Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Semua ini mudah didapati melalui teknologi dan
komunikasi.
Bermula dengan perkenalan di internet,
menukar nombor telefon bimbit, berkomunikasi melalui
media sosial seterusnya mula membuat temu janji yang
menjurus kepada aktiviti- aktiviti yang tidak bersesuaian
untuk seorang remaja dan murid sekolah. Lebih malang
lagi boleh menjurus kepada penipuan dan perlakuan yang
menyalahi norma-norma masyarakat. Persoalannya,
siapakah yang boleh membimbing mereka agar tidak
terjerumus dan terus leka?
Selain ibu bapa, gurulah individu yang lebih
dewasa, individu yang dihormati dan meluangkan banyak
masa bersama mereka. Secara tidak langsung, gurulah
salah seorang yang memegang peranan besar dalam
membentuk murid. Guru membimbing mereka ke jalan
yang lurus, mengajar adab dan sopan, mendidik peribadi,
membentuk akhlak terpuji serta menanam sahsiah dan
jati diri murid. Elemen-elemen ini tidak boleh dilakukan
dengan menggunakan artificial intelligence. Internet dan
kecanggihan tidak boleh mengambil alih peranan
tersebut. Ternyata guru tetap relevan dalam era penuh
mencabar ini.
a. Bagaimana Memastikan Profesion Keguruan Masih
Signifikan?
IR 4.0 adalah cabaran yang penuh liku bagi
seluruh dunia termasuklah bidang pendidikan yang
turut merasai tempiasnya. Mampukah kita menolak dan
menyisihkan diri dari gelombang ini? Apakah kita akan
merasa selesa berada di takuk lama? Jika tidak,
bagaimana kita harus menyesuaikan diri dan
mendapat manfaat daripadanya? Sebagai agen
transformasi, warga pendidik harus berfikiran terbuka
243 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dan sedar bahawa IR 4.0 bukan sahaja hadir dengan
pelbagai cabaran, ia turut hadir bersama peluang yang
lumayan untuk direbut oleh generasi hari ini.
Sebagai pusat perkembangan ilmu yang
diiktiraf, pihak sekolah tidak terlepas daripada
tanggungjawab menyediakan modal insan yang
mampu bersaing dengan perkembangan dunia global.
Pihak sekolah harus membuat perancangan khusus
untuk memupuk budaya inovatif dalam kalangan
warga sekolah. Selain sering menganjurkan
pertandingan inovasi untuk membangunkan daya cipta
murid, amalan kreativiti dan inovasi juga mesti
diterapkan dalam kalangan guru dan juga pihak
pengurusan.
Guru-guru harus sentiasa menambah baik dan
memberi nilai tambah dalam sesi PdPc mereka dari
semasa ke semasa dan bukan sekadar tertumpu
kepada informasi dalam ruang lingkup buku teks yang
dibekalkan sahaja. Guru harus sentiasa meneroka ilmu-
ilmu baru yang pantas berkembang pada zaman
teknologi dan komunikasi ini. Akses mudah kepada
internet harus dimanfaatkan ke tahap yang optimum.
Selain meneroka maklumat, ia juga boleh dijadikan
sebagai medan perkongsian ilmu dan kemahiran.
Perkongsian kini tidak hanya terbatas dalam
panitia atau dalam sekolah masing-masing sahaja,
bahkan ianya boleh dibuat merentasi daerah, negeri ,
negara mahupun peringkat global. Terdapat banyak
platform telah dibangunkan di internet tidak kira
berbayar dengan harga berpatutan mahupun boleh
diakses secara percuma.
Guru-guru wajib mengambil peluang
memperbaharui ilmu dan meraih kemahiran baru.
| 244
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Pihak kerajaan juga telah mengiktiraf pembelajaran
secara atas talian dan memberi merit kepada guru
dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian
Pendidikan Malaysia (SPLKPM). Merit ini diambilkira
dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) guru.
Pihak pengurusan harus menyediakan
kemudahan capaian internet bagi membolehkan guru-
guru meningkatkan kompetensi diri. Ilmu dan
kemahiran yang diakses melalui perkongsian tersebut
boleh diadaptasi dalam konteks dan keperluan sekolah
masing-masing mengikut kesesuaian. Ini akan
menjadikan profesion keguruan tetap dipandang tinggi
di mata masyarakat dan masih signifikan walaupun
murid berpeluang meneroka ilmu daripada sumber di
hujung jari. Apabila mereka merasakan bahawa guru
mereka hebat, akan timbul rasa percaya dan hormat.
Lalu, mereka akan merujuk guru apabila mendapat
maklumat dari internet. Oleh itu, guru haruslah lebih
pantas dan sentiasa di hadapan.
Pembelajaran melalui internet boleh diakses
oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur, latar
belakang, jantina dan sebagainya. Namun, setiap
manusia hadir dengan kepelbagaian termasuklah dari
aspek kecerdasan. Sebagai guru, kita haruslah go
personal atau mendekati murid secara individu, bina
hubungan dengan mereka serta ketahui apakah
keperluan mereka.
Kemudian, barulah guru boleh merangka
strategi untuk membantu meningkatkan potensi
mereka. Disini dapat dilihat bahawa, Artificial
Intelligence (AI) tidak mampu mengambil alih tugasan
guru sepenuhnya. Bagi mencapai matlamat tersebut,
komunikasi interpersonal antara guru dan murid
245 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
amatlah penting sama ada secara verbal atau non
verbal.
Bersesuaian dengan Anjakan 3 dalam PPPM
2013-2025 di mana kerajaan menyatakan hasrat untuk
melahirkan rakyat yang menghargai nilai,
pembentukan akhlak murid amat dititikberatkan.
Disamping peranan besar yang dimainkan oleh ibu
bapa di rumah, guru turut menggalas tangungjawab
mulia ini.
Dari Abu Hurairah R.A., ia berkata: Rasulullah
SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya aku diutus
hanya untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” (HR.
Al-Baihaqi)
Rentetan daripada itu, dapat disimpulkan
bahawa guru dan sekolah juga merupakan profesion
dan institusi yang masih signifikan pada era ini.
Walaupun terpaksa bersaing dengan sumber atau
institusi lain, sekolah tetap teguh memainkan
fungsinya. Ia bukan hanya bertindak sebagai pusat
penyampaian ilmu, bahkan ia juga merupakan sebuah
institusi untuk berlakunya proses sosialisasi. Ini
menyokong hasrat kerajaan untuk menjadikan
pendidikan sebagai wadah perpaduan nasional. Di
sekolah, murid-murid saling berinteraksi, mereka
belajar bertolak ansur dan timbang rasa, mencungkil
bakat seni dan kepimpinan, mengembangkan potensi
diri seterusnya bersedia menghadapi apa jua cabaran
dalam mendepani dunia penuh persaingan.
b. Mengoptimumkan Keberkesanan Komunikasi Verbal
Dan Non Verbal Di Sekolah
Komunikasi verbal adalah komunikasi yang
menggunakan kata-kata sama ada melalui lisan atau
| 246
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
tulisan. Ramai beranggapan bahawa komunikasi verbal
paling banyak digunakan dan mudah difahami. Ia
merupakan cara komunikasi paling berkesan untuk
menyampaikan sesuatu maklumat atau pesanan.
Melalui kata-kata, seseorang mengungkapkan
perasaan, idea, pendapat atau saling bertukar buah
fikiran.
Dalam konteks sesebuah sekolah, komunikasi
verbal digunakan secara meluas setiap hari. Ia
merangkumi interaksi secara intrapersonal,
interpersonal dan juga kelompok. Kebanyakan
arahan disampaikan oleh pihak pengurusan kepada
guru melalui kata-kata dalam sesuatu sesi taklimat
atau melalui surat arahan atau lantikan. Dalam bilik
darjah pula, guru-guru menggunakan komunikasi
verbal dalam menyampaikan ilmu kepada murid-
muridnya.
Oleh itu, kemahiran dalam komunikasi verbal
harus dikuasai oleh setiap individu dalam organisasi.
Seseorang guru harus menggunakan kata-kata yang
konstruktif atau membin bagi membangunkan murid
mereka. Begitu juga dengan dengan pentadbir yang
harus sentiasa menitikberatkan penggunaan kata-kata
247 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
yang baik apabila berurusan dengan guru, staf
sokongan dan murid di sekolah.
Sebagai wakil ibu bapa di sekolah (in loco
parentis), hubungan guru dan murid sangat istimewa.
Kata-kata yang diucapkan oleh seorang guru dianggap
sebagai doa oleh murid mereka. Murid akan terkesan
dan memandang bahawa kata-kata guru akan memberi
impak yang besar ke atas diri mereka. Oleh itu, guru
seharusnya menitikberatkan pemilihan kata semasa
berinteraksi dengan murid bukan hanya terbatas
ketika menyampaikan ilmu.
Pemilihan kata-kata yang membina akan
meningkatkan motivasi murid. Bahkan ia juga akan
membantu membina karakter serta sahsiah mereka.
Pembinaan masyarakat juga bergantung kepada ayat-
ayat yang konstruktif. Selain interaksi yang berlaku
dalam keluarga di rumah, interaksi di sekolah banyak
memainkan peranan dalam pembentukan budaya
positif masyarakat kerana murid banyak
menghabiskan masa berada di sekolah. Oleh itu, guru
sebagai agen perubahan harus menguasai kemahiran
komunikasi verbal bagi menjayakan matlamat
tersebut.
Sebaliknya, jika komunikasi yang bersifat
mengkritik secara berlebihan dengan unsur-unsur
negatif, komuniti sekolah akan berada dalam aura
negatif dan sukar untuk berdaya maju. Guru-guru dan
murid akan mula mendiamkan diri, kurang
berinteraksi dan malu untuk mengutarakan pendapat
apabila diperlukan. Penggunaan kata-kata yang kasar
juga akan menjatuhkan moral seseorang, membuatkan
seseorang merasakan diri mereka tidak penting
seterusnya tidak berminat untuk memajukan diri.
| 248
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Secara tidak langsung, matlamat sekolah yang dikongsi
bersama tidak dapat dicapai.
