The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-11-24 16:39:52

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Keywords: PERSEKITARAN SEKOLAH,PENGURUSAN SEKOLAH,KEPIMPINAN

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

menyedihkan kerana mereka merupakan golongan yang bakal
menjadi pemimpin dan mencorakkan negara mengikut acuan
mereka sendiri. Jika beginilah sikap mereka yang sering
melakukan masalah-masalah sosial, maka dikhuatiri negara kita
akan dipimpin oleh golongan yang bakal merosakkan
negaranya sendiri. Oleh itu, pengurusan sahsiah murid haruslah
diterapkan dalam diri mereka bagi menjauhkan diri mereka
dengan pelbagai gejala yang tidak sihat.

Secara ringkasnya, sahsiah bermakna peribadi atau
personaliti seseorang individu. Sahsiah merujuk kepada traits
yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi
menggambarkan sifat personaliti individu yang
membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkumi
gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran,
perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak
seseorang. Keperibadian diertikan sebagai ciri, sifat atau bentuk
perlakuan yang biasa dipamerkan oleh seseorang. Manakala
sahsiah pula berasal daripada perkataan Arab iaitu syakhsiyah
yang membawa beberapa pengertian.

Salah satu maksud bagi menghuraikan erti syahkhsiyah
ialah sebagai gambaran bagi seseorang individu dan sejumlah
sifat-sifat jasmani, perasaan, keinginan pemikiran yang menjadi
penentu dalam membentuk keperibadian seseorang dan
membezakannya dengan orang lain. Sifat-sifat ini boleh jadi
memang sedia ada di dalam diri seseorang atau boleh jadi
wujud pada seseorang hasil daripada pengaruh atau kesan
daripada alam sekeliling. Manakala sebahagian pemikir Islam
pula cenderung memberikan pengertian akhlak sebagai satu
maksud bagi sahsiah.

Dalam memperincikan huraian tentang akhlak beberapa
tokoh menyatakan bahawa akhlak terbahagi kepada dua
kategori besar. Kategori pertama ialah akhlak yang telah
diperincikan oleh wahyu. Peranan manusia hanyalah

143 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

melaksanakan sepenuhnya akhlak ini dengan hati, rohani dan
keinginan yang ikhlas kerana Allah dalam bentuk tingkah laku
lahiriah. Kategori kedua pula ialah akhlak yang disebut oleh
wahyu secara umum dan manusia memainkan peranan dalam
perincian perlaksanaannya mengikut kesesusian dengan syarat
natijahnya hendaklah mendatangkan kebaikan kepada manusia.
Oleh itu, akan terbentuklah sahsiah yang terpuji sekiranya
menurut syariat yang ditetapkan dalam agama Islam.

Dalam hal ini pengurusan sahsiah sangat penting kepada
setiap murid di sekolah bagi membentuk sahsiah terpuji.
Seseorang murid perlu mempunyai sahsiah yang terpuji bagi
membentuk modal insan yang diinginkan. Oleh sebab itu,
keberkesanan sesebuah sekolah tidak hanya bergantung
kepada faktor akademik semata-mata. Hal ini demikian kerana
banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah sekolah. Malaysia telah memperuntukkan jumlah yang
begitu besar setiap tahun kepada usaha mendidik dan
membangunkan modal insan ini.

Penumpuan terhadap pembangunan insan ini amat
bertepatan dengan konsep pendidikan bersepadu yang
terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun,
perkara yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ini hanya sekadar impian. Isu keruntuhan sahsiah terutamanya
golongan murid pada peringkat usia remaja amat
membimbangkan. Semuanya melibatkan generasi pada hari ini
iaitu generasi Z. Perkembangan dan ledakan teknologi tanpa
batasan yang membentuk generasi Z yang tidak mempunyai
sahsiah yang mantap.

Di dada-dada akhbar dan media massa sering terpapar
masalah sahsiah yang dicetuskan oleh golongan murid sekolah.
Jika ditelusuri dengan mendalam, apakah sistem pendidikan
tidak mampu untuk membentuk sahsiah murid? Jawapannya
sudah pasti tidak. Hal ini demikian kerana sistem pendidikan

| 144

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

negara yang terancang dan sistematik dapat membantu dari
segi jasmani dan rohani bagi melengkapkan individu dalam
menjalani kehidupan yang sempurna. Matlamat utama
pendidikan Malaysia ialah memperkembangkan potensi
individu dan seimbang dalam pelbagai aspek. Hal ini
menunjukkan bahawa betapa besarnya peranan yang perlu
dimainkan oleh pihak sekolah dan pelbagai pihak yang lain
dalam memastikan matlamat pendidikan Malaysia tercapai.
Perkara ini sangat penting supaya pendidikan di Malaysia
setanding di peringkat luar atau global.

Pendidikan pada zaman moden ini sangat memerlukan
kemahiran dan kepakaran dalam berdepan dengan generasi
hari ini. Hal ini bagi memastikan seseorang murid tidak hanya
bergantung kepada satu-satu aspek sahaja dan memerlukan
kemahiran berfikir yang tinggi. Oleh itu, pendidikan pada
zaman ini berdepan dengan pelbagai cabaran disebabkan oleh
kemajuan dalam teknologi. Walau bagaimanapun, penumpuan
pendidikan kepada murid pada zaman millenieum ini tidak
hanya berfokuskan teknologi semata-mata. Hal ini kerana
terdapat unsur lain yang menjadi perkara penting dalam
membentuk insan seimbang dalam diri seseorang murid.
Terdapat empat unsur penting yang perlu ada dalam diri
seseorang murid dalam membentuk insan yang seimbang iaitu
seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Hal ini
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu;

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

145 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara."

Agenda utama dalam sesebuah pendidikan ialah
perubahan dan tranformasi diri individu dari satu tahap ke satu
tahap. Perubahan dan tranformasi ini tidak akan terlaksana
tanpa melibatkan pembangunan insan yang perlu direncanakan
mengikut acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pembangunan insan yang seimbang dan holistik tidak akan
meminggirkan mana-mana aspek bahkan akan digabungjalinkan
agar dapat melahirkan insan yang mempunyai pegangan agama,
nilai-nilai murni serta berkemahiran. Di sinilah cabaran guru
bermula bagi memastikan semua murid diterapkan dengan
acuan yang diinginkan mengikut Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Unsur yang pertama dalam melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni ialah unsur intelek. Dalam konteks yang
mudah seseorang murid perlu pandai berfikir dalam
menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka. Kelebihan
seseorang itu bergantung kepada penggunaan otaknya bagi
berfikir. Akal amat penting bagi melahirkan daya intelek yang
tinggi dan bermutu. Akal merupakan alat untuk memberi
maklumat kepada manusia. Akal yang waras secara berterusan
penting untuk menjana ilmu dan maklumat terkini sejajar
dengan tuntutan semasa. Antara otak dan akal sememangnya
mempunyai perkaitan yang amat rapat, akal tidak sihat tanpa
adanya otak.

Oleh yang demikian, otak itu sendiri memainkan
peranan yang amat penting dalam pelahiran yang waras. Oleh
itu, dalam pendidikan seseorang murid perlu mempunyai otak
yang sihat bagi membolehkan mereka berfikir dengan baik dan
secara tidak langsung segala perbuatan yang positif dan
perbuatan yang negatif dapat dibezakan oleh mereka. Sekiranya
unsur intelek ini diserap dalam diri murid akan melahirkan

| 146

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

masyarakat yang berilmu pengetahuan tinggi dan bersahsiah
terpuji.

Unsur yang kedua yang turut ditekankan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ialah berkaitan dengan unsur rohani.
Seperti yang kita sedia maklum rohani berkaitan dengan
dalaman atau jiwa. Penekanan penting berkaitan rohani perlu
diberikan terutamanya kepada murid supaya jiwa mereka kuat
dan mampu menangani segala ujian dan cabaran dengan baik.
Penekanan unsur rohani perlu diberikan sejak murid berada
pada usia awal kanak-kanak dengan memberi penekanan
kepada nilai agama dan nilai moral.

Perkembangan rohani seseorang remaja terdiri daripada
pelbagai peringkat. Contohnya, pada peringkat awal remaja
bermula dari usia 12 tahun, mereka telah memahami nilai
ketuhanan, dosa dan pahala serta syurga dan neraka mengikut
tahap pemahaman mereka sendiri. Pada peringkat usia seperti
ini mereka memerlukan rohani yang sangat mantap kerana
mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran dan rakan
sebaya.

Murid yang berusia lingkungan 15 tahun pula mempunyai
pegangan agama yang kukuh. Pada peringkat usia seperti ini,
mereka telah percaya kepada kewujudan Tuhan serta
kepercayaan wujudnya hari pembalasan. Mereka juga mula
memikirkan Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan secara abstrak.
Remaja dalam lingkungan umur ini juga mula mempersoalkan
aspek-aspek kerohanian secara logik. Apabila berkaitan dengan
kerohanian kadang-kadang timbul perasaan ragu, gelisah dan
curiga dalam diri seseorang murid apabila memikirkan soal
kerohanian.

Oleh itu, pada usia awal kanak-kanak dan pada usia
remaja penekanan dalam aspek kerohanian perlu ditekankan
supaya pembentukan sahsiah yang baik akan dapat dibentuk.
Dalam hal ini penekanan agama dalam diri mereka perlu

147 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

diberikan perhatian kerana lingkungan usia remaja ini mereka
mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan persekitaran
semasa serta rakan sebaya. Jadi apabila mereka dilengkapi
dengan ilmu agama yang mantap akan menjadikan rohani
mereka dalam keadaan yang baik tanpa dipengaruhi oleh
unsur- unsur negatif.

Unsur yang ketiga dalam memastikan pembentukan
insan yang seimbang ialah dari aspek emosi. Emosi memainkan
peranan penting dalam diri seseorang insan. Emosi boleh
mendorong seseorang murid kepada sahsiah atau tingkah laku
yang positif atau negatif. Ahli psikologi dan psikiatri terkenal
telah membahagikan perkembangan manusia kepada tiga
bahagian iaitu id, ego dan superego. Ketiga-tiga perkembangan
ini merupakan bahagian personaliti tidak sedar yang berfungsi
sebagai stor penyimpanan keinginan manusia dan telah
didorong oleh tenaga libido. Ego wujud seawal bayi berusia
enam bulan dan pada waktu itu mengandungi pemikiran
realistik, dan logik yang tersusun.

Emosi berfungsi mengawal supaya keinginan itu tidak
akan melanggar nilai-nilai dan norma-norma masyarakat.
Perkembangan emosi manusia berkait rapat dengan
perkembangan fizikal. Ciri perkembangan emosi murid pada
seawal remaja dapat dikenal pasti apabila remaja mulai
menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina.
Selain itu, mereka mula merasa ingin bersosial dengan rakan
sebaya. Malah pada peringkat ini, mereka telah didorong oleh
tenaga libido yang memotivasikan tingkah laku.

Oleh itu sejajar dengan tuntutan falsafah pendidikan
negara, seseorang pendidik yang memberi dorongan kepada
murid itu harus tahu tentang emosi dan rohani murid mengikut
peringkat perkembangannya. Pada peringkat ini murid ketika
peringkat perkembangan remaja harus dikawal dan dicegah
daripada perkembangan emosi yang tidak diingini atau perkara

| 148

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

negatif. Pendidik sewajarnya bersifat penyayang dan membantu
murid serta membimbing mereka agar menyelesaikan masalah
emosi mereka dengan cara yang sepatutnya di samping
menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada para murid.

Unsur yang terakhir yang ditekankan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ialah unsur jasmani. Pembangunan
jasmani dalam memastikan pembinaan insan yang seimbang
juga sangat penting. Pengajaran dan pembelajaran tidak akan
berjalan dengan lancar dan berkesan sekiranya kesihatan
tubuh badan kurang memuaskan. Oleh sebab itu, dalam
kurikulum yang dirangka oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
telah menyepadukan pendidikan jasmani. Di tambah pula
aktiviti kokurikulum yang berbentuk kesukanan, kemahiran
teknikal dan vokasional serta keusahawanan. Kemahiran-
kemahiran ini kelak akan membantu seseorang murid menjalani
kehidupannya di atas muka bumi ini. Berkaitan dengan hal ini
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran akan membantu kemahiran psikomotor
seseorang dalam mendapatkan maklumat-maklumat dengan
mudah dan cepat.

