Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
aktiviti seperti demonstrasi membuat sesuatu
menggunakan perkataan-perkataan tersebut. PdPc pasti
memerlukan usaha yang lebih berbanding PdPc“ halk
and Talk” dari segi persiapan sebelum, bahan-bahan,
sumber kewangan dan lain-lain. Guru juga harus bijak
dalam merancang dan mahir menggunakan peruntukan
PCG yang diturunkan oleh kementerian. Guru juga harus
membina hubungan yang baik dengan ibu bapa bagi
membantu aktiviti PdPc begini. Antara langkah-langkah
yang boleh dilaksanakan:
Mini English
Fair Setiap kumpulan
membuat demonstrasi.
Jemput guru-guru Murid memilih
Sehari sebelum, Lain sebagai projek (membuat
membuat persiapan Penilai demonstrasi
tempat (mungkin membungkus hadiah,
di luar waktu kerja) menyediakan menu
Rancang tempoh ringkas
pelaksanaan dan
lakar timeline
Murid untuk projek
penulisan skrip Murid menyediakan
untuk demonstrasi senarai alatan
menggunakan dan bahan yang
Sequence Guru membuat diperlukan
Connectors
pesanan bahan
dan menguruskan
peralatan dengan
bantuan ibu
bapa
Guru-guru, cubalah dan lihatlah keberkesanannya
kepada murid dan rakan-rakan guru juga pasti teruja
untuk melaksanakan aktiviti seumpamanya. Mini English
Fair ini pasti akan menjadi ingat-ingatan sampai bila-bila.
Cuma ia tidaklah harus selalu diadakan. Rancanglah
93 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
perjalanan kurikulum setiap tahun itu agar setiap bulan
pasti menjadikan ia pembelajaran sambal memberi
ganjaran kepada murid. Mini English Fair ini akan
berakhir dengan satu kenangan yang menggembirakan
murid dan membuatkan ibu bapa juga teruja
membekalkan alatan, pinggan mangkuk dan bahan
tambahan dari rumah. Dengan satu aktiviti yang
dirancang dengan rapi, perjalanannya akan berjalan
lancar dan menggabungjalin pembelajaran berasaskan
pengetahuan, berasaskan murid, berasaskan penilaian dan
juga berasaskan komuniti.
2. Kecuaian dalam Pengurusan Sekolah
Setiap hari, murid dihantar oleh ibu bapa mereka
ke sekolah sebagai satu tanggungjawab memberi
pendidikan kepada anak mereka. Namun, murid ini
terdedah kepada pelbagai bahaya dan ancaman
keselamatan akibat kecuaian ataupun sikap memandang
enteng aspek keselamatan di sekolah. Sesebuah sekolah
yang telah mencipta nama akan menjatuhkan reputasi
sekolah dengan hanya timbulnya isu-isu berkaitan
kecuaian dan pengurusan yang tidak cekap sebagai contoh
isu salah faham ibu bapa dan guru, kecatatan fizikal
sekolah yang tidak diurus dengan baik, pengurusan hal
ehwal murid yang tidak cakna dengan persekitaran sihat
dan selamat serta isu-isu disiplin murid. Semua kategori
ini harus diurustadbir dengan baik oleh pengetua dan
guru besar.
| 94
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
a. Ibu bapa vs Guru
Melewati peranan media sosial dalam hubungan
ibu bapa dan guru, menemukan pelbagai isu yang
timbul akibat salah faham yang membawa kepada
persekitaran yang tidak memberangsangkan kepada
murid. Isu terkini yang tular di media sosial berkenaan
rakaman video seorang guru yang diarah merangkak
mengelilingi kelas oleh seorang ibu.
Situasi ini menggemparkan bidang pendidikan
di Malaysia yang telah mencalarkan imej dan profesion
guru. Kenapa situasi ini boleh berlaku? Ia adalah akibat
salah faham atau kepincangan komunikasi. Sekiranya
guru faham akan tugas dan tanggungjawab nya, denda
yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan
murid dan bukan bertujuan untuk mendenda
sebaliknya memberi teguran dan peringatan akan salah
laku mereka sebagai salah satu cara menunjukkan rasa
sayang dan prihatin kepada pembangunan potensi
murid. Di pihak ibu pula, seharusnya tindakan ini tidak
wajar diambil apatah lagi di hadapan murid- murid
yang pastinya amat menghormati guru yang mendidik
mereka. Seharusnya, perkara ini boleh dibawa
berbincang bagi memastikan maksud perlakuan guru
adalah sebagai mendidik anaknya.
Di situasi lain pula, pemikiran ibu bapa tentang
sekolah sebagai tempat menjaga anak-anak mereka
perlu diperbetulkan. Ada isu yang mana ibu bapa
merungut kepada pengurus sekolah untuk mengadakan
program sepanjang cuti sekolah supaya mereka tidak
menghadapi masalah untuk meninggalkan anak mereka
di tempat lain kerana mereka bekerja. Begitu juga
ketika sekolah diarahkan tutup kerana kuarantin atau
penyakit berjangkit, ataupun anak-anak yang sakit
95 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
diminta dibawa pulang, ada dalam kalangan ibu bapa
yang tidak berbuat demikian atas alasan tidak ada
tempat untuk ditinggalkan anak mereka kerana mereka
bekerja.
Dalam usaha mendidik, ibu bapa dan guru
masing-masing mempunyai peranan sendiri yang harus
difahami dan diambil tanggungjawab. Ibu bapa harus
menyediakan anak-anak sebelum dihantar ke sekolah
dengan kelengkapan belajar seperti buku, alat tulis,
pakaian yang kemas dan bekalan makan minum yang
mencukupi. Ini memudahkan sekolah dan guru untuk
mengurus murid di sekolah.dan meneruskan sesi
pembelajaran. Guru pula harus mengambil
tanggungjawab sebagai ganti ibu bapa sepanjang murid
berada di sekolah dengan memberi didikan dan kasih
sayang di sekolah.
Pengetua dan guru besar juga boleh memainkan
peranan sebagai penyokong aktiviti dan program yang
dirancang oleh guru-guru. Sebagai contoh, sistem
ganajran di sekolah yang tidak hanya diberi kepada
murid yang cemerlang dalam akademik sebaliknya
mereka yang turut menyumbang kepada sekolah
dengan mengharumkan nama sekolah di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan. Ganjaran kepada yang
menunjukkan prestasi yang meningkat dari aspek
akademik daripada gagal kepada lulus misalnya harus
dijadikan amalan. Selain itu, ganjaran juga harus
diberikan kepada murid yang menunjukkan
peningkatan kepada peratus kehadiran dan tingkah
laku yang lebih positif.
Jalinan mesra ini mampu menimbulkan suasana
harmonis dan ia seharusnya berlaku di sekolah bagi
| 96
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dan efektif.
b. Kerusi-Meja “Congek Cakdong”
Bilik darjah merupakan keperluan asas di
sekolah di mana murid ditempatkan dan PdPc
dilaksanakan. Dalam pengurusan persekitaran, bilik
darjah berada dalam kategori persekitaran fizikal yang
amat penting kerana murid banyak menghabiskan
masa di bilik darjah sepanjang lebih kurang 6 jam
mereka berada di sekolah. Kerap kali kerosakan kerusi
meja dilihat diabaikan atau jarang diberi pertimbangan
sebagai satu ancaman bahaya kepada keselamatan
murid.
Murid setiap hari menggunakan kerusi meja
ketika mereka berada di bilik darjah menjadikan
mereka terdedah dengan isu keselamatan fizikal yang
boleh membawa kepada terjejasnya faktor psikososial
murid. Murid tidak berasa selesa apabila kerusi yang
didudukinya terjongkit ke depan dan belakang akibat
serpih di sebelah kaki. Ada yang hujung baju selalu
tersangkut pada bekas paku pada meja dan ada juga
meja yang tiada kayu bawah ruang meletak buku-buku.
Aduan sebegini sering kita dengar dalam
kalangan anak-anak apabila mereka pulang ke rumah.
97 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Mereka bercerita dengan penuh harapan kepada ibu
bapa dan juga pada guru kelas supaya mereka
mendapat kerusi atau meja baharu. Namun, sehingga
ke pertengahan tahun dan kadang-kadang hingga tamat
tahun persekolahan, mereka masih menggunakan
kerusi meja yang sama. Ibu bapa juga melihat benda ini
sebagai benda remeh dan tidak perlu dipanjangkang
kepada guru dengan harapan guru-guru mampu
menyelesaikannya. Ia akhirnya hanya tinggal
harapan. Malang sekali, jika dalam tempoh
persekolahan, berlaku sesuatu kemalangan seperti
kerusi yang terjongkit tadi menyebabkan murid jatuh
dan tercedera atau mungkin murid-murid yang
bermain-main di kelas terhantuk pada meja yang ada
bekas paku yang tajam dan mengalami kecederaan
serius. Inilah yang orang tua-tua kata sudah terhantuk
baru nak terngadah. Impaknya reputasi sekolah akan
terjejas dek kerana sebuah kerusi dan sebuah meja
yang tidak digantikan.
Sekolah selamat didefinisikan sebagai
persekitaran sekolah yang selamat terutamanya
kepada murid yang mana mereka akan merasakan bilik
darjah mereka selamat dan kondusif untuk didiami dan
memberi ruang untuk mereka fokus kepada proses
PdPc. Lazimnya ia tidak berlaku di awal tahun kerana
empat perkara asas yang harus dipastikan disediakan
sekolah untuk setiap murid ialah bangunan, kerusi
meja, buku teks dan guru.
