The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-11-24 16:39:52

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Keywords: PERSEKITARAN SEKOLAH,PENGURUSAN SEKOLAH,KEPIMPINAN

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

diberikan kepada anak mereka untuk diterima masuk ke SBP.
Oleh itu, majoriti ibu bapa yang berasal daripada alumni SBP
merupakan golongan bukan B40.

Kemasukan ke SBP sering tidak memihak kepada
golongan B40 lantaran faktor kekangan kewangan untuk
membayar yuran, bayaran-bayaran pendaftaran dan pembelian
kelengkapan asrama. Pada hari pertama pendaftaran, beberapa
bayaran perlu dibuat berkaitan bayaran makan asrama,
pembelian kelengkapan seperti cadar, selimut, baju rumah
sukan, batu batik rasmi dan sebagainya. Oleh kerana itu,
kebanyakan ibu bapa memilih untuk menolak tawaran
kemasukan ke SBP bagi anak mereka.

Selain itu juga, dari sudut kemampuan untuk ibu bapa
menyediakan kelengkapan material bagi persediaan belajar di
SBP juga banyak memihak kepada golongan bukan B40.
Kemasukan ke SBP sudah pasti memerlukan persediaan dan
usaha gigih seperti perlu ke hospital untuk melakukan
pemeriksaan kesihatan, membeli keperluan tinggal di asrama,
membuat pengesahan sijil dan borang SBP. Semua usaha ini
memerlukan kos dan pengangkutan. Tambahan pula, jarak
yang jauh dengan hospital atau kedai akan membantutkan
semangat golongan B40 untuk menerima tawaran ke SBP.

Justeru itu, kebanyakan golongan B40 sering mengambil
jalan mudah untuk menolak tawaran bagi anak mereka untuk
ke asrama memandangkan isu kewangan dan pengangkutan
amat membebankan mereka. Selain itu juga, majoriti ibu bapa
B40 terdiri daripada kelompok yang kurang berpelajaran dan
tidak berpandangan jauh. Malahan, persekitaran mereka yang
tidak terdedah dengan keistimewaan belajar di SBP
menyebabkan mereka mensia-siakan peluang keemasan
tersebut.

Usaha murni dalam mengutamakan anak-anak B40 ini
dilihat sebagai satu usaha mulia untuk membantu golongan

293 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

yang kesusahan agar mampu keluar daripada kepompong hidup
mereka yang penuh cabaran. Konsep ini dapat dikaitkan
dengan sebuah hadis yang Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA
meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
“Seorang muslim adalah saudara terhadap muslim yang lain, dia
tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang
lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka
Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang
melapangkan kesusahan saudaranya, maka Allah akan
melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang
menutup aib seseorang muslim, maka Allah akan menutup
aibnya pada hari Kiamat.” (Hadith riwayat al- Bukhari,
No.2442,6901, Muslim, No 2580).

Pengajian di SBP menjadi pilihan utama golongan T20 dan
M40

Meskipun penubuhan awal SBP adalah untuk anak-anak
golongan kelas atasan Tanah Melayu, namun dasar tersebut
semakin berubah seiring dengan perubahan dasar kerajaan
dalam menjayakan visi dan misi negara. Jurang sosioekonomi
yang sekian lama wujud telah membangkitkan rasa tidak adil
dalam kalangan masyarakat sekiranya yang kaya semakin kaya
serta menerima nikmat keistimewaan dalam pelbagai aspek
kehidupan terutamanya dalam aspek pendidikan. Sedangkan
dunia global hari ini dapat melihat golongan miskin tegar dan

| 294

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

golongan pedalaman masih jauh terkebelakang dalam
mengecapi nikmat kemudahan pendidikan masa kini.

Gambaran perbezaan latar belakang golongan B40 dan T20

Golongan ibu bapa yang berada mampu menyediakan
kemudahan pelbagai sumber untuk membantu kecemerlangan
pelajaran anak-anak mereka contohnya menghantar ke kelas
tuisyen, membeli buku-buku rujukan di pasaran, menyediakan
komputer dan akses internet sebagai sumber rujukan pelajaran
anak-anak, makanan berkhasiat untuk membantu minda cerdas
anak-anak dan sebagainya.

Hal ini amat berbeza dengan situasi anak-anak golongan
B40 yang terhad dalam mendapat semua nikmat tersebut.
Pendapatan ibu bapa yang hanya kais pagi makan pagi dan kais
petang makan petang mungkin tidak mampu menyediakan
makanan berkhasiat dan bernutrisi untuk tumbesaran
berkualiti serta pembentukan minda yang cerdas bagi anak-
anak. Apatah lagi untuk menyediakan sebuah komputer
peribadi beserta akses internet sebagai sumber rujukan anak-
anak.

Malahan, untuk ke sekolah juga anak-anak B40
berhadapan dengan cabaran yang sangat tinggi. Ada di antara
mereka terpaksa meredah sungai dan lopak air, ada yang

295 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

terpaksa berjalan menyusuri denai kecil sejauh 5-10 kilometer
sebelum menjumpai jalan utama ke sekolah, ada yang berjalan
kaki berpuluh kilometer untuk pergi dan balik dari sekolah, ada
yang tiada duit sebagai bekalan ke sekolah dan pelbagai lagi
cabaran untuk mereka mencapai kejayaan.

Gambaran kesusahan anak-anak golongan B40 dalam
menuntut ilmu

Senario yang mudah digambarkan adalah dengan
membandingan dua individu daripada latar belakang yang
berbeza. Contohnya Aiman merupakan anak sekorang doktor
dan pensyarah universiti yang berasal daripada latar belakang
yang kaya dan berada. Pendapatan kedua- dua ibu bapa Aiman
berada dalam kategori T20. Aiman tinggal di bandar besar yang
terdapat banyak kemudahan seperti pusat tuisyen, kedai-kedai

| 296

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

buku, perpustakaan berpusat dan sebagainya. Aiman hanya
mempunyai tiga adik-beradik sahaja.

Setiap adik-beradiknya mempunyai bilik yang selesa
dilengkapi dengan alat pendingin hawa, sebuah komputer
peribadi, mesin pencetak, dan ruang belajar yang lengkap
dengan meja, kerusi dan rak-rak yang sistematik. Di rumah
Aiman terdapat seorang pembantu rumah untuk membantu
kerja- kerja rumah lantaran ibunya yang sibuk bekerja. Setiap
hari Aiman dapat menikmati makanan yang sedap dan
berkhasiat seperti ayam, daging, ikan-ikan segar, sotong udang
dan sayur- saturan yang pelbagai. Ayah dan ibu Aiman sangat
mementingkan pengambilan zat makanan kepada anak-anak
mereka juga disediakan supplement tambahan untuk
merangsang kecerdasan mindanya sebagai pelajar.

Ali pula anak seorang petani dan ibunya hanyalah
surirumah sepenuh masa. Mempunyai adik- beradik seramai
lapan orang, Ali terpaksa membantu ibunya menjaga adik-adik
apabila pulang dari sekolah. Ibunya perlu membuat kerja-kerja
rumah seperti memasak dan membasuh kain kerana di rumah
mereka serba kekurangan tanpa ada peralatan rumah seperti
mesin basuh, blender, microwave dan sebagainya. Kadang-
kadang ibu Ali terpaksa membantu ayah Ali di sawah ketika
musim tertentu.

Rumah Ali hanyalah tidak ubah seperti sebuah pondok
kayu yang kecil di tepi sawah. Ali tidak mempunyai ruang khas
untuk belajar, apatah lagi meja, kerusi mahupun rak-rak buku.
Ali hanya mampu membuat kerja sekolah dengan menulis dan
membaca sambil meniarap atau terbongkok di atas lantai,
itupun terhad ketika waktu siang sahaja. Apabila malam, rumah
Ali hanya bercahayakan nyalaan lilin dan pelita minyak tanah.

Rumah Ali di pedalaman tiada kemudahan elektrik,
malah bekalan air bersih juga di ambil dari perigi yang jaraknya
10m dari rumahnya. Keadaan itu tidak sesuai untuk Ali

297 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

menelaah pelajaran ketika waktu malam. Ali hanya dapat
belajar di sekolah dan pada waktu siang sekejap sahaja itupun
sekiranya ada masa tanpa kerja-kerja membantu ibunya. Tiada
alat pendingin hawa mahu pun televisyen di rumah Ali.

Ruang belajar yang lengkap dan kondusif dimiliki oleh
golongan yang berkemampuan

Dalam hal ini, Aiman dan Ali mempunyai potensi yang
hampir sama dari sudut akademik, kokurikulum, sahsiah serta
bakat dan kebolehan kepimpinan pada peringkat awal
persekolahan. Namun, faktor persekitaran bagi kedua-dua
individu ini menyebabkan berlaku perubahan ke atas potensi
yang dimiliki dalam diri masing-masing. Meskipun mereka
memiliki potensi yang hampir sama, namun keterbatasan Ali
akan menyebabkan pencapaiannya mungkin terhad dan tidak
mampu pergi jauh.

Aliyang merupakan anak seorang petani kampung
yang hidup sekadar makan ikan kering, ikan bilis, pucuk-pucuk
ulam kampung dan kadang-kadang terputus lauk mendapat
nutrisi yang tidak standing Aiman. Ali tinggal di dalam rumah
kayu usang tanpa bilik yang selesa untuk belajar apatah lagi
untuk mempunyai kemudahan komputer dan akses internet di
rumah sebagai rujukan pembelajaran. Ali juga datang dari

| 298

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

persekitaran adik-beradik yang ramai, terpaksa bersaing dari
sudut keperluan untuk mendapat kemudahan pembelajaran
dengan adik-beradik lain sementelah ayahnya hanyalah petani
miskin.

