The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengumpulan artikel pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Cuti Sekolah) Sesi 2020/2022 Universiti Kebangsaan Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matsyahir, 2022-01-22 22:45:47

PROSIDING e-KOLOKIUM PENDIDIKAN SAINS 2022

Pengumpulan artikel pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Sains (Mod Cuti Sekolah) Sesi 2020/2022 Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords: Pendidikan Sains,e-Kolokium

KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan tenaga
keterbaharuan dalam pembelajaran sains dari aspek pengetahuan dan sikap. Daripada hasil
dapatan kajian, majoriti guru sains sekolah menengah di bahagian Sri Aman mempunyai tahap
pengetahuan, sikap dan pelaksanaan tenaga keterbaharuan yang sederhana tinggi. Selain itu,
dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan
sikap guru dengan pelaksanaan tenaga keterbaharuan dalam pembelajaran sains. Tetapi,
elemen sikap mempunyai hubungan positif yang lebih kuat dengan pelaksanaan guru terhadap
tenaga keterbaharuan. Dengan ini, KPM boleh merancang program untuk meningkatkan
pengetahuan dan sikap guru terhadap tenaga keterbaharuan kerana kedua-dua elemen ini
mempunyai hubungan dengan pelaksanaan guru terhadap tenaga keterbaharuan. Namun, kajian
ini hanya melibatkan pendekatan kuantitatif dan terbatas kepada aspek pengetahuan, sikap dan
kesediaan guru dalam pelaksanaan tenaga keterbaharuan dalam pembelajaran sains. Kajian ini
tidak melihat proses bagaimana guru mengintegrasikan tenaga keterbaharuan dalam
pembelajaran sains. Hasil dapatan kajian yang diperoleh hanya dapat digunakan untuk
mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan pelaksanaan guru sains terhadap tenaga
keterbaharuan serta hubungan pengetahuan dan sikap guru dengan pelaksanaan guru terhadap
tenaga keterbaharuan dalam pembelajaran sains. Jadi, pengkaji-pengkaji pada masa akan
datang digalakkan menggabungkan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif agar data
yang diperolehi dapat digunakan untuk menerangkan bagaimana pengetahuan dan sikap guru
terhadap tenaga keterbaharuan berinteraksi dengan pelaksanaan tenaga keterbaharuan dalam
pembelajaran sains. Ini membolehkan kajian dikaji dengan lebih mendalam dan terperinci.

PENGHARGAAN

Penulis mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana penyelidikan
ini merupakan sebahagian dari projek penyelidikan yang dibiayai oleh Kementerian Pengajian
Tinggi (TRGS/1/2018/UKM/01/6/1).

RUJUKAN

Alias Baba. 1997. Statistik Penyelidikan dalam Penglibatan dan Sains Sosial. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adi Ainurzaman Jamaludin, Zul Ilham, Nurul Emy Idayu Zulkifli, Wan Abd Al Qadr Imad
Wan-Mohtar, Sarina Abdul Halim-Lim, Ohgaki, H., Ishihara, K. & Akitsu, Y. 2020.
Understanding perception and interpretation of Malaysian university students on
renewable energy. AIMS Energy 8(6): 1029–1044.

Altuntas, E.C. & Turan, S.L. 2017. Awareness of secondary school students about renewable
energy sources. Renewable Energy 116: 741-748.

Azhar Ahmad, Mamunur Rashid, Nor Asiah Omar & Syed Shah Alam. 2014. Perceptions on
renewable energy use in Malaysia: Mediating role of attitude. Jurnal Pengurusan 41:
123-131.

Bajpai, S., & Kidwai, N. R. 2017. Renewable energy education in India. Comparative

542

Professional Pedagogy 7(4):103-113.

Çelikler, D., Yılmaz, A. & Aksan, Z. 2016. Determining the attitudes towards renewable
energy sources of twelfth grade students attending different types of high schools.
Journal of Educational and Instructional Studies in the World 6 (Special Issue):
103-113.

Creswell, J. W. 2012. Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research. Ed. ke-4. Boston, MA: Pearson.

Demirbag, M. & Yilmaz, S. 2020. Preservice teachers’ knowledge levels, risk perceptions and
intentions to use renewable energy: A structural equation model. Journal of Education
in Science, Environment and Health 6(3): 193-206.

Ferreira, M. F., Freitas, M. A. V., da Silva, N. F., da Silva, A. F. & Paz, L. R. L. 2020. Insertion
of photovoltaic solar systems in technological education institutions in Brazil: Teacher
perceptions concerning contributions towards sustainable development. Sustainability
12(1292).

Fong Chun Sen & Kamisah Osman. 2021. Pengetahuan, sikap dan tingkah laku guru
sekolah rendah terhadap tenaga boleh diperbaharui. Prosiding E-Kolokium
Pendidikan Sains 2021, hlm. 84-100.

Genç, M. & Akilli, M. 2019. The correlation between renewable energy knowledge and
attitude: a structural equation model with future’s educators. Journal of Baltic Science
Education18(6): 866-879.

George, D., & Mallery, M. 2003. Using SPSS for Windows step by step: a simple guide and
reference. Boston, MA: Allyn & Bacon.

Guven, G. & Sulun, Y. 2017. Pre-service teachers' knowledge and awareness about renewable
energy. Renewable and Sustainable Energy Reviews 80: 663–668.

Izgi-Onbasili, U. 2020. Investigation of the effects of out-of-school learning environments on
the attitudes and opinions of prospective classroom teachers about renewable energy
sources. Journal of Education in Science, Environment and Health (JESEH) 6(1): 35-
52.

Kristy Inus. 2018. Malaysia will meet 2050 target of 50% renewable energy. New Straits Times,
25 Januari.

Lay, Y. F., Khoo, C. H., Treagust, D. F. & Chandrasegaran, A. L. 2013. Assessing secondary
school students’ understanding of the relevance of energy in their daily lives.
International Journal of Environmental and Science Education 8(1): 199-215.