Sedar atau tidak, sama ada berlaku kecederaan
atau tidak, guru kelas harus sedar bahawa keadaan
tidak selesa atau malu seorang murid dengan keadaan
kerusi mejanya menyebabkan faktor psikososial
mereka terjejas. Dalam hati mereka sentiasa ada rasa
| 98
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
bimbang akan sesuatu akan berlaku di dalam kelas
dengan keadaan kerusi meja yang rosak sebegitu.
Mungkin ia kecil bagi kita, tetapi besar bagi murid-
murid. Masalah utama ang dihadapi di dalam bilik
darjah ini memberi implikasi besar kepada diri murid
dan proses pembelajarannya. Sebagaimana yang telah
dibincangkan di awal bab, faktor psikososial
merangkumi faktor emosi dan sosial murid yang pasti
terganggu. Interaksi mereka menjadi terbatas kerana
bimbang ditertawakan rakan-rakan sekelas sekiranya
mereka terjatuh dari bangku akibat kaki kerusi patah,
mereka diejek dan ditidakkan hak untuk mendapatkan
kerusi meja baru dan berlaku krisis kepercayaan
kepada guru yang menyebabkan emosi mereka
terganggu. Bagaimana seorang murid sekolah rendah
ingin menangani masalah ini? Ia tidak semudah yang
kita anggap bagi murid-murid sekecil ini. Mereka
banyak berdiam dan akur dengan keadaan tersebut.
Lebih malang lagi sekiranya mereka balik dan
mengadu kepada ibu bapa yang kurang faham situasi
sebegini. Ibu bapa akan datang pula ke sekolah dan
akan wujud ketegangan pula antara ibu bapa dan guru.
Implikasi lebih besar akan berlaku jika isu ini dibawa
sebagai usul dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
bapa dan Guru(PIBG). Maka akan timbul isu kurang
cakna, urus tadbir yang tidak cekap dan rasa kurang
senang ibu bapa terhadap pengurusan sekolah.
Tidak berapa lama dahulu, tular di media massa
dan media sosial apabila ibu bapa diminta
menyediakan sendiri kerusi meja untuk anak mereka
di awal persekolah. Ia sedikit sebanyak menjejaskan
reputasi pengurusan sekolah sekalipin dakwaan itu
tidak berasas. Perkara sebegini harus diambil serius
99 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
oleh pengetua dan guru besar agar ia tidak berulang. Di
saat pengurusan cuba membina nama sekolah dan
membangunkan murid dengan pelbagai program dan
aktiviti, ia tercalar dengan hanya satu isu yang sering
dipandang kecil. Isu ini seharusnya tidak timbul
memandangkan Standard Operating Procedure (SOP)
yang diamalkan di JPN dan PPD bagi memastikan
kerusi meja disediakan pada hari pertama
persekolahan melalui Pemantauan 1 Day 1 Bell 1
Lesson.
Proses pemantauan ini bermula pada setiap
akhir tahun iaitu langkah pengenalpastian kelengkapan
yang rosak dan perlu ditambahbaik atau diganti
sebelum berakhirnya tahun tersebut. Ia kemudiannya
diikuti dengan langkah kedua iaitu pemantauan pada
hari pertama sesi persekolahan tahun berikutnya iaitu
langkah tindak susul akan keperluan yang dinyatakan
sebelum ini sama ada ia telah dibaiki atau dibekalkan
serta harus dipastikan ia mencukupi bagi memenuhi
keperluan setiap murid.
Senario ini berbeza sekiranya ia berlaku di
pertengahan tahun persekolahan kerana kelengkapan
ini pasti mengalami kerosakan kerana penggunaan
setiap hari. Namun, langkah proaktif harus diambil
melalui guru kelas yang harus cakna keadaan
persekitaran di kelas seliaannya. Hal ini bukan hanya
tentang kerusi dan meja. Malah peralatan seperti
kelengkapan dan perabot lain harus diteliti juga seperti
pintu, tingkap, kipas, lampu, meja guru, papan putih dan
lain-lain bagi meminimakan risiko bahaya yang
mengancam keselamatan murid.
Pengetua dan guru besar harus mencadangkan
supaya pada setiap hari, guru-guru yang masuk ke bilik
| 100
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
darjah pada waktu pertama agar memastikan keadaan
kerusi, meja dan peralatan serta kelengkapan lain di
dalam kelas berada dalam keadaan baik. Sekiranya
tidak, buat laporan segera kepada Pegawai asset
sekolah untuk diambil tindakan sewajarnya.
c. Tandas BMW.
Dalam memperkasa pendidikan, tandas tidak
terkecuali untuk mendapat keutamaan dalam
pengurusannya. Ia sebagai pelengkap kepada ciri-ciri
kebersihan yang harus diutamakan oleh sekolah bagi
mendidik murid untuk cintakan kebersihan. Tandas
yang baik menjadi refleksi kepada pengurusan sekolah
yang baik. Malah persepsi tempat membuang air
adalah tempat yang kotor telah dialihkan menjadi
tempat yang ceria dan ruang yang amat selesa.
Ada sekolah yang melabelkan tandas sebagai
bilik selesa atas penerapan elemen-elemen yang baik
di dalamnya seperti peraturan menggunakan tandas,
amalan menjaga kebersihan dan penjimatan air.
Tandas BMW” telah dicanangkan sebagai tag line
kepada tandas-tandas sekolah bagi memberi satu
anjakan agar semua warga bergerak ke arah itu: B –
Bersih, M – Menarik, W – Wangi.
Guru-guru yang kreatif telah menghias tandas
bersama-sama murid-murid dengan tambah nilai
seperti stiker-stiker peringatan dan tampalan
pemandangan yang sungguh menyejukkan pandangan.
Idea luar kotak begini harus diberi pujian kerana ia
menunjukkan rasa sayang dan kekitaan terhadap
sekolah sehinggalah tandas dihias bagaikan kamar
tidur di istana.
101 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
d. Serangan Charlie
Charlie. Nama seakan-akan nama manusia.
Sekolah berasrama pastinya tidak asing dengan Charlie.
Charlie adalah dari keluarga semut yang amat
berbahaya dan kesan terkena cecair toksik pada
badannya boleh mengakibatkan kulit menjadi melecur
dan merah.
Kebiasaannya, serangga ini ditemui di kawasan
yang mempunyai takungan air seperti paya, sawah
padi, ladang-ladang dan ia jenis yang mudah membiak
di tumbuhan reput atau kayu- kayu lama seperti katil-
katil lama atau perabot-perabot lama yang terbiar.
Kes Charlie ini telah banyak dilaporkan berlaku
di sekolah dan mengamcam keselamatan dan kesihatan
murid. Persekitaran yang tidak sihat ini pasti
menjejaskan kesihatan dan proses pembelajaran murid
dan kadang-kadang murid terpaksa dihantar ke
hospital akibat kesan melecur dan radang pada kulit
yang serius.
Dalam keadaan yang genting, pengetua dan
guru besar seharusnya mengambil tindakan yang bijak
sebagaimana keadaan yang sedang dialami oleh
Malaysia dan seluruh dunia dengan serangan Virus
Covid-19 yang boleh membawa maut. Walaupun
Charlie bukanlah satu virus yang merebak
sebagaimana Covid-19, tetapi langkah-langkah
pencegahan harus diambil bai mengelakkan lebih
ramai murid yang menderita akibat serangan Charlie
ini yang akhirnya akan menjadtuhkan reputasi sekolah.
| 102
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Keratan akhbar tempatan berkaitan kes
Serangan Charlie. Antara langkah awal yang boleh
diambil ialah:
1. Melupuskan tilam dan perabot-perabot lama sebagai
tindakan menghapuskan tempat pembiakan Charlie
dan perumahnya.
2. Mengenal pasti dan meratakan kawasan-kawasan
air bertakung, atau mempunyai permukaan tanah
yang tidak rata yang boleh menakung air sekiranya
hari hujan.
3. Membuat proses nyah serangga atau pest-control
secara berkala khususnya kepada sekolah
berasrama harus sentiasa membuat permohonan ini
4. Memberi kesedaran kepada murid akan bahaya
ancaman Charlie dan kesannya kepada mereka
5. Memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga
kebersihan diri dengan kerjasama Kementerian
Kesihatan Malaysia.
6. Membuat demonstrasi mengemas dan memeriksa
tempat tidur bersama-sama dengan murid.
Langkah membasmi pasti membuahkan satu
impak yang lebih berkesan, walau tidak 100%
menghapuskannya, sekurang-kurangnya mengurangkan
103 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
risiko penyakit kulit yang serius yang boleh
mempengaruhi mood pembelajaran murid dan pretasi
mereka. Yang penting, setiap pihak jangan ambil mudah
andai meneriam aduan pelajar tentang kewujudan
Charlie dan simptom-simptom awal.
Pengetua dan guru besar harus bertindak secara
proaktif dalam menangani masalah prasarana,
infrastruktur dan juga berkenaan isu-isu keselamatan
dan kesihatan murid. Mempercayai bahawa langkah
mencegah lebih baik dari mengubati adalah tindakan
yang bijak. Pengurus sekolah yang efektif adalah seorang
yang sentiasa peka, cakna dan sentiasa berwaspada akan
sebarang ancaman bahaya terhadap murid dengan
mengambil tindakan segera sebarang kerosakan fizikal,
ancaman keselamatan daripada haiwan berbisa serta
ancaman masalah disiplin dalam kalangan pelajar dan
juga ancaman keselamatan akibat kecuaian. Hal ini bagi
memberi keyakinan kepada murid bahawa mereka akan
berasa selamat dan selesa sepanjang mereka berada di
sekolah sebagaimana mereka merasa selamat dan selesa
berada di rumah. Ia boleh mempengaruhi pemikiran
murid supaya sentiasa tenang dengan keadaan
persekitaran dan seronok untuk belajar dengan
persekitaran yang memberangsangkan.
3. Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Kemenjadian
Murid Dan Prestasi Sekolah
PPPM (2013-2025) telah menjadi satu naskhah
panduan pendidikan di Malaysia yang berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke aras memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
| 104
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mewujudkan insan yang seimbang dna harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”
Perkara ini dapat dilihat melalui 6 Aspirasi Murid
yang telah di nyatakan secara jelas dalam PPPM (2013-
2025):
a. Murid yang mempunyai pengetahuan
b. Murid yang mempunyai kemahiran berfikir
c. Murid yang mempunyai kemahiran memimpin
d. Murid yang mempunyai kemahiran dwibahasa
e. Murid yang mempunyai Etika dan Kerohanian
f. Murid yang mempunyai identiti nasional
Fokus pembentukan kemenjadian murid telah
dinyatakan dengan jelas iaitu bukan sahaja melihat
kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga
pencapaian dalam bidang ko- kurikulum, perkembangan
intelektual, pembangunan sahsiah dan jati diri murid.
Program dan aktiviti pembangunan potensi murid
hendaklah dijalankan meliputi semua aspek dan pelrulah
disokong dnegan persekitaran pembelajaran yang kondusif
bagi melahirkan modal insan yang mempunyai daya saing
yang tinggi.
Penglibatan yang menyeluruh dalam warga sekolah
ke aras persekitaran pembelajaran yang merangsang
murid untuk belajar meruapakan usahasarna yang
bersepadu. Sekolah sebagai pusat pendidikan dan
penyebaran ilmu, peranan pengetua dan guru besar
merupakan satu elemen penting dalam mencapai tahap
yang terbaik yang mencermin murid yang dihasilkannya.
105 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Kesatuan antara pengurus sekolah, guru, murid,
ibu bapa dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran
yang baik menampakkan ia sebagai daya penarik yang
menyumbang kepada kesama rataan akses pendidikan
kepada semua murid dalam menguasaii ilmu dan potensi
diri mereka.
Persepsi tentang pengurusan persekitaran sekolah
ini adalah terletak kepada satu-satu pihak sahaja seperti
hanya urusan pengetua dan guru besar atau kakitangan
kebersihan atau tugas guru adalah tidak tepat. Malah ia
menafikan acuan holistik dan sekolah adalah
tanggungjawab bersama yang bertepatan dengan aspirasi
murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025) yang menerapkan nilai murni dalam
kalangan individu-invididu yang terlibat dengan
pendidikan khususnya warga di sesebuah sekolah.
Usaha ini telah membuktikan bahawa, faktor
persekitaran mempengaruhi kemenjadian murid dan
seterusnya prestasi sekolah dan menepati sasaran
instrumen kualiti pendidikan yang diguna pakai kini iaitu
SKPMg2 malah ia mampu maju jauh melangkaui kehendak
instrumen. Sebagai nilai tambah, inovasi fizikal seperti
taman, ruang belajar yang ceria serta inovasi program
seperti sistem ganjaran, pengajaran yang berpusatkan
murid, aktiviti akan menguatkan jati diri murid agar
menyayangi sekolah. Murid akan terbiasa dengan budaya
positif ini dan mengurangkan kadar ketidak hadiran, isu
sampah merata-rata dapat diselesaikan, tidak timbul isu
buli, gejala sosial yang menular dalam kalangan murid-
murid dewasa ini turut dapat dibendung.
Penyediaan dan pembangunan fizikal yang
strategik dan teratur dari aspek keindahan, keceriaan
luaran dan dalaman sekolah dengan warna dan ruang
| 106
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
yang menarik dan sesuai dengan tujuan pendidikan
menyumbang kepada persekitaran psikososial dan
mempengaruhi minda pelajar serta warga sekolah untuk
terus berada di satu anjung ilmu tempat di mana
pembelajaran menjadi satu yang menarik dan
menghiburkan.
Sudah pastinya, implikasi yang besar akan berlaku
di sekolah dengan gerakan bersepadu ini. Murid-murid
akan tertarik untuk hadir dan terus berada di sekolah.
Mereka akan mencuba untuk melibatkan diri secara aktif
di dalam aktiviti pembelajaran yang dirancang guru,
bahkan akan turut bergiat dalam pelbagai bidang lain.
Guru-guru dan ibu bapa pasti teruja dengan keadaan ini
dan pasti memberi sepenuh sokongan akan
perkembangan positif ini. Ibu bapa tidak lagi ragu-ragu
untuk menempatkan anak-anak mereka di sini. Sebaliknya
meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sekolah untuk
menggilap potensi anak mereka yang kelak menjadi aset
negara. Pengetua dan guru besar perlu terus
memainkan peranan setelah semua isu dapat ditangani
bersama-sama kini tiba masanya untuk fokus kepada
pembangunan potensi murid. Galakkan guru untuk
memberi ruang kepada murid-murid dengan pelbagai
aktiviti luar bilik darjah. Carilah ruang dna peluang untuk
mereka membawa produk mereka ke peringkat yang lebih
tinggi, negeri, kebangsaan dan seterusnya antarabangsa.
Banyakkan membina jalinan dan jaringan dengan
pelbagai agensi untuk mencipta lebih banyak kejayaan
dan melakar pelbagai sejarah tersendiri semasa dalam
perkhidmatan. Nah, hasilnya! Sekolah ini pasti akan
dijulang dan akan menerima penghargaan atas usaha
keras ini yang bukan sahaja diiktiraf di peringkat negara
tetapi di persada antarabangsa.
107 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
F. Rumusan
Mengurus persekitaran sekolah yang cemerlang
merupakan satu cabaran yang arus didepani oleh pengetua dan
guru besar selaku pengurus sekolah antaranya kekangan masa,
kekangan tenaga kerja, kesediaan dan mind set guru- guru dan
kakitangan, sumber yang terhad dan sokongan ibu bapa serta
masyarakat setempat. Namun, kesukaran ini adalah bermula di
minda pengetua dan guru besar kerana kisah pembangunan,
perubahan dan kemajuan bukanlah an overnight story. Ia
merupakan satu keupayaan fizikal dan intelektual semata- mata
dan sebahagian besarnya adalah bertitik tolak kepada
pemikiran, persepsi dan tanggapan diri sendiri. Pengurus yang
bijak adalah yang mampu melihat semua perkara dari sudut
pandang yang positif dalam mengurus persekitaran pendidikan.
Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pernah
menggunakan frasa ‘Moving forward’ yang telah menjadi
penggerak kerja buat warga pendidik yang kini terbukti
pendidikan di Malaysia telah melangkau jauh ke hadapan dari
pelbagai aspek. Namun, masih terdapat kelompangan untuk
ruang penambahbaikan di masa akan datang untuk semua
frontliners pendidikan sama-smaa fikirkan. Melalui satu frasa
yang diuar-uarkan, pendidikan di Malaysia telah melalui satu
dimensi baru dengan melihat persekitaran sebagai salah satu
faktor utama dalam landskap kemenjadian murid.
Seorang guru besar telah berjaya mengubah mindset
kemenjadian murid yang dibuktikan melalui transformasi
persekitaran sekolah. Persekitaran fizikal yang ditambah baik
melalui keceriaan telah membawa kepada persekitaran
psikososial yang positif. Jati diri dan rasa sayang kepada
sekolah (sense of belonging) akan timbul secara sendirinya
dalam kalangan warga sekolah tanpa dipaksa.
Murid-murid seronok hadir ke sekolah, guru-guru teruja
untuk merancang PdPc mereka dan mencipta taman-taman mini
| 108
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
sebagai ruang untuk murid belajar. Kaki tangan sama ada kaki
tangan tetap atau kontrak swasta turut sama-sama
menunjukkan rasa sayang mereka kepada sekolah dengan
menyokong kerja-kerja kebersihan dan penyelenggaraan untuk
mengekalkan apa yang telah mereka hasilkan bersama-sama.
Hasilnya, ibu bapa juga akan turut serta seiringan
dengan hasrat sekolah, menyokong program dan aktiviti yang
dirancang dengan keinginan menghantar anak ke sekolah,
memberi sumbangan wang ringgit dan tenaga mereka kepada
sekolah. Impaknya, graf kehadiran murid meningkat ke
peratus. Ia sekaligus mendorong kepada PdPc berkesan kerana
kehadiran di dalam kelas menghampiri purata 96%, iaitu
melepasi Key Performance Index (KPI) jabatan. Selain beberapa
pencapaian lain yang amat memberangsangkan bagi sebuah
sekolah di pedalaman yang mempunyai sumber yang terhad
tetapi kekuatan dan peluang yang telah dimanipulasi secara
efektif telah membuahkan hasil yang mengujakan.
Pendidikan hari ini menuju ke satu transformasi
pendidikan yang tidak lagi meletakkan pencapaian akademik
sebagai agenda utama tetapi murid berkualiti adalah
keberhasilan yang diutamakan melalui penguasaan ilmu yang
boleh diaplikasikan dalam realiti kehidupan. Peperiksaan
sumatif di peringkat awal pendidikan tidak lagi dijadikan kayu
ukur kemenjadian murid.