Ali hanya mampu belajar di sekolah berbanding Aiman
dapat belajar bersungguh-sungguh dalam persekitaran yang
selesa di rumahnya. Ali tiada sokongan tambahan daripada
sentuhan guru tuisyen manakala Aiman lebih beruntung kerana
guru tuisyen dapat memberi sentuhan lebih berfokus untuk
mengatasi kelemahan Aiman dalam pelajaran. Di rumah Ali
tiada televisyen mahu pun internet manakala Aiman dapat
menambah pengatahuannya dengan kemudahan televisyen,
carian di internet dan bacaan-bacaan lain di sekelilingnya.

Sewaktu menjelang musim peperiksaan, Aiman belajar
dengan lebih bersungguh-sungguh dan meluangkan masa
untuk ke perpustakaan yang berhampiran, ibunya juga
seorang yang berpelajaran dapat membantu Aiman melakukan
persediaan untuk peperiksaan dan ibunya juga ada mengambil
seorang tutor khas untuk mengajar Aiman di rumah dalam
mata pelajaran tertentu. Hal ini jauh berbeza dengan
persekitaran Ali yang mundur tanpa mengenal teknologi dan
tidak menerima bantuan dalam pembelajarannya yang mungkin
menyebabkan Ali akan jauh terkebelakang daripada arus IR4.0
yang berkembang pada zaman teknologi ini.

Potensi yang wujud dalam diri Ali akan disia-siakan
sekiranya Ali terus membesar dalam persekitaran mundur
tanpa dibangunkan. Ali mungkin akan membesar dan
meneruskan kehidupannya di takuk yang sama dengan
meneruskan warisan bapanya menjadi petani di sebuah
perkampungan di pedalaman. Sedangkan sekiranya Ali diberi
nikmat kemudahan untuk mengembangkan potensi dalam
dirinya di sebuah sekolah yang tersedia pelbagai kemudahan
hebat, mungkin Ali akan berjaya dengan lebih cemerlang,

299 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

seterusnya mampu membawa keluarganya keluar daripada
kepompong kemiskinan. Ali mungkin dapat menyediakan
kehidupan yang lebih selesa kepada ibu bapanya dan menjadi
suntukan semangat buat adik-adiknya untuk turut sama berjaya
sehebat Ali.

Ali adalah satu modal insan yang sangan ampuh untuk
dibangunkan semaksima mungkin bagi membentuk sebutir aset
untuk keluarganya, agama, bangsa dan negara. Suatu hari nanti,
tidak mustahil jika Ali akan menjadi salah seorang dalam
barisan kepimpinan negara kita yang tercinta iaitu Malaysia.

1. Pembangunan Modal Insan B40
Pendidikan merupakan wadah dalam menuju

kemajuan dalam sesebuah negara. Negara yang cemerlang
bermula daripada sektor pendidikan yang kukuh dan
padu dalam mencapai matlamat dan hala tuju. Hal ini
dikaitkan dengan pendidikan sesebuah negara dalam
memacu hala tuju yang lebih cemerlang setanding negara-
negara maju di dunia global. SBP adalah satu organisasi
yang diberi keistimewaan melalui Rancangan Malaysia
Kedua (RMK2) di mana proses pendidikan dapat
digemburkan dan disuburkan sehingga menghasilkan
modal insan yang cemerlang dalam negara kita. Dalam
mencapai impian tersebut, kerajaan telah
memperuntukkan dana yang selari dengan
perancangan strategik bahagian SBP untuk menjayakan
visi, misi dan matlamat yang digarapkan.

Fizikal dan bangunan sekolah adalah asas utama
dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif.
Seiring dengan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan,
bahagian SBP sedaya upaya melengkapi setiap premis SBP
di Malaysia dengan infrastruktur yang sempurna baik di
bangunan akademik mahupun di asrama. Asrama di SB P

| 300

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dilengkapi dengan perabot seperti katil dan almari serta
tilam dan bantal yang empuk.

Selain itu, ruang belajar juga dilengkapi meja dan
kerusi serta rak buku untuk setiap individu yang
mendiami asrama. Pastinya bangunan ini menyediakan
kemudahan elektrik dan bekalan air bersih yang stabil
sepanjang masa. Ini akan menjadi nikmat yang besar bagi
murid B40 yang tinggal di rumah usang, tanpa bilik atau
katil selesa dan tiada ruang belajar yang khas. Rumah
yang mungkin tanpa kemudahan elektrik, yang berjarak
sangat jauh di pedalaman sehingga perlu berjalan kaki
meredah jalan lecak, denai kecil di celah semak samun
serta gelap subuh mengundang bahaya untuk ke sekolah
setiap hari. Maka, murid B40 sesuai diberi lebih kuota
untuk mendiami asrama dan disediakan peluang
menikmati kelebihan yang disediakan di SBP.

Begitu juga halnya dengan kemudahan di bangunan
akademik seperti bilik-bilik khas, makmal sains yang
lengkap dengan alat radas serta bahan bantu mengajar,
bengkel jahitan dan pertukangan yang dilengkapi dengan
pelbagai jenis mesin-mesin dan alatan, bilik darjah yang
sangat kondusif, serta makmal komputer yang gah dan
lengkap dengan perkakasan, perisian dan pengurusan
yang sistematik. Perpustakaan dan bilik-bilik mata
pelajaran juga tersedia di SBP.

Contohnya bilik matematik, bilik sejarah, bilik
georafi, makmal bahasa dan bilik pendidikan Islam
dilengkapi dengan bahan bantu mengajar, buku-buku
rujukan, papan putih, meja kerusi yang menampung
bilangan murid serta LCD dan alat visualiser. Bagi murid
B40, nikmat kemudahan ini sangat sukar dinikmati di
tempat asal mereka, sementelah ibu bapa mereka juga
tidak mampu untuk menyediakan kelengkapan selengkap

301 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

itu bagi keselesaan dan manfaat pembelajaran mereka.
Maka hal ini dilihat sangat bersesuaian sekiranya murid
B40 diberi kelebihan untuk ditawarkan belajar di SBP bagi
membangunkan modal insan yang berpotensi mencapai
tahap yang lebih unggul agar menjadi aset yang mampu
memacu kemajuan negara pada suatu masa nanti.

SBP juga mempunyai kejelekitan yang tinggi
dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta
pertubuhan Alumni sekolah yang sentiasa memberi
sokongan padu dalam pelbagai aspek seperti kewangan,
kepakaran dan sumbangan tenaga dalam menjayakan
sesuatu hasrat sekolah. Kejelekitan ini juga mampu
mendorong usaha-usaha jalinan dan jaringan yang tinggi
dalam dan luar sekolah serta di antara sekolah dengan
komuniti atau badan-badan lain di peringkat yang lebih
tinggi. Selain itu juga, seperti yang sedia maklum bahawa
SBP menerima peruntukan kewangan daripada kerajaan,
ini akan memudahkan SBP untuk melaksanakan
program-program kecemerlangan.

SBP menyediakan program kecemerlangan yang
hebat seperti Hari Kecemerlangan SBP (HKSBP) yang
menjadi program rutin tahunan yang membina bakat-
bakat unggul dalam kalangan murid SBP. SBP juga
menerima perhatian yang lebih daripada pihak-pihak
berkepentingan seperti (PPD, JPN, dan KPM) yang sentiasa
meletakkan harapan tinggi dalam pencapaian pelbagai
aspek yang diharapkan. Hal ini akan menyebabkan SBP
sentiasa memberi yang terbaik dalam setiap aspek yang
diceburi berasaskan wawasan dan aspirasi pemegang
taruh dalam sektor pendidikan. Oleh itu, potensi dalam
diri murid B40 akan lebih dicungkil, dibina dan digilap
untuk menjadi insan hebat. Hal ini akan membina bakat
kepimpinan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan

| 302

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

murid B40 di mana perkara ini mungkin tidak berlaku
sekiranya mereka tidak diberi keutamaan tempat untuk ke
SBP.

SBP menerima jaringan dan jalinan kerjasama daripada
PIBG, alumni, PPD, dan komuniti setempat dalam
menjayakan program kecemerlangan sekolah

Alumni adalah didefinisikan sebagai lepasan
sesebuah institusi pembelajaran. Bagi alumni sesuah SBP,
mereka mempunyai ikatan yang kuat dengan program-
program sekolah. Setelah hidup di asrama selama lima
tahun, jiwa dan raga serta semangat mereka masih setia
tersemat untuk sama-sama membengunkan sekolah
yang mereka tinggalkan.

Oleh itu, meskipun mereka sudah berjaya ke
menara gading di dalam dan di luar negara malah ada
yang sudah mendapat pekerjaan dan berkhidmat di
sektor tertentu, mereka sudi datang ke sekolah sekiranya
dijemput untuk memberi pendedahan kepada adik-adik
agar bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh
demi berjaya seperti mereka.

Terdapat banyak program yang sering dibantu
oleh para alumni. Menyedari akan komitmen alumni SBP
303 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

yang sentiada jitu ingin menabur bakti kepada sekolah,
maka setiap sekolah SBP mewujudkan satu program
tahunan seumpama Program Cakna Perantau yang
melibatkan lepasan sekolah hadir dan tinggal di asrama
untuk beberapa hari. Program julung-julung kali ini
diuruskan oleh kaunselor sekolah dan dirancang secara
cekap dan berkesan agar bermanfaat untuk anak-anak
SBP.