Dalam konteks Islam, pemilihan kata-kata yang
baik amat ditikberatkan. Bahkan daripada Abu
Hurairah RA: Rasulullah SAW telah bersabda dalam
hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung tali
silaturrahim dan barangsiapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata
yang baik ataupun diam” (HR. Bukhari & Muslim).
Untuk memastikan komunikasi berlaku dengan
efektif, pentadbir mahupun guru harus mengambil
berat tentang latar belakang, faktor sosioekonomi
serta tahap kecerdasan murid. Ini kerana setiap murid
adalah tidak sama dan mesti dilayan dengan cara yang
berbeza. Begitu juga komunikasi antara pentadbir dan
guru. Setiap guru juga hadir dengan keupayaan serta
masalah yang berlainan. Dalam usaha mentransformasi
pencapaian sekolah, pengurus sekolah harus bijak
mempraktikkan komunikasi verbal dengan baik.
Sebagai contoh, guru harus memilih perkataan-
perkataan yang bersesuaian dengan keadaan
sosioekonomi setempat agar ia lebih mudah difahami
oleh murid serta tidak menyinggung perasaan mereka.
Apabila guru berjaya membentuk suatu hubungan yang
baik dengan muridnya, murid akan merasa selesa
untuk menerima segala ilmu, nasihat mahupun teguran
daripada guru tersebut. Impaknya, pencapaian murid
akan meningkat yang seterusnya meningkatkan
pencapaian sekolah.
249 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Sebagai pusat perkembangan ilmu, sekolah tidak
mampu membangun dengan hanya mengupaya
komunikasi verbal semata-mata. Komunikasi bukan
verbal juga memainkan peranan yang besar dan
berlaku setiap hari dalam komuniti sekolah. Secara
realiti, komunikasi non verbal berlaku dengan lebih
banyak berbanding komunikasi secara verbal. Boleh
dikatakan semasa berlakunya komunikasi verbal,
ianya turut diperkukuhkan dengan komunikasi non
verbal.
Sebagai contoh, seorang guru yang sedang
mengumumkan nama dan markah murid yang
menunjukkan pencapaian terbaik dalam subjeknya
secara verbal sekaligus akan menunjuk ekspresi wajah
yang manis, mendekati anak didiknya itu dengan mesra
dan memberi ucapan tahniah dengan suara yang
lembut. Isyarat bukan lisan ini telah bertindak sebagai
pelengkap kepada komunikasi secara lisan.
Komunikasi non verbal atau bukan lisan adalah
komunikasi antara individu melalui isyarat atau tanpa
melibatkan kata-kata. Sebaliknya ia disampaikan
secara visual termasuk bahasa badan (body language),
jarak, suara dan juga sentuhan. Komunikasi non verbal
juga dikatakan lebih jujur.
| 250
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Sekiranya seseorang didapati tidak konsisten
dalam komunikasi verbal dan non verbalnya, maka
orang disekilingnya akan memilih untuk mempercayai
komunikasi non verbal. Ianya dianggap lebih dipercayai
dan sukar untuk dilakonkan berbanding kata-kata yang
lebih mudah diputarbelitkan. Bahkah, dalam bentuk
tulisan sekalipun, wujud komunikasi non verbal seperti
gaya tulisan tangan, jarak, dan seumpamanya yang
turut mempengaruhi keberkesanan sesebuah
komunikasi.
Komunikasi non verbal memainkan pengaruh
yang amat besar dalam menentukan pencapaian
murid dan sekolah. Seorang engetua atau guru besar
yang sentiasa tersenyum dan mesra menyapa guru
dan murid setiap hari akan mewujudkan suasana yang
mesra dan penyayang. Ini akan mampu menjadi
pendorong untuk komuniti sekolah menjadi lebih
positif dan bersemangat untuk membangunkan diri dan
bergerak ke arah pencapaian matlamat organisasi.
Arahan yang diberi menggunakan suara yang jelas
diikuti senyuman akan lebih mudah diterima
berbanding kata-kata yang kuat serta berbaur
ugutan dengan suara yang kasar. Ditambah pula
dengan pandangan serta gerak badan seperti
251 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
seseorang yang sedang marah. Bahasa badan yang
negatif akan menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam
kalangan guru dan murid.
Selain itu, guru dan pentadbir juga harus
sentiasa berketrampilan menarik. Ini kerana murid-
murid akan lebih tertarik kepada guru yang sentiasa
berpakaian kemas, cantik, mengenakan solekan ringkas
serta sentiasa dalam keadaan yang wangi. Realitinya,
murid akan tertunggu- tunggu kemunculan guru yang
menarik minat mereka. Secara tidak langsung,
hubungan yang baik akan wujud antara guru dan murid.
Ini akan memberi impak positif yang mana murid mula
menunjukkan minat terhadap apa yang diajar oleh guru
tersebut tidak kira dalam akademik, kokurikulum
mahupun pembentukan sahsiah. Guru berperwatakan
sedemikian akan menjadi idola kepada murid.
Berkemungkinan juga, murid turut menyimpan hasrat
untuk menjadi seperti guru mereka suatu hari nanti.
Apabila menyentuh tentang ketrampilan, ianya
amat sinonim dengan guru wanita. Namun, harus
ditekankan bahawa guru lelaki tidak terkecuali. Guru
lelaki juga harus menjaga penampilan mereka. Mereka
perlu tampil bersih, kemas dan tanpa bau yang kurang
menyenangnya akibat rokok dan sebagainya. Selain
input berbentuk akademik, sekolah juga berperanan
mendidik murid tentang kesemua aspek lain
termasuklah menjaga kebersihan. Ianya tidak akan
berkesan sekiranya diberitahu kepada murid secara
verbal sahaja. Tetapi, ianya mesti dapat dilihat secara
non verbal dalam pengamalan seharian guru sendiri
bak kata pepatah ‘Kepimpinan Melalui Teladan’.
Demikian juga berlaku dalam interaksi antara
pentadbir sekolah dan guru. Keupayaan pemimpin
| 252
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
akan menjadi idola dan ikutan kepada guru-guru. Guru-
guru mula menyimpan cita- cita ingin menjadi seperti
ketua mereka manakala moral seseorang pengetua
pula akan meningkat apabila mampu melakukan
perubahan dalam kalangan warga sekolah. Di sini,
dapat dilihat dengan jelas bagaimana komunikasi non
verbal yang dianggap kecil, mampu mentransformasi
pencapaian murid dan sekolah.
c. Bagaimana Mengoptimumkan Keberkesanan
Komunikasi Verbal Dan Non Verbal?
Kemahiran komunikasi guru secara verbal dan
non verbal merupakan suatu daya tarikan murid
terhadap guru dan sekolah. Kemahiran ini tidak boleh
diganti dengan kecanggihan teknologi dan gajet yang
sentiasa berkembang dengan begitu pesat. Untuk itu,
guru harus melengkapkan dan memperbaharui
kemahiran sedia ada dari semasa ke semasa
berdasarkan tuntutan generasi terkini.
Guru yang petah berbicara dengan lembut,
sentiasa bercakap dengan kata-kata yang baik, sentiasa
tersenyum manis, wajah yang ceria, sentiasa berbau
harum dan berpakaian menarik akan sentiasa
ditunggu-tunggu oleh murid dan warga sekolah. Untuk
memastikan semua guru berketrampilan menarik,
pihak pengurusan boleh menganjurkan kursus
kemahiran komunikasi berkesan dan penampilan diri
untuk semua warga sekolah. Pihak sekolah boleh
memasukkan kursus sebegini sebagai salah satu kursus
dalam senarai Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).
Dengan menjemput konsultan bertauliah, taklimat
boleh diadakan di sekolah dengan lebih efektif. Input
berkenaan pemilihan pakaian yang sesuai dan sopan,
253 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
penjagaan kebersihan diri, asas-asas solekan dan
sebagainya difikirkan sangat sesuai untuk didedahkan
kepada semua guru dan kakitangan.
Pihak sekolah juga wajar memanfaatkan kursus-
kursus yang dianjurkan secara percuma oleh agensi-
agensi kerajaan termasuklah oleh Institut Pendidikan
Guru (IPG). Dalam usaha meningkatkan kompetensi
guru, IPG seluruh Malaysia telah menawarkan pelbagai
jenis kursus termasuklah kemahiran komunikasi,
pengacaraan, protokol dan etiket sosial dan lain- lain.
Guru-guru boleh memohon untuk menghadiri
kursus-kursus yang ditawarkan dengan kebenaran
Ketua Jabatan masing-masing. Pengetua selaku Ketua
Jabatan juga boleh memberi cadangan nama dari
kalangan guru yang difikirkan sesuai untuk menghadiri
kursus berkenaan. Setelah menamatkan kursus, guru
atau kumpulan guru berkenaan pula akan membuat
sesi perkongsian atau lebih dikenali sebagai Profesional
Learning Community (PLC) dengan rakan-rakan di
sekolah.
Penampilan seseorang sering dikaitkan dengan
tahap kesihatannya. Seseorang yang sentiasa sihat dan cergas
akan memiliki berat badan yang ideal, kulit yang sihat dan
penampilan yang segar dan menarik. Guru pula merupakan
idola kepada murid. Jadi, guru harus sentiasa tampil terbaik
untuk mempengaruhi murid-muridnya ke arah kebaikan. Bagi
menjayakannya, pihak pengurusan sekolah harus memainkan
peranan dengan menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Selain
di rumah, sekolah merupakan tempat yang sangat bersesuaian
untuk menyemai amalan gaya hidup sihat. Pengetua melalui
AJK yang dilantik perlu merangka program ke arah
penambahbaikan kualiti hidup warga sekolah. Program
kecergasan seperti senamrobik, pertandingan futsal, bola
| 254
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
jaring, badminton dan sebagainya boleh dijalankan secara
berjadual dan berterusan agar keseluruhan warga sekolah
sentiasa berada dalam amalan gaya hidup aktif.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh bekerjasama
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan
menjemput pakar pemakanan untuk mengadakan ceramah
berkenaan pemakanan seimbang di sekolah. Penglibatan pihak
kantin dan koperasi sekolah sangat signifikan dalam
menjayakan amalan pemakanan seimbang di sekolah. Sebagai
contoh, pihak kantin boleh menyediakan menu makanan sihat
seperti yang disarankan oleh KKM dan meletakkan penanda
kalori (calorie tagging) pada setiap jenis makanan yang dijual
bagi memudahkan warga sekolah memilih makanan yang
bersesuaian mengikut keperluan masing-masing.