Hal ini demikian kerana akal yang sihat datangnya dari
jasmani yang sihat. Sama seperti ungkapan yang selalu kita
dengar iaitu “akal yang sihat datangnya dari badan yang sihat.”
Oleh hal yang demikian, dapat dinyatakan bahawa unsur
jasmani dibahagikan kepada dua aspek iaitu psikomotor dan
kognitif. Psikomotor merujuk kepada potensi atau kematangan
seseorang dan kesediaan untuk melakukan sesuatu tindakan
fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru.
Seseorang individu dikatakan mempunyai kesediaan
psikomotor sekiranya tubuh badannya telah sampai
kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan.
Kematangan psikomotor ini meliputi perkembangan otot,

149 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

tulang, anggota , pengawalan dan penyelarasan pergerakan di
seluruh tubuh badan.

Pada tahap kematangan dan kesediaan psikomotor yang
tertentu dan peringkat-peringkat, proses pembelajaran boleh
diterapkan dengan nilai-nilai Islam supaya mampu melahirkan
insan yang lebih seimbang pada masa akan datang. Hal ini
kerana fizikal yang sihat dan matang tidak akan sihat tanpa
disusuli dengan kematangan dalam beribadat dan menyembah
Pencipta yang Esa. Sebagai contoh, murid-murid juga telah
didedahkan dengan latihan olahraga dan aktiviti fizikal yang
lain untuk membina daya tenaga, daya tahan, ketangkasan dan
pergerakan yang cekap. Dengan ini, matlamat dan wawasan
falsafah pendidikan negara akan tercapai seperti dalam petikan
“Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Aspek kognitif merujuk kepada kesediaan mental
seseorang untuk belajar sesuatu. Hal ini berkaitan dengan
peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, mengsintesis dan menilai. Biasanya,
perkembangan intelek seseorang adalah berkadar secara
terus dengan pertambahan umurnya iaitu murid-murid sekolah
rendah hanya perlu bersedia untuk belajar operasi konkrit dan
apabila telah masuk sekolah menengah, mereka mula sanggup
bersedia untuk belajar operasi yang kompleks. Dalam unsur
kognitif ini maklumat yang diterima akan diproses melalui
pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat yang
lain yang sedia ada dalam ingatan, iaitu diubah secara disusun
semula.

Oleh itu, bagi melahirkan generasi yang ideal, maklumat
tentang ketuhanan dan keagamaan sentiasa disalurkan kepada

| 150

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

mereka supaya maklumat ini terus sebati dalam diri pelajar itu
bagi melahirkan generasi yang seimbang. Dengan kata lain,
kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu ialah
kesanggupan seseorang yang dapat melaksanakan aktiviti
pembelajaran dan menerima faedahnya. Seseorang itu
dikatakan mempunyai kesediaan kognitif apabila pencapaian
ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang
diperlukan.

Keempat-empat aspek yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan membawa kepada modal insan yang
bersifat holistik. Walau bagaimanapun, pelbagai cabaran yang
terpaksa dihadapi dalam menjayakan misi melahirkan modal
insan yang berkualiti terutamanya bagi generasi terkini iaitu
generasi Z. Jurang generasi inilah yang menjadi kesukaran dan
cabaran untuk membentuk murid yang bersahsiah terpuji.
Perkara ini membawa cabaran yang amat besar kepada guru
untuk membentuk sahsiah murid pada zaman ini.

Kehidupan global yang menyebabkan kebanjiran
maklumat, akses yang mudah kepada dunia hiburan, layaran
mudah bahan-bahan porno melalui Internet dan kehidupan
alam siber yang menjadi trend masyarakat menjadikan gejala
negatif yang dominan di luar batasan moral masyarakat
setempat sukar dipintas dan ditapis. Fenomena ini mempunyai
pertalian yang signifikan antara kemajuan kehidupan manusia
dengan kesan daripada ledakan perkembangan telekomunikasi
yang membawa kepada penyelerakan maklumat secara terbuka
melalui dunia hiburan, komunikasi, penyelerakan pelbagai idea,
budaya dan lain-lain. Kesan daripada globalisasi ini, dunia
semakin jauh dengan nilai-nilai kemanusiaan. Pengaruh
globalisasi terhadap pendidikan amat mencabar.

Oleh itu, kekuatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berpaksikan kepada kepercayaan kepada Tuhan akan dapat
menghakis pengaruh negatif kesan daripada globalisasi ini.

151 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Namun hakikatnya, tahap penghayatan dan pengamalan
terhadapnilai-nilai murni semakin berkurangan dalam diri
manusia. Golongan remaja iaitu murid sekolah masa ini rakus
mengejar nikmat dunia. Cabaran teknologi maklumat hasil
daripada daripada dasar langit terbuka lebih banyak
mendatangkan mudarat terutamanya kepada golongan murid
yang sedang mengalami perubahan diri.

Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh bagi
golongan ini kerana pada peringkat remaja, mereka terdedah
kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang
kebanyakannya menjerumuskan kepada perkara negatif.
Lebih-lebih lagi era globalisasi masa ini banyak mengundang
keburukan sekiranya tidak dibatasi dengan nilai-nilai agama.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa kita harus mengikuti
arus perkembangan semasa, namun pihak-pihak tertentu
seharusnya membuat kawalan dan pantauan agar arus
perkembangan semasa ini tidak akan menyesatkan dan
melalaikan murid sekolah.

Dapat membentuk sahsiah juga, guru terikat dengan
kurikulum yang lebih berfokuskan peperiksaan sehingga
tidak dapat menerapkan nilai yang sepatutnya dalam diri
murid. Penilaian kurikulum pendidikan yang masih
mengutamakan peperiksaan akademik yang cemerlang.
Sememangnya penilaian itu penting dalam pendidikan untuk
melihat tahap pencapaian dan perubahan seseorang pelajar
kerana matlamat pendidikan ialah berlakunya perubahan
dalam diri murid ke tingkat yang lebih baik. Sebaliknya,
kurikulum pendidikan kini hanya menumpukan kepada
ketinggian inteleksemata-mata bagi mengukur kejayaan dan
kecemerlangan seseorang.

Dengan itu, matlamat untuk membangunkan insan akan
terbantut sekiranya terdapat murid yang tidak melepasi tahap
yang dikatakan berjaya tetapi mempunyai sahsiah yang baik.

| 152

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Justeru, bagi mengejar matlamat peperiksaan, guru-guru hampir
lupa atau tidak berkesempatan untuk menerapkan nilai-nilai
murni dalam setiap pengajarannya. Hasilnya, guru terpaksa
menghabiskan isi kandungan mata pelajaran kerana bimbang
pelajar tidak mampu menjawab sekiranya tajuk yang tidak
diselesaikan akan keluar di dalam peperiksaan.Implikasi
daripada penekanan terhadap peperiksaan, pelajar yang kurang
bernasib baik akan terpinggir. Jika dilihat dari satu sudut,
inilah punca kepada pelajar terjerumus dalam keruntuhan
sahsiah sehingga menyebabkan mereka terlibat dengan gejala
sosial kerana murid tidak diberi peluang untuk
mengembangkan seluruh potensinya.

Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan insan sempurna tidak akan kesampaiansekiranya
orang yang bertanggungjawab secara formal dalam
menyampaikan ilmu ini tidak berkesan. Keberkesanan
pendidikan bergantung kepada kesedaran para guru terhadap
tanggungjawabnya sebagai pendidik. Oleh itu, para guru
haruslah melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa menjaga
nama baik mereka sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat
dengan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab secara
ikhlas dan jujur.

Sekiranya tidak ada guru maka tidak akan berkesan
perkara yang telah dihasilkan oleh ibu bapa untuk
mendapatkan kebaikan yang berkekalan. Justeru, kita lihat para
guru tidak menunjukkan contoh teladan sama ada dari aspek
tingkah laku, berpakaian dan perhubungan sesama manusia. Isu
dalam profesion ini juga dikaitkan dengan pendekatan dan
kaedah pengajaran guru. Rentetan daripada niat yang tidak
bertepan dengan konsep pendidik, maka secara tidak langsung
memberi kesan ke atas pengajaran dan pembelajaran. Banyak
kajian yang menujukkan bahawa guru kurang berkesan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang menyebabkan murid kurang

153 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran sehingga
menyebabkan mereka terlibat dengan perkara yang tidak
sepatutnya.

Kesimpulannya, pengurusan sahsiah murid kepada
generasi Z sangat penting kepada pembangunan negara pada
masa akan datang bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak.
Dalam pengurusan sahsiah murid ini yang menjadi aspek
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan modal
insan yang holistik berteraskan empat aspek yang menjadi
tunjang utama iaitu dari unsur intelek, unsur rohani, unsur
emosi dan unsur jasmani. Apabila murid lengkap dengan
kesemua unsur ini maka akan terlahirlah insan yang seimbang.
Walau bagaimanapun, hal ini menjadi masalah kerana tidak
semua murid dapat menjadi seorang yang sempurna dan
seimbang. Hal ini menjadi cabaran hebat kepada guru-guru
untuk membangunkan dan menguruskan sahsiah murid pada
zaman ini.

Hal ini demikian kerana berlaku peningkatan dalam
masalah sosial yang melibatkan golongan remaja terutamanya
murid sekolah. Murid dalam era globalisasi ini semakin terhakis
adab dan akhlak dalam diri mereka sehingga membentuk
golongan remaja yang semakin hilang moral dan jati dirinya.
Oleh itu, penelitian dan penyelesaian yang sewajarnya perlu
dilaksanakan dengan sebaik mungkin dalam bagi membentuk
kembali sahsiah murid pada zaman teknologi ini. Apabila
penyelesaian sewajarnya diambil berat oleh semua pihak,
matlamat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik akan
dapat dicapai.

B. Murid Abad ke-21
Terdapat lima generasi yang mendominasi dunia hari

ini iaitu generasi baby boomers, generasi X, generasi Y,

| 154

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

generasi Z dan generasi alpha. Generasi baby boomers lahir
pada tahun 1946 hingga 1964 iaitu berumur antara 54 hingga
72 tahun. Maksudnya, golongan pendidik yang berada dalam
ruang lingkup ini telah pencen dari perkhidmatan kerana umur
persaraan wajib bagi kakitangan awam adalah 60 tahun.

Sekiranya mereka masih ada yang masih berkhidmat,
mereka hanya perlu menunggu beberapa tahun lagi untuk
bersara. Seterusnya generasi X iaitu mereka yang dilahirkan
pada tahun 1965 hingga tahun 1980 iaitu berumur antara 38
hingga 53 tahun. Jika diandaikan kepada seorang guru, generasi
ini telah berada dalam perkhidmatan sekitar 15 hingga 30
tahun iaitu satu tempoh matang bagi seseorang guru dalam
menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Generasi Y adalah
mereka yang lahir pada tahun 1981 hingga 1994, iaitu mereka
yang berumur antara 24 hingga 37 tahun. Generasi ini sudah
mula mengenal dan mengaplikasi alat-alat teknologi dalam
pendidikan secara lebih meluas. Walau bagaimanapun, fokus
penumpuan perbincangan ialah merujuk generasi terkini iaitu
generasi Z dan yang paling baru ialah generasi Alpha. Hal ini
akan melihat kepada faktor pengurusan sahsiah murid
dipengaruhi oleh jurang generasi.

Perubahan masyarakat daripada satu generasi ke satu
generasi banyak dipengaruhi oleh perubahan masyarakat
peringkat global.Kebiasaannya generasi tersebut diberikan
nama mengikut faktor perkembangan industri pada masa
tersebut. Contohnya, era revolusi industri, masyarakat
dipengaruhi oleh dunia teknologi digital dan Internet.
Pemikiran dan budaya generasi kini adalah didominasi oleh
teknologi digital dan Internet yang turut mempengaruhi
tingkahlaku generasi muda kini.Hal-hal yang berkaitan dengan
permasalahan negara seperti isu pengurusan sahsiah bukan lagi
menjadi perkara utama dalam topik perbincangan dan
pemikiran generasi Z.