Morgil, I., Secken, N., Yucel A.S., Ozyalcin Oskay, O., Yavuz, S. & Ural, E. 2006. Developing
a renewable energy awareness scale for pre-service chemistry teachers. Turkish Online
Journal of Distance Education-TOJDE 7(1): 63-74.

Nik Amalena Najebah Nik Azman, Nor Farhana Selahudin, Sharina Mohd Salleh & Norlaila
Mazura Mohaiyadin. 2018. Does food waste contribute to renewable energy? Global

543

Business and Management Research: An International Journal 10 (3): 327-336.

Nor Aisyah Che Derasid, Lokman Mohd Tahir, Aede Hatib Musta’amal, Zainudin Abu Bakar,
Nazaruddin Mohtaram, Norzanah Rosmin & Mohd Fadzli Ali. 2021. Knowledge,
awareness and understanding of the practice and support policies on renewable energy:
Exploring the perspectives of in-service teachers and polytechnics lecturers. Energy
Reports 7:3410-3427

Nor Hamisham Harun & Hussain Ali Bekhet. 2020. Elasticity of non-renewable and renewable
energy towards electricity generation for sustainable energy in Malaysia. Global
Business and Management Research: An International Journal 12(4): 176-188.

Nunnally, J. C. & Bernstein, I. H. 1994. Psychometric Theory. Edisi ke-3. New York:
McGraw-Hill.

Puan Yatim, Mohd Noor Mamat, Suhaiza Hanim Mohamad Zailani & Shamshubaridah
Ramlee. 2016. Energy policy shifts towards sustainable energy future for Malaysia.
Clean Techn Environ Policy 18:1685–1695.

Syed Shah Alam, Nor Fariza Mohd Nor, Maisarah Ahmad & Nik Hazrul Nik Hashim. 2016.
A survey on renewable energy development in Malaysia: Current status, problems and
prospects. Environmental and Climate Technologies 17(1): 5–17.

Umi Kalsum Abu Bakar & Kamisah Osman. 2021. Tahap pengetahuan guru terhadap amalan
tenaga keterbaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Prosiding E-Kolokium
Pendidikan Sains 2021, hlm. 441-454.

Wan Syakirah Wan Abdullah, Miszaina Osman, Mohd Zainal Abidin Ab Kadir & Renuga
Verayiah. 2019. The potential and status of renewable energy development in Malaysia.
Energies 12.

Zakaria, Basril & Kamarudin Majid. 2019. Public awareness analysis on renewable energy in
Malaysia. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science 268.

Zyadin, A., Puhakka, A., Ahponen, P. & Pelkonen, P. 2014. Secondary school teachers’
knowledge, perceptions, and attitudes toward renewable energy in Jordan. Renewable
Energy 62: 341–348.

Yong Pei Yik*
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

Prof. Dr. Kamisah Binti Osman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

*Pengarang untuk surat-menyurat, emel: [email protected]

544

Hubungan Antara Kemahiran Proses Sains Dan
Pencapaian Sains Murid Sekolah Rendah

(The Relationship Between Science Process Skills and Science Achievement
of Primary School Pupils)

ZURAIDAWATI ZOLKAFLEE* & SITI NUR DIYANA MAHMUD

ABSTRAK

Kemahiran proses sains (KPS) merupakan kemahiran asas dalam menyelesaikan proses saintifik dan satu set
kemahiran yang perlu dikuasai melalui pelaksanaan aktiviti penyiasatan untuk membentuk pembelajaran yang

bermakna. Penguasaan KPS yang konkrit di peringkat rendah mampu meningkatkan pemahaman dan pencapaian

Sains murid untuk persediaan ke peringkat menengah rendah dan tinggi. Kajian ini dijalankan bagi meninjau
tahap penguasaan kemahiran proses sains murid sekolah rendah dan hubungannya dengan pencapaian Sains.
Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif berbentuk deskriptif menggunakan kaedah tinjauan melibatkan
113 orang responden yang terdiri daripadamurid tahun enam dari sekolah di daerah Klang, Selangor. Sebanyak
113 set ujian prestasi diserahkan kepada responden dan ditadbir secara atas talian dan skor markah direkodkan.
Data di analisis secara deskriptif dan inferensi bagi mendapatkan min skor, sisihan piawai dan nilai korelasi.
Dapatan kajian mendapati tahap penguasaan kemahiran proses sains murid secara keseluruhan adalah baik. Tahap
penguasaan kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, menginferens, meramal,
berkomunikasi, menggunakan hubungan ruang dan masa, menginterpretasi data dan membuat hipotesis juga baik.
Walaubagaimanapun, kemahiran mengawal pemboleh ubah, mendefinisi operasi dan eksperimen dan pencapaian
Sains murid adalah pada tahap memuaskan. Wujud hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran
proses sains dan pencapaian Sains murid. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia, pentadbir sekolah dan guru Sains merancang dan melaksanakan program-program berkesan
bagi meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains dan tahap pencapaian Sains murid seterusnya mencapai
objektif Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap Dua yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Kata kunci: Kemahiran proses sains, pencapaian Sains

ABSTRACT

Science process skills (KPS) are fundamental skills in completing scientific processes and a set of skills that need
to be mastered through the implementation of investigative activities to shape meaningful learning. The concrete
mastery of KPS at the lower level can enhance the understanding and achievement of student science in
preparation for the primary and higher secondary level. This study was conducted to review the level of mastery
of science process skills of primary school pupils and their relationship with the achievements of science. This
study is descriptive quantitative research using the survey method involving 113 respondents comprising year
six from schools in the district of Klang, Selangor. A total of 113 sets of performance tests were submitted to
respondents and administered online and scores were recorded. Data is analyzed descriptively and inference to
get the mean score, standard deviation, and correlation value. The findings showed that the level of mastery of
the science process skills was good. The level of mastery of the skills of observing, classifying, measuring and
using numbers, inferring, predicting, communicating, using space and time relationships, interpreting data and
hypothesizing is also good. However, the skills of controlling variables, defining operations and experiments
and achievements of science are satisfactory. There is a significant relationship between the level of mastery of
science process skills and the achievement of science. The findings are expected to help the Ministry of
Education, school administrators and Science teachers plan and implement effective programmes to enhance
the mastery of science process skills and the level of science achievement and thus achieve the objectives of the
Standard of Primary School Science Curriculum Level Two set by the Ministry of Education Malaysia.

