Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
BAB XI
KESEJAHTERAAN PELAJAR
AlhamRadzie bin Jusoh
A. Pengenalan
Kesejahteraan pelajar merupakan perkara penting
dalam usaha kerajaan memacu ekonomi negara untuk
menjadisebuah negara maju. Menyedari hakikat ini, kerajaan
telah mengambil langkah holistik bagi meningkatkan kualiti
hidup keluarga dan kesejahteraan pelajar. Usaha untuk
memahami dengan lebih tepat berkenaan kesejahteraan pelajar
di Malaysia adalah selari dengan misi nasional dalam
mewujudkan sebuah negara yang harmoni dan sejahtera.
Justeru itu, adalah penting untuk memastikan indikator
yang dipilih bersesuian bagi menggambarkan kesejahteraan
pelajar mengikut acuan Malaysia dapat dilaksanakan. Secara
keseluruhan, tahap kesejahteraan pelajar adalah berada pada
tahap yang agak baik. Namun usaha untuk memantapkan
institusi keluarga perlu terus diperhebatkan. Pelbagai inisiatif
telah diambil oleh Kerajaan untuk memperkukuhkan institusi
keluarga, dan yang penting adalah usaha kita semua bagi
memastikan visi menjadikan Malaysia negara maju dan
berpendapatan tinggi dapat direalisasikan.
Sesungguhnya, untuk mencapai tahap kesejahteraan
keluarga yang tinggi, pelbagai pihak perlu memainkan peranan
yang penting di peringkat institusi keluarga sehingga ke
peringkat penggubal dasar. Namun begitu, Penubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO, 2003) telah menjangkakan bahawa
penyakit yang berkaitan dengan mental adalah di antara lima
penyakit tertinggi di dunia dan pada tahun 2020 dijangkakan
akan menjadi penyakit kedua tertinggi di dunia. Oleh itu, isu
kesejahteraan psikologi perlulah diberi perhatian yang
443 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
sewajarnya. Tambahan pula menurut statistik Kementerian
Kesihatan Malaysia (1996) 10.1% penduduk yang berumur 16
tahun dan ke atas telah mengalami masalah kesihatan mental.
Manakala pada tahun 2001 pula, Kementerian Kesihatan
Malaysia melaporkan bahawa 18.8% orang yang terdiri
daripada orang dewasa dan kanak-kanak mengalami masalah
kesihatan mental.
Golongan pelajar adalah kumpulan yang lebih terdedah
kepada masalah kesejahteraan psikologi disebabkan oleh
peralihan persekitaran daripada rumah dan sekolah kepada
persekitaran universiti atau kolej. Selain itu, pertambahan
dalam bilangan pelajar memasuki universiti tahun ke tahun
membawa kepada satu persaingan antara satu sama lain dalam
kalangan pelajar tersebut sepeni persaingan untuk
mendapatkan tempat dalam pekerjaan, bebanan kewangan dan
tekanan bagi mendapatkan segulung ijazah. Jika situasi ini tidak
diurus dengan baik, maka dapat memberi tekanan kepada para
pelajar.
Data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
(NHMS 2015) menunjukkan masalah kesihatan mental dalam
kalangan kanak-kanak pada kadar 12.1 peratus, diikuti orang
dewasa 29.2 peratus dan warga tua berusia 60 tahun ke atas
pula 24 peratus. Dapatan kajian sama pada 2012 menunjukkan
remaja berusia 13 hingga 17 tahun (berpandukan data 25,507
pelajar sekolah) mengalami fenomena kesihatan mental
seperti kemurungan 17.7 peratus, keresahan (39.5 peratus)
dan tekanan (10.1 peratus). Aspek tingkah laku bunuh diri pula
menunjukkan 7.9 peratus golongan sama mempunyai idea, 6.4
peratus mempunyai rancangan dan 6.8 peratus lagi sudah
membuat percubaan bunuh diri.
Statistik membuktikan perlunya inovasi dalam proses
intervensi dan rangka kerja menolong sedia ada, agar
bersesuaian cabaran kehidupan semasa, kerana 2019 dan
| 444
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
tahun mendatang mempunyai cabaran tersendiri terutama dari
aspek tingkah laku kanak-kanak dan remaja, serta kesan
dibawa perkembangan teknologi global. Pelbagai faktor
menyumbang kepada kesejahteraan mental pelajar dan ia
dibahagikan kepada dua, iaitu risiko atau penyumbang, serta
faktor pelindung. Kedua-duanya mempunyai dinamika sosial
tersendiri dan mampu wujud pada masa sama.Lantaran itu,
kesejahteraan mental memerlukan murid mempunyai
kemahiran daya tahan untuk bangun kembali. Ia bersifat
dalaman seperti sikap, personaliti, lokus kawalan atau faktor
luaran dalam persekitaran seperti sokongan sosial keluarga dan
program pencegahan di pelbagai agensi.
B. Suasana Kehidupan Pelajar Sekolah
1. Tiada Bilik Tidur di Rumah
Pelajar dari keluarga fakir miskin di Malaysia
adalah satu perkarayang perlu diberiperhatian serius
dalam proses membangunkan masyarakat dan
memberikan kesejahteraan kepada anak-anak pelajar
khasnya. Walaupun jumlah golongan fakir miskin yang
ada di negara kita tidak begitu besar, mereka perlu
diberikan perhatian yang serius oleh pihak berkuasa bagi
meningkatkan taraf kehidupan mereka ke tahap yang
lebih baik lagi.
Pelajar dari keluarga miskin ini tidak akan
mendapat suasana yang kondusif untuk belajar. Seperti
yang kita ketahui keluarga miskin akan tinggal di rumah
yang daif dan tidak mempunyai penghadang atau bilik. Di
situlah untuk makan, untuk solat, tukar pakaian dan
lain-lain lagi. Program-program pendidikan merupakan
elemen yang paling penting dilihat boleh mengubah
status sosial mereka ke tahap yang lebih baik. Secara
umumnya, terdapat pelbagai bentuk aktiviti dan program
445 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
telah dirancang oleh pelbagai pihak berkuasa untuk
golongan ini, namun begitu masih wujud beberapa isu
dan masalah daripada segi keberkesanan
pelaksanaannya. Sebagai contoh, masih terdapat pelajar-
pelajar fakir miskin yang enggan bersekolah, mempunyai
tahap pencapaian akademik yang rendah dan
menghadapi masalah-masalah disiplin di sekolah mereka
seperti merokok dan ponteng sekolah.
Apa yang membimbangkan, daripada pemerhatian
dan tinjauan awal yang dijalankan oleh golongan pendidik
dan masyarakat sekeliling, tahap keyakinan dan
kesungguhan pelajar-pelajar ini serta pencapaian
akademik mereka masih berada ditahap yang kurang
memuaskan. Pelajar-pelajar dari golongan ini juga akan
tersisih daripada kawan-kawan mereka dan akan merasa
kurang yakin dengan penampilan diri mereka
terutamanya pelajar perempuan. Kesejahteraan pelajar
ini juga terganggu melihat anak- anak orang yangkaya
mendapat dan mempunyai kesejahteraan yang lebih baik
seperti mengikuti kelas tuisyen, mempunyai bilik
persendirian di rumah dan lain-lain kemudahan lagi.
2. Keselamatan Makanan/Pemakanan
| 446
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Dalam dunia yang pesat dengan kemajuan sains
dan teknologi yang tidak pernah menemui titik noktah
dalam perkembangannya, kita acapkali tersentak apabila
dikejutkan isu pengabaian amalan pemakanan yang
seimbang dalam kalangan masyarakat di negara kita
khususnya golongan pelajar. Pemakanan yang baik mula
mempengaruhi kesihatan tubuh badan sejak daripada
kecil lagi.Pemakanan memainkan peranan penting dalam
mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit.Masalah
kesihatan di dunia kini mengalami revolusi dimana
dahulu kebanyakan masyarakat mengalami masalah
kekurangan zat galian dan vitamin tetapi hakikat hari ini
telah berubah di mana masyarakat mengalami masalah
kesihatan disebabkan terlebih makan dan seterusnya
berlanjutan kepada masalah lebihan kolesterol, lebihan
gula dan kegemukan.
Hampir 350 juta orang dewasa di seluruh dunia
dilaporkan menghidap diabetes, iaitu dua kali ganda sejak
1980, berdasarkan satu kajian diterbitkan dalam jurnal
perubatan The Lancet bertarikh 25 Jun 2011. Di Malaysia
pula, menurut kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi
Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta
penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu. Ketua
Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul
Rahman, menurutnya, perangkaan daripada NHMS
menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31
peratus dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6
peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia
berumur 18 tahun dan ke atas.
Menurutnya lagi, antara faktor yang menyumbang
peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan
penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan,
genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum
447 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan
perubatan secara tetap.
3. Isu Bersekedudukan
Bersekedudukan adalah hidup bersama seolah-
olah hubungan antara suami dan isteri tetapi di luar
perkahwinan. Hubungan ini dilakukan dalam jangka waktu
tidak bolehditertentu sehingga ada kesesuaian untuk
menuju pernikahan. Bersekedudukan sudah jelas
merupakan perzinaan dalam konteks Islam. Hal ini
demikian kerana, sejak akhir-akhir ini kes banyak kes
berkesedudukan yang melibatkan remaja semakin
membimbangkan khususnya dikalangan remaja muslim..
Apa yang menyedihkan adalah fenomena ini terjadi
adalah dikalangan bangsa Melayu dan beragama Islam.
Penularan gaya hidup barat ini menjadi ikutan dan
kebanggaan generasi muda alaf baru. Apa tidaknya,
hampir setiap hari di akhbar seperti Harian Metro,
Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia dan sebagainya,
kisah-kisah seperti ‘ritual seks di pantai’, ‘pesta minum
arak’, ‘gadis Top Up’, ‘pengakuan gadis hilang dara’,
‘peristiwa ditangkap basah’, dan sebagainya menjadi
paparan umum masyarakat. Islam memandang berat
| 448
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
kesalahan berkesedudukan atau zina kerana mengundang
pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat.