155 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Hal ini menjadi satu cabaran kepada negara dalam
membina sahsiah terpuji dalam kalangan masyarakat yang
berteraskan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia. Hal ini
adalah sangat penting kepada masyarakat untuk mengenal pasti
perubahan tersebut serta memahami psikologi generasi masa
ini yang dikenali sebagai Gen Z. Secara umumnya, Gen Z ialah
generasi yang lahir pada tahun 1998 hingga 2009. Gen Z
dicirikan sebagai generasi teknologi yang mula didedahkan
dengan Internet dan web sejak bayi atau ketika masih belum
mula bercakap. Gen Z membesar di dalam dunia yang
berhubung menerusi teknologi ciptaan manusia yang semakin
berkembang. Mereka sering berada dalam dunia maya dan boleh
berhubung ke seluruh pelusuk dunia tanpa had dan batasan. Hal
inilah satu cabaran dalam penerapan sahsiah, nilai dan norma
kepada Gen Z yang berasaskan pendidikan di Malaysia.

Terdapat ciri-ciri yang boleh dilihat untuk mengenali
generasi tertentu. Generasi Z ini ialah generasi yang
kebanyakannya sekarang adalah di sia awal remaja dan malah
sebahagiannya baru sahaja mula memasuki alam pengajian di
institusi pengajian tinggi. Mereka ini berbeza daripada generasi
terdahulu dari pelbagai sudut dan aspek. Jadi untuk
membandingkan antara generasi sebelum generasi mereka ini
adalah sangat tidak adil disebabkan oleh cara mereka
dibesarkan dengan segalanya memerlukan teknologi. Generasi
ini masih di peringkat evolusi dan di dalam fasa mempelajari
beberapa perkara dalam hidup.

Menurut kajian, generasi ini dikatakan boleh menjadi
satu set pengguna yang aktif. Mereka dilahirkan semasa kuasa
pasaran pengguna sedang meningkat. Justeru, tentu sekali
mereka senang mendapatkan akses kepada hampir semua gajet
terkini seperti alat-alat komunikasi, telefon bimbit berinternet,
iPads, PDA, MP3 player, BBM, MP3, iPod dan lain-lain. Golongan
ini juga dipanggil generasi digital. Mereka membesar dalam

| 156

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dunia yang sama rata dan mereka percaya lelaki dan wanita
mempunyai hak yang sama.

Oleh sebab mereka telah menjalani kehidupan yang
lebih tersusun daripada nenek-moyang mereka, generasi ini
dilihat mampu menjadi matang, bertanggungjawab dan juga
mempunyai nilai-nilai sosial yang tinggi. Generasi ini
memerlukan teknologi dalam kehidupan seharian mereka dan
sangat bergantung padanya. Jika generasi Z dibentuk dengan
acuan yang betul, pastinya mereka boleh mencapai lebih
banyak kejayaan daripada generasi mereka yang terdahulu.
Walaubagaimana pun, sebaliknya generasi ini mungkin lemah
dalam aspek kemahiran interpersonal dan komunikasi fizikal.
Justeru, mereka juga secara umumnya tidak memberi fokus
kepada aspek dan nilai-nilai kekeluargaan.

Mereka mempunyai pendapat dan prinsip yang jelas
tetapi kurang senang menerima sesuatu cadangan atau idea
tanpa alasan atau fakta yang konkrit. Perubahan tingkah laku
generasi Y ke generasi Z begitu ketara. Bagi generasi Y, fokus
mereka adalah kepada pembelajaran secara formal yang dilihat
menyumbang kemahiran dan kepakaran dalam kerjaya,
manakala generasi Z lebih cenderung kepada pembelajaran
secara maya, praktikal dan membina kepakaran daripada uji
dan cuba.

Ciri-ciri generasi Z begitu terserlah dalam kategori
mereka sendiri. Generasi Z ialah orang yang lahir selepas tahun
1990 itu dan ketika itu teknologi telah menguasai dunia.
Generasi Z juga dikenali sebagai the silent generation,
iGeneration, generasi senyap dan generasi Internet.Hari ini,
generasi Z membentuk hampir 18 peratus populasi penduduk
dunia. Berikut adalah beberapa ciri klasik yang mempamerkan
generasi Z. Bagi generasi Z, teknologi komputer dan Internet
adalah sesuatu yang biasa. Semua komunikasi mereka

157 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

mengambil tempat di Internet dan mereka menunjukkan
kemahiran komunikasi lisan yang sangat sedikit.

Kebanyakan kehidupan mereka dihabiskan dengan
melayari laman sesawang. Mereka terbiasa dengan tindakan
segera dan kepuasan melalui teknologi Internet. Mereka
tergolong dalam golongan yang sangat tidak sabar kerana
mereka mahukan hasil yang segera. Mereka tidak menganggap
Internet sebagai alat tercanggih kepada manusia kerana
Internet sudah wujud bersama-sama mereka selama ini.

Cara mereka berkomunikasi ialah melalui komuniti
dalam talian seperti Google, dan Facebook. Mereka tidak
membuat pertemuan bersemuka bersama-sama rakan-rakan
mereka dalam sesuatu perhubungan tetapi mampu untuk
membentuk satu komuniti besar dan membuat rangkaian secara
besar-besaran secara global tanpa perlu mengenali siapa pun
secara peribadi. Mereka tidak mempunyai kemahiran dalam
pengucapan awam dan menganggap privasi sebagai sesuatu
yang utama dan sangat penting. Generasi mereka menganggap
hidup bersama-sama orang lain sebagai satu pencerobohan
ruang.

Generasi Z berada dalam dunia maya dan mereka boleh
berhubung dan sampai ke mana- mana tempat hanya menerusi
Internet. Mereka agak lemah dari sudut ekspresi, komunikasi
lisan, keyakinan dan kemahiran interpersonal. Oleh yang
demikian, mereka mungkin tidak berapa baik dengan generasi
Y, yang mempunyai ciri-ciri bertentangan dengan mereka.
Mereka boleh mendapatkan segala-galanya dari tempat tinggal
dengan hanya melayari Internet tanpa perlu keluar dari rumah.
Hari ini kebanyakan generasi Z mempunyai sekurang-
kurangnya dua alat seperti telefon bimbit atau Ipod dan mereka
tidak boleh hidup tanpa gajet tersebut.

Mereka amat individualistik dalam perwatakan mereka,
memiliki persona tersendiri serta tidak mengikut norma-norma

| 158

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

sosial yang biasa. Masyarakat mereka wujud dalam
perkembangan Internet dan di situlah mereka mengemukakan
pendapat dan pandangan masing-masing.Generasi Z kurang
mempunyai kemahiran mendengar dan melayan dengan baik.
Hal ini mungkin mendatangkan masalah terhadap mereka
apabila mereka berkahwin dan memulakan insititusi
kekeluargaan. Pendidikan dan kerja memainkan peranan yang
minimum dalam kehidupan mereka dan mereka tidak melihat
pendidikan sebagai satu cara hidup.

Mereka lebih mementingkan pengetahuan tentang
teknologi. Dilahirkan semasa era digital, tentunya mereka lebih
dapat menyesuaikan diri dengan teknologi berbanding generasi
lain. Oleh sebab itu, dari aspek sahsiah dan moral mereka
sangat rendah disebabkan oleh teknologi yang mendorong
kepada kurangnya sifat sahsiah terpuji dalam diri mereka.
Maka di sinilah cabaran untuk membentuk sahsiah kepada
generasi Z kerana pelbagai masalah yang dilakukan oleh
generasi mereka pada hari ini.

C. Pengurusan Murid: Cabaran
Dalam menguruskan murid generasi Z ini terdapat

pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi disebabkan oleh
kurangnya sahsiah terpuji dalam diri mereka. Pelbagai gejala
negatif yang melibatkan murid pada zaman ini yang semakin
bertambah seiring dengan kemajuan teknologi yang tercipta
sehingga menghakis nilai murni dalam diri dan pembentukan
modal insan tidak dapat diterapkan. Media massa sama ada
media cetak dan media elektronik sering memaparkan gejala
negatif yang sering dilakukan oleh golonga

remaja terutamanya murid sekolah ini. Beberapa gejala
yang yang tidak baik telah diberikan tumpuan dan perhatian
kerana menunjukkan peningkatan kes setiap tahun. Antara
gejala negatif yang dilakukan oleh murid ialah buli siber, buli

159 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

secara kekerasan fizikal, menghisap rokok atau vape dan

pelbagai lagi kes lain. Oleh sebab ledakan teknologi maklumat,

cabaran yang paling banyak diulas adalah berkaitan dengan

buli iaitu buli siber dan buli fizikal. Manakala cabaran yang lain

melibatkan murid sekolah berkaitan dengan gejala negatif lain

akan turut dinyatakan secara ringkas kerana turut memberi

kesan bagi aspek pengurusan sahsiah murid.

Cabaran dalam pengurusan murid hari ini yang paling

ketara adalah melibatkan buli siber. Kewujudan Internet dan

kepesatan perkembangan teknologi sebenarnya

telahmendatangkan kesan yang mendalam terhadap

masyarakat dan mengubah kehidupan peribadi dan sosial

dunia. Adalah sukar untuk membayangkan kehidupan kini

tanpa teknologi seperti komputer, telefon bimbit dan peralatan

digital lain. Sesiapa sahaja boleh meneroka ke seluruh pelosok

dunia dan mengakses segala maklumat yang dikehendaki

dengan hanya berada di hadapan sebuah komputer.

Internet boleh dikatakan sebagai rangkaian komputer

antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di

seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan dapat

mencapai maklumat di pangkalan data dari seluruh dunia.

Melalui Internet pengguna dapat berhubung dan mengenali

antara satu sama lain melalui media sosial seperti Facebook,

Twitter, Myspace dan lain-lain media sosial. Dalam ledakan

teknologi ini Internet dan telefon mudah alih merupakan

maklumat teknologi baru yang dapat menyediakan beberapa

manfaat seperti komunikasi yang lebih baik, memberi

pendedahan informasi individu (self-discloser) yang lebih

mendalam dan dapat mewujudkan hubungan sosial antara

individu dan masyarakat luar.

Murid generasi Z sangat khayal dengan dunia

teknologi tanpa sempadan ini sehingga melupakan

kepentingan sahsiah dalam diri mereka. Konsep persahabatan

| 160

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

telah berubah dari dunia nyata kepada hubungan alam siber di
mana mereka tidak pasti sebenarnya berapa ramai rakan dalam
talian yang sebenarnya merupakan rakan di dunia nyata. Murid
sekolah mudah untuk merasa seronok dengan revolusi
teknologi hari ini. Walau bagaimanapun, seseorang murid juga
mudah menjadi paranoid akibat ancaman perhubungan di alam
siber. Meskipun secara umumnya, setiap murid hanya akan
berkongsi sesuatu sama ada kata-kata, foto dan video yang
dijangka bakal memenuhi kehendak pengikut alam maya,
namun dari sudut lain, kelihatan media sosial juga digunakan
untuk berkongsi segala-galanya termasuk perasaan, pemikiran,
perbuatan dan sebagainya.

Buli siber didefinisikan sebagai penggunaan
komunikasi berasaskan teknologi termasuk telefon selular, e-
mel, mesej segera dan jaringan sosial yang bertujuan untuk
menimbulkan gangguan atau ugutan terhadap individu melalui
mesej atau ekspresi secara dalam talian. Buli siber merupakan
isu universal yang memberi impak khususnya dalam kalangan
remaja yang perlu diberi perhatian.Buli siber termasuk
menggunakan ayat yang mengkeji, mengancam,klik gambar
tanpa kebenaran melalui telefon mudah alih, penyiaran gambar
tanpa kebenaran, memeras ugut melalui laman perbualan
(chatting), dan penyiaran gambar lucah atau maklumat
peribadi di Internet yang disebarkan.

Buli siber juga merupakan kepada tingkah laku orang
yang dasarnya dengan niat untuk merosakkan individu lain dari
segi psikologi dengan menggunakan alat-alat elektronik dan
penggunaan teknologi maklumat untuk komunikasi seperti
emel, telefon bimbit serta laman web peribadi yang mana ia
digunakan untuk menyebarkan fitnah secara berulang-ulang.
Buli siber juga satu bentuk gangguan berteknologi tinggi yang
melibatkan generasi kita pada hari ini iaitu generasi Z.

