah sesuatu yang bermakna dalam hidup

seseorang kerana ia melambangkan pertambahan usia dan
kematangan. Murid yang berasal dari keluarga yang penuh

| 510

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dengan nilai kekeluargaan, sambutan harijadi sememangnya
menjadi satu acara keluarga yang dinanti-nantikan.
Bagaimana pula bagi murid yang berasal dari keluarga yang
kurang bernasib baik atau murid yang sudah tiada ahli
keluarga? Setiap kali tiba harijadi menjadi tarikh yang sangat
menyedihkan kerana nasib mereka tidak sama seperti rakan
yang lain. Tarikh harijadi mereka dibiarkan berlalu begitu
sahaja kerana tiada sambutan yang istimewa.

Guru yang prihatin akan peka kepada tarikh lahir
muridnya. Jika guru tiada kelapangan untuk membuat
sambutan yang istimewa setiap kali tiba tarikh harijadi murid,
guru boleh membuat sambutan secara terkumpul seperti
setiap tiga bulan sekali bagi meraikan murid yang lahir pada
bulan Januari, Februari dan Mac dan begitulah untuk tiga
bulan seterusnya. Jika ini pun tidak mampu dibuat oleh guru,
cukuplah dengan ucapan “Selamat Hari Jadi” dan disertai
dengan hadiah kecil.

Hadiah kecil ini akan memjadi tanda kenangan bagi
murid yang berkemampuan dan akan memberi makna yang
besar bagi murid yang kurang bernasib baik. Susah pasti jika
guru itulah satu-satunya yang memberi ucapan sudah pasti
guru itu akan dikenang oleh murid tersebut sehingga akhir
hayat mereka. Bagi murid yang beragama Islam, diharapkan
nama guru tersebut akan dikenang di dalam doa murid tadi.

Adalah disarankan pihak sekolah boleh membuat
sambutan harijadi kepada murid-murid seperti yang
dinyatakan tadi. Berdasarkan pemerhatian, sambutan harijadi
menjadi acara wajib pada peringkat awal persekolah kanak-
kanak seperti tadika dan taska. Tetapi semakin tinggi tahap
persekolahan, sambutan ini seakan-akan dilupakan dan sudah
tidak menjadi amalan. Sambutan harijadi juga sesuai
diperluaskan kepada guru-guru. Pihak sekolah jarang
memberi perhatian kepada perkara ini. Sambutan hari jadi

511 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kebiasaanya diadakan oleh murid kepada guru kesayangan
mereka.

Sambutan Hari Jadi murid dan guru sebagai motivasi kepada
mereka untuk lebih cemerlang di masa akan datang

2. Program Silaturrahim Warga Sekolah
a. Sosialisasi Guru Baru – “Socialization Encounter Model”

Model ini boleh diguna pakai sebagai panduan bagi
sosialisasi dan penyesuaian diri bagi seorang guru baru apabila
mereka berpindah ke sekolah baru. Ia mewakili usaha
organisasi dalam proses asimilasi. Proses sosialisasi organsasi
adalah proses di mana seseorang memperoleh pengetahuan
dan kemahiran sosial yang diperlukan untuk menganggap
peranan organisasi (Van Maanen & Schein, 1979). Menurut

| 512

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

model ini, persekitaran sekolah tersebut memainkan peranan
dan boleh mempengaruhi guru baru kerana suasana yang
baru ini adalah tidak sama seperti sekolah lama mereka atau
bagi guru yang baru “posting” ini merupakan pengalaman
pertama mereka.

Setiap individu baru membawa profil diri
mereka dengan latar belakang yang mungkin sama
atau sangat berbeza dari persekitaran asal mereka.
Mereka perlu menghadapi persepsi atau harapan
berkaitan di tempat baru di mana ia mungkin tepat
atau bertentangan daripada apa yang menjadi harapan
mereka.

Sebagai contoh mereka mengharapkan murid di
sekolah tersebut mempunyai prestasi akademik dan
sahsiah yang baik di dalam kelas. Setelah masuk ke
kelas baru mereka boleh mengetahui keadaan sebenar.
Guru baru memerlukan mentor di kalangan guru yang
telah lama berkhidmat di sekolah tersebut bagi
membantu mereka dalam proses sosialisasi dan
asimilasi dalam suasana yang baru bagi mereka.

Organisasi sekolah yang baru mempunyai profil
yang tersendiri mengikut persekitaran dan organisasi
juga perlu menyediakan pembelajaran bagi guru baru.
Akhirnya barulah metamorphosis iaitu perubahan
mengikut kesesuaian dalam persekitaran baru akan
berlaku. Perubahan ini mengambil masa yang berbeza
antara satu individu dengan individu yang lain.
Keadaan ini juga akan berlaku bagi seorang pentadbir
yang berpindah ke sekolah baru. Beliau perlu
memahami persekitaran di sekolah baru sebelum
membuat perubahan atau mengekalkan budaya yang
sedia ada di sekolah tersebut. Interaksi yang berkesan
akan melahirkan sekolah yang berkesan

513 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

b. “Pot Luck”
“Pot Luck” merupakan satu kaedah yang sangat

menarik dan mudah untuk bersosialisasi. Guru dan staf
boleh membawa makanan dari rumah untuk
dikumpulkan dan boleh makan bersama-sama dengan
orang lain. Menu boleh ditetapkan atau bebas
membawa sebarang jenis makanan. Contohnya menu
makanan yang ditetapkan adalah nasi lemak.

Ahli yang menyertai “Pot Luck” ini akan
menyatakan bahagian masing-masing iaitu ada orang
yang akan membawa nasi, orang lain pula membawa
sambal ikan bilis, orang lain akan bawa telur rebus,
orang lain akan bawa sambal sotong dan seterusnya
sehingga menu nasi lemak itu lengkap sebagai satu
hidangan. Menu tambahan juga akan di buat
pembahagian seperti air minuman, kuih muih dan
buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Terdapat juga “Pot Luck” yang ahlinya bebas
membawa makanan apa sahaja dari rumah. Makanan
di bawa dari rumah, dikumpulkan, diletakkan di satu
sudut dan semua orang boleh menikmati hidangan
yang telah dikumpulkan. Jika tiada pakatan menu
dikhuatiri semua orang membawa jenis makanan yang
sama, tiada variasi dan tidak memenuhi keperluan
hidangan. Sebagai contoh, semua ahli membawa
pencuci mulut maka tidak akan lengkap menu makan
tengah hari jika makanan yang di bawa hanya kuih
muih dan buah buahan.