Dalam Islam, zina merupakan perbuatan yang
haram dan berdosa besar. Namun lebih dibimbangi
apabila golongan pelajar juga turut mengambil bahagian
melakukan perbuatan haram tersebut iaitu dalam
kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi malahan turut
berlaku dikalangan pelajar sekolah menengah. Seks bebas
banyak mendatangkan kesan buruk sama ada dari sudut
jasmani, akhlak, emosi, sosial dan ekonomi.
Dari sudut kesihatan, ia membabitkan kesan
reproduktif khususnya bagi wanita termasuk berlakunya
kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan
yang terpaksa disembunyikan dari pengetahuan keluarga.
Akhirnya berlaku gejala pembuangan bayi yang tidak
berdosa, pengguguran kandungan, pembunuhan dan
sebagainya. Jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV
(Human Immunideficiency Virus), AIDS (Acquired Immune
Deficiency Syndrome) dan pelbagai lagi jenis penyakit
kelamin juga mudah merebak melalui amalan seks bebas.
Kesan daripada penyakit ini akan memberi impak
yang negatif terhadap pembangunan keluarga, masyarakat
dan negara. Apatah lagi jika ia melibatkan pelajar
universiti yang diharap dapat membangun dan
membentuk sebuah negara yang bertamadun pada masa
akan datang. Melihat fenomena ini turut berlaku dalam
kalangan pelajar universiti, maka situasi ini perlu diambil
tindakan segera agar fenomena seks bebas yang berlaku
dalam kalangan pelajar sekolah, pelajar IPTA dapat
dibendung.
449 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
4. Masalah Disiplin
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan
pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat
lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk
sahsiah pelajar. Masalah ini semakin meruncing ekoran
kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era
globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya
mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka bagi
mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka.
Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan
melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan
untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya,
kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin
menjadi-jadi.
Sementara itu kemunculan media massa turut
mendorong masalah ini memuncak dengan drastik.
Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah
menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati
pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu
cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton
sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan
kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah
disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap
rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan
yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka
berbanding ibubapa yang gagal menjalankan
tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang
negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut
merosot dengan drastiknya.
Dewasa ini, masalah disiplin semakin hari semasa
berleluasa. Banyak kes yang tular keluar di akhbar dan
| 450
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
media massa mengenai kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar - pelajar sekolah seperti ugut guru di luar sekolah ,
terlibat dengankongsi gelap, pelajar sepak guru, pelajar
ketua gangster, menuri, samseng di sekolah dan ianya
berada ditahap serius. Ketua Polis Negara, Tan Sri
Mohamad Fuzi Harun, melaporkan (4 September 2017 - 4
Mei 2019)Menurut beliau, berdasarkan statistik narkotik,
467 tangkapan melibatkan pelajar sekolah dibuat pada
2017 dan angka tersebut meningkat kepada 577
tangkapan tahun lepas.
Mohamad Fuzi berkata pembabitan pelajar dengan
najis dadah yang semakin serius memerlukan perhatian
semua pihak selain tidak dapat menolak pandangan
skeptikal masyarakat bahawa najis dadah adalah ‘ibu’
kepada segala punca perlakuan jenayah. Pelajar lelaki
akan lebih terdedah dengan gejala ini keranapelajar lelaki
biasanya akan terlibat atau terpengaruh dengan rakan
sebaya yang lain.
451 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
5. Pilih Kasih
Isu pilih kasih biasanya akan timbul atau
menjadi bualan di mana-mana organisasi di negara
ini.Situasi ini akan menyebabkan seseorang ketua
ataupun guru melebihkan pertimbangan kepada orang
yang dikasihi. Jika dilihat dari sudut guru terhadap
pelajar ia akan mewujudkan suasana yang tidak
adilkerana guru memihak kepada seseorang pelajar.
Sepatutnya setiap pelajar akan menerima hak dan
layanan yang sama daripada guru. Seseorang guru
yang membezakan perhatian dan rasa kasih sayangnya
di antara seseorang pelajar akan membuatkan pelajar
lain merosot prestasi pembelajaranya dan merasakan
tidak dihargai oleh gurunya. Isu sikap pilih kasih guru ini
sebenarnya bukan perkara yang baru berlaku di dunia
pendidikan.
Sikap pilih kasih sering wujud pada personaliti
bagi seseorang guru sama ada mereka sedar atau tidak.
Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi
pendidikan ialah isu-isu yang melibatkan unsur bias
kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh,
guru perempuan bias kepada murid perempuan dan
| 452
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan kerana akan wujudnya
jurang di antara murid. Guru sememangnya harus
mengelakkan dari melakukan perkara-perkara begini.
Guru lebih memberi perhatian kepada pelajar perempuan
yang sering mengikut arahan guru dan mudah untuk
dikawal.
Pelajar lelaki sering kali dikatakan hilang fokus
di dalam kelas, mengganggu rakan lain serta tidak
membuat kerja rumah. Guru akan mengambil tindakan
untuk mengabaikannya sekiranya segala amaran dan
peringatan yang diberikan tidak dihiraukan. Dengan
mengabaikan pelajar yang nakal dan suka mengacau
pelajar yang lain. Kebiasaanya perlajar yang dimaksudkan
ini ialah terdiri daripada pelajar lelaki dan segelintir
pelajar perempuan. Apabila guru mula merasakan mereka
ini hanya sebagai pengacau di dalam kelas maka guru
akan mula mangabaikannya dan hanya menumpukan
kepada murid yang rajin dan menonjol di dalam kelas,
Selain daripada masalah pembelajaran guru juga biasanya
akan melebihkan pelajar yang penampilannya bersih,
kemas, pandai hormatkan guru dan perwatakan yang
ceria.
6. Perpecahan Keluarga
Keluarga merupakan satu institusi manusia yang
mengandungi satu ahli kumpulan yang berstruktur
dengan fungsi untuk mensosialisasikan anak-anak yang
baru dilahirkan. Ahli sosiologi functionalist mentakrifkan
keluarga mengikut fungsinya. Mereka melihat bagaimana
keluarga dihubungkaitkan dengan bahagian lain dalam
masyarakat. Dalam masyarakat keluarga memenuhi
fungsi asas iaitu untuk perkembangan zuriat, sokongan
emosi dan status sosial. Keluarga merupakan pusat
453 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
kehidupan, emosi, tempat di mana anak-anak akan
mendapat sokongan atau kepastian.
Sekiranya terjadi penceraian di dalam keluarga,
anak-anak akan kehilangan sokongan emosi serta kasih
sayang kerana ibu bapa tidak lagi tinggal bersama. Kajian
terhadap emosi dan pengurusan emosi remaja ini
menggunakan pendekatan sosiologikal yang
mendefinasikan emosi sebagai perasaan dalaman yang
tercetus secara fisiologikal dan emosi yang dirasai dan
diuruskan tersebut dipengaruhi oleh faktor persekitaran
seperti nilai dan budaya.
Manusia bukan sahaja dimotivasikan oleh
keprihatinan rasional ekonomi, tetapi emosi dengan
orang lain dan komitmen seperti kemahuan, sikap, nilai
dan kepercayaan moral mempengaruhi sebahagian
penting tingkah laku manusia. Anak-anak daripada
keluarga yang mengalami penceraian akan mengalami
pelbagai emosi dan perasaan disebabkan ketiadaan
ibubapa sebagai peneraju utama dalam memastikan
fungsi sebebuah keluarga berjalan dengan baik.
Antara emosi-emosi yang sering dikaitkan
dengan anak-anak apabila ibu bapa mereka bercerai
adalah perasaan sedih, tertekan, malu, marah, benci,
bersalah dan sebagainya. Penzahiran emosi iaitu sama ada
emosi yang dirasai diluahkan atau tidak bergantung
kepada diri remaja tersebut. Kesedihan serta tekanan yang
dialami anak-anak menyebabkan terdapat anak-anak yang
boleh menzahirkan emosi serta tidak boleh meluahkan
emosi yang dirasainya.
Peluahan emosi ini termasuk dalam pengurusan
emosi anak-anak. Jadi, pengurusan emosi merupakan
sesuatu yang penting untuk membantu dalam memberi
sokongan serta semangat kepada anak-anak sekaligus
| 454
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mengurangkan masalah emosi yang dihadapi. Selain
strategi yang diambil oleh anak-anak itu sendiri untuk
mengurus emosi, sokongan sosial juga menjadi sumber
pengurusan emosi anak-anak. Sokongan sosial boleh
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu formal dan juga
tidak formal.
7. Pelajar Tidak Mempunyai Wang Saku Ke Sekolah
Bukan semua anak miskin ingin meneruskan
kemiskinan mereka. Mereka mahu berjaya, cuma perlu
diberi ruang dan peluang serta dibantu agar mereka
berupaya bersekolah seperti mana rakan lain. pelajar
yang terpaksa ikat perut ketika sesi persekolah kerana
tiada wang untuk membeli makanan di kantin. Malahan
ada yang mengimbau kenangan terpaksa mengikuti
pembelajaran dengan perut kosong dan hanya dapat
memerhatikan rakan lain membeli makanan di kantin
ketika waktu rehat kerana kemiskinan keluarga dan
percaya perkara itu masih berlaku sekarang.
Terpampang di media massa, portal berita
mahupun media sosial tersebar luas kisah tentang pelajar
yang mengikat perut kerana tidak punya wang untuk
makan kerana ibubapa mereka tidak dapat memberikan
wang saku. Selain dari bangku sekolah, anak-anak yang
telah bergelarsebagai mahasiswa di universiti juga
bergelut dengan kelaparan demi segulung ijazah
mahupun diploma. Adapelajar yang menahan lapar
sehingga ada yang pengsan dalam kerana tidak menjamah
makanan selama dua hari. Malah ada pula yang terpaksa
mencuri wang dari tabung masjid hanya kerana mahu
membeli makananan demi mengalas perut kosong yang
semakin pedih hingga ke hulu hati.
