The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafinaz Ishak, 2020-11-24 16:39:52

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Buku Kreativiti Pengurusan Sekolah

Keywords: PERSEKITARAN SEKOLAH,PENGURUSAN SEKOLAH,KEPIMPINAN

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

keberkesanan program MMI dengan rapi dan berkesan. Guru
pula perlu diberi motivasi secara berterusan bagi memahami
tugas dan akauntabiliti mereka sebagai pendidik. Manakala
murid pula perlu diberi suntikan semangat yang tinggi untuk
menyedarkan mereka tentang kepentingan masa depan.

43 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

BAB II
PENGURUSAN PERSEKITARAN SEKOLAH

Nurul Syafinaz Ishak

A. Pengenalan
1. Definisi Persekitaran Sekolah
Bercakap tentang persekitaran, akan terlintas di
fikiran kita apakah yang boleh dilihat di sesuatu ruang
mengikut perspektif orang yang melihat. Ada yang
melihat pagar, ada yang melihat kain rentang yang
digantung di sekitar sekolah, ada yang melihat aktiviti-
aktiviti murid dari hujung pagar padang sekolah, tidak
kurang yang melihat keadaan dan cara murid belajar dan
ramai juga berpandangan persekitaran ini dibentuk oleh
kemampuan pentadbir mengurustadbir sekolah.
Perspektif ini mentafsirkan cara dan bentuk
kefahaman seseorang tentang persekitaran sekolah yang
menyumbang ke arah perkembangan klien sebuah
sekolah iaitu murid-muridnya. Namun, pandangan dari
pelbagai sudut dan pengalaman seseorang itu akan
menimbulkan persoalan seperti sama kah persekitaran
dengan iklim? Apakah beza persekitaran, iklim dan
budaya?
Di sinilah peranan pengurus sekolah untuk
memberi kefahaman kepada warga sekolah akan
perbezaan ini supaya hala tuju sekolah jelas dan dikongsi
bersama.

“Sekolah cemerlang adalah diukur berdasarkan kejayaan dalam
peningkatan keseluruhan murid yang dipengaruhi oleh keadaan

fizikal dan sosial sesebuah sekolah”
~ Edmonds (1979)

| 44

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Dalam mencapai visi dan misi sekolah,
persekitaran di sekolah memainkan peranan penting
untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Kerap kali, elemen ini dipandang aneh oleh sesetengah
pihak yang menganggap persekitaran sekolah hanyalah
faktor kecil yang mempengaruhi kemenjadian murid.
Fakror-faktor sperti kepempinan, kualiti guru, PdPc
berkesan adalah faktor penyumbang terbesar. Tambahan
pula, hanya sedikit kajian yang dihasilkan mengaitkan
persekitaran sekolah dengan keberhasilan sekolah.

2. Pengurusan Persekitaran Sekolah
Seorang pengurus sekolah yang berjaya

membentuk persekitaran yang selamat dan kondusif
mampu menarik minat guru, staf, murid dan ibubapa
untuk datang ke sekolah, the effect of magnetic power. Ia
memberi kesan besar kepada keseluruhan proses di
sekolah bermula dari pengurusan, pengajaran dan
pembelajaran, menjaga kualiti dan membuat penilaian.

Pada tahun 2013, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengorak langkah setapak dalam hala tuju
pendidikan untuk melahirkan sekolah-sekolah yang
berkualiti dalam menghasilkan murid yang berkualiti
melalui Program Transformasi Sekolah atau dikenali
sebagai TS 25. Ia merupakan sebahagian dalam kerangka
pendidikan negara dalam menyediakan modal insan yang
boleh dipasarkan kelak.

45 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Konsep Sekolah Berkualiti
Tiga elemen penting penyumbang kepada sekolah
berkualiti yang dilakarkan dalam idea PPPM ialah
Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti dan Sokongan PIBG
dan Komuniti yang saling berinteraksi untuk menyokong
suasana dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran
bermakna. Hal ini menunjukkan persekitaran merupakan
platform terbesar dalam proses menghasilkan murid yang
berkualiti iaitu hasil kerjasama dan penggemblengan
tenaga dan idea antara pengetua atau guru besar, guru-
guru dibawah seliaannya serta ibu bapa dan komuniti
yang turut sama mendokong usaha sekolah dalam
merencana program dan aktiviti pembangunan murid
sama ada dari segi intelektual, jasmani, rohani dan emosi.

Kerangka Program Transformasi Sekolah (TS 25)
| 46

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

TS 25 meletakkan peranan kepimpinan yang
berkualiti dan berwawasan dalam mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, guru
yang kompeten dan beraspirasi tinggi dan melahirkan ibu
bapa dan komuniti yang komited kepada program dan
aktiviti yang dirangka sekolah sebagai tonggak kepada
usaha melahirkan modal insan yang unggul Konsep TS 25
ini adalah integrasi daripada konsep pendidikan untuk
kemenjadian murid yaitu proses pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) yang berkualiti yang terdiri
daripada tiga elemen yaitu Dokumen Standard yaitu
kurikulum yang hendak disampaikan kepada murid dan
perlu dikuasai oleh murid, Pedagogi iaitu bagaimana
kurikulum itu disampaikan yang merangkumi
pendekatan, strategi serta kaedah penyampaian dan akhir
sekali.

Pentaksiran iaitu pengukuran tentang sejauh mana
murid dapat menguasai ilmu pengetahuan yang telah
disampaikan. Tiga elemen ini diilustrasikan sebagai
perantara di tengah-tengah persekitaran pengajaran dan
pembelajaran bermakna yang membawa maksud elemen
ini adalah yang paling penting dalam proses pembelajaran
yang akan membentuk persekitaran pembelajaran yang
berkesan kemudian ia disokong oleh jaringan pengurus
sekolah, guru-guru dan PIBG serta Komuniti.

Matlamat utama TS 25 ini jelas iaitu menjelang
tahun 2025, semua sekolah-sekolah di Malaysia akan
melalui fasa pemantapan kepimpinan sekolah, potensi
guru dan murid akan dimaksimakan melalui peningkatan
kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan
pengukuhan pelibatan ibu bapa serta komuniti sebagai
agenda utama kemenjadian murid. Gerakan program ini
adalah selari dengan hasrat yang dinyatakan dalam Pelan

47 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
iaitu menjelang tahun 2025, semua sekolah di Malaysia
akan berada dalam kelompok transformasi pendidikan
yang pada ketika ini dilaksanakan secara berperingkat di
seluruh negara. Ini menunjukkan pendidikan hari ini
sedang melalui fasa evolusi yang baharu dengan
berkonsepkan sekolah kita, amanah kita, tanggungjawab
kita bukan hanya tanggungjawab pengetua dan guru besar
untuk memastikan anak-anak generasi pelapis akan
datang menjadi sumber tenaga manusia yang mempunyai
kemahiran dan kompetensi yang tinggi dan melalui
cabaran kebolehpasaran dengan mudah. Program ini
bukan hanya dirangka untuk sekolah-sekolah terpilih,
bahkan semua sekolah akan diserap dan mendapat akses
pendidikan yang sama rata di akhir pelan jangka panjang
PPPM.

Secara realitinya, kita melihat kerangka-kerangka
yang terkandung dalam Buku PPPM telah menunjukkan
peranan persekitaran dalam menyokong pembangunan
potensi murid secara jelas. Pengaruh pengurus sekolah
dilihat mampu memberi kesan yang responsif daripada
seisi warga sekolah untuk sama-sama menyumbang idea
dan sebahagian masa untuk kerja-kerja berkaitan
pembangunan fizikal skala kecil, keceriaan dan
keselamatan di sekolah. Situasi ini akan membuahkan
suasana kekitaan dan rasa sayangkan sekolah akan
timbul dalam kalangan warga sekolah.

Selain itu, murid turut merasai sense of belonging
itu yang menjadikan mereka begitu sayang kepada
sekolah dan tidak lagi mahu melakukan perkara- perkara
yang negatif seperti membuang sampah merata-rata
tempat, melakukan salah laku disiplin dan lain-lain.
Perubahan yang positif pada murid kemudiannya akan

| 48

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dapat dilihat melalui keinginan untuk membantu guru
secara sukarela sama ada dalam aktiviti formal seperti
aktiviti ketika proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) seperti memadam papan putih, membantu guru
mengagihkan kertas, dan membantu guru membawa
buku-buku dan alatan ke kelas, atau pun aktiviti-aktiviti
selain daripada dalam kelas mengemas bilik guru,
menghias kelas dan membantu guru menyiapkan bahan-
bahan dan alatan untuk program.

Keadaan ini hanya dapat dilihat apabila
persekitaran sekolah itu mampu membangkitkan
semangat dan motivasi murid untuk hadir ke sekolah dan
berminat dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Hal ini
sekaligus mampu member kesan langsung kepada
pembelajaran murid yang akhirnya boleh membantu
sekolah meningkatkan prestasi sekolah.