Key Words: Science process skills, science achievement

545

PENGENALAN

Pendidikan Sains menekankan pembelajaran secara inkuiri dan menyelesaikan masalah
menggunakan kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran berfikir dan kemahiran
proses sains. Kemahiran proses sains ialah satu set kemahiran yang perlu dipelajari dan
dikuasai oleh murid melalui pelaksanaan aktiviti penyiasatan bagi membentuk pembelajaran
bermakna dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Ia juga digunakan sebagai satu
kemahiran asas semasa melaksanakan proses saintifik bagi menghasilkan produk sains yang
meliputi konsep, prinsip, undang-undang, dan teori (Prayitno, et al., 2017). Penguasaan
kemahiran dan sikap yang sesuai mampu membantu murid berfikir dengan lebih berkesan.

Kemahiran proses sains (KPS) dikelaskan kepada dua bahagian iaitu KPS asas dan KPS
bersepadu. KPS asas terdiri daripada memerhati, berkomunikasi, mengukur dan menggunakan
nombor, mengelas, menginferens, meramal dan menggunakan perhubungan ruang dan masa,
manakala KPS bersepadu terdiri daripada mentafsir data, mendefinisi secara operasi,
mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen. Guru bertanggungjawab
membimbing murid agar dapat menguasai KPS asas dengan baik sebelum menggunakan KPS
bersepadu dengan berkesan bermula dari awal pendidikan rendah. Menurut Maison, et al.,
(2019), KPS asas perlu diperkukuhkan kerana ia membantu murid memahami konsep yang
lebih kompleks dan menyelesaikan masalah dengan baik. Kajian dijalankan oleh Norazizah, et
al., (2019) mendapati bahawa kanak-kanak sering menggunakan kemahiran memerhati dengan
menggunakan organ deria bagi bertindak balas terhadap rangsangan dalam melakukan
penyiasatan. Murid sekolah rendah pula didapati lebih mudah menguasai kemahiran memerhati
dan mengelas berbanding kemahiran asas lain kerana berdasarkan teori perkembangan kognitif
Piaget mereka berada ditahap pemikiran konkrit (Ismail, J, 2001). KPS bersepadu dipelajari
oleh murid bermula pada tahap dua pendidikan rendah dan ia memerlukan penguasaan
kemahiran yang lebih tinggi dan kompleks bagi menyelesaikan masalah dalam penyiasatan
yang dijalankan. Murid- murid perlu menguasai KPS bersepadu dengan baik sebagai
persediaan ke peringkat menengah yang menekankan kepada penguasaan KPS bersepadu yang
konkrit.

Penguasaan KPS yang baik dalam kalangan murid dapat mengoptimumkan
pengembangan minda serta membolehkan pembelajaran inkuiri dan praktikal sains dilaksana
dengan lebih berkesan. Pencapaian dalam Sains bukanlah bersandarkan kepada isi kandungan
dan ilmu pengetahuan semata-mata, malah penguasaan KPS dan sikap saintifik yang konkrit
dalam pembelajaran Sains mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian Sains pelajar.
Reymund Derilo (2019) mendapati bahawa kefahaman dan penguasaan kemahiran proses sains
yang baik menghasilkan pencapaian sains yang lebih tinggi. Pencapaian Sains TIMMS 2019
pada tanda aras antarabangsa (International Benchmark) melaporkan 92 peratus murid gred
empat dan 85 peratus murid gred lapan berada pada tanda aras rendah (400) iaitu menunjukkan
pemahaman konsep saintifik dan pemerolehan pengetahuan asas fakta-fakta sains yang terhad.
Kebanyakan negara yang terlibat menyediakan pendidikan Sains pada tahap kecekapan yang
minima kepada para pelajar. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berada pada aras
rendah bagi murid gred lapan dengan memperoleh purata skor 460. Laporan PISA 2018
melaporkan 78 peratus murid memperolehi sekurang-kurangnya aras 2 dalam sains iaitu boleh
mengenali dan menerangkan fenomena saintifik serta membuat kesimpulan pada tahap yang
minima. Negara Malaysia turut berada pada aras rendah namun menunjukkan pencapaian yang
signifikan dalam literasi saintifik pada PISA 2018 (skor purata 438) berbanding PISA 2012
(skor purata 420). Berdasarkan laporan ini jelas menunjukkan murid hanya menggunakan
pengetahuan saintifik yang asas bagi mengenal pasti maklumat saintifik, membentuk persoalan
kajian, mereka bentuk eksperimen, mentafsir data dan membuat kesimpulan berdasarkan data
yang diperoleh.

546

Terdapat kajian dijalankan bagi menganalisis dan mengenal pasti tahap penguasaan
KPS dan hubungannya dengan pencapaian sains murid. Kajian yang dijalankan oleh P. M. Sari,
F. Sudargo & D. Priyandoko (2018) menunjukkan penguasaan KPS mempengaruhi
pemahaman konsep iaitu semakin tinggi penguasaan KPS semakin tinggi pemahaman konsep
saintifik murid. Justeru, guru disarankan menyediakan pembelajaran yang dapat memperbaiki
penguasaaan KPS seterusnya dapat meningkatkan kefahaman konsep saintifik murid. Dapatan
kajian oleh Reymund Deliro (2019) menunjukkan bahawa tahap penguasaan KPS murid gred
tujuh berada pada aras pertengahan dan belum dapat menguasai KPS asas dan KPS bersepadu
dengan baik. Terdapat hubungan yang signifikan menunjukkan bahawa penguasaan KPS yang
tinggi mempengaruhi keputusan pencapaian yang lebih baik. Guru sains boleh memberi
penekanan terhadap kemahiran yang terlibat melalui pelaksanaan pelbagai kaedah pengajaran
untuk meningkatkan penguasaan KPS murid. Kajian Aziemah Razali & Syafiq Sanusi (2020)
mendapati tahap penguasaan KPS murid sekolah menengah adalah cemerlang dan
menunjukkan hubungan yang positif antara penguasaan KPS dengan kemahiran abad ke-21
(sikap terhadap sains dan persepsi terhadap PDPC Sains). Ia menerangkan bahawa murid
menguasai KPS seiring kemahiran abad 21, berfikiran kritis dan kreatif dan berkomunikasi
dengan baik. Kajian oleh Fah, L. Y., Cheng, J., & Lee, O. (2020) pula mendapati bahawa
kebolehan berfikir secara logik mempengaruhi tahap penguasaaan KPS bersepadu yang lebih
baik dan tahap pencapaian Sains murid tingkatan empat yang lebih bagus. Pihak terlibat dalam
merancang dan melaksanakan kurikulum boleh merancang program intervensi yang berkesan
bagi meningkatkan kebolehan berfikir secara logik, penguasaan KPS bersepadu dan
pencapaian Sains murid.