455 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Tak kurang pula yang lebih rela berkurung dalam
masjid membaca Al-quran untuk mengalihkan pandangan
mata dari melihat rakan- rakan menjamah nasi. Namun
apakan daya wang saku yang tinggal dalam poket
semakin kering. Keajaiban khutbah para agamawan
dimimbar masjid takkan mampu menghapuskan rasa
pedih perut yang dihimpit kelaparan yang amat sangat.
Kini nasib siswa dan siswi hampir sama keadaannya
dengan gelandangan dan warga miskin kota cuma bezanya
mereka adalah warga pelajar dalam universiti. Ramai yang
mencatu wang saku yang diberi keluarga dengan memilih
menu paling menjimatkan daripada membeli makanan di
kafe tertentu yang dikatakan agak mahal.
Rata-rata dari pelajar sekolah dan juga mahasiswa
yang kurang bernasib baik ini datang dari latar belakang
keluarga yang kurang berkemampuan dari segi kewangan
kerana memahami beban yang ditanggung olehibubapa
mereka. Dari terus menuding jari dan melemparkan kata-
kata kesat untuk bertanggungjawab pada kes ini lebih
baik kita berbincang untuk merintis jalan penyelesaian
tidak kira untuk jangka masa pendek atau jangka masa
panjang demi anak bangsa kita yang bergelar pelajar.
8. Isu Pelajar Terbiar
Pelajar terbiar merupakan bebrapa kes terpencil
yang dikesan di kampung-kampung. Pelajar terbiar lebih
ketara berlaku di bandar-bandar besar. Di bandar pelajar
terbiar ini terdiri daripada golongan keluarga
gelandangan atau jalanan.Kanak-kanak gelandangan di
bandar besar ini terbuang, menjadi pelarian, dan tinggal
di kawasan yang kotor kerana disebabkan masalah
kemiskinan dan ibubapa mereka tidak dapat untuk
menyempurnakan persekolahan anak-anak mereka.
| 456
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Untuk menghantar anak-anak ke sekolah mereka
memerlukan belanja bagi mendapatkan pakaian
persekolahan anak, yuran persekolahan, wang saku dan
juga kos pengangkutan anak ke sekolah.
Terdapat juga kanak-kanak gelandangan di atas
jalan raya di mana kanak-kanak ini bekerja atau bermain
di tepi jalan raya disebabkan oleh faktor kemiskinan
keluarga dan akan pulang ke rumah pada waktu senja
selepas berpeleseran di siang hari. Akhir sekali kanak-
kanak gelandangan yang hidup di jalanan atau tidak
mempunyai keluarga. Kanak-kanak kategori ini akan
mengemis untuk mendapatkan makanan dan
perlindungan daripada orang awam dan mereka akan
bekerja dan tinggal di kawasan yang difikirkan selamat
bagi mereka berlindung dan tidur.
Kemiskinan adalah situasi atau keadaan seseorang
tidak dapat menyediakan keperluan asas yang mencukupi
dalam kehidupan dan serba kekurangan dari segi
kewangan. Kanak-kanak daripada keluarga miskin tegar
ini beprotensi tinggi tidak akan di hantar ke sekolah. Ini
kerana Ibu bapa kanak-kanak ini menumpukan perhatian
untuk menampung keperluan asas yang kadang-kadang
tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarga.
Mereka akan memberi pelepasan kepada anak-anak
untuk mencari pekerjaan bagi membantu keluarga
mendapatkan sumber kewangan untuk menampung
kehidupan mereka.
C. Pengurusan Kesejahteraan Pelajar
1. Tiada Bilik Tidur di Rumah
Untuk isu ini ketua keluaga mestilah berusaha
sendiri untuk menyelesaikannya dengan cara membuat
permohonan melalui saluran yang betul bagi permohonan
457 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
bantuan perumahan yang telah telah banyak di
perkenalkan oleh kerajaan. Diantaranya ialah Program
Bantuan Baik Pulih Rumah Daif diantara yang telah
dilaksana oleh kerajaan. Ini adalah bertujuan untuk
memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada isi
rumah. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini akan
menyediakan tempat kediaman yang selamat, mempunyai
bilik yang sempurna dan selesa untuk dihuni bagi
menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan
sejahtera.
Terdapat beberapa kriteria kelayakan Bagi
Penerima Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif di
Bandar iaitu
i. Ketua Isi Rumah menetap di dalam kawasan operasi
Pihak Berkuasa Tempatan;
ii. Disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih
sama ada miskin tegar/ miskin/ mudah miskin/
terkeluar/ B40;
iii. Bagi yang tidak berdaftar dalam eKasih, KIR
hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group
Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau
Daerah; dan
iv. Rumah yang didiami mengalami kerosakan kecil
atau disebabkan faktor musibah seperti kebakaran,
banjir dan ribut. Walaubagaimanapun, rumah masih
boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki.
Bantuan baik pulih ini hanya melibatkan komponen-
komponen asas rumah sahaja seperti bumbung,
dinding, lantai, tingkap serta tidak melibatkan struktur
asas rumah.
v. Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan
kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti
kebakaran, banjir dan ribut; dan
| 458
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
vi. Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik
untuk dibaiki.
Di antara penerimanya ialah seramai 34 keluarga
kurang berkemampuan di Parlimen Sri Gading, dimana
rumah mereka dibaiki menerusi program Gotong Royong
Perdana. Program berkenaan bagi membantu
meringankan beban golongan memerlukan supaya dapat
tinggal di kediaman lebih selesa dan sempurna.
Peruntukan RM500,000 disalurkan Jabatan Perdana
Menteri (JPM) bagi membiayai program itu membabitkan
penduduk yang dipilih menerusi data e-Kasih Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) selain maklumat masyarakat
setempat.
Proses membaiki rumah penduduk berkenaan
dibuat menerusi konsep sukarelawan membabitkan
anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Peruntukan
hanya digunakan untuk membeli peralatan membaiki
rumah. Antaranya menggantikan zink, dinding rumah
termasuk tingkap atau pendawaian elektrik baharu.
Kosnya antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi sebuah
rumah Husin Tahir, 63, salah seorang daripada mereka di
Kampung Tebing Tinggi, Tongkang Pechah, dekat sini hari
ini.
Sementara itu, Husin bersyukur terpilih menerima
bantuan berkenaan.Keluarga saya sudah 30 tahun
menumpang tanah di sini bagi mendirikan rumah untuk
tempat berteduh. Saya hanya kerja kampung mengikut
ihsan penduduk. Alhamdulillah menerusi bantuan ini,
dinding dapur rumah dan penghadang bilik yang sudah
reput, atap zink yang bocor serta pendawaian elektrik
yang baharu diberikan sekali gus memberi kelegaan
kepada mereka sekeluarga.
459 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
2. Pemakanan Selamat Untuk Pelajar
Panduan piramid makanan membantu dalam
memilih diet yang seimbang. Makanan diletakkan pada
aras yang berbeza di dalam piramid makanan
berdasarkan kepada nilai nutrien utama (Kementerian
Kesihatan Malaysia, 2011). Makanan dengan nilai nutrien
tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan, manakala
makanan yang mempunyai nilai nutrien terendah
diletakkan pada puncak piramid makanan.
Jumlah amaun makanan yang dibenarkan adalah
berbeza di antara individu. Oleh itu pemilihan makanan
harus mengikut bahagian yang dinyatakan dalam
panduan piramid makanan (Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2011). Jenis makanan harus dipilih dari setiap
aras piramid mengikut turutan, pilihan terbaik dan perlu
dimakan paling banyak adalah daripada aras satu atau
dasar piramid, dan makanan dari aras puncak piramid
makanan perlu diambil dengan kadar paling sedikit
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011).
Panduan Diet Malaysia menekankan pengambilan
pelbagai jenis makanan berasaskan Piramid Makanan
Malaysia. Pelbagai jenis makanan membekalkan nutrien-
nutrien berbeza yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu
pun jenis makanan dapat memberi kesemua tenaga,
nutrien dan komponen makanan yang kita perlukan.
Langkah kerajaan menerusi Kementerian
Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengawal jenis
makanan yang dijual di sekolah dianggap penting dalam
menangani isu pelajar memakan makanan tidak
berkhasiat. Kita ingin anak di sekolah dapat belajar dalam
keadaan cergas dan sihat, menjayakan pelbagai aktiviti
kokurikulum selain pembelajaran.Kempen ini juga
pastinya akan memberi kesedaran kepada pengusaha
| 460
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
kantin agar menyediakan makanan yang bersih dan
berkhasiat seperti bekalan yang dibawa oleh murid.
Amalan 'memasak seperti hendak makan sendiri'
oleh pengusaha kantin akan menarik minat murid atau
guru sekolah untuk membeli walaupun pasti tidak
sama dengan menikmati masakan ibu atau isteri yang
dianggap paling sedap. Selain anak dapat mengelakkan
diri daripada memakan makanan yang tercemar atau kitar
semula, ia juga sangat bertepatan dengan situasi kos
hidup yang melambung tinggi. Perbelanjaan harian ibu
bapa juga dapat dijimatkan.
Bagi keluarga yang mempunyai anak ramai,
kaedah ini boleh menjimatkan wang saku harian pelajar.
Hakikatnya bagi kalangan ibu bapa bekerja, membawa
bekalan makanan lebih menjimatkan. Jika semasa kecil,
ada amalan membawa bekal, bila dewasa dan bekerja
tidaklah kekok untuk seseorang membawa bekal ke
tempat kerja. Walaupun menunya ringkas, ia memberi
kepuasan tersendiri. Walaupun roti sekadar disapu kaya,
ia sudah cukup untuk mengalas perut, manakala yang
rajin boleh bertukar menu setiap hari. Memang ada
sesetengah orang kurang selesa makan di kedai apalagi
kedai yang tahap kebersihannya agak rendah dan
menjijikkan.
