Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
pembelajaran dan pengalaman yang membawa
kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita
dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi
intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan
pengalamannya.
Terdapat lima dimensi kecenderungan
motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran.
Dimensi-dimensi ini adalah cabaran, insentif bekerja
bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu,
percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang
bebas berkenaan apa yang hendak dilakukan di
dalam kelas dan kriteria dalaman untuk kejayaan.
2. Motivasi Ekstrinsik
Motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila
kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran adalah
‘motivasi ekstrinsik’. Ia melibatkan ganjaran yang
jelas dan nyata seperti memberi markah, gred,
agregat, keistimewaan, penghargaan, pujian,
persaingan dan sebagainya yang diberi untuk
sesuatu pencapaian prestasi yang baik.
Motivasi luaran boleh menjadi kurang
berkesan kerana matlamat penggunaannya mungkin
disalah tafsirkan oleh pelajar. Ini berlaku kerana
pemberian ganjaran ditakuti menjadi fokus dan
objektif pembelajaran pelajar yang sebenar.
Bagaimanapun motivasi ektrinsik yang berbentuk
sederhana seperti memberi pujian dan penghargaan
tetap berkesan kerana ianya boleh memberi
dorongan dan peneguhan positif yang
memberangsangkan pelajar.
Tujuan motivasi ektrinsik ini ialah
menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu
393 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
tingkah laku yang akan membawa faedah
kepadanya. Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada
rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan
individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang
membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini
dapat dirangsang dalam bentuk- bentuk seperti
pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk
suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi
mendorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian
yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar
kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya
usaha pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah
suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi
kesan kepada tingkahlaku seseorang pelajar.
Setiap manusia dapat dimotivasikan secara
intrinsik ataupun ekstrinsik. Individu yang
bermotivasi intrinsik mempunyai dorongan
dalaman. Mereka melakukan sesuatu atas kesedaran
diri sendiri. Mereka tidak memerlukan unsur-unsur
luar seperti orang lain ataupun peristiwa luar bagi
menggiatkan mereka mencapai sesuatu matlamat.
Mereka sendiri menentukan objektif dan seterusnya
mencapai objektif itu.
Guru dan pelajar akan bermotivasi intrinsik
apabila mereka mempunyai persepsi ataupun
konsep kendiri yang mereka berkebolehan dan
mampu membuat keputusan sendiri. Sebaliknya,
orang yang bermotivasi ekstrinsik tidak yakin
mereka berkebolehan ataupun mampu membuat
keputusan. Mereka bergantung pada orang lain
dalam membuat keputusan dan melaksanakan
tugasan mereka. Kadang-kadang mereka
bekerjasama dengan orang lain yang lebih
| 394
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
berkebolehan bagi mendapatkan kebaikan. Mereka
juga kadang-kadang memberontak pada orang yang
lebih berkebolehan.
Seseorang yang tidak mempunyai
mempunyai motivasi intrinsik perlu diberi motivasi
ekstrinsik agar lama-kelamaan motivasi intrinsik
akan terbina dalam dirinya dan seseorang yang telah
mempunyai motivasi intrinsik perlu juga diberi
motivasi ekstrinsik agar motivasi intrinsik yang ada
terus berkekalan dalam dirinya. Manusia biasanya
tidak akan berada pada satu jenis motivasi sahaja.
Kadangkala, individu bermotivasi intrinsik dan
kadang-kadang bermotivasi ekstrinsik. Ini
bergantung pada situasi dan keperluan individu.
Program motivasi murid dan keibubapaan yang akan
mengambil peperiksaan tahun ini
3. Iklim dan Budaya Sekolah
a. Iklim sekolah
Iklim dicetuskan oleh pihak pengurusan yang
menuntukan pencapaian sekolah. Iklim juga
merupakan persepsi yang dibentuk oleh warga sekolah.
Iklim sekolah yang positif juga merangkumi semangat
395 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
sekolah yang jitu serta mempunyai konsep kendiri
yang positif dalam kalangan pelajar dan kakitangan.
Selain itu, iklim sekolah yang positif juga seharusnya
mempunyai hubungan saling menghormati dan
kerjasama antara pentadbir, guru, pelajar, ibu bapa, dan
masyarakat. Kesan daripada ini akan wujud suasana
kekeluargaan antara warga sekolah serta secara tidak
langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik
pelajar.
Iklim sekolah merujuk kepada satu keadaan
keseluruhan yang terbentuk daripada beberapa aspek
perhubungan sosial yang terdapat dalam kawasan
sekolah, keadaan fizikal sekolah, sistem pentadbiran,
prestasi pelajar dan keadaan persekitaran sekolah.
Iklim organisasi adalah ciri-ciri yang membezakan
sesuatu sekolah dengan sekolah yang lain dan perasaan
yang dipunyai oleh pelajar-pelajar dan guru terhadap
sekolah mereka.
Iklim di sekolah sememangnya satu perkara
yang penting diberi perhatian bagi semua orang yang
apa-apa hubungan dengan sekolah. Pelajar, guru, ibu
bapa dan pelawat ke sekolah akan bersetuju bahawa ia
membolehkan mereka untuk membuat hubungan atau
urusan berkaitan perkara-perkara tertentu mereka
dengan pihak sekolah.
b. Budaya Sekolah
Budaya diwarnai oleh bangsa yang diwakili oleh
bangsa tersebut. Contohya bangsa Melayu akan
mengamalkan budaya orang Melayu. Di Malaysia,
budaya orang Melayu telah mewarnai sistem
pendidikan di Malaysia. Contohnya, murid akan
memberi salam kepada guru jika permulaan sesi
pembelajaran dalam kelas.
| 396
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Budaya juga mengambarkan masyarakat bagi
bangsa tersebut. Bagi anak-anak muda Melayu yang
kurang cemerlang dalam akademik, kebiasaannya tidak
boleh berdikari sendiri masih kebergantungan dengan
ibu bapa lagi, berbanding dengan kaum Cina ,
mereka boleh berdikari sendiri. Kebanyakan mereka
minat dalam bidang kemahiran walaupun mereka
kurang berjaya dalam adademik.
Dalam sistem pendidikan, peranan budaya
sekolah memang tidak dapat dinafikan lagi, budaya
sekolah banyak memberi pengaruh dan impak kepada
warga sekolah terutamanya dari segi pencapaian, emosi
dan juga tingkah laku. Kemajuan dan pencapaian
sekolah dapat ditingkatkan melalui penglibatan,
kerjasama dan juga kepercayaan.
Terdapat beberapa ciri budaya yang dimiliki
oleh setiap buah sekolah tersebut iaitu sekolah
menyediakan kemudahan-kemudahan yang maksimum
kepada pelajar, kurikulum berfokus kepada isi
kandungan dan kemahiran, kepimpinan menyediakan
visi dan sumber, guru-guru disediakan dengan sumber-
sumber yang mencukupi dan sekolah tidak menerima
sebarang alasan. Semua ciri-ciri ini mempunyai
hubungan dengan budaya sekolah yang positif dan
seimbang.
Yahya Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2006)
menyatakan kepentingan budaya sekolah dijelaskan
dan diperkukuhkan lagi oleh The Southwest
educational Laboratory (SEDL) iaitu membantu usaha
menambah baik sekolah bagi pelajar yang berisiko,
menyediakan fokus dan tujuan sekolah yang jelas
kerana budaya menjadi gam yang mengikat ahli
bersama bagi menjayakan misi sekolah, budaya juga
397 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
boleh menjadi penghalang kepada kejayaan sekolah
dan budaya boleh mewujudkan penindasan dan
diskriminasi kepada sub kumpulan dalam sekolah,
sekolah yang menginginkan kemajuan perlu memberi
fokus kepada nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan dan
norma-norma serta persekitaran dan juga perlu
menitikberatkan perubahan yang fundamental.
Kepentingan tentang budaya di sekolah juga
telah dipersetujui dan diperkukuhkan lagi. Menurut
Stolp (1995) yang menjelaskan budaya sekolah yang
sihat mempunyai hubungan yang kuat dengan
pencapaian akademik dan motivasi, produktiviti dan
kepuasan guru. Selain itu kepentingan budaya sekolah
juga terbukti melalui kajian demi kajian yang
menunjukkan sekiranya budaya sekolah tidak
menyokong pembaharuan yang diperkenalkan,
pembaharuan itu akan gagal.
c. Peranan Budaya di Sekolah
1. Budaya Sekolah Menghalang Kepada Sesuatu
Perubahan
Namun di sebalik kepentingannya, budaya
sekolah juga boleh menjadi penghalang kepada
perubahan yang ingin dilakukan jika perubahan
tersebut tidak selari dengan budaya yang telah sedia
wujud. Patterson, Purkey dan Parker (1986)
menjelaskan budaya sekolah akan memberikan
kesan terutamanya kepada tingkah laku dan
pencapaian pelajar di sekolah rendah dan
menengah, budaya sekolah tidak turun dari langit
tetapi ia dibentuk dan dimanipulasikan oleh orang
dalam sekolah, budaya adalah unik, justeru tidak
mungkin sesebuah sekolah mempunyai budaya yang
sama dengan budaya yang lain, menyediakan fokus
| 398
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dan tujuan yang jelas, budaya menjadikan ikatan
antara warga sekolah demi memenuhi misi sekolah.