Penampilan dan guru perempuan sangat
sinonim. Namun, guru lelaki juga tidak harus mengabaikan
aspek ini. Guru lelaki juga harus tampil bersih dan menarik
tanpa bau yang kurang menyenangkan terutamanya akibat asap
rokok. Memandangkan sekolah merupakan premis larangan
merokok yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, pihak
sekolah harus menguatkuasakan larangan tersebut dengan lebih
serius. Ia selari dengan amalan gaya hidup sihat. Lebih-lebih lagi
peranan guru sebagai idola dan contoh teladan kepada murid-
murid.
Kesimpulannya, komunikasi secara verbal dan
non verbal memainkan peranan penting dalam pembentukan
murid serta pencapaian sekolah. Namun, untuk mengupayakan
kedua-duanya bukanlah suatu tugasan yang mudah. Ianya lebih
kompleks daripada apa yang disangkakan. Dengan
menggunakan unsur kreativiti dalam pengurusan, ianya
bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dijayakan.
255 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
2. Generation Gap
Sekolah merupakan sebuah organisasi yang kompleks.
Sekolah didiami oleh penghuni daripada pelbagai kumpulan
terdiri daripada barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan
sehinggalah kepada murid-murid. Ia melibatkan pelbagai
peringkat umur daripada seawal enam tahun sehinggalah
seusia 60 tahun. Jika dikelaskan mengikut generasi, sesebuah
sekolah masa kini boleh merangkumi sehingga lima generasi
berbeza iaitu Baby Boomers, Generasi X, Generasi Y, Generasi Z
dan Generasi Alpha.
Kepelbagaian generasi ini telah menimbulkan
implikasi yang unik dalam komuniti sekolah. Pernahkah
anda merasakan bahawa orang yang jauh lebih tua seperti
seorang guru senior tidak pernah memahami anda? Atau
mengapakah murid-murid tidak pernah faham apa yang anda
cuba sampaikan? Atau mengapakah anda hanya merasa senang
dan selesa apabila bekerja dalam panitia yang kesemua ahlinya
hampir sebaya dengan anda? Ini mungkin disebabkan oleh
generation gap.
(Sumber : The Edge Malaysia, 2018)
Generation gap atau jurang generasi berlaku
disebabkan oleh peningkatan jangka hayat, perubahan
pesat dalam masyarakat dan pergerakan masyarakat.
| 256
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Kesan daripada jurang generasi termasuk konflik dan
salah faham dalam kalangan ahli keluarga yang
merangkumi generasi yang berbeza. Ia merujuk kepada
perbezaan tindakan, kepercayaan, minat dan pendapat
yang wujud di antara individu daripada pelbagai generasi.
Jadi, apa yang menyebabkan perbezaan ini?
(Sumber: Kasasa ®, 2019)
Setiap generasi mempunyai set tersendiri dan
norma yang unik. Sebagai contoh, The Greatest Generation
yang lahir antara tahun 1901 hingga 1924 dikenali
dengan semangat patriotisme, bekerja keras dan kesetiaan
kepada institusi manakala Generasi Millennial yang lahir
antara 1980 hingga 2000 pula dikatakan mempunyai ciri
pergantungan yang tinggi terhadap teknologi, bersifat
terbuka dan keyakinan diri yang tinggi serta berani dalam
membuat keputusan. Jadi, tidak hairanlah jika ramai
orang dari generasi yang berbeza mempunyai kesukaran
dalam memahami antara satu sama lain.Di sekolah,
kerencaman generation gap boleh dihuraikan dalam dua
konteks iaitu antara guru dengan murid danantara guru
dengan guru.
a. Generation Gap Guru dan Murid
257 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Pelanjutan umur persaraan wajib perkhidmatan
awam ke 60 tahun sedikit sebanyak mewujudkan
jurang yang lebih besar antara guru dan murid.
Didapati murid-murid di Malaysia bertabur dalam
generasi Z dan Alpha iaitu berumur sekitar tujuh
hingga 19 tahun. Walaupun memegang jawatan sebagai
pengetua atau guru besar, seseorang guru masih perlu
menjalankan tugas instruksional dalam bilik darjah.
Bayangkan seorang guru berumur hampir 60 tahun
mengajar murid seusia 7 tahun di sekolah rendah.
Ianya seolah-olah hubungan datuk atau nenek dengan
cucunya.
Jurang generasi yang luas boleh menimbulkan
kesan yang unik terhadap sesi pengajaran dan
pemudahcaraan. Misalnya, guru dalam generasi Baby
Boomers akan lebih gemar bercerita dan mengulang
tentang sejarah lampau manakala murid kecil
generasi Alpha pula lebih berminat mempelajari
sesuatu mengikut situasinya. Perbezaan ini boleh
menimbulkan masalah sama ada dalam proses
menyampaikan ilmu atau dalam agenda membina
keperibadian murid. Sebagai contoh, apabila seorang
guru cuba berjenaka dengan muridnya, sebaliknya
| 258
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
tidak seorang pun murid yang terhibur dan ketawa.
Guru pula yang merasa tersinggung. Persoalannya,
bagaimana guru menangani permasalahan yang wujud
akibat generation gap ini?
Situasi mungkin berbeza apabila kurangnya
jurang generasi antara guru dan murid. Murid akan
menunjukkan minat dan lebih selesa berdamping
dengan guru-guru yang muda dan berada dalam
generasi yang sama atau hampir dengan mereka. Guru-
guru muda yang lebih mudah mesra, berperwatakan
yang menarik, berani berfesyen akan lebih diminati
oleh murid yang juga mempunyai pegangan yang sama.
Misalnya, situasi yang sering berlaku pada zaman ini,
setiap kali penganjuran acara atau aktiviti yang
menarik, murid cenderung untuk merakamkan
kenangan manis bersama guru dan rakan-rakan. Selfie
atau swafoto menjadi perkara lumrah bagi generasi Y, Z
dan Alpha.
Guru-guru muda ini lebih terbuka dan
menerima pelawaan murid. Momen-momen sebegini
akan menjadi pencetus kepada hubungan mesra antara
guru dan murid. Dengan terbinanya hubungan yang
baik antara guru dan murid, mereka akan lebih
berminat untuk belajar apa yang disampaikan oleh
guru berkenaan. Selain itu, guru boleh mengambil
peluang mempengaruhi murid untuk meningkatkan
potensi diri. Maka, akan terhasillah komitmen dan
membawa kepada perubahan ke arah lebih baik.
Akhirnya, pencapaian akan terhasil.
Namun, hal ini mungkin dilihat sebagai sesuatu
yang janggal oleh generasi sebelumya. Mungkin ianya
tidak seiring dengan pegangan mereka yang merasakan
ianya bukanlah norma yang sesuai diamalkan oleh
259 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
seorang guru. Tetapi, perkembangan teknologi yang
begitu pantas dan tahap pendidikan yang dimiliki oleh
mereka banyak membuka mata guru agar sentiasa
peka dengan perubahan yang berlaku disekeliling.
Dapat kita lihat, guru-guru senior bahkan pengetua
sendiri juga gemar mengabadikan detik-detik
bermakna bersama- sama murid dan ianya juga banyak
dikongsi di laman sosial mereka.
Selain cara berfikir, cara berkomunikasi juga
berbeza antara generasi. Guru Baby Boomers misalnya
akan menggunakan bahasa dan menaip perkataan
penuh semasa berkomunikasi secara atas talian dalam
aplikasi seperti Whatsapp dan Telegram. Ia amat
berbeza jika dibandingkan dengan guru dan murid
generasi millennium yang lebih gemar menggunakan
bahasa dan perkataan ringkas untuk menyampaikan
sesuatu maksud.
Bahkan adakalanya sesuatu perkataan yang
digunakan amat berbeza berbanding perkataan
sebenar yang membawa maksud yang sama. Dalam hal
ini, berlakunya halangan dalam komunikasi antara dua
atau lebih generasi berbeza ini. Salah satu isu yang
pernah menjadi tular berkaitan komunikasi adalah
penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak tepat oleh
generasi Z melalui aplikasi WeChat. Ia telah mendapat
liputan meluas dan tular di media sosial.
b. Generation Gap Guru dan Guru
Selain jurang besar yang wujud antara guru dan
murid, ia juga terjadi dalam kalangan guru sendiri
kerana turut melibatkan beberapa generasi dari Baby
Boomers sehinggalah Generasi Y. Bahkan Generasi Z
juga sudah mula melangkah ke alam pekerjaan.
| 260
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Perbezaan ini telah menambahkan lagi kerencaman
isu komunikasi di sekolah. Apabila timbul sesuatu
isu, kadangkala guru generasi muda lebih cenderung
memihak kepada murid. Ini kerana mereka mempunyai
pandangan yang hampir sama mengikut generasinya
dan mengganggap tindakan pengetua mahupun guru
senior agak kolot dan ketinggalan zaman.
Guru Baby Boomers yang kuat berpegang kepada
tradisi sentiasa melihat perkataan guru itu sangat mulia
dan wajib berpegang kepada norma-norma yang telah
menjadi prinsip mereka sejak sekian lama. Sedangkan
guru generasi baru pula, sentiasa dahagakan
pembaharuan serta lebih pantas dan berani bertindak.
Karakter Baby Boomers yang suka mewariskan
kepercayaan mereka mengakibatkan guru generasi
baru akan merasa terkongkong dan bosan kerana
mereka tidak bebas berkreativiti dan inovasi.
Dapat dilihat di sekolah mahupun di media
sosial, berlaku perbezaan tanggapan antara guru
daripada generasi berbeza ini. Guru senior
mengganggap bahawa guru generasi baru tidak lagi
berperwatakan wajar dan terlalu berani. Mereka
bimbang tindakan guru generasi baru akan mencalar
imej profesion keguruan yang telah mereka jaga sejak
dahulu. Mereka juga skeptikal dan berpendapat guru-
guru baru tiada jiwa pendidik dan hanya memilih
profesion ini untuk jaminan kerjaya dan masa hadapan.