Konsep “Pot Luck” ini boleh diperluaskan
kepada ibubapa apabila ada program sekolah yang
melibatkan kehadiran ibubapa dan murid. Contohnya
majlis solat hajat menjelang Peperiksaan SPM. Pihak

| 514

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

sekolah boleh membuat makluman kepada ibubapa
untuk membawa makanan dari rumah untuk di makan
bersama-sama dengan orang lain yang hadir ke majlis
tersebut. Selain daripada itu, “Pot Luck” boleh juga
dijalankan di dalam kelas bagi guru dan murid kelas
berkenaan. Contohnya semasa majlis hari jadi dan
sambutan perayaan tertentu. Tetapi bagi mengadakan
jamuan makan di dalam kelas memerlukan
perancangan yang lebih teliti.

Sesungguhnya “Pot Luck” merupakan kaedah
yang berkesan bagi meningkatkan sosialisasi di
kalangan warga sekolah kerana mereka perlu
berinteraksi antara satu sama lain bermula dari
penetapan menu, persediaan tempat untuk jamuan,
pengurusan semasa “Pot Luck” berlangsung dan
setelah selesai untuk mengemas semula kawasan
persekitaran jamuan tersebut. Cum acara pelaksanaan
perlu diberi perhatian. Jika ia diadakan bagi kelompok
tertentu maka ia akan merapatkan hubungan di
kalangan kelompok itu sahaja.

Bagi sekolah yang mempunyai tiga buah bilik
guru, bilik guru A selalu mengadakan jamuan “Pot
Luck”. Maka hubungan antara guru di bilik guru A
sahaja yang semakin rapat dan jika berterusan ia akan
mewujudkan beberapa kelompok guru dengan jurang
sosialiasi yang membimbangkan. Dalam sesuatu
organiasasi sekolah, kewujudan kelompok tertentu
akan menyukarkan pengurusan sekolah tersebut.
Pihak pentadbir perlu membuat sesuatu supaya
jamuan “Pot Luck” ini boleh menjadi suatu kaedah
sosialisasi yang positif dan bukan sebaliknya dengan
menganjurkan secara peringkat sekolah secara berkala
iaitu sebagai acara bulanan.

515 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

c. Hari Guru
Hari Guru merupakan acara tradisi pada 16 Mei

setiap tahun di semua sekolah bagi meraikan warga
pendidik. Penganjuran sambutan ini adalah dijalankan
oleh satu Jawatankuasa yang terdiri daripada
pentadbir sekolah, guru, murid dan wakil ibubapa. Bagi
sekolah yang mempunyai hubungan yang baik dengan
ibubapa dan masyarakat setempat, penglibatan mereka
lebih meluas berbanding sekolah lain. Kemeriahan
majlis sambutan Hari Guru ini adalah lambang kepada
interaksi dan permuafakatan antara Ahli Jawatankuasa.

Jika sosialisasi berlaku dalam keadaan yang
sangat positif maka majlis sambutan ini boleh
diadakan secara besar-besaran dan meriah seperti
majlis yang diadakan mengikut tema yang kreatif,
menarik dan penuh dengan warna warni serta tema
ini mempunyai kelainan setiap tahun. Sebaliknya
interaksi yang kurang positif akan menghasilkan majlis
sambutan yang sederhana dan tiada perubahan dan
biasa untuk setiap tahun.

Sambutan Hari Guru biasanya terdiri daripada
beberapa bahagian iaitu sukaneka untuk guru, staf,
murid, majlis di dalam dewan dan jamuan.
Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada sesebuah
sekolah untuk menambah atau mengurangkan acara
seperti yang dinyatakan. Sekolah yang mempunyai
dana mencukupi mungkin membuat penambahan
acara dan ia berlangsung selama beberapa hari. Bagi
urusan penyediaan dana bagi pembiayaan majlis
sambutan Hari Guru ini, adalah disarankan pihak
ibubapa turut memberikan kerjasama. Pihak ibubapa
boleh membantu dengan cara memohon sumbangan
daripada pihak luar. Melalui acara yang diadakan inilah

| 516

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

boleh meningkatkan sosialisasi antara warga sekolah.
Interaksi yang positif dan kerjasama diperlukan di
kalangan AJK bagi membuat persediaan sambutan Hari
Guru.

Pihak pentadbir sekolah boleh mengambil
peluang semasa sambutan Hari Guru ini bagi
meningkatkan sosialisasi di kalangan warga sekolah.
Jika selama ini hubungan interaksi tidak berlaku
dengan baik, maka inilah masa yang sesuai untuk
membetulkan keadaan ini. Sebagai contoh semasa
majlis sambutan di dalam dewan. Guru dipecahkan
kepada beberapa kumpulan dan di dalam kumpulan ini
juga mempunyai ahli yang teridiri dari kalangan staf
dan murid. Pastikan kumpulan yang ditubuhkan ini
bukan pilihan mereka. Pihak AJK perlu mengagihkan
kumpulan guru, staf, murid dan wakil ibubapa bagi
memastikan mereka tidak berada di dalam kelompok
atau kumpulan yang sama seperti dalam situasi harian
mereka.

Antara aktiviti yang dicadangkan adalah
setiap kumpulan perlu membuat persembahan
semasa majlis sambutan Hari Guru. Bagi membuat
persediaan untuk menjayakan persembahan tersebut,
mereka perlu berinteraksi antara satu sama lain bagi
berbincang bentuk persembahan yang akan dijalankan,
peralatan yang diperlukan dan berapa ramai yang akan
menyertai persembahan tersebut. Diharapkan suasana
interaksi yang positif akan wujud semasa perbincangan
dan persembahan berlangsung. Seterusnya hubungan
baik dan kerjasama ini akan berterusan selepas majlis
sambutan tersebut dan tiada lagi kelompok tertentu di
kalangan warga sekolah.