Program Alumni yang menjadi salah satu faktor kejayaan
SBP
| 304

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

SBP juga mempunyai kelebihan dari sudut
menyediakan kemudahan biasiswa kepada muridnya.
Biasiswa seperti Biasiswa Projek Khas (BPK) dan Bantuan
Kecil Persekolahan (BKP) disediakan di SBP untuk
kemudahan murid yang berkeperluan khas mengikut
syarat dan garis panduan yang disediakan. Selain biasiswa
tersebut, murid cemerlang berpeluang memohon
biasiswa lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi seperti Biasiswa Khazanah, Petronas dan
pelbagai biasiswa swasta yang menawarkan insentif hebat
untuk murid cemerlang. Oleh itu, murid B40 sangat wajar
diberikan keutamaan untuk memasuki SBP berbanding
muri M40 dan T20. Hal ini juga diharapkan agar murid
B40 dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan
dapat memajukan komuniti dalam kawasan asal- usul
mereka suatu hari nanti. Dengan cara itu, Malaysia akan
menjadi negara maju suatu hari nanti.

SBP mempunyai barisan guru dan staf yang
terlatih untuk bekerja di bawah tekanan tinggi. Ibarat
alah bias tegal biasa, menjalankan tugas di luar waktu
hakiki adalah lumrah yang sudah ditelan sejak melapor
diri sebagai kakitangan SBP. Guru-guru SBP memberikan
komitmen yang tinggi terhadap tugas dalam membentuk
kecemerlangan kemenjadian murid.

Target yang tinggi yang terpaksa dicapai secara
teamwork akan membentuk satu budaya kerja cemerlang
dalam kalangan guru-guru dan staf SBP. Selain itu,
semangat keserakanan dan kejelekitan juga tinggi dalam
kalangan guru-guru dan staf bagi membuahkan hasil yang
cemerlang dalam kalangan murid-murid yang akan
menjadi modal insan negara Malaysia. Di SBP, kualiti
input adalah amat penting untuk diproses bagi
menghasilkan output yang hebat.

305 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Komitmen guru yang tinggi tidak mengira waktu
cuti sekolah, hujung minggu dan waktu malam untuk
mengadakan program kecemerlangan murid. Program
kecemerlangan yang dijadualkan secara berpanjangan
bagi memastikan pencapaian murid berada pada tahap
seperti yang ditetapkan.

Program kecemerlangan akademik khususnya
dijadualkan sepanjang tahun bagi memastikan murid SBP
mencapai kecemerlangan yang optimum. SBP membuat
perancangan strategik secara tahunan berdasarkan
analisis keputusan-keputusan terdahulu serta kekuatan
dan kelemahan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi.
Program kecemerlangan ini mampu membina anak B40
untuk menjadi modal insan cemerlang.

Contohnya, program kelas tambahan berjadual,
programoutreach mata pelajaran, program motivasi,
program bacaan Yassin dan solat hajat perdana serta

| 306

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

pelbagai program kecemerlangan yang diadakan bagi
mencemerlangkan murid SBP. Program-program ini
diadakan dengan mendapat beberapa dana kewangan
tertentu seperti dana PIBG serta bantuan dan sokongan
semua guru dan staff, ibu bapa dan alumni.

307 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Program kecemerlangan akademik diadakan secara
terancang dan berjadual sepanjang tahun di SBP

Jadual seharian di SBP yang terancang secara
holistik lengkap dengan waktu belajar atau dikenali
waktu prep, solat berjemaah di surau, slot bacaan yassin,
al-kahfi, al-mulk serta bacaan mathurat dapat membentuk
sahsiah murni dalam diri anak-anak di SBP. Slot prep dan
slot kerohanian turut dipantau oleh guru atau warden
yang bertugas. Hal ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
secara holistik sekiranya anak-anak tinggal di rumah.

Program kokurikulum dan ko-akademik juga
sangat terancang di SBP serta berjaya membentuk disiplin
dan jati diri murid SBP. Banyak kemenangan di pelbagai
peringkat berjaya diraih oleh SBP membuatkan ramai ibu
bapa yakin bahawa SBP benar-benar mampu menjadi
wadah dalam menghasilkan kemenjadian murid. Hal ini
sangat membuatkan ramai ibu bapa bercita-cita ingin
meletakkan anak-anak mereka belajar di SBP. Justeru itu,
keistimewaan ini wajar disalurkan kepada murid B40
yang serba kekurangan dalam mendapat nikmat-nikmat
kesenangan untuk berjaya. Keistimewaan di SBP
diibaratkan seperti katalis yang memangkin kemenjadian
murid B40 untuk menjadi modal insan yang terbilang
untuk negara bangsa.

| 308

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Sistem rumah adalah satu pendekatan yang diamalkan

di SBP sebagai langkah menjana modal insan yang serba boleh

dalam cabaran globalisasi ini. Di SBP, sistem rumah adalah

sebuah pelaksanaan yang menempatkan murid-murid di bawah

satu kelolaan (Rumah) dengan pendekatan vertikal iaitu

melibatkan semua tingkatan yang digabung di dalam sesebuah

rumah. Ini berbeza dengan pendekatan dari aspek batch yang

merupakan pendekatan horizontal kerana semua murid datang

daripada peringkat yang sama.

Pendekatan ini dapat meningkatkan jalinan kerjasama

dan pembangunan emosi bagi melahirkan murid yang

mempunyai jati diri dan kematangan dalam kepimpinan.

Sistem rumah juga dipercayai akan menjadi wadah dalam

pembudayaan sosial yang sihat dalam kalangan murid SPB.

Pelbagai aktiviti berdasarkan sistem rumah diwujudkan di

SBP seperti Kejohana Olahraga Tahunan, Hari Terbuka

Asrama, Anugerah Sistem Rumah Terbilang dan

lain-lain.

SBP berfungsi untuk menggilap bakat kepimpinan di

SBP. Selari dengan visi melahirkan pemimpion bertaraf dunia,

pembentukan SBP diprogramkan dengan sistem kebitaraan.

Kebitaraan didefinasikan sebagai keunikan sifat, hal atau

kekhususan. Dalam hal ini setiap SBP mempunyai kebitaraan

yang tersendiri yang ingin dibangunkan di peringkat sekolah di

mana kebitaraan ini akan menjadi keunikan bagi sekolah

mereka. Contoh kebitaraan yang wujud di SBP adalah

Kebitaraan Ragbi, Wind Orchestra, Petah Bicara (public

Speaking), tarian, tenpin bowling dan sebagainya.

309 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Di SBP, penyediaan makanan disediakan sebanyak
5 kali sehari dengan sejumlah RM13 bagi setiap
individu. Pemakanan yang disediakan juga terjaga dari
sudut kualiti, kebersihan, nutrisi dan jumlah kalori.
Sebagai seorang remaja yang sedang dalam proses
membesar dan melalui jadual kehidupan yang aktif di
sekolah, murid dapat menikmati makanan berdasarkan
pola pemakanan yang betul sebagaimana disarankan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Murid disajikan
dengan makanan yang lazat dan lengkap dengan buah,
sayur serta susu. Hal ini jarang diperoleh bagi murid B40
yang serba kesusahan yang hanya makan hidangan yang
seadanya sahaja di rumah.

Nasib golongan B40 perlu dibela bagi merapatkan
jurang sosioekonomi yang wujud pada masa kini. Usaha
ini dilihat mampu memberi impak cemerlang kepada
pembentukan negara bangsa Malaysia. Seiring dengan
hasrat negara ke arah melahirkan modal insan yang
terbilang, Program Transformasi 2025 (TS25) digezetkan
untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
kondusif serta dimantapkan dengan sokongan peminpin
sekolah yang berkualiti dan berwawasan, tenaga pengajar
yang kompeten, berprestasi tinggi serta mendapat
komitmen yang padu daripada komuniti. Oleh itu, murid

| 310

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

B40 yang berpotensi perlu diperkasa dan diberi ruang
yang holistik dalam membina potensi mereka.

Secara tuntasnya, pelaksanaan keutamaan dasar
B40 adalah wajar demi kebaikan bersama. Pihak kerajaan
juga seharusnya menyemak semula dari segi kuota dan
kelayakan untuk kemasukan ke SBP. Pemilihan murid
B40 mungkin perlu dilonggarkan sedikit berbanding
murid bukan B40 memandangkan peluang dan
kemampuan mereka adalah terhad untuk berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan murid bukan B40.
Namun, dengan keterbatasan yang mereka lalui, mereka
mempunyai potensi yang mampu digilap. Misalnya,
apabila wujud persaingan murid 4A - 6A untuk masuk ke
SBP, keutamaan wajar diberi kepada murid B40 kerana
pencapaian yang sama di antara dua kumpulan murid ini
adalah daripada latar belakang berbeza.

Keperitan belajar yang serba terhad bagi murid
B40 jauh berbeza dengan keselesaan dan kemudahan
yang diperolehi murid bukan B40. Selain itu juga, murid
B40 mungkin boleh diterima sekiranya mendapat
keputusan 2A-3A tetapi tidak bagi murid bukan B40. Ini
lantaran keterbatasan mereka menyebabkan pencapaian
terbaik mereka terhad sehingga di tahap itu sahaja.
Namun mungkin sekiranya murid ini menerima
kemudahan dan peluang yang lebih baik, dia mampu
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

D. Polemik dan Matlamat Ibu Bapa
Pelaksanaan Dasar B40 yang bermula pada tahun 2019

mencetuskan fenomena tular di media massa dan media sosial
seluruh Malaysia. Pelaksanaan ini menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan ibu bapa terutamanya kumpulan T20.
Rata-rata ibu bapa berasa kecewa dan marah dengan kegagalan

311 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

anak mereka untuk terpilih ke SBP. Ramai anak-anak kumpulan
T20 menangis kerana tidak berjaya ke SBP. Ini lantaran di
bawah reformasi pendidikan negara, isu mengenai kuota dan
pemilihan murid ke SBP telah diubah dengan memberi
keutamaan kepada golongan B40.