2. Penghalang Pembentukan Budaya Sekolah
Selain itu, terdapat juga beberapa perkara
yang menjadi penghalang kepada pembentukan
budaya yang baru di sekolah di antaranya ialah
sesuatu budaya yang telah wujud memang sukar
untuk diubah, disiplin penghalang besar kepada
kejayaan sekolah, bekerja dengan orang yang
terpaksa dan birokrasi pendidikan menghalang
pendidikan awam berkembang serta terdapat guru
yang menyatakan bahawa mereka telah melakukan
yang terbaik di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Di samping itu juga, terdapat beberapa
andaian yang selalu dilakukan oleh warga pendidik
yang menjadi penghalang kepada pembentukan baru
budaya di sekolah iaitu sistem sekolah dipandu oleh
matlamat yang sama, kuasa dalam sistem sekolah
terletak di pihak atasan (mereka menafikan
perkongsian kuasa), alternatif ataupun modifikasi
kepada penyelesaian masalah tidak dicari, untuk
setiap masalah hanya ada satu penyelesaian dan
mempercayai bahawa masyarakat tidak banyak
membantu sistem sekolah dan menafikan peranan
ibu bapa di sekolah. Semua andaian-andaian ini
telah mempengaruhi tindakan warga sekolah dan
menjadikan sekolah mundur.
Justeru itu, beberapa saranan bagi membaiki
andaian-andaian tersebut iaitu kuasa di sekolah
perlu diagihkan kepada segala lapisan organisasi,
keputusan yang dibuat adalah satu proses tawar-
menawar ke arah mencari penyelesaian yang terbaik
399 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dan memuaskan ramai pihak, masyarakat
sebenarnya amat berpengaruh dan kadangkala
dengan cara yang tidak dijangka serta pelbagai cara
yang digunakan oleh guru bagi mengajar dengan
berkesan.
Kesimpulannya, budaya sebagai piawai yang
tinggi tidak banyak membawa kejayaan kecuali
pentadbir dan guru berusaha mengubah budaya
sekolah. Segala inovasi dan piawai yang ditetapkan
haruslah perlu disesuaikan dengan elemen-elemen
yang telah sedia ada supaya budaya dan matlamat
sekolah dapat bergerak dengan seiring selaras
dengan impian sekolah.
B. Musim- Musim Persekolahan
Setiap tahun di awal bualan Januari, semua warga
pendidik, ibu bapa, pelajar-pelajar sekolah Rendah atau sekolah
menengah akan merasai fenomena ini.
Suasana hari pertama persekolahan di sebuah sekolah di
daerah Machang , Kelantan
Amalan Guru Penyayang seperti biasa guru-guru
menyambut kedatangan murid dengan salam dan senyuman.
Kehadiran murid begitu diraikan. Kemudian semua murid
| 400
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
berkumpul di dewan terbuka untuk mendengar taklimat
ringkas.
Bilik darjah semuanya dihias dengan cantik dan
kemas. Terdapat suatu bentuk hiasan standard yang mana
kebanyakan ruangan bawah dinding kelas ditampal dengan
wallpaper. Dengan itu setiap kelas ada corak dan standard. Atas
sebab saya pun terkejar-kejar melawat dari satu bilik ke satu
bilik, terlupa la pula nak ambil gambar kelas.
1. Awal Tahun Persekolahan
a. Iklim Murid
Permulaan di awal persekolahan, rata-rata
murid amat teruja hendak pergi ke sekolah. Persiapan
awal telah dibuat oleh ibu bapa lebih awal seminggu.
Setiba pada hari pertama awal persekolahan, pelbagai
suasanana dapat dilhat dan digambarkan dengan
tangisan oleh murid-murid sekolahan rendah. Bagi
pelajar sekolah menengah, permulaan persekolah
adalah suatu perkara yang amat menyeronokkan bagi
mereka. Pelbagai suasana di musim awal persekolahan
bagi pelajar yang baru menjejak kaki ke alam pertama
persekolahan tahun 2020 yang bermula 1 januari 2020.
401 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Guru-guru menyambut ketibaan pelajar pada hari
pertama persekolahan dipintu masuk sekolah. Dengan
senyuman guru-guru menyambut ketibaan pelajar pada
hari pertama persekolahan di pintu masuk sekolah
Murid bersama-sama rakan-rakan berbaris seawal 7.30
pagi mendengar taklimat oleh guru pada hari pertama
persekolahan di tapak perhimpunan
| 402
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Pihak tentera bersama-sama guru mengangkat murid
melintasi jambatan ke sekolah pada hari pertama
persekolahan
Terdapat sebilangan besar murid yang tinggal di
kawasan pendalaman gagal melaporkan diri pada hari
pertama persekolahan hari ini berikutan jalan terputus
akibat hujan yang menyebabkan kenderaan tidak dapat
melalui kawasan berkenaan.
Pelbagai cara untuk menarik minat murid datang ke
sekolah pada hari pertama persekolahan
403 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Ibu Bapa Mengukur Pencapaian Anak- anak
diPrasekolah Musim Awal Persekolahan. Saban tahun,
kalau jika hampir sebulan anak-anak kecil di
prasekolah di sekolah kerajaan mahupun swasta
belajar mesti pelbagai persoalan bermain di fikiran
ibubapa yang menghantar anak mereka di kelas
prasekolah swasta, apa mereka belajar? Apa mereka
buat di prasekolah? Bila balik ditanya jawapan
mereka, tak belajar…kita orang nyanyi, makan,
main.... nyanyi, makan, main.... alamak!!!!... bayar
beratus-ratus takkan itu jer yang anak kita buat kat
prasekolah!!!!... Ini tak boleh jadi.... sepatutnya mereka
dah boleh kenal A sampai Z atau mengira 1 sampai
100... tak pun mesti sekurang-kurangnya dah boleh
baca sukukata gitu... Pasti ada sebahagian ibubapa yang
mula risau apa yang anak-anak kita belajar terutama
ibubapa yang tiada pengalaman menghantar anak ke
tadika atau anak pertama baru bersekolah.
Bagi ibubapa yang tidak tahu atau kurang
pengetahuan, corak pembelajaran dan pengajaran di
prasekolah adalah berbeza sama sekali dengan corak
pembelajaran formal di sekolah. Lebih-lebih lagi di
awal persekolahan ini apa yang ibubapa boleh ukur
lebih kepada perkembangan emosi dan akhlak mereka.
Adakah mereka sudah mula ceria ke prasekolah
atau masih menangis?. Adakah mereka sudah mula ada
kawan atau masih terpinga-pinga seorang diri di satu
sudut bila berada di prasekolah?. Adakah mereka
sudah mula boleh berkongsi barang-barang permainan
atau masih suka merampas barang permainan dari
rakan sekelas mereka?
| 404
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Adakah mereka sudah boleh mengikut
peraturan yang diperuntukan atau masih ikut suka hati
atau ikut rasa apa mereka hendak buat?.
Adakah mereka boleh bersabar dan bertolak
ansur apabila berada di dalam barisan atau ketika
menunggu giliran. Pencapaian ini harus diukur terlebih
dahulu pada ketika ini.
Sekiranya 1 Januari 2020 hari itu mereka datang
ke prasekolah meraung, menangis, berguling,
meronta... tetapi hari ini mereka turun dari kereta
dengan rasa teruja dan gembira, itu adalah satu
pencapaian!
Jika telah masuk minggu ke 2 yang lalu tiada
apa-apa cerita yang dibawa pulang ke rumah untuk
bercerita tapi hari ini mulut mugilnya tak berhenti-
henti berkicau menceritakan perihal kawan-kawan
sekelasnya atau guru-guru mereka.... itu adalah satu
petanda yang baik!.
Jika ada anak yang masih menangis ke
prasekolah sehingga hari ini, bukan bermakna dia tidak
mencapai sesuatu tetapi dia dalam proses
menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran yang
asing baginya dan mengambil sedikit masa untuk itu.
Beri mereka masa dan peluang dan jangan sekali-kali
menyerah kalah pada mereka.
Sistem pentaksiran di prasekolah yang
dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
adalah berdasarkan: sudah menguasai, sedang
menguasai dan belum menguasai. Di prasekolah
tiada keputusan dalam ‘ranking ’ A atau B atau C atau D
atau E dalam buku kerja anak-anak. Begitu juga
kedudukan 1, 2 atau 3 dan juga peratus. Di prasekolah
belum boleh diukur kedudukan anak-anak
405 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
berdasarkan nombor atau peratus kerana peperiksaan
menggunakan kertas dan pensel tidak diiktiraf di
prasekolah!!!.
Salah satu konsep yang relevan dengan
pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan anak di
prasekolah adalah konsep Developmentally
Appropriate Practice (DAP) atau dalam bahasa melayu
bererti”Pendidikan yang patut / sesuai dengan tahap
perkembangan anak serta umur mereka".
Berbanggalah jika anak-anak kita gembira ke
prasekolah, suka belajar apa sahaja... ramai kawan-
kawan... suka menolong kawan... oohhhh itu sangat
menarik dan nilai yang baik dalam diri mereka yang
tidak boleh diajar dalam buku.