517 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

d. LADAP : Pengurusan Stress Dan Kaedah Berkesan
Sosialisasi
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ini perlu
dianjurkan oleh pihak pentadbir sekolah. Seperti yang
sedia maklum, setiap guru mempunyai latar belakang
yang berbeza. Kehidupan yang semakin mencabar dan
bebanan tugas yang semakin bertambah di sekolah
menyebabkan guru tidak mampu menghadapi tekanan
atau stress. Masalah stress yang tidak diurus dengan
baik menyebabkan guru tersebut tidak boleh menahan
sabar semasa menghadapi karenah murid yang juga
terdiri daripada pelbagai latar belakang, kecerdasan
dan taraf sosioekonomi. Ini akan memberi kesan
kepada sosialisasi antara guru dan murid serta guru
dan warga sekolah. Suasana yang tegang dan tidak
kondusif akan wujud di dalam kelas dan persekitaran
di sekolah menyebabkan proses pembelajaran tidak
berlaku dengan baik.
Bagi mengatasi masalah ini, LADAP yang
berkaitan Pengurusan Stress dan Kaedah Berkesan
Sosialisasi perlu diadakan. Guru-guru perlu diberi
pendedahan tentang cara untuk menguruskan stress
dengan baik serta cara berinteraksi dengan murid dan
warga sekolah. Sebaiknya LADAP ini diadakan secara
berasingan mengikut dua tajuk utama ini. Setelah guru-
guru telah memperolehi ilmu pengetahuan berkaitan
dua perkara ini adalah dharapkan situasi pembelajaran
di dalam kelas akan berubah menjadi lebih positif.

e. Sukaneka / Sukan Rakyat
Sukaneka dan sukan rakyat adalah adalah acara

sukan yang sangat menarik dan sesuai bagi merapatkan
hubungan dan interaksi antara warga sekolah. Acara
ini adalah sesuai jika diadakan setiap tahun kerana

| 518

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

acara tersebut bukan lah sesuatu sukan yang
memerlukan daya ketahanan dan tenaga yang terlalu
banyak. Ia boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur.
Contoh acara sukan rakyat yang boleh dipilih adalah
congkak, permainan batu Seremban, lari dalam guni
dan baling tin. Selain daripada boleh merapatkan
hubungan antara warga sekolah, ia juga boleh memberi
pendedahan kepada generasi baru tentang sukan
rakyat.

f. Merisik Khabar
Sebelum memulakan sesi pembelajaran, guru-

guru perlu bertanya khabar murid mereka bagi
menyelami masalah atau melihat kesediaan murid di
hadapan mereka untuk menerima ilmu. Suntikan
motivasi sangat diperlukan oleh murid bukan sahaja
kepada murid yang mempunyai masalah disiplin dan
berprestasi rendah malah bagi murid yang cemerlang
juga mereka memerlukan sokongan dan nasihat dari
para guru. Jika didapati ada murid yang mempunyai
masalah dan tidak boleh meneruskan aktiviti PdPc
dengan baik, murid ini boleh dibantu oleh guru
tersebut atau boleh dirujuk kepada kaunselor sekolah.

Contohnya murid yang berasal dari keluarga
yang berpendapatan rendah. Mereka tidak mempunyai
wang langsung sebagai bekalan untuk ke sekolah dan
mereka tidak bersarapan sebelum ke sekolah, maka
guru boleh lah menyediakan biskut atau roti bagi
membantu murid tersebut. Dalam keadaan lapar
sebegitu, sudah pasti mereka tidak boleh memberi
tumpuan di dalam kelas.

519 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

F. Program Santai Minda
1. Belajar Di Luar Sekolah / Tempat Rekreasi
Pelaksanaan program ini adalah di luar kawasan
sekolah. Murid di bawa ke tempat rekreasi seperti tepi
pantai, kawasan air terjun atau taman rekreasi. Mereka
akan dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil dan akan
membuat aktiviti pembelajaran bersama dengan ahli
kumpulan masing-masing. Ini bagi memberi peluang
kepada mereka untuk berinteraksi di dalam suasana yang
berbeza dan lebih menarik berbanding dengan di dalam
kelas. Akitiviti di luar kelas dan di luar sekolah adalah
menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh murid.
Program ini juga akan memberi pengalaman
kepada murid. Murid yang tidak pernah berpeluang ke
tempat rekreasi seperti ini bersama keluarga, sudah pasti
ini akan menjadi pengalaman pertama dan kenangan yang
paling indah di dalam hidup mereka. Manakala bagi murid
yang sudah biasa ke tempat tersebut bersama keluarga, ia
akan memberi pengalaman yang berbeza bersama rakan
mereka. Ini akan meningkatkan lagi minat murid untuk
belajar serta berusaha untuk meningkatkan pencapaian
mereka.

2. Perkelahan Sebelum Peperiksaan
Murid yang akan menduduki peperiksaan utama

seperti UPSR, PT3 dan SPM perlu diberi ruang untuk
bersantai sebelum menjelang hari peperiksaan. Ini akan
memberi peluang kepada mereka untuk merehatkan
minda dan berinteraksi secara positif kerana jadual
mereka sebelum ini terlalu padat dengan kem akademik,
kelas tambahan pada waktu petang dan malam serta
perlu menyiapkan pelbagai bentuk latih tubi yang
disediakan oleh guru. Murid dan guru boleh bersosialiasi

| 520

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dengan cara yang berbeza dengan hari biasa di dalam
kelas kerana mereka tidak lagi berinteraksi secara formal
dan ia adalah secara santai. Topik perbincangan pula
adalah di luar dari subjek yang dipelajari. Ia lebih kepada
pengukuhan motivasi, kata-kata nasihat dan perkongsian
pengalaman guru bagi menghadapi peperiksaan.

Program ini juga boleh merapatkan hubungan di
kalangan murid, guru dan staf sekolah dengan aktiviti
yang boleh dilakukan bersama seperti sukaneka dan
penyediaan makanan seperti “BBQ”.

3. Perkhemahan Peringkat Sekolah
Perkhemahan ini perlu dijadikan acara tahunan

supaya boleh memberi pengalaman kepada murid untuk
menyertai perkhemahan bagi semua ahli unit beruniform.
Jika perkhemahan peringkat daerah, ia hanya diwakili
oleh beberapa orang murid sahaja dan sudah pasti ramai
lagi pelajar lain yang berminat untuk menyertai aktiviti
seumpama ini tetapi mereka tidak berpeluang untuk
berbuat demikian.

Aktiviti seperti ini boleh meningkatkan lagi
interaksi di kalangan warga sekolah dan ia boleh
dijalankan di padang sekolah. Bagi sekolah yang
mempunyai tabungan dana PIBG yang banyak,
perkhemahan ini boleh dijalankan di tempat lain yang
lebih bersesuaian dan menarik. Selain daripada
merupakan medium pengukuhan interaksi guru dan
murid, aktiviti ini boleh memberi pengalaman dan ilmu
yang sangat berguna kepada murid kerana ilmu ini hanya
boleh diperolehi semasa mereka di sekolah.