Maka pengurus sekolah harus yakin dan percaya usaha
dan inisiatif memperkasakan persekitaran pembelajaran
berkualiti merupakan teras kepada pendidikan berkualiti di
sekolah serta faktor penarik utama yang menyumbang kepada
pembangunan murid. Selaku pengurus sekolah, pengetua dan
guru besar seharusnya bersama-sama turun padang, menjadi
role- model melalui amalan lead-by-example dalam merancang
dan mengurustadbir persekitaran sekolah, bukan hanya
109 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
memberi arahan untuk dilaksanakan oleh guru-guru dan
kakitangan sekolah.
Namun, dalam mengurus persekitaran sekolah
iniseorang pemimpin juga haruslah tidak mengharapkan
pengemudiannya a smooth sailing, malah harus bersedia
menghadapi cabaran dan perubahan mengikut peredaran
masa bagi memastikan persekitaran yang dibangunkan
sentiasa memenuhi keperluan pendidikan semasa. Semua
pengetua dan guru besar harus yakin dan percaya bahawa
mengurus persekitaran sekolah salah satu langkah yang bijak
dalam mencapai matlamat utama sekolah dan selaku master
mind of the whole game, mereka harus sentiasa berani mencuba
mengadaptasi model dan kerangka pengurusan persekitaran
pendidikan yang telah terbukti keberhasilannya, serta
mengendalikan sekolah bersama-sama barisan penolong kanan
yang berwibawa melalui usaha pengupayaan mereka dalam
mencapai satu matlamat yang sama.
Usaha menyediakan persekitaran yang
memberangsangkan ini harus diteruskan. Jika kita tidak mampu
menjadi meranti yang gah berdiri walau hujan melanda,
marilah kita menjadi pokok-pokok renek yang cantik memagari
lereng-lereng bukit, jika kita tidak mampu menjadi pohon
jagung yang melangit, berusahalah untuk menjadi keledek yang
membumi. Kerana murid kita punyai hak untuk mendapatkan
persekitaran yang bersih, ceria dan selamat dalam menggilap
mereka menjadi benih berharga buat kita. Tercampak ke dalam
bumi menjadi permata, tercampak ke laut menjadi pulau,
terlontar ke angkasa menjadi bintang bergemerlapan.
| 110
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
BAB III
PENGURUSAN PENGUPAYAAN PELAJAR
Ramlah Ismail
A. Pengenalan
Kecemerlangan pelajar adalah tujuan utama setiap
institusi Pendidikan samada sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. Namun terdapat pelbagai cabaran kerana
kepelbagaian aras pelajar di sekolah. Dalam akademik terdapat
pelajar yang cemerlang dan pelajar yang kurang cemerlang.
Pengurusan pengupayaan pelajar merupakan satu
tanggungjawab yang besar yang harus dipikul oleh para
pengurus di sesebuah sekolah kerana melibatkan masa depan
seseorang murid yang bersifat ketidakupayaan dalam
pembelajaran yang disertai oleh kecelaruan emosi dalam
pembelajaran. Murid-murid yang dikategorikan sebagai tidak
berupaya dalam pembelajaran ini mereka memerlukan bentuk
program pembelajaran yang dirangka khas dalam kalangan
murid-murid di sekolah-sekolah biasa. Perjalanan pengajaran
kepada mereka perlu dirancang dan disusun dengan rapi
berdasarkan aspek kelemahan mereka.
Di sini jelas dilihat bahawa di setiap sekolah terdapat
murid-murid yang lemah dalam pembelajaran. Antara
kelemahan ketara yang boleh dilihat ialah masalah
pembelajaran murid dalam menguasai kemahiran membaca
menulis dan mengira. Murid-murid yang bermasalah dalam
pembelajaran ini perlu kepada program yang khusus untuk
mereka pulih dan setanding dengan murid-murid lain. Cara dan
corak pembelajaran mereka melalui beberapa kaedah yang
khusus. Proses pengajaran dan pembelajaran mereka
menggunakan kurikulum yang khusus dan diubahsuai dengan
menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk
111 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang
dimudahkan serta disampaikan dengan teratur.
Proses pembelajaran mereka dikendalikan oleh
kakitangan ikhtisas (profesional) yang terdiri daripada guru
pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial dan pihak-
pihak lain yang berkaitan bertujuan untuk membantu murid-
murid yang bermasalah dalam pembelajaran.
1. Matlamat Pendidikan Di Malaysia
Pendidikan merupakan nadi pembangunan
sesebuah negara. Tanpa sistem Pendidikan yang mantap
sesebuah negara dianggap sebagai negara yang gagal
dalam membentuk dan melaksanakan tanggungjawab
kepada rakyatnya. Pendidikan yang sempurna dilihat
sebagai suatu proses untuk membentuk insan yang
cemerlang serta menjadi tonggak kemajuan. Sama ada
kemajuan individu, masyarakat mahupun negara.
Insan yang berpendidikan sempurna adalah lebih
baik jika dibandingkan dengan insan yang tidak mendapat
Pendidikan. Kesempurnaan dan keberkesanan di dalam
sistem Pendidikan adalah bergantung kepada sistem yang
teratur berlandaskan matlamat,visi,misi,peraturan dan
undang-undang. Di Malaysia telah digubal satu falsafah
Pendidikan yang seragam untuk semua bangsa dalam
sebuah negara yang berdaulat.
Falsafah pendidikan dalam sistem pendidikan
Malaysia dinamakan Falsafah Pendidikan Negara
sebagaimana berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembang lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
| 112
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”.
Namun pada ahkir tahun 1990an pernyataan
falsafah ini disemak semula dan diperkemaskan dikenali
sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagaiaman
berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”.
Untuk mencapai pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Kementerian Pendidikan telah merangka
satu sukatan pelajaran bagi setiap subjek yang diajar di
sekolah. Untuk Bahasa Melayu dinamakan Sukatan
Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa
Melayu untuk digunakan di sekolah rendah, manakala
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) Bahasa Melayu untuk kegunaan di
sekolah menengah. Dalam sukatan berkenaan digariskan
satu matlamat pendidikan, iaitu;
113 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah
rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan ini untuk memperoleh ilmu,
perhubungan sosial, dan urusan harian.
Sukatan Pelajaran
a. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada
perubahan yang dilakukan oleh Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar
Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian
yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini
terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut
mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang
perlu diatasi. Maka Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983.
Pada tahun 1993 Kurikulum Baru Sekolah
Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun hanya
perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan
kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya.
Antara objektif penting pembentukan KBSR
yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat
menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan
baik dan memuaskan. Bermula tahun 2011 semua
sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang
dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR).
Kurikulum ini akan dijalankan secara
berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1
2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan
| 114
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
permintaan semasa yang menuntut modal insan yang
lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju
dan canggih kini.
Transformasi kurikulum ini digubal berasaskan
dua standard utama, iaitu pertama: Standard
Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu
penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan.
KSSR ini telah dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum ini juga bersifat
holistik, tidak terlalu akademik dan tidak
membebankan murid. Selain itu, kurikulum ini juga
menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum
untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka
menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya
dalam kehidupan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan
KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan
memastikan ianya relevan dengan keperluan
pendidikan semasa.
Jika diperhatikan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan secara keseluruhannya dapat dinyatakan
di sini bahawa :
1. Pendidikan adalah suatu usaha berterusan
bermaksud, proses pendidikan sentiasa berlaku
dalam diri seseorang tanpa mengira masa dan
keadaan. Agama Islam terlalu menitikberatkan
proses pendidikan dengan mementingkan adab
dan nilai budaya yang tinggi. Islam berpendapat
115 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
proses pendidikan kanak-kanak bermula di alam
kandungan sehingga manusia dilahirkan di dunia
ini. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa mereka
melalui alam persekolahan sehingga tamat di alam
persekolahan. Walaupun begitu sebagai manusia
biasa kita masih dituntut untuk terus belajar
sepanjang masa untuk meningkatkan pengetahuan,
kematangan dan kepakaran.
2. Perkembangan Potensi Individu secara Menyeluruh
dan Bersepadu pula bermaksud manusia adalah
insan yang diciptakan oleh Allah S.W.T dalam
bentuk yang sebaik-baiknya, yang mempunyai
potensi untuk maju. Setiap orang diberi kelebihan
potensi individu yang tersendiri yang perlu
digerakkan. Antara matlamat pendidikan di dalam
bahasa melayu adalah melengkapkan murid dengan
ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi. Bahasa
merupakan salah satu alat untuk menggerakkan
potensi individu. sistem pendidikan di Malaysia
memberi peluang secukup dan sama rata kepada
semua individu untuk memajukan dirinya.
Hal ini banyak ditegaskan sebagai Objektif
Pendidikan misalnya, mengembangkan kekuatan
imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur,
membaca dan menulis; atau mengenali dan
menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk
kreatif dan berunsur pengetahuan dengan
menggunakan kemahiran menulis serta proses
penulisan yang sesuai dan betul.
Sesetengah individu mempunyai bakat dan
keupayaan untuk memajukan dirinya. Namun bakat
dan keupayaan itu tidak mampu digerakkan
| 116
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
sendirian melainkan perlu sokongan daripada
individu-individu lain. Maka guru dan masyarakat
perlu berganding bahu mencungkil, memupuk,
memperkembangkan dan mempertingkatkan bakat
dan keupayaan individu seseorang.