Dalam diri setiap anak-anak kita memang sudah
ada ciri-ciri yang baik.. Mereka memang berpotensi
untuk jadi baik.. Jom kita sama-sama gilap potensi
mereka untuk mereka terus cemerlang bukan hanya
dalam bidang akademik tetapi juga dalam
pembentukan sahsiah dan jati diri mereka.
Justeru, ibubapa perlu bersabar dan tabah
dalam membesarkan anak-anak. Janganlah semua
nak disegerakan!!!...nak cepat baca... nak cepat tulis...
takut-takut nanti anak kita cepat bosan untuk belajar
bila tiba masanya.
b. Peranan Guru
Kerja sebagai guru memerlukan komitmen yang
kuat, tenaga yang banyak dan kesabaran yang tinggi
dalam menghadapi karenah pelajar, ibu bapa, dan
masyarakat. Dahulu guru dihormati, ditakuti,
digeruni, disegani. Kini guru sering dikritik, dicela dan
dikasari. Ilmu yang diberi kurang dihargai. akibatnya,
| 406
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
tak hairan jikalau disiplin pelajar semakin teruk bila
perasaan hormat pada guru sudah hilang.
Pekerjaan guru amat penting, dan amat besar
tanggungjawabnya. Guru memainkan peranan penting
mencorakkan masa depan anak didik. Cemerlang anak
didik dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, akhlak
yang terpuji dan kesihatan yang baik, maka cemerlang
masa depan negara. Guru zaman sekarang bukan lagi
lilin yang membakar diri menyinari hidup orang lain,
tetapi adalah matahari yang sentiasa memancar terang,
memberi cahaya ilmu kepada semua pelajar.
Guru antara jawatan kerajaan yang paling
lambat dinaikkan pangkat kerana bilangan anggota
yang ramai. Berbanding mereka di sektor kerajaan
yang lain, guru bekerja tak tetap masa. Masuk kerja
7.30 pagi, tamat kerja antara 2 petang hingga 4 petang
kerana mesyuarat, kegiatan kokurikulum dan kursus.
Hari Sabtu merupakan hari cuti masih boleh dipanggil
bekerja.
Mereka di pejabat boleh bekerja dalam keadaan
selesa dalam bilik berhawa dingin, malah ada yang
duduk selesa di atas kerusi empuk sepanjang hari.
Guru perlu berjalan jauh dari bilik ke bilik untuk
mengajar dalam suasana bilik darjah yang tidak
berhawa dingin, yang sesak dengan pelajar, dan
terdedah kepada kotoran dan pen marker setiap hari.
Pekerja di pejabat kerajaan dibekalkan dengan
peralatan menulis tetapi kebanyakan guru perlu
menyediakan sendiri peralatan menulis seperti pen,
pensel, stapler dan sebagainya. Untuk memantapkan
lagi proses pengajaran, guru yang dedikasi turut
membeli sendiri buku rujukan terbaru dan bahan
407 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
pengajaran yang sesuai. Semua itu belanja dari wang
gaji guru sendiri tidak boleh tuntut.
Guru sekolah rendah mungkin berhadapan
dengan pelajar yang belum pandai menguruskan diri
sendiri, yang nakal, yang terlalu manja, dan yang
panjang tangan. Guru sekolah menengah mungkin
berhadapan dengan pelajar yang biadap, yang tidak
berdisiplin, yang kaki ponteng, dan yang tiada minat
belajar.
Guru berhadapan dengan risiko disaman oleh
ibu bapa yang lebih mempercayai kata anak daripada
membuat penyiasatan terperinci. Guru yang lalai
dalam tugasnya bukan sahaja menimbulkan
kebencian pada pelajar tetapi perlu menjawab
kepadaNya pada akhirat nanti. Guru yang mengajar
perkara yang salah berisiko menanggung dosa selagi
kesalahan itu tidak dibetulkan dan terus diulangi oleh
pelajarnya.
Guru berupaya menimbulkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran yang diajarnya atau
membunuh minat pelajar dengan cara pengajaran yang
tidak sesuai. Kata-kata guru boleh meningkatkan
motivasi pelajar atau 'membunuh' mereka secara
perlahan-lahan dengan kata- kata pedas dan
menyakitkan hati.
Kelas tambahan yang mengandungi lebih ramai
kerusi kosong daripada pelajar yang hadir. Geram
apabila melihat kerja pelajar yang dibuat ala kadar,
yang penuh dengan kesalahan ejaan dan tanda bacaan
yang sepatutnya tidak lagi berlaku.
Setiap hari walaupun sudah berehat di rumah,
masih memikirkan strategi baru untuk digunakan
dalam pengajaran supaya pelajar lebih mudah dan
| 408
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
cepat memahami isi pelajaran. Setiap hari, apabila
kerja bertimbun, perlu membawa balik kerja sekolah
untuk disiapkan di rumah, semak buku latihan, sedia
kertas peperiksaan, semak kertas jawapan
peperiksaan, dan isi borang-borang untuk
pendokumentasian.
c. Isu-isu yang timbul berkaitan tugas guru
Saban tahun, guru melaksanakan tugas rutin
pada awal persekolahan setiap tahu. Contonnya guru
kelas mengedarkan borang maklumat diri yang perlu
di isi oleh ibu bapa yang berkaitan maklumat peribadai
murid, borang permohonan KWAP, borang Rancangan
Makanan Tambahan Sekolah (RMTS).
Tugas rutin tersebut menjadi isu menyebabkan
ibu bapa merungut kerana setiap kali di ada
peruntukan bantuan, setiap kali aada borang maklumat
murid yang berkaiatan bilangan ahli keluarga, gaji atau
pendapatan ib bapa yang perlu diisi oleh murid. Justeru,
pihak pengurusan sekolah perlu membentuk
jawatankuasa yang mengurus maklumat murid secara
efiysen . Unit yang menjadi tanggungjawab adalah unit
Hal Ehwal murid.
1. Kod Etika Pakaian
Sebagai seorang guru, kita ada etika
pemakaian kita sendiri. Tidak boleh main hentam
sahaja pergi sekolah pakai skinny jeans dengan
tshirt round neck. Cikgu kena tunjuk penampilan
yang kemas dan baik kepada budak-budak dan
masyarakat. Cikgu yang lebih selesa pakai kemeja
lengan panjang dengan tali leher and name tag.
2. Waktu Kerja
409 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Segelintir masyarakat mempertikaikan
waktu kerja guru.. Mereka menyatakan menjadiguru
senang, kerja pun ikut waktu pelajar sekolah. Cuti
pun dianggap sama dengan pelajar.., Sebagai
seorang guru, biarlah masyarakat menyatakan
sedemikian. Walhal masyarakat tidak tahu skop
kerja guru dengan baik.
Masyarakat berangapan guru hanya masuk
kelas bebel- bebel kemudian keluar lepastu balik
dan tunggu gaji masuk setiap -bulan. Tangaapan dan
andaian tersebut adalah tidak tepat. Guru
mempunyai banyak kerja yang harus dihadapi
seperti merancang dan melaksanakan program dan
aktiviti di luar waktu kerja.
Walaupun kadang-kadang ada hari-hari
minggu yang guru perlu luangkan di sekolah untuk
menghadiri kem motivasi atau seminar semua, tetapi
masyarakat di luar sana tidak tahu, guru- guru
sanggup berkorban masa mereka bersama keluarga
untuk pelajar.
d. Reaksi Ibu bapa dan Waris
Macam-macam kena beli baru. Bermula dengan
fasa senarai barang-barang. Kemudian baru masuk
pada anggaran kewangan. Memandangkan anak- anak
bersekolah 1 sesi sahaja, dari jam 7.30 pagi hingga 1.15
tengahari, ada penjimatan sedikit pada keperluan dan
kos pakaian sekolah.
1. Pakaian sekolah
Ibu bapa perlu berfikir banyak perkara
berkaitan pakaian sekolah anak-anak seperti Baju
Uniform Lengan Pendek (Putih) , Seluar Panjang
(Biru Gelap), Baju Melayu, Samping Hijau ,Songkok
,Tali Leher, Lencana Sekolah ,Name Tag, Stokin
| 410
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
(Hitam), Kasut Sekolah (Hitam), Singlet Tidak
Berlengan, Kain Lap Tangan, Baju Sukan Sekolah,
Seluar SukanBaju T-Shirt Putih (mungkin digunakan
untuk PJK sebelum dapat Baju Sukan Sekolah)
2. Kelengkapan belajar
Ibu bapa juga perlu berfikir banyak perkara
berkaitan kelengkapan belajar sekolah anak-anak
seperti beg sekolah, pensel 2B,pemadam,
pembaris,pengasah pensel, gam,gunting,pensel
warna,bekas pensel, pembalut buku (jenis embossed
& tebal), selotep ,fail (mengikut subjek di sekolah)–
mudah urusan sedia jadual waktu nanti warna air /
krayon, kertas lukisan, berus lukisan.
3. Yuran/Sumbangan/Bayaran Program
Kecemerlangan Sekolah
Di awal persekolahan semua ibu bapa
memikirkan hal-hal yang meliputi yuran
pendaftaran, yuran tahunan, sumbangan PIBG,
pembelian buku, bayaran sekolah dan maklumat
lain, masih belum dapat info dari pihak sekolah.