161 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Buli siber telah dikenal pasti sebagai satu ancaman baru
yang memberi kesan kepada kesejahteraan psikologikal kanak-
kanak dan remaja seluruh dunia. Golongan tersebut mudah
terlibat dengan gejala buli siber kerana pada usia yang masih
muda, mereka mungkin melakukan sesuatu tanpa mengambil
kira akibat daripada tingkah laku mereka. Ketagihan Internet
oleh kemajuan teknologi merupakan sebab-sebab yang paling
penting bagi penyebaran buli siber khususnya murid sekolah
yang kurang mempunyai interaksi dan komunikasi sosial.

Secara umumnya, pelaku yang tidak dikenali di ruang
siber menghantar kandungan mesej yang bertujuan melukakan
atau bertujuan menghina dan boleh menjatuhkan
maruahmangsa. Pelaku juga merasa bebas untuk
memperkatakan apa sahaja perkataan yang tidak boleh
diterima dalam interaksi interpersonal biasa. Selain itu juga,
jika dibandingkan dengan buli secara bersemuka di sekolah,
risiko diperhatikan oleh guru dan pelajar lain adalah tinggi
namun risiko ini tidak wujud di ruang siber.

Media elektronik menyediakan persekitaran di mana
berlakunya penyalahgunaan teknologi oleh individu tidak
dikenali untuk membuli orang lain di mana sahaja dan pada
bila-bila masa. Oleh sebab itu, ramai murid sekolah terjebak
dengan buli siber kerana orang ramai tidak akan mengetahui
bahawa mereka membuli secara diam menggunakan alam
maya ini. Hal ini merupakan masalah yang sangat serius dan
membimbangkan kerana menunjukkan bahawa sahsiah
golongan muda hari ini iaitu murid sekolah berada pada tahap
yang rendah.

Smith, Barrio & Tokunaga (2012) merumuskan buli
siber merujuk kepada tingkah laku membahayakan yang
ditujukan kepada seseorang dengan menggunakan teknologi
komputer atau telefon. Beliau menjelaskan terdapat tujuh
perkara yang membezakan buli siber dengan buli tradisional.

| 162

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Antara perbezaan yang ketara ialah buli siber bergantung
kepada kepakaran teknologi tetapi buli tradisional tidak perlu
menggunakan sebarang aplikasi yang berteknologi tinggi. Buli
siber juga berlaku secara tidak langsung berbanding secara
bersemuka yang berbeza dengan buli tradisional yang
memerlukan bersemuka. Apabila melibatkan buli siber juga
pelaku tidak melihat reaksi mangsa dan berbeza dengan buli
secara tradisional kerana pelaku melihat reaksi mangsa secara
berhadapan.

Seterusnya, apabila berlakunya buli siber akan wujud
kepelbagaian peranan saksi lebih kompleks, sama ada saksi
bersama dengan pelaku ketika dihantar atau bersama
dengan mangsa ketika mesej diterima. Motif buli tradisional
ialah untuk memperoleh status yang ditunjukkan melalui kuasa
terhadap orang lain tetapi tidak dalam buli siber. Buli siber
memiliki audiens yang lebih ramai. Adalah sukar untuk mangsa
melepaskan diri daripada buli siber kerana mesej mungkin
dihantar terus kepada telefon bimbit atau komputer di mana
sahaja mangsa berada.

Secara umumnya, perbezaan antara buli secara
tradisional dan buli siber ialah buli siber tiada sempadan fizikal.
Buli yang berlaku di alam siber ini begitu mudah dilakukan
tanpa diketahui siapa pelakunya. Tempoh penyebarannya
kepada khalayak juga boleh berlaku dalam masa yang singkat
serta begitu pantas serta tidak mampu dihapuskan dengan
begitu mudah. Lebih membimbangkan lagi ialah boleh
meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada mangsa
terutamanya golongan remaja iaitu murid-murid. Oleh sebab
itu, jelaslah bahawa menunjukkan buli siber merupakan
antara bentuk gangguan yang paling kerap berlaku
khususnya dalam kalangan remaja. Buli siber kini sudah berada
pada tahap skala global di mana insiden ini berlaku di

163 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kebanyakan negara di dunia dan tidak hanya melibatkan negara
Malaysia.

Terdapat beberapa ciri yang menunjukkan berlakunya
buli siber dalam kalangan remaja terutamanya murid sekolah.
Buli siber boleh terjadi dalam dua bentuk iaitu secara langsung
atau tidak langsung.Buli siber secara langsung berlaku apabila
seseorang menghantar pesanan mesej terus kepada mangsa
manakala buli siber secara tidak langsung pula berlaku apabila
seseorang itu menggunakan seseorang untuk membuli orang
lain di alam maya. Buli siber adalah suatu perbuatan ancaman
kepada individu yang dilakukan oleh seseorang sama ada secara
individu atau berkumpulan yang melibatkan penggunaan ICT
seperti e-mel, peti simpanan mesej, telefon pintar dan
sebagainya.

Buli siber ini dilakukan secara sengaja dengan tujuan
untuk menyakiti dan mengancam orang lain.Kecanggihan
teknologi yang mesra pengguna membolehkan di bawa ke mana
sahaja menyebabkan buli siber boleh disebarkan tanpa had dan
sempadan sertadilakukan secara berulang-ulang. Antaranya
ialah menghantar mesej, gambar dan video yang memalukan
individu. Dengan kemudahan teknologi ini, pembuli siber boleh
membuli mangsanyasepanjang masa berbeza dengan buli
tradisional yang dilakukan dalam masa tertentusahaja.
Sementara itu, remaja yang menjadi mangsa buli siber mengelak
daripada memberi tahu kepada ibu bapa kerana bimbang
mereka akan disekat daripada menggunakan Internet. Buli
siber melihat bahawa mereka dibuli oleh individu yang dikenali
misalnya rakan sekelas dan rakan sepermainan.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan
berlakunya buli siber dalam kalangan pelajar yang membawa
kepada runtuhnya akhlak mereka dan sukarnya untuk
membentuk sahsiah di dalam diri mereka. Antara punca yang
menyebabkan buli siber ialah kurang perhatian daripada ibu

| 164

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

bapa. Ibu bapa tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya
kepada anak-anak sehingga memberi kebebasan sepenuhnya
kepada anak-anak untuk menggunakan alam maya tanpa
batasan. Ibu bapa harus mendengar dan mengambil tahu
mengenai kegiatan anak-anakmereka di alam maya agar anak-
anak lebih mudah bercerita kerana wujud rasa percaya
terhadap ibu bapa mereka.

Sebaliknya, anak-anak memilih untuk mengelak daripada
memberitahu ibu bapa sekiranya terlibat dengan buli siber
kerana keadaan persekitaran keluarga yang kurang cakna.
Dalam hal ini, peranan ibu bapa berpotensi dalam mencegah
remaja daripada terlibat dengan buli siber kerana remaja yang
mendapat sokongan ibu bapa kurang terlibat dengan buli siber.
Seterusnya, apabila ibu bapa memberi perhatian yang
sepenuhnya kepada anak-anak secara tidak tangsung dapat
menghalang mereka daripada terjebak dengan buli siber ini.

Perlakuan buli siber juga dikaitkan dengan kekerapan
penggunaan Internet. Dengan tercetusnya ledakan fenomena
media sosial, remaja khususnya kelihatan tidak dapat
berenggang dengan pelbagai peralatan telekomunikasi seperti
telefon pintar, komputer dan sebagainya. Terdapat juga
kecenderungan pengguna Internet yang ingin berkongsi semua
maklumat peribadi untuk tatapan umum sehingga boleh
mengancam keselamatan mereka. Semakin banyak pendedahan
terhadap media sosial, semakin tinggi kecenderungan individu
untuk menjadi mangsa dan pelaku buli siber.

Hinduja dan Patchin (2009) turut menunjukkan
kebimbangan terhadap kecenderungan orang awam khususnya
remaja untuk mendedahkan kesemua maklumat peribadi untuk
dikongsi kepada awam melalui mesej dan video sehingga
menyebabkan orang biasa kelihatan seperti artisatau bintang
ternama. Tambahan pula, mereka akan cuba menonjolkan
maklumat yang dijangka diterima dan dianggap normal

165 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

sedangkan ada kalanya ia merupakan sesuatu yang sukar untuk
dilakukan.

Golongan murid yang mempunyai akses kepadapelbagai
teknologi akan meningkatkan risiko sama ada menjadi pembuli
siber atau mangsa buli siber termasuklah peralatan teknologi
yang digunakan tanpa pemantauan ibu bapa seperti telefon
bimbit, komputer riba dan komputer peribadi yang digunakan
dalam bilik. Kekerapan menggunakan peralatan teknologi akan
mendedahkan remaja kepada tingkah laku buli. Murid yang
mempunyai kepakaran yang tinggi dalam teknologi sosial dan
kerap menggunakan Internet lebih cenderung terlibat dengan
buli siber. Kenyataan ini juga disokong oleh Kumazaki et al.
(2011) yang mendapati buli siber berlaku apabila seseorang itu
mempunyai kepakaran dalam teknologi komunikasi maklumat.

Melalui gejala buli siber ini didapati bahawa murid lelaki
lebih aktif sebagai pengguna Internet berbanding dengan murid
perempuan dan mereka lebih kerap menjadi mangsa buli
siber.Murid yang lebih banyak meluangkan masa secara atas
talian seperti mengakses Internet dalam bilik lebih kerap
terlibat dengan hiburan dalam talian dan mesej atas talian
sekali gus lebih cenderung terlibat dengan buli siber.

Terdapat pelbagai kesan yang disebabkan oleh buli siber
kepada seseorang murid yang terlibat dengan masalah ini.
Murid yang terlibat dengan buli ini akan mendapat kesan
terhadap kesejahteraan emosi dan psikologikalseperti
menimbulkan perasaan marah, kecewa, sedih dan tertekan.
Mangsa yang mempunyai tahap kemarahan yang tinggi akan
mendorong dirinya berubah menjadi lebih mementingkan diri,
mengancam dan mula menyebar khabar angin yang jahat. Hal
Ini menunjukkan bahawa buli siber sangat memberi kesan yang
negatif terhadap pelajardengan niat dan objektif untuk
menghasut orang lain untuk memudaratkan mangsa.Buli siber
sangat memberi kesan kepada keseluruhan emosi mangsa buli

| 166

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

yang merangkumi perasaan, selera makan, tahap tenaga, tidur
serta mempengaruhi prestasi akademik mangsa. Prestasi
akademik murid yang menjadi mangsa buli siber akan jatuh
dan menjejaskan keseluruhan moral yang ada di dalam diri
murid tersebut.

Seterusnya, buli siber memberi kesan negatif kepada
emosi mangsa hingga mengakibatkan mangsa mengalami
kesedihan, kemurungan, ketakutan dan ketidakupayaan dalam
menangani jenayah buli siber. Jika masalah ini tidak diberi
perhatian dan diatasi dengan sebaiknya ia berkemungkinan
akan menyebabkan mangsa mengambil tindakan yang tidak
sewajarnya seperti membunuh diri. Masalah seperti buli siber
inilah yang menjadi cabaran besar dalam pengurusan sahsiah
murid bagi generasi Z kerana jiwa mereka sangat kosong dan
mudah dipengaruhi dengan anasir-anasir yang negatif sehingga
membawa kepada kesan yang sangat teruk dalam diri
seseorang murid.

Oleh itu, jelaslah bahawa kemajuan teknologi hari ini
memberi kesan yang buruk kepada seseorang murid sekiranya
mereka tidak memikirkan sesuatu itu baik atau buruk. Secara
tidak langsung akan membawa kepada keruntuhan sahsiah
seseorang murid. Sebab itulah semua pihak seharusnya
memainkan peranan dalam mengawal sahsiah murid generasi
ini dengan sebaik mungkin tanpa dipengaruhi oleh kemajuan
teknologi.

Cabaran yang seterusnya dalam pengurusan murid ini
juga melibatkan buli. Namun buli yang akan dinyatakan adalah
buli yang melibatkan kecederaan fizikal. Masalah buli pada
masa ini tidak hanya melibatkan murid pada peringkat sekolah
menengah tetapi turut melibatkan murid di sekolah rendah.
Paparan di media massa sentiasa memaparkan berita berkaitan
buli dalam kalangan murid ini. Buli menjadi cabaran yang besar
pada generasi Z kerana mereka mudah terpengaruh dan

167 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

terikut-ikut dengan aksi dan tingkah laku ganas yang ditonton
oleh mereka melalui media elektronik seperti televisyen dan
melalui Youtube.

