Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Aplikasi WhatsApp sering digunakan dalam organisasi
sebagai medium untuk menyalurkan maklumat kerana ciri
yang terdapat dalam aplikasi ini ialah menyampaikan maklumat
dengan pantas dan mudah. Antara faktor yang menyebabkan
ianya menjadi pantas kerana hampir keseluruhan rakan sekerja
atau kakitangan organisasi sekolah mempunyai aplikasi
WhatsApp. Selain itu, telefon bimbit lebih fleksible berbanding
dengan komputer riba atau komputer peribadi kerana saiznya
yang kecil dan sentiasa berada di tangan setiap orang. Dengan
itu mesej yang diberikan melalui WhatsApp cepat dikesan oleh
penerima tanpa perlu bersusah payah kerana telefon bimbit
sentiasa berada ditangan. Ini menjadikan setiap orang amat
peka dengan mesej yang masuk menerusi aplikasi ini.
Selain itu, maklumbalas dapat diperolehi dengan cepat
melalui pelbagai fungsi yang ditawarkan oleh aplikasi ini yang
memudahkan pengguna seperti penghantaran dokumen, teks,
gambar dan mesej suara (voice mail).
WhatsApp sebagai wadah komunikasi dibuktikan
dengan jumlah kekerapan penggunaan WhatsApp dalam
kalangan pekerja. Purata pekerja memeriksa mesej dan
berkomunikasi menggunakan aplikasi WhatsApp 3 hingga 4
jam dalam tempoh waktu bekerja atau mungkin lebih kerap
daripada itu bagi mesej yang tidak berkaitan kerja dan ia juga
bergantung kepada situasi dan nature pekerjaan
seseorang.Penggunaan telefon bimbit dengan sambungan
internet dua puluh empat jam melalui data dan wifi, serta alat
komunikasi seperti WhatsApp memudahkan pekerja dicapai
dan dihubungi tanpa mengira masa dan tempat.
WhatsApp boleh dijadikan alat komunikasi formal
dalam organisasi memandangkan ia menjadi trend komunikasi
masa kini berdasarkan faedah aplikasi ini dalam meningkatkan
keberkesanan komunikasi dalaman organisasi.
343 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
D. Pembelajaran Persekitaran Maya Frog (VLE FROG)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mengambil inisiatif dengan menubuhkan Pembelajaran
Persekitaran Maya Frog atau Virtual Learning Environment
(VLE Frog) untuk kegunaan semua pelajar, guru, kakitangan
sekolah dan ibu bapa. Ia adalah satu langkah yang positif ke arah
menjadikan Pendidikan di Malaysia setaraf dengan pendidikan
di negara- negara maju di dunia. Oleh itu, bagi mencapai
matlamat ke arah pendidikan bertaraf antarabangsa maka VLE
Frog diperkenalkan di Malaysia. VLE Frog telah dibangunkan
sejak 13 tahun yang lalu di United Kingdom. VLE Frog adalah
platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah
dan mudah digunakan, selain direka khas untuk mesra
pengguna.
VLE Frog memberi fokus kepada usaha bagi
memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekali gus untuk
mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Selain itu, VLE Frog juga disepadukan dengan rakan
kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa,
termasuklah Google Apps untuk Khan Academy Education
untuk memajukan lagi teknik pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc).
Matlamat utama VLE Frog diperkenalkan adalah untuk
memudahkan penyampaian pengajaran guru. Penyampaian
guru akan menjadi lebih menarik dan mudah diakses di mana-
mana sahaja oleh pelajar melalui capaian Internet. Kaedah dan
teknik pengajaran ini juga lebih berkesan berbanding kaedah
tradisional yang diamalkan oleh guru. Melalui VLE Frog, guru
boleh menyediakan tugasan kepada pelajar, membuat
penyemakan dan memberikan pemarkahan dengan cepat.
Pelajar pula boleh menyiapkan tugasan mereka dari rumah dan
membolehkan ibu bapa memantau perkembangan
| 344
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
pembelajaran anak-anak mereka secara maya melalui aplikasi
VLE Frog.
Di samping itu, ibu bapa juga boleh melihat aktiviti-
aktiviti yang dijalankan di sekolah anak-anak mereka. Sasaran
VLE Frog adalah untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang
berpengetahuan luas dan mampu bersaing di peringkat
antarabangsa. Justeru, VLE Frog dibina agar dapat membantu
guru dan pengurusan sekolah melaksanakan tugas dengan
lebih efisien dan menjimatkan masa. VLE Frog juga dapat
membantu mewujudkan hubungan dan kolaborasi antara
pendidik di seluruh negara.
Guru yang menguasai penggunaan VLE Frog akan lebih
mudah dalam mengendalikan aktiviti PdPc. Semua maklumat
dan isi kandungan pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar
dengan cepat dan sistematik.
Selain itu, terdapat beberapa peranan dan capaian akses
tertentu di dalam VLE FROG yang dapat di akses oleh setiap
ahli komuniti ini, iaitu Guru akan membuat laman pengajaran,
memberi tugasan kepada murid , memantau tugasan dan
markah pelajar, berhubung dengan rakan guru lain dan murid
melalui Forum dan Email Group, kalendar tempahan, muat naik
dan muat turun bahan kepada ahli komuniti VLE- FROG.
345 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Pelajar pula merekabentuk laman utama sendiri, muat
naik dan simpan fail di cloud, terima dan selesai tugasan bila-
bila masa, berhubung dengan guru dan murid lain melalui
Forum dan Email Group serta mengetahui makluman notis
sekolah.
Seterusnya, Ibubapa dapat mengetahui tentang acara
sekolah dan notis sekolah melalui kalendar, makluman
berkenaan sekolah melalui halaman utama sekolah, notis
sekolah, muat turun borang- borang dari sekolah, mengetahui
keputusan markah anak-anak, berhubung dengan guru melalui
Email Group.
Menurut Modul VLE Frog Panduan Jurulatih, FrogAsia
(2013) terdapat 6 cara yang dapat menghubungkan setiap ahli
komuniti untuk berkomunikasi secara terus dalam
persekitaran maya ( VLE FROG) ini iaitu melalui Forum,
Email Group, Notis dan Kalender Sekolah, Learn Centre, Google
Drive dan Frogstore.
Forum ( Guru – Pelajar – Pentadbir VLE Frog ) iaitu satu
laman yang memaparkan forum bagi seluruh sekolah. Ianya
boleh di lihat oleh guru dan pelajar sahaja. Pelajar dan guru
boleh berbincang dan menjawab tentang sesuatu topik yang
dipaparkan. Pentadbir VLE-FROG boleh mencipta topik di
dalam forum sekolah.
Kedua ialah Email Group ( Guru – Pelajar – Ibu bapa –
Pentadbir VLE Frog ) iaitu setiap pengguna yang memiliki
akaun VLE FROG mempunyai akses ke email sendiri. Email
Group boleh dihantar dan diterima ke pengguna lain, bukan
sahaja diantara sekolah tetapi dimana-mana sahaja. Dokumen
berkaitan sekolah juga dapat di kongsi bersama seperti borang
mahupun surat rasmi kepada ibu bapa penjaga.
Notis dan Kalendar Sekolah ( Guru – Pelajar – Ibu Bapa –
Pentadbir VLE Frog ) mengadungi semua makluman terkini
berkenaan sekolah dapat diketahui oleh setiap ahli komuniti.
| 346
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Manakala melalui Kalendar Sekolah semua ahli komuniti dapat
mengetahui aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh
pihak sekolah sepanjang tahun tersebut.
Learn Centre ( Guru – Pelajar – Ibu Bapa – Pentadbir
VLE Frog ) merupakan satu halaman bantuan dan video sebagai
panduan untuk semua pengguna dapat memahami dan
menggunakan VLE FROG dengan cepat dan cekap.
Google Drive ( Guru – Pelajar – Ibu Bapa – Pentadbir
VLE Frog ) Perkhidmatan menyimpan ’awan’ peribadi yang
disediakan oleh google untuk membolehkan penggunanya
menyimpan dan berkongsi kandungan digital menerusi
komputer, komputer riba dan telefon bimbit. Penggunaan
teknologi internet melalui perisian yang disediakan oleh Google
khasnya mampu menarik minat pelajar untuk meneroka
dan mempelajarisesuatu pembelajaran selain meningkatkan
motivasi pelajar tersebut.