C. Pengurusan dan Iklim Sekolah
1. Musim Perancangan Pengurus Sekolah
Pengurus sekolah saban tahun pasti mengadakan
aktiviti gotong royong di dalam musim cuti persekolahan
dan minggu hampir sesi persekolahan hendak bermula
bagi memastikan sekolah setiasa berada dalam keadaaan
suasana sekolah aman, cantik, selamat dan cukup ruang
untuk belajar. Bangunan sekolah dijaga dengan baik dan
kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Faktor
kebersihan, cantik, selamat dan cukup ruang belajar amat
amat diberi perhatian.
411 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Setelah sesi persekolahan bermula hampir
sebulan, bagi memastikan tahap kebersihan, kecantikan
dan keceriaan kawasan sekolah dapat dikekalkan pihak
sekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan dan
keceriaan kelas dan juga taman-taman yang telah
ditentukan persatuan-persatuan yang menjaganya.
Seterusnya, kelas ataupun persatuan yang dapat
mengekalkan kebersihan dan keceriaan tersebut diberi
pengiktirafan semasa perhimpunan.
Dengan aktiviti sebegini, pihak sekolah bukan
sahaja berjaya mengekalkan tahap keceriaan kawasan
tersebut, bahkan berjaya mewujudkan semangat
kerjasama dan tolong menolong di kalangan warga
sekolah. Suasana sekolah sebegini akan memaparkan
suasana kekeluargaan dan secara tidak langsung akan
membantu keseronokan belajar dan bekerja. Ini dapat
membantu pelajar memperoleh pencapaian yang
cemerlang dan guru-guru serta kakitangan lain akan
turut merasa keseronokan dan kepuasan bekerja di
sekolah berkesan ini.
a. Iklim Sekolah yang Mesra
klim yang mesra ialah keadaan anggota sekolah
saling hormat-menghormati dan hidup dalam satu
kerukunan yang utuh. Iklim yang mesra memiliki guru-
guru yang baik budi pekertinya. Apabila murid
mempunyai masalah, guru-guru tidak lokek untuk
memberi bantuan. Murid- murid pula bergaul sesama
pelajar secara sihat. Mereka menuturkan kata-kata
yang sopan apabila bercakap sesama sendiri.
Apabila guru dan pelajar bertembung, murid
dengan rasa hormat memberikan ucapan salam kepada
guru-guru mereka. senyuman pula tidak lekang
daripada bibir guru-guru. Budaya-budaya mesra
| 412
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
seperti ini akan mewujudkan suasana interaksi yang
sihat didalam sekolah. Murid-murid yang dididik dalam
suasana seperti ini pula akan memiliki sifat peribadi
yang unggul. Selain itu, buaya mesra antara guru dan
pelajar akan mengindarkan rasa malu murid untuk
bertanya soalan-soalan kepada guru-guru mereka.
b. Iklim yang Memberi Galakan Kepada Pelajar
Menyedari harapan guru-guru dan mereka
berusaha untuk mencapainya. Setiap murid
mempunyai potensi tersendiri yang perlu
dikembangkan oleh guru dan murid itu sendiri.
Potensi-potensi ini bukan sahaja merujuk kepada
pencapaian akademik tetapi juga pencapaian dalam
bidang sukan, kesenian, reka cipta dan seni
pengucapan awam. Guru- guru perlu mewujudkan
suasan yang menggalakkan pelajar untuk meneyertai
pertandingan- pertandingan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah dan juga pihak jabatan pelajaran. Guru-
guru perlu memberikan sokongan dan galakan kepada
pelajar yang menyertai sesuatu pertandingan untuk
berjaya.
Selain itu, apabila adanya guru-guru yang
sentiasa meyokong mereka dari belakang, murid-
murid akan merasakan mereka dihargai dan
seterusnya mereka akan mencuba melakukan yang
terbaik dalam pertandingan yang mereka sertai itu.
Selain itu, dalam bidang akademik pula, walaupun
terdapat pelajar-pelajar yang kurang berjaya, mereka
tidak disisihkan oleh guru-guru. Guru-guru sentiasa
memberikan kata-kata semangat dan bimbingan
kepada mereka untuk berjaya.
Kata-kata semangat daripada guru, pelajar-
pelajar yang dulunya sudah patah hati untuk belajar
413 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
kini sudah meraih kembali semagat untuk berjaya hasil
galakan guru-guru. Mereka akan berasa malu dan
bersalah jika mereka tidak melakukan perubahan
sedangkan guru-guru mereka sentiasa mengharapkan
mereka untuk berjaya.
c. Iklim yang Tidak Menghukum
Iklim yang tidak mengkukum bermaksud setiap
peraturan yang dikuatkuasakan itu bukan semata-mata
hendak menghukum murid, tetapi lebih kepada
mendidik. Sebagai contoh, hukuman bagi pelajar yang
melakukan vandalisme disekolah seperti merosakkan
taman sains ialah dengan mengarahkan mereka
kembali untuk membersihkan tama tersebut.
Mereka dikehendaki menghias kembali taman
yang dirosokkan oleh mereka. Hukuman-hukuman
membina seperti ini akan memupuk perasaan
bertanggungjwab dalam diri pelajar. Mereka dapat
merasakan sendiri penat lelah dalam menjaga taman
sains yang dirosakkan oleh mereka itu. Hukuman-
hukuman yang membina juga dapat merupah pelajar
yang dulunya pentingkan diri sahaja kepada memiliki
sifat simpati terhadap orang lain.
d. Iklim Sekolah yang Berdisiplin
Iklim sekolah yang berdisplin merupakan
keadaan dimana pelajar-pelajarnya mengikuti
peraturan-peratuaran yang ditetapkan oleh pihak
sekolah. Murid-murid dapat memahami bahawa
mereka ditegah daripada bergaduh dengan rakan-
rakan, mereka dilarang daripada mencuri, berbohong
dan lewat ke kelas. Wujudnya suasana murid-murid
yang memahami peraturan-peraturan sekolah akan
menjadikan sekolah sebagai zon selamat dan murid-
murid keluaran sekolah seperti ini sentiasa berdisiplin
| 414
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dan seterunya bakal menjadi modal insan yang
memiliki pegangan hidup yang kuat dan juga
berdisiplin.
2. Iklim Sukan
Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi
atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-
mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan,
kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan
menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada
peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan,
kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan
kesedihan.
Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang
dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah
kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini, pemodenan sukan
bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa
falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang
sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik
dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang
sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya,
penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat
menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan
di gelanggang sahaja. Persoalannya, apakah faedah-
faedah bersukan kepada maasyarakat?
Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan
sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal
dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak
menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan
profesional dan separa profesional dalam membangunkan
negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal
kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut.
Kesibukan semua lapisan masyarakat ini
membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental.
415 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Penglibatan golongan kanak-kanak, remaja dan orang
dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat
menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan
sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah
“sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal
obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan
penyakit jantung.
Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang
telah menghidap penyakit untuk kembali pulih.
Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu
menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan
mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan
perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan
dalam salur darah dan jantung, membantu perkumuhan
dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh
badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan
merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat
yang sihat.
Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa
lapang seseorang. Masa lapang sebenarnya amat berharga
bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang
melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara
mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa itu emas,
walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat
berharga. Masa lapang ini sangat bermanfaat jika
digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga
dan melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula,
penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan
diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
bermoral, vandalisme dan membuang masa sia-sia
seperti melepak, merokok dan terlibat dalam
pengambilan dadah.
| 416
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Sukan juga dapat menarik pelajar ke arah
memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik.
Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan
swadaya masyarakat dan melangkah gagah dengan yakin
ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau
pidana dunia persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan
dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa
dengan lebih bermakna.
Di samping itu, sukan merupakan salah satu
instrumen penting untuk mengeratkan hubungan
perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian
kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat
kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat
bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan
dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran
itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan
yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat
dalam sukan yang sama.
Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti
bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan
negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat
dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan.
Justeru, kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat
417 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan
hubung.
Penglibatan guru pada musim sukan sekolah
Kebolehan pelajar dapat dicungkil dalam acara-acara
tertentu dalam musim sukan sekolah
Kebolehan pelajar memimpin dapat dicungkil pada
musim sukan sekolah
| 418
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Kebersamaan guru dan pelajar dapat dilihat pada
musim sukan sekolah
Penghargaan kepada pelajar yang berjaya juga dapat
dilihat pada musim sukan sekolah
a. Keburukan musim sukan kepada pelajar
Musim sukan adalah musim yang dinantikan
oleh peringkat sekolah memang tidak dapat dinafikan
bahawa sukan memang boleh mendatangkan banyak
faedah kepada pelajar. Namun begitu terdapat juga
beberapa keburukan iaitu sepatutnya masa berlakunya
PdP telah digunakan untuk menjalankan latihan sukan.
PdPc tidak beraku kerana latihan sedikit sebanyak
menjejaskan proses pembelajaran pelajar. Kadang-
kadang sampai seminggu murid-murid melakukan
latihan sukan yang berkaitan sukan sekolah, acara
419 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
sukan peringkat daerah malahan latihan sukan sampai
peringkat negeri. Terdapat juga latihan sukan secara
berpusat.
3. Musim Peperiksaan
Semua pelajar menghadapi tekanan ketika ‘Musim
Peperiksaan’. Kini hampir setiap pelajar di Malaysia
menghadapi masalah tekanan peperiksaan yang agak
besar melalui peperiksaan pertengahan tahun, akhir
tahun, UPSR, PT3, SPM, STPM dan peperiksaan di setiap
hujung semester ketika di Universiti.