G. Program Bersama Komuniti
1. Program Ziarah Cakna

521 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Progam Ziarah Cakna ini memang telah lama
dilaksanakan dibebapa buah sekolah dan setiap kali
disertai oleh pentadbir sekolah, guru dan kaunselor
sekolah. Cuma pada kali ini digalakkan menjemput wakil
dari masyarakat setempat untuk bersama-sama ke rumah
murid berkenaan. Murid yang dipilih terdiri daripada
murid dari keluarga miskin dan perlu diberi bantuan. Jika
wakil masyarakat setempat juga dijemput untuk
menyertai Program Ziarah Cakna ini, mereka juga boleh
memberi bantuan seperti membaiki rumah murid
tersebut secara gotong royong kerana kebanyakan murid
berkenaan mempunyai rumah yang tidak sempurna.

2. JK Majlis Sambutan Perayaan Dan Program Sekolah
Setiap kali majlis sambutan perayaan, wakil

masyarakat setempat memang dijemput untuk hadir
bersama bagi memeriahkan majlis. Bagi merapatkan
hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat setempat,
jemputan tersebut boleh ditukarkan kepada menjemput
mereka sebagai Ahli Jawatankuasa pelaksana bagi
mengendalikan sesuatu majlis. Contohnya Program Bubur
Asyura, di mana khidmat bantu dari masyarakat setempat
diperlukan untuk menjayakan program tersebut. Program
sebegini juga akan meningkatkan interaksi antara guru,
staf, murid dan komuniti.

3. Bekerjasama Dalam Menangani Isu Sosialisasi Negatif
Murid Sekolah
Masyarakat setempat dan komuniti perlu menjadi
mata dan telinga bagi pihak sekolah bagi mengatasi
masalah disiplin murid yang dilakukan di luar kawasan
sekolah. Kerjasama yang erat dengan masyarakat
setempat dan komuniti sangat diperlukan kerana guru

| 522

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dan pihak sekolah tidak mampu untuk mengawal murid
jika mereka ponteng di luar sekolah. Jadi interaksi ini
sangat penting bagi pihak sekolah bagi menyelamatkan
murid yang merupakan aset bagi sesebuah negara.

H. Rumusan
Sosialisasi di dalam masyarakat sekolah merupakan

interaksi antara guru dan guru, murid dan murid, guru dan
murid dan guru, staf dan masyarakat setempat dan komuniti.
Hubungan ini sangat penting bagi mewujudkan suasana
yang positif di dalam kelas dan semasa menjalankan aktiviti
di dalam dan di luar sekolah. Interaksi dalam suasana yang
postif akan melahirkan murid yang bermotivasi tinggi,
menjadikan emosi murid yang stabil seterusnya murid
bersemangat untuk menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh
guru. Guru memainkan peranan yang sangat penting dan akan
memberi kesan yang mendalam bagi seseorang murid. Jika ia
bermula dengan postif maka ia akan menghasilkan murid yang
positif serta mempunyai pencapaian yang cemerlang dari segi
akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Namun begitu, jika interaksi yang tidak baik antara guru
dan murid atau antara pentadbir sekolah dan murid, ia juga
turut akan memberi kesan kepada murid tersebut. Suasana
yang negatif ini jika dibiarkan dan tidak dibendung pada
peringkat awal ia akan menyebabkan murid hilang minat untuk
belajar dan mula menjauhkan diri dari kelas dan sekolah.
Seterusnya akan meningkatkan masalah disiplin. Murid adalah
aset negara. Mereka akan menjadi pemimpin di masa akan
datang. Jadi setiap mereka perlu dihargai dan difahami kerana
mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Pihak sekolah
dan guru perlu memberi perhatian tentang hal ini. Tidak perlu
menggunakan kekerasan dalam mendidik murid seperti ini.

523 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Seorang guru perlu menunjukkan sifat pemimpin yang
baik dan boleh mempengaruhi murid untuk mendengar arahan
mereka. Setelah arahan mereka boleh diterima oleh murid,
murid tersebut akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan
peningkatan prestasi murid akan dapat dilihat samaada dalam
bindang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Visi, misi dan
matlamat sekolah juga boleh dicapai dan sekolah berkesan
akan menjadi suatu yang realiti. Seterusnya matlamat dalam
Falsafah Pendidikan Negara juga boleh dilaksanakan iaitu
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sahsiah.

| 524

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

DAFTAR PUSTAKA

Australian Research Group Pty Ltd. (2007). Victorian Report:
Teachers’ Professional Development, report
commissioned by the Victorian Institute of Teaching,
Melbourne.

Hallinger, P. & Murphy, J. (1987). Assessing and Developing
Principal Instructional Leadership. Journal of
Educational leadership.45(1).

James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah. ( 2012 ). Kepimpinan
Instruksional; Satu Panduan Praktikal: PTS Profesional
Publishing.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Melindungi Masa
Instruksional (Protecting Instruktional Time) di Sekolah
untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid.
Nota Sektor Operasi Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 9/1991: Permohonan Mengundang Orang-
Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/Institusi
Pendidikan (pp. 3-4). pp. 3-4.

Murphy, J. (1990).Principal Instruktional Leadership : Changing
Perspective On The School. Advances in Educational
Administration, 1, 163-200.

Norita Ismail. (2012). Kepimpinan instruksional pengetua,
kerenah birokrasi, efikasi kendiri guru di daerah Pasir
Puteh, Kelantan. Universiti Malaya.

Yusof, M. R. (2020). Ekplorasi kepimpinan instruksional maya
pemimpin sekolah. International Journal of Modern
Education, 2(4), 43–55. https://doi.org/10.35631/
IJMOE.24004

525 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Ang, J. J. E. (2014). Pengurusan bilik darjah : strategi-strategi
mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS
Akademia.

Chew Bee Gek. (2017). Pengetahuan Dan Pengaplikasian
Kemahiran Berfikir Aras. 1–49. http://eprints.
uthm.edu.my/9574/1/CHEW_BEE_GEK.p df

Hassan, H. B. (2012). Kesan Penggunaan Digital Electronics
Kit Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Gaya
Kognitif.