Paparan aksi ganas ini akan mudah diikut oleh golongan
murid sekolah kerana mereka masih mencari identiti diri
mereka. Sekiranya sahsiah mereka rendah maka mereka akan
terlibat dengan masalah buli ini. Pengaruh media sosial tanpa
batasan dan had menyebabkan segala perbuatan dan aksi ganas
tanpa tapisan dapat ditonton oleh murid-murid. Mereka akan
meniru aksi yang dipaparkan dan ditonton dan
mengaplikasikan dalam dunia realiti mereka. Sebab itulah
masalah buli dalam kalangan murid sekolah semakin
meningkat.

Buli dapat didefinisikan kepada apabila seseorang murid
yang lemah itu terdedah kepada tindakan yang negatif secara
berulangkali oleh seorang murid atau kumpulan yang lebih
dominan. Kebiasaannya tindakan negatif ini berlaku secara
langsung atau tidak langsung dengan tujuan menimbulkan
tekanan atau menyakitkan mangsa.telah mendefinisikan tingkah
laku buli itu sebagai sejenis tingkah laku yang agresif.

Tingkah laku ini dilakukan dengan niat dan secara
berulangkali dengan tujuan mencederakan atau menimbulkan
suasana yang tidak selesa kepada mangsa buli. Murid yang
membuli ini akan berasa seronok dan gembira apabila melihat
mangsa buli dalam keadaan ketakutan dan tertekan. Keadaan ini
akan menyebabkan pembuli semakin bertindak agresif kepada
mangsa buli dan melakukan perkara yang diinginkan tanpa
memikirkan kesan terhadap mangsa.

Buli boleh berlaku dalam bentuk sentuhan fizikal, verbal
atau beberapa jenis yang lain. Tingkah laku buli sebagai
perbuatan menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau
psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap
seseorang yang tidak berkuasa. Buli pada asasnya adalah

| 168

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

penyalahgunaan kuasa. Secara ringkasnya buli adalah tindakan
psikologikal atas fizikal yang berulang-ulang terhadap individu
yang lemah oleh individu atau kumpulan yang lebih kuat atau
berkuasa.

Buli merupakan kehendak atau keinginan untuk
mencederakanseseorang dan meletakkan mangsa tersebut
dalam situasi yang tertekan. Buli berlaku kepada individu yang
tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dalam situasi
yang sebenar.Buli juga merupakan tingkah laku yang dilakukan
secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara fizikal
serta psikologi penerimanya. Tingkah laku buli termasuklah
tindakan-tindakan yang bersifat mengejek,mempersendakan,
menghina, mengancam, memukul, mencuri dan serangan-
serangan langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih
terhadap mangsa. Perlakuan buli adalah tingkah laku agresif
yang dikategorikan sebagai ketidakimbangan kuasa antara
pembuli dengan mangsa.

Perlakuan buli juga menggabungka tingkah laku yang
luas seperti panggilan nama yang bersifat menghina, peras
ugut, perlakuan ganas, fitnah, penyisihan daripada
kumpulan, merosakkan harta benda orang lain dan ancaman
verbal. Perlakuan buli telah dikenal pasti sebagai salah satu
saluran dalam rantaian perlakuan ganas dari zaman kanak-
kanak kepada alam kedewasaan. Daripada ulasan-ulasan tadi,
dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkah laku
keganasan dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang
dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu ke atas
individu lain yang tidak berupaya untuk mempertahankan
dirinya dengan niat untuk menyakiti, mengancam, menakutkan
atau meletakkannya dalam keadaan yang tertekan secara
sengaja.

Tingkah laku buli boleh diklasifikasikan kepada dua
kategori iaitu bentuk fizikaldan juga verbal serta psikologi.

169 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Perlakuan ini boleh berlaku secara langsung ataupuntidak
langsung. Tingkah laku buli dalam bentuk fizikal adalah
perbuatan yangmelibatkan pukul-memukul atau sepak terajang.
Buli ini juga boleh melibatkanpenggunaan senjata, ugutan serta
ancaman. Buli bentuk verbal dan psikologi pula lebih kepada
ejek-mengejek misalnya jika nama murid atau nama bapa
murid agak unik dan tidak biasa didengari maka itu akan
dijadikan bahan ejekan murid senior yang membuli. Murid yang
mempunyai paras rupa tidak menarikatau berkulit gelap juga
kerap menjadi mangsa buli di sekolah.

Sungguhpun kes buli secara verbal danpsikologi ini
kurang mendapat perhatian media, buli seperti inilah
sebenarnya lebih serius berlaku disekolah berbanding kes buli
secara fizikal. Walaupun perbuatan seperti ejek- mengejekitu
pada pandangan orang dewasa merupakan perkara biasa dalam
kalangan kanak-kanak atau remaja tetapi masalah ini boleh
menjerumus kepada akibat yang lebih buruk iaitupergaduhan
yang melibatkan aksi memukul.

Ciri-ciri pembuli dalam kalangan murid dapat dilihat
dalam pelbagai cara. Pembuli ialah murid- murid yang suka
memulakan pergaduhan dan mengejek murid-murid lain.
Terdapatnya dua jenis pembuli iaitu pembuli agresif dan
pembuli pasif. Pembuli yang agresif dilihat sebagai individu
yang suka bergaduh, garang, suka memaksa, memiliki tahap
keyakinan yang tinggi, berfizikal tegap dan pendesak. Jenis
pembuli ini datang daripada individu yang mempunyai sikap
toleransi yang rendah akibat beberapa kegagalan yang pernah
dialami serta mempunyai kecenderungan ke arah keganasan
berbanding murid yang lain.

Sikap pembuli terhadap tingkah laku agresif adalah
positif. Hal ini bermaksud mereka seronok melihat orang lain
sengsara. Mereka juga kurang empati dan percaya mangsa
memang patut dibuli. Sebaliknya sikap mereka terhadap

| 170

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

sekolah adalah negatif. Walaupun kebanyakan pembuli tidak
suka bersekolah, namun prestasi akademik mereka tidak
semestinya rendah berbanding murid lain.

Selain itu, murid yang membuli mempunyai lebih
kecenderungan untuk merokok, meniru dalam ujian, membawa
senjata ke sekolah dan berada di rumah tanpa kawalan ibu bapa
atau orang dewasa lain lebih dari dua jam selepas sekolah.
Pembuli juga tidak mengakui bahawa mangsa mereka lebih
lemah daripada mereka dan mereka percaya bahawa mereka
bertindak demikian kerana mangsa yang memulakannya
dahulu. Murid lelaki yang membuli dilihat mempunyai bentuk
fizikal yang lebih besar dan kuat berbanding dengan murid lelaki
yang lain.

Secara umumnya, murid lelaki yang membuli dilihat
sangat kuat dan agresif tetapi sebenarnya mereka juga tidak
merasakan keselamatan diri mereka terjamin. Pembuli
dikatakan tidak suka mengikut peraturan iaitu peraturan
sekolah atau mengaku bahawa tingkah laku mereka adalah
salah. Mereka berkemungkinan lebih popular, lebih besar dan
kuat daripada rakan sebaya dan seronok menguasai orang lain.

Selain itu, murid yang membuli ialah murid popular iaitu
mereka selalu disokong dan mempunyai hubungan baik
dengan kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga rakan
sebaya. Kebiasaannya murid yang tidak popular merupakan
mangsa buli mereka. Pembuli perlu untuk mempunyai kuasa
untuk mendominasi dan mereka berasa seronok dengan kuasa
yang dimiliki serta meletakkan orang lain sebagai orang
bawahan.

Oleh sebab faktor kemiskinan keluarganya, pembuli
jenis ini dilihat mempamerkan sikap permusuhan terhadap
persekitarannya serta dilihat seronok membuat orang lain
menderita. Kerapkali juga pembuli mengugut mangsa supaya
menyediakan wang atau barang lain yang mempunyai nilai.

171 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Ciri- ciri inilah yang sentiasa ada dalam diri murid yang suka
membuli murid lain di sekolah dan sangat sukar untuk
membentuk sahsiah dalam diri mereka kerana jiwa mereka
ialah jiwa seorang pembuli.

Mangsa buli juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Lebih ramai murid lelaki yang berfizikal kecil dilaporkan sering
menjadi mangsa buli dan insiden atau kejadian seperti ini
bermula dari sekolah rendah atau menengah rendah. Didapati
juga seramai satu daripada empat orang murid lelaki yang
rendah akan menjadi mangsa buli kepada sama ada pembuli
lelaki atau perempuan. Selain itu, mangsa buli lazimnya tidak
mempunyai ramai kawan.

Perbandingan mengikut jantina mendapati bahawa
murid lelaki mempunyai dua kali lebih berkemungkinan untuk
menjadi mangsa buli berbanding murid perempuan. Dari segi
umur, mangsa kebiasaannya adalah lebih muda. Murid sekolah
rendah dari darjah dua hingga darjah enam pernah dibuli dan
murid yang paling muda adalah paling berisiko untuk dibuli.
Mangsa mempunyai kecenderungan untuk dibuli dalam satu
jangka masa tertentu. Murid yang menjadi mangsa pada usia 13
tahun masih menjadi mangsa pada usia 16 tahun.

Mangsa akan dibuli buat beberapa bulan hingga
setengah tahun.Mangsa buli biasanya didapati sukar untuk
mempertahankan diri, sentiasa berasa cemas dan tidak selamat
berbanding dengan murid lain.Bagi mangsa yang lebih muda
biasanya mereka akan menangis sebagai tindakan apabila dibuli
manakala bagi mangsa yang lebih tua, mereka akan menarik diri
apabila dibuli. Kerapkali didapati bahawa mangsa buli
mengalami masalah rendah diri dan melihat diri sendiri secara
negatif.

Selain itu, biasanya mangsa buli tidak mempunyai rakan
yang baik di dalam kelas. Murid yang memiliki keadaan fizikal
yang kurang akan cenderung untuk dibuli berbanding untuk

| 172

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

menjadi pembuli, terutamanya ketika mereka dalam usia yang
masih muda. Apabila mereka bertambah dewasa, kekurangan
dari segi bentuk fizikal ini akan menjadi sebab untuk menjadi
mangsa buli. Karektor mangsa buli ini memainkan peranan
yang penting untuk mereka menjadi mangsa buli kepada murid
lain.

Apabila seseorang murid dibuli akan memberikan kesan
yang mendalam dalam diri mereka. Kesan yang akan diperoleh
ialah kesan jangka masa pendek dan kesan jangka masa panjang.
Kesan jangka pendek yang dialami mangsa buli dapat dilihat
dari segi kesan psikologikal, fizikal, sosial dan pembelajaran.
Mangsa buli merasa rendah diri, malu sedih, disebabkan
diejekan sehingga mereka merasa tidak yakin diri, mudah rasa
tersinggung (sensitif), murung, takut atau tidak suka ke sekolah.

Oleh sebab buli selalunya berlaku di sekolah atau dalam
perjalanan ke sekolah, mangsa enggan atau takut untuk ke
sekolah sehingga terbentuk simptom psikosomatik seperti
pening kepala atau sakit perut di waktu pagi. Terdapat juga
kesan fizikal dilihat dalam jangka masa pendek kepada mangsa
buli. Kesan ini menyebabkan pelbagai kesukaran dihadapi oleh
mangsa buli. Mangsa-mangsa buli juga menujukkan simptom-
simptom ke arah permasalahan keresahan dan juga
kemurungan.

Kesan dalam aspek pembelajaran pula mendapati
bahawa mangsa-mangsa yang telah dibuli sering berasa takut
dan bimbang setiap kali berada di sekolah. Hal ini menyukarkan
mereka untuk melibatkan diri secara aktif di dalam proses
pembelajaran. Disebabkan takut yang amat sangat, mangsa buli
akan ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dibuli.
Kesan akibat kejadian buli kepada murid dan sekolah, antaranya
ialah hubungan murid dengan murid dan pihak sekolah akan
terjejas dan tahap ketidakhadiran murid yang dibuli akan
meningkat. Murid yang dibuli juga tidak dapat memfokuskan

173 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

diri terhadap pelajaran di sekolah. Mereka yang kerap dibuli
tidak mencapai kecemerlangan dalam pendidikan jika
dibanding dengan murid-murid yang sebaya dengan mereka.
Mereka yang menjadi mangsa buli tidak menunjukkan
pencapaian akademik yang baik dan dalam masa yang sama tidak
mahu terlibat dengan pembincangan dan latihan didalam kelas.