Ibu bapa hendaklah peka terhadap anak-anak
mereka ketika musim peperiksaan .Setiap pelajar
menghadapi tekanan daripada punca dan sebab-sebab
yang berbeza tetapi kesan daripada ketegangan
peperiksaan ini adalah sama. Setiap pelajar
sekolahmenghadapi tekanan untuk mendapat markah
yang baik dalam setiap peperiksaan yang dihadapi dan
pelajar-pelajar yang sedang bersedia untuk masuk ujian
akan menghadapi tahap tekanan yang berbeza.
Selain itu, ada sesetengah pelajar sangat berjaya
mengendalikan tekanan ini, tetapi majoriti pelajar tidak
dapat mengendalikan tekanan dengan baik dan ini telah
mengakibatkan kegagalan dalam peperiksaan walaupun
mereka ini asalnya adalah pelajar yang cemerlang.
Terdapat beberapa cadangan pengurusan tekanan
yang berguna untuk mencegah atau mengatasi tekanan
peperiksaan. Sehingga setiap pelajar boleh menyediakan
peperiksaan mereka dengan baik dan dapat mencapai
kejayaan. Terdapat beberapa cadangan untuk
mengurangkan stress ketika musim peperiksaan untuk
mengurangkan stress ketika musim peperiksaan bagi
para pelajar.
| 420
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
a. Buat Jadual belajar atau Ulangkaji Pelajaran
Kebanyakan pelajar tidak dapat menyusun
kehidupan rutin belajar mereka dengan baik dan jika
ada pun mereka gagal mengikutinya dengan tekal.
Jadual mengulangkaji pelajaran ketika hari biasa
adalah berbeza dengan jadual mengulangkaji ketika
menghadapi peperiksaan. Jadual ulangkaji ketika
peperiksaan haruslah dibina berdasarkan mata
pelajaran yang dilalui untuk esok harinya atau yang
terdekat. Jadual harus dibina mengikut kesesuaian
aktiviti seharian dan perlu diikuti dengan disiplin yang
ketat kerana tanpa jadual atau konsistensi yang betul,
sangat sukar untuk mencapai keputusan yang di
inginkan.
Bukan sahaja pelajar perlu ada jadual atau rutin
tertentu tetapi kebanyakan mereka yang berjaya dalam
hidup, mereka semua mempunyai corak atau rutin
yang mereka ikuti secara tetap.Jadi buatlah jadual rutin
dan selaraskan dengan semua aktiviti yang anda
lakukan dalam kehidupan seharian. Ia akan menjadikan
anda seoarang pelajar yang lebih konsisten.
b. Elakkan Gangguan
Pelajar mempunyai banyak gangguan seperti
Media sosial, TV, mudah alih, rakan aktiviti yang tidak
dirancang dalam kehidupan mereka. Setiap pelajar
akan mengalami semua gangguan ini dan gangguan ini
tidak lain tidak bukan hanyalah pembaziran masa yang
sangat berharga. Ketika musim peperiksaan sedang
berlangsung, anda perlu bijak mengawalnya.
Penglibatan terbesar pelajar dalam penggunaan
telefon pintar dan platform media sosial seperti
Facebook dan WhatsApp, yang kita perhatikan
mempunyai kebaikan yang sangat sedikit berbanding
421 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dengan kelebihan yang diberikan. Pelajar akan
menghabiskan masa penting mereka dengan telefon
pintar mereka, dan ini akan menyebabkan mereka
tidak konsisten dalam pelajaran mereka.
c. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri
Ini adalah salah satu teknik terbaik untuk
memotivasikan diri. Ramai orang yang telah berjaya
menggunakan teknik ini. Anda juga boleh mencuba
teknik ini dalam proses pembelajaran anda. Buat
sasaran dalam pelajaran anda dan beri ganjaran
kepada diri sendiri sebagai balasan kerana berjaya
memenuhi pencapaiannya.
Ambil sesuatu topik dan cuba
menyelesaikannya dalam masa yang tertentu dan
fikirkan ganjaran (makan coklat, Gunakan mudah alih
selama 30 minit) dalam fikiran anda. Apabila anda
berjaya melengkapkan sesuatu task, berikan ganjaran
kepada diri sendiri dengan apa yang anda fikir sebelum
ini. Dengan mengikuti proses ini, ianya akan
memberikan sedikit dorongan kepada anda untuk
melakukan perkara yang lebih baik.
d. Ambil Makanan Sihat
Gaya hidup yang sihat adalah perkara yang
paling penting dalam hidup seorag pelajar. Pelajar
biasanya tidak menjaga kesihatan mereka dengan
sempurna dan mengamalkan mengambil makanan
ringan secara tetap. Secara tidak sedar makanan ringan
yang mereka ambil merupakan penyumbang terbesar
kepada masalah stres. Oleh itu, jagalah kesihatan anda.
Elakkan makanan ringan dan makanlah makanan yang
sihat dan berkhasiat.
Selain itu, malkan pemakanan yang seimbang
yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia
| 422
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran
dan menjaga kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang menerusi
pelbagai program dan penulisan artikel mengenai
pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai
kebaikan daripada makanan seimbang ini.
e. Dapatkan Cukup Tidur
Pelajar memerlukan tidur dengan sempurna,
sekurang-kurangnya 7 jam untuk mengelakkan
masalah seperti tekanan peperiksaan. Tidur yang betul
serta secukupnya dan bangun awal akan membantu
pelajar supaya cerdas dan sihat.
f. Bersukan
Ramai pelajar tidak bersukan atau aktif
melakukan aktiviti fizikal ketika musim peperiksaan
mereka. Ini adalah tindakan yang kurang tepat. Otak
juga perlukan rehat. Selitkan dalam jadual sedikit
ruang untuk bermain dan bersosial dengan rakan-
rakan. Ianya akan dapat menyegarkan minda anda dan
menghalang tekanan ketika peperiksaan. Oleh itu,
pastikan setiap aktiviti yang dirancang menyumbang
kepada persediaannya menghadapi peperiksaan sama
ada persediaan mental, emosi, fizikal ataupun rohani
para pelajar.
g. Menonton video motivasi
Motivasi adalah kunci kejayaan. Jika anda tidak
bermotivasi maka anda tidak dapat mencapai
matlamat anda. Jadi orang bermotivasi diri sendiri dan
sesetengah orang memerlukan motivasi daripada
orang lain. Oleh itu, anda boleh menonton 10 minit
video motivasi setiap hari yang akan memberi anda
motivasi dan memberi inspirasi kepada anda untuk
bekerja keras.
423 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
h. Berdoa dan bertawakal
Semasa musim peperiksaan, terdapat
sesetengah pelajar kurang yakin dengan kemampuan
diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi.
Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT
kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja
untuk membina keyakinan diri, malah mencapai
kejayaan.
4. Musim Sambutan Hari Guru
Apabila tiba tanggal 16 Mei setiap tahun, setiap
sekolah akan mengadakan sambutan hari guru bagi
sekolah masing-masing dengan meriah. Pelbagai cara
sambutan dilaksanakan. Terdapat sesetengah sekolah
apabila semua guru memakai seragam pelajar sempena
sambutan tersebut.
Suasana persekitaran sekolah gamat seketika
apabila guru yang berpakaian sekolah, diberi peluang
menaiki bas sambil membawa beg sekolah masing-
masing.Mereka diiring masuk dan berjalan ke tapak
perhimpunan yang dihias cantik dan ala 'hipster’
| 424
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Musim sambutan hari guru diwarnai dengan
pelbagai cetusan idea datang daripada guru- guru.
menunjukkan masing-masing 'sporting' mengenakan
uniform sekolah dan mereka tampak begitu bersemangat
mengenang kembali nostalgia ‘back to school’.
Pelajar bagaikan terpegun apabila melihat majoriti
guru berpakaian seperti mereka. Ada tidak melepaskan
peluang berswafoto dengan guru masing-masing sebagai
tanda kenangan ada antara guru kelihatan seperti pelajar
sebenar malah kesemua pelajar yang hadir teruja dengan
kreativiti guru.
5. Musim Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia
Di sekolah, musim sambutan hari kebangsaan dan
Hari Malaysia setiap tahun bermula 15 Ogos sehinggalah
16 September dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang
dirancang dan dilaksanakan. Sambutan ini menunjukkan
semangat sayangkan Malaysia mula disemai di
peringkat tadika sehingggalah ke peringkat menengah.
Selain sambutan gilang-gemilang di peringkat
sekolah, kebanyakkan sekolah turut mengadakan
program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
yang dihadiri kepimpinan dan tokoh-tokoh yang hebat
yang berkaitan kemerdekaan tanah air. Bagi sekolah yang
425 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
ada pelbagai kaum, Bulan kemerdekaaan menjadi
landasan atau platform untuk memupuk perpaduan.
Pelajar pelbagai kaum menyambut Hari Kemerdekaan
sebagai tanda kecintaan kepada negara dan perpaduan
kaum
6. Musim Akhir Tahun
Sebelum berakhirnya sesi persekolahan, setiap
guru menyiapkan perlbagai tugasan dan fail- fail yang
perlu dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah. Dalam
pada masa yang sama guru telah menghadiri beberapa
mesyuarat akhir tahun sebagai peracangan untuk tahun
yang berikutnya.