Hoy, A. (2000). Educational Psychology in Teacher Education.
Educational Psychologist, 35, 257–270. https://
doi.org/10.1207/S15326985EP3504_04

Pakkanen, T.-M. (2012). Internal and external analysis - Case:
Markkinointi Pakkaset Oy. https://www.theseus.fi/
bitstream/handle/10024/51954/Pakkanen_Tia-Maria.
pdf?sequence=1

Tracey, J. B., & Blood, B. (2012). The Ithaca Beer Company: A
Case Study of the Application of the McKinsey 7-S
Framework. Cornell Hospitality Report, 12(7), 6–
13. https://doi.org/10.1016/S0022-5193(69)80016-0

Yahaya Don, Ismail, A., & Yaakob Daud. (2007). Kepimpinan
dan pembangunan pelajar sekolah di Malaysia. PTS
Professional Pub.

Yusof, M. R., Rafidah, D., Fuad, S. M., Faiz, M., Yaakob, M., & Don,
Y. (2020). Digital communication : priorities in the
relationship of principal leadership and collaborative
community at Malaysian school. Universal Journal of
Educational Research, 8(4), 1149–1154. https://doi.org/
10.13189/ujer.2020.080404

Conroy, M. A., Sutherland, K. S., Algina, J., Werch, B., & Ladwig, C.
(2018). Prevention and Treatment of Problem Behaviors
in Young Children: Clinical Implications From a

| 526

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Randomized Controlled Trial of BEST in CLASS. AERA
Open, 4(1).
Departmen for Education (2019). Schools causing concern
Guidance for local authorities and Regional Schools
Commissioners on how to work with schools to support
improvements to educational performance, and on using
their intervention powers.
Kumari Giraja, K. S. N. (2016). Teacher-parent collaboration in
two primary schools’ special education integrated
programmes: Application of Epstein’s Framework
(University of Malaya).
Masduki, M. (2016). Hubungan emosi malu dan penglibatan
murid prasekolah dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran asas. Universiti Tun Hussein Onn.
Maureen A. Conroy. (2018) Teacher perceptions of the
impact of peer learning in their classrooms: using
social interdependence theory as a model for data
analysis and presentation. International Journal of
Education and Practice 6, (1),.14-27.
Maureen A., Kevin S. , James. A., & Werch,C. (2018).Prevention
and treatment of problem behaviors in young children:
clinical implications from a randomized controlled trial
of best in class. Sage Journal, 4(1).
Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia
(2012) Garis panduan pelaksanaan program pemulihan
khas.
Sahin, M., & Yurdugül, H. (2017). The framework of
intervention engine based on learning analytics. In 14th
International Conference on Cognition and Exploratory
Learning in the Digital Age, CELDA 2017 (pp. 255–258).
Simon, S. (2017). A Study of Primary School Parents ’ Interaction
with Teachers’ in Malaysia. International Journal of
Educational and Pedagogical Sciences, 11(2), 354–361.

527 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Yangin. D and Elma.C (2017). The relationship among
interactional justice manager trust and teachers'
organizational silence behavior. Universal Journal of
Educational Research., 5(3): 325-333

Yusuf, N. Y., Abu, R., & Yunus, A. S. (2014). Tingkah laku, emosi
dan kognitif murid sebagai faktor peramal pencapaian
akademik. Journal of Human Capital Development, 7(1),
1-19.

Abd Rahim Abd Rashid. 200 I. Nilai-nilai murni dalam
pendidikan: Menghadapiperubahan dan cabaran alaf
baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors
Sdn. Bhd.

Bandura, A. 1977. Social Learning Theory. Englewood Cliffs, NJ:
Prentice Hall.

Hassan Langgulung (1980). Pendidikan Islam di Rumah.
Seminar Pendidikan Islam Pada Peringkat Kanak-
kanak. Pulau Pinang.

Hinduja, S., & Patchin, J. W. (2009). Bullying beyond the
Schoolyard: Preventing and Responding to Cyber bullying.
Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Hirschi, T. 1969. Causes of delinquency. California: University of
California Press.

Ibrahim Saad (1988). Masalah Disiplin Dari Rumah Ke
Sekolah. Widya, April, Bil 8.Kuala Lumpur. Adabi
Publishing Sdn. Bhd.

Ismail Abas (2007]. Peranan Guru Membina Murid
Menghadapi Wawasan 2020. Jurnal Penyelidikan Pendidikan

Institut Perguruan Islam, Selangor, Jilid 10, 2007.
J. (2012). Principles of Cyberbullying Research: Definitions,

Measures andMethodology. Taylor and Francis,
Hoboken.
Kumazaki, A., Suzuki, K. Katsura, R., Sakamoto, A., & Kashibuchi,
M. (2011). TheEffects of Netiquette and Ict Skills on

| 528

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

School Bullying and Cyber Bullying: TheTwo Wave Panel
Study of Japanese Elementary, Secondary and High
SchoolStudents. Procedia Social and Behavioral Science,
29: 735-741.
Sabri Hj Zainudin Zainal (2002). “Gaya Hidup Penghuni di
Institusi Pemulihan Dadah”. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana.
Sedah Ghani (1995). Gejala Sosial dalam institusi kekeluargaan.
Bengkel Kaunseling ke-13. UKM
Smith, P. K., Barrio, C. D., & Tokunaga, R. S. (2012). Definition of
Bullying and Cyberbullying: How Useful are the Terms?
In Bauman, S., Cross, D., Walker,
Yahaya, Abdullah Sani. 2006. Mengurus Disiplin Pelajar. Batu
Caves, Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Wentzel, K. R. (2009)., Student's Relationship With Teachers As
Motivational Contextin Wentzel, K.R. & Wigfield, A.
Handbook of Motivation, (pp.301-322). New York and
London: RoutledgeTaylor & Francis Group.
Al-Sulaiman, R. J., Bener, A., Doodson, L., Al Bader, S. B.,
Ghuloum, S., Lemaux, A.,… Karim, A. (2018). Exploring
the effectiveness of crisis counseling and
psychoeducation in relation to improving mental well-
being, quality of life and treatment compliance of breast
cancer patients in Qatar. International Journal of
Women’s Health, 10, 285–298. https://doi.org/10.2147/
IJWH.S161840
Corlett, S. (2012). Policy watch: X. Mental Health and Social
Inclusion, 16 (4), 164–168. https://doi.org/10.1108/
20428301211281005
Lee, A., Lo, A. S. C., Keung, M. W., Kwong, C. M. A., & Wong, K. K.
(2019). Effective health promoting school for better
health of children and adolescents: Indicators for