Seterusnya, Frogstore (Guru – Pelajar – Ibu Bapa –
Pentadbir VLE Frog) pula merupakan satu pasar pengajaran
dan pembelajaran yang memberi akses kepada semua
pengguna untuk mendapatkan produk, perkhidmatan dan
juga paling penting kandungan pendidikan yang terbaik bagi
tujuan meningkatkan perjalanan pembelajaran pelajar-pelajar.
Sumbangan VLE Frog ini tidak dapat disangkal dalam
pembangunan komuniti iaitu ia dapat menggalakkan
perkongsian maklumat dalam Komuniti Guru, pelajar dan ibu
bapa. Mereka boleh berkongsi sebarang maklumat atau idea
melalui bantuan aplikasi di dalam VLE FROG. Selain
penggunaan komputer, gajet-gajet terkini seperti telefon pintar,
PDAs, TAB dan lain lain lagi juga dapat menyenangkan komuniti
untuk mengakses ke laman VLE FROG.
Hubungan yang positif dapat dibina melalui komunikasi
dua hala guru dengan pelajar melalui forum. Selain itu tugasan
individu atau berkumpulan mampu memupuk hubungan yang
347 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
positif antara pelajar. Melalui Email Group pula guru dan
pelajar dapat dikolaborasikan dengan ibu bapa untuk
berbincang dan mendapatkan sebarang maklumat tentang anak
mereka.
Seterusnya, maklumat yang disalurkan oleh pihak
sekolah melalui notis sekolah dan kalendar sekolah menjadi
medium utama kepada setiap ahli komuniti. Dengan melihat
status pada laman utama sekolah guru, pelajar dan ibu bapa
dapat mengetahui danmengikuti sebarang maklumat terkini
sekolah yang di kawalselia oleh pentadbir VLE Frog dengan
cepat, sahih dan berkesan.
Pembelajaran Persekitaran Maya Frog (VLE FROG)
merupakan medium pembelajaran maya yang menjadi antara
agenda utama dalam pendidikan masa kini.Kewujudan VLE
FROG melalui guru, pelajar dan ibubapa telah membentuk satu
konsep komuniti maya dalam persekitaran sekolah. Semua ahli
dalam komuniti ini berperanan penting dalam memastikan
kelancaran perlaksanaan sistem pendidikan yang telah
drancang. Setiap pihak memainkan peranan masing-masing
dalam menjayakan transformasi pendidikan negara ke
peringkat yang lebih tinggi.
| 348
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
E. E-Pembelajaran dan Pencapaian Pelajar
E-pembelajaran (e-learning) merupakan satu
pendekatan yang baru dalam dunia pendidikan di Malaysia
terutama dalam konteks pendidikan guru. Pada ketika ini tidak
ada satu definisi yang boleh dikatakan diterima pakai secara
menyeluruh. Bahkan definisi e-pembelajaran kerap dikelirukan
dengan definisi lain seperti online learning, blended learning,
distributed learning dan mobile learning.
Kadangkala terdapat pertindihan makna, di antara istilah
berikut misalnya, pembelajaran online, pembelajaran
berasaskan Internet, pembelajaran berasaskan teknologi,
pembelajaran berasaskan komputer, pembelajaran berasaskan
web dan pembelajaran maya. Ada juga yang menyamakan
definsi e-pembelajaran ini dengan Learning Management
System (LMS) seperti Blackboard, WebCt, Moodle, MyGuru,
MyLMs dan sebagainya.
E-pembelajaran merupakan sistem pengajaran dan
pembelajaran yang keseluruhannya disampaikan melalui
Internet atau rangkaian yang dikendalikan sepenuhnya oleh
komputer. E-pembelajaran memberi maksud pembelajaran
dalam talian yang digunakan secara silih berganti termasuk
pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan
teknologi.
Definisi e-pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua
iaitu Konsepsual dan operasional. Definisi konsepsual
menekankan proses pembelajaran yang melibatkan interaksi
kolaboratif dan konstruktif menggunakan pelbagai alat
elektronik dalam pembelajaran dalam talian. Manakala definisi
operasional pula melihat kepada kemahiran mengendalikan
alat atau perkakasan teknologi (tumpuan kepada teknologi)
dalam talian untuk memudah cara proses pengajaran dan
pembelajaran.
349 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Pembelajaran dalam talian berupa penggunaan Internet
untuk mengakses bahan pembelajaran, berinteraksi dengan
kandungan, pengajar, dan rakan pelajar, mendapatkan
sokongan semasa proses pembelajaran berlaku agar dapat
menimba ilmu, membina sesuatu yang bermakna dan dapat
berkembang hasil daripada pengalaman pembelajaran. Definisi
ini menekankan kepentingan Internet dan interaksi dalam
pembelajaran jarak jauh.Kejayaan sesuatu e-pembelajaran
bergantung kepada kerjasama antara pusat ICT dan Pusat yang
bertanggungjawab tentang kecermerlangan pengajaran dan
pembelajaran.
Pengajaran melibatkan reka bentuk dan seni pengajaran
yang sistematik untuk menghasilkan pembelajaran secara
bersemuka atau jarak jauh.Ramai pelajar yang berminat
mengikuti kursus dalam talian serta mempunyai pandangan
yang positif terhadap kursus dalam talian ini.Selain itu
Rosenberg (2001) menyatakan E-Learning juga merupakan
satu model pembelajaran yang menggunakan media teknologi
komunikasi ICT khususnya internet yang akan dapat
membantu para pendidik dan juga pelajar khususnya
memperolehi informasi dan maklumat dengan mudah secara
online.
E-Learning ini adalah seperti ifolio yang dibangunkan
untuk tujuan kecekapan proses P&P bagi jangkauan luas yang
berlandaskan tiga kriteria iaitu: i) E-Learning merupakan
jaringan elektronik dengan kemampuan untuk menyimpan dan
berkongsi maklumat dalam proses P&P ii) apa yang ingin
disampaikan akan sampai pada semua pengguna dalam masa
yang sama menerusi emel dan secara online dengan pantas; iii)
sistem ini akan memfokus pada pandangan yang lebih luas
berbanding dengan P&P kaedah tradisional. Pembelajaran
menerusi E-Learning atau ifolio juga boleh berlaku di rumah
atau di universiti.
| 350
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
E-Learning adalah satu kaedah pembelajaran yang boleh
diakses di lokasi yang bersambungan dengan internet.
Kelazimannya pembelajaran secara E-Learning ini
mengandungi audio dan visual yang disampai secara grafik
untuk memudahkan kefahaman terhadap kandungan
pembelajaran. Selain itu P&P melalui media teknologi E-
Learning dapat membekalkan bahan-bahan pendidikan jarak
jauh dan ia membolehkan aktiviti dan tugasan dibentangkan
serentak iaitu mewujudkan bilik kuliah pada komputer secara
online dan ini memudahkan para pendidik dan pelajar untuk
beinteraksi.
Ciri-ciri e-pembelajaran berubah selaras dengan
kemajuan dan pembangunan teknologi pendidikan. E-
pembelajaran pada peringkat awal lebih tertumpu kepada
strategi penyebaran maklumat. LMS (Learning Management
System) digunakan oleh IPT sebagai pelantar (platform) untuk
menyampaikan bahan pembelajaran secara talian. Kebanyakan
bahan pembelajaran adalah di dalam bentuk teks atau
persembahan dan lebih bersifat informasi dan individualistik.
Pencapaian pelajar berdasarkan e-pembelajaran haruslah
selaras dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran.
Melalui kaedah E-Learning, proses PdPcakan
menjadikan para pelajar lebih menguasai pembelajaran,
berfikiran kritis dan inovatif. E- Learning juga merupakan satu
model pembelajaran yang menggunakan media teknologi
komunikasi ICT khususnya internet yang akan dapat
membantu para pendidik dan juga pelajar khususnya
memperolehi informasi dan maklumat dengan mudah secara
online..
Dalam hal ini, penggunaan e-pembelajaran adalah
bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan sikap pelajar dengan bantuan teknologi. Melalui kaedah E-
Learning ini, proses PdPcakan menjadikan para pelajar lebih
351 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
menguasai pembelajaran, berfikiran kritis dan inovatif.E-
Learning merupakan jaringan elektronik dengan kemampuan
untuk menyimpan dan berkongsi maklumat dalam proses PdPc
iaituapa yang ingin disampaikan akan sampai pada semua
pengguna dalam masa yang sama menerusi emel dan secara
online dengan pantas.
Sistem ini akan memfokus pada pandangan yang lebih
luas berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran kaedah
tradisional. Pembelajaran menerusi e-Learning atau ifolio juga
boleh berlaku di rumah atau di universiti. E-Learning adalah
satu kaedah pembelajaran yang boleh diakses di lokasi yang
bersambungan dengan internet. Kelazimannya pembelajaran
secara e-Learning ini mengandungi audio dan visual yang
disampai secara grafik untuk memudahkan kefahaman
terhadap kandungan pembelajaran.
Selain itu PdPc melalui media teknologi e-Learning
dapat membekalkan bahan-bahan pendidikan jarak jauh dan ia
membolehkan aktiviti dan tugasan dibentangkan serentak iaitu
mewujudkan bilik kuliah pada komputer secara online dan ini
memudahkan para pendidik dan pelajar untuk beinteraksi.
F. Rumusan
Perkembangan zaman yang sentiasa berubah dengan
teknologi berkembang pesat dan semakin canggih telah
membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Pendidik
berusaha menggunakan teknologi baru untuk meningkatkan
pembelajaran pelajar.Dalam bidang pendidikan, usaha untuk
mempertingkatkan keberkesanan integrasi teknologi dalam
PdPc terus dijalankan bagi melahirkan modal insan yang
professional. Sistem pendidikan yang berkualiti dan peka
dengan perkembangan teknologi semasa seharusnya
memaksimakan penggunaan aplikasi teknologi sebagai medium
penting dalam perkongsian maklumat antara pelajar.
| 352
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Secara signifikannya kepantasan ilmu aplikasi dan
evolusi teknologi komunikasi telah merubah corak komuniti
dalam masyarakat masa kini. Komunikasi berasaskan komputer
tidak terhad kepada menyebarkan maklumat malah potensi
teknologi itu telah menjadi lebih canggih dengan menyedia,
mengumpul dan memproses maklumat pengetahuan.
Kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah
mencetuskan penggunaan media dalam bidang pendidikan bagi
membantu para pendidik dan pelajar dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Pengunaan media teknologi amat penting pada era
moden kini kerana ia memberi manfaat kepada pendidikan
Negara dan membentuk modal insan yang pengetahuan.
Penggunaan media teknologi dalam pendidikan adalah perlu
disebarluas di semua peringkat pendidikan sama ada sekolah
dan Institusi Pendidikan Tinggi bagi menambahbaik kaedah
dan pendekatan yang sedia ada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih sistematik dan efisien. Penggunaan
media teknologi dalam PdPc ini amat digalakkan kepada warga
pendidik dan para pelajar sebagai satu usaha memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang
disampaikan.
Selain itu juga, adalah penting untuk masyarakat
memahami bahawa kecanggihan teknologi semata-mata
bukanlah jaminan kepada kejayaan proses kolaboratif, tetapi ia
turut didasari oleh aspek kemanusiaan dan inter-personal.
Perkembangan aplikasi teknologi telah mewujudkan
persekitaran pembelajaran baharu yang lebih fleksibel dari segi
masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran. Ia turut
mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih
meluas dalam proses pendidikan. Semua pihak harus
memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan
353 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
transformasi pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi
dan seterusnya melahirkan generasi warga Malaysia yang celik
teknologi dan mampu bersaing diperingkat global.Adanya
teknologi ICT dan gajet menjadikan murid seronok belajar dan
guru gembira mengajar.
| 354
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
BAB IX
GURU HEBAT DAN ATRAKTIF
Nurul Huda binti Mohamad Yusof
A. Pengenalan
Guru hebat dan atraktif merupakan keperluan dalam
arus pendidikan masa kini. Jika diteliti peranan guru dalam
masa kini memang sangat mencabar diri. Pelbagai kerencaman
yang dihadapi demi mencari sesuap nasi, rezeki untuk ahli
keluarga. Suka atau tidak, seorang guru terpaksa memberikan
komitmen tinggi demi menggalas tugas sebagai pendidik,
pengajar dan pembimbing murid. Kini dalam era globalisasi
yang pantas dan penuh persaingan, guru juga terpaksa
menghadapi cabaran zaman seiring dengan kemajuan masa
kini, agar tidak ketinggalan zaman.
Guru sering terdedah kepada pelbagai cabaran baharu
yang berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian,
kebudayaan, ideologi baharu malahan isu-isu yang berkaitan
dengan masalah etika. Oleh itu, guru juga perlu memahami
bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas
kepada kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu
profesion, khususnya profesion keguruan yang
bertanggungjawab memelihara tradisi dan budaya masyarakat
Malaysia.
Kesedaran para pendidik di negara ini sangat perlu
untuk menghadapi masa depan yang penuh persaingan dan
futuristik, seterusnya mampu menyediakan generasi muda
untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Inilah sebahagian
tanggungjawab yang diamanahkan kepada guru serta seluruh
warga pendidikan untuk mencorak masa depan anak bangsa
dan juga ke arah membina negara bangsa yang berilmu
pengetahuan, berkemahiran tinggi dan berakhlak terpuji. Guru
355 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
perlu gigih melahirkan murid yang berdaya saing pada
peringkat tempatan dan juga pada peringkat global.
Dalam mana-mana zaman sekalipun, guru adalah insan
yang bertanggungjawab sebagai pembentuk modal insan untuk
Negara. Maka menjadi kemestian, guru mempunyai ilmu dan
kemahiran yang seiring dengan keperluan era masing-masing
malah perlu juga berpandangan jauh mendahului zaman.
Setelah matlamat muncul sebagai negara maju berpendapatan
tinggi semakin dekat untuk dicapai, cabaran lebih besar ini
terpaksa difahami dan dipikul oleh guru masa kini bagi
persediaan membina modal insan yang berdaya saing, berilmu
pengetahuan dan berkemahiran tinggi menjelang 2050.
Guru masa kini tidak boleh tidak, mestilah sentiasa
kreatif, berfikiran positif, berilmu pengetahuan baharu atau
kemas kini (up-to-date) dan memiliki kemahiran tinggi yang
relevan bagi memastikan anak muridnya berjaya dididik
menjadi insan berguna kepada keluarga dan negara menjelang
tahun 2050 nanti, dengan memiliki kemampuan untuk bersaing
di peringkat global. Kita berharap dan percaya keupayaan ini
ada pada semua guru di Malaysia masa kini yang sentiasa peka
mengikuti perubahan dan perkembangan semasa dengan penuh
prihatin, terutama dalam bidang pendidikan negara.
Kita penuh yakin, guru-guru kepada anak-anak kita juga
tidak lupa serta mampu untuk mendidik murid-muridnya ke
arah kecemerlangan yang seimbang atau holistik dengan
memiliki sekurang-kurangnya enam ciri utama yang diperlukan
oleh setiap murid iaitu mempunyai ilmu pengetahuan;
mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi; mempunyai
kemahiran memimpin dan kebolehan untuk berkerjasama;
memiliki kemahiran dwi-bahasa atau lebih; mempunyai etika
moral dan kerohanian; dan mempunyai identiti nasional
sebagai bangsa Malaysia. Semua ini yang disebut sebagai
Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
| 356
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
(PPPM) 2013-2025 adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Begitu juga dengan sebelas anjakan utama
untuk mentransformasi sistem pendidikan negara yang
terkandung dalam PPPM 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah
hingga Lepasan Menengah). Kini, rencana bagi memperkasakan
bidang pendidikan negara hingga bertaraf dunia itu kini
memasuki fasa Gelombang Kedua berakhir tahun ini.
Di peringkat ini, pastinya guru-guru kita sudah
menghayati segala perencanaan dalam PPPM 2013-2025 dan
mampu melaksanakannya. Inilah landasan paling penting dan
utama yang telah dirangka untuk menjadi panduan kepada
guru-guru dari peringkat prasekolah, sekolah rendah,
menengah rendah hingga lepasan menengah yang perlu
diberi perhatian demi menjayakan matlamat kemenjadian
murid yang holistik, seterusnya menghasilkan modal insan
yang cemerlang dalam akademik serta terpuji akhlak mereka.
Untuk itu guru-guru Malaysia tidak akan memandang
remeh, sebaliknya akan terus mendidik akhlak dan peribadi
murid ke arah menjadikan mereka insan yang beriman dan
bertakwa. Usaha ini menjadi lebih perlu dilakukan sekarang bagi
menyeimbangkan peribadi murid dalam menghadapi cabaran
zaman akan datang yang dijangka penuh dengan pelbagai
cabaran dan ujian yang mungkin tidak terduga.
1. Definisi guru atraktif
Menurut kamus dewan, guru bermaksud pengajar,
pendidik atau pengasuh. Seorang guru ialah merupakan
pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok
Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli
masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang
saing berkait rapat dengan masyarakat.
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang
perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik
pelajar di sekolah. Guru juga merupakan sebagai seorang
357 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
anggota masyarakat, yang mana harus pandai bergaul.
Oleh itu, guru harus menguasai kemahiran psikologi
sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara
manusia dan sebagai anggota masyarakat, mempunyai
keterampilan membina kelompok untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
Dalam bahasa arab pula, guru dipangggil sebagai
mudarris yang bermaksud sebagai pengajar. Walau
bagaimanapun dalam Islam guru itu bukan sahaja
bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil
dengan pelbagai panggilan yang merujuk kepada
tanggungjawab guru yang sebenar. Antara panggilan
tersebut ialah al- Mu’allim (menyampaikan ilmu yang
benar), al-Murabbi (proses tarbiah atau mendidik), al-
Mu’addib (mengajar adab dan budi pekerti) dan al-
Mursyid (membentuk kepimpinan insan).
Atraktif adalah suatu yang mempesona, menarik,
mengasyikkan, menyenangkan, tidak membosankan,
variatif, kreatif dan seronok. Pada umumnya murid cepat
bosan belajar dan berlatih, namun apabila sesi
pembelajaran ditukar suasana dengan aktiviti yang
seronok, berwarna-warni, menggembirakan, dan
memerlukan daya kreativiti diluar kotak, ia akan menjadi
satu situasi yang tidak dijangkakan.
Seorang guru hebat hendaklah mempunyai piawai
dalam menciptakan proses pembelajaran yang
mempesona dan kepelbagaian kaedah yang mampu
membuat mereka asyik ingin belajar, bermain, melakukan
sesuatu dengan variasi yang memadai. Guru harus kreatif
dan inovatif dalam menciptakan alat dan sarana belajar,
alat permainan serta lagu-lagu atau cerita-cerita
sederhana dan ringkas. Sehingga tidak kekurangan akal
| 358
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dan sarana untuk mengaktifkan peserta didik dalam
proses pembelajaran.
Secara ringkasnya, walau apapun panggilan yang
diberi dan digunakan oleh seorang yang bergelar guru,
namun ia perlu kembali ke niat asal menjadi seorang
guru, adalah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan
seterusnya dapat menghasilkan pelajar yang terdidik dan
berguna dimasa hadapan. Maka, fungsi dan peranan
guru turut menyumbang untuk menjadi seorang guru
yang hebat.
Selain tugas guru sebagai pendidik dan pengajar,
mereka haruslah memiliki kestabilan emosi, sifat ingin
memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan
terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya
dalam inovasi pendidikan. Sebagai tambahan, guru harus
memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan
pembelajaran, menguasai teori dan praktikal
pendidikan,menguasai kurikulum dan metodologi
pengajaran.
B. Guru Hebat Dan Atraktif
1. Profesion keguruan
359 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang
statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat
yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia
mengadakan pelbagai insentif untuk membantu
meningkatkan profesionalisme perguruan melalui
pelaksanaan ‘Guru Cemerlang’ contohnya. Sebagai seorang
guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan
konsisten supaya dipandang mulia oleh masyarakat.
Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang
dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
a. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa,
menepati janji, berupaya mewujudkan suasana
kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas. Aspek
personality turut merujuk kepada sahsiah,
keperibadian atau perwatakan yang dibawa oleh
seseorang. Crow dan Crow (1983) mengatakan bahawa
personaliti merangkumi daya penarik, corak
pertuturan dan perwatakan fizikal yang dimiliki.
Perwatakan fizikal menarik sangat penting dan fizikal
guru perlulah kemas dan terurus agar menjadi sebagai
gambaran awal murid terhadap guru seperti kata
pepatah, dari mata turun ke hati. Guru juga perlu
mementingkan penjagaan kebersihan diri. Baik hati
Bertanggungjawab Yakin, Sahsiah yang positif, optimis
dan ceria. Menjadi contoh atau ‘role model’ kepada
pelajar, Berperibadi mulia.
b. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi
berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan
badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang
menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan
menyelesaikan masalah secara spontan.
| 360
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
2. Ciri-Ciri Guru Cemerlang
Guru cemerlang adalah guru yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam
mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Guru cemerlang juga sentiasa berdedikasi
dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.
Menurut Hamachek (1971) menyatakan bahawa
guru yang berkesan adalah guru yang selalu melihat diri
mereka sebagai orang yang cemerlang. Konsep diri
mereka dalam kebanyakan bahagian adalah positif dan
selari dengan suasana optimis dan diwarnai dengan
konsep penerimaan diri yang sihat. Bukti klinikal telah
membuktikan bahawa mana-mana individu yang berasa
lebih ceria, akan menjadi lebih produktif dan lebih
berkesan hanya apabila seseorang itu mampu melihat
dirinya cukup sempurna.
Perasaan yang positif tentu mempengaruhi
seseorang supaya berkelakuan lebih positif dan dari itu
akan lebih berjaya dalam hidupnya daripada mereka yang
mempunyai gambaran diri yang rendah. Orang yang
mempunyai pandangan yang negatif terhadap dirinya
kebiasaannya akan menjadi halangan seseorang dari
mencuba.
a. Mengamalkan kemahiran profesional
361 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam
bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk
mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang
mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan
emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam
menghasilkan generasi yang berpendidikan,
berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini
penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke
arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur,
2007).
Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah
kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para
pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi
dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk
belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal
intelektual tinggi menghadapi era globalisasi.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu
juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa
(Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia).
Guru harus sedar tentang tugas dan amanah
yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan
mencapai wawasan negara. Kemahiran dan
pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu
dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah
pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu
menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus
pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib
agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan
dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin
| 362
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma
dapat dilakukan oleh para pendidik.
b. Bersifat professional dan peka dengan segala
perkembangan pendidikan
Craft (2002) menyarankan bahawa untuk
menjadi pendidik yang professional, seorang guru
perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.
Guru yang professional juga sentiasa mengikuti
perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan
terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan
kemahiran pdp guru. Mok Soon Sang (2007),
menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri
dengan menguasai kemahiran menggunakan internet
untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan
matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di
samping membimbing murid-murid menggunakan
internet sebagai pdp. Selain itu guru juga perlu
mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam
bilik darjah melalui program SLE (smart Learning
Environment) yang bertujuan meningkatkan
pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT.
Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet,
database, desktop publishing dan graphing (Dr Ranbir
Kaur a/p Joginder Sigh, 2007).
c. Bertindak sebagai penyebar ilmu
Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah
mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum
sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat
amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup
berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap
363 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu
kepada murid-muridnya.
Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan
penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu.
Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya
dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi
melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.
Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah
meghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara
kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi
pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan
bertaraf antarabangsa.
d. Bertindak sebagai pengamal budaya ilmu
Menurut Mok Soon Sang (2007), Profesor Syed
Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan
sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan
serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini
menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek
kehidupan luaran dan dalaman jiwa manusia. Guru
sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya
ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya,
bersumbangsaran dan bertukar fikiran serta mencari
pengalaman baru (Ragbir Kour, 2007).
Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang
baik, meninggikan adab murid, serta memberi
petunjuk kea rah kebenaran sebagai seorang
pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu
harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam
diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar
mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan
pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
| 364
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu
pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang
dalam amalan pendidikan seumur hidup.
e. Bertindak sebagai pembentukan nilai / Role model
Nilai merupakan kriteria penting bagi
mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour
(2007) guru harus membentuk murid-murid untuk
memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai
murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan
ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi,
guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
profesional dan sosial yang baik dan murni supaya
dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-
murid, segala nilai dan tingkah laku guru
menjadicontoh teladan kepada para pelajar.
Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di
sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam
jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang
beriltizam akan menjadi role model kepada para
pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan
akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang
positif memalui amalan-amalannya di dalam bilik
darjah.
f. Mengamalkan pengajaran efektif
Menurut Mak soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-
ciri pengajaran efektif dari segi perancangan,
pelaksanaan dan penilaian pengajaran.
1. Perancangan pengajaran
Clarke and Cutler (1990) menyatakan
keberkesanan pengajaran bergantung kepada
365 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
perancangan, pelaksanaan dan penilaian terhadap
proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu,
mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah
satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam
perancangan. Guru harus membuat refleksi kendiri
untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai
melaksanakan pengajaran.
Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran
dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia
merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan
aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah
dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi
pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana
pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai
akan menjamin keberkesanan pengajaran serta
pencapaian objektifnya secara optimum.
2. Pelaksanaan pengajaran
Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan
guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses
pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-
tugas seperti menganalisis objektif dan isi
kandungannya, menentukan keperluan
pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan
kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan
pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran,
membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan
dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam
pelaksanaan pengajaran dengan membuat
pengubahsuaian dalam racangan mengajar.
3. Penilaian pengajaran
Saedah Siraj, (2000) menyarankan supaya
pendidik membuat penilaian dan menghargai
perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan
| 366
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
itulah yang akan menentukan cara setiap individu
itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman
pembelajaran kepada masing- masing.
C. Hebat, Berkualiti dan Cemerlang
Buat intro sedikit
1. Mengapa Guru Mesti Hebat?
Selain daripada tuntutan agama sebagai satu
ibadah (menyebarkan ilmu pengetahuan) kerjaya guru
adalah mulia di sisi semua masyarakat. Insan guru hanya
layak dipunyai oleh orang yang ikhlas untuk kerjaya ini
sahaja. Insan yang tidak ikhlas terhadap kerjaya ini tidak
akan dapat menumpukan seluruh tenaga dan minda
kepada kerjaya ini. Setiap pekerjaan yang dilakukan
dengan rasa ikhlas dan senang hati, pasti Allah akan
mempermudahkan segala urusan dan pekerjaannya,
walau sesukar mana pun, pasti akan dapat dilaksanakan
dengan tenang dan baik.
Memang ada pelbagai pandangan tentang
mengkategorikan guru yang hebat apalagi atraktif ini.
Seorang guru yang cara pengajarannya menarik, mudah
difahami dan atraktif, kebiasaannya akan menjadi idola
bagi para pelajarnya. Namun sayang, bukan semua guru
bersifat demikian. Guru yang baik biasanya bersikap
terbuka dan sedia menerima kritikan dari anak muridnya.
Baginya, dari kritikan muridnya inilah, dia akan dapat
memahami dan mempelajari apa kehendak pelajar sesuai
dengan usia mereka. Selain itu, beberapa penilaian yang
kebiasaannya di buat oleh pentadbir, akan digunapakai
untuk mengetahui kekuatan, kelemahan dan sebagi
penambahbaikan diri kearah pengajaran yang lebih baik.
Kita semua pasti pernah mengalami situasi
pertama kali berhadapan dengan guru, ketika melangkah
367 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
kaki untuk ke sekolah. Saat bermulanya pergaulan dan
pendidikan secara formal, tanpa mengetahui suasana
sekolah. Pastinya kita mengharapkan rasa yang
mengembirakan, seronok tetapi selamat untuk
menghadapi situasi yang baru. Dahulu, kita akan merasa
sangat bangga, jika guru memanggil nama kita, mengajak
untuk mengikuti pembelajaran dengan tegas, namun
penuh perasaan kasih sayang. Pastinya banyak lagi
kenangan indah yang tersimpan di memori ingatan saat
pertama kalinya kita mula memasuki alam persekolahan.
“Cikgu….” Panggilan itu sangat keramat. Saat itu,
kita memandang guru sebagai seorang yang sangat hebat
dan berwibawa, selain mak ayah dirumah, guru menjadi
sanjungan dan sebutan, hingga kadangkala apa yang
dikatakan oleh guru tidak boleh disangkal. Hanya cikgu
yang betul! Mak dan ayah menjadi salah ketika membuat
kerja sekolah. Alahai, indah sungguh kenangan sewaktu
kecil. Malahan, situasi ini seolah-olah berulang kembali
apabila anak-anak kita pula memasuki alam persekolahan.
Ini menunjukkan masih terdapat lagi guru yang hebat
walaupun telah berubah zaman.
2. Positif atau negatif?
| 368
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Guru hebat pastinya akan mengamalkan ciri-ciri
kualiti sebagai seorang guru. Ini akan memberi kesan
yang positif. Tentunya kesan utama dalam merealisasikan
aspirasi Negara akan tercapai melalui sokongan guru
hebat kerana golongan ini memainkan peranan yang
penting dalam melahirkan modal-modal insan yang
cemerlang. Modal insan cemerlang adalah harapan negara
yang akan memacu kemajuan dan memelihara
keharmonian sertakeamanan negara. Modal insan ini juga
adalah generasi penyambung kecemerlangan alam
pendidikan di negara ini.
Guru yang mengamalkan ciri-ciri kualiti guru yang
positif juga akan dapat membuat kemenjadian pelajar
yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut telah dilengkapi
dan disediakan dengan ciri-ciri kualiti yang positif
seorang guru. Maka, tidak mustahil lebih banyak
kemenjadian murid yang boleh dihasilkan dari air tangan
guru sebegini. Dalam situasi ini, pepatah lama boleh
diguna, “kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi”.
Guru yang hebat mempunyai akauntabiliti diri dan
kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut juga
mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir
minat untuk belajar dalam diri pelajar yang dididik oleh
seorang guru yang berkualiti positif dan tinggi. Hal ini
kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan
beliau dapat menghasilkan pdpc yang amat berkesan.
Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) guru
berakauntabiliti mendidik pelajar untuk persediaan
kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru
yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan
dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik.
369 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Seterusnya, implikasi penerapan ciri-ciri kualiti
guru yang positif adalah kepada masyarakat. Peranan
guru bukanlah terbatas di sekolah sahaja, tetapi guru juga
sebagai agen perubahan berperanan membawa
perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan
Ahmad (2012), sebagai agen perubahan guru perlu
membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya
kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti
terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup
masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu
pengetahuan yang akan mengubah cara hidup masyarakat
dengan memberikan pelbagai ilmu yang boleh diadaptasi
dan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.
D. Amalan Pengurusan Guru Cemerlang
1. Kepentingan Kreativiti dalam pendidikan
| 370
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan
menuntut dan menggesa para guru membuat perubahan di
mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah
kreativiti. Setiap warga pendidik berhasrat untuk
menyampaikan pengajaran yang berkesan. Omardin
Ashaari (1999) menyatakan guru perlu membuat
perancangan dengan teliti terlebih dahulu. Mereka juga
harus memastikan kaedah yang terbaik untuk
mengawal kelas agar pengajaran yang disampaikan itu
berjalan dengan lancar berkesan dan bermakna.
Untuk mencapai tahap ini memerlukan satu
mekanisme dalam menggerakkan kreativiti guru dalam
pengajarannya. Model Amabile (1989) menerangkan
bahawa selain komponen persekitaran, terdapat tiga
komponen utama lain yang membina individu kreatif iaitu
kepakaran, kemahiran berfikir secara kreatif dan
motivasi.
2. Menjadi Guru Berkualiti
Bagi mempertingkatkan profesion perguruan,
seseorang guru mempunyai ciri-ciri guru yang berkualiti
seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Negara jika mahu dipandang tinggi oleh masyarakat.
Kualiti guru dapat diperkemaskan dari masa ke semasa
dengan latihan, seminar dan lain-lain kursus dalam
perkhidmatan. Penubuhan Institut Aminudin Baki (IAB)
adalah untuk meneruskan pelbagai latihan dalam
perkhidmatan untuk melahirkan para guru yang lebih
efisien.
3. Tugas Guru Cemerlang
Buat intro sikit
371 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
i. Menghasilkan inovasi, projek, kajian tindakan dan
penulisan
ii. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
ketua jabatan
iii. Menjadi pakar rujuk subjek dan pentadbir sekolah
iv. Membantu guru dan jabatan
v. Membantu guru-guru yang bermasalah dalam PdP bagi
bidang yang berkaitan
vi. Membantu sekolah dan unit lain dalam pendidikan
vii. Penggerak pendidikan negara
4. Ciri-ciri Personaliti dan Perwatakan Guru Cemerlang
Buat tabel atau tulis dalam bentuk esei
Prihatin Mengambil berat Memulakan
tentang masalah pelajar pembelajaran
P Mengutamakan dengan
E keselesaan pelajar bertanyakan
R Adil Tidak pilih kasih antara khabar
S pelajar Memberikan ruang
O kepada pelajar
N Tidak menghukum untuk berehat
A pelajar sesuka hati sebentar semasa
L pdp berlangsung
Memberi perhatian
yang sama rata
kepada pelajar
Tidak
meminggirkan
pelajar yang lemah
pelajaran
Berpandukan cara
hukuman yang
betul
Mengenakan
tindakan yang
setaraf dengan
kesalahan pelajar
tersebut
| 372
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
I Bersikap Bijak mengawal emosi Tidak mencampur
positif adukkan urusan
T peribadi dengan
urusan kerja
Mengelakkan sikap
I Sentiasa memberikan panas baran
motivasi Memberikan
motivasi dan
nasihat yang
berguna kepada
pelajar setiap pagi
sebelum
memulakan pdpc
Memberikan kata-
kata semangan
sebelum pelajar
menghadapi
peperiksaan
Menyediakan Mempunyai kemahiran Pdp yang lebih
pendidikan dalam teknologi menarik dengan
berkualiti maklumat dan menggunakan frog,
komunikasi schoology dan
sebagainya
Meningkatkan Inovasi dalam pdp
kemahiran pedagogi seperti formula
matematik atau
sains serta strategi
pembelajaran yang
lebih menarik
Menguasai subjek Menguasai
kandungan
kurikulum
sebelum diajar
kepada murid
Penyayang Melayani pelajar Menganggap
dengan baik pelajar sebagai
anak sendiri
Sentiasa memberi
senyuman
Tidak bersikap pilih Tidak memberikan
373 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
P kasih layanan istimewa
E Menghargai usaha kepada pelajar
R pelajar tertentu
W
A Tegas Menegur kesalahan Memujihasil
T pelajar dengan betul tugasan pelajar di
A samping memberi
K Membentuk akhlak pujian yang
A pelajar yang mulia membina
N
Mudah didekati Memberi hadiah
Peramah Sedia berkongsi ilmu kepada pelajar
dan pengalaman yang rajin
Menyelidik
terlebih dahulu
sebelum
menghukum
Tidak terus
menerus memberi
kritikan yang
negatif
Mengajar nilai
murni kepada
pelajar
Menggalakkan
pelajar agar
menghormati
antara satu sama
lain
Sedia berkongsi
dan mendengar
masalah
Kongsi kisah hidup
untuk memberi
pengajaran kepada
pelajar
5. Pengurusan Guru Cemerlang
Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang
didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar
sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan
| 374
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar pelbagai
kebolehan. Dari sudut pengurusan masa pula, guru
yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi
pelajar dengan terkinii dan mendokumentasikan segala
strategi pengajaran. Dalam proses pengajaran pula, guru
yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada
pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan
pelajar secara aktif dalam Pdpc. Dalam proses pengajaran
pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran
sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta
melibatkan pelajar secara aktif dalam PdP.
Mereka inilah merupakan guru yang reflektif dan
sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali
terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan
keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah. Guru
yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat
dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding
kelas. Inilah di antara ciri- ciri yang harus dikekalkan oleh
seorang guru yang cemerlang dan seharusnya dituruti dan
dicontohi oleh semua warga pendidik yang lain.
Guru yang cemerlang seharusnya mempunyai
pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang
375 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
pengkhususannya, komitmen yang menyeluruh terhadap
kerjaya dan berusaha menambahbaik ilmu serta
kemahiran secara berterusan. Guru sepatutnya menjadi
role model atau idola kepada pelajar tanpa mengira masa,
tempat dan situasi. Seorang yang mudah didekati, mesra
dan mampu menyelesaikan masalah serta memberi
pandangan yang bernas adalah pakej tambahan
seorang guru yang cemerlang. Secara amnya guru yang
berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi
sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah
yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan
masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.
a. Kecemerlangan Peribadi
i. Ciri-ciri cemerlang:
Mempunyai keyakinan diri, Berakhlak dan
bermoral, Bersikap adil dan bertimbang rasa,
Beramanah dan bertanggungjawab, Kreatif dan
inovatif, Sentiasa mengurus diri dengan kemas,
Sedia berkongsi dan berkerjasama, Bersikap
terbuka, Bersikap positif
ii. Kreativiti:
Guru ini memiliki personaliti yang baik,
seorang guru yang penyayang dan sangat prihatin.
Pelbagai program di sekolah yang memastikan
kecaknaan guru contohnya seperti program guru
penyayang, dimana seawall pagi guru telah tunggu
pelajar hadir kesekolah, mengambil tanggungjawab
sebagai ibubapa (In Loco Parentis) untuk
memastikan pelajar suka dan seronok untuk datang
ke sekolah. Penerapan nilai murni diajar seawall pagi
apabila turut menekankan Program 3S (Sapa, Salam,
Senyum) untuk memupukm jati diri dan perasaan
saling menyayangi antara warga sekolah.
| 376
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Setelah sampai ke sekolah, guru memantau
pula kebajikan anak murid dengan program RMT
(Rancangan makanan tambahan) bagi murid yang
kurang berkemampuan. Selain itu, terdapat program
Mentor Mentee iaitu program anak angkat antara
guru dan murid, terutama murid tahun 6 yang aakan
menduduki UPSR. Guru berkorban masa, tenaga dan
juga material tanpa mengungkit untuk kesejahteraan
anak didik.
b. Kecemerlangan Pengetahuan & Kemahiran
i. Ciri-ciri cemerlang:
Mengamalkan budaya ilmu, Kebolehan untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
yang rasional dan objektif, Menyertai dan
memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk
meningkatkan kualiti kerja, Kebolehan menyediakan
kertas kerja, laporan prestasi murid, minit
mesyuarat, dokumentasi dll. Sebagai pakar rujuk
pengajaran dan pembelajaran, berupaya
mengendalikan aktiviti kokurikulum, Mengenalpasti
keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta
menyediakan program tindakan susulan,
Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan pdp, serta
peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan
murid/ pelajar.
ii. Kreativiti:
Bidang perguruan sentiasa berkembang dan
berubah sejajar dengan perubahan zaman.
Perkembangan global dengan teknologi
telekomunikasi dan internet menuntut banyak
cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi
Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan
377 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
terangsang dengan perkembangan teknologi yang
semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu
dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai golongan
yang akan menyebar-luaskan kepada para pelajar.
Guru juga perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran terkini bagi menyempurnakan
penubuhan sekolah bestari yang berteraskan
penggunaan komputer sebagai satu bentuk
kurikulum wawasan negara Malaysia untuk
menjadikan negara maju menjelang 2050. Guru juga
harus memperlengkapkan diri secara global kerana
dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat
terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan
elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara
hidup moden. Para guru hendaklah menghargai
dengan menggunakan segala kemudahan semaksima
mungkin demi kemenjadian murid sejajar dengan
perkembangan pengetahuan sedia ada yang
diperolehi oleh murid dari sejak mereka belum
memasuki alam persekolahan lagi. Zaman baby
boomers kini benar-benar mencabar bagi para
pendidik, selain untuk kemenjadian murid,
kepesatan teknologi juga harus dikejar, seiring
dengan zaman.
Pelbagai aplikasi yang terkini harus dipelopori
tanpa mengenal usia dan subjek yang diajar oleh
guru. Semua menggunakan teknologi untuk kefahan
yang lebih pantas, terkini dan mudah. Cara penilaian
murid juga sudah bertukar, apalagi cara pengajaran.
Semua dihujung jari. Dan, bukan sahaja murid
belajar hanya di sekolah pada waktu yang
ditetapkan, tetapi masa pdp kini adalah sepanjang 24
jam dengan adanya teknologi terkini. Seharusnya,
| 378
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
guru lebih besedia dan lebih ke depan, untuk
menghadapi murid zaman kini.
c. Kecemerlangan Kerja
i. Ciri-ciri cemerlang:
Pengurusan keceriaan bilik darjah, Berjaya
membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap
pembelajaran, Menguasai dan menggunakan
pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran, Melaksanakan rutin dengan berkesan
bagi memudahkan pembelajaran, Menyemak kerja
murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi
komen yang positif untuk menggalakkan
pembelajaran yang seterusnya, Memberi kerja
bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai,
Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar
waktu pengajaran, Menggunakan hasil pengujian
dan penilaian untuk membaiki pengajaran, Sentiasa
merangsang murid berfikir, Merancang pelajaran
yang baik, Hasil pembelajaran murid menunjukkan
peningkatan, Aktiviti kokurikulum yang berkaitan
dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan
dengan penuh komitmen dan Berupaya
meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi
murid.
ii. Kreativiti:
Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu
dengan menambah pembacaan untuk peningkatan
ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk
dibincang dan mencari penyelesaian. isu-isu semasa
berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti,
ekonomi dan sebagainya. Guru yang
berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak
379 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam
perubahan sistem pendidikan yang semakin
mencabar ini, profesion perguruan perlu
meyediakan diri dengan amalan nilai murni dan
akhlak yag terpuji.
Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan
nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada
pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini
penting untuk menyediakan pelajar menjadi warga
yang berguna kepada bangsa dan negara. Para
pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka
bukan sahaja mengajar tetapi juga terlibat sebagai
pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,
penyelia, pengawal dan sebagainya.
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjungjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisplin.”
E. Pencapaian
1. Kecemerlangan Sekolah
| 380
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu
bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan
komprehensif dan mantap sejajar dengan perkembangan
zaman, sesuatu bangsa atau negara boleh dianggap
sebagai gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
kepada rakyatnya. Oleh yang demikian, transformasi
dalam pendidikan perlu dilaksanakan supaya rakyat
Malaysia mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
Dalam usaha untuk peringkat antarabangsa. Dalam
usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara,
tidak dapat dinafikan peranan guru adalah paling utama.
Guru umpama berlian yang memantulkan kilauan
bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu
bernilai.
Sekolah berkesan di Malaysia adalah dipengaruhi
oleh pelbagai faktor. Selain faktor yang timbul dari
keberkesanan kepemimpinan pengetua, faktor efikasi
guru juga merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi keberkesanan sekolah. Kejayaan sesebuah
sekolah yang mencapai prestasi cemerlang juga adalah
hasil kerjasama baik antara pelajar, guru, Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat.
2. Kemenjadian Murid
381 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada
keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim,
semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap
waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan
guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum
sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan
pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini
tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.
Konsep dan pengertian keberkesanan sekolah
boleh diukur berasaskan output atau hasil persekolahan
(pencapaian akademik dan bukan akaemik) yang juga
pencapaiannya lebih daripada apa yang diharapkan.
Seterusnya proses juga dianggap satu kriteria pengukur
keberkesanan sekolah misalnya aspek pentadbiran
sekolah, kerjasama di kalangan warga sekolah, proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Keberkesanan pengajaran guru ini adalah penting
kerana melalui teknik pengajaran yang berkesan akan
melahirkan pelajar yang cemerlang. Ini disokong oleh
kenyataan oleh Rotter (1996), di mana kawalan adalah
faktor yang dominan yang mana guru-guru
mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar. Guru-guru
yang boleh mengawal tindakan mereka untuk mencapai
kejayaan akan mempunyai efikasi kendiri yang tinggi.
Teori yang dinyatakan oleh Bandura (1977), yang
mengenalpasti efikasi guru sebagai salah satu efikasi
kendiri berdasarkan perspektif kongnitif sosialnya. Setiap
manusia mampu membentuk kepercayaan untuk
membuat yang terbaik. Kepercayaan inilah yang akan
menghasilkan usaha untuk berjaya dan akan mendorong
guru-guru untuk berusaha dengan lebih ke arah
pengajaran yang berkesan bagi menghasilkan pelajar yang
cemerlang dan akhirnya sekolah yang berkesan.
| 382
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Kenyataan ini turut mempunyai persamaan dengan
kajian Sazali Yusoff (2004), yang dapat mencungkil satu
faktor dalaman sekolah yang boleh diubah demi kejayaan
sesebuah sekolah. Kajian menunjukkan yang pencapaian
akademik murid sangat kuat dipengaruhi oleh efikasi
kolektif guru-guru. Efikasi kolektif guru ini merupakan
peramal yang kuat kepada kejayaan akademik murid.
Apabila efikasi kolektif guru-guru meningkat maka
pengajaran guru akan lebih berkualiti dan pencapaian
pelajar-pelajar akan meningkat di samping menyumbang
kepada keberkesanan sekolah.
3. Kompetensi guru
APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
sememangnya menjadi idaman semua guru-guru yang
bertungkus lumus menjalankan tugas dengan sebaik
mungkin. Ini adalah satu pengiktirafan dan penghargaan
pihak pentadbir terhadap kesungguhan dan ketekunan
kita bekerja. Tetapi, kadangkala, dalam sesetengah
keadaan banyak perkara yang berlaku akan menyebabkan
timbul rasa tak puas hati. Bagi menjelaskan lagi tentang
perkara ini, Garis Panduan Pemilihan Penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pelajaran
Malaysia, bertarikh 8 November 2010 boleh dirujuk.
383 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Dalam surat ini dinyatakan dengan jelas kriteria
dan garis panduan yang boleh digunapakai oleh pentadbir
sekolah dalam memilih guru-guru dan kaki tangan
sekolah yang layak untuk diberikan APC. Walau apa
pun keputusannya, maka sebaiknya redha saja dengan
apa yang berlaku. Jika ada rezeki kita, maka tak ke mana.
Kalau tak ada pun, inshaAllah ada rezeki lain yang bakal
menyusul tiba. Betulkan niat, teruskan bekerja, inshaAllah
pasti ada kejayaan!
Anugerah Tokoh Guru merupakan pengiktirafan
terbesar dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk guru-
guru yang sangat berwibawa berdasarkan kriteria-
kriteria tertentu. Ia adalah lambing kemuliaan, keikhlasan,
pengorbanan, tanggungjawab, cabaran, peranan dan
komitmen seorang pendidik dalam menghayati profesion
keguruan. Anugerah Tokoh guru dilaksanakan bagi
menghargai peranan serta jasa yang dicurahkan oleh
para guru dalam mendidik anak bangsa, meskipun yang
sebenarnya, tidak terbalas jasa seorang guru dengan
wang ringgit dan harta dunia, berbanding pahala yang
akan dibawa hingga ke Syurga-Nya.
| 384
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
F. Penutup
Guru yang mempunyai ciri-ciri kualiti yang positif amat
penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik
yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara
langsung dan sebaliknya dalam dunia pendidikan. Oleh itu,
dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen
terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa
Malaysia dalam mengharungi cabaran di tahap yang lebih
tinggi. Pengisian guru yang mempunyai ciri-ciri kualiti yang
positif mampu menyediakan generasi muda untuk
menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa
masyarakat industri, ekonomi yang global dan kebanjiran
teknologi tinggi.
Peranan-peranan guru dalam menghadapi cabaran-
cabaran profesionalisme keguruan masa kini jika benar-benar
dilakukan dan diamalkan akan membantu keberkesanan
pengajaran. Maka, seharusnya semakin menyerlah dan
meningkatlah “output” atau hasil kemenjadian pelajar di negara
kita dan sekaligus mencapai aspirasi kerajaan untuk menjadi
negara maju dan diteraju oleh generasi yang cemerlangdari
segala segi termasuklah kualitinya, keterampilannya dan
kewibawaannya.
Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan
berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi kesan positif
atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang
berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia
pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha
telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan profesion
keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut
berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah
baikkan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat
terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara
ini.
385 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah
dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang adalah
hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri
profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang
tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion
keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem
pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen
yang berkait rapat dalam dunia pendidikan
Secara ringkasnya, untuk menjadi seorang guru yang
professional, seseorang itu haruslah berpengetahuan dan
berketerampilan serta mempunyai kreativiti dalam pendidikan.
Di samping itu, seorang guru yang baik sentiasa mengamalkan
nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan, selain
mempunyai sikap terbuka dan sedia berubah demi untuk
kebaikan diri sendiri dan masyarakat, sanggup menerima
kritikan dan tidak mudah naik angin jika ditegur oleh sesiapa
sahaja walaupun murid sendiri.
Seorang guru yang baik tidak akan mudah melenting dan
sedia untuk berbahasa jika mendapat kritikan yang
berlawanan dengan fahaman dan pengalaman diri. Seorang
guru yang baik dapat mengubah dan mengawal situasi dalam
masa yang terpantas. Di dalam kelas, guru yang baik dapat
menguasai kemahiran momunikasi dan interpersonal. Selain
itu, seseorang itu harus cekap melaksanakan kurikulum
persekolahan secara berkesan dan bermakna. Maka, seseorang
itu mempunyai ciri-ciri guru yang professional.
Sebagai kesimpulan, guru memainkan peranan yang
proaktif bagi memdidik generasi yang akan datang agar
generasi muda dapat menerajui kepimpinan negara pada masa
yang akan datang. Oleh hal yang demikian, guru ibarat lilin yang
membakar diri dan menerangkan orang lain. Guru
mencorakkan generasi yang berkain putih dengan pelbagai nilai
murni. Jadi, dengan adanya benteng moral yang ampuh, maka,
| 386
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mereka dapat menjauhi diri daripada melibatkan diri dalam
gejala sosial yang semakin berleluasa di dalam negara kita.
387 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
BAB X
IKLIM SEKOLAH DAN MOTIVASI PELAJAR
Shahfullizan bin Saleh
A. Pengenalan
1. Konsep Iklim
Konsep iklim sekolah sering menimbulkan
pendebatan kerana makna iklim sekolah itu sendiri
mempunyai pelbagai tanggapan dalam kalangan guru. Ada
pandangan iklim merujuk kepada persekitaran sekolah,
aktiviti sekolah, Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) guru,
program sekolah dan hari-hari perayaaan. Terdapat juga
pandangan yang berkaitan dengan budaya sekolah.
Apakah itu iklim ? Apakah itu budaya.
Iklim boleh membawa kita bermotivasi dan tidak
bermotivasi. Iklim boleh disamakan dengan musim.
Contohnya musim peperiksaan dan musim sukan.
Perbezaan antara iklim dan budaya amat ketara jika kita
fahami. Budaya adalah cara berpakaian, carta-carta yang
ditampal di kawasan sekolah.
Budaya sekolah ialah cara guru dan kakitangan
sekolah bekerja dengan memiliki set kepercayaan, nilai,
dan anggapan yang mereka kongsi bersama. Budaya
sekolah juga merangkumi nilai-nilai, tradisi, anggapan,
kepercayaan dan cara yang memberi identiti sekolah dan
menentukan piawaiannya untuk membentuk tingkah laku
pelajar.
Budaya sekolah mempunyai kesan yang kuat
terhadap komuniti sekolah serta berperanan untuk
memberitahu masyarakat dalam komuniti sekolah
tentang apa yang benar-benar penting dan bagaimana
mereka bertindak. Ramai pemimpin sekolah percaya
| 388
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
bahawa organisasi budaya dan iklim sekolah adalah dua
perkara yang sama. Walau bagaimana pun, kedua-dua
istilah ini ada ciri-ciri yang sama, tetapi mereka
menyatakan dua konsep secara berasingan dalam
menghasilkan kemenjadian pelajar.
Iklim dan budaya sekolah merupakan antara
perkara penting dalam menentukan kejayaan sesebuah
sekolah. Kedua-dua konsep ini penting dalam
meningkatkan kemenjadian pelajar. Walau bagaimana
pun, sering berlaku polemik antara fahaman budaya dan
iklim sekolah dalam kalangan pendidik.
2. Motivasi Pelajar
a. Definisi Motivasi
Motivasi merupakan kecenderungan daripada
diri seseorang yang dapat mempengaruhi tingkah
lakunya (Kamaruddin, 1997). Motivasi menentukan
hala dan keberkesanan sesuatu proses pembelajaran.
Motivasi merupakan elemen yang sangat penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Motivasi boleh membuatkan proses PdP
menjadi lebih berkesan dan menarik. Motivasi
memerlukan rangsangan untuk diwujudkan Perkataan
motivasi berasal daripada perkataan bahasa Inggeris
iaitu “motivation”. Menurut Kamarudin Hj. Husin
(1997), tiada dalamrujukan motivasi merupakan
kecenderungan daripada diri seseorang yang dapat
mempengaruhi tingkah lakunya.
Motivasi adalah sebab, tujuan atau pendorong,
maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi
penggerak utama baginya berusaha keras mencapai
atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada
secara negatif atau positif.
389 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju Tindakan
Motivasi adalah suatu kuasa dalaman yang
menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam
tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau
positif.
2. Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya
dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau
cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan
atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah
negara merupakan pendorong utama yang
menggerakkan usaha bersungguh- sungguh untuk
mencapai apa yang dihajatkan.
Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai,
dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan
lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga,
organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai
apa juga matlamat yang telah ditetapkan.
Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih
penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau
motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi
mencapai matlamat. Oleh itu, bolehlah kita
membuat kesimpulan di sini bahawa motivasi
adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang
menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah
keluarga atau organisasi untuk mencapai apa yang
diingini.
3. Motivasi sebagai tahap kesungguhan
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang
ingin capai, memberi kesan terhadap tahap
kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk
mencapainya agak lama, tetapi, jika apa yang
dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap
| 390
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk
berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai. Oleh
itu, bolehlah juga kita membuat kesimpulan di sini
bahawa motivasi adalah tahap kesungguhan dan
tempoh kelangsungan seseorang berusaha untuk
mencapai tujuan atau matlamatnya."
4. Motivasi Sebagai Perangsang
Seseorang pelajar yang sedang belajar
memerlukan ransangan daripada ibu bapa, guru-
guru mahupun rakan-rakan yang telah berjaya.
Pelajar yang bersungguh-sungguh dalam menuntut
ilimu pengetahuan.walaupun menghadapi pelbagai
halangan semasa belajar memerlukan suntikan dan
ransangan motivasii . Justeru, motivasi adalah suatu
semangat akibat rangsangan atau keghairahan untuk
mendapatkan sesuatu yang benar-benar diingini.
5. Motivasi Sebagai penyemarak keberanian
Apabila seseorang pelajar betul-betul dan
benar-benar inginkan sesuatu kejayaan dalam
pelajaran, ketakutan atau kemalasan tiba-tiba dapat
diatasi dengan menjadikan imatlamat akan menjadi
perkara utama. Oleh itu, keberanian, kerajinan dan
ketekunan akan dengan sendirinya terbina. Oleh itu,
bahawa motivasi adalah suatu yang menimbul dan
menyemarakkan keinginan, keberanian dan
kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat
yang benar-benar diingini serta diyakini boleh
dicapai dan diperolehi.
b. Jenis-jenis Motivasi
Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi
intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran).
1. Motivasi Intrinsik
391 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari
luar diri seseorang. Dalam pembelajaran, guru perlu
tahu sama ada pelajarnya cenderung kearah
motivasi yang timbul dari dalam ataupun dari luar
diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak
dengan sewajarnya bagi memberikan rangsangan
kepada pelajarnya supaya berusaha. Motivasi yang
berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh
faktor kepuasan dan ingin tahu disebut ‘motivasi
intrinsik’.
Motivasi intrinsik (dalaman) melibatkan
pelajar sebagai sebahagian daripada proses
pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu
mengenai sesuatu perkara dan melibatkan
penggunaan praktikal perkara yang dipelajari.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
motivasi intrinsik lebih terlibat dengan keperluan
penghargaan kendiri. Dorongan dalaman ialah
kesediaan seseorang itu melakukan sesuatu tugas
kerana tugas itu sendiri yang menyebabkannya
berasa seronok dan puas hati.
Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula
jadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri
daripada dorongan dan minat individu bagi
melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap
ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang
sudah dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan
motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan
dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru
masuk sekolah.
Walau bagaimanapun, bukan semua motivasi
intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Terdapat
juga motivasi intrinsik dibentuk daripada
| 392