Dari pandangan sarjana pengurusan pula, seorang
pengurus atau pentadbir harus melihat pengurusan
persekitaran sekolah sebagai satu sistem analisis
persekitaran yang komprehensif untuk mengenalpasti
ruang dan peluang untuk dimanipulasi serta kelompangan
untuk ditangani. Persekitaran yang dimaksudkan adalah
terbahagi kepada dua bahagian iaitu persekitaran
dalaman dan persekitaran luaran.
a. Persekitaran Dalaman

Persekitaran dalaman dilihat sebagai elemen
penting dalam membantu pengurus sekolah mengurus
sekolah secara strategik dan efektif melalui amalan
mengenali elemen-latar belakang sesebuah sekolah
yang lebih menyeluruh. Sistem ini dinamakan analisis
persekitaran dan ia seakan-akan satu platform untuk
pengetua dan guru besar menilai kelebihan dan

49 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kelemahan untuk mereka eksploitasi dan manipulasi
secara efektif.

Antara kaedah yang boleh dilaksanakan dalam
membuat imbasan persekitaran dalaman ini ialah
Model ‘7 S’iaitu kerangka yang melihat pada tujuh
unsur utama yang membantu sesebuah organisasi itu
kepada kejayaan atau tidak. Model 7 S ini terdiri
daripada elemen strategi; struktur; sistem; style; skills;
staff; dan shared values yang diperkenalkan oleh
konsultan di McKinsey pada lewat 70-an yang
mengembangkan Model 7 S untuk membantu pengurus
sekolah mengatasi kesulitan-kesulitan perubahan
organisasi. Model ini menunjukkan bahwa sistem
kekebalan (resilient) organisasi dan variable lain yang
saling berhubungan dalam mengupaya pengurus
sesebuah organisasi.

Misalnya, isu yang timbul di sesebuah sekolah
adalah masalah ketidakhadiran yang meruncing
sehingga ia membawa kepada isu yang lebih besar iaitu
prestasi akademik sekolah yang membawa kepada
peratus lulus yang semakin rendah. Maka model 7 S ini
boleh diambil oleh pengurus sekolah untuk membuat
diagnosis dan membina jaringan strategik untuk
mengurus isu ini melalui pengenalpastian kekuatan dan
kelemahan yang mereka ada.

| 50

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Kemahiran Sumber Kepimpinan
sistem Manusia Startegi
Nilai &
Pelanggan
Struktur

Model 7S Mc Kinsey

Banyaknya unsur-unsur yang saling berhubungan
di dalam Model 7S Mc Kinsey ini yang mendefinisikan
kemampuan organisasi dalam menangani isu yang timbul
melalui sumber sedia ada.

Strategi-satu perancangan yang telah dipilih oleh
organisasi bagi membantu pembangunan organisasi
seterusnya mencapai visi organisasi. Elemen ini turut
menjadikan organisasi ini unggul dan kompetitif di masa
hadapan dengan merancang peruntukan dan sumber yang
ada di sekitar dalam usaha mengenalpasti hala tuju
organisasi.

Sebagai contoh dalam isu ketidakhadiran yang
meruncing, strategi mengambil peranan untuk langkah
mengenalpasti masalah dan faktor-faktor penyumbang
kepada isu tersebut yang boleh dilaksanakan secara
perbincangan atau kini lebih banyak dikenali sebagai
pemuafakatan antara sekolah dan ibu bapa. Seterusnya,
mencari idea dan langkah-langkah penyelesaian
berdasarkan sumber-sumber yang ada, kekuatan dan
kelemahan yang turut diambil kira. Pengurus sekolah
boleh mengambil inisiatif untuk duduk di meja bulat
bersama- sama jawatankuasa Hal Ehwal Murid serta
ketua-ketua kampung atau wakil penduduk kampung

51 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dan ibubapa untuk mengenalpasti apakah masalah murid-
murid yang sering tidak hadir ke sekolah.

Perbincangan ini akan meneliti latar belakang
keluarga murid ini, masalah keluarga sama ada kewangan
atau faktor sosial yang lain dan seterusnya
membincangkan cara untuk murid ini dibantu. Ada
sesetengah pemuafakatan mampu menghadiahkan sebuah
basikal bagi murid yang tiada pengangkutan ke sekolah
dan ada juga yang membantu mengusahakan bantuan
seperti bantuan biasiswa, bantuan dana kewangan
sehingga kepada membina kediaman yang mampu
memuatkan keluarga murid ini yang mempunyai masalah
kewangan.

Usaha ini tidak hanya terhenti di tahap ini.
Sebaliknya peringkat follow-up dan follow through turut
dilaksanakan bagi memastikan mereka tidak hanya
menikmati bantuan tersebut tetapi hadir ke sekolah
sebagaimana tujuan asal mereka diberi bantuan.
Strategi merupakan peringkat yang amat penting bagi
memastikan kelestarian program dan aktiviti di sekolah
yang lebih komprehensif.

Struktur-kerangka di mana anggota-anggota
organisasi dan fungsi mereka dapat diselaraskan. Empat
bentuk asas struktur organisasi adalah bentuk
fungsional, struktur bahagian, struktur matriks, dan
struktur jaringan. Ia bukan sahaja menunjukkan struktur
sesebuah organisasi dan malah ia menunjukkan siapa
yang melaporkan kepada siapa dan bagaimana agihan
tugas dilakukan.

Struktur ini merupakan bagaimana proses
komunikasi dan tanggungjawab seperti arahan,
penyampaian maklumat dan agihan kerja dilaksanakan di
sekolah. Dalam mencapai matlamat, visi dan misi sekolah,
struktur merupakan sesuatu yang perlu difahami kerana
dalam mengambil langkah melaksanakan sesuatu ia
mungkin perlu diubah atau ditambahbaik. Isu
ketidakhadiran ini merupakan kluster utama yang

| 52

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dibincangkan dalam Dialog Prestasi bidang pendidikan di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Di sini struktur memainkan peranan di mana
pelaporan akan disediakan mengikut peringkat. Pengetua
dan guru besar akan mengenalpasti faktor penyumbang
kepada ketidakhadiran tegar di sekolah masing-masing
dan cuba menyelesaikannnya. Sekiranya ia masih belum
mampu diselesaikan, maka isu ini harus dibincangkan ke
peringkat seterusnya iaitu di peringkat daerah, negeri
hingga kebangsaan.

Sistem-prosedur formal dan informal yang
mengatur kegiatan setiap hari. Proses dan prosedur yang
harus diikuti setiap hari bagi melaksanakan program-
progran yang telah dirangka. Hal ini penting bagi
memastikan proses kerja tidak tercicir dan mengikut
operasi standard dalam pendidikan sama ada ia mengikut
sistem manual atau digital bergantung kepada sistem
yang diamalkan dalam sesuatu bidang.

Sebagai contoh, kehadiran murid direkodkan
secara manual oleh guru pada masa pertama setiap hari
persekolahan, Seterusnya, mereka akan memasukkan data
kehadiran murid kelas masing-masing di dalam sistem
Analisis Pengkalan Data Murid (APDM) yang telah
dibekalkan oleh pihak kementerian. Data-data ini boleh
diakses di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
dalam usaha memantau dan membantu menangani isu
ketidak hadiran.

Style (Gaya)-style ini adalah pendekatan
kepemimpinan yang diamalkan di sebuah organisasi dari
pengurusan atasan hingga ke anggota pelaksana atau
bahagian operasi. Selain itu, gaya juga menterjemahkan
bagaimana individu dalam sesebuah organisasi membawa
diri mereka dalam kelompok orang atau cara mereka

53 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

bersosial bermula daripada pengurusan atasan dan
pendekatan operasional keseluruhan organisasi; juga cara
dimana pegawai-pegawai organisasi menghadirkan diri
mereka ke dunia luar dan bersosial.

Di sekolah, pengurus sekolah memainkan peranan
penting dalam memastikan setiap peringkat memahami
dan sama-sama bergerak ke arah mencapai matlamat
sekolah. Gaya kepimpinan yang diamalkan haruslah
menepati satu-satu keadaan bagi mempengaruhi guru-
guru dan kakitangan di bawah seliaannya tentang what
need to be done (apa yang perlu mereka lakukan) dan how
to do it (bagaimana ia harus dilakukan) dalam
menyelesaikan isu atau membendung sesuatu isu di
sekolah. Dalam bidang pendidikan tiada satu gaya
kepimpinan terbaik atau tingkah laku kempimpinan
terbaik yang sama di setiap sekolah. Ia bergantung
kepada isu dan keadaan serta apa yang sedang mereka
hadapi. Hal ini terpulang kepada kemahiran kempimpinan
dan kemahiran mengurus tadbir seorang pengurus
sekolah.

Skills (keterampilan)-kompetensi dan kemahiran
yang dimiliki anggota organisasi. Ia juga merupakan
kebolehan yang dimiliki oleh organisasi secara
keseluruhan dan juga oleh individu-individu. Elemen ini
memberi ruang untuk setiap individu di sekolah memberi
sumbangan kemahiran dan pengalaman dalam
melaksanakan program dan aktiviti sekolah.

Mengambil contoh yang sama berkenaan
ketidakhadiran, sekiranya sebuah sekolah kecil itu tidak
mempunyai kaunselor bertauliah yang dilantik untuk
menangani masalah ini, maka pengurus sekolah harus
mengenalpasti guru atau kakitangan yang mampu
membantu mengendalikan murid yang sering tidak hadir

| 54

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

ke sekolah untuk membimbing dan memberi motivasi
kepada mereka. Selain itu, guru-guru pula boleh
mengenalpasti rakan sebaya yang boleh mempengaruhi
murid ini untuk hadir ke sekolah.