529 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

success. BMC Public Health, 19 (1), 1088. https://
doi.org/10.1186/s12889-019-7425-6
Meor Safari, I. N., Kassim, N., Iskandar, N. F., Mohamed, M. H., &
Hj.Abdullah, M. Y. (2011). Tahap Pengetahuan
Mengenai Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar
Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) : Kajian Kes di
UKM, Bangi (Level of Knowledge on Mental Health
among IPTA Students : Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14,
37–44.
Yusof, Z. Y. M., & Jaafar, N. (2013). Health promoting schools
and children’s oral health related quality of life. Health
and Quality of Life Outcomes, 11(1), 205. https://
doi.org/10.1186/1477-7525-11-205
Zanello, A., Berthoud, L., & Bacchetta, J. P. (2017). Emotional
crisis in a naturalistic context: Characterizing outpatient
profiles and treatment effectiveness. BMC Psychiatry,
17(1). https://doi.org/10.1186/s12888-017-1293-3
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Kemahiran
Interpersonal untuk Guru Bestari. Kuala Lumpur:
Utusan Publication.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2003). Komunikasi untuk
Pemimpin. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn.
Bhd.
Ab. Aziz Yusof. (2003). Komunikasi untuk Pengurus. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Jorgenson, T. (2011). Homeschooling in Iowa: An
investigation of curricular choices made by home
schooling parents (Disertasi PhD). The University of
Iowa,United States.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah
hingga Lepas Menengah). Putrajaya, Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

| 530

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Littlejohn, S. W. (2002). Theories of Human Communication.
7th Edition. Belmont, CA: Wadsworth.

SamsudinA. Rahim. (1993). Komunikasi Asas. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM.

Schramm, W. (1949). The effects of mass communications: A
review. Journalism Quarterly 26 (4), 397-410.

Wheelen, T.L., & Hunger, D.J. (2006). Concept in Strategic
Management and Business Policy. Upper Saddle River:
Pearson-Prentice Hall.

Y.Rajamony, Ebinezar John. (2008). The Malaysian Experience in
Home Schooling (Disertasi PhD). Universiti Putra
Malaysia, Kuala Lumpur.

Abdul Ghani, A. (2005). Kepimpinan Transformasi Pengetua
Dan Penggantian Kepimpinan Sebagai Penentu
Komitmen Terhadap Organisasi Dan Perlakuan Warga
Organisasi Pendidikan. Malaysian Jounal of Educators
and Education, 20, 53–68.

Faiz, M., Yaakob, M., Hashim, N. H., Yusof, M. R., Omar, M. S.,
Noor, M.,… Bing, K. W. (2020). Critical success factors of
sustainable leadership : Evidence from high-
achievement school. Universal Journal of Educational
Research, 8(5), 1665–1675.

Palanisamy, K., Faiz, M., Yaakob, M., Yusof, M. R., & Awang, H.
(2020). Hubungan kepimpinan transformasi terhadap
kepuasan kerja dalam kalangan guru di Perlis. Journal of
Educational & Indigenous Studies, 1(1).

Siti Aliah, I., Muhamad Suhaimai, T., & Jamaluddin, M. A.
(2016). Permuafakatan sekolah dengan komuniti dalam
pendidikan : Peranan kepimpinan transformasional dan
komunikasi pengetua. International Confrence on
Possttgraduate Research 2016, (December), 382–401.

Yusof, M. R., Rafidah, D., Fuad, S. M., Faiz, M., Yaakob, M., &
Don, Y. (2020). Digital communication : priorities in

531 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

the relationship of principal leadership and
collaborative community at Malaysian school. Universal
Journal of Educational Research, 8(4), 1149–1154.
https://doi.org/10.13189/ujer.2020.080404.
Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Aidah Abdul Karim. (2015).
Pemilihan Aplikasi Teknologi Sebagai Medium
Perkongsian Maklumat oleh Pelajar Siswazah Universiti
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Anuar Abdul Rahman & Erda Yumiza Ibrahim. (2010).
Penggunaan E-Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan
Pencapaian Akademik Pelajar Di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof & Zurinah Tahir. (2017).
Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi
Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. Jurnal Sains Sosial dan
Kemanusian 12(3) 23-33.
Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid. (2018, Jun).
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE-FROG) Di
Sekolah-Sekolah Di Malaysia: Pelaksanaan Dan Cabaran.
Vol. 8,(1) 53-62.
Yusup Hashim. (2012). Penggunaan e-Pembelajaran Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan.
Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG)
Kuantan Pahang, 15-17 Oktober.
Amabile, T. M. (1989). Growing Up Creative. New York: Crown
Publishing Group, Inc.
Mok Soon Sang (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Diploma
Perguruan Semester 1. Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari (2001). Peranan, Tugas dan Tanggung jawab
Guru di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

| 532

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Freiberg, H. J. (Ed.). (1999). School climate: Measuring,
improving and sustaining healthy learning environments.
Psychology Press.

Abdullah Sani Yahaya (1997). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur:
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Barth, R. (2002). The Culture Builder. Educational Leadership,
59(8): 6-11. Comer, J.P. (1980). School Power:
Implications of an Intervention Project. New York: The
Free Press.

Fox, R. S. (1995). An Introduction To Teaching: Psycological
Perspectives 1995. Blackwell: Oxford UK and
Cambridge USA.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1981). Kurikulum baru
sekolah rendah: Matlamat, rasional, bidang pelajaran
dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd Redzauddin (2008). Hubungan Reka bentuk Landskap
Sekolah Dengan Pencapaian Prestasi Akademik Pelajar
Sekolah Menengah Di Besut, Terengganu. Selangor:
Universiti Putra Malaysia.

Mok Soon Sang (2003). Peperiksaan penilaian tahap kecekapan
Skim Perkhidmatan Guru: bahagian II: kompetensi
khusus/fungsi (pengurusan pengajaran dan
pembelajaran) Selangor: Kumpulan Budiman.

Patterson, J. L., Purkey, S. C. & Parker, J. V. (1986).
Productive School Systems for a Nonrational World.
Alexandria, VA: ASCD.

Stolp, S. (1994) Leadership for School Culture. [Electronic
version], ERIC Digest 91

Stolp, S. dan Stuart C. Smith (1994). School Culture and
Climate: The Role of the Leader. OSSC Bulletin. Eugene:
Oregon School Study Council.

533 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Yahya Don, Aziah Ismail & Yaakob Daud. (2006).
Kepimpinan & Pembangunan Pelajar Sekolah di
Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Anuar Ahmad & Norhaidawati Mohd Noor (2014). Persekitaran
Keluarga dan Kesannya Terhadap Pendidikan Anak-anak
Jalanan di Jalan Chow Kit Kuala Lumpur. Fakulti
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

Ainul Bashirah, I., Zuliza, M. K., & Mat Noor, M. Z. (2012).
Kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan dan
hukumannya menurut Islam. Jurnal Hadhari, 4(2), 65–
88.