3. Insan yang seimbang dan harmonis intelek, rohani,
emosi dan jasmani bermaksud keadilan dan
keperluan pendidikan yang sewajarnnya perlu
diberi perhatian kepada semua manusia dengan
mengira aspek pertumbuhan akal, perkembangan
sahsiah yang sihat dan bersepadu. Harmonis pula
bermaksud adanya keserasian antara perrtumbuhan
dan perkembangan fizikal dengan perkembangan
rohani.
Di sini dilihat bahawa bagi insan yang
diciptakan dalam keadaan yang kurang keupayaan
tidak dinafikan hak mereka utuk mendapat
pendidikan yang setaraf dengan orang lain. Setiap
manusia diciptakan dengan watak jatidiri tersendiri.
Sebagai warga malaysia seharusnya sistem
pendidikan melahirkan watak yang sesuai dengan
agama, adat dan sosio budaya malaysia dengan
menyedari adanya pencipta, mengamalkan sikap
bertanggungjawab kepada agama, memupuk dan
membina disiplin diri dan tingkahlaku yang sopan
dan membentuk akhlak yag mulia. Kesihatan emosi
juga amat penting kerana kesihatan emosi boleh
mempengaruhi kesihatantubuh badan.
4. Berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Setiap warga Malaysia mempunyai
kepercayaan dan pegangan agama yang tersendiri
mengikut kaum. Manusia yang beragama menjadi
tonggak kedamaian kerana manusia yang patuh dan
117 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
percaya kepada Tuhan akan menjaga keamanan
dan keharmornian dalam masyarakat
5. melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Pendidikan yang diberikan kepada setiap
warganegara adalah bukti kesedaran kerajaan dalam
melahirkan insan yang berilmu dan berdaya saing.
Mempunyai kecekapan dan berkebolehan dalam
melaksanakan tanggungjawab dan hasilnya mampu
memuaskan pengguna. Akhlak dan moral merupakan
perkara yang sangat penting. Insan yang berakhlak
akan dihormati dan dipandang mulia oleh orang
lain. Mereka yang berakhlak sentiasa mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap perbuatan baik dan
perbuatan yang buruk.
Sikap bertanggungjawab juga merupakan salah
satu ciri yang dituntut oleh agama. Insan yang
bertanggungjawab mampu membina keyakinan diri,
masyarakat dan negara. Manakala kesejahteraan diri
pula meliputi kesejahteran fizikal dan mental.
Kesihatan fizikal boleh diukur dengan keceriaan dan
kelincahan diri manakala kesihatan mental pula
meliputi pemikiran dan perlakuan yang harmonis.
Setiap rakyat Malaysia berperanan untuk memberi
sumbangan ke arah keharmonian, kemakmuran dan
pembinaan masyarakat dan negara.
Di sini dapat dinyatakan bahawa kerajaan
Malaysia bersungguh-sungguh untuk memajukan
rakyat dan negara melalui pelbagai dasar dan
| 118
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
perancangan termasuklah pembinaan falsafah
Pendidikan dan kurikulum pembelajaran di sekolah.
Usaha ini digerakkan seawal usia dalam pelbagai
bidang yang bersesuaian dengan kebolehan diri
masing-masing. Jika dasar yang telah diwujudkan ini
dapat dilaksanakan sepenuhnya. Semua rakyat akan
mendapat hak Pendidikan yang sepenuhnya tanpa
mengira bentuk dan fizikal dan keupayaan mereka.
Jika kita sebagai rakyat Malaysia sedar dan berganding
bahu dalam melaksanakan dasar ini. Kita mampu
untuk membangunkan negara dengan menyediakan
anak-anak dengan Pendidikan yang sempurna
bermula di rumah, sekolah seterusya institusi
Pendidikan Tinggi. Masalah pengurusan pengupayaan
pelajar dapat diatasi dan keciciran dalam
pembelajaran mungkin dapat dielakkan.
2. Dasar dan Program Pendidikan Pemulihan
Pendidikan pemulihan adalah satu proses di mana
kanak-kanak dengan masalah pembelajaran dan murid-
murid yang lemah di sekolah rendah khususnya diberi
alternatif praktikal dan pendekatan yang berkesan untuk
mengatasi masalah pembelajaran. Fokus utama adalah
kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Mereka melalui proses pengajaran khas yang dirangka
dengan satu pendekatan yang lebih berkesan dan
praktikal dalam kalangan murid-murid di sekolah-
sekolah biasa.
Murid-murid ini dibimbing oleh para guru yang
terlatih dalam bidang ini bertujuan untuk meningkatkan
taraf pencapaian mereka dan tidak terus ketinggalan
dalam proses pendidikan di sekolah serta setaraf dan
seiring dengan murid-murid normal. Pengajaran
119 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
pemulihan juga dilihat sebagai satu bentuk pengajaran
yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat
ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan
emosi.
Pendidikan pemulihan dilihat sebagai satu bentuk
pendidikan untuk membetulkan sesuatu kekurangan
yang dikenalpasti dalam kalangan murid-murid. Konsep
pemulihan KBSR dilaksanakan dalam kelas biasa
mengikut matapelajaran yang tertentu. Kelas pemulihan
biasanya berbeza daripada kelas biasa. Aktiviti yang
dijalankan juga fokus kepada kelemahan murid. Mereka
belajar di dalam suasana kelas yang kondusif dan
mempunyai kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan
perubahan kepada murid-murid untuk mengatasi
kelemahan mereka.
Konsep pendidikan pemulihan adalah
berdasarkan diagnosis tahap kelemahan dan masalah
yang dihadapi oleh murid-murid. Sebelum mereka
mengikuti kelas pemulihan mereka perlu mengikuti
prosedur-prosedur yang telah ditetapkan seperti
mengenalpasti dan membuat penilaian awal ke atas
mereka. Fokus utama Pendidikan pemulihan ini adalah
untuk memastikan semua murid tahap satu menguasai
kemahiran asas 3M seperti yang terdapat dalam buku
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan
Pemulihan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pendidikan pemulihan ini dilihat sebagai alternatif
untuk murid-murid yang bermasalah dalam
pembelajaran dan membebaskan diri mereka dari
dibelenggu masalah tersebut. Ini bermakna pendidikan
pemulihan mempunyai tempoh masa yang tertentu,
bukan sepanjang hayat mereka. Setelah mereka
menguasai kemahiran asas 3M mereka akan menjalani
| 120
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
proses pembelajaran di arus perdana bersaing dengan
rakan-rakan mereka bagi mencapai tahap kompetensi
yang terbaik.
Program Pendidikan pemulihan bermula di
Amerika Syarikat apabila seorang kanak-kanak autistik
berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik di sekolah
rendah, menengah, berjaya memperolehi ijazah dan
bekerjaya. Pada 29 November 1975 Kongres Amerika
Syarikat telah meluluskan Public Law 94-142. Undang-
undang ini menetapkan individu yang berumur di antara
3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma
dalam persekitaran yang tidak menghalang
perkembangan mereka. Kanak-kanak bekeperluan khas
dibenarkan belajar bersama kanak-kanak biasa.
Sekiranya mereka tidak menunjukkan kemajuan dalam
kelas biasa, mereka akan ditempatkan di dalam kelas
khas. Pada tahun 1990 Undang-undang ini diperluaskan
di bawah akta dinamakan Individuals With Disabilities
Education Act (IDEA).
Antara yang ditekankan dalam undang-undang ini
ialah penyediaan Pendidikan percuma dan bercorak
awam yang sesuai untuk kanak-kanak yang bekeperluan
khas. Mereka boleh belajar di dalam sekolah awam biasa
dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Pendidikan ini
dikenali sebagai “pendidikan inklusif”. Bentuk penilaian
mereka hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada
pada kanak-kanak bekeperluan khas disesuaikan dengan
kecacatan, kekurangan atau kelainan upaya mereka. IDEA
dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana
pendemokrasian Pendidikan diperkemas. Akta ini juga
dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan Pendidikan
khas di negara-negara lain termasuklah negara Malaysia.
121 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Di Malaysia Program Pendidikan Pemulihan Khas
dilaksanakan di dalam kelas khas yang murid-muridnya
dipilih dari kelas-kelas biasa dan dikelolakan oleh para
guru yang terlatih dalam pendidikan pemulihan khas.
Guru-guru yang terlibat dengan Pendidikan pemulihan
khas perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dengan rajin, tekun, bersemangat dengan bahan bantu
mengajar yang menarik dan sesuai beasaskan model
pengajaran tertentu. Murid-murid yang terpilih akan
hadir ke kelas pemulihan khas pada waktu tertentu
untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran berkaitan
pemulihan Bahasa Melayu (membaca dan menulis)
matematik (mengira). Pada waktu mata pelajaran yang
lain murid- murid akan mengikuti pembelajaran di kelas
biasa.
B. Masalah Dalam Pembelajaran
Terdapat banyak ciri-ciri yang dapat dilihat pada murid-
murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Pemerhatian pada
ciri-ciri ini mungkin dapat menolong pakar diagnostik dan para
guru dalam mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mereka.
Antara ciri-cirinya ialah:
BIL Ciri-ciri Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran
1 Ciri-ciri Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak
fizikal ini tidak banyak berbeza dengan kanak-
kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-
kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental
yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah
lebih kecil bentuk badan berbanding dengan
kanak-kanak biasa.
| 122
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
2 Ciri-ciri Terdapat kelewatan dalam perkembangan
intelek kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang
tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di
sekolah. Sebagai contohnya, mereka mempunyai
rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang
pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan
berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan
keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak
bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan
kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya
dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang
dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun
pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.