Namun, setiap orang guru sejujurnya cuti sekolah
sememangnya hari yang ditunggu-tunggu oleh mana-
mana guru sekalipun. Namun, musim akhir tahun setiap
orang guru terdapat agenda yang tersendiri malam
perancangan yang begitu padat. Walaupun sesetengah
pandangan berpendapat, guru akan banyak berehat di
rumah dan tidaklah terikat dengan jadual waktu
persekolah apabila musim cuti akhir. Namun dalam masa
‘bercuti’ itu sebenarnya para guru tidak bercuti daripada
memikirkan perihal sekolah dan anak murid.
Walau bagaimanapun, jangan salah sangka.
Walaupun namanya cuti sekolah, hakikatnya para guru
| 426
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
tetap terus bekerja pada musim cuti ini. Ada dianatara
guru-guru diamanahkan untuk merangka dan
menyediakan jadual waktu persekolahan bagi tahun
depan. Tidak cukup dengan itu, sebagai seorang guru yang
mengajar kelas peperiksaan, seperti UPSR, PT3, SPM dan
STPM, guru-guru yang berkenaan mengambil kesempatan
pada cuti yang panjang ini untuk menyusun rancangan
bagi persiapan murid menghadapi peperiksaan tahun
depan.
Jadi, kalau nak diikutkan, lebih sebulan cuti yang
diberi itu bukanlah guru-guru bercuti kosong. Ada hari-
harinya guru masih terus menyudahkan kerja yang bukan
sekadar tugasan mengajar di kelas. guru tetap namanya
guru walau pada musim cuti sekolah, hujung minggu,
siang dan malam.
Bagi seorang guru, tiada istilah cuti tanpa
memikirkan hal sekolah dan anak murid. Buat ibu bapa
dan penjaga, seperti mana para guru yang sentiasa
memikirkan hal ehwal muridnya, para guru berharap ibu-
bapa juga dapat sediakan aktiviti yang seimbang buat
anak-anak pada musim cuti pesekolahan ini.
7. Musim Perancangan Guru
Bagi memastikan sesi persekolah tahun hadapan
berjalan lancar, guru-guru tetap perlu membuat
perancangan awal tentang pengurusan pembelajaran
yang akan datang. Sebaik sekolah dibuka semula, maka
‘perjuangan’ para guru tidak akan ada nohktahnya
walaupun pada hari cuti hujung minggu.
Bukan mahu mendabik dada kepada masyarakat,
tanggungjawab dan amanah kepada para guru adalah
berat dan amat tertekan. Namun, sesuatu yang
diamanahkan para guru buat sehabis baik. Ini kerana
427 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
selain mengajar, para guru juga menggalas tanggung
jawab yang berat. Ada sesetengah sekolah, seorang guru
menjalankan pelbagai tugasan yang sepatutunya
disandang dua ke tiga guru. Sebagai contoh, seorang
guru di s terpaksa memegang banyak jawatan sampingan
seperti Ketua Panitia, Bendahari PIBG, guru SPBT, Guru
Perpustakaan dan Media dan berbagaibagi lagi.
Walau bagaimanapun, musim cuti sekolah
merupakan hari-hari yang indah bagi para guru, maka
munculnya ‘me time’ buat guru apabila cuti sekolah
bermula. Waktu beginilah, baru para guru dapat
memaksimakan masa berkualiti bersama keluarga. Bercuti
dan beriadah bersama anak-anak, menyantuni saudara
terdekat menyegarkan kembali diri. Namun begitu,
adakalanya para guru ketika cuti ini jugalah otak guru-
guru tetap ligat merencana persiapan awal sebelum
bermulanya sesi persekolahan yang akan datang.
D. Iklim dan Pencapaian Pelajar
Pembentukan iklim sekolah yang positif memerlukan
pengiktirafan pelajar sebagai tumpuan utama disamping
peranan kepimpinan oleh pentadbiran sekolah, kakitangan yang
cekap serta dapat berkongsi matlamat bersama dengan pelajar,
ibu bapa dan juga masyarakat. Iklim sekolah yang positif juga
merangkumi semangat sekolah yang jitu serta mempunyai
konsep kendiri yang positif dalam kalangan pelajar dan
kakitangan. Selain itu, iklim sekolah yang positif juga
seharusnya mempunyai hubungan saling menghormati dan
kerjasama antara pentadbir, guru, pelajar, ibu bapa, dan
masyarakat.
Kewujudan suasana kekeluargaan antara warga sekolah
serta secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian
akademik pelajar. Budaya sekolah mempunyai kesan yang kuat
| 428
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
terhadap komuniti sekolah serta berperanan untuk
memberitahu masyarakat dalam komuniti sekolah tentang apa
yang benar-benar penting dan bagaimana mereka bertindak.
Ramai pemimpin sekolah percaya bahawa organisasi budaya
dan iklim sekolah adalah dua perkara yang sama.Walau
bagaimana pun, kedua-dua istilah ini ada ciri-ciri yang sama,
tetapi mereka menyatakan dua konsep secara berasingan
dalam menghasilkan kemenjadian pelajar.
Peranan iklim akademik sekolah untuk meningkatkan
penghasilan murid di sekolah telah mendapat sokongan
daripada pelbagai sarjana. Iklim akademik sekolah
mempengaruhi peluang-peluang murid untuk meningkatkan
kesediaan intelek, konsep kendiri dan relians kendiri dan
seterusnya berjaya dalam akademik. Variabel iklim akademik
sekolah menyebabkan berlakunya perubahan variabel hasil
persekolahan seseorang murid (Brookover, (1979) dan Rutter,
(1981).
Hal ini kerana iklim akademik sekolah merupakan
elemen yang penting dalam menjayakan program-program
pengajaran di sekolah. Iklim akademik sekolah
mengharmoniskan suasana di sekolah dan menyebabkan
sesebuah sekolah itu berfungsi dengan berkesan. Tanpa iklim
akademik sekolah, amat sukar untuk seseorang murid
mencapai kejayaan di sekolah sama ada dari segi kognitif, imej-
diri dan sikap bergantung kepada diri sendiri (Howard, 1987).
Swenny (1988) berpendapat bahawa iklim akademik
sekolah yang berjaya atau positif merupakan asas yang kukuh
untuk menjalankan sebarang program pendidikan. Iklim
akademik sekolah yang menggalakkan membolehkan murid,
guru dan pemimpin sekolah menjalankan fungsi dengan baik
dan berkesan iaitu mendorong murid untuk belajar dan
berjaya mencapai hasil persekolahan mereka (Bulach dan
Castleman, 1995).
429 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Selain itu, penglibatan ibu bapa dengan kerja sekolah
anak, penyertaan ibu bapa di sekolah, peningkatan kesedaran
akademik dalam kalangan ibu bapa dan penglibatan komuniti
luar sekolah seperti badan bukan kerajaan, PIBG, parti politik,
badan-badan sukarela, persatuan belia, badan korporat dan
sebagainya turut mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Sebahagian besar ibu bapa murid mempunyai
kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnya pelajaran
kepada anak mereka. Ramai di antara mereka kurang
mengambil berat terhadap kemajuan atau kemunduran
pelajaran anak mereka. Mereka kurang memberi sokongan
akademik kepada anak-anak mereka. Salah satu punca utama
ialah kedudukan taraf sosioekonomi keluarga.
Taraf sosio ekonomi sesebuah keluarga mempunyai
hubungan yang amat rapat dengan pencapaian murid di
sekolah (Sharifah Md. Nor, 1991). Tanggungjawab ibu bapa di
ladang terhadap pelajaran anak mereka terhenti selepas
mereka mendaftar masuk anak mereka ke sekolah (Ibrahim
Saad, 1986) “Ada ramai ibu bapa di luar bandar tidak tahu
sama ada anak mereka mempunyai buku atau alat tulis yang
cukup, ketertiban pakaian ke sekolah serta pembelajaran di
sekolah”. (Ibrahim Saad, hlm. 68-69, 1986). Kadar kemiskinan
dalam kalangan ibu bapa murid menimbulkan personaliti yang
negatif dalam kalangan anak-anak mereka di sekolah. Mereka
berasa serba kekurangan dan tidak berani menghadapi cabaran
untuk lebih maju.
Iklim sekolah yang berkaitan dengan kemudahan
material (resource based school input factors) tetapi lebih
bertumpu kepada “school process factors” ataupun ciri-ciri
iklim sekolah iaitu iklim akademik “Resource based school input
factors” tidak memberi sumbangan kepada pencapaian murid.
Sumbangan fizikal iklim sekolah tidak dimasukkan
dalam kajian ini kerana terdapat hanya sedikit kesannya
| 430
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
terhadap iklim akademik sekolah (Bulach dan Castleman,
1995). Iklim akademik sekolah ialah sejauh mana kualiti
persekitaran akademik sekolah yang dialami peserta
mempengaruhi tingkah laku mereka agar tingkah laku mereka
dapat bertahan. Pembentukan tingkah laku ini berdasarkan
persepsi kolektif terhadap tingkah laku murid di sekolah dan
secara umumnya tingkah laku ini dikenali sebagai personaliti
sekolah (Montoyo dan Brown, 1990).