Oleh itu, sekiranya merancang, pastikan
pemakanan terdiri daripada pelbagai jenis makanan untuk
memenuhi sebahagian daripada keperluan harian. Selain
daripada pelajar juga diharapkan dapat memberi panduan
kepada ibu bapa untuk menyediakan makanan yang
seimbang kepada keluarga dan anak-anak dan dapat
mendidik anak-anak dari rumah cara pemakanan yang
sihat dan dengan didikan awal dari rumah ini diharapkan
461 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dapat diaplikasikan apabila berada di luar rumah
terutamanya di sekolah dan universiti.
3. Isu Berkesedudukan
Untuk penyelesaian permasalahan ini semestinya
bermula dari ibubapa, sekolah, masyarakat sekeliling
seterusnya pihak kerajaan yangbertanggungjawab. Jika di
rumah lagi anak diberikan dengan ilmu agama yang cukup
seperti mengaji, fardu ain dan sebagainya lagi maka ianya
boleh dianggap bekal yang sangat berguna untuk anak-
anak membawanya lebih jauh lagi.
Contohnya apabila anak meyambung pelajaran
jauh daripada ibubapa mereka dan mereka telah
diberikan ilmu agama yang cukup oleh ibubapa mereka,
maka anak itu tidak mudah untuk membuat sesuatu yang
salah seperti merokok, mencuri, minum arak dan juga
tidak akan melakukan pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan. Anak-anak akan menjaga maruah
ibubapa dan sentiasa mengingati pesanan mereka.
Di sekolah guru-guru merupakan pengganti kepada
ibubapa pelajar. Sudah menjadi tanggungjawab pihak
sekolah untuk memastikan anak-anak didik menjadi orang
yang berilmu dari sudut dunia dan juga akhirat. Jika para
pelajar mendapat yang sepatutnya walaupun sejauh mana
pelajar itu pergi maka ia akan sentiasa ingat tempat
permulaanya dan kembali semula apabila mereka
terpesong. Dengan pengertian lain pelajar yang menerima
ilmu agama dan amalan hidup yang berguna akan susah
untuk melakukan sesuatu yang terkeluar dari landasan
ataupun norma kehidupan.
Masyarakat juga mestilah memainkan peranan
mereka seperti dahulukala dimana mengambil kisah apa
yang berlaku di kejiranan mereka. Contohnya kejiranan
| 462
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mestilah tahu siapa jiran mereka, mengetahui
permasalahan yang sepatutnya dibantu, memberi
sokongan dan bertegur sapa dengan penyewa bujang
ataupun pelajar yang tinggal di taman mereka. Jika
perkara ini dapat dilakukan semula maka setiap
individu akan lebih bertanggungjawab, menjaga
tuntutan agama, etika sebagai seorang Islam dan akan
menjaga nama baik mereka daripada melakukan perkara
seperti isu yang dibincangkkan iaitu ber kesedudukan.
Untuk mengatasi masalah isu berkesedudukan
pelajar-pelajar yang telah terjebak sepatutnya dibantu dan
bukanya terus dihukum. Menurut Ali Yacob (1995) dan
Mohamed Sharif (1998) kaunseling Islam merujuk kepada
suatu proses pertolongan yang diberi untuk menolong
meredakan sebarang permasalahan yang berkaitan
psikologi yang wujud oleh tekanan perasaan seperti takut,
sedih, dan marah disamping mengenalpasti dan
memperkembangkan potensi diri kearah mengubah sikap
dan tingkah laku yang lebih sesuai, dan mencapai
kesejahteraan di dunia dan akhirat dengan banyak
bersyukur ketika senang dan bersabar ketika susah.
Dalam konteks ini, pendekatan kaunseling Islam
adalah pertolongan kaunselor menolong klien mengikut
syara Islam melalui cara bermuhasabah diri, bertaubat
(Nasuha), dan merenung kegerunan siksaan dan azab
alam kubur dan alam neraka. Klien dinasihatkan dengan
melakukan perbuatan amar makruf nahi mungkar dalam
usaha proses pemulihan.
4. Masalah Disiplin
Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam
menangani masalah disiplin pelajar . Ibu bapa sebagai
individu yang paling hampir dengan pelajar perlu sentiasa
463 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mengambil berat akan anak-anak mereka, contohnya
dengan memantau pergaulan anak-anak selain mengambil
tahu perihal rakan sebaya mereka. Rakan sebaya
merupakan pengaruh dominan yang akan mengubah
tingkah laku anak-anak. Oleh itu,wajarlah ibu bapa
memastikan anak-anak mereka bergaul dengan rakan
yang baik. Ibu bapa juga perlu banyak meluangkan masa
bersama-sama anak-anak untuk mengurangkan
penggantungan anak terhadap rakan sebaya di samping
membantu anak menyelesaikan masalah yang dihadapi .
Ibu bapa perlu mendidik anak sejak kecil dengan
didikan agama dan akhlak yang baik, sesuai dengan
peribhasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Didikan agama dapat menjadi benteng kepada anak-anak
selain membolehkn mereka membezakan perkara yang
baik dengan yang buruk. Ibu bapa boleh mendidik sendiri
atau menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas agama
seperti kelas KAFA, PAFA, dan sebagainya.
Anak-anak yang dididik dengan sempurna sejak
kecil akan menjadi insan yan berguna kepada keluarga,
masyarakat, dan negara. Kerjasama ibu bapa dengan
pihak sekolah amat diperlukan dalam perkara- perkara
yang melibatkan pelajar. Ibu bapa melalui Persatuan Ibu
Bapa dan Guru boleh berperanan sebagai orang tengah
dalam menyelesaikan masalah antara pelajar, guru dan
masyarkat setempat. PIBG boleh menganjurkan pelbagai
aktiviti yang memberi manfaat kepada pelajar.
Ibu bapa juga perlu membuang sikap terlalu
memanjakan anak. Mereka perlu sentiasa berfikiran
terbuka dalam perkara-perkara yang melibatkan perilaku
anak-anak. Perbincangan dengan pihak sekolah
merupakan jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah
disiplin pelajar. Dengan cara ini, perilaku negatif dapat
| 464
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dikurangkan seterusnya menggambarkan kerjasama erat
antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Jelas, ibu bapa
memainkan peranan yang besar dalam menangani
masalah disiplin pelajar. Kerjasama semua pihak dapat
mengatasi masalah disiplin pelajar dan mewujudkan
kesejahteraan, suasana pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif kepada pelajar.
Langkah lain ialah mengenal pasti remaja
mempunyai perbezaan dalam kesediaan emosi, kesediaan
kognitif dan kesediaan psikomotor. Kita perlu memikir
dan mempertimbangkan kemampuan, keupayaan,
kebolehan dan kesediaan kanak-kanak mengikut tahap
perkembangan mereka. Guru yang mengajar kanak-kanak
pada peringkat awal perlu lebih kreatif dan fleksibel
dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap
perkembangan dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak
dan mengubahsuai teknik pengajaran mereka mengikut
keperluan kanak-kanak tersebut.
Oleh itu, persediaan dan pengalaman awal kanak-
kanak memerlukan pembelajaran yang terancang,
menarik dan relevan dengan perkembangan semasa serta
dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak yang
akan meneruskan perkembangan diri mereka ke
peringkat yang lebih tinggi.
5. Pilih Kasih
Kanak-kanak harus diraikan kerana mereka inilah
yang bakal menerajui negara pada masa hadapan
ditambah dengan pelbagai cabaran yang perlu mereka
tempuhi sesuai dengan kepesatan ekonomi dan teknologi.
Persepsi kanak-kanak sama seperti mana 30 tahun dahulu
sudah lapuk memandangkan mereka kini terdedah
dengan pelbagai kecanggihan teknologi sekaligus
465 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mengubah corak pemikiran mereka mengenai pelbagai
perkara.
Berhadapan dengan kanak-kanak ataupun para
pelajar diakui bukannya mudah kerana masing-masing
mempunyai sikap dan personaliti tersendiri, namun
sebenarnya ada cara untuk memikat hati mereka
sepertijadikan anak murid sebagai kawan.Guru-guru
mestilah menggunakan pendekatan berbeza bagi
memastikan semua pelajarnya dapat memberi tumpuan
ketika berada di dalam kelas.
Seseorang guru tidak boleh meletakkan jurang di
antara seseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Guru
mesti bijak mengawal psikologi murid dan boleh
menganggap mereka sebagai rakan serta melayan mereka
dengan rasa hormat. Jika seseorang guru ditugaskan
untuk mengajar kelas paling hujung seseorang guru
seharusnya tidak merasakan itu sebagai bebanan tetapi
jalankan cabaran untuk membentuk sikap kreatif bagi
menarik minat pelajar.
Sebagai insan yang bergelar seorang guru juga
perlu bijak mengawal perasaan dan keadaan terutamanya
apabila berhadapan dengan segelintir pelajar
bermasalah.Paling baik adalah jangan abaikan mereka,
hormati mereka kerana dengan cara itu InsyaAllah dapat
melembutkan hati anak murid apabila seseorang guru
tunjukkan kebaikan.Komunikasi dua hala bukan sahaja
penting tetapi sebagai guru kita perlu mendengar apa
masalah mereka.
Selain itu KPM telah mengambil tindakan awal
untuk kes ini dimana pada peringkat persediaan untuk
menjadi guru lagi kementerian pelajaran telah
menitikberatkan subjek sahsiah sebagai seorang guru dan
psikologi serta motivasi remaja. Jika terdapat segelintir
| 466
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
guru yang bersikap pilih kasih kepada anak didik ianya
menjadi tanggungjawab pihak sekolah seperti
mengadakan program motivasi untuk guru dan ada guru
yang perlu dihantar semula menjalani kursus psikologi
pendidikan yang dianjurkan oleh KPM.
6. Perpecahan Keluarga
Banyak kes perceraian yang berlaku di sekeliling
kita. Apa yang menjadi masalahnya ialah anak-anak akan
menjadi mangsa kepada keadaan ini. Anak-anak pasangan
yang bercerai ini akan mejadi tertekan dan terabai akibat
konflik ibubapa mereka. Oleh itu setiap pasangan bolehlah
mengambil pengiktibaran dari kisah Rasulullah SAW
dengan model terbaik dalam membina keluarga.