Polemik ini jelas menunjukkan ibu bapa dan anak-anak
meletakkan harapan yang tinggi untuk melanjutkan
pelajaran ke SBP untuk mendapat masa depan yang lebih
terjamin. Ramai dalam kalangan ibu bapa memberi
kepercayaan yang tinggi kepada sistem pendidikan di SBP untuk
membentuk kecemerlangan anak-anak mereka. Harapan
mereka hancur apabila tidak mendapat di sekolah-sekolah hebat
impian mereka disebabkan oleh faktor pendapatan ibu bapa.
Hakikatnya, pendapatan mereka yang tinggi mampu
menyediakan sumber-sumber pembelajaran bagi
kecemerlangan anak- anak mereka.

Keratan akhbar menunjukkan kehebatan nama SBP dan
jaminan kemenjadian di SBP menjadi rebutan ibu bapa dan

anak-anak untuk belajar di SBP
| 312

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Ketaksuban ibu bapa untuk meletakkan anak-anak
mereka dalam sistem pendidikan SBP adalah kerana
ketaksuban dan kepercayaan yang tinggi bahawa SBP mampu
membina potensi cemerlang dalam diri anak-anak mereka.
Selain itu juga, kesibukan kerja ibu bapa menghadkan
komitment ibu bapa dalam mengurus anak-anak mereka.
Mempunyai wang dan kemampuan untuk menyediakan
material tidak bermakna ibu bapa mampu mengurus
kemenjadian anak-anak mereka. Tidak dinafikan sistem
pendidikan di SBP menyediakan pembelajaran yang holistik
dalam aspek jasmani, emosi, spiritual, akademik dan sosial.

Pelbagai program akademik, kokurikulum dan sahsiah
digembleng secara padu untuk membentuk kemenjadian murid
di SBP. Di asrama pula, anak-anak dididik dalam disiplin,
budaya hormat menghormati, ukhuwah yang akrab serta
amalan kerohani seperti bacaan al- mulk setiap malam, bacaan
yassin dan al-kahfi serta zikir al-mathurat pada waktu-waktu
tertentu. SBP juga menyediakan guru, warden dan staf yang
komited dalam mengurus anak- anak di asrama serta dalam
menjalani aktiviti akademik. Menyedari akan hal ini, ramai ibu
bapa kumpulan T20 sangat mengimpikan untuk anak-anak
mereka terpilih ke SBP mungkin sebagaimana zaman
persekolahan mereka suatu masa dahulu.

1. Kemasukan Ke Sbp: Keutamaan B40
Pelaksanaan Dasar B40 telah menyediakan satu

platform yang lebih membina murid golongan B40 untuk
lebih cemerlang. Dasar ini dilihat akan membantu murid-
murid B40 yang berpotensi demi manfaat jangka panjang
kepada negara bangsa. Rakyat Malaysia perlu menyokong
dasar ini agar wawasan negara dapat dicapai dalam masa
yang ditetapkan. Senario ini sudah pasti akan
menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan
masyarakat bagi menghadapi pembaharuan ini.

313 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Pada awal pelaksanaan dasar ini, pelbagai
ketidakpuasan timbul dalam kalangan kumpulan T20 dan
M40 yang tidak terpilih ke SBP lantaran kecewa aoabila
anak-anak mereka tidak terpilih untuk ke SBP. Situasi
seperti ini sudah dijangka dan tidak mengejutkan pihak
pelaksana dasar. Dalam melaksanakan pembaharuan
drastik seperti ini, jangkaan berkaitan respon positif dan
negatif sudah diramal.

Golongan B40 sebenarnya sudah lama
mengharapkan wujud satu saluran kebajikan daripada
pihak kerajaan bagi membantu mereka keluar daripada
kepompong kemiskinan. Benar sudah wujud bantuan lain
seperti Bantuan Musim Tengkujuh, Bantuan Rakyat 1
Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BASAH) dan
sebagainya. Namun ibarat kata bijak pandai, dalam
memberi pertolongan kepada gologan yang susah, maka
memberi joran adalah lebih baik daripada memberi ikan.
Kata-kata ini dimisalkan sekiranya kita membantu
seseorang yang kesusahan dengan memberi ikan, maha
ikan itu akan habis. Sebaliknya jika kita memberi dia
sebatang joran, dia mampu ergi memancing dan
mendapat banyak ikan malahan joran itu boleh digunakan
berkali-kali untuk kemandirian hidupnya.

Begitu juga apabila golongan B40 diberikan
bantuan wang yang tidak seberapa, wang itu akan habis
dalam tempoh yang singkat untuk digunakan bagi
kelangsungan hidup. Sebaliknya jika golongan ini
diberikan ilmu dan kemudahan dalam menuntut ilmu,
tidak mustahil dia mampu keluar daripada kepompong
kemiskinannya itu dengan berbekalkan kejayaan dalam
menuntut ilmu. Oleh kerana itu, dasar kerajaan telah
membuat ketetapan bagi memastikan keutamaan
kemasukan ke SBP diberikan kepada murid-murid B40

| 314

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dan pada masa yang sama tidak melupakan sebahagian
golongan M40 dan golongan miskin bandar.

Pihak KPM telah membuat pengumuman bahawa
sebanyak 60 peratus daripada seluruuh penempatan di
SBP akan diberikan kepada golongan B40 bagi sesi
persekolahan 2019. Bagaimanapun, KPM juga
menawarkan pengambilan ke tingkatan satu di SBP
dengan mengambilkira beberapa faktor lain seperti
pemilihan sekolah oleh pemohon, kapasiti enrolmen
sekolah, jantina, lokaliti pemohon dan kuota tertentu.

Secara konsepnya, kerajaan berhasrat untuk
memberi ruang kepada murid B40 bagi peningkatan
keupayaan dalam mengubah nasib mereka pada masa
hadapan. Melalui kelebihan dan kekuatan yang terdapat
di SBP, diharap agar murid B40 akan menerima pengaruh
yang positif daripada persekitaran dan system yang
digunapakai di SBP. Dengan cara ini, pengaruh tersebuh
diharap dapat membina komitmen murid B40 terhadap
visi, misi dan matlamat yang diingin dicapai oleh SBP.

Dasar keutamaan B40 juga mengambil kira
anjakan 10 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
PPPM 2013 – 2025 iaitu menghasilkan pendidikan
yang berkualiti di semua peringkat dengan
memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
Melalui anjakan ini, kerajaan berhasrat untuk melakukan
pelaburan ke atas pemerkasaan murid B40 bagi
melaksanakan transformasi dalam pendidikan khususnya,
dan kepada Malaysia umumnya.

E. Kepimpinan Sekolah Dan Dasar B40: Analisis
Kepimpinan Transformasi
Isu keutamaaan golongan B40 dalam pengambilan ke

SBP ini dapat dikaitkan dengan model kepimpinan

315 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

transformasi. Kepimpinan transformasi memfokuskan istilah
transformasi yang berasal daripada perkataan bahasa inggeris
iaitu “to transform”. Perkataan ini bermaksud mentransformasi
atau membuat perubahan daripada sesuatu bentuk kepada
bentuk yang lain.

Seseorang pengurus organisasi yang mengamalkan
konsep kepimpinan transformasi perlu mampu mengubah
sumber dalam organisasinya secara optimum dalam mencapai
sesuatu matlamat yang diingikan dalam sesebuah organisasi.
Matlamat atau shared goals dapat dicapai selari dengan
kelestarian sumber yang terdapat dalam persekitaran
organisasi yang merangkumi kewangan, tenaga kerja,
peralatan, bahan dan persekitarn yang dimiliki oleh organisasi.
Hal ini dapat dikaitkan dengan kerangka 5M yang dipelopori
oleh Kouru Ishikawa iaitu money, manpower, machinery,
material dan environment.

Menurut James McGregor Burns (Burns, 1978)
kepimpinan transformasi adalah satu proses di mana
pemimpin dan sumber di bawahnya saling membangun satu
sama lain ke arah meningkatkan tahap moral dan motivasi ke
tahap yang lebih tinggi. Menurut beliau juga, pemimpin

| 316

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

tranformasi merupakan seorang pemimpin yang ideal dan
mempunyai nilai moral yang tinggi. Bass (1990) pula
menyatakan bahawa kepimpinan transformasi sebagai
pemimpin yang menunjukkan kecemerlangan yang luar
biasa di mana mereka berjaya meluaskan dan
mengembangkan minat sumber di bawahnya dalam
membangunkan kesedaran dan penerimaan terhadap tujuan
dan misi kumpulan.

Avalio dan Bass (1994) telah menghasilkan empat
komponen atau dimensi kepimpinan transformasi iaitu
memupuk pengaruh yang ideal, menyediakan motivasi
berinspirasi, membina ransangan intelektual dan menunjukkan
pertimbangan individu (Avalio & Bass 1994, Bass 1985).
Konteks kepimpinan transformasi dalam pengurusan B40 di
SBP mampu diaplikasi di SBP menggunakan empat dimensi
yang tersebut.