Bernama. (2019.). Malaysia tertarik komitmen Thailand tangani
isu kanak-kanak terbiar. Astro Awani.Com. Retrieved
from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/
malaysia-tertarik-komitmen-thailand-tangani-isu kanak-
kanak-terbiar-196885.

Ali. B, Inci. O, Mahmut. P. Ahmet. S & Erkut. B. (2016).
Organizational Socialization and Its Relation with
Organizational Performance in High Schools. Journal of
Education and Training Studies.

Balci, A., Ozturk, I., Polatcan, M., Saylik, A., & Bil, E. (2016).
Organizational socialization and its relation with
organizational performance in high schools. Journal of
Education and Training Studies, 4(9), 71–81.

Esra. G. K & Mumin. T (2018). Social Skills, Problem Behaviors
and Classroom Management in Inclusive Preschool
Settings. Journal of Education and Training Studies.

Fatih.K (2017). An Investigation of the Association between
Teacher-Student Relations and School Adjustment
Competencies in Turkey. European Journal of Education
Studies.

| 534

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Melissa A. (2014). Hubungan Guru-Murid. Slideshare. net.
Retrieved from https://www.slideshare.net/momon08/
hubungan-guru-murid-32424528

Muhammad Akbar. (2019). Krisis adab guru dan murid.
Hidayatullah. com. Retrieved from httpss://www.
hidayatullah.com/ artikel/tsafaqah/read/2019 /08/01/
168459/krisis-adab- guru-dan-murid.html/

Nancy B. (2015). Student Socialization In Public Schools. Nancy
Baileys Education Website. Retrieved from https://
nancybaileys.com/2015/09/02 /student- socialization-
in-public- schools/

Ozdemir A & Getmez. D. (2019). Study of the Relationship
between School Managers' Communicative Skills and
Schools' Atmosphere. Journal of Education and Learning.

Ozden S, Xiaoyun Z & Audrey J.L. (2019). A Multi-Level Analysis
of Students' Teacher and Family Relationships on
Academic Achievement in Schools. International Journal
of Educational Methodology.

Pip. J (2003). Pengantar Teori-Teori Sosial Dari Teori
Fungsionalis mehinggaTeor iPost- modernisme. Yayasan
Indonesia.

Rejerki M. (2018). Fungsi Sekolah Dalam Mempromosikan
Sosialisasi. Academia.edu. Retrieved from https://www.
academia.edu/38482579/Fungsi_sekolah_dalam
_mempromosikan_Sosialisasi.pdf

Rubinstein, Saul A.; McCarthy, John E. (2014). Teachers Unions
and Management Partnerships: How Working Together
Improves Student Achievement. Center for American
Progress.

Slooi. (2012). Pelaksanaan Program Guru Penyayang.
Slideshare.net.Retrieved fromhttps://www.slideshare.
net/osowlay/pelaksanaan-programgurupenyayang

535 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Selina T, Elena M. (2018). Students’ School Engagement and
Their Truant Behavior: Do Relationships with
Classmates and Teachers Matter?. Journal Of Education
And Learning.

Zahari S. (2019). Nota Kuliah KPS3014 Pengurusan
Pembelajaran Konsep Sosialisasi. Slideshare.net.
Retrieved from https://www.slideshare.net/Augus
tinKumbang/k01947-20180426221408-k-2-interaksi-
dan-pembelajaran-hms

| 536

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Biodata Penulis Rizaki bin Jaffar memiliki Sarjana
Muda KejuruteraanElektrik dan
Elektronik Komunikasi daripada
Universiti Kebangsaan Malaysia dan
Diploma Perguruan KPLI dari Institut
Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah.
Bertugas sebagai guru Matematik dan
Matematik Tambahan di Sekolah
Menengah Sains Setiu, Bandar
Permaisuri,Terengganu. Berpengalaman
mengajar selama 13 tahun. Sangat
berminat dalam bidang teknologi

pendidikan, perisian sumber terbuka dan
bercita-cita untuk mencipta perisian
pembelajaran.

Norsuriani binti Ismail Abd Wahab
dilahirkan di Jerteh, Terengganu pada 24
Mac 1978. Mendapat pendidikan awal di
SK Padang Luas, Jerteh serta pendidikan
menengah di dua buah sekolah iaitu di
SMK Tengku Mahmud, Besut dan MRSM
Kuala Terengganu. Cikgu Norsuriani

seterusnya mengikuti kursus ESL(TOEFL)
di Institut Kejuruteraan Teknologi
Tenaga Nasional (IKATAN) dengan tajaan
biasiswa Tenaga Nasional bagi
persediaan ke Indiana University-Purdue
University Indianapolis (IUPUI) pada
tahun 1996. Walaubagaimanapun, pada
akhir 1990-an, krisis kewangan Asia
terjejas teruk yang menyebabkan
Yayasan Tenaga Nasional menurunkan
jumlah biasiswa dan pada ketika itu
Cikgu Norsuriani telah menyambung
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik di Universiti
Tenaga Nasional, Kajang

537 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Setelah menamatkan pengajian sarjana

muda, Cikgu Norsuriani telah bertugas
sebagai Jurutera Perancangan dan

Pembinaan Tenaga Nasional, di Rawang
dan Klang Selangor. Setelah tiga tahun

berkhidmat sebagai jurutera, Cikgu
Norsuriani telah mengambil keputusan

untuk menceburi bidang perguruan
dengan mengikuti Kursus Perguruan

Lepasan Ijazah (KPLI) di Institut
Perguruan Islam Selangor pada tahun

2007. Selepas tamat KPLI Cikgu
Norsuriani telah ditempatkan di SK

TUDM Subang, Selangor dan kini telah
bertugas di SK Tok Motong, Jerteh. Minat
mendalam Cikgu Norsuriani terhadap

dunia pendidikan telah mendorong Cikgu
Norsuriani menyambung sarjana di

Universiti Utara Malaysia dalam bidang
pengurusan pendidikan. Sebagai

pemegang Sarjana Pengurusan
Pendidikan, kini Cikgu Norsuriani lebih

yakin dalam membangun modal insan
negara.