Keluarga yang baik akan melahirkan masyarakat
yang baik dan berakhlak mulia. Oleh itu, dalam melakukan
kebaikan, ahli keluarga kelompok paling utama perlu
diberi perhatian. Rasulullah SAW adalah model terbaik
dalam membina keluarga, seterusnya membina
masyarakat dan ummah yang mempunyai keperibadian
mulia. Baginda SAW begitu sayang kepada ahli keluarga
dan menyantuni bapa saudaranya, Abi Talib yang masih
belum beriman dengan agama Islam.
Baginda bukan sahaja mengharapkan kebaikan
pada dirinya, bahkan mengharapkan kebaikan untuk ahli
keluarganya. Dakwahnya tidak terhenti kepada Abi Talib
sehinggalah bapa saudaranya itu meninggal dunia.
Janganlah kita mengharap untuk memasuki syurga Allah
SWT bersendirian, tetapi tanamlah perasaan dalam diri
untuk memasuki syurga bersama ahli keluarga
kita.Golongan salihin dahulu menghafal nama ahli
keluarga mereka sehinggalah pada nasabnya kerana
mereka begitu menyayangi ahli keluarga.
467 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Jangan sekali-kali melakukan kebaikan hanya
untuk mendapat pengiktirafan manusia. Tidak kurang
manusia yang melakukan kebaikan hanya kepada orang
lain untuk diperlihatkan kebaikan itu kepada masyarakat,
sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga
sendiri. Kebaikan yang dilakukan adalah untuk mendapat
keredaan daripada Allah SWT, bukan pengiktirafan
manusia.
Jika kebaikan yang diberikan kepada orang lain,
maka kepada ahli keluarga adalah lebih daripada itu iaitu
memberikan ihsan. Ada kala melakukan kebaikan kepada
orang lain itu sangat mudah berbanding melakukan
kebaikan kepada ahli keluarga. Belum tentu seseorang
yang dipandang masyarakat itu baik adalah orang yang
baik terhadap ahli keluarganya. Banyak pengajaran yang
dapat membantu kita melalui model terbaik dalam
membina keluarga yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
7. Pelajar Tidak Mempunyai Wang Saku Ke Sekolah
Dalam aspek kehidupan berkeluarga, keluarga
besar walau di mana sahaja berada, menempuh
kehidupan sukar memikirkan bagaimana menyesuaikan
sumber pendapatan sedia ada dengan kos sara hidup
semasa. Justeru, apa salahnya jika budaya membawa bekal
ke sekolah atau ke tempat kerja dijadikan amalan dan
alternatif bagi menjimatkan perbelanjaan seharian.
Membawa bekal ke sekolah atau pejabat masakan ibu atau
isteri, memberi peluang kepada anak menikmati makanan
yang berkhasiat.
Mengimbau di zaman sekolah rendah dan
menengah sekitar 1980-an hingga 1990, ramai pelajar
suka membawa bekal ke sekolah. Seronok menikmati
masakan ibu di pangkin konkrit di bawah pokok atau di
| 468
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
kantin. Perasaan ketika itu tidak sedikit pun malu. Apa
hendak dimalukan kerana bekal yang dibawa adalah hasil
air tangan ibu yang penuh kasih sayang, terasa sangat
sedap dan menyelerakan. Kami makan sambil berbual-
bual di bawah pokok. Kata orang, masakan paling sedap
dalam hidup kita adalah masakan seorang ibu.
Ibu bangun awal pagi menyiapkan makanan
sebagai bekalan ke sekolah. Bila belajar sesi petang, jam 11
pagi ibu sudah menyiapkan masakan tengah hari untuk
dijadikan bekal dibawa ke sekolah. Sebenarnya, masakan
ibu antara makanan berkhasiat dan segar. Makanan yang
dibawa dari rumah ke sekolah diketahui tahap kebersihan
dan kualiti masakan kerana ia masakan segar.
Namun, cabaran dihadapi adalah jika ibu atau isteri
berkerjaya kerana mereka juga mungkin sibuk bersiap ke
tempat kerja seawal pagi. Mungkin ibu tidak sempat lagi
menyediakan makanan lalu wang sahaja akan diberi
kepada anak. Setiap hari ibu bapa akan memberi wang
saku ke sekolah. Selain itu, sekiranya ibu bapa sempat
memasak dan bekalan makanan diberikan kepada anak,
setidak-tidaknya pelajar boleh menjimatkan wang belanja
dan selebihnya boleh ditabung.
Oleh kerana sudah kenyang bersarapan ditambah
dengan bekalan makanan, wang saku boleh disimpan
atau menabung untuk hari depan. Hari ini kerajaan
menyediakan pelbagai medium untuk pelajar sekolah
menabung melalui bank atau saham amanah yang
diwujudkan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Mengehadkan belanja anak di sekolah apabila
menggantikannya dengan bekal juga dapat mengawal
tabiat anak daripada membeli makanan ringan yang
mengundang kesan sampingan terhadap kesihatan seperti
obesiti.
469 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Selain itu pelajar-pelajar yang layak akam
menerima bantuan makanan ataupun Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan oleh KPM
kepada pelajar yang layak. Dengan iniakan dapat
membantu keluarga yang miskin ataupun tiada wang saku
untuk turut sama menjamah makanan semasa berada di
sekolah.
8. Isu Pelajar Terbiar
Malaysia boleh belajar sesuatu daripada kaedah
yang dilaksanakan di negara Thailand dalam menangani
isu bayi dan kanak-kanak terbiar serta anak-anak yang
tidak mempunyai kerakyatan di negara itu, kata Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Dr
Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat berkata Malaysia tertarik
dengan komitmen kerajaan negara jiran itu dalam
memastikan kanak-kanak tersebut turut mendapat
pembelaan sewajarnya.
Lawatan beliau ke Thai Red Cross Children's Home
(RCCH) dan tertarik dengan keprihatinan kerajaan
Thailand untuk memastikan bayi dan kanak-kanak ini
mendapat perhatian sewajarnya agar keperluan asas
mereka seperti pendidikan dan kesihatan dapat diberikan
kepada setiap bayi dan kanak-kanak yang dilahirkan di
negara itu. Pihak berwajib Thailand akan berusaha dalam
mencari keluarga terdekat kepada kanak-kanak yang
terbiar yang diambil berlindung di pusat
berkenaan.Mereka akanmencari keluarga sebenar atau
keluarga terdekat dan kanak-kanak berkenaan akan
dikembalikan kepada keluarga mereka, jika keluarga
asal terlalu miskin pusat ini akan terus menjaga anak yang
terbuang itu malah pusat perlindungan ini juga
| 470
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mempunyai program pengambilan anak angkat termasuk
dari luar negara. Rumah perlindungan itu yang
menempatkan lebih 600 kanak-kanak terbiar sejak
penubuhannya 38 tahun yang lalu.
Rumah itu ditubuhkan pada 17 Sept, 1981, atas
keprihatinan Puteri Maha Chakri Sirindhorn, Naib
Presiden Eksekutif Thai Red Cross Society, bagi bayi yang
ditinggalkan ibu mereka selepas dilahirkan di
Chulalongkorn Memorial Hospital, Queen Sawangvatana
Memorial Hospital di Sri Racha, dan agensi Red Cross
Thailand yang lain.Rumah itu memberi penjagaan kepada
kanak-kanak yang terbiar dalam usaha membantu mereka
merealisasikan potensi perkembangan fizikal, mental dan
sosial.
Penjagaan perubatan juga disediakan oleh pakar
pediatrik, jururawat dan sukarelawan di sana.Rumah itu
mengurus tidak lebih daripada 50 kanak-kanak pada satu-
satu masa dan ketika ini, ia menempatkan 47 orang terdiri
daripada bayi sehinggalah kanak-kanak berumur tujuh
tahun, yang terbiar.Pentadbir rumah itu turut mengesan
ibu bapa atau saudara-mara 117 kanak-kanak yang terbiar
untuk disatukan semula dengan keluarga mereka sejak 34
tahun yang lalu.
Usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Thailand
ini menampakan suatu usaha yang murni untuk membantu
anak-anak pelajar yang terbiar di negara mereka. Malaysia
juga seharusnya mengikut jejak langkah ini agar nasib
malang golongan pelajar terbiar ini dibela dan anak- anak
tidak bernasib baik ini mendapat pembelaan dari kita
semua. Jika kita biarkan sahaja perkara ini terus berlaku
maka banyak lagi masalah negetif lain yang akan timbul
seperti masalah pengemis,merompak,pelacuran dan
sebagainya lagi.
471 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
D. Rumusan
Secara keseluruhan, kesejahteraan murid adalah salah
satu perkara penting yang memerlukan tindakan oleh kerajaan
dalam meningkatkan dan menaikkan martabat sistem
pendidikan di Malaysia. Selain daripada strategi untuk
mengurangkan keciciran murid dalam pendidikan. Usaha murni
ini juga adalah untuk menaik taraf nilai komuniti sosial di
Malaysia. Kerajaan Malaysia bukan sahaja ingin rakyat yang
maju dan gah dalam bidang pendidikan sahaja tetapi mutu dan
status kelompok sosial yang sihat dalam persaingan dan
mempunya kualiti sebagai insan yang membawa identiti
nasional ke peringkat antarabangsa.
Selain itu, dengan adanya program ataupun
penyelesaian untuk setiap permasalahan kesejahteraan pelajar,
pendidikan untuk anak-anak yang tidak bernasib baik ini akan
dapat dibantu dan mengajar rakyat Malaysia untuk bersyukur
dan bersatu padu dalam membantu golongan yang tidak
bernasib baik ini. Rakyat perlu menyokong program-program
muafakat untuk melahirkan identiti nasional yang mempunyai
kerohanian dan emosi yang bertaraf kelas pertama.