Ada juga sekolah yang mengambil inisiatif yang
agak lain daripada yang sering kita lihat berkaitan isu
ketidakhadiran. Mereka menggunakan kemahiran guru-
guru, kakitangan dan ibu bapa dalam menceriakan
persekitaran sekolah agak ia menarik minat untuk hadir
ke sekolah dan akhirnya ia terbukti dari data peningkatan
kehadiran murid bagi dua tahun terdekat.

Staff-Mewakili sumber manusia di sesebuah
organisasi dan bagaimana mereka boleh dibangunkan
dan dikembangkan. Elemen ini juga memainkan peranan
yang paling besar dalam memastikan setiap peringkat
proses kerja berjalan lancar sebagaimana yan dirancang.
Staf adalah terdiri daripada pengurus sekolah, pemimpin
pertengahan, guru-guru dan kakitangan sokongan serta
kakitangan swasta di sekolah.

Bagi mencapai matlamat sekolah, seorang
pengurus sekolah perlu sentiasa prihatin akan kebajikan
staff serta sentiasa menggalakkan perkembangan staff
melalui latihan dan kursus bagi meningkatkan kemahiran
dan kompetensi diri mereka.

Sebagaimana contoh di atas, sekiranya ada guru
atau kakitangan yang yakin dan menawarkan diri untuk
mengendalikan murid dalam isu kehadiran, pengurus
sekolah perlu mencari peluang latihan bagi mereka untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka
dalam bidang yang bersesuaian dengan minat mereka
supaya ia boleh dioptimumkan sekaligus membantu
sekolah dalam mencapai matlamat yang dijangka.

55 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Shared values (nilai bersama)-nilai-nilai, budaya
dan aspirasi yang dikongsi dan dinyatakan dengan jelas
kepada semua warga sesebuah organisasi dengan
mempamerkannya supaya ia dapat mempengaruhi
kelompok bekerja sama untuk tujuan bersama.

Elemen ini adalah yang merangkumi 6 lagi elemen
yang telah dibincangkan di atas sebagai melengkapi
kerangka kerja di sekolah. Setiap warga sekolah tidak kira
guru, kaki tangan dan murid harus memahami dan
menghayati matlamat, visi dan misi bagi memastikan
mereka sama-sama bekerja dalam satu arah untuk
mencapai hala tuju sekolah. Nilai yang harus dikongsi
bersama ini memberi satu pengertian yang subjektif
kerana setiap individu mempunyai citarasa dan minat
tersendiri. Namun, semuanya atas kebijaksanaan
pengurus sekolah untuk mengolahnya supaya mereka
dapat sama-sama bekerja bersama-sama dengan
memaksimumkan kelebihan yang mereka ada.

Teori Ice-berg

| 56

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Dalam Teori Ice-berg, Ernest Hemingway iaitu
penulis terkenal yang memperkenalkan teori ini
menyatakan apa yang ada di permukaan tidak
menggambarkan apa sebenarnya yang berlaku di dasar.
Katanya lagi, kejayaan akan terserlah dan dizahirkan
secara implisit.

Baginya, permukaan ais hanyalah 20 peratus
yang dapat dilihat iaitu melambangkan keadaan atau
situasi di sesebuah sekolah secara zahirnya. Sebaliknya
apa yang ada di bawah permukaan laut yang tidak
dapat dilihat merupakan 80 peratus lagi struktur
sebenar ais berkenaan iaitu dasar dan akar yang
menyokong pembentukan di bahagian atas. Merujuk
kepada ilustrasi ini nilai dan budaya ini berada di
bawah permukaan laut yang menggambarkan apa
yang berlaku di sekolah yang tidak dapat dilihat secara
kasar.

Fenomena ketulan ais ini sangat relevan bagi
menjelaskan pelbagai latar, budaya dan nilai yang
diamalkan di sesebuah sekolah. Sekolah itu berjaya
adalah berdasarkan kerja buat yang tidak dapat dilihat
oleh mata kasar, beberapa kali melalui kegagalan,
ketidaksefahaman, konflik, kompleksiti dalam
pengurusan sehinggakan ia boleh berdiri kukuh dan
mencipta kejayaan sebagaimana yang dilihat oleh orang
luar. Ada juga sebuah sekolah itu dilihat biasa- biasa.
Namun, pengurus dan warga sekolah secara diam-diam
mengatur dan membangun visinya ke depan,
menyiapkan pelan strategik organisasi yang bermutu,
dan membangunkan jiwa warganya serta sumber
teknologi yang ada lantas mampu menghasilkan satu
kejayaan yang amat memberangsangkan.

57 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

b. Persekitaran Luaran
Persekitaran luaran merupakan elemen dari

luar yang boleh menyumbang kepada sekolah yang
harus dinilai dan dimanipulasikan oleh pengurus
sekolah. Seseorang pengurus sekolah yang proaktif
haruslah mengambil peluang untuk mengenalpasti dan
menganalisis sokongan luar sama ada yang bertindak
sebagai pushing factor atau pulling factor kepada
pengurusannya. Mereka perlu bijak mengambil peluang
unutuk mengoptimumkan sumber ini dan
meminimakan kebarangkalian kerugian atau kegagalan
di sekolah.

Terdapat pelbagai model analisis persekitaran
luaran dalam bidang pengurusan, namun ada dua
kaedah yang terkenal yang sering digunakan dalam
menganalisis persekitaran makro yang mempengaruhi
sesebuah sekolah iaitu Analisis PESTdan Analisis
PESTLE. Kaedah yang dipilih untuk dibincangkan ialah
Analisis PEST yang terdiri daripada empat faktor sahaja
iaitu politik, ekonomi, sosio-budaya dan teknologi.

Politik-Analisis politik mengambil kira
kedudukan undang-undang dan peraturan negara,
kestabilan kerajaan dan ketenteraman penduduk pada
keseluruhannya. Perubahan dalam undang-undang dan
peraturan kerajaan setiasa diberi perhatian supaya
strategik yang dibuat adalah mengikut landasan yang
betul. Bagi sebuah sekolah dasar-dasar pendidikan dan
surat siaran yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia merupakan asas kepada
perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti di
sekolah.

Ekonomi-Setiap tahun, peruntukan yang telah
diagihkan oleh kerajaan bagi pembangunan pendidikan

| 58

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

merupakan sebahagian besar belanjawan tahunan
negara. Di sekolah, faktor ekonomi ini secara umumnya
adalah daripada sumber peruntukan subsidi kerajaan
yang terdiri daripada peruntukan per kapita kerajaan
(PCG) dan anggaran belanja mengurus (ABM) serta
pendapatan daripada sewaan di sekolah adalah yang
menjadi sumber utama dalam pengurusan sekolah.
Selain itu, sekolah turut menerima sumbangan orang
awam seperti sumbangan ibu bapa dan juga komuniti
dan ia harus diuruskan dengan baik.

Manakala dipihak murid pula, latar belakang
pendapatan keluarga turut mempengaruhi penyediaan
keperluan pendidikan untuk anak-anak mereka.
Sebagai contoh pendapatan keluarga yang rendah akan
sedikit sebanyak menjejaskan pembelajaran seseorang
murid kerana ia melibatkan perbelanjaan untuk
membeli alat tulis, kelengkapan pakaian sekolah dan
pembelian buku-buku tulis dan rujukan anak-anak
mereka. Selain keperluan dalam aktiviti kokurikulum
dan Kelas Agama dan Fardhu Ain.

Sebagai seorang pengetua atau guru besar yang
berkesan, hubungan yang akrab dengan ibu bapa perlu
dimanfaatkan bukan sahaja untuk mendapatkan dana,
tetapi uruslah mereka dengan akal budi. Bina reputasi
dan berikan keadaan yang menunjukkan mereka juga
penting untuk sekolah dan mendapat manfaat dari
hubungan baik dengan sekolah “Win-win situation”.
Salah satu kreativiti pengurus sekolah yang harus
dikongsi dalam aspek pengukuhan ekonomi sekolah
ialah sama-sama menjana ekonomi sekolah dengan
projek penanaman serai.

Sekolah menyediakan satu kawasan, manakala
ibu bapa dengan bantuan kaki tangan bersama-sama

59 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

mengusahakan penanaman serai untuk di
komersialkan. Ibu bapa juga yang akan mencari
pasaran untuk dijual secara pukal dan pembahagian
keuntungan dibahagikan secara sama rata atau kadang-
kadang ibubapa menganggap ia sebagai sumbangan
mereka kepada sekolah. Pemuafakatan yang diurus
secara bijaksana membuahkan hasil yang amat
bermakna kepada sekolah.

Tanaman Serai ditanam, dijagabersama-sama
oleh ibu bapa dna kakitangan. Turut dijadikan tempat
rekreasi murid- murid untuk terapi minda.

Sosio-budaya-Ia bermaksud kemajuan fikiran
atau akal budi meliputi cara individu itu berfikir dan
berkelakuan. Di sekolah, latar belakang sosial dan
budaya setempat tidak boleh diketepikan dalam
membuat penilaian, tidak kira sama ada sekolah itu
berstatus bandar atau luar bandar. Jika sekolah itu pula
menerima pengiktirafan seperti sekolah kluster atau
sekolah berprestasi tinggi maka lebih banyak cabaran
sisial dan budaya yang harus difahami dan ditangani.
Latar belakang sosio-budaya guru-guru, kaki tangan
dan murid-murid di sekolah harus diambil perhatian
oleh pihak pengurusan untuk memastikan perancangan
oleh pihak pengurusan tidak menjadi bertentangan
dengan amalan setempat atau lebih rumit lagi apabila

| 60

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

ia menyemtuh sensitiviti sesebuah kelompok yang
terlibat. Perbezaaan cara hidup, amalan sosial, budaya,
pemikiran, latar belakang pendidikan dan gaya hidup
adalah antara elemen yang perlu diteliti sebelum
perancangan boleh dibuat.