Berdasarkan dapatan kajian terkini didapati kajian-kajian yang telah dilaksanakan
adalah melibatkan murid di peringkat menengah dan penekanan terhadap mengenal pasti
penguasaan KPS bersepadu dan KPS secara keseluruhan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal
pasti tahap penguasaan KPS bagi setiap kemahiran yang terlibat (asas dan bersepadu) dan
secara keseluruhan serta hubungannya dengan pencapaian Sains dalam kalangan murid di
peringkat rendah. Hasil dapatan kajian yang diperolehi diharapkan dapat membantu guru
merancang, menyusun dan melaksanakan PdPc Sains yang sesuai berdasarkan tahap
penguasaan setiap kemahiran bagi meningkatkan penguasaan KPS murid keseluruhannya. Bagi
mengenal pasti tahap penguasaan KPS dan hubungan antara tahap penguasaan KPS dan
pencapaian Sains murid, analisis dijalankan berdasarkan objektif yang berikut:

1. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran proses sains dan pencapaian sains
murid sekolah rendah.

2. Menentukan sama ada terdapat hubungan antara tahap penguasaan kemahiran proses
sains dan pencapaian Sains murid sekolah rendah.

Hipotesis nul yang dibentuk bagi menjawab persoalan kajian kedua iaitu:

Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran
proses sains dan pencapaian Sains murid sekolah rendah.

547

SOROTAN LITERATUR

Tahap Penguasaan KPS

Kemahiran proses sains (KPS) merupakan suatu kebolehan dan kecekapan yang digunakan
bagi menyelesaikan masalah saintifik (Padilla, M. J. 1990) menerusi aktiviti penyiasatan
berdasarkan bukti-bukti melalui langkah-langkah saintifik yang bersesuaian. Menurut Ong,
Zurida & Fong (2007), KPS ialah satu set kemahiran berfikir yang boleh dipraktikkan secara
berasingan atau gabungan bagi menyelesaikan masalah-masalah saintifik. Kemahiran-
kemahiran tersebut digunakan dalam Sains bertujuan mengumpul dan menganalisis data bagi
menyelesaikan masalah. Menurut Gagne (1965), kebolehan menguasai KPS dengan baik
menjadi tujuan utama pengajaran Sains sebagaimana kebanyakan kurikulum dibentuk bagi
tujuan pembangunan kebolehan berfikir secara inkuiri melalui pendekatan saintifik. Manakala
pengajaran Sains yang baik pula terarah kepada pembentukan dan pengembangan keupayaan
pengetahuan saintifik yang tinggi (Anderson, 1987) dan dapat diaplikasi dalam pembelajaran
dan komunikasi harian. Penguasaan KPS yang baik mempengaruhi keputusan pencapaian
Sains murid dalam memahami dan menerangkan secara rasional tentang fenomena, fakta,
konsep, sikap dan nilai saintifik serta membentuk pengetahuan yang diterjemahkan melalui
pencapaian kognitif (Permatasari, et al., 2020).

Penguasaan KPS murid dapat dibentuk bermula peringkat awal persekolahan. Kajian
Norazizah, et al. (2018) menunjukkan bahawa kanak-kanak cenderung menggunakan KPS
asas seperti memerhati, meramal dan berkomunikasi dalam melakukan penyiasatan dan
menyelesaikan masalah. Mereka cenderung berinteraksi dengan alam menggunakan organ
deria ketika bertindak balas terhadap rangsangan dan menggunakan KPS sebagai asas
penerokaan sesuatu penyiasatan. Bagi peringkat menengah rendah dan tinggi, penguasaan KPS
yang konkrit di peringkat rendah mampu meningkatkan pemahaman dan pencapaian Sains
murid. Kajian yang dijalankan oleh Ekanayake, (2017) mendapati bahawa tahap penguasaan
KPS bagi murid gred enam dan tujuh adalah pada tahap pertengahan dan dipengaruhi oleh
jenis dan fungsi sekolah serta medium perantara yang digunakan. Menurut Ekanayake
penambahbaikan kaedah pengajaran diperlukan bagi meningkatkan kefahaman KPS murid
terutama yang menggunakan perantara Bahasa Inggeris.