Dalam melakukan pembaharuan dan perubahan pasti
ada cabaran dan implikasi yang harus dihadapi dan
dibincangkan. Langkah-langkah mengatasi masalah yang timbul
dan pelan pelaksanaan serta perancangan perlulah dirangka
terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Usaha dalam pelaksanaan
meningkatkan kesejahteraan pelajar ini haruslah dipandang
murni oleh semua pihak dan sama-sama memberi sokongan
penuh dalam menjayakan program ini.
| 472
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
BAB XII
SOSIALISASI DAN PENCAPAIAN MURID
Zurinawati binti Hamzah
A. Pengenalan
Sosialisasi adalah proses interaksi antara satu individu
dengan individu yang lain. Proses sosialisasi telah bermula
sejak seseorang individu itu lahir telah melalui proses tersebut
pada peringkat permulaan bermula dalam keluarga dan ia
memainkan peranan penting dalam perkembangan masa
depan seseorang. Seterusnya proses interaksi akan berkembang
dalam sesebuah masyarakat. Apabila terdapat lebih daripada
tiga orang dalam sesuatu kumpulan manusia yang saling
berhubung antara satu sama lain, maka kelompok ini sudah
dinamakan masyarakat.
Dalam mencapai sesuatu matlamat masyarakat
berkenaan, interaksi sosial ini menjadi satu elemen yang sangat
penting. Bagi membentuk personaliti seseorang individu yang
tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat, sosialisasi juga
merupakan proses di mana seseorang individu mempelajari
dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh
masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup.
473 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu
kumpulan atau melakukan kawalan diri tanpa sosialisasi.
Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan
peranan sosialnya dengan sempurna tetapi secara
keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk
mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai
dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan
terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti.
Sosialisasi sentiasa berlaku kepada seseorang individu
secara sedar atau tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar
secara langsung, cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-
nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan
nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak
langsung juga akan dipelajari oleh kanak-kanak hasil daripada
tingkah laku-tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-
orang dewasa di sekitarnya.
Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak
dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia
melalui proses interaksi sosial atau sosialisasi. Sosialisasi
mengubah organisma biologikal kepada insan sosial. Seseorang
belajar isi kandung kebudayaannya melalui sosialisasi. Melalui
sosialisasi juga kebudayaan manusia dapat dipindahkan
daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan
masyarakat menjadi bertambah luas. Ia bukan sahaja sekadar
biasa dengan peraturan-peraturan dan amalan-amalan
keluarganya, ia akan sedar bahawa alam persekolahan juga
mempunyai peraturan- peraturan yang ketat yang
memerlukannya berkelakuan baik. Di sekolah kanak-kanak
belajar sosialisasi secara formal dan tidak formal.
Secara formal adalah yang ditentukan oleh kurikulum
sekolah dan secara tidak formal pula melalui kurikulum
tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana
| 474
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
baru sekolah seperti beratur mengikut giliran, mengikut
peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam
aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru dan rakan sebayanya
menjadi orang-orang yang penting kepadanya. Adalah didapati
guru-guru memainkan peranan yang penting selepas ibu bapa
dalam perkembangan moral kanak- kanak.
Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah,
personaliti dan pergaualan guru besar dan guru lain, termasuk
kaki tangan sekolah, mempunyai pengaruh terhadap
perkembangan moral kanak-kanak di sekolah. Di kebanyakan
negara luar seperti Amerika Syarikat pendidikan awal kanak-
kanak sangat ditekankan bagi membentuk peribadi seorang
kanak-kanak. Pembelajaran secara santai dan dalam bentuk
permainan yang boleh membina daya pemikiran dan
menghasilkan interaksi kanak-kanak tersebut semakin meluas.
Seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh rakan
sebayanya. Apa yang mereka cakapkan, lakukan, bahasa yang
digunakan, semua ini akan meninggalkan kesan ke atas kanak-
kanak. Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling
efektif berbanding dengan sosialisasi melalui keluarga mereka
kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara tidak formal dan
tidak sengaja. Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang
mengandungi individu yang biasanya mempunyai umur dan
taraf yang hampir sama. Kumpulan rakan sebaya boleh jadi
kumpulan bermain kanak-kanak.
Aktiviti kumpulan rakan sebaya adalah berbentuk
secara tanpa disedari dan sukarela, ahlinya terdiri daripada
yang sama taraf dan dipilih berdasarkan suka sama suka dan
mengikut keserasian antara satu sama lain. Dalam kumpulan
rakan sebaya mereka suka tanpa diganggu oleh pihak yang lebih
berkuasa seperti ibu bapa atau sekolah. Mereka belajar
berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma
kumpulan tersendiri. Kumpulan rakan sebaya, terutama
475 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
peringkat remaja, mempunyai pengaruh kuat ke atas tingkah
laku individu. Kesan buruk rakan sebaya boleh berlaku apabila
ahli kumpulan dikehendaki menolak nilai-nilai ibu bapa dan
masyarakat, dan mengikut nilai norma kumpulannya. Pada
peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya biasanya
mempunyai sub-budaya tertentu, mereka mempunyai cara
bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan
rakan sebayanya. Jurang generasi kerap berlaku pada peringkat
ini.
Walau bagaimanapun, tidak semua kumpulan rakan
sebaya membelakangkan nilai dan norma yang dipegang oleh
keluarga dan masyarakat, terdapat kumpulan rakan sebaya
yang diwujudkan dengan bantuan dan restu daripada keluarga
ahli-ahli kumpulan rakan sebaya masing-masing. Adalah
didapati kumpulan rakan sebaya hari ini memainkan peranan
penting dalam proses sosialisasi individu berbanding dengan
masa dahulu.
Sekolah merupakan agen sosialisasi yang sangat penting
bermula dari peringkat kanak-kanak sehinggalah remaja. Jika
dilihat seseorang individu bermula usia 7 hingga 17 tahun,
masa yang dihabiskan di sekolah adalah lebih lama berbanding
bersama keluarga di rumah. Ini bergantung kepada keadaan
keluarga, mungkin usia persekolahan bermula lebih awal. di
taska dan tadika. Ini menyebabkan sekolah bukan saja menjadi
tempat menuntut ilmu bahkan warganya sudah pasti akan
berinteraksi antara satu sama lain bagi memenuhi tuntutan
hidup. Sosialisasi berlaku di sekolah boleh diklasifikasikan
kepada empat cara; pertama, interaksi murid bersama murid.
Kedua, interaksi guru bersama murid, ketiga interaksi antara
kakitangan sekolah dan interaksi pihak sekolah bersama
masyarakat setempat dan komuniti.
Sosiolisasi berlaku apabila berlaku interaksi antara
murid dengan murid di sekolah. Proses interaksi ini boleh
| 476
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
berlaku semasa aktivti PdPc dan juga ketika aktiviti
kokurikulum. Konsep PdPc yang terdapat dalam Pembelajaran
Abad Ke 21 sangat memerlukan kemahiran sosialisasi yang
tinggi kerana bagi menjalankan aktiviti PAK 21 setiap murid
perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk berkongsi idea
dan pengalaman mereka. Semasa menjalankan aktivti PdPc,
murid juga akan digalakkan untuk membincangkan tajuk yang
diajar bersama rakan-rakannya dan membuat refleksi dan
rumusan daripada apa yang difahami dan dipelajarinya.
Daripada perbincangan kumpulan tersebut, proses
sosialisasi akan terbentuk dan murid akan berkomunikasi
antara satu sama lain. Selain itu, proses sosialisasi juga boleh
berlaku apabila aktiviti kokurikulum dijalankan. Aktiviti
kokurikulum adalah amat penting dijalankan di sekolah. Ini
kerana melalui aktiviti ini, murid dapat meluaskan
persahabatannya bersama murid lain berasaskan minat dan
bakat yang sama. Selain daripada itu, pelajar juga dapat
mempraktikkan konsep kepimpinan yang dipelajarinya dalam
bilik darjah. Justeru itu, melalui kepimpinan persatuan, murid
akan bersosialisasi dengan khalayak yang dipimpinnya.
Sosialisasi antara murid dan murid semasa aktiviti
kokurikulum
477 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi antara
guru dan murid. Interaksi inilah yang sangat penting kerana
guru merupakan sumber ilmu pengetahuan yang akan
diperolehi oleh seorang murid. Dalam soal ini, murid secara
tidak langsung akan mempelajari bagaimana cara untuk
berinteraksi dengan individu yang lebih tua daripadanya. Selain
daripada mendidik berkaitan dengan sukatan pelajaran yang
telah ditetapkan oleh kementerian, guru juga seharusnya
menerapkan norma dan nilai sosial yang baik kepada muridnya.
Nilai yang diterapkan diharapkan dapat membantu muridnya
bersosialisasi dengan lebih baik dalam masyarakatnya. Guru
memainkan peranan yang sangat penting dan berpengaruh
dalam diri seorang murid dalam sosialiasi.
Guru juga diibaratkan sebagai seorang ayah dan ibu di
sekolah, justeru guru yang cemerlang adalah guru yang mampu
memberikan mutiara ilmu dan menjadi contoh teladan yang
baik untuk murid-muridnya serta mampu untuk membimbing
muridnya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Sebaliknya jika
sosialisasi guru dengan murid tidak berlaku dalam suasana
yang positif akan memberikan kesan yang mendalam bagi
seorang murid.
Interaksi antara guru dan guru juga perlu wujud dalam
sausana yang baik. Dalam sebuah intitusi pendidikan, guru
merupakan komponen utama sebagai penggerak untuk
mencapai visi dan misi sekolah. Bagi memastikan matlamat ini
tercapai, kerjasama yang erat di kalangan guru sangat
diperlukan. Sosialisasi yang berkesan sangat penting bagi
melancarkan pengurusan di bilik darjah, permuafakatan dalam
panitia dan bidang masing-masing, pelaksanaan kokurikulum
secara sistematik serta mempunyai semangat kekitaan dalam
setiap program yang dijalankan di sekolah.