Hal ini bagi memastikan hasrat bagi setiap
lapisan warga sekolah ini faham akan fungsi sekolah
dan mementingkan pendidikan akan berjaya
diterapkan dalam diri setiap guru, kaki tangan dan
murid. Ibu bapa juga turut mempengaruhi hasrat ini dan
mereka harus difahamkan akan kepentigan pendidikan
untuk masa depan anak-anak mereka. Kerjasama dan
kesepaduan yang utuh antara pihak sekolah dan ibu
bapa akan merangsang pembangunan potensi murid
menjadi lebih cemerlang.

Teknologi-Ia melibatkan sumber Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan
di sesebuah sekolah dalam mencapai matlamat
sekolah seperti sistem yang membolehkan
pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan
komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. Secara
amnya, sekolah-sekolah telah dibekalkan dengan
kelengkapan dan peranti yang telah banyak
membantu melengkapkan pengurusan dan proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, capaian
internet telah mula dibekalkan seawal tahun 2000
dan semakin ditambahbaik dari semasa ke semasa
sejajar dengan perkembangan teknologi, keperluan
sekolah dan juga peruntukan kewangan yang
dibekalkan. Bekalan dan sumber persekitaran
teknologi sesebuah sekolah adalah berbeza-beza.
Status sekolah dan kedudukan geografi turut

61 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

mempengaruhi keperluan dan bekalan sumber yang
bersesuaian dengan penggunaannya.

Dari aspek pembelajaran pula, pelbagai
tekonologi telah pun di gunakan sebagai alternatif
kaedah pembelajaran. Frog VLe dan kini Google
Classroom sudah sebati dengan dunia perguruan. Cuma
tahap kemahiran dan pengetahuan tentang
penggunaannya masih di tahap pembangunan. Guru-
guru dilatih secara berperingkat dengan kaedah
penataran kepada Jurulaith Utama sekolah oleh
Jurulatih Utama Negeri. Pengetua dan guru besar
seterusnya harus memainkan peranan untuk
memastikan penataran di sekolah berjalan dengan
mengikut prosedur yang sepatutnya bagi memastikan
semua guru bertambah mahir dan lebih cekap.

Perkembangan teknologi yang pesat kini telah
banyak merubah stigma kelompok masyarakat tentang
keperluan teknologi. Jika dahulu masyarakat banyak
menolak untuk menerima perubahan teknologi atas
sebab penyalahgunaannya dan faktor pengaruh
negatifnya. Kini dengan kemudahan teknologi,
sesebuah sekolah itu mampu berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dengan mana-mana sekolah di seluruh
negara tanpa mengira status mahu pun latar belakang.

| 62

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Faktor Luaran Faktor Politik (P)
Faktor Ekonomi (E)

Faktor Sosial (S)

Faktor Teknologi (T)

Analisis PEST ( Ward & Peppard, 2002)

B. Persekitaran Pembelajaran
1. Definisi Persekitaran Pembelajaran
Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan
yang wajib menyediakan keperluan asas pendidikan
kepada murid-murid yang diterima masuk di sesebuah
sekolah. Sekolah menyediakan pendidikan formal dan
informal kepada pelajar bagi memenuhi keperluan
mereka mengikut tahap kognitif dan sosial mereka.
Sebagai platform penyebaran ilmu dan pendidikan,
sekolah haruslah mempunyai persekitaran yang positif
danefektif bagi memaksimumkan keberhasilan guru dan
murid sebagai klien utama sekolah.
Apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran
pembelajaran sekolah ? Merujuk Kamus Dewan Edisi Baru
(1989), persekitaran didefinisikan sebagai keadaan di
sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti
latar belakang (seseorang atau sesuatu).
T. Marimuthu (1990) menyatakan sekolah
merupakan institusi formal yang diwujudkan oleh
masyarakat yang menyerapkan fungsi-fungsi sosialisasi

63 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dan budaya yang merangkumi fungi sebagai persediaan
untuk pekerjaan, perkhidmatan untuk ekonomi, agensi
pemilihan dan penapisan, arah mobiliti sosial, kawalan
dan persetujuan sosial,sosialisasi politik, pendidikan
untuk perubahan, agen perubahan sosial, pengaliran
pengetahuan dan kemahiran, serta fungsi mengawas
untuk menukar atau membawa perubahan tingkah laku
pelajar.

Manakala, pembelajaran pula memberi maksud
proses murid-murid mengetahui sesuatu daripada
aktiviti yang dilaksanakan. Ia juga berkait dengan
aktiviti yang dijalankan bagi mengukuhkan
pengetahuan, tingkahlaku, kemahiran, nilai atau
keutamaan yang baharu atau yang telah sedia ada yang
melibatkan input atau maklumat yang diberi.
Pembelajaran mengambil masa namun ada yang hanya
melalui proses yang pendek dan ada juga yang
memerlukan jangka masa aktiviti yang panjang dan
bersambungan.

Taman Cendawan yang dibina oleh guru- guru dan ibu
bapa secara permuafakatan untuk menarik minat anak-
anak Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran (KPKP) hadir

ke sekolah.

| 64

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Namun menurut Robert M. Gagne (1970),
pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku atau
kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak
termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses
pertumbuhan. Woolfolk (1980) pula dalam
penulisannyan Educational Psychology of teachers
menyatakan pembelajaran adalah perubahan dalaman
yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk
perkaitan yang baru, potensi yang sanggup menghasilkan
tindak balas baru melalui proses yang berterusan, berlaku
sama ada secara formal iaitu proses belajar membaca,
menulis dan mengira atau secara tak formal iaitu
melalui rakan sebaya, keluarga, media masa, interaksi
dengan persekitaran dan situasi yang berlaku serta
mengikut teori-teori yang telah diasaskan terdahulu
seperti Teori Behavioris, Teori Kognitif, Teori Sosial dan
Teori Humanis.

Tuntasnya, persekitaran pembelajaran yang
kondusif ialah ruang, kemudahan, alatan dan keadaan
yang membolehkan murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian
dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai
keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid
untuk terus belajar.

Pengetua dan guru besar boleh merangka aktiviti
dan program yang boleh menyokong ke arah persekitaran
pembelajaran yang efektif dan kondusif bagi menepati
maksud pembelajaran di atas. Antara aktiviti dan
program yang boleh dilaksanakan di sekolah adalah
seperti:

65 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

a. Program untuk memastikan persekitaran sekolah
sentiasa bersih (berkala sebagai contoh sebulan sekali
bersama-sama ibu bapa dan murid-murid)

b. Inisiatif membina taman-taman dengan kerjasama
ahli jawatankuasa kampung (taman angkat kepada
setiap kampung di sekitar sekolah.)

c. Aktiviti penyelenggaraan dan penyenggaraan
melibatkan agensi dan komuniti setempat (institusi
latihan dan kemahiran di sekitar daerah sebagai
sumbangan kepada masyakarat atau CSR)

d. Program Lawatan sambil belajar yang berfokus.
e. Merangka projek sekolah yang membolehkan murid

mengaplikasi ilmu pengetahun dan kemahiran yang
telah dipelajari secara tidak formal sebagai contoh
melalui kaedah KMR iaitu Kefahaman melalui Reka
Bentuk kaedah pembelajaran terkini yang
diperkenalkan oleh pihak kementerian, seperti :
1. Projek Taman Sains yang menunjukkan

ekosistem kehidupan yang dipelajari dalam mata
pelajaran Sains
2. Taman Kira-kira untuk murid-murid menghasilkan
nota sifir
3. Mini Time Tunnel untuk mata pelajaran Sejarah
memperlihatkan salah silah penubuhan Malaysia.
4. Jam Matahari untuk menentukan arah kiblat
5. Taman Herba sebagai kaedah perubatan alternatif.
6. Ruang pameran bahan-bahan maujud dalam
pembelajaran sebagai contoh bahan-bahan untuk
ibadah memandikan jenazah dan jenis-jenis air yang
dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Kesemua projek sebegini merupakan pembelajaran
luar kurikulum yang boleh membantu murid untuk

| 66

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

mendapat skor tertinggi iaitu TP 6 dalam Tahap
Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) selain ia turut
dimanfaatkan oleh semua murid di sekolah tersebut
kerana ia mampu menarik minat murid untuk belajar
melalui persekitaran pembelajaran yang efektif, ceria dan
menyeronokkan. Kewujudan projek-projek berskala kecil
dan sederhana sebegini, menjadikan ia satu platform
pemuafakatan ibu bapa dan sekolah dan secara tidak
langsung memberi impak kepada murid- murid.