Kajian Reymund Derilo (2019) pula mendapati tahap penguasaan KPS murid
keseluruhannya adalah pada tahap pertengahan dan penguasaan KPS bersepadu mereka adalah
masih rendah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
penguasaan KPS dan pencapaian Sains. Ini menunjukkan bahawa jika murid dapat menguasai
KPS dengan baik, maka keputusan pencapaian Sains juga akan turut meningkat. Guru
bertanggungjawab mengintegrasikan semua KPS iaitu asas dan bersepadu dalam aktiviti
pembelajaran bagi meningkatkan tahap penguasaaan KPS murid supaya mereka lebih
berfikiran saintifik. Menurut Permatasari, et al. (2020), kemahiran proses sains mempunyai
hubungan korelasi yang sangat kuat dengan pencapaian kognitif murid, Ia penting bagi murid
dalam memahami konsep sains dan menerangkan fenomena saintifik secara rasional. Dapatan
kajian Fah, et al., (2020) menunjukkan bahawa penguasaan KPS dan kebolehan berfikir secara
logikal adalah faktor yang mempengaruhi pembelajaran konsep sains dan mempunyai
hubungan yang sangat positif dengan pencapaian sains murid. Kebolehan menguasai
kemahiran berfikir secara logikal mendorong keputusan pencapaian Sains yang lebih baik.
Aziemah Razali dan Syafiq Sanusi (2020) pula mendapati murid menguasai KPS dan
kemahiran abad ke-21 dengan sangat baik dan cemerlang. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa penguasaan KPS mempunyai hubungan yang positif dengan kemahiran abad ke-21.
Murid yang menguasai kemahiran proses sains dengan baik dapat menguasai kemahiran abad

548

ke-21 dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu berkomunikasi dengan lebih
baik.

Kesimpulannya, di peringkat rendah murid diperkenalkan dengan KPS asas dan boleh
menguasainya dengan baik di tahap satu, manakala KPS bersepadu diperkenalkan bermula
tahap dua iaitu melibatkan murid tahun empat hingga enam. Pengkaji memfokuskan kajian ini
terhadap penguasaan KPS murid tahun enam bagi mendapatkan maklumat mengenai
penguasaan KPS mereka dan melihat sama ada terdapat hubungan antara penguasaan KPS dan
pencapaian Sains murid. Justeru, kajian yang dijalankan ini dapat menentukan sama ada
objektif Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap Dua sebagaimana yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tercapai atau sebaliknya. Berdasarkan dapatan kajian
yang telah dijalankan sebelum ini, penguasaan KPS yang baik mempengaruhi tahap pencapaian
Sains murid. Murid yang menguasai KPS dengan baik mampu berfikir secara kritis dan kreatif,
dapat memahami fakta dan konsep sains, serta boleh mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
tersebut bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

METODOLOGI

Reka Bentuk Penyelidikan

Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif berbentuk deskriptif menggunakan kaedah
tinjauan. Penyelidikan kuantitatif melibatkan ketepatan dan data numerikal yang diperolehi
melalui kajian eksperimental dan dianalisis secara statistik (Chua, 2014). Abu Hassan &
Rohana (2003) dan Mohd. Ali & Rohiza (2010) dalam kajian mereka turut menggunakan
kajian tinjauan berbentuk deskriptif bagi melihat tahap penguasaan kemahiran proses sains
dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia (Rujukan: KPM.600-3/2/3-eras(10656)) dan Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor (Rujukan: JPNS.SPD.600-1/1/2 JLD. 15 (60)) dan turut mendapat kebenaran
daripada pentadbir sekolah yang terlibat.

Sampel Penyelidikan/Peserta

Populasi kajian merupakan pelajar tahun enam sekolah di daerah Klang, Selangor.
Persampelan dilakukan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan saiz sampel
ditentukan dengan merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970)
pada aras signifikan p<0.05. Melalui persampelan rawak mudah setiap pelajar mempunyai
peluang untuk dipilih sebagai responden, maka 113 orang murid telah dipilih mewakili
populasi kajian.

Kaedah Pengumpulan Data/Instrumentasi

Instrumen kajian ini merupakan soal selidik jenis ujian pencapaian iaitu ujian prestasi. Ujian
prestasi merupakan satu set rangsangan yang terdiri daripada soalan atau kenyataan yang
diberikan kepada responden bagi mendapatkan maklum balas berasaskan pemarkahan (skor).
Instrumen kajian ini diadaptasi dan diubahsuai daripada instrumen Science Basic Process
Skills Test oleh Veronique M. Maranan, (2017), dan Test of Integrated Science Process (TISP)
oleh Ong, Zurida dan Fook (2007). Setiap item telah menjalani proses kesahan oleh panel
kesahan yang dilantik bagi memastikan ianya adil dan sesuai untuk ditadbir kepada responden.
Setelah mendapat kesahan, instrumen diperbaiki dari segi penulisan item soalan berdasarkan
cadangan daripada panel kesahan. Seterusnya kajian rintis dijalankan melibatkan 30 orang

549

murid yang mempunyai ciri persamaan dengan responden dan tidak terlibat dengan kajian
sebenar. Kebolehpercayaan instrumen dianalisis menggunakan formula Kuder Richardson
KR-20 dengan nilai koefisien korelasi KR-20 bersamaan 0.805 bagi ujian Tahap Penguasaan
Kemahiran Proses Sains dan 0.682 bagi ujian Pencapaian Sains. Merujuk kepada jadual
tafsiran koefisien korelasi (A. Nugroho, et, al., 2019) item ujian Tahap Penguasaan Kemahiran
Proses Sains mempunyai nilai koefisien kebolehpercayaan yang kuat manakala item ujian
Pencapaian Sains mempunyai nilai koefisien kebolehpercayaan pertengahan.

Set soalan ujian prestasi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A (demografi),
bahagian B (ujian Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains) dan bahagian C (ujian
Pencapaian Sains). Ujian Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains mengandungi 66 item
soalan merangkumi 12 domain KPS manakala ujian Pencapaian Sains mengandungi 40 item
soalan merangkumi tema-tema dalam mata pelajaran Sains yang terkandung dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun Enam. Sebanyak 113 set ujian prestasi
beserta surat kebenaran ibu bapa bagi menjalankan kajian diedarkan secara atas talian. Masa
yang diperuntukkan bagi ujian Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains ialah 1 jam 40 minit
manakala bagi ujian Pencapaian Sains ialah 1 jam. Responden memilih jawapan yang betul
bagi setiap item soalan yang dikemukakan dan jawapan adalah berbentuk skor 1 (jawapan yang
betul) dan 0 (jawapan yang salah).