Ibu bapa yang bertaraf sosio ekonomi tinggi lebih
banyak terlibat dalam pendidikan anak mereka berbanding
dengan ibu bapa yang bertaraf sosio ekonomi rendah. Jika ibu
bapa terlibat secara langsung dalam pendidikan anak mereka,
maka murid-murid lebih bersikap positif ke sekolah,
mengukuhkan tabiat membuat kerja rumah, mengurangkan
ketidakhadiran ke sekolah dan keciciran serta menggalakkan
pencapaian murid di sekolah (Astone, (1991) dan Fehrmann et
al., (1987).
Iklim akademik murid merangkumi semua peserta dan
elemen yang ada di sekolah (Bedad, 2003). Elemen-elemen
sokongan yang ada boleh membantu menyelesaikan masalah-
masalah yang wujud di sekolah. Iklim akademik murid dan
input-input sosial serta sumbangan badan bukan kerajaan dan
PIBG digunakan sebagai variable untuk mengkaji kesediaan
intelek, konsep kendiri dan relians kendiri murid. Dengan ini
guru atau mereka yang berkepentingan dalam meningkatkan
prestasi murid-murid dapat mengetahui psikologi sosial murid
secara dekat dan khusus.
Iklim akademik ini akan menggunakan model yang
diubahsuaikan daripada Model Brookover (1979). Model ini
pernah digunakan di Amerika Syarikat untuk melihat pengaruh
struktur sosial sekolah dan sistem sosial sekolah terhadap
pencapaian akademik murid di sekolah (Brookover, 1979).
Model yang diubahsuaikan oleh penyelidik pula digunakan
431 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
untuk menganalisis sejauh mana iklim akademik murid
mempengaruhi hasil persekolahan dari segi kesediaan intelek,
konsep kendiri dan relians kendiri murid di Malaysia. Kajian ini
menggunakan rangka konsep seperti berikut.
Rajah1 : Model Variabel Sistem Sosial Sekolah dan
Hubungannya dengan Hasil Murid
Kajian ini akan menggunakan Teori Iklim Akademik
Pelajar Brookover (1979), Teori Sekolah Berkesan Reynolds
(1976) dan Mortimore et al. (1988) serta Teori Tingkah Laku
Sosial Skinner (1938). Hasil persekolahan murid merupakan
sebahagian daripada hasil iklim akademik sekolah. Selain iklim
akademik sekolah, hasil persekolahan juga dipengaruhi oleh
input sosial seperti taraf sosio ekonomi murid dan profil
sekolah. Malah badan-badan bukan kerajaan dan PIBG juga
mempengaruhi hasil persekolahan murid.
1. Program Meningkatkan Motivasi Pelajar
Program yang berkaitan motivasi boleh
membuatkan proses PdP menjadi lebih berkesan dan
menarik. Motivasi memerlukan rangsangan untuk
diwujudkanBagi konteks guru dengan murid, guru
merupakan pihak yang akan memberikan rangsangan
kepada pelajar untuk menimbulkan motivasi dan
kecenderungan mereka untuk belajar. Motivasi antara
pelajar dan guru boleh terdiri dalam bentuk hadiah,
| 432
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
penghargaan dan keprihatinan terhadap murid. Oleh hal
yang demikian, guru haruslah bijak untuk memotivasikan
murid dengan pelbagai kaedah dan teknik yang
bersesuaian dengan pemikiran murid.
mplikasi memotivasikan pelajar dalam PdP ialah
mempercayai pencapaian pelajar boleh dipertingkatkan.
Contohnya, jangan abaikan pelajar yang lemah dalam
subjek tertentu dan beri kata perangsang serta beri
kepercayaan kepadanya untuk terus berusaha. Selain itu,
suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Contohnya,
melakukan aktiviti permainan yang berorientasikan
subjek tertentu.
Penglibatan pelajar juga dapat dipertingkatkan
melalui aktiviti seperti unit beruniform dan lain- lain.
Guru juga boleh menggunakan set induksi yang menarik
untuk membangkitkan naluri ingin tahu pelajar seperti
menayangkan video dan sebagainya. Guru juga haruslah
menggunakan ciri-ciri komunikasi yang positif.
Contohnya, memberi senyuman dan mengangguk kepala
semasa berinteraksi dengan pelajar bagi memberi
semangat untuk pelajar lebih bermotivasi.
Selain program yang dilaksanakan untuk
meningkatkan motivasi pelajar terdapat beberapa cara
untuk meningkatkan motivasi dalam diri pelajar
antaranya :
a. Hadiah berbentuk ganjaran
Antara cara yang perlu dilakukan oleh seorang
guru untuk meningkatkan motivasi dalam diri pelajar
mereka ialah dengan memberi pelajar mereka
hadiah berbentuk ganjaran. Hal ini kerana, melalui
ganjaran yang diberikan pelajar akan lebih berminat
dan bersemangat untuk meneruskan pelajaran.
433 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Ganjaran yang diberikan juga mestilah setimpal
dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
tersebut. Apabila seseorang pelajar itu diberikan
ganjaran, pelajar lain juga akan merasa ingin ganjaran
itu diberikan juga kepada mereka. Hal ini akan
menyebabkan mereka akan lebih tekun dan semangat
untuk meneruskan pembelajaran dan bersaing secara
sihat untuk mencapai seperti pelajar yang diberikan
ganjaran itu.
b. Murid perlu tetapkan matlamat mereka sendiri.
Selain itu, cara meningkatkan motivasi yang
kedua ialah murid perlu tetapkan matlamat mereka
sendiri. Seorang pelajar yang ingin berjaya mestilah
mempunyai matlamat mereka yang tersendiri dan
tidak terlalu menurut permintaan orang lain kerana hal
itu akan menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan
akan kurang untuk menjadi seorang yang berjaya.
Selain itu, matlamat yang ingin dicapai mestilah tidak
melebihi kemampuan kita kerana matlamat yang
mudah dan ringkas mampu memudahkan murid untuk
mencapai matlamat mereka dengan jelas.
Murid juga perlu menetapkan matlamat dengan
yakin dan perlu dilakukan dengan semangat yang
tinggi kerana sasaran yang ingin dicapai akan mudah
diperoleh. Ibu bapa mestilah memberi sokongan dan
dorongan kepada mereka supaya mereka akan lebih
bersemangat untuk mencapai matlamat yang telah
disasarkan. Ibu bapa juga mestilah mengetahui minat
anak mereka supaya mereka tidak memaksa anak
mereka supaya mengikut keinginan mereka kerana hal
ini akan menyebabkan mereka tidak mempunyai
semangat dan malas untuk berusaha.
c. Penglibatan murid dalam aktiviti
| 434
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Cara lain untuk meningkatkan motivasi dalam
diri seorang pelajar ialah melalui penglibatan murid
dalam aktiviti yang dianjurkan oleh guru mereka
sendiri. Penglibatan murid amat penting dalam aktiviti
yang dianjurkan oleh guru kerana melalui penglibatan
ini, guru mampu melihat sejauh manakah pelajar
memahami pembelajaran yang diajarkan kepada
mereka.
Guru juga mampu melihat sikap dan personaliti
pelajar melalui penglibatan pelajar itu sendiri.
Sekiranya pelajar tersebut aktif dalam melibatkan diri
dengan setiap perkara yang dianjurkan, itu
menunjukkan bahawa pelajar tersebut boleh
menerima setiap pelajaran tersebut dan memahami
konsep yang disampaikan oleh guru mereka.
d. Guru Mestilah Mengelakkan Daripada Mengenakan
Hukuman Berat Kepada Pelajarnya
Seterusnya, meningkatkan motivasi ialah
seorang guru mestilah mengelakkan daripada
mengenakan hukuman berat kepada pelajarnya.
Apabila seorang guru mengenakan hukuman berat
kepada pelajarnya, emosi mereka menjadi tidak stabil
dan menganggap bahawa guru mereka membenci
mereka. Hal ini akan menyebabkan mereka akan
menjadi semakin agresif dan bertindak mengikut kata
hati. Disebabkan perkara inilah yang menyebabkan
keluarnya isu pelajar menggores kereta guru yang
dibencinya. Seorang guru yang profesional akan
menyelesaikan masalah dengan cara yang berhemah
bukannya terus menggunakan hukuman sebagai alat
untuk membentuk pelajar.
435 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Selain cara-cara untuk meningkatkan motivasi
dalam diri pelajar terdapat juga motivasi pelajar terdapat
beberapa cara memotivasikan murid dalam kelas.
a. Cara Mengamalkan Peneguhan Positif Dan Peneguhan
Negatif
Antara cara untuk memotivasikan murid di
dalam kelas ialah dengan cara mengamalkan
peneguhan positif dan peneguhan negatif di samping
menghantar murid mengikuti kem motivasi di luar
kelas. Amalan peneguhan positif merupakan suatu
usaha yang menyediakan pencetus yang terancang dan
sesuai serta memungkinkan pengulangan atau
peningkatan tingkah laku yang dikehendaki yang lebih
baik. Contohnya, guru memberi hadiah kepada murid
yang telah membuat kerja dengan baik. Hal ini
bertujuan supaya murid lain cenderung untuk
memberikan hasil yang lebih baik dan berkualiti
kepada apa yang dipelajarinya.