Mereka tidak dapat menerima sekiranya guru generasi
baru sering menonjolkan diri di media sosial kerana
beranggapan seorang berkerjaya guru tidak wajar
mengejar populariti. Bagi mereka, populariti hanya
sinonim untuk orang kenamaan dan golongan artis
sahaja.
261 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Bagi guru generasi baru pula, hal sedemikian
tidak menjadi kesalahan selagi ianya tidak melampaui
batasan tertentu. Mereka mengganggap media sosial
sebagai medium untuk perkongsian dan jaringan yang
baik untuk kerjaya mereka. Mereka boleh
mengekspresi diri, berkongsi aktiviti-aktiviti murid
serta kaedah-kaedah dan sumber terkini dalam
menambahbaik kualiti kerja mereka. Guru muda
beranggapan guru generasi sebelumnya pula tidak
gemar transformasi dan hanya berada di zon selesa.
Mereka malas untuk belajar dan hanya
menunggu masa untuk menamatkan perkhidmatan.
Mereka tidak berminat untuk bersosial dengan murid,
rakan sekerja dan tidak mahu menonjolkan diri di media
sosial. Guru-guru Baby Boomers juga dikenali sebagai
golongan yang tidak suka menerima kritikan. Apatah
lagi jika teguran diutarakan oleh guru yang jauh lebih
muda. Perselisihan tanggapan ini berlaku kerana
masing-masing tidak cuba memahami tentang jurang
generasi yang melanda komuniti sekolah mereka.
Sebaliknya, masing-masing cuba mempertahankan
pegangan generasi mereka sendiri. Akibatnya,
komunikasi menjadi kurang berkesan dan matlamat
sekolah sukar dicapai. Sebagai barisan pengurusan
sekolah, apakah formula merapatkan jurang dan
kesefahaman antara generasi yang kian melebar ini?
c. Generation Gap: Bagaimana Komuniti Sekolah
Ingin Mendapat Manfaat Daripadanya?
Walaupun generation gap dikatakan menjadi
krisis agak sukar untuk diurus dalam sesebuah sekolah,
namun reaksi terhadapnya adalah pelbagai. Segelintir
murid menyukai guru yang jauh lebih berusia
berbanding mereka. Guru yang cukup matang dan kaya
| 262
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dengan pengalaman ini lebih bijak berkomunikasi
dengan murid. Ini mungkin hasil daripada pengalaman
mereka sendiri dalam mengurus anak-anak dan
keluarga.
Mereka tahu bila perlunya mengawal emosi dan
merendahkan ego ketika berhadapan pelbagai situasi
dan permasalahan murid. Sesetengah murid yang
berhadapan masalah kekurangan kasih sayang dalam
keluarga akibat ibu bapa yang masih muda. Ibu bapa
muda yang sedang bergelumang dengan pelbagai
cabaran kerjaya menghadapi masalah kekurangan
masa untuk anak-anak.
(Sumber: GPS BESTARI)
Generation gap yang wujud dalam komuniti
sekolah merupakan suatu isu yang tidak dapat
dielakkan dan ianya berlaku di mana-mana sahaja di
seluruh dunia. Oleh itu, sebagai agen transformasi,
pengurus sekolah dan guru harus memandang isu ini
sebagai sesuatu yang positif dan cuba mengambil
manfaat daripadanya. Menjadikan isu ini sebagai
alasan atau penyebab ketidakserasian dalam kalangan
263 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
warga sekolah tidak akan mendatangkan apa-apa
faedah. Akhirnya, prestasi sekolah akan merudum.
Sebagai pengurus sekolah, pengetua dan
pengurusan atasan harus berusaha mewujudkan
kesedaran seluruh warga sekolah berkenaan
generation gap. Contohnya, dengan membina suatu
ruangan khas yang mengandungi informasi berkenaan
evolusi kehidupan manusia bermula dari The Greatest
Generation sehingga ke Generasi Alpha, murid dan
guru akan sentiasa peka dan mula mendalami sifat-
sifat dan perbezaan yang wujud antara generasi.
Dengan itu, mereka akan cuba memahami segala
kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap
generasi, cuba meletakkan diri dalam keadaan orang
lain dan bukan hanya berpegang teguh kepada
pegangan sendiri tanpa bertoleransi dengan generasi
yang lain.
Aktiviti merentas generasi sangat sesuai
dianjurkan seperti pidato, debat, pertandingan
cerpen dan sebagainya. Murid generasi baru juga
sangat berani dalam memberi pandangan dan mudah
meluahkan pendapat mereka. Sebagai guru, kita boleh
bertanya pandangan dan cadangan mereka tentang
aktiviti atau gaya pembelajaran yang mereka minati.
Kemudian, guru boleh mengadaptasi idea tersebut
untuk digunakan semasa sesi PdPc. Ini akan membina
hubungan baik antara guru dan murid. Hal yang sama
juga boleh dipraktikkan dalam kalangan guru yang
berbeza generasi.
Program mentor-mantee boleh dilaksanakan
bukan hanya terhad antara guru dan murid bahkan
boleh dipraktikkan antara guru senior dan guru junior.
Guru junior boleh meraih ilmu serta kemahiran
| 264
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
tentang pedagogi dan aspek kawalan kelas daripada
guru yang lebih mahir dan berpengalaman manakala
guru senior pula boleh meminta tunjuk ajar daripada
guru muda yang lebih celik teknologi untuk membantu
mereka dalam penggunaan komputer serta perisian
terkini. Hubungan baik ini akan mendatangkan
kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Secara tidak
langsung, ia akan menjadi contoh teladan kepada
murid-murid di sekolah bak kata pepatah ‘ yang tua
dihormati, yang muda disayangi’.
3. Chain Of Command
Sebagai sebuah organisasi yang mengamalkan
birokrasi, sekolah terdiri daripada beberapa tingkat
hierarki. Sistem pendidikan di Malaysia ditadbir urus
secara berpusat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Segala arahan dan panduan banyak dibekalkan
oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi kedudukannya
dalam KPM. Untuk memastikan segala arahan dapat
diturunkan daripada hierarki paling atas sehingga ke
peringkat bawahan, ia mestilah melalui komunikasi yang
berkesan. Komunikasi yang lemah akan mengakibatkan
anggota pelaksana tidak dapat menjalankan tugasan
mengikut jangkaan dan kehendak pihak atasan.
265 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
aa PK Pentadbiran,
rd PK HEM,
au
PK Pentadbiran, PK HEM,
ha PK KOKO
an
Ketua Bidang, Ketua
n panitia
//
mm Guru Akademik Biasa/
aa Guru Penolong
ks
la
ul
ma
ah
t
Kecairan maklumat mungkin berlaku semasa
melalui rantaian yang sepatutnya. Begitu juga sebaliknya
apabila sesuatu permasalahan daripada pihak bawahan
yang ingin diutarakan kepada pihak atasan. Ia mestlah
melalui hierarki yang telah ditetapkan secara sah.
Halangan- halangan yang tercetus akan mengakibatkan
pihak pengurusan atasan tidak dapat memahami
permasalahan sebenar golongan pelaksana, apatah lagi
ingin merangka formulasi berkesan untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Akibatnya, golongan pelaksana akan
menganggap pihak atasan tidak memahami mereka,
mengambil mudah masalah yang dihadapi oleh mereka
serta tidak cuba memberi sokongan dan menyelesaikan
segala rintihan mereka.
Perkara ini akan menjurus kepada kurangnya
motivasi dalam diri pekerja, tiada kepuasan kerja dan
tidak berminat untuk sama-sama bergerak kearah
pencapaian visi dan misi organisasi. Lebih malang lagi,
| 266
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dalam dunia teknologi seperti hari ini, mereka akan mula
menggunakan platform lain seperti membuat hantaran di
Facebook, status di aplikasi Whatsapp dan sebagainya
berkenaan ketidakpuasan hati mereka. Ini sedikit
sebanyak akan menjejaskan hubungan dalam organisasi
dan boleh mencemarkan imej organisasi.
Hal yang sama turut berlaku dalam institusi
sekolah. Ketiadaan platform untuk membuat aduan atau
pihak pengurusan yang tidak bersikap terbuka dalam
menerima pandangan serta luahan daripada guru serta
murid akan menyebabkan komuniti sekolah lebih banyak
membuat luahan di media sosial. Isu-isu sekolah pula
amat diminati oleh masyarakat hari ini. Ia sering menjadi
tular dan muncul di dada televisyen hampir setiap hari.
Ibu bapa hari ini yang lebih tinggi taraf
pendidikannya berbanding dahulu dilihat amat berminat
untuk mengambil tahu dan tidak keterlaluan jika
dikatakan gemar mencampuri urusan pihak sekolah.
Tidak seperti ibu bapa pada zaman 1980 an dan
sebelumnya yang sangat menghormati guru, ibu bapa kini
yang lebih celik undang-undang sering mengambil
peluang apabila guru dan pihak sekolah membuat
kesilapan.
Contohnya, kecuaian guru dalam mengendalikan
sesuatu program di sekolah sehingga menyebabkan
kecederaan kepada murid akan mengakibatkan guru dan
pihak sekolah didakwa di mahkamah. Oleh sebab itu,
komunikasi berkesan dalam kalangan warga sekolah
amatlah penting. Guru perlu faham segala Standard
Operation Procedures (SOP) bagi mengelakkan berlakunya
kecuaian. Pentadbir sekolah harus memainkan peranan
agar segala input berkaitan disampaikan dengan tepat
kepada seluruh warga sekolah.
267 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Hubungan dan komunikasi dengan ibu bapa juga
harus diperkukuh. Ia akan mengelakkan berlakunya kes
saman-menyaman atau saling menyalahkan apabila
tercetusnya sesuatu konflik. Interaksi yang baik di antara
pihak sekolah dan ibu bapa juga banyak memberi manfaat
kepada kedua-dua belah pihak. Segala permasalahan
berkaitan anak-anak dapat diselesaikan dengan lebih
pantas dan efektif. Ini akan membantu dalam
kemenjadian murid seterusnya membawa kepada
kemenjadian sekolah.