Ruang Pameran bahan-bahan PdPc

Taman Herba
67 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Pokok dwibahasa dan Big Book

| 68

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Aktiviti pemuafakatan dan gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah dan menceriakan
perskeitaran sekolah bersama-sama ibu bapa dan
komuniti “Program dan aktiviti seumpama ini pastinya
melibatkan komitmen daripada semua pihak. Ia adalah
melangkaui tanggungjawab hakiki guru dan kakitangan di
sekolah. Namun, sekiranya semua memainkan peranan
dan memberi sumbangan sedikit setiap orang, maka kerja
yang berat akan menjadi lebih ringan.

Apatah lagi apabila sekolah telah menjadi
tumpuan kerana kebersihan, kecantikan dan
keselamatan persekitaran yang menjadi contoh kepada
sekolah-sekolah lain dan membawa kepada
penganugerahan dan pengiktirafan. Kata orang, yang
penat lelah akan hilang begitu sahaja apabila sesuatu
69 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kerjaitu membuahkan hasil yang di luar jangkaan”. Pn Hjh
Nawiah Bt Ismail Guru Besar SK.Nyiur Tujuh, Besut,
Terengganu

Atau paling tidak, pentadbir sekolah mengiktiraf
kerja buat ini dengan mengumumkan projek yang sedang
dilaksanakan ini adalah hasil idea, kerja dan sumbangan
siapa di satu-satu majlis sekolah. Semua yang terlibat akan
rasa mereka dihargai dan gembira serta memikirkan apa
lagi yang hendak dibuat sebagai pulangan kepada
penghargaan sebegitu. It’s free, but it has value.

Ia boleh dirujuk kepada kajian oleh Yahya Don,
Aziah Ismail & Yaakob Daud (2007) yang menyatakan
kepimpinan dalam pendidikan sebagai keupayaan ketua
Jabatan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap
dan tingkah laku subordinat seperti guru, staf sokongan
dan murid supaya melaksanakan aktiviti atau program
yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat sekolah.

2. Komponen Persekitaran Pembelajaran
Dalam mendepani cabaran di era transformasi ini,

kesediaan dan literasi tentang evolusi pendidikan harus
menjadi agenda penting di sekolah. Ia bagi memastikan
kebolehpasaran sumber manusia dalam memenuhi
keperluan tenaga kerja mahir yang diperlukan oleh negara
diteliti oleh pengetua dan guru besar. Faktor kemenjadian
murid yang dirangka dalam sistem pendidikan di
Malaysia dan telah dibincangkan sebelum ini
menunjukkan kerangka yang menyeluruh daripada
transformasi kurikulum, pedagogi dan fokus kepada
keberhasilan serta pentaksiran.
a. Bahan dan Sumber Pengajaran

Kurikukulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang

| 70

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

diperkenalkan pada tahu 1980-an telah digantikan
dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
yang masih berlandaskan prinsip-prinsip KBSR dan
KBSM. Namun ia ditambah baik dengan menyediakan
tahap kurikulum yang sama tanpa mengira jenis aliran
sekolah dan menitikberatkan tahap penguasaan murid
berasaskan enam tunjang iaitu komunikasi,
kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika,
ketrampilan diri, kerohanian, sikap dan nilai serta
literasi sains dan teknologi. Bagi maksud ini Huraian
Sukatan Pelajaran (HSP) yang digunakan pakai
sebelum ini telah ditambah baik kepada Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Selain itu
terdapat beberapa aspek penambahbaikan yang perlu
difahami dan dikuasai oleh guru untuk melancarkan
aktiviti PdPc:
1. Reka bentuk Kurikulum yang berasaskan 6 tunjang

dan 3 standard iaitu standard kandungan, standard
pembelajaran dan standard prestasi
2. Peruntukan Masa bagi setahun bagi setiap mata
pelajaran
3. Elemen merentas Kurikulum-Bahasa, Sains dan
Teknologi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Kelestarian Alam Sekitar, Nilai Murni, Patriotisme,
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan
Kelestarian Global.

b. Pedagogi dan pembangunan guru
Penekanan pedagogi yang berkesan adalah

menjadi fokus utama pembangunan guru di bawah
PPPM. Tiada satu kaedah dan strategi yang memenuhi
semua keperluan murid yang pelbagai. Semua ini perlu

71 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

ditangani dengan kreatif oleh guru-guru bagi
memastikan murid- murid menguasai isi pengajaran
dengan baik dan objektif pembelajaran dicapai dengan
optimum. Di awal tahun 2014, Penataran PdPc Abad
ke-21 rancak dilaksanakan di seluruh negara dengan
bercirikan konsep 4K 1N iaitu Komunikasi, Kolaboratif,
Kreativiti, Pemikiran Kritis dan pemupukan nilai dalam
setiap pembelajaran bagi tujuan ini. Elemen 4K 1N ini
juga turut memberi pendedahan yang lebih realistik
dan menyediakan murid-murid kepada cabaran di
alam pekerjaan seperti kemahiran penyelesaian
masalah melalui kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT).

Selain itu, strategi pengajaran telah juga
mengalami perubahan iaitu dari strategi berpusatkan
guru semata-, mata kepada integrasinya dengan strategi
berpusatkan murid dan berpusatkan bahan pelajaran.
Sesi pembelajaran ini memberi peluang kepada murid
untuk berinteraksi sesame rakan sekelas dengan
memupuk nilai tolong-menolong, kerjasama, bertolak
ansur dan bertimbang rasa.

Penggunaan bahan pengajaran seperti buku,
akhbar, carta, graf, gambar, bahan maujud, video,
projektor dan tayangan slaid dapat membantu
memudahkan guru menyampaikan pelajarannya
dengan lebih berkesan manakala murid boleh
memahami melalui interaksi deria mereka dengan
bahan tersebut. Penggunaan bahan tambahan seperti
kad cantuman, lembaran kerja serta peranti, aplikasi,
perisian dan perkakasan berteknologi seperti
notebook, aplikasi secara atas talian yang banyak di
sediakan oleh pihak kementerian dan boleh didapati di

| 72

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

pasaran pastinya dapat memberi dimensi baru dan
menyeronokkan kepada murid-murid.

4K 1N : Elemen Pembelajaran Abad ke-21

c. Sains dan Teknologi dalam PdPc
Perkembangan yang pesat dalam teknologi

maklumat memberi peluang untuk bidang pendidikan
maju setapak ke hadapan. Istilah LMS (Learning
Management System), Blended Learning dan Flipped
Classroom sudah tidak asing lagi dalam kalangan guru.
Bagi memenuhi keperluan murid dalam menguasai
ilmu pengetahuan, guru harus sentiasa bersedia
dengan aplikasi teknologi yang telah banyak
mengambil ruang sebagai salah satu kaedah PdPc.

Selain ia menjadi platform untuk guru membuat
demonstrasi dengan mudah dengan bantuan perisian
dan video yang dimuat turun, ia juga membantu guru
menyediakan latihan yang boleh diakses secara kendiri
pada bila-bila masa oleh murid, sebagai contoh perisian
Google Classroom iaitu salah satu Virtual Learning
Environment (VLe) yang terkini di Malaysia.

Guru tidak boleh menafikan hak murid dalam
menikmati kemudahan teknologi di sekolah walau
terdapat kekangan seperti capaian internet yang
73 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

perlahan dan kelengkapan yang minima. Analogi yang
mudah, iaitu bagaimana kita memenuhi keperluan dan
kehendak memilihi telefon bimbit yang terkini di
pasaran. 20 tahun yang dahulu, telefon bimbit hanya
mempunyai beberapa fungsi mudah iaitu untuk
membuat panggilan, menghantar pesanan ringkas dan
fungsi jam.

Perkembangan teknologi telah menjadi
pemangkin kepada evolusi telefon bimbit sehinggalah
satu demi satu fungsi di tambah dengan perincian yang
lebih menarik dan memberi nilai tambah. Jika kita
menjadi pengguna kini, yang mana satu akan kita pilih
antara telefon bimbit yang dikeluarkan pada tahun
90-an dan telefon bimbit yang terkini yang biasa-biasa
sahaja atau yang mempunyai nilai tambah dengan skrin
besar, audio dan paparan visual kamera yang
mempunyai resolusi paling tinggi? Tepuk dada, tanya
selera. Sudah pasti sekurang-kurangnya telefon bimbit
yang lebih moden sesuai dengan identiti kita sudah
memadai sekalipun tidak terlalu canggih.

Evolusi telefon bimbit bermula dari tahun 90-an hingga
kini

Begitulah juga dengan murid-murid kita.
Bagaimana reka bentuk pengajaran yang kita berikan
kepada mereka supaya mereka menjadi individu berdaya

| 74

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

saing pada masa akan datang? Adakah dengan kaedah
pengajaran yang sama dari 20 tahun yang dahulu, atau
dengan menggunakan sumber dan kaedah terkini
mengikut keperluan semasa? Hal ini menjadi agenda
penting seorang guru untuk ditangani oleh guru sendiri.
Pengetua dan guru besar juga harus peka dengan
keadaan ini supaya murid-murid yang dihantar ibu bapa
ke sekolah, menjadi pulangan terbaik untuk keluarga
mereka dan sekolah.

Secara umumnya, faktor- faktor persekitaran
fizikal yang bersih, ceria dan selamat serta faktor
persekitaran psikososial yang positif memainkan
peranan yang signifikan kepada pembentukan
kemenjadian murid.