1. Dimensi 1 – Memupuk Pengaruh yang Ideal (Idealized
Influence).
Aspek memupuk pengaruh yang ideal dapat
dihuraikan dari aspek dasar keutamaan B40 yang memberi
pendedahan kepada murid B40 kepada karisma yang
ditonjolkan daripada persekitaran di SBP. Persekitaran
yang berkarisma dan mempunyai standard qualiti yang
terpelihara ini akan mempengaruhi murid B40 dan
mengubah idealogi mereka untuk mencapai standard
quality yang ditetapkan oleh SBP. Sebaga murid SBP,
golongan murid ini akan jelas terhadap visi dan misi serta
hala tuju yang perlu mereka capai selaras dengan
kehendak SBP.
Keutamaan yang diberikan oleh kerajaan kepada
pemilihan murid B40 akan menyebabkan golongan ini
menghargai usaha murni kerajaan seterusnya akan
terpengaruh dan mengikut budaya hidup Yng diterapkan

317 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

di SBP. Justeru itu juga, warga SBP yang terdiri daripada
barisan pemimpin, guru-guru, rakan sebaya, alumni dan
semua pihak yang berkepentingan dalam SBP secara tidak
langsung akan menjadi ikutan atau role model yang akan
dikagumi dan diikuti oleh murid B40 di SBP untuk turut
berjaya sebagaimana mereka.
2. Dimensi 2 - Menyediakan Motivasi Berinspirasi
(Inspirational Motivation)

Aspek menyediakan motivasi berinspirasi oleh
kepimpinan transformasi bererti keberhasilan produk
SBP yanf telah lalu mampu menjadi motivasi yang akan
mendorong murid B40 beraspirasi untuk cemerlang
standing alumni dan rakan sebaya mereka di arena
pendidikan. BUdaya yang terbentuk dalam SBP adalah
sangat memotivasikan murid B40 sekali gus mereka akan
berusaha sedaya uapaya untuk mencapai standard SBP
dalam mencapai visi misi dan hala tuju yang ditetapkan.
Hal ini juga akan membentuk sikap individu yang lebih
cemerlang berbanding sikap asal murid B40 ketika di
kepompong lama. Ciri ini mampu membawa mereka
keluar daripada kepompong yang ibarat katak di
bawah tempurung sebaliknya akan membawa mereka
kepada potensi yang lebih optimis, sikap autusiasme yang
tinggi serta budaya hidup yang lebih berwawasan
cemerlang. Maka, dimensi ini mampu melakukan
transformasi dan memberi inspirasi serta memotivasikan
murid B40 untuk berjaya.
3. Dimensi 3 – Membina Ransangan Intelektual (Intellectual
Stimulation)

SBP sememangnya berada pada tahap inteletual
yang cemerlang. Ini adalah berbeza jika dibandingkan
dengan majoriti latar belakang murid B40 yang hadir
kelompok budak kampung yang serba kekurangan. Oleh

| 318

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

itu, aspek ini dilihat dari sudut budaya intelek dan
berwawasan yang terdapat di SBP mampu menjadi
ransangan kepada murid B40 untuk beradaptasi dengan
budaya intelek tersebut. Justeru, hal ini seterusnya akan
mendorong anak B40 untuk menjadi insan cemerlang
serta berfungsi sebagai modal insan dan bakal pemimpin
yang juga merupakan aset kepada negara Malaysia.
4. Dimensi 4 – Menunjukkan Pertimbangan Individu
(Individual Consideration)

Aspek ini dapat dilihat apabila pengurusan SBP
mampu mengurus sumber B40 yang mereka miliki secara
pertimbangan berasaskan individu mengikut
kecenderungan, potensi dan keperluan individu. Dalam
usaha ini, pengurusan SBP mampu menganalisis
perbezaaan individu dalam kalangan murid B40. Oleh itu,
pemimpin di SBP mampu melakukan transformasi secra
lebih spesifik mengikut keperluan murid B40 secara
individu. Sebagai contoh, murid B40 mungkin perlu diberi
bantuan untuk berjaya sebagaimana hala tuju SBP.
Justeru, pertimbangan dan peluang dari sudut
mendapatkan biasiswa adalah perlu bagi murid B40.
Mereka juga mungkin mengalami kurang jati diri di
peringkat awal proses beradaptasi dalam ruang lingkup
kehidupan di SBP, oleh itu kaunselor atau guru atau
pengurusan sekolah perlu memberi keperluan dari sudut
motivasi dan kata-kata semangat untuk mereka dapat
menyesuaikan diri.

Dalam hal ini, SBP mempunyai Unit Bimbingan dan
Kaunseling yang mantap serta lengkap dengan program
dan modul yang terancang. SBP juga mempunyai bahagian
Hal Ehwal Murid yang menjaga kebajikan murid termasuk
dari sudut menyediakan peluang biasiswa dari pelbagai
sumber. SBP juga mempunyai sistem yang padu dalam

319 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

membangunkan aspek akademik, sahsiah, potensi serta
bakat murid secara individu mengikut kelebihan dan
kecenderungan murid. Murid B40 yang diterima masuk ke
SBP adalah modal insan yang akan menjayakan aspirasi
SBP seterusnya dibentuk menjadi pemimpin masa
hadapan.

Oleh itu, Model Kepimpinan Transformasi adalah
sebuah model yang tepat untuk diaplikasi bagi
membangunkan murid B40 di SBP dalam menjayakan
dasar kerajaan yang memberi 60% keutamaan kepada
murid B40 untuk bnerada di SBP seluruh negara.

1. Pemantapan Pengurusan B40 Di Sekolah
Sebagaimana kerajaan telah berbesar hati

melaksanakan keutamaan murid B40 ke SBP, maka wujud
satu tanggungjawab bagi pihak sekolah untuk
memaksimumkan kemenjadian murid B40 dan
melibatkan murid B40 secara paling optimum dalam
pelbagai pelaksanaan di sekolah. Hal ini penting bagi
memstikan murid B40 yang hadir daripada penjuru yang
serba kekurangan dapat dibina dengan cemerlangan dan
potensi dalam diri mereka dapat diperkasakan. Sekolah
boleh mengadakan sistem anak angkat yang melibatkan
murid B40. Tujuan program anak angkat ini diadakan
adalah untuk membina potensi murid B40 dari sudut yang
tertentu mengikut kecenderungan mereka.

Sebagai contoh murid yang berpotensi
menghafaz al-Quran boleh dibentuk oleh ibu atau bapa
angkat (yang terdiri daripada guru) agar hebat dalam
hafazannya. Begitu juga murid yang hebat dalam
akademik dan berpotensi menjadi pelajar terbaik akan di
grooming menjadi pelajar hebat. Guru yang menjadi ibu
atau bapa angkat boleh memberi sokongan moral dan

| 320

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

material bagi membina potensi diri anak angkat yang
terdiri daripada murid B40.

Pihak sekolah juga disarankan agar
memaksimumkan keberadaan murid B40 dalam sesebuah
program sekolah terutama selaku kumpulan AJK murid.
Sebagai contoh, apabila sekolah mengadakan program
yang diadakan ketika murim cuti sekolah, murid-murid
B40 dicadangkan dapat beramai-ramai menjadi AJK
sambutan, AJK Paluan Kompang, AJK Persembahan, AJK
Pengacara Majlis bagi menjayakan program tersebut,
Sekiranya melibatkan pertandingan, pihak sekolah wajar
memilih di kalangan murid B40 untuk menjadi wakil
pertandingan dan sebagainya.

Sebagaimana yang diketahui umum, SBP
mempunyai kebitaraan masing-masing seperti Sukan
Ragbi, matematik, petah bicara, wind orchestra dan
sebagainya. Oleh itu, pihak sekolah wajar melibatkan
murid B40 ke dalam program kebitaraan sekolah. Dengan
cara itu, sekolah dapat meningkatkan pencapaian
kokurikulum murid B40. Selain itu, cara ini dapat mengisi
diri murid B40 yang serba kekurangan agar terbina
dengan pengisian yang lebih bermakna.

SBP juga wajar mengadakan projek-projek yang
berbentuk khidmat masyarakat untuk mengumpul dana
bagi murid-murid B40. Di samping itu, projek ini juga
dapat memupuk nilai- nilai murni dalah diri murid B40
seperti prihatin, kasih sayang, hormat –menghormati
kepada guru-guru dan orang disekeliling. Projek yang
boleh dilakukan adalah seperti projek membasuh
kereta guru-guru yang boleh diadakan di parkir bas.

Selain itu juga, projek lain seperti khidmat
mengemas meja guru di bilik guru atau di bilik-bilik khas
juga boleh dilakukan. Mereka boleh membuat promosi

321 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

yang ditampal di sekitar sekolah dan mewujudkan sistem
perakaunan yang direkod secara sistematik bagi
membina ciri pengurusan dan semangat keusahawanan
dalam diri mereka. Semua usaha ini perlu dilakukan
secara terbimbing dan terancang di bawah pemantauan
guru yang mampu memperkasakan potensi dalam diri
murid B40.

Pihak sekolah juga wajar mewujudkan Kelab
Keusahawanan yang terdiri daripada murid B40.
Kumpulan murid ini diberi ruang untuk belajar ilmu
keusahawanan dari aspek motivasi dan tindakan-
tindakan yang tepat untuk menjadi usahawan berjaya.
Guru subjek tertentu yang mempunyai ilmu tentang
perekodan stok, pembelian stok, pengurusan modal dan
keuntungan serta pengurusan pembahagian tugas dalam
kumpulan akan diajar dengan betul kepada kumpulan
murid ini tentang pengurusan input dan output jualan
dan belian, pengurusan fail, baucer, invois dan
sebagainya diajar dengan terperinci kepada murid
B40. Seterusnya kumpulan murid ini boleh mengadakan
jualan dengan membuka gerai jualan ketika program-
program sekolah di adakan. Contohnya ketika hari
Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah, hari Majlis
Anugerah Cemerlang, Hari Terbuka Asrama dan pelbagai
program lain di sekolah.

Sekolah juga wajar mengurus murid B40 agar
menjadi modal insan yang tidak ternilai dengan
mewujudkan kumpulan khas seperti kumpulan berzanji
dan marhaban yang terdiri daripada murid B40. Segelintir
murid B40 mungkin mempunyai kekuatan dan
kecenderungan dalam ilmu agama dan aktiviti-aktiviti
yang berkaitan kerohanian seperti mengadakan tazkirah,
menganjurkan qiamullail dan sebagainya.

| 322

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Kumpulan ini boleh dibimbing oleh ustaz dan
ustazah di sekolah tersebut. Kepakaran dan kelebihan
yang dimiliki kumpulan murid ini boleh digunakan dalam
majlis-majlis sekolah seperti ketika perarakan VIP masuk
ke dewan, ketika Program Solat Hajat Perdana, slot
bacaan yassin mingguan dan sebagainya. Murid ini juga
mungkin boleh dibimbing untuk menghafaz surah-surah
tertentu dan akan berada di barisan hadapan ketika
program sesi bacaan beramai-ramai.