3 Ciri-ciri Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau
sosial kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah
dan kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang
peribadi berulang-ulang hasil daripada pengharapan
masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai
dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai
mereka tidak selaras dengan tingkah laku kanak-
kanak biasa. Minat mereka adalah selaras
dengan kanak-kanak yang mempunyai mental
yang sama dengan mereka.
1. Antara Jenis-Jenis Masalah Pembelajaran
BIL JENIS-JENIS MASALAH PEMBELAJARAN
1 Disleksia Dalam kalangan muri-murid yang
Dyscalculia (Dislakulia) menerima Pendidikan biasa di
Dysgraphia (Disgrafia) sekolah wujudnya golongan murid-
Dyspraxia (Dispraksia) murid yang tidak mempunyai
kemahiran bahasa, bacaan, menulis
dan ejaan yang setaraf dengan
intelek mereka.
Disleksia merupakan masalah dalam
pembelajaran termasuklah
kesukaran mengenal huruf,
membaca, menulis, mendengar.
Masalah ini bukanlah satu penyakit
dan ia tidak memerlukan ubat untuk
123 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mengubatinya, sebaliknya dengan
dengan program Pendidikan yang
sesuai masalah ini dapat
dikurangkan.
Disleksia juga bukan disebabkan
oleh kecerdasan yang lemah dalam
penglihatan tetapi mereka tidak
mengecam sesuatu dalam keadaan
terbalik. Disleksia menghuraikan
sesuatu yang berlainan di dalam
otak mereka dan ini adalah
pemberian Tuhan yang terus
berkembang dalam diri seseorang
dengan cara yang berlainan.
Disleksia melibatkan orang dari
pelbagai latar belakang tanpa
mengira umur, jantina atau bangsa.
Disleksia biasanya boleh
diperturunkan daripada ibu bapa
kepada kanak- kanak.
Perkataan “disleksia” (dyslexia)
bermaksud kesukaran menggunakan
perkataan. Terdapat juga beberapa
istilah yang berkaitan dengan
Disleksia antaranya ialah:
Dyscalculia (Dislakulia) iaitu
seorang Disleksia yang bermasalah
dalam pengiraan atau matematik
Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang
disleksis yang bermasalah
dalam bahasa.
Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang
disleksis yang bermasalah dalam
ko ordinasi moto-mata-tangan
Disleksia boleh dikategorikan
kepada tiga bahagian iaitu;
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi
ialah untuk mengingat dan
mengenal abjad serta konfugirasi
perkataan. Simbol-simbol perkataan
yang dicetak juga sukar untuk
| 124
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
diterjemahkan. Kemungkinan untuk
melihat abjad-abjad tertentu atau
sebahagian perkataan adalah secara
terbalik.
Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat
bunyi abjad, menganalisis bunyi
mengikut suku kata perkataan dan
menyusun atau menggabungkan
suku kata bagi menyembunyikan
perkataan. Bunyi percakapan yang
tuturkan secara halus juga tidak
dapat dibezakan. Masalah untuk
membezakan bunyi vokal dengan
konsonan juga dihadapi oleh
disleksia auditori.
Disleksia visual-auditori Kesukaran
membaca yang amat teruk dan ini
disebabkan oleh kelemahan untuk
memproses tulisan secara visual dan
audio.
Antara punca-punca disleksia ialah :
Keturunan atau genetik Terdapat
kajian yang dijalankan telah
membuktikan bahawa disleksia di
sebabkan oleh faktor kromosom
yang boleh diperturunkan turun
temurun. Terdapat juga kes di dalam
sebuah keluarga yang terdiri
daripada beberapa orang yang
mempunyai masalah disleksia
mengikut tahap yang tersendiri.
Biologi Antara faktor yang
menyumbang kepada masalah
disleksia ialah kanak- kanak yang
dilahirkan pra matang, kekurangan
oksigen semasa dilahirkan atau
kelahiran yang sukar. Faktor ini
menjadi punca ketidaksempurnaan
perkembangan seseorang kanak-
kanak.
125 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
2 Autisme Kematangan Wujud juga kanak-
kanak yang lambat dalam
perkembangan pada bahagian
tertentu dalam sistem saraf mereka.
Kelewatan ini menjadi
kemungkinan punca disleksia.
Terdapat ciri-ciri tertentu dalam
mengenali kanak-kanak yang
mempunyai masalah disleksia ini.
Semua ciri ini boleh dibahagikan
kepada beberapa peringkat. Pada
peringkat pra sekolah kebiasaannya
kemahiran bertutur agak lambat dan
sukar untuk memahami sebarang
arahan. Kemahiran motor kasar dan
motor halus yang lemah.
Pada peringkat sekolah rendah pula
antara umur 6 hingga 9 tahun
mereka juga mempunyai kemahiran
membaca, menulis, mengeja yang
lemah dan suka menterbalikkan
perkataan huruf dan nombor.
Manakala pada peringkat umur 9
hingga 12 tahun pula, mereka sukar
mengikuti arahan, kesilapan
membaca mengeja dan lemah dalam
kefahaman. Kurang keyakinan dan
menghadapi masalah tekanan jiwa.
Jika di peringkat sekolah menengah
pula mereka sukar membaca dan
keliru dengan perkataan dan ejaan
yang tidak konsisten. Kesukaran
dalam menulis karangan, Keliru
dengan nombor-nombor, bercakap
dengan nada yang kuat atau
menjerit, kurang kemahiran
bersosial dan tidak mempuyai ramai
kawan.
Autisme adalah satu kekurangan
dan kesanya boleh dilihat dalam
masa 30 bulan yang pertama
seseorang bayi. Komunikasi antara
| 126
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
3 Cerebral Palsy mereka adalah terbantut dan
4 Sindrome Down mereka tidak dapat berhubung
secara langsung. Mereka juga
5 Hiper Aktif mempunyai masalah tingkahlaku.
127 | Namun terdapat juga Individu
autisme mempunyai kelebihan
intelek yang luas. Kadang-kadang
mereka menunjukkan kelebihan
dalam bidang-bidang yang tertentu
seperti matematik, kemahiran
mekanikal, seni muzik dan lain-lain.
Serebral palsy adalah gangguan
terhadap pengendalian fungsi
neurologi motor disebabkan
kerosakan pada otak yang sedang
berkembang. Ia adalah kecacatan
yang memberi kesan terhadap
bentuk muka, pergerakan dan
kemahiran. Berlaku kesukaran
bergerak kerana tidak dapat
mengkoordinasi badan.
Sindrom Down merupakan
kecacatan genetik disebabkan oleh
kehadiran sebahagian atau
kesemua kromoson 21. Keadaan
ini bercirikan oleh gabungan
perbezaan besar dan kecil pada
stuktur badan. Akibat daripada
Sindrom down ini termsuklah
terencat akal, masalah ringan
pertuturan dan perkembanngan
motor yang lambat. Kanak-kanak ini
juga mempunyai tahap IQ yang
rendah antara 30 hingga 80.
Kanak-kanak Attention Defict/
Hyperactivity disorder ADD/ADHD
tidak dapat mengekalkan perhatian
dan mudah mengalih perhatiannya,
sukar menyiapkan satu tugasan,
pelupa dan sentiasa memerlukan
penyeliaan. Kanak-kanak ini juga
bersikap implusif dan sering
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mengganggu perbualan, aktiviti atau
menyatakantanpa berfikir. Sifat
hiperaktif dan pergerakan
fizikalyang keterlaluan juga
merupakan ciri-ciri kanak-kanak
ADHD.
Genius (pintar cerdas Keupayaan umum yang istimewa
berbakat) mempunyai kebolehan aptitude,
bakat dan kretiviti yang tinggi untuk
belajar dan Berjaya, mudah
memahami pengajaran dan
pembelajaran serta menguasai
sesuatu dengan mudah dan
berkesan.
| 128
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
C. Peranan Pihak Pengurusan Sekolah
Dunia pendidikan merupakan tempat yang paling sesuai
dalam melahirkan modal insan yang cemerlang kerana pelbagai
lapangan ilmu dan nilai dapat diterapkan. Dunia pendidikan
bermula daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
merupakan tunjang kepada pendidikan negara. Falsafah ini telah
menetapkan visi iaitu membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara.
Sekolah merupakan institusi yang dibina dalam
melahirkan dan menjayakan aspirasi negara. Sekolah
merupakan tempat yang paling awal bagi kanak-kanak untuk
menimba ilmu pengetahuan secara formal. Pendidikan yang
diberikan di sekolah adalah seawal pra sekolah sehingga
mencapai ke peringkat sekolah menengah. Sekolah merupakan
sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk
memberikan ilmu kepada pelajar yangyang belajar di situ.
Dalam usaha mempertingkatkan prestasi murid
pemulihan di sekolah, pihak pengurusan sekolah juga perlu
memainkan peranan dalam mengatur strategi dan perancangan
untuk bersama-sama para guru, ibu bapa dan masyarakat
untuk membebaskan murid-murid pemulihan dari dibelenggu
permasalahan dalam diri mereka. Sokongan daripada pihak
pengurusan kepada para guru secara berterusan merupakan
kunci utama untuk mengekalkan semangat dan motivasi para
gurusamada guru diarus perdana dan guru pemulihan.