Kepantasan teknologi komunikasi masa kini turut
memberi cabaran dalam aspek pengurusan di sekolah.
Contohnya, sesuatu konflik sekolah sedang
dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan yang terdiri
daripada Pengetua, Guru- guru Penolong Kanan, Ketua-
ketua Bidang serta guru-guru cemerlang dalam bilik
mesyuarat secara tertutup. Malangnya, sebelum
mesyuarat tersebut berakhir, beberapa orang guru telah
mendapat maklumat berkenaan konflik tersebut dan
mula berbincang secara terbuka mengenainya di kantin
sekolah.
Sedangkan tiada seorang pun ahli mesyuarat
pengurusan yang keluar semasa mesyuarat sulit itu
berlangsung. Perkara seumpama ini sering kali terjadi
dalam dunia hari ni. Kecanggihan teknologi komunikasi
hari ini menyebabkan kebocoran maklumat berlaku
dengan begitu mudah sekali. Oleh itu, integriti seorang
guru mahupun pentadbir memainkan peranan yang
sangat penting. Jika tiada integriti, bukan hanya maklumat
akan bocor, bahkan rakaman suara, gambar serta video
juga akan tersebar dengan begitu mudah.
a. Mewujudkan Platform Komunikasi Komuniti Sekolah
| 268
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Sesebuah organisasi besar seperti sebuah
sekolah tidak dapat menjalankan fungsinya jika
komunitinya saling tidak berhubungan. Bagi
melicinkan pengurusan, pihak pentadbir perlu
mewujudkan platform untuk kelompok-kelompok di
dalam sekolah berkomunikasi dengan berkesan.
Walaupun institusi sekolah ditadbir secara berhierarki
di mana setiap arahan mesti melalui rantaian dari atas
ke bawah, sesetengah perkara yang umum seperti
pekeliling, bahan-bahan perkongsian daripada KPM,
SOP dan seumpamanya boleh disalurkan terus
kepada semua guru.
Ini membolehkan perkongsian dibuat dengan
tepat serta pantas. Sekaligus, masalah kecairan
maklumat dapat diminimakan. Contohnya, apabila
seseorang Pengetua menghadiri dialog prestasi dengan
pihak atasan di PPD, JPN mahupun KPM, segala
dapatan dan teguran daripada sesi tersebut boleh
disebarkan kepada semua guru tanpa perlu melalui
Penolong-penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang dan
seterusnya. Dengan itu, semua guru akan mendapat
maklumat dengan segera. Kemudian, tindakan boleh
dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan.
Walaupun perkongsian terus ini tidak boleh meliputi
kesemua aspek, namun ia boleh dipraktikkan dalam
hal-hal tertentu.
Bagi memudahkan perkongsian dibuat dengan
efektif dan efisyen, suatu platform menggunakan
media sosial didapati sangat berkesan. Pihak sekolah
seharusnya tidak ketinggalan dan memanfaatkan
medium perkongsian atas talian seperti aplikasi
Whatsapp, Telegram, Google Drive dan sebagainya.
Pihak sekolah juga harus mengiktiraf penggunaan apps
269 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
seumpama ini sebagai saluran rasmi komunikasi
dalam kalangan warga sekolah. Contoh
penggunaannya adalah dalam konteks pengurusan
guru relief. Seperti yang kita sedia maklum, setiap
guru yang tidak hadir ke sekolah sama ada terlibat
dengan urusan kerja di luar sekolah, bercuti sakit, cuti
bersalin dan lain-lain, tugasan instruksional guru
tersebut mesti diganti oleh guru lain yang berada di
sekolah pada hari berkenaan. Oleh itu, suatu jadual
penggantian atau lebih dikenali sebagai jadual guru
relief mesti disediakan. Jadual tersebut pula mesti
disediakan sebaik sahaja bermulanya sesi
persekolahan pada hari berkenaan.
Untuk memastikan ianya dapat disediakan
dengan sistematik dan berkesan, komunikasi
memainkan peranan yang amat penting. Sebaik
mendapat kebenaran daripada Pengetua, guru yang
tidak dapat hadir bertugas harus memaklumkan
kepada guru yang bertugas menyediakan jadual relief .
Guru bertugas membuat relief pula terdiri daripada
sekumpulan guru yang bertugas secara berjadual.
Untuk memastikan jadual dapat disediakan dengan
lancar, beberapa orang guru harus berinteraksi secara
berasingan. Bagaimana pula sekiranya timbul masalah
lain dalam komunikasi tersebut?
Hal ini menjadi semakin kompleks jika ramai
guru yang tidak dapat hadir ke sekolah pada satu-satu
masa. Sekiranya ketidakhadiran telah diketahui lebih
awal, makluman boleh dibuat dengan lebih cepat untuk
memudahkan penggantian dibuat. Tetapi jika
melibatkan cuti akibat kecemasan atau jatuh sakit,
ianya akan menyulitkan penyediaan jadualguru relief.
Isu guru relief amatlah penting dan ianya berlaku
| 270
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
hampir setiap hari. Jika tidak diatasi, secara tidak
langsung akan menjejaskan pengurusan instruksional
sesebuah sekolah. Akibatnya, murid akan ketinggalan
dalam pelajaran dan seterusnya akan menjejaskan
pencapaian murid dan sekolah.
Disini, dapat dilihat bahawa perlunya suatu
platform komunikasi bagi membolehkan segala
maklumat berkaitan dicapai dengan lebih pantas agar
tindakan juga dapat dirancang dan dilaksana dengan
kadar segera. Guru yang tidak dapat hadir bertugas
boleh memaklumkan ketidakhadiran beliau di
kumpulan Whatsapp sekolah yang telah diiktiraf
secara rasmi.
Dengan itu, bukan hanya guru bertugas
menyediakan relief akan mendapat maklumat tetapi
keseluruhan warga sekolah juga akan mengambil
maklum tentang perkara tersebut. Selain tujuan
penggantian, ianya juga boleh menjadi medan untuk
guru-guru booking kelas-kelas yang kosong berikutan
guru yang tidak hadir dan juga urusan ‘jual-beli’ kelas.
Setelah jadual relief berjaya disediakan, jadual
tersebut juga akan disebarkan pula di dalam apps
tersebut. Guru-guru boleh merujuk bagi menentukan
sama ada mereka terlibat dengan penggantian pada
hari tersebut ataupun tidak. Guru-guru yang diganti
pula boleh meninggalkan pesanan tentang aktiviti yang
disediakan untuk murid sepanjang ketiadaan mereka
dan memaklumkan keberadaan bahan pengajaran yang
telah disediakan lebih awal.
271 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Pewujudan platform komunikasi secara atas
talian bukan hanya memberi faedah dalam
pengurusan relief di sekolah tetapi turut
mendatangkan banyak kesan positif dalam aspek-
aspek yang lain juga. Melaluinya, guru- guru dapat
memberi maklumat berkenaan keberadaan murid.
Murid-murid yang terlibat dengan aktiviti luar sekolah
akan disenaraikan bagi memudahkan guru dalam
menjalankan urusan bilik darjah. Ini akan
mengelakkan berlakunya salah faham akibat
keciciran maklumat.
Selain itu, platform seumpama ini juga boleh
digunakan untuk menyampaikan maklumat terkini
berkenaan sekolah. Seseorang guru pengiring yang
membawa murid ke sesebuah pertandingan boleh
membuat laporan langsung dari lokasi pertandingan
agar seluruh warga sekolah turut sama merasai dan
memberi sokongan kepada murid. Khabar gembira
tentang kemenangan juga boleh dikongsi dengan
pantas. Dengan itu, kegembiraan boleh dikongsi
bersama. Ucapan tahniah boleh dibuat oleh semua
warga sekolah pada saat-saat kemenangan. Aura
| 272
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
positif akan terbina dan akan membawa seluruh
komuniti sekolah ke arah sama-sama mencapai visi
dan misi yang dikongsi bersama.
Penggunaan platform atas talian juga
membolehkan pelan kontigensi mengambil alih sesuatu
pelan yang telah dirancang awal dilakukan dengan
lebih berkesan sekiranya timbul sebarang masalah
yang tidak dijangka. Dengan itu juga, penggunaan
kaedah membuat pengumuman menggunakan sistem
pembesar suara apabila timbul sesuatu masalah dapat
dielakkan. Kekerapan pengumuman pada waktu
persekolahan telah menjadi isu hangat dibincangkan
suatu ketika dahulu.ia dikatakan telah banyak
mengganggu PdPc yang sedang berlangsung.
Contohnya, apabila ibu bapa hadir untuk
berjumpa anak mereka atas sesuatu urusan penting,
mereka akan ke pejabat dan pengumuman akan dibuat.
Ia juga sering berlaku apabila seseorang jururawat
datang untuk membuat rawatan pergigian di sesebuah
sekolah. Untuk memanggil murid-murid yang terlibat,
suatu pengumuman akan dibuat dan terpaksa didengari
oleh seluruh warga sekolah. Guru akan
memberhentikan sementara sesi PdPc mereka untuk
memberi laluan kepada pengumuman.
Ini akan menjejaskan kualiti PdPc dalam bilik
darjah terutamanya jika ia berlaku dengan kerap.
Penggunaan perkongsian maklumat dalam kumpulan
apps atas talian dapat mengatasi masalah ini. Sebarang
permasalahan yang timbul akan diajukan di dalam apps
tersebut. Guru yang tidak berada dalam sesi PdPc
mungkin akan membaca dan sedar tentang masalah
yang diutarakan. Lalu, cuba membantu menyelesaikan
dengan seberapa segera tanpa perlu membuat
273 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
pengumuman yang akan dikhuatiri mengganggu
seluruh warga sekolah.
Dewasa ini, tahap kesedaran ibu bapa dan
komuniti setempat terhadap pendidikan telah
meningkat dengan begitu memberangsangkan. Mereka
amat berminat untuk mengambil tahu dan sama-sama
menyumbang ke arah perkembangan pendidikan di
Malaysia terutamanya di sekolah di mana anak mereka
menuntut ilmu. Media juga turut membuat liputan
berkenaan pendidikan setiap hari dan
memaparkannya di dada-dada akhbar, radio,
televisyen mahupun internet.