Murid B40 yang terdiri daripada murid yang hadir
daripada latar belakang miskin, mempunyai kekangan
dalam menyediakan keperluan di asrama. Sebagai sekolah
yang mempunyai peratusan murid B40 yang tinggi,
sekolah juga mungkin dapat menganjurkan program
“Program Bank Ihsan” di mana pihak guru-guru, ibubapa
dan alumni serta komuniti setempat boleh mengumpul
sumbangan berbentuk kewangan atau barang material
untuk kegunaan murid B40 ke tabung atau rak barangan
yang disediakan.

Contohnya, terdapat satu rak yang terpampang
“Bank Ihsan” yang diletakkan biskut-biskut, stok
makanan, stok persekolahan sepertei pensel, pen, kertas,
buku dan sebagainya yang boleh diambil guna oleh murid
B40 ketika mereka memerlukan. Program ini perlu
diselia oleh guru tertentu terutama yang melibatkan
sumbangan kewangan yang perlu disalurkan kepada
murid B40.

Dalam masa yang sama juga, program seperti
pengagihan wang zakat boleh dikumpul oleh satu
jawatankuasa untuk diagihkan kepada murid B40
menjelang hari raya atau akhir tahun untuk pembelian
barang persekolahan. Pihak sekolah boleh menambah
kutipan wang zakat yang disalurkan oleh guru-guru dan

323 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

staf sekolah dengan kutipan daripada ibubapa serta
memohon dana zakat daripada pusat zakat negeri
contohnya Pusat Zakat Selangor, Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Pihak sekolah juga boleh menguruskan sumber
murid B40 yang dimiliki ini secara win-win situation. Bagi
mengimbangi segala usaha murni pihak sekolah berikan
kepada murid-murid B40, adalah baik sekiranya pihak
sekolah dan ibu bapa B40 dapat mengadakan jalinan
kerjasama dalam menjayakan program-program sekolah.

Sebagai contoh, ibu bapa B40 yang tinggal
berhampiran sekolah mungkin boleh menyediakan
kemahiran mengajar anak-anak SBP mengaji Quran,
menjadi imam solat hajat, qiamullail atau tarawikh. Selain
itu juga, sekiranya terdapat ibu bapa yang mempunyai
kemahiran dalam kejurulatihan sukan atau akademik,
mereka boleh memberi khidmat sukarela dengan
mendapat sedikit bayaran ihsan daripada pihak sekolah.
Bagi ibu bapa yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan
membuat kuih atau makanan, pihak sekolah mungkin
boleh membuat tempahan makanan bagi jamuan- jamuan
program tertentu yang diadakan di sekolah. Secara tidak
langsung ibu bapa B40 dapat menjana sedikit pendapatan
dengan projek yang diagihkan daripada sekolah.

Murid B40 juga wajar diurus dengan memberi
inspirational motivation daripada alumni yang terdiri
daripada abang dan kakak lepasan sekolah yang sangat
cakna tentang perkembangan adik-adik yang masih
meneruskan legasi mereka di sekolah tersebut. Program
cakna perantau mungkin boleh diwujudkan slot khas
untuk murid B40 bagi menyuntik kesedaran dan hala tuju
yang lebih berfokus dalam kalangan murid B40.

| 324

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Akhir sekali, di antara program yang boleh
diikhtiarkan di SBP yang terdiri daripada ramai kelompok
B40 adalah program peer partners. Program ini
merupakan program yang dianjurkan oleh pihak
sekolahyang berbentuk mutual di antara murid B40 yang
miskin tegar berkolaborasi dengan murid yang
berkemampuan. Murid B40 mungkin terhad dalam
memiliki buku-buku rujukan dan sumber pembelajaran
untuk mreka lebih cemerlang dalam pelajaran.

Sebaliknya murid yang berkemampuan pula
mempunyai kelebihan dalam memiliki pelbagai buku dan
sumber untuk cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, murid
B40 dapat membantu murid berkemampuan dari sudut
mengajar dan membantu kelemahan murid
berkemampuan dalam akademik manakala murid
berkemampuan yang memiliki buku-buku rujukan dapat
dikongsi ketika melakukan ulangkaji secara bersama.

F. Rumusan
Secara tuntasnya, konsep kepimpinan transformasional

ini adalah sebuah idea di mana KPM berhasrat untuk mengubah
anak-anak golongan B40 untuk mencapai peningkatan nilai dan
motivasi ke tahap yang lebih tinggi seiring dengan daya potensi
yang mereka miliki. Ini penting bagi menyediakan modal insan
yang hebat untuk membina negara bangsa Malaysia. Selain itu,
KPM juga ingin menimbulkan kesedaran yang tinggi dalam
kalangan seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang
dan kumpulan isi rumah agar sama-sama menyokong dasar
ini.Semua rakyat perlu faham matlamat visi dan misi negara
dan mengenepikan rasa cemburu, keegoan, sikap penting diri
dan kebencian sekiranya wujud ketidakpuasan terhadap
keutamaan golongan B40 ini. Melalui dasar ini, bagi rakyat
Malaysia khususnya golongan B40 yang terpilih dan para guru

325 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

serta pengurusan sekolah akan mempunyai rasa kepercayaan,
kesetiaan dan bermotivasi untuk melakukan dengan lebih baik
daripada harapan awal KPM terhadap mereka.

| 326

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

BAB VIII
PENGUPAYAAN APPS DAN PEMBANGUNAN

INSAN

Yazmin

A. Pengenalan
Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat

penting dalam usaha membantu Malaysia menjadi sebuah
negara yang maju. Antara projek yang dibangunkan ialah
MSC(Multimedia Super Corridor) ialah suatu projek teknologi
maklumat yang sangat penting ke arah meningkatkan taraf
ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains
dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan
pentadbiran yang lebih bersistematik.

Sementara itu, Pengajaran Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) telah dapat dikenal pasti sebagai bahan
yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk
meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam
mata pelajaran yang diikuti. Pihak Kementerian sedang
berusaha menyediakan bahan PPBK yang secukupnya bagi 4
mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar.
Peranan guru-guru adalah untuk memberikan bantuan sebagai
fasilitator dalam kalangan pelajar.

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia
bekerja pada zaman kini.Teknologi maklumat ini dapat
mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru
seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan
dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. E-Ekonomi
merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri
kita, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi

327 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk
generasi yang akan datang.

Bagi mengembangkan pemikiran dan minda pelajar
khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran
teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada
pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis
data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.
Pendekatan pengajaran secara tradisional secara pembelian
nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru sebaliknya
guru-guru perlu dibekalkan pengetahuan dan kemahiran ke
arah mendapatkan maklumat melalui komputer.

Pengajaran dan penggunaan komputer (PPBK) ini adalah
merupakan aturcara komputer yang menggunakan teknik-
teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang
belajar.Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara
aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program yang
dibentuk oleh penulis perisian. Murid akanberinteraksi dengan
program komputer atau perisian melalau terminal.

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
komputer memerlukan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang tertentu. Pendekatan ini perlu digunakan
untuk memastikan pelajar dengan kebolehan dan minat yang
berbeza dapat menggunakan teknologi komputer sebagai alat
pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pembelajaran
mereka. Selain itu, pendekatan ini juga perlu bagi memastikan
pelajar-pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan negara
dapat memainkan peranan mereka secara berkesan untuk
memajukan masa depan negara yang berteraskan teknologi
dan mengharungi zaman teknologi maklumat ini.

B. Aplikasi Menarik Minat Pelajar
Pendidikan yang bermakna adalah yang membawa

kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh.

| 328

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Segala ilmu serta kemahiran yang diperoleh hasil daripada
pendidikan yang diterima boleh diaplikasi atau digunakan oleh
individu dalam menjalani kehidupan seharian.

Pengunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
dalam pendidikan bermakna memanfaatkan kemajuan
teknologi moden lagi canggih era digital sebagai pemangkin
perkembangan dunia pendidikan. Dengan mengunakan
perisian atau aplikasi (software) dan juga perkakasan atau
gajet (hardware) ICT sebagai peralatan teknologi pendidikan
maka pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat disampaikan
untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sesi
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Penggunaan ICT dalam proses PdP dan sesi PdPc banyak
memberi kesan yang baik kepada murid dan juga guru. Ia
membantu warga pendidik menjalankan sesi PdPc dengan
lebih cekap, praktikal dan mampu menarik minat murid, sekali
gus memaksimumkan keberkesanan hasil pembelajaran.
Tekonologi ini membolehkan guru membuat persiapan lebih
awal bagi menjalankan sesi PdPc, kerana guru dapat mencari
sebarang maklumat yang diperlukan berkenaan dengan
pengajaran yang mahu disampaikan dengan lebih pantas dan
baik.

Penggunaan papan hitam pula boleh ditukar kepada
kaedah yang lebih canggih iaitu komputer atau komputer riba
(laptop), paparan skrin LCD, peralatan audio-visual, dan lain-
lain. Ini dapat menarik minat murid untuk memberi lebih
tumpuan dalam proses pembelajaran, berikutan dalam era
digital kini murid sangat terdedah kepada pelbagai
perkembangan dan maklumat di luar sana dengan begitu
pantas.

Penggunaan gajet dan teknologi ICT kini dilihat sangat
relevan dalam proses PdPc. Masyarakat perlu sedar bahawa
anak-anak zaman ini berbeza dengan zaman dahulu. Anak-

329 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

anak yang lahir dalam era digital kini (native digital) lebih
terdedah dengan kepesatan dan kepantasan teknologi
maklumat. Oleh itu, kita seharusnya memanfaatkan teknologi
ICT yang ada ini untuk kebaikan bersama tidak kira dalam
dunia pendidikan mahupun bidang lain.