Kaedah Analisis Data

Data yang diperolehi adalah berbentuk skor markah ujian yang kemudian ditukarkan kepada
bentuk peratus. Analisis deskriptif dijalankan untuk mendapatkan nilai min skor ujian dan
sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian pertama. Ujian normaliti dilakukan bagi
menganalisis taburan data kemudian ujian parametrik Korelasi Pearson dijalankan bagi
menjawab persoalan kajian kedua iaitu melihat hubungan antara pemboleh ubah bebas (tahap
penguasaan kemahiran proses sains) dan pemboleh ubah bersandar (pencapaian Sains).
Kesemua analisis dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science
(SPSS Version 26.0 for Windows). Skor penentuan tahap penguasaan kemahiran proses sains
dan pencapaian Sains responden adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:

JADUAL 1. Skor penentuan tahap penguasaan kemahiran proses sains dan pencapaian Sains
responden (Rujukan: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah: Laman Web SAPSNKRA)

Skor Gred Tahap Penguasaan

80-100 A Cemerlang

65-79 B Baik

50-64 C Memuaskan

40-49 D Mencapai Tahap Minimum

0-39 E Belum Mencapai Tahap Minimum

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Analisis deskriptif dijalankan bagi menjawab persoalan kajian pertama dengan mendapatkan
min skor dan sisihan piawai, manakala ujian parametrik Korelasi Pearson dijalankan bagi
melihat hubungan antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar.

550

Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan pencapaian Sains murid sekolah rendah

Jadual 2 menunjukkan min skor tahap penguasaan kemahiran proses sains secara keseluruhan
yang diperolehi oleh murid. Didapati min skor keseluruhan yang diperolehi ialah 67.65 dengan
sisihan piawai 14.181.

JADUAL 2. Min skor dan sisihan piawai tahap penguasaan kemahiran proses sains murid secara
keseluruhan

N Min Sisihan Piawai Interpretasi min

Tahap Penguasaan Kemahiran 113 67.65 14.181 Baik
Proses Sains

Berdasarkan jadual di atas, interpretasi min skor menunjukkan bahawa tahap
penguasaan kemahiran proses sains murid secara keseluruhan adalah pada tahap baik dan
melepasi penanda aras dua pertiga bersamaan 66.67 peratus (Mohd Najib dan Abdul Rauf,
2011; Mohd Al-Junaidi dan Ong, 2013) bagi menentukan tahap penguasaan kemahiran proses
sains yang dikehendaki. Dapatan ini menunjukkan terdapat perbezaan dengan kajian yang
dijalankan oleh Ong, E. T. dan Bibi Hazliana, M. H (2013), Mohd Al-Junaidi dan Ong, E. T.,
(2013) dan Ong, E. T., et al (2015) yang mendapati tahap penguasaan KPS murid tidak
mencapai aras dua pertiga tahap penguasaan yang dikehendaki secara keseluruhan.

Jadual 3 menunjukkan analisis tahap penguasaan setiap kemahiran proses sains murid.
Dapatan kajian adalah seperti yang berikut:

JADUAL 3. Min skor dan sisihan piawai tahap penguasaan setiap kemahiran proses sains murid

KPS Bilangan Skor Skor Min Sisihan Interpretasi min

soalan minimum maksimum Piawai

Memerhati 6 17 100 69.75 18.02 Baik

Mengelas 4 0 100 66.59 25.136 Baik

Mengukur dan 4 0 100 72.35 23.708 Baik

menggunakan

nombor

Menginferens 3 0 100 79.45 25.693 Baik

Meramal 5 0 100 79.82 22.119 Baik

Berkomunikasi 5 0 100 70.62 20.886 Baik

Menggunakan 4 0 100 74.34 24.654 Baik

hubungan ruang

dan masa

Mengintepretasi 6 0 100 71.35 18.323 Baik

data

Mengawal 9 0 100 50.89 25.272 Memuaskan

pemboleh ubah

Mendefinisi 5 0 100 64.25 27.314 Memuaskan

operasi

Membuat 8 0 100 71.32 26.878 Baik

hipotesis

Eksperimen 7 0 100 60.3 24.307 Memuaskan

551

Berdasarkan Jadual 3, interpretasi min skor setiap kemahiran secara menurun iaitu
kemahiran meramal (79.82), menginferens (79.45), menggunakan hubungan ruang dan masa
(74.34), mengukur dan menggunakan nombor (72.35), menginterpretasi data (71.35),
membuat hipotesis (71.32), berkomunikasi (70.62), memerhati (69.75) dan mengelas (66.59)
adalah pada tahap yang baik. Dapatan ini selari dengan kajian Mohd Al-Junaidi dan Ong, E.
T., (2013) yang mendapati bahawa kemahiran berkomunikasi dan meramal adalah baik dan
melepasi penanda aras dua pertiga bagi menentukan tahap penguasaan yang dikehendaki. Hasil
kajian ini bertentangan dengan kajian oleh Ong, E. T. dan Bibi Hazliana, M. H (2013) dan
Ong, E. T. et al (2015) yang mendapati tahap penguasaan bagi setiap kemahiran proses sains
mencapai di bawah penanda aras dua pertiga tahap penguasaan yang diperlukan. Empat
kemahiran iaitu mengelas, mengawal pemboleh ubah, mendefinisi operasi dan eksperimen
masih belum mencapai tahap penguasaan yang dikehendaki. Walaubagaimanapun, hasil kajian
ini mendapati kemahiran mendefinisi operasi (64.25), eksperimen (60.3) dan mengawal
pemboleh ubah (50.89), berada pada tahap memuaskan.