Antara kesan atau masalah jangka masa panjang buli
kepada mangsa boleh dilihat dari segi psikologi, fizikal,
pembelajaran, kesan kerjaya dan kemasyarakatan. Mangsa
sering merasakan bahawa diri mereka merupakan punca
kepada situasi buli yang dihadapi oleh dirinyai. Anggapan ini
memberi impak kepada harga diri mereka dan seterusnya
menyebabkan mereka mengalami tekanan dalam hidup.
Sekiranya mereka tidak dapat menguruskan punca tekanan
mental ini secara berkesan, pastilah kesejahteraan mental
mereka tidak akan bertambah baik.

Buli bukan sahaja memberi kesan yang mendalam kepada
mangsa, malah kesan juga dapat dirasai oleh mereka yang
menyaksikan tingkah laku buli ini. Mangsa buli akan menjadi
seorang dewasa yang terlalu emosi sehingga menjejaskan
hubungan dengan orang lain dan keluarga. Kesan jangka
panjang secara fizikal terutamanya tahap kesihatan mangsa buli
menunjukkan kesan yang ketara. Mangsa dilaporkan dan dilihat
mengalami masalah kesihatan seperti mengalami kesakitan
badan, menghadapi masalah pening kepala dan sakit kepala dan
juga masalah lambat pulih dari kesakitan. Mangsa buli juga
menunjukkan beberapa simptom masalah lain yang
menyumbang kepada masalah fizikal jangka masa panjang
seperti masalah kemurungan.

Kesan buli terhadap prestasi pembelajaran dan serta
kemahiran sosial di sekolah juga dapat dilihat. Antara masalah
yang dapat dikenal pasti ialah mangsa buli ialah tidak suka
menghadiri sekolah, mempunyai masalah perhubungan dengan

| 174

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

rakan-rakan dan pihak sekolah serta mengalami masalah yang
melibatkan kesihatan jangka masa panjang. Mereka juga
menghadapi masalah konsentrasi dalam pelajaran serta dalam
menguasai kemahiran yang diajar di sekolah. Mangsa juga
menghadapi kesan-kesan yang lain seperti tidak pergi ke
sekolah berpanjangan atau mengelakkan diri dari menghadiri
aktiviti sekolah.

Kesan buli kepada mangsa buli pada jangka masa yang
panjang dapat dilihat apabila mereka mereka capai usia dewasa,
selalunya mereka mempunyai tahap pendidikan yang rendah,
tidak pandai menguruskan kewangan dan mendapat
pendapatan yang kurang berbanding rakan-rakan sebaya
mereka. Murid cenderung untuk berasa tidak selamat iaitu
menyebabkan mereka tidak suka pergi ke sekolah dan mangsa
buli turut merasakan pihak sekolah dan guru tidak dapat
mengawal dan tidak mengambil berat tentang nasib mereka.
Hal ini telah menambahkan bilangan mereka yang tidak hadir
ke sekolah atau ponteng.

Mangsa buli juga menghadapi masalah sosial seperti
masalah seperti mengekalkan hubungan persahabatan dan
bilangan rakan-rakan yang diri mereka ada. Hal ini mungkin
disebabkan kesan jangka masa panjang mangsa tersebut yang
sukar untuk mempercayai orang dan masalah dari segi
keyakinan diri yang sudah rendah. Personaliti mangsa buli tidak
pandai dalam bersosial, kurang dapat menjalin hubungan,
mengelak menyahut cabaran baru dalam persekitaran baru,
masalah harga kendiri, menyumbang kepada masalah dalam
pemilihan pekerjaan dan juga penyesuaian diri dalam dunia
pekerjaan.

Kesukaran untuk menyesuaikan diri ini juga boleh
menyebabkan seseorang yang pernah menjadi mangsa buli,
mungkin juga boleh dibuli dan menjadi mangsa lagi pada masa
hadapan. Oleh itu, jelaslah bahawa masalah buli ini semakin

175 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

meruncing dalam kalangan generasi Z pada hari ini. Sebab
utama kerana mereka banyak menonton aksi-aksi ganas yang
dipaparkan dan ditonton di televisyen atau menggunakan
Internet untuk menonton video ganas. Seterusnya, murid-murid
meniru aksi yang dilakukan dan mengaplikasikan dalam
kehidupan mereka di sekolah sehingga menyebabkan
berlakunya buli di sekolah. Hal ini menyebabkan pengurusan
sahsiah dalam membentuk modal insan yang seimbang tidak
dapat dilaksanakan dengan jayanya disebabkan cabaran seperti
ini.

Cabaran seterusnya dalam pengurusan sahsiah murid
generasi Z ialah mereka lebih suka akan hiburan dan
menjadikan artis sebagai idola kehidupan mereka berbanding
menjadikan orang yang berilmu sebagai idola. Seperti yang kita
ketahui generasi Z terdedah dengan kemajuan teknologi dan
menyebabkan mereka asyik dengan keseronokan semata-mata.
Lambakan program realiti yang berunsurkan hiburan seperti
Mentor, Akademi Fantasia, One In Million juga mempengaruhi
kehidupan sosial remaja iaitu murid sekolah masa ini secara
tidak langsung. Hal ini kerana program-program seperti ini
tidak memberi impak yang positif terhadap perkembangan
murid itu sendiri.

Para remaja yang masih bersekolah menjadikan peserta-
peserta di dalam program tersebut sebagai idola dan ikutan
dari segala aspek. Kebanyakan peserta program tersebut tidak
menunjukkan ciri-ciri yang baik untuk dijadikan model ikutan
para remaja. Jika dilihat dari segi pembangunan sosial juga
program-program seperti tidak dapat membantu negara untuk
melahirkan remaja atau murid yang berwawasan serta
bermodal insan malah sebaliknya yang berlaku. Program
seperti ini hanya mementingkan populariti dan keuntungan
semata-mata. Pembentukan sahsiah terpuji juga tidak

| 176

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

ditunjukkan dalam program realiti yang berteraskan hiburan
seperti ini.

Tidak dinafikan sebahagian muzik yang ada pada zaman
sekarang dapat memberi manfaat kepada manusia, tetapi
malangnya para remaja tidak dapat membezakan muzik yang
elok atau tidak didengari. Rentetan dari itu, mereka terikut-ikut
dengan gaya muzik yang didengari sama ada dari segi
perlakuan, pemakaian, penampilan dan sebagainya. Lebih
menyedihkan lagi remaja menjadikan sesorang penyanyi
sebagai idola mereka. Malaysia telah mengalami fenomena
perubahan dari segi teknologi maklumat dari semasa ke
semasa.

Segala perkembangan yang berlaku terutamanya di
negara-negara maju di Barat akan tersebar begitu cepat di
seluruh dunia. Pengaruh Barat ini dapat dilihat semakin
menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya
golongan muda mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran
muzik dan budaya Barat seperti Black Metal, Skinhead dan
punk.Walaupun terdapat aliran muzik yang baik untuk
didengari seperti muzik yang bertemakan nasihat, nasyid dan
muzik yang beunsurkan nasihat, malangnya kebanyakan remaja
lebih terarah untuk memilih muzik yang tidak mendatangkan
faedah dan hanya merosakkan akhlak.

Keadaan ini jelas dapat dilihat apabila setiap kali konsert
yang melibatkan artis-artis luar negara, tiket-tiket pastinya
habis dijual ibarat goreng pisang panas. Jika dilihat lebih teliti
lagi, mereka yang berpusu-pusu memenuhi konsert ini terdiri
daripada golongan remaja dan masih bersekolah. Berbanding
dengan ceramah agama atau konsert nasyid, golongan remaja
yang hadir hanya segelintir dan selebihnya adalah golongan
orang dewasa dan orang tua. Apabila terdapat konsert- konsert
seperti ini, maka sudah tentu berlaku percampuran antara lelaki
dan perempuan yang tidak terbatas. Perkara seperti ini

177 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

sememangnya menjadi kesukaan kepada remaja yang selari
dengan sifat inginkan kebebasan dalam pergaulan. Semua
remaja melalui suatu proses apabila dia menyedari dirinya
tergolong sebagai insan yang berfikir serta bertindak
mengikut fitrah jantinanya.

Tahap ini lebih jelas apabila sifat lelaki dan wanita
mereka mula menyerlah daripada segi mental dan fizikal. Oleh
itu, pengaruh hiburan memberikan impak yang besar kepada
murid-murid sekolah kerana mereka menjadikan artis sebagai
idola mereka dan terikut-ikut dengan perkara negatif yang
dilakukan oleh artis mereka itu. Sebab itulah pembentukan
sahsiah dalam kalangan murid sekolah ini sukar untuk dibentuk
kerana jiwa mereka lebih menyukai perkara yang negatif
berbanding dengan perkara positif.

Cabaran pengurusan sahsiah murid yang seterusnya
ialah berkaitan dengan masalah vandalisme yang diakukan oleh
murid sekolah. Masalah ini juga sering menjadi masalah utama
yang melibatkan murid-murid sekolah. Murid-murid bagi
generasi Z ini turut mudah terpengaruh untuk melakukan
kerosakan kerana melihat pengaruh remaja Barat menerusi
tontonan di media sosial. Kesannya, murid yang rendah
sahsiahnya akan meniru perkara yang dilakukan oleh remaja
negara Barat dan merosakkan apa sahaja yang berada di sekitar
mereka.Vandalisme merujuk kepada perbuatan membinasakan
atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.
Vandalisme juga dikenali sebagai pugut atau pemugut serta
salah laku musnah.

Berdasarkan pengertian ini vandalisme boleh
diringkaskan sebagai perbuatan membuat perubahan di
sebarang tempat seperti dinding untuk melukis, menandai,
menyembur cat, menampal, merosak, dan mengotorkan harta
benda awam tanpa kebenaran bahkan boleh menyebabkan
kerugian pihak berkuasa awam. Ciri orang yang melakukan

| 178

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

vandalisme ialah ciri remaja yang mempunyai minda yang
rendah dan remaja yang mementingkan diri sendiri. Gambaran
minda pelaku vandalisme yang rendah sehingga tidak dapat
memikirkan implikasi buruk pada masyarakat. Hal ini tidak
seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan insan yang mempunyai intelek yang baik.

Kebanyakan remaja yang terlibat ini ialah golongan
remaja yang memiliki akal yang cetek. Oleh sebab itu, mereka
tidak dapat berfikir dengan baik tentang baik buruk kelakuan
mereka. Kenyataan ini disokong dengan Yahaya (2006) yang
menyatakan bahawa salah satu ciri remaja yang melakukan
gejala ini adalah kerana sifat mereka mementingkan diri sendiri
tanpa melihat hak orang lain dalam menggunakan kemudahan
yang disediakan. Vandalisme mempunyai ciri khianat dan
bersifat jenayah. Vandalisme juga dilakukan oleh murid yang
tidak ada kesedaran, murid yang tidak memiliki rasa malu dan
merasa tidak berdosa serta murid yang tidak memiliki rasa
bertanggungjawab.

Murid yang masih bersekolah ini suka menconteng atau
dipanggil grafiti menjadikan sebarang dinding, binaan konkrit,
belakang pintu tandas, dan harta awam yang lain sebagai tempat
mereka melakukan gejala vandalisme ini. Mereka juga
melakukan vandalisme secara berkumpulan lebih banyak
daripada melakukan secara individu.Kesannya, murid-murid
yang melakukan vandalisme ini berasa sangat bangga dengan
hasil contengan mereka tanpa melihat implikasi terhadap harta
benda tersebut.

Sebab dan tujuan vandalisme juga disebabkan oleh sikap
buruk murid seperti sifat seronok untuk merosakkan,ego,
melepaskan geram, memaki orang yang dibenci, dan merasa
hebat. Sifat seronok dan merasa hebat untuk merosakkan
merupakan sifat buruk tertinggi seperti yang dilaporkan oleh
akbar. Sasaran kegiatan vandalisme dalam kalangan murid

179 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

ialah di taman perumahan, kemudahan di Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA), peralatan kemudahan elektrik dan
kemudahan telekomunikasi, peralatan sekolah, kemudahan
pengangkutan, serta kemudahan stadium. Taman perumahan
merupakan sasaran tertinggi kegiatan vandalisme dalam
kalangan murid. Kemudahan yang selalu menjadi mangsa di
taman perumahan dengan yang tertinggi adalah peralatan
permainan di taman.