Pihak sekolah harus mengambil peluang
membina hubungan baik dengan ibu bapa dan
komuniti sekitar sekolah. Ia akan membawa banyak
manfaat jika diuruskan dengan berkesan. Segala
perkembangan seperti kejayaan-kejayaan sekolah
harus diwar-warkan kepada masyarakat. Ia secara
tidak langsung akan menjadi suatu bentuk promosi
| 274
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
untuk menarik lebih ramai ibu bapa menghantar
anak-anak yang berpotensi mendaftar ke sekolah
tersebut pada masa akan datang. Bersesuaian dengan
wujudnya kemudahan internet, pihak sekolah boleh
mewujudkan saluran khusus menggunakan aplikasi
Whatsapp, Telegram, Facebook Page serta Instagram
sebagai medan perkongsian kejayaan, aktiviti serta
memuat naik sebarang pemberitahuan kepada ibu
bapa dan komuniti setempat. Maklum balas daripada
ibu bapa juga akan diterima dengan pantas. Kejelekitan
hubngan warga sekolah dan ibu bapa serta komuniti
setempat akan menjurus kepada kemenjadian murid
dan kecemerlangan sekolah secara keseluruhannya.
Walaupun penggunaan portal dan perkongsian
atas talian menjadi semakin popular lantaran
kepantasannya sebagai medium komunikasi,
penggunaan platform sedia ada tidak boleh dipandang
ringan terutamanya dalam aspek komunikasi dengan
murid semasa berada di sekolah. Ini kerana murid di
kebanyakan sekolah di negara ini tidak dibenarkan
membawa telefon bimbit dan alat telekomunikasi yang
lain.
Jadi, penggunaan papan notis untuk
menyampaikan segala arahan dan maklumat masih
signifikan. Papan notis bermaklumat mesti dinaik taraf
dan dikemaskini setiap masa jika terdapat perubahan.
Jadual guru bertugas harian dan mingguan, jadual guru
ganti, jadual warden dan pemandu bertugas, carta
organisasi sekolah dan sebagainya mesti dipaparkan di
tempat yang mudah diakses oleh murid. Begitu juga
segala maklumat berkenaan peluang menyertai
sebarang pertandingan yang dianjurkan di peringkat
dalaman mahupun luar sekolah. Selain disampaikan
275 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
melalui perhimpunan mingguan atau roll call harian,
informasi berkaitan murid boleh dipaparkan pada
papan notis berkenaan.
Perjumpaan-perjumpaan seperti mesyuarat
peringkat panitia, bidang dan mesyuarat guru secara
keseluruhan mesti diupaya seoptimum yang boleh agar
mampu menjadi ruang untuk mengadakan
perkongsian, menyuarakan pandangan serta
mengutarakan permasalahan-permasalahan yang
dihadapi di sekolah. Komunikasi yang baik akan
mampu mencungkil buah pandangan yang bernas dari
segenap kelompok di sekolah tanpa mengira pangkat
dan jawatan yang kemudiannya akan menjurus kepada
pengambilan keputusan yang lebih bijak kerana ia
merangkumi pandangan keseluruhan organisasi.
Jika membabitkan masalah yang bersifat
peribadi, murid, kakitangan mahupun guru boleh
membuat perjumpaan dengan pihak yang sepatutnya
seperti guru bimbingan dan kaunseling serta barisan
pentadbir sekolah. Di peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah pula, jawatan Kaunselor Organisasi Daerah
diwujudkan untuk memberi bimbingan kepada guru-
guru yang berhadapan dengan masalah.
Kesemua platform ini harus diupaya agar dapat
memainkan peranan ke tahap yang optimum. Pengetua
selaku pengurus sekolah harus sentiasa bersikap
terbuka dan mengajak warga sekolah bersemuka
dengannya jika menghadapi sebarang masalah atau
memerlukan tempat untuk meluahkan idea serta
pandangan untuk penambahbaikan sekolah.
b. Pengupayaan Kecemerlangan Komunikasi Pengurusan
Sekolah
| 276
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Perancangan merupakan asas kepada sesebuah
pengurusan. Sekiranya perancangan direka bentuk dan
selari dengan pelaksanaan, ianya akan membuahkan
kejayaan kepada sesebuah organisasi. Seperti yang
telah diketahui umum, fasa perancangan memerlukan
seseorang pengurus menjalankan pengimbasan
persekitaran untuk mendapatkan segala maklumat
berkenaan elemen-elemen dalaman dan luaran
organisasi seperti kelemahan, kekuatan, ancaman serta
peluang dalam usaha membangunkan strategi yang
mantap untuk mencapai visi dan misi organisasi.
Untuk memastikan proses pemerolehan
maklumat dijalankan dengan mudah serta mendapat
maklumat yang tepat, kemahiran komunikasi
memainkan peranan yang amat penting. Keterlibatan
semua lapisan dan kelompok dalam organisasi akan
membolehkan pengurus mendapat maklumat yang
sahih dan menyeluruh. Oleh itu, komunikasi
merupakan asas kepada perancangan strategik
organisasi termasuklah institusi pendidikan.
Peranan komunikasi tidak terhad kepada fasa
perancangan strategi yang melibatkan proses
pengimbasan persekitaran dan menformulasi strategi
semata-mata. Komunikasi turut memainkan peranan
dalam pengurusan strategik secara keseluruhannya.
Setelah berjaya membangunkan strategi untuk
penambahbaikan organisasi, cabaran akan menjadi
lebih besar dalam fasa pelaksanaan strategi kerana
ianya akan melibatkan keseluruhan sumber manusia
dalam organisasi untuk sama-masa bergerak ke arah
mencapai visi dan misi yang dikongsi bersama.
Dalam merangka program, menentukan
peruntukan kewangan serta menetapkan prosedur-
277 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
prosedur, komunikasi yang cekap dan berkesan amat
diperlukan. Disini, dapat dilihat bahawa pengurus atau
pihak atasan yang mempunyai kompetensi dalam
komunikasi akan berjaya membawa segenap lapisan
kearah mencapai matlamat organisasi.
Seiring dengan halatuju ke arah
penambahbaikan kualiti dalam sesebuah organisasi,
aspek kawalan dan penilaian amat dititikberatkan.
Komunikasi membantu mengawal pelaksanaan sesuatu
strategi organisasi melalui hierarki, panduan dan
tatacara tertentu. Penilaian terhadap sesuatu strategi
kini dijalankan secara holistik dan tidak hanya terbatas
kepada penilaian pihak atasan sahaja. Penilaian
menyeluruh ini merupakan suatu bentuk komunikasi
iaitu pandangan serta justifikasi turut dibuat dengan
penglibatan keseluruhan organisasi. Komunikasi yang
baik dalam sesebuah organisasi akan membuahkan
idea bernas untuk penambahbaikan pada masa
hadapan.
Sesebuah organisasi terutamanya yang
berasaskan perkhidmatan seperti sebuah institusi
pendidikan sudah tentu akan meletakkan sumber
manusia lebih istimewa berbanding sumber- sumber
yang lain. Ini kerana sumber manusia merupakan aset
kepada pengoperasian organisasi. Seperti yang
diketahui, manusia merupakan suatu sumber yang
kompleks dan untuk menguruskannya dengan cekap
dan berkesan, ia amat memerlukan kemahiran yang
tinggi dalam kalangan pengurus.
Memandangkan pekerja merupakan tunjang
kepada organisasi, pengurus harus bijak dalam
menyeimbangkan antara matlamat individu pekerja
dengan matlamat organisasi. Apabila matlamat
| 278
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
individu telah dicapai, maka mereka akan mula
bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai
matlamat organisasi. Dalam mengenalpasti matlamat
setiap pekerja yang unik dan berbeza antara satu
dengan yang lain, komunikasi amatlah penting.
Demikian juga apabila pihak atasan ingin
mengekalkan motivasi pekerja. Komunikasi
merupakan aspek terpenting dalam motivasi. Apabila
motivasi terhadap diri dan kerja meningkat, pekerja
dengan sendirinya akan berusaha untuk pencapaian
matlamat organisasi. Dengan pencapaian pada tahap
tertentu, kepuasan kerja turut akan melonjak
seterusnya komitmen terhadap organisasi juga akan
meningkat. Pengekalan pekerja berkemahiran dapat
ditingkatkan sekaligus mengurangkan kadar pusing
ganti pekerja dan menjimatkan kos latihan dan
pembangunan yang terpaksa ditanggung oleh
organisasi.
Melalui komunikasi juga, para pekerja bawahan
merujuk kepada pihak atasan atau penyelia mereka
apabila menghadapi sesuatu kesukaran dalam kerja
buat seharian mereka. Komunikasi membantu
pengurus menjelaskan kepada pekerja tindakan yang
harus diambil, prestasi yang perlu dipersembahkan
serta langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi
mereka. Komunikasi digunakan sebagai media untuk
melatih ahli organisasi di pelbagai peringkat. Dengan
itu keberkesanan dan kelicinan dalam latihan dapat
diwujudkan. Secara tidak langsung, komunikasi yang
efektif akan membawa kepada perkembangan
organisasi ke arah mencapai matlamat yang dicita-
citakan.
279 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
4. Dialek Dan Sosiobudaya
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri
daripada masyarakat majmuk berbilang kaum, agama,
budaya dan dialek. Variasi dapat dilihat di mana-mana
sahaja di seluruh Malaysia lebih-lebih lagi dalam
sesebuah sekolah. Contohnya, kita dapat melihat murid
berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain sama-sama
belajar dalam sesebuah kelas. Ada pula yang beragama
Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Demikian juga
kepelbagaian yang ada dalam kalangan guru, kakitangan
mahupun barisan pentadbir sekolah. Perkara ini dilihat
berlaku dengan lebih ketara di kawasan bandaraya
seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Selain agama dan bangsa, kepelbagaian turut
berlaku dari segi dialek pertuturan. Misalnya, dalam
kalangan bangsa Melayu sendiri, terdapat banyak dialek
yang kebiasaannya bertabur mengikut negeri. Penduduk
di utara tanah air menggunakan Bahasa Melayu dengan
dialek yang tersendiri. Begitu juga di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia seperti Negeri Terengganu dan
Kelantan yang juga bertutur dalam loghat masing-masing.