Bentuk sokongan daripada pihak pengurusan
termasuklah menyediakan para guru dengan pembangunan
profesional yang bermakna termasuklah menggalakkan para
guru untuk mengikuti bengkel-bengkel yang berkaitan
pengurusan kelas pemulihan secara berterusan. Selalu
berbincang dengan para guru dan mendengar permasalah
daripada pihak guru. Untuk mengelakkan kegagalan akademik
129 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dan jurang pembelajaran di kalangan murid-murid pemulihan,
pihak pengurusan sekolah disarankan agar tidak membebankan
guru-guru yang terlibat dengan kelas pemulihan melaksanakan
tugas-tugas lain. Maksudnya para guru hanya fokus dan perlu
bersungguh-sungguh dalam memulihkan permasalahan murid.
Bersama- sama para guru merancang dan menetapkan program
peningkatan untuk murid.
1. Peranan ibu bapa
Semua ibu-bapa menginginkan kejayaan dimiliki
oleh anak-anak mereka dalam pelbagai bidang. Namun
ada juga segelintir ibu bapa yang malu dan rasa rendah diri
mempunyai anak- anak yang bermasalah dalam
pembelajaran. Tidak dinafikan penglibatan ibu bapa
dalam Pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan
membantu mengekalkan kejayaannya. Ianya mampu
memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan
anak-anak.
Ibu bapa perlu lebih bermotivasi dalam mendidik
anak-anak yang bermasalah dalam pembelajaran.
Tanggapan dan fikiran negatif perlu dibuang demi untuk
melihat anak-anak berjaya seperti kanak-kanak lain. Jika
ibu bapa bersikap positif para guru juga turut lebih
bersemangat untuk membimbing para pelajar mengikut
keupayaan mereka. Tumpuan dan perhatian perlu
ditingkatkan kepada anak-anak yang bermasalah dalam
pembelajaran.
Berusaha sedaya upaya di rumah membimbing
anak-anak dengan mengajar mereka membaca, menulis
dan mengira di rumah. Lemparkan jauh-jauh perasaan
jemu mengajar dan mendidik mereka. Selain itu ibu bapa
perlu meluangkan lebih banyak masa bersama dengan
anak-anak ini. Mereka memerlukan lebih perhatian dan
| 130
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
bimbingan yang berterusan supaya menjalani kehidupan
yang kebih bermakna. Ilmu agama itu sangat penting
kepada mereka kerana adalah tugas ibu bapa mendidik
anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan
memahami peratutan-peraturan dalam hidup.
Ibu-bapa perlu berlapang dada menerima anak-
anak yang bermasalah dalam pembelajaran. ini
termasuklah turut memberikan sokongan dan idea
kepada program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan
jadikan sekolah sebagai medan berbincang dan
bertukar pendapat. Ibubapa juga perlu tanamkan
kesedaran bahawa permasalahan yang dihadapi oleh
anak- anak mereka bukanlah beban bagi mereka.
Pihak sekolah dan PIBG perlu berusaha
mengatur program yang mampu memberikan
kesedaran dan keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga
tentang amanah yang telah Allah S.W.T kurniakan kepada
mereka. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa sangat
penting dalam merancang proses pembelajaran yang
berterusan. Selain itu juga, ibu bapa perlu diberi kursus
khas oleh pihak badan bukan kerajaan atau pun pihak
kerajaan bagi memantapkan lagi kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dilakukan di rumah. Kerana
pengetahuan yang diberi ini akan memudahkan ibu
bapa mengajar anak-anak mereka dengan metodologi
yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan
anak-anak mereka.
Ibubapa tidak perlu merasa rendah diri dan malu
untuk berhadapan dengan masyarakat. Adalah digalakkan
ibu bapa melibatkan diri dengan mana-mana badan bukan
kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan masalah anak.
Tindakan ini akan mendedahkan ibu bapa kepada
perbincangan dengan ibu bapa lain yang mempunyai
131 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
masalah yang hampir sama dengan apa yang ditanggung
oleh ibu bapa samadatentang masalah kesihatan,
perkembangan anak dan pendidikan anak-anak. Hal ini
akan memberi rasa kelegaan dan idea baru dalam
mendidik anak-anak yang bermasalah ini.
2. Peranan Guru
Setelah mengenalpasti beberapa permasalahan
pelajar dalam pembelajaran di sekolah, orang yang paling
berperanan di sekolah adalah guru. Tugas guru adalah
mengenalpasti murid yang bermasalah dalam
pembelajaran dan terus memberi bimbingan kepada
mereka supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam
pelajaran kerana kekurangan yang mereka miliki. Murid-
murid ini perlu dilihat dan dilayan seperti murid normal
yang lain. Guru perlu peka dan mendapatkan maklumat
daripada pelbagai sumber dan pihak yang berkenaan
dalam usaha membantu murid-murid ini.
Guru perlu mempertimbangkan bagaimana untuk
membantu muridnya menangani situasi yang
dihadapinya iaitu dengan merangsangnya supaya terus
belajar, mempermudahkan proses pembelajarannya dan
menyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-
kanak ini mengamalkan apa yang dipelajari olehnya.
Seorang guru juga mempunyai peranan yang penting
dalam membantu kanak-kanak ini meningkatkan
kemahiran bersosial dikalangan rakan-rakan.
Kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas
yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru
sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat
tentang objektif kurikulum yang digubal bagi
membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Guru perlu
| 132
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mempelbagaikan teknik pengajaran agar dapat
menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta
dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan
lebih bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun,
masalah ini bukanlah penghalang kepada guru dan
sekolah serta dijadikan alasan untuk tidak membantu
murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Pelbagai
usaha serta bantuan daripada kerajaan dan KPM
seharusnya menjadi pemangkin serta dorongan bagi guru
dan sekolah agar terus berusaha membantu murid
bermasalah dalam pembelajaran.
Pengajaran merupakan profesion yang
memerlukan ilmu pengetahuan dan latihan dalam
pengetahuan psikologi kerana kerjaya sebagai guru
berhubungkait rapat dengan manusia. Keupayaan yang
berbeza dalam kalangan kanak-kanak menuntut guru-
guru mendidik dan memotivasikan diri dalam
meningkatkan kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan
cuba untuk memahami pelbagai sifat murid yang lemah
dan cemerlang. Kepelbagaian minat dan latar belakang
murid akan memberi penanda aras kepada guru untuk
mengenal pasti keperluan dan keupayaan murid khasnya
dalam menguasai kemahiran membaca.
Oleh kerana itu adalah sangat penting agar guru
dapat mengenal pasti pada peringkat awal dan mengambil
langkah terbaik memperbaiki ketidakupayaan membaca
dalam kalangan murid ini. Guru harus peka dalam
mengenal pasti murid yang berada dalam kategori
pendidikan khas. Ini bermakna murid dalam golongan ini
berkemungkinan menghadapi masalah kesihatan dan
pembelajaran seperti disleksia, hiperaktif dan sebagainya
yang menghalang mereka untuk menumpukan perhatian
133 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
atau lebih kritikal lagi mereka memang tidak berupaya
mempelajari bacaan.
3. Peranan Masyarakat
Masyarakat juga turut berperanan dalam
membantu murid-murid berkeperluan khas ke arah
kehidupan berkualiti. Antaranya ialah masyarakat
mestilah menanamkan sifat perihatin dan bertimbang
rasa serta memberi sokongan dan bantuan kepada murid-
murid bekeperluan khas. Kita dapat lihat sekarang
masyarakat lebih sedar tentang anak-anak bekeperluan
khas ini berbanding dahulu.
Masyarakat hari ini lebih bersifat penyayang dan
mempunyai nilai yang tinggi sehingga rela bertungkus
lumus memungut derma semata-mata untuk
disumbangkan kepada kanak-kanak ini. Terdapat juga
badan-badan NGO yang sering melibatkan diri dalam
aktiviti yang melibatkan anak-anak bekeperluan khas ini.
Oleh itu sebagai ibu bapa kepada anak-anak
istimewa ini mestilah memberi sokongan kepada badan ini
kerana mereka menyediakan pelbagai aktiviti yang
menarik untuk memberi peluang kepada anak-anak kita
bergaul dengan masyarakat. Ibu bapa boleh daftarkan
anak mereka dengan badan NGO sebagai ahli mereka. Ibu
bapa anak-anak istimewa ini juga boleh memainkan
peranan aktif dalam membantu NGO menguruskan aktiviti
yang bakal dijalankan mereka juga berpeluang
menjalinkan dan mewujudkan silaturrahim antara ahli
jawatankuasa badan ini. Ibu bapa mestilah membuktikan
kepada masyarakat bahawa mempunyai anak- anak
istimewa ini bukanlah satu kelemahan tetapi ianya
menjadi kekuatan yang boleh membina keyakinan dalam
diri kita.
| 134
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
D. Intervensi Awal
Intervensi awal (early intervention)merupakan program
yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak
dilahirkan hingga berusia 6 tahun. Intervensi awal terdiri
daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang
pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri,
interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan
sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti.
Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan
rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmat nasihat kepada
kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan
dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak.
Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak
tersebut boleh diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial,
emosi dan psikomotor agar perkembangan dalam aspek
tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu jauh
dari aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan
dengan kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka.
Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan
penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik,
memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial.
Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan
kesan kurang upaya kepada pemulihan dan mengelaknya
menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah
rendah.
Sebahagian daripada para guru lebih cenderung untuk
mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah pemulihan
dengan perkembangan lewat dan perlu diberi lebih banyak
masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak
mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan
akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya
kanak-kanak disleksia tidak dapat membaca pada tahap kanak-
kanak lain dilihat sebagai lewat berkembang dan perlu diberi
135 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah,
masalah pemulihan menjadi jelas apabila mereka gagal untuk
menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai
masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah
ketidakupayaan untuk memberi tumpuan atau hiperaktif
(contohnya, tidak boleh duduk diam, murung atau sebagainya).
Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah
apabila mereka dikehendaki mempelajari matapelajaran yang
lain seperti sains dan sebagainya. Setelah beberapa tahun
mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi
mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain.
Program intervensi awal juga adalah merupakan salah satu
program untuk membantu kanak-kanak. Para ibu bapa dan
guru tidak harus berputus asa terhadap kanak- kanak
pemulihan. Sebaliknya mereka harus memberikan sokongan
sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
Pentingnya Intervensi Awal adalah boleh membawa
kesan positif kepada kanak-kanak pemulihan, kanak-kanak
kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa
pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat
perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan
untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan
kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Intervensi awal
memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-
kanak pemulihan dengan kemahiran asas sebelum mereka
masuk ke sekolah rendah.
Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah
berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Mempunya impak
yang positif kepada persekitaran terdekat kanak- kanak
berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam
sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-
masing ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.
| 136
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Intervensi awal dapat membantu perkembangan
pelbagai kebolehan kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-
kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan
bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan
mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan
kanak-kanak lain. Intervensi awal yang intensif dan berkesan
mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada
peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak
yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin
berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan
intelek, meningkatkan perkembangan fizikal dan meningkatkan
penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.
Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan
masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan
mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya
intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas
di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini
menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk
kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.
Di sini kita faham bahawa intervensi awal mampu
membuka minda semua untuk memahami konsep pengupayaan
secara umumnya dan tidak hanya fokus kepada pemulihan
secara khusus sahaja.
E. Rumusan
Organisasi kepimpinan yang mantap di sesebuah
sekolah sangat penting bertujuan untuk kecemerlangan
sesebuah sekolah. Pentadbiran di peringkat sekolah bermula
dengan pengetua dengan dibantu oleh Penolong-penolong
Kanan yang terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan
Kokurikulum, seterusnya Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan
137 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
juga staf. Murid-murid pula mempunyai peranan belajar dan
menerima tunjuk ajar dari guru-guru.
Gabungan komponen-komponen inilah yang menjadikan
sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidikan yang hebat.
Corak kepimpinan seseorang pemimpin di sekolah samada
pengetua atau guru besar bagi peringkat sekolah
mempengaruhi budaya organisasi sekolah. Kepimpinan dalam
organisasi yang sistematik dapat menentukan kecemerlangan
sesebuah sekolah. Di sesebuah sekolah pihak pengurusan
berkuasa penuh untuk menetap dan menggariskan sesuatu
perkara. sebagai langkah untuk memotivasikan pelajar dan
menyuntik semangat kepada para ibu bapa, penjenaman
semula kelas pemulihan kepada nama-nama atau panggilan
yang lebih mesra untuk di dengar dan difahami seperti kelas
pemulihan ditukar kepada “Kelas Pengupayaan, Kelas Harapan,
Kelas Pintar Cerdas” usaha ini bertujuan meningkatkan
semangat dan motivasi murid itu sendiri untuk terus minat
belajar.
Pengurusan pengupayaan pelajar membincangkan
tentang jenis-jenis masalah pembelajaran murid-murid
termasuklah pemulihan khas dan pendidikan khas. dalam
menjayakan pengurusan pengupayaan murid ini semua pihak
seperti pengurusan sekolah, ibu bapa,guru dan masyarakat
perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam meningkatkan
keupayaan murid di sekolah. pengurusan dan para guru perlu
memahami matlamat, visi dan misi sesebuah sekolah. Manakala
ibu bapa juga perlu bermotivasi tinggi dalam mengurus anak-
anak yang bermasalah dalam pembelajaran. Mereka perlu
sabar dan jangan berputus asa berusaha mendidik dan berdoa
supaya dipermudahkan urusan pembelajaran anak-anak
mereka.
Di sekolah pula setiap guru perlu memaksimumkan
pembelajaran dalam bilik darjah. Isi kandungan bersesuaian
| 138
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dengan keperluan murid. Proses pula adalah pendekatan yang
digunakan untuk murid mencapai objektif pembelajaran
dengan mengambil kira kepelgaian kecerdasan murid. Manusia
sekurang-kurangnya mempunyai lapan kecerdasan yang
merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau
kemahiran yang wujud secara semulajadi iaitu visual-
linguistik, logik-matematik, visual ruang, kinestetik, muzik,
interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
Bagi individu yang mempunyai kecerdasan verbal
linguistik, pembelajaran berkesan melalui lisan. Kecerdasan
logik-matematik menjadikan murid gemar belajar melalui
kaedah inkuiri penemuan. Murid dengan kecerdasan visual
ruang lebih berkesan belajar melalui kaedah tunjuk cara dan
video manakala keberkesanan pengajaran murid dengan
kecerdasan kinestetik ialah aktiviti simulasi. Kecerdasan muzik
menjadikan murid gemar dengan aktiviti melibatkan tarian
dengan berlatarkan muzik. Para guru boleh memilih cara
pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka.
Umumnya kita telah mengetahui tentang murid-murid
yang bermasalah dalam pembelajaran. Pemulihan Khas ialah
kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M)
disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
Program pendidikan inklusif adalah untuk murid-murid yang
bermasalah pembelajaran ringan. Mereka akan mengikuti
proses Pengajaran dan Pemudahcaraan dalam bilik darjah
secara separa masa atau sepenuh masa.
Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan, jumlah murid dalam satu sesi pemulihan perlu
dihadakan kepada beberapa orang sahaja untuk keselesaan
ruang pembelajaran, pencahayaan, penyusunan perabot juga
perlu diambil kira. Peringkat Proses Pengajaran Pemulihan
terdiri daripada empat peringkat iaitu mengenalpasti pelajar
139 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
lemah dan masalah pembelajaran mereka, menentukan punca
dan sebab kelemahan mereka, memilih ganti tindakan (aktiviti
alternatif) dan menilai kejayaan program pemulihan.
Pengurusan Pengayaan merupakan tambahan kepada
aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk
meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan
kemahiran yang sedang dipelajari. Prinsip pendidikan
pengayaan dalam bilik darjah memberi penekanan bahawa guru
harus mengambil kira beberapa perkara dalam usaha
menyediakan aktiviti pengayaan seperti menekankan kepada
aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja
sendiri dan hasilan kendiri.
Guru perlu kreatif dalam mempelbagaikan teknik dan
cara pembelajaran, kanak-kanak pada peringkat umur 5 atau 6
tahun tidak boleh dipaksa untuk menulis secara berterusan
kerana mereka terbeban dengan tugasan yang diberikan
berbanding tahap kematangan dan kesediaan belajar mereka.
kanak-kanak pada peringkat umur sebegini lebih suka bermain.
Permainan berdasarkan Pendidikan jasmani secara
positif mempengaruhi perkembangan kemahiran motor halus
mereka dan secara tidak langsung mengatasi masalah mereka
seperti tidak boleh menulis dan sebagainya. Kemahiran
mengawal motor halus kanak-kanak sangat ditekankan
termasuklah penyelarasan dalam pengucupan dan
pengembangan otot kerana ketidakstabilan kekuatan otot
mempengaruhi tulisan tangan.
Topik pengurusan murid ini memberi perincian
terhadap peranan guru dalam mengendalikan murid-murid
yang terdiri daripada kecerdasan pelbagai, pemulihan khas dan
pendidikan khas. Pengurusan yang sistematik dan pengajaran
yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid- murid tersebut
dapat menghasilkan pembelajaran yang berkualiti. semoga
dengan keterlibatan semua pihak dan segala usaha kita dalam
| 140
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
membantu para murid kearah kecemerlangan di berkati oleh
Allah S.W.T
141 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
BAB IV
PENGURUSAN SAHSIAH MURID
Zuraida Mohamad
A. Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang paling pesat
membangun jika dibandingkan dengan negara-negara
membangun yang lain. Dalam usaha mengejar arus kemodenan
dan kemajuan seiring dengan cabaran globalisasi, nilai-nilai
peradaban masyarakat semakin mundur tidak sejajar dengan
pembangunan ekonomi Malaysia. Persoalan yang timbul dalam
benak fikiran kita adakah generasi hari ini iaitu generasi Z
berdepan dengan masalah sahsiah yang kritikal?Hal ini sangat
membimbangkan semua pihak berkaitan isu sahsiah remaja
yang melibatkan murid sekolah ini. Hal ini dibuktikan apabila
dewasa ini kita telah diterjah oleh pelbagai masalah atau kes-
kes gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat terutamanya
dilakukan oleh golongan remaja yang masih di bangku sekolah.
Oleh sebab remaja merupakan golongan yang akan
menjadi pelapis negara ini maka perkara ini tidak boleh
dipandang sebagai perkara yang remeh. Ditambah pula dengan
ledakan teknologi di hujung jari menambahkan lagi
permasalahan sosial dan merosakkan sahsiah remaja iaitu
murid- murid sekolah. Pelbagai masalah sosial yang dilakukan
oleh golongan ini seperti buli, gengsterisme, vandalisme,
mencuri, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dadah,
ganja, menghidu gam, lepak dan bermacam-macam lagi. Jika
masalah ini semakin melarat maka perkara ini akan
memberikan satu implikasi yang negatif kepada negara dan
bangsa kita.
Masalah sahsiah dan tingkah laku negatif ini banyak
berlaku dalam kalangan murid-murid sekolah. Hal ini amat
| 142