Hal ini menunjukkan menunjukkan bahawa di taman
perumahan, kegiatan vandalisme banyak berlaku di taman
kanak-kanak dengan kegiatan menconteng dinding dan papan
tanda, tandas awam, tong sampah, serta merosak dan mencuri
penutup longkang yang dipasang di taman permainan.
Peralatan sekolah juga merupakan kemudahan yang menjadi
sasaran vandalisme dalam kalangan murid. Peralatan yang
biasanya menjadi sasaran murid di sekolah ialah bangunan
sekolah itu sendiri, kerusi meja, pagar sekolah, tandas dan alat
flush dalam tandas.

Terdapat pelbagai kesan akibat kegiatan vandalisme
yang dilakukan oleh golongan remaja yang masih bersekolah
ini. Kesan kewangan merupakan kesan terbesar gejala
vandalisme kerana melibatkan kerugian dalam
penyelenggaraan, duit yang sedia ada tidak dapat digunakan
untuk membina kemudahan lain dan menjadi beban kepada
pembayar cukai. Sebagai contoh pihak berkuasa terpaksa
menggunakan duit pembayar cukai membuat penyelenggaraan
bagi kemudahan awam yang rosak dan pihak syarikat
telekomunikasi pula kerugian untuk menyelenggarakan
peralatan komunikasi.

Buktinya, puluhan juta perbelanjaan dikeluarkan untuk
penyelenggaraan kemudahan awam yang dirosakkan. Selain
beban kewangan, kegiatan vandalisme juga boleh mengundang
bencana kepada orang ramai kesan daripada ketidak

| 180

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

seimbangan peralatan yang dirosakkan. Akibatnya, peralatan
yang rosak boleh menimbulkan bahaya kepada kanak-kanak
dan orang ramai, Peralatan juga mungkin tidak boleh
digunakan langsung oleh orang ramai, menyebabkan kebakaran
seperti sekolah serta pencawang dan kabel elektrik dan
menyebabkan terputusnya bekalan elektrik.

Peralatan yang rosak bukan setakat merugikan, tetapi
juga mencacatkan pemandangan alam sekitar yang menjadi
tempat rekreasi dan tempat permainan kepada kanak-kanak
dan orang ramai. Akibatnya, ibu bapa untuk tidak gembira
untukmembenarkan anak mereka bermain di taman permainan
yang separa rosak atau rosak terus. Masalah seperti inilah yang
menyebabkan pembinaan modal insan seperti yang diiginkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak tercapai kerana
intelek dan rohani mereka tidak seiring dengan kemajuan yang
dikecapi pada zaman ini.

Dalam pengurusan sahsiah murid ini cabaran terakhir
yang ingin disentuh ialah amalan merokok atau menghisap
vape dalam kalangan murid sekolah generasi Z ini. Para murid
melalui proses peralihan dari alam kanak-kanak ke alam
dewasa, iaitu transisi usia penuh cabaran. Pada ketika inilah
berlakunya perubahan bentuk tubuh badan dan emosi bagi
murid lelaki dan perempuan. Perubahan hormon dalam badan
menyebabkan murid mempunyai perasaan untuk mencari
identiti diri. Murid cenderung bergantung kepada kelompok
sosial rakan sebaya.

Pengaruh ibu bapa pada fasa ini mulai kurang dan
peranan rakan sebaya mengambil tempat utama dalam
kehidupan mereka. Mereka ingin berdikari dan memikul
tanggungjawab sendiri dan sering teruja mencuba perkara yang
tidak pernah dilakukan dan berisiko. Fasa kehidupan sebagai
murid memungkinkan diri keliru, tercari-cari, terjebak dalam
mencari diri. Didapati bahawa murid berumur 13 sehingga 15

181 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

tahun ialah seorang perokok. Murid sekolah mula mencuba
merokok sejak berumur 10 tahun dan pula yang mencuba
merokok sebatang atau dua batang rokok.

Terdapat beberapa faktor menyebabkan seseorang
murid itu merokok. Faktor sosial menyebabkan berlakunya
masalah merokok ini. Hal ini demikian kerana merokok adalah
tabiat yang dipelajari. Murid banyak melihat persekitaran
mereka yang merokok sehingga menyebabkan mereka turut
merokok. Hal ini demikian kerana terdapat orang dewasa
seperti bapa mereka yang merokok di hadapan anak-anak.
Kesannya, anak-anak mereka terpengaruh untuk merokok
walaupun masih bersekolah. Murid yang merokok dianggap
sebagai simbol bagi kematangan, kehebatan dan daya tarik
kepada golongan berlainan jantina.

Rakan sebaya menjadi tempat untuk interaksi sosial dan
mengatasi ketakutan, masalah dan kekeliruan. Rakan sebaya
juga menjadi tempat mencuba sesuatu benda baru dan di luar
daripada batas peraturan. Mengimitasi atau meniru tabiat orang
dewasa dan rakan sebaya supaya diterima oleh rakan sebaya
menjadi faktor berlakunya rokok dalam kalangan murid
sekolah.Takut diejek atau diperlekeh oleh kawan-kawan
menyebabkan murid mengambil risiko mencuba untuk
merokok. Bermula sebagai perokok sosial akhirnya menjadi
perokok tegar akibat ketagihan nikotin. Apabila turut sama
merokok, murid memperoleh pengesahan sosial dan interaksi
sesama rakan sekumpulan.

Faktor seterusnya membawa kepada masalah merokok
ialah pengaruh media massa dan idola seperti artis pilihan
mereka. Usia remaja merupakan tempoh individu mencari
identiti diri. Pengaruh media massa yang menyiarkan iklan dan
cerita yang mengambarkan hero seorang perokok yang hebat
memberi gambaran salah kepada murid bahawa tabiat
merokok itu sangat bergaya serta lambang kehebatan.Remaja

| 182

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

biasanya akan menjadikan selebriti atau artis sama ada
penyanyi, pelakon mahupun pengacara sebagai idola. Mereka
ingin menjadi seperti idola dengan meniru perkara yang
digayakan atau perbuatan yang dilakukan oleh idola mereka.
Faktor persekitaran juga turut menyebabkan berlakunya
masalah merokok dalam kalangan murid di sekolah. Merokok
telah menjadi sebahagian daripada budaya yang diterima oleh
masyarakat Malaysia.

Hal ini menjadikan merokok tidak disifatkan sebagai
suatu perbuatan yang salah bagi masyarakat. Hal ini memberi
tanggapan kepada murid bahawa tabiat merokok adalah
sesuatu yang baik dan menjadikan naluri ingin mencuba
semakin tinggi dalam diri mereka.Rokok mudah dibeli dan
dibawa sertaboleh didapati di mana-mana kedai atau kios tanpa
mengira tempat. Akibatnya, murid sekolah turut merokok di
kawasan sekolah da nada yang menyeludup masuk ke kawasan
asrama semata-mata untuk melepaskan gian merokok. Di
sinilah menunjukkan bahawa generasi hari ini sangat berani
untuk melakukan larangan dan melanggar peraturan tanpa
memikirkan kesan akibat perbuatan mereka itu.

Terdapat pelbagai kesan disebabkan oleh kegiatan
merokok ini. tabiat merokok memberi kesan negatif seperti
risikokepada kesihatan tubuh badan. Tabiat merokok boleh
mengakibatkan bau rokok yang kurang menyenangkan kepada
pakaian. Manakala dari aspek kesihatan pula, pada peringkat
awal merokok boleh memberi kesan seperti seseorang
perokok menjadi pelupa dan kurang selera makan. Manakala
kesan jangka panjang dari aspek kesihatan pula adalah boleh
mengakibatkan penyakit kanser, mandul, gigi yang rosak dan
sebagainya. Walaupun masyarakat kita sedar tentang bahaya
dan risiko merokok tetapi aktiviti negatif ini masih diamalkan
sebagai satu tabiat oleh segelintir masyarakat pada hari ini.

183 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Di samping itu, kajian ini turut mengambil kira
sumbangan tabiat merokok kepada gejala penagihan dadah.
Menurut kajian Sabri (2002), didapati keseluruhan penagih
dadah terdiri daripada kalangan perokok. Menurut beliau lagi,
walaupun pelatih berada di dalam pusat serenti tetapi mereka
tidak putus bekalan tembakau. Bukti yang tidak dapat disangkal
lagi ialah penagih dadah di pusat serenti mengamalkan tabiat
merokok dan 95% penagih dadah yang telah bebas
mengamalkan tabiat merokok. Sumbangan tabiat merokok
kepada gejala penagihan dadah mendapati 99% penagih dadah
yang ditahan di semua pusat serenti mempunyai pengalaman
menghisap rokok ketika usia remaja.

Semua gejala negatif yang dinyatakan ini dilakukan oleh
generasi Z pada zaman ini. Kepesatan teknologi dan maklumat
di hujung jari sangat mengundang masalah besar kepada
golongan murid dalam mewujudkan sahsiah terpuji dalam diri
mereka. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan murid yang bermodal insan hanya tinggal matlamat
semata-mata sekiranya segala cabaran yang sedang berlaku ini
tidak diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Jadi penyelesaian yang melibatkan murid perlu
dilakukan dan dilaksanakan dengan berkesan supaya sesuai
dengan pendekatan mengikut generasi masa ini. Oleh itu,
peranan dan kerjasama semua pihak perlu dilakukan supaya
semua pihak akan lebih memberi tumpuan dan fokus kepada
murid yang melakukan gejala negatif ini. Jika usaha yang jitu dan
berterusan dilakukan maka matlamat yang diinginkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan untuk
memastikan modal insan yang meliputi jasmani, emosi, rohani
dan intelek diterapkan dalam diri setiap murid sekolah.

D. Pembinaan Sahsiah Terpuji
1. Peranan Pentadbir

| 184

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Dalam menguruskan sahsiah murid generasi Z ini,
pentadbir memainkan peranan yang sangat penting. Hal
ini demikian kerana pentadbir merupakan pemimpin
kepada semua warganya di sekolah. Warga terbesar yang
terdapat di sekolah ialah murid-murid. Murid-murid inilah
yang akan dibentuk supaya mempunyai sahsiah terpuji
seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Tonggak dan peranan yang mendasari
matlamat yang diinginkan ini datangnya daripada pihak
pentadbir. Salah satu perkara utama yang perlu dilakukan
ialah pentadbir sekolah perlu meneliti dan memahami
berkaitan ciri-ciri yang ada dalam diri murid generasi Z ini.
Perkara ini sangat penting dalam membuat sesuatu
keputusan dan mengambil tindakan bagi setiap kesalahan
yang dilakukan. Sesungguhnya tugas seorang pentadbir
sungguh besar kerana perlu memastikan setiap warganya
berada dalam keadaan selamat terutamanya murid-murid
sekolah.

Justeru tugas pentadbir tidak hanya terbatas
sebagai seorang ketua semata-mata tetapi sebagai
individu yang dapat membantu membentuk sahsiah
pelajar agar memiliki kekuatan mental, keyakinan diri
serta ketabahan sebagai persediaan menghadapi cabaran
pada masa depan. Secara umumnya orang yang
menganggap disiplin sebagai ketenteraan dan
pengawasan tingkah laku dengan kekerasan, iaitu
hukuman fizikal.

Selain itu, disiplin merupakan peraturan yang
telah dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat
bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi
kesempurnaan kehidupan. Ahli pemikir moden juga
berpendapat bahawa disiplinadalah pengawasan yang
sepatutnya dibina dalam diri bagi mendapat cara hidup

185 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

yang teratur dan sistematik supaya masa dan tenaga
individu dapat digunakan sebaik mungkin.