Perkara yang sama juga berlaku di negeri-negeri lain di
Malaysia. Di Sabah, penduduk aslinya terdiri daripada 30
kumpulan dengan menggunakan lebih daripada 50
bahasa dan tidak kurang 90 dialek seperti Kadazandusun,
Bajau, Kedayan, Bisaya dan sebagainya.
Seiring dengan perkembangan ekonomi di
Malaysia, penubuhan kilang, perusahaan dan
perniagaan telah tumbuh dengan pesat terutamanya
di bandar-bandar besar. Ini menyebabkan masyarakat
luar bandar yang lebih rendah taraf ekonominya mula
berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari peluang
pekerjaan yang lebih baik. Ada di antara mereka memilih
| 280
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
untuk terus menetap bagi mendapat kehidupan yang
lebih berkualiti.
Mereka hadir dengan membawa budaya dan dialek
masing-masing. Tidak kurang juga yang berkahwin dan
memulakan kehidupan dengan pasangan yang berbeza
dari segi negeri asal, bahasa, budaya dan dialek.
Contohnya, seorang buruh yang berasal dari Sabah datang
mencari rezeki di Kuala Lumpur telah bertemu jodoh
dengan gadis dari Terengganu yang turut datang ke Kuala
Lumpur untuk bekerja. Perbezaan dialek dan sosiobudaya
di antara mereka menambahkan lagi keunikan dalam
masayarakat berbilang kaum di Malaysia.
Dalam bidang perguruan, selain ditempatkan
mengikut keperluan dan kekosongan opsyen, guru-guru
juga sering ditempatkan berjauhan dari tempat asal
mereka. Ini merupakan salah satu langkah untuk
menggalakkan integrasi nasional agar masyarakat di
Malaysia boleh berkenal-kenalan dan saling memahami
budaya kaum-kaum lain di Malaysia. Dengan itu,
perpaduan lebih mudah dijalinkan seterusnya agenda
nasional lebih mudah dicapai.
Namun, muncul pula cabaran dalam penyampaian
ilmu, di mana timbulnya variasi yang tinggi dari segi
bahasa, dialek serta sosiobudaya dalam komuniti sekolah.
Bagaimana seorang guru dari Sarawak ingin
menyampaikan ilmu dalam bilik darjah di Bandaraya
Pulau Pinang? Bagaimana seorang pengetua dari Negeri
Sembilan ingin berkomunikasi dengan warga sekolah
yang majoritinya adalah kaum orang asli di pedalaman
Gua Musang, Kelantan? Bagaimana pula sebuah Sekolah
Berasrama Penuh seharusnya berfungsi sebagai organisasi
sosial dan pusat perkembangan ilmu, sekiranya ianya
281 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
menerima murid dari seluruh pelusuk negara? Ia sudah
tentu perlu diurus dengan adanya unsur kreativiti.
a. Membina Hubungan Baik Dalam Kalangan Warga
Sekolah
Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai
pegangan dan kepercayaannya yang tersendiri. Untuk
memudahkan penyampaian dan penerimaan ilmu,
hubungan yang baik harus wujud di antara guru dan
murid serta sesama murid di dalam sesebuah kelas.
Apabila wujud rasa saling mempercayai, menerima
kelebihan dan kekurangan masing-masing serta saling
bertolak ansur, barulah seseorang guru mudah
memainkan peranannya dalam mendidik murid-murid.
Guru-guru akan mudah memotivasi murid untuk
mencapai potensi sebenar mereka. Sikap skeptikal
terhadap bangsa lain akan menyebabkan suasana
pembelajaran menjadi kurang berkesan. Mereka akan
cenderung untuk berkomunikasi dalam dialek atau
bahasa masing-masing dan berkongsi maklumat
sesama bangsa masing-masing sahaja. Perkara ini akan
mencetus kepada hubungan dan persaingan yang tidak
sihat dalam sesebuah kelas. Akibatnya, hasrat kerajaan
menjadikan pendidikan sebagai suatu wadah untuk
perpaduan kaum di Malaysia tidak akan tercapai.
Bagi menyuburkan hubungan positif dalam
sesebuah sekolah yang bervariasi, pelbagai inisiatif
harus diambil oleh pihak sekolah. Pihak sekolah secara
halus harus menyelitkan matlamat perpaduan kaum
dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan.
Contohnya, apabila mengadakan sesuatu pertandingan
secara berkumpulan, setiap kumpulan mesti terdiri
daripada pelbagai kaum. Ini bertujuan mewujudkan
kerjasama, saling berkongsi idea, toleransi dan
| 282
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
berjuang dalam mencapai matlamat tanpa mengira
kaum, bahasa, dialek serta sosiobudaya.
Dalam konteks pengagihan kelas juga,
kepelbagaian kaum harus diambilkira selain
pencapaian dan jantina murid. Ia akan mewujudkan
pergaulan dan persaingan secara sihat. Mereka akan
sama-sama berusaha untuk meningkatkan pencapaian
diri dan kelas mereka. Secara tidak langsung,
pencapaian sekolah juga akan meningkat.
b. Menguatkuasa Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Pengantar di Sekolah
Akta Pendidikan 1996 telah menggariskan
bahawa semua sekolah di Malaysia wajib
menggunakan kurikulum yang sama bagi mewujudkan
kesamarataan dan mencapai agenda tersembunyi iaitu
perpaduan nasional. Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan juga merupakan bahasa pengantar di
semua sekolah kerajaan. Bagi sekolah yang tidak
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar, bahasa Melayu mesti diajar sebagai mata
pelajaran wajib. Jadi, setiap warganegara Malaysia
tidak mempunyai alasan untuk tidak menguasai bahasa
kebangsaan ini. Mereka seharusnya faham serta fasih
bertutur menggunakan Bahasa Melayu selain bahasa
ibunda masing-masing.
Bagi memastikan penyampaian ilmu secara
berkesan dan sama rata dalam bilik darjah, seseorang
guru harus menggunakan Bahasa Melayu sebagai
medium penyampaian kerana ia akan difahami oleh
setiap murid tanpa mengira bangsa, agama, dialek
mahupun sosiobudaya. Bahasa Melayu yang
dimaksudkan adalah Bahasa Melayu baku atau piawai
283 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
(standard) yang dituturkan tanpa dialek mengikut
negeri tertentu.
Guru-guru tidak seharusnya menggunakan
dialek negeri asal masing-masing semasa mengendali
sesi PdPc dalam bilik darjah. Apatah lagi menggunakan
bahasa ibunda masing-masing yang sama sekali tidak
difahami oleh murid daripada bangsa yang berbeza.
Contohnya, seorang guru Matematik berbangsa Cina
tidak seharusnya memberi penerangan menggunakan
Bahasa Mandarin semasa mengajar di dalam kelas
walaupun majoriti murid berbangsa Cina berada dalam
kelas tersebut. Hal yang sama juga harus berlaku
apabila seorang guru yang berasal dari Kelantan yang
harus menggunakan Bahasa Melayu baku apabila
mengajar di sebuah Sekolah Berasrama Penuh
walaupun sekolah tersebut berada di negeri Kelantan
yang majoriti muridnya berasal dari kawasan
setempat.
Kegagalan guru menggunakan bahasa yang
standard akan mengakibatkan ketidaksamaan akses
kepada ilmu pengetahuan terhadap murid minoriti.
Perkara ini juga akan membawa kepada rasa tidak
puas hati dan tersinggung dengan layanan guru yang
tidak sama rata. Maka, wujud ketidakselesaan dan
ruang untuk tercetusnya persepsi negatif. Impaknya,
matlamat pendidikan dan perpaduan sukar dicapai.
Penguatkuasaan penggunaan Bahasa Melayu
seharusnya tidak terhad semasa sesi PdPc dalam bilik
darjah semata-mata. Bahkan, ianya perlu dipraktikkan
semasa berinteraksi dalam kalangan warga sekolah
semasa menjalankan tugasan dan aktiviti seharian.
Amalan ini sekaligus akan meningkatkan tahap
penguasaan murid-murid dalam mata pelajaran
| 284
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran wajib
lulus untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).
Bagi meningkatkan penguasaan dalam bahasa
rasmi negara ini, pelbagai program peringkat sekolah
boleh dibuat. Ia bukanlah terhad sebagai aktiviti
semasa pembelajaran subjek Bahasa Melayu sahaja,
tetapi memerlukan komitmen keseluruhan organisasi.
Penganjuran pidato, debat, pantun dan sebagainya
dilihat mampu menyuburkan lagi kecintaan murid,
guru serta warga sekolah untuk menggunakan Bahasa
Melayu standard berbanding penggunaan ‘bahasa
pasar’ dalam interaksi seharian. ‘Bahasa pasar’
merujuk kepada bahasa slanga atau bahasa kacukan
antara Bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan
Melayu di negara ini.
Disamping memartabatkan kedudukan Bahasa
Melayu, penggunaan Bahasa Inggeris, bahasa-bahasa
ibunda kaum-kaum di negara ini dan bahasa-bahasa
antarabangsa juga tidak harus dipinggirkan. PPPM
2013-2025 menjelaskan bahawa menjajdi hasrat
kerajaan untuk melahirkan setiap kanak-kanak, pada
tahap minima, akan dapat menguasai Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris dan digalakkan untuk
mempelajari bahasa tambahan. Hasrat ini bertujuan
melahirkan modal insan yang mampu berdepan
dengan persaingan dunia global yang semakin
mencabar dari hari ke hari.
C. Penutup
Sekolah merupakan sebuah organisasi yang kompeks,
terdiri daripada pelbagai kelompok individu yang hadir dengan
variasi latar belakang peribadi, tahap pendidikan, pengalaman,
285 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
umur, sosioekonomi, bahasa, dialek dan sebagainya. Oleh itu,
untuk menguruskan kerencamannya secara sistematik dan
berkesan bukanlah suatu tugasan yang mudah. Pengurusan
secara berhierarki memudahkan tadbir urusnya. Namun,
pertindanan kuasa dan tugasan telah menambah lagi
kerencaman organisasi besar ini.