Peneguhan negatif pula ialah guru
menggunakannya ketika terdapat perlakuan dan
tindakan pelajar yang bersifat negatif. Mengenakan
denda atau hukuman diguna pakai oleh guru sekiranya
pelajar tersebut tidak menyiapkan kerja sekolah yang
diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Peneguhan
negatif ini bertujuan untuk membuatkan pelajar sedar
akan kesilapan mereka dan berazam untuk mengubah
tingkah laku mereka ke arah yang lebih baik.
b. Cara Pengajaran Yang Lebih Menarik
Selain itu, guru mestilah menggunakan cara
pengajaran yang lebih menarik. Cara pengajaran yang
menarik bermaksud pengajaran yang diajar oleh guru
mestilah berpusatkan kepada pelajar kerana pelajar
yang menerima input yang disampaikan oleh guru.
| 436
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Malah, ia juga mesti melibatkan proses PdP supaya
murid tidak merasa bosan dan hilang tumpuan.
Seorang guru perlu menguasai dan memperkasakan
diri dengan pelbagai ilmu pedagogi serta
mengamalkannya di dalam kelas mahupun di luar
kelas.
Antara cara yang perlu digunakan ialah guru
tidak semestinya menggunakan pengajaran sehala
tetapi pengajaran dua hala juga mampu menarik minat
pelajar terbabit. Malah, guru juga perlu memberi
peluang dan kebebasan kepada pelajar untuk membuat
keputusan supaya mereka merasa diperlukan dan
mempunyai fungsi.
c. Guru Perlu Bijak Menggunakan Pelbagai Emosi
Seterusnya, guru perlu bijak menggunakan
pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan
motivasi murid di dalam kelas. Apabila pelajar tidak
berminat kerana tiada semangat untuk belajar, guru
perlu memainkan peranan dan berupaya untuk
menceriakan keadaan di dalam kelas supaya emosi dan
semangat mereka hadir untuk teruskan pembelajaran.
Guru juga perlu melakukan unsur kecindan supaya
murid tidak merasa bosan dan mengantuk ketika guru
sedang mengajar. Contohnya, dalam mata pelajaran
sastera guru perlu bersyair, berpantun, bergurindam
dan sebaiknya untuk menarik minat pelajar. Pada masa
yang sama, pelajar dapat bergerak secara aktif,
terhibur dan mempelajari mata pelajaran dengan
mudah.
d. Menerima Murid Seadanya Serta Prihatin Terhadap
Murid
Bagi memotivasikan murid dalam kelas ialah
guru perlu menerima murid seadanya serta prihatin
437 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
terhadap murid. Guru tidak boleh bersikap pilih kasih
dan perlu menerima murid yang tidak bijak dan lemah
dalam mata pelajaran. Apabila guru memandang murid
yang bermasalah dalam kelas sebagai masalah dan
mengganggu proses pembelajaran, guru akan bertindak
menghalau murid keluar kelas.
Kesannya, pelajar tersebut merasa disisih dan
kecenderungan mereka untuk belajar juga hilang serta
mereka juga disisih daripada proses pembelajaran.
Guru yang menghina murid yang lemah akan
menyebabkan mereka runtuh minat untuk belajar.
Guru sepatutnya memberi kata perangsang dan
memahami keadaan murid yang bermasalah supaya
mereka akan lebih bersemangat untuk belajar.
2. Kecaknaan Pengurusan Sekolah
Kecaknaan pengurusan sekolah dalam mengambil
berat tentang keperluan atau masalah yang dihadapi oleh
pelajarnya. Pihak sekolah juga mestilah mengambil berat
tentang keperluan atau masalah yang dihadapi oleh
pelajarnya. Setiap pelajar mempunyai masalah yang
berbeza dan mereka juga biasanya malu dan segan untuk
memberitahu masalah kepada guru mereka kerana takut
dimarahi. Sekiranya hal ini berlaku, guru mestilah
memainkan peranannya dalam mendekati pelajar yang
bermasalah dengan pendekatan yang berbeza. Melalui
dengan cara itu, pelajar tidak akan merasa malu dan
mampu untuk meluahkan masalah yang dihadapi tanpa
rasa ragu-ragu. Seorang juga perlu mengambil bera
tentang masalah yang dihadapi oleh pelajarnya kerana
tanpa perhatian daripada guru, mereka akan
memberontak dan bersikap di luar kawalan.
| 438
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Di samping itu ialah, pihak pengurusan sekolah
mestilah memenuhi keperluan pelajar dalam mata
pelajaran yang diajar. Memenuhi keperluan pelajar
bukanlah bermaksud guru tersebut perlu mengambil
peranan dan bertindak sebagai penjaga terhadap pelajar
tersebut tetapi memenuhi keperluan pelajar di sini ialah
dalam memastikan murid menerima input yang diberikan
berkesan dan difahami oleh pelajar tersebut. Malah,
seluruh pelajar dalam kelas mampu menerima setiap
butiran yang dijelaskan kepada mereka dan mereka tidak
akan merasa keliru dengan apa yang cuba disampaikan
oleh guru mereka
E. Model Iklim
1. Model Perkembangan Pendidikan Iklim Sekolah
Rajah2 menunjukkan iklim sekolah dan motivasi
pembelajaran saling mempengaruhi antara satu sama
lain. Sekiranya iklim sekolah berkesan, maka motivasi
pembelajaran turut meningkat.
Rajah 2: Perkaitan antara iklim sekolah dan motivasi
pembelajaran
439 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Ciri iklim sekolah dalam Rajah 1 menerangkan
bahawa kawasan sekolah bersih, cantik, selamat dan
cukup tempat ruang belajar. Suasana sebegini akan
mewujudkan rasa tenang, tenteram dan sudah tentu
guru-guru akan sentiasa bersemangat untuk bekerja dan
para pelajar pula bersemangat untuk belajar.
Selain itu, Pengetua atau guru besar mengamalkan
komunikasi terbuka di dalam pergaulan dengan guru dan
pelajar. Sikap pengetua yang mudah bergaul akan
memudahkan setiap warga sekolah berani untuk
berbincang tentang apa jua masalah. Kewujudan
suasana sebegini akan mengurangkan rasa tekanan dan
akan membantu meningkatkan motivasi.
Seterusnya, sikap pelajar yang positif, bermaksud
keperibadian yang baik yang ditunjukkan oleh pelajar
sama ada semasa berada di sekolah atau luar kawasan
sekolah. Sekiranya pelajar mempunyai sikap positif ini,
mereka boleh menguruskan sesuatu kerja dengan bebas
dan boleh berdikari tanpa perlu dipaksa. Guru-guru hanya
perlu memantau tingkah laku pelajar tersebut dan
hanya perlu menegur tanpa perlu mengambil tindakan
yang berat.
Komitmen guru terhadap sekolah adalah tinggi.
Ciri ini bermaksud guru-guru memberi tumpuan penuh
kepada kurikulum dan pengajaran. Mereka memahami
bahawa tugas utama mereka di sekolah adalah berkaitan
pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, mereka perlumemastikan setiap aktiviti
yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran benar- benar
memberi kesan kepada pelajar. Antara tindakan mereka
ialah memaksimumkan waktu pengajaran dan membuat
perancangan yang rapi tentang pengajaran.
| 440
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Akhir sekali, guru-guru bekerjasama untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Kesemua ciri- ciri
tersebut menunjukkan bahawa guru-guru bersama-sama
memberi sumbangan ke arah perjalanan dan
perkembangan sekolah. Mereka juga berusaha
bersungguh-sungguh untuk memajukan sekolah.
Beberapa ciri yang ddinyatakan di atas merangkumi
peranan yang perlu dilaksanakan oleh pengetua, guru-
guru dan pelajar untuk mewujudkan iklim sekolah yang
berkesan.
F. Rumusan
Bagi memastikan iklim sekolah dan motivasi pelajar
berjalan dengan baik serta mendapat kejayaan dalam
organisasi kursusnya sekolah ia melibatkan semua pihak.
Semangat bekerjasama dan melaksanakan setiap tugasan
masing-masing dengan penuh komitmen dan berkualiti. Tidak
ada gunanya ahli organisasi hanya berusaha mencari
kepentingan sendiri dan mengetepikan rakan-rakan lain dalam
sekolah. Tuntasnya, iklim sekolah perlu disepadukan antara
iklim yang bersifat disiplin dalaman (nilai kerohanian) seperti
penerapan nilai keagamaan dalam kehidupan seharian di
sekolah dan iklim bersifat luaran seperti persekitaran sekolah
yang bersih dan cantik serta hubungan komunikasi yang baik.
Dengan kesepaduan iklim-iklim ini, pihak sekolah bukan sahaja
mampu mewujudkan suasana motivasi pembelajaran tinggi,
tetapi juga berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang dari
segi akademik dan sahsiah.Selain daripada peranan yang perlu
dimainkan oleh pemimpin, pengikut yang terdiri di kalangan
guru dan kakitangan sokongan mempunyai pengaruh yang
besar dalam menentukan kejayaan organisasi tersebut.
Sekiranya ahli organisasi sering membawa diri masing-masing,
tidak wujud budaya bekerjasama, saling mencurigai dan
441 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
menyalahkan antara satu sama lain sudah tentu akan
mewujudkan suasana yang penuh prejudis, tidak mempercayai
seterusnya akan menghalang keberkesanan sesebuah
organisasi itu.
| 442