Kini terdapat banyak aplikasi ICT yang dapat membantu
memudahkan tugas seharian warga pendidik menyampaikan
ilmu. Antara aplikasi yang sangat bermanfaat untuk membantu
guru melaksanakan tugas mendidik adalah seperti dibawah
dan ianya percuma serta guru bebas memuat turun seberapa
banyak mungkin yang diperlukan.

1. Drawboard PDF
Jika anda pengguna Windows 10, aplikasi

Drawboard PDF sangat membantu dan memudahkan
guru dalam proses PdPc. Jika dahulu, menjadi kebiasaan
bagi guru untuk menulis nota di papan hitam atau papan
putih apabila bermulanya proses PdP. Sambil guru
menulis, murid akan menyalin nota dalam buku masing-
masing. Masa yang diambil untuk perkara ini mungkin
dalam 15 minit atau lebih. Jika banyak yang perlu disalin,
lagi banyaklah masa yang diambil.

Kini fungsi ‘digital ink’ dalam Drawboard PDF
dapat menggantikan kapur dan papan hitam di dalam
kelas. Saiz paparan yang boleh dibesar dan dikecilkan
dapat membantu murid melihat dengan jelas apa yang
ditunjukkan oleh guru. Guru boleh menyimpan seberapa
banyak maklumat dan fail dalam format PDF
menggunakan aplikasi Drawboard PDF dalam gajet atau
peranti masing-masing. Bila tiba waktu mengajar, hanya
klik pada link yang diperlukan dan pancar menggunakan
paparan LCD projektor. Murid pula boleh terus menyalin
atau membaca nota yang dipaparkan. Begitu juga untuk

| 330

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

memberikan latihan, guru hanya perlu klik folder yang
berkenaan.

Penggunaannya sangat mudah kerana ia boleh
menggantikan buku teks, lembaran kerja atau nota latihan,
sekali gus menjimatkan penggunaan kertas. Dengan itu
bukan sahaja menjimatkan masa guru, tetapi juga boleh
menjimatkan kos membeli kapur atau “marker pen”.
2. CamScanner

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma
melalui Playstore menggunakan telefon pintar. Ia
berfungsi seperti alat pengimbas (scanner) tetapi
keupayaannya amat menakjubkan. Guru biasanya akan
menggunakan alat pencetak tiga dalam satu (3-in-1)
untuk mengimbas dan mencetak dokumen atau gambar
yang diperlukan. Cara tersebut memakan masa dan
melambatkan kerja, terutamanya pada waktu tertentu
seperti musim peperiksaan dan ramai guru sibuk
membuat kertas ujian. Bagi mengatasi masalah ini dan
memudahkan kerja guru, boleh menggunakan telefon
bimbit pintar (smartphone) guru sebagai pengimbas
dengan memuat turun aplikasi CamScanner.

Kini tugasan seharian guru menjadi lebih cepat dan
mudah dengan adanya aplikasi ini. Dengan hanya
menggunakan telefon pintar semua bahan bercetak dapat
diimbas, disimpan dan disebarluaskan melalui e-mel dan
media sosial yang lain.
3. Aplikasi google

331 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Aplikasi Google yang boleh didapati secara
percuma, banyak membantu guru mengurus PdPc dengan
baik. Aplikasi ini dapat mewujudkan “flipped classroom”
di mana murid boleh belajar mengikut keupayaan mereka
sendiri dan di mana-mana sahaja. Google Doc, Google
Sheet, Google Slide, Google Form dan Google Drive
merupakan antara aplikasi yang sering digunakan oleh
warga pendidik.
4. Google hangouts & Skype

Pengalaman pembelajaran secara atas talian secara
langsung (live) ataupun dalam masa sebenar (real-time)
dengan sekolah-sekolah lain menjadikan aktiviti PdPc
berlangsung secara interaktif dan kolaboratif. Ini
merupakan satu gaya pembelajaran yang menyeronokkan
dan di luar daripada kebiasaan.

Dengan menggunakan Google Hangouts dan Skype,
guru dan murid dapat belajar bersama- sama dengan
guru serta murid sekolah lain yang berbeza daerah,
negeri dan malah negara melalui sidang video. Frog
Connected Classroom yang menggunakan platform
FrogVLE (virtual learning environment) membolehkan
setiap sekolah yang mengambil bahagian dalam
pembelajaran secara atas talian ini menggunakan bahan
pembelajaran yang sama secara interaktif.
5. Padlet

| 332

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Padlet merupakan satu platform untuk murid
belajar secara bersama-sama atau kolaboratif. Antara
kelebihan Padlet ialah ia menyediakan ruang di mana guru
boleh memberikan murid sesuatu topik dan mereka boleh
mengaksesnya untuk meletakkan nota, gambar, audio
dan video berkaitan topik tersebut.

PdPc lebih interaktif. Murid boleh memberikan
respons menggunakan peranti mudah alih yang
mempunyai capaian internet dan guru boleh menilai
kefahaman murid terhadap sesuatu konsep pembelajaran
secara formatif. Aplikasi Padlet boleh dimuat turun dan
digunakan melalui telefon pintar melalui platform
Playstore dan juga melalui komputer melalui
https://padlet.com. Guru hanya perlu mendaftar,
membina satu ruangan kolaboratif dan menghantar
pautan Padlet tersebut kepada murid.
6. Aplikasi kuiz-kuiz interaktif atas talian

333 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Ada pelbagai aplikasi kuiz yang boleh digunakan
oleh warga pendidik secara percuma. Antaranya Kahoot!,
Quizizz, Socrative, Google Form, Plickers, Edpuzzle,
FrogPlay dan lain-lain lagi. Kahoot! merupakan aplikasi
online yang membolehkan guru membina kuiz interaktif
terdiri daripada soalan pelbagai pilihan, serta boleh
menambah pelbagai media seperti imej, gambar rajah
dan video ke dalam soalan-soalan yang dibina. Kuiz
tersebut boleh dimainkan secara serentak dalam kelas.

Plickers pula merupakan aplikasi yang mudah
dan senang digunakan. Guru yang mempunyai akses
internet boleh membina soalan dan memaparkannya
kepada murid. Murid akan menunjukkan jawapan mereka
menggunakan kad Plickers. Setiap kad adalah unik untuk
setiap murid dan akan diimbas menggunakan telefon
pintar. Data imbasan akan dimuat naik kepada soalan dan
jawapan murid serta analisisnya boleh diperoleh secara
real time.

Sementara itu Quizizz juga adalah aplikasi untuk
membina kuiz interaktif. Kuiz yang dibina boleh dijadikan

| 334

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kerja rumah untuk murid. Analisis jawapan murid juga
boleh diperoleh secara mudah dalam aplikasi ini.Ia adalah
satu cara penjimatan kertas, di mana kuiz yang dibina
boleh digunakan berulang kali dan boleh diubah suai dari
masa ke semasa mengikut keupayaan murid. Kuiz
interaktif secara atas talian ini menjadi tumpuan para
pendidik untuk menggunakannya di dalam kelas pada
masa kini. Analisis item dan prestasi murid juga dapat
diperolehi secara langsung dan ini membolehkan guru
mendapat maklumat yang pantas tentang pencapaian
murid.
7. Poll Everywhere

Poll Everywhere ialah sistem pungutan suara dan
respon orang ramai secara pesanan teks. Ia mudah
digunakan oleh sesiapa sahaja dan cukup feksibel untuk
digunakan dalam pelbagai senario bagi berinteraksi
dengan orang ramai dan mengumpul data.

Dalam konteks pendidikan, aplikasi ini
membolehkan guru mengumpul data dan maklum balas
secara langsung semasa proses PdPc. Sebagai contoh guru
boleh mengetahui respon murid terhadap PdPc dan
membuat refleksi dengan hanya menyoal selidik dan
memberikan pautan kepada murid untuk menulis respon
dan refleksi mereka.Aplikasi ini boleh digunakan melalui
telefon pintar mahupun komputer melalui laman
sesawang https://www.polleverywhere.com.
8. Decision roulette

Aplikasi Decision Roulette ini merupakan aplikasi
versi android yang boleh didapati melalui Playstore. Ia
adalah permainan kuiz berbentuk putaran (spinner)
untuk menentukan soalan yang bakal dikemukakan, nama
murid yang bakal menjawab soalan, ganjaran, dan
sebagainya. Apabila butang ‘spin’ ditekan aplikasi ini akan

335 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

menentukan pilihan berkenaan sebaik-baik sahaja roda
dihentikan.

Guru boleh mengolah pelbagai soalan atau apa-apa
sahaja yang boleh dibina bersesuaian dengan PdPc
mereka menggunakan aplikasi ini. Untuk memainkannya
di dalam kelas, guru boleh menggunakan teknik mirror
screen pada telefon pintar mereka untuk
memaparkannya pada layar skrin LCD.

Aplikasi-aplikasi ini yang berasaskan ICT dapat
membantu guru mempelbagaikan proses PdPc dan bukan
hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan semata-
mata. Kemahiran menggunakan aplikasi ICT
membolehkan guru dan murid mendapatkan maklumat
dan penge- tahuan terkini dengan lebih cepat serta efisien
bagi digunakan dalam aktiviti pembelajaran.
Pertumbuhan pesat aplikasi dan web tools bermain dan
belajar (play and learning) ini dapat meningkatkan
tumpuan dan perhatian murid dalam pembelajaran
menjadi semakin baik. Murid lebih bermotivasi dan
berdaya saing. Trend ini akan menjadikan lebih banyak
pembangun aplikasi gamifikasi pembelajaran dalam
mahupun luar talian untuk disuaipadankan dengan
platform pembelajaran sedia ada. Melalui cara ini kualiti
pengajaran dan pembelajaran akan lebih baik dan
berkesan.

Sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP)
bercorak konvensional bukanlah kaedah paling baik di
zaman moden era digital kini memandangkan ia boleh
diubah suai kepada bentuk yang lebih canggih dan relevan
dengan situasi pendidikan semasa (Jonassen, 2000). Ini
disebabkan terdapat beberapa kelemahan PdP yang
dijalankan secara konvensional. Antara dikenal pasti
adalah seperti interaksi yang lemah, proses PdP dilakukan

| 336

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dalam mod yang sehala, kekurangan sumber
pembelajaran dan kurang maklum balas daripada murid-
murid lemah (Narayanansamy & Ismail, 2011).

Sesi PdP di dalam bilik darjah seharusnya lebih
bersifat interaktif atau dua hala dengan turut melibatkan
murid secara aktif agar mereka lebih mudah mengikuti
dan memahami pelajaran yang disampaikan. Pada masa
yang sama, guru juga harus berani dan meningkatkan
kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK atau ICT) agar lebih cekap untuk
memilih bahan dan wadah PdP yang terbaik, terutamanya
bagi membantu murid yang lemah dalam komponen-
komponen tertentu.

Justeru guru perlu bertindak secara aktif bagi
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) untuk menampung keperluan kepelbagaian
kaedah pembelajaran murid bertepatan dengan konsep
Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21). Ia juga memerlukan
guru menggunakan pendekatan ‘Blended Learning‘ atau
Pembelajaran Pelbagai Mod (disebut juga Pembelajaran
Teradun) ketika mengajar.

‘Blended Learning‘ merujuk kepada kaedah PdP
yang mempunyai campuran mod pembelajaran atas talian
(online) dan mod pembelajaran konvensional (offline),
iaitu secara bersemuka dalam bilik darjah, yang mana
aktiviti PdP yang dijalankan secara online berfungsi sama
ada untuk menyokong atau menggantikan pembelajaran
secara bersemuka. Model pembelajaran online antaranya
seperti sesi pembelajaran menggunakan laman web, blog,
portal pembelajaran maya (e-learning), dan
sebagainya. Manakala pembelajaran offline termasuk
menggunakan cakera padat (CD), cakera video digital
(DVD), dan sebagainya.

337 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Kahoot! adalah antara platform pembelajaran atas
talian yang boleh digunakan untuk PdP secara ‘Blended
Learning‘. Ia menyediakan ruang pembelajaran yang
menarik iaitu kaedah berasaskan pedagogi digital melalui
pertandingan atau permainan.

Portal Kahoot.it juga menawarkan khidmat
percuma kepada ahlinya untuk menghasilkan ujian dalam
talian dalam bentuk permainan. Khidmat penilaian
secara berkumpulan ini amat menyeronokkan kerana
mampu menyuntik unsur pertandingan atau persaingan
yang sihat dalam kalangan murid. Guru juga dapat
mencetak analisis jawapan murid secara individu dan
memuat turun data untuk melakukan aktiviti pemulihan
susulan.

Kahoot! merupakan sejenis aplikasi kuiz secara
atas talian (online) yang dibina sendiri oleh guru untuk
merangsang minat murid semasa proses PdPc melalui
suasana pembelajaran secara didik hibur dan interaktif.

“Aplikasi ini mudah digunakan kerana sistem
respons penggunanya boleh berfungsi dan dapat
digunakan melalui sebarang jenis peranti (gajet) sama
ada komputer, tablet mahupun telefon pintar, sekali gus
menggalakkan kelas menjadi lebih interaktif antara
kedua-dua pihak guru dan murid.”

| 338

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Bermula tahun 2018, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sudah membenarkan murid membawa
alat peranti tablet ke sekolah untuk digunakan dalam sesi
PdPc bagi subjek-subjek tertentu yang bersesuaian. Dalam
hal ini, penggunaan Kahoot! akan dapat meningkatkan
keterujaan murid untuk menjawab soalan-soalan yang
diberikan oleh guru dan ini menggalakkan persaingan
sihat antara murid.

Guru dapat membina pelbagai kuiz berkaitan topik
yang ingin diuji dengan berkongsi nombor pin kuiz
tersebut untuk dijawab oleh murid. Skrin di hadapan
kelas boleh dijadikan paparan utama bagi memaparkan
soalan manakala murid pula menggunakan peranti
masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan
beberapa pilihan jawapan yang diberi. Secara tidak
langsung, ini akan menjadikan murid lebih fokus dalam
menjawab soalan kerana aplikasi ini memerlukan murid
mengutamakan soalan yang hanya terdapat pada paparan
skrin utama di hadapan kelas.

“Saya seronok menjawab soalan yang diberikan
oleh guru saya melalui Kahoot!. Saya suka bersaing
dengan rakan-rakan saya. Cikgu juga memberikan respon
339 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

yang segera berkenaan soalan tersebut jika ramai murid
tidak dapat menjawab dengan tepat,” – Nur Hidayat Mohd
Zain, 8, murid SK Raja Bahar, Kelantan.

Di samping itu, murid juga dapat melihat
kepantasan mereka dalam menjawab soalan melalui
maklumat kedudukan dan masa yang dipaparkan pada
skrin utama. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan
suasana persaingan dalam kalangan murid melalui
permainan secara interaktif. Bukan itu sahaja. Selain
penerapan unsur didik hibur yang mewujudkan suasana
PdPc yang menyeronokkan, Kahoot! juga mampu
mendisiplinkan murid dari segi memperuntukkan masa
bagi menjawab sesuatu soalan.

Kahoot! juga boleh digunakan sebagai alat
menyediakan soal selidik secara tidak formal. Item yang
dibina boleh berbentuk kuiz aneka pilihan (dengan
menyediakan antara dua hingga empat jawapan
cadangan), serta boleh diselitkan dengan imej dan video
(jika perlu). Namun, soalan yang dikemukakan perlulah
ringkas dan tepat kerana bilangan aksara yang boleh
digunakan dalam item dan juga jawapannya dihadkan.

Kelebihan aplikasi ini ialah semua murid dapat
menjawab soalan yang dikemukakan serentak dalam
masa yang diperuntukkan dan akan menerima
maklum balas segera sama ada jawapan mereka
betul ataupun salah. Permainan ini boleh
ditadbir dalam mod Classic (persaingan antara individu)
dan juga mod Team (pertandingan antara pasukan).

Markah penuh untuk setiap soalan ialah 1,000
mata dan murid yang paling cepat menjawab dengan
betul akan menerima markah yang tertinggi. Murid yang
memberikan jawapan yang salah turut diberikan markah
bonus bagi menghargai penyertaan tersebut. Pada akhir

| 340

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

permainan, keputusan skor lima pemain atau pasukan
terbaik (Top 5) akan dipaparkan.

“Bagi saya Kahoot! sangat menarik dan merupakan
pembelajaran berasaskan permainan dan salah satu
daripada pentaksiran. Kahoot! sangat mudah untuk
digunakan. Apa yang paling menarik mengenai Kahoot!
ialah murid bukan sahaja boleh menggunakan PC
(komputer peribadi) sahaja, tetapi juga boleh
menggunakan telefon bimbit atau tablet mereka,” – Nik
Suriani Abdul Ghani, 36, Guru ICT, SK Bendang Pauh,
Kelantan.

Kini Kahoot! terus berusaha melebarkan
penguasaannya dalam bidang pendidikan untuk bersaing
dengan penyedia aplikasi lain iaitu ia
memperkenalkan aplikasi android untuk pengguna
telefon pintar. Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini
melalui platform “Play Store”. Turut disediakan ialah
fungsi “Challenges” yang membolehkan guru memberikan
tugasan kepada murid walaupun mereka tidak berada di
sekolah, terutamanya ketika musim cuti penggal
persekolahan dan lain-lain.

341 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Untuk menggunakan aplikasi ini, guru perlu
mendaftar untuk membuka akaun Kahoot! di laman
https://getkahoot.com manakala semua murid yang
menyertai kuiz hanya perlu melayari https://kahoot.it/
tanpa perlu mendaftar atau membuka akaun. Murid cuma
perlu terlebih dahulu mendapatkan nombor pin daripada
guru untuk memulakan permainan dan setiap kuiz
mempunyai nombor pin yang berbeza-beza.

C. WhatsApp Dan Komuniti Sekolah
Terdapat banyak komunikasi yang dapat digunakan

dalam organisasi bagi memastikan komunikasi dapat
berlangsung dengan baik dan seterusnya membantu organisasi
melaksanakan kegiatannya. Aplikasi Whatsapp adalah antara
salah satu alat komunikasi yang sering digunakan oleh
masyarakat masa kini. Aplikasi ini membolehkan pengguna
menghantar mesej berupa teks, imej, video dan mesej audio
serta boleh membentuk kumpulan tertentu melaluinya.

Dengan keupayaan aplikasi ini yang membolehkan
interaksi berlaku dengan pantas maka ianya telah digunakan
secara meluas sebagai medium komunikasi dalaman organisasi.
Penggunaan media sosial seperti Whatsapp ini telah menjadi
alat untuk menyampaikan maklumat dalam kalangan pekerja
termasuk kakitangan kerajaan mahupun swasta. Penggunaan
Whatsapp dalam satu kumpulan kerja berupaya meningkatkan
interaksi di antara pekerja dan interaksi yang lebih kerap dapat
meningkatkan penglibatan pekerja.

Peranan media sosial menjadikan perhubungan di
antara peringkat pentadbiran ini dapat ditadbir dan diuruskan
dengan lebih mudah. Maklumat dari peringkat strategik hingga
ke peringkat operasi dapat disampaikan dengan lebih
mudah dan cepat tanpa melibatkan penggunaan masa dan
kos yang banyak.

| 342


Click to View FlipBook Version