Dalam mendepani cabaran Era IR 4.0, sesebuah sekolah
harus meningkatkan keupayaannya agar mampu bersaing atau
sekurang-kurangnya kekal relevan. Hubungan dan interaksi
yang berkesan dalam kalangan komuniti sekolah akan
memastikan koordinasi yang baik dalam melicinkan
pengoperasiannya. Bagi menjayakannya, komunikasi berkesan
adalah vital. Komunikasi berkesan tidak terhad sebagai
medium penyampaian ilmu dalam bilik darjah, tetapi turut
memainkan peranan penting dalam aspek pengurusan dan
hubungan interpersonal dalam kalangan warga sekolah dan
komuniti setempat serta pemegang taruh. Komunikasi adalah
asas penyampaian ilmu, hubungan, motivasi, pembuatan
keputusan serta pengurusan secara keseluruhan. Pengupayaan
komunikasi teras peningkatan prestasi.
| 286
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
BAB VII
B40 KE SBP
Noor Arifah binti Moider
“Asrama, Rumah Keduaku”
Kuikhlaskan terpisah dari ayah ibu
Demi untuk menuntut ilmu
Bukan hanya ilmu duniawi yang kucari
Tetapi Ilmu agama juga kucari
Ilmu yang akan bermanfaat
Bagi dunia dan akhirat kelak
Kujalani setiap detik, setiap minit, setiap jam, setiap saat
Dengan teman-teman seperjuanganku
Ketawa, sedih, senang bersama kita lalui
Kurelakan merantau dari hujung Pulau Madura
Untuk menuntut ilmu
Yang kelak akan kubuktikan pada semua orang
Jikalau aku merantau bukan mencari kesenangan
Tetapi untuk berjaya
Juga membahagiakan ayah ibu tercinta
Dengan belajar bersungguh-sungguh
Gementar
Lepas sudah yang lama dalam dakapan
Tinggal bayangan yang tak bisa kulupakan
Tidak juga selayaknya untuk jadi kenangan
Hanya gementar yang jadi sandaran
Tak perlu sibuk dengan ketenangan
Tak perlu sendiri dengan keramaia
Lenturlah seperti liukan api yang berkobar
287 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Lepaskan asrama yang lama dalam dakapan
Semoga tak ada sesal jika kutinggalka
Kerana ini adalah hari keputusan
Ubahsuai dari karya LAILI NUR CHOLIDAH
(Mahasantri Mabna Syarifah Khadijah – FKIK/FARMASI’16)
A. Pengenalan
Negara Malaysia terdiri daripada kepelbagaian
masyarakat yang berasal daripada pelbagai kaum, latar
belakang dan kepercayaan. Kepelbagaian ini menjadi aset
dalam mencapai hasrat kerajaan Malaysia untuk mencapai
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.Dalam mencapai
wawasan ini, kerajaan telah memperkenalkan kumpulan-
kumpulan mengikut kelas berdasarkan pendapatan isi rumah
bagi pelaksanaan dasar yang melibatkan kebajikan rakyat.
Pengkelasan ini dibuat untuk menjamin kebajikan golongan
susah supaya tidak ketinggalan jauh ke belakang terutama
berkaitan aksesibiliti dalam pendidikan.
Takrifan pendapatan isi rumah boleh dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu golongan B40, M40 dan T20. Kategori
ini ditentukan berdasarkan peratus populasi negara yang
diwakili berdasarkan garis pendapatan isi rumah. Kumpulan
B40 merupakan golongan 40 peratus terendah daripada
keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia yang berpendapatan
terendah iaitu RM4360 dan ke bawah. Kumpulan M40
merupakan kumpulan isi rumah yang terletak antara 41-80
peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia dengan
pendapatan sekitar RM4361 – RM9619. Kumpulan T20pula
merupakan 20 peratus tertinggi daripada jumlah keseluruhan
rakyat Malaysia dengan pendapatan RM9620.
| 288
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Secara keseluruhannya, golongan B40 yang
berpendapatan paling rendah merupakan golongan yang wajib
dibantu dalam sesebuah negara memandangkan jurang
perbezaan ekonomi mereka yang sangat jauh terkebelakang.
Menurut kajian statistik daripada hasil siasatan Jabatan
Perangkaan Malaysia yang dibuat pada tahun 2017, didapati
anggaran sekitar 6.9 juta isi rumah tergolong dalam kategori
B40, M40 dan T20 pada tahun 2016. Daripada keseluruhan
jumlah ini, dianggarkan purata isi rumah adalah 4.1 orang.
B. Pendidikan Di Sekolah Berasrama
Di Malaysia, terdapat pendidikan yang menempatkan
pelajar di asrama seperti sekolah berasrama harian, sekolah
berasrama model khas, sekolah asrama agama, sekolah asrama
desa, sekolah teknik, kolej vokasional, Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM), sekolah pondok berasrama, Sekolah Berasrama
Penuh (SBP) dan pelbagai sekolah berasrama lain.
Sekolah Berasrama penuh (SBP) atau Fully Residential
School adalah merujuk kepada sebuah sistem sekolah yang
ditubuhkan di Malaysia untuk memperkasakan pelajar
cemerlang agar hebat dalam bidang akademik dan aktiviti
kurikulum serta gemilang dalam ketrampilan, sahsiah serta
kepimpinannya. Sejak tahun 2008, SBP ditadbir secara langsung
oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan
Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM).
Rombakan sistem pentadbiran yang terkini pada tahun
2020 telah menempatkan SBP di bawah pengurusan Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) manakala
pengurusan sekolah-sekolah kecemerlangan pula diasingkan
daripada pengurusan SBP di bawah pengurusan yang berbeza.
Namun kedua- dua bahagian ini ditadbir urus oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
289 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Penubuhan SBP telah wujud bermula pada era
penjajahan British di Tanah Melayu sekitar tahun 1890. Usaha
ini telah dikemudi oleh Richard Olaf Winstedt yang memegang
jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan Tanah Melayu,
dan kemudiannya telah menjadi Pengarah Pendidikan Tanah
Melayu pada era tersebut. Penubuhan SBP yang pertama
adalah “Sekolah Raja Melayu” yang kemudian dikenali sebagai
Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Penubuhan sekolah
tersebut adalah sebagai langkah awal bagi menghasilkan
golongan elit Melayu dari kalangan anak-anak orang istana,
pembesar kerajaan dan golongan atasan di Tanah Melayu.
Penubuhan sekolah seumpama itu semakin berkembang di
seluruh Tanah Melayu dan sehingga kini terdapat 69 buah SBP
untuk kemasukan lepasan UPSR dan PT3 di seluruh
Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah dan Sarawak di seluruh
Malaysia.
Gambar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang
merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pertama
di Tanah Melayu di awal penubuhan dan terkini
Tujuan penubuhan SBP adalah jelas untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang secara holistik bagi menjadi
barisan pemimpin negara. Visi SBP adalah melahirkan
pemimpin bertaraf dunia manakala misi SBP adalah sebagai
| 290
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
wadah terbaik dalam menjana modal insan yang mempunyai
kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan
kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli
sains, teknorat dan professional yang dapat memenuhi aspirasi
dan tuntutan agama, bangsa dan negara. Matlamat akhir SBP
adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai
kecemerlangan ilmu, mempunyai personaliti unggul,
kemahiran berfikir tahap tinggi dan mengamalkan budaya
tinggi.
Justeru itu, visi, misi dan matlamat SBP adalah selari
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu
pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Pembentukan SBP pada hari ini adalah bertepatan
dengan konsep Transformasi Sekolah 2025 (TS25). KPM
berhasrat untuk meningkatkan kemenjadian murid dan
berhasrat untuk mewujudkan sekolah berkualiti di seluruh
negara. Program TS25 berhasrat agar sekolah mampu
melaksanakan amalan terbaik dalam pengurusan, kepimpinan
dan pedagogi dalam PdPc. Ini selari dengan matlamat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).
Oleh yang demikian, TS25 merupakan pelaksanaan
untuk melahirkan modal insan yang unggul melalui
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, mempunyai
sokongan daripada pemimpin yang berkualiti dan berwawasan,
291 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
guru yang kompeten, beraspirasi tinggi dan komitmen
komuniti yang padu. Kelebihan yang ada dalam sistem
pengurusan SBP adalah selari dengan objektif Program TS25
iaitu mengaplikasi konsep dalam amalan PdPc terbaik,
membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang
komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing
kepimpinan serta membangunkan persekitaran pembelajaran
yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.
C. Cabaran Pembangunan Modal Insan
Pihak kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai
kemudahan pendidikan dalam sektor pendidikan untuk
menjayakan wawasan negara. Usaha untuk membangunkan
SBP diperkasakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975 –
1980) di mana usaha ini bertitik tolak daripada Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang memberi penekanan kepada penyediaan
tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi.
Kewujudan SBP telah menyediakan iklim dan budaya
persekolahan yang terancang dan kondusif bagi
mengembangkan potensi murid menjadi lebih cemerlang.
Kewujudannya juga dapat melahirkan modal insan yang
berkualiti tinggi dan mengembangkan bakat hebat dalam
bidang kepimpinan serta dalam bidang kepakaran ilmu
pelbagai bidang di dalam negara.
Amalan sebelum ini telah mengutamakan pemilihan
golongan bukan B40 untuk kemasukan ke SBP di mana ramai
anak golongan berpendapatan tinggi yang terpilih melanjutkan
pelajaran ke SBP. Senario ini wujud daripada dasar awal
penubuhan SBP di mana sekolah seumpama ini adalah khas
untuk golongan elit bangsa Melayu. Kemasukkan ke SBP juga
mengambilkira sejarah ibu atau bapa yang pernah belajar di
SBP sebelum ini. Sekiranya ibu atau bapa murid tersebut adalah
bekas pelajar atau pun menjadi alumni SBP, keutamaan lebih
| 292