Ruang pembelajaran

C. Jenis Persekitaran Pembelajaran
1. Persekitaran Fizikal Sekolah
Revolusi pendidikan di Malaysia telah membawa
kepada sokongan persekitaran yang mendorong murid
seronok belajar di tempat yang menarik, memberi ruang
mereka beraktiviti, mempunyai kelengkapan seperti
peralatan dan bahan-bahan yang mudah dicapai,
accessible. Fizikal sekolah adalah merangkumi prasarana

75 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

sekolah, bilik darjah, susunan dan rekabentuk fizikal
bangunan sekolah, sumber bahan pembelajaran, ruang
dan sudut pembelajaran serta perabotnya.

Di awal 1950-an, suasana belajar di sekolah-
sekolah rakyat tidak memberi pengaruh besar kepada
suasana pembelajaran kerana keperluan mendapatkan
pendidikan adalah bergantung kepada sosioekonomi
sesebuah keluarga. Malahan, pembinaan bangunan atau
blok bangunan adalah dengan cara gotong-royong
beramai-ramai oleh penduduk sekitar bermula dari
pembukaan kawasan, sehinggalah ke pembangunan blok
kelas yang memuatkan beberapa bilik untuk urusan
pentadbiran dan bilik darjah. Bilik-bilik khas seperti stor
dan lain-lain masih belum ada.

Penduduk Kampung bergotong-royong membersihkan kawasan
untuk membangunkan sekolah

Reka bentuk bangunan sekolah rakyat awal tahun 50-an
*SK Kampung Raja Besut, Terengganu

| 76

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Senario ini telah mengalami satu evolusi bermula
pada awal tahun-tahun selepas kemerdekaan di mana
kementerian pelajaran pada ketika itu membina sekolah -
sekolah dengan mengambil kira keperluan akan suasana
persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan
melalui perubahan rekabentuk kelas, susun atur blok dan
kemudahan- kemudahan seperti kerusi meja dan buku-
buku menjadi satu agenda utama.

Bangunan sekolah di era 60-an
SK Alor Lintah, Besut, Terengganu

Kemudiannya, persekitaran sekolah telah ditambah
baik dengan prasana yang lebih maju, bangunan yang
lebih tersusun, landskap yang lebih menarik serta
berteknologi, sesuai dengan keperluan semasa. Hal ini
turut difahami oleh pengurus sekolah yang turut sama
memainkan peranan dalam pembangunan dan
pengurusan persekitaran sekolah ke arah yang lebih
kondusif dan efektif. Peranan pejabat pendidikan daerah
dan jabatan pendidikan negeri dalam menyediakan dan
menyelaraskan bekalan prasarana fizikal di sekolah yang
diluluskan di peringkat kementerian mampu
meningkatkan pretasi sekolah.

Kelengkapan, alatan dan fasiliti memberi pengaruh
yang kuat kepada suasana pembelajaran yang efektif. Ia
mampu meningkatkan daya usaha dan minat untuk belajar

77 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dalam kalangan murid. Suasana ini membawa kepada
persekitaran yang responsif iaitu persekitaran fizikal di
mana murid menjalani aktiviti dan melibatkan diri secara
aktif dalam pembelajaran mampu mempengaruhi
tumpuan dan perkembangan psikososial mereka yang
akan dibincangkan lebih lanjut selepas ini. Selain bilik
darjah, tandas, kantin, makmal, bengkel, padang,
pencahayaan dan pengudaraan menjadi faktor fizikal yang
penting dalam keberkesanan proses PdPc. Ia akan
membekalkan persekitaran yang selesa, kondusif dan
sihat untuk proses PdPc berjaya dilaksanakan dengan
lebih efisyen.

Selain itu, penyediaan makanan yang sihat kepada
murid- murid di sekolah khususnya golongan B40 di
bawah inisiatif Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
amat berfungsi sebagai salah satu faktor kemenjadian
murid. Di ketika murid-murid lain menikmati hidangan
sarapan yang berkhasiat bersama keluarga atau pun
berpeluang berhenti seketika untuk memberi sarapan
di restoran makanan segera di sepanjang perjalanan ke
sekolah, di sebuah sekolah pedalaman, ada murid yang
mengakui bahawa mereka tidak berpeluang minum ‘air
manis’ di rumah kerana ketiadaan gula.

Hanya jarang-jarang sekali mereka berpeluang
minum air bergula kerana status sosio-ekonomi yang

| 78

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

rendah. Program RMT telah memberi ruang untuk
mereka menikmati bukan sahaja makanan berkhasiat,
malah kepelbagaian menu yang mungkin tidak dapat
dirasai di rumah. Dua situasi ini pastinya memberi impak
empirikal yang berbeza kepada pembelajaran murid
sepanjang hari dengan bekalan zat dan ‘mood’ untuk
belajar yang berlainan.

Pengetua dan guru besar harus mengambil inisiatif
yang lebih efektif seperti menyedia ‘food bank’ atau dana
untuk membekalkan makanan harian di sekolah kepada
murid yang kurang mampu. Pihak sekolah juga dengan
kerjasama masyarakat setempat boleh mengumpul dana
atau menyediakan tempat pengumpulan pakaian dan
barangan keperluan untuk membantu keluarga murid
golongan ini.

Usaha-usaha ini tidak terletak hanya pada tangan
pengurus sekolah sahaja. Peranan guru juga penting
dalam memastikan faktor persekitaran tersebut
diselaraskan dan dimanfaatkan. Ia bagi menyediakan
platform yang memberangsangkan untuk murid belajar
dapat direalisasikan yang melibatkan kreativiti guru
menyusun atur alatan yang disediakan pihak sekolah,
membuat sedikit sentuhan menarik kepada bilik darjah
dan bilik-bilik khas yang lain yang telah disediakan oleh
pihak kerajaan.

Ada juga guru yang mengambil inisiatif
menyediakan landskap mini di dalam dan luar kelas
sebagai sudut rekreasi yang bukan hanya merangsang
minta aktif tetapi juga menyediakan bahan maujud untuk
murid sentuh dan guna di dalam sesi PdPc. Kaedah ini
menjadikan tempat belajar yang efisyen iaitu bukan
sahaja cantik dan menarik tetapi juga boleh digunakan
untuk murid mengalaminya sendiri.

79 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Ada juga guru mengambil inisiatif yang agak
berlainan dengan menyediakan air percuma dalam tangki
di setiap kelas sebagai menyokong program kesihatan.
Galakan meminum air yang banyak pada setiap masa
bukan sahaja pada waktu rehat bukan sahaja dapat
mengurangkan risiko mereka jatuh sakit malah turut
membantu murid untuk mengatasi rasa mengantuk di
dalam kelas. Ia merupakan satu contoh insiatif mudah
oleh seorang guru, tetapi bermakna bagi murid.

Terdapat satu dapatan kajian yang menyokong
inisiatif ini iaitu oleh Everstin, Emner dan Worsham pad
atahun 2003 yang telah menyediakan satu senarai
prinsip persekitaran bilik darjah:
a. Lalu lintas di dalam kelas
b. Susun atur meja dan bangku yang accessible iaitu

keadaan yang memudahkan guru membuat
pemantauan sepanjang sesi pembelajaran
c. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang tersedia
dan tersusun untuk memudahkan murid dan guru
menggunakannya
d. Ruang yang mencukupi untuk murid melaksanakan
aktiviti seperti persembahan dan demonstrasi.

Jika dilihat, keempat-empat prinsip ini menepati
susunan meja bangku mengikut prinsip Pembelajaran

| 80

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Abad ke-21 (PAK 21) yang hangat diketengahkan oleh
jurulatih-jurulaith pembelajaran di bawah inisiatif PdPc
berkesan yang seharusnya disambut dengan lebih positif
oleh pengurusan sekolah dan guru-guru kerana PAK
21 telah membuktikan keberhasilan yang optimum
dalam setiap sesi PdPc, sama ada dari sudut susun atur
fizikal, pedagogi dan juga pentaksiran yang dilaksanakan
di dalam kelas.

Tranformasi pendidikan hari ini adalah mengikut
acuan modenisasi yang harus berlaku dalam sistem
pendidikan di Malaysia berbanding pendekatan di awal
tahun-tahun kita mendapat kemerdekaan. Hasrat murni
kementerian untuk membentuk kemenjadian murid tidak
mungkin tentang inisiatif transformasi pendidikan dalam
kalangan pengurus sekolah dan pendidik masih berada di
takuk lama.

Ciri-ciri Bilik Darjah Abad ke -21

2. Persekitaran Psikososial
Persekitaran Psikososial merujuk kepada

hubungan antara keperluan emosi individu dengan
persekitaran sosialnya. Faktor sosial merupakan situasi
hubungan dan interaksi yang berlaku antara murid
dengan murid, murid dengan guru, murid dengan
persekitarannya terutamanya yang berlaku ketika proses
81 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

PdPc dan juga sepanjang murid berada di dalam kelas.
Faktor emosi pula adalah melibatkan perasaan dan
pandangan murid terhadap guru, rakan-rakan sekelas dan
persekitarannya. Ia banyak mengaitkan ciri-ciri
pengajaran guru, sifat guru, gaya kepimpinan yang
diamalkan oleh guru yang menjadi pengauh besar kepada
interaksi psikososial murid dengan rakan-rakan dan
kepada persekitaran di dalam kelas.