Semua perkara yang melibatkan organisasi sekolah akan
menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika para guru
| 478
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Walau sehebat
mana seseorang guru, beliau tidak akan mampu menjalankan
amanah yang diberikan dengan baik secara bersendirian tanpa
bantuan rakan guru yang lain. Tidak salah jika dinyatakan guru
adalah agen sosialisasi yang paling berpengaruh dalam diri
seorang murid kerana guru menjadi pemangkin dalam
kecemerlangan seorang murid seterusnya dalam kejayaan
sebuah sekolah.
Proses sosialisasi juga berlaku apabila wujud interaksi
antara kakitangan sekolah. Interaksi yang dimaksudkan adalah
interaksi keseluruhan kakitangan sekolah daripada tukang
kebun, tukang masak, tukang sapu, pembantu am rendah,
pemandu, kerani, kakitangan pentadbiran, guru-guru, penolong
kanan dan guru besar. Proses sosialisasi berlaku dengan
wujudnya interaksi antara golongan yang telah dinyatakan.
Persekitaran sekolah yang bersih, kawasan sekolah dihiasi
dengan pokok bunga yang ceria dan pokok-pokok yang segar
serta mampu memberikan bekalan oksigen yang maksimum
kepada warga sekolah dan peralatan makmal yang kemas,
tersusun serta selamat bagi murid. Semua itu memerlukan
hubungan yang baik antara kakitangan sekolah dan seterusnya
menjadi pemangkin kepada kecemerlangan institusi tersebut.
479 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Selain daripada itu, sekolah perlu berinteraksi dengan
ibubapa, masyarakat setempat dan komuniti. Setiap sekolah
sudah pasti mempunyai Penglibatan Ibubapa dan Komuniti
(PIBK). Interaksi secara berkala sentiasa wujud melalui PIBK.
Tetapi sosialisasi dengan ibubapa tidak perlu terhad kepada
pertemuan PIBK sahaja. Interaksi antara sekolah dan ibubapa
perlu sentiasa wujud mengikut keperluan bagi memastikan
perkembangan pembelajaran murid akan turut dipantau oleh
ibubapa mereka. Ibubapa perlu sentiasa bersedia hadir ke
sekolah jika dijemput oleh pihak sekolah bagi sesi pertemuan
dengan guru-guru yang mengajar anak mereka.
Sekolah pula perlu bersosialiasi dengan masyarakat
setempat dan komuniti kerana mereka boleh menjadi mata dan
telinga bagi pihak sekolah. Sosialisasi ini sangat penting jika
melibatkan kes salah laku murid yang dilakukan di luar
kawasan sekolah dan bantuan dari pihak polis juga sangat
diperlukan dalam menangani isu pelanggaran disiplin murid
tersebut.
Sekolah sememangnya antara agen sosialisasi.
Kewujudannya pada hakikatnya memberikan faedah yang
cukup banyak kepada masyarakat sekitarnya. Perlu difahami,
sekolah bukan hanya tempat menuntut ilmu, bahkan adalah
satu institusi yang mampu membentuk masyarakat yang mapan
melalui peranan yang dimainkannya.
| 480
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
B. Sekolah Penyayang
Sekolah penyayang merupakan konsep yang penting
dalam sistem pendidikan Malaysia yang dilancarkan pada tahun
2012. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan
cabaran ketujuh dalam wawasan 2020, iaitu masyarakat
penyayang dan budaya penyayang. Konsep ini mampu
menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.
Sekolah penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang
holistik bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu
pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani
dan mempunyai disiplin siri yang tinggi. Sekolah Penyayang
mampu melahirkan warga sekolah yang memiliki sifat
kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil
berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,
prihatin dan sabar.
Sekolah Penyayang mampu melahirkan warga sekolah
yang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting
yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai
kewujudannya dan disayangi setiap masa seterusnya
menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat
kepada sekolah. Membudayakan amalan penyayang juga
merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya
dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
Sekolah Penyayang mampu melahirkan warga
sekolah yang mempunyai jati diri dan amalan kepimpinan.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memberi panduan
pelaksanaan Amalan Sekolah Penyayang, namun begitu
terpulang kepada pihak sekolah untuk memilih program dan
aktiviti yang boleh disesuaikan mengikut situasi, lokasi,
keadaan dan budaya yang terdapat di sesebuah sekolah.
481 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Amalan Sekolah Penyayang dilaksanakan secara
berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Bagi fasa
pertama pelaksanaannya, sekolah dicandangkan untuk
menjalankan tiga aktiviti berikut;
Mengalukan Kehadiran
Murid
Amalan Sekolah Memberi Penghargaan
Penyayang Kepada Murid
Program Mentor
Mentee
Namun terdapat juga aktiviti sampingan yang lain
dirancang untuk mengukuhkan nilai kasih sayang dan
mengambil berat di antara guru dan murid. Aktiviti sampingan
lain yang dicadangkan adalah seperti:
| 482
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Program Serasa Program Kami Anugerah Murid
Bersama Sayang Contoh
Merisik Bersihkan
Khabar Minda
1. Mengalu-alukan kehadiran murid.
Guru-guru digalakkan mengalu-alukan kehadiran
murid setiap hari. Ini bertujuan mewujudkan persekitaran
sekolah yang ceria dengan ucapan salam semasa anak-
anak murid hadir ke sekolah. Selain itu guru dan murid
dapat mengamalkan 5S iaitu Senyum, Sapa, Salam, Sopan
dan Sayang. Selain itu murid yang hadir awal akan diberi
penanda buku sebagai galakkan untuk hadir awal ke
sekolah.
Aktiviti ini adalah bagi memupuk minat murid
untuk hadir ke sekolah awal dan mengurangkan gejala
ponteng. Murid akan lebih bersikap prihatin dan
bertanggungjawab jika para guru sentiasa mengalukan
kehadiran mereka. Kesepaduan dan kasih sayang dalam
kalangan sekolah dapat diterapkan denganmengamalkan
5S semasa berada di sekolah dan seterusnya di mana-
mana sahaja.
2. Memberi penghargaan kepada murid
Melalui aktiviti ini, ia dapat melahirkan rasa
penghargaan kepada warga sekolah dengan menyambut
hari lahir dan pemberian kad lahir dan juga cenderamata.
483 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Dengan penghargaan ini murid akan lebih ceria dan
berkeyakinan untuk berada dan belajar di sekolah
bersama rakan-rakan. Aktivti ini bertujuan meraikan
bersama sambutan hari lahir murid dan guru pada setiap
bulan serta ia boleh menyemai sikap saling sayang
menyayangi sesama rakan dan menghargai hari istimewa
rakan-rakan. Apabila menerima ucapan, kad dan sambutan
akan meningkatkan penghargaan kendiri murid. Aktivti ini
juga diharapkan dapat memupuk sikap murid agar selalu
mengucapkan tahniah di atas berita gembira.
3. Program Mentor Mentee.
Program mentor mentee merupakan satu proses
interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan
seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat .
Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee)
dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga
membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan
mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat
keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan
dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu
yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Program ini bertujuan mewujudkan semangat
kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara mentor dan mentee. Dengan
melaksanakan program mentor mentee ini diharakan
boleh mengamalkan budaya penyayang dan saling
menghargai antara satu sama lain. Ia juga boleh membina
keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari
bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa
mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
| 484
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
4. Program Serasa Bersama
Program serasa bersama ini mampu mewujudkan
kemesraan dan kasih sayang antara murid, guru dan staf
sekolah. Program ini bermatlamat untuk mengurangkan
jurang perbezaan dan mengeratkan hubungan antara
guru, staf dan murid. Ia bertujuan untuk mewujudkan
rasa selamat dan selesa dalam kalangan murid ketika
berjamu selera bersama guru yang bertugas serta
menyemai rasa keterbukaan antara guru dan murid. Selain
daripada itu, program ini boleh menerapkan nilai 5S
kepada guru dan murid. Cara pelaksanaan program ini
adalah guru dan murid digalakkan makan bersama murid
disambil memantau keadaan kantin sekolah pada waktu
rehat. Guru boleh membuat teguran jika terdapat pekara
yang kurang sesuai semasa berjamu selera.
5. Program Kami Sayang Cikgu
Program ini bertujuan untuk berkongsi
kegembiraan menyambut hari guru bersamamurid. Selain
itu mendidik murid agar menyayangi dan menghormati
guru yang telah memberi ilmu. Muird boleh berkongsi
kegembiraan dan keseronokkan menyambut hari guru.
Program ini juga boleh mendidik murid agar menghargai
dan berterima kasih kepada guru dengan memberi
ucapan terima kasih. Pelaksanaan program ini adalah
melalui PRS membuat jualan kad ucapan hari guru dan
cenderahati kepada guru dengan harga yang murah.
Murid akan menyerahkan kad ucapan hari guru kepada
guru semasa sambutan hari guru.
6. Anugerah Murid Contoh membantu memberi
Program ini dapat kepada murid yang
penghargaan kendiri positif
485 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
mempunyai potensi dan boleh dicontohi. Anugerah murid
boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian dan budaya di
sesebuah sekolah. Anugerah yang dicadangkan ini di nilai
2 kali setahun mengikut kategori tertentu seperti :
a. Anugerah Murid Sahsiah Terpuji/Bersopan Santun
b. Anugerah Murid Berpenampilan kemas dan ‘smart’.
c. Anugerah murid kehadiran yang memberansangkan.
Anugerah ini bertujuan untuk mewujudkan rasa
dihargai dalam kalangan murid serta mendorong murid
lain meniru perlakuan yang baik. Murid yang menerima
anugerah pula boleh menjadi contoh yang baik untuk
diikuti. Cara pelaksanaan anugerah yang dicadangkan ini
adalah dengan memberi guru-guru menilai murid yang
tercalon dan penghargaan diberi 2 kali setahun.
7. Merisik Khabar
Program merisik Khabar ini adalah salah satu
program untuk mencegah murid dari terus ponteng
sekolah. Selain itu membantu murid secara peribadi
berkaitan masalah yang dihadapi. Aktivitinya adalah
termasuk membuat lawatan ke rumah murid dan juga
berkonsultasi bersama ibu dan bapa atau penjaga.