Sekolah secara umumnya dan pentadbir secara
khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai
pengaruh yang besar di dalam menerapkan nilai-nilai
mumi. Melaluinya, pelajar dididik supaya berakhlak,
berrnoral dan mengamalkan budaya hidup yang mumi
bagi membentuk sahsiah terpuji. Abd Rahim Abd Rashid
(2001) juga menjelaskan pendidikan dan persekolahan
perlu memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai
dan menanamkan nilai-nilai mumi sebagai langkah
membentuk dan melahirkan masyarakat yang mempunyai
kualiti moral, sosial dan kerohanian. Tanggungjawab bagi
mendidik dan memupuk nilai-nilai mumi tidak boleh
diambil ringan. Nilai-nilai mumi perlu menjadi agenda
utama dalam pembangunan negara, pembangunan
pendidikan, penggubalan dan pelaksanaan kurikulum,
polisi dan dasar pembangunan sekolah dan
mencorakkan peranan dan tanggungjawab pentadbir
sekolah.

Dalam menjayakan aspek penerapan nilai mumi
dan penghayatan sahsiah terpuji ini, pentadbir
merupakan orang yang penting dalam melaksanakan
strategi ini. Pentadbir hendaklah terlebih dahulu
mengamal dan menghayati sahsiah terpuji untuk
diamalkan kepada warga sekolah. Pentadbir merupakan
orang paling penting di sekolah dianggap sebagai model
penerapan sahsiah terpuji.

Sebagai contoh pentadbir perlumemenuhi segala
keperluan warga sekolahnya. Apabila keperluan setiap
warganya dipenuhi, seseorang pentadbir mampu untuk
mempengaruhi murid-murid sekolahnya. Hal ini akan
membolehkan pengurusan sahsiah di sekolah dapat

| 186

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dilaksanakan. Kesannya pembentukan sahsiah terpuji
dalam kalangan murid dapat dibentuk apabila segala
kemahuan murid dapat dipenuhi terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama pentadbir perlu menjadi
penjaga, model dan mentor, mencipta komuniti moral,
mengamal disiplin moral, membina kelas yang bercirikan
demokrasi dan membina budaya moral yang positif di
sekolah serta jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi untuk
aktiviti sekolah. Apabila amalan sahsiah terpuji dibentuk
di sekolah seperti mematuhi peraturan disiplin,
mengimarahkan surau, memberi salam, membantu guru
dan melakukan segala khidmat bakti untuk sekolah akan
memberi kesan mendalam kepada murid generasi Z ini.

Oleh itu, peranan pentadbir sekolah perlu
diberikan perhatian khusus bagi memastikan sahsiah
terpuji dalam kalangan murid dapat dihasilkan.
Perancangan sebaik mungkin perlu dilakukan dan
sentiasa dipantau supaya murid-murid diterapkan dengan
sahsiah terpuji. Kesannya, matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang
seimbang sedikit sebanyak akan terlaksana walaupun
mengambil masa yang lama untuk membentuk sahsiah
murid zaman moden ini.

2. Peranan Guru
Guru yang berkesan adalah guru yang dapat

membina hubungan yang baik dengan muridnya dari segi
emosi yang intim, selamat, dan boleh dipercayai. Sebelum
itu, Ismail Abbas (2007) telah menjelaskan dalam
membina hubungan guru dan murid, sewajarnya melihat
murid secara positif dan melayaninya secara
berperikemanusiaan. Hal ini dibahaskan Wentzel, K. R.
(2009), bahawa hubungan yang berkualiti, mampu

187 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

menyokong perkembangan emosi murid dengan baik,
membina sikap positif, dan motivasi dalam mencapai hasil
akademik. Selain itu, kemahiran-kemahiran sosial yang
sebenar juga dapat diperoleh.

Para guru berperanan mengawal murid mereka
daripada melakukan gejala sosial. secara dekat para guru
perlu mendampingi setiap murid dan memahami
permasalahan mereka. Para guru harus peka dan bersikap
terbuka serta sentiasa memberikan dorongan kepada
pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi murid
untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang
dihadapi oleh mereka.

Oleh hal yang demikian, guru memainkan peranan
yang amat penting untuk memupuk nilai-nilai murni sejak
awal persekolahan lagi supaya asas sistem nilai kukuh
dan tidak mudah runtuh. Nilai-nilai tradisi masyarakat
seperti gotong- royong, ziarah-menziarahi dan bantu-
membantu perlu digalakkan dalam masyarakat moden ini.
Guru bertanggungjawab untuk mengukuhkan nilai-nilai
murni bagi membentuk modal insan yang seimbang dan
menyeluruh.

Peranan guru sebagai pembimbing boleh
membantu murid yang mengalami masalah sosial. Selain
itu, kaunseling pada peringkat sekolah adalah penting
untuk membantu murid mengatasi masalah yang dihadapi
oleh mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya
sekolah mempunyai kaunselor-kaunselor yang
berkelayakan.Di dalam bilik darjah pula, guru perlulah
menggunakan pelbagai strategi untuk menarik perhatian
murid agar mereka berasa seronok ke sekolah dan tidak
ponteng sekolah.

Penerapanan nilai-nilai melalui pelbagai
program sekolah seperti kem motivasi, pembinaan

| 188

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

berpasukan dan aktiviti sukan perlu diperbanyakan
untuk membentuk personaliti dan akhlak yang
baik.Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah
perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi memerlukan
kasih sayang dan kesabaran yang amat tinggi daripada
insan yang digelar guru. Masalah sosial haruslah
dipandang serius oleh semua pihak kerana para remaja
merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara
pada masa yang akan datang.

3. Peranan Ibu bapa
Dalam memastikan sahsiah terpuji murid dapat

terbentuk dengan baik, peranan ibu bapa memainkan
peranan yang sangat penting dalam menangani isu ini. Hal
ini demikian kerana ibu bapalah yang akan membentuk
personaliti anak-anak mereka. Saedah Ghani (1992)
menjelaskan bahawa corak peraturan dan norma dalam
sesebuah keluarga boleh menjamin sifat harmoni dan
hormat-menghormati dalam kalangan ahli keluarga. Sifat
hormat dan perasaan kemesraan sukar wujud apabila ahli
keluarga tidak menerapkan berkaitan dengan disiplin dan
sahsiah yang baik. Hal ini akan membawa kepada
pergolakan dalam keluarga, keruntuhan rumah tangga
serta perkara yang tidak diingini dalam keluarga. Menurut
Ibrahim Saad (1988), kajian-kajian mengenai disiplin
dalam kalangan murid menunjukkan bahawa masalah
disiplin selalunya berpunca dari rumah. Ibu bapa
merupakan asas kepada permulaan dalam pembentukan
sahsiah terpuji dalam masyarakat.

Ibu bapa dikatakan dapat memberikan sesuatu
yang bermakna kepada anak-anak sekiranya anak-anak
diberikan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya ketika
mereka sedang membesar. Menurut Hassan Langgulung

189 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

(1980) menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam pendidikan akhlak golongan remaja.
Anak-anak yang rendah sahsiahnya akan dilahirkan
apabila ibu bapa gagal dalam proses pembentukan anak-
anak mereka.

Menurut Melson (1992), keluarga dianggap sebagai
agen sosialisasi yang paling penting. Ini bermaksud
bahawa perubahan dalam masyarakat seolah-
olahdicerminkan oleh perubahan gaya pengasuhan anak-
anak yang lebih disukai. Murid-murid yang berada dalam
lingkungan keluarga yang berpecah belah akan merasai
kesan buruk pada perkembangan kognisi mereka.
Sebagai contoh, masalah sahsiah yang dilakukan oleh
remaja masa ini merupakan hasil daripada asuhan ibu
bapa, anggota keluarga dan sekitaran kejiranan yang tidak
terkawal dengan baik.

Situasi ini mempengaruhi mental dan kehidupan
remaja yang belum matang. Oleh itu, ibu bapa
berperanan memastikan kesejahteraan dalam keluarga
mereka bagi mengelakkan berlakunya masalah sahsiah
dalam diri anak-anak. Kesannya, apabila kasih sayang
diberikan dengan sepenuhnya, murid generasi Z akan
terhalang daripada melakukan sesuatu yang merosakkan
sahsiah mereka dan mereka akan berfikir baikdan buruk
setiap perbuatan mereka.
4. Peranan Masyarakat

Jika terdapat sesuatu masalah sosial yang menimpa
anak-anak, maka tidak sepatutnya beban kesalahan
diletakkan ke atas ibu bapa sahaja. Seperti yang
dinyatakan oleh Hirschi (1969) dalam teori kawalannya,
tingkah laku adalah berpunca daripada longgarnya atau
terputusnya ikatan antara individu dengan masyarakat.

| 190

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Jadi, masyarakat harus sama-sama berganding bahu
menangani masalah ini.

Selain sikap tegur menegur terhadap salah laku
yang dilakukan oleh murid-murid sekolah, penubuhan
sebuah pusat jagaan atau drop in centre di setiap pusat
membeli belah atau di tempat yang menjadi tumpuan
murid adalah baik untuk mengatasi masalah sosial dalam
kalangan murid. Pusat tersebut boleh menyediakan
misalnya ruang untuk membaca, menonton televisyen,
bermain karom, memberi khidmat kaunseling, sudut
kerjaya dan peluang pendidikan bagi menarik minat murid
sekolah generasi Z. Dengan cara ini, mereka dapat
menghindarkan diri daripada melakukan kegiatan yang
tidak sihat dan dapat mengisi masa lapang dengan sebaik-
baiknya.

Masyarakat perlu membentuk satu komuniti sosial
yang positif dalam memastikan peranan mereka sebagai
masyarakat yang bertanggungjawab dalam membentuk
ahli komuniti yang bersahsiah terpuji. Apabila mereka
melihat sesuatu perbuatan yang negative dilakukan oleh
murid sekolah, teguran dan nasihat yang sewajarnya
perlulah dilakukan. Masyarakat tidak seharusnya terus
menjatuhkan hukuman kepada murid yang melakukan
kesalahan kerana murid generasi Z ini tidak mahu
menerima kesalahan yang dilakukan dengan hati yang
terbuka. Oleh itu, pendekatan yang sewajarnya perlu
dilakukan dengan mendekatkan diri masyarakat dengan
murid yang bermasalah dengan sebaik mungkin.
Masyarakat setempat boleh mengadakan program-
program yang menarik yang mampu meningkatkan jati
diri murid yang bermasalah ini. Penerapan program jati
diri mampu membasmi masalah sahsiah negative yang
dilakukan oleh golongan murid dalam khalayak setempat.

191 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

E. Model Tingkah Laku
Mengikut pendekatan ini perasaan, pemikiran dan

kepercayaan adalah perkara-perkarayang boleh dipelajari
(Hyman 1997). Melalui pendekatan ini tingkah laku dibentuk
melalui pengalaman. Oleh itu, untuk membentuk tingkah laku
murid adalah dengan cara menyelami perasaan dan pemikiran
murid melalui unsur-unsur nasihat dan perbincangan. Dengan
memahami murid yang bermasalah disiplin, pembentukan
tingkah laku dapat dilakukan. Menurut Bandura (1977) tingkah
laku bermasalah ataupun tidak berdisiplin dapat dihindari dan
seterusnya melahirkan tingkah laku yang baik.

Dengan beranggapan semua tingkah laku boleh
dipelajari, guru berperanan penting untuk membantu murid
yang menghadapi masalah tingkah laku untuk membina tingkah
laku yang positif dan dapat diterima di sekolah. Pembelajaran
pula berlaku setelah melalui prinsip-prinsip peneguhan dan
dendaan. Pendekatan ini melihat peneguhan sebagai
pembentuk tingkah laku yang sangat berkesan. Di samping itu
tingkah laku, pemikiran, dan perasaan dapat diukur, diramal
dan dikawal. Mereka menambah bahawa tingkah laku dapat
dimodifikasi dengan cara peneguhan yang sistematik, menarik
keluar peneguhan, mengenakan dendaan dan mendesak secara
rasional. Hal ini dapat melahirkan tingkah laku yang
dikehendaki.

Kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa
pemberian ganjaran merupakan pembentuk tingkah laku yang
sangat berkesan (Wolery, Baily &Sugai 1988). Pengamal
tingkah laku percaya tingkah laku bermasalah adalah akibat
daripada murid tidak selesai dengan peraturan ataupun
undang-undang sekolah dalam mengawal tingkah laku. Dalam
minda murid telah sedia wujud perasaan iaitu guru mesti
menghukum murid yang melakukan kesalahan dan murid
sekolah mesti patuh kepada undang-undang yang telah

| 192


Click to View FlipBook Version