Sesi pembelajaran yang menghubungkan
keperluan emosi murid dengan persekitaran sosial adalah
dikenali sebagai persekitaran psikososial. Ia berkait rapat
dengan keselesaan, keselamatan, keceriaan dan mampu
menarik minat murid. Ia turut membenarkan proses
perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektual
berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Ciri-ciri bilik darjah yang mempunyai suasana selesa dan
mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal,
suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan
pembelajaran berlaku dengan koperatif dan memberi
akses yang sama rata kepada semua murid adalah
menepati persekitaran psikososial yang positif.
a. Pengurusan Bilik Darjah

Keadaan ini banyak dipengaruhi oleh faktor
seperti pendekatan pengajaran guru, gaya
kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan peluang
interaksi antara guru dengan murid, murid dengan
murid serta murid dengan persekitaran di dalam
sesuatu sesi PdPc. Dalam sesebuah kelas pasti
peraturan merupakan satu elemen penting dalam
mengawal tingkah laku murid bagi memastikan proses
PdPc berjalan lancar. Ia merupakan interaksi antara
murid dan persekitaran yang utama namun jarang
dilihat akan kepentingannya.

| 82

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Pertama, peraturan di dalam kelas yang
menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak
boleh dilakukan oleh murid. Larangan makan dan
minum di dalam kelas ketika guru mengajar dan
larangan berlari di dalam kelas merupakan dua contoh
peraturan yang diwujudkan bagi memupuk rasa hormat
kepada guru dan rakan-rakan yang lain ketika PdPc
berlangsung. Rutin pula merupakan prosedur atau
langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh murid selagi
mana mereka berada di dalam kelas seperti semakan
kehadiran, pergerakan untuk membentuk kumpulan,
jadual membersihkan kelas dan jadual penghantaran
buku latihan kepada guru.

Kedua-dua elemen ini bertindak sebagai
pengawal akses kepada persekitaran secara lebih
spesifik dan harus difahami dan dipatuhi oleh guru-guru
dan murid-murid yang berada di kelas tersebut. Namun
terdapat juga kes terpencil yang mana guru tidak
menepati peraturan tersebut dalam masa yang sama
guru ini mengharapkan murid mematuhinya. Ia satu
tingkah laku yang tidak wajar kerana guru merupakan
role-model kepada murid dan ia juga salah satu cara
mendapatkan mutual-respect.

Bagimemastikan keberkesanan pelaksanaannya,
guru harus lebih peka kepada apa yang berlaku di
dalam kelas dan mengawal selia terhadap bilik darjah
melalui pengalaman dan kebolehan masing-masing.
Selain itu, peneguhan positif sentiasa perlu diberi bagi
menggalakkan murid supaya mereka mematuhi
prosedur-prosedur tersebut dan menjadikan ianya
sebagai amalan di sekolah. Hal ini akan memberi
kestabilan emosi dan rasa selesa murid untuk terus

83 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

berada di dalam kelas dan memgikuti proses PdPc
dengan lebih berkesan.

b. Pengurusan Perhubungan Luar dan Komuniti`
Sebuah sekolah tidak mampu ditadbir hanya

oleh pengetua atau guru besar, guru-guru dan kaki
tangan sahaja. Oleh kerana itu, hubungan yang baik
dengan penduduk sekitar dan komuniti turut
memainkan peranan yang sama pentingnya di
sesebuah sekolah. Murid-murid ditinggalkan ibu bapa
di sekolah untuk dididik oleh guru-guru di sekolah
dengan sepenuh kepercayaan. Guru-guru bertindak
sebagai in loco parentis iaitu berperanan sebagai
ibubapa yang akan menjaga mereka sepanjang mereka
di sekolah. Faktor kepercayaan ini harus mendapat
satu penghormatan daripada ibu bapa kepada guru.
Jalinan hubungan ini adalah penting untuk sama-sama
mendidik anak-anak dan memberi ruang terbaik untuk
mereka belajar.

Pada satu ketika dahulu, masyarakat setempat
juga turut menjadi mata telinga ibu bapa dan guru
dalam mendidik anak-anak. Jiran turut membantu
menghantar dan menjemput anak- anak dari sekolah,
dan ada ketika ditumpangkan di rumah sementara ibu
bapa ada urusan. Jiran juga boleh sama-sama menegur
salah laku anak-anak kerana rasa sayang dan cakna itu
dikongsi bersama. Namun, zaman yang berubah
memberi sedikit cabaran yang berbeza. Ada ibu bapa
yang terlalu over-protectedmenjadikan anak mereka
manja dan sukar untuk dibetulkan melalui teguran.
Malah ada situasi yang mana guru pula akan dimarahi
akibat mengenakan denda untuk menegur salah laku
anak mereka.

| 84

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Ini tidak mungkin berlaku sekiranya
kesefahaman ini tidak menemui satu titik yang sama.
Sekali lagi peranan pengurus sekolah sebagai
penghubung situasi ini dilihat diperlukan. Di sebuah
sekolah, orang kampung membuat muafakat untuk
sama-sama menyokong program sekolah. Mereka
menyenaraikan anak-anak kampung yang bakal
menduduki peperiksaan pada tahun berkenaan untuk
melaksanakan solat hajat secara berkala.

Dengan hasrat yang sama, mereka menyediakan
insentif bagi anak-anak kampung yang berjaya dalam
peperiksaan yang diduduki khususnya peperiksaan
awam. Dalam bidang lain, orang kampung bekerjasama
dengan komuniti (peniaga-peniaga dan syarikat-
syarikat sekitar) untuk mengumpul dana menyewa bas
membawa murid ke pertandingan sukan. Senario ini
amatlah positif dan disokong dalam bidang pendidikan
demi mempertingkatkan potensi murid dengan sumber
yang terhad melalui pelibatan ibu bapa dan komuniti
dalam sekolah. Kebijaksanaan pengurus sekolah dilihat
amat signifikan dengan peranan berbeza dalam dua
situasi ini.

Faktor hubungan sosial yang positif ini amat
membantu pembangunan murid ke arah potensi yang
lebih baik sama ada dalam aspek akademik, ko-
kurikulum, sahsiah dan jati diri murid. Senario begini
jarang berlaku dalam persekitaran sekolah hari iini
berbanding suatu ketika dahulu. Pengetua dan guru
besar harus mengambil inisiatif agar faktor sosial
sebegini boleh dipupuk dan menjadi satu amalan
terbaik di sekolah.

85 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

D. Perspektif Persekitaran Pembelajaran
1. Learner Centered
Persekitaran yang melibatkan tumpuan diberikan
kepada perkembangan pengetahuan, kemahiran, tingkah
laku dan kepercayaan diri seseorang murid dinamakan
learner centered; apa yang murid pelajari melebihi apa
yang guru ajari. Guru-guru yang melaksanakan aktiviti
PdPc yang memfokuskan pembangunan konseptual dan
pembudayaan sesuatu ilmu itu dikatakan guru yang
mengajar dengan pendekatan learner-centered.
Lazimnya, PdPc yang memperkukuhkan konsep
dan ilmu ke dalam diri setiap murid ini adalah melalui
kaedah eksplorasi dan eksperiential seperti pemerhatian,
inkuiri, soal jawab dan refleksi kepada setiap aktiviti yang
dibuat iaitu kaedah yang berkisarkan perkembangan
kognitif murid. Ia banyak dilaksanakan dalam mata
pelajaran sains yang meningkatkan kemahiran berfikir
dan penaakulan. Ia bersesuaian dnegan perkembangan
pendidikan di Malaysia yang mengintegrasikan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
penyampaian kurikulum dan pentaksiran.
Persekitaran yang menyokong murid untuk
membuat pembelajaran kendiri dan pembelajaran secara
tidak formal. Pembelajaran tidak formal ini boleh berlaku
di mana sahaja kadang- kadang melalui soalan kawan-
kawan menjadikan kita ingin mencari maklumat untuk
menjawab soalan itu. Adakalanya berlaku kerana satu-
satu percubaan seperti eksperimen, demonstrasi itu tidak
berjaya seperti yang murid harapkan, maka murid itu
belajar melalui langkah-langkah yang telah silap. Semua
ini memberi proes pembelajaran yang bermakna kepada
murid.

| 86

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

2. Knowledge Centered
Persekitaran berorientasikan ilmu pengetahuan ini

banyak dikaji oleh sarjana barat yang menunjukkan
bagaimana nilai ilmu itu didalami oleh murid dengan
bimbingan guru. Ia merupakan proses mendalami ilmu
melalui pengetahuan sedia ada murid iaitu konsep asas
yang telah dipelajari kepada memperkukuhkan ilmu
tersebut melalui uji kaji dan pembuktian sama ada secara
formal (PdPc dalam kelas) atau tidak formal (pembacaan
atau tugasan yang diberikan oleh guru). Ia merupakan
refleksi kepada 6 peringkat kemahiran kognitif dalam
Taksonomi Bloom; mengetahui, memahami, mengaplikasi,
menganalisis, mensintesis (hubungkait) dan membuat
penilaian dan kritikan.