Program ini bertujuan mewujudkan rasa diterima dan
disayangi. Guru juga dapat mengetahui dan mengambil
tindakan yang terbaik terhadap masalah yang di hadapi
oleh murid.
Melalui program ini diharapkan dapat mengubah
pelakuan yang negatif yang menyebabkan ponteng
sekolah berlaku serta boleh mewujudkan kerjasama
dengan ibu bapa untuk membantu anak mereka dari
ponteng sekolah. Pelaksaaan program ini adalah dengan
mengeluarkan surat amaran pertama. Ia disusuli dengan
membuat lawatan ke rumah murid dan membuat
| 486
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
konsultasi bersama ibu bapa atau penjaga. Seterurnya
membuat perjumpaan bersama pentadbir.
8. Bersihkan Minda
Program ini bertujuan untuk mengubah gaya
percakapan serta laras bahasa yang sesuai dengan umur
dan keadaan. Selain itu melatih murid untuk bercakap isu
yang bermanfaat dengan gaya serta intonasi yang betul
antara guru dan murid-murid. Panggilan mesra dan
panggilan hormat juga dititik beratkan agar menjadi
amalan setiap masa. Melalui prorgram ini diharapkan
dapat melatih murid menggunakan panggilan mesra dan
hormat dengan cara yang betul.
Guru boleh menegur percakapan murid yang
kurang sesuai. Murid akan dinilai setiap masa dan
penilaian akan di ambil kira untuk penganugerahan
murid contoh. Pelaksanaan adalah melalui memberi
taklimat etika bertutur di khalayak ramai dengan baik dan
melatih cara untuk membezakan rakan tutur samada
sebaya ataupun lebih tua. Guru-guru pula akan membuat
teguran jika terdapat murid yang kurang prihatin.
487 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
C. Teori Pendekatan Sosialisasi
1. Teori Fungsionalisma
Teori ini menjelaskan bahawa setiap ahli
masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu
saling bergantung antara satu sama lain. Dalam situasi di
sekolah, pelajar akan bergantung pada guru untuk
mendapatkan ilmu, guru pula bergantung pada kurikulum
yang akan mereka gunakan untuk mengajar dan
kurikulum ini dibentuk oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia. Ia berfungsi untuk memastikan
masyarakat itu bergerak. Ia bertujuan bagi mencapai
keharmonian dalam masyarakat untuk kestabilan negara.
Pendekatan fungsionalisme boleh disamakan seperti
bahagian anggota badan yang mempunyai peranan
masing-masing dan setiap anggota itu bergantung di
antara satu sama lain untuk berfungsi.
Ahli sosiologis, iaitu Durkheim (1858-1917),
merupakan orang yang pertama mula mengaplikasikan
teori ini dalam kajian yang berkaitan dengan pendidikan.
Beliau mementingkan bahagian-bahagian dalam
masyarakat yang masing-masing mempunyai struktur dan
fungsi tertentu untuk perpaduan dan kesepaduan di
antara mereka dan ia akan menggerakkan masyarakat
tradisi kepada masyarakat moden.
Andaian teori fungsionalisme ini menyatakan
segala yang dilakukan oleh sekolah perlu dipersetujui oleh
semua pihak dalam masyarakat. Melalui persetujuan inilah
akan wujud keadilan dan keharmonian dalam sistem
persekolahan, hubungan baik di antara murid dan guru,
dan ibu bapa dan sekolah. Selain daripada itu, semua pihak
yang terlibat dengan pendidikan akan berkejasama untuk
mencapai kestabilan dan keharmonian masyarakat.
| 488
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, fungsi
utama sekolah ialah menyampaikan ilmu pengetahuan
dan tingkah laku yang dikehendaki untuk memastikan
kesejahteraan ahli masyarakatnya. Menurut teori ini,
tugas utama pendidikan ialah untuk mensosialisasikan
kanak-kanak dengan norma, nilai-nilai dan peraturan
yang terdapat dalan sesebuah masyarakat. Durkheim
dalam bukunya Moral Education (1961) mengaitkan
fungsi sekolah dan hubungannya dengan masyarakat.
Menurut beliau nilai moral merupakan asas
peraturan sosial dan masyarakat yang disemai dalam
kanak-kanak melalui sistem pendidikannya. Bagi
memastikan fungsi dan peranan setiap pihak berjalan
dengan lancar supaya matlamat yang ditetapkan boleh
tercapai bersama, setiap pihak dalam masyarakat perlu
berganding bahu menolong dan menyokong antara satu
sama lain.
Teori fungsionalisme seterusnya menekankan
kepada aspek memilih dan melatih. Mengikut teori ini
semua kanak-kanak akan mendpat peluang yang sama
untuk menyumbang kepada perkembangan
masyarakatnya. Mereka yang berjaya akan mendapat
kedudukan paling tinggi dalam hierarki masyarakatnya.
Teori ini juga menekankan kepada struktur dan fungsi
organisasi. Sebagai contoh, dalam sesebuah sekolah kita
dapat melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk dan
bagaimana setiap ahli dalam sekolah berfungsi untuk
memastikan sekolah mencapai visi dan matlamat yang
telah ditetapkan.
2. Teori Konflik
Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku
ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan
489 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan
kepentingan masing-masing. Keadaan ini
berkemungkinan akan berlakunya perebutan di mana
golongan atasan akan menguasai kuasa, kekayaan,
kebendaan, kehormatan dan berpengaruh. Manakala
pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan
untuk mendapatkan bahagian mereka.
Andaian yang terdapat dalam Teori Konflik adalah
konsep dialektik yang bermaksud evolusi bukan
merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi
sebab utama yang menghasilkan perubahan sosial ialah
konflik. Determinisme ekonomi pula bermaksud asas
kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh
persaingan-persaingan ekonomi. Manakala aktivisme
sosial bermaksud tugas utama analisis sosial adalah
kritikan.
Max Weber (1964-1920) adalah orang yang
mengaitkan teori konflik dengan pendidikan. Beliau
menegaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk
mendidik pelajar tentang status budaya. Hubungan di
antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik
di antara individu dan kumpulan, ia akan mempengaruhi
sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut. Beliau juga
menyatakan bahawa dalam sekolah terdapat “orang
dalam” yang mana status budayanya diperkukuhkan
melalui pengalaman sekolah, manakala “orang luar”
berdepan dengan halangan untuk mencapai kejayaan
mereka di sekolah.
Sekolah berfungsi memberi latihan tentang sikap,
tingkah laku, kemahiran, intelektual dan sosialisasi.
Mengikut ahli yang mengkaji teori konflik jawatan
berstatus tinggi dalam masyarakat akan dikuasai oleh
mereka yang berasal daripada keluarga sosioekonominya
| 490
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
tinggi manakala jawatan berstatus rendah pula dipegang
oleh mereka yang datang daripada keluarga yang tahap
ekonominya rendah. Teori konflik ini berpendapat bahawa
pelajar adalah untuk mengisi susun lapis masyarakat.
Susun lapis ini wujud mengikut kedudukan sosioekonomi
keluarga mereka.
Mereka yang datang daripada keluarga yang
berpengaruh pasti akan menikmati keistimewaan ini
untuk mendapat jawatan tinggi dalam masysarakat.
Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-
ahlinya. Sebaga contoh guru diarah melakukan kerja-kerja
pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu
menjalankan tugas mengajar. Keadaan ini akan
menimbulkan konflik di antara tugas mendidik dan tugas
sampingan yang di arah.
Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh
ibu bapa dan guru untuk mendapat keputusan yang
cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-
kanak. Seperti yang kita semua mengetahui, kanak-kanak
masih ingin bermain dengan rakan sebaya. Konflik yang
tercetus dalam jiwa kanak-kanak hari ini telah menbuat
mereka terpaksa menerima tekanan dan sekiranya gagal
mereka dilabelkan sebagai pemalas dan lembap.
3. Teori Interaksi Simbolik Dan Tafsiran
Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat
mikro yang mengkritik teori fungsionalisme dan konflik
kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawa
manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial. Bagi
teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan
menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk
realiti. Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang pengkaji
yang bernama George Herbert Mead (1863-
491 |
Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi
1931).Manakala ahli yang menerapakn teori ini dalam
pendidikan ialah David Hargreaves dalam bukunya yang
berjudul “Intepersonal Relation And Education”.
Teori ini lebih menfokuskan kepada meneliti
makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat yang
terlibat terutamanya guru dan murid. Mereka juga melihat
kepada aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti
sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat
mempengaruhi sekolah. Sebagai contoh, mereka akan
mengkaji bagaimana murid mempunyai perangai tidak
baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi
dengan guru. Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan
dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat.
Beberapa andaian yang selalu digunakan oleh perspektif
mikro iaitu dalam aktiviti harian, kita mesti melihat
aktiviti harian kerana semua aspek kehidupan manusia
melibatkan aksi-aksi kehidupan seharian.
Sistem pendidikan dihidupkan oleh aktiviti-aktiviti
yang dilakukan setiap hari oleh guru-guru, murid-murid,
pentadbiran dan seumpamanya. Perubahan dalam
pendidikan adalah hasil daripada aktiviti harian.Ia bukan
merupakan sesuatu yang dipaksa oleh masyarakat tetapi
aktiviti-aktiviti yang kita lakukan masih mempunyai
autonomi dan kebebasan yang tersendiri. Ini bermaksud
setiap perlakuan manusia mempunyai makna yang
tersendiri kepada si pelakunya iaitu bukan diberi oleh
budaya tetapi dibentuk daripada budaya oleh si
pelakunya.Aktiviti harian juga melibatkan interaksi dengan
orang lain dan ia jarang merupakan aksi persendirian
semata-mata. Misalnya apabila guru menyoal, murid
mungkin mengangkat tangan untuk menjawab.
Guru perlu menginterpretasi makna angkat tangan
tersebut, sama ada murid mengangkat tangan ingin
| 492