Ramlah Binti Ismail berasal dari
negeri Terengganu, dilahirkan pada
Disember 1980. Memiliki Ijazah Sarjana
M.Sc. (Educational Management)
daripada Universiti Utara Malaysia.
Memperolehi Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Islam daripada Universiti Al-
Azhar Kaherah Mesir serta Diploma
Pendidikan (KPLI) daripada Institut
Perguruan Gaya Kota Kinabalu Sabah.
dilantik sebagai Guru Bimbingan Dan
Kaunseling di sekolah. Minat dan berjiwa
besar dalam membantu murid-murid
yang bermasalah dalam pembelajaran.

| 538

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

yang bermasalah dalam pembelajaran.
Berpengalaman mengajar selama 14
tahun dalam bidang Bahasa Arab dan
Pendidikan Islam di beberapa buah
sekolah termasuklah di Sabah dan
Semenanjung. Kini masih bertugas di
Sekolah Kebangsaan Kuala Kubang,
Jerteh, Terengganu.

Nurul Syafinaz binti Ishak memiliki
ijazah B.B.A (Kepujian) di Multimedia
University dalam bidang Perbankan dan
Kewangan dan Ijazah lanjutan dalam
Sarjana M.Sc. (Educational Management)
daripada Universiti Utara Malaysia.
Pendidikan awalnya di peringkat
rendah adalah di SK Tengku Mahmud dan
menengah di SMK Tengku Mahmud,
Besut, Terengganu. Kemudiannya,
mendapatkan ikhtisas pendidikan melalui
program KPLI-KDC di IPGM Kampus
Sultan Mizan dengan kelulusan Diploma
Pendidikan. Beliau pernah bertugas
sebagai guru penolong dan Guru Kanan
Matapelajaran di SM Imtiaz YT Besut di
samping pernah menjawat jawatan
sebagai School Improvement Specialist
Coach Plus (SISC+) di PPD Besut.
Sepanjang karier yang masih singkat iaitu
16 tahun dalam dunia pendidikan, beliau
telah terpilih menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua
kali iaitu pada tahun 2012 dan 2016 oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau
turut dinobatkan sebagai Tokoh Belia
Wanita Kebangsaan sempena Sambutan
Hari Belia pada tahun 2017 atas khidmat
bakti dalam pelbagai NGO dan minat
beliau dalam program kemasyarakatan.

539 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Cikgu Noor Arifah binti Moider
merupakan guru gred DG44 yang

bertugas di SM Sains Setiu, Terengganu.
Beliau mempunyai pengalaman

mengajar selama 13 tahun dalam
subjek Sains dan Biologi. Beliau adalah

pemegang Ijazah Sarjanamuda Sains
dengan Kepujian (Biologi) di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Minat beliau

dalam bidang pendidikan telah membawa
beliau mengikuti Kursus Perguruan

Lepasan Ijazah (KPLI) bagi mendapatkan
diploma pendidikan dan menjawat

jawatan guru. Kecintaan yang mendalam
kepada bidang ilmu akhirnya telah

mendorong beliau menyambung
pelajaran ke peringkat Sarjana dalam

bidang Pengurusan Pendidikan, UUM.

Noorazura binti Awang kini bertugas
sebagai guru Reka Bentuk dan Teknologi
serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
Sekolah Menengah Sains Setiu,
Terengganu. Memiliki Ijazah Sarjana Muda
(Sains) Agroteknologi-Akuakultur dari UMT
dan telah mendapat kelulusan ikthisas
dalam bidang perguruan di IPG Kampus
Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Beliau
telah menyambung pengajian peringkat
Sarjana di UUM dalam bidang Pengurusan
Pendidikan. Khidmat cemerlang dalam
pelbagai tugasan di peringkat sekolah,
daerah dan negeri membolehkan beliau
dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) pada tahun 2013.

| 540

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Zurinawati Binti Hamzah ialah
seorang guru yang bertugas di SMKA
Wataniah, Jerteh Terengganu dan
pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan
Pengurusan Pendidikan (Msc. Edu Mgmt)
dari Universiti Utara Malaysia. Beliau
turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains
(Kepujian) dalam bidang Bioteknologi
dari Universiti Malaysia Sabah dan
Diploma Pendidikan dari IPG Perempuan
Melayu Melaka. Bseorang guru yang
sangat aktif di sekolah dan aktiviti
kemasyarakatan sehinggakan beliau
pernah menerima beberapa pengiktifaran
di peringkat PPD Besut dan JPN
Terengganu antaranya Anugerah
Penyelaras VLE Terbaik (Sek. Men)
Negeri Terengganu, Anugerah Guru
Kelab/Persatuan Cemerlang dan
Anugerah Guru Inovatif sempena Hari
Guru Peringkat Daerah Besut.

541 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Shahfullizan bin Saleh kelahiran Baling,
Kedah kelulusan Ijazah Sarjana
Pengurusan Pendidikan (Msc.Edu.
Management) dan Ijazah Sarjana
Muda Komunikasi Dengan Kepujian
(B.Comm Hons) dari Universiti Utara
Malaysia. Telah berkhidmat lebih 11
tahun dalam Pendidikan sebagai guru.
Kini bertugas di SK Bukit Tiu, Machang,

Kelantan. Minat dalam bidang ilmu
mendorong penulis berhasrat

menyambung ke peringkat PhD. Aktif
melibatkan diri sebagai pembentang

kertas kerja dalam Kolokium &
Konvensyen peringkat Kebangsaan yang
berkaitan Program Transformasi

Sekolah (TS25) yang dianjurkan
peringkat PPD, JPN dan KPM. Telah

menerima 2 kali Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) iaitu pada tahun 2013
dan 2018.

Zuraida binti Mohamad pemegang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa

Melayu dengan Kepujian Kelas Pertama
dan mempunyai Ijazah Sarjana
Pengurusan Pendidikan (Msc.Edu
Management). Bertugas di SM Sains Setiu
dari tahun 2013 sehingga kini. Mengajar

subjek bahasa Melayu PT3 dan SPM.
Berpengetahuan luas dalam penandaan

kertas kerana beliau merupakan
pemeriksa kertas bahasa Melayu

SPM.Terlibat dengan segala program
dan aktiviti Sekolah Berasrama

Penuhpada peringkat kebangsaan
sejak dari awal perkhidmatan. Sentiasa

mengikuti segala kursus yang dianjurkan
dalam bidang bahasa bagi meningkatkan

pengetahuan kerana minat yang
mendalam dalam bidang ini.

| 542


Click to View FlipBook Version