Persekitaran pembelajaran berorientasikan ilmu
pengetahuan ini adalah bagaimana murid itu diajar untuk
menguasai kandungan pelajarannya. Langkah
perkembangan pembelajaran murid diberi bimbingan oleh
guru sebagai fasilitator supaya murid memahami dan
menguasai ilmu pengetahuan yang betul sebagaimana
yang dicatatkan dalam objektif pembelajaran (OPEM).
Secara umumnya, murid akan belajar kerana kandungan
kurikulum itu diajar oleh guru atau tugasan diberi kepada
murid seperti PdPc berasaskan aktiviti atau PdPc
berasaskan projek. Sebagai contoh menjawab kuiz,
membuat simulasi, bercerita dan membuat buku skrap
atau sudut yang berkaitan mata pelajaran.

3. Assessment Centered
PdPc yang bertujuan untuk mendapatkan satu hasil

yang boleh menilai keberhasilan pengajaran itu dikenali
sebagai Assessment Centered lesson. Ia tidak mengira di
mana PdPc itu dilaksanakan, yang penting hasilnya adalah

87 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

untuk memberi satu penanda aras dan berlaku proses
tambah baik dalam pengajaran. Sama ada penilaian
formatif iaitu di mana guru ingin menilai sejauh mana
PdPc telah dilaksanakan dan mengambil kira aktiviti
tersebut untuk penambahbaikan atau pun penilaian
sumatif, yang menilai sejauh mana murid itu belajar dan
mahir dalam kemahiran-kemahiran dan ilmu yang telah
diajar, kedua-duanya merupakan 2 jenis penilaian yang
harus diketahui dan diaplikasikan oleh guru. Bentuk
penilaian boleh dilaksanakan dalam dua jenis iaitu
penilaian secara lisan dan penilaian bertulis namun ia
bergantung kepada kesesuaian kepada isi kandungan
mata pelajaran yang diajar dan tahap pentaksiran yang
dikendalikan.

Untuk melalui penilaian dan pentaksiran tersebut,
sudah pasti murid akan membuat persediaan sebelumnya.
Dengan membuat perbincangan, membuat bacaan, latihan
dan merujuk guru, pasti murid itu mempelajari sesuatu
dan lebih menguasainya ketika penilaian dan pentaksiran
dilaksanakan. Ia merupakan satu scenario yang jarang
diberi tumpuan dan seharusnya diperhalusi secara serius.
4. Community Centered

Persekitaran berorientasikan komuniti merupakan
satu transformasi dalam bidang pendidikan hari ini di
mana sekolah bukan sahaja dibina oleh pengurus sekolah,
guru, murid dan ibu bapa, tetapi ia turut melibatkan
komuniti yang turut menyumbang ke arah sekolah yang
cemerlang (Yusof et al., 2020). Idea ini disambut baik oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui inisiatif
Pelibatan Ibu bapa dan Komuniti dalam sekolah (PIBK)
yang telah dimuatkan di dalam 11 Anjakan dalam dasar
pendidikan terbaharu.

| 88

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

Sokongan komuniti kepada persekitaran
pembelajaran sama ada secara fizikal, psikososial atau
pun sumbangan kewangan memberi makna yang
tersendiri kepada murid. Kementerian hanya
menurunkan peruntukan di bawah geran kerajaan
yang cukup untuk membiayai kemudahan dan
perbelanjaan asas di sekolah. Kebijaksanaan pengetua dan
guru besar dalam menjadi penghubung sekolah dengan
komuniti menjadi asas keberkesanan penglibatan
komuniti di sekolah. Dengan cara ini, komuniti mampu
sedikit sebanyak membantu menyediakan kemudahan
dan persekitaran pembelajaran yang efektif.

Keempat-empat orientasi ini menyumbang kepada
persekitaran psikososial yang optimum dan membina
perkembangan kemahiran insaniah dalam memenuhi
Falsafah Pendidikan Negara dan 6 Aspirasi Murid yang
digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan di
Malaysia (2013-2025). Oleh yang demikian, dalam usaha
menyediakan persekitaran yang menjadi pemangkin
kemenjadian murid dan keberhasilan sekolah, pengetua
dan guru besar perlu lebih peka dan mengambil langkah
yang rasional untuk membina guru, kakitangan, ibu bapa
dan komuniti yang satu hati dalam menyokong kemajuan
sekolah supaya ia membawa manfaat kepada semua.

E. Pengurusan Persekitran Positif
1. Learning doesn’t have to be in the classroom….it is
everywhere.
Pembelajaran menjadi lebih menarik sekiranya ia
berlaku secara pengalamian dan tidak terikat hanya
kepada aktiviti pembelajaran di bilik darjah. Guru-
guru masih takut untuk mencuba perubahan ini iaitu
untuk membawa murid keluar dari bilik empat dinding

89 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

dan memberi ruang untuk mereka menikmati
kolaboratif dan interaksi dengan alam sekitar. Sebagai
contoh aktiviti lawatan sambal belajar merupakan satu
idea kreatif untuk membawa murid-murid menghayati
dan mengalaminya secara hands-on konsep dan teori yang
diajar di bilik darjah.

Namun, menguruskan aktiviti lawatan merupakan
satu tugasan yang agak mencabar bagi seorang guru
apatah lagi bagi guru novis. Namun, jika kita lihat kepada
keberhasilannya, rata-rata pengkaji bersetuju bahawa
pembelajaran yang melibatkan murid secara langsung,
memberi ruang untuk mereka menggunakan lima deria, ia
akan lebih memberi kesan pembelajaran yang efektif.

Selain itu, ia juga dikatakan sebagai aktiviti inter-
disiplin iaitu menggabungjalin beberapa sukatan
pelajaran dalam satu aktiviti yang dilaksanakan. Di barat
mereka juga menamakan ia sebagai compacting syllabus di
mana 2 mata pelajaran yang mempunyai topik yang sama
(pertindihan), ia akan diajar hanya sekali pada salah satu
sela masa mata pelajaran, namun aktiviti pentaksiran,
pengukuhan dan pemulihan masih perlu dilaksanakan
mengikut mata pelajaran asal. Sebagai contoh, tajuk litar
elektrik terkandung dalam sukatan mata pelajaran Sains
Tingkatan 2 manakala dalam mata pelajaran Reka bentuk
dan Teknologi (RBT) pula ia berada di sukatan di
Tingkatan 2.

Bagaimana keadaan ini boleh dikenalpasti,
sedangkan masing-masing guru hanya mahir dalam
sukatan mata pelajaran masing-masing? Pelbagai
pendekatan boleh dipilih sebagai cara untuk
menghubungkan dua bidang ini. Antara cadangan yang
baik adalah melalui perkongsi guru dalam PLC (Komuniti
Pembelajaran Profesional) yang menjadi salah satu sub

| 90

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

kluster penting yang dikawal selia oleh pihak kementerian
melalui Dialog Prestasi. Ia mungkin dilihat sebagai
platform baharu, namun terdapat sekolah dan kelompok
guru yang telah menjadikan ia budaya dan amalan di
sekolah telah menuai hasilnya.

Sebagai seorang pengetua dan guru besar,
galakkan guru-guru melaksanakan pengajaran yang
melangkaui standard kurikulum yang ditetapkan dengan
memberi ruang untuk mereka mendalami ilmu secara
kreatif dan menggunakan pelbagai sumber yang
disediakan. Inisiatif ini akan memberi laluan kepada
murid-murid yang mempunyai kecenderungan, tahap
penerimaan dan kaedah pembelajaran yang berbeza
sama-sama belajar dalam situasi yang menyeronokkan.
Ini sudah pasti menyuntik minat murid untuk terus hadir
ke sekolah kerana peluang belajar dan beraktiviti sentiasa
ada walaupun mereka bukan dalam kalangan murid yang
cemerlang dan merasa diri mereka dihargai dan diberi
perhatian yang sama rata.

Ruang pembelajaran yang luas dan tidak terikat
hanya di dalam kelas ini memberi satu aura yang berbeza
kepada murid untuk berkarya. Sebagai contoh, apabila
mereka diminta menyiapkan bahan pembentangan pada
sehelai kertas sebak. Sekiranya mereka dibawa keluar ke
taman atau ke perpustakaan idea persembahan mereka
pasti berbeza dan lebih segar. Sekiranya ia tidak berlaku,
guru boleh membimbing murid dengan memberikan
ruang kepada mereka atau bersama-sama dengan murid
mencari idea dari bahan-bahan bacaan yang terdapat di
perpustakaan. Selain itu, berada di taman membolehkan
kita membawa mereka untuk menyentuh dan merasai
keindahan dan ketenangn di situ sambil memberi ruang

91 |

Kreativiti Pengurusan Sekolah Berpencapaian Tinggi

untuk mereka mencari idea melalui kaedah penyoalan
seperti;
“Apakah yang boleh awak nampak dari sini?”
“Apakah yang awak rasa?”
“Berikan beberapa perkara yang menyebabkan anda
gembira berada di sini.”

“Bagaimana awak boleh kaitkan dengan tajuk
pembentangan kamu?”Semua harus bersetuju bahawa
pembelajaran boleh berlaku dimana-mana sahaja, bukan
hanya di bilik darjah. Strategi pembelajaran yang
dirancang merupakan asas utama reka bentuk pengajaran
yang boleh membawa murid ke luar dari bilik darjah
mereka. Sebagai contoh seorang guru Bahasa Inggeris
yang ingin mengajar tajuk Sequence Connectors kepada
murid iaitu untuk memahami maksud setiap sequence
connectors dan bagaimana ia digunakan. Guru ini
boleh merancang strategi pembelajaran berasaskan

| 92


Click to View FlipBook Version