Bagi kemahiran mengelas murid perlu menguasai kemahiran mengumpulkan objek
atau peristiwa ke dalam kategori berdasarkan ciri-ciri, menyatakan perbezaan atau persamaan
dan menyatakan ciri-ciri yang dipunyai bagi setiap kumpulan yang mana ia dilaksanakan
melalui beberapa aktiviti seperti kajian lapangan, projek dan eksperimen. Pendekatan projek
merupakan satu kaedah pembelajaran yang menekankan aktiviti penyiasatan yang memberi
pengetahuan dan kandungan utama sesuatu topik pembelajaran (Norazizah, et al., 2019).
Kemahiran eksperimen pula melibatkan proses inkuiri penemuan yang berorientasikan aktiviti
penyiasatan. Melalui pendekatan ini murid menjalankan penyiasatan menggunakan bahan
semula jadi sedia ada yang memudahkan mereka memahami isi kandungan sesuatu topik
dalam pembelajaran Sains (Siti Nur Kamariah, et al. 2018). Tahap penguasaan KPS yang
rendah berkemungkinan dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya murid kurang didedahkan
dengan aktiviti-aktiviti berbentuk amali atau praktikal yang lebih berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan juga faktor minat pelajar untuk mempelajari Sains. Terdapat
perbezaan terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam KPS bagi murid yang minat dan tidak
minat untuk mempelajari mata pelajaran Sains iaitu menunjukkan sikap murid mempengaruhi
responden dalam mempelajari Sains (Mohd Ali dan Rohiza, 2010).

Bagi mendapatkan maklumat tahap pencapaian Sains murid, ujian Pencapaian Sains
telah dijalankan ke atas 113 responden yang dipilih. Jadual 4 merupakan dapatan analisis tahap
pencapaian Sains murid.

JADUAL 4. Min skor dan sisihan piawai tahap pencapaian Sains murid

N Min Sisihan Interpretasi min

Piawai

Tahap 113 56.42 14.52 Memuaskan
Pencapaian

Sains

552

Skor Pencapaian Sains Murid

45

40

35 33.63 36.28

Bilangan murid 30

25

20

15 15.04
12.39

10

5 2.65

3 38 41 17 14
0

Cemerlang Baik Memuaskan Mencapai Tahap Belum Mencapai
Minimum Tahap Minimum

Tahap pencapaian

Bilangan murid Peratus

RAJAH 1. Kekerapan skor pencapaian Sains murid berdasarkan tahap pencapaian

Rajah 1 menunjukkan skor pencapaian murid berdasarkan tahap pencapaian (Rujukan:
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah: Laman Web SAPSNKRA). Dapatan analisis mendapati
seramai 3 orang murid (2.65%) mencapai tahap cemerlang, 38 (33.63%) mencapai tahap baik,
41 (36.28%) mencapai tahap memuaskan, 17 (15.04%) mencapai tahap minimum dan 14
(12.39%) masih belum mencapai tahap minimum. Berdasarkan Jadual 4, min skor dan sisihan
piawai pencapaian Sains murid (Min: 56.42, SP: 14.52) menunjukkan ia berada pada tahap
memuaskan. Keputusan ini menerangkan bahawa murid hanya menguasai objektif asas Sains
dan masih berada pada aras asas dalam menguasai standard pembelajaran yang telah
ditetapkan (Reymund Deliro (2019).

Hubungan antara tahap penguasaan kemahiran proses sains dan pencapaian Sains
murid sekolah rendah.

Hubungan antara pemboleh ubah dianalisis mengunakan ujian parametrik Korelasi Pearson.
Kekuatan hubungan ditentukan dengan merujuk kepada nilai pekali korelasi seperti dalam
Jadual 5. Dapatan analisis hubungan antara tahap penguasaan kemahiran proses sains dan
pencapaian Sains murid adalah seperti dalam Jadual 6.

553

JADUAL 5. Kekuatan hubungan mengikut nilai pekali korelasi
(Sumber: Cohen, Manion & Marison, 2011)

Saiz Pekali Korelasi Kekuatan Korelasi
(r)

±0.81-1.00 Sangat kuat

±0.51-0.80 Kuat

±0.31-0.50 Sederhana

±0.21-0.30 Lemah

±0.01-0.20 Sangat lemah

JADUAL 6. Nilai korelasi Pearson antara pemboleh ubah bebas (Tahap penguasaan kemahiran
proses sains) dan pemboleh ubah bersandar (Pencapaian Sains)

Tahap Penguasaan Kemahiran Pencapaian Sains
Proses Sains

Tahap Penguasaan 1.00 0.758**
Kemahiran Proses Sains

Pencapaian Sains 0.758** 1.00

**Signifikan pada aras 0.01

Berdasarkan Jadual 6, nilai korelasi antara pemboleh ubah bebas (Tahap penguasaan
kemahiran proses sains) dan pemboleh ubah bersandar (pencapaian Sains) ialah r=0.0758. Ia
menunjukkan tahap penguasaan kemahiran proses sains mempunyai hubungan yang besar
(signifikan) dengan pencapaian Sains murid tahun enam, maka dengan ini hipotesis nul
ditolak. Keputusan ini selari dengan kajian Reymund Derilo (2019) dan Fah, et al (2020) yang
mendapati bahawa terdapat korelasi yang tinggi antara tahap penguasaan kemahiran proses
sains dan pencapaian Sains murid. Penguasaan kemahiran proses sains merupakan faktor yang
mempengaruhi pencapaian Sains murid. Murid yang dapat menguasai kemahiran proses sains
dengan baik didapati mampu menghasilkan pencapaian Sains yang lebih bagus.

KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tahap penguasaan kemahiran
proses sains murid sekolah rendah dan hubungannya dengan pencapaian Sains. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran proses sains secara keseluruhan
adalah baik. Murid menguasai kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan
nombor, menginferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan hubungan ruang dan masa,
menginterpretasi data dan membuat hipotesis dengan baik. Walaubagaimanapun, mengawal
pemboleh ubah, mendefinisi operasi dan eksperimen serta pencapaian Sains murid adalah pada
tahap memuaskan. Wujud hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran
proses sains dan pencapaian Sains murid. Tahap penguasaan kemahiran proses sains murid
boleh dipertingkatkan dengan menggunakan pendekatan seperti pembelajaran berasaskan
inkuiri, projek dan eksperimen yang menekankan aktiviti penyiasatan dan boleh meningkatkan
pengetahuan, kefahaman dan penguasaan kemahiran proses sains murid.

Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia,
pentadbir sekolah dan guru Sains merancang dan melaksanakan program-program berkesan

554

bagi meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains dan tahap pencapaian Sains murid
seterusnya mencapai objektif Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap Dua yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini terhad menganalisis tahap
penguasaan kemahiran proses sains dan pencapaian Sains murid tahun enam serta hubungan
antara keduanya. Tempoh masa yang singkat dan kekangan pergerakan dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan membataskan kajian dijalankan pada populasi dan saiz sampel yang lebih
besar. Dicadangkan di masa akan datang kajian dapat dilakukan dalam skala yang lebih besar
melibatkan sekolah-sekolah rendah dan mengkaji pemboleh ubah yang lebih meluas
melibatkan demografi, lokaliti dan jenis aliran sekolah. Suatu kajian berbentuk kajian tindakan
boleh dilaksanakan bagi memperbaiki prestasi kemahiran mengawal pemboleh ubah,
mendefinisi operasi dan eksperimen kepada tahap yang lebih baik.

RUJUKAN
A. Nugroho, H. L. H. S. Warnars, Y. Heriyadi and L. Tanutama. 2019. Measure the level of

success in using google drive with the kuder richardson (KR) reliability method.
International Congress on Applied Information Technology (AIT):1-7.
https://doi.org/10.1109/AIT49014.2019.9144915
Abu Hassan Kassim., & Rohana Hussin. 2003. Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan
hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor
Bahru. Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, Puteri Pan Pasific, Johor Bahru:
1–18
Aziemah Razali & Syafiq Sanusi. 2020. Analysis of mastery of science process skills and 21
st century skills among secondary school students. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia, 10(1): 16–20.
Chua Yan Piaw. 2014. Kaedah Statistik dan Penyelidikan Buku 1 Asas Statistik Penyelidikan.
Edisi ketiga. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Shah Alam.
Derilo, R. 2019. Basic and integrated science process skills acquisition and basic and integrated
science process skills seventh-grade learners. European Journal of Education Studies,
6(1): 281-294. https://doi.org/10.5281/zenodo.2652545
Ekanayake, S. Y. 2019. Achievement level of science process skills of junior secondary
students: Based on a sample of grade six and seven students from Sri Lanka. February.
Eng Tek Ong & Bibi Hazliana Mohd Hassan. 2013. Penguasaan kemahiran proses sains asas
dalam kalangan murid sekolah rendah di Selangor berdasarkan jantina, lokasi sekolah
dan aras tahun. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3(2): 77-90.
Fah, L. Y., Hoon, K. C., & Lee, J. C. O. 2009. The relationships among integrated science
process skills, logical thinking abilities, and science achievement among rural students
of Sabah, Malaysia. In Third International Conference on Science and Mathematics
Education, Penang, Malaysia. 13: 1-12. http://www. recsam. edu. my/cosmed
Fah, L. Y., Cheng, J., & Lee, O. 2020. The relationships among integrated science process
skills, logical thinking abilities, and science achievement among rural students of Sabah,
Malaysia. 1–12.
Ismail, J. 2001. Sedutan Dapatan Projek Penyelidikan Pendidikan di Simunjan: Pengajaran dan
Penakulan Saintifik. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Sains & Matematik: 1–
9. http://_www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/2001/2001_5_ismailj.pdf
Maison, Darmaji, Astalini, Kurniawan, D. A., & Indrawati, P. S. 2019. Science process skills
and motivation. Humanities and Social Sciences Reviews, 7(5): 48–56.
https://doi.org/10.18510/hssr.2019.756

555

Mohamad, M. A., & Ong, E. T. 2013. Test of basic and integrated science process skills (T-
BISPS): How do form four students in Kelantan fare? International Journal of
Assessment and Evaluation in Education, 3: 15–30.

Mohd Ali Ibrahim & Rohiza Husain. 2010. Penguasaan kemahiran memerhati dan kemahiran
meramal dalam mata pelajaran sains di kalangan pelajar tahun lima daerah Johor Bahru.
Universiti Teknologi Malaysia:1–9. P., Prayitno, B. A., & Corebima, D. (2017). Closing
the science process skills gap between students with high and low level. Journal of Baltic
Science Education, 6(2): 266–277.

Norazizah Abdul Rahman, Noor Ashikin Mohd Yusop, Sopia Md Yassin & Zainiah@Zaniah
Mohamed Isa. 2018. Kemahiran proses sains dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
menerusi pendekatan projek. Sains Humanika 11(1): 43-61

Ong, E. T., Ramiah, P., Ruthven, K., Salleh, S. M., Yusuff, N. A. N., & Mokhsein, S. E.
(2015). Acquisition of basic science process skills among Malaysian upper primary
students. Research in Education, 94(1), 88–101. https://doi.org/10.7227/RIE.0021

Ong Saw lan, Zuridah Ismail & Fook, F. S. 2007. Assessing Competency in integrated science
process skill and its relation with science achievement. Universiti Sains Malaysia, 99.
http://www.academia.edu/download/30587760/assessing_competency_in_integrated_sci
ence_process_skill_and_its_relation_with_science_achievement.pdf

Permatasari, E.P, Mahanal, S., Siti Zubaidah, & Setiawan, D. 2020. Science process skills and
cognitive achievement: An examinataion of two different models of learning Biology. AIP
Conference Proceedings 030011: 1-6

P M, Sari, F. Sudargo & D, Priyandoko. 2018. Correlation among science process skill, concept
comprehension, and scientific attitude on regulation system materials. IOP Conf. Series:
Journal of Physics: Conf. Series, 948: 1-4. https://doi.org/10.1088/1742-
6596/948/1/012008

Rahman, N. A., Ashikin, N., Yusop, M., Yassin, S., Zaniah, Z., & Isa, M. 2019. Science process
skills in preschool children through project approach. Sains Humanika, 1: 43–61.

Zuraidawati Zolkaflee*
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

Siti Nur Diyana Mahmud
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

*Pengarang untuk surat menyurat: email: [email protected]

556


Click to View FlipBook Version