The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-11-24 16:39:52

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Keywords: PERSEKITARAN SEKOLAH,PENGURUSAN SEKOLAH,KEPIMPINAN

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

ditetapkan oleh pihak sekolah dan tidak boleh melakukan
sebarang kesalahan.

Di samping itu, terdapat tanggapan murid iaitu mereka
mesti mendapat markah sebaik mungkin agar diiktiraf sebagai
murid yang berjaya. Kesannya murid akan menghukum diri
sendiri terlebih dahulu dengan menyatakan bahawa dia
seorang murid yang nakal, malas, tidak pandai dan pelbagai
sifat negatif lagi menyebabkan murid tersebut enggan berubah
disebabkan kepercayaan bahawa sifat tersebut akan terus kekal
dalam diri mereka. Di sinilah guru perlu memainkan peranan
dengan mengenali murid dengan lebih dekat agar masalah
murid dapat diketahui.

Suatu diagnosis perlu dilakukan agar guru tahu sifat
negatif yang bersarang dalam minda pelajar supaya ia dapat
dirungkaikan. Dengan lain perkataan, teori tingkah laku
percaya personaliti seseorang dibentuk oleh pengalaman
(Hamilton 2007). Pandangan pendokong teori tingkah laku
percaya semua manusia dilahirkan bersih, suci dalam keadaan
kosong. Apa yang terjadi kepada manusia adalah hasil
pembentukan tingkah laku yang telah dibentuk oleh asakan
persekitaran.

Kita dianggap sebagai makhluk yang pasif dan menerima
apa sahaja yang membentuk kita berdasarkan pengaruh
persekitaran. Pembentukan personaliti individu adalah kesan
daripada pembelajaran melalui pelbagai pengalaman yang
dilalui. B.F. Skinner memperkenalkan pelaziman operan yang
berkaitan dengan pembelajaran berdasarkan kesan akibat yang
telah diterima. Hal ini melibatkan penggunaan peneguhan
positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berkait rapat
dengan pemberian ganjaran terhadap tingkah laku yang
ditonjolkan dan ingin terus dikekalkan. Ini memberi gambaran
tingkah lakutersebut akan berulang dengan pemberian
ganjaran tersebut. Peneguhan negatif pula berkaitan dengan

193 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

memberi sesuatu yang tidak baik tetapi kesannya menghasilkan
sesuatu yang baik.

Sama ada peneguhan positif ataupun negatif kedua-
duanya akan memberi kesan yang baik ia itu membentuk
tingkah laku yang baik dalam suatu jangka masa yang
panjang. Satu lagi pembentuk tingkah laku ialah dengan
menggunakan dendaan. Ia merupakan satu kaedah
mengenakan sesuatu yang tidak menyenangkan kepada
individu agar individu dipaksa untuk mengubah tingkah laku
yang tidak baik kepada tingkah laku yang boleh diterima. Bagi
Skinner, dendaan merupakan kaedah yang tidak berkesan untuk
membentuk tingkah laku dan mengekalkan dalam suatu jangka
masa yang panjang. Oleh itu, dendaan hanya menghasilkan
perubahan jangka pendek sahaja.

Teori Pembelajaran Sosial yang telah diperkenalkan oleh
Albert Bandura (1977). Di dalam teori ini menekankan tentang
aspek interaksi antara manusia dengan persekitarannya.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku
anti sosial pelajar remaja, iaitu kelakuan pelajar itu sendiri,
pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif. Namun menurut
Bandura (1977) latihan pemerhatian atau modeling adalah amat
penting dalam pembentukan tingkah laku agresif.Teori
pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973)
juga merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari
oleh kanak-kanak dan remaja ialah melalui pemerhatian
terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang
signifikan dengan mereka. Menurut Mahmood (2001), tingkah
laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti
interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan
konsep kendiri individu.

Oleh sebab manusia dipengaruhi oleh persekitaran
mereka, maka remaja akan memilih salah satu daripada
pengaruh persekitaran mereka untuk diteladani. Jika tingkah

| 194

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

laku negatif ditunjukan oleh ibu bapa, maka remaja akan terikut-
ikut kepada tingkah laku ibu bapa tersebut dan jika ia ditunjukan
oleh rakan sebaya remaja, ia juga akan menjadi ikutan remaja.
Menurut Bandura (1977), terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi tingkah laku antisosial pelajar remaja, iaitu
kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan
interaksi kognitif. Pendekatan teori pembelajaran sosial juga
menekankan kepentingan penilaian kognitif dan emosi. Teori
ini memperlihatkan pengaruh-pengaruh sedar dan penentu-
penentu sosial ke atas personaliti.

Menurut Bandura (1977), latihan pemerhatian atau
modeling adalah amat penting dalam pembentukan tingkah
laku agresif. Ibu bapa merupakan model utama bagi kanak-
kanak. Jika ibu bapa menunjukkan tingkah laku yang agresif di
hadapan kanak-kanak, maka kanak-kanak akan mudah meniru
tingkah laku tersebut. Begitu juga ibu bapa yang sering
bertingkah laku akan mewariskan tingkah laku tersebut kepada
anak-anak mereka. Oleh itu, perlakuan positif perlulah
ditunjukkan oleh ibu bapa dan orang sekeliling supaya generasi
Z akan mencontohi perlakuan yang baik. Kesannya,
pembentukan sahsiah terpuji dapat dihasilkan.
F. Penutup

Secara keseluruhannya, semua pihak memainkan
peranan yang sangat penting dalam membentuk sahsiah terpuji
dalam kalangan murid generasi Z ini. Pendekatan yang
sewajarnya perlu diambil oleh semua masyarakat bagi
memastikan golongan murid ini tidak hilang arah dan masih
mampu untuk dibantu dalam proses pembentukan sahsiah
terpuji. Apabila semua pihak memainkan peranan masing-
masing maka secara tidak langsung akan menghasilkan modal
insan seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang
holistik dalam segala aspek. Jurang antara generasi dapat

195 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dipisahkan sekiranya tindakan sewajarnya diambil dalam
membentuk sahsiah yang terpuji ini. Apabila semua pihak
memainkan peranan mereka, murid generasi Z akan pasti
berubah tingkah laku mengikut acuan yang diinginkan. Usaha
yang sebetulnya perlu dilakukan dan tindakan yang
sewajarnya perlu diambil dalam mendekatkan diri dengan
generazi Z yang melakukan masalah sahsiah ini. Kesannya,
negara akan dipimpin oleh generasi yang bersahsiah terpuji
seperti yang dimatlamatkan dan holistik dalam semua aspek.

| 196

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

BAB V
PENGURUSAN KESIHATAN DI SEKOLAH

Rizaki bin Jaffar

A. Pengenalan
Kesihatan boleh ditakrifkan sebagai kesejahteraan fizikal,

mental, sosial, dan sebagai sumber untuk menjalani kehidupan
yang bermakna. Ia bukan sahaja merujuk kepada keadaan
seseorang itu terhindar daripada sebarang penyakit, tetapi ia
juga membawa makna keupayaan untuk pulih kembali daripada
penyakit atau kembali sihat setelah dilanda penyakit. Faktor-
faktor yang menentukan kesihatan yang baik termasuk genetik,
persekitaran, hubungan sosial dan pendidikan. Diet yang sihat,
senaman, pemeriksaan kesihatan, dan strategi pencegahan
penyakit dapat meningkatkan kesihatan seseorang.

Pandangan semasa berhubung kesihatan adalah
kesihatan bukanlah semata-mata terhindar daripada penyakit.
Tafsiran terhadap kesihatan yang optima boleh dikatakan
sebagai keadaan di mana seseorang itu tidak dihidapi penyakit
dan boleh berfungsi dengan baik dalam kehidupan.
Kesejahteraan hidup pula boleh ditafsirkan sebagai satu proses
yang dinamik di mana seseorang individu itu dapat bertindak
secara aktif bagi mencapai matlamat yang diingini.

Kesihatan boleh dikelaskan kepada kesihatan fizikal dan
kesihatan mental.Kadang kala istilah kesihatan emosi atau
kesihatan spiritual digunakan untuk menerangkan maksud
kesihatan yang lebih menyeluruh. Kesihatan fizikal bermaksud
seseorang yang memiliki jasmani atau tubuh yang sihat dan
dapat berfungsi pada tahap yang terbaik. Ini berlaku kerana
seseorang itu tidak menghadapi sebarang penyakit, sentiasa
bersenam, mematuhi peraturan pemakanan yang berkhasiat
dan mendapat rehat yang mencukupi. Kesihatan mental merujuk

197 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kepada kesejahteraan emosi, sosial dan psikologi seseorang.
Kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan
fizikal. Adalah lebih sukar untuk memeriksa kesihatan mental
berbanding kesihatan fizikal seseorang.

Kerajaan telah menjelaskan tentang dasar kesihatan bagi
setiap sekolah. Ia mengandungi maklumat tentang apa yang
dipertanggungjawabkan oleh sekolah dan apa yang perlu
dilakukan untuk menjaga kesihatan murid. Sekolah
bertanggung jawab untuk menguruskan kesihatan dan
keselamatan harian apabila murid-murid berada dalam
penjagaan pihak sekolah. Para ibu bapa dan penjaga boleh
menghubungi sekolah jika bimbang tentang kesihatan dan
keselamatan anak. Sekolah mesti melaporkan kemalangan
serius, wabak penyakit atau insiden berbahaya kepada PPD, JPN
dan KPM.

Murid-murid yang sihat akan dapat belajar dengan lebih
baik kerana ini dapat memastikan pencapaian akademik yang
cemerlang sepanjang hayat. Sekolah adalah tempat seorang
murid itu belajar mengenai pemakanan yang sihat dan
melakukan aktiviti fizikal yang boleh membantu pembesaran
tubuh badan dan akal pemikiran mereka. Dasar dan amalan
yang dilaksanalan sentiasa menyokongpembentukan
persekitaran sekolah yang sihat. Murid yang sihat dapat
berkembang menjadi seorang dewasa yang sihat dan berjaya.

B. Keutamaan kesihatan di sekolah
1. Kepentingan pengurusan kesihatan di sekolah
Pengurusan kesihatan sekolah yang baik boleh
menyokong peningkatan prestasi murid- murid di sekolah
dari segi pemikiran kritis, kemahiran menyelesaikan
masalah, membuat keputusan dan pengurusan diri.
Terdapat banyak faedah melaksanakan pengurusan
kesihatan di sekolah. Contohnya seperti dapat

| 198

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

meningkatkan kesedaran kesihatan fizikal, mental dan
sosial dalam kalangan komuniti sekolah. Komuniti
sekolah yang sihat dapat membantu memastikan
matlamat sekolah tercapai. Ciri-ciri yang menunjukkan
seseorang murid itu memiliki kesihatan yang baik adalah
seperti memiliki sikap yang positif, aktif dalam aktiviti
sekolah, sentiasa menghadirkan diri ke sekolah,
menunjukkan prestasi dan semangat yang tinggi dalam
bilik darjah dan terlibat secara aktif dalam komuniti.

Kesihatan adalah perkara yang penting dalam
kehidupan. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan bagi
memastikan kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik
memberikan penampilan baik kepada peribadi dan imej
seseorang individu. Pendidikan kesihatan adalah mata
pelajaran yang diajar di sekolah untuk membina
pengetahuan, kemahiran, dan sikap positif mengenai
kesihatan. Pendidikan kesihatan mengajar tentang
kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial. Ia memberi
motivasi kepada murid untuk memperbaiki dan
mengekalkan kesihatan mereka. dan mencegah penyakit.

Kurikulum pendidikan dan pengajaran kesihatan
membantu muridmempelajari kemahiran yang akan
mereka gunakan untuk membuat pilihan yang sihat
sepanjang hayat mereka. Kurikulum berkesan
menghasilkan perubahan positif dalam tingkah laku yang
mengurangkan risiko penyakit. Zaman remaja adalah
penting dari segi perkembangan mental dan fizikal.

Amalan menjagakecergasan seorang individu yang
dipraktikkan mungkin akan kekal seumur hidup. Banyak
kajian telah menunjukkan bahawa senaman dapat
memberi manfaat kepada kesihatan remaja. Malangnya
aktiviti berbentuk fizikal lazimnya akan berkurang apabila
usia semakin meningkat Terdapat banyak faedah yang

199 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

boleh dikaitkan dengan aktiviti fizikal yang aktif pada
peringkat umur remaja.

Keselamatan murid harus diutamakan ketika
melakukan kegiatan di sekolah. Pengurusan risiko yang
baik adalah perlu ditekankan untuk memastikannya
keselamatan pelajar. Guru sepatutnya dapat mengawal
murid-murid ketika melaksanakan aktiviti di sekolah.
Murid dapat bermain dengan selamat secara bebas dalam
persekitaran yang selamat. Semua jenis aktiviti sukan
haruslah dikawal dan dipastikan mengikut prosedur yang
selamat. Pengetua sekolah bertanggungjawab terhadap
kesihatan dan keselamatan kakitangan sekolah dan murid.

Sekolah mesti melantik seorang yang
bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal berkaitan
keselamatan. Individu tersebut seharusnya mempunyai
kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang
mencukupi untuk mengurus dengan bijak mengenai
pengurusan risiko kesihatan dan keselamatan di sekolah.
Di kebanyakan sekolah, guru penolong kanan adalah
orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan risiko.
Komitmen yang tinggi adalah penting untuk menguruskan
kesihatan dan keselamatan secara berkesan.

2. Kesihatan mental dan fizikal
Kesihatan yang baik merangkumi situasi yang

sempurna dari segi jasmani, pemikiran dan sosial. Ia
melibatkan keseimbangan dan kesejahteraan psikologi
dan emosi. Kesihatan mental bersifat dinamik. Ini
bermakna ia boleh berubah bergantung kepada pelbagai
faktor. Kesihatan mental memainkan peranan penting
dalam kehidupan manusia. Ia meliputi setiap aspek
keperibadian manusia. Individu yang sihat secara mental
boleh menyesuaikan diri dengan setiap keadaan hidup.

| 200

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Perkataan mental menunjukkan sesuatu yang lebih
daripada fungsi otak semata-mata. Ini termasuk keadaan
emosi seseorang. Ia adalah keseimbangan dalam konteks
sosial dan budaya seseorang yang dizahirkan oleh
hubungan seseorang individu dengan orang lain.
Kesihatan mental boleh dikatakan sebagai kemampuan
untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan orang
lain dan boleh turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan.
Kita perlu memahami maksud keadaan kesihatan mental
yang sebenar. Istilah "gangguan mental" banyak tertera
dalam media bertulis dan media elektronik. Istilah ini
sering digunakan oleh masyarakat. Salah faham
terhadap pengertian kesihatan mental menyebabkan
banyak kekeliruan. Akibatnya, gangguan kesihatan mental
sering disalahtafsirkan dengan dengan penyakit mental.

Individu yang memiliki kesihatan mental yang baik
akan merasa keselesaan dalam kehidupan. Mereka boleh
merempuh cabaran hidup samada susah atau dalam getir.
Mereka memiliki keyakinan diri, merasa selesa dengan
orang lain dan diri sendiri. Garis pemisah bagi
menentukan seseorang individu itu memiliki kesihatan
mental yang optima adalah sesuatu yang kurang jelas.
Dengan kata lain kesihatan mental meliputi pelbagai
peringkat. Penentuan peringkat kesihatan mental yang
baik sukar ditentukan kerana ia meliputi banyak kriteria.

Kesihatan mental yang sempurna mungkin agak
sukar dicapai pada setiap waktu. Ini kerana ia bergantung
kepada pengaruh seperti faktor individu, sosial dan
keadaan sekeliling. Seseorang itu akan mempunyai emosi
atau perasaan yang berubah-ubah. Ia bergantung kepada
perkara-perkara seperti pengaruh psikologi dan biologi
seseorang itu. Masalah yang timbul dalam mengharungi
kehidupan seharian boleh mengganggu kesihatan mental.

201 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Masalah yang dimaksudkan mungkin berpunca dari
tekanan hidup, masalah disebabkan penyakit atau
kecacatan, perubahan persekitaran yang tak diduga,
masalah kewangan atau masalah keluarga.

Janganlah kita keliru maksud kesihatan mental dan
pengertian penyakit mental yang sebenar. Ia membawa
pengertian yang berbeza. Penyakit mental adalah suatu
keadaan di mana pengidap penyakit tersebut perlu
dirawat. Penyakit mental boleh menyerang sesiapa sahaja.
Penyakit mental hanya boleh disahkan oleh doktor pakar
dalam bidang yang berkaitan. Penyakit mental berbeza
kerana ia akan menyebabkan gangguan terhadap fungsi
seharian seseorang itu. Individu yang mengalami penyakit
mental akan terjejas dari segi hubungan sosial dan sukar
untuk bekerja.

Masalah kesihatan mental bukan sekadar hilang
kewarasan sahaja. Keadaan seperti kemurungan, hilang
tumpuan, masalah penggunaan dadah dan bahan
terlarang, dementia atau nyanyuk adalah petanda masalah
kesihatan mental. Masyarakat sekitar perlu peka dan
mengambil tahu tentang hal ini. Stigma yang menyatakan
masalah kesihatan mental adalah penyakit orang gila
boleh mendatangkan kesan buruk. Keadaan ini berlaku
mungkin disebabkan perasaan takut terhadap persepsi
masyarakat, kurang maklumat yang tepat, kurang sedar
atau kurang perhatian terhadap kesihatan mental yang
optima.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada
tahun 2017 antara sepuluh hingga dua puluh peratus kanak-
kanak dan remaja mengalami masalah kesihatan mental, dan
kira-kira separuh daripada masalah tersebut bermula sebelum
berusia empat belas tahun. Secara global, bilangan kanak-
kanak dan orang dewasa yang didiagnosis dengan keadaan

| 202

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kesihatan mental kian meningkat. Polisi dan amalan terbaik
telah dirangka untuk mengekalkan kesihatan mental yang
optima melalui langkah pencegahan dan intervensi.

Guru perlu berpegang kepada konsep loco parentis. Guru
perlu bertindak sebagai ibu bapa, atau penjaga ketika murid
berada di sekolah. Para guru seharusnya boleh mengenalpasti
seseorang murid itu berada dalam keadaan kesihatan fizikal
dan mental yang baik. Sekiranya murid dilihat tidak sihat
atau tidak bermaya, guru perlu bertanya atau mengambil
tindakan yang patut untuk menolong murid tersebut. Sekiranya
perlu laporan perlu dibuat kepada pentadbir supaya tindakan
susulan boleh diambil. Guru yang bertugas pada hari berkenaan
bertanggungjawab membawa muridke klinik kesihatan atau
hospital awam yang berdekatan.

Pencegahan masalah kesihatan mental pada awal usia
dapat mengurangkan masalah kesihatan mental dalam
kehidupan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Ini merupakan
satu langkah yang paling berkesan dari perspektif kesihatan
awam. Pencegahan memerlukan rundingan doktor pakar
selama sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mengesan
sebarang masalah kesihatan mental. Kesihatan mental dan
fizikal adalah berkait rapat antara satu sama lain. Seseorang
yang menghadapi masalah kesihatan fizikal boleh menimbulkan
kesan negatif kepada kesihatan mental dirinya.

203 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Kesihatan fizikal kerana ia dapat membantu warga
sekolah daripada bebas daripada rokok dan tembakau.
Dengan menjaga kesihatan fizikal, murid dapat
meningkatkan tahap tenaga yang lebih sihat dan akan
dapat lebih fokus dalam pembelajaran. Ini juga dapat
membantu guru dan murid menguruskan tekanan dengan
baik. Kesihatan fizikal yang baik dapat memupuk dan
menggalakkan sikap serta pandangan yang positif. Ia juga
dapat meningkatkan imej diri dan keyakinan diri dalam
menyediakan diri dalam aktiviti di luar atau dalam
komuniti.

Pemimpin-pemimpin yang terlibat secara langsung
dalam pendidikan dan penggubal dasar mestilah
mengambil perhatian terhadap keperluan kesihatan
mental pelajar. Sekolah mempunyai peranan penting
dalam memberi kesedaran berkenaan kesihatan mental
dan kesejahteraan pelajar. Ini memerlukan pengurus
sekolah untuk melaksanakan tindakan yang jelas dan
konsisten bagi membuat promosi tentang kesihatan
mental. Pendekatan yang sesuai perlu digunakan bagi
menjaga kepentingan kesihatan mental pelajar.

Intervensi awal bagi mengenal pasti isu-isu yang
melibatkan masalah kesihatan mental adalah sangat
penting. Sekolah boleh memainkan peranan pencegahan
yakni dengan mewujudkan persekitaran yang selamat dan
tenang. Bengkel jati diri atau ceramah motivasi boleh
dilaksanakan bagi menyediakan murid agar mereka
memiliki daya tahan untuk menguruskan tekanan emosi
ketika menghadapi masalah. Kesihatan mental harus
dijadikan sebahagian daripada kurikulum yang dipelajari
di sekolah.

Guru atau staf yang terlibat dengan murid harus
memiliki kemahiran bagi mengenal pasti masalah

| 204

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Pihak luar
yang memiliki kepakaran berkenaan kesihatan mental
boleh memberikan khidmat sokongan kepakaran dengan
cara bekerjasama dengan pihak sekolah. Aktiviti boleh
dilaksanakan untuk meningkatkan kesihatan mental
mengikut usia murid. Khidmat sokongan psikologi dan
perkhidmatan kaunseling adalah contoh jenis
perkhidmatan sokongan yang boleh membantu
muridmengatasi masalah mereka. Terapi Perilaku Kognitif
dan klinik psikologi juga boleh digunakan. Kaunseling
secara individu adalah terapi yang paling mudah dan
kerap digunakan bagi membantu pelajar.

Budaya dan persekitaran sekolah memberi
pengaruh besar terhadap kesihatan mental guru dan
pelajar. Pengurus atau pentadbir sekolah dari semua
peringkat bertanggungjawab untuk mewujudkan budaya
dan persekitaran yang tenang dan selamat. Kesan
negatif yang mungkindihadapi oleh guru yang mengalami
tekanan adalah seperti tidak hadir bekerja, tidak bermaya,
gangguan perasaan, keyakinan diri yang menurun dan
mungkin bunuh diri.

Punca- punca berlakunya tekanan ini mungkin
disebabkan oleh masalah komunikasi antara guru dan
pentadbir, masalah guru yang sukar didekati, buli di
tempat kerja dan kekurangan sokongan. Seseorang guru
itu sepatutnya boleh mengawal emosi ketika berhadapan
dengan kerenah pelajar. Guru yang mengalami masalah
tekanan mungkin menggunakan perkataan atau bahasa
yang kurang sesuai digunakan ketika di dalam kelas.
Akibat negatif dari masalah tekanan yang dihadapi guru
adalah seperti tidak hadir bekerja, keletihan, tidak
bermaya dan kurang keyakinan diri.

205 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

3. Perkarayang mengganggu kesihatan
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa

mengawasi dan mengkaji semula dasar kesihatan dan
keselamatan untuk memastikan risiko dapat dikurangkan.
Sekolah perlu menyiasat sebarang insiden yang berlaku
sekiranya ia melibatkan kesihatan dan keselamatan
murid. Pengurus sekolah harus menilai keberkesanan
prosedur yang diambil dalam menangani insiden
berkenaan. Perubahan perlu dilakukan sekiranya
diperlukan Jika terdapat murid kategori orang kurang
upaya, sekolah mesti melakukan tindakan yang
bersesuaian untuk memastikan mereka tidak
diskriminasi.

Sikap tak peduli terhadap kesihatan diri patut
dikikis. Tidak cakna terhadap kesihatan diri membiarkan
diri tanpa senaman boleh mendatangkan kemudaratan
terhadap kesihatan. Kebersihan diri murid harus sentiasa
terjaga. Amalan kebersihan di asrama perlu
dipertingkatkan. Pakaian atau tuala perlu dibasuh secara
berkala. Pengunaan tuala lembab perlu dihindarkan
kerana boleh menyebabkan penyakit. Penularan penyakit
berjangkit selesema, batuk dan kudis buta mudah berlaku
sekiranya kesihatan dan kebersihan diri tidak dijaga.

Perkongsian atau meminjam pakaian orang lain
perlu dielakkan. Amalan tidak basuh tangan apabila
keluar tandas juga boleh membahayakan kesihatan.
Pemakanan mengikut nafsu dalam majlis sosial atau
keraian boleh mendatangkan mudarat. Pemakanan murid
yang kurang berkhasiat yang dijual di kantin sekolah atau
koperasi sekolah harus dihindarkan. Makanan yang tinggi
garam, karbohidrat dan lemak mengundang risiko
penyakit metabolisma seperti obesiti. Keadaan kantin

| 206

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

yang kurang terurus seperti lantai kotor dan tidak
dibersihkan perlu dicegah.

Kawasan bersukan atau menjalankan aktiviti
hendaklah bersesesuaian dan selamat terutama aktiviti
yang berisiko seperti memanah. Pengawasan dan
pengawalan guru ketika menjalankan aktiviti outdoor
seperti abseling dan berenang perlu dititik beratkan
untuk keselamatan murid. Ketika menjalankan aktiviti
juga, guru perlu melihat keadaan cuaca ketika itu seperti
hujan, petir atau kilat. Sekiranya cuaca buruk atau tidak
mengizinkan, guru perlu memastikan aktiviti di kawasan
lapang tidak dijalankan. Aktiviti perkhemahan di kawasan
berisiko mesti dipantau oleh guru dengan teliti. Risiko
haiwan berbisa dan penyakit berjangkit daripada sumber
haiwan liar amat berbahaya.

4. Tahap kesihatan guru dan pelajar
Menjadi pendidik adalah profesion yang

mencabar. Ia meliputi pelbagai situasi yang melibatkan
fizikal, mental, sosial dan rohani. Profesion ini menguji
keupayaan profesional kadang-kadang menguji kekuatan
hati dan minda. Terdapat banyak faktor yang akan
menentukan kesihatan seseorang individu. Kesihatan
seseorang akan ditentukan oleh keadaan persekitarannya.
Faktor-faktor seperti di mana kita tinggal, keadaan
persekitaran, genetik, pendapatan, tahap pendidikan, dan
hubungan dengan rakan dan keluarga mempunyai kesan
yang besar terhadap kesihatan.

Tahap kesihatan seseorang individu itu bergantung
kepada sejauh mana penjagaan kesihatan dilakukan.
Penjagaan kesihatan terbahagi kepada tiga tahap.
Penjagaan kesihatan primer adalah mengenai mencegah
penyakit atau kecacatan. Ini termasuk program

207 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

imunisasi kanak-kanak, pencegahan malaria dan atau
pencegahan penyakit denggi. Penjagaan kesihatan
sekunder adalah di mana pesakit sakit dan dirawat,
biasanya oleh jururawat dan doktor. Rawatan kencing
manis, tekanan darah tinggi, bronkitis dan patah tulang
adalah beberapa contoh penjagaan kesihatan sekunder.
Penjagaan kesihatan tertiari adalah melibatkan program
penjagaan dan pemulihan jangka panjang, contohnya jika
seseorang itu terpaksa dilakukan pemotongan anggota
badan, individu tersebut akan memerlukan anggota
prostetik dan fisioterapi.

Obesiti adalah antara masalah utama yang banyak
berlaku dalam kalangan guru dan murid-murid. Ia
dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kronik
seperti darah tinggi, paras kolesterol tinggi, penyakit
jantung, dan lain-lain. Obesiti memberi kesan kepada
hampir setiap sistem utama dalam badan. Obesiti dalam
kalangan guru adalah berkait rapat dengan gaya hidup
dan pemakanan. Makanan yang diproses dan makanan
segera mengandungi kandungan kalori yang tinggi
menyebabkan masalah ini berlaku. Guru yang mengalami
masalah obesiti mungkin menghadapi kesukaran dalam
melakukan aktiviti fizikal seperti aktiviti di padang atau
ketika pergerakan ke bangunan sekolah yang tinggi.

Merokok adalah tabiat yang tidak sihat. Pengaruh
rokok yang tinggi mungkin membabitkan sebilangan guru
dan murid merokok dalam kawasan sekolah. Merokok
adalah salah satu punca kematian dan penyakit kronik.
Merokok meningkatkan risiko kesihatan yang serius. Ada
yang mungkin membawa maut. Ia juga boleh
menyebabkan kanser di bahagian badan termasuk mulut,
tekak, peti suara, esofagus dan paru-paru.

| 208

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Merokok merosakkan jantung dan sistem
peredaran darah, meningkatkan risiko keadaan seperti
penyakit koronari jantung, serangan jantung, strok dan
penyakit saluran darah. Merokok juga merosakkan paru-
paru. Ia membawa kepada keadaan seperti penyakit
pulmonari obstruktif kronik (COPD) atau radang paru-
paru. Merokok juga boleh menyebabkan gejala pernafasan
seperti asma atau jangkitan saluran pernafasan.

Penyalahgunaan dadah adalah satu isu yang tidak
asing lagi. Sebilangan kecil murid sekolah juga turut
terlibat dalam masalah ini. Antara faktor-faktor yang
menyumbang kepada masalah penggunaan dadah ialah
sikap yang ingin mencuba disebabkan oleh pengaruh
rakan-rakan yang tidak baik. Pelajar yang menghadapi
masalah keluarga cenderung untuk berada di luar rumah
dan ini mendedahkan mereka kepada pengaruh yang
tidak baik yang boleh menyumbang kepada
penyalahgunaan dadah.

C. Kesihatan dan Kemudahan Sekolah
1. Kemudahan Sekolah
Kemudahan asas dalam sekolah perlu diperiksa
untuk memastikan ia selamat digunakan oleh murid.
Pemeriksaan kemudahan sekolah adalah satu kewajipan
kerana ia dapat menjamin keselamatan penggunanya.
Jawatankuasa Pengurusan Aset Sekolah bertanggung
jawab memeriksa aset sekolah. Ini dapat memastikan
bahawa aset yang dimiliki selamat digunakan. Sebagai
pentadbir sekolah, pengetua atau guru besar boleh
meronda persekitaran sekolah bagi mendapatkan
gambaran sebenar kawasan persekitaran sekolah.
Sekiranya terdapat risiko keselamatan pelajar, tindakan
segera perlu diambil.

209 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Sebagai langkah keselamatan, semua laluan dan
pintu masuk mestilah dipastikan bebas dari sebarang
halangan. Perkara ini penting kerana ia dapat memastikan
kelancaran pergerakan murid sekiranya berlaku
kecemasan seperti kebakaran. Pemadam api mesti berada
di lokasi yang sesuai dan mudah dicapai sekiranya
berlaku kebakaran. Kawasan menunggu bas mestilah
terletak di tempat yang selamat. Kawasan rekreasi dan
taman permainan dilindungi oleh pagar. Lampu limpah
haruslah berfungsi dan memberikan pencahayaan yang
mencukupi.

Semua pintu mudah diakses dan kunci berfungsi
dengan betul. Pelawat mesti melalui pos pemeriksaan
keselamatan sebelum memasuki kawasan sekolah. Tanda
arah ke kawasan yang ditetapkan dapat dilihat dengan
jelas. Aset bernilai tinggi seperti komputer, peralatan
muzik, bahan kimia dan barang berharga disimpan di
tempat berkunci. Pemeriksaan terhadap kebersihan
tandas adalah penting. Kualiti udara yang buruk
disebabkan oleh tandas kotor boleh membawa kepada
komplikasi kesihatan. Tandas hendaklah sentiasa bersih
dan tidak berbau. Sabun dan tisu tandas seharusnya
disediakan dengan mencukupi.

| 210

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Suis dan peralatan elektrik yang rosak dan
terdedah hendaklah dibaiki dengan segera. Perabot atau
sebarang halangan tidak diletakkan di kawasan laluan
kecemasan atau kawasan sempit. Longkang yang tidak
bertutup boleh mendatangkan kecederaan sekiranya
murid tergelincir. Tangga yang cerun mesti ada pemegang
tangan sebagai langkah keselamatan. Lantai bilik asrama
yang kotor perlu dilap mengikut tempoh tertentu.
Kawasan dapur kantin dan kawasan longkang perlu
dicuci untuk mengelakkan bau daripada sisa makanan
yang mendap dalam longkang. Pengaliran air longkang
mestilah lancar.

Sisa makanan akan mengundang haiwan kotor
seperti tikus datang dan membawa penyakit. Haiwan
liar seperti burung yang menjadikan bangunan sekolah
sebagai habitat meninggalkan najis yang mendatangkan
bau busuk yang mengganggu keselesaan. Aktiviti sosial
sukan hari guru haruslah dipantau supaya guru tidak
cedera. Terutamanya aktiviti sukaneka seperti tarik tali
atau berlari undur.

Keadaan padang seharusnya tidak berbatu dan ada
papan tanda larangan penggunaan sewaktu padang licin
selepas hujan atau waktu ada risiko kilat. Elakkan
penggunaan padang ketika aktiviti pemotongan rumput
dilakukan. Keadaan tiang gol atau peralatan sukan
211 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

mestilah dipastikan selamat. Keadaan bilik asrama yang
berhabuk akan mengundang penyakit pernafasan seperti
asma. Pelajar hendaklah menggunakan peralatan sukan
yang bersesuaian ketika aktiviti sukan.

Contohnya menggunakan kasut sesuai mengikut
aktiviti dilakukan. Kemudahan sekeliling seperti bangku
dan tempat duduk mestilah selamat digunakan. Jalan raya
di kawasan sekolah diletakkan bonggol agar kenderaan
tidak laju. Risiko pelanggaran boleh berlaku. Aktiviti
dalam bengkel atau kawasan bercucuk tanam dikawal
agar peralatan yang digunakan adalah selamat dan tidak
mendatangkan bahaya kepada pengguna.

2. Implikasi kepada guru dan murid
Guru adalah individu yang sangat penting bagi

menguruskan proses pembelajaran dalam kelas. Mereka
berupaya untuk mengubah murid untuk menjadi
seseorang yang dapat memenuhi potensi diri. Sebagai
orang awam, samada penjaga, ibu atau bapa, mereka
harus berusaha untuk memberi sokongan sepenuhnya
kepada pihak guru. Adalah tidak bertepatan sekiranya
masyarakat mengharapkan para guru menghasilkan
prestasi terbaik dalam kalangan murid-murid tetapi tiada
sebarang bantuan atau sokongan diberikan kepada para
guru. Kesannya, ini bakal memberikan tekanan yang
melampau kepada para guru. Kajian telah menunjukkan
bahawa golongan guru menghadapi tekanan mental
akibat kepelbagaian bebanan tugas.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa stress akan
mengganggu kesihatan guru. Guru banyak dibebani
dengan tugasan harian yang mencabar.Tekanan yang
melampau terhadap guru bukan sahaja memberikan
kesan terhadap prestasi guru. Impak yang lebih besar

| 212

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

akan kelihatan dan menimbulkan kesan terhadap prestasi
pelajar. Guru yang mengalami tekanan atau menghidapi
penyakit tidak dapat melaksanakan tugas pengajaran di
dalam kelas dan akibatnya murid akan tercicir.

Terdapat banyak program yang boleh dilaksanakan
bagi meningkatkan kesejahteraan guru di sekolah. Sebagai
contoh kaunseling guru di peringkat daerah atau negeri.
Guru-guru juga boleh mendapatkan khidmat nasihat
untuk menguruskan tekanan disebabkan bebanan kerja.
Kebanyakan kajian yang dilakukan berfokus terhadap
keselamatan dan kesejahteraan murid. Tidak banyak
penekanan diberikan terhadap kesejahteraan guru.
Kepincangan ini harus diperbaiki bagi menjamin
kesejahteraan dan keselamatan seluruh warga sekolah.
Program dan tindakan yang dilaksanakan untuk
meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan guru adalah
penting kerana ini dapat memastikan setiap guru
mempunyai kemampuan yang optimum bagi
membimbing murid ke arah prestasi yang terbaik.

Walaupun elemen persekitaran sekolah
menimbulkan tekanan yang besar kepada guru, guru boleh
mengurangkan tekanan yang dihadapi dengan pelbagai
cara. Amalan penjagaan diri seperti meditasi, latihan
fizikal atau penyertaan dalam kumpulan sokongan adalah
mudah untuk dilaksanakan. Aktiviti yang dinyatakan itu
mempunyai potensi untuk mengurangkan gejala tekanan.
Guru harus menangani punca yang mendatangkan tekanan
dalam diri dengan bijak. Pendekatan holistik kepada
kesejahteraan guru dan murid harus diberikan dengan
jelas. Kesejahteraan guru dan murid memerlukan
penekanan terhadap kesihatan fizikal dan mental.

213 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

D. Pengukuhan Warga Sekolah Sihat
1. Perkhidmatan Kesihatan di Sekolah
Perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk
membuat pemeriksaan kesihatan, pencegahan penyakit
berjangkit dan rujukan ke hospital. Ini dilakukan sebagai
satu langkah yang patut diberikan supaya kesihatan
murid sentiasa dalam tahap terbaik. Suntikan imunisasi
akan diberikan mengikut tahap umur tertentu. Suntikan
yang diberi adalah seperti suntikan demam campak,
rubella, suntikan perlindungan terhadap difteria dan
tetanus. Manakala di peringkat sekolah menengah adalah
suntikan pencegahan papillomavirus dan tetanus.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga
menyediakan perkhidmatan pergigian di sekolah.
Terdapat tiga jenis Perkhidmatan Pergigian iaitu Klinik
Pergigian sekolah, Pasukan Pergigian bergerak dan Klinik
Pergigian bergerak. Klinik Pergigian sekolah merupakan
klinik yang disediakan di dalam sekolah-sekolah terpilih.
Pasukan Pergigian bergerak terdiri daripada staf dan
pegawai Pergigian. Pasukan ini bergerak ke sekolah rendah
dan sekolah menengah menggunakan peralatan mudah
alih. Klinik Pergigian bergerak merupakan perkhidmatan
Pergigian menggunakan kenderaan yang diubahsuai dan
boleh bergerak ke mana-mana kawasan yang dirasakan
perlu.
Pelajar sekolah dibekalkan dengan buku rekod
kesihatan murid. Buku ini merekodkan perkembangan
pertumbuhan fizikal pelajar. Buku ini dibekalkan ketika
murid mendaftar darjah satu sekolah rendah. Ibu bapa
dan penjaga diminta mengisi borang kebenaran bagi
pemeriksaan kesihatan pelajar. Buku ini akan disimpan
oleh pihak sekolah bagi penggunaan ketika pemeriksaan

| 214

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kesihatan. Ia perlu dibawa ke sekolah yang baru sekiranya
muridtersebut berpindah.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut
menyediakan khidmat seperti ceramah dan penerangan
mengenai pemakanan yang sihat di peringkat sekolah.
Murid-murid akan berkumpul di dalam dewan bagi
mendengar ceramah berkenaan. Pameran dan poster
kesihatan turut diberikan bagi meningkatkan kesedaran
tentang kepentingan pemakanan yang berkhasiat. Unit
Penguatkuasaan Kesihatan KKM ada melakukan
pemeriksaan di kantin dan dapur asrama sekolah bagi
menjamin kualiti makanan adalah bersih dan terjamin.

Kempen pencegahan penyakit turut diadakan di
peringkat sekolah seperti Program Patrol Denggi.
Program ini diadakan sebagai satu kempen bagi memberi
kesedaran tentang bahaya wabak demam denggi. Pelbagai
aktiviti diadakan secara kerjasama dengan komuniti
setempat seperti kempen kesedaran secara atas talian,
persembahan pentas bertema kesihatan, persembahan
jalanan, pengedaran risalah denggi dan persembahan
boneka. Pihak swasta turut memberikan kerjasama
dengan memberikan sokongan kewangan yang sepadan.

Suntikan Imunisasi Murid Sekolah Rendah

215 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

E. Model Sekolah Sihat
Kriteria utama model sekolah yang sihat ialah seperti

mempunyai program pendidikan dan perkhidmatan kesihatan
yang baik. Menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan
sihat. Melaksanakan aktiviti Pendidikan jasmani secara
teratur. Melaksanakan dan memantau program Pendidikan
kesihatan mental dan kesejahteraan diajar dengan teratur.
Sekolah tersebut mestimemiliki persekitaran sekolah yang
selamat dan sihat. Sekiranya sekolah telah melaksanakan
kriteria-kriteria tadi dengan cara yang bersepadu dan lestari,
dapat dikatakan bahawa sekolah tersebut memenuhi standard
sekolah yang sihat di peringkat antarabangsa.

Untuk merealisasikan matlamat sebagai sekolah yang
sihat, selamat, mesra kanak-kanak dan menyeronokkan, langkah
yang sesuai harus dirancang secara bersepadu dan mampan.
Terdapat satu model sekolah sihat yang digunakan di
kebanyakan negara di dunia. Model ini dikenali sebagai Health
Promoting Schools atau Sekolah Mempromosikan Kesihatan.

Konsep Sekolah Mempromosikan Kesihatan telah
diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
bertujuan untuk melakukan perubahan tingkah laku
individu dan untuk melaksanakan perubahandalam struktur
organisasi seperti meningkatkan persekitaran fizikal dan sosial
sekolah. Sekolah Mempromosikan Kesihatan adalah sekolah
yang mengambil kira semua keperluan kesihatan bagi semua
anggota komuniti sekolah. Sekolah model ini menekankan
kepentingan sekolah sebagai tempat yang sihat untuk
belajar dan bekerja.

Peranan sekolah adalah untuk menggalakkan penjagaan
kualiti kesihatan dan kesejahteraan murid, kakitangan sekolah,
keluarga dan komuniti. Model sekolah ini menggalakkan
kerjasama antara sekolah denganibubapa dan masyarakat
setempat. Ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah

| 216

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

menguruskan kaedah bagaimana komuniti dapat menyumbang
ke arah pendidikan kesihatan yang positif. Ia juga
mengintegrasikan kesihatan ke dalam kurikulum dan aktiviti
sekolah. Model sekolah ini turut melaksanakan polisi untuk
mengekalkan persekitaran yang sihat dan menyediakan
persekitaran yang selamat dan kondusif.

Program Doktor Muda adalah salah satu contoh program
yang dilaksanakan di Malaysia berdasarkan konsep Sekolah
Mempromosikan Kesihatan. Program ini bermula tahun 1989
sebagai satu langkah bagi mendidik dan membentuk amalan
hidup yang sihat. Ia dijadikan sebagai salah satu aktiviti
kokurikulum sekolah yang terlibat. Ia telah diperkenalkan di
sekolah rendah sejak akhir 1989. Pada tahun 2004, jumlah
sekolah PDM adalah 347. Jumlah itu bertambah kepada 1255
pada tahun 2010 dengan 33,440 doktor muda (DM) terlatih di
seluruh Malaysia. Program tersebut telah mendapat
pengiktirafan oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun
2007.

Rawatan Pergigian di Sekolah

F. Rumusan
Semua jenis profesion mempunyai tekanan dan

risikonya tersendiri, tetapi apabila kita menerima profesion
tersebut kita perlu menjalankan tanggungjawab itu dengan
profesional walaupun banyak masalah serta cabaran yang
mendatang. Kadang-kadang tekanan dan masalah yang tidak
217 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

sihat akan wujud. Hal ini perlu dilihat secara konstruktif kerana
ia dapat memberikan pengalaman yang berharga kepada para
pendidik. Semua orang perlu melaksanakan tanggung jawab
masing-masing dalam menguruskan kesihatan di sekolah
dengan lebih baik. Dengan adanya pengurusan kesihatan di
sekolah, guru dan murid dapat mengatasi punca-punca tekanan
kronik dan persekitaran yang menggalakkan kesihatan yang
baik kepada semua warga sekolah.

Kerjasama dan usaha yang berkesan perlulah dilakukan
secara bersungguh-sungguh dan menyeluruh supaya dapat
mencapai sekolah model sihat dan selamat. Seterusnya, melalui
pengurusan dan program kesihatan di sekolah dapat murid
akan menjadi orang yang cakna dan peka tentang kepentingan
kesihatan dalam kehidupan. Akhir kata, perhatian dan
kerjasama sebegini boleh membawa kepada masyarakat yang
lebih sihat, lebih menyokong sekolah dan hasilnya yang lebih
positif terhadap murid khususnya. Apabila kesejahteraan guru
terpelihara, kejayaan murid dapat lebih mudah dicapai
dengan lebih sempurna. Oleh yang demikian, penghayatan
kepentingan dan nilai pengurusan kesihatan yang baik dalam
kalangan guru dan murid diharapkan dapat merealisasikan
matlamat pendidikan negara.

| 218

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

BAB VI
KOMUNIKASI KOMUNITI SEKOLAH

Noorazura binti Awang

A. Pengenalan
Sekolah merupakan suatu organisasi sosial yang saling

berhubungan. Komuniti sekolah merangkumi pelbagai lapisan
dan kelompok bermula daripada barisan pengurusan, guru-
guru, staf sokongan sehinggalah kepada murid-murid dalam
sekolah berkenaan. Untuk memastikan sesebuah sekolah dapat
menjalankan fungsinya, komunitinya haruslah saling
berinteraksi. Tanpa komunikasi, sekolah tidak akan berdaya
maju. Tanpa komunikasi juga, sebarang arahan, pekeliling serta
panduan tidak dapat disalurkan daripada pentadbir sekolah
kepada subordinatnya.

Apatah lagi, fungsi utama sekolah sebagai pusat
penyampaian dan perkembangan ilmu, menuntut kemahiran
komunikasi yang tinggi antara guru dan murid dalam bilik
darjah. Melalui komunikasi, pentadbir dapat memotivasi guru-
guru serta staf sokongan untuk sama-sama berganding bahu
bagi mencapai visi dan misi sekolah. Tanpa komunikasi juga,
bagaimana seseorang guru mampu mempengaruhi murid-
muridnya untuk sentiasa bermotivasi dalam memajukan diri
mereka, seterusnya mencapai matlamat individu murid
tersebut. Secara tidak langsung, matlamat sekolah akan berjaya
dicapai.

Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
pula, kerajaan telah menggariskan visi untuk
mempertingkatkan taraf sistem pendidikan negara seiring
dengan perkembangan dunia globalisasi. Sebelas anjakan telah
diperkenalkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Anjakan 1 menuntut agar KPM
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti, setanding dengan kualiti pendidikan antarabangsa

219 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

untuk semua murid. Justeru itu, pelbagai usaha telah diambil
bagi memenuhi tuntutan tersebut. Untuk itu, kementerian perlu
menyediakan guru dengan pengetahuan dan kemahiran
berkaitan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ke
arah penerapan pembelajaran abad ke-21 (PAK21).

PAK21 menuntut kaedah pembelajaran yang bukan
konvensional sebaliknya memberi penekanan kepada
pembelajaran berpusatkan murid yang berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif tanpa
mengabaikan aplikasi nilai murni dan etika. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa komunikasi merupakan elemen yang
amat penting dalam menjayakan matlamat pendidikan, bukan
hanya diperingkat sekolah. Malah turut menjadi agenda
peringkat nasional.

1. Konsep Komunikasi
Komunikasi merupakan suatu proses yang menjadi

fitrah kepada setiap makhluk di muka bumi. Ia
merupakan keperluan yang paling asas selain makanan
serta minuman, tempat tinggal dan juga pakaian. Seawal
kehidupan manusia di mana belum wujudnya bahasa
sebagai perantara untuk berkomunikasi, manusia telah
berhubung sesama sendiri dengan menggunakan pelbagai
medium seperti pergerakan, unggun api dan juga lukisan.
Ini dapat dilihat dari tinggalan sejarah di mana banyak
lukisan-lukisan dipapar di dinding-dinding gua yang
menjadi tempat tinggal kehidupan pra sejarah. Lukisan-
lukisan tersebut digunakan untuk meluahkan dan
berkongsi pandangan sesama mereka. Daripada tinggalan
itu juga, pengkaji telah menemui bahawa wujudnya
kehidupan dan peradaban pada zaman sebelumnya.

Melalui komunikasi juga, manusia mampu
mengatur serta mewariskan kebudayaan kepada generasi
seterusnya. Sebaik dilahirkan ke dunia, seseorang
individu mula berinteraksi dengan persekitarannya
melalui tangisan, ketawa, bercakap, mendengar dan
seterusnya menulis yang merupakan bentuk-bentuk

| 220

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

komunikasi yang asas. Walaupun komunikasi sering
dianggap sesuatu yang berlaku secara semulajadi, ia
sebenarnya kemahiran yang boleh dipelajari dan dikuasai
oleh semua orang dan sangat signifikan dalam dunia hari
ini. Seseorang yang ingin kekal berdaya saing harus
menitikberatkan aspek komunikasi sebagai suatu bentuk
kompetensi yang wajib dikuasai memandangkan apa
sahaja yang terucap dari bibir penutur tidak akan dapat
diulang atau diubah setelah ianya diucapkan. Sebagai
manusia biasa, seseorang boleh meminta maaf atas
keterlanjuran kata tetapi ianya tidak mampu dipadam
sampai bila-bila. Seperti kata pepatah Melayu, “terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Dalam dunia perniagaan, seseorang pengurus
mengendalikan tugasan dan tanggungjawabnya melalui
komunikasi dengan subordinatnya. Komunikasi berkesan
menyediakan asas kepada pelaksanaan perancangan,
pengagihan tugasan, memberi arahan dan panduan serta
kawalan ke atas pekerja bawahan dengan lebih cekap dan
efektif. Apakah akibat sekiranya kesilapan berbicara
dilakukan oleh seorang pengetua atau guru besar dalam
sebuah sesi taklimat? Bagaimana pula jika ianya terjadi
semasa seorang guru menyampaikan ilmu di dalam bilik
darjah?

Muh. Syawir Dahlan (2014), menyatakan bahawa
dengan komunikasi, manusia mengekspresikan dirinya,
membentuk jaringan interaksi sosial dan mengembangkan
keperibadiannya. Para sarjana dalam bidang komunikasi
dan psikologi seiring berpendapat bahawa kegagalan
komunikasi memberikan kesan yang yang besar sama ada
dalam konteks individu atau sosial. Secara individu,
kegagalan komunikasi menimbulkan frustasi,
demoralisasi, keterasingan dan pelbagai penyakit
berkaitan kesihatan mental yang lain. Secara sosial,
kegagalan komunikasi menimbulkan ketidaksefahaman,

221 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kesukaran meraih kerjasama, mengurangkan toleransi
dan merintangi pelaksanaan norma-norma sosial. Sebagai
sebuah organisasi sosial yang berhierarki, aktiviti
komunikasi berlaku dengan sangat meluas dan kompleks
dalam sesebuah institusi sekolah.

Dalam konteks Islam pula, komunikasi merupakan
satu perkara yang sangat penting dan amat ditikberatkan.
Islam telah meletakkan penekanan kepada pentingnya
menjaga hubungan silaturrahim. Hubungan silaturrahim
turut merujuk kepada komunikasi sesama manusia sama
ada dalam keluarga mahupun masyarakat yang lebih luas.
Walaupun realiti masyarakat hari ini yang terlalu asyik
dalam mengejar keperluan dan kehendak duniawi,
hubungan sesama manusia tidak boleh diketepikan agar
institusi keluarga dan masyarakat sentiasa terjaga dan
tidak berpecah belah.

Di samping hubungan sesama manusia, Islam turut
menggariskan hubungan manusia dengan Yang Maha
Pencipta yang merupakan hubungan mutlak dan tidak
mungkin dapat dipisahkan. Sebagai makhluk ciptaan-Nya,
manusia harus patuh dan tunduk kepada perintah Allah.
Seorang yang mempunyai tahap keimanan yang tinggi
akan sentiasa menjaga dan mempertingkatkan
hubungannya dengan pencipta dengan mengenali Sang
Pencipta serta hak dan tanggungjawab terhadap-Nya.
Hakikat Allah s.w.t. mestilah diketahui berdasarkan
maklumat yang diberikan oleh Allah s.w.t. melalui wahyu-
Nya dalam al-Qur’an mahupun al- Hadith. Tidak ada
sesiapa juga yang dapat mengetahui hakikat Allah melalui
sumber-sumber yang lain.

Dalam konteks yang lebih luas, komunikasi bukan
hanya merujuk kepada hubungan sesama manusia sahaja,
bahkan komunikasi atau interaksi turut berlaku dalam
kalangan mahkluk- makhluk lain dalam ekosistem.
Contohnya, interaksi antara manusia dan alam serta
haiwan yang turut mendiami alam ini. Hubungan

| 222

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

simbiosis, mangsa-pemangsa, persaingan dan sebagainya
telah dibuktikan secara saintifik saling memerlukan
dengan memainkan peranan masing-masing dan telah
menyempurnakan kelestarian alam. Oleh kerana manusia
yang merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling
sempurna, manusia selaku khalifah atau pemimpin harus
mentadbir mahkluk-makhluk lain seperti haiwan serta
tumbuhan dengan sebaik-baik amalan.

Dari sudut komunikasi secara fizikal pula, ia
melibatkan hubungan yang dapat dilihat secara kasar
seperti sungai pada zaman lampau yang menjadi tumpuan
petempatan penduduk berikutan kemudahan untuk
berhubung selain sumber air dan makanan. Seterusnya,
pembinaan jalan darat dan udara untuk menghubungkan
antara dua tempat yang jauh. Penciptaan kenderaan
seperti perahu, kereta kuda, kenderaan bermotor dan
kapal terbang juga telah menyumbang kepada komunikasi
fizikal yang lebih cekap dan berkesan. Dengan itu,
individu atau masyarakat setempat dapat berinteraksi
dengan masyarakat lain yang akhirnya menjurus kepada
sosialisasi sesama manusia.

Komunikasi merupakan istilah pinjaman dari
Bahasa Inggeris iaitu communication yang terbit daripada
perkataan Latin iaitu communicare yang membawa
maksud to make common atau mewujudkan persamaan
(Samsudin, 1993). Ilmu komunikasi merupakan bidang
pengetahuan yang melangkaui pelbagai bidang
(multidisclinary). Oleh itu, tafsirannya sangat luas dan
pelbagai. Walaupun penekanan atau fokus tafsiran dibuat
mengikut bidang dan konteks pengkaji, ianya saling
melengkapi dan seiring dengan perkembangan ilmu
komunikasi.

Secara umumnya, komunikasi dilihat sebagai proses
pertukaran idea atau maklumat di antara dua atau lebih
individu, melalui perantara (medium) di mana pengirim

223 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dan penerima memahami sesuatu maklumat seterusnya
membentuk pemahaman yang sama terhadap mesej
tersebut. Ia bukanlah semata-mata mengeluarkan
perintah atau arahan tetapi menekankan perkongsian
maklumat, idea dan mesej.

Menurut Kontz & Weihrich (1988), komunikasi
adalah proses pemindahan maklumat daripada pengirim
kepada penerima yang mana informasi dapat difahami
oleh penerima tersebut. Ia merupakan suatu proses dua
hala dalam memahami sesuatu mesej dan ianya tidak
boleh berlaku secara sendirian. Ia harus melibatkan
sekurang-kurangnya dua individu yang bertindak sebagai
pengirim dan penerima di mana kedua-dua pihak mesti
wujud untuk berlangsungnya sesuatu komunikasi. Proses
pertukaran maklumat yang berlaku dalam komunikasi
melibatkan idea serta pendapat yang akhirnya
membentuk persefahaman terhadap sesuatu mesej.

Terry & Franklin (1984) pula mendefinisikan
komunikasi sebagai suatu seni dalam membina dan
mencapai persefahaman antara individu. Ia merupakan
proses pertukaran maklumat dan perasaan antara dua
atau lebih individu dan ianya amat penting dalam
keberkesanan sesebuah pengurusan. Komunikasi
dikatakan berkesan apabila pengirim dan penerima
membentuk persefahaman bersama (mutual
understanding) terhadap sesuatu subjek. Mesej yang
disampaikan haruslah difahami oleh penerima seperti
yang dikehendaki.

Komunikasi juga merupakan suatu proses yang
berterusan dan dinamik. Pertukaran idea dan pandangan
dalam kalangan ahli merupakan proses yang berterusan
tidak kira organisasi perniagaan mahupun organisasi
sosial. Interaksi secara berterusan ini akan menggalakkan
persefahaman dan pertukaran maklumat. Ini amat relevan
dalam proses pembuatan keputusan organisasi.
Komunikasi di antara pengirim dan penerima berlaku

| 224

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dalam pelbagai bentuk dan perantara bergantung kepada
mood dan tingkah laku. Oleh itu, ianya sentiasa berubah-
ubah mengikut situasi di mana ianya berlaku.

Menurut Allen Louise A. (1958), komunikasi
merupakan keseluruhan perkara atau usaha yang dibuat
oleh seseorang individu apabila dia cuba membina
persefahaman dalam minda seseorang individu yang lain.
Dalam menyempurnakan maksud tersebut, ia melibatkan
suatu proses yang sistematik dan berterusan yang
merangkumi proses memberitahu, mendengar dan
memahami. Manakala Stoner & Wankel (1989) pula
menghuraikan komunikasi sebagai proses di mana
seseorang manusia mencuba berkongsi sesuatu maksud
melalui pemindahan mesej secara simbolik.

Keseluruhannya, komunikasi merupakan proses
pemindahan atau pertukaran maklumat di antara
pengirim dan penerima tentang sesuatu informasi melalui
perantara yang bermatlamat membentuk persefahaman
terhadap sesuatu mesej yang dikongsi. Ianya berlaku
secara meluas dalam kehidupan seharian tidak kira secara
formal dalam organisasi mahupun tidak formal dalam
menjalankan urusan sepanjang hari. Ia juga melibatkan
urusan sesama manusia tanpa mengira peringkat umur,
jantina, pekerjaan dan sebagainya.

2. Elemen dan Proses Komunikasi
Komunikasi merupakan suatu aktiviti yang

berturutan di mana mesej yang disampaikan diterima dan
difahami oleh penerima seperti yang dikehendaki. Ia
merupakan suatu proses sistematik yang menghubungkan
antara pengirim dan penerima mesej. Namun, ianya tidak
semudah dan seringkas yang disangka. Dalam dunia
realiti, komunikasi berlaku dengan begitu kompleks dan
mengandungi beberapa elemen untuk berlakunya

225 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

persefahaman maksud mesej daripada pengirim kepada
penerima.
a. Pengirim (Sender)

Pengirim adalah individu yang memulakan,
menjana dan menghantar mesej atau pesan. Dia
merupakan sumber kepada pesan dan proses
komunikasi bermula apabila pengirim membangunkan
idea atau pesanan yang ingin dihantar. Pengirim harus
menyusun idea-idea dengan cara yang difikirkan
berkesan agar dapat difahami oleh penerima.
b. Pesanan (Message)

Pesanan atau mesej merupakan idea atau
maklumat yang ingin disampaikan oleh pengirim. Ia
mesti diolah atau disusun dengan teratur agar dapat
difahami oleh penerima dengan kefahaman yang
dikehendaki oleh pengirim. Ianya boleh disampaikan
sama ada dalam bentuk verbal atau bukan verbal.
c. Enkod (Encoding)

Apabila seseorang pengirim telah jelas
berkenaan pesanan yang ingin disampaikan, pengirim
akan melaksanakan proses enkod di mana pengirim
menterjemahkan maklumat yang hendak dihantar
menjadi suatu simbol yang difikrkannya akan dapat
diterima oleh penerima. Pengirim boleh menggunakan
bahasa yang saling difahami, gerakan anggota badan
atau bantuan gambar atau gabungannya supaya
penerima memahami mesej yang disampaikan.
Ringkasnya, enkod bermasud menukarkan pesanan
kepada simbol.
d. Medium Penghantaran (Medium)

Mesej yang ingin disampaikan mestilah melalui
perantara yang tertentu. Pengirim perlu memilih
medium yang bersesuaian bergantung kepada
kandungan pesanan, situasi dan sebagainya.
Contohnya mesej dalam bentuk tulisan boleh
disalurkan melalui fax, email ataupun surat. Ia

| 226

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

bergantung kepada kesesuaian dan keberkesanan
mesej tersebut diterima dan difahami oleh penerima
sepertimana yang dihajati oleh pengirim.
e. Penerima (Receiver)

Penerima adalah seseorang individu atau
kumpulan yang mana mesej tersebut ingin
disampaikan. Pesanan dienkod mengikut keperluan
penerima agar difahami seperti yang dikehendaki oleh
pengirim mesej berkenaan. Sebagai contoh, pesanan
yang disampaikan oleh seorang pengetua kepada guru-
guru tidak semestinya sama apabila pesanan berkenaan
diberi kepada murid-murid. Penggunaan simbol yang
di luar kebiasaan penerima harus dielakkan bagi
menghindari kekeliruan dalam memahami mesej
berkenaan.
f. Dekod (Decoding)

Proses dekod adalah memberi tafsiran yang
bermakna untuk sesuatu mesej. Semasa menerima
pesanan, penerima menterjemah simbol-simbol kepada
maklumat yang bermakna mengikut pemahaman
berdasarkan keupayaannya. Komunikasi dikatakan
berkesan sekiranya penerima memahami pesanan yang
disampaikan sepertimana yang dimaksudkan oleh
pengirim pesanan tersebut. Untuk itu, penerima
seharusnya seseorang yang sudah biasa dengan simbol
yang digunakan oleh pengirim.
g. Gangguan (Noise)

Walaupun gangguan bukanlah salah satu elemen
dalam komunikasi, ia memainkan pengaruh yang amat
besar dalam menentukan keberkesanan sesuatu
proses komunikasi. Tahap keberkesanan sesuatu
mesej akan menurun akibat munculnya gangguan
semasa proses komunikasi berlangsung. Ini
mengakibatkan mesej yang disampaikan telah diterima
oleh penerima dengan maksud yang berbeza daripada

227 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

yang dikehendaki oleh pengirimnya. Contohnya,
perbualan yang berlaku dalam suasana yang bising
atau liputan talian telefon yang lemah akan menjadi
faktor pengganggu kepada keberkesanan sesuatu
proses komunikasi. Selain itu, kesakitan fizikal serta
mental, tahap kepercayaan, ketakutan dan persepsi
juga antara faktor pengganggu yang menurunkan
kualiti sebuah komunikasi.
h. Maklum Balas (Feedback)

Maklum balas merupakan respon yang
ditunjukkan oleh penerima setelah menerima mesej
yang disampaikan oleh pengirim. Maklum balas boleh
dihasilkan dalam bentuk perkataan, simbol atau bahasa
badan. Maklum balas juga merupakan permulaan untuk
komunikasi secara berbalik di mana penerima akan
bertukar peranan menjadi pengirim manakala
pengirim pula akan bertindak sebagai penerima.
Komunikasi dikatakan tidak sempurna sekiranya
penerima tidak menunjukkan sebarang maklum balas
setelah menerima pesanan. Melalui maklum balas yang
diterima juga, ia akan membantu pengirim mengubah
atau memperbaiki pesanannya jika diperlukan.
Sekaligus ia akan membantu penerima mendapat
penjelasan tentang kekeliruan mesej yang diterima
olehnya dengan bertanya soalan dan memberi
maklumat kepada pengirim tentang kecekapan
pesanannya. Maklum balas akan menyempurnakan
sesuatu proses komunikasi.

Dalam komunikasi secara bersemuka (face to
face), pengirim akan mendapat maklum balas secara
langsung tetapi dalam komunikasi secara bertulis
seperti surat-menyurat, ia akan mengambil masa
untuk menerima maklum balas daripada penerima.
Kesimpulannya, maklum balas mampu meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan sesebuah komunikasi.

| 228

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Model- Model Komunikasi
Buat intro sikit deh..Guna font warna merah

Model Shannon Model Model Model
Komunikasi Komunikasi Komunikasi
Shannon Komunikasi Komunikasi
Lasswell, dan Weaver, Newco
1948 1953 Schramm, Osgood,
1949
1954 1958

1. Model Komunikasi Laswell, 1948
Model komunikasi Lasswell dikategorikan ke dalam

bentuk model komunikasi linear. Dalam model komunikasi
linear, komunikasi dipandang sebagai proses yang berjalan
secara satu arah (one way communication) di mana pengirim
pesanan (sender) adalah satu-satunya elemen komunikasi yang
mengirimkan pesan kepada penerima pesan. Penerima pesan
tidak memberikan maklum balas terhadap pesan yang
dikirimkan. Pesanan dienkod dan dikirimkan melalui media.
Model komunikasi linear amat bersesuaian diterapkan
dalam konteks komunikasi massa seperti televisyen, radio
dan lain-lain yang berlangsung dalam satu arah sahaja. Model
komunikasi Lasswell telah menjadi asas yang kukuh kepada
komunikasi media dan masih dikatakan relevan sehingga ke
dunia hari ini.

Harold Lasswell sangat terkenal dengan model
komunikasi 5W, yang mana memberi fokus kepada "Who (says)
What (to) Whom (in) Which Channel (with) What Effect?"
Menurut Lasswell, cara yang paling baik untuk menjelaskan
kerencaman (complexity) dalam proses komunikasi adalah

229 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dengan menjawab pertanyaan 5W tersebut. Dalam model
komunikasi Lasswell, terdapat lima elemen komunikasi iaitu
Who, merujuk pada komunikator atau sumber yang
mengirimkan pesan, (Says) What, merujuk pada isi
pesanan, (In Which) Channel, merujuk pada media atau
saluran yang digunakan untuk mengirimkan pesan, (To) Whom,
merujuk pada penerima pesan dan (With What) Effects,
merujuk pada efek pesanan ditimbulkan.

Lasswell tidak menekankan pada komunikasi
interpersonal tetapi banyak tertumpu kepada efek
komunikasi media massa. Oleh itu, model ini mendapat
reaksi yang pelbagai. Antara kelemahan yang sering
dikaitkan dengan model ini ialah tiada konteks di mana
komunikasi berlangsung kerana ianya hanya melibatkan
satu arah sahaja, di mana tiada unsur maklum balas
(feedback). Ini menyebabkan ianya tidak sesuai
diterapkan dalam komunikasi secara langsung (face to
face). Komunikasi yang berlangsung secara sehala ini
tidak membolehkan pengirim mengetahui sama ada
sesuatu pesanan itu telah disampaikan secara efektif
ataupun tidak. Gangguan semasa komunikasi juga tidak
dijelaskan dan ianya dianggap suatu model yang terlalu
umum.
2. Model Komunikasi Shanon dan Weaver, 1949

Model Komunikasi Shanon dan Weaver, 1949

| 230

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Model Komunikasi Shannon dan Weaver
merupakan antara pelopor dan tertua dalam bidang
komunikasi. Model ini mula dikemukakan oleh Claude
Shannon dan Warren Weaver dalam buku The
Mathematical Theory of Communication pada tahun 1949.
Ia juga sering disebut sebagai model matematik atau
model teori informasi kerana pengaruhnya yang kuat ke
atas model-model komunikasi yang lain. Model ini amat
menekankan aspek proses dalam sesuatu komunikasi
dengan memberi fokus kepada bagaimana saluran
(channel) komunikasi dapat digunakan secara efisien.
Mereka membuat andaian bahawa komunikasi
interpersonal adalah ibarat hubungan melalui telefon
dan gelombang radio. Sumber (source) dilihat sebagai
pembuat keputusan (decision maker), iaitu komponen
yang memutuskan mesej yang hendak dikirim. Kemudian,
mesej yang telah dipilih akan diubah oleh transmiter
menjadi sebuah isyarat yang dikirim melalui saluran
(channel) kepada penerima (receiver).Model ini juga
banyak menekankan kepada aspek gangguan (noise)
dalam komunikasi.

Shannon dan Weaver mengkategorikan gangguan
kepada tiga tahap masalah iaitu masalah teknikal,
masalah semantik dan masalah keberkesanan. Masalah
teknikal merujuk kepada bagaimana simbol-simbol
komunikasi dapat ditransmisikan secara tepat. Masalah
semantik adalah bagaimana simbol-simbol yang telah
dihantar diterima oleh penerima sepertimana yang
diharapkan oleh pengirim manakala masalah
keberkesanan pula menghuraikan bagaimana maksud
yang diterima oleh penerima dapat mempengaruhi
tingkah lakunya dengan cara yang diharapkan.

231 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Andaian perhubungan melalui telefon,
keupayaan telefon berfungsi dengan baik adalah
merujuk kepada gangguan teknikal. Jika isyarat telefon
tidak jelas, bising atau terputus-putus sehingga
mengakibatkan suara penutur menjadi tidak jelas, ia akan
menyebabkan penerima mesej yang sedang
berkomunikasi tidak dapat mendengar dengan baik. Ini
dikatakan sebagai gangguan teknikal. Namun, jika tidak
terdapat gangguan secara teknikal, ia bukanlah
bermaksud komunikasi akan berlaku seperti yang
diharapkan. Walaupun suara penutur dapat didengari
dengan jelas, mesej yang disampaikan tidak semestinya
akan difahami seperti yang dimaksudkan. Ini dipanggil
gangguan semantik.

Pada dasarnya, gangguan semantik terjadi akibat
salah faham yang disebabkan oleh penggunaan bahasa
atau pertembungan makna dari kata yang digunakan.
Bahkan, gangguan semantik juga boleh menyebabkan
maklumat yang disampaikan disalah tafsir. Akibatnya,
proses komunikasi tidak berjalan seperti yang
diharapkan,mesej tidak dapat disampaikan dan lebih
parah lagi, ia boleh menjurus kepada perselisihan atau
konflik. Masalah keberkesanan pula menggambarkan
sejauh mana komunikasi yang berlaku mampu
mempengaruhi tingkahlaku penerima mesej agar dia
memberi maklum balas seperti yang diharapkan oleh
pengirim mesej. Dalam hal ini, Shannon dan Weaver
melihat komunikasi sebagai alat propaganda yang mampu
mempengaruhi tingkah laku (behavior) penerima.

3. Model Komunikasi Newcomb, 1953
Model ini telah diperkenalkan oleh seorang ahli

dalam psikologi sosial iaitu Theodore Newcomb pada

| 232

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

tahun 1953. Sesuai dengan kepakarannya, beliau melihat
komunikasi dari sudut psikologi sosial dan memberi
pendekatan berbeza untuk proses komunikasi. Teori ini
memberi tumpuan untuk memperkenalkan peranan
komunikasi dalam hubungan sosial dan menjaga
keseimbangan sosial dalam sistem sosial. Mesej atau
pesanan tidak termasuk sebagai komponen dalam proses
komunikasinya tetapi menempatkan pesanan hanya
sebagai anak panah. Newcomb banyak memberi
konsentrasi pada tujuan komunikasi sosial, menunjukkan
komunikasi sebagai wahana dalam mempertahankan
hubungan interpersonal. Model ini juga dikenal dengan
nama model ABX.

Model Komunikasi Newcomb, 1953

Model ini menggambarkan bahawa seseorang (A)
mengirim informasi kepada orang lain (B) tentang sesuatu
(X). Model ini juga dikenal sebagai teori keseimbangan
dan ia merupakan suatu bentuk komunikasi yang
disengajakan antara dua individu. Keberkesanan model
ini adalah apabila keseimbangan sentiasa berada dalam
keadaan simetri. Ia dikatakan berada dalam keadaan
simetri apabila kedua-dua pihak (A dan B) menunjukkan
persetujuan terhadap sesuatu yang dibincangkan (X). Ia
juga simetri papabila A dan B sama-sama tidak bersetuju
233 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

tentang X. Model tersebut menyatakan bahawa orientasi
A (sikap) terhadap B dan terhadap X adalah saling
bergantungan dan ketiga-tiganya membentuk suatu
sistem yang meliputi 4 orientasi iaitu :-
1. Orientasi A ke X
2. Orientasi A ke B
3. Orientasi B ke X
4. Orientasi B ke A

Keberkesanan model ini adalah apabila
keseimbangan sentiasa berada dalam keadaan simetri. Ia
dikatakan berada dalam keadaan simetri apabila kedua-
dua pihak (A dan B) menunjukkan sikap saling menyukai
dan bersetuju terhadap sesuatu yang dibincangkan (X). Ia
juga simetri apabila A dan B bersikap saling tidak
menyukai dan tetapi salah satu samada A atau B bersetuju
tentang X. Asimetri atau tidak simetri pula berlaku apabila
A dan B saling menyukai tetapi dan sama-sama tidak
bersetuju tentang X dan A dan B saling tidak menyukai dan
bersetuju tentang X. Situasi-situasi yang terjadi mungkin
akan menimbulkan masalah dalam komunikasi. Namun,
jika salah satu pihak boleh mengubah sikap mereka
untuk mencapai keseimbangan, keberkesanan komunikasi
akan berjaya dicapai.

4. Model Komunikasi Schramm, 1954
Wilbur Schramm adalah seorang pakar yang sangat

berpengaruh dalam bidang komunikasi linear sekitar
1950an dan kemudian bergerak ke arah mengembangkan
model komunikasi relasional pada tahun 1973. Schramm
telah mengemukakan satu rangkaian model yang dimulai
oleh model komunikasi sederhana pada tahun 1954.
Model pertama beliau hampir menyamai model
komunikasi yang dihasilkan oleh Shannon dan Weaver.

| 234

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Model Komunikasi Schramm Pertama

Kemudian beliau telah muncul dengan model
komunikasi yang lebih rumit dengan memberi
pertimbangan kepada aspek pengalaman dua individu
yang sedang berinteraksi. Schramm menghuraikan
bahawa peratusan pertindanan pengalaman yang sama
antara komunikator akan menghasilkan komunikasi yang
lebih berkesan.

Model Komunikasi Schramm Kedua

Dalam model ketiga, Schramm menganggap
komunikasi sebagai interaksi. Beliau memperkenalkan
elemen maklum balas (feedback) dan peranan antara dua
individu dalam proses komunikasi. Menurut model ini
juga, sumber dan penerima bersilih ganti memainkan
peranan sebagai sumber (encoder) dan penerima
(decoder) mesej.

Pada model ketiga ini, Schramm bekerjasama
dengan Osgood sehingga dikenal sebagai Model Sirkular
Osgood dan Schramm (The Osgood and Schramm Circular

235 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Model). Menurut Schramm, seperti ditunjukkan pada
modelnya, jelas bahawa setiap orang dalam proses
komunikasi dapat sekaligus memainkan peranan
sebagaiencoder dan decoder. Maklum balas biasa
diberikan bukan sahaja dalam bentuk perkataan tetapi
mungkin juga berupa anggukan atau gelengan kepala,
bertepuk tangan, mengangkat satu ibu jari sebagai tanda
‘good’ dan sebagainya.

Model Komunikasi Schramm Ketiga
5. Model Komunikasi Osgood, 1954

Model Komunikasi Osgood (1954) merupakan
model komunikasi dua hala seperti Model Komunikasi
Schramm. Osgood mengandaikan bahawa proses
komunikasi bukan hanya berperanan dalam proses
penyampaian maklumat daripada pengirim kepada
penerima tetapi juga penukaran maklumat antara
penerima dan sumber. Osgood juga mengandaikan bahawa
proses pentafsiran maksud berlaku semasa mesej
disampaikan oleh sumber. Osgood menambah satu lagi
andaian berkenaan aspek maklumbalas iaitu pentafsiran
yang dibuat akan ditunjukkan kembali oleh penerima
kepada sumber pesanan. Model Osgood ini memberi
tumpuan kepada proses pentafsiran maksud pesanan.

| 236

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

B. Komunikasi Era IR 4.0 Di Sekolah

1. Signifikasi Guru Dalam Mendidik

Berburu ke padang datar Dapat rusa
belang kaki Berguru kepalang ajarbarat bunga
kembang tak jadi Dialah pemberi paling setia Tiap
akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia
sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan
segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari
ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja
menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang
peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan
oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar
tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di
sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu
Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin
terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada
negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi
yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat “cikgu”
kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

237 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Seiring dengan arus kemodenan, manusia boleh
berkomunikasi dengan lebih mudah dan pantas sehingga
istilah komunikasi sudah tidak dapat dipisahkan lagi
dengan teknologi maklumat. Penggunaan teknologi
terkini membolehkan komunikasi berlaku dengan meluas
tanpa mengira jarak, bahasa atau sempadan. Ia telah
memberi impak yang besar terhadap perkembangan
maklumat pada segenap lapisan masyarakat. Informasi
tentang pendidikan serta perluasan jaringan perniagaan
telah meningkat dengan mendadak. Begitu juga
pengaruh negatif akibat globalisasi. Adakah institusi
pendidikan seperti sebuah sekolah mampu menghadapi
perkembangan ini?

Era IR 4.0 juga sering dikaitkan dengan kecerdasan
buatan atau lebih kenali dengan Artificial Intelligence atau
ringkasnya AI. AI merupakan kajian kejuruteraan mesin
pintar yang mampu melakukan fungsi dan ciri-ciri
pemikiran manusia. Konsep AI bermula dari zaman purba,
dan mula menjadi suatu bidang ilmu pada pertengahan
tahun 1950-an. Istilah AI telah diterapkan dalam program
dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-
tugas yang lebih kompleks berbandingprogram komputer
biasa pada zaman sebelumnya. Walaupun masih jauh
untuk menandingi kepintaran manusia, kemampuan AI
kini digunakan secara meluas dalam bidangpemprosesan
maklumat, permainan komputer, perdagangan elektronik
dan sebagainya.

Pada era ini juga, banyak pekerjaan sudah mula
pupus dan tidak lagi relevan. Sesebuah perniagaan tidak
lagi memerlukan ruangan yang khusus dan ekslusif.
Mereka kini mampu beroperasi dengan pulangan yang
tinggi walaupun hanya memiliki beberapa orang pekerja
dan beberapa buah komputer dengan sambungan

| 238

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

internet. Kemajuan teknologi komunikasi membolehkan
urusan merentasi sempadan negara dilakukan dengan
mudah dan pantas.

Golongan wanita juga boleh bekerja dari rumah
sambil mengurus anak-anak dan keluarga. Anak-anak
diberi kemudahan komputer dan capaian internet untuk
mengakses maklumat berkaitan pelajaran dan isu-isu
semasa. Ibu bapa pula hanya perlu memberi pemantauan
minimum terhadap anak-anak mereka. Anak-anak tidak
lagi berkelakuan hiperaktif dan sukar dikawal. Dengan
adanya teknologi komunikasi, mereka mampu berhubung
dengan rakan- rakan walaupun hanya belajar dari dalam
bilik tidur mereka.

Bahan-bahan bacaan kini didapati dengan mudah
secara atas talian termasuklah video dalam mempelajari
kemahiran-kemahiran tertentu. Ia didapati sangat
menarik, boleh ditonton dan dipelajari tanpa gangguan
dan persaingan dengan rakan-rakan sekelas yang ramai.
Murid- murid juga sudah mula mempercayai informasi
dari Google berbanding guru mereka sendiri sehingga
muncul istilah Google Scholar yang mengangkat internet
sebagai suatu portal pembelajaran yang sangat dipercayai.
Namun, apa yang menjadi persoalan adalah, adakah tugas
guru masih signifikan? Persoalan ini kadang kala timbul
apabila sesetengah individu bahkan ibu bapa sendiri
mengganggap segala ilmu dan kemahiran boleh diperolehi
dengan mudah melalui internet sehingga munculnya
konsep homeschooling.

Homeschooling merupakan suatu bentuk
pendidikan alternatif yang mula mendapat tempat di
Malaysia. Kemajuan teknologi yang semakin berkembang
sedikit sebanyak telah menyokong masa hadapan yang
cerah bagi homeschooling di Malaysia. Ianya bermula

239 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

daripada kesedaran ibu bapa untuk mencorak masa depan
anak-anak mengikut acuan sendiri. Ebinezar (2008)
menyatakan bahawa homeschooling ialah suatu amalan
pendidikan yang dikawal selia sepenuhnya oleh ibu bapa
pada waktu persekolahan biasa dan berlangsung pada
hari yang sama seperti sekolah-sekolah arus perdana yang
lain. Manakala mengikut Jorgenson (2011) pula,
homeschoolingmerupakan pendidikan terhadap kanak-
kanak di bawah arahan ibu bapa dan bukannya guru-guru
sekolah.

Secara umumnya homeschooling merujuk kepada
golongan ibubapa yang mengajar anak- anak mereka
sendiri di rumah.Manakala golongan yang menerima
pendidikan dari rumah di Malaysia pula ialah kanak-kanak
seawal dua tahun hinggalah peringkat remaja iaitu
sebelum mereka meneruskannya di peringkat pendidikan
tinggi. Apa yang menarik tentang homeschooling ini ialah
pengamalnya mempunyai kebebasan menetapkan
undang-undang dan menentukan bahan pengajaran
sendiri.

Segelintir ibu bapa meneroka ilmu dan kemahiran
melalui internet yang kemudiannya diimplementasi ke
atas anak-anak mereka dengan pemantauan minimum
dan tidak semestinya mempunyai jadual yang sistematik
seperti yang berlaku di sekolah. Hal ini tidak
menimbulkan masalah yang serius sekiranya ibu bapa
mengupah guru bertauliah untuk mengajar di rumah atau
ibu bapa sendiri mempunyai ilmu dan kemahiran yang
diperlukan. Namun, jika ibu bapa enggan menghantar
anak ke sekolah kerana beranggapan pembelajaran akses
kendiri sudah memadai, ia bukanlah suatu keputusan
yang bijak.

| 240

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Jika dilihat dari sudut positif, perkembangan
teknologi komunikasi hari ini amat menguntungkan
kerana bukan sahaja murid boleh mendapat segala
informasi secara pantas dan meluas, guru juga boleh
membuat rujukan dan menjadikan internet sebagai
platform perkongsian bahan pengajaran. Namun, guru-
guru tidak harus leka dengan perubahan yang sedang
berlaku. Mereka seharusnya sentiasa peka bahawa
mereka masih diperlukan walaupun secanggih mana
zamannya. Walaupun murid boleh mendapat info yang
banyak melalui pembelajaran akses kendiri dengan
melayari internet, harus diingat bahawa tidak semua
kanak-kanak di Malaysia mempunyai akses yang sama.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah menggariskan sebelas anjakan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Anjakan pertama adalah menyediakan
kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa. Walaubagaimanapun, laporan juga
membuktikan bahawa akses yang sama tetapi peluang
tidak sama.

Buktinya, murid bandar menunjukkan prestasi
akademik yang lebih baik berbanding murid luar
bandar, murid perempuan menunjukkan prestasi lebih
baik berbanding murid lelaki dan murid daripada keluarga
berpendapatan tinggi pula menunjukkan prestasi lebih
baik berbanding murid daripada keluarga berpendapatan
rendah.

Oleh itu, guru harus memainkan peranan penting
untuk merapatkan jurang yang wujud ini. Ketiadaan guru
akan mengakibatkan jurang menjadi lebih luas dan
sesetengah golongan murid akan semakin ketinggalan.
Gurulah yang akan menjadi medium penyampaian ilmu

241 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dan kemahiran yang tidak mampu diakses oleh murid-
murid ini. Guru-guru boleh memanfaatkan waktu PdPc
dalam bilik darjah untuk sesi perkongsian kerana sesi PdPc
dalam bilik darjah merupakan suatu kayu ukur yang tepat
untuk mengggambarkan masa depan negara. Modal insan
dibina dalam bilik darjah.

Lambakan bahan di internet juga tidak semestinya
tepat dan bermanfaat. Murid yang mempunyai
kemudahan komputer dan capaian internet dengan
mudah boleh memuat turun dan membuat cetakan untuk
dijadikan bahan rujukan mereka. Tetapi harus diingat
bahawa guru harus sentiasa memberi bimbingan dan
panduan kepada murid dalam memilih sumber yang tepat
dan dipercayai. Murid akan merasa guru mereka masih
penting dan sentiasa ada bersama mereka walaupun
konsep pembelajaran akses kendiri diamalkan dengan
meluas pada zaman ini. Kecanggihan teknologi tidak
mampu menggantikan tugas guru.

Selain input yang bermanfaat, internet juga
mendedahkan murid kepada unsur-unsur negatif yang
dibuat secara sengaja atau tidak oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Kelekaan ibu bapa atau sikap terlalu
percayakan anak-anak boleh mendedahkan murid-murid
kepada budaya yang tidak sepatutnya seperti membuang
masa dengan permainan komputer serta bahan hiburan.
Ini menyebabkan gangguan waktu tidur, makan secara
tidak sihat, kurang beriadah dan sebagainya.

Sifat seorang remaja yang gemar meneroka dan
mencuba perkara baru juga boleh menjerumus mereka
kepada unsur-unsur lucah. Kealpaan ibu bapa yang sibuk
mengejar kerjaya menyebabkan kurang perhatian diberi
kepada anak-anak. Anak-anak akan mula mencari sumber
lain untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang.

| 242


Click